182563326 Kertas Kerja Permainan Tradisional PJM 3112

31
KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PPG PJK 2011 - 2015 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JALAN DATIN HALIMAH, 80350 JOHOR BAHRU, JOHOR DARUL TAKZIM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN PENGAJIAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN SEMESTER 5 PJM 3112 PENGURUSAN & PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN (KERTAS KERJA KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL) PENYELARAS : PPG PENDIDIKAN JASMANI KESIHATAN (KUMPULAN 2) Page 1 PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH

description

kertas kerja

Transcript of 182563326 Kertas Kerja Permainan Tradisional PJM 3112

Page 1: 182563326 Kertas Kerja Permainan Tradisional PJM 3112

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PPG PJK 2011 - 2015

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIMJALAN DATIN HALIMAH, 80350 JOHOR BAHRU,

JOHOR DARUL TAKZIM

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

PENGAJIAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

SEMESTER 5

PJM 3112

PENGURUSAN & PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

(KERTAS KERJA KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL)

PENYELARAS :

PPG PENDIDIKAN JASMANI KESIHATAN (KUMPULAN 2)

UNTUK PERHATIAN :

EN. HISHAMUDDIN BIN HASSAN

EN. PONIRAN BIN SALAMON

Page 1

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH

Page 2: 182563326 Kertas Kerja Permainan Tradisional PJM 3112

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PPG PJK 2011 - 2015

1.0 PENDAHULUAN

Permainan tradisional merupakan salah satu khazanah warisan negara yang diwarisi sejak

zaman nenek moyang kita. Namun setelah arus permodenan mengubah zaman, permainan

tradisional semakin dilupakan terutamanya oleh generasi muda kini. Mereka lebih berminat

dengan permainan-permainan moden dan menganggap permainan tradisional sebagai

ketinggalan zaman dan bersifat kekampungan. Negara kita, Malaysia yang terdiri daripada

pelbagai kaum, didapati mempunyai pelbagai permainan tradisional yang diwarisi oleh nenek

moyang tersendiri. Antara permainan tradisional yang terkenal ialah sepak raga, ketinting,

galah panjang, kabadi dan sebagainya.

Permainan tradisional merupakan warisan bangsa yang tidak ternilai. Sudah menjadi

tanggungjawab kita memelihara warisan yang menjadi identiti kita. Tambahan pula, permainan

tradisional ini mencakupi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mementingkan

keseimbangan individu dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan social. Permainan

tradisional merupakan salah satu cara bagi rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup

yang sihat kerana menggunakan kemahiran asas antaranya pergerakan lokomotor dan bukan

lokomotor serta manipulasi alatan. Maka, penganjuran pertandingan ini dijadikan sebagai batu

loncatan kepada bakal pendidik untuk mengenali dengan lebih mendalam permainan-

permainan tradisional di negara kita. Di samping itu, aktiviti ini dapat mewujudkan nilai-nilai

murni seperti semangat kerjasama, bertanggungjawab, memupuk semangat internasional

antara pelbagai kaum dan melahirkan generasi yang aktif.

Page 2

Page 3: 182563326 Kertas Kerja Permainan Tradisional PJM 3112

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PPG PJK 2011 - 2015

2.0 RASIONAL

Siswa guru merupakan aset negara yang akan membimbing masyarakat pada masa

hadapan. Kesinambungan profesionalisme keguruan adalah merupakan tanggungjawab yang

harus dipikul oleh guru sekalian untuk memastikan ianya terus berkembang sejajar dengan

aspirasi negara.

Dalam aktiviti kokurikulum aspek organisasi dan pertandingan sukan adalah satu perkara

yang amat dititikberatkan untuk memastikan sesuatu sukan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Melalui pertandingan ini, diharapkan para siswa-siswi guru dapat menimba pengetahuan dan

pengalaman dalam mengurus, mengendali dan mentadbir sesuatu kejohanan atau pertandingan

dengan cemerlang. Dari psikologi pula, pengalaman yang serupa ini akan membina sifat yakin diri

dalam sanubari siswa-siswi sekalian.

3.0 MATLAMAT

Melahirkan siswa-siswi guru yang mampu menghayati dan mengangkat martabat warisan

masyarakat ke mata generasi muda. Di samping itu juga dapat merancang dan menguruskan

sesuatu pertandingan sukan sebagai satu pengalaman sebelum melangkah ke alam

pekerjaan sebagai guru siswazah. Selain itu juga, menjadi satu medan untuk mencungkil

bakat-bakat siswa-siswi guru sekalian dalam permainan tradisional.

Page 3

Page 4: 182563326 Kertas Kerja Permainan Tradisional PJM 3112

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PPG PJK 2011 - 2015

4.0 OBJEKTIF

Objektif pertandingan permainan tradisional ini adalah :

4.1 Memperkenalkan permainan tradisional dengan cara permainannya.

4.2 Memupuk integrasi nasional dan kemahiran interpersonal dalam kalangan siswa-siswi

guru.

4.3 Meningkatkan kecergasan psikomotor, fizikal dan mental dalam kalangan peserta.

4.4 Melatih siswa-siswi guru bagi mengelola dan mengurus sesuatu pertandingan dengan

baik dan sistematik.

4.5 Memenuhi syarat di dalam Profoma PJM3112

5.0 TARIKH/ MASA Tarikh : 29 September 2013

Hari : Ahad

Masa : 2.00 petang – 6.00 petang

6.0 TEMPAT

Padang Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Johor

7.0 SASARAN/PENYERTAAN

40 orang siswa guru Program Pensiswazahan Guru Semester 5 IPGKTI

Page 4

Page 5: 182563326 Kertas Kerja Permainan Tradisional PJM 3112

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PPG PJK 2011 - 2015

8.0 KEWANGAN : SUMBER DAN PERBELANJAAN

Perkara Kuantiti Harga/unit Jumlah

Air Mineral 48 RM 1.00 RM 48.00

Makanan

- Pelajar

- VIP

40

5

RM 6.00

RM 6.00

RM 240.00

RM 30.00

Hadiah/Cenderamata

- Hamper

- Cenderahati VIP

5

5

RM 20.00

RM 20.00

RM 100.00

RM 100.00

Ulasan/cadangan:

…………………………………………………………………………………………………….

…………………………………………………………………………………………………….

…………………………………………………………………………………………………….

…………………………………………………………………………………………………….

9.0 JAWATANKUASA INDUK

Page 5

Page 6: 182563326 Kertas Kerja Permainan Tradisional PJM 3112

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PPG PJK 2011 - 2015

Penaung

Tuan Hj. Mohd Said Bin Hasran

(Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim)

Penasihat

Puan Rashidah Bt Suib

(Ketua Jabatan, Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan IPGKTI)

Penyelaras

Encik Hishamuddin Bin Hassan

(Pensyarah Pendidikan Jasmani dan Kesihatan IPGKTI)

Setiausaha

Encik Poniran Bin Salamon

(Pensyarah Pendidikan Jasmani dan Kesihatan IPGKTI)

Bendahari

Puan Norhayati Bt Ibrahim

( Pegawai Eksekutif Kanan IPGKTI)

10.0 JAWATANKUASA KECIL

Page 6

Page 7: 182563326 Kertas Kerja Permainan Tradisional PJM 3112

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PPG PJK 2011 - 2015

Pengerusi

Solikin Bin Ahmad

Naib Pengerusi

Farahdilla Bt Mohd Badri

Setiausaha

Noor Hasmimi Bt Hassan

Naib SetiausahaDiana Bt Abu

BendahariNor Bismi Yamnun Bt Abd Rashid

Naib BendahariRafiza Bt Pondi

AHLI JAWATANKUASA

Page 7

Page 8: 182563326 Kertas Kerja Permainan Tradisional PJM 3112

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PPG PJK 2011 - 2015

Buku ProgramNor Zamzalizah Bt Abd Kadir (K)

Nik Zuliana Bt Nik Mohamad Mokhtar

PendaftaranRohani Bt Eshak

Adnan Bin Abd Rahman

Persediaan TempatAhmad Imran Bin Md Isa (K)

Nik Zuliana Bt Nik Mohamad Mokhtar

Pembukaan dan Penutupan RasmiMohammad Rozairin Bin Rozali (K)

Norulsafura Bt Kamaludin

Pengacara MajlisAbd Rahman Bin Ali Abu Bakar (K)

Nuraini Bt Mohamad

PeralatanMohd Azman Bin Ahmad Sukri (K)

Mohd Azlan Bin Rus

Keselamatan dan KecemasanMuhammad Albazli Bin Abd Kadir (K)

Ghaffar Bin Abu Bakar

Makanan dan Minuman

Page 8

Page 9: 182563326 Kertas Kerja Permainan Tradisional PJM 3112

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PPG PJK 2011 - 2015

(peserta/pegawai/VIP)Azizul Bin Shafii (K)

Rapiah Bt Sulaiman

P/A SistemMohamad Nizam Bin Isnin(K)

Mohd Ezzad Bin Salman

Fotografi / DokumentasiNor Amri Bin Johari (K)

Nor Zamzalizah Bt Abd Kadir

SiarayaMohd Nizam Bin Abu Bakar (K)

Zulkarnain Bin Mohd Tap

KebersihanShamsul Azri bin Sa’adun (K)

Mohd Nazri Bin Saderi

Kepegawaian dan PengadilanAl- Yussry@Zeynorene B. Tukimin (K)

Isamudin Bin Bahrin

Nasrul Bin Mohd Salleh

Shahrul Izwan Bin Abd Rahman

Hadiah dan CenderamataRohani Bt Eshak (K)

Norlida Bt Ismail

Permainan :

Page 9

Page 10: 182563326 Kertas Kerja Permainan Tradisional PJM 3112

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PPG PJK 2011 - 2015

Galah PanjangSyed Abd Adiputra B. Syed Omar

CaptehSugeng Asianto Bin Muryono

Konda KondiHerman Bin Md Yusoff

Baling SeliparMohd Shah Reza Bin Abd Razak

11.0 PERATURAN PERMAINANSila Rujuk Lampiran

12.0 TENTATIF PROGRAM

Page 10

MASA AGENDA2.00 petang Pendaftaran peserta

2.15 petang Ketibaan tetamu kehormat

2.20 petang Ucapan alu-aluan oleh Ketua Jabatan PJ

2.30 petang Pertandingan bermula

3.30 petang Rehat

3.45 petang Pertandingan bermula (sesi 2)

4.45 petang Upacara penyampaian hadiah

5.00 petang Upacara penutupan

6.00 petang Sesi fotografi dan bersurai

Page 11: 182563326 Kertas Kerja Permainan Tradisional PJM 3112

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PPG PJK 2011 - 2015

13.0 PENUTUPSemoga setiap perancangan dan perlaksanaan Karnival Permainan Tradisional 2013 ini

dapat berjalan dengan lancar dan mencapai matlamat serta objektifnya. Kerjasama daripada

semua pihak yang berkenaan dapat membantu guru bagi mempertingkatkan kemahiran dalam

mengendalikan sesebuah program dengan cemerlang. Selain itu juga ,amatlah diharapkan

agar penganjuran Karnival Permainan Tradisional ini dapat membantu serba sedikit dalam

menaikkan semula keunggulan permainan tradisional dalam kalangan murid-murid generasi

kini.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

…………………………………… ................................................. ...................................

(NOOR HASMIMI BT HASSAN) (HISHAMUDDIN B. HASSAN) (RASHIDAH BT SUIB)

Setiausaha, Pensyarah, Ketua Jabatan

Karnival Permainan Tradisional Jabatan PJK IPGKTI Jabatan PJK IPGKTI

Page 11

Page 12: 182563326 Kertas Kerja Permainan Tradisional PJM 3112

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PPG PJK 2011 - 2015

LAMPIRAN

PERATURAN UMUM PERMAINAN TRADISIONAL

1. Setiap kumpulan terdiri daripada 8 orang peserta.

2. Setiap kumpulan akan bermain 4 permainan iaitu :

a) Galah Panjang

b) Baling Selipar

c) Konda Kondi

d) Cap Teh

3. Keputusan permainan adalah seperti berikut :

a) Menang - 3 mata

b) Seri - 1 mata

c) Kalah - 0 mata

4. Keputusan adalah muktamad.

5. Sekiranya terdapat bantahan daripada mana-mana pasukan, sila sertakan borang

bantahan dan wang tunai RM30.

Page 12

Page 13: 182563326 Kertas Kerja Permainan Tradisional PJM 3112

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PPG PJK 2011 - 2015

PERATURAN PERMAINAN

PERMAINAN CAPTEH

PERATURAN CAPTEH

• Setiap kumpulan dikehendaki menyediakan 4 orang pemain.

• Kumpulan yang berjaya membuat timbangan yang banyak akan dikira sebagai pemenang.

• Bulu ayam perlu di sepak dengan tepi tumit atau sebelah dalam kaki. Dalam keadaan

tertentu, pemain dibenarkan menyambut bulu ayam dengan kepala, dada atau lutut. Tidak

dibenarkan menggunakan tangan kerana jika terkena tangan, pemain dikira "mati".

Permainan juga dikira mati sekiranya bola jatuh ke tanah.

• Timbangan yang dibuat selain daripada kaki tidak dikira. Sebelum permainan dimulakan,

hak memulakan permainan mesti ditentukan.

• Mata dikira dengan cara, pemain mestilah menimbang bola tanpa henti atau mati dengan

seberapa banyak timbangan yang dapat dilakukan.

• Permainan dijalankan dalam 3 pusingan dan hak mutlak kemenangan diberikan apabila

kumpulan berjaya memenangi 2 pusingan berturut-turut.

CARA BERMAIN CAPTEH

• Permainan capteh boleh dimainkan secara perseorangan atau berkumpulan. Tetapi ianya

lebih seronok dimainkan beramai-ramai atau berpasukan.

• Permainan ini lebih menekankan kemahiran menimbang bulu ayam dengan kaki.

• Memandangkan permainan ini merupakan perlumbaan mengutip mata, pemain akan

menimbang bulu ayam sekerap yang mungkin tanpa menjatuhkannya ke tanah.

• Semakin tinggi jumlah timbangan, semakin terserlahlah kemahiran si pemain.

• Jadi, si pemain mesti pantas pergerakkan kakinya. Atas faktor inilah maka kaum

perempuan tidak menggemari permainan ini.

Page 13

Page 14: 182563326 Kertas Kerja Permainan Tradisional PJM 3112

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PPG PJK 2011 - 2015

PERMAINAN BALING SELIPAR

PERATURAN BALING SELIPAR• Setiap pasukan dikehendaki menyediakan 5 orang pemain.

• Masa bermain adalah selama 15 minit di mana setiap pasukan diberi masa 3 minit untuk

menyusun semula selipar yang dijatuhkan. Sekiranya dalam masa 3 minit tersebut selipar

tidak dapat disusun, pusingan dikira tamat dan pihak lawan akan memulakan pusingan

yang baru.

• Peralatan yang diperlukan adalah 3 belah selipar dan sebelah selipar untuk balingan.

• Pemain pertama daripada kumpulan utama memulakan permainan dengan cara

membaling selipar ke arah selipar yang telah disusun.

• Setiap pemain dibenarkan membuat 3 kali lontaran untuk menjatuhkan kesemua selipar.

• Pemain kedua dari kumpulan utama boleh menyambung permainan dengan membaling

selipar bagi menjatuhkan baki selipar yang ada.

• Jika kesemua selipar berjaya dijatuhkan, maka pemain kumpulan kedua berusaha

mematikan lawannya dengan membuat balingan bola dan disasarkan ke arah anggota

badan kumpulan utama. ( kesemua anggota kumpulan utama akan dikira kalah sehingga

semua ahli sudah berjaya dikalahkan)

• Satu mata diberikan jika pemain kumpulan utama berjaya menyusun semula kesemua

selipar tersebut.

• Pemenang ditentukan berdasarkan jumlah mata yang dikumpul dalam permainan tersebut.

Page 14

Page 15: 182563326 Kertas Kerja Permainan Tradisional PJM 3112

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PPG PJK 2011 - 2015

PERMAINAN KONDA KONDI

CARA BERMAIN KONDA KONDI• Sediakan dua batang kayu iaitu kayu pendek dan kayu panjang.

• Sebuah lubang dikorek di tempat permainan.

• Kayu pendek diletakkan secara melintang di atas lubang.

• Pemain dibahagikan kepada dua pasukan. Setiap pasukan mempunyai ahli yang sama

banyak .

• Undian dibuat bagi menentukan kumpulan mana yang perlu main dahulu. Pemain yang

memulakan permainan akan berdiri dekat lubang tempat permainan .

• Pasukan lawan pula akan berdiri di hadapan serata tempat .

• Permainan dimulakan dengan pemain menguis kayu pendek ke hadapan dengan

menggunakan kayu panjang .

• Ukur jarak kayu pendek itu dari lubang dengan kayu panjang.

• Apabila pihak lawan dapat menangkap kayu pendek,pasukan yang bermain dikira mati .

• Mata akan dikira daripada bilangan ukuran yang dibuat .

• Permainan diteruskan apabila pemain berjaya melaksanakan langkah 1

• Mata yang dikumpulkan oleh pemain dalam pasukan itu dicampurkan bagi mendapat mata

keseluruhan.

• Kumpulan yang mengumpul bilangan mata terbanyak akan memenangi permainan itu .

Page 15

Page 16: 182563326 Kertas Kerja Permainan Tradisional PJM 3112

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PPG PJK 2011 - 2015

PERATURAN PERMAINAN KONDA KONDI

• Setiap kumpulan dikehendaki menyediakan 5 orang pemain yang akan bermain.

• Jika kumpulan lawan berjaya mencampakkan kayu pendek ke dalam lubang, pemain yang

menguis kayu pendek dikira mati dan terpaksa memberhentikan permainan .

• Pemain lain dari kumpulan yang sama akan meneruskan permainan.

• Sepanjang permainan, sekiranya kayu pendek dapat ditangkap oleh pihak lawan, maka

pemain yang menguis kayu pendek dikira “ mati “.• Jika pihak lawan berjaya menangkap kayu pendek dengan menggunakan sebelah tangan

sahaja, maka semua pemain dalam kumpulan yang menguis kayu tersebut dikira mati .

Permainan diteruskan dengan cara menukar peranan.

• Mata diberikan berdasarkan jarak kayu yang diukur dari lubang kuis selepas dilempar oleh

pihak lawan sekiranya mereka tidak berjaya menyambut kayu tersebut.

• Bagi menentukan pemenang permainan, mata setiap ahli kumpulan dicampurkan.

Page 16

Page 17: 182563326 Kertas Kerja Permainan Tradisional PJM 3112

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PPG PJK 2011 - 2015

PERMAINAN GALAH PANJANG

PERATURAN GALAH PANJANG• Setiap pasukan dikehendaki menyediakan 5 orang pemain yang akan bermain.

• Sekiranya penjaga gelanggang dapat menyentuh pemain, maka pemain tersebut akan

dikira mati atau tamat gilirannya dan dikehendaki keluar daripada gelanggang.

• Sekiranya penjaga gelanggang dapat menyentuh ketua pemain, maka semua ahli

penempuh dikira mati dan permainan akan bertukar peranan.

• Pemain penyerang tidak boleh berundur ke belakang setelah melepasi garisan

gelanggang, mereka dikira mati.

• Pemain dikira mati terkeluar dari garisan gelanggang.

• Pasukan penyerang akan mendapatsatu mata jika salah seorang daripada mereka dapat

melepasi semua garisan hingga kembali semula ke garisan permulaan.

• Pemenang dikira berdasarkan bilangan mata tertinggi yang terkumpul.

• Masa hanya diberikan 5 minit kepada setiap kumpulan sebelum pertukaran pemain.

• Jika didapati pemain menipu dalam pertandingan tersebut, 1 mata akan ditolak dalam

kiraan mata terkumpul.

CARA BERMAIN GALAH PANJANG

Cara permainan galah panjang tidaklah sesukar mana tetapi ia dapat menguji kepintaran,

kecekapan dan kepantasan setiap pemain.

1. Gelanggang galah panjang dilakar di atas tanah yang lapang. Panjang dan lebar

bergantung kepada pelukis garisan dan bilangan pemai. Selalunya satu petak galah

panjang berukuran lebih kurang 2 meter X 1.5 meter.

2. Selepas pemilihan dilakukan, setiap kumpulan akan melakukan pemilihan ketua. Ketua dari

kedua-dua kumpulan akan mengundi sesiapa yang menempuh gelaggang.

3. Selepas penentuan, kumpulan yang menjaga gelanggang akan menjaga gelanggang

dengan berpijak di atas garisan yang dilukis tadi. Ketua akan menjaga garisan tengah dan

bebas pergi kemana-mana garisan depan atau belakang

Page 17

Page 18: 182563326 Kertas Kerja Permainan Tradisional PJM 3112

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PPG PJK 2011 - 2015

4. Kumpulan menempuh gelanggang akan berkumpul di depan, seterusnya ketua akan

menyapakan tangannya dengan ketua pihak lawan. Seterusnya mereka berlari masuk ke

dalam gelanggang.

5. Penjaga akan menjaga kawasannya agar pihak penempuh tidak melepasi garisan yang

dijaganya.

6. Penempuh akan menempuh sehingga melepasi garisan paling akhir tanpa disentuh oleh

penjaga gelanggang.

7. Kemenangan ditentukan apabila pemain yang melepasi garisan paling akhir melepasi

garisan permulaan dan mata akan diberikan.

Page 18

Page 19: 182563326 Kertas Kerja Permainan Tradisional PJM 3112

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PPG PJK 2011 - 2015

JADUAL PERLAWANAN DAN SENARAI KUMPULAN

PUNGUTAN MATA MENGIKUT PERMAINAN

PERMAINAN

KUMPULAN

GALAH PANJANG

CAP TEHBALING SELIPAR

KONDA KONDI

MATA

NIKE

ADIDAS

PUMA

LINE 7

Page 19

Page 20: 182563326 Kertas Kerja Permainan Tradisional PJM 3112

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PPG PJK 2011 - 2015

JADUAL PERLAWANAN :

BIL

MASA KUMPULAN PERMAINAN CATATAN

1 2.00 - 2.15 ptg

NIKE VS ADIDASPUMA VS LINE 7

GALAH PANJANGCAP TEH

2 2.15– 2.30 ptg

NIKE VS ADIDASPUMA VS LINE 7

CAP TEHBALING SELIPAR

3 2.30 NIKE VS ADIDASPUMA VS LINE 7

BALING SELIPARKONDA KONDI

4 2.45 NIKE VS ADIDASPUMA VS LINE 7

KONDA KONDIGALAH PANJANG

5 3.05 - NIKE VS LINE 7

ADIDAS VS PUMA

GALAH PANJANG

CAP TEH

6 3.20 NIKE VS LINE 7

ADIDAS VS PUMA

CAP TEH

BALING SELIPAR

7 3.20 NIKE VS LINE 7

ADIDAS VS PUMA

BALING SELIPAR

KONDA KONDI

8 3.35 NIKE VS LINE 7

ADIDAS VS PUMA

KONDA KONDI

GALAH PANJANG

9 3.55 NIKE VS PUMALINE 7 VS ADIDAS

GALAH PANJANGCAP TEH

10 4.10 NIKE VS PUMALINE 7 VS ADIDAS

CAP TEHBALING SELIPAR

11 4.25 NIKE VS PUMALINE 7 VS ADIDAS

BALING SELIPARKONDA KONDI

12 4.40 NIKE VS PUMALINE 7 VS ADIDAS

KONDA KONDIGALAH PANJANG

Page 20

Page 21: 182563326 Kertas Kerja Permainan Tradisional PJM 3112

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PPG PJK 2011 - 2015

BORANG PENDAFTARAN PESERTA MENGIKUT KUMPULAN

NAMA KUMPULAN : NIKE

BIL NAMA

PERMAINAN

CATATANGALAH PANJANG

CAP TEH

BALING SELIPAR

KONDA KONDI

1 ABD RAHMAN BIN ALI ABU

BAKAR

2 M. ROZAIRIN BIN ROZALI

3 M. AIMAN BIN ABDULLAH

4 AL HAFIZ BIN IBRAHIM ISHAK

5 M. AL BAZLI BIN ROSALI

6 FARAHDILLA BT

MOHAMED@MOHD BADRI

7 RAPIAH BT SULAIMAN

8 NORLIDA BT ISMAIL

Disediakan oleh :

…………………………………….....

( )

Page 21

Page 22: 182563326 Kertas Kerja Permainan Tradisional PJM 3112

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PPG PJK 2011 - 2015

BORANG PENDAFTARAN PESERTA MENGIKUT KUMPULAN

NAMA KUMPULAN : ADIDAS

BIL NAMA

PERMAINAN

CATATANGALAH PANJANG

CAP TEH

BALING SELIPAR

KONDA KONDI

1 AHMAD IMRAN BIN MD ISA

2 M. AZMAN BIN A. SUKRI

3 MOHD RAZEIF BIN YAHYA

4 M. NIZAM BIN ISNIN

5 NOR AMRI BIN JOHARI

6 NOR BISMI YAMNUN

7 ROHANI BT ESHAK

8 NOR ZAMZALIZAH

Disediakan oleh

…………………………………….....

( )

Page 22

Page 23: 182563326 Kertas Kerja Permainan Tradisional PJM 3112

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PPG PJK 2011 - 2015

BORANG PENDAFTARAN PESERTA MENGIKUT KUMPULAN

NAMA KUMPULAN : PUMA

BIL NAMA

PERMAINAN

CATATANGALAH PANJANG

CAP TEH

BALING SELIPAR

KONDA KONDI

1 AZIZUL BIN SHAFII

2 M. EZZAD BIN SALMAN

3 SHAMSUL AZRI BIN

SA’ADUN

4 M. AZLAN BIN RUS

5 SOLIKIN BIN AHMAD

6 NOOR HASMIMI BT HASSAN

7 DIANA BT ABU

8 NURAINI BT MOHAMAD

Disediakan oleh

…………………………………….....

( )

Page 23

Page 24: 182563326 Kertas Kerja Permainan Tradisional PJM 3112

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PPG PJK 2011 - 2015

BORANG PENDAFTARAN PESERTA MENGIKUT KUMPULAN

NAMA KUMPULAN : LINE 7

BIL NAMA

PERMAINAN

CATATANGALAH PANJANG

CAP TEH

BALING SELIPAR

KONDA KONDI

1 GHAFFAR BIN ABU BAKAR

2 M. NAZRI BIN SADERI

3 ADNAN BIN ABD RAHMAN

4 M. NIZAM BIN ABU BAKAR

5 ZULKARNAIN BIN MOHD

TAP

6 NIK ZULIANA BT NIK

MOHAMAD MOKHTAR

7 RAFIZA BT PONDI

8 NORUL SAFURA

Disediakan oleh

…………………………………….....

( )

Page 24

Page 25: 182563326 Kertas Kerja Permainan Tradisional PJM 3112

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PPG PJK 2011 - 2015

KEPUTUSAN RASMI

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL

ANJURAN :

PELAJAR PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU AMBILAN JUN 2011 – 2015

IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR BAHRU

PERMAINAN GALAH PANJANG :

Johan : Pasukan Puma

Naib Johan : Pasukan Nike

Ke-3 : Pasukan Adidas

Ke-4 : Pasukan Line 7

PERMAINAN CAPTEH :

Johan : Pasukan Nike

Naib Johan : Pasukan Puma

Ke-3 : Pasukan Line 7

Ke-4 : Pasukan Adidas

PERMAINAN BALING SELIPAR :

Johan : Pasukan Adidas

Naib Johan : Pasukan Nike

Ke-3 : Pasukan Puma

Ke-4 : Pasukan Line 7

Page 25

Page 26: 182563326 Kertas Kerja Permainan Tradisional PJM 3112

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PPG PJK 2011 - 2015

PERMAINAN KONDA-KONDI :

Johan : Pasukan Puma

Naib Johan : Pasukan Nike

Ke-3 : Pasukan Line 7

Ke-4 : Pasukan Adidas

Page 26