Draf Kertas Kerja Kursus Kenaikan Pangkat Sarjan TKRS 2011
-
Upload
mohdameri57 -
Category
Documents
-
view
309 -
download
8
description
Transcript of Draf Kertas Kerja Kursus Kenaikan Pangkat Sarjan TKRS 2011
Disediakan oleh ,
SEKRETARIAT KADET REMAJA SEKOLAH MALAYSIA
NEGERI KEDAH
2011KERTAS KERJA
KURSUS KENAIKAN PANGKAT SARJAN
TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH MALAYSIA (TKRS))
SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH PERINGKAT NEGERI KEDAH TAHUN 2011RASIONAL
Kadet Remaja Sekolah Kedah telah dipertanggungjawabkan untuk mengelola kursus-kursus kenaikan pangkat Kadet Remaja Sekolah Malaysia tahun 2011 . Adalah menjadi tugas penting bagi Sekretariat Kadet Remaja Sekolah(KRS) Negeri Kedah untuk mencungkil, mendidik dan melatih serta menguji anggota-anggota terpilih dari setiap daerah sebagai persediaan menghadapi aktiviti tersebut.
Salah satu kursus yang perlu dilaksanakan ialah Kursus Kenaikan Pangkat Sarjan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) . Kursus ini adalah lanjutan daripada kursus pangkat koperal yang dikendali oleh Sekretariat KRS daerah-daerah. Bagi anggota kadet lain yang melepasi piawaian juga boleh dicalonkan untuk mewakili sekolah dan daerah masing-masing dalam kursus kenaikan pangkat sarjan TKRS ini . Semoga para pelajar akan terus berpeluang mengikuti kegiatan KRS demi kemajuan pelajaran dan sahsiah masing-masing serta merancakkan kegiatan kokurikulum di seluruh negeri Kedah
MATLAMAT
Melahirkan anggota TKRS berpangkat Sarjan di semua sekolah dalam daerah-daerah negeri Kedah yang berkebolehan dan berkeyakinan dalam semua program KRS samping memiliki daya tahan yang tinggi. Adalah sangat penting juga kursus kenaikan pangkat ini akan dapat melahirkan anggota KRS yang mahir berkawad bagi memenuhi keperluan platun KRS di sekolah-sekolah dalam pertandingan kawad kaki daerah masing-masing
OBJEKTIF
1. Memastikan sekurang-kurangnya 65% peserta berjaya mencapai tahap kemahiran yang tinggi sehingga mampu mengikuti dengan jayanya semua aktiviti yang bakal dilaksanakan.2. Melatih, memilih dan memahirkan ketua-ketua Platun TKRS KEDAH dengan ilmu TKRS dan mempraktikannya di kalangan anggota platun mereka di sekolah.
3. Melatih anggota TKRS yang mampu menyertai kegiatan TKRS di peringkat daerah masing-masing.
4. Melaksana dan menyemarakkan program kawad kaki dan kegiatan tahunan TKRS yang dirancang oleh Sekretariat KRS KEDAH .
5. Menjadi landasan membantu meningkatkan markah kokurikulum para pelajar dari kalangan anggota TKRS Negeri Kedah bagi memasuki sekolah-sekolah menengah berasrama penuh.KUMPULAN SASARAN
Anggota TKRS yang memenuhi syarat dari sekolah-sekolah rendah seluruh Kedah seramai 150 orang terdiri daripada 74 kadet lelaki dan 76 kadet perempuan . Mereka mestilah ahli TKRS yang telah berpangkat koperal dan sedang belajar di tahun 5 .
Kuota Bagi Setiap Daerah adalah seperti berikut
Bil.DaerahKRS LKRS P
1Kota Setar1614
2Kubang Pasu910
3Kuala Muda Yan1210
4Kulim Bandar Baru1212
5Baling Sik1010
6Pendang710
7Langkawi46
8Padang Terap44
Jumlah7476
Pejabat Pelajaran Daerah dengan kerjasama Sekretariat KRS setiap daerah hendaklah mencalonkan peserta berdasarkan kuota di atas.
PELAKSANAAN
i.TARIKH
20 September 2011 hingga 22 September 2011( Selasa hingga Khamis )
ii.TEMPAT
SK Padang Chicak , Jeneri , Sik.iii.MASA PENDAFTARAN
a. Pegawai : 9.00 pagi ( 20 Sept. 2011 ) b. Peserta : 9.00 pagi ( 20 Sept. 2011 )AHLI JAWATANKUASA KERJA PERKHEMAHAN
Penasihat
: Pengarah Pelajaran Negeri Kedah
Pengerusi
: Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan
JPN Kedah
Timb. Pengerusi
: Encik Osman bin Noor
Ketua Unit Kokurikulum JPN KedahNaib Pengerusi 1
: Encik Shukori bin Abdul Aziz
Penyelia Unit Kokurikulum JPN Kedah
Naib Pengerusi 2
: Encik Hassan bin Majid
Pegawai Khas Unit Kokurikulum JPN Kedah
Setiausaha
: Mejar ( KRS ) Mukhtar bin Mansor
Pegawai Tadbir Sekretariat KRS Negeri Kedah
Penolong Setiausaha
: Kapt (KRS) Amir bin Mat Rejab
Pegawai Teknikal Sekretariat KRS Negeri Kedah
Bendahari Kehormat
: Kapt (KRS) Patimah bt. Khairuddin
Pegawai Hal Ehwal Wanita Sekretariat KRS Negeri Kedah
JAWATANKUASA KERJA
1. Urusetia Sekretariat KRS KEDAH
2. Kem Komandan Kapt (KRS) Harun b. Mamat3. Timbalan Kem Komandan Kapt (KRS) Zaharuddin bin Abd. Rahman4. Ketua jurulatih / Jawatankuasa Aktiviti / Kapt (KRS) Yusuf b. Md Isa
Penilaian
5. Jawatankuasa Pendaftaran / Sijil / Dokumentasi Kapt (KRS) Sayuty b. Awang
6. Jawatankuasa Persiapan Tempat / Siaraya Kapt ( KRS ) Mohd Zaidi b. Ibrahim
7. Jawatankuasa Kerohanian / Moral Mej Zaib b. Taib
8. Jawatankuasa Makanan Kapt (KRS) Fazmidar binti Hj Abdullah9. Jawatankuasa Perkhemahan Luar / Khidmas Kapt. (KRS) Rizazul b. 10. Jawatankuasa Khemah/Peralatan / Pengangkutan Kapt (KRS) Dzohirudin b. A. Rahim11. Jawatankuasa Keselamatan / HEWA Kapt ( KRS ) Suraya binti MoinPENGINAPAN
Peserta akan bermalam di dalam khemah yang disediakan oleh Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah masing-masing . Agihan tanggungjawab menyediakan khemah bagi setiap daerah untuk dibawa ke tapak kursus adalah seperti berikut :DaerahBil. KhemahDaerahBil. Khemah
Kota Setar8Kulim Bandar Baru6
Kubang Pasu6Pendang6
Kuala Muda Yan6Langkawi3
Baling Sik6Padang Terap3
MAKAN
Makan minum akan disediakan oleh pembekal makanan yang dilantik penganjur .
PENGANGKUTAN
Pengangkutan peserta pergi dan balik diuruskan oleh pihak sekolah dan PPD masing-masing. PPD hendaklah menyelaraskan masa dan tempat berkumpul para peserta.PAKAIAN
Pakaian rasmi peserta sepanjang kursus adalah pakaian utama TKRS ( No. 3 KRS)
( Rujuk Lampiran 1 )
PERALATAN PESERTA
Para peserta dinasihatkan membawa peralatan kursus sendiri demi memastikan kelancaran program yang disusun. ( Rujuk Lampiran 1 )
AKTIVITI KURSUS KENAIKAN PANGKATi. Bercorak Ujian :
Kawad kaki , lagu KRS ,kerohanian/moral dan sikap , kecergasan , ii.Bercorak Integrasi :
Persembahan Kebudayaan , ikatan dan gajet , bantu mulaJADUAL AKTIVITI KURSUS
Rujuk Lampiran 2.
PETI BANTU MULA
Urusetia hendaklah menyediakan 2 buah peti bantu mula yang lengkap.
SURAT KEBENARAN WARIS
Peserta diwajibkan menyerahkan dokumen di atas semasa pendaftaran. Urusetia berhak menolak kehadiran mana-mana peserta yang gagal berbuat demikian. Hanya peserta yang sihat sahaja tanpa rekod penyakit berbahaya yang layak mengikuti kursus ini.
SUMBER KEWANGAN DAN BELANJAWAN
Sumber Kewangan akan diperolehi daripada :
SumberJumlah
1.Peruntukan JPN RM 6,850.00
JumlahRM 6,850.00
Perbelanjaan adalah seperti berikut :
PerkaraJumlah
1.Makan MinumRM 12.00 X 150 x 3 hariRM 5,400.00
2.Sewa KanopiRM150 X 4setRM 600.00
3.Sewa Generator dan Set LampuRM 450.00
4.Hadiah / CenderahatiRM 200.00
5.Sewa Bas RM100 x 2 buahRM 200.00
JumlahRM 6,850.00
Kerjasama urusetia , ahli jawatankuasa kerja kursus kenaikan pangkat JPN Kedah dan semua Pejabat Pelajaran Daerah sepanjang kursus kenaikan pangkat ini dijalankan diharap akan melancarkan lagi perjalanan kursus yang dirancang . Semoga permohonan ini diluluskan demi memastikan program kokurikulum bagi para pelajar akan terus dijalankan .
Berilmu , Beriman , Beramal .
ULASAN KETUA UNIT KOKURIKULUM JPN KEDAH
.
.
.
Disediakan oleh,
Disemak oleh ,
KAPT. (KRS) AMIR B. MAT REJAB
MEJAR MUKHTAR B. MANSORPegawai Teknikal Sekretariat KRS
Pegawai Tadbir Sekretariat KRSNegeri Kedah.
Negeri Kedah.LAMPIRAN 3
TUGAS DAN PERANAN JAWATANKUASA KERJA
JAWATAN KUASA
TUGAS / PERANAN
1. Kem Komandan
i. Menyediakan peraturan- peraturan perkhemahan.
ii.Memastikan segala aspek tugasan, aktiviti dan, latihan berjalan lancar serta mendapatkan maklum balas daripada jurulatih dan AJK.
iii.Memberi taklimat awal , taklimat jurulatih dan ucapan penutup.
iv.Mempengerusikan mesyuarat harian atau O Group .
v. Memastikan objektif kursus tercapai
viMenyediakan jurulatih gantian , rancangan alternatif dan rancangan latihan tambahan jika perlu.
v. Memantau keselamatan , kebajikan dan tingkah laku semua peringkat anggota
2. Timbalan Kem Komandan
i. Membantu tugas-tugas kem komandan.
ii. Mengambil alih tugas kem komandan semasa ketiadaan kem komandan.
iii. Mengumpulkan barang-barang berharga dan benda-benda larangan daripada para peserta dan menyerahkan kembali pada hari akhir kursus kenaikan pangkat.
iv. vi. Membantu menyusun dan melaksanakan acara taklimat awal dan upacara penutup .
3.Jawatankuasa Pendaftaran / Sijil /
Dokumentasi . Menyedia / mengurus cara pendaftaran
Menyediakan borang yang berkaitan
Mendaftar dan menyusun kumpulan peserta yang hadir Mengambil gambar dan menyusun dokumentasi sepanjang kursus kenaikan pangkat.
Mendapatkan sijil dan mencetak
Menyediakan komputer dan pencetak
Menyediakan data data anggota .
Melengkapkan data penting bilik urusetia
4. Jawatankuasa Persiapan Tempat / Siaraya Menguruskan tempat-tempat khas yang perlu untuk program beserta kemudahan yang sesuai
* Menyedia dan melabel tempat khas yang diperlukan seperti
i. ruang pendaftaran , dewan makan
ii. bilik urusetia
iii. bilik air peserta , pegawai
lelaki dan perempuan
Menyediakan kemudahan lampu , generator
, dan pembesar suara.
* Memastikan kebersihan kawasan kursus .
5. Jawatankuasa Aktiviti dan Penilaian Menyusun aktiviti pengisian kursus kenaikan pangkatsesuai dengan objektif perkhemahan.
Menyediakan borang markah untuk ujian-ujian yang berkaitan
Menyusun petugas yang sesuai untuk setiap aktiviti ujian yang dicadangkan
Memastikan setiap aktiviti yang
dirancang berjalan dengan lancar.
Memantau dan memilih bakal peserta PTP
Menyediakan peralatan untuk aktiviti.
Merancang slot bercorak akademik.
6. Jawatankuasa Jemputan / Sambutan / Majlis Penutup
Mengenalpasti tetamu untuk dijemput menghadiri majlis penutupan
Merancang majlis dan menyusun petugas khas untuk sambutan pada hari pendaftaran dan penutupan perkhemahan.
Menguruskan surat siaran dan makluman
Teks ucapan VIP , Kem Kom dan MC serta doa
Menyambut peserta , dan tetamu
7.Jawatankuasa Makanan
Menyusun menu peserta dan VIP
Memastikan penyediaan makanan dan minuman peserta dan pegawai bertugas menepati waktu dan menu yang dicadangkan
Memastikan air minuman disediakan sepanjang masa
Berurusan dengan pembekal makanan.
8.Jawatankuasa Keselamatan / Moral / HEWA Makluman kepada pihak Polis, Rela dan Kesihatan dan mendapatkan nombor telefon pihak tersebut sebagai persediaan.
Memastikan kawalan keselamatan disusun sepanjang aktiviti kursus berjalan
Menguruskan kebajikan wanita .
Menguruskan peserta sakit.
Menyedia ujian moral untuk peserta bukan Islam
9. Jawatankuasa Kerohanian dan Khidmas
Mencari petugas berkaitan slot-slot kerohanian termasuk bacaan Yassin.
Memastikan peserta kursus hadir dan mengikut slot kerohanian yang dijalankan
Merancang , melaksanakan dan memantau khidmas mengikut jadual aktiviti yang telah dicadangkan.
Menyediakan alat untuk Khidmas.
10. Jawatankuasa Khemah/Peralatan / Pengangkutan Menyediakan peralatan untuk kursus kenaikan pangkat terutama untuk berkhemah Mengumpul , mengeluar , dan memulangkan peralatan.
Menguruskan pengangkutan peserta sembahyang Jumaat.
Menyediakan giliran pengangkutan kecemasan sepanjang masa .
LAMPIRAN 2KURSUS KENAIKAN PANGKAT SARJAN
TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH MALAYSIA( TKRS )
SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH PERINGKAT NEGERI KEDAH 2011A. Keperluan Peralatan Peserta:
1.Pakaian seragam No. 3 lengkap dengan hackle ,sarung tangan ,nametag2.Kasut kanvas hitam , selipar
3. Pakaian sukan dan kasut sukan
4.Pakaian sembahyang
5. Baju -T TKRS secukupnya
6.Peralatan mandi / tidur
7. Peralatan mencuci pakaian / kasut
8. Lampu suluh
8.Perubatan peribadi ( jika diperlukan )
9. Buku nota / alat tulis
10. Tali ikatan 2 meter
11. Baju hujan
12. Surat kebenaran waris
B.Barangan Larangan :1.Telefon bimbit semasa aktiviti2.Barangan kemas
3.Senjata tajamC.Keperluan lain :
1.Rambut potongan no. 2 untuk kadet lelaki2.Item-item pengujian : Sila muat dari turun laman web KedahKRS.blogspot
LAMPIRAN 1Senarai Urusetia / Jurulatih
Kursus Kenaikan Pangkat Sarjan TKRSSekolah-Sekolah Rendah Peringkat Negeri Kedah 2011BilNamaSekolah/ PejabatDaerahCatatan
1Osman bin NoorJPN KedahUrusetia
2Shukori bin Abd AzizJPN Kedah Urusetia
3Hassan bin MajidJPN KedahUrusetia
4Mukhtar b. MansorSMK TATARKubang PasuUrusetia
5Amir b. Mat RejabSMK Sg TiangPendangUrusetia
6Zaib bin TaibSMK Saadah Al DiniahKuala Muda YanUrusetia
7Dzohirudin b. Abd RahimSK TawarBaling SikUrusetia
8Sirajudin b. IshakSMK T. Panglimaq BesarKulim Bandar BaruUrusetia
9Yusuf b. Md IsaSMK JitraKubang PasuJurulatih
10Tarmizy b. SMK Permatang BonglaiKubang PasuJurulatih
11Rosli bin BaharomSK Telaga Mas Kota SetarJurulatih
12Fairul Wazib b. A. WahabSK Bukit TampoiKota SetarJurulatih
13Mohd Noor b. AhmadSK Paya MengkuangPendangJurulatih
14Harun b. MamatSMK Syed IbrahimPendangJurulatih
15Zaidi b. IbrahimSK Pokok AsamPendangJurulatih
16Roslan b. KhamisS Mo Khas Bukit JenunPendangJurulatih
17RizazulLangkawiJurulatih
18Abd Khani b. Md AliSK Paya BesarBaling SikJurulatih
19Mohd Khairul EhsanBaling SikJurulatih
20Mohd Fuzi b. SallehKulim Bandar BaruJurulatih
21Sayuty bin AwangSK Lunas JayaKulim Bandar BaruJurulatih
22Syed ShahrulNizar b. Syed ZainuddinSK Taman Ria
Kulim Bandar BaruJurulatih
23Abdullah bin HassanSK Taman SelasihKulim Bandar BaruJurulatih
24Maznah bt HarunSK Seri KulimKulim Bandar BaruJurulatih
25Patimah bt. KhairuddinSMK Kubur PanjangPendangJurulatih
26Suraya bt. MoinSKKulim Bandar BaruJurulatih
27Fazmidar bt. Hj AbdullahSMK Tun Sy. RodziahKota SetarJurulatih
KURSUS KENAIKAN PANGKAT SARJAN
TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH MALAYSIA (TKRS)
SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH
PERINGKAT NEGERI KEDAH TAHUN 2011
1