Tersedak susu

Post on 18-Jan-2017

264 views 1 download

Transcript of Tersedak susu

TERSEDAK SUSU

TIPS

Keratan akhbar

Kandungan

• Sebab tersedak susu.• Cara yang betul memberi susu kepada bayi.

Sebab-sebab tersedak susu (1)

• Apabila seorang bayi tertidur semasa sedang menghisap botol susu, susu itu akan terus mengalir membuatkan bayi tersedak dan susu akan terus masuk ke saluran pernafasan dan paru-paru mereka.

Sebab-sebab tersedak susu (2)

• Lubang puting botol yang terlalu besar, menyebabkan susu akan terus mengalir tanpa henti ketika bayi tertidur.

Sebab-sebab tersedak susu (3)

• Tabiat meletakkan bantal atau kain untuk menyokong botol susu dan meninggalkan bayi keseorangan.

Sebab-sebab tersedak susu (4)

• Kedudukan bayi semasa minum susu yang salah.

Cara yang Betul memberi minum susu kepada bayi (1)

• Ketika menyusu tidak kira susu botol atau susu badan, pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi daripada dada dan perutnya. Botol susu pula mesti dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 hingga 60 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak dan menyebabkan bayi lemas.

Cara yang Betul memberi minum susu kepada bayi (2)

• Pastikan juga lubang puting botol tidak terlalu besar bagi mengelakkan angin masuk ke dalam perut bayi.

Cara yang Betul memberi minum susu kepada bayi (3)

• Sekiranya menyusu badan, pastikan kawasan puting masuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi.

Cara yang Betul memberi minum susu kepada bayi (4)

• Elakkan memberi susu dengan meletakkan bayi di atas lantai, sebaiknya pangku bayi seperti mana teknik menyusu badan.

Cara yang Betul memberi minum susu kepada bayi (5)

• Selepas menyusu, sendawakan bayi untuk mengeluarkan angin dan mengelak bayi muntah ketika tidur.

Tanda-tanda tersedak susu Bayi sukar bernafas. Muka dan leher

menjadi merah. Bayi mengeluarkan

bunyi aneh atau menjadi senyap.

TERIMA KASIH