Alat penyukat p h dan ec meter

3
9/23/13 Romatech Agro - Pembekal Peralatan Pertanian dan Fertigasi: Alat Penyukat pH dan EC Meter romatechagro.blogspot.com/2009/03/alat-penyukat-ph-dan-ec-meter.html 1/3 romatechagro.blogspot.com http://romatechagro.blogspot.com/2009/03/alat-penyukat-ph-dan-ec-meter.html Alat Penyukat pH dan EC Meter Apa itu pH dan EC Meter? pH meter merupakan satu peralatan elektonik yang digunakan untuk menyukat ukuran atau nilai pH (asid- neutral-alkali) sesuatu jenis cecair. Pengukurannya adalah berdasarkan kepada cas elektrik yang terhasil kesan daripada tindakbalas terhadap aktiviti (pergerakan) ion-ion Hidrogen disekeliling 2 jenis elektrod (bulb glass) yang terdapat pada hujung pH Meter dengan tersebut yang menjana cas elektrik. Pergerakan (potential difference) ini kemudiannya akan menghasilkan voltan yang kecil (0.06 volt/pH) dan diterjemahkan ke dalam unit pH. ...baca lagi EC Meter (Electrical Conductivity Meter) pula adalah satu peralatan elektonik yang digunakan untuk mengukur “kealiran elektrik” bagi sesuatu larutan (solution). Ianya amat meluas digunakan di dalam sektor pertanian, hidroponik dan sistem air-tawar untuk menentukan kuantiti/nilaian kandungan nutrien, garam atau tahap kekotoran (impurities) air/larutan yang digunakan. Mengapa perlu menggunakan pH dan EC Meter? pH Meter Meter pH mengukur keasidan atau kealkalian air berdasarkan kepada skala angka 0 hingga angka 14. Skala ini bukanlah skala yang liner tetapi merupaka skala yang eksponen (menerangkan sesuatu angka sahaja). Ini bermaksud, perbezaan diantara pH6 dan pH7 adalah sangat besar di dalam julatnya. Apabila nilai pH adalah terlalu tinggi atau rendah, maka akar tidak akan berupaya untuk menyerap nutrien yang diberikan (melalui air baja) dengan baik. Ini akan menyebabkan pokok/tanaman tidak mendapat nutrien yang diperlukan sehingga berlakunya masalah “overfertilization”. Dengan itu, maka tumbesaran pokok menjadi perlahan, penghasilan menjadi lebih rendah dan berkemungkinan pokok akan layu dan seterusnya mati.

Transcript of Alat penyukat p h dan ec meter

Page 1: Alat penyukat p h dan ec meter

9/23/13 Romatech Agro - Pembekal Peralatan Pertanian dan Fertigasi: Alat Penyukat pH dan EC Meter

romatechagro.blogspot.com/2009/03/alat-penyukat-ph-dan-ec-meter.html 1/3

romatechagro.blogspot.com http://romatechagro.blogspot.com/2009/03/alat-penyukat-ph-dan-ec-meter.html

Alat Penyukat pH dan EC Meter

Apa itu pH dan EC Meter?

pH meter merupakan satu peralatan elektonik yang digunakan untuk menyukat ukuran atau nilai pH (asid-

neutral-alkali) sesuatu jenis cecair. Pengukurannya adalah berdasarkan kepada cas elektrik yang terhasil

kesan daripada tindakbalas terhadap aktiviti (pergerakan) ion-ion Hidrogen disekeliling 2 jenis elektrod (bulb

glass) yang terdapat pada hujung pH Meter dengan tersebut yang menjana cas elektrik. Pergerakan

(potential difference) ini kemudiannya akan menghasilkan voltan yang kecil (0.06 volt/pH) dan diterjemahkan

ke dalam unit pH. ...baca lagi

EC Meter (Electrical Conductivity Meter) pula adalah satu peralatan elektonik yang digunakan untuk

mengukur “kealiran elektrik” bagi sesuatu larutan (solution). Ianya amat meluas digunakan di dalam sektor

pertanian, hidroponik dan sistem air-tawar untuk menentukan kuantiti/nilaian kandungan nutrien, garam atau

tahap kekotoran (impurities) air/larutan yang digunakan.

Mengapa perlu menggunakan pH dan EC Meter?

pH Meter

Meter pH mengukur keasidan atau kealkalian air berdasarkan kepada skala angka 0 hingga angka 14.

Skala ini bukanlah skala yang liner tetapi merupaka skala yang eksponen (menerangkan sesuatu angka

sahaja). Ini bermaksud, perbezaan diantara pH6 dan pH7 adalah sangat besar di dalam julatnya.

Apabila nilai pH adalah terlalu tinggi atau rendah, maka akar tidak akan berupaya untuk menyerap nutrien

yang diberikan (melalui air baja) dengan baik. Ini akan menyebabkan pokok/tanaman tidak mendapat nutrien

yang diperlukan sehingga berlakunya masalah “overfertilization”.

Dengan itu, maka tumbesaran pokok menjadi perlahan, penghasilan menjadi lebih rendah dan

berkemungkinan pokok akan layu dan seterusnya mati.

Page 2: Alat penyukat p h dan ec meter

9/23/13 Romatech Agro - Pembekal Peralatan Pertanian dan Fertigasi: Alat Penyukat pH dan EC Meter

romatechagro.blogspot.com/2009/03/alat-penyukat-ph-dan-ec-meter.html 2/3

Salah satu kaedah penyelesaiannya ialah dengan pemberian lebih nutrien, tetapi

ianya akan menyebabkan peningkatan kos dan pengoperasian di ladang.

Sekiranya skala pH adalah betul, maka kekurangan (nutrien) akan dapat diatasi.

Pokok/tanaman akan mampu (berupaya) untuk menyerap nutrien dengan lebih

baik sepertimana yang diperlukan.

Dengan lain perkataan, dengan nilai pH yang salah, hampir sebahagian nutrien

yang diperlukan oleh pokok akan menyebabkan berlakunya overfertilization. Tetapi

sekiranya nilai pH air adalah betul, maka keseluruhan pemberian sukatan baja

akan menjadikan pokok lebih sihat dan dapat menghasilkan pulangan yang lebih tinggi.

Sumber Air Yang Baik : pH6 ~ pH7.5

Baja AB Yang Baik : pH5.8 ~ pH6.3

Media/Tanah Yang Baik : pH5.5 ~ pH7.5

EC Meter

EC Meter berfungsi menyukat kadar aliran elektrikal larutan air baja. Air bersih (air paip) mempunyai nilai EC

yang rendah. Apabila kita menambah kuantiti larutan baja (pati baja) diikuti dengan penyelarasan nilai PH,

maka nilai EC akan bertambah.

Kita juga boleh menyukat nilai nutrien yang hendak diberikan kepada pokok/tanaman tanpa bimbang

menyebabkan berlakunya overfertilization.

Adalah amat sukar untuk memastikan nilaian nutrien yang tepat untuk sesuatu

jenis tanaman. Adakalanya, kita tidak pasti berapakah jumlah air di dalam tangki

atau kita tidak mempunyai apa-apa kaedah untuk menyukat kandungan nutrien

dengan tepat.

Walau kesemuanya ini tidak mendatangkan masalah, ada juga kemungkinan

bahawa sukatan nutrien yang tertera di atas label baja adalah terlalu rendah untuk

tanaman dan menyebabkannya tidak mendapat sukatan nutrien yang diperlukan.

Menggunakan EC Meter bersama dengan pH meter, akan lebih memudahkan kita

akan untuk memastikan pemberian sukatan air dan baja yang lebih tepat tanpa perlu bimbang terhadap faktor

overfertilization.

Page 3: Alat penyukat p h dan ec meter

9/23/13 Romatech Agro - Pembekal Peralatan Pertanian dan Fertigasi: Alat Penyukat pH dan EC Meter

romatechagro.blogspot.com/2009/03/alat-penyukat-ph-dan-ec-meter.html 3/3

Tips

Nilai pH boleh diturunkan dengan menggunakan cuka (vinegar), atau pada masa sekarang ianya lebih mudah

lagi iaitu menggunakan elemen pH-Down dan boleh didapati dikebanyakan kedai pertanian. Terdapat juga pH-

Up untuk menaikkan nilai pH.

Proses menyelaraskan nilai pH kadang kala agak sukar. Ini adalah kerana skalanya adalah eksponen. Secara

praktikalnya, semasa proses merendahkan atau meninggikan nilai pH, kita perlulah menambah penyelaras

tersebut dengan kadar yang sedikit demi sedikit.

Lakukan penyelarasan (calibrate) terhadap EC dan pH meter pada setiap bulan. Ini adalah bagi memastikan

alat pengukur tersebut adalah di dalam keadaan baik pada sepanjang masa.

Sebaiknya, jangan menggunakan EC meter tanpa menyukat dan menyelaraskan nilai pH bagi air yang

hendak digunakan. Sekiranya kita menggunakan EC meter sahaja, maka kita sebenarnya membunuh

pokok/tanaman kerana proses overfertilization tetap akan berlaku.

Sebenarnya kita boleh menggunakan pH meter tanpa menggunakan bersama EC meter jika sekiranya kita

memberikan sukatan baja yang betul sepertimana yang disyorkan oleh pihak pengeluar.