Kelapa

download Kelapa

of 28

description

perosak dan fisiologi

Transcript of Kelapa

  • KELAPACocos nucifera (Arecaceae)

  • Hanya ada satu spesies kelapa. Orang Portuguese beri nama Coco dan orang Inggeris lengkapkannya dengan nama nut. Lazimnya kelapa ditanam secara selingan dengan tanaman-tanaman lain seperti koko, kopi, dsb., dan akhir-akhir ini secara bersepadu dengan ternakan.

  • AsalPokok kelapa luas tersebar serata gususan tropika (pantropika) dari sempadan Lautan India dan Pasifik, iaitu di antara pantai timur Lautan India dan pantai barat Lautan Pasifik, antara 26U dan 26S. Bagaimana pula kelapa terdapat di merata dunia, juga Bahamas dan selatan Florida? Catatan kelapa merentasi Lautan Atlantik dari Afrika ke Amerika hanya terdapat selepas Abad ke-16.

  • Sejarah

    Kelapa ialah sumber minyak sayuran yang pertama diguna untuk masakan hingga 1960an apabila terdapat sumber minyak masak lain daripada kacang soya, kacang tanah, jagung, dsb.Kebanyakan kawasan kelapa di Malaysia diusahakan oleh pekebun kecil bercampur bersama-sama pokok koko, kopi, nanas, pisang, dan buluh rebung sebagai tanaman selingan dan lain-lain tanaman kontan. Ada juga terdapat disepadukan dengan ternakan lembu, kambing dan ayam kampung. Terdapat juga estet yang menumpu semata-mata kepada pengeluaran kelapa kering atau kopra, buah segar, dsb.

  • StatistikPengeluar terbesar (ton) dunia (2002)________________________________1. Filipina (30%)(19.5 juta) (Industri bernilai USD 800 juta).2. Indonesia (26%)(15.32 juta)3. India (18%)(10,9 juta)4. Brazil (5%)(2.76 juta)5. Sri Lanka (4%)(2.2 juta)6. Siam (3%)(1.72 juta)7. Mexico (2%)(1.25 juta)8. Vietnam (2%)(1.1 juta)9. Malaysia (1%)(0.5 juta)10. PNG (1%)(0.5 juta)(Dicatat > 60 juta ton buah setahun dari11. Tanzania (0.75%) (0.37 juta)>11 juta Ha dalam 92 buah negara)________________________________

  • Hasil utama dari kelapa1. Kopra, iaitu isi kelapa kering (endosperma).2. Minyak masak, santan, dsb.3. Air kelapa muda sebagai minuman bersantai (air steril asli, isotonik).4. Sap tandan (bunga) dijadikan gula nira kelapa, tuak, cuka, dsb.

    Nilai tambah dari kelapa buangan.1. Hampas kelapa sebagaimakanan ternakan.2. Coir atau serat sabut untuk pelbagai guna dalam industri motor dan pertanian.3. Buat penyapu lidi, anyaman, dsb.4. Hiasan untuk pelanskapan dan kraf tangan.5. Umbut kelapa untuk sayuran.

  • MORFOLOGIPokok kelapa adalah tanaman monokotiledon, ia tidak berakar tunjang atau berbatang kayu, mahupun bercabang-cabang. Berikut ialah ciri-ciri seterusnya.Batang - hanya satu, tetapi jarang sekali terjumpa batang kelapa bercabang dua. Terdapat dua kultivar kelapa, iaitu Tall yang digelar Cocos nucifera var. typica dan Dwarf yang digelar Cocos nucifera var. nana. Contoh kv. Tall ialah Pacific tall (sn. Panama tall) dan Atlantic tall (sn. Indian, Ceylon, Malayan, Philippine dan Jamaican tall), manakala contoh kv Dwarf ialah kelapa gading atau Malaysian Yellow Dwarf.

  • Akar - jenis serabut fibrus seperti kelapa sawit, tiada akar tunjang.

  • Daunbesar, jenis pinnate dengan >200 leaflet, tumbuh satu berganti satu setiap bulan hingga ada 30 pelepah bagi sebatang pokok. Jika daun pucuk atau umbut tercedera, pokok akan mati.

  • Bunga setandan (spadix) berwarna putih-kekuningan dan muncul di atas ketiak pelepah daun. Terdapat kedua-dua seks dalam setandan tetapi terasing (polygamomonoecious).

    Bunga jantan menggorak dahulu daripada betina (protandrous) dan berbunga tidak mengira musim. Lazimnya kv Tall jenis pendebungaan kacuk (cross), manakala kv Dwarf jenis pendebungaan sendiri (self).

  • Buah

    agak besar berukuran 30 x 34 cm. Terdapat 3 lapisan, iaitu kulit eksokarpa dan mesokarpa (sabut) dan endokarpa yang termasuk tempurung. Di dalamnya terdapat endosperma (isi), tombong (seed) dan air. Pada tampuknya terdapat 3 mata tempurung (stoma). Biji benih dalam tempurung bercambah dengan akar radikel menembusi satu daripada mata ini. Isi kelapa (endosperma) kaya dengan lelemak, protein, Fe, P dan Zn, tetapi kurang gula. Air kelapa muda ialah campuran endosperma cair yang mana sebahagian jadi jelly. Buah menjadi matang dalam 10-12 bulan; jika hendak guna sabutnya buah perlu dikait 1 bulan awal, dan jika hendak menjual kelapa muda buah perlu dikait pada umur 7 bulan.

  • PenanamanBiasanya sesuai dengan semua tanah asalkan ada air (150-250 cm th-1; 70-80% RH), pH 5.0-7.0, ditanam
  • Semaian

    Batas disediakan seperti batas sayur-sayuran, tanah digemburkan peroi dan biasanya dicampur dengan sedikit CIRP. Buah kelapa matang yang dibuat benih, iaitu yang berair dan tidak komeng. Lazimnya dihiris sedikit kulit di pangkal buah supaya memudahkan akar untuk menembusi stoma, iaitu lebih mudah menembusi sabut dan tumbuh terus ke tanah, begitu juga dengan kemunculan pucuknya.

  • Pananaman ke lapangan

    Jarak tanaman ialah 9 m2, lazimnya akan mendapat 100 -160 batang pokok Ha-1, bergantung kepada jenis tanaman selingan yang diusahakan.

  • MembajaBiasanya tidak dilakukan jika di kawasan tanah pantai, tetapi di kawasan pendalaman salt fertilization atau sedikit taburan garam di pangkal pokok dibuat selain pembajaan biasa, iaitu N, P, K, Mg dengan nisbah 8.4 N : 7.6 P2O5 : 17.7 K2O : 0.8 MgO (kg ha-1 th-1) (Urea : CIRP : MOP : Dolomite/Kieserite). Jika menanam APM (adult palm mature) perlu guna nisbah 1 : 1 : 2 (UREA:CIRP:MOP).

  • Pungutan hasilBuah kelapa dikait setiap 3 bulan, purata 50-70 biji kelapa masak tua dapat diturunkan sepokok dalam setahun. Biasanya buah dikait dengan galah, tetapi beruk terlatih masih digunakan lagi. Kelapa matag mudah diambil kerana rendah. Kelapa tua dijadikan kopra, iaitu setelah dibelah dua isi kelapa dijemur selama 3-5 hari atau mengguna rumah asap (kiln), seperti dalam gambarajah. Kemudiannya isi diasingkan dan dikeringkan lagi hingga mencapai 5-6% kandungan air, selepas mana ia sudah sedia untuk diperahkan minyaknya. Boleh juga dimasakkan santan untuk jadikan minyak.

  • PemprosesanPelbagai produk kelapa kini dihasilkan, seperti: a. Kelapa kering (Kopra) b. Santan dalam tin c. Kelapa parut kering (2.5% MC) dalam tin untuk sira (bakery) d. Minyak masak dan margerin e. Obat seperti kelapa dara, dsb. f. Decorasi, anyaman, kraf tangan, dll. g. Umbut kelapa atau palm-cabbage sebagai sayur delikasi. h. Tombong atau marshmallow-like sprout sebagai makanan tit-bits.

  • Serangan penyakit dan serangga perosak1. Lethal yellowing (Cadang-cadang) oleh mikrob viroid yang menjadikan pokok terbantut dan tidak subur menghijau (kekuningan), akhirnya mati. Mula-mula buah membulat (tidak bujur) dan diikuti klorosis daun serta jambak bunga tumbuh terbantut, begitu juga pelepah mengecil. Punca penyakit adalah dari Filipina. Dalam masa kebelakangan ini tidak ada laporan penyakit ini menular di Malaysia. Begitupun, sudah terdapat satu kv resistan Maypan.

  • Bintik daun Pestalotiopsis spterutama pada pokok dalam semaian menunjukkan nekrosis daun berbentuk bulat berselerak, juga terdapat pada pokok semaian kelapa sawit. Oleh kerana kejadian jarang-jarang berlaku, anak-anak pokok ini dimusnahkan agar sumber inokulum terhapus.

  • Kumbang daun (Promecotheca cumingi)pula menyerang daun pokok kelapa dewasa. Pelepah yang diserang kelihatan kering terkulai, tisu daun dimakan kedua-dua larva dan dewasa selari dengan urat daun mengakibatkan daun tinggal lidi serta tidak mampu menyokong tandan buah. Jarang sekali serangannya serius, oleh itu semburan insektisid sudah memadai.

  • Kumbang daun Plesispa reicheilazimnya menyerang anak pokok dalam semaian. Kedua-dua peringkat dewasa dan larva terdapat dalam kelepet daun muda yang masih kuncup, memakan lapis permukaan

    Daun selari dengan tulang daun; apabila mengembang, Kelihatan tompok-tompok kering yang kemudiannya terkoyak-koyak. Lazimnya menjarangkan anak benih dalam nurseri dapat mengurangkan serangan selain daripada semburan dengan insektisid.