soalan bertulis 1 - PENYATA RASMI

382
BUKU 1 Bahagian Dewan Undangan Negeri, PSUKPP NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI YANG KEEMPAT BELAS SOALAN BERTULIS DAN JAWAPAN 26 NOVEMBER 2021 – 3 DISEMBER 2021 Dikeluarkan oleh BAHAGIAN DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

Transcript of soalan bertulis 1 - PENYATA RASMI

BUKU 1 Bahagian Dewan Undangan Negeri, PSUKPP

NEGERI PULAU PINANG

PENYATA RASMI

MESYUARAT KEDUA

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN UNDANGAN NEGERI

YANG KEEMPAT BELAS

SOALAN BERTULIS DAN JAWAPAN

26 NOVEMBER 2021 – 3 DISEMBER 2021

Dikeluarkan oleh

BAHAGIAN DEWAN UNDANGAN NEGERI

PULAU PINANG

i

NEGERI PULAU PINANG

PENYATA RASMI

MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

YANG KEEMPAT BELAS

No.

Soalan Kandungan Muka Surat

I. Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) 1 - 80

II. Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismai)

81 - 124

III. Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) 125 - 195

IV. Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Daniel Gooi Zi Sen) 195 - 295

V. Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) 296 - 359

VI. Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) 359 - 380

1

SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN BERTULIS DARIPADA Y.A.B. KETUA MENTERI

I. Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada Y.A.B.

Ketua Menteri:

1. Urban rejuvenation.

(a) Senaraikan flat-flat rumah Kos Rendah yang berusia lebih 30 tahun mengikut jumlah unit dan KADUN.

(b) Terangkan secara terperinci usaha Kerajaan Negeri dalam memperbaharui flat-flat yang berusia lebih 30 tahun.

(c) Nyatakan implikasi kewangan serta bajet untuk melaksanakan pembaharuan flat-flat yang berusia tinggi.

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

1. (a) Berdasarkan kepada rekod di kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), terdapat sebanyak 107 skim Rumah Mampu Milik A (Kos Rendah) di Negeri Pulau Pinang yang terdiri daripada 16,641 unit rumah melebihi usia 30 tahun. Senarai skim Rumah Mampu Milik A berkenaan mengikut KADUN seperti di LAMPIRAN A.

(b) Konsep pembangunan di Pulau Pinang yang memberi penumpuan kepada skim berstrata khususnya RMM A dan B menjadikan usaha memperbaharui skim perumahan usang ini semakin penting. Pembaharuan Semula Bandar (Urban Regeneration) merupakan inisiatif Kerajaan Negeri dalam memastikan skim-skim perumahan berusia, kurang kemudahan, berdensiti rendah dan bersaiz kecil serta tidak lagi kos efektif untuk diselenggarakan untuk dibangunkan semula. Terdapat dua (2) kaedah yang boleh digunakan bagi tujuan Pembangunan Semula Bandar iaitu pengambilan tanah di bawah Seksyen 3(1)(c) Akta Pengambilan Balik Tanah 1960 atau penamatan skim di bawah Seksyen 57 Akta Hakmilik Strata 1985. Kerajaan Negeri akan menetapkan konsep pembangunan semula dengan mengambil kira kemampuan kewangan, kebolehlaksanaan dan kepentingan pemilik unit.

Secara asasnya, konsep pembangunan semula ini akan melibatkan perobohan bangunan sedia ada dan disusuli dengan pembinaan unit baharu dengan keluasan yang memenuhi spesifikasi pembinaan RMM dan dilengkapkan dengan fasiliti dan kemudahan untuk keselesaan penghuni. Konsep pampasan unit kepada pemilik unit asal adalah berdasarkan persetujuan yang dicapai sebelum ini iaitu unit ganti unit kepada keluarga asal dan keutamaan membeli kepada keluarga kembangan di RMM C. Mengambil kira faktor ini, densiti pembangunan akan ditingkatkan bagi menampung kos keseluruhan pemajuan.

Jawatankuasa Pembaharuan Semula Bandar yang ditubuhkan sejak tahun 2015 telah meneliti lima skim perumahan awam Kerajaan Negeri yang kritikal dan perlu diperbaharui iaitu:

(i) Rumah Pangsa Padang Tembak di Daerah Timur Laut; (ii) Rumah Pangsa Taman Free School di Daerah Timur Laut; Rumah

Pangsa Lorong Mahsuri di Daerah Barat Daya; (iii) Rumah Pangsa Mak Mandin di Daerah Seberang Perai Tengah; dan (iv) Rumah Pangsa Taman Siakap di Daerah Seberang Perai Tengah.

2

Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang telah memulakan kajian bagi pembaharuan semula di Mahsuri 5 Points Block. Rangka kerja pembinaan melibatkan pembinaan unit gentian di Fasa 1 yang dijadual dapat dimulakan pada tahun 2022. Melalui dapatan Jawatankusa Perundingan Penduduk, reaksi positif pemilik unit melalui wakil Perbadanan Pengurusan telah dapat dipastikan. Kerajaan Negeri melalui LPNPP dan kedua-dua PBT akan meneliti skim-skim RMM A dan B yang melebihi 30 tahun untuk kajian kemungkinan pembangunan semula.

(c) Konsep Pembaharuan Semula Bandar mengambil kira nilai pampasan yang setimpal kepada pemilik unit. Formula pampasan 1 unit RMM kepada mereka ini merupakan kos utama. Khusus bagi Fasa 1 Pembaharuan Semula Bandar, sebanyak RM60 juta diperlukan untuk membina 300 unit gantian di Mahsuri 5 points block. Kajian sedang dilaksanakan untuk projek-projek pembaharuan semula yang lain.

3

LAMPIRAN A

SENARAI SKIM RMM A DAN B BERUSIA MELEBIHI 30 TAHUN

DI NEGERI PULAU PINANG

MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG (MBPP)

BIL. KADUN NAMA SKIM PERUMAHAN JUMLAH UNIT

1. Pantai Jerejak Blok F, Lorong Mahsuri 60

2. Pantai Jerejak Blok G, Lorong Mahsuri 60

3. Pantai Jerejak Blok J, Lorong Mahsuri 60

4. Pantai Jerejak Blok K, Lorong Mahsuri 60

5. Pantai Jerejak Blok L, Lorong Mahsuri 60

6. Pantai Jerejak Blok 2 Jalan Tengah 30

7. Pantai Jerejak Blok 3 Jalan Tengah 30

8. Pantai Jerejak Blok 4 Jalan Tengah 30

9. Pantai Jerejak Blok 5 Jalan Tengah 30

10. Pantai Jerejak Blok 6 Jalan Tengah 30

11. Pantai Jerejak Blok 7 Jalan Tengah 35

12. Pantai Jerejak Blok 8 Jalan Tengah 35

13. Pantai Jerejak Blok 10 Jalan Tengah 35

14. Pantai Jerejak Blok 70 Jalan Tengah 35

15. Pantai Jerejak Blok 74 Jalan Tengah 30

16. Pantai Jerejak Blok 76 Jalan Tengah 35

17. Pantai Jerejak Blok 78 Jalan Tengah 35

18. Pantai Jerejak Blok 80 Jalan Tengah 30

19. Pantai Jerejak Blok 82 Jalan Tengah 30

20. Pantai Jerejak Blok 1 Lebuh Mahsuri 35

21. Pantai Jerejak Blok 3 Lebuh Mahsuri 30

22. Pantai Jerejak Blok 5 Lebuh Mahsuri 30

23. Pantai Jerejak Blok 7 Lebuh Mahsuri 30

24. Pantai Jerejak Blok 9 Lebuh Mahsuri 30

25. Pantai Jerejak Blok 11 Lebuh Mahsuri 35

26. Pantai Jerejak Blok 15 Lebuh Mahsuri 30

27. Pantai Jerejak Blok 17 Lebuh Mahsuri 30

28. Pantai Jerejak Blok 1 Solok Mahsuri 30

29. Pantai Jerejak Blok 3 Solok Mahsuri 35

4

BIL. KADUN NAMA SKIM PERUMAHAN JUMLAH UNIT

30. Pantai Jerejak Blok 1 Lengkok Mahsuri 35

31. Pantai Jerejak Blok 2 Lengkok Mahsuri 30

32. Pantai Jerejak Blok 3 Lengkok Mahsuri 35

33. Pantai Jerejak Blok 4 Lengkok Mahsuri 30

34. Pantai Jerejak Blok 6 Lengkok Mahsuri 30

35. Pantai Jerejak Blok 7 Lengkok Mahsuri 35

36. Pantai Jerejak Blok 8 Lengkok Mahsuri 35

37. Pantai Jerejak Blok 10 Lengkok Mahsuri 35

38. Pantai Jerejak Blok 12 Lengkok Mahsuri 30

39. Pantai Jerejak Blok 14 Lengkok Mahsuri 35

40. Batu Maung Mayang Pasir 1(Blok 18, 18A, 20, 20A, 22 & 22A) 270

41. Batu Maung Mayang Pasir 2(Blok 14, 14A, 24 & 24A) 200

42. Batu Maung Mayang Pasir 3 (Blok 10, 10A, 12 & 12A) 160

43. Batu Maung Mayang Pasir 4 (Blok 16, 16A) 80

44. Batu Maung Mayang Pasir 5 (Blok 6, 6A, 8 & 8A) 200

45. Batu Maung Taman Indah (Blok 3,5 & 7) 369

46. Batu Maung Taman Indah (Blok 4 & 6) 137

47. Batu Uban Taman Bukit Jambul (Blok A, B & C) 428

48. Datuk Keramat Taman Nusantara 320

49. Paya Terubong Sun Moon City 702

50. Sungai Pinang Rumah Pangsa Medan Tunku Blok 3 204

51. Kebun Bunga Rifle Range Blok A 408

52. Kebun Bunga Rifle Range Blok B 408

53. Kebun Bunga Rifle Range Blok C 431

54. Kebun Bunga Rifle Range Blok D 431

55. Kebun Bunga Rifle Range Blok E 431

56. Kebun Bunga Rifle Range Blok F 408

57. Kebun Bunga Rifle Range Blok G 407

58. Kebun Bunga Rifle Range Blok H 408

59. Kebun Bunga Rifle Range Blok J 408

60. Air Itam Rumah Pangsa Kg. Melayu Blok A 506

61. Air Itam Rumah Pangsa Kg. Melayu Blok B 470

62. Seri Delima Taman Tun Sardon Fasa 1 & 2 1096

5

MAJLIS BANDARAYA SEBERANG PERAI (MBSP)

BIL. KADUN NAMA SKIM PERUMAHAN JUMLAH UNIT

1. Telok Air Tawar Taman Tun Dr Awang 389

2. Sungai Dua Taman Desa Murni 176

3. Sungai Dua Taman Desa Murni 24

4. Sungai Dua Taman Desa Murni 72

5. Permatang Berangan Taman Tasek Ratna (Blok C & D) 104

6. Permatang Berangan Taman Tasek Ratna (Blok A & B) 165

7. Bagan Jermal Taman Sukaria (Blok B & C) 145

8. Bagan Jermal Taman Sukaria (Blok D) 64

9. Bagan Jermal Taman Mesra 228

10. Bagan Jermal Rumah Pangsa Mak Mandin 1 400

11. Bagan Jermal Rumah Pangsa Mak Mandin (Blok A) 88

12. Bagan Jermal Rumah Pangsa Mak Mandin (Blok B) 96

13. Bagan Jermal Mak Mandin (Blok C) 160

14. Bagan Jermal Rumah Pangsa Jln Mohd Saad 316

15. Bagan Jermal Pangsa Kawasan Hijau 198

16. Bagan Jermal Taman Mesra (Blok 2 & 5) 96

17. Bagan Jermal Taman Mesra (Blok 3 & 4) 96

18. Bagan Jermal Taman Mesra (Blok 11-15) 156

19. Bagan Jermal Pangsa Bunga Tanjong 120

20. Bagan Dalam Taman Bagan (Blok 7-9) 224

21. Bagan Dalam Taman Bagan (Blok 1-6) 384

22. Seberang Jaya Seberang Jaya 60

23. Seberang Jaya Taman Siakap 60

24. Seberang Jaya Seberang Jaya 60

25. Seberang Jaya Taman Siakap 60

26. Seberang Jaya Seberang Jaya 50

27. Seberang Jaya Seberang Jaya 60

28. Seberang Jaya Seberang Jaya 60

29. Seberang Jaya Seberang Jaya 60

30. Seberang Jaya Seberang Jaya 60

31. Seberang Jaya Seberang Jaya 60

6

BIL. KADUN NAMA SKIM PERUMAHAN JUMLAH UNIT

3. Seberang Jaya Seberang Jaya 50

33. Seberang Jaya Seberang Jaya 60

34. Seberang Jaya Seberang Jaya 60

35. Seberang Jaya Seberang Jaya 110

36. Seberang Jaya Seberang Jaya 210

37. Seberang Jaya Seberang Jaya 250

38. Seberang Jaya Seberang Jaya 303

39. Seberang Jaya Taman Hj Mohd Amin 380

40. Berapit Taman Permata 310

41. Padang Lalang Taman Desa Damai 35

42. Padang Lalang Taman Desa Damai 35

43. Padang Lalang Taman Desa Damai 35

44. Padang Lalang Taman Desa Damai 35

45. Padang Lalang Taman Kota Permai 200

7

2. USD 10 juta Climate Adaptation Fund dari Bank Dunia.

(a) Senaraikan projek-projek yang telah diluluskan mengikut agensi Kerajaan serta jumlah peruntukan.

(b) Terangkan secara terperinci tentang kertas kerja permohonan dana yang dihantarkan kepada Bank Dunia.

(c) Apakah syarat-syarat yang dikenakan oleh Bank Dunia ke atas dana yang diluluskan?

JAWAPAN OLEH YAB. KETUA MENTERI:

2. Dana sebanyak USD10 juta adalah daripada Adaptation Fund yang ditubuhkan di bawah Protokol Kyoto semasa Persidangan Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC).

(a) Sepanjang bulan Disember 2020 hingga Ogos 2021, beberapa perbincangan terperinci telah diadakan antara pihak Think City, Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dan agensi-agensinya (JPS dan NAHRIM) serta kementerian lain seperti Kementerian Tenaga dan Sumber Asli dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Pada 9 Ogos 2021, Cadangan Lengkap ‘Penang Nature-Based Climate Adaptation Programme’ telah diberikan kelulusan oleh KASA selaku Pihak Berkuasa Negara dengan sokongan agensi-agensi kerajaan berkaitan. Program yang telah diluluskan akan dilaksanakan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Jabatan Pengairan dan Saliran dan Think City seperti perincian di Lampiran A.

(b) Cadangan ‘Penang Nature-Based Climate Adaptation Programme’ diusulkan pada tahun 2019 oleh Think City dengan kerjasama MBPP, JPS dan UN-Habitat. Permohonan pembiayaan program yang dihantar kepada Adaptation Fund diusahakan dalam dua (2) peringkat iaitu Ringkasan Konsep dan Cadangan Lengkap. Ringkasan Konsep program ini dihantar kepada Adaptation Fund melalui UN-Habitat bagi pihak Malaysia pada awal tahun 2020. Pada September 2020, program ini telah diluluskan pada peringkat Ringkasan Konsep. Seterusnya, Cadangan Lengkap diusahakan dan dikemukakan kepada Adaptation Fund pada 9 Ogos 2021 hasil daripada beberapa bengkel perancangan projek, rundingan dan perbincangan bersama pihak-pihak berkepentingan.

Pada Mesyuarat Lembaga Adaptation Fund ke-37 yang diadakan pada Oktober 2021, program ini diluluskan untuk pembiayaan dana USD10 juta bagi pelaksanaan adaptasi iklim berasaskan ‘Nature-Based Solutions’ (NBS) untuk kawasan bandar Pulau Pinang. Matlamat utama program ini adalah untuk meningkatkan daya tahan bandar dan mengurangkan kesan perubahan iklim terhadap ekosistem melalui pelaksanaan adaptasi iklim berasaskan ‘Nature-Based Solutions’ (NBS). Program ini juga bertujuan untuk membina kapasiti di peringkat institusi dan komuniti. Program ini akan dilaksanakan dalam tempoh lima (5) tahun di mukim George Town dan Bayan Lepas, Pulau Pinang sebagai perintis dan demonstrasi keberkesanan penggunaan NBS di Malaysia. Program ini dijangka menjadi model rangka kerja adaptasi iklim di kawasan bandar dengan potensi untuk dilancarkan di bandar-bandar lain di Malaysia dan Asia Tenggara melalui kerjasama antara semua pihak dan pengukuhan aspek pemindahan pengetahuan (‘knowledge transfer’). Pihak UN-Habitat selaku ‘Multi-lateral Implementing Entity’, akan bertanggungjawab sebagai Pengurus Projek untuk memastikan kelancaran pelaksanaan program dan pematuhan kepada piawaian dan garis panduan yang ditetapkan oleh Adaptation Fund. Pihak MBPP selaku ‘Executing Entity’ bagi komponen 1 ‘Urban Greening’ akan bertanggungjawab untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti

8

penghijauan seperti penanaman pokok, pembinaan taman ‘pocket park’, penghijauan tempat letak kereta dan program pertanian bandar. Begitu juga, pihak JPS Pulau Pinang selaku ‘Executing Entity’ bagi komponen 2 ‘Stormwater Management’ akan bertanggungjawab untuk reka bentuk dan pembinaan ‘blue-green corridors’, ‘upstream retention ponds’ dan ‘infiltration wells’. Pihak Think City selaku ‘Executing Entity’ bagi komponen 3, 4 dan 5 akan bertanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan aktiviti pengukuhan daya tahan sosial dan keupayaan.

(c) Dana yang diluluskan oleh Adaptation Fund adalah tertakluk kepada dasar dan garis panduan ‘Operational Policies and Guidelines’. Selaras dengan keutamaan operasi dan pembiayaan dana, peruntukan dana adalah berdasarkan kos penuh projek adaptasi yang merangkumi kos berkaitan dengan pelaksanaan aktiviti adaptasi (concrete adaptation activities) yang bertujuan untuk menangani kesan perubahan iklim. Secara dasarnya, Adaptation Fund membiayai projek dan program yang bermatlamat untuk mengadaptasi cabaran iklim dan meningkat daya tahan. Adaptation Fund mengutamakan aktiviti yang memanfaatkan komuniti yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran perubahan iklim dan memberikan pertimbangan sewajarnya dalam meluluskan pembiayaan program ini.

Pembiayaan dana akan dilaksanakan mengikut perjanjian rasmi di antara Lembaga Adaptation Fund dan UN-Habitat selaku ‘Multi-lateral Implementing Entity’. Pengagihan dana daripada UN-Habitat kepada tiga (3) entiti pelaksana ‘Executing Entities’ iaitu MBPP, JPS Pulau Pinang dan Think City bagi pelaksanaan aktiviti akan berpandukan jadual pengagihan yang lengkap dengan pencapaian ‘milestones’ seperti yang akan dibincang dan sahkan dalam bengkel ‘Inception Workshop’ kelak.

9

LAMPIRAN A

PERINCIAN KOMPONEN USD10 JUTA ADAPTATION FUND

Components Projects/Activities Agencies Allocation of

Funding (USD)

Component 1: Urban Greening This component focuses on reducing the impacts of increasing temperatures by introducing different green elements.

1.1 New tree-lined streets / Connected canopies

MBPP 775,000

1.2 Pocket parks/ vacant spaces MBPP 950,000

1.3 Green parking spaces MBPP 625,000

1.4 Green facades Think City 200,000

1.5 Green rooftops Think City 225,000

1.6 Urban agriculture programm MBPP 400,000

COMPONENT 1 TOTAL 3,175,000

Component 2: Stormwater Management This component includes a comprehensive naturebased approach to flood management.

2.1 Blue-green corridors JPS & MBPP 1,550,000

2.2 New upstream retention ponds JPS 725,000

2.3 Swales and infiltration wells JPS & MBPP 450,000

COMPONENT 2 TOTAL 2,725,000

Component 3: Comprehensive vulnerability/ baseline assessment & action plans This component focuses on laying the groundwork for reducing vulnerability to climate change impacts and hazards. Community-level resilience is the focus in the two targeted mukims, George Town and Bayan Lepas.

3.1 Capacity development support for vulnerability assessment and climate change-related planning provided to George Town and Bayan Lepas mukims.

Think City 160,000

COMPONENT 3 TOTAL 160,000

4.1 Youth and Schools Programme

Think City 575,000

10

Components Projects/Activities Agencies Allocation of

Funding (USD)

Component 4: Strengthening social resilience This component focuses on building awareness, knowledge, capacity and empowerment in the areas of climate change, mitigation strategies and adaptation among youth, women and girls.

4.2 Women and Girls Programme Think City 400,000

COMPONENT 4 TOTAL 975,000

Component 5: Building institutional capacity This component focuses on building institutional capacity to adapt to climate change.

5.1 Knowledge Transfer Platform Think City 550,000

5.2 Penang Climate Board Think City 285,000

5.3 Public Health Programme Think City 471,014

COMPONENT 5 TOTAL 1,306,014

PROJECT/PROGRAMME ACTIVITIES TOTAL COST (A) 8,341,014

Programme Execution Cost (B) Project Manager, Administrative and Finance officer, Transportation, Office

rent, Equipment, Monitoring and Evaluation, AF Compliance

875,576

Total Project/Programme Cost (A+B) 9,216,590

Project/Programme Cycle Management Fee - Implementing Entity Fee charged by UN-Habitat (C)

783,410

Total Amount of Funding Requested (A+B+C) 10,000,000

11

3. Nyatakan jumlah kes kematian disebabkan COVID-19 mengikut daerah, gender, umur dan kaum.

(a) Berapakah jumlah permohonan Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 serta peruntukan yang telah disalurkan?

(b) Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk membantu waris atau ahli keluarga pesakit COVID-19 yang meninggal dunia membuat permohonan daripada NADMA?

JAWAPAN OLEH YAB. KETUA MENTERI:

3. Bermula 1 Januari 2021 hingga 10 November 2021, sebanyak 1 598 kes kematian akibat COVID-19 telah diumumkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk Negeri Pulau Pinang. Perincian demografi kes kematian COVID-19 di Pulau Pinang sumber dari pembentangan (Jabatan Kesihatan Negeri) JKN di Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri (JKKN) pada 12 November seperti berikut :

Daerah Bilangan

Kes Peratus

(%)

Timur Laut 667 41.7

Barat Daya 255 16.0

Seberang Perai Utara 263 16.5

Seberang Perai Tengah

276 17.3

Seberang Perai Selatan

137 8.6

Kumpulan Umur Bilangan Kes Peratus (%)

Kana-kanak (0-12) 5 0.3

Remaja (13-18) 2 0.1

Dewasa (19 - 39) 130 8.1

Dewasa (40 -59) 448 28.0

Warga Emas (lebih 60) 1 013 63.4

(Data sehingga 31 Oktober 2021)

Bangsa Bilangan

Kes

Peratus

(%)

Melayu 611 38.4

Cina 649 40.8

India 169 10.6

Lain-Lain 0 0.0

Bukan

Warganegara 163 10.2

Jantina Bilangan

Kes

Peratus

(%)

Lelaki 920 57.6

Perempuan 678 42.4

12

Perincian demografi kes kematian COVID-19 di Pulau Pinang seperti di Lampiran A.

(a) Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 merupakan bantuan one-off RM 5,000 diberikan kepada waris si mati yang meninggal dunia berkaitan jangkitan virus COVID-19 (kematian akibat COVID-19 atau kematian dengan COVID-19) yang dikendalikan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Kerajaan Negeri tidak mempunyai maklumat berhubung jumlah permohonan dan peruntukan yang diberikan oleh NADMA.

(b) Permohonan Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 adalah menggunakan sistem online di laman web NADMA. Hanya satu waris sahaja yang layak menerima bantuan khas ini. Sekiranya terdapat lebih dari satu permohonan dikemukakan oleh waris-waris si mati, NADMA hanya akan mempertimbangkan permohonan pertama yang diterima. Urusan sesama pemohon/waris adalah tanggungjawab pemohon/waris sendiri.

13

LAMPIRAN A

14

15

4. Sejauh manakah Pulau Pinang mematuhi WHO Global Air Quality Guidelines yang menetapkan sasaran di paras PM 2.5?

(a) Apakah usaha kerajaan dalam menangani jerebu pencemaran udara rentas sempadan yang menggugat kesihatan orang ramai?

(b) Senaraikan jumlah kes tindakan penguatkuasaan/mahkamah ke atas pembakaran terbuka secara haram mengikut daerah sejak 2018 hingga kini.

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

4. Sebagai makluman Standard Baru Kualiti Udara Ambien disediakan bagi menggantikan Garis Panduan Kualiti Udara Ambien Malaysia yang telah digunapakai sejak tahun 1989 menetapkan paras kepekatan PM 2.5 adalah 35 mikrometer per meterpadu udara bagi pemantauan selama 24 jam udara ambien. Hasil pemantauan di 4 stesen pemantauan kualiti udara di 4 stesen automatik Negeri Pulau Pinang mendapati paras kepekatan PM 2.5 dari bulan Januari hingga Oktober 2021 adalah 13.1 – 14.8 mikrometer per meterpadu iaitu dibawah Garis Panduan Kualiti Udara Ambien Malaysia 2020 dan WHO Global Air Quality Guidelines pada paras 25 mikrometer per meterpadu udara. (Dilampirkan bersama Standard Baru Kualiti Udara Ambien Malaysia)

(a) Perjanjian ASEAN mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan ialah perjanjian alam sekitar yang ditandatangani pada tahun 2002 oleh semua Negara – Negara ASEAN untuk mengurangkan pencemaran jerebu di Asia Tenggara. Perjanjian ini mengiktiraf bahawa pencemaran jerebu merentas sempadan yang disebabkan oleh tanah dan/atau kebakaran hutan perlu dikurangkan atau dielakkan melalui usaha negara bersepadu dan kerjasama antarabangsa. Pada September 2014, semua 10 negara ASEAN telah mengesahkan perjanjian jerebu.

Kerajaan di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air juga mengadakan dialog dan aktiviti bagi mewujudkan kesedaran didalam kalangan orang ramai, sektor swasta dan juga pertubuhan bukan kerajaan bagi menangani jerebu didalam negara supaya tidak menjadi penyumbang kepada jerebu merentas sempadan.

Jabatan Alam Sekitar telah mewujudkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan (PTJK) sebagai satu garis panduan untuk membolehkan agensi –agensi yang terlibat dalam pengendalian bencana jerebu bertindak secara pantas, terselaras dan bersepadu semasa dalam menangani jerebu.

(b) Sebanyak 138 tindakan penguatkuasaan ke atas pembakaran terbuka secara haram telah diambil dari 2018 sehingga November 2021. Perincian adalah seperti di Lampiran A.

16

17

18

5. Terangkan secara terperinci tentang kesan-kesan positif Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12) ke atas pembangunan serta masa depan negeri.

(a) Senaraikan projek-projek yang telah diluluskan dalam RMK-12 untuk Pulau Pinang mengikut jumlah peruntukan.

(b) Senaraikan projek-projek yang telah diluluskan dalam RMK-11 tetapi sehingga kini masih tidak dilaksanakan dengan sebab-sebab yang dikemukakan.

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

5. Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) secara amnya akan membantu merancakkan pertumbuhan ekonomi dan menjadi pemangkin pertumbuhan di Negeri Pulau Pinang.

(a) Berdasarkan data Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pulau Pinang (ICU, JPM), terdapat sebanyak 181 projek yang telah diluluskan dalam Rolling Plan 1, RMKe-12 untuk Negeri Pulau Pinang dengan jumlah peruntukan keseluruhan RM1.01 bilion. Senarai projek adalah seperti di Lampiran A.

(b) Terdapat sebanyak empat (4) projek yang telah diluluskan dalam RMKe-11 tetapi belum dilaksanakan di tapak. Senarai projek adalah seperti di Lampiran B.

19

20

21

22

23

24

25

26

27

28

29

30

31

6. Kajian Kemiskinan Multidimensi Permatang Pauh 2021.

(a) Sejauh manakah kajian tersebut dapat membantu Kerajaan Negeri dalam pembentukan dasar serta usaha membasmi kemiskinan?

(b) Adakah Paras Garis Kemiskinan (PGK) RM1989 akan dikaji semula bagi mengambil kira kesan pandemik COVID-19?

(c) Nyatakan dasar dan strategi Kerajaan Negeri dalam usaha membasmi kemiskinan.

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

6. Laporan Indeks Kemiskinan Multidimensi Permatang Pauh 2021 merupakan kajian hasil kerjasama YB. Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Profesor Dr. Fatimah Kari, mantan Profesor Ekonomi dan mantan Pengarah Pusat Pengajian Kemiskinan dan Pembangunan, Universiti Malaya yang memperincikan pembangunan indeks MPI (Multidimensional Poverty Index) secara realistik sebagai kaedah alternatif bagi mengukur kadar kemiskinan berdasarkan dimensi keperluan asas dalam Keluarga Ketua Isi Rumah (KIR) yang miskin.

(a) Laporan Indeks Kemiskinan Multidimensi Permatang Pauh 2021 tidak dibentangkan kepada Kerajaan Negeri secara rasmi justeru tidak dapat dibincangkan. Walau bagaimanapun, hasil dapatan kajian tersebut boleh dipertimbangkan bagi membantu Kerajaan Negeri dalam pembentukan dasar serta usaha pembasmian kemiskinan.

(b) Kajian Paras Garis Kemiskinan (PGK) adalah tertakluk kepada keputusan Kerajaan Pusat iaitu di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Dasar dan strategi Kerajaan Negeri dalam usaha membasmi kemiskinan adalah melalui lima (5) Jawatankuasa Pembasmian Kemiskinan Daerah di mana setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) merupakan ahli jawatankuasa tersebut. Mesyuarat jawatankuasa tersebut diadakan pada setiap bulan bagi tujuan penyelarasan bantuan oleh pelbagai agensi dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) kepada pihak yang memerlukan. Sebarang cadangan berkaitan usaha pembasmian kemiskinan akan dipertimbangkan melalui mesyuarat ini. Hal ini kerana Kerajaan Negeri telah menurunkan kuasa kepada Jawatankuasa Pembasmian Kemiskinan yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah untuk membuat sebarang keputusan berkaitan pemberian bantuan atau hal-hal mengenainya selepas siasatan dibuat ke atas individu yang terlibat untuk disenaraikan sebagai miskin bandar. Berkaitannya, sejumlah 373 Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan 40 Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga telah ditubuhkan di seluruh Negeri Pulau Pinang sebagai perantara dalam Sistem Penyampaian Awam (Public Delivery System) untuk memberi laporan kepada ADUN untuk membawa sebarang isu kemiskinan dan isu berkaitannya sewaktu Mesyuarat Pembasmian Kemiskinan Daerah.

7. Kes keganasan rumah tangga.

(a) Senaraikan bilangan kes keganasan rumah tangga mengikut bulan sejak 2020 sehingga kini.

(b) Nyatakan berapa kes yang dapat diselesaikan/disiasat/didakwa atau ditarik balik oleh pengadu mengikut bulan sejak 2020 sehingga kini.

(c) Sejauh manakah tempat perlindungan segera disediakan untuk mangsa-mangsa keganasan rumah tangga?

32

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

7. (a) Berdasarkan data Polis Diraja Malaysia (PDRM), jumlah kes keganasan rumah tangga bagi tahun 2020 adalah sebanyak 368 kes dan bagi tahun 2021 sehingga bulan Oktober adalah sebanyak 399 kes.

Berdasarkan data Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang (JKM), jumlah kes keganasan rumah tangga yang dirujuk kepada JKM bagi tahun 2020 adalah sebanyak 88 kes dan bagi tahun 2021 sehingga bulan Oktober adalah sebanyak 75 kes.

Perincian bilangan kes keganasan rumah tangga mengikut bulan adalah seperti di Lampiran A.

(b) Perincian status kes keganasan rumah tangga di bawah PDRM dan JKM bagi tahun 2020 sehingga Oktober 2021 adalah seperti di Lampiran B dan Lampiran C.

(c) Berdasarkan tafsiran di bawah Seksyen 2, Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521), Tempat Selamat merujuk kepada mana-mana rumah atau institusi yang diselenggara / diuruskan oleh Kerajaan / organisasi sukarela yang diluluskan oleh Menteri yang bertanggungjawab bagi kebajikan masyarakat manakala Tempat Berlindung merujuk mana-mana rumah, institusi atau mana-mana tempat lain yang sesuai yang penghuni atau pemunyanya bersedia untuk menerima seseorang mangsa buat sementara waktu.

Pada masa ini, di Pulau Pinang terdapat dua (2) tempat selamat yang telah diluluskan oleh YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu Women Centre for Change (WCC) yang diuruskan oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Anjung Singgah diuruskan oleh Yayasan Kebajikan Negara.

33

34

35

36

8. Terangkan secara terperinci tentang proses permohonan mendirikan sebuah Balai Polis baru di sesuatu tempat.

(a) Senaraikan bilangan anggota polis yang perlu ditambah untuk setiap Balai Polis di Pulau Pinang.

(b) Apakah peranan Kerajaan Negeri dalam menangani isu nisbah kekuatan polis kepada penduduk di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk tinggi?

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

8. Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) yang bercadang untuk mendirikan balai polis baharu perlu mengemukakan permohonan dengan menyediakan kertas cadangan dan dikemukakan kepada Ketua Polis/ Pesuruhjaya Polis Negeri untuk pengesahan.

Setelah kertas cadangan disahkan oleh Ketua Polis/ Pesuruhjaya Polis Negeri, kertas cadangan tersebut akan dikemukakan kepada Yang Dihormati (YDH) Pengarah Pengurusan Bukit Aman untuk dibuat penilaian asas bersama Jawatankuasa Kerja yang dilantik dalam tempoh 1 bulan. YDH Pengarah Pengurusan juga akan mengaturkan lawatan tapak dengan taklimat daripada Ketua Polis Daerah.

Sekiranya difikirkan wajar oleh YDH Pengarah Pengurusan untuk mendirikan balai polis baharu, YDH Pengarah Pengurusan akan mengeluarkan arahan kepada Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Penyelidikan & Pembangunan – P&P) bagi kebenaran menjalankan kajian permohonan.

Setelah pihak Urus Setia KPN (P&P) selesai menjalankan kajian permohonan, Urus Setia KPN (P&P) akan mengadakan mesyuarat bersama Jawatankuasa Kerja bagi menyemak keperluan berkaitan permohonan dari Pentadbiran, Perjawatan, Logistik dan P&P sebelum dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Penilai (Pre-Council).

Seterusnya Urus Setia KPN (P&P) akan mengadakan mesyuarat bersama Jawatankuasa Penilai (Pre-Council) dan kemudiannya mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif yang dipengerusikan oleh YDH Ketua Polis Negara bersama Jawatankuasa Penilai untuk perakuan dan kelulusan YDH Ketua Polis Negara.

Sekiranya permohonan/ cadangan tidak diluluskan oleh YDH Ketua Polis Negara maka Urus Setia KPN (P&P) akan menjalankan kajian lanjut sebagaimana arahan YDH Ketua Polis Negara. Sekiranya diluluskan oleh YDH Ketua Polis Negara, satu arahan bertulis akan dikeluarkan.

Selepas kelulusan YDH Ketua Polis Negara, YDH Pengarah Pengurusan akan membuat edaran surat pemakluman kelulusan Ketua Polis Negara dan tindakan lanjut akan diambil oleh:-

(i) Cawangan Perjawatan Bukit Aman bagi membuat permohonan perjawatan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

(ii) Jabatan Logistik dan Teknologi (Pembangunan) Bukit Aman bagi membuat permohonan logistik kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

(iii) Kontinjen ( yang berkaitan ):-

1) Membuat proses pewartaan persempadanan daerah polis yang baharu;

2) Membuat penyelarasan semula peta persempadanan kawasan pentadbiran Daerah/ Balai/ sektor mengikut kelulusan;

3) Membuat proses pembukaan balai;

4) Membuat proses pewartaan lokap polis;

37

5) Membuat permohonan penjanaan No Repot Sistem Laporan Polis Bersepadu (iPRS) ( Balai Polis Baharu ); dan

6) Membuat Pengisytiharan Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 [Akta 298].

7) Setelah semua tindakan diambil, YDH Pengarah Pengurusan akan mengedarkan permohonan daripada kontinjen kepada Setiausaha Bahagian (SUB), Bahagian Kepolisan & Keselamatan Sempadan, Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya. YDH Pengarah Pengurusan akan memaklumkan kelulusan pewartaan kepada kontinjen dan memastikan data pewartaan dikemaskini.

(a) Hasil perbincangan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), secara keseluruhannya bagi seluruh Negeri Pulau Pinang, sejumlah 5 orang pegawai dan 4,665 anggota diperlukan. Mengikut pecahan daerah, bilangan anggota yang diperlukan di balai-balai polis di bawah IPD Timur Laut adalah 3 orang pegawai dan 3,867 anggota, di bawah IPD Seberang Perai Utara pula adalah 63 orang anggota. Di bawah IPD Seberang Perai Tengah pula, sejumlah 2 orang pegawai dan 94 anggota tambahan diperlukan,240 anggota di bawah IPD Barat Daya dan 401 orang pegawai diperlukan di bawah IPD Seberang Perai Selatan. Maklumat terperinci adalah seperti di Lampiran A.

(b) Kerajaan Negeri sentiasa berusaha bersama-sama PDRM dalam menangani isu nisbah kekuatan polis kepada penduduk di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk tinggi. Antara usaha dan tindakan yang boleh diambil untuk Kerajaan Negeri adalah dengan memohon Kerajaan Pusat menaik taraf IPD dan balai. Dengan menaik taraf IPD dan balai, kekuatan pegawai dan anggota petugas PDRM juga dapat dibuat penambahan baru. Dengan demikian, nisbah pegawai polis dengan penduduk dapat dikurangkan. Contohnya Balai Polis Jelutong di IPD Timur Laut, nisbah kekuatan penduduk dengan polis adalah 1 : 3000.

38

LAMPIRAN A

MESYUARAT KEDUA PENGGAL KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KEEMPAT BELAS

Senaraikan bilangan anggota polis yang perlu ditambah untuk setiap balai polis di pulau pinang.

1) IPD TIMUR LAUT

BIL BANGUNAN CADANGAN

PENAMBAHAN PERJAWATAN

1. BALAI POLIS JALAN PATANI 525 ANGGOTA

2. BALAI POLIS PULAU TIKUS 445 ANGGOTA

3. BALAI POLIS AIR ITAM 783 ANGGOTA

4.

BALAI POLIS JELUTONG 415 ANGGOTA

5. BALAI POLIS LEBUH PANTAI 5 ANGGOTA

6. BALAI POLIS CENTRAL 24 ANGGOTA

7. BALAI POLIS DATO KERAMAT 35 ANGGOTA

8. BALAI POLIS TANJONG TOKONG 1457 ANGGOTA

9. BALAI POLIS BATU FERINGGI 10 ANGGOTA

10. BALAI POLIS SG NIBONG 1 PEGAWAI 67 ANGGOTA

11. BALAI POLIS KG BARU 1 PEGAWAI 29 ANGGOTA

12. BALAI POLIS BANDAR BARU 1 PEGAWAI 67 ANGGOTA

13. BALAI POLIS BUKIT BENDERA 5 ANGGOTA

JUMLAH 3 PEGAWAI 3,867 ANGGOTA

39

2) IPD SEBERANG PERAI UTARA

BIL BANGUNAN CADANGAN

PENAMBAHAN PERJAWATAN

1. BALAI POLIS KEPALA BATAS 30 ANGGOTA

2. BALAI POLIS TASEK GELUGOR 15 ANGGOTA

3. BALAI POLIS SUNGAI DUA 10 ANGGOTA

4.

BALAI POLIS TELOK AYER TAWAR 8 ANGGOTA

JUMLAH 63 ANGGOTA

3) IPD SEBERANG PERAI TENGAH

BIL BANGUNAN CADANGAN

PENAMBAHAN PERJAWATAN

1. BALAI POLIS BUKIT MERTAJAM 10 ANGGOTA

2. BALAI POLIS BUKIT TENGAH 20 ANGGOTA

3. BALAI POLIS KUBANG SEMANG 10 ANGGOTA

4. BALAI POLIS MACHANG BUBOK 1 PEGAWAI 16 ANGGOTA

5. BALAI POLIS PERAI 14 ANGGOTA

6. BALAI POLIS SEBERANG JAYA 1 PEGAWAI 24 ANGGOTA

JUMLAH 2 PEGAWAI 94 ANGGOTA

40

4) IPD BARAT DAYA

BIL BANGUNAN CADANGAN

PENAMBAHAN PERJAWATAN

1. BALAI POLIS BALIK PULAU 40 ANGGOTA

2. BALAI POLIS BAYAN BARU 60 ANGGOTA

3. BALAI POLIS BAYAN LEPAS 40 ANGGOTA

4. BALAI POLIS LTAB 40 ANGGOTA

5. BALAI POLIS TELUK BAHANG 30 ANGGOTA

6. BALAI POLIS TELUK KUMBAR 30 ANGGOTA

JUMLAH 240 ANGGOTA

5) IPD SEBERANG PERAI SELATAN

BIL BANGUNAN CADANGAN

PENAMBAHAN PERJAWATAN

1. BALAI POLIS SUNGAI BAKAP 80 ANGGOTA

2. BALAI POLIS BATU KAWAN 108 ANGGOTA

3. BALAI POLIS NIBONG TEBAL 95 ANGGOTA

4.

BALAI POLIS BUKIT TAMBUN 43 ANGGOTA

5. BALAI POLIS SIMPANG AMPAT 40 ANGGOTA

6. BALAI POLIS SG ACHEH 35 ANGGOTA

JUMLAH 401 ANGGOTA

JUMLAH KESELURUHAN 5 PEGAWAI 4,665 ANGGOTA

41

9. Taman Eko Rimba Bukit Mertajam (Cherok Tokun).

(a) Terangkan secara terperinci tentang status projek membaiki jalan tar yang rosak dan 66 kawasan tanah runtuh dari kaki bukit ke puncak.

(b) Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam memastikan projek membaiki kerosakan dapat dilaksanakan demi keselamatan dan keselesan pendaki bukit?

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

9. (a) Sejak insiden kejadian tanah runtuh di 66 lokasi di Taman Rimba Bukit Mertajam pada Tahun 2017 dan 2018, Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang telah mengambil tindakan pembaikan segera (immediate restoration) iaitu dengan membina baru tembok penahan tebing atau retaining wall (Gabion), membina longkang, laluan konkrit dan lain-lain kerja berkaitan selain menutup cerun-cerun yang berisiko dengan kanvas dengan tujuan untuk mengurangkan hakisan. Aktiviti pembaikan segera ini telah menelan belanja sebanyak RM550,000 sejak tahun 2018 sehingga 2020 menerusi peruntukan Bajet Pembangunan Negeri (Jadual 1).

Menyedari kos pembaikan cerun di sepanjang 3.6-kilometer Cherok Tokun, Taman Eko Rimba, Bukit Mertajam melibatkan kos yang tinggi, Kerajaan Negeri menerusi Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri (BPEN) telah mengangkat permohonan cadangan pembaikan iaitu sebanyak RM17,902,850.00 kepada pihak Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) pada tahun 2019 bagi tempoh peruntukan Rolling Plan (RP) ke-4, Rancangan Malaysia ke-11.

Pada 25 November 2020, KeTSA telah meluluskan projek pembaikan cerun tersebut di bawah Projek Pembangunan Rancangan Malaysia ke-12 (2021-2025) dengan siling keseluruhan sebanyak RM15 juta. Bagi Rolling Plan pertama (RP1) tahun 2021, sebanyak RM1.5 juta telah diperuntukkan untuk melaksanakan kerja-kerja fasa pertama iaitu penyiasatan tanah dan projek ini akan dikendalikan oleh Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR), Kuala Lumpur.

(b) Bermula tahun 2021, kerja-kerja pembaikan cerun telah dimulakan dengan kerja-kerja fasa pertama iaitu kerja-kerja penyiasatan tanah menerusi peruntukan siling RP1 sebanyak RM1.5 juta. Kerja-kerja penyiasatan ini sedang berjalan dan dikendalikan oleh pihak Ibu Pejabat JKR, Kuala Lumpur. Kerja-kerja pembaikan selanjutnya akan diteruskan oleh pihak JKR, Kuala Lumpur pada tahun 2022.

Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri menerusi Bajet Pembangunan Negeri Jabatan Perhutanan Negeri telah memperuntukan RM100,000 pada tahun 2021 sebagai pemantauan dan kontigensi untuk kerja-kerja pembaikan segera sekiranya fenomena hujan lebat berlaku dan mengakibatkan kejadian tanah runtuh di kawasan tersebut.

42

LAMPIRAN

Jadual 1: Pecahan Keseluruhan Pembaikan Segera Cerun dan Jalan di Kaki Bukit Mertajam sepanjang 3.6 Kilometer oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pada Tahun 2018 sehingga 2020.

BIL Tahun PERKARA KOS (RM)

1

2018

Kerja Menebang, memotong Pokok Bahaya dari

Kaki Bukit Mertajam sepanjang 3.6 Kilometer dan

kerja pembersihan serta pembuangan sisa 250,000

Kerja Membekal dan memasang Lapisan Tarpaulin

Ke atas hakisan tanah runtuh bermula di Cerun Kaki

Bukit Mertajam sepanjang 3.6 Kilometer

2 2019

Kerja membina asas tapak gabion dan struktur

gabion (2 lapis susunan sepanjang 60 meter)

250,000 kerja membina longkang konkrit (Sepanjang 120

Meter)

kerja-kerja membina laluan konkrit (sejauh 27 meter)

3 2020

kerja-kerja membina laluan konkrit (sejauh 40 meter)

50,000 Kerja Menebang, memotong Pokok Bahaya dan

menanam rumput di beberapa lokasi di Cerun Kaki

Bukit Mertajam

Jumlah RM 550,00

43

10. Terangkan implikasi Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan terhadap urus tadbir Kerajaan Negeri?

(a) Senaraikan peruntukan-peruntukan yang diperolehi oleh ADUN pembangkang mengikut sumber-sumber Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

(b) Apakah pendirian dan tindakan Kerajaan Negeri terhadap peruntukan ADUN Kerajaan dan ADUN Pembangkang disamaratakan?

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

10. Sejak 2012, beberapa agenda pembaharuan politik telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri. Ini dapat dilihat dari Enakmen Perlembagaan Negeri Pulau Pinang (Pindaan) 2012 yang menyekat seseorang wakil rakyat dari melompat parti. Selain itu, Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang juga telah meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan Negeri Pulau Pinang (Pindaan) 2018 untuk mengehadkan tempoh jawatan Ketua Menteri kepada dua penggal.

(a) Peruntukan yang disalurkan kepada YB. ADUN Pembangkang oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2021 adalah:

(i) RM60,000.00 di bawah P16 (02)

(ii) RM50,000.00 dibawah Akaun Khas untuk bantuan Covid-19

ADUN Pembangkang juga menerima peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan melalui Pejabat Pembangunan Negeri (ICU JPM).

(b) Memandangkan ADUN Pembangkang juga menerima peruntukan dari Kerajaan Persekutuan maka Kerajaan Negeri hanya akan mengekalkan peruntukan RM60,000.00 dibawah P16 (02).

11. Senaraikan bilangan serta peratusan ujian swab COVID-19 dikesan positif yang dihantar untuk menjalankan genomic sequencing mengikut bulan dan keputusan ujian.

(a) Senaraikan bilangan ujian kendiri yang dijalankan setiap hari mengikut daerah dan keputusan ujian.

(b) Apakah usaha yang boleh diambil oleh kerajaan untuk memastikan laporan ujian kendiri dilaporkan dan dikemas kini?

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

11. Ujian-ujian swab PCR COVID-19 yang didapati positif, selanjutnya beberapa sahaja akan dipilih daripada setiap daerah untuk dilakukan ujian Genomic Sequencing. Tujuan pemilihan sampel dilakukan adalah untuk melihat distribusi varian-varian di sesuatu daerah atau negeri di samping untuk pengesanan varian baru. Ujian ini tidak boleh dilakukan ke atas kebanyakan sampel kerana mahal (sekitar RM1,000/ujian) dan ketidaksesuaian sampel akibat beberapa faktor. Setakat 31 Oktober, sebanyak 392 ujian Genomic Sequencing telah dilakukan di mana 205 varian berjaya dikesan iaitu 9 Beta dan 196 Delta. Sampel selebihnya tidak mematuhi kualiti akibat pelbagai faktor.

44

BULAN BETA DELTA JUMLAH

JUN 8 1 9

JULAI - - -

OGOS - 31 31

SEPT 1 23 24

OKT - 85 85

NOV - 56 56

JUMLAH 9 196 205/392 (52.3%)

Bilangan kes positif COVID-19 dengan VOC dan VOI mengikut negeri sehingga 18 November 2021 seperti di Lampiran A

(a) Ujian kendiri adalah atas tanggungjawab individu. Bagi sesiapa yang bergejala atau perlu membuat ujian kendiri atas tujuan tertentu, mereka perlu melaporkan keputusan ujian (sama ada positif atau negatif) ke dalam aplikasi MySejahtera. Seterusnya, maklumat ini akan disalurkan ke Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan dan dipaparkan dalam portal Covidnow yang boleh diakses oleh masyarakat awam (Laporan setakat 20 November 2021 disertakan di Lampiran B).

(b) Ujian kendiri adalah atas tanggungjawab individu. Pada masa yang sama, kerajaan melalui Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang sentiasa mewar-warkan kepada masyarakat awam untuk melakukan ujian kendiri sekiranya ada gejala COVID-19.

45

LAMPIRAN A

46

47

LAMPIRAN B

Contoh Pelaporan Ujian Kendiri Yang Dilaporkan Di

Dalam Portal COVIDNOW

(Sumber : COVIDNOW)

48

12. Apakah status terkini kempen Penang Bebas Asap Rokok (PENBAR)?

(a) Senaraikan tindakan penguatkuasaan yang telah dilakukan sejak PENBAR dilaksanakan?

(b) Terangkan kekangan dan masalah yang dihadapi oleh pihak penguatkuasa dalam pelaksanaan PENBAR.

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

12. Kempen Penang Bebas Asap Rokok (PENBAR) masih berjalan seperti biasa. Walau bagaimanapun, aktiviti promosi kempen tersebut kurang aktif bermula tahun 2020 hingga tahun 2021 akibat daripada tumpuan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) kepada aktiviti menangani penularan wabak COVID-19.

(a) Pasukan Task Force penguatkuasaan PENBAR terdiri daripada anggota dari JKN Pulau Pinang, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Jabatan Kastam, Jabatan Imigresen, Penang Port, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Sejak penubuhan PENBAR pada tahun 2012, sebanyak 1,011 operasi penguatkuasaan di bawah Program PENBAR telah dijalankan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 506 notis kesalahan telah dikeluarkan oleh pihak JKN Pulau Pinang.

(b) Kekangan dan masalah yang dihadapi oleh pihak penguatkuasa dalam pelaksanaan PENBAR ialah papan tanda larangan merokok dan papan tanda persempadanan kawasan larangan merokok di kawasan PENBAR yang rosak dan tidak diganti. Keadaan ini menyebabkan berlakunya perbalahan mengenai status kawasan larangan merokok di kawasan tersebut antara penguatkuasa dan orang awam. Selain itu, kekurangan anggota dan pegawai penguatkuasa (Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran) dari PKD, JKN dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah menyebabkan aktiviti penguatkuasaan tidak dapat dilakukan dengan kerap dan menyeluruh.

13. Adakah Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhasrat untuk menambah bilangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) daripada dua (2) kepada lima (5) mengikut jumlah daerah yang ada di Pulau Pinang?

(a) Terangkan asas pertimbangan dan rasional Kerajaan Negeri terhadap cadangan tersebut?

(b) Apakah status kewangan terkini bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP)?

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

13. Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak berhasrat untuk menambah bilangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) daripada dua (2) kepada lima (5) mengikut jumlah daerah.

(a) Keputusan Kerajaan Negeri ini adalah berdasarkan kepada keupayaan kewangan dan sumber Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) pada masa ini. Kerajaan Negeri berpandangan sekiranya bilangan PBT ditambah, PBT tidak berupaya lagi menikmati skala ekonomi dan akan berlaku pembaziran sumber apabila kemudahan awam, infrastruktur, kakitangan serta kemudahan logistik perlu ditambah dan dikongsi di setiap daerah.

Mengikut sejarah, pentadbiran PBT di Pulau Pinang pernah dibahagikan mengikut daerah sebelum tahun 1974. Ketiga-tiga PBT tersebut iaitu Majlis

49

Daerah Utara, Majlis Daerah Tengah dan Majlis Daerah Selatan kemudiannya telah disatukan dan dikenali sebagai Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan, Seberang Perai pada 1 Julai 1974. Lembaga ini telah dinaik taraf menjadi Majlis Perbandaran Seberang Perai pada 15 Disember 1976, melalui peruntukkan Akta Kerajaan Tempatan 1976. Pada 16 September 2019, Majlis Perbandaran Seberang Perai secara rasminya telah diisytiharkan sebagai Majlis Bandaraya Seberang Perai.

Bagi MBPP pula, sejarahnya ialah sebelum 1 Januari 1957 Majlis Bandaraya George Town dan Majlis Daerah Luar Bandar Pulau Pinang telah diwujudkan dan dicantumkan di bawah peruntukan Ordinan Perbandaran Negeri-Negeri Selat (Capt.133) dan Enakmen Lembaga Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Capt. 137). Pada 1 Januari 1974, Pihak Berkuasa Negeri telah mengisytiharkan percantuman Majlis Bandaraya George Town dan Majlis Daerah Luar Bandar Pulau Pinang serta dikenali sebagai Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan. Pada 1 Januari 2015, Majlis Perbandaran Pulai Pinang secara rasminya telah diisytiharkan sebagai Majlis Bandaraya Pulau Pinang.

Berdasarkan kepada rekod sejarah tersebut, evolusi pentadbiran PBT di kawasan Seberang Perai adalah satu proses pemantapan organisasi bagi PBT di negeri Pulau Pinang yang relevan dan konsisten.

(b) Pendapatan kedua-dua PBT di Pulau Pinang iaitu Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) yang telah diaudit dari tahun 2019 hingga tahun 2021 adalah seperti berikut:

TAHUN PBT

MBPP MBSP

2019 RM362,679,305.00 RM277,555,421.00

2020 RM383,593,884.00 RM258,468,861.00

2021 RM322,695,347.00* RM240,079,623.00

* sehingga Oktober 2021

14. Terangkan status terkini untuk cadangan pembinaan “Waste-to-Energy” (WTE) plant di Pulau Burung.

(a) Sejauh manakah loji waste to energy dapat menangani sisa pepejal serta tenaga yang akan dihasil olehnya.

(b) Nyatakan masalah dan halangan utama untuk melaksanakan projek tersebut.

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

14. Kerajaan Negeri buat masa ini sedang melihat usaha untuk pembinaan loji Waste to Energy (WtE) di kawasan lain seperti di Ampang Jajar selain Pulau Burung dimana Request for Proposal (RFP) akan dimuktamadkan dan spesifikasi akan ditentukan. Kerajaan Negeri juga akan merangka satu polisi pengurusan sisa pepejal melalui perunding yang akan dilantik bagi memastikan perancangan pengurusan sisa pepejal diuruskan secara bersepadu dan bersistematik.

(a) Antara keberkesanan loji WtE sekiranya dibina adalah seperti berikut:

(i) Mampu menghasilkan tenaga elektrik sebanyak 13.5 MWh sehari bagi jumlah sampah harian yang dilupuskan di Pulau Pinang;

(ii) Mengoptima saiz dan jangka hayat tapak pelupusan sampah dengan jangka hayat lebih kurang 25 tahun;

50

(iii) Memerlukan hanya sebanyak 10-20 ekar tanah bagi pembinaan loji Waste to Energy berbanding keperluan tanah yang lebih luas untuk tujuan kambustanah (landfilling);

(iv) Menjimatkan kos pengoperasian kerana tidak memerlukan jentera berat seperti excavator dan landfill compactor serta bekalan tanah merah dan batu kasaran; dan

(v) Mengawal pencemaran isu air kurasan (leachate), yang lazimnya menjadi cabaran utama dalam pelupusan sampah secara kaedah landfilling.

(b) Masalah dan halangan utama untuk melaksanakan projek WtE adalah seperti berikut:

(i) Penetapan jumlah had sumber kemasukan sisa pepejal minima secara konsisten agar WtE dapat beroperasi secara optimum;

(ii) Kos pelaburan (capex) dan operasi (opex) yang sangat tinggi berbanding dengan kaedah secara landfilling memerlukan penilaian pemilihan teknologi yang bersesuaian dan mendapatkan sumber dana dari pelaburan swasta. Ia melibatkan kos tipping fee yang berlipat ganda; dan

(iii) Kebergantungan kepada kadar harga Feed-In Tarif (FiT) yang ditetapkan oleh SEDA sebagai sumber pendapatan yang kompetitif bersama dengan kadar tipping fee bagi menentukan Return on Investment (ROI).

Syarikat konsesi yang dilantik dimohon untuk lebih proaktif dalam apa yang diputuskan dalam perjanjian untuk memenuhi keperluan.

15. Senaraikan bilangan peserta Malaysia My Second Home (MM2H) yang menetap di Pulau Pinang mengikut kewarganegaraan serta daerah.

(a) Apakah kesan perubahan dasar MM2H dengan syarat yang lebih ketat terhadap pasaran hartanah mewah?

(b) Nyatakan bilangan transaksi hartanah yang berlaku di Pulau Pinang sejak 2020 mengikut bulan, jenis hartanah dan nilai transaksi hartanah.

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

15. Bilangan peserta bagi Malaysia My Second Home (MM2H) yang menetap di Pulau Pinang mengikut kewarganegaraan serta daerah adalah seperti di LAMPIRAN.

(a) Negeri Pulau Pinang adalah salah satu destinasi pilihan ekspatriat bagi program Malaysia My Second Home (MM2H) dimana MM2H telah menjadi skim visa yang boleh diakses dan graviti MM2H dalam landskap skim visa antarabangsa perlu diberi pertimbangkan dahulu sebelum perubahan dasar dibuat supaya MM2H ini kekal berdaya saing di peringkat antarabangsa

Perubahan dasar Malaysia My Second Home (MM2H) yang diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Dalam Negeri pada 11 Ogos 2021 yang lalu pastinya membawa kepada kebimbangan terhadap pemaju mengenai penjualan hartanah mewah memandangkan keupayaan membeli oleh rakyat Malaysia tidak begitu memberangsangkan.

Bilangan transaksi hartanah (pindah milik) yang berlaku di Pulau Pinang sejak 2020 mengikut bulan dan nilai transaksi hartanah adalah seperti di LAMPIRAN

51

LAMPIRAN Bilangan Peserta Bagi Malaysia My Second Home (MM2H) Yang Menetap Di Pulau

Pinang Mengikut Kewarganegaraan Serta Daerah

Daerah Jumlah Permohonan Di Bawah

Program MM2H Kewarganegaraan

2020

Daerah Timur Laut 17

i. 7 orang warga China; ii. 5 orang warga Hong Kong; iii. 3 orang warga United Kingdom; iv. 1 orang warga Netherland; dan v. 1 orang warga Indonesia.

Daerah Barat Daya 4 i. 2 orang warga China; ii. 1 orang warga Korea; dan iii. 1 orang warga Indonesia.

Daerah Seberang Perai Utara 0 Tiada

Daerah Seberang Perai Tengah

0 Tiada

Daerah Seberang Perai Selatan

1 i. 1 orang warga China

2021

Daerah Timur Laut 4 i. 2 orang warga China; ii. 1 orang warga Kanada; dan iii. 1 orang warga Afrika.

Daerah Barat Daya 4 i. 2 orang warga China; ii. 1 orang warga Korea; dan iii. 1 orang warga Indonesia.

Daerah Seberang Perai Utara 0 Tiada

Daerah Seberang Perai Tengah

0 Tiada

Daerah Seberang Perai Selatan

0 Tiada

Bilangan Transaksi Hartanah (Pindah Milik) Yang berlaku Di Pulau Pinang Sejak 2020 Mengikut Bulan Dan Nilai Transaksi Hartanah

Januari 2020 - Disember 2020 Januari 2021 - November 2021

BIL. BULAN BILANGAN

TRANSAKSI NILAI TRANSAKSI

BILANGAN TRANSAKSI

NILAI TRANSAKSI

1 Januari 32 24,250.00 35 21,940.00

2 Februari 45 22,015.00 30 8,650.00

3 Mac 33 33,500.00 51 42,675.00

4 April PKP - 56 59,340.00

5 Mei 34 18,625.00 41 39,250.00

6 Jun 50 34,100.00 PKP -

7 Julai 64 35,125.00 55 59,525.00

8 Ogos 51 42,275.00 39 57,713.00

9 September 62 30,500.00 35 22,244.00

10 Oktober 66 39,070.00 38 102,872.50

11 November 72 67,551.00 20 27,025.00

12 Disember 60 58,242.00 - -

JUMLAH 569 405,253.00 400 441,234.50

52

16. Sejauh manakah penyertaan Pulau Pinang dalam EXPO 2020 Dubai UAE?

(a) Terangkan kepentingan dan keperluan bagi Pulau Pinang untuk mengambil bahagian dalam EXPO yang begitu significant serta berpengaruh.

(b) Senaraikan secara terperinci tentang peruntukan yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri dalam penyertaan EXPO mengikut perkara, nilai peruntukan dan badan yang dipertanggungjawabkan.

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

16. Ekspo 2020 Dubai merupakan ekspo dunia pertama yang akan diadakan di rantau Timur Tengah, Afrika dan Asia Selatan dan ianya merupakan salah satu acara tertua dan terbesar di dunia yang mana setiap lima (5) tahun, sebuah bandaraya akan dipilih secara bergilir untuk menjadi tuan rumah selama enam (6) bulan. Kali terakhir, ekspo dunia seperti ini diadakan di Milan, Itali, dengan nama “Expo Milano 2015”. Sebelum itu expo dunia ini diadakan di Shanghai, China. Tema Ekspo 2020 Dubai adalah “Menghubungkan Fikiran, Mewujudkan Masa Depan “(Connecting Minds, Creating The Future)” yang bermatlamatkan kejayaan melalui kerjasama dan perkongsian. Tema ini dipecahkan kepada tiga bidang iaitu “Peluang, Mobiliti dan Kemampanan “(Opportunity, Mobility and Sustainability)” dan Pavillion Malaysia yang bertemakan “Energising Sustainability” akan di tempatkan di Sustainability District dan direka bentuk sebagai Kanopi Hutan Hujan. Tema “Energising Sustainability” adalah mencerminkan komitmen Malaysia untuk menyeimbangkan kemajuan sosio-ekonomi dengan perlindungan alam sekitar untuk memastikan masa depan yang lebih selamat dan lestari.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) merupakan kementerian yang menerajui penyertaan Malaysia ke Ekspo 2020 Dubai manakala Malaysian Green Technology and Climate Change Centre (MGTC), agensi di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) adalah agensi yang dilantik sebagai agensi pelaksana Ekspo ini. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) Bil 4/2020 pada 5 Februari 2020 telah bersetuju untuk melantik Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) sebagai “Lead Agency” iaitu agensi pelaksana bagi penyertaan Pulau Pinang ke Ekspo 2020 Dubai. Ekspo 2020 Dubai telah dijadualkan pada 1 Oktober 2021 sehingga 31 Mac 2022 dan akan berlangsung selama enam (6) bulan dan Pulau Pinang diberikan Minggu ke-16 – “Minggu Pulau Pinang” iaitu pada 16 hingga 22 Januari 2022 dengan tema “Entrepreurship dan Energy”.

Dijangkakan sejumlah 192 negara akan menyertai Ekspo ini termasuk Malaysia. Penyertaan bagi Pavilion Malaysia setakat ini adalah sebanyak lima (5) negeri, 22 Kementerian dan 38 agensi dengan 26 tema mingguan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Lima (5) negeri yang terlibat adalah Sabah, Pulau Pinang, Johor, Selangor dan Melaka. Delegasi Pulau Pinang akan diketuai oleh YB. Dato' Haji Abdul Halim Bin Haji Hussain EXCO Perdagangan, Industri Dan Pembangunan Usahawan. Sebanyak 20 booth telah diperuntukkan di bawah Pavillion Pulau Pinang akan disertai oleh lapan (8) agensi dan 12 syarikat/usahawan. Selain daripada pameran, pelbagai aktiviti telah dirangka seperti majlis menandatangani Memorandum of Understanding (MOU), Memorandum of Association (MOA), pocket talk, forum, sesi pemadanan perniagaan (business matching) dan lawatan sambil meneroka peluang perniagaan.

(a) Antara kepentingan dan keperluan bagi Pulau Pinang untuk mengambil bahagian dalam EXPO yang begitu significant serta berpengaruh ini adalah seperti berikut:-

(i) Membuka peluang kepada agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan serta syarikat-syarikat tempatan untuk memasuki pasaran global di samping dapat mempromosikan produk-produk dari negeri Pulau Pinang;

53

(ii) Menarik pelabur dan meningkatkan “Pelaburan dan Perdagangan yang berpotensi” kepada Kerajaan Negeri;

(iii) Mempromosikan produk agensi dan syarikat/usahawan Negeri Pulau Pinang di peringkat antarabangsa; dan

(iv) Membuka peluang dan perniagaan dan limpahannya kepada syarikat-syarikat lain dan rakyat Pulau Pinang.

(b) Senarai terperinci diperuntukkan Kerajaan Negeri dalam penyertaan EXPO ini adalah mengikut perkara, nilai peruntukan dan badan yang dipertanggungjawabkan.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang memperuntukkan perbelanjaan keseluruhan bagi program ini sebanyak RM527,101.00 bagi urusan logistik usahawan, penginapan, pengangkutan udara dan darat.

17. Bandingkan bilangan penduduk dengan jumlah penduduk di Pulau Pinang yang mempunyai akses kepada internet mengikut daerah, jantina dan kumpulan umur.

(a) Bandingkan bilangan penduduk dengan jumlah penduduk yang mempunyai akses kepada telefon pintar mengikut daerah, jantina dan kumpulan umur.

(b) Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk mempertingkatkan kadar akses penduduk kepada internet?

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

17. (a) Kerajaan Negeri tidak mempunyai perincian kategori data jumlah penduduk di Pulau Pinang yang mempunyai akses kepada internet mengikut daerah, jantina dan kumpulan umur. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri telah menerima data dan statistik daripada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengenai kadar penembusan internet jalur lebar di Malaysia yang diuji mengikut beberapa kategori iaitu kadar penembusan jalur lebar tetap bagi setiap 100 premis, kadar penembusan jalur lebar mudah alih bagi setiap 100 penduduk, kadar langganan jalur lebar mudah alih ('000) dan kadar langganan jalur lebar talian tetap ('000). Perincian kategori data bagi kadar penembusan internet jalur lebar adalah seperti berikut:

BIL PERKARA DATA BAGI SUKU KE-2 2021

Malaysia Pulau Pinang

1 Penembusan jalur lebar tetap bagi setiap 100 premis

41.0% 48.7&

2 Penembusan jalur lebar mudah alih bagi setiap 100 penduduk

124.2% 147.2%

3 Langganan jalur lebar mudah alih (‘000)

40,571.4 2,611.7

4 Langganan jalur lebar talian tetap (‘000)

3,679.6 276.2

(b) Bagi memperluaskan rangkaian dan memastikan liputan internet yang baik di

seluruh negeri Pulau Pinang, Kerajaan Negeri telah merangka Penang Connectivity Master Plan (PCMP) selaras dengan perancangan Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang diaspirasikan oleh Kerajaan Persekutuan. Melalui perancangan tersebut, Kerajaan Negeri telah menetapkan sasaran untuk mencapai purata kelajuan jalur lebar mudah alih sebanyak 100Mbps

54

menjelang tahun 2025 di 100% kawasan berpenduduk. Sehubungan dengan itu, bagi memastikan jaringan liputan internet berada dalam keadaan yang terbaik, beberapa perancangan inisiatif strategik telah dirangka untuk memastikan sasaran yang telah ditetapkan tercapai seperti berikut:

(i) Melaksanakan projek Smart Street Pole di Negeri Pulau Pinang;

(ii) Menaik taraf struktur sedia ada dan menambah bilangan struktur telekomunikasi baharu bagi menampung keperluan yang semakin meningkat;

(iii) Menaik taraf kabel copper milik TM di Pulau Pinang kepada gentian fiber optik;

(iv) Memperkenalkan kaedah fiberisasi baharu seperti projek Clip On Solution dan Allo Nationwide Fiberisation Plan (ANFP); dan

(v) Mewajibkan semua projek perumahan baharu dilengkapi dengan infrastruktur gentian optik dan perlu memastikan ketersediaan servis/perkhidmatan sebelum Certificate of Completion and Compliance (CCC) dikeluarkan melalui Undang-undang Kecil Bangunan Seragam (UKBS).

Penyediaan infrastruktur telekomunikasi di Negeri Pulau Pinang kini jauh lebih baik berbanding 3 tahun yang lalu. Hal ini dapat dilihat dengan statistik liputan telekomunikasi daripada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia dan Malaysia (MCMC) yang menjadikan Negeri Pulau Pinang sebagai negeri kedua terbaik di dalam Malaysia selepas Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kadar penembusan jalur lebar bagi setiap 100 penduduk di Negeri Pulau Pinang telah mencatatkan sebanyak 139.2% iaitu melebihi kadar nasional 120.1% manakala bagi kadar penembusan jalur lebar tetap (berwayar) pula, Negeri Pulau Pinang telah mencatatkan peningkatan sebanyak 35.3% berbanding data daripada tahun 2019 iaitu sebanyak 11.7%.

Bagi tahun 2020, kelajuan muat turun mudah alih di Negeri Pulau Pinang adalah sebanyak 13.05Mbps manakala bagi tahun 2021 pula adalah sebanyak 28.57Mbps. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 15.52Mbps.

Sehingga Oktober 2021, sebanyak 470,690 home pass (hp) telah diliputi dengan internet jalur lebar talian tetap yang merangkumi empat (4) Network Service Provider (NSP) utama iaitu Telekom Malaysia (280,300 hp), TIME (184,003 hp), Maxis (2,535 hp) dan Allo Technologi (3,852 hp). Jumlah keseluruhan struktur telekomunikasi yang telah dibina di Negeri Pulau Pinang sebanyak 1,253 buah iaitu sebanyak 603 buah di Kawasan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan 650 di kawasan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).

18. Senaraikan sumbangan kewangan/peralatan yang diterima oleh Kerajaan Negeri sepanjang tempoh Penang Lawan COVID-19 mengikut nama penderma/korporat dalam/luar negeri serta bilangan/jumlah kewangan.

(a) Senaraikan sumbangan kewangan yang diterima daripada negara lain mengikut nama negara dan jumlah wang.

(b) Adakah sumbangan tersebut tertakluk kepada syarat-syarat nyata dan tidak nyata?

55

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

18. Kerajaan Negeri telah mewujudkan Tabung COVID-19 bagi menerima semua sumbangan daripada individu dan organisasi untuk menangani wabak COVID-19 di negeri Pulau Pinang. Disertakan dalam Lampiran, senarai Sumbangan Kewangan yang diterima dalam Tabung COVID-19 bagi tahun 2020 dan 2021. (a) Pentadbiran ini tiada maklumat jumlah sumbangan kewangan yang diterima

daripada negara lain.

(b) Pentadbiran ini tiada maklumat sumbangan tersebut tertakluk kepada syarat-syarat nyata dan tidak nyata.

56

57

58

19. Terangkan secara terperinci tentang dasar dan program Kerajaan Negeri yang khusus untuk golongan warga emas serta berdepan dengan cabaran masyarakat penuaan.

(a) Senaraikan pusat penjagaan orang tua dan rumah orang tua mengikut lokasi, daerah, bilangan warga emas dan yuran yang dikenakan.

(b) Apakah usaha kerajaan dalam menjamin kesejahteraan dan kesihatan warga emas?

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

19. Golongan warga emas sentiasa menjadi keutamaan dalam setiap perancangan agenda pembangunan infrastruktur dan sosial negeri. Keutamaan ini dibuktikan oleh Kerajaan Negeri dalam visi Penang2030 melalui inisitif strategik “Enhance Welfare and Care System” dengan mensasarkan peningkatan 50 peratus dalam aktiviti sosial dan rekreasi dalam kalangan warga emas di Pulau Pinang.

Dasar yang diwujudkan khusus untuk golongan warga emas adalah Dasar Penghargaan Warga Emas yang diwujudkan untuk memberi penghargaan, pengiktirafan dan penghormatan kepada warga emas yang telah berjasa kepada Negeri Pulau Pinang tanpa mengira perbezaan kaum, agama dan fahaman politik. Dasar tersebut dilaksanakan melalui program kebajikan yang diintegrasikan di bawah satu jenama iaitu Program i-Sejahtera yang diperkenalkan sejak tahun 2009 lagi. Warga emas berumur 60 tahun ke atas dan berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) sebagai pemilih yang mengundi di Negeri Pulau Pinang layak memohon Program Penghargaan Warga Emas dengan jumlah sumbangan RM150.00 setiap tahun.

(a) Secara keseluruhan terdapat sebanyak 28 pusat jagaan warga emas di Pulau Pinang yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Senarai pusat jagaan warga emas mengikut lokasi daerah, bilangan penghuni dan yuran yang dikenakan adalah seperti di Lampiran A.

(b) Kerajaan Negerimelalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang menggalakkan warga emas di negeri ini untuk mendaftarkan diri di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) sebagai usaha untuk kesejahteraan dan kesihatan warga emas.

Melalui PAWE, kumpulan sasar dapat hadir ke premis yang ditubuhkan oleh jabatan ini pada bila-bila masa mulai jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang untuk menjalankan aktiviti harian. Pusat ini diurus tadbir oleh jawatankuasa yang dilantik sendiri daripada kalangan komuniti setempat di bawah inisiatif kerajaan pusat. Pelbagai program diadakan melalui kerjasama antara agensi di pusat ini seperti program kesihatan, kesenian, pembelajaran sepanjang hayat dan lain-lain lagi mengikut minat dan permintaan komuniti setempat.

Sehingga kini, terdapat enam (6) buah PAWE di Negeri Pulau Pinang iaitu:

(i) PAWE Darul Hanan, Kepala Batas;

(ii) PAWE Balik Pulau, Balik Pulau;

(iii) PAWE Sungai Dua, Butterworth;

(iv) PAWE Permatang Pauh, Bukit Mertajam;

(v) PAWE Bukit Mertajam, Bukit Mertajam; dan.

(vi) PAWE Bayan Baru, Bayan Baru.

59

LAMPIRAN A

SENARAI PUSAT JAGAAN WARGA EMAS BERDAFTAR DI NEGERI PULAU PINANG

BIL NAMA PUSAT JAGAAN DAERAH DUN BIL

PENGHUNI YURAN

(RM)

1 Rumah Orang Tua Jubli Perak Jalan Sungai Dua 11700 Bayan Lepas

Timur Laut

Batu Uban 148 Percuma

2 Little Sisters Of The Poor No.79 Lorong Batu Lanchang

Batu Lanchang 65 Percuma

3

The Penang Buddhist Association Senior Cetizens' Home 71, Jalan Merak 10150 Georgetown

Datuk Keramat 44 Percuma

4 Rumah Orang Tua Uzur Pulau Pinang No. 409 Jalan Masjid Negeri

Batu Lanchang 209 Percuma

5

Pusat Jagaan Peace and Harmony Home No 56 Jalan Thomas, Georgetown

Datuk Keramat 37 Percuma

6 Caring Retirement Home Care Centre No 11, Jalan Batu Gantung

Kebun Bunga 15 1,000-1,500

7 Pusat Jagaan Orang Tua Pantai No.3&5, Jalan Kebun Bunga

Kebun Bunga 20 1,000

8 Jin jia Care Centre Sdn Bhd No.10&12, Jalan Bakawali

Tanjung Bungah

16 2,500-3,500

9 Pusat Jagaan Warga Emas Intan No.44, Jalan Thomas

Batu Lanchang 14 sumbangan

waris 800-1,000

10 Pusat Jagaan Warga Emas Intan No.58-60 Jalan Thomas

Batu Lanchang 22 sumbangan

waris 800-1,000

11 Rumah Orang Tua Pantai No 1-J Jalan Pantai Molek, Tanjung Tokong

Tanjung Bungah

26 1,000

12 Turf View Care Centre Blok 14, Medan Lumba Kuda

Tanjung Bungah

17 2,500

13

SMA Home Care Centre Sdn Bhd No. 6 Lorong Tanjung Bungah, Beverly Hill Bungaloq

Tanjung Bungah

18 1,000-3,000

14 SMA Home Care Center Sdn Bhd No.8, Jalan Padang Victoria

Pengkalan Kota 30 1,500-3,000

60

BIL NAMA PUSAT JAGAAN DAERAH DUN BIL

PENGHUNI YURAN

(RM)

15 Pusat Jagaan Warga Emas Pintu Harapan No.48 Jalan Thomas

Batu Lanchang 13 1,000

16

Pusat Jagaan Rumah Sejahtera Bertam Lot 5704, MK 6, Lorong Rupawan 7

Seberang Perai Utara

Permatang Berangan

6 Percuma

17

Pusat Jagaan Damai Permai Kompleks Bersebelahan Kompleks Sukan Bertam, Kepala Batas

Bertam 62 800-1,800

18 Pusat Penjagaan Ceria No.6, Lorong Murni 9 Taman Desa Murni Sungai Dua

Sungai Dua 15 500 - 700

19

Pusat Jagaan Ceria Murni No.12, Lorong Murni 9 Taman Desa Murni Sungai Dua

Sungai Dua 11 500 - 700

20

Pusat Penjagaan Orang Tua Xin Fu No.1110&1111 Jalan Bagan Lalang

Sungai Puyu 22 750 – 1,000

21 Pusat Jagaan Tanes Caring Centre 6646 Jalan Raja Uda

Bagan Dalam 35 800-1,200

22

Badan Kebajikan Rumah Warga Emas Darul Hanan Lot 2695, Mukim 6 Pongsu Seribu Kepala Batas Pulau Pinang

Kepala Batas 65

Percuma kepada asnaf

500 - 900

23 Elain Elderly Healthcare Centre No 19 Lorong Cendana 27, Taman Cendana

Seberang Perai Tengah

Machang Bubuk

9 2,000-2,500

24 Elain Elderly Healthcare Centre No 17 Lorong Cendana 27, Taman Cendana

Machang Bubuk

17 2,000-2,500

25 Pusat Jagaan Machang Bubok No 40 Lorong Jambu 3, Taman Jambu, Machang Bubok

Machang Bubuk

38 400-1,000

26 Osem Eldercare Centre 36-G Lorong Seri Impian Taman Seri Impian

Berapit 11 2,400

27

Pusat Jagaan Orang Tua Gemilang Riang No.44,46,48 & 50, Lorong Alma Jaya II, Taman Alma Jaya

Machang Bubuk

28 750 – 1,000

28 Rumah Sejahtera Permatang Tinggi Jalan Besar Permatan Tinggi

Bukit Tengah 49 Percuma

61

20. Senaraikan nama-nama kakitangan awam/ frontliners yang telah meninggal dunia disebabkan jangkitan COVID-19 mengikut jabatan/agensi dan status marital.

(a) Apakah usaha kerajaan dalam membantu waris kepada mangsa COVID-19 yang meninggal dunia?

(b) Apakah pandangan kerajaan terhadap cadangan untuk membina sebuah memorial park untuk mangsa COVID-19 yang meninggal dunia?

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

20. Data sulit seperti senarai nama kes kematian akibat COVID-19 tidak boleh didedahkan kepada umum, namun bilangan atau peratusan kes kematian boleh dikongsi kepada pelbagai agensi dan umum untuk tujuan penyebaran maklumat dan kempen kesedaran. Pentadbiran ini tidak mempunyai data berkaitan kakitangan awam dan frontliners yang meninggal dunia akibat COVID-19.

(a) Dalam Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang 1.0, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan bayaran bantuan one-off berjumlah RM1,000 kepada waris pesakit COVID-19 yang meninggal dunia. Serentak itu, bantuan khas terutamanya kepada golongan kanak-kanak yang kehilangan ibu/bapa/penjaga sama ada berbentuk kewangan dan juga pada aspek psikologi/kesihatan mental dari semasa ke semasa.

(a) Buat masa sekarang, Kerajaan Negeri tiada sebarang perancangan untuk membina memorial park bagi memperingati mangsa COVID-19 yang meninggal dunia.

21. Senaraikan hasil-hasil negeri yang terkesan akibat pandemik COVID-19 mengikut jumlah anggaran dan kutipan sebenar.

(a) Bagaimanakah Kerajaan Negeri menangani hasil negeri yang berkurangan secara mendadak serta defisit meningkat?

(b) Senaraikan hasil-hasil alternatif yang berjaya diusaha/dicari oleh Kerajaan Negeri mengikut jumlah kutipan.

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

21. Hasil-hasil negeri yang terkesan akibat pandemik COVID-19 mengikut jumlah anggaran dan kutipan sebenar memberikan impak kerugian kepada Kerajaan Negeri dan ekonomi negeri. Berlakunya pengurangan kutipan hasil iaitu pengecualian kutipan cukai hiburan kepada pengusaha panggung wayang dan pengecualian bayaran yang melibatkan urusniaga hartanah. Kehilangan hasil Kerajaan Negeri disebabkan pandemik COVID-19 dianggarkan berjumlah RM28.16 juta. Perincian adalah seperti di jadual berikut.

HASIL PERINCIAN ANGGARAN HASIL TAHUN

2021

(RM JUTA)

HASIL SEBENAR

TAHUN 2021 (RM JUTA)

(sehingga 31 Oktober)

PERBEZAAN

HASIL CUKAI

Cukai Hiburan (Kod 62800)

17.00 0.62 - 16.38

HASIL BUKAN CUKAI

Bayaran Permohonan Tanah (Kpd 71113)

34.23 22.45 - 11.78

JUMLAH 51.23 23.07 - 28.16

62

(a) Kerajaan Negeri menangani hasil negeri yang berkurangan secara mendadak serta defisit meningkat dengan kaedah berikut.

(i) Memantau Kutipan Hasil Negeri

Bagi tahun 2021, kutipan hasil Kerajaan Negeri adalah dianggarkan berjumlah RM506.02 juta. Kerajaan Negeri sentiasa berusaha untuk mencapai sasaran kutipan yang telah dimuktamadkan di samping sentiasa menyemak laporan kutipan hasil negeri secara bulanan serta mengadakan pelbagai mesyuarat berkaitan pengurusan kutipan hasil negeri secara berkala.

(ii) Meningkatkan Hasil Negeri Melalui Aktiviti Pelaburan

Antara langkah lain yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk meningkatkan hasil negeri adalah melalui aktiviti-aktiviti pelaburan, iaitu pelaburan dalam Simpanan Tetap, pelaburan dalam pasaran ekuiti serta memantau saham-saham baru.

(iii) Meningkatkan Kutipan Tunggakan Hasil Negeri

Sehingga Oktober 2021, tunggakan keseluruhan hasil negeri adalah berjumlah RM93.59 juta. Sekiranya tunggakan hasil ini dapat dikutip, hasil negeri akan bertambah dan akan dapat mengurangkan tunggakan. Kerajaan Negeri sentiasa komited melipatgandakan usaha bagi meningkatkan hasil negeri dan mengurangkan tunggakan hasil dengan melakukan tindakan penguatkuasaan, perundangan dan pemantauan berterusan.

(iv) Pelupusan Tanah Secara Tender Khas

Pada masa ini, pelupusan tanah kerajaan adalah dibuat secara terus kepada pemohon tertentu dengan dikenakan bayaran premium mengikut harga pasaran semasa. Selain kaedah ini, kaedah pelupusan tanah secara tender khas akan dilaksanakan di mana tanah kerajaan akan dilupuskan (dijual) kepada pembida tertinggi tertakluk kepada syarat-syarat tertentu bagi menjana hasil yang lebih tinggi kepada Kerajaan Negeri.

(v) Mewartakan Deposit Yang Tidak Dituntut

Kerajaan Negeri mengambil tindakan menyemak status akaun-akaun deposit dan mewartakan deposit yang tidak dituntut selepas tempoh 12 bulan daripada tarikh deposit tersebut boleh dikembalikan, supaya dapat dikreditkan ke dalam Akaun Hasil Disatukan. Tindakan ini secara tidak langsung akan dapat meningkatkan hasil negeri.

(vi) Meningkatlan Jumlah Pemberian Daripada Kerajaan Persekutuan

Kerajaan Negeri juga memohon kepada Kerajaan Persekutuan untuk meningkatkan jumlah pemberian kepada Kerajaan Negeri, memandangkan Pulau Pinang adalah di antara negeri yang tertinggi menyumbang kepada Pelaburan Langsung Asing (FDI) Malaysia dan ini sekaligus menyumbang kepada hasil negara berupa cukai. Pemberian-pemberian daripada Kerajaan Persekutuan ini termasuklah Pemberian Mengikut Bilangan Kepala, Pemberian Bayaran Perkhidmatan 10% Kerana Melaksanakan Projek-projek Pembangunan Persekutuan, Pemberian Pertambahan Hasil Kerajaan Persekutuan, Pemberian Membiayai Perbelanjaan Mengurus Di Bawah Senarai Bersama, Pemberian Pelancongan, Pemberian Berdasarkan Tahap Pembangunan Ekonomi, Infrastruktur Dan

63

Kesejahteraan Hidup serta Pemberian Kerajaan Persekutuan kepada Kumpulan Wang Amanah Penyenggaraan Jalan Raya Negeri (MARRIS).

(b) Senaraikan hasil-hasil alternatif yang berjaya diusaha/dicari oleh Kerajaan Negeri mengikut jumlah kutipan ialah:

Alternatif hasil-hasil lain yang tidak berkaitan dengan urusan tanah melibatkan terimaan daripada jabatan negeri seperti lesen dan bayaran pendaftaran dan permit, bayaran perkhidmatan, perolehan jualan barang-barang, sewaan, faedah dan perolehan daripada pelaburan, denda dan hukuman, sumbangan dan bayaran ganti daripada luar negeri dan sumbangan tempatan serta pemberian daripada Kerajaan Persekutuan. Perincian jumlah kutipan adalah seperti jadual di bawah:

HASIL

PERINCIAN

KUTIPAN SEBENAR 2021 (RM JUTA)

(sehingga 31 Oktober)

TERIMAAN BUKAN HASIL

Pemberian Daripada Kerajaan Persekutuan

68.21

HASIL BUKAN CUKAI

Lesen Dan Bayaran Pendaftaran Dan Permit

32.11

Bayaran Perkhidmatan 34.07

Perolehan Jualan Barang-Barang

261.30

Sewaan 4.01

Faedah Dan Perolehan Daripada Pelaburan

28.96

Denda Dan Hukuman 3.62

Sumbangan Dan Bayaran Ganti Daripada Luar

Negeri Dan Sumbangan Tempatan

0.15

JUMLAH 432.43

22. Nyatakan mekanisme dan prosedur sedia ada untuk orang awam membuat aduan terhadap kakitangan perkhidmatan awam yang tidak dapat ditangani oleh jabatan/agensi kerajaan?

(a) Sejauh manakah sistem sedia ada berkesan dalam meningkatkan prestasi perkhidmatan awam?

(b) Adakah Kerajaan Negeri akan menubuhkan Ombudsman Pulau Pinang untuk menyiasat aduan rasuah, salah guna kuasa serta langgar code of conducts?

64

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

22. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (PSUKPP) telah membangunkan sistem eIntegriti yang boleh diakses di Laman Rasmi Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi membolehkan orang awam membuat aduan terhadap kakitangan perkhidmatan awam berkaitan isu-isu integriti iaitu berhubung perlakuan jenayah rasuah atau pelanggaran tatakelakuan penjawat awam. Aduan yang diterima melalui platform ini akan dilaksanakan proses pengesanan dan pengesahan oleh Unit Integriti, PSUKPP bagi menentukan kesahihan aduan yang diterima dan mengesyorkan tindakan sewajarnya mengikut kesalahan yang dilakukan.

(a) Sistem sedia ada dilihat berkesan dalam meningkatkan prestasi perkhidmatan awam di mana orang awam dapat menyalurkan aduan menerusi platform digital tanpa mengira waktu dan tempat. Platform sedia ada bukan sahaja memudahkan proses penyaluran aduan dan masalah, ianya juga memudahkan jabatan dan agensi awam untuk memberi maklum balas bagi menyelesaikan aduan dalam masa yang ditetapkan.

(b) Buat masa ini, Kerajaan Negeri tiada perancangan untuk menubuhkan Ombudsman Pulau Pinang untuk menyiasat aduan, salah guna kuasa serta pelanggaran code of conducts. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri memandang serius berkaitan aduan pelanggaran tatatertib dan rasuah dengan mewujudkan Skuad Integriti di bawah seliaan Unit Integriti, PSUKPP bagi membuat tindakan pengesanan dan pengesahan bagi sebarang aduan yang diterima sama ada melalui sistem eIntegriti, surat layang, hadir ke pejabat, panggilan telefon dan e-mel.

Melalui mekanisme sedia ada, semua aduan yang diterima oleh Kerajaan Negeri akan dilaksanakan proses pengesanan dan pengesahan oleh Unit Integriti bagi menentukan kesahihan sebarang aduan. Bagi aduan berkaitan pelanggaran tatakelakuan, tindakan tatatertib akan dikenakan kepada pegawai berkenaan berdasarkan Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pulau Pinang) 1997. Manakala bagi pelanggaran jenayah rasuah, Unit Integriti akan menyalurkan maklumat siasatan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi tindakan selanjutnya.

Pada ketika ini, Kerajaan Negeri telahpun mewujudkan beberapa jawatankuasa yang mempunyai peranan dan fungsi yang sama dengan sistem Ombudsman ini, antaranya adalah seperti berikut:

(i) Jawatankuasa Pelaksanaan Projek;

(ii) Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan;

(iii) Jawatankuasa Pemandu Permohonan Projek ICT Negeri;

(iv) Jawatankuasa Tetap Pengaduan Awam;

(v) Lembaga Perolehan Negeri;

(vi) Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Negeri;

(vii) Jawatankuasa Anti-Rasuah Negeri Pulau Pinang;

(viii) Jawatankuasa Audit; dan

(ix) Jawatankuasa Pengurusan Kewangan & Akaun.

Justeru itu, Kerajaan Negeri berpandangan bahawa inisiatif yang sedia ada adalah mencukupi dan mampu memberi keberhasilan yang baik berlandaskan prinsip Cekap, Akauntabiliti, Telus (CAT) yang menjadi teras kepada Pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

65

23. Terangkan status terkini tentang cadangan penubuhan pihak berkuasa bebas, Ulu Muda Basin Authority (UMBA) untuk memelihara dan mengurus sumber air dari Ulu Muda.

(a) Apakah langkah dan strategi Kerajaan Negeri sekiranya cadangan tersebut tidak diterima oleh Kerajaan Persekutuan?

(b) Sejauh manakah syarat pendengaran awam dapat memelihara Hutan Ulu Muda daripada dinyahwarta dan diterokai?

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

23. Cadangan penubuhan Ulu Muda Basin Authority (UMBA) masih di peringkat perbincangan antara Kerajaan Negeri dan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA). Ketua Menteri Negeri Pulau Pinang telah menulis kepada Perdana Menteri melalui surat bertarikh 30 Mac 2021 supaya Kerajaan Persekutuan menubuhkan satu pihak berkuasa bebas untuk memelihara dan mengurus Ulu Muda namun sehingga kini Kerajaan Negeri Pulau Pinang masih belum menerima maklumbalas.

UMBA harus ditubuhkan untuk menyusun dan melaksanakan Rancangan Lembangan Ulu Muda bagi menjaga kepentingan 4.2 juta rakyat di Negeri Perlis, Negeri Kedah dan Negeri Pulau Pinang.

Fungsi UMBA sebagai badan penting dalam pelaksanaan program Air untuk Masa Hadapan dan mempunyai empat (4) keutamaan seperti berikut:

(i) Menangani perubahan iklim;

(ii) Menyokong sungai yang baik;

(iii) Menggunakan air dengan berhemat; dan

(iv) Menjamin bekalan air.

Keempat-empat keutamaan ini secara meluas menggambarkan cabaran yang sedang dihadapi oleh Negeri Perlis, Negeri Kedah dan Negeri Pulau Pinang berhubung keselamatan bekalan air di NCER. Justeru, Kerajaan Persekutuan harus menjadi penyumbang utama melalui peruntukan tahunan persekutuan yang diperoleh daripada hasil cukai dari ketiga-tiga negeri ini. Sebagai penerima manfaat langsung dari Rancangan Lembangan Ulu Muda yang dicadangkan, ketiga-tiga negeri ini juga boleh menyumbang untuk membiayai lembaga berkenaan.

(a) Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. (PBAPP) akan melaksanakan tujuh (7) langkah pro-aktif utama untuk memastikan bekalan air yang mencukupi sehingga hujan tiba pada bulan April 2022 sekiranya cadangan penubuhan UMBA tersebut tidak diterima oleh Kerajaan Persekutuan. Langkah-langkah tersebut adalah seperti berikut:

(i) Memastikan kapasiti efektif maksima;

(ii) PBAPP akan memastikan kapasiti efektif maksima kesemua empangan sebelum akhir tahun 2021 dengan menakung taburan hujan semasa musim hujan dari bulan September sehingga Disember pada tahun 2021.

(iii) Minimumkan pelepasan dari Empangan Air Itam dan Empangan Teluk Bahang;

(iv) PBAPP akan menimumkan pelepasan dari Empangan Air Itam dan Empangan Teluk Bahang untuk memanjangkan jangka hayat simpanan kemarau di Negeri Pulau Pinang.

(v) Maksimumkan pengeluaran air di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua;

66

(vi) Untuk memenuhi permintaan air, pihak PBAPP akan mengoptimumkan pengeluaran air terawat dari loji rawatan air terbesar di Negeri Pulau Pinang iaitu LRA Sungai Dua. Langkah ini bagi memastikan tiada isu bekalan air berlaku di Negeri Pulau Pinang walaupun pelepasan dari Empangan Teluk Bahang diminimumkan.

(vii) Pelepasan strategik dari Empangan Mengkuang;

(viii) Pihak PBAPP akan melepaskan air mentah dari Empangan Mengkuang bagi memastikan bekalan air mentah yang mencukupi untuk dirawat oleh LRA Sungai Dua.

(ix) Memohon meneruskan operasi pembenihan awan;

(x) Operasi pembenihan awan untuk Negeri Kedah dan Negeri Pulau Pinang akan dipertimbangkan semasa musim kemarau jika perlu bertujuan untuk mencetuskan hujan sebanyak mungkin bagi meningkatkan kapasiti efektif empangan Air Itam, Teluk Bahang dan Mengkuang di Negeri Pulau Pinang dan Empangan Beris dan Muda di Negeri Kedah. Operasi pembenihan awan ini penting untuk menghasilkan kesan serta-merta serta mengurangkan risiko kemarau yang berpanjangan.

(xi) Pengurusan tekanan; dan

(xii) Mengawal tekanan di dalam sistem agihan pada waktu malam untuk mengisi kolam takungan air terawat bagi memastikan bekalan yang mencukupi pada waktu puncak bagi penggunaan air pada siang hari.

(xiii) Kempen Penggunaan Air Secara Berhemah.

▪ Kaedah penggunaan air secara berhemah adalah seperti berikut:

▪ Elak penggunaan hos;

▪ Gunakan penyapu dan mop untuk membersihkan rumah;

▪ Gunakan penyiram untuk menyiram di taman atau pokok-pokok;

▪ Jangan biarkan air paip mengalir. Tutup semua paip selepas digunakan dan didik ahli keluarga untuk mencontohinya.

(b) Adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri Kedah bagi memastikan Hutan Ulu Muda terus terpelihara. Hutan Ulu Muda mesti dikendalikan secara lestari sebagai kawasan tadahan air utama di Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER). Pengurusan lestari oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dapat menghentikan sepenuhnya dan melarang semua aktiviti pembalakan, perlombongan dan lain-lain aktiviti yang merosakkan Hutan Ulu Muda.

24. Pencemaran mikroplastik di laut.

(a) Adakah kajian tentang tahap pencemaran mikroplastik di perairan laut Pulau Pinang?

(b) Kenapakah Kerajaan Negeri tidak melarang produk-produk kosmetik dan produk pembersihan yang mengandungi mikroplastik terus dijual beli dalam pasaran?

(c) Terangkan secara terperinci tentang usaha kerajaan dalam memelihara lautan kita khasnya sumber makanan laut untuk rakyat.

67

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

24. (a) Jabatan Perikanan melalui FRI Batu Maung telah menjalankan kajian mikroplastik di dalam perairan Pulau Pinang yang tertumpu di sekitar kawasan Sungai Udang pada tahun 2019. Keputusan mencatatkan kadar pencemaran mikroplastik di sekitar Sungai Udang sebanyak 35.67 partikel/L secara purata dan adalah sedikit tinggi berbanding di kawasan lain seperti Langkawi (15.67 partikel/L), dan Terengganu (0.68 – 6.44 partikel/L). Keputusan yang tinggi berkemungkinan disebabkan kawasan pensampelan yang berdekatan dengan kawasan perumahan, perikanan, serta industri. Kajian kini dipergiatkan di dalam sumber perikanan di Pulau Pinang dan data kajian masih di peringkat analisis. Mikroplastik dan nanoplastik yang bersaiz kurang dari 1.5µm diameter adalah berbahaya kerana boleh meresap di dalam tisu dan merosakkan sel secara langsung.

(b) Sehingga kini tiada akta yang melarang jual beli produk-produk yang mengandungi mikroplastik. Usaha untuk melarang produk-produk kosmetik dan pembersihan yang mengandungi mikroplastik tidak seharusnya tertakluk kepada Kerajaan Negeri sahaja. The Microbead-Free Waters Act of 2015 yang dilaksanakan di Amerika Syarikat (AS) merupakan undang-undang yang dipersetujui oleh seluruh negeri di AS kerana mereka memahami implikasi mikroplastik yang akan berakhir di lautan. Sekiranya tiada usaha sama di seluruh negara, pencemaran mikroplastik sukar dibendung.

Sumber mikroplastik bukanlah didapati daripada produk-produk kosmetik dan produk pembersihan yang mengandungi mikroplastik sahaja, tetapi juga didapati daripada sumber primer iaitu plastik bersaiz besar yang tidak mampu terurai dan akhirnya menjadi semakin kecil dan mikro (<5mm). Usaha membendung sumber primer mikroplastik oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dijalankan secara progresif dengan memperkenalkan kempen “No Plastic Bags” untuk mencapai matlamat sifar plastik sekali guna.

(c) Kajian mikroplastik di dalam sumber makanan laut giat dijalankan oleh Jabatan Perikanan melalui FRI Batu Maung serta universiti awam yang meliputi spesis ikan dan kerang-kerangan yang komersial. Mikroplastik memang terdapat di dalam sumber makanan laut seperti yang direkodkan oleh FRI Batu Maung yang menjumpai 23.07 partikel/ individu di dalam saluran perut ikan aya (Thunnus tonggol). Walau bagaimanapun usaha perlu dipergiatkan lagi dengan mengkaji kadar mikroplastik di dalam tisu ikan, serta kadar ketoksikan bahan kimia yang larut lesap daripada mikroplastik. Rekod penemuan mikroplastik di dalam najis manusia juga telah dicatatkan dengan kadar 20 partikel/10gram najis.

Jabatan Perikanan Negeri juga sentiasa mengadakan kempen kesedaran kepada nelayan dan orang awam untuk menghindari penggunaan barangan plastik di dalam kehidupan seharian dan membuang sisa plastik di ruang yang disediakan. Jabatan juga giat menjalankan aktiviti pembersihan pantai seperti Save Our Sea Bersama NGO, dan pelajar pengajian tinggi serta pelajar sekolah. Kerajaan juga sentiasa menggalakkan rakyat untuk menggunakan bahan yang boleh dikitar semula dan menggalakkan membawa beg sendiri untuk membeli barang keperluan harian.

68

25. Terangkan hasil perbincangan dalam Sesi Libat Urus Pemegang Taruh Telekomunikasi bagi pelaksanaan projek Smart Street Pole (SSP) di Pulau Pinang.

(a) Bagaimanakah SSP dapat mengurangkan jurang akses internet di antara bandar dan luar bandar sekiranya SSP hanya dipasang di kawasan berkepadatan penduduk tinggi?

(b) Adakah SSP merupakan alternatif kepada Penang Free WiFi?

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

25. Sesi Libat Urus bersama semua Pemegang Taruh Telekomunikasi bagi pelaksanaan Projek Smart Street Pole (SSP) di Pulau Pinang telah diadakan pada 27 Oktober 2021 yang lalu. Pada sesi libat urus tersebut, Kerajaan Negeri telah membentangkan dan berkongsi berkenaan intipati Garis Panduan pelaksanaan Projek SSP. Kerajaan Negeri juga telah mendapatkan input dan maklum balas daripada peserta yang hadir berkaitan Garis Panduan SSP untuk ditambahbaik agar pelaksanaanya kelak berjalan dengan lancar dan teratur.

(a) Pelaksanaan Projek SSP ini dilihat dapat merapatkan jurang kadar liputan internet di seluruh negeri Pulau Pinang. Penukaran tiang lampu sedia ada kepada SSP akan meluaskan dan menjadikan liputan internet di kawasan yang terlibat menjadi lebih stabil. Tiga (3) kawasan utama yang perlu diberi penekanan terhadap pelaksanaan Projek SSP ini adalah di kawasan berkepadatan tinggi, kawasan tumpuan orang ramai dan kawasan yang mempunyai liputan internet yang terhad.

(b) Projek SSP bukan merupakan alternatif kepada Penang Free WiFi pada masa kini. Projek SSP merupakan satu perancangan bagi melebarluaskan liputan internet di kawasan yang terlibat. Penyediaan infrastruktur telekomunikasi yang menyokong liputan 4G dan 5G dilihat dapat menarik minat pihak syarikat penyedia telekomunikasi untuk memasang peranti komunikasi masing-masing.

Kerajaan Negeri percaya perkhidmatan WiFi percuma perlu diteruskan di masa hadapan. Untuk itu, antara komponen IOT bagi projek SSP adalah Access Point (AP) bagi tujuan WiFi. Kerajaan Negeri masih lagi meneliti model perniagaan yang bersesuaian untuk penyediaan perkhidmatan WiFi yang dapat memanafaatkan golongan yang memerlukan.

26. Senaraikan nama-nama arborist bertauliah yang berkhidmat di Pulau Pinang mengikut jabatan/agensi kerajaan atau swasta.

(a) Sejauh manakah MBPP dan MBSP menyelenggara serta memeriksa kesihatan dan keselamatan sesuatu tumbuhan dan pokok?

(b) Adakah kedua-dua PBT mengguna pakai "Tree Inventory & Management System" bertujuan kurangkan kos pengurusan pokok serta mitigasi risiko pokok tumbang?

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

26. Senarai nama-nama arborist bertauliah yang berkhidmat di Pulau Pinang adalah seperti berikut:

69

BIL. NAMA NAMA

JABATAN/AGENSI TEMPAT KELAYAKAN

1. Azizul Fahmi bin

Muhamad Kerajaan George Town

ISA Certified Arborist®

2. Chandra Sagaran

a/l Vadiveloo Kerajaan George Town

ISA Certified Arborist®

3. Gunasilan a/l Ramasamy

Swasta Gelugor ISA Certified

Arborist®

4. Ridzuan bin Yahya Swasta Butterworth, ISA Certified

Arborist®

5. Mohd Dzikry bin Mohamad Hydzir

Swasta George Town ISA Certified

Arborist®

6. Ahmad Nizam bin

Azim Swasta George Town

ISA Certified Arborist®

7. Hui Lin Cheng Swasta Bayan Lepas ISA Certified

Arborist®

8. Muhamad Nor Faris bin Zulfitri

Swasta George Town ISA Certified

Arborist®

9. Fariza Firdaus binti

Mohd Salleh Swasta George Town

ISA Certified Arborist®

10. Karwina binti Abu

Bakar Swasta George Town

ISA Certified Arborist®

11. Noor Azlin binti

Yahya Swasta George Town

ISA Certified Arborist®

(a) Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) telah menjalankan penyelenggaraan dan pemeriksaan terhadap pokok-pokok secara berkala. Selain daripada menerima aduan awam berkaitan pokok, penggunaan resistograph merupakan salah satu alat pemeriksaan pokok yang dilaksanakan bagi mengesan lebih awal pokok berisiko yang mempunyai masalah pereputan/lubang pada batang/dahan/kayu dalaman pokok. Kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga mengambil tindakan segera bagi kerja-kerja kontrak penyelenggaraan dan pemeriksaan pokok yang dikenal pasti dengan memberi keutamaan kepada kontraktor yang mempunyai pengalaman dalam bidang arborist bagi memastikan kesihatan dan keselamatan sesuatu tumbuhan dan pokok terjamin.

(b) Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah mempunyai sistem pengurusan inventori pokok iaitu Penang Tree Inventory System (PeTIS) bagi memudahkan MBPP merancang, mengesan dan menyelenggara bagi mengurangkan kos pengurusan pokok serta mitigasi risiko pokok-pokok tumbang di kawasan pulau. Setakat ini sebanyak 14,137 maklumat pokok didaftarkan di dalam sistem ini yang mengandungi maklumat spesis, saiz fizikal, lokasi dan penyelenggaraan pokok. Setiap pokok yang telah diselenggara akan direkodkan ke dalam sistem ini termasuk penjadualan kerja-kerja penyelenggaraan akan dijana melalui sistem untuk tindakan oleh Majlis. Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) pula masih dalam tindakan untuk membangunkan sistem pengurusan inventori pokok secara dalaman

70

bagi kawasan Seberang Perai sebagai salah satu cara mitigasi pemantauan pokok tumbang dalam mengurangkan kos penyelenggaraan pokok.

27. Sejauh manakah Big Data Analytics (BDA) dapat membantu kerajaan dalam proses membuat keputusan serta merangka dasar?

(a) Senaraikan bilangan data saintis yang berkhidmat di dalam sektor perkhidmatan awam mengikut jabatan/agensi dan tugasan.

(b) Apakah usaha kerajaan dalam mempersiapsiagakan sektor perkhidmatan awam untuk menerima ketibaan big data serta artificial intelligence (AI)?

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

27. Analitis data raya (Big Data Analytics, BDA) adalah satu proses menganalisis pelbagai jenis data, berstruktur dan tidak berstruktur dari pelbagai sumber bagi mengenal pasti corak atau trend sehingga menghasilkan dapatan, maklumat dan pengetahuan (insight) yang berupaya membantu dalam pembuatan keputusan yang cepat, tepat, pintar dan inklusif.

Pengaplikasian data raya sebagai salah satu new emerging technologies adalah signifikan untuk meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kos operasi organisasi melalui perancangan dan pembuatan keputusan berasaskan data dan fakta. Penggunaan BDA dapat membantu untuk menghasilkan visualisasi dan aplikasi yang bermanfaat kepada pengurusan dalam membuat keputusan dan perancangan termasuk merangka dasar melalui eksploitasi potensi semua data yang ada seterusnya berupaya meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada rakyat.

Secara umum, penganalisisan berasaskan teknologi BDA ini dapat membantu pengurusan melalui empat kategori utama tahap analisis iaitu:

(i) Analisis deskriptif yang dapat memberi maklumat apa yang telah berlaku;

(ii) Analisis diagnostik yang membantu kita untuk memahami sebab sesuatu berlaku di masa lalu;

(iii) Analisis ramalan yang dapat meramalkan perkara yang berkemungkinan berlaku pada masa hadapan; dan

(iv) Analisis preskriptif yang dapat mengesyorkan tindakan yang boleh diambil berdasarkan hasil penemuan analisis.

Selari dengan transformasi digital dan inisiatif Data Raya Sektor Awam (DRSA), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (PSUKPP) telah melaksanakan dua (2) inisiatif BDA seperti berikut:

(i) Projek Rintis BDA Pemilikan Rumah Mampu Milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Projek ini dilaksanakan pada tahun 2017 dengan penglibatan 7 jabatan/agensi yang berperanan sebagai subject matter expert (SME) iaitu Lembaga Perumahan Pulau Pinang, Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang (PTGPP), Unit Pengurusan Geospatial (PeGIS) BTMKN, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), PlanMalaysia@Pulau Pinang dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC). Projek ini dibangunkan bagi membantu Pentadbiran Kerajaan Negeri dalam perancangan skim perumahan mampu milik. Hasil daripada analisis data ini telah membantu Kerajaan Negeri menambah baik dasar-dasar sedia ada, iaitu:

71

(a) Pindaan dan pelaksanaan terhadap dasar sedia ada yang melibatkan:

1) Dasar Rangsangan Sektor Hartanah Negeri Pulau Pinang 2020;

2) Penambahbaikan Dasar dan Garis Panduan Perumahan Negeri Pulau Pinang 2017; dan

3) Pindaan Dasar Pelepasan Kuota Hartanah dan Perumahan Pulau Pinang 2019.

(b) Menambah peratusan kuota Rumah Mampu Milik (RMM) C kepada "open market" dari 30 peratus kepada 40 peratus yang melibatkan:

1) Pembukaan sempadan pematuhan kuota dan penyediaan RMM A dan B mengikut sempadan PBT yang sebelum ini adalah mengikut daerah;

2) MBSP menetapkan kawasan khusus penyediaan RMM B di 6 lokasi yang sebelumnya hanya RMM A sahaja di bawah Dasar Penyediaan Low Cost (LC)/Low and Medium Cost (LMC); dan

3) Penawaran RMM A dan B bagi Daerah Timur Laut (DTL) dan Daerah Barat Daya (DBD) turut dibuka tanpa menjejaskan kekananan sekiranya menolak tawaran tersebut sebanyak 2 kali.

(ii) Projek BDA Pengurusan Bencana Banjir

Pembangunan Projek Pengurusan Bencana Banjir adalah bertujuan untuk membantu kesiapsiagaan menghadapi banjir. Projek ini siap dibangunkan pada 2020 dengan penglibatan 8 jabatan/agensi iaitu Bahagian Khidmat Pengurusan PSUKPP, Pejabat-Pejabat Daerah dan Tanah, MBPP, MBSP, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Meteorologi Pulau Pinang, Jabatan Kerja Raya Pulau Pinang (JKR) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM). Kini, Projek BDA Pengurusan Bencana Banjir sedang dalam peringkat pemantapan prestasi dan pelaksanaan deployment untuk penglibatan jabatan/ agensi terlibat.

(a) Sehingga kini belum ada perjawatan khusus perjawatan bagi data saintis yang berkhidmatan dalam sektor perkhidmatan awam.

(b) Dalam mempersiapsiagakan sektor perkhidmatan awam untuk menerima ketibaan big data serta artificial intelligence (AI), Kerajaan Negeri melalui Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (PSUKPP) dan agensi negeri seperti Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) telah menyusun strategi pelaksanaan seperti yang berikut:telah melaksanakan pelbagai usaha.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (PSUKPP)

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (PSUKPP) telah melaksanakan beberapa tindakan utama seperti yang berikut:

(i) Pasukan Data Raya

Pada masa ini PSUKPP telah mula mewujudkan satu pasukan data raya dengan pengambilan sebanyak 2 perjawatan secara kontrak bagi memulakan usaha mewujudkan keupayaan pasukan dalam bidang analitis data.

(ii) Penyediaan Infra Data Raya

Pengumpulan dan pengurusan big data memerlukan infrastruktur berbeza daripada cara penyimpanan data sedia ada. Oleh demikian, satu infrastruktur big data khusus telah diwujudkan untuk menyokong keperluan pelaksanaan

72

inisiatif Big Data Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Beberapa teknologi analytical tools yang telah digunakan adalah berasaskan keperluan pengurusan data dan penghasilan analisis mengikut keperluan pengguna aplikasi big data. Berdasarkan landskap arkitektur infrastruktur BDA, teknologi yang disediakan PSUKPP merangkumi platform kluster Hadoop bagi penyimpanan data, kluster penganalisisan, integrasi sumber data dan visualisasi.

(iii) Perkongsian Data

Perkongsian data antara agensi adalah penting untuk memastikan keberkesanan aplikasi big data yang dibangunkan. Tunjang penganalisisan yang tepat bergantung kepada sumber data yang mencukupi dan tepat. Analisis dan model ramalan hanya akan berfungsi pada tahap optimum dengan adanya perkongsian data yang mantap. Melalui perkongsian data antara agensi akan dapat membantu perancangan, penggubalan dasar dan keputusan secara berkesan dalam analitis data.

Pada tahun 2020, PSUKPP telah memainkan peranan sebagai penyelaras peringkat negeri dan jabatan/agensi Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah terlibat sama dalam memberi input pada sesi pembangunan Dasar Perkongsian Data Sektor Awam yang dilaksanakan oleh MAMPU. Dasar ini menggariskan panduan kepada Agensi Sektor Awam bagi melaksanakan perkongsian data merentas agensi ke arah penyampaian perkhidmatan Kerajaan bersepadu dan berpacukan data.

Kini PSUKPP dalam usaha bersama pihak MAMPU untuk perkongsian data secara selamat antara agensi Kerajaan melalui platform Malaysian Government Central Data Exchange (MyGDX). Platform ini membolehkan maklumat diselaras dan dikongsikan merentasi agensi dengan lebih efisien.

(iv) Artificial Intelligence (AI)

Terdapat penggunaan AI dalam projek BDA yang dibangunkan oleh PSUKPP. Projek BDA Pemilikan Rumah Mampu Milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang menggunakan AI adalah pengesanan lokasi strategik bagi rumah mampu milik dan ramalan trend permohonan perumahan. Manakala projek BDA Pengurusan Bencana Banjir menyediakan paparan dashboard dengan fungsi AI bagi mengetahui ramalan amaran banjir melalui data sensor kawasan hotspot.

(v) Penyelarasan Data

PSUKPP telah menubuhkan Jawatankuasa Penyelarasan Data Negeri Pulau Pinang pada 2017. Keahlian jawatankuasa ini terdiri daripada semua jabatan/ agensi negeri. Peranan Jawatankuasa Penyelarasan Data Negeri adalah seperti berikut:

1) Merangka strategi dan pelan pelaksanaan data terbuka dan perkongsian data di peringkat negeri;

2) Mewujudkan pasukan kerja data berdasarkan keperluan;

3) Memantau tahap penggunaan dan perkongsian data; dan

4) Memastikan keperluan polisi dan sasaran yang dikenal pasti dipatuhi dan tercapai.

73

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP)

MBPP telah menyusun strategi pelaksanaan seperti yang berikut:

(a) Fasa 1 (2021 – 2022): Membangunkan Keupayaan BDA (Build BDA Capability)

(i) Refresh dan menaik taraf rangkaian (Network Refresh and upgrade)

(ii) Menaik taraf komputer dan storan (Computer and storage upgrade)

(iii) Kemudahan pusat data utama (Primary data center facility)

(iv) Pusat data berasaskan awan (Cloud Based data center)

(b) Fasa 2 (2023-2024) Meningkatkan Keupayaan BDA (Enhance BDA Capability)

(i) Enterprise System Implementation and Integration with Core System

(ii) Peningkatan Platform Analitis (Analytics Platform Enhancement)

(c) Fasa 3 (2025) Ekosistem BDA Yang Mampan (Sustainable BDA Ecosystem)

(i) Pengembangan Analitis Data dan Kepintaran Buatan (Data Analytics Expansion and Artificial Intelligence)

(ii) Data Terbuka (Open Data)

(iii) Penerokaan Aliran Hasil Baharu MBPP (Exploration of MBPP New Revenue Stream)

Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP)

Antara usaha Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dalam mengsiapsiagakan kakitangan MBSP untuk menerima ketibaan big data serta AI dengan melaksanakan pendedahan awal, iaitu melalui:

(i) Bengkel Inisiatif Data Raya Pentadbiran Negeri Pulau Pinang “Converting Bih Data Vision To Action” pada 15 hingga 16 April 2016;

(ii) Bengkel Perbincangan Dan Pelaksanaan Projek "Big Data Analytic" pada 29 hingga 29 Mac 2016;

(iii) “Forum 3rd Digital Transfromation Forum: Role Of Big Data & Analytics In Industry 4.0 Supply Chain” pada 11 Februari 2020; dan

(iv) Seminar “Big Data Analytics: A Government Perspective” pada 16 Ogos 2018.

Selaras dengan itu juga MBSP telah mula menguna pakai teknologi baharu seperti AI dan IoT (Internet Of Things) dalam beberapa projek iaitu:

(i) Pemantauan CCTV bagi tujuan pengesan bilangan kenderaan dan pengecaman wajah; dan

(ii) Big data dan IoT dalam pemantauan dan kawalan banjir melalui projek INFLOS yang sedang dalam proses pembangunan.

(iii) Penggunaan GPS dalam kenderaan iaitu peralatan IoT bagi mengesan pergerakan kenderaan bagi mengurangkan isu kutipan sampah dan pembuangan sampah haram.

Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC)

Antara usaha PDC bagi menerima ketibaan big data serta AI adalah seperti yang berikut:

74

(i) Meningkatkan infrastruktur ICT;

(ii) Meningkatkan keselamatan akses atas talian ke server sebagai persediaan untuk menyediakan sistem;

(iii) Mewujudkan kolaboratif antara agensi dalam perkongsian maklumat dan keputusan;

(iv) Merancang dan mewujudkan produk dan perkhidmatan baharu daripada sumber data berdasarkan penghasilan maklumat; dan

(v) Menyokong inisiatif kerajaan berkaitan big data serta AI.

28. Apakah status terkini tentang kajian tebatan banjir Kulim-Bandar Baharu dan Pulau Pinang?

(a) Terangkan secara terperinci tentang pelaksanaan cadangan pembinaan rumah pam di Sungai Junjong Mati.

(b) Senaraikan peruntukan yang disalurkan/diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri untuk projek-projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB).

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

28. Status Kajian Keberkesanan Penyelesaian Banjir Jangka Panjang di Negeri Pulau Pinang termasuk Daerah Kulim dan Bandar Baharu di Negeri Kedah adalah dalam peringkat akhir pelantikan perunding kejuruteraan. Proses perolehan telah dibuat dengan tarikh iklan pada 29 Jun 2021 dan tarikh tutup pada 19 Ogos 2021.

(a) Proses perolehan perunding bagi penyediaan Reka Bentuk Terperinci bagi Mengurangkan Risiko Banjir di Lembangan Sungai Junjung Mati, Seberang Perai Tengah (SPT), Negeri Pulau Pinang telah diiklankan pada 15 November 2021.

(b) Senarai projek-projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) yang dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan adalah seperti berikut:

(i) RTB Lembangan Sungai Pinang dengan kos berjumlah RM150.0 juta;

(ii) RTB Teluk Kumbar dengan kos berjumlah RM10.0 juta;

(iii) RTB Teluk Bahang dengan kos berjumlah RM8.0 juta;

(iv) RTB Pondok Upeh/Sungai Burung dengan kos berjumlah RM10.0 juta;

(v) RTB Sungai Dua Besar dengan kos berjumlah RM45.0 juta;

(vi) RTB Sungai Kechil dengan kos berjumlah RM16.5 juta; dan

(vii) RTB Taman Siakap dengan kos berjumlah RM20.0 juta.

29. Program Kesihatan Komuniti.

(a) Berapakah peruntukan yang digunakan untuk menjalankan program-program preventive medical sejak 2018?

(b) Bandingkan peruntukan tersebut dengan jumlah peruntukan yang digunakan untuk perubatan dan rawatan.

(c) Sejauh manakah keberkesanan program-program kesedaran kesihatan yang mementingkan nutrisi dan budaya hidup yang sihat dalam kalangan rakyat Pulau Pinang?

75

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

29. (a) Program Kesihatan Awam adalah luas dan menyeluruh bagi memastikan individu, keluarga dan rakyat di negeri ini hidup sihat dan sejahtera. Program Kesihatan Awam ini secara amnya tertumpu kepada aspek promosi (promotive) dan pencegahan (preventive), di samping perawatan (curative) dan pemulihan (rehabilitative). Program-program ini memainkan peranan penting dalam sokongan pencegahan insiden dan penyebaran penyakit berjangkit dan tidak berjangkit. Peruntukan yang digunakan secara komprehensif serta perbandingan dengan jumlah peruntukan perubatan dan rawatan dinyatakan dalam Jadual 1.

(b) Perbandingan Peruntukan Program Kesihatan Awam dan Program Perubatan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pulau Pinang adalah seperti Jadual 1 berikut:

(c) Program-program kesedaran kesihatan berkaitan dengan budaya hidup sihat dilaksanakan secara dalam talian atau melalui kempen-kempen media massa dan media sosial. Secara keseluruhan, program atau kempen kesedaran kesihatan telah dilaksanakan berjaya menyampaikan maklumat kesihatan kepada rakyat negeri Pulau Pinang. Selain itu, pelaksanaan program atau kempen kesedaran kesihatan juga telah berjaya meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan kefahaman rakyat negeri Pulau Pinang berkaitan dengan penjagaan kesihatan, pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit atau tidak berjangkit.

Kempen kesedaran amalan makan secara sihat juga dilaksana menerusi pelbagai aktiviti/program seperti Kempen Cara Hidup Sihat, Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN) komuniti, KOSPEN PLUS, Suku-suku-separuh (Pinggan Sihat Malaysia), Panduan Diet Malaysia, Program Bersih, Selamat dan Sihat (BeSS), Kafetaria Sihat, Program Kembara Pemakanan Sihat Di Pasaraya dan pelbagai lagi. Aktiviti/program ini dijalankan di peringkat komuniti bertujuan mendidik masyarakat mengenai kepentingan amalan makan secara sihat terutamanya bagi mengurangi risiko kejadian penyakit tidak berjangkit.

Kajian National Health & Morbidity Survey (NHMS) 2019 di kalangan orang dewasa Pulau Pinang (18 tahun ke atas) mendapati bahawa terdapat sebanyak 31.6 peratus mengalami masalah berlebihan berat badan, 18.6 peratus mengalami obesiti, 55 peratus mempunyai abdominal obesiti, 18.2 peratus mengidap Diabetes, 25.1 peratus mengidap tekanan darah tinggi dan 41.8 peratus mempunyai paras kolesterol yang tinggi.

Kajian juga melaporkan 93.4 peratus orang dewasa Pulau Pinang tidak mengambil jumlah buah-buah dan sayuran-sayuran yang disarankan (5 sajian sehari), 31 peratus tidak minum air kosong secukupnya (6-8 gelas sehari) dan hanya 24.9 peratus mengetahui konsep suku-suku-separuh (Pinggan Sihat Malaysia).

TAHUN PROGRAM

KESIHATAN AWAM (RM) PERUBATAN (RM)

2018 236,080,204.50 808,802,805.15

2019 264,136,760.73 836,953,414.00

2020 259,560,815.49 832,298,675.00

2021 276,663,603.90 861,618,174.00

Jumlah 1,036,441,384.62 3,339,673,068.15

76

Hasil dapatan kajian ini menunjukkan kempen amalan makan secara sihat masih belum cukup memberikan kesan yang baik terhadap tingkah laku pemakanan dalam kalangan penduduk Pulau Pinang. Justeru itu, Kerajaan Negeri melalui JKN Pulau Pinang akan mengatur strategi yang lebih efektif serta komprehensif bagi mengubah tingkah laku gaya hidup sihat rakyat negeri ini.

30. Suicide preventive hotline atau careline.

(a) Senaraikan bilangan panggilan untuk kaunseling/minta bantuan yang diterima oleh NGO dan kerajaan sejak tahun 2021 mengikut talian-talian yang ada serta bulan.

(b) Terangkan keberkesanan dan cabaran untuk talian hotline COVID-19 yang dikendalikan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

30. (a) Berdasarkan data pihak Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pulau Pinang, bilangan individu yang menggunakan Talian Sokongan Psikososial bagi tempoh bermula dari Januari sehingga Julai 2021 adalah seramai 513 orang. Pecahan kaedah talian yang diterima adalah seperti berikut:

BIL. KAEDAH TALIAN

JUMLAH TALIAN

DITERIMA

PERATUSAN (%)

1 Panggilan telefon 222 43.27

2 Aplikasi WhatsApp 276 53.80

3 Laman Facebook 14 2.73

4 Aplikasi Zoom / Facetime 1 0.19

JUMLAH 513 100

Daripada keseluruhan jumlah talian yang diterima, peratusan perkhidmatan nasihat yang telah diberikan adalah seperti berikut:

BIL. KAEDAH TALIAN PERATUSAN (%)

1 Sokongan Emosi/Psikologi/Kaunseling 94.0

2 Menyuarakan aduan pengendalian COVID-19

2.3

3 Pertanyaan maklumat COVID-19/PKP 0.2

4 Isu kesihatan 1.9

5 Isu rumah tangga 0.2

6 Isu psikiatri 0.2

7 Permohonan untuk keperluan/bantuan /sumbangan

0.2

8 Isu-isu lain 1.0

JUMLAH 100

(c) COVID-19 Call Centre (CCC) di bawah seliaan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah beroperasi pada 15 September 2021 dan telah menerima 1 sahaja panggilan untuk kaunseling iaitu pada bulan September.

Lain-lain panggilan masuk adalah seperti perincian di Jadual 1.

77

Jadual 1

DATA PANGGILAN MASUK PUSAT PANGGILAN COVID-19 NEGERI PULAU PINANG

(15 SEPTEMBER HINGGA 15 NOVEMBER 2021)

TARIKH

POSITIF COVID/

KONTAK RAPAT

VAKSIN SOP KAUNSELING

LAIN-LAIN (MySejahtera,

etc) JUMLAH

SEPT 181 214 7 1 97 500

OKT 79 128 8 0 55 270

NOV 14 45 1 0 38 98

JUMLAH 274 387 16 1 190 868

COVID-19 Call Centre (CCC) telah berjaya menambah baik pengurusan masa tindak balas atau ‘response time’ bagi pemantauan kontak rapat dan pesakit COVID-19 di Negeri Pulau Pinang. Cabaran untuk mengendalikan talian hotline COVID-19 ini adalah bergantung kepada kes positif harian Negeri Pulau Pinang yang masih belum menunjukkan penurunan yang memberangsangkan.

Status Penggunaan Physical CAC MODULE (E-COVID) dan senarai Pusat Panggilan CAC seperti dalam LAMPIRAN A.

Covid Emergency Careline yang bermula pada 28 Ogos 2021 hingga 15 November 2021. Perincian seperti di LAMPIRAN B.

Secara keseluruhannya, talian hotline COVID-19 yang dikendalikan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dilihat banyak membantu masyarakat negeri ini dalam bimbingan psikologi kepada mereka yang mengalami tekanan akibat pandemik COVID-19. Talian ini juga dilihat menerima reaksi positif daripada rakyat kerana adanya elemen sokongan dan tindakan serta-merta diambil oleh pihak Kerajaan Negeri. Justeru, rakyat dapat memahami bahawa pihak Kerajaan Negeri sentiasa mengambil berat berkaitan isu kesejahteraan hidup rakyatnya

78

79

80

81

II. Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Adakah Penang Development Corporation (PDC) bercadang sebarang pembangunan di tapak Lot 71537, Lot 71447, Lot 2327 dan 2328, Lot 7596 dan Lot 71400 ?

(a) Jika ya, mohon perincikan pembangunan tersebut.

JAWAPAN OLEH Y.A.B KETUA MENTERI:

1. Buat masa ini, Penang Development Corporation (PDC) mempunyai perancangan untuk pembangunan di Lot 71537 dan Lot 2327 & 2328 mengikut perincian seperti berikut:

NO LOT LOKASI PERANCANGAN

71537 Tapak bersebelahan Loji IWK

Bayan Mutiara

Pembangunan 356 unit Rumah Mampu Milik (RMM)

2327 & 2328 Medan Mayang Pasir Perancangan Pembangunan

Perumahan.

Tiada perancangan di pihak PDC untuk pembangunan di Lot 71447, Lot 7596 dan Lot 71400. Pihak PDC berhasrat untuk menjual atau menyewa tanah tersebut kepada pihak yang berminat memandangkan tapak tersebut merupakan tanah baki pembangunan dan mempunyai bentuk yang sukar untuk dibangunkan.

2. Apakah perancangan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) terhadap Astaka Pantai di depan kilang Seagate yang ditinggalkan lama?

(a) Jika ada, mohon perincikan perancangan tersebut..

JAWAPAN OLEH Y.A.B KETUA MENTERI:

2. Kompleks Selera Sri Pantai atau lebih dikenali sebagai Astaka Pantai adalah merupakan sebuah kompleks makanan dengan kapasiti 46 buah tapak perniagaan yang dibina oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC). Walau bagaimanapun, kompleks tersebut kemudiannya diserahkan kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) untuk pengisian dan penempatan penjaja-penjaja sekitar kawasan pesisir pantai. Pada ketika ini, terdapat 16 orang peniaga sahaja yang menyewa tapak perniagaan di situ memandangkan kompleks tersebut memerlukan penaiktarafan infrastruktur menyeluruh untuk beroperasi sepenuhnya.

Justeru, MBPP telah merangka strategi untuk membuat penambahbaikan daripada aspek pengurusan dan menaik taraf kompleks tersebut dengan mengadakan panggilan sebut harga pada akhir tahun 2020.

Walau bagaimanapun, sebut harga tersebut telah dibatalkan pada 29 Julai 2021 memandangkan tapak kompleks berkenaan berkemungkinan terlibat dengan projek yang akan dilaksanakan oleh PDC melalui Request for Proposal (RFP) Reclaim dan Develop Area di roundbout berhampiran Pasaraya Queensbay sehingga Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah atau Jambatan Kedua Pulau Pinang.

Oleh yang demikian, panggilan sebut harga yang baharu telah dilaksana dan diiklankan pada 8 November 2021 kepada peniaga-peniaga yang berminat. MBPP juga dijangka akan membuat penyewaan gerai baharu mengikut tempoh lesen menduduki sementara iaitu penyewaan kepada satu penyewa tunggal untuk mengurus gerai selama tiga (3) tahun.

82

3. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membangunkan kawasan lapang tepi pantai di sebelah D'Residence sebagai satu produk pelancongan dan memastikan pengunjung pantai tidak tertumpu di Batu Feringghi sahaja?

(a) Adakah fasiliti dan kemudahan pantai seperti pondok, tandas awam akan dibina di sana?.

JAWAPAN OLEH Y.A.B KETUA MENTERI:

3. Kerajaan Negeri menyambut baik cadangan untuk membangunkan kawasan lapang bersebelahan D’ Residence sebagai salah satu kawasan pelancongan.

Walau bagaimanapun, pada masa sekarang, Kerajaan Negeri masih belum mempunyai sebarang cadangan untuk berbuat demikian kerana kajian dan perancangan teliti perlu dibuat termasuklah implikasi kewangan serta permatuhan garis panduan agensi-agensi yang terlibat.

4. Selain daripada 5 Points Blok di Mahsuri yang akan terlibat dalam Perancangan Pembaharuan Semula Bandar, adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membangunkan semua blok-blok 5 tingkat PDC di kawasan Mahsuri, Mayang Pasir dan Jalan Tengah yang lain?.

JAWAPAN OLEH Y.A.B KETUA MENTERI:

4. Kerajaan Negeri telah meluluskan penubuhan Jawatankuasa Pembaharuan Semula Bandar (Urban Regeneration Committee) bagi menilai dan memutuskan pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar di Negeri Pulau Pinang. Pembaharuan Semula Bandar merupakan alternatif dalam merangka pembangunan melibatkan perumahan berstrata yang telah berusia dan tidak lagi kos efektif untuk diselenggarakan. Lima (5) projek perintis telah dikenalpasti untuk projek URC di Negeri Pulau Pinang seperti berikut:

Bil. Projek Daerah

1. Skim Mahsuri 5 Point Blocks. Lot 2319-2325, Mukim 12, Bayan Baru (Mahsuri)

Barat Daya

2. Taman Free School, Lot 10018, Seksyen 6

Timur Laut

3. Rumah Pangsa Mak Mandin Lot 10027, Seksyen 3, Butterworth

Seberang Perai Utara

4. Rumah Pangsa Siakap, Lot 3402, 3403 Mukim 1

Seberang Perai Tengah

5. Rumah Pangsa Padang Tembak Lot 1275, 1276, 1277, 1278, 1279, 1280, 1281, 1282, 1283 & 1284 Seksyen 2

Timur Laut

Jawatankuasa Pembaharuan Semula Bandar (JPSB) telah memutuskan rangka kerja bagi Projek Pembaharuan Semula Bandar pertama melibatkan Mahsuri 5 Point Blocks, Bayan Baru di daerah Barat Daya. Fasa projek ini terbahagi kepada dua (2) komponen iaitu:

(a) Pembangunan Fasa 1 melibatkan tanah kosong di Lot 2323 (asalnya dikenali sebagai Blok H). Pembangunan Fasa 1 melibatkan pembangunan 1 blok Rumah Mampu Milik B berkeluasan 750 kaki per segi sebanyak 300 unit sebagai unit pampasan kepada penduduk skim perumahan ini. Fasa 1 dijangka akan mula diiklankan pada bulan Februari 2022;

83

(b) Pembangunan Fasa 2 melibatkan Lot 2320 berkeluasan 850 kaki per segi sebanyak 300 unit. Fasa 2 dijangka akan bermula pada 2024; dan

(c) Pembangunan Fasa 3 melibatkan Lot 2319, 2321, 2322, 2324 dan 2325 yang akan dibangunkan dengan pembangunan bercampur bagi membiayai tawaran unit pampasan kepada pemilik asal di situ. Fasa 3 dijadualkan untuk bermula seawal 2023.

5. Apakah perancangan jangka panjang Kerajaan Negeri terhadap Pulau Jerejak?

(a) Jika ada, mohon perinciakan perancangan tersebut?

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

5. Merujuk kepada Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2030 (RSNPP 2030) yang diwartakan pada 24 Oktober 2019, Pihak Berkuasa Negeri (PBN) telah menggubal polisi tentang pemajuan jangka panjang bagi Pulau Jerejak iaitu di bawah dasar L 3.1.2.6.

Di dalam Draf Rancangan Tempatan Pulau Pinang (Pulau) 2030 (DRTPPp 2030), Pulau Jerejak merupakan kawasan yang dicadangkan dengan produk pelancongan baharu. Fokus utama adalah untuk mempromosikan Pulau Jerejak dengan produk pelancongan kesejahteraan (wellness), produk pelancongan pulau dan pelancongan eko. Justeru sebahagian daripada kawasan Pulau Jerejak telah dizonkan sebagai ‘Perniagaan Pelancongan’ berdasarkan kepada pembangunan sedia ada serta potensi yang terdapat di situ.

Selaras dengan pewartaan Hutan Simpan Pulau Jerejak, sebahagian besar kawasan Pulau Jerejak dizonkan sebagai ‘Taman Negeri’ dan mencadangkan kawasan ini sebagai Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) Bernilai Warisan. Secara tidak langsung ia juga akan mewujudkan jajaran koridor hijau bagi memastikan kesalinghubungan ekosistem di kawasan Pulau Jerejak terpelihara.

Persekitaran kawasan perairan Pulau Jerejak juga perlu dilindungi daripada sebarang aktiviti yang mampu menjejaskan kestabilan ekosistem rumput laut dan terumbu karang. Potensi kawasan ini sebagai Zon Industri Akuakultur (ZIA) turut diambil kira di dalam DRTPPp 2030.

Dari segi pengangkutan untuk cadangan pembangunan yang dibenarkan, hanya kenderaan elektrik dan basikal sahaja dibenarkan beroperasi di pulau tersebut. Ini merupakan satu perancangan Kerajaan Negeri bagi mewujudkan satu mod pengangkutan yang mesra alam di Pulau Jerejak. Sebuah jambatan juga disyaratkan untuk dibina bagi menghubungkan Pulau Jerejak dengan pulau utama, Pulau Pinang untuk penggunaan kenderaan elektrik, kenderaan pengangkutan awam dan basikal termasuk pejalan kaki.

Dari sudut perancangan pembangunan di Pulau Jerejak, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Perancang Negeri (SPC) pada mesyuarat Bil. 9/2016 pada 30 Ogos 2016 dan disahkan pada 29 September 2016 telah meluluskan Pelan Induk Pembangunan Bercampur Bagi Lot-Lot PT 1962 – 1965 Serta Tanah Kerajaan ‘Petak A’, Petak ‘B’, ‘Petak C’ Mukim 13, DTL, Serta Tanah Kerajaan, ‘Petak E, Mukim 12, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang untuk Tetuan Tropical Island Resort Sdn. Bhd. (TIRSB).

Pihak TIRSB telah mengemukakan satu perancangan di atas Pulau Jerejak melalui permohonan kebenaran merancang kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) yang diluluskan pada 20 Mac 2018 dan perlanjutan ketiga (Ext. 3) telah diberikan sehingga 19 Mac 2022.

84

Perancangan tersebut adalah bagi cadangan:

(a) Merobohkan sebuah hotel dan blok-blok kemudahan hotel; dan

(b) Mendirikan pembangunan bercampur berfasa. Pelan perancangan ini terdiri daripada:

Fasa 1

(a) Satu (1) blok hotel 10-tingkat (350 bilik) dengan tempat letak kereta 2-tingkat di paras ‘lower ground’ 1-2; dan

(b) Satu (1) rumah kelab empat (4) tingkat.

Fasa 2

Kemajuan masa hadapan untuk tujuan kediaman dan kedai / pejabat.

Fasa 3

(a) Tiga (3) blok pangsapuri perkhidmatan 10-tingkat (450 unit) dengan tempat letak kereta 3-tingkat di paras ‘lower ground’ 1-3; dan

(b) Kedai/pejabat lima (5) tingkat (60 unit) dengan tempat letak kereta 5-tingkat di paras ‘lower ground’ – 4.

Fasa 4

(a) Dua (2) blok kondominium 10-tingkat (556 unit) dengan tempat letak kereta 3-tingkat di paras ‘lower ground’ 1-3; dan

(b) Villa empat (4) tingkat (44 unit).

Fasa 5

Satu (1) blok pangsapuri perkhidmatan 10-tingkat (180 unit) dengan tempat letak kereta 2-tingkat di paras ‘lower ground’ 1-2.

Permohonan Kebenaran Merancang di Fasa 2 daripada Tetuan TIRSB masih dalam pertimbangan MBPP iaitu bagi cadangan:

(i) Merobohkan struktur bangunan lama atas tapak; dan

(ii) Mendirikan pembangunan bercampur.

Pihak MBPP juga telah meluluskan Kebenaran Merancang kepada Tetuan Boustead Penang Shipyard Sdn. Bhd. pada 20 Ogos 2019 bagi kerja-kerja telah dijalankan untuk cadangan membina satu (1) unit limbungan kapal, pencawang elektrik TNB dan tandas sedia ada di atas sebahagian Lot 3222, Mukim 13, Daerah Timur Laut, Pulau Jerejak, Pulau Pinang.

6. Program Kebajikan Kerajaan Negeri iaitu i-Sejahtera telah 10 tahun dilaksanakan, adakah Kerajaan Negeri menjalankan kajian untuk melihat tahap kepuasan rakyat terhadap program ini dan membantu untuk menambah baik program supaya lebih banyak golongan tersasar menerima manfaat?

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

6. Program-program kebajikan i-Sejahtera telah pun dilaksanakan seawal tahun 2010 yang berperanan sebagai satu sumbangan penghargaan kepada rakyat Negeri Pulau Pinang yang berbilang agama, kaum dan latar belakang sosioekonomi. Berkaitannya, satu sistem telah dibangunkan selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk melancarkan pengurusan penyaluran pelbagai bantuan kebajikan dan penghargaan

85

Kerajaan Negeri kepada rakyat Pulau Pinang dan dapat diakses melalui pautan https://isejahtera.penang.gov.my.

Setakat ini, tiada kajian khusus untuk melihat tahap kepuasan rakyat terhadap program ini. Walau bagaimanapun, program i-Sejahtera telah ditambah baik melalui maklum balas pelaksana i-Sejahtera yang merupakan perantara antara rakyat dan Kerajaan Negeri. Kajian Impak Keberkesanan Sistem telah dilaksanakan pada tahun 2019 telah menjurus kepada penganjuran Bengkel Kajian Keperluan Pengguna oleh Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi Negeri (BTMKN) pada tahun 2020 yang melibatkan pelaksana Program i-Sejahtera iaitu wakil-wakil dari Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri, Unit Masyarakat Penyayang, Pejabat Daerah dan Tanah, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri dan juga pembekal. Selain itu, hasil daripada analisis yang diadakan pada setiap tahun juga telah membantu dalam membangunkan sistem i-Sejahtera baharu pada tahun 2020 dan mula digunakan pada 1 Ogos 2021. Ruangan aduan dan cadangan yang telah diwujudkan di dalam sistem i-Sejahtera baharu merupakan antara rujukan pihak Kerajaan Negeri dalam menambah baik pelaksanaan Program i-Sejahtera.

Bukan itu sahaja, Kerajaan Negeri juga telah menambah baik program mengikut situasi semasa. Selaras dengan pertambahan tahun dan keperluan hidup semasa, jumlah bayaran penghargaan telah diteliti dan hasilnya pada tahun 2018, bayaran warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) telah dinaikkan dari RM100.00 ke RM150.00. Syarat-syarat program juga telah diteliti dari masa ke semasa bagi memastikan ia terus relevan dan memenuhi hasrat kerajaan untuk terus membantu golongan yang memerlukan di Pulau Pinang.

Seterusnya, berikutan pandemik COVID-19 yang melanda negara sejak Mac 2020, Kerajaan Negeri terpaksa menunda pembayaran secara tunai beberapa kali bagi mengelakkan perkumpulan orang ramai yang boleh menyukarkan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) dan meningkatkan risiko jangkitan dalam kelompok masyarakat. Sementara itu, bagi membantu dan menambah baik program supaya lebih ramai golongan sasar menerima manfaat daripada program ini, Kerajaan Negeri terus mempromosikan kaedah EFT sebagai alternatif untuk penerima manfaat menerima wang sumbangan program bagi mengatasi tunggakan pembayaran tersebut. Antara tindakan yang telah diambil adalah:

(i) Melaksanakan pembayaran ke akaun waris berdaftar bagi penerima-penerima di bawah Program Penghargaan Warga Emas dan Program Bantuan Ibu Tunggal. Maklumat akaun bank telah diwajibkan bagi permohonan baharu sama ada maklumat akaun bank persendirian, akaun bersama (joint account) atau akaun bank waris berdaftar berumur 18 tahun ke atas;

(ii) Membenarkan dua (2) kaedah penerimaan dokumen iaitu sama ada melalui fungsi muat naik dokumen secara dalam talian melalui system i-Sejahtera atau melalui cetakan manual ke pejabat pelaksana seperti amalan sedia ada. Penambahan fungsi muat naik dokumen secara dalam talian (online) melalui sistem i-Sejahtera baharu telah memberi kemudahan kepada pemohon untuk membuat permohonan tanpa perlu perlu hadir secara fizikal di kaunter pelaksana i-Sejahtera terutamanya semasa pandemik COVID-19 yang melanda negara sejak Mac 2020; dan

(iii) Pemakluman penundaan bayaran secara tunai serta permohonan pengemaskinian maklumat akaun bank melalui penghantaran surat, hebahan media sosial, pemakluman melalui akhbar, sidang media, e-mel, panggilan telefon dan melalui perkhidmatan Sistem Teks Pesanan Ringkas (SMS).

86

7. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk meningkatkan elaun Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan Ahli Jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) memandangkan mereka merupakan instrumen penting dalam membantu rakyat ketika pandemik COVID-19?

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

7. Setakat ini, Kerajaan Negeri tiada cadangan untuk menaikkan kadar elaun Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan AJK MPKK. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri akan memberi imbuhan tambahan berupa geran pembangunan kepada MPKK melalui Pertandingan Komuniti Zon Hijau COVID-19. Peruntukan yang diluluskan untuk Pertandingan tersebut adalah RM20,000.00 - Hadiah Pertama, RM10,000.00 - Hadiah Kedua, RM5,000.00 - Hadiah Ketiga dan RM1,000.00 - Hadiah Kempat dan Kelima. Semua MPKK yang menyertai juga dapat imbuhan penyertaan sebanyak RM500.00 untuk setiap MPKK. Ini merupakan insiatif Kerajaan Negeri kepada MPKK.

8. Mohon pihak Zakat Pulau Pinang (ZPP) untuk memberikan maklumat lengkap penerima program-program bantuan Zakat dari DUN Pantai Jerejak?.

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

8. Skim bantuan zakat yang diagihkan di DUN Pantai Jerejak dan penerima Bantuan Khas COVID-19 DUN Pantai Jerejak adalah seperti di LAMPIRAN A. Maklumat lengkap penerima adalah seperti di LAMPIRAN B.

87

LAMPIRAN A

BANTUAN ZAKAT YANG DIAGIHKAN DI DUN PANTAI JEREJAK BAGI TAHUN 2021

BIL SKIM BANTUAN JUMLAH

PENERIMA AMAUN (RM)

1. Sara hidup - Kewangan Bulanan 447 164,350.00

2. Sara hidup - Kewangan Sekali Gus 95 727,720.00

3. Program Nur Ramadan Sumbangan 8 3200.00

4. Bantuan Sewa Rumah - Sewa 44 15,000.00

5. Sewa Perumahan Wakaf 18 4,600.00

6. Kesihatan - Bantuan Perubatan Ringan 36 38,998.00

7. Saguhati Hari Raya 163 73,650.00

8. Bantuan Awal Persekolahan 2 1,150.00

9. Kursus/ Motivasi - PDCA 84 18,950.00

10. Bantuan Tajaan Pelajar Di - Naza Academy 1 7,500.00

11. Bantuan Kewangan Bulanan (Perubatan) 195 67,250.00

12. Sara hidup - Bantuan Makanan Bulanan 39 5,974.59

13. Sara hidup - Sumbangan Program Nur Ramadan 35 14,000.00

14. Sara hidup - Hamper Barang Dan Beras 131 12,785.90

15. Bantuan Rawatan / Pembedahan - Rawatan Hemodialisis

16 28,800.00

16. Bantuan Rawatan / Pembedahan-Pembiayaan Pembedahan

2 8,000.00

JUMLAH

1,316

1,191,928.49

PENERIMA BANTUAN KHAS COVID-19 DUN PANTAI JEREJAK

BIL SKIM BANTUAN JUMLAH

PENERIMA AMAUN (RM)

1. Pekerja Gaji Harian 43 21,500.00

2. Pemandu Teksi / e-Hailing 63 31,500.00

3. Peniaga Pasar Malam Dan Pasar Tani 16 8,000.00

4. Guru Agama Tanpa Majikan / Pendakwah Bebas 2 1,000.00

5. Keluarga / Pesakit COVID-19 Sedang Dalam Kuarantin 7 3,500.00

JUMLAH

131

65,500.00

88

89

90

91

92

93

9. Dalam musim pandemik COVID-19, dapat disimpulkan bahawa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) tidak mempunyai maklumat lengkap penjaja dan pekerja di Pasar Awam, Astaka, Kompleks Makanan seliaan MBPP dan Pasar Malam. Ini menyebabkan kesukaran untuk mengenal pasti maklumat vaksin dan jangkitan COVID-19, adakah MBPP bercadang menambah baik sistem maklumat ini dengan pengunaan sistem komputer?

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

9. Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah mempunyai sebuah portal Sistem Pengurusan Maklumat Lesen MBPP (eLesen) bagi mengemaskini status vaksinasi golongan peniaga dan penjaja. Portal e-Lesen ini juga dilengkapi dengan pelbagai perkhidmatan lain secara atas talian seperti di Lampiran A.

Selain itu, pihak MBPP juga sedang dalam proses penambahbaikan Sistem Pengurusan Maklumat Lesen MBPP (eLesen) kepada Sistem Pengurusan Maklumat Lesen MBPP Secara Pintar (uLesen). Iklan sebutharga bagi Request For Proposal (RFP) Pembangunan Semula Sistem Pengurusan Maklumat Lesen Secara Pintar (uLesen) telah diiklankan pada 15 November 2021 dan taklimat kepada syarikat akan diadakan secara atas talian pada 20 Disember 2021.

Pelbagai usaha juga telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk memastikan keselamatan dan kesihatan peniaga termasuklah melalui pelaksanaan program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang memfokuskan proses vaksinasi khusus kepada peniaga dan penjaja pada bulan Ogos dan September 2021.

Setakat ini, status vaksinasi peniaga (pelesen) dan pembantu peniaga di Pasar Awam, Kompleks Makanan, Tapak Penjaja Sementara, Tapak Penjaja Statik Sementara dan Gerai di atas tanah persendirian adalah seperti berikut:

KATEGORI BILANGAN

STATUS VAKSINASI

TELAH BELUM ENGGAN

DOS 1 DOS 2

Peniaga (Pelesen)

6,138 153 5,672 310 3

Pembantu Peniaga

2,844 2,698 133 11 2

JUMLAH 8,982 8,656 321 5

94

LAMPIRAN A SENARAI JENIS LESEN YANG BOLEH DIPOHON SECARA ATAS TALIAN MELALUI SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT LESEN MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG

(eLESEN)

BIL. JENIS LESEN

1. Lesen Iklan Sementara

2. Pembaharuan Lesen Penjaja

3. Patel Basikal Roda Tiga / Empat

4. Patel Basikal Roda Empat

5. Lesen Pasar Malam (Individu)

6. Pembaharuan Permit Sementara Rumah Tumpangan

7. Lesen Kedai Dalam Kompleks Beli Belah

8. Permit Sementara Promosi (Milikan Persendirian)

9. Bil Pelbagai Dan Permit Liquor Rumah Awam, Runcit Dan Borong

10. Permit Sementara Durian

11. Permit Sementara Deepavali

12. Permit Sementara Thaipusam

13. Permit Sementara Kew Ong Ya

14. Permit Sementara Tahun Baru Cina

15. Permit Sementara Ramadhan

16. Permit Sementara Lemang/Kuihraya

17. Permit Sementara Promosi (Kawasan Awam)

18. Permit Sementara Perniagaan Dari Rumah

19. Lesen Kiosk

20. Lesen Beca

21. Pembaharuan Lesen Hiburan Awam

22. Lesen Tpk

23. Penjaja Statik Sementara

24. Gerai Atas Tanah Persendirian

25. Lesen Trak Bergerak

26. Permit Penganjuran Pasar Malam Pagi / Minggu / Tani

27. Lesen Komposit

28. Lesen Premis Peniagaan (Bersyarat Tukar Guna)

29. Lesen Premis Peniagaan (Bersyarat)

30. Permit Mengali Semula Mayat

31. Lesen Pemungut Bahan Kitar Semula

95

10. Adakah pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mempunyai kriteria-kriteria tertentu untuk pembinaan service apartment oleh pemaju?

(a) Jika ya, senaraikan secara terperinci.

(b) Senaraikan juga projek pembinaan service apartment di DUN Pantai Jerejak berserta nama pemaju..

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

10. Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah mengguna pakai Garis Panduan Untuk Pangsapuri Perkhidmatan Di Kawasan MBPP (Pindaan Tahun 2019) sebagai panduan untuk pembinaan pangsapuri perkhidmatan oleh pihak pemaju.

(a) Antara kriteria penting yang termaktub di dalam garis panduan tersebut dalam pembinaan pangsapuri perkhidmatan adalah seperti berikut:-

(i) Sempadan kawasan dan zon perancangan yang dibenarkan untuk Pangsapuri Perkhidmatan;

(ii) Keluasan minima tapak pemajuan adalah 0.5 ekar;

(iii) Nisbah plot cadangan pemajuan (maksima 5:1) dan Kadar Bayaran Pemajuan (Infrastruktur);

(iv) Kawalan bagi pemajuan bangunan baharu dan pertukaran kegunaan bangunan sedia ada kepada Pangsapuri Perkhidmatan;

(v) Penyediaan Tempat Letak Kenderaan (TLK); dan

(vi) Keperluan minima bagi penarafan bintang mengikut ketetapan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).

(b) Terdapat lima (5) buah projek pemajuan yang merangkumi komponen pangsapuri perkhidmatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Jerejak yang telah diluluskan oleh MBPP bagi tahun 2017 hingga 2021. Senarai projek adalah seperti di Lampiran A.

96

LAMPIRAN A

SENARAI PROJEK PEMAJUAN PANGSAPURI PERKHIDMATAN DI KAWASAN DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) PANTAI JEREJAK YANG TELAH DILULUSKAN OLEH MBPP BAGI TAHUN 2017 HINGGA 2021

BIL. TAJUK PEMAJUAN NAMA

PEMAJU LOKASI

TARIKH LULUS

1 Cadangan merobohkan sebuah hotel dan blok-blok kemudahan hotel dan mendirikan pembangunan bercampur berfasa di lot PT1963, PT1964, sebahagian lot 11254, sebahagian lot 1701, Petak A, sebahagian Petak B & 'Petak C

Tropical Island Resort Sdn. Bhd.

Pulau Jerejak, Mukim 13 Paya Terubong

20/03/2018

2 Cadangan pembangunan 24 tingkat & 19 tingkat di lot 71117 & 71118

Sepakat Mewah Sdn. Bhd.

Jalan Sultan Azlan Shah, Mukim 12 Bayan Lepas

22/05/2018

3 Cadangan mendirikan pangsapuri 58 tingkat & 1 tingkat ‘lower ground’ (Fasa 1) dan pembangunan komersial 54 tingkat, 3 tingkat basement & 1 tingkat ‘lower ground’ (Fasa 2) dan pangsapuri perkhidmatan 56 tingkat & 3 tingkat basement (Fasa 3) di lot Lot 2350, 6026, 6027, 6029, 6030, 6031, 8070, PT6630, PT6631, PT6715, & PT6716

Hunza Realty Sdn. Bhd.

Jalan Tun Dr Awang, Mukim 12 Bayan Lepas

02/10/2018

4 Cadangan merobohkan 1 unit kompleks perniagaan 2 tingkat sediada dan cadangan pembangunan komersial (Fasa 1) di lot 15052

Ideal Design Management Sdn. Bhd

Jalan Tengah, Mukim 12 Bayan Lepas

29/01/2019

5 Cadangan mendirikan 1 blok bangunan 42 tingkat termasuk 2 tingkat mezanin (hakmilik strata) di lot 71122

Iconic Development Sdn.Bhd.

Jalan Sultan Azlan Shah, Mukim 12 Bayan Lepas

11/02/2020

97

11. Apakah tindakan pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) terhadap pemaju Atta yang meninggalkan projek perumahan mereka di Sungai Nibong? Tower crane yang ditinggalkan selama dua (2) tahun tanpa penyelenggaraan juga membahayakan penduduk sekitar, tetapi tiada tindakan dari pihak MBPP walaupun Pegawai Daerah telah membangkitkan isu ini kepada pihak MBPP.

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

11. Kerajaan Negeri melalui Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengambil maklum berhubung isu yang telah dibangkitkan. Berdasarkan kepada siasatan pihak MBPP, projek yang dimaksudkan adalah suatu projek pembangunan bercampur satu (1) blok 23 tingkat pangsapuri dan pejabat yang dibangunkan oleh Tetuan Tetap Gembira Development Sdn. Bhd.

Projek ini telah berhenti menjalankan kerja-kerja di tapak pada 18 Mac 2020 iaitu setelah pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sehubungan dengan itu, pihak MBPP telah menghubungi Principal Submitting Person (PSP) supaya mengambil tindakan sewajarnya terhadap tower crane yang ditinggalkan.

Untuk itu, pihak PSP telah menyatakan hasrat untuk mengambil tindakan segera bagi membuka tower crane tersebut. Walau bagaimanapun, pihak kontraktor berada di luar kawasan dan perkara ini mengambil sedikit masa untuk diselesaikan oleh pihak kontraktor.

Bagi memastikan tindakan tegas terhadap pemaju terbabit, MBPP telah memanggil pihak PSP untuk memberi penjelasan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (MJOSC) yang akan diadakan pada 17 November 2021 akan datang.

Pihak MBPP juga telah merujuk isu tower crane yang ditinggalkan tersebut kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) pada 1 November 2021 untuk mengambil tindakan selanjutnya memandangkan perkara ini adalah dalam bidang kuasa JKKP yang diperuntukkan kuasa di bawah Akta 514, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

12. Apakah tindakan pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) terhadap kontraktor Projek Menaik Taraf Sistem Pembentungan di Bayan Baru yang meninggalkan tapak projek dengan lubang besar selama hampir dua (2) tahun?.

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

12. Pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah menjemput pihak Jabatan Perkhidmatan Pembentungan (JPP) serta perunding dan kontraktor yang dilantik ke Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Infrastruktur dan Lalu Lintas bagi mendapatkan maklum balas dan status tindakan berkenaan aduan-aduan yang diajukan kepada pihak MBPP berkenaan projek menaik taraf sistem pembentungan tersebut. Beberapa surat juga telah dihantar kepada pihak JPP untuk memohon tindakan mitigasi bagi mengurangkan gangguan kepada orang awam sepanjang pelaksanaan projek ini.

Manakala pihak Jabatan Kerja Raya Negeri Pulau Pinang (JKR) pula telah mengeluarkan surat amaran kepada kontraktor yang berkenaan.

98

13. Apakah program-program Kerajaan Negeri bagi memperkasakan penglibatan wanita dalam komuniti?

(a) Adakah program-program ini mencapai matlamat yang ditetapkan?

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

13. Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC) giat melaksanakan program-program bagi memperkasakan penglibatan wanita dalam komuniti. Antara program yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut:

(i) Sebanyak 352 program pemerkasaan wanita telah dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga (JPWK) di setiap Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN). Senarai program bagi setiap KADUN adalah seperti di LAMPIRAN A;

(ii) Sidang Wanita Pulau Pinang 2021;

(iii) Pelaksanaan inisiatif Top-Up Women-Only Additional Seats (TWOAS);

(iv) Program Wanita Jana Rezeki (WJR);

(v) Projek Kudapan Raya 2021; dan

(vi) Program Mentor Usahawan Wanita Pulau Pinang (PWEMP).

(vii) Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga telah menetapkan suatu dasar bagi memenuhi 30% kuota wanita di peringkat MPKK dan pelantikan ahli majlis serta ahli lembaga GLC.

(a) Secara keseluruhannya, program-program yang dilaksanakan telah mencapai matlamat yang ditetapkan iaitu memperkasa dan meningkatkan penglibatan wanita dalam ekonomi dan peringkat pembuat keputusan. Antara pencapaian yang diperoleh hasil daripada program-program yang dilaksanakan adalah seperti berikut:

(i) 600 orang wanita telah dilantik sebagai pemimpin dalam komuniti dengan menganggotai JPWK;

(ii) Salah seorang peserta Sidang Wanita 2020 telah dilantik sebagai Ahli Majlis MBSP;

(iii) Projek Kudapan Raya 2021 telah membolehkan 60 orang wanita menjana pendapatan secara keseluruhan berjumlah RM35,000 dengan penghasilan kuih raya dan kudapan untuk diedarkan kepada petugas barisan hadapan;

(iv) Bagi tahun 2020, seramai lapan (8) orang peserta Wanita Jana Rezeki telah menghasilkan pendapatan secara keseluruhan sebanyak RM28,697.28 atau secara purata RM1,195.00 sebulan sepanjang tempoh tiga (3) bulan iaitu dari Oktober sehingga Disember 2020).

(v) 71 orang usahawan wanita daripada golongan B40 yang menyertai program PWEMP berjaya mancatat peningkatan pendapatan secara purata 60 peratus.

99

100

101

102

103

14. Apakah status tanah Jeti Nelayan Sri Jerejak?

(a) Adakah mereka juga terlibat dengan pampasan akibat projek Penang South Island (PSI)?

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

14. Status tanah Jeti Nelayan Sri Jerejak adalah tanah kerajaan.

(a) Jeti Nelayan Sri Jerejak tidak terlibat dalam Penang South Island (PSI). Namun, kebajikan nelayan dari unit tersebut masih dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Taskforce Nelayan untuk dimasukkan dalam kategori Tahap 2 dan akan menerima manfaat di bawah Pelan Pengurusan Impak Sosial (SIMP) PSI. Nelayan Seri Jerejak yang layak akan menerima bantuan kewangan ex-gratia di bawah skim SIMP. Mereka juga boleh mendapat manfaat daripada peluang pekerjaan, perniagaan, latihan dan skim sokongan pendidikan untuk anak-anak mereka yang masih bersekolah.

15. Produk pelancongan di Pulau Pinang banyak ditumpukan di kawasan Batu Feringghi, Tanjung Bungah dan Bandar George Town, adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk memperluaskan produk pelancongan ke kawasan Bayan Baru dan tempat lain supaya masalah kesesakan dapat diatasi?.

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

15. Berdasarkan Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang (RSNPP) 2030 yang diwartakan pada 24 Oktober 2019, di bawah dasar L 3.1.2.4, fokus pembangunan pelancongan merangkumi tiga (3) Zon Utama, iaitu:

(i) Zon Pelancongan Pantai;

Meliputi Batu Ferringhi, Teluk Bahang, Tanjung Bungah, Tanjong Tokong dan Persiaran Gurney.

(ii) Zon Warisan Bandar; dan

Tapak Warisan Dunia George Town.

(iii) Zon Pelancongan Eko Dan Agro.

Merangkumi kawasan Bayan Lepas, Batu Maung, Telok Kumbar, Gertak Sanggul dan Balik Pulau.

Rancangan Kawasan Khas (RKK) Bukit Bendera juga mensasarkan kawasan Bukit Bendera sebagai satu penempatan bukit yang mampan dan destinasi pelancongan yang unik.

Selain itu, video promosi seperti “Experience It All in Penang”, “Penang Through the Lens”, The Other Side of The Island - Teluk Bahang and Balik Pulau” dan “The Opposite Side of The Island Seberang Perai” yang mencerminkan keistimewaan dan kecantikan Teluk Bahang, Balik Pulau dan Seberang Perai telah dihasilkan untuk mensasarkan pasaran domestik.

Risalah dan peta seperti The Other Side of the Island Balik Pulau, The Other Side of The Island Teluk Bahang, Seberang Perai Street Food, Seberang Perai Tourist Map dan Seberang Perai Heritage Map telah dihasilkan dan digunakan dalam tradeshow, roadshow, sale mission, serta familiarization trip ke Pulau Pinang.

104

Risalah-risalah tersebut boleh dimuat turun secara online dari https://mypenang.gov.my/downloads/ dan ia juga akan disediakan di tempat-tempat seperti hotel-hotel, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, pusat membeli-belah dan tempat-tempat tarikan pelancong untuk mempromosikan daya tarikan selain daripada Bandar George Town.

16. Kesuraman ekonomi mengekang kerancakan projek perumahan di Pulau Pinang.

(a) Sejak 2020 hingga kini, berapakah permohonan rumah kos rendah, kos sederhana rendah dan rumah mampu milik yang dikemukakan oleh warga Pulau Pinang dan berapa orang yang telah ditawarkan unit rumah tersebut mengikut DUN?.

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

16. Kerajaan Negeri Pulau Pinang menerima permohonan Rumah Mampu Milik (RMM) sepanjang masa yang direkodkan di dalam Sistem Maklumat Perumahan (SMP). Rekod terkini menunjukkan bahawa jumlah pemohon adalah sebanyak 74,884 dengan pecahan RMM A sebanyak 41,497 dan RMM B sebanyak 33,387 berdasarkan data 2008 hingga 2021.

Sejak tahun 2020 sehingga kini, Kerajaan Negeri telah menerima sebanyak 10,872 permohonan, meliputi permohonan bagi RMM A sebanyak 2,087, RMM B sebanyak 2,817 dan RMM C sebanyak 6,610. Dalam tempoh yang sama, Jawatankuasa Pembersihan dan Peningkatan Mutu Proses Pemilihan Perumahan Negeri Pulau Pinang/Selection and Process Enhancement Committe (JPPPP/SPEC) telah memperakukan penawaran kepada 8,994 meliputi RMM A sebanyak 2,817, RMM B sebanyak 1,310 dan RMM C sebanyak 4,867 sepanjang tempoh yang sama. Perincian kepada permohonan dan penawaran RMM mengikut DUN dan kategori Rumah Mampu Milik seperti di Lampiran A dan Lampiran B.

105

LAMPIRAN A STATISTIK PERMOHONAN RMM A, B DAN C MENGIKUT KAWASAN DEWAN

UNDANGAN NEGERI (KADUN) 2020 SEHINGGA 2021

BIL. KADUN KATEGORI RMM JUMLAH

A B C

1. Air Itam 19 93 218 330

2. Air Putih 10 17 81 108

3. Bagan Dalam 35 29 85 149

4. Bagan Jermal 45 36 117 198

5. Batu Lancang 4 76 285 365

6. Batu Maung 71 106 271 448

7. Batu Uban 24 91 330 445

8. Bayan Lepas 111 154 452 717

9. Barapit 46 13 51 110

10. Bertam 59 42 194 295

11. Bukit Tambun 62 36 71 169

12. Bukit Tengah 110 25 123 258

13. Dato' Keramat 21 102 248 371

14. Jawi 46 41 71 158

15. Kebun Bunga 8 25 124 157

16. Komtar 6 32 98 136

17. Machang Bubok 224 49 137 410

18. Padang Kota 9 25 55 89

19. Padang Lalang 104 21 61 186

20. Pantai Jerjak 27 38 144 209

21. Paya Terubong 23 128 464 615

22. Penaga 73 25 120 218

23. Penanti 83 23 161 267

24. Pengkalan Kota 9 60 175 244

25. Perai 36 18 87 141

26. Permatang Berangan 72 34 313 419

27. Permatang Pasir 89 26 152 267

28. Pinang Tunggal 77 40 192 309

29. Pulau Betong 69 46 87 202

30. Pulau Tikus 5 21 75 101

31. Sebarang Jaya 118 48 301 467

32. Seri Delima 11 55 194 260

33. Sungai Acheh 37 32 42 111

34. Sungai Bakap 99 46 67 212

35. Sungai Dua 60 40 219 319

36. Sungai Pinang 22 177 318 517

106

BIL. KADUN KATEGORI RMM JUMLAH

A B C

37. Sungai Puyu 31 33 97 161

38. Tanjung Bungah 8 189 145 342

39. Telok Bahang 73 57 54 184

40. Teluk Air Tawar 51 26 131 208 JUMLAH 2,087 2,175 6,610 10,872

107

LAMPIRAN B STATISTIK PENAWARAN RMM A, B DAN C MENGIKUT KAWASAN DEWAN

UNDANGAN NEGERI (KADUN) 2020 SEHINGGA 2021

BIL. KADUN KATEGORI RMM JUMLAH

A B C

1. Air Itam 20 25 156 201

2. Air Putih 14 26 64 104

3. Bagan Dalam 126 35 71 232

4. Bagan Jermal 161 44 93 298

5. Batu Lancang 4 26 166 196

6. Batu Maung 27 37 223 287

7. Batu Uban 12 37 229 278

8. Bayan Lepas 49 40 350 439

9. Barapit 74 2 40 116

10. Bertam 95 29 150 274

11. Bukit Tambun 35 69 51 155

12. Bukit Tengah 130 9 97 236

13. Dato' Keramat 8 56 152 216

14. Jawi 29 65 55 149

15. Kebun Bunga 6 19 74 99

16. Komtar 8 14 68 90

17. Machang Bubok 272 19 97 388

18. Padang Kota 8 16 38 62

19. Padang Lalang 154 8 45 207

20. Pantai Jerjak 18 14 127 159

21. Paya Terubong 13 41 355 409

22. Penaga 113 22 91 226

23. Penanti 91 11 122 224

24. Pengkalan Kota 6 22 91 119

25. Perai 51 6 68 125

26. Permatang Berangan

144 15 241 400

27. Permatang Pasir 107 20 119 246

28. Pinang Tunggal 133 26 159 318

29. Pulau Betong 170 11 68 249

30. Pulau Tikus 5 18 56 79

31. Sebarang Jaya 153 8 248 409

32. Seri Delima 10 30 133 173

33. Sungai Acheh 27 27 35 89

108

BIL. KADUN KATEGORI RMM JUMLAH

A B C

34. Sungai Bakap 54 67 44 165

35. Sungai Dua 97 19 164 280

36. Sungai Pinang 21 67 185 273

37. Sungai Puyu 122 49 82 254

38. Tanjung Bungah 3 213 107 323

39. Telok Bahang 164 18 49 231

40. Teluk Air Tawar 83 30 104 217

JUMLAH 2,817 1,310 4,867 8,994

109

17. Tabung Penyelenggaraan Kerajaan Negeri 80:20 banyak membantu menaik taraf infra di flat .

(a) Mohon pihak Perumahan memberikan perincian tawaran projek naik taraf infra seperti baiki lif, tangki air, paip air, wayar elektrik mahupun jalan, pagar dan cat berdasarkan DUN sepanjang tahun 2020 dan 2021?.

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

17. Sebagai sebuah Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang amat prihatin dan mengutamakan kepentingan rakyat, Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang melalui Tabung Penyelenggaraan Maksima 80 Pulau Pinang (TPM80PP) telah membelanjakan RM45,943,441.92 untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan naik taraf infra di perumahan mampu milik yang berharga di bawah RM150,000.00.

(a) Sepanjang tahun 2020 dan 2021, sebanyak 63 permohonan telah diluluskan dengan kos sebanyak RM12,892,080.70 yang melibatkan projek-projek seperti penggantian / menaik taraf lif, penggantian / pembaikan tangki air, pengecatan, naiktaraf pagar dan lain-lain. Perincian projek mengikut KADUN sepanjang tahun 2020 dan 2021 di bawah TPM80PP seperti di LAMPIRAN A.

110

111

112

18. Apakah mekanisme yang menyeluruh bagi menangani masalah kehadiran burung gagak dan merpati di kawasan perumahan?

(a) Adakah pihak PBT mempunyai langkah yang proaktif dan tuntas untuk menangani masalah orang yang memberikan makanan kepada burung merpati dan gagak dan kaedah menghapuskannya?.

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

18. Kebersihan alam sekitar (environmental sanitation) merupakan faktor utama yang menyumbang kepada masalah pengerumunan gagak dan merpati di kawasan-kawasan bandar dan separa bandar.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menggunakan pelbagai kaedah untuk menghapus gagak iaitu meracun, memerangkap, menembak dan mencangkuk sarang. Operasi menembak gagak dilaksanakan dengan bantuan Kelab Menembak Pulau Pinang pada bulan Julai hingga Disember setiap tahun. Bagi pengawalan masalah merpati pula, MBPP menjalankan tindakan kawalan merpati berdasarkan aduan yang diterima untuk tujuan mengurangkan populasi sahaja dan bukan menghapuskannya secara menyeluruh.

Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) pula mengambil tindakan-tindakan seperti berikut bagi mengawal gagak dan merpati di kawasan perumahan iaitu:

(i) Pemeriksaan dan siasatan di lokasi berdasarkan aduan dan pemantauan rutin; dan

(ii) Pelaksanaan tindakan penangkapan dan penghapusan yang meliputi:

• Pemasangan perangkap dan jala;

• Pemusnahan sarang-sarang pembiakan; dan

• Operasi menembak secara berkala. Operasi menembak dilaksanakan setiap hari Sabtu, dua (2) kali sebulan (dengan kelulusan daripada Polis Diraja Malaysia).

(a) Bagi menangani masalah orang yang memberikan makanan kepada burung merpati dan burung gagak secara proaktif dan tuntas, kedua-dua PBT telah menjalankan inisiatif-inisiatif berikut:

(i) Meletakkan papan tanda peringatan untuk menasihatkan orang awam agar tidak memberi makanan kepada haiwan. Tindakan yang boleh diambil adalah di bawah Seksyen 47(1)(g) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 sekiranya menaburkan sisa makanan di tempat awam; dan

(ii) Mengedarkan risalah dan infografik kesedaran bagi penduduk di kawasan perumahan dengan memaklumkan kesalahan yang menyebabkan kacau ganggu boleh dikenakan kompaun di bawah Seksyen 82 Akta Kerajaan Tempatan 1976.

19. MPKK merupakan barisan hadapan yang penting ketika ancaman pandemik COVID-19. Merekalah yang membantu dalam pengagihan barangan bantuan. Ada yang telah meninggal dunia kerana COVID-19.

(a) Setakat ini berapakah ahli MPKK Pulau Pinang yang meninggal dunia akibat COVID-19?

(b) Adakah Kerajaan Negeri akan memberikan bantuan kematian kepada mereka?

113

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

19. (a) Ahli MPKK Pulau Pinang yang meninggal dunia akibat COVID-19 mengikut daerah adalah seperti jadual di bawah:

BIL DAERAH BILANGAN AHLI MPKK YANG

MENINGGAL AKIBAT COVID-19

1 Daerah Timur Laut 0

2 Daerah Barat Daya 5

3 Daerah Seberang Perai Utara 0

4 Daerah Seberang Perai Tengah 0

5 Daerah Seberang Perai Selatan 1

JUMLAH 6

(c) Kerajaan Negeri tidak menyediakan bantuan secara khusus kepada Ahli MPKK yang meninggal akibat COVID-19. Namun Kerajaan Negeri menyediakan perlindungan Takaful Perlindungan Kemalangan Diri Berkelompok kepada setiap Ahli MPKK di mana bagi kes kematian akibat kemalangan syarikat takaful membayar pampasan RM20,000.00, hilang upaya berkekalan akibat kemalangan dibayar RM20,000.00, kos perubatan RM500.00 dan kos perbelanjaan pengkebumian dibayar RM1,000.00. Perlindungan Takaful Kemalangan Diri Berkelompok ini bermula pada 1 Mei 2021 dan berakhir pada 30 April 2022.

20. Isu-isu setempat yang menglibatkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) merupakan masalah utama yang selalu dikemukakan oleh penduduk, tetapi dari segi etika perlindungan pengadu, Pegawai PBT dilihat selalu membocorkan maklumat pengadu. (a) Apakah PBT sedar tentang masalah ini dan cara untuk mengatasi?.

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

20. (a) Semua pegawai dan kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengambil maklum bahawa maklumat berkaitan pengadu atau butiran pengadu tidak boleh didedahkan atau dibocorkan kepada pihak ketiga (third party) kerana sebarang butiran dan maklumat pengadu adalah dilindungi di bawah peruntukan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Pegawai-pegawai yang membocorkan rahsia dan mendedahkan maklumat berkaitan pengadu juga boleh dikenakan tindakan tatatertib menurut peraturan-peraturan PBT yang berkuatkuasa.

Bagi memastikan pengurusan maklumat pengadu oleh pihak PBT adalah teratur, Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) melaksanakan pensijilan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat ISO/IEC 27001:2013 sejak tahun 2016 sebagai salah satu inisiatif untuk memastikan pengurusan maklumat yang efisyen di MBSP seperti berikut:

(i) Menjamin dan mempertingkatkan keselamatan maklumat mengikut peraturan dan undang-undang yang berkaitan kerahsiaan (confidentiality), ketepatan dan kelengkapan maklumat (integrity) dan ketersediaan maklumat (availability) bagi menjaga kepentingan kakitangan dan pemegang taruh;

114

(ii) Menubuhkan Unit Integriti yang mempunyai peranan antaranya dalam memantau dan melaksanakan usaha-usaha untuk meningkatkan integriti pengurusan serta kakitangan MBSP termasuk dalam isu yang berkaitan kebocoran maklumat;

(iii) Mewujudkan pengurusan risiko di setiap Jabatan MBSP yang turut menyatakan kawalan-kawalan yang dilaksanakan dalam usaha mencegah masalah berkaitan keselamatan maklumat termasuklah isu kebocoran maklumat; dan

(iv) Melaksanakan pemantauan dan latihan-latihan yang bersesuaian untuk memastikan kebocoran maklumat tidak berlaku di peringkat pengurusan dan kakitangan serta dipatuhi setiap masa.

21. Program Bantuan E-Pembelajaran Kerajaan Negeri dilihat banyak membantu pelajar B40.

(a) Adakah Kerajaan Negeri bercadang meneruskan program ini?

(b) Senaraikan penerima dari DUN Pantai Jerejak ?

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

21. (a) Program Inisiatif Dan Sokongan Terhadap Pembelajaran Dalam Talian Tahun 2021 atau E-Pembelajaran telah dapat membantu para pelajar terutamanya pelajar daripada keluarga B40 dan keluarga yang tidak berkemampuan dengan menyediakan peralatan pembelajaran iaitu komputer bagi digunakan untuk tujuan pembelajaran di rumah. Justeru itu, Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan untuk meneruskan program ini pada masa hadapan dan bercadang untuk menjalinkan Kerjasama bersama Penang Science Cluster (PSC) yang akan menjadi agensi pelaksana bagi program ini.

(b) Terdapat 91 orang penerima di bawah Program E-Pembelajaran Tahun 2021 bagi Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Pantai Jerejak. Senarai penerima adalah seperti di LAMPIRAN A.

115

116

22. Apakah status Kompleks Makanan dan Minuman di hadapan Flat Desa Putra?

(a) Adakah MBPP mempunyai perancangan untuk menghidupkan semula kompleks ini setelah sekian lama terbengkalai? .

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

22. Kompleks Gold Coast yang terletak berhadapan Flat Desa Putra mempunyai 37 buah gerai makanan dan sebuah gerai minuman. Kompleks ini juga merupakan kompleks yang kurang berdaya maju dan tiada pelesen ketika ini. Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah membuka iklan sebut harga sebanyak lapan (8) kali untuk menghidupkan aktiviti perniagaan di tapak penjaja tersebut. Walau bagaimanapun, tiada penyertaan dari orang awam atau syarikat persendirian.

(a) Perancangan MBPP untuk menghidupkan semula kompleks tersebut adalah dengan memperkenalkan penswastaan pengurusan kompleks kepada penduduk di kawasan pulau. Untuk itu, MBPP telah membuka iklan sebut harga pada 8 November 2021.

23. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mewujudkan semula Program Penang Free WiFi? Penggunaan internet secara luas diperlukan terutama dalam tempoh pandemik di mana ramai yang perlu bekerja dari rumah.

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

23. Bagi memperluaskan rangkaian dan memastikan liputan internet yang baik di seluruh Negeri Pulau Pinang, Kerajaan Negeri telah merangka Penang Connectivity Master Plan (PCMP) selaras dengan perancangan Jalinan Digital Negara (JENDELA). Melalui perancangan tersebut, Kerajaan Negeri telah menetapkan sasaran untuk mencapai purata kelajuan jalur lebar mudah alih sebanyak 100Mbps menjelang tahun 2025. Pada masa kini, kadar penembusan jalur lebar mudah alih bagi setiap 100 penduduk adalah sebanyak 147.2% manakala kadar penembusan jalur lebar talian tetap bagi setiap 100 penduduk adalah sebanyak 48.7%. Sehubungan dengan itu, bagi memastikan jaringan liputan internet berada dalam keadaan yang terbaik, beberapa perancangan inisiatif strategik telah disediakan untuk memastikan sasaran yang telah ditetapkan tercapai seperti berikut:

(i) Melaksanakan projek Smart Street Pole (SSP) di Negeri Pulau Pinang;

(ii) Menaik taraf struktur sedia ada dan menambah bilangan struktur telekomunikasi baharu bagi menampung keperluan yang semakin meningkat;

(iii) Menaik taraf kabel copper milik TM di Pulau Pinang kepada gentian fiber optik;

(iv) Memperkenalkan kaedah fiberisasi baharu seperti projek Clip On Solution dan Allo Nationwide Fiberisation Plan (ANFP); dan

(v) Mewajibkan semua projek perumahan baharu dilengkapi dengan infrastruktur gentian optik dan perlu memastikan ketersediaan servis/perkhidmatan sebelum Certificate of Completion and Compliance (CCC) dikeluarkan melalui Undang-undang Kecil Bangunan Seragam (UKBS).

Namun begitu, Kerajaan Negeri percaya perkhidmatan WiFi percuma perlu diteruskan di masa hadapan terutama di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dan kawasan tumpuan pelancong. Untuk itu, antara komponen IOT bagi projek SSP adalah Access Point (AP) bagi tujuan WiFi. Kerajaan Negeri masih lagi meneliti model perniagaan yang bersesuaian untuk penyediaan perkhidmatan WiFi yang dapat memanfaatkan golongan yang memerlukan.

117

24. Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam usaha menambah baik fasiliti di hospital awam dan klinik kesihatan? Terutamanya dari segi bekerjasama dengan Kerajaan Pusat bagi memastikan Pulau Pinang dapat menghadapi musim pandemik dengan lebih bersedia..

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

24. Untuk penambaikan fasiliti di hospital dan klinik kesihatan di peringkat Negeri, beberapa inisiatif sedang dan telah dijalankan untuk mempertingkatkan perkhidmatan yang ditawarkan di hospital/klinik kesihatan seperti pembinaan klinik kesihatan baru, menambahbaik struktur bangunan, menambah fungsi serta prasarana di hospital dan klinik kesihatan (rujuk kepada LAMPIRAN A).

Bagi hala tuju Sistem Penjagaan Kesihatan, kerajaan bakal mempergiatkan program pencegahan dan intervensi bagi memerangi penyakit berjangkit, khususnya sewaktu wabak atau pandemik.

Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kesihatan Negeri akan sentiasa berkomunikasi dengan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tujuan ini. Selain daripada itu, beberapa peralatan telah dihadiahkan kepada Kerajaan Negeri sewaktu merebaknya COVID19 pada tahun lepas. Senarai peralatan tersebut disertakan sebagai LAMPIRAN B.

118

LAMPIRAN A

SENARAI PROJEK RMK YANG TELAH DILULUSKAN

BIL KATEGORI

PROJEK

NAMA PROJEK KOS

KESELURUHAN

(RM)

SILING

2021

(RM)

STATUS SEMASA

1 DP MULTI STOREY

BLOCK, HOSPITAL

SEBERANG JAYA 486,200,000 84,000,0

00

Kemajuan fizikal

sehingga 18 Oktober

2021 : 73.02%

Tarikh siap semasa :

3 November 2022

2 DP NAIKTARAF JABATAN

KECEMASAN DAN

PESAKIT LUAR

HOSPITAL BALIK

PULAU, PULAU

PINANG

28,975,900 14,000,0

00

Kemajuan fizikal

sehingga 22 Oktober

2021 : 93%.

Tarikh siap semasa :

28 Oktober 2022 Akan

membuat

permohonan EOT.

3 SIAP KLINIK KESIHATAN

JENIS 2 (KK2)

BANDAR PERDA,

BUKIT MERTAJAM,

SEBERANG PERAI

TENGAH, PULAU

PINANG 30,120,000 8,000,00

0

Kemajuan fizikal

sehingga 30

September 2021 :

100%

Tarikh siap semasa :

1 Oktober 2021.

Serahan tapak telah

dibuat secara rasmi

oleh YB Dato KSU

pada 16

Oktober 2021.

4 DP KLINIK KESIHATAN

JENIS 3 (KK3)

DENGAN KUARTERS

AIR PUTIH, DAERAH

BARAT DAYA, PULAU

PINANG

30,000,000 9,000,00

0

Kemajuan fizikal

sehingga 5 Oktober

2021 : 38%

Tarikh siap semasa :

29 April 2022.

5 DP KUARTERS HOSPITAL

PULAU PINANG

75,000,000 10,000,0

00

Kemajuan fizikal

sehingga 31

September 2021 :

5.93%

Tarikh siap semasa :

26 September 2023.

6 DP BLOK WANITA DAN

KANAK-KANAK

HOSPITAL PULAU

PINANG

307,043,400 20,000,0

00

Kemajuan fizikal

sehingga 5 Oktober

2021 : 9.69%.

119

BIL KATEGORI

PROJEK

NAMA PROJEK KOS

KESELURUHAN

(RM)

SILING

2021

(RM)

STATUS SEMASA

Tarikh siap semasa :

14 Februari 2025.

8 BM PEMBINAAN BLOK

BAHARU PUSAT

PERKHIDMATAN

STEM SEL, HOSPITAL

PULAU PINANG

19,150,000 2,500,

000

Taklimat tender dan

lawatan tapak telah

diadakan pada 9

November 2021.

Tempoh kontrak :

Maksimum 156

minggu.

9 BM KLINIK KESIHATAN JENIS 2 (KK2) DENGAN KUARTERS, BAYAN LEPAS

41,100,000 3,000,000

Belum Mula

10 BM KLINIK KESIHATAN (JENIS 3) BANDAR TASEK MUTIARA, SEBERANG PERAI SELATAN

30,000,000 200,040.58

Mesyuarat Pra Pembinaan telah diadakan pada 12 Oktober 2021. Tarikh milik tapak adalah pada 15 Oktober 2021 dengan tempoh kontrak 110 minggu.

11 BARU PENGGANTIAN DAN PERTAMBAHAN PERKAKASAN ICT DAN RANGKAIAN BAGI MENYOKONG HOSPITAL INFORMATION SYSTEM (HIS) DI HOSPITAL KEPALA BATAS

2,260,000 2,260,000

Belum Mula

12 BARU NAIKTARAF SISTEM BEKALAN AIR HOSPITAL SUNGAI BAKAP, PULAU PINANG

4,500,000 100,000

Belum Mula

13 BARU PEROLEHAN PERALATAN PASUKAN PERGIGIAN BERGERAK, PULAU PINANG

901,094 900,000

Belum Mula

14 BARU NAIKTARAF SISTEM KESELAMATAN KEBAKARAN

3,000,000 100,000

Belum Mula

120

BIL KATEGORI

PROJEK

NAMA PROJEK KOS

KESELURUHAN

(RM)

SILING

2021

(RM)

STATUS SEMASA

HOSPITAL SEBERANG JAYA, PULAU PINANG

Nota : DP - Dalam Pembinaan BM - Belum Mula

121

LAMPIRAN B PECAHAN KOS MAKMAL MINILAB COVID-19 DI LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA PULAU PINANG (PIA)

BIL PERIHAL KUANTITI KOS SEUNIT

(RM) KOS (RM)

1.

Kerja-kerja infrastuktur

asas dan peralatan bukan

perubatan

1 47,000.00 47,000.00

2. Biosafety Cabinet (BSC) 3 30,000.00 90,000.00

3. Streamline Swab Booth 1 49,100.00 49,100.00

JUMLAH BESAR (RM) 186,100.00

PERALATAN PERUBATAN KRITIKAL UNTUK KEGUNAAN DI PENJARA REMAN DAN PENJARA SEBERANG PERAI BERIKUTAN PENULARAN WABAK COVID-19 SELARAS DENGAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN (PKPD)

BIL ITEM KUANTITI KOS SEUNIT

(RM) KOS (RM)

1 Defibrillator with cardiac

monitoring 2 18,000.00 36,000.00

2 Portable/Transportation Vital

Sign Monitoring 4 6,000.00 24,000.00

3 Portable Vital Sign Monitor 2 8,000.00 16,000.00

4 Portable Pulse Oxymeter 10 1,800.00 18,000.00

5 Digital Thermoscan 10 499.00 4,990.00

6 Injection Troley 4 1,350.00 5,400.00

JUMLAH BESAR (RM) 104,390.00

JUMLAH KESELURUHAN (RM) 290,490.00

122

25. Penang SME Center.

(a) Setakat hari ini, berapakah kutipan sewa oleh Penang Development Corporation (PDC)?

(b) Adakah PDC sedar bahawa terdapat segelintir penyewa yang menyewakan kepada pihak ketiga?.

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

25. (a) Penang SME Centre telah bermula penyewaan sejak tahun 2012 dan sehingga 31 Oktober 2021, PDC telah mengutip sewaan (termasuk caj perkhidmatan) berjumlah RM11,807,713.58.

(b) Mengikut rekod PDC, tiada penyewa yang menyewakan unit mereka kepada pihak ketiga. Walau bagaimanapun terdapat satu unit (L4-13) di mana penyewanya menguruskan perkhidmatan Off-Shore Design Center (ODC) secara eksklusif untuk sebuah syarikat dan membenarkan logo/papan tanda syarikat tersebut dipaparkan di unit berkenaan.

26. Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam mengimarahkan masjid dan surau setelah penutupan beberapa kali akibat PKP dan PPN?

(a) Berapakah sumbangan kepada masjid dan surau dalam tempoh 2021?

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

26. Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Tahun 2021, masjid dan surau diberi kebenaran untuk beroperasi tertakluk kepada had bilangan yang telah ditetapkan. Manakala daripada aspek pengimarahan, semua kuliah pengajian, majlis bacaan Yasin dan sebagainya dijalankan secara dalam talian.

Bermula 6 Oktober 2021, semua masjid seluruh Negeri Pulau Pinang diberi kebenaran untuk mengadakan kuliah, Kelas Pengajian dan Majlis Tahlil secara bersemuka.

(a) Sumbangan kepada masjid dan surau bagi tahun 2021 (sehingga Oktober 2021) adalah seperti berikut:

(i) Pengimarahan Masjid Negeri dan Masjid Daerah RM1,000,000.00;

(ii) Penyampaian Sumbangan Program Ehya’ Ramadan kepada Masjid dan Surau RM 251,000.00; dan

(iii) Penyampaian Bantuan Khas Fasa 3.1 (Penang Lawan COVID-19) (RM1,000 setiap surau) - RM600,000.00

Jumlah keseluruhan: RM1,851,000.00

27. Dalam tempoh pandemik ini, banyak kilang dan pengusaha SME yang tidak dapat mencari pekerja, fenomena "ada kerja, tiada pekerja" ini akan menyebabkan kebuntuan terhadap pembangunan ekonomi Pulau Pinang.

(a) Apakah perancangan jangka panjang pihak Kerajaan Negeri dalam mengatasi isu ini?

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

27. Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Kerja Sektor Pasaran Tenaga Kerja di bawah Penang Socio Economic Recovery Consultative Council (PSERCC) telah mengenal pasti pelaksanaan program peningkatan kemahiran pekerja sebagai salah satu pelan

123

tindakan untuk menangani kesan penularan pandemik COVID-19 terhadap tenaga kerja di Pulau Pinang. Dalam hubungan itu, Kerajaan Negeri bekerjasama dengan Penang Skills Development Centre (PSDC) yang memainkan peranan untuk melatih modal insan dalam pelbagai bidang kemahiran bagi memenuhi kehendak industri berasaskan teknologi tinggi di negeri ini. Antara program khusus yang menjadi agenda utama Kerajaan Negeri melalui PSDC ialah dalam bidang Teknologi Pemesinan Kepersisan, Kejuruteraan (Komputer, Elektronik, Mekatronik, Telekomunikasi) dan Teknologi Pembuatan (CAD/CAM). Berdasarkan rekod PSDC, 99 peratus pelajar PSDC daripada program Aplikasi Kejuruteraan, Diploma dan Sijil Kejuruteraan telah ditawarkan pekerjaan sebelum tamat pengajian terutama dari syarikat-syarikat sektor perindustrian yang merupakan ahli PSDC.

PSDC juga menawarkan program-program latihan dan peningkatan kemahiran khusus untuk graduan diploma yang belum mendapat pekerjaan dan para penganggur di bawah program latihan PenjanaKerjaya.

Untuk program latihan ini, majikan yang mengambil pekerja (kecuali perantis) di bawah PenjanaKerjaya layak memohon agar pekerja tersebut menjalani latihan semula atau peningkatan kemahiran (re-skilling & upskilling) berdasarkan keperluan pekerjaan atau industri berkenaan. Jenis kursus yang ditawarkan merangkumi soft skill, hard skill, transferable skill, occupation-specific dan hybrid.

Kerajaan Negeri juga telah membangunkan sistem pendidikan vokasional ala Negara Jerman iaitu Malaysian Meister Program (MMP) di Negeri Pulau Pinang. Melalui sistem ini, pusat latihan akan didirikan di kilang-kilang serta syarikat-syarikat perniagaan terpilih bagi membolehkan pelajar mempelajari teori dan praktikal serentak.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang menerusi Pusat Bantuan Kerjaya dan Bakat Pulau Pinang (Penang Career Assistance and Talent (CAT) Centre) juga melaksanakan inisiatif-inisiatif seperti berikut:

(i) Menjalani pemadanan kerja secara berkumpulan (group job matching) untuk membantu pencari kerja dengan menjalankan pemadanan jawatan bersesuaian apabila menerima permintaan daripada majikan/syarikat. Pusat CAT akan mendapatkan maklumat tentang jenis pekerjaan untuk syarikat yang mengalami penutupan. Susulan itu, Pusat CAT akan menjalani prosedur pemadanan kerja secara berkumpulan dengan syarikat yang memperluaskan operasi; dan

(ii) Laman sesawang Pusat CAT menjadi satu titik tumpuan kepada majikan dan juga pencari kerja. Melalui perkhidmatan percuma laman sesawang Pusat CAT ini, pihak majikan dapat mempromosi peluang pekerjaan yang ditawarkan manakala pencari kerja juga dapat memohon pekerjaan yang ditawarkan menerusi laman sesawang tersebut.

28. PBA merupakan anak syarikat Kerajaan Negeri, apakah sumbangan PBA dalam tempoh pandemik terhadap rakyat Pulau Pinang?

(a) Jika ada, senaraikan program tersebut termasuk jumlah sumbangan?

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

28. Sumbangan pihak Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. (PBAPP) dalam tempoh pandemik COVID-19 di Negeri Pulau Pinang adalah seperti berikut:

(i) PBAPP memberi subsidi air kepada pengguna domestik sebanyak RM95.35 juta pada tahun 2020 dan anggaran RM95.34 juta pada tahun 2021;

124

(ii) PBAPP memberi pengecualian bil air bagi Pusat Pemberian Vaksin di bawah seliaan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (PSUKPP) untuk tempoh satu (1) tahun bermula dari 1 April 2021 hingga 30 April 2022. Sehingga 30 September 2021, jumlah pengecualian bil air bagi Pusat Pemberian Vaksin adalah berjumlah RM123,300.00;

(iii) PBAPP juga memberi bantuan moratorium untuk bil air kepada industri pelancongan khasnya untuk hotel, tempat tarikan pelancongan, pengusaha pelancongan dan taman tema yang beroperasi di Negeri Pulau Pinang. Bantuan moratorium ini diberikan selama setahun;

(iv) PBAPP memberi rebat rumah ibadat sebanyak RM5.00 bagi jumlah bil air yang kurang dari RM50.00 dan RM10.00 bagi jumlah bil air melebihi RM50.00 untuk pengguna air rumah ibadat di Negeri Pulau Pinang. Setakat 30 September 2021, rebat rumah ibadat adalah berjumlah RM51,400.00;

(v) PBAPP memberikan kemudahan pinjaman tanpa faedah sebanyak RM1,500.00 untuk pengguna air yang berpendapatan kurang daripada RM1,000.00 sebulan bagi menampung kos pemasangan paip untuk bekalan air ke rumah mereka. Jumlah RM1,500.00 tersebut akan dibayar secara ansuran bulanan yang akan dimasukkan ke dalam bil air mereka. Kemudahan pinjaman tanpa faedah ini adalah berjumlah RM20,900.00 pada 30 September 2021;

(vi) Bagi meringankan beban pengguna, PBAPP telah mengambil langkah untuk memberikan diskaun sebanyak 60 peratus ke atas Surcaj Konservasi Air (WCS) untuk penggunaan 35,000 liter ke atas bagi bekalan air domestik (individu) yang berpenghuni lapan (8) orang ke atas dan berdasarkan pendapatan isi rumah. Diskaun ini diberikan bagi mengatasi isu penggunaan air yang tinggi untuk keluarga besar. Setakat 30 September 2021, rebat WCS60 adalah berjumlah RM95.2 ribu;

(vii) Di bawah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), PBAPP memberikan rebat bekalan air untuk 30,000 liter sebulan kepada pengguna air yang berpendapatan rendah. Setakat 30 September 2021, rebat PPRT adalah berjumlah RM36,500.00;

(viii) Selain itu, PBAPP juga memberi rebat meter pukal dan bayaran ansuran kepada Joint Management Body (JMB) dan Management Corporation (MC) untuk meringankan beban dalam menghadapi masalah bayaran tunggakan air yang tinggi. Setakat 30 September 2021, rebat meter pukal adalah berjumlah RM1.3 juta;

(ix) PBAPP juga memberi rebat kebocoran paip bawah tanah yang tidak dapat dikesan sebanyak 50 peratus bagi dua (2) bil air yang tertinggi semasa tempoh kebocoran kepada pengguna air domestik. Setakat 30 September 2021, rebat kebocoran bawah tanah adalah berjumlah RM585,600.00; dan

(x) Dalam tempoh pandemik, PBAPP tidak melaksanakan pemotongan bekalan air untuk pengguna air domestik yang mempunyai tunggakan air melebihi 60 hari demi keperluan dan kepentingan rakyat Negeri Pulau Pinang.

125

III. Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Nyatakan proses lengkap yang perlu dilalui oleh pemaju pembinaan asrama pekerja asing atau mana-mana pemajuan projek dari mula cadangan hingga permulaan kerja pembinaan.

(a) Di peringkat manakah proses yang telah dibuat oleh syarikat Zantalite Sdn Bhd untuk membina perumahan pekerja di Lot 1435 dan 1437?.

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

1. Proses lengkap yang perlu dilalui oleh pemaju pembinaan asrama pekerja asing atau mana-mana pemajuan projek adalah seperti berikut:

(i) Pemaju yang berminat membina bangunan asrama pekerja atau lain-lain projek pemajuan hendaklah mengemukakan dahulu pelan-pelan permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan, pelan kejuruteraan, pelan landskap dan lain-lain permohonan yang berkaitan untuk pertimbangan dan kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

(ii) Pemaju hendaklah mengemukakan pelan-pelan permohonan melalui atas talian kepada Unit Pusat Setempat (OSC) PBT. Pelan permohonan akan diproses oleh PBT mengikut carta alir dan prosedur yang ditetapkan dalam sistem yang digunakan. Bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), permohonan perlu dikemukakan melalui sistem Integrated Local Council Solution (ILCS) yang telah mula digunakan untuk memproses pelan pemajuan mulai bulan April 2020. Seterusnya jabatan teknikal akan memberikan ulasan dan syarat-syarat untuk pertimbangan permohonan.

(iii) Setelah memperolehi kelulusan pelan pemajuan, seterusnya Pemaju perlu kemukakan permohonan Kebenaran Mula Kerja (untuk kerja tanah dan kerja bangunan) daripada Jabatan Kejuruteraan PBT dan Jabatan Kawalan Bangunan PBT sebelum kerja-kerja pembinaan bermula di tapak.

(iv) Bagi permohonan pemajuan bangunan asrama pekerja, Pemaju hendaklah mematuhi kehendak-kehendak dalam Garis Panduan Perancangan Penginapan Pekerja Di Kawasan Majlis Bandaraya Pulau Pinang seperti di LAMPIRAN A dan tertakluk kepada pematuhan penyediaan dan kelulusan laporan Social Impact Assessment (SIA) kategori 3 sebelum permohonan Kebenaran Merancang dikemukakan manakala carta alir proses permohonan bagi Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) adalah seperti di LAMPIRAN B.

(v) Pelan bangunan perlu dikemukakan untuk pertimbangan dan sijil CCC dikeluarkan selepas kerja-kerja pembinaan dengan mematuhi kesemua kehendak-kehendak jabatan teknikal yang berkaitan selaras dengan kelulusan pelan yang diberi.

(vi) Mengikut rekod MBPP, tiada permohonan Kebenaran Merancang untuk pemajuan perumahan pekerja yang dikemukakan oleh Syarikat Zantalite Sdn Bhd di atas Lot 1435 dan 1437, Mukim 9, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang. Walau bagaimanapun, permohonan perlingkungan semula bagi lot-lot tersebut telah diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri bertarikh 27 April 2021.

126

127

128

129

130

131

132

133

134

135

136

137

138

139

140

141

142

143

144

145

146

147

148

149

2. Penang Smart Parking (PSP).

(a) Syarikat manakah yang memperolehi tender Request For Proposal untuk projek tempat letak kereta berbayar tersebut?

(b) Apakah kriteria syarat-syarat untuk membolehkan sesuatu tempat dikuatkuasakan parkir berbayar?

(c) Kenapakah kawasan perniagaan di Tingkat Teluk Kumbar dilaksanakan parkir berbayar sedangkan ianya agak ketinggalan dari pelbagai kemudahan?.

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

2. (a) Sebanyak 61 petender dari dalam dan luar negara telah mengemukakan dokumen Request for Proposal (RFP) kepada Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Syarikat yang ditawarkan untuk projek Penang Smart Parking (PSP) melalui RFP adalah Syarikat HeiTech Padu Berhad (HTP). Model pembiayaan projek PSP ini adalah secara Private Funding Initiative (PFI). Melalui kaedah ini, syarikat akan membiayai keseluruhan projek sepanjang tempoh kontrak dan pembahagian hasil dilakukan mengikut kadar yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak sepanjang tempoh kontrak. Setakat 8 November 2021, jumlah keseluruhan pemasangan sensor di kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah sebanyak 33,915 unit iaitu 12,000 unit sensor di kawasan Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan 21,915 unit sensor di kawasan Majlis Bandaraya Sebarang Perai (MBSP). Sejak pelancaran, PSP telah menerima beberapa anugerah dan pengiktirafan di peringkat tempatan dan antarabangsa. Antaranya adalah seperti berikut:

(i) Johan di dalam pertandingan Inovation Blast 2019 yang di anjurkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang;

(ii) Anugerah Emas di MTex (Mini Innovation Excellence) anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC);

(iii) Anugerah Emas di RisTEX dan layak ke peringkat kebangsaan (AriSe) anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC);

(iv) Anugerah Ketua Menteri Pulau Pinang; dan

(v) Pingat Emas dalam kategori Smart Mobility dalam World Smart Sustainable Cities Organization (WeGO) Award.

(b) Syarat-syarat dan kriteria untuk membolehkan sesuatu tempat dikuatkuasakan sebagai Tempat Letak Kereta (TLK) berbayar adalah seperti berikut:

(i) Mempunyai permintaan tempat letak kereta yang tinggi;

(ii) Menjadi kawasan tumpuan orang awam;

(iii) Menyebabkan perletakan kenderaan yang tidak teratur; dan

(iv) Menyalahgunakan TLK dengan perletakan kenderaan yang terlalu lama dan dijadikan hak persendirian.

Setiap kawasan di bawah pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) boleh diwartakan dan dikuatkuasakan sebagai TLK PBT setelah mendapatkan kelulusan daripada jawatankuasa dan jabatan yang terlibat.

(d) Pelaksanaan TLK berbayar adalah bagi tujuan kawalan dan mendidik orang awam mematuhi peraturan dan menguatkuasakan undang-undang sedia ada. Kawasan tempat letak kereta di kawasan Tingkat Teluk Kumbar yang telah diwartakan sebagai TLK Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) adalah tidak tertakluk kepada

150

kemudahan lain yang disediakan di kawasan tersebut. Oleh itu, penyediaan TLK berbayar ini dapat mendisiplinkan pemandu, mengatasi kesesakan lalu lintas serta mengurangkan masalah penyalahgunaan TLK.

3. Apakah benar syarikat yang mendapat projek Penang Smart Parking (PSP) atau penyediaan parkir berbayar ini akan menyusahkan orang awam yang berada di kawasan perkampungan kerana syarikat berkenaan akan memperolehi untung walaupun penduduk tidak bersetuju dengan wujudnya pakir berbayar tersebut?

(a) Berapakah jumlah jangkaan kutipan hasil bayaran parkir dalam setahun?

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

3. Penyataan bahawa Penang Smart Parking (PSP) menyusahkan orang awam yang berada di kawasan perkampungan adalah tidak benar memandangkan setiap peletakkan kenderaan di kawasan yang telah diwartakan sebagai tempat letak kereta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah dikenakan bayaran. Kawasan yang diwartakan sebagai tempat letak kereta PBT tidak tertakluk kepada persetujuan penduduk setempat samada di kawasan bandar atau kampung.

Semenjak dilancarkan pada 19 Ogos 2019 yang lalu, tahap pencapaian penggunaan aplikasi PSP dalam kalangan masyarakat di negeri Pulau Pinang telah meningkat dengan amat baik sekali. PSP juga telah menerima maklum balas yang positif daripada orang ramai yang pernah menggunakan aplikasi tersebut. Salah satu daripada maklum balas positif yang diterima adalah aplikasi PSP memudahkan pengguna kenderaan untuk mencari petak Tempat Letak Kereta (TLK) yang kosong semasa berada di zon kawasan TLK berwarta milik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Antara kemudahan yang disediakan oleh sistem Tempat Letak Kereta (TLK) pintar PSP adalah seperti berikut:

(i) Pelaksanaan ejen E- Kupon;

(ii) fungsi carian tempat letak kereta (Find Parking);

(iii) fungsi tambah nilai kredit simpanan aplikasi (PSP E- wallet);

(iv) fungsi pindahan nilai kredit simpanan aplikasi kepada lain-lain akaun (PSP E- wallet);

(v) fungsi pembayaran kupon/Notis Tawaran Kompaun (NTK) secara online payment melalui aplikasi PSP; dan

(vi) mengurus rekod transaksi bayaran melalui aplikasi PSP.

Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga membantu orang awam termasuk golongan orang kurang upaya (OKU) dan warga emas yang tiada kemahiran IT untuk menggunakan sistem Penang Smart Parking (PSP) seperti berikut:

(i) Menyediakan tiket letak kereta secara e-kupon yang boleh dibeli daripada ejen-ejen yang dilantik untuk memudahkan pengguna yang tidak mempunyai telefon pintar. Setakat ini, sebanyak 422 ejen e-kupon di seluruh Negeri Pulau Pinang telah dilantik dengan 254 ejen di kawasan Pulau manakala 168 ejen e-kupon di kawasan Seberang Perai;

(ii) mendekati golongan warga emas dengan menjalankan program dan aktiviti sosial ditempat yang kerap dikunjungi warga emas seperti pasar awam, pasar malam, pusat membeli belah dan program anjuran ADUN kawasan;

151

(iii) menyediakan kaunter pertanyaan walk-in berkenaan PSP pada setiap hari Khamis di kedua PBT bagi membantu warga emas dan pengguna lain yang mempunyai masalah dalam penggunaan PSP;

(iv) menyediakan pas percuma OKU untuk meletakkan kenderaan di tempat letak kereta PBT. Permohonan boleh dihantar ke PBT. Walau bagaimanapun pemberian pas ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan;

(v) menganjurkan Penang Smart Parking Senior Citizen Outreach Program. Taklimat dan latihan cara penggunaan aplikasi PSP telah dijalankan semasa program ini diadakan; dan

(vi) mengedarkan borang kaji selidik bagi mengetahui permasalahan dan kekangan yang dihadapi oleh golongan warga emas dalam penggunaan PSP dan menambahbaik fungsi PSP dari masa ke semasa bagi memenuhi keperluan dan memberikan kemudahan kepada semua pihak.

Sejak pelancaran, PSP telah menerima beberapa anugerah dan pengiktirafan di peringkat tempatan dan antarabangsa. Antaranya adalah seperti berikut:

(i) Johan di dalam pertandingan Inovation Blast 2019 yang di anjurkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang;

(ii) anugerah Emas di MTex (Mini Innovation Excellence) anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC);

(iii) anugerah Emas di RisTEX dan layak ke peringkat kebangsaan (AriSe) anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC;

(iv) anugerah Ketua Menteri Pulau Pinang; dan

(v) Pingat Emas dalam kategori Smart Mobility dalam World Smart Sustainable Cities Organization (WeGO) Award

Jumlah kutipan hasil bayaran parkir pada tahun 2020 bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Pulau Pinang adalah sebanyak RM9,694,747.38 iaitu RM8,660,139.05 bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan RM1,034,608.33 bagi Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).

4. Saya telah mencadangkan agar Lot 244 Mukim 9 Teluk Kumbar untuk dijadikan tapak pembinaan perumahan rakyat bagi membantu menyediakan perumahan mampu milik kepada Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP),SRS Konsortium dan Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya.

(a) Apakah Kerajaan Negeri sudi menjadikan ianya suatu kenyataan dengan bantuan Kerajaan Pusat?

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

4. Kajian kemungkinan akan dilaksanakan di Lot 244, Mukim 12, Permatang Damar Laut bersama Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya. Kerajaan Negeri dari semasa ke semasa berusaha untuk mengenalpasti tanah kerajaan yang berpotensi untuk dibangunkan oleh sama ada Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan.

Di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) atau kini dikenali sebagai Rumah Malaysia Disewa (RMD) oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kerajaan Negeri sejak tahun 2017 telah mengemukakan lima (5) tapak bagi cadangan PPR/RMD di setiap daerah seperti berikut:

(i) Lot 10042, Lot 10043 dan sebahagian petak A di Seksyen 1, Bandar Jelutong di daerah Timur Laut;

152

(ii) Tanah Kerajaan bersempadanan Lot 8741, Jalan Mayang Pasir, Mukim 12 di daerah Barat Daya;

(iii) Tanah Kerajaan PT 741, Ujung Batu, Butterworth di daerah Seberang Perai Utara;

(iv) Tanah Kerajaan Lot 1061-1065, 1072-1078 dan 1084 - 1088, Kampung Tongkang, Mukim 14 di daerah Seberang Perai Tengah; dan

(v) Tanah Milik CMI Lot 20841, 20842, 20843 Mukim 13, Batu Kawan di daerah Seberang Perai Selatan.

Tapak yang sama juga akan dibangunkan oleh Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP) dengan pelaksanaan Rumah Mampu Milik Penang (RMMPg) sebagai alternatif sekiranya pelaksanaan PPR/RMD mengambil masa yang panjang.

Kerajaan Negeri sendiri berulang kali memohon untuk pembinaan PPR dan Kerajaan Pusat telah mengulangi komitmen untuk membekalkan dua (2) projek PPR/RMD di negeri Pulau Pinang dalam Bajet 2022 iaitu satu di kawasan Pulau dan satu di kawasan Seberang Perai. Kerajaan Negeri akan terus memantau perkembangan pembinaan PPR/RMD berkenaan.

5. Apakah status pembangunan tanah milik PERDA di Teluk Bayu, Sungai Batu?

(a) Apakah benar akan ada rancangan pembangunan di masa terdekat?

(b) Jika benar, adakah ianya akan mengambil serius kawasan peranginan di Pantai Teluk Bayu tersebut supaya tetap menjadi kawasan awam dan penyediaan jalan masuk yang sesuai ketika pembinaan dipagar?

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

5. (a) Berdasarkan maklumat PERDA, pihaknya dalam perancangan untuk melaksanakan pembangunan bercampur di kawasan Teluk Bayu, Sungai Batu melalui kerjasama anak syarikat PERDA. Permohonan kelulusan Pelan Kebenaran Merancang telah dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Tempatan.

(b) PERDA akan mengambil serius cadangan pemajuan yang akan dilaksanakan dengan mengambil kira kawasan pantai awam berhampiran dan akan memastikan laluan ke pantai tidak terjejas semasa kerja-kerja pembinaan dijalankan.

6. Kesesakan jalan raya FT 0006 Bukit Belah ke PUSPAKOM, Teluk Kumbar semakin teruk setelah pembukaan sempadan daerah dan negeri serta sektor ekonomi. Ianya seolah tiada penyelesaian dan tindakan sementara.

(a) Selain dari menanti kelulusan projek pembesaran diluluskan di peringkat pusat, apakah langkah yang wajar dilaksanakan ketika ini dan bila dilaksanakan?.

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

6. Pihak Jabatan Kerja Raya Negeri Pulau Pinang (JKR) telah memohon cadangan untuk menaik taraf Jalan Teluk Kumbar melalui peruntukan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) dan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12). Permohonan berkenaan masih di peringkat penilaian oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri.

153

Selain itu, pihak Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Barat Daya, Polis DiRaja Malaysia Negeri Pulau Pinang (PDRM) telah mengambil tindakan sementara bagi mengurangkan kesesakan dengan menempatkan anggota polis di kawasan tumpuan yang telah dikenal pasti sebagai kawalan lalu lintas bagi mengawal kekerapan kenderaan yang tinggi di jalan tersebut terutama pada waktu puncak.

Walau bagaimanapun, tindakan ini hanya mampu untuk mengurangkan kesesakan dan tidak dapat menyelesaikan masalah kesesakan tersebut memandangkan struktur jalan yang sedia ada tidak mampu untuk menampung jumlah kapasiti kenderaan yang semakin bertambah pada setiap tahun serta ia menjadi punca utama kesesakan di jalan tersebut.

7. Apakah status pembinaan Pasar Teluk Kumbar?

(a) Apakah perbezaan antara pembinaan yang dibuat oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dengan secara Request For Proposal?

(b) Apakah implikasi yang akan dihadapi oleh penyewa gerai dari segi kos sewaan?

(c) Apakah pengoperasiannya nanti tidak melalui MBPP tetapi sebaliknya diurus oleh syarikat swasta?

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

7. Setakat ini, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah membuat panggilan Request For Proposal (RFP) untuk pembangunan sebuah pasar dan rumah mampu milik di atas Lot 908, Mukim 9, Daerah Barat Daya di Jalan Teluk Kumbar. Permohonan bagi RFP tersebut telah ditutup pada 8 November 2021.

Seterusnya, MBPP akan membuat penilaian ke atas RFP tersebut dan hasil penilaian akan dibentangkan dalam Mesyuarat Lembaga Perolehan Majlis.

(a) Perbezaan pembinaan yang dibuat oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan secara Request For Proposal (RFP) adalah seperti berikut:

(b) Implikasi yang akan dihadapi oleh penyewa gerai dari segi kos sewaan berkaitan adalah penetapan kadar sewa yang akan dicadangkan oleh pihak petender. Walau bagaimanapun, pihak MBPP akan memastikan kadar sewa adalah berpatutan kepada penyewa kelak.

NO KOMPONEN MBPP RFP

1 Projek Komponen projek ini merangkumi pembangunan sebuah kompleks pasar awam

Komponen projek ini merangkumi pembangunan sebuah kompleks pasar awam dan rumah mampu milik

2 Perolehan Peruntukan pembangunan projek adalah ditanggung oleh MBPP

Kos pembangunan projek akan ditanggung oleh petender yang berjaya

3 Pengurusan Pengurusan dan penyelenggaraan kompleks pasar adalah di bawah MBPP

Pengurusan dan penyelenggaraan kompleks pasar akan dilaksanakan oleh petender

154

(c) Pengoperasian Pasar Awam akan dilaksanakan oleh petender yang berjaya memandangkan panggilan RFP tersebut melibatkan cadangan Built-Operate-Transfer (B.O.T.) dan bentuk pengurusan akan diketahui dan dinilai berdasarkan RFP yang diterima daripada pihak petender. Dalam masa yang sama, MBPP akan menerima cadangan yang paling menguntungkan dan memberikan pulangan yang terbaik kepada masyarakat.

8. Berapakah jumlah kes kematian pesakit selepas tiada jangkitan COVID-19?

(a) Adakah mangsa COVID-19 yang telah disahkan tiada jangkitan tetapi mempunyai kesan yang teruk dipantau rapi setelah keluar dari hospital?

(b) Berikan butiran angka kematian mengikut julat umur dan nyatakan jumlah Brought In Dead (BID).

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

8. Kes yang telah disahkan bebas jangkitan COVID-19 tidak akan diambil kira sebagai kematian akibat COVID-19 mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

(a) Bagi pesakit COVID-19 kategori 3 hingga 5 yang telah didiscajkan dari hospital, pesakit akan diberikan temu janji pemantauan pemulihan di klinik kesihatan atau di hospital mengikut keperluan kes dan kesesuaian seperti rujukan ke klinik dada dan rawatan fisioterapi di Hospital Pulau Pinang.

(b) Bermula 1 Januari 2021 hingga 10 November 2021, sebanyak 1,598 kes kematian akibat COVID-19 telah diumumkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk negeri Pulau Pinang. Demografi kes kematian COVID-19 mengikut kumpulan umur adalah seperti berikut:

Kumpulan Umur Bilangan Kes Peratus

(%)

Kanak - Kanak (0-11) 5 0.3

Remaja (12-18) 2 0.1

Dewasa (19 - 39) 130 8.1

Dewasa (40 -59) 448 28.0

Warga Emas (lebih 60) 1,013 63.4

Bilangan kes Brought in Dead (BID) yang disahkan sebagai kematian akibat COVID-19 pula adalah sebanyak 344 kes sehingga 22 November 2021.

9. Apakah perancangan telah dirangka bagi pembangunan desa di dalam DUN Bayan Lepas yang dibuat oleh Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa (JPBD) khususnya untuk Teluk Kumbar dan Kampung Seronok bagi mengekalkan kehijauan dan bukit bukau yang sedang dicabar oleh pembangunan?

(a) Apakah ada cadangan untuk mewartakan kawasan tertentu sebagai kawasan Kampung Warisan?

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

9. Kerajaan Negeri sememangnya mengambil perhatian dalam usaha untuk mengekalkan kehijauan dan keindahan bukit bukau semasa pembangunan dijalankan di semua kawasan termasuk di Teluk Kumbar dan Kampung Seronok. Dasar Perancangan Desa Negara yang diluluskan di peringkat persekutuan akan

155

didukung di peringkat negeri dan diterjemahkan dalam Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2030 (RSNPP2030) bagi memantapkan perancangan dan pembangunan kampung-kampung dengan tiga (3) dasar khusus seperti berikut:

(i) Merancang dan membangunkan guna tanah kampung secara holistik;

(ii) Memulihara keserasian identiti dan karektor kampung dengan persekitaran terutama kampung yang bercirikan warisan; dan

(iii) Menggalakkan aktiviti ekonomi untuk menyokong industri pelancongan desa.

RSNPP2030 akan diterjemahkan dalam Rancangan Tempatan Pulau Pinang 2030 dan Rancangan Tempatan Seberang Peral 2030 yang sedang disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Bandaraya Seberang Perai) sebagai perancangan penambahbaikan, perancangan dan menaik taraf secara sistematik keadaan fizikal serta sistem perparitan dan pembentungan untuk semua daerah termasuk kampung- kampung di dalam Negeri Pulau Pinang.

Kerajaan Negeri bercadang untuk mewartakan beberapa kampong sebagai kampong warisan yang menepati kriteria dalam Dasar Perancangan Desa Negara 2030. Kajian Persempadan Kampung Negeri Pulau Pinang yang telah dijalankan pada tahun 2019 dan 2020 telah mengenalpasti 638 buah kampung di Pulau Pinang. Hasil kajian ini dapat digunakan untuk mengenal pasti kampung berpotensi untuk diangkat sebagai Kampung Warisan.

10. Kepentingan Dewan Perda, Teluk Kumbar untuk kegunaan awam.

(a) Apakah status milikan Dewan Perda dan tanah tapak dewan tersebut di Teluk Kumbar?

(b) Apakah Kerajaan Negeri boleh mengambilnya untuk memudahkan urusan rakyat apabila ianya diserahkan kepada Pejabat Tanah dan Daerah Barat Daya?.

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

10. (a) Dewan Perda Teluk Kumbar telah dibina di atas Lot 1799, Mukim 9, Daerah Barat Daya oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA).

Lot 1799, Mukim 9, Daerah Barat Daya adalah tanah Kerajaan Negeri yang dibuat pengambilan balik pada tahun 1992 dan dikhususkan untuk pembinaan padang bola awam. PERDA memohon kebenaran daripada Kerajaan Negeri untuk membina dewan di atas Lot tersebut pada tahun 1998.

Pada masa sekarang Dewan PERDA Teluk Kumbar masih diuruskan oleh pihak PERDA sepenuhnya merangkumi semua urusan penggunaan dewan, penyelenggaraan dan pembaikan.

(b) Kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Barat Daya sedang berunding dengan pihak PERDA untuk mengambil alih bangunan dewan tersebut yang dibina di atas tanah Kerajaan Negeri untuk diuruskan bersekali dengan Padang Teluk Kumbar yang juga terletak di atas Lot 1799, Mukim 9 Daerah Barat Daya bagi memudahkan urusan orang ramai.

Dewan PERDA Teluk Kumbar yang kini tidak terurus serta memerlukan penyelenggaraan dan pembaikan, akan dapat diperbaiki sekiranya diambil alih oleh pihak Kerajaan Negeri.

156

11. Dewan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) di Kompleks Pasar dan Astaka Rajawali.

(a) Bilakah premis berkenaan boleh digunakan sepenuhnya?

(b) Berapakah keluasannya dan apakah aktiviti yang sesuai apabila ianya boleh digunakan kelak?

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

11. (a) Dewan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) di Kompleks Pasar dan Astaka Rajawali telah dibuka kepada orang ramai pada 31 Mei 2016 yang lalu. Berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada 18 Mac 2020, tempahan ke atas dewan ini telah ditutup untuk sementara waktu. Tempahan untuk dewan telah dibuka semula pada 18 Oktober 2021 dan dibenarkan untuk digunakan sepenuhnya.

(b) Keluasan Dewan Rajawali adalah seluas 9,321 kaki persegi dan aktiviti yang sesuai dilakukan adalah seperti berikut:

(i) Indoor games;

(ii) Yoga;

(iii) Tabata;

(iv) Kursus / Latihan;

(v) Jamuan Kecil-kecilan; dan

(vi) Mesyuarat.

12. Apakah perancangan EXCO Belia dan Sukan untuk mengembalikan aktiviti sukan selain dari sukan e-sport bagi melahirkan generasi yang sihat setelah kita memasuki fasa endemik?

(a) Apakah perancangan pembangunan infrastruktur akan terjejas pada tahun 2022?

(b) Apakah FAP mampu untuk menanggung kos aktiviti sukan bola sepak dan bagaimana untuk menanganinya?.

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

12. Dalam usaha untuk mengembalikan aktiviti sukan dalam fasa endemik, pematuhan terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) sebagaimana yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Belia dan Sukan (MKN/KBS) akan terus menjadi keutamaan dan dijadikan sebagai garis panduan oleh setiap penggiat sukan negeri.

Sehubungan dengan itu, semua penggiat sukan yang ingin melaksanakan sebarang aktiviti kesukanan dalam tempoh pandemik mahupun dalam fasa endemik ini sentiasa disarankan untuk terus mematuhi setiap langkah dan tatacara yang telah digariskan oleh MKN/KBS.

Daripada segi perancangan program sukan, inisiatif “Sukan Untuk Semua” yang telah bermula pada tahun 2019 akan terus dilaksanakan pada tahun 2022 dengan mematuhi semua SOP dan garis panduan norma baharu yang telah ditetapkan.

Usaha untuk memastikan kelangsungan program “Sukan Untuk Semua” agar masyarakat sentiasa mengutamakan kepentingan gaya hidup yang sihat dan cergas telah berjaya dilaksanakan pada tahun ini dengan menyesuaikan kaedah pelaksanaan berpandukan pada SOP dan norma baharu.

Usaha ini akan dilanjutkan sehingga ke fasa endemik COVID-19.

157

Antara program dan kaedah pelaksanaan “Sukan Untuk Semua” yang telah dilaksanakan pada tahun ini adalah seperti LAMPIRAN A.

Di samping itu, bagi menyemarakkan semula semangat kesukanan di semua peringkat dan masyarakat, Kerajaan Negeri juga sedang dalam pelaksanaan untuk menganjurkan program sukan peringkat antarabangsa seperti berikut:

AKTIVITI TARIKH ANJURAN PERINCIAN

“Malaysia Open Beach Volleyball Championship

9 hingga 12 Disember

2021

NBL International, Persatuan Bola Tampar Malaysia, Persatuan Badminton Malaysia dan Badminton World Federation (BWF)

Bertempat di Batu Ferringhi, Pulau Pinang

BWF AirBadminton Event Launching & Invitational Tournament”

18 Disember 2021

Hari Olimpik Komuniti Pulau Pinang

29 Mei 2022 hingga 23 Jun

2022

Lembaga Eksekutif Majlis Olimpik Malaysia (MOM)

Objektif penganjuran adalah untuk terus menggalakkan masyarakat dan komuniti secara keseluruhannya mengamalkan gaya hidup aktif, cergas serta membawa kesedaran nilai-nilai “Olympism” dalam sukan.

“Sukan TryOut” Sepanjang tahun 2022

Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP)

Platform secara dalam talian untuk membolehkan anak-anak muda Pulau Pinang atau para ibu bapa bakal atlet negara yang berhasrat menghadiri sesi uji bakat sukan untuk mendaftar dalam program pembangunan sukan negeri bersama Persatuan Sukan Negeri dan Jurulatih Sukan Negeri yang dilantik di bawah Program Pelapis Negeri, Program Bakat & Tunas Negeri atau Program Pembangunan Skuad Sukan Malaysia Pulau Pinang.

158

Dari segi aktiviti sukan berprestasi pula, Kerajaan Negeri akan terus menyokong persediaan atlet Negeri Pulau Pinang bagi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) nanti antaranya dengan:

(i) MSNPP menyediakan tempat dan diberikan kemudahan program latihan kepada atlet-atlet negeri yang terlibat dalam persediaan SUKMA dengan pematuhan SOP; dan

(ii) Merancang pelaksanaan Kem Bina Diri untuk atlet-atlet SUKMA Pulau Pinang bagi persediaan menghadapi SUKMA yang akan datang. Walau bagaimanapun, pelaksanaannya tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Tertinggi SUKMA pada bulan November atau Disember 2021 nanti bagi menentukan tarikh penganjuran untuk setiap jenis sukan yang terlibat dalam SUKMA.

(a) Projek-projek pembangunan sukan seperti Nibong Tebal Arena dan projek Woodhaven yang telah mula dijalankan pada tahun ini dan akan diteruskan pada tahun 2022. Projek penaiktarafan Kolam Renang Seberang Jaya, projek pembangunan kemudahan sukan di Pokok Sena dan projek Sports City di Stadium Negeri Batu Kawan adalah dalam perancangan.

Manakala, bagi projek-projek pembinaan dan penaiktarafan kemudahan sukan di bawah peruntukan pembangunan P01/59 (Sukan) pada tahun 2022 adalah tertakluk kepada permohonan dan permintaan penduduk tempatan, agensi/jabatan berkenaan serta ADUN Kawasan.

(b) Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) merupakan salah satu ahli gabungan MSNPP. Oleh yang demikian, peruntukan kewangan berbentuk subsidi yang disediakan untuk penganjuran program dan aktiviti di bawah FAP tertakluk kepada permohonan dan garis panduan peruntukan kewangan MSNPP.

Semua ahli gabungan lain di bawah MSNPP juga diberikan bantuan kewangan secara subsidi. MSNPP berpandangan bahawa setiap persatuan sukan negeri seharusnya mengambil inisiatif sendiri untuk menjana pendapatan dan meningkatkan kemampuan kewangan secara kendiri sama ada melalui kerjasama dengan rakan penaja, penganjuran pertandingan dan program, penyewaan premis dan kaedah-kaedah lain mengikut perancangan strategik persatuan masing-masing.

159

Lampiran A: PROGRAM KLINIK SUKAN UNTUK SEMUA YANG TELAH DIANJURKAN PADA TAHUN 2021

Tahun 2021 BIL. AKTIVITI / JENIS SUKAN TARIKH BILANGAN PESERTA

1 Klinik Badminton di Kompleks Sukan Titi Mukim & Dewan Badminton Sri Bagan Jermal (secara fizikal)

11.04.2021 & 18.04.2021

171 orang

2 Klinik Mendaki di Project Rock, IKEA (secara fizikal)

24.04.2021 85 orang

3 Klinik Catur (secara maya) 24.04.2021 503 orang

4 Klinik E-Sukan (secara maya) 10.07.2021 – 18.07.2021

784 orang

5 Klinik Wushu (secara maya) 11.09.2021 334 orang

6 Klinik Silat Tua di The TOP, Komtar (secara hybrid)

02.10.2021 20 orang (secara fizikal); 100 orang (secara maya)

7 Klinik Silambam di Kompleks Sukan dan Rekreasi Sony, Seberang Jaya (secara fizikal)

09.10. 2021 42 orang (secara fizikal)

8 Klinik Bola Jaring secara maya dan secara fizikal di Gembira Parade, Gelugor

09.10.2021 (secara maya) & 23.10.2021 (secara fizikal)

76 orang (secara maya); 40 orang (secara fizikal)

9 Klinik Bola Sepak secara maya dan secara fizikal di Kompleks Sukan dan Rekreasi Sony, Seberang Jaya

09.10.2021 (secara maya) & 24.10.2021 (secara fizikal)

100 orang (secara maya) & 50 (secara fizikal)

10 Klinik Sepak Takraw secara maya dan secara fizikal di Kompleks Sukan dan Rekreasi Sony, Seberang Jaya

16.10.2021 (secara maya) & 30.10.2021 (secara fizikal)

97 orang (secara maya); 50 orang (secara fizikal)

11 Klinik Olahraga secara maya dan secara fizikal di Kompleks Sukan dan Rekreasi Sony, Seberang Jaya

16.10.2021 (secara maya) & 06.11.2021 (secara fizikal)

132 orang (secara maya); 50 orang (secara fizikal)

12 Klinik Scuba Diving secara maya dan secara fizikal di Kolam Renang MBSP Pangsapuri Ria, Butterworth dan Kolam Renang Kompleks Sukan Relau

17.10.2021 (secara maya) & 6 – 7 November 2021 (secara fizikal)

68 orang (secara maya); 65 orang (fizikal)

13 Klinik Kabaddi secara maya dan secara fizikal di Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (akan berlangsung pada 27 November 2021)

13.11.2021 (secara maya) & 27.11.2021 2021 (secara fizikal)

100 orang (secara maya)

14 Klinik Floorball secara maya dan secara fizikal di Arena Sukan Azman Hashim, USM

13.11.2021 (secara maya) & 20.11.2021 (secara fizikal)

71 orang (secara maya) & 45 orang (secara fizikal)

15 Klinik Kanu secara maya dan secara fizikal di Pusat Kegiatan Sukan Air, Tanjung Bungah

06.11.2021 (secara maya) & 13.11.2021 (secara fizikal)

99 orang (secara maya); 54 orang (secara fizikal)

160

13. Apakah telah ada rancangan untuk membina jalan di pesisiran laut yang akan menghubungkan Gertak Sanggul dan Pulau Betong?

(a) Jika ada, bilakah ianya akan dilaksanakan?

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

13. Pihak Jabatan Kerja Raya Negeri Pulau Pinang (JKR) memaklumkan bahawa tiada perancangan oleh pihak JKR untuk membina jalan di pesisiran laut yang akan menghubungkan Gertak Sanggul dan Pulau Betong.

14. Berapa banyakkah wang yang telah digunakan oleh Kerajaan Negeri untuk projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang (PSR)?

(a) Siapakah yang membayar gaji kepada staf SRS Consortium dan kakitangan PPSN?

(b) Berapakah jumlah perbelanjaan sebulan untuk bayaran gaji mereka?.

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

14. Secara prinsipnya, bayaran bagi projek Penang South Reclamation (PSR) dan Penang Transport Master Plan (PTMP) akan diuruskan oleh Kerajaan Negeri secara bayaran ‘in-kind’ yang melibatkan hasil jualan tanah tambakan PSR. Bayaran kos projek tidak melibatkan bajet tahunan Kerajaan Negeri secara langsung.

(a) Justeru pembayaran bagi penggajian kakitangan SRS Consortium termasuk kakitangan PPSN adalah melalui pembiayaan model kewangan tersebut iaitu melalui hasil jualan tanah. Setakat ini, pihak SRS membiayai kos awalan dan menunaikan segala kewajibannya dalam pembangunan Pulau A, PSR.

(b) Setakat ini, tidak ada pembayaran yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri untuk perbelanjaan bagi pembayaran gaji kakitangan SRS

15. Berapakah jumlah lesen jualan runcit arak yang telah dikeluarkan dalam DUN Bayan Lepas dari tahun 2018 hingga kini?

(a) Sertakan butiran pemilik lesen tersebut..

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

15. Kerajaan Negeri hanya mengeluarkan lesen bagi penjualan arak tertakluk kepada Seksyen 32, Akta Eksais 1976. Bilangan lesen jualan runcit arak yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri melalui Lembaga Pelesenan (Eksais) Negeri Pulau Pinang dari tahun 2018 hingga tahun 2021 oleh DUN Bayan Lepas adalah seperti seperti berikut:

TAHUN JUMLAH LESEN

2018 19

2019 42

2020 42

2021 (sehingga Oktober) 11

Butiran pemilik lesen jualan runcit arak yang telah dikeluarkan di KADUN Bayan Lepas dari tahun 2018 hingga kini adalah seperti di LAMPIRAN A.

161

LAMPIRAN A BUTIRAN PEMILIK LESEN JUALAN RUNCIT ARAK YANG TELAH DIKELUARKAN

DALAM DUN BAYAN LEPAS PADA TAHUN 2018

Bil. Nama Alamat Kelas Lesen

1. CHUAH ENG WEI

HIN HUAT (CHUAH) WINE MERCHANTS S/B10,LENGKOK TELUK KUMBAR 2,JLN TELUK KUMBAR,11920 PG

RUNCIT & BORONG

2. STUART SAW TEIK SIEW

DFZ TRADING S/B WISMA ATLAN,8 PRSN KG JAWA,11900 BYN LEPAS

RUNCIT & BORONG

3. GOH SENG CHOON

DFZ (M) S/B WISMA ATLAN,8 PERSIARAN KAMPUNG JAWA,11900 BAYAN LEPAS

BORONG

4. GOH SENG CHOON DFZ DUTY FREE SUPPLIES S/B WISMA ATLAN,8 PRSN KG JAWA,11900 BAYAN LEPAS

RUNCIT & BORONG

5. TAN TEONG HUAT CHOP ENG KEE 51-1,LINTANG BATU MAUNG,11960 BAYAN LEPAS

RUNCIT

6. DATUK EIRO SAKAMOTO

ISLAND GOLF PROPERTIES BHD 2,JALAN BUKIT JAMBUL,11900 BAYAN LEPAS

RUMAH AWAM KELAS

1

7. DATO' LIM KONG WAI

HOTEL EQUATORIAL PENANG 1, JALAN BUKIT JAMBUL, 11900 BAYAN LEPAS

RUMAH AWAM KELAS

1

8. CHEW KA WEE SOON HIN ECONOMICAL MARKET 1084,MK9, TELUK KUMBAR 11920

RUNCIT

9. HEE YAU CHONG KEDAI UBAT TEIK FOH ON E-G-4,TMN BKT JAMBUL,BYN LEPAS,11900

RUNCIT

10. LAW SIU BAI PERNIAGAAN TAI HE 96,OFF JALAN MAHSURI,11950 BAYAN BARU

RUNCIT

11. PANG HEE MENG VICTORIA STATION (PG) S/B 17 LORONG MAYANG PASIR 5,11950 BAYAN BARU

RUMAH AWAM KELAS

1

12. CHIA LIANG HONG

EU YAN SANG (1959) S/B NW-9,NEW WING SUNSHINE SQUARE COMPLEX, 1 JALAN MAYANG PASIR 11950 BAYAN BARU

RUNCIT

13. YEE KAM MING SUNSHINE WHOLESALE MART S/B 2A, LEBUHRAYA KAMPUNG JAWA, 11900 BAYAN LEPAS

RUNCIT & BORONG

14. CHONG SHAO SIEW

BUSINESS & BUDGET HOTELS (PENANG) SDN BHD AC HOTEL PENANG BUKIT JAMBUL, 213, JALAN BUKIT GAMBIR, BUKIT JAMBUL 11950 PULAU PINANG

RUMAH AWAM KELAS

1

162

Bil. Nama Alamat Kelas Lesen

15. STUART SAW TEIK SIEW

WINNER PROMPT S/B WISMA ATLAN,8 PERSIARAN KAMPUNG JAWA,11900 BAYAN LEPAS

BORONG

16. LEE HEE THIAM

ALL HAPPY S/B 7 TINGKAT BAWAH,JALAN DATO ISMAIL HASHIM,11900 BAYAN LEPAS

RUNCIT

17. LOH SUAT HOON OREILLY IRISH PUB 72-G(G/F) PERSIARAN BAYAN INDAH, 11900 BAYAN LEPAS

RUMAH AWAM KELAS

1

18. TEOH GUANG SONG CHOP ON WOH TONG 7, GERBANG SUNGAI ARA 1, 11900 BAYAN LEPAS

RUNCIT

19. LEE HEE THIAM ALL HAPPY SDN BHD 2-C,JALAN GARUDA,11900 BAYAN LEPAS

RUNCIT

163

BUTIRAN PEMILIK LESEN JUALAN RUNCIT ARAK YANG TELAH DIKELUARKAN DALAM DUN BAYAN LEPAS PADA TAHUN 2019

Bil. Nama Alamat Kelas Lesen

1. KEE AIK HAU

GCH RETAIL (M) S/B GAINT HYPERMARKET BAYAN BARU,78 JALAN TENGAH, BAYAN BARU,11900 PULAU PINANG

RUNCIT

2. CHEW HAI AUN

HAI TATT TRADING COMPANY 11, LORONG MAYANG PASIR 5, TAMAN SRI TUNAS,11950 BAYAN BARU

RUNCIT

3. CHIANG SOOK IM AV MINI MARKET 14-01-07,TAMAN ALOR VISTA,LBH RELAU 1O,11950 BAYAN LEPAS

RUNCIT

4. POH YONG LOO

AEON CO (M) BHD JUSCO QUEENSBAY MALL,100 PERSIARAN BAYAN INDAH,11900 BAYAN LEPAS

RUNCIT

5. LIM KIM SAN KIM SAN MINI MARKET 207,BLK H,MK 12,JALAN BATU MAUNG,10950 BAYAN LEPAS

RUNCIT

6. ANDREW ROACH REDDY

BISTROAMERICANA (QB) SDN BHD (T.G.I FRIDAY'S) LOT FG 131 &139,QUEENSBAY MALL,100 PERRSSIARAN BAYAN INDAH, 11900 BAYAN LEPAS

RUMAH AWAM KELAS

1

7. POOVATHY A/P SAMINATHAN

PASAR MINI SRI THIRUPATHY 88,BLK B-G-04,TAMAN SRI RELAU,MK 13,11900 BAYAN LEPAS

RUNCIT

8. LEE HEE THIAM ALL HAPPY S/B 10-C-G,JALAN RUMBIA,11900 BKT JAMBUL

RUNCIT

9. SEGAR A/L VEERAN

BESTARI HOSPITALITY MANAGEMENT SDN BHD 1, MK 13, DAERAH TIMUR LAUT, PULAU JEREJAK, 11900 BAYAN LEPAS

RUMAH AWAM KELAS

1

10. AURTHUR CHEN-YI

EASTIN HOTEL PENANG 1 SOLOK BAYAN INDAH, QUEENSBAY,11900 BAYAN LEPAS

RUMAH AWAM KELAS

1

11. KOH NAI TUAN

KOH YONG ENTERPRISE BLK 86-G-(09-10) PERSIARAN TERUBONG 2,11900 BAYAN LEPAS

RUNCIT

12. TEH KHOON HOOI GS MART 20K PERMATANG DAMAR LAUT,11960 BAYAN LEPAS

RUNCIT

13. RAMACHANDRAN A/L MUNIAN

CRYSTAL ISLAND PUB & BISTRO RUMAH

AWAM KELAS 1

164

Bil. Nama Alamat Kelas Lesen

303-1-29 KRYSTAL POINT, JALAN SULTAN AZLAN SHAH, 11900 BAYAN LEPAS

14. SZE THO KOK ONN

SUNSTEPS FORTUNE S/B 3F-03,03A,03B,26,27 & 28,3RD FLR, QUEENSBAY MALL, 11960 BAYAN LEPAS

RUMAH AWAM KELAS

1

15. CHEONG CHEE FOO

THE F&B LIBRARY (QUEENSBAY) S/B G-1-1 BAY AVENUE, LORONG BAYAN INDAH 1, 11900 BAYAN LEPAS

RUMAH AWAM KELAS

1

16. LIM SUH CHEN JOY MART 69, LEBUHRAYA BATU MAUNG, 11960 BAYAN LEPAS

RUNCIT

17. LEE HEE THIAM

ALL HAPPY S/B 4A-1,G/F TINGKAT KENARI,SUNGAI ARA,11900 BAYAN LEPAS

RUNCIT

18. DEVENDRAN A/L SUBRAMANIAM

HOMEMARKET ENTERPRISE 14, SOLOK KEKABU 1, PERMATANG DAMAR LAUT, 11960 BAYAN LEPAS

RUNCIT

19. LIEW CHEE WENG

ETERNAL LEISURE S/B (GOLDEN MIRAGE) L17, L19, L21 & L23, LORONG BAYAN INDAH 3, BAY AVENUE,11900 BAYAN LEPAS

RUMAH AWAM KELAS

1

20. LYE SOO YEN

SUMMER SPRING RETAIL S/B 821-J, G/F JALAN PAYA TERUBONG, RELAU, 11900 BAYAN LEPAS

RUNCIT

21. LYE SOO YEN SUMMER SPRING RETAIL S/B 1-1-32, TINGKAT MAHSURI, 11950 BAYAN LEPAS

RUNCIT

22. LYE SOO YEN

SUMMER SPRING RETAIL S/B BLOCK D-G-07, PERSIARAN RELAU, SUNGAI ARA, 11900 BAYAN LEPAS

RUNCIT

23. DEVENDRAN A/L SUBRAMANIAM

PALACE OF PONDICHERRY 8-D-G, JALAN RUMBIA, 11900 BUKIT JAMBUL

RUNCIT

24. LIM TENG TATT SUMMER SPRING RETAIL S/B 16-G, LEBUH RELAU 2, 11900 BAYAN LEPAS

RUNCIT

25. HOR KAR SHAN

7-ELEVEN MALAYSIA SDN BHD 36, SUNSHINE SQUARE, JALAN MAHSURI, BAYAN BARU, 11950 BAYAN LEPAS

RUNCIT

26. LEE HEE THIAM HAPPY MART RUNCIT

165

Bil. Nama Alamat Kelas Lesen

763, JALAN SULTAN AZLAN SHAH, KOTA NIBONG, 11900 BAYAN LEPAS

27. LIM KAI HUA

SCUBA MUSIC LOUNGE RESTAURANT 32 G/F, PERSIARAN BAYAN INDAH, 11900 BAYAN LEPAS

RUMAH AWAM KELAS

1

28. TEH WEE MIN EXTRA MART 22-1, LINTANG BATU MAUNG 4, 11960 BAYAN LEPAS

RUNCIT

29. LEE HEE THIAM HAPPY MART 110-1-10, PERSIARAN BAYAN INDAH, 11900 BAYAN LEPAS

RUNCIT

30. WONG SEEW KEE

THE BEER FACTORY (SUPERSTAR HERITAGE S/B) 110-01-22,23&23A, SUMMERTON BAYAN INDAH, PERSIARAN BAYAN INDAH, 11900 BAYAN LEPAS

RUMAH AWAM KELAS

1

31. OOI SIN BOON

JAYAMAS SUPERSTORE (RELAU) S/B 2-A/B, JALAN MEDAN BAYAN, 11900 BAYAN LEPAS

RUNCIT

32. KOK CHEE SOON

MEMORIES CAFÉ H-12-1, BAY AVENUE, LORONG BAYAN INDAH 2, 11900 BAYAN LEPAS

RUMAH AWAM KELAS

1

33. LEE SWEE YEONG OLIVE TREE CONCEPTS S/B 76, JALAN MAHSURI, 11950 BAYAN LEPAS

RUMAH AWAM KELAS

1

34. MICHEAL LOW CHONG SING

GIANT ESTATES S/B 60&62-G, PERSIARAN MAHSURI 2, SUNWAY TUNAS, 11900 BAYAN BARU

RUMAH AWAM KELAS

1 RUNCIT & BORONG

35. SONG KOK FULL

PLAZA PREMIUM LOUNGE MALAYSIA S/B LOT L2AS14, DOMESTIC DEPARTURE/ARRIVAL (AIRSIDE), PENANG INTERNATIONAL AIRPORT, 11900 BAYAN LEPAS

RUMAH AWAM KELAS

1

36. SONG KOK FULL

PLAZA PREMIUM LOUNGE MALAYSIA S/B LOT L3AS2D, MEZZANIE LANDSIDE, PENANG INTERNATIONAL AIRPORT, 11900 BAYAN LEPAS

RUMAH AWAM KELAS

1

37. JEFFREY GOH SIM IK

MORGANFEILD'S G/F-38, QUEENSBAY MALL, PERSIARAN BAYAN INDAH, 1190 BAYAN LEPAS

RUMAH AWAM KELAS

1

166

Bil. Nama Alamat Kelas Lesen

38. HO CHANG PENG

KL METRO LAND DEVELOPMENT S/B LEXIS SUITES PENANG, 28 JALAN TELUK KUMBAR, 11900 BAYAN LEPAS

RUMAH AWAM KELAS

1

39. TAN CHIN CHEAT

HKV (M) S/B LOT 3F-06(A), QUEENSBAY MALL, PERSIARAN BAYAN INDAH, 11900 PULAU PINANG

RUMAH AWAM KELAS

1

40. MICHEAL SAK CHENG CHOO

SOMETHING ELSE F&B S/B 72A-G, PERSIARAN MAHSURI 2, 11950 BAYAN LEPAS

RUMAH AWAM KELAS

1

41. ANDREW ROACH REDDY

BISTRO ITALIANA (TG) S/B 100-G-31A&33, QUEENSBAY MALL, PERSIARAN BAYAN INDAH, 11900 BAYAN LEPAS

RUMAH AWAM KELAS

1

42. CHEW KA HONG

WF MINI MARKET B-G-10, TAMAN SHABAT, JALAN GERTAK SANGGUL, 11920 BAYAN LEPAS

RUNCIT

167

BUTIRAN PEMILIK LESEN JUALAN RUNCIT ARAK YANG TELAH DIKELUARKAN DALAM DUN BAYAN LEPAS PADA TAHUN 2020

Bil. Nama Alamat Kelas Lesen

1. HO KAR SHAN 7-ELEVEN MALAYSIA SDN BHD 17-1(G/F), LORONG BATU MAUNG 1, 11960 BAYAN LEPAS

RUNCIT

2. HO KAR SHAN

7-ELEVEN MALAYSIA SDN BHD 1008-G, JALAN DATO ISMAIL HASHIM, SUNGAI ARA, 11900 BAYAN LEPAS

RUNCIT

3. HO KAR SHAN

7-ELEVEN MALAYSIA SDN BHD 1-1-43(G/F), I-AVENUE, MEDAN KAMPUNG RELAU 1, 11900 BAYAN LEPAS

RUNCIT

4. HO KAR SHAN

7-ELEVEN MALAYSIA SDN BHD BLOK 29-1-20, JALAN PAYA TERUBONG, GOLDEN TRIANGLE, 11900 BAYAN LEPAS

RUNCIT

5. HO KAR SHAN 7-ELEVEN MALAYSIA SDN BHD 48-G, JALAN TENGAH, TAMAN SRI TUNAS, 11950 BAYAN LEPAS

RUNCIT

6. LEE HEE THIAM

ALL HAPPY S/B 1-1-7, KRYSTAL POINT, LEBUH BUKIT KECIL 6, 11900 BAYAN LEPAS

RUNCIT

7. PALAGURU A/L SETHU

POKHARA KITCHEN 12-B-1, JALAN TUN DR AWANG, 11900 BAYAN BARU

RUMAH AWAM KELAS

2

8. BENJAMIN YONG KUET YUE

BENS KITCHEN (PENANG) S/B (S WINE QUEENSBAY) 100-G-112,113(A)&146(A), PERSIARAN BAYAN INDAH, QUEENSBAY MALL, 11900 BAYAN LEPAS

RUMAH AWAM KELAS

1

9. LIM WEI LEE VILLA VINO F AND B S/B 110-1-18, PERSIARAN BAYAN INDAH, 11900 PULAU PINANG

RUMAH AWAM KELAS

1

10. NG HAN SEONG

SETIA SPICE CONVENTION CENTRE 108C, JALAN TUN DR AWANG, 11900 PULAU PINANG

RUMAH AWAM KELAS

1

11. SANTANA MARY A/P JESURAJA

HEARTBEAT BAR & RESTAURANT THE PROMENADE, 5-G-6, PERSIARAN MAHSURI, 11900 BAYAN BARU

RUMAH AWAM KELAS

1

12. LIM NIAN CHEE ST 24 MART 8, HILIR PAYA TERUBONG SATU, 11900 RELAU

RUNCIT

13. LIGNEESVARAN A/L PERIASAMY

JM ISLAND SHOP ENTERPRISE 215-1-5, JALAN BUKIT GAMBIR, KRYSTAL SQUARE, 11900 BAYAN LEPAS

RUNCIT & BORONG

168

Bil. Nama Alamat Kelas Lesen

14. HENG GOIH HOON

UNCLE JOHN KITCHEN & BAR (M) SDN BHD D-11-1, BAY AVENUE, LORONG BAYAN INDAH 2, 11900 BAYAN LEPAS

RUMAH AWAM KELAS

1

15. LIM SHIOU GHAY

KAZE REASOURCES SDN BHD 5-G-1, THE PROMENADE, PERSIARAN MAHSURI, 11950 BAYAN LEPAS

RUMAH AWAM KELAS

1

16. KONG EWE KEAT ALP CAPITAL SDN BHD 70-3-57, D'PIAZZA MALL, JALAN MAHSURI, 11900 BAYAN BARU

BORONG

17. LEE HEE THIAM ALL HAPPY SDN BHD 5-G-18, PROMENADE, PERSIARAN MAHSURI, 11950 BAYAN BARU

RUNCIT

18. LEE HEE THIAM

HAPPY MART (ALL HAPPY SDN BHD) 2-G-23-2, MEDAN RAJAWALI, SOLARIA SQUARE, 11900 BAYAN LEPAS

RUNCIT

19. TSNG KHEK WEI

RESTORAN BABY SUMO 1-1-12, CANGKAT BATU MAUNG 1, SOUTHBAY PLAZA, 11900 BAYAN LEPAS

RUMAH AWAM KELAS

2

20. THE SZE HOOI

QE THREE BISTRO H-8-1, BAY AVENUE, LORONG BAYAN INDAH 2, BAYAN LEPAS, 11900 PULAU PINANG

RUMAH AWAM KELAS

1

21. ONG BENG SHIANG

AUNTY Q SUMMERTON KITCHEN AND BAR SDN BHD 110-1-11, SUMMERTON, PERSIARAN BAYAN INDAH, 11900 BAYAN LEPAS

RUMAH AWAM KELAS

1

22. KESEVEN A/L HNNASAGARA

VEGABONDS BAR & BISTRO 70-1-6&7, D'PIAZZA MALL, JALAN MAHSURI, 11950 BAYAN BARU

RUMAH AWAM KELAS

1

23. KHOO BOO SEAN

HOPEDALE BEVERAGE SDN BHD (SUSHI TEI) 100-3F-3, QUEENSBAY MALL, PERSIARAN BAYAN INDAH, 11900 BAYAN LEPAS

RUMAH AWAM KELAS

3

24. LIM KAI HUA

ONE PUBLIC EXPRESS ENTERPRISE 5-G/F, JALAN RELAU, 11900 BAYAN LEPAS

RUNCIT

25. OOI WAI KIN @ WONG WAI KIN

MAYQ SDN BHD 0300Z-2, JALAN RELAU, SUNGAI ARA, 11900 PULAU PINANG

BORONG

26. CHUAH CHUN LIM 24 XPRESS SDN BHD 9, JALAN RELAU, 11900 BAYAN LEPAS

RUNCIT

169

Bil. Nama Alamat Kelas Lesen

27. GAN CHAY CHIAN SPINK GROUP SDN BHD 1-1-7 & 1-2-7, TINGKAT MAHSURI 5, 11950 BAYAN BARU

RUMAH AWAM KELAS

1

28. VIKNESWARAN A/L KUMARASAMY

ARAN MART 4-G/F, JALAN TENGAH, 11900 BAYAN BARU

RUNCIT

29. NG BOON KEE

FUZION PLT 10&11, SUMMERSKYE RESIDENCES, JALAN SUNGAI TIRAM 8, 11900 BAYAN LEPAS

RUMAH AWAM KELAS

1

30. YEAP HOCK CHYE

CHINESE MERCHANTS' CLUB 72-1-13A&15, 72-2-13A&15, 72-3-13A&15, 72-3A-13A&15, ARENA CURVE, JALAN MAHSURI, 11950 BAYAN LEPAS

RUMAH AWAM KELAS

1

31. CHAN CHENG HWEI

TAIRYO SDN BHD H-2-1&2, BAY AVENUE, LORONG BAYAN INDAH 2, 11900 BAYAN LEPAS

RUMAH AWAM KELAS

2

32. TAN TEIK AIK

TOKKURI TEI JAPANESE CUISINE H-16-1, BAY AVENUE, LORONG BAYAN INDAH 2, 11900 BAYAN LEPAS

RUMAH AWAM KELAS

2

33. YONG YEONG SING

YAO DE TANG SDN BHD 1-1-15, SUMMER SKYE RESIDENCES, JALAN SUNGAI TIRAM 8, 11900 BAYAN LEPAS

RUNCIT

34. HOR KAR SHAN

7-ELEVEN MALAYSIA SDN BHD 14H-G/F, BAYAN BAY, PERSIARAN BAYAN INDAH, 11900 BAYAN LEPAS

RUNCIT

35. HOR KAR SHAN

7-ELEVEN MALAYSIA SDN BHD 110-0-9, SUMMERTON, PERSIARAN BAYAN INDAH, 11900 BAYAN LEPAS

RUNCIT

36. LOW GIM TATT MEGA T WINE & SPIRIT TRADING 2A-3-22, LENGKOK NIPAH, TAMAN LIP SIN, 11900 BAYAN LEPAS

BORONG

37. SARAVANAN A/L NATHAN

MM SPICE KITCHEN SDN BHD 180-B-1-11, SPICE CANOPY, JALAN TUN DR AWANG, 11900 BAYAN LEPAS

RUMAH AWAM KELAS

1

38. CHAN WEI FOONG BLAZE GLORY SDN BHD 72-1-66, JALAN MAHSURI, 11950 BAYAN LEPAS

BORONG

39. TAN SEIK PENG

GOODTIME PG SDN BHD 72A-G, 76-G, 72A-1, 76-1, 72-2, 72A-2, 76-2, 78-2, PERSIARAN MAHSURI 2, 11950 BAYAN LEPAS

RUMAH AWAM KELAS

1

40. TAN LI ZHE DOZO SUMMERSKYE SDN BHD RUMAH

AWAM KELAS 1

170

Bil. Nama Alamat Kelas Lesen

1-1-26, 1-1-27 & 1-1-28, SUMMERSKYE RESIDENCES, JALAN SUNGAI TIRAM 8 11900 BAYAN LEPAS

41. LIM CHAO LI

IRR SDN BHD 100-G/F-129&139(B), QUEENSBAY MALL. 100, PERSIARAN BAYAN INDAH, 11900 BAYAN LEPAS

RUMAH AWAM KELAS

1

42. ADELE LIM LIN CHIEH

SO CONVENIENCE STORE SDN BHD 12D-G-9, ONE FORESTA, LENGKOK KELICAP, 11900 BAYAN LEPAS

RUNCIT

171

BUTIRAN PEMILIK LESEN JUALAN RUNCIT ARAK YANG TELAH DIKELUARKAN DALAM DUN BAYAN LEPAS PADA TAHUN 2021

Bil. Nama Alamat Kelas Lesen

1. MUTHIAH A/L VEERAPPAN

VIP SUPER MART SHOP 10-C-G, JALAN TUN DR AWANG, SUNGAI NIBONG KECIL, 11900 BAYAN LEPAS

RUNCIT & BORONG

2. LIM YUN TEEK AVENUE BBQ CAFÉ & BISTRO G-5-1, LORONG BAYAN INDAH, 11900 BAYAN LEPAS

RUMAH AWAM KELAS

1

3. CHUAH POH SUN

QUIN ZEN SDN BHD 70-1-69, JALAN MAHSURI, BANDAR BAYAN BARU 11900 BAYAN LEPAS

RUNCIT

4. DATO' CHUA KOK CHEE

CSS FOOD & BEVERAGES SDN BHD NO.10, LINTANG BERINGIN 1, DIAMOND VALLEY INDUSTRIAL PARK, 11960, BATU MAUNG

BORONG

5. FOO SAIK BOON

BULGEUM RESTAURANT SDN BHD 2-1-6, TINGKAT MAHSURI 4, THE ONE, 11950 BAYAN LEPAS

RUMAH AWAM KELAS

1

6. PHAN YOKE FEI

TRAVEL RECOMMENDS SDN BHD 1-1-8, LINTANG MAYANG PASIR 3, SUNTECH@PENANG CYBERCITY, 11950, BAYAN BARU

RUNCIT & BORONG

7. ERIK LOW CHUAN GHEE

SKY LIGHT PUB & BISTRO 70-1-8, D'PIAZZA MALL, JALAN MAHSURI, 11900 BAYAN LEPAS

RUMAH BIR KELAS 1

8. KIM YUNDAM

BO KYUNG HOLDINGS SDN BHD HANA KOREAN MART 1-1-15, ELIT AVENUE, JALAN MAYANG PASIR 3, 11950 BAYAN BARU

RUNCIT

9. THAMIZHARASI A/P GOVINDASAMY

SURIYAN MINI MART GF NO. 22, JALAN SUNGAI TIRAM 3, 11900 BAYAN LEPAS, PULAU PINANG

RUNCIT

10. YUTO TAGO

WILPACK FOOD SERVICES SDN BHD YAMATOYA, 303-1-14, KRYSTAL POINT, JALAN SULTAN AZLAN SHAH, 11900, BAYAN LEPAS, PENANG

RUNCIT

11. JAFFERSON CHEW WEI HORNG

CARROT MINIMART 12, TINGKAT TELUK KUMBAR 4, TELUK KUMBAR, 11920, BAYAN LEPAS, PULAU PINANG

RUNCIT

172

16. Sektor pelancongan di DUN Bayan Lepas masih lagi tidak diberikan perhatian serius oleh Kerajaan Negeri walaupun jumlah pengunjung amat tinggi.

(a) Apakah perancangan untuk memajukan dan meningkatkan keselesaan pengunjung ke Pantai Teluk Bayu dan Pantai Tanjung Asam?

(b) Mengapakah tempat kunjungan ramai ini masih lagi tiada keperluan asas yang sepatutnya?.

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

16. (a) Kerajaan Negeri sentiasa memberi perhatian dan menitikberatkan sektor pelancongan di seluruh negeri Pulau Pinang termasuk DUN Bayan Lepas. Kawasan Teluk Kumbar dan Sungai Batu telah termasuk di dalam Kajian Induk Pengangkutan Pulau Pinang di mana perkhidmatan bas awam dicadangkan untuk dipertingkatkan dengan sasaran frekuensi perkhidmatan setiap 20 minit. Ini akan dapat memberi kemudahan kepada orang ramai termasuk pelancong-pelancong yang ingin mengunjungi Pantai Teluk Bayu dan Pantai Tanjung Asam. Selain daripada itu, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) juga mensyaratkan pemaju-pemaju projek pembangunan baharu di kawasan Teluk Kumbar untuk melebarkan jalan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di Jalan Teluk Kumbar seterusnya melancarkan aliran lalu lintas ke Pantai Teluk Bayu dan Pantai Tanjung Asam.

Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya (PDTDBD) juga memaklumkan bahawa pihak Penang Regional Development Authority (PERDA) akan mengemukakan permohonan Pelan Kebenaran Merancang bagi projek pembangunan bercampur di kawasan Teluk Bayu. Perancangan pembinaan jalan dan kemudahan yang lain di kawasan tersebut akan diteliti oleh MBPP.

Cadangan pembinaan tandas / bilik persalinan di Teluk Bayu pula telah dimaklumkan kepada MBPP untuk meneliti cadangan ini demi kepentingan awam.

Manakala bagi kemudahan di Tanjung Asam, PDTDBD telah mengemukakan permohonan peruntukan Cadangan Pembinaan Tanjakan (Ramp) bagi laluan pendaratan bot menyelamat bomba dan agensi lain untuk dipertimbangkan dalam Bajet Pembangunan Tahun 2022.

Tambahan pula, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) juga mempunyai perancangan pada tahun 2022 untuk menaik taraf ban pemecah ombak di muara Teluk Bayu manakala di Pantai Tanjung Asam pula JPS hanya menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di kawasan rizab sungai sahaja.

(b) Kerajaan Negeri sedang dalam perancangan dan kajian untuk mempertimbangkan keperluan asas yang diperlukan di kawasan tersebut tertakluk kepada kesesuaian, impak positif kepada sektor pelancongan kawasan tersebut dan kedudukan semasa kewangan Kerajaan Negeri.

17. Bilakah projek pembetungan yang dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) yang melalui Bayan Lepas dan Bayan Baru akan siap?

(a) Kenapakah projek ini seperti terbengkalai dan mengganggu persekitaran serta air kotor kerap melimpah?

(b) Berapakah jumlah kapasiti yang boleh ditampung mengikut jumlah isi rumah apabila ianya siap?

173

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

17. Melalui peruntukan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10), sejumlah RM440,500,000.00 telah diperuntukkan khas untuk program mempertingkatkan mutu perkhidmatan pembetungan bagi kawasan tadahan pembetungan di kawasan Bayan Baru, Pulau Pinang. Kerajaan Malaysia melalui Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) telah diberi mandat untuk membina Loji Rawatan Kumbahan Serantau dan Rangkaian Paip Pembetungan di Bayan Baru, Pulau Pinang untuk meningkatkan mutu perkhidmatan pembetungan bagi membantu meningkatkan kualiti air Sungai Kluang.

Pelaksanaan projek ini melibatkan kerja-kerja menaik taraf loji rawatan kumbahan sedia ada dari kapasiti 200,000 PE kepada 650,000 PE dengan menggunakan sistem Moving Bed Bio Reactor (MBBR). Luas keseluruhan tapak loji adalah 118,210 meter persegi (29.21 ekar) manakala luas kawasan menaik taraf loji adalah 39,050 meter persegi (9.65 ekar). Loji Bayan Baru memberi perkhidmatan kepada kawasan Bayan Baru, Sungai Ara, Bukit Jambul, Sungai Dua, Sungai Nibong, Batu Uban dan Bayan Lepas kepada Free Trade Zone. Pelepasan efluen terawat adalah ke dalam Sungai Kluang dan seterusnya dialirkan ke laut yang berada 1 kilometer daripada tapak loji.

Projek rangkaian paip pembetungan di Bayan Baru dijangka akan siap pada Jun 2023. Beberapa siri lanjutan masa telah diadakan berikutan terdapat pelbagai halangan di tapak seperti masalah penemuan batu yang telah mengakibatkan projek di Bayan Baru tertunda. Selain itu, masalah di tapak seperti penemuan kabel utiliti yang baharu juga telah menyebabkan kerja-kerja pipe jacking di tapak tidak dapat dijalankan. Tindakan menutup pit berkaitan telah dilakukan demi keselesaan penduduk dan keselamatan trafik.

18. Apakah langkah dan tindakan yang telah diambil bagi mengatasi masalah jalur lebar pengguna internet dan pengguna telefon bimbit di komuniti Mutiara Perdana?

(a) Mengapakah kawasan pembangunan kediaman yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi mengalami masalah ini berlarutan walaupun seringkali dibangkitkan?

(b) Bolehkah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan terhadap penyedia talian komunikasi?.

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

18. Isu liputan komunikasi mudah alih di kawasan Mutiara Perdana ini telah mendapat perhatian daripada pihak MCMC. Pihak penyedia perkhidmatan komunikasi mudah alih telah diarahkan untuk melakukan tindakan penambahbaikan kualiti liputan. Antara tindakan yang sedang dilaksanakan adalah penambahan sektor pemancar bagi meningkatkan kapasiti bagi setiap pemancar terdekat melibatkan Celcom, Digi, Maxis dan U-Mobile. Proses penambahbaikan liputan yang sedang dijalankan ini dijangka dapat disiapkan secara berperingkat pada hujung tahun 2021. Pihak pemberi perkhidmatan juga diarahkan supaya sentiasa memantau dan mengoptimakan servis yang disediakan setelah penambahbaikan dilakukan dari semasa ke semasa.

(a) Cabaran yang sedang dihadapi oleh pihak pemberi perkhidmatan di kawasan ini adalah kesukaran menyediakan liputan terbaik kerana halangan struktur bangunan tinggi di sekeliling Apartment Mutiara Perdana seperti Bangunan Forest Ville, Orchird Ville dan Meridien Residence.

174

Pihak MCMC sentiasa memantau isu ini dan terus berbincang dengan pihak pembekal perkhidmatan bagi menilai kaedah penyelesaian tambahan supaya dapat menambah baik liputan di kawasan ini.

Selain perkhidmatan jalur lebar mudah alih, perkhidmatan jalur lebar talian tetap juga telah disediakan di premis Mutiara Perdana. Perkhidmatan ini sedia untuk dilanggan dan memberi kemudahan kepada pengguna untuk melayari internet berkelajuan tinggi.

(b) Pihak MCMC boleh mengambil tindakan ke atas penyedia talian komunikasi sekiranya tiada sebarang tindakan yang diambil setelah menerima teguran penambahbaikan daripada pihak MCMC.

19. Berapakah jumlah keseluruhan dana Bantuan Am yang menggantikan skim Agenda Ekonomi Saksama (AES) telah disalurkan setelah kaedah bantuan ini dipinda?

(a) Berapakah jumlah penerima Bantuan Agenda Ekonomi Saksama (BAES) setelah perubahan kaedah ini dibuat?

(b) Adakah jumlah penerima telah berkurangan?

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

19. Kerajaan Negeri memberi bantuan kewangan secara bulanan melalui Program Bantuan Agenda Ekonomi Saksama (BAES) untuk membantu dan membasmi kemiskinan di Pulau Pinang. Pemberian BAES merupakan kesinambungan pemberian Bantuan Am Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang dijenamakan semula daripada Program Agenda Ekonomi Saksama (AES). Kadar pendapatan per kapita (PPK) iaitu RM260.00 telah digunakan mulai September 2020 bagi penyaluran bantuan berkaitan di bawah peruntukan Kerajaan Negeri. Kadar maksimum pembayaran bantuan kepada sesebuah isi rumah juga telah dinaikkan daripada RM790.00 ke RM1,300.00.

Kerajaan Negeri JKM Negeri Pulau Pinang telah memperoleh peruntukan bantuan kewangan bagi tahun 2021 sebanyak RM8,000,000.00. Perbelanjaan peruntukan Skim Bantuan Agenda Ekonomi Saksama (BAES) dari bulan Januari hingga Oktober 2021 adalah sebanyak RM6,292,898.00.

(a) Jumlah semasa penerima Bantuan Agenda Ekonomi Saksama (BAES) adalah 1,601 orang.

(b) Jumlah penerima BAES tidak mengalami pengurangan. Rekod penerima AES pada Januari 2020 sebelum dijenamakan semula sebagai BAES pada September 2020 adalah seramai 681 orang. Peningkatan kadar per kapita dari RM220.00 ke RM260.00 telah memberi peluang kepada lebih ramai golongan sasar untuk membuat permohonan apabila mereka memenuhi takrifan dan kelayakan untuk dikategorikan sebagai miskin atau miskin tegar.

20. Apakah jenis-jenis bantuan Kerajaan Negeri untuk pekebun-pekebun kecil? Perincikan.

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

20. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian (DOA) Negeri Pulau Pinang mengambil berat dalam memajukan pekebun-pekebun kecil di negeri ini. Beberapa jenis bantuan telah disediakan bagi membantu para petani di negeri ini termasuklah kepada pekebun-pekebun kecil. Perincian bantuan yang telah disalurkan melalui program-program yang dikendalikan oleh pihak DOA Pulau Pinang adalah seperti di LAMPIRAN A.

175

LAMPIRAN A

PERINCIAN BANTUAN YANG TELAH DISALURKAN MELALUI PROGRAM-PROGRAM OLEH JABATAN PERTANIAN NEGERI PULAU PINANG

No. Butiran Projek Kumpulan

Sasar Insentif Teknologi

Khidmat Sokongan Pertanian: Program Latihan dan Pengukuhan Petani/Usahawan/Orang

Awam

1. Pembangunan Khidmat Pengembangan

Tekno Pertanian Petani/

Usahawan

IAT/Orang

Awam

Latihan, peralatan bagi perlaksanaan program pengukuhan, kempen dan promosi teknologi pertanian dan perkhidmatan mekanisasi ladang

2. Program Pembangunan Kelompok Tani

3.

Program Pembangunan Petani Pelapis

4.

Program Perkhidmatan Kejenteraan

Khidmat Sokongan Pertanian: Kemudahan Latihan Pertanian

5. Pembangunan Pusat Inkubator

Petani/

Orang

Awam

Kemudahan Pusat Latihan.

Projek Pembangunan : Projek Pembangunan Tanaman

6. Pembangunan Tanaman Padi

Petani

Bantuan peralatan, jentera dan input pertanian serta infrastruktur ladang.

7. Pembangunan Tanaman Buah-Buahan

8. Pembangunan Sayur-Sayuran

9. Pembangunan Tanaman Industri Kontan, Herba Dan Florikultur

Projek Pembangunan : Projek dan Program Pembangunan Usahawan IAT

10. Program Pembangunan Industri Pemprosesan Makanan

Bantuan peralatan dan mesin, label/pembungkusan, papan tanda, dan bantuan baik pulih dan naik taraf bengkel pemprosesan.

11. Program Pembangunan Aktiviti Jualan Terus

Program promosi produk IAT, tanaman, produk agropelancongan dan naik taraf kemudahan pusat jualan dan pasca tuai.

176

21. Bagaimanakah kaedah bagi mendapatkan bantuan bagi membina surau baharu di setiap taman-taman perumahan yang baru dibina?

(a) Apakah ada tabung untuk setiap cadangan pembinaan surau tersebut?.

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

21. Permohonan membina surau adalah berdasarkan tatacara membina baharu masjid atau surau yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP). Ia bermula dari pembentukan jawatankuasa pembangunan, pengenalpastian tapak lokasi tanah, status tanah wakaf, justifikasi pembinaan surau, sumber kewangan peruntukan yang dicadangkan dan kelulusan dari JK Fatwa Negeri dan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).

Pihak penghuni taman melalui jawatankuasa pembinaan surau atau jawatankuasa sementara surau boleh memohon melalui Pejabat Agama Daerah peruntukan pembangunan projek pembinaan surau baharu melalui peruntukan Kerajaan Negeri. Pihak yang berkenaan juga boleh memohon peruntukan daripada Pejabat Pembangunan Negeri (ICU JPM) melalui wakil rakyat masing-masing. Selain daripada itu, permohonan boleh dibuat daripada penajaan korporat mahupun individu.

Terdapat juga peruntukan daripada Tabung Pengecualian Masjid dan Surau yang dikelola oleh MAINPP melalui sumbangan daripada pihak pemaju.

22. Apakah Kerajaan Negeri telah menyiapkan dasar bagi pembinaan rumah kos rendah dengan setiap unit rumah disediakan minima satu lot pakir kereta?

(a) Mengapakah ada skim perumahan kos rendah menjual lot pakir kereta mencecah puluhan ribu Ringgit Malaysia?

(b) Apakah Kerajaan Negeri boleh mengawal harga jualan lot parkir ini?.

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

22. (a) Dasar Perumahan Negeri Pulau Pinang hanya menetapkan harga asas unit Rumah RMM A dan B tanpa memasukkan cantuman petak aksesori dan pakej naiktaraf. Tempat letak kereta (TLK) yang ditakrifkan sebagai petak aksesori pada awalnya diputuskan sebagai harta bersama/common property dan peru disediakan pada nisbah seperti jadual berikut:

Garispanduan Pihak Berkuasa

RMM A

TLK: Rumah

RMM B

TLK: Rumah

Garis Panduan asal (1994) 1:4 3:5

Garis Panduan (2009) 1:3 3:4

Garis Panduan (2014) 1:1 1:1

Kerajaan Negeri juga menetapkan tiada halangan kepada penjualan TLK lebihan dan sebarang permohonan pakej naiktaraf dan petak aksesori turut dibentangkan bagi keputusan Jawatankuasa Konsep dan Harga Baru Perumahan. Namun, Kerajaan Negeri turut mengambilkira Akta Hak Milik Strata (Pindaan) 2013 [Akta A1450] yang memerlukan petak-petak diaksesorikan kepada unit. Sehubungan dengan itu, kelonggaran diberi kepada pihak pemaju untuk menjual unit-unit Rumah Mampu Milik (RMM) beserta pakej ubahsuai dan TLK kepada pemohon yang telah diluluskan untuk penawaran melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pembersihan dan Peningkatan Mutu Proses Pemilihan Perumahan (JPPPP/SPEC). Pakej yang melibatkan

177

penambahan kos ini perlulah dipersetujui pembeli berasaskan prinsip willing buyer, willing seller. Bagi memastikan tiada unsur paksaan yang dikenakan oleh pemaju, Kerajaan Negeri telah mensyaratkan supaya Akuan Berkanun ditandatangani oleh pembeli sebagai pembuktian persetujuan dalam urusan jual beli unit yang ditawarkan.

(b) Meskipun begitu, Kerajaan Negeri prihatin terhadap aduan berhubung harga TLK yang dijual pada harga yang terlalu tinggi. Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Pembersihan dan Peningkatan Mutu Proses Pemilihan Perumahan (JPPPP/SPEC) akan memanggil pemaju yang terlibat untuk memberi penjelasan serta menyelesaikan pertikaian dengan pihak pengadu. Bagi memastikan arahan ini dipatuhi, pemberian senarai nama pembeli baru akan ditangguhkan sehingga aduan berkenaan diselesaikan. Kerajaan Negeri juga meluluskan penjualan TLK bagi projek yang dilaksanakan oleh Perbadanan Pembangunan Negeri (PDC) disebabkan tiada komponen rumah mahal yang boleh menyerap subsidi silang pembinaan RMM C dan B.

23. Keadaan lalu lintas di jalan FT 0006 Bukit Belah ke Teluk Kumbar amat teruk.

(a) Apakah Kerajaan Negeri telah mengambil tindakan serius bagi memastikan projek pembesaran ini dapat dilakukan di dalam R`ancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12)?

(b) Apakah Kerajaan Negeri telah mengambil kesempatan dengan wujudnya persefaham antara Kerajaan Pusat dengan pembangkang?

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

23. (a) Pihak Jabatan Kerja Raya Negeri Pulau Pinang (JKR) telah memohon cadangan untuk menaik taraf Jalan Teluk Kumbar melalui peruntukan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11) dan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12). Permohonan berkenaan masih di peringkat penilaian oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri.

(b) Kerajaan Negeri telah membuat permohonan peruntukan RMKe-12 kepada Kerajaan Persekutuan melalui Pejabat EPU, Jabatan Perdana Menteri.

24. Berapakah jumlah dana bagi program Bantuan Peralatan untuk membantu peningkatan ekonomi bagi tahun 2021?

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

24. Jumlah peruntukan yang telah disalurkan di bawah Program Peningkatan dan Pemulihan Ekonomi (Bantuan Peralatan) Kerajaan Negeri Pulau Pinang sehingga suku tahun ketiga tahun 2021 adalah sebanyak RM468,218.30 bagi 199 permohonan mengikut perincian seperti di bawah.

BIL DAERAH BILANGAN

PERMOHONAN

PERUNTUKAN (RM)

1 Timur Laut 19 47,090.00

2 Barat Daya 67 130,119.30

3 Seberang Perai Utara 40 87,598.00

4 Seberang Perai Tengah 35 95,631.00

5 Seberang Perai Selatan 38 107,780.00

JUMLAH 199 468,218.30

178

25. Berapakah jumlah wang atau aset yang telah terkumpul sejak Lembaga Wakaf ditubuhkan?

(a) Apakah perancangan Lembaga Wakaf bagi tahun 2022?

(b) Apakah kejayaan yang telah dicapai sebelum ini?.

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

25. Berdasarkan Penyata Kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2020, jumlah aset yang telah terkumpul sejak Lembaga Wakaf Hindu Negeri Pulau Pinang (LWHNPP) ditubuhkan adalah sebanyak RM79,314,986.00.

Penyata kewangan ini masih belum diaudit.

(a) Bagi perancangan untuk tahun 2022, LWHNPP akan memberi fokus kepada beberapa teras utama dalam menguruskan hartanah wakaf iaitu:

(i) Keagamaan;

(ii) Sosial;

(iii) Ekonomi; dan

(iv) Pendidikan

Justeru, segala projek dan program yang bakal dilaksanakan oleh LWHNPP akan berlandaskan mengikut teras-teras yang dinyatakan. Berdasarkan Penyata kewangan (belum diaudit) bagi tahun berakhir 31 Disember 2020, LWHNPP telah mengalami defisit berikutan berlakunya penurunan hasil pendapatan semasa pandemik COVID-19 ini. Oleh yang demikian, LWHNPP juga akan mengambil pendekatan berbelanja secara berhemat terutamanya bagi perbelanjaan mengurus dan pada masa yang sama mengoptimumkan pendapatan daripada pengurusan hartanah wakaf bagi tahun 2022.

(b) LWHNPP telah mencapai pelbagai kejayaan sejak peralihan pentadbiran negeri pada tahun 2008. Pelbagai program dan projek khas dirangka bagi memastikan komuniti India di negeri ini bergerak seiringan dalam merealisasikan Tema C1 dalam Visi Penang2030 iaitu meningkatkan taraf kehidupan khususnya dalam kalangan komuniti rentan serta mengurangkan ketidaksamaan terutamanya daripada aspek pendidikan dan kebajikan bagi memastikan perancangan pembangunan dilaksana secara menyeluruh demi kelangsungan bersama.

Daripada aspek pendidikan, sejak tahun 2010 sehingga tahun 2020, seramai 2,733 orang pelajar telah menerima bantuan pendidikan dari LWHNPP membabitkan jumlah keseluruhan RM3,892,777.33 bagi membolehkan mereka melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Daripada aspek kebajikan pula, sejak tahun 2010 sehingga 2020, LWHNPP telah menyalurkan sebanyak RM890,188.90 termasuk bantuan perubatan dan bantuan urusan jenazah bagi orang-orang yang tidak berkemampuan dan tiada keluarga (unclaimed body).

Sejak tahun 2015, LWHNPP juga telah berjaya mengambil alih pengurusan tiga (3) kuil yang bermasalah selepas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) membatalkan pendaftaran kuil-kuil tersebut atas kesalahan salah urus.

Selain itu, LWHNPP juga telah membuka Muzium Warisan India pertama di Malaysia yang menyimpan ratusan jenis artifak yang diguna pakai oleh masyarakat India dahulukala di Jalan Macalister, George Town.

179

Melalui LWHNPP juga, sebanyak lapan (8) tanah perkuburan (2 di bahagian pulau; 6 di bahagian Seberang Perai) dan krematorium Hindu telah dipulihkan serta dipantau dengan baik demi keselesaan masyarakat Hindu di negeri Pulau Pinang.

26. Apakah peranan Kerajaan Negeri bagi menangani ketagihan ketum?

(a) Berapakah jumlah rampasan ketum bagi tahun 2021?

(b) Apakah kesan buruk yang akan dihadapi oleh masyarakat sosial?

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

26. Kerajaan Negeri melalui pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius isu berkaitan ketagihan ketum. Justeru itu, bagi menangani isu penagihan ketum, pihak PDRM khususnya melalui Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik berperanan menjalankan penguatkuasaan undang-undang di bawah Akta Racun 1952 (Akta 366). Seksyen 30(3), Akta Racun 1952 (Akta 366) memperuntukkan bahawa aktiviti pengimportan, pengeksportan, pengilangan, penjualan dan pemilikan bahan psikotropik tanpa kebenaran yang sah adalah satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 30(5), akta yang sama. Hukuman adalah denda tidak lebih RM10,000.00 atau penjara tidak lebih 4 tahun atau kedua-duanya.

Sepanjang tempoh Januari 2021 sehingga Oktober 2021, sebanyak 235 kes telah disiasat di bawah Seksyen 30(3), Akta Racun 1952 (Akta 366) yang melibatkan seramai 463 orang ditangkap.

Dalam aspek pencegahan, PDRM juga berperanan untuk mendekati masyarakat bagi memberi penerangan dan kesedaran terhadap kesan buruk penyalahgunaan bahan ketum. Kolaborasi antara agensi, program bersama masyarakat serta rondaan ke kawasan-kawasan berisiko adalah antara pendekatan yang dijalankan.

(a) Jumlah rampasan cecair dan daun ketum bagi tempoh Januari 2021 sehingga bulan Oktober 2021 adalah seperti berikut:

BIL. JENIS RAMPASAN JUMLAH

1. Cecair Ketum 17,675.80 Liter

2. Daun Ketum 2,839.28 kg

3. Nilai Pasaran RM205,150.80

(b) Pengambilan berterusan air ketum akan menyebabkan masalah ketagihan kepada individu terbabit. Kajian mendapati sekiranya air ketum diambil secara berlebihan, ia akan menyebabkan seseorang menjadi khayal (euphoria), pening, mengantuk dan rasa loya.

Kesan jangka panjang terhadap pengambilan air ketum yang kronik kepada individu pula adalah individu terbabit boleh mengalami hipotiroidisme iaitu paras hormon tiroksin yang rendah dalam tubuh dan menyebabkan kerosakan hati.

Terdapat juga kes kematian akibat pengambilan ketum yang terlalu banyak dan ujian bedah siasat mendapati terdapat kandungan mitragynine yang terlalu tinggi dalam darah.

180

Sekiranya tidak dibendung, penagihan ketum boleh menyebabkan kesan buruk kepada masyarakat dalam aspek moral dan keselamatan sosial diakibatkan oleh individu yang mengambil ketum berada dalam keadaan khayal, seterusnya boleh meningkatkan kadar jenayah di sesuatu kawasan kejiranan.

27. Sukan all-terrain vehicle ( ATV ) amat baik untuk industri pelancongan dan sukan. Namun begitu ianya juga ada risiko dan kekangannya sehingga mengakibatkan ketegangan dengan penduduk setempat seperti yang telah terjadi di Bukit Sungai Ara sebelum ini.

(a) Apakah syarat dan garis panduan bagi pengusaha ATV perlu penuhi sebelum ianya beroperasi? Jelaskan.

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

27. Setakat ini, aktiviti all-terrain vehicle (ATV) belum mempunyai satu garis panduan yang khusus tentang pengoperasian aktiviti ATV di Negeri Pulau Pinang. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri akan melaksanakan satu kajian bersama-sama dengan pihak berkepentingan serta jabatan/agensi yang berkaitan untuk menghasilkan satu garis panduan lengkap dan komprehensif bagi pengoperasian aktiviti ATV ini.

28. Berapakah jumlah pelaburan negara China dengan Pulau Pinang dalam masa lima (5) tahun?

(a) Apakah sektor penting yang dijalinkan antara kita dan negara China?

(b) Apakah kebaikan perang ekonomi antara China dan Amerika yang kita dapat manfaatkan?

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

28. Berdasarkan maklumat daripada Malaysian Investment Authority (MIDA), Pulau Pinang menerima sejumlah RM2.35 bilion pelaburan pembuatan dari China dalam masa lima (5) tahun iaitu dari tahun 2016 hingga 2020.

Dari bulan Januari hingga Jun 2021, Pulau Pinang telah menerima sebanyak RM87.1 juta pelaburan pembuatan dari China.

(a) Antara sektor-sektor penting yang dijalinkan antara Pulau Pinang dan negara China adalah di bawah sektor Pembuatan dan Perkhidmatan seperti semikonduktor, panel solar, elektronik & elektrik, mesin dan peralatan, peranti perubatan, plastik, makanan, bahan kimia, bahan mentah dan sebagainya.

Selain itu, Pulau Pinang juga memainkan peranan penting dengan mempromosikan sektor perkhidmatan kepada pelabur dari negara China. Antara sektor perkhidmatan dan ekonomi digital yang terlibat ialah seperti sektor perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), perkhidmatan perniagaan global (GBS), e-dagang, kreatif digital (animasi, permainan digital dan kandungan media interaktif) dan sebagainya.

(b) Sejak perang ekonomi antara negara Amerika Syarikat dan negara China pada tahun 2018, kebanyakan syarikat antarabangsa yang mempunyai operasi di China terutamanya syarikat dari Amerika Syarikat dan Eropah yang mengeluar dan membekal produk-produk ke Amerika Syarikat telah mencari pendekatan untuk mempelbagaikan risiko. Dengan pendekatan ini, syarikat-syarikat antarabangsa di negara China telah memindahkan sebahagian daripada aktiviti pembuatan mereka kepada pengilang kontrak tempatan di

181

Malaysia bagi mengelakkan tarif tinggi yang dikenakan terhadap syarikat yang menjalankan pembuatan di negara asal – China. Dengan ini, ramai daripada pengilang tempatan telah mendapat tempahan yang banyak disamping dapat mengembangkan perniagaan mereka.

Selain itu, syarikat-syarikat antarabangsa ini juga memilih untuk mengagihkan sebahagian daripada operasi pembuatan mereka ke negara ASEAN dengan pembinaan kilang baru ataupun kilang-kilang sedia ada. Tambahan pula, syarikat pembuatan China yang membekal produk-produk kepada pasaran Amerika Syarikat turut memilih untuk memindah sebahagian aktiviti pembuatan ke negara ASEAN yang kurang berisiko berbanding dengan negara asal mereka yang dipengaruhi oleh perang ekonomi.

Secara keseluruhan, dalam tempoh perang ekonomi ini Pulau Pinang sebagai “Silicon Valley of the East” telah mendapat manfaat yang ketara dari segi menarik pelaburan daripada negara Amerika Syarikat, negara China dan juga syarikat-syarikat antarabangsa yang ingin mempelbagaikan risiko dan mengelakkan tarif yang tinggi di negara China.

Selain itu, bagi sektor perkhidmatan dan ekonomi digital pula, Pulau Pinang berjaya menarik pelaburan baharu dari pelabur negara China khasnya yang terlibat dalam sektor Research and Development (R&D), Global Business Servicess (GBS) dan kreatif digital. Selain itu, syarikat-syarikat dari negara-negara seperti Amerika Syarikat dan Eropah juga memilih untuk mengunakan Pulau Pinang sebagai hub perkhidmatan perniagaan global (GBS) ASIA.

29. Berapa ramaikah anak-anak telah menjadi anak yatim di Negeri Pulau Pinang akibat meninggal dunia kerana COVID-19?

(a) Apakah tindakan kerajaan bagi membantu mereka yang masih kecil dan belajar?

(b) Wajarkah mereka yang kehilangan tempat bergantung ini diberikan biasiswa Kerajaan Negeri bagi memastikan mereka terbela?.

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

29. Bilangan anak-anak telah menjadi yatim di Negeri Pulau Pinang akibat meninggal dunia kerana COVID-19 adalah seperti jadual dibawah:

Tiada kes kematian kedua-dua ibu dan bapa

(a) Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menawarkan khidmat sokongan psikologi oleh Kaunselor Jabatan kepada kanak-kanak

BIL. PPD

JUMLAH MURID

KEMATIAN WARIS

BAPA IBU KAKAK

1 PPD BARAT TIMUR LAUT 40 25 5 1

2 PPD SEBERANG PERAI UTARA

32 15 8 0

3 PPD SEBERANG PERAI TENGAH

34 22 6 0

4 PPD SEBERANG PERAI SELATAN

15 9 4 0

5 PPD BARAT DAYA 6 3 1 0

JUMLAH KESELURUHAN 127 99

182

yang memerlukan serta memberi borang permohonan bantuan dan bantuan bakul makanan kepada keluarga yang terkesan. Semua permohonan bantuan diproses dan bantuan diberikan kepada yang layak.

(b) Kerajaan Negeri sentiasa berusaha bagi membantu dan membela nasib kanak-kanak malang yang kematian ahli keluarga akibat wabak COVID-19 dalam pelbagai bentuk bantuan dan melalui agensi-agensi kerajaan.

30. Tahun 2022 adalah disifatkan tahun untuk membina semula ekonomi negeri yang teruk terjejas akibat pandemik COVID-19.

(a) Apakah perancangan kerajaan bagi memastikan rakyat boleh bertahan dan hidup dengan sempurna terutamanya kepada yang bekerja sendiri?

(b) Apakah perancangan bagi memastikan sektor pendidikan dapat dipulihkan dengan segera bagi menjamin modal insan?.

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

30. (a) Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah sebuah kerajaan yang prihatin dan faham terhadap kesusahan dan keperluan rakyat terutamanya mereka yang bekerja sendiri. Bagi membantu golongan ini, Kerajaan Negeri telah mengambil beberapa inisiatif sejak tahun 2020 di bawah Pakej Bantuan Khas Rakyat Pulau Pinang (Penang Lawan COVID-19). Sejumlah RM191.2 juta telah disediakan di bawah pakej bantuan ini. Daripada jumlah ini, RM126.3 juta telah dikhususkan untuk golongan peniaga dan usahawan. Bagi tahun 2020, peruntukan telah disediakan dalam tiga (3) fasa iaitu Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 2.1 khas bagi peniaga dan usahawan yang terjejas akibat pandemik COVID-19 dengan jumlah peruntukan sebanyak RM103.0 juta. Bagi tahun 2021 pula, sehingga kini peruntukan berjumlah RM13.18 juta telah disediakan di bawah Fasa 3.0 dan 3.1 untuk tujuan ini. Selain itu, insentif tambahan telah turut diluluskan iaitu sebanyak RM 10.12 juta untuk tahun 2021.

Peruntukan bagi bantuan ini telah disalurkan di dalam seperti perincian berikut:

Perincian Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang untuk golongan peniaga dan usahawan adalah seperti di LAMPIRAN A.

Kerajaan Negeri juga turut melaksanakan program-program bantuan bagi menggalakkan keusahawanan dalam kalangan rakyat Pulau Pinang. Antara program-program yang dilaksanakan adalah seperti berikut:

(i) Skim Pinjaman Harapan (SPH)

Tahun

Pakej Bantuan Khas Untuk Peniaga Dan Usahawan

(Penang Lawan COVID-19)

Peruntukan

(RM juta)

2020

Fasa 1 36.1

Fasa 2 66.6

Fasa 2.1 0.4

2021

Fasa 3.0 9.1

Fasa 3.1 4.0

Insentif tambahan 10.1

JUMLAH 126.3

183

Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) telah melaksanakan Skim Pinjaman Harapan (SPH) bermula 2009 sehingga kini. Sehingga Oktober 2021, seramai 3,662 usahawan / penerima bantuan pembiayaan mikro kredit yang telah diluluskan dengan jumlah pinjaman sebanyak RM20.37 juta telah disalurkan.

(ii) Tabung Usahawan Tani (TUT) Negeri Pulau Pinang

Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Tabung Usahawan Tani (TUT) Negeri Pulau Pinang yang sebelum ini dikenali sebagai Tabung Usahawan Tani Muda (TUTM). TUT memberi dorongan kepada golongan belia termasuk para graduan untuk menjadikan sektor industri asas tani sebagai kerjaya dan berpotensi sebagai punca pendapatan yang lumayan. Sehingga Julai 2021, sebanyak RM980,000.00 telah diagihkan kepada 175 orang usahawan untuk menikmati kemudahan kredit ini.

(iii) Program Peningkatan dan Pemulihan Ekonomi (Bantuan Peralatan)

Program ini adalah untuk peniaga kecil sepenuh masa yang menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya satu (1) tahun dan berpendapatan RM3,000.00 sebulan. Bantuan ini diberikan untuk mengembangkan perniagaan sedia ada bagi memperoleh hasil yang lebih lumayan.

Selain daripada ini, perancangan Pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) bagi membantu rakyat yang bekerja sendiri (peniaga) adalah seperti berikut:

(i) Pengeluaran Permit Sementara bagi perniagaan dari rumah (Business From Home) bagi membantu rakyat menambah pendapatan. Permit ini hanya diberi bagi perniagaan yang menggunakan kaedah jualan secara penghantaran sahaja;

(ii) Meningkatkan kekerapan temu duga tawaran berniaga di dalam pasar / kompleks / tapak penjaja MBPP dibuka kepada orang awam dan semua proses berkaitan dilaksanakan secara dalam talian;

(iii) Meluluskan permohonan perniagaan di atas tanah persendirian dengan berkonsepkan pushcart / stall tanpa sebarang binaan kekal;

(iv) MBPP juga telah memperkenalkan lesen trak bergerak untuk memudahkan para peniaga baharu berniaga dalam keadaan selesa di tiga (3) lokasi bagi setiap pemegang lesen; dan

(v) Mewujudkan ruang peniagaan baharu untuk memberi lebih banyak peluang peniagaan.

Kerajaan Negeri telah menyediakan Bajet Tahun 2022 dengan mengambil kira pelan pemulihan dan pakej rangsangan ekonomi bagi mengukuhkan semula ekonomi negeri dalam tempoh pasca COVID-19. Senarai pakej pemulihan dan pakej rangsangan ekonomi ini akan dibentangkan oleh Y.A.B. Ketua Menteri semasa Ucapan Belanjawan Tahun 2022 di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Selain itu, Kerajaan Persekutuan juga telah meluluskan anggaran peruntukan tahun 2022 untuk Negeri Pulau Pinang berjumlah RM996 juta dengan keutamaan diberikan kepada sektor Ekonomi dan Sosial. Pecahan kos dan peruntukan mengikut sektor utama adalah seperti berikut:

184

(b) Bidang Pendidikan adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), maka Kerajaan Negeri menyokong usaha KPM dalam memulihkan sektor pendidikan melalui program KPM Perkasaku seperti perincian berikut:

(i) Kandungan Asas Kurikulum (KAK)

Pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) akan memastikan pihak sekolah dan guru melengkapkan dan menghabiskan KAK yang belum diajar mengikut tempoh yang ditetapkan oleh pihak KPM berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), Dokumen Penjajaran Kurikulum (DPK) dan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT);

(ii) Melalui Catch-up Plan terdapat strategi M2P (Mampatan, Pecutan dan Pengayaan) dan Student Enrichment Learning Framework (SELF) yang membantu guru-guru melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) atau Pengajaran dan Pembelajaran (PdPR). Pendekatan yang dicadangkan untuk guru-guru adalah seperti Pendekatan Bertema, Pendekatan Modular, Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL), Pembelajaran Terbeza dan Simulasi Amali-Virtual Lab;

(iii) Pihak JPN dan PPD melaksanakan penataran dan pemugaran Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) kepada pihak sekolah dan memastikan penjaminan kualiti PBD dipatuhi. Sesi dialog prestasi bersama guru-guru juga dilaksanakan untuk membantu guru-guru memastikan murid-murid menguasai Tahap Penguasaan (TP) yang ditetapkan; dan

Guru-guru, ibu bapa dan murid-murid juga boleh mengakses dan menggunakan bahan-bahan digital untuk PdP / PdPR di repositori SumberKU yang boleh diakses pada bila-bila masa dan melalui pelbagai peranti. SumberKU boleh diakses melalui portal DELIMa http://sumberku.moe-dl.edu.my.

Sektor Utama Bil.

Kos

(RM Juta)

%

Peruntukan

(RM Juta)

%

Ekonomi 45 5,524 60 636 63.9

Keselamatan 7 512 5.5 44 4.4

Pentadbiran 11 172 1.9 27 2.7

Sosial 113 2,999 32.6 289 29

Jumlah 176 9,207 100 996 100

185

LAMPIRAN A

SENARAI BANTUAN DI BAWAH PAKEJ BANTUAN RAKYAT DI PULAU PINANG

(PENANG LAWAN COVID-19)

FASA 1

BIL. INSENTIF / BANTUAN (FASA 1)

ANGGARAN PERUNTUKAN

(RM)

BILANGAN PENERIMA SEBENAR

PERBELANJAAN SEBENAR (RM)

1. Bantuan Khas Kewangan One-off RM500 kepada peniaga dan penjaja berlesen

7,072,000.00 11,456 peniaga

(MBPP - 6,806,

MBSP - 4,518,

FAMA - 132)

5,728,000.00

2. Bantuan Khas Kewangan One-off RM500 kepada pemandu pelancong berdaftar

685,000.00 751 375,500.00

3. Penambahan RM200 dalam wang insentif tahunan kepada penarik beca dan upfront RM300 (April, Mei, Jun)

63,600.00 189 penarik beca

94,500.00

4. Penambahan RM200 dalam wang insentif tahunan kepada pemandu teksi dan upfront RM300 (bayaran fasa 2)

449,600.00 2,221 pemandu

teksi

1,110,500.00

5. Bantuan Khas Kewangan One-off RM300

3,000,000.00 8,390 pemandu e-hailing

2,517,000.00

186

BIL. INSENTIF / BANTUAN (FASA 1)

ANGGARAN PERUNTUKAN

(RM)

BILANGAN PENERIMA SEBENAR

PERBELANJAAN SEBENAR (RM)

kepada pemandu e-hailing

6. Pinjaman Tanpa Faedah Kelangsungan Perniagaan Pulau Pinang (Penang Business Continuity Zero Interest Loan)

30,000,000.00 1,651 SME dan mikro

28,740,000.00

7. Pengecualian sewa premis-premis perniagaan Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT)

1,610,000.00 Anggaran 10,999 premis

perniagaan

1,610,000.00

8. Bantuan Khas Kewangan one-off RM500 kepada pengusaha kuda

4,500.00 9 pengusaha

kuda

4,500.00

9. Bantuan Khas Kewangan one-off RM200 kepada pemandu bas dan upfront RM300 bayaran Fasa 2

260,500.00 463 pemandu

bas

231,500.00

JUMLAH BESAR 43,145,200.00 36,129 40,411,500.00

FASA 2.0

187

BIL.

INSENTIF / BANTUAN (FASA 2.0)

ANGGARAN PERUNTUKA

N (RM)

BILANGAN PENERIMA SEBENAR

PERBELANJAAN SEBENAR

(RM)

1. Rebat bagi cukai taksiran tahun 2020

47,311,854.20

Anggaran 597,806

(MBPP - 281,949, MBSP - 315,857)

47,311,854.20

2. Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 secara one-off penjaja/penggerai yang berniaga dalam kompleks makanan/ kedai persendirian (shoplot)

1,551,500.00 1,670 penjaja/ penggerai

(MBPP - 1,229, MBSP - 441)

835,000.00

3. Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 secara one-off kepada penjaja/penggerai yang mempunyai tagging dan berdaftar dengan PBT

2,833,000.00 1,586 penjaja/ penggerai

(MBPP - 1,345, MBSP - 241)

793,000.00

4. Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 secara one-off kepada pemandu bas/van persiaran, kereta sewa / limosin pelancongan

165,500.00 351 pemandu 175,500.00

188

BIL.

INSENTIF / BANTUAN (FASA 2.0)

ANGGARAN PERUNTUKA

N (RM)

BILANGAN PENERIMA SEBENAR

PERBELANJAAN SEBENAR

(RM)

5. Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM300 secara one-off kepada pengusaha lancang air (watercraft operator) di Pulau Pinang

6,900.00 21 pengusaha 6,300.00

6. Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 secara one-off kepada pengusaha taska dan pusat jagaan kanak-kanak yang berdaftar dengan Jabatan Masyarakat dan tadika yang berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang

322,500.00 494 pengusaha

(Tadika - 314, Taska – 118, Pusat Jagaan Kanak-Kanak -

62)

247,000.00

7. Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM400 secara one-off kepada Nelayan Pesisir Pantai (Zon A)

2,325,600.00 3,999 nelayan 1,599,600.00

8. Bantuan kotak insulasi (RM180) kepada 250 nelayan darat/sungai

45,000.00 250 nelayan darat/sungai

38,750.00

189

BIL.

INSENTIF / BANTUAN (FASA 2.0)

ANGGARAN PERUNTUKA

N (RM)

BILANGAN PENERIMA SEBENAR

PERBELANJAAN SEBENAR

(RM)

9. Insentif makanan ternakan bagi penternak tradisional untuk komoditi unggas, ruminan dan babi

200,147.00 988 penternak 200,001.50

10. Pinjaman Tanpa Faedah Kelangsungan Perniagaan Pulau Pinang (Penang Business Continuity Zero Interest Loan) - Pelancongan

10,000,000.00 93 peniaga 3,245,000.00

11. Pengecualian Kadar Sewaan dan Pajakan bagi Projek-projek CMI dan SSI bagi bulan April dan Mei 2020

271,926.00 33 pengusaha/ syarikat

271,926.00

12. Diskaun dan Pengecualian Kadar Sewaan bagi bulan April, Mei dan Jun 2020 bagi premis-premis tertentu milik PDC

1,030,000.00 387 syarikat/ premis/

penghuni

1,030,000.00

13. Konsesi sewa kepada 24 lot komersial Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang untuk setengah bulan pada Januari dan Februari 2020, dan sepenuhnya

448,253.00 24 lot komersial / 13 pengendali jip

448,253.00

190

BIL.

INSENTIF / BANTUAN (FASA 2.0)

ANGGARAN PERUNTUKA

N (RM)

BILANGAN PENERIMA SEBENAR

PERBELANJAAN SEBENAR

(RM)

untuk Mac, April dan Mei 2020. Bantuan one-off RM500 kepada pengendali servis jip di Bukit Bendera.

14. Pengecualian bayaran sewa bagi unit kedai di bawah pengurusan Bahagian Perumahan Kerajaan Negeri untuk bulan Mei, Jun dan Julai 2020

76,741.00 122 unit 76,741.00

JUMLAH BESAR 66,588,921.20 606,825 56,278,925.70

FASA 2.1

BIL. INSENTIF / BANTUAN (FASA 2.1)

ANGGARAN PERUNTUKAN

(RM)

BILANGAN PENERIMA SEBENAR

PERBELANJAAN SEBENAR (RM)

1.

Bantuan Khas Kewangan one-off RM500 kepada pengusaha kantin sekolah berdaftar di Pulau Pinang

219,500.00 462

pengusaha kantin

231,000.00

2.

Bantuan Khas Kewangan one-off RM500 kepada syarikat penganjur acara (event management) di Pulau Pinang

100,000.00 160

syarikat 80,000.00

191

BIL. INSENTIF / BANTUAN (FASA 2.1)

ANGGARAN PERUNTUKAN

(RM)

BILANGAN PENERIMA SEBENAR

PERBELANJAAN SEBENAR (RM)

3.

Bantuan Khas Kewangan one-off RM500 bagi pengusaha penjual akhbar dan buku Pulau Pinang

75,000.00 243

pengusaha 121,500.00

JUMLAH BESAR 394,500.00 865 432,500.00

BIL. INSENTIF / BANTUAN (FASA 3.0)

ANGGARAN PERUNTUKAN

(RM)

BILANGAN PENERIMA SEBENAR

PERBELANJAAN SEBENAR (RM)

1. Bantuan Khas Kewangan one-off RM500 kepada: i) peniaga dan penjaja berlesen; ii) penjaja/penggerai yang berniaga dalam kompleks makanan/kedai persendirian (shoplot); iii) penjaja/penggerai yang mempunyai tagging dan berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT); dan iv) peniaga pasar tani (FAMA)

7,356,000.00 16,322 peniaga

[(i) MBPP - 6,930,

MBSP - 5,770; (ii) MBPP - 1,296,

MBSP - 661; (iii) MBPP - 1,410,

MBSP - 173; (iv) FAMA – 82]

8,161,000.00

2. Bantuan Khas Kewangan one-off RM200 kepada penarik beca

57,600.00 162 penarik beca

32,400.00

192

BIL. INSENTIF / BANTUAN (FASA 3.0)

ANGGARAN PERUNTUKAN

(RM)

BILANGAN PENERIMA SEBENAR

PERBELANJAAN SEBENAR (RM)

3. Bantuan Khas Kewangan one-off RM500 kepada pengusaha kantin sekolah berdaftar di Pulau Pinang

231,000.00 435 pengusaha

kantin

217,500.00

4. Bantuan Khas Kewangan one-off RM500 kepada peniaga yang berlesen dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT): i) perkhidmatan gunting rambut/salun rambut; ii) perkhidmatan salun kecantikan dan spa; iii) perkhidmatan pusat refleksologi; dan iv) perkhidmatan bekam

1,464,500.00 869 peniaga

[(i) MBPP - 225, MBSP - 354;

(ii) MBPP - 95, MBSP - 137;

(iii) MBPP - 38, MBSP - 19;

(iv) MBPP - 0, MBSP - 1]

434,500.00

JUMLAH BESAR 9,109,100.00 17,788 8,845,400.00

SA 3.1

BIL.

INSENTIF / BANTUAN (FASA 3.1)

ANGGARAN PERUNTUKA

N (RM)

BILANGAN

PENERIMA

SEBENAR

PERBELANJAAN SEBENAR

(RM)

1.

Geran pensijilan halal berjumlah RM320 kepada usahawan mikro baharu dan sedia ada melalui Penang Halal International

288,000.00 98

usahawan 12,7220.00

193

BIL.

INSENTIF / BANTUAN (FASA 3.1)

ANGGARAN PERUNTUKA

N (RM)

BILANGAN

PENERIMA

SEBENAR

PERBELANJAAN SEBENAR

(RM)

2.

Bantuan Khas kewangan RM1,000 secara one-off kepada SME yang berdaftar dengan SME Association Malaysia (SAMENTA)

1,000,000.00 766 SME 766,000.00

3.

Bantuan khas kewangan RM500 secara one-off kepada pengusaha kegiatan sukan dan aktiviti kecergasan yang berdaftar dengan PBT

97,000.00 20

pengusaha 10,000.00

4.

Bantuan khas kewangan RM500 secara one-off kepada pengendali perkhidmatan Mobile SPA

31,500.00 31

pengusaha 15,500.00

5.

Insentif makanan ternakan bagi penternak tradisional untuk komoditi unggas, ruminan dan babi di bawah seliaan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri

574,424.00 1,088

penternak 574,386.70

6.

Bantuan Khas Kewangan RM500 secara one-off kepada pemandu bas/van persiaran, kereta sewa / limosin pelancongan

175,500.00 156

pemandu 78,000.00

7.

Bantuan Khas Kewangan RM500 secara one-off kepada pemandu pelancong berdaftar

683,500.00 587

pemandu pelancong

293,500.00

194

BIL.

INSENTIF / BANTUAN (FASA 3.1)

ANGGARAN PERUNTUKA

N (RM)

BILANGAN

PENERIMA

SEBENAR

PERBELANJAAN SEBENAR

(RM)

8.

Bantuan Khas Kewangan RM500 secara one-off kepada pengusaha lancang air (watercraft operator) di Pulau Pinang

11,500.00 21

pengusaha lancang air

10,500.00

9.

Bantuan Khas Kewangan RM500 secara one-off kepada pengusaha kuda rekreasi Pulau Pinang

4,500.00 9

pengusaha kuda

4,500.00

10.

Bantuan khas kewangan RM500 secara one-off kepada pengusaha kantin dan kafeteria di IPTA/IPTS/Kolej/Institut Latihan

250,000.00 31

pengusaha kantin

15,500.00

12.

Bantuan khas kewangan RM5,000 secara one-off kepada pusat jagaan kanak-kanak / warga emas/ OKU /perlindungan wanita di Pulau Pinang

520,000.00 94 pusat jagaan

470,000.00

13.

Bantuan khas kewangan RM1,000 secara one-off kepada Tourist Attraction Operators

60,000.00 10

pengusaha 10,000.00

14.

Pengecualian 2 bulan sewaan dan pajakan bagi projek-projek CMI dan SSI yang berkaitan kepada pengusaha/syarikat

381,000.00 20

pengusaha/ syarikat

381,000.00

JUMLAH BESAR 4,076,924.00 2931 2,756,106.70

195

INSENTIF TAMBAHAN YANG DILULUSKAN PADA TAHUN 2021

BIL. INSENTIF/BANTUAN

TAMBAHAN 2021

ANGGARAN PERUNTUKAN

(RM)

BILANGAN PENERIMA SEBENAR

PERBELANJAAN SEBENAR (RM)

1 Skim Pinjaman PEKA PKS 3.0 (Peniaga)

5,000,000.00 - 0.00

2

Pengecualian Bayaran Sewa Premis Komersial Untuk 3 Bulan (Oktober hingga Disember 2021) (Peniaga)

2,362,446.90 - 0.00

3

Pengecualian Bayaran Sewa Premis Perniagaan PBT untuk 3 Bulan (Oktober hingga Disember 2021) (Peniaga)

2,621,478.90 10,695 2,621,478.90

4

Pengecualian Bayaran Permit Penganjuran Pasar Malam / Pagi / Minggu untuk setahun (Peniaga)

138,360.00 166 138,360.00

JUMLAH BESAR 10,122,285.80 10,861 2,759,838.90

196

IV. Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Daniel Gooi Zi Sen) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Usaha Kerajaan dalam pencegahan rasuah dan penyelewengan.

(a) Senaraikan langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri serta agensi-agensi dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam usaha mencegah rasuah dan penyelewengan.

(b) Apakah mekanisme yang telah dikenal pasti untuk melindungi dan memberikan ganjaran kepada "whistleblower"?

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

1. (a) Antara Langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri serta agensi-agensi dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Pulau Pinang dalam mencegah rasuah dan penyelewengan adalah dengan:

(i) Mendapat persijilan MS ISO 37001:2016 Anti Bribery Management System (ABMS). ABMS merupakan sistem kawalan dalaman organisasi bagi mengesan, mencegah, mengendalikan, menguatkuasa, menilai serta menambahbaik langkah pengurusan anti rasuah secara berkesan. Ia juga merupakan satu instrumen yang fleksibel dan dapat disesuaikan dengan risiko rasuah yang mungkin dihadapi. Standard ini direka untuk membantu organisasi bagi membuktikan kepada pihak berkepentingan (stakeholders) bahawa Kerajaan Negeri mempunyai amalan dan inisiatif anti rasuah yang mencukupi dan dilaksanakan sebaiknya.

(ii) Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah membangunkan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) pada 30 Julai 2021. Sebanyak 43 inisiatif telah dirangka dan dipantau melalui mesyuarat Jawatankuasa Anti Rasuah Peringkat Negeri Pulau Pinang.

(iii) Kerajaan Negeri telah membangunkan Polisi Antirasuah sebagai panduan bagi menangani isu berkaitan perlakuan rasuah, penyalahgunaan kuasa atau penyelewengan di samping menerangkan secara terperinci kesalahan rasuah serta mekanisme pelaporan rasuah.

(iv) Kerajaan Negeri juga telah melaksanakan Program pengukuhan integriti secara tahunan seperti berikut:

(a) Program Bicara Integriti Perkhidmatan Awam;

(b) Program Tahsin Integriti; dan

(c) Kursus 1st Class Integrity

(v) Kerajaan Negeri telah menerima pakai Polisi penerimaan dan pemberian hadiah Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi menggalakkan Pegawai Kerajaan melaporkan penerimaan hadiah, meningkatkan kualiti perkhidmatan awam dan seterusnya menggalakkan budaya integriti di dalam jabatan.

(vi) Antara langkah-langkah yang telah diambil oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dalam usaha memerangi rasuah dan penyelewengan ialah dengan membangunkan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) MBPP yang telah diluluskan untuk diguna pakai di peringkat Pengurusan Majlis bagi tahun 2021hingga 2025. Selain itu, MBPP juga dalam proses membangunkan Polisi Antirasuah dan

197

Anti-Bribery Management Systems (ABMS) untuk dilaksanakan mulai tahun 2022.

(vii) Bagi MBSP pula, langkah-langkah yang telah diambil adalah seperti berikut:

(a) Pelaksanaan Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) Majlis Bandaraya Seberang Perai 2021-2025. Pelan ini disediakan melalui satu proses yang mengambil kira aspirasi dan harapan warga Seberang Perai dalam perjalanan memerangi rasuah. Pelan ini menetapkan empat (4) bidang keutamaan yang menjadi teras utama dalam usaha memerangi rasuah. Bidang keutamaan tersebut adalah Pentadbiran Sektor Awam, Perolehan Awam, Penguatkuasaan Undang-Undang dan Tadbir Urus. Sebanyak 46 inisiatif akan dilaksanakan dalam tempoh lima (5) tahun akan datang.

(b) Pelaksanaan MS ISO 37001:2016 Anti-Bribery Management System (ABMS) yang diperkenalkan oleh SIRIM pada tahun 2017, di mana MPSP telah berjaya menjadi PBT pertama di persijilkan dengan dengan nombor siri ABMS 00101 dan tarikh persijilan berkuatkuasa pada 20 Oktober 2017. Sistem ini dilaksanakan di MBSP bertujuan untuk memperkasakan pematuhan undang-undang berkaitan suapan/sogokan serta membantu mengurangkan risiko rasuah di MBSP disamping meningkatkan integriti seluruh warga kerja MBSP.

(b) Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) yang berkuatkuasa mulai 15 Disember 2010 digubal bagi memperuntukkan perlindungan terhadap pemberi maklumat yang telah mendedahkan sebarang perlakuan tidak wajar. Perlindungan yang diberikan merangkumi tiga perkara seperti berikut:

(i) Perlindungan maklumat sulit. Sebagai contoh, maklumat mengenai identiti, pekerjaan, alamat kediaman, tempat pekerjaan dan lain-lain;

(ii) Kekebalan daripada tindakan sivil atau jenayah yang cuba dikenakan terhadap pemberi maklumat. Sebagai contoh, seseorang pemberi maklumat, tidak boleh disaman atau didakwa oleh pihak yang telah didedahkan kelakuan tidak wajarnya; dan

(iii) Perlindungan terhadap tindakan yang memudaratkan. Sebagai contoh, seorang pemberi maklumat telah memberi maklumat mengenai perbuatan rasuah majikannya. Jika majikannya ingin mengambil tindakan balas seperti membuang kerja si pemberi maklumat itu, maka pemberi maklumat itu adalah dilindungi di bawah akta ini.

Agensi penguatkuasaan boleh memerintahkan apa-apa ganjaran yang difikirkannya patut untuk dibayar kepada pemberi maklumat bagi:

(a) apa-apa pendedahan kelakuan tidak wajar; atau

(b) apa-apa aduan tindakan yang memudaratkan sebagai tindakan balas terhadap pendedahan kelakuan tidak wajar,

yang membawa kepada pengesanan kes kelakuan tidak wajar atau tindakan yang memudaratkan atau pendakwaaan orang yang terhadapnya pendedahan kelakuan tidak wajar itu dibuat atau orang yang melakukan tindakan yang memudaratkan itu.

198

2. Penyumberluaran (outsource) pesakit selain COVID-19 oleh Hospital Kerajaan di Pulau Pinang.

(a) Senaraikan jumlah bilangan pesakit selain COVID-19 yang telah dirujuk ke hospital swasta mengikut lokaliti dan jenis penyakit yang terlibat sejak Jun 2021.

(b) Berapakah kes yang dirujuk tersebut telah selesai menerima rawatan?.

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

2. (a) Seramai 962 orang pesakit (Non COVID-19) telah disumberluarkan kepada pihak hospital swasta bermula 1 Jun 2021. Pecahan kes pesakit dan hospital adalah seperti di Lampiran A.

(b) Pesakit yang telah selesai menerima rawatan di hospital swasta selepas dirujuk adalah seramai 940 orang.

199

200

3. PG Care Alliance.

(a) Nyatakan secara teliti matlamat yang telah dicapai oleh PG Care Alliance sejak penubuhannya pada Ogos 2021.

(b) Apakah hala tuju jangka masa panjang PG Care Alliance khususnya ketika fasa endemik wabak COVID-19 ini?

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

3. Kerajaan Negeri telah melancarkan PgCare Alliance pada 11 Ogos 2021 dengan usaha sama 18 agensi dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam usaha mempercepatkan bantuan kepada individu yang terjejas oleh krisis COVID-19. Pada mulanya, PgCare Alliance dibangunkan di atas empat (4) teras utama iaitu Bantuan Kesihatan Mental (Mental Health Aid), Bantuan Pekerjaan dan Perundingan Kewangan (Job Aid & Financial Consultation), Bantuan Makanan dan Keperluan Asas (Food Aid & Essential Equipment Aid) serta Perkhidmatan Telekesihatan dan Penjagaan Maya (Virtual Care &Telehealth Service). Terkini, Perubatan Tradisional (Traditional Medicine) telah ditambah sebagai teras yang kelima (ke-5.)

Antara 18 NGO yang terlibat adalah D’Home, Befrienders Penang, Penang Sneham Malaysia Welfare Organisation, Penang Kiwanis Club, Penang Buddhist Tzu Chi Merits Society and JCI Penang serta digerakkan oleh jawatankuasa sementara terdiri daripada Dr. Ngoo Seong Boon, Tuan Chong Soon Kheng, YB Yeoh Soon Hin, YB Teh Lai Heng, YB Steven Sim dan YB Phee Boon Poh.

(a) Matlamat yang telah dicapai oleh PgCare Alliance sejak penubuhannya pada 16 Julai 2021 adalah wujudnya satu infrastruktur dalam perhubungan bantuan, sokongan dan penyelesaian masalah-masalah sosial semasa bencana. Perincian matlamat yang telah dicapai mengikut teras adalah seperti yang berikut:

(i) Bantuan Kesihatan Mental (Mental Health Aid)

Teras ini diketuai oleh YBhg. Dato’ Seri Leslie Lee Kim Guan dari D’Home. Di bawah teras ini, satu talian panggilan 24 jam melalui nombor telefon 04-6427777 telah diwujudkan untuk pertanyaan orang awam. Sehingga kini, sejumlah 4,410 panggilan telah diterima untuk bantuan dan penjelasan selanjutnya. Pasukan dalam teras ini membantu untuk menerima panggilan daripada orang awam terutamanya individu yang telah dijangkiti virus COVID-19 yang memerlukan sokongan daripada segi kesihatan mental. Talian ini juga menerima panggilan orang ramai yang memerlukan maklumat Prosedur Operasi Standard (SOP) setelah disahkan positif COVID-19 atau mempunyai sebarang kes kecemasan. Panggilan berkaitan kes kecemasan akan dipanjangkan kepada Community Emergency Response Team (CERT) George Town. Melalui talian ini, wujudnya satu rangkaian perhubungan antara orang ramai, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Kerajaan Negeri. Panggilan yang berkenaan dengan bantuan lain seperti bekalan makanan, barang keperluan dan pekerjaan akan dimajukan kepada teras berkaitan.

(ii) Bantuan Makanan Dan Keperluan Asas (Food Aid & Essential Equipment Aid)

Teras ini diketuai oleh Lt. Felix Chuah Gim Chuan yang aktif dalam Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Tujuan teras ini diwujudkan untuk membantu orang ramai yang memerlukan bekalan makanan dan peralatan keperluan seperti Oxygen Concentrator dan Pulse Oximeter. Permintaan bantuan daripada segi bekalan

201

makanan yang diterima melalui kempen ‘bendera putih’ (white flag) atau panggilan talian PgCare Alliance akan dipanjangkan ke Pusat Khidmat Kawasan Ahli Dewan Undangan Negeri (KADUN) masing-masing. Sejurus itu, bekalan makanan akan disampaikan kepada individu berkaitan melalui Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di mana setiap daerah mempunyai satu jawatankuasa kecil bagi urusan bekalan dan pemantauan pesakit COVID-19 yang menjalani kuarantin kendiri di rumah. Sehingga kini, sejumlah 587 individu telah menerima bekalan makanan melalui panggilan ke talian PgCare Alliance.

Selain itu, sumbangan alatan Oxygen Concentrator yang diterima oleh Kerajaan Negeri akan dipinjamkan kepada pesakit-pesakit COVID-19 yang memerlukan. Sehingga kini, direkodkan sebanyak 126 peralatan telah dimanfaatkan untuk tujuan tersebut. Bukan itu sahaja, pasukan talian PgCare Alliance dengan Kerjasama Persatuan D’Home juga membuat pemantauan secara berjadual melalui panggilan telefon kepada pesakit-pesakit dan keluarga pesakit bagi mendapatkan status semasa dan keperluan mereka.

(iii) Bantuan Pekerjaan Dan Perundingan Kewangan (Job Aid & Financial Consultation)

Teras ini diketuai oleh YBhg. Dato’ Jimmy Ong Chin Keng sebagai Pengerusi Federation of Malaysian Manufacturers (FMM) dengan kerjasama Malaysian Semiconductor Industry Association (MSIA), Small and Medium Enterprises Association (SAMENTA) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (SOCSO) dalam mewujudkan peluang pekerjaan. Sehingga kini, sejumlah 95 peluang pekerjaan telah ditawarkan kepada individu yang memerlukan. Teras ini turut bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi mendapatkan khidmat nasihat dalam pengurusan kewangan seperti proses permohonan bagi memanjangkan tempoh pembayaran balik pinjaman bank. Selain itu, Zakat Pulau Pinang turut berganding bahu bersama PgCare Alliance untuk menghulurkan bantuan kepada penerima yang beragama Islam.

(iv) Perkhidmatan Telekesihatan Dan Penjagaan Maya (Virtual Care & Telehealth Service)

Teras ini diketuai oleh Dr. Ngoo Seong Boon dan diwujudkan untuk membantu pesakit-pesakit COVID-19 dan ahli keluarga pesakit yang menjalankan kuarantin kendiri di rumah bagi mendapatkan nasihat daripada doktor sukarelawan yang bertugas secara dalam talian. Doktor akan berkomunikasi dengan pesakit COVID-19 atau ahli keluarga pesakit melalui panggilan telefon atau panggilan video mengikut bahasa yang diperlukan. Sehingga kini, sejumlah 40 kes telah dibantu melalui teras ini.

(v) Perubatan Tradisional (Traditional Medicine)

Teras ini juga diketuai oleh Dr. Ngoo Seong Boon. Ia merupakan teras yang mengambil bahagian dalam gabungan ini kebelakangan ini dengan adanya Traditional Chinese Medicine (TCM) di bawah BUCM Malaysia Northern Region Students & Alumni Association. Teras ini bertujuan untuk memberikan nasihat berkenaan dengan pengambilan ubat tradisional.

202

(b) Hala tuju jangka masa panjang PgCare Alliance khususnya ketika fasa endemik wabak COVID-19 adalah meningkatkan rangkaian dan kerjasama Kerajaan Negeri bersama pihak swasta, NGO dan syarikat korporat yang membantu dalam pengurusan apa jua bencana kelak. Satu platform digital bersepadu telah ditubuhkan di setiap pusat perkhidmatan dan pejabat NGO negeri bagi membolehkan interaksi secara langsung dengan kumpulan sasaran tidak terhad semasa situasi bencana sahaja. Inisiatif Kerajaan Negeri ini akan membolehkan semua pihak mempercepat dan meningkatkan bantuan yang diperlukan, mengelakkan pertindihan sumber serta mengukuhkan sokongan kepada rakyat Negeri Pulau Pinang.

4. Konsep pembangunan Penang Bay.

(a) Nyatakan secara teliti status terkini berhubung dengan konsep pembangunan Penang Bay.

(b) Senaraikan secara teliti jumlah sesi libat urus yang telah diadakan berhubung dengan konsep pembangunan tersebut. .

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

4. (a) Konsep utama pembangunan Projek Penang Bay adalah untuk menyumbang ke arah perkembangan ekonomi negeri berteraskan inovasi, budaya dan industri kreatif selaras dengan tema ‘Invest In The Built Environment To Improve Resilience’ di bawah wawasan Penang2030. Projek ini bermatlamat untuk memajukan semula pesisir pantai Butterworth dan George Town untuk lebih berdaya saing dan berdaya huni serta mengambil kira jaringan antara bandar (network city model) untuk pembangunan spatial Pulau Pinang. Pembangunan Penang Bay dirancang untuk memaksimakan aset pesisir pantai sedia ada untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai bandaraya mampan dan berdaya saing untuk tempoh 50 tahun akan datang.

Lokasi Projek Penang Bay melibatkan kawasan seperti berikut:

(i) Kawasan pesisir pantai bahagian Pulau, di Weld Quay, George Town akan ditransformasikan sebagai George Town Central Business District (CBD) dengan presint kreatif dan teknologi serta diselaraskan dengan pembangunan Projek Gurney Wharf; dan

(ii) Kawasan pesisir pantai bahagian Butterworth, di Seberang Perai Utara akan ditransformasikan sebagai hab inovasi, pendidikan dan rekreasi serta diselaraskan dengan pembangunan Penang Sentral dan pelabuhan.

Perancangan Projek Penang Bay juga perlu mengambil kira projek sedia ada lain seperti George Town Heritage Seafront, Butterworth Harbourfront, Gurney Wharf, Northern Connector, Jelutong Landfill dan Rayston Reclamation.

Pembangunan Projek Penang Bay akan menerapkan elemen Bandar Pintar (Smart City) dari segi penggunaan teknologi semasa, kemudahan mobiliti, pembangunan komuniti pintar, Smart Parking, teknologi jalur lebar 5G dan perkembangan Internet of Things (IOT).

Anggaran pelaburan bagi George Town adalah berjumlah USD200 juta dengan anggaran pulangan hasil sebanyak USD1 bilion selepas tempoh 10 tahun. Bagi Butterworth pula, anggaran pelaburan adalah berjumlah USD1 bilion dengan anggaran pulangan hasil sebanyak USD4 bilion selepas tempoh

203

20 tahun. Kaedah pembiayaan projek masih dalam peringkat perancangan dan belum dimuktamadkan.

Bagi memastikan projek yang dilaksanakan bertaraf antarabangsa, profesional dan berkualiti, satu pertandingan yang dikenali sebagai ‘Penang Bay International Ideas Competition’ telah dilaksanakan. Pada 9 Mac 2021, Yang Amat Berhormat (Y.A.B.) Ketua Menteri telah mengumumkan keputusan pertandingan dengan lapan (8) pemenang terpilih. Susulan itu, Kerajaan Negeri melalui George Town Conservation & Development Corporation (GTCDC) telah meneliti idea dan konsep yang dicadangkan bersama dengan pihak berkepentingan.

Kesemua cadangan tersebut sedang diperhalusi untuk penyediaan Pelan Induk Strategik Penang Bay (Penang Bay Strategic Master Plan -SMP) dengan mengambil kira 10 elemen Sustainable Development Goals (SDG). Penyediaan SMP juga akan menggabungkan semua elemen ekonomi (economic assets), aset fizikal (physical assets) dan jalinan antara aset (networking assets) bagi mewujudkan ekosistem inovasi (Innovation Ecosystem). Pelaksanaan projek ini akan dilaksanakan secara Public-Private-Community- Academia (PPCA) bagi memastikan impak yang menyeluruh kepada semua stakeholder terlibat.

Kerajaan Negeri juga telah mengenal pasti Projek Perintis (Pilot Project) untuk dilaksanakan di dalam kawasan Penang Bay yang dikenali sebagai Daerah Kreatif Digital (Creative Digital District - CD2). Projek ini akan dilaksanakan di kawasan George Town yang akan dijadikan presint kreatif dan teknologi dengan memasukkan elemen Bandar Pintar (Smart City) dan Negeri Hijau dan lokasi pertama yang dikenal pasti adalah di kawasan Gat Lebuh China dan Bangunan Wisma Yap Chor Ee.

Selain itu, Pulau Pinang juga telah dipilih untuk menerima ‘Climate Adaptation Fund’ berjumlah RM10,000,000.00 daripada pihak United Nation (UN) Habitat pada bulan Oktober 2021 yang juga akan disalurkan untuk Projek Penang Bay di mana penekanan kepada semua projek yang dirancang adalah selaras dengan adaptasi iklim berdasarkan ‘Nature Based Solutions’ (NBS). NBS adalah penting bagi pelaksanaan projek mampan, meningkatkan daya tahan bandar dan mengurangkan kesan perubahan iklim terhadap ekosistem alam semula jadi.

(b) Sesi libat urus berhubung konsep pembangunan Projek Penang Bay telah diadakan bersama pihak-pihak berkepentingan seperti berikut:

(i) Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) dan Kementerian Pengangkutan memandangkan terdapat sebahagian daripada tanah milikan SPPP terlibat dengan kawasan Projek Penang Bay. Selain itu, SPPP juga merupakan agensi Persekutuan yang mempunyai cadangan pemajuan di kawasan pesisir pantai. Sesi libat urus ini telah membantu penyelarasan pelaksanaan projek dan mengelakan pertindihan perancangan;

(ii) Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen yang terlibat bagi memaklumkan aspirasi Kerajaan Negeri dan mendapatkan maklumbalas bagi cadangan pembangunan Projek Penang Bay;

(iii) Jabatan/Agensi teknikal seperti PLANMalaysia@Pulau Pinang, Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Majlis Bandaraya Seberang Perai, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kerja Raya dan sebagainya bagi mendapatkan penadangan dan khidmat nasihat teknikal berhubung

204

konsep dan cadangan pembangunan supaya ianya selaras dengan Rancangan Kawasan Khas George Town dan Seberang Perai;

(iv) Pejabat Daerah dan Tanah yang berkaitan bagi mendapatkan pandangan dari segi guna tanah dan jenis pembangunan yang dibenarkan;

(v) UN Habitat bagi memastikan pelaksanaan projek selaras dengan elemen Sustainable Development Goals (SDG). Projek ini telah dipilih untuk pembentangan di World Urban Forum 10 di Abu Dhabi pada tahun 2020; dan

(vi) Pihak pelabur antarabangsa melalui Resilience Investment Planning Workshop anjuran Bank Dunia (World Bank) di Madrid, Sepanyol bagi mendapatkan maklum balas dan pandangan pelabur antarabangsa ke atas Projek Penang Bay. Projek ini telah mendapat pengiktirafan Bank Dunia kerana memberikan impak yang besar kepada urbanisasi serta berupaya memberikan pulangan lumayan. Projek ini juga telah disambut baik oleh beberapa pelabur dunia seperti Lendlease, Ascendal, PricewaterhouseCoopers dan Asian Infrastructure Investment Bank.

5. Tapak Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI).

(a) Senaraikan jumlah lot tapak RIBI yang telah disewakan dan dijualkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Perbadanan Ketua Menteri (CMI) dan Perbadanan Pembangunan Negeri (PDC) mengikut daerah dan jenis agama.

(b) Senaraikan jumlah lesen pendudukan sementara (TOL) yang telah dikeluarkan kepada RIBI mengikut daerah dan jenis agama. .

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

5. (a) Tapak RIBI yang telah dipajak atau dijual daripada tahun 2013 sehingga tahun 2021 oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang (CMI) , Pejabat Daerah Dan Tanah dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) adalah berjumlah 134 seperti perincian di Lampiran A.

(b) Sebanyak 28 Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) telah menerima Lesen Pendudukan Sementara (TOL) seperti perincian di Lampiran B.

205

LAMPIRAN A

SENARAI TAPAK RIBI OLEH PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT), PERBADANAN KETUA MENTERI PULAU PINANG (CMI) DAN PERBADANAN PEMBANGUNAN

PULAU PINANG (PDC)

BIL. JABATAN/

AGENSI

BILANGAN RIBI

DAERAH JENIS AGAMA /

KEGUNAAN Secara Pajakan

Secara Jualan

1 MBPP

24 - DTL Buddha (17), Hindu (6) dan Kristian (1)

25 - DBD Buddha (18), Hindu (3), Kristian (3) dan Thai (1)

2 MBSP 3 - SPT Tokong (3)

3 CMI 35 - SPU Taoisme (13), Buddhism (12),

Hinduisme (5), Kristian (4), Lain-Lain (1)

4 PDC

- 7 DTL Tokong Cina (2), Tokong Buddha (3), Kuil Hindu (2)

- 4 DBD Tokong Buddha (1), Kuil Hindu (1), Sikh (1), Kristian (1)

- 8 SPT Tokong Buddha (3), Kuil Hindu (3), Sikh (1), Kristian (1)

Jumlah 87 19

Jumlah Keseluruhan RIBI

106

206

LAMPIRAN B

SENARAI LESEN PENDUDUKAN SEMENTARA (TOL) KEPADA RUMAH IBADAT

BUKAN ISLAM (RIBI)

BIL. DAERAH

JUMLAH LESEN PENDUDUKAN

SEMENTARA (TOL) KEPADA RIBI

JENIS AGAMA / KEGUNAAN

1. Timur Laut 9 7 Tokong, 2 Kuil

2. Barat Daya -

3. Seberang Perai Utara 6 5 Tokong, 1 Kuil

4. Seberang Perai Tengah 6 6 Tokong

5. Seberang Perai Selatan 7 6 Tokong, 1 Kuil

Jumlah 28

207

6. Pencegahan penularan wabak COVID-19 di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

(a) Nyatakan secara teliti inisiatif dan usaha yang telah diambil oleh PBT bagi mencegah penularan COVID-19 khasnya dalam kalangan kakitangan.

(b) Senaraikan kos yang terlibat bagi inisiatif dan usaha yang berkenaan bagi kedua-dua PBT.

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

6. (a) Inisiatif dan usaha yang telah diambil oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) bagi mencegah penularan COVID-19 khasnya dalam kalangan kakitangan adalah dengan mengamalkan Program RTK Antigen Self Test melalui iSIHAT iaitu pelaksanaan ujian saringan kendiri dengan kekerapan dua kali sebulan demi mewujudkan persekitaran yang sihat dan selamat untuk bekerja. Dengan melaksanakan ujian kendiri ini, didapati positivity rate menurun daripada 0.44% pada 1 Oktober 2021 kepada 0.11% pada 15 Oktober 2021 dan seterusnya menurun lagi kepada 0.04% pada 1 November 2021.

Selain itu, MBPP turut mengambil langkah mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) tempat kerja yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Inisiatif dan usaha yang telah diambil oleh Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) bagi mencegah penularan COVID-19 khasnya dalam kalangan kakitangan adalah seperti berikut:

(i) Kakitangan yang disahkan positif COVID-19 perlu menjalani tempoh kuarantin seperti yang diarahkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM);

(ii) Semua kontak rapat pesakit COVID-19 diarahkan untuk menjalani tempoh kuarantin selama 10 hari;

(iii) MBSP menghantar kontak rapat yang dikenal pasti melalui jangkitan di tempat kerja menjalani ujian saringan COVID-19; dan

(iv) Kerja-kerja sanitasi dijalankan dengan kadar segera di jabatan yang terlibat bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

(b) Kos yang terlibat bagi inisiatif dan usaha yang telah diambil MBPP adalah berjumlah sebanyak RM214,046.00 melibatkan pembelian washable mask dan RTK Antigen Saliva Test-Kit kepada Ahli Majlis dan semua kakitangan MBPP serta pembelian RTK Antigen Saliva Test-Kit kepada Pekerja Sambilan Harian MBPP.

Kos yang terlibat bagi inisiatif dan usaha yang telah diambil oleh MBSP pula adalah sebanyak RM411,740.80 melibatkan kos ujian saringan COVID-19 kepada kakitangan yang menjadi kontak rapat melalui jangkitan di tempat kerja dan kos pembelian peralatan dan bahan bagi kerja-kerja sanitasi.

208

7. Taman Arkeologi Sia Boey.

(a) Nyatakan secara teliti berhubung dengan status pembangunan bagi fasa-fasa selanjutnya Taman Arkeologi Sia Boey.

(b) Apakah perancangan jangka masa panjang Kerajaan Negeri terhadap 22 buah kedai di Sia Boey?.

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

7. (a) Status pembangunan Taman Arkeologi Sia Boey adalah tertakluk kepada perancangan Kerajaan Negeri yang berkait rapat dengan pembangunan laluan dan stesen Light Rail Transit (LRT).

(b) Pada masa kini, pihak Penang Development Corporation (PDC) tiada perancangan untuk merobohkan 22 buah kedai di Sia Boey dan struktur deretan kedai-kedai lama di situ akan dikekalkan. PDC juga merancang untuk melaksanakan satu projek yang dinamakan “Nostalgia Penang” di mana beberapa aktiviti akan disuntik di kawasan ini bagi menarik pengunjung dan pelancong ke kawasan berkenaan sebagai tambahan kepada projek Taman Arkeologi Sia Boey yang sedia ada. Antara aktiviti yang dirancang adalah bertumpukan kepada perkhidmatan Food and Beverages (F&B), kendera saji, jualan barangan kraf, tanaman (nursery), aktiviti hiburan jalanan dan aktiviti-aktiviti lain yang berteraskan kekeluargaan.

8. Majlis Warisan Negeri Pulau Pinang.

(a) Apakah status terkini berhubung dengan fungsi dan peranan Majlis Warisan Negeri Pulau Pinang susulan daripada pelantikan Pesuruhjaya Warisan Negeri yang pertama?

(b) Apakah status terkini Daftar Warisan Negeri selaras dengan Seksyen 31, Enakmen Warisan Negeri Pulau Pinang 2011?.

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

8. (a) Majlis Warisan Negeri Pulau Pinang dijangka akan bersidang selewat-lewatnya pada Januari 2022. Pada masa kini, Pejabat Pesuruhjaya Warisan Negeri Pulau Pinang sedang memperkasakan penubuhan Pejabat Pesuruhjaya Warisan Negeri yang melibatkan pelantikan kakitangan, penyelidikan dan penyenaraian warisan Negeri Pulau Pinang serta pemilihan pakar yang akan dilantik untuk menganggotai Majlis Warisan Negeri.

(b) Daftar Warisan Negeri berfungsi untuk menyenaraikan tapak warisan kebudayaan ketara, warisan kebudayaan tidak ketara dan tapak warisan semulajadi yang telah diisytiharkan sebagai Warisan Negeri Pulau Pinang. Buat masa ini, Pejabat Pesuruhjaya Warisan Negeri Pulau Pinang sedang menyenaraikan item warisan Negeri Pulau Pinang untuk dinilai bagi diisytiharkan sebagai Warisan Negeri Pulau Pinang. Proses ini mengambil masa yang lama untuk peringkat penilaian, mendapat keizinan pemilik, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pihak Berkuasa Negeri (PBN) serta melalui proses bantahan. Senarai Warisan Negeri Pulau Pinang dijangka akan diisytiharkan selewat-lewatnya pada tahun 2022. Ini secara langsung dapat mewujudkan Daftar Warisan Negeri Pulau Pinang. Pejabat Pesuruhjaya Warisan juga sedang membuat penilaian dan mendapatkan keizinan pemilik bagi 33 item warisan di Pulau Pinang untuk diisytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645).

209

9. Pelaksanaan sistem subsidi ke atas mod pengangkutan awam.

(a) Senaraikan dengan teliti sistem subsidi ke atas mod pengangkutan awam yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi tahun 2021.

(b) Apakah hala tuju jangka masa panjang terhadap sistem subsidi ini?

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

9. (a) Kerajaan Negeri sentiasa prihatin dalam usaha menggalakkan penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam. Sehingga kini, antara program dan insentif yang telah disubsidi oleh kerajaan negeri dalam usaha menggalakkan penduduk Pulau Pinang menggunakan bas atau pengangkutan awam lain adalah:

(i) Perkhidmatan Bas Percuma Congestion Alleviation Transport (CAT);

(ii) Perkhidmatan Bas Percuma Central Area Transit (CAT) George Town;

(iii) Perkhidmatan Bridge Express Shuttle Transit (BEST);

(iv) Pembiayaan Pas Perjalanan Tanpa Had iaitu Pas Mutiara; dan

(v) Pembiayaan tambang feri kepada penumpang pejalan kaki warganegara Malaysia.

(b) Program dan insentif sebegini akan sentiasa ditambah baik agar pelaburan Kerajaan Negeri untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam berbaloi serta memberi manfaat kepada semua penduduk Pulau Pinang. Dengan pelaksanaan subsidi sebegini, hala tuju kerajaan negeri yang menyasarkan mod perkongsian penggunaan pengangkutan awal 40:60 dapat dicapai.

10. Tuntutan insurans liabiliti awam ke atas projek-projek Kerajaan Negeri.

(a) Senaraikan secara teliti tuntutan insurans liabiliti awam ke atas projek yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri mengikut agensi (Jabatan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan lain-lain agensi) dan nilai tuntutan.

(b) Senaraikan jenis tuntutan mengikut kategori liabiliti yang berkenaan.

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

10. Pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) memaklumkan bahawa insurans yang perlu diambil oleh kontraktor dalam sesuatu projek di bawah seliaan pihak MBPP adalah Insurans Tanggungan Awam dan Insurans Pampasan Pekerja di mana nilai tuntutan bergantung kepada jenis tuntutan dan kerosakan yang terlibat.

Bagi Insurans Tanggungan Awam, insurans ini melindungi pemohon iaitu kontraktor yang terlibat dengan projek terhadap liabilitinya untuk membayar pampasan bagi kecederaan badan yang tidak disengajakan oleh pemohon atau pekerja milik pemohon oleh sebarang kecacatan dalam tapak pembinaan atau sebarang kecacatan dalam cara, kerja atau kerosakan tidak sengaja kepada harta orang lain yang disebabkan oleh kecuaian pemohon atau pekerja milik pemohon.

Manakala Insurans Pampasan Pekerja pula melindungi liabiliti majikan iaitu pihak kontraktor bagi pekerja atau pekerja yang cedera yang menderita penyakit pekerjaan dari tempat kerja. Ia juga dikenali sebagai insurans pampasan pekerja atau insurans perlindungan undang-undang pampasan pekerja. Ia juga adalah untuk melindungi pekerja daripada kecederaan yang berkaitan dengan kerja.

210

Senarai tuntutan insurans liabiliti awam ke atas projek yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri mengikut jabatan/agensi berkaitan berserta nilai tuntutan adalah seperti jadual berikut:

JABATAN/ AGENSI

TAJUK PROJEK KONTRAKTOR NILAI TUNTUTAN (RM)

Jabatan Kerja Raya (JKR)

Tiada sebarang tuntutan insurans liabiliti awam.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)

Projek Tebatan Banjir Sungai Jelutong Diversion (Bawah Tanah) Di Jalan Tengku, Persimpangan Jalan Jelutong Dan Solok Perak, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang. (Tahun 2018)

Infinity Prospect (M) Sdn. Bhd.

Jenis tuntutan: Flood Damage to Third Party Properties

29,681.00

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP)

Tender Untuk Menaik Taraf Sistem Saliran Di Lebuh Mcnair Dari Jalan Magazine Hingga Lebuh Macallum (Fasa 2), Daerah Timur Laut, Pulau Pinang.

(Tahun 2019)

Jenis tuntutan: Contractor All Risks Insurance

4,422.52

Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP)

Tiada sebarang tuntutan insurans liabiliti awam.

Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Timur Laut (PDTDTL)

Tiada sebarang tuntutan insurans liabiliti awam.

Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Barat Daya (PDTDBD)

Tiada sebarang tuntutan insurans liabiliti awam.

Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Utara (PDTSPU)

Tiada sebarang tuntutan insurans liabiliti awam.

Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah (PDTSPT)

Tiada sebarang tuntutan insurans liabiliti awam.

Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai

Tiada sebarang tuntutan insurans liabiliti awam.

211

JABATAN/ AGENSI

TAJUK PROJEK KONTRAKTOR NILAI TUNTUTAN (RM)

Selatan (PDTSPS)

11. Jejantas Pengkalan Weld.

(a) Apakah status terkini berhubung dengan insiden jejantas di Pengkalan Weld selepas dirempuh treler pada Februari 2020?

(b) Apakah tindakan susulan yang telah diambil berhubung dengan insiden tersebut?

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

11. (a) Pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) sedang dalam proses membuat tuntutan ganti rugi terhadap syarikat kenderaan yang terbabit di dalam insiden jejantas di Pengkalan Weld yang dirempuh sebuah treler pada bulan Februari 2020 yang lepas.

Selain itu, pihak MBPP juga menyediakan lintasan pejalan kaki berlampu isyarat untuk kemudahan orang awam terutamanya pengguna feri untuk melintas jalan dengan selamat.

(b) Tindakan susulan yang telah diambil berhubung dengan insiden tersebut adalah pihak MBPP telah menfailkan saman dan dalam proses tindakan mahkamah untuk tuntutan ganti rugi serta kos-kos lain yang terlibat seperti kos mengalihkan jejantas yang rosak akibat dirempuh oleh treler tersebut. Notis-notis perundangan yang sewajarnya telahpun dikeluarkan terhadap syarikat terbabit.

12. Tapak pelupusan sampah.

(a) Apakah status dan kapasiti terkini bagi tapak pelupusan sampah di Negeri Pulau Pinang?

(b) Apakah hala tuju jangka masa panjang bagi tapak tersebut dan sistem pengurusan sisa pepejal bagi Negeri Pulau Pinang? .

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

12. (a) Dalam usaha Kerajaan Negeri merealisasikan Visi Penang2030: Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara, segala perancangan dan pembangunan yang akan dan bakal dilaksanakan haruslah seiring dengan aspirasi visi ini. Pulau Pinang sentiasa menyahut cabaran untuk mewujudkan sistem pengurusan sisa pepejal bersepadu yang mesra alam dan selaras dengan inisiatif Cleaner, Greener, Healthier and Safer Penang. Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung merupakan tapak pelupusan akhir sampah bagi negeri ini dan merupakan fasiliti penting dalam sistem pengurusan sisa pepejal untuk menjamin kesejahteraan masyarakat.

Pada ketika ini, Fasa 1 dan Fasa 2 Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung (TPSPB) telah mencapai kapasiti maksima tapak dan tidak aktif manakala Fasa 3, TPSPB yang dibangunkan merupakan satu projek pelaburan oleh Kerajaan Negeri sebagai penyediaan sistem pengurusan sisa pepejal yang bersepadu. Usaha ini merupakan salah satu daripada langkah penyelesaian dalam mengatasi keperluan segera masyarakat Pulau Pinang bagi pelupusan sisa pepejal. Namun demikian, Kerajaan Negeri masih menghadapi cabaran untuk mengatasi pelupusan lain-lain jenis sisa seperti sisa binaan dan tanah

212

korekan. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri terpaksa menggunakan Tapak Pelupusan Sampah Jelutong sebagai tapak pelupusan sisa binaan sebagai alternatif baharu. Perincian status dan kapasiti terkini bagi tapak pelupusan sampah di Negeri Pulau Pinang adalah seperti di LAMPIRAN A.

(b) Untuk jangka masa panjang, Kerajaan Negeri melalui Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang bersama Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) sedang dalam proses menyediakan roadmap pengurusan sisa pepejal bagi membuat pembaharuan kepada sistem pengurusan sisa pepejal Negeri Pulau Pinang. Selain daripada penyediaan roadmap, sistem dan infrastruktur, pelbagai usaha turut dipergiatkan oleh Kerajaan Negeri bersama-sama kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mengurangkan sampah yang perlu dihantar ke tapak pelupusan seperti pelaksanaan dasar pengasingan di punca dan usaha menggalakkan penghasilan barangan upcycle. Selain itu, penyelesaian terbaik bagi pengurusan sisa pepejal di Pulau Pinang adalah dengan mengurangkan penjanaan sisa pepejal di punca melalui pelaksanaan pembudayaan amalan 3R (reduce, reuse, recycle) yang berterusan. Langkah ini bukan sahaja berkesan dalam memanjangkan jangka hayat tapak pelupusan, malah boleh mengurangkan kos keseluruhan pengurusan sisa pepejal yang perlu ditanggung oleh Kerajaan Negeri. Perincian hala tuju jangka masa panjang bagi tapak-tapak pelupusan sampah di Pulau Pinang adalah seperti di LAMPIRAN B.

213

LAMPIRAN A STATUS DAN KAPASITI TERKINI BAGI TAPAK PELUPUSAN SAMPAH DI

NEGERI PULAU PINANG

BIL. LOKASI STATUS KAPASITI TERKINI

1. FASA 1, TAPAK PELUPUSAN SANITARI PULAU BURUNG

TIDAK AKTIF 7.52 Juta Tan (100%)

2. FASA 2, TAPAK PELUPUSAN SANITARI PULAU BURUNG

TIDAK AKTIF 4.23 Juta Tan (100%)

3. FASA 3, TAPAK PELUPUSAN SANITARI PULAU BURUNG

AKTIF 0.68 Juta Tan (6.5%)

4. TAPAK PELUPUSAN AMPANG JAJAR

TIDAK AKTIF 5.17 Juta Tan (100%)

5. JELUTONG (DUMPSITE) AKTIF

i. Purata kemasukan sisa

binaan bermula

01/01/2021 sehingga

30/09/2021 ialah sebanyak

200 tan/sehari.

ii. Purata kemasukan sisa

tanah korekan bermula

01/01/2021 sehingga

30/09/2021 ialah sebanyak

43 tan/sehari.

214

LAMPIRAN B HALA TUJU JANGKA MASA PANJANG BAGI TAPAK PELUPUSAN SAMPAH

NEGERI PULAU PINANG

BIL. LOKASI HALATUJU

1.

FASA 1, TAPAK PELUPUSAN SANITARI PULAU BURUNG

RFP bagi pengekstrakan gas dan rehabilitasi akan diiklankan pada November 2021.

2.

FASA 2, TAPAK PELUPUSAN SANITARI PULAU BURUNG

Penutupan Selamat (Safe Closure) akan dijalankan oleh syarikat PLB Terang Sdn Bhd mulai Disember 2021.

3.

FASA 3, TAPAK PELUPUSAN SANITARI PULAU BURUNG

Sedang dioperasikan oleh Syarikat PLB Terang Sdn Bhd sehingga tahun 2032.

4. TAPAK PELUPUSAN AMPANG JAJAR

Pakej rehabilitasi dicadangkan bersama dengan RFP Pusat Pemprosesan dan Rawatan Sisa Pepejal di Ampang Jajar yang telah diiklankan pada 15 September 2021 dan akan tamat tempoh pengiklanan pada 15 November 2021.

5.

JELUTONG (DUMPSITE)

Pengurusan bagi safety closure dan rehabilitation of the landfill untuk pembangunan pada masa hadapan sedang diusahakan oleh Kerajaan Negeri.

215

13. Pertanian bandar.

(a) Nyatakan secara teliti usaha-usaha dan kos yang terlibat di dalam penggalakkan pertanian bandar oleh Kerajaan Negeri.

(b) Apakah matlamat dan sasaran yang dijangka oleh Kerajaan Negeri terhadap pertanian bandar? .

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

13. (a) Bagi menggalakkan pelaksanaan pertanian bandar oleh masyarakat di negeri ini, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian (DOA) Pulau Pinang telah melaksanakan Program Pembangunan Pertanian Komuniti atau dikenali Program Pertanian Bandar. Program ini dilaksanakan bagi membantu isi rumah meringankan kos sara hidup melalui pengeluaran sendiri bahan makanan melalui bimbingan pihak DOA negeri. Pelaksanaan program ini melibatkan penduduk di kawasan bandar atau pinggir bandar dengan kerjasama dan penglibatan pelbagai jabatan dan agensi yang berkaitan di peringkat negeri dan persekutuan.

Pembangunan Pertanian Komuniti juga berperanan sebagai salah satu strategi untuk menggalakkan interaksi sosial antara penduduk tempatan. Selain itu, program ini dilihat dapat meningkatkan motivasi diri para peserta program dengan kemampuan untuk membentuk komuniti sendiri dan bekerja secara berpasukan untuk menghasilkan produk makanan sama ada untuk kegunaan sendiri atau untuk dijual.

Kerajaan Negeri melalui DOA Pulau Pinang telah menyediakan peruntukan sebanyak RM70,000.00 pada tahun 2021 bagi menyediakan khidmat sokongan kepada aktiviti pertanian dalam kalangan komuniti. Peruntukan yang disediakan ini digunakan untuk tujuan pembekalan input pertanian bagi memulakan projek pertanian komuniti.

Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian Pulau Pinang juga telah menjalankan Projek Farmer To Farmer, Farm to Farm, Retort Komuniti (Ready To Eat) IAT dan Kebun Kerang bagi memberi peluang kepada anak muda menceburkan diri dalam bidang pertanian dan perikanan.

Selain itu, Kerajaan Negeri melalui DOA Pulau Pinang juga melakukan pemantauan berterusan ke atas projek pertanian komuniti sedia ada dan memberikan latihan dan bimbingan sekiranya perlu kepada peserta projek tersebut.

Kerajaan Negeri melalui DOA Pulau Pinang juga turut menerima peruntukan daripada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan DOA Malaysia sebanyak RM1.49 juta bagi pelaksanaan program Perkebunan Komuniti dan Pertanian Bandar.

(b) Kerajaan Negeri melalui DOA Pulau Pinang berharap agar pelaksanaan program pembangunan pertanian bandar dapat mencapai sasaran seperti berikut:

(i) Membantu mengurangkan kos sara hidup;

(ii) Mewujudkan aktiviti pertanian komuniti bagi memastikan pengeluaran bahan makanan mencukupi, berkualiti dan selamat dimakan; dan

(iii) Mewujudkan interaksi sosial dan menggalakkan komunikasi dalam kalangan komuniti.

216

217

218

219

220

221

222

14. Keusahawanan Digital.

(a) Senaraikan secara teliti usaha yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri dalam menggalakkan keusahawanan digital serta jumlah kos yang berkenaan.

(b) Apakah matlamat dan objektif yang berjaya dicapai selaras dengan usaha tersebut?

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

14. (a) Dalam usaha membantu usahawan dan menggalakkan keusahawanan digital, Kerajaan Negeri telah melaksanakan beberapa inisiatif seperti berikut:

(i) Inisiatif tanpa tunai di semua 56 buah pasar awam seluruh Negeri Pulau Pinang. Program ini merupakan Kerjasama di antara Bank Negara Malaysia (BNM) dan 17 penyedia perkhidmatan kewangan untuk memastikan kesemua peniaga pasar menggunakan perkhidmatan e-wallet. Program ini tidak melibatkan kos kepada Kerajaan Negeri;

(ii) GrabMart@Pasar untuk membantu penjaja memasarkan produk jualan dengan lebih berkesan melalui penggunaan media sosial dan aplikasi GrabMart di samping mendorong lebih banyak vendor pasaran tempatan untuk turut serta dalam pendigitalan ekonomi Negeri Pulau Pinang. Program ini tidak melibatkan kos kepada Kerajaan Negeri;

(iii) Kerajaan Negeri melalui Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah memperkenalkan Jom Beli Online JBO@MBPP yang merupakan satu Platform online bagi membolehkan peniaga kecil mempromosi produk mereka dengan norma baharu di mana proses jualan adalah menjurus kepada konsep take away dan jualan atas talian. MBPP turut telah bekerjasama dengan beberapa syarikat penghantar makanan seperti DeliverEat, BungkusIt, Tapaufood, Grab Food bagi tujuan meluaskan lagi pilihan jualan menerusi platform secara online untuk membantu golongan peniaga kecil di Pulau Pinang;

(iv) Memperkenalkan Garis Panduan Perniagaan Secara Atas Talian (Online) di Premis Kediaman - Business From Home. Melalui garis panduan ini, pihak Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dapat mengeluarkan permit perniagaan kepada peniaga-peniaga yang menjalankan perniagaan secara online. Kos permit adalah sebanyak RM60.00 untuk tempoh sah laku permit selama 6 bulan;

(v) Menggalakkan penggunaan aplikasi pembayaran tanpa tunai atau e-wallet dikalangan peniaga. Galakan ini dibuat melalui kerjasama yang dibuat oleh Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dengan Boost Business. Kerjasama dengan pihak Boost telah dimulakan di Kompleks Makanan Astaka Perda, Bukit Mertajam yang telah dilancarkan secara rasmi pada 12 Oktober 2021. Pelaksanaan projek ini tidak melibatkan sebarang kos kepada MBSP;

(vi) Pada April 2020, Kerajaan Negeri melalui Penang Halal International (PHI) telah memulakan inisiatif untuk bekerjasama dengan Foodpanda yang merupakan peneraju platform makanan atas talian bagi membantu komuniti peniaga di Pulau Pinang memasarkan produk jualan mereka melalui platform pemasaran digital, sekaligus menjayakan kempen ‘Next Normal Penang Strategy’ yang telah diperkenalkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Chow Kon

223

Yeow. Program Penang Food4U ini telah berlangsung pada April 2020 hingga Disember 2021.

(vii) Penganjuran International Inspirasi Khadijah Virtual (IIKV) 2020:

International Inspirasi Khadijah Virtual (IIKV) 2020, merupakan satu platform 3D e-dagang rentas sempadan yang pertama dianjurkan di Pulau Pinang oleh PHI dan program ini telah berlangsung pada 18 Disember 2020 hingga 31 Januari 2021. Platfom maya ini dianjurkan bertujuan untuk memudahkan peniaga berinteraksi, mempromosi barangan dengan harga yang berpatutan dan membuat transaksi perniagaan. IIKV juga menyerlahkan nama Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan reka dan design yang baru membawa perasaan yang baru, meriah melalui sentuhan dan rasa yang berbeza untuk peniaga serta pengunjung pada waktu pandemik yang mencabar. Disebabkan IIKV 2020 pada masa itu masih merupakan satu konsep yang amat baru, namun 3D virtual expo Penganjuran IIKV 2020 dilihat dapat membantu dan memberi pendedahan kepada usahawan tentang kepentingan norma baharu di dalam pemasaran produk secara digital atau e-dagang terutamanya ketika berdepan dengan situasi pandemik covid-19. Berkonsepkan visual 3D dimana usahawan dan pengunjung dapat merasai pengalaman sebenar seperti mengunjungi ruang pameran ekspo. IIKV turut menyediakan sistem pembelian terus secara atas talian melalui platfom e-dagang yang disediakan bagi memudahkan pembeli dan peniaga. Kos perbelanjaan keseluruhan yang digunakan untuk IIKV 2020 adalah lebih kurang RM130,000.00.

(viii) Program Kerjasama Pintar dengan Penyedia Platform Marketplace Digital Commerce:

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memperuntukkan RM1.0 juta dan melantik PHI sebagai sebuah agensi pelaksana untuk Program Kerjasama Pintar dengan Penyedia Platform Marketplace Digital Commerce. Peruntukan ini adalah dalam bentuk baucar diskaun yang diberikan kepada para pelanggan atau pembeli untuk berbelanja di platform digital dan seterusnya membantu usahawan Pulau Pinang meningkatkan jualan produk mereka melalui platform digital tersebut. Setakat ini, PHI telah menjalinkan kerjasama dengan beberapa platform digital iaitu Shopee, PG Mall dan Foodpanda melalui program berikut:

• Penang E-Mall @ Shopee

• Penang E-Bazaar @ PG Mall

• Penang Food4U @ Foodpanda

Usahawan yang terlibat dalam perjalanan pendigitalan dan beralih secara dalam talian turut diberi bantuan menerusi kempen, subsidi penghantaran dan bengkel pendidikan secara percuma. PHI juga telah menganjurkan kursus kepada para usahawan agar dapat memahami dengan lebih mendalam kaedah untuk memulakan perniagaan melalui platform digital. Tiada kos dalam pembentukan e-Mall, e-Bazaar atau Penang Food4U dari pihak PHI melalui perbincangan dari pihak PHI dengan rakan kongsi. Pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang menggalakkan pembeli barangan peniaga dengan memperuntukkan sokongan melalui baucer diskaun sahaja. Setakat ini, daripada bulan April 2021 (masa kempen dimulakan) sehingga Oktober 2021 sebanyak RM575,433 telah diperuntukkan dari segi baucer. Manfaat

224

daripada itu ialah penjualan peniaga telah mencecah RM27 million, iaitu lebih daripada 45 kali ganda (atau lebih dari 4000%) dengan jumlah 39,000 peniaga telah dibangkitkan.

(ix) Program kursus latihan dan webinar anjuran Penang Halal International (PHI):

Pelbagai siri latihan dan webinar yang berkaitan keusahawanan digital telah dianjurkan oleh PHI sepanjang tahun 2020 sehingga 2021. Latihan dan webinar ini memfokuskan tentang usahawan tempatan mengenai inisiatif dan peluang yang ada dalam membangunkan perniagaan mereka mengikut norma baharu iaitu perniagaan secara digital. Tiada kos yang dikeluarkan oleh pihak PHI untuk kursus latihan webinar, ia adalah percuma. Antara kursus latihan serta webinar berhubung Keusahawanan Digital yang telah dianjurkan oleh PHI adalah seperti berikut:

• E-Commerce Made Easy: Penang E-Mall @ Shopee

• Accelerate Business Growth Through Intellectual Property and Digital Transformation

• PHI Webinar 2021 : Braving Post-Pandemic Challenges

Tiada kos terbabit dalam anjuran webinar ini.

(x) Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa MMK Perdagangan dengan kerjasama Digital Penang dan Exabytes juga sedang melaksanakan program Bengkel Mahir eCommerce iaitu bengkel bersiri sebanyak 10 siri mulai bulan Oktober hingga Disember 2021 yang mengajar peserta bagaimana mengembangkan perniagaan online melalui platform eCommerce. Bengkel-bengkel tersebut disasarkan kepada sektor industri yang relevan kepada orang ramai seperti perniagaan halal, makanan dan minuman, peruncitan dan fesyen. Peserta juga turut diajar bagaimana untuk memohon geran atau bantuan khas daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Kos perbelanjaan keseluruhan bagi penganjuran program Bengkel Mahir eCommerce adalah sebanyak RM90,000.00.

(b) Hasil daripada usaha dan pelaksanaan inisiatif-inisiatif tersebut, matlamat dan objektif yang dapat dicapai adalah seperti berikut:

(i) Memberi peluang kepada penjaja dan peniaga di seluruh Negeri Pulau Pinang untuk melakukan transaksi jual beli melalui kaedah pembelian secara atas talian walaupun masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP);

(ii) Memperluaskan aktiviti ekonomi penjaja dan peniaga menggunakan platform berteknologi tinggi melalui pembayaran secara tanpa tunai untuk mengurangkan jurang digital dalam kalangan rakyat Negeri Pulau Pinang;

(iii) Membantu mengurangkan kontak sosial yang berlaku di antara pembeli dan peniaga;

(iv) Meningkatkan penggunaan teknologi digital dalam kalangan penjaja dan peniaga sebagai pemangkin penggunaan teknologi digital di kalangan rakyat negeri Pulau Pinang;

225

(v) Pihak MBSP telah berjaya mengeluarkan sebanyak 81 permit perniagaan secara atas talian (online) di premis kediaman sehingga 2 November 2021. Pengeluaran permit tersebut telah berjaya membantu peniaga-peniaga online menjalankan perniagaan secara sah terutamanya ketika aktiviti perniagaan konvensional dihalangan daripada menjalankan perniagaan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan persekutuan. Di samping itu, pihak MBSP juga membantu peniaga-peniaga atas talian mendapatkan dokumen untuk permohonan bantuan kewangan dari mana-mana institusi kewangan;

Kempen Penang Food4U yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri melalui PHI telah mencapai manfaat dan objektif dengan memanfaatkan kepada peniaga dari segi:

▪ Membuka ruang dan peluang pasaran, justeru, peniaga baru yang berdaftar di platform Foodpanda dan menggunakan kemudahan ini telah lebih daripada 35% di Pulau Pinang.

▪ Mencipta peluang pekerjaan sebagai penghantar makanan Foodpanda. Terdapat penambahan baru lebih daripada 300 penghantar makanan yang aktif di Pulau Pinang disebabkan permintaan yang kian meningkat akibat pandemik ini.

Sementara itu penubuhan Digital Penang pada April 2020 bertujuan memacu inisiatif digital bagi seluruh rakyat Negeri Pulau Pinang. Digital Penang yang mempunyai empat teras utama iaitu Digital Infrastruktur, Digital Government, Digital Ekonomi dan Digital Komuniti di harap dapat menerajui Pulau Pinang ke arah negeri pintar seperti hasrat Kerajaan Negeri di bawah Visi 2030. Objektif ini disenaraikan dalam 'roadmap' Penang Digital Master Plan.

15. Penarikan pelaburan domestik dan antarabangsa semasa pandemik.

(a) Senaraikan secara teliti usaha-usaha dan program yang telah dilaksanakan untuk tujuan penarikan pelaburan domestik dan antarabangsa Kerajaan Negeri sepanjang pandemik COVID-19.

(b) Apakah antara sektor yang menjadi tumpuan utama penarikan pelaburan domestik dan antarabangsa khususnya pada era endemik ini? .

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

15. (a) Antara usaha-usaha dan program yang telah dilaksanakan untuk tujuan penarikan pelaburan domestik dan antarabangsa oleh Kerajaan Negeri sepanjang pandemik COVID-19 adalah seperti berikut:

(i) Menganjurkan webinar-webinar secara bersasar untuk menarik pelaburan syarikat-syarikat asing dari negara Amerika Syarikat pada 16 April 2021 melalui penyertaan seramai 203 peserta. Manakala dengan negara Kesatuan Eropah pula adalah pada 28 April 2021 melibatkan penyertaan seramai 120 peserta. Selain itu, Kerajaan Negeri melalui Invest Penang turut merancang untuk menganjurkan sesi webinar seterusnya termasuk sesi Taiwan, Singapura, Jepun dan China yang dijangka berlangsung pada bulan Disember 2021 dan suku pertama tahun 2022;

(ii) Penubuhan Majlis Penasihat Industri Pembuatan Pulau Pinang pada bulan April 2021 adalah merupakan usaha bersama antara Kerajaan Negeri dan Persatuan Industri. Majlis ini dipengerusikan oleh YAB

226

Ketua Menteri Pulau Pinang dan disertai oleh InvestPenang (urusetia), Persatuan Syarikat Zon Perindustrian Bebas Pulau Pinang (FREPENCA), Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA), Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) dan Persatuan Industri Perubatan Malaysia (AMMI). Perkongsian awam-swasta (public-private partnership) yang kukuh amat penting untuk memastikan dasar dan inisiatif Kerajaan Negeri untuk terus membantu industri dalam menangani wabak dan sentiasa relevan pada era pasca pandemik;

(iii) Penubuhan Majlis Penasihat Pelaburan Strategik Pulau Pinang (Penang Strategic Investment Advisory Council) yang merupakan usaha bersama antara Kerajaan Negeri dan sektor swasta. Majlis Penasihat Pelaburan Strategik Pulau Pinang akan memainkan peranan sebagai penasihat kepada Kerajaan Negeri tentang langkah-langkah untuk membangun dan meningkatkan Pulau Pinang sebagai destinasi pilihan bagi pelaburan strategik. Ahli Majlis Penasihat terdiri daripada individu yang mempunyai pengalaman luas dan pemimpin yang dihormati dari pelbagai industri. Anggota majlis boleh memberi input bermanfaat kepada kerajaan mengenai cabaran dan peluang pelaburan yang berpotensi. Ini akan membolehkan kerajaan membentuk dasar pelaburan yang mampan dan membina;

(iv) Menaja beberapa pelabur strategik dengan mengeluarkan surat jemputan dan membantu pelabur strategik tersebut membuat permohonan kemasukan ke Malaysia melalui portal “safetravel.mida.gov.my”. Ini bertujuan membantu mempermudahkan urusan pelabur strategik tersebut yang ingin datang ke Malaysia untuk menguruskan projek pelaburan mereka di Pulau Pinang seperti mengadakan lawatan tapak, temuduga dan pengambilan pekerja baru terutama di peringkat pengurusan, mesyuarat dengan arkitek, kontraktor binaan, pemilihan pembekal tempatan dan sebagainya supaya projek mereka berjalan lancar dan dapat disiapkan mengikut tempoh yang dirancang;

(v) Pelaksanaan “hand holding program” oleh InvestPenang di mana para pelabur baharu yang ingin beroperasi di Pulau Pinang akan diberi sokongan sepenuhnya disamping memudahkan mereka menubuhkan syarikat perniagaan, membina/menyewa bangunan kilang yang baru dan memulakan operasi pengilangan. Ini adalah untuk memastikan ease of doing business di Pulau Pinang kekal tinggi berbanding dengan pesaing-pesaing yang lain seperti Singapura, Vietnam, Thailand, Indonesia dan lain-lain;

(vi) Memperkukuhkan kerjasama dan sinergi dengan agensi-agensi Kerajaan Persekutuan seperti MIDA/MITI bagi meningkatkan pelaburan ke Pulau Pinang dan terus mempromosikan Pulau Pinang sebagai “Silicon Valley of the East”. Ini termasuk perkongsian sumber-sumber dan mengelakkan ‘redundancy’ dan pembaziran dari segi kos, masa dan tenaga kerja. Contohnya, program promosi pelaburan menerusi beberapa siri webinar bersasar yang diselaraskan, perkongsian maklumat perisikan mengenai bakal pelabur yang disasarkan, fasilitasi pasca pelaburan (post-investment facilitation) dan sebagainya;

(vii) Menggalakkan pelaburan domestik dengan menyediakan tanah industri khas untuk pelabur domestik yang dikelilingi oleh syarikat-

227

syarikat antarabangsa supaya dapat meningkatkan peluang kepada pembekal tempatan untuk menambahkan peluang perniagaan dari syarikat tersebut secara tidak langsung;

(viii) Penganjuran Hari Pembekal “Supplier Day” dengan syarikat antarabangsa untuk membentang cara-cara bagaimana kilang domestik boleh membekal produk atau servis mereka kepada syarikat antarabangsa. Sekiranya kilang domestik mendapat tempahan yang banyak, mereka akan melabur di Pulau Pinang supaya dapat mengukuhkan perhubungan mereka dengan pelanggan di tapak perindustrian dalam Pulau Pinang;

(ix) Bagi projek atau pelaburan yang telah di tahap pelaksanaan, InvestPenang juga memainkan peranan yang penting untuk melancarkan proses mereka dalam projek pembinaan kilang baru, pengambilan pekerja dan pengenalpastian tapak sementara. Ini merupakan perkhidmatan selepas jualan tanah industri yang paling penting. Sesebuah syarikat antarabangsa yang mempunyai pengalaman positif di Pulau Pinang akan membantu menyebarkan nama baik Pulau Pinang kepada pelabur berpotensi seperti pembekal dan pelanggan mereka untuk mendirikan kilang di Pulau Pinang;

(x) Tanah perindustrian yang mencukupi dan dilengkapi dengan infrastruktur penuh juga merupakan salah satu daripada faktor-faktor penggalakkan pelaburan yang penting. Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang telah berusaha untuk membangunkan taman-taman perindustrian di kawasan Batu Kawan dan Taman Sains Pulau Pinang. Selain daripada tanah perindustrian sedia ada yang tersedia untuk para pelabur yang mempunyai rancangan pembangunan segera, pihak PDC juga sedang membangunkan dua taman industri baru, iaitu Taman Perindustrian Batu Kawan 2 (Batu Kawan Industrial Park 2) dan Batu Kawan Timur (East Batu Kawan/BKIP3). Dua taman perindustrian baru ini akan menambah jumlah kawasan perindustrian baru seluas 1,500 ekar, dibangun secara berperingkat dan akan mula beroperasi mulai tahun 2024; dan

(xi) InvestPenang juga telah menyertai acara dan seminar antarabangsa yang diadakan secara maya seperti “Semicon Southeast Asia 2021” yang berlangsung pada 23-27 Ogos, 2021 dan “International Greentech & Eco Products Exhibition & Conference Malaysia (IGEM)” yang sedang berlangsung dari 1 Julai hingga 31 Disember 2021 untuk mempromosikan Pulau Pinang sebagai destinasi utama pilihan pelabur dalam bidang pembuatan berteknologi tinggi.

(b) Sektor yang menjadi tumpuan utama penarikan pelaburan domestik dan antarabangsa khususnya pada era pandemik bagi setengah tahun pertama 2021 adalah produk logam fabrikasi (fabricated metal products), mesin dan peralatan (machinery & equipment), elektrik & elektronik (electrical & electronics) serta peralatan saintifik dan pengukur termasuk “medtech” (scientific & measuring equipment including medtech).

228

16. Projek yang tergendala akibat pandemik COVID-19.

(a) Senaraikan secara teliti projek Kerajaan Negeri, agensi Kerajaan Negeri dan PBT yang tergendala dari segi garis masa (timeline) akibat pandemik COVID-19.

(b) Apakah tindakan selanjutnya yang telah diambil untuk memastikan projek yang terlibat kembali ke landasan garis masa yang ditetapkan? .

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

16. Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC)

(a) Senarai projek-projek PDC yang tergendala akibat pandemik COVID-19 adalah seperti berikut:

BIL. NO. KONTRAK PROJEK

1. PPPP/TE45/I/2016 Cadangan Pelebaran Jambatan Batu Kawan Sedia Ada Merentasi Sungai Jejawi Di Batu Kawan, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.

2. PPPP/TE38/I/2017 Cadangan Membina, Mentauliah, Menyelenggara dan Menyerahkan Loji Pengolahan Kumbahan: Modul 1 – Kapasiti 112,500pe Yang Mampu Diperbesarkan Untuk Menampung Jumlah Kapasiti Keseluruhan 450,000pe Di Atas Sebahagian Lot 282, Mukim 13, Batu Kawan, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.

3. PPPP/I/T22/2018 Cadangan Persimpangan Bertingkat Lebuhraya Bandar Cassia di Persiaran Cassia Barat 3, Batu Kawan, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.

4. PPPP/T14/2020 Cadangan Kerja-Kerja Tanah Serta Kerja-Kerja Yang Bersangkutan Dengannya Di Batu Kawan Industrial Park (BKIP), Mukim 13, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.

5. PPPP/I/T15/2020 Cadangan Kerja-Kerja Parit Monsun Di Persiaran Cassia Selatan 9, Mukim 13, Bandar Cassia, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.

6. PPPP/I/T19/2020 Cadangan Membina Dan Menyiapkan Interceptor Drain Dari Tapak Pembangunan Design Village Outlet Mall Ke Sambungan Parit Monsun, Di Atas Sebahagian Lot 282, Mukim 13, Batu Kawan, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.

7. PPPP/I/T23/2020 Kerja-Kerja Menaik Taraf Jalan Di Persiaran Cassia Selatan 10, Taman Perindustrian Batu Kawan (BKIP), Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.

8. PPPP/I/T9/2020 Cadangan Rawatan Tanah Di Sepanjang Lingkaran Cassia Timur, Persiaran Cassia Timur 1 Dan Tapak Loji Rawatan Kumbahan 5, Lot 282, Mukim 13, Seberang Perai Selatan, Batu Kawan, Pulau Pinang.

229

(b) Tindakan untuk menangani isu kelewatan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah dengan meluluskan lanjutan masa menurut syarat-syarat kontrak dan Pekeliling Perbendaharaan yang berkaitan. Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 perlu dipatuhi sepenuhnya oleh pemaju.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP)

(a) Senarai projek di bawah seliaan pihak MBPP yang telah mengalami kelewatan akibat pandemik COVID-19 adalah seperti berikut:

BIL. PROJEK

1. Projek Pembinaan Sebahagian Jalan Berkembar Jalan Paya Terubong, Pulau Pinang.

2. Kerja-kerja Pengukuhan Dan Penambahbaikan Tembok Laut Padang Kota Lama, Esplanade, Pulau Pinang.

3. Projek Menaik Taraf Sistem Saliran Di Jalan P. Ramlee Dan Meninggikan Aras Jalan, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang.

4. Projek Menaik Taraf Sistem Saliran Di Lebuh Kimberley Untuk Mengurangkan Impak Banjir Kilat di Daerah Timur Laut, Pulau Pinang.

BIL. NO. KONTRAK PROJEK

9. PPPP/I/T24/2020 Cadangan Pembinaan Piled Embankment Termasuk Jalan dan Parit Serta Lain-Lain Kerja Yang Bersangkutan Dengannya Di Lingkaran Cassia Barat, Di Atas Sebahagian Lot 282, Mukim 13, Batu Kawan, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.

10. PPPP/I/T5/2019 Cadangan Jalan Dan Parit Serta Kerja Berkaitan di Utara Science Park, Mukim 13, Juru, Pulau Pinang (Pakej 6 & 7).

11. PPPP/I/T8/2020 Cadangan Jalan Dan Parit Serta Kerja Yang Bersangkutan di Utara Science Park, Juru, Pulau Pinang (Pakej 8).

12. PPPP/I/T3/2020

Cadangan Kerja Menambun Tanah Serta Lain-Lain Kerja Yang Bersangkutan Dengannya Di BKIP 2, Byram, Mukim 11, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.

13. PPPP/I/T20/2020

Cadangan Kerja-Kerja Membaik Pulih Tanah Serta Lain-Lain Kerja Yang Bersangkutan Dengannya Di BKIP 2 Byram, Mukim 11, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang (Fasa 1).

14. PPPP/I/T28/2018 Projek Pelebaran Jalan Dan Menaik Taraf Jalan Dari Satu Lorong Ke Dua Lorong Dari Jalan Perusahaan Hingga Ke Persimpangan Lampu Isyarat Jalan Tok Kangar, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang (Fasa 2).

230

BIL. PROJEK

5. Pusat Sampah Balik Pulau.

6. Menaik Taraf Ruang Pejabat Di KOMTAR.

7. Pasar Batu Lanchang (bumbung dan waterproofing).

8. Bumbung Jambatan Harapan.

9. Menaik Taraf Tandas Taman Free School Blok A-K.

10. Pejabat Jalan Timah.

11. Rumah Kelab Rekreasi MBPP.

12. Pasar Jalan Anson.

13. Pusat Transit Gelandangan.

14. Pusat Penyimpanan Dan Penyerahan Ayam.

15. Pembaikpulihan Dan Pemuliharaan Bangunan Dewan Bandaran (Town Hall).

(b) Semua projek yang tertangguh akibat pandemik COVID-19 telah dipertimbangkan lanjutan masa (EOT) melalui Mesyuarat Lembaga Perolehan MBPP dan permohonan telah diluluskan untuk memastikan kemajuan projek dapat diteruskan dengan lancar.

Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP)

(a) Senarai projek MBSP yang tergendala akibat pandemik COVID-19 adalah seperti berikut:

BIL. TAJUK PROJEK KOS (RM)

1. Kerja-Kerja Kecemasan Bagi Mengurangkan Masalah Banjir Di Taman Widuri, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.

88,800.00

2. Kerja-Kerja Meroboh Dan Menaik Taraf Tandas Awam Dan Lain-Lain Kerja Berkaitan Di Taman Rekreasi Ampang Jajar Krian, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.

173,000.00

3. Cadangan Pembinaan Stor Sitaan Direktorat Penguatkuasaan MBSP Di Atas Lot 7520, 7532 dan 7533 Mukim 15, Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.

1,275,237.70

4. Cadangan Menaik Taraf Stadium Mini Permatang Rawa, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.

3,535,000.00

231

5. Kerja-Kerja Meroboh Dan Membina Semula Gerai Makanan Taman Sentosa Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.

2,150,000.00

JUMLAH KESELURUHAN (RM) 7,222,037.70

(b) Tindakan yang telah diambil oleh pihak MBSP bagi memastikan projek yang terlibat dapat diselesaikan dalam masa yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:

(i) Meluluskan lanjutan masa bagi pelaksanaan projek yang perlu diberhentikan akibat COVID-19;

(ii) Menyegerakan pengeluaran kelulusan beroperasi untuk memulakan kerja kepada kontraktor setelah mendapat kebenaran Majlis Keselamatan Negara (MKN); dan

(iii) Menyelaras dan memantau pelaksanaan projek bersama kontraktor dengan lebih kerap bagi menyelesaikan isu-isu berbangkit di tapak.

Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang (JPS)

(a) Senarai projek Kerajaan Negeri di bawah seliaan JPS yang tergendala dari segi garis masa (timeline) akibat pandemik COVID-19 adalah seperti berikut:

(b) Bagi memastikan projek tidak terhenti sekiranya kontrak tamat dalam tempoh pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan kembali ke landasan masa yang ditetapkan, pihak JPS telah melanjutkan tempoh kontrak berdasarkan Surat Arahan Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia rujukan (11) PPS 10/4/2 BUB Jld.14 bertarikh 4 Mei 2020 berkaitan lanjutan masa (EOT) atau Lanjutan Tempoh Kontrak (LTK) bagi kontrak yang terkesan dengan Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Surat Arahan Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia rujukan JPS.BUBPK.100-1/5/2(2) bertarikh 22 Julai 2021 berkaitan lanjutan masa kepada kontrak kemajuan yang terkesan oleh Sekatan Pergerakan Penuh.

BIL.

NAMA PROJEK

LANJUTAN MASA (HARI)

1. Projek Tebatan Banjir Bayan Baru, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang.

49

2. Projek Tebatan Banjir Sungai Nipah Di Taman Iping, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang.

42

3. Projek Tebatan Banjir Mak Mandin, Daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.

56

4. Kerja-Kerja Kecemasan Mendalam Muara Sungai Juru Dan Kerja Berkaitan Di Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.

28

232

Jabatan Kerja Raya Negeri Pulau Pinang (JKR)

(a) Senarai projek yang tergendala di bawah seliaan pihak JKR akibat pandemik COVID-19 adalah seperti di LAMPIRAN A.

Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Barat Daya (PDTDBD)

(a) Tiada projek yang tergendala akibat pandemik COVID-19 di Daerah Barat Daya bagi tahun 2021. Semua projek yang dikendalikan oleh PDTDBD berjalan seperti jadual yang telah dirancang.

Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Utara (PDTSPU)

(a) Senarai projek tergendala di bawah seliaan PDTSPU adalah seperti di LAMPIRAN B.

(b) PDTSPU telah mensyaratkan semua kontraktor untuk mengemukakan bukti semasa permohonan lanjutan masa dan senarai tindakan yang telah diambil mengikut jenis punca kelewatan adalah seperti berikut:

(i) Isu permohonan kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di mana PDTSPU telah membuat penyelerasan dengan pihak Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) bagi kaedah dan tatacara permohonan;

(ii) Isu bekalan bahan binaan di mana PDTSPU telah mengadakan perbincangan bersama persatuan kontraktor bagi mengenal pasti sumber bahan binaan; dan

(iii) Isu vaksinasi pekerja di tapak di mana PDTSPU telah menyalurkan maklumat tatacara permohonan vaksinasi kepada pihak kontraktor.

Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah (PDTSPT)

(a) Senarai projek di bawah seliaan PDTSPT yang tergendala akibat pandemik COVID-19 adalah seperti di LAMPIRAN C.

(b) Setelah permohonan lanjut masa (EOT) diluluskan, PDTSPT sentiasa memantau dan mengingatkan kontraktor yang terlibat agar tempoh siap kerja dipatuhi serta memastikan projek-projek tersebut sempurna dilaksanakan.

Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Selatan (PDTSPS)

(a) Senarai projek yang tergendala dari segi tempoh pelaksanaannya (timeline) adalah projek-projek yang diluluskan dan tidak dapat disiapkan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 pada tahun 2020 dan PKP 3.0 pada tahun 2021 berkuat kuasa. Walau bagaimanapun, tiada projek yang diluluskan dan dilaksanakan pada PKP 2.0 yang berkuat kuasa pada 13 Januari 2021.

233

Ringkasan projek-projek yang tergendala akibat penguatkuasaan PKP adalah seperti berikut :

BIL. TARIKH KUATKUASA PKP

BIL.

PROJEK

PERUNTUKAN

(RM)

1. PKP 1.0 (18.3.2020) 18 250,997.90

2. PKP 3.0 (25.5.2021) 56 1,458,860.85

JUMLAH 74 1,709,858.75

Senarai penuh projek adalah seperti di LAMPIRAN D dan LAMPIRAN E.

(b) Projek-projek yang tergendala pelaksanaannya dalam tempoh tersebut dibenarkan meneruskan pelaksanaan setelah tamat tempoh PKP dan perlu mendapatkan kebenaran dan memenuhi syarat yang dikeluarkan oleh MITI.

Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) juga telah mengeluarkan Peraturan Berkaitan Lanjutan Masa (EOT) dan Lanjutan Tempoh Kontrak (LTK) bagi kontrak kerajaan yang terkesan oleh penguatkuasaan PKP sebagai panduan jabatan/agensi pelaksana.

Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Timur Laut (PDTDTL)

(a) Pentadbiran ini tidak mempunyai sebarang projek yang tergendala akibat pandemik COVID-19 kerana PDTDTL hanya melaksanakan

projek-projek kecil dan tidak melibatkan projek yang berskala besar.

234

235

236

237

238

239

240

17. Kerosakan infrastruktur dan perabot jalan akibat kemalangan.

(a) Senaraikan secara teliti projek dan kos pembaikan infrastruktur dan perabot jalan yang rosak akibat kemalangan di kedua-dua PBT.

(b) Apakah perancangan masa depan khususnya dari segi reka bentuk bagi mengurangkan penyelenggaraan infrastruktur dan perabot jalan ini?

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI: 17. (a) Senarai projek dan kos pembaikan infrastruktur dan perabot jalan yang rosak

akibat kemalangan di kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah seperti berikut:

BIL. PROJEK PEMBAIKAN INFRASTRUKTUR DAN

PERABOT JALAN

KOS PEMBAIKAN (RM)

MBPP MBSP

1. LAMPU JALAN 171,643.34 39,753.10

2. LAMPU ISYARAT 92,999.33 105,846.30

3. PONDOK PERHENTIAN BAS 31,250.06 0

4. BAHU JALAN 0 1,210.56

5. GUARDRAIL & RAILING 0 10,300.00

JUMLAH 295,892.73 157,109.96

(b) Perancangan masa depan khususnya dari segi reka bentuk bagi mengurangkan penyelenggaraan infrastruktur dan perabot jalan adalah seperti berikut:

(i) Menukar kesemua lampu jalan jenis High Pressure Sodium Vapour (HPSV) kepada jenis Light Emitting Diode (LED);

(ii) Pemasangan lampu pada pondok perhentian bas untuk pencahayaan;

(iii) Menaiktaraf pondok perhentian bas jenis galvanized kepada pondok perhentian bas jenis tempered glass;

(iv) Mengatur semula jarak di antara tiang ke tiang (pole to pole) bagi mendapatkan pencahayaan optimum sekaligus mengurangkan risiko kemalangan;

(v) Memasang railing, bollards serta guard rail untuk menahan impak dari kemalangan;

(vi) Lokasi pemasangan kotak kawalan lampu jalan dan lampu isyarat sekurang-kurangnya dua (2) kaki dari bahu jalan bagi mengelakkan risiko dilanggar kenderaan;

(vii) Keperluan pemasangan pagar keselamatan jenis anti-climb pada kotak kawalan lampu jalan dan lampu isyarat bagi mengatasi masalah kecurian dan kegiatan vandalism;

(viii) Pemasangan penghadang besi berhampiran kotak kawalan dan tiang lampu jalan dan lampu isyarat bagi mengurangkan risiko kerosakan yang lebih besar sekiranya berlaku kemalangan jalan raya;

(ix) Penggunaan pemasangan kabel jenis aluminium bagi mengurangkan risiko kecurian kabel;

(x) Penggunaan corrugated pipe untuk mengurangkan kerosakan pada kabel bawah tanah sekiranya terdapat kerja-kerja pengorekan jalan dilakukan di kawasan berhampiran;

241

(xi) Menaiktaraf tiang lampu jalan dengan menggunakan rekaan jenis sliding door pada bahagian penutup tiang lampu bagi mengurangkan risiko kecurian dan vandalisme; dan

(xii) Menempatkan semula infrastruktur seperti perabot jalan, pondok perhentian bas, lampu jalan dan lampu isyarat ke lokasi yang lebih selamat.

18. Pembayaran program i-Sejahtera yang tertunggak akibat pandemik.

(a) Nyatakan secara teliti status pembayaran program i-Sejahtera yang masih tertunggak akibat pandemik COVID-19 mengikut program dan daerah yang berkenaan.

(b) Huraikan secara teliti tindakan yang telah diambil bagi mengatasi tunggakan pembayaran tersebut.

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

18. (a) Program-program kebajikan i-Sejahtera telah pun dilaksanakan seawal tahun 2010 yang berperanan sebagai satu sumbangan penghargaan kepada rakyat Negeri Pulau Pinang yang berbilang agama, kaum dan latar belakang sosioekonomi. Sumbangan kewangan disalurkan kepada penerima manfaat program-program ini melalui dua (2) kaedah iaitu pembayaran kepada penerima sumbangan secara tunai ataupun melalui kaedah pindahan wang elektronik (EFT). Berikutan pandemik COVID-19 yang melanda negara sejak Mac 2020, Kerajaan Negeri terpaksa menunda pembayaran secara tunai beberapa kali bagi mengelakkan perkumpulan orang ramai yang boleh menyukarkan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) dan meningkatkan risiko jangkitan dalam kelompok masyarakat.

Sehingga bulan November 2021, jumlah kumulatif penerima yang masih belum dibayar bagi tahun 2020 dan 2021 adalah seramai 73,735 orang dengan tanggungan peruntukan Kerajaan Negeri sebanyak RM10,642,000.00. Laporan baki penerima belum dibayar bagi kesemua Program i-Sejahtera untuk tahun 2020 dan 2021 adalah seperti di LAMPIRAN A.

(b) Sementara itu, Kerajaan Negeri terus mempromosikan kaedah EFT sebagai alternatif untuk penerima manfaat menerima wang sumbangan program bagi mengatasi tunggakan pembayaran tersebut. Antara tindakan yang telah diambil adalah:

(i) Melaksanakan pembayaran ke akaun waris berdaftar bagi penerima-penerima di bawah Program Penghargaan Warga Emas dan Program Bantuan Ibu Tunggal. Maklumat akaun bank telah diwajibkan bagi permohonan baharu sama ada maklumat akaun bank persendirian, akaun bersama (joint account) atau akaun bank waris berdaftar berumur 18 tahun ke atas;

(ii) Membenarkan dua (2) kaedah penerimaan dokumen iaitu sama ada melalui fungsi muat naik dokumen secara dalam talian melalui sistem i-Sejahtera atau melalui cetakan manual ke pejabat pelaksana seperti amalan sedia ada;

(iii) Pemakluman penundaan bayaran secara tunai serta permohonan pengemaskinian maklumat akaun bank melalui penghantaran surat terus ke alamat rumah penerima;

242

(iv) Melaksanakan hebahan kepada pemohon-pemohon yang berstatus bayaran tunai atau EFT reject untuk mengemas kini maklumat akaun bank secara dalam talian melalui media sosial dan media massa dengan memaparkan poster makluman pada dashboard sistem i-Sejahtera, pemakluman melalui akhbar Buletin Mutiara dan sidang media oleh YB EXCO Alam Sekitar dan Kebajikan;

(v) Menghebahkan kepada pemohon mengenai penundaan bayaran secara tunai serta pendaftaran secara EFT melalui perkhidmatan sistem teks pesanan ringkas (SMS) kepada penerima-penerima yang masih belum menerima pembayaran dan belum mengemas kini maklumat perbankan. Walau bagaimanapun, kaedah ini terhad kepada penerima dengan nombor telefon yang aktif sahaja;

(vi) Pemakluman pembayaran secara terus kepada penerima sumbangan melalui pertanyaan menerusi panggilan telefon. Penerima sumbangan yang bertanyakan status pembayaran kepada Pejabat Daerah dan Tanah, Pusat Khidmat Kawasan Ahli Dewan Undangan Negeri (KADUN) dan Unit Masyarakat Penyayang akan dimaklumkan mengenai penundaan bayaran dan dinasihatkan untuk memilih kaedah pembayaran secara EFT; dan

(vii) Mewajibkan ruangan e-mel pemohon di sistem i-Sejahtera sebagai salah satu medium perhubungan. Maklum balas akan diberikan oleh pentadbir sistem i-Sejahtera kepada mana-mana penerima sumbangan yang menghantar aduan atau pertanyaan mengenai pembayaran melalui sistem aduan portal i-Sejahtera dan penerima akan dimaklumkan mengenai penundaaan ini dan diminta untuk mengemas kini maklumat perbankan bagi membolehkan pembayaran dilakukan menggunakan kaedah EFT.

243

LAMPIRAN A

BAKI PENERIMA BELUM DIBAYAR DAN TUNGGAKAN TAHUN 2020 DAN 2021 MENGIKUT PROGRAM i-SEJAHTERA

PROGRAM TELAH DIBAYAR

BELUM DIBAYAR

TUNGGAKAN (RM)

2020 2021 2020 2021

Program Penghargaan Warga Emas

174,544 165,783 23,971 39,365

9,500,400.00

Program Bantuan Ibu Tunggal

11253 10,473 805 1,240

204,500.00

Program Ibu Emas 47,875 45,227 2,133 4,187

632,000.00

Bantuan OKU 11,762 10,972 654

1,380

305,100.00

KESELURUHAN PENERIMA TAHUN 2020 DAN 2021

477,889 73,735

10,642,000.00

244

19. Laluan basikal.

(a) Nyatakan secara teliti jumlah jarak rangkaian laluan basikal terkini yang telah disiapkan di Pulau Pinang.

(b) Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menambah jarak dan laluan basikal yang baharu pada masa hadapan?

(c) Apakah status pengoperasian sistem perkongsian basikal (bike sharing system) yang terkini di Pulau Pinang?

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

19. (a) Sebanyak tujuh (7) laluan basikal sejauh 195 km telah disiapkan di kawasan Pulau manakala (10) laluan basikal sejauh 194.5 km telah disiapkan di kawasan Seberang Perai. Senarai laluan basikal bagi kawasan Pulau dan Seberang Perai adalah seperti di LAMPIRAN A.

(b) Kerajaan Negeri mempunyai rancangan masa hadapan bagi menambah jarak dan laluan basikal yang baharu sebagai mod pengangkutan alternatif di Pulau Pinang. Usaha yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri melalui kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan adalah seperti berikut:

(i) Mewujudkan dan menyediakan Pelan Induk Laluan Basikal Pulau Pinang dan Seberang Perai yang berkonsepkan Dedicated Lane dan Road Sharing seperti pembinaan laluan basikal di kawasan Ayer Itam sepanjang 8 km serta di sebahagian rizab Sungai Dondang dan Sungai Ayer Itam sepanjang 1.9 km serta di kawasan Bayan Baru sepanjang 10 km yang melibatkan rizab Sungai Keluang, Jalan Tengah, Persiaran Mahsuri, Jalan Mayang Pasir, Jalan Mahsuri dan Jalan Sultan Azlan Shah;

(ii) Merancang dan menyediakan pelbagai program termasuk papan tanda untuk laluan basikal di jalan-jalan yang telah ditentukan dalam Pelan Induk Laluan Basikal Seberang Perai;

(iii) Menyediakan Garis Panduan Laluan Basikal Bagi Pembangunan Baru terutamanya di kawasan rekreasi termasuk di jalan-jalan utama di seluruh negeri;

(iv) Menyediakan dan memperluaskan laluan basikal dengan menyediakan ramp di bahu jalan di dalam taman-taman perumahan terutamanya di kawasan lapang, taman permainan serta kawasan industri termasuk bekerjasama dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk jalan-jalan utama yang diselenggara oleh JKR;

(v) Menyediakan laluan berbasikal berkonsepkan Off Road seperti di persisir sungai atau pantai; dan

(vi) Menambah dan menyediakan bilangan stesen perkongsian basikal di lokasi perkhidmatan bas awam seperti Link Bike di kawasan George Town.

(c) Status mengenai pengoperasian sistem perkongsian basikal (bike sharing system) yang terkini di kawasan Pulau masih dalam proses rundingan untuk perlanjutan kontrak dengan syarikat konsesi, manakala sistem perkongsian basikal (bike sharing system) di kawasan Seberang Perai masih belum dilaksanakan.

245

LAMPIRAN A

JUMLAH JARAK RANGKAIAN LALUAN BASIKAL TERKINI YANG TELAH

DISIAPKAN DI PULAU PINANG

BIL. LALUAN BASIKAL PANJANG

(KM)

LOKASI

1. Persisiran Pantai Timur

(Dedicated Lane &

Road Sharing)

16.93 Dari Batu Maung ke Queensbay Mall

melalui Pantai Jerejak ke Persiaran Karpal Singh.

2. Persisiran Pantai Utara

(Dedicated Lane &

Road Sharing)

9.21 Dari Jalan Tanjung Bunga (Hotel Flamingo) melalui Jalan Seri Tanjung

Pinang ke Jalan Padang Kota Lama (City Hall)

3. Jalan Mengelilingi Pulau

(Road Sharing)

50.62 Jalan Tanjung Bunga, Jalan Batu Ferringgi, Jalan Teluk Bahang, Jalan

Sungai Rusa, Jalan Sungai Pinang, Jalan Balik Pulau, Jalan Teluk Kumbar dan

Jalan Permatang Damar Laut

4. Jalan Radial

Dedicated Lane & (Road Sharing)

51.05 Jalan Kelawai, Jalan Sultan Ahmad Shah, Lebuh Farquhar, Lebuh Light, Jalan Dato Keramat, Jalan Ayer Itam, Jalan Jelutong, Jalan Bukit Gambir, Jalan Paya Terubung,

Jalan Tun Dr. Awang dan Jalan Tun Sardon

5. Jalan Lingkaran & Penghubung

(Road Sharing)

32.69 Jalan Bagan Jermal, Jalan Gottlieb, Jalan Perak, Jalan Anson, Jalan Penang, Jalan Patani, Jalan Sungai Pinang, Jalan Masjid Negeri, Jalan Tunku Kudin, Jalan Sungai

Dua dan Lebuhraya Sungai Nibong,

6. Zon Warisan

(Dedicated Lane & Road Sharing)

7.80 Kawasan pusat bandar George Town (Zon

Warisan)

7. Zon Rekreasi

(Dedicated Lane & Road Sharing)

26.70 Jalan Stesen Bukit Bendera, Jalan Kebun Bunga dan Taman Belia, laluan di

kawasan perkampungan Balik Pulau (Jalan Pulau Betong, Jalan Sungai Nipah, Jalan Baru serta Jalan Kuala Jalan Baru)

dan Jalan Gertak Sanggul.

JUMLAH 195 KM

246

JUMLAH JARAK RANGKAIAN LALUAN BASIKAL TERKINI YANG TELAH

DISIAPKAN DI SEBERANG PERAI

BIL. LALUAN BASIKAL PANJANG

(KM) LOKASI

1. Jalan Negeri

(Road Sharing)

33 Kompleks Sukan Bertam – Jln Tun Hamdan Syeikh Tahir – Jln Datuk Hj

Ahmad Badawi – Jln Bertam Indah – Jln Pmtg Tiga Ringgit – Jln Kedah – Jln

Bumbong Lima – Jln Guar Kepah – Jln Kampung Gurun – Jln Pmtg Bendahari – Jln Kampung Pasir Gebu – Jln Kampung Tok Berim – Jln Kampung Padang – Jln Perak – Jln Tun Hamdan Syeikh Tahir -

Kompleks Sukan Bertam, Seberang Perai Utara

2. Jalan Negeri

(Road Sharing)

36 Jln Perda Utama – Jln Pmtg Rawa – Jln Arumugam Pillai – Jln Kulim – Jln Sg

Lembu – Jln Mengkuang – Jln Penanti – Jln Abdul Kadir – Jln Pmtg Nibong – Jln Pmtg Pauh – Jln Perda Utama, Seberang

Perai Tengah

3. Jalan Negeri

(Road Sharing)

20 Tmn Berjaya – Jln Ooi Kar Seng – Jln Che Ahmad – Jln Teluk Ipil – Jln Batas Ban Kg Telok Ipil – Jln Byram - Jln Ooi Kar Seng -

Tmn Berjaya, Seberang Perai Selatan

4. Jalan Negeri SPU

(Road Sharing)

80 Jln Pdg Benggali – Pekan Penaga – Pasir Gebu – Jln Kuala Muda – Jln Pulau Mertajam– Kg Gurun – Jln Guar Kepah – Jln Paya Keladi– Pinang Tunggal – Kg

Selamat – Tasek Gelugor – Jalan Gelugor, Seberang Perai Utara

5. Zon Rekreasi

(Road Sharing) 0.9 Taman Tunku, Seberang Jaya

6. Zon Rekreasi

(Road Sharing) 1.1

Taman Bandar Ampang Jajar, Permatang Pauh

7. Zon Rekreasi

(Road Sharing) 0.3

Kawasan lapang Taman Merbau, Bagan Ajam

8. Jalan Bandaran

(Road Sharing) 20 Bandar Bertam, SPU

9. Jalan Negeri

(Road Sharing) 2 Jalan Perda Utama – Jalan Perda

10. Jalan Negeri

(Dedicated Lane)

1.2 Rizab parit monsun, Jalan Perda Barat, Bandar Perda.

JUMLAH 194.5 KM

247

20. Kempen “Sukan Untuk Semua”

(a) Senaraikan secara teliti program-program penyertaan sukan komuniti yang telah dianjurkan di bawah “Sukan Untuk Semua― mengikut tarikh, lokasi penganjuran program serta jumlah kehadiran dan penyertaan bagi program tersebut.

(b) Apakah perancangan selanjutnya khususnya berhadapan dengan cabaran untuk menganjurkan aktiviti sukan ketika pandemik? .

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

20. (a) Senarai Program Penyertaan Sukan Komuniti di bawah inisiatif “Sukan Untuk Semua” bagi tahun 2019 hingga tahun 2021 adalah seperti di LAMPIRAN A.

Untuk makluman, klinik sukan yang berlangsung pada bulan Oktober adalah untuk menyambut bulan Sukan Negara.

(b) Dalam usaha untuk mengembalikan aktiviti sukan dalam fasa pandemik, pematuhan terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) sebagaimana yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara / Kementerian Belia dan Sukan (MKN/KBS) akan terus menjadi keutamaan dan dijadikan sebagai garis panduan oleh setiap penggiat sukan negeri.

Sehubungan dengan itu, semua penggiat sukan yang ingin melaksanakan sebarang aktiviti kesukanan dalam tempoh pandemik mahupun dalam fasa endemik ini sentiasa disarankan untuk terus mematuhi setiap langkah dan tatacara yang telah digariskan oleh MKN/KBS.

Daripada segi perancangan program sukan, inisiatif “Sukan Untuk Semua” yang telah bermula pada tahun 2019 akan terus dilaksanakan pada tahun 2022 dengan mematuhi semua SOP dan garis panduan norma baharu yang telah ditetapkan.

Usaha untuk memastikan kelangsungan program “Sukan Untuk Semua” agar masyarakat sentiasa mengutamakan kepentingan gaya hidup yang sihat dan cergas telah berjaya dilaksanakan pada tahun ini dengan menyesuaikan kaedah pelaksanaan berpandukan pada SOP dan norma baharu. Usaha ini akan dilanjutkan sehingga ke fasa endemik COVID-19.

Antara program dan kaedah pelaksanaan “Sukan Untuk Semua” yang telah dilaksanakan pada tahun 2021 adalah seperti berikut:

Semasa tempoh pandemik COVID-19 dan Pelan Pemulihan Negera, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang telah mengadakan cadangan penganjuran aktiviti dengan kaedah secara maya dan secara Hibrid.

Secara Maya: Dengan kerjasama Persatuan Sukan Negeri dan agensi industri sukan, penganjuran klinik-klinik secara maya dengan memberi penerangan dan pengenalan asas sukan seperti cara bermain, peraturan bermain, peralatan sukan yang diperlukan dan lain-lain merupakan kaedah yang sesuai untuk peserta meneruskan penglibatan mereka dalam industri sukan.

Secara Hibrid: Demi pematuhan SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Belia dan Sukan semasa Fasa 2 dan Fasa 3 dalan Pelan Pemulihan Negara, kapasiti untuk penganjuran aktiviti sukan adalah terhad. Dengan ini, Majlis Sukan Negara telah mengadakan kaedah Hibrid iaitu penglibatan minimum atau berskala kecil dalam aktiviti fizikal, pada masa yang sama mengendalikan aktiviti sukan secara maya dengan siaran langsung bersama peserta maya. Kaedah ini telah mendapat maklum balas yang bagus bahawa peserta dapat meneruskan aktiviti sukan serta mengurangkan risiko jangkitan oleh wabak COVID-19.

248

Selain itu, klinik Sukan Untuk Semua yang dijalankan secara fizikal juga mematuhi SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN). Contohnya, ujian saringan COVID-19 dilaksanakan sebelum program bermula, bilangan peserta dihadkan mengikut kapasiti kawasan dan ibu bapa yang telah melengkapkan vaksinasi juga dikehendaki untuk menemani / memantau kanak-kanak di bawah umur 18.

Di samping itu, bagi menyemarakkan semula semangat kesukanan di semua peringkat dan masyarakat, Kerajaan Negeri juga sedang dalam pelaksanaan untuk menganjurkan program sukan peringkat antarabangsa seperti berikut:

AKTIVITI TARIKH ANJURAN PERINCIAN

Malaysia Open Beach Volleyball Championship

9- 12 Disember 2021

NBL International, Persatuan Bola Tampar Malaysia, Persatuan Badminton Malaysia dan Badminton World Federation (BWF)

Bertempat di Batu Ferringhi, Pulau Pinang

BWF AirBadminton Event Launching & Invitational Tournament”

18 Disember 2021

Hari Olimpik Komuniti Pulau Pinang

29 Mei 2022 hingga 23 Jun 2022

Lembaga Eksekutif Majlis Olimpik Malaysia (MOM)

Objektif penganjuran adalah untuk terus menggalakkan masyarakat dan komuniti secara keseluruhannya mengamalkan gaya hidup aktif, cergas serta membawa kesedaran nilai-nilai “Olympism” dalam sukan.

“Sukan TryOut” Sepanjang tahun 2022

Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP)

Platform secara dalam talian untuk membolehkan anak-anak muda Pulau Pinang atau para ibu bapa bakal atlet negara yang berhasrat menghadiri sesi uji bakat sukan untuk mendaftar dalam program pembangunan sukan negeri bersama Persatuan Sukan Negeri dan Jurulatih Sukan Negeri yang dilantik di bawah Program Pelapis Negeri, Program Bakat dan Tunas Negeri atau Program Pembangunan Skuad Sukan Malaysia Pulau Pinang.

249

Dari segi aktiviti sukan berprestasi pula, Kerajaan Negeri akan terus menyokong persediaan atlet Negeri Pulau Pinang bagi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) nanti antaranya dengan:

(i) MSNPP menyediakan tempat dan diberikan kemudahan program latihan kepada atlet-atlet negeri yang terlibat dalam persediaan SUKMA dengan pematuhan SOP; dan

(ii) Merancang pelaksanaan Kem Bina Diri untuk atlet-atlet SUKMA Pulau Pinang bagi persediaan menghadapi SUKMA yang akan datang. Walau bagaimanapun, pelaksanaannya tertakluk pada keputusan Jawatankuasa Tertinggi SUKMA pada bulan November atau Disember 2021 nanti bagi menentukan tarikh penganjuran untuk setiap jenis sukan yang terlibat dalam SUKMA.

250

LAMPIRAN A: PROGRAM KLINIK SUKAN UNTUK SEMUA YANG TELAH DIANJURKAN PADA TAHUN 2019 HINGGA 2021

Tahun 2019

BIL. AKTIVITI / JENIS SUKAN TARIKH BILANGAN PESERTA

1 Klinik Catur di Prangin Mall 12.01.2019 480 orang

2 Klinik Bola Keranjang di Kota Permai (S. Perai) Simpang Kuang Im Teng, Raja Uda

27.01.2019 – 05.04.2019

612 orang

3 Klinik Sofbol di Padang Polo

28.03.2019 – 31.03.2019

682 orang

4 Klinik Bola Jaring di Kompleks Sukan Balik Pulau

06.04.2019 294 orang

5 Klinik E-Sukan di The Top, Komtar

03.05.2019 – 05.05.2019

240 orang

6 Bulan Olimpik Karnival: Tenpin Boling, Sepak Takraw, Bola Tampar, Badminton, Family Fun Walk

Sepanjang Bulan Jun

14,362 orang

7 Klinik Bola Baling di Safira Sports Arena

27.07.2019 & 28.07.2019

420 orang

8 Klinik Floorball di Safira Sports Arena

01.08.2019 – 04.08.2019

280 orang

9 Klinik Wushu di Mydin Mall, Bukit Mertajam

23.09.2021 – 24.09.2021

250 orang

10 Klinik Karate di Sunway Carnival Mall

19.10.2019 – 20.10.2019

276 orang

11 Klinik Judo di 1st Avenue Mall

23.11.2019 – 24.11.2019

400 orang

12 Klinik Petanque di SMK Permatang Tok Jaya

14.12.2019 300 orang

Tahun 2020

BIL. AKTIVITI / JENIS SUKAN TARIKH BILANGAN PESERTA

1 Klinik Catur di Prangin Mall 11.01.2020 236 orang

2 Klinik Tenis di Universiti Sains Malaysia

18.01.2020 150 orang

3 Klinik E-Sukan (secara maya)

22.02.2020 – 23.02.2020

100 orang

4 Klinik Bola Keranjang di Kompleks Sukan Azman Hashim, USM

29.02.2020 80 orang

5 Klinik Futsal di JesselBall Sport Centre, Simpang Ampat

03.10.2020 – 04.10.2020

49 orang

6 Klinik Floorball di Kompleks Sukan Balik Pulau

03.10.2020 83 orang

7 Klinik Bola Sepak di Padang Bola, Jalan Heap Seng Whatt

16.09.2020 100 orang

251

Tahun 2021

BIL. AKTIVITI / JENIS SUKAN TARIKH BILANGAN PESERTA

1 Klinik Badminton di Kompleks Sukan Titi Mukim & Dewan Badminton Sri Bagan Jermal (secara fizikal)

11.04.2021 & 18.04.2021

171 orang

2 Klinik Mendaki di Project Rock, IKEA (secara fizikal)

24.04.2021 85 orang

3 Klinik Catur (secara maya) 24.04.2021 503 orang

4 Klinik E-Sukan (secara maya)

10.07.2021 – 18.07.2021

784 orang

5 Klinik Wushu (secara maya) 11.09.2021 334 orang

6 Klinik Silat Tua di The TOP, Komtar (secara hybrid)

02.10.2021

20 orang (secara fizikal);

100 orang (secara maya)

7 Klinik Silambam di Kompleks Sukan dan Rekreasi Sony, Seberang Jaya (secara fizikal)

09.10. 2021 42 orang (secara

fizikal)

8 Klinik Bola Jaring secara maya dan secara fizikal di Gembira Parade, Gelugor

09.10.2021 (secara maya) & 23.10.2021 (secara fizikal)

76 orang (secara maya); 40 orang (secara fizikal)

9 Klinik Bola Sepak secara maya dan secara fizikal di Kompleks Sukan dan Rekreasi Sony, Seberang Jaya

09.10.2021 (secara maya) & 24.10.2021 (secara fizikal)

100 orang (secara maya) & 50 (secara

fizikal)

10

Klinik Sepak Takraw secara maya dan secara fizikal di Kompleks Sukan dan Rekreasi Sony, Seberang Jaya

16.10.2021 (secara maya) & 30.10.2021 (secara fizikal)

97 orang (secara maya); 50 orang (secara fizikal)

11 Klinik Olahraga secara maya dan secara fizikal di Kompleks Sukan dan Rekreasi Sony, Seberang Jaya

16.10.2021 (secara maya) & 06.11.2021 (secara fizikal)

132 orang (secara maya); 50 orang (secara fizikal)

12

Klinik Scuba Diving secara maya dan secara fizikal di Kolam Renang MBSP Pangsapuri Ria, Butterworth dan Kolam Renang Kompleks Sukan Relau

17.10.2021 (secara maya) & 6 – 7 November 2021 (secara fizikal)

68 orang (secara maya); 65 orang

(fizikal)

13

Klinik Kabaddi secara maya dan secara fizikal di Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (akan berlangsung pada 27 November 2021)

13.11.2021 (secara maya) & 27.11.2021 2021 (secara fizikal)

100 orang (secara maya)

14 Klinik Floorball secara maya dan secara fizikal di Arena Sukan Azman Hashim, USM

13.11.2021 (secara maya) & 20.11.2021 (secara fizikal)

71 orang (secara maya) & 45 orang

(secara fizikal)

15 Klinik Kanu secara maya dan secara fizikal di Pusat Kegiatan Sukan Air, Tanjung Bungah

06.11.2021 (secara maya) & 13.11.2021 (secara fizikal)

99 orang (secara maya); 54 orang (secara fizikal)

252

21. Permohonan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

(a) Senaraikan secara teliti jumlah permohonan yang telah dikemukakan bagi kesemua program bantuan JKM Pulau Pinang mengikut bulan dari tahun 2020 sehingga kini.

(b) Apakah peratusan kelulusan bagi jumlah permohonan yang dikemukakan tersebut?

(c) Apakah jumlah kadar bantuan yang disampaikan mengikut kategori program?.

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

21. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merupakan sebuah agensi kerajaan yang ditubuhkan sebagai agensi pelaksana program-program kebajikan. Pelaksanaan bantuan-bantuan kebajikan oleh JKM adalah selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan di bawah Senarai 3 - Jadual Kesembilan. Di bawah peruntukan tersebut, pihak Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri bertanggungjawab secara bersama terhadap kebajikan masyarakat.

(a) Jumlah permohonan bantuan yang telah dikemukakan ke Jabatan Kebajikan Masyarakat Pulau Pinang dari tahun 2020 sehingga Oktober 2021 ialah 10,401 permohonan seperti perincian di LAMPIRAN A.

(b) Peratusan kelulusan bagi jumlah permohonan dikemukakan ialah 52.4 peratus seperti perincian di LAMPIRAN B.

Jumlah kadar bantuan yang disampaikan adalah berbeza-beza bergantung kepada jenis skim bantuan yang layak dengan kadar permohonan antara RM100.00 hingga RM1,300.00 seperti perincian di LAMPIRAN C.

253

LAMPIRAN A

Jumlah Permohonan Yang Telah Dikemukakan Bagi Kesemua Program Bantuan JKM Pulau Pinang Mengikut Bulan Dari Tahun 2020 Sehingga

Oktober 2021

Bulan

TAHUN

2020 2021

(Sehingga Oktober 2021)

Jumlah permohonan

Januari 368 466

Februari 326 589

Mac 378 564

April 652 437

Mei 602 399

Jun 547 412

Julai 471 369

Ogos 488 399

September 526 452

Oktober 577 569

November 411 -

Disember 399 -

JUMLAH 5,745 4,656

10,401

254

LAMPIRAN B

Peratusan Kelulusan Bagi Jumlah Permohonan Yang Dikemukakan Kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Sejak 2018 sehingga Oktober 2021

Daerah Jumlah

Permohonan Jumlah

Diluluskan Peratus % Kelulusan

Timur Laut 3,258 1,553 47.7

Barat Daya 1,204 758 63

Seberang Perai Utara

2,174 1,352 62.2

Seberang Perai Tengah

2,384 1,186 49.7

Seberang Perai Selatan

1,381 599 43.4

Jumlah 10,401 5,448 52.4

255

LAMPIRAN C

Jumlah Kadar Bantuan Yang Disampaikan Mengikut Kategori Program

Skim Bantuan Kadar Bantuan

(RM)

Bantuan Am (Bantuan Agenda Ekonomi Saksama-BAES)

100.00 hingga 1,300.00

Bantuan Kanak-Kanak (BKK) 150.00 hingga 1,00.00

Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)

300.00

Bantuan Penjagaan Pesakit Kronik/OKU Terlantar (BPT)

500.00

Bantuan Warga Emas (BWE) 500.00

Elaun Pekerja OKU (EPOKU) 450.00

256

22. Cabaran perubahan iklim.

(a) Senaraikan secara teliti usaha-usaha yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk berhadapan dengan cabaran akibat perubahan iklim.

(b) Apakah perancangan Kerajaan Negeri khususnya berhubung dengan insiden banjir kilat akibat air laut pasang yang berlaku baru-baru ini?

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

22. (a) Dalam berhadapan dengan cabaran akibat perubahan iklim serta pengurusan risiko banjir, pihak Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang (JPS) memaklumkan bahawa faktor perubahan iklim (Climate Change Factor, CCF) telah diambilkira semasa penyediaan simulasi rekabentuk hidraulik sewaktu fasa rekabentuk awalan sebelum sesuatu konsep mitigasi banjir dipilih untuk direkabentuk terperinci dan pelaksanaan tapak selanjutnya.

Selain itu, antara usaha yang diambil oleh pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) untuk menangani cabaran perubahan iklim adalah menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan sistem saliran secara berterusan dan konsisten. Kerja-kerja ini dijalankan oleh kakitangan MBPP sendiri serta kontraktor penyelenggaraan yang dilantik oleh pihak MBPP. Dengan adanya penyelenggaraan yang berterusan ini, kejadian impak banjir kilat yang disebabkan oleh hujan lebat luar biasa akibat daripada kesan perubahan iklim dapat dikurangkan.

MBPP juga konsisten dalam menjalankan kerja-kerja menaiktaraf sistem saliran dan tebatan banjir bagi menangani dan mengurangkan impak banjir kilat. Projek-projek menaiktaraf sistem saliran dan tebatan banjir yang telah dijalankan oleh MBPP sejak tahun 2009 di dalam kawasan Bandaraya George Town dan Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas (FTZ) adalah seperti di Lampiran A.

Manakala pihak Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) telah melaksanakan inisiatif-inisiatif dalam menghadapi cabaran perubahan iklim seperti berikut:

(i) Menubuhkan Unit Perubahan Iklim dan Neutral Karbon bagi menyelaras data-data yang berkaitan;

(ii) Menjalankan Vulnerability Assessment dan menghasilkan Climate Action Strategy bagi persiapan menghadapi perubahan iklim;

(iii) Menyasarkan Seberang Perai menjadi Bandaraya Neutral Karbon menjelang tahun 2030 sebagai langkah mitigasi terhadap perubahan iklim;

(iv) Menghasilkan garis panduan yang yang bersesuaian bagi mengadaptasi perubahan iklim; dan

(v) Menghasilkan Pelan Tindakan Ekonomi Kitaran (Circular Economy Roadmap) bagi memacu transisi ke arah Bandaraya Sifar Sisa.

(b) Berhubung dengan insiden banjir kilat akibat air laut pasang, Kerajaan Negeri bersama-sama jabatan/agensi bertanggungjawab akan mengenalpasti integriti struktur salur keluar sedia ada di setiap titik akhir saliran ke laut. Pihak JPS turut memaklumkan bahawa keperluan menaiktaraf struktur salur keluar sedia ada dengan flap gate atau seumpamanya akan dilaksanakan.

257

Pihak MBPP pula telah memasang atau menaik taraf pintu air di lokasi-lokasi kejadian banjir kilat seperti mengadakan flap gate baru jenis high density poly ethylene (HDPE) di lokasi-lokasi tertentu. MBPP juga akan mengkaji dan mengambil tindakan untuk memasang dan menaik taraf pintu air di lokasi-lokasi lain mengikut keperluan.

Manakala perancangan pihak MBSP khususnya berhubung dengan insiden banjir kilat akibat air laut pasang yang berlaku baru-baru ini adalah seperti berikut:

(i) Menyelenggara pintu-pintu air yang berhampiran sungai, parit monsun serta parit perimeter supaya berfungsi dengan baik;

(ii) Memastikan semua rumah pam berfungsi dengan baik semasa insiden banjir kilat berlaku; dan

(iii) Unit Khas yang dikenali sebagai Response Team juga sentiasa bersedia untuk menjalankan pemantauan dan pembersihan 24 jam di lapangan atau kawasan-kawasan yang terjejas dengan fenomena terbabit.

258

259

260

261

262

23. Penglibatan Perbadanan Pengurusan / Badan Pengurusan Bersama (JMB) dalam mengekang penularan COVID-19.

(a) Terangkan secara teliti usaha Kerajaan Negeri untuk melibatkan JMB dalam mengekang penularan COVID-19.

(b) Apakah inisiatif yang telah dilaksanakan dan akan dilaksanakan bagi meningkatkan kapasiti JMB untuk melawan COVID-19?.

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

23. (a) Antara usaha Kerajaan Negeri untuk melibatkan JMB dalam mengekang penularan COVID-19 adalah dengan mewujudkan pasukan bertindak khas melibatkan komuniti strata bagi memantapkan kesiapsiagaan dalam menghadapi dan mengendalikan krisis kesihatan di skim perumahan strata. Semua pihak yang tinggal di skim perumahan strata mempunyai tugas serta tanggungjawab masing-masing untuk memastikan skim perumahan strata di Pulau Pinang bebas daripada jangkitan COVID-19. Satu garis panduan kawalan penularan COVID-19 di bangunan strata juga telah diperkenalkan bagi melibatkan JMB untuk bersama-sama mengekang penularan COVID-19. Antara peranan yang perlu dimainkan oleh JMB adalah seperti berikut :-

(i) Mewujudkan saluran pemakluman berkaitan kes positif COVID-19 dan membuat hebahan kepada penghuni berkaitan saluran tersebut;

(ii) Pejabat Pengurusan hendaklah memaklumkan kepada pihak Pesuruhjaya Bangunan (COB) berkaitan kes positif COVID-19 yang berlaku di skim tersebut. Maklumat yang perlu diberikan adalah seperti berikut :-

(a) Nama pesakit

(b) Nombor unit (c) Nombor Telefon (d) Bilangan penghuni pada unit terlibat

(iii) Menyediakan jadual kutipan sampah di unit rumah pesakit COVID-19/Kontak Rapat yang dikuarantin di rumah;

(iv) Melaksanakan kerja disinfeksi apabila terdapat kes positif COVID-19 yang dilaporkan. Kawasan harta bersama seperti gelanggang sukan, dewan dan lain-lain perlu ditutup sekurang-kurangnya satu (1) hari untuk kerja sanitasi;

(v) Melaksanakan kerja pembersihan yang lebih kerap melibatkan butang lif, tombol pintu, pemegang tangga dan kawasan tumpuan yang lain;

(vi) Membantu bagi menguruskan penghantaran bekalan makanan atau barangan yang dibeli oleh pesakit COVID-19/Kontak Rapat untuk diletakkan diluar unit terlibat;

(vii) Pejabat Pengurusan hendaklah sentiasa menyediakan kelengkapan pelindungan diri yang secukupnya kepada pekerja atau individu yang akan menguruskan kutipan sampah dan bekalan makanan ke unit pesakit;

(viii) Memaklumkan kepada penghuni berkaitan kes positif COVID-19 di papan notis atau apa-apa saluran komunikasi yang digunakan TANPA mendedahkan maklumat identiti pesakit tersebut;

(ix) Menyediakan maklumat bilangan kes COVID-19 yang aktif serta bilangan Kontak Rapat dalam bentuk infografik tanpa mendedahkan maklumat indentiti pesakit tersebut; dan

263

(x) Melantik dua (2) orang wakil bagi setiap tingkat untuk membantu urusan pentadbiran JMB/MC/Pengurus Bangunan berkaitan pengurusan COVID-19. Profil setiap tingkat perlu disediakan dan maklumat yang perlu diberikan adalah nombor unit serta perincian penghuni samada pemilik atau penyewa. Jika penyewa adalah warga asing atau disewakan kepada syarikat yang dijadikan sebagai asrama maka diwajibkan untuk membekalkan dua (2) orang wakil sebagai PIC unit / dua (2) orang sebagai wakil PIC syarikat. Ini adalah bagi memastikan terdapatnya saluran untuk kawalan keselamatan dan kesihatan.

Melalui garis panduan yang diperkenalkan ini diharapkan pihak JMB dapat bersama-sama dengan pihak Kerajaan Negeri untuk memainkan peranan dalam mengawal penularan COVID-19 di skim strata.

(b) Inisiatif yang telah dilaksanakan dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri melalui PBT bagi meningkatkan kapasiti JMB untuk melawan COVID-19 adalah seperti berikut:

(i) Skuad Buster COVID-19

(a) Melalui inisiatif ini, wakil bagi setiap skim strata akan diberikan latihan berkaitan penggunaan Antigen Rapid Test Kit dan Pulse Oximeter yang betul.

(b) Ahli Skuad Buster COVID-19 juga dibekalkan dengan peralatan seperti Antigen Rapid Test Kit dan Pulse Oximeter secara percuma. Sekiranya terdapat penghuni yang positif atau kontak rapat di skim tersebut maka ahli skuad akan memberikan tunjuk ajar mengenai penggunaan peralatan yang betul kepada penghuni yang terlibat.

(c) Objektif mewujudkan skuad ini adalah bagi memastikan JMB/MC sentiasa bersiap siaga bagi pengurusan COVID-19 serta bagi tujuan pengesanan dan pencegahan awal di peringkat komuniti strata.

(d) Skuad Buster COVID-19 bagi Daerah Timur Laut telah diwujudkan di PPR Jalan Sungai dan bagi Daerah Barat Daya di ‘5 Point Blok’ Mahsuri, Bayan Baru.

(ii) Program Webinar: Pencegahan dan Respon Awal Komuniti Strata Lawan Covid-19

(a) Program webinar merupakan satu inisiatif program pendidikan yang telah dijalankan untuk berkongsi amalan pengurusan terbaik dalam mencegah penularan COVID-19. Ia juga bertujuan bagi memberikan kefahaman mengenai peranan komuniti serta semangat berpasukan bagi memastikan penularan COVID-19 di skim strata dapat dikawal.

(b) Melalui program ini pihak JMB/MC akan lebih memahami tanggungjawab dan peranan yang perlu diambil bagi bersama-sama membantu pihak kerajaan mengawal penularan COVID-19.

(iii) Pelantikan Pasukan Penguatkuasa Penjarakan Fizikal Daerah Timur Laut: Ketua-Ketua Komuniti Setempat (MPKK/KRT/JMB/MC)

264

(a) Inisiatif ini adalah satu mekanisme bagi memerangi COVID-19 yang melibatkan skim strata dan bukan strata. Objektif inisiatif ini adalah untuk mewujudkan satu pasukan khas di skim strata bagi membantu agensi penguatkuasaan berkaitan dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran orang awam khususnya komuniti strata berhubung pematuhan SOP serta pengamalan norma baharu dalam kalangan masyarakat secara berterusan.

(b) Penglibatan JMB/MC dalam inisiatif ini amat penting untuk memastikan penghuni sentiasa mematuhi SOP seterusnya langkah pencegahan COVID-19 di skim strata dapat dilaksanakan.

(iv) Penglibatan Badan Bukan Kerajaan (NGO)

(a) Kolabrasi JMB bersama-sama dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO) iaitu PgCare Alliance yang bertujuan memberi sokongan dan bantuan kepada masyarakat termasuk di skim strata yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

(b) PgCare Alliance akan menyediakan platform yang neutral, inklusif serta saksama kepada semua golongan yang terkesan dan memerlukan bantuan akibat krisis kesihatan semasa. Bantuan akan diberikan dalam bentuk bantuan makanan dan perlindungan, sokongan kesihatan mental serta kewangan.

(v) Pertandingan Komuniti Bandar Zon Hijau COVID-19 sempena Program #KeluargaMalaysia SiagaBencana pada Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2021

(a) Pertandingan ini terbuka untuk semua JMB/MC/Persatuan Penduduk skim strata kategori kos rendah.

(b) Pemenang pertandingan akan memenangi peruntukan projek bernilai RM50,000.00 yang mana secara tidak langsung akan membantu kapasiti JMB/MC untuk melawan COVID-19.

(c) Pertandingan pada tahun 2021 telah dimenangi oleh Perbadanan Pengurusan Flat Delima Indah, Juru, Bukit Mertajam.

24. Digital Penang.

(a) Senaraikan kelas-kelas pembelajaran digital yang telah berjaya dianjurkan mengikut tarikh serta jumlah kehadiran bagi setiap kelas tersebut.

(b) Apakah mekanisme pemantauan susulan bagi peserta yang telah menyertai kelas-kelas yang dianjurkan tersebut?

(c) Apakah piawaian pencapaian bagi kelas-kelas yang telah dianjurkan?

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

24. Digital Penang

(a) Antara kelas pembelajaran yang telah dilaksanakan oleh Digital Penang adalah melalui program #DahDigital yang bertujuan untuk mendedahkan penggunaan aplikasi teknologi seharian kepada para peserta. Di samping itu, Digital Penang juga melaksanakan kelas pembelajaran digital untuk usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang berminat untuk menggiatkan perusahaan secara e-commerce.

265

Kelas-kelas yang diadakan oleh Digital Penang adalah pada setiap bulan dan diadakan secara dalam talian sejak permulaan program kerana risiko jangkitan COVID-19 yang ketara.

Sehubungan dengan pendekatan pelaksanaan kelas-kelas pembelajaran digital, senarai kelas dirumuskan mengikut modul, bilangan kelas dan bilangan kehadiran sejak bermula hingga ditamatkan. Senarai adalah seperti di LAMPIRAN A.

(b) Digital Penang melakukan pemantauan susulan kepada peserta secara langsung bagi kelas Go E-Commerce. Bagi kelas-kelas yang lain, mekanisme pemantauan susulan dilakukan secara borang maklum balas yang diisi oleh peserta apabila kelas tamat.

(c) Piawaian pencapaian kelas yang dianjurkan adalah kandungan modul yang sentiasa dikemas kini, bilangan pelajar, penilaian pengajar dan keinginan peserta untuk menggunakan teknologi digital.

UNIT PERBADANAN KETUA MENTERI PULAU PINANG (CMI)

(a) Pihak Unit Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang (CMI) melalui Penang Digital Library (PDL) telah menganjurkan kelas-kelas pembelajaran digital dengan kerjasama pihak swasta seperti berikut:

(i) Kelas Bahasa Inggeris dengan kerjasama Cambridge English Sdn. Bhd.;

(ii) Kelas Coding dengan kerjasama Telebort Sdn. Bhd.;

(iii) Digital Art Class dengan kerjasama C.Artistic Sdn. Bhd.; dan

(iv) English Class dengan kerjasama Talk Better Sdn. Bhd.

Maklumat kelas yang dianjurkan berserta dengan kehadiran peserta adalah seperti di LAMPIRAN B.

(b) Program dan kelas yang dianjurkan di PDL adalah dengan kerjasama pihak swasta dan peserta akan dipantau dan dinilai secara langsung oleh pihak penganjur. Mekanisme pemantauan bagi kelas dan program adalah seperti berikut:

(i) Kelas Bahasa Inggeris dengan kerjasama Cambridge English Sdn. Bhd.;

Cambridge English Sdn. Bhd. telah melantik tutor untuk memantau peserta semasa setiap sesi kelas dan peserta akan diminta untuk membuat pengucapan awam dalam kalangan peserta-peserta lain untuk menilai prestasi peserta. Setiap peserta yang berjaya menyempurnakan sesi kelas akan diberi sijil pengiktirafan.

(ii) Kelas Coding dengan kerjasama Telebort Sdn. Bhd.;

Telebort Sdn. Bhd. telah melantik tenaga pengajar daripada kalangan pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) untuk memberi bimbingan kepada peserta dalam menggunakan teknik coding. Peserta akan diminta mencipta laman sesawang sendiri selepas menyempurnakan sesi kelas dan penilaian akan dibuat berdasarkan laman sesawang yang dicipta tersebut. Setiap peserta yang berjaya menyempurnakan sesi kelas akan diberi sijil pengiktirafan.

(iii) Digital Art Class dengan kerjasama C.Artistic Sdn. Bhd.; dan

C.Artistic Sdn. Bhd. telah melantik tutor untuk mengajar peserta bagi mempelajari Teknik Digital Art dengan menggunakan aplikasi dan

266

platform digital. Peserta akan diminta untuk mencipta poster digital selepas menyempurnakan sesi kelas dan penilaian akan dibuat berdasarkan poster yang dicipta tersebut. Setiap peserta yang berjaya menyempurnakan sesi kelas akan diberi sijil pengiktirafan.

(iv) English Class dengan kerjasama Talk Better Sdn. Bhd.

Talk Better Sdn. Bhd. telah melantik tutor untuk mengajar peserta semasa setiap sesi kelas dan peserta akan diminta untuk membuat open speaking dalam kalangan peserta-peserta lain untuk menilai prestasi peserta. Setiap peserta yang berjaya menyempurnakan sesi kelas akan diberi sijil pengiktirafan.

(c) Program dan kelas yang dianjurkan di PDL tidak mempunyai piawaian pencapaian yang tetap memandangkan ia diadakan secara rawak dan peserta yang terlibat adalah secara sukarela. Peserta dinilai berdasarkan projek atau tugasan yang diberikan pada setiap kelas dan diberi sijil pengiktirafan selepas tamat kelas.

267

LAMPIRAN A

Senarai Kelas Mengikut Modul, Bilangan Kelas dan Bilangan Kehadiran

MODUL TARIKH MULA TARIKH TAMAT

BILANGAN KELAS

BILANGAN PELAJAR

1. E-Wallet + E-Hailing

8 Disember 2020

7 September 2021

10 137

2. Mobile Banking 8 Disember 2020

4 September 2021

21 145

4. Social Media (Facebook)

9 September 2020

9 September 2021

12 80

5. E-Wallet 23 Februari 2020

30 Mei 2021 15 191

6. Safety and Privacy

2 Mac 2021 17 Ogos 2021 8 118

7. Whatsapp 2 Mac 2021 12 Ogos 2021 7 63

8. Scam and Phishing

22 Jun 2021 14 September 2021

3 56

9. Penang Smart Parking + Email

15 Disember 2020

Masih berlangsung

19 143

10. E-Government 22 Jun 2021 10 212

11. Communicate Online Effectively

9 Oktober 2021 2 74

12. Solving Problems Just Like A Computer Would

9 Oktober 2021 3 61

13. Buying Grocery Online

11 Oktober 2021

2 1

14. Manage and Grow Your Money

11 Oktober 2021

2 44

15. Using Social Media to Market Your Business

12 Oktober 2021

2 52

16. Stand Out Online With Digital Branding

13 Oktober 2021

2 53

17. Level Up Your Business Game With Google My Business

13 Oktober 2021

2 62

18. Inventive Problem Solving

16 Oktober 2021

2 21

19. Design Solution with Design Thinking

16 Oktober 2021

2 28

20. Life Goals and Success Habits

22 Oktober 2021

2 54

21. Go E-Commerce

12 Oktober 2021

3 156

268

22. Website Know How Series

30 Julai 2021 7 839

23. Introduction to selling online

5 April 2021 13 September 2021

16 175

LAMPIRAN B

CAMBRIDGE ENGLISH

Tahun 2020 Tahun 2021

Bil. Tarikh Peserta Bil. Tarikh Peserta

1 4/1/2020 19 1 4/4/2021 16

2 5/1/2020 16 2 11/4/2021 19

3 7/1/2020 15 3 17/4/2021 15

4 8/1/2020 20 4 18/4/2021 20

5 9/1/2020 15 5 24/4/2021 21

6 10/1/2020 20 6 25/4/2021 19

7 11/1/2020 21 7 2/5/2021 18

8 12/1/2020 19 8 8/5/2021 21

9 14/1/2020 17 9 9/5/2021 20

10 15/1/2020 17

11 16/1/2020 16

12 17/1/2020 20

13 18/1/2020 21

14 19/1/2020 20

15 21/1/2020 20

16 22/1/2020 17

17 23/1/2020 17

18 24/1/2020 15

19 25/1/2020 15

20 26/1/2020 15

21 28/1/2020 16

22 29/1/2020 20

23 30/1/2020 18

24 31/1/2020 18

25 1/2/2020 18

26 2/2/2020 19

27 4/2/2020 19

28 5/2/2020 18

29 6/2/2020 18

30 7/2/2020 15

31 8/2/2020 15

32 9/2/2020 18

33 11/2/2020 18

269

34 12/2/2020 18

35 13/2/2020 18

36 14/2/2020 19

37 15/2/2020 20

38 16/2/2020 20

39 1/3/2020 19

40 7/3/2020 19

41 8/3/2020 20

42 10/3/2020 20

43 11/3/2020 20

44 12/3/2020 21

45 13/3/2020 21

46 14/3/2020 19

47 15/3/2020 19

48 24/3/2020 19

49 25/3/2020 18

50 26/3/2020 18

51 27/3/2020 18

52 28/3/2020 18

53 29/3/2020 17

54 18/7/2020 17

55 15/7/2020 17

56 18/7/2020 20

57 19/7/2020 21

58 21/7/2020 21

59 22/7/2020 20

60 25/7/2020 20

61 26/7/2020 21

62 28/7/2020 20

63 1/8/2020 19

64 2/8/2020 19

65 4/8/2020 19

66 5/8/2020 19

67 8/8/2020 19

68 9/8/2020 21

69 11/8/2020 21

70 12/8/2020 21

71 15/8/2020 21

72 16/8/2020 18

73 18/8/2020 15

74 19/8/2020 15

75 22/8/2020 18

270

76 25/8/2020 18

77 26/8/2020 18

78 29-08-2020

18

79 1/9/2020 18

80 2/9/2020 15

81 5/9/2020 15

82 6/9/2020 18

83 8/9/2020 18

84 9/9/2020 18

85 12/9/2020 18

86 13/9/2020 15

87 15/9/2020 17

88 17/9/2020 20

89 18/9/2020 21

90 19/9/2020 21

91 20/9/2020 20

92 22/9/2020 20

93 23/9/2020 21

94 24/9/2020 20

95 25/9/2020 19

96 26/9/2020 19

97 1/10/2020 19

98 2/10/2020 16

99 6/10/2020 15

100 7/10/2020 20

101 8/10/2020 20

102 9/10/2020 20

103 10/10/2020 20

104 11/10/2020 20

105 13/10/2020 15

106 14/10/2020 15

107 15/10/2020 15

108 16/10/2020 15

109 17/10/2020 15

110 18/10/2020 15

111 20/10/2020 15

112 21/10/2020 16

113 22/10/2020 16

114 23/10/2020 16

115 25/10/2020 17

116 27/10/2020 17

271

117 28/10/2020 17

118 1/11/2020 17

119 3/11/2020 20

120 4/11/2020 20

121 5/11/2020 20

122 6/11/2020 20

123 7/11/2020 20

124 8/11/2020 20

125 10/11/2020 20

126 11/11/2020 20

127 12/11/2020 20

128 13/11/2020 20

129 14/11/2020 19

130 15/11/2020 19

131 17/11/2020 19

132 18/11/2020 19

133 19/11/2020 19

134 20/11/2020 21

135 21/11/2020 20

136 22/11/2020 20

137 24/11/2020 20

138 25/11/2020 20

139 26/11/2020 19

140 27/11/2020 19

141 28/11/2020 19

142 29/11/2020 19

272

C. ARTISTIC

Tahun 2019

Bil Tarikh Peserta

1 3/3/2019 4

2 10/3/2019 3

3 24/3/2019 3

4 4/4/2019 3

5 11/4/2019 4

6 18/4/2019 4

7 25/4/2019 6

8 2/5/2019 6

9 9/5/2019 5

10 16/5/2019 4

11 23/5/2019 6

TOTAL 48

TALK BETTER

Tahun 2019

Bil Tarikh Peserta

1 23/3/2019 14

TOTAL 14

273

TELEBORT

Tahun 2019 Tahun 2020 Tahun 2021

Bil Tarikh Peserta Bil Tarikh Peserta Bil Tarikh Peserta

1 2/3/2019 3 1 4/1/2020 6 1 27/3/2021 30

2 3/3/2019 4 2 5/1/2020 6 2 28/3/2021 32

3 9/3/2019 3 3 11/1/2020 7 3 3/4/2021 31

4 10/3/2019 3 4 12/1/2020 7 4 4/4/2021 30

5 16/3/2019 4 5 18/1/2020 6 5 17/4/2021 32

6 17/3/2019 3 6 19/1/2020 6 6 18/4/2021 30

7 23/3/2019 3 7 1/2/2020 6

8 24/3/2019 4 8 2/2/2020 7

9 30/3/2019 4 9 9/2/2020 7

10 31/3/2019 4 10 15/2/2020 7

11 6/4/2019 3 11 16/2/2020 4

12 7/4/2019 3 12 22/2/2020 6

13 13/4/2019 3 13 23/2/2020 5

14 14/4/2019 3 14 29/2/2020 4

15 20/4/2019 4 15 1/3/2020 6

16 27/4/2019 4 16 7/3/2020 7

17 28/4/2019 3 17 8/3/2020 6

18 4/5/2019 3 18 14/3/2020 6

19 5/5/2019 5 19 15/3/2020 7

20 25/5/2029 5 20 28/3/2020 7

21 26/5/2019 4 21 29/3/2020 7

22 15/6/2019 4 22 8/8/2020 6

23 16/6/2019 4 23 9/8/2020 5

24 22/6/2019 5 24 3/10/2020 7

25 23/6/2019 3 25 10/10/2020 6

26 29/6/2019 4 26 11/10/2020 7

27 30/6/2019 4 27 17/10/2020 6

28 13/7/2019 3 28 18/10/2020 7

29 14/7/2019 3 29 24/10/2020 6

30 20/7/2019 4 30 25/10/2020 6

31 21/7/2019 3 31 31/10/2020 7

32 27/7/2019 5 32 1/11/2020 6

33 28/7/2019 3 33 7/11/2020 7

34 3/8/2019 4 34 8/11/2020 6

274

35 4/8/2019 5

36 24/8/2019 4

37 25/8/2019 5

38 7/9/2019 5

39 8/9/2019 4

40 14/9/2019 4

41 15/9/2019 4

42 28/9/2019 3

43 29/9/2019 4

44 5/10/2019 3

45 6/10/2019 4

46 12/10/2019 4

47 13/10/2019 4

48 19/10/2019 4

49 20/10/2019 5

50 26/10/2019 4

51 9/11/2019 5

52 10/11/2019 4

53 17/11/2019 3

54 23/11/2019 3

55 24/11/2019 3

56 1/12/2019 4

57 7/12/2019 4

58 8/12/2019 4

59 15/12/2019 3

60 21/12/2019 4

61 22/12/2019 3

62 28/12/2019 3

63 29/12/2019 4

275

25. Apakah status terkini berhubung dengan Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang (RSNPP), Rancangan Tempatan bahagian Pulau, Rancangan Tempatan Seberang Perai dan kesemua Rancangan Kawasan Khas (RKK) yang ada di Pulau Pinang? .

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

25. Status terkini berhubung dengan penyediaan semua rancangan pemajuan di Negeri Pulau Pinang adalah seperti berikut :

(a) Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2030 (RSNPP2030)

RSNPP2030 telah diwartakan pada 24 Oktober 2019. RSNPP2030 mengandungi dasar-dasar, strategi dan langkah-langkah perancangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang sehingga tahun 2030. Dokumen ini menjadi rujukan utama Pihak Berkuasa Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan semua agensi kerajaan berhubung dengan pemajuan dan perancangan guna tanah bagi Negeri Pulau Pinang.

(b) Draf Rancangan Tempatan Pulau Pinang (Pulau) 2030

DRTPP (Pulau) 2030 disediakan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan status terkini penyediaannya adalah di peringkat Draf Akhir. Publisiti Dan Penyertaan Awam dijangka akan diadakan pada Disember 2021 dan seterusnya dijangka diwartakan pada tahun 2022.

(c) Draf Rancangan Tempatan Seberang Perai 2030

DRTSP 2030 disediakan oleh Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP). Publisiti dan Penyertaan Awam telah disempurnakan. Status terkini penyediaannya adalah di peringkat Mesyuarat Jawatankuasa Siasatan Dan Pendengaran Awam (JSTPA). Ianya dijangka akan diwartakan pada tahun 2022.

(d) Rancangan Kawasan Khas Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town

Rancangan Kawasan Khas Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town telah diwartakan pada 1 September 2016. Pada masa ini, Draf Rancangan Kawasan Khas Tapak Warisan Dunia UNESCO (Penggantian) sedang dilaksanakan dan penyediaannya di peringkat Draf Akhir. Publisiti Dan Penyertaan Awam dijangka akan diadakan pada Disember 2021 dan seterusnya dijangka diwartakan pada tahun 2022.

(e) Rancangan Kawasan Khas Bukit Bendera (RKKBB)

RKKBB telah diwartakan pada 1 September 2016. Pada masa ini, Draf Rancangan Kawasan Khas Bukit Bendera 2020 (Penggantian) sedang disediakan dan Laporan Jawatankuasa Siasatan Dan Pendengaran Awam (JSTPA) akan dibentang semula ke Jawatankuasa Perancang Negeri pada 8 Disember 2021. Ianya dijangka akan diwartakan pada Disember 2021.

26. Tabung Penyelenggaraan Perumahan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

(a) Senaraikan secara teliti projek-projek Tabung Penyelenggaraan Perumahan yang telah selesai setakat kini serta kos yang terlibat.

(b) Apakah perancangan jangka masa panjang untuk usaha penyelenggaraan perumahan ini khususnya dengan peranan yang akan dimainkan oleh Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP)?.

276

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

26. (a) Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Tabung Penyelenggaraan Maksima 80 Pulau Pinang (TPM80PP) telah banyak membantu melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan naiktaraf infrastruktur kegunaan bersama di perumahan mampu milik berstrata di seluruh negeri. Secara umumnya di bawah TPM80PP, sebanyak RM45,943,441.92 telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang sejak tahun 2013. Kelulusan ini melibatkan sebanyak 290 permohonan merangkumi 486 kerja telah dilaksanakan di mana skop kerja yang paling tinggi adalah kerja-kerja menaiktaraf/menggantikan lif iaitu sebanyak 277 kerja diikuti penggantian/ pembaikan tangki air sebanyak 138 kerja. Ringkasan pecahan kerja-kerja adalah seperti berikut:

BIL. JENIS PROJEK BIL.

PROJEK AMAUN

1. Penggantian atau menaiktaraf lif 277 RM24,239,125.74

2. Penggantian Tangki Air dan/atau Menaiktaraf Sistem Perpaipan

139 RM10,466,804.80

3. Penggantian dan/atau menaiktaraf bumbung

30 RM3,027,249.28

4. Pengecatan 23 RM6,517,925.04

5. Penurapan Jalan 2 RM27,917.70

6. Dinding Bata/Pagar- (Anti Climb) 7 RM708,679.36

7. Keretakan 1 RM5,830.00

8. Railing/ Jeriji Tangga 3 RM271,300.00

9. Kelulusan Khas-Bencana 3 RM456,900.00

10. Senggaraan Elektrik 1 RM221,710.00

JUMLAH BESAR 486 RM45,943,441.92

(b) Sepanjang pelaksanaan TPM80PP, pihak Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP) telah mengenalpasti beberapa skop kerosakan infrastruktur yang paling kerap berlaku. Ini berdasarkan permohonan yang dikemukakan oleh pihak Badan Pengurusan Bersama Joint Management Body (JMB) /Perbadanan Pengurusan Management Corporation (MC) kepada pihak LPNPP dimana permohonan yang melibatkan kerja-kerja pembaikan lif, tangki air dan bumbung merupakan skop kerosakan yang paling tinggi di perumahan mampu milik berstrata. Bagi kerosakan lif, pentadbiran ini melihat punca utama kepada permasalahan ini adalah kerana ketidakmampuan kewangan JMB/MC untuk melantik syarikat lif berdaftar yang kompeten dan seterusnya membiayai kontrak penyelenggaraan secara komprehensif yang terbukti lebih menjamin kelangsungan operasi lif yang lebih lancar.

Kerosakan tangki air pula disebabkan oleh keadaan fizikal tangki air yang uzur dan telah digunakan melebihi 20 tahun. Kebanyakan JMB/MC tidak mempunyai peruntukan yang mencukupi untuk melaksanakan kerja pembaikan tangki air yang lebih menyeluruh seperti melaksanakan kerja penggantian tangki supaya masalah ini dapat diselesaikan dan kerosakan yang sama tidak berulang untuk jangka masa 5 ke 20 tahun.

Bagi kerosakan melibatkan kebocoran bumbung, pembinaan perumahan yang menggunakan bumbung lantai konkrit (flat roof) menjadi punca kepada kebocoran bumbung kerana faktor cuaca dan faktor usia perumahan yang kebanyakannya telah melebihi 20 tahun. Antara perancangan yang mungkin boleh dilaksanakan dan perlu diperhalusi dengan lebih lanjut oleh pelbagai

277

agensi terbabit adalah pemasangan panel solar yang bertindak melindungi (flat roof) tersebut dan dalam masa yang sama boleh menjana pendapatan kepada MC/JMB seterusnya memacu perlaksanaan agenda Cleaner, Greener, Safer and Happier kerajaan Pulau Pinang dalam aspek pemeliharaan alam sekitar.

Secara naratifnya, LPNPP melihat perlaksanaan TPM80PP banyak membantu menyelesaikan isu kerosakan infrastruktur di perumahan mampu milik berstrata sejak tahun 2013 hingga kini. Kerajaan Negeri Pulau Pinang pula akan terus melaksanakan tabung ini untuk masa akan datang dalam membantu perumahan dalam aspek penyenggaraan infrastruktur. Selain daripada itu, peranan penting JMB/MC terutama dalam pengurusan kewangan dan pengurusan penyelenggaraan fasiliti yang bercirikan (preventive maintenance) dan kreatif seperti yang dijelaskan tadi lebih menjamin kelangsungan pengurusan perumahan yang lebih baik. LPNPP yang menerajui projek perumahan mampu milik pada masa akan datang, akan memastikan semua pembinaan perumahan yang lebih berkualiti dan dalam masa yang sama turut mengambilkira aspek (maintainability) yang menjamin (finish product) perumahan yang kondusif.

27. Inisiatif pintar oleh Kerajaan Negeri.

(a) Senaraikan secara teliti usaha-usaha yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri berhubung inisiatif pintar di peringkat agensi dan Kerajaan Tempatan.

(b) Apakah bantuan yang telah disampaikan oleh peringkat Kerajaan Persekutuan ke atas inisiatif pintar negeri khususnya dari segi rangkaian 5G?

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

27. (a) Dalam hasrat Kerajaan Negeri menerajui teknologi Industrial Revolution (IR) 4.0, pembangunan Bandar Pintar adalah menjadi faktor utama dalam memastikan Negeri Pulau Pinang mencapai Visi Penang2030: A Family-Focused, Green & Smart State that inspires the Nation.

Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri telah menetapkan pelan implementasi hala tuju Negeri Pintar yang merupakan pelan pelaksanaan cadangan-cadangan inisiatif pintar bagi mencapai hasil yang disasarkan berdasarkan penambahbaikan dan naik taraf program, dasar, urus tadbir dan infrastruktur digital yang perlu dilaksanakan oleh agensi-agensi Kerajaan Negeri bermula daripada tahun 2020 sehingga 2030 seperti berikut:

(i) Peringkat Asas (2020-2021)

Peringkat untuk mengenalpasti masalah perbandaran bagi membolehkan penyediaan dasar dan program dilakukan. Pada peringkat ini, warga Pulau Pinang akan didedahkan dan dilibatkan dalam pembentukan Negeri Pulau Pinang sebagai sebuah Negeri Pintar.

(ii) Peringkat Pembangunan (2022-2024)

Peringkat untuk merangka perubahan supaya sesuatu pelan dan strategi dapat dilaksanakan secara lebih teliti dan teratur. Pada peringkat ini, setiap inisiatif yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lebih mampan dan berkesan.

(iii) Peringkat Penambahbaikan (2025-2027) Peringkat penambahbaikan beraspirasi untuk memperkukuhkan prestasi inisiatif

278

pintar sedia ada bagi memastikan pelan jangka masa panjang dapat dilaksanakan dan dicapai dengan lebih berkesan.

(iv) Inisiatif Keutamaan

Inisiatif keutamaan merupakan inisiatif yang diberi penekanan untuk dilaksanakan bagi mencapai hasil yang disasar berdasarkan keadaan semasa ekonomi dan sosial Negeri Pulau Pinang. Inisiatif keutamaan yang dilaksanakan ini juga bertujuan untuk mempersiap dan memudahkan rakyat Negeri Pulau Pinang untuk menjalani kehidupan norma baharu menerusi penggunaan solusi pintar dan teknologi terkini.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga sedang merangka sebuah dokumen Agenda Negeri Pintar Pulau Pinang hasil daripada kerjasama, input dan pandangan daripada pelbagai pihak seperti Bahagian Kerajaan Tempatan, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Unit Perbadanan Ketua Menteri (CMI), Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi Negeri (BTMKN), Penang Science Cluster (PSC), Penang Green Council (PGC), PDC Telecommunication Services Sdn. Bhd. dan lain-lain untuk menjadi panduan dan rujukan bagi pelaksanaan inisiatif pintar di negeri ini. Penyediaan dokumen Agenda Negeri Pintar Pulau Pinang tersebut memfokuskan terhadap proses urbanisasi yang berlaku di negeri Pulau Pinang terutamanya dalam aspek keselamatan, pengurusan sisa pepejal dan kesesakan jalan raya.

Pelbagai inisiatif yang telah, sedang dan akan dilaksanakan telah didokumentasikan dalam dokumen tersebut seperti projek Penang Smart Parking (PSP), Intelligent Operation Centre (IOC), Inisiatif Tanpa Tunai di Pasar Awam, Inisiatif Tanpa Tunai di Jabatan/Agensi Kerajaan dan Smart Building (POC). Dokumen ini dijangka siap dan akan dirasmikan oleh YAB. Ketua Menteri Pulau Pinang pada bulan November 2021.

Adalah diharapkan dengan penyediaan dokumen tersebut, perancangan dan pelaksanaan inisiatif pintar akan berjalan secara teratur serta tersusun bagi menjadikan hasrat Pulau Pinang untuk menjadi sebuah Negeri Pintar Bertaraf Antarabangsa menjelang tahun 2030 akan menjadi kenyataan.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga sedang dalam perancangan untuk menubuhkan Penang Centre of Excellence (Penang CoEx) yang akan menjadi sebuah pusat kecemerlangan dalam latihan, penyelidikan dan inovasi yang bertaraf dunia terutamanya dalam pembangunan bandar pintar di Pulau Pinang. Penubuhan Penang CoEx dijangka memberi tumpuan kepada perkhidmatan pengurusan dan penyelesaian bandar pintar, selain membantu membangun serta melengkapkan bakat tempatan dengan kemahiran yang diperlukan untuk berjaya dalam norma baharu.

Setakat ini, sebanyak 36 inisiatif pintar telah dilaksanakan, 26 inisiatif sedang dilaksanakan dan 19 inisiatif akan dilaksanakan, menjadikan jumlah keseluruhan inisiatif pintar adalah sebanyak 81 inisiatif pintar di Negeri Pulau Pinang.

(b) Kerajaan Negeri amat komited untuk memastikan ketersediaan infrastruktur telekomunikasi di Negeri Pulau Pinang untuk menghadapi cabaran dunia abad ke-21 termasuk penyertaan dalam ekonomi digital, penerimaan Industrial Revolution (IR) 4.0 serta capaian kepada teknologi terbaharu seperti 5G. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri telah membuat perbincangan bersama pihak Digital Nasional Berhad (DNB) syarikat tujuan khas (SPV) Kerajaan Persekutuan disebalik pembangunan infrastruktur rangkaian 5G di

279

Malaysia pada 20 Oktober 2021 yang lalu. Pihak DNB telah berkongsi perancangan pelaksanaan 5G di Pulau Pinang dan proses tersebut dijangka akan bermula pada awal tahun 2022 melibatkan 151 tapak iaitu 94 tapak di daerah Timur Laut dan 57 tapak di daerah Barat Daya. Pelaksanaan 5G di Negeri Pulau Pinang juga akan mula dilaksanakan di kawasan Pulau terlebih dahulu dengan keutamaan pelaksanaan adalah di kawasan George Town.

Bagi memastikan ketersediaan jalur lebar bertaraf 5G di seluruh Negeri Pulau Pinang, Kerajaan Negeri juga telah merangka Pelan Kesalinghubungan Negeri Pulau Pinang atau Penang Connectivity Master Plan (PCMP) selaras dengan aspirasi negara melalui perancangan Jalinan Digital Negara (JENDELA) bersama-sama dengan sembilan (9) syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi.

Strategi pelaksanaan PCMP ini merangkumi aspek pembangunanninfrastruktur telekomunikasi, pengurusan tadbir urus yang lebih cekap dan peningkatan kesedaran awam terhadap pembangunan infrastruktur telekomunikasi 5G di Negeri Pulau Pinang. Bagi pengukuhan infrastruktur telekomunikasi di seluruh Negeri Pulau Pinang, Kerajaan Negeri turut menyediakan insentif memudah cara kepada syarikat telekomunikasi bagi merancakkan pembangunan jaringan telekomunikasi di Pulau Pinang. Melalui perancangan PCMP, Kerajaan Negeri telah menetapkan 20 Inisiatif Strategik bagi mencapai enam (6) Indeks Prestasi Utama (KPI) dalam usaha menaik taraf infrastruktur telekomunikasi ke arah 5G seperti berikut:

(i) 100% ketersediaan kelajuan gigabit di Ibu Negeri dan kawasan berimpak tinggi di Pulau Pinang menjelang tahun 2023;

(ii) 50% premis di kawasan berimpak rendah tersedia dengan capaian sehingga 500 Mbps menjelang tahun 2025;

(iii) Ketersediaan 100% rangkaian gentian fiber optik di sekolah, hospital, perpustakaan, balai polis dan pejabat pos menjelang tahun 2025;

(iv) Kelajuan purata jalur lebar mudah alih 50 Mbps di 100% kawasan berpenduduk menjelang tahun 2025;

(v) Drop Call Rate (DCR) kurang daripada 3% dan Call Setup Successful Rate (CSSR) sama atau melebihi 95% di kawasan Green Connector di Pulau Pinang menjelang tahun 2023; dan

(vi) 90% jumlah aduan mengenai struktur telekomunikasi di Negeri Pulau Pinang dapat diselesaikan.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah menubuhkan Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas 5G atau 5G Task Force Negeri Pulau Pinang bagi membincang, memberi cadangan, menimbang, dan mengesyorkan cadangan teknikal daripada pihak penyedia perkhidmatan telekomunikasi berkaitan isu-isu penyediaan infrastruktur 5G di Negeri Pulau Pinang.

280

27. Bantuan COVID-19.

(a) Senaraikan secara teliti bantuan yang telah disalurkan oleh Kerajaan Negeri sebagai usaha melawan COVID-19, termasuk bantuan kepada petugas barisan hadapan sehingga kini.

(b) Apakah perancangan bantuan yang akan disalurkan oleh Kerajaan Negeri terutamanya pada peringkat endemik COVID-19 ini?

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

27. (a) Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan keseluruhan berjumlah RM191.21 juta untuk membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19. Peruntukan ini merangkumi lima (5) fasa Pakej Bantuan Khas (Penang Lawan COVID-19) berjumlah RM176.44 juta dan insentif tambahan tahun 2021 berjumlah RM14.77 juta.

Maklumat peruntukan yang disalurkan adalah seperti berikut:

Tahun Pakej Bantuan Khas

(Penang Lawan Covid-19)

Peruntukan

(RM juta)

2020

Fasa 1 75.06

Fasa 2 76.07

2021

Fasa 3.0 10.88

Fasa 3.1 10.33

Insentif Tambahan 14.77

Jumlah Keseluruhan RM191.21

Kerajaan Negeri telah menyediakan bayaran Bantuan Khas Kewangan secara one-off sebanyak RM300.00 kepada kakitangan barisan hadapan sebagai tanda penghargaan ke atas peranan mereka dalam menangani pandemik COVID-19. Bantuan ini disediakan di bawah Pakej Bantuan Khas (Penang Lawan COVID-19) Fasa 1 dan 2 pada tahun 2020.

Senarai bantuan yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri secara terperinci adalah seperti di LAMPIRAN A.

Kerajaan Negeri telah menyediakan Bajet Tahun 2022 dengan mengambilkira pelan pemulihan negeri pasca COVID-19. Kerajaan Negeri akan memperuntukkan bajet bagi sektor-sektor yang terjejas akibat pandemik ini seperti pelancongan, supaya ia dapat kembali pulih dengan segera. Maklumat lanjut perancangan bajet tahun 2022 akan dibentangkan oleh YAB Ketua Menteri dalam sidang DUN akan datang.

281

282

283

284

285

286

287

288

289

290

291

292

293

294

295

296

V. Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Apakah pelan Kerajaan Negeri untuk mencepatkan proses mendapatkan dan mengedarkan dos penggalak vaksin COVID-19 kepada penduduk dalam negeri?.

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

1. Bagi mencepatkan proses mendapatkan dan mengedarkan dos penggalak vaksin COVID-19 (dos booster) kepada penduduk dalam negeri ini adalah diarahkan untuk mengoptimakan penglibatan pihak swasta terutamanya klinik-klinik swasta. Pihak Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang sedang bekerjasama dengan pihak PH Corp bagi meningkatkan penglibatan fasiliti swasta dari segi bilangan dan juga penambahan dos di fasiliti yang sedang melaksanakan pemberian dos penggalak (booster).

Sehingga 22 November 2021, jumlah penerima dos penggalak vaksin di Pulau Pinang adalah 43,168 orang. Berikut disertakan bilangan penerima dos booster di negeri lain di Malaysia seperti di Lampiran A

Setakat 22 November 2021 bagi negeri Pulau Pinang, terdapat 78 klinik swasta dan 8 hospital swasta yang terlibat dalam pemberian vaksin Covid-19.

Mulai 22 Nov 2021, mereka yang ingin mendaftar sebagai backup list di Fasiliti Kesihatan Swasta (Pulau Pinang ada 78 Klinik Swasta dan 8 Hospital Swasta dan PPV Offsite Sunshine di bahagian pulau) boleh hubungi PPV yang di senaraikan di laman web ProtectHealth : https://vaksincovid.protecthealth.com.my/find

Ini terbuka kepada penerima dos penggalak yang layak (40 tahun ke atas, warga emas, 18 tahun ke atas yang komorbid, Frontliners) / belum menerima vaksin / terlepas dos kedua. Buat masa ini hanya Vaksin Pfizer yang ditawarkan.

Senarai fasiliti swasta yang terlibat dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bagi Negeri Pulau Pinang adalah seperti di Lampiran B. Kenyataan Media dari ProtectHealth seperti di Lampiran C.

297

LAMPIRAN A

NEGERI-NEGERI

DAILY BOOSTERS

(setakat 22

November 2021,

11:59pm)

JUMLAH

BOOSTERS

(setakat 22

November 2021,

11:59am)

1. SARAWAK 16 690 491 645

2. KLANG VALLEY 34 282 442 156

3. PERAK 5 262 88 465

4. JOHOR 6 854 86 259

5. SABAH 3 024 81 187

6. NEGERI

SEMBILAN

5 356 69 299

7. MELAKA 3 623 68 181

8. KELANTAN 2 934 64 810

9. KEDAH 5 472 59 843

10. PAHANG 1 978 43 404

11. PULAU PINANG 4 485 43 168

12. TERENGGANU 1 692 20 010

13. LABUAN 445 8 072

14. PERLIS 66 4 841

Source : COVIDNow

298

Senarai Fasiliti Swasta yang Terlibat dalam Program Imunisasi

Covid-19 Kebangsaan (PICK) bagi Negeri Pulau Pinang

Hospital swasta

Bil. Hospital Swasta Daerah

1 Gleneagles Penang Timur Laut

2 Hospital Lam Wah Ee Timur Laut

3 Loh Guan Lye Specialists Centre Timur Laut

4 Optimax Eye Specialist Hospital

(Penang) Timur Laut

5 Georgetown Specialist Hospital Timur Laut

6 BP Radiology Centre Timur Laut

7 Pantai Hospital Penang Barat Daya

8 KPJ Penang Specialist Hospital Seberang Perai Tengah

Klinik swasta

Bil. Klinik Swasta Daerah

1 Qualitas Health Klinik Sentosa

Timur Laut

2 Klinik Aman

3 O2 Klinik (Ayer Itam)

4 Khong Klinik

5 Klinik Harmony

6 O2 Klinik (Jelutong)

7 Klinik Huang

8 Osel Clinic Straits Quay

9 Osel Clinic Macalister

10 O2 Klinik (Tanjung)

11 Klinik Bersatu Georgetown 24 Jam

12 O2 Klinik (Heritage)

13 Klinik Perubatan The Pearl

14 Klinik Bayan Medic

15 Poliklinik Bagan

16 Klinik Famili

17 Poliklinik Panmedik

299

18 Klinik Health Plus

19 Klinik Mediviron

20 Klinik Singapore

21 Klinik Bersatu Bayan Baru

Barat Daya

22 Klinik Aman

23 Klinik Medicris

24 O2 Klinik (Summerton)

25 Plux Health Clinic

26 Klinik Seri Pulau

27 Menara Medical Clinic

28 Klinik Menara (Penang)

29 O2 Klinik (Relau)

30 Klinik Ihealth

31 Bayan Medic

32 Klinik Medilife

33 Klinik Perubatan Tanah Melayu

34 Klinik Singapore

35 Qualitas Health Klinik IMA

36 Klinik Topcare (Alma) Sdn Bhd

Seberang Perai

Tengah

37 Poliklinik Public

38 Klinik Unicare

39 Klinik Bersatu

40 Klinik IHealth

41 Klinik 1 Utama

42 Klinik Pakar Dr. K. K. Tan

43 BP Diagnostik

44 Klinik Joe Fernandez

45 Klinik Caring

46 O2 Klinik (Bukit Mertajam)

47 Poliklinik HL

48 Klinik Bersatu 16 Jam

49 Klinik Dr KO

50 Kinik Alwi dan Chandran

51 Klinik Wong

52 Klinik Ikhtiar (Cawangan Penanti)

53 O2 Klinik (Raja Uda)

300

54 BP Diagnostic

Seberang Perai

Utara

55 Klinik Ima

56 Klinik 1 Utama

57 Poliklinik Public

58 IG Clinic

59 Caring Clinic

60 Klinik Bersatu 16 Jam

61 Klinik Rawatan Dr. Mahmud

Cawangan Butterworth

62 Poliklinik Bagan

63 Poliklinik Dr Azhar dan Rakan-

Rakan (Cawangan Bagan Ajam)

64 Poliklinik GY

65 Klinik Putra

66 Klinik Mika

Seberang Perai

Selatan

67 Clinic Medi-Genesis

68 Klinik Eco Medic

69 Poliklinik Lourdes

70 Poliklinik Pekaka

71 Klinik Tasek Mutiara Sdn Bhd

72 Pluxhealth Clinic 24 Jam

73 Klinik Jaaya

74 Klinik Jawi

75 Klinik Lim

76 Klinik Dr. Dashindar Singh

77 Klinik Joe Fernandez

78 Peoples Clinic

301

LAMPIRAN C

302

.

303

2. Bagaimanakah Kerajaan Negeri hendak memastikan kadar vaksinasi tinggi untuk semua pelajar di mana-mana jenis sekolah?

(a) Adakah Kerajaan Negeri akan meminta pertolongan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ataupun pertubuhan kebajikan untuk menolong dalam proses vaksinasi ini?.

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

2. Bagi memastikan kadar vaksinasi tinggi untuk semua pelajar di mana-mana jenis sekolah Kerajaan Negeri melibatkan Jabatan Pendidikan Negeri, Jabatan Kesihatan, PIBG, ADUN dan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan.

(a) Sehingga 22 November 2021 bagi negeri Pulau Pinang, prestasi pemberian vaksin COVID-19 untuk remaja 12 hingga 17 tahun (Sumber : COVIDNOW) adalah seperti berikut:

Dos 1 130,717 (92.4%)

Dos 2 124,825 (88.2%)

Data ini merangkumi pelajar daripada sekolah yang berdaftar di bawah Jabatan Pendidikan Negeri dan institusi yang berdaftar di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) iaitu sekolah menengah agama rakyat, tahfiz serta pondok.

Bagi memastikan remaja daripada kalangan warga asing turut diberi vaksin, Jabatan Kesihatan Negeri telah bekerjasama dengan UNHCR dan Medic Sans Frontier supaya golongan ini tidak tercicir. Lampiran A menunjukkan prestasi vaksin kepada sekolah berdaftar JPN dan sekolah agama sehingga 16 November 2021.

304

LAMPIRAN A

305

306

307

3. Apakah pendekatan Kerajaan Negeri untuk memastikan tenaga pengajar dan staf di sekolah-sekolah patuh kepada arahan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang mewajibkan mereka divaksin sepenuhnya?

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

3. Guru dan staf di sekolah adalah tertakluk kepada peraturan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Sehubungan dengan itu, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) telah pun mengenal pasti dan menguruskan maklumat dan data berkaitan pegawai, guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana yang belum divaksin termasuk yang tidak divaksin atas sebab kesihatan dan menolak divaksin.

JPNPP akan memastikan semua arahan JPA melalui Surat Perkeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2021 [JPA.100-1/4/2 (18)], Dasar Pelaksanaan Imunisasi COVID-19 bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan bertarikh 18 Oktober 2021 akan dipatuhi sepenuhnya.

4. Bagaimanakah pelan Kerajaan Negeri untuk menggalakkan pelaburan baru dalam sektor pelancongan perubatan (medical tourism) supaya tahap teknologi dan perkhidmatan kekal bersaing dengan negara-negara serantau yang lain?.

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

4. Keutamaan sekarang adalah untuk melaksanakan pelan pemulihan bagi sektor pelancongan terutamanya domestik bagi memastikan semua pelancong dan pengunjung lebih berkeyakinan untuk berkunjung ke Pulau Pinang. Kerajaan Negeri sentiasa menggalakkan pelaburan baru dalam sektor pelancongan perubatan selaras dengan Pelan Induk Pelancongan Pulau Pinang untuk memastikan tahap teknologi dan perkhidmatan kekal bersaing dengan negara-negara serantau.

Ini adalah penting supaya Negeri Pulau Pinang dapat mengekalkan kedudukannya yang mendahului carta dalam hasil pelancongan perubatan dan meraih RM750.0 juta daripada 500,000 orang pesakit yang melancong ke negeri ini pada tahun 2019 menurut Malaysia Healthcare Travel Industry Blueprint 2021 - 2025.

Pulau Pinang telah diiktiraf oleh Malaysia Healthcare Travel Industry Blueprint 2021 - 2025 sebagai negeri yang paling berkebolehan bagi pelancongan perubatan kerana menawarkan perkhidmatan yang terbaik dengan bilangan hospital yang agak sedikit jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain di Malaysia.

5. Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk menangani masalah kekurangan tenaga kerja dalam industri-industri seperti kedai-kedai makan dan pusat pelancongan memandangkan lebih banyak sektor ekonomi akan kembali giat dalam jangka masa terdekat?

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

5. Sektor pelancongan merupakan antara sektor yang menghadapi masalah kekurangan tenaga kerja dan terjejas teruk akibat Pandemik COVID-19. Ramai pekerja di sektor ini kehilangan pekerjaan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bagi mengekang penularan jangkitan COVID-19. Kedai-kedai makan juga menghadapi masalah ini. Mereka yang kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan daripada sektor ini telah mencari pekerjaan di sektor lain seperti di sektor pembuatan. Kebanyakan tidak berminat untuk kembali ke sektor ini walaupun ditawarkan gaji yang menarik. Selain itu, kebanyakan tenaga kerja di kedai makan dan pusat pelancongan adalah terdiri daripada pekerja asing di mana ramai pekerja asing telah kembali ke negara asal mereka sewaktu seluruh dunia dilanda wabak COVID-19. Pengambilan semula golongan ini tertakluk kepada keputusan Kerajaan

308

Persekutuan. Namun begitu, Kerajaan Negeri mengambil inisiatif dalam menangani masalah kekurangan tenaga kerja dengan tindakan-tindakan seperti berikut:

(i) Kerajaan Negeri Pulau Pinang menerusi Pusat Bantuan Kerjaya dan Bakat Pulau Pinang (Pusat CAT) telah melaksanakan pemadanan kerja secara berkumpulan (group job matching) untuk membantu pencari kerja dengan menjalankan pemadanan jawatan bersesuaian apabila menerima permintaan daripada majikan / syarikat;

(ii) Laman sesawang Pusat CAT menjadi satu titik tumpuan kepada majikan dan juga pencari kerja. Melalui perkhidmatan percuma laman sesawang Pusat CAT ini, pihak majikan dapat mempromosi peluang pekerjaan yang ditawarkan manakala pencari kerja juga dapat memohon pekerjaan yang ditawarkan menerusi laman sesawang tersebut;

(iii) Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Pusat CAT terus memainkan peranannya untuk meningkatkan pertumbuhan sumber manusia melalui kempen My Penang, My Workplace yang bertujuan untuk membantu golongan yang hilang pekerjaan dan sumber pendapatan. Di bawah kempen ini terdapat beberapa siri webinar bertajuk Onwards & Upwards: Explore New Careers in Penang telah dianjurkan oleh Pusat CAT yang disertai oleh syarikat-syarikat di Pulau Pinang bagi memberi perkongsian kepada pencari kerja;

(iv) Bekerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dalam membantu pencari kerja melalui program-program seperti latihan, kaunseling, insentif kewangan dan lain-lain;

(v) Bekerjasama dengan agensi-agensi lain untuk mempromosikan maklumat tentang peluang pekerjaan yang tersedia seperti dengan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) bagi program-program seperti NCER Strategic Intervention Programme, empowerNCER, JomKerja dan JomNiaga di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan TalentCorp untuk program Career Comeback.

(vi) Menggalakkan syarikat-syarikat di Negeri Pulau Pinang untuk mengadaptasi teknologi Industri 4.0 dalam operasi mereka. Penggunaan teknologi seperti automasi (automation) khususnya dalam proses kerja yang berkemahiran rendah (low-skilled work process) dapat mengurangkan kebergantungan syarikat terhadap tenaga buruh.

(vii) Menyampaikan maklumat insentif dan advokasi polisi-polisi Kerajaan Persekutuan yang membantu untuk mengurangkan keperluan tenaga kerja tidak mahir. Sebagai contohnya, dana Domestic Investment Strategic Fund (DISF), geran-geran penaikan taraf proses pembuatan, geran automasi dan polisi Industry4wrd yang disediakan oleh pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta Malaysian Investment Development Authority (MIDA) dapat membantu para pengilang untuk menaik taraf sebahagian daripada proses pembuatan mereka ke tahap automatik dan secara langsung mengurangkan keperluan tenaga kerja.

309

6. Apakah pendirian atau pelan Kerajaan Negeri terhadap pengambilan semula pekerja asing untuk memenuhi keperluan tenaga kerja mahir dan tidak mahir dalam sektor-sektor seperti pembuatan, pemborongan dan peruncitan?

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

6. Pengambilan pekerja asing adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan maka pendirian Kerajaan Negeri perlu selari dengan ketetapan dan peraturan Kerajaan Persekutuan berkaitan pengambilan semula pekerja asing. Namun begitu, Kerajaan Negeri telah mengambil tindakan-tindakan proaktif dalam memastikan keperluan tenaga mahir dan tidak mahir tidak terjejas seperti perincian berikut:

(i) Menubuhkan Penang Science Cluster (PSC) untuk orang awam belajar, berinteraksi dan menjalankan aktiviti berkaitan dengan bidang sains dan teknologi. Antara aktiviti utama yang dijalankan oleh PSC untuk mempersiapkan pelajar dan orang awam dengan kemahiran seperti robotik dan pengekodan adalah program TechMentor, Penang International Science Fair (PISF), Science Café dan inisiatif Coding-For-All dan MakerLab;

(ii) Menubuhkan Creative Animation Trigger (@CAT) untuk mempromosi bidang sains, teknologi dan animasi kreatif di negeri ini. @CAT bertempat di Wisma Yeap Chor Ee dan berfungsi mempercepatkan penubuhan serta pertumbuhan syarikat-syarikat kreatif baharu berasaskan teknologi, memupuk bakat-bakat baharu dalam bidang cloud computing, aplikasi teknologi, big data analytics (BDA) dan internet of things (IOT);

(iii) Menubuhkan Tech Dome Penang (TDP) di KOMTAR bagi memupuk minat dalam bidang sains, inovasi teknologi dan keusahawanan. TDP menyediakan platform kepada semua lapisan masyarakat untuk menerokai keajaiban sains dan teknologi serta menganjurkan program-program seperti kem sains, pameran sains, bengkel dan seminar pendidikan yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat;

(iv) Bekerjasama dengan Penang Skills Development Centre (PSDC) yang memainkan peranan untuk melatih modal insan dalam pelbagai bidang kemahiran bagi memenuhi kehendak industri berasaskan teknologi tinggi di negeri ini. Antara program khusus yang menjadi agenda utama Kerajaan Negeri melalui PSDC ialah dalam bidang Teknologi Pemesinan Kepersisan, Kejuruteraan (Komputer, Elektronik, Mekatronik, Telekomunikasi) dan Teknologi Pembuatan (CAD/CAM). Berdasarkan rekod PSDC, 99 peratus pelajar PSDC daripada program Aplikasi Kejuruteraan, Diploma dan Sijil Kejuruteraan telah ditawarkan pekerjaan sebelum tamat pengajian terutama dari syarikat-syarikat sektor perindustrian yang merupakan ahli PSDC; dan

(v) Kerajaan Negeri juga telah membangunkan sistem pendidikan vokasional ala Negara Jerman iaitu Malaysian Meister Program (MMP) di Negeri Pulau Pinang. Melalui sistem ini, pusat latihan akan didirikan di kilang-kilang serta syarikat-syarikat perniagaan terpilih bagi membolehkan pelajar mempelajari teori dan praktikal serentak.

310

7. Apakah strategi Kerajaan Negeri untuk membantu pusat pelancongan eco-tourism seperti The Habitat dan Tropical Spice Gardens kembali beroperasi dan meneruskan usaha pemeliharaan alam mereka selepas menerima impak kewangan yang teruk sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini?

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

7. Kerajaan Negeri memang menggalakkan pembangunan ekopelancongan (eco-tourism) memandangkan ia dapat menyumbang kepada pembangunan pelancongan bagi Negeri Pulau Pinang.

Kerajaan Negeri prihatin dengan impak kewangan yang dihadapi oleh operator susulan pandemik COVID-19. Kerajaan Negeri telah mengecualikan beberapa bayaran konsesi bagi tahun 2020 dan 2021 bagi membolehkan operasi projek diteruskan. Kerajaan Negeri telah menyalurkan bantuan melalui pinjaman tanpa faedah seperti Skim PEKA Pelancongan dan subsidi bil Tenaga Nasional Berhad kepada pusat-pusat pelancongan tersebut.

Inisiatif-inisiatif ini adalah untuk membantu mereka membayar gaji kepada pekerja dan pemeliharaan alam sekitar terus dijaga.

Pelbagai perancangan dan strategi telah diaturkan untuk mempergiatkan aktiviti promosi dan pemasaran kepada pelancong domestik dan antarabangsa sementara menunggu pembukaan sempadan negara.

8. Bagaimanakah strategi Kerajaan Negeri untuk menggalakkan kebolehpasaran golongan belia dalam negeri, terutamanya golongan graduan baru supaya mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan mereka?.

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

8. Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Jawatankuasa MMK Belia dan Sukan serta Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) menggerakkan Pelan Tindakan Pembangunan Ekonomi Belia Negeri Pulau Pinang Pasca COVID-19 yang menggariskan 5 Objektif dan 10 Strategi.

Usaha yang telah dijalankan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui pihak Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) bagi menggalakkan kebolehpasaran golongan belia dalam negeri, terutamanya golongan graduan baru supaya mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan mereka berdasarkan Pelan Tindakan berkenaan adalah seperti jadual berikut:

OBJEKTIF DAN STRATEGI PELAKSANAAN / PROGRAM

O1

Membantu mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan belia dengan membantu mereka mendapatkan pekerjaan

Program perantisan di bawah Program Penang Young Digital Talent

Konsep pembelajaran berasaskan kerja merupakan gabungan latihan tempat kerja melalui pembelajaran berasaskan kelas yang bertujuan untuk mengurangkan ketidaksesuaian kemahiran yang dipelajari dengan menyediakan belia dengan kemahiran dan pengalaman yang lebih praktikal.

311

S2

Menggalakkan penyertaan golongan belia dalam program latihan industri dan perantisan serta gig

Sehubungan dengan itu, satu program pensijillan yang melayakkan golongan belia menerima sijil yang diperakui oleh Kerajaan Negeri dan pihak industri telah dilaksanakan iaitu Penang Young Digital Talent Programme.

Program ini menawarkan modul teras dan modul kemahiran insaniah kepada peserta di mana mod pembelajaran ilmu dan kemahiran ini adalah dijalankan secara teori. Selain itu, para peserta juga perlu menjalani sesi praktikal untuk memastikan mereka mempraktikkan segala ilmu yang telah dipelajari. Melalui corak pembelajaran sebegini, para peserta lebih terdedah dengan pengalaman yang lebih menyeluruh serta lebih efektif dalam meningkatkan pembangunan kendiri mereka khususnya dalam kursus yang telah diminati.

O2

S3

Menggalakkan kemasukan golongan belia ke sistem pendidikan tertiari dan memperkukuhkan potensi serta kualiti mahasiswa-mahasiswi

Memperkukuh kerjasama bersama Institut Pendidikan Tinggi dan Industri

Pemeteraian MoU antara PYDC dengan IPT

Setakat ini, Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) telah menandatangani Mutual of Understanding (MoU) / Certification of Collaboration (CoC) bersama 14 buah Institut Pengajian Tinggi. Senarai adalah seperti berikut:

1. Universiti Sains Malaysia (USM)

2. UOW Malaysia KDU Penang University

College;

3. Penang Skills Development Center

(PSDC);

4. Han Chiang University College;

5. SEGi College Penang ; dan

6. Tunku Abdul Rahman University College

(TARUC).

7. Politeknik Seberang Pra

8. UNITAR International University.

9. IPK College Penang;

10. Management and Science University,

Penang (MSU);

312

11. INTI International College Penang;

12. DISTED College Penang;

13. Peninsula College Penang; dan

14. Advance Tertiary College.

Dengan pemeteraian MoU tersebut, ia bertujtuan:

i. Membangunkan, membantu dan mendorong penyelidikan, pendidikan, pemindahan kemahiran, pertukaran pelajar, keusahawanan, pencungkilan bakat, kerjaya graduan dan pembangunan program pemerkasaan

belia secara holistik;

ii. Menggalakkan perkongsian sumber antara kedua-dua pihak termasuklah kepakaran, infrastruktur, kelengkapan

dan sebagainya;

iii. Sebagai platform perkongsian pengalaman dan meluaskan perspektif para pelajar dalam pelbagai bidang yang

dipersetujui; dan

iv. Menetapkan rangka kerja umum dalam hubungan akademik bagi membincangkan skop akademik dan industri dalam kalangan pelajar.

O3

S5

Meningkatkan kebolehpasaran golongan belia dan menggalakkan penyertaan mereka dalam program pembelajaran sepanjang hayat

Meningkatkan kemahiran teknikal golongan belia

Program Reskilling, Upskilling & New Skilling: PYDC Essential Skills

PYDC telah menganjurkan program Reskilling, Upskilling & New Skilling: PYDC Essential Skills Programme. Program ini menawarkan modul untuk meningkatkan kebolehpasaran golongan belia yang sedang menganggur.

Selain itu, inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan kebolehpasaran golongan belia terutamanya golongan graduan baharu dan menggalakkan penyertaan mereka dalam program pembelajaran sepanjang hayat melalui pembangunan kemahiran insaniah. Ini bagi memenuhi kehendak majikan agar golongan belia dapat menyesuaikan diri dalam semua jenis pekerjaan dan kemahiran. Kemahiran insaniah atau “soft skills” ini berserta pengetahuan akan

313

Dengan pelaksanaan inisiatif-inisiatif sebegini, Kerajaan Negeri melalui PYDC bekerjasama dengan pemain industri dan pihak swasta untuk membangunkan modal insan dan membantu golongan belia tempatan dalam meningkatkan kebolehpasaran mereka.

S6

Melengkapkan kemahiran insaniah golongan belia

menjadi nilai tambah untuk mereka menyiapkan diri ke alam pekerjaan.

Program Exabytes Digitalise Penang for Youth dengan kerjasama PYDC

Program ini bertujuan untuk merancakkan pembangunan dan transformasi digital dalam kalangan belia. Program ini menawarkan sebanyak 1,000 peluang kepada pelajar dari seluruh Malaysia yang berumur dari 15 hingga 35 tahun untuk mempelajari menggunakan Web Hosting atau Virtual Private Server (VPS) secara percuma selama satu (1) tahun yang ditaja sepenuhnya oleh Exabytes Sdn Bhd. Ini bakal memanfaatkan anak-anak muda terutamanya yang bukan berlatarbelakangkan dalam bidang teknologi informasi dan seumpamanya. Para peserta yang layak boleh menggunakan platform ini sebaik mungkin sama ada untuk tujuan peribadi ataupun perniagaan dan sekali gus memastikan para belia kita tidak ketinggalan dalam kecanggihan zaman teknologi ini.

Career Readiness Workshop

Bengkel kerjaya ini dianjurkan agar para belia dapat menguasai dan menyedari tentang kepentingan serta pendedahan awal mengenai alam pekerjaan. Sokongan dan bantuan diberikan kepada mereka termasuk Career Readiness Workshop untuk membantu belia yang kehilangan pekerjaan. Bengkel ini dianjurkan bagi membimbing peserta mengenal pasti bidang kerjaya yang mereka minati.

Selain itu, inisiatif ini dijalankan bagi membina personaliti dan ketrampilan para peserta supaya lebih presentable dan membina kemahiran menulis portfolio kerjaya resume.

314

9. Apakah inisiatif Kerajaan Negeri dalam memperkasakan pendidikan dan penyertaan dalam bidang politik melibatkan golongan belia?

(a) Adakah Kerajaan Negeri akan mengadakan lebih banyak program seperti Sidang Muda dan Sidang Wanita di peringkat kawasan Parlimen masing-masing di seluruh Negeri Pulau Pinang?.

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

9. Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) telah mengadakan beberapa inisiatif untuk meningkatkan penyertaan belia dalam politik. Berlandaskan pembangunan sisal dalam inisiatif “Belia Untuk Masa Depan” “Youth For Future”, pendekatan yang diambil oleh Kerajaan Negeri juga adalah berasaskan pemerkasaan pendidikan dan penyertaan. Antara usaha yang telah diambil termasuklah:

(i) Kerajaan Negeri Pulau Pinang meluluskan cadangan bagi penetapan kuota dua orang belia dalam keanggotaan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK),

(ii) Dewan Undangan Negeri (DUN) meluluskan pindaan Enakmen Perlembagaan Negeri Pulau Pinang (Pindaan) 2021 bagi had umur calon kerusi DUN diturunkan daripada 21 kepada 18 tahun,

(iii) penganjuran Sidang Muda dan (iv) Program Calon 18: Penang Edition.

Penetapan kuota dua (2) orang belia ini dalam keanggotaan MPKK dapat membantu pemuda-pemudi tempatan untuk bersama-sama Kerajaan Negeri dalam menyuarakan isu-isu berbangkit serta menggerakkan program-program pembangunan belia dalam kawasan berkaitan di samping dapat menerapkan nilai-nilai nilai kepimpinan dalam diri mereka. Penglibatan golongan belia dalam MPKK mampu dijadikan sebagai titik permulaan atau medium dalam membentuk mereka sebagai pemimpin yang mampan.

Dengan penurunan had usia calon ADUN daripada 21 tahun ke 18 tahun di Negeri Pulau Pinang, golongan belia juga diberi peluang untuk memainkan peranan kritikal dalam dasar-dasar kerajaan kerana mereka adalah generasi yang bakal menentukan hala tuju negara pada masa hadapan. Kaji selidik yang dijalankan berhubung cadangan penurunan had umur sebelum ini mendapati seramai 2,661 daripada 3,475 responden, iaitu 65.06 peratus golongan belia menyokong.

Bagi inisiatif Sidang Muda, Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui PYDC dengan sokongan Pejabat Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan Sidang Muda bagi tujuan pendidikan pendemokrasian yang menekankan nilai kesedaran sivik, demokrasi dan kewarganegaraan serta mendedahkan dan meningkatkan penyertaaan belia dalam proses membuat dasar/keputusan di peringkat negeri.

Program Sidang Muda merupakan satu siri program yang merangkumi:

(i) Bengkel Demokrat Muda yang mengutamakan bengkel latihan untuk melengkapkan para belia dengan teori dan konsep asas demokrasi dan politik;

(ii) Bengkel Persediaan Sidang Muda yang memberi fokus kepada penyediaan sebelum memasuki ke persidangan Sidang Muda; dan

(iii) Persidangan Sidang Muda yang memberi peluang untuk beraksi sebagai Ahli Sidang Muda dan membahas di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

315

Kandungan perbincangan sepanjang persidangan Sidang Muda disusunkan dan hantar kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan agensi yang berkaitan untuk rujukan dan tindakan yang selanjutnya.

Selain daripada tiga (3) aktiviti utama yang telah dikendalikan, PYDC turut membuka peluang kepada semua Alumni Bengkel Demokrat Muda untuk mencadangkan projek ataupun program yang ingin dianjurkan di kawasan atau komuniti masing-masing dan menghantar kertas kerja kepada PYDC untuk tindakan lanjut. Inisiatif ini mampu memperkasakan para belia untuk menyumbang kepada masyarakat dan komuniti secara aktif.

Manakala bagi Program Calon 18: Penang Edition, ia merupakan program pembinaan kapasiti secara maya yang dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Undi18. Program ini bertujuan untuk memperkenalkan golongan belia berumur dari 18 hingga 30 tahun mengenai landskap politik negara serta memperkasakan anak muda dalam kepemimpinan masyarakat. Program ini juga bertujuan untuk melatih anak muda Pulau Pinang yang berpotensi untuk menjadi wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat.

Calon18: Penang Edition ini akan dijalankan sebagai sebuah siri bengkel yang menyeluruh dengan topik yang berlainan dan akan dikendalikan oleh pakar dalam bidang yang berkaitan.Antara topik bengkel adalah seperti berikut :

(i) Proses Pengumpulan Dana dan Pembiayaan Politik;

(ii) Prosedur Parlimen;

(iii) Proses Penggubalan Dasar Kerajaan Persekutuan;

(iv) Memahami Belanjawan Nasional;

(v) Pengenalan kepada Reformasi Institusi;

(vi) Kempen Digital; dan

(vii) Berkomunikasi dengan Pihak Media.

Bagi golongan Wanita Pulau Pinang pula, Kerajaan Negeri telah menyediakan platform untuk memperkasakan golongan wanita, termasuk belia wanita di Pulau Pinang. Antaranya adalah melalui Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga (JPWK) yang ditubuhkan di setiap 40 Kawasan Ahli Dewan Undangan Negeri (KADUN) bagi mempergiatkan usaha untuk merancang dan melaksanakan program berteraskan pembangunan wanita dan keluarga dalam pelbagai bidang seperti hak wanita, kekeluargaan, keibubapaan, pembangunan kanak-kanak, pembangunan ekonomi dan sebagainya di peringkat komuniti.

Sepanjang tempoh pandemik COVID-19 ini juga, pihak JPWK masih aktif dalam menganjurkan program pemerkasaan wanita, terutama secara dalam talian yang turut melibatkan wanita-wanita belia. Pada tahun 2021, terdapat 352 program pemerkasaan wanita telah diadakan iaitu seperti di Lampiran A.

(i) Kerajaan Negeri melalui PYDC akan terus berusaha mengadakan lebih banyak program dan penyertaannya dibuka untuk semua pemuda dari kawasan masing-masing supaya demografi peserta lebih inklusif.

Permohonan untuk Bengkel Sidang Muda dan Calon18: Penang Edition yang lepas turut dibuka kepada semua ADUN untuk mencalonkan sekurang-kurangnya seorang belia bagi menyertai program tersebut supaya penglibatan belia meliputi semua KADUN. Golongan tertentu Orang Kelainan Upaya (OKU), Orang Asli dan B40 turut diberi keutamaan menyertai bengkel ini.

316

Antara program yang masih dalam perancangan pula adalam seperti berikut:

(a) Penempatan Ahli Sidang Muda di Pusat Khidmat KADUN;

(b) Kempan Calon 18,

(c) Pendaftaran Pemilih Automatik; dan

(d) Kempen Kesedaran Umur 18 Jadi Calon.

Sidang Wanita diadakan pada tahun 2020 sebagai satu platform khas untuk wanita Pulau Pinang mengasah dan mengetengahkan bakat dalam bidang kepimpinan terutamanya dalam arena politik. Program ini dirangka khas untuk wanita bagi meningkatkan pengetahuan dan pengalaman dalam bidang tugas wakil rakyat serta perjalanan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN). Struktur program ini dibina secara komprehensif yang terdiri daripada beberapa komponen iaitu pembangunan kapasiti, latihan lapangan dan platform khas untuk peserta mengaplikasikan pengetahuan baharu.

Pulau Pinang merupakan negeri pertama di Malaysia yang mengadakan Program Sidang Wanita dengan menggunakan format Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dan menjadi model kepada negeri lain misalnya Sidang Wanita Negeri Sembilan. Lebih 400 orang peserta telah mendaftar dan disaring pada Sidang Wanita 2020. Ini menunjukkan ramai wanita berminat dalam bidang politik.

Atas kejayaan penganjuran Sidang Wanita 2020, Sidang Wanita 2.0 akan turut diadakan pada tahun ini. Seramai 275 peserta telah mendaftar dan Jelajah Sidang Wanita telah diadakan secara dalam talian pada 21 Ogos 2021. Pada 30 November 2021, seramai 51 peserta yang dipilih telah dijemput untuk menghadiri Bengkel Persediaan Perwakilan. Sidang Wanita 2.0 akan memulakan persidangan pada 4 Disember 2021 dan para peserta dijangka akan membawa usul berkaitan dengan Akta Anti Gangguan Seksual.

317

LAMPIRAN A

PROGRAM PEMERKASAAN WANITA JAWATANKUASA PEMBANGUNAN

WANITA DAN KELUARGA (JPWK) TAHUN 2021

BIL JPWK KADUN PROGRAM PEMERKASAAN WANITA

1 AIR ITAM Pengiktirafan Wanita Hebat

2 AIR ITAM Pwdc-Iwd #Choosetochallenge Video Clip Contest

3 AIR ITAM Free Mammograms Program For Women In The B40 Group With Aged 40 And Above

4 AIR ITAM Eh! Mana Duit Saya?

5 AIR ITAM

Business In The Digital World - Women's Digital Enterpreneurship Webinar Series 1- Tamil Language

6 AIR ITAM Abcd Usahawan 5.0 : Terokai Dunia Perniagaan Digital ( Bahasa Melayu )

7 AIR ITAM

Enterpreneurship Webinar Series 3 - English Language Digital Entrepreneurship In The Normal Opportunities For Change

8 AIR ITAM Webinar Series 4 - Bahasa Cina Breaking Boundaries: Women In Online Marketing

9 AIR ITAM Sokong Biz Ibutunggal

10 AIR PUTIH Wanita Yang Hebat Recognition And Iwd Pledge

11 AIR PUTIH The World Great Women 2.0

12 AIR PUTIH Pengiktirafan Wanita Hebat

13 AIR PUTIH Hari Wanita Sedunia 2021

14 AIR PUTIH Cerita Mengenai Ibu Dengan Tiga Anaknya Dan Berjaya Dalam Perniagaan

15 AIR PUTIH Pgo With Wcc (Bahasa Malaysia)

16 AIR PUTIH

Business In The Digital World- Womens Digital Enterpreneurship Webinar Series. 1. Tamil Language

17 AIR PUTIH Abcd Usahawan 5.0: Terokai Dunia Perniagaan Digital (Bahasa Malaysia)

18 AIR PUTIH

Enterpreneurship Webinar Series 3 - English Language Digital Entrepreneurship In The Normal -Opportunities For Change

19 AIR PUTIH Webinar Series 4 - Bahasa Cina, Breaking Boundaries : Women In Online Marketing

20 AIR PUTIH Smart In Technology 2 : Setup Google Business (Class 1)

21 AIR PUTIH Smart In Technology 2 : Setup Google Business (Class 2)

22 BAGAN DALAM Wanita Yang Hebat Recognition And Iwd Pledge

318

BIL JPWK KADUN PROGRAM PEMERKASAAN WANITA

23 BAGAN DALAM Pertandingan Perkongsian Klip Video #Choosetochallange

24 BAGAN DALAM Pengiktirafan Wanita Hebat

25 BAGAN DALAM Kit Cabaran Ungu

26 BAGAN DALAM Business In The Digital World - Women's Digital Entrepreneurship Webinar Series 1 - Tamil

27 BAGAN DALAM Abcd Usahawan 5.0 : Terokai Dunia Perniagaan Digital ( Bahasa Melayu )

28 BAGAN DALAM

Enterpreneurship Webinar Series 3 (English Language)- Digital Entrepreneurship In The Normal Opportunities For Change

29 BAGAN DALAM

Enterpreneurship Webinar Series 4 ( Bahasa Mandarin)- Memecah Halangan Usahawan Wanita Dalam Talian

30 BAGAN DALAM Projek Kudapan Raya 2021

31 BAGAN DALAM Smart In Teaching : Google (Class 1)

32 BAGAN DALAM Smart In Technology: Google Form (Class 2)

33 BAGAN DALAM Smart In Technology: Google Form (Class 3)

34 BAGAN DALAM Smart In Technology: Google Form (Class 4)

35 BAGAN DALAM Smart In Technology 2: Setup Google Business (Class 1)

36 BAGAN DALAM Smart In Technology 2: Setup Google Business (Class 2)

37 BAGAN DALAM Smart In Technology 2: Setup Google Business (Class 3)

38 BAGAN DALAM Smart In Technology 2: Setup Google Business (Class 4)

39 BAGAN DALAM Smart In Technology 2: Setup Google Business (Class 5)

40 BAGAN DALAM Smart In Technology 2: Setup Google Business (Class 6)

41 BAGAN JERMAL Edaran Bunga Pada Hari Wanita

42 BAGAN JERMAL

Pertandingan Perkongsian Klip Video #Memilihuntukmencabar Sambutan Hari Wanita Sedunia Peringkat Negeri Pulau Pinang 2021

43 BAGAN JERMAL Kit Cabaran Ungu

44 BAGAN JERMAL Cerita Mengenai Ibu Dengan Tiga Anaknya Dan Berjaya Dalam Perniagaan.

45 BAGAN JERMAL Edaran Kek Sempena Hari Ibu (8/5/2021~9/5/2021)

46 BAGAN JERMAL

Business In The Digital World - Women's Digital Enterpreneurship Webinar Series 1- Tamil Language

319

BIL JPWK KADUN PROGRAM PEMERKASAAN WANITA

47 BAGAN JERMAL Abcd Usahawan 5.0 : Terokai Dunia Perniagaan Digital ( Bahasa Melayu )

48 BAGAN JERMAL

Enterpreneurship Webinar Series 3 - English Language Digital Entrepreneurship In The Normal Opportunities For Change

49 BAGAN JERMAL Webinar Series 4 - Bahasa Cina Breaking Boundaries: Women In Online Marketing

50 BATU LANCANG Wanita Yang Hebat Recognition And Iwd Pledge

51 BATU LANCANG The World Great Women 2.0

52 BATU LANCANG Rakan Kongsi Strategik _ Sambutan Hari Wanita Sedunia Peringkat Negeri Pulau Pinang 2021

53 BATU LANCANG Pengiktirafan Wanita Hebat

54 BATU LANCANG Cerita Mengenai Ibu Dengan Tiga Anaknya Dan Berjaya Dalam Perniagaan

55 BATU LANCANG Projek Sokong Biz Ibu Tunggal

56 BATU LANCANG Ei! Dimanakah Duit Saya? Part 1 Chinese Version

57 BATU LANCANG My Money, My Decision

58 BATU LANCANG Business In The Deigital World - Women Digital Entrepreneurship Webinar Series 1 _ Tamil

59 BATU LANCANG

Business In The Deigital World - Women Digital Entrepreneurship Webinar Series 2 Bahasa Melayu

60 BATU LANCANG

Business In The Digital World - Women Entrepreneurship Webinar Series 3 Bahasa English

61 BATU LANCANG Webinar Series 4 - Bahasa Cina Breaking Boundaries: Women In Online Marketing

62 BATU LANCANG Project Kudapan Raya 2021

63 BATU LANCANG Smart In Technology: Google (Class 1)

64 BATU LANCANG Smart In Technology: Google (Class 2)

65 BATU LANCANG Smart In Technology: Google Business Class 1

66 BATU LANCANG Smart In Technology: Google Business Class 1

67 BATU LANCANG Smart In Technology 2: Setup Google Business Class 3

68 BATU LANCANG Smart In Technology 2: Setup Google Business Class 4

69 BATU LANCANG Project Nama: Smart In Technology 2: Setup Google Business (Class 5)

70 BATU LANCANG Smart In Technology 2: Setup Google Business Class 6

71 BATU LANCANG Money Matters For Children

72 BATU LANCANG Money Matters For Teenagers

73 BATU MAUNG Choose To Challange

74 BATU MAUNG Pengiktirafan Wanita Hebat

320

BIL JPWK KADUN PROGRAM PEMERKASAAN WANITA

75 BATU MAUNG Projek Kudapan Raya 2021

76 BATU MAUNG Cabaran Ungu With Pwdc Mac 2021

77 BATU MAUNG Wanita Jana Rezeki

78 BATU UBAN Pertandingan Perkongsian Klip Video #Memilihuntukmencabar

79 BATU UBAN Pengiktirafan Wanita Hebat

80 BATU UBAN Purple Challenge Activity Kits

81 BATU UBAN

Business In The Digital World - Women's Digital Entrepreneurship Webinar Series 1 - Tamil Language

82 BATU UBAN Abcd Usahawan 5.0 : Terokai Dunia Perniagaan Digital ( Bahasa Melayu )

83 BATU UBAN

Enterpreneurship Webinar Series 3 - English Language Digital Entrepreneurship In The Normal Opportunities For Change

84 BATU UBAN Webinar Series 4 - Bahasa Cina Breaking Boundaries: Women In Online Marketing

85 BATU UBAN Projek Kudapan Raya 2021

86 BATU UBAN #Sokong Biz Ibu Tunggal

87 BATU UBAN Wanita Jana Rezeki 2021

88 BAYAN LEPAS Sokong Biz Ibu Tunggal

89 BAYAN LEPAS Kit Cabaran Ungu

90 BERAPIT We Care, We Overcome Obstacles / Kita Keprihatinan, Kita Meredah Rintangan

91 BERAPIT Memilih Untuk Mencabar 1

92 BERAPIT Iwd E-Pledge

93 BERAPIT Wanita Hebat

94 BERAPIT Memilih Untuk Mencabar 2 - Kit Cabaran Ungu

95 BERAPIT Pengiktirafan Wanita Hebat

96 BERAPIT We Care Mothers / Kita Keprihatinan Ibu

97 BERAPIT Wanita Jana Rezeki

98 BERAPIT Aduh! Di Mana Wang Saya ?

99 BERAPIT Ceramah Literasi Kewangan

100 BERAPIT Sokong Biz Ibu Tunggal

101 BERTAM Purple Kit Challenge Sempena Iwd 2021

102 BERTAM Projek Kudapan Raya 2021

103 BERTAM Program Jom Bertani Di Rumah

104 BUKIT TAMBUN Hari Wanita Sedunia 2021

105 BUKIT TAMBUN Iwd E-Pledge

106 BUKIT TAMBUN Pertandingan Perkongsian Video Clip #Memilihuntukmencabar

107 BUKIT TAMBUN Pengiktirafan Wanita Hebat

321

BIL JPWK KADUN PROGRAM PEMERKASAAN WANITA

108 BUKIT TAMBUN Cerita Mengenai Ibu Dengan Tiga Anaknya Dan Berjaya Dalam Perniagaan.

109 BUKIT TAMBUN Sambutan Hari Ibu

110 BUKIT TAMBUN Seminar Atas Talian Tentang Pengurusan Kewangan

111 BUKIT TAMBUN Seminar Atas Talian Tentang Pengurusan Kewangan (Mandarin)

112 BUKIT TAMBUN Business In The Digital World

113 BUKIT TAMBUN Abcd Usahawan 5.0 : Terokai Dunia Perniagaan Digital

114 BUKIT TAMBUN

Enterpreneurship Webinar Series 3 - English Language Digital Entrepreneurship In The Normal Opportunities For Change

115 BUKIT TAMBUN Webinar Series 4 - Bahasa Cina

116 BUKIT TENGAH Happy Women Day

117 BUKIT TENGAH Sambutan Hari Wanita Sedunia 2021

118 DATO KERAMAT Choose To Challenge Sempena Hari Wanita Sedunia

119 DATO KERAMAT Program Pillar Of Our Life Sempena Hari Wanita Sedunia

120 DATO KERAMAT Pengiktirafan Wanita Hebat

121 DATO KERAMAT Program Kit Cabaran Ungu - Iwd 2021

122 DATO KERAMAT Managing Challenges In Life

123 DATO KERAMAT Transformation Of Women

124 DATO KERAMAT Ladies Kitchen - Zoom Cooking Class Part 1

125 DATO KERAMAT Ladies Kitchen - Zoom Cooking Class Part 2

126 DATO KERAMAT Ladies Kitchen - Zoom Cooking Class Part 3

127 DATO KERAMAT

Program Pemerkasaan Usahawan Wanita : Membantu Suri Rumah Menjana Pendapatan Di Musim Pkp Melalui Facebook Marketing - Part 6

128 DATO KERAMAT

Business In The Digital World - Women's Digital Enterpreneurship Webinar Series 1- Tamil Language

129 DATO KERAMAT Program E-Bengkel Panduan Lengkap Bina Video Marketing Animasi (Handwriting)

130 DATO KERAMAT Abcd Usahawan 5.0 : Terokai Dunia Perniagaan Digital (Bahasa Melayu)

131 DATO KERAMAT

Enterpreneurship Webinar Series 3 - Digital Entrepreneurship In The Normal Opportunities For Change ( English Language)

132 DATO KERAMAT

Enterpreneurship Webinar Series 4 - Breaking Boundaries: Women In Online Marketing (Bahasa Cina)

133 DATO KERAMAT Projek Kudapan Raya 2021

322

BIL JPWK KADUN PROGRAM PEMERKASAAN WANITA

134 DATO KERAMAT Kursus E-Bengkel : Pengenalan Database Zero Kos - Part 1

135 DATO KERAMAT Kursus E-Bengkel : Pengenalan Database Zero Kos - Part 2

136 JAWI Kit Cabaran Ungu

137 JAWI Business In The Digital World

138 JAWI Abcd Usahawan 5.0: Terokai Dunia Perniagaan Digital (Bahasa Malaysia)

139 JAWI Webinar 4: Pemasaran Digital Oleh Wanita (Bahasa Cina)

140 JAWI Projek Kudapan Raya 2021

141 JPWK KADUN Nama Program Yang Dijalankan

142 KEBUN BUNGA Kit Aktiviti Kempen Sambutan Hari Wanita Sedunia 2021

143 KEBUN BUNGA Program Terima Kasih - Edaran Kurma Dan Kuah Raya Kepada Pekerja Barisan Hadapan

144 KOMTAR Iwd E-Pledge

145 KOMTAR Pengiktirafan Wanita Hebat

146 KOMTAR Cerita Mengenai Ibu Dengan Tiga Anaknya Dan Berjaya Dalam Perniagaan.

147 KOMTAR Sambutan Hari Wanita Sedunia Peringkat Pulau Pinang - Kit Cabaran Ungu

148 KOMTAR Pgo With Wcc (Chinese)

149 KOMTAR Pgo With Wcc (Bahasa Malaysia)

150 KOMTAR Pgo With Befriender (Chinese)

151 KOMTAR Pgo With Fhda

152 KOMTAR Pgo With Dhome (English)

153 KOMTAR Pgo With Creativity @ Heart (Chinese And English)

154 KOMTAR Pgo With Elaine Lee Yew Mei

155 KOMTAR You And Me Flexi Job

156 KOMTAR

Business In The Digital World – Women’s Digital Entrepreneurship Webinar Series 1 - Tamil Language

157 KOMTAR Digital Marketing - Facebook Marketing

158 KOMTAR Digital Marketing - Ecommerce

159 KOMTAR Digital Marketing - Whatsapp Business

160 KOMTAR Digital Marketing - Instagram For Business

161 KOMTAR Abcd Usahawan 5.0 : Terokai Dunia Perniagaan Digital (Bahasa Melayu)

162 KOMTAR

Enterpreneurship Webinar Series 3 - English Language Digital Entrepreneurship In The Normal Opportunities For Change

323

BIL JPWK KADUN PROGRAM PEMERKASAAN WANITA

163 KOMTAR Webinar Series 4 - Bahasa Cina Breaking Boundaries: Women In Online Marketing

164 KOMTAR Youth Financial Literacy : Financial Planning Made Easy

165 MACHANG BUBOK

Online Program: Hari Wanita Sedunia 2021 Wanita Bangkit Mendepani Cabaran Wanita Dalam Kepimpinan

166 MACHANG BUBOK Iwd Peringkat Negeri : Choose To Challenge

167 MACHANG BUBOK Iwd Peringkat Negeri : Purple Challenge

168 MACHANG BUBOK

Program Online: Bicara Transformasi Wanita Dari Aspek Kesihatan Dan Penampilan

169 MACHANG BUBOK Financial Literacy Talk : (Bahasa Malaysia)

170 MACHANG BUBOK Sokong Biz Ibu Tunggal

171 MACHANG BUBOK Business In Digital World

172 MACHANG BUBOK

Abcd Usahawan 5.0 : Terokai Dunia Perniagaan Digital ( Bahasa Malaysia )

173 MACHANG BUBOK

Enterpreneurship Webinar Series 3 - English Language Digital Entrepreneurship In The Normal Opportunities For Change

174 MACHANG BUBOK Projek Kudapan Raya 2021

175 MACHANG BUBOK

Women Business Circle Online Training : Start Up Your Entrepreneurship Life

176 MACHANG BUBOK Financial Literacy Talk #2

177 PADANG KOTA "Choosetochallenge” - Sempena Iwd2021

178 PADANG KOTA

Webinar - Gender And Media: Context, Content And Monitoring In Line With Campaign For Media4women 2021

179 PADANG KOTA Kit Cabaran Ungu Sempena Iwd2021

180 PADANG KOTA

Sumbangan Kuih Buatan Ibu Tunggal Kepada Wargamas Di Evershine Old Folks Home Sempena Hari Keluarga

181 PADANG LALANG Iwd E-Pledge

182 PADANG LALANG Sambutan Hari Wanita Sedunia -Kit Cabaran Ungu

183 PADANG LALANG Pengiktirafan Wanita Hebat

184 PADANG LALANG Majlis Penyampaian Hadiah Kit Ungu Jpwk Padang Lalang

324

BIL JPWK KADUN PROGRAM PEMERKASAAN WANITA

185 PADANG LALANG Wanita Dalam Kepimpinan

186 PADANG LALANG Women Healing Experience Class

187 PADANG LALANG Relationship Healing Workshop

188 PADANG LALANG Covid 19 Vaksin For Pregnancy And Breastfeeding Mother Vs Goverment Role

189 PADANG LALANG Projek Sokong Biz Ibu Tunggal

190 PADANG LALANG

Business In The Digital World - Women's Digital Entrepreneurship Webinar Series 1- Tamil Language

191 PADANG LALANG Abcd Usahawan 5.0 : Terokai Dunia Perniagaan Digital ( Bahasa Melayu )

192 PADANG LALANG

Enterpreneurship Webinar Series 3 - English Language Digital Entrepreneurship In The Normal Opportunities For Change

193 PADANG LALANG Webinar Series 4 - Bahasa Cina Breaking Boundaries: Women In Online Marketing

194 PADANG LALANG V Care 2.0 Knitted Jewelry Workshop 1

195 PADANG LALANG V Care 2.0 Workshop 2: Body Soap

196 PADANG LALANG V Care 2.0 Workshop 3: Knitted Jewelry-Stocking Workshop

197 PADANG LALANG V Care 2.0 Workshop 4: Traditional Cooking Class

198 PADANG LALANG V Care 2.0 Workshop 5: Knitted Jewelry-Sarung Sabun

199 PADANG LALANG V Care 2.0 Workshop 6: Home Cleaning Soap

200 PADANG LALANG V Care 2.0 Workshop 7: Cookies Cooking Class

201 PADANG LALANG Projek Kudapan Raya 2021

202 PADANG LALANG <Start Up Your Entrepreneurship Life> Online Training - Transformation During The Epidemic

203 PADANG LALANG How To Operate Social Media Marketing

204 PADANG LALANG Modern Women's Entrepreneurship And Life Style

205 PANTAI JEREJAK Hak Seorang Wanita Dari Segi Perundangan Islam ( Bual Bicara Live Online)

206 PANTAI JEREJAK Memilih Untuk Mencabar ( Pertandingan Perkongsian Klip Video )

207 PANTAI JEREJAK *Hari Wanita Sedunia 2021* Wanita Bangkit Mendepani Cabaran Wanita Dalam Kepimpinan

208 PANTAI JEREJAK

Sambutan Hari Wanita Sedunia Peringkat Negeri Pulau Pinang ( Kit Cabaran Ungu ) Memilih Untuk Mencabar

209 PANTAI JEREJAK Ujian Saringan Mamogram Percuma (Wanita B40) 2021

325

BIL JPWK KADUN PROGRAM PEMERKASAAN WANITA

210 PANTAI JEREJAK

Business In The Digital World - Women's Digital Enterpreneurship Webinar Series 1- Tamil Language

211 PANTAI JEREJAK

Enterpreneurship Webinar Series 3 - English Language Digital Entrepreneurship In The Normal Opportunities For Change

212 PANTAI JEREJAK Abcd Usahawan 5.0 : Terokai Dunia Perniagaan Digital ( Bahasa Malaysia )

213 PANTAI JEREJAK Enterpreneurship Webinar Series 4 - Bahasa Cina Breaking Boundaries: Women In Online Marketing

214 PANTAI JEREJAK

Projek Kudapan Raya 2021 Sumbangan Kuih Raya Frontliners & Keluarga B40 - Sempena Sambutan Hari Pekerja

215 PANTAI JEREJAK Sokong Biz Ibu Tunggal

216 PAYA TERUBONG

Sambutan Hari Wanita Sedunia Peringkat Negeri Pulau Pinang 2021

217 PENAGA Hari Wanita Sedunia 2021 (Kit Cabaran Ungu)

218 PENAGA

Business In The Digital World - Womens Digital Enterpreneurship Webinar Series 1 Tamil Language

219 PENAGA Projek Kudapan Raya 2021

220 PENAGA Biz Ibu Tunggal

221 PENANTI Hari Wanita / Women's Day

222 PENANTI Hari Wanita Sedunia 2021 Wanita Bangkit Mendepani Cabaran Wanita Dalam Kepimpinan

223 PENANTI

Hari Wanita Sedunia -Bicara Wanita Pulau Pinang : Vaksinasi Covid-19 Lindungi Kita, Lindungi Semua

224 PENANTI Program Kit Hari Wanita 2021

225 PENANTI

Business In The Digital World - Womens Digital Enterpreneurship Webinar Series 1 - Tamil Language

226 PENANTI Abcd Usahawan 5.0 : Terokai Dunia Perniagaan Digital (Bahasa Melayu)

227 PENANTI

Enterpreneurship Webinar Series 3 - English Language Digital Entrepreneurship In The Normal Opportunities For Change

228 PENANTI Wcc Women's Enterprenureship Webinar Series Webinar 4 - Chinese Language

229 PENGKALAN KOTA

Sambutan Hari Wanita Sedunia Peringkat Negeri Pulau Pinang 2021

230 PENGKALAN KOTA Pengiktirafan Wanita Hebat

326

BIL JPWK KADUN PROGRAM PEMERKASAAN WANITA

231 PENGKALAN KOTA

Cerita Mengenai Ibu Dengan Tiga Anaknya Dan Berjaya Dalam Perniagaan

232 PENGKALAN KOTA Happy Mothers' Day

233 PERMATANG BERANGAN

Kit Cabaran Ungu Sempena Sambutan Hari Wanita Sedunia 2021

234 PERMATANG BERANGAN Business In The Digital World – Women’s Digital

235 PERMATANG BERANGAN Projek Kudapan Kuih Raya 2021

236 PERMATANG PASIR

Kit Cabaran Unggu Sempena Sambutan Hari Wanita Sedunia 10 Mac 2021 Hingga 20 Mac 2021

237 PERMATANG PASIR

Serahan Kurma Kepada Wanita Sempena Ramadan

238 PERMATANG PASIR

Program Tadarus Dan Khatam Al Quran Mengimarahkan Bulan Ramadhan

239 PINANG TUNGGAL

"Hari Wanita Sedunia 2021". Wanita Bangkit Mendepani Cabaran (Wanita Dalam Kepimpinan).

240 PINANG TUNGGAL

Pertandingan Klip Video Memilih Untuk Mencabar Sempena Hari Wanita Sedunia 2021.

241 PINANG TUNGGAL

Business In The Digital World - Women's Digital Entrepreneurship Webinar Series 1 - Tamil Language

242 PINANG TUNGGAL

Abcd Usahawan 5.0 : Terokai Dunia Perniagaan Digital (Bahasa Malaysia).

243 PINANG TUNGGAL

Entrepreneurship Webinar Series 3 - English Language Digital Entrepreneurship In The Normal "Opportunities For Change".

244 PINANG TUNGGAL

Webinar Series 4 - Bahasa Cina Breaking Boundaries: Women In Online Marketing

245 PINANG TUNGGAL Projek Kudapan Raya 2021

246 PINANG TUNGGAL

Proses Ketupat Frozen Bersama Komuniti Bertam Indah Fasa 1

247 PINANG TUNGGAL Sokong Biz Ibu Tunggal

248 PINANG TUNGGAL Kelas Masakan Online

249 PULAU BETONG Program Aprisiasi Wanita Kadun Pulau Betong Sempena Sambutan Hari Wanita Sedunia 2021

250 PULAU BETONG Kit Cabaran Ungu

251 PULAU BETONG Business In The Digital World - Women's Dig

327

BIL JPWK KADUN PROGRAM PEMERKASAAN WANITA

252 PULAU BETONG Abcd Usahawan 5.0 : Terokai Dunia Perniagaan Digital ( Bahasa Melayu )

253 PULAU BETONG

Entrepreneurship Webinar Series 3 - English Language Digital Entrepreneurship In The Normal Opportunities For Change

254 PULAU BETONG "Breaking Boundraries: Women In Online Marketing" In Mandarin.

255 PULAU BETONG #Sokong Biz Ibu Tunggal

256 PULAU TIKUS Choose To Challenge

257 PULAU TIKUS Purple Challenge Activity Kit

258 PULAU TIKUS Cerita Mengenai Ibu Dengan Tiga Anaknya Dan Berjaya Dalam Perniagaan.

259 PULAU TIKUS Flower Arrangement Class (Table Arrangement)

260 PULAU TIKUS Business In The Digital World - Womens Digital World - Tamil Language

261 PULAU TIKUS

Business In The Digital World - Women's Digital Enterpreneurship Webinar Series 2- Bahasa Malaysia

262 PULAU TIKUS

Enterpreneurship Webinar Series 3 - English Language Digital Entrepreneurship In The Normal Opportunities For Change

263 PULAU TIKUS Webinar Series 4 - Bahasa Cina Breaking Boundaries: Women In Online Marketing

264 SEBERANG JAYA Program Kongsi Rezeki

265 SEBERANG JAYA Projek Sokong Biz Ibu Tunggal

266 SERI DELIMA Wanita Yang Hebat Recognition & Iwd Pledge

267 SERI DELIMA The World Great Women 2.0

268 SERI DELIMA Pwdc - Iwd Choose To Challenge Contest

269 SERI DELIMA Iwd Kit Sambutan Hari Wanita Sedunia Peringkat Negeri Pulau Pinang

270 SERI DELIMA Pengiktirafan Wanita Hebat

271 SERI DELIMA Seri Delima Iwd Celebration

272 SERI DELIMA

Business In The Digital World - Women's Digital Enterpreneurship Webinar Series 1- Tamil Language

273 SERI DELIMA

Business In The Digital World - Women's Digital Enterpreneurship Webinar Series 2- Bahasa Malaysia

274 SERI DELIMA

Enterpreneurship Webinar Series 3 - English Language Digital Entrepreneurship In The Normal Opportunities For Change•

275 SERI DELIMA Webinar Series 4 - Bahasa Cina Breaking Boundaries: Women In Online Marketing

328

BIL JPWK KADUN PROGRAM PEMERKASAAN WANITA

276 SERI DELIMA Women Entrepreneur: The Fear And The Awesomeness

277 SERI DELIMA Kudapan Raya 2021

278 SERI DELIMA Smart In Technology: Google (Class 1)

279 SERI DELIMA Smart In Technology: Google Form (Class 2)

280 SERI DELIMA Smart In Technology: Google Form (Class 3)

281 SERI DELIMA Smart In Technology: Google Sharing (Class 4)

282 SERI DELIMA Smart In Technology 2: Setup Google Business (Class 1)

283 SERI DELIMA Smart In Technology 2: Setup Google Business (Class 2)

284 SERI DELIMA Money Matters For Children

285 SERI DELIMA Money Matters For Teenagers

286 SERI DELIMA Smart In Technology 2: Setup Google Business (Class 3)

287 SERI DELIMA Smart In Technology 2: Setup Google Business (Class 4)

288 SERI DELIMA Smart In Technology 2: Setup Google Business (Class 5)

289 SERI DELIMA Smart In Technology 2: Setup Google Business (Class 6)

290 SERI DELIMA Support Biz Ibu Tunggal

291 SERI DELIMA Wanita Menjana Rezeki

292 SUNGAI ACHEH Choose To Challenge

293 SUNGAI ACHEH Saguhati Peserta Kit Cabaran Ungu

294 SUNGAI ACHEH Sambutan Hari Wanita Dan Penyampaian Hamper Covid-19 Serta Cenderahati

295 SUNGAI BAKAP

Kempen Sambutan Hari Wanita Sedunia 2021 Peringkat Negeri Pulau Pinang. Choose To Challenge

296 SUNGAI BAKAP

Business In The Digital World - Womens Digital Enterpreneurship Webinar Series 1 - Tamil Language

297 SUNGAI BAKAP

Business In The Digital World - Women's Digital Enterpreneurship Webinar Series 2- Bahasa Malaysia

298 SUNGAI BAKAP

Enterpreneurship Webinar Series 3 - English Language Digital Entrepreneurship In The Normal Opportunities For Change

299 SUNGAI BAKAP Webinar Series 4 - Bahasa Cina Breaking Boundaries: Women In Online Marketing

300 SUNGAI BAKAP Kursus Jangka Pendek Reka Grafik Melalui Aplikasi Canva

329

BIL JPWK KADUN PROGRAM PEMERKASAAN WANITA

301 SUNGAI BAKAP Program Belajar Biskut Online Sempena Deepavali

302 SUNGAI DUA Memilih Untuk Mencabar

303 SUNGAI DUA Sambutan Hari Wanita Sedunia Peringkat Pulau Pinang

304 SUNGAI DUA Sambutan Hari Wanita Peringkat Kadun Sungai Dua

305 SUNGAI DUA

Business In Digital World - Women's Digital Entrepreneurship Webinar Series 1 - Tamil Language

306 SUNGAI DUA Abcd Usahawan 5.0 : Terokai Dunia Perniagaaan Digital (Bahasa Melayu)

307 SUNGAI DUA

Enterpreneurship Webinar Series 3 - English Language Digital Entrepreneurship In The Normal Opportunities For Change

308 SUNGAI DUA Webinar Series 4 - Bahasa Cina Breaking Boundaries: Women In Online Marketing

309 SUNGAI DUA Kudapan Raya Aidiladha

310 SUNGAI PINANG Wanita Yang Hebat Recognition & Iwd Pledge

311 SUNGAI PINANG The World Great Women 2.0 (22 Feb - 12 Mar 21)

312 SUNGAI PINANG Iwd E-Pledge

313 SUNGAI PINANG Pengiktirafan Wanita Hebat

314 SUNGAI PINANG Sambutan Hari Wanita Sedunia Peringkat Negeri Pulau Pinang 2021

315 SUNGAI PINANG Cerita Mengenai Ibu Dengan Tiga Anaknya Dan Berjaya Dalam Perniagaan. (Bahasa Cina)

316 SUNGAI PINANG

Women Transformation : Life Stories Library By Winnie Yeoh Pheih Ling (Rainbow Shown After Rain)

317 SUNGAI PINANG

Women Transformation : Life Stories Library By Winnie Ooi Yin Nee (Found Myself, Unlock Myself)

318 SUNGAI PINANG

Women Transformation : Life Stories Library By Low Jin Ting (Walk Into The Ground, Found My Inner-Self)

319 SUNGAI PINANG Women Transformation : Life Stories Library By Emiliawati Zainol (Be My Own Superhero)

320 SUNGAI PINANG Women Transformation : Life Stories Library By Lakshmi Subramanian (Change Starts With Me)

321 SUNGAI PINANG Women Transformation : Life Stories Library By Yb Lim Siew Khim

322 SUNGAI PINANG My Money, My Decision!

323 SUNGAI PINANG Biz Sokong Ibu Tunggal

330

BIL JPWK KADUN PROGRAM PEMERKASAAN WANITA

324 SUNGAI PINANG

Business In The Digital World - Women's Digital Entrepreneurship Webinar Series 1 - Tamil Language

325 SUNGAI PINANG Abcd Usahawan 5.0: Terokai Dunia Perniagaan Digital ( Bahasa Melayu )

326 SUNGAI PINANG

Enterpreneurship Webinar Series 3 - English Language Digital Entrepreneurship In The Normal Opportunities For Change.

327 SUNGAI PINANG Webinar Series 4 - Bahasa Cina Breaking Boundaries: Women In Online Marketing

328 SUNGAI PINANG Program Membuat Roti Sempena Bulan Ramadan

329 SUNGAI PINANG Business Networking Program 2021

330 SUNGAI PINANG Ei! Dimanakah Duit Saya?

331 SUNGAI PINANG

Start Up Your Entrepreneurship Life Journey : Guest Speaker - Agnes Lee (Challenges During Covid19 How She Overcome It?)

332 SUNGAI PINANG

Entrepreneurship Life Journey : Guest Speaker - Terina Khaw (Manage Your Social Media Like How You Manage Your Business)

333 SUNGAI PINANG

Entrepreneurship Life Journey : Guest Speaker - Anicial Teh (Entrepreneurship Of Modern Women)

334 SUNGAI PUYU Taklimat Kit Aktiviti Kempen Sambutan Hari Wanita Sedunia 2021

335 SUNGAI PUYU Hari Ibu

336 SUNGAI PUYU Pengiktirafan Wanita Hebat

337 SUNGAI PUYU Iwd E-Pledge

338 SUNGAI PUYU Cerita Mengenai Ibu Dengan Tiga Anaknya Dan Berjaya Dalam Perniagaan.

339 SUNGAI PUYU Projek Kudapan Raya

340 TANJUNG BUNGAH International Womans Day Kit Challenge

341 TANJUNG BUNGAH Pengiktirafan Wanita Hebat

342 TANJUNG BUNGAH

Business In The Digital World - Wonams Digital Enterpreneurship Webinar Series 1 - Tamil Language

343 TANJUNG BUNGAH Jom Niaga - 3D Jelly Cake

344 TANJUNG BUNGAH

Abcd Usahawan 5.0 : Terokai Dunia Perniagaan Digital ( Bahasa Melayu )

345 TANJUNG BUNGAH

Digital Entrepreneurship In The New Normal:Opportunities For Change

331

BIL JPWK KADUN PROGRAM PEMERKASAAN WANITA

346 TANJUNG BUNGAH

Wcc Womans Digital Entrepreneurship Webinar Series - Chinese

347 TELOK AYER TAWAR Wanita Berwawasan

348 TELOK AYER TAWAR

Jom Belajar Anyaman Ketupat Dan Cara Untuk Berniaga (Jual Beli)

349 TELOK BAHANG Kit Cabaran Ungu

350 TELOK BAHANG

Business In The Digital World - Women's Digital Enterpreneurship Webinar Series 1 - Tamil Language

351 TELOK BAHANG Abcd Usahawan 5.0 : Terokai Dunia Perniagaan Digital ( Bahasa Malaysia )

352 TELOK BAHANG Webinar Series 4 - Bahasa Cina Breaking Boundaries: Women In Online Marketing

10. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai rancangan untuk mengadakan kursus-kursus mengenai seni kebudayaan ataupun kraf-kraf tradisi yang semakan kehilangan pada zaman moden ini?

(a) Adakah Kerajaan Negeri mempunyai rancangan untuk menolong pengusaha kraf-kraf tradisi ini yang menghadapi kesusahan dari sewa kedai yang tinggi dan juga wabak COVID-19?.

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

10. Kerajaan Negeri melalui George Town World Heritage Incorporated (GTWHI) telah mengadakan beberapa aktiviti pembangunan kapasiti untuk pengusaha seni kebudayaan dan kraf tradisi di Pulau Pinang sejak tahun 2016. Ini termasuk projek inventori, dokumentasi video, bengkel pengurusan, bengkel kurasi galeri, ceramah, latihan mempromosikan produk secara dalam talian dan sebagainya. Program kesedaran awam dan pendidikan yang diadakan melalui aktiviti George Town Heritage Celebrations dan Cultural Heritage Education telah mendapat sambutan baik daripada golongan muda di Negeri Pulau Pinang.

Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) melalui Kraftangan Malaysia sentiasa mengadakan pelbagai latihan kemahiran dan keusahawanan kepada penggiat industri kraf di Pulau Pinang melalui aktiviti yang dirancang di bawah Program Pembangunan Komuniti Kraf.

Sepanjang tempoh negara dilanda wabak pandemik COVID–19 iaitu bermula Mac 2020 hingga November 2021, Kraftangan Malaysia Cawangan Pulau Pinang telah melaksanakan 18 aktiviti latihan kemahiran teknikal pengeluaran kraf dan keusahawanan melalui tiga (3) Projek Pembangunan Kemahiran Komuniti (PPKK) Kraf melibatkan penyertaan seramai 219 orang komuniti kraf di Pulau Pinang.

Projek ini mensasarkan penglibatan belia/beliawanis, penganggur, asnaf, suri rumah, golongan kategori B40, kumpulan rentan (ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas) serta individu yang terkesan akibat pandemik COVID–19 untuk menjana pendapatan melalui penghasilan produk kraf.

332

Tiga (3) PPKK Kraf tersebut melibatkan pembangunan dan pengeluaran produk kraf batik dan jahitan di tiga (3) daerah iaitu Barat Daya, Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Selatan.

Manakala pada November 2021, Kraftangan Malaysia Cawangan Pulau Pinang melaksanakan aktiviti pembangunan dan pengeluaran produk Sulaman Nyonya dan Anyaman Rotan di Daerah Timur Laut dan Seberang Perai Tengah dengan penglibatan seramai 30 orang peserta.

Program Pembangunan Kemahiran Komuniti Kraf ini akan diteruskan pada tahun 2022 secara berfasa melibatkan bidang kraf logam dan aneka kraf melalui aktiviti latihan pembangunan dan pengeluaran produk, latihan keusahawanan, latihan pemasaran dan simulasi perniagaan kepada komuniti kraf baharu dan sedia ada di Pulau Pinang.

(a) Demi mengatasi masalah sewa yang mahal, pihak pengusaha seni kebudayaan dan kraf tradisi juga digalakkan untuk menjual hasil barang mereka di platform dalam talian termasuk Shopee, Lazada dan WhatsApp Business.

Kraftangan Malaysia Cawangan Pulau Pinang juga memaklumkan bahawa bagi membantu meringankan bebanan yang ditanggung, Kraftangan Malaysia telah memberikan pengecualian bayaran sewaan kepada penyewa di premis Kraftangan Malaysia bagi tempoh satu (1) tahun bermula pada Mac 2020 sehingga Mac 2021. Inisiatif ini telah memberi manfaat kepada seramai 90 orang penyewa premis dan 43 orang usahawan kraf inkubator Kraftangan Malaysia di seluruh negeri termasuklah sembilan (9) orang usahawan kraf dari negeri Pulau Pinang.

Selain daripada itu, Industri Seni dibantu melalui Skim Pinjaman Dana Permulaan Sektor Industri Kreatif (Creative Leap Loan) dan Skim Sokongan Industri Ekonomi Kreatif (Creative vitality Fund) yang diperuntukkan dari baki geran Skim PEKA 2.0 berjumlah RM4.0 juta.

Dana Permulaan Sektor Industri Kreatif (Creative Leap Loan)

Pinjaman ini adalah melibatkan industri multimedia, budaya kesenian dan budaya warisan. Permohonan bagi pinjaman ini masih lagi dibuka bermula dari 29 Oktober 2021 sehingga 30 November 2021 melalui laman web Penang Development Corporation (PDC) dalam pautan www.pdc.gov.my.

Skim Sokongan Industri Ekonomi Kreatif (Creative vitality Fund) merupakan satu program di mana elaun persembahan diberikan untuk tempoh enam (6) bulan kepada penggiat seni yang menyertai program. Peserta program secara bergilir-gilir akan membuat persembahan atau pameran di tempat-tempat awam/persendirian atau tapak pelancongan yang ditetapkan oleh Pejabat EXCO Pelancongan dan Ekonomi Kreatif (PETACE).

Program ini masih lagi di peringkat perancangan PETACE dan akan dimuktamadkan dalam masa yang terdekat dan PDC bertanggungjawab untuk membuat pelepasan dan kutipan bayaran balik pinjaman serta mengurus rekod-rekod perakaunan.

11. Adakah Kerajaan Negeri akan meningkatkan peruntukan-peruntukan untuk Ahli-Ahli Majlis PBT Negeri Pulau Pinang supaya boleh mengadakan lebih banyak program dan juga menolong Kerajaan Negeri untuk menjaga infrastruktur seluruh Negeri kita.

(a) Adakah Kerajaan Negeri juga akan memberi Ahli-Ahli PBT seorang Pegawai Seranta untuk menolong mereka?

333

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

11. Perbelanjaan peruntukan bagi 24 orang Ahli Majlis MBPP bagi tahun 2020 dan 2021 adalah seperti di LAMPIRAN A manakala perbelanjaan peruntukan bagi 24 orang Ahli Majlis MBSP bagi tahun 2020 dan 2021 pula adalah seperti di LAMPIRAN B.

Pendapatan kedua-dua PBT di Pulau Pinang iaitu Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) yang telah diaudit dari tahun 2019 hingga tahun 2021 adalah seperti berikut:

TAHUN PBT

MBPP MBSP

2019 RM362,679,305.00 RM277,555,421.00

2020 RM383,593,884.00 RM258,468,861.00

2021 RM322,695,347.00* RM240,079,623.00*

* sehingga Oktober 2021 Walaupun terdapat penurunan dalam kutipan hasil dan sebagainya, ia adalah disebabkan oleh keadaan yang tidak dapat dielakkan iaitu pandemik COVID-19. Namun demikian, Kerajaan Negeri akan terus memastikan agar semua tugasan utama daripada kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan akan terus dilaksanakan di mana kita akan mohon bantuan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan.

334

Lampiran A

PERBELANJAAN AHLI MAJLIS MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG BAGI TAHUN

2020 DAN 2021

Bil Butiran

Peruntukan Tahun

2020 2021

Peruntukan (RM)

Perbelanjaan (RM)

Peruntukan (RM)

Perbelanjaan (RM)

1 Peranti Ahli Majlis 108,000 46,380 66,000 54,730

2 Bekalan Keperluan Ahli Majlis

25,000 18,168 25,000 1,318

3 Elaun Ahli Majlis 1,172,759 1,167,762 1,172,759 875,021

4 Bantuan Khas Kewangan Ahli Majlis

67,200 58,408 67,200 30,000

5 Peruntukan Menaiktaraf Kampung-Kampung dan Program Ahli Majlis

1,320,000 1,303,742 1,320,000 600,261

Jumlah 2,692,959 2,594,460 2,650,959 1,561,330

335

Lampiran B

PERBELANJAAN AHLI MAJLIS MAJLIS BANDARAYA SEBERANG PERAI BAGI TAHUN

2020 DAN 2021

Bil Butiran

Peruntukan Tahun

2020

2021

Peruntukan (RM)

Perbelanjaan (RM)

Peruntukan (RM)

Perbelanjaan (RM)

1 Projek Infra 840,000.00 112,056.51 840,000.00 73,886.73

2 Program Cleaner, Greener, Healthier & Safer

782,000.00 1,543,505.96 756,000.00 1,332,963.37

3 Pembelian Smartphone, tablet atau komputer Riba

98,000.00 32,142.00 84,000.00 44,655.00

Jumlah 1,720,000.00 1,687,704.47 1,680,000.00 1,451,505.10

Nota : Bagi tahun 2020 terdapat tambahan empat (4) orang ahli Majlis yang baharu dilantik pada Julai dan September 2020 dengan tambahan peruntukan RM10,000.00 seorang.

336

12. Apakah rancangan Kerajaan Negeri dalam promosi dan pembangunan e-sports di Negeri Pulau Pinang?

(a) Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk mengadakan Kejohanan e-sports untuk menarik pemain dari negeri-negeri lain ke Negeri Pulau Pinang untuk terus membangunkan sukan ini?.

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

12. Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP) dengan kerjasama Persatuan Sukan Elektronik Negeri Pulau Pinang akan terus melaksanakan program promosi dan pembangunan atlet khususnya untuk persediaan temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-20, di mana sukan elektronik adalah salah satu sukan pilihan. Untuk tujuan tersebut, MSNPP telah melantik tiga (3) jurulatih sambilan khususnya untuk Defense of the Ancients (DOTA), Mobile Legends dan Pro Evolution Soccer yang merupakan permainan yang bakal dipertandingkan di SUKMA ke-20 nanti.

Di samping itu, Persatuan Sukan Elektronik Negeri Pulau Pinang yang merupakan badan induk bagi pembangunan sukan elektronik di Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama MSNPP telah melaksanakan program pengenalan sukan elektronik, misalnya Klinik Pengenalan Sukan Elektronik yang telah dilaksanakan melalui inisiatif “Sukan Untuk Semua” pada 10 sehingga 18 Julai 2021 secara maya dengan jumlah penyertaan seramai 784 orang peserta.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga sedang dalam proses untuk membangunkan sebuah Akademi e-Sports Wilayah Utara selaras dengan usaha untuk membangunkan sukan tersebut. Lokasi Akademi e-Sports Wilayah Utara tersebut telah dikenal pasti dan Jabatan Kerja Raya (JKR) telah dilantik sebagai agensi pelaksana teknikal untuk membangunkan akademi tersebut di atas sebahagian Lot 2763, Mukim 10, Seberang Perai Tengah yang terletak di Kompleks Sukan dan Rekreasi Jalan Betek dengan menggunakan peruntukan pembangunan sebanyak RM2.0 juta yang telah diluluskan oleh Majlis Sukan Negara. Pembangunan akademi tersebut adalah bertujuan untuk menjadikan negeri Pulau Pinang sebagai pusat e-Sports utama di Wilayah Utara.

Di samping pembangunan Akademi e-Sports di Kompleks Sukan dan Rekreasi Jalan Betek, Kerajaan Negeri melalui Digital Penang juga sedang dalam peringkat perbincangan awal untuk mewujudkan sebuah pusat sukan elektronik di Wisma Yeap Chor Ee yang terletak dalam kawasan tapak UNESCO, George Town, untuk dijadikan sebagai pusat teknologi atau “tech hub”.

(a) Ya, Kerajaan Negeri memang berhasrat dan juga telah menganjurkan Kejohanan esukan dari semasa ke semasa.

Pembangunan Akademi e-Sports ini dijangka dapat menjadikan Negeri Pulau Pinang sebagai satu pusat tarikan sukan tersebut dan seterusnya menarik pemain-pemain dari dalam dan luar negara ke Pulau Pinang. Antara program yang akan dilaksanakan melalui pusat akademi tersebut adalah kejohanan-kejohanan peringkat tempatan, kebangsaan dan antarabangsa untuk menarik bakat-bakat baharu dalam sukan elektronik di Negeri Pulau Pinang.

Usaha untuk mempromosi dan membangunkan sukan elektronik juga dilipatgandakan dengan kerjasama dan penglibatan daripada Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) di mana PYDC juga terlibat dalam penganjuran kejohanan dan program e-Sports khususnya untuk golongan belia di Negeri Pulau Pinang.

Setakat ini, sebanyak 14 buah institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan PYDC di bawah inisiatif “Program Mahasiswa”, termasuk Universiti Sains Malaysia, Politeknik Seberang Perai, UOW-KDU Penang, Han Chiang UC, SEGi College, UNITAR University, Peninsula College

337

Penang, DISTED College, INTI College Penang, MSU College Penang, IPK College dan Advance Tertiary College.

Pihak PYDC akan terus bekerjasama dengan semua pihak termasuk IPT dan Kelab e-Sports dengan mengadakan lebih banyak pertandingan dan program pensijilan dalam promosi dan pembangunan e-Sports di Negeri Pulau Pinang. Antara program yang telah dianjurkan adalah seperti berikut:

Bil Nama Program Tahun

1 Asus Rog Open Category & University 2018

2 Esports Experience 2018

3 Esports Campus Roadshow 2018

4 SEGI Carnival 2018

5 USM DOTA 2 2018

6 Kejohanan Mobile Legends Bang Bang PSDC

2018

7 DOTA 2 2018

8 League Of Makers (Tajaan) 2018

9 Ansaea Esports Malaysia Championship 2018 (Tajaan)

2018

10 Tecs Tournament (Komtar Carnival) 2019

11 SUKMA 2020 Esports Selection Qualifiers Tournament (Tajaan)

2019

12 Kejohanan Grand Final Esports Peringkat Kebangsaan 2019 (Tajaan)

2019

13 EsportsPG: Kejohanan DOTA Pulau Pinang 2019

2019

14 Pertandingan E-Sport (FIFA 20) (Tajaan)

2019

15 Pertandingan DOTA 2 & CSGO Pulau Pinang 2020

2020

16 "Esport for All' Pulau Pinang 2020

17 Penang Lawan COVID-19: Liga Duduk Rumah

2020

18 Penang Esports Championship 2020 2020

Program yang dianjurkan pada 2021 adalah seperti berikut:

BIL. PROGRAM TARIKH ANJURAN BILANGAN PESERTA

1 Youth e-Sports

Challenge 2021

27 Jun 2021 PYDC dan Kolej SEGi 320 orang (berumur 15 hingga 35 tahun)

2 e-Sports For All

11 Julai hingga 18 Julai 2021

Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP)

896 orang peserta

3 Youth e-Sports

Challenge 2021

1 hingga 10 Disember

2021

PYDC dan SEGi University & Colleges

160 orang (jangkaan)

338

* senarai permainan termasuk Valorant dan League of Legends, PUBG,FIFA 21 dan DOTA 2.

Pihak PYDC akan terus berkolaborasi dengan lebih banyak IPT terutamanya IPT yang menawarkan kursus Diploma in e-Sports termasuklah University Malaysia of Computer Science and Engineering.

13. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menggunakan seni persembahan (Performing Arts) sebagai pembangunan sektor pelancongan dan juga kesenian di Negeri Pulau Pinang? Memandangkan sektor pelancongan di Negeri Pulau Pinang sedang menghadapi kesusahan akibat wabak COVID-19, penarikan baru kepada pelancong domestik amat diperlukan segera,.

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

13. Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui anak syarikat George Town World Heritage Incorporated (GTWHI) telah menetapkan satu program yang berimpak besar yang dianjurkan pada setiap tahun bagi menjadikan Negeri Pulau Pinang sebuah destinasi pelancongan yang berunsurkan kepelbagaian kesenian, kebudayaan dan warisan iaitu George Town Festival.

Program George Town Festival dianjurkan setiap tahun pada bulan Julai bagi menyambut pengiktirafan George Town sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Festival ini telah berjaya memaparkan kekayaan dan kepelbagaian kesenian, kebudayaan dan warisan Negeri Pulau Pinang melalui pelbagai aktiviti persembahan secara fizikal dan dalam talian. Penganjuran program ini mendapat sambutan yang sangat baik daripada pelancong tempatan mahupun antarabangsa.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang p[ada pasca pandemik ini mengutamakan pemylihan keyakinan pelawat dan meningkatkan pendedahan Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan yang utama dan bertanggungjawab. Selain mengetengahkan Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti Program Sistem Akreditasi bagi Kesiapsiagaan Pasca COVID-19 dan Kempen Pelancaongan Bertanggungjawab. Kerajaan Negeri juga mengutamakan Kempen Pelancongan Mampan (sustainble tourism) dan aktiviti alam semujla jadi. Strategi-strategi pada tahap ini akan menggalakkan pemintaan melalui kempen penjenamaan (braining campaign) meningkatkan hasil pendapatan melalui kempen taktikal perkongsian strategi (strategic partnership tactical campaign), penglibatan jenama (brand engagement) dan penjajaran industri (industry alignment).

14. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk memastikan segala infrastruktur perparitan adalah dalam keadaan yang baik dan stabil memandangkan perubahan iklim yang membawa hujan yang lebih lebat dan kerap?

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

14. Kerajaan Negeri sedar berkenaan perubahan iklim yang berlaku sehingga mengakibatkan bertambahnya risiko hujan yang lebat dan kerap. Sebagai langkah pencegahan dan tindakan bersiap sedia sebelum berlakunya risiko bencana, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang (JPS) telah melaksanakan beberapa tindakan pencegahan untuk memastikan segala infrastruktur perparitan berada dalam keadaan yang baik. Antaranya adalah melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan sungai dan sistem saliran utama serta rumah-rumah pam dan pintu-pintu air.

JPS juga melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah mewajibkan semua pembangunan tanah dan reka bentuk sistem saliran dan perparitan di Negeri Pulau Pinang mematuhi Garis Panduan Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) Edisi Kedua

339

yang dikeluarkan oleh JPS Malaysia dengan berkonsepkan kadar aliran selepas pembangunan mestilah tidak boleh melebihi kadar aliran sebelum pembangunan.

Selain itu, pelaksanaan sistem perparitan juga perlu merujuk kepada Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam yang telah disiapkan mengikut daerah masing-masing serta perlu mematuhi garis panduan yang berkaitan seperti berikut:

(a) Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam Daerah Barat Daya (siap pada November 2013);

(b) Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam Daerah Timur Laut (siap pada September 2018);

(c) Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam Daerah Seberang Perai Selatan (siap pada Disember 2017);

(d) Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam Daerah Seberang Perai Tengah (siap pada April 2016);

(e) Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam Daerah Seberang Perai Utara (siap pada Disember 2018); dan

(f) Integrated Shoreline Management Plan (ISMP).

15. Adakah Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan untuk menaikkan elaun-elaun Ahli-Ahli Majlis supaya setanding dengan sektor swasta supaya boleh menarik lebih banyak bakat ke dalam Kerajaan Tempatan?

(a) Adakah peningkatan elaun ini boleh dijalankan secepat mungkin memandangkan Ahli-Ahli Majlis kita mempunyai banyak mesyuarat dalam pengurusan PBT-PBT kita?.

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

15. Penetapan elaun bulanan Ahli Majlis bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah diputuskan oleh Pihak Berkuasa Negeri selaras dengan pelantikan Ahli Majlis di bawah kuasa Seksyen 10(1) Akta Kerajaan Tempatan, 1976. Pada ketika ini, elaun bagi setiap Ahli Majlis di Negeri Pulau Pinang adalah sebanyak RM4,000.00 sebulan. Jumlah elaun yang diterima oleh Ahli Majlis di Negeri Pulau Pinang juga adalah yang tertinggi jika dibandingkan dengan elaun yang diterima oleh Ahli Majlis PBT di negeri-negeri yang lain.

Menyedari keperluan untuk menarik lebih banyak bakat daripada pelbagai sektor untuk bersama-sama meningkatkan prestasi pengurusan PBT, Kerajaan Negeri telah melaksanakan polisi untuk melantik Ahli Majlis dalam kalangan Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) secara lebih terbuka mulai tahun 2020. Pihak NGO boleh mengemukakan nama ahli yang layak berdasarkan kriteria-kriteria yang ditetapkan untuk dicalonkan sebagai Ahli Majlis.

Kedua-dua PBT pada ketika ini sedang mengalami belanjawan defisit dan menggunakan kewangan semasa untuk melaksanakan pelbagai program dan projek bagi membantu rakyat yang terjejas dengan pandemik COVID-19. Sehubungan itu, pada masa ini Kerajaan Negeri tidak berhasrat untuk meningkatkan beban kewangan PBT dengan meningkatkan elaun Ahli Majlis, tetapi akan mempertimbangkan semula sekiranya keadaan mengizinkan.

340

16. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk mengurangkan kesesa`kan trafik di kawasan-kawasan rumah-rumah kedai dan pada masa yang sama tidak menjejaskan sumber pendapatan penjaja rumah-rumah kedai yang mengalami kesusahan kerana kadar sewaan yang tinggi?

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

16. Bagi mengurangkan kesesakan trafik di kawasan-kawasan rumah kedai dan pada masa sama tidak menjejaskan sumber pendapatan penjaja rumah-rumah kedai yang mengalami kesusahan kerana kadar sewaan tinggi, pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah mengambil tindakan-tindakan seperti berikut:

(i) Menukar aliran lalu lintas dua (2) hala ke satu (1) hala di beberapa jalan khidmat berhadapan pusat-pusat komersial dan rumah-rumah kedai seperti jalan-jalan khidmat di Jalan Fettes, Jalan Tanjong Tokong, Jalan Tanjong Bunga, Jalan Burma dan Jalan Perak;

(ii) Melebarkan jalan seperti di Medan Batu Lancang dan Lebuhraya Jelutong; dan

(iii) Pemantauan dan penguatkuasaan oleh anggota penguatkuasa MBPP bagi memastikan pergerakan lalu lintas tidak terhalang atau terganggu dan berjalan lancar.

Manakala pihak Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) melalui Rancangan Kerajaan Negeri pula melaksanakan inisiatif-inisiatif seperti berikut:

(i) Melaksanakan jalan sehala bagi melancarkan pergerakan aliran lalu lintas;

(ii) Melaksanakan aktiviti pelebaran jalan/membuang bahu jalan dengan tujuan mewujudkan tempat letak kereta di sepanjang jalan bagi mengelakkan orang awam meletak kenderaan dan menghalang aliran lalu lintas; dan

(iii) Menyusun semula aliran keluar masuk persimpangan dengan mengurangkan konflik lalu lintas bagi melancarkan pergerakan kenderaan.

17. Apakah rancangan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan untuk menyelesaikan masalah kesesakan apabila sekolah-sekolah bersurai?

(a) Adakah Kerajaan Negeri dan Tempatan akan meminta sekolah-sekolah untuk mengeluarkan rancangan yang lebih sistematik seperti di SJK Perempuan China yang mendapat pertolongan sukarelawan ibu bapa murid?.

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

17. Bagi menangani masalah kesesakan lalu lintas sewaktu sekolah-sekolah bersurai, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan telah mengambil pendekatan seperti perincian berikut:

(i) Pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah menubuhkan Jawatankuasa Kecil Lalu Lintas Sekolah untuk mengkaji dan mengambil tindakan yang bersesuaian. Jawatankuasa ini akan bertemu dan berbincang dengan pihak pengurusan sekolah beserta pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi mengenal pasti masalah kesesakan dan mencari jalan penyelesaiannya. Antara langkah-langkah yang telah diambil adalah dengan mengalakkan penglibatan PIBG dalam membantu mengawal murid-murid dan kenderaan ibu bapa semasa waktu masuk dan keluar sekolah, menukar aliran lalu lintas 2 (dua) hala ke 1 (satu) hala pada waktu-waktu tertentu, menyediakan ruang menurun dan mengambil pelajar serta ruang menunggu, melebarkan jalan, memasang lampu isyarat pejalan kaki, membina pelantar

341

kelajuan dan menyediakan khidmat warden lalu lintas sekolah untuk mengawal lalu lintas.

(ii) Pihak Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) sedang dalam tindakan melaksanakan jalan 1 hala mengikut had masa di kawasan sekolah bagi melancarkan pergerakan aliran lalu lintas serta membayar elaun kepada warden lalu lintas sekolah yang dilantik untuk menjalankan tugas menjaga keselamatan para pelajar semasa melintas jalan.

Selain daripada ini, pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM), khususnya Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang serta Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah di bawah Kontinjen Pulau Pinang telah menempatkan anggota polis di lokasi-lokasi yang dikenal pasti berlakunya kesesakan bagi mengawal lalu lintas. Tindakan ini diambil bagi melancarkan pergerakan kenderaan yang lalu di lokasi-lokasi tersebut terutamanya sewaktu mula dan tamat sesi persekolahan setiap hari.

Bagi menangani isu yang sama, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), telah mengeluarkan Garis Panduan, FAQ dan 5 Model Penyuraian Murid. Sambutan daripada PIBG, Komuniti dan Sektor Swasta (PIBKS) serta Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) terhadap model-model tersebut adalah amat menggalakkan. Perincian Model Penyuraian Murid adalah seperti berikut:

Model Butiran

Model 1 Ruang menunggu di dalam kawasan.

Model 2 Laluan terarah sehala.

Model 3

Kawalan keberadaan murid oleh polis/RELA/ PBT/PIBG/ Alumni/PIBK/ KSIB/ Sukarelawan (ibu bapa dan komuniti).

Model 4 Penyuraian murid secara berperingkat.

Model 5 Menunggu di dalam bilik darjah (sistem panggilan).

Gabungan Model

Penggabungan model boleh dilaksanakan mengikut kesesuaian sekolah.

Fokus utama kepada:

1. Sekolah berenrolmen tinggi. 2. Sekolah 2 sesi. 3. Sekolah hotspot:

• Lokasi di tepi jalan utama. • Ada beberapa sekolah berhampiran. • Halaman/kawasan di luar pintu pagar

sekolah yang terhad/sempit.

Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) dan semua Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di Pulau Pinang telah mengadakan sesi libat urus bersama semua PIBG sekolah yang berada di bawah daerah masing-masing. Semua sekolah di Pulau Pinang telah memilih Model Penyuraian yang bersesuaian dengan sekolah masing-masing dan maklumat tersebut telah dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang pada 18 Januari 2021 untuk dipanjangkan ke Kementerian Pendidikan Malaysia.

342

Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan sentiasa menyarankan kepada pihak sekolah supaya menubuhkan paskan ibu bapa penyayang bagi membantu mengawal kesesakan lalu lintas di sekolah-sekolah sewaktu perbincangan dengan pihak pengurusan sekolah dan PIBG. SJK Perempuan Cina sering dijemput untuk memberi taklimat dan penerangan kepada sekolah-sekolah lain berkaitan penubuhan dan pengoperasian pasukan sukarelawan ibu bapa penyayang yang memainkan peranan dalam membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan sekolah. MBSP turut mempunyai rancangan untuk memohon supaya pihak sekolah menyediakan warden lalu lintas.

18. Rakyat jelata berasa lebih selesa dan senang dengan menggunakan kereta peribadi sendiri.

(a) Apakah insentif yang akan diberikan oleh Kerajaan Negeri untuk menggalakkan rakyat jelata menggunakan bas ataupun pangangkutan awam lain yang akan datang pada masa depan?

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

18. (a) Kerajaan Negeri sentiasa prihatin dalam usaha menggalakkan penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam. Sehingga kini, antara program dan insentif yang telah diberikan oleh kerajaan negeri dan akan diteruskan pada masa akan datang dalam usaha menggalakkan penduduk Pulau Pinang menggunakan bas atau pengangkutan awam lain adalah:

(i) Perkhidmatan Bas Percuma Congestion Alleviation Transport (CAT);

(ii) Perkhidmatan Bas Percuma Central Area Transit (CAT) George Town;

(iii) Perkhidmatan Bridge Express Shuttle Transit (BEST);

(iv) Pembiayaan Pas Perjalanan Tanpa Had iaitu Pas Mutiara; dan

(v) Pembiayaan tambang feri kepada penumpang pejalan kaki warganegara Malaysia.

Program dan insentif ini juga sentiasa ditambah baik agar pelaburan kerajaan negeri untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam berbaloi serta memberi manfaat kepada semua penduduk Pulau Pinang.

19. Apakah hala tuju masa depan Buletin Mutiara kepada rakyat jelata?

(a) Adakah Kerajaan Negeri mempunyai rancangan untuk memperluaskan fungsi Buletin Mutiara?

(b) Apakah rancangan untuk penerangan Kerajaan Negeri untuk menambah baik media sosialnya melalui Buletin Mutiara?.

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

19. (a) Platform Buletin Mutiara sama ada secara cetakan ataupun laman-laman sosial sentiasa terbuka kepada idea-idea bernas bagi penambahbaikan termasuk dalam memperluaskan skop sedia ada. Ini adalah bagi membolehkan Buletin Mutiara terus berfungsi serta memainkan peranan sebagai media utama Kerajaan Negeri di Pulau Pinang secara keseluruhan yang mana hebahan polisi-polisi, kepelbagaian program dan pelaksanaan projek dapat disebar luas kepada rakyat secara menyeluruh.

343

(b) Usaha penambahbaikan laman media sosial Buletin Mutiara sentiasa dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi memastikan ia terus relevan dan mencapai sasaran diperuntukan. Umumnya, selain kandungan penerbitan yang sahih dan bersasarkan polisi-polisi /program / pelaksanaan projek-projek Kerajaan Negeri, kepelbagaian wawancara yang menyentuh serta berlandaskan isu-isu semasa dan komuniti setempat turut menjadi tumpuan penerbitan. Malah, peraduan-peraduan dengan hadiah menarik juga turut dianjurkan membabitkan pelbagai peringkat umur. Sebagai tambahan, laman media Buletin Mutiara juga sentiasa menyediakan ruang hebahan kepada agensi-agensi dan pihak ketiga dalam menghebahkan penganjuran program masing-masing. Justeru, bagi memantapkan lagi pencapaian laman sosial berkaitan, semua pihak termasuk barisan kepimpinan Kerajaan Negeri adalah perlu bersama-sama untuk menguar-uarkan, ‘share’, ‘like’ dan juga berkongsi maklumat-maklumat menarik untuk dipaparkan sebagai tatapan umum.

20. Apakah rancangan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan dalam memastikan semua projek-projek infrastruktur akan mendapatkan kelulusan garis panduan Penang Accessibility Action Group (PAAG)?

(a) Adakah Kerajaan Negeri dan Tempatan bersedia untuk mendenda mereka yang tidak mematuhi garis panduan tersebut?

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

20. Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan memastikan semua projek-projek infrastruktur mendapatkan kelulusan berdasarkan Garis Panduan Pematuhan Senarai Semak Audit Aksesibiliti Berdasarkan Reka Bentuk Sejagat Bagi Pemajuan Di Negeri Pulau Pinang yang lalu sebagai salah satu syarat bagi kelulusan Permohonan Kebenaran Merancang, Pelan Bangunan serta Pelan Jalan dan Parit oleh Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) di Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) bagi pemajuan projek swasta dan PlanMalaysia@Penang bagi projek kerajaan. Selain itu, pelaksanaan proses audit kemudahan-kemudahan akses dan persekitaran bandar akan dilaksanakan melalui dua peringkat iaitu peringkat audit dalaman jabatan bagi kedua-dua PBT atau agensi teknikal lain serta audit aksesibiliti oleh pasukan audit Penang Accessibility Action Group (PAAG) melalui kriteria pemajuan berdasarkan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 34A bagi memastikan pemajuan baharu dan projek-projek infrastruktur di dalam kawasan pentadbiran di Pulau Pinang dan Seberang Perai mematuhi keperluan reka bentuk sejagat.

(a) Garis Panduan Pematuhan Senarai Semak Audit Aksesibiliti Berdasarkan Reka Bentuk Sejagat Bagi Pemajuan Di Negeri Pulau Pinang yang telah diluluskan merupakan panduan yang meliputi Borang Senarai Semak Audit Aksesibiliti Bagi Pemajuan di Pulau Pinang dan Borang Senarai Semak Aksesibiliti oleh Pasukan Audit Aksesibiliti yang dapat membantu dan memudahkan semua pihak berkaitan dalam merancang, merekabentuk, menyediakan, menyelaras serta seterusnya mengaudit kemudahan-kemudahan akses dan persekitaran bandar yang bercirikan reka bentuk sejagat (universal design) yang boleh diakses oleh semua golongan individu tanpa mengira peringkat umur, saiz dan keupayaan fizikal masing-masing. Garis panduan ini hendaklah dibaca bersama Undang-Undang Kecil 34A, Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (UBBL) 1984)dan MS 1184:2014 yang mewajibkan agar semua bangunan yang boleh dikunjungi disediakan kemudahan untuk semua golongan masyarakat termasuk OKU. Setiap PBT yang mengguna pakai UKBS dikehendaki menguatkuasakan undang-undang ini dan memastikan bahawa kehendak-kehendak kemudahan bangunan

344

untuk orang kurang upaya disediakan berdasarkan kawasan pemajuan yang disyaratkan merujuk kepada seksyen 34(A) dalam Piawaian Malaysia MS 1184 dan MS1183. Undang-Undang Kecil 34A Peraturan Bangunan Seragam (UBBL) Di Malaysia, adalah wajib bahawa semua bangunan awam mesti menyediakan kemudahan untuk orang kurang upaya. Pada September 20 th 1990, pindaan telah dibuat kepada Undang- Undang Kecil Bangunan Seragam (UBBL) di Majlis Kebangsaan ke-35 Kerajaan Tempatan (MNKT). Pindaan itu, iaitu 34A di UBBL, menjadikannya wajib bagi bangunan untuk menyediakan akses untuk membolehkan orang kurang upaya masuk, keluar dan dalam bangunan. Bangunan yang telah dibina sebelum permulaan undang-undang kecil ini mesti diubah untuk mematuhi undang-undang kecil dalam tempoh 3 tahun dari tarikh permulaan. Di bawah Artikel Perlembagaan Negara 95A, penyediaan National Council for Local Government (NCLG) mengikat semua kerajaan negeri. Undang-Undang Kecil 34A UBBL telah diwartakan di Negeri Pulau Pinang pada 11 November 1993. (Lembaran Negara No. Pg. PU 26). Denda atau kompuan boleh dikenakan kepada pihak pemaju atau PSP di bawah Undang-Undang Kecil Mengkompuan Kesalahan MBSP , Jalan Parit dan Bangunan 2020 di bawah Seksyen 70 (13)(a) iaitu melencong dari mana-mana pelan penentuan yang diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu dari pihak berkuasa tempatan.

21. Wabak COVID-19 telah mengakibatkan penderitaan pada rakyat jelata.

(a) Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk memastikan semua institusi Kerajaan Negeri sentiasa bersedia untuk menghadapi ancaman-ancaman kesihatan pada masa hadapan?

(b) Apakah rancangan Kerajaan Negeri jika sebuah varian baru COVID-19 kembali mengancam rakyat jelata dan kes naik mendadak lagi?.

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

21. (a) Kerajaan Negeri memastikan semua institusi Kerajaan Negeri sentiasa bersedia untuk menghadapi ancaman-ancaman kesihatan pada masa hadapan dengan memberi kuasa kepada semua Ketua Jabatan supaya sentiasa prihatin dan berwaspada dengan masalah-masalah kesihatan yang berlaku kepada kakitangan bawahan supaya pemeriksaan kesihatan dilakukan segera. Ini juga dapat memastikan wabak penyakit berjangkit tidak merebak kepada semua warga kerja nanti.

(b) Kerajaan Negeri melalui Jabatan dan Agensi-agensi yang berkenaan akan sentiasa berada dalam keadaan bersiapsiaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Tiga elemen utama adalah:

(i) Kawalan dan pencegahan penularan COVID-19: Memutuskan rantaian transmisi melalui aktiviti saringan bagi pengesanan kes dan kontak serta mengukuhkan aktiviti survelan COVID-19;

(ii) Kesiapsiagaan Sistem Penjagaan Kesihatan: Mengenalpasti fasiliti kesihatan yang bertindak sebagai pusat rawatan COVID-19 dengan kapasiti katil dan keperluan ICU yang mencukupi; kapasiti makmal bagi menjalankan ujian COVID-19; sumber yang mencukupi termasuk sumber manusia serta aset & peralatan perubatan.

(iii) Pemerkasaan Masyarakat: Memperkasakan masyarakat awam termasuk YB Kawasan dan ketua-ketua komuniti dalam amalan norma baharu dan pematuhan terhadap SOP.

345

Pihak Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang sedang bekerjasama dengan pihak PH Corp bagi meningkatkan penglibatan fasiliti swasta dari segi bilangan dan juga penambahan dos di fasiliti yang sedang pemberian dos penggalak (booster).

(i) Sehingga 22 November 2021, jumlah penerima dos penggalak vaksin di Pulau Pinang adalah 43,168 orang. Berikut disertakan bilangan penerima dos booster di negeri lain di Malaysia seperti di Lampiran A;

(ii) Setakat 22 November 2021 bagi negeri Pulau Pinang, terdapat 78 klinik swasta dan 8 hospital swasta yang terlibat dalam pemberian vaksin COVID-19;

(iii) Mulai 22 Nov 2021, mereka yang ingin mendaftar sebagai backup list di Fasiliti Kesihatan Swasta (Pulau Pinang ada 78 Klinik Swasta dan 8 Hospital Swasta dan PPV Offsite Sunshine di bahagian pulau) boleh hubungi PPV yang di senaraikan di laman web ProtectHealth :

https://vaksincovid.protecthealth.com.my/find

(iv) Ini terbuka kepada penerima dos penggalak yang layak (40 tahun ke atas, warga emas, 18 tahun ke atas yang komorbid, Frontliners) / belum menerima vaksin / terlepas dos kedua. Buat masa ini hanya Vaksin Pfizer yang ditawarkan.

(v) Senarai fasiliti swasta yang terlibat dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bagi Negeri Pulau Pinang adalah seperti di Lampiran B. Kenyataan Media dari ProtectHealth seperti di Lampiran C.

346

LAMPIRAN A

NEGERI-NEGERI

DAILY BOOSTERS

(setakat 22

November 2021,

11:59pm)

JUMLAH

BOOSTERS

(setakat 22

November 2021,

11:59am)

1. SARAWAK 16 690 491 645

2. KLANG VALLEY 34 282 442 156

3. PERAK 5 262 88 465

4. JOHOR 6 854 86 259

5. SABAH 3 024 81 187

6. NEGERI

SEMBILAN

5 356 69 299

7. MELAKA 3 623 68 181

8. KELANTAN 2 934 64 810

9. KEDAH 5 472 59 843

10. PAHANG 1 978 43 404

11. PULAU PINANG 4 485 43 168

12. TERENGGANU 1 692 20 010

13. LABUAN 445 8 072

14. PERLIS 66 4 841

`Source : COVIDNow

347

Senarai Fasiliti Swasta yang Terlibat dalam Program Imunisasi

Covid-19 Kebangsaan (PICK) bagi Negeri Pulau Pinang

Hospital swasta

Bil. Hospital Swasta Daerah

1 Gleneagles Penang Timur Laut

2 Hospital Lam Wah Ee Timur Laut

3 Loh Guan Lye Specialists Centre Timur Laut

4 Optimax Eye Specialist Hospital

(Penang) Timur Laut

5 Georgetown Specialist Hospital Timur Laut

6 BP Radiology Centre Timur Laut

7 Pantai Hospital Penang Barat Daya

8 KPJ Penang Specialist Hospital Seberang Perai Tengah

Klinik swasta

Bil. Klinik Swasta Daerah

1 Qualitas Health Klinik Sentosa

Timur Laut

2 Klinik Aman

3 O2 Klinik (Ayer Itam)

4 Khong Klinik

5 Klinik Harmony

6 O2 Klinik (Jelutong)

7 Klinik Huang

8 Osel Clinic Straits Quay

9 Osel Clinic Macalister

10 O2 Klinik (Tanjung)

11 Klinik Bersatu Georgetown 24 Jam

12 O2 Klinik (Heritage)

13 Klinik Perubatan The Pearl

14 Klinik Bayan Medic

15 Poliklinik Bagan

16 Klinik Famili

17 Poliklinik Panmedik

348

18 Klinik Health Plus

19 Klinik Mediviron

20 Klinik Singapore

21 Klinik Bersatu Bayan Baru

Barat Daya

22 Klinik Aman

23 Klinik Medicris

24 O2 Klinik (Summerton)

25 Plux Health Clinic

26 Klinik Seri Pulau

27 Menara Medical Clinic

28 Klinik Menara (Penang)

29 O2 Klinik (Relau)

30 Klinik Ihealth

31 Bayan Medic

32 Klinik Medilife

33 Klinik Perubatan Tanah Melayu

34 Klinik Singapore

35 Qualitas Health Klinik IMA

36 Klinik Topcare (Alma) Sdn Bhd

Seberang Perai

Tengah

37 Poliklinik Public

38 Klinik Unicare

39 Klinik Bersatu

40 Klinik IHealth

41 Klinik 1 Utama

42 Klinik Pakar Dr. K. K. Tan

43 BP Diagnostik

44 Klinik Joe Fernandez

45 Klinik Caring

46 O2 Klinik (Bukit Mertajam)

47 Poliklinik HL

48 Klinik Bersatu 16 Jam

49 Klinik Dr KO

50 Kinik Alwi dan Chandran

51 Klinik Wong

52 Klinik Ikhtiar (Cawangan Penanti)

53 O2 Klinik (Raja Uda)

349

54 BP Diagnostic

Seberang Perai

Utara

55 Klinik Ima

56 Klinik 1 Utama

57 Poliklinik Public

58 IG Clinic

59 Caring Clinic

60 Klinik Bersatu 16 Jam

61 Klinik Rawatan Dr. Mahmud

Cawangan Butterworth

62 Poliklinik Bagan

63 Poliklinik Dr Azhar dan Rakan-

Rakan (Cawangan Bagan Ajam)

64 Poliklinik GY

65 Klinik Putra

66 Klinik Mika

Seberang Perai

Selatan

67 Clinic Medi-Genesis

68 Klinik Eco Medic

69 Poliklinik Lourdes

70 Poliklinik Pekaka

71 Klinik Tasek Mutiara Sdn Bhd

72 Pluxhealth Clinic 24 Jam

73 Klinik Jaaya

74 Klinik Jawi

75 Klinik Lim

76 Klinik Dr. Dashindar Singh

77 Klinik Joe Fernandez

78 Peoples Clinic

350

LAMPIRAN C

351

.

352

22. Apakah perkembangan terkini projek "underpass" Mount Erskine?

(a) Adakah Kerajaan Negeri akan mempercepatkan projek tersebut memandangkan kesesakan lalu lintas semakin ketara?.

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

22. Pejabat Daerah dan Tanah Timur Laut telah selesai melaksanakan proses pengambilan tanah untuk semua lot yang terlibat dalam projek Cadangan Pembinaan Jalan Bawah (underpass) dari Jalan Mount Erskine ke Jalan Burma pada bulan Mac 2020. Selain itu, perincian reka bentuk projek ini juga telah disiapkan oleh perunding yang telah dilantik oleh pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Projek ini akan dilaksanakan setelah permohonan peruntukan melalui RMKe-12 diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan.

23. Adakah Kerajaan Negeri akan mempertahankan kampung-kampung warisan di seluruh Negeri Pulau Pinang daripada pembangunan semula?

(a) Apakah rancangan Kerajaan Negeri baru untuk menangani masalah ini?

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

23. Secara dasarnya, setiap perancangan pembangunan yang akan dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Negeri akan melalui pelbagai proses kelulusan dan perancangan. Kesan-kesan pembangunan juga akan dikaji sama ada akan memberikan impak ekonomi dan sosial di sesuatu kawasan. Justeru itu, tiada sebarang perancangan pembangunan dengan tujuan mengganggu atau menekan kampung-kampung warisan di negeri ini dilaksanakan melainkan pembangunan tersebut membawa impak positif kepada penduduk di sesuatu kawasan tersebut.

(a) Kerajaan Negeri akan sentiasa memastikan setiap cadangan pembangunan yang akan dilaksanakan dikaji secara terperinci dan dibentangkan sebelum sesuatu kelulusan diberikan bagi memastikan pembangunan di sesuatu kawasan tidak membawa kesan negatif pada kampung-kampung sedia ada.

(i) Kerajaan Negeri ada cadangan untuk mewartakan beberapa kampung sebagai kampung warisan. Di dalam DPF Desa Negara 2030 semua kategori kampung boleh diangkat sebagai kampung warisan sekiranya menepati kriteria yang perlu mendapat pengiktirafan daripada badan-badan yang berkaitan untuk mengiktiraf kampung berkenaan sebagai kampung warisan seperti berikut:

(a) Tokoh;

(b) Aktivti Harian;

(c) Sejarah; dan

(d) Makanan

Kerjasama PLANMalaysia@Pulau Pinang dan PLANMalaysia Ibu Pejabat di dalam menjalankan Kajian Kampung Warisan – Pelan Induk Negeri Pulau Pinang berdasarkan dari senarai 638 buah Kampung meliputi 6 kategori kampung di negeri Pulau Pinang bagi mengenal pasti kampung yang berpotensi untuk diangkat sebagai Kampung Warisan. Di bawah PLANMalaysia Daerah Timur Laut telah dikenal pasti sebanyak 72 kampung.

353

24. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menghargai tokoh-tokoh sukan negara dari Pulau Pinang yang telah mengharumkan nama negara?

(a) Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk melantik Dato' Lee Chong Wei sebagai duta pelancongan Negeri Pulau Pinang juga?

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

24. Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP) dan Perbadanan Stadium Dan Kawasan Lapang Negeri Pulau Pinang sedang dalam usaha untuk merangka penyediaan sebuah galeri sukan di Kompleks Sukan Sony Seberang Jaya sebagai platform untuk memaparkan informasi mengenai jaguh-jaguh sukan Pulau Pinang yang berjaya mengharumkan nama negeri dan negara di pentas sukan kebangsaan dan antarabangsa.

Selain itu, Kerajaan Negeri melalui MSNPP juga bakal menganjurkan Majlis Anugerah Sukan Negeri Pulau Pinang setiap dwitahunan di mana tokoh-tokoh sukan negara dari Pulau Pinang yang telah mengharumkan nama negara dapat dicalonkan untuk penerimaan anugerah seperti Anugerah Sepanjang Zaman yang telah dianugerahkan buat pertama kali kepada YBhg. Dato’ Wira Lee Chong Wei di Majlis Anugerah Sukan 2016 pada 12 Mei 2017. Namun, disebabkan oleh faktor pandemik COVID-19, Majlis Anugerah Sukan yang sepatutnya dianjurkan pada 2020 telah diputuskan untuk ditangguhkan penganjurannya ke tahun 2023.

Di samping itu, MSNPP dari semasa ke semasa akan turut menjemput kehadiran tokoh-tokoh yang berkenaan ke Majlis Rasmi Sukan Negeri dan jemputan untuk menyampaikan motivasi kepada para atlet muda negeri sebagai usaha menyemarakkan lagi semangat juang mereka.

(a) Pada masa kini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang belum mempunyai perancangan untuk melantik YBhg. Dato’ Wira Lee Chong Wei sebagai Duta Pelancongan Negeri. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri mengalu-alukan YBhg. Dato’ Wira Lee Chong Wei untuk bekerjasama dalam mempromosikan Negeri Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan utama di Malaysia.

25. Minat anak-anak muda selalu akan ada perkembangan baru dan Kerajaan Negeri tidak boleh ketinggalan.

(a) Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk mempromosikan Negeri Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan untuk anak-anak muda? .

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

25. (a) Bagi mempromosikan Negeri Pulau Pinang kepada pasaran anak muda, Kerajaan Negeri memfokuskan kepada kempen promosi melalui media sosial dan meningkatkan pengiklanan media sosial melalui saluran seperti Facebook, Instagram, LinkedIn, Youtube, Youku, Weibo, Wechat, Douyin dan TikTok yang menumpukan kepada Penang Stories daripada pelbagai aspek daya tarikan termasuk makanan tempatan, gaya hidup, alam semula jadi, pengembaraan, budaya dan warisan untuk menarik perhatian golongan muda.

Mempromosikan kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan untuk aktiviti kembara (hiking) dan ‘Instagramable’ dengan memperlihatkan keindahan flora dan fauna di beberapa tempat antaranya Bukit Seraya, Bukit Suling dan Bukit Juru.

354

26. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menguatkuasakan Akta Anti Lompat Parti terhadap ADUN-ADUN yang telah meninggalkan atau dipecat oleh parti asal mereka?

(a) Adakah Kerajaan Negeri tetap akan membentangkan usul untuk tujuan kuatkuasakan Akta tersebut?.

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

26. Di peringkat Negeri Pulau Pinang, Perkara 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang merupakan peruntukan undang-undang yang mengawal aktiviti pertukaran parti politik seorang Ahli Dewan Undangan Negeri.

Pertukaran parti politik seorang ahli

14A. (1) Tertakluk kepada Perkara ini, seseorang ahli Dewan Undangan hendaklah mengosongkan kerusinya jika -

(a) setelah dipilih sebagai calon daripada satu parti politik, dia melepaskan atau dilucutkan keahliannya, atau berhenti daripada menjadi ahli parti politik tersebut atas apa-apa jua sebab; atau

(b) setelah dipilih sebagai calon yang bukan daripada satu parti politik, dia menyertai suatu parti politik.

Seseorang ahli Dewan Undangan tidak dikehendaki mengosongkan kerusinya menurut Perkara ini hanya atas sebab –

(a) pembubaran atau pembatalan pendaftaran partinya; atau

(b) pelepasan keahlian partinya atas sebab pemilihannya sebagai Yang di-Pertua Dewan.

(i) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam Perkara 13(5), seseorang ahli Dewan Undangan yang mengosongkan kerusinya di bawah Perkara ini boleh bertanding semula dalam mana-mana pilihan raya yang berikutnya.

(ii) Yang di-Pertua Dewan hendaklah memberitahu Suruhanjaya Pilihan Raya apabila berlaku sesuatu kekosongan di bawah Perkara ini.

Di peringkat persekutuan, sehingga kini masih belum ada Akta Anti Lompat Parti yang digubal .

(a) Perkara 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang sedang dicabar di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang berkenaan keesahan (legality) peruntukan tersebut dan kes tersebut kini ditetapkan untuk pendengaran pada 18 Februari 2022. Sehubungan itu, pembentangan usul bagi penguatkuasaan Perkara 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang akan ditangguhkan sehingga perkara ini diputuskan secara muktamad.

355

27. Adakah Kerajaan Negeri boleh memberi jaminan bahawa kawasan hijau projek Gurney Wharf akan sebanyak yang mungkin?

(a) Adakah penjaja Anjung Gurney akan diberi keutamaan dalam penyewaan bangunan penjaja yang baharu di projek Gurney Wharf?

(b) Adakah kekosongan lot-lot penjaja yang lain di Gurney Wharf akan dibuka untuk temuduga PBT supaya adil?.

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

27. Kerajaan Negeri telah mengarahkan semua perunding projek untuk memastikan Pembangunan Projek Gurney Wharf dilaksanakan berdasarkan inisiatif Kerajaan Negeri untuk menambahkan kawasan hijau (Green Space) dengan memaksimakan penggunaan tanah untuk manfaat rakyat Pulau Pinang dan selaras dengan aspirasi Cleaner, Greener, Healthier, Safer & Smarter Penang serta Visi Penang 2030 – A Family-focused, Green and Smart State that Inspires the Nation.

Secara keseluruhan, Projek Gurney Wharf akan dibangunkan di kawasan anggaran seluas 115.35 ekar (sebelum ukur halus dibuat) di mana ia meliputi kawasan rekreasi dan landskap hijau, kawasan pesisir pantai, tempat letak bertingkat, kawasan hawker center dan jeti teksi air. Selain itu, bagi memaksimakan kawasan hijau, kawasan jajaran Gurney Expressway yang terletak berhampiran kawasan Projek Gurney Wharf juga akan dilandskapkan hijau untuk manfaat penduduk Pulau Pinang di samping memastikan value for money untuk pelaburan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri bagi projek tersebut.

(a) Hasrat utama penyediaan Hawker Center di kawasan Projek Gurney Wharf adalah untuk penempatan semula Penjaja Anjung Gurney. Ini adalah kerana Kerajaan Negeri prihatin untuk penyediaan kawasan ruang niaga yang lebih kondusif, selesa, selamat dan bersih kepada para penjaja yang telah lama menjalankan peniagaan di Anjung Gurney.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga peka bahawa perniagaan makanan yang diusahakan kawasan tersebut merupakan sumber tarikan pelancong ke Pulau Pinang dan perlu dilindungi dengan sebaiknya.

Oleh itu, penjaja Anjung Gurney akan diberi keutamaan untuk penyewaan ruang penjaja yang baharu di kawasan Projek Gurney Wharf.

(b) Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang (CMI) selaku pemilik projek akan memastikan penawaran lot perniagaan dilaksanakan secara adil dan telus.

Pengisian ruang niaga sebanyak 200 tempat akan diuruskan bersama Bahagian Pelesenan, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) memandangkan semua urusan berkaitan temuduga dan pelantikan bagi premis Kerajaan Negeri sebelum ini diuruskan oleh pihak MBPP.

Berdasarkan data MBPP terdapat seramai 139 peniaga di Tapak Penjaja Anjung Gurney, Kompleks Persiaran Gurney dan Penjaja Statik Sementara. Maklumat tersebut telah dikemukakan kepada agensi berkaitan untuk diambilkira sebagai peniaga terlibat dengan pembangunan yang dirancang.

356

28. Apakah perkembangan terkini projek Seri Tanjung Pinang 2 (STP2)?

(a) Apakah jangka masa siap projek STP2?

(b) Adakah semua prosedur-prosedur keselamatan telah diambil dalam pembangunan STP2?.

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

28. Projek Sri Tanjung Pinang ini adalah berdasarkan Pelan Induk Bagi Cadangan Pembangunan Perumahan Dan Perdagangan Di Atas Kawasan Tebusguna Tanah Tanjong Tokong (Fasa 2), Daerah Timur Laut, no. rujukan JPBD/P2/Tanjung Pinang/110411 yang diluluskan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri pada 11 April 2011 adalah termasuk sebahagian tebus guna tanah bagi pembangunan Gurney Wharf.

Projek Sri Tanjung Pinang di Tanjung Tokong merupakan projek yang dilaksanakan selaras dengan Pelan Induk Pembangunan Seri Tanjung Pinang 2 yang telah diluluskan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Pulau Pinang (PlanMalaysia@Pulau Pinang) pada tahun 2014.

Tebus guna tanah Seri Tanjung Pinang Fasa 2 (STP2) ini terbahagi kepada 3 fasa iaitu 2A, 2B dan 2C. Sebahagian kawasan tebus guna ini (fasa 2A) telah pun siap ditebus guna termasuk kawasan untuk pembangunan projek Gurney Wharf. Bagi fasa 2B dan 2C kerja-kerja tebus guna belum dilaksanakan lagi.

Merujuk kepada Akta Perancangan Bandar & Desa 1976 (Akta 172) PLANMalaysia@Pulau Pinang adalah sebagai Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) bagi kawasan di luar Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah meluluskan permohonan Kebenaran Merancang bagi tebus guna tanah Seri Tanjung Pinang (Fasa 2) termasuk pembangunan perumahan dan perdagangan seperti berikut:

(i) Perumahan

1) Kediaman Kepadatan Sederhana sebanyak 1,771 unit;

2) Kediaman Kepadatan Tinggi sebanyak 520 Unit; dan

3) Rumah Mampu Milik sebanyak 593 unit.

(ii) Plot Perdagangan

1) Marina

(iii) Infrastruktur

1) Tangki Air;

2) Pencawang Masuk Utama;

3) Loji Pembentungan Mekanikal; dan

4) Rizab Balai Polis.

Projek STP2 adalah sebuah projek yang dibangunkan oleh syarikat konsesi yang telah dilantik oleh Kerajaan Negeri iaitu Tanjung Pinang Development Sdn. Bhd. (TPD).

357

Status terkini tambakan laut bagi projek STP2 adalah seperti berikut:

(a) Pihak TPD menjangkakan Projek STP 2 akan disiapkan dalam tempoh 30 tahun iaitu menjelang tahun 2050 dan ianya tertakluk kepada perkembangan ekonomi negara.

(b) Prosedur keselamatan diambil berat dalam pembangunan STP2. Prosedur-prosedur keselamatan di atas tanah tebus guna sememangnya diambil berat oleh pihak pemaju. Situasi akan sentiasa dipantau oleh agensi teknikal yang terlibat termasuk pihak pelaksana sendiri.

Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SHO) dan Penyelia Keselamatan Tapak (SSS) yang bertauliah daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) telah dilantik untuk mengawasi aspek keselamatan dan kesihatan di projek pembangunan di Tapak STP2.

Kesemua projek pembangunan STP2 dijalankan mengikut prosedur dan tatacara yang telah ditetapkan oleh JKKP.

Selain itu, setiap kerja yang dijalankan juga adalah mengikut ‘Method of Statement (MoS)’ dan ‘Hazard Identification, Risk Assessment and Risk Control (HIRARC)’ untuk mengenal pasti risiko keselamatan bagi kerja yang bakal dijalankan dan kawalan keselamatan yang perlu diambil untuk memastikan kerja-kerja dijalankan dengan selamat.

Setiap jentera yang memerlukan pemeriksaan dan kelulusan daripada JKKP akan diperiksa untuk memastikan jentera berada pada tahap yang selamat untuk beroperasi.

Lawatan keselamatan tapak (Toolbox), pemeriksaan tapak dan mesyuarat Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Alam Sekitar tapak dilakukan secara berkala untuk memastikan informasi serta arahan mengenai keselamatan, kesihatan dan alam sekitar di tapak dapat disalurkan kepada semua kakitangan dan pekerja binaan.

Penggunaan alat pelindung diri (PPE) juga diwajibkan untuk semua personel yang masuk ke tapak STP2.

Antara agensi teknikal yang terlibat dalam pemantauan berkenaan pemeliharaan alam sekitar adalah pihak Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang melalui laporan-laporan yang dikemukakan oleh pemaju termasuk kestabilan tanah, aktiviti perikanan dan kualiti air laut, udara dan kelodak tanah. Antara laporan yang dikemukakan oleh pemaju adalah:

(i) Enviromental Management Plan (EMP) setiap 3 bulan; dan

(ii) Enviroment Monitoring Report (EMR) setiap 1 bulan

Bil

Fasa

Keluasan (ekar)

Tarikh Siap Tebus Guna

Peratus siap tambakan (%)

1 2A 252.81 Telah siap 100%

2 2B 248.31 31 Disember

2025 Sedang dalam penyediaan perimeter

bund 3 2C 258.88

31 Disember 2028

358

29. Apakah usaha serta jaminan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam mempertahankan hak riparian sumber di negeri ini? Fakta menunjukkan Sungai Muda mengalir Pulau Pinang didokumentasikan dalam Akta Kedah dan Pulau Pinang (Pengubahan Sempadan) 1985 (Akta 325) dan termaktub sebagai Akta dalam Perkara 2 Perlembagaan Persekutuan.

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

29. Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. (PBAPP) berpendapat bahawa Kerajaan Negeri dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan harus mewujudkan Ulu Muda Basin Authority (UMBA) untuk melindungi dan mengurus kawasan tadahan Ulu Muda. UMBA harus dibentuk untuk menyusun dan melaksanakan Rancangan Lembangan Ulu Muda bagi menjaga kepentingan 4.2 juta rakyat di Negeri Perlis, Negeri Kedah dan Negeri Pulau Pinang.

Ini adalah kerana kawasan tadahan air Ulu Muda mesti dikendalikan secara lestari sebagai kawasan tadahan air utama di Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER). Pengurusan lestari oleh Kerajaan Persekutuan harus dilaksanakan untuk menghentikan sepenuhnya dan melarang semua aktiviti pembalakan, perlombongan dan lain-lain yang merosakkan kawasan tadahan air Ulu Muda tersebut.

Fungsi UMBA amat penting dalam pelaksanaan program Air Untuk Masa Hadapan dan mempunyai empat (4) keutamaan seperti berikut:

(i) Menangani perubahan iklim; (ii) Menyokong sungai yang baik; (iii) Menggunakan air dengan berhemat; dan

(iv) Menjamin bekalan air.

Keempat-empat keutamaan ini secara meluas menggambarkan cabaran yang sedang dihadapi oleh Negeri Perlis, Negeri Kedah dan Negeri Pulau Pinang berhubung keselamatan bekalan air di NCER.

Justeru, Kerajaan Persekutuan harus menjadi penyumbang utama melalui peruntukan tahunan persekutuan yang diperoleh daripada hasil cukai dari Negeri Perlis, Negeri Kedah dan Negeri Pulau Pinang. Sebagai penerima manfaat langsung daripada UMBA yang dicadangkan, ketiga-tiga negeri ini juga boleh menyumbang untuk membiayai lembaga berkenaan.

30. Apakah status terkini pusat transit gelandangan?

(a) Apakah rancangan pusat transit terhadap gelandangan yang masih tidak dapat mencari tempat tinggal walaupun sudah menginap lama di sana?

(b) Apakah rancangan Kerajaan Negeri terhadap gelandangan yang langsung tidak ingin berpindah ke pusat transit?.

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

30. Status terkini pembangunan Pusat Transit Gelandangan di Jalan C.Y.Choy adalah 75 peratus. Prestasi pembinaan adalah lewat daripada jadual dengan -25 peratus disebabkan oleh penangguhan kerja-kerja pembinaan di tapak pemajuan sejak 1 Jun 2021 berikutan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. Kerja-kerja telah disambung semula pada 26 Ogos 2021 selepas memperolehi kelulusan Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI).

359

(a) Sekiranya terdapat kes yang masih tidak dapat mencari tempat tinggal walaupun sudah menginap lama di Pusat Transit Gelandangan, bagi kes tidak produktif (warga emas atau pesakit melarat) perlulah dirujuk bagi penempatan tetap di mana-mana institusi kebajikan kendalian Kerajaan atau pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO). Manakala bagi kes yang masih produktif dan sepatutnya bekerja, mereka akan diberi peluang untuk diberi latihan peningkatan kemahiran dan penawaran peluang pekerjaan yang bersesuaian dengan tahap kelayakan bagi membolehkan mereka hidup berdikari.

(b) Merujuk kepada Penasihat Undang-Undang Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, bagi kes orang papa atau gelandangan yang diselamatkan dan dimasukkan di Pusat Jagaan kendalian Kerajaan, NGO atau mana-mana tempat yang tidak diwartakan di bawah Akta Orang Papa 1977 (Akta 183) perlu mendapat persetujuan individu tersebut sekiranya perintah mahkamah tidak diperoleh. Tindakan tersebut menjadi suatu tahanan salah illegal detention kerana melanggar hak asasi manusia sebagaimana dinyatakan di dalam Perkara 5, Perlembagaan Persekutuan. Walau bagaimanapun, sekiranya gelandangan tersebut masih tidak mahu berpindah ke pusat transit setelah dipujuk, individu tersebut akan diselamatkan dan perintah mahkamah akan dimohon bagi menempatkan individu berkenaan ke pusat pemulihan rehabilitation centre.

IV. Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) bertanya kepada Y.A.B. Ketua Menteri:

1. Mohon Kerajaan Negeri Pulau Pinang nyatakan adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membina tapak-tapak perniagaan gerai makanan yang berstruktur di DUN Permatang Pasir dalam merangsang ekonomi rakyat yang terkesan daripada pandemik COVID-19?

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

1. Kerajaan Negeri melalui Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) tidak mempunyai sebarang cadangan untuk membina tapak-tapak perniagaan gerai makanan yang berstruktur di DUN Permatang Pasir pada ketika ini.

Walau bagaimanapun, jika terdapat permintaan untuk cadangan penempatan penjaja secara mudah alih, perkara ini akan dipertimbangkan oleh MBSP. Selain itu, sekiranya terdapat cadangan pemajuan di kawasan tersebut dan lokasi pemajuan tersebut adalah strategik, pihak MBSP akan mensyaratkan kepada pemaju bagi penyediaan gerai makanan berstruktur di kawasan tersebut

2. Mohon Kerajaan Negeri Pulau Pinang nyatakan jumlah aduan yang diterima sejak

program First Support Point dilancarkan mengikut pembahagian DUN-DUN di Pulau Pinang?

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

2. First Support Point di bawah Dasar Keluarga Selamat telah ditubuhkan pada Februari 2021. Sehingga kini, terdapat 29 Pusat Khidmat ADUN dan 12 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) telah diiktiraf sebagai First Support Point. Sehingga November 2021, sebanyak 82 kes telah diterima oleh First Support Point. Pecahan kes mengikut Kawasan Ahli Dewan Undangan Negeri (KADUN) dan First Support Point adalah seperti di Lampiran A.

360

LAMPIRAN A

BILANGAN ADUAN YANG DITERIMA OLEH FIRST SUPPORT POINT BAGI

TEMPOH FEBRUARI 2021 - NOVEMBER 2021

BIL. FIRST SUPPORT POINT

BIL. KES YANG

DIKENDALI

1 Pusat Khidmat ADUN N16 – Perai

5

2 Pusat Khidmat ADUN N30- Sungai Pinang

4

3 Pusat Khidmat ADUN N39- Pulau Betong

2

4 Pusat Khidmat ADUN N15 - Padang Lalang

1

5 Pusat Khidmat ADUN N27- Pengkalan Kota

1

6 Pusat Khidmat ADUN N7- Sungai Puyu

1

7 Pusat Khidmat ADUN N31 - Batu Lancang

1

8 Pusat Khidmat ADUN N26 - Padang Kota

0

9 Pusat Khidmat ADUN N29- Datok Keramat

0

10 Pusat Khidmat ADUN N34 - Paya Terubong

0

11 Pusat Khidmat ADUN N12- Penanti

0

12 Pusat Khidmat ADUN N36- Pantai Jerejak

0

13 Pusat Khidmat ADUN N28- Komtar

0

14 Pusat Khidmat ADUN N14- Machang Bubuk

0

15 Pusat Khidmat ADUN N11- Permatang Pasir

0

16 Pusat Khidmat ADUN N17 - Bukit Tengah

0

17 Pusat Khidmat ADUN N32- Seri Delima

0

18 Pusat Khidmat ADUN N35- Batu Uban

0

19 Pusat Khidmat ADUN N6- Telok Ayer Tawar

0

20 Pusat Khidmat ADUN N33- Air Itam

0

21 Pusat Khidmat ADUN N19- Jawi

0

22 Pusat Khidmat ADUN N18- Bukit Tambun 0

361

BIL. FIRST SUPPORT POINT

BIL. KES YANG

DIKENDALI

23 Pusat Khidmat ADUN N13- Berapit

0

24 Pusat Khidmat ADUN N8- Bagan Jermal

0

25 Pusat Khidmat ADUN N25- Pulau Tikus

0

26 Pusat Khidmat ADUN N23 - Air Putih

0

27 Pusat Khidmat ADUN N9- Bagan Dalam

0

28 Pusat Khidmat ADUN N20- Sungai Bakap

0

29 Pusat Khidmat ADUN N37 - Batu Maung

0

30 Home Dynamics (HD Training House)

0

31 Malaysia Hindu Sangam Penang State Women's Bureau

0

32 Pertubuhan Kebajikan SNEHAM

62

33 Women's Welfare Council (WWC)

2

34 Agape Counselling Centre Malaysia

1

35 The Safe Harbour

1

36 Buddhist Tzu-Chi Merits Society Malaysia

1 (kes sokongan emosi)

37 Young Women's Christian Association (YWCA Penang)

0

38 Than Hsiang Mitra Welfare Association Penang

0

39 YBAM Penang (Youth Buddhist Association Malaysia)

0

40

Minor Basilica of St. Anne, Bukit Mertajam 0

41 Women Right's Awareness Association (WRAA)

0

42 Malaysian Buddhist Association

0

JUMLAH 82

362

3. Mohon Kerajaan Negeri Pulau Pinang nyatakan apakah Kerajaan Negeri bercadang menetapkan polisi khusus mewajibkan syarikat swasta di dalam Negeri Pulau Pinang memberikan keutamaan pengambilan kerja kepada golongan orang kelainan upaya (OKU)?.

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

3. Buat masa ini, Kerajaan Negeri belum mempunyai perancangan untuk menetapkan polisi khusus bagi mewajibkan syarikat swasta di Negeri Pulau Pinang supaya memberikan keutamaan pengambilan pekerja kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Namun begitu, Kerajaan Negeri sentiasa prihatin terhadap kemajuan hidup golongan OKU. Antara inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi membantu golongan OKU mendapat peluang pekerjaan dan menjana pendapatan adalah seperti berikut:

(i) Program “Job Coaching” dan “Disability Equality Training” iaitu program kerjasama antara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan agensi-agensi lain seperti Jabatan Tenaga Kerja, Jabatan Kesihatan Negeri dan majikan-majikan yang berpotensi untuk mengambil OKU sebagai tenaga kerja;

(ii) (ii) Karnival Kerjaya OKU anjuran JKM yang diadakan bagi memudahkan individu OKU yang mencari pekerjaan untuk mendapatkan hebahan dan tawaran peluang pekerjaan oleh bakal majikan yang turut serta dalam karnival tersebut;

(iii) Program “2- Year Exit Programme” yang dijalankan oleh JKM berkonsepkan kebajikan produktif bertujuan untuk melatih dan membina daya upaya klien agar dapat keluar dari kepompong kemiskinan; dan

(iv) Program Pembangunan Modal Insan iaitu program yang dilaksanakan oleh Pejabat Daerah dan Tanah bagi melatih peserta kursus dalam pembangunan kemahiran seperti masakan atau jahitan. Golongan OKU boleh memanfaatkan kursus ini untuk menambah pendapatan sama ada melalui perniagaan sendiri atau bekerja.

Selain daripada ini, Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya yang dipengerusikan oleh YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah ditubuhkan pada tahun 2008 turut dianggotai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia. Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia telah dipertanggungjawabkan Jawatankuasa Pekerjaan untuk menjalankan program seperti:

(i) Pendaftaran dan penempatan OKU di sektor swasta;

(ii) Menjalankan promosi penggalakkan pengajian OKU;

(iii) Mewujudkan Skim Bantuan Galakan Perniagaan OKU (SBG-OKU); dan

(iv) Program Return to Work.

Jawatankuasa ini juga adalah bertujuan untuk menggalakkan majikan di sektor swasta memberi peluang pekerjaan kepada orang kurang upaya melalui secara dalam talian iaitu melalui Sistem Maklumat Orang Kurang Upaya (SMOKU). Maklumat pencari kerja yang berdaftar dalam sistem ini akan dikongsi bersama agensi dan syarikat yang ingin mengambil OKU sebagai pekerja.

363

4. Mohon Kerajaan Negeri Pulau Pinang nyatakan adakah Kerajaan Negeri ada memohon kepada Kerajaan Pusat untuk menyediakan satu one stop centre yang menempatkan beberapa buah agensi Kerajaan yang memberikan perkhidmatan kepada rakyat seperti mana Pusat Transformasi Bandar (UTC) di dalam daerah Seberang Perai Tengah?

(a) Jika ya, apakah perkembangan permohonan tersebut?.

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

4. Buat masa ini, tiada permohonan oleh Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Pusat untuk menyediakan one stop centre seperti Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Seberang Perai Tengah. Pulau Pinang kini sudah mempunyai sebuah UTC di KOMTAR dan sebuah Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan yang beroperasi untuk memberikan pelbagai perkhidmatan kepada rakyat.

5. Mohon Kerajaan Negeri Pulau Pinang nyatakan apakah perancangan untuk mengurangkan kesesakan di sepanjang jalan lebuhraya Sungai Dua ke Juru terutama `menuju ke simpang ke Jambatan Pulau Pinang?.

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

5. Perancangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mengurangkan kesesakan di sepanjang jalan lebuh raya Sungai Dua ke Juru terutama menuju ke simpang ke Jambatan Pulau Pinang adalah dengan membina lebuh raya bertingkat dari Juru ke Kepala Batas.

Cadangan untuk pembinaan laluan pintasan (bypass) dari Juru ke Sungai Dua ini pernah dibincangkan oleh Kerajaan Persekutuan bersama-sama dengan pihak Kerajaan Negeri dan Northern Corridor Implementation Authority (NCIA). Perkara ini masih di peringkat perbincangan di agensi pusat. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri sedang menentukan lokasi-lokasi tertentu di kawasan terbabit untuk ditambah baik bagi tujuan penyediaan kapasiti lorong tambahan serta mengurangkan konflik trafik akibat weaving traffic.

6. Mohon Kerajaan Negeri Pulau Pinang nyatakan berapakah jumlah perumahan rumah Kos Rendah di Pulau Pinang yang sedang dibina dan bagi tahun hadapan?.

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

6. Kerajaan Negeri menguatkuasakan Dasar Pembinaan Rumah Kos Rendah/Kos Sederhana Rendah kepada mana-mana pemajuan yang mencecah 150 di kawasan luar bandar dan 100 unit di kawasan bandar. Harga unit Rumah Mampu Milik (RMM) A yang juga merujuk kepada kos rendah masih kekal dikawal pada harga maksima RM42,000.00 dengan keluasan unit asas minima 650 kaki persegi.

Berdasarkan rekod terkini terdapat sebanyak 3,509 unit RMM A sedang dalam pembinaan di seluruh negeri Pulau Pinang, manakala sebanyak 9,543 unit telah diluluskan Pelan Kebenaran Merancang dan dijangka dapat mula dibina mulai tahun 2022. Senarai projek RMM A sedang dibina dan lulus Kebenaran Merancang seperti di Lampiran A. Angka ini adalah sebahagian daripada 126,816 unit RMM A, B dan C yang telah siap, dalam pembinaan dan perancangan selaras matlamat penyediaan 220,000 unit RMM menjelang 2030.

364

365

366

7. Mohon Kerajaan Negeri PUlau Pinang nyatakan adakah wujud kes jangkitan COVID-19 yang baru berpunca di kawasan pelancongan di Pulau Pinang setelah sektor pelancongan dibuka?

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

7. Sehingga pelaporan kes harian COVID-19 terkini, tiada kes jangkitan baru yang berpunca di kawasan pelancongan di PulauPinang dilaporkan.

8. Mohon Kerajaan Negeri Pulau Pinang nyatakan apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam menyangkal fakta bahawa Pulau Pinang bukan pajakan daripada Kedah supaya isu ini tidak mengelurikan orang ramai?

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

8. Persoalan yang dibangkitkan oleh YB ADUN Permatang Pasir, YB ADUN Batu Uban dan YB ADUN Machang Bubuk menyentuh isu-isu Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri di mana Negeri Pulau Pinang adalah sebuah negeri berdaulat dalam Persekutuan Malaysia sejak kemerdekaan pada tahun 1957. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang tiada apa-apa keperluan untuk mempertimbangkan apa-apa tuntutan dari Kerajaan Negeri Kedah.

Berhubung soalan ini, pihak Kerajaan Pulau Pinang berpandangan untuk tidak memberi sebarang jawapan kepada soalan tersebut berdasarkan kepada subperaturan 25(6) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang memandangkan hal perkara yang disoal adalah di bawah kawalan Kerajaan Persekutuan.

Kerajaan Negeri menyarankan supaya apa-apa dakwaan berhubung isu Pulau Pinang milik Kedah tersebut sewajarnya dicermati dan diberi penilaian secara mendalam dan menyeluruh dari aspek undang-undang agar tidak menimbulkan kekeliruan dan kegelisahan yang tidak perlu di kalangan rakyat, khasnya rakyat di Kedah dan Pulau Pinang.

9. Mohon Kerajaan Negeri Pulau Pinang nyatakan apakah terdapat bantuan dana khas kepada Institut Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) sehinggakan diwujudkan Wakaf Pengajian Tinggi KITAB 9.

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

9. Secara umumnya, KITAB tidak mendapat sebarang dana khas pengoperasian dari kerajaan Negeri Pulau Pinang. Walau bagaimanapun, pada tahun 2021, pihak KITAB telah menerima dana sebanyak RM500,000.00 melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAINPP) bagi menukar salin bumbung di bangunan akademik KITAB.

Sebagai makluman Yang Berhormat, Wakaf Pengajian Tinggi KITAB adalah satu produk baharu dalam menjana pendapatan Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang seterusnya melestarikan sumber pendapatan KITAB. Sehingga kini, KITAB telah bergerak lebih 25 tahun dengan hanya menggunakan dana sumbangan zakat yang disalurkan melalui Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP). Namun, demi memastikan kelestarian dan pembangunan yang lebih komprehensif dan produktif, maka diperkenalkan satu lagi instrumen pendapatan baharu iaitu Wakaf Pengajian Tinggi KITAB ini. Idea asal pelaksanaan “Wakaf Pengajian Tinggi KITAB” adalah berdasarkan kajian terhadap universiti-universiti terkemuka di dunia yang telah berjaya dan berkesan dalam pengoperasian dengan menggunakan konsep wakaf dan “endowment” seperti Universiti al-Azhar,

367

Universiti al-Qurawiyyin, University al-Nizamiyah, Universiti Oxford, Universiti Stanford, Universiti Harvard, dan Universiti Yale.

Sumbangan dana Wakaf Pengajian Tinggi KITAB ini dicadangkan dengan (6) enam saluran utama iaitu;

(i) Sumbangan Umum;

(ii) Sumbangan daripada badan Korporat;

(iii) Sumbangan Luar;

(iv) Sumbangan daripada Pelabur Wakaf Pulau Pinang;

(v) Sumbangan daripada Kerajaan Negeri dan Persekutuan; dan

(vi) Sumbangan Awam

Pendapatan yang diperolehi daripada sumber Wakaf Pengajian Tinggi KITAB (WPTK) ini akan disalurkan melalui (6) enam tujuan utama iaitu;

(i) Biasiswa;

(ii) Penyelidikan;

(iii) Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP);

(iv) Pengurusan Operasi;

(v) Pembinaan Bangunan Kampus & Aset Boleh Alih; dan

(vi) Aktiviti Pelajar dan Masyarakat

Untuk makluman Yang Berhormat juga, Wakaf Pengajian Tinggi KITAB dilancarkan setelah mendapat kelulusan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) untuk mewujudkan sebuah Kampus Bandar KITAB berasaskan wakaf di atas Tanah MAINPP serahan PDC bertempat di Bandar Cassia, Batu Kawan.

Pada 9 November 2021, Dana Wakaf Pengajian Tinggi KITAB ini telah dilancarkan oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahamd Fuzi bin Haji Abdul Razak, Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang bagi menjayakan hasrat menjadikan KITAB ke arah IPTS Islam berasaskan wakaf menjelang 2030.

10. Mohon Kerajaan Negeri Pulau Pinang nyatakan langkah-langkah yang diambil untuk membantu melancarkan sistem rantaian bekalan produk makanan yang dihasilkan oleh pengusaha kecil tempatan untuk dipasarkan secara meluas di Pulau Pinang dalam usaha merangsang ekonomi rakyat memasuki fasa endemik?.

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

10. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian (DOA) Pulau Pinang telah mengambil beberapa langkah untuk membantu melancarkan sistem rantaian bekalan produk makanan yang dihasilkan oleh pengusaha kecil tempatan untuk dipasarkan secara meluas di Pulau Pinang dalam usaha merangsang ekonomi rakyat memasuki fasa endemik COVID-19. Antara langkah yang telah dilaksanakan bagi membantu pemasaran hasil tanaman sayuran, tanaman kontan, buah-buahan dan hasil pengeluaran Industri Asas Tani (IAT) adalah seperti berikut:

(i) Pelaksanaan Ladang Kontrak, iaitu program peningkatan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi yang memberi penekanan kepada aspek pembangunan pengeluaran berkualiti serta mempunyai nilai tambah melalui aktiviti seperti penggredan, pembungkusan dan pelabelan;

368

(ii) Memasarkan hasil produk dari ladang yang mendapat pengiktirafan Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia (myGAP) dan juga Skim Pensijilan Organik Malaysia (myOrganic) di pasar raya besar tumpuan masyarakat;

(iii) Mengadakan kempen-kempen membeli produk tempatan melalui media massa, media sosial dan platform dalam talian;

(iv) Menjalankan dan mempergiatkan program promosi produk dan hasil pertanian di dalam dan luar negeri;

(v) Membuka semula pusat-pusat pemasaran setempat seperti pasar minggu, pasar tani dan pasar malam bagi membantu dan meningkatkan semula sistem rantaian bekalan yang dihasilkan oleh pengusaha kecil; dan

(vi) Menjalankan Retort Teknologi Komuniti (Ready To Eat Food) untuk memanjangkan hayat makanan tanpa pengawet dan tidak perlu diletakkan dalam peti sejuk selama lebih 2 tahun.

Selain itu, dengan peningkatan pemasaran secara atas talian dan penghantaran dari rumah ke rumah ianya banyak membantu dalam proses pemasaran oleh pengusaha kecil.

11. Mohon Kerajaan Negeri Pulau Pinang nyatakan adakah terdapat tanah wakaf yang didaftarkan di bawah Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) disewa/dipajak kepada pihak bukan Islam?

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

11. Terdapat tiga (3) aset wakaf yang disewakan kepada penyewa bukan Islam iaitu:

(i) Sewaan tapak di Lot 1035, Mukim 4, Seberang Perai Tengah yang disewakan pada kadar RM2,000.00 sebulan. Walau bagaimanapun, perjanjian sewaan telah tamat dan sedang dalam tindakan undang-undang untuk milikan kosong.

(ii) Sewaan tapak di No. 287, Lorong Tampin yang disewakan pada kadar RM6.00 sebulan. Kadar sewaan ini merupakan kadar yang lama dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) sedang dalam proses untuk mengkaji kadar sewaan yang berpatutan dengan nilaian semasa.

Sewaan premis komersial di No. 76, Lebuh Pantai yang disewakan pada kadar RM500.00 sebulan.

12. Mohon Kerajaan Negeri Pulau Pinang nyatakan berapakah jumlah penternakan moden babi yang telah dibina di dalam Negeri Pulau Pinang?

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

12. Berdasarkan data hasil dapatan verifikasi ladang pada tahun 2020, terdapat sebanyak 11 buah ladang babi yang telah dinaik taraf kepada Sistem Penternakan Babi Tertutup (penternakan moden). Selain itu, terdapat sebanyak 57 buah ladang babi sedang dalam proses penaiktarafan manakala sebanyak 85 ladang babi lagi masih menggunakan sistem kandang terbuka.

Merujuk kepada Peraturan 9 di bawah Peraturan Peraturan Pelesenan Penternakan Babi (Pulau Pinang) 2020, permohonan untuk memperbaharui lesen hendaklah dikemukakan kepada Pegawai Pelesen dalam tempoh tidak kurang daripada 3 bulan sebulan tarikh tamat lesen. Oleh kerana tempoh tarikh tamat permohonan lesen adalah pada 30 Oktober 2021, program verifikasi bagi tujuan pemeriksaan ladang bagi pemberian lesen masih dijalankan.

369

13.

13. Mohon Kerajaan Negeri Pulau Pinang nyatakan apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk membantu sektor pertanian dari sudut mengukuhkan rantaian bekalan hasil pertanian dan perikanan dalam usaha membantu meningkatkan pemasaran dan pada masa yang sama mengurangkan harga produk pertanian?.

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

13. Kerajaan Negeri melalui pihak Jabatan Pertanian (DOA) Pulau Pinang dan pihak Jabatan Perikanan (DOF) Pulau Pinang sentiasa membuat pemantauan berkala bagi mengukuhkan rantaian bekalan hasil pertanian dan perikanan di negeri ini.

Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian dan DOF Pulau Pinang juga telah menjalankan Projek Farmer To Farmer, Farm to Farm, Retort Komuniti (Ready To Eat) IAT dan Kebun Kerang bagi memberi peluang kepada anak muda menceburkan diri dalam bidang pertanian dan perikanan. Membuka peluang kepada Petani dan Nelayan untuk menambah pendapatan.

Dalam usaha membantu meningkatkan pasaran hasil pertanian, Kerajaan Negeri melalui pihak DOA Pulau Pinang telah melaksanakan beberapa kaedah bagi membantu para petani seperti berikut:

(a) Pelaksanaan Program Ladang Kontrak;

(b) Membuat kerjasama dengan pasar raya/hypermarket;

(c) Menggalakkan pasaran secara dalam talian (online); dan

(d) Membuat promosi dan kempen jualan hasil pertanian.

Sekiranya berlaku lambakan hasil pertanian di dalam pasaran, pihak DOA Pulau Pinang juga akan membantu para petani dengan cara membeli hasil atau produk pertanian tersebut secara pukal.

Bagi mengawal dan mengurangkan harga produk hasil pertanian pula, Kerajaan Negeri melalui pihak DOA Pulau Pinang akan terus membantu menyalurkan bantuan dalam bentuk input pertanian, pembinaan infrastruktur serta insentif kepada golongan petani dan pengusaha ladang bagi membantu mengurangkan modal pengeluaran petani, seterusnya dapat menghasilkan produk pertanian dengan hasil yang tinggi serta dapat menjual hasil pertanian berkenaan dengan harga yang lebih berpatutan.

Bagi pengawalan rantaian pemasaran hasil perikanan pula, Kerajaan Negeri melalui pihak DOF Pulau Pinang telah mendapatkan kebenaran dan tempoh lanjutan dari Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Jabatan Laut Malaysia untuk membenarkan kapal dari Hong Kong bagi memasuki perairan Malaysia seterusnya mengangkut ikan hidup untuk dipasarkan ke luar negara.

Selain itu, pihak DOF Pulau Pinang turut menggalakkan para nelayan dan pengusaha akuakultur untuk membuat pemasaran secara terus tanpa melibatkan orang tengah melalui pasar-pasar nelayan atau jualan terus dari ladang. Kaedah pemasaran ini dapat membantu meningkatkan hasil jualan dan mengurangkan kos operasi ternakan, seterusnya dilihat dapat mengurangkan harga produk perikanan.

370

JADUAL 1: PERINCIAN PELAKSANAAN BAGI PROJEK ‘FARMER TO FARMER’

371

IKLAN PENYERTAAN BAGI PROGRAM ‘FARM TO FARM’ DI PENANTI, SEBERANG PERAI TENGAH, PULAU PINANG

Tarikh Iklan : 26 Ogos 2021 (Khamis) Tarikh Pengambilan Borang : 2 September 2021 (Khamis) Tarikh Akhir Penyerahan Borang : 10 September 2021 (Jumaat) SYARAT SYARAT PENYERTAAN:

1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

2. Keutamaan diberikan kepada penduduk sekitar Seberang Perai Tengah.

3. Tergolong dalam kumpulan B40 (berpendapatan isi rumah RM 4,000 ke

bawah)

4. Mempunyai minat, rajin, semangat yang tinggi, cekal dan sanggup

belajar.

5. Mengisi dan menghantar borang penyertaan Program ‘Farm to Farm’

sebelum atau pada tarikh yang ditetapkan.

6. Borang penyertaan boleh diperolehi di Pejabat Perikanan Daerah

Seberang Perai, Jalan Permatang Rawa 14000 Bukit Mertajam, SPT,

Pulau Pinang.

APA ITU PROGRAM ‘FARM TO FARM’ ?

I. Merupakan projek perintis bagi ternakan ikan keli di dalam kolam

simen secara berkelompok yang akan dilaksanakan di Penanti,

Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang

372

II. Merupakan inisiatif Kerajaan Negeri bagi meningkatkan pendapatan

golongan B40 dan seterusnya melahirkan lebih ramai usahawan

ternakan ikan air tawar secara mesra alam dan bertanggungjawab.

III. Melibatkan latihan dan kerja-kerja pengurusan ternakan keli bermula

dari penyediaan kolam sehingga ke peringkat tuaian hasil.

IV. Kemudahan asas dan input ternakan disediakan oleh pihak kerajaan

bagi pusingan pertama ternakan untuk memulakan pelaksanaan

program ini

*** Sebarang sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Cawangan Akuakultur, Pejabat Perikanan Negeri Pulau Pinang di talian 04-6572777

JADUAL 3: PERINCIAN PELAKSANAAN BAGI PROJEK KEBUN

KERANG

373

374

375

IKLAN PENYERTAAN PESERTA KEBUN KERANG,

SEBERANG PERAI UTARA, PULAU PINANG

Tarikh Iklan : 18 Ogos 2021 (Rabu) Tarikh Pengambilan Borang : 1 September 2021 (Rabu) Tarikh Akhir Penyerahan Borang : 20 September 2021 (Isnin) SYARAT SYARAT PENYERTAAN:

1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

2. Keutamaan diberikan kepada nelayan berdaftar di Negeri Pulau Pinang

bermula dari Pengkalan Nelayan Butterworth sehingga Pengkalan Kuala

Muda, Pulau Pinang.

3. Tergolong dalam kumpulan B40 (berpendapatan isi rumah RM 4,000 ke

bawah)

4. Mempunyai minat, rajin, semangat yang tinggi, cekal dan sanggup

belajar.

5. Mengisi dan menghantar borang penyertaan sebagai Peserta Kebun

Kerang sebelum atau pada tarikh yang ditetapkan.

6. Borang penyertaan boleh diperolehi di Pejabat Perikanan Daerah

Seberang Perai, Jalan Permatang Rawa 14000 Bukit Mertajam, SPT,

Pulau Pinang.

APA ITU KEBUN KERANG?

I. Merupakan kawasan yang diperuntukan bagi projek ternakan kerang

di Daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang

II. Keluasan lot kerang adalah 21 hektar / lot

376

III. Melibatkan kerja-kerja pengurusan ternakan kerang seperti tabur

benih, serak benih, tuaian hasil dan kerja-kerja pembersihan lot

ternakan.

IV. Perlu memohon dan menjelaskan Lesen Pendudukan Sementara

(LPS) kepada Pejabat Daerah & Tanah dan juga memohon serta

menjelaskan Lesen Sistem Kultur Laut (SKL) kepada Jabatan

Perikanan Negeri.

*** Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Cawangan Akuakultur, Pejabat Perikanan Negeri

Pulau Pinang di talian 04-6572777

377

378

14. Mohon Kerajaan Negeri Pulau Pinang nyatakan adakah Kerajaan Negeri akan menyegerakan pewartaan tanah-tanah yang dkhususkan kepada tali air / ban bagi sebagai milik daftar kerajaan supaya sempadan tanah ditentukan bagi memastikan hak milik persendirian ditentukan dengan tepat?.

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

14. Pewartaan tanah yang telah digunakan untuk tujuan tali air/ban akibat daripada pengambilan tanah oleh pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) / Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) akan diuruskan oleh pihak Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Pulau Pinang (JKPTG). Pihak JKPTG akan mengemukakan permohonan kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) untuk kelulusan. Selepas pewartaan tersebut diluluskan, pihak Pejabat Tanah dan Galian (PTG) / Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) akan mengeluarkan hakmilik sambung (geran baru) berdasarkan keluasan tanah yang baru.

15. Mohon Kerajaan Negeri Pulau Pinang nyatakan adakah Kerajaan Negeri bercadang mempromosikan acara sukan tradisional seperti sepak raga tuju sebagai satu daya tarikan pelancongan?.

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

15. Kerajaan Negeri telah membina baru sebelas (11) gelanggang sepak takraw, satu (1) gelanggang sepak raga tuju dan satu (1) gelanggang kabaddi serta menaik taraf tujuh (7) gelanggang sepak takraw dan satu (1) gelanggang sepak raga tuju pada tahun 2021 seperti berikut:

Bil. Tajuk Projek Lokasi

1. Pembinaan Baru Gelanggang Sepak Takraw (x1)

Taman Seri Serdang, Kadun Bertam

2. Pembinaan Baru Gelanggang Sepak Takraw (x1)

Simpang Empat Permatang Buloh, Kadun Sungai Dua

3. Pembinaan Baru Gelanggang Sepak Takraw (x1)

Taman Penaga, Kadun Penaga

4. Pembinaan Baru Gelanggang Sepak Takraw (x1)

Desa Permai Indah, Kadun Batu Uban

5. Pembinaan Baru Gelanggang Sepak Takraw (x1)

Taman Sungai Dua Utama, Kadun Sungai Dua

6. Pembinaan Baru Gelanggang Sepak Takraw (x3)

Kampung Melayu, Kadun Air Itam

7. Pembinaan Baru Gelanggang Sepak Takraw (x1)

Perkampungan Juru, Kadun Bukit Tengah

8. Pembinaan Baru Gelanggang Sepak Takraw (x1)

Taman Cantek, Kadun Bagan Jermal

9. Pembinaan Baru Gelanggang Sepak Takraw (x1)

Dewan Banjir Pengkalan Bongor / Pusat Belia Penaga, Kadun Penaga

10. Pembinaan Baru Gelanggang Sepak Raga Tuju (x1)

Taman Kerapu, Kadun Bagan Jermal

11. Pembinaan Baru Gelanggang Kabaddi (x1)

Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang

12. Penaiktarafan Gelanggang Sepak Takraw (x1)

MPKK Bagan Ajam, Kadun Telok Ayer Tawar

379

13. Penaiktarafan Gelanggang Sepak Takraw (x1)

Taman Alma Jaya, Kadun Machang Bubuk

14. Penaiktarafan Gelanggang Sepak Takraw (x2)

Jalan Tenggiri, Kadun Seberang Jaya

15. Penaiktarafan Gelanggang Sepak Takraw (x1)

Desa Permai Indah, Kadun Batu Uban

16. Penaiktarafan Gelanggang Sepak Takraw (x1)

Taman Riang, Kadun Bagan Jermal

17. Penaiktarafan Gelanggang Sepak Takraw (x1)

Kampung Maqbul, Kadun Sungai Pinang

18. Penaiktarafan Gelanggang Sepak Raga Tuju (x1)

Pongsu Seribu, Kadun Bertam

Selain itu, dua gelanggang sepak raga tuju adalah dalam perancangan tahun 2022 iaitu di Kampung Gelugor, Kadun Seri Delima dan Dewan Banjir Pengkalan Bongor / Pusat Belia Penaga, Kadun Penaga.

Di samping itu, Klinik Pengenalan Sukan Tradisional juga telah dan akan dianjurkan pada tahun ini adalah seperti berikut:

Sukan Tradisional Tarikh

Wushu 11 September 2021 (maya)

Silat Tua 2 Oktober 2021 (hybrid)

Silambam 9 Oktober 2021 (fizikal)

Sepak Takraw 16 Oktober 2021 (maya); 30 Oktober 2021 (fizikal)

Kabaddi 13 November 2021 (maya); 27 November 2021 (fizikal)

Perancangan untuk mengadakan Klinik Pengenalan Sepak Raga Tuju di bawah inisiatif “Sports For All” pada tahun 2022 telah dirancang dan perbincangan bersama Persatuan Sepak Takraw Pulau Pinang mengenainya juga telah diadakan.

Kejohanan Liga Sepak Takraw “STL-2022” yang jangka akan dianjurkan pada Februari 2022 juga dalam perancangan dan perbincangan bersama Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) dan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP).

Melalui inisiatif ini, ia diharap berupaya memupuk semangat kesukanan khususnya dalam acara sukan tradisional dalam kalangan masyarakat setempat dan juga pemain-pemain industri pelancongan di mana usaha ini mampu mempromosikan sukan ini sebagai salah satu elemen tarikan pelancongan tempatan di bawah kategori produk pelancongan atau sukan pelancongan.

16. Mohon Kerajaan Negeri Pulau Pinang nyatakan adakah Kerajaan Negeri bercadang mengadakan program simulasi dewan perundangan (legislative) bagi golongan belia supaya Undi 18 diberikan kesedaran demokrasi dan ruang politik?.

JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI:

16. Ya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang sememangnya menganjurkan program simulasi dewan perundangan (legislative) bagi golongan belia, iaitu Sidang Muda. Malah, topik perbahasan mengenai Undi 18 juga didebat dalam kalangan ahli-ahli Bengkel

380

Demokrat Muda dalam sesi perbahasan dalam Bengkel Demokrat Muda supaya mereka diberikan kesedaran demokrasi dan ruang politik.

Demi meningkatkan kesedaran demokrasi dan memberi ruang politik kepada golongan belia, Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) dengan sokongan Pejabat Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan program Sidang Muda sejak tahun 2015.

Bahagian Dewan Undangan Negeri (DUN) sentiasa memberikan sokongan penuh terhadap penganjuran Sidang Muda oleh PYDC dan sentiasa memberikan kerjasama sekiranya taklimat berkaitan perjalanan persidangan diperlukan.

Program ini merupakan satu siri latihan dan bengkel pendidikan pendemokrasi yang bertujuan untuk menekankan nilai kesedaran sivik, demokrasi dan kewarganegaraan dalam kalangan belia. Ia juga dapat mendedahkan belia dengan perjalanan Dewan Undangan Negeri, meningkatkan penyertaan belia dalam proses membuat keputusan di peringkat Kerajaan Negeri Pulau Pinang, mendapatkan persepsi belia berkenaan Pulau Pinang dan negara daripada segi politik, sosial dan ekonomi serta mengenal pasti nilai kepimpinan dalam kalangan belia Pulau Pinang.

Program Sidang Muda merangkumi tiga (3) peringkat iaitu:

(i) Bengkel Demokrat Muda;

Mengutamakan bengkel latihan untuk melengkapkan para belia dengan teori dan konsep asas demokrasi dan politik.

(ii) Bengkel Persediaan Sidang Muda; dan

Memberi fokus kepada penyediaan sebelum memasuki persidangan Sidang Muda.

(iii) Persidangan Sidang Muda.

Memberi peluang untuk beraksi sebagai Ahli Sidang Muda dan berbahas di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

Kandungan perbincangan sepanjang persidangan Sidang Muda akan disusun dan dihantar kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan agensi yang berkaitan untuk rujukan dan tindakan yang selanjutnya. Persidangan Sidang Muda 2021 telah diadakan pada 30 Oktober 2021 dengan penyertaaan seramai 38 orang Ahli Sidang Muda.