Post on 02-Jun-2018
OBJEKTIF
i. Memberi kefahaman kepada mahasiswa berkaitan dengan huraian rukun Islam.
ii. Menjelaskan apakah hak-hak Allah yang perlu dipelihara oleh kita sebagai
hambaNya.
1. 0 MUQADDIMAH
Hadith ini adalah hadith ketiga dalam kitab hadith 40 karangan Imam Nawawi.
Hadith ini adalah berkaitan dengan rukun-rukun Islam.
2. 0 HADITH DAN TERJEMAHAN
دعن
نع
دارح
نع
نعر
خطب
رضا
:قلع
ل
رصلو
:م
سع
ة:خ
ش
ن
ن
لحد
رمةقصا
تحجازكة
ما
.رضنص
)واخرروا(
Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Umar bin al-Khattab r. a dia berkata : Aku
mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : “ Islam dibangun di atas lima perkara;
bersaksi bahwa tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah dan bahawa nabi
Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat,
melaksanakan haji ke Baitullah dan menunaikan puasa di bulan Ramadhan.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
3. 0 INTIPATI HADITH
1. Rasulullah S.A.W mengumpamakan Islam seperti sebuah bangunan yang kukuh
dan tegak di atas tiang-tiang yang mantap.
2. Penyataan tentang keEsaan Allah S.W.T dan keberadaannya, membenarkan
kenabian Muhammad S.A.W adalah merupakan perkara yang paling asas
berbanding rukun-rukun yang lain.
3. Selalu mendirikan solat dan hendaklah menunaikannya secara sempurna beserta
syarat, rukun, dan perkara-perkara sunnahnya agar dapat memberikan hasilnya
dalam diri seorang muslim iaitu dapat meninggalkan perbuatan keji dan munkar.
DISKUSI 5 :
THE FIVE PILLARS OF ISLAM
4. Wajib mengeluarkan zakat daripada harta apabila syarat-syarat wajib zakat telah
dipenuhi untuk di agihkan kepada orang faqir.
5. Wajib menunaikan ibadah Haji bagi yang berkemampuan dan puasa (Ramadhan)
bagi setiap muslim.
6. Rukun Islam mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Sesiapa yang
mengingkarinya maka dia bukanlah seorang muslim berdasarkan ijma’ ulama.
7. Hadith diatas menunjukkan bahawa rukun Islam ada lima perkara, dan masih
banyak lagi perkara lain yang penting dalam Islam yang tidak ditunjukkan dalam
hadith. Rasulullah S.A.W bersabda: “ Iman itu terdapat tujuh puluh lebih
cabang”
8. Islam adalah perkara iktiqad dan amal perbuatan. Tidak bermanfaat amal tanpa
iman demikian juga tidak bermanfaat iman tanpa amal.
3. 0 NILAI DAN PENGAJARAN
1. Hadith ini menerangkan tentang rukun Islam yang perlu di imani oleh setiap
Muslim.
2. Hadith ini mengumpamakan Islam sebagai sebuah binaan yang kukuh berdiri
dengan lima batang tiangnya. Tanpa lima perkara ini, keislaman seseorang
Muslim akan goyah dan runtuh. Ini membayangkan kepada kita bahawa betapa
rukun-rukun ini mestilah ditegakkan oleh setiap Muslim dengan penuh ikhlas dan
tanggungjawab.
3. Dengan melaksanakan rukun Islam dengan sebaiknya bermakna seseorang
Muslim itu memiliki kesempurnaan, keteguhan dan keelokan binaan Islamnya,
manakala Muslim yang cuai dalam melaksanakan rukun Islam bererti memiliki
binaan Islam yang tidak kukuh dan mampu dirobohkan atau dimusnahkan.
RUJUKAN
1. Al-Wafi fi Syarah Arbain an-Nawawi , Dr Mustafa Bugho, Darul Kalam, Damsyik,
1428H-2008, Cetakan pertama.
2. Pdf Hadith 40 Imam Nawawi
3. Jami’ Ulum wal Hukum fi Syarah Khomsina Hadithan min Jawami’ Kalam, Ibnu rejab
al-Hanbali, Darul Fajar li Turath, Qaherah, 1431H-2006
4. Hadith 40 dan Terjemahannya, Mustafa Abdul Rahman, 2008, Dewan Pustaka dan
Fajar, Shah Alam.