1.0 PENGENALAN
Setiap individu yang lahir adalah berbeza diantara satu sama
lain. Hal ini jelas kerana setiap individu adalah unik dan
tidak ada seratus-peratus sama dengannya meskipun bagi
pasangan kembar seiras. Menurut Khairul Yusri (2007), perbezaan
individu bermaksud variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma
kumpulannya sama ada dari segi sifat kognitif, emosi, fizikal, moral,
tingkah laku, sosial atau bakat dan aspek aspek yang lain mungkin–terdapat sesama individu dalam sesuatu kumpulan. Oleh itu guru-guru
harus memahami perkara ini di kalangan pelajar-pelajar kerana ia boleh
mempengaruhi pembelajaran di dalam kelas.
Umumnya, para pendidik mempunyai kaedah dan teknik pengajaran dan
pembelajaran tersendiri yang akan diaplikasikan ke dalam bilik darjah
mengikut subjek atau matapelajaran. Namun, kebanyakan guru percaya
bahawa dengan menggunakan satu kaedah dan teknik sahaja mampu
menjadikan proses P&P berjalan dengan lancar tanpa mengambil kira dari
segi aspek kepelbagaian pelajar. Oleh hal demikian, proses P&P; tidak
akan mencapai objektif yang telah ditetapkan berikutan terdapat
sebilangan pelajar yang ketinggalan. Jika hal ini berlarutan
golongan berkenaan akan merasa dipinggirkan dan menganggap
guru tidak cakna akan persekitaran.
Sebagai seorang guru, adalah penting untuk mengetahui dan
ambil peduli akan siapa sebenarnya pelajar-pelajar atau
komuniti didalam sesebuah kelas. Guru juga perlu meneliti akan
pendekatan yang bersesuaian yang dibawa oleh setiap pelajar,
bakat serta minat mereka ke dalam situasi pembelajaran.
Sewajarnya guru perlu mengetahui bahawa setiap individu
pelajar adalah berbeza dari aspek budaya, latar belakang
keluarga, dan tahap sosioekonomi yang mana sedikit sebanyak
1
memberi kesan kepada gaya dan corak pembelajaran mereka.
Setelah guru mampu memahami serta mengenali setiap jenis
pelajar didalam kelas, impaknya pelajar boleh mencapai
kejayaan daripada hasil pembelajaran mereka di sekolah.
Oleh yang demikian pemahaman yang mendalam akan kepelbagaian
pelajar yang wujud sekarang bukan hanya dilihat dari segi
tahap pembelajaran mereka bahkan juga pemerhatian yang teliti
perlu diberikan kepada budaya, etnik, bangsa, agama, latar
belakang keluarga, sosioekonomi dan terutama sekali kepada
gaya pembelajaran setiap daripada mereka dengan
menitikberatkan kepada minat, bakat, pengalaman serta
kemahiran yang diperolehi dalam membantu pelajar mencapai
hasil pembelajaran.
Kepelbagaian yang wujud antara pelajar perlu dikaji dan
difahami dengan sebaiknya dalam membantu untuk memahami gaya
pembelajaran dan diselitkan dengan latar belakang budaya
setiap orang pelajar dalam menentukan strategi pengajaran yang
lebih berkesan. Justeru itu adalah penting bagi guru memahami
serta mengetahui gaya pembelajaran pelajar yang wujud di dalam
sesebuah kelas.
2.0 PERBEZAAN JANTINA
Pengaruh jantina adalah amat besar dalam mempengaruhi
pencapaian akademik seseorang individu. Jantina boleh
2
mempengaruhi individu dalam berbagai cara dan keadaan
contohnya dalam cara berpakaian, berfikir, kesopanan, sikap,
personaliti dan juga dalam pencapaian akademik.
Menurut Maccoby dan Jacklin (1974) pelajar perempuan lebih
baik dari segi kecerdasan lisan atau bahasa, sementara pelajar
lelaki pula lebih baik dari segi kecerdasan ruang. Ini
bermakna pelajar perempuan lebih baik di dalam perbendaharaan
kata, tugasan mengeja perkataan dan membaca. Sementara,
pelajar lelaki pula lebih baik di dalam tugasan membaca peta,
teka silang kata atau tugasan berkaitan ruang. Pelajar lelaki
turut mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang dalam mata
pelajaran matematik , contohnya dalam menyelesaikan tugasan
geometri.
Faktor ini turut disokong oleh Teori Kecerdasan Pelbagai oleh
Howard Gardner. Pencapaian akademik murid perempuan lebih baik
daripada murid lelaki kerana murid perempuan mempunyai
kecerdasan verbal linguistik. Menurut Howard Gardner’s (1983),
seseorang yang mempunyai kecerdasan verbal-linguistik mampu
memahami, bertutur, menulis pelbagai jenis bahasa dan mampu
menguasai bahasa asing dengan baik dan fasih.
3.0 GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR
3
Gaya pembelajaran seseorang pelajar dapat mempengaruhi
keseluruhan aktiviti dan proses pengajaran dan pembelajaran.
Guru harus berusaha menghubungkan pelajar dengan ilmu
pengetahuan dan bukan mengisi serta menyuap pelajar dengan
ilmu. Justeru itu adalah penting guru-guru memahami serta
mengetahui gaya pembelajaran yang ditonjolkan oleh pelajar.
Pada asasnya, terdapat tiga jenis gaya pembelajaran yang harus
diketahui serta difahami iaitu:
a. Pelajar visual: (belajar dengan melihat)
i. Huruf atau perkataan.
ii. Benda, gambar atau gambar rajah.
iii. Demostrasi, tindakan atau lakonan.
b. Pelajar audio: (belajar dengan mendengar atau bercakap)
i. Mendengar cerita, penerangan, syarahan, huraian
oleh guru atau pelajar lain.
ii. Menerangkan, berbual, memberi pendapatnya,
bercerita atau menghuraikan.
c. Pelajar kinestetik: (belajar dengan membuat atau
melakukan sesuatu) :
i. Menulis atau melukis sesuatu
ii. Membuat latihan, kerja amali, eksperimen,
lakonan, simulasi, atau projek.
Selain daripada itu juga, interaksi sosial mampu menangani
isu-isu berkaitan dengan cara bagaimana pelajar berinteraksi
semasa proses pembelajaran. Menurut Reichmann dan Grasha
4
(1974) telah menyarankan beberapa jenis pelajar berasaskan
kepada cara yang paling mereka gemari semasa belajar.
Antaranya adalah, pelajar yang ingin belajar secara
bersendirian, kolaboratif, penyertaan dan kompetitif.
Dunn & Dunn (1978) pula mengkategori gaya pembelajaran kepada
18 kategori berdasarkan unsur-unsur asas tetapi
diklasifikasikan dan diringkaskan kepada lima perkara sahaja
berdasarkan rangsangan (stimuli) iaitu :
1) Alam sekitar
cerah-gelap; bunyi seperti muzik – sunyi; formal –
tidak formal; panas – sejuk
2) Emosi
berstruktur – tidak berstruktur; bermotivasi tinggi
– tidak bermotivasi
3) Sosiologi
Ingin belajar bersendirian – dalam pasangan/kumpulan
4) Fizikal
auditori; visual; tekstual mobiliti tinggi – kurang
bermobiliti dan
5) Psikologi impulsif
reflektif; global –analitik
Carl Jung turut menjelaskan bahawa terdapat empat gaya
pembelajaran umum yang berkait rapat dengan faktor personaliti
pelajar iaitu :
1) Aktivis
5
Gemar mencari pengalaman baru, berfikiran terbuka
dan mempunyai daya inkuiri yang tinggi, aktif dan
gemar memberi idea.
2) Reflektor
Gemar menganalisis data sebelum bertindak, banyak
berfikir dan jarang bertindak spontan, sangat
berhati-hati sehinggakan kelihatan pasif.
3) Teoris
Golongan yang bersifat objektif, merumus sesuatu
berdasarkan hujah, fakta, bukti, analisis data dan
objek.
4) Pragmatis
Gemar melakukan eksperimen dan mencuba idea, teori
dan teknik serta memastikan kebolehgunaannya dalam
kehidupan sebenar. Golongan ini berpendapat bahawa
jika sesuatu itu berguna dan bermanfaat maka ia
adalah baik.
Selain itu, Witkin (1940) telah mengenalpasti dua gaya
kognitif iaitu gaya belajar bergantung latar (Field Dependence)
dan bebas latar (Field Independence). Individu yang bergantung
latar suka mempersepsi sesuatu secara global sementara dengan
gaya kognitif bebas latar suka mempersepsi sesuatu secara
analitikal. Ada pula individu yang gaya kognitifnya reflektif
dan impulsif. Mengikut Kagan (1965) gaya kognitif impulsif
ialah kanak-kanak yang memilih berbagai-bagai kemungkinan
penyelesaian masalah dengan memberi tindak balas yang cepat
dan kurang memberi pertimbangan tentang ketepatan atau betul
6
salahnya tindakan tersebut. Oleh kerana itu kanak-kanak dengan
gaya impulsif menyudahkan tugasan dengan cepat tetapi membuat
banyak kesilapan. Kanak-kanak reflektif yang mempunyai darjah
kecerdasan yang sama dengan rakan sebayanya yang impulsif
tetapi dia mengambil masa yang lama sebelum menjawab soalan
guru atau menyudahkan tugasan sebab dia membuat berbagai
pertimbangan dalam menjawab atau menyelesaikan masalah dan
berharap jawapannya itulah yang paling tepat atau sekiranya
menyerahkan tugas, dia berharap tugas itu dapat disiapkan
dengan sempurna.
4.0 TEORI KECERDASAN PELBAGAI OLEH DR. HOWARD GARDNER
Teori Kecerdasan Pelbagai diperkenalkan oleh Dr. Howard
Gardner pada tahun 1983. Beliau merupakan profesor dalam
bidang pendidikan di Harvard Universiti. Menurut Gardner,
7
kaedah lama untuk mengukur tahap kecerdasan manusia, iaitu
berdasarkan ujian IQ adalah terlalu terhad. Justeru, Dr.
Gardner telah mengemukakan 8 jenis kecerdasan yang berbeza
sebagai satu cara untuk mengukur potensi kecerdasan manusia,
kanak-kanak dan dewasa. Kecerdasan-kecerdasan yang telah
dikenal pasti adalah seperti berikut:
i) Kecerdasan Linguistik ("Word Smart")
Sifat : Pelajar yang memiliki kecerdasan ini menggunakan
bahasa secara berkesan dan mempunyai keupayaan auditori
yang optimum. Belajar paling baik melalui
pendengaran .Tidak membina gambaran mental. Suka
bercakap. Gemar membaca, bermain teka kata dan penulisan.
Aplikasi dalam pengajaran & pembelajaran secara hubungan:
Perkataan
Kerjaya: Sasterawan (Penulis, Penyajak, Penceramah,
Pensyarah bidang sastera)
Contoh: A. Samad Said, William Shakespeare
ii) Kecerdasan Logikal ("Number/Reasoning Smart")
Sifat: Pemikiran secara konsep, abstrak. Berkebolehan
menjelajahi dan menghubungkait. Mereka gemar kepada
pembuktian, pengiraan, permainan berasaskan kepada logik
dan penyelesaian puzzle.
Aplikasi dalam pengajaran & pembelajaran secara hubungan:
nombor atau logik
Kerjaya: Ahli Matematik, Saintis, Jurutera, Akauntan.
Contoh: Al-Khawarizmi, Isaac Newton.
8
iii) Kecerdasan Bodily / Kinesthetic ("Body Smart")
Sifat : Gemar pergerakan aktif dalam pembelajaran.
Mempunyai kemahiran berkomunikasi melalui pergerakan
badan dan aktiviti fizikal. Cemerlang dalam aktiviti
'hands-on'. Kadang-kadang mereka didapati sukar untuk
memberikan tumpuan dan fokus.
Aplikasi dalam pengajaran & pembelajaran secara hubungan:
Pengalaman fizikal
Kerjaya: Atlit sukan, pemain bola sepak, peninju, penari,
pelakon, tentera, polis.
Contoh: Nicol David, Jackie Chan, Rosyam Noor.
iv) Kecerdasan Visual / Spatial ("Picture Smart")
Sifat : Mereka yang mempunyai kecerdasan ini memerlukan
visual bagi membina kefahaman mereka. Pembelajaran yang
paling berkesan ialah dengan menggunakan gambar dan imej.
Mereka akan menukarkan apa yang dibaca dan didengar
kepada bentuk gambaran mental. Kebiasaannya cemerlang
dalam pembelajaran bilik darjah.
Aplikasi dalam pengajaran & pembelajaran secara hubungan:
Gambar
Kerjaya: Pelukis, Pengukir, Arkitek.
Contoh: Leonardo Da Vinci, Hijjaz Kasturi
v) Kecerdasan Muzik ("Music Smart")
Sifat: Sensitif terhadap irama dan bunyi. Boleh belajar
dengan menggunakan muzik.
9
Aplikasi dalam pengajaran & pembelajaran secara hubungan:
Muzik
Kerjaya: Komposer, Penyanyi
Contoh: Ajai, P. Ramlee, Siti Nurhaliza.
vi) Kecerdasan Interpersonal ("People Smart"):
Sifat: Gemar untuk berinteraksi dengan individu yang
lain. Pembelajaran yang paling berkesan ialah dengan
aktivti berkumpulan.
Aplikasi dalam pengajaran & pembelajaran secara
hubungan:Pengalaman sosial
Kerjaya: Ahli Politik, Peniaga, Pengacara, Usahawan
Contoh: Aznil Hj. Nawawi
vii) Kecerdasan Intrapersonal ("Self Smart")
Sifat: Mempunyai ciri yang sensitif. Pembelajaran yang
berkesan ialah dilakukan secara individu.
Aplikasi dalam pengajaran & pembelajaran secara hubungan:
Refleksi Kendiri
Kerjaya: Pengarang, Ahli Motivasi, Pakar Kaunseling, Ahli
Psikologi.
Contoh: Dr. Fadzilah Kamsah, Jean Piaget.
viii) Kecerdasan Naturalist ("Nature Smart")
Sifat: Mereka mempunyai kebolehan untuk berinteraksi
dengan persekitaran.
Aplikasi dalam pengajaran & pembelajaran secara
hubungan : Pengalaman dengan alam semula jadi.
10
Kerjaya: Ahli Biologi, Geologist.
Contoh: Charles Darwin.
5.0 PERANAN GURU MENGHADAPI KEPELBAGAIAN PELAJAR
Guru merupakan perantara atau penghubung antara ilmu dan
pelajar. Oleh hal demikian, guru merupakan elemen terpenting
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Jesteru itu, guru
perlu mengetahui dan bijak dalam menghadapi perbezaan individu
dan kepelbagaian pelajar. Antara peranan yang harus guru-guru
laksanakan ialah :
Mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran.
- Guru harus bijak memilih strategi pengajaran
bergantung pada situasi pelajar.
Memberi peneguhan positif dan peneguhan negatif.
- Peneguhan positif : guru memberi pujian/hadiah kepada
tingkah laku positif.
- Peneguhan negatif : apabila pelajar menunjukkan
tingkah laku negatif.
Teknik motivasi.
- Memandu tingkah laku pelajar ke arah yang lebih
dinamik. Guru merupakan individu yang paling
berpengaruh dan mampu mempengaruhi pelajar.
11
Mempelbagaikan kaedah mengajar.
- Guru harus mempelbagaikan kaedah mengajar dan
meletakkan persepsi terhadap pelajar secara
generalisasi.
Merancang variasi penyampaian.
- Menjadikan sesi P&P sebagai satu sesi yang bermakna
dan berkesan. Intonasi, kebolehan dan bakat guru
perlu semasa berhadapan dengan pelajar.
Nasihat dan kaunseling pembelajaran.
- Guru harus tahu pendekatan bersesuaian dan etika
kaunseling dengan pelajar.
Hubungan yang baik dengan keluarga pelajar.
- Guru perlu menjalinkan hubungan yang baik dengan ahli
keluarga pelajar.
6.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Sebelum memulakan sesuatu sesi P&P, guru perlu sedar tujuan
utama pengajaran ialah mewujudkan aktiviti pembelajaran. Guru
perlu menggunakan segala kemahiran dan kebolehan mengajar bagi
memudahkan aktiviti pembelajaran berlangsung dan berkesan.
Setiap aktiviti yang direncanakan perlu mempunyai objektif dan
matlamat pembelajaran yang ingin dicapai dan tidak hanya
12
aktiviti semata-mata. Semua aktiviti harus dirancang dengan
sebaiknya bagi meransang pelajar untuk belajar dan mengekalkan
minat untuk terus belajar. Oleh yang demikian, objektif utama
pengajaran ialah membawa hasil pembelajaran dengan membentuk
perubahan tingkahlaku daripada satu tahap yang rendah ke suatu
tahap yang lebih tinggi. Oleh yang demikian, guru harus bijak
merangka rancangan pengajaran harian yang mengambil kira
setiap aspek kepelbagaian pelajar yang wujud di dalam sebuah
kelas.
Bagi tugasan ini, saya telah memilih salah seorang pelajar
saya dari Tingkatan 5 sebagai responden bagi menghasilkan satu
Rancangan Pengajaran Harian Individu berdasarkan gaya
pembelajarannya. Dapatan maklumat pelajar dikumpulkan, dan
dicatatkan dalam jadual.
6.1 MAKLUMAT RESPONDEN
Nama Luqman Hakim Bin ZulkifliNo Kp 960413-03-5307Jantina LelakiTarikh Lahir 13 April 1996Tempat Lahir Hospital Besar Kota Bharu
Alamat RumahLot 3167, Kg Tok’ Oh, Jal Besar,
16210, TumpatCita-Cita Guru
HobiBersukan
MelukisUmur Mula Berjalan 10 bulan
13
Umur Mula Bercakap 11 bulanSekolah Pra Taski Arabiah, Chabang Empat Sekolah Rendah Sekolah Kebangsaan Padang MandolSekolah Menengah SMU(A) Tarbiah Islamiah Chabang Empat
Keputusan UPSR 3A 2B
Keputusan PMRU 7A 2B 1D
Keputusan PMR 1A 3B 5C
Keputusan SMU 10M
Nama Bapa Zulkifli Bin Mir
Nama Ibu Saadah Binti Harun
Pekerjaan Bapa Peniaga
Pekerjaan Ibu Surirumah
Bil. Adik Beradik 4
Anak Ke 2
Penglibatan Dalam Ko-
KurikulumKelab : ICT (Pengerusi)
Persatuan : Bahasa Arab
Bdn Beruniform : Briged Bakti
(Timb.Pengerusi)
Jawatan Khas : Ketua Pengawas
Penglibatan Dalam
Pertandingan
Ping Pong, Badminton, Bola Tampar,
Syarahan Bahasa Arab, Bahasa Melayu,
Pertandingan Nasyid
Kategori Sederhana
Tahap Kecerdasan Interpesonal
Cara Pembelajaran Visual
Kognitif Impulsif
14
Field Dependent
Keistimewaan Responden
Aktif dalam aktiviti sekolah.
Mempunyai pergaulan yang baik.
Mudah menghafal.
6.2 HASIL MAKLUMAT RESPONDEN
Luqman Hakim Bin Zulkifli merupakan seorang pelajar lelaki
Tingkatan 5 di Sekolah Menengah Ugama (A) Tarbiah Islamiah
Chabang Empat, Tumpat. Luqman Hakim dilahirkan pada 13 April
1996 di Hospital Besar Kota Bharu Kelantan. Beliau menetap
bersama-sama ibu bapa di Lot 3167, Kampung Tok’ Oh, Jal Besar,
16210 Tumpat, Kelantan. Bapanya, Zulkifli Bin Mir, adalah
seorang peniaga dan ibunya, Saadah Binti Harun adalah seorang
surirumah. Bilangan adik-beradiknya adalah seramai empat orang
dan Luqman merupakan anak yang kedua.Seawal usia 10 bulan,
Luqman telah mula berjalan dan mula bercakap pada bulan
seterusnya.
Beliau memulakan awal persekolahannya di Taski Arabiah Chabang
Empat sewaktu usia 5 tahun. Seterusnya meneruskan persekolahan
rendah di Sekolah Kebangsaan Padang Mandol, Tumpat dan telah
mencapai 3A 2B dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Kemudian, Luqman telah memilih untuk berdaftar di sekolah
menengah agama di SMU(A) Tarbiah Islamiah Chabang Empat
15
sehingga kini. Semasa Penilaian Menengah Rendah Ugama (PMRU),
Luqman berjaya menjadi salah seorang pelajar cemerlang dengan
memperoleh keputusan 7A 2B. Walaubagaimanapun, prestasinya
merosot dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) dengan hanya
memperoleh hanya 1A 3B dan 5C. Namun pada tahun lepas 2012,
beliau kembali tersenarai dalam pelajar cemerlang dengan
memperolehi 10 Mumtaz (Lulus Cemerlang) dalam peperiksaan
Sijil Menengah Ugama (SMU). Pada tahun 2013 ini, Luqman bakal
menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kini
beliau berada di kelas pertama dan menunjukkan prestasi yang
konsisten dalam pembelajaran.
Beliau juga merupakan pelajar yang aktif dalam Ko-Kurikulum di
mana beliau merupakan Ketua Pengawas Sekolah, Pengerusi Briged
Bakti dan Timbalan Pengerusi Kelab ICT. Beliau juga pernah
menyertai pertandingan Ping Pong, Badminton, Bola Tampar,
Syarahan Bahasa Arab dan Bahasa Melayu serta Pertandingan
Nasyid di peringkat sekolah-sekolah. Luqman bercita-cita untuk
menjadi seorang guru.
Daripada pemerhatian dan penyelidikan yang telah saya lakukan
terhadap Luqman, saya dapat kategorikan beliau dalam kategori
sederhana dalam pelajaran akademik. Ini kerana, hasil daripada
keputusan peperiksaan UPSR dan PMR yang kurang memuaskan.
Luqman lebih cenderung untuk lebih berjaya dalam peperiksaan
Ugama kerana kelebihannya yang mudah menghafal seperti ayat-
ayat Al-Quran.
16
Kemudian, saya melakukan ujikaji secara lisan dan bertulis ke
atas Luqman bagi subjek pengajaran saya iaitu Matematik semasa
di dalam kelas. Hasilnya, Luqman merupakan seorang pelajar
dengan gaya kognitif impulsif di mana beliau cenderung untuk
memilih berbagai-bagai kemungkinan penyelesaian masalah dengan
memberi tindak balas yang cepat dan kurang memberi
pertimbangan tentang ketepatan atau betul salahnya tindakan
tersebut yang menyebabkan hasil penyelesaiannya mempunyai
banyak kesilapan yang kecil walaupun beliau dapat
menyiapkannya dalam masa yang singkat.
Walaubagaimanapun, beliau seorang yang suka bertanya dan akan
berusaha mencari penjelasan terhadap perkara yang kurang
difahami sesuai dengan aspek kecerdasannya iaitu
interpersonal. Luqman mudah berinteraksi dan bekerjasama
dengan pelajar lain secara praktikal untuk menghasilkan
sesuatu yang berfaedah. Hal ini dapat dilihat dalam diri
Luqman yang memanggil rakan-rakan yang lain untuk berkumpul
bagi berkongsi soalan tersebuat sebaik saja saya selesai
melakukan ujian pada dirinya.
Selain daripada itu, saya dapati beliau adalah pelajar visual
berdasarkan daripada hobinya yang suka melukis. Beliau juga
mempunyai gaya belajar field dependent di mana beliau suka melihat
sesuatu bentuk secara keseluruhan berbanding dengan menumpukan
kepada bahagian-bahagian tertentu. Luqman akan lebih terdorong
ke arah pencapaian optimum apabila bekerja dalam kumpulan.
17
Hasil daripada maklumat responden ini, saya telah merangka
satu Rancangan Pengajaran Harian secara individu khas bagi
memenuhi kriteria gaya pembelajaran Luqman. Rancangan
pengajaran ini bagi mengoptimumkan pemahaman Luqman dalam
matapelajaran akademik amnya, dan matapelajaran Matematik
khususnya.
7.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN INDIVIDU
TARIKH : 17 JULAI 2013
HARI : RABU
MASA : 40 MINIT
TINGKATAN : LIMA
MATA PELAJARAN : MATEMATIK MODEN
BAB : 10
TOPIK : PELAN DAN DONGAKAN
KATEGORI/ TAHAP PELAJAR : SEDERHANA
KECERDASAN PELAJAR : INTERPERSONAL
HASIL PEMBELAJARAN :
18
Di akhir proses pengajaran, diharapkan Luqman akan dapat:
1. a) Melukis pelan bagi sesuatu pepejal
b) Melukis : i. Dongakan depan
ii. Dongakan sisi
bagi sesuatu pepejal
2. a) Melukis :
i. Pelan
ii. Dongakan depan
iii. Dongakan sisi
Bagi suatu pepejal mengikut skala tertentu
3. Menyelesaikan masalah yang melibatkan pelan dan
dongakan
PENGETAHUAN SEDIA ADA :
Luqman telah belajar mengenai :
- Cara melukis unjuran Ortogon
- Bentuk asas pepejal geometri
- Pengukuran asas garisan dan sudut
- Mengira perimeter, luas dan isipadu
.
BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) :
19
Kertas A4, model bas, bongkah kayu, slide
powerpoint dan kertas soalan.
NILAI-NILAI MURNI :
Jujur, berdisiplin, berani, bekerjasama,
berkeyakinan,
tidak mudah putus asa, rajin dan mempunyai semangat
belajar.
20
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN :
LANGKAH /
MASA
KANDUNGAN AKTIVITI GURU AKTIVITI PELAJAR BBM KAEDAH
PENILAIANSet
induksi
( 5
minit )
Permulaan Guru mengedarkan kertas
A4 dan pelajar di
kehendaki menyediakan
pen.
Pelajar mengambil
kertas A4 yang diberi
oleh guru dan
menyediakan pen.
Kertas A4
Model Bas
Pendekatan:
Berpusatkan
pelajar dan
bahan.
Kaedah
penilaian :
Pemerhatian
KBKK:
Guru menunjukkan satu
model bas kepada pelajar
dan meminta pelajar
membayangkan model bas
tersebut mengikut
pandangan atas, pandangan
hadapan dan pandangan
sisi.
Pelajar memerhatikan
model bas itu dan
membayangkan model
tersebut mengikut
pandangan atas,
pandangan hadapan dan
pandangan sisi.
Guru menyuruh pelajar
melukis gambaran ketiga-
Pelajar melukis
gambaran itu dalam
21
tiga pandangan tersebut
dalam kertas A4.
kertas A4 seperti yang
disuruh oleh guru.Kebolehan
untuk berfikir
secara kreatif
dengan melukis
(gambaran
mental)
Guru menyemak lukisan
yang telah dibuat oleh
pelajar dan memberikan
pujian atas usaha yang
diberikan.
Pelajar menunjukkan
lukisan yang dilukis.
Pengenalan
(10 minit)
Konsep
pelan dan
dongakan.
Guru menerangkan konsep
pelan dan dongakan dengan
menggunakan powerpoint.
Pelajar mendengar
dengan teliti
penerangan guru.
Power
point,
bongkah
kayu
Pendekatan:
Berpusatkan
guru dan
pelajar
Kaedah :
Konstruktivism
e
Melukis
pelan dan
dongakan.
Guru menunjukkan bongkah
kayu yang lain.
Guru menerangkan
bagaimana melukis pelan
dan dongakan bagi bongkah
kayu tersebut.
Pelajar memerhatikan
bongkah kayu yang
ditunjukkan.
Pelajar memberikan
perhatian terhadap
penerangan guru, di
samping cuba untuk
memberi idea tentang
22
bagaimana untuk
melukis pelan dan
dongakan.KBKK:
Kebolehan
untuk memahami
konsep dan
menerangkannya
dalam bentuk
lukisan.
Melukis
pelan dan
dongakan
mengikut
skala.
Guru menerangkan
bagaimana melukis pelan
dan dongakan bagi bongkah
tersebut mengikut skala.
Pelajar memberikan
perhatian terhadap
penerangan guru dan
bertanya jika terdapat
kemusykilan.
Pengembanga
n
(10 minit)
Penyelesaia
n masalah
melibatkan
pelan dan
dongakan.
Guru menerangkan
bagaimana menyelesaikan
masalah yang melibatkan
pelan dan dongakan di
papan putih dengan
menggunakan marker.
Pelajar mendengar
dengan teliti apa yang
guru sampaikan.
Power
Point,
Papan
putih,
marker
Pendekatan :
Berpusatkan
guru dan
pelajar
Kaedah:
Kognitif Guru akan bertanya soalan Pelajar menjawab
23
kepada pelajar tentang
pengetahuan sedia ada
pelajar.
soalan guru dan semasa
guru memberi
penerangan, pelajar
cuba membina
kefahamannya tentang
perkaitan atau
kesinambungan topik
yang diajar.
Bersituasi
KBKK:
Berfikir dan
membentuk
kefahaman.
Guru menggalakkan pelajar
bertanya jika terdapat
kemusykilan.
Pelajar akan bertanya
kepada guru jika
timbul kemusykilan.
Pengukuhan
( 5 minit
Contoh
soalan
Guru memberikan salinan
fotostat contoh soalan
yang melibatkan pelan dan
Pelajar mengambil
soalan dan kertas A4
yang diberikan guru.
Kertas A4
kertas
soalan
Pendekatan:
Berpusatkan
pelajar
24
)dongakan dan kertas A4.
Marker Kaedah
Penilaian :
Pemerhatian
KBKK:
Berfikiran
kreatif dalam
menghasilkan
kerja yang
tepat dan
kemas.
Guru meminta pelajar
untuk menyelesaikannya
sendiri terlebih dahulu.
Pelajar membaca soalan
dengan teliti dan
menyelesaikan soalan
tersebut dengan kemas
dan tepat.Guru menyuruh pelajar
menerangkan jawapan yang
dilukis di papan putih
dan guru akan membetulkan
jawapan yang salah jika
ada.
Setelah siap, pelajar
akan menerangkan
jawapannya di papan
putih.
Penilaian
( 7 minit)
Kuiz Guru mengedarkan dua
soalan kuiz berdasarkan
soalan SPM tahun-tahun
lepas (2012,2011)
Pelajar mengambil
soalan kuiz yang
diberikan.
Kertas
soalan Kuiz
Pendekatan:
Berpusatkan
guru dan
pelajar
Kaedah Guru mengarahkan pelajar
menyelesaikan soalan
Pelajar menyelesaikan
soalan kuiz tersebut
25
tersebut dalam masa 5
minit.
dalam masa 5 minit.Penilaian :
Perbincangan
soalan dan
jawapan
Guru menyemak jawapan
pelajar dan sekiranya
terdapat kesalahan, guru
akan memberikan jawapan
yang betul.
Pelajar memerhatikan
jawapan yang diberikan
oleh guru.
Penutup
( 3 minit)
Rumusan Guru memberi penerangan
serta menyimpulkan secara
menyeluruh tentang pelan
dan dongakan yang baru
dipelajari.
Pelajar mendengar
kesimpulan guru dengan
teliti.
Pendekatan:
berpusatkan
guru dan
pelajar.
Kaedah
Penilaian :
Pemerhatian
KBKK:
Dapat membuat
Guru meminta pelajar
menyatakan kembali apa
yang telah dipelajari.
Pelajar menyatakan
kembali apa yang telah
dipelajari pada hari
ini secara ringkas.
26
kesimpulan
berdasarkan
suatu
pengalaman
pembelajaran.
Refleksi guru :
i) Kekangan masa dalam untuk melaksanakan aktiviti.
27
8.0 HURAIAN / PENERANGAN BERKAITAN RPH
Untuk RPH ini, saya menggunakan model Tyler untuk mengurus
pengalaman pembelajaran dari segi kontinuiti, turutan dan
integrasi dengan adanya set induksi, pengenalan,
pengembangan, pengukuhan dan penilaian serta penutup. Di
samping itu, taksonomi objektif pendidikan domain kognitif
Bloom yang berpengaruh dalam pedagogi, kurikulum dan ujian
serta penilaian pendidikan; juga digunakan sebagai garis
panduan pengajaran.
Set Induksi
Proses induksi ini dijalankan secara ringkas selama 5
minit sahaja dan Luqman diberi kebebasan ruang untuk
berfikir secara kritis dan kreatif agar pelajar mendapat
gambaran mengenai tajuk yang akan diajar.
Kaedah konstruktivisme digunakan dalam set induksi ini
bagi mendedahkan pelajar untuk belajar menilai dan
mengakomodasikan maklumat dan ilmu pengetahuan ke arah
pemahaman yang lebih kukuh. Kaedah ini sesuai dengan gaya
belajar Luqman kerana ia mampu memaksimukan kemahiran
sosial, komunikasi dan interpersonalnya
Peringkat ini diletakkan pada aras pertama Taksonomi
Bloom iaitu aras pengetahuan.
Pengenalan
Untuk menyampaikan input konsep topik ini, alat bantu
mengajar daripada slaid powerpoint digunakan kerana ia
28
lebih mudah difahami oleh Luqman berbanding menggunakan
buku teks. Kaedah slide powerpoint ini sesuai dengan gaya
belajar Luqman kerana pelajar lelaki lebih cenderung
untuk menerima input melalui visual.
Peringkat ini diletakkan pada aras kedua Taksonomi Bloom
iaitu aras kefahaman.
Pengembangan
Untuk hasil pembelajaran kedua ini, ia berada pada aras
ketiga iaitu aplikasi dalam Taksonomi Bloom.
Kaedah yang digunakan adalah kognitif bersituasi di mana
ia merangkumi kemahiran-kemahiran pemikiran, kesedaran
meningkatkan daya penaakulan ke arah penyelesaian
masalah, menggunakan kemahiran metakognitif untuk melihat
masalah pembelajaran, berfokus pada pertumbuhan kognitif
pelajar dan guru mengalami ilmu pengetahuan baru atas
pemahaman persekitaran pembelajaran.
Ia berfokus pada keperluan pelajar tentang pembelajaran
di mana para pelajar diberi peluang untuk bertanya
kemusykilan-kemusykilan yang timbul.
Pengukuhan
Berada pada aras keempat Taksonomi Bloom iaitu analisis.
Dalam peringkat pengukuhan ini, Luqman dikehendaki
menyelesaikan soalan berdasarkan apa yang telah diajari.
Pendekatan yang digunakan berpusatkan pelajar kerana ingin
mendedahkan Luqman kepada kemahiran interpersonalnya dalam
29
menyelesaikan tugasan dengan dedikasi dan berkeyakinan
serta bertanggungjawab terhadap hasil pembelajaran.
Penilaian
Pada peringkat penilaian ini, Luqman diuji dengan soalan
kuiz bagi mengukur tahap kefahaman pembelajaran.
Penutup
Langkah terakhir ini berada pada aras kelima iaitu
sintesis dalam Taksonomi Bloom.
Guru merumuskan tentang P&P dan menekankan isi pelajaran
yang perlu dikuasai.
Luqman juga diminta untuk menyatakan kembali apa yang
telah dipelajari dan perolehi daripada pengajaran dan
aktiviti yang dijalankan.
9.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhan, setiap individu guru termasuk pelajar
lebih cenderung kepada kepelbagaian pembelajaran. Guru-guru
akan sentiasa melihat kepelbagaian pembelajaran kepada
kepelbagaian kebolehan pelajar. Ini adalah merupakan realiti
kehidupan pelajar. Cara mereka belajar adalah berbeza-beza.
Hal-hal demikian akan dapat memberi panduan kepada guru-guru
untuk menghasilkan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
sesuai berlandaskan Rancangan Pengajaran Harian yang baik.
30
RUJUKAN
http://arjunabelajar.wordpress.com/author/arjunabelajar/
page/4/ - gaya kognitif dan gaya belajar
http://adzidane.blogspot.com/2012/04/faktor-faktor-
mempengaruhi-aspek.html - jantina, gaya belajar & gaya
kognitif
http://kdpoum.blogspot.com/2011/12/perbezaan-individu.html -
perbezaan indi,jantina,gaya belajar&gaya kognitif
http://pantarpurnawan.blogspot.com/2012/05/teori-kecerdasan-
menurut-howard-gardner.html
http://cikgu-zaki.blogspot.com/2012/06/teori-kecerdasan-
pelbagai.html
http://kemberfikir.blogspot.com/2010/06/teori-pembelajaran-
teori-kecederdasan.html
31
Top Related