Bmm 3112 Sejarah Bm

download Bmm 3112 Sejarah Bm

of 42

description

bmm

Transcript of Bmm 3112 Sejarah Bm

1.0 PengenalanBahasa Melayuialah satu bahasa yang tersohor dan terkenal di rantau Asia Tenggara. Dengan mengangkat martabat bahasa Melayu melalui bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi malahan sebagai bahasa pengantar pendidikan menunjukkan betapa gagah perkasanya bahasa ini. Morfologi dan sintaksis merupakan komponen yang terpenting yang mendasari atau pegangan kepada pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu khususnya di Malaysia dengan menggunakan tatabahasa.Secara amnya, teori bahasa sesuatu bahasa ialah tatabahasa. Tatabahasa menjadi asas untuk penglahiran bahasa yang indah dan difahami oleh penggunanya. Oleh itu, bahasa dapat dieksploitasikan untuk mewujudkan gaya dan laras bahasa yang tersendiri. Dengan itu, tatabahasa mestilah tepat, lengkap, tuntas, lugas dan mudah difahami serta mencerminkan kebolehan dalaman penutur jati yang ideal.Tatabahasa pula dirujuk sebagai satu peraturan atau hukum bahasa yang menentukan bahasa dapat berfungsi dengan baik, berkesan atau sebaliknya. Dengan perkataan lain, tatabahasa itu tidak lain daripada himpunan peraturan umum struktur bahasa yang meliputi bidang morfologi dan sintaksis.

1.2Definisi Tatabahasa Dalam mengenali tatabahasa ini pelbagai definasi telah diberikan jadi marilah sama-sama kita menyelusuri definisi tatabahasa yang dahulunya dikenali sebagai nahu.

1.2.1Awang SariyanAwang Sariyan dalam Ceritera Bahasa (2002) secara ringkas menyatakan tatabahasa ialah peraturan yang membina bentuk-bentuk bahasa (kata, frasa dan ayat) yang betul bagi sesuatu bahasa tertentu. Contohnya, bahasa Melayu mempunyai peraturan- peraturan tersendiri untuk membentuk kata, frasa dan ayat. Peraturan atau tatabahasa inilah yang menentukan salah betulnya sesuatu bentuk bahasa yang dilahirkan oleh penutur sesuatu bahasa, baik dalam ucapan mahupun tulisan.1.2.2Abdullah HassanAbdullahHassandalamTatabahasaPedagogiSekolahMenengah(2008) mendefinisikan tatabahasa sebagai susunan perkataan yang menjadi ayat. Cara-cara perkataan-perkataan dibina dan kemudian disusun dalam ayat yang juga mempunyai makna. Cara-cara inilah dikatakan sebagai tatabahasa.

1.2.3Siti Hajar Hj. Abdul AzizMenurut Siti Hajar (1996), tatabahasa diertikan sebagai peraturan-peraturan bagaimana perkataandibentukdanbagaimanaperkataan-perkataanitu bergabungdengan perkataan-perkataan lain untuk menghasilkan ayat-ayatyang gramatis.Dengan perkataan lain,tatabahasaialah rentetanucapan, pengelompokan serta pengklasifikasian unsur-unsur ucapan menurut fungsinya.

1.2.4Salleh Mohd. Akib, Ismail Idris dan Hamzah MahmoodMenurut Salleh Mohd. Akib, Ismail Idris dan Hamzah Mahmood (1977), nahu atau tatabahasa ialah undang-undang jalan bahasa, iaitu sistem yang tertentu dalam sesuatu bahasa yang dipatuhi penutur bahasa itu. Sistem-sistem yang tertentu, umpama sistem bunyi dan bentuk-bentuk ayat yang betul, pengimbuhannya betul, maksudnya tentu, tepat dan gramatis.Sebagai kesimpulannya, tatabahasa ialah sistem atau peraturan atau undang-undang sesuatu bahasa yang diketahui oleh masyarakat penutur bahasa itu. Peraturan atau hukum-hukum dalam struktur bahasa itu akan menghasilkan rumus- rumus baru yang dipersetujui oleh masyarakat itu kerana bahasa itu sifatnya dinamik, hidup dan berkembang bersama-sama dengan masyarakat penuturnya

2 .0 Tokoh-Tokoh Tatabahasa

Dalam bidang tatabahasa, historiografi linguistik Melayu menampilkan beberapa banyak ahli tatabahasa yang menghasilkan tulisan tentang tatabahasa Melayu. Bermula dengan tulisan A. C. Ruyl, Spiegel van de Maleische Tale (1612) yang merupakan buku pelajaran bahasa Melayu yang pertama, kita mengenal karya G. H. W erndly, iaitu Maleische Spraak Kunst (1889). Di Malaysia, kita mengenal karya W. Marsden, A Grammar of the Malay Language (1812) dan karya R.O. Winstedt, Malay Grammar (1914). Selain itu, kita juga akan melupakan nama ahli tatabahasa Melayu yang memberi sumbangan besar dalam meletakkan dasar tatabahasa Melayu,misalnya Ch.Van Ophuysen, C.A. Mees, Madong Lubis, Raja Ali Haji, Sasrasie-ganda, Sutan Mohd. Zain, Sutan Takdir Alisyahbana, Slametmuljana, Zaba dan lain-lain. Hasil usaha mereka dengan jelas memperlihatkan persamaan dalam hal-hal dasar tentang tatabahasa Melayu, sehingga buku tatabahasa di Indonesia, misalnya, dapat juga diterima di Malaysia. Hal ini dengan mudah dapat difahami kerana semua ahli tatabahasa itu mendasarkan tatabahasa yang disusun itu pada karya-karya besar dalam bahasa Melayu seperti Sejarah Melayu dan sebagainya. Sejarah dan perkembangan tatabahasa dapat kita lihat perkembangannya menerusi rajah di bawah

Tatabahasa Tradisional (bermula pada tahun 1857-an)

Tatabahasa Struktural (bermula pada tahun 1960-an) Penjenisantatabahasa Tatabahasa Transformasi Generatif (bermula pada tahun 1970-an)

Tatabahasa Wacana (bermula pada tahun 1980-an)

Rajah Pemikiran 1Penjenisan Karya Tatabahasa Bahasa Melayu di Malaysia Mengikut Aliran Teori Linguistik

Sumber: Diubah suai daripada Ismail Salleh (1993)

~ 6 ~

3 . TATABAHASA TRADISIONAL( TT)

Salah satu cabang ilmu yang sudah lama dipelajari ialah bidang Linguistik. R.H.Robins (1967) telah menunjukkan beberapa kejayaan sarjana Yunani. Memanglah sarjana-sarjana Yunani ini memikirkan hal bahasa dan masalah-masalah yang timbul daripada penyelidikan bahasa. Hal ini memulakan apa yang kita kenali sebagai ilmu linguistik dalam pengertian yang luas. Kajian ini berterusan hingga ke hari ini. Linguistik telah lama mempengaruhi tatabahasa. Bezanya hanyalah, pendekatan menggunakan linguistik tradisi yang penuh dengan pernyataan preskriptif dan normatif, tetapi, linguistik moden pula bersifat struktural dan deskriptif. Seseorang individu yang menggunakan sebuah bukutatabahasalama untuk mempelajari sebutan,tatabahasa,ataumakna, sebenarnya menggunakan pengetahuan linguistik, iaitu linguistik tradisional. Ini juga linguistik dalam pengertian yang luas.Tatabahasa Tradisional merupakan nahu tertua di antara jenis-jenis aliran linguistik. Nahu ini mementingkan peraturan preskriptif yang mesti dipatuhi dan dituruti. Oleh itu, menurut nahu ini, undang-undang atau tatabahasa telah disediakan dan penggunaan bahasa mestilah berdasarkan kepada peraturan yang telah ditetapkan. Ini bermaksud nahu seperti begini akan mewujudkan satu bentuk bahasa yang betul dan tepat sepanjang masa.

3.1Definisi Tatabahasa TradisionalEra tatabahasa tradisional dikatakan telah bermula semenjak zaman Yunani, Romawi, Pertengahan dan India. Berbalik kepada konsep dan sejarah, perkataan tatabahasa atau nahu ialah terjemahan daripada perkataan gramatikos (berasal daripada perkataan Greek atau Yunani) yang bermaksud seni bacaan dan penulisan yangbetul.TatabahasaTradisional(TT)yangberkembangdiYunanilebih mementingkan bentuk tulisan daripada bentuk ujaran. (Lyons, 1971). Seterusnya beliau menjelaskan bahawa TT yang biasa juga disebut tatabahasa nosional bermula dengan timbulnya andaian-andaian bahawa ada kategori-kategori di luar bidang bahasa yang bebas daripada fakta-fakta yang kebetulan sesuatu bahasa dan bersifat sejagat dan oleh sebab itu dapat diterapkan kepada semua bahasa.Dapat dikatakan bahawa ahli-ahli TT lebih berkonsep kepada penerangan.Oleh sebab itulah ahli-ahli TT telah mentakrifkan tatabahasa sebagai peraturan yang tetap dan tidak boleh di ubah suaikan.

3.2Sejarah Perkembangan Tatabahasa Tradisional

Sejarah perkembangan TT secara ringkas untuk memberi gambaran awal mengenai linguistik tradisional. Sejarah TT berkait rapat dengan kajian bahasa yang dimulai oleh orang-orang Yunani pada kurun ke-5 sebelum Masihi. Plato mengkaji bentuk-bentuk bahasa mereka sendiri daripada bahan-bahan penulisan. Kajian yang dilakukan dibuat berasaskan falsafah kerana pada masa itu bahasa menjadi salah satu cabang falsafah yang penting dan merupakan satu bidang yang dapat membantu mereka untuk menyelidik tabii alam. Kegiatan orang-orang Yunani meliputi aspek tatabahasa yang ada pada masa itu, misalnya penjenisan kata adverba, kata sendi, kata seru dan kata partikel. Oleh sebab mereka berfalsafah, maka terbitlah percubaan untuk menentukan sama ada perkataan itu mempunyai makna secara kebiasaan ataupun bahasa mempunyai satu perhubungan yang semula jadi.

Kajian bahasa bentuk ini dilanjutkan oleh orang-orang Romawi yang mengkaji bahasa Latin dan sarjana-sarjana Arab yang menjalankan bentuk kajian sama terhadap bahasa Arab. Kajian yang serupa juga dijalankan oleh pendeta-pendeta India seperti Panini bagi menghuraikan bahasa Sanskrit. Kajian bahasa bentuk ini diteruskan hingga ke abad pertengahan dan hanya pada abad ke-19, orang mulai sedar bahawa bahasa tidaklah kekal, melahirkan selamanya berubah dari abad ke abad dalam persejarahan bahasa.

Rajah Pemikiran 2ZamanIndia

Sejarah perkembangan Tatabahasa Tradisional.

3.2.1 Zaman Yunani

Dalam pengkajian nahu, Plato ialah orang yang pertama menyelidiki tatabahasa itu sendiri. Misalnya Plato telah mendefinisikan ayat sebagai rentetan kata yang mempunyai pemikiran yang lengkap iaitu Logos. Logos terbahagi kepada dua, iaitu onoma dan rhema. Beliau telah membahagikan perkataan kepada kata nama dan kata kerja. Plato mendefinisikan kata nama sebagai istilah yang berfungsi di dalam ayat sebagai subjek kepada suatu predikat; manakala kata kerja merupakan istilah yang dapat menerangkan perbuatan atau kualiti predikat. Perbincangan tentang bahasa dan seluruhnya ada di dalam bukunya yang terkenal iaitu Cratylus, iaitu yang berupa dialog. Seiring dengan perkembangan linguistik, Aristotle (384-322 SM) menambah satu lagi pembahagian lain iaitu kata penghubung yang bermaksud semua perkataan yang tidak tergolong kepada golongan kata nama dan kata kerja itu. Aristotle merupakan sarjana yang pertama mengakui wujudnya sistem kala tense dalam bahasa Yunani yang merupakan variasi bentuk-bentuk yang sistematik, sesuai dengan konsep kala kini present dan kala lampau past.Sarjana lain iaitu Dionysius Thrax yang menjalankan kajian berdasar kepada bahasa yang betul seperti yang digunakan oleh Homer dalam puisi-puisinya. Di samping itu, Thrax pula telah menggolongkan kata kepada lapan, iaitu: kata nama, kata ganti nama, kata kerja, kata adverba, kata sendi nama, kata partikel, dan kata seru. Thrax juga telah menghasilkan buku tatabahasa Yunani yangbertajuk Tehne Grammatike yang menjadikan tatabahasa Yunani lebih standard untuk beberapa lama. Oleh demikian, kita dapat lihat dengan jelas cara Aristotle melihat nahu sebagai bahagian atau aspek logic formal telah menguasai pemikiran linguistik sesetengah sarjana. Kesannya, muncul pendekatan berbentuktradisional dan notion.

3.2.2 Zaman Romawi

Sarjana Romawi pada asalnya tidak banyak menghasilkan karya asli tetapi mereka hanya menyadur karya sarjana Yunani dan disesuaikan pula dengan tatabahasa Latin. Mungkin itulah hasil mereka yang agung, iaitu dalam menyusun tatabahasa Latin yang berasaskan tatabahasa Yunani.Salah seorang linguis Romawi yang terkenal ialah Priscian. Tatabahasa yang ditulis oleh beliau masih dianggap standard pada masa ini walaupun telah dihasilkan pada tahun 500 Masihi dahulu. Buku tatabahasa berjudul Institutiones Grammatikae. Buku ini terdiri daripada 18 jilid dan perbincangan berkisar tentang proses pembentukan kata dan ayat. Pada umumnya, tatabahasa Priscian dapat dianggap sebagai kajian ketatabahasaan orang-orang Romawi yang representative.Hasil kajian yang dibuat oleh Priscian tentang aspek-aspek tertentu bahasa Latin dianggap lebih sistematis sekali berbanding dengan kajian yang dibuat oleh Thrax. Walau bagaimanapun, cara penggolongan kata yang dibuatnya tiada perbezaan dengan Thrax kerana masing-masing menggolongkan perkataan kepada lapan.Disebabkan peniruan model tatabahasa Yunani-Latin, telah meninggalkan satu tanggapan kepada sarjana Romawi bahawa beberapa kategori tatabahasa seperti golongan perkataan, kasus, nombor, sistem kala dan sebagainya adalah ciri-ciri yang seharusnya ada dalam semua bahasa di dunia. Tanggapan sebegini berlanjutan hingga ke zaman pertengahan.Sebagai kesimpulannya, sarjana-sarjana Latin telah membuat banyak kerja analisis tentang bahasa Latin, khususnya mengenai tatabahasanya yang kita anggap selama ini sebagai TT. Walau bagaimanapun, kajian-kajian tatabahasa mereka masih lagi mempertimbangkan persoalan falsafah, iaitu berkisar di sekitar makna (semantik) iaitu suatu hal yang menjadikan mereka pokok dan dasar analisis.

3.2.3 Zaman Arab

Antara sarjana Arab seperti al-Khalil (718-786 TM), al-Masri dan sebagainya telah berjaya mengungkap kemegahan dalam usaha mengkaji ilmu linguistik. Pada bahagian nahu, mereka telah menggunakan dasar paradigma dalam menganalisis bahasa. Penghuraian bahasa mereka terlalu tertakluk kepada dasar paradigma sehinggakan mereka tidak memerlukan penggolongan kata dalam bahasa Arab, cukuplah klasifikasi bahasamerekaitudilakukandenganmerujukbentukparadigmanyasahaja. TatabahasaArabtersebutdikarangdenganlengkapyangmencakupi bidang pembentukan kata dan ayat. Sebuah ayat dikatakan terdiri daripada unsur amnah dankhabar, sama seperti subjek dan predikat. Secara ringkasnya, pada zaman Arab ini banyak penghasilan kamus kerana minat sarjana terhadap bidang kosa kata pada mulanya telah beralih kepada bidang leksikografi.

3.2.4 Zaman Pertengahan

Dalam abad pertengahan ini, minat orang Eropah terhadap bahasa Latin semakin menjadi-jadi. Ini kerana bahasa Latin menjadi bahasa gereja dan bahasa ilmiah. Kita terus kepada perkembangan tatabahasa untuk zaman pertengahan yang amat menarik iaitu dengan hasilnya Tatabahasa Spekulasi berupa pendekatan preskriptif. Asal perkembangan cara pemikiran seperti ini telah bermula daripada kefahaman yang penutur itu merupakan cermin dan bahasa mencerminkan kebenaran. Pemerian mereka biasanya dikenali dengan istilah modistae iaitu mereka ingin mengetahui ragamataukepentingannya.Ahlitatabahasamodistaeberusahadalamteori menggambarkan tatabahasa. Caranya dengan menganggap bahasa Latin sebagai bahasa yang mulia.Di samping itu, terdapat bukti jelas mengenai tatabahasa aliran Port Royal yang memaparkan pendekatan berbentuk normatif. Nahu Port Royal mencari penerangan tentang fakta, meyatakan bahasa tersebut sebagai pantulan fikiran dan ini berlaku pada taakulan. Kesan yang jelas melahirkan satu era baharu yang dinamakan zaman perbandingan linguistik.

3.2.5 Zaman India

Perkembangan dan tradisi linguistik India tidak kurang hebatnya kerana ia merupakan pembuka jalan kepada perkembangan linguistik moden. Tradisi inilah yang membawa perubahan besar dalam perkembangan linguistik di Eropah. Pengetahuan linguistik tatabahasa di India telah bermula lebih awal daripada yang diketahui berlaku di Yunani iaitu seawal 300 SM. Kajian yang dibuat adalah tentang bahasa Sanskrit iaitu bahasa yang dianggap suci dan digunakan dalam kita Rig-Veda.Kajian yang dianggap paling lengkap ialah karya Panini yang bermula sejak kurun ke-4 SM. Kajian Panini yang mengandungi lebih kurang seribu makalah yang memperlihat gejala perkembangan ilmu linguistik struktural oleh orang-orang Hindu. Tatabahasa Sanskrit ciptaan Panini menampakkan rencana bahasa yang lengkap serta teliti, yakni tidak berdasarkan kepada teori falsafah melainkan berasaskan penelitian dan pemerhatian secara deskriptif sahaja.Justeru, tatabahasa Sanskrit merupakan pedoman memajukan ilmu linguistik di Eropah yang membuka jalan kepada ilmu perbandingan bahasa. Menurut Bloomfield, tatabahasa dan tatabunyi Panini bukan sahaja penghuraiannya kemas dan lengkap, malah sangat tersusun dan teratur pula. Keistimewaan tatabahasa itu terletak pada caranya dikaji, dihurai dan disusun yang berasaskan pemerhatian yang halus.Rumusannya, tatabahasa Panini telah banyak mengajar sarjana-sarjana Eropah cara-cara menganalisis bentuk-bentuk bahasa yang memperlihatkan kesamaan tertentu di antara bahasa-bahasa yang berhubungan. Penemuan dengan huraian lengkap tentang bahasa Sanskrit telah membuka kepada jalan baru kepada bidang linguistik yangdinamakanlinguistikperbandingan.Orangyangbertanggungjawab mengetengahkan hasil karya Panini ialah Sir William Jones (sekitar 1746-1794). Tanpa usaha beliau, mungkin kita tidak akan mengenali linguistik deskriptif.

li Peta pemikiran 3 Tokoh-tokoh Tatabahasa Tradisional

3.3Tokoh Tatabahasa Tradisional

3.3.1Tokoh Tatabahasa Tradisional Barat

Zaman Yunani Cratylus- Plato Aristotle (384-322 SM)

Tehne Grammatike -Dionysius Thrax

Zaman Romawi

Institutiones Grammatikae-Priscian

Zaman India

Tatabahasa Sanskrit ciptaan Panini

3.3. Tokoh Tatabahasa Tradisional Melayu

Era Tahun 1800-1950

Bustanul Katibin (1857) Raja Ali Haji

Kitab Permulaan Pertuturan Melayu (1911) oleh Abdullah bin Abd. Rahman

Kitab Pelita Mengarang (1925) oleh O.T. Dussek dan Mohd Hashim bin Hj. Talib

Kitab Punca Bahasa (1928) oleh Abdullah bin Talib

Ilmu Mengarang Melayu (1934) oleh Zaba

Jalan Bahasa Melayu (1937) oleh Dato Hj. Muhammad Said bin Sulaiman

Pelita Bahasa Melayu (1940) oleh Zaba

3.3.2 Zaaba Dan Tatabahasa Tradisional

Sesudah karya yang dihasilkan oleh Raja Ali Haji, begitu kurang sekali perkembangan penulisan tentang ilmu linguistik Melayu oleh anak watan Melayu, sehinggalah kira-kira satu abad kemudian muncul seorang tokoh yang cukup gigih dan giat berusaha memantapkan sistem bahasa Melayu formal melalui penyusunan sistem ejaan Jawi dan Rumi, tatabahasa dan retorik. Tokoh yang dimaksudkan itu ialah Zaba, yang lahir pada 16 September 1895 di Batu Kikir, Jempul, Negeri Sembilan.Zaba ( Tan Sri Dr. Zainal Abidin bin Ahmad ) diiktiraf oleh masyarakat dan negara Malaysia, khususnya dan Alam Melayu, umumnya sebagai tokoh cendekiawan yang cukup berwibawa. Beliau pemikir dan pencetus beberapa gagasan besar dalam pelbagai bidang agama, ekonomi, bahasa, sastera, politik, pendidikan, dan kebudayaan sebagai suatu keseluruhan yang menandai tamadun Melayu. Dalam bidang agama, beliau dapat digolongkan sebagai cendekiawan yang mendukung gerakan islah. Daripada sekian banyak bidang uang diceburinya, bidang bahasalah yang tampaknya paling banyak dipertalikan orang dengan ketokohan dan sumbangannya. Sehingga kini nama Zaba seakan-akan bersinonim dengan bahasa Melayu. Hal ini tidak menghairankan kerana memang Zabalah yang meletakkan asas sistem bahasa Melayu baharu, baik dalam bidang ejaan mahupun tatabahasa Melayu. Zabalah yang menandai awal babak perkembangan ilmu bahasa atau linguistik Melayu baharu sejak tahun 1920-an, sezaman dengan tokoh linguistik Amerika yang cukup berpengaruh dalam dunia linguistik Barat pada satu waktu dahulu, iaitu Leonard Bloomfield.Prof. Dr. Asmah Haji Omar (1975), dengan berasaskan peranan buku tatabahasa karangan zaba yang dijadikan buku pegangan dalam sistem pendidikan di negara ini, menganggap buku Pelita Bahasa Melayu sebagai kitab bagi guru-guru bahasa Melayu.Menurut Prof. Asmah lagi, sehingga tahun 1968 semua buku teks bahasa Melayu yang digunakan di sekolah disusun dengan berasaskan buku tatabahasa Zaba. Hal ini bererti bahawa pengaruh Zaba melampaui tempoh paling tidak 30 tahun dalam perkembangan bahasa Melayu di Malaysia. Malah sesudah munculnya pelbagai aliran linguistik dalam percubaan menganalisis jalan bahasa Melayu ketika ini, tatabahasa yang disusun oleh Zaba masih tetap dirujuki. Sering juga kedengaran kata-kata sebilangan sarjana linguistik sendiri bahawa setengah-setengah konsep yang diperkatakan kini sebenarnya telah sedia ada dalam buku Zaba tetapi tidak disedari oleh setengah-setengah ahli linguistik moden yang kadang-kadang tidak suka menoleh ke belakang untuk mengambil manfaat daripada hasil kerja orang terdahulu. Sebelum terbitnya Pelita Bahasa Melayu dalam tiga penggal ( pada tahun 2000 buku tersebut telah diterbitkan semula dalam edisi ejaan baharu oleh Dewan Bahasa dan Pustaka ), Zaba sebenarnya telah menghasilkan buku Ilmu Bahasa Melayu pada tahun 1926 dan 1927. Buku Pelita Bahasa Melayu Penggal I yang terbit pada tahun 1940 telah mula ditulis pada tahun 1934 dan 11 bab selesai pada tahun 1936. Pelita Bahasa Melayu Penggal II pula siap ditulis pada tahun 1942 tetapi ditangguhkan penerbitannya ke tahun 1946 sesudah dibaiki dan disemak. Setahun kemudian terbit pula Pelita Bahasa Melayu Penggal III. Ketiga-tiga buku beliau inilah yang menjulang namanya sebagai pengasas bahasa Melayu baharu. Maka memang kena pada tempatnya beliau dianugerahi gelar Pendeta dalam Kongres Bahasa Melayu dan Persuratan Melayu Ketiga pada tahun 1956.Keunggulan Zaba terletak pada kekuatan dan ketajaman intuisi serta pemerhatiannya terhadap sistem bahasa Melayu. Walaupun beliau tidak terdedah secara formal dalam disiplin linguistik, khususnya linguistik moden, analisis yang dihasilkannya membuktikan bahawa gagasan-gagasan penting dalam bidang ilmu itu ada dalam intuisinya. Prof. Asmah Haji Omar (1976) dapat mengesan beberapa prinsip fonologi yang melandasi analisis Zaba tentang sistem ejaan bahasa Melayu. Antaranya termasuklah :

a. Keutamaan ucapan di atas tulisan (kewujudan bunyi mendahului tulisan)Maka sungguhpun ada beberapa banyak bangsa seperti Semang, Sakai dansebagainya yang tiada mengerti pada jalan tulis-menulis tetapi sekaliannyabangsa-bangsa itu tahu juga bersuara dan bercakap.( Pelita Bahasa Melayu Penggal I, Bab 1, pecahan 3 )b. Huruf sebagai lambang untuk bunyiManusia itu tatkala bertambah-tambah majunya dapatlah ia merupakan tiap-tiapsuatu bunyi yang disebutnya itu dengan suatu gambar gunanya untukmenampakkan percakapan itu kepada mata, supaya dapat difahamkan dengandipandang sahaja oleh orang yang tiada mendengar seperti orang yang jauh jaraktempatnya atau masanya daripada orang yang punya percakapan itu.( Pelita Bahasa Melayu Penggal I, Bab 1, pecahan 5 )c. Hubungan antara fikiran dengan mekanisme bahasa...Bunyi itu masuk ke telinga mereka langsung terus kepada otaknya. Maka denganserta-merta otak itu mengenal akan dia dan mengerti akan maksudnya. Begitulahjuga pada segala bunyi-bunyi lain yang ada bermakna bagi orang yang punya bahasaitu.( Pelita Bahasa Melayu Penggal I, Bab 1, pecahan 1 2 )Dalam mengemukakan sistem ejaan bagi bahasa Melayu, Zaba turut memperlihatkan ketajaman intuisinya tentang konsep-konsep fonetik, walaupun dengan cara yang cukup sederhana. Zaba sudah memperkenalkan adanya perbedaan bunyi vokal ( yang diistilahkannya sebagai huruf saksi ) dan bunyi konsonan ( yang diistilahkannya sebagai huruf benar ). Tentang huruf ( sebenarnya bunyi ) saksi, Zaba mengenal pasti adanya bunyi vokal sempit atau tinggi ( seperti bunyi u dan i ). Zaba menggolongkan bunyi a, e, o sebagai bunyi kasar dan e pepet, e, u sebagai bunyi halus.Demikian juga Zaba telah mengetengahkan konsep diftong dan vokal rangap ( istilah beliau bunyi berkait rapat dan bunyi berkait renggang ), ciri suprasegmental ( seperti kepanjangan bunyi ) yang menurutnya bukan sifat bahasa Melayu, dan keharmonian vokal. Tentang keharmonian vokal yang menjadi asas pengejaan kata dua suku kata dan lebih, prinsip Zaba berdasar pada keselarasan vokal halus lawan halus dan vokal kasar lawan kasar. Katanya :

Pakailah saksi halus di hujung jika bunyi yang dahulunya halus, danpakailah saksi kasar di hujung jika bunyi yang dahulunya kasar.( Pelita Bahasa Melayu Penggal I, Bab V, pecahan 54 )Analisis Zaba yang cukup berpengaruh dalam menentukan jalan bahasa Melayu ialah dalam bidang tatabahasa. Analisis beliau tentang tatabahasa dapat dibahagi kepada dua komponen utama, iaitu morfologi dan sintaksis, walaupun beliau tidak menggunakan istilah tersebut. Selaras dengan pengaruh tatabahasa tradisional yang ketika itu mendominasi disiplin linguistik, analisis Zaba ternyata banyak yang terikat oleh pendekatan tersebut. Oleh sebab itu istilah-istilah tatabahasa yang digunakannya dan cara beliau menjelaskan sesuatu konsep tatabahasa seluruhnya berdasar pada makna, iaitu ciri utama linguistik tradisional.Dalam membicarakan kata, Zaba menggolongkan kata kepada lima golongan yang utama, iaitu nama, perbuatan, sifat, sendi, dan seruan. Setiap golonga utama itu dipecah-pecahkan kepada subgolongan. Misalnya di bawah nama ada nama betul dan ganti nama. Di bawah kedua-duanya ada pula pecahan yang lebih kecil, iaitu nama am atau nama nika dan nama khas. Tentang perbuatan pula, dipecahkannya golongan itu kepada perbuatan melampau dan perbuatan tidak melampau, yang kini kita kenal sebagai kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. Antara gagasan Zaba yang menarik tentang perbuatan yang dapat menduduki fungsi nama, iaitu yang disebutnya perbuatan nama dan nama perbuatan. Jelas bahawa hal yang kini dibincangkan oleh ahli linguistik moden sebagai bentuk nominal telah dibincangkan jauh lebih awal oleh Zaba.Tentang sifat pula, Zaba membahaginya kepada sifat nama dan sifat kata. Yang pertama merujuk kepada golongan kata yang dikenal sebagai adjektif, sementara yang kedua merujuk kepada adverba. Dalam keriuhan perancang bahasa dan pengguna bahasa mendapati tiadanya golongan kata adverba dalam Tatabahasa Dewan, maka sekali lagi tatabahasa yang disusun Zaba dirujuki untuk mengambil keputusan memasukkan golongan kata itu dalam edisi baharu buku tatabahasa terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka itu.Tentang kata sendi pula, Zabalah yang meletakkan asas penggunaan kata sendi yang tepat, misalnya antara pada dengan di, ke dengan kepada, dari dengan daripada, dan yang lain. Hingga kini ketetapan yang dibuat Zaba itu menjadi pegangan pendidik dan pelajar serta masyarakat umum.Analisis Zaba tentang ayat bahasa Melayu berkisar di sekitar ayat selapis, ayat berlapis, ayat berkait, dan ayat bercampur. Penggolongan ayat sedemikian tidak jauh berbeda dengan yang berlaku dalam bahasa-bahasa lain, dan hal ini memenuhi salah satu ciri asas kesejagatan bahasa. Ayat selapis merujuk kepada konsep ayat tunggal, iaitu ayat ayat yang terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Ayat berlapis samalah dengan ayat gabungan, sementara ayat berkait ialah padanan istilah bagi ayat pancangan walaupun konsep ayat berkait Zaba lebih banyak berkaitan dengan ayat pancangan keterangan sahaja. Ayat bercampur samalah dengan ayat campuran, iaitu ayat yang terdiri daripada pelbagai binaan ayat. Jelaslah bahawa analisis ayat atau sintaksis yang terdapat dalam buku-buku tatabahasa kini masih tetap berasas pada analisis yang dibuat oleh Zaba. Yang membezakannya hanya soal istilah dan kerangka pendekatannya sahaja.

Aliran pemikiran Zaba dalam aliran tatabahasa tradisional dapat di lihat dalam rajah bawah

3.3.3Ciri-Ciri Tatabahasa Tradisional

Secara kasarnya, asas linguistik tradisional ditandai oleh beberapa ciri utama yang penting iaitu:1. Huraian bahasa berdasarkan makna dan logika (menurut falsafah Yunani)2 . Penguasaan bahasa tulisan lebih daripada bahasa lisan3 . Huraian aturan bahasa bersifat normatif dan preskriptifJika diteliti secara mendalam, kerangka asas kajian-kajian bahasa tradisional dibuat berdasarkan bahasa tulisan. Huraian tatabahasa bersifat notion (bukan formal dan struktur) dan berdasarkan anggapan disiplin-disiplin lain yang tiada kaitan dengan bahasa.Akibatnya,huraianunsur-unsur bahasamenjadi tidak tepat dan tetap. Contohnya dalam tatabahasa Melayu,kata nama didefinisikan sebagaisegala perkataan yang menyebut benda atau orang seperti budak, burung, kaki, tahun, bulan.(Zaba, 1954). Sebenarnya huraian sebegini dikatakan sebagai berbentuk notion. Kajian bahasa yang dijalankan adalah secara deduktif iaitu kajian yang menekankan pemahaman undang-undang bahasa dahulu dan selepas itu diikuti dengan misalan-misalan. Kajian bahasa yang dilaksanakannya menganggap bahawa bahasa di dunia dihurai berasaskan ciri-ciri universal (seperti logik, falsafah dan yang lainnya). Ahli bahasa tradisional berpendapat bahawa bahasa di dunia ialah variasi bahasa Yunani dan Latin. Oleh itu, semua bahasa dihurai berasaskan unsur-unsur yang sama.Walau bagaimanapun, tidak semua isu penggolongan kata sependapat antara para sarjana bahasa. Hal sedemikian bergantung terhadap pemerian dan kefahaman ahli bahasa dalam memerihal bahasa tersebut. Dalam nahu tradisional, seorang ahli bahasa dikatakan cuba sedaya mungkin untuk mencari unsur-unsur dalam bahasanya dan dibahagikan atau diperikan berdasarkan model bahasa tadi. Satu keadaan yang tidak praktikal atau tidak saintifik ialah tidak semua yang terdapat dalam model bahasa itu terdapat juga dalam bahasa lain. Disebabkan itu, kita akan dapati bahawa huraian atau pemerian golongan kata seolah-olah sengaja diada-adakan.

Oleh demikian, dapat dirumuskan bahawa nahu tradisional masih tidak bercirikan saintifik, ia seolah-olah berusaha memerikan bahasa mengikut sesuatu model yang dijadikan pola acuan. Perkara ini menggambarkan satu bentuk bahasa peniruan. Namun apa yang pro mengenai nahu tradisional ialah sikap preskriptif yang mana akan berjaya mewujudkan peraturan berbahasa dengan betul dan tepat sepanjang bahasa itu hidup.

Secara khususnya, ciri-ciri Tatabahasa Tradisional ialah:

a. Bersifat nasional iaitu bukan formal dan struktural

b. Percampuran teori semantik dan gramatik

c. Ketiadaan pola contoh yang dijadikan dasar pembentukan pelbagai strukturd.Ketiadaan pemilihan dan pemeringkatan bahan-bahan yang disampaikan sama ada gramatikal atau leksikal, sama ada berasaskan yang mudah atau yang kompleks, sama ada kekerapan dan kenyataan butir-butir itu boleh diajar atau tidak. e. Ayat-ayat dibina menggunakan konsep word building

Dalam memerikan bahasa, TT bersifat preskriptif, humanistik dan normatif.

Ilmu falsafah dan logika menjadi teras pegangan.

4.0 TATABAHASA STRUKTURAL (TS)

Sejarah pertumbuhan Tatabahasa Struktural sering dikaitkan dengan pertumbuhan linguistik empiris yang dianggap sebagai linguistik ilmiah di Amerika pada awal tahun- tahun 1930-an. Ia berkembang antara tahun-tahun 1940-an hingga pertengahan tahun- tahun 1950-an. Sekarang kita meneliti beberapa kriteria penting mengenai tatabahasa struktural.4.1Definisi Tatabahasa StrukturalTS mempunyai konsep yang berupa penghuraian (description). Oleh itu, aliran TS menekankan bahawa tatabahasa:is concerned with the observable forms, structural functions and inter-relations of the components of sentences of stretches of utterance (Robins, 1971).

Maksud dalam bahasa Melayu lebih kurang begini merangkumi bentuk-bentuk maujud, fungsi struktural dan hubungan saling perkaitan antara komponen-komponen ayat dalam rantaian pertuturan.

4.2Sejarah Perkembangan Tatabahasa Struktural

Ahli-ahli Prague Linguistic Circle tahun 1929 menggunakan istilah structuralism yang membawa pengertian bahawa bahasa bagi tiap-tiap bangsa terdiri daripada satu struktur unit-unit yang berhubungan. Tugas utama ahli-ahli bahasa adalah untuk mengkaji unsur-unsur bukan sahaja sebagai struktur-struktur yang berasingan tetapi sebagai satu keseluruhan sistem. Dalam tahun-tahun empat puluhan dan lima puluhan, muncul tokoh-tokoh bahasa seperti Bloch, Harris, Wells dan Hocket yang membawa pengertian metodologi mereka. Aliran ini digelar Struktural, Taxonomist dan Bloomfieldian.TS seringkali dikait dengan era Linguistik Moden, hal demikian kerana ahli-ahli bahasa memberi tumpuan kepada linguistik deskriptif. Antara tokoh yang menjadi pengasas teori deskriptif ialah Ferdinand de Saussure. Ferdinand menjadi tersohor kerana hasil karyanya dibukukan oleh murid-muridnya yang mana buku tersebut dikenal dengan nama Course in general Linguistics. Sesesungguhnya Ferdinand ialah orang pertama yang mengasaskan ilmu linguistik moden. Ferdinand menyatakan bahasa mempunyai jirim dan bentuk. Dengan itu lahirlah TS yang menekan kepada aspek sistemdanunsur-unsurhuraian bahasa secara mendalam. Aliran Ferdinand berkembang dengan pelbagai mazhab tertubuh antaranya ialah mazhab Geneva, Draha dan Glosematik.Sementara itu di Amerika, L. Bloomfield, Franz Boas dan Edward Sapir juga banyak menurut langkah Ferdinand. Seorang lagi ahli linguistik Amerika yang terkenal ialah Z.S. Harris menjalankan kajian linguistik secara struktur. Usaha Harris jelas terpapar dalam buku berjudul Structural Linguistics (1951). Dalam bukunya itu, Harris didapati sangat mementingkan langkah-langkah dan kaedah yang patut dijalankan untuk mengkaji tatabahasa. Pada pertengahan tahun 1950-an, suatu perkembangan baharu yang dibawa oleh Noam Chomsky iaitu Tatabahasa Tranformasi Generatif telah mengambil alih pengaruh TS. Kita akan meneliti sejarah TTG dalam bab akan datang.

Akhiran Zaman Linguistik Tradisional

Zaman Linguistik Perbandingan

Zaman Linguistik Moden

(Ferdinand de Saussure)

GenevaDrahaGlosematik

(Franz Boas, L. Bloomfield, Edward Sapir, Z. S Harris)

Sejarah Perkembangan Linguistik Struktural

Peta Pemikiran 4

Tokoh Tatabahasa Struktural

4.3.Tokoh Tatabahasa Struktural

4.3.1. Tokoh Tatabahasa Struktural Barat Ferdinand de Saussure - Course in general Linguistics

L. Bloomfield Language (1933)

Edward Sapir Language (1881)

Z.S. Harris - Structural Linguistics (1951)

4.3.1.1 Tokoh Tatabahasa Struktural Melayu

Tokoh Tatabahasa Struktural Melayu yang terkenal ialah Dato' Prof. Dr. Hjh Asmah Hj. Omar. Dato' Prof. Dr. Hjh Asmah Hj. Omar dilahirkan di Jitra pada 5 Mac 1940 dari sebuah keluarga yang berpendidikan tinggi. Pendidikan awal dan menengahnya bermula di Kedah. Beliau meneruskan pengajiannya di Universitas Indonesia dan memperolehi Sarjana Muda dan Sarjana Sastera. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajiannya hingga mendapat Ijazah Kedoktoran dari University of London dalam bidang 'General Linguistics'. Pada tahun 2000, Dato' Prof. Dr. Hjh Asmah menerima anugerah gelaran Doktor Persuratan (D. Litt) dari Universiti Malaya kerana sumbangannya yang amat besar dalam bidang kesarjanaan ilmu linguistik di Malaysia.Hasilan Asmah Hj. Omar (1993).Nahu Melayu Mutakhir,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka dilihat berunsurkan aliran struktural. Hal ini jelas apabila beliau menyatakan kaedah yang digunakan berdasarkan teori sistematik-fungsional, dari aliran Linguistik London. Ini kerana asas linguistikAsmah berpangkal daripada Universiti of London di mana beliau mendapat IjazahKedoktoran pada tahun 1969. Pemerian beliau terhadap nahu secara secara bersistem. Maksudnya kajian Bahasa Melayu dihuraikan dari tingkat bawah iaitu morfem kepada tingkat yang paling atas iaitu ayat dari segi skala tatatingkat dalam nahu. Penghuraian beliau lebih cenderung kepada deskriptif iaitu mengkaji dan menghurai segala bentuk gejala bahasa sebagaimana ia wujud dan digunakan oleh penuturnya. Asmah Hj Omar juga banyak menerangkan secara terperinci aspek morfologi dan sintaksis secara mendalam.Fokus pengkajianTatabahasa Strukturalialah aspek penghuraian struktur bahasa. Struktur bahasa merupakan perkaitan antara fonem, sebagai unit bunyi, dengan fonem sebagai unit bahasaAliran Strukturalmenekankan pertalian struktur tersendiri, maka kajian bahasa dijalankandalam pelbagai peringkat tatabahasa iaitu morfologi dan sintaksis. Pada peringkat morfologi, sesuatu kata itu digolongkan dalam kelas tertentu berdasarkan taburan kata-kata dalamstruktur ayat. Pada peringkat sintaksis, aliran struktul memberitumpuan kepada perkembangan elemen dalam ayat ataupun konstituen-konstituen dalam ayat. Hal ini merupakan analisis ayat yang memecahkan bahagian-bahagian dalam sesuatu ayat kepada konstituennya dan selanjutnya mengaitkan tiap-tiap konstituen kepada konstituen yang lebih besar. Cara pembahagian ini digelar analisis konstituen terdekat (Immediate Constituent Analysis).(Fries, 1957). Hasilan nahu Asmah Omar dilihat berunsurkan aliran struktural. Ini jelas apabila beliau menyatakan kaedah yang digunakan berdasarkan teori sistemik-fungsional, dari aliran Linguistik London. Ini kerana asas linguistik Asmah berpangkal daripada Universiti of London di mana beliau mendapat Ijazah Kedoktoran pada tahun 1969. Pemerian beliau terhadap nahu secara bersistem. Maksudnya kajian bahasa Melayu dihuraikan dari tingkat bawah iaitu morfem kepada tingkat paling atas iaitu ayat dari segi skala tatatingkat dalam nahu. Penghuraian nahu beliau lebih cenderung kepada deskriptif iaitu mengkaji dan menghurai segala bentuk gejala bahasa sebagaimana ia wujud dan digunakan oleh penuturnya. Asmah juga banyak menerangkan secara terperinci aspek morfologi dan sintaksis secara mendalam.4.3.1.2 Ciri-Ciri Tatabahasa Struktural

Fokus pengkajian TS ialah aspek penghuraian struktur bahasa. Struktur bahasa merupakan perkaitan antara fonem, sebagai unit bunyi, dengan fonem sebagai unit tatabahasa. Asasnya tiap-tiap bahasa terdiri daripada satu pertalian struktur tersendiri. Sekarang kita teliti dahulu ciri-ciri bahasa yang dibawa aliran struktural ini:

a. Bahasa ialah pertuturan bukan tulisan

b. Bahasa ialah satu sistem

c. Sistem bahasa ialah arbitrari

d. Bahasa adalah untuk perhubungan

Seperti yang dinyatakan di atas, aliran struktural menekankan pertalian struktur tersendiri, maka kajian bahasa dijalankan dalam pelbagai peringkat tatabahasa iaitu mofologi dan sintaksis. Pada peringkat morfologi, sesuatu kata itu digolongkan dalam kelas tertentu berdasarkan taburan kata-kata itu dalam struktur ayat. Pada peringkat sintaksis, aliran struktural memberi tumpuan kepada perkembangan antara elemen dalam ayat ataupun konstituen-konstituen dalam ayat. Hal ini merupakan analisis ayat yang memecahkan bahagian-bahagian dalam sesuatu ayat kepada konstituennya dan selanjutnya mengaitkan tiap-tiap konstituen kepada konstituen yang lebih besar. Konstituen yang lebih besar dikaitkan pula dengan yang lain.

Cara pembahagian ini digelar analisis konstituen terdekat (Immediate Constituent Analysis). (Fries, 1957). Secara khususnya. Ciri-ciri Tatabahasa Struktural ialah: Mementingkan bentuk atau struktur yang sebenarnya terdapat dalam sesuatu bahasa, justeru makna tidak diambil kira. Tidak mencampuradukkan ciri-ciri bahasa yang lain. Tidak bertitik tolak daripada ciri-ciri semantik yang terkandung dalam sesuatu unsur tatabahasa. Tidak ada tatabahasa universal atau tatabahasa sejagat.

Menghindari faktor berkaitan dengan psikologi, logika dan metafizik. Kajian dibuat secara objektif dan saintifik dengan bukti yang tepat dan betul. Rumusannya, aliran struktural lebih menekan terhadap konsep struktur permukaan kerana dengan jelasnya ia berkaitan tingkah laku, bentuk dan struktur sesuatu bahasa.

5.0 TATABAHASA TRANSFORMASI GENERATIF (TTG) Teori Tatabahasa Transformasi Generatif mula diperkenalkan dalam bidang linguistik pada tahun 1957 oleh Noam Chomsky melalui buku beliau yang bertajuk Syntactic Structures. Lapan tahun kemudian terbit pula buku berjudul Aspects of the Theory of Syntax iaitu buku yang telah menghuraikan nahu transformasi dengan eksplisit dan formal. Teori ini terkenal kerana kelainan yang diperlihatkan iaitu penggunaan rumus semacam rumus matematik. TG mendapat sambutan dan seterusnya menjadi popular di kalangan para linguis seantero dunia. Ini dapat dilihat dengan perkembangan disiplin Fonologi Generatif, Semantik Generatif dan sebagainya. 5.1 Definisi Tatabahasa Transformasi Generatif

Menurut Chomsky (1965), nahu terdiri daripada seperangkat (set) rumus untuk menghasilkan ayat yang tidak terhad jumlahnya. Nahu ini menganalisis bahasa berdasarkankorpus-korpusdanbertujuanuntukmemudahkanseseorangyang mempelajari sesuatu bahasa itu dapat membentuk ayat-ayat baru dan memahami pertuturan orang lain yang tidak pernah didengarnya.TatabahasaTransformasiGeneratifdiasaskanolehNoamChomskyyang menganggap nahu sebagai a device of some sort for producing the sentences of the language under analysis, iaitu menganalisis bahasa (ayat-ayat) secara generatif dengan penggunaan simbol-simbol untuk membentuk tatabahasa setepat mungkin bagi menerbitkan ayat-ayat yang bersesuaian sebanyak mungkin.Dalam teori standard TG seperti yang terdapat dalam Aspects, nahu dibahagikan kepada tiga komponen, iaitu:

I.sintaksis II.semantik III.fonologi

5.2 Sejarah Perkembangan Tatabahasa Transformasi Generatif

Sebelum tahun 1957, penganalisisan tatabahasa yang terkenal adalah melalui aliran tradisional yang berbentuk notion dan aliran struktural yang berbentuk formal. Aliran struktural yang dipelopori oleh Ferdinand de Saussure dan L. Bloomfield dengan mendasarkan konsep konstituen terdekat. Oleh sebab terdapat pelbagai kelemahan dalam aliran ini, maka timbullah kesedaran untuk memperbaikinya.Tatabahasa transformasi mula-mula diperkenalkan oleh Noam Chomsky melalui disertasinya untuk mendapat gelaran doktor falsafah dalam bidang bahasa berjudul Transformal Analysis. Dua tahun kemudian, beliau telah melahirkan bukunya Syntatic Structure. Buku yang dilahirkan dalam tahun 1957 ini merupakan hasil kajian beliau yang penting dan dalamnya terdapat garis-garis pendekatan Tatabahasa Transformasi Generatif. Dalam tahun 1965, Chomsky memperluas perbincangannya melalui buku Aspect of the Theory of Syntax dan kemudian membicarakannya sekali lagi dalam buku berjudul Language and Mind pada tahun 1968. Hasil penulisannya telah diterima oleh rakan-rakannya di Institut Technology Massachussetts (MIT), Amerika. Chomsky dan rakan-rakannya memperkenal aliran tatabahasa ini di kalangan ahli-ahli bahasa dan pelajar-pelajar bahasa.Aliran ini bukan sahaja berkembang di Amerika, malah pengaruhnya telah menular ke negara-negara Eropah. Tatabahasa ini tidak terhenti di negara-negara Eropah tetapi telah menular juga ke Asia Tenggara. Di negara kita, pengaruh tatabahasa ini jelas kelihatan dalam buku Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu yang ditulis oleh Lufti Abas pada tahun 1971. Abdullah Hassan, dalam bukunya Linguistik Am (1980) ada menerangkan sedikit sebanyak tentang konsep-konsep tatabahasa ini dan juga menghuraikan dengan jelas komponen-komponen nahu transformasi. Itulah serba sedikit permulaan TTG menular ke Malaysia. Dan sekarang jelas menunjukkan TTG mendapat tempat kerana pengaruhnya masih kuat dengan pelbagai pembaharuan terhadap teori-teori TG misalnya Teori Kuasaan dan Tambatan, Teori Kasus, Teori Theta, Teori Kontrol dan sebagainya.

Peta Pemikiran 5

Tokoh Tatabahasa Transformasi Generatif5.3 Tokoh Tatabahasa Transformasi Generatif

5.3.1Tokoh Tatabahasa Transformasi Generatif Barat

Noam Chomsky- Aspect of the Theory of Syntax

Jackendoff (1971), Halle (1973), Siegel (1974), Aronoff (1976), Allen (1978) dan lain- lain.

5.3.2 Tokoh Tatabahasa Transformasi Generatif Melayu

Era Tahun 1970 - 2009

Antara buku tatabahasa aliran TG di Malaysia ialah:

Lufti Abas (1971) Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu

Abdullah Hassan (1980) Linguistik AmNik Safiah Karim et al. (1991) Tatabahasa Dewan Mashudi Kader (1981) The Syntax of Malay Interrogatives Nik Safiah Karim (1978) Bahasa Malaysia Syntax

Ramli Hj. Salleh (1995) Sintaksis Bahasa Melayu: Penerapan Teori Kuasaan dan

Tambatan

Dalam membicarakan tokoh Tatabahasa Transformasi Generatif (TTG) , kita tidak dapat lari dari membicarakan seorang lagi tokoh TTG yang tidak asing lagi iaitu Nik Safiah Karim.

Nik Safiah Karim dilahirkan pada 17 Disember 1939 di Kampung Bonggol, Kota Baharu, Kelantan. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Inggeris Perempuan Kota Bahru (Sekolah Rendah Zainab) dan kemudian melanjutkan pelajaran ke Maktab Perempauan Melayu, Jalan Damansara, Kuala Lumpur( Kolej Tunku Kurshiah, Seremban) sehingga tamat School Certificate. Setelah lulus Higher School Certificate pada tahun 1959 di St. Francis Institution, Melaka, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya sehingga memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan kepujian dalam bidang Linguistik (1965). Pada tahun 1975, beliau memperolehi Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Linguistik dari Ohio University, USA. Kerjaya akademiknya bermula sebagai tutor di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya pada tahun 1963, diikuti dengan jawatan pensyarah dan professor madya juga di jabatan yang sama.Beliau kemudiannya dilantik sebagai Professor Pengajian Melayu. Pada tahun 2002,setelah bersara, beliau diberi penghormatan oleh Universiti Malaya melalui pelantikan sebagai Professor Emeritus. Semasa dalam pentadbiran, beliau telah dilantik ke beberapa jawatan. Antaranya Dekan Falkuti Sastera dan Sains Sosial sebanyak dua kali(1982-1983 dan 1992-1994), Ketua Jabatan Pengajian Melayu (1984-1986) dan Pengarah pertama Akademi Pengajian Melayu (1990-1992). Pada tahun 1989 hingga 1990, beliau dipinjamkan ke Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai Timbalan Ketua Pengarah. Beliau telah bersara wajib dari Universiti Malaya pada bulan Disember 1994 tetapi telah menyambung kontrak dengan memegang Kursi Pengajian Melayu sehingga Disember 1999. Beliau seterusnya diiktiraf sebagai Professor Adjung sehingga akhir tahun 2000. Beliau amat aktif dalam badan-badan professional.Ni Safiah Karim merupakan seorang yang beraliran Tranformasi Generatif. Aliran baru ini timbul selepas aliran Struktural. Aliran ini muncul pada tahun 50-an yang dipelopori oleh Noam Chomsky. Noam Chomsky telah membuat revolusi besar kepada pembelajaran bahasa. Ni Safiah telah menolak aliran Struktural kerana dia beranggapan bahawa aliran Tranformasi Generatif ini bersifat innate iaitu bahasa merupakan keturunan dan sudah ada dalam jiwa manusia. Kajian linguistik adalah berkaitan dengan aktiviti mental yang keberangkalian dan bukan berhadapan dengan data kajian yang tertutup dan selesai sehingga dapat dianalisis dan dihuraikan secara pasti.Beliau turut bersetuju dengan teori Noam Chomsky, iaitu teori Linguistik harus dibangunkan dengan bertolak dari kerja secara deduktif . Maksudnya, tugas para penyelidik bukan hanya mengambil kalimat berasingan, menamakan bahagian-bahagiannya serta melihat bagaimana bahagian-bahagian tersebut bekerja bersama-sama tetapi tugas utamanya ialah membina suatu teori bahasa. Kesimpulannya, aliran ini adalah satu proses merubah bentuk bahasa menjadi bentuk-bentuk lain. Baik dari bentuk mudah kepada yang kompleks mahupun dari bentuk komplek ke bentuk yang mudah (Keraf-1980:35). Menurut Samsuri (1981:35), Aliran Tranformsi Generatif ini ialah proses atau hasil pengubahan sebuah struktur kebebasan atau struktrur yang lain mengikut kaedah tertentu.Dalam bidang penulisan, Professor Emeritus Datuk Nik Safiah Karim telah banyak menyumbang dalam bentuk penulisan dan penyertaan dalam persidangan samada isu wanita mahupun isu bahasa. Beliau telah menghasilkan beberapa buah buku tentang pengajian wanita dan pada masa kini menjadi pensyarah sambilan di Rancangan Pengajian Gender, Universiti Malaya. Beliau juga telah berganding bahu bersama Dr. Rokiah Talib dalam penulisan biografi wanita tanah air. Tindakan ini amat bermakna kerana merupakan satu inisiatif wanita menulis mengenai sumbangan wanita. Beliau juga telah menghasilkan belasan buah buku dan rastusan makalah mengenai isu bahasa. Antara buku yang terkenal ialah Tatabahasa Dewan(yang ditulis bersama tiga orang ahli bahasa yang lain), Bahasa Malaysia Syntax, Beberapa Persoalan Sosiolinguistik Bahasa Melayu dan Malay Grammar for Academics and Professionals.

6.0 SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN JAWISejarah penggunaan tulisan jawi telah lama berkembang di Malaysia sejak kedatangan islam ke tanah melayu. Perkembangan ini juga berkait rapat dengan kedatangan islam ke nusantara. Tulisan jawi dikatakan berasal daripada kedatangan islam ke kepulauan melayu pada tahun 55 hijrah. Tulisan jawi dikatakan berasal daripada tulisan arab berasaskan al-Quran dan hadis. Namun tidak ada rekod yang membuktikan bahawa tulisan Jawi dibuat oleh orang Melayu. Pada pertengahan abad ke-20, muncul seorang insan yang ingin mengkaji iaitu Zainal Abidin Ahmad atau dikenali sebagai Zaba. Beliau telah berusaha bermula dari tahun 1918 bagi mengumpulkan banyak perkataan Melayu. Kemudian tulisan jawi telah digunakan sebagai tulisan rasmi bagi beberapa buah negara seperti Brunei, Malaysia, Filipina dan Indonesia. Perkembangan tulisan ini bermula sejak kerajaan islam pasai lagi. Kemudian tulisan ini disebarkan ke kerajaan Melaka, kerajaan johor dan acheh pada abad ke-17. Tulisan jawi adalah yang terawal sampai di Malaysia berbanding tulisan rumi berdasarkan Penemuan batu bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M dan tulisan rumi pada kurun ke-19. Selain itu, penemuan batu bersurat ini juga dapat membuktikan bahawa agama Islam telah bertapak kukuh di alam Melayu. Di dalamnya mengandungi hukum pelaksanaan hukum hudud dan undang-undang jenayah bagi sesebuah negara Islam. Selain itu, terdapat juga penemuan manuskrip yang tertua di dalam tulisan Jawi iaitu Aqaid An-Nasafi pada 998H bersamaan 1590M. Berdasarkan penemuan kedua-dua bahan ini,agama Islam memainkan peranan yang sangat penting dalam kegiatan penulisan. Tambahan pula, dengan kreativiti masyarakat Melayu memanfaatkan huruf-huruf Arab sehinggalah terbentuknya tulisan Jawi. Oleh itu, berlaku penggunaan abjad yang dipinjam daripada abjad arab telah membawa kepada satu perubahan kepada abjad Jawi. Semasa penggunaan abjad Jawi ini, terdapat juga pinjaman daripada tulisan Parsi-Hindi yang memang wujud. Setelah itu, wujudlah huruf-huruf seperti CA-JIM, NGA-GHAIN, PA-FA, GA-KAF, VA-WAU, dan NYA-THA daripada pinjaman tersebut. Selain itu terdapat juga kewujudan dalam penggunaan abjad vokal seperti alif ( ), wau ( ) dan ya ) ).

Gambar menunjukkan batu bersurat Terengganu yang bertarikh 702 hijrah.Tulisan jawi juga digunakan dalam pelbagai urusan termasuklah urusan pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan. Hal ini kerana pihak istana pada zaman dahulu juga menggunakan tulisan Jawi sebagai bukti segala aktiviti yang ada berkaitan dengan pentadbiran, perundangan, bahasa, hubungan perdagangan antarabangsa dan diplomatik. Oleh itu, tidak hairanlah istana menjadi salah satu tempat perkembangan persuratan Melayu seperti manuskrip dan kitab-kitab agama berjalan dengan rancaknya dengan menggunakan tulisan Jawi. Hal ini dapat dibuktikan dengan kewujudan pusat-pusat penulisan manuskrip di istana-istana raja. Oleh itu, raja-raja mempunyai jurutulis sekiranya terdapat perkara untuk diperkenankan oleh raja tersebut.

Gambar menunjukkan pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu.Gambar di atas menunjukkan bahawa tulisan jawi memainkan peranan yang sangat penting pada zaman dahulu sehingga digunakan dalam urusan rasmi negara.Menurut Amat Jauhari (1999) dalam buku yang ditulis oleh Abd Rahman Hamzah(2008) tulisan jawi juga digunakan bukan sekadar pada penulisan sahaja, tetepi tulisan ini juga digunakan pada mata wang. Hal ini membuktikan tulisan jawi sangat penting pada waktu dahulu sehingga terdapatnya tulisan jawi selain daripada penulisan. Mata wang yang menggunakan tulisan jawi pada masa dahulu adalah seperti mata wang kedah. Terdapat keunikan pada pemerintahan pada masa yang lalu kerana setiap pemerintah akan menggunakan ukiran duit yang berbeza. Contohnya seperti mata wang pada zaman Sultan Sulaiman Shah pada tahun 1620 dan Sultan Dhiauddin Mukarram Shah dari tahun 1661 sehingga 1687.

Gambar menunjukkan penggunaan tulisan jawi pada mata wang Kedah.Menurut Abd Rahman (2008)) mata wang berupa emas dan perak yang terukir tulisan Jawi padanya memberikan nama raja-raja Melayu yang memerimtah pada zaman tersebut.

Gambar menunjukkan batu nisan.Menurut Abd Rahman Hamzah (2008), banyak batu nisan tulisan Jawi atau Arab yang dapat membantu para pengkaji sejarah menghuraikan tentang maklumat Raja-raja kerajaan Melayu Islam pada zaman Melayu termasuk di Semenanung Tanah Melayu, Banda, Acheh, Kemboja , Brunei Darus Salam, Sumatera Barat, Sumatera Selatan dan Kalimantan. Selepas 200 tahun tulisan ini mencapai kegemilangan bersama kedatangan Islam, tulisan ini mula luntur akibat kedatangan British ke tanah Melayu pada tahun 1511. Walaupun, masyarakat Melayu masih menggunakan tulisan Jawi dalam aktiviti seharian seperti pengajaran dan pembelajaran misalnya di sekolah-sekolah pondok yang dijadikan sebagai tulisan rasmi mereka. Namun perkembangan tulisan Jawi ini mula merisaukan pihak penjajah dan mereka telah berusaha untuk menghapuskan tulisan Jawi daripada masyarakat Melayu. Oleh yang demikian, British mula mengorak langkah dengan memperkenalkan tulisan rumi yang dipanggil sebagai Roman secara berperingkat bagi bertujuan menghapuskan tulisan Jawi dengan menubuhkan sekolah Vernakular. Orang pertama menjadi perintis untuk menukar penggunaan masyarakat Melayu terhadap tulisan Jawi ialah Cornelis De Houtman pada tahun 1598M / 928H. Kemudian kerja ini disambung oleh disusuli John Crawford pada tahun 1852M / 1182H. Tambahan pula, pihak British telah membuat kajian mengenai kelemahan tulisan Jawi bagi membuat masyarakat Melayu dapat membezakan tulisan jawi atau roman lagi baik.

7.0 TerjemahanMalaysia dan Kemboja sedang mencari kaedah untuk meningkatkan hubungan dua hala sedia ada dalam empat bidang utama yang boleh merangsang pertumbuhan ekonomi kedua-dua negara. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kedua-dua negara menyaksikan potensi yang besar untuk kerjasama pada masa depan dalam bidang pertanian, penjanaan kuasa, pendidikan dan pembangunan modal insan. Kerajaan telah menyatakan minat untuk Malaysia untuk menceburi atau memberi pinjaman dalam kepakaran bagi merangsang pertanian negara Muhyiddin, yang telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Kemboja Hun Sen di pejabatnya di sini semalam, berkata kerajaan Kemboja telah menyatakan minat untuk Malaysia untuk menceburi atau memberi pinjaman dalam kepakaran bagi membantu sektor pertanian negara."Saya telah memaklumkan kepada Perdana Menteri Kemboja bahawa beberapa pihak di Malaysia, termasuk LembagaPenyatuan Tanah Persekutuan (FELCRA) menunjukkan minat dalam industri perladangan getah di Kemboja."Saya menjelaskan kepada kerajaan Kemboja yang Felcra mempunyai pengalaman, sumber dan teknologi untuk meningkatkan sektor komoditi perladangan getah di negara ini," katanya selepas mesyuarat panjang jam dengan Hun Sen Muhyiddin berkata kerajaan kemboja juga mempelawa Malaysia untuk melabur dalam sektor pengeluaran berasnya. Walaupun Kemboja mempunyai hasil padi kira-kira lima juta tan setiap tahun, yang menjana tiga juta tan beras, negara ini tidak dapat membuka kunci potensial berkunjung sebenar sektor padi disebabkan kekurangan infrastruktur. "Kerajaan Kemboja menghadapi masalah lebihan dalam pengeluaran hasil padi, kerana terdapat kekurangan kilang dan kemudahan untuk memproses dan membungkus beras."Keadaan ini telah memaksa Kemboja untuk menjual lebihan dalam bentuk padi belum diproses, ke negara-negara jiran.Dalam hal ini, Muhyiddin menyatakan kepada Hun Sen bahawa Padi beras Nasional Berhad( Bernas) telah memulakan perbincangan untuk memperluaskan kerjasama dengan Kemboja. Beliau berkata Malaysia bersedia untuk membantu Kemboja dalam bidang lain yang mempunyai kepakaran , termasuk membangunkan sektor penjanaan kuasa Kemboja dan pembinaan lebuh raya.Beliau berkata kedua-dua negara telah bersetuju untuk meneruskan program KerjasamaTeknikal .Malaysia telah melatih dan membangunkan kemahiran 60 orang pekerja Kemboja tahun lepas. Kerjasama ini datang dan di tengah-tengah latar belakang yang ada hubungan perdagangan yang kukuh.Selama lebih 50 tahun, Malaysia juga telah menjalin ikatan dua hala yang kukuh dengan kerajaan Kemboja dan ini dapat dilihat dalam nilai perdagangan antara kedua-dua negara , yang mencecah AS $ 400 juta ( RM1.3 bilion ) tahun lepas.Sebelum itu , Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran , telah menandatangani satu memorandum persefahaman ( MOU) dengan Menteri Pendidikan , Belia dan Sukan Dr Hang Chuon Naron, untuk meningkatkan kerjasama dalam sektor pendidikan untuk kedua-dua negara . Muhyiddin berkata MOU akan membantu meningkatkan kualiti dan taraf pendidikan tinggi .

8.0 REFLEKSI Bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurnianya dapat juga saya menyiapkan kerja kursus BMM3112 Sejarah Bahasa Melayu,Perkamusan,Terjemahan.Apabila mendapat tugasan ini dari pensyarah, saya berusaha mencari bahan yang difikirkan sesuai untuk tugasan yang diberi.Secara jujurnya saya nyatakan bahawa tugasan pada kali ini memang agak mencabar kerana terpaksa menghadapi pelbagai kekangan , terutamanya dalam mencari bahan-bahan yang sumber rujukannya adalah sangat terhad, ditambah pula dengan kekurangan kefahaman tentang apa yang patut dihuraikan, sama ada fokus lebih diberi kepada tokoh atau lebih kepada aliran tokoh tersebut.Perkara inilah yang seringkali bermain di kotak fikiran saya setiap kali saya cuba menulis tugasan ini. Tugasan ini juga memerlukan saya mempelajari peta pemikiran (ithink) yang perlu digunakan dalam menghuraikan tentang tokoh dan aliran mereka.Walaupun biasa mendengar penggunaan peta pemikiran (ithink) namun inilah kali pertama saya menggunakanya untuk menyiapkan tugasan ini.Dalam menyiapkan tugasan ini juga saya memperolehi pelbagai ilmu yang amat berguna , terutama sekali dalam menyampaikan pengajaran bahasa melayu kepada murid-murid.Contohnya penggunaan peta pemikiran amat menarik sekali jika sering digunakan semasa menyampaikan pengajaran di dalam bilik darjah.Akhir sekali saya ingin mengucapkan jutaan terimakasih kepada rakan-rakan BM02 yang banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini.Terima kasih tidak terhingga juga kepada Puan Hajjah Norehan bt Muhammad kerana memberi tunjuk ajar, serta dorongan untuk saya menyiapkan tugasan ini.