Group Assignment Kelana Siswa

39
CUC 2021 KELANA SISWA 2 KERJA KURSUS BERKUMPULAN “LENCANA MAJU UNTUK UNIT PENGAKAP MUDA” NAMA : FAEZAH BINTI EDROUS D20102039986 MUHAMMAD HAZRI FITRI BIN DASUKI D20102039990 NURZAWANAH BINTI ROHAIZAT D20102039997 SYAZNY ARIEF SHAH BIN SALLEH HUDDIN D20102039972 THEEBANAA DEWI A/P RAMAN D20102039998 WAN FAEZAH BINTI WAN ISMAIL D20102039942 SEMESTER : 5 PROGRAM : B.ED TESL (AT 06)

description

Kelana Siswa

Transcript of Group Assignment Kelana Siswa

CUC 2021 KELANA SISWA 2

KERJA KURSUS BERKUMPULAN

“LENCANA MAJU UNTUK UNIT PENGAKAP MUDA”

NAMA : FAEZAH BINTI EDROUS D20102039986

MUHAMMAD HAZRI FITRI BIN DASUKI D20102039990

NURZAWANAH BINTI ROHAIZAT D20102039997

SYAZNY ARIEF SHAH BIN SALLEH HUDDIN D20102039972

THEEBANAA DEWI A/P RAMAN D20102039998

WAN FAEZAH BINTI WAN ISMAIL D20102039942

SEMESTER : 5

PROGRAM : B.ED TESL (AT 06)

LENCANA MAJU UNTUK UNIT PENGAKAP MUDA

PENGENALAN

Pengakap Muda merupakan antara fasa yang akan dilalui oleh seseorang ahli Pergerakan

Pengakap selain daripada Pengakap Kanak-kanak dan Pengakap Kelana. Keahlian bagi

Pengakap muda terbuka kepada remaja yang berumur dari lingkunagn 12 tahun hingga 15 tahun.

Had Umur untuk menyertai Pasukan Pengakap Muda telah dinyatakan di dalam Perkara 244;

Bahagian 6; Pertubuhan Kumpulan di dalam Dasar, Pertubuhan dan Peraturan Persekutuan

Pengakap-Pengakap Malaysia:

244.

1. Untuk menjadi seorang Pengakap Muda seorang kanak-kanak itu mestilah telah

berumur 12 tahun, tetapi belum sampai umur 16 tahun.

2. Seorang Pengakap Muda apabila sampai umur 15 tahun mesti menerima latihan sesuai

dengan umurnya. Apabila dia sampai ke peringkat ini dalam kepengakapannya, satu Istiadat

Meningkat Naik hendaklah diadakan dan dia akan melafazkan semula Persetiaan Pengakap,

dengan makna yang lebih besar sesuai dengan umurnya yang telah meningkat itu.

3. Seorang Pengakap Muda hendaklah meningalkan pasukannya apabila sampai umur 16

tahun.

Seseorang remaja itu boleh menjadi Pengakap Muda terus daripada Pengakap Kanak-

Kanak ATAU sebagai seorang ahli baru apabila telah berumur 12 tahun dan telah mendapat

Lencana Keahlian setelah diuji dalam beberapa perkara yang tertentu. Pengakap Muda

merupakan peringkat kedua selepas Pengakap Kanak-Kanak. Unit ini berperanan sebagai

platform latihan yang lebih progresif bagi memantap dan memperbaiki lagi kesihatan rohani,

jasmani, akal, emosi dan skil dalam pergaulan dengan para ahli yang lain.Unit ini dibahagikan

kepada beberapa patrol tiap satu seramai 6 hingga 8 orang yang diketuai oleh seorang Ketua

Patrol di bawah pimpinan seorang Ketua Kumpulan Pengakap Muda dan  dibimbing oleh

seorang lelaki atau wanita dewasa yang dipanggil Pemimpin Pengakap Muda.

2

Cogan kata bagi unit Pengakap Muda ialah SELALU BERSEDIA ini dijalankan dibawah

pimpinan seorang Pemimpin Pengakap Muda dan dibantu oleh seorang atau beberapa orang

Penolong Pemimpin Pengakap Muda. Seterusnya, ia akan dibahagikan kepada beberapa unit

kecil yang dikenali sebagai Patrol. Setiap patrol terdiri daripada 6 hingga 8 orang dan ketua

Patrol akan dilantik dalam kalangan mereka. Bagi Pengakap Muda, sesorang ahli akan menerima

Lencana Usaha (Kelas Ketiga), Lencana Maju (Kelas Kedua), dan Lencana Jaya (Kelas

Pertama). Ketiga-ketiga lencana ini akan menentukan sama ada Pengakap Muda tersebut layak

untuk menduduki ujian bagi lencana yang seterusnya. Sebelum layak memperoleh lencana ini,

Pengakap Muda mestilah mendapatkan Lencana Usaha dan dua Lencana Kegiatan – Kategori

Kegemaran (pementasan, bertukang kayu/logam, tarian kebudayaan, kraftangan/kerjatangan,

seni mempertahankan diri, muzik, urusetia, pertanian, dan komputer). Fungsi Lencana Maju

adalah sebagai akuan tentang kemahiran, minat dan kegemaran luar dengan memperkenalkan

asas berdikari dan perkhidmatan seperti ilmu kawad tongkat, istiadat bendera, pertolongan cemas

dan sebagainya. Ujian-ujian bagi Lencana Maju adalah seperti berikut;

I. Cita-cita Pengakap

II. Kecergasan dan Kesegaran Jasmani

III. Kemahiran Berpengakap

IV. Pengembaraan

V. Perkhidmatan

Lencana Maju

Penerangan yang lebih terperinci mengenai Lencana Maju akan dikemukakan sepanjang

perbincangan dalam hasil penulisan kerja khusus ini.

3

TUGASAN M1: CITA-CITA PENGAKAP

Setelah berjaya memperolehi dua lencana yang terdahulu iaitu Lencana Usaha dan dua

Lencana Kepandaian, seseorang Ahli Pengakap Muda boleh melayakkan diri untuk menduduki

ujian-ujian tertentu demi mendapatkan lencana seterusnya, iaitu Lencana Maju. Ujian yang

pertama dikenali sebagai Tugasan M1 ‘Cita-cita Pengakap’. Objektif yang boleh diperolehi

melalui tugasan ini ialah; ahli Pengakap dapat mengetahui struktur organisasi Kumpulan, Daerah

dan Negeri. Kemudian, seseorang Pengakap itu jgua dapat belajar melukis dan menerangkan erti

kesemua bendera negeri, malah dapat mengenali dan mengetahui nama Pesuruhjaya Negeri,

Pesuruhjaya Daerah dan Penolong-penolong Pesuruhjaya Daerah. Di samping itu, setelah

menyelesaikan tugasan M1 ini, ahli Pengakap akan dapat menerangkan erti Undang-undang

Pengakap dengan lebih lancar dan teratur.

Dalam ujian ini, pertama sekali seseorang Pengakap harus mendapatkan maklumat

daripada Pemimpin berkenaan Struktur Organisasi Kumpulan, Daerah dan Negeri. Kemudian,

ahli Pengakap juga dikehendaki melukiskan dan mencatatkan struktur tersebut. Kemudiannya,

ahli Pengakap yang menduduki ujian ini juga harus mencari maklumat mengenai kesemua

bendera negeri di Malaysia. Maklumat-maklumat ini boleh didapati daripada mana-mana sumber

seperti laman web, buku teks, buku rujukan, panduan kerajaan dan catatan maklumat. Selain itu,

seseorang ahli Pengakap itu juga hendaklah melukis dan juga mewarnakan semua bendera yang

terdapat dalam catatan yang dibuat oleh mereka mengikut kreativiti masing-masing.

Seterusnya, ahli Pengakap yang telah selesai menghadapi ujian untuk mendapatkan

lencana tersebut dikehendaki mendapatkan beberapa maklumat daripada Pemimpin. Antara

maklumat yang diperlukan ialah mengenai Nama Penuh Pesuruhjaya Negeri, Nama Penuh

Pesuruhjaya Daerah dan Penolong-penolong Pesuruhjaya Daerah. Hal ini penting demi

meningkatkan pengetahuan setiap ahli Pengakap mengenai jawatan-jawatan Pesuruhjaya yang

terdapat dalam negeri.

Di samping itu, ahli Pengakap tersebut hendaklah membuat catatan dan juga

melampirkan portrait orang yang berkenaan ke dalam catatan mereka. Sesudah itu, ahli Pengakap

tersebut diminta untuk membuat pembentangan dan penerangan tentang Undang-undang

4

Pengakap. Mereka juga dikehendaki melakukan catatan tentang erti Undang-undang Pengakap

tersebut.

TUGASAN M2 : KECERGASAN DAN KESEGARAN JASMANI

Setelah semua ahli Pengakap selesai menjalankan tugasan pertama yang telah diberikan

iaitu ‘Cita-cita Pengakap’, mereka diminta pula untuk menjalankan misi yang kedua. Ujian yang

kedua ini bertajuk Tugasan M2 iaitu ‘Kecergasan dan Kesegaran Jasmani’. Objektif tugasan

pada kali ini ialah, ahli Pengakap akan dapat melakukan dan melaksanakan Asas Perbarisan serta

Latihan Kawat Tongkat. Kemudian, mereka juga dapat melakukan dan bertugas dalam Istiadat

Mengibarkan dan Menurunkan Bendera serta dapat belajar memanjat tali atau pokok.

Dalam tugasan kedua ini, antara perkara yang perlu ahli Pengakap ini lakukan ialah

mengetahui dan melakukan Latihan Asas Perbarisan. Latihan ini pula dibahagi kepada beberapa

asas, antaranya ialah meluruskan barisan, cepat jalan, hentak kaki, berhenti, belok kanan, belok

kiri, tukar langkah dan cepat jalan. Semua asas yang terdapat dalam latihan ini mestilah

dilakukan dalam keadaan bertiga-tiga. Ahli Pengakap juga dikehendaki mengambil gambar foto

untuk setiap pergerakan. Seterusanya, mereka diminta melengkapkan borang M2.

Kemudiannya, ahli Pengakap perlulah mengetahui dan melakukan Latihan Kawat

Tongkat. Pergerakan yang terdapat dalam latihan kawat ini ialah rusuk tongkat, turun tongkat,

kalih tongkat, jinjit, julang tongkat dan bimbit tongkat dengan menggunakan tongkat. Bagi

Latihan Kawat Tongkat juga, ahli Pengakap mesti mengambil gambar foto untuk setiap

pergerakan yang dilakukan dalam latihan ini untuk dijadikan panduan. Seterusnya, mereka

dikehendaki melengkapkan borang M2.

Di samping itu, ahli Pengakap dikehendaki melakukan dan menyempurnakan dua

upacara berbeza yang dinamakan sebagai Upacara Mengibarkan Bendera dan juga Upacara

Menurunkan Bendera. Kedua-dua upacara ini dilakukan setiap kali aktiviti pengakap diadakan.

Selain itu, upacara tersebut juga dilaksanakan sewaktu perkhemahan. Seterusnya, kesemua ahli

Pengakap ini diminta untuk melengkapkan Borang M2 yang bertujuan membuktikan

perlaksanaan mereka dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

5

Kemudiannya, ahli Pengakap tersebut juga dikehendaki membuat aktiviti memanjat tali

setinggi tiga meter dan memajat pokok setinggi empat meter. Seperti sebelumnya juga, mereka

diminta untuk mengambil gambar foto tentang kegiatan yang telah mereka lakukan. Akhir sekali,

mereka mesti melengkapkan borang M2 yang diberikan.

6

Gambar M2: Kemahiran Kawad Tongkat dan upacara Menurunkan Bendera

TUGASAN M3 : KEMAHIRAN BERPENGAKAP 1

Setelah selesai dengan M2, ahli pengakap perlu teruskan ke tugasan yang seterusnya iaitu

M3 ‘Kemahiran Berpengakap1’. Objektif tugasan ini ialah membolehkan para ahli pengakap

mahir dalam aktiviti menjaga dan mengasah kapak dan gergaji. Selain itu mereke juga akan

mengetahui teknik menebang, merincinkan, memotong ketungan pokok dan menyusun kayu.

Akhir sekali mereka dihendaki membuat dan mengetahui lapan ikatan dan simpulan pengakap.

Tugasan M3 menyediakan ahli pengakap untuk menghadapi keadaan dihutan ketika

perkhemahan ataupun kecemasan. Persediaan adalah sangat penting bagi seorang ahli pengakap

dan dengan menguasai kemahiran-kemahiran ini mereka akan lebih bersedia dan tidak akan

berada dalam keadaan yang terdesak ketika berada dalam situasi yang memerlukan kemahiran

yang disebut.

Pertama sekali, ahli pengakap dihendaki mendapatkan sebilah kapak dan gergaji dari

bilik stor pengakap ataupun tempat dimana barang-barang tersebut boleh didapati untuk

mengasah serta menyerenggara senjata tersebut dengan cara yang betul. Ujian ini akan

diperhatikan oleh pengakap-pengakap yang berpangkat lebih tinggi untuk memastikan teknik

yang digunakan adalah betul ataupun tidak. Para ahli juga dihendaki mengambil gambar dan

menulis langkah-langkah yang diambil untuk mengasah kapak atau gergaji tersebut.

7

Seterusnya, ahli-ahli pengakap dihendaki menerangkan perkara-perkara yang perlu

diperhatikan dan teknik untuk menebang, merincinkan, memotong ketung pokok dan menyusun

kayu secara terperinci. Ujian ini adalah untuk mempraktikan satu sistem ketika mengumpul

bahan dalam hutan. Apabila mereka tahu cara-cara mengendalikan bahan-bahan yang diperlukan

untuk sesuatu situasi, ahli-ahli akan lebih teratur menjalankan tugas masing-masing. Tugasan ini

juga memerlukan mereka untuk melakar dan menerang setiap langkah yang dijalankan.

8

Akhirnya, ahli-ahli pengakap perlu menyediakan satu papan ikatan yang mengandungi

lapan ikatan iaitu, ikatan tindih kasih ganda, ikatan belit lucut, lilit pasdul, ikatan simpul kerusi,

ikatan lilit pemati selit, ikatan simpul kepala lalat, ikatan sambat balik dan ikatan silang gunting.

Setelah setiap ikatan disimpul, ahli pengakap perlu mengambil gambar ataupun melakar dan

membentangkan atas papan ikatan tersebut. Ketika pembentangan dijalankan, ahli-ahli dihendaki

memberitahu fungsi ikatan-ikatan yang disenaraikan.

Ikatan tindih kasih ganda

9

Ikatan belit lucut

Ikatan lilit pasdul

Ikatan simpul kerusi

Ikatan lilit pemati selit

10

Ikatan simpul kepala lalat

Ikatan sambat balik

11

Ikatan silang gunting

TUGASAN M4 : KEMAHIRAN BERPENGAKAP 2

Tugasan M4 beralih ke ‘Kemahiran Pengakap 2’. Tugasan ini lebih mencabar dan

mendalam. Disini ahli-ahli pengakap diuji dari segi kebolehan untuk bekerjasama dalam patrol

masing-masing dan kemahiran mereka untuk hidup dalam keadaan yang mencabar. Objektif

tugasan ini adalah untuk menguji kebolehan mereka untuk memasak dalam rimba tidak kira

cuaca atau keadaan. Mereka juga dihendaki untuk membina modal projek perintis, dimana

ikatan-ikatan yang dimahiri di M3 boleh dilihat. Selain itu, ahli-ahli perlu melawat tempat

besejarah dan juga mengkaji enam pokok tempatan. Ini adalah penting kerana ketika sesat

dihutan, seorang pengakap perlu tahu jenis-jenis tumbuhan yang boleh digunakaan dan jenis-

jenis tumbuhan yang bahaya.

Pertama sekali, mereka akan dibahagikan mengikut patrol ataupun beberapa rakan

pengakap yang terlibat dalam tugasan M4. Masakan yang perlu disediakan ialah nasi, roti lilit,

ubi kentang, ikan dan telur. Makanan ini adalah asas dan seorang pengakap harus tahu cara

masak bahan-bahan yang disenaraikan tanpa mengunakan dapur gas. Malah mereka hanya boleh

menggunakan barang perkhemahan yang asas sahaja seperti mancis, kayu dan pisau yang setiap

pengakap dinasihatkan untuk membawa pada setiap masa. Gambar haruslah diambil ketika

aktiviti dijalankan sebagai bukti dan laporan dalam buku log.

12

Setelah selesai dengan masakan dalam rimba ahli-ahli pengakap perlu membina satu

modal projek perintis yang berbentuk menara, jambatan, pintu gerbang atau mana-mana bentuk.

Seperti yang dikatakan aktiviti ini adalah untuk mengaplikasikan apa yang telah dibelajar di

tugasan M3. Ikatan pada projek perintis haruslah kukuh dan tegang gar modal tersebut tidak

roboh ketika dinaiki.

Aktiviti seterusnya memerlukan ahli-ahli pengakap untuk mencari enam jenis pokok yang

terdapat diseliling mereka dan mengkaji pokok-pokok tersebut. Disini mereka dihendaki menilai

dan mencatat cirri-ciri dan kegunaan pokok-pokok yang dikaji. Ilmu ini penting dalam

kemahiran berkhemah dan kehidup dalam hutan. Akhir sekali, mereka perlu melawat kawasan

bersejarah dan mencatat nota tentang asal-usul dan maklumat tempat tersebut. Aktiviti ini berkait

dengan Tugasan M8- Ekspedisi. Segala gambar haruslah diambil dan direkod untuk penilaian.

TUGASAN M5: KEMAHIRAN BERPENGAKAP 3

Setelah kesemua ahli Pengakap menyempurnakan tugasan sebelum ini, mereka akan

menjalankan tugasan yang seterusnya iaitu tugasan yang kelima. Tugasan yang kelima ini ialah

“Kemahiran Berpengakap 3”. Tugasan ini mengandungi beberapa objektif penting agar ahli

Pengakap mendapat manfaat daripada tugasan yang diberikan.

13

Antara objektif tugasan tersebut ialah, ahli Pengakap dapat berkhemah secara

berkumpulan selama 8 malam. Seterusnya mereka dapat mengetahui langkah-langkah

keselamatan yang perlu diambil perhatian ketika menjalankan aktiviti berenang, mengetahui

langkah-langkah keselamatan untuk menjalankan aktiviti pengakap dan dapat mengetahui cara-

cara untuk menggunakan dapur gas, lampu minyak tanah dan tidak ketinggalan juga cara-cara

untuk memasang kanopi.

Dalam tugasan yang dinamakan “Kemahiran Berpengakap” ini, ahli Pengakap

dikehendaki berkhemah di luar bersama-sama dengan ahli Pengakap yang lain dalam aktiviti

pengakap dan di dalam khemah secara berkumpul sekurang-kurangnya selama 8 malam.

Seterusnya, mereka perlu menyediakan laporan daripada aktiviti perkhemahan tersebut dan juga

menyediakan gambar foto sebagai bukti kehadiran mereka dalam aktiviti perkhemahan yang

mereka sertai itu. Sesudah laporan yang dibuat selesai, mereka dikehendaki melengkapkan

borang M5 yang diberikan.

Namun, sekiranya masih tidak cukup, ahli Pengakap bolehlah menghantar tugasan yang

telah dibuat terlebih dahulu dan menggantikannya dalam masa setahun.

Seterusnya, ahli Pengakap diminta untuk menyenaraikan langkah-langkah keselamatan

semasa berenang dan juga langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil perhatian ketika

terdapat seseorang yang sedang lemas.

Di samping itu, ahli Pengakap perlu menyenaraikan langkah-langkah keselamatan yang

penting untuk menjalankan aktiviti berpengakap agar tidak berlaku sesuatu yang tidak diingini.

Kemudiannya, setiap ahli Pengakap yang mengambil ujian ini dikehendaki meminjam

barang-barang daripada bilik stor pengakap ataupun menggunakan barang-barang tersebut

semasa melakukan aktiviti. Barang-barang yang diperlukan ialah seperti dapur gas, lampu

minyak tanah dan kenopi. Para peserta diminta menggunakan dan memasang barang-barang

tersebut. Sesudah itu, mereka mestilah mengambil gambar foto bagi barang yang telah siap

dipasang bagi membuktikan mereka telah menyempurnakan tugas yang diberikan dengan

jayanya. Seterusnya, ahli Pengakap akan melengkapkan borang M5 yang diberikan.

14

TUGASAN M6: KEMAHIRAN BERPENGAKAP 4

Setelah melaksanakan tugasan M5 iaitu “Kemahiran Berpengakap 3”, ahli Pengakap akan

diberikan tugasan yang seterusnya; “Kemahiran Berpengakap 4”. Seperti biasa, setiap tugasan

yang diberikan kepada para ahli mempunyai objektif-objektif yang tersendiri. Antara objektif

tugasan keenam ini ialah, ahli Pengakap yang menjalankan tugasan ini dapat mengetahui jenis-

jenis kompas dan bearing. Seterusnya, mereka dapat mengetahui sistem kontur, rujukan grid dan

kunci peta. Objektif yang seterusnya pula ialah, setiap ahli Pengakap dapat mengetahui ikhtiar

hidup di dalam hutan.

Langkah pertama yang perlu dibuat oleh ahli Pengakap dalam tugasan keenam ini ialah,

menyenaraikan jenis-jenis kompas yang ada serta gambar-gambar yang berkenaan.

Kemudiannya, ahli Pengakap dikehendaki memberi penjelasan tentang tiga jenis bearing.

Bearing-bearing tersebut ialah Bearing Sudutan, Bearing Sukuan dan juga Bearing Azimut.

Sesudah itu, ahli Pengakap diminta pula untuk membuat penjelasan tentang sistem kontur. Selain

memberi penjelasan secara lisan, mereka juga perlu melukis sistem kontur tersebut bagi

mengukuhkan lagi penjelasan yang telah dibuat.

Di samping itu, ahli Pengakap dikehendaki menjelaskan tentang maksud rujukan grid dan

juga sistem skala. Seterusnya, mereka perlu melukiskan kesemua kunci peta yang diminta.

Sesudah itu, mereka perlu melampirkan sebuah peta yang memenuhi ciri-ciri peta yang standard.

Sesudah kesemuanya selesai, ahli Pengakap diminta menyenaraikan cara-cara bagi

mereka mengesan air di dalam hutan. Selain itu, mereka juga menyenaraikan cara mereka

menentukan arah dengan membuat rujukan semula jadi dan juga tentang jenis-jenis perangkap.

Ahli Pengakap bolehlah mempamerkan perkara-perkara tersebut dalam bentuk lukisan

mahupun dalam bentuk lakaran. Di samping itu, mereka juga boleh menjadikan buku panduan

Ikhtiar Hidup atau sember internet sebagai panduan bagi menyempurnakan tugasan tersebut.

15

Gambar M7): Ahli

mengaplikasikan penggunaan kompas

16

TUGASAN M7: PERKHIDMATAN

Tugasan seterusnya adalah cara untuk ahli pengakap berkhidmat. Sekiranya berlaku

sebarang kecemasan. Tugasan-tugasan yang perlu dilakukan oleh ahli pengakap di peringkat ini

adalah mengetahui dan melaksanakan balutan anduh, mengetahui dan bertindak mengalihkan

mangsa, mengetahui tindakan semasa kecemasan dan memberi perkhidmatan.

Langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk menyelesaikan tugasan adalah seperti

berikut. Yang pertama, ahli pengakap perlu mencetak fail ini dan membuat catatan dalam kertas

A4 dengan kemas. Perlu diingat, catatan perlulah kemas dan berdasarkan keperluan tugasan-

tugasan yang akan diterangkan nanti. Ahli pengakap juga perlu mempraktikkan dengan tepat

tugasan-tugasan yang akan diterangkan tersebut. Seterusnya ahli pengakap perlu melengkapkan

borang perkhidmatan yang akan diberikan. Yang terakhir adalah mereka perlu menghantar

kesemua tugasan yang diberikan kepada pemimpin sebaik sahaja selesai atau sebelum tarikh

yang ditetapkan.

Jumlah tugasan-tugasan yang dimaksudkan di atas adalah empat perkara. Yang pertama

adalah, mereka dikehendaki melakukan ikatan dengan betul. Balutan-balutan yang perlu

dilakukan adalah kaedah membalut bahu, siku, lutut dan pinggang. Gambar-gambar balutan

yang dibuat pada rakan-rakan perlu diambil untuk dimasukkan ke dalam pendokumentasian.

Tugasan kedua pula memerlukan bantuan seramai tiga orang sekurang-kurangnya. Kerjasama

dari tiga orang rakan tersebut adalah perlu untuk membuat usungan. Usungan-usungan yang

perlu dibuat adalah seperti usungan mendukung, usungan di tepi, usungan menarik di lantai,

usungan mendukung di hadapan, usungan mendukung di bahu, usungan dua orang dan usungan

3 orang. Aktiviti usungan ini perlu didokumentasikan di dalam gambar. Tugasan yang ketiga

pula adalah menyenaraikan tindakan yang perlu diambil semasa berlakunya saat-saat kecemasan

seperti kebakaran, lemas, kejutan elektrik dan kebocoran gas. Tugasan yang terakhir adalah

memberi perkhidmatan selama sekurang-kurangnya 3 jam kepada pihak sekolah, komuniti atau

rumah. Aktiviti ini perlu dirakam kan di dalam gambar sebagai bukti. Ia juga perlu disertakan

dengan laporan perkhidmatan yang boleh dilengkapkan dengan borang M7. Selanjutnya ahli

17

boleh merujuk borang Rujukan Ahli Sendiri untuk memeriksa sama ada kesemua tugasan yang

diberikan sudah pun lengkap sepenuhnya.

TUGASAN M8: EKSPIDISI (16 KM)

Tugasan ini melatih ahli-ahli pengakap yang ingin mengambil lencana maju merancang

dan menjalankan ekspedisi. Antara langkah dan yang perlu dilakukan untuk menyelesaikan

tugasan adalah seperti berikut. Yang pertama, ahli pengakap perlu mencetak fail ini dan

membuat catatan dalam kertas A4 dengan kemas. Perlu diingat, catatan perlulah kemas dan

berdasarkan keperluan tugasan-tugasan yang akan diterangkan nanti. Ahli pengakap juga perlu

mempraktikkan dengan tepat tugasan-tugasan yang akan diterangkan tersebut. Kesemua tugasan

di dalam M8 ini perlu dihantar di dalam bentuk kertas A4 dengan mengepil bersama-sama

tugasan-tugasan yang terdahulu dan diserahkan tepat pada waktunya.

Yang pertama, ahli perlu menyediakan catatan awal ekspedisi. Antara butiran-butiran

yang perlu dimasukkan di dalam catatan tersebut adalah seperti tarikh bermula, hari, masa dan

cuaca.

Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian sebelum, semasa dan selepas ekspedisi.

Semasa ekspedisi, ahli perlu mengetahui Undang-Undang Pengakap, peraturan lalu lintas,

peraturan luar bandar dan peraturan mendaki gunung kerana ia amat berguna pada ketika ini.

Ahli perlulah berpakaian seragam lengkap sepanjang ekspedisi. Tingkah laku juga perlulah

sopan dan berbudi pekerti agar dapat menjaga imej pengakap. Pada masa yang sama, ketua

ekspedisi atau ketua patrol hendaklah membahagi tugasan dan memastikan ahli-ahli menjalankan

tugasan masing-masing. Perlu diingat, ahli tidak dibenarkan membuat sebaran transaksi jual beli

sepanjang ekspedisi berlangsung. Keselamatan ahli adalah tanggung jawab masing-masing.

Antara perkara penting lain yang perlu diketahui adalah peraturan lalu lintas dan

mematuhinya. Semasa melintasi jalan raya, pastikan tiada kenderaan di kanan dan kiri bahagian

jalan. Semasa berjalan, ahli mestilah berjalan di sebelah kanan bahu jalan dan elakkan berjalan

di tengah jalan. Ahli tidak dibenarkan melintas di simpang yang tajam dan berbahaya atau

memanggil kawan semasa mereka sedang melintas.

18

Peraturan-peraturan luar bandar pula adalah seperti meminta kebenaran dahulu sebelum

berada di tanah orang, jangan membuang sampah merata-rata, sebaliknya dibawa serta atau

dibuang ke dalam tong sampah, jangan memanjat pagar, merentas kebun tanaman atau mengacau

atau mengejar binatang-binatang ternakan orang lain. Ahli juga dilarang mengambil sebarang

benda tanpa kebenaran tuan punya.

Semasa mendaki gunung, pastikan sentiasa berjalan di atas rentas yang sedia ada,

dilarang membuka rentas baru, bergerak dalam kumpulan dan sentiasa amalkan sistem berpatrol

dan pastikan trekking tamat sebelum hari gelap. Ahli perlu memakai stokin panjang untuk

mengelakkan pacat namun dibolehkan memakai pakaian yang nipis, longgar dan diperbuat

daripada kapas untuk keselesaan semasa trekking. Membuat bising adalah dilarang untuk

mengelakkan gangguan kepada hidupan liar. Untuk keselamatan, membawa barang dengan

tangan adalah tidak bersesuaian kerana tangan tidak sekuat bahu dan tulang belakang bagi tujuan

membawa beban yang berat. Bagi tujuan keselamatan, tangan hendaklah sentiasa berada dalam

keadaan bebas agar dapat melakukan perkara lain seperti memegang, memaut, menarik,

menampan, menyentuh dan menepis. Beri perhatian lebih semasa perjalanan turun kerana

kebiasaannya kecederaan dan kemalangan mudah berlaku pada waktu ini.

Jika anda tersesat atau salah jalan, perkara yang perlu dilakukan adalh berhenti (stop),

fikir (think), rancang (plan) dan perhati (observe) atau STOP. Ahli diharap jangan berpecah dan

sentiasalah berada bersama kumpulan, jangan bergerak supaya anda mudah dicari dan ditemui

jika perlu, bergerak ke tempat yang mudah pasukan pencari dan penyelamat mendengar atau

melihat isyarat kecemasan anda. Sentiasalah perhati langkah dan tempat anda berpijak atau

berpaut. Ahli juga perlu mengawal tingkah laku jangan terlalu gembira dan bersuka-suka serta

menjaga tutur kata dan jangan terlalu celupar. Selain itu, rancanglah perjalanan dan bawa

bekalan makanan secukupnya, sebaiknya bawa bekalan makanan kecemasan yang disimpan dan

tersorok di dalam beg. Sekiranya terserempak dengan hidupan liar elakkan pertembungan secara

berhadapan sebaik-baiknya berundur perlahan-lahan dan jangan sekali-kali melakukan

pergerakan yang boleh membuatkan hidupan liar terkejut dan rasa tercabar. Jika hujan lebat,

angin kuat, guruh atau petir tangguh dan hentikan aktiviti atau perjalanan. Cari tempat

perlindungan seperti tapak khemah atau stesen henti berdekatan, dirikan tempat perlindungan

19

sementara (khemah atau fly sheet). Elakkan berlindung berhampiran pokok besar. Bawa keluar

apa-apa yang dibawa masuk dan biarkan apa yang dilihat atau ditemui dalam keadaan

semulajadi.

Ahli-ahli perlu menghabiskan perjalanan anda dalam tempoh masa 2 hari 1 malam.

Disamping ahli-ahli membawa bekalan sendiri dan menjaga keselamatan diri sendiri semasa

ujian pengembaraan dijalankan, memahami arahan-arahan semasa ekspedisi juga perlu

dititikberatkan. Arahan-arahan semasa ekspedisi mestilah jelas. Contoh arahan semasa

ekspedisi adalah seperti:

Perjalanan Hari Pertama 18/April/2013 (Hari:Khamis)

1. Ekspedisi anda bermula dari Stesyen Bas Pulau Sebang, Tampin tepat pada pukul 8.00 pagi.

Anda dikehendaki mengambil gambar di stesyen bas sebagai bukti.

2. Selepas itu, anda dikehendaki menaiki Bas Southern / Tai Lye / City Liner yang akan menuju

ke Seremban dan turun bas sebaik sahaja tiba di persimpangan jalan ke Gunung Datuk.

3. Teruskan perjalanan ke Hutan Lipur Gunung Datuk. Setelah tiba di sana, maklumkan kepada

penguji bahawa anda telah tiba di situ.

4. Selepas tiba di kaki Gunung Datuk, anda dikehendaki berehat sebentar dan makan makanan

dibawa. Kemudian, mendaki Gunung Datuk sebelum pukul 12.00 petang.

5. Semasa mendaki gunung, pastikan anda mematuhi peraturan mendaki gunung dan

melaksanakan tugasan-tugasan yang diarahkan. Selepas tiba di puncak gunung dan

melaksanakan tugasan, anda dikehendaki turun kembali ke kaki bukit sebelum pukul 4.00

petang.

6. Perjalanan hari pertama anda berakhir di kaki bukit Gunung Datuk sebaik sahaja anda turun

dari puncak gunung ke kaki bukit. Selepas itu, anda dikehendaki mendirikan khemah dan

memaklumkan kepada Penguji bahawa anda telah tiba di kaki bukit.

Yang terakhir adalah, tugasan ekspedisi. Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh ahli

pengakap sebelum memulakan ekspedisi adalah meminta kebenaran ibu bapa. Seterusnya wakil

dari patron (selalunya ketua atau guru pembimbing) membuat pemakluman kepada Pesuruhjaya

Daerah tentang ekspedisi ini dan mendapat kebenaran beliau. Selain itu, perlu disediakan Surat

Makluman Ekspedisi untuk ditunjukkan kepada sesiapa yang berkenaan sekiranya perlu semasa

20

ekspedisi dengan ditandatangani oleh Pemimpin Kumpulan dan Pemimpin Pengakap Kelana

Muda. Seterusnya, sediakan laporan bertulis berasakan “apa, di mana, siapa, mengapa, bila, dan

bagaimana” beserta peta perjalanan. Perlu diingat, peta perjalanan hendaklah disediakan dengan

jarak 1km sekeping dengan utara menuju ke atas. Gunakan petunjuk yang sesuai. Nama jalan dan

sungai yang dilalui mestilah di masukkan dalam peta. Tanda-tanda tanah (Landmark) seperti

balai polis, balai bomba, hospital, tahan perkuburan, masjid, kuil, tokong, ladang getah, stesen

minyak, klinik dan sebagainya hendaklah ditunjukkan dengan jelas di dalam peta tersebut. Turut

perlu dilaporkan adalah bagaimana ekspedisi ini dirancang dan bagaimana tugas diagihkan

dalam kalangan peserta ekspedisi. (Anda dikehendaki membawa Khemah)

Selain itu, ahli pengakap juga perlu menyediakan akaun perbelanjaan ekspedisi bersama

resit. Setiap peserta tidak boleh belanja melebihi RM30 seorang. Laporan cuaca perlu dibuat

selang 1 jam dalam perjalanan ekspedisi. Lain dari itu, Ssediakan borang check point untuk

ditandatangan dan dicop oleh pemandu bas atau mana-mana pihak berkenaan sebagai bukti

perjalanan. Seterusnya, ukur anggaran jambatan rentas, iaitu jambatan yang merentasi landasan

keretapi. Turut perlu dilakukan adalah menyatakan dua kaedah penganggaran yang digunakan.

Ketika menjalankan tugasan mendaki gunung Kumpulkan 20 jenis dedaun dan namakan

daun-daun itu serta kegunaannya, lukiskan pemandangan dan mengambil gambar ketika berada

di puncak gunung yang didaki, sediakan kajian tentang sejarah gunung tersebut dengan tidak

kurang daripada 150 patah perkataan. Selain itu, namakan kampung-kampung atau pokok-pokok

atau perkara-perkara yang menarik perhatian sepanjang ekspedisi. Tiket bas pergi dan balik

hendaklah disimpan sebagai bukti perjalanan ekspedisi anda. Laporan perlu dikemukankan

didalam buku log dan elakan daripada meniru dan dihantar dua minggu selepas ekspedisi

dilansungkan.

TUGASAN M9: PENGETAHUAN-LENCANA AHLI PERKEMAHAN

Antara objektif tugasan ini adalah untuk memastikah ahli mampu menyertai

perkhemahan secara berkumpulah selama 12 malam. Objektif kedua ialah untuk meningkatkan

pengetahuan para ahli perkhemahan. Manakala objektif terakhir ialah untuk melaksanakan

perlbagai akitiviti sewaktu perkhemahan.

21

Terdapat beberapa langkah yang harus dilaksanakan oleh ahli untuk menyiapkan tugasan

ini. Langkah pertama ialah mencetak keseluruhan fail yang telah disediakan. Langkah kedua

ialah mencari maklumat yang berkenaan daripada sumber yang dipercayai and tepat. Seterusnya

ialah mencatatkan maklumat yang tepat bedasarkan tugasan yang telah diarahkan. Kemudian,

ahli haruskan mempraktikkan dengan tepat berdasarkan keperluan tugasan. Ahli juga harus

melengkapkan borang dah akhir sekali kesemua tugasan M9 harus diserahkan kepada pemimpin

tepat pada waktu yang telah ditetapkan.

Antara tugasan-tugasan yang telah ditetapkan adalah ahli dikehendaki berkhemah secara

berkumpulan dalam patrol sekurang-kurangnya 12 malam. Selain daripada itu, peserta juga

hendaklah menyertakan foto perkhemahan dan menyenaraikan faktor penting dalam memilih

tapak perkhemahan. Ahli juga haruslah mementingkan beberapa kriteria dalam memilih tapak

perkhemahan serta kebersihan dan keselamatan tapak perkhemahan. Di samping itu, ahli juga

hendaklah menunjukkan cara-cara ahli menyimpan makanan. Selain itu, ahli juga haruslah

memaparkan foro tiga jenis gadjet yang ahli telah lakukan sewaktu perkhemahan. Akhir sekali,

ahli juga dikehendaki melampirkan salinan sijil-sijil atau surat pengesahan perkhemahan.

Gambar M9: Ahli haruslah mementingkan kebersihan tapak perkhemahan

22

TUGASAN M10 (A) : PENGETAHUAN- LENCANA AHLI KOMPUTER

Terdapat dua objektif bagi tugasan ini. Objektif pertama ialah untuk membuktikan

kebolehan ahli dalam menggunakan komputer. Objektif kedua ialah meningkatkan pengetahuan

ahli dalam kemahiran menggunakan komputer.

Langkah pertama bagi menyelesaikan tugasan ini adalah mencetakkan file yang telah

ditetapkan. Seterusnya, ahli dikehendaki membuat catatan dengan kemas dan mencari maklumat

yang berkenaan daripada sumber yang tepat. Ahli juga dikendaki mencatatkan maklumat yang

tepat bedasarkan tugasan yang telah diarahkan. Kemudian, ahli haruskan mempraktikkan dengan

tepat berdasarkan keperluan tugasan. Setelah itu, ahli dikehendaki menghantar softcopy hasil

rekaan ahli ke email penguji dan menghantar kesemua tugasan M10A kepada pemimpin.

Tugasan-tugasan yang telah ditetapkan bagi M10A ialah ahli hendaklah menghantar

email kepada penguji untuk mendapatkan nota yang berkaitan dalam komputer. Kemudian, ahli

dikehendaki mencatan dan merumus maklumat dalam nota ke dalam catatan ahli. Dengan

menggunakan Microsoft Office Word, ahli dikehendaki mereka bentuk satu Sijil Penyertaan bagi

aktiviti yang akan dijalankan. Dengan merujuk maklumat yang telah diberikan, ahli juga boleh

meletakkan reka grafik untuk menceriakan lagi sijil ahli.

Gambar M10(A): Ahli haruslah mempunyai kemahiran berkomputer

23

Selain daripada itu, ahli juga hendaklah mentafsirkan maklumat daripada sebuah carta.

Paint, Adobe Photoshop, Auto CAD merupakan antara program yang boleh digunakan oleh ahli

untuk melukis kompas silva, beg haversack serta lencana pengakap.

TUGASAN M10 (B) : PENGETAHUAN- LENCANA TUKANG MASAK

Dua objektif yang telah ditetapkan bagi tugasan ini ialah untuk membuktikan kebolehan

memasak ahli serta untuk meningkatkan pengetahuan para ahli dalam menyediakan makanan.

Langkah pertama bagi menyelesaikan tugasan ini adalah mencetakkan file yang telah

disediakan serta membuat catatan berdasarkan sumber yang benar. Seterusnya, ahli dikehendaki

melengkapkan borang dan menghantar kesemua tugasan M10B kepada pemimpin.

Tugasan-tugasan yang telah ditetapkan bagi M10B ialah ahli dikehendaki menjelaskan

makna dan terma bagi Tumis, Cincang, Parut, Seram Kuku, Manis-manis Buah dan sebagainya.

Kemudian, ahli hendaklah menemu-ramah ibu atau orang lain mengenai teknik masakan. Ahli

dikehendaki mencatat kesemua tekinik yang telah diajar oleh mereka. Seterusnya, ahli juga

dikehendaki masuk ke dapur dan memasak sendiri serta menghidangkan makanan seperti nasi

putih, telur goreng, kari ayam dan sebagainya. Akhir sekali, ahli boleh mengambil gambar foto

semua lauk-pauk yang telah disediakan.

24

Gambar M10(B) : Ahli haruslah mempunyai kebolehan memasak

TUGASAN M10 (C) : PENGETAHUAN- LENCANA AHLI ELEKTRONIK

Objektif bagi tugasan ini adalah untuk menunjukkan kebolehan dalam mengenali alat

elektronik dan untuk meningkatkah pengetahuan ahli dalam ilmu elektronik dan elektrik.

Oleh itu, terdapat beberapa langkah yang harus dilaksanakan oleh ahli. Langkah pertama

ialah mencetak fail serta mencatatkan maklumat daripada sumber yang sahih. Setelah

mendapatkan maklumat, ahli hendaklah melengkapkan borang dan menyerahkan hasil kerja

kepada pemimpin.

Antara tugasan yang terdapat di dalm M10C ialah untuk menjelaskan makna serta fungsi

bagi battery, resistor dan alat-alat elektronik yang lain. Ahli juga diberi peluang untuk bertanya

kepada mereka yang pakar di dalam bidang elektronik. Selain daripada ahli juga dikehendaki

membeli dan mendapatkan komponen-komponen elektronik seperti 9V battery, LED dan

Variable Resistor. Ahli juga dikehendaki mencari litar Simply DC Voltage, Linear Power

Supply, Blinking LED Circuit dan Simple Radio Circuit daripada internet.Kemudian, ahli

dikehendaki memasang litar di atas Breadboard untuk tujuan menguji dan memateri.

25

Gambar M10(C): Contoh litar yang telah dipasang

TUGASAN M10 (D) : PENGETAHUAN- LENCANA PENGETAHUAN

Antara objektif bagi tugasan ini ialah untuk menunjukkan kebolehan dalam mengenali

radio amateur dan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam kemahiran

perhubungan radio.

Langkah pertama bagi menyelesaikan tugasan ini ialah mencetak fail yang berkenaan

dengan tugasan yang telah disediakan. Langkah kedua ialah mencari maklumat daripada sumber

yang sahih. Kemudian, ahli harus mencatat maklumat dan melengkapkan borang dah akhir sekali

kesemua tugasan M9 harus diserahkan kepada pemimpin.

Tugasan pertama yang harus dilaksanakan ialah ahli dikehendaki belajar serta memahami

maklumat tentang Radio Amateur dan menduduki Ujian Radio Amateur yang dikendali oleh

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Seterusnya, ahli haruslah lulus ujian

tersebut dan mendapatkan callsign persendirian. Ahli juga haruslah menghubungu penguji

9W2KNW melalui Repeater RBB dengan protokol yang betul. Akhir sekali ahli haruslah

menghantar imej menggunakan SSTV pada saluran V22 kepada penguji.

26

Gambar M10(D): Ahli harus mengetahui cara menggunakan Radio Amateur\

TUGASAN M11: PERKHIDMATAN- AHLI PERTOLONGAN CEMAS

Tugasan seterusnya adalah perkhidmatan seseorang pengakap sebagai ahli pertolongan

cemas. Objektif tugasan ini adalah untuk memberi pengetahuan kepada ahli pengakap agar

berkebolehan memberikan perkhidmatan pertolongan cemas. Disamping itu, kemahiran ini juga

dapat meningkatkan dan menambahkan pengetahuan ahli pengakap sebagai seorang ahli

pertolongan cemas.

Untuk melayakkan seseorang pengakap menjadi ahli pertolongan cemas, maka mereka

haruslah menghadiri Kursus Pertolongan cemas peringkat rendah yang dianjurkan oleh Persatuan

Bulan Sabit Merah, St. John Ambulans, Pertahanan Awam atau mana-mana badan perubatan

yang diiktiraf. Selain itu mereka harus mencatatkan perkara yang mereka pelajari antaranya,

susunan anggota jasmani, urat nadi, balutan anduh, rawatan shock, rawatan tulang patah dan

CPR.

Selepas itu, ahli pengakap perlu membuat catatan dan mengumpulkan semua maklumat

yang mereka peroleh dari sumber yang benar. Catatan yang dilakukan haruslah tepat dan mereka

juga perlu mempraktikkan segala kemahiran dengan betul dan mengikut prosedur-prosedur yang

telah ditetapkan untuk melaksanakan pertolongan cemas. Ahli pengakap juga disarankan

melampirkan gambar foto sebagai bukti bahawa mereka telah berjaya menghadiri kursus untuk

menjadi seorang ahli pertolongan cemas. Seterusnya ahli pengakap perlulah melengkapkan

borang M11.

27

Gambar M11: Ahli harus tahu cara untuk melakukan pertolongan cemas.

TUGASAN M12A: PERKHIDMATAN- LENCANA KUARTERMASTER

Objektif tugasan ini adalah untuk melatih ahli pengakap supaya mampu menguruskan

bilik stor disamping meningkatkan pengetahuan dan tanggungjawab menjaga barangan

organisasi.

Untuk melayakkan seseorang pengakap menerima lencana ini, mereka dikehendaki

membantu kuartermaster kumpulan selama enam bulan secara berturut-turut. Selepas itu

pengakap haruslah melaporkan tentang tugas yang telah dilakukan. Disamping itu, ahli pengakap

juga perlu menerangkan kaedah penjagaan barang, cara menyimpan rekod alatan dengan mudah

dan berkesan, catatan keluar masuk alatan, sistem kod yang digunakan di dalam bilik stor

pengakap dan cara menyimpan dokumen penting seperti log kumpulan dan lain-lain. Aspek lain

yang juga perlu diambil kira ialah kemampuan seorang ahli pengakap untuk menyenaraikan

anggaran harga bagi barangan-barangan tertentu untuk keperluan persatuan seperti khemah,

dapur gas dan sebagainya. Akhir sekali mereka haruslah melengkapkan borang M12A.

Gambar M12(A): Antara tugas yang

perlu dilakukan oleh kuartermaster adalah memastikan inventori peralatan Pengakap adalah

lengkap.

28

TUGASAN M12B: PERKHIDMATAN- LENCANA AHLI KOMUNITI

Objektif tugasan ini ialah untuk menilai kebolehan ahli pengakap berkhidmat dalam

sesebuah komuniti dan meningkatkan pengetahuan dalam tugas dan tanggungjawab anggota

polis.

Oleh itu, mereka haruslah mencari maklumat dengan melawat ke balai polis berhampiran

dan mendapatkan maklumat-maklumat yang disenaraikan daripada pihak polis. Antara maklumat

yang perlu dikumpulkan adalah organisasi jabatan polis, bahagian-bahagian yang terdapat dalam

jabatan, mengetahui jenis perhubungan, sistem kecemasan serta kod fonetik yang digunakan

serta tugas-tugas anggota polis. Selepas itu catatan hendaklah dibuat dan pengakap haruslah

mampu mempraktikkan kemahiran dan ilmu yang telah diperolehi dengan betul. Kemudian

pengakap perlu melengkapkan borang pengesahan M12B dan mendapatkan tandatangan Ketua

Balai Polis.

29

Gambar M12(B): Ahli harus melawat Balai Polis berhampiran untuk mencari maklumat

TUGASAN M12C: PERKHIDMATAN- LENCANA PEMELIHARA

Dalam tugasan ini, ahli pengakap perlu memenuhi objektif tugasan iaitu menunjukkan

kebolehan memelihara alam sekitar dan meningkatkan kelestarian mengenai alam sekitar.

Sehubungan itu, ahli pengakap perlu mencari maklumat dan menerangkan sebab

pemeliharaan alam sekitar perlu dilaksanakan. Disamping itu mereka juga perlu menerangkan

tentang perkara-perkara seperti punca pencemaran air, hubungan haiwan, tumbuhan dan

manusia. Ahli pengakap juga perlu menggunakan beg kitar semula semasa membeli belah bagi

memenuhi tuntutan untuk memiliki lencana ini. Selain itu mereka juga perlu menjalankan kerja

pembahagian sampah di rumah sendiri dan mengambil gambar tentang proses pembahagian

sampah tersebut untuk disertakan di dalam rekod. Tugasan seterusnya di bawah lencana ini ialah

untuk menghasilkan enzim organic daripada sampah, tumbuh-tumbuhan atau buah-buahan. Dan

yang terakhir mereka juga perlu menghadiri dan menyertai Projek Pemeliharaan Alam Sekitar

yang dianjurkan oleh mana-mana pihak yang diiktiraf. Kemudian ahli pengakap perlu

melengkapkan borang M12C dan menyerahkannya pada pemimpin apabila mereka selesai

melaksanakan tugas-tugas yang telah diberikan.

30

Gambar M12(C): Ahli harus peka terhadap kebersihan alam sekitar

TUGASAN M12D: PERKHIDMATAN- LENCANA PEMADAM API

Objektif tugasan ini ialah untuk menunjukkan kebolehan dalam kebombaan dan

penyelematan seseorang ahli pengakap. Disamping itu tugasan ini dapat meningkatkan

pengetahuan seseorang ahli pengakap dalam ilmu kebombaan.

Antara tugasan yang perlu dilaksanakan ialah untuk mencari maklumat dengan menyertai

pasukan bomba sukarela tempatan sekurang-kurangnya 6 bulan. Ahli pengakap juga perlu

menghadiri kursus bomba yang diberikan oleh badan yang diiktiraf dengan pasukan bomba

sukarela yang telah dipilih. Kursus yang disertai harus merangkumi pengetahuan mengenai

pencegahan api, pengetahuan tentang bagaimana kebakaran boleh berlaku, jenis api, kelas

kebakaran, penggunaan alat pemadam api, jenis alatan menyelamat, operasi jentera menyelamat

dan pelan tindakan kebakaran.

Ahli pengakap juga dikehendaki menyertai sekurang-kurangnya sekali dalam Operasi

Menyelamat Kebakaran dibawah bimbingan anggota bomba kanan. Kemudian ahli pengakap

perlu membuat laporan tentang operasi yang telah disertai dan menyertakan lampiran gambar.

Akhir sekali ahli pengakap perlu mendapat pengiktirafan bertulis daripada Pasukan Bomba

Sukarela Tempatan yang mereka sertai sebelum melengkapkan borang M12D.

31

Gambar M12(D): Ahli belajar tentang kebombaan dan penyelematan

PENUTUP

Secara tuntas, sebelum melayakkan diri untuk mendapat lencana ini, seseorang Pengakap

mestilah terlebih dahulu mendapatkan Lencana Usaha dan DUA (2) Lencana Kepandaian -

Kategori Kegemaran. Lencana Maju merupakan salah satu usaha dalam memperkukuhkan lagi

kemahiran dan minat para Pengakap Muda dalam membina individu yang berkemahiran tinggi.

Ujian yang merangkumi cita-cita pengakap, kecergasan dan kesegaran jasmani, kemahiran

berpengakap, pengembaraan dan perkhidmatan ternyata dapat membuktikan bahawa aktiviti

Pengakap adalah merangkumi segala aspek kehidupan. Ilmu-ilmu yang diperoleh sepanjang

ujian itu mungkin tidak dapat dipelajari di tempat lain. Selain itu, para Pengakap Muda juga

berpeluang untuk menilai diri masing-masing dan berusaha untuk memaksimumkan keupayaan

diri.

32