T MASALAH sebelum

25
1.1 PENDAHULUAN Program persekolahan pendidikan khas di Malaysia mengandungi tiga jenis iaitu program sekolah khas, program sekolah percantuman dan program sekolah inklusif. Bagi program dalam menjalankan kajian tindakan ini adalah berkaitan dengan program percantuman. Program sekolah percantuman juga dikenali sebagai program integrasi. Dalam program ini murid-murid berkeperluan khas di tempatkan belajar di sekolah biasa bersama-sama murid normal. Walau bagaimanapun murid-murid berkeperluan khas belajar secara berasingan daripada pelajar normal. Mereka hanya berkongsi kemudahan fizikal sekolah dan pentadbiran sekolah adalah sepenuhnya di bawah pentadbiran biasa. Seorang penyelaras dilantik untuk mengurus hal ehwal pendidikan dan ko-kurikulm pelajar khas. Bagi kajian pada kali ini, pengkaji akan memfokuskan masalah murid-murid khas ini dalam mata pelajaran Matematik. Sejak kebelakangan ini pelbagai pihak mula sedar peranan dan keupayaan Matematik dalam menjayakan hasrat murni negara dalam mencapai status sebuah negara perindustrian pada tahun 2020. Menurut

Transcript of T MASALAH sebelum

1.1 PENDAHULUAN

Program persekolahan pendidikan khas di Malaysia mengandungi

tiga jenis iaitu program sekolah khas, program sekolah

percantuman dan program sekolah inklusif. Bagi program dalam

menjalankan kajian tindakan ini adalah berkaitan dengan program

percantuman. Program sekolah percantuman juga dikenali sebagai

program integrasi. Dalam program ini murid-murid berkeperluan

khas di tempatkan belajar di sekolah biasa bersama-sama murid

normal. Walau bagaimanapun murid-murid berkeperluan khas belajar

secara berasingan daripada pelajar normal. Mereka hanya

berkongsi kemudahan fizikal sekolah dan pentadbiran sekolah

adalah sepenuhnya di bawah pentadbiran biasa. Seorang penyelaras

dilantik untuk mengurus hal ehwal pendidikan dan ko-kurikulm

pelajar khas.

Bagi kajian pada kali ini, pengkaji akan memfokuskan masalah

murid-murid khas ini dalam mata pelajaran Matematik. Sejak

kebelakangan ini pelbagai pihak mula sedar peranan dan keupayaan

Matematik dalam menjayakan hasrat murni negara dalam mencapai

status sebuah negara perindustrian pada tahun 2020. Menurut

Suhaila, S. et. al. (2003), penekanan kepada bidang Matematik

mula dirasakan apabila Y.A.B Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun

Dr. Mahathir Mohamad memperkenalkan Wawasan 2020 pada 28 Februari

1991. Y.A.B Tun Dr. Mahathir Mohamad juga pernah menyatakan

bahawa salah satu daripada faktor yang menjejaskan kejayaan

seseorang ialah kelemahannya dalam menguasai bidang matematik

1.2 LATAR KAJIAN

Matematik adalah satu mata pelajaran utama di dalam

kurikulum sekolah. Bermula daripada peringkat prasekolah, kita

telah mula mempelajari Matematik sehinggalah ke tingkatan lima.

Bukan setakat itu sahaja, bagi mereka yang melanjutkan pelajaran

ke peringkat yang lebih tinggi, cabang-cabang Matematik yang

tertentu terus dipelajari. Oleh kerana Matematik mempunyai

keindahan yang tersendiri, maka pembuktian yang kukuh, penggunaan

simbol yang efisien dan jitu, pertalian antara struktur-struktur

Matematik memberikan skop kepada pelajar untuk menikmati nilai

keindahannya.

Oleh itu, kurikulum yang di ajar di sekolah seharusnya dapat

menerapkan sifat penghargaan terhadap kuasa, keelokan dan

struktur Matematik yang membantu mereka memperolehi kegembiraan

serta kepuasan apabila mempelajari Matematik. Walaupun ramai yang

berpendapat bahawa Matematik itu adalah satu mata pelajaran yang

abstrak tetapi guru-guru perlu bijak menggunakan pendekatan yang

sesuai supaya mata pelajaran ini tidak menimbulkan kebosanan dan

kekeliruan kepada murid. Terdapat pelbagai kaedah pendekatan

yang boleh digunakan untuk menimbulkan keseronokan dan minat

murid dalam proses pembelajaran dan pengajaran matematik di dalam

kelas. Antara kaedah yang boleh digunakan adalah mengaplikasikan

pengajaran belajar sambil bermain seperti kaedah permainan dan

menyanyi. Antara kaedah bermain yang boleh diaplikasikan ialah

(Pelekat Berwarna: PENA).

1.2.1 Persediaan Guru

Persedian guru sebelum mengajar adalah sebagai medium

menyediakan murid bersedia untuk mempelajarai (Fryklund,

1947). Menurut Abd. Ghafar (2003), bagi menentukan

keberkesanan pengajaran guru maka rancangan muridan perlu

disediakan. Maka, begitu juga bagi memastikan keberkesanan

kelas bimbingan yang dijalankan di sekolah, guru kelas

bimbingan juga dikehendaki membuat persediaan awal sebelum

memasuki kelas. Menurut Orlich et al. (2001), guru yang membuat

persediaan mengajar dan menyatakan jangkaan atau harapan

mereka kepada para murid mengundang peningkatan pencapaian

akademik muridnya. Menurut Farrant (1981), persediaan

mengajar yang dibuat oleh setiap guru sebelum memasuki kelas

sebenarnya ada tujuannya yang tersendiri, iaitu membantu

mengingatkan guru yang sentiasa sibuk dengan tugasnya.

1.2.2 Sikap Murid

Sikap murid terhadap proses pengajaran guru juga boleh

mempengaruhi pencapaian murid dalam pelajaran tersebut.

Perkara ini disebabkan sekiranya murid tersebut mempunyai

sikap yang negatif terhadap pengajaran guru, maka adalah sukar

baginya untuk menumpukan perhatian terhadap pengajaran guru

dalam kelas bimbingan tersebut. Apabila seseorang itu berminat

maka dia bersedia untuk belajar dengan tekun sehingga mencapai

kejayaan seterusnya memudahkan lagi proses pengajaran guru

dalam kelas bimbingan (Stephens & Crawley, 1994). Maka

kepelbagaian aktiviti oleh guru akan meningkatkan minat dan

penglibatan murid.

1.2.3 Kaedah Pengajaran – Belajar Melalui Bermain

Belajar melalui bermain yang disarankan oleh Pusat

Perkembangan Kurikulum (Kementerian Pelajaran Malaysia 2003),

adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi

memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang

menggembirakan dan bermakna. Pendekatan belajar melalui bermain

dirancang supaya penekanannya dalam proses pengajaran dan

pembelajaran kerana melalui bermain mereka dengan gembira dan

senang hati membuat penerokaan, penemuan dan pembinaan melalui

pengalaman langsung secara semulajadi.

Oleh itu, penekanan kepada pendekatan ini menjadikan proses

pengajaran dan pembelajaran itu menggembirakan di samping

meningkatkan keupayaan kognitif, keinginan untuk meneroka bagi

memenuhi perasaan ingin tahu, penggunaan kemahiran motor kasar

dan motor halus, serta meningkatkan kemahiran berfikir secara

kreatif dan inovatif. Pusat Perkembangan Kurikulum menggariskan

ciri-ciri pendekatan belajar sambil bermain yang mengembirakan,

melibatkan penerokaan dan interaksi kanak-kanak dengan

persekitaran, melibatkan percubaan idea kanak-kanak sendiri,

memberi peluang kanak-kanak untuk menumpukan perhatian dan

kelonggoran masa bermain.

1.3 PERNYATAAN MASALAH

Kami akan ditempatkan di salah sebuah sekolah daerah Pendang

dalam kelas Pendidikan Khas Integrasi. Kelas pendidikan khas ini terdiri

daripada tiga puluh orang murid, tiga orang guru dan dua orang pembantu

murid. Kelas pendidikan khas mempunyai lima belas murid perempuan dan

lima belas murid lelaki. Sepanjang seminggu di sekolah tersebut, kami akan

menjalankan ujian diagnostik matematik keatas murid kelas pendidikan khas

untuk melihat sejauh mana tahap murid sebagai persediaan sebelum

pengkaji mengajar.

Sebelum menjalankan ujian diagnostik bagi kelas Satria untuk mata

pelajaran Matematik, kami telah menemubual beberapa guru yang telah

mengajar matematik di kelas pendidikan khas. Berdasarkan temubual

tersebut, kami mendapati murid-murid tidak mempunyai masalah dalam

menyelesaikan soalan pranombor. Mereka juga tidak mempunyai masalah

dalam mengenal nombor. Tetapi, bagi menyelesaikan operasi tambah, murid-

murid kelihatan kurang keyakinan untuk menyelesaikannya. Kadangkala

mereka hanya menunggu guru bersebelahan mereka baru mereka mahu

melakukan kerja atau tugasan yang diberikan, ini sekali gus telah

menjejaskan dan mengurangkan kemahiran mereka dalam menguasai

kemahiran mengira bagi operasi tambah.

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian ini disempurnakan, adalah diharapkan pelajar

yang terlibat dapat mencapai sekurang-kurangnya tahap minimum

yang ditetapkan dalam objektif yang dinyatakan seterusnya

penguasaan murid terhadap pengiraan dalam operasi tambah dapat

dipertingkatkan.

1.4.1 Objektif Kajian

1. Menentukan perbezaan tahap keyakinan antara murid lelaki dan

perempuan terhadap matapelajaran Matematik

2. Mengenalpasti sikap murid terhadap perlaksanaan PENA dalam

kelas Matematik

3. Mengenalpasti hubungan antara tahap keyakinan murid dan

sikap murid terhadap perlaksanaan PENA

1.5 SOALAN KAJIAN

Secara amnya, permasalahan yang dikaji berdasarkan objektif-

objektifnya serta merangkumi persoalan yang berikut:

1) Adakah terdapat perbezaan tahap keyakinan antara murid Lelaki

dan perempuan terhadap matapelajaran Matematik ?

2)Sejauhmana murid dapat menerima perlaksanaan PENA dalam kelas

Matematik ?

3) Adakah terdapat hubungan antara tahap keyakinan murid dan

sikap murid terhadap perlaksanaan PENA?

1.6 KEPENTINGAN KAJIAN

1.6.1 Pihak Murid

Kajian ini adalah penting untuk dikaji bagi melihat sejauh mana

intervensi yang akan dijalankan dapat membantu dalam meningkatkan

kemahiran mengira murid. Bagi intervensi yang dipilih iaitu PENA ini

diharap boleh membantu murid-murid untuk memahami konsep tambah

dengan betul di samping menimbulkan keseronokan dalam pembelajaran

matematik. Perancangan aktiviti yang tidak terlalu kompleks memudahkan

murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti PENA ini. Sorotan daripada

aktiviti ini, murid juga dapat mengaitkannya dalam kehidupan seharian

mereka seperti pengiraan melibatkan wang, benda dan lain-lain lagi.

Sepanjang kajian dijalankan, pengkaji mendapati ianya adalah penting bagi

meneroka tingkah laku murid-murid serta pencapaiannya berdasarkan

intervensi yang dipilih untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam

menyelesaikan operasi tambah.

1.6.2 PIHAK GURU

Sebelum aktiviti ini dirancang, pengkaji telah menjalankan kolaborasi

bersama dengan guru pembimbing dan rakan setugas. Oleh itu, pengkaji

telah membuat keputusan bahawa aktiviti belajar sambil bermain ini adalah

sesuai untuk murid-murid bagi menyelesaikan operasi tambah. Dari segi

kolaborasi dalam permainan PENA pula, ia melibatkan kolaborasi antara

guru dan murid. Di mana, murid-murid dikehendaki mendengar arahan dan

peraturan mudah yang disebut oleh guru. Dari segi kolaborasi antara murid

dan murid pula ialah, mereka dikehendaki membantu rakan yang

memerlukan bimbingan dan pertolongan dalam menyelesaikan masalah. Dari

segi murid dan bahan pula ialah, murid dikehendaki mencari PENA yang

dinyatakan oleh guru serta melekatkannya dalam bentuk ayat matematik dan

mengiranya dalam operasi tambah untuk mendapatkan jawapan. Warna yang

pelbagai pula adalah bagi meningkatkan keseronokkan dan keghairahan

murid untuk bermain memandangkan warna merupakan terapi dalam

meningkatkan emosi dan perasaan murid.

1.6.3 PIHAK SEKOLAH

PENA ini adalah sesuai dan relevan kepada sekolah. Ianya boleh

digunapakai oleh guru lain dalam program pendidikan khas dalam

meningkatkan kemahiran mengira murid dalam operasi tambah dan

seterusnya dapat meningkatkan prestasi sekolah. Selain itu, PENA ini juga

boleh digunapakai oleh murid-murid aliran perdana untuk tahap satu yang

melibatkan penggunaan asas nombor dan operasi tambah. Kaedah yang

dijalankan ini adalah sesuai bagi murid-murid sekolah rendah

memandangkan ianya mudah diaplikasikan. Selain itu, ianya boleh dijadikan

bahan rujukan dan panduan untuk guru-guru lain dalam pengajaran operasi

tambah serta ianya sebagai pemangkin dalam mempercepatkan kefahaman

murid dalam menyelesaikan operasi tambah

1.7 BATASAN KAJIAN

Kajian ini akan melibatkan murid-murid kelas Satria yang

terdiri daripada tiga puluh orang murid iaitu lima belas murid

perempuan dan lima belas orang murid lelaki yang mengalami

pelbagai kategori masalah. Lima belas orang murid perempuan yang

mempunyai ciri-ciri unik iaitu slow learner ( lewat

pembelajaran ) di mana dari segi prestasi akademiknya, murid ini

mengenal nombor dengan baik tetapi kadangkala keliru dengan nilai

nombor, tidak yakin dalam menyelesaikan soalan matematik yang

diberikan serta mengira secara melulu. Oleh itu, murid ini

memerlukan bimbingan guru sepenuhnya.

2.0 DEFINISI KONSEP

2.1 TAKRIF WARNA

Melalui kajian ini juga, pengkaji turut mengaplikasikan warna dalam

aktiviti belajar sambil bermain. Warna, sejak zaman Mesir Kuno memang

sudah dipercayai mempunyai pengaruh yang besar pada tubuh (fizik, emosi,

dan mental) manusia. Warna mempengaruhi aura tubuh sehingga jika tubuh

berlebihan atau kekurangan salah satu warna, akan terjadi

ketidakseimbangan tubuh yang akhirnya mempengaruhi emosi dan kesihatan

tubuh.

Warna ialah sifat cahaya yang ditentukan oleh panjang

gelombang (atau oleh kandungannya sebagai paduan untuk beberapa

panjang gelombang). Julat panjang gelombang nampak untuk cahaya

dikenali sebagai spektrum nampak , atau dengan mudah sahaja

sebagai spektrum.

Istilah warna boleh juga merujuk kepada sifat objek-objek

atau bahan-bahan yang ditentukan oleh jenis panjang gelombang

yang dipantul, dihantar, atau dipancar. Biasanya, hanya ciri-ciri

kandungan cahaya yang dapat dikesan oleh manusia diambil kira dan

oleh itu, warna juga boleh dianggap sebagai satu fenomena

psikologi. Pengolahan berbagai-bagai kegunaan istilah ini

merupakan tugas utama falsafah semasa.

Oleh sebab persepsi warna berasal daripada kepekaan sel kon

dalam retina yang berbeza-beza terhadap bahagian-bahagian

spektrum yang berlainan, warna boleh ditakrifkan melalui tahap

perangsangan sel-sel itu oleh panjang gelombang cahaya. Fisiologi

warna dibincangkan di bawah.

Sains warna kekadang dipanggil kromatik dan termasuk persepsi

warna oleh mata dan otak manusia, asal warna dalam bahan-bahan,

teori warna dalam bidang seni, serta fizik sinaran elektromagnet

dalam julat nampak (iaitu, apa yang kita biasa merujuk dengan

mudah sebagai cahaya). Sebagai fenomena persepsi, warna seakan-

akan pic dalam pendengaran, walaupun mekanisme-mekanisme

pengamatan nada amat berbeza.

Warna mempengaruhi setiap orang, walau apa pun isinya. Oleh

kerana itu terapi warna juga boleh diterapkan pada kanak-kanak

dengan keperluan khusus seperti sindrom down, autisme, kanak-

kanak dengan kecerdasan di bawah normal, disleksia, kanak-kanak

bermasalah pembelajaran dan sebagainya.

Penggunaan terapi warna sangat membantu anak-anak untuk

menyalurkan emosinya seperti marah, seronok, teruja dan lain-lain

lagi. Mereka mengamuk kerana orang lain tidak mengerti apa yang

mereka inginkan. Jika mereka terlatih untuk menjalani terapi

warna sendiri, mereka boleh menghilangkan rasa marah itu dengan

menyerap warna tertentu, menurut Gitta yang mempraktikkan terapi

warna di sekolah International Center for Special Children in

Education, Jakarta Selatan.

2.2 TAKRIF OPERASI TAMBAH

Dalam matematik terdapat empat operasi aritmetik iaitu operasi

tambah ( +), operasi tolak (-), operasi darab ( ) dan operasi bahagi ( ).× ÷

Operasi tambah ialah operasi pertama yang dipelajari oleh murid. Murid

telah didedahkan dengan operasi tambah apabila mereka belajar

membilang.  Murid diperkenalkan operasi tolak setelah mereka dapat

melakukan operasi tambah. Operasi darab pula diperkenalkan setelah murid

mahir dalam operasi tambah. Manakala operasi bahagi ialah operasi yang

lebih susah daripada operasi tambah, tolak dan darab.

Operasi tambah ini merupakan asas untuk menumbuh dan

mencambahkan minat murid terhadap mata pelajaran matematik.

Pengalaman kejayaan dan kegagalan yang mereka alami semasa

peringkat awal menguasai kemahiran ini memberi pengaruh yang

besar terhadap penguasaan kemahiran lain yang lebih mencabar pada

peringkat seterusnya. Sebelum operasi tambah ini diperkenalkan,

murid-murid hendaklah menguasai kemahiran-kemahiran seperti

membilang hingga 10, menyusun kumpulan benda sehingga 10, membaca

dan menulis angka 1-10, memadankan angka daripada 1-10 dengan

perkataan nombor, mengenal simbol ’0’ dan perkataan nombor

’sifar’ dan memahami maknanya serta mengabadikan nombor.

Penambahan ialah operasi yang mencantumkan dua nilai nombor

untuk menghasilkan nombor ketiga yang dinamakan jumlah atau hasil

tambah. Contoh: 3 + 2 =  5 .

Dua kaedah biasa yang digunakan untuk menjelaskan konsep

penambahan iaitu

Penyatuan set - Penambahan nombor bulat dikaitkan dengan

suatu set kumpulan objek dengan satu set objek yang lain

yang tidak mengandungi unsur-unsur yang sama untuk

menjadikan suatu set objek yang disatukan. Proses

keseluruhan untuk menentukan nombor inilah yang dinamakan

operasi tambah. Operasi ini dilambangkan dengan simbol (+).

Pengukuran pada garis nombor -  Garis nombor merupakan model

geometri dengan setiap jarak di antara titik pada garis

bernilai 1.

Selain itu, operasi tambah ialah proses yang menjumlahkan dua

atau lebih kuantiti dengan menggunakan nombor-nombor. Operasi

tambah merupakan gabungan antara dua set objek. Guru boleh

menggunakan pendekatan ELPS (Experience, Language, Picture,

Symbol ) ketika mengajar operasi tambah. Pengalaman konkrit

diberikan di samping penggunaan yang betul bagi mewakili operasi

dalam bentuk bergambar serta bentuk simbol. Contoh:

 Menggunakan objek konkrit.

Menggunakan bahasa yang betul.

Menggunakan gambar untuk mewakili nombor-nombor tersebut.

Menggunakan simbol untuk mewakili operasi tersebut.

Fakta asas tambah merupakan kombinasi penambahan (termasuk

songsangannya) yang setiap sebutan ialah nombor 1 digit.

Menguasai fakta asas tambah merupakan asas kepada pengendalian

algoritma penambahan dengan cekap dan tepat. Kepelbagaian

aktiviti bagi menguasai pembentukan konsep fakta asas tambah

perlulah lebih berkesan di samping dijalankan latihan untuk

peneguhan. Operasi tambah secara konkrit perlu didedahkan

terlebih dahulu untuk mengembangkan kefahaman murid tentang

penambahan. Setelah itu, guru mengajar operasi tambah matematik

secara piktorial dan diikuti dengan garis nombor. Pada akhirnya

kaedah visual dan lisan perlu digunakan oleh guru untuk mengajar

operasi tambah. Setelah itu, strategi yang berkesan

iaitu strategi berfikir perlu diperkenalkan berdasarkan prinsip-

prinsip tertentu. Akhirnya murid dikehendaki mengingat dan

menghafal semua fakta asas tambah. Murid akan mampu menyatakan

semua fakta asas tambah dengan cepat dan tepat sekiranya diajar

dengan cara yang berkesan.

2.3 MURID-MURID PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN

Pendidikan khas merujuk pada pendidikan bagi kanak-kanak

luar biasa, iaitu 'kanak-kanak yang dari segi intelek, fizikal,

sosial atau emosi, tidak mencapai pertumbuhan dan penyuburan

biasa, hinggakan mereka tidak mendapat faedah sepenuhnya daripada

rancangan sekolah biasa(Chua,1982) Pendidikan Khas ialah

subsistem dalam sistem pendidikan, yang bertanggungjawab

mengadakan peruntukkan kemudahan dan keistimewaan bagi membantu

kanak-kanak dan belia yang bersifat luarbiasa. (Gearhart dan

Weishahn,1980).

Dalam Bahasa Ingerís istilah ‘kanak-kanak bekeperluan khas’

dinamakan ‘children with exceptional needs’ atau secara ringkas ‘exceptional

children’. Pelbagai istilah lain telah digunakan untuk ‘kanak-kanak

bekeperluan khas’ dan antaranya ialah; kanak-kanak istimewa

(special children), kanak-kanak luar biasa, kanak-kanak kurang upaya

(children with disabilities), kanak-kanak cacat (handicapped children),

kanak-kanak abnormal (abnormal children), kanak-kanak bermasalah

(children with impairments) dan kanakkanak terbantut pertumbuhan atau

perkembangan

Menurut Kail (2001), hampir 4% daripada populasi dunia

terdiri daripada individu luar biasa atau kanak-kanak

berkeperluan khas. Terdapat kanak-kanak yang dilahirkan tanpa

boleh mendengar apa-apa bunyi, manakala ada juga yang dilahirkan

tanpa mempunyai keupayaan untuk melihat objek atau cahaya

termasuk muka ibu bapa sendiri. Terdapat kanak-kanak yang

mengalami kesukaran memberi tumpuan atau mengala mi kerencatan

mental sejak dilahir. Secara umumnya, kanak-kanak berkeperluan

khas berbeza daripada kanak-kanak normal dari segi ciri-ciri

mental (pencapaian akademik), keupayaan deria (melihat dan

mendengar), keupayaan berkomunikasi (menulis dan bertutur),

tingkah laku (mengawal diri) dan emosi (bercampur gaul), dan

ciri-ciri fizikal (bergerak dan menjaga diri sendiri). Walaupun

istilah kurang upaya dan kecacatan digunakan sebagai sama, kedua-dua

istilah ini mempunyai maksud yang berlainan.

Murid bermasalah pembelajaran merupakan murid yang telah

dikenal pasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal

sebagai permasalahan yang mengganggu proses pembelajaran.

Permasalahan yang dialami boleh dikategorikan mengikut tahap

kefungsian murid-murid dalam kebolehan-kebolehan fizikal,

intelek, emosi dan sosial.

            Murid-murid ini juga mempunyai keistimewaan yang

berbeza dari segi bakat, kebolehan dan kemampuan, seterusnya

memerlukan program pendidikan khas untuk mengoptimakan potensi

mereka.

            Kementerian Pendidikan malaysia mendefinisikan Murid

dengan Keperluan Khas Bermasalah Pembelajaran adalah merupakan

golongan kanak-kanak yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh

pakar profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan  yang

boleh mengganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami

boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam

kebolehan- kebolehan berikut:

a.       Kebolehan kognitif

b.      Tingkah laku sosial/ perkembangan sosial

c.       Penguasaan membaca

d.      Penguasaan bahasa lisan/ pertuturan

e.       Kemahiran perkembangan

f.       Kemahiran Matematik

Terdapat banyak ciri-ciri kanak-kanak bermasalah

pembelajaran. Antara ciri-ciri yang mungkin dapat menolong pakar-

pakar diagnostik dan guru-guru dalam mengenalpasti dan mengajar

kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran:

Bentuk badan dan ko-ordinasi motor kanak-kanak ini tidak

banyak berbeza dengan kanak-kanak normal. Walaubagaimanapun

kanak-kanak yang mempunyai rendah keupayaan mental yang

disebabkan oleh faktor – faktor organik adalah lebih kecil bentuk

badan berbanding dengan kanak-kanak biasa.

Terdapat kelewatan dalam perkembangan kematangan dan fungsi-

fungsi intelek yang tertentu yang diperlukan dalam perkembangan

di sekolah. Sebagai contohnya,mereka mempunyai rendah daya

ingatan, kebolehan dalam bidang pengamatan dn perkonsepan dan

kebolehan berbentuk kreatif. Kesediaan belajar dan keupayaan

menerima pelajaran bagi kanak-kanak bermnasalah pembelajaran

tidak sama dengan kanak-kanak biasa. Contohnya, mereka hanya

dapat mempelajari apa yang dipelajari apa yang dipelajari oleh

kanak-kanak biasa berumur 6 tahun pada peringkat umur 8 tahun

atau lebih.

Mereka juga mempunyai bidang perhatian yang singkat atau

kurang tumpuan terhadap sesuatu. Mudah kecewa disebabkan

pengalaman kegagalan yang berulang-ulang hasil daripada

pengharapan masyarakat supaya mereka berfungsi sesuai dengan umur

kronologi mereka. Sikap dan nilai mereka tidak selaras dengan

tingkahlaku kanak-kanak biasa. Minat mereka adalah selaras dengan

kanak-kanak yang mempunyai mental yang sama dengan mereka.