Het Assignment

25
1.0 Kronologi Peristiwa 13 Mei 1969 Tanggal 13 Mei 1969 tercetus satu detik hitam dalam lipatan sejarah negara. Pertelingkahan kaum yang berlaku telah mengakibatkan negara kehilangan banyak nyawa dan kerugian harta benda. Ia mempunyai kaitan rapat dengan Pilihanraya Umum 1969 dan merupakan puncak manifestasi masalah perpaduan kaum di Malaysia. Dalam pilihanraya tahun tersebut banyak isu sensitif telah dibangkitkan dan ditimbulkan seperti bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Dalam pilihanraya tahun 1969 Parti Perikatan gagal memperolehi majorirti dua per tiga dalam Dewan Rakyat manakala Parti Gerakan Dan DAP yang berjaya memperolehi sebanyak 25 kerusi telah mengadakan perarakan di Kuala Lumpur sambil menghina bangsa Melayu. Hal ini memberikan tamparan hebat kepada orang Melayu dan akhirnya UMNO telah mengadakan perarakan balas sebagai bantahan terhadap penghinaan parti DAP dan Gerakan. Dalam suasana tegang dan penuh emosi maka tercetuslah peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa tersebut telah mengorbankan ramai orang dan telah mengakibatkan kerugian harta benda yang banyak. Ia juga telah menyebabkan negara kita telah menjadi tumpuan dunia. Sebenarnya masalah 13 Mei ini merupakan masalah perpaduan yang telah lama berakar umbi dalam masyarakat majmuk Malaysia sebelum tahun 1969 lagi. Masalah ini telah disebabkan oleh British yang telah memainkan peranan yang cukup besar untuk mewujudkan keadaan sedemikian rupa. 1.1 Faktor Yang Mempengaruhi Peristiwa 13 Mei 1969 1 Faktor Yang Mempengaruh i Peristiwa 13 Mei 1969 Dasar Pecah Dan Perintah Persatuan - persatuan Etnik Pendudukan Jepun Membangkitk an Soal Sensitif Pada Pilihanraya Umum 1969

Transcript of Het Assignment

1.0 Kronologi Peristiwa 13 Mei 1969

Tanggal 13 Mei 1969 tercetus satu detik hitam dalam lipatan sejarah negara. Pertelingkahan kaum yang berlaku telah mengakibatkan negara kehilangan banyak nyawa dan kerugian harta benda. Ia mempunyai kaitan rapat dengan Pilihanraya Umum 1969 dan merupakan puncak manifestasi masalah perpaduan kaum di Malaysia. Dalam pilihanraya tahun tersebut banyak isu sensitif telah dibangkitkan dan ditimbulkan seperti bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Dalam pilihanraya tahun 1969 Parti Perikatan gagal memperolehi majorirti dua per tiga dalam Dewan Rakyat manakala Parti Gerakan Dan DAP yang berjaya memperolehi sebanyak 25 kerusi telah mengadakan perarakan di Kuala Lumpur sambil menghina bangsa Melayu. Hal ini memberikan tamparan hebat kepada orang Melayu dan akhirnya UMNO telah mengadakan perarakan balas sebagai bantahan terhadap penghinaan parti DAP dan Gerakan. Dalam suasana tegang dan penuh emosi maka tercetuslah peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa tersebut telah mengorbankan ramai orang dan telah mengakibatkan kerugian harta benda yang banyak. Ia juga telah menyebabkan negara kita telah menjadi tumpuan dunia. Sebenarnya masalah 13 Mei ini merupakan masalah perpaduan yang telah lama berakar umbi dalam masyarakat majmuk Malaysia sebelum tahun 1969 lagi. Masalah ini telah disebabkan oleh British yang telah memainkan peranan yang cukup besar untuk mewujudkan keadaan sedemikian rupa.

1.1 Faktor Yang Mempengaruhi Peristiwa 13 Mei 1969

Rajah 1 : Faktor Yang Mempengaruhi Peristiwa 13 Mei 1969

1.1.1 Dasar Pecah Dan Perintah British

Disebabkan oleh dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh British telah menyebabkan berlakunya rusuhan etnik di Tanah Melayu. Dasar yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan yang berkesan diamalkan oleh penjajah British menyebabkan wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga pola penempatan kaum. Contohnya orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong dan kaum cina memiliki aset yang paling tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia. Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar bandar bekerja sebagai petani atau nelayan kecil. Manakala kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang. Pada hakikatnya kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah bercorak sara diri. Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang.

British mengamalkan dasar pecah dan perintah ini bertujuan untuk menyekat ketiga-tiga kaum ini daripada bersatu padu. British menyedari bahawa sekiranya tiga kaum utama ini bersatu maka akan menyebabkan kepentingan dan sumber ekonomi mereka akan terjejas. Masyarakat melayu terdiri dari petani dan nelayan di kampung, masyarakat cina pula telah mewarisi perniagaan secara turun temurun dan tinggal di bandar manakala masyarakat india bekerja sebagai penoreh getah dan tinggal di estet. Dasar ini telah berjaya direalisasikan bagi mewujudkan kelompok-kelompok etnik yang berdasarkan kegiatan ekonomi yang tinggal dalam kelompok masing-masing. Kesannya, interaksi antara kaum hanya terbatas di pasar sahaja. Ini melahirkan perasaan prasangka antara kaum yang telah mengapi-apikan lagi tercetusnya tragedi 13 Mei 1969.

1.1.2 Sistem Pendidikan Yang Berasingan

SebelumLaporan Razak dikemukakan, Malaysia tidak mempunyai satu asas atau sistem pendidikan nasional. Malah sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melayu sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. Keempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri dan berbeza antara kaum. Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat rendah sahaja. Manakala, kurikulum sekolah Cina dan India pula masing-masing berkiblatkan negara asal mereka, sukatan pelajaran serta buku-buku teks dan guru-guru yang mengajar juga telah dibawa dari Negara China dan India. Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik yang telah sedia wujud. Sekolah Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina dan India yang tinggal di bandar-bandar dan sebilangan orang Melayu yang terdiri daripada pembesar atau kerabat diraja.

Ketiadaan sistem pendidikan yang seragam ini menyukarkan semangat perpaduan sukar dicapai. Pelajar langsung tidak berpeluang untuk bergaul dengan pelajar atau etnik lain ini menyulitkan pembentukan persefahaman antara etnik. Disebabkan sukatan pelajaran kaum cina dan india berasal dari negara asal maka pemikiran anak-anak muda mereka berpaksikan kepada cara atau gaya hidup tempat asal leluhur meraka. Melalui pendidikan ini juga pengaruh daripada kehidupan dan adat resam serta merasakan kaum mereka lebih cemerlang wujud, sistem pendidikan yang tidak seragam juga boleh mewujudkan perasaan prasangka dan streotaip antara kaum. Keadaan ini menyebabkan sesetengah masyarakat dalam kaum yang berbeza ini memandang rendah terhadap kaum lain.

1.1.3 Perbezaan Agama Dan Kebudayaan

Perbezaan budaya dan agama merupakan salah satu lagi punca berlakunya masalah perpaduan kaum di Malaysia. Kaum Melayu sebahagan besarnya beragama Islam, kaum Cina beragama sama ada Buddha, Lao-Tze, Taoisme, dan Confucius manakala kaum India beragama Hindu. Disamping itu terdapat ramai juga yang beragama Kristian. Setiap kaum pula mempunyai kebudayaan yang berlainan dan ini menambahparahkan lagi masalah perpaduan kaum di Malaysia. Masalah perpaduan ini bukannya bermula disebabkan agama yang dianuti oleh kaum-kaum yang terdapat di Malaysia menggalakkan penganutnya memusuhi agama lain tetapi ia berpunca dari sikap jahil terhadap agama-agama lain hingga banyak perkara yang dilakukan secara tidak sengaja telah menyinggung emosi penganut agama lain. Inilah punca yang telah mengakibatkan peristiwa 13 Mei 1969 berlaku.

1.1.4 Aktiviti Ekonomi Yang Berlainan

Masyarakat Melayu kebanyakan terdiri daripada petani yang tinggal di kampung manakala masyarakat cina telah mewarisi pekerjaan turun temurun keluarga mereka iaitu beniaga dan kebanyakannya tinggal di bandar dan Masyarakat India pula bekerja sebagai penoreh di estet-estet dan tinggal di estet-estet. Kegiatan ekonomi yang berbeza ini telah mewujudkan jurang pendapatan yang berbeza anatara satu kaum dengan kaum yang lain. Ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dan persaingan ekonomi secara tidak sihat dan pada kemuncaknya berlakulah peristiwa 13 Mei 1969.

1.1.5 Persatuan - persatuan Etnik

Struktur masyarakat Malaysia yang terdiri dari berbagai-bagai kaum telah melahirkan banyak persatuan-persatuan politik sosial dan ekonomi yang berasakan kaum masing-masing. Perkara ini telah memperkuatkan lagi rasa kecurigaan di antara satu sama lain kerana persatuan-persatuan ini hanya memperjuangkan kepentingan kumpulan kaum yang diwakilinya sahaja tanpa menghiraukan kaum-kaum yang lain. Parti-parti politik yang berbentuk perkauman seringkali mengeksploitasi perbezaan-perbezaan yang wujud di kalangan kaum hingga menimbulkan rasa tidak puas hati yang ketara antara satu kaum dengan kaum yang lain.

1.1.6 Pendudukan Jepun

Salah satu punca permusuhan orang Melayu dengan Orang Cina ialah akibat Pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Ini kerana Jepun memberi layanan yang lebih istimewa kepada orang Melayu berbanding orang Cina kerana Jepun masih lagi dipengaruhi sentimen peperangan dengan negara China pada akhir kurun ke 19 dan awal kurun ke 20. Ini menyebabkan tentera Jepun bersikap pilih kasih dalam hal yang melibatkan kaum Melayu dan Cina. Jepun juga telah melantik orang Melayu sebagai askar dan polis berbeza dengan orang Cina yang tidak diberi peluang untuk menjawat sebarang jawatan. Ketika itu kebanyakan orang Cina menyertai MPAJA (Malaysian People Anti-Japanese Army). Keadaan bertambah buruk apabila kebanyakan tentera Jepun yang menyerang MPAJA ialah terdiri daripada orang Melayu dan ini telah menimbulkan persengketaan antara orang Melayu dengan Orang Cina dan kemuncaknya ialah pada 13 Mei 1969.

1.1.7 Membangkitkan Soal Sensitif Pada Pilihanraya Umum 1969

Semasa kempen pilihanraya tahun 1969 parti-parti politik yang bertanding telah memainkan isu-isu yang sensitif seperti kedudukan istimewa orang Melayu, soal bahasa dan kerakyatan untuk memancing undi daripada orang ramai. Ini telah menimbulkan pelbagai rasa tidak puas hati antara kaum dan akhirnya setelah memenangi kerusi yang agak banyak dan berjaya menafikan majoriti dua per tiga parti Perikatan, parti DAP dan Gerakan telah berarak untuk menghina orang melayu. Tambah memburukkan lagi keadaan ialah orang Melayu melalui UMNO telah mengadakan perhimpunan balas untuk menangkis penghinaan parti DAP dan Gerakan. Keadaan menjadi tidak terkawal dan akhirnya meletuslah peristiwa hitam 13 Mei 1969.

2.0 Cabaran Dan Kepentingan Tragedi 13 Mei 1969

Rajah 2 : Cabaran Dan Kepentingan Tragedi 13 Mei 1969

Selepas peristiwa 13 Mei 1969, kunci keamanan, keteguhan, kestabilan dan kemajuan pembangunan negara banyak bergantung kepada perpaduan dan kerjasama masyarakat Malaysia itu sendiri untuk mencapai perpaduan dan bukanlah satu perkara yang mudah. Ini adalah kerana memandangkan penduduknya yang terdiri daripada pelbagai kaum, berbeza dari segi agama, budaya, aktiviti, ekonomi, lokasi tempat tinggal, dan sebagainya. Usaha-usaha untuk menerapkan semangat perpaduan atau kekitaan di kalangan masyarakat sering menghadapi cabaran serta masalahnya.

Menurut Tan Sri Ghazali Shafie (1985) .... the road to a cohesive and proggressivesociety is a long and ardous one which to use the Malay phrase, is full of onak dan duri.Kenyataan di atas ternyata dapat kita simpulkan bahawa pelbagai cabaran yang perlu kita tempuhi bagi membina negara Malaysia yang unggul di mata dunia. Terdapat pelbagai cabaran yang di antaranya adalah cabaran sulung atau yang utama iaitu di mana cabaran kepentingan etnik dari aspek-aspek seperti berikut.

Cabaran yang pertama adalah aspek sosial, ini dapat lihat melalui empat paradigma yang berlainan iaitu dari sudut pemisahan fizikal, sistem pendidikan yang berasingan, polarisasi dalam kalangan pelajar dan kontrak sosial. Dari sudut pemisahan fizikal ianya berlaku dalam masyarakat negara ini yang timbul akibat daripada kesan dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh British sejurus menjajah Malaysia. Ketiga-ketiga kumpulan kaum ini bukan sahaja terasing daripada segi lokasi tempat tinggal, malahan mereka menjalankan jenis pekerjaan yang berbeza. Keadaan ini juga menyebabkan sesuatu golongan etnik itu tidak mengenal atau berpeluang berinteraksi dengan lebih kerap di antara sesama mereka khususnya mereka yang tinggal dalam wilayah yang berbeza. Hal ini berlaku akibat pemisahan fizikal yang disebabkan keadaan geografi di Sabah dan Sarawak yang terpisah oleh Laut China Selatan.

Contoh yang boleh kita nyatakan di sini adalah, kejahilan ilmu masyarakat Semanjung Malaysia dalam memahami cara hidup masyarakat Sabah dan Sarawak yang sedikit berbeza dari aspek budaya, keagamaan mahupun adat resam. Perkara sebegini mungkin akan berlaku jika semua etnik hanya mengambil berat tentang etniknya yang tersendiri sahaja. Maka, pastinya amat sukar sekali Malaysia untuk menjadi negara yang lebih maju sekiranya masyarakatnya terpisah dari sudut fizikal dan terasing dari arus pemodenan negara. Seterusnya, adalah dari sudut sistem pendidikan yang terasing.

Setiap golongan etnik mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri. Maksudnya di sini adalah, pelajar Melayu menuntut di sekolah Melayu dan menggunakan bahasa perantaraan bahasa Melayu, pelajar Cina menuntut di sekolah Cina dan juga menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantaraan. Manakala, pelajar India menuntut di sekolah Tamil dan menggunakan bahasa Tamil. Sistem persekolahan yang memisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda dan perbezaan etnik kurang memainkan peranan yang berkesan bagi memupuk integrasi dan persefahaman dalam kalangan pelajar. Situasi hanya akan menyebabkan interaksi mereka hanya terhad di antara etnik yang sama sahaja. Implikasi bagi hubungan etnik ini hanya memberikan kesan yang negatif kepada negara.

Semua etnik masing-masing mempertahankan bahasa ibunda mereka dan tidak akan menerima bahasa ibunda kaum yang lain. Ini adalah mereka akan menganggap adalah tidak wajar dan tidak penting untuk mempelajari bahasa kaum yang lain. Selain itu, adalah menjadi satu kemestian di mana setiap sekolah mengamalkan sistem pendidikan yang berbeza. Ianya akan memberikan impak yang kurang elok kepada penstrukturan negara kerana mempunyai corak pendidikan yang berbeza-beza. Tidak juga dilupakan bahawa golongan yang menuntut di sekolah itu juga akan terlahirnya para pemimpin untuk mentadbir negara Malaysia pada satu hari kelak. Sekiranya pemikiran mereka hanya disogok dengan etnik mereka sahaja, sudah pasti Malaysia tidak akan berada dalam keadaan yang aman. Bakal pemimpin negara ini juga mengalami kesukaran untuk mendapatkan kata sepakat daripada rakyatnya yang terdiri daripada etnik yang berbeza. Pastinya, amat sukar untuk kita memupuk masyarakat yang majmuk jika cabaran ini dianggap enteng oleh pihak yang berwajib. Dari sudut polarisasi dalam kalangan pelajar yang dapat kita lihat adalah masih lagi terdapat keterasingan pada peringkat sekolah rendah, kerenggangan pada peringkat sekolah menengah dan institut pengajian tinggi awam (IPTA) serta institut pengajian tinggi swasta (IPTS) masih wujud. Keadaan sebegini menyukarkan lagi proses hubungan etnik di Malaysia.

Implikasinya di sini adalah nilai-nilai bagi memupuk semangat kekitaan pada negara Malaysia tidak dapat diterapkan dengan berkesan kerana masih lagi terdapat jurang di antara semua kaum. Jika kita lihat, pada masa kini, masih ada lagi para ibu bapa yang kurang mempercayai untuk menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Kebangsaan. Mereka lebih mudah menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Jenis Kebangsaan kerana merasakan struktur pendidikan di sekolah tersebut dapat menjamin kecemerlangan akademik anak mereka. Sukar sekali untuk kita memaksa ibu bapa ini kerana mereka mempunyai satu perspektif yang perlu kita hormati. Walau bagaimanapun, tidak semua ibu bapa yang bertindak sedemikian.

Cabaran yang kedua adalah dari aspek ekonomi. Melalui aspek ekonomi terdapat dua perkara yang perlu ditekankan adalah penguasaan ekonomi dan perbezaan pekerjaan berdasarkan sektor ekonomi. Pertama, penguasaan ekonomi memperlihatkan jurang yang luas bagi setiap etnik. Majoriti kaum Melayu menguasai sektor pertanian yang memerlukan banyak tenaga sumber manusia dan berteknologi rendah. Bagi kaum Cina, yang umumnya menguasai sektor yang lebih maju seperti perniagaan, perdagagan dan menggunakan teknologi moden. Manakala, kaum India pula banyak terlibat dengan perladangan di estet getah dan kelapa sawit. Kenyataan di sini sudah membolehkan kita membuat satu kesimpulan iaitu terdapatnya jurang pendapatan yang begitu ketara dan tidak seimbang dalam ekonomi negara Malaysia.

Semua golongan etnik sentiasa mencuba untuk bersaing dalam ekonomi ini untuk berusaha mendapatkan hak dan keuntungan yang lebih besar. Penguasaan ekonomi yang berbeza serta jurang pendapatan yang tidak seimbang mengakibatkan ketidakstabilan dalam masyarakat majmuk. Justeru itu, implikasinya mengakibatkan ketidakpuasan hati bagi semua golongan etnik. Bagi kaum Melayu yang terlibat dalam sektor pertanian mendapat pendapatan yang sedikit dan berkemungkinan akan menghadapi dengan kemiskinan. Situasi yang sama juga akan berlaku terhadap kaum India yang di mana harga getah dan kelapa sawit adalah berlandaskan kepada keadaan ekonomi di dunia. Jika harga meningkat, maka, pulangannya tentu baik dan sebaliknya juga akan berlaku. Golongan etnik Cina pula akan terus mencari peluang-peluang keemasan dalam perniagaan dan mereka dapat hidup dalam hidup yang cukup mewah. Akan tetapi, mereka pasti berasa tidak puas hati yang di mana kebanyakan lubang perniagaan banyak diutamakan kepada kaum Bumiputera atau Melayu. Sudah tentu timbulnya persoalan di lubuk pemikiran mereka di mana hak mereka sedangkan selama ini mereka banyak menyumbang kepada ekonomi negara. Isu-isu sebegini merupakan perkara yang boleh menyebabkan negara kita bergolak.

Selain itu, dalam Rancangan Malaysia Kedua ada menyatakan perpaduan negara tidak boleh dicapai tanpa kesaksamaan dan keseimbangan yang lebih besar dalam kalangan kumpulan sosial dan etnik Malaysia melalui penyertaan mereka dalam pembangunan negara dan dalam perkongsian manfaat daripada permodenan dan pertumbuhan ekonomi. Sesungguhnya, perpaduan negara tidak boleh dipupuk seandainya sebahagian besarnya penduduk kekal miskin dan peluang pekerjaan produktif yang tidak mencukupi. Fenomena kemiskinan bukan sahaja terdapat di kawasan luar bandar tetapi juga di kawasan bandar. Keadaan ini boleh mengugat perpaduan negara kerana masalah kemiskinan hanya menonjol dalam kalangan kelompok etnik yang tertentu sahaja.

Cabaran yang ketiga adalah cabaran kepentingan etnik dari aspekpolitik iaitu di mana politik perkauman boleh menimbulkan perasaan kurang senang hati dan mengukuhkan semangat perkauman jika sesuatu tindakan diambil tanpa mendapat kata sepakat oleh semua pihak. Isu-isu perkauman seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan, dan ekonomi jika dipergunakan untuk tujuan berpolitik, pastinya, ia tidak akan menyumbang ke arah masyarakat yang bersatu padu. Implikasinya mengakibatkan semua etnik akan saling berusaha untuk mengekalkan identiti kaumnya sendiri tidak kira dari aspek bahasa dan budaya, mereka akan cuba untuk mempertahankan agar mereka juga mendapatkan hak yang sama rata. Selain itu, semangat taat setia pada negara Malaysia juga tidak wujud di kalangan etnik kerana masing-masing pasti ingin menaburkan bakti pada negara mereka sendiri. Lambang bendara Malaysia akan tinggal sebagai lambang sahaja jika semua etnik hanya mementingkan hak etnik masing-masing.

Cabaran yang keempat adalah cabaran nilai antara etnik yang menyatakan perbezaan dari segi agama, bahasa, dan kebudayaan lebih ketara dalam masyarakat majmuk. Kaum Melayu, Cina dan India mempunyai agama, bahasa dan kebudayaan yang berlainan. Perbezaan ini bertambah sukar apabila setiap kaum terus menebal dengan bahasa dan kebudayaan mereka sendiri. Implikasi di sini mengakibatkan anggota etnik lebih mengutamakan anggota daripada etnik yang sama dalam memilih sahabat, mendapatkan perkerjaan. Perkara ini seolah-olah sudah menjadi tegal atau taboo kerana ia memang sukar untuk diubah walaupun menggunakan ubatan atau teknologi yang moden sekali pun. Setiap etnik tidak mempunyai perasaan hormat menghormati dengan agama dan budaya etnik-etnik yang lain. Kesukaran untuk hidup dalam satu masyarakat yang sama pasti akan menimbulkan kekecohan di kawasan tersebut. Ini adalah berdasarkan mereka mempunyai masalah untuk berkomunikasi dalam bahasa yang difahami oleh semua etnik. Masalah ini pasti mewujudkan ketidakselesaan juga mereka melihat budaya yang sebelum ini belum pernah disaksikan oleh mereka. golongan etnik-etnik ini tentunya sukar untuk menerimanya dan tidak mungkin akan menerima apa-apa perubahan walhal ianya memberikan banyak faedah dalam kehidupan seharian mereka.

Cabaran yang kelima adalah cabaran globalisasi yang menunjukkan proses globalisasi serta pembaratan corak hidup berasaskan ekonomi dan politik barat merupakan cabaran yang perlu dihadapi oleh rakyat Malaysia pada masa kini. Implikasi daripada cabaran ini, jika dilihat dari sudut positif, kita dapat bergerak maju melalui pendedahan menggunakan teknologi yang tinggi serta pentadbiran yang sistematik menyebabkan Malaysia menjadi seperti yang dapat kita rasai perbezaannya kini. Namun demikian, pengaruh Barat ini juga mewujudkan pelbagai unsur-unsur yang negatif dari segi, budaya hedonisme atau budaya kuning yang telah berjaya menyesatkan para remaja yang bisa menjadi bakal pemimpin negara lenyap kerana budaya kuning yang songsang ini. Budaya kuning ini banyak memberikan nilai-nilai yang negatif seperti terlibat dalam kancah jenayah, pemakaian yang kurang sopan serta pergaulan yang melampaui batas. Dari segi sains dan teknologi yang memusnahkan kebanyakan golongan remaja terdedah dengan pornografi-pornografi yang menyongsangkan jiwa dan akidah remaja itu sendiri. Bermacam-macam keburukan yang memusnahkan alam sekitar, budaya hiburan dan penyalahgunaan sumber manusia dan bahan mentah juga datangnya daripada pengaruh Barat. Jelasnya di sini dapat dilihat, kehalusan dan ketimuran rakyat Malaysia semakin terhapus pengaruh Barat bagi merealisasikan wawasan negara. Tradisi dan adat resam kita pasti akan hilang juga kerana tiadanya insan yang ingin menjaganya daripada lupus arus pemodenan zaman.

3.0 Usaha Membentuk Perpaduan Kaum

Usaha membentuk perpaduan kaum merupakan satu perkara yang amat penting untuk membentuk satu negara yang utuh. Menyedari hakikat tersebut, kerajaan telah berusaha membentuk perpaduan kaum di negara Malaysia agar Malaysia mampu maju seiring dengan negara lain di dunia. Perpaduan boleh diertikan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh masyaralat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan Tanah Air. Perpaduan boleh dicapai melalui dua cara utama iaitu :

Integrasi Ia merupakan satu proses bagi mewujudkan identiti nasional di kalangan kumpulan-kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesuatu unit politik.

Asimilasi Ia merupakan satu proses bagaimana kumpulan-kumpulan minoriti diasimilasikan melalui perkahwinan campur dan sebagainya ke dalam kumpulan etnik yang lebih besar. Namun dalam jika ditelitikedua-dua aspek di atas kerajaan lebih banyak mengusahakan pembentukan perpaduan kaum melalui proses integrasi kerana melalui proses integrasi setiap etnik akan dapat berkongsi satu identiti nasional dan apabila ini berlaku maka secara logiknya akan wujudlah proses asimilasi. Namun begitu apa yang ingin difokuskan di sini ialah usaha kerajaan membentuk perpaduan selepas peristiwa 13 Mei 1969.

3.1 Usaha Segera Untuk Membentuk Perpaduan Selepas Peristiwa 13 Mei 1969

Rajah 3 : Usaha Segera Untuk Membentuk Perpaduan Selepas Peristiwa 13 Mei 1969

3.1.1 Mengisytiharkan Darurat

Ketika peristiwa 13 Mei 1969 berlakukeadaan amat tidak terkawal dan pertempuran antara kaum berlaku akibat suasana tegang. Untuk meredakan ketegangan keadaan ini kerajaan telah mengisytiharkan darurat pada 16 Mei 1969 di seluruh negara. Tujuan diisytiharkan darurat ialah pertama untuk menenangkan keadaan yang tidak terkawal. Kedua ialah untuk memberi masa kepada pihak yang terlibat bertenang dan berfikir secara rasional tindakan mereka. Ketiga untuk cuba menghentikan kekacauan yang berlaku dalam masa yang singkat.

3.1.2 Membentuk Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)

Setelah mengisytiharkan darurat di seluruh negara pada 16 Mei 1969 kerajaan telah menubuhkan Majlis Gerakan Rakyat (MAGERAN) yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu iaitu Tun Abdul Razak. Turut menganggotai MAGERAN ialah pemimpin-pemimpin parti politik, pegawai-pegawai kanan kerajaan dan pegawai-pegawai tinggi polis dan tentera. Antaranya ialah Tun Dr. Ismail, Tan Siew Sin, Tun G.T Sambatan, Dato Hamzah Bin Abu Samah, Tan Sri Muhammad Ghazali Shafie, Tan Sri Abdul Kadir Shamsuddin, Tan Sri Mohd Salleh Ismail dan Jeneral Tunku Osman Tunku Mohd Jiwa.

Fungsi utama MAGERAN ini ialah: Mengembalikan keamanan dan undang-undang negara. Menentukan pentadbiran yang licin dan sempurna. Mengembalikan suasana keharmornian dan kepercayaan antara kaum di Malaysia. Dengan wujudnya MAGERAN maka sistem kerajaan berparlimen telah digantung dan semua kuasa pentadbiran telah dipusatkan kepada MAGERAN. Fungsi kerajaan berparlimen mula dipulihkan semula pada 23 Februari 1971. 3.1.3 Menubuhkan Majlis Perundingan Negara Majlis perundinganNegara telah ditubuhkan pada bulan Januari1970 untuk membentuk perpaduan antara kaum di Malaysia. Majlis Perundingan Negara telah dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak. Ahli-ahli majlis ini terdiri daripada wakil-wakil: i. Menteri-menteri yang menganggotai MAGERANii. Kerajaan-kerajaan Negeriiii. Parti-parti Politikiv. Sabah dan Sarawakv. Kumpulan-kumpulan Agamavi. Badan-badan Profesional.vii. Perkhidmatan Awamviii. Kesatuan Sekerja Dan Persatuan Majikanix. Wartawanx. Persatuan Guru-guruxi. Kumpulan MinoritiFungsi utamaMajlis Perundingan Negara ini ialah untuk meneliti isu-isu perpaduan negara serta mencari jalan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang melibatkan pelbagai kaum. Ia juga bertindak sebagai penasihat kepada MAGERAN mengenai perkara-perkara yang bersangkutan dengan perhubungan dan integrasi kaum di Malaysia. 3.1.4 Memperkenalkan Rukun NegaraMenyedari masyarakat berbilang kaum di Malaysia tidak mempunyai satu hala yang jelas maka kerajaan telah memperkenalkan rukun negara untuk memberi garis panduan yang lebih jelas kepada masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Rukun negara adalah manifestasi idealogi nasional dengan tujuan untuk mencapai perpaduan di kalangan rakyat tanpa mengira kaum, warna kulit, bangsa dan agama. Konsep rukun negara yang dibentuk oleh MAGERAN ini pada asasnya ialah untuk membentuk corak masyarakat Malaysia berdasarkan prinsip hidup yang telahpun wujud dan boleh dijadikan pegangan masyarakat Malaysia. Antaranya ialah: 1) Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat2) Memelihara cara hidup demokratik3) Mencipta suatu masyarakat yang adil dan kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama4) Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi yang kaya dan pelbagai corak5) Membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi

Konsep rukun negaratelah dibahagikan kepada lima prinsip iaitu: 1) Kepercayaan Kepada Tuhan2) Kesetiaan kepada Raja Dan Negara3) Kedaulatan Undang-undang4) Keluhuran Perlembagaan5) Kesopanan Dan Kesusilaan

3.1.5 Pembentukan Majlis Muhibah

Majlis Muhibah ini telah ditubuhkan atas arahan daripada MAGERAN. Majlis ini telah diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Ia diadakan di setiap peringkat iaitu peringkat pusat, daerah negeri dan kawasan. Ini bertujuan untuk memastikan matlamat penubuhan majlis ini berjaya di segenap lapisan masyarakat Malaysia. Majlis ini berperanan untuk menggalakkan perkembangan muhibah di kalangan pelbagai kaum dan berusaha ke arah memulihkan kembali kepercayaan dan keyakinan di kalangan pelbagai kaum di Malaysia yang telah musnah akibat peristiwa hitam 13 Mei 1969.

3.1.6 Penyusunan Semula Politik (Barisan Nasional)

Apabila berlakunya masalah 13 Mei, kebanyakan parti-parti politik mula menyedari pentingnya bersatu dalam satu barisan yang menggabungkan pelbagai kaum. Justeru wujudlah Barisan Nasional yang lahir atas kesedaran untuk mengatasi masalah perpaduan kaum akibat peristiwa 13 Mei 1969. Ia dianggotai oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Kongres India Malaysia (MIC) dan Persatuan Cina Malaysia (MCA) serta enam lagi parti politik. Tujuan pembentukan Barisan Nasional ialah untuk mengurangkan perpecahan politik dan sesuai dengan pindaan Perlembagaan 1971. Rombakan politik ini telah berjaya menampakkan hasil yang cukup memberangsangkan kerana semua pihak semakin mula memahami kepentingan perpaduan kaum.

4.0 Cadangan Untuk Mengekalkan Perpaduan Kaum Di Malaysia

Perpaduan merupakan perkara yang amat mustahak untuk mengekalkan keharmonian dan kedamaian di sesebuah negara. Negara yang aman dan damai dapat menjamin kebahagiaan dan keselamatan rakyatnya. Negara yang mengamalkan perpaduan dapat mencapai kemajuan dengan mudah serta tidak mudah ditakluki kuasa asing.

Antara cara mengekalkan perpaduan dalam sesebuah negara ialah dengan memupuk semangat partiotisme di kalangan rakyatnya. Kita haruslah berbangga menjadi seorang rakyat Malaysia dan menyayangi negara kita. Kita perlu mengenali serta menghormati raja dan pemimpin negara kita kerana mereka yang berusaha mengekalkan keamanan dan kesejahteraan negara. Usaha-usaha mereka untuk memajukan negara haruslah sentiasa disokong, bukannya dikritik. Perjuangan tokoh-tokoh negara seperti Tunku Abdul Rahman yang memainkan peranan yang penting dalam memperjuangkan kemerdekaan negara haruslah diambil tahu dan dihargai. Tanpa pejuang seperti mereka, negara kita mungkin masih di tangan penjajah asing.

Justeru, lambang-lambang kebesaran negara seperti bendera, lagu kebangsaan dan jata negara juga harus dikenali dan dihormati oleh setiap warganegara Malaysia. Bendera negara kita, Jalur Gemilang haruslah dikibarkan dengan penuh semangat dan dihormati sebagai sesuatu yang suci. Kita tidak harus membenarkan bendera negara dipijak, dibuang atau dibakar sebaliknya harus berbangga bahawa Jalur Gemilang sedang berkibar di tiang bendera tertinggi di dunia. Kita juga harus berdiri tegak semasa menyanyikan lagu negaraku, menghayati liriknya dan menyanyikannya dengan penuh bersemangat. Kita juga harus menjaga dan mempertahankan maruah dan kemerdekaan negara. Sejarah negara kita juga turut amat membanggakan kerana kita memperolehi kemerdekaan tanpa pertempuran atau pertumpahan darah.

Seseorang rakyat haruslah sentiasa bersifat setia dan sayang akan negaranya. Kita juga harus taat kepada raja dan pemimpin serta tidak mengkhianati negara. Pengkhianatan terhadap negara merupakan perbuatan yang tidak dapat dimaafkan. Kita harus menjaga dan mempertahankan maruah dan bangsa negara dengan bersedia berkorban apa sahaja untuk mempertahankan maruah dan kemerdekaan negara. Kita juga harus sentiasa peka terhadap isu dan masalah tentang bangsa dan negara serta cara mengatasinya.

Semangat kekitaan juga amat penting dalam mengekalkan perpaduan di sesebuah negara. Semangat kekitaan dapat diamalkan dengan memupuk amalan bertolak ansur dan bertoleransi antara masyarakat. Kita haruslah sanggup bertolak ansur, sabar, dan mengawal diri demi mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup. Sifat bersatu-padu antara masyarakat yang berbilang kaum amat penting untuk mewujudkan keharmonian dan semangat berjuang untuk negara, bukannya untuk bangsa atau kaum sendiri. Kita harus sentiasa hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa mengira kedudukan, bangsa atau agama. Kita tidak berhak mengkritik atau mengutuk adat resam dan kepercayaan kaum lain.

Selain itu, sifat berdisiplin juga amat penting dalam memupuk perpaduan. Peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan haruslah dipatuhi untuk kesenangan semua pihak. Seseorang rakyat haruslah berakhlak dan berbudi pekerti mulia untuk membolehkan berinteraksi dengan mudah. Rakyat yang peramah dan berakhlak sudah tentu dapat meningkatkan reputasi negara. Kita haruslah berkelakuan sopan supaya tidak dilabelkan sebagai rakyat yang biadap atau kurang ajar. Seseorang rakyat juga haruslah mempertahankan serta menjunjung Perlembagaan Negara untuk mewujudkan keamanan dalam negara. Rakyat yang bersifat amanah dan jujur akan dipercayai oleh orang lain dan ini akan membawa perpaduan antara rakyat.

Seterusnya, rakyat juga harus berusaha dengan gigih dan bersifat produktif untuk memajukan negara. Rakyat yang rajin dan gigih dapat meningkatkan prestasi ekonomi negara dan taraf hidup mereka. Mereka harus bersifat berdikari dalam mengusahakan sesuatu tanpa bergantung kepada bantuan kerajaan pada setiap masa. Rakyat juga harus tabah menerima sesuatu cabaran atau pembaharuan dalam negara tanpa menjejaskan perpaduan negara. Misalnya apabila berlakunya Kegawatan Ekonomi 1998, rakyat Malaysia telah bersatu-padu demi menghadapi cabaran yang dihadapi dan bergabung tenaga untuk memajukan ekonomi negara semula. Kita haruslah bekerjasama untuk memghadapi apa jua cabaran dalam negara dan setiasa memastikan wujudnya perpaduan di kalangan rakyat.

Justeru, aktiviti kemasyarakatan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan dan bukan kerajaan perlu diberi perhatian. Bagi memastikan perpaduan terus berkekalan, Jawatankuasa Komuniti taman-taman perumahan boleh merancang dan melaksanakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan taman. Sebagai contohnya, aktiviti ini bukan sahaja menggalakkan ahli masyarakat menyingsing lengan membersihkan longkang, mengutip sampah dan menanam pokok bunga malah memberi peluang kepada mereka untuk bersemuka, bertegur sapa dan saling memahami hati budi antara satu sama lain. Dengan ini, perpaduan kaum merupakan wadah penting kepada kesejahteraan masyarakat sama ada pada peringkat global dan glokal akan dapat dimantapkan.

Seterusnya,Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan telah mengadakan sambutan secara meriah untuk meraikan perayaan kaum dan agama di negara. Sambutan tersebut telah diadakan di peringkat kebangsaan dan melibatkan segenap lapisan masyarakat. Sambutan ini yang dikenali sebagai Rumah Terbuka Malaysia yang diadakan di beberapa lokasi utama di negara ini. Oleh hal yang demikian, perhimpunan perpaduan seumpana ini bukan sahaja dapat memupuk perpaduan malah dikagumi oleh pelancong asing seantareo pelosok dunia. Justifikasinya, Rumah Terbuka Malaysia yang diadakan setiap tahun dapat mewujudkan keamanan dan kemakmuran rakyat untuk meneruskan kehidupan di negara ini.

Secara kesimpulan, kehidupan manusia bukanlah sekadar memerlukan angin, hujan, makan, dan minum sahaja. Kehidupan kita akan terus bermakna jika kita bebas ke mana-mana sahaja, bebas bekerja dan bebas mengemukakan pendapat. Lantaran itu, untuk mengecapi kebebasan ini, perpaduan yang ada perlu dikekalkan dan terus dimantapkan. Dengan itu, semua pihak haruslah bermuafakat untuk terus mengekalkan perpaduan negara kerana membina perpaduanmemakan masa puluhan tahun tetapi meranapkannya akan mengambil masa sehari.

5.0 Penutup

Sejak Negara kita mencapai kemerdekaan sejak 57 tahun lalu, banyak cabaran dan dugaan yang telah dilalui oleh negara dan yang paling utama diantaranya adalah mewujudkan perpaduan dikalangan kaum yang pelbagai ini. Peristiwa hitam 13 Mei 1969 haruslah diambil sebagai pengajaran dalam mewujudkan persepakatan diantara kaum. Semua masyarakat haruslah berganding bahu dalam membantu mewujudkan Negara yang harmoni.

Hubungan etnik yang mantap sangat perlu dalam kalangan rakyat sesebuah negara yang mempunyai kepelbagaian dari segi agama, bahasa, budaya dan etnik. Persoalan hubungan etnik, perpaduan dan integrasi amat penting bagi mewujudkan kestabilan politik dan seterusnya pembangunan negara berjalan rancak tanpa sebarang gangguan. Perpaduan dan Integrasi penting supaya tenaga negara dapat disalurkan kepada memajukan negara daripada digunakan untuk menyelelsaikan masalah yang wujud daripada kepelbagaian etnik.6.0 Rujukan

1. Ramlah Adam, 'Biografi Politik Tunku Abdul Rahman Putra'. Dewan Bahasa dan Pustaka, 2004.

2. Buku teks: Perkembangan Hubungan Etnik Di Malaysia: Nafisah Kamariah bt. Hj. Ismail, Mohamad Khadafi b. Hj. Rofie, Nor Hanani bt. Ismail & Ghafirah b.t Idris.

3. Tunku Abdul Rahman Putra, '13 Mei - Sebelum dan Selepas'. [1]

4. Leon Comber, "13 May 1969, A Survey of Sino-Malay Relations",Heinemann

5. http://c4-bmpengurusan.blogspot.com/

6. http:wordpress.com/tirai-kemerdekaan-negara/dari-tanah-melayu-ke-penubuhan-malaysia/konflik-etnik-dan-ras/

7. http://www.slideshare.net/jass388/peristiwa-13-mei

8. http://www.angelfire.com/on2/ulchelah/MASALAH13MEI.html

9. http://www.scribd.com/doc/21216903/Pengajian-Malaysia

1