Shaykh Ahmad al-Fatani (1856-1908M) dan Sumbangannya Terhadap Pengajian Ilmu Nahu di Institusi...

12
Al-Basirah (2011), Vol 1, No. 1, 161-171 161 Shaykh Ahmad al-FaÏÉnÊ (1856-1908M) dan Sumbangannya Terhadap Pengajian Ilmu Nahu di Institusi Pondok Negeri Kelantan Mohd Alwee Yusoff 1 Mohamad Azrien Mohamed Adnan 2 Abstrak This article discusses the contribution of Shaykh Ahmad al-FaÏÉnÊ to the study of syntax in pondok institutions in Kelantan. Shaykh Ahmad Al- FaÏÉnÊ was one of the powerful contributors in syntax science in Kelantan and he was a great author compared to the Arab authors. Based on the field studies carried out, it was found that his works have been used and is still used by pondok institutions in Kelantan until this century. Keywords: syntax, pondok institutions Pengenalan Pengajian bahasa Arab adalah satu pengajian yang telah lama dipelajari oleh penduduk di negeri Kelantan. Pengajian bahasa al-Quran ini telah bertapak di negeri Serambi Mekah ini bermula dengan kedatangan peniaga-peniaga Arab dan pendakwah ke Tanah Melayu amnya dan ke negeri Kelantan khasnya. Mereka ini telah menggunakan bahasa Arab sebagai pertuturan mereka. Bahasa pertuturan ini telah mempengaruhi jiwa masyarakat Melayu dan sebahagiannya telah digunakan oleh masyarakat Melayu dalam pertuturan mereka. 3 Pondok-pondok di Kelantan terutamanya di tiga buah jajahan iaitu jajahan Kota Bharu, jajahan Pasir Mas dan jajahan Bachok telah memainkan peranannya dalam memperkembangkan bahasa Arab di Kelantan. Ini adalah kerana pelajar-pelajar di pondok-pondok tidak akan terlepas daripada mempelajari bahasa Arab terutamanya ilmu Nahu dan ilmu Sorf yang diajar serentak dengan ilmu-ilmu agama yang lain seperti Fekah, Tauhid, Tafsir, Hadith dan Tasawuf. Ilmu bahasa Arab dianggap sebagai ilmu alat dan amat penting untuk memahami ilmu-ilmu agama dengan mendalam. Oleh sebab itulah pihak pengurusan pondok atau tuan guru-tuan guru pondok mewajibkan pelajar-pelajarnya mempelajari bahasa Arab. Tiga komponen utama ilmu bahasa Arab yang dipelajari di pondok-pondok di negeri Kelantan ialah ilmu Nahu, ilmu Sorf dan ilmu Balaghah. 1 Mohd Alwee Yusoff, PhD, Pensyarah di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan. 2 Mohamad Azrien Mohamed Adnan, MEd, Guru Bahasa Kanan di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan. 3 Mohd Alwee Yusoff. (1994). Perkataan Arab dalam Bahasa Melayu: Satu Analisis Morfologi dan Semantik. Tesis Sarjana, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, h. 202.

Transcript of Shaykh Ahmad al-Fatani (1856-1908M) dan Sumbangannya Terhadap Pengajian Ilmu Nahu di Institusi...

Al-Basirah (2011), Vol 1, No. 1, 161-171

161

Shaykh Ahmad al-FaÏÉnÊ (1856-1908M) dan Sumbangannya Terhadap Pengajian Ilmu Nahu di Institusi Pondok

Negeri Kelantan

Mohd Alwee Yusoff1

Mohamad Azrien Mohamed Adnan2

Abstrak

This article discusses the contribution of Shaykh Ahmad al-FaÏÉnÊ to the

study of syntax in pondok institutions in Kelantan. Shaykh Ahmad Al-

FaÏÉnÊ was one of the powerful contributors in syntax science in Kelantan

and he was a great author compared to the Arab authors. Based on the

field studies carried out, it was found that his works have been used and is still used by pondok institutions in Kelantan until this century.

Keywords: syntax, pondok institutions

Pengenalan

Pengajian bahasa Arab adalah satu pengajian yang telah lama dipelajari oleh penduduk

di negeri Kelantan. Pengajian bahasa al-Quran ini telah bertapak di negeri Serambi

Mekah ini bermula dengan kedatangan peniaga-peniaga Arab dan pendakwah ke

Tanah Melayu amnya dan ke negeri Kelantan khasnya. Mereka ini telah menggunakan

bahasa Arab sebagai pertuturan mereka. Bahasa pertuturan ini telah mempengaruhi

jiwa masyarakat Melayu dan sebahagiannya telah digunakan oleh masyarakat Melayu

dalam pertuturan mereka.3

Pondok-pondok di Kelantan terutamanya di tiga buah jajahan iaitu jajahan Kota

Bharu, jajahan Pasir Mas dan jajahan Bachok telah memainkan peranannya dalam

memperkembangkan bahasa Arab di Kelantan. Ini adalah kerana pelajar-pelajar di

pondok-pondok tidak akan terlepas daripada mempelajari bahasa Arab terutamanya

ilmu Nahu dan ilmu Sorf yang diajar serentak dengan ilmu-ilmu agama yang lain

seperti Fekah, Tauhid, Tafsir, Hadith dan Tasawuf. Ilmu bahasa Arab dianggap

sebagai ilmu alat dan amat penting untuk memahami ilmu-ilmu agama dengan

mendalam. Oleh sebab itulah pihak pengurusan pondok atau tuan guru-tuan guru

pondok mewajibkan pelajar-pelajarnya mempelajari bahasa Arab. Tiga komponen

utama ilmu bahasa Arab yang dipelajari di pondok-pondok di negeri Kelantan ialah

ilmu Nahu, ilmu Sorf dan ilmu Balaghah.

1 Mohd Alwee Yusoff, PhD, Pensyarah di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Nilam Puri,

Kota Bharu, Kelantan. 2 Mohamad Azrien Mohamed Adnan, MEd, Guru Bahasa Kanan di Akademi Pengajian Islam, Universiti

Malaya, Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan. 3 Mohd Alwee Yusoff. (1994). Perkataan Arab dalam Bahasa Melayu: Satu Analisis Morfologi dan

Semantik. Tesis Sarjana, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, h. 202.

Sheikh Ahmad al-FaÏÉnÊ (1856-1908M) dan Sumbangannya Terhadap Pengajian Ilmu Nahu di Institusi Pondok Negeri Kelantan

162

Shaykh Ahmad Muhammad Zain al-FaÏÉnÊ adalah di antara tokoh Nusantara yang

masyhur dengan kepakaran bahasa Arabnya dari segi penulisan dan penuturan. Beliau

telah menghasilkan lebih dari 10 buah karya bahasa Arab yang menjadi rujukan dan

pengajian kepada pelajar dan pengajar semasa dan selepasnya. Beliau telah menulis

dan menghasilkan kitab nahu, sorf dan balaghah.

Berdasarkan penelitian yang dilakukan, didapati karya-karya Shaykh Ahmad al-

FatÉnÊ banyak digunakan sebagai teks pengajian bahasa Arab di pondok-pondok negeri

Kelantan dan ramai di kalangan guru-guru pondok adalah murid atau yang mempunyai

pertalian ilmu dengan Shaykh Ahmad al-FatÉnÊ seperti Tok Kenali (1870-1933M),

Haji Umar Sungai Keladi (1867-1946M) dan Shaykh Uthman Jalaluddin Penanti al-

Kalantani (1880-1952M). Shaykh Ahmad al-FatÉnÊ juga merupakan ulama dari Alam

Melayu yang pertama menyusun dan mengarang kitab-kitab yang berkaitan dengan

ilmu-ilmu bahasa Arab. Ini kerana, penulis tidak mendapati mana-mana bukti yang

menyatakan bahawa telah wujudnya kitab-kitab bahasa Arab yang dikarang oleh

ulama dari Alam Melayu sebelum dari kitab Shaykh Ahmad al-FaÏÉnÊ yang telah

diberi judul ManÐËmah al-ThimÉr al-Shahiyyah. Kitab ilmu Nahu ini ditulis oleh

beliau pada tahun 1877M (1294H) dan karangan ulama Melayu selepas dari Shaykh

Ahmad al-FaÏÉnÊ ditulis oleh al-Haj Muhammad Maksum bin Shaykh Salim al-

Samarani (Semarang) pada tahun 1303H yang berjudul HÉshiyah TashwÊq al-Khullan,

sembilan tahun selepas tulisan Shaykh Ahmad al-FaÏÉnÊ ini.

Kehebatan-kehebatan tersebut telah menarik minat penulis untuk meneliti dan

mengkaji tentang sumbangan Shaykh Ahmad al-FaÏÉnÊ kepada pengajian ilmu nahu di

pondok-pondok negeri Kelantan iaitu salah satu cabang ilmu bahasa Arab.

Kelahiran, Keluarga dan Gelaran Shaykh Ahmad al-FaÏÉnÊ

Shaykh Ahmad al-FaÏÉnÊ dilahirkan di Kampung Jambu, Jerim Patani pada 10 April

1856M4 bersamaan 5 Syaaban 1272H bertepatan malam Jumaat.

5

Semenjak daripada kecil lagi, Shaykh Ahmad al-FaÏÉnÊ telah dilingkungi oleh para

ulama menyebabkan beliau amat berminat dengan ilmu pengetahuan. Beliau telah

banyak bergaul dengan para ulama yang terdapat di kampung Jambu, Jerim iaitu

kampung kelahirannya. Berdasarkan suasana itulah, semenjak kecil, beliau telah mula

bersama dan bergaul dengan ulama-ulama dan mengikut tradisi agama Islam yang

berkembang di kampung tersebut.6

Semasa beliau berusia dua tahun, beliau telah dilatih oleh kedua-dua ibubapanya

untuk menghafal pelbagai matan. Perkembangan mental Shaykh Ahmad al-FaÏÉnÊ

4 Ensiklopedia Islam. (1998). j. 2. Malaysia: Malaysian Encyclopedia Research Center Berhad, h. 200;

Ismail Che Daud. (2001). Tokoh-tokoh Ulama Semenanjung Melayu (1). ed-3. Kota Bharu: Majlis

Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, h. 139. 5 Shaykh Ahmad al-FaÏÉni. (1903). HadÊqah al-Azhar wa al-RayÉhin. Mekah: Matba‘ah al-Miriyyah al-

Kainah, h. 211. 6 Ibid., h. 17.

Al-Basirah (2011), Vol 1, No. 1, 161-171

163

telah menimbulkan perasaan hairan dan mengkagumkan ibubapa dan saudara terdekat

apabila beliau dapat menghafal dan mengingat sesebuah matan dengan mudah.7

Ketinggian ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh keturunan nenek moyangnya

dalam pelbagai bidang ilmu menjadi permulaan yang baik untuk membentuk keutuhan

dan kefakihan Shaykh Ahmad al-FaÏÉnÊ8 dalam bidang tersebut. Shaykh Ahmad

al-FaÏÉnÊ diabadikan dengan kemuncak segala kegiatan ilmu dan aktiviti dakwah

Islamiyyah yang dilakukan oleh nenek moyang dan kaum kerabatnya yang lain.

Penglibatan ahli keluarga Shaykh Ahmad al-FaÏÉnÊ dalam bidang keilmuan ini

secara seriusnya bermula dengan kemunculan datuk beliau iaitu Shaykh Wan

Mustapha bin Muhammad bin Muhammad Zain bin Muhammad bin Musa yang

mewarisi empat orang puteranya yang mempunyai kewarakan dan kealiman yang

tinggi. Mereka ialah Muhammad Zain, Abdul Qadir, Abdul Latif dan Daud. Shaykh

Wan Mustapha merupakan seorang imam yang merangkap Panglima Perang Sabil.

Beliau juga merupakan hulubalang Melayu Fatani yang gugur dipancung oleh tentera

kafir Siam ketika sedang bersembahyang di pinggir medan perang lebih kurang satu

setengah abad yang lampau.9

Bukan sahaja datuknya yang bergiat aktif dalam bidang keilmuan ini, tetapi juga

turut melibatkan tiga orang bapa saudaranya iaitu Tuan Guru Haji Wan Abdul Latif,10

penyair agama Islam di Kota Bangkok, Syeikh Wan Abdul Qadir11

yang terkenal

dengan gelaran “Tok Bendang Daya” (meninggal di Mekah pada Jun 1895) dan

Syeikh Pak Cik Daud.12

7 Joni Tomkin bin Borhan. (2006). Pemikiran Shaykh Ahmad al-Fathani dalam Ekonomi Islam. Dalam

Mohd Fauzi Hamat (pnyt), Pemikiran Islam dan Cabaran Semasa. Kuala Lumpur: Universiti Malaya,

h. 107. 8 Hurgronge, C. S. dalam tulisannya “Mekka in the Later Part of the 19th Century‛ menggelarkan Shaykh

Ahmad al-FaÏÉnÊ dengan ‚A Savant of Merit” yang bermakna seorang sarjana yang ulung. Manakala

William R. Roff dalam bukunya “The Origins of Malay Nationalism‛ juga mengungkapkan gelaran

yang sama kepada Shaykh Ahmad al-FaÏÉnÊ. Lihat Hurgronje, C. S. (1931). Mekka in the Later Part of

the 19th Century. Leiden: E.J. Brill, h. 286; William R. Roff. (2003). Nasionalisme Melayu. Ahmad

Boestaman (terj), c. 2. Kuala Lumpur: Universiti Malaya, h. 47. 9 Ahmad Fathy al-FaÏÉnÊ. (2002). Ulama Besar dari Patani. c. 1. Bangi: Universiti Kebangsaan

Malaysia, h. 55. 10 Kegiatan dakwah yang dilakukan olehnya telah diteruskan oleh cucunya dengan membuka dan

memperluaskan pondok tersebut dengan nama “al-Latifah” di Bangkok. Ahmad Fathy al-FaÏÉnÊ.

(2002). Ulama Besar dari Fathani (edisi Jawi). Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, h. 184. 11 Beliau merupakan seorang ulama yang sangat terkenal pada separuh kedua abad ke-19. Beliau telah

digelar sebagai “Tok Bendang Daya kerana beliau telah menjadi Tok Guru di Bendang Daya. Pondok

tersebut telah diasaskan oleh ayahnya iaitu Wan Pa atau Wan Musthafa bin Wan Muhammad Faqih al-

FaÏÉnÊ. Beliau juga dikenali dengan nama “Hj. Abdul Qadir Lailah al-Qadr. Beliau dikatakan

mempunyai ketekunan dan istiqamah dalam melakukan kerja apabila pondok yang diasaskan oleh

ayahnya dapat diteruskan. Kehadirannya menjadi tunjang yang utama kepada bidang keilmuan di

Fatani Darus Salam. Ibid., h. 282. 12 Beliau dilahirkan di Bendang Daya pada tahun 1866. Beliau merupakan anak bongsu Wan Pa daripada

empat adik beradik. Meskipun berpangkat bongsu tetapi beliau lebih dikenali dengan panggilan “Pak

Cik Daud” dan bukan “Pak Chu”. Beliau merupakan seorang yang alim dalam bidang ilmu fekah dan

lebih terkenal di Mekah. Ibid., h. 292.

Sheikh Ahmad al-FaÏÉnÊ (1856-1908M) dan Sumbangannya Terhadap Pengajian Ilmu Nahu di Institusi Pondok Negeri Kelantan

164

Penglibatan keluarga Shaykh Ahmad al-FaÏÉnÊ ini diteruskan lagi dengan dua

orang sepupunya iaitu Syeikh Wan Ismail (Pak Da ‘El) bin Abdul Qadir,13

seorang

guru yang terbilang di Mekah (wafat pada akhir 1965) dan Tuan Guru Hj. Wan

Ibrahim (Pak Chu Him) bin Abdul Qadir14

iaitu seorang Tuk Guru pondok yang telah

mengembangkan Pondok Gajah Mati di Pendang, Kedah. Beliau telah

menghembuskan nafas terakhir di Hospital Besar Alor Star pada 11 Januari 1968.

Perkembangan keilmuan ini diteruskan lagi dengan dua orang anak saudaranya

iaitu Tuan Guru Haji Nik Daud bin Haji Nik Mat (Ahmad) yang telah mengusahakan

pengumpulan dan penterjemahan kitab al-FatÉwa al-FaÏÉniyyah. Beliau juga

merupakan pengasas sebuah pondok di Kelantan iaitu Pondok Lama di Tanah Merah.

Beliau meninggal dunia pada 3 September 1972.15

Shaykh Ahmad al-Fathani juga mempunyai beberapa gelaran. Beliau dikenali juga

dengan nama “Tok Guru Wan Ngah” dan ada juga yang menyebutnya sebagai “Tuan

Faridah” sahaja sempena dengan nama sebuah kitab karangannya yang sangat terkenal

di kalangan “Anak Pondok” dan para penadah kitab di Selatan Thailand dan Malaysia

Barat iaitu kitab FarÊdah al-FarÉ’id fÊ ‘Ilm al-‘AqÉ’id.16

Beliau juga sangat terkenal

dengan gelaran al-AdÊb, al-AdÊb al-KÉmil, al-‘AllÉmah al-AdÊb kerana bersempena

dengan kepakarannya dalam bidang kesusasteraan Arab.17

Berdasarkan penelitian terhadap gelaran-gelaran yang telah diberikan oleh

penduduk-penduduk setempat, didapati bahawa Shaykh Ahmad al-FaÏÉnÊ adalah

seorang yang mempunyai ilmu agama yang tinggi. Walaupun beliau tidak

menunjukkan kehebatan dalam tindakannya untuk menguasai ilmu pengetahuan,

namun segala perlakuan Shaykh Ahmad al-FaÏÉnÊ tidak dapat dipertikaikan lagi dari

segi ketinggian ilmunya.

Pendidikan Shaykh Ahmad Al-FaÏÉnÊ

Sejak dari kecil Shaykh Ahmad al-FaÏÉnÊ telah mendapat pendidikan daripada ayahnya

sendiri dan Wan Abdul Qadir iaitu bapa saudaranya yang merupakan seorang guru

pondok yang sangat masyhur di Patani pada ketika itu.18

Shaykh Ahmad

13 Beliau dilahirkan di Bendang Daya pada tahun 1300H/1882M. Nama sebenar beliau ialah Wan Ismail

bin Wan Abdul Qadir bin Mustafha al-FaÏÉnÊ. Beliau merupakan seorang ulama yang mahir dalam

bidang Usuluddin dan disebabkan kemahiran inilah nama beliau terkenal di Kota Mekah pada

zamannya. Ibid., h. 188. 14 Beliau dilahirkan di Bendang Daya pada tahun 1891M/1309H. Beliau merupakan seorang Shaykh

daripada pondok Gajah Mati yang telah mengajar di pondok tersebut selama 40 tahun. Beliau juga telah

melahirkan ramai tokoh ulama yang besar baik dalam bidang keagamaan atau kemasyarakatan. Beliau

juga terkenal di negeri Kedah. Walaupun beliau bukan seorang anak jati Kedah tetapi sumbangannya

yang besar dalam bidang pendidikan di negeri Kedah telah diabadikan namanya sebagai Pak Chu Him

Gajah Mati kerana beliau pernah membuka pondok di Gajah Mati, Kedah. Ahmad Fathy al-FaÏÉnÊ.

(2002). op.cit., h. 319; Ismail Che Daud. (2007). Tokoh-Tokoh Ulama’ Semenanjung Melayu (2). Kota

Bharu: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, h. 107. 15 Ahmad Fathy al-FaÏÉnÊ. (2002). op.cit., h. 56. 16 Wan Mohd Shaghir Abdullah. (2005). Shaykh Ahmad al-FaÏÉnÊ, Ahli Fikir Islam dan Dunia Melayu. j.

1. Kuala Lumpur: Khazanah Fathaniyah, h. 93. 17 Joni Tomkin Borhan. (2006). op.cit., h. 109. 18 Ensiklopedia Islam. (1998). op.cit., h.200; Ismail Che Daud. (2001). op.cit., h. 139.

Al-Basirah (2011), Vol 1, No. 1, 161-171

165

al-FaÏÉnÊ dikatakan seorang yang sangat cerdas dan pintar otaknya dan diakui alim

sejak berusia dua belas tahun lagi. Beliau telah menghafal pelbagai bentuk matan sejak

kecil lagi. Ketika berusia empat tahun,19

Shaykh Ahmad al-FaÏÉnÊ dibawa oleh ibunya

ke Mekah untuk menimba ilmu pengetahuan di sana.

Ketika berusia dua belas tahun, Shaykh Ahmad al-FaÏÉnÊ telah mengajar ilmu nahu

kepada mereka yang lebih tua daripadanya. Beliau pernah mengembara ke Baitul

Maqdis untuk mempelajari ilmu kedoktoran atau ilmu tabib dan ilmu agama.

Peninggalannya dalam ilmu tabib ialah karyanya yang berjudul “Tayyib al-IhsÉn fi

Tibb al-InsÉn” dan Luqtah al-‘IjlÉn.

Beliau menetap di Baitul Maqdis selama dua tahun dan kemudiannya beliau

kembali ke Mekah. Dalam masa dua tahun itu, beliau sempat mendalami pelbagai ilmu

terutama ilmu agama. Selama di Baitul Maqdis, beliau telah bersahabat dengan Sayyid

Yusuf an-NabhÉnÊ iaitu pengarang pelbagai kitab di antaranya al-Anwar al-

Muhammadiyyah yang terkenal. Sekembalinya ke Mekah, ibu bapanya terkejut apabila

mendapati Shaykh Ahmad al-FaÏÉnÊ telah menjadi seorang ulama, sedangkan pada usia

mudanya beliau tidak menunjukkan minat yang mendalam terhadap ilmu

pengetahuan.20

Selepas itu, Shaykh Ahmad al-FaÏÉnÊ telah berhijrah ke Mesir untuk mempelajari

ilmu pengetahuan di Universiti al-Azhar.21

Di sana, beliau dianggap sebagai orang

Melayu pertama yang belajar di al-Azhar, Mesir.22

Sejak dahulu lagi Universiti al-

Azhar merupakan gedung ilmu dan salah satu daripada pusat ilmu yang tertua di dunia.

Shaykh Ahmad al-FaÏÉnÊ terpaksa menempuh kehidupan yang penuh dengan

pancaroba, namun beliau akhirnya berjaya menimba ilmu dan memperolehi

pengalaman yang amat bermakna dalam kehidupan beliau. Walau bagaimanapun,

Shaykh Ahmad al-FaÏÉnÊ tidak menyatakan dengan jelas berapa lama beliau berada di

al-Azhar, Mesir. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, beliau berada di sana

sekitar lapan tahun bermula tahun 1292H/1875M-1300H/1883M. Shaykh Ahmad al-

FaÏÉnÊ hanya menyebut sinin, beliau tidak menyebut sanah yang menunjukkan beliau

menuntut ilmu di al-Azhar beberapa tahun.23

Setelah banyak memperolehi pengetahuan di Mesir sedangkan umurnya masih

belum mencecah 30 tahun, beliau telah kembali ke Mekah. Orang-orang Melayu

19 Wan Mohd Shaghir Abdullah. (2005). op.cit., h. 15; Lihat juga Hamdan Abdul Rahman. (2009).

Sumbangan Shaykh Wan Ahmad bin Wan Muhammad Zain al-FaÏÉnÊ dalam Bidang Bahasa. Dalam

Abdul Razak Mahmud (pnyt), Persuratan Melayu Wilayah Timur: Sejarah, Pemikiran dan Karya. Kota

Bharu: Pustaka Aman Press Sdn. Bhd., h. 116. Ada juga pendapat menyatakan bahawa Shaykh Ahmad

al-FaÏÉnÊ telah di bawa ke Mekah pada usia enam tahun. Lihat Dr. Eeman Mohammed Abbas. (2007).

Sultan Abd. Hamid II dan Kejatuhan Khilafah Islamiah. Kuala Lumpur: Pustaka Salam, h. 871-875. 20 Wan Mohd Shaghir Abdullah. (2005). op. cit., h. 42. 21 Ia dibina pada tahun 359H bersamaan dengan 970M. Universiti ini adalah universiti Islam yang

terpenting di dunia. Lihat Louis Ma‘luf dan Bernand Tottel. (1992). al-Munjid fÊ al-A‘lÉm dalam al-

Munjid fÊ al-Lughah wa al-A‘lam. Beirut: Dar al-Mashriq, h. 42. 22 Abu Hassan Sham. (2006). Ulama Nusantara: Antara Penghasilan Karya Kreatif dengan Kitab Jawi.

Dalam Hashim Yaacob & Hamedi Mohd Adnan (pnyt), Melayu Islam dan Pendidikan. Kuala Lumpur:

Universiti Malaya, h. 344. 23 Ahmad Shukri bin Hj Ghazali. (2006). Shaykh Ahmad al-FaÏÉnÊ al-Imam al-Mujaddid fi Al-Alam al-

Malayu. Dalam Memperteguhkan Pertahanan Benteng Ulama Dunia Melayu. Johor: Madrasah Ribath,

h. 3.

Sheikh Ahmad al-FaÏÉnÊ (1856-1908M) dan Sumbangannya Terhadap Pengajian Ilmu Nahu di Institusi Pondok Negeri Kelantan

166

Mekah menggelar beliau Shaykh Ahmad al-FaÏÉnÊ al-Zaki Mesir. Setelah beliau

kembali ke Mekah, Sharif Hussein yang merupakan Raja Mekah mengadakan

pertandingan pidato di Masjidil Haram. Dalam pertandingan tersebut, penilaian dibuat

berdasarkan kepada nilai-nilai sastera atau balaghah dalam bahasa Arab. Ramai ulama

Mekah yang mengikuti pertandingan tersebut, dan Shaykh Ahmad al-FaÏÉnÊ al-Zaki

yang berasal dari Patani itu tidak mahu ketinggalan, beliau yakin bahawa dirinya akan

berjaya memenangi pertandingan tersebut.24

Setelah muncul sebagai juara pertandingan pidato tersebut, nama Shaykh Ahmad

al-FaÏÉnÊ semakin hari semakin terkenal dalam kalangan masyarakat Mekah termasuk

golongan Arab sendiri. Semenjak daripada itu, beliau mula mengorak langkah dengan

memulakan perjuangannya dalam bidang syair dan bahasa Arab.25

Setelah Shaykh

Ahmad al-FaÏÉnÊ memenangi pertandingan tersebut, beliau telah dilantik oleh Sharif

Husein (Raja Mekah) sebagai Ahli Bahasa Kerajaan.26

Shaykh Ahmad al-FaÏÉnÊ merupakan seorang yang mempunyai banyak ilmu

pengetahuan. Beliau juga terkenal dengan kealiman dan kewarakan dalam agama.

Beliau gemar membincangkan sesuatu perkara dalam bentuk bait-bait puisi seperti

persoalan tentang akidah, tasawuf, tauhid dan sebagainya. Oleh sebab itulah beliau

terkenal dengan gelaran penyair di negara Arab terutama di kalangan penduduk

negara Mesir.

Sumbangan Shaykh Ahmad al-FaÏÉnÊ dalam Bidang Ilmu Nahu di Pondok-

pondok Negeri Kelantan

Sumbangan yang terbesar Shaykh Ahmad al-FaÏÉnÊ dapat dilihat melalui

karya-karya yang telah dihasilkan oleh beliau samada melalui penulisan bahasa

Melayu mahupun penulisan dalam bahasa Arab. Namun begitu perbahasan ini

menumpukan kepada karya-karya beliau dalam bahasa Arab khususnya ilmu nahu.

Didapati begitu banyak karya-karya yang dihasilkan oleh Shaykh Ahmad al-FaÏÉnÊ

yang berkisar mengenai ilmu nahu dan sekaligus karya-karya beliau ini telah

digunakan dalam pengajian bahasa Arab di Kelantan dan masih diajarkan di pondok-

pondok di sekitar negeri Kelantan sehingga abad yang ke 21M.

Di ruangan ini akan dibincangkan lima buah karya beliau yang mashyur dalam

bidang ilmu nahu. Antara karya-karya nahu Shaykh Ahmad al-FaÏÉnÊ ialah TashÊl Nail

al-AmÉnÊ, al-RisÉlah al-FaÏÉniyyah, ManÐËmah al-ThimÉr al-Shahiyyah, ManÐËmah

‘UnqËd al-La’ali dan ManÐËmah al-‘AwÉmil.

24 Setelah beliau dilantik menjadi Ahli Bahasa Kerajaan, beliau bertugas juga sebagai penyunting kitab

jawi Nusantara. Beliau banyak menyelitkan puisi pada kitab-kitab tersebut yang diistilahkan sebagai

“Nazham Syair”. Abu Hassan Sham. (2006). Ulama Nusantara: Antara Penghasilan Karya Kreatif

dengan Kitab Jawi. Dalam Hashim Yaacob & Hamedi Mohd Adnan (pnyt), Melayu Islam dan

Pendidikan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya, h. 344. 25 Sumbangan Shaykh Ahmad al-FaÏÉnÊ sebenarnya lebih terserlah dalam karya-karya prosanya. Beliau

menggunakan puisinya untuk mengindahkan gubahan syair dan mempelbagaikan wadah untuk

menyebarkan dakwah Islamiyyah. Ibid., h. 345. 26 Wan Mohd Shaghir Abdullah. (2000). Wawasan Pemikiran Islam Ulama Asia Tenggara. c. 1, j. 4.

Kuala Lumpur: Khazanah Fathaniyah, h. 107.

Al-Basirah (2011), Vol 1, No. 1, 161-171

167

a. TashÊl Nail al-AmÉnÊ (تسهيل نيل األماني)

Kitab TashÊl Nail al-AmÉnÊ adalah kitab nahu karya Shaykh Ahmad al-FaÏÉnÊ yang

ditulis dalam bahasa Arab dan telah banyak digunakan di Nusantara. Kitab ini juga

dikenali sebagai TashÊl Nail al-AmÉnÊ fi Sharh ‘AwÉmil al-JurjÉni atau dinamakan

juga dengan TasrÊh al-GhawÉmil fi Sharh al-‘AwÉmil. Kitab ini telah ditulis dalam

bahasa Arab dan penulisannya telah selesai pada hari Isnin 12 Rabiul Awal 1300

Hijriah bersamaan dengan 12 Januari 1883 Masihi di Mekah.27

Kandungan kitab TashÊl Nail al-AmÉnÊ membicarakan tentang ilmu nahu dan kitab

ini merupakan huraian kepada Matn al-‘Awamil28

karya Shaykh ‘Abd al-Qahir Al-

Jurjani29

(w. 471H/1078M). Sehingga ke hari ini, kitab TashÊl Nail al-AmÉnÊ telah

diajarkan samada di dunia Melayu atau dalam negeri-negeri Arab. Kitab ini telah

diulang cetak sehingga beratus kali oleh pelbagai percetakan baik di Asia Tenggara

ataupun di Timur Tengah.30

Kitab ini mempunyai dua versi iaitu pada versi yang

pertama tidak lengkap di bahagian nota kaki dan nota sisinya sementara pada versi

yang kedua dari halaman pertama hingga halaman terakhir dipenuhi dengan catatan-

catatan nota kaki dan nota sisi.

Versi yang mempunyai nota lengkap di antara edisi cetakannya ialah dari

Matba‘ah al-Miriyyah al-Kainah, Mekah pada tahun 1317H, dengan ukuran 27.5 cm x

17 cm dan tebalnya sebanyak 48 halaman. Kitab ini dicetak atas perbelanjaan Shaykh

Muhammad MÉjid al-Kurdi al-Makki. Seterusnya cetakan Matba‘ah al-Taraqi al-

Majidiyyah al-‘Uthmaniyyah, Mekah pada 1331H, dengan ukuran 27.5 cm x 19.5 cm

dan tebalnya sebanyak 44 halaman yang juga merupakan atas perbelanjaan Shaykh

Muhammad Majid al-Kurdi al-Makki. Versi yang tidak lengkap di antaranya ialah

cetakan dari Matba‘ah al-Bahiyyah, Mesir pada Muharram 1301H dengan ukuran 28

cm x 19.5 cm tebalnya sebanyak 48 halaman.31

Kitab TashÊl Nail al-AmÉnÊ telah mendedahkan mengenai sejarah pengajian ilmu

nahu (Arab) di dunia Melayu. Keterangan ini adalah berdasarkan kepada penjelasan

27 Wan Mohd Shaghir Abdullah. (1998). Kumpulan Risalah Nahu dan Sharaf: al-Alim

al-Allamah al-Zaki Shaykh Wan Ahmad bin Muhammad Zain al-FaÏÉnÊ. Kuala Lumpur: Persatuan

Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara & Khazanah Fataniyah Kuala Lumpur, h. 7. 28 Terdapat Manuskrip Matn al-‘Awamil tulisan tangan Abdul Kadir bin Haji Ismail, di Pusat Manuskrip

Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia. Manuskrip ini selesai ditulis pada pagi hari Sabtu pertengahan

bulan Jamal al-Thamah 1345H di Mekah, lihat dalam Pusat Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara

Malaysia, MSS 1087. 29 Abi Bakr ‘Abd al-Qahir bin ‘Abd al-Rahman bin Muhammad al-JurjÉni, dilahirkan di Gurjan yang

terletak di Tabrestan, Khurasan, pada tahun 400 Hijriah dan meninggal dunia pada 471 Hijriah. Beliau

dikenali sebagai sarjana Parsi dalam kesusasteaan Arab. 30 Antara contoh-contoh cetakan kitab TashÊl Nail al-AmÉnÊ ialah dari Matba‘ah Dar al-Kutub al-

‘Arabiyyah al-Kubra, Mesir pada akhir Zulkaedah 1326H (1908M), cetakan Matba‘ah al-Kamaliah,

Kota Bharu, Kelantan iaitu sebanyak 5000 naskhah dan turut dicetak oleh Matba‘ah Majlis Agama

Islam, Kota Bharu, Kelantan dengan tambahan satu tajuk nahu karya Shaykh Ahmad al-FaÏÉnÊ dalam

bentuk nazam. Lihat dalam Wan Mohd Shaghir Abdullah. (1992). Koleksi Khazanah Shaykh Ahmad

al-FaÏÉnÊ dalam Pameran Manuskrip dan Khazanah Ulama-ulama Kelantan dan Patani. Kota Bharu:

Balai Islam Lundang, h. 16. 31 Wan Mohd Shaghir Abdullah. (2001). Perkembangan Ilmu Nahwu & Sharaf (Ilmu-ilmu ‘Arabiyyah) di

Dunia Melayu. Kuala Lumpur: Khazanah Fathaniyyah, h. 7-8.

Sheikh Ahmad al-FaÏÉnÊ (1856-1908M) dan Sumbangannya Terhadap Pengajian Ilmu Nahu di Institusi Pondok Negeri Kelantan

168

yang telah dikemukakan oleh Shaykh Ahmad al-FaÏÉnÊ sendiri mengenai kitab beliau

ini. Menurut Shaykh Ahmad al-FaÏÉnÊ pada permulaan sejarah perkembangan ilmu

nahu di dunia Melayu, kitab Matn al-‘AwÉmil yang dikarang oleh Shaykh ‘Abd al-

Qahir al-JurjÉni telah diajarkan kepada penduduk-penduduk di Tanah Melayu. Kitab

ini diajar kepada pelajar-pelajar yang telah mengenali ilmu-ilmu nahu dan perlu

menghafalnya sebelum memulakan pengajian kitab Matn al-Ajrumiyyah. Kitab ini

juga merupakan sebuah karya terulung Shaykh Ahmad al-FaÏÉnÊ dalam ilmu nahu.32

Kitab TashÊl Nail al-AmÉnÊ telah banyak diajar di pondok-pondok di Tanah

Melayu semenjak zaman dahulu lagi. Hasil daripada kajian yang telah dilakukan,

didapati bahawa kebanyakan pondok yang wujud di negeri Kelantan telah

menggunakan kitab ini dalam mempelajari ilmu nahu. Antara pondok-pondok yang

dikenal pasti telah menggunakan kitab ini ialah Pondok Pasir Tumbuh,33

Pondok

Lubok Tapah,34

Pondok Beta Hilir,35

Pondok Bunut Payung36

dan Pusat Pengajian

Pondok YIK, Bachok.

Pondok Pasir Tumbuh telah menggunakan kitab TashÊl Nail al-AmÉnÊ sebagai

salah satu subjek utama yang perlu dipelajari dan diterokai oleh pelajar-pelajar di

pondok tersebut di samping untuk menguasai ilmu-ilmu Arab terutama ilmu nahu.

Kitab TashÊl Nail al-AmÉnÊ merupakan sebuah kitab nahu yang diajar pada peringkat

pertengahan dalam pengajian bahasa Arab dan merupakan sebuah kitab yang paling

lengkap pada tahap ini berbanding dengan kitab-kitab nahu lain yang telah digunakan

dalam mempelajari ilmu-ilmu nahu di Pondok Pasir Tumbuh.

b. Al-RisÉlah al-FaÏÉniyyah ( )

Kitab al-RisÉlah al-FaÏÉniyyah merupakan karya terulung Shaykh Ahmad al-FaÏÉnÊ

dalam membicarakan mengenai ilmu nahu. Risalah ini tidak dinyatakan tarikh selesai

penulisannya.37

Wan Mohd Saghir Abdullah menyatakan bahawa karya al-RisÉlah al-

FaÏÉniyyah yang ditemui adalah dalam bentuk manuskrip iaitu berukuran 25.7 x 18.3

cm dan tebalnya sebanyak 11 halaman. Manuskrip kitab ini sekarang berada dalam

simpanan keluarga al-Marhum Hj. Wan Mohd Shaghir Abdullah. Kitab ini dikarang

oleh Shaykh Ahmad al-FaÏÉnÊ sewaktu beliau masih lagi berada di Mesir pada tahun

32 Shaykh Ahmad al-FaÏÉnÊ. (t.t). TashÊl Nail al-AmÉnÊ fÊ Sharh ‘AwÉmil al-JurjÉni. Patani: Matba‘ah bin

Halabi, h. 2. 33 Telah diasaskan oleh Tuan Guru Haji Abdul Aziz bin Haji Abu Bakar (1923M-1987M) dan Tuan Guru

Haji Mustafa bin Haji Abu Bakar (meninggal dunia pada 19 April 1984M ). Ismail Che Daud. (2007).

op.cit., h. 318. 34 Pondok Lubok Tapah telah diasaskan oleh Haji Abdul Rahman bin Che Wan bin Senik bin Haji

Muhammad bin Lebai Abdul Latif (1902M-1989M) iaitu pada tahun 1932 Masihi. Lihat dalam Ismail

Che Daud. (2007). Ibid., h. 631-632. 35 Pondok Beta Hilir telah ditubuhkan pada tahun 1981 Masihi oleh Tuan Guru Haji Muhammad bin Mat

Diah. Temubual: Ustaz Muhammad Nazri bin Haji Muhammad, pada 30 Januari 2009 di pondok Beta

Hilir, Dewan Beta, Kelantan. 36 Pondok Bunut Payung telah diasaskan oleh Tuan Guru Haji Abdullah Tahir (1897M-1961M) pada

akhir tahun 1931M. Ismail Che Daud. (2007). op.cit., j. 2, h. 53. 37 Wan Mohd Shaghir Abdullah. (2001). op. cit., h. 4.

Al-Basirah (2011), Vol 1, No. 1, 161-171

169

1300 Hijriah bersamaan dengan 1882 Masihi. Kitab ini telah banyak kali dicetak dan

di antara edisi cetakan yang telah dijumpai ialah cetakan dari Matba‘ah DÉr al-Kutub

al-‘Arabiyyah al-KubrÉ, Mesir iaitu dicetak akhir Zul Hijjah pada tahun 1326 Hijriah

bersamaan dengan 1908 Masihi iaitu yang berukuran 20 x 14 cm dan tebalnya

sebanyak 24 halaman termasuk juga dengan karya Shaykh Ahmad al-FaÏÉnÊ yang

berjudul Abniyah al-Asma’ wa al-Af‘Él.38

Kitab al-RisÉlah al-FaÏÉniyyah ini juga telah dicetak atas usaha anak beliau

sendiri iaitu Haji Wan Ismail bin Shaykh Ahmad al-FaÏÉnÊ dan telah ditashihkan oleh

murid Shaykh Ahmad al-FaÏÉnÊ iaitu Shaykh Muhammad al-Zahri al-Ghamrawi.

Penulis mendapati al-RisÉlah al-FaÏÉniyyah biasanya mengiringi kitab Tashil Nail al-

AmÉnÊ pada setiap cetakan seperti yang dicetak oleh Maktabah wa Matba‘ah

Muhammad al-Nahdi wa AulÉduh. Kitab al-RisÉlah al-FaÏÉniyyah juga telah diberi

ulasan oleh sepupunya iaitu Shaykh Ismail bin Abdul Qadir bin Mustafa al-FaÏÉnÊ

yang lebih dikenali sebagai Pak De Eil Fatani. Seterusnya kitab ini disyarah pula oleh

anak saudaranya iaitu Shaykh Abdul Qadir bin Ismail al-FaÏÉnÊ dengan memberi judul

al-IbÉnah al-I‘rÉbiyyah Sharh al-RisÉlah al-FaÏÉniyyah.39

Kitab al-RisÉlah al-FaÏÉniyyah telah menjadi bahan rujukan dan merupakan

sebuah kitab hafalan di beberapa institusi pengajian pondok di Jambi dan Riau. Kitab

ini juga telah menjadi kitab rujukan utama di Tanah Melayu terutamanya di pondok-

pondok sekitar negeri Kelantan, Selangor dan Kedah. Kitab ini bukan sahaja terkenal

di Tanah Melayu, tetapi juga di Bangkok dan di seluruh Thailand dan Cam

(Kemboja).40

Ustaz Haji Mustafa bin Haji Hamzah yang merupakan bekas pelajar di Pondok

Bunut Payung mengesahkan bahawa Kitab al-RisÉlah al-FaÏÉniyyah telah diajarkan di

pondok tersebut. Menurut beliau, kitab ini digunakan kerana huraiannya yang padat di

samping telah memudahkan tenaga pengajar dalam menyampaikan pengajian ilmu

nahu dengan menggunakan kitab al-RisÉlah al-FaÏÉniyyah karya Shaykh Ahmad al-

FaÏÉnÊ kepada para pelajar di Pondok Bunut Payung.41

Mutakhir ini kitab al-RisÉlah al-FaÏÉniyyah ini masih lagi kekal digunakan dan

diajarkan di pondok Lubok Tapah kerana isi kandungan kitab ini yang mempunyai

keistimewaannya yang tersendiri telah memudahkan para pelajar pondok untuk

mempelajari dan memahami serta membaca kitab ini.42

38 Ibid., h. 4. 39 Wan Mohd Shaghir Abdullah. (1998). op. cit., h. 279. 40 Wan Mohd Shaghir Abdullah. (2001). op. cit., h. 5. 41 Temubual-temubual: 1. Temubual: Ustaz Haji Mustafa Haji Hamzah pada 10 Jun 2006 di rumahnya,

kampung Padang Bemban, Binjai, Kota Bharu, Kelantan. 2. Temubual: Ustaz Zainal Abidin bin Abdul

Rahman, pada 2 Jun 2006 di rumahnya iaitu di Peringat, Kota Bharu, Kelantan. 42 Temubual: Ustaz Yahya bin Muhammad pada 14 Mac 2006 di Pondok Lubok Tapah, Pasir Mas,

Kelantan.

Sheikh Ahmad al-FaÏÉnÊ (1856-1908M) dan Sumbangannya Terhadap Pengajian Ilmu Nahu di Institusi Pondok Negeri Kelantan

170

c. ManÐËmah al-ThimÉr al-Shahiyyah ( ) 43

Kitab ini selesai ditulis tanpa dinyatakan tarikh pada manuskrip tetapi pada manuskrip

milik Abdul Latif bin Zainal Abidin al-FaÏÉnÊ tarikh yang ditulis ialah pada tahun 1294

Hijriah bersamaan dengan 1877 Masihi. Risalah ini merupakan cetakan yang telah

dikembarkan dengan cetakan Abniyah al-AsmÉ’ wa al-Af‘Él dan al-RisÉlah al-

FaÏÉniyyah ialah dicetak di Timur Tengah. 44

Penulisan ilmu nahu dalam kitab ini

adalah secara puisi dan didapati bahawa dari awal hingga akhir kitab ini, pengarangnya telah menggunakan huruf ra (ر) bagi setiap rima akhir puisi ini. Puisi

ini terdapat sebanyak 99 bait.45

Ini menunjukkan kehebatan pengarangnya yang

berbangsa Melayu tetapi mampu mengarang kitab dalam bahasa Arab dengan

menggunakan puisi. Kebolehan sebegini jarang dimiliki oleh ulama Melayu yang lain

yang sezaman dengan beliau dan selepasnya.

Setelah dilakukan kajian ke atas beberapa buah pondok yang ada di sekitar negeri

Kelantan, didapati bahawa kitab ManÐËmah al-ThimÉr al-Shahiyyah ini tidak

digunakan dan tidak menjadi bahan rujukan oleh para pelajar di pondok-pondok dalam

mempelajari ilmu nahu pada abad yang ke-21 ini. Penulis berpandangan bahawa

kebiasaan orang Melayu tidak mampu untuk mempelajari dan memahami pengajian

bahasa Arab yang menggunakan puisi menyebabkan kitab ini tidak digunakan di

pondok-pondok di Kelantan.

d. ManÐËmah ‘UnqËd al-La’ÉlÊ ( )

Kitab ini selesai ditulis pada hari selasa 23 Syabaan 1296 Hijriah bersamaan dengan

12 Ogos 1879 Masihi dan hanya diperolehi sebuah manuskrip asli sahaja.46

Manuskrip

kitab ini sekarang berada dalam simpanan keluarga al-Marhum Hj. Wan Mohd Shaghir

Abdullah. Kitab ini membincangkan mengenai ilmu nahu dan ditulis dalam bentuk puisi iaitu rima akhir setiap baitnya berbunyi li, lam (ل) berbaris di bawah atau

ditambah (ي) pada akhir perkataan. Kitab ini mengandungi sebanyak 98 bait. 47

Hasil kajian terhadap beberapa buah pondok yang ada di sekitar negeri Kelantan

mendapati kitab ManÐËmah ‘UnqËd al-La’ÉlÊ ini tidak digunakan sebagai kitab

pengajian dalam mempelajari ilmu nahu pada abad yang ke-21 ini. Ini kerana kitab ini

menggunakan kalam puisi dalam semua penghuraiannya yang menyebabkan orang

Melayu kurang tertarik untuk mempelajarinya berbanding dengan kitab nahu yang

menggunakan kalam prosa.

43 Dinamakan juga dengan ManÐËmah al-FaÏÉniyyah ( ). Lihat Haji Wan Mohd Shaghir

Abdullah. (1998M). op.cit., h. 5. Kitab ini tidak terdapat dalam pasaran di kedai-kedai buku di

Kelantan. 44 Wan Mohd Shaghir Abdullah. (2005). op.cit., h. 96. 45 Membawa maksud baris puisi. Tengku Ghani Tengku Jusuh. (1991). Istilah Kesusasteraan Arab. Kuala

Lumpur: Penerbitan Pustaka Astaka, h. 9. 46 Wan Mohd Shaghir Abdullah. (2005). op.cit., h. 97. 47 Wan Mohd Shaghir Abdullah. (2001). op.cit., h. 1.

Al-Basirah (2011), Vol 1, No. 1, 161-171

171

e. ManÐËmah al-‘AwÉmil ( (

Risalah ini selesai ditulis pada hari Jumaat, 19 Syabaan 1296 Hijriah bersamaan

dengan 1879 Masihi di Mesir48

dan hanya diperolehi sebuah manuskrip asli sahaja.

Risalah ini membincangkan mengenai ilmu nahu yang mengandungi sebanyak 69 bait.

Risalah ini adalah usaha Shaykh Ahmad al-FaÏÉnÊ dalam merubah karya Shaykh ‘Abd

al-Qahir al-JurjÉni (w. 471H) dari bentuk prosa kepada bentuk puisi.49

Hasil daripada penelitian ke atas beberapa buah pondok di sekitar negeri Kelantan

mendapati bahawa kitab ini tidak digunakan sebagai kitab utama dalam mempelajari

ilmu nahu pada abad yang ke 20 dan abad ke-21 ini.

Kesimpulan

Sumbangan Shaykh Ahmad al-FaÏÉnÊ kepada perkembangan pengajian ilmu nahu di

pondok-pondok negeri Kelantan adalah amat besar dan mengkagumkan. Ini kerana

karya-karya nahu beliau mempunyai keistimewaannya yang tersendiri yang

menyebabkan ianya masih digunakan oleh masyarakat Melayu khususnya di kalangan

para pelajar yang menuntut ilmu di pondok-pondok sekitar negeri Kelantan.

Kehebatan penulisannya menyebabkan karya-karyanya masih digunakan sehingga ke

abad 21 ini.

Dalam karya-karya nahu ini, didapati Shaykh Ahmad al-FaÏÉnÊ telah menulisnya

dalam dua bentuk penulisan iaitu bentuk puisi dan bentuk prosa. Terdapat tiga buah

karya beliau yang ditulis dalam bentuk puisi antaranya ManÐËmah al-ThimÉr al-

Shahiyyah, ‘UnqËd al-La’ÉlÊ dan ManÐËmah al-‘AwÉmil. Manakala dua buah lagi

karya beliau ditulis dalam bentuk prosa iaitu TashÊl Nail al-AmÉnÊ dan al-RisÉlah al-

FaÏÉniyyah. Kepelbagaian bentuk penulisan ini boleh memberi peluang kepada tenaga

pengajar dan peminat-peminat bahasa Arab untuk membuat pilihan terhadap kitab-

kitab yang akan digunakan samada dalam bentuk prosa atau puisi.

48 Wan Mohd Shaghir Abdullah. (1992). Shaykh Ahmad al-FaÏÉnÊ, Ahli Fikir Islam dan Dunia Melayu,

Guru Kepada Hampir Semua Ulama dan Tokoh Asia Tenggara Abad ke 19-20. j. 1. Kuala Lumpur:

Khazanah al-FaÏÉnÊyyah, h. 45. 49 Wan Mohd Shaghir Abdullah. (2005). Shaykh Ahmad al-FaÏÉnÊ Pemikir Agung Melayu dan Islam.

op.cit., j. 1, h. 96.

Sheikh Ahmad al-FaÏÉnÊ (1856-1908M) dan Sumbangannya Terhadap Pengajian Ilmu Nahu di Institusi Pondok Negeri Kelantan

172