NOTA BAB 3 PJM 3112

download NOTA BAB 3 PJM 3112

of 15

Transcript of NOTA BAB 3 PJM 3112

  • 7/29/2019 NOTA BAB 3 PJM 3112

    1/15

    41OUM

    BAB 3 PERANCANGAN ORGANISASI DALAM PENDIDIKAN JASMANIDAN SUKAN

    HASIL PEMBELAJARAN:

    Setelah mengikuti bab ini, andaakan dapat:

    x Memahami konsep asas

    perancangan struktur organisasi

    dalam pengurusan pendidikan

    jasmani dan sukan

    x Menghuraikan kepentinganorganisasi

    x Menjelaskan bagaimana prinsip

    asas dalam pengorganisasiandapat dipraktikkan

    x Mengenal pasti kelebihan dan

    kelemahan dalam struktur

    organisasi

    x Mencirikan organisasi

    BAB 3 PERANCANGAN ORGANISASI DALAMPENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

    RINGKASAN BAB

    3.0 Pengenalan

    3.1 Konsep Organisasi

    3.2 Definisi Organisasi

    3.3 Matlamat Organisasi

    3.4 Ciri-ciri Sebuah Organisasi

    3.5 Struktur Organisasi

    3.6. Kepentingan Reka Bentuk

    Organisasi dan Struktur

    3.7 Kesan Reka Bentuk dan Struktur

    Organisasi yang Lemah3.8 Bagaimana untuk Memahami

    Sebuah Organisasi Pendidikan

    Jasmani dan Sukan

    3.9 Rumusan

    3.0 PENGENALAN

    Pengorganisasian adalah merupakan

    salah satu aktiviti penting dalam

    pengurusan. Organisasi bermaksud satu

    sistem atau kaedah yang tersusun dan

    memiliki tatacara peraturan yang telah

    diwujudkan. Pengorganisasian ini adalah

    aktiviti pengurusan yang

    mengkordinasikan kegiatan manusia di

    dalam organisasi dengan sumber yangdimiliki oleh organisasi. Ianya kemudian

    digabungjalinkan melalui kepimpinan dan

    aktiviti pengurusan yang berkesan danmantap. Proses pengurusan seperti ini

    merupakan sumbangan organisasi

    kepada masyarakat dan juga individu

    untuk memenuhi kehendak mereka yang

    berbagai.

    Bab 1 : Pengenalan kepada PengurusanPendidikan Jasmani dan Sukan

    Bab 2 : Rekreasi dan Kesenggangan

    Bab 3 : Perancangan Organisasi dalamPendidikan Jasmani dan Sukan

    Bab 4 : Agensi-agensi Sukan Nasionaldan Antarabangsa

    Bab 5 : Proses Pengurusan dalamPendidikan Jasmani

    Bab 6 : Pengelolaan PertandinganSukan

    Bab 7 : Undang-undang dan PeraturanPertandingan

    Bab 8 : Pengurusan dan PengelolaanPertandingan Sukan Mini

    Bab 9 : Pengurusan dan PengelolaanPertandingan PermainanTradisional

    Bab 10 : Pengurusan dan PengelolaanPertandingan Sukan Ragam

  • 7/29/2019 NOTA BAB 3 PJM 3112

    2/15

    42OUM

    BAB 3PERANCANGAN ORGANISASI DALAM PENDIDIKAN JASMANIDAN SUKAN

    3.1 KONSEP ORGANISASI

    Untuk memudahkan anda memahami dengan lebih dekat lagi apa yang dimaksudkandengan organisasi berikut adalah beberapa fakta penting mengenai konsep organisasi:

    (a) Konsep organisasi bermaksud gagasan, ciri, sifat sesebuah badan.

    (b) Penubuhan sesebuah organisasi adalah berasaskan falsafah, matlamat atau objektiftertentu yang disulami dengan peraturan.

    (c) Ia merangkumi dasar asas dengan nilai yang tertentu, kefahaman atau kepercayaan,undang-undang atau peraturan, panduan pengurusan dan sebagainya.

    (d) Peraturan dan tatacara menjadi pedoman untuk mengawal perjalanan organisasi.

    (e) Apabila disebut organisasi, ia membayangkan satu gagasan yang tersusun denganrangkaian-rangkaian tertentu baik dari segi dalaman ataupun perhubungan luar.

    (f) Memiliki struktur organisasi dan struktur kepimpinannya yang tersendiri. Struktur inimenerangkan aliran kepimpinan dan pertalian antara satu jawatan dengan yang lain.

    (g) Dalam sebuah organisasi wujud lapisan kepimpinan yang melibatkan pemimpin,pengurusan dan anggota biasa.

    (h) Pemimpin membuat dasar kepimpinannya serta menggariskan hala tuju organisasi.Perancangan dibuat dengan mengatur program untuk melaksanakan dasar tersebut.

    (i) Pengurusan membuat interpretasi dasar serta melaksanakan perancangan yangtelah diputuskan. Ia mengatur program dan aktiviti untuk memenuhi matlamattersebut.

    (j) Anggota biasa dari masa ke semasa dilantik dalam pelbagai bidang pengurusanuntuk membantu perlaksanaan aktiviti organisasi.

    (k) Organisasi boleh diibaratkan seperti tubuh manusia:

    Otak = Minda Merancang Pimpinan

    Mata/Telinga = DeriaSumber

    Maklumat/AnalisisPengurusan

    Hati Nilai/PertimbanganPeraturan/

    Perlembagaan

    Anggota Pelaksana Kakitangan

    Semak Kendiri 3.1

    1. Bincangkan apakah konsep-konsep utama yang ada dalam organisasi.

    2. Pilih satu organisasi sukan, melalui perbincangan cuba kenal pastikewujudan kesemua konsep ini dalam organisasi tersebut.

  • 7/29/2019 NOTA BAB 3 PJM 3112

    3/15

    43OUM

    BAB 3 PERANCANGAN ORGANISASI DALAM PENDIDIKAN JASMANIDAN SUKAN

    3.2 DEFINISI ORGANISASI

    Organisasi merupakan satu sistem yang wujud dan memiliki perkaitan antara sumber yangada dan juga persekitaran yang setiap satunya saling memiliki pertalian di antara satu

    sama lain. Berikut adalah beberapa definisi mengenai organisasi:

    (a) Organisasi adalah merupakan agen penyelarasan yang dapat menyesuaikanpelbagai aktiviti manusia untuk diselaraskan bagi mencapai satu tujuan danmatlamat organisasi melalui pembahagian buruh, fungsi dan juga melalui hierarkiberautoriti dan tanggungjawab.

    (b) Organisasi adalah merupakan satu sistem aktiviti atau kuasa personal yangdiselaraskan secara disedari dan mudah.

    (c) Organisasi adalah merupakan satu entiti kumpulan manusia yang bekerja bersamadan diketuai oleh seorang ketua atau pemimpin bagi mencapai sesuatu matlamatyang telah ditetapkan.

    (d) Organisasi adalah satu unit sosial yang sengaja dibentuk dan dibentuk semula untuk

    sesuatu matlamat.

    3.3 MATLAMAT ORGANISASI

    Organisasi kini bukan hanya memiliki satu matlamat tetapi ada yang memiliki lebih darisatu. Pencapaian sesebuah organisasi yang hanya memiliki satu matlamat sahaja agakmudah dicapai dan ianya mudah diukur sama ada akan berakhir dengan pencapaiancemerlang ataupun sebaliknya. Bagi organisasi yang memiliki lebih daripada satumatlamat, senarionya agak berbeza di mana ianya agak sukar untuk diukur pencapaianorganisasi tersebut kerana masih ada matlamat yang masih belum dipenuhi.

    Matlamat bagi sesebuah organisasi adalah suatu usaha yang perlu dicapai olehorganisasi. Melalui matlamat yang telah ditetapkan kesemua aktiviti pengurusanorganisasi akan tertumpu pada sumber yang sedia ada dan usaha-usaha yang terdapatdalam sebuah organisasi. Dengan kata lain sesuatu matlamat itu boleh diibaratkansebagai destinasi atau cita-cita sesebuah organisasi berdasarkan falsafah kewujudannya.Sebagai contoh, organisasi sukan di Malaysia ditubuhkan khusus untuk mengembangkanpelbagai disiplin sukan dan berperanan penting untuk memajukan sukan itu ke tahap yangdiinginkan berdasarkan matlamat yang ingin dicapai.

    Dalam pada itu matlamat organisasi juga memiliki beberapa matlamat tambahan. Bagiorganisasi sukan matlamat utama ialah untuk mendapatkan mengembangkan disiplinsukan hingga ke akar umbi, tetapi matlamat tambahan yang dimaksudkan ialah sepertiberjaya menghasilkan atlet yang bertaraf antarabangsa. Contoh matlamat tambahan yang

    lain seperti meningkatkan imej organisasi, meningkatkan kecekapan pengurusan dansebagainya.

    Matlamat bagi sesebuah organisasi amat penting kerana:

    (a) Mampu menjadikan kewujudan organisasi tersebut sah dan tidak menyalahiundang-undang.

    (b) Matlamat akan bertindak sebagai satu aktiviti atau tanggungjawab yang mestidilaksanakan oleh organisasi.

  • 7/29/2019 NOTA BAB 3 PJM 3112

    4/15

    44OUM

    BAB 3PERANCANGAN ORGANISASI DALAM PENDIDIKAN JASMANIDAN SUKAN

    (c) Matlamat organisasi bertindak sebagai satu titik permulaan bagi semua kegiatanorganisasi.

    (d) Matlamat juga bertindak sebagai satu desakan atau paksaan yang mesti dilakukanoleh sesebuah organisasi.

    Semak Kendiri 3.2

    1. Berdasarkan definisi yang telah anda baca mengenai organisasibincangkan perkaitannya dalam konsep organisasi yang sebenar.

    2. Apakah kepentingan dalam menetapkan matlamat bagi sesebuahorganisasi?

    3.4 CIRI-CIRI SEBUAH ORGANISASI

    Berikut adalah ciri-ciri yang ada kepada sebuah organisasi:

    (a) Organisasi Mempunyai Tujuan yang JelasOrganisasi dibentuk berdasarkan tujuan yang ingin dicapai. Misalnya bagi setiaporganisasi sukan utama di Malaysia setiap satunya memiliki tujuan penubuhan yangberfungsi untuk menaungi setiap jenis disiplin sukan di samping tugas utamanyamengembangkan jenis permainan tersebut hingga ke peringkat antarabangsa.

    (b) Autoriti BerhierarkiIni merupakan tahap kuasa yang bermula dari tahap tertinggi dan membawa kepadatahap yang paling rendah dalam sesebuah organisasi. Prinsip ini diamalkan untukmenghubungkan semua peringkat pekerja dalam organisasi dan mewujudkankeselarasan dalam setiap pengurusan kerja dapat dilakukan dengan berkesan.

    PENGERUSI BERSAMA(Ketua Setiausaha dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia)

    Rajah 3.1: Contoh autoriti yang formal (Lembaga Pengurusan MSSM)

    SETIAUSAHAAGUNG

    Pengarah BahagianSukan (KPM)

    BENDAHARISetiausaha Bahagian

    Sukan (KPM)

    AHLI JAWATANKUASA

    x Dua Orang ketua Jabatan di KPM

    x Tiga wakil Jawatankuasa MSS Negeri

    x Seorang Ahli Kementerian Belia dan Sukan

    x Seorang Ahli Majlis Sukan Negara

    x Seoran Ahli Ma lis Olim ik Mala sia

  • 7/29/2019 NOTA BAB 3 PJM 3112

    5/15

    45OUM

    BAB 3 PERANCANGAN ORGANISASI DALAM PENDIDIKAN JASMANIDAN SUKAN

    (c) Pemusatan PerintahSeseorang individu dalam sesebuah organisasi hanya akan menerima perintah sertaarahan daripada seorang pihak atasan saja.

    (d) Delegasi TugasanSeorang pemimpin mempunyai kemampuan yang terbatas dalam menjalankantugasnya dalam organisasi, maka dalam keadaan ini ia perlu dilaksanakan delegasitugasan kepada orang bawahannya.

    Dalam delegasi kerja kuasa yang diberikan meliputi aktiviti seperti membuatkeputusan, hubungan luar dan mengambil sebarang tindakan perlu berlandaskantatacara organisasi tanpa perlu merujuk orang atasan setiap masa.

    (e) KepertanggungjawabanDalam menjalankan tugasnya setiap pegawai harus bertanggungjawab sepenuhnyakepada pihak atasan.

    (f) Pembahagian TugasDalam mencapai objektif yang telah ditetapkan sesebuah organisasi tidak akan sepidari melakukan pelbagai aktiviti pengurusan. Untuk memastikan setiap aktivitipengurusan itu dijalankan sebaik mungkin oleh setiap anggota kerja maka satupembahagian tugas dilaksanakan.

    Pelaksanaan ini dibuat berdasarkan kemampuan dan jawatan setiap anggota.Deskripsi dan bidang tugas yang jelas akan memudahkan urusan tugasan dan rasatanggungjawab kepada setiap tugasan yang diberikan.

    (g) Span of ManagementIni bermaksud jumlah kakitangan yang harus dikendalikan oleh seseorang ketuaperlu diatur dengan sempurna. Jumlah aturan kakitangan ini perlu disesuaikandengan bentuk dan jenis organisasi, semakin besar organisasi dengan jumlah

    kakitangan dan pegawai yang ramai maka semakin rumit aturan tersebut. Ada duajenis aturan iaitu Flat structure dan Tall Structure seperti dalam rajah di bawah.

    Rajah 3.2: Contoh span of management

  • 7/29/2019 NOTA BAB 3 PJM 3112

    6/15

    46OUM

    BAB 3PERANCANGAN ORGANISASI DALAM PENDIDIKAN JASMANIDAN SUKAN

    (h) Pemisahan TanggungjawabSetiap tanggungjawab dan beban tugas seseorang kakitangan tidak dapatdipindahkan tanggungjawabnya kepada orang lain sewenang-wenangnya. Iniberdasarkan pengkhususan dan tanggungjawab dari seorang kakitangan dan

    kakitangan lain adalah berbeza mengikut bidang tugas.

    (i) KeseimbanganKeseimbangan antara struktur organisasi yang efektif dengan tujuan organisasi.Dalam perkara ini, penyusunan struktur organisasi harus di sesuai dengan matlamatsesebuah organisasi.

    Matlamat sesebuah organisasi akan diwujudkan melalui aktiviti yang akan dilakukan.Organisasi sukan peringkat daerah misalnya, aktiviti sukan yang dianjurkan jugaakan lebih sederhana dan bersesuaian dengan fungsinya berbanding organisasisukan peringkat negeri ataupun kebangsaan.

    (j) Fleksibiliti

    Organisasi harus senantiasa melakukan pertumbuhan dan perkembangan sesuaidengan dinamakan organisasi sendiri (internal factor) dan dengan kewujudanpengaruh di luar organisasi (external factor), sehingga organisasi mampumenjalankan fungsinya dalam mencapai tujuan yang ingin dicapai.

    (k) KepemimpinanOrganisasi amat memerlukan kepemimpinan yang baik dan berkesan, atau dengankata lain organisasi mampu menjalankan aktiviti pengurusan kerana adanya proseskepemimpinan yang digerakkan oleh pemimpin dalam organisasi tersebut.

    Semak Kendiri 3.3

    1. Senaraikan apakah ciri-ciri utama yang ada dalam sesebuahorganisasi.

    2. Melalui pengalaman dan pengetahuan anda mengenai organisasi tidakkira besar atau sederhana cuba fikirkan kewujudan kesemua ciri-ciri inidalam sesebuah organisasi

    3.5 STRUKTUR ORGANISASI

    Secara tradisionalnya sebuah organisasi yang formal boleh digambarkan sebagai satukumpulan manusia yang bekerjasama untuk mencapai sesuatu objektif yang dikehendakiberdasarkan autoriti hariki yang jelas. Bagi mencapai matlamat yang diinginkan

    mewujudkan satu struktur organisasi yang baik dan berkesan adalah perlu. Berikut adalahbeberapa contoh struktur organisasi yang sering diguna pakai:

  • 7/29/2019 NOTA BAB 3 PJM 3112

    7/15

    47OUM

    BAB 3 PERANCANGAN ORGANISASI DALAM PENDIDIKAN JASMANIDAN SUKAN

    (a) Struktur Fungsian (Functional Departmentation)

    Rajah 3.3: Struktur fungsian

    Struktur jenis ini merupakan struktur yang paling asas. Perkataan fungsian itu sendirimelambangkan satu aktiviti utama yang fokus. Kakitangan yang memiliki kemahiranyang sama disatukan di bawah satu jabatan. Ianya diketuai oleh seorang ketua yangmewakili setiap jabatan dan beliau akan bertanggungjawab memastikan kesemuamatlamat jabatannya tercapai. Kebanyakan organisasi sukan yang sederhanadistrukturkan secara fungsian.

    Rajah 3.4: Contoh carta organisasi Majlis Sukan Sekolah-sekolah Negeri

    Kelebihan struktur jenis ini:

    (i) Kakitangan akan lebih mahir kerana sering melakukan tugasan yang sama

    (ii) Tugasan seorang ketua akan lebih menjurus (narrow) dan kecil skopnya sertaterhad kepada tanggungjawab di jabatannya sahaja

    (iii) Pengagihan dan koordinasi kerja mudah dijalankan

    (iv) Pencapaian satu matlamat yang ingin dicapai melalui struktur ini lebih mudahuntuk diukur.

  • 7/29/2019 NOTA BAB 3 PJM 3112

    8/15

    48OUM

    BAB 3PERANCANGAN ORGANISASI DALAM PENDIDIKAN JASMANIDAN SUKAN

    (b) Struktur Pelbagai Bahagian (Multidivisional)Struktur ini digunakan oleh organisasi utama yang memiliki tanggungjawab yangpelbagai sebagai contoh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia yangmembahagikan tugasan penting melalui struktur ini. Dalam struktur jenis ini setiap

    bahagian adalah terasing antara satu sama lain dan setiapnya memiliki fungsiansokongan masing-masing.

    Rajah 3.5: Struktur organisasi Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS)Sumber: Laman web rasmi KBS

  • 7/29/2019 NOTA BAB 3 PJM 3112

    9/15

    49OUM

    BAB 3 PERANCANGAN ORGANISASI DALAM PENDIDIKAN JASMANIDAN SUKAN

    Kelebihan struktur jenis ini:

    (i) Meningkatkan keberkesanan organisasi

    (ii) Meningkat kawalan

    (iii) Mudah untuk mengukur pencapaian bagi setiap bahagian

    Kekurangan struktur jenis ini:

    (i) Ada kalanya sukar untuk menguruskan perhubungan korporat atau

    (ii) antara bahagian

    (iii) Masalah Koordinasi antara bahagian

    (iv) Birokrasi

    (v) Masalah Komunikasi

    (c) Struktur Mengikut Geografi

    Struktur jenis ini pula diwujudkan berdasarkan lokasi operasinya yang luas misalnyadi serata dunia. Struktur jenis ini boleh diubahsuaikan serta mampu mengimbangikemampuan utamanya dengan keperluan ahli di wilayah yang terlibat.

  • 7/29/2019 NOTA BAB 3 PJM 3112

    10/15

    50OUM

    BAB 3PERANCANGAN ORGANISASI DALAM PENDIDIKAN JASMANIDAN SUKAN

    Rajah 3.6: Struktur organisasi Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH)Sumber: Laman web rasmi FIH

    Struktur jenis ini membenarkan setiap wilayah memusatkan fungsiannya ke ibupejabat FIH dan mendelegasikan tugas yang lain berdasarkan keperluan mengikutwilayah. Setiap wilayah yang ada akan membentuk struktur organisasinya yangtersendiri mengikut keperluan wilayah tempatnya beroperasi.

  • 7/29/2019 NOTA BAB 3 PJM 3112

    11/15

    51OUM

    BAB 3 PERANCANGAN ORGANISASI DALAM PENDIDIKAN JASMANIDAN SUKAN

    Semak Kendiri 3.4

    1. Bincangkan perbezaan yang terdapat kepada ketiga-tiga jenis strukturorganisasi yang telah anda baca.

    2. Melalui perbincangan dapatkan beberapa contoh struktur organisasisukan, banding dan kenal pasti bagaimana penstrukturan tersebutdibuat.

    3.6 KEPENTINGAN REKA BENTUK ORGANISASI DANSTRUKTUR

    Terdapat pelbagai sebab mengapa reka bentuk dan struktur organisasi merupakan tugasyang penting kepada para pengurus. Antara kepentingan reka bentuk dan strukturorganisasi adalah:

    (a) Berdaya SaingReka bentuk dan struktur organisasi yang baik mampu mewujudkan kelebihan dalamaspek berdaya saing. Bagi sesebuah organisasi sukan kemampuan berdaya saingini timbul dari kecekapan mengurus, pemilikan kemahiran dan kemampuannyamembentuk nilai-nilai ke arah mencapai matlamatnya.

    Kebolehan dalam pelbagai aspek seperti kejurulatihan, pembangunan dan lain-lainmembolehkan organisasi sukan ini dipandang sebagai sebuah organisasi yangmampu melangkau jauh dan tidak lesu dalam dunia sukan..

    (b) Meningkatkan Kebolehan Organisasi Mengurus Kepelbagaian (Diversity)Kepelbagaian dalam organisasi ini adalah merujuk kepada kewujudan perbezaanyang wujud dalam organisasi. Antara perbezaan tersebut adalah terdiri daripada

    aspek anggota kerja dari aspek jantina, latar belakang pendidikan dan sebagainya.

    Kepelbagaian banyak mempengaruhi dalam proses membuat keputusan dankeberkesanan pengurusan organisasi. Melalui pembangunan reka bentuk organisasiyang mengutamakan kesesuaian dan mengambil kira faktor kepelbagaian ini akanmembantu meningkatkan kualiti dalam proses membuat keputusan.

    Rentetan dari itu ianya secara tidak langsung akan membantu mempertingkatkankemampuan pengurusan yang telah mengambil kira semua faktor perbezaan yangada ketika membuat keputusan.

    (c) Meningkatkan Kebolehan Organisasi yang Lebih Kreatif dan BerinovasiReka bentuk organisasi juga mampu memainkan peranan yang penting dalammencipta inovasi. Reka bentuk organisasi yang bersesuaian dapat membantuorganisasi meningkatkan kebolehannya menjadi lebih inovatif.

    Sebagai contoh, cara struktur organisasi menghubungkan individu dalam bidang dankemahiran yang berbeza, seperti penyelidikan, pembangunan dan kejurulatihan akanmenentukan seberapa cepat organisasi boleh mencapai matlamatnya.

  • 7/29/2019 NOTA BAB 3 PJM 3112

    12/15

    52OUM

    BAB 3PERANCANGAN ORGANISASI DALAM PENDIDIKAN JASMANIDAN SUKAN

    (d) Memberi Organisasi Peluang Mengawal dan Menyesuaikan Organisasi dalamPersekitarannyaReka bentuk organisasi juga mampu menentukan bagaimana berkesannyaorganisasi mengawal dan menyesuaikan organisasinya terhadap pelbagai faktor

    dalam persekitarannya dan mendapatkan sumber yang terhad.

    Sebagai contoh, kebolehan dan kemampuan organisasi sukan untuk mendapatkanjurulatih atau pemain yang berkualiti dan berkebolehan adalah satu kesan daripadareka bentuk dan struktur organisasi yang baik.

    (e) Memberi Peluang kepada Organisasi untuk Menyelaras dan MemotivasikanAnggota Kerja dengan Lebih BaikReka bentuk bagi sesebuah organisasi secara am melibatkan pelbagai usaha dalammenemukan kaedah yang terbaik dan berterusan dalam menyelaras danmemotivasikan pekerja.

    Berdasarkan struktur organisasi yang berbeza ianya akan turut sama mencorakkangelagat anggota kerja yang berbeza. Usaha-usaha yang tidak membeza-bezakan

    dan telus dalam setiap aspek aktiviti pengurusan organisasi termasuk penilaianterhadap anggota kerja akan mewujudkan suasana organisasi yang kondusif kepadapekerja. Elakkan pengamalan nepotisma dan kronisma dalam semua urusan.

    Reka bentuk dan amalan yang baik dalam sesebuah organisasi akan menghalangperkara nepotisma dan kronisma daripada berlaku. Anggota kerja dalam organisasijuga akan dapat menjangka masa hadapan mereka dengan lebih jelas melaluistruktur organisasi yang telah dibentuk.

    (f) Membantu Organisasi Membangunkan dan Melaksanakan StrategiBagi menentukan kejayaan bagi sesebuah organisasi apa yang menjadi kayu ukurkepada kejayaan dalam setiap pelaksanaan strategi organisasi ialah berdasarkanreka bentuk dan struktur organisasi yang baik dan berkesan.

    Melalui struktur organisasi. ianya berperanan menjelaskan peranan dantanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh setiap individu atau kumpulan di dalamorganisasi dalam usaha mereka mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

    3.7 KESAN REKA BENTUK DAN STRUKTUR ORGANISASIYANG LEMAH

    Kegagalan yang dilakukan oleh pihak pengurusan dalam mengenal pasti dan memahamikesan reka bentuk organisasi akan memudaratkan prestasi sesebuah organisasi. Antarakesan yang dihadapi adalah:

    (a) Berlakunya kepincangan akibat dari kelemahan dalam organisasi dan ini membawakepada kemelesetan dalam perkembangan, pembangunan dan prestasi secarakeseluruhan. Sebagi contoh jurulatih yang baik ataupun pemain yang berbakat sertaberkebolehan mengambil keputusan untuk berhijrah ke pasukan atau organisasi laindan seterusnya menyertai pesaing yang lebih mantap serta sedang meningkat.

    (b) Berlakunya kesukaran untuk memperoleh sumber yang akhirnya menyebabkankeseluruhan proses penambahan nilai menjadi lembap.

    (c) Berlakunya konflik dalaman di antara ahli organisasi yang akhirnya menyebabkanimej organisasi yang terjejas dan menyukarkan aktiviti pengurusan dalam organisasi.

  • 7/29/2019 NOTA BAB 3 PJM 3112

    13/15

  • 7/29/2019 NOTA BAB 3 PJM 3112

    14/15

    54OUM

    BAB 3PERANCANGAN ORGANISASI DALAM PENDIDIKAN JASMANIDAN SUKAN

    RUMUSAN

    x Konsep organisasi bermaksud gagasan, ciri, sifat sesebuah badan

    x

    Penubuhan sesebuah organisasi adalah berasaskan falsafah, matlamat atau objektiftertentu yang disulami dengan peraturan

    x Organisasi adalah merupakan agen penyelarasan yang dapat menyesuaikanpelbagai aktiviti manusia untuk diselaraskan bagi mencapai satu tujuan danmatlamat organisasi melalui pembahagian buruh, fungsi dan juga melalui hierarkiberautoriti dan tanggungjawab.

    x Matlamat bagi sesebuah organisasi adalah suatu usaha yang perlu dicapai olehorganisasi.

    x Melalui matlamat yang telah ditetapkan kesemua aktiviti pengurusan organisasi akantertumpu pada sumber yang sedia ada dan usaha-usaha yang terdapat dalamsebuah organisasi

    x Ada sebelas ciri-ciri dalam sebuah organisasi antaranya ialah organisasi mempunyaitujuan yang jelas, autoriti berhierarki, pemusatan perintah, delegasi tugasan, kepertanggungjawaban, pembahagian tugas, span of management, pemisahantanggungjawab, keseimbangan, fleksibiliti, dan kepemimpinan.

    x Terdapat tiga jenis struktur organisasi utama yang dibincangkan iaitu strukturfungsian, Struktur pelbagai bahagian (Multidivisional) dan struktur mengikut geografi.

    x Terdapat pelbagai sebab mengapa reka bentuk dan struktur organisasi merupakantugas yang penting antaranya adalah kerana kemampuan dari segi daya saing,meningkatkan kebolehan organisasi mengurus kepelbagaian (diversity),meningkatkan kebolehan organisasi yang lebih kreatif dan berinovasi, memberiorganisasi peluang mengawal dan menyesuaikan organisasi dalam persekitarannya,mengizinkan organisasi menyelaras dan memotivasikan anggota kerjanya dengan

    lebih baik dan membantu organisasi membangunkan dan melaksanakan strateginya.

    x Kesan akibat dari kelemahan reka bentuk dan struktur organisasi akanmenyebabkan kepincangan akibat dari kelemahan dalam organisasi dan inimembawa kepada kemelesetan dalam perkembangan, pembangunan dan prestasisecara keseluruhan, kesukaran untuk memperoleh sumber yang akhirnyamenyebabkan keseluruhan proses penambahan nilai menjadi lembap danberlakunya konflik dalaman di antara ahli organisasi yang akhirnya menyebabkanimej organisasi yang terjejas dan menyukarkan aktiviti pengurusan dalam organisasi.

    x Bagi memudahkan untuk memahami sesebuah organisasi sukan beberapa elemenmengenainya perlu diketahui antaranya seperti sifatnya sebagai Sebuah Institusisosial, terlibat secara terus dalam industri sukan, mempunyai matlamat yang ingindicapai dan ianya distrukturkan serta memiliki sistem pengurusan tersendiri

  • 7/29/2019 NOTA BAB 3 PJM 3112

    15/15

    55OUM

    BAB 3 PERANCANGAN ORGANISASI DALAM PENDIDIKAN JASMANIDAN SUKAN

    RUJUKAN

    Darly Siedentop. (2001). Introduction to Physical Education, Fitness and Sports. McGrawHill. New York

    Charles A. Bucher. (2002). Management of Physical Education and Sports. McGraw Hill.New York

    Covell et. al. (2003) Managing Sports Organisation: Responsibility for Performance.Thomsom South Western. Canada

    Trevor Slack. (1997). Understanding Organization: Application of Organization Theory.Human Kinetic. USA

    Richard F. Mull et. al. (1997). Recreational Sports Management. Human Kinetics. USA

    John R. Olson. (1997). Facility and Equipment Management for Sports Directors. Human

    Kinetics. Illinios

    Ruben Acosta Hernandez. (2002). Managing Sports Organization. Human Kinetics. USA

    Judith E. Rink. (2002). Teaching Physical education for Learning. McGraw Hill. New York