1
1.0 PENGENALAN
Secara umumnya, pendidikan merupakan satu proses terancang
untuk mewujudkan suasana yang harmonis dalam proses
pengajaran dan pembelajaran antara guru dan murid supaya
proses tersebut dapat mengembangkan potensi diri masing-
masing. Bukan sahaja mencakupi aspek akademik seseorang
pelajar bagi melahirkan generasi yang mapan dengan ilmu di
dada, malah ia perlu melibat beberapa aspek lain seperti
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
Pada era globalisasi ini, pendidikan dikatakan sangat
penting. Hal ini kerana setiap perkara memerlukan ilmu
pengetahuan dan kemahiran untuk membolehkan seseorang itu
maju dan bersaing pada masa hadapan. Terdapat banyak
kepentingan pendidikan kepada seseorang individu, iaitu
dapat mengembangkan potensi individu, mempunyai peluang masa
depan yang cerah, sebagai persiapan mengalami perubahan
seiring dengan gelombang perkembangan arus dunia moden dan
dapat membantu individu menyampai dan menerima ilmu dengan
cara yang betul (Siti Nor Azizah, 2004).
Rentetan daripada itu, kerajaan Malaysia telah
menyelaraskan sistem pendidikan di negara ini dengan sistem
pendidikan di seluruh negara dengan mewujudkan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK). Falsafah ini memainkan beberapa
2
peranan penting, antaranya ialah sebagai suluh yang memberi
panduan dan arah tuju kepada segala usaha mengembangkan dan
memajukan pendidikan (Ismail, 2012).
Lantas, FPK juga menjadi dasar dan pertimbangan asas
untuk menentukan matlamat pendidikan negara dan sebagai
rujukan untuk membantu para penyelidik memahami sistem
pendidikan negara. Selain itu, FPK menjadi bimbingan untuk
para pendidik semasa mereka melaksanakan tugas-tugas
pendidikan. Oleh itu, FPK merupakan dasar dan pertimbangan
asas untuk menentukan kurikulum, bahan-bahan pengajaran dan
strategi pengajaran dan pembelajaran (Ismail, 2012).
Untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
guru juga memainkan peranan penting dalam melaksanakan
strategi-strategi yang telah ditentukan oleh kerajaan. Oleh
itu, Falsafah Pendidikan Guru (FPG) telah diwujudkan bagi
menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada
matlamat dan pendidikan guru. Terdapat beberapa aspek yang
ingin dibentuk dalam diri guru yang berperanan sebagai agen
perubahan generasi akan datang. Antaranya ialah berpekerti
mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia
menyanjung aspirasi negara, memelihara suatu masyarakat yang
bersatu padu, memelihara suatu masyarakat yang demokratik,
memelihara suatu masyarakat yang progresif dan memelihara
suatu masyarakat yang berdisiplin (Mok Soon Sang, 2003).
3
Justeru, pendidikan awal yang diwajibkan bagi setiap
kanak-kanak bermula dari sekolah rendah adalah seawal tujuh
tahun. Di samping menjadi wadah penyampaian ilmu, sekolah
merupakan tempat pembentukan peribadi seseorang pelajar
untuk mengamalkan nilai-nilai murni. Walaupun tertakluk
kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan, sistem pendidikan di
Malaysia sering berubah mengikut keperluan semasa dan
sejajar dengan perubahan aspek ekonomi, sosial dan politik.
Oleh yang demikian, tugasan ini dilaksanakan bagi
mendalami dan menghayati sejarah pembentukan serta elemen-
elemen dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah
Pendidikan Guru. Seterusnya, mengkaji fungsi dan peranan
sekolah dalam merealisasikan FPK kepada pelajar dan FPG
kepada guru. Akhir sekali, menyatakan implikasi FPK dan FPG
terhadap sistem pendidikan negara berdasarkan Pelan
Pembangunan Pendidikan Negara.
2.0 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah dirumuskan pada
tahun 1988 dan dinyatakan dalam Akta Pendidikan 1996 yang
berbunyi:
4
“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan lahir melalui suatu
proses yang agak panjang iaitu satu proses pembinaan negara
dan bangsa semenjak merdeka lagi. Idea penggubalan FPK telah
dicetus selepas penerbitan Laporan Jawatankuasa Kabinet pada
tahun 1979. FPK yang dahulunya dikenali sebagai Falsafah
Pendidikan Negara (FPN) telah digubal berlandaskan tiga
ideologi, iaitu Rukun Negara, Dasar Ekonomi Baru (RMK 3,
1976-1980) dan Dasar Pendidikan Kebangsaan (1999). FPK
digubal oleh pakar-pakar pendidikan secara teliti dengan
mengambil berat keperluan-keperluan individu, masyarakat dan
negara. ( Kementerian Pelajaran Malaysia, 2001).
5
2.1 Elemen-elemen dalam FPK
Terdapat beberapa elemen penting dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang dapat dihuraikan seperti berikut :
ELEMEN-ELEMEN HURAIANPendidikan suatu
usaha berterusan
Pendidikan adalah suatu proses
pemerolehan dan pemindahan ilmu,
kemahiran dan nilai-nilai murni;
Proses pemerolehan dan pemindahan
berlangsung secara berterusan bermula
dari kecil sehingga ke akhir hayat;
Pendidikan awal kanak-kanak amat
penting untuk membentuk asas sahsiah
kanak-kanak yang berada dalam
lingkungan umur antara satu hingga
enam tahun;
Sahsiah yang dibentuk akan terus
berkembang sepanjang tempoh
persekolahan;
Setelah tamat persekolahan, setiap
individu masih terus meningkatkan
ilmu, kemahiran dan akhlak mereka;
Proses pendidikan yang berterusan
bagi membantu individu menyesuaikan
6
diri dengan pelbagai perubahan.Memperkembangkan
potensi individu
Setiap individu telah dikurniakan
oleh Tuhan dengan bakat, potensi dan
kebolehan yang mungkin terpendam;
Bakat, potensi dan kebolehan seelok-
eloknya dicungkil, dipupuk,
dikembangkan dan dipertingkatkan;
Bakat, potensi dan kebolehan akan
terjelma melalui interaksi sosial
dengan orang lain dan alam
sekeliling;
Pendidikan seharusnya memberi peluang
individu untuk berkembang bakat,
potensi dan kebolehan mereka.Perkembangan
potensi secara
menyeluruh dan
bersepadu
Bakat, potensi dan kebolehan tidak
boleh dikembangkan secara berasingan;
sebaliknya perlu dikembangkan secara
bersepadu.
Perkembangan dan peningkatan
seharusnya merangkumi empat aspek,
iaitu intelek, rohani, emosi dan
jasmani perlu disepadukan.Insan yang
seimbang dan
harmonis
Amat penting bagi individu memiliki
ilmu (intelek), sahsiah yang baik
(emosi), percaya kepada Tuhan serta
mempunyai akhlak yang baik (rohani)
7
dan kesihatan diri yang baik
(jasmani);
Keseimbangan antara keempat-empat
aspek di atas akan menghasilkan
individu yang mampu hidup secara
harmonis dengan diri dan orang lain;
Syarat untuk mendapat bimbingan dan
hidayah dari Allah adalah setiap
manusia perlu seimbang dari aspek
luaran dan dalaman iaitu manusia yang
jujur, benar, baik tutur dan
amalannya.
Individu sedemikian memiliki
ketahanan untuk menghadapi segala
cabaran hidup serta sanggup
berhadapan dengan apa jua masalah
yang timbul.Unsur intelek Mempunyai kemahiran asas 3M: membaca,
menulis dan mengira;
Sering berusaha untuk memperoleh dan
mengembang ilmu yang benar;
Berkemahiran untuk berfikir secara
kreatif, kritikal dan reflektif;
Sanggup untuk berkongsi ilmu dengan
orang lain dan persekitaran
(menyebarluaskan ilmu).
8
Cintai ilmu pengetahuan;
Berusaha memupuk budaya ilmu dan
budaya
membaca;
Mempunyai fikiran yang luas dan
terbuka.Unsur rohani
(Kepercayaan dan
kepatuhan kepada
Tuhan)
Menyedari dan percaya kepada Tuhan;
Bersyukur kepada pemberian Tuhan;
Berahklak mulia dan berpegang kepada
nilai-nilai agama;
Mengakui tentang kewujudan Tuhan;
Mengakui Tuhan sebagai pencipta
manusia;
Menyedari bahawa hukum dan fenomena
alam merupakan peraturan yang
ditetapkan oleh Tuhan;
Menyedari bahawa individu
bertanggungjawab sepenuhnya terhadap
perbuatan dan tindakannya;
Mengamalkan segala ajaran agama yang
dianuti.Unsur emosi Mempunyai emosi yang matang dan
stabil;
Memiliki dan memupuk perasaan kasih
sayang;
Mempunyai sifat kekitaan dan
9
perpaduan;
Mampu mengawal emosi dan nafsu serta
tidak sombong atau hipokrit.Unsur jasmani Menyedari tentang kepentingan
kesihatan fizikal;
Mengembangkan bakat dan kemahiran
teknikal, manipulatif dan sosial;
Menggunakan kemahiran kecergasan
fizikal untuk memanfaatkan
masyarakat.Rakyat Malaysia
yang berilmu
pengetahuan
Mencintai ilmu pengetahuan;
Berusaha memupuk budaya ilmu dan
budaya membaca;
Mempunyai fikiran yang luas dan
terbuka.Rakyat Malaysia
yang
berketerampilan
Mempunyai kecekapan dan kompetensi
diri;
Berkebolehan untuk menjalankan tugas
dengan sempurna;
Berpandangan jauh dan berinisiatif;
Memupuk pembawaan diri yang baik.Rakyat Malaysia
yang berakhlak
mulia
Mempunyai perwatakan diri yang baik;
Berpegang kepada nilai-nilai murni
dan moral sebagai prinsip hidup.Rakyat Malaysia
yang
Boleh dipercayai;
Menyedari bahawa setiap tugas dan
10
bertanggungjawab tanggungjawab merupakan amanah dan
harus dilaksanakan dengan baik;
Menjalankan tugas dengan amanah,
bersih dan cekap;
Mematuhi peraturan dan undang-undang
negara;
Berusaha untuk meningkatkan diri,
keluarga, masyrakat, agama, bangsa
dan negara.Rakyat Malaysia
yang berkeupayaan
mencapai
kesejahteraan diri
Berfikiran waras dan berjiwa tenang;
Mempunyai daya ketahanan yang kuat
untuk menghadapi cabaran hidup.
Rakyat Malaysia
yang dapat memberi
sumbangan terhadap
keharmonian dan
kemakmuran
masyrakat dan
negara
Berusaha untuk memupuk perpaduan
rakyat melalui sifat toleransi,
bertimbang rasa, kekitaan, hormat-
menghormati dan sebagainya;
Berusaha untuk memajukan ekonomi
negara berdasarkan dasar-dasar yang
ditetapkan;
Sering mengekalkan kestabilan politik
dan keamanan negara;
Mematuhi perlembagaan dan peraturan
negara;
Mempertahankan maruah diri,
profesion, agama, bangsa dan negara.
11
Menjadikan Rukun Negara sebagai
amalan hidup;
Memupuk kesefahaman keluarga;
Mematuhi norma masyarakat,
Cintakan negara.
Jadual 1 : Elemen-elemen Falsafah Pendidikan Kebangsaan
3.0 FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG)
Falsafah Pendidikan Guru (FPG) di negara kita digubal
berasaskan model konseptual. Model Konseptual Pendidikan
Guru (rujuk lampiran Rajah 1) adalah dirangka berlandaskan
kepada dasar FPK dan matlamat pendidikan. Model ini
merangkumi akauntibiliti guru di bawah tiga dimensi utama,
iaitu;
Ketuhanan : peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan
individu berteraskan kepercayaan dan
kepatuhan kepada ajaran agama.
Kemasyarakatan : penekanan peranan guru sebagai pendidik,
pemimpin dan agen perubahan.
Kendiri : penekanan pembinaan daya kefahaman dan
patriotisme, pemupukan budaya ilmu serta pembentukan
sahsiah murni dan berpekerti mulia.
12
Di bawah tiga dimensi utama tersebut, Model Konseptual
Pendidikan Guru ini merangkumi tiga aspek asas, iaitu
pengetahuan yang berkaitan dengan perkembangan dan
kepentingan pendidikan dalam kehidupan. Kemahiran ikhtisas
yang merangkumi kemahiran menggunakan bahan-bahan pelajaran
dengan matlamat meningkatkan kualiti pengajaran dan
pembelajaran. Nilai yang merujuk kepada amalan nilai-nilai
murni, perlakuan guru yang penyayang, berpekerti mulia,
berdaya tahan, patriotik, inovatif, kreatif dan patuh kepada
etika profesion keguruan (Syed Ismail Syed Mustafa dan Ahmad
Subki Miskon, 2011).
Ketiga-tiga aspek ini disepadukan dan merentas semua
disiplin dan program perguruan yang dirancangkan. Di samping
itu, Model Konseptual Pendidikan Guru juga menekankan
matlamat mengembangkan potensi guru secara seimbang dan
bersepadu dari segi rohani, emosi, intelek dan jasmani yang
juga adalah selaras dengan matlamat yang terdapat dalam FPK
(Syed Ismail Syed Mustafa dan Ahmad Subki Miskon, 2011).
Berdasarkan FPG yang disandarkan kepada Model Konseptual
Pendidikan Guru di atas, maka matlamat pendidikan guru dapat
dirumuskan seperti menghasilkan guru yang berkualiti dari
segi peribadi, profesional, sosial dan amalan tingkah laku.
Warga pendidik wajib menguasai ilmu, kemahiran dan amalan
nilai-nilai keguruan. Oleh itu, guru akan berupaya mencapai
13
kecemerlangan pendidikan untuk pengisian tuntutan Wawasan
Pendidikan dalam abad ke-21.
3.1 Elemen-elemen dalam FPG
Terdapat beberapa elemen penting yang terdapat dalam
Falsafah Pendidikan guru yang dapat dihuraikan seperti
berikut:
ELEMEN-ELEMEN HURAIANBerpekerti mulia Sahsiah guru yang baik (berbudi
bahasa, bersopan, berdisiplin dan
bermoral).Berpandangan
progresif dan
saintifik
Mengikut peredaran zaman yang kini
memberi penekanan kepada sains dan
teknologi;
Tidak ketinggalan dari segi
profesional.Bersedia menjunjung
aspirasi negara
Menghayati aspirasi negara yang
dihasratkan;
Berusaha menyumbang secara maksimum
ke arah pencapaian aspirasi negara.Serta menyanjung
warisan kebudayaan
negara
Menghayati warisan kebudayaan
negara yang unik;
Memupuk sifat bangga terhadap
kepelbagaian budaya dalam kalangan
14
murid;
Menyemai sifat patriotisme dan
cintakan negara.Menjamin
perkembangan
individu
Peranan guru dari segi perkembangan
diri dan perkembangan murid secara
menyeluruh (aspek jasmani, emosi,
rohani dan intelek).Memelihara suatu
masyarakat yang
besatu padu,
demokratik,
progresif dan
berdisiplin
Tanggungjawab guru sebagai ahli
masyarakat yang menyumbang kepada
pembangunan negara;
Berusaha agar masyarakat dapat
memenuhi aspirasi dan hasrat negara
yang telah ditetapkan.
Jadual 2 : Elemen-elemen Falsafah Pendidikan Guru.
4.0 FUNGSI DAN PERANAN SEKOLAH DALAM MEREALISASIKAN FPK
KEPADA PELAJAR DAN FPG KEPADA GURU
Sekolah secara amnya difahamkan sebagai suatu tempat untuk
belajar dan mengajar. Orang yang mendidik dan mengajar itu
dikenali sebagai guru, manakala yang belajar itu adalah
murid. Selain daripada proses pengajaran dan pembelajaran,
banyak nilai-nilai murni dan norma-norma positif dipupuk dan
disemai dalam kalangan komuniti sekolah (Ee Ah Meng, 1994).
15
Sekolah merupakan institusi yang utama dalam usaha
merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan
Falsafah Pendidikan Guru (FPG).
Bagi merealisasikan hasrat falsafah pendidikan ini
bukanlah suatu perkara yang mudah. Aspek-aspek seperti
budaya sekolah, peranan guru, disiplin murid, aktiviti ko-
kurikulum dan juga aspek kepimpinan perlu diberi perhatian
yang serius dan dilaksanakan secara menyeluruh dan berkesan
di semua sekolah. Sekiranya aspek tersebut dapat dijalankan
dengan sempurna, hasrat FPK dan FPG pasti akan dapat
direalisasikan.
4.1 Aspek Pembudayaan Sekolah
Aspek pembudayaan sekolah merupakan aspek pertama yang
wajib dititikberatkan. Aspek ini juga dikenali sebagai iklim
sekolah. Budaya sekolah mestilah merangkumi keempat-empat
elemen yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
iaitu rohani, intelek, emosi dan jasmani (Mok Soon Sang,
2003). Kepentingan menerapkan nilai agama tanpa menentang
agama lain adalah melibatkan elemen rohani. Contohnya di SK
Batu Payong, murid-murid diwajibkan membaca doa mengikut
agama masing-masing sebelum proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan. Selain itu, murid-murid juga diajar
untuk bersalam-salaman dengan guru sebelum guru keluar dari
16
kelas. Hal ini menunjukkan budaya menghormati orang yang
lebih dewasa seperti yang diajar dalam nilai agama telah
dilancarkan. Secara tak langsung akan melahirkan murid yang
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri.
Bagi elemen intelek, sekolah mestilah menggalakkan
pembudayaan ilmu dalam kalangan murid dan guru. Sebagai
contoh, sebuah prasarana seperti pusat sumber telah
disediakan di SK Batu Payong. Dengan adanya kemudahan ini,
pelajar mudah mendapat bahan bacaan yang diinginkan. Pihak
sekolah juga menganjurkan program-program akademik seperti
program NILAM. Hal ini akan menggalakkan budaya membaca
dalam kalangan murid. Bagi meningkatkan semangat murid untuk
membaca, pihak sekolah akan memberi anugerah kepada pelajar
yang membaca buku paling banyak. Melalui pembacaan, minda
murid akan lebih berkembang dan murid mampu berfikir secara
kreatif dan kritis. Oleh itu, tindakan ini adalah sejajar
dengan hasrat FPK untuk melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan.
Seterusnya, pihak sekolah perlulah memastikan kawasan
sekolah selamat dan kondusif dalam elemen emosi. Buktinya,
pihak sekolah SK Batu Payong telah menyediakan dua orang
pengawal keselamatan dan beberapa orang tukang kebun.
Pengawal keselamatan ditugaskan untuk menjaga keamanan dan
17
ketenteraman di kawasan sekolah daripada sebarang
pencerobohan. Manakala, tukang kebun pula berfungsi
menceriakan persekitaran sekolah. Persekitaran sekolah yang
tenang, bersih dan harum akan memberi impak kepada
perkembangan kognitif murid. Murid akan lebih senang merima
maklumat yang disampaikan oleh guru ketika proses pengajaran
dan pembelajaran. Dengan ini, peratusan untuk mencapai
kecemerlangan dalam bidang kurikulum akan meningkat.
4.2 Aspek Aktiviti Kokurikulum
Pihak sekolah juga perlu memainkan peranan dalam aspek
aktiviti ko-kurikulum. Melalui gerak kerja ko-kurikulum,
sifat-sifat kepimpinan, kerjasama, tolong-menolong dan sedia
berkhidmat dalam kalangan murid dapat dipupuk (Mok Soon
Sang, 2003). Buktinya, setiap hari Rabu akan diadakan
perjumpaan aktiviti kokurikulum. Hal ini juga selaras dengan
konsep 1Murid 1Sukan. Hari Sukan Tahunan juga merupakan
acara wajib dilaksanakan di SK Batu Payong. Kesan daripada
aktiviti ini, pihak sekolah dapat mengenal pasti pelajar
yang berpotensi untuk menjadi atlet sekolah dan akan
mewakili sekolah dalam sukan peringkat daerah, bahagian,
negeri dan seterusnya ke peringkat kebangsaan. Oleh yang
demikian, gerak kerja ko-kurikulum ini perlu dirancang
dengan teliti agar dapat melahirkan murid yang seimbang
perkembangan mental, sosial, jasmani dan rohani. Hal ini
18
kerana ia dapat mencungkil bakat murid, menambah kemahiran
dan meningkatkan keyakinan diri setiap murid. Secara tidak
langsung, murid-murid juga akan lebih berminat untuk belajar
dan hadir ke sekolah.
4.3 Aspek Disiplin
Aspek disiplin juga penting bagi merealisasikan hasrat FPK.
Menurut Mok Soon Sang (2003), disiplin adalah berkaitan
dengan tatatertib, tatasusila, kesopanan dan akhlak. Sekolah
merupakan institusi terpenting dalam membentuk disiplin
murid-murid. Sekiranya masalah disiplin adalah sifar di
sekolah, proses pembelajaran dan pengajaran akan menjadi
lebih lancar, mudah dan menarik. Jika masalah ini tidak
dibendung dengan segara, ia akan mengganggu tumpuan murid
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini, pihak
sekolah Batu Payong telah mengadakan kerjasama dengan ibu
bapa melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk
mengawal disiplin setiap murid. Melalui persatuan ini,
masalah disiplin di SK Batu Payong dapat diatasi dengan
mudah.
4.5 Aspek Kepimpinan
Guru besar merupakan orang yang terutama di peringkat
sekolah untuk menyokong dan memastikan kejayaan pelaksanaan
19
teras yang berkaitan di peringkat sekolah. Kualiti
kepimpinan yang tinggi adalah sangat diperlukan untuk
mengurus dan mentadbir sekolah bagi melahirkan generasi
berkualiti. Guru besar haruslah berpandangan jauh, proaktif
dan berani melakukan perubahan demi kepentingan dan masa
depan pelajar mengikut perkembangan dan kesesuaian zaman,
dan seterusnya membimbing dan berusaha untuk melonjakkan
pencapaian sekolahnya ke peringkat yang lebih cemerlang (Ee
Ah Meng, 1998). Encik Ahmad Hakim bin Jaafar merupakan Guru
Besar di SK Batu Payong. Walaupun beliau sibuk mengurus
urusan pentadbirasn sekolah, beliau juga mengambil bahagian
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, beliau
mengajar subjek Bahasa Melayu bagi murid Tahun 6. Selain
itu, beliau juga memastikan segala pembahagian tugasan
dilakukan secara adil dan saksama tanpa ada rasa
ketidakpuasan hati dari mana-mana pihak.
4.5 Aspek Peranan Guru
Tidak dinafikan bahawa sekolah merupakan agen sosialis yang
penting dalam merealisasikan FPK. Namun, tanpa guru hasrat
itu mungkin tidak akan tercapai. Oleh itu, guru perlu
memiliki sahsiah yang baik sebagai ‘rol model’ kepada
pelajar. Contohnya, guru-guru di SK Batu Payong memberikan
layanan yang baik semasa saya melaksanakan Pengalaman
Berasaskan Sekolah (PBS) selama seminggu. Hal ini
20
menunjukkan guru-guru tersebut mengamalkan amalan berpekerti
mulia seperti yang terdapat dalam FPG. Pihak sekolah juga
menyediakan kemudahan seperti projektor, makmal komputer dan
sebagai bagi memastikan guru di sekolah itu sentiasa
mengikut perkembangan teknologi dan semasa. Dengan ini,
proses pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar akan
menjadi mudah dan lancar. Oleh itu, guru harus melaksanakan
akauntibiliti mereka berlandaskan FPG.
Kesimpulannya, hasrat FPK dan FPG pasti akan dapat
dicapai seandainya semua pihak memainkan peranan dan tugas
masing-masing dengan baik.
6.0 IMPLIKASI FPK DAN FPG TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN
NEGARA BERDASARKAN PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN NEGARA
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) merupakan sebuah
dokumentasi yang murni dan luhur, dan memerlukan
penghayatan, pemahaman dan keprihatinan para pendidik untuk
merealisasikan tujuan dan cita yang tersisip dalam
kandungannya. Justeru, semua perancangan dan aktiviti
pendidikan hendaklah berpandukan nilai-nilai dan prinsip-
prinsip yang terkandung dalam FPK. Terdapat beberapa
implikasi FPK kepada sistem pendidikan kita. Antaranya ialah
:
21
a) Implikasi terhadap kurikulum
Perubahan sukatan pelajaran yang berorientasikan kepada
program bersepadu.
Perubahan bahan-bahan pelajaran yang mengutamakan nilai-
nilai murni diserapkan dalam semua mata pelajaran.
Perubahan program pendidikan yang beroientasikan aspek
jasmani, emosi, rohani dan intelek untuk melahirkan insan
yang seimbang dan harmonis.
Perubahan sistem pendidikan yang berorientasikan ke arah
pendidikan umum.
Perubahan sukatan pelajaran yang sesuai untuk melatih
kemahiran pelajar dalam bidang vokasional dan teknologi.
b) Implikasi terhadap pedidik
Perubahan sikap peribadi pendidik sendiri dengan
pandangan dan visi yang positif terhadap tugasnya untuk
merealisasikan tujuan dan cita FPK.
Perubahan profesional dengan mengubah strategi dan teknik
pengajarannya yang sesuai untuk melahirkan insan yang
berilmu pengetahuan, berketerampilan serta berakhlak
mulia.
c) Implikasi terhadap institusi pendidikan
Perubahan kemudahan-kemudahan supaya pelajar-pelajar
mendapat peluang mengembangkan potensi mereka dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani secara menyeluruh dan
22
bersepadu.
Perubahan aktiviti budaya sekolah yang kondusif untuk
melahirkan pelajar-pelajar yang mencintakan ilmu dan
seterusnya membentuk budaya membaca dalam kalangan
mereka.
Implikasi Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
1. Guru hendaklah melengkapkan diri dengan pengetahuan am
dan pengetahuan dalam mata pelajaran, khasnya mata
pelajaran KBSR, serta pengetahuan ikthisas keguruan.
2. Mengamalkan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan
hasrat FPG, khasnya mengembangkan individu dan memelihara
suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif
dan berdisiplin.
3. Menyemai dan memupuk amalan nilai-nilai murni dan etika
keguruan kepada diri dan pelajar selaras dengan tuntutan
FPG.
4. Menyempurnakan tanggungjawab dan akuantabiliti sebagai
insan guru yang sentiasa mencari ilmu serta
mengamalkannya bagi memenuhi tuntutan keperluan
pendidikan dan masa depan.
5. Menggunakan ilmu dan kemahiran mendidik serta nilai
keguruan untuk meransang perkembangan pelajar.
RUMUSAN
23
Tuntasnya, sistem pendidikan di Malaysia adalah berlandaskan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dalam membentuk insan
yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani
dan intelek. Tanpa FPK, sistem pendidikan di negara kita
mungkin tidak akan mengalami pembaharuan dan berada di takuk
yang lama. Falsafah ini telah menjadi panduan kepada warga
pendidik dalam melaksanakan tugas untuk melahirkan generasi
yang merupakan pelapis pemimpin negara suatu hari kelak.
Selain itu, Falsafah Pendidikan Guru (FPG) juga diwujudkan
sebagai panduan guru. FPG ini haruslah disemai dan
diaplikasi oleh setiap guru supaya dapat mendidik dan
memimpin putera puteri negara kita. Sekolah yang merupakan
institusi bertanggangjawab merealisasikan hasrat kedua-dua
falsafah kepada pelajar dan guru. Oleh itu, setiap pihak
perlu berganding bahu dalam menjayakan hasrat ini.
24
REFLEKSI
Sepanjang saya menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah
(PBS) di SK Batu Payong, Tawau, saya membuat banyak
pemerhatian terhadap pelaksanaan FPK di sekolah ini. Banyak
pengalaman baru yang saya telah dapat di sekolah ini. Dalam
tempoh saya menjalankan PBS ini, saya mendapati bahawa semua
pihak terutamanya pihak pentadbiran dan guru-guru
menunjukkan sikap yang positif dalam tugas masing-masing
bagi merialisasikan FPK di sekolah ini.
Sebagai buktinya, banyak program telah dirancang dan
dilaksanakan oleh pihak pentadbiran kepada murid-murid bagi
memastikan murid-murid mereka mendapat kecemerlangan dari
aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
Saya sempat melakukan pemerhatian ke atas seorang guru
bahasa Inggeris ketika beliau sedang mengajar. Saya dapati
guru ini sangat komited dalam mendidik murid-murid beliau.
Pelbagai pendekatan, kaedah dan strategi telah digunakan
sepanjang beliau mengajar bagi memastikan murid-murid mereka
fokus terhadap apa yang beliau ajar. Saya amat kagum dengan
sikap beliau yang sangat bijak mengawal sesi pengajaran dan
25
pembelajaran. Saya yakin, guru-guru lain di sekolah ini juga
mempunyai sikap yang sedemikian.
Satu perkara lagi yang menarik perhatian saya adalah
peranan Guru Besar di sekolah ini. Beliau sering membuat
tinjauan, pemantauan dan pemeriksaan terhadap Rancangan
Makanan Tambahan (RMT) yang disediakan di sekolah ini. Ini
menunjukkan sikap Guru besar yang amat prihatin terhadap
keselamatan murid-murid beliau. Selain itu, beliau juga
sering membuat pemerhatian dan pemantauan secara mengejut
ketika guru sedang mengajar. Jadi, saya amat teruja dengan
sikap beliau. Saya beranggapan bahawa guru-guru di sekolah
ini sudah mengetahui sikap Guru besar ini dan sentiasa
bersedia pada setiap masa dan sekali gus akan menjadikan
sesi pengajaran dan pembelajaran sentiasa terbaik. Impaknya,
murid-murid sentiasa mendapat didikan dengan cara yang
paling baik dan akhirnya akan menjadi murid yang cemerlang,
gemilang dan terbilang.
Konklusinya, peranan semua pihak di sekolah ini adalah
amat penting dalam membentuk kecemerlangan murid-murid dari
aspek emosi, rohani, intelek dan jasmani seperti yang
terkandung dalam FPK.
26
RUJUKAN
Abdul Rahman Md. Aroff & Zakaria Kasa. (1994). Falsafah dan
konsep pendidikan. Selangor, Penerbit Fajar Bakti.
27
Ee Ah Meng. (1994). Sekolah dan bilik darjah. Kuala Lumpur,
Penerbit Fajar.
Ee Ah Meng. (1998). Pendidikan di Malaysia 1: Falsafah pendidikan, guru,
sekolah Edisi Kedua. Selangor, Penerbit Fajar.
Ismail bin Said. (2012). Sejarah Malaysia moden 1945-1969.
Selangor, Penerbitan Multimedia.
Mok Soon Sang. (2003). Ilmu pendidikan untuk KPLI (Komponen 3 :
Profesionalisme keguruan). Selangor, Kumpulan Budiman.
Noriati a. Rashid, Lee Keok Cheong, Zulkifli Mahayudin &
Zakiah Noordin. (2012). Falsafah & pendidikan di Malaysia.
Selangor, Oxford Fajar.
Syed Ismail Syed Mustafa & Ahmad Subki Miskon. (2011).
Pengantar pendidikan. Selangor, Penerbitan Multimedia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Falsafah pendidikan
kebangsaan, matlamat dan misi kementerian pendidikan Malaysia.
Dilayari pada 8.08.2014 ` dari
http://web.moe.gov.my/bpk/bsk/bpanduan/fpk.pdf
Mohd Fathi Bin Adnan, Rohana Bt. Hamzah & Amirmudin Bin
28
Udin. (2010). Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam
Pendidikan Teknik dan Vokasional di Malaysia. Dilayari pada
8.08.2014 dari
http://eprints.utm.my/14917/1/Implikasi_Falsafah_Pendidikan_
Kebangsaan_d
alam_Pendidikan_Teknik_dan_Vokasional_di_Malaysia-
eprint2.pdf
Siti Nor Azizah Talata. (2004). Kerajaan komited tingkat tahap
pendidikan. Dilayari pada 8.08.2014 dari
http://www.utusan.com.my/utusan/Sabah_%26_Sarawak/
20140721/wb_02/
Kerajaan-komited-tingkat-tahap-pendidikan
Top Related