KELAPA WANGI.docx

28
KELAPA WANGI (Dipetik dari majalah Teknotani April 1999) Kelapa Wangi atau Kelapa Pandan adalah sejenis kelapa rendah yang terkenal dengan air dan isinya yang berperisa daun pandan. Kegunaan kelapa wangi adalah sebagai kelapa muda yang lebih dikenali sebagai kelapa botak dan kelapa telur. Kelapa botak dihasilkan dengan memotong satu pertiga bahagian sabut di bahagian hujung buah bagi menampakkan isi kelapa muda. Pada ketika ini airnya manis dan begitu juga dengan isinya. Isinya masih lembut dan enak. Kelapa telur dihasilkan dengan mencungkil keluar keseluruhan isi putihnya dengan menggunakan sejenis pisau yang diperbuat daripada tanduk kerbau. Pada ketika ini airnya tersangat manis dan lapisan isi muda terbentuk penuh, pejal dan lembut. Jangka hayat kedua-dua produk ini boleh dipanjangkan dengan membungkusnya menggunakan 'parafilm' dan disimpan sejuk 2 C. Buah kelapa muda ini berbentuk bulat, bujur atau di antara bulat dan bujur. Apabila matang buah bentuk bulat dan berbiku tiga. Warna kulit buah ialah hijau dengan sedikit keperangan dan bertukar menjadi perang apabila matang. Saiz buah tua lebih kecil daripada buah muda. Mesokap berwarna putih. Ia mula mengeluarkan hasil apabila mencapai umur 3-4 tahun selepas ditanam di ladang. Ketika berumur tiga tahun pengeluarannya hanya 40-50% dan mencapai 100% apabila berumur empat tahun. Pokok kelapa wangi mengeluarkan 12-18 jambak bunga setahun. Purata bilangan buah setandan ialah 10-15 tetapi boleh berkurangan pada musim kemarau atau jika kawasan dibanjiri air. Setahun (tahun ke 13) ia boleh mengeluarkan 130-175 biji buah kelapa muda sepokok. Dalam satu hektar (208 pokok) jumlah pengeluaran boleh mencapai 36,000 - 49,000 buah kelapa muda setahun. Kandungan air bagi sebiji ialah lebih kurang 330 ml. Oleh kerana kelapa wangi ini ditanam untuk kegunaan kelapa muda peringkat kematangannya perlu diketahui. Peringkat Satu Lapisan Isi buah kelapa muda terbentuk pada hujung (bawah) buah. Isi buah kelapa ang terbentuk masih terlalu nipis dan kelihatan seperti agar- agar. Di bahagian hujung yang terdapat tangkai (atas), isi kelapa masih belum terbentuk dan tempurung masih berwarna kuning. Sekiranya buah dibelah, hanya separuh daripada keseluruhan tempurung telah dipenuhi isi. Pada peringkat ini tidak sesuai dipetik. Peringkat Satu Setengah Lapisan Di peringkat ini isi buah kelapa telah memenuhi keseluruhan buah.

Transcript of KELAPA WANGI.docx

Page 1: KELAPA WANGI.docx

 

KELAPA WANGI(Dipetik dari majalah Teknotani April 1999)

Kelapa Wangi atau Kelapa Pandan adalah sejenis kelapa rendah yang terkenal dengan air dan isinya yang berperisa daun pandan.

Kegunaan kelapa wangi adalah sebagai kelapa muda yang lebih dikenali sebagai kelapa botak dan kelapa telur.  Kelapa botak dihasilkan dengan memotong satu pertiga bahagian sabut di bahagian hujung buah bagi menampakkan isi kelapa muda.  Pada ketika ini airnya manis dan begitu juga dengan isinya.  Isinya masih lembut dan enak.

Kelapa telur dihasilkan dengan mencungkil keluar keseluruhan isi putihnya dengan menggunakan sejenis pisau yang diperbuat daripada tanduk kerbau.  Pada ketika ini airnya tersangat manis dan lapisan isi muda terbentuk penuh, pejal dan lembut.  Jangka hayat kedua-dua produk ini boleh dipanjangkan dengan membungkusnya menggunakan 'parafilm' dan disimpan sejuk 2 C.

Buah kelapa muda ini berbentuk bulat, bujur atau di antara bulat dan bujur.  Apabila matang buah bentuk bulat dan berbiku tiga.  Warna kulit buah ialah hijau dengan sedikit keperangan dan bertukar menjadi perang apabila matang.  Saiz buah tua lebih kecil daripada buah muda.  Mesokap berwarna putih.

Ia mula mengeluarkan hasil apabila mencapai umur 3-4 tahun selepas ditanam di ladang.  Ketika berumur tiga tahun pengeluarannya hanya 40-50% dan mencapai 100% apabila berumur empat tahun.  Pokok kelapa wangi mengeluarkan 12-18 jambak bunga setahun.  Purata bilangan buah setandan ialah 10-15 tetapi boleh berkurangan pada musim kemarau atau jika kawasan dibanjiri air.  Setahun (tahun ke 13) ia boleh mengeluarkan 130-175 biji buah kelapa muda sepokok.  Dalam satu hektar (208 pokok) jumlah pengeluaran boleh mencapai 36,000 - 49,000 buah kelapa muda setahun.  Kandungan air bagi sebiji ialah lebih kurang 330 ml.  Oleh kerana kelapa wangi ini ditanam untuk kegunaan kelapa muda peringkat kematangannya perlu diketahui.

Peringkat Satu Lapisan

Isi buah kelapa muda terbentuk pada hujung (bawah) buah.  Isi buah kelapa ang terbentuk masih terlalu nipis dan kelihatan seperti agar-agar.  Di bahagian hujung yang terdapat tangkai (atas), isi kelapa masih belum terbentuk dan tempurung masih berwarna kuning.  Sekiranya buah dibelah, hanya separuh daripada keseluruhan tempurung telah dipenuhi isi.  Pada peringkat ini tidak sesuai dipetik. 

Peringkat Satu Setengah Lapisan

Di peringkat ini isi buah kelapa telah memenuhi keseluruhan buah.  Tempurung kelapa yang masih terdedah tidak kelihatan kecuali kawasan sebesar syiling lima puluh sen di mana tempurung di bahagian tersebut hanya diliputi oleh isi buah yang terlalu nipis seperti agar-agar.  Kelapa wangi di peringkat ini masih dianggap terlalu muda dan tidak sesuai untuk dipetik. 

Peringkat Dua Lapisan

Isi buah kelapa telah terbentuk sepenuhnya dan telah meliputi keseluruhan tempurung buah.  Isi kelapa yang terbentuk masih belum keras.  Di peringkat inilah yang paling sesuai dipetik untuk tujuan kelapa muda.

PENENTUAN PERINGKAT KEMATANGAN

Page 2: KELAPA WANGI.docx

Mengira tandan buah

Jika mayang yang baru keluar dari celah pelepah daun dikira sebagai tandan pertama, mayang yang keluar selepas ini dikira tandan kedua, ketiga dan seterusnya mayang yang ke 12.  Apabila mayang ke 12 telah keluar dan masih belum terbuka, ini menandakan bahawa buah kelapa yang terbentuk pada tandan pertama tadi telah berada pada peringkat dua lapisan kematangan.  Ini bermakna buah tersebut sesuai dipetik. 

Memerhati tangkai buah

Jika separuh dari tangkai buah telah kering dan separuh lagi masih berwarna hijau, buah tersebut berada di peringkat kematangan yang betul untuk dipetik.  Bagaimanapun semasa musim kering dan panas tangkai buah akan menjadi kering lebih cepat dari biasa.  Oleh itu faktor cuaca harus diambil kira. 

Memerhati warna buah

Ketika buah masih muda sekeliling tampok buah di mana tangkai buah melekat berwarna keputihan.  Apabila buah kelapa beransur matang, bahagian berwarna putih ini menjadi kecil.  Sekiranya bahagian tersebut hanya terdapat di sekeliling tangkai buah sahaja, ini menandakan masa yang sesuai untuk dipetik.  Walau bagaimanapun, faktor cuaca juga mempengaruhi pertukararn warna buah. 

Melihat tanda buah-buah kelapa muda biasanya boleh dipetik pada umur enam hingga enam setengah bulan selepas persenyawaan.  Kaedah yang digunakan ialah dengan melihat tandan buah serta saiz buah kecil dan pembetukan seludang  di atas tandan buah kecil tersebut.  Tandan kelapa muda yang dipetik, tandan buah kelapa kecil  dan seludang adalah selari atau atau terletak di atas satu sama lain.

Peringkat yang sesuai untuk kelapa botak:

Di peringkat ini seludang terbentuk penuh (70-90 cm) panjang tetapi belum memecah.  Di bawah seludang ini terdapat tandan buah kecil di mana saiz lilitan adalah diantara 18-24 cm atau sebesar bola tenis.  Dengan ini tandan yang sebaris di bawah boleh dipetik untuk menghasilkan kelapa botak.

Peringkat yang sesuai untuk kelapa telur:

Di peringkat ini seludang telah pecah dan mengeluarkan mayangnya, sebaris di bawah terdapat tandan buah kecil di mana saiz lilitan adalah besar sedikit iaitu antara 22-26 cm,  dengan ini tandan yang sesuai untuk menghasilkan kelapa telur.

[balik ke atas]

 

 

LIMAU PURUT (Citrus hystrix)(Petikan:  Agromedia Bil. 19)

Ia berasal dari kepulauan Asia Tenggara.  Merupakan tumbuhan herba yang mula mencipta nama.  Buah limau purut boleh dibezakan dengan mudah kerana buah yang matang berwarna kuning, berbentuk seperti buah pir dan kulitnya menggerutu.  Pokok ini hidup subur di kawasan yang mempunyai pancaran cahaya matahari yang kuat, tidak memerlukan naungan dan boleh hidup selama beberapa tahun.  Lazimnya buah limau purut tidak mengeluarkan jus yang banyak tetapi setitis jusnya setanding dengan 10-15 titis bau dan rasa masam jus limau nipis.

Page 3: KELAPA WANGI.docx

Daun limau purut telah lama digunakan sebagai bahan perubatan dan masakan.  Di Malaysia, Indonesia dan Thailand, penggunaan daun limau purut dalam masakan amat meluas.  Masakan seperti sup tom yam, sambal dan agar-agar mempunyai aroma yang harum dan rasa yang lebih enak apabila menggunakan daun limau purut.  Bau dan rasa ini tidak boleh didapati daripada daun limau yang lain.  Daun limau purut juga pernah digunakan untuk menambah rasa tuak atau arak beras.

Limau purut dalam aromaterapi

Limau purut mengandungi beberapa minyak pati yang mempunyai nilai ubatan yang tinggi antaranya alfa, beta-pinena, sitronelal, neral dan limonena.  Kajian terbaru menunjukkan ekstrak daun limau purut mempunyai sifat antipertumbuhan kuman, boleh menghalang pembesaran sel kanser, mengurangkan tekanan darah tinggi dan menaikkan nafsu makan.  Dan limau purut dan minyak patinya sangat bernilai dalam rawatan aromaterapi untuk menenangkan perasaan gelisah dan ketegangan fikiran.  Minyak patinya digunakan dalam mandi terapeutik, mandi wap dan sebagai minyak urut badan.  Baunya yang kuat dan menyenangkan boleh menyebabkan seseorang berassa ceria, bebas tekanan, segar dan bertenaga.  Tidak hairanlah orang Melayu menggunakannya untuk tujuan mandi limau.

Kegunaan lain

Dalam masyarakat Malaysia, limau purut mempunyai kegunaannya tersendiri.  Buahnya digunakan untuk tujuan kosmetik iaitu untuk mencuci rambut dan bahagian tubuh yang lain.  Jusnya boleh mengeluarkan karat gigi dan kesan kotor yang degil pada kulit tanpa penggunaan bahan kimia yang kuat.  Beberapa titis perahan jus limau purut ditambah dengan setengah cawan air boleh digunakan sebagai ubat kumur supaya mulut berbau harum dan menyihatkan gusi.  Di Thailand, buah limau purut kering digunakan sebagai ubat batuk dan ubat rawatan selepas bersalin.

[balik ke atas]

 

 

LIMAU PURUT, LIMAU PAGAR, LIMAU KUKU HARIMAU BERKHASIAT UBATAN (Dipetik dari Agromedia Bil. 12 )

1. Limau SitronNama botani:  Citrus medica L.  Nama biasa:  Limau susu, limau mata kerbau, limau kapas, limau jari.

Limau sitron berasal dari kawasan sub Himalaya, Timur Laut India dan utara Burma kemudian disebarkan ke Iran dan China.  Kini limau-limau ini telah tersebar di kawasan tropika.  Limau sitron ditanam secara komersial di kawasan Mediteranean dan Puerto Rico sebagai sumber kandi dalam pembuatan kek dan kuih muih.  Di Malaysia limau ini ditanam hanya di sekitar rumah dan di kebun dapur untuk kegunaan harian dan sebagai ubat.

Terdapat banyak jenis limau sitron yang berbeza-beza.  Limau-limau ini umumnya boleh dikelaskan sebagai jenis masam atau berasid dan jenis tidak berasid.  Jenis-jenis limau yang terdapat di sini ialah limau susu, limau mata kerbau, limau kapas dan limau jari.  Jenis-jenis ini berbeza jelas dari segi bentuk buah dan daunnya.  Jenis yang paling menarik ialah limau jari.  Karpel buahnya tidak dapat bercantum membentuk buah yang bulat tetapi sebaliknya melekat pada pangkal buah bak jari-jari yang memegang buah, sebab itulah orang-orang Cina menggelarnya 'tangan Buddha'.  Kulit buah limau ini sangat harum dan banyak digunakan oleh orang-orang Cina. 

2. Kegunaan dan Khasiat:

Page 4: KELAPA WANGI.docx

Limau sitron digunakan secara meluas sebagai sumber kandi dalam pembuatan kek dan hasilan konfeksi.  Buahnya telah digunakan sejak zaman dahulu sebagai wangian dan penghalau kupu-kupu, selain untuk perasa makanan.  Minyak sitron boleh diekstrak daripada kulit limau sitron. 

 

o Lihat gambar Limau Susu o Limau sitron

Pucuk segar, daun, bunga, buah dan biji limau sitron digunakan dalam perubatan tradisional sebagai campuran ubat untuk melegakan lelah, atritis, sakit kepala, sakit perut untuk melawan parasit usus dan juga melegakan gangguan fisiologi seperti gangguan fikiran dan syaitan.  Air rendaman akarnya dibuat ubat untuk masalah penafasan dan sakit belakang di negara China.

Daun limau kapas ditumbuk bersama-sama biji sawi dan dibuat ubat pupuk untuk sakit ngilu kepala, sejenis sakit kepala yang teruk.  Untuk tujuan ini campuran ubat tersebut dibalut terlebih dahulu dengan daun pisang yang telah dilayur.  Dahi pesakit pula disapu dengan minyak bijan sebelum dipupuk.  Di Perak daun limau kapas dicampur rumput lidah rimau dan daun langir dan dibuat losyen untuk dimandikan pesakit yang dirasuk makhluk halus.

  3. Limau Jari / Limau Kerat Lintang / Limau Kuku Harimau

(Citrus medica var. sarcodoactylis)Kulitnya berbau harum dan buah ini digunakan dengan meluas oleh orang-orang Cina sama ada di negara China atau di Malaysia.  Limau jari dicampur dengan buah lain dan dibuat ubat luaran/kosmetik untuk penyakit gangguan fikiran,

 4. Limau Mata Kerbau

Air rendaman pucuknya yang segar dibuat tonik dan ubat cacing.  Daunnya dibuat campuran ubat untuk cacing selain dibuat campuran ubat untuk ibu-ibu yang baru melahirkan anak.  Daun limau ini dicampur dengan daun tarum dan daun kesum dan ditumbuk lumat.  Jusnya diminum tiga hari berturut-turut di waktu pagi bagi ibu selepas bersalin.  Buah limau ini dibuat ubat untuk masalah gangguan fikiran.

  5. Limau Kapya (Triphasia trifolia)

Pokok limau kapya atau lima kuku kecil dan mempunyai sistem percabangan yang menarik, sesuai dijadikan bonsai atau tanaman hiasan.  Kecantikan pokok ini ditambah lagi oleh buahnya yang kecil berwarna merah.  Daun limau kapya dipupuk ke badan untuk melegakan sakit-sakit angin dan sakit kulit.  Daunnya juga dibuat ramuan alat solek atau kosmetik.  Jus buahnya digunakan untuk mengilatkan kuku dan buah ini sering dimakan oleh kanak-kanak.

  6. Limau Lemon (Citrus limonica)

Limau lemon telah digunakan dalam perubatan sejak zaman dahulu lagi.  Orang-orang Roman dhaulu kala menggunakan limau ini sebagai penawar racun.  Jusnya diperah dan dicampur air panas untuk mengubati masalah gangguan hati atau hempedu.  Jus limau ini bertindak sebagai perangsang hempedu dan merupakan tonik untuk hati.Limau lemon juga digunakan untuk merawat sistem penghadaman termasuk sedu, rasa loya dan pedih ulu hati, selain melegakan sembelit dan menghapuskan cacing.  Jus limau dipercayai boleh melawan berbagai-bagai jangkitan kuman dan melegakan demam, sakit tekak, konsil dan lelah.  Jus ini juga berkesan melarutkan batu karang.  Jus limau ini bersifat diuretik dan boleh melegakan atritis, rematik dan sakit kepala.  Jus yang dicampur dengan kopi dipercayai berkesan melawatan demam malaria.  Jus lemon ini dibasahkan pada kapas diletakkan dihidung untuk menghentikan darah dari hidung yang berdarah.  Jus yang disapu

Page 5: KELAPA WANGI.docx

pada gusi pula boleh merawat gusi berdarah.  Jus limau ini juga dibuat ubat sapu untuk kulit yang melecur oleh panas matahari. Jus limau lemon kaya dengan asid sitrik, gula dan gam..  Sebab itulah ia berkesan sebagai antiskorbutik, sebagai tonik, refrigeran (melegakan demam dan dahaga) serta menyejukkan.  Kulitnya mengandungi minyak esens dan bahan pahit.  Minyak limau ini merupakan ubat rubafasien luaran yang kuat dan berkualiti karminatif dan merangsang aktiviti perut.  Ia diberi dalam bentuk sirap, jus segar, tinktur dan minyak esens.  Limau lemon digunakan juga dalam rawatan homeopati.  Minyak limau ini digunakan untuk masalah edaran darah, sakit berkaitan pernafasan dan sakit tekak.  Jus limau lemon dicampur isi buah avokado yang telah dihancurkan adalah rawatan yang berkesan untuk rambut yang telah rosak oleh bahan kimia.  Untuk rawatan ini campuran tersebut dipupuk ke rambut dan dibalut selama kira-kira 30 minit sebelum dicuci semula.  Jus limau ini kaya dengan vitamin C yang perlu untuk pemulihan tisu kulit dan juga untuk mengekalkannnya supaya sentiasa sihat.  Jus segar yang telah dicairkan boleh digunakan sebagai bahan toner.

 

Limau jariLimau mata kerbau Limau kapya

Limau lemon

  7. Limau Nipis (Citrus aurantifolia)

Kandungan vitamin dalam jus limau nipis tinggi dan limau ini seringkali digunakan sebagai ramuan bahan persolekan wanita.  Limau nipis adalah bahan penting dalam banyak ubat-ubatan tradisional.  Air limau nipis menyegarkan badan yang tidak bermaya dan menyembuhkan saskit kepala.  Jus limau nipis diminum untuk mengubati batuk dan selsema.  Jusnya juga baik untuk pencuci tangan, muka dan kuku.  Limau nipis adalah antara rumusan pelbagai jenis jamu.  Isi bvuahnya dihancurkan dan dicampurkan dengan cuka, kemudian disapu di dahi untuk mengubat neuralgia.  Jus buah ini dicampur sedikit kapur dan disapu pada abdomen pada wanita yang baru lepas bersalin.  Jus limau ini  juga digunakan untuk mengurangkan kesan keracunan oleh arsenik.  Daunnya ditumbuk bersama daun pinang, sirih dan diminum untuk melegakan perut.  Akar limau ini digunakan sebagai salah satu ramuan untuk penyakit cirit-birit. 

8. Limau Purut (Citrus hystrix)

Pokok limau purut berbau harum dan dipercayai dapat menghalau ular.  Pokok ini seringkali ditanam di sudut kawasan rumah bagi menjauhkan ular.  Daunnya yang harum digunakan sebagai bahan dalam masakan seperti rendan dan kari.  Buah limau purut yang telah dibuang isinya, dimasukkan madu lebah dan dikukus hingga masak.  Buah yang telah dikukus untuk melegakan masalah angin dalam badan.  Buah limau purut juga digunakan untuk mencuci rambut kerana baunya yang harum.  Buah limau ini juga seringkali dicampur ke dalam air mandian untuk kesihatan kulit dan menghilangkan bau badan. 

9. Limau Sitron Liar

Sejenis limau sitron liar disebut limau hantu digunakan juga sebagai ubat.  Pucuknya yang segar dididihkan dan air rebusannya digunakan untuk melegakan sakit perut, menambah selera makan dan mengeluarkan cacing.  Air rebusan buahnya pula diminum untuk mengelakkan gangguan syaitan.  Daunnya dilumatkan dan dibuat ubat  pupuk untuk sendi-sendi yang sakit juga untuk melegakan sakit kepala.  Jus daun dicampur dengan daun-daun dan daun kesum dibuat ubat untuk ibu-ibu yang baru melahirkan anak. 

10. Limau Pagar (Fortunella polyandra)

Buah limau pagar berbau harum dan biasanya digunakan sebagai perasa untuk sambal

Page 6: KELAPA WANGI.docx

belacan.  Limau ini boleh juga dibuat halwa dan digunakan sebagai ramuan acar buah atau perasa untuk pelbagai masakan mi.  Campuran putik limau pagar dengan limau lelang dan limau cina dipercayai boleh dibuat ubat penyakit kencing manis.  Jus yang didapati daripada daunnya, dicampur dengan jus daun limau nipis dan pinang, boleh digunakan untuk mengubati sakit perut. 

11. Limau Bali (Citrus maxima)

Buah limau bali manis dan berjus, biasanya dimakan dalam keadaan segar.  Di Pahang, daun limau bali direbus dan dibuat ubat tuam untuk sakit-sakit dan bengkak.  Losyen yang dibuat dengan merebus daun limau bali, daun kedaung dan mempelas gajah dibuat ubat cuci ulser kulit.  Buah muda, kulit buah masak, bunga dan bijinya dikeringkan dan digunakan oleh orang Cina untuk merawat demam, batuk dan gastik.  Bunganya wangi dan dibuat ramuan minyak wangi di Vietnam.  Minyak yang diekstrak daripada daunnya berbau harum dan mengandungi dipentena dan linatol.

[balik ke atas]

 

 

POKOK TURI (SESBANIA GRANDIFLORA)(Petikan:  Agromedia Bil. 6, 1999)

 

Pokok turi, nama saintifiknya Sesbania grandiflora sememangnya tumbuhan semula jadi di Malaysia, Indonesia, Filipina dan India.  Ia tahan keadaan kemarau, tanah tidak subur atau bermasalah dan kawasan air bertakung.  Lazimnya ia ditanam sebagai sayuran atau sebagai tanaman hiasan.  Ada dua jenis pokok turi yang dapat dibezakan melalui warna bunganya.  Satu jenis bunganya berwarna putih, yang satu lagi bunganya samar kemerah-merahan.  Pokok ini hidup subur di kawasan persekitaran kampung, di tepi-tepi jalan dan di batas padi.

Sejak dulu lagi (entah berapa lama) pokok turi ini diberikan status sebagai tanaman makanan untuk orang miskin. Orang kampung tak berkira sangat, nak beli sayuran mahal kurang mampu.  Jadi apa yang ada di persekitaran asalkan halal dan boleh dimakan tanpa mendatangkan apa-apa kemudaratan, makan sahaja. 

Pokok turi ini sebenarnya pokok serbaguna yang mempunyai banyak kelebihan.  Dari akar hinggalah ke pucuk, semuanya boleh dimanfaatkan.  Ia digolongkan dalam keluarga kekacang.  Pada akarnya terdapat bintil-bintil besar yang dapat mengikat nitrogen di udara dan dikatakan dapat meningkatkan mutu tanah.

Pokok turi boleh mencapai ketinggian sehingga 10 m.  Batang utamanya tumbuh menegak berbentuk selinder.  Keratan rentas batang ini boleh mencapai sehingga 25 cm. 

 

Page 7: KELAPA WANGI.docx

Batangnya dari jenis kayu putih yang lembut.  Ia boleh digunakan sebagai bahan akar atau diproses untuk dijadikan kertas.  Kulit batang berwarna kelabu cerah beralur-alur dan tidak begitu elok.  Daunnya dari jenis pinat 15-30 cm panjang, dengan 16-30 pasang anak duan.  Tangkai bunga sepanjang 2.5 cm dengan 2-4 kuntum bunga.  Bentuk bunganya seperti kupu-kupu.  Ia merupakan bunga terbesar dalam keluarga tumbuhan kekacang. Kelopaknya sepanjang 7-9 cm.

Di Indonesia, pokok turi ini ditanam bagi menghasilkan bahan bakar.  Ia ditanam semula pada selang 5 tahun.  Penanaman seluas 1 hektar dapat menghasilkan  3m3 bahan bakar untuk tempoh 2 tahun penebangan.  Selain itu, batang turi juga digunakan oleh petani sebagai tiang sokongan atau para-para bagi tanaman seperti sirih, lada hitam dan vanila.  Pucuk turi, bunga dan lengai yang muda boleh dijadikan sayuran yang enak.  Kandungan protin kasar daun turi amat tinggi kira-kira 30%, begitu juga dengan mineral dan vitamin.  Pokok turi berbunga sepanjang tahun.  Bunga ini jika dicelur, rasanya seperti cendawan, tetapi bahagian tengah bunga perlu dibuang dahulu supaya hilang rasa pahitnya.  Lenggai turi yang muda dan lembut boleh dimasak dan dimakan seperti kacang panjang.  Biasanya panjang lenggai mencapai 50-60 cm dengan lebih kurang 50 biji benih.  Kandungan protinnya tinggi iaitu 40%.

Pucuk turi pula boleh dipelbagaikan masakannya.  Namun, perlu diiingat daun turi ini agak pahit.  Apa juga juadah yang dihidangkan, perlu dimasak supaya hilang rasa pahitnya.  Masak lemak dengan keledek atau lobak merah ataupun dibuat urap/keluban sungguh enak sekali.  Pucuk turi dimakan oleh manusia, forajnya pula sungguh baik jika diberi makan kepada ternakan, terutamanya ternakan ruminan.  Di Pulau Jawa pokok turi ini memang ditanam.  Forajnya dijadikan makanan lembu.  Pokok ini dicantas dalam tempoh tertentu, sama aras dengan ketinggian yang dapat dicapai oleh ternakan.  Selepas dicantas, pokok ini cepat bertunas semula.  Ia tidak mempunyai kesan keracunan terhadap makanan.  Dalam kajian yang telah dijalankan di Jawa, sebanyak 1.8 kg turi segar diberi makan kepada lembu setiap hari sebagai foraj tambahan kepada diet jerami padi.  Didapati pertambahan berat badan yang diperolehi setanding dengan lembu yang diberi makan diet terumus.  Mengikut satu lagi kajian yang telah dijalankan di Australia, apabila pokok ini ditanam pada jarak 90 cm, ia menghasilkan 4.5 - 9.1 kg daun setahun.  Apabila 12000 pokok ditanam sehektar, 50 - 100 tan daun setahun dapat dihasilkan.  Dengan kandungan air 75%, bahan kering yang dihasilkan ialah sebanyak 12-25 tan setahun. 

Kegunaannya sebagai foder sampingan kepada ternakan lembu amat menggalakkan.  Kegunaan pokok turi bukanlah setakat batang dan daunnya sahaja, ia boleh ditanam di tepi jalan sebagai tanaman hiasan atau sebagai penanda kawasan atau pagar hidup.  Dengan kanopinya yang terbuka dan melebar, ia memberikan teduhan yang nyaman.  Ia juga boleh digunakan sebagai pokok pelindung kepada tanaman yang memerlukan lindungan.  Daunnya yang gugur menjadi bahan sungkupan serta baja kepada tanaman lain yang berdekatan.  Namun, pokok ini tidak sesuai ditanam di kawasan tiupan angin yang kuat kerana dahannya yang lembut mudah patah.  Apabila pokok ini ditebang atau kulitnya dikikis, kulit pokok mengeluarkan sejenis gam yang merah jernih.  Gam ini menjadi hampir hitam selepas terdedah di udara.  Ia boleh digunakan sebagai pengganti gam arab dalam pelbagai jenis pelekat.  Juga, ia boleh disapu pada tangsi joran supaya tangsi tersebut tahan lebih lama.

Dari segi kesihatan, akar, kulit, daun dan bunga turi boleh digunakan sebagai penawar pelbagai jenis keuzuran.  Tepung akar turi dari jenis pokok berbunga merah boleh digunakan sebagai penuam atau sapuan pada bengkak sendi, lebam-lebam atau sakit akibat terseliuh bagi mengurangkan rasa sakit.  Daun juga boleh digunakan dalam kaedah yang serupa.  Jus bunga turi boleh digunakan untuk merawat pening kelapa dan hidup tersumbat.  Di Ambon, jus bunga digunakan bagi mengubati mata yang rabun dengan cara memerah jus terus ke dalam mata.  Serbuk kulit turi juga boleh digunakan bagi mengubati kudis, jangkitan kulat pada kulit dan ulser mulut serta usus.  Di Jawa, tepung kulit pokok turi dijadikan bahan asas persolekan.  Ekstrak kulit ini juga boleh digunakan sebagai racun lipas. Cirinya yang paling istimewa ialah kadar pertumbuhan yang amat cepat dan mudah dibiak sama ada secara tampang atau menggunakan biji benih.  Boleh hidup sendiri dengan sedikit penjagaan.

[balik ke atas]

 

Page 8: KELAPA WANGI.docx

 

NIPAH(Petikan:  Agromedia Bil. 8, 2000)

Nipah sejenis tumbuhan palma yang terdapat di kawasan paya berhampiran dengan pantai.  Pokok ini banyak terdapat di Semenanjung Malaysia, Sabah dan juga Sarawak.  Pokok nipah mempunyai batang yang pendek.  Pada hujung batang ini terdapat pelepah-pelepah daun yang kadangkala mencapai sehingga 6 m panjangnya.  Daun nipah tirus panjang dan agak keras tersusun rapi di sepanjang pelepahnya, dalam bentuk pinat.

Pada suatu masa dahulu, pokok nipah amat berguna kepada penduduk Malaysia.  Daun-daun nipah disusun dengan rapi dan dijalin atas sebilah buluh untuk dijadikan atap dengan menggunakan tali daripada batang bemban.  Kerja menyusun dan mengikat daun nipah untuk dijadikan atap ini memerlukan kepakaran.  Kini kepakaran membuat atap nipah telah mula pupus.

Seperti manusia, atap nipah juga dimamah usia.  Ia  perlu ditukar setiap 3-5 tahun sekali.  Untuk menambahkan ketahanannya, daun nipah perlu direndam di dalam air sungai selama sekurang-kurangnya 1-2 minggu sebelum disusun untuk dijadikan atap.  Atap daripada daun nipah yang direndam tahan sehingga 6-8 tahun.  Atap ini juga lebih mudah disusun kerana lebih lembut dan tidak mudah patah apabila dilipat.  Selain daun, pucuk nipah juga pernah digunakan secara meluas oleh penduduk kampung suatu masa dahulu.  Pucuk nipah diasingkan daripada pelepahnya kemudian dibuang selaputnya dan dijemur.  Pucuk yang telah kering dipotong sepanjang 4-5 inci dan dijadikan daun rokok.  Daun rokok digunakan dengan mengisi sedikit tembakau ke dalamnya lalu digulung dan dihisap seperti rokok biasa.

Buah nipah pula mempunyai isi yang hampir menyerupai buah kabung, sedap dimakan, terutamanya apabila dimasukkan ke dalam air batu campur.  Dulu, isi buah nipah mudah diperolehi, kerap dijual di pekan-pekan kecil terutama dalam bulan puasa.  Namun, kini isi buah nipah agak sukar didapati.  Ia hanya dapat dinikmati oleh segelintir penduduk kampung yang sanggup memungutnya untuk kegunaan sendiri.  Sudah tiada lagi generasi muda yang sanggup mengharung lumpur paya nipah untuk mendapatkan buahnya.  Buah nipah pula mengeluarkan sejenis nira yang dapat dijadikan gula.  Perusahaan gula nipah ini terdapat di Sarawak dan pengunjung ke Sarawak masih boleh membeli gula nipah di pasar-pasar.

Bunga serta buah nipah muda boleh dipetik dan digunakan sebagai sayuran.  Bahagian luar buah yang telah keras dibuang.  Bahagian dalam yang lembut dicincang memanjang dan dicelur selama 15 minit.  Setelah sejuk ia diperah sehingga kering.  Bahagian ini sesuai dimasak lemak atau dibuat kerabu.

Kini pokok nipah diberi nafas baru.  Daunnya yang tirus memanjang, bertekstrur keras dan tidak mudah pecah, didapati sesuai dijadikan bunga awetan.  Daun diasingkan daripada pelepahnya dengan hati-hati supaya pangkalnya tidak rosak.  Daun ini dikeringkan dalam ketuhar sehingga waranya putih kehijau-hijauan (daun yang dikering di bawah cahaya matahari akan berwarna coklat).  Daun yang berwarna putih kehijau-hijauan ini mudah diwarnakan dengan memasaknya dalam bancuhan pewarna yang sedang menggelegak.  Daun yang telah menyerap warna dikeringkan sama ada dalam ketuhar atau di bawah cahaya matahari.

Bunga nipah juga boleh dijadikan bunga kering, tetapi kandungan airnya banyak.  Ia perlu dijemur di bawah cahaya matahari selama 5-7 hari.  Pengeringan di dalam ketuhar tidak menguntungkan kerana kosnya tinggi.  Untuk mengurangkan kerja mengangkut serta menjemur, bunga nipah boleh dipungut apabila mula kering di pokok.  Bunga nipah kering merupakan satu bunga kering yang agak unik dan menjadi bahan yang menarik dalam gubahan.

[balik ke atas]

 

Page 9: KELAPA WANGI.docx

 

PENGURUSAN PEROSAK BERSEPADU (PPB)(Petikan:  Agromedia Bil. 11, 2001)

Penyakit

Pengeluaran sayur secara teknologi tinggi, contohnya:  sistem hidroponik, penanaman di bawah pelindung hujan dan di dalam rumah hijau merupakan sistem penanaman yang intensif.  Dalam sistem ini, pengusaha lebih menumpukan kepada satu jenis sayur dan kurang menukar tanaman atau mempraktikkan sistem pusingan tanaman.  Disebabkan kaedah sedemikian diamalkan, serangan penyakit lebih mudah berlaku.  Bagaimanapun, teknologi tinggi mempunyai kelebihan dari segi pengawalan penyakit kerana sistem dan peralatan moden memudahkan pengusaha mengawal suhu, kelembapan, kepekatan gas karbon dioksida dan juga kuantiti air dan baja yang diberi kepada pokok.  Dengan keupayaan kawalan keadaan sekitaran yang sebegini, pengusaha mampu mengurangkan serangan patogen pembawa penyakit kerana keadaan yang tidak sesuai untuk petogen aktif tanpa pengunaan racun kulat yang banyak.

Sehingga kini pengusaha masih kurang memahami kepentingan sistem pengawalan penyakit secara bersepadu.  Secara amnya, pengusaha masih bergantung pada racun kimia untuk mengawal penyakit pada tanaman sayur.  Penggunaan racun kimia terhadap sayuran yang ditanam di bawah pelindung hujan atau rumah hijau adalah lebih berbahaya.  Walaupun lebih berkesan kerana racun akan melekat atau berada pada tanaman lebih lama kerana tidak dibasahi oleh air terutamanya air hujan.  Penggunaan racun kimia yang berpanjangan dan berlebihan memberi kesan yang buruk seperti:-

Kesan sisa racun yang tinggi pada sayur yang mengakibatkan gangguan kesihatan apabila dimakan

Pencemaran sisa toksik kepada alam sekitar Pembentukan kekebalan oleh patogen terhadap racun kimia yang digunakan

Untuk mengatasi masalah tersebut, sistem kawalan penyakit secara bersepadu adalah sangat baik dilaksanakan dalam penanaman sayuran.  Amalan-amalan yang diamalkan dalam sistem kawalan ini ialah amalan kultur yang sesuai, memastikan kebersihan petak tanaman dan peralatan, penggunaan benih yang tahan penyakit, kawalan secara biologi dengan menggunakan hidupan mikroorganisma disamping penggunaan racun kimia pada kadar yang minimum.  Strategi pengawalan secara bersepadu ini sekiranya dilaksanakan dengan betul dan cermat akan memberikan kesan yang memberangsangkan dan penjimatan kos operasi yang banyak.

Perkembangan Penyakit

Tanaman biasanya dijangkiti penyakit apabila diserang oleh 'patogen' (mikroorganisma penyebab penyakit) dan sangat kurang oleh faktor-faktor lain yang bukan hidupan seni.  Faktor-faktor sekitaran yang mempengaruhi perkembangan penyakit ialah suhu, kelembapan, cahaya dan pengudaraan.  Sekiranya keadaan sekitaran terlalu ketara seperti suhu terlalu sejuk atau terlalu panas, terlalu kering atau keadaan lain yang sangat keterlaluan, patogen menjadi tidak aktif dan sukar membiak, maka tanaman tidak diserang penyakit.  Sekiranya terdapat keadaan sekitaran yang sesuai, maka patogen cepat membiak dan penyakit akan terjadi dengan cepat dan merebak dengan pantas pada keseluruhan tanaman.  Jangkitan penyakit pada tumbuhan dipengaruhi oleh 3 perkara iaitu tanaman atau perumah, patogen dan faktor sekitaran.  Penyakit akan menjadi wabak jika terdapat patogen yang 'virulen', perumah yang rentan, dan persekitaran yang sesuai untuk patogen membiak.

Contoh penyakit di dalam rumah hijau

Kulat merupakan kumpulan patogen sayur yang paling utama.  Semua jenis sayur pada setiap peringkat pertumbuhan terdedah pada serangan kulat.

Page 10: KELAPA WANGI.docx

Tanda penyakit yang disebabkan oleh kulat

Lecuh atau hawar anak benih:batang anak benih melecuh dan patah, kadang-kadang sistem akar juga rosak.  Contohnya lobak merah, bayam yang diserang oleh Phythopthora dan Phthium. 

Reput akar:Reput pada sistem akar dan pokok mati.  Contohnya reput akar Rhizoctonia pada kubis, cili dan tomato. 

Hawar:Luas tisu yang bernekrosis pada daun menyebabkan daun mati.  Contohnya hawar Phythopthora tomato. 

Layu:Tanda-tanda seperti kekurangan air pada pucuk dan daun muda.  Walau bagaimanapun jika diberi air pokok tidak akan pulih.  Contohnya penyakit layu yang disebabkan oleh Fusarium dan Verticillium yang terjadi pada kebanyakan sayur. 

Penyakit kulapuk:Miselium kulat berkembang di dalam daun antara lapisan mesofil dan menutup sebahagian permukaan daun.  Penyakit ini boleh merebak ke batang dan buah.  Contohnya kulapuk Downy pada timun. 

Bintik daun:Bintik pada daun. Contohnya bintik berpusar Alternaria, bintik Cercospora. 

Mati rosot:Kematian pada bahagian pucuk yang bermula dari hujung merebak ke batang.  Contohnya mati rosot pada cili disebabkan oleh Choanephora cucurbitarum.

Tanda penyakit yang disebabkan oleh bakteria

BintikContohnya bintik bakteria pada tomato disebabkan oleh Xanthomonas vesicatoria. 

LayuTanda pada daun dan batang.  Contohnya layu baktria tomato disebabkan oleh Pseudomonas solanacearum. 

ReputContohnya reput berair pada kubis yang disebabkan oleh erwinia caratovora dan reput hitam pada kubis oleh Xanthomonas campestris. 

Mati rosotPucuk pokok mati disebabkan oleh bakteria Erwinia dan Pseudomonas.

Tanda-tanda diserang oleh virus

Tanda pada daunPerubahan warna seperti mozek pada daun, termasuk nekrosis dan bintik bergelang.  Contohnya layu berbintik tomato iaitu daun berubah warna dari hijau menjadi ungu. 

Tanda pada bungaBerlaku perubahan warna pada bunga.  Contohnya cili yang dijangkiti virus rintik urat cili, sisi

Page 11: KELAPA WANGI.docx

ranggi bunga menjadi bengkang bengkok dan hujungnya menjadi melengkung. 

Tanda pada buahPembentukan buah tidak menentu dan terdapat perubahan warna.  Cili, tomato dan timun yang dijangkiti virus mempunyai permukaan buah yang kasar, buah terpulas dan kecil.  Buah cili yang muda menunjukkan jalur hijau muda selebar 1-2 mm dan buah masak bertompok hijau dan merah seperti kematangan tidak seragam.>

Kaedah pengawalan penyakit secara bersepadu

Bagi mengelakkan patogen menjangkiti penyakit tanaman, usaha mestilah diambil untuk menghalang patogen dari satu-satu negara atau kawasan daripada memasuki negara kawasan kita.  Pihak berkuasa perlu menjalankan kaedah kuarantin serta penguatkuasaan undang-undang.  Bagaimanapun, kawalan faktor-faktor lain adalah tanggungjawab pengusaha sendiri.  Beberapa kaedah boleh dilaksanakan dalam strategi pengawalan penyakit bersepadu.

Amalan kultur

Bahan tanaman bebas penyakitBenih adalah punca utama bagi kebanyakan penyakit terutama penyakit yang disebabkan oleh virus seperti Mosaic pada salad.  Biasanya untuk menghasilkan benih salad tanpa virus, salad ditanam pada tempat yang bebas daripada afid (sejenis kutu daun) yang menjadi pembawa virus.  Mosaic virus timun pula boleh dikawal dengan memberikan rawatan udara panas pada suhu 70 oC selama 3 hari pada biji benih.  Rawatan ini tidak membantutkan kecergasan percambahan biji tersebut sekiranya biji benih betul-betul kering semasa rawatan. Larutan racun kulat thiram (0.2% bahan aktif) yang digunakan untuk merendam biji benih beberapa jenis sayur selama 12 jam pada 30o>C boleh mengelakkan penyakit yang disebabkan oleh beberapa spesies kulat. 

Kultivar rintang penyakitPengunaan kultivar yang tahan penyakit adalah kaedah yang paling mudah secara teorinya untuk mendapatkan kawalan penyakit.  Bagaimanapun, ketahanan satu-satu kultivar itu tidaklah untuk kesemua penyakit.  Oleh itu pengusaha haruslah mengetahui penyakit utama tanaman dan dapatkan benih yang tahan kepada serangan tersebut.  Pada masa ini, terdapat banyak benih sayur yang tahan kepada penyakit-penyakit utama tetapi harganya mungkin agak tinggi.  Kadang-kadang sukar mendapatkan benih yang rintang terhadap sesuatu penyakit.  Contohnya penyakit layu bakteria tomato yang disebabkan oleh bakteria Pseudomonas sp.  Kaedah penggunaan pokok penanti yang tahan penyakit digunakan seperti penggunaan tanaman terung dan jenis tomato liar yang sangat tahan kepada bakteria ini telah berjaya diusahakan.  Tomato dicantumkan dengan pokok penanti untuk mendapatkan ketahanan penyakit tersebut.  Kaedah ini boleh juga dilakukan untuk mengelak penyakit layu fusarium pada tomato. 

Tanah atau medium bebas penyakitTerdapat beberapa penyakit yang sangat berbahaya kepada tanaman dalam sistem kawalan atau di dalam rumah hijau yang disebabkan oleh patogen dari dalam tanah.  Terutamanya beberapa jenis kulat yang menyebabkan penyakit layu vaskular, reput pangkal dan reput akar, bakteria dan nematod.  Lazimnya mikroorganisma termasuklah patogen, hidup di permukaan tanah sehingga 20 cm ke dalam tanah dan antara kedalaman inilah juga sistem perakaran sayur berada.  Maka serangan patogen yang membiak di dalam tanah mudah berlaku.  Oleh itu pengusaha harus mengambilkira langkah-langkah perlu bagi mengatasi penyakit yang berpunca daripada tanah ini.  Antara langkah-langkah tersebut ialah:-

- mengamalkan sistem pusingan tanaman contohnya:  tomato-salad-salad-tomato.- membaiki sistem saliran supaya air tidak selalu bertakung.- membiak tanah dan membiarkannya terdedah pada matahari beberapa waktu untuk   membunuh sebahagian patogen yang sensitif pada cahaya.- pastikan tanah yang digunakan sebagai medium semaian diberi rawatan untuk mengelakkan

Page 12: KELAPA WANGI.docx

  kemasukan patogen baru ke kawasan kita.- rawatan tanah dengan wap panas melebihi 50oC boleh membunuh kebanyakan kulat nematod  dan bakteria atau menggunakan bahan kimia seperti metil bromida.- menggunakan sistem tanaman tanpa tanah iaitu hidroponik.

Kawalan persekitaran

Penanaman sayur di dalam rumah hijau mempunyai kelebihan dari segi pengawalan sekitaran bagi mengurangkan kejadian penyakit.  Keadaan ini disebabkan rumah hijau lebih mudah dipasang peralatan yang diperlukan untuk mengawal suhu, kelembapan, pengudaraan, cahaya dan lain-lain yang sangat penting untuk pertumbuhan pokok dan perkembangan penyakit.  Semua faktor ini dapat dikawal bergantung pada kecanggihan alat-alat yang digunakan.

Suhu memainkan peranan utama dalam jangkitan penyakit kerana patogen perlukan suhu tertentu untuk membiak dan menyerang tanaman.  Contohnya penyakit hawar dan 'Botryltis' pada tomato sukar menyerang apabila suhu melebih 30oC.  Kelembapan yang tinggi di dalam rumah hijau menyebabkan serangan penyakit pada daun, buah dan bunga seperti kulapuk (mildew), karat dan juga hawar.  Oleh itu kelembapan harus dikawal sama ada dengan pengedaran udara yang baik dan meningkatkan sedikit suhu.  Kelembapan 85% atau kurang dapat menghalang percambahan spora kulat.   Kandungan air di dalam tanah atau medium juga perlu diambilkira kerana keadaan yang terlalu lembap akan menyebabkan terjadinya penyakit yang dibawa oleh kulat 'Phythopthora sp.' 'Pyuthium sp.' dan lain-lain.  Cahaya juga memberi kesan yang ketara terhadap penyakit.  Penambahan cahaya di dalam rumah hijau didapati mengurangkan penyakit.

Kebersihan

Perkara-perkara yang termasuk dalam kebersihan penanaman sayuran di dalam rumah hijau kadangkala tidak begitu jelas, sungguhpun prinsipnya sama seperti yang kita amalkan di rumah.  Umumnya rumah hijau mestilah dibersihkan daripada tanaman yang telah diserang penyakit atau pokok yang telah selesai dituai, tali-tali pengikat pokok kayu dan sebagainya.  Rumah hijau perlu sentiasa dijaga supaya tidak menjadi tempat pembiakan patogen membawa penyakit.  Pengusaha perlu menjaga kebersihan dan mengawal punca-punca yang boleh membawa benih penyakit seperti:-

- struktur rumah hijau, termasuk bangku, meja, tali penyokong dan pot.- air yang diguna harus dipastikan bersih dan tidak tercemar oleh benih kulat dan bakteria.- air boleh dirawat dengan klorin dan tangki takungan air harus ditutup.- sisa-sisa tanaman harus dimusnahkan atau ditanam jauh dari rumah hijau- pot yang telah digunakan semula mestilah dibersihkan dengan membasuh dan dirawat dengan agen  pembunuh kuman dengan merendamnya selama 1 jam.- pekerja harus dilatih dan dimaklumkan tentang kebersihan kerana mereka juga boleh membawa benih kulat  dan sebagainya ke dalam rumah hijau.

Kawalan secara biologi

Kaedah kawalan biologi adalah dengan menggunakan organisma lain yang boleh memusnahkan patogen sama ada melalui penghasilan bahan-bahan perencat seperti antibiotik atau bersaing dalam pengambilan makanan atau tempat.  Kawalan biologi untuk rumah hijau belum diperkembangkan secara komersial lagi.  Bagaimanapun sudah terdapat beberapa produk yang telah diuji dalam pasaran.  Contohnya, Norbac 84-C untuk penyakit bonggol batang.  Quantum 4000 dan Gus 4000 untuk Fusarlum dan Rhizoctonia, Conquer untuk Pseudomonas.  Kebanyakan produk ini terdapat di U.S.A., Australia dan Eropah dan masih pada peringkat awal.

Faedah yang diperoleh sekiranya kawalan secara ini dapat dipraktikkan ialah kita dapat mengelakkan kesan sisa racun yang tinggal di dalam sayur dan juga dapat menggelakkan kejadian kekebalan patogen terhadap sesuatu racun kulat.  Selain itu, organisma berfaedah yang digunakan boleh juga membantu menyuburkan pokok dan mengeluarkan hasil yang lebih tinggi.

Page 13: KELAPA WANGI.docx

Kawalan secara kimia

Dalam pengawalan penyakit, racun kulat masih merupakan salah satu komponen penting dalam pengawalan secara bersepadu untuk sayur-sayuran.  Terdapat racun kulat yang digunakan untuk membendung penyakit dan ada juga untuk mengubati penyakit.  Racun kulat dikelaskan kepada arcun kulat spektrum luas (broad spectrum) dan ada yang khusus untuk sesejenis atau beberapa penyakit tertentu.  Mekanisma tindakan racun kulat boleh dibahagikan kepada dua iaitu secara aktiviti kontak iaitu membunuh patogen secara terus apabila disembur, dan sistem  sistemik iaitu memasuki sistem pokok dan tersebar ke dalam pokok, dan sesuai mengawal patogen yang menyerang bahagian dalam tumbuhan.  Terdapat ciri-ciri yang harus diambilkira dalam memilih racun kulat bagi kegunaan di dalam rumah hijau:-

selamat digunakan, kepada pengguna dan tanaman mempunyai ciri-ciri yang baik yang boleh membunuh patogen mempunyai tahap keracunan yang rendah bagi manusia.  Oleh itu sayur yang disembur racun

ini dapat dipasarkan dalam jangka masa yang pendek selepas penggunaan racun ini dapat bertindak secara berkesan pada jangka masa yang sesuai dan kekerapan penggunaan

dapat dikurangkan mempunyai mekanisma tindakan yang boleh mengurangkan terjadinya kekebalan kepada

patogen.

Racun kulat biasanya digunakan dalam 2 cara iaitu secara kerap, biasanya dari awal penanaman ataupun secara berselangan, apabila penyakit mula ditemui atau pada peringkat yang kritikal sahaja.  Setiap pendekatan ini mempunyai kebaikan tersendiri.  Penggunaan secara kerap dapat mengawal tanaman daripada dijangkiti penyakit dan pengusaha tidak perlu memeriksa kehadiran penyakit pada tanaman.  Bagaimanapun kaedah ini didapati menyebabkan penggunaan racun kulat secara berlebihan dan boleh mempercepat terjadinya kekebalan patogen.  Oleh itu kaedah kedua harus diamalkan bagi mengelak terjadinya kekebalan patogen serta boleh menjimatkan kos.  Penggunaan racun kulat secara teratur dengan kadar rendah serta gabungan amalan kultur dan kawalan keadaan sekitaran boleh merendahkan penggunaan racun kulat.

Pengawalan penyakit pada tanaman sayuran adalah suatu aktiviti yang mesti dilakukan walau dalam apa sistem penanaman sekalipun.  Setiap sistem ada kelemahannya dan akan memberikan ruang kepada patogen untuk menyerang tanaman kita.  Kadang-kadang akan muncul penyakit baru yang selama ini tidak pernah kita alami oleh sebab perubahan sistem yang kita buat.  Bagaimanapun, penekanan dalam pengeluaran sayuran haruslah menjurus kepada keselamatan pengguna dan pencemaran alam sekitar perlu diberi keutamaan.  Ini bermakna amalan penggunaan racun kimia berlebihan harus dihentikan.  Pengusaha harus mengambilkira amalan lain dalam pengawalan penyakit dan dipraktikkan dengan lebih meluas.

Serangga

Cara kawalan musuh perosak sayuran

Banyak cara kawalan perosak yang kita ketahui.  Kawalan perosak digunakan pada satu masa ataupun pada sepanjang tahun.  Cara yang biasa ialah kawalan kimia, kawalan biologi, kawalan kultur dan kawalan mekanikal atau fizikal.  Lazimnya cara ini digunakan secara bersendirian yang mengakibatkan munculnya masalah lain yang bersangkutan.

Kawalan kimia

Racun perosak, buat masa ini memainkan peranan penting dalam pengeluaran hasil pertanian.  Bahan kimia ini boleh digunakan secara bersendirian untuk mendapatkan hasil yang tinggi.  Ringkasnya bahan kimia lebih  memudahkan kawalan perosak. Kini kawalan kimia masih memainkan peranan yang bermakna dalam bidang pertanian dan akan terus digunakan .Akibatnya kita akan lebih bergantung pada racun perosak. Namun begitu, racun perosak juga menimbulkan masalah seperti;

Pembentukan strain perosak yang kebal terhadap racun perosak, contohnya ulat kubis Plutella xylostella (L.) di Cameron Highlands.

Page 14: KELAPA WANGI.docx

Kadangkala populasi perosakan hanya dapat dikawal untuk sementara waktu sahaja dan ini memerlukan rawatan yang berulangkali, contohnya perosak hama (mites) pada tanaman cili.

Terjadinya serangan perosak sekunder hasil daripada kemusnahan musuh  semulajadi umpamanya 'red spider mite' atau hama pada tanaman cili, bunga kekwa dan ros.

Kesan sampingan yang bahaya pada organisma bukan sasaran seperti (1) parasit dan pemangsa (2) ikan, burung dan hidupan liar yang lain (3) manusia dan binatang ternakan dan (4) kesan keracunan pokok pada tanaman.

Kesan buruk secara langsung kepada pengguna akibat daripada semburan racun perosak yang tidak digunakan dengan betul.

Penghapusan dan kemusnahan komponen-komponen biotik dalam agroekosistem. Sisa racun pada produk makanan.

Oleh sebab banyak kesan sampingan yang buruk daripada penggunaan racun perosak, maka pergantungan sepenuhnya pada racun kimia tidak disyorkan.

Kawalan biologi

Kawalan biologi ialah kawalan dengan menggunakan parasit dan pemangsa atau musuh semula jadi untuk mengawal perosak tanaman.  Salah satu contoh ialah kawalan ulat Plutella xylostella dengan parasit Cotesia plutellae, Diadegma semiclausum dan Didromus collaris di Cameron Highlands.  Masalah utama cara kawalan biologi ialah memakan masa, dan racun kimia hendaklah dikurangkan dan digunakan dengan betul.

Musuh semula jadi yang lain yang boleh digunakan ialah agen mikrob seperti bakteria (contoh: Bacillus thuringiensis), virus (contoh: NPV), kulat (contoh: Erynia radicans).  Selain itu, masih banyak perosak yang agen kawalan biologinya yang berkesan belum lagi ditemui.  Oleh itu kawalan semua perosak secara biologi masih lagi tidak pada tahap yang diharapkan.  Bagaimanapun, cara kawalan biologi perlu diberi keutamaan dalam merangka kawalan perosak bersepadu.

Kawalan kultur

Kawalan kultur ditakrifkan sebagai memanipulasikan keadaan sekitar supaya kurang menyenangkan bagi perosak, misalnya:-

ubahsuai masa menanam dan menuai pusingan tanaman tanaman campuran tanaman perangkap varieti rintang menggunakan sungkupan

Kawalan kultur perlu diamalkan bersama cara kawalan yang lain untuk memperolehi kesan kawalan perosak yang diharapkan.

Kawalan mekanikal dan fizikal

Kaedah ini menggunakan amalan ladang serta cara fizikal untuk mengurangkan kerosakan tanaman, misalnya:-

penggunaan tanah dan air alat perangkap perosak (perangkap lampu, perangkap feromon dan perangkap pelekat

kuning) kebersihan ladang

Semua cara ini ada kebaikan dan masalahnya sendiri.  Semua cara tersebut kecuali kawalan kimia pada amnya tidak boleh digunakan pada sesuatu masa bagi banyak jenis perosak.  Kawalan kimia pula menghadapi banyak masalah yang lain terutama yang berhubung dengan pencemaran produk

Page 15: KELAPA WANGI.docx

makanan dan alam sekitar.  Dengan ertikata yang mudah, Pengurusan Perosak Bersepadu adalah menggunakan pelbagai cara kawalan yang serasi dengan mengurangkan kegunaan racun perosak dan mendapat keuntungan yang ekonomik.  Melalui cara ini kerosakan tanaman dapat dikurangkan disamping mesra alam sekitar.  

FAKTOR PENTING DALAM KONSEP PPB

mengambilkira faktor ekonomik, ekologi dan sosiologi kawalan secara PPB tidak akan memberi kawalan perosak seratus peratus kawalan perosak dalam jangka masa panjang racun perosak digunakan apabila perlu sebagai usaha terakhir sahaja. konsep aras ambang ekonomik diamalkan iaitu kawalan hanya dilaksanakan apabila populasi

mengancam dan mengurangkan hasil.  Hasil daripada pengawalan mestilah menguntungkan. memberi keutamaan kepada cara kawalan biologi mengambilkira kompleks perosak yang menyerang tanaman dari masa menanam hingga kutip

hasil merendahkan populasi perosak bukan menghapuskannya PPB merangkumi kawalan perosak, kawalan rumpai dan amalan kultur dan agronomi

keseluruhan bagi tanaman tertentu.

PELAKSANAAN PENGURUSAN PEROSAK BERSEPADU

Beberapa faktor atau peringkat perlu diketahui atau dilaksanakan:-

mengkaji pilihan kawalan yang ada pengesanan awal bagi parasitoid setempat mengkaji kawalan biologi dan ekologi memperkenalkan parasitoid dari luar pakej awal PPB memindahkan pakej PPB kepada penanam

PROGRAM PPB DI MALAYSIA

Terdapat beberapa program PPB telah dilaksanakan di Malaysia untuk tanaman koko, padi, kelapa sawit, kelapa, pelbagai jenis buah-buahan dan sayuran.  Bagi tanaman sayuran, 2 program PPB telah dilaksanakan dengan jayanya iaitu PPB tanaman kubis (termasuk sayuran krusifer lain) dan PPB tanaman cili. 

Pada masa kini kebanyakan tanaman dibiakkan dengan

berbagai kaedah menggunakan teknologi yangberbeza tetapi melalui asas pembiakan yang sama. Asaspembiakan tanaman yang betul perlu diketahui terlebihdahulu sebelum mengusahakan sesuatu projek pertanianbagi menjamin hasil dan mutu yang dikeluarkan.Terdapat beberapa asas pembiakan tanaman yang bolehdijadikan panduan oleh umum dalam mengusahakankultura kebunan. Di bawah ini diterangkan asas pembiakantanaman yang sering dipraktikkan mengikut kesesuaiantanaman tersebut.Pembiakan Biji BenihTanaman yang dibiakkan melalui biji benih adalah tanamansemusim seperti padi, jagung, sayur-sayuran dan jugatanaman hiasan. Biji benih biasanya mengalamipendebungaan kacuk dan faktor ini tidak menjamintanaman yang dibiakkan akan menghasilkan anak yangmempunyai ciri-ciri yang sama seperti

Page 16: KELAPA WANGI.docx

induknya. Bagi tanaman yanghendak dibiakkandengan cara ini,pemilihan bijibenlh perludilakukan untukmendapatkanbaka yangt u l e n .Pemilihanboleh dibuatd e n g a nmengambilkira beberapa faktor seperti berikut:* Pokok induk yang sihat.* Buah yang cukup masakdan tiada seranganpenyakit dan perosak.* Buah yang normal.* Buah dipertengahan musimdan terletak di bahagian tengahladang.Pembiakan Vegetatif (Tampang)Pembiakan vegetatif atau tampang adalah carapembiakan dengan menggunakanbahagian tertentu tanaman sepertikeratan batang, pucuk, daun dan rizom.la dilakukan bagi tanaman yangtidak mengeluarkan biji benih atausukar berbunga. Kaedahpembiakan ini kerap menjadipilihan kerana caranyamudah dan dapatmenghasilkan pokokdengan baka tulen.Kaedah ini juga dapatmemendekkan tempohmatang di mana pokokmengambil masa lebih pendek untukberbunga atau berbuah, tetapitumbesaran tanaman dengan caraini adalah terhad. Kaedahkeratan, tut, cantuman, belahan

11rumpun dan bebawang selalu dilakukan tetapi kejayaanpembiakan ini bergantung kepada pemilihan bahan tanaman,keadaan iklim, tanah, air dan juga kemahiran.Keratan batang terbahagi kepada keratan batang keras ,sederhana dan lembut. Bahagian tanaman yang sihat sertamempunyai beberapa mata tunas dipilih. Keratan tanamansepanjang 15-20 cm digunakan. Keratan dipotong serong sedikitdi bawah mata tunas atau pangkal ruas. Biasanya daun-dauntanaman dibuang untuk mengelakkan pokok yang disemaikekeringan. Keratan disemai menggunakan media semaian 2 :1 : 1 (dua bahagian tanah, satu bahagian bahan organik dansatu bahagian pasir). Kaedah ini selalu digunakan bagimembiakkan tanaman hiasan.Keratan pucuk berdaun digunakan bagi tanaman yang berbatanglembut jenis herba dan renek. Keratan rizom digunakan untuktanaman seperti kunyit dan halia. Semaian yang dilakukan perludisiram dan diletakkan di tempat redup sehingga tanamanmengeluarkan pucuk.Kaedah tut merupakan cara pembiakan yang biasa digunakanbagi tanaman buah-buahan. Tut melalui proses pembuangankulit kayu untuk tujuan pengakaran. Kulit ranting atau dahan pokok

Page 17: KELAPA WANGI.docx

dengan saiz 1-2 cm garis pusat dipotong kira-kira 5 cm panjangdan dibuang kulitnya. Bahagian yang terdedah disapukan denganhormon penggalak akar dan ditutupkan dengan tanah campuran.Bahagian tersebut dibalut dengan plastik untuk menghalangkemasukan air dari luar. Media yang digunakan adalah campurandua bahagian tanah atas dan satu bahagian bahan organikbersama sedikit air.Manakala kaedah cantuman sering digunakan bagi mendapatkanklon pokok yang dikehendaki. Cara ini dapat menjamin bakatulen diperturunkan kepada anak oleh induk. Terdapat berbagaikaedah cantuman seperti mata tunas, cantuman baji dan sanding.Kaedah ini kerap digunakan bagi tanaman buah-buahan sepertidurian, rambutan dan lain-Iain lagi.Di samping itu, pembiakan dengan kaedah belahan rumpun bolehdilakukan bagi pokok yang hidup berumpun. la dapatmenghasilkan tanaman yang banyak daripada satu induk. Pokokdibelah kepada beberapa belahan yang dikehendaki danditanam. Tanaman yang boleh dibiakkan dengan carakebanyakkannya terdiri daripada tanaman hiasan.Kaedah menanam dengan menggunakan bebawang bolehditanam terus tanpa perlu disemai. Bahan tanaman dipilihdaripada pokok yang sudah tua atau matang. Tanaman yangdibiakkan dengan cara ini antaranya mempunyai peratus hidupyang tinggi. Sayuran jenis bawang dan beberapa pokok hiasandibiakkan melalui cara ini.Berbekalkan pengetahuan tentang bahan tanaman, kemahirandan pengalaman pembiakan pelbagai jenis tanaman bolehdilakukan sendiri yang mampu memberikan kepuasan kepadaindividu yang menceburi dalam bidang pertanian sama adasebagai hobi atau komersial.

KERATAN BATANGMenggunakan bahagian tumbuhan seperti batang, ranting dan dahan tanaman

- Jenis keratan batang i. Keratan Kayu Lembut - bahagian termuda sekali atau masih hijau - panjang keratan 10-15 cm, 2-3 helai daun - contoh : Altenanthera sp., Portulaca sp. dan Coleus sp. ii. Keratan Kayu Sederhana - bahagian dahan atau ranting yang baru matang - panjang keratan 10-20 cm, beberapa helai daun - contoh : Hibiscus sp., Duranta sp. dan Ixora sp. iii. Keratan Kayu Keras - bahagian batang atau dahan yang telah matang - semua daun hendaklah dibuang - contoh : Pterocarpus indicus, Tecomaria capensis dan Baphia nitida

- Medium penyemaian * medium mpunyai saliran baik, gembur, tdak mgandungi biji benih rumpai & agen penyakit serta serangga

* medium yang sesuai � 1 bahagian pasir dan 1 bahagian bahan organik

- Hormon pengakaran * digunakan untuk membantu dan menggalakkan pengeluaran dan pertumbuhan akar * jenis hormon � Seradix 1, 2, 3 dan Hormoton A dan B - Menyemai keratan * sebelum menyemai, celup bahagian bawah keratan dengan hormon penggalak akar

Page 18: KELAPA WANGI.docx

* masukkan ke dalam lubang atau alur yang disediakan

- Pembentukan akar * akar keratan akan mula tumbuh dalam masa 1 minggu hingga 6 minggu * keratan yang tidak mudah dicabut menunjukkan ianya telah mula berakar

KERATAN DAUN

- Dilakukan pada daun yang berlendair � kerana banyak makanan yang tersimpan di dalamnya - Bahagian atas daun menghala ke atas, bahagian bawah daun tertanam ke dalam medium - Apabila anak pokok mula tumbuh, daun asal atau induk akan mereput - Kaedah keratan daun i. Keratan Lai Daun - sesuai kepada tumbuhan yang mempunyai lai daun yang panjang - lai daun dipotong sepanjang 3-4 cm - lai daun ditanam secara menegak (lidah jin � Sanseviera trifasciata) - ada juga yang mengeluarkan anak pokok daripada lai daun yang diletakkan di atas medium pengakaran (setawar � Bryophyllum sp.) ii. Keratan Urat Daun - Contoh : resam batu (Begonia sp.) - lai daun diletakkan atas medium pengakaran an urat daunnya dikerat-kerat - setiap urat daun akan menghasilkan anak pokok iii. Keratan Tunas Daun - terdiri daripada daun serta tunas ketiak dan batang - dengan cara cucuk keratan sehingga ke paras bahagian bawah lai daun - contoh : honeysuckle (Lomicera sp.) iv. Keratan Lai Daun dan Tangkai Daun - terdiri sekeping daun bersama tangkai daunnya sekali - bahagian tangkai daun dibenam ke permukaan medium dengan bahagian lai daun berada di atas permukaan daun - contoh : violet Afrika (Saintpaulia sp.)

TUT

- Teknik pembiakan yang dilakukan pada dahan atau ranting yang masih terlekat pada induk - Bahagian yang terlibat mendapat makanan dan air dari pokok induk - Apabila tut telah berjaya, ia dipisahkan daripada pokok induk - Kelebihan tut i. Ciri pokok induk diwarisi sepenuhnya ii. Tanaman baru lebih cepat matang - Kekurangan tut i. Tidak boleh dibiakkan dalam kuantiti yang banyak pada sesuatu pokok induk ii. Tanaman lebih mudah tumbang kerana tidak mempunyai akar tunjang iii. Memerlukan kemahiran membuat tut

- Medium pengakaran i. nisbah yang sesuai ialah 1 bahagian tanah loam dan 1 bahagian bahan organik ii. medium digaul rata dan dicampur sedikit air supaya melekit untuk dibentuk bebola

- Pemilihan dan penyediaan dahan

Page 19: KELAPA WANGI.docx

* pilih dahan pokok induk yang sihat, ukuran diameter 1 cm dantiada ranting kecil pada bahagian yang hendak dilakukan tut * buat dua kelaran mengelilingi dahan pada jarak 2.5 � 5 cm * kopek kulit antara kelaran tersebut dan kikis lapisan kambium untuk mengelakkan kulit bercantum semula * sapukan hormon penggalak akar pada bahagian atas * bentuk medium seperti bebola � 5 cm diameter * bahagikan bebola kepada dua bahagian dan lekapkan pada bahagian yang dikikis * kejapkan medium pada dahan dan balut dengan plastik lut sinar * ikat kedua-dua hujung bahagian yang telahdibalut

- Penjagaan tut * ranting yang dibuat tut akan mula berakar setelah beberapa minggu * rekodkan a. Tarikh membuat tut b. Tarikh tut mengeluarkan akar c. Kira peratus kejayaan tut

- Mengubah anak pokok * tut akan berakar dalam masa 1-3 bulan * tut yang berjaya boleh diubah ke beg politena atau pasu * potong dahan bahagian bawah tut untuk asingkan dari induk * buang plastik lut sinar sebelum anak pokok ditanam untuk membolehkan akar berkembang

CANTUMAN MATA TUNAS

- Bermaksud memindah dan mencantumkan mata tunas sesuatu pokok yang baik bakanya kepada pokok penanti bagi mendapatkan anak pokok yang tulen dan baik bakanya - Kelebihan i. Mudah untuk mendapatkan benih dari baka terpilih ii. Anak pokok mempunyai sifat yang sama seperti induk iii. Boleh menghasilkan pokok yang mempunyai beberapa warna bunga atau daun pada satu pokok

- Cara membuat cantuman mata tunas i. Pokok penanti dan kayu mata tunas perlu dalam keadaan subur dan sihat ii. Semasa mencantum, lapisan kambium mestilah bersih iii. Kedua-dua lapisan kambium mestilah kena dan melekap antara satu sama lain iv. Lilit cantuman dengan pita, pisau mesti bersih dan tajam v. Lakukan kerja di tempat teduh - Penyediaan pokok penanti � batang hendaklah tegak dan mempunyai sistem akar yang baik - Mata tunas � hendaklah dicantum secepat mungkin untuk mengelakkannya kering

CANTUMAN BAJI DAN SANDINGAN - Cantuman baji dilakukan untuk menukarkan pokok besar - Cantuman sanding dilakukan untuk mencantum beberapa varieti menjadi satu pokok - Tumbuhan yang sesuai untuk cantuman baji � Coleus blumei, Bougainvillea sp. dan Hibiscus rosa sinensis

Page 20: KELAPA WANGI.docx

- Tumbuhan yang sesuai untuk cantuman sanding � Acalypha sp. dan Codieum variegatum - Teknik cantuman i. Cantuman baji - sion diambil dari poko induk dan disatukan kepada pokok penanti (stok)yang telah dibuat belahan berbentuk 慥� - 2-3 minggu periksa cantuman, jika sion masih hijau, cantuman berjaya ii. Cantuman sanding - dilakukan terhadap dua batang pokok yang bersaiz hampir sama - kedua-dua sion dan pokok penanti dihiris selebar 2-3 cm, kemudian ditemukan supaya bahagian kambium bertemu dengan baik - ikat tempat cantuman dengan pita - pada masa ini sion masih mendapat bekalan nutrien dari pokok induknya - Penjagaan pokok cantuman - setelah dicantum, letakkan di tempat yang teduh - siram dua kali sehari - pokok dilabel tarikh cantuman, kaedah dan jenis cantuman - selepas 10-14 hari tanggal serkup plastik pada cantuman baji untuk pastikan kejayaannya - apabila cantuman sanding berjaya, potong sion daripada pokok induknya bagi membolehkannya mem besar bersama pokok penanti

Benih Limau Nipis dan Limau Kasturi Advertised by hazzim 27 Jul 19:29. List-ID: 3108342. Delete Google Ads

Royal Bank of ScotlandEnjoy Financial Flexibility with RBS Loans, Deposits & Investments!RBS.my

Pinjaman Segera-RM150,000Kakitangan Kerajaan Saja. 4.40% p.a Overlap,Baru Kerja & CTOS - OKwww.pinjaman.net.my

Rahsia Raja LelongPelajari rahsia menjana wang 5-Angka sebulan di Lelong dan eBay!www.RahsiaRajaLelong.com

Page 21: KELAPA WANGI.docx