Tajulashikin, Bensaid & Mohamad Sahari (2014)-Pembinaan Kerangka Konsep Dan Eksplorasi Awal Model...

14
The 9th International Malaysian Studies Conference (MSC9) MALAYSIA’S DEVELOPMENT: 2020 AND BEYOND 18 – 20 August 2014 TITLE OF PRESENTATION: Author Tajulashikin Jumahat a , Benaouda Bensaid b & Mohamad Sahari Nordin a Title Pembinaan Kerangka Konsep Dan Eksplorasi Awal Model Pengukuran Kecerdasan Spiritual Dari Perspektif Islam Institution a Kulliyah of Education; b Kulliyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences, International Islamic University Malaysia, Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur Email [email protected] PRINCIPAL CONVENOR Malaysian Social Science Association (MSSA / PSSM) CO-CONVENOR & HOST Universiti Malaysia Terengganu (UMT), CO-CONVENOR Institute of Malaysian & International Studies (IKMAS) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Transcript of Tajulashikin, Bensaid & Mohamad Sahari (2014)-Pembinaan Kerangka Konsep Dan Eksplorasi Awal Model...

0

The 9th International Malaysian Studies Conference (MSC9)

MALAYSIA’S DEVELOPMENT:

2020 AND BEYOND

18 – 20 August 2014

TITLE OF PRESENTATION:

Author

Tajulashikin Jumahata, Benaouda Bensaidb & Mohamad Sahari Nordina

Title Pembinaan Kerangka Konsep Dan Eksplorasi Awal Model Pengukuran Kecerdasan Spiritual Dari Perspektif Islam

Institution

aKulliyah of Education; bKulliyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences, International Islamic University Malaysia, Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur

Email

[email protected]

PRINCIPAL CONVENOR Malaysian Social Science Association (MSSA / PSSM)

CO-CONVENOR & HOST

Universiti Malaysia Terengganu (UMT),

CO-CONVENOR Institute of Malaysian & International Studies (IKMAS)

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

1

PEMBINAAN KERANGKA KONSEP DAN EKSPLORASI AWAL

MODEL PENGUKURAN KECERDASAN SPIRITUAL DARI PERSPEKTIF ISLAM

Tajulashikin Jumahata, Benaouda Bensaid

b & Mohamad Sahari Nordin

a

aKulliyah of Education;

bKulliyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences

International Islamic University Malaysia

Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur

*Corresponding author: [email protected] (013-7733872)

Abstrak

Kecerdasan spiritual merupakan konstruk psikologi yang telah dipelopori oleh sarjana Barat

dengan pelbagai teori dan kerangka konsep. Walau bagaimana pun, asas epistemologi yang

dikemukakan oleh sarjana Barat adalah kurang bersesuaian dengan pandangan hidup Islam.

Begitu juga dengan instrumen pengukuran kecerdasan spiritual dari Barat yang bertunjangkan

prinsip sekularisme dan pluralisme didapati bertentangan dengan prinsip akidah Islam. Oleh

yang demikian, penyelidik merasa terpanggil untuk mengutarakan semula konsep kecerdasan

spiritual dari perspektif Islam dengan menggunakan pendekatan positivis. Ia berpaksikan

paradigma tauhid untuk membangunkan kerangka konsep dan seterusnya membina instrumen

pengukuran yang sesuai digunakan untuk penyelidik Islam. Definisi dan kerangka konsep

kecerdasan spiritual adalah berdasarkan ilmu wahyu dari sumber Islam yang utama yakni Al-

Qur’an dan Hadis serta sandaran teori yang dibina oleh ilmuwan Islam. Asas epistemologi

Islam terhadap kecerdasan spiritual adalah merangkumi elemen fitrah kejadian manusia,

kerohanian dan kecerdasan manusia. Terdapat lima dimensi kerangka konsep kecerdasan

spiritual yang dicadangkan iaitu Kesedaran Ruhaniah, Ibadah, Akhlak, Amanah dan Ilmu.

Setiap dimensi dipecahkan kepada beberapa komponen yang diwakili oleh item-item

pengukuran. Hasil eksplorasi awal menggunakan kaedah analisis faktor mendapati bahawa

terdapat 12 solusi faktor yang memenuhi beberapa andaian ciri-ciri psikometrik dan faktor-

faktor ini akur dengan teori yang dicadangkan. Isu metodologi dan teknikal prosedur analisis

faktor yang sesuai bagi konstruk psikologi turut dibincangkan. Walau bagaimana pun, kajian

ini masih lagi di peringkat permulaan. Analisis statistik lanjutan untuk kajian seterusnya amat

diperlukan agar konstruk kecerdasan spiritual menjadi komponen yang penting dalam

psikologi Islam dan juga bidang psikologi positif ke arah penyelidikan ilmu Islam yang lebih

dinamik di Malaysia dalam mencapai Wawasan 2020.

Kata Kunci: Kecerdasan spiritual, psikologi Islam, kerohanian, tauhid, dan analisis faktor

1.0 Pengenalan

Kecerdasan spiritual dianggap sebagai konstruk kecerdasan yang utama yang mampu

memberi makna kepada kehidupan manusia oleh sarjana Barat (Zohar & Marshall, 2000). Ia

juga telah diterima sebagai konstruk psikologi yang menggabungkan elemen kerohanian dan

kecerdasan di mana ia telah diperkenalkan oleh Emmons (2000) dan telah dipopularkan oleh

Zohar dan Marshall (2000). Emmons telah memperkenalkan konsep ini dengan merujuk

kepada andaian dan takrifan istilah kecerdasan yang diutarakan oleh Gardner (1983). Walau

bagaimana pun, Gardner sendiri tidak bersetuju dengan istilah ini dalam konsep kecerdasan

pelbagai nya. Malahan beliau dan sarjana lain juga kurang bersetuju dalam beberapa isu

dalam konsep kecerdasan spiritual yang dikemukakan oleh Emmons kerana beranggapan

2

bahawa elemen kerohanian seakan kurang bertepatan dengan konstruk kecerdasan (lihat

Gardner, 2000; Mayer, 2000).

Antara usaha yang ketara dalam mengangkat kecerdasan spiritual sebagai konstruk

psikologi dan kecerdasan ialah melalui pembinaan instrumen pengukuran. Hal ini dapat

dilihat dalam beberapa kajian pembinaan instrumen kecerdasan spiritual (Amram & Dryer,

2008; King & DeCicco, 2009; Nasel, 2004; Wolman 2001). Sebelum sesuatu instrumen

pengukuran dapat dibina, sesungguhnya ia perlu disokong oleh kerangka teori atau kerangka

konsep yang kukuh sebagai sandaran dalam pembinaan model pengukuran nya. Terdapat

pelbagai pemahaman dan teori dalam menerangkan asas epistemologi kecerdasan spiritual

oleh sarjana Barat. Penyelidik mendapati bahawa asas epistemologi konsep kecerdasan

spiritual oleh Barat adalah kurang sesuai untuk digunakan oleh penyelidik dan ahli psikologi

Islam. Di sebalik dilema ini, masih ramai penyelidik Islam menggunakan atau mengadaptasi

instrumen yang pada hakikatnya menyentuh persoalan akidah kerana ia melibatkan isu

sekularisme dan pluralisme yang boleh menggugat akidah Islam (lihat Tajulashikin & Nor

Faizah, 2014). Oleh itu, solusi kepada permasalahan ini ialah dengan mewujudkan satu

instrumen pengukuran kecerdasan spiritual yang dapat memenuhi keperluan penyelidik

Islam. Atas dasar inilah pengkaji telah mengambil inisiatif untuk menghasilkan instrumen

kecerdasan spiritual dari perspektif Islam.

2.0 Asas Epistemologi Kecerdasan Spiritual Dari Perspektif Islam

2.1 Paradigma Tauhid

Konsep pandangan hidup Islam iaitu paradigma tauhid telah pun mendapat tempat dalam

wacana ilmiah dan kajian sains sosial. Konsep paradigma tauhid adalah bersifat universal

kerana ia mampu menangani ketidaktentuan sesuatu konsep yang dikemukakan oleh Barat.

Menurut Al-Faruqi (1992), paradigma tauhid melangkaui segala aspek kehidupan manusia

kerana matlamat utama dalam Islam adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah (s.w.t).

Kenyataan ini turut disokong oleh beberapa sarjana kontemporari Islam dengan mengatakan

bahawa paradigma tauhid merupakan kerangka teori yang wajar didukung oleh setiap

ilmuwan Muslim (Al-Attas & Wan Mohd Nor, 2007; Atari 1999). Paradigma tauhid juga

mampu menjawab persoalan kewujudan dan tujuan manusia di dunia (Hamid, 2004) seperti

mana yang dinyatakan dalam konsepsi kecerdasan spiritual Barat (Halama & Strizenec, 2004;

Zohar & Marshall, 2000). Penggunaan paradigma tauhid sebagai kerangka teori telah pun

dibuktikan dalam beberapa kajian instrumen psiko-spiritual dari perspektif Islam (i.e., Abdul-

Lateef et al., 2006; Al-Ammar et al., 2012; Azma, 2006; Nooraini, 2011).

2.2 Fitrah

Sesungguhnya, dalam pandangan Islam potensi spiritual dapat dilihat dari fitrah kejadian

manusia. Fitrah merupakan kecenderungan semula jadi yang dapat membimbing manusia

untuk mengakui kewujudan Allah (s.w.t) serta mengabdikan diri menurut titah perintahnya

(Qutb, 1991). Sifat kepercayaan dan rasa bertuhan sememangnya wujud dalam diri setiap

manusia dan perasaan ini akan sentiasa bertempat di jiwa dan hati manusia (Mohamed,

2009). Sesungguhnya, sifat rasa bertuhan ini akan sentiasa bersedia untuk menerima agama

kebenaran yang menjadikan manusia makhluk yang beriman seperti mana yang dijelaskan

oleh Allah (s.w.t) kepada Baginda Nabi (s.a.w) dalam Surah Ar-Rum, ayat ke-30. Di dalam

Hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim turut membicarakan soal fitrah

manusia iaitu: “Setiap bayi yang dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah (beragama Islam)

dan ibu bapanya lah yang mencorakkannya sama ada dia menjadi Yahudi, Nasrani atau

Majusi”. Sesungguhnya, persoalan fitrah ini memang terlalu luas untuk diperbincangkan.

Secara ringkasnya, dimensi fitrah adalah bersesuaian dengan konsep kecerdasan spiritual

3

dalam Islam kerana wujudnya elemen kecenderungan terhadap keimanan dan kebaikan (amal

soleh) yang telah sedia ada dalam diri manusia (Bensaid et al., 2014).

2.3 Kerohanian dan Kecerdasan Dalam Islam

Menurut Mohammed (2008), kerohanian merupakan proses yang melibatkan aktiviti yang

dikaitkan dengan hati atau jiwa seseorang. Ia juga boleh didefinisikan sebagai status

kerohanian seseorang individu (Fatimah, 2013). Kerohanian akan membawa manusia supaya

lebih hampir kepada Allah (s.w.t) melalui ketaatan kepadanya. Islam sebagai satu cara hidup

meletakkan penyerahan dan ketaatan kepada Allah (s.w.t) sebagai matlamat utama dalam

kehidupan seseorang insan (Fatimah, 2013). Merujuk kepada fitrah manusia, kerohanian

adalah untuk menegakkan kalimah tauhid yang serasi dengan sifat semula jadinya dan

kecenderungan manusia untuk mentaati perintah Allah (s.w.t) (Nasr, 2008).

Kerohanian dalam Islam juga bersesuaian dengan hati nurani dan intuisi manusia

yang berasal dari roh yang ditiupkan oleh Ilahi kepadanya (Nasr, 1979). Namun, manusia

hanya diberikan pengetahuan yang amat sedikit sahaja tentangnya (Qur’an, 17:85). Doi

(2008) menerangkan bahawa kerohanian Islam bertujuan untuk memastikan aktiviti atau

pengalaman kerohanian adalah sejajar dengan apa yang diperlihatkan oleh sunah Nabi

Muhammad (s.a.w) sebagai contoh kerohanian yang unggul. Menurut Husain (2006) pula,

pengalaman rohani berupaya untuk mempengaruhi pengalaman dan tingkah laku manusia.

Konsep kecerdasan dalam Islam pula boleh dikaitkan dengan akal dan kemampuan

kognitif manusia dari segi dimensi rohani nya (Crow, 2006; Utz, 2011). Dengan kata lain,

kerohanian amatlah berkait rapat dengan kecerdasan seseorang (Nasr, 2012). Sesungguhnya,

kecerdasan manusia adalah didasari oleh sudut pandangan Ilahi kerana menurut Yahya

(2000), apabila seseorang melakukan aktiviti kerohanian, mereka perlu menggunakan

kewarasan akalnya secara berhikmah dan juga berdasarkan pengetahuan dari wahyu Ilahi.

Dari tinjauan literatur di atas, jelas menunjukkan kerohanian dan kecerdasan manusia tidak

dapat dipisahkan dari sudut pandangan Islam. Ini akan memberikan landasan epistemologi

yang kukuh dalam memperkatakan konsep kecerdasan spiritual menurut pandangan Islam.

3.0 Definisi Kecerdasan Spiritual

Terdapat beberapa karya dan kajian konsep kecerdasan spiritual dan seumpamanya yang

telah pun dilakukan oleh ilmuwan Islam sebaik sahaja di popularkan oleh Zohar dan Marshall

bagi meletakkan konsep ini di landasan kefahaman Islam (Mujib & Mudzakir, 2002;

Nataatmadja, 2001; Tasmara, 2001). Dalam ruang yang terhad ini, penyelidik akan

memperlihatkan beberapa definisi dan pemahaman kecerdasan spiritual yang bersumberkan

fahaman Ahli Sunnah Waljamaah oleh beberapa ilmuwan Islam kontemporari.

Konstruk kecerdasan spiritual menyentuh elemen psiko-spiritual yang terdiri daripada

iman yang teguh, ibadah, fitrah kompetensi spiritual, dimensi spiritual manusia iaitu roh

(ruh), hati (qalb), jiwa (nafs) dan kecerdasan (aql) serta elemen akhlak yang mulia (Bensaid

et al., 2014; Fatimah, 2012). Selain dari itu, terdapat beberapa hierarki pembangunan rohani

manusia yang diterangkan melalui peringkat-peringkat jiwa dalam Al-Quran bermula dari al-

nafs al-ammarah, al-nafs al-lawamah hinggalah peringkat yang tertinggi iaitu al-nafs al-

mutmainnah (Langgulung, 1987). Hierarki pembangunan rohani ini sendiri sebenarnya

memberikan implikasi kepada takrifan kecerdasan spiritual (lihat Bensaid et al., 2014).

Walau bagaimana pun, unsur fizikal manusia tidak kurang pentingnya dalam

menjelaskan maksud kerohanian kerana manusia dijadikan dari dua entiti iaitu roh dan tubuh

badan (Al-Attas, 1995). Tubuh badan manusialah yang akan merealisasikan ketaatan kepada

Allah (s.w.t). iaitu melalui amal ibadah yang dilaksanakan. Ia juga boleh menggambarkan

sejauh mana keimanan dan kedudukan hati atau jiwa seseorang (Achoi, 2009). Dengan kata

lain, iman dan amal tidak dapat dipisahkan. Sehubungan dengan itu, menurut pandangan

4

Bensaid et al. (2014), kecerdasan spiritual dari perspektif Al-Qur’an adalah terhasil dari

manifestasi iman yang mendalam serta kepercayaan terhadap keesaan Allah (s.a.w) yang

melahirkan emosi, pemikiran dan tindakan yang positif. Iman yang mendalam ini melibatkan

hierarki kerohanian bermula dari Islam, Iman dan juga Ihsan yang merupakan peringkat

takwa yang tertinggi (Bensaid et al., 2014). Elemen pemikiran, emosi dan tingkah laku ini

turut didukung oleh konsep kerohanian dalam Islam yang juga melibatkan konotasi

‘kecerdasan’ (Badri, 2012; Crow, 2006; Ramadan, 2004).

Iskandar (2012) sedikit sebanyak telah dapat menghuraikan kecerdasan spiritual

menggunakan pendekatan tafsir tematik dari perspektif Al-Qur’an. Menurut pemahaman

beliau, kecerdasan spiritual adalah satu ke fungsian hati atau jiwa manusia yang digunakan

secara maksimum. Ia melibatkan deria penglihatan, pendengaran serta kapasiti pemahaman

manusia dalam ruang lingkup kefahaman wahyu Ilahi. Tidak hairanlah beberapa ilmuwan

Islam yang lain turut bersetuju dengan pandangan ini dengan menganggap kecerdasan

spiritual adalah kecerdasan hati manusia (Fatimah, 2012; Mujib & Mudzakir, 2002).

Di dalam literatur kerohanian Islam akan mengaitkan kerohanian dengan Sufisme atau

ilmu Tasawuf (lihat Hilmi, 1996). Walau bagaimana pun, konsep kecerdasan spiritual yang

di ketengahkan di sini adalah dalam bentuk yang mudah untuk difahami. Menurut Bensaid

et al. (2014), kecerdasan spiritual seharusnya tidak melibatkan konsepsi dan kefahaman yang

kompleks kerana pada hakikatnya manusia mempunyai fitrah sebagai potensi spiritual dalam

dirinya. Sesungguhnya, potensi fitrah ini yang boleh dibangunkan tanpa kefahaman yang

rumit mengikut kemampuan individu kerana Allah (s.w.t) tidak akan membebani hambaNya

melainkan dengan kadar kemampuan mereka (Qur’an, 2:286; 7:42; 23:62). Dengan kata lain,

kecerdasan spiritual adalah bersifat dinamik (Bensaid et al., 2014) dan bukannya bersifat

statik seperti mana yang difahami dalam konsep kecerdasan akal (IQ) oleh Barat.

4.0 Kerangka Konsep Kecerdasan Spiritual Menurut Perspektif Islam

Pada hakikatnya, skop pemahaman kecerdasan spiritual dalam Islam amatlah luas yang

mengandungi pelbagai dimensi keimanan dan ibadah (Utz, 2011). Dengan kata lain, ia

bersifat multi-dimensi. Oleh yang demikian, penyelidik telah mengehadkan domain

kecerdasan spiritual berdasarkan konsepsi dan kajian pembinaan instrumen psiko-spiritual

ilmuwan Islam berdasarkan paradigma tauhid seperti yang dinyatakan sebelum ini bagi

membina kerangka konsep model kecerdasan spiritual. Kerangka konsep ini menggabungkan

kesedaran spiritual yang melibatkan rasa bertuhan atau bersifat rabbani yang mendalam dan

perasaan positif atau optimistik terhadap diri sendiri, sifat ketaatan yang tidak berbelah-bagi

kepada Tuhan yang maha esa, nilai-nilai murni dan keperibadian akhlak yang mulia, perasaan

tanggungjawab sesama insan dan diikuti oleh semangat cintakan ilmu yang menjadi tunjang

keimanan.

Berdasarkan analisis kandungan kajian literatur, terdapat lima dimensi dalam

kerangka konsep kecerdasan spiritual iaitu Kesedaran Rohani, Ibadah, Akhlak, Amanah dan

Ilmu. Setiap dimensi telah dipecahkan kepada beberapa komponen berdasarkan pertimbangan

pakar oleh penyelia, kajian literatur teori kerohanian dan juga berdasarkan beberapa kajian

pembinaan instrumen psiko-spiritual yang telah dinyatakan di atas. Bertepatan dengan konsep

psikologi, kesemua dimensi yang dinyatakan tadi mempunyai pertalian antara satu sama lain.

Menurut Al-Qaradawi (2010), konsep keimanan, ibadah, akhlak dan ilmu adalah saling

berkaitan berdasarkan kefahaman Islam yang syumul. Walau bagaimana pun, setiap dimensi

dibezakan dari segi definisi secara operasi berdasarkan konteks kajian ini. Akhirnya,

matlamat utama pembinaan kerangka konsep kecerdasan spiritual ini akan merealisasikan

pembinaan model Instrumen Kecerdasan Spiritual Islamik (IKSI).

5

5.0 Metodologi

5.1 Instrumen

Dalam artikel ini instrumen IKSI dibentuk menggunakan skala Likert 5-poin iaitu

menggunakan respons “Tidak Benar” hingga “Sememangnya Benar”. IKSI yang asal telah

dibina dalam Bahasa Inggeris. Bahagian A IKSI mengandungi maklumat demografi

partisipan. Manakala Bahagian B terdiri daripada item-item atau indikator yang dibina

berdasarkan komponen awal yang dicadangkan. Setiap komponen akan diwakili sekurang-

kurangnya tiga item untuk memenuhi syarat atau andaian dalam analisis faktor. Instrumen

awal mengandungi 174 item termasuk tujuh item negatif bagi tujuan kebolehpercayaan

dalaman (internal reliability). Setelah disemak oleh penyelia kandungan dan prosedur

kesahan muka oleh rakan-rakan penyelidik, akhirnya 124 item telah dipilih untuk digunakan

dalam IKSI bagi tujuan eksplorasi awal dalam kajian ini.

5.2 Partisipan dan Analisis Data

Sampel kajian rintis ini merupakan pelajar pasca graduan dalam kalangan pelajar Master dan

Doktor Falsafah yang beragama Islam di beberapa institusi pengajian tinggi awam di sekitar

Lembah Kelang. Sejumlah 500 borang soal-selidik telah diedarkan untuk kajian rintis ini.

Kadar respons soal-selidik adalah 90.4% iaitu sebanyak 452 soal-selidik telah diterima

semula. Didapati terdapat 22 soal-selidik yang tidak lengkap. Berdasarkan respons item

negatif, didapati sebanyak 33 soal selidik tidak membezakan item positif dan item negatif

serta menandakan respons yang sama (contohnya menandakan ‘5’ untuk semua item dalam

soal selidik). Seramai 17 orang pelajar Sarjana Muda telah termasuk dalam pensampelan.

Bentuk-bentuk respons tersebut terpaksa ditolak bagi menjamin keputusan analisis faktor

yang lebih tekal. Oleh itu, hanya 380 soal-selidik dapat digunakan untuk analisis selanjutnya.

Walau bagaimana pun, jumlah soal-selidik adalah mencukupi (nisbah respons berbanding

jumlah item 3:1) bagi memenuhi andaian minimum prosedur faktor analisis (Fabrigar et al.,

1999). Kesemua data pensampelan ini dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 21.

Prosedur analisis melibatkan ujian normaliti, analisis item dan beberapa siri analisis faktor

serta pemerhatian terhadap ketekalan dalaman berdasarkan indeks kebolehpercayaan alpha

Cronbach keseluruhan dan juga bagi setiap faktor yang diekstrak.

6.0 Keputusan dan Perbincangan

6.1 Ujian Normaliti

Sebelum prosedur faktor analisis dapat dijalankan, data kajian rintis yang telah dimurnikan

tadi perlu memenuhi andaian normaliti data. Berdasarkan keputusan deskriptif ujian

normaliti, didapati semua item dapat memenuhi andaian ujian ini; Skewness dari 0.29 hingga

2.63 dan Kurtosis dari 0.05 hingga 3.94 (Kline, 2011).

6.2 Analisis Item

Draf pertama instrumen IKSI mengandungi 124 item tertakluk kepada prosedur analisis item

iaitu melihat indeks kebolehpercayaan alpha Cronbach dan nilai korelasi corrected item-total.

Indeks kebolehpercayaan awal bagi keseluruhan instrumen ialah 0.96. Ini memberi gambaran

awal bahawa instrumen mempunyai ketekalan dalaman yang baik. Kriteria kedua analisis

item menunjukkan nilai korelasi corrected item-total berada di dalam julat yang diterima iaitu

melebihi 0.3 (Field, 2009) dengan nilai minimum 0.32 dan nilai maksimum 0.57. Walau

bagaimana pun, didapati kesemua item negatif berada di bawah nilai 0.30. Ini menunjukkan

ketidakstabilan fungsi item-item negatif dan fenomena ini pernah dibuktikan dalam kajian

instrumen kecerdasan spiritual (lihat Hinkins, 1995; King & DeCicco, 2009). Oleh itu, 117

item instrumen akan dianalisis sekali lagi untuk melihat ketekalan dalamannya. Didapati nilai

6

kebolehpercayaan adalah 0.97. Ini membolehkan kajian dimensi atau dimensionaliti dan juga

pemurnian item dijalankan untuk analisis seterusnya.

6.3 Explorasi Analisis Faktor

Eksplorasi awal struktur faktor (factor structure) dan dimensionaliti diperoleh dengan

menggunakan prosedur faktor analisis yang dipanggil exploratory factor analysis (EFA).

Bagi tujuan ini, penyelidik telah menggunakan teknik mengekstrak faktor principal axis

factoring (PAF) sebagai salah satu prosedur EFA (Meyer et al., 2005). Putaran oblique

dengan kaedah promax digunakan berdasarkan saranan oleh Matsunaga (2011). Putaran

oblique adalah sesuai digunakan untuk konstruk psikologi sekiranya faktor-faktor pendam

yang diekstrak mempunyai korelasi dari segi andaian teori psikologi yang digunakan (Floyd

& Widaman, 1995; Reise et al,. 2000).

Penggunaan prosedur PAF dengan putaran promax terlebih dahulu dilakukan dengan

mengehadkan factor loading kepada 0.35 (Clark & Watson, 1995). Ini akan memudahkan

pemilihan factor loading yang terbaik semasa pemilihan item. Prosedur awal EFA telah

menghasilkan 27 solusi faktor berdasarkan jadual pattern matrix dan jadual perubahan

varians keseluruhan iaitu faktor-faktor dengan nilai eigenvalue melebihi 1.0. Penilaian awal

item-item instrumen mendapati bahawa nilai pengukuran kecukupan sampel Kaizer-Mayer-

Olkin (KMO) ialah 0.91 manakala ujian Bartlett’s Test of Sphericity adalah signifikan

( Keputusan kedua-dua ujian ini menujukkan kecukupan sampel

untuk menghasilkan faktor-faktor yang bermakna bagi kajian. Indeks-indeks pepenjuru anti-

imej menunjukkan nilai korelasi melebihi 0.50 (Field, 2009) iaitu di antara 0.85 dan 0.95.

Dari segi faktor-faktor yang diekstrak, jadual pattern matrix digunakan untuk melihat

dimensionaliti solusi faktor. Pemurnian item dilakukan dari segi pertimbangan nilai factor

loading dan himpunan item-item yang akur dengan teori yang disarankan. Didapati terdapat

tiga faktor yang hanya mempunyai satu item yang dipanggil freestanding factor. Terdapat

dua kes cross-loading iaitu dua atau lebih faktor mempunyai factor loading yang hampir

sama melebihi nilai 0.40. Lapan item menunjukkan isu multicollinearity (item dengan factor

loading melebihi 0.9). Satu perkara yang menarik dalam analisis EFA ini ialah terdapat satu

item mempunyai factor loading lebih dari 1.0 yang dipanggil kes Heywood. Kesemua item

yang melibatkan beberapa isu di atas sesungguhnya merupakan item yang ‘bermasalah’ (lihat

Grewal et al., 2007; Herzog et al., 2007; Hooper at al., 2008) dan item-item tersebut telah

dikecualikan dari analisis faktor yang selanjutnya.

6.4 Analisis Faktor Lanjutan

Beberapa siri prosedur analisis faktor lanjutan telah dijalankan untuk memperoleh solusi

faktor terbaik. Akhirnya, penyelidik mengambil keputusan untuk memilih item-item dengan

12 solusi faktor yang dianggap signifikan dari segi pertimbangan teori, factor loading dan

peratus perubahan varians keseluruhan. Pertimbangan ini mengambil kira item-item yang

terkumpul dalam sesuatu faktor.

Jadual 1 disusun mengikut dimensi berdasarkan kerangka konsep atau model

pengukuran kecerdasan spiritual yang cadangkan. Keputusan pemilihan faktor-faktor ini juga

dibuat berdasarkan nilai eigenvalue melebihi 1.0 iaitu mempunyai sumbangan peratus

perubahan varians keseluruhan melebihi 50 peratus (Meyer et al., 2005) dan faktor yang

mempunyai tiga atau lebih item dengan factor loading melebihi 0.40 (Tabachnick & Fidell,

2007). Berbeza dengan prosedur PCA (principal component analysis), nilai kumulatif

Extraction Sums of Squared Loadings bagi faktor yang signifikan (eigenvalue melebihi 1.0)

bagi prosedur EFA adalah lebih kecil sedikit. Didapati bahawa 12 faktor ini telah

menyumbang sebanyak 54.60 peratus perubahan varians keseluruhan. Nilai peratus

perubahan varians dikatakan memadai berdasarkan kaedah PAF yang digunakan (Beavers et

al., 2013).

7

Didapati bahawa setiap faktor mempunyai himpunan item yang selaras dengan teori

yang dicadangkan. Oleh yang demikian, penamaan faktor masih lagi mengikut komponen

yang disarankan. Berdasarkan Jadual 1 (rujuk Lampiran), dimensi Kesedaran Rohaniah

diwakili oleh tiga faktor iaitu Kesedaran Ketuhanan, Tawakal dan Taubat. Kesemua

komponen dalam Dimensi Ibadah dapat dikekalkan iaitu empat faktor dari Rukun Islam iaitu

Solat, Zakat, Puasa dan Haji. Manakala dimensi Akhlak dan Amanah masing-masing diwakili

oleh dua faktor iaitu Sabar dan Kebenaran serta Keadilan dan Integriti. Di dapati bahawa

dimensi Ilmu iaitu item-item dari tiga komponen telah bergabung menjadi satu faktor.

Penyelidik mengambil keputusan untuk menamakannya mengikut nama dimensi tersebut.

Kesemua item melepasi nilai ambang yang dikehendaki iaitu factor loading melebihi nilai

0.40 (0.47 hingga 0.93). Manakala, julat kebolehpercayaan bagi setiap faktor adalah melebihi

0.60 (0.63 hingga 0.87) dengan nilai kebolehpercayaan keseluruhan 0.94. Ini menunjukkan

instrumen yang bakal dibentuk akan dapat mengukur secara tekal berdasarkan dimensionaliti

yang dijana oleh prosedur EFA.

Terdapat dua lagi prosedur lanjutan yang disarankan oleh pakar-pakar psikometrik

iaitu ujian graf Scree (Scree test) dan analisis selari (parallel analysis) (Fabrigar et al., 1999).

Berdasarkan ujian Scree, terdapat 12 faktor berada di atas nilai eigenvalue 1.0 menyebabkan

perubahan titik Scree (factor-at-off) tidak dapat ditentukan dengan jelas. Manakala analisis

selari menggunakan perisian Monte Carlo menunjukkan hanya tujuh faktor mempunyai

eigenvalue melebihi eigenvalue rawak. Ujian ini mencadangkan hanya tujuh faktor bermakna

untuk membentuk model kecerdasan spiritual. Walau bagaimana pun, penyelidik memilih

untuk mengambil kesemua 12 faktor ini untuk terus digunakan dalam model pengukuran

IKSI. Pertimbangan ini dibuat berdasarkan saranan Beavers et al. (2013) iaitu analisis faktor

seharusnya diinterpretasikan berdasarkan teori dan logik.

Secara ringkasnya, solusi faktor yang diperoleh dari prosedur EFA, dapat memenuhi

sebahagian indikator-indikator kecerdasan spiritual yang disarankan oleh Bensaid dan rakan-

rakannya serta teori yang berkaitan dengan kerohanian Islam oleh beberapa ilmuwan

kontemporari (Mrahorovic, 2007; Toor, 2008). Secara praktikalnya juga, solusi faktor ini

juga sejajar dalam dapatan kajian Mohsen (2007) walau pun dalam konteks yang berbeza.

Keunikan solusi faktor juga menunjukkan kesemua faktor dalam dimensi Ibadah dapat

dijelmakan dalam prosedur EFA. Berdasarkan sokongan beberapa teori dan keputusan

analisis, kajian ini menyarankan bahawa faktor-faktor yang diekstrak berpotensi untuk

digunakan dalam kajian lanjutan yang akan melibatkan sampel yang lebih besar atau

optimum untuk mengesahkan faktor yang sarankan oleh prosedur EFA. Kajian lanjutan ini

akan menggunakan model persamaan struktur (structural equation modeling) yang

melibatkan analisis faktor pengesahan (confirmatory factor analysis) serta analisis persamaan

model (invariant analysis).

7.0 Kesimpulan

Paradigma tauhid yang digunakan sebagai kerangka teori telah menunjukkan potensi sebagai

sandaran pembinaan kerangka konsep kecerdasan spiritual. Kajian ini juga telah

menunjukkan bagaimana disiplin ilmu psikologi Islam boleh diintegrasikan dengan kaedah

empirikal sejajar dengan disiplin ilmu psikologi arus perdana. Penghasilan instrumen

pengukuran kecerdasan spiritual yang mantap di masa hadapan akan membantu penyelidik

dan ahli psikologi Islam menggunakan instrumen pengukuran yang bersesuaian dengan

pandangan hidup Islam. Hakikatnya, kajian pembinaan instrumen memerlukan daya usaha

yang berterusan serta memerlukan penambahbaikan dari masa ke semasa. Penyelidik

menaruh harapan agar instrumen kecerdasan spiritual ini kelak akan memberi sumbangan

kepada perkembangan psikologi Islam dan juga bidang psikologi positif ke arah penyelidikan

ilmu Islam yang lebih dinamik di Malaysia dalam mencapai Wawasan 2020.

8

Rujukan

Abdul-Lateef Abdullah, Azimi Hamzah, Rumaya Juhari & Jamaliah Abd Hamid (2005). The

Muslim Religiosity-Personality Inventory (MRPI): Towards understanding

differences in the religiosity among the Malaysian youth. Pertanika Journal of

Social science & Humanity, 13, 173-186.

Achoi, M. (2009). Human nature from a comparative psychological perspectives. In A.

Haque & Y. Mohamed (Eds). Psychology of personality: Islamic perspectives

(pp. 61-89) Singapore: Cengage Learning.

Al-Ammar, F. K., Ismaiel H. Ahmed, Mohamad Sahari Nordin (2012). Moral Character of

Muslim Personality: Scale validation. Journal of Education and Practice, 3, 118–

128.

Al-Attas, S.M.N. and Wan Mohd Nor Wan Daud (2007). The ICLIF leadership competency

model (LCM): An Islamic alternative. Kuala Lumpur. The International Centre

for Leadership in Finance

Al-Attas, S. M. N. (1995). Prolegomena: To the metaphysics of Islam. An exposition of the

fundamental elements of the worldview of Islam. Kuala Lumpur: International

Institute of Islamic Thought and Civilization.

Al-Faruqi, I. R. (1992). Al Tawhid: Its implications for thought and life. Virginia:

International Institute of Islamic Thought.

Al-Qaradawi, Y. (2010). Islam: An introduction. Kuala Lumpur: Islamic Book Trust.

Amram, Y. & Dryer, C. (2008). The Integrated Spiritual Intelligence Scale (ISIS):

Development and preliminary validation. Paper presented at the 116th Annual

(August 2008) Conference of the American Psychological Association, Boston,

MA. Retrieved September 17, 2013, from http://www.yosiamram.net/papers

Atari, A.T.M. (1999). Prolegomena for an Islamic perspective of educational management.

The American Journal of Islamic Social Sciences, 2, 41-72.

Azma Mahmood (2006). The development of the Muslim Adolescent Spirituality

Questionnaire (MASQ). Humanising Assessment: Generating Excellence;

Compilation of presentation papers, Kuala Lumpur International Conference on

assessment (KLICA 2006) Sunway Lagoon Resort Hotel, 16-19 May 2006. p.

187-192.

Badri, M. B. (2012). The Islamization of psychology: Its “why”, its “what”, its “how” and its

“who”. Nooraini Md. Noor (ed.). Psychology from Islamic perspective: A guide to

teaching and learning. Kuala Lumpur: IIUM Press. (p.13-41).

Beavers, A. S., Lounsbury, J. W., Richards, J. K., Huck, S. W., Skolits, G. J., & Esquivel, S.

L. (2013). Practical considerations for using exploratory factor analysis in

educational research. Practical Assessment Research & Evaluation, 18, 1–13.

9

Bensaid, B., Machouche, S., & Grine, F. (2014). A Qur’anic framework for spiritual

intelligence. Religions, 5, 179–198.

Clark, L. A., & Watson, D. (1995). Constructing validity: Basic issues in objective scale

development. Psychological Assessment, 7, 309-319.

Costello, A. B., & Osborne, J. W. (2005). Best Practices in Exploratory Factor Analysis :

Four Recommendations for Getting the Most From Your Analysis. Practical

Assessment Research & Evaluation, 10, 1–9.

Crow, K. D. (2006). The intellect in Islamic thought: Mind and heart. The Official Journal of

the Centre for Civilisational Dialogue, 2, 1–16.

Doi, A. I. (2008). Sunnism. S. H. Nasr, (Eds). Islamic spirituality: Foundations, (pp. 147-

159), London: Routledge & Kegan Paul.

Emmons, R. (2000). Is Spirituality an Intelligence? Motivation, Cognition, and the

Psychology of Ultimate Concern. International Journal for the Psychology of

Religion, 10, 3–26.

Fabrigar, L. R., Wegener, D. T., Maccallum, R. C., & Strahan, E. J. (1999). Evaluating the

Use of Exploratory Factor Analysis in Psychological Research. Psychological

Methods, 4, 272–299.

Fatimah Abdullah (2012). Teaching Islamic ethics and ethical training: Benefiting from

emotional and spiritual intelligence. International Journal of Humanities and

Social Science, 2, 224-232.

Fatimah Abdullah (2013). Psychology and theology of submission: Understanding Islamic

religiosity and spirituality. Presented at the 1st World Congress on Integration &

Islamicisation of Acquired Human Knowledge (FWCII 2013). 23-25 August

2013. Prince Hotel & Residence, Kuala Lumpur.

Floyd, F.J. & Widaman, K. F. (1995). Factor analysis in the development and refinement of

clinical assessment instruments. Psychological Assessment, 7, 286-299.

Gardner, H. (1983). Frames of mind: The theory of multiple intelligences. New York, NY:

Basic Books.

Grewal, R., Cote, J. a., & Baumgartner, H. (2004). Multicollinearity and measurement error

in Structural Equation Models: Implications for theory testing. Marketing

Science, 23, 519–529.

Halama, P., & Strizenec, M. (2004). Spiritual, existential or both? Theoretical considerations

on the nature of higher intelligences. Studia Psychologica, 43, 239-253.

Hamid, A. (2004). Islam the natural way. UK: MELS.

Hasan Langgulung (1987). Asas-asas pendidikan Islam. Jakarta: Pustaka Al-Husna.

10

Herzog, W., Boomsma, A., & Reinecke, S. (2007). The Model-Size Effect on Traditional and

Modified Tests of Covariance Structures. Structural Equation Modelling, 14,

361–390.

Hilmi, M. M. (1996). Keruhanian dalam Islam. Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam,

Jabatan Perdana Menteri.

Hinkin, T. R. (1995). A review of scale development practices in the study of organizations.

Journal of Management, 21, 967-988.

Hooper, D., Coughlan, J., & Mullen, M. R. (2008). Structural Equation Modeling: Guidelines

for Determining Model Fit. Electronic Journal of Business Research Methods,6,

53-60.

Husain, A. (2006). Islamic psychology: Emergence of a new field. New Delhi: Global Vision

Publishing House.

Iskandar (2012). Lokus kecerdasan spiritual dalam perspektif Al-Qur’an. Suhuf, 5, 37–50.

King, D. B. & DeCicco, T. L. (2009). A viable model and self-report measure of spiritual

intelligence. International Journal of Transpersonal, 28, 68-85.

Kline, R. B. (2011). Principles and practice of structural equation modeling (3rd

ed.). New

York, NY: Guilford Press.

Matsunaga, M. (2011). How to factor-analyze your data right: Do’s, don’ts, and how-to’s.

International Journal of Psychological Research, 3, 97–110.

Mayer, J. D. (2000). Spiritual Intelligence or Spiritual Consciousness ? The International

Journal for the Psychology of Religion, 10, 47–56.

Meyer, L. S., Gamst, G., & Guarino, A. J. (2005). Applied multivariate research: Design and

interpretation. London: Sage Publications Ltd.

Mohamed, Y. (2009). Human natural disposition (Fitrah). In A. Haque & Y. Mohamed

(Eds). Psychology of personality: Islamic perspectives (pp. 3-18) Singapore:

Cengage Learning.

Mohammed, W. (2008). An introduction: Islamic spirituality. Kuala Lumpur: A.S. Noordeen.

Mohsen, N. R. M. (2007). Leadership from the Qur’an, operationalization of concepts and

empirical analysis: relationship between Taqwa, trust and business leadership

effectiveness. Unpublished PhD Thesis, Universiti Sains Malaysia, Malaysia.

Mrahorovic, S. (2007). Spiritual ethics and modern man. Al-Shajarah, 12, 209-224.

Mujib, A. & Mudzakir, J. (2002). Nuansa-nuansa psikologi Islam. Jakarta: PT RajaGrafindo

Persada.

Nataatmadja, H. (2001). Inteligensi Spiritual: Inteligensi, manusia-manusia kreatif, Kaum

Sufi dan Para Nabi. Jakarta: Perenial Press.

11

Nasel, D. D. (2004). Spiritual orientation in relation to spiritual intelligence: A consideration

of traditional Christianity and New Age/individualistic spirituality. Unpublished

doctoral dissertation, University of South Australia, Adelaide.

Nasr, S. H. (2012). Theology, philosophy, and spirituality. In S.H. Nasr (Eds). Islamic

spirituality: Manifestations. (pp. 393-446). New York: The Crossroad Publishing

Company.

Nasr, S. H. (2008). Islamic spirituality: Foundations. London: Routledge & Kegan Paul.

Nasr, S. H. (1979). Intellect and intuition: Their relationship from the Islamic perspective.

Studies in Comparative Religion, 13, 1–9.

Nooraini Othman (2011). Exploring the Ummatic Personality Dimensions from the Psycho-

spiritual Paradigm. International Journal of Psychological, 3, 37-47.

Qutb, S. (1991). The Islamic Concept and its characteristics. Indiana: American Trust

Publications.

Ramadan, T. (2004). Western Muslim and the future of Islam. New York: Oxford University

Press.

Reise, S. P., Waller, N. G. & Comrey, A. L. (2000). Factor analysis and scale revision.

Psychological Assessment, 12, 287–297.

Tabachnick, B. G. & Fidell, L. S. (2007). Using Multivariate Statistics (5th

Ed), Boston:

Allyn and Bacon.

Tajulashikin Jumahat & Nor Faizah Abdullah (2014). Perbandingan konsep kecerdasan

spiritual dari perspektif Islam dan Barat: Satu penilaian semula. In Proceeding of

the International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization ICASIC

2014 (Vol. 2014, pp. 656–666). Kuala Lumpur.

Tasmara, T. (2001). Kecerdasan rohaniah (Transcendental Intelligence). Jakarta: Gema

Insani Press.

Toor, S. (2008). Merging spirituality and religion : Developing an Islamic leadership theory.

IIUM Journal of Economics and Management, 1, 15–46.

Utz, A. (2011). Psychology from the Islamic perspective. Riyadh: International Islamic

Publishing House.

Wolman, R. N. (2001). Thinking with your soul: Spiritual intelligence and why it matters.

New York: Harmony Books.

Yahya, H. (2000). Basic concepts in the Quran. New Delhi: Goodword Press.

Zohar, D. & Marshall, I. (2000). SQ-Spiritual intelligence, the ultimate intelligence. USA,

New York, NY, Bloomsbury.

12

Lampiran

Jadual 1. Dimensi, Faktor yang diekstrak, Kod Item, Factor Loading, Eigenvalue, Perubahan

varians and nilai Alpha bagi 12 Solusi Faktor IKSI

Dimensi Faktor Yang

Diekstrak

Kod

Item Item

Factor

Loading

Eigen-

value

Perubahan

Varians Alpha

Kesedaran

Rohani

Kesedaran

Ketuhanan

(Faktor 11)

Inr4 I have to dedicate my life to God

alone. 0.59

1.05 1.25% 0.69 Inr2 I keep my intentions for the sake of

God only. 0.54

Inr8 My love of God motivates me to

excel. 0.47

Tawakal

(Faktor 3)

Inr17 I trust God never let me down. 0.86

2.05 4.24% 0.80

Inr16 I trust God will guide and help me. 0.72

Inr19 I am hopeful God will always be on

my side. 0.67

Inr20 I am hopeful God will forgive me. 0.66

Taubat

(Faktor 2)

Inr42

I need am aware to make swift

change from negative courses of

action.

0.77

2.88 5.09% 0.82

Inr41 Repentance to God makes me a

better person. 0.67

Inr40 I am confident that repentance to

God can clears my sins. 0.65

Inr39 I repent to God upon committing

wrong. 0.62

Inr38 I always regret with my wrong

decision. 0.61

Inr37

I am optimistic that constructive

criticism will help me improve

myself.

0.52

Ibadah

Solat

(Faktor 5)

Wor6 I practice optional prayer 0.93

1.76 2.81% 0.83

Wor7 I perform dhuha or tahajjud prayer

whenever I can have the time. 0.72

Wor5

When I am confronted with

competing alternatives in decision

making, I perform istikhara prayer.

0.55

Puasa

(Faktor 4)

Wor10 Fasting can holds my bad habits. 0.83

2.06 3.38% 0.82

Wor9 I am aware of my doings during

fasting. 0.74

Wor11 I increase my good deeds and

charity during fasting. 0.69

Wor13 I sense the hunger and hardship of

poor people through fasting. 0.60

Zakat

(Faktor 9)

Wor15 Giving zakat or sadaqah boosts my

sense of responsibility. 0.82

1.25 1.68% 0.82 Wor14 Zakat will purify purifies my

wealth. 0.81

Wor16 I am aware I need to should give

my zakat or sadaqah to the needy. 0.50

Haji/umrah

(Faktor 12)

Wor18 I like to perform ‘umrah whenever

possible. 0.80

1.05 1.25% 0.63 Wor19

I encourage my colleagues to

perform hajj or ‘umrah. 0.54

Wor17 I intend plan to perform pilgrimage. 0.51

13

Akhlak

Sabar

(Faktor 6)

Mor7 I am aware that patience helps will

resolve problems. 0.74

1.65 2.49% 0.84

Mor6 I exercise patience in any

negotiations. 0.71

Mor5 I exercise patience to cope deal

with life difficulties and crisis. 0.68

Mor8 I am aware that patience leads to

the success of in my work. 0.66

Kebenaran

(Faktor 10)

Mor25 I do what is right even if I have to

put myself in danger. 0.73

1.16 1.51% 0.78 Mor 24

I will hold on to the principles of

Islam even when though they may

it is be unfavourable to by others.

0.65

Mor18 I hold to my truthfulness in any

situation. 0.52

Amanah

Keadilan

(Faktor 7)

Res2

I feel responsible to take action

even against with people in favour

with me.

0.65

1.47 2.17% 0.72 Res1

I need to treat all colleagues with

give equality treatment to

everybody

0.62

Res3

I am should be fair to my

colleagues even I seemed to dislike

some of their attitudes.

0.53

Integriti

(Faktor 8)

Res8 I work hard to fulfil my promises. 0.74

1.32 1.89% 0.70 Res7

I am aware that I must realize that I

am abide by agreements I make. 0.66

Res5 I feel uncomfortable when I delay

my work. 0.60

Ilmu

Ilmu

(Faktor 1)

Lrn18 Listening to wisdom makes me a

better person. 0.87

13.31 26.80% 0.87

Lrn16 Seeking human wisdom will

increases my knowledge. 0.76

Lrn15 I internalize wisdom from religious

people. 0.76

Lrn14 I feel calm listening to religious

talks. 0.62

Lrn9 I enjoy sharing my expertise. 0.55

Lrn4 I understand that I need to continue

learning religious knowledge. 0.53

Lrn6 I am glad to share my ideas with

others. 0.50

Lrn5

Learning religious knowledge

makes me aware of the purpose of

life.

0.49

Lrn2 I feel closer to God when I gain

more religious knowledge. 0.48

Total - 49 item - - 54.60% 0.94