Untitled - angkasa : : badan puncak gerakan koperasi malaysia

47

Transcript of Untitled - angkasa : : badan puncak gerakan koperasi malaysia

Jalinan KerJasama Bantu Pasaran ProduK KoPerasi

SIDANG PENGARANG

PresidenDato’ Abdul Fattah Abdullah

Timbalan PresidenHaji Mutadho Bahri

Naib PresidenDatuk Haji Mohamad Ali HasanDato’ Haji Kamarudin Haji IsmailHaji Mohamad Azmi OmaruddinDr. Mohd. Azlan Yahya

Panel Penasihat EditorialDato’ Haji A. Aziz DeramanDr. Aminudin Mansor (AMI MASRA)Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah

Ketua Pegawai Eksekutif KumpulanHaji Nasir Khan Yahaya

Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Haji Borhan Mat Aris

Pengurus Unit Media dan DokumentasiMohd Zakuan Azmi

Penolong PengarangNor Azah Abd. AzizWan Adlina Wan Ab. Aziz

Pereka GrafikSalmah Soohaime @ Suhaimi

Pemberita / JurugambarRahmat Mohd. Did

Pruf Dan RekaletakHaji Anuar IsmailDatin Hajah Fauziah Zainal

Pengedaran Unit Media dan DokumentasiBahagian Komunikasi Korporat

Oleh : Haji Borhan Mat Aris

Usaha ANGKASA untuk terus memasarkan produk dan perkhidmatan koperasi-koperasi Malaysia ke peringkat antarabangsa terus diperkasa. Pendekatan yang dilaksanakan kini terus diperluas untuk mendorong lebih banyak koperasi memanfaatkan peluang ini

memandangkan telah banyak produk penghasilan koperasi yang berupaya menembusi pasaran luar negara.

Melalui pendekatan ANGKASA yang terancang lagi sistematik, usaha yang dilaksanakan ini akan mencapai peningkatan yang menggalakkan kerana kesedaran yang begitu tinggi untuk meluaskan pasaran produk telah menaikkan semangat kepimpinan koperasi.

Sehubungan itu, pelbagai pandangan, cadangan dan idea yang terjana menerusi pelbagai bengkel dan seminar anjuran ANGKASA untuk meningkatkan pemasaran produk dan perkhidmatan koperasi ke luar negara wajar diberi sepenuh sokongan supaya ia dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Dengan adanya usaha bersepadu yang dijalankan oleh ANGKASA, pengguna dalam dan luar negara akan berpeluang membuat pilihan dan seterusnya melanggani hasil keluaran koperasi Malaysia.

Dalam pada itu, pembangunan produk keluaran koperasi juga akan terus dilaksanakan oleh koperasi agar penampilan dan kualiti produk akan terus dipertingkat. ANGKASA telah merintis usaha ini melalui program ‘100 Product Champion’ yang menepati spesifikasi pasaran.

Selain usaha dalaman yang dilakukan oleh koperasi, hubungan dengan koperasi-koperasi di luar negara juga perlu terus dipertingkat untuk meluaskan skop pasaran. Tiada jalan mudah untuk meluaskan pasaran tetapi melalui usaha berterusan, produk koperasi Malaysia mampu menembusi pasaran antarabangsa.

Dengan terpilihnya Malaysia menjadi tuan rumah untuk International Co-operative Alliance General Assembly and Global Conference 2017 (ICA-KL 2017) pada 14 hingga 17 November 2017, peluang untuk mengetengahkan produk koperasi Malaysia ke peringkat antarabangsa terbuka luas dan sewajarnya digunakan sepenuhnya oleh koperasi.

Penganjuran Karnival Produk dan Perkhidmatan Koperasi (MACCOPS) bersempena dengan ICA-KL 2017 juga merupakan langkah ANGKASA untuk meningkatkan peluang bagi para pemimpin koperasi luar negara mengenali produk koperasi Malaysia. Melalui kerjasama yang erat di antara koperasi di Malaysia dengan koperasi negara luar, perdagangan dua hala yang begitu berpotensi akan dapat dikembangkan demi kemajuan Gerakan Koperasi.

sidang Pengarang

1Ogos 2017 PELANCAR

2 PELANCAR Ogos 2017 3Ogos 2017 PELANCAR

OGOS 2017

International Co-operative Alliance

Global Conferenceand General AssemblyCo-operatives: Putting Peopleat the Centre of Development14-17 November 2017, Kuala Lumpur, Malaysiawww.malaysia2017.coop

9 770126 873000

JILID 44 BIL. 08

KDN PP2010/01/2013(031495)SEM. MALAYSIA RM1.70

SABAH/SARAWAK RM2.00

ANGKASA Teroka Pembangunan Gerbang Internet

ANGKASA Galak Koperasi Sekolah Bina Kiosk

Korea Rakam Dokumentari Kegiatan Koperasi Sekolah Malaysia

Integriti Kunci Kecemerlangan Koperasi

Faktor-Faktor Kejayaan Perniagaan Koperasi

Internet

Kejayaan

Rencana

Internet

Faktor-Faktor Kejayaan

RencanaRencanaRencanaRencanaRencanaRencanaRencanaRencanaRencanaRencanaRencanaRencanaRencanaRencanaRencanaRencanaRencanaRencanaRencanaRencanaRencanaRencanaRencanaRencana

Teroka Galak Koperasi Dokumentari Kecemerlangan ANGKASA Teroka

ANGKASA Galak Koperasi

Korea Rakam Dokumentari

Integriti Kunci Kecemerlangan

Diterbitkan Oleh:Angkatan Koperasi KebangsaanMalaysia Berhad (ANGKASA)Wisma Ungku A. AzizJalan SS 6/1, Kelana Jaya47301 Petaling JayaSelangor Darul Ehsan.

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengulang cetak mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan majalah ini dalam apa juga bentuk sama ada melalui media cetak, elektronik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat keizinan bertulis daripada Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA).

PeMBAcA dialu-alukan menghantar karya untuk disiarkan, tetapi Sidang Pengarang berhak membuat suntingan. Semua sumbangan sama ada dipakai atau tidak, tidak akan dikembalikan. Semua hakcipta adalah terpelihara. Segala reproduksi dalam apa jua bentuk perlu mendapat keizinan terlebih dahulu. Semua karya yang diterbitkan tidak semestinya mencerminkan pandangan dan sikap PeLANcAR.

Sila hantar karya anda kepada Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA melalui e-mel : [email protected]

OGOS 2017

KETERANGAN GAMBAR KULITYAB Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia semasa Majlis Sambutan Hari Raya Perdana ANGKASA dan Makan Malam PKTA Ke-32 di PWTC Kuala Lumpur.Foto : Arman Yusuf

Dicetak Oleh:ULTIMATE PRINT SDN. BHD.Lot 2, Jalan Sepana 15/3Off Persiaran Selangor, Seksyen 15 40200 Shah AlamSelangor Darul Ehsan.Tel. : 03-5101 3388Faks : 03-5101 3600

Alamat Perhubungan:Wisma Ungku A. AzizJalan SS 6/1, Kelana JayaPeti Surat 8797Pejabat Pos Kelana Jaya46798 Petaling JayaSelangor Darul Ehsan.Telefon: 03-7806 1977Faks: 03-7806 1506E-Mel: [email protected] Web: www.angkasa.coop

13

15

E-mel : [email protected] : angkasacoop

9

PKTA6 Bersama Membina Kecemerlangan Koperasi10 Utamakan Kepentingan Anggota Demi Kestabilan Koperasi13 Pelancaran Pelan Strategik ANGKASA 2017 - 205014 Bukti Keyakinan Perwakilan Terhadap Kecemerlangan Kepimpinan ANGKASA17 PKTA – Platform Terbaik Pacu Kecemerlangan Koperasi20 Mesyuarat Berjalan Lancar22 Selamat Datang Naib Presiden Baru ANGKASA Dr. Mohd Azlan Yahya22 PKTA – Peluang Perwakilan Kembangkan Integrasi Fikiran

INFO SEMASA5 Jumlah Zakat Perniagaan ANGKASA Negeri Melaka Meningkat 23.65%25 MyANGKASA Tawar Motosikal elektrik 26 KPF Model Koperasi Terbaik Malaysia28 Integriti Kunci Kecemerlangan Koperasi 30 ANGKASA Serius Perangi Rasuah Dan Salah Guna Kuasa 32 ANGKASA Raikan Pelajar Tahfiz

34 ANGKASA Sertai Hari Koperasi Nasional Indonesia Ke-7036 Bersama Bentuk Sinergi Koperasi ASeAN37 Jalin Kerjasama Bangunkan Produk41 ANGKASA Rancang Tambah 10 Pusat Dialisis Menjelang 202043 ANGKASA Teroka Pembangunan Gerbang Internet45 Penglibatan Koperasi Dialu- alukan50 ANGKASA Galak Koperasi Sekolah Bina Kiosk52 Wanita Pemantau Kesihatan Keluarga53 Wujud Sinergi Majukan Wakaf58 Perkhidmatan Insurans Dan cukai Jalan Atas Talian

59 ANGKASA-cUePAcS Jaga Kebajikan Penjawat Awam60 eksport Produk Koperasi Ke Lanzhou, china

RENCANA38 Memperkasa Sektor Hartanah Negara Di Peringkat Global 46 Faktor-Faktor Kejayaan Perniagaan Koperasi56 Maktab Koperasi Malaysia Anjur Kursus Penyediaan Pakej Pelancongan (Homestay)

ANTARABANGSA54 Pengiktirafan Antarabangsa Bukti Kejayaan Pengurusan Koperasi Sekolah55 Korea Rakam Dokumentasi Kegiatan Koperasi Sekolah Malaysia

Dato’ Abdul Fattah AbdullahPresiden ANGKASA

Dari Meja Presiden

Salam Sejahtera dan Salam 1Koperasi

Peluang koperasi melalui pembangunan produk khususnya produk peruncitan kini semakin terbuka hasil inisiatif kerajaan menerusi peranan pelbagai agensi yang berkaitan khususnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Permintaan tinggi terhadap produk peruncitan turut dirancakkan lagi dengan rancangan penubuhan Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) 2.0 oleh KPDNKK yang bermatlamat untuk terus menjaga kebajikan pengguna menerusi kegiatan ekonomi berteraskan perbelanjaan secara lebih berhemah yang mesra rakyat.

Perkembangan ekonomi negara yang positif juga turut mendorong kepada unjuran pertumbuhan ekonomi negara yang semakin kompetitif dalam pasaran eksport. Malah, kini tumpuan terhadap pencapaian gerakan koperasi di Malaysia semakin diberi perhatian di peringkat antarabangsa menjelang persidangan koperasi antarabangsa atau ICA-KL 2017 yang bakal berlangsung November nanti.

Justeru, ANGKASA akan menilai potensi pelaburan produk koperasi mengikut permintaan pasaran domestik dan antarabangsa selain mengambilkira faktor kesesuaiannya dari semasa ke semasa. Mana-mana produk koperasi yang berpotensi dan mendapat sambutan tinggi di pasaran akan terus dibantu bagi memastikan tahap pengeluarannya terus konsisten sekaligus berupaya mengatasi masalah kekurangan stok yang melemahkan sektor tersebut selama ini.

Penilaian tersebut juga adalah bagi membolehkan proses rantaian nilai dalam perniagaan koperasi dapat ditambah baik dan diperkasa sekaligus berupaya memaksimumkan perolehan koperasi menerusi kapasiti jualan produk yang dihasilkan.

Masalah ketidakupayaan koperasi untuk menghasilkan produk mengikut permintaan pelanggan khususnya bagi memenuhi pasaran eksport yang tinggi boleh diatasi dengan pelbagai kaedah yang telah disusun atur.

ANGKASA menerusi Sektor Pemborongan dan Peruncitan sentiasa bersedia memberikan kerjasama kepada koperasi bagi memastikan produk yang mendapat tempahan itu mampu diurus secara lebih fleksibel dan cekap selain proses penghantarannya pula lebih tersusun dan mengikut jadual.

Ayuh ! Bersama bangunkan rantaian produk koperasi di pasaran demi manfaat anggota dan masyarakat.

4 PELANCAR Ogos 2017

Jumlah Zakat Perniagaan angkaSa negeri melaka meningkat 23.65%

5Ogos 2017 PELANCAR

ANGKASA Negeri Melaka telah menyumbang zakat perniagaan sebanyak RM48,610.22 dalam satu majlis penyerahan zakat tahun 2016 yang berlangsung di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka baru-baru ini. Jumlah zakat tersebut meningkat sebanyak 23.65 peratus untuk tahun 2016 berbanding RM39,311.31 (2015).

Gabenor Negeri Melaka, Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Yaakob yang mewakili Majlis Agama Islam Melaka berkenan menerima zakat perniagaan tersebut yang disampaikan oleh Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan yang mewakili ANGKASA.

Turut hadir menyaksikan majlis penyerahan tersebut ialah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron; Menteri Kementerian Perdagangan Dalam

Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Dato’ Seri Hamzah Zainudin dan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Melaka, Tuan Haji Muslim Md Shah.

Kutipan zakat keseluruhan bagi Negeri Melaka sehingga 7 Jun 2017 adalah sebanyak RM35,507,411.60. Jumlah tersebut meningkat RM10,654,259.42 atau 42.87 peratus berbanding tempoh sama pada tahun 2016 iaitu sebanyak RM24,853,152.18.

Oleh : RAHMAT MOHD DIDInfo Semasa

» Gabenor Negeri Melaka, Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Yaakob dan Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (dua dari kanan) memegang replika cek penyerahan zakat perniagaan ANGKASA sambil disaksikan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (dua dari kiri) dan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Dato’ Seri Hamzah Zainudin (kiri sekali)

6 PELANCAR Ogos 2017 7Ogos 2017 PELANCAR

“Kepentingan anggota mahupun pemegang saham dalam sesebuah koperasi perlulah dijaga dengan baik dan diberikan keutamaan demi memastikan pengurusan koperasi dapat berjalan dengan lebih lancar dan berkesan,”demikian menurut Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Tanggungjawab tersebut perlu dipegang oleh setiap jawatankuasa koperasi yang dilantik agar mereka dapat terus memastikan tidak ada sebarang pengaruh politik atau kepentingan peribadi yang boleh mempengaruhi keputusan dalam organisasi sesebuah koperasi.

Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kepentingan individu dan politik peribadi harus dielakkan dalam menentukan hala tuju sektor koperasi. Ia bagi memastikan semua anggota yang bernaung di bawah koperasi itu akan mendapat kesaksamaan secara adil dan sentiasa bersatu hati dalam menjalankan aktiviti yang telah dirancang.

Menurut beliau, kejayaan Bank Rakyat sebagai antara bank koperasi terbaik dunia, menjadi contoh terbaik untuk sebuah kepimpinan koperasi yang mantap dan diuruskan oleh kalangan ahli-ahli profesional yang menitik beratkan soal pencapaian dan kecemerlangan secara berterusan.

Katanya, tadbir urus bank tersebut terbukti telah berjalan dengan sangat baik sehingga berjaya memberikan keuntungan yang tinggi dan konsisten kepada pemegang-pemegang sahamnya dan gerakan koperasi negara secara keseluruhannya.

YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid HamidiTimbalan Perdana Menteri Malaysia

Oleh : MOHD ZAKUAN AZMIFoto : ARMAN YUSUF

8 PELANCAR Ogos 2017 9Ogos 2017 PELANCAR

“Berdasarkan kepada jumlah yuran koperasi yang kini mencecah hampir RM14 bilion, aset yang menghampiri RM131 bilion dan perolehan hampir RM40 bilion, gerakan koperasi Malaysia telah berjaya menunjukkan prestasinya dengan begitu cemerlang sekali. Sehubungan itu, saya amat berharap agar lebih banyak koperasi di negara ini mampu memiliki sejumlah yuran dan aset yang besar sama seperti apa yang telah dijayakan oleh Bank Rakyat,” katanya.

Beliau juga mahu melihat koperasi yang bernaung di bawah ANGKASA agar terus berada di garisan hadapan dalam memacu aktiviti dan

» Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid juga merasmikan cadangan model kompleks ANGKASA

urusniaga koperasi. Fungsi dan peranan ANGKASA semakin penting dalam memastikan kecemerlangan gerakan koperasi di Malaysia dapat diteruskan dan semakin berkembang.

“ANGKASA yang dari dahulunya dipimpin oleh aktivis koperasi telah melakukan sesuatu yang baik untuk seluruh gerakan koperasi di negara ini. Kini, di bawah kepimpinan Dato’ Abdul Fattah dan barisan kepimpinan ANGKASA yang lain, prestasi koperasi dilihat semakin cemerlang dan berjaya menunjukkan hasil yang tidak kurang seperti kepimpinan yang terdahulu.

“Tentunya kesinambungan kecemerlangan kepimpinan itu bukannya datang tanpa usaha oleh semua pihak di bawah kepimpinan beliau, saya lihat dengan keanggotaan koperasi yang semakin besar, ia menunjukkan bahawa gerakan koperasi

di Malaysia semakin baik, ternama dan boleh dibanggakan,“ ujarnya.

Menurut beliau, pengiktirafan yang diberi kepada Dato’ Abdul Fattah sebagai Presiden ASEAN

» Majlis kemudiannya diserikan dengan Majlis Penganugerahan Pejabat Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Terbaik Tahun 2016. Pahang Zon 2 pula telah diiktiraf sebagai yang terbaik manakala JPAN Negeri Sembilan di tempat kedua dan JPAN Terengganu pula di tempat yang ketiga

Cooperative Organisation (ACO) juga sangat membanggakan negara dan seluruh warga koperasi di negara ini secara amnya. Peranan ANGKASA juga kini bukan sahaja menumpukan kepada segmen pasaran dalam negara, malah turut berkembang sehingga diiktiraf dan dihormati oleh pertubuhan koperasi di peringkat antarabangsa.

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid berkata demikian dalam ucapan perasmian Majlis Sambutan Hari Raya Perdana ANGKASA dan Makan Malam PKTA Ke-32 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada 21 Julai lalu.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Lembaga Pengarah Maktab Koperasi Malaysia, Prof. Datuk Mohd Yusof Kasim dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda.

» Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid turut bersama-sama tetamu dalam Majlis Sambutan Hari Raya Perdana ANGKASA dan Makan Malam PKTA Ke-32

» Dato’ Abdul Fattah menyampaikan sumbangan Infaq Lil-Waqf ANGKASA kepada wakil Majlis Agama Islam Negeri Johor

» Dato’ Abdul Fattah menyampaikan cenderahati pada Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid

10 PELANCAR Ogos 2017 11Ogos 2017 PELANCAR

Istilah ‘hapuskan sistem penjajah’ yang ada pada lirik lagu ‘Semangat Koperasi’ sangat bermakna kerana mengingatkan kita tentang sejarah lampau yang menghimpit rakyat selama ini. Justeru itu, kita perlu jadikan koperasi sebagai pemangkin kepada pembangunan sistem yang boleh dijadikan sebagai landasan untuk mengatasi kemelut sosioekonomi yang membelenggu kita selama ini.

Selaras dengan prinsip ‘Satu Untuk Semua, Semua Untuk Satu’ kekuatan untuk bersatu hati dalam kalangan anggota koperasi mampu menjana nilai yang lebih tinggi kepada kekuatan modal, aset dan segala apa yang dihasratkan oleh setiap anggota koperasi.

Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato’ Seri Hamzah Zainudin berkata, setiap anggota berpeluang untuk mengetengahkan cadangan dan idea-idea baharu yang lebih sesuai dan terbaik bagi membantu membuat keputusan yang lebih baik ke arah mempertingkat Dato’ Seri Hamzah Zainudin

Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

agenda pembangunan gerakan koperasi di Malaysia.

Katanya, perhimpunan perwakilan koperasi seperti Persidangan Kebangsaan Tahunan ANGKASA (PKTA) boleh dijadikan sebagai medan untuk berbincang dan mencapai kata sepakat bagi mencari jalan menentukan hala tuju gerakan koperasi negara yang lebih baik pada masa depan.

Perwakilan juga turut berpeluang untuk membantu kerajaan dalam menentukan sistem dan hala tuju gerakan koperasi selain memberikan pandangan tentang bagaimana untuk memastikan apa yang dilakukan itu

Oleh : MOHD. Zakuan aZMiFoto : arMan YuSuF

boleh mencapai matlamat seperti yang dihasratkan.

Menurut beliau, kepelbagaian kaum, budaya dan tahap kebolehan serta kelebihan yang dimiliki oleh setiap anggota dalam koperasi juga turut memberi kekuatan kepada gerakan koperasi di Malaysia dan boleh menjadikannya sebagai ‘intellectual property’ untuk bersaing di peringkat dunia.

“Inilah yang sepatutnya kita fikirkan secara bersama. Semuanya adalah untuk melestarikan gerakan koperasi dan masa depan kita menerusi agenda yang mahu dibawa.

» Dato’ Seri Hamzah Zainudin melihat model cadangan kompleks ANGKASA ketika melawat gerai ANGKASA

12 PELANCAR Ogos 2017

“Mentaliti seperti ini juga perlu ditanam supaya anggota koperasi menjadi lebih kreatif, inovatif dan fikirkan masa depan. Saya sebagai menteri mahu melihat lebih banyak koperasi dapat mengeluarkan produk-produk yang bukan sahaja ada dijual di pasaraya tempatan malah turut juga berada di pasaran luar negara. Ini matlamat perjuangan kita,” katanya.

Menurut beliau, sebanyak 13,428 buah koperasi telahpun berdaftar dengan jumlah keanggotaannya mencecah lebih tujuh juta orang. Syer dalam koperasi pada masa kini sudah menghampiri RM14 bilion. Jumlah aset pula berjumlah RM130.74 bilion manakala perolehan pula

sudah mencecah RM39.66 bilion. “Angka tersebut jelas

menggambarkan bahawa sistem tadbir urus koperasi yang berjalan pada masa ini sangat baik dan memuaskan. Jika sistem ini dapat terus dijalankan oleh kepimpinan koperasi secara ikhlas dan jujur, saya pasti akan lebih banyak lagi koperasi di negara ini dapat bersaing di peringkat global.

“Prestasi yang ditunjukkan itu juga jelas menunjukkan bahawa gerakan koperasi di Malaysia semakin banyak melahirkan koperasi yang lebih berjaya dan berdaya saing. Kita sangat berharap agar suatu hari nanti koperasi-koperasi yang ditubuhkan di negara ini boleh membantu

membangunkan ekonomi negara dan bersaing dengan syarikat-syarikat besar yang tersenarai di bursa saham,” ujarnya.

“Saya juga mahu pastikan generasi muda mengambil peluang menyertai koperasi dan mahu meyakinkan mereka bahawa koperasi juga adalah satu platform yang boleh menentukan masa depan mereka. Koperasi juga digalakkan supaya memasukkan seramai mungkin penyertaan golongan muda dalam aktiviti yang dijalankan,” katanya.

Katanya, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Maktab Koperasi Malaysia (MKM) dan ANGKASA boleh bekerjasama untuk membantu dan memberi peluang kepada mana-mana generasi muda yang mahu bergiat aktif dalam kegiatan koperasi di samping menentukan insentif yang sesuai.

“Pesanan ikhlas daripada saya, sekiranya mahu melihat agenda ini berjaya, kita perlu bersama-sama membantu kerajaan dalam meningkatkan pencapaian sosio ekonomi negara. Kita perlu yakin dengan peranan yang dijalankan oleh pihak kerajaan dalam usahanya menjana pertumbuhan ekonomi negara. Segalanya adalah bagi melahirkan negara yang lebih maju pada masa depan.

Apabila ekonomi negara dapat diuruskan dengan baik, maka banyak ruang dan peluang yang boleh dijana. Koperasi juga dapat mengambil manfaat daripada kemajuan yang dicapai.

Marilah kita kembali bersatu demi untuk masa depan kita dan generasi akan datang serta berdoa agar masa depan negara akan menjadi lebih baik,” ujarnya mengakhiri ucapan di hadapan 4,015 perwakilan koperasi ahli ANGKASA dari seluruh negara sekaligus merasmikan PKTA yang ke-32 di Dewan Merdeka, PWTC Kuala Lumpur.

13Ogos 2017 PELANCAR

Bersempena dengan PKTA Ke-32, Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Dato’ Seri Hamzah Zainudin turut melancarkan Pelan Strategik ANGKASA 2017 – 2050.

Pelan Strategik tersebut dirangka dan dilengkapkan, bagi memastikan visi dan misi ANGKASA tercapai. Menerusinya, pelan tindakan beserta strategi dan inisiatif yang strategik disusun dengan garapan yang didasarkan daripada aspirasi kerajaan dan dilengkapkan dengan aspirasi ANGKASA.

Terdapat empat tonggak utama yang dikhususkan di bawah Pelan Strategik ANGKASA. Ia merangkumi Tonggak Ekonomi, Tonggak Ekosistem, Tonggak Tadbir Urus dan Tonggak Inovasi.

Penyelarasan setiap tonggak dihubungkaitkan dengan setiap Teras Strategik Dasar Koperasi Negara (2011hingga 2020) dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Deklarasi Putrajaya yang menggariskan tugas ANGKASA.

Pemantauan penilaian dinilai daripada anjakan pelan tindakan yang dibahagikan kepada tiga tahap yang melibatkan Jangka Masa Pendek (2017 hingga 2020), Jangka Masa Sederhana (2021 hingga 2030) dan Jangka Masa Panjang (2031 hingga 2050).

Oleh : NOr AzAh Abd. AzizFoto : ArmAN YUSUF

14 PELANCAR Ogos 2017 15Ogos 2017 PELANCAR

Persidangan Kebangsaan Tahunan ANGKASA (PKTA) Ke-32 menjadi simbol kesepakatan dalam kalangan perwakilan ahli ANGKASA yang mahu melihat legasi kecemerlangan tadbir urus ANGKASA terus dikekalkan dan dilestarikan dengan mantap.

Kehadiran perwakilan koperasi ahli ANGKASA juga telah meningkat iaitu seramai 4,015 orang berbanding 3,125 orang dalam PKTA sebelumnya. Sejumlah 21 buah gerai pameran turut mengambil bahagian dan kesemuanya berpuas hati dengan sambutan menggalakkan yang diterima daripada perwakilan-perwakilan yang hadir.

Pelbagai acara telah berlangsung dengan jayanya bermula dengan Sambutan Hari Raya Perdana ANGKASA dan Makan Malam PKTA Ke-32 yang dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Persidangan PKTA Ke-32 yang berlangsung pada tanggal 22 Julai 2017 telah dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato’ Seri Hamzah Zainudin. Beliau juga turut berkesempatan melancarkan Pelan Strategik ANGKASA 2017-2050 yang berteraskan hala tuju pembangunan melalui empat tonggak utama iaitu Tonggak Ekonomi, Tonggak Ekosistem, Tonggak Tadbir Urus dan Tonggak Inovasi.

Oleh : Rahmat mOhd didFoto : aRman YUSUF

» Sesi bergambar bersama Dato’ Seri Hamzah Zainudin sebelum persidangan bermula

Turut hadir ialah Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Wilayah Persekutuan, Dato’ Abdullah Mahmod yang mewakili Pengerusi Eksekutif SKM dan Sekretaris Jenderal, Dr. Hanafiah Sulaiman dari Dewan Koperasi Indonesia (DEKOPIN).

PKTA Ke-32 menyaksikan kejayaan Dato’ Abdul Fattah yang telah mengekalkan jawatan sebagai Presiden ANGKASA buat penggal kedua.

Haji Mutadho Bahri juga turut berjaya mengekalkan jawatan Timbalan Presiden ANGKASA selepas menang tanpa bertanding dan Haji Mohamad Azmi Omaruddin berjaya mengekalkan jawatan Naib Presiden ANGKASA.

Sementara itu, Dr. Mohd Azlan Yahya telah dipilih sebagai Naib Presiden ANGKASA yang baharu.

Prof. Madya Dr. Abdul Razak Abdul Rahman Shaik juga turut berjaya mengekalkan kedudukannya selaku Pengerusi Tetap Persidangan.

16 PELANCAR Ogos 2017 17Ogos 2017 PELANCAR

Foto : ArmAn YUSUF

Dato’ Seri Hamzah Zainudin, Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berucap merasmikan Persidangan Kebangsaan Tahunan ANGKASA Kali Ke-32 di Dewan Merdeka, PWTC Kuala Lumpur.

18 PELANCAR Ogos 2017 19Ogos 2017 PELANCAR

Persidangan Kebangsaan Tahunan ANGKASA Kali Ke-32 telah memahat sebuah sejarah apabila berjaya menghimpunkan lebih 4,000 perwakilan dari seluruh negara. Pertambahan jumlah kehadiran perwakilan itu jelas membuktikan bahawa koperasi semakin yakin dengan kepentingan PKTA selain menjadikannya sebagai landasan terbaik untuk bermusyawarah bagi membantu memajukan koperasi.

Persidangan ini juga turut dijadikan sebagai ruang oleh barisan lembaga kepimpinan ANGKASA untuk membentangkan pencapaian ANGKASA dan setiap sektor peneraju yang telah dijalankan kepada koperasi dan juga

Oleh : MOHD ZAKUAN AZMIFoto : ArMAN YUSUF

yang telah pun dirangka.Selain memartabatkan

kelestarian sektor-sektor dalam koperasi dan menyelaras penglibatan anggota koperasi khususnya golongan generasi muda secara lebih bersepadu, pelan tersebut juga turut mengambil kira kepentingan serta hala tuju Dasar Koperasi Negara dan ekonomi negara selaras dengan Deklarasi Putrajaya yang merangkumi penyelarasan tanggungjawab antara

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Maktab Koperasi Malaysia (MKM) dan ANGKASA.

Justeru itu, semua perwakilan perlu bergerak lebih pantas dan bekerja secara lebih bersepadu untuk memastikan gerakan koperasi di Malaysia bukan sahaja semakin cemerlang dan berjaya di peringkat dalam negara, malah turut setaraf atau lebih baik berbanding koperasi-koperasi di luar negara.

kerajaan. Di samping itu, koperasi juga boleh mengambil kesempatan dengan menjadikan PKTA sebagai platform untuk mempromosi produk dan perkhidmatan koperasi mereka kepada perwakilan yang lain dan masyarakat.

Peranan ANGKASA selaku badan Apeks gerakan koperasi negara dijangka akan lebih tersusun dan mantap menerusi Pelan Strategik ANGKASA 2017 hingga 2050 melibatkan pelan strategik jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang

» Dato’ Abdul Fattah ketika menyampaikan ucapan aluan PKTA Ke-32 di PWTC, Kuala Lumpur

20 PELANCAR Ogos 2017 21Ogos 2017 PELANCAR

Persidangan Kebangsaan Tahunan ANGKASA (PKTA) Ke-32 dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Semangat Koperasi dan bacaan ayat suci Al-Quran selain bacaan doa. Seterusnya disusuli dengan ucapan aluan oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah dan ucapan perasmian oleh Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, YB. Dato’ Seri Hamzah Zainudin.

Persidangan yang dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Haji Abdul Rahman bin Abdul Razak Shaik dan dibantu oleh Naib Pengerusi, Haji Abu Bakar Mohamad telah mengumumkan kehadiran perwakilan seramai 4,015 orang daripada 3,939 buah koperasi dan 16 wakil Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan (JTK).

Mesyuarat dimulakan dengan pembentangan Perkara 1 oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah iaitu mengesahkan Minit Persidangan Kebangsaan Tahunan ANGKASA (PKTA) Ke-31 yang berlangsung pada 31 Mei 2015 di PWTC dan Minit Persidangan Khas pada 29 November 2015 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka. Kedua-dua minit tersebut disahkan atas cadangan Encik Abu Othman Abu Hassan, wakil Koperasi Srijasa Berhad selaku Jurucakap Negeri Pulau Pinang dan disokong oleh Encik Berahim Abdul Gapal, wakil Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad selaku Jurucakap Negeri Selangor.

Agenda mesyuarat diteruskan menerusi Perkara 2 iaitu memilih seorang Presiden, seorang Timbalan Presiden, 2 orang Naib Presiden, seorang Pengerusi Persidangan dan 10 Jawatankuasa Penentu sah Draf Minit PKTA Ke-32. Pengerusi Persidangan mengisytiharkan pengundian bermula pada pukul 11.45 pagi.

Perbentangan seterusnya dalam Perkara 3 adalah menimbang laporan Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan ANGKASA dan Jawatankuasa Audit Dalaman dari 1 Januari 2015 hingga 31 Disember 2015 yang disampaikan oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah. Persidangan sebulat suara menerima Laporan Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan dan Jawatankuasa Audit

Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad selaku Jurucakap Negeri Selangor dan disokong oleh Tuan Syed Zulkiple Syed Mansor, wakil Koperasi Setiakawan Berhad selaku Jurucakap Negeri Perlis.

Seterusnya Dato’ Abdul Fattah membentangkan Perkara 7 iaitu menimbang dan meluluskan cadangan elaun kepada Anggota Lembaga yang dilantik sebagai Pengarah Subsidiari ANGKASA 2017 dan 2018. Persidangan secara sebulat suara menerima cadangan tersebut atas cadangan Haji Mohd Zainudin Othman, wakil Koperasi Kariah Masjid Mukim Kangkong Pasir Mas Berhad selaku Jurucakap Negeri Kelantan dan disokong oleh Encik Mohd Zikri Dato’ Mohd Zaihan, wakil Gabungan Koperasi Pelancongan Zon Tengah Berhad selaku Jurucakap Wilayah Persekutuan.

Persidangan juga secara sebulat suara menerima dan meluluskan perbentangan dalam Perkara 8 iaitu menimbang dan meluluskan dasar dan polisi pelaburan ANGKASA atas cadangan YM. Raja Hang Tuah Raja Iskandar, wakil Koperasi Tenaga Nasional Berhad selaku Jurucakap Wilayah Persekutuan dan disokong oleh Encik Mohd Othman, wakil Koperasi Pelancongan Pulau Pinang Berhad selaku Jurucakap Negeri Pulau Pinang.

Pengerusi Persidangan seterusnya mengisytiharkan perlantikan suatu panel yang terdiri daripada tidak kurang daripada dua firma audit luar untuk mengaudit akaun-akaun setelah menerima keputusan secara sebulat suara oleh perwakilan atas cadangan Encik Wan Abdul Razak Wan Mohamad, wakil Koperasi Maju Beserah Kuantan Berhad selaku Jurucakap Negeri Pahang Zon 1 dan disokong oleh Encik Saat Haji Awang Damit, wakil Koperasi Pekerja-Pekerja Kerajaan Sabah Berhad selaku Jurucakap Negeri Sabah.

Persidangan seterusnya bersetuju sebulat suara menerima Perkara 10 yang dibentangkan oleh Presiden ANGKASA untuk menetapkan had pelaburan sebanyak RM200 juta atas cadangan Haji Hamdan Murad, wakil Koperasi Bela Rakyat Trong Berhad selaku Jurucakap Negeri Perak dan disokong oleh Encik Hasnan Abdul Kudus, wakil Koperasi Perbadanan Kemajuan Ekonomi

Negeri Perlis Berhad selaku Jurucakap Negeri Perlis.Pembentangan diteruskan menerusi Perkara 11 iaitu

menentukan had maksimum keberhutangan. Dengan pindaan tidak melebihi RM500 juta. Persidangan bersetuju menerima cadangan yang diutarakan oleh Dato’ Abdul Fattah itu secara sebulat suara atas cadangan Encik Hamdan Antau, wakil Koperasi Perpaduan Ummah Barakah Sri Aman Berhad selaku Jurucakap Negeri Sarawak dan disokong oleh Hajah Ramlah Johari, wakil Koperasi Kariah masjid Al-Faizin Bukit Lintang Melaka Berhad selaku Jurucakap Negeri Melaka.

Seterusnya dalam Perkara 12, persidangan sebulat suara menerima dan meluluskan rancangan perniagaan ANGKASA atas cadangan Dato’ Paduka Haji Hanapi Suliman, wakil Koperasi Usahawan Warisan Niaga Selangor Berhad selaku Jurucakap Negeri Selangor dan disokong oleh Haji Ismail Muda, wakil Koperasi Peka Malaysia Berhad selaku Jurucakap Negeri Terengganu.

Sementara itu, keempat-empat usul PKTA Ke-32 yang dikemukakan juga telah diterima oleh perwakilan iaitu :1. Mana-mana koperasi yang mampu dan bercadang untuk membayar dividen 15 peratus ke bawah kepada anggotanya hendaklah dikecualikan daripada mendapatkan kebenaran pihak pendaftar (Suruhanjaya Koperasi Malaysia).2. Menggesa kerajaan memperuntukkan satu jawatan Senator bagi mewakili gerakan koperasi di Malaysia.3. Guru koperasi dijadikan sebagai guru di luar kuota.4. Pusat Hemodialisis ANGKASA diwujudkan di Negeri Sarawak.

Persidangan sebulat suara bersetuju menerima ulasan Jawatankuasa ANGKASA terhadap usul-usul yang dibentangkan atas cadangan Dr. Wan Aminuddin Wan Ab. Hamid, wakil Koperasi Permodalan Sri Jelai Kuala Lipis Berhad selaku Jurucakap Negeri Pahang Zon 3 dan disokong oleh Encik Berahim Abdul Gapal, wakil Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad selaku Jurucakap Negeri Selangor.

Dalaman atas cadangan YM. Engku Safruddin Engku Chik, wakil Koperasi Kariah masjid Kamil Hassan berhad selaku Jurucakap Negeri Kelantan dan disokong oleh Encik Mohd Zikri bin Dato’ Mohd Zaihan, wakil Koperasi Gabungan Koperasi Pelancongan Zon Tengah Berhad selaku Jurucakap Wilayah Persekutuan.

Perbentangan Perkara 4 pula adalah untuk menimbang dan meluluskan Penyata Kewangan ANGKASA, Subsidiari dan Yayasan ANGKASA Berakhir 31 Disember 2015 dan 31 Disember 2016 bersama-sama dengan laporan juruaudit luar termasuk laporan perbelanjaan defisit. Persidangan sebulat suara meluluskan Penyata kewangan tersebut atas cadangan Haji Ismail Muda, wakil Koperasi Peka Malaysia Berhad selaku Jurucakap Negeri Terengganu dan disokong oleh Puan Siti Aminah Ibrahim, wakil Koperasi Sekolah Menengah Sultanah Asma Berhad selaku Jurucakap Negeri Kedah.

Perwakilan bersetuju sebulat suara mengesahkan perbentangan menerusi Perkara 5 iaitu mengesahkan perlantikan 9 Pengerusi JPAN yang dipilih dalam Persidangan Negeri dan 2 wakil kementerian sebagai anggota JTK atas cadangan Encik Hamdan Antau, wakil Koperasi Perpaduan Ummah Barakah Sri Aman selaku Jurucakap Negeri Sarawak dan disokong oleh Hajah Ramlah Johari, wakil Koperasi Kariah Masjid Al-Faizin Bukit Lintang Melaka Berhad selaku Jurucakap Negeri Melaka.

Pengerusi Persidangan juga turut mengisytiharkan Anggaran Belanjawan ANGKASA setelah perbentangan yang disampaikan oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdulllah telah diterima secara sebulat suara atas cadangan Encik Berahim Abdul Gapal, wakil

Oleh : NOr AzAh Abd. AzizFoto : ArmAN / zizAN / rAhmAt

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih

22 PELANCAR Ogos 2017

Oleh : Wan adlina Wan ab. aziz

Dr. Mohd Azlan Yahya dipilih sebagai Naib Presiden ANGKASA selepas memenangi pemilihan dalam Persidangan Kebangsaan Tahunan ANGKASA (PKTA) Ke-32. Semasa PKTA Ke-32 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur pada 22 Julai 2017 lalu.

Beliau yang dilahirkan pada 27 Julai 1959 di Tumpat, Kelantan merupakan pemegang Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Pentadbiran Perniagaan Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah dan sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan / Pengarah Institut Pembangunan Usahawan UUM. Beliau juga mula bersara daripada perkhidmatan awam mulai 27 Julai 2017.

Dr. Mohd. Azlan turut terlibat secara langsung dalam kegiatan koperasi dengan memegang jawatan sebagai Pengerusi Gabungan Koperasi Siswa Malaysia Berhad; Pengerusi Koperasi Alumni UUM Berhad dan

Pengerusi Koperasi Usahawan Siswa UUM Berhad. Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Bendahari Koperasi Universiti Utara Malaysia Berhad.

Di peringkat antarabangsa, beliau telah dipilih sebagai Pengerusi University Campus Committee, ICA Asia Pasific bagi tempoh 2016-2018.

Selain itu, beliau turut terlibat secara aktif dalam pembangunan keusahawanan di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di mana beliau telah dilantik oleh Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia sebagai Pengurus Majlis Keusahawanan Pengajian Tinggi Nasional mulai 2012 hingga sekarang.

dr. Mohd. azlan YahyaNaib Presiden ANGKASA

Perwakilan koperasi yang hadir pada persidangan seperti Persidangan Kebangsaan Tahunan ANGKASA (PKTA) wajar memanfaatkan peluang dengan cara mengembangkan integrasi fikiran menerusi idea dan pandangan yang boleh dikongsi daripada pelbagai pihak.

Hasrat untuk melestarikan penggunaan teknologi baharu dan meraih pendapatan berskala tinggi sememangnya memerlukan tenaga fikiran yang kuat dan pelbagai, demi memastikan hala tuju yang hendak dibawa itu selaras dengan Model Ekonomi Baru yang diaspirasikan oleh kerajaan.

Dato’ Haji Aliasak Ambia berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada hari terakhir beliau sebagai Naib Presiden ANGKASA di hadapan

lebih 4,000 perwakilan PKTA Ke-32 di PWTC, 22 Julai lalu.

Beliau juga turut mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua koperator yang telah banyak memberikan kerjasama demi pembangunan gerakan koperasi serta memohon maaf atas kekhilafan yang dilakukan sejak beliau mula memegang jawatan sebagai Naib Presiden ANGKASA pada tahun 2014.

dato’ Haji aliasak Haji ambiaMantan Naib Presiden ANGKASA

» Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah; Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah (enam dari kiri); Pengarah Eksekutif Tree Movement Malaysia Sdn Bhd, Dato’ Steven Thor (empat dari kiri) dan Pengerusi Tree Movements Sdn Bhd, Dato’ Majid Manjit Abdullah (sembilan dari kiri) bergambar dengan pengedar-pengedar motosikal Treelektrik

25Ogos 2017 PELANCAR

Kerjasama tersebut turut memberi manfaat kepada 60 koperasi yang dilantik sebagai ejen di bawah MyANGKASA Holdings bagi membantu mengedarkan motosikal berteknologi tinggi itu kepada anggota koperasi yang berminat.

Majlis telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Turut hadir ialah Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah; Timbalan Presiden ANGKASA, Haji Mutadho Bahri; Ketua Pegawai Eksekutif Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA Berhad (KOPSYA), Dato’ Syed Mohd Ghazali Wafa Syed Adwam Wafa dan Pengerusi Tree Movements Sdn Bhd, Dato’ Majid Manjit Abdullah.

Menurut Dato’ Abdul Fattah, setakat ini sudah ada beberapa buah koperasi yang tampil menawarkan diri untuk menjadi ejen pengedar di 20 lokasi di seluruh Malaysia. Fokus pengedaran adalah kepada dua jenis model motosikal elektrik iaitu model skuter T-70 dan model T-90. Namun dalam masa yang sama koperasi juga boleh memasarkan model T-Cargo untuk keperluan perusahaan kecil.

Harga motosikal adalah berbeza mengikut pilihan bateri kerana setiap model didatangkan dengan dua lagi pecahan model dan pelanggan boleh memilih jenis bateri yang ingin dipasang pada motosikal mereka iaitu jenis ‘Lithium-ion’ atau ‘Tree Gold’.

Model skuter T-70 didatangkan dalam hab 1.5 kW manakala model motosikal T-90 menggunakan sama ada motor 5 kW dengan bateri Lithium-ion 50 Ah 84 V atau motor 3 kW dengan pek bateri Tree Gold 40 Ah 84 V.

Harga jualan kedua-dua model tersebut bermula

daripada RM4,500 sehingga RM14,900.Motosikal Treelektrik dipasang sepenuhnya di

negara ini dan mempunyai keperluan penyelenggaraan yang sangat minima, selain menjimatkan kos kerana tidak perlu menggunakan petrol.

Dato’ Abdul Fattah juga berharap agar sasaran jualan sebanyak 7,200 unit bagi tahun pertama dapat dicapai dengan unjuran peningkatan jualan sebanyak 25 peratus untuk tahun berikutnya.

Motosikal elektrik Treelektrik didaftarkan di bawah klasifikasi kenderaan jenis ‘L’ dengan Jabatan Pengakutan Jalan (JPJ) dan ia hanya memerlukan lesen B2 untuk ditunggang. Cukai jalan pula hanyalah sebanyak RM2.00.

• Tidak memerlukan petrol• Injap enjin tidak perlu dilaras• Tidak menggunakan minyak pelincir• Tidak perlu menukar kluc• Tidak menggunakan penapis minyak • Kabel kluc tidak perlu dilaras• ‘Throttle’ tidak perlu dilaras dan diperiksa• Tidak menggunakan penapis angin• Tidak perlu menukar timing belt• Tidak menggunakan palam pencucuh• Tidak perlu pelarasan injap dan enjin• Air kluc tidak perlu diperiksa atau ditukar

Oleh : RAHMAT MOHD DIDInfo Semasa

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) melalui anak syarikatnya MyANGKASA Holdings Sdn Bhd (MHSB) telah menjalinkan kerjasama dengan Treelektrik Sdn Bhd sebagai pengedar tunggal kepada sektor koperasi dalam memasarkan motosikal berkuasa elektrik.

Oleh : Wan adlina Wan ab. azizInfo Semasa

Pencapaian Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad (KPF) yang berjaya mempamerkan kedudukan terbaik di peringkat negara dan antarabangsa mampu menjadi contoh dan model terbaik dalam sektor koperasi serta mampu bersaing dengan syarikat-syarikat luar dalam perniagaan.

Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Dato’ Seri Hamzah Zainudin berkata, kejayaan dan pengiktirafan KPF yang kini berada pada kedudukan ke-2 Profil 100 Koperasi Terbaik Malaysia 2016 serta kedudukan ke-145 koperasi di dunia, jelas membuktikan sektor koperasi di negara ini mampu berada pada tahap yang membanggakan sekaligus mendapat perhatian dunia.

“Saya percaya dan yakin usaha gigih barisan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) dan pengurusan koperasi secara konsisten mampu membawa koperasi melakar kejayaan yang lebih cemerlang dan terus memberi faedah kepada anggota dan masyarakat amnya,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Penutup Mesyuarat Agung Perwakilan

Tahunan Ke-36 & Majlis Berbuka Puasa Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad (KPF), baru-baru ini.

Menurut beliau, dalam usaha untuk memajukan sektor koperasi, pendekatan secara menyeluruh merangkumi sudut kepimpinan dan pengurusan perniagaan perlu diambil kira.

“Persekitaran ekonomi yang semakin mencabar dan kompleks pada masa kini menuntut ALK supaya merencana strategi perniagaan berimpak tinggi bagi memastikan koperasi terus berdaya saing,” katanya.

Sementara itu Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Abdul Samad dalam ucapannya menyatakan tonggak

Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad (KPF)(Sumber : Profil 100 Koperasi Terbaik Malaysia 2016)

Fungsi Perkhidmatan

Keanggotaan 270,389 orang

Syer & Yuran RM2,706,939,000

Perolehan Koperasi RM1,056,794,000

Perolehan Kumpulan RM1,673,871,000

Aset Koperasi RM6,254,386,000

Aset Kumpulan RM6,254,386,000

» Presiden anGKaSa, dato’ abdul Fattah abdullah (paling kanan) turut hadir pada majlis berkenaan

Pencapaian KPF Tahun 2016:

Anugerah Koperasi Wilayah Persekutuan Terbaik Sektor Perladangan – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)

Anugerah Francaisi Terbaik Malaysia - Malaysia Franchaise Association (MFA)

kejayaan KPF selama ini adalah faktor kesetiaan peneroka, barisan ALK yang komited serta kekuatan sistem pengurusan KPF yang berkaliber.

Beliau memberi jaminan akan terus menyokong dan memberi kerjasama kepada kerajaan dengan harapan KPF terus maju dan memberi kepentingan serta manfaat terbaik kepada semua warga FELDA.

Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan Dalam Negeri) KPDNKK. Dato’ Basaruddin Sadali; Timbalan Ketua Setiausaha (Kepenggunaan & Pengurusan), Dato’ Haji Razali Othman; Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Dato’ Dr. Noor Zari Hamat dan Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah.

Terdahulu, Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Ke-36 Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad (KPF) menyaksikan Pengerusi KPF baharu iaitu Haji Ab. Ghani Mohd Ali menggantikan Datuk Hanapi Suhada.

26 PELANCAR Ogos 2017 27Ogos 2017 PELANCAR

» Pengerusi FElda, Tan Sri Shahrir abdul Samad

» Pengerusi KPF, Haji ab. Ghani Mohd ali

» dato’ Seri Hamzah zainudin, Menteri Kementerian Perdagangan dalam negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

Oleh : Wan adlina Wan ab. azizFoto : arman Yusuf

Info Semasa

Prinsip integriti, akauntabiliti, ketelusan dan kecekapan menjadi kunci kecemerlangan sesebuah koperasi sekaligus berupaya memperlihatkan gerakan koperasi negara berkembang maju berlandaskan nilai-nilai murni koperasi.

Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Dato’ Henry Sum Agong berkata, ANGKASA dilihat sebagai ‘role model’ kepada koperasi lain dan keprihatinan ANGKASA terhadap usaha membasmi rasuah dan penyelewengan dalam gerakan koperasi amat dipuji kerana inisiatif tersebut secara tidak langsung dapat menggerakkan aktiviti koperasi mengikut landasan yang betul.

Menurutnya, menyedari SPRM adalah institusi berintegriti, disegani serta memiliki imej yang cemerlang, diharap kerjasama bersama ANGKASA akan memberi impak positif bagi memupuk nilai integriti dalam kalangan anggota koperasi.

Beliau juga turut merakamkan ucapan syabas dan tahniah atas inisiatif yang digerakkan oleh ANGKASA sebagai tanda keprihatinan badan puncak gerakan koperasi terhadap isu rasuah dan penyelewengan kuasa.

“Langkah seperti ini dapat memberi kesedaran kepada warga kerja dan anggota koperasi selaras dengan misi dan visi kepimpinan kerajaan dalam membasmi kegiatan tidak bermoral sekali gus memberi imej buruk serta menyumbang kepada kejatuhan organisasi.

Beliau turut menaruh kepercayaan terhadap gerakan koperasi bahawa koperasi perlu sentiasa ditadbir urus berlandaskan prinsip-prinsip akauntabiliti; integriti; ketelusan dan kecekapan

kerana koperasi adalah milik bersama. Justeru itu, kegagalan sesebuah koperasi akan memberi kesan kepada keseluruhan anggotanya.

Dato’ Henry Sum Agong berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian Majlis Ikrar Bebas Rasuah & Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) Antara ANGKASA dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertempat di Auditorium ANGKASA, Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya.

Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Kepenggunaan & Pengurusan) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Dato’ Haji Razali Othman; Ketua Pengarah Maktab

Koperasi Malaysia (MKM), Prof. Madya Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik; barisan kepimpinan tertinggi ANGKASA, barisan Jawatankuasa Audit Dalaman ANGKASA dan barisan pengurusan kanan ANGKASA.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Dato’ Shamsun Baharin

Mohd Jamil dalam ucapannya berkata, usaha ANGKASA menandatangani Ikrar Bebas Rasuah yang merupakan inisiatif baru dipelopori SPRM membuktikan sokongan ANGKASA dalam usaha-usaha pencegahan rasuah dan salah guna kuasa.

Katanya, sekaligus ia menjadikan ANGKASA sebagai sebuah organisasi yang diyakini dan dipandang tinggi oleh masyarakat dan mengutamakan kejujuran; keikhlasan; komitmen kerja dan keinginan untuk berkhidmat dalam suasana kerja yang lebih kondusif dan bebas daripada sebarang anasir rasuah.

“Skop kerjasama yang terkandung dalam Memorandum Persefahaman ini meliputi perkongsian kepakaran dalam aspek koperasi, pengesanan kesalahan jenayah rasuah, khidmat rundingan, penyaluran maklumat, latihan serta usaha-usaha peningkatan integriti dalam memastikan ANGKASA menjadi organisasi yang bebas rasuah.

Sehingga kini, SPRM telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pencegahan rasuah bersama 32 agensi dari pelbagai peringkat di dalam negara dan sebanyak 12 kerjasama dengan agensi dan pertubuhan rasuah luar negara seperti CPIB Singapura; NACC Thailand dan BMR Brunei.

28 PELANCAR Ogos 2017 29Ogos 2017 PELANCAR

» Presiden anGKasa, dato’ abdul fattah (enam dari kiri) dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) sPrm, dato’ shamsun baharin mohd Jamil (lapan dari kiri) menunjukkan memorandum yang ditandatangani sambil disaksikan oleh Timbalan menteri KPdnKK, dato’ Henry sum agong (tujuh dari kiri) pada majlis menandatangani Perjanjian Persefahaman (mou) antara anGKasa dan sPrm

”langkah seperti ini dapat memberi kesedaran kepada warga kerja dan anggota koperasi selaras dengan misi dan visi kepimpinan kerajaan dalam membasmi kegiatan tidak bermoral sekaligus memberi imej buruk serta menyumbang kepada kejatuhan organisasi”.

» Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) sPrm, dato’ shamsun baharin

» dato’ Henry sum agong, Timbalan menteri KPdnKK

30 PELANCAR Ogos 2017 31Ogos 2017 PELANCAR

» Presiden anGKasa, dato’ abdul fattah mengetuai bacaan ikrar bebas rasuah di hadapan barisan kepimpinan dan warga kerja anGKasa

ANGKASA amat serius dalam usaha untuk terus memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa menerusi inisiatif mengadakan lafaz Ikrar Bebas Rasuah dan menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan ANGKASA, baru-baru ini.

Perjanjian Memorandum (MoU) kedua-dua pihak tersebut adalah berkaitan kerjasama yang bakal dijalin khususnya dalam program berkaitan ke arah membina kesedaran pencegahan rasuah serta memperkukuhkan usaha meningkatkan budaya integriti dalam kalangan anggota koperasi di Malaysia.

Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah berkata, komitmen ANGKASA yang tidak berbelah bahagi untuk bersama-sama dengan SPRM membuktikan badan puncak ini begitu serius memerangi isu yang pada masa kini menjadi barah dalam kalangan masyarakat.

Katanya, ANGKASA akan memanfaatkan sepenuhnya kerjasama tersebut bagi memastikan gerakan koperasi ‘Sifar Rasuah’ dan menjadi koperasi pertama yang melafazkan Ikrar Bebas Rasuah.

“ANGKASA bakal menyediakan platform terbaik kepada koperasi-koperasi seluruh Malaysia dalam

Oleh : Wan adlina Wan ab. azizFoto : arman Yusuf

Info Semasamembina kesedaran pencegahan rasuah menerusi kerjasama dengan SPRM dalam penyediaan kepakaran dan sumber yang bersesuaian.

“Justeru, usaha ini bakal digerakkan melalui program-program seperti seminar dan bengkel-bengkel pembangunan dan pembelajaran berteraskan proses integriti koperasi.

“Ia juga sebagai satu peringatan kepada warga kerja ANGKASA untuk mengamalkan budaya berintegriti dan akauntabiliti dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab di samping berpegang kepada nilai-nilai koperasi yang menjadi tunjang dalam sektor koperasi,” katanya,

Dato’ Abdul Fattah berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Ikrar Bebas Rasuah & Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan ANGKASA di Auditorium ANGKASA, Kelana Jaya.

» Dato’ Seri Hamzah menyampaikan sumbangan peribadi berjumlah RM50,000 kepada Maahad Tahfiz Kiblah, Sepang

» Dato’ Seri Hamzah menyampaikan sumbangan sagu hati kepada salah seorang pelajar tahfiz yang tamat hafazan 30 juzuk Al-Quran

» Dato’ Seri Hamzah beramah mesra bersama tetamu sebelum berbuka puasa

» Dato’ Seri Hamzah ZainudinMenteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

Seramai kira-kira 500 pelajar Maahad Tahfiz Kiblah, Kampung Jenderam Hulu, Bukit Unggul Sepang diraikan dalam Majlis Berbuka Puasa ANGKASA sempena Ramadan 1438H yang lalu.

Mereka diraikan dalam majlis yang cukup istimewa bersama Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Dato’ Seri Hamzah Zainudin.

Dalam majlis berkenaan, seramai 18 pelajar terdiri daripada 15 hafiz dan 3 hafizah yang telah tamat hafazan 30 juzuk Al-Quran menerima sumbangan sagu hati sebagai galakan kepada mereka. Pada majlis itu juga, Dato’ Seri Hamzah turut menyampaikan sumbangan peribadi berjumlah RM50,000 manakala ANGKASA sebanyak RM10,000 kepada pusat tahfiz berkenaan.

Dalam ucapannya, beliau menyatakan rasa bangga dan kagum dengan pencapaian pelajar-pelajar tahfiz yang turut memperlihatkan kecemerlangan

dalam bidang akademik.Katanya, sokongan dan komitmen

padu semua pihak termasuk tenaga pengajar, pengurusan Maahad dan ibu bapa atau penjaga sangat diperlukan dalam memaju dan memberi ruang kepada pusat tahfiz berkenaan untuk terus melahirkan generasi yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

“Kecemerlangan Maahad ini telah terbukti apabila telah mendapat sijil pengiktirafan daripada Universiti Islam Madinah Al-Munawwarah yang membuka peluang kepada pelajar-pelajar tahfiz untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di mana-mana universiti di Arab Saudi,” ujarnya.

Beliau turut menyarankan pengurusan Maahad Kiblah untuk

Oleh : WAn ADlinA WAn Ab. AZiZFoto : AiZAl AZiZAn SAjAri

Info Semasa

menubuhkan koperasi yang dianggotai pelajar, guru dan warga kerja untuk manfaat anggota keseluruhannya.

Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Ketua Setiausaha KPDNKK, Dato’ Sri Jamil Salleh; Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan Dalam Negeri) KPDNKK. Dato’ Basaruddin Sadali; Timbalan Ketua Setiausaha (Kepenggunaan & Pengurusan), KPDNKK Dato’ Haji Razali Othman; Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Dato’ Dr. Noor Zari Hamat; Ketua Pengarah Maktab Koperasi Malaysia (MKM), Prof. Madya Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik; Timbalan Presiden ANGKASA, Haji Mutadho Bahri; Naib-Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail dan Haji Mohamad Azmi Omaruddin.

32 PELANCAR Ogos 2017 33Ogos 2017 PELANCAR

ANGKASA RAiKAN PelAjAR TAhfiz

» Sebahagian pelajar Maahad Tahfiz Kiblah, Sepang yang diraikan pada Majlis Berbuka Puasa ANGKASA bersama Menteri KPDNKK, Dato’ Seri Hamzah Zainudin

» Sebahagian pelajar Maahad Tahfiz Kiblah, Sepang

34 PELANCAR Ogos 2017 35Ogos 2017 PELANCAR

Presiden Pertubuhan Koperasi Se-ASEAN (ACO) yang juga Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah bersama Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail telah menghadiri Sambutan Hari Koperasi Nasional (HARKOPNAS) Ke-70 di Makassar, Sulawesi Selatan, Indonesia baru-baru ini.

Oleh : RAHMAT MOHD DIDInfo Semasa

Sambutan HARKOPNAS pada tahun ini juga turut bersekali dengan penganjuran Kongres Koperasi Ke-3 Indonesia, Ekspo Koperasi dan Penganugerahan Lencana oleh Presiden Republik Indonesia, Joko Widodo sekaligus merasmikan HARKOPNAS 2017.

Dato’ Abdul Fattah turut dijemput untuk menyampaikan ucapan sewaktu Kongres Koperasi Ke-3 dengan membawa tajuk ‘Sinergi Koperasi ASEAN’ manakala Dato’ Haji Kamarudin Ismail pula telah membentangkan kertas kerja yang bertajuk ‘National Development Cooperative Policy’. Kongres tersebut dihadiri oleh lebih seribu perwakilan koperasi dari seluruh Indonesia.

Turut hadir ialah Menteri Koperasi dan Usaha Kecil dan Menengah Republik Indonesia, Drs. Anak Agung Gede Ngurah Puspayoga; Gabenor Sulawesi Selatan, Syahrul Yasin Limpo; Datuk Bandar Makassar, Mohammad Ramdhan Pomanto dan Ketua Umum Dewan Koperasi Indonesia (DEKOPIN), Nurdin Halid.

Dalam ucapannya, Joko Widodo mengharapkan peranan dan produktiviti koperasi terus dipertingkat dan mampu bersaing dengan produk dan perkhidmatan dari negara lain.

Menurutnya, pertumbuhan koperasi di Indonesia telah meningkat sebanyak 3.39 peratus lebih tinggi berbanding tiga tahun sebelumnya. Namun, peningkatan tersebut dilihat masih jauh ketinggalan

berbanding negara-negara lain seperti Belanda yang mencatat pertumbuhan sebanyak 10 peratus dan New Zealand yang telah mencapai pertumbuhan 18 peratus.

Justeru katanya, cabaran tersebut wajar dijadikan sebagai motivasi kepada penggerak-penggerak koperasi di Indonesia agar terus melipatgandakan usaha dan jangan pernah takut untuk bersaing.

Selain itu, untuk memaksimakan lagi peranan koperasi, Joko Widodo turut menggesa agar faedah pinjaman koperasi mampu diturunkan lagi sehingga tujuh peratus berbanding sebelumnya iaitu antara 12 hingga 22 peratus.

“Dengan usaha ini, koperasi akan dapat bergerak secara lebih aktif dan efektif. Koperasi masih memerlukan lebih banyak sokongan dan dorongan agar putaran ekonomi dan kesejahteraan masyarakat dapat diagihkan secara seimbang ke desa-desa, bukan hanya tertumpu di kota-kota,” katanya.

Sementara itu, Ketua Umum DEKOPIN, Nurdin Halid dalam ucapannya memberitahu, di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Eropah, gerakan koperasi memberikan sumbangan besar dalam membangunkan ekonomi berasaskan milik anggota atau rakyat.

Koperasi-koperasi di sana dikelola oleh badan yang moden, besar dan kuat dalam memberikan layanan anggota dengan nila tambah tinggi. Keperluan anggota dipenuhi dengan produk-produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi dan harga yang murah. Kepercayaan anggota terhadap koperasi adalah sangat tinggi dan kesejahteraan anggota

dipenuhi kerana sikap kebersamaan. Secara nasional, gerakan koperasi di Indonesia

telah menunjukkan peranan yang baik. Koperasi telah menjadi medium menyediakan keperluan anggota yang cukup besar iaitu seramai hampir 38 juta berdasarkan statistik tahun 2015. Koperasi yang bergerak dalam sektor kewangan telah memberikan pembiayaan kepada koperasi kecil dan mikro yang sangat besar di seluruh pelusuk tanah air. Kualiti koperasi saat ini juga semakin baik di mana jumlah keseluruhan koperasi di Indonesia setakat ini ialah sebanyak 152 ribu buah dan koperasi-koperasi yang tidak aktif sebanyak 61 ribu buah telahpun dibekukan.

Sambutan HARKOPNAS Ke-70 yang bertemakan “Koperasi Menuju Pemerataan Kesejahteraan Masyarakat yang Berkeadilan untuk Memperkukuh Negara Kesatuan Republik Indonesia” adalah yang pertama kali dianjurkan di Makassar setelah 70 tahun penubuhan koperasi di Indonesia.

Sebanyak 34 Dewan Koperasi Wilayah (Dekopinwil) dan 450 Dewan Koperasi Daerah (Dekopinda) mengambil bahagian dalam acara tersebut yang melibatkan 250 buah gerai pameran. ANGKASA turut menempatkan gerai pamerannya di samping gerai Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA Berhad (KOPSYA ANGKASA).

» Presiden Republik Indonesia, Joko Widodo memberi galakan dan sokongan kepada koperasi Indonesia untuk berkembang hingga setanding dengan koperasi-koperasi negara lain

» Ketua Umum Dewan Koperasi Indonesia (DEKOPIN), Nurdin Halid (kiri) dan Presiden Pertubuhan Koperasi Se-ASEAN (ACO) merangkap Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Dato’ Abdul Fattah Abdullah (kanan) menghadiri Majlis Sambutan HARKOPNAS

» Presiden Republik Indonesia, Joko Widodo bersalaman dengan masyarakat Makassar sambil diiringi Datuk Bandar Makassar, Mohammad Ramdhan Pomanto (kanan sekali), Ketua Umum Dewan Koperasi Indonesia (DEKOPIN), Nurdin Halid (tiga dari kiri) dan Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah (dua dari kiri)

» Ketua Pegawai Eksekutif KOPSYA, Dato’ Syed Mohd Ghazali Wafa Syed Adwam Wafa menerangkan tentang fungsi KOPSYA kepada perwakilan koperasi Indonesia yang hadir

»Gerai pameran Ekspo Hari Koperasi Nasional (HARKOPNAS) Ke-70 di Makassar, Indonesia

36 PELANCAR Ogos 2017 37Ogos 2017 PELANCAR

Dato’ Abdul Fattah AbdullahPresiden Asean Cooperative Alliance (ACO) Presiden ANGKASA

Presiden Asean Cooperative Alliance (ACO), Dato’ Abdul Fattah Abdullah berkata, ACO mahu hubungan koperasi ASEAN terus kukuh selaras dengan matlamat penubuhan ASEAN seperti yang ditetapkan dalam Deklarasi Bangkok pada 8 Ogos 1967.

Pelbagai program telah dan akan dijalankan oleh ACO dalam membangun dan mengembangkan pengetahuan serta hubungan perniagaan antara koperasi melalui penganjuran ekspo, seminar, bengkel, pemadanan perniagaan, lawatan kerja dan sebagainya.

Koperasi di negara-negara ASEAN perlu sentiasa bekerjasama dalam mencari sinergi terbaik bagi membangunkan pelan tindakan yang lebih mantap. Usaha tersebut perlu dikolaborasi secara bersama oleh wakil-wakil koperasi dari semasa ke semasa agar gerakan koperasi ASEAN dapat mewujudkan jaringan perniagaan yang lebih besar selain berkongsi idea dan inovasi terhadap produk dan perkhidmatan koperasi.

Kerjasama yang boleh dibentuk adalah seperti pembangunan produk makanan halal, kesihatan dan penjagaan diri, pelancongan dan lain-lain. Demikian menurut Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail sewaktu memberi taklimat pada Kongres Koperasi Indonesia Kali Ke-3 yang berlangsung di Makassar, Sulawesi Selatan, Indonesia Julai lepas.

Katanya, Malaysia dan Indonesia mempunyai banyak persamaan disebabkan sejarah di antara kedua negara yang saling berkaitan. Persamaan itulah yang menjadi kelebihan kepada koperasi kedua buah negara untuk membina rantaian perniagaan dan berkolaborasi ke arah memperkasa gerakan koperasi serantau.

Menurut beliau lagi, koperasi perlu berubah dan memberi tumpuan kepada pasaran baharu sesuai dengan perkembangan semasa. Dalam

Jalinan kerjasama yang terjalin antara koperasi di Malaysia dan Indonesia mampu dikembangkan ke peringkat lebih jauh terutamanya dari sudut pembangunan dan pemasaran produk dan perkhidmatan koperasi.

» Presiden DEKOPIN, Nurdin Halid (kanan) memperkenalkan Dato’ Abdul Fattah kepada Menteri Koordinator Bidang Perekonomian Indonesia, Darmin Nasution (dua dari kanan)

Oleh : RAHMAT MOHD DIDInfo Semasa

Katanya, ACO akan bersama-sama membantu mempromosi dan mempergiat kegiatan ekonomi koperasi serta meningkatkan keuntungan koperasi bukan sahaja di Malaysia dan Indonesia, malahan pada peringkat ASEAN dan seterusnya ke peringkat global.

“Saya ingin menyeru kepada semua koperasi di ASEAN agar mengambil peluang yang telah diberikan oleh ACO untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran bagi mengembangkan lagi potensi koperasi masing-masing serta menjaringkan hubungan

perniagaan yang berkesan di peringkat ASEAN dan global,” ujarnya.

Usaha memperkasa gerakan koperasi di rantau ini terus menjadi agenda utama ACO. Sebagai contoh, ACO telah berjaya mengembangkan prospek perniagaan koperasi di Lanzhou, China. Outlet yang bakal dibuka mampu memperkenal dan mempromosi produk halal koperasi dari negara ASEAN.

Dato’ Abdul Fattah berkata demikian sewaktu berucap dalam Kongres Koperasi Ke-3 Indonesia di Makassar, Sulawesi Selatan, Indonesia.

memastikan koperasi dapat bersaing dengan badan bukan koperasi yang lain, salah satu strateginya ialah dengan meningkatkan kemahiran penggunaan ICT dalam kalangan koperator.

Selain itu katanya, setiap anggota koperasi harus bertindak sebagai penggerak bagi menyiapkan diri mereka dengan ilmu koperasi itu sendiri. Hal tersebut penting bagi memastikan kefahaman yang dimiliki itu dapat digunakan bagi membantu pengurusan koperasi sekaligus memastikan koperasi mampu berperanan pada landasan yang sebenarnya.

Beliau juga berharap jalinan kerjasama yang telah terjalin antara Malaysia dan Indonesia dapat dikekalkan. Koperasi seharusnya mengambil peluang dalam setiap penganjuran program di peringkat antarabangsa seperti ACOTEX untuk memperkenal produk dan perkhidmatan kepada pasaran baharu secara lebih meluas.

» Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail sewaktu membentangkan kertas kerja bertajuk ‘National Development Cooperative Policy’

» Gerai pameran ANGKASA dikunjungi oleh perwakilan koperasi Indonesia

» Antara gerai-gerai pameran yang menarik sewaktu Ekspo Hari Koperasi Nasional (HARKOPNAS) Ke-70 di Makassar, Indonesia

» Antara perwakilan koperasi Indonesia yang hadir ke Kongres Koperasi Ketiga Indonesia» Barisan delegasi bersama sijil penghargaan masing-masing

Oleh : HAJI AHMAD NADJMy KHAlIlI Info Semasa

Disusun oleh : WAN ADLINA WAN AB AZIZRencana

38 PELANCAR Ogos 2017 39Ogos 2017 PELANCAR

MeMperkasa sektor HartanaH negara Di peringkat global

Menerusi Mesyuarat Lembaga Pengarah, beberapa wakil juga turut hadir sebagai tetamu jemputan. Kehadiran tetamu jemputan turut diundang khas untuk sama-sama memberi sumbangan tentang pengalaman dan kemahiran masing-masing dari wilayah/koperasi yang diwakili bagi membantu melancarkan perjalanan Mesyuarat Lembaga serta melicinkan lagi aktiviti-aktiviti lawatan lapangan (benchmarking) ke Koperasi Perumahan Tempatan.

Penglibatan dan perkongsian maklumat serta pengalaman tentang pembangunan dan kemajuan koperasi perumahan masing-masing menjadi agenda utama mesyuarat. Bersamaan dan perbezaan kaedah, pendekatan, dasar, pelaksanaan, kaedah dan lain-lain yang dapat dikongsi bersama. Penyertaan MaIaysia dalam mesyuarat tersebut sedikit sebanyak mampu meningkatkan lagi keyakinan “berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah”

Ia sekaligus membuktikan pembangunan dan kemajuan sektor hartanah dan industri binaan yang digerakkan dalam Gerakan Koperasi Malaysia mendapat perhatian di peringkat global.

Datuk Haji Mohamad Ali Hasan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Sektor Hartanah Dan Industri Binaan ANGKASA memberi keyakinan padu terhadap kolaborasi yang bakal dijalinkan oleh koperasi-koperasi di Malaysia dengan koperasi luar negara menerusi perbincangan serta perkongsian pengalaman dalam industri pembinaan.

Selain beliau terdapat 11 Ahli Lembaga Pengarah lain yang mewakili dari Koperasi Perumahan Negara masing-masing iaitu:

rumah mampu milik rakyat tempatan (9 November 2015).

ii. Pembangunan Perumahan Sosial Koperasi (Social Housing) dan Pembangunan semula kawasan-kawasan Perumahan Sejarah (Historical Housing) di sekitar Bandar Berlin, Jerman (24 Mei 2016).

iii. Meninjau penempatan Perkampungan Koperasi (Co-operative Village) di mana kedapatan kedai-kedai (gerai-gerai) kawasan jualan produk dan perkhidmatan koperasi untuk para pengunjung/pelancong di Quebec Village, Kanada. (15 Oktober 2016).

Peranan Datuk Haji Mohamad Ali dalam “The 2nd International Conference For Coop;erative Housing (ICCH ’16) oleh Kerajaan Mesir telah membentangkan satu kertas kerja bertajuk “The Role of Housing

DAtuk hAjI MOhAMAD ALI hAsANNaib Presiden ANGKASA

Pemilihan Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Sektor Perumahan Koperasi Dunia semasa Persidangan Global ICA 2015 di Antalya, Turki merupakan satu penghormatan dan pengiktirafan besar antarabangsa kepada ANGKASA.

Lembaga Pengarah ini juga didokong oleh dua kakitangan sepenuh masa, iaitu:

• JulieLaPalme,CHIPengarahProgram(Program Director)• ChristineSeguin,CHIKordinatorKewangan(Finance Co-ordinator)

dengan wakil-wakil Negara maju yang lain.

Setiap kali Mesyuarat Lembaga Pengarah, setiap Anggota Lembaga akan melaporkan kegiatan semasa dan kedudukan kemajuan serta perkembangan Koperasi Perumahan (atau Sektor Hartanah Koperasi) Negara yang diwakili mereka. Pada Mesyuarat LembagaCHIdiBerlin,Jermanmisalnya, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan telah membentangkan laporan bertajuk “Cooperative Housing in Malaysia” pada 23 Mei 2016.

Selain itu, penganjuran lawatan lapangan (benchmarking) ke kawasan koperasi perumahan berdekatan yang unik dan menarik perhatian perwakilan turut diadakan bagi tujuan:

1. Perkampungan/pembangunan penempatan perumahan koperasi di sekitar Antalya, Turki yang menumpukan penempatan pelarian serta keperluan

» Datuk haji Mohamad Ali hasan (hadapan paling kiri) bersama barisan Lembaga Pengarah sektor Perumahan koperasi Dunia

• NicholasGazzard,CHFCanada,Canada(President)• GuidoSchwarzendahli,GdW,Germany(Vice-President)• AndersLago,HSBRiksforbund,Sweden(Treasurer)• MehmetAksoy,TURKKENT,Turkey• HerbertLudl,GDB,Austria• ErrumSharifBhaiji,KCHSU,Pakistan• MohamadAliHasan,ANGKASA,Malaysia• KieronBrennan,Co-operativeHousingIreland,Ireland• ThorEek,NBBL,Norway• PeterSchmid,ABZ,Switzerland• BlaséLambert,ConfederationofCo-operativeHousing,England

40 PELANCAR Ogos 2017

Programs in Achieving An Integrated Cooperative System – Malaysian Experience & Aspiration”. Lawatan ke kawasan koperasi perumahansekitarNewCairo,Egypt(12-15Disember2016)turut diadakan bagi memberi nilai tambah yang berguna kepada sektor koperasi berkaitan.

Menariknya, lawatan kawasan koperasi perumahan sekitarNewCairoinitelahmeninggalkan kesan yang mendalam kerana kawasan perumahan tersebut dibangunkan di kawasan baru yang merupakan sebuah kawasan gurun yang dahulunya terbiar dan kering tetapi sekarang dijadikan sebagai kawasan perumahan/perkampungan baru di kenali sebagai “New Cairo”.

Dengan pendedahan di mesyuarat-mesyuarat Lembaga CHIberkaitan,iamemberilebih keyakinan kepada beliau untuk memberi sumbangan dan menyampaikan kertas kerja atau berperanan sebagai ahli panel selain membincangkan perkara-perkara berkaitan koperasi pada peringkatWilayahdanGlobal.

Selain itu, Datuk Mohamad Ali juga turut menyertai International Summit of Cooperatives di Quebec, Kanada (8-15 Oktober 2016) sebagai ahli panel perbincangan bertajuk “The Economic Reality of Coops in Start-up & Expansion Phase”, manakala di ICA-AP 12th Regional Assembly & 9th Co-operative Forum, New Delhi, India (14-20 November 2016) beliau berperanan sebagai Resource Person “University/Campus Committee Meeting” serta membentangkan kertas kerja bertajuk “Case Presentation

on Alignment with the National Cooperative Policy & Putrajaya Declaration to Transform Co-operatives Through Projects with High Economic Impact”.

Pada 22 Jun 2017 lalu, satu mesyuarat telah berlangsung di Devonshire Road, Liverpool, England. Mesyuarat tersebut telah memutuskan:

1. Persetujuan mengadakan

Mesyuarat Lembaga PengarahCHIdiKualaLumpur pada hari Isnin 13 November 2017.

2. Persetujuan Mengaturkan Lawatan ke satu kawasan Koperasi Perumahan tempatan & makan malam Lembaga dan perwakilan jemputan lain

3. Melaporkan serta mengemaskini kegiatan semasa & isu-isu koperasi Perumahan di Malaysia, antaranya:

- Penerbitan “Direktori Sektor Hartanah & Industri Binaan Koperasi 2017”.

- Penganjuran “Konvensyen Hartanah Koperasi Kebang-saan 2017”, 22-24 Mei.

- Pendaftaran”Konsortium Koperasi Hartanah Negara Berhad”.Berdaftar28Oktober 2016. Sekarang mempunyai18ahliberdaftar.

- Penyertaan sebagai Ahli Panel dan Pembentang Kertas kerja dibeberapaforum/seminarseperti yang disenaraikan dalam perkara tiga di atas.

- Membantu menyelaras kepada JK Induk Penganjuran ICAKL2017yangdijadualkan pada 13-15 November 2017 di Sunway Resort&Hotel,Malaysia.

Datuk Mohamad Ali menaruh harapan agar Lembaga Pengarah Sektor Perumahan Koperasi Dunia dapat memberi impak yang bermakna dan terkesan kepada penganjuran Mesyuarat Lembaga CHIsertaLawatankeKoperasiPerumahan di Kuala Lumpur nanti. Ini merupakan kali pertama MesyuaratGlobalCHIdiadakandikawasanWilayahAsiaPasifik.

Selain itu, harapan tersebut turut diterjemahkan melalui:

1. Dapat terus menganggotai AhliLembagaCHIuntuktempoh seterusnya dan menimba pengalaman serta pendedahan pembangunan Koperasi Perumahan di pelbagai peringkat dan kawasan (khususnya pembangunan rumah mampu milik untuk anggota koperasi).

2. Meneruskan lawatan “benchmarking” ke koperasi-koperasi perumahan dan pembangunan perumahan bukan koperasi (misalnya Pembangunan Perumahan Komuniti di Singapura dan Coop City di New York).

3. Mempergiat dan memperkasakan aktiviti-aktiviti Konsortium Koperasi Hartanah Negara Berhad serta Sistem ‘Mentor-Mentee ‘Koperasi Perumahan selain merangsang lebih banyak lagi perumahan mampu milik(COOPHOMES)dibangunkan oleh koperasi-koperasi tempatan.

4. Mewujudkan serta menyediakan Panel Pakar (Perunding) dan Dana Khusus untukmanfaatkoperasiperumahan tempatan.

ANGKASA RANcANG TAmbAh 10 PuSAT DiAliSiS meNjelANG 2020

41Ogos 2017 PELANCAR

ANGKASA merancang untuk menambah sebanyak 10 buah Pusat Dialisis myANGKASA lagi di seluruh negara menjelang tahun 2020.

Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah berkata, dalam usaha ANGKASA untuk membantu lebih ramai pesakit yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan rawatan, setiap negeri perlu memiliki sekurang-kurangnya sebuah pusat dialisis MyANGKASA.

“Setiap Pusat Dialisis yang dibangunkan ini akan menelan kos sebanyak RM1 juta dan kini kita telahpun mempunyai dua buah Pusat Dialisis iaitu di Temerloh, Pahang dan Alor Setar, Kedah. Pusat Dialisis MyANGKASA di Johor Bahru, Johor dan Kuching, Sarawak pula akan dibuka tahun ini dan seterusnya disusuli dengan negeri-negeri lain secara berperingkat.

Menurut beliau, rekod setiap pesakit akan diintegrasikan sepenuhnya dengan sistem Advanced Dialysis Nephrology Application Network (ADNAN) bagi membentuk keseragaman data pesakit yang boleh diakses walau berada di cawangan Pusat Dialisis MyANGKASA di negeri lain.

“Sehingga kini terdapat 750 pusat dialisis di seluruh negara yang memberi perkhidmatan rawatan kepada 40,000 orang pesakit tetapi hanya 17 buah daripadanya adalah milik koperasi termasuk dua buah milik ANGKASA.

“Kami amat menggalakkan lebih banyak penglibatan koperasi dalam menyediakan perkhidmatan dialisis berikutan bilangan pesakit

yang ramai,” katanya.Dato’ Abdul Fattah berkata demikian dalam

sidang media selepas mengadakan sesi lawatan dan bertemu pesakit di Pusat Dialisis MyANGKASA di Temerloh baru-baru ini.

Pusat Dialisis MyANGKASA Temerloh adalah yang pertama dimiliki sepenuhnya oleh ANGKASA yang menawarkan perkhidmatan dialisis kepada 30 orang pesakit setiap syif iaitu tiga kali sehari.

Oleh : RAHMAT MOHD DIDInfo Semasa

» Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Abdul Fattah Abdullah (dua dari kiri) melawat salah seorang penerima rawatan di Pusat Dialisis MyANGKASA Temerloh. Turut sama ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Tuan Haji Mutadho Bahri (tiga dari kiri) dan Pengerusi JPAN Pahang Zon 2, Tuan Haji Mansor Ab. Rahman (dua dari kanan)

» Dato’ Abdul Fattah menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada salah seorang pesakit yang menerima rawatan

Adegan ini punya sesuatu yang tersirat. Meskipun sekadar lakonan, namun senyuman di wajah Ali Baba tatkala melempar wang itu punya signifikan untuk direnungi. Beliau seolah-olah gembira dan teruja tatkala memberi. Inilah sebenarnya ‘lagak’ si kaya. Kekayaan itu dikenali kerana sikapnya yang suka memberi. Seolah-olah itulah yang sinonim dengan kekayaan. Yang kaya harus memberi dan yang miskin itulah yang menerima. Kerana itulah Nabi s.a.w menyebutkan si kaya yang memberi dengan gelar ‘tangan yang di atas’. Sabda Nabi s.a.w :

“Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah. Tangan yang di atas itulah si pemberi. Manakala tangan yang dibawah itu pula si peminta (penerima).”(Riwayat Muslim)

Inilah nilai sebenar kegembiraan pada sebuah kekayaan. Memberi semula kepada manusia setelah kita gembira menerima rezeki kesan pemberian dari Tuhan. Sebagaimana si kaya gembira tatkala perniagaan mahupun perusahaannya berhasil dengan laba berlipat ganda, begitulah juga si miskin akan gembira tatkala menerima ‘habuan’ yang diperuntukkan Allah untuknya. Firman Allah Ta’ala dalam surah al-Zariyat ayat 19:

“Pada harta-harta mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak meminta-minta).”

Jiwa yang memberi adalah jiwa yang ingin membahagiakan. Oleh itu, makna kepada sebuah pemberian terletak kepada setinggi mana jiwa memberi dan kepercayaan yang diletakkan kepada natijahnya. Di sinilah letaknya kemurnian dan kegembiraan dalam memiliki harta. Bayangkan jika seekor semut yang tamak bertemu dengan sebalang gula. Akhirnya ketamakan itu akan menyebabkan ia lemas dan sudahnya mati walau dalam nikmat yang tidak terkira. Begitulah juga ibaratnya bagi orang yang berharta. Dia juga boleh ‘mati’ dengan nikmat jika tidak dikongsi dengan memberi. Paras kegembiraan si kaya akan bertambah sejajar dengan perbuatannya menggembirakan orang lain. Kerana itulah Allah s.w.t mensyariatkan seraya mengajar kepada kita suatu mekanisme kesyukuran menerusi wasilah material dengan ibadah zakat. Dengan tertunainya zakat, seseorang itu telah memurnikan maksud kesyukuran terhadap nikmat yang telah diperolehinya. Al-Imam al-Ghazali menyatakan bahawasanya darjat kesyukuran yang tertinggi dan sempurna ialah kesyukuran dan kegembiraan atas nikmat yang boleh membawa diri seseorang itu lebih dekat kepada Allah. Justeru, ibadah zakat dan sedekah merupakan bukti kebenaran iman seseorang dan membawa pelakunya lebih dekat dengan Allah. Nabi s.a.w bersabda dalam hadith yang mafhumnya :

“Sedekah (zakat) itu merupakan burhan (bukti iman)”. [Hadith riwayat Muslim].

Orang beriman sifatnya pemurah dan hartanya sentiasa berada di tangannya dan bukan di dalam hatinya supaya lebih mudah untuk berzakat dan sedekah. Sesungguhnya orang yang beriman tidak pernah mengidap penyakit kedekut sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w mafhumnya :“Tidak boleh berkumpul antara iman dan kikir di dalam hati orang yang beriman selama-lamanya” [Hadith Riwayat Ibn Adiy]

Fokus kali ini adalah berkaitan perniagaan dan ahlinya. Antara asbab kekayaan adalah menerusi aktiviti perniagaan dan ia dianggap satu sistem menjana harta yang tertua di dunia. Dewasa ini memperlihatkan aktiviti perniagaan semakin rancak dan berkembang pesat. Nabi s.a.w sendiri pada awal usia Baginda dilatih berniaga oleh datuknya Abdul Mutallib dan kemudiannya bapa saudaranya Abu Talib sering membawa Baginda dalam ekspedisi perniagaan. Kemudiannya Nabi s.a.w sendiri pernah bekerja dengan Khadijah binti Khuwailid r.a sebagai peniaga yang berjaya membawa keuntungan berlipat ganda dari sebelumnya. Lihat sahaja para sahabat-sahabat Nabi s.a.w sendiri. Nama-nama seperti Abdul Rahman bin Auf r.a, Abu Talhah r.a, Saidina Abu Bakar al-Siddiq r.a, Saidina Uthman bin Affan r.a dan lain-lainnya membuktikan kepentingan para peniaga dalam dunia umat Islam khasnya demi menjana ekonomi dan pembangunan masyarakat. Mereka adalah idola sebenar para peniaga. Kenapa? Kerana mereka ini bukan sahaja hebat dari aspek perniagaan, namun mereka juga hebat dan terbilang ketika membelanjakan harta kekayaan mereka pada jalan Allah s.w.t. Nabi s.a.w pernah bersabda dalam meletakkan satu tanda aras bagi para peniaga.

“Peniaga yang amanah akan bersama para Nabi, siddiqin dan para syuhada’ (di dalam syurga).” (Hadith riwayat al-Tirmizi)

Konteks amanah yang disebutkan dalam hadith meskipun secara literalnya menunjukkan kepada maksud integriti dan kejujuran berniaga, namun tersirat maksud beramanah dalam menjaga agama dan ketaatan kepada Tuhan. Sudah tentu peniaga inginkan keuntungan dan kelangsungan dalam berniaga. Rahsianya? Allah s.w.t telah menjelaskan dalam surah Faatir ayat 29:

“Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan sesekali kerugian.”

Inilah aspirasi buat para peniaga dan sekalian usahawan. Sebagaimana kalian memerlukan ramainya bilangan manusia untuk melariskan perniagaan, begitulah juga kalian perlu membahagiakan manusia lain yang memerlukan dengan zakat dan sedekah yang dihulurkan demi memperoleh kegembiraan yang sebenar dengan mendapat rahmat dan pandangan Allah. Firman Allah dalam surah Yunus ayat 58:“Katakanlah, bahawasanya dengan kelebihan kurniaan Allah dan rahmatNya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kerana itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan.”Jadilah para peniaga yang terbilang. Bukan pada mata manusia, tetapi Allah itulah matlamat sebenarnya. Layakkanlah diri anda menjadi peniaga yang dipuji dan dibanggakan Allah lantas dijanjikan dengan limpahan kurniaan dan rezeki yang melimpah penuh berkat menerusi firmanNya dalam surah al-Nur ayat 37-38:

“(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan. (Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurnia-Nya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak terhitung.”

Perniagaan, Kekayaan dan Erti Kebahagiaan

Murni Harta Pada Jiwa Memberi

“Kanda, marilah kita pulang!”“Nanti dulu lah. Kanda nak bagi sedekah pada orang miskin ni.”Inilah dialog dalam satu adegan filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, Ali Baba Bujang Lapok (1961) setelah Ali Baba lakonan Allahyarham Dato’ Aziz Satar bertukar menjadi kaya setelah memperolehi harta yang diambil dari gua penyamun. Ali Baba sambil tersenyum girang melempar wang-wang dirham ke atas tanah lantas dikerumuni dan direbutkan oleh orang miskin di tengah-tengah pasar rakyat.

Ahmad Husni Abd RahmanEksekutif Kanan, Unit Syariah & Penerangan Khas PPZ MAIWP

http://www.zakat.com.my

ANGKASA TEROKA PEMBANGUNAN GERBANG INTERNET

43Ogos 2017 PELANCAR

Kerjasama yang dijangka beroperasi sepenuhnya pada tahun hadapan itu, bakal membuka peluang kepada sektor koperasi untuk memanfaatkan pembangunan industri teknologi dan inovasi tempatan berkelajuan tinggi, terutama dalam meneroka pasaran perniagaan yang lebih luas.

Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah berkata, kerjasama itu juga membolehkan sektor koperasi terbabit dalam lapan sektor peneraju utama, bagi memaksimumkan produktiviti dan peningkatan nilai tambah dalam industri ekonomi yang diceburi.

Oleh : NORASHIKIN LEMANFoto : AIzAL AzIzAN SAjARI

Info Semasa

ANGKASA meneroka sebuah lagi cabang teknologi dan inovasi menerusi Jalinan Kerjasama dengan XiddiG Cellular Comunications Sdn Bhd bagi mempertingkatkan pembangunan Gerbang Internet Antarabangsa Malaysia (Enhanced Malaysia International Internet Gateway - EM-IIG).

Katanya, EM-IIG juga dilihat bukan sahaja mampu menjadi penyelesai terbaik kepada jaringan perniagaan sektor koperasi, malah kepada semua pengguna internet berkelajuan tinggi di seluruh Malaysia, yang terdiri daripada anggota koperasi sendiri.

“Anggota koperasi juga berpeluang menjadi pengguna dalam perniagaan ini, melalui peluang-peluang baharu yang bakal diwujudkan, terutama dalam pelaburan kerjasama melalui projek EM-IIG. Sehubungan itu, koperasi disaran supaya meneliti potensi yang bakal dimanfaatkan melalui projek

Program Pembangunan Teknologi dan Inovasi

Jalinan Kerjasama antara ANGKASA dengan XiddiG Cellular Comunications Sdn Bhd bagi mempertingkatkan pembangunan Gerbang Internet Antarabangsa Malaysia (Enhanced Malaysia International Internet Gateway - EM-IIG) adalah tanda kejayaan baharu terhadap pencapaian ANGKASA dalam pembangunan teknologi dan inovasi tempatan berkelajuan tinggi untuk dimanfaatkan oleh gerakan koperasi.

Projek EM-IIG, yang dibangunkan juga boleh membantu kerajaan mengurangkan jurang digital penduduk bandar dan luar bandar. Projek tersebut membabitkan pemasangan kabel optik gentian bawah laut 150 terabyte (TB) menghubungkan Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak dan turut berfungsi sebagai pusat pintu masuk internet antarabangsa.

Walaupun pembangunan teknologi dan inovasi adalah terlalu luas, membabitkan ‘artificial intelligence’ (kecerdasan buatan), genom, ‘Internet of Things’ (IoT) dan pelbagai lagi teknologi yang boleh kita kategorikan sebagai mengganggu, namun sebenarnya ia menjanjikan kebaikan kepada industri.

Sebagaimana perkhidmatan Uber dan Grab yang telah mengubah landskap perkhidmatan teksi hari ini, kajian juga sedang dijalankan terhadap Iot untuk mengenal pasti perubahan teknologi di masa akan datang dan kita akan lihat bagaimana ia memberi impak kepada transaksi harian manusia sama ada melibatkan kewangan atau bukan berbentuk kewangan.

Oleh : NORASHIKIN LEMANFoto : AIzAL AzIzAN SAjARI

Info Semasa

Gerakan koperasi perlu terlibat secara langsung dalam pembangunan teknologi dan inovasi bagi membuktikan kepada kerajaan bahawa sektor koperasi juga mampu menyumbang dan menjadi sebahagian daripada pemain utama dalam membangunkan ekonomi negara.

Sehubungan itu, gerakan koperasi perlu menarik lebih ramai golongan muda yang lebih berkemahiran untuk menggunakan teknologi bagi menghasilkan produk dan servis baharu kepada masyarakat iaitu daripada ‘disruptive technology’ kepada ‘assisting technology’ (teknologi yang membantu).

Dalam perkembangan teknologi dan suasana ekonomi sekarang, sudah tentu setiap anggota koperasi di semua peringkat termasuk pembuat dasar perlu mahir dalam menguasai inovasi. Tanpa inovasi, tidak akan ada sesuatu yang baru dapat dicipta. Proses mencipta memerlukan kreativiti dan dengan itu, setiap anggota koperasi perlu menjadi seorang yang berinovasi dalam menggerakkan koperasi.

Projek EM-IIG membabitkan pemasangan kabel optik dasar laut berkeupayaan 60 terabyte yang akan dihubungkan dengan Kabel Dasar Laut Antarabangsa (EAC-C2C) pada fasa pertama dan pembinaan pangkalan data tahap tertinggi atau Tier-4 yang pertama di rantau ini di tapak seluas sembilan hektar dan fasa terakhir ialah pembangunan Kota Belud sebagai pusat Koridor Raya Multimedia (MSC) yang baharu.

Pangkalan data berkenaan dijangka mampu menyediakan kira-kira 4,000 peluang pekerjaan dalam bidang teknologi maklumat, elektrik dan penyelenggaraan serta menarik masuk pelaburan dari negara asing.

PENGlIBATAN KOPERASIDIAlU-AlUKAN » Haji Mohamad Azmi Omaruddin

Naib Presiden ANGKASA

44 PELANCAR Ogos 2017 45Ogos 2017 PELANCAR

ini terutama dalam hal pembangunan perniagaan koperasi,” katanya.

Menurut beliau, gerakan koperasi perlu merebut peluang menceburi industri teknologi dan inovasi supaya dapat bersaing dengan syarikat global dan meluaskan kerjasama membangunkan infrastruktur dalam meningkatkan produktiviti dan memacu pembangunan negara.

Projek yang turut disokong dan diluluskan Kerajaan menerusi itu bukan sahaja penting untuk pertumbuhan ekonomi masa depan, tetapi juga untuk memastikan perniagaan domestik dan antarabangsa yang sedia ada kekal kompetitif.

Menurut Dato’ Abdul Fattah, menerusi Bandwidth Berkelajuan Tinggi, Pertumbuhan Nilai Tambah (GVA) dalam ekonomi tempatan akan berjaya dipercepatkan sekali gus mampu menyokong perniagaan kecil luar bandar melalui pengekalan dan pertumbuhan perniagaan kecil, terutamanya dalam industri yang intensif dan pengetahuan yang intensif.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Jalinan Kerjasama ANGKASA dan XiddiG bagi program pembangunan EM-IIG di Auditorium ANGKASA, Kelana Jaya pada Julai lalu. Turut sama hadir menandatangani MoU tersebut adalah wakil dari Negara Arab Saudi yang telah menyatakan hasrat untuk membeli kemudahan teknologi EM-IIG bagi digunakan oleh masyarakat di negara berkenaan.

Projek EM-IIG membabitkan pemasangan kabel optik dasar laut berkeupayaan 60 terabyte yang akan dihubungkan dengan Kabel Dasar Laut Antarabangsa (EAC-C2C) pada fasa pertama dan pembinaan pangkalan data tahap tertinggi atau Tier-4 yang pertama di rantau ini di tapak seluas sembilan hektar dan fasa terakhir ialah pembangunan Kota Belud sebagai pusat Koridor Raya Multimedia (MSC) yang baharu.

Pangkalan data berkenaan dijangka mampu menyediakan kira-kira 4,000 peluang pekerjaan dalam bidang teknologi maklumat, elektrik dan penyelenggaraan serta menarik masuk pelaburan dari negara asing.

» Dato’ Abdul Fattah bersama Kaunselor Komersil, Kedutaan Diraja Arab Saudi di Kuala Lumpur, Khalid S. Halawani

» Malis menandatangani perjanjian kerjasama (MoU) antara ANGKASA, XiddiG dan wakil dari Negara Arab Saudi

FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN PERNIAGAAN KOPERASI

1. PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

46 PELANCAR Ogos 2017 47Ogos 2017 PELANCAR

Setelah hampir satu abad gerakan koperasi bermula di Malaysia, pencapaian perniagaan koperasi tidak begitu memberangsangkan. Mengikut statistik terkini sehingga Disember 2016, bilangan koperasi yang telah ditubuhkan adalah 13,428 buah koperasi dengan bilangan anggota seramai 7,066,222 orang. Manakala jumlah aset adalah RM130,740 juta dan perolehan adalah RM39,664 juta. Hampir 94 peratus (12,599/13,428) adalah koperasi bersaiz mikro dan kecil dengan sumbangan perolehan berjumlah RM853 juta iaitu tidak sampai satu peratus daripada jumlah perolehan koperasi keseluruhannya. Perangkaan ini memberi gambaran bahawa koperasi-koperasi ini agak sukar untuk berkembang dalam perniagaan.

Kajian ilmiah dan perbincangan akademik telah merumuskan bahawa terdapat lima faktor utama yang dikenalpasti boleh membantu koperasi mencapai kejayaan dalam perniagaan, iaitu:

Oleh : Dr. MOHD AzlAn YAHYANaib Presiden ANGKASA

Rencana

Sumber manusia merupakan faktor yang penting dalam menentukan kejayaan atau kegagalan sesebuah organisasi. Dalam konteks koperasi, sumber manusia dapat dibahagikan kepada empat pihak utama iaitu Anggota Lembaga Koperasi (ALK), Pengurusan dan kakitangan, Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) dan anggota. Semua pihak memainkan peranan yang penting dalam kapasiti masing-masing bagi memastikan kejayaan koperasi.

Mengikut Akta Koperasi, ALK merupakan pihak yang diberi tanggungjawab untuk menentukan hala tuju bagi mencapai objektif penubuhan koperasi. ALK merupakan pemimpin utama dan mestilah kompeten selain berupaya melaksanakan tanggungjawabnya dengan berkesan. Antara tanggungjawab utama ALK adalah menentukan visi

dan misi koperasi, menentukan dasar dan polisi, melantik eksekutif yang berkebolehan, menyokong dan menilai prestasi mereka, memastikan perancangan koperasi, memastikan sumber mencukupi, mengurus sumber dengan efektif, menentu dan memantau produk, perkhidmatan dan program koperasi, menjaga reputasi koperasi dan menilai prestasi ALK sendiri.

Pengurusan merupakan barisan yang menggerakkan koperasi dan mereka perlu memimpin serta menggalakkan kakitangan bekerja untuk mencapai tujuan dan matlamat koperasi. Sehubungan dengan itu, ALK perlu memastikan tanggungjawab pengurusan berjalan dengan baik seperti menyelia operasi secara terperinci berdasarkan kepada polisi-polisi yang

Anggota yang merupakan pemilik juga memainkan peranan yang penting bagi mencapai kejayaan koperasi. Peranan anggota bukan sekadar mencarumkan modal sahaja, tetapi penglibatan aktif mereka dalam menentukan hala tuju koperasi juga sangat penting. Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) mempunyai kuasa tertinggi untuk membuat keputusan dalam sesebuah koperasi. Antara agenda yang dibincangkan untuk kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan ialah :

• Menimbangkan laporan Lembaga dan Juruaudit Dalaman. Menerusinya, perwakilan boleh menilai prestasi kerja yang telah dijalankan oleh lembaga koperasi.

• Menimbangkan dan meluluskan akaun koperasi yang teraudit dan pembahagian keuntungan, termasuk dividen kepada anggota koperasi.

• Meluluskan belanjawan tahunan koperasi untuk tahun depan.

• Meluluskan elaun-elaun Lembaga dan Juruaudit Dalaman.

• Meluluskan pinjaman luar koperasi.

• Meluluskanpindaan kepada undang-undang kecil koperasi.

Menerusi MAT juga, anggota boleh menjalankan hak dan tanggungjawabnya, iaitu menilai dan memberi cadangan untuk menambahbaik pengurusan dan pentadbiran koperasi pada masa akan datang.

telah dipersetujui, mengurus kewangan dan menyelenggara sistem perakaunan, menghadiri mesyuarat lembaga dengan menyediakan laporan perniagaan dan penyata kewangan, memberi komitmen sepenuhnya dan tidak mempunyai kepentingan diri semasa melaksanakan aktiviti koperasi, menyediakan bajet yang menyatakan pendapatan dan kos operasi, memberitahu apa-apa yang perlu perhatian dan tindakan ALK, memberitahu ALK tentang polisi yang tidak sesuai dan

mencadangkan polisi yang lebih baik.

Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) merupakan pihak yang dilantik oleh ALK untuk memastikan segala pelaksanaan aktiviti koperasi oleh pengurusan berjalan dengan lancar. Antara tanggungjawab penting JAD ialah :

• Menilai keberkesanan, kekukuhan dan kecukupan struktur kawalan dalaman. Kualiti dan pembaikan berterusan ditekankan dalam proses kawalan organisasi.

• Mengkaji kepatuhan terhadap polisi, perancangan, prosedur-prosedur, undang-undang dan peraturan-peraturan.

• Mengesahkan kewujudan aset-aset dan menentukan perakaunannya betul serta dilindungi daripada sebarang jenis kerugian.

• Menyemakkesahihan maklumat kewangan dan data operasi dengan menilai keseluruhan kawalan dan prosedur keselamatan komputer dalam pemprosesan data.

• Menjalankan pemeriksaan dan semakan khas yang diminta oleh pihak ALK termasuk menyiasat laporan penipuan, pecah amanah, kecurian dan pembaziran serta mencadangkan kawalan-kawalan untuk menghalang dan mengesan sebarang kejadian tersebut.

• Menilaidari segi ekonomi dan kecekapan penggunaan sumber-sumber yang digunakan serta mencadangkan pembaikan dalam operasi.

• Menentukansejauh mana objektif dan sasaran yang ditetapkan untuk operasi atau program tercapai dengan cara yang efektif, efisyen dan ekonomikal dalam kekangan kos yang efektif dan sejajar dengan undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan.

2. FOKUS KEPADA MATLAMATSelaras dengan persekitaran

sosio ekonomi dunia yang berubah secara dinamik, tidak memadai bagi sesebuah koperasi sekadar berpuashati dengan tujuan dan matlamat yang sedia ada. Pemimpin perlulah memberi tumpuan terhadap sumber-sumber yang dimiliki oleh koperasi dengan mengintai peluang-peluang yang lebih besar. Sebahagian besar pelanggan atau sumber perolehan boleh berubah daripada perniagaan koperasi pada bila-bila masa. Oleh itu, adalah perlu bagi pemimpin koperasi untuk mengekalkan fokus terhadap hasil yang diingini seperti meningkatkan jualan dan keuntungan atau tahap kepuasan pelanggan yang lebih baik.

48 PELANCAR Ogos 2017

4. PENGURUSAN SUMBER-SUMBER FIZIKALKewangan, kemudahan, dan peralatan merupakan tiga sumber

fizikal yang penting kepada koperasi. Jika koperasi tidak mempunyai sumber kewangan mencukupi, agak sukar untuk memula dan melestarikan perniagaan. Faktor modal merupakan kekangan utama kepada koperasi terutamanya koperasi-koperasi baharu untuk beroperasi. Koperasi perlu mendapatkan sumber modal dengan kos yang rendah untuk memulakan perniagaan. Antara kos sumber modal yang rendah ialah melalui caruman anggota (bergantung kepada anggota yang tidak menjadikan dividen tinggi sebagai matlamat) dan Tabung Pusingan Modal.

Langkah dengan menyediakan kemudahan dan peralatan yang mencukupi untuk melaksanakan tugas juga merupakan antara faktor yang boleh mempengaruhi perbelanjaan sesebuah koperasi. Oleh itu, koperasi mempunyai alternatif sama ada untuk sewa beli atau membeli tunai bagi tujuan tersebut. Jika kemudahan dan peralatan tidak diguna secara efektif dan optimum, koperasi akan terdedah kepada risiko kegagalan yang besar.

Di sini, peranan pengurusan aliran tunai adalah penting. Pengurusan perlu mempunyai kemahiran dan pengalaman yang baik untuk mengurus aliran tunai yang merupakan elemen penting dalam sesebuah perniagaan. Kegagalan mengurus aliran tunai merupakan kegagalan nombor satu dalam perniagaan.

5. HUBUNGAN PELANGGANPelanggan adalah sumber utama pengaliran wang kepada

koperasi. Justeru itu, ia dianggap sebagai faktor kritikal paling penting. Pemasaran merupakan proses penting bagi mendapatkan pelanggan. Kunci utama untuk berjaya dalam menjaga hubungan pelanggan adalah dengan memberi apa yang mereka perlukan dan bukan sekadar apa yang kita mahu jual.

Pemasaran dan jualan yang efektif bermula dengan bertanya pelanggan sedia ada dan yang berpotensi tentang apa yang diperlukan, apa masalah yang mereka ingin selesaikan atau kekurangan yang perlu dipenuhi. Kekerapan berhubung dan bertanyakan soalan tersebut dengan pelanggan mampu membina kesetiaan pelanggan kepada produk atau perkhidmatan koperasi seterusnya dapat menghindari pesaing-pesaing daripada mendekati pelanggan. Secara umumnya, hubungan pelanggan boleh dianggap sebagai hubungan koperasi dengan dunia luar. Ia melibatkan menjejak tindakan-tindakan pesaing, analisis perubahan dalam pasaran dan bersedia mengadaptasikan perubahan mengikut keadaan yang sesuai.

RUMUSANDi samping lima faktor utama yang dibincangkan, kejayaan koperasi juga bergantung kepada sejauh

mana ia berpegang kepada prinsip-prinsip murni koperasi, integriti yang berteraskan kepada penciptaan nilai berbanding kepentingan peribadi dan juga tahap tadbir urus yang diamalkan. Usaha-usaha strategik daripada agensi-agensi penguatkuasa dan pembangunan seperti Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Maktab Koperasi Malaysia, dan ANGKASA sebagai badan puncak juga memainkan peranan penting bagi menjayakan perniagaan koperasi.

3. OPERASI YANG EFEKTIFKoperasi tidak boleh

mengasingkan proses operasi dari fokus strategik yang menyediakan halatuju, mereka yang melaksanakan kerja, pelanggan yang membayar wang dan sumber-sumber fizikal yang menyokong kerja. Operasi yang efektif adalah perlu bagi memastikan pelanggan mendapat produk atau perkhidmatan yang mereka ingini pada masa, kualiti dan harga yang betul.

Pengurusan operasi yang efektif juga perlu memberi tumpuan kepada kitaran masa (mengeluarkan produk atau perkhidmatan dari awal hingga siap), kawalan kos, dan kawalan kualiti.

ANGKASA GAlAK KoperASi SeKolAh BiNA KiosK

50 PELANCAR ogos 2017 51ogos 2017 PELANCAR

ANGKASA berharap lebih banyak koperasi sekolah dapat membangunkan kiosk koperasi masing-masing kerana usaha tersebut dilihat mampu memberikan pulangan ekonomi lebih besar.

Oleh : rAhMAT MohD DiDInfo Semasa

» presiden ANGKASA, Dato’ haji Abdul Fattah Abdullah (dua dari kanan) bergambar di hadapan plak perasmian kiosk KoSpeM. Turut sama ialah penyelia Kanan Kelab/persatuan dan Unit Beruniform, Jabatan pendidikan Negeri Johor, encik Azman Ansar (kiri sekali); pengerusi Jawatankuasa perhubungan ANGKASA Negeri (JpAN) Johor, encik Sazali Abdul hamid (dua dari kiri) dan pengetua merangkap pengerusi Koperasi SMK pekan Baru Muar Berhad, puan hajah hanim Abdullah (tiga dari kiri)

» KOSPEM turut mengeluarkan produk Sejuk Beku seperti Roti Bun Sardin dan Karipap Ayam

Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah berkata, aktiviti perniagaan seperti kiosk boleh menggalakkan pelajar untuk terlibat dalam bidang keusahawanan koperasi di samping menyediakan ilmu yang secukupnya dalam dunia perniagan sebenar selepas tamat persekolahan kelak.

BIL PERKARA BILANGAN

1 Kiosk Yang Telah Siap / Sedia Ada 46 buah

2 Kiosk Dalam Proses 20 buah

3 Kiosk Yang Telah Dirasmikan Pada 2017 28 buahSumber : ANGKASA

Menurut beliau, perniagaan kiosk berpotensi untuk menjadi salah satu aktiviti yang berupaya menjana pendapatan koperasi sekolah di samping memupuk nilai keusahawanan dalam kalangan pelajar. Malah, sejak kebelakangan ini, kiosk semakin menjadi pilihan koperasi sekolah untuk

mengusahakannya kerana sambutan yang diterima sangat memberangsangkan melalui sokongan bersepadu pelbagai pihak termasuk masyarakat setempat.

Katanya, ANGKASA kini mengambil langkah lebih proaktif untuk memberi bimbingan dalam membantu memperkasakan pembangunan perniagaan kiosk koperasi sekolah.

Bengkel Pembangunan Perniagaan Kiosk Koperasi Sekolah telah dilaksanakan pada tahun 2016, namun impaknya semakin mula memperlihatkan hasil yang positif. Bengkel yang dijalankan juga turut menerima sambutan yang menggalakkan sebagai salah satu cabang perniagaan untuk meningkatkan perolehan dan kepelbagaian aktiviti koperasi sekolah.

“Bagi tujuan tersebut, ANGKASA telah mewujudkan satu piawaian yang seragam melalui penjenamaan baru dikenali sebagai COOP NIAGA ke arah usaha untuk menarik lebih ramai pelanggan selain memaju dan memperkenalkan perniagaan kiosk koperasi sekolah di peringkat yang lebih luas.

“Usaha ANGKASA memajukan koperasi sekolah turut mengambil kira pelbagai pihak bagi memastikan segala

aktiviti yang diusahakan koperasi sekolah dapat mencapai kejayaan,” ujarnya.

Menerusi penganjuran Majlis Dialog Pengetua yang diadakan dari semasa ke semasa, ia diharap dapat memberi kefahaman berkaitan pembangunan perniagaan koperasi sekolah dari perspektif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan ANGKASA.

Majlis Dialog Pengetua juga memberi pendedahan kepada peserta berkaitan maklumat dan peluang-peluang perniagaan yang boleh meningkatkan perolehan koperasi masing-masing.

Beliau juga turut menyatakan rasa bangga terhadap sambutan dan komitmen yang diberikan

oleh koperasi sekolah dalam menyahut cabaran untuk terus melestari perniagaan koperasi ke tahap yang lebih baik.

Dato’ Abdul Fattah berkata demikian sewaktu berucap merasmikan Kiosk Koperasi SMK Pekan Baru Muar Berhad (KOSPEM) dan Hari Anugerah Kecemerlangan Koperasi (AKKS) 2017 di Muar, Johor.

Turut hadir ialah Penyelia Kanan Kelab/ Persatuan dan Unit Beruniform, Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Encik Azman Ansar; Ketua Cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Batu Pahat, Encik Noriswandi Mohamad; Penolong Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Berhad (SKM) Wilayah Muar, Puan Norasiah Amran; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Johor, Encik Sazali Abdul Hamid dan Pengetua merangkap Pengerusi Koperasi SMK Pekan Baru Muar Berhad, Puan Hajah Hanim Abdullah.

52 PELANCAR Ogos 2017

Menurut Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah, amalan gaya hidup yang sihat adalah perlu bagi mengelak daripada berlakunya masalah obesiti yang boleh memberi kesan kepada penyakit-penyakit yang lain. Wanita juga boleh memainkan peranan sebagai pemantau kepada tahap penjagaan kesihatan keluarganya.

Demikian antara inti pati yang terkandung di dalam teks ucapan beliau yang disampaikan oleh Timbalan Presiden ANGKASA, Haji Mutadho Bahri pada Majlis Perasmian Seminar Kesihatan dan Keusahawanan Koperator Wanita Negeri Melaka, anjuran ANGKASA Negeri Melaka, di Hotel KOBEMAS, awal Julai lalu.

Golongan wanita juga dilihat semakin cenderung memilih bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan. Di samping berperanan memajukan gerakan koperasi menerusi aktiviti keusahawanan, golongan wanita juga turut dibantu oleh ANGKASA dalam meningkatkan ilmu keusahawanan menerusi pelbagai program latihan dan sokongan yang disediakan.

Oleh : NOr AzAh Abd. AzizInfo Semasa

Anggota koperasi diingatkan supaya sentiasa mengambil berat tentang langkah penjagaan kesihatan walaupun sentiasa sibuk dengan tugas dan peranan tanpa mengira waktu. Tahap kesihatan yang baik sangat perlu bagi membantu anggota memberikan sumbangan yang terbaik kepada ekonomi keluarga, koperasi dan negara.

Program itu juga bertujuan membantu meningkatkan produktiviti koperasi serta melahirkan ramai usahawan dan pemimpin koperasi. ANGKASA juga turut menganjurkan Bengkel Pemurnian Koperasi Wanita dan Keluarga.

Sejak tahun 2014, ANGKASA telah berjaya melatih seramai 18,561 orang koperator wanita dalam pelbagai bidang keusahawanan koperasi. Justeru, beliau menasihatkan koperator wanita agar terus aktif mencari info selain mengikuti latihan keusahawanan yang dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita dan Kesejahteraan Keluarga.

Turut hadir pada seminar itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Melaka, Haji Muslim Shah. Sebanyak dua kertas kerja berkaitan kesihatan telah dibentangkan oleh wakil daripada Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), manakala ceramah keusahawanan dan keterampilan diri disampaikan oleh wakil dari Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Seminar diakhiri dengan lawatan ke Koperasi Kampung Paya Lebar Masjid Tanah Melaka Berhad.

Wanita Pemantau Kesihatan Keluarga

» Peserta diberi tunjuk ajar tentang kaedah mengenal pasti tahap kesihatan dengan menggunakan peralatan asas yang disediakan oleh penganjur

53Ogos 2017 PELANCAR

Kunjungan hormat ANGKASA ke Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) dan Jabatan Wakaf, Zakat Dan Haji (JAWHAR) di Putrajaya telah diadakan bertujuan untuk menjalin kerjasama lebih erat dalam usaha memperkasa pembangunan wakaf dalam gerakan koperasi.

Kunjungan yang diketuai Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Perkhidmatan & Pengurusan Syariah Serta Integriti (JPPSI), Datuk Haji Mohamad Ali Hasan itu disambut oleh Ketua Eksekutif YWM, Prof. Dato’ Dr. Sudin Haron.

Menurut beliau, usaha ANGKASA memartabatkan peranan wakaf sebagai agen pemerkasaan ekonomi dan sosial sangat baik dan perlu terus digembleng supaya pemupukan budaya wakaf dapat terus dijadikan sebagai amalan dalam kehidupan seharian umat Islam.

Beliau juga turut memuji inisiatif ANGKASA yang telah berjaya dalam usahanya menggerakkan Skim

Infaq Lil-Waqf dalam gerakan koperasi sejak 2010.Sementara itu, dalam satu kunjungan

berasingan ke JAWHAR pula, delegasi ANGKASA telah disambut Ketua Pengarahnya, Encik Ahmad Musadad Haji Sulaiman.

Antara perkara yang turut dibincangkan termasuklah isu-isu berkaitan pengecualian cukai di dalam wakaf; sokongan dalam pengwujudan sokongan Yayasan Infaq ANGKASA, Tabung Umrah serta Khairat Wakaf Koperasi.

Beliau turut menyatakan kesudian untuk menjalin kerjasama dengan ANGKASA menerusi sinergi yang lebih kukuh dalam usaha memajukan institusi wakaf sektor koperasi di negara ini.

Oleh : Wan adlina Wan ab. azizInfo Semasa

» Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (duduk) dan Prof. Dato’ Dr. Sudin Haron (tiga dari kanan) bergambar bersama wakil kedua-dua pihak

» Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (empat dari kiri) menyerahkan cenderahati kepada Ketua Pengarah JAWHAR, Encik Ahmad Musaddad Haji Sulaiman (tiga dari kiri)

Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan berkata, antara negara luar yang menjadikan koperasi sekolah di Malaysia sebagai rujukan adalah India, Thailand dan Fiji. Negara seperti Korea Selatan, Thailand dan Singapura juga turut mengadakan beberapa siri lawatan ke koperasi-koperasi sekolah di negara ini.

Katanya, selain membuat kajian terhadap kegiatan yang dijalankan, negara-negara berkenaan juga turut berminat untuk mendalami serta mempraktikkan strategi dan mekanisme pengurusan koperasi

usaha negara terbabit jelas menunjukkan tahap keyakinan mereka terhadap organisasi, penubuhan serta pengurusan koperasi sekolah di Malaysia.

Koperasi sekolah merupakan landasan terbaik untuk menyemai budaya koperasi, perniagaan dan keusahawanan dalam kalangan pelajar kerana melalui bimbingan yang konsisten daripada pihak ANGKASA dan SKM, mereka mampu menjadi pewaris kepimpinan koperasi dan bakal usahawan negara pada masa hadapan.

sekolah kita di negara mereka.“Selain negara berkenaan,

Iran juga turut menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Malaysia untuk program di bawah koperasi sekolah iaitu Inter School Cooperative Tourism ANGKASA (ISTAC).

“Koperasi sekolah di Malaysia sentiasa menjadi pilihan terutama apabila dijemput bagi membentangkan kertas kerja di peringkat antarabangsa.

“Pada masa sama, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut mengiktiraf kepentingan gerakan koperasi sekolah kerana peranannya mempunyai hubungkait dengan usaha kerajaan dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK),” katanya.

Beliau yang menyambut kedatangan Delegasi Seoul Education Research and Information Institute ke Wisma Ungku A. Aziz berkata,

Sistem tadbir urus yang sistematik terhadap pengurusan koperasi sekolah di Malaysia sememangnya dikenali di peringkat antarabangsa dan menjadi contoh dan model rujukan kepada banyak negara.

54 PELANCAR Ogos 2017 55Ogos 2017 PELANCAR

Oleh : NORASHIKIN LEMANAntarabangsa

Oleh : NORASHIKIN LEMANFoto : NOR AZAH ABD. AZIZ

Antarabangsa

Peningkatan jumlah pelawat luar negara yang berminat untuk menjadikan pengurusan koperasi sekolah di Malaysia sebagai model rujukan membuktikan pengiktirafan negara luar terhadap pengurusan koperasi sekolah di Malaysia sebagai antara yang terbaik di dunia.

Terbaharu, delegasi dari Seoul Education Research and Information Institute telah hadir ke Malaysia untuk merakam dokumentari mengenai gerakan koperasi sekolah selain mendapatkan maklumat yang lebih terperinci mengenai aktiviti yang dijalankan.

Ketua Produksi Filem Seoul Education Research and Information Institute, Yi Yunjeong berkata, dokumentari mengenai gerakan koperasi sekolah itu akan dijadikan sebagai bahan rujukan kepada program kokurikulum sekolah-sekolah di Korea Selatan.

Katanya, walaupun beberapa sekolah di Seoul sudah menubuhkan gerakan koperasi sejak tahun 2014, ia masih

belum berkembang seperti di Malaysia dan tidak mempunyai kepelbagaian program yang boleh digunakan untuk mencipta ruang perniagaan.

“Tahun ini, gerakan koperasi sekolah di Seoul menyasarkan aktiviti berbentuk perkhidmatan melalui penyediaan program pelancongan membabitkan lawatan, pengangkutan dan penginapan. Difahamkan beberapa buah koperasi di Malaysia berjaya meraih keuntungan lumayan melalui program ini.

“Pertemuan dengan ANGKASA serta lawatan ke beberapa buah sekolah yang berjaya dalam menguruskan koperasi, banyak membantu kami memahami pengurusan koperasi

sekolah termasuk bagaimana pelajar membahagikan masa menguruskan perniagaan di kedai koperasi dan semasa pembelajaran di dalam kelas,” katanya.

Kehadiran delegasi itu disambut oleh Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan.

Delegasi Seoul Education Research and Information Institute turut dibawa melawat ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Sungai Long dan SMK Dato’ Harun, Tanjung Karang untuk melihat program ternakan dan pelancongan yang dijalankan oleh gerakan sekolah berkenaan.

» Pasukan produksi Korea merakam ulasan yang disampaikan oleh guru koperasi sekolah

» Datuk Haji Mohamad Ali Hasan menyampaikan cenderahati kepada wakil Seoul Education Research and Information Institute

Oleh : MuhaMMad afnan hasiMMaktab Koperasi Malaysia (MKM)

Rencana

Sebanyak 25 buah koperasi yang disertai oleh 39 peserta Kursus Penyediaan Pakej Pelancongan Homestay anjuran Maktab Koperasi Malaysia (MKM) telah berpeluang menikmati dan merasai sendiri pengalaman pakej pelancongan Homestay. Program empat hari tiga malam itu banyak memberi pendedahan dan pengalaman baharu kepada koperator yang mahu berjinak-jinak dalam bidang pelancongan.

Pengarah Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan MKM, Puan Noranita Mohd. Nor berkata, objektif kursus ini adalah untuk memberi pengetahuan dan pendedahan kepada koperasi tentang konsep dan jenis pakej pelancongan homestay dan kaedah-kaedah dalam penyediaan pakej pelancongan homestay.

Beliau berkata, pada akhir kursus ini peserta dapat menyediakan satu pakej pelancongan homestay berdasarkan pengalaman yang telah diperolehi sepanjang kursus ini berlangsung termasuk merasai sendiri pakej pelancongan homestay. Sasaran peserta adalah terdiri daripada pengurus koperasi dan kakitangan kanan koperasi yang menjalankan aktiviti pelancongan, jawatankuasa kecil projek pelancongan dan Anggota Lembaga Koperasi (ALK),” katanya.

MKM merupakan satu-satunya institusi latihan

dan pendidikan koperasi di Malaysia yang ditubuhkan pada 13 November 1956. MKM adalah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). MKM memiliki enam zon iaitu Zon Sabah (1997), Zon Sarawak (1998), Zon Timur (2009), Zon Selatan (2009), Zon Utara (2010) dan Zon Tengah (2016). Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan adalah sektor baru yang diwujudkan di MKM bermula Januari 2016.

“Visi sektor ini adalah untuk menjadi pusat pembelajaran pilihan

koperasi dalam sektor pelancongan, penjagaan diri dan kesihatan. Selaras dengan itu, misi sektor ini ialah menyediakan program latihan yang berkualiti dan efektif dalam sektor pelancongan, penjagaan diri dan kesihatan. “Sektor ini menawarkan kursus-kursus yang tertumpu kepada tiga bidang utama iaitu Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan. Kursus yang ditawarkan adalah seperti kursus persediaan koperasi sebagai usahawan pelancongan, penyediaan pakej pelancongan agro, rail tourism, historical, bahasa mandarin, jepun dan lain-lain kursus yang berkaitan dengan tiga bidang utama tersebut,” katanya.

Bertepatan dengan tema kursus kali ini iaitu pelancongan homestay maka Homestay Lonek Negeri Sembilan dipilih sebagai destinasi berlangsungnya kursus ini. Kampung Lonek juga telah diisytiharkan sebagai sebuah perkampungan homestay oleh

Kerajaan Negeri melalui Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Sembilan. Selain berkursus, program seperti ini secara tidak langsung dapat mempromosikan produk-produk pelancongan di kawasan luar bandar seperti mana yang disarankan oleh pihak kerajaan.

Pensyarah MKM, Encik Muhammad Afnan Hasim berkata, pada hari pertama berkursus para peserta akan berkumpul di MKM bagi mendengar taklimat secara ringkas mengenai perjalanan keseluruhan kursus serta didedahkan secara teori mengenai industri pelancongan di Malaysia, jenis-jenis pelancongan serta kaedah penyediaan pakej pelancongan homestay yang betul.

Pada hari kedua para peserta memulakan perjalanan dari MKM ke Homestay Lonek Negeri Sembilan dengan menaiki bas yang telah disediakan oleh pihak MKM. Perjalanan dari MKM ke Homestay Lonek Negeri Sembilan mengambil masa selama dua jam. Semasa peserta tiba di Homestay Lonek Negeri Sembilan, mereka telah disambut dengan meriah oleh penduduk kampung. Peserta telah diagihkan kepada keluarga angkat dan dibawa pulang ke rumah keluarga angkat masing-masing.

Pada sebelah petangnya, para peserta ditugaskan untuk membuat persediaan dan persiapan bagi Malam Mekar Budaya serta majlis Perkahwinan Tradisional Negeri Sembilan. Di sini, para peserta akan didedahkan dengan adat dan budaya masyarakat Negeri Sembilan. Menjelang malam, para peserta dihiburkan dengan Persembahan Bongai dan Perkahwinan Tradisional. Persembahan Bongai merupakan salah satu bentuk kebudayaan yang menarik dan unik yang terdapat di Negeri Sembilan.

Pada hari ketiga, seawal jam 7.30 pagi para peserta telah berkumpul di dewan bagi melakukan aktiviti senamrobik dan menikmati sarapan pagi. Setelah itu, para peserta dibawa untuk aktiviti jelajah kampung dengan menaiki kenderaan khas atau tram yang dimiliki sendiri oleh Homestay Lonek. Antara tempat-tempat yang dilawati dan dikunjungi adalah melihat demonstrasi menoreh getah, ternakan lebah kelulut, pemprosesan dan penghasilan produk

Industri Kecil dan Sederhana (IKS) serta menikmati pemandangan dan keindahan sawah padi. Selain daripada itu, para peserta juga dapat melihat bagaimana masyarakat kampung berusaha untuk memajukan diri dan meningkatkan sosio-ekonomi kampung mereka. Selesai aktiviti jelajah dan lawatan kampung, para peserta pulang semula ke rumah keluarga keluarga angkat masing-masing untuk menikmati makan tengah hari yang telah disediakan.

Seterusnya di waktu petang pula, peserta berkumpul semula di dewan dan dibawa melihat demonstrasi Mengacau Dodol dan Mengemping Padi. Di sini para peserta akan didedahkan dengan proses pembuatan dan penghasilan dodol. Kemudian,

para peserta menyertai aktiviti Sukan Rakyat. Sukan rakyat ini menggunakan sumber sedia ada di persekitaran kampung bagi penyediaan peralatan sukan tanpa perlu mengeluarkan modal yang banyak. Aktiviti sukan yang dilaksanakan adalah boling kelapa, kelereng, tarik upih dan semakin jauh semakin sayang. Aktiviti sukan seperti ini pastinya dapat mengimbau kenangan peserta sewaktu zaman kanak-kanak dahulu. Aktiviti terakhir selepas sukan rakyat adalah mengocak ikan iaitu menangkap ikan dengan menggunakan tangan.

Pada hari keempat yakni hari terakhir kursus, peserta perlu menyediakan pelan tindakan iaitu satu pakej pelancongan homestay yang lengkap yang merangkumi nama pakej, perincian program, tempat lawatan, harga yang ditawarkan, syarat-syarat pakej, caj pembatalan

dan lain-lain lagi. Setelah selesai peserta perlu membentangkan hasil pelan tindakan tersebut untuk di kongsi bersama-sama dengan peserta yang lain.

Kebanyakan peserta yang hadir ke kursus ini memberikan maklumbalas yang positif dan berharap agar ianya dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. Bagi koperasi yang berminat untuk menyertai kursus di bawah Sektor Pelancongan, Penjagaan diri dan Kesihatan, MKM boleh menghubungi talian 03-7964 9000/9068 atau di alamat emel [email protected].

» Peserta turut diberi peluang merasai pengalaman menoreh gerah

56 PELANCAR Ogos 2017 57Ogos 2017 PELANCAR

» Bergambar di kawasan ternakan lebah kelulut

24-27 JULAI 2017HOMESTAY LONEK NEGERI SEMBILAN

KURSUS PENYEDIAAN PAKEJ PELANCONGAN (HOMESTAY)

» Bergambar kenangan di hadapan pintu masuk homestay Kampung Lonek

» aktiviti mengacau dodol

Perkhidmatan insurans dan Cukai Jalan atas talian

Icoopangkasa

58 PELANCAR Ogos 2017

anggota koperasi bakal berpeluang untuk mendapatkan khidmat perbaharui insurans dan cukai jalan kenderaan secara atas talian menerusi icoopangkasa.com.my tidak lama lagi. kemudahan tersebut bakal direalisasikan apabila satu memorandum Persefahaman (mou) antara anGkasa dan masamart marketing sdn. Bhd. telah dimeterai baru-baru ini.

Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah berkata, kerjasama itu diharap dapat membantu koperasi yang ingin menyertai program tersebut sekaligus berupaya memacu aktiviti perniagaan koperasi kepada anggota dan masyarakat.

Menerusi perjanjian kerjasama tersebut, ANGKASA melalui Bahagian Perkhidmatan Kewangan & Perbankan (BPKP) bakal menyediakan platform terbaik kepada gerakan koperasi melalui

Oleh : WAN ADLINA WAN AB AZIZInfo Semasa

» Sesi bertukar dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) antara ANGKASA dan Masamart Marketing Sdn. Bhd. yang diwakili Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah (dua dari kiri) dengan Pengerusi syarikat berkenaan, Encik Shaharudin Ismail (dua dari kanan)

perkhidmatan dan kemudahan berkenaan di antara koperasi dan syarikat insurans yang bertauliah.

Masamart Marketing Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat yang memiliki kepakaran dan pengalaman menerusi aplikasi yang dibangunkan khusus untuk anggota koperasi yang mahu memperbaharui insurans dan cukai jalan secara atas talian.

ANGKASA-CUEPACS JAGA KEbAJiKAN PENJAwAt AwAm

59Ogos 2017 PELANCAR

ANGKASA dan CUEPACS akan menjalin kerjasama strategik dalam usaha untuk menjaga kebajikan lebih 1.6 juta penjawat awam termasuk warga kerja di syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah berkata, kerjasama itu adalah bagi membolehkan ANGKASA dan CUEPACS mencari jalan penyelesaian terbaik berhubung isu berkaitan golongan berkenaan untuk dibawa kepada pihak kerajaan.

“ANGKASA sebagai payung kepada gerakan koperasi, akan melihat secara keseluruhan setiap masalah yang dihadapi dan kepentingan penjawat awam selain mencari strategi, untuk menyelesaikan perkara tersebut,” katanya.

Beliau turut menyeru, agar anggota KOSPETA menambah modal dalam koperasi, supaya perniagaan berskala besar dapat dijalankan seperti perkhidmatan pusat dialisis melalui model yang ditubuhkan oleh ANGKASA.

Melalui Sektor Pembangunan Hartanah dan Industri Binaan pula, koperasi digalakkan supaya menceburinya kerana sektor tersebut mempunyai prospek yang baik

Oleh : NOr AzAh Abd AzizInfo Semasa

» Antara perwakilan yang hadir di Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan KOSPETA Kali Ke-35

dan mampu memberi pulangan yang lebih besar. Dato’ Abdul Fattah berkata demikian dalam ucapan

Perasmian Sempena Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan KOSPETA Kali Ke-35 di Kuala Lumpur.

Terdahulu, Pengerusi KOSPETA, Dato’ Azih Muda dalam ucapannya berkata, KOSPETA yang ditubuhkan sejak 35 tahun lalu, kini berada di kedudukan ke-31, antara 100 Koperasi Terbaik 2016 dan berjaya mengekalkan pencapaian tersebut selama lima tahun berturut-turut. Jumlah aset yang dimiliki kini mencecah RM105 juta. Malah katanya, berdasarkan kepada rekod hasil prestasi kewangan yang baik, KOSPETA mampu memberi dividen yuran dan syer berjumlah 16 peratus sejak tahun 2008.

Namun katanya, koperasi perlu terus berusaha meningkatkan perolehan supaya manfaatnya dapat disalurkan kepada anggota koperasi, terutamanya penjawat awam.

» Dato’ Abdul Fattah menyampaikan cenderamata kepada salah seorang anggota yang banyak menabur bakti kepada pembangunan KOSPETA

» Dato’ Abdul Fattah bersalaman dengan perwakilan yang hadir

60 PELANCAR Ogos 2017

ANGKASA menerusi ASEAN Co-operative Organization (ACO) mencipta sejarah tersendiri apabila membuka peluang kepada koperasi-koperasi Malaysia dan negara-negara ASEAN lain mengembangkan sayap perniagaan dalam produk makanan halal di China selepas menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan ACO Trade & Exhibition (Lanzhou) Sdn. Bhd. (ATE), dan Elca Communication Sdn. Bhd., sebuah syarikat teknologi dan komunikasi di Malaysia baru-baru ini.

Inisiatif itu adalah bagi menjayakan projek Lanzhou New Area Free Trade Zone yang bakal mempromosikan produk koperasi halal di Malaysia yang terdiri daripada minyak masak, produk minuman berasaskan kopi dan teh serta pelbagai produk makanan keluaran koperasi dan PKS dari Malaysia dan koperasi-koperasi serta PKS dari Negara ASEAN.

» Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah (tengah) bersama wakil ACO Trade & Exhibition (Lanzhou) Sdn Bhd (ATE) yang diketuai Pengarah Urusannya, Encik Chen Wee Kong

Perjanjian persefahaman berkenaan telah ditandatangani oleh Presiden ANGKASA merangkap Presiden ACO, Dato’ Abdul Fattah Abdullah.

Menurut Dato’ Abdul Fattah, ACO dan ATE telah melawat tapak ekspo Lanzhou New Area Free Trade Zone pada Mei lalu dan bersetuju untuk mengusahakan outlet produk yang dinamakan “ASEAN Pavillion” dan restoran halal yang dinamakan “ACO Restaurant” yang ditempatkan di bangunan yang sama.

Katanya, usahasama antara dua pihak itu bertujuan untuk mengeksport produk koperasi dari Malaysia dan Negara ASEAN serta produk

lain seperti produk keluaran Felda dan lain-lain yang berminat menjalin usahasama dengan ACO di masa hadapan.

Ujarnya, dalam usaha mempromosikan produk koperasi di peringkat ASEAN dan antarabangsa, aplikasi ACO Apps diperkenal bagi membolehkan semua komuniti koperasi negara ASEAN dapat berhubung menerusi satu aplikasi.

“ACO Apps yang dibangunkan oleh Elca Communication Sdn. Bhd. ini diharap bakal mewujudkan jaringan perniagaan dalam kalangan koperasi negara-negara ASEAN dan usahawan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) di Malaysia.

“Ia selaras dengan peranan ACO yang ditubuhkan untuk meneraju dan meningkatkan perhubungan strategik dalam kalangan pergerakan koperasi Negara-negara ASEAN di samping melaksanakan pelbagai aktiviti yang boleh memberi manfaat kepada semua koperasi,” katanya.

Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Pengarah Urusan ACO Trade & Exhibition (Lanzhou) Sdn Bhd, Encik Chen Wee Kong.

Oleh : Wan adlina Wan ab. azizInfo Semasa

Eksport produk kopErasi kE LanzHou, CHina

Biskut kelapaDiedar oleh :

Koperasi astana raja Berhad

Kampung astana raja71350 Kota, negeri sembilan

darul KhususTel : 012-3008948

DoDol Gula Melaka Dan DoDol Durian

Diedarkan oleh : Koperasi Keluarga halimah aBdul

razaK melaKa Berhadno. 159, jalan e.p 6, melaka halal hub, serkam,

77300 merlimau, melaka.Emel : dodolterbaek@gmailcom

perencah kuah laksa kualedikeluarkan oleh :Koperasi sinar Cahaya Kuala Kangsar Berhad6.16 sinaran ukaylot 747, Kampung tersusun talang,33000 Kuala Kangsar, perak darul ridzuanTel. : 016-5999031

serunding kelapaDiedarkan oleh :

Koperasi toK Keteh temerloh BerhadC37, tingkat 1, pusat perkhidmatan Kg. awah

28030, temerloh, pahang darul makmurTel. : 019-276 0500

E-mel : [email protected]

lemongrass teaDiedar oleh: Koperasi perKasa seremBan BerhadBangunan terminal Chembong,Kawasan perindustrian Chembong,71300 rembau, negeri sembilan darul KhususTel. : 06-685 2337Laman Web : [email protected]

sambal Bilis Garingdikeluarkan oleh :

Koperasi Keluarga haji aBdul latif seremBan

BerhadBatu 11, Kampung lambar

71900, labu, negeri sembilan darul Khusus

Tel. : 006-7917457E-mel : [email protected]

saMosa ranGupDiedarkan Oleh : Koperasi Keluarga azra selangor Berhadno. 5 jalan nuri 7/6seksyen 7 Kota damansara478100 petaling jayaselangor darul ehsanTel. : 03-6130 6163Emel : [email protected]

Untuk keterangan lanjut, hubungi:

PUSAT KHIDMAT USAHAWAN, Sektor Pemborongan dan PeruncitanPuan Norlaili Mohammad Yatin : 03-7884 6681 l Puan Nurmurni Abd. Wahab : 03-7884 6606 E-mel : [email protected]

Muruku uDanGDiedar oleh : Koperasi Keluarga hajah zainun Berhadno. 10 Changkat Keramat hujung,Kampung dato’ Keramat54000 Kuala lumpurtel. : 012-3718916/012-2301155Emel : [email protected]

62 PELANCAR ogos 2017 63ogos 2017 PELANCAR

39Januari 2017 PELANCAR

• Koleksi buku dan monograf berjumlah hampir 14,000 naskhah. Terdiri daripada buku-buku, kertas kerja seminar, laporan dan Mesyuarat Agung Koperasi terpilih.

• Koleksi Kertas Persidangan ICA di peringkat Asia PasifikdanGlobal.

• Koleksi Buku Persidangan Kebangsaan dan Persidangan Negeri.

• Koleksi Majalah Pelancar sejak awal diterbitkan pada 1974.

• Koleksi buku-buku ilmiah berkaitan pengurusan perniagaan.

• Koleksi buku-buku berkaitan motivasi dan ilmu agama.

• Koleksi Kamus dan Akta. • Koleksi Audio Visual.

Kemudahan-kemudahan yang disediakan :

Ruang Bacaan UtamaRuang Bacaan Majalah dan Surat khabar- Mempunyai 30 judul majalah dan jurnal, dari dalam dan luar negaraMempunyai 9 jenis akhbar harian juga boleh diakses secara onlineRuang Bacaan Individu, meja karel disediakanAkses Internet tanpa wayar (WiFi) serta komputerRuang bahan-bahan arkib

Koleksi-koleksi ini memberi tumpuan kepada skop tadbir urus koperasi serta bahan-bahan maklumat berkaitan bidang ekonomi dan pengurusan perniagaan yang menyokong kepada lapan sektor peniagaan ANGKASA.