KAJIAN TENTANG FAKTOR PELAJAR MELAYU TINGKATAN 5 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAJA MUDA MUSA TIDAK...

24
KAJIAN TENTANG FAKTOR PELAJAR MELAYU TINGKATAN 5 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAJA MUDA MUSA TIDAK MENGUASAI BAHASA INGGERIS. Oleh: Noor Fatiha Binti Jailani (921213105882) Siti Aishah Binti Satar (920401106044) Tingkatan 6 Al Waqidi / Ibnu Khaldun Sesi 2010-2011 Guru Pembimbing Pn Norsuhaida Binti Ismail.

Transcript of KAJIAN TENTANG FAKTOR PELAJAR MELAYU TINGKATAN 5 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAJA MUDA MUSA TIDAK...

KAJIAN TENTANG FAKTOR PELAJAR MELAYU TINGKATAN 5

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAJA MUDA MUSA

TIDAK MENGUASAI BAHASA INGGERIS.

Oleh:

Noor Fatiha Binti Jailani

(921213105882)

Siti Aishah Binti Satar

(920401106044)

Tingkatan 6 Al Waqidi / Ibnu Khaldun

Sesi 2010-2011

Guru Pembimbing

Pn Norsuhaida Binti Ismail.

KAJIAN TENTANG FAKTOR PELAJAR MELAYU TINGKATAN 5 2011

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang Maha Pemurah lagi Maha

Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW

dan salam kesejahteraan kepada para sahabat dan para tabi`in sekalian.

Bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan keizinanNya penyelidikan kami

dapat di jayakan dengan sempurna. Setinggi-tinggi penghargaan kepada

Puan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa iaitu Puan

Hajah Norsalwati binti Hassan yang membenarkan kami menjalankan

penyelidikan ini. Sekalung penghargaan juga kepada Puan Norsuhaida

binti Ismail selaku guru pembimbing, Ketua Panitia bahasa Inggeris

iaitu Puan Siti Thalha binti Sheikh Abu Bakar kerana telah memberi

tunjuk ajar dan maklumat sepanjang kajian ini dijalankan.

Terima kasih juga kami ucapkan kepada ibu bapa kami yang telah memberi

bantuan dari segi kewangan,responden yang terlibat dan rakan-rakan

yang telah membantu secara langsung mahupun tidak langsung. Setinggi-

tinggi jutaan terima kasih kami ucapkan.

2

KAJIAN TENTANG FAKTOR PELAJAR MELAYU TINGKATAN 5 2011

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor

pelajar Melayu tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa tidak

menguasai mata pelajaran bahasa Inggeris. Kajian ini melibatkan 30 orang

responden yang terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan Melayu tingkatan

5 Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa, Bestari Jaya. Kajian ini

dijalankan secara deskriptif dan ditafsir secara kuantitatif. Pengkaji

memperoleh maklumat melalui pengedaran borang soal selidik kepada responden

yang dipilih secara rawak dan analisa markah peperiksaan. Soal selidik ini

dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A

adalah berkaitan dengan latar belakang responden. Manakala bahagian B pula

melibatkan beberapa soalan yang memerlukan responden memberikan tindak balas

agar dapat membantu penyelidikan ini. Berdasarkan markah peperiksaan pelajar

pula, didapati responden merupakan pelajar yang mendapat markah hanya 05

hingga 40 dalam peperiksaan yang diperoleh melalui Puan Siti Thalha binti

Sheikh Abu Bakar iaitu Ketua Panitia mata pelajaran bahasa Inggeris tingkatan

5 SMK Raja Muda Musa. Berdasarkan analisis dapatan kajian, terdapat beberapa

faktor mengapa pelajar Melayu tingkatan 5, Sekolah Menengah Kebangsaan Raja

Muda Musa tidak menguasai mata pelajaran bahasa Inggeris seperti faktor sosio

budaya, persekitaran, keluarga, rakan sebaya dan diri sendiri. Dengan adanya

kajian ini, diharapkan semua pihak yang terbabit dapat memainkan peranan

masing-masing bagi mengatasi perkara ini.

3

KAJIAN TENTANG FAKTOR PELAJAR MELAYU TINGKATAN 5 2011

PENDAHULUAN

Penubuhan sekolah Inggeris adalah berteraskan falsafah untuk

memperkembangkan agama Kristian dan menyebarkan ideologi penjajah Inggeris.

Sekolah yang pertama ialah di Penang Free School, Pulau Pinang (1816). Sekolah

Inggeris terbahagi dua jenis, iaitu sekolah Free School yang mendapat bantuan

daripada kerajaan . Jenis kedua ialah sekolah Inggeris separa bantuan yang

ditubuhkan serta dibiayai oleh persatuan mubaligh Kristian dengan mendapat

bantuan kewangan daripada kerajaan. Hala tuju pendidikan Inggeris pada masa

ini adalah untuk melatih tenaga kerja seperti kerani dan juruteknik bagi

jabatan-jabatan kerajaan. Walau bagaimanapun, dalam memenuhi permintaan

golongan bangsawan Melayu, pihak Inggeris yang bercorak Grammar School di

England. Pihak Inggeris memperkenalkan Special Malay Class pada tahun 1930an

bagi memberi implikasi besar dalam hala tuju pendidikan masyarakat Melayu

kerana menyedarkan orang Melayu dari golongan bawahan untuk turut sama

mendapatkan pendidikan Inggeris. ( Dewan Bahasa dan Pustaka 1993)

Menurut Sufean Hussin (1993) pada keseluruhannya, pendidikan di zaman

penjajahan Inggeris di ialah bersifat bebas atau laissez-faire kerana terdapat

lima jenis jenis pendidikan yang telah diwujudkan tidak mempunyai keseragaman,

iaitu Inggeris, Melayu, Cina, Tamil dan agama Islam. Setiap jenis sekolah itu

mempunyai falsafah dan hala tuju pengajaran dan kurikulum yang berbeza. Akibat

kewujudan sistem ini yang kurang mempunyai sistem kawalan peringkat pusat

telah menyebabkan konsep integrasi atau perpaduan kaum sukar dilaksanakan.

Sistem pendidikan pada masa pemerintahan Inggeris telah menimbulkan situasi

yang rumit dalam sistem pendidikan sekarang dari segi keseragaman dan

pencapaian hasrat integrasi nasioanal.

Walau bagaimanapun, kerajaan sedang mengkaji untuk mempercepatkan

pelaksanaan dasar baru bagi memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkukuhkan

Bahasa Inggeris (MBMMBI) bagi murid tahun satu mulai 2011 berbanding cadangan

asal pada 2012. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin,

4

KAJIAN TENTANG FAKTOR PELAJAR MELAYU TINGKATAN 5 2011

bagaimanapun berkata pelaksanaan lebih awal MBMMBI bagi menggantikan

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

bergantung kepada beberapa faktor. Antaranya bilangan guru yang mencukupi,

kesediaan kurikulum baru serta buku teks untuk Sains, Matematik dan Bahasa

Inggeris yang perlu disiapkan akhir tahun depan. Muhyiddin yang juga Menteri

Pelajaran berkata pelakasanaan MBMMBI untuk murid Tahun Empat, Tingkatan Satu,

Tingkatan Empat pula bermula 2012 untuk membolehkan kementerian membuat

persiapan rapi dengan mengambil kira semua keperluan pengajaran dan

pembelajaran.( http://www.moe.gov.my)

LATAR BELAKANG KAJIAN

Dewasa ini, masalah penggunaan bahasa Inggeris semakin serius dalam

kalangan pelajar-pelajar tidak kira diperingkat sekolah rendah, menengah atau

peringkat universiti. Lebih membimbangkan lagi, masalah ini menular di

kalangan pelajar Melayu. Di sini, kami mengkhususkan kelemahan pelajar

tingkatan 5 dalam menguasai bahasa Inggeris. Mari kita sama-sama fikirkan

mengapa masalah ini berlaku khususnya dalam kalangan pelajar Melayu?

Sebahagian daripada mereka menganggap apabila bertutur dalam bahasa itu

mereka akan diejek dan dipulaukan. Inilah masalah pelajar Melayu, takut kepada

ejekan rakan-rakan sehingga membawa keburukan kepada diri sendiri. Hakikatnya,

pelajar cina lebih maju dan pakar dalam bahasa Inggeris kerana mereka berani

mencuba dan tidak takut dengan ejekan yang boleh melemahkan mereka. Pelajar

tingkatan 5 juga tidak mahu mengubah sikap mereka dan hanya bergantung semata-

mata kepada guru-guru untuk memajukan mereka. Sepatutnya di peringkat

tingkatan 5 tidak berlaku lagi perkara sebegini. Pelajar-pelajar sepatutnya

mencari guru bukan guru yang mencari pelajar, tetapi sekarang ini, kebanyakan

guru yang berusaha untuk memperbaiki pelajar yang lemah dalam penguasaan

bahasa Inggeris.

5

KAJIAN TENTANG FAKTOR PELAJAR MELAYU TINGKATAN 5 2011

Menurut pendapat Puan Siti Thalha binti Sheikh Abu Bakar, seorang guru

bahasa Inggeris di SMKRMM, melalui pengalamannya mengajar bahasa Inggeris,

beliau berpendapat punca pelajar lemah bahasa Inggeris adalah disebabkan latar

belakang sosial pelajar itu. Pelajar luar bandar kurang terdedah dengan

penggunaan bahasa Inggeris. Mereka juga mempunyai pengetahuan yang sedikit

terhadap bahasa Inggeris. Selain, tidak berpeluang untuk berinteraksi sesama

rakan mahupun keluarga. Pelajar juga kurang motivasi diri terhadap kepentingan

bahasa Inggeris. Mereka juga malas untuk mengulang kaji dan menambahkan

pengetahuan dari segi pemahaman ayat-ayat inggeris yang sukar. Sikap ini

menyebabkan pelajar kurang atau tidak langsung berusaha untuk membaca bahan-

bahan dalam bahasa Inggeris.

Beliau menambah lagi, pelajar mempelajari bahasa Inggeris hanya untuk

lulus peperiksaan. Sikap ini ada pada kebanyakan pelajar dan menyebabkan

mereka tidak mahu mengambil tahu tentang perkataan baru yang tidak pernah

didengar. Mereka hanya bergantung kepada kurikulum yang sedia ada. Pelajar-

pelajar juga malu untuk menyebut perkataan Inggeris. Mereka tiada keyakinan

diri untuk bertutur dan masalah untuk menyebut sesuatu perkataan yang betul.

Kebanyakan pelajar kurang pengetahuan dari aspek tatabahasa. Contoh paling

mudah apabila pelajar yang tidak menguasai tatabahasa ialah mereka tidak mampu

menulis sesuatu topik dalam bahasa Inggeris. Inilah hakikatnya pelajar Melayu

yang lemah menguasai bahasa Inggeris. Pelajar-pelajar juga tidak mahu

“menjelajah” dengan lebih mendalam terhadap bahasa Inggeris. Mereka menganggap

bahasa Inggeris sukar untuk difahami dan sukar digunakan dalam kehidupan

seharian. Mengapa pelajar Melayu tingkatan 5 mempunyai fikiran yang cetek

terhadap bahasa Inggeris ini sedangkan bahasa Inggeris amat penting untk

membawa seseorang itu kearah kemajuan.

Pengkaji juga berpendapat bahawa punca pelajar lemah bahasa Inggeris

ialah kebanyakan kurang tatabahasa, tiada keyakinan diri dan malas berusaha

untuk memantapkan bahasa Inggeris mereka. Kebanyakan pelajar hanya bergantung

kepada guru-guru sahaja. Mereka seolah-olah tidak mahu berdikari sendiri dan

6

KAJIAN TENTANG FAKTOR PELAJAR MELAYU TINGKATAN 5 2011

hanya menunggu guru-guru “menyuapkan” ilmu kepada mereka. Mentaliti pelajar-

pelajar juga masih berada di takuk lama dan tidak mahu menerima bahasa

Inggeris sebagai bahasa ilmu.

PENYATAAN MASALAH

Masalah penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar Melayu

tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa berada pada tahap yang

merunsingkan. Pelbagai cara dan strategi yang telah dilaksanakan oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia bagi meningkatkan penggunaan bahasa Inggeris

7

KAJIAN TENTANG FAKTOR PELAJAR MELAYU TINGKATAN 5 2011

dalam kalangan pelajar di sekolah. Menurut Y. BHG. TAN SRI Alimuddin Hj. Mohd

Dom, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pelaksanaan dan pengajaran (P&P) Sains

dan Matematik bagi sekolah rendah dan sekolah menengah, beberapa strategi

telah dicadangkan antaranya ialah menyediakan guru bahasa Inggeris yang

mencukupi menerusi pengambilan guru bersara, guru dari luar negara dan IPTS

selain daripada pengambilan daripada IPGM dan IPTA. Selain itu, kerajaan juga

telah menyediakan guru bahasa Inggeris di luar norma iaitu 2 orang guru bagi

setiap kelas yang berenrolmen tinggi (contoh: melebihi 35 orang murid).

Pihak kementerian juga telah menyediakan bahan bacaan bahasa Inggeris

dan juga telah memperkenalkan kesusasteraan bahasa dalam P&P bahasa Inggeris.

Ini sejajar dengan usaha kerajaan bagi melaksanakan dasar baru iaitu

memartabatkan bahasa Malaysia dan memperkukuhkan bahasa Inggeris (MBMMBI).

Untuk mengatasi masalah ini kita perlu mengetahui faktor dan punca yang

sebenar menyebabkan sesetangah pelajar tidak dapat menguasai dan menggunakan

bahasa Inggeris.( http://www.moe.gov.my)

8

KAJIAN TENTANG FAKTOR PELAJAR MELAYU TINGKATAN 5 2011

METODOLOGI

Kajian ini dijalankan adalah berbentuk deskriptif iaitu menganalisis data

menggunakan kaedah statistik asas kekerapan dan peratus untuk menerangkan

jumlah kekerapan setiap ciri pemboleh ubah. Walaubagaimanapun, dalam kajian

ini penyelidik menggunakan statistik asas peratusan. Data-data mengenai

persoalan kajian diperoleh melalui kaedah soal selidik dan analisa markah

peperiksaan. Kaedah ini digunakan kerana ia sesuai digunakan untuk mengetahui

sikap seseorang.

OBJEKTIF KAJIAN

Dalam menjalankan sesuatu kajian, objektif dititikberatkan kerana ia merupakan

rangka rujukan agar penyelidikan yang dilakukan berjalan dengan lancar dan

teratur. Antara objektif yang ingin dicapai dalam kajian ini ialah:

a) Mengkaji masalah pengguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar

Melayu tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa tahun

2011.

b) Mengenal faktor pelajar Melayu tingkatan 5 tidak berminat dengan mata

pelajaran bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa

pada tahun 2011.

HIPOTESIS

Hipotesis ialah idea ataupun andaian yang dibuat bagi diuji pembentukan

hipotesis perlu berdasarkan pada masalah yang berlaku secara logik.

Hipotesis perlu dinyatakan dengan jelas iaitu dengan terminologi yang betul

dan dapat dijalankan, dapat diuji serta menyatakan perbezaan ataupun

hubungan antara pemboleh ubah. Hipotesis bagi kajian ini adalah:

9

KAJIAN TENTANG FAKTOR PELAJAR MELAYU TINGKATAN 5 2011

a) Pelajar tidak menguasai bahasa Inggeris disebabkan oleh pengaruh rakan

sebaya dan diri sendiri.

b) Faktor latar belakang sosial keluarga punca pelajar tidak menguasai

bahasa Inggeris.

c) Faktor persekitaran di sekolah dan tempat tinggal menyebabkan pelajar

tidak menguasai bahasa Inggeris.

POPULASI

Kajian ini dijalankan di SMK RAJA MUDA MUSA, Bestari Jaya, Selangor. Populasi

kajian ini hanya melibatkan pelajar tingkatan 5 yang mempunyai masalah

penguasaan bahasa Inggeris. Disebabkan saiz populasi adalah kecil, maka semua

pelajar yang tidak menguasai bahasa Inggeris ialah responden. Penentuan

bilangan sampel dalam sesuatu kajian adalah penting supaya sampel tersebut

dapat mewakili populasi yang dikaji. Lebih banyak nilai peratusan sampel

daripada populasi adalah lebih baik kerana sampel yang diambil adalah 100%

mewakili populasi iaitu seramai 30 orang sampel yang terlibat dalam kajian

ini.

ANALISIS DATA

Analisis data bagi kajian yang sebenar dilakukan secara manual bagi

mendapatkan peratusan. Apabila data yang di kutip dalam bentuk binari iaitu

“YA” atau “TIDAK” maka analisis yang digunakan adalah kekerapan. Pemilihan

bentuk tersebut kerana bersesuaian dengan persekitaran tempat kajian dan ruang

lingkup kajian yang terhad.

10

KAJIAN TENTANG FAKTOR PELAJAR MELAYU TINGKATAN 5 2011

DAPATAN KAJIAN

Masalah penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar melayu tingkatan 5

di SMK RAJA MUDA MUSA.

BIL SOALAN YA TIDAK1. Saya tidak faham bahasa Inggeris kerana p&p

guru membosankan.

20 % 80

%2. Saya menggunakan bahasa Inggeris apabila

bercakap dengan keluarga saya dirumah.

0 % 100

%3. Saya sukar memahami setiap perkara yang

diajarkan oleh guru.

33

%

67

%4. Saya suka mengulang kaji subjek bahasa

Inggeris dirumah

20

%

80

%5. Saya sering bercakap dengan rakan-rakan

dalam bahasa Inggeris

10 % 90

%6. Ibu bapa memberi semangat kepada saya untuk 70 % 30

11

KAJIAN TENTANG FAKTOR PELAJAR MELAYU TINGKATAN 5 2011

lebih tekun belajar bahasa Inggeris %7. Saya suka melibatkan diri dalam sebarang

aktiviti yang menggunakan bahasa Inggeris

disekolah

13 % 87

%

8. Saya suka bahasa Inggeris melebihi subjek-

subjek lain

30

%

70

%9. Saya seronok apabila belajar bahasa Inggeris 53

%

47

%10. Dirumah, saya ada perpustakaan mini khas

yang mempunyai banyak bahan dalam bahasa

Inggeris

7 % 93

%

11. Saya bercita-cita untuk menjadi guru bahasa

Inggeris

3% 97

%12. Saya suka menonton filem & mendengar muzik

dalam bahasa Inggeris

80

%

20

%13. Subjek bahasa Inggeris ini senang difahami 20

%

80

%14. Bahasa Inggeris lebih banyak dituturkan

berbanding bahasa Melayu

10

%

90

%15 Diperpustakaan sekolah saya kurang buku

rujukan bahasa Inggeris

33

%

67

%16. Ayah dan ibu saya fasih berbahasa Inggeris 23

%

77

%17. Saya minat cara guru mengajar ketika didalam

kelas

60

%

40

%18. Di kawasan perumahan saya selalu diadakan

aktiviti bahasa Inggeris

7

%

93

%19. Bahasa Inggeris dititikberatkan oleh guru-

guru disekolah

63

%

37

%

20. Rakan-rakan banyak membantu saya menguasai 57 43

12

KAJIAN TENTANG FAKTOR PELAJAR MELAYU TINGKATAN 5 2011

bahasa Inggeris % %21. Saya membaca surat khabar atau majalah dalam

bahasa Inggeris

17 % 83 %

22. Saya mengikuti kelas tuisyen untuk

meningkatkan bahasa Inggeris

37 % 63 %

23. Saya malu untuk bertutur dalam bahasa

Inggeris

33 % 67

%24. Rakan-rakan mengejek dan memalukan saya jika

saya bertutur dalam bahasa Inggeris

30 % 70

%25. Adakah anda sedar bahawa subjek bahasa

Inggeris sangat penting untuk masa depan

10 % 90

%

13

KAJIAN TENTANG FAKTOR PELAJAR MELAYU TINGKATAN 5 2011

MENUNJUKKAN BILANGAN PERATUSAN PELAJAR YANG TIDAK MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI

SMK RAJA MUDA MUSA.

14

Pelajar sering bercakap dengan rakan-rakan dalam bahasa Inggeris. Carta Pai menunjukkan seramai 10% pelajar bersetuju dan 90% pelajar tidak bersetuju.

Pelajar tidak faham Bahasa

Inggeris kerana P&P guru

membosankan. Carta Pai

menunjukkan seramai 20% pelajar

bersetuju dan 80% pelajar tidak

KAJIAN TENTANG FAKTOR PELAJAR MELAYU TINGKATAN 5 2011

15

Pelajar suka melibatkan diri

dalam sebarang aktiviti yang

menggunakan bahasa Inggeris

disekolah. Carta pai menunjukkan

seramai 13% pelajar bersetuju

Bahasa Inggeris lebih banyak

dituturkan berbanding bahasa

Melayu. Carta pai menunjukkan

seramai 10% pelajar bersetuju

dan 90% pelajar tidak bersetuju.

Ayah dan ibu saya fasih

berbahasa Inggeris. Carta pai

menunjukkan seramai 23% pelajar

bersetuju dan 77% pelajar tidak

bersetuju.

KAJIAN TENTANG FAKTOR PELAJAR MELAYU TINGKATAN 5 2011

16

Bahasa Inggeris dititikberatkan

oleh guru-guru disekolah. Carta

pai menunjukkan seramai 63%

pelajar bersetuju dan 37% tidak

bersetuju.

Saya membaca surat khabar atau

majalah dalam bahasa Inggeris.

Carta Pai menunjukkan seramai

17% telah bersetuju dan 83%

tidak bersetuju.

Saya malu untuk bertutur dalam

bahasa Inggeris. Carta pai

menunjukkan seramai 33% pelajar

telah bersetuju dan 64% pelajar

tidak bersetuju.

Adakah anda sedar bahawa subjek

bahasa Inggeris sangat penting

untuk masa depan. Carta pai

menunjukkan seramai 10% pelajar

telah bersetuju dan 90% pelajar

KAJIAN TENTANG FAKTOR PELAJAR MELAYU TINGKATAN 5 2011

Dapatan kajian mendapati keseluruhan pelajar tidak menguasai Bahasa

Inggeris disebabkan faktor keluarga. Ibu bapa mereka tidak fasih berbahasa

Inggeris menyebabkan mereka tidak menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa

pengantar dan pertuturan ketika dirumah. Mereka juga tidak faham Bahasa

Inggeris dan tidak banyak membuat rujukan tentang Bahasa Inggeris. Faktor ini

menyebabkan kebanyakan mereka menganggap Bahasa Inggeris merupakan subjek yang

tidak penting untuk masa hadapan.

CADANGAN

Selepas kajian ini dijalankan, pihak penyelidik dapat beberapa cadangan untuk

mengatasi masalah penggunaan dan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan

pelajar tingkatan 5 SMKRMM.

1. Pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas menggunakan bahasa

Inggeris.

2. Wujudkan suasana pertuturan dalam bahasa Inggeris.

3. Pembentangan kerja dalam bahasa Inggeris.

4. Bahasa Inggeris digunakan dalam perhimpunan sekolah.

5. Bimbingan dan dorongan yang padu dari ibubapa, guru-guru dan rakan

sebaya.

17

KAJIAN TENTANG FAKTOR PELAJAR MELAYU TINGKATAN 5 2011

RUMUSAN

Memandangkan masalah ini terlalu serius, kita sepatutnya

memikirkan cara-cara untuk mengatasi pelajar yang lemah bahasa Inggeris

ini. Pelajar-pelajar sepatutnya berusaha lebih dalam memperbaiki diri

mereka. Dapatkan bimbingan dari guru-guru bahasa Inggeris apabila

mempunyai masalah dalam bahasa Inggeris, menghadiri kelas pemantapan

bahasa inggeris dan memperbanyak bacaan bahasa Inggeris serta tatabahasa

bahasa Inggeris. Pelajar-pelajar juga seharusnya memiliki idea yang matang

dalam sesuatu isi bagi memudahkan lagi pelajar menghuraikan isi dengan

terperinci. Perbanyakkan bahan bacaan dalam bahasa Inggeris untuk

menambahkan vocabulary dalam bahasa Inggeris. Pelajar-pelajar jangan

terlalu menghadkan pemikiran mereka jika mahu pandai menguasai bahasa

Inggeris.

Sememangnya kita tidak boleh menafikan bahawa bahasa Inggeris

mempunyai kepentingan yang besar didalam kehidupan kita terutamanya

18

KAJIAN TENTANG FAKTOR PELAJAR MELAYU TINGKATAN 5 2011

pelajar-pelajar. Bahasa Inggeris adalah bahasa global, bahasa kemajuan dan

bahasa komunikasi yang utama selain bahasa Melayu. Bahasa Inggeris juga

amat penting untuk melayakkan diri kita berada setaraf dengan era

globalisasi pada masa sekarang dan akan datang. Seharusnya kita terutama

peljar-pelajar perlu ada kesedaran terhadap penguasaan bahasa Inggeris

bukan bermakna kita mendaulatkan bahasa “penjajah” itu, tetapi untuk

membawa kita setaraf dengan kemajuan dunia hari ini. Bahasa Melayu tetap

berdaulat di hati orang Melayu dan tiada alasan untuk kita tidak boleh

menguasai bahasa Inggeris seperti orang lain. Pepatah mengatakan “nak

seribu daya, tak nak seribu dalih”. Hanya orang malas sahaja yang tidak

mahu mengubah nasib diri mereka. Dalam dunia ini tiada yang mustahil kita

lakukan. Sedangkan orang kafir pun menguasai bahasa Al-Quran mengapa kita

tidak boleh menguasai bahasa Inggeris? Semua bermula dari diri kita

sendiri.

RUJUKAN/ BIBLIOGRAFI

Analisis Keputusan Peperiksaan Akhir tahun 2010, Panitia Bahasa Inggeris,

SMK Raja Muda Musa.

19

KAJIAN TENTANG FAKTOR PELAJAR MELAYU TINGKATAN 5 2011

Sufean Hussin,1993 Pendidikan di Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka, Sufean

Hussin Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia: 1993-

01-01.

http://www.moe.gov.my Pelaksanaan MBMMBI , pernyataan oleh Timbalan

Perdana Menteri Malaysia, 2010.

Berita Harian Online, 20 Ogos 2009, Azrina Azhan, [email protected]

Berita Harian Selasa 23,Jun 2009, G.Manimaran,

Mingguan Malaysia 22 February 2009

Mohd Najib Abdul Ghaffar (1999) “Penyelidikan pendidikan. Johor: Universiti

Teknologi Malaysia.

Mohd Najib Abdul Ghaffar (2003) “Reka bentuk tinjauan soal selidikpenyelidikan”

Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

20

KAJIAN TENTANG FAKTOR PELAJAR MELAYU TINGKATAN 5 2011

LAMPIRAN

Borang soal selidik.

Bahagian A: Maklumat responden

Arahan: Sila lengkapkan maklumat dibawah yang berkaitan diri anda

dengan menandakan betul pada soalan

pertanyaan.

1. Nama:

2. Jantina: ( ) LELAKI ( )

PEREMPUAN

3. BANGSA : ( ) MELAYU

4. UMUR:( ) 17 TAHUN

5. KELAS: TINGKATAN 5 ( ) * NYATAKAN

6. KELULUSAN AKADEMIK BAHASA INGERIS : ( ) UPSR

( ) PMR

7. PEKERJAAN IBU BAPA :AWAM

-PENGURUSAN : ( )

- SOKONGAN : ( )

: SWASTA

- PENGURUSAN : ( )

- SOKONGAN : ( )

21

KAJIAN TENTANG FAKTOR PELAJAR MELAYU TINGKATAN 5 2011

: SENDIRI: ( )

8. TEMPAT TINGGAL : BUKIT BADONG: ( )

IJOK ( )

JAYA SETIA ( )

BATANG BERJUNTAI ( )

RANTAU PANJANG ( )

BAHAGIAN B.

BIL SOALAN YA TIDAK 1. Saya tidak faham Bahasa Inggeris kerana

p&p guru membosankan 2. Saya menggunakan Bahasa Inggeris

apabila bercakap dengan keluarga saya

dirumah 3. Saya sukar memahami setiap perkara yang

diajar oleh guru 4. Saya suka mengulang kaji subjek Bahasa

Inggeris dirumah 5. Saya sering bercakap dengan rakan-rakan

dalam Bahasa Inggeris 6. Ibu bapa memberi semangat kepada saya

untuk lebih tekun belajar Bahasa

Inggeris 7. Saya suka melibatkan diri dalam

sebarang aktiviti yang menggunakan

Bahasa Inggeris disekolah 8. Saya suka subjek Bahasa Inggeris

22

KAJIAN TENTANG FAKTOR PELAJAR MELAYU TINGKATAN 5 2011

melebihi subjek-subjek lain. 9. Saya seronok apabila belajar Bahasa

Inggeris 10. Dirumah, saya ada perpustakaan mini

khas yang mempunyai banyak bahan dalam

Bahasa Inggeris 11. Saya bercita-cita untuk menjadi guru

Bahasa Inggeris 12. Saya suka menonton filem & mendengar

muzik dalam Bahasa Inggeris 13. Subjek Bahasa Inggeris ini senang

difahami 14. Bahasa Inggeris lebih banyak dituturkan

dirumah berbanding Bahasa Melayu 15. Diperpustakaan sekolah saya kurang buku

rujukan Bahasa Inggeris 16. Ayah dan ibu saya fasih berbahasa

Inggeris 17. Saya minat cara guru mengajar ketika

didalam kelas 18. Dikawasan perumahan saya selalu

diadakan aktiviti berbahasa Inggeris 19. Bahasa Inggeris dititikberatkan oleh

guru-guru disekolah 20. Rakan-rakan banyak membantu saya

menguasai bahasa Inggeris 21. Saya membaca surat khabar atau majalah

dalam bahasa Inggeris 22. Say mengikuti kelas tuisyen untuk

meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris 23. Saya malu untuk bertutur dalam Bahasa

23

KAJIAN TENTANG FAKTOR PELAJAR MELAYU TINGKATAN 5 2011

Inggeris 24. Rakan-rakan mengejek dan memalukan saya

jika saya bertutur dalam bahasa

Inggeris 25. Adakah anda sedar bahawa subjek Bahasa

Inggeris sangat penting untuk masa

depan anda

24