Kertas Kerja Pergerakan Asas PJM 3102

53

Click here to load reader

Transcript of Kertas Kerja Pergerakan Asas PJM 3102

Page 1: Kertas Kerja Pergerakan Asas PJM 3102

Kertas Kerja Pergerakan Asas PJM 3102

1.0  Pengenalan

Menurut tokoh dalam bidang  pendidikan jasmani seperti LeBlanc, B. Dan Lowy, S. (1994) serta Burton (1977), pergerakan asas merupakan proses yang memandu pelajar atau pelaku untuk memperolehi kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik menyelesaikan masalah dan peningkatan dengan menekankan kebebasan ekspresi yang berteraskan kegiatan-kegiatan penerokaan, penemuan dan kreativiti. Manakala pendidikan pergerakan ditakrifkan sebagai belajar untuk bergerak dan bergerak untuk belajar dan ia melibatkan gabungan psikomotor, kognitif dan afektif iaitu hubung kait motor penglihatan, motor-pendengaran dan motor kinestatik.

Pergerakan asas meliputi pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh badan berubah kedudukan seperti berjalan dan berlari disebut bergerak dan beredar. Pergerakan lokomotor adalah dasar yang menyokong pelaku berubah kedudukan mengikut pergerakan. Contoh pergerakan lokomotor ialah berjalan, berlari, melompat, melompat ketingting, lari sisi, skip, merangkak, guling hadapan, guling balak, guling sisi dan galop.

Pergerakan bukan lokomotor ialah pergerakan yang tidak mengubah kedudukan disebut bergerak tanpa beredar dan ia lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian tubuh badan pada sendi buka-tutup dan pusing putar. Oleh yang demikian pergerakan bukan lokomotor merupakan pergerakan yang tidak mengubah dasar menyokong pelaku pergerakan. Antara contoh pergerakan bukan lokomotor ialah berdiri, duduk, tarik naik pasangan, melentik, mengangkat tangan, menghayun tangan dan sebagainya. Perbezaan antara lokomotor dan bukan lokomotor ialah lokomotor merupakan kebolehan menggunakan otot-otot kasar seperti melompat, berjalan dan sebagainya. Manakala bukan lokomor pula merupakan kebolehan bergerak menggunakan otot-otot kecil.

Manipulasi alatan pula dikaitkan dengan koordinasi tubuh badan dengan alatan.  Kesemua jenis pergerakan ini boleh dilakukan secara individu atau dalam kumpulan. Namun, pergerakan yang dihasilkan oleh pelaku adalah untuk menguji keupayaan mereka untuk mengawal pergerakan badan selari dengan kuasa graviti dalam suasana yang dipilih. Melalui pembelajaran kemahiran ini, pelaku atau individu tersebut dapat mengawal dan mengendalikan pelbagai objek seperti pundi kacang, bola kecil, bola besar, gelung rotan, tali, reben, gelung kecil dan sebagainya yang berbeza dari segi bentuk, saiz, dan komposisi.

Page 2: Kertas Kerja Pergerakan Asas PJM 3102

2.0  MatlamatMatlamat penghasilan kertas kerja ini adalah sebagai suatu penyediaan sebelum ujian amali. Selain itu, ia juga

untuk meningkatkan kefahaman dan pengetahuan pelatih atau pelaku tentang pergerakan asas. Oleh itu, seseorang individu dapat mempraktikan aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) menerusi pergerakan-pergerakan asas yang dilakukan secara individu atau kumpulan.3.0  ObjektifKertas kerja yang disediakan ini bertujuan untuk mencapai objektif-objektif berikut :

      i.        memberi peluang kepada pelatih untuk mencurahkan idea.    ii.        mempelajari cara untuk menyusun atur pergerakan mengikut ruang dan aliran.   iii.        pelatih dapat menjana idea dan pemikiran yang kreatif, mereka cipta serta mencipta pergerakan tubuh badan.   iv.        meningkatkan kefahaman tentang pergerakan jika bergabung dengan alatan.    v.        Dapat menerapkan nilai-nilai murni seperti semangat kesukanan, semangat berkerjasama, kebolehan menyesuaikan diri

dan kebolehan memimpin pasukan dalam diri pelajar.   vi.        Dapat membina keyakinan dan komitmen pelajar terhadap tugasan yang diberi.

4.0  Kumpulan SasaranMurid-murid Sekolah Rendah Tahap Satu

6.0 Rumusan            Melalui kertas kerja dan ujian amali yang dilakukan, ia telah banyak meningkatkan kefahaman kami tentang pergerakan asas. Kami telah banyak memperoleh pengetahuan dan pengalaman dalam bidang ini kerana kami telah banyak mencari dan meneroka maklumat ketika dalam proses menyiapkan kertas kerja ini.

Di samping itu, semasa dalam proses mencipta pergerakan untuk stesen-stesen tertentu, ia telah mencungkil kreativiti kami sekumpulan dengan menjana idea yang baru. Kami juga mendapati bahawa pergerakan asas adalah amat menarik sekiranya kita meletakkan usaha dalam kreativiti untuk mencipta pergerakan baru.

Page 3: Kertas Kerja Pergerakan Asas PJM 3102

Bil

Pergerakan Ahli Aktiviti / Kemahiran Catatan

1 Bukan

Lokomotor

A dan B

(kumpulan)

Berdiri sambil melambung

gelung kepada rakan

 Gelung : 2

2 Lokomotor A dan B

(kumpulan)

Berlari sambil melompat

dengan tali.

Tali : 1

3 Bukan

Lokomotor

C dan D

(kumpulan)

Berdiri sambil melantun

bola kepada rakan.

Bola : 2

4 Lokomotor C dan D

(kumpulan)

Galop sambil memegang

tali secara berpasangan

Tali : 1

5 Bukan

Lokomotor

A, B, dan C 

(kumpulan)

Membongkok di atas peti

lombol sambil melontar dan

sambut bola daripada rakan

yang berdiri di bawah

Bola : 1

6 Lokomotor B

(individu)

Menggolek bola lalu

berguling di atas tilam dan

menangkap bola sebelum

sampai ke hujung tilam.

Bola : 1

Page 4: Kertas Kerja Pergerakan Asas PJM 3102

7 Bukan

Lokomotor

A

(individu)

Memutar gelung di

pinggang

Gelung : 1

8 Lokomotor D (individu) Melambung gelung ke atas

dan menyambut.

Gelung : 1

9 Bukan

Lokomotor

A dan B Imbangan badan dan

melantun bola kepada

rakan.

Bola : 2

10 Lokomotor B ( Individu ) Berlari perlahan sambil

mengelecek  bola melalui

skitel

Bola : 1

11 Bukan lokomotor C dan D

(kumpulan)

Duduk sambil memutar dan

menggolek bola kepada

rakan

Bola : 2

12 Lokomotor C dan D

(kumpulan)

Memutar gelung secara

perpasangan dari kiri ke

kanan bangku gimnastik

Gelung : 2

13 Bukan lokomotor A dan B

(kumpulan)

Duduk bersila sambil

melontar dan menggolek

bola

Bola : 2

Page 5: Kertas Kerja Pergerakan Asas PJM 3102

14 Lokomotor A (individu) Merangkak sambil

menggolek bola

Bola : 1

15 Bukan lokomotor A dan C

(kumpulan)

Mengimbangkan badan

secara berpasangan sambil

tangan memutar tali

Tali : 2

16 Bukan lokomotor C (individu) Skiping mengunakan

gelung

Gelung : 1

17 Bukan lokomotor A B C dan D

(kumpulan )

Berdiri sambil menggolek

dan melambung gelung

kepada rakan

Gelung : 4

18 Lokomotor C dan

D(kumpulan)

Skipping sambil berlari

secara berpasangan

Tali : 1

19 Lokomotor A (individu) Melompat di atas papan

anjal dan memukul bola

yang dibaling oleh rakan.

Bola : 1

20 Bukan lokomotor A B C dan D

(kumpulan)

Berdiri sambil memutar

gelung dan meleret kepada

rakan dalam bulatan.

Gelung : 1

Page 6: Kertas Kerja Pergerakan Asas PJM 3102
Page 7: Kertas Kerja Pergerakan Asas PJM 3102

Pergerakan Kreatif dan ArtistikPosted by PJJ Malaysia at 6:49 PM

Gimrama merupakan salah satu disiplin sukan gimnastik yang melibatkan pergerakan atau senaman yang dilakukan atas lantai serentak dengan

iringan muzik, tanpa atau dengan menggunakan peralatan. Tahap penguasaan kemahiran yang tinggi, kelembutan, koordinasi tubuh badan yang

baik dan daya kreativiti mencipta pergerakan merupakan keperluan utama bagi seorang ahli gimrama. Namun demikian, penyertaaan murid-murid

dari sekolah-sekolah rendah peringkat daerah anda kurang memuaskan. Sehubungan itu, untuk mempromosikan gimrama dalam kalangan

pelajar-pelajar sekolah rendah, Pejabat Pelajaran Daerah telah merancangkan satu pertandingan gimrama peringkat daerah yang akan

berlangsung pada Januari 2013.

Sebagai guru Pendidikan Jasmani sekolah, anda dikehendaki oleh Guru Besar untuk menyediakan satu pasukan gimrama untuk menyertai

pertandingan tersebut. Justeru, anda dikehendaki menyediakan satu perancangan yang sistematik untuk mendapatkan peruntukan dan kelulusan

pihak pengurusan sekolah anda bagi melaksanakan program latihan. 

Sehubungan itu, anda dikehendaki : 

i. menyediakan satu kertas kerja yang lengkap berkaitan dengan program latihan untuk pertandingan gimrama yang akan disertai. 

ii. menyediakan pelan lantai bagi persembahan individu yang lengkap dengan menggunakan sekurang-kurangnya dua alatan untuk persembahan

selama 3 minit. 

Tugasan ini sebenarnya kami pernah buat sebelum ini cuma mungkin soalannya diubah-ubah setiap semester. Namun kehendak soalan

sebenarnya adalah hampir sama setiap semester.

Page 8: Kertas Kerja Pergerakan Asas PJM 3102

Sekiranya anda semua berasa pening sebab dah takdea idea, sibuk menguruskan kerja sehingga tidak ada masa untuk membuat tugasan. Anda

boleh terus ke SINI untuk mendapatkan tips membuat tugasan atau ke SINI untuk mendapatkan contoh tugasan terdahulu sebagai rujukan.

Page 9: Kertas Kerja Pergerakan Asas PJM 3102

Kerta Kerja Pergerakan Asas1.0         PENGENALAN

Kemahiran lokomotor memerlukan individu bergerak melalui ruang iaitu dari satu tempat ke satu tempat yang lain manakala, kemahiran bukan lokomotor pula ialah kemahiran yang boleh dilakukan tanpa menggerakkan dasar penyokong seseorang. Tiga komponen utama dalam Pergerakan Asas ialah Kemahiran Lokomotor, Kemahiran Bukan Lokomotor dan Kemahiran Memanipulasikan Alatan. Ketiga-tiga pergerakan ini ditunjukkan menerusi aktiviti yang telah dirancang dengan memanipulasikan pelbagai alatan yang telah dipilih iaitu bola, gelung dan pundi kacang. Peralatan berat yang digunakan dalam melaksanakan aktiviti ini telah diletakkan di stesen-stesen tertentu. Antaranya ialah bangku panjang, tilam, skitel besar, peti lombol, tangga, dan papan anjal. Pelbagai pergerakan yang berlainan dijalankan di setiap stesen. Aktiviti yang dirancang melibatkan pergerakaan lokomotor atau bukan lokomotor di setiap stesen.

Aktiviti amali ini adalah kemahiran asas yang membolehkan setiap kanak-kanak menggunakan tubuh badan mereka sebagai alat untuk melakukan pergerakan dengan cara yang berkesan serta meningkatkan kesedaran kanak-kanak tentang pergerakan yang dihasilkan. Amali ini dilakukan agar pelajar dapat membezakan kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor di samping memperolehi kecekapan yang pelbagai. Selain itu, pelajar-pelajar juga didedahkan dengan pergerakan menggunakan alatan.

Amali yang dirancang ini melibatkan kemahiran asas yang dapat menyediakan diri pelajar untuk mempelajari asas sukan yang seterusnya dapat menguasai kemahiran sukan yang pelbagai serta dapat meningkatkan kefahaman dan pengetahuan tentang pergerakan asas.

2.0         MATLAMAT

Kertas kerja Pergerakan Asas ini disediakan bagi mengajar kemahiran asas yang optimum dalam setiap jenis pergerakan agar pelajar-pelajar mempelajari dan menguasai kemahiran asas sukan dengan betul. Ia juga membolehkan pelajar mengendalikan dan mengawal objek-objek yang berbeza dari segi saiz, bentuk dan komposisi. Koordinasi antara mata dengan tangan diperlukan dalam melakukan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor dengan memanipulasikan

Page 10: Kertas Kerja Pergerakan Asas PJM 3102

alatan. Pergerakan asas ini bertujuan untuk melatih pelajar agar mencapai prestasi yang tinggi dan baik dalam aspek kemahiran-kemahiran pergerakan asas. Misalnya seperti melambung, membaling, melontar, melompat, menangkap, menyambut, dan sebagainya dengan menggunakan alatan.

Selain itu, pelajar akan didedahkan kepada aktiviti pergerakan asas yang mencabar dan kompleks agar mereka dapat mempraktikkan pergerakan yang betul dalam kehidupan seharian. Matlamat penghasilan kertas kerja ini adalah untuk memberikan peluang kepada pelatih agar dapat mempelajari teknik-teknik dan jenis-jenis pergerakan asas.

Justeru, pelajar akan lebih bersedia untuk mempelajari kemahiran yang lebih rumit seperti kemahiran-kemahiran asas sukan setelah menjalani aktiviti yang telah dirancang.

  

3.0         OBJEKTIF

Kertas kerja ini disediakan adalah untuk:                 i.       Melatih pelajar melakukan pergerakan asas dengan cara yang betul serta dapat menggabungkan seluruh anggota badan

dalam melakukan sesuatu pergerakan.               ii.       Menguji pelajar dari segi kemahiran lokomotor, bukan lokomotor dan manipulasi alatan.              iii.       Mengkoordinasi bahagian tubuh badan bagi manipulasi alatan.              iv.       Membantu pelajar meneroka cara pergerakan dengan menggunakan berbagai bahagian tubuh badan mereka.               v.       Mempelajari cara untuk menyusun atur pergerakan mengikut ruang danaliran.              vi.       Dapat menjana idea dan pemikiran yang kreatif, mereka cipta serta mencipta pergerakan tubuh badan.             vii.       Melakukan pergerakan kreatif dengan mewujudkan kesedaran diri, ruang, tempat, keseimbangan dan koordinasi.           viii.       Memupuk kesungguhan, keyakinan dan sikap optimis dalam diri pelajar.              ix.       Melahirkan guru-guru pelatih yang kreatif dan berfikiran luas dalam merancang aktiviti yang menarik serta bersesuaian

dengan tahap keupayaan pelajar.               x.       Memenuhi kehendak tugasan Kerja Kursus Pendek subjek Pergerakan Asas.

4.0         KUMPULAN SASARAN

Page 11: Kertas Kerja Pergerakan Asas PJM 3102

Pelajar-pelajar tahap satu sekolah rendah (Darjah 1, 2, dan 3).

5.0         PANDUAN PELAKSANAAN DEMONSTRASI

Setiap pelajar perlu melaksanakan pergerakan dengan memanipulasikan alatan dalam setiap pergerakan di semua

stesen. Stesen yang telah dirancang merangkumi 10 pergerakan lokomotor dan 10 pergerakan bukan lokomotor. Dalam

melaksanakan amali pergerakan ini, pelajar perlu melakukan pergerakan yang berbeza bagi setiap stesen. Pergerakan

asas yang dilakukan juga boleh menggunakan kreativiti tersendiri yang pelbagai dan menarik untuk mengawal dan

menggayakan serta mempelbagaikan pergerakan mereka tersebut. Koordinasi juga diperlukan dalam melaksanakan

pergerakan-pergerakan ini.

5.1 PROSEDUR PELAKSANAAN DEMONSTRASI

Bil Pergerakan Ahli Aktiviti / Kemahiran Catatan

1 Bukan Lokomotor A/B Mengilas badan dan melantun

bola ke arah kawan.

Bola

2 Lokomotor A/B Bergerak secara sisi, melantun

dan melambung bola secara

berselang-seli.

Bola

3 Bukan Lokomotor A/B/C Imbangan gelung

menggunakan tiga orang ahli.

Orang tengah beroperasi

sebagai penyokong  kepada

Gelung

Page 12: Kertas Kerja Pergerakan Asas PJM 3102

ahli kiri dan kanan.

4 Lokomotor C/D Menghantar gelung kepada

pasangan sambil melambung

dan bergerak ke arah sisi.

Gelung

5 Bukan Lokomotor E Melutut, sebelah kaki diangkat

dan memutarkan gelung secara

bulatan dengan menggunakan

tangan kanan.

Gelung

6 Lokomotor C/D/E Ahli pertama menggolek bola.

Ahli lain merangkak sambil

memegang kaki ahli didepan.

Bola

7 Bukan Lokomotor A/B Lambung pundi kacang kepada

pasangan, tepuk tangan

sebanyak dua kali sebelum

menyambut pundi kacang.

Pundi Kacang

8 Lokomotor A/B/C Membaling pundi kacang

kepada ahli lain supaya ahli

yang berada di tengah tidak

dapat menangkap pundi kacang

tersebut. (Bermain  Permainan

Monyet).

Pundi Kacang

9 Bukan Lokomotor D/E Duduk dan melambung pundi

kacang kepada pasangan di

Pundi Kacang

Page 13: Kertas Kerja Pergerakan Asas PJM 3102

sebelah sebanyak lima kali.

10 Lokomotor D/E Mengawal bola dengan

menggunakan dua gelung

secara bersilang

melaluiskitle yang disediakan

dalam kedudukan zigzag.

Bola dan Gelung

11 Bukan Lokomotor D Membongkok sambil

menggolek  bola ke kiri dan

kanan sebanyak lima kali.

Bola

12 Lokomotor A Berjalan sambil kaki diangkat

paras pinggang secara

berselang-seli sambil tangan

kanan memutarkan gelung.

Gelung

13 Bukan Lokomotor C Imbangkan badan dalam

keadaan membongkok sambil

memutarkan gelung dengan

sebelah kaki diangkat.

Gelung

14 Lokomotor B Merangkak melalui anak

tangga sambil tangan kanan

menimbang pundi kacang.

Pundi Kacang

15 Bukan Lokomotor B/E Duduk membelakangkan rakan

dan menggolekkan bola

mengelilingi badan.

Bola

Page 14: Kertas Kerja Pergerakan Asas PJM 3102

16 Lokomotor A Memutarkan bola sambil

melakukan pergerakan

ketingting.

Bola

17 Bukan Lokomotor A/B/C/D Membongkok dan menggolek

bola di bawah kangkang yang

dibuka seluas bahu ke belakang

dan ke hadapan.

Bola

18 Lokomotor E Menggolek gelung sambil

berjalan.

Gelung

19 Lokomotor A/B/C/D/E Peserta pertama, berlari dan

melompat. Pundi kacang

dilambung ke atas. Peserta

seterusnya, berlari dan

melontar pundi kacang kepada

rakan yang menunggu dan

menangkap gelung yang

dilontarkan.

Pundi Kacang

20 Bukan Lokomotor A/B/C/D/E Duduk dengan kaki

dibengkokkan dalam bentuk

bulatan sambil menggolek bola

dalam bulatan kepada rakan.

Bola

Page 15: Kertas Kerja Pergerakan Asas PJM 3102

5.1.1 JENIS-JENIS PERGERAKAN

Page 17: Kertas Kerja Pergerakan Asas PJM 3102

GAMBAR RAJAH 1

Page 19: Kertas Kerja Pergerakan Asas PJM 3102

GAMBAR RAJAH 2

Page 21: Kertas Kerja Pergerakan Asas PJM 3102

GAMBAR RAJAH 3

Page 23: Kertas Kerja Pergerakan Asas PJM 3102

GAMBAR RAJAH 4

Page 25: Kertas Kerja Pergerakan Asas PJM 3102

GAMBAR RAJAH 5

Page 27: Kertas Kerja Pergerakan Asas PJM 3102

GAMBAR RAJAH 6

5.2 PELAN KEDUDUKAN UJIAN AMALI PERGERAKAN ASAS

Page 28: Kertas Kerja Pergerakan Asas PJM 3102

6.0         RUMUSAN / PENUTUP

Kesimpulannya, kertas kerja dan ujian amali ini telah banyak meningkatkan kefahaman mengenai konsep pergerakan asas yang terdiri daripada tiga komponen utama iaitu lokomotor, bukan lokomotor dan memanipulasi alatan. Amali ini sepenuhnya merangkumi pergerakan memanipulasikan alatan dan ia sangat penting kerana merupakan asas untuk melakukan pergerakan yang lebih kompleks untuk diamalkan dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian manusia dan tujuan sukan. Dalam Kemahiran Lokomotor, individu perlu bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain manakala Kemahiran Bukan Lokomotor ialah pergerakan setempat dan tumpuan diberi kepada keseluruhan tubuh badan.

Pergerakan lokomotor dan manipulasi alatan sangat penting kerana ia merupakan asas untuk mencipta pergerakan yang lebih kompleks bagi tujuan sukan dan kehidupan seharian. Sebab itulah pergerakan asas diterapkan kepada pelajar di sekolah rendah supaya mereka dapat menguasai dan memahirkan diri dalam melakukan pergerakan yang lebih kompleks. Tujuan kertas kerja ini adalah supaya pengetahuan dan kefahaman variasi pergerakan asas dapat didalami dan dipraktikkan untuk tujuan pengajaran kelak.

Pelbagai aktiviti boleh dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran pergerakan asas iaitu pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Dalam aktiviti pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor, kebaikan dan nilai-nilai positif akan dapat dipupuk dalam diri kanak-kanak tersebut sama ada yang melibatkan aktiviti berkumpulan, kelas mahupun individu boleh digunakan dalam melaksanakan sebarang aktiviti. Pendidikan pergerakan asas lokomotor dan bukan lokomotor bukan sahaja memberi manfaat kepada kesihatan malah ia juga dapat menerapkan nilai-nilai positif dalam diri kanak-kanak. Antara nilai-nilai positif yang boleh diperoleh dari aktiviti lokomotor dan bukan lokomotor ialah kerjasama, disiplin, berani, semangat berpasukan, bantu-membantu, gembira dan banyak lagi.

Dengan cara mmemanipulasikan alatan, kaedah pengajaran akan lebih menarik dan proaktif di samping pelajar dapat menimba pelbagai faedah dan ilmu baru daripada setiap pergerakan yang dijalankan.

Page 29: Kertas Kerja Pergerakan Asas PJM 3102

Natijahnya, mudah-mudahan kertas kerja ujian amali Pergerakan Asas (PJM 3102) ini menjadi pedoman kepada pelajar lain untuk melibatkan diri dalam semua aktiviti dan seterusnya melahirkan insan yang berkeyakinan dan mempunyai kekuatan serta ketahanan diri yang tinggi serta kreatif dan inovatif dalam melaksanakan sesuatu perancangan.

7.0      REFLEKSI

Pergerakan asas yang telah dijalankan dalam kertas kerja ini merupakan perancangan teliti yang perlu kami laksanakan dalam semester ini. Perancangan aktiviti lokomotor dan bukan lokomotor ini merupakan perancangan kedua yang kami telah jalankan semasa di PPISMP semester 1. Pergerakan asas ini merupakan salah satu tugasan yang agak mencabar kerana kami perlu merancang pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor dengan memanipulasi alatan. Walaubagaimanapun, tugasan ini berjaya dilaksanakan melalui kerjasama dan perkongsian idea antara ahli kumpulan.

            Melalui pergerakan asas yang kami telah rancang ini sebenarnya memberi kesan kepada kami dalam merancang aktiviti lokomotor dan bukan lokomotor serta dapat membezakan lokomotor dan bukan lokomotor. Aktiviti ini juga sebenarnya mengajar kami untuk berfikiran lebih kreatif dan kritis dalam merancang ativiti supaya dapat diaplikasikan semasa di sekolah kelak. Aktiviti ini juga sebenarnya membantu kami dalam menggunakan alatan dengan cara yang betul kerana sebelum ini kami menggunakannya dengan cara yang kurang tepat. Di samping itu, semasa dalam proses mencipta pergerakan dalam stesen-stesen tertentu, ia telah mencungkil kreativiti kami dengan menjana idea yang baru. Kami mendapati bahawa pergerakan asas adalah amat menarik sekiranya kita meletakkan usaha dalam kreativiti untuk mencipta pergerakan baru. Oleh itu, tugasan ini sebenarnya banyak membantu kami dalam merancang pergerakan berserta manipulasi alatan dalam sesuatu pergerakan.

            Tugasan ini juga telah memberikan kami pengalaman yang berguna dan dapat diaplikasikan di sekolah kelak. Aktiviti pergerakan asas lokomotor dan bukan lokomotor ini penting bagi murid-murid agar mereka dapat membezakan kedua-dua pergerakan tersebut. Di samping itu, kami dapat belajar merancang aktiviti pergerakan asas dengan menggunakan istilah-istilah yang betul. Hal ini kerana, sebelum ini kami menganggap istilah melontar dan membaling adalah pergerakan yang sama. Setelah diberi penerangan dengan jelas oleh Puan Lily, kami berjaya menguasai istilah-istilah tersebut serta dapat mengaplikasikan di sekolah kelak tanpa ragu-ragu.

Page 30: Kertas Kerja Pergerakan Asas PJM 3102

Pada hakikatnya, tugasan ini agak mencabar kerana kami agak keliru dengan pergerakan secara kumpulan dan individu serta cara memanipulasi alatan. Di samping itu, kami dapat meningkatkan daya ketahanan otot-otot badan sepanjang melaksanakan aktiviti pergerakan asas lokomotor dan bukan lokomotor dengan memanipulasi alatan ini. Tugasan ini memberikan kami pengetahuan dan pengalaman baru sepanjang merancang aktiviti ini.

Page 31: Kertas Kerja Pergerakan Asas PJM 3102

Pergerakan Asas1.0  PENGENALAN

                Dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Semester 2, Pergerakan Asas merupakan salah satu daripada sukatan mata pelajaran yang perlu dipelajari di mana terbahagi kepada tiga komponen utama iaitu pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan manipulasi alatan. Semua guru pelatih bagi program ini diwajibkan untuk menyiapkan satu tugasan yang berkaitan dengan Pergerakan Lokomotor dan Bukan Lokomotor di mana kami perlu menyediakan dan melaksanakan satu perancangan rangkaian pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor dengan menggunakan alatan. Tugasan ini perlu dilaksanakan secara berkumpulan iaitu 4 hingga 5 orang dalam satu kumpulan.

            Kertas kerja ini merangkumi perancangan dan pelaksanakan satu aktiviti rangkaian pergerakan asas bagi murid-murid Tahap Satu. Aktiviti ini merupakan rangkaian pergerakan asas yang memberi perhatian kepada keseluruhan tubuh badan murid-murid. Semua aktiviti tersebut menitikberatkan pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak sama ada dari segi fizikal, mental, emosi, dan juga sosial.

            Selain itu, kertas kerja ini juga memberikan panduan kepada guru pelatih untuk menjalani amali dan juga memberi pendedahan kepada guru pelatih tentang cara dan prosedur untuk merancang dan melaksanakan aktiviti rangkaian pergerakan asas ini. Kertas kerja ini mengandungi panduan pelaksanaan demonstrasi, prosedur pelaksanaan demonstrasi yang dalam bentuk jadual, jenis-jenis pergerakan yang bersertakan gambar-gambar serta pelan kedudukan ujian amali Pergerakan Asas. Hal ini bertujuan memudahkan para guru pelatih melihat carta alir pergerakan asas dalam amali ini. Seterusnya ialah rumusan iaitu kesimpulan mengenai keseluruhan kertas kerja ini.

2.0  MATLAMAT

            Amali Pergerakan Asas ini diadakan bertujuan memberi pendedahan atau pendekatan kepada kita yang sebagai bakal guru tentang perancangan dan pelaksanakan aktiviti rangkaian pergerakan asas lokomotor dan bukan lokomotor dengan alatan melalui penyediaan kertas kerja di samping membuat persiapan untuk menghadapi ujian amali Pergerakan Asas ini nanti. Selain itu, amali ini juga bertujuan untuk mendedahkan para guru pelatih kepada aktiviti pergerakan asas yang lebih menarik dan mencabar mengikut tahap umur. Guru pelatih diharapkan dapat menggunakan peluang ini sebaik-

Page 32: Kertas Kerja Pergerakan Asas PJM 3102

baiknya dengan menimba seberapa banyak pengalaman dan mempelajari sesuatu yang baru mengenai pergerakan asas ini dan dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah kelak. Tambahan pula, melalui tugasan amali yang diberikan, para guru pelatih diharapkan boleh mempraktikkan pergerakan secara berkesan dalam kehidupan seharian setelah memperolehi pengetahuan yang maksimum. Bukan sahaja itu, para guru pelatih juga boleh mempelbagaikan kemahiran pergerakan asas dengan menggunakan alatan dan meningkatkan kemahiran serta kecekapan seseorang individu dalam sesuatu pergerakan. Secara langsungnya, guru pelatih yang terlibat dapat meningkatkan kecergasannya dari segi fizikal, mental, emosi dan sebagainya. Amali ini turut bertujuan mempertajamkan imaginasi dan sensiviti serta kreativiti dalam merancang pergerakan asas.

            Selain itu, kertas kerja ini dihasilkan bagi mendapat bimbingan pensyarah dalam menyediakan pergerakan-pergerakan yang sesuai untuk murid-murid tahap satu. Semoga amali seperti ini menjadi perintis kepada pelajar lain untuk melibatkan diri dalam aktiviti seperti ini dan seterusnya melahirkan insan yang berkeyakinan dan mempunyai kekuatan serta ketahanan diri yang tinggi. Sehubungan itu, melalui tugasan amali ini yang dilakukan secara berkumpulan, turut diharapkan mampu mengeratkan hubungan antara satu sama lain di samping memupuk semangat toleransi dan kerjasama serta membentuk kepimpinan dan sahsiah yang baik sebagai seorang bakal guru.

3.0  OBJEKTIF

Objektif utama yang hendak dicapai melalui rangkaian pergerakan asas ini ialah merekacipta serta melaksanakan rangkaian pergerakan asas

yang mengaplikasikan kemahiran lokomotor, bukan lokomotor dan manipulasi alatan. Selain itu, objektif lain yang terlibat ialah guru pelatih dapat:

        i.      Psikomotor

   Melakukan pergerakan manupulasi alatan yang melibatkan aras, daya, arah dan bahagian tubuh badan.

   Dapat menggabungkan pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan manupulasi alatan secara bebas yang melibatkan penggunaan manipulasi

alatan.

   Melakukan dan menguasai kemahiran pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor dengan teknik yang betul melibatkan konsep pergerakan asas.

   Melakukan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor yang melibatkan aras, ekstensi dan perhubungan dengan 3 manipulasi alatan.

   Melakukan gerak edar menggunakan konsep pergerakan asas.

Page 33: Kertas Kerja Pergerakan Asas PJM 3102

   Memberi kesedaran kepada guru pelatih tentang potensi tubuh badan mereka dalam melakukan pelbagai pergerakan.

      ii.      Kognitif

   Menghasilkan satu kertas kerja untuk menyempurnakan satu rangkaian pergerakan asas lokomotor dan bukan lokomotor dengan alatan.

   Memahami konsep pergerakan asas lokomotor dan bukan lokomotor dengan alatan dengan tepat.

   Membentuk guru pelatih yang berfikiran kreatif dalam menyediakan pergerakan-pergerakan yang perlu dilakukan di setiap stesen.

     iii.      Afektif

   Menunjukkan sikap dan nilai kerjasama dengan menyumbang idea dan berkongsi maklumat bersama rakan-rakan yang lain.

   Mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan ahli kumpulan dan rakan-rakan lain.

   Bersikap berdisiplin dan mendengar arahan para penguji semasa ujian amali.

   Melahirkan perasaan positif dalam diri guru pelatih dengan menginterprestasi idea secara simbolik melalui pergerakan.

   Sentiasa berasa riang, seronok dan yakin semasa melakukan pergerakan dan sentiasa mengisi masa dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

  

4.0  KUMPULAN SASARANKumpulan sasaran bagi rangkaian pergerakan asas ini ialah murid Tahap satu iaitu murid tahun 3 yang berumur 9 tahun.

5.0 PANDUAN PELAKSANAAN DEMONSTRASI5.1  PROSEDUR PELAKSANAAN DEMONSTRASI

Page 34: Kertas Kerja Pergerakan Asas PJM 3102

Bil. Jenis pergerakan5.1Ahli

kumpulan

Aktiviti / kemahiran Catatan

1 Bukan lokomotor A & B Duduk dan baring  A & B duduk dan baring sambil melambung dan menyambut bola

secara bergilir-gilir

2 Lokomotor A & B Galop  A & B galop sambil melambung dan menyambut bola antara satu

sama lain secara bergilir-gilir

3 Bukan lokomotor A,B & D Berdiri  A,B & D berdiri sambil melambung, menampar dan menyambut

bola kepada rakan di sebelah kanannya

4 Lokomotor D Skip  D skip ke dalam gelung melepasi seluruh badan

5 Bukan lokomotor C & D Berdiri dan meregang  C & D berdiri dan meregang sambil melambung dan menyambut

bola dengan menggunakan tangan dan kaki     Berdiri dan

meregang di atas lantai dan peti lombol

     Menggunakan bola bersaiz besar.

6 Lokomotor C & D Berjalan dan menggelungsur  C & D  berjalan dan  menggelungsur menghadap tilam sambil

     Memutar bola dengan

Page 35: Kertas Kerja Pergerakan Asas PJM 3102

Bil. Jenis pergerakan5.1Ahli

kumpulan

Aktiviti / kemahiran Catatan

mengangkat kaki D dan memutar bola menggunakan tangan

7 Bukan lokomotor A,B,C & D Duduk  A, B, C & D duduk sambil memusing bola untuk dihantar ke rakan

di sebelah kirinya

     Memutar bola di atas lantai

8 Lokomotor A & C Ketingting (Hop)  A & C ketingting sambil menghayun tali bersama-sama

9 Bukan lokomotor A,B & C Melentik dan berdiri  A, B & C berdiri dan melentik sambil menggolek dan menyambut

bola secara bergilir-gilir melepasi bawah badan C

-    C melentikkan badan dalam posisi melentang di atas lantai dan kaki dirapatkan

-    A & B berdiri sambil membongkokkan badan semasa menggolek dan menyambut bola

10 Lokomotor B Berjalan dengan membongkokkan badan  B berjalan dengan membongkokkan badan sambil melantun bola

melalui skitel11 Bukan lokomotor A,B,C & D Berdiri

  A, B, C dan & D berdiri sambil menendang bola kepada rakan di sebelah kanannya secara serentak

Page 36: Kertas Kerja Pergerakan Asas PJM 3102

Bil. Jenis pergerakan5.1Ahli

kumpulan

Aktiviti / kemahiran Catatan

12 Lokomotor C & D Berjalan  C & D berjalan ke tepi di atas bangku gimnastik sambil

menghayun gelung bersama-sama

13 Bukan lokomotor A,B, C & D Berdiri  B & C berdiri sambil membaling dan menyambut bola sementara

A & D berdiri sambil menggolek gelung antara satu sama lain secara bergilir-gilir

14 Lokomotor A Merangkak  A merangkak melalui tangga sambil menggolek bola

15 Bukan lokomotor A & B Membongkok  A & B membongkok sambil melantun bola antara satu sama lain

secara bergilir-gilir

     Membongkokkan badan dengan kaki dikangkang

16 Lokomotor B Skip  B skip sambil melibas tali ke kiri dan ke kanan

Page 37: Kertas Kerja Pergerakan Asas PJM 3102

Bil. Jenis pergerakan5.1Ahli

kumpulan

Aktiviti / kemahiran Catatan

17 Bukan lokomotor B & C Melentik  B & C melentik sambil menarik dan menolak tali

18 Lokomotor C Berjalan  C berjalan mengundur sambil memutar gelung

19 Lokomotor C & D Berjoging dan lompat layang (Leap)  D berjoging dan membaling bola kepada C yang melakukan

lompat layang di atas papan anjal sambil menyambut bola

20 Bukan lokomotor A,B,C & DBerdiri

  A,B,C & D berdiri sambil melambung dan menyambut gelung

     Berdiri di atas lutut

Page 38: Kertas Kerja Pergerakan Asas PJM 3102
Page 39: Kertas Kerja Pergerakan Asas PJM 3102
Page 40: Kertas Kerja Pergerakan Asas PJM 3102
Page 41: Kertas Kerja Pergerakan Asas PJM 3102
Page 46: Kertas Kerja Pergerakan Asas PJM 3102

5.2  PELAN KEDUDUKAN UJIAN AMALI PERGERAKAN ASASLITAR RANGKAIAN PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR DENGAN MENGGUNAKAN ALATAN

Page 48: Kertas Kerja Pergerakan Asas PJM 3102

BIL ALATAN BERAT KUANTITI ALATAN TANGAN

KUANTITI

1 BANGKU PANJANG 2 BOLA 122 SKETEL 5 BOLA BESAR 13 TILAM 3 GELUNG 64 PAPAN ANJAL 1 TALI 25 PETI LOMBOL 1

Page 49: Kertas Kerja Pergerakan Asas PJM 3102

6.0  RUMUSANPembelajaran pergerakan asas ini merupakan satu topik yang amat penting dalam mata pelajaran Pendidikan

Jasmani dan Kesihatan dalam sekolah rendah. Ini adalah kerana melalui pembelajaran pergerakan asas, murid-murid dapat memperolehi pelbagai teknik pergerakan dan kemahiran manipulasi sesuatu objek. Teknik pergerakan ini, sama ada pergerakan lokomotor atau bukan lokomotor adalah pergerakan yang kita amat perlukan dalam aktiviti seharian. Oleh itu, melalui pembelajaran pergerakan asas ini, murid-murid dapat menggunakan sesuatu pergerakan dengan gaya dan masa yang betul. Contohnya, ketika guru menggunakan pendekatan belajar melalui bermain, murid-murid akan menggabung jalinkan pelbagai jenis pergerakan yang diperoleh melalui mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.Pergerakan lokomotor merupakan pergerakan yang memerlukan individu bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain manakala pergerakan bukan lokomotor pula pergerakan yang tidak mengubah dasar menyokong pelaku pergerakan kemahiran lokomotor sama ada berlari, mengimbang dan memanjat.            Melalui aktiviti yang dijalankan kami dapat mempelajari bagaimana cara untuk merancang strategi pelaksanaan aktiviti rangkaian pergerakan asas dengan lebih sistematik.Secara tidak langsung, kami dapat membentuk dan menghasilkan corak pergerakan yang menarik. Hal ini dapat membantu kami dalam meningkatkan lagi daya pemikiran dan kreativiti. Oleh demikian, sebagai seorang bakal guru, kami perlu memupuk dan menerapkan daya kreativiti dalam diri masing-masing bagi melahirkan generasi yang lebih kreatif dan inovatif pada masa hadapan.

      Seterusnya, kami juga dapat mempelajari pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor serta mengetahui perbezaannya. Misalnya dalam dua kemahiran yang berbeza seperti melambung dan membaling, kami telah mengalami kekeliruan akibat daripada cara hantaran yang hampir sama. Namun, setelah melakukan tugasan ini, kami dapat mengenal pasti perbezaan antara kedua-dua kemahiran tersebut. Melambung merupakan satu pergerakan untuk melepasi halangan manakala membaling merupakan satu pergerakan untuk menghantar sesuatu objek jarak jauh.            Akhir sekali, melalui tugasan ini, nilai kerjasama juga dapat dipupuk dalam kalangan ahli kumpulan. Kami bersama-sama berganding bahu untuk menyumbang idea, tenaga, masa, maklumat dan wang ringgit. Kami turut bertungkus-lumus untuk menyiapkan tugasan ini mengikut masa yang ditetapkan.

Page 50: Kertas Kerja Pergerakan Asas PJM 3102

Pergerakan kreatifPosted in | 2:16 PM | by pergerakan kreatif(A)

2.0 Pergerakan kreatif

Pergerakan kreatif merupakan satu bentuk aktiviti yang menggabungkangerakan-gerakan fizikal anggota badan secara menyeluruh dan dilakukan secarakreatif ( meliputi aktiviti gerak tari ) bertujuan untuk membantu kanak-kanak menyelesaikan masalah dan melahirkan perasaan masing-masing ( expressive and functional ) . Dalam aktiviti muzik, pergerakan kreatif adalah pergerakan di mana kanak-kanak bergerak mengikuti muzik yang dimainkan. Setiap individu meluahkan perasaan dan persepsi mereka berkenaan muzik yang didengari.

Fowler(1981) mendefinisikan pendidikan pergerakan sebagai suatu pendekatan dalam kaedah pengajaran. Kemahiran-kemahiran motor termasuk pergerakan kemahiran asas, permainan, tarian dan aktiviti lain yang menggunakan proses penemuan dalam pembelajaran. Dalam konteks ini, pergerakanbermaksud pergerakan tubuh badan iaitu melibatkan motor kasar dan motor halus manakala kreatif pula bermaksud daya cipta seseorang yang diilhamkan oleh pengalaman (inspirasi), persekitaran dan imaginasinya. Kadangkala digabungkan ilhamnya atau diubahsuaikannya untuk menghasilkan sesuatu yang baru.

Sebelum kanak-kanak dapat bergerak sedemikian, perbendaharaan pergerakan perlu diterokai oleh setiap kanak-kanak. Pergerakan melibatkan tiga elemen iaitu ruangan (atas-bawah, kiri-kanan, dan depan-belakang), kuasa (berat-ringan, tegang-regang, tajam-licin) dan masa (cepat-perlahan, panjang-pendek,detik). Apabila kanak-kanak telah mengalami pelbagai cara pergerakan maka mereka dapat menggunakannya dengan lebih kreatif mengikut muzik