[2] DISKUSI KELIMA

2
 OBJEKTIF i. Memberi kefahaman kepada mahasiswa berkaitan dengan huraian rukun Islam. ii. Menjelaskan apakah hak-hak Allah yang perlu dipelihara oleh kita sebagai hambaNya. 1. 0 MUQADDIMAH Hadith ini adalah hadith ketiga dalam kitab hadith 40 karangan Imam Nawawi. Hadith ini adalah berkaitan dengan rukun-rukun Islam. 2. 0 HADITH DAN TERJEMAHAN ن ع د ع ن حر ا د ع ن ر ع ن ب ط خ ا ض ر عل ق:   ل ر ص و ل : م ع س خ: ة ش ن   ن د ح ل ر م ق ة ص ا  ة كز ا ج ح ت ا م صن ض ر. ) وا ررخ ا و( Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Umar bin al-Khattab r. a dia berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda :  Islam dibangun di atas lima perkara; bersaksi bahwa tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah dan bahawa nabi Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, melaksanakan haji ke Baitullah dan menunaikan puasa di bulan Ramadhan. (Riwayat Bukhari dan Muslim) 3. 0 INTIPATI HADITH 1. Rasulullah S.A.W mengumpamakan Islam seperti sebuah bangunan yang kukuh dan tegak di atas tiang-tiang yang mantap. 2. Penyataan tentang keEsaan Allah S.W.T dan keberadaannya, membenarkan kenabian Muhammad S.A.W adalah merupakan perkara yang paling asas berbanding rukun-rukun yang lain. 3. Selalu mendirikan solat dan hendaklah menunaikannya secara sempurna beserta syarat, rukun, dan perkara-perkara sunnahnya agar dapat memberikan hasilnya dalam diri seorang muslim iaitu dapat meninggalkan perbuatan keji dan munkar. DISKUSI 5 : THE FIVE PILLARS OF ISLAM 

Transcript of [2] DISKUSI KELIMA

Page 1: [2] DISKUSI KELIMA

 

 

OBJEKTIF

i.  Memberi kefahaman kepada mahasiswa berkaitan dengan huraian rukun Islam.

ii.  Menjelaskan apakah hak-hak Allah yang perlu dipelihara oleh kita sebagai

hambaNya.

1. 0 MUQADDIMAH

Hadith ini adalah hadith ketiga dalam kitab hadith 40 karangan Imam Nawawi.

Hadith ini adalah berkaitan dengan rukun-rukun Islam.

2. 0 HADITH DAN TERJEMAHAN

دعن

نع

دارح

نع

نعر

خطب

رضا

:قلع

ل 

رصلو

سع

ة:خ

ش

ن

ن 

لحد

رمةقصا 

تحجازكة

ما

.رضنص

)واخرروا(

Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Umar bin al-Khattab r. a dia berkata : Aku

mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : “ Islam dibangun di atas lima perkara;

bersaksi bahwa tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah dan bahawa nabi

Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat,

melaksanakan haji ke Baitullah dan menunaikan puasa di bulan Ramadhan.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

3. 0 INTIPATI HADITH

1.  Rasulullah S.A.W mengumpamakan Islam seperti sebuah bangunan yang kukuh

dan tegak di atas tiang-tiang yang mantap.

2.  Penyataan tentang keEsaan Allah S.W.T dan keberadaannya, membenarkan

kenabian Muhammad S.A.W adalah merupakan perkara yang paling asas

berbanding rukun-rukun yang lain.

3.  Selalu mendirikan solat dan hendaklah menunaikannya secara sempurna beserta

syarat, rukun, dan perkara-perkara sunnahnya agar dapat memberikan hasilnya

dalam diri seorang muslim iaitu dapat meninggalkan perbuatan keji dan munkar.

DISKUSI 5 :

THE FIVE PILLARS OF ISLAM 

Page 2: [2] DISKUSI KELIMA

 

4.  Wajib mengeluarkan zakat daripada harta apabila syarat-syarat wajib zakat telah

dipenuhi untuk di agihkan kepada orang faqir.

5.  Wajib menunaikan ibadah Haji bagi yang berkemampuan dan puasa (Ramadhan)

bagi setiap muslim.

6.  Rukun Islam mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Sesiapa yang

mengingkarinya maka dia bukanlah seorang muslim berdasarkan ijma’ ulama.

7.  Hadith diatas menunjukkan bahawa rukun Islam ada lima perkara, dan masih

banyak lagi perkara lain yang penting dalam Islam yang tidak ditunjukkan dalam

hadith. Rasulullah S.A.W bersabda: “ Iman itu terdapat tujuh   puluh lebih

cabang”

8.  Islam adalah perkara iktiqad dan amal perbuatan. Tidak bermanfaat amal tanpa

iman demikian juga tidak bermanfaat iman tanpa amal.

3. 0 NILAI DAN PENGAJARAN

1.  Hadith ini menerangkan tentang rukun Islam yang perlu di imani oleh setiap

Muslim.

2.  Hadith ini mengumpamakan Islam sebagai sebuah binaan yang kukuh berdiri

dengan lima batang tiangnya. Tanpa lima perkara ini, keislaman seseorang

Muslim akan goyah dan runtuh. Ini membayangkan kepada kita bahawa betapa

rukun-rukun ini mestilah ditegakkan oleh setiap Muslim dengan penuh ikhlas dan

tanggungjawab.

3.  Dengan melaksanakan rukun Islam dengan sebaiknya bermakna seseorang

Muslim itu memiliki kesempurnaan, keteguhan dan keelokan binaan Islamnya,

manakala Muslim yang cuai dalam melaksanakan rukun Islam bererti memiliki

binaan Islam yang tidak kukuh dan mampu dirobohkan atau dimusnahkan.

RUJUKAN

1.   Al-Wafi fi Syarah Arbain an-Nawawi , Dr Mustafa Bugho, Darul Kalam, Damsyik,

1428H-2008, Cetakan pertama.

2.  Pdf Hadith 40 Imam Nawawi

3.   Jami’ Ulum wal Hukum fi Syarah Khomsina Hadithan min Jawami’ Kalam, Ibnu rejab

al-Hanbali, Darul Fajar li Turath, Qaherah, 1431H-2006

4.  Hadith 40 dan Terjemahannya, Mustafa Abdul Rahman, 2008, Dewan Pustaka dan

Fajar, Shah Alam.