Moral Assignment

15
AGAMA SIKH Agama sikh asalnya suatu gerakan reformasi di India pada abad ke-15 , yang memprotes norma-norma ritual dalam agama dan takhayul. Gerakan ini lebih berintikan suatu etika peribadi dari pada suatu agama. Tidak mempunyai bentuk penyembahan dan tempat sembahyang yang tetap. Semuanya tidak bererti tanpa dapat diimplementasikan dalam bentuk etika dan perbuatan pribadi. Gerakan reformasi tersebut pada waktu itu belum mempunyai pemimpin yang dapat dijadikan penunutun. Setelah lahir guru nanak (1469-1539), beliau memperlihatkan suatu bakat untuk memimpin gerakan yang baru ini, yang kemudian menjadi penemu ajaran nilai-nilai baru yang pada akhirnya dikenal menjadi titik sejarah berdirinya agama hindu sikh. Agama hindu sikh ini sendiri adalah percampuran antara agama islam dan hindu. Umat hindu sikh sendiri pun tidak ada menyembah patung gajah yang seperti umat hindu semestinya yang ada di india. Agama sikh juga memiliki kitab sendiri seperti agama islam (Al_Qur’an) dan pada saat pengajian mereka pun menggunakan bacaan seperti agama islam.

description

esei

Transcript of Moral Assignment

AGAMA SIKHAgama sikh asalnya suatu gerakan reformasi di India pada abad ke-15 , yang memprotes norma-norma ritual dalam agama dan takhayul. Gerakan ini lebih berintikan suatu etika peribadi dari pada suatu agama. Tidak mempunyai bentuk penyembahan dan tempat sembahyang yang tetap. Semuanya tidak bererti tanpa dapat diimplementasikan dalam bentuk etika dan perbuatan pribadi. Gerakan reformasi tersebut pada waktu itu belum mempunyai pemimpin yang dapat dijadikan penunutun. Setelah lahir guru nanak (1469-1539), beliau memperlihatkan suatu bakat untuk memimpin gerakan yang baru ini, yang kemudian menjadi penemu ajaran nilai-nilai baru yang pada akhirnya dikenal menjadi titik sejarah berdirinya agama hindu sikh. Agama hindu sikh ini sendiri adalah percampuran antara agama islam dan hindu. Umat hindu sikh sendiri pun tidak ada menyembah patung gajah yang seperti umat hindu semestinya yang ada di india. Agama sikh juga memiliki kitab sendiri seperti agama islam (Al_Quran) dan pada saat pengajian mereka pun menggunakan bacaan seperti agama islam. Ajaran sikh mulai dikenal oleh guru nanak yang lahir pada tanggal 15 april 1469 masehi di Talwandi, sekarang dikenal dengan Nanakana Sahib, di distrik Seikh Pura, Punjab, Malaysia. Pada umur lima tahun beliau sudah mula menerima wahyu dari Tuhan Yang Maha Esa dan mulai berbicara tetang Tuhan dengan lancar da dikagumi orang.

Dalam kepercayaan sikh, pemimpin agama atau Guru, menduduki tempat kedua setelah Tuhan. Guru dalam istilah lain disebut nabi, rasul, atau Avatara. Guru kelima, Guru Arjen Dev terkenal kerana menyusun Adi Granth, kitab suci agama sikh. Kitab suci ini kemudian dideklarasikan menjadi Guru Granth Sahib oleh Guru Gobind Singh. Kitap suci itu berisikan ajaran-ajaran suci dalam bentuk asli yang ditulis oleh para Guru Sikh sendiri.Dalam agama sikh tidak ada kelas-kelas pendeta atau pun hirarki agama. Wanita dibenarkan mengambil bahagian dalam setiap upacar agama ataupun menjadi pemimpin upacara tersebut.

Gurdwara merupakan rumah ibadah bagi umat sikh yang dilengkapi dengan ruang dapur umum yang disebut Guru Ka Langgar yang menyiapkan makanan bagi setiap orang yang hadir tanpa memandang kedudukan social, kasta, jenis kelamin, pangkat mahupun agamanya.

Agama Animisme

Agama animisme berdasarkan kepercayaan animisme atau kepercayaan kepada makhluk halus dan roh dipercayai merupakan asas kepercayaan agama yang mula-mula muncul dalam kalangan manusia primitif purba kala. Kepercayaan animisme mempercayai bahawa setiap benda di bumi ini, ( seperti kawasan tertentu gua, pokok atau batu besar ), mempunyai semangat yang mesti dihormati agar semangat tersebut tidak mengganggu manusia, malah membantu mereka dari semangat dan roh jahat dan juga dalam kehidupan seharian mereka.

Semangat ini juga dikenali dengan pelbagai nama, antaranya jin, mambang, roh, datuk, tuan, dan penunggu. Kadang-kala semangat ini juga dianggap roh leluhar mereka yang telah meninggal yang kini menetap ditempat sedemkian. Dianggarkan bahawa di Kalimantan Barat masih terdapat 7.5 juta orang Dayak yang tergolong pemeluk animisme. Selain daripada semangat dan roh yang mendiami di tempattempat yang dinyatakan di atas , kepercayaan animisme juga mempercayai bahawa roh orang yang telah mati boleh masuk ke dalam tubuh haiwan.

Roh-roh orang yang telah mati juga boleh memasuki tubuh babi atau harimau dan dipercayai akan menunutut bela ke atas orang yang menjadi musuh si mati pada masa hidupnya. Kepercayaan ini menyerupai dengan kepercayaan kelahiran semula seperti yang terdapat pada agama Hindu.

Pada masa ini, Masyarakat yang menganuti agama animisme biasanya tinggal jauh di pedalaman. Muzium seni asia, universiti Malaya, kuala lumpur telah mempamerkan amalan animisme menerusi pameran alam misteri yang telah diadakan pada hari 1 ogos hingga 14 september 2014. Menurut ketua projek pameran alam misteri, Mohd Imran Nul Hakim pameran ini telah memberi informasi tentang agama animisme kepada orang ramai yang tidak kenal tentang kepercayaan ini. Situasi ini menggambar nilai menghormati agama lain.

Selain itu, perkara dan kuasa mistik sememamgnya wujud dan mampu bertindak balas dengan manusia kerana ia mungkin disebabkan perlakuan jin yang berasal dari alam ghaib yang tidak dapat dilihat manusia. Kebanyakan masyarakat orang asli yang mengamalkan kepercayaan animisme yang mendiami beberapa kawasan mengikut demografi kumpulan kaum masing-masing. Sebagai contohnya, kaum Negrito yang tertumpu di bahagian utara semenanjung bersempadan Thailand iaitu di Hulu Perak, Baling, Kedah dan Jeli di Kelantan, Orang Senoi pula tinggal di bahagian tengah terutama di kaki banjaran gunung termasuk di Perak, Kelantan, Pahang dan Selangor. Bukan itu sahaja, dalam kepercayaan animisme akan menggunakan alatan yang berbeza seperti kayu pemujaan yang diukir daripada akar pokok besar yang digunakan sebagai tempat pemujaaun masyarakat dulu kala, patung kenit yang digunakan untuk mengelak ibu daripada mati ketika melahirkan anak.

Penganut agama Animisme sedang memelihara kepercayaan dan tradisi mereka. Kita sebagai rakyat harus memberi sokongan dan dorongan untuk memperkembangkan tradisi mereka.

Agama Taoisme Agama Taoisme merupakan yang berasal dari Tiongkok. Mengikut data-data, Agama Taoisme merupakan agama yang tertua di duna ini, yang diakui agama ini wujud sejak 7000 tahun lagi dan sebahagian besar orang Tionghoa telah menganuti agama ini. Menurut Lu Xun Agama Taoisme merupakan akar utama kepada kebudayaan Tionghoa. Agama Taoisme telah dikenalkan oleh Wang Di(2698 SM) dan dikembangkan oleh Lao Zi dan berkembang menjadi sebuah institusi Keagamaan yang lengkap oleh Zhang TAO Ling.

Taoisme menekankan pemahaman TAO atau hukum alam semesta untuk hidup dengan harmoni dengan unsur-unsur semula jadi di dalam dunia ini. Pada zaman Dinasti Kerajaan How, lao zhi telah memberi mendedahan yang baru kepada agama TAO. Amalan membaca Lao Zi telah memberikan pengetahuan tentang agama TAO melalui buku-buku Wang Di. Beliau sangat menyanjung keagungan alam yang memberikan kehidupan kepada semua makhluk hidup, termasuk manusia. Beliau juga menekankan bahawa disebalik semua ada seorang yang menciptakannya yang bersifat maha Agung, hanya sulit bagi beliau untuk memberikan sebutan atau nama yang tepat bagi Pencipta Alam Semesta yang maha Besar ini. Akhirnya beliau meminjam perkataan TAO bagi mengganti nama sebelumnya iaitu Sumber dari sesuatu yang tercipta di aalam semesta ini. Ajaran Lao Zi bersama-sama ajaran Wang Di digabung menjadi ajaran Wang-Lao yang dikenali oleh semua orang sampai sekarang.

Agama TAO berdasarkan kepada ajaran yang benar dalam kehidupan manusia (Wu-Wei) dimana manusia dilahirkan dalam kondisi yang baik dan suci. Agama Taoisme mengajarkan bahawa kebenaran dan kesalahan merupakan sebuah proses tanpa akhir. Agama Taoisme mendasarkan ajarannya kedalam 5 Li yakni jujur, adil, cerdas, sopan santun, dan ramah tamah, sikap hormat dendan membungkuk atau kotow juga dikenalkan dalam ajaran ini. Penghormatan kepada pihak yang lebih dihormati seperti dewa atau raja dilakukan dengan lebih membungkuk hhingga berlutut di tanah. Penggunaan Li dalam kehidupan manusia dipercaya sebagai pencipta keharmonisan antaraTuhan (Thein) bumi dan manusia. Laozi tidak mengajar bagaimana mencapai kehidupan yang abadi. Sebaliknya, keinginan untuk mencapai kehidupan yang abadi adalah sesuatu yang dicari-carikan oleh Maharaja-maharaja China, khususnya Shih Huang Ti. Dalam pencarian cara untuk melanjutkan jangka hidup, taifah-taifah Taoisme telah mengembangkan beberapa seni silat yang kini amat popular , khususnya dengan orang-orang cina yang hendak memperbaik kesihatan mereka. Seni seni silat seperti tai chi, dan pelbagai qiqong kini menjadi semakin popular dengan orang-orang barat. Chi iaitu tenaga dalam badan bukan lagi dianggap sebagai primitif tetapi telah memperoleh pengiktirafan oleh perubatan barat sebagai suatu unsur yang benar-benar terjadi dalam badan. Tenaga yang serupa dengan tenaga di dalam badan itu juga terdapat di dalam alam sekitar. Selaras dengan konsep hidup dengan harmoni dengan unsur-unsur semula jadi di dalm dunia, ilmu feng shuai mencuba mmemahami dan menguasai unsur-unsur itu. Taoisme juga memperkenalkan teori Ying Yang dalam Daode Jing bab 42. Ying dan Yang dengan saintifiknya diterjemahkan sebagai negatif dan positif . Setiap benda adalah dualisme, terdapat positif dan negatif. Lambang YingYang yang paling popular adalah Lambang Xiantian Taiji atau YingYang Yu diperkenalkan oleh Lai Zhide: tahun 1525-1604.

Agama ConfucianismeConfucius yang lahir pada 551 SM adalah pegawai kerajaan yang kemudian menjadi guru falsafah moral. Beliau berasal dari keluarga Lu di wilayah Shangtung dimana tempat beliau dilahirkan. Beliau mahir tentang Li iaitu susunan tingkah laku yang baik. Falsafahnya menjadi tulang belakang pemikiran dan tingkah laku orang Cina. Confucianisme tidak dianggap sebagai satu agama yang berunsurkan ketuhanan tetapi merupakan prinsip-prinsip hidup yang baik.

Confucianisme berasaskan ajaran Confucius yang mengutamakan lima sifat kebaikan(wu chang) iaitu perikemanusiaan (Ren/Jen), kesusilaan(Li), keadilan(Yi), kebijaksanaan(Zhi), layak dipercayai(Xin). Selain itu, ajaran confucianisme juga telah menekankan teori lima hubungan dianggap asas atau panduan kepada sesuatu perhubungan yang akan membawa kepada kebahagiaan keluarga dan seterusnya menyumbang kepada kestabilan dan keharmonian sesebuah Negara. Melibatkan hubungan dari pemerintah dan rakyat (Juncheng), suami dan isteri (Fuqi), ibu bapa dan anak (Fuzi), abang dan adik / orang tua dan orang muda (Xiongdi) serta hubungan sahabat dan sahabat (Pengyau). Menurut Confucius seseorang asalnya merupakan insan yang baik dan akan kembali ke sifat yang baik. Mereka tidak memerlukan juru selamat tetapi yang dibutuhkan oleh umat manusia adalah guru yang berbudi dan melakukan dengan sungguh-sungguh ajarnya serta menjadi contoh teladan bagi orang-orang lain seperti yang telah diceritakan dalam Analekta 2:13.

Agama Confucianisme telah menyatakan, setiap individu mempunyai tugasan dan tanggungjawab terhadap pihak lain. Sekiranya, setiap tanggungjawab dipatuhi masyarakat serta negara akan bersatu, tenteram dan harmoni. Confucius menegaskan bahawa seseorang anak harus menghormati ibu bapa mereka dan juga harus menjaga ibu bapa apabila mereka sudah tua. Dari segi ibu bapa pula, beliau mengatakan bahawa kasih sayang patut diberi kepada anak-anak mereka termasuklah membimbing dan mendisplinkan anak. Seseorang juga harus menjaga negerinya, negeri adalah disamakan dengan sebuah keluarga yang besar.Dari segi politik pula, Confucius menganggap raja yang jujur dan adil adalah seorang raja yang dapat disanjung tinggi. Rakyat perlu hormat dan taat setia kepada kerajaan. Confucius menegaskan bahawa raja adalah ketua keluarga dan rakyat adalah ahli-ahli keluarganya. Raja harus memberi contoh dan teladan yang baik kepada rakyat. Dalam sesebuah Negara kerajaan harus menimbulkan keyakinan rakyat, dan rakyat harus dijaga dengan mempunyai pasukan tentera yang kuat. Confucius mengatakan bahawa raja harus melindungi rakyatnya dan harus berperanan sebagai Shang-Ti.

Confucianisme telah meresapkan nilai-nilai murni terus kepada penganutnya. Hal ini, dapat membentuk masyarakat yang harmonis dan sejahtera.