Pengawetan Sce 3112
Embed Size (px)
Transcript of Pengawetan Sce 3112

TUGASANINDIVIDU

PENGURUSAN GRAFIK Teknik Menuang
Bahan Kimia

Penyimpanan Peralatan Sains
Pengawetan Basah Pengawetan Kering


Pengawetan spesimen haiwanPENGAWETAN
BASAH
Definisi
Proses mengekalkan spesimen secara basah di dalam larutan pengawet yang sesuai.
Bahan/Radas:1. Spesimen pilihan2. Botol pilihan3. Botol spesimen (saiz bersesuaian dengan saiz spesimen)4. Sekeping kaca nipis segi empat tepat (muat untuk dimasuk dan
disandarkan pada dinding botol spesimen)5. Bahan pengawet, sama ada Etanol atau Formalin (formalin asal
berkepekatan 40%) (Nota: kepekatan bergantung kepada saiz spesimen)
Spesimen Bahan dan kepekatan pengawetHaiwan kecil (seperti serangga dan invertebrate lain)
Alcohol 70-80%
Haiwan besar (seperti moluska, amfibia, reptilia dan mamalia)
Formalin 4% (100ml 40% formalin asal + 900ml air suling)
6. Tali nilon atau benang7. Kloroform8. Kapas9. Forsep (dan peralatan lain yang sesuai)Kaedah: Matikan spesimen dengan menggunaka kloroform dalam sebuah botol
berpenutup. (Nota: sebagai pilihan, spesimen boleh dimatikan dengan cara-cara lain
tetapi yang penting ia dimatikan dalam tempoh yang pendek dan kurang menyakitkan)
Ikat spesimen pada sekeping kaca nipis segi empat tepat dengan tali nilon atau benang. Pastikan susunan anggota spesimen pada kedudukan yang terbaik supaya setiap bahagian dapat dilihat dengan jelas.
Masukkan kepingan kaca berspesimen dalam keadaan tersandar dengan baik pada dinding botol spesimen. Atur kedudukan terbaik yang memungkinkan spesimen dapat dilihat dari pelbagai sudut dengan jelas dan baik.
Botol pengawet mestilah diisi dengan bahan pengawet sehingga ke aras di mana apabila botol ditutup, tiada ruang udara didalamnya.
Sapu tepi tudung dengan lilin cair supaya kedap udara. (Nota: udara boleh mengoksidakan etanol atau formalin dan menjadikannya kurang berkesan).
Tampalkan label yang mengandungi maklumat-maklumat berikut: Nama saintifik Nama am Tarikh Habitat/ tempat spesimen diperoleh Nama pengumpul Larutan pengawet
Bagi spesimen yang tebal, misalnya katak, kita perlu menyuntik formalin 4% ke dalam tubuhnya bagi memastikan anggota dalam turut diawet. Bagi ular pula, kita harus menyuntik setiap jarak 5cm di sepanjang tubuhnya.
Oleh kerana alcohol (etanol) mudah meruap maka pemeriksaan secara berkala perlu dijalankan bagi mengelakkan kekeringan yang seterusnya merosakkan spesimen yang diawet.
Sesuai digunakan untuk menyimpan spesimen haiwan kecil.
Sesuai untuk spesimen tumbuhan untuk mengekalkan warna asal bahagian-bahagiannya.
Kebaikan
Bahan pengawet mempunyai had tempoh yang tertentu.
Memerlukan ruang tertentu untuk disimpan.
Kekurangan
Etanol Bahan pengawet yang terbaik tetapi
harganya jauh lebih mahal daripada formalin.
Spesimen yang bersaiz kecil. Formalin
Kosnya lebih murah. Spesimen yang bersaiz besar.
Balang spesimen/ botol-botol kaca tanpa warna, tinggi, bermulut lebar, dan mempunyai penutup.
Bahan dan Alatan Pengawetan
Pengawetan spesimen tumbuhan
Bahan/Radas:1. Spesimen pilihan2. Botol pilihan3. Botol spesimen (sesuai dengan saiz spesimen)4. Bahan pengawetan (jenis pengawetan dan kepekatan
bergantung kepada jenis dan bahagian spesimen)
Kaedah:Spesimen Bahan dan kepekatan pengawet
Alga, kulat dan buah yang lembut
Larutan Formalinasetik -alkohol (FAA)
(Campurkan kira-kira 5ml asid asetik glacial, 90ml etanol 70% dan 5ml formalin asal – formaldehid 40%)
Buah (bagi mengekalkan warnanya)
Larutkan 50g zink klorida dalam 1liter air suling.
Tambahkan 25ml formalin dan 25ml gliserol.
Bahagian berwarna hijau ingin dikekalkan
Rendamkan spesimen ke dalam larutan mendidih kuprum (II) asetat ke dalam asid asetik glacial yang telah dicairkan selama 10 minit.
Biarkan larutan sejuk. Basuh spesimen dengan air
mengalir. Simpan spesimen dalam
larutan formalin 5%.Nota: Satu bahagian larutan tepu kuprum (II) asetat dalam asid asetik glacial dicampurkan dengan empat bahagian air).
Tumbuhan secara umum
Rendamkan dalam larutan kuprum (II) sulfat 5% selama 24 jam.
Simpan untuk pengawetan dalam larutan natrium sulfit (Na2SO3) berkepekatan 0.2 molar.
Sebaik spesimen tumbuhan telah dimasukkan ke dalam larutan pengawet terakhir, langkah seterusnya sama seperti pengawetan haiwan (langkah 4-6).


Tuang larutan ke atas rod kaca.
Rod kaca perlu bersih dan kering.
Tujuan : Bagi mengurangkan percikan larutan ke luar bikar.
TEKNIK MENUANG BAHAN KIMIA
Menuang bahan kimia dari botol reagen Dari bikar ke bikar lain
Bagi bahan pepejal kimia
Ambil botol reagen dan periksa label.
Tanggal penutup botol reagen dengan menggunakan jari kelingking. Penutup diletakkan di atas meja dengan kepala penutup berada di bahagian bawah.
Semasa menuang pastikan label reagen menghadap ke atas.
Tutup semula botol reagen dengan cepat selepas selesai menuang bahan kimia yang dikehendaki.
Gunakan kain basah untuk mengelap sisa bahan kimia yang meleleh di sekeliling botol reagen.
Letakkan tabung uji di tempat yang selamat.
Tuang larutan ke dalam bikar.
Dengan menggunakan penitis yang menegak, ambil larutan yang dikehendaki.
Larutan yang diambil dari bikar dimasukkan ke dalam tabung uji menggunakan penitis.
Kedudukan penitis hanya di bahagian atas tabung uji untuk memasukkaan larutan.
Pastikan penitis tidak termasuk ke larutan yang dimasukkan ke dalam tabung uji.
Gunakan spatula besi atau plastik yang sesuai untuk mengelakkan tindakbalas kimia.
Digalakkan menuang serbuk secara langsung ke dalam bekas yang dikehendaki.
Dari botol reagen ke dalam tabung uji


PENYIMPANAN PERALATAN SAINS
Peralatan sains perlu disimpan dengan cara yang teratur dan selamat supaya ia mudah dikesan serta mengelakkan kemalangan.Bahan dan peralatan sains yang perlu disimpan dengan cermat termasuk radas kaca, radas optik, radas elektrik, dan bahan kimia.
Bahan kimia stok mestilah disimpan dalam stor bahan kimia yang mempunyai edaran udara yang baik.Rak penyimpanan bahan ini mestilah bertubir untuk menahan botol daripada jatuh.Cecair meruap dan cecair yang berbahaya hendaklah disimpan dalam kebuk wasap.Bahan beracun hendaklah disimpan dalam almari yang berkunci dan dilabelkan “Bahan Beracun”.Penggunaan bahan beracun mesti direkodkan.Bahan kimia yang tidak boleh digunakan lagi mestilah dilupuskan dengan cara yang betul.Label pada botol reagen bagi bahan kimia yang pekat atau mengkakis mestilah dicetak dengan warna merah.
Semua radas kaca perlu dibersihkan sebelum disimpan dalam almari tertutup.Untuk menjamin keselamatan semasa menyimpan atau mengeluar radas dari almari, elak simpan radas kaca tersebut pada tempat yang terlalu tinggi.Radas yang sama saiz hendaklah disusun di tempat yang sama.Radas yang tinggi hendaklah ditempatkan di bahagian belakang manakala yang rendah di bahagian hadapan.Radas-radas yang kecil seperti tabung, tiub specimen, piring petri, dan slaid mikroskop boleh disimpan dalam dulang, kotak atau laci yang tertutup dan dilabel.Tiub dan rod kaca panjang hendaklah diletakkan secara mengufuk bagi mengelakkannya daripada melentur. Tiub kaca berlubang hendaklah ditutup di kedua-dua hujung bagi mengelakkan habuk masuk.Biuret dan pipet hendaklah disimpan dalam keadaan menegak di rak khas.
Radas optik pada amnya perlu disimpan dengan baik supaya tidak senang tergores.Radas-radas optik yang kecil seperti prisma, kanta optik dan kanta pembesar elok disimpan dalam kepingan stirofoam yang mempunyai ruang yang sepadan atau dalam kotak asal supaya senang dipindah.Mikroskop dan binocular perlu disimpan dalam kotak atau almari yang kering supaya mencegah pertumbuhan kulat pada permukaan optik.Teleskop perlu disimpan dalam kotak yang kering untuk mengelakkan kantanya daripada berkulat.
Alat elektrik mesti disimpan di tempat yang kering.Sambungan wayar penyambung pada alat dan palam hendaklah sentiasa kemas untuk memastikan tiada wayar yang terdedah untuk mengelakkan daripada litar pintas berlaku.
Radas Kaca Radas Optik Radas Elektrik Bahan Kimia

Definisi
PENGAWETAN KERING
Selalu digunakan untuk mengawet tumbuhan tetapi sesuai juga digunakan untuk mengawet bahagian luaran sesuatu haiwan kecil.Koleksi spesimen tumbuh-tumbuhan yang dikeringkan, disimpan dan dikelaskan secara sistematik dipanggil herbarium.Tempoh pengawetan lebih lama dan senang untuk dijaga.
Proses mengekalkan spesimen secara kering tanpa merendam dalam sebarang bahan pengawet.
Kebaikan
Tidak boleh bertahan lama sekiranya langkah-langkah penjagaan berterusan kurang diberi perhatian. Setiap bahagian bagi sesuatu tumbuhan biasanya disimpan sebagai sampel secara pengawetan kering, tetapi warna asalnya tidak dapat dikekalkan.Tempat penyimpanan harus kering, gelap, bebas daripada kehadiran sebarang perosak.
Kekurangan
Proses
Setelah spesimen dimatikan,
Spesimen bersaiz besar : keluarkan bahagian tubuh yang
mudah rosak (seperti sistem pencernaan) dan tempatnya
digantikan dengan bahan kering lain (sabut atau kapas).
Tempat pembedahan hendaklah dijahit dengan baik dan
kemas supaya kesan-kesan pembedahan dapat
diminimumkan.
Bahagian-bahagian lembut lain yang sukar dikeluarkan atau
mempunyai tisu yang tebal bolehlah diawet secara suntikan
seperti kaedah berikut:
Spesimen Kaedah pengawetanBurung dan haiwan kecil
lainSuntikan formalin 3%Bahagian mata boleh digantikan dengan mata palsuSerangga Suntikkan formalin 3% di bahagian kepala, toraks dan abdomen.
Spesimen ini disimpan di atas papan khas bagi
membolehkan sayapnya tidak rosak. Keringkan spesimen
haiwan kecil sebaiknya di dalam ketuhar pada julat suhu di
antara 50-70oC. Untuk serangga, biarkan selama dua minggu
sehingga menjadi kering.
Pastikan spesimen telah cukup kering sebelum disimpan
atau dipamerkan. Adalah dicadangkan agar spesimen ini
disimpan di dalam kotak kaca yang kalis kelembapan kerana
kita boleh meletakkan bahan pengawet tambahan (misalnya
naftalena atau racun perosak di dalam kotak itu) untuk
menambah ketahanan spesimen.
PengumpulanKeratan spesimen yang diambil haruslah segar dan sihat.PenekananDisusun mendatar di antara kertas akhbar lama. Letakkan papan lapis di bahagian atas dan bawah susunan spesimen-spesimen itu.PengeringanKeringkan di dalam ketuhar pada suhu 45 – 60oc selama 3 – 6 hari. Keringkan dalam udara biasa (tukar kertas akhbar mestilah sentiasa ditukar selang sehari dan berat pemberat sentiasa ditambah selama kira-kira 2 minggu).Kertas pembalut hendaklah disemburkan dengan larutan formalin 40%.Pemanjangan Lekatkan pada kertas dengan menggunakan kertas pelekat atau bena.Untuk mengelakkan serangan perosak atau kulat, spesimen perlu dititikkan atau disapu dengan larutan merkuri klorida 2% di dalam alkohol. PengelasanPelabelanLabel biasanya diletak pada satu sudut herbarium itu.Menomborkan setiap spesimen dan menyimpan salinan untuk rujukan.Nama saintifik/botaniNama tempatan/asalNama bahasa inggerisLokasi spesimen boleh ditemuiNama orang yang menemui/mengumpulTarikhWarna asal dan bentuk bungaJenis sama ada pokok renek, herba, memanjat atau sayuranJika pokok – warna batang, tebal kulit dan sebagainyaTarikh berbuah atau berbungaJenis tanah tempat spesimen tumbuhSifat tumbuhan seperti kaedah pendebungaan dan penyebaran biji benihPenyimpananHendaklah sentiasa disimpan dalam keadaan yang gelap, kering dan sejuk.
Pengawetan spesimen tumbuhan Pengawetan spesimen haiwan


TUGASANKUMPULAN

PENGAWETAN BASAH
DAN KERING

GETAH

ALAT BANTU
MENGAJAR“KIT LITAR”

PENGAWETAN BASAH
DAN KERING GETAH

(Hevea brasiliensis)
1.0 PENGAWETAN
1.1 Definisi pengawetan
Pengawetan adalah proses mengekalkan spesimen sama ada secara basah atau
secara kering.
1.2 Jenis pengawetan
Terdapat dua jenis pengawetan iaitu pengawetan secara basah dan pengawetan
secara kering.
Pengawetan secara basah
Pengawetan secara kering
1.2.1 Pengawetan secara basah
Definisi
Proses mengekalkan spesimen secara basah di dalam larutan pengawet yang
sesuai.

Bahan dan alatan untuk pengawetan basah
Etanol
Bahan pengawet yang terbaik tetapi harganya jauh lebih mahal daripada
formalin.
Spesimen yang bersaiz kecil.
Formalin
Kosnya adalah lebih murah.
Spesimen yang bersaiz besar.
Baling spesimen/ botol kaca
Mestilah tanpa warna, tinggi, bermulut lebar dan mempunyai penutup.
Kebaikan menggunakan kaedah pengawetan basah
Sesuai digunakan untuk menyimpan spesimen haiwan kecil.
Sesuai untuk spesimen tumbuhan untuk mengekalkan warna asal bahagian-
bahagiannya.
Kekurangan menggunakan kaedah pengawetan basah
Bahan pengawet mempunyai had tempoh yang tertentu.
Memerlukan ruang tertentu untuk disimpan.
Jenis pengawetan basah
Terdapat dua jenis pengawetan secara basah iaitu :
Pengawetan basah untuk spesimen tumbuhan
Pengawetan basah untuk spesimen haiwan
Pengawetan basah untuk spesimen tumbuhan
Bahan/Radas:

1. Spesimen pilihan
2. Botol pilihan
3. Botol spesimen (sesuai dengan saiz spesimen)
4. Bahan pengawetan (jenis pengawetan dan kepekatan bergantung kepada
jenis dan bahagian spesimen)
Kaedah:
Spesimen Bahan dan kepekatan pengawet
Alga, kulat dan buah
yang lembut
Larutan Formalinasetik -alkohol (FAA)
(Campurkan kira-kira 5ml asid asetik glacial, 90ml etanol
70% dan 5ml formalin asal – formaldehid 40%)
Buah (bagi mengekalkan
warnanya)
Larutkan 50g zink klorida dalam 1liter air suling.
Tambahkan 25ml formalin dan 25ml gliserol.
Bahagian berwarna
hijau ingin dikekalkan
Rendamkan spesimen ke dalam larutan mendidih kuprum
(II) asetat ke dalam asid asetik glacial yang telah dicairkan
selama 10 minit.
Biarkan larutan sejuk.
Basuh spesimen dengan air mengalir.
Simpan spesimen dalam larutan formalin 5%.
Nota: Satu bahagian larutan tepu kuprum (II) asetat dalam
asid asetik glacial dicampurkan dengan empat bahagian air).
Tumbuhan secara
umum
Rendamkan dalam larutan kuprum (II) sulfat 5% selama
24 jam.
Simpan untuk pengawetan dalam larutan natrium sulfit
(Na2SO3) berkepekatan 0.2 molar.
Sebaik spesimen tumbuhan telah dimasukkan ke dalam larutan
pengawet terakhir, langkah seterusnya sama seperti pengawetan
haiwan (langkah 4-6).
Pengawetan basah untuk spesimen haiwan
Bahan/Radas:
1. Spesimen pilihan

2. Botol pilihan
3. Botol spesimen (saiz bersesuaian dengan saiz spesimen)
4. Sekeping kaca nipis segi empat tepat (muat untuk dimasuk dan disandarkan
pada dinding botol spesimen)
5. Bahan pengawet, sama ada Etanol atau Formalin (formalin asal berkepekatan
40%)
(Nota: kepekatan bergantung kepada saiz spesimen)
Spesimen Bahan dan kepekatan pengawet
Haiwan kecil (seperti serangga dan
invertebrate lain)
Alcohol 70-80%
Haiwan besar (seperti moluska,
amfibia, reptilia dan mamalia)
Formalin 4% (100ml 40% formalin
asal + 900ml air suling)
6. Tali nilon atau benang
7. Kloroform
8. Kapas
9. Forsep (dan peralatan lain yang sesuai)
Kaedah:
o Matikan spesimen dengan menggunaka kloroform dalam sebuah botol
berpenutup.
o (Nota: sebagai pilihan, spesimen boleh dimatikan dengan cara-cara lain tetapi
yang penting ia dimatikan dalam tempoh yang pendek dan kurang
menyakitkan)
o Ikat spesimen pada sekeping kaca nipis segi empat tepat dengan tali nilon
atau benang. Pastikan susunan anggota spesimen pada kedudukan yang
terbaik supaya setiap bahagian dapat dilihat dengan jelas.
o Masukkan kepingan kaca berspesimen dalam keadaan tersandar dengan baik
pada dinding botol spesimen. Atur kedudukan terbaik yang memungkinkan
spesimen dapat dilihat dari pelbagai sudut dengan jelas dan baik.

o Botol pengawet mestilah diisi dengan bahan pengawet sehingga ke aras di
mana apabila botol ditutup, tiada ruang udara didalamnya.
o Sapu tepi tudung dengan lilin cair supaya kedap udara. (Nota: udara boleh
mengoksidakan etanol atau formalin dan menjadikannya kurang berkesan).
o Tampalkan label yang mengandungi maklumat-maklumat berikut:
Nama saintifik
Nama am
Tarikh
Habitat/ tempat spesimen diperoleh
Nama pengumpul
Larutan pengawet
Bagi spesimen yang tebal, misalnya katak, kita perlu menyuntik formalin 4%
ke dalam tubuhnya bagi memastikan anggota dalam turut diawet. Bagi ular
pula, kita harus menyuntik setiap jarak 5cm di sepanjang tubuhnya.
Oleh kerana alcohol (etanol) mudah meruap maka pemeriksaan secara
berkala perlu dijalankan bagi mengelakkan kekeringan yang seterusnya
merosakkan spesimen yang diawet.
1.2.2 Pengawetan secara kering
Definisi
Proses mengekalkan spesimen secara kering tanpa merendam dalam
sebarang bahan pengawet.
Kebaikan menggunakan kaedah pengawetan kering
Selalu digunakan untuk mengawet tumbuhan tetapi sesuai juga digunakan
untuk mengawet bahagian luaran sesuatu haiwan kecil.
Koleksi spesimen tumbuh-tumbuhan yang dikeringkan, disimpan dan
dikelaskan secara sistematik dipanggil herbarium.
Tempoh pengawetan lebih lama dan senang untuk dijaga.
Kekurangan menggunakan kaedah pengawetan kering

Tidak boleh bertahan lama sekiranya langkah-langkah penjagaan berterusan
kurang diberi perhatian.
Setiap bahagian bagi sesuatu tumbuhan biasanya disimpan sebagai sampel
secara pengawetan kering, tetapi warna asalnya tidak dapat dikekalkan.
Tempat penyimpanan harus kering, gelap, bebas daripada kehadiran
sebarang perosak.
Jenis pengawetan basah
Terdapat dua jenis pengawetan secara kering iaitu :
Pengawetan kering untuk spesimen tumbuhan
Pengawetan kering untuk spesimen haiwan
Pengawetan kering untuk spesimen tumbuhan
Pengumpulan
Keratan spesimen yang diambil haruslah segar dan sihat.
Penekanan
Disusun mendatar di antara kertas akhbar lama.
Letakkan papan lapis di bahagian atas dan bawah susunan spesimen-
spesimen itu.
Pengeringan
Keringkan di dalam ketuhar pada suhu 45 – 60oc selama 3 – 6 hari.
Keringkan dalam udara biasa (tukar kertas akhbar mestilah sentiasa
ditukar selang sehari dan berat pemberat sentiasa ditambah selama kira-
kira 2 minggu).
Kertas pembalut hendaklah disemburkan dengan larutan formalin 40%.
Pemanjangan
Lekatkan pada kertas dengan menggunakan kertas pelekat atau bena.

Untuk mengelakkan serangan perosak atau kulat, spesimen perlu
dititikkan atau disapu dengan larutan merkuri klorida 2% di dalam
alkohol.
Pengelasan
Pelabelan
Label biasanya diletak pada satu sudut herbarium itu.
Menomborkan setiap spesimen dan menyimpan salinan untuk rujukan.
Nama saintifik/botani
Nama tempatan/asal
Nama bahasa inggeris
Lokasi spesimen boleh ditemui
Nama orang yang menemui/mengumpul
Tarikh
Warna asal dan bentuk bunga
Jenis sama ada pokok renek, herba, memanjat atau sayuran
Jika pokok – warna batang, tebal kulit dan sebagainya
Tarikh berbuah atau berbunga
Jenis tanah tempat spesimen tumbuh
Sifat tumbuhan seperti kaedah pendebungaan dan penyebaran biji
benih
Penyimpanan
Hendaklah sentiasa disimpan dalam keadaan yang gelap, kering dan
sejuk.
Pengawetan kering untuk spesimen haiwan
Setelah spesimen dimatikan,
Spesimen bersaiz besar : keluarkan bahagian tubuh yang mudah rosak
(seperti sistem pencernaan) dan tempatnya digantikan dengan bahan
kering lain (sabut atau kapas). Tempat pembedahan hendaklah dijahit
dengan baik dan kemas supaya kesan-kesan pembedahan dapat
diminimumkan.
Bahagian-bahagian lembut lain yang sukar dikeluarkan atau mempunyai
tisu yang tebal bolehlah diawet secara suntikan seperti kaedah berikut:

Spesimen Kaedah pengawetan
Burung
dan
haiwan
kecil lain
Suntikan formalin 3%
Bahagian mata boleh digantikan dengan mata palsu
Serangga Suntikkan formalin 3% di bahagian kepala, toraks dan abdomen.
Spesimen ini disimpan di atas papan khas bagi membolehkan
sayapnya tidak rosak.
Keringkan spesimen haiwan kecil sebaiknya di dalam ketuhar pada julat suhu
di antara 50-70oC. Untuk serangga, biarkan selama dua minggu sehingga
menjadi kering.
Pastikan spesimen telah cukup kering sebelum disimpan atau dipamerkan.
Adalah dicadangkan agar spesimen ini disimpan di dalam kotak kaca yang
kalis kelembapan kerana kita boleh meletakkan bahan pengawet tambahan
(misalnya naftalena atau racun perosak di dalam kotak itu) untuk menambah
ketahanan spesimen.
2.0 GETAH
Pokok Getah (Hevea brasiliensis) ialah pokok dalam famili Euphorbiaceae
dan ahli terpenting dalam genus Hevea. Pokok ini penting dari segi ekonomi
kerana hasil seperti lateks boleh dikumpulkan dan merupakan sumber utama
getah asli.
2.1 SEJARAH RINGKAS POKOK GETAH DI MALAYSIA
Industri getah asli di Malaysia bermula pada tahun 1877 di Kuala
Kangsar, Perak. Anak getah yang ditanam adalah spesis Havea Brasilliensis. Estet
getah pertama telah dibangunkan di Melaka pada tahun 1902/1903. Selepas itu
keluasan penanaman getah terus berkembang hingga mencapai kemuncaknya
iaitu seluas 2.06 juta hektar pada tahun 1979. Pengeluaran tertinggi yang pernah
dicapai oleh negara ialah sebanyak 1.66 juta metrik tan iaitu pada tahun 1988.

Secara ringkasnya pokok getah berasal dari negara Brazil. Christopher
Columbus ahli pelayaran Sepanyol ialah orang pertama menjumpai getah di
Brazil pada tahun 1473 dan beliau telah membawa balik ke Eropah untuk dikaji
kegunaannya.
Pada tahun 1768 kasut getah pertama telah dicipta. Seterusnya pada
tahun 1770, Priestly, seorang ahli kimia telah menamakan hasil getah sebagai
rubber kerana boleh diguna untuk memadam tulisan pensil. Pada thun 1823,
Soloman Mcintosh telah mencipta kain kalis air daripada getah. Charles
Goodyeer pula telah memperkenalkan proses pemyulkanan dan seterusnya pada
tahun 1846, Thomas Hancook telah berjaya membuat tayar daripada getah asli.
Pada tahun 1888, John Dunlop telah berjaya mencipta tayar pneumatik yang
lebik selesa daripada tayar padu.
Rekacipta tersebut telah merintis jalan bagi kegunaan getah asli, Apabila
kegunaan getah semakin meluas dan permintaan terhadap bahan mentah
meningkat, usaha untuk mengembang industri getah asli telah dilaksanakan
dengan:
Usaha membawa 70,000 biji getah dari Brazil ke Kew Garden, London
oleh Farris, Cross dan Wickham pada tahun 1876.
Sebanyak 2,000 anak getah telah dapat dihidupkan dalam rumah kaca
bersesuaian dengan suhu dan iklim di Brazil.
Sebahagian daripada pokok itu telah dibawa ke Sri Langka dan
selebihnya sebanyak 13 pokok dihantar ke Taman Botani di Singapura
dan 9 pokok dihantar ke Kuala kangsar.
Pada tahun 1888, H.N. Ridley telah dilantik sebagai Pengarah Taman
Botani Singapura dan telah banyak meyumbang dalam pembangunan
industri getah hingga digelar Bapa Perusahaan Getah Asli. Antara
sumbangan beliau ialah sistem eksploitasi getah dan pisau toreh.
2.2 MAKLUMAT RINGKAS GETAH
Nama saintifik bagi getah ialah Hevea Brasiliensis. Ia merupakan sejenis
tanaman yang boleh hidup dikawasan 1000 km utara dengan 1000 km selatan

khatulistiwa. Pokok getah memerlukan hujan sebanyak 180 sm - 250 sm
setahun. Ia juga memerlukan suhu diantara 25 - 30 darjah Celcius.
Ketinggian tanah dari paras muka laut yang boleh ditanam dengan getah
ialah 500 meter. Semakin tinggi getah ditanam semakin berkurangan perolehan
hasil dan kecergasan pertumbuhannya. Keperluan tanah yang sesuai untuk
tanam getah ialah jenis lom yang mempunyai saliran yang bebas, tidak masin,
tidak masam atau sentiasa banjir.
Pokok getah ialah jenis pokok saka dan ketinggiannya boleh mencapai 18
meter. Umur pokok getah yang ekonomik ialah diantara 20 hingga 30 tahun.
Pokok getah menghasilkan lateks (getah asli) yang penting dalam industri tayar
dan lain-lain industri berasaskan getah. Selain daripada itu, kayunya adalah
terdiri daripada jenis separuh keras dan boleh dijadikan perabut.
Pokok getah mampu mencapai ketinggian melebihi 18 meter. Lateks putih
atau kuning terhasil dalam salur lateks pada kulit pokok, terutamanya pada
floem luar. Saluran ini berpilin naik pada batang pokok menurut pusingan ke
kanan yang membentuk 30 darjah pada ufuk.
Apabila pokok getah mencapai usia 5-6 tahun, penorehan boleh
dilakukan: goresan-goresan dibuat secara ortogon pada salur lateks, dengan
kedalaman yang hanya mencukupi untuk mengambil lateks tanpa menjejaskan
pertumbuhan pokok. Sap itu dikumpulkan di dalam baldi yang kecil. Pokok-
pokok yang lebih tua menghasilkan lebih banyak lateks.
Pokok getah pada mulanya hanya tumbuh di Amazonia. Peningkatan
permintaan dan jumpaan proses pemvulkanan pada tahun 1839 mendorong
perkembangan yang pesat di kawasan tersebut, mengayakan bandar Manaus dan
Belem. Nama pokok ini diambil daripada Para, negeri Brazil yang termasuk
Belem.
Terdapat juga cubaan dilakukan pada 1873 untuk menanam getah di luar
Brazil. Selepas berusaha, dua belas tunas tumbuh di Kebun Bunga Botani Diraja
Kew. Pokok-pokok itu kemudian dihantar ke India untuk ditanam tetapi gagal.
Percubaan kedua dilakukan dengan sekitar 70,000 benih dihantar ke Kew pada

tahun 1875. Sekitar 4% daripada benih-benih itu bertunas, dan pada tahun 1876,
sekitar 2,000 anak pokok dihantar, dalam kes Wardian, ke Sri Lanka, dan 22
dihantar ke Kebun Bunga Botani di Singapura. Apabila berjaya ditumbuh di luar
negeri asal, Pokok Getah ditanam secara meluas di tanah-tanah jajahan British.
Pada tahun 1898, ladang getah ditubuhkan di Tanah Melayu, dan kini
kebanyakan ladang getah terdapat di Asia Tenggara dan sesetengah Afrika
tropika. Percubaan untuk menanam Pokok Getah di Amerika Selatan ternyata
tidak memuaskan.
Pokok getah

Mesin getah licin Mesin getah bunga.
Daun dan biji getah Biji getah
2.3 CIRI-CIRI FIZIKAL POKOK GETAH
Kulit kayu : Licin, berwarna kekelabu-kelabuan, dan mengandungi lateks
keruh yang menjadi keras ketika didedahkan kepada udara.
Daun : Licin, berwarna hijau kebiru-biruan, dan dibahagikan kepada tiga daun
kecil sepanjang 1.5 sentimeter. Pada cuaca kering, daun menjadi kuning dan
kemudian merah terang sebelum luruh.
Bunga : Kecil, berwarna kuning, berbau hapak, dan tumbuh dalam bentuk
tangkai.
Buah : Keras, dengan tiga biji yang besar. Ketika masak, buah akan meletup
menjadi tiga bahagian di atas pokok, dan memelantingkan biji-bijinya yang
berat.

Biji: Warna biji mentah adalah hijau dan ketika masak, menjadi licin, dengan
tompok-tompok bercapuk-capuk yang berwarna perang muda.
3.0 PENGAWETAN BASAH DAN KERING GETAH (Hevea brasiliensis)


REFLEKSI (Nurhidayatul Asyikin binti Mat Refin – 900928035600)
Pertamanya segala kesyukuran saya panjatkan kepada Ilahi kerana dengan berkat
dan rahmat-Nya saya dapat menyiapkan segala tugasan ini.
Pengurusan Grafik berkenaan “Pengurusan Makmal Sains dan Sumber”
Untuk tugasan secara individu ini, empat topik dalam “Pengurusan Makmal
Sains dan Sumber” perlu diringkaskan dengan menggunakan pengurusan grafik
yang bersesuaian. Oleh itu, saya telah memilih topik berkaitan (1) Teknik menuang
bahan kimia, (2) Penyimpanan peralatan Sains, (3) Pengawetan basah, dan (4)
Pengawetan kering.
Kekuatan dalam Melaksanakan Tugasan Pengurusan Grafik

Dalam melaksanakan pengurusan grafik ini, saya dapat meringkaskan
maklumat yang telah diperolehi dengan sebaiknya menggunakan pengurusan
grafik yang sesuai. Pemilihan pengurusan grafik ini sangat bersesuaian
terutamanya untuk sumber rujukan dalam membantu saya mengulangkaji
topik tersebut secara pantas. Malah pengurusan grafik ini akan membantu
dalam memberi gambaran keseluruhan topik tersebut berbanding
penggunaan bahan bacaan yang berjela-jela. Ini juga akan memudahkan
saya terutamanya untuk mengetahui isi-isi penting dan ianya lebih berfokus
dan terarah dalam sesuatu topik itu.
Kekurangan dalam Melaksanakan Tugasan Pengurusan Grafik
Namun terdapat beberapa kekurangan dalam tugasan ini, di mana
saya mengalami kesukaran untuk membezakan isi-isi penting dengan isi-isi
tambahan atau huraian. Ini boleh menyebabkan terdapat pencampuran isi-isi
penting dengan isi-isi tambahan atau huraian. Selain itu, tidak semua isi
pelajaran berkaitan topik dapat dinyatakan atau dimasukkan dalam
pengurusan grafik kerana masalah kekurangan ruang yang terhad.
Halangan dalam Melaksanakan Tugasan Pengurusan Grafik
Halangan utama dalam menyiapkan tugasan pengurusan grafik adalah
kekangan masa untuk menyiapkan tugasan kerana sewaktu menyiapkan
tugasan ini saya terlibat dalam program latihan Praktikum di sekolah di mana
memerlukan komitmen yang tinggi dan saya perlu membahagikan masa
untuk menyiapkan pengurusan grafik dan tugasan dalam Praktikum seperti
portfolio dan RPH serta ABM untuk PnP murid.
Peluang dan Keazaman dalam Melaksanakan Tugasan Pengurusan Grafik
Untuk tugasan yang akan datang berkaitan pengurusan grafik, saya
berazam untuk lebih meningkatkan kualiti dalam pengurusan grafik yang
disediakan iaitu hanya isi-isi penting sahaja yang disenaraikan bersama isi-isi

huraian yang diperlukan sahaja. Malah pengurusan grafik yang akan
disediakan kelak lebih bersifat mesra pembaca dan tidak terlalu formal serta
lebih ceria bagi menarik perhatian dan fokus pembaca berkaitan topik yang
diringkaskan.
Pengawetan Tumbuhan Basah (Mengekalkan kecairan susu getah)
Dalam melaksanakan tugasan utama ini iaitu pengawetan tumbuhan basah,
pertamanya bermula dengan pemilihan ahli kumpulan iaitu saya bekerjsama dengan
Hazanah bt Abdullah, Nora bt Ramin dan Siti Nurhafizah bt Zakaria dalam tugasan
untuk menyediakan spesimen pengawetan tumbuhan basah. Untuk tugasan
tumbuhan basah kami telah memilih untuk mengawet susu getah dengan
menggunakan larutan ammonia yang berbeza kepekatan bagi melihat kadar
pembekuan terhadap susu getah tersebut.
Justifikasi Pemilihan Susu Getah sebagai Spesimen Awetan Basah
Bahan bantu mengajar (BBM)
Susu getah cair akan membeku selepas ditoreh dan ini menyebabkan
kesukaran bagi guru untuk menjadikan susu getah cair sebagai alat bantu
mengajar (ABM) dalam PnP kelas.
Peratusan kepekatan larutan ammonia yang diperlukan untuk mengekalkan kecairan
dalam susu getah
Berdasarkan pembacaan kami dari buku “Teknologi Perladangan dan
Pemprosesan Getah”, nisbah larutan ammonia yang diperlukan untuk susu
getah adalah berkadaran 1:1. Malah buku tersebut menyatakan hanya 1%
larutan ammonia yang diperlukan untuk mengekalkan susu getah supaya cair.
Manakala rujukan di Internet pula menyatakan sedikit larutan ammonia
diperlukan untuk dimasukkan ke dalam susu getah. Penggunaan “keyword”
sedikit ini menunjukkan bahawa tiada nilai yang tepat untuk penggunaan
larutan ammonia dalam pengawetan susu getah cair.

Larutan ammonia hanya mampu mengekalkan kecairan susu getah cair untuk
beberapa jam sahaja
Hasil daripada temu bual bersama seorang guru yang juga pernah
berkhidmat sebagai seorang pegawai dalam bidang berkaitan getah, beliau
mengatakan larutan ammonia tidak mampu mengekalkan kecairan susu
getah cair untuk tempoh yang sangat lama. Malah, tempoh maksimum yang
diberikan adalah selama 48 jam sahaja.
Kekuatan dalam Tugasan Pengawetan Susu Getah Cair
Hasil dapatan pemerhatian pengawetan kecairan susu getah cair
Pengawetan susu getah cecair telah kami mulakan pada 5 September
2013 iaitu bermula dengan penyediaan larutan ammonia sebelum diteruskan
dengan mendapatkan susu getah. Susu getah telah diperolehi daripada
pokok getah yang ditoreh pada 7 September 2013, setelah itu pemerhatian
terhadap kecairan susu getah telah dilakukan sehingga 25 September 2013.
Hasil dapatan daripada pemerhatian telah berjaya menjawab beberapa
persoalan yang telah dinyatakan dalam justifikasi pemilihan tugasan
pengawetan basah susu getah cair.
Berdasarkan dapatan tersebut, saya dan ahli kumpulan dapat
membuat kesimpulan bahawa:
Pertama, pengawetan basah susu getah cair menggunakan larutan
ammonia boleh dilakukan oleh guru-guru untuk dijadikan BBM untuk PnP di
dalam kelas kerana tahap kecairan susu getah cair dapat dikekalkan dalam
tempoh yang melebihi 48 jam (2 hari) dan sehingga tugasan ini dijalankan
iaitu selama hampir melebihi 2 minggu. Namun, guru perlu memberi perhatian
terhadap penggunaan larutan ammonia bagi kegunaan BBM di dalam kelas
iaitu guru boleh menggunakan larutan ammonia yang paling rendah
peratusan kepekatannya seperti yang dicadangkan dalam tugasan ini 0.5%
larutan ammonia bagi mengurangkan kadar bahaya penggunaan bahan kimia
(ammonia) kepada murid. Ini kerana, larutan ammonia mengeluarkan bau

yang busuk di mana boleh menyebabkan keracunan dan muntah-muntah jika
dihidu secara berlebihan.
Kedua, hasil dapatan dapat menyangkal pernyataan bahawa 1%
larutan ammonia merupakan kepekatan minimum yang dicadangkan bagi
mengekalkan kecairan susu getah. Ini kerana berdasarkan kajian kami
menggunakan kepekatan 0.5% larutan ammonia dengan nisbah 1:1 kepada
susu getah, bermula 7 September 2013 iaitu susu getah dimasukkan ke
dalam larutan ammonia hingga ke tarikh akhir kajian 25 September 2013 iaitu
hampir 19 hari, susu getah masih dalam keadaan cair. Malah menurut rekod
kami, susu getah yang tidak diletakkan sebarang bahan pengawet seperi
larutan ammonia atau cuka getah untuk membekukan susu getah, susu getah
ini mampu berada dalam keadaan cair selama 24 jam sebelum membeku dan
ini menyangkal kenyataan yang dibuat bahawa susu getah yang dibiarkan
tanpa bahan pengawet akan membeku dalam masa beberapa jam sahaja.
Pengalaman sepanjang melaksanakan tugasan
Tugasan yang dilaksanakan ini telah memberikan pengalaman yang
amat berharga terutamanya bagi ahli kumpulan saya. Pertama, kami perlu
mencari sumber susu getah yang merupakan permasalahan utama di mana
kawasan Batu Pahat mengalami kurang sumber penanaman getah kerana
ianya lebih dimonopoli oleh penanaman kelapa sawit dan sektor
perindustrian. Namun, disebalik cabaran ini, kami tanpa sedar telah
menjalinkan hubungan yang lebih erat bersama beberapa keluarga yang telah
mengusahakan kebun getah di kawasan Kg. Seri Bengkal dan Kg. Parit Andin
3, Parit Yaani, Batu Pahat, Johor. Malah mereka sangat berbesar hati untuk
membantu dan bekerjasama dengan kami dalam menjalankan kajian ini
dengan membekalkan susu getah secara percuma dan tiada sebarang
bayaran yang dikenakan. Tambahan, layanan yang sangat baik terhadap
kami setiap kali berkunjung ke kediaman mereka sepanjang pelaksanaan
tugasan membuatkan kami sungguh tersentuh dan terharu dengan kesudiaan
mereka walaupun tiada sebarang hubungan persaudaraan yang wujud di
antara kami.

Selain itu, hasil pelaksanaan tugasan ini, saya dapat merasakan
perbezaan yang sangat ketara iaitu terdapat peningkatan dalam pengetahuan
saya berkaitan getah berbanding sebelum tugasan ini dijalankan.
Di samping itu, pengalaman yang berkait rapat dengan pengurusan
makmal sains iaitu melibatkan proses pemotongan kaca dan penggunaan
bahan kimia telah dapat saya praktikan bersama ahli kumpulan yang lain.
Pengalaman yang paling tidak dilupakan ketika pemotongan kaca adalah
kecedaraan kecil yang telah dialami oleh saya sendiri ketika proses
menghancurkan kaca kerana kesilapan dalam peringkat awal pemotongan
kaca yang tidak lurus. Teknik dan kaedah yang betul dan saranan proses
yang sepatutnya dilakukan sebelum memotong kaca telah diberikan oleh
Mejar Dr. Tay Chong Seng akan digunakan oleh kami kelak. Seterusnya
untuk penggunaan bahan kimia, kami secara teorinya telah didedahkan
dengan langkah-langkah serta kaedah keselamatan yang perlu diambil,
tugasan ini membantu kami mempraktikannya hasil daripada teori yang telah
dipelajari terutamanya apabila melibatkan penggunaan larutan ammonia yang
membebaskan bau secara nyata dapat dihidu dan boleh menyebabkan
keracunan dan muntah-muntah jika tiada langkah berjaga-jaga yang diambil.
Saya percaya pengalaman yang kami perolehi secara “hands-on” ini
adalah lebih bermakna berbanding pengetahuan secara teori dan membantu
kami untuk lebih bersedia kelak sebagai seorang guru Sains yang cekap dan
bersedia setiap masa.
Kekurangan dalam Pengawetan Susu Getah Cair
Berdasarkan perancangan yang dibincangkan bersama ahli kumpulan,
kami telah menyediakan 8 botol kaca yang kedap udara untuk tujuan
pengawetan basah susu getah. Namun disebabkan oleh masalah teknikal
iaitu terdapat tumpahan pada larutan ammonia yang berkepekatan 1% dan
sumber susu getah yang terhad kami telah mengabaikan pengisian susu
getah pada 2 botol larutan ammonia yang berkepekatan 1% dan 15% untuk
pemerhatian dan kajian.
Halangan dan Permasalahan dalam Pengawetan Susu Getah Cair

Dalam menyiapkan tugasan ini antara permasalahan dan halangan
yang dihadapi adalah keadaan cuaca, sumber susu getah yang terhad dan
pengurangan larutan ammonia yang berkepekatan 1%.
Keadaan cuaca yang tidak menentu iaitu pada minggu kajian
dimulakan merupakan permulaan cuaca hujan di mana menyukarkan proses
torehan pokok getah untuk mendapatkan susu getah kerana pekebun getah
tidak akan menoreh pada waktu hujan atas sebab akan berlaku kerosakan
pada kulit pokok getah yang akan memberi kesan masa panjang untuk
torehan dan pengeluaran susu getah yang seterusnya.
Pengeluaran susu getah hasil torehan pada waktu petang pada 7
September 2013 adalah kurang dan in menyebabkan hanya 6 botol kaca
spesimen sahaja daripada 8 botol spesimen yang dapat dilaksanakan.
Menurut penoreh tersebut, hasil torehan susu getah pada waktu petang
adalah kurang berbanding pada waktu pagi. Ini menyebabkan hampir 2 – 3
jam kami hanya dapat mengumpul sebanyak 6 botol spesimen sahaja iaitu
dalam kadar 230 ml susu getah.
Seterusnya, masalah sumber susu getah yang terhad memandangkan
kawasan Batu Pahat lebih menguasai bidang penanaman kelapa sawit dan
sektor perindustrian berbanding penanaman getah.
Selain itu, oleh kerana kurang kepekaan kami terhadap penyediaan
larutan ammonia, telah terdapat pengurangan larutan ammonia yang
berkepekatan 1% kerana telah tumpah ketika dalam perjalanan ke kebun
getah bagi tujuan mendapatkan susu getah. Di tambah pula dengan
kekurangan sumber susu getah, kami telah mengabaikan satu spesimen ini
dan meneruskan dengan spesimen larutan ammonia yang berkepekatan
0.5%, 2%, 3%, 55 dan 10%.
Peluang dan Keazaman dalam Pengawetan Susu Getah Cair
Merujuk kepada permasalahan dan halangan yang timbul serta
kekurangan dalam pengawetan susu getah cair ini, untuk kajian seterusnya
kami akan menjalankan kajian dan pemerhatian terhadap larutan ammonia

yang berkepekatan 1%. Selain itu, berdasarkan pembacaan dan rujukan di
RISDA Batu Pahat, kadar nisbah antara larutan ammonia dan susu getah
yang dicadangkan adalah pada 1:1, oleh itu untuk kajian seterusnya, kami
akan menjalankan kajian terhadap kadar nisbah yang berbeza seperti
1(larutan ammonia) : 2 (susu getah) dan lain-lain kadar nisbah yang
munasabah bagi melihat perbezaan pada kecairan susu getah serta mencari
nilai tetap dan yang lebih spesifik berkaitannya.
Bahan Inovasi Alat atau Bahan Bantu PnP
Kekuatan dalam Bahan Inovasi Alat atau Bahan Bantu PnP
Berdasarkan permasalahan yang diutarakan dalam PnP iaitu murid
sukar untuk membezakan litar bersiri dan litar selari dan murid menghadapi
masalah untuk membezakan kecerahan mentol pada litar bersiri dengan
kecerahan mentol litar selari. Saya dan pasangan, Nazatul Aleena telah
mengadakan perbincangan dan kami telah membina Kit Litar untuk
menyelesaikan kedua-dua permasalahan yang timbul dalam PnP.
Kit Litar ini mampu menyelesaikan permasalahan kekeliruan murid
dalam membezakan litar bersiri dan litar selari kerana Kit Litar ini
memaparkan secara jelas kedua-dua litar tersebut ini menyebabkan murid
dapat melihat secara jelas dan nyata litar bersiri dan litar selari. Selain itu, Kit
Litar ini juga dapat membantu murid melihat dan membezakan secara jelas
kecerahan mentol di antara litar bersiri dan litar selari dengan menggunakan
Kit Litar ini. Hal ini telah diakui melalui keputusan soal selidik penggunaan Kit
Litar dalam PnP dan keputusan analisis yang dilakukan menggunakan
lembaran kerja yang dibekalkan melalui dua ujian iaitu Ujian 1 tanpa
penggunaan Kit Litar dan Ujian 2 menggunakan Kit Litar.
Oleh itu dengan dua kekuatan utama ini iaitu menggunakan Kit Litar,
murid dapat membezakan antara litar bersiri dan litar selari dan juga murid
dapat membezakan kecerahan mentol antara litar bersiri dan litar selari, dapat
dirumuskan bahawa Kit Litar ini dapat memenuhi dua hasil pembelajaran
dalam topik Litar menggunakan satu ABM sahaja.

Kekurangan dalam Bahan Inovasi Alat atau Bahan Bantu PnP
Kit Litar yang dihasilkan ini mempunyai beberapa kekurangan yang
memerlukan penambahbaikan untuk penggunaan yang lebih berkesan bagi
PnP yang seterusnya. Kit Litar yang dihasilkan ini tidak dapat diubahsuai
komponen-komponennya kerana telah ditampal secara tetap pada kadbod.
Oleh itu, penggunaan ABM adalah tidak terlalu aktif untuk murid walaupun Kit
Litar tersebut dapat mencapai dua hasil pembelajaran sekaligus dalam setiap
penggunaannya.
Halangan dalam Pembinaan Bahan Inovasi Alat atau Bahan Bantu PnP
Halangan utama adalah kekangan masa untuk membina Kit Litar yang
terdiri daripada dua litar lengkap sekaligus pada satu tempat iaitu litar bersiri
dan litar selari atas faktor komitmen yang lain iaitu Praktikum dan tugasan
bagi subjek yang lain.
Selain itu, kami juga menghadapi masalah dalam mendapatkan
komponen-komponen tersebut seperti pemegang bateri, suis, mentol, namun
masalah ini dapat diselesaikan dengan segera kerana guru pembimbing
Praktikum 2 iaitu Encik Tukiran bin Kamari sudi membekalkan kepada kami
secara percuma kesemua komponen-komponen yang diperlukan untuk
membina Kit Litar ini atas tanda sokongan beliau kepada usaha kami untuk
membantu murid-murid beliau dalam memahami berkaitan litar bersiri dan
litar selari.
Peluang dan Keazaman dalam Bahan Inovasi Alat atau Bahan Bantu PnP
Kit Litar yang telah dibina perlu melalui proses penambahbaikan hasil
daripada wujudnya beberapa kekurangan yang telah dinyatakan iaitu
menjadikan Kit Litar ini boleh diubahsuai komponen-komponennya oleh
murid-murid. Malah, penambahbaikan yang dicadangkan adalah guru
menyediakan Kit Litar ini dengan komponen-komponen yang boleh dicabut
dan dipasang oleh murid sendiri supaya kefahaman murid dalam litar bersiri
dan litar selari dapat ditingkatkan dengan lebih berkesan.

Kesimpulan
Secara positifnya, saya bersetuju bahawa tugasan yang dilaksanakan ini
banyak membantu saya dan ahli kumpulan yang lain terutamanya dalam pembinaan
ABM yang bukan sahaja lebih menarik namun berfungsi dengan kadar yang
optimum dan serbafungsi untuk pengajaran Sains kepada murid kelak. Malah,
tugasan yang telah dilaksanakan ini memberikan pengalaman yang sangat
bermakna dan teristimewa kerana tidak semua orang akan mendapat pengalaman
yang berharga seperti yang dirasai oleh saya sepanjang pelaksanaan tugasan ini
bersama ahli kumpulan yang lain.
Terima kasih.
RUJUKAN
Buku
Lee Shok Mee. (1993). Asas Pengajaran Sains Sekolah Rendah. Selangor:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Ooi Chong Beng, Mohd Khairuddi Yahya. (1982). Panduan Makmal Sains. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Lembaga Getah Malaysia (LGM). (2009). Teknologi Perladangan dan Pemprosesan
Getah. Kuala Lumpur: RISDA.

Martin,R.,Sexton.C.&Gerlovich,J.(2002).Teaching science for all children-Methods
for constructing understanding.Boston: Allyn and Bacon
Mr.Dennis M.Mc Grath,(1978).Laboratory Management and Techniques.Penang:
Anthonian Store Sdn.Bhd
Tan, S.C.&Wong F.L (2003).Teaching and Learning with technology:An Asia Pasific
perspective. Singapore:Prentice Hall.
Artikel Seminar dari Sumber Elektronik
Norziana Jasman. Kajian Kepelbagaian Makroalga Marin di Perairan Pulau Pinang .
Retrieved Julai 2013 from http://www.ukm.my
Modul dari Sumber Elektronik
Universiti Pendidikan Sultan Idris. Unit 6 Pengurusan Makmal. Retrieved Julai 2013
from http://myguru3.upsi.edu.my
Artikel dari Sumber Eletronik
Makmal SK Kem Kabota. Nota. Retrieved Julai 2013 from
http://makmalskkemkabota.blogspot.com/
Makmal Sains SK Kukusan, Tawau. (September 2011). Pengendalian Selamat
Bahan Saintifik dan Bahan Kimia. Retrieved Julai 2013 from
http://makmalsainsskkukusantawau.blogspot.com
Makmal Sains SMK Berangan, Tumpat. Panduan Makmal Sains Sekolah. Retrieved
Julai 2013 from http://makmal.9f.com
Makmal Sains SMK Berangan, Tumpat. Pengawetan Spesimen Haiwan Kecil dan
Tumbuhan. Retrieved Julai 2013 from http://makmal.9f.com

Makmal Sains SK Bahagia. (September 2011). Pengurusan Makmal Sains.
Retrieved Julai 2013 from http://happysclabo.blogspot.com