Nota Dan Dalil Tentang Ikhtilat

9

Click here to load reader

description

Nota Dan Dalil Tentang Ikhtilat

Transcript of Nota Dan Dalil Tentang Ikhtilat

Page 1: Nota Dan Dalil Tentang Ikhtilat

IKHTILAT - Pergaulan bebas antara Lelaki dan Perempuan Yang Ajnabi (boleh kahwin)

Pendapat al-qardhawi tentang ikhtilath:

Istilah ikhtilath dalam lapangan pergaulan antara laki-laki dengan perempuan merupakan istilah asing

yang dimasukkan dalam “Kamus Islam.” Istilah ini tidak dikenal dalam peradaban kita selama berabad-

abad yang silam, dan baru dikenal pada zaman sekarang ini saja. Nampaknya ini merupakan terjemahan

dari kata asing yang mempunyai konotasi tidak menyenangkan terhadap perasaan umat Islam.

Barangkali lebih baik bila digunakan istilah liqa’ (perjumpaan), muqabalah (pertemuan), atau

musyarakrah (persekutuan) lelaki dengan perempuan.

Terdapat pencampuran yang dilarang oleh syara’ dan dibenarkan oleh syarak. Yang dilarang oleh syara’

dan disebut dalam dalil-dalil seperti:

1. Berdua-duaan antara lelaki dan perempuan (Muttafaq `alaih)

2. Tidak menunduk pandangan (Ghaddul Bashar)

3. Tidak menutup aurat

4. Bertabarruj

5. Berkomunikasi dengan suara menggoda (Surah Al-Ahzab: ayat 32)

Adapun selain disebut di atas, kita dapat menyimpulkan bahawa pertemuan antara laki-laki dengan

perempuan tidak haram, melainkan harus. Bahkan, hal itu kadang-kadang dituntut apabila bertujuan

untuk kebaikan, seperti dalam urusan ilmu yang bermanfaat, amal saleh, kebajikan, perjuangan, atau

lain-lain yang memerlukan banyak tenaga, baik dari lelaki mahupun perempuan.

Untuk di atas, kita dapat menyimpulkan bahawa pertemuan antara laki-laki dengan perempuan tidak

haram, melainkan harus. Bahkan, hal itu kadang-kadang dituntut apabila bertujuan untuk kebaikan,

seperti dalam urusan ilmu yang bermanfaat, amal saleh, kebajikan, perjuangan, atau lain-lain yang

memerlukan banyak tenaga, baik dari lelaki mahupun perempuan.

Malah dinukilkan dalam Al-Quran bahawa Ratu Balqis bermusyawarah dgn Nabi Allah Sulaiman A.S.:

ح�ت�ى ا مر�� أ ق�اط�ع�ة� ت� �ن ك م�ا مر�ي

� أ ف�ي �ي �ون �فت أ � م�أل� ال �ه�ا ي� أ �ا ي ق�ال�ت

م�ر�ين� �أ ت م�اذ�ا ظ�ر�ي ف�ان ك� �ي �ل إ �مر� و�األ د�يد+ ش� س+

�أ ب �و �ول و�أ ق�و�ة+ �و �ول أ �حن� ن �وا ق�ال

Page 2: Nota Dan Dalil Tentang Ikhtilat

�فع�ل�ون� ي �ك� �ذ�ل و�ك �ة� �ذ�ل أ �ه�ا هل� أ ة� �ع�ز� أ �وا و�ج�ع�ل د�وه�ا �فس� أ �ة� ي ق�ر �وا ل د�خ� �ذ�ا إ م�ل�وك� ال �ن� إ ق�ال�ت

“Berkata dia (Balqis), ‘Hai para pembesar, berilah aku pertimbangan dalam urusanku (ini) aku tidak

pernah memutuskan sesuatu persoalan sebelum kamu berada dalam majlis(ku).’ Mereka menjawab,

‘Kita adalah orang-orang yang memilih kekuatan dan (juga) memilih keberanian yang sangat (dalam

peperangan), dan keputusan berada di tanganmu; maka pertimbangkanlah apa yang akan kamu

perintahkan.’ Dia berkata, ‘Sesungguhnya raja-raja apabila memasuki suatu negeri, niscaya mereka

membinasakannya dan menjadikan penduduknya yang mulia jadi hina; dan demikian pulalah yang akan

mereka perbuat.” (Surah an-Naml: ayat 32-34) Berikut ini percakapan antara Balqis dan Sulaiman:

�م�ين� ل م�س �ا �ن و�ك �ه�ا ل ق�ب م�ن م� ع�ل ال �ا �ين �وت و�أ ه�و� �ه� �ن �أ ك ق�ال�ت ك� ش� ع�ر �ذ�ا �ه�ك أ ق�يل� ج�اء�ت �م�ا ف�ل

�اف�ر�ين� ك + ق�وم م�ن �ت �ان ك �ه�ا �ن إ �ه� الل د�ون� م�ن �د� �عب ت �ت �ان ك م�ا و�ص�د�ه�ا

Gب ر� ق�ال�ت ق�و�ار�ير� م�ن Jد م�م�ر� Jح ص�ر �ه� �ن إ ق�ال� ه�ا اق�ي س� ع�ن ف�ت �ش� و�ك �ج�ة� ل ه� �ت ب ح�س� ه� �ت أ ر� �م�ا ف�ل ح� الص�ر ادخ�ل�ي �ه�ا ل ق�يل�

�م�ين� ع�ال ال Gب ر� �ه� �ل ل م�ان� �ي ل س� م�ع� ل�مت� س� و�أ �فس�ي ن �مت� ظ�ل Gي �ن إ

“Dan ketika Balqis datang, ditanyakantah kepadanya, ‘Serupa inikah singgasanamu?’ Dia menjawab,

‘Seakan akan singgasanamu ini singgasanaku, kami telah diberi pengetahuan sebelumnya dan kamõ

adalah orang-orang yang berserah diri.’ Dan apa yang disembahnya selama ini selain Allah,

mencegahnya (untuk melahirkan keislamannya), kerana sesungguhnya dia dahulunya termasuk orang-

orang yang kafir. Dikatakan kepadanya, ‘Masuk1ah ke dalam istana.’ Maka tatka1a ia melihat lantai

istana itu, dikiranya kolam air yang besar, dan disingkapkannya kedua betisnya. Berkatalah Sulaiman,

‘Sesungguhnya ia adalah istana licin terbuat dari kaca. ‘Berkata1ah Balqis, ‘Ya Tuhanku, sesungguhnya

aku telah berbuat zalim terhadap diriku dan aku berserah diri bersama Sulaiman kepada Allah, Tuhan

semesta alam.’”(Surah an-Naml: ayat 42-44)

----------------------------------------------------------------------------------------------

Page 3: Nota Dan Dalil Tentang Ikhtilat

Realiti hari ini menyaksikan manusia lelaki dan wanita telah bolos daripada pegangan agamanya

sebagaimana bolosnya anak panah dari busarnya. Sifat, sikap, adab dan disiplin pergaulan jauh sekali

daripada ajaran Islam. Dalam fenomena seperti ini perkataan ikhtilat “pergaulan antara lelaki dan wanita

ajnabi” tentu sekali menjadi persoalan yang mengancam kesejahteraan masyarakat dan keutuhan

agama.

Oleh kerana itu ulama-ulama Islam satu masa dahulu secara tegas merrghukumkan masalah ikhtilat di

sekolah, di pasar dan di mana-mana tempat adalah haram. Wanita lslam pula dididik agar

mengutamakan rumah daripada pekerjaan. Oleh kerana itu isu wanita bekerja dan apatah lagi berpolitik

adalah satu isu yang ditegah pada satu masa dahulu. Sejajar dengan Firman Allah yang bermaksud; Dan

tetaplah di rumah-rumah kamu.

Apakah ikhtilat itu haram?

Fiqh semasa pada kali ini akan menghuraikan hukum pergaulan antara lelaki dan perempuan dalam

berbagai sempena dari segi dalil, skop perbincangan dan batas-batas pergaulan. Contohnya wanita di

tempat kerja, di pasar, di pentas dan bergelut di bidang politik. Adakah ia harus melakukan kerja-kerja

yang seperti itu padahal dia terpaksa bergaul, bercakap dan bersemuka dengan bukan muhram dan

bukan kaum sejenis mereka. Fenomena seperti ini diistilahkan oleh ulama kini sebagai: “ikhtilat”. Oleh

itu untuk menghurai persoalan ini kita perlu terlebih dahulu menghurai perkataan iktilat dari segi bahasa

dan syariat.

Bahasa

Dari segi bahasa, ikhtilat bererti: meramukan, menggaul sesuatu dengan sesuatu yang lain yakni

mencarnpurkannya.

Istilah Syariat

Yang dimaksudkan dalam perbahasan ini ialah: Percarnpuran wanita dengan lelaki iaitu perkumpulan

mereka pada satu tempat, sama ada dalam bentuk kumpulan atau bersendirian. Percampuran di satu

tempat selalunya menyebabkan mereka bertemu antara satu sama lain, berpandangan dan bertegur

sapa. Apa hukum ikhtilat dalam konteks yang seperti?

Ikhtilat seperti yang dijelaskan pada asalnya adakah haram atau halal? Untuk mengetahui jawapan, kita

utarakan pertanyaan berikut: Adakah wanita sepenuhnya seperti lelaki dalam bercampur dengan lelaki

Page 4: Nota Dan Dalil Tentang Ikhtilat

ajnabi? Yakni adakah percampuran mereka dengan lelaki sama dengan percampuran lelaki dengan

lelaki, tanpa ada perbezaan?

Jawapannya ialah; Tidak, secara pastinya tidak. Tidak ada seorang pun yang mengatakan bahawa

pergaulan wanita dengan lelaki sama dengan pergaulan lelaki dengan lelaki. Kerana asasnya pergaulan

lelaki sesama lelaki adalah harus, tetapi pergaulan lelaki dengan wanita tidak begitu. Maka kalau itu

asasnya, pergaulan lelaki dan wanita adalah haram, bukan harus.

Percampuran yang diharamkan

Setelah kita mengetahui asal hukum pergaulan antara leiaki dan perempuan adalah haram, maka la

adalah suatu perkara yang wajib dihindarkan kecuali dalam keadaan terpaksa atau keperluan yang

mendesak. Syeikh Abd. Karim Zaidan dalam kitabnya `al-mufassat fi al-mar ah’ ynag masyhur

menyebutkan contoh-contoh keadaan tersebut seperti di bawah:

Pertama: Harus kerana terpaksa (darurat) Ikhtilat yang berlaku kerana tekpaksa seperti yang disebutkan

oleh Imam Nawawi dengan katanya: Berkata ahli mazhab Syafei: Tidak ada perbezaan dalam

pengharaman khulwah (berdua-duaan) sama ada dalam solat atau selainnya. Dikecualikan daripada

hokum ini kedaaan-keadaan darurat, seperti jika seseorang lelaki ajnabi mendapati seorang wanita

ajnabi bersendirian di jalan, jauh daripada kumpulan manusia tersebut jika dibimbangi keselamatannya,

maka pada ketika itu wajib tanpa khilaf. Antara contoh darurat yang lain ialah seperti seorang lelaki

ajnabi melarikan wanita dengan tujuan menyelamatkannya daripada diperkosa, jika itu adalah satu-satu

jalan untuk menyelamatkan wanita tersebut.

Kedua: Harus kerana keperluan(hajat) Ulama berkata, hajat mengambil peranan dhorurah dalam

mengharuskan perkara yang haram. Di sana dicatatkan beberapa keperluan yang dianggap

mengharuskan ikhtilat antara lelaki dan perempuan.

Ikhtilat kerana urusan jual beli yang dibenarkan oleh syarak. Harus bagi wanita bercampur dengan lelaki

semasa berjual-beli, melakukan tawar-menawar, memilih barang dengan syarat tidak berlaku khulwat

(berdua-duaan) dan memelihara adab-adab pergaulan.

Ikhtilat kerana melakukan kerja kehakiman. Wanita harus menjadi hakim dalam perkara selain hudud

di sisi Hanafiah dan dalam semua perkara di sisi az-Dzohiriah dan Imam at-Tobari. Sudah termaklum

kerja sperti ini mengundang percampuran dengan kaum lelaki yang terdiri daripada pendakwa,

tertuduh, saksi dan lain-lain.

Page 5: Nota Dan Dalil Tentang Ikhtilat

Ikhtilat kerana menjadi saksi. Islam mengharuskan wanita menjadi saksi dalam kes berkaitan dengan

harta dan hak-haknya. Seperti dinyatakan dalam ayat akhir surah al-Baqarah. Menjadi saksi akan

mendedahkan diri kepada percampuran dengan lelaki ajnabi.

Ikhtilat kerana amar ma’ruf nahi munkar. Ibnu Hazmin telah menyebutkan dalam kitabnya ‘al-Muhalla’

bahawa Umar al-Khattab (r.a) telah melantik al-Syifa’ menjadi penguatkuasa perbandaran. Sudah tentu

beliau akan bercampur dengan lelaki ketika menjalankan tugasnya.

Ikhtilat kerana melayan tetamu. Harus bagi wanita melayan tetamu bersama suaminya dan jika ada alas

an yang syarei seperti tujuan memuliakan tetamu dan sebagainya walaupun terpaksa bercampur dengan

tetamu. Dalam hadis Bukhari, ada diriwayatkan bahawa Ummu Usaid melayani Rasulullah (SAW) dengan

menghidangkan makanan dan menuangkan minuman untuk baginda (SAW).

Ikhtilat kerana memuliakan tetamu dan jika perlu makan bersamanya. Harus bagi wanita makan

bersama tetamu kerana tujuan memuliakan tetamu atau tujuan lain yang syarei. Muslim meriwayatkan

kisah satu keluarga yang ingin memuliakan Rasulullah SAW dan bertamukan baginda. Oleh kerana

makanan yang sedikit, mereka memadamkan api dan memperlihatkan bahawa mereka makan bersama-

sama banginda. Ini bereri bahawa orang ansor dan isterinya itu duduk bersama tetamu untuk makan

bersama, walaupun mereka tidak makan, kerana mengutamakan tetamu.

Ikhtilat dalam kenderaan awam. Harus bagi wanita keluar rumah kerana menunaikan kerja-kerjanya

yang diharuskan, walaupun terpaksa bercampur dengan lelaki ajnabi, seperti keluar untuk menziarahi

dua ibu-bapanya, membeli-belah dan ke hospital, meski pun ia terpaksa menaiki kenderaan awam yang

menyebabkan berlaku percampuran dengan penumpang lain dari kalangan lelaki ajnabi, dia mungkin

dudukatau berdiri ditepinya. Percampuran ini diharuskan oleh keperluan yang syarei.

Ikhtilat kerana kerja-kerja jihad. Antara contoh pergaulan sewaktu jihad ialah seperti membawa air,

merawat pesakit dan seumpamanya. Semua perkara tersebut adalah harus dilakukan oleh wanita

kerana maslahah syariah. Bukhari menyebut dalam sahihnya daripada Ar Rabei binti Muawwiz katanya:

Kami bersama Nabi SAW merawat pesakit, memberi minum dan menghantar jenazah yang terbunuh ke

Madinah.

Ikhtilat untuk tujuan belajar atau mendengar nasihat. Antara suasana yang diharuskan , ikhtilat dengan

tujuan mengajar agama kerana Bukhari meriwayatkan bahawa Rasulullah (s.a.w.) keluar pada satu hari

Page 6: Nota Dan Dalil Tentang Ikhtilat

raya dan sembahyang dua rakaat. Setelah selesai solat baginda berpusing mengarah wanita. Baginda

menasihati mereka dan menyuruh mereka bersedekah, bersama baginda ialah Bilal.

Ikhtilat dalam suasana yang teiah menjadi adat kebiasaan. Tersebut dalarn kitab Muwatta persoalan:

Adakah harus bagi wanita makan bersama hamba atau lelaki bukan muhramnya? Berkata Malik: Tidak

ada halangan pada perbuatan tersebut, jika dalam ruang uruf bahawa wanita makan bersama lelaki

tersebut. Kadang-kadang wanita makan bersama suami dan mereka yang sering makan bersama

suaminya. Antara contoh yang berlaku pada zaman ini ialah percampuran sewaktu menziarahi sanak

saudara atau rakan taulan.Dalam suasana yang seperti in i akan berlaku percampuran antara lelaki dan

perempuan dalam satu bilik, makan pada satu meja dan sebaginya. Ini semua diharuskan selama

terpelihara adab-adab Islamiah.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Adab-Adab Ikhtilat dalam Islam

> Tidak bersentuhan antara perempuan dan lelaki ajnabi.

> Tidak melihat perempuan atau lelaki secara mengamati dan menaikkan syahwat.

> Memelihara aurat dan kehormatan. Aurat lelaki adalah antara lutut dan pusat manakala aurat

perempuan adalah seluruh tubuh badan kecuali muka dan tangan.

> Tidak mengeluarkan kata-kata keji, lucah atau menunjukkan tingkahlaku yang mendorong kepada

melakukan maksiat.

> Tidak berdua-duaan terutama di tempat sunyi dan gelap.