Pak kaduk

Post on 24-May-2015

107 views 5 download

description

sebuah cerita kanak-kanak. ibu bapa digalakkan untuk mempersembahkan cerita ini kepada anak-anak untuk perkembangan otak mereka.

Transcript of Pak kaduk

PAK KADUK

NAMA :

KELAS :

SEKOLAH :

Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com

Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com

1

Dalam sebuah kampung ada

seorang bernama Pak Kaduk.

Pak Kaduk suka menyabung

ayam. Pak Kaduk menggelarkan

ayamnya Si Biring.

Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com

2

Si Biring selalu menang sabung.

Pada suatu hari, Pak Kaduk ingin

menyabung ayamnya dengan

ayam raja. Raja bersetuju.

Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com

3

Pak Kaduk sangat suka hati.

“Si Biring tentu akan menang. Aku

akan dapat banyak hadiah,” kata

Pak Kaduk dalam hatinya.

Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com

4

Pak Kaduk lalu pergi ke istana.

Ramai orang datang. Mereka mahu

menyaksikan ayam Pak Kaduk

bersabung dengan ayam raja.

Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com

5

“Si Biring tentu akan menang,”

kata mereka. Pak Kaduk berasa

megah mendengar kata-kata itu.

Sebelum sabung itu dimulakan, raja

dan Pak Kaduk membuat perjanjian.

Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com

6

“Jika ayam kamu menang, kamu

akan menerima hadiah daripada

beta. Tetapi jika ayam beta menang,

kampung kamu akan menjadi milik

beta,” titah raja. Pak Kaduk bersetuju.

Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com

7

Raja mahu menukarkan ayamnya

dengan ayam Pak Kaduk. Sekali lagi

Pak Kaduk bersetuju.

Dalam sabung itu, Si Biring menang.

Ayam raja yang kalah itu lari susup-sasap.

Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com

8

“Si Biring menang! Si Biring

menang!” Pak Kaduk terlompat-lompat

kerana sangat gembira.

“Si Biring menang! Si Biring

menang!” Pak Kaduk bersorak-sorak.

Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com

“Wahai Pak Kaduk, betalah yang

menang, bukan kamu! Kamu bersetuju

menukarkan ayam Si Biring itu dengan

ayam beta. Oleh yang demikian, beta

menang,” titah raja.

9

Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com

Mendengar titah raja itu, barulah

Pak Kaduk teringat akan janjinya

tadi.

10

Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com

Pak Kaduk berasa malu dan

menyesal. Dia memang sudah

kalah. Kampungnya kini menjadi

milik raja.

11

Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com

Itulah sebabnya selalu dinyanyikan

orang:

“Pak Kaduk menang sorak,

kampungnya tergadai.”

12