Sorotan Terhadap Perkembangan Karya-Karya Islam dan Hadis Khususnya di Nusantara

21
SOROTAN TERHADAP PERKEMBANGAN KARYA-KARYA ISLAM DAN HADIS DI NUSANTARA. Oleh : Rosni Wazir Jabatan al-Quran dan al-Sunnah Akademi Islam Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) Abstrak Nusantara merupakan satu rantau yang luas yang didiami oleh bangsa yang serumpun, iaitu hampir sama dari segi rupa paras, budaya dan bahasa. Islam pula merupakan agama yang menjadi pegangan sebahagian daripada penduduk di sini, selain dari Buddha dan Hindu. Kedatangan Islam ke sana telah menukar strukrur masyarakatnya secara besar-besaran dan ilmu sudah mula menjadi satu budaya yang kian menyebati dalam kehidupan mereka. Anak-anak kecil sudah mula diperkenalkan dengan pendidikan dan pondok-pondok atau madrasah menjadi tempat mengaji yang terpilih pada waktu itu. Teks bacaan yang yang dikenali sebagai “kitab kuning” telah dibawa masuk dari Timur Tengah, Mekah khususnya serta tempat-tempat lain. Penulisan ini akan menyorot sejarah perkembangan karya-karya Islam ini bermula dari kurun ke 12 sehingga kurun ke 21, serta secara ringkasnya pada karya hadis bermula dari bentuknya yang ringkas dan minimal kepada bentuk kemasan yang bercetak dan tebal; bermula dengan bahasa asing kepada terjemahan dan akhirnya dalam bahasa ibunda sendiri yang membanggakan. Kata kunci : NUSANTARA, PENDIDIKAN, PONDOK, HADIS, KITAB KUNING, KARYA ISLAM. PENGENALAN 1

Transcript of Sorotan Terhadap Perkembangan Karya-Karya Islam dan Hadis Khususnya di Nusantara

SOROTAN TERHADAP PERKEMBANGAN KARYA-KARYA ISLAM DAN HADIS DINUSANTARA.

Oleh :

Rosni WazirJabatan al-Quran dan al-Sunnah

Akademi IslamKolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Abstrak

Nusantara merupakan satu rantau yang luas yang didiami oleh bangsa yangserumpun, iaitu hampir sama dari segi rupa paras, budaya dan bahasa. Islam pulamerupakan agama yang menjadi pegangan sebahagian daripada penduduk di sini,selain dari Buddha dan Hindu. Kedatangan Islam ke sana telah menukar strukrurmasyarakatnya secara besar-besaran dan ilmu sudah mula menjadi satu budaya yangkian menyebati dalam kehidupan mereka. Anak-anak kecil sudah mula diperkenalkandengan pendidikan dan pondok-pondok atau madrasah menjadi tempat mengaji yangterpilih pada waktu itu. Teks bacaan yang yang dikenali sebagai “kitab kuning” telahdibawa masuk dari Timur Tengah, Mekah khususnya serta tempat-tempat lain.Penulisan ini akan menyorot sejarah perkembangan karya-karya Islam ini bermuladari kurun ke 12 sehingga kurun ke 21, serta secara ringkasnya pada karya hadisbermula dari bentuknya yang ringkas dan minimal kepada bentuk kemasan yangbercetak dan tebal; bermula dengan bahasa asing kepada terjemahan dan akhirnyadalam bahasa ibunda sendiri yang membanggakan.

Kata kunci : NUSANTARA, PENDIDIKAN, PONDOK, HADIS, KITABKUNING, KARYA ISLAM.

PENGENALAN

1

Sejarah kemasukan Islam ke Nusantara1 atau Alam Melayu yang direkodkanoleh sejarawan adalah melalui dua tahap; tahap kedatangan dan tahapperkembangan2. Perbincangan tentangnya turut melibatkan beberapa persoalanyang sukar dicari titik noktahnya. Tiga perkara utama yang menjadipendebatan ialah :

1. Tarikh sebenar kemasukan Islam ke Nusantara.2. Daerah mana yang pertama sekali menerima kunjungan agama Islam.3. Asal usul mubaligh yang membawa ajaran Islam.

Sememangnya sukar untuk menentukan tarikh sebenar kedatangan Islam keNusantara dan ini turut diakui sendiri oleh T.W.Arnold : “It is imposibble to fixthe precise date of the first introduction of Islam into the Malay Archipelogo.”3

Sejarawan tempatan mengatakan bahawa kedatangan Islam ke Nusantara telahberlaku di sekitar ke 7 dan ke 8M, manakala sejarawan Barat memberikantarikh di sekitar abad ke 13M. Tanah Melayu mula menerima Islam sekitarkurun ke 9M dan selewat-lewatnya pada kurun ke 12M, manakala sejarawanBarat pula berpendapat bahawa ia berlaku di sekitar kurun ke 15M dan iabermula di Melaka.4 Terdapat beberapa teori yang digunapakai oleh parasejarawan dalam menetapkan tarikh Islam mula berkembang dan menapak dalammasyarakat Melayu, antaranya ialah :

1. Laporan pelayaran Marco Polo yang menemui Perlak pada 691H/1292Mbahawa penduduk di situ sudah beragama Islam.

1 Definisi Nusantara adalah merangkumi kawasan negeri sebelah Timur tanahbesar Asia yang terdiri daripada Semenanjung Indo-China, KepulauanIndonesia termasuk Tanah Melayu dan juga kepulauan Filipina. Namun skopperbincangan dikhususkan kepada kepulauan Melayu, terutama di daerahSumetera dan Tanah Melayu. Sila lihat Dr. Haji Abdullah Ishak (1990), Islamdi Nusantara (Khususnya di Tanah Melayu), Selangor : al-Rahmaniah (Badan Dakwah &Kebajikan Islam Malaysia), h.53. Terdapat sedikit perbezaan tentang rangkuman wilayah Nusantara berdasarkanpendapat Haji Wan Mohd Saghir apabila beliau membincangkan tentangperkaitan antara istilah “Asia Tenggara”, “Alam Melayu”, “Nusantara” dan“Negeri Bawah Angin”. Bagi beliau, istilah-istilah ini sekiranya dilihatdengan teliti, ia adalah tidak sama. Kawasan yang diistilahkan sebagai“Alam Melayu” sebenarnya adalah lebih luas daripada kawasan “AsiaTenggara”, sedangkan istilah “Nusantara” pula hanyalah berupa “KepulauanIndonesia”. Istilah “Tanah Jawi” pula hampir sama dengan “Asia Tenggara”.Oleh itu, “Nusantara” adalah lebih kecil daripada “Tanah Jawi” atau “AsiaTenggara”. Sila lihat Haji Wan Mohd Saghir (2002), Wawasan Pemikiran Ulama AsiaTenggara, j.5, Kuala Lumpur : Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantaradan Khazanah Fathaniyyah, h.1. 2 Mahayuddin Haji Yahya (2001), Islam di Alam Melayu, Kuala Lumpur : DewanBahasa dan Pustaka, h.3.3 T.W.Arnold (1913), The Preaching of Islam : a History of the Propagation of The MuslimFaith, cet.2, London : Constable & Company Ltd., h.363.4 Dr. Haji Abdullah Ishak (1990), op.cit., h.70.

2

2. Penemuan Batu Bersurat yang ditemui di Kuala Berang, Terengganu yangbertarikh 702H/1303M mempunyai catatan berkenaan dengan pengamalanhukum hakam Islam di kawasan itu.5

3. Syiling “al-Julus Kelantan” bertarikh 575H/1180M.6

4. Kubur “Keramat Teluk Cik Munah” di Pekan, Pahang yang bertarikh418H/1028M.

5. Penemuan batu nisan di Bud Dato’, Kepulauan Jolo di Sulu pada710H/1310M menunjukkan orang Muslim kerap kali mengunjungi kawasanini, mungkin disebabkan hubungan perdagangan mereka dengan China.7

Kebanyakan sejarawan bersetuju menamakan Sumatera atau Sumudra sebagaitempat pertama yang menerima kunjungan mubaligh Islam, tetapi masihbertingkah tentang ketentuan daerahnya pula. Ini mungkin berlaku keranapegangan terhadap sumber yang pelbagai, antaranya :8

1. Perlak (Ferlec) : berdasarkan laporan dari Marco Polo 2. Aru atau Haru : berdasarkan tulisan oleh Tome Pires 3. Pasai : berdasarkan buku Hikayat Raja-Raja Pasai 4. Pangsir, Lamni, Aru dan Perlak : berdasarkan buku Sejarah Melayu.5. Samudera : berdasarkan catatan China.6. Acheh : berdasarkan buku Salasilah Acheh.

Teori tentang pembawa atau pengembang ajaran Islam di rantau sini jugaberpecah kepada tiga teori:9

1. Islam dibawa oleh mubaligh dari Tanah Arab.10

5 Syed Muhammad Naquib al-Attas (1969), Preliminary Statement on a General Theory ofthe Islamization of the Malay-Indonesian Archipelago, Kuala Lumpur ; Dewan Bahasa danPustaka, h.12.6 Amnah Saayah binti Ismail & Farid Mat Zain (2004), Perspektif Islam diTanah Melayu abad ke-19 : Analisis Terhadap Pemikiran Abdullah MunshiMelalui Karya “Kisah Pelayaran Abdullah””, (Kertas Kerja InternationalSeminar of Islamic Thought, anjuran Jabatan Usuluddin dan Falsafah,Fakulti Pengajian Islam, UKM pada 7-9 Disember 2004), h. 342.7 Syed Naquib al-Attas (1969), op.cit., h.12.8 Dr. Haji Abdullah Ishak (1990), op.cit., h.54.9 Ibid.,h.55-70.10 Menurut teori Hamka dan Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas, golonganyang pertama menyebarkan Islam ke Nusantara adalah orang Arab itu sendiridan Islam datang secara langsung dari Tanah Arab. Teori ini boleh diterimakerana kepulauan Nusantara mempunyai hubungan dengan orang Arab semenjakabad ke 5 lagi. Malahan, kepulauan Nusantara menjadi tempat persinggahanpedagang Arab sebelum tiba di negara China. Teori ini turut dipersetujuioleh T.W.Arnold dan S.Q. Fatimi. Sila lihat Hamka (2006), Sejarah Umat Islam(Edisi Baru), Singapura : Pustaka Nasional Pte. Ltd, h.670-676. Lihat juga SyedMuhammad Naquib al-Attas (1969), op.cit., h.11. Lihat juga S.Q. Fatimi (1963),Islam Comes To Malaysia, Singapura : Malaya Publishing House Ltd., h.4. Lihatjuga T.W. Arnold (1975), op.cit., h. 363.Teori ini juga disokong oleh kecenderungan penduduk Nusantara kepadatarikat yang berasal dari Tanah Arab seperti Tarikat Naqshabandi, TarikatSyatariyyah, Tarikat Sammaniyah, Tarikat Rifa’iyyah dan Tarikat Qadiriyyah.Sila lihat http://kdhlib.gov.my/diaspora/sesi1 (sejarah) / Perkembangan

3

2. Islam dibawa oleh mubaligh dari India.11

3. Islam dibawa oleh mubaligh dari China dan Champa.12

Dr. Haji Abdullah Ishak telah merumuskan beberapa faktor yang mendorongpenyebaran Islam secara lebih positif di rantau ini dan ia saling berkaitanserta menjadi sokongan kepada yang lain. Faktor-faktor yang dimaksudkanadalah :13

1. Faktor perlumbaan dalam penyebaran agama.2. Faktor perkahwinan.3. Faktor perdagangan.4. Faktor penguasaan syahbandar.5. Faktor politik dan penaklukan.6. Faktor keperibadian golongan dakwah dan sufi.7. Faktor penulisan dan kesusasteraan.8. Faktor kemurnian ajaran agama Islam.

Salah satu faktor terpenting penyebaran Islam pada kurun ke 15 dan 16Madalah faktor penulisan, kesusasteraan dan pendidikan. Hasilnya, beberapatempat yang menjadi titik mula kemasukan Islam ke Nusantara mula menjelmasebagai pusat pendidikan Islam dan keilmuan yang pesat. Bidang keilmuanyang berkembang ini tidak sahaja melibatkan bidang-bidang ilmu-ilmukeagamaan tetapi juga bidang kesusateraan, kesenian, bahasa, ilmuperubatan, ilmu bumi, matematik, astronomi, ilmu polituk dan sebagainya.14

Kesan daripada fenomena inilah yang menzahirkan ilmu secara bertulis danbercatat serta melahirkan ramai tokoh-tokoh ilmu dan cendikiawan Melayuseperti Hamzah Fansuri, Shams al-Din al-Sumatrani, Sheikh Nur al-Din al-Raniri, ‘Abd al-Rauf al-Fansuri @ al-Singkel, Sheikh ‘Abd al-Saad al-Palembani, Sheikh Arshad al-Banjari, Raja Ali Haji, Sheikh Daud bin ‘Abd

Islam Di Nusantara Dan Hubungannya Dengan Golongan Arab (DrFadhlullah).doc. 5 April 2012, h. 2.11 Antara pelopor bagi teori ini adalah Snouck Hurgronje pada tahun 1883M,sila lihat Hamka (2004), op.cit., h.680. Menurut pendapat S.Q.Fatimi :“Professor Snouck Hurgronje salah seorang pelopor yang amat penting didalam mengemukakan bahan-bahan bahawa pengaruh Persia atau India (Malabar-Koromandel) yang lebih benar di dalam pertumbuhan dan perkembangan Islam dinegeri Melayu ini, beliau pun tidak dapat mengelak pengakuan bahawasanyapengaruh Arab atau Makkah atas kehidupan di pulau-pulau ini sangatlahkuatnya. Lebih kuat daripada di Turki atau Hindustan ataupun Bukharasendiri.” Sila lihat S.Q. Fatimi (1963), op.cit., h.4.12 Teori ini dikemukakan oleh Emanuel Godinho Eredia, seorang saintisberbangsa Sepanyol dan sumber catatan dari negeri China semasa DinastiSung. Sila lihat S.Q. Fatimi (1963), ibid., h.67. Namun begitu, sumber dari China ini turut mengaku bahawa Islam telah sampaike negara mereka sejak abad pertama Hijrah. Sila lihat Hamka (1994), op.cit.,h.670. Lihat juga Mahayuddin Haji Yahya (2001), op.cit., h.13.13 Dr. Haji Abdullah Ishak (1990), op.cit., h.71.14 Ibid., h.49.

4

Allah al-Fatani, Abdul Malik bin ‘Abd Allah, Munsyi ‘Abd Allah dan ramailagi.

PERKEMBANGAN KARYA-KARYA ISLAM DI NUSANTARA.

Islam dilihat terus berkembang dan semakin diterima oleh masyarakat, tetapiterdapat beberapa pendapat daripada sejarawan Barat menyatakan bahawa Islamditerima dalam bentuk yang minimal sahaja oleh masyarakat. Dr. AzyumardiAzra memetik pendapat Lanson,Van Leur, Winstedt dan Gullick yang mengatakanbahawa Islam sekadar perkara kecil yang berlaku pada perkembangan tamadunmanusia. Pengamal Islam juga amat terhad dan bercampur dengan kepercayaanHindu-Buddha serta tidak signifikan sebagai agama bagi sesebuah negerikerana tiada undang-undang Islam yang dilaksanakan, tiada kadi yangdilantik dan negeri-negeri ini masih berada di bawah perlindungan British.15

Pandangan-pandangan ini telah disanggah dengan keras oleh Syed MuhammadNaquib al-Attas, sekaligus menolak teori tersebut sepenuhnya. Bagi beliau,Islam telah memberi impak yang besar dengan menukar struktur masyarakat,budaya dan kepercayaan masyarakat Melayu.16 Pendapat ini telah disokong olehsejarawan lain seperti C.A.O Van Niewenhuijze, C.A Majul serta ramailagi.17

Apa sahaja pendapat yang diberikan oleh para sejarawan Barat, Islam padawaktu itu terus berkembang sehingga muncul pusat kekuasaan Melayu-Islamseperti Terengganu Lama, Kedah, Perak, Patani, Melaka, Johor-Riau, Pasai,Acheh, Banten, Demak, Champa, Brunei, Sulu, Magindanao, Tidore dan Malukuyang menggunakan bahasa Melayu sebagai lingua franca sehingga akhirnya iadinamakan Kepulauan Melayu18.

Bersama kepesatan ini, keperluan kepada karya-kara Islam mula mendesak danmelahirkan karya-karya keagamaan dalam pelbagai bentuk, antaranya : 19

1. Sastera kitab (bersifat bukan cerita : prosa dan pusi) :Kumpulan ini mewakili kitab-kitab yang menerangkan sesuatu pengajarantentang agama Islam. Ia meliputi kitab-kitab yang ditulis oleh ilmufekah seperti sembahyang jumaat, kitab sembahyang, ilmu tauhidseperti Nazam Tauhid.

2. Sastera kenabian (bersifat cerita : prosa dan puisi) :Kelompok ini terdiri daripada cerita-cerita tentang Nabi Muhammad seperti Hikayat Nur Muhammad dan Hikayat Nabi Wafat dan lain-lain.

3. Sastera tokoh-tokoh Islam (bersifat cerita : prosa dan puisi) :

15 Azyumardi Azra (1997), “Education, Law, Mysticism : Constructing SocialRealities”, dalam Mohd Taib Osman (ed.), Islamic Civilization in the Malay World,Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, h.146-147.16 Syed Muhammad Naquib al-Attas (1969), op.cit.,h.4-7.17 Azyumardi Azra (1997), op.cit., h.147.18 Penduduk di sini akan memperkenalkan diri mereka sebagai Bangsa Jawi,berasal dari Tanah Jawi, berbahasa Jawi dan menulis dengan tulisan Jawi. 19 Siti Hawa Salleh (1997), Kesusasteraan Melayu Abad ke 19, Kuala Lumpur : DewanBahasa dan Pustaka, h.223-226.

5

Tokoh-tokoh yang diceritakan dalam kisah-kisah ini termasuklah merekadaripada keluarga Nabi Muhammad seperti hikayat cucunda baginda,Hasan dan Hussain dalam Hikayat Hassan dan Hussain dan Hikayat Tamin al-Diri.

4. Sastera kepahlawanan Islam (bersifat cerita : prosa dan puisi) :Tokoh-tokoh yang diceritakan dalam hikayat-hikayat jenis inimerupakan orang yang hidup sezaman dengan Nabi Muhammad dan pernahberjuang bersama baginda. Ada juga di antara mereka yang tidak adakena mengena dengan Nabi Muhammad tetapi wataknya dilukisberdasarkan kepahlawanan tokoh yang pernah wujud. Contohnya adalahHikayat Iskandar Zulkarnain dan Hikayat Amir Hamzah.

Kepelbagaian bentuk karya-karya ini bagaimanapun menyatu dengan ciri-ciriyang hampir sama seperti : 20

1. Sebahagian besarnya merupakan terjemahan daripada karya berbahasaArab.

2. Penggunaan terminologi dalam bahasa Arab adalah banyak sekali,terutama perkataan yang tiada terjemahannya dalam bahasa Melayu.

3. Gaya bahasa dan penulisan yang dipengaruhi oleh bahasa Arab.4. Buku-buku yang kecil digabungkan dengan yang besar, dan selalunya

yang lebih kecil berada di margin karya yang lebih besar.5. Tajuk-tajuk karya sebahagian besarnya dalam bahasa Arab walaupun isi

kandungannya dalam bahasa Melayu.6. Berlaku pengulangan cetak tanpa mendapat mendapat kebenaran penulis

atau meminta kebenaran beliau kerana pada waktu ini kebanyakan karyatidak mempunyai hak cipta terpelihara.

7. Kadangkala tidak mempunyai nama pengarang apatahlagi tarikh dan namapenerbit.21

Karya-karya terawal yang dikenali sebagai “Kitab Kuning” ini biasanyamempunyai ciri-cirinya yang tersendiri, atau disebut oleh Martin VanBruinessen sebagai “format biasa”. Beliau telah membincangkan tentangformat-format ini berdasarkan kepada kitab kuning yang digunakan dipesantren-pesantren serata wilayah di Indonesia :22

1. Ia selalunya melibatkan 3 format utama; sharh, hashiah dan matn.2. Ia selalunya mempunyai komentar atau karya lain yang berkaitan

dengannya yang diletakkan sebagai “hashiah”. Hashiah ini dicetak dalammargin yang lebih kecil mengelilingi karya yang lebih utama ataulebih besar ditengahnya. Ia selalunya akan dirujuk-silang atau dibaca

20 Abdul-Rahman Mohamed Amin et all (2011), “Historical Review of ClassicalHadith Literature in Malay Peninsula”, International Journal of Basic and AppliedSciences, Vol.2, Issue 2, Department of Management and Humanities, UniversitiTeknologi Petronas, h.1.21 Professor E.U. Kratz menyebut : “…however that most Malay texs are anonymous andthat we do not know who is usually hiding behind pharases like fakir, yang empunya cetera andsahibul hikayat.” Sila lihat E.U. Kratz (1979), The Editing of MalayManuscripts and Textual Critism, (Kertas Kerja Second Eropean on IndonesianStudies, 2-6 April 1979, London) h.233.22 Martin Van Bruinessen (1990), Kitab Kuning : Books in Arabic Script Usedin The Pesantren Milieu, KITLV Juournal, no. 2/3, h.234-235.

6

secara bersama-sama, mungkin kerana konflik yang berlaku antarakedua-dua teks dan sebagainya.

3. Nama “taqrib” diberikan kepada karya yang lebih ringkas dan pendeknyabentuknya.

4. Matn selalunya berbentuk “manzum”, iaitu berbentuk puisi yang pendekdan ringkas serta berima untuk memudahkan ia dihafaz. Penerangankepada manzum ini selalunya diletakkan bersama-sama dengannya didalam satu margin berbanding menjadikannya dalam bentuk hashiah.

5. Saiz biasa bagi kitab kuning ini adalah 26 cm dan tidak dijilid danmudah diceraikan supaya pembaca boleh mengasingkan halaman yang ingindibaca atau dihafaznya. Ini berbeza dengan karya-karya di kurun-kurunterkini yang dijilid dengan sempurna memandangkan itu adalahtanggungjawab pencetak untuk menyempurnakannya.

a. Perkembangan karya-Karya Islam pada kurun ke 12-14 Masehi.23

Sejarawan mengakui bahawa antara tanda penerimaan agama Islam oleh pendudukNusantara adalah apabila tulisan jawi yang diadaptasi daripada tulisan Arabmenjadi rasmi menggantikan tulisan kawi24. Tulisan jawi yang ditemui diartifak-artifak serata daerah di Nusantara ini adalah bentuk awal karya-karya Islam sebelum ia terhasil dalam bentuk manuskrip, bercetak dansebagainya.

Di peringkat awal, karya-karya ini adalah dalam jumlah yang sangat kecildan sederhana serta dalam bentuk risalah-risalah agama secara ringkas.Aktiviti penulisan berjalan perlahan mungkin berpunca dari masalah bahasayang dialami oleh para ulama ketika itu.25

Satu-satunya karya yang dianggap sebagai terawal pernah disebut adalahberkaitan dengan tasawuf yang bertajuk Bahr al-Lahut yang dihasilkan olehSheikh ‘Abd Allah Arif. pada kurun ke 12M.26 Karya ini dikatakan telahmenimbulkan kontroversi fahaman tasawuf dan falsafah ketuhanan yangdiperdebatkan sebelum ini.27 Ini adalah tidak memeranjatkan memandangkan

23 Haji Wan Mohd Saghir meletakkan tempoh ini sebagai Period Pertama. Selamatempoh ini (300 tahun), setelah ditemui al-Bahr al-Lahut, dianggap bahawapenulisan masih berterusan tetapi tiada karya bahasa Melayu yang ditemui.Sila lihat Haji Wan Mohd Saghir (1995), “Manuskrip Islam Dunia MelayuDitinjau Dari Pelbagai Peringkat”, (Kertas Kerja Forum Ilmiah, JabatanPengajian Melayu, Universiti Malaya, pada 27 September 1995), h.2.24 Kawi merupakan tulisan yang diadaptasi dari pengaruh Hindu. Sila lihatibid., h.1025 Fauzi bin Deraman et.al (2011), “Sumbangan Ulama Patani Dalam PengajianHadith Dan Penulisannya”, Jurnal of Islamic Studies, Universiti Prince ofSongkhla, Vol.5, June 2010 – May 2011, h.6726 Fauzi bin Deraman et.al (2011), op.cit., h.190.27 Prof. Dr. Mahayuddin juga ada membicarakan tentang karya ini denganpanjang lebar. Sila lihat Mahayuddin Haji Yahya (2001), op.cit., h.43-44.

7

masyarakat Muslim pada waktu itu lebih berminat dengan aspek Islam-mistik-falsafah berbanding hukum hakam.28

Sebuah lagi karya yang disebut adalah Dur al-Manzum karangan Abu Ishaq al-Shirazi telah dibawa ke Melaka oleh muridnya Maulana Abu Bakar tetapi iadalam bahasa Arab. Begitu juga dengan beberapa buah karya yang lain sepertial-‘Aqa’id oleh Najm al-Din Abu Hafs ‘Umar bin Muhammad al-Nasafi(m.1142H/1729M) dan Umm al-Barahin oleh Muhammad bin Yusuf al-Sanusi. Al-‘Aqa’idmerupakan karya yang terkenal dan banyak dihuraikan oleh ilmuwan Islamtermasuk S‘ad al-Din bin Mas‘ud al-Taftazani yang dikatakan telahditerjemahkan ke dalam bahasa Melayu tetapi masih belum dapat dikesan.29

b. Perkembangan karya-Karya Islam pada kurun ke 15 - 17 Masehi.

Teori Syed Naquib al-Attas mengatakan bahawa kurun ke 16 dan 17M merupakanmasa penting dalam keilmuan orang Melayu. Pada masa ini menyaksikankesuburan dalam penulisan sastera fasafah, metafizika dan teologi rasionalyang tiada tolok bandingnya di mana-mana zaman atau kawasan Asia Tenggara.

Penterjemahan al-Quran pertama di Alam Melayu diselenggarakan besertasyarahnya yang berdasarkan al-Baidawi, serta terjemahan-terjemahan lainserta syarah-syarah dan karya asli dalam bidang falsafah, tasawuf dan ilmukalam, semuanya telah diselenggara pada zaman ini. Zaman inilah pembangunanrasionalisme dan intelektualisme yang tiada pernah berlaku dimana-manapundi Asia Tenggara.30

Setelah penemuan al-Bahr al-Lahut pada 12M, terdapat dua buah lagi karya yangditemui antara kurun ke 15 dan 16M iaitu Sia-Sia Berguna dan Tarikh Patani yangdikarang oleh Sheikh Safiyy al-Din al-‘Abbasi al-Fatani.

Sia-Sia Berguna membicarakan tentang ilmu perubatan dan ditulis dalam bahasaMelayu manakala Tarikh Patani dalam bahasa Arab dan membicarakan sejarahkerajaan Melayu, bermula dengan kerajaan Langkasuka. Malangnya, kedua-duakarya ini tidak dapat ditemui sehingga sekarang.

Pada kurun ke 16 dan 17M, ditemui manuskrip ulama Pattani seperti TarikhPattani oleh Sheikh Faqih Ali bin Wan Muhammad al-Abbasi al-Fatani. Tokohini merupakan cucu kepada Sheikh Safiyy al-Din al-‘Abbasi al-Fatani,pengarang Tarikh Pattani dalam bahasa Arab sebelum ini. Menurut catatan olehSheikh Faqih Ali, walaupun karyanya merupakan terjemahan kepada karyadatuknya, beliau telah membuat banyak penambahan. Malangnya, manuskripaslinya belum ditemui dan hanya terdapat salinan terhadapnya yang dibuatoleh Sheikh Daud al-Fatani pada tahun 1228H/1813M.31

28 Azyumardi Azra (1997), op.cit., h.190.29 Syed Muhammad Naquib al-Attas (1988), The Oldest Known Malay Manuscript : A 16th

Century Malay Translation of The al-‘Aqa’id of al-Nasafi, Kuala Lumpur : Universiti Malaya,h.8.30 Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1972), Islam Dalam Sejarah dan KebudayaanMelayu, Kuala Lumpur : Penerbit UKM, h.43-44.

8

Dua buah lagi karya yang ditemui pada period ini adalah Ilmu Mantiq dan IlmuSaraf yang ditulis oleh Faqih Wan Musa al-Fatani pada 1002H/1593M. Kedua-duakarya ini ditulis dalam bahasa Arab tetapi terdapat beberapa halaman yangmempunyai catatan dalam bahasa Melayu. Sebuah lagi karya yang ditemui pada1032H/1629M adalah Ilmu Tauhid, karangan Ahmad bin Amin al-Din al-Qadi,seorang ulama yang berasal dari Kedah.

Hanya pada pertengahan kurun ke 17M, karya hadis pertama sekali dihasilkaniaitu al-Fawa’id al-Bahiyyah oleh Sheikh Nur al-Din al-Raniri (m.1069H/1658M)32

dan diikuti oleh Sharh al-Latif oleh ‘Abd al-Rauf al-Fansuri. Karya Sharh al-Latifini juga dianggap sebagai karya sharh atau huraian bagi al-Arba‘in al-Nawawiyyahdalam bahasa Melayu yang pertama sekali dihasilkan. Kedua-dua karya iniwalaupun menjurus kepada hadis namun kecenderungan tasawwufnya membuktikanbahawa Muslim pada waktu ini masih terkesan dengan idea sufi dan akidah33.

c. Perkembangan karya-Karya Islam pada kurun ke 18 Masehi.

Pada tempoh ini ditemui banyak karya-karya ulama yang berasal dari Acheh,Patani, Palembang dan Banjar. Tokoh dan karya yang paling menonjol padaperiod ini adalah seperti berikut34 :

1. Hidayah al-‘Awam (1140H/1727M) : Sheikh Faqih Jalal al-Din Acheh.2. Manzar al-Ajla ila Martabat al-A‘la (1152H/1739M) : Sheikh Faqih Jalal al-Din

Acheh3. Bidayah al-Hidayah (1170H/1757M): Muhammad Zain Jalal al-Din Acheh. 4. Al-Qawl al-Mukhtasar fi ‘Alamat al-Mahdi al-Muntazar (1196H/1782M): Muhammad

Arsyad al-Banjar.5. Tanbih al-Ghafilin (1184H/1770M) : Sheikh ‘Abd Allah bin ‘Abd al-Mubin

Pauh Bok al-Fatani.

d. Perkembangan karya-Karya Islam pada kurun ke 19 Masehi.

Pada kurun-kurun terawal ini, buku bercetak adalah sesuatu yang baru danmenarik di pesantren atau pondok-pondok dan madrasah seluruh Nusantara.Bahan-bahan bacaan pada waktu itu masih berbentuk manuskrip dan dalamtulisan tangan pemiliknya. Kemasukan bahan bacaan bercetak ke Nusantara31 Haji Wan Mohd Saghir (1995), op.cit., h.2. Lihat juga Haji Wan Mohd Saghir(1998), “Peranan dan Sumbangan Syikh Daud bin Abdullah al-Fatani DalamKesusateraan Melayu Klasik”, (Kertas Kerja Seminar Kesusateraan MelayuTradisional, di Balai Seminar, Dewan Bahasa dan Pustaka, pada 2-3 September1998), h.3.32 Dr. Mohiden Abd. Rahman memperakui bahawa al-Raniri merupakan perintiskepada penghasilan karya hadis di Nusantara. Sila lihat Dr. Mohiden Abd.Rahman (2006), Syeikh Nur al-Din al-Raniri dan Sumbangannya kepadaPengajian al-Hadith, Jurnal al-Bayan, Jabatan al-Quran dan al-Hadith, AkademiPengajian Islam, Universiti Malaya, h.58.33 Abdul-Rahman Mohamed Amin et all (2011), op.cit., h.3.34 Terdapat banyak lagi karya-karya lain yang tidak mampu disenaraikan disini.

9

sedikit sebanyak tercetus kerana meningkatnya jumlah para jamaah Hajidengan penggunaan kapal laut berwap.35

Penerbitan manuskrip Melayu/Jawi ini hanya bermula pada kurun ke 19M danpada tempoh inilah teknologi penerbitan sudah mula berkembang danmemfokuskan kepada penghasilan karya Jawi untuk kegunaan pengajian Islam diserata dunia Melayu. Karya bercetak yang dikenali sebagai “Kitab Kuning”36

ini akhirnya digunapakai secara meluas oleh masyarakat sehinggalah padakurun-kurun berikutnya.

Terdapat rekod yang mencatatkan bahawa gerak kerja mengedit dan mencetaksebanyak 5000 manuskrip Melayu telah bermula pada awal kurun ke 19M ini.Manuskrip-manuskrip ini meliputi 800 tajuk, setiap tajuk meliputi 6manuskrip.37 Pada tahun 1846M terdapat 11 teks yang telah dicetak danseratus tahun selepas itu iaitu pada 1937M bilangan ini bertambah sehingga87 edisi dalam pelbagai bidang dan material utamanya adalah daripadamanuskrip-manuskrip bertulis tangan.38

Hakikatnya, sedekad lebih awal, sudah wujud penerbit atau pencetak bukuyang berpusat di Mekah, tetapi hanya pada 1884M mereka mula mencetak buku-buku dalam bahasa Melayu. Percetakan seperti ini selalunya dikendalikanoleh tokoh ilmuwan Nusantara sendiri seperti Sheikh Ahmad Muhammad Zain al-Fatani dan Zain al-Din al-Sambawi.39 Ia juga melibatkan pencetak-pencetakdari luar daerah seperti Kaherah40, Istanbul dan Bombay, sekaligusmenjadikan mereka antara yang terawal menerbitkan karya-karya Melayu-Jawiini. Hanya pada akhir kurun barulah lahir beberapa penerbit di KepulauanMelayu yang diinisiatifkan oleh Pentadbiran Kolonial (British dan Belanda),mubaligh Kristian dan beberapa orang penerbit Muslim di Riau, Singapura,Palembang dan Surabaya.41 Tokoh terawal yang mengambil inisiatif mencetakkarya-karya sebegini adalah seperti Sayyid Usman dari Batavia yang mencetakversi pertama kepada al-Qawanin al-Shar‘iyyah pada 1881M dan pada 1886Msekurang-kurangnya 4 buah karya telah beliau cetak. Tokoh yang kedua adalahKemas Haji Muhammad Azhari dari Palembang pada tahun 1854M yang mencetak

35 Martin Van Bruinessen (1990), op.cit., h.230.36 Istlah “kitab” yang dipakai berbanding “buku” membawa maksud ia adalahkarya bertulisan jawi atau dalam bahasa Arab. Manakala istilah “buku”adalah untuk bahan bacaan dalam tulisan rumi. Ia di panggil “Kitab Kuning”berkemungkinan kerana material kertasnya yang berwarna kuning. Ia merupakanmaterial kertas bercetak yang dibawa masuk dari Timur Tengah pada awalkurun ke 20M. Manakala “Buku Putih” pula merujuk kepada karya-karya yangditulis dalam tulisan rumi. Sila ibid., h.227.37 Ismail Hussein (1974), The Study of Traditional Malay Literature with A SelectedBibliography, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, h.12.38 E.U. Kratz (1979 op.cit., h.229.39 Hashim bin Haji Musa (2009), op.cit., h.15. Sila lihat juga Martin VanBruinessen (1990), op.cit., h.230.40 Penerbitan Mustafa al-Babi al-Halabi di Kaherah adalah di antara yangbanyak mencetak karya-karya Jawi-Melayu ini.41 Martin Wan Bruinessen (1995), Kitab Kuning, Pesantren dan Tarekat : Tradisi-TradisiIslam di Indonesia, Bandung : Mizan, h.135-137.

10

al-Quran hasil dari mesin cetak yang dibelinya serta dikendalikan sendirisetelah pulang dari mengerjakan Haji. Seterusnya pada 1894M, pemerintahmuda Riau, Muhammad Yusuf mengasaskan Matba‘at al-Ahmadiyyah di KepulauanPenyengat yang menghasilkan karya-karya berkaitan tarikat Naqsyabandi olehSheikh Muhammad Salleh al-Zawawi.42

Kegiatan penerbitan karya-karya sebegini menjadi bertambah rancak kerana iamenjadi sumber utama teks dan rujukan di pondok, pesantren, madrasah,masjid, surau dan menasah. Ia juga mencakupi pelbagai bidang pengajianseperti akidah, tasawwuf, feqah dan hukum-hakam, tasawwuf dan akhlak, al-Quran dan tafsir serta hadis. Ia juga menggambarkan tiga pegangan utamaKepulauan Melayu iaitu akidah ‘Asyariyyah atau aliran sunni, fiqh Shafi‘idan tasawwuf Imam al-Ghazali.

Selain daripada karya-karya yang disenaraikan, terdapat beratus-ratus lagikarya dari pelbagai bidang yang dihasilkan pada kurun ini.

e. Perkembangan karya-Karya Islam pada kurun ke 20 dan 21 Masehi.

Pada pertengahan pertama kurun ke 20M, lebih banyak buku yang dicetaktetapi melibatkan karya dalam tulisan rumi, berbanding karya-karya jawipada kurun sebelumnya. Ini mungkin disebabkan oleh pertegangan urat antarakaum muda dan kaum tua yang berlaku pada waktu itu. Kaum muda yang lebihdekat dengan modenisasi dan nasionalis sekular serta agresif telahmenghasilkan banyak karya-karya agama dalam tulisan rumi yang berbezabentuk dan pengisiannya berbanding kitab tradisional.43

Sekiranya menjadikan Indonesia sebagai kayu ukurnya, hanya setelah negaraini merdeka, kitab melayu-jawi mula dicetak dalam skala yang lebih besar.Pada masa ini juga wujudnya penerbit-penerbit yang berbangsa Melayu-Jawiyang sebelum ini dikuasai oleh mereka yang berketurunan Arab, antaranyaadalah Toha Putra dari Semarang dan Menara Kudus44.

Manakala di Malaysia pula, penerbit yang aktif pada waktu ini adalah Daral-Ma‘arif wa al-Nahdi dan Pustaka Aman Press.

Patani Press pula bertempat di Pattani yang mencetak karya-karya pada lewat1930M. Salah satu karya terkenal yang dihasilkan pada waktu itu adalahterjemahan Tafsir al-Jalalayn yang dihasilkan oleh ‘Abd al-Rauf al-Fansuri iaitupada 1950M. 45

Pada kurun ini juga, terdapat beberapa orang ilmuwan yang boleh dianggapsebagai pakar dalam bidang hadis seperti Sheikh Ahmad al-Fatani.Berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh Haji Wan Mohd Saghir :46

42 Ibid., h.231.43 Martin Van Bruinessen (1990), op.cit., h.232.44 Kedua-kedua penerbitan ini terletak di Indonesia.45 Ibid., h.234.46 Sila lihat Haji Wan Mohd Saghir (1995), op.cit., h.10.

11

“Sebagai bukti bahawa Sheikh Ahmad al-Fatani seorangpakar/ahli ilmu-ilmu hadis, terbukti pada jawapan beliauatas pernyataan hadis yang tersebut dalam Ihya’ Ulum al-Dinkarya Imam al-Ghazali mengenai menggunakan garam dahuludaripada makan dan disudahi dengannya, apakah hadis itusahih atau tiada sahih…menjawabnya dengan huraian yang agakpanjang berdasarkan ‘ilm mustalah al-hadith dan menyentuh rijalhadis. Beberapa nama ulama dan pendapat serta kitab-kitabmereka beliau sebut...”

Sepanjang tempoh ini, hadis sudah mula menguasai masyarakat secara lebihpesat, sama ada dalam bentuk penulisan, pengajian atau pengajaran. Banyakkajian-kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa hadis tidak lagi dianggapketinggalan berbanding ilmu-ilmu yang lain.

PERKEMBANGAN KARYA-KARYA HADIS SECARA KHUSUSNYA DI NUSANTARA

Perkembangan karya-karya hadis, hakikatnya tidak serancak karya-karya dalambidang lain dan ia hanya bermula pada kurun ke 18M sahaja. Telah banyakkajian yang dilakukan dan hampir semua dapatan menunjukkan bahawa karyahadis muncul lebih lewat berbanding karya-karya yang lain, malah dalamkuantiti yang sedikit. Kemunculannya pula kebanyakannya secara induktif47

oleh pengarang-pengarang yang mengkhususi bidang tasawwuf, feqh, akhlak dansebagainya. Ulama’ silam yang bergelar al-muhaddith atau mengkhususi bidangini juga amat kurang, malahan hampir tiada. Namun, kenyataan ini sesekalitidak menafikan keahlian ulama’-ulama’ lain dalam bidang hadis.

Saudara Rohaizan Rabu dalam penulisannya tentang perkembangan ilmu hadis diTerengganu membuat kenyataan : “Daripada penelitian dan bacaan yangdilakukan terhadap tulisan dan buku-buku tentang ulama-ulama terbilang diTerengganu masa silam, pengkaji tidak menjumpai seorang tokoh pun yangbetul-betul disebut sebagai sebagai orang yang takhassus dalam bidang hadisatau bergelar muhaddith.”48

47 Induktif bermakna istidlal iaitu kaedah huraian yang dilakukan denganmembawa sesebuah hadis untuk dijadikan dalil dan hujah kepada apa yanghendak diperkatakan. Di dalam kaedah ini, hadis bukanlah topik utamaperbincangan. Ia didatangkan untuk menguatkan hujah kepada perbincanganyang dilakukan. Perbincangan kaedah ini secara tidak langsung juga telahmenghuraikan sesebuah hadis tersebut dalam aspek-aspek tertentu hadstersebut. Deduktif pula bermakna istintaj iaitu kaedah huraian yang dilakukandengan mengeluarkan hukum hakam dan faedah faedah daripada sesebuah hadithyang dibawa. Di dalam kaedah ini, biasanya hadis tersebut yang menjaditopik utama dan asas perbincangan. Kaedah inilah yang menjadi asas kepadapembinaan disiplin kitab huraian hadis yang dikenali pada hari ini. Silalihat Anwar Ridwan Zakaria dan Dr. Fauzi Deraman (2007), PerkembanganHuraian Hadith : Satu Sorotan, Jurnal al-Quran & al-Hadith (al-Bayan), Jabatan al-Quran & al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, bil.5,h.188.

12

Prof. Jawiah Dakir dan Ahmad Levi ada menyebut di dalam penulisan mereka :“Para ulama pembawa pembaharuan keilmuan di Nusantara bermula pada abad ke-17, kebanyakannya dikenal sebagai ahli tasawwuf atau fikah dan tidaksatupun yang dikenal sebagai ahli hadis (muhaddith). Akan tetapi bukanbererti mereka tidak pernah belajar atau mendalami hadis, misalnya ‘Abd al-Samad al-Falimbani.”49

Ini juga terjadi kepada al-Raniri yang dianggap sebagai perintis penulisankarya hadis apabila hanya sebuah daripada 30 karyanya adalah berkaitandengan hadis, iaitu al-Fawa’id al-Bahiyyah.50

Kekurangan ini bagaimanapun tidak menghalang masyarakat daripadamempelajari hadis. Hadis tetap menjadi sumber penghujahan dan pendalilanutama dalam kebanyakan karya penulisan walaupun karya-karya tersebut tidakdikategorikan dalam bidang hadis. Malahan hampir tiada karya yangdihasilkan dalam pengajian Islam yang tidak didukung dengan argument-argumen berdasarkan hadis.51

Namun begitu, pada kurun-kurun terakhir ini telah muncul ramai ilmuwan yangmengkhususi bidang hadis di Nusantara ini, bahkan ada yang mendapat gelaranyang tertinggi seperti “al-‘allamah”, “al-muhaddith” dan “al-musnid”, sepertiSheikh Mahfuz al-Tarmasi walaupun hampir keseluruhan karya hadisnyadihasilkan dalam bahasa Arab. Memetik kata-kata Dr. Muhajirin yang pernahmembuat penyelidikan tentang beliau :

“Muhammad ibn Abdillah ibn ‘Abd al-Mannan al-Tarmasi (1842-1920)merupakan ulama Nusantara yang mendunia dan dikenal sebagaipembangkit ilmu Dirayah Hadis. Ia mendapat ijazah pengajaran ShahihBukhari  yang isnadnya langsung ke Imam Bukhari dan menjadi ulamaNusantara pertama yang mengajarkan Shahih al-Bukhari di MasjidilHaram.”52

Selain daripada Sheikh Mahfuz al-Tarmasi, Tok Guru Haji Abbas Tok Jiring(1326H/1909M - 1417H/1997M) sebagai tokoh pondok semasa juga disebutsebagai seorang tokoh yang menonjol ilmu hadisnya53. 48 Rohaizan Baru (2006), Perkembangan Ilmu Hadith di Negeri Terengganu,Jurnal Usuluddin, Bil. 23-24, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, h.98.49Jawiah Dakir & Ahmad Levi Fachrul Avivy (2011), Kertas Kerja Nadwah UlamaNusantara (NUN), anjuran Fakulti Pengajian Islam, UKM pada 25-26 November2011),50 Dr. Mohiden Abd. Rahman (2006), op.cit., h.58.51 Prof. Madya Dr. Fauzi Deraman (2009), Pengajian Hadith di Malaysia : SatuTinjauan., Khazanah al-Quran dan al-Hadith Nusantara, Mustafa Abdullah et.all(editor), Kuala Lumpur : Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, h.213.52http://www.majalahgontor.co.id/index.php? option=com_content&view=article&id=224:dr-muhajirin-mag-&catid=69:risalah&Itemid=131, 8 Mac 2012.53 Beliau telah menuntut ilmu hadis di India dan telah mempelajari kitab-kitab utama hadis. Sila lihat Rohaizan Baru (2006), op.cit., h. 100.

13

Seiring dengan pertambahan pakar-pakar hadis, karya-karya berkaitandengannya juga mula dihasilkan dalam jumlah yang banyak. Ini dapat dilihatdalam satu kajian yang dilakukan oleh Martin Van Bruinessen pada tahun 1990terhadap kitab-kitab yang digunakan di pesantren serata Indonesia.Pengkelasan kategori kitab-kitab yang digunapakai adalah sebagaimanaberikut :54

i. Fiqh 20%ii. Aqidah/Usuluddin 17%iii.Nahw/Sarf/Balaghah 12%iv. Hadis 8%v. Tasawwuf/Tariqat 7%vi. Akhlak 6%vii.Ibadat 5%viii. Kisah Nabi dan wali 6%

Secara keseluruhannya, karya-karya hadis semakin banyak dihasilkan dan iaboleh dilihat meliputi beberapa bentuk, antaranya ialah :

1. Karya hadis berkaitan ilmu hadith al-riwayah iaitu ‘ulum al-hadith ataumustalah al-hadith, seperti Kitab Kepalsuan Yang Masyhur oleh Ahmad Ali AbuBakar.

2. Karya berkaitan akidah, tasawuf, akhlak tetapi menggunakan banyakhadis-hadis sebagai dalilnya atau disebut sebagai “induktif” sepertikitab akidah Kashf al-Ghummah oleh Sheikh Daud al-Fatani.

3. Karya terjemahan kitab hadis dalam bahasa Arab semata-mata tanpasebarang tambahan seperti Bulugh al-Maram Terjemah Bahasa Melayu olehIsmail dan Sulaiman.

4. Karya terjemahan dan disertakan ulasannya sama ada dalam berkaitantasawwuf atau fiqh atau akidah. Contohnya Sharh al-Latif ‘ala Arba’in Hadithan liImam al-Nawawi oleh ‘Abd al-Rauf al-Fansuri yang mensyarahkan al-Arba’inal-Nawawiyyah dengan pendekatan tasawwuf.

5. Karya yang menghimpunkan hadis semata-mata tanpa sebarang ulasanseperti Hadith Arba’in oleh Sheikh Daud al-Fatani.

6. Karya hadis yang menyenaraikan hadis sebagai dalil kepadaperbincangan tertentu beserta ulasan seperti Muhimmah Pada Ilmu HadithNabi s.a.w Pada Bicara Kelebihan Dan Kepujian Atas Perbuatan Isteri Pada Suaminya olehSheikh ‘Abd Allah bin ‘Abd al-Rahim al-Fatani yang berbicara tentangtanggungjawab suami isteri.

7. Karya berkaitan ‘ilm mustalah al-hadith.

Secara ringkasnnya, disenaraikan karya-karya hadis yang telah dihasilkanbermula dari kurun ke 17 hingga ke 21. :

54 Martin Van Bruinessen (1990), op.cit., h.229.

14

1. al-Fawa’id al-Bahiyyah disempurnakan pada 1045H/1635M55 atau dikenalisebagai Hidayah al-Habib fi al-Targhib wa al-Tarhib oleh Nur al-Din al-Raniri.

2. Sharh al-Latif ‘ala Arba’in Hadithan li Imam al-Nawawi disempurnakan pada1090H/1680M56 oleh Sheikh ‘Abd al-Rauf al-Fansuri.

3. Al-Mawa‘idh al-Badi’ah : Sheikh ‘Abd al-Rauf al-Fansuri. 4. Tanbih al-Ghafilin disempurnakan pada 1184H/1770M : Sheikh ‘Abd Allah bin

‘Abd al-Mubin Pauh Bok al-Fatani.5. Al-Qawl al-Mukhtasar fi ‘Alamat al-Mahdi al-Muntazar disempurnakan pada

1196H/1782M : Muhammad Arsyad al-Banjari. 6. Kifayah al-Muhtaj disempurnakan pada 1204H/1788M : Sheikh Daud al-Fatani.7. Kashf al-Ghummah fi Ahwal al-Mawta fi al-Barzakh wa al-Qiyamah disempurnakan pada

20 Rabi’al-Awwal 1238H/1819 M 57: Sheikh Daud bin Abd Allah al-Fatani.8. Hadith Arba’in58 : Sheikh Daud bin Abd Allah al-Fatani.9. Fara’id al-Fawa’id Fikri fi Imam al-Mahdi59 : Terjemahan oleh Sheikh Daud bin

‘Abd Allah al-Fatani.10. Hikayat Imam : Sheikh Daud bin ‘Abd Allah al-Fatani.

55 Ia telah dikaji oleh Dr. Muhiden Abdul Rahman untuk tesis PhDnya dengan tajukSumbangan Sheikh “ Nur al-Din al-Raniri Kepada Pengajian Hadith : Satu Kajian

Terhadap al-Fawa id al-Bahiyyah , Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. ’ Beliaujuga telah membentangkan kertas kerja berkisar tajuk yang sama di SeminarKebangsaan Tokoh-Tokoh Hadith Pasca Kurun ke 13 Hijrah : Kesarjanaan DanSumbangan (28-29 Ogos 2007). Saudara Mohd Syukri Yeoh Abdullah dan Dr AhmadRedzuwan Mohd Yunus dari UKM juga telah membentangkan satu kertas kerjabertajuk “Sumbangan Dakwah Shaykh Nur al-Din al-Raniry Dalam Karya al-Fawa’id al-Bahiyyah Fi al-Ahadith al-Nabawiyyah” di Seminar KebangsaanTokoh-Tokoh Hadith Pasca Kurun ke 13 Hijrah : Kesarjanaan Dan Sumbangan(28-29 Ogos 2007) anjuran Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM. SudaraMohamad Azrien Mohamad Adnan pula telah mentakhrij hadis-hadis dalam karyaini dan membentangkannya di Seminar Takhrij Hadith Nusantara, anjuran APIUMpada 30 dan 31 Disember 2009.Berada dalam bentuk manuskrip di PMM-PNM (Pusat Manuskrip Melayu-Perpustakaan Negara Malaysia) dengan nombor MS 1042 dengan nama Hidayah al-Habib fi al-Targhib wa al-Tarhib.56 Telah dikaji sebahagian teksnya oleh Saudara Ahmad Baha’ bin Mokhtaruntuk tesis M.A APIUM dengan tajuk “Sharh Latif ‘Ala Arba’in Hadithan LiImam al-Nawawi Karangan Sheikh ‘Abd al-Rauf al-Fansuri : Satu Kajian Teks.”57 Hadis-hadisnya telah ditakhrij oleh Rosni Wazir untuk tesis Sarjananyadengan tajuk “Hadis-Hadis Dalam Kasyf al-Ghummah Juzuk Pertama Karya SheikhDaud al-Fatani : Takhrij Dan Ulasan”, Akademi Pengajian Islam, UniversitiMalaya. Beliau juga telah menulis satu makalah yang berkaitan dengannya didalam Jurnal Pengajian Islam bil. 2, KUIS.58 Hadis-hadis dalam kitab ini telah ditakhrij oleh saudari Rosni Wazir, NorHanani Ismail dan Siti Suriani Sudi serta dibentangkan di Seminar TakhrijHadith Nusantara, anjuran APIUM pada 30 dan 31 Disember 2009.59 Hadith-hadith telah ditakhrij dan diulas oleh saudara Ismail bin Hat untukpenulisan peringkat M.A di UKM dengan tajuk “Takhrij Hadith Dan UlasanManuskrip Fara’id al-Fawa’id al-Fikr Fi Imam al-Mahdi.”

15

11. Hidayah al-Salikin Fi Suluk Maslak al-Muttaqin60 : Sheikh ‘Abd al-Samad al-Falimbani.

12. Muhimmah Pada Ilmu Hadith Nabi s.a.w Pada Bicara Kelebihan Dan Kepujian AtasPerbuatan Isteri Pada Suaminya : Sheikh ‘Abd Allah bin ‘Abd al-RahimFatani:

13. Al-Yawaqit wa al-Jawahir fi ‘Uqubah al-Kaba’ir disempurnakan pada 1241H/1827M61 :Sheikh Muhammad Ali Al-Sumbawi :

14. Hidayah al-Mukhtar Hadith Empat Puluh disempurnakan pada 1248H/1833M62 :Terjemahan oleh Sheikh Wan Hasan bin Sheikh Wan Ishaq al-Fatani(Tuan Hasan Besut) :

15. Fath al-Mubin disempurnakan pada 20 Zulhijjah 1272H/ 22Ogos 1856M63 :Sheikh Muhammad Salih bin Rawa :

16. Bisyarah al-‘Amilin wa Nazarah al-Ghafilin disempurnakan pada 1304H/1887M64 :Sheikh Ahmad al-Fatani :

17. Al-Jawhar al-Mawhub disempurnakan pada 1305H/1888M65 : Sheikh Wan ‘Alibin ‘Abd al-Rahman Kutan al-Kalantani :

60 Pada tahun 1988 saudara Syamsuddin bin Sidiq telah mentahqiq kitab iniuntuk Sarjana Muda Pendidikan Islam UKM dan telah dicetak oleh Jabatan HalEhwal Agama Islam Kelantan. Saudara Khadher bin Ahmad telah mengkaji kitabini untuk disertasi M.A beliau di APIUM dengan tajuk “Sumbangan Sheikh ‘Abdal-Samad al-Falimbani Dalam Bidang Hadith : Analisis Metodologi PenyusunanDan Takhrij Hadith Dalam Kitab Hidayah al-Salikin.” Beliau juga telahmembentangkan kertas kerja bersama penyelia beliau iaitu Prof. Madya Dr.Ishak Suliaman di Seminar Kebangsaan Tokoh-Tokoh Hadith Pasca Kurun ke 13Hijrah : Kesarjanaan Dan Sumbangan (28-29 Ogos 2007) anjuran PusatPengajian Ilmu Kemanusiaan USM. dengan tajuk “Autoriti Hadith Dalam KitabTasawuf Tulisan Jawi : Satu Kajian Terhadap Kitab Hidayah al-Salikin.” Haji WanMohd. Saghir juga telah menulis banyak sekali karya tentang tokoh ini.61 Karya ini sudah banyak kali dicetak seperti cetakan oleh Matba‘ah al-Miriyyah al-Kainah (Makkah), Matba‘ah al-Amirah al-Islamiyyah, Matba‘ahFath al-Karim al-Islamiyah serta banyak lagi. Cetakan-cetakan terawalmendapat sentuhan Sheikh Ahmad al-Fatani yang telah mentashihnya manakalayang terakhir ditashih oleh Sheikh Ilyas Yaakub al-Azhari dari Indonesia.62 Satu makalah telah ditulis oleh saudara Mohd Khafidz Soroni bertajuk“Hadis-Hadis Kitab Hidayah al-Mukhtar Karya Terjemahan Sheikh Hasan Besut :Suatu Analisis,”, Jurnal Pengajian Islam, bil.2, KUIS. Di dalampenyelidikan yang dilakukan oleh beliau, timbul kesangsian adakah benarkarya ini merupakan terjemahan kepada karya al-Hafiz al-Mundhiri yangdikenali sebagai pengkritik hadis yang hebat.63 Wan Mohd Saghir bin Abdullah (2007), Kitab Melayu/Jawi Yang Diperkenalkan DalamBerita Harian Mulai 21 Jun 2005 Sampai 19 Disember 2006, Kuala Lumpur : KhazanahFathaniyah, h.63.64 Telah dikaji untuk peringkat M.A di APIUM oleh Sapinah Maamor dengantajuk “Sumbangan Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatani TerhadapPenulisan Hadith.”.65 Sebuah tesis PhD dari UKM dengan tajuk “Takhrij Hadith al-Jawhar al-MawhubWa Munabbihat al-Qulub oleh Sheikh Ali bin Abdul Rahman al-Kalantani.”Prof. Madya Dr. Fauzi Deraman menamakan karya ini sebagai karya pertamayang dikategorikan sebagai karya hadis di Malaysia. Lihat Prof. Madya Dr.Fauzi Deraman (2009), op.cit., h.214.

16

18. Tanqih al-Qawl al-Hadith Bi Sharh Lubab al-Hadith 66 juga oleh Sheikh Nawawi al-Bantani :

19. Nasa’ih al-‘Ibad Sharh Munabbihat ‘ala al-Isti’dad li Yawm al-Ma’ad : Sheikh Nawawial-Bantani.

20. Kifayah al-Mustafid Lima ‘ala min al-Asanid disempurnakan pada1320H/1902M :Sheikh Mahfuz al-Tarmasi :

21. Terjemahan Hadith Jawahir al-Bukhari disempurnakan pada 1341H/1923M : TuanHussin Kedah :

22. Hadith Empat Puluh disempurnakan pada 1347H/1929M67 : Asbiran Yaakub : 23. Bahr al-Madhi li Sharh Sahih al-Tirmidhi disempurnakan pada 1351H/1933M68 :

Sheikh Muhammad Idris bin Abd al-Rauf al-Marbawi : 24. Tahdhib Atraf wa al-Hadith bi Sharh ma fi Kitab Mukhtar al-Ahadith (Penggal 1 dan 2)

disempurnakan pada 1356H/1938M69 : Ustaz Haji ‘Abd al-Halim al-Hadi : 25. Mukhtasar Ibn Abi Jamrah disempurnakan pada 1369H/1950M : Terjemahan

Sheikh Idris al-Marbawi.26. Bulugh al-Maram Bahasa Melayu disempurnakan pada 1372H/1953M terjemahan

oleh Isma’il dan Sulayman : 27. Muqaddimah Mastika Hadith Rasulullah disempurnakan pada 1392H/1973M :

Datuk Haji Muhammad Nor bin Haji Ibrahim, Tuan Haji Ismail bin HajiYusuf dan Sheikh Abdullah bin Muhammad Basmeh :

28. 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman disempurnakan pada 1420H/2000M : Abu ‘Alial-Banjari al-Nadwi :

29. Syarah Hadith 40 Imam al-Nawawi disempurnakan pada 1424H/2004M70 : MuhammadBukhari :

30. 40 Hadits Kelebihan Ilmu Dan Ulama disempurnakan pada 1424H/2004M : Abu‘Ali al-Banjari al-Nadwi :

31. Sarana Sedekah Di Dalam Islam disempurnakan pada 1426H/2006M oleh SheikhMuhammad Nur al-Din al-Marbu al-Banjari al-Makki, terjemahan AbuIlyas Muhammad Harun71:

66 Ia pernah dikaji oleh Agus Sutopo dari APIUM dengan tajuk “SumbanganNawawi al-Bantani Dalam Bidang Hadith : Kajian Terhadap Kitab Tanqih al-Qawl”.67 Karya beliau ini telah diterbitkan oleh Matba’ah bin Halabi yangbertempat di Patani, Thailand dalam edisi Jawi. 68 Ia telah dikaji oleh Dr. Faisal Ahmad Shah untuk tesis PhD beliau yangbertajuk “Metodologi Penulisan Mohamed Idris al-Marbawi Dalam Bahr al-Madhi”, APIUM. Beliau juga telah membentangkan satu kertas kerja berkisarpada tajuk yang sama di Seminar Kebangsaan Tokoh-Tokoh Hadith Pasca Kurunke 13 Hijrah : Kesarjanaan Dan Sumbangan (28-29 Ogos 2007) anjuran PusatPengajian Ilmu Kemanusiaan USM, juga Prof Madya Dr. Ali Mohamad bersamaAsma’ Wardah Surtahman dengan tajuk “Sumbangan al-Sheikh Idris al-MarbawiDalam Menggerakkan Pengajian Hadith Di Alam Melayu.”69 Karya ini adalah cetakan Matba‘ah al-Halabi, Patani, Thailand pada tahun1938M.70 Karya ini adalah terbitan Penerbitan Seribu Dinar, Kuala Lumpur padatahun 2004.71 Sheikh Muhammad Nur al-Din al-Marbu al-Banjari al-Makki (2006), Saranasedekah Dalam Islam, Abu Ilyas Muhammad Harun (terj.), Ciampea, Bogor, JawaBarat : Maahad Az Zein al Makky al-‘Aly, Littafaqquh Fiddien.

17

32. Martabat Ilmu Dan Ulama Serta Adab-Adab Penuntutnya disempurnakan pada1427H/2007M : Sheikh Muhammad Nur al-Din al-Marbu al-Banjari al-Makki, terjemahan Farhan bin al-Hasyiri al-Manduri72:

33. Himpunan Hadis Modal Insan ( 1 & 2 ) disempurnakan pada 1427H/2007M73: Dr.Zulkifli Mohamad al-Bakri :

34. Hadits-Hadits Qudsy Pilihan disempurnakan pada 1428H/2008M : SheikhMuhammad Nur al-Din al-Marbu al-Banjari al-Makki, terjemahan AbdulHusna al-Harusy74:

Kesimpulan

Nusantara atau Alam Melayu atau Asia Tenggara merupakan satu kawasan yangmempunyai sejarah dan keistimewaannya sendiri. Ia bermula dengan pendebatantentang tarikh sebenar ia menerima Islam dan sehingga kini masih belumditemui kata putusnya. Perkara yang sama berlaku apabila melibatkan daerahmana yang pertama sekali menerima Islam. Ia juga masih belum mempunyai kataputusnya, apatalagi melibatkan asas teori dari sumber yang pelbagai.Pendebatan tentang siapa yang membawa Islam ke sini juga masih berterusan,namun kecenderungan lebih kepada para mubaligh dari Tanah Arab berbandingmubaligh dari China dan dan India. Teori ini dikemukan oleh ramai sejarawanBarat dan disokong sendiri oleh penulis-penulis Melayu sendiri sepertiProf. Hamka dan Prof Syed Muhammad Naquib al-Attas.

Kemasukan Islam ke Nusantara telah mengubah banyak struktur, budaya dancara kehidupan masyarakatnya. Islam telah diterima dengan baik sehinggamenggantikan kepercayaan Hindu-Buddha yang sekian lama menapak di sini.Paling ketara, hukum Islam dilaksanakan dan tulisan jawi diangkat sebagaitulisan rasmi menggantikan tulisan kawi.

Perkembangan yang pesat ini dapat disaksikan dengan kemunculan pusat-pusatperkembangan Islam seperti Patani, Kedah, Acheh, Melaka dan banyak lagi.Seiring dengannya adalah kemunculan karya-karya Islam yang variasi, namunmasih dalam bentuk yang mudah dan ringkas serta dikenali sebagai “KitabKuning”.

Satu-satunya karya terawal yang pernah disebut adalah Bahr al-Lahut yangdihasilkan oleh Sheikh ‘Abd Allah Arif pada kurun ke 12M berkaitan dengantasawuf dan falsafah ketuhanan. Karya seterusnya ditemui adalah pada kurun15 dan 16M iaitu Sia-Sia Berguna dan Tarikh Patani yang dihasilkan oleh Safiyyal-Din al-‘Abbasi al-Fatani.

72 Sheikh Muhammad Nur al-Din al-Marbu al-Banjari al-Makki (2007), MartabatIlmu Dan Ulama Serta Adab-Adab Penuntutnya, Farhan bin al-Hasyiri al-Manduri(terj.), Edisi 3, Alor Setar Kedah : Pustaka Darus Salam.73 Karya ini adalah terbitan Telaga Biru Sdn.Bhd., Kuala Lumpur pada tahun2007.74 Sheikh Muhammad Nur al-Din al-Marbu al-Banjari al-Makki (2008), Hadits-Hadits Qudsy Pilihan, Abul Husna al-Harusy (terj.), Ciampea, Bogor, JawaBarat : Ma'had Az Zein al Makky al-‘Aly Littafaqquh Fiddien.

18

Kurun ke 16 dan 17M menyaksikan perkembangan yang pesat dalam penulisan diAlam Melayu. Tempoh ini dianggap sebagai langkah mula penghasilan karya-karya besar oleh penulis-penulis yang hebat. Namun, hanya pada pertengahankurun ke 17M, karya hadis yang pertama sekali dihasilkan iaitu al-Fawa’id al-Bahiyyah oleh Sheikh Nur al-Din al-Raniri dan diikuti oleh Sharh al-Latif oleh‘Abd al-Rauf al-Fansuri. Karya ini pula dinobatkan sebagai karya sharh al-Arba‘in al-Nawawiyyah dalam bahasa Melayu yang pertama sekali dihasilkan.

Langkah pertama itu telah membuahkan banyak sekali karya-karya Islam-Melayusehingga tidak mampu dinyatakan jumlahnya secara jelas. Ia muncul denganpelbagai bentuk seperti terjemahan, karya asli, ringkasan, ta‘liq, takhrij dansebagainya.

Pada kurun ke 19M pula, berlaku satu langkah besar dalam dunia penulisankarya Islam-Jawi apabila teknologi penerbitan mula berkembang danmelahirkan syarikat-syarikat penerbitan berpusat di Alam Melayu sendiri,bukan lagi di Mekah, Kaherah, Istanbul, Bombay sebagaimana sebelumnya.

Kemunculan pondok-pondok, madrasah, pesantren, pengajian di masjid dansurau di serata tempat yang menjadikan karya-karya ini sebagai teks utamatelah mendorong perkembangan yang lebih pesat.

Kepesatan ini, sebahagian besarnya melibatkan karya-karya feqh dan tasawufsahaja, berbeza dengan karya-karya hadis yang bermula agak lewat dan dalambentuk induktif sahaja. Penulis-penulis yang bergelar pakar hadis ataumuhaddith juga amat kurang dan hanya pada kurun-kurun terakhir, merekamuncul dan memecut dengan laju menyaingi karya-karya dalam bidang lain.

Rujukan :

1. Abdul Rahman Mohamed Amin et all (2011), “Historical Review of ClassicalHadith Literature in Malay Peninsula”, International Journal of Basic andApplied Sciences, Vol.2, Issue 2, Department of Management and Humanities,Universiti Teknologi Petronas.

2. Abdullah Ishak (1990), Islam di Nusantara (Khususnya di Tanah Melayu), Selangor: al-Rahmaniah (Badan Dakwah & Kebajikan Islam Malaysia).

3. Amnah Saayah binti Ismail & Farid Mat Zain (2004), Perspektif Islamdi Tanah Melayu abad ke-19 : Analisis Terhadap Pemikiran AbdullahMunshi Melalui Karya “Kisah Pelayaran Abdullah””, (Kertas KerjaInternational Seminar of Islamic Thought, anjuran Jabatan Usuluddindan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, UKM pada 7-9 Disember 2004).

4. Azyumardi Azra (1997), “Education, Law, Mysticism : ConstructingSocial Realities”, dalam Mohd Taib Osman (ed.), Islamic Civilization in theMalay World, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

5. E.U. Kratz (1979), The Editing of Malay Manuscripts and TextualCritism, (Kertas Kerja Second Eropean on Indonesian Studies, 2-6April 1979, London).

19

6. Fauzi bin Deraman et.al (2011), “Sumbangan Ulama Patani Dalam PengajianHadith Dan Penulisannya”, Jurnal of Islamic Studies, Universiti Prince ofSongkhla, Vol.5, June 2010 – May 2011.

7. ___________________ (2007), Perkembangan Huraian Hadith : SatuSorotan, Jurnal al-Quran & al-Hadith (al-Bayan), Jabatan al-Quran & al-Hadith,Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, bil.5.

8. ___________________ (2009), Pengajian Hadith di Malaysia : SatuTinjauan., Khazanah al-Quran dan al-Hadith Nusantara, Mustafa Abdullah et.all(editor), Kuala Lumpur : Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

9. Hamka (2006), Sejarah Umat Islam (Edisi Baru), Singapura : Pustaka NasionalPte. Ltd.

10. Ismail Hussein (1974), The Study of Traditional Malay Literature with ASelected Bibliography, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

11. Jawiah Dakir & Ahmad Levi Fachrul Avivy (2011), Kertas KerjaNadwah Ulama Nusantara (NUN), anjuran Fakulti Pengajian Islam, UKMpada 25-26 November 2011).

12. Mahayuddin Haji Yahya (2001), Islam di Alam Melayu, KualaLumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

13. Martin Van Bruinessen (1990), Kitab Kuning : Books in ArabicScript Used in The Pesantren Milieu, KITLV Juournal, no. 2/3, h.234-235.

14. ___________________ (1995), Kitab Kuning, Pesantren dan Tarekat : Tradisi-Tradisi Islam di Indonesia, Bandung : Mizan.

15. Mohiden Abd. Rahman (2006), Syeikh Nur al-Din al-Raniri danSumbangannya kepada Pengajian al-Hadith, Jurnal al-Bayan, Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

16. Muhammad Nur al-Din al-Marbu al-Banjari al-Makki (2007),Martabat Ilmu Dan Ulama Serta Adab-Adab Penuntutnya, Farhan bin al-Hasyirial-Manduri (terj.), Edisi 3, Alor Setar Kedah : Pustaka Darus Salam.

17. ___________________ (2006), Sarana sedekah Dalam Islam, Abu IlyasMuhammad Harun (terj.), Ciampea, Bogor, Jawa Barat : Maahad Az Zeinal Makky al-‘Aly, Littafaqquh Fiddien.

18. ___________________ (2008), Hadits-Hadits Qudsy Pilihan, Abul Husnaal-Harusy (terj.), Ciampea, Bogor, Jawa Barat : Ma'had Az Zein alMakky al-‘Aly Littafaqquh Fiddien

19. Rohaizan Baru (2006), Perkembangan Ilmu Hadith di NegeriTerengganu, Jurnal Usuluddin, Bil. 23-24, Akademi Pengajian Islam,Universiti Malaya.

20. Siti Hawa Salleh (1997), Kesusasteraan Melayu Abad ke 19, KualaLumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

21. Syed Muhammad Naquib al-Attas (1969), Preliminary Statement on aGeneral Theory of the Islamization of the Malay-Indonesian Archipelago, Kuala Lumpur ;Dewan Bahasa dan Pustaka.

22. ___________________ (1972), Islam Dalam Sejarah dan KebudayaanMelayu, Kuala Lumpur : Penerbit UKM.

23. ___________________ (1988), The Oldest Known Malay Manuscript : A 16th

Century Malay Translation of The al-‘Aqa’id of al-Nasafi, Kuala Lumpur : UniversitiMalaya.

24. T.W.Arnold (1913), The Preaching of Islam : a History of the Propagation of TheMuslim Faith, cet.2, London : Constable & Company Ltd.

20

25. Wan Mohd Saghir (1995), “Manuskrip Islam Dunia Melayu DitinjauDari Pelbagai Peringkat”, (Kertas Kerja Forum Ilmiah, JabatanPengajian Melayu, Universiti Malaya, pada 27 September 1995).

26. ___________________ (1998), “Peranan dan Sumbangan Syikh Daudbin Abdullah al-Fatani Dalam Kesusateraan Melayu Klasik”, (KertasKerja Seminar Kesusateraan Melayu Tradisional, di Balai Seminar,Dewan Bahasa dan Pustaka, pada 2-3 September 1998).

27. ___________________ (2002), Wawasan Pemikiran Ulama Asia Tenggara,j.5, Kuala Lumpur : Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantaradan Khazanah Fathaniyyah.

28. ___________________ (2007), Kitab Melayu/Jawi Yang Diperkenalkan DalamBerita Harian Mulai 21 Jun 2005 Sampai 19 Disember 2006, Kuala Lumpur : KhazanahFathaniyah.

________________________________________________________________________________________

Rosni WazirJabatan al-Quran dan al-SunnahAkademi IslamKolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)43600 Bandar Seri PutraSelangor, MALAYSIA.Email: [email protected]

21