Penyata Rasmi - Pejabat Jurutulis Dewan Negeri Johor

431
Penyata Rasmi PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 Mulai Pada 18 NOVEMBER 2021 HINGGA 28 NOVEMBER 2021 Disediakan oleh PEJABAT DEWAN NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM

Transcript of Penyata Rasmi - Pejabat Jurutulis Dewan Negeri Johor

Penyata Rasmi

PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

Mulai Pada 18 NOVEMBER 2021

HINGGA 28 NOVEMBER 2021

Disediakan oleh PEJABAT DEWAN NEGERI

JOHOR DARUL TA’ZIM

SENARAI KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA SURAT

HARI PERTAMA, KHAMIS, 18 NOVEMBER 2021

1. Kehadiran. 1

2. Doa. 5

3. Pemasyhuran Daripada Yang Berhormat Tuan Speaker.

5

4. Pembentangan Kertas-kertas Mesyuarat. 5

5. Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2022) Tahun 2021.

7

6. Penangguhan. 28

HARI KEDUA, AHAD, 21 NOVEMBER 2021

1. Kehadiran. 29

2. Doa. 33

3. Pemasyhuran Daripada Yang Berhormat Tuan Speaker.

33

4. Soalan-Soalan Lisan dan Jawapan. 33

5. Perbahasan Atas Rundingan Bacaan Kali Yang Kedua Bagi Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2022) Tahun 2021.

52

6. Penangguhan. 88

HARI KETIGA, ISNIN, 22 NOVEMBER 2021

1. Kehadiran. 89

2. Doa. 93

3. Pemasyhuran Daripada Yang Berhormat Tuan Speaker.

93

4. Soalan-Soalan Lisan dan Jawapan. 93

5. Sambungan Perbahasan Atas Rundingan Bacaan Kali Yang Kedua Bagi Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2022) Tahun 2021.

110

6. Penangguhan. 149

~~~~~~~~~~~~~~~ Dewan Negeri Johor ~~~~~~~~~~~~~~

SENARAI KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA SURAT

HARI KEEMPAT, SELASA, 23 NOVEMBER 2021

1. Kehadiran. 150

2. Doa. 154

3. Pemasyhuran Daripada Yang Berhormat Tuan Speaker.

154

4. Soalan-Soalan Lisan dan Jawapan. 154

5. Sambungan Perbahasan Atas Rundingan Bacaan Kali Yang Kedua Bagi Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2022) Tahun 2021.

172

6. Penangguhan. 213

HARI KELIMA, RABU, 24 NOVEMBER 2021

1. Kehadiran. 214

2. Doa. 218

3. Pemasyhuran Daripada Yang Berhormat Tuan Speaker.

218

4. Soalan-Soalan Lisan dan Jawapan. 218

6. Sambungan Perbahasan Atas Rundingan Bacaan Kali Yang Kedua Bagi Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2022) Tahun 2021.

238

7. Penangguhan. 281

HARI KEENAM, KHAMIS, 25 NOVEMBER 2021

1. Kehadiran. 282

2. Doa. 286

3. Pemasyhuran Daripada Yang Berhormat Tuan Speaker.

286

4. Soalan-Soalan Lisan dan Jawapan. 286

5. Sambungan Perbahasan Atas Rundingan Bacaan Kali Yang Kedua Bagi Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2022) Tahun 2021.

305

6. Penangguhan. 357

~~~~~~~~~~~~~~~ Dewan Negeri Johor ~~~~~~~~~~~~~~

SENARAI KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA SURAT

HARI KETUJUH, AHAD, 28 NOVEMBER 2021

1. Kehadiran. 358

2. Doa. 362

3. Pemasyhuran Daripada Yang Berhormat Tuan Speaker.

362

4. Soalan-Soalan Lisan dan Jawapan. 362

5. Soalan-Soalan Bertulis dan Jawapan. 382

6. Sambungan Perbahasan Atas Rundingan Bacaan Kali Yang Kedua Bagi Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2022) Tahun 2021.

382

7. Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Negeri Johor Tahun 2022.

398

8. Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan Tambahan Tahun 2021.

401

9. Rang Undang-Undang Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Kerajaan Negeri (Pindaan) 2021.

406

10. Rang Undang-Undang Enakmen Majlis Bandaraya Pasir Gudang 2021.

408

11. Rundingan-Rundingan 411

12. Rundingan Berkenaan Cadangan Membenarkan ADUN-ADUN Blok Pembangkang Untuk Mengambil Bahagian Di Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah, JTPD Di Bawah Peraturan Tetap Fasal 30(2) Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap Bagi Dewan Negeri Johor.

411

13. Rundingan Berkenaan Dengan Cadangan Penubuhan Jawatankuasa Pilihan Di Bawah Dewan Negeri Johor Bagi Menjalankan Kajian Dan Mengemukakan Cadangan Ke Atas Kesan Penambahan Bilangan Pengundi Berdaftar Ekoran Dari Pelaksanaan Pengundi 18 Tahun Dan Pendaftaran Pengundi Secara Automatik Dibawah Peraturan Tetap Fasal 30 (2) Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap Bagi Dewan Negeri Johor.

418

14. Penangguhan. 426

15. Pegawai-Pegawai Bertugas. 427

~~~~~~~~~~~~~~~ Dewan Negeri Johor ~~~~~~~~~~~~~~

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 1

PENYATA RASMI MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 HARI KHAMIS 18 NOVEMBER 2021 BIL. 12 TAHUN 14

HADIR YB Speaker

Tuan Haji Suhaizan bin Kaiat

YAB Menteri Besar (Pengerusi Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan, Perancangan dan Pembangunan Ekonomi)

Dato’ Haji Hasni bin Mohammad, SPMJ., PGDK., KMN., PIS., AMN., PSI. (Benut)

YB Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar

Bandar Datuk Haji Samsolbari bin Jamali, DMSM., KMN., PIS.

(Semarang)

YB Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Tuan Haji Mazlan bin Bujang

(Puteri Wangsa)

YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Tuan Vidyananthan a/l Ramanadhan, AMN., PSI.

(Kahang)

YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Tuan Haji Tosrin bin Jarvanthi, PIS., BSI., AMN.

(Bukit Permai)

YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tuan Haji Ayub bin Jamil, PIS.

(Rengit)

YB Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Tuan Haji Mohd Solihan bin Badri

(Tenang)

YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Puan Zaiton binti Haji Ismail, PIS., PPN.

(Sungai Balang)

YB Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Datuk Onn Hafiz bin Ghazi, PMW.

(Layang-Layang)

YB Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia

Datuk Mohd. Izhar bin Ahmad, DPSM. (Larkin)

YB Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna

Dr. Chong Fat Full (Pemanis)

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 2

YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin, PSM., SPMJ., SPSA., SPMP., SUNS.,

SPDK., PNBS., SMJ., PIS., BSI., SAHM. (Gambir)

YB Dato’ Dr. Sahruddin bin Haji Jamal, DMIJ.

(Bukit Kepong)

YB Dato’ Zulkurnain bin Haji Kamisan, DIMP., PJK., PSI. (Sri Medan)

YB Tuan Haji Abd Taib bin Abu Bakar, PIS., AMN.

(Machap)

YB Dato' Ir. Syed Sis bin Syed A Rahman, DSNS. (Tanjung Surat)

YB Tuan Raven Kumar a/l Krishnasamy

(Tenggaroh)

YB Datuk Md Othman bin Yusof, DMSM., DSM. (Kukup)

YB Dato’ Zahari bin Sarip, DIMP.

(Buluh Kasap)

YB Dato’ Sharifah Azizah binti Dato’ Syed Zain, DIMP., AMN., KMN., PIS., JP. (Penawar)

YB Puan Nor Rashidah binti Ramli

(Parit Raja)

YB Tuan Hahasrin bin Hashim (Panti)

YB Puan Rashidah binti Ismail

(Pasir Raja)

YB Kapt (B) Haji Najib bin Lep (Bukit Pasir)

YB Dato’ Che Zakaria bin Mohd. Salleh, DIMP.

(Permas)

YB Tuan Haji Rasman bin Haji Ithnain (Sedili)

YB Tuan Haji Rosleli bin Jahari

(Johor Lama)

YB Puan Hajah Alwiyah binti Talib, PIS. (Endau)

YB Tuan Haji Aminolhuda bin Haji Hassan

(Parit Yaani)

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 3

YB Tuan Tan Chen Choon (Jementah)

YB Tuan Jimmy Puah Wee Tse

(Bukit Batu)

YB Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah (Bekok)

YB Tuan Mohd Khuzzan bin Abu Bakar

(Semerah)

YB Sr. Dzulkefly bin Ahmad (Kota Iskandar)

YB Cik Liow Cai Tung

(Johor Jaya)

YB Tuan Haji Sheikh ‘Umar Bagharib bin Ali (Paloh)

YB Puan Gan Peck Cheng

(Penggaram)

YB Dr. Sulaiman bin Mohd. Nor (Kemelah)

YB Tuan Gopalakrishnan a/l Subramaniam

(Tiram)

YB Tuan Tan Hong Pin (Skudai)

YB Tuan Ee Chin Li

(Tangkak)

YB Puan Hajah Nor Hayati binti Bachok (Maharani)

YB Tuan Md. Ysahrudin bin Kusni

(Bukit Naning)

YB Tuan Chen Kah Eng (Stulang)

YB Tuan Muhammad Taqiuddin bin Cheman

(Pulai Sebatang)

YB Tuan Muhamad Said bin Jonit (Mahkota)

YB Tuan Yeo Tung Siong

(Pekan Nanas)

YB Khairuddin bin A. Rahim (Senggarang)

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 4

YB Tuan Cheo Yee How (Perling)

YB Puan Chew Peck Choo

(Yong Peng)

YB Ir. Dr. Faizul Amri bin Adnan (Serom)

YB Tuan Ng Yak Howe

(Bentayan)

YB Tuan Tee Boon Tsong (Senai)

YB Tuan Chew Chong Sin

(Mengkibol)

TURUT HADIR

(MENURUT FASAL 6(3) BAHAGIAN KEDUA UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN NEGERI JOHOR)

YB Setiausaha Kerajaan Johor.

Dato’ Haji Azmi bin Rohani, SPMJ., DMIJ., PIS.

YB Penasihat Undang-Undang Negeri Johor. Tuan Amir bin Nasruddin

YB Pegawai Kewangan Negeri Johor.

Dato’ Haji Salehuddin bin Haji Hassan, DMIJ., SIJ., PIS.

TIDAK HADIR (DENGAN MAAF)

YB Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian, SPMJ., DSNS., AMN., PIS. (Kempas)

YB Dato’ Seri Haji Salahuddin bin Ayub, DSPN., DGSM.

(Simpang Jeram)

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 5

Persidangan bermula jam 9.30 pagi. YB Speaker mengetuai Persidangan. DOA. (Jurutulis membaca doa). Jurutulis : PEMASYHURAN DARIPADA YANG BERHORMAT TUAN SPEAKER. YB Speaker : Bismillahirahmanirrahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh (Bacaan selawat). Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, pagi ini kita akan memulakan Mesyuarat Kedua (Belanjawan 2022) bagi Penggal Persidangan Keempat Dewan Negeri Johor Yang Ke-14. Persidangan kali ini akan mengambil masa selama 7 hari sehingga 28 November 2021. Ahli-Ahli Yang Berhormat, pada pagi ini juga, kita akan mendengar Pembentangan Belanjawan 2022 oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Pembentangan belanjawan ini juga boleh diikuti melalui live streaming di facebook rasmi YAB Menteri Besar Johor. Ahli-Ahli Yang Berhormat, sebagaimana yang telah disarankan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Johor, berdasarkan penilaian risiko yang telah dilakukan, suka saya mengingatkan kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat agar sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan semasa Persidangan ini berlangsung bagi mengelakkan penularan virus COVID-19. Antaranya ialah : 1. Pemakaian pelitup muka adalah wajib sepanjang masa berada di dalam Dewan

Persidangan. Pemakaian pelitup muka berganda ataupun double mask adalah digalakkan.

2. Sentiasa mengamalkan penjarakan fizikal melebihi 1 meter di antara satu sama lain

ketika Persidangan dan semasa pergerakan keluar dan masuk Dewan Persidangan. 3. Bercakap-cakap secara berkumpulan adalah tidak dibenarkan. 4. Penggunaan tandas di dalam Dewan Persidangan dihadkan kepada 2 orang sahaja

pada satu-satu masa. Ahli-Ahli Yang Berhormat, suka saya mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ingatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor kepada semua Ahli supaya menjaga tatatertib di dalam Dewan dan bersatu hati bersidang demi untuk kepentingan rakyat dan pembangunan negeri Johor. Apa jua kepentingan politik dan kepentingan peribadi hendaklah diketepikan. Jurutulis : PEMBENTANGAN KERTAS-KERTAS MESYUARAT.

YAB Menteri Besar : Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, selamat pagi. Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon membentangkan Kertas-Kertas Mesyuarat Bilangan 35 hingga 43 Tahun 2021.

Bilangan 35 Tahun 2021 - Anggaran Perbelanjaan Tambahan Kedua Tahun 2021.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 6

Bilangan 36 Tahun 2021 - Laporan Jawatankuasa Belanjawan Negeri Mengenai Peranggaran Negeri Johor Tahun 2022.

Bilangan 37 Tahun 2021 - Anggaran Perbelanjaan Pembangunan

Negeri Johor Tahun 2022. Bilangan 38 Tahun 2021 - Laporan Ketua Audit Negara Johor Tahun

2019 dan Penyata Memorandum mengenai : • Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan

Agensi Negeri Serta Pengauditan Pematuhan Jabatan Negeri.

Bilangan 39 Tahun 2021 - Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 dan

Penyata Memorandum mengenai : • Pengurusan Aktiviti Jabatan/Agensi

Negeri Johor Tahun 2019 Siri 1.

Bilangan 40 Tahun 2021 - Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 dan Penyata Memorandum mengenai : • Pengurusan Aktiviti Agensi dan

Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Johor Tahun 2019 Siri 2.

Bilangan 41 Tahun 2021 - Resolusi Untuk Menubuhkan Akaun Amanah

di Bawah Seksyen 10, Akta Tatacara Kewangan 1957 (Akta 61) Bagi Tujuan Pembinaan Istana (Baru) Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur.

Bilangan 42 Tahun 2021 - Resolusi Untuk Menubuhkan Kumpulan

Wang Amanah di Bawah Seksyen 10, Akta Tatacara Kewangan 1957 (Akta 61) Bagi Tujuan Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Projek ICT Sektor Awam (KWAICT).

Bilangan 43 Tahun 2021 - Laporan Tahunan Johor Corporation bagi

Tahun 2019.

YB Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya : Assalammualaikum warahmatullahi wabakaratuh, salam sejahtera. Bismillahirahmannirrahim. Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon membentangkan Kertas Mesyuarat Bilangan 44 Tahun 2021.

Bilangan 44 Tahun 2021 - Penyata Kewangan Yayasan Warisan Negeri Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2019.

YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam : Bismillahirahmanirrahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabakaratuh. Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon membentangkan Kertas Mesyuarat Bilangan 45 Tahun 2021.

Bilangan 45 Tahun 2021 - Penyata Kewangan Lembaga Kumpulan Wang Amanah Orang-Orang Islam Negeri Johor Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2019.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 7

YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Assalammualaikum warahmatullahi wabakaratuh, salam sejahtera, salam makmur Johor. Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon membentangkan Kertas Mesyuarat Bilangan 46 Tahun 2021.

Bilangan 46 Tahun 2021 - Penyata Kewangan Majlis Perbandaran Kulai Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2020.

YB Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan : Bismilahirrahmanirrahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabakaratuh. Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon membentangkan Kertas-Kertas Mesyuarat Bilangan 47 hingga 49 Tahun 2021.

Bilangan 47 Tahun 2021 - Penyata Kewangan Perbadanan Stadium Johor Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2017.

Bilangan 48 Tahun 2021 - Penyata Kewangan Perbadanan Stadium

Johor Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2018.

Bilangan 49 Tahun 2021 - Penyata Kewangan Perbadanan Stadium

Johor Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2019.

YB Dato’ Zahari bin Sarip (Buluh Kasap) : Bismillahirahmannirrahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabakaratuh. Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon membentangkan Kertas Mesyuarat Bilangan 50 Tahun 2021.

Bilangan 50 Tahun 2021 - Penyata Jawatankuasa Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap bagi Dewan Negeri Johor Bilangan 1 Tahun 2021.

Jurutulis : RANG UNDANG-UNDANG ENAKMEN PERBEKALAN (2022) TAHUN 2021 YAB Menteri Besar : Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon membawa rundingan menurut Peraturan Tetap 15 (3), supaya Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2022) Tahun 2021 dikemukakan sekarang tanpa mengikut Susunan Perkara-Perkara Mesyuarat. YB Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar: Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker, saya menyokong rundingan itu. YB Speaker : Rundingan di hadapan Dewan ini ialah supaya Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2022) Tahun 2021 dikemukakan sekarang; Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, Rundingan itu dipersetujukan. YAB Menteri Besar : Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon membawa Rundingan supaya Rang Undang-Undang yang dinamakan Enakmen Perbekalan (2022) Tahun 2021 dibaca kali yang pertama. YB Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar: Yang Berhormat Tuan Speaker, saya menyokong rundingan itu. YB Speaker : Rang Undang-Undang ini dibaca kali yang pertama.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 8

Jurutulis : Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan tahun 2022 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu. YAB Menteri Besar : Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon membawa rundingan supaya Rang Undang-Undang ini dibaca kali yang kedua sekarang. Bismillahirrahmannirrahim. (Bacaan selawat). Assalammualaikum warahmatullahi wabakaratuh. Salam sejahtera. (Bacaan doa). Buat pertama-tamanya patik merafak sembah menjunjung kasih dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim sempena sambutan Ulangtahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 22 November 2021 bersamaan 17 Rabiulakhir 1443 Hijrah. Patik berdoa semoga Duli Yang Mulia Tuanku dan Permaisuri Johor dilanjutkan usia, dalam keafiatan dan sentiasa berada dalam limpahan rahmat dan keampunan Allah SWT. Semoga di bawah naungan Tuanku, negeri Johor bertambah aman, makmur dan sejahtera. Daulat Tuanku. Dengan penuh hormat dan takzim saya ingin memohon izin Dewan yang mulia ini, untuk membentangkan Belanjawan Negeri Johor 2022. Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam episod sejarah pembangunan negara bangsa terdapat 5 dimensi utama yang direkayasakan iaitu kepimpinan berintegriti, pembangunan fizikal, kemakmuran ekonomi, kesejahteraan sosial dan kedaulatan wilayah. Ia menjadi agenda utama yang meletakkan sesebuah negeri atau negara mencapai peradaban berimpak tinggi. Negeri Johor umpamanya dalam konteks ini saya berpendapat Kesultanan Johor Moden yang diasaskan oleh Almarhum Sultan Abu Bakar telah meletakkan Johor sebagai sebuah peradaban tinggi yang diteladani oleh banyak negeri dan wilayah khususnya di alam Melayu. Dalam pada itu, tempoh sejarah Johor yang paling turut disulami dengan pelbagai cabaran. Pada peringkat awal campur tangan kolonial telah mengganggu kelancaran pemerintahan dan pentadbiran negeri. Zaman krisis perang dunia pertama dan kedua, perang dingin, kemelesetan ekonomi dunia, kejatuhan harga komoditi dan pengaruh kuasa-kuasa besar turut mempengaruhi pertumbuhan ekonomi termasuk Johor. Pandemik COVID-19 yang merebak ke seluruh pelosok dunia termasuk negeri Johor kini boleh ditangani dengan penerimaan vaksin yang tinggi serta kadar pematuhan SOP yang meningkat. Kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di negeri Johor kini mencecah 97%. Alhamdulillah, kita dapat lihat dengan peningkatan penerimaan vaksin di Johor kadar pesakit COVID-19 yang memerlukan rawatan di hospital secara seven dayrolling average atau purata 7 hari berturut-turut berada pada tahap terendah sejak bulan Mei 2021. Syukur ke hadrat Ilahi, kejayaan ini sudah tentu tidak boleh dicapai tanpa izin-Nya. Pada masa yang sama, patik juga ingin merafak sembah menjunjung kasih kepada Duli Yang Mulia Tuanku dan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor kerana sudi mencemar duli dan menzahirkan keprihatinan mengenai kadar vaksinasi COVID-19 di negeri Johor. Patik juga menjunjung setinggi-tinggi kasih dan penghargaan atas sumbangan Yayasan Sultan Ibrahim bagi membantu rakyat negeri Johor yang terkesan ekonominya akibat pandemik COVID-19. Raja dan rakyat berpisah tiada, masalah rakyat dikongsi bersama. Rakyat mengangkat sistem beraja, negeri Johor makmur sejahtera. Yang terpenting kejayaan ini adalah hasil pengorbanan warga barisan hadapan atau frontliners yang telah bertungkus lumus untuk menjalankan tugas mereka tanpa lelah. Bagi pihak kerajaan negeri Johor, jutaan ucapan terima kasih kepada anda semua.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 9

Yang Berhormat Tuan Speaker dan rakan-rakan seperjuangan di dalam Dewan yang mulia ini. Kita juga dimaklumkan Yang Berhormat ADUN Kempas tidak dapat hadir atas faktor kesihatan. Marilah kita sama-sama mendoakan kesihatan yang baik dan kesejahteraan beliau dan keluarga. Yang Berhormat Tuan Speaker, dengan dorongan semangat yang patriotik kepada negeri Johor Darul Ta’zim, izinkan saya membentangkan Belanjawan Negeri Johor bagi Tahun 2022 yang akan menggariskan strategi untuk memulihkan ekonomi negeri yang sekaligus akan mensejahterakan kehidupan rakyat berlandaskan kepada objektif untuk memperhebatkan kesejahteraan Johor. Senario dan unjuran ekonomi global negara dan negeri Johor, saya mulakan dengan senario dan unjuran ekonomi global. Mutakhir ini, ekonomi global sudah mula menampakkan pergerakan positif yang didorong oleh ekonomi-ekonomi utama dunia. Menurut anggaran Dana Kewangan Antarabangsa atau International Monetary Fund (IMF), ekonomi global diunjurkan berkembang sebanyak 5.9% pada penutup tahun 2021, diikuti dengan perkembangan pada kadar 4.9% pada tahun 2022. Di sebalik anggaran positif ini IMF mengingatkan masyarakat antarabangsa tentang jurang pertumbuhan ekonomi yang semakin meluas, antara negara maju dan negara membangun. Dua faktor pendorong ketidaksamarataan ini ialah kadar vaksinasi yang lembap serta skala sokongan fisikal yang lemah dalam kalangan negara membangun. Yang Berhormat Tuan Speaker, di Malaysia data mencadangkan bahawa di sebalik kerancakan ekonomi global Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dianggarkan hanya akan beransur pulih ke tahap pra krisis pada akhir tahun 2022. Kementerian Kewangan Malaysia meramalkan bahawa KDNK akan mengukuh antara 5.5% hingga 6.5% pada tahun 2022. Lantaran itu Belanjawan Negara 2022 yang baru dibentangkan di Parlimen beberapa minggu yang lalu, telah memperuntukkan perbelanjaan yang terbesar dalam sejarah Malaysia. Jadi besarlah harapan kita untuk melihat perkembangan positif ini dapat memacu pemulihan ekonomi negara dan ekonomi negeri secara khususnya.

Berkenaan dengan senario dan unjuran ekonomi Johor Yang Berhormat Tuan Speaker, Kerajaan Negeri sedar bahawa ekonomi negeri Johor juga telah terkesan akibat COVID-19 yang meluas. Disebabkan hal ini kadar pengangguran meningkat kepada 3.9% pada tahun 2020 berbanding 2.7% pada tahun sebelumnya. Dan jumlah penduduk yang berada di luar tenaga buruh formal juga bertambah. Selain itu kadar kemiskinan mutlak di negeri Johor juga naik dari 3.9% pada tahun 2019 kepada 5.9% pada tahun 2020.

Namun persekitaran ekonomi terkini dan unjuran menunjukkan bahawa ekonomi Johor akan beransur pulih. Selepas penguncupan sebanyak 4.6% pada tahun 2020 ekonomi negeri diunjurkan berkembang sekitar 3.5 hingga 4.1% pada tahun 2021. Dan akan terus tumbuh pada tahap pra krisis dalam separuh pertama tahun 2022. Tambahan lagi prospek ekonomi yang semakin baik juga telah memperlihatkan peningkatan dalam peluang pekerjaan pada tahun ini. Contohnya, statistik terkini daripada PERKESO menunjukkan bahawa jumlah jawatan kosong sudah semakin meningkat daripada 14,101 pada bulan September kepada 16,576 pada bulan Oktober.

Yang Berhormat Tuan Speaker, sebagai kerajaan negeri yang bersifat telus dan terbuka sudah menjadi tanggungjawab kami untuk melaporkan prestasi pelaksanaan belanjawan 2021. Saya berharap rakyat boleh menilai prestasi kerajaan negeri secara bijaksana dan berhemah. Saya amat berbesar hati untuk melaporkan bahawa setakat suku ketiga tahun 2021, 141 inisiatif yang terkandung dalam belanjawan 2021 dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM850

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 10

juta telah pun secara purata mencapai tahap Key Perfomance Indicator (KPI) sebanyak 85.1%.

Rumusan pencapaian-pencapaian adalah seperti berikut: Dua agenda, Agenda Johor Niaga dan Agenda Governans Johor telah mencapai KPI 100%. Tujuh agenda iaitu Johor Berkebajikan, Orang Muda Johor, Johor Digital, Johor Prihatin, Modal Insan Johor, Majestic Johor dan Prasarana Johor telah pun mencapai KPI antara 80 hingga 99%. Manakala 3 agenda iaitu Masyarakat Desa Johor, Johor Tani dan Johor Madani telah pun mencapai KPI di antara 60 hingga 79%. Meskipun pencapaian-pencapaian tersebut adalah memberangsangkan saya ingin mengingatkan seluruh jentera kerajaan negeri bahawa masih terdapat sebulan setengah sebelum tahun 2021 berakhir.

Yang Berhormat Tuan Speaker, tema belanjawan Johor 2022 yang dipilih adalah Memperhebatkan Kesejahteraan Johor. Ia selari dengan hasrat kerajaan untuk memastikan kelangsungan hidup rakyat Johor yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Justeru pada hemah saya belanjawan 2022 ini amat bermakna. Belanjawan ini menyerlahkan usaha-usaha kerajaan negeri untuk memberikan suntikan dan lonjakan baru kepada pertumbuhan negeri Johor yang mampan dari segi ekonomi, sosial dan fizikal dan berdaya tahan.

Segala pertimbangan dan belanjawan 2022 ini bakal dipandu oleh 2 asas utama iaitu: Pertama, mendekati dan meringankan beban rakyat yang terhimpit akibat pandemik COVID-19. Kedua, menggiatkan usaha awalan dalam memulihkan semula sektor-sektor ekonomi secara menyeluruh.

Dari segi strategik kewangan belanjawan 2022 Yang Berhormat Tuan Speaker, izinkan saya memberikan gambaran kedudukan kewangan negeri Johor bagi tahun 2022. Pada tahun 2022 unjuran hasil negeri Johor adalah sebanyak RM1,671.54 juta, manakala unjuran perbelanjaan pada tahun 2022 adalah sebanyak RM1,958.01 juta. Senario ini menunjukkan belanjawan 2022 adalah belanjawan defisit iaitu sebanyak RM286.47 juta. Sejumlah RM1,087.51 juta diperuntukkan bagi tujuan Belanja Mengurus. Ini tidak termasuk caruman kepada pelbagai Kumpulan Wang Amanah di Bawah Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957 atau Akta 61.

Pecahan perbelanjaan belanja mengurus adalah seperti berikut: Emolumen sebanyak RM549.89 juta, Perkhidmatan dan Bekalan sebanyak RM319 juta, Aset sebanyak RM22.67 juta, Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap RM182.03 juta, Perbelanjaan Lain sebanyak RM13.92 juta. Anggaran Perbelanjaan Pembangunan pada tahun 2022 pula akan diperuntukkan sebanyak RM870 juta. Keseluruhannya perbelanjaan tersebut adalah bagi melaksanakan 4 impetus dan 12 agenda utama.

Walau bagaimanapun anggaran hasil dan defisit kami tertakluk kepada tahap ketidakpastian yang tinggi disebabkan beberapa faktor seperti berikut:-

1. Kemungkinan kemunculan varian baru dan impak sosioekonominya. 2. Keadaan ekonomi peringkat negara dan antarabangsa. 3. Pembukaan sempadan antarabangsa terutamanya dengan Singapura.

Strategi kewangan belanjawan 2022 adalah seperti berikut:

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 11

Pertama, belanjawan ini akan terus mengoptimumkan segala sumber yang ada pada kerajaan. Ini termasuklah melalui Pihak Berkuasa Tempatan PBT Negeri Johor dan Syarikat Berkepentingan Kerajaan GLC Negeri.

Strategi kewangan belanjawan 2022 yang kedua adalah ia akan turut berpandukan konsep counter cyclical spending. Selaras dengan ekonomi negara, ekonomi negeri Johor semakin pulih secara beransur-ansur.

Secara keseluruhan saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Persekutuan di atas peruntukan sebanyak RM4.6 bilion bagi perbelanjaan pembangunan dalam Rolling Plan 2 (2022) di bawah Rancangan Malaysia Ke- 12 bagi negeri Johor, yang merangkumi 355 projek sambungan dan 79 projek baru. Diharapkan sokongan kerajaan Persekutuan dalam menyediakan peruntukan-peruntukan pembangunan ini akan diteruskan terutama melibatkan projek-projek infrastruktur utama dan program sosial yang lain.

Oleh itu, belanjawan Johor 2022 adalah belanjawan mengembang. Kerajaan negeri berusaha meningkatkan perbelanjaan dan defisit fiskal untuk menjayakan berbagai inisiatif di bawah belanjawan ini. Sehubungan itu usaha konsolidasi fisikal akan ditanggung sehingga terdapat tanda-tanda jelas bahawa asas pemulihan ekonomi sudah cukup dan teguh, sudah kukuh dan teguh. Jadikan ini sebagai tanda komitmen kerajaan negeri terhadap ekonomi dan kesejahteraan rakyat Johor.

Yang Berhormat Tuan Speaker, untuk belanjawan 2022 strategi bagi mempersiapkan negeri dan rakyat Johor akan dipacu oleh 4 impetus ekonomi baru. Penumpuan pada impetus-impetus ini adalah berdasarkan kesedaran dan kecaknaan tentang impak besar yang boleh dibawa dalam usaha memulihkan dan mengukuhkan ekonomi kita. Impetus ini terdiri daripada memperkasakan Perlindungan Sosial dan Pemberdayaan Modal Insan, mempertingkatkan Jaminan Bekalan Makanan Johor, memperluas Pengiditalan dan Memperbaharui Ekosistem Pelaburan dan Ekonomi Hijau.

Pada masa yang sama 12 Agenda Kebajikan, Keberdayaan dan Keberhasilan Utama yang diumumkan dalam belanjawan 2021 juga bakal diteruskan ditambah baik. Sebelum itu saya ingin menegaskan bahawa untuk merealisasikan objektif belanjawan 2022 kerajaan negeri tidak boleh melakukannya bersendirian dengan tagline rasmi “Muafakat Itu Berkat”, kita perlu bersolidarati, kita perlu bekerjasama, kita perlu menggemblengkan seluruh tenaga dan pemikiran untuk menjayakan pelan-pelan ekonomi dan sosial seperti mana yang digariskan dalam belanjawan tahun depan.

Ini termasuklah kesemua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang diamanahkan sebagai Wakil Rakyat. Rakyat sudah muak dengan sentimen politik assabiyah. Di bawah pentadbiran saya kita sentiasa bersikap minda terbuka dan berlapang dada untuk menerima pandangan, kritikan dan cadangan konstruktif. Jadi bagi memastikan prinsip dan semangat pendemokrasian Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Johor, memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat Johor, kerajaan negeri telah bersetuju supaya kesemua Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri akan menerima peruntukan yang tetap sebanyak RM200,000.00 setiap tahun.

Peruntukan ini adalah bagi tujuan pengurusan dan pentadbiran di kawasan DUN masing-masing serta peruntukan kerja-kerja kecil dan bekalan. Sebagai tambahan bagi belanjawan 2022 ini kerajaan negeri juga bersetuju untuk memberikan tambahan sebanyak RM50,000.00 bagi setiap Ahli Yang Berhormat ADUN bagi tujuan perayaan-perayaan besar

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 12

seperti Hari Raya Aidil Fitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan lain-lain. Perkara ini adalah melalui jawatankuasa pilihan yang mana jawatankuasa tersebut akan membuat ketetapkan berkaitan perkara ini untuk dibawa ke Dewan Negeri.

Saya berharap agar peruntukan di atas, sedikit sebanyak dapat melegakan setiap Yang Berhormat ADUN dalam menjalankan tugas sebagai Wakil Rakyat. Saya juga percaya bahawa semangat Muafakat Bangsa Johor dapat meningkatkan kesediaan kita untuk menangani pelbagai cabaran masa depan. Sebagai respon pula kepada permintaan ADUN pembangkang untuk terlibat sama di dalam Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah, kerajaan negeri telah bersetuju untuk menjemput ADUN pembangkang untuk menyertai mesyuarat itu sebagai pemerhati.

Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam hal impetus ekonomi baharu, perkara seterusnya ialah mempertingkatkan jaminan bekalan makanan Johor. Kerajaan negeri beriltizam tinggi untuk menjadikan Johor sebagai hab makanan untuk pasaran domestik, pasaran serantau dan antarabangsa. Johor akan membangunkan industri agro makanan Johor sebagai industri yang mampan dan mampu berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Untuk makluman sidang Dewan, Kementerian Kewangan telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM34 juta kepada negeri Johor bagi sektor pertanian dan industri asas tani untuk melaksanakan Program Jaminan Bekalan Makanan melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) di mana menerusi pelan ini, Jabatan Pertanian Negeri Johor telah diperuntukkan sebanyak RM16.6 juta. Pada masa yang sama, kerajaan negeri sedang dalam proses untuk merangka Dasar Agromakanan Negeri Johor. Dasar baharu ini bertujuan untuk merancang pembangunan industri agro makanan yang bakal memodenkan sektor agromakanan Johor. Inisiatif pertama yang akan dilakukan adalah Program Pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan Pembungkusan (CPPC). Melalui inisiatif CPPC, kerajaan negeri melalui J-Biotech akan berusaha sama dengan syarikat peneraju dalam membangunkan pusat pengumpulan, pemprosesan dan pembungkusan di Bio-Desaru dengan keluasan lebih 10 ekar. Usaha sama yang bakal dilaksanakan ini akan menguatkan lagi ekosistem perniagaan agro makanan di negeri Johor. Inisiatif kedua adalah Pemuliharaan Sumber Perikanan dan Pengurusan Estet Kerang-Kerangan Negeri Johor. Johor merupakan pengeluar hasil kerangan tertinggi di Malaysia. Dengan adanya rancangan ini, ia memberi manfaat dengan memajukan ekonomi pesisir pantai dan untuk perusahaan akuakultur, kerang-kerangan dan aktiviti hiliran. Sebanyak RM520,000.00 telah disediakan oleh kerajaan negeri untuk menjayakan inisiatif ini di perairan daerah Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian. Sementara inisiatif ketiga, untuk makluman, negeri Johor dilihat berpotensi sebagai pengeluar produk tenusu utama di Malaysia dan telah menyumbang sebanyak 6.7 juta liter susu setahun kepada pengeluaran susu negara. Bagi meningkatkan lagi potensi Johor sebagai pengeluar produk tenusu, kerajaan negeri akan bekerjasama dengan ECERDC untuk membangunkan projek pembangunan lembah tenusu Jemaluang di daerah Mersing yang dijangka akan menyumbang 6.57 juta liter lagi pengeluaran susu iaitu bersamaan 10% bagi penghasilan tenusu negara mulai tahun 2023. Dalam usaha untuk meningkatkan pengeluaran agro makanan di Johor, pihak kerajaan negeri melalui Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor akan memperkasa lagi pelaksanaan Program Zon Pelaburan Makanan, Zon Tanaman Makanan dan Taman Kekal Pengeluaran Makanan di mana seluas 12,461 hektar di seluruh negeri Johor. Di samping itu, kerajaan negeri bersama ECERDC akan membangunkan kawasan tanaman kelapa

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 13

dengan inisiatif daripada syarikat swasta di Mersing bagi menampung kekurangan bekalan kelapa di negeri Johor dan negara. Seterusnya Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam kita menggerakkan impetus ekonomi baharu adalah dengan memperluaskan pendigitalan Johor. Sejak era pandemik COVID-19 kita melalukan aktiviti seharian atau gaya hidup dengan norma baharu dan hampir semua aktiviti perlu dilakukan secara dalam talian atau online termasuk aktiviti perniagaan. Dalam konteks semasa, sewajarnya kerajaan negeri mengangkat tahap pendigitalan bagi menangani isu-isu yang timbul semasa proses transformasi dalam era digital. Oleh yang demikian, kerajaan negeri bakal memperkenalkan Pelan Induk Digital Johor yang akan mencorakkan hala tuju utama digital di negeri Johor dalam beberapa tahun yang akan datang. Pelan induk ini juga bertujuan mempersiapkan rakyat Johor untuk menghadapi cabaran masa depan yang lebih gemilang. Pelan induk ini akan memperkuatkan kedudukan dan keupayaan untuk menjalankan mandat, misi dan mencapai sasaran masa jangka pendek dan panjang. Terdapat lima tunjang utama yang akan menyokong pelan induk ini iaitu infrastruktur digital dan teknologi baharu muncul, kerajaan digital, industri dan ekonomi, bakat digital dan rakyat digital. Berpaksikan tonggak ini, kerajaan negeri mempunyai harapan yang tinggi untuk mencapai kejayaan yang berkepentingan rakyat, perniagaan dan kerajaan. Seterusnya, impetusnya adalah untuk memperkasakan perlindungan sosial dan pembudayaan modal insan. Pandemik ini telah memberi pengajaran yang cukup berguna kepada kita semua tentang dua perkara. Pertama, betapa pentingnya perlindungan sosial yang lengkap sebagai persediaan terutamanya ketika waktu kritikal. Kedua, adalah keperluan untuk meningkatkan produktiviti bagi menjana semula ekonomi negeri dengan menggalakkan penglibatan semua lapisan masyarakat terutamanya golongan belia dan wanita. Kerajaan negeri sangat bersimpati dengan rakyat Johor yang telah kehilangan ahli-ahli keluarga tersayang akibat pandemik COVID-19 terutamanya anak-anak muda. Keperitan hidup yang dihadapi oleh anak-anak ini tidak dapat saya bayangkan kerana terpaksa membesar tanpa kasih sayang ibu dan bapa. Maka, bagi menyantuni masa depan anak-anak yatim piatu ini, kerajaan negeri menyediakan sebanyak RM3 juta untuk melaksanakan Inisiatif Anak Angkat Makmur Johor yang bakal diterajui oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim. Di bawah inisiatif ini, bantuan antara RM2,500.00 sehingga RM5,000.00 akan diberikan secara one-off kepada setiap anak-anak Johor sebagai simpanan SSPN Prime. Anak-anak di sekolah menengah dan rendah akan menerima bantuan baucar persekolahan, manakala mereka yang baharu tamat persekolahan akan menerima bantuan yuran kemasukan ke institusi pengajian tinggi. Tambahan lagi dengan kerjasama strategik bersama pihak Jabatan Pendidikan Negeri Johor, program kaunseling dan motivasi juga akan disediakan. Harapan saya agar usaha ini dapat membantu seramai 1,000 orang anak Johor yang kehilangan ibu bapa akibat pandemik COVID-19 dan memastikan kebajikan mereka juga sentiasa terjaga. Dalam konteks yang lebih besar, buat julung kalinya satu Modul Lindungi Permata Johor juga bakal dibangunkan. Inisiatif ini adalah untuk melindungi hak-hak kanak-kanak, waris-waris daripada semua bentuk eksploitasi, diskriminasi dan penderaan bagi memastikan perkembangan yang sihat kanak-kanak selaras dengan Dasar Kanak-Kanak Negara. Modul ini dijangka dapat memanfaatkan 401 pusat jagaan kanak-kanak dan taska di negeri Johor. Tambahan lagi bagi memastikan kualiti penjagaan kanak-kanak di pusat jagaan terjaga dan mematuhi Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984, Insentif Yuran Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Permata (KAP) sebanyak RM180,000.00 akan diperuntukkan. Dengan inisiatif ini, jumlah pengasuh kanak-kanak yang bertauliah akan dianggarkan meningkat kepada 200 orang. Kerajaan negeri akan memberi bantuan kepada golongan isi rumah untuk menangani jangkitan COVID-19, jadi peruntukan sebanyak RM6 juta disediakan untuk pengagihan kit ujian kendiri COVID-19 kepada isi rumah yang memerlukan. Di bawah inisiatif ini, 3,000 kit ujian kendiri akan dibekalkan kepada setiap

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 14

ADUN dan setiap isi rumah, insya-Allah, bakal menerima lima set bagi setiap kit. (Dewan bertepuk). Berikutnya, kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Johor (MAINJ) akan memberi fokus kepada membantu golongan asnaf dari segi kos sara hidup dengan peruntukan sebanyak RM161 juta. Usaha ini akan melibatkan inisiatif-inisiatif berikut: 1. Bantuan sara hidup sebanyak RM150.00 hingga RM750.00 sebulan untuk 18,000 fakir

miskin.

2. Bantuan rawatan buah pinggang RM1,000.00 hingga RM4,000.00 untuk 3,000 fakir miskin.

3. Bantuan untuk perubatan pelbagai sebanyak RM200.00 hingga RM750.00 untuk 4,000 fakir miskin.

Bagi memulihkan ekonomi, sosioekonomi asnaf, kerajaan negeri juga berhasrat untuk memperkenalkan program-program baharu dengan peruntukan dari MAIJ berjumlah RM21.4 juta. Ini terdiri daripada bantuan keperluan asas yang bernilai RM18.5 juta dan bantuan peningkatan ekonomi yang bernilai sebanyak RM2.9 juta dan antara inisiatif-inisiatif ini adalah seperti berikut: 1. Bantuan untuk membeli pakaian sekolah dan alat tulis untuk 32,000 orang pelajar

dengan peruntukan sebanyak RM8.2 juta.

2. Bantuan bakul makanan, sewa rumah dan bil utiliti untuk 25,000 orang dengan peruntukan sebanyak RM4 juta.

3. Bantuan yuran pendaftaran untuk 2,000 orang pelajar IPT dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2.2 juta.

4. Pengagihan peranti digital kepada 1,500 orang pelajar sekolah rendah, menengah dan IPT dengan peruntukan berjumlah RM2 juta.

5. Bantuan yuran untuk 10,000 orang pelajar sekolah agama dengan jumlah peruntukan sebanyak RM1 juta dan RM500,000.00 akan disalurkan kepada dana pesakit jantung di Institut Jantung Negara.

Kerajaan negeri seterusnya akan melaksanakan Projek Ekonomi Rakyat dan Kumpulan Sasar (PERKASA) yang terdahulunya dikenali sebagai Projek Pembangunan Ekonomi Johor (PROPER) oleh YPKDT bagi memperbaiki keadaan ekonomi rakyat terutamanya masyarakat luar bandar. Projek ini memberi peluang pekerjaan dalam sektor tani secara kecil-kecilan kepada 16 komuniti setempat tanpa mengira kaum, gelandangan dan OKU. Peruntukan bagi inisiatif ini adalah sebanyak RM300,000.00. Yang Berhormat Tuan Speaker, negeri kita telah diberkati dengan lokasi yang teramat strategik di laluan perdagangan serantau. Dari segi domestik, kedudukan negeri Johor di bahagian selatan semenanjung Malaysia membolehkan kehadiran institusi pembangunan wilayah-wilayah pembangunan seperti East Coast Economic Region (ECER), Iskandar Development Authority (IRDA) dan Pagoh Special Economic Zone. Dalam hal yang sama, saya ingin mengumumkan bahawa semasa Sidang Kemuncak Indonesia – Malaysia – Thailand Growth Triangle Yang Ke-13, negeri Johor telah diterima masuk sebagai anggota baharu IMT-GT. Dengan penglibatan Johor di dalam IMT-GT juga, ia boleh membuka peluang bagi pendekatan SIJORI untuk ditambah baik dengan, SIJORI adalah singkatan kepada Singapura – Johor – Riau, untuk ditambah baik dengan mengukuhkan hubungan secara langsung dalam pelbagai bidang di antara Johor - Singapura serta Johor - Riau. Secara keseluruhan, saya yakin penglibatan Johor dalam IMT-GT potensi limpahan ekonomi

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 15

ke Johor terutamanya dalam bidang pelaburan akan dapat diperluaskan dengan perbincangan yang melibatkan pelbagai pihak sama ada kerajaan mahupun swasta. Untuk merancakkan lagi aktiviti pelaburan di Johor terutama sekali dalam konteks ekonomi semasa, usaha untuk menarik pelabur-pelabur berpotensi ke negeri Johor mestilah terus dilakukan. Jadi Yang Berhormat Tuan Speaker, kalau dulu SIJORI tiga segi, kali ini kita perkukuhkan dengan dua Johor - Singapura, Johor - Kepulauan Riau. Oleh yang demikian, Pelan Induk Pelaburan Johor 2030 akan dilancarkan dalam masa terdekat berdasarkan empat teras strategik pelaburan dalam tempoh 10 tahun. Pelan ini akan menjadi asas kepada usaha untuk menjadikan Johor sebagai destinasi pelaburan utama di Asia Tenggara. Menerusi saranan Ibrahim Johor Economic Council, kerajaan negeri akan menggunakan khidmat perunding pelaburan. Dalam konteks ekonomi semasa yang dinamik dan berubah-ubah, usaha untuk menarik pelabur ke negeri Johor akan dilaksanakan dengan lebih berfokus, tersusun dan membuahkan hasil yang optimum kepada kerajaan negeri dalam jangka masa terdekat. Selain itu, untuk mengekalkan status Johor sebagai pusat pelaburan yang bernilai tinggi, kerajaan negeri akan pertamanya, memperluaskan promosi pelaburan di peringkat global di mana kerajaan negeri melalui Invest Johor akan melancarkan Program Johor Go Global. Program ini akan meningkatkan promosi secara dalam talian dengan peruntukan sebanyak RM450,000.00. Kedua, kerajaan negeri melalui Invest Johor juga akan melaksanakan program Friendly

Johor bagi menyantuni pelabur-pelabur baru dan pelabur-pelabur sedia ada dengan peruntukan sebanyak RM470,000.00 Sementara yang ketiga, sebagai permulaan kerajaan negeri akan memperuntukkan sebanyak RM10 juta bagi penyediaan Tabung Fasilitasi Pelaburan ataupun Investment Facilitation Fund di mana tabung ini akan meningkatkan keupayaan dan daya saing para pelabur di negeri Johor dalam pelbagai bidang. Sementara yang keempat, kerajaan negeri juga akan meneruskan usaha misi pelaburan, trade mission untuk mengenal pasti peluang perniagaan yang bermanfaat untuk meningkatkan kemasukan pelaburan asing ke negeri Johor dapat dilaksanakan secara berterusan. Sementara yang kelima ialah kerajaan negeri akan memperkasakan Johor Convention

Exhibition Bureau dengan memperkemaskan peranan serta tanggung jawab dalam usaha merangka dan mengkoordinasi business event di negeri Johor. Yang Berhormat Tuan Speaker, pergerakan rentas sempadan di antara Johor dan Singapura merupakan norma kehidupan untuk sesetengah rakyat Johor. Saya faham sejak bermulanya pandemik ini ramai ahli keluarga, saudara mara dan rakan handai terpaksa berpisah tanpa kerelaan. Oleh yang demikian, kerajaan negeri sentiasa berbincang dengan kerajaan persekutuan berkenaan usaha-usaha membuka semula sempadan Johor dan Singapura. Sehubungan dengan itu, alhamdulillah sepertimana yang kita sedia maklum baru-baru ini Vaccinated Travel Lane (VTL) antara KLIA dan Changi Airport akan diumumkan dan akan dilancarkan pada 29 November tahun ini. Sejajar dengan itu, kerajaan negeri juga berharap agar VTL secara darat dapat dilancarkan dalam masa terdekat dengan prosedur kesihatan yang munasabah agar pergerakan rentas sempadan negeri Johor dan Singapura dapat disambung semula.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 16

Yang Berhormat Tuan Speaker, berkenaan dengan ekonomi hijau, pertumbuhan ekonomi dunia akan lebih beralih kepada aspek pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar dalam konteks pembangunan ekonomi. Kita perlu menggandakan usaha dalam menjayakan ekosistem pelaburan yang dan hijau memandangkan eksport utama negeri Johor adalah produk petroleum bertapis dan minyak kelapa sawit yang dijangka akan menerima kesan daripada transformasi ekonomi hijau. Walau bagaimanapun, inisiatif ekonomi hijau bukanlah sesuatu yang asing di negeri Johor. Pihak Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) dan 5 Pihak Berkuasa Tempatan seperti MBJB, MBIP, MBPG dan juga MP Kulai dan MP Pontian telah bekerjasama dalam penerbitan Kajian Inventori Gas Rumah Kaca (GSG) Iskandar Malaysia bagi tahun 2018 dan 2019. Walaupun pertumbuhan ekonomi agak pesat pada tempoh berkenaan Laporan Inventori Gas Rumah Kaca Iskandar Malaysia yang mengguna pakai piawaian antarabangsa menunjukkan penurunan intensiti karbon sebanyak 19.7% pada tahun 2019. Maka sejajar dengan komitmen Malaysia untuk menjadi sebuah negara neutral karbon menjelang tahun 2050, Pelan Tindakan Iklim juga akan dirangka oleh pihak IRDA, pihak PBT-PBT berkenaan dan agensi teknikal yang berkaitan. Sehubungan dengan itu, kerajaan negeri akan turut merangka road map ekonomi hijau, Johor Green Deal pada tahun hadapan. Ia merupakan satu pelan menyeluruh bagi pertumbuhan ekonomi hijau negeri yang akan dapat membolehkan pengenalan insentif dan faedah untuk pelaburan yang berasaskan persekitaran, sosial dan urus tadbir ESG. Jumlah aset yang diurus dalam dana ESG Asia kecuali Jepun telah meningkat kepada 36.7 bilion dolar pada suku pertama tahun ini daripada 25.4 bilion dolar pada akhir tahun 2020. Kerajaan negeri akan mencorak langkah untuk mengembangkan potensi yang sedia ada ini. Yang Berhormat Tuan Speaker, strategi pelaksanaan Belanjawan 2022 akan memperhebatkan 12 agenda kebajikan, kebudayaan dan keberhasilan. Empat impetus ini direncana sebagai pemangkin kebangkitan Johor secara insklusif dan holistik. Sebagai Ketua Eksekutif Kerajaan Johor, saya bersama seluruh kakitangan Kerajaan Johor akan menggembleng tenaga dan pemikiran bagi memastikan kemakmuran ekonomi dan kesejahteraan rakyat Johor. Di samping itu, kesemua agenda dalam Belanjawan 2021 akan dijalankan dan ditambah baik. Johor Tani Belanjawan Johor 2022 akan memperhebatkan agenda ini dengan penggubalan dasar Agro Makanan Negeri Johor yang menekankan kepentingan rantaian bekalan makanan sama ada industri huluan ataupun hiliran melalui analisa input output bagi mengukuhkan kedudukan Johor sebagai hab makanan serantau. Kelangsungan jaminan bekalan makanan akan diteruskan dengan 15 inisiatif dengan peruntukan sebanyak RM18.9 juta yang merangkumi 32 projek di bawah jabatan. Antara-antara inisiatif-inisiatif tersebut adalah pertama, Pembangunan Industri Pengeluaran Tanaman Makanan utama 5 projek iaitu tanaman buah-buah jangka pendek, tanaman sayur-sayuran, tanaman kontan, tanaman kelapa dan taman agro makanan akan diperkasakan dengan peruntukan sebanyak RM2.9 juta bagi tahun 2022. Kedua, sebanyak RM2.14 juta disalurkan bagi Program Pembangunan Industri Asas Tani, tujuan untuk meningkatkan tahap kemahiran usahawan asas tani dan industri asas tani dalam aspek operasi dan pengeluaran pengurusan dan pemasaran yang lebih sistematik.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 17

Ketiga, peruntukan sebanyak RM6.2 juta akan disediakan bagi membangunkan Program Infrastruktur Pengairan Saliran Pertanian dan Jalan Ladang untuk keseluruhan negeri Johor. Yang keempat, adalah Pengecualian Pembayaran Lesen Perladangan Unggas Negeri Johor yang akan memberi manfaat kepada pengusaha 707 ladang unggas. Sejumlah RM420,000.00 akan turut disalurkan bagi tujuan pembangunan industri tenusu dan pembiakan baka-baka yang berpotensi untuk melengkapkan rantaian bekalan. Dan yang akhir ialah program kawalan penyakit dan kesihatan ternakan merangkumi pengawalan dan pembasmian penyakit ternakan dengan peruntukan sebanyak RM1.33 juta yang akan memberi manfaat kepada 1,000 penternak. Sokongan penuh kepada para pengeluar makanan tempatan akan diteruskan dengan penambahbaikan infrastruktur 5 pusat pengumpulan hasil pertanian di bawah seliaan Lembaga Pertubuhan Peladang. Kerjasama strategik antara kerajaan negeri dengan pihak swasta mahupun Government

Link Companies (GLC) seperti Kulim Berhad akan dipergiat pada tahun hadapan dengan pembangunan Digital Wholesale Market Place, yang akan menghubungkan setiap pemain industri dan mencakupi keseluruhan spektrum rantaian nilai bermula daripada petani, penternak sehingga ke pengeluar dan pengedar makanan terus kepada pengguna. Yang Berhormat Tuan Speaker, agenda kedua adalah agenda Johor Digital dalam usaha pembangunan negeri, kerajaan negeri akan terus memperhebat pelaksanaan agenda Johor Digital sebagai salah satu strategi utama untuk membangunkan sosioekonomi rakyat. Oleh yang demikian, kerajaan negeri bersedia untuk memberi peruntukan sebanyak RM21.5 juta bagi memastikan agenda Johor Digital ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Antara isu yang mendesak semasa pandemik ini adalah jurang digital dari segi infrastruktur, akses internet dan peranti digital, pengetahuan orang ramai tentang teknologi digital dan paling penting juga ialah penerimaan masyarakat terhadap penggunaan digital. Jadi, bagi menangani isu-isu mendesak tersebut kerajaan negeri melaksanakan, akan melaksanakan inisiatif-inisiatif berikut: Pertama, bagi mempertingkatkan kemahiran teknologi digital serta menyediakan guru dan pelajar dengan kemahiran pendidikan abad ke 21, kerajaan negeri melaksanakan inisiatif Johor Pendidikan Islam Digital Albayen. Peruntukan yang diberikan adalah sebanyak RM2 juta bagi tahun 2022. Kedua, kerajaan negeri akan memperuntukkan sebanyak RM500,000.00 untuk memperkenalkan portal setempat. Portal setempat yang dikenali sebagai Johor Pay yang memudahkan rakyat untuk berurusan secara dalam talian bagi perkhidmatan kerajaan yang terpilih. Ketiga, dengan kerjasama ECER sebuah aplikasi digital yang diberi nama Aplikasi Web

Access (ACES) akan diperkenalkan untuk mempertingkatkan kesedaran pengetahuan dalam kalangan pelajar di wilayah ECER tentang Revolusi Industri 4.0. Seramai 3,000 pelajar di daerah Kota Tinggi, Segamat dan Mersing akan manfaatkan akan diberi, akan menerima manfaat dengan jumlah peruntukan sebanyak RM1.5 juta. Yang keempat, memperkasakan ekonomi digital di Johor, kerajaan akan menarik lebih ramai usahawan perusahaan kecil dan sederhana PKS untuk mengurus perniagaan mereka secara digital dengan memperkenalkan program pendigitalan PKS Johor. Program sebanyak RM1.3 juta telah disediakan untuk program ini. Program yang dijalankan dengan

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 18

kerjasama Perbadanan Usahawan Negeri Johor ini menyasarkan kepada 1,000 usahawan PKS yang layak. Yang kelima pula, kerajaan negeri juga terus komited untuk membantu kelancaran pembelajaran kepada mahasiswa institut pengajian tinggi melalui pemberian pakej internet selama setahun. Inisiatif ini akan memberi peluang kepada mahasiswa Johor yang layak untuk menerima akses internet yang terbaik. Sejumlah 3,000 orang anak Johor bakal menerima bantuan dalam bentuk pakej capaian internet ini selama setahun menerusi Program Internet Mahasiswa Johor dengan peruntukan berjumlah RM1.7 juta yang akan diselaraskan melalui Institut Dato’ Onn. Yang keenam, ialah bagi memastikan penyampaian program serta informasi kerajaan dapat disampaikan dengan lebih meluas, cepat dan lancar, keupayaan digital Wakil Rakyat, Wakil Masyarakat iaitu Ketua Kampung perlu diperhebatkan. Justeru, menerusi inisiatif ini peruntukan sebanyak RM610,000.00 akan diberikan kepada Program Ketua Kampung Digital. Program ini bakal menjalankan latihan digital onboarding, pakej internet selama setahun dan tablet kepada kesemua ketua-ketua kampung. Usaha ini diharap dapat memudahkan urusan ketua kampung di dalam melaksanakan tanggung jawab mereka. Yang ketujuh pula, kerajaan negeri berbangga apabila Drone Robotic Zone (DRZ) Iskandar telah diiktiraf sebagai salah satu tapak ujian National Technology Innovation Sandbox (NTIS) di Malaysia yang memfokus kepada pembangunan teknologi drone dan robotik. Oleh itu, kerajaan negeri akan menggalakkan penglibatan anak-anak muda menerusi Young Drone Pilot Programme dengan peruntukan sejumlah RM2.3 juta dengan sasaran sehingga 10,000 peserta. Kelapan, negeri Johor berhasrat untuk memperkenalkan program kemahiran digital berteraskan coding di peringkat sekolah. Ia bertujuan untuk memupuk minat pelajar dari awal di dalam semua aspek pembelajaran dan meningkatkan kemahiran kreativiti, kerjasama dan penyelesaian masalah menerusi high order thinking bagi mempersiapkan pelajar yang lebih kreatif, dinamik dan menggalakkan kerja berpasukan. Kemahiran ini adalah asas kepada future ready skills yang akan menerapkan kemahiran Revolusi Industri 4.0. bagi meningkatkan daya kebolehpasaran pelajar di negeri Johor. Maka itu sejumlah RM2.85 juta akan diperuntukkan menerusi Johor Youngsters Coding Programme. Program ini akan memberi manfaat kepada sekurang-kurangnya 500,000 pelajar sekolah rendah dan menengah di negeri Johor. Yang kesembilan pula adalah, pandemik COVID-19 telah memperlihatkan aktiviti ekonomi gig di negeri Johor meningkat. Ini bermakna jumlah penglibatan rakyat negeri Johor dalam ekosistem ekonomi gig juga semakin bertambah. Oleh itu, bagi memastikan sektor ekonomi ini kekal rancak, kerajaan negeri melalui Perbadanan Pengangkutan Awam Johor akan memberi insentif petrol secara one off berjumlah RM150.00 untuk setiap 15,051 pemandu e-hailing dan pemandu teksi sebanyak RM100.00 untuk setiap 4,455 penghantar makanan dengan jumlah keseluruhan peruntukan RM2.7 juta. Yang kesepuluh pula pada tahun ini agenda Johor Digital akan memperkenalkan Program Galakan Internet Jalur Lebar Johor, yang berkelajuan tinggi di kawasan luar bandar yang memberi fokus kepada keluarga B40. Kerajaan negeri berhasrat untuk memberi subsidi sebanyak 50% daripada jumlah keseluruhan bil bulanan untuk kapisiti Internet 100 Mbps selama 12 bulan. Inisiatif ini akan memberi manfaat kepada sekurang-kurangnya 1,500 isi rumah yang layak dan mempunyai akses talian gentian optik yang sedia ada dengan kerjasama Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) melalui anak syarikatnya iaitu Digital Infra Group Sdn. Bhd. Jumlah peruntukan adalah sebanyak RM1.5 juta. Yang kesebelas pula, industri hiliran automotif seperti pembaikan kenderaan adalah antara sektor terjejas teruk sewaktu pandemik COVID-19. Jadi ekoran daripada itu ramai mekanik mahu pun pemilik bengkel kenderaan yang kehilangan kerja dan perniagaan. Bagi

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 19

memulihkan keadaan ini, kerajaan negeri melalui PUJB akan memperkenalkan program Johor e-Mekanik dengan peruntukan sebanyak RM2.4 juta. Pelaksanaan program ini mampu memberi bantuan bimbingan kepada pengusaha bengkel dan mekanik yang terjejas untuk mengembalikan semula aktiviti mereka dalam pasaran melalui latihan dan juga proses onboarding secara digital. Yang kedua belas pula, Johor akan terus berusaha untuk mempromosikan negeri ini sebagai destinasi pelaburan syarikat startup berteraskan digital. Mengambil kira potensi negeri ini yang mempunyai infrastruktur lengkap, lokasi yang strategik dan ketersediaan tenaga mahir seperti di kawasan Medini Iskandar Malaysia, kerajaan negeri percaya ianya dapat menarik syarikat startup untuk datang dan bertapak di sini. Oleh itu kerajaan negeri bersetuju memperuntukkan sejumlah RM2.2 juta dalam bentuk insentif geran dikenali sebagai Digital Johor Startup Grant yang akan mensasarkan antara 50 hingga 100 syarikat dalam tempoh 2 tahun. Yang ketiga belas pula, kerajaan negeri juga berhasrat untuk mentransformasi pengurusan lesen dan juga keupayaan premis-premis perniagaan PBT-PBT di negeri Johor ini ke arah digital. Perkhidmatan lesen pintar digital berasaskan teknologi Internet of Things (IoT) yang menggantikan kertas dan papan lesen sedia ada akan diperkenalkan. Perkhidmatan ini juga akan diintegrasikan dengan aplikasi sistem mudah alih yang dapat memudahkan operasi penguatkuasaan yang lebih efisien dan yang lebih telus. Menerusi teknologi ini aktiviti perniagaan haram, berniaga tanpa lesen, lesen tamat tempoh atau lesen palsu dapat dikuatkuasakan sebaiknya. Yang keempat belas pula, bagi memastikan pelaksanaan dan perancangan projek pembangunan dan penswastaan berjalan dengan sistematik dan berkesan, kerajaan negeri akan meluaskan fungsi Sistem Pemantauan Projek Negeri Johor (JoMS). Dan terakhir, Tuan Yang Dipertua, kerajaan persekutuan akan meneruskan projek JENDELA yang melibatkan peruntukan sebanyak RM700 juta bagi negeri Johor. Di bawah inisiatif nasional ini perkhidmatan 5G akan diperluaskan hingga 36% kawasan liputan di beberapa buah negeri termasuk Johor. Saya yakin bahawa usaha ini akan dapat membantu lebih ramai rakyat Johor memperolehi akses internet dan maklumat. Sebelum membentangkan agenda seterusnya saya tekankan sekali lagi bahawa penerapan teknologi digital perlu terus diperkasakan dalam kalangan rakyat Johor. Kerajaan negeri juga serius untuk memastikan pembangunan digital di Johor akan berkembang secara inklusif dan saksama. Lepas ni nak main tik tok atau nak jadi cybertrooper pun senang, lancar dan tak tersekat-sekat. Yang Berhormat Tuan Speaker, agenda ketiga adalah agenda Johor Niaga. Dalam daya tahan perusahaan kecil dan sederhana akan sentiasa menjadi tumpuan dan diperhebatkan oleh kerajaan negeri untuk mempersiapkan Johor bagi mendepani cabaran pasca COVID-19. Dalam Belanjawan 2021, kerajaan negeri dengan kerjasama Bank Rakyat akan menyediakan pinjaman tanpa faedah kepada PKS dengan jumlah sebanyak RM100 juta. Pada tahun depan inisiatif tersebut akan diteruskan dengan faedah pinjaman diserapkan oleh kerajaan negeri. Inisiatif ini sudah tentu akan memberi kelegaan kepada usahawan-usahawan untuk menyelesaikan masalah aliran tunai dalam perniagaan mereka. Selain itu pihak Agro Bank dan SME Bank juga akan turut serta dalam inisiatif yang sama dan butirannya akan dimuktamadkan pada tahun hadapan. Dalam pertemuan saya bersama wakil-wakil parti daripada Pakatan Harapan, pemimpin PH telah mencadangkan untuk inisiatif Geran Orang Lokal, (G.O.L) diteruskan. Sehubungan dengan itu bantuan menerusi Geran PKS Makmur Johor akan diteruskan mengikut keperluan sektor perniagaan, dengan peruntukan berjumlah RM3.5 juta dan bakal

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 20

memberi manfaat kepada sekurang-kurangnya 560 usahawan PKS dan Mikro. Secara keseluruhan, banyak cadangan daripada pemimpin PH yang menyentuh kepada hal-hal berkaitan daya tahan perniagaan. Selain daripada 2 inisiatif di atas ada beberapa lagi inisiatif untuk komuniti peniaga PKS dan MIKRO turut dilaksanakan. Sebagai contoh, bagi memulihkan ekosistem keusahawanan beberapa inisiatif daripada pihak MARA dan JKM akan dijalankan di negeri Johor. Inisiatif ini akan dilaksanakan dengan bantuan sebanyak RM245,000.00 untuk penyewa premis MARA, penerima bantuan JKM dan golongan OKU. Menerusi Pihak Berkuasa Tempatan pula kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM3 juta bagi tujuan bantuan penyediaan Peralatan Pelindung Peribadi (PPE) dan kit ujian kendiri secara One-Off kepada peniaga PKS dan FAMA di seluruh negeri Johor. Usaha ini diharapkan dapat memberikan manfaat kepada 21,000 peniaga berdaftar bagi menggalakkan penjagaan SOP serta meningkatkan kesedaran terhadap penularan wabak COVID-19. Selain daripada itu, pengecualian bayaran premis dan gerai milik PBT serta sewa tapak pasar pagi dan malam secara bersasar akan diteruskan pada tahun hadapan. Di samping itu diskaun sebanyak 50% akan diberikan kepada peniaga yang mempunyai tunggakan sewa premis terdahulu untuk dijelaskan pada tahun 2022. Inisiatif ini melibatkan anggaran di mana kehilangan hasil sebanyak RM17.9 juta ditanggung oleh PBT-PBT dalam negeri Johor. Selain itu pengecualian untuk pembaharuan lesen penjaja dan peniaga PKS pada tahun 2022 dengan anggaran kehilangan hasil oleh PBT sebanyak RM5 juta. Yang Berhormat Tuan Speaker, pemulihan sosio ekonomi asnaf atau fakir miskin yang terjejas akibat wabak COVID-19 juga dititikberatkan dalam belanjawan ini. Oleh itu pemerkasaan golongan ini terutama sekali dalam bidang keusahawanan akan dilaksanakan menerusi bantuan modal kerja, modal niaga dan juga geran khas, RESTART dan pembiayaan usahawan makro akan dilaksanakan. Peruntukan sebanyak RM2.8 juta dan menyasarkan lebih 1,400 usahawan asnaf. Dengan inisiatif-inisiatif tersebut kerajaan negeri amat berharap dengan peruntukan keseluruhan RM32.4 juta di bawah agenda Johor Niaga ini akan memulihkan semula perniagaan yang terjejas akibat pandemik. Yang Berhormat Tuan Speaker, kesalinghubungan wilayah dan daerah menerusi pembangunan infrastruktur yang mampan adalah penting, bagi memacu pertumbuhan ekonomi negeri, maka agenda seterusnya adalah berkenaan agenda Prasarana Johor. Kesalinghubungan infrastruktur amat penting bagi menentukan pertumbuhan ekonomi. Pada masa ini Johor telah pun menerima beberapa projek infrastruktur mega seperti RTS, BRT dan kereta api landasan berkembar. Bagi menambahbaik kesalinghubungan ini kerajaan negeri mencadangkan supaya kerajaan persekutuan mempertimbangkan projek pelebaran lebuh raya PLUS dari Yong Peng ke Skudai. Selain daripada itu kerajaan negeri juga telah menyediakan peruntukan sebanyak RM1.2 juta bagi melaksanakan projek menaik taraf Sistem Pengawasan Pengangkutan Awam Pintar untuk menyediakan data terkini berkenaan lokasi bas-bas perkhidmatan Makmur Johor menggunakan aplikasi teknologi Sistem Kedudukan Sejagat (GPS). Selain sektor pengangkutan, prasarana yang amat bermanfaat untuk rakyat Johor ialah infra kerja raya. Kerajaan negeri akan memperuntukkan RM1.5 juta bagi program bantuan penyelenggaraan sekolah, untuk meningkatkan keselesaan dan kesejahteraan para pelajar. Sekolah-sekolah yang memerlukan dan terpilih akan menerima bantuan one-off sebanyak RM20,000.00. Sementara kerajaan negeri juga terus komited untuk memperbaiki kemudahan jalan raya untuk manfaat rakyat Johor, maka peruntukan berjumlah RM80.9 juta bakal diagihkan bagi projek jalan dan jambatan di seluruh negeri Johor. Antaranya menambah jumlah jalan kampung, jalan baru di kampung-kampung berjumlah RM50 juta diperuntukkan bagi pembinaan dan kerja-kerja menaik taraf.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 21

Yang kedua, kerajaan negeri banyak mendengar keluhan penduduk kampung tentang keadaan jambatan kampung atau dikenali sebagai jambatan trafik sederhana (MTB) yang sempit, usang dan tidak mampu menampung jumlah kenderaan yang meningkat. Oleh yang demikian, sejumlah RM30 juta diperuntukkan bagi menaik taraf dan menggantikan jambatan MTB yang rosak di seluruh negeri Johor. Ketiga, bagi mengurangkan kadar kes kemalangan di kawasan hot spot pada waktu malam, sebanyak RM900,000.00 diperuntukkan bagi memperbanyakkan jumlah lampu persimpangan dan juga lampur amber. Yang Berhormat Tuan Speaker, kerajaan negeri akan memperhebatkan lagi usaha untuk mewujudkan rumah mampu milik di negeri Johor. Oleh itu bagi memenuhi keperluan rakyat, kerajaan negeri akan melancarkan Program Khas Rumah Johor bagi menampung keperluan sasaran B40 dan M40. Setakat 2021, berdasarkan kajian Task Force Perumahan Negeri Johor jumlah Rumah Mampu Biaya Johor yang boleh dibina adalah 153,712 unit mengikut rizab tanah RMBJ terkumpul iaitu 4,950 ekar. Jadi oleh itu melalui Program Khas Rumah Johor ini, pemaju-pemaju perumahan yang tidak berjaya melaksanakan perumahan rumah mampu biaya agar dapat menyerahkan tapak tanah rumah mampu biaya tersebut kepada kerajaan negeri bagi dibangunkan di bawah Program Khas Rumah Johor. Di bawah program ini rumah yang akan dijual adalah berharga RM150,000.00 hingga RM300,000.00 seunit. Kerajaan negeri juga kekal komited untuk mengendalikan kos pengurusan dan penyelenggaraan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Rumah Sewa Kerajaan (RSK) dalam Belanjawan 2022 ini. Oleh itu pengecualian sewa untuk penduduk di PPR dan RSK akan diberikan selama setahun lagi yang melibatkan peruntukan sebanyak RM7.7 juta. Seterusnya Tuan Yang Dipertua, peruntukan sebanyak RM20 juta daripada Tabung Perumahan disediakan untuk Program Rumah Ehsan Johor atau sebelum ini dikenali sebagai Program Bantuan Rumah yang memberi peluang golongan miskin tegar dan miskin turut berpeluang memiliki rumah yang lebih kondusif. Program ini akan memberi manfaat kepada 200 keluarga di seluruh negeri Johor. Kerajaan negeri juga berbesar hati untuk memberi diskaun secara one-off sebanyak 50% kepada penyewa di Projek Perumahan Rakyat dan Rumah Sewa Kerajaan yang mempunyai tunggakan sewa dari Januari 2022 hingga Oktober 2022, 50% diberi pengecualian. Selain itu kerajaan negeri juga akan melancarkan Program CSR Mending Home yang bertujuan untuk meningkatkan keterlibatan sukarelawan untuk membaik pulih dan menaik taraf rumah PPR dan RSK dalam bentuk program sosial, CSR Mending Home ini adalah dilakukan bersama sukarelawan Yang Berhormat Tuan Speaker. Bagi membantu golongan yang terkesan untuk membina semula kehidupan, kerajaan negeri akan memperuntukkan RM10 juta bagi membaik pulih rumah rosak akibat ditimpa bencana termasuk program CSR Mending Home. Yang Berhormat Tuan Speaker, kerajaan negeri juga amat komited untuk menjamin kelangsungan bekalan air yang berkualiti dan berterusan di negeri ini. Selain memberi fokus terhadap pembangunan sumber air, pembangunan infrastruktur bekalan air terawat juga amat dititikberatkan. Menerusi rancangan perniagaan Ranhill SAJ dalam OP 5, pelbagai projek menaik taraf dan pembangunan infrastruktur bekalan air awam akan dilaksanakan dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM1.6 bilion. Yang Berhormat Tuan Speaker, agenda seterusnya adalah Modal Insan Johor. Modal insan merupakan pemangkin utama untuk merancakkan semula pembangunan negeri Johor. Oleh itu, inisiatif-inisiatif tersebut akan dilaksanakan. Pertama, peruntukan sebanyak RM5.2 juta disediakan untuk melaksanakan inisiatif-inisiatif berkaitan dengan peningkatan kemahiran seperti Program Johor Upskilling, Reskilling, Latihan Lepasan Siswazah Johor, Johor Skill Oil and Gas dan Pensijilan Tenaga Mahir Johor yang memberi manfaat kepada 1,550 peserta.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 22

Kedua, Agenda Pembangunan Modal Insan di Iskandar Malaysia diteruskan dengan penubuhan Geran Pekerjaan Iskandar Malaysia. Sebanyak RM4 juta akan disediakan untuk melaksanakan mengikut konsep keperluan tenaga kerja industri, ekonomi sektor utama. Ketiga, bagi menyokong projek sistem Rapid Transit (RTS), kerajaan negeri menerusi Johor Centre for Construction Develoment memperuntukkan RM650,000.00 bagi menjalankan kursus asas pembinaan dan kejuruteraan rel serta kursus asas binaan. Keempat, semangat perpaduan dan kenegaraan dalam kalangan modal insan Johor akan diberi tumpuan dalam inisiatif berkaitan pemerkasaan rukun tetangga, generasi muda dan perpaduan kaum dengan peruntukan sebanyak RM1.5 juta disediakan. Bagi agenda seterusnya yang keenam iaitu Governans Johor, kerajaan negeri terus beriltizam untuk menambah baik kualiti penyampaian perkhidmatan dan urus tadbir supaya lebih cekap dan berintegriti. Oleh itu, kerajaan negeri akan meneruskan pemberian geran keseimbangan PBT dengan peruntukan sebanyak RM28.5 juta bagi melaksanakan agenda dan hasrat kerajaan negeri di samping membantu mengukuhkan kedudukan kewangan PBT yang terkesan disebabkan oleh pandemik COVID-19. Pandemik COVID-19 bukan sahaja memberi impak negatif terhadap ekonomi negeri, malah menjadi penyumbang kepada isu mental yang semakin buruk. Untuk menangani isu ini, kerajaan negeri telah memperuntukkan RM800,000.00 dalam melahirkan panel kaunselor yang terlatih dengan kerjasama Universiti Utara Malaysia dan mewujudkan Klinik Kaunseling Bergerak (CARE Van) bagi memudahkan masyarakat mendapat perkhidmatan kaunseling. Bagi merealisasikan hasrat untuk mempertingkatkan urusan dan pentadbiran secara digital, kerajaan akan mengambil langkah melahirkan lebih ramai tenaga dan pakar dalam pengkomputeran awam di kalangan penjawat awam di negeri Johor. Justeru, kerajaan negeri akan melaksanakan program kemahiran cloud dan data analitik melalui Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor atau Akademi JCS yang melibatkan seramai 120 pegawai kerajaan negeri dengan peruntukan sebanyak RM1.5 juta. Untuk memperhebatkan lagi program Akademi JCS dalam mendepani cabaran semasa, hasil kerjasama erat antara pemerintah Singapura dan kerajaan negeri, maka Kementerian Luar Singapura telah menawarkan biasiswa untuk dua pegawai tadbir negeri Johor bagi melanjutkan pengajian di Lee Kuan Yew School of Public Policy dan S. Rajaratnam School of International Studies bagi tahun 2022. Yang Berhormat Tuan Speaker, agenda yang ketujuh adalah Majestic Johor. Bagi memacu dan merancakkan semula sektor pelancongan di negeri Johor, kerajaan negeri akan melaksanakan beberapa inisiatif seperti yang berikut, insentif khas bagi penggiat industri pelancongan dan rangsangan sektor pelancongan negeri Johor. Untuk memperkasakan sektor pelancongan dan untuk mempertingkatkan promosi produk pelancongan, Kerajaan Negeri akan memperuntukkan RM4 juta sebagai insentif khas kepada penggiat industri pelancongan dan antara penerima insentif khas tersebut: 1. 207 operator hotel bajet dengan peruntukan sebanyak RM414,000.00. 2. 232 operator chalet dan resort dengan peruntukan sebanyak RM233,000.00. 3. 186 agensi-agensi pelancongan dengan peruntukan sebanyak RM372,000.00. 4. 621 pemandu pelancong dengan peruntukan sebanyak RM621,000.00. Dan tidak ketinggalan juga 82 pengusaha bot pelancong dengan peruntukan sebanyak RM82,000.00.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 23

Tambahan, bantuan sejumlah RM320,000.00 telah diperuntukkan untuk persatuan pelancongan di negeri Johor. Sementara RM100,000.00 pula diperuntukkan sebagai insentif bagi business events yang berlangsung di negeri Johor. Sementara untuk merangsangkan lagi sektor pelancongan negeri, Baucar Pelancongan Johor dengan jumlah peruntukan sebanyak RM1.5 juta telah disediakan oleh kerajaan negeri. Ini akan memberi manfaat kepada lebih 15,000 pelancong yang berhasrat untuk melancong ke negeri ini. Maka dalam usaha untuk membuka semula sektor pelancongan Negeri Johor, keselamatan pelancong harus diberi keutamaan. Justeru, inisiatif Majestic Johor Safe (MJS) akan diperkenalkan dengan menambah keyakinan pelancong untuk melawat negeri Johor dengan peruntukan sebanyak RM500,000.00. Pasukan petugas juga akan ditubuhkan bagi melakukan pemeriksaan ke atas pemandu pelancong dua kali setahun untuk memastikan pematuhan terhadap SOP. Yang Berhormat Tuan Speaker, kerajaan negeri akan menaik taraf ibu pejabat Tourism Johor dengan pembinaan Galeri Johor Tourism Information Centre dengan jumlah peruntukan sebanyak RM400,000.00. Sebagai tambahan, RM2 juta telah diperuntukkan untuk memperhebatkan promosi Majestic Johor di peringkat domestik dan antarabangsa. Peruntukan ini bertujuan untuk memasarkan keindahan dan tarikan pelancong di negeri Johor kepada para pelancong antarabangsa. Antara inisiatif promosi adalah penganjuran Majestic Johor Signature Events akan diteruskan untuk merancakkan lagi aktiviti pelancongan dengan peruntukan sebanyak RM2.7 juta termasuk Desaru International Bike Week, Kembara Mahkota Johor, boxing event, Tunku Laksamana Charity Golf, Festival Bangsa Johor dan Festival Kesenian dan Kebudayaan Negeri Johor. Yang Berhormat Tuan Speaker, agenda yang kelapannya adalah Masyarakat Desa Johor. Kerajaan Negeri sentiasa peka akan potensi Desa Johor. Inisiatif di bawah agensi di bawah Persekutuan seperti FELDA dan RISDA akan diteruskan dan dirancakkan untuk tahun hadapan. Kerajaan negeri akan memperhebat dan meneruskan Pelan Rejuvenasi Desa pada tahun hadapan. Sejajar dengan itu, sebanyak RM2 juta telah diperuntukkan oleh IRDA bagi meneruskan Program Penambahbaikan dan Pemerkasaan Kampung Tradisi Iskandar Malaysia. Program ini menyasarkan 6 kampung melalui projek sosioekonomi yang dijangka akan meningkatkan hasil pendapatan koperasi komuniti kampung masing-masing. Agenda yang kesembilan Yang Berhormat Tuan Speaker adalah Orang Muda Johor (OMJ). Agenda ini menyasarkan 1.5 juta golongan belia berumur antara 14 hingga 39 tahun. Melalui agenda ini, kerajaan negeri bakal memperuntukkan sebanyak RM42.5 juta untuk melaksanakan inisiatif-inisiatif yang menyokong penglibatan dan pembangunan Orang Muda Johor dalam sektor ekonomi dan juga sosial. Tunku Mahkota Ismail Youth Centre memainkan peranan yang penting sebagai hab aktiviti belia. Oleh itu, kerajaan negeri akan merangka dasar berkenaan konsep pembangunan dan aktiviti TMIYC di setiap daerah. Berpandukan kebitaraan setiap daerah, saya yakin komponen TMIYC yang dibangunkan akan memenuhi keperluan dan kehendak Orang Muda Johor. Kerajaan Negeri akan juga memperluaskan TMIYC ke daerah Kluang dan Pasir Gudang pada tahun depan. Jadi bagi fasa awal TMIYC di Kluang, RM2.5 juta bakal diperuntukkan untuk menaik taraf kemudahan sukan dan riadah sedia ada di Renggam. Bagi TMIYC Pasir Gudang pula, RM15 juta akan diperuntukkan kepada Majlis Bandaraya Pasir Gudang. Yang Berhormat Tuan Speaker, selain daripada itu, sejumlah RM1.5 juta bakal diperuntukkan menerusi Institusi Dato’ Onn untuk terus memperkasakan potensi Orang Muda Johor. Bagi tujuan itu, IDO akan diperkasakan melalui inisiatif One Stop Centre for Youth dengan peruntukan sebanyak RM150,000.00. Selain daripada itu, pelaksanaan inisiatif-inisiatif seperti Saujana Talk : Orang Muda Johor 2022, Program Medini Leadership, Inisiatif Hikmah Johor, Johor Apprentice Fasa II dan Dewan Muda Johor akan diteruskan dengan peruntukan sebanyak RM1.25 juta. Tambahan lagi, kerajaan negeri Johor juga terus

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 24

komited untuk memperkasakan peranan dan tanggungjawab Johor Youth Development Centre. Peruntukan sebanyak RM 1 juta diberikan. Sebagaimana yang kita sedia maklum, negeri Johor kini terkenal di seluruh dunia kerana kecemerlangan pasukan JDT dan kehebatan Stadium Sultan Ibrahim. Pada tahun 2020, Johor diberi kepercayaan untuk menganjurkan SUKMA, namun dilanjutkan pada tahun 2024 disebabkan pandemik. Kini Kerajaan Negeri ingin memastikan kemudahan sukan akan sentiasa di selenggara, ditambah baik dan bertaraf antarabangsa. Penganjuran aktiviti sukan melibatkan program pembangunan bakat ahli sukan berprestasi tinggi turut dilaksanakan. Dapatan awal Johor Sports Masterplan 2030 menunjukkan bahawa Johor mampu menjadi sebuah sports power house menjelang tahun 2030. Oleh yang demikian, kerajaan negeri bakal melaksanakan inisiatif-inisiatif berteraskan sukan menerusi penglibatan atlet dan masyarakat yang mana disertai dengan kos keseluruhan berjumlah RM14.5 juta. Contohnya adalah Program GRIT Johor 2030, program pembangunan bakat oleh Majlis Sukan Negeri Johor dan Karnival Sukan Makmur XTIF Johor. Yang Berhormat Tuan Speaker, agenda yang kesepuluh adalah Johor Madani. Secara tuntasnya, Johor harus kekal menjadi negeri yang mengekalkan adat dan budaya di samping memastikan kelestarian alam sekitarnya. Oleh yang demikian, agenda Johor Madani ini, beberapa inisiatif akan dirangkumkan menerusi aspek pemerkasaan syiar Islam dan kelestarian alam dan kesihatan. Bagi aspek pemerkasaan syiar Islam, kerajaan negeri telah memperuntukkan RM34.8 juta untuk pembinaan sekolah-sekolah agama kerajaan Johor. Bagi fasa 1 hingga 4, RM16.8 juta dibelanjakan manakala bagi fasa 5, RM18 juta lagi akan dibelanjakan. Pembinaan sekolah-sekolah ini memberi manfaat kepada lebih 100,000 orang pelajar. Kerajaan negeri juga berhasrat membangunkan Pusat Astronomi dan Balai Cerap di Pontian. Sebagai permulaan, satu kajian kebolehlaksanaan akan dijalankan dengan peruntukan awal sebanyak RM2 juta. Bagi inisiatif Kelestarian Alam Sekitar pula, kerajaan negeri akan memperkasakan usaha untuk memelihara daya hidup sungai-sungai di Johor. Maka atas kesedaran itu, sejumlah RM4.5 juta diperuntukkan untuk meningkatkan kelestarian sungai-sungai di Johor. Antara usaha yang akan digerakkan di bawah peruntukan tersebut ialah membersihkan sampah-sarap di Sungai Skudai dan Sungai Tebrau sekali gus meneruskan program pemulihan kedua-dua sungai. Selain daripada itu, Program 1 Daerah 1 Sungai, pemulihan Sungai Kim Kim dan Projek Denai Sungai di negeri Johor dan Pengindahan Rizab Sungai akan diteruskan. Bagi memperkukuhkan lagi usaha menjaga kelestarian alam sekitar, kerajaan negeri akan bekerjasama dengan WWF, World Wildlife Foundation Malaysia untuk konservasi flora dan fauna dan membangunkan pengeluaran bahan api bio daripada sumber asli. Kerajaan negeri menerusi PBT juga akan menambah baik Urban Park bagi menggalakkan amalan gaya hidup sihat, memperindah pintu masuk Johor yang akan dijalankan oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan mengindahkan juga Bandaraya Johor melalui Majlis Perbandaran Kulai (MPKu). Selain itu, cadangan untuk membangunkan pengurusan sisa pepejal yang lestari dan berteknologi moden berkonsepkan waste to energy terus dilaksanakan di Seelong, Pasir Gudang dan Pengerang. Bagi memastikan sistem pembetungan yang lebih efisien, kerajaan negeri akan melengkapkan pengambilalihan operasi dan penyelenggaraan sistem pembetungan di kawasan MBJB dan juga kawasan Majlis Bandaraya Pasir Gudang oleh Indah Water Konsortium dengan kerjasama Johor Special Water Sdn Bhd. Yang Berhormat Tuan Speaker, Agenda yang kesebelas adalah Agenda Johor Prihatin. Sebagai kesinambungan kepada Belanjawan 2021, Agenda ini memberi tumpuan kepada kumpulan rentan, kanak-kanak, wanita, warga tua dan orang kurang upaya (OKU) di Johor. Contohnya, pada tahun hadapan, Program Cari Orang Memerlukan Bantuan (COMB) akan

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 25

diteruskan. Dalam Belanjawan 2021, program ini telah berjaya untuk menyantuni hampir 20,000 orang yang memerlukan bantuan dan 8,000 pemohon telah menerima manfaat dan pada tahun hadapan pula, program outreach ini akan ditambah baik dengan penawaran perkhidmatan dan bantuan daripada gabungan 9 Agensi Kerajaan dan pihak-pihak lain.

Kerajaan negeri juga akan memberi tumpuan kepada usaha pemerkasaan dan pembangunan usahawan wanita melalui bantuan asas perniagaan dan kursus bimbingan kemahiran. Bagi tujuan tersebut, RM500,000.00 akan diperuntukkan untuk Skim Bantuan Peralatan Perniagaan (SKIPP) dan RM130,000.00 untuk Women Income Generating Skills

Projects (WINGS) dan bakal memanfaatkan seramai 550 orang termasuk ibu tunggal dan suri rumah. Bagi memperkukuh peranan wanita dalam pelbagai bidang, Pelan Tindakan Pemerkasaan Wanita Negeri Johor akan dilaksanakan. Sehubungan dengan itu, sebuah Jawatankuasa akan ditubuhkan untuk menjadi kumpulan pemikir dan penasihat negeri dalam hal ehwal wanita.

Berikutan penglibatan wanita yang menggalakkan terhadap Program Pesona Wanita Profesional Johor, program ini akan diteruskan pada tahun hadapan, dengan peruntukan berjumlah RM500,000.00. Kerajaan Negeri juga akan menganjurkan Anugerah Ikon Wanita Profesional Johor. Anugerah ini bagi menghargai golongan wanita yang dihormati dan disegani dalam masyarakat dan menjadi suri teladan kepada umum.

Peranan dan keberadaan NGO Wanita di negeri Johor juga amat dialu-alukan oleh Kerajaan Negeri. Oleh yang demikian, Sinergi Pemerkasaan NGO Wanita Johor (SPEAK) dengan peruntukan sebanyak RM250,000.00 akan diadakan bagi menggalakkan integrasi dan kerjasama agensi awam dan pertubuhan swasta di negeri Johor.

Dan yang akhir, Yang Berhormat Tuan Speaker ialah Agenda Johor Berkebajikan. Agenda ini memberi fokus kepada pemberian tunai dan bantuan secara langsung untuk mengurangkan beban dan memulihkan mata pencarian rakyat. Di sini, saya ingin mengumumkan beberapa inisiatif seperti berikut:

Pertama, peruntukan sebanyak RM135 juta akan disediakan bagi pelaksanaan bantuan tunai. Saya berharap agar bantuan tunai ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban dan memberikan kelegaan bagi mereka yang memerlukan. Sebanyak RM90 juta akan digunakan bagi meneruskan Program Bantuan Kasih Johor dengan menambah bilangan penerima daripada 300,000 kepada 450,000 penerima yang terdiri daripada golongan B40.

Kedua, pemberian wang tunai secara one-off kepada setiap orang pelajar sekolah rendah dan menengah yang berpendapatan dari keluarga RM3,001.00 hingga RM7,000.00 akan diteruskan pada tahun hadapan. Inisiatif ini adalah bagi melengkapkan bantuan awal persekolahan yang diberi oleh kerajaan persekutuan bagi golongan yang berpendapatan di bawah RM3,000.00. Sejumlah RM33 juta akan diperuntukkan dan insya-Allah akan memanfaatkan 220,000 pelajar.

Kedua, kerajaan negeri akan meneruskan pemberian peruntukan khas sebanyak RM5 juta kepada Yayasan Sultanah Rogayah dan RM7 juta kepada Yayasan Sultanah Fatimah. Bagi memastikan agihan bantuan ini tidak cenderung kepada sebarang unsur politik, kerajaan negeri akan memastikan yayasan-yayasan tersebut dianggotai golongan profesional.

Ketiga, bagi golongan asnaf, sebanyak RM500,000.00 akan diperuntukkan untuk kebajikan sosial dan institusi. Diharapkan usaha ini akan memanfaatkan anak-anak yatim, warga tua yang tidak berwaris, Persatuan Orang Kurang Upaya dan lain-lain. Selain itu, kerajaan negeri juga peka bahawa terdapat keperluan lain selain bantuan berbentuk tunai. Untuk meringankan beban berkaitan dengan kos pendidikan, kerajaan negeri akan memperuntukkan sebanyak RM16.3 juta sebagai bantuan pendidikan kepada 7,574 pelajar yang kurang berkemampuan.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 26

Sementara itu, peruntukan sebanyak RM1.5 juta disediakan untuk Skim Bantuan Pendidikan. Ia bertujuan untuk membantu mengurangkan beban kewangan pelajar bagi meneruskan pembelajaran di institut pengajian tinggi. Insentif ini akan memberi manfaat kepada 1,700 mahasiswa daripada keluarga yang berpendapatan RM4,000.00 ke bawah dan yang baru mendaftar di IPT dalam peringkat Diploma dan Ijazah. Bagi pinjaman pelajaran pula, sebanyak RM12.5 juta telah disediakan untuk inisiatif ini. Tujuannya adalah untuk menyediakan pinjaman pelajaran kepada mahasiswa dan keutamaan akan diberi kepada keluarga B40. Seramai 2,200 orang mahasiswa akan menerima faedah daripada inisiatif ini.

Yang Berhormat Tuan Speaker, Satu Jawatankuasa Taskforce Masyarakat India yang diwujudkan semasa Belanjawan Johor 2021 akan di perhebatkan. Jawatankuasa ini telah memfokuskan hal-hal Masyarakat India yang meliputi perkara-perkara berkaitan kebajikan dan keagamaan, pendidikan, peluang pekerjaan. Antaranya adalah seperti berikut: Penawaran sekurang-kurangnya 5 pelantikan daripada Kaum India meliputi pelbagai gred dan jawatan dalam perkhidmatan di setiap PBT Negeri Johor. Menyerahkan Krematorium Awam kepada PBT berkaitan iaitu Majlis Perbandaran Segamat (MPS) dan Majlis Daerah Labis (MDL) untuk tujuan pengurusan dan penyelenggaraan, serahkan kepada PBT. Dasar dan Garis Panduan akan diteliti bagi tujuan penyelarasan pembukaan tanah Perkuburan dan Tapak Khairat Masyarakat India di kawasan terpilih negeri Johor.

Di samping itu, kerajaan negeri melalui MAIJ berhasrat untuk membangunkan Pusat Hemodialisis di atas Tanah Baitulmal di Muar. Peruntukan sebanyak RM2 juta disediakan untuk rancangan ini tersebut.

Dalam kesempatan ini, kerajaan negeri juga ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pelbagai pihak yang turut bersama-sama dengan kerajaan negeri dan untuk membantu di sepanjang pandemik. Antaranya, Yayasan Sultan Ibrahim Johor telah menyalurkan sumbangan sebanyak RM55 juta dalam pelbagai bentuk bantuan seperti pembelian ventilator dan pakaian pelindungan diri (PPE) serta keperluan asas kepada golongan yang memerlukan. Selain daripada itu, Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor juga turut sama menyumbangkan pelbagai keperluan berkaitan kesihatan yang berjumlah RM2.5 juta.

Tidak dilupakan juga, jasa dan khidmat penjawat awam yang telah menjayakan agenda pembangunan dan kebajikan negeri. Kepada Penjawat Awam Negeri Johor yang menjadi tulang belakang kepada kelancaran pentadbiran, kerajaan negeri bersetuju untuk memberikan Bantuan Khas Kewangan Tahun 2021 kepada Kakitangan Kerajaan Negeri Johor dan Kakitangan Awam Persekutuan yang dibayar gaji oleh Kerajaan Negeri Johor, sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000.00. Bantuan Khas Kewangan ini akan dibayar sebelum akhir tahun 2021. Bantuan khas kewangan ini juga akan dipanjangkan kepada semua, Guru KAFA, Petugas Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan Guru Tadika Islam Johor (TAJ). Bantuan khas kewangan ini akan dibayar sebelum akhir tahun 2021.

Yang Berhormat Tuan Speaker, sebagai penutup, kita sebenarnya masih bergelut dengan kesan pandemik COVID-19 ini. Ramai rakyat Johor yang terkesan, walaupun sudah berlaku hampir dua tahun. Ramai yang gusar, termasuk kita semua. Namun, adalah menjadi tanggungjawab saya sebagai rakyat dan pemimpin, untuk memastikan kerajaan negeri memberikan sepenuh perhatian dan memastikan setiap rakyat Johor yang terkesan dapat dibantu dan diberikan bantuan untuk bangkit semula. Segala peruntukan, pemberian tunai, insentif cukai, insentif bukan monetari lain dan rangsangan yang saya bentangkan tadi, hanya merupakan sebahagian daripada keseluruhan Belanjawan Negeri Johor untuk tahun 2022.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 27

Pucuk pangkalnya, dan yang pasti kesemua 12 Agenda Kebajikan, Keberdayaan, dan Keberhasilan Utama dan kesemua inisiatif belanjawan tahun ini akan menyumbang dan merealisasikan dua asas Belanjawan Negeri Johor 2022, iaitu meringankan beban rakyat yang masih terhimpit akibat pandemik dan melaksanakan kesemua inisiatif dan agenda bagi memulih dan memperhebatkan semula sektor ekonomi Johor secara menyeluruh. Jika Belanjawan 2021 merupakan permulaan untuk Johor bangkit semula daripada krisis pandemik Covid-19, Belanjawan 2022 pula merupakan katalis kebangkitan bagi memperhebatkan kesejahteraan rakyat dan memakmurkan ekonomi Johor.

Kepada seluruh jentera kerajaan negeri Johor yang telah bekerja keras dan memerah idea dan keringat untuk merealisasikan dokumen Belanjawan 2022 ini, jutaan terima kasih saya ucapkan. Moga Allah SWT membalas kebaikan dan jasa kalian, Ameen ya Rabbal Alamin.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada kesemua pemegang taruh dari pihak swasta, pertubuhan bukan kerajaan, golongan anak muda, kumpulan profesional, dan terutama sekali semua lapisan masyarakat yang telah menyumbang idea, input dan cadangan. Percayalah dengan sokongan dan sumbangan anda semua, Belanjawan 2022 akan menjadi suatu kenyataan. Kerana itulah saya ingin menegaskan dan mengingatkan keseluruhan jentera kerajaan negeri Johor bahawa pembentangan belanjawan ini bukanlah garisan penamat. Ia merupakan sebuah perjalanan dalam suatu destinasi demi kesejahteraan rakyat. Tanggungjawab untuk melaksanakan segala peruntukan dan inisiatif yang dihasratkan oleh rakyat, sebagaimana yang terkandung dalam Belanjawan 2022, jatuh ke atas bahu kita semua.

Justeru, saya mengingatkan diri saya, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan seluruh kakitangan perkhidmatan awam Johor, bahawa dalam pelaksanaan Belanjawan 2022, secara langsung ia merupakan satu amanah besar rakyat ke atas Kerajaan Negeri Johor. Sebagai rakyat Johor, saya menyeru agar kita semua menjiwai Belanjawan ini dan segerakanlah melaksanakan apa jua inisiatif yang terkandung dalam Belanjawan ini. Saya yakin bahawa dalam setiap sanubari Ahli-Ahli Yang Berhormat, kita mempunyai perasaan yang sama iaitu, kita merupakan orang-orang yang paling bahagia, apabila kita menyaksikan rakyat mendapat manfaat yang maksimum, hasil daripada dasar dan inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri. Justeru, perbetulkanlah nawaitu, dan laksanakanlah tugas dan amanah dengan berintegriti. Sebagai hambanya, kita hanya boleh berusaha dan berdoa. Dan selebihnya kita berserah kepada Allah SWT. Insya-Allah dengan izin Allah kita boleh menjayakan Belanjawan 2022 ini, demi kemakmuran negeri Johor dan kesejahteraan rakyat.

Yang Berhormat Tuan Speaker, bagi mengakhiri kalam dengan hati yang ikhlas untuk berkhidmat dan berbakti kepada rakyat Johor yang dikasihi marilah kita berpegang teguh dengan dua tagline Johor, “Muafakat itu Berkat”, “Kepada Allah Kita Berserah”. Dengan

lafaz bismillahirrahmanirrahim saya, mohon mencadangkan. Sekian, wabillahi taufik walhidayah wassalamuálaikum warahmatullahi wabarakatuh. (Dewan bertepuk).

YB Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar: Yang Berhormat Tuan Speaker, saya menyokong rundingan itu.

YAB Menteri Besar : Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon membawa rundingan supaya Peraturan Tetap 112(2) dan (4) ditangguhkan sementara agar pertimbangan Rang Undang-Undang pada peringkat-peringkat yang lain dapat diselesaikan.

YB Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar: Yang Berhormat Tuan Speaker, saya menyokong rundingan itu.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 28

YB Speaker : Rundingan itu dikemukan bagi mendapatkan keputusan, Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan. Yang tidak bersetuju, Peraturan Tetap 112(2) dan (4) ditangguhkan sementara.

Ahli-Ahli Yang Berhormat, alhamdulillah telah selesai sudah ucapan Belanjawan Negeri Johor 2022 oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dengan tema “Memperhebat

Kesejahteraan Johor”, tahniah Yang Amat Berhormat Dato’.

Di kesempatan ini juga, saya mengajak semua Ahli-Ahli Dewan mendoakan kesejahteraan dan juga kesihatan kepada Dato’ Osman Sapian, sahabat kita ADUN Kempas yang sedang dalam rawatan sekarang. Sebelum saya menangguhkan Persidangan ini, dijemput semua Ahli-Ahli Yang Berhormat dan Ketua-Ketua Jabatan yang hadir untuk jamuan tengah hari yang diadakan di Bilik Rehat ADUN.

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Persidangan ini saya tangguhkan sehingga hari Ahad, 21 November 2021 jam 9.30 pagi di mana Perbahasan Atas Rundingan Bagi Bacaan Kali Yang Kedua Enakmen Perbekalan (2022) Tahun 2021, akan dimulakan. Sekian, wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Persidangan ditangguhkan pada jam 11.45 pagi.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 29

PENYATA RASMI

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 HARI KEDUA AHAD, 21 NOVEMBER 2021 BIL. 12 TAHUN 14

HADIR YB Speaker,

Tuan Haji Suhaizan bin Kaiat

YAB Menteri Besar (Pengerusi Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan, Perancangan dan Pembangunan Ekonomi)

Dato’ Haji Hasni bin Mohammad, SPMJ., PGDK., KMN., PIS., AMN., PSI. (Benut)

YB Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar

Bandar Datuk Haji Samsolbari bin Jamali, DMSM., KMN., PIS.

(Semarang)

YB Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Tuan Haji Mazlan bin Bujang

(Puteri Wangsa)

YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Tuan Vidyananthan a/l Ramanadhan, AMN., PSI.

(Kahang)

YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Tuan Haji Tosrin bin Jarvanthi, PIS., BSI., AMN.

(Bukit Permai)

YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tuan Haji Ayub bin Jamil, PIS.

(Rengit)

YB Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Tuan Haji Mohd Solihan bin Badri

(Tenang)

YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Puan Zaiton binti Haji Ismail, PIS., PPN.

(Sungai Balang)

YB Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Datuk Onn Hafiz bin Ghazi, PMW.

(Layang-Layang)

YB Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia

Datuk Mohd. Izhar bin Ahmad, DPSM. (Larkin)

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 30

YB Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Dr. Chong Fat Full

(Pemanis)

YB Dato’ Zulkurnain bin Haji Kamisan, DIMP., PJK., PSI. (Sri Medan)

YB Tuan Haji Abd Taib bin Abu Bakar, PIS., AMN.

(Machap)

YB Dato' Ir. Syed Sis bin Syed A Rahman, DSNS. (Tanjung Surat)

YB Tuan Raven Kumar a/l Krishnasamy

(Tenggaroh)

YB Dato’ Zahari bin Sarip, DIMP. (Buluh Kasap)

YB Dato’ Sharifah Azizah binti Dato’ Syed Zain, DIMP., AMN., KMN., PIS., JP.

(Penawar)

YB Puan Nor Rashidah binti Ramli (Parit Raja)

YB Puan Rashidah binti Ismail

(Pasir Raja)

YB Kapt (B) Haji Najib bin Lep (Bukit Pasir)

YB Dato’ Che Zakaria bin Mohd. Salleh, DIMP.

(Permas)

YB Tuan Haji Rosleli bin Jahari (Johor Lama)

YB Puan Hajah Alwiyah binti Talib, PIS.

(Endau)

YB Tuan Tan Chen Choon (Jementah)

YB Tuan Jimmy Puah Wee Tse

(Bukit Batu)

YB Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah (Bekok)

YB Tuan Mohd Khuzzan bin Abu Bakar

(Semerah)

YB Sr. Dzulkefly bin Ahmad (Kota Iskandar)

YB Cik Liow Cai Tung

(Johor Jaya)

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 31

YB Tuan Haji Sheikh ‘Umar Bagharib bin Ali

(Paloh)

YB Puan Gan Peck Cheng (Penggaram)

YB Dr. Sulaiman bin Mohd. Nor

(Kemelah)

YB Tuan Tan Hong Pin (Skudai)

YB Tuan Ee Chin Li

(Tangkak)

YB Puan Hajah Nor Hayati binti Bachok (Maharani)

YB Tuan Chen Kah Eng

(Stulang)

YB Tuan Muhamad Said bin Jonit (Mahkota)

YB Tuan Yeo Tung Siong

(Pekan Nanas)

YB Khairuddin bin A. Rahim (Senggarang)

YB Tuan Cheo Yee How

(Perling)

YB Puan Chew Peck Choo (Yong Peng)

YB Ir. Dr. Faizul Amri bin Adnan

(Serom)

YB Tuan Ng Yak Howe (Bentayan)

YB Tuan Tee Boon Tsong

(Senai)

YB Tuan Chew Chong Sin (Mengkibol)

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 32

TURUT HADIR

(MENURUT FASAL 6(3) BAHAGIAN KEDUA UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN NEGERI JOHOR)

YB Setiausaha Kerajaan Johor.

Dato’ Haji Azmi bin Rohani, SPMJ., DMIJ., PIS.

YB Penasihat Undang-Undang Negeri Johor. Tuan Amir bin Nasruddin

YB Pegawai Kewangan Negeri Johor.

Dato’ Haji Salehuddin bin Haji Hassan, DMIJ., SIJ., PIS.

TIDAK HADIR (DENGAN MAAF)

YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin, PSM., SPMJ., SPSA., SPMP., SUNS., SPDK., PNBS., SMJ., PIS., BSI., SAHM.

(Gambir)

YB Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian,SPMJ., DSNS., AMN., PIS. (Kempas)

YB Dato’ Dr. Sahruddin bin Haji Jamal, DMIJ.

(Bukit Kepong)

YB Datuk Md Othman bin Yusof, DMSM., DSM. (Kukup)

YB Tuan Hahasrin bin Hashim

(Panti)

YB Tuan Haji Rasman bin Haji Ithnain (Sedili)

YB Dato’ Seri Haji Salahuddin bin Ayub, DSPN., DGSM.

(Simpang Jeram)

YB Tuan Haji Aminolhuda bin Haji Hassan (Parit Yaani)

YB Tuan Gopalakrishnan a/l Subramaniam

(Tiram)

YB Tuan Md. Ysahrudin bin Kusni (Bukit Naning)

YB Tuan Muhammad Taqiuddin bin Cheman

(Pulai Sebatang)

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 33

Persidangan bermula jam 9.30 pagi. YB Speaker mengetuai Persidangan. DOA. (Jurutulis membaca doa). Jurutulis : PEMASYHURAN DARIPADA YANG BERHORMAT TUAN SPEAKER. YB Speaker : Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. (Bacaan selawat). Ahli-Ahli Yang Berhormat, dukacita dimaklumkan Yang Berbahagia Datuk Haji Gapar bin Gurrohu, bekas Ahli Dewan Negeri Kawasan Mahkota mulai 21 Mac 2004 hingga 13 Februari 2008 telah kembali ke rahmatullah pada 10 September 2021. Dewan ini merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham. Marilah kita sama-sama mendoakan roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan orang-orang Islam, kita sama-sama membaca Al-Fatihah, yang bukan Islam berdiri bertafakur selama satu minit. Al-Fatihah (Berdiri). Terima kasih. Jurutulis : SOALAN-SOALAN LISAN. YB Speaker : Yang Berhormat Pekan Nanas, jemput. YB Tuan Yeo Tung Siong (Pekan Nanas) : Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya nombor 1. Nyatakan anggaran impak dan kerugian yang dialami negeri Johor akibat penutupan sempadan negeri Johor dengan Singapura sepanjang pandemik COVID dan apakah langkah kerajaan untuk mengatasinya? YB Speaker : Yang Berhormat Kota Iskandar, jemput. YB Tuan Sr. Dzulkefly bin Ahmad (Kota Iskandar) : Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 2. Apakah perkembangan terkini perundingan ke arah pembukaan pintu sempadan antara Malaysia – Singapura? YB Speaker : Yang Berhormat Bekok, jemput. YB Tuan Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah (Bekok) : Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 3. Sekarang pandemik COVID telah berkurangan. Apakah usaha yang dilakukan untuk membuka semula Tambak Johor? YB Speaker : Yang Berhormat Johor Jaya, jemput. YB Cik Liow Cai Tung (Johor Jaya) : Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya nombor 4. Bila sempadan Malaysia – Singapura akan dibuka?

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 34

YB Speaker : Yang Berhormat Bukit Batu, jemput. YB Tuan Jimmy Puah Wee Tse (Bukit Batu) : Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya nombor 5. Ada kemungkinan besar Singapura akan ada Vaccinated Travel Lane (VTL) dengan Malaysia melalui laluan udara ke Kuala Lumpur tidak lama lagi. Bila kerajaan akan memperkenalkan VTL laluan darat Johor – Singapura yang amat dinanti-nantikan oleh rakyat Johor? YB Speaker : Yang Berhormat Stulang, jemput. YB Tuan Chen Kah Eng (Stulang) : Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya nombor 6. Terangkan isu yang berkaitan dengan pembukaan sempadan seperti Business Travel Centre (BTC), Vaccinated Travel Lane (VTL) dan sebagainya. YB Speaker : Jemput Yang Amat Berhormat. YAB Menteri Besar : Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, selamat pagi. Yang Berhormat Tuan Speaker, pertama yang memberi kesempatan ini izinkan saya untuk merakamkan tahniah kepada rakyat negeri Melaka atas kejayaan pilihanraya negeri semalam dan seterusnya dapat membentuk kerajaan. Yang Berhormat Tuan Speaker, izinkan saya untuk menjawab soalan secara bersekali daripada Yang Berhormat Kota Iskandar, Yang Berhormat Johor Jaya, Yang Berhormat Bukit Batu, Yang Berhormat Stulang, Yang Berhormat Pekan Nanas dan Yang Berhormat Bekok berkaitan isu pembukaan sempadan Malaysia – Singapura, Vaccinated Travel Lane (VTL) dan Business Travel Centre (BTC). Yang Berhormat Tuan Speaker, saya ingin menjawab dahulu berkenaan isu impak dan kerugian negeri Johor akibat penutupan sempadan Malaysia – Singapura. Tidak dinafikan sebagai sebuah negeri yang bersempadan dengan sebuah negara maju yang bersifat ekonomi terbuka, kesan daripada penutupan sempadan pastinya merupakan kesan yang lebih ketara berbanding negeri-negeri lain di Malaysia. Sektor perkhidmatan terutamanya yang melibatkan perdagangan borong dan runcit, hotel dan restoran serta pengangkutan yang paling terkesan. Ia dapat dilihat menerusi penurunan pada kadar 3.4% bagi keseluruhan sektor perkhidmatan di negeri Johor akibat pelaksanaan tempoh PKP dan juga penutupan sempadan. Oleh itu, bagi memastikan situasi ini tidak berterusan kerajaan negeri telah melaksanakan 3 Pakej Rangsangan Ekonomi Ihsan Johor yang secara keseluruhannya setakat 31 Oktober 2021 telah berbelanja sebanyak lebih RM400 juta dan telah memanfaatkan seramai 1.2 juta penerima. Selain daripada itu, dalam Belanjawan Johor 2022 juga, tumpuan akan terus diberikan kepada golongan yang terjejas dalam pelbagai sektor ekonomi dan golongan pendapatan yang terdedah kepada kejutan ekonomi akibat perubahan persekitaran. Menjawab mengenai isu pembukaan sempadan Malaysia dan Singapura yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Johor Jaya, Yang Berhormat Bekok dan juga Yang Berhormat Kota Iskandar. Untuk makluman Dewan yang mulia, pembukaan sempadan negara sepertimana kita semua sedia maklum adalah tertakluk di bawah bidang kuasa kedua-dua negara, negara kita Malaysia dan juga negara Singapura. Lebih-lebih lagi ianya melibatkan isu-isu yang mempunyai kepentingan kepada kedua-dua negara.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 35

Walau bagaimanapun, kerajaan negeri Johor sentiasa berusaha untuk memastikan pergerakan rentas sempadan dapat direalisasikan, terutamanya untuk rakyat Malaysia yang berulang-alik ke republik. Sehubungan itu, beberapa pendekatan telah diambil oleh kerajaan negeri Johor berhubung perkara ini. Kerajaan negeri Johor akan sentiasa dilibatkan secara langsung di dalam usaha pembukaan sempadan Malaysia dan Singapura. Pada 27 September 2021, kerajaan negeri telah membentangkan cadangan SOP yang terkini bagi tujuan ulang-alik daripada Malaysia dan Singapura dalam Mesyuarat Kumpulan Kerja Teknikal Pengurusan Pandemik Bilangan 37 Tahun 2021. Pasukan Khas juga telah ditubuhkan, satu pasukan khas telah ditubuhkan di bawah Jawatankuasa Pembukaan Sempadan yang terdiri daripada pelbagai agensi-agensi persekutuan dan juga Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor. Pasukan ini akan memberi tumpuan kepada usaha pembukaan sempadan darat bagi memudahkan urusan pergerakan warganegara khususnya pekerja antara kedua-dua negara Malaysia dan juga Singapura. Malaysia dan Singapura telah pun bersetuju bahawa pembukaan sempadan ini akan dilakukan secara beransur-ansur dan sistematik, yang membolehkan aktiviti rentas sempadan di kawasan dalam keadaan paling selamat. Oleh itu, pendekatan yang bersesuaian dan langkah awalan adalah dengan menetapkan kuota harian bagi aktiviti rentas sempadan ini. Bagi memastikan pelaksanaan aktiviti ini tidak menjejaskan kepentingan kesihatan awam, ujian saringan COVID-19 yang boleh memberikan keputusan pada kadar segera serta tidak membebankan warganegara Malaysia akan dilaksanakan. Selain daripada itu, pelbagai isu perlu diberikan penekanan dan perhatian termasuklah pengiktirafan sijil vaksinasi di antara dua buah negara, kapasiti semasa sama ada di Tambak Johor (Causeway) mahupun di Linkedua. Kebenaran mengakses maklumat status vaksinasi juga penting oleh Malaysia dan Singapura. Perjalanan bebas kuarantin dan pematuhan SOP kesihatan adalah dari semasa ke semasa perlu diperhebatkan. Yang Berhormat Tuan Speaker, berkenaan dengan Vaccinated Travel Lane ini, saya ingin menjawab soalan dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Batu dan juga Yang Berhormat Stulang. Malaysia dan Singapura telah pun melancarkan laluan perjalanan vaksinasi (VTL) ini antara Lapangan Terbang Changi dan juga Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) yang dijangkakan akan bermula pada 29 November. Di bawah VTL tersebut, pelancong yang telah lengkap vaksin boleh membuat perjalanan antara Malaysia dan Singapura dan tidak perlu menjalani kuarantin atau notis duduk rumah (HSN) Stay Home Notice jika melepasi ujian COVID-19. Selain itu, satu rundingan bagi VTL melalui laluan darat (VTL Land) kita namakan akan dilaksanakan di kedua-dua buah negara, diharapkan tidak ada perubahan tarikh iaitu pada 29 November melalui pembukaan semula perjalanan merentasi Tambak Johor dan Linkedua. Pada waktu ini, kerajaan negeri bersama-sama dengan KKM sedang menyediakan, well saya boleh katakan sedang memantapkan, kita dah sediakan lama, kita dah cadang lama, memantapkan SOP berkenaan VTL Land, terutama sekali melibatkan prosedur operasi saringan kepada pengembara yang ingin keluar dan masuk sempadan kedua-dua buah negara. Prosedur ini juga akan memastikan kapasiti saringan, dapat menampung jumlah pengembara di bawah VTL Land ini.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 36

Secara prinsipnya Tuan Speaker, kerajaan negeri menyambut baik inisiatif VTL Land ini dan ia merupakan satu langkah progresif untuk safe reopening sempadan antarabangsa negara. Ia juga merupakan satu lagi kejayaan penting dalam kerjasama Malaysia dan Singapura dan berupaya untuk memulihkan ekonomi kedua-dua negara terutama sekali di Johor. Sementara berkenaan dengan Business Travel Centre (BTC) Yang Berhormat Tuan Speaker yang mana dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bekok, Yang Berhormat Bukit Batu dan juga Yang Berhormat Stulang. Mac lepas, sebuah pusat pelawat perniagaan telah diwujudkan di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) bagi memudahkan ketibaan pelawat perniagaan jangka pendek yang dikecualikan daripada menjalani kuarantin wajib tertakluk kepada pematuhan SOP yang ketat. BTC (Business Travel Centre) ini adalah komponen utama inisiatif pusat sehenti yang diwujudkan kerajaan bagi kelancaran pergerakan serta mempermudahkan kemasukan pelawat bagi tujuan urusan perniagaan ataupun mereka yang bekerja di Malaysia. Berikutan kejayaan BTC di KLIA, kerajaan persekutuan akan mewujudkan BTC kedua di negeri ini. Untuk itu, peruntukan sebanyak RM10 juta telah diumumkan dalam pembentangan Bajet Persekutuan 2022. Kemudahan BTC ini akan diselaraskan bersama MIDA dan Invest Johor dan dirangka akan dibuka bagi memudahkan pergerakan keluar dan masuk merentas sempadan darat sama ada di Kompleks Kastam Imigresen dan Kuarantin, Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan juga Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) bagi Linkedua terutamanya kepada pengembara jangka masa pendek bagi tujuan perniagaan. Jadi bagi BTC di negeri Johor, perkara ini adalah di bawah tanggungjawab Invest Johor. Secara amnya dari perspektif pelaburan BTC di Johor dijangka beroperasi pada suku pertama tahun hadapan, akan mempercepatkan pergerakan pelabur dan pengembara perniagaan untuk masuk ke negeri Johor dan memudahkan lagi urusan perniagaan mereka. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. YB Cik Liow Cai Tung (Johor Jaya) : Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Soalan tambahan saya, bagi dalam cadangan kerajaan negeri Johor tadi Yang Amat Berhormat Menteri Besar sebut kuota harian akan dihadkan. So, berapa bilangan atau kapasiti bagi kuota harian iaitu bilangan rakyat yang dapat manfaat, yang dapat melalui program ini? YAB Menteri Besar : Terima kasih Yang Berhormat Johor Jaya. Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan yang dibangkitkan adalah berkenaan dengan bilangan, berapa ramai yang boleh? Setakat yang dah dibincangkan dan dipersetujukan oleh kedua-dua negara ialah bahawa VTL Land ini kita kena buka antara Singapura dan Johor. Dan it takes whatever effort dengan izin, kecik, besar, jumlah tak menjadi soal, yang pentingnya kita buka dulu sempadan Johor – Singapura. Jadi untuk itu, berdasarkan kepada keupayaan dan juga persediaan awal untuk membuka sempadan VTL Land ini, jumlah minggu pertama ni, jumlah pergerakan keluar masuk adalah untuk seramai 1,440. Sama ada bilangan ini akan menggunakan kaedah pengangkutan secara public transportation, pengangkutan awam, dengan izin, ataupun dibenarkan melalui kenderaan persendirian. Perkara itu sedang dimuktamadkan. Kita di negeri Johor yang penting untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di Johor kita sudah bersedia. Kita telah pun menghantar SOP, cadangan sama ada sistem yang boleh dibangunkan Johor sudah bersedia. Johor Travel Safe semasa RGL dan PCA we have a system, kita dah bangunkan sistem yang dinamakan Johor Travel Safe dan kita telah pun membantu kerajaan persekutuan sewaktu perlaksanaan Periodic Commuting Arrangement (PCA) mahu pun RGL, Reciprocal Green Lane dan ini akan membolehkan sewaktu itu, ianya membolehkan lebih 2,000 sehari sewaktu PCA dan lebih 400 sehari dilakukan ujian upon arrival, untuk membolehkan kejayaan PCA dan RGL. Jadi untuk VTL Land ini, 1,440 Johor telah bersedia. Sekiranya kerajaan persekutuan bersetuju, kita akan bekerjasama dengan KKM, dengan Jabatan Kesihatan Negeri untuk memastikan

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 37

kelancaran. Yang Pentingnya Yang Berhormat ialah buka dahulu Yang Berhormat. Buka dahulu, 100 pun tak apa, 200 pun tak apa. Kita sudah bersedia. Itu mesej yang patut Dewan yang mulia ini maklumkan kepada kerajaan persekutuan, kerajaan Singapura dan yang pentingnya ialah rakyat yang ada di luar sana. Terima kasih. YB Tuan Chen Kah Eng (Stulang) : Yang Berhormat Speaker, terima kasih Menteri Besar. Yang berkenaan dengan pembukaan sempadan berperingkat ini ya. Tadi ada menyatakan pada bilangan adalah 1,000 lebih, saya rasa kalau nak dibandingkan dengan dahulu, satu hari ratusan ribu ya, ratusan ribu jadi kalau kita nak mencecah ke angka berperingkat ini dari 1, 000 lebih ke 10,000, 20,000, 30,000 sehari saya rasa adakah kerajaan sekarang telah pun merangka kapasiti saringan dan juga kaedah saringan dengan menggunakan kaedah saringan Spectro Instant Test di mana ia adalah lebih cepat, jitu, sensitif dan peka, di mana kaedah Spectro Instant Test ini telah pun diguna pakai di kebanyakan airport, lapangan terbang antarabangsa di negara Eropah. Jadi untuk mempercepatkan pembukaan dengan bilangan aliran yang lebih ramai. Adakah kerajaan sekarang telah melihat kaedah ini untuk menampung keperluan? Terima kasih. YAB Menteri Besar : Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih di atas pandangan daripada Yang Berhormat Stulang. Saya setuju pandangan Yang Berhormat adalah satu cadangan yang forward ke hadapan, bila lebih ramai lagi dijangka dibenarkan untuk berulang alik. Kalau kita perhatikan pada peringkat ini, apa yang telah, hampir dapat dipersetujukan untuk dibuat, pilot testing pada mungkin 22 atau 24 hari bulan akan diumumkan, 22 nak dibuat pilot testing. Sekiranya kalau kita melihat bahawa tidak ada peningkatan kes, antara kedua-dua negara, dengan bilangan yang kita harapkan akan dapat keluar masuk ni, 100,000 mungkin 200,000 setiap hari, saya kira untuk menjalankan ujian di upon arrival ini adalah sesuatu yang perlu menggunakan teknologi seperti mana Yang Berhormat sebut tadi, apa nama Spectro Testing ni di mana kesemua yang ramai-ramai tu boleh kita tahu akan kedudukan mereka atau pun tahap kesihatan mereka. Jadi untuk itu, saya merasakan bahawa on arrival testing ini berbanding dengan predeparture testing, result yang perlu dikemukakan oleh kedua-dua rakyat, di dua-dua pihak perlu dipertimbangkan oleh kerajaan, sama ada kerajaan Malaysia mahupun kerajaan Singapura perlu menimbangkan predeparture testing kita dah mengiktirafkan sijil vaksinasi antara kedua-dua negara. Jadi on arrival testing ini bila jumlahnya dah terlalu besar, bukanlah sesuatu yang praktikal lagi. Jadi pandangan Yang Berhormat itu saya kira boleh menjadikan sebahagian daripada jawapan saya bahawa kerajaan perlu menimbangkan pelbagai teknologi dan kaedah apabila kita memperamaikan lagi bilangan mereka yang nak berulang alik. Terima kasih. YB Tuan Jimmy Puah Wee Tse (Bukit Batu) : Tuan Speaker, boleh, soalan tambahan. Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar, sekarang saya ingin memohon satu soalan tambahan lebih kepada penjelasan Yang Berhormat. Yang Amat Berhormat dipetik dalam media yang kata VTL Darat akan dibuka pada 29 November, tahun ini dan kategori orang yang layak adalah long term pass order, ditulis oleh media ialah long term pass order ya, selepas tu Menteri Trade Industry di Singapore semalam dia komen, VTL Darat yang bakal akan diadakan di antara Johor dan Singapore akan cover untuk orang yang telah terpisah daripada keluarga agak lama so soalan tambahan adalah sebenarnya ada berapa kategori orang yang layak untuk masuk VTL ini ataupun sesiapa sahaja juga boleh mohon dan dapat selagi kuota itu dicapai dan satu lagi Yang Berhormat Menteri Besar, apakah timeline kerajaan negeri Johor untuk memastikan sempadan tambak ataupun Second Link dengan Singapura itu kita boleh balik kepada pre-COVID masa, so can go back to pre-COVID time di mana kita boleh masuk keluar seperti biasa, sebab itulah sebenarnya yang dinanti-nantikan oleh rakyat Johor terutamanya di Johor Bahru, sebab kita perlu rakyat kita di Singapore kerja balik dan juga orang Singapore balik untuk sokong mendokong ekonomi kita. Terima kasih. YB Speaker : Jemput Yang Berhormat.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 38

YAB Menteri Besar : Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Batu, Kita tahu bahawa yang dah diumumkan pada 29 untuk VTL dari Changi ke KLIA adalah untuk semua kategori. Bermaksud mereka yang datang berniaga, nak melancong bukan hanya antara rakyat Malaysia dan juga rakyat Singapura, malah rakyat negara-negara luar pun sekiranya mereka berada lebih 14 hari di Singapura, mereka boleh masuk menggunakan VTL Air ataupun VTL Changi kepada KLIA. Kita harap perkara yang serupa juga. Dari segi kerajaan negeri Yang Berhormat ini adalah satu yang kita dah kemukakan dan kita telah meminta supaya kerajaan pusat benarkan menggunakan kategori yang sama seperti mana di KLIA, itu pertama. Kemudian dari segi pelancarannya, saya mendapat gambaran bahawa akan dilaksanakan serentak antara VTL Udara daripada Changi ke KLIA termasuklah VTL melalui jalan darat iaitu pada 29 hari bulan. Sebab itu kita terus meminta, malah mendesak kerajaan persekutuan tarikh 29 itu tidak berubah kekal untuk dilaksanakan. Berkenaan dengan timeline untuk membolehkan lebih ramai kita dapat kembali seperti biasa, Yang Berhormat pun tahu bahawa kita perlulah mengimbangkan antara live and livelihood ini. Ada sahaja negara-negara yang dah buka seperti United Kingdom, seperti negara yang dah buka tapi terpaksa lock down semula, jadi itu yang kita nak cuba elak kerana kalau kita lihat daripada segi kita melaksanakan Pelan Pemulihan Negara, bila kita dah beralih kepada Fasa 4, kita tidak akan beralih semula ke Fasa 3. Itu harus kita semua sokong usaha kerajaan kita kekal untuk beralih daripada pandemik kepada fasa endemik, jadi untuk itu, untuk makluman Yang Berhormat, gambaran daripada kajian persekutuan dan juga Singapura, 1,440 pada peringkat awal dan kita tengok bagaimana kelancaran dan juga pencapaian dijangka akan meningkat kepada 2,500 dan seterusnya 5,000 pada minggu ketiga. Ini adalah yang dirancangkan untuk membolehkan kelancaran VTL jalan darat. Terima kasih. YB Speaker : Ya, Pekan Nanas. YB Tuan Yeo Tung Siong (Pekan Nanas) : Yang Berhormat Tuan Speaker, Johor merupakan negeri yang menerima impak yang paling besar akibat penutupan sempadan Johor dengan Singapura. Faktor keselamatan dan kesihatan awam akan merupakan faktor yang utama untuk pembukaan sempadan Johor dengan Singapura dan saya nak tanya adakah kerajaan negeri Johor bersedia untuk mempercepatkan pengambilan vaksin untuk booster supaya keadaan pandemik di negeri Johor dapat dikawal dengan lebih baik, dan menjadikan dia suatu faktor yang mendorong kita mempercepatkan pembukaan sempadan di antara negara Singapura dan Johor. Sekian terima kasih. YB Speaker : Jemput Yang Berhormat. YAB Menteri Besar : Lari sikit soalannya Yang Berhormat Tuan Speaker. Tapi tak apa, Yang Berhormat Pekan Nanas, kita, saya hanya boleh respons dari segi apa yang dilakukan sekarang ini bahawa third jap atau vaksin yang ketiga ini diutamakan kepada mereka yang berusia 40 tahun ke atas, itu pertama dan kaedah kategori mereka yang diberikan ataupun dibenarkan untuk mendapat vaksinasi ketiga ini adalah tertakluk kepada perancangan yang dibuat secara berperingkat-peringkat, that’s all I know, Untuk sekarang kita tak dapat gambaran bahawa ini akan menjadi suatu yang mandatori diwajibkan, ataupun dah dibuka untuk semua tetapi keutamaan kepada mereka yang berusia 40 tahun dan saya percaya bahawa kadar untuk mereka yang menerima vaksin yang ketiga ini ataupun prosesnya sedang berjalan pada waktu ini. Terima kasih. YB Speaker : Oleh kerana kita dah balik kepada sidang seperti biasa jadi soalan ini akan berakhir jam 11.00 sepertimana sebelum COVID dulu ya. Seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Penawar. Jemput. YB Dato’ Sharifah Azizah binti Dato’ Syed Zain (Penawar) : Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya nombor 7.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 39

Apakah program bantuan yand diberikan kepada ibu-ibu tunggal di negeri Johor sepanjang PKP yang lalu dan apakah program yang telah dilaksanakan? YB Speaker : Yang berhormat Senggarang jemput. YB Tuan Haji Khairuddin bin A. Rahim (Senggarang) : Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya nombor 8. Berapakah jumlah bilangan ibu tunggal di seluruh negeri Johor dan jumlah mengikut kategori B40, miskin dan miskin tegar. Apakah bantuan yang disediakan oleh kerajaan negeri untuk mereka? YB Speaker : Jemput, YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat : Bismillahirahmannirrahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker, saya ingin menjawab bersekali soalan daripada Penawar dan juga Senggarang. Yang Berhormat Tuan Speaker, secara keseluruhannya jumlah ibu tunggal yang telah mendaftar di bawah Sistem Maklumat Golongan Sasar (SMART) YPKDT sejak 2003 sehingga kini adalah 11,732 orang. Daripada jumlah tersebut seramai 188 orang ibu tunggal tergolong dalam kalangan wanita B40 iaitu berpendapatan RM1,000.00 hingga RM4,800.00 sebulan, manakala seramai 647 orang ibu tunggal adalah di bawah kategori miskin dan miskin tegar iaitu berpendapatan bawah RM1,000.00 sebulan. Manakala bakinya adalah terdiri daripada golongan M40, tidak bekerja dan tidak menyatakan pendapatan bulanan di dalam borang pendaftaran ibu tunggal. Walau bagaimanapun pada ketika ini, YPKDT sedang menjalankan task force dan pemutihan data ibu tunggal melalui Sistem Maklumat Golongan Sasar (SMART). Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sepertimana Ucapan Belanjawan Johor 2021 di bawah Johor Prihatin, kerajaan Johor telah menyalurkan peruntukan kepada YPKDT bagi melaksanakan inisiatif-inisiatif pemerkasaaan golongan wanita terutamanya ibu tunggal dan wanita berpendapatan rendah B40 seperti berikut : Pertama, Women Income Generating Scheme (WINGS). Ini merupakan projek kemahiran menjana pendapatan wanita yang memfokuskan kepada peningkatan kemahiran golongan sasar terutamanya ibu tunggal, belia dan wanita B40. Program ini telah mula dilaksanakan sejak tahun 2003, di mana melibatkan 10,047 peserta dari golongan ibu tunggal dan wanita B40. Namun disebabkan pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia ini, YPKDT telah melaksanakan inisiatif berbeza bagi menjalankan projek ini pada tahun 2021 di mana kursus-kursus kemahiran dijalankan secara atas talian. Bagi tahun 2021, YPKDT telah bekerjasama dengan Institut Kemahiran Tinggi seperti Giat MARA bagi menjalankan kursus berfokus Sijil Kemahiran Malaysia di mana melibatkan 60 peserta dari kalangan belia wanita B40 dan anak ibu tunggal. Mereka diberikan peluang mengikuti kursus pendek selama 6 bulan bermula Mac 2021 dan telah berakhir pada September 2021 dengan dua jenis kursus yang sedang diikuti oleh mereka iaitu Kursus Bakery dan juga Kursus Jahitan. Selain itu juga, YPKDT juga menjalankan kursus kemahiran asas secara atas talian dengan mensasarkan penglibatan peserta 240 peserta ibu tunggal dan wanita B40 di seluruh negeri Johor. Program ini juga dilaksanakan bertujuan meningkatkan kemahiran golongan wanita dalam usaha menjana pendapatan malah meningkatkan pendapatan sedia ada dari rumah. Disebabkan kekangan menjalankan kursus secara bersemuka, YPKDT mengambil inisiatif menjalankan kursus masakan viral secara atas talian seperti masakan sushi viral, bomboloni viral dan Japanese Cream Puff viral. Secara keseluruhannya, seramai 300 peserta di kalangan ibu tunggal dan wanita B40 telah menerima manfaat daripada kursus WINGS 2021.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 40

Yang kedua ialah Skim Bantuan Peralatan Perniagaan iaitu SKIP merupakan projek menjana pendapatan wanita sejak 2003. Program ini mensasarkan bantuan peralatan perniagaan kepada peniaga-peniaga kecil dan usahawan home-based business wanita dalam kalangan ibu tunggal, wanita B40 dan usahawan suri YPKDT. Sebelum menyerahkan skim bantuan kepada peserta yang memohon, YPKDT akan menyiasat dan membuat sesi lawatan ke rumah dan kediaman peserta. Sekiranya peserta mempunyai perniagaan sendiri, YPKDT juga akan menjalankan siasatan awal dan lawatan ke premis perniagaan mereka bagi tujuan temu bual dan mendapatkan maklumat. Yang ketiga ialah Program Sokongan dan Bimbingan Psikososial dengan bekerjasama Kaunselor Berdaftar Universiti Teknologi Malaysia di mana program ini meerupakan kerjasama pertama YPKDT dan UTM dalam memberikan sokongan moral dan bimbingan psikososial secara atas talian dalam bentuk sesi kaunseling kelompok dan sesi perkongsian pengalaman. Sesi bimbingan ini telah pun dijalankan sebanyak 3 kali sesi bagi 3 kumpulan dan seramai 30 orang ibu tunggal negeri Johor telah menerima manfaat pada sesi ini. YB Speaker : Ya, soalan, Senggarang, jemput. YB Tuan Khairuddin bin A. Rahim (Senggarang) : Yang Berhormat Speaker, terima kasih di atas jawapan daripada Yang Berhormat EXCO tentang jumlah bilangan ibu tunggal dan jumlah B40 miskin dan miskin tegar. Saya, Senggarang bukan tak mahu terimalah data ini tetapi macam larilah apa yang saya dapat, Senggarang dapat maklum di lapangan. Senggarang berharap supaya data ibu tunggal ini dikemaskini ya dan cari sebenar jumlah ibu tunggal, contoh di daerah saya sahaja ya, ibu tunggal yang di bawah persatuan Senggarang, saya jadi penaung, Persatuan Ibu Tunggal Daerah Batu Pahat dah 2,000 yang berdaftar. Itu ada persatuan-persatuan lain lagi ya. Jadi, saya meraguilahkan nombor bilangan, jumlah ibu tunggal yang berada di negeri Johor yang disebut sini 11,372 orang. Adakah kerajaan bersedia untuk mengkaji semula data ini dan menemui semua, bukan tunggu dia datang ya, bukan tunggu ibu tunggal datang untuk minta bantuan. Maknanya gunakan rangkaian ketua-ketua kampung dan sebagainya untuk melengkapkan data sebenar, berapakah jumlah ibu tunggal yang berada di setiap daerah dan di seluruh negeri Johor supaya saluran bantuan itu dapat diberikan secukupnya kepada mereka ya. Sekarang mendapati banyak rungutan-rungutan di peringkat bawahan khusus ibu tunggal yang mereka, mereka memang segan untuk berjumpakan, mereka ibu tunggal, mereka segan. Tetapi peranan Yang Berhormat EXCO dan juga pegawai-pegawai untuk menemui mereka mendapat data-data yang sebenarkan dan apakah keperluan yang mereka hadapikan. Pasal data ini saya nampak macam miskin, miskin tegar 647 orang ini macam tak berapa kenalah seluruh negeri Johor, 647 orang kan. Jadi itu soalan saya. Yang seterusnya iaitu... YB Speaker : Satu soalan Yang Berhormat, satu soalan... YB Tuan Khairuddin bin A. Rahim (Senggarang) : Ok, terima kasih. YB Speaker : Jemput, EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat : Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih di atas soalan tambahan. Sebagaimana yang saya katakan tadi bahawa sekarang ini YPKDT sedang menjalankan taskforce untuk selain daripada pemutihan dan untuk menilai semula kedudukan ibu tunggal. Jadi, kita dalam proses menjalankan apa ini, menjalankan taskforce daripada YPKDT. Insya-Allah, rasanya kita akan capai sasaran sepertimana Yang Berhormat harapkan. Terima kasih. YB Tuan Yeo Tung Siong (Pekan Nanas) : Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan tambahan.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 41

YB Speaker : Ok, Pekan Nanas, jemput. YB Tuan Yeo Tung Siong (Pekan Nanas) : Yang Berhormat Tuan Speaker, saya yang mendapati hanya ibu tunggal, dia mereka kehilangan suami kadang-kadang mereka tidak tahu apa-apa cara untuk mendapatkan bantuan daripada agensi-agensi seperti PERKESO, seperti EPF. Dan, mungkin suami mereka adalah ahli daripada PERKESO ataupun EPF. Tetapi kebanyakan daripada mereka tidak tahu cara-cara untuk membuat permohonan. Soalan tambahan saya, adakah JKM bersedia bekerjasama dengan agensi-agensi seperti SOCSO, EPF dan sebagainya untuk memastikan kebajikan dan manfaat mereka dapat dinikmati dan membuat lawatan ke rumah-rumah mereka supaya mereka boleh mendapat bantuan dalam masa yang tersingkat. Terima kasih. YB Speaker : Jemput, Yang Berhormat. YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat : Terima kasih Yang Berhormat. Menjawab soalan itu, sebenarnya kita sebenarnya telah pun turun ke setiap kawasan apabila menyampaikan bantuan bersama dengan portfolio saya iaitu JKM, tetapi sekiranya Yang Berhormat ada mempunyai senarai nama untuk kita jumpa di kawasan DUN Yang Berhormat, saya mengalu-alukan. Terima kasih. YB Tuan Tan Hong Pin (Skudai) : Yang Berhormat Tuan Speaker. YB Speaker : Ha, last. YB Tuan Tan Hong Pin (Skudai) : Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Yang Berhormat Tuan Speaker, berkenaan dengan isu ibu tunggal ini sebenarnya ada satu kategori yang sentiasa terlepas pandang. Di mana, ada setengah ibu bersama anak mereka tetapi disebabkan mungkin perkahwinan dengan yang tidak lengkap maka dia seolah-olah tidak kahwin. Tapi, dah ada anak. YB Speaker : Perkahwinan tak lengkap tu macam mana? YB Tuan Tan Hong Pin (Skudai) : Sama ada anak luar nikah ataupun kadang berlaku mungkin kekurangan kesedaran di mana mereka kahwin dan beranak tapi tanpa proses yang betul. Di mana, perkahwinan itu tiada pendaftaran yang sah. Tetapi apabila kategori ini, golongan ini mereka cuba memohon bantuan, segala bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan atas nama bantuan ibu tunggal, mereka tak layak. Jadi, adakah kerajaan aware ataupun sedar tentang kewujudan kategori ini dan ada perancangan untuk membantu mereka sebab kebanyakkan mereka ini tanpa, tak ada apa-apa agensi yang membantu mereka. YB Speaker : Ok, jemput. YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat : Terima kasih. Menjawab soalan tersebut, sebenarnya kita sentiasa membantu mereka-mereka ini, tetapi seperti mana yang saya katakan mungkin Yang Berhormat ada apa tu senarai-senarai nama tersebut mungkin kita akan fokus di tempat Yang Berhormat untuk melihat. Walau bagaimanapun, JKM sentiasa terbuka tak kira siapa untuk datang ataupun berjumpa dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah untuk mereka-mereka ini dibantu. Jadi, kita tak ada masalah Yang Berhormat. YB Speaker : Ok, soalan seterusnya Yang Berhormat Bukit Batu, jemput. YB Tuan Jimmy Puah Wee Tse (Bukit Batu) : Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya soalan nombor 9. Bila rakyat Johor akan mula dapat booster vaccine dose?

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 42

YB Speaker : Yang Berhormat Bentayan, jemput. YB Tuan Ng Yak Howe (Bentayan) : Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 10. Nyatakan jumlah bilangan orang awam yang layak untuk menerima dos ketiga atau dos penggalak di negeri Johor dan juga berapa jumlah orang awam yang telah menerima dos penggalak mengikut setiap daerah? YB Speaker : Yang Berhormat Serom, jemput. YB Tuan Ir. Dr. Faizul Amri bin Adnan (Serom) : Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya nombor 11. Apakah kerajaan mempunyai bukti-bukti saintifik keperluan dan keberkesanan vaksin dos ketiga atau vaksin penggalak di mana program pemberiannya telah pun semua sedia maklum mula diberikan kepada frontliners? YB Speaker : Yang Berhormat Pekan Nanas, jemput. YB Tuan Yeo Tung Siong (Pekan Nanas) : Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya nombor 12. Apakah tindakan kerajaan negeri Johor bagi mempercepatkan vaksin dos ketiga serta jumlah penduduk yang telah menerima vaksin dos ketiga di negeri Johor? YB Speaker : Yang Berhormat Perling, jemput. YB Tuan Cheo Yee How (Perling) : Yang Berhormat Speaker, soalan saya soalan 13. Apakah perjalanan aturan terkini untuk suntikan vaksin COVID-19 dos penggalak untuk negeri Johor? YB Speaker : Jemput, YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar : Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Izinkan saya untuk menjawab soalan Yang Berhormat Bukit Batu, Bentayan, Serom, Pekan Nanas dan Perling secara bersekali. Yang Berhormat Speaker, dos penggalak iaitu booster dose merupakan dos yang diberikan kepada penerima vaksin dos primer yang lengkap. Perlaksanaan pemberian vaksin COVID-19 dos penggalak telah pun bermula pada 13 Oktober 2021 dengan menggunakan vaksin Comirnaty iaitu Pfizer. Pada masa ini, pemberian dos penggalak dilaksanakan bagi penerima vaksin Comirnaty sekurang-kurangnya 6 bulan yang lalu dari dos kedua dan penerima vaksin Sinovac sekurang-kurangnya 3 bulan dari dos kedua. Dos penggalak ini diutamakan ketika ini kepada barisan anggota hadapan khususnya kesihatan dan keselamatan, warga emas berusia 60 tahun dan ke atas, individu berusia 40 tahun dan ke atas dan golongan komorbid berusia 18 tahun ke atas. Yang Berhormat Speaker, perbezaan serial masa jenis vaksin ini adalah berdasarkan maklumat terkini hasil kajian dalam dan luar negara. Penyataan daripada World Health Organization melalui Strategic Advisory Group Of Expert On Humanization mengatakan penerima Sinovac perlu mengambil dos penggalak dalam kadar lebih cepat selepas menerima vaksin primer yang lengkap dan dos yang perlu diberi adalah Pfizer yang mana telah menerima kelulusan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah Kebangsaan. Seterusnya dos penggalak akan diperluaskan kepada semua penduduk apabila melepasi tempoh yang

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 43

disyorkan selepas menerima vaksin dos lengkap. Sehingga kini, golongan remaja dan pelajar sekolah belum disyorkan lagi untuk menerima dos penggalak. Yang Berhormat Speaker, pemberian dos penggalak diterajui oleh pengamal perubatan swasta di bawah penyelarasan Protect Health Corporation Sdn. Bhd. berdasarkan kepada Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan, Bilangan 17, 2021. Penggunaan klinik swasta perlu diutamakan bagi memastikan fasiliti KKM dapat menyediakan perkhidmatan kesihatan yang selama ini telah terganggu kerana pandemik COVID-19. Yang Berhormat Speaker, pelaksanaan kepada pemberian booster dose di Johor adalah seperti berikut : Klinik Swasta GP bagi anggota barisan hadapan, individu berusia 40 tahun dan ke atas dan golongan komorbid berusia 18 tahun ke atas menerusi klinik-klinik swasta. Fasiliti kesihatan kerajaan akan memberi vaksin kepada anggota kesihatan masing-masing. Anggota kesihatan swasta boleh mendapat dos penggalak daripada fasiliti masing-masing. Fasiliti kesihatan Angkatan Tentera Malaysia pula akan menjaga kepada anggota barisan hadapan ATM pula. Manakala individu yang layak akan dimaklumkan melalui aplikasi MySejahtera dan melalui pesanan ringkas kepada nombor telefon yang berdaftar bagi individu yang tidak mempunyai MySejahtera. Yang Berhormat Speaker, sehingga 19 November 2021, seramai 77,010 orang penduduk negeri Johor telah menerima dos penggalak. Terima kasih. YB Speaker : Ya, Pekan Nanas. YB Tuan Yeo Tung Siong (Pekan Nanas) : Yang Berhormat Tuan Speaker, kita tahu keberkesanan vaksin akan menurun selepas anggaran masa 6 bulan dan sekarang banyak PPV sudah ditutup. Adakah pengambilan booster kepada orang awam kita sempat untuk memberi booster kepada penduduk di negeri Johor dalam masa 6 bulan sebelum keberkesanan vaksin itu sudah berkurangan. Sebab itu saya berasa risau, adakah kalau kita tidak mempercepatkan kadar pengambilan vaksin booster, ada kemungkinan banyak orang pengambilan vaksin keberkesanan dia sudah menurun. Tetapi kita masih tidak sempat memberi vaksin kepada dia, tambahan pula kita banyak pusat PPV sudah tutup. Adakah kerajaan berasa kita yakin untuk menyampaikan vaksin booster kepada penduduk-penduduk di negeri Johor supaya mereka boleh mendapat vaksin dalam masa, lingkungan masa 6 bulan untuk Pfizer dan sebagainya. Sekian, terima kasih. Dan apakah langkah-langkah untuk mempercepatkan pengambilan vaksin. Terima kasih. YB Speaker : Jemput, YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar : Yang Berhormat Tuan Speaker, sebagai menjawab soalan kepada Yang Berhormat Pekan Nanas, sebenarnya kerajaan menggalakkan pemberian dan penerimaan booster ini, booster dose ini adalah sukarela, it is not mandatory. Jadi kerajaan menggalakkan booster dose ini diberi kepada penerima vaksin dos, penerima yang saya katakan tadi yang telah lengkap sebagai memberi tahanan, memberi imuniti yang lebih kepada mereka selepas mendapat vaksin dos yang pertama dan kedua. Dan sebagaimana saya katakan tadi bahawa kajian yang menentukan secara saintifik bahawa penerima vaksin Pfizer perlu mengambil 6 bulan untuk menerima booster dose ini. Manakala bagi yang menerima Sinovac ialah sebenarnya 3 bulan. Dan seperti yang saya nyatakan tadi kita telah pun memulakan program ini pada bulan Oktober. Dan seperti biasa kita kena melalui secara berfasa dan buat masa ini kita masih lagi dalam proses memberi vaksinasi kepada mereka-mereka yang memerlukan termasuk yang komorbid 18 tahun ke atas, mereka daripada 40 tahun ke atas pun telah pun diberi appointment melalui MySejahtera. Manakala frontliners juga diberi dan juga warga emas tidak ketinggalan.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 44

Jadi mengikut anggaran kita, kita beranggapan bahawa kita boleh lengkap untuk memberi vaksin ini pada awal tahun 2022. Impossible untuk selesaikan pada tahun ini, tetapi kita sedang pun merancakkan proses pemberian vaksin booster ini dan dijangka awal tahun 2022 kita akan selesai untuk memberi booster vaksin di negeri Johor. Terima kasih. YB Speaker : Ya Serom jemput. YB Tuan Ir. Dr. Faizul Amri bin Adnan (Serom) : Yang Berhormat Tuan Speaker, kalau kita lihat kepada arahan ataupun cadangan daripada Kementerian Kesihatan mahupun Pengarah Kesihatan, kalau kita lihat di sini pengambilan dos satu dan dos dua adalah diwajibkan kepada semua dan untuk negeri Johor kita mencapai sepertimana yang dijelaskan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar semalam, kelmarin sebanyak 97%. Jadi di sini, pada ketika ini kita juga menggalakkan mereka untuk mengambil dos ketiga ataupun booster vaksin. Jadi di sini terdapat juga kajian-kajian ataupun pemeriksaan secara peribadi tahap keberkesanan imuniti yang dihasilkan daripada pengambilan dos satu dan dos dua, baik pengambilan Pfizer, begitu juga Sinovac. Dan daripada kajian ini, didapati imuniti yang terbentuk daripada pengambilan Pfizer sebanyak 97%, manakala Sinovac mencecah hampir 20% imuniti. Jadi, di sini wujud perbezaan yang sangat ketara bagi pengambilan dos satu dan dos dua untuk Pfizer dan Sinovac. Jadi, di sini kerajaan terus mencadangkan tanpa membuat sebarang analisis kepada peribadi-peribadi, individu yang dicadangkan untuk pengambilan dos ketiga. Jadi, apakah kerajaan ataupun Jabatan Kesihatan sedia maklum tentang isu ini, jika kita mengambil dos ketiga dalam keadaan imuniti badan kita cukup tinggi? Itu yang pertama. Yang kedua, dari sudut apa ni, Jabatan Kesihatan sendiri, bagaimana perkara ini ditangani kerana ia jelas menunjukkan Pfizer jauh lebih baik berbanding dengan Sinovac, dan kita terus mengambil dos vaksin ketiga tanpa mengkaji adakah kita benar-benar ataupun individu tersebut benar-benar memerlukan dos ketiga? Sekian, terima kasih. YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar : Yang Berhormat Speaker, sebelum menjawab soalan itu, saya ingin menyatakan di sini bahawa di negeri Johor setakat sekarang, anggaran bilangan yang layak untuk penerima dos penggalak ini ataupun booster dose ketika ini yang terdiri daripada barisan anggota hadapan kesihatan, keselamatan, warga emas, golongan individu dan mereka yang berpenyakit kronik adalah lebih kurang seramai 500,000 orang. Dan setakat 19 November 2021, seramai 27,089 orang anggota barisan hadapan telah pun menerima booster dose. Manakala warga emas ialah seramai 38,111 orang. Mereka yang berpenyakit kronik seramai 5,583 orang. Lain-lain kategori ialah 6,227 orang, membawa jumlah kepada 77,010 orang. Yang Berhormat Speaker, sebenarnya sebelum kerajaan mengambil keputusan untuk memberi booster dose ini, Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas Penetapan Polisi bagi pemberian dos tambahan vaksin COVID-19 yang melibatkan pakar-pakar perubatan telah pun diadakan pada 28 Ogos 2021 dan 29 September 2021. Berdasarkan maklumat hasil kajian dari dalam dan luar negara, panel pakar perubatan telah mencadangkan perluasan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dengan pemberian dos tambahan dan juga dos penggalak. Seterusnya Mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses COVID-19 Bilangan 18/2021 pada 30 September 2021 telah bersetuju melaksanakan pemberian booster dose ini kepada penerima yang telah pun menerima vaksin yang lengkap dan ia adalah sukarela. Objektif pemberian dos tambahan ataupun booster dose ini ialah untuk memastikan tempoh perlindungan yang optimum diperolehi oleh penerima vaksin COVID-19 di Malaysia. Dan ada kajian-kajian yang telah pun dilakukan di luar negara yang menyatakan bahawa kadar

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 45

kes jangkitan COVID-19 dan keterukan penyakit adalah lebih rendah di kalangan mereka yang mengambil booster dose ini berbanding dengan warga yang tidak mengambil dos penggalak tersebut. Jadi, apabila keputusan untuk memperluaskan booster dose dibuat di negara kita ini, beberapa kajian telah pun dibuat dan juga di peringkat Jabatan Kesihatan di negeri Johor juga dan sepertimana saya katakan tadi ia adalah sukarela dan apabila nama mereka dipanggil sama ada melalui MySejahtera ataupun warga emas dan sebagainya, kita memberi mereka maklumat yang terkini tentang apakah benefit ataupun kelebihan menerima dos penggalak ini dan juga sama ada mereka ingin mengambil secara sukarela, ahli-ahli keluarga juga bagi mereka yang warga emas ini kita bincang dengan mereka. Jadi atas dasar sukarela inilah selepas mereka memberi persetujuan barulah dos penggalak ini ataupun booster dose ini diberikan kepada mereka. Jadi, ia bukanlah secara paksaan ataupun bukanlah secara mandatori. Terima kasih. YB Speaker : Ya Kemelah. YB Dr. Sulaiman bin Mohd. Nor (Kemelah) : Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, saya ingin menanyakan YB EXCO berkaitan dengan statistik yang diberikan tadi. Kalau mengikut statistik yang saya dapat tadi, dianggarkan sekitar 500,000 yang sepatutnya menerima dos booster yang ketika ini sekitar 70,000 lebih. Jadi, kalau ikut kiraan kasar saya, kalau kita ingin mencapai pada awal tahun, Januari tahun 2022, ini bermakna setiap minggu kita memerlukan sekitar 100,000 untuk diberi dos tambahan. Jadi, persoalan saya adalah saya dapati di klinik-klinik kesihatan bukan setiap hari diberi dos tersebut ya? Iaitu dalam 7 hari, saya rasa 2 atau 3 hari sahaja. Dia bolehkah dengan kemampuan yang ada ini, kita mencapai sasaran untuk pada apa ni awal Januari 2022? Terima kasih. YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar : Yang Berhormat Speaker, terima kasih di atas soalan tambahan tadi. Saya setuju dengan apa yang dirisaukan oleh Yang Berhormat. Tetapi kita di negeri Johor ini kita ada pengalaman. Kalau kita lihat pada fasa ketika kita memberi dos pertama dan yang kedua, pada awalnya negeri Johor merupakan antara negeri yang memang dari segi statistiknya berada di belakang, amat perlahan sekali. Tetapi kemudiannya telah dilihat negeri Johor antara negeri yang paling pantas sekali melaksanakan pemberian vaksin kepada rakyat di negeri Johor ini. Jadi buat masa ini seperti yang saya katakan tadi, pemberian kepada booster dose ini tanggungjawabnya diberikan kepada klinik-klinik kesihatan, klinik-klinik kesihatan swasta. Tapi kita masih lagi dalam proses perbincangan sama ada untuk membuka semula PPV-PPV yang telah kita gunakan sebelum ini untuk memperluaskan pemberian booster dose ini yang pada masa ini ia masih lagi di peringkat perbincangan. Dan sepertimana saya katakan tadi, memang kita ingin mempercepatkan dan menamatkan proses pemberian vaksin booster dose ini. Jadi, sekiranya ada keperluan, sudah pasti kita akan reactivate balik semua PPV-PPV untuk pemberian vaksin di kawasan masing-masing. Terima kasih. YB Speaker : Soalan seterusnya Yang Berhormat Jementah, jemput. YB Tuan Chen Choon (Jementah) : Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya nombor 14. Nilai pelaburan yang diluluskan di Malaysia dalam enam bulan pertama 2021 ialah RM107.50 bilion. Berapakah nilai pelaburan di Johor mengikut pecahan FDI dan DDI dalam sektor pembuatan, perkhidmatan dan sektor utama dan jumlah peluang pekerjaan yang akan diciptakan?

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 46

YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia : Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat ADUN Jementah. Bagi menjawab soalan yang diajukan kepada saya, iaitu merujuk kepada laporan yang dikeluarkan oleh pihak MIDA, negeri Johor telah mencatatkan nilai keseluruhan pelaburan yang diluluskan dalam sektor pembuatan, perkhidmatan dan sektor utama dengan jumlah sebanyak RM6.56 bilion dalam masa enam bulan pertama 2021 dan di mana ianya dijangkakan akan menyediakan sebanyak 7,800 peluang pekerjaan. Bagi persoalan yang mengenai pecahan nilai pelaburan mengikut sektor dan peluang pekerjaan, ianya adalah seperti berikut: sektor perkhidmatan, jumlah pelaburan keseluruhan yang diterima adalah sebanyak RM2.787 bilion dan dari jumlah pelaburan tersebut, sebanyak RM51.7 juta diperolehi daripada pelaburan asing. Manakala sebanyak RM2.7 bilion adalah nilai pelaburan domestik. Hasil daripada pelaburan tersebut, seramai 757 peluang pekerjaan telah diwujudkan. Bagi sektor perkilangan atau pembuatan, nilai pelaburan keseluruhannya yang diterima adalah berjumlah RM3.77 bilion. Nilai pelaburan asing (FDI) bagi sektor perkilangan yang berjaya diperolehi adalah sebanyak RM1.37 bilion. Manakala jumlah pelaburan domestik bagi sektor yang sama juga adalah bernilai RM2.3 bilion. Sebanyak 7,103 peluang pekerjaan telah berjaya diwujudkan hasil dari pelaburan tersebut. Setelah mengambil kira situasi PKP dalam tempoh masa yang berkenaan, juga terdapat pertumbuhan yang dijangkakan 15% hingga 20% dari jumlah RM6.56 bilion yang akan berlaku dalam penggal kedua tahun ini. Terima kasih. YB Speaker : Ya Jementah. YB Tuan Chen Choon (Jementah) : Terima kasih Yang Berhormat EXCO atas jawapan yang diberikan. Yang Berhormat Tuan Speaker, memandangkan keadaan pandemik COVID-19 pada situasi sekarang kita nampak tidak akan berakhir dalam masa yang terdekat. Dan pembukaan sempadan negara mungkin akan berlaku tak ada satu masa, tempoh yang di mana kita akan nampak bila secara keseluruhannya untuk negara kita. Maka ia ada impak kepada negara kita untuk menarik pelabur-pelabur asing, khususnya pelabur-pelabur asing. Bagi pelabur tempatan memang kita perlu apa ni, meningkatkan infrastruktur di negeri Johor untuk menarik pelabur-pelabur domestik. Soalan saya ialah apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan negeri untuk mempertingkatkan jumlah pelaburan FDI dan DDI dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang? Sekian, terima kasih. YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia : Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Yang Berhormat Jementah, satu soalan yang baik. Sebagai destinasi pelaburan yang menarik ataupun mesra pelabur, pelbagai inisiatif mahupun perancangan pelan jangka masa pendek secara jangka panjang telah pun diperkenalkan dan sedang dilaksanakan.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 47

Bagi usaha jangka masa sederhana dan panjang, kerajaan negeri telah memperkenalkan beberapa inisiatif berbentuk penubuhan Jawatankuasa Khas Pelaburan serta jalinan usaha sama strategik dengan beberapa negara serantau. Ianya dapat dizahirkan dengan penubuhan Ibrahim Johor Economic Council, penubuhan Johor Economic Tourism Culture Office dan inisiatif Singapura – Kepulauan Riau. Kerajaan juga telah merangkakan dan akan menerbitkan Pelan Pelaburan Negeri Johor 2030 bagi menetapkan hala tuju pelaburan negeri bagi tahun tempoh masa 10 tahun. Pelan ini menjadi satu sumber rujukan bagi mengenal pasti serta merancang langkah-langkah yang perlu dilaksanakan bagi memudahkan usaha menarik pelaburan ke negeri Johor. Tapi ia tetap masih mengekalkan prinsip 3H sebagai sektor sasaran iaitu halal, high impact dan high tech. Pelan ini telah ditambah nilai dengan elemen emerging teknologi dan juga kreatif. Bagi jangka usaha jangka masa pendek, antara inisiatif yang telah dan juga telah mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai persatuan perniagaan bagi mendapatkan maklum balas dan menunjukkan kerajaan prihatin dengan segala permasalahan yang dihadapi oleh pihak industri ketika pandemik COVID-19 sekarang. Kerajaan negeri melalui Invest Johor juga telah mengambil beberapa inisiatif juga mengadakan beberapa sesi dialog dan pertemuan dengan beberapa persatuan pengilangan juga beberapa chamber of commerce mewakili beberapa buah negara bagi memberi sokongan dan juga mengambil tindakan ke atas semua aduan yang telah diutarakan oleh pihak industri. Kerajaan negeri juga melalui Invest Johor telah menambahbaik usaha fasilitasi bagi merealisasikan pelaburan tambahan seperti memperkasakan pematuhan implimentasi projek melalui Projek Acceleration dan Coordination Unit (PACU) bersama pihak MIDA di peringkat negeri agar progres pembangunan projek perkilangan tidak terjejas. Kerajaan negeri juga memperluaskan promosi pelaburan ke peringkat global. Kerajaan negeri melalui Invest Johor akan melancarkan Program Johor Go Global bagi meningkatkan promosi secara dalam talian dengan peruntukan RM450,000.00 Kerajaan negeri juga melalui Invest Johor, akan melaksanakan Program Friendly Johor akan menyantuni pelabur Johor Bahru dan yang sedia ada. Kerajaan juga telah berbesar hati dengan memperuntukkan RM10 juta bagi penyediaan Tabung Fasiliti Pelaburan iaitu dengan izin, Investment Facilitation Fund, yang mana tabung ini akan meningkatkan keupayaan dan daya saing para pelabur dari negeri Johor dalam berbagai bidang. Dan juga kerajaan juga akan meneruskan usaha misi pelaburan iaitu Trade Mission. Dan akan memperkasakan Johor Convention Exhibition Buraeu dengan memperkemaskan peranan serta tanggung jawab dalam usaha merangkakan dan mengkoordinasikan business-business event di negeri Johor. Terima kasih. YB Tuan Tan Hong Pin (Skudai) : Yang Berhormat Tuan Speaker YB Speaker : Ya, Skudai. YB Tuan Tan Hong Pin (Skudai) Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi atas ucapan yang panjang lebar tu dan Yang Berhormat Tuan Speaker kita perlu faham bahawa untuk menarik pelabur ni dia ada faktor penarik dan faktor penolak. Di mana antaranya sebab yang mungkin menjadi faktor penarik atau faktor penolak ni adalah kecekapan pentadbiran, kecekapan dan sistem birokrasi kita. Kadang kalau kita cekap dia akan jadi faktor penarik. Kalau kita kurang cekap atau pun mengambil masa yang lama untuk memproses satu permohonan dia akan menjadi faktor penolak. Saya bagi satu contoh di mana ada pelabur ingin menggembangkan kilang dia di Muar, tetapi permohonan dia untuk bertahun-tahun tidak diproses atau pun diluluskan. Jadi soalan saya, bagaimanakah kerajaan memastikan bahawa semua peringkat kerajaan, semua agensi menjadi faktor penarik kepada pelabur-pelabur ni? YB Speaker : Jemput YB EXCO.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 48

YB Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia : Terima kasih YB. Soalan menarik ni, ada tolak, ada I think dia, YB cuba maksudkan satu kaedah wow factor something la. Ok. Invest Johor ataupun agensi kerajaan yang bertanggungjawab, kita sentiasa merangka dan merancang dan terus mengadakan sesi libat urus dan kita juga jangan lupa kita dilandai oleh COVID-19 dengan keadaan PKP, MCO Lockdown dan banyak kita punya movement ya, movement kita limited. Jadi, tapi kita tak putus asa. Kita juga mengadakan perbincangan penarikan, dan segala tawaran yang kita buat melalui visual apa ni, conference dan nampak ada keberhasilan dia. Jadi dia tidak sama macam fizikal meeting dengan visual meeting. Sebab apa, pertama, kita kena faham apa pelabur apa punya appetite dan apa pelabur punya wish. Daripada situ kita buat proposal kepada pelabur dan pelabur memerlukan site visit, conduct site visit untuk tengok dan kat sinilah kita terkandas ataupun terbantut langkah-langkah kita. Jadi, kita cuma dapat menghantar dokumen melalui emel jadi alhamdulilah, nampak setelah pembukaan PKP, kita nampak dah ramai yang kita usahakan selama ini dah start coming back to us sebab tu saya sentuh tadi saya very positive pertumbuhan hingga penggal kedua akhir tahun ini dijangkakan 15% hingga 20% yang mana perbincangan kita sebelum ini membuah hasil ya. Terima kasih. YB Speaker : Soalan seterusnya Yang Berhormat Machap, jemput. YB Tuan Haji Abd Taib bin Abu Bakar (Machap) : Yang Berhormat Tuan Speaker soalan nombor 15 Apakah usaha yang dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Johor terhadap tanah wakaf supaya tidak berlaku istilah tanah terbiar dan dapat dimanfaat sepenuhnya? YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam : Bismillahirahmannirrahim. Assalammualaikum warahmatullahitaala wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker, bagi menjawab soalan daripada Ahli Dewan Negeri Machap, apakah usaha yang dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Johor terhadap tanah wakaf supaya tidak berlaku istilah tanah terbiar dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya? Yang Berhormat Tuan Speaker, tanah-tanah wakaf milik Majlis Agama Islam Negeri Islam negeri Johor akan dikategorikan mengikut 5 jenis hujah iaitu masjid, surau, sekolah agama, kubur dan kebajikan am. Tanah wakaf ini milik MAIJ ini akan dibangunkan mengikut hujah-hujah wakaf. Majlis Agama Johor telah memberikan kebenaran dan peluang kepada pengusaha-pengusaha yang terdiri daripada agensi kerajaan, agensi swasta, inidividu, koperasi dan sebagainya untuk mengusahakan tanah-tanah wakaf di seluruh negeri Johor. Bagi pewakaf yang mewakafkan bangunan atau rumah kediaman mereka, Majlis juga telah menyewakan premis kediaman tersebut kepada masyarakat awam dengan kadar sewa yang telah dipersetujukan oleh pihak Majlis. Hasil sewaan yang diperolehi akan dikembalikan juga untuk tujuan pembangunan mengikut hujah wakaf yang telah ditetapkan. Bagi memastikan supaya pembangunan tanah wakaf dapat berjalan dengan sukses Yang Berhormat Tuan Speaker, Majlis Agama Islam Negeri Johor telah melantik nazir khas iaitu daripada pihak UTM Skudai, UTHM, Perbadanan Islam Johor, Insitiut Pengajian Tinggi Marsah dan juga 1Com bagi membantu MAIJ menguruskan harta tanah wakaf dan merangka strategi pembangunan tanah wakaf yang berpotensi. Hasil daripada satu muzakarah untuk makluman Tuan Speaker, Muzakarah Pelan Pembangunan Tanah Wakaf Negeri Johor 2030, satu Jawatan Kuasa Pelaburan Khas telah pun ditubuhkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor untuk mengkaji secara menyeluruh pembangunan tanah-tanah wakaf di negeri Johor bagi memastikan bahawa semua tanah-tanah wakaf ini tidak dianggap sebagai tanah-tanah terbiar. Melalui usahasama dengan Perbadanan Islam Negeri Johor (PIJ) sebagai contoh, Majlis Agama Islam Johor merancang untuk melaksanakan satu projek pembangunan hospital pakar dan kebajikan di atas lot

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 49

17458, Jalan Tahana, Bandar Baru Uda, Mukim Bandar, Daerah Johor Bahru. Ianya dapat memberikan kemudahan prasarana kesihatan bagi kita bersama. Satu perkara lagi, Majlis Agama Islam Johor juga akan melantik seorang Pengurus Besar, yang menemuduga bagi jawatan Pengurus Besar ini akan diadakan pada 7 Disember. Sekian Yang Berhormat Tuan Speaker. YB Speaker : Ya Machap, Jemput. YB Tuan Haji Abd Taib bin Abu Bakar (Machap) : Terima kasih di atas penjelasan kepada persoalan yang telah dibangkitkan. Dari pemerihatian saya, terdapat ada tanah wakaf yang terdiri daripada tanah lot yang boleh dibuat rumah, ada juga tanah kebun yang boleh diusahakan dengan pertanian, juga ada juga tanah yang begitu strategik terdapat di bandar-bandar. Jadi di samping ada kerjasama dengan pihak swasta, atau pun badan-badan tertentu untuk memajukan tanah-tanah tersebut supaya tidak terjadi masalah tanah terbiar, adakah tanah-tanah ini boleh dijual kepada individu sekiranya mereka berminat sama ada untuk membina rumah, mengusahakan tanah tersebut untuk pertanian atau pun sebagainya? YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam : Yang Berhormat Tuan Speaker, pihak Majlis Agama Islam negeri Johor secara terbuka memang menerima sahaja segala perancangan dan permohonan-permohonan daripada mana-mana pihak swasta atau pun syarikat-syarikat atau perseorangan untuk memajukan tanah-tanah MAIJ yang terbiar, dan juga mana-mana rumah kedai MAIJ yang ada yang belum lagi digunapakai disewakan. Dari segi bagaimana nak menjual tanah wakaf ini kepada individu, atau permohonan perkara ini akan dibawa dahulu kepada Jawatan Kuasa Fatwa Negeri Johor untuk mendapat ulasan dan pandangan. Sekian Yang Berhormat tuan speaker. YB Speaker : Ya Kota Iskandar. YB Sr. Dzulkefly bin Ahmad (Kota Iskandar) : Terima kasih Tuan Speaker. Saya rasa sudah sampai masa dan ketikanya sebagaimana yang disebutkan tadi telah diwujudkan satu jawatankuasa untuk mengkaji keseluruhan tanah wakaf yang ada di negeri Johor, saya sangat menyokong supaya diadakan satu forensik inventori supaya setiap tanah wakaf ini dapat dikenalpasti, sama ada tujuan dia wakaf khusus atau pun wakaf awam, yang mana setiap tanah itu boleh dicadangkan sama ada untuk dibangunkan sendiri oleh pihak MAIJ atau pun dibangunkan mengikut konsep yang pernah saya sebut dalam Dewan yang mulia ini iaitu istidal, iaitu kita maintain nilai dia bersamaan nilai tetapi dalam bentuk pembangunan berbeza, katakan daripada tanah wakaf seluas 3 ekar, nilai dia RM10 juta, dibangunkan tetapi ada beberapa lot rumah kedai katakan 4 unit, dikekalkan jumlahnya dia sama dengan RM10 juta disebutkan tadi. Ini adalah merupakan satu konsep yang sangat baik yang saya cadangkan supaya digunapakai oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor supaya tanah-tanah yang berpotensi seumpama ada berlaku di kawasan saya tanah wakaf kubur, tetapi terletak kawasan sangat strategik untuk pembangunan, mungkin boleh digunakan konsep istidal atau diswap dengan kawasan yang lain dengan kerjasama daripada kerajaan negeri. Paling tidaknya tidak perlu kubur ini berada di kawasan yang strategik, berhadapan dengan jalan utama, dengan bandar, contoh macam di kawasan saya tu berhampiran dengan Pekan Gelang Patah, jadi saya minta supaya daripada jawapan daripada EXCO tadi ada inventori dan juga ada forensik dan juga ada status setiap tanah wakaf ini saya harap tidak akan berlaku lagi wujudnya tanah wakaf yang terbiar, yang tidak dimajukan oleh pihak MAIJ. Sekian, terima kasih. YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam : Istidal. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih sebab saya, alhamdulilah salah satu cadangan Yang

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 50

Berhormat melalui surat kepada saya, inilah langkah yang akan dibuat dengan melantik Jawatan Kuasa Pelaburan bagi pembangunan tanah-tanah MAIJ di negeri Johor. Terima kasih Yang Berhormat kerana telah menghantar surat kepada kami. Bagi makluman Yang Berhormat tuan speaker, bagi data harta tanah wakaf mengikut hujah, bagi daerah Johor Bahru masjid 147, surau 390, sekolah agama 184, kubur 65, kebajikan am 111. Jumlah 897. Bagi daerah Muar, masjid... YB Speaker : Tak payah baca Yang Berhormat, tu boleh diserah sahaja. YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam : Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. YB Speaker : Ya, Kemelah. YB Dr. Sulaiman bin Mohd Nor (Kemelah) : Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, lanjutan daripada penerangan daripada YB EXCO Agama, saya ingin mendapatkan pecahan terutama saya ingin dapatkan maklum, keluasan tanah wakaf yang sedia ada di negeri Johor dan juga mengikut 5 kategori yang disebutkan oleh YB EXCO tadi, serta peratusan yang terbiar dan yang telah dimanfaatkan sepenuhnya. Terima kasih. YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam : Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih sahabat saya. Saya ulang balik Yang Berhormat Speaker, data hartanah wakaf mengikut hujah tadi. Dua, Muar; masjid 97, surau 263, sekolah agama 83, kubur 76, kebajikan am 91, jumlah 610. Bagi daerah Batu Pahat; masjid 156, surau 322, sekolah agama 130, kubur 156, kebajikan am 83, jumlah 863. Bagi daerah Kluang; masjid 69, surau 144, sekolah agama 61, kubur 56, kebajikan am 29, masjid dan kubur 1, jumlah 360. Bagi daerah Pontian; masjid 118, surau 180, sekolah agama 83, kubur 127, kebajikan am 78, masjid dan kubur 1, jumlah 589. Bagi daerah Kota Tinggi; masjid 49, surau 74, sekolah agama 45, kubur 56, kebajikan am 35, jumlah 259. Bagi daerah Segamat; masjid 66, kubur 66, sekolah agama 49, kubur 81, kebajikan am 27, jumlah 289. Bagi daerah Mersing; masjid 30, surau 29, sekolah agama 29, tanah kubur 24, kebajikan am 30, jumlah 142. Bagi daerah Kulai; masjid 40, surau 79, sekolah agama 32, kubur 13, kebajikan am 5, jumlah 176. Dan akhirnya bagi daerah Tangkak; masjid 86, surau 169, tanah sekolah agama 85, tanah kubur 86, kebajikan am 69, masjid dan surau 1, jumlah 456. Bagi jumlah keseluruhan tanah-tanah, data hartanah wakaf negeri Johor mengikut hujah, masjid sebanyak 861, surau 1,716, sekolah agama 782, kubur 740, kebajikan am 958, masjid dan kubur 18, jumlah keseluruhan 4,840. Sekian, Yang Berhormat Tuan Speaker. YB Speaker : Soalan seterusnya, Yang Berhormat Semerah, jemput. YB Tuan Mohd. Khuzzan bin Abu Bakar (Semerah) : Yang Berhormat Speaker, soalan saya soalan 16. Berapakah jumlah galeri serta muzium yang diuruskan di bawah YWJ dan jumlah tambahan dalam perancangan pihak YWJ serta perancangan promosi bagi memastikan semua galeri dan muzium dilawati oleh pelancong tempatan atau luar negara. YB Speaker : Jemput, YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya : Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. Bismillahirrahmanirrahim. Salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Semerah. Jumlah galeri dan muzium yang diuruskan di bawah Yayasan Warisan Johor adalah sebanyak 6 buah yang terdiri daripada Muzium Kota Tinggi, Muzium Tokoh Johor, Muzium Mersing, Galeri Seni Johor, Galeri Tenun dan Galeri Dato’ Onn Batu Pahat.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 51

Pada ketika ini, Yayasan Warisan Johor mengekalkan galeri dan muzium sedia ada ini disebabkan oleh bangunan muzium dan galeri memerlukan penyelenggaraan dan menelan kos yang agak tinggi. Justeru, satu pelan pemulihan dan baikpulih bangunan yang telah dan sedang dilaksanakan di bangunan Muzium Tokoh Johor, Muzium Mersing dan Muzium Galeri Dato’ Onn Batu Pahat dilaksanakan bagi memastikan fasiliti serta bangunan muzium negeri dalam keadaan baik dan selamat untuk dikunjungi. Pelan pemulihan dan baikpulih ini telah dilaksanakan bersama Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) dan Jabatan Kerja Raya bagi tujuan konservasi bangunan muzium dan galeri yang juga merupakan bangunan warisan dan bersejarah yang terdapat di negeri Johor. Yayasan Warisan Johor juga telah melaksanakan penambahbaikan pengisian dan pameran di muzium dan galeri utamanya di Galeri Seni Johor, Galeri Tenun dan Muzium Kota Tinggi bagi memberi kunjungan pelancong tempatan dan luar negara dengan tema pameran dan susun atur yang lebih kemas. Yayasan Warisan Johor sedang berusaha untuk mempromosikan muzium dan galeri bagi memastikan muzium dan galeri ini terus kekal relevan dengan perkembangan dan pembangunan yang ada di negeri ini dengan menggunakan kaedah promosi bangunan muzium, pameran dan program secara dalam talian di media-media sosial sejak tahun 2020. Yayasan Warisan Johor telah melaksanakan beberapa program secara dalam talian bagi menarik pengunjung seperti Program Perintis Negeri Johor yang menekankan kelas pengembangan seni khat dan seni visual di setiap daerah selain Program Bual Bicara, Retrorisma dan pelbagai pameran skala seperti Pameran Lukisan Kanak-Kanak dan Remaja Antarabangsa, Pameran 6x6, Pameran Komuniti Geng, Pameran Kias Seniman Selatan, Pameran Pensenjataan Melayu, Pameran Peperangan Battle of Endau, dengan izin, dan Pameran Lukisan Kesenian Murid Malaysia yang merupakan kaedah promosi bagi menarik pengunjung melawat. Mengikuti serta menyertai program yang telah diatur oleh Yayasan Warisan Johor. Terima kasih Tuan Speaker. YB Speaker : Ya, Semerah jemput. YB Tuan Mohd. Khuzzan bin Abu Bakar (Semerah) : Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO. Kita tahu muzium-muzium dan juga galeri yang dibawah seliaan Yayasan Warisan Johor ini terletak di Mersing, Kota Tinggi, Batu Pahat dan Johor Bahru. Tetapi kalau kita tengok pengisian di Mersing dan di Kota Tinggi sangat baik. Tetapi Muzium Tokoh banyak kekurangan pengisiannya begitu juga di Galeri Dato’ Onn. Kita tahu muzium ini sebagai satu tempat di mana selama ini kalau semasa saya sebagai EXCO Kebudayaan, kita lihat kebanyakan promosinya dibuat untuk murid-murid sekolah tapi apakah perancangan yang jangka pendek, jangka panjang pihak Yayasan Warisan Johor untuk memastikan kita betul-betul dapat menarik pelancong tempatan dan juga pelancong antarabangsa untuk datang melawat. Sebab seperti Muzium Tokoh, orang lalu saja nak ke Mersing tak singgah ke Muzium Tokoh, Muzium Kota Tinggi. Begitu juga Muzium Mersing, berada betul-betul di jeti tapi kurang mendapat perhatian daripada pelancong-pelancong yang hendak ke pulau. Jadi, saya harap dapat penjelasan daripada pihak Yang Berhormat, apakah perancangan jangka pendek, jangka panjang bagi memastikan muzium ini betul-betul relevan dan kita tidak membazir dalam kita menyediakan dan membaikpulih bangunan-bangunan tersebut. Sekian, terima kasih. YB Speaker : Jemput, YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya : Terima kasih Yang Berhormat Semerah, Yang Berhormat Speaker. Saya ingin menyatakan tadi bahawa tiga muzium yang disebut oleh Yang Berhormat Semerah, iaitu Muzium Tokoh Johor, Muzium Mersing dan juga Galeri Dato’ Onn tadi dalam proses penambahbaikan. Ambil contoh Muzium Tokoh Johor, kos bagi kerja pemulihan Muzium Tokoh Johor adalah sebanyak RM669,970.00 yang melibatkan kerja-kerja penambahbaikan, kemasan lantai, sistem kalis air kebocoran, keretakan bangunan dan pemulihan tingkap yang dilaksanakan

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 52

oleh Jabatan Kerja Raya sebagai pelaksana dan kerja-kerja ini sedang berjalan. Jadi, kita dalam proses untuk penambahbaikan. Dan, akan pada bermula pada 25 Oktober 2021 dan berakhir pada 6 Mac 2022, makna kita dalam proses tersebut Yang Berhormat minta tadi. Seterusnya Muzium Mersing, kos bagi membaikpulih bangunan Muzium Mersing adalah sebanyak RM300,000.00 dan kerja-kerja mengecat, kerja-kerja elektrikal, kerja-kerja penambahbaikan ruang pameran dalaman dan kerja ubah suai pintu masuk utama. Kerja ini telah bermula 1 Ogos 2021, maknanya kita baru berapa bulan dan dijangka akhir tahun ni kita akan siap. Kita dah arah tersebut dan seterusnya Galeri Dato’ Onn. Kos bagi membaikulih bangunan galeri Dato’Onn sebanyak RM300,000.00 bagi kerja-kerja mengecat bangunan, kerja-kerja elektrikal, kerja-kerja penambahbaikan ruang pameran dalaman dan kerja-kerja konservasi pintu dan tingkap lama. Kerja ini telah bermula pada 1 Ogos juga dan dalam ongoing dan kita jangka ia akan tamat pada akhir tahun ini. Jadi, Yang Berhormat saya telah menyatakan kita punya langkah-langkah yang kita telah buat kita buat pameran dan sebagainya dan maklumlah dalam keadaan kita dalam peringkat pemulihan, kita punya langkah-langkah kita agak terbatas yang banyak kita boleh buat adalah secara talian. Saya rasa saya tidak perlu nak ulangi langkah-langkah tadi saya dah sebutkan tadi dalam saya punya jawapan masa soalan utama tadi Yang Berhormat. Terima kasih. YB Speaker : Ok, terima kasih daripada Yang Berhormat EXCO. Jam telah 11.03 minit. Saya tamatkan soalan lisan pada pagi ini dan kita berehat sebentar, kita tangguh sidang ini sehingga jam 11.25 pagi. Persidangan ditangguhkan pada jam 11.04 pagi. Persidangan disambung semula jam 11.25 pagi. Jurutulis : PERBAHASAN ATAS RUNDINGAN BACAAN KALI YANG KEDUA BAGI RANG UNDANG-UNDANG ENAKMEN PERBEKALAN 2022 TAHUN 2021. YB Speaker : Ahli-Ahli Yang Berhormat, suka saya mengingatkan bahawa menurut Peraturan 112(2), maka perbahasan atas rundingan itu hendaklah dihadkan kepada lunas-lunas am berkenaan dengan dasar pentadbiran kerajaan sebagaimana tersebut dalam Rang Undang-Undang ini. Dimaklumkan bahawa tempoh perbahasan Ahli-Ahli Yang Berhormat adalah selama 4 hari iaitu mulai hari ini 18 November hingga 24 November 2021. Ahli-Ahli Yang Berhormat saya akan menyeru nama kawasan Ahli-Ahli Yang Berhormat berdasarkan senarai giliran yang saya telah perolehi. Untuk perbahasan pertama dan Ketua Pembangkang diberi masa selama 45 minit manakala Ahli-Ahli Dewan yang lain diberi masa 15 minit hingga 20 minit. Bagi membolehkan semua Ahli Yang Berhormat dapat berucap, saya mohon kerjasama semua agar dapat mematuhi masa yang telah diberikan. Perbahasan Atas Rundingan Bagi Bacaan Kali Yang Kedua Enakmen Perbekalan 2022 Tahun 2021 dimulakan sekarang. Yang Berhormat Penawar, jemput 45 minit. YB Dato’ Sharifah Azizah binti Dato’ Syed Zain (Penawar) : Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Johor, Yang Berhormat Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Yang Berhormat sahabat-sahabat EXCO Kerajaan Negeri Johor, Ahli-Ahli Yang Berhormat, pemerhati dan wartawan yang dihormati, salam muafakat bangsa Johor. Izinkan saya merafakkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana diberi peluang untuk kita bersemuka kembali pada pagi yang mulia ini. Pembukaan perbahasan ini izinkan Penawar menzahirkan seluruh rakyat DUN Penawar merafak sembah menjunjung kasih dengan

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 53

ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim sempena sambutan ulang tahun hari keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada hari esok 22 November 2021 bersamaan 17 Rabiul Akhir 1443 Hijrah. Patik berdoa semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Permaisuri Johor dilanjutkan usia dalam keafiatan dan sentiasa berada dalam limpahan rahmat dan keampunan Allah SWT. Semoga di bawah naungan Tuanku negeri Johor bertambah aman, makmur dan sejahtera. Daulat Tuanku. Patik juga mengambil kesempatan menjunjung kasih di atas suntikan idea Duli Yang Amat Mulia Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor sempena pelancaran Orang Muda Johor 21 pada hari semalam. Patik amat terharu, Duli Yang Amat Mulia Tunku sentiasa mahu melihat Bangsa Johor terus maju dan mendekati rakyat terutamanya orang muda. Setelah Southern Volunteer menjadi bualan yang begitu positif, kini tercetus lagi gerakan untuk mengaktifkan Orang Muda Johor semoga Allah SWT memberkati Duli Yang Amat Mulia Tuanku Mahkota Johor dan keluarganya. Lagi terharu bila anak jati Kluang terpilih sebagai IKON OMJ 21 semalam. Tahniah kepada saudara Shahrul Azizi bin Azmi, inilah kehebatan orang Kluang, Tuan Speaker. Terima kasih Speaker, kerana memberi peluang untuk... YB Speaker : Ingat orang Penawar, Yang Berhormat, orang Kluang pula dia. Bukan orang Penawar? YB Dato’ Sharifah Azizah binti Dato’ Syed Zain (Penawar) : Saya dua alam, Tuan Speaker. Terima kasih Speaker, kerana memberi peluang untuk Penawar membuka perbahasan pada pagi ini. Penawar memanjatkan syukur kehadrat Ilahi kerana di kesempatan ini dapat Penawar melaksana tugas dan membawa hajat dan hasrat rakyat Penawar demi melaksanakan tanggung jawab sebagai Wakil Rakyat. Walaupun dalam keadaan yang berdebar-debar, masa diberikan 45 minit selalu diberi 15 minit, hari ni 45 minit tapi percaya dan yakinlah Wakil Rakyat wanita pasti boleh buat. Tahniah pada Barisan Nasional menang besar di negeri Melaka semalam. Jutaan terima kasih kepada seluruh jentera dan rakyat negeri Melaka kerana BN menjadi pilihan. Terima kasih juga kepada jentera BN seluruh negara dan kepada semua sekali yang bertugas semasa kempen pilihan raya bagi negeri Melaka, yang telah bersama-sama bertungkus lumus berkempen demi kejayaan ini. Yang Berhormat Tuan Speaker, pertama-tamanya Penawar ingin mengucapkan tahniah dan syabas buat Menteri Besar Johor, Yang Amat Berhormat Dato’ Haji Hasni di atas pembentangan Belanjawan Johor 2022, memperhebatkan kesejahteraan Johor pada hari Khamis 18.11.2021. Dalam episod sejarah pembangunan negara bangsa terdapat 5 definisi utama direkayasakan betul ke sebut tu, direkayasakan Yang Amat Berhormat MB... YB Speaker : Cuba sebut laju-laju boleh tak? YB Dato’ Sharifah Azizah binti Dato’ Syed Zain (Penawar) : Tak apa Yang Berhormat Speaker, tak ada markah kan? Iaitu kepimpinan berintegriti, pembangunan fizikal, kemakmuran ekonomi, kesejahteraan sosial dan kedaulatan wilayah. Kelangsungan pentadbiran yang sangat mencabar ini, cabaran yang amat tinggi dan tidak pernah diduga dalam melayari pandemik COVID-19. Tidak pernah terlintas bahawa COVID-19 ini adalah ancaman dalam pentadbiran ekonomi dan pembangunan, kalau tak, silap tadbir boleh muflis negeri Johor. Nauzubillah. Inilah kebesaran Allah SWT dalam menghadapi pandemik ini, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Dato’ Hasni terpilih sebagai pemimpin mentadbir negeri Johor, inilah kehebatan nakhoda daripada Barisan Nasional dan ditemani oleh gabungan Parti Perikatan Nasional yang berjaya melayari pelayaran yang sukar ini. Yang Berhormat Tuan Speaker, rakyat Johor tidak pernah rugi mempunyai Menteri Besar yang amat prihatin terhadap rakyat selaras dengan pekerjaan asal seorang Jurutera yang hebat. Keseimbangan bangunan yang didirikan rupanya pereka bangunan, jalan dan ini

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 54

adalah tangan yang boleh mengorak, mentadbir, menyeimbangkan dan menenteramkan negeri bukan sahaja aman, maju malahan dapat mengatasi segala masalah dan rintangan. Setinggi tahniah kepada seluruh rakyat Johor tanpa mengira latar belakang, agama, bangsa, jantina dan ideologi politik, atau apa juga pekerjaan mereka, driver, peniaga, kurang berkemampuan, sederhana, anak muda, semuanya diberi hak dalam Belanjawan 2022 yang dibentangkan pada hari Khamis lalu. Yang Berhormat Tuan Speaker, sebagai rakyat Johor kita boleh nilai, bagaimana Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor amat memahami dan merasai apa yang rakyat hadapi hari ini. Pemimpin yang mentadbir kita hari ini adalah berperwatakan penyayang dan sedaya upaya ingin lihat rakyat sentiasa terbela. Yang Berhormat Speaker, Penawar yakin dan percaya bahawa banyak pihak dan organisasi boleh menarik nafas lega dengan pembentangan Belanjawan 2022. Bila seorang Yang Amat Berhormat Menteri Besar berani berdepan dengan belanjawan defisit untuk meneraju sebuah negara, negeri yang besar dalam keadaan mendapat mendepani pandemik COVID-19. Yang Berhormat Tuan Speaker, COVID-19 yang kita tidak tahu bila penghujungnya, esok, lusa, tahun depan atau mungkin 10 tahun yang mendatang, nauzubillah. Banyak inisiatif telah dirancang dan membantu dan mempergiatkan kebajikan rakyat bangsa Johor yang tercinta ini. Di kesempatan ini juga, Penawar ingin mengajak semua Ahli Dewan sekalian untuk sama-sama mengimbau kembali perjalanan belanjawan yang terdahulu, belanjawan-belanjawan yang dilakukan tidaklah mengkhususkan kepada mana-mana Ahli Dewan sekalian. Namun dengan rasa kasih sayang dan belas ihsan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor, pada tahun lepas beri semua ADUN peruntukan RM150,000.00 bagi menjadikan kita Wakil Rakyat bertanggung jawab kepada rakyat. Kehebatan Menteri Besar Johor tanpa ada perasan perkauman, pilih kasih, dendam, yang menyebabkan seluruh bangsa Johor menerima berbagai bantuan dan sentiasa dalam pandangan mata Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor sehingga orang sebelah kanan mendapat nikmat sama rasa, sama rata dengan ADUN kerajaan. Itu tak terima kasih lagi ke? Semasa perbahasan daripada sebelah kanan jangan lupa, ucapan jutaan terima kasih dan buat ikrar taat setia akan sama-sama kita mengharmonikan keadaan Dewan Negeri Johor ini nampak walaupun ada pembangkang, ada kerajaan tetapi kita bersatu seperti adik beradik. Tak ada duit, diberi duit, dah bagi duit, nak lagi. Jadi Ahli Mesyuarat Pembangunan Daerah, apa, bukan ada elaun tetapi dengan hati yang mulia, kali ini belanjawan kali ini, Yang Amat Berhormat telah meluluskan ataupun telah membentangkan supaya semua Ahli Dewan Negeri boleh duduk bersama dalam Mesyuarat Pembangunan Daerah. Memang pandai orang dulu-dulu berkata, buat perbidalan bagi betis, nak paha. Tahun ini, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor umum lagi dan beri lagi, bukan sahaja beri tapi dengan tambahan pula, tahun lalu RM150,000.00, tahun ini RM200,000.00 tak cukup RM200,000.00 ditambah lagi peruntukan perayaan, untung-untung. Menteri Besar Negeri Johor, sanggup berkorban membentang belanjawan defisit kerana beri pihak di sana peruntukan tetapi ingat sebenarnya itu untuk kepentingan warga rakyat Johor. Saya tak tahulah Tuan Speaker, Yang Berhormat Tuan Speaker, dapat ke tak, dia senyap aje. Nampak macam tak dapat, sebenarnya dia dapat berganda-ganda rupanya. YB Speaker : Ya ke Yang Berhormat? YB Dato’ Sharifah Azizah binti Dato’ Syed Zain (Penawar) : Saya tak tahulah, arwah ayah saya masa jadi ADUN, lama, masa itu DAP itu diwakili oleh Lee Kaw, saya rasa semua orang kenal, tapi dia tak pernah dapat peruntukan. Lee Kaw ni berpenggal-penggal jadi Wakil Rakyat di Kluang bukan sahaja ADUN malahan Ahli Parlimen, tapi dia tak pandai mengecek, dia tak pandai meminta, dia sendiri mempertarungkan nyawa dia kerana dia sedia berkorban untuk rakyatnya.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 55

YB Speaker : Masa tu, kenapa BN tak bagi pada dia, Yang Berhormat? YB Dato’ Sharifah Azizah binti Dato’ Syed Zain (Penawar) : Tak dengarlah, Tuan Speaker. YB Speaker : Masa tu, kenapa kerajaan tak bagi kepada Lee Kaw tu? YB Dato’ Sharifah Azizah binti Dato’ Syed Zain (Penawar) : Aha, masa tu kenapa kerajaan tak bagi, itu kemuliaan diorang lah, saya tak tahu nak cakap kenapa pula, saya nak tanya pun arwah bapa saya pun dah tak ada. Yang Berhormat Tuan Speaker, pantun saya kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, ikhlasnya menjadi budi, hidupnya terus berbakti, jiwanya tidak menguasai diri, untuk negeri yang dicintai. Saya harap masa Yang Amat Berhormat menggulung walaupun mungkin Yang Amat Berhormat tak ada, SETPOL ambil catitan, balas balik pantun saya ni, bukan senang orang Arab nak berpantun Tuan Speaker. Peruntukan ini adalah hak rakyat, jadi kembalikan kepada rakyat, Penawar yakin dan percaya bahawa setiap daripada kita telah diberi kepercayaan yang mutlak oleh masyarakat di kawasan kita. Yang Berhormat Tuan Speaker, selari dengan itu, ingin saya menjentik semua Ahli Dewan Undangan Negeri yang ada dalam Dewan yang mulia ini, gunakanlah sebaiknya peruntukan yang diberi ini untuk kebajikan, kemajuan, kemakmuran bangsa Johor. Jangan ada di antara kita yang menggunakan peruntukan tersebut untuk parti, kepentingan parti kalian dan ketepikan kebajikan bangsa Johor. Ingat, bukan untuk makan dan isi kocek sendiri, ianya untuk rakyat bangsa Johor, saya ulangi ianya untuk rakyat bangsa Johor. Pengundi Yang Berhormat walaupun dulu dia tak undi parti Yang Berhormat tapi ingat dia adalah rakyat Johor, dia adalah bangsa Johor. Jangan tinggalkan rakyat yang tidak menyokong kita, kerana mereka amat memerlukan. Yang Berhormat Tuan Speaker, ikut dan tauladanilah sikap terbuka dan keikhlasan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor. Inilah cara muafakat Johor yang sentiasa bersatu hati dalam menjaga kebajikan bangsa Johor. Nikmat ini kita tidak dapat rasai jika kerajaan sebelum ini yang memegang tampuk kepimpinan. Pantun kedua saya Yang Berhormat Speaker, tudung dikait berwarna merah, dipakai dara buat perhiasan, permata berkilau MB hadiahkan, jangan tuba diberikan balasan. Yang Berhormat Tuan Speaker, saya beralih kepada bidang pendidikan. Bidang pendidikan adalah satu bidang yang tidak boleh dipandang enteng oleh sesiapa sahaja. Kemenjadian dan kepimpinan anak bangsa akan terserlah apabila bidang ini berjaya, mencapai falsafah pendidikan seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Inisiatif yang dibentangkan ini amatlah baik dan perlu diperkasakan perlaksanaan dengan semaksimum mungkin, sebagai contoh program kaunseling dan motivasi seperti yang dinyatakan ini menjadi salah satu tunjang kepada pengurusan emosi anak-anak bangsa Johor yang terkesan dari segi mentalnya akibat pembelajaran dan pengajaran PdPR yang dilaksanakan secara maya. Jika dipetik melalui statistik yang dikeluarkan oleh tinjauan Kebangsaan Kesihatan Malaysia pada tahun 2019, hampir setengah juta rakyat Malaysia mengalami simptom tekanan yang melibatkan separuh daripada jumlah tersebut adalah individu yang berusia 14 tahun. Dengan inisiatif kerajaan negeri diharapkan kadar peratus dapat menurun daripada masa ke semasa. Oleh yang demikian, peruntukan yang di fokus pada pendidikan ini, perlulah dilaksanakan mengikut kepada pecahan yang telah dianjurkan. Pendidikan yang jitu kepada anak bangsa akan memberi impak yang positif pada masa depan negara. Yang Berhormat Tuan Speaker, Penawar juga menyeru supaya semua Ahli Dewan Undangan Negeri Johor bersama-sama berganding bahu, berganding tangan memantau

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 56

perjalanan perlaksanaan peruntukan pendidikan ini. Mungkin juga kita boleh menambah baik elemen-elemen baru ini sebagai contoh melantik beberapa badan yang berada dalam organisasi seperti pertubuhan wanita, pertubuhan puteri, pertubuhan pemuda, pertubuhan rukun tetangga dan sebagainya untuk turut sama terlibat secara langsung dalam merealisasikan inisiatif yang dirangkakan. Pecahan boleh dilakukan dalam memantau setiap pelaksanaan seperti modul Lindungi Permata Johor selari dengan itu pasti hubungan di antara masyarakat, pemimpin masyarakat dan Wakil Rakyat akan lebih kukuh dan harmoni. Yang Berhormat Tuan Speaker, izinkan Penawar mengolah kaedah pelancongan, ke arah pelancongan. Nama Penawar, bukan sahaja nama tempat itu, malahan nama Wakil Rakyatnya juga, satu nama yang tak asing bagi semua orang terutama dalam Dewan dan bagi Penawar, Bandar Penawar tidak asing bagi industri pelancongan dan kepada kita semua kawasan Penawar, sebut Penawar orang tak tahu, orang kenal Desaru, Penawar tu Desaru, Desaru tu Penawar. Merupakan salah satu kawasan yang menjadi pusat tumpuan pelancongan, dengar betul-betul EXCO Pelancongan. Disebabkan oleh keadaan geografinya yang mempunyai lautan yang terbentang luas. Oleh yang demikian, amatlah dekat bagi Penawar sebagai seorang yang terlibat secara langsung dalam bumi bertuah Desaru yang merupakan pusat pelancongan antarabangsa. Sebab itu bila Yang Amat Berhormat sebut peruntukan yang besar bagi sektor pelancongan bukan sahaja untuk-untuk EXCO mengagihkan malahan Penawar juga menumpang untungnya sebagai seorang yang bertanggungjawab untuk sama-sama mentadbir urus kawasan di bawah jajahan Kota Tinggi – Desaru maka sudah seharusnya Penawar menyambut baik inisiatif khas yang diumumkan oleh penggiat industri pelancongan dan rancangan sektor pelancongan negeri Johor. Bak kata pepatah, ‘kecil tapak tangan, lautan luas Penawar tadahkan’. Saya terima kasih dengan EXCO, EXCO tengok saya gitu. Maknanya dapatlah tu apa yang saya mohon ini. Inisiatif ini sebenarnya telah mengukir senyuman yang indah buat bangsa Johor terutamanya di kawasan Penawar. Walaupun tua tapi manis, kerana kedukaan telah diubati dengan suntikan semangat. YB Speaker : Yang Berhormat, biarlah orang lain yang puji. YB Dato’ Sharifah Azizah binti Dato’ Syed Zain (Penawar) : Lambat sangat. Zaman sekarang ekspres, zaman sekarang pakai TV, jalan. Jadi, kena angkat bakul, bakul angkat sendiri. Saya ulangi, kerana kedukaan telah diubati dengan suntikan semangat untuk keluar daripada kesengsaraan dek kerana COVID-19 yang menyebabkan sektor ini terjejas teruk. Yang Berhormat Tuan Speaker, peruntukan ini telah menjadi satu pemangkin kepada Penawar bagi mempertingkatkan, memperluaskan serta menjadikan lebih terkenal dengan sektor hab pelancongan yang mampu menjulang nama baik Johor. Izinkan Penawar menawarkan diri. Dah Penawar, tawar pulak diri. Tak dapat tak patut. Supaya pelancongan dalam kawasan Penawar bukan sahaja dibangunkan di kawasan sebelah Timur melalui Khazanah tapi perlu juga dibangunkan kawasan pelancongan kampung tradisi. Kita dah ada tempat, duit saja belum ada. Di kampung Tanjung Buai, yakni kampung tradisi di kawasan Penawar. Dan kawasan pelancongan yang kedua yang Penawar ingin menyuarakan ialah kawasan pelancongan Orang Asli di Kampung Sungai Layau. Dua kawasan ini mempunyai potensi dan keunikan tersendiri serta mempunyai ekosistem semulajadi yang mampu menarik pelancong dalam dan luar negara. Bagi merancakkan pelancongan di kawasan Penawar dengan peruntukan yang ada, ini perancangan pembangunan sektor pelancongan sebagai hab pengumpulan pelancongan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Yang Berhormat Tuan Speaker, harapan Penawar agar tahun 2022 memberikan ruang untuk Penawar terus menjadi pusat pelancongan yang berdaya maju dan sekaligus dapat menambah ekonomi orang kampung dan Orang Asli. Selain daripada itu, Penawar juga mohon peruntukan bagi membina restoran yang akan dikelolakan oleh pelajar-pelajar PDK dalam kawasan DUN Penawar. Tapak dah ada Yang Berhormat. EXCO tidak ada masalah,

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 57

duit sahaja bagi. Hanya tinggal duit untuk bangunan dan modal, lain semua akan diuruskan oleh PDK. Yang Berhormat Tuan Speaker, Perkara 6.2.9. berkenaan Belia. Penawar mencadangkan kepada kerajaan negeri agar memberi peruntukan kewangan terus kepada badan induk pertubuhan belia yang berdaftar secara sah seperti Majlis Belia Daerah, Majlis Belia Negeri. Ini penting, agar persatuan belia dapat memainkan peranan penting dalam mentadbir urus persatuan yang lebih efisyen dan cekap sehubungan dasar kepimpinan belia selaras dengan Akta 6648 Pindaan 2019. Penawar juga ingin menyarankan kepada Yang Berhormat EXCO Belia, pandang dan teliti semulalah had umur menjadi ahli belia 30 tahun. 30 tahun lelaki baru nak matang, dah kena berhenti jadi belia. Dia baharu sahaja nak membetulkan kedudukan, lepas habis belajar, kedudukan hendak berkahwin dan sebagainya baharu nak belajar jadi pemimpin, dah disuruh berhenti kerana umur dah 30 tahun. Jadi Penawar mengharapkan perlu dikaji semula supaya had umur ini dikekalkan sehingga 40 tahun kerana sesuai bagi orang muda untuk bergiat aktif dalam persatuan setelah mereka selesai mengurus tadbir diri mereka sendiri. Bak kata pepatah Inggeris, ‘mens begin at 40’, dengan izin. Bagi memantapkan peranan belia sebagai pelbagai pemimpin dan agen perubahan pada masa akan datang. Mencadangkan agar kerajaan negeri juga menjemput wakil belia sebagai Ex-Officio bukan sahaja pihak di sana, belia juga harus diketengahkan supaya mereka tahu bagaimana menguruskan pentadbiran negara, setelah kita tidak ada nanti. Sekarang jangan ambil, setelah kita tidak ada. Dalam organisasi pentadbiran daerah, seperti Jawatankuasa Tindakan Daerah, ini penting agar segala permasalahan yang melibatkan kepentingan belia dapat diselesaikan lebih tuntas dan secara tidak langsung kepimpinan belia faham tentang pentadbiran daerah dan segala bentuk perancangan supaya mereka lebih bersedia untuk mengambil bahagian dalam sesuatu perancangan pihak kerajaan. Yang Berhormat Tuan Speaker, rupanya lama lagi rupanya Tuan Speaker. Saya tengok baru 23 minit. YB Speaker : Kalau, kalau dah habis point berhenti sajalah. YB Dato’ Sharifah Azizah binti Dato’ Syed Zain (Penawar) : Kenapa? YB Speaker : Teruskan. Teruskan. YB Dato’ Sharifah Azizah binti Dato’ Syed Zain (Penawar) : Belum, mana boleh berhenti. Saya merujuk kepada Perkara 6.2.1. Johor Tani. Umum mengetahui bahawa pelbagai kemudahan dan peruntukan disediakan oleh agensi kerajaan mahupun swasta dalam mendepani isu dan permasalahan yang terdapat di negeri Johor dan khasnya DUN Penawar. Ramai penduduk di kawasan Penawar yang mengadu bagaimana cara untuk mendapatkan bantuan dari segi peruntukan untuk bercucuk tanam. Oleh hal yang demikian, sebagai ADUN menjadi kewajipan Penawar membawa suara rakyat terutama suara Anak Muda Johor dalam menyelesaikan permasalahan ini. Pertama, di Penawar terdapat beberapa kawasan pertanian. Isu yang penawar cuba bangkitkan adalah supaya agensi dalam kawasan Penawar terutama berkaitan dengan pertanian seperti KEJORA, Pertubuhan Peladang, Jabatan Pertanian dapat membantu dan membimbing rakyat kawasan Penawar bagi merealisasikan harapan penduduk yang membangunkan perniagaan berasaskan pertanian dengan menyewa dan memajakkan tanah mereka, mewartakan ataupun menawarkan tanah mereka kepada golongan muda yang tidak diguna pakai oleh mana-mana agensi kepada orang Penawar khasnya Orang Muda Johor untuk diusahakan.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 58

Kedua, diharapkan agensi-agensi yang menawarkan pajakan tanah dapat mengkaji semula dan kaedah yang sesuai bagi memastikan golongan-golongan yang menceburkan diri terutamanya anak muda dalam bidang pertanian tidak tertekan dek kerana bayaran pajakan yang saya rasa keterlaluan. Ketiga, jangan tawarkan khusus kepada golongan kayangan yang mampu untuk memiliki kawasan tersebut. Yang keempat, di samping itu, agensi-agensi yang menawarkan sewaan dan pajakan tanah ini perlu membuat kajian latar belakang pemohon bagi memastikan tiada pihak ketiga yang akan mengambil kesempatan di atas tawaran dan kemudahan yang diberikan. Kelima, di samping itu, pihak Pertubuhan Peladang juga boleh membantu petani-petani dalam mengembangkan sektor pertanian mereka. Saya sedar, Pertubuhan Peladang mempunyai tugasan mereka, namun Pertubuhan Peladang juga boleh membimbing usahawan-usahawan yang ingin menceburkan diri dalam bidang pertanian dengan cara mengadakan program Mentor dan Mentee. Ini tidak dapat dinafikan ramai usahawan-usahawan yang berjaya di bawah bimbingan beberapa agensi. Diharapkan agensi-agensi yang terlibat perlu membuat pengkhususan yang lebih dalam bagi memastikan setiap perancangan yang terancang membuahkan hasil yang positif. Keenam, baru-baru ini Kementerian Kewangan telah mengumumkan sebanyak RM34 juta kepada negeri Johor bagi sektor pertanian dan industri asas tani. Bagi melaksanakan Program Jalinan Bekalan Makanan melalui Jana Semula Ekonomi Negara menerusi pelan ini sebanyak RM16 juta diperuntukkan kepada Jabatan Pertanian Johor. Dengan adanya peruntukan ini, diharapkan pihak kerajaan khususnya agensi yang terlibat dapat memperkasakan sektor pertanian sebagai Zon Pengeluaran Makanan Negara dan Food Security bagi negeri Johor. Ketujuh, saya mengharapkan agensi yang terlibat, sebulat suara membantu mereka dalam mengembangkan projek pertanian mahupun mereka yang baharu menceburkan diri dalam bidang pertanian. Yang Berhormat Tuan Speaker, Penawar merujuk Perkara 6.2.3. Johor Niaga. Sekalung terima kasih Penawar kepada Belanjawan Johor di bawah cetusan ilham Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor. Di atas keprihatinan membantu penjaja, peniaga kecil serta PKS dengan pengecualian bayaran pembaharuan lesen, sewa premis dan sebagainya di bawah agensi kerajaan. Terima kasih kepada agensi seperti MARA, PBT dan sebagainya, walaupun mereka dapat pulangan kembali daripada kerajaan negeri. Jika ada peniaga yang baharu mula bertatih, agensi tersebut perlu membantu dan memberikan tunjuk ajar dari zero ke hero. Dalam masa yang sama, Penawar mengharapkan agar peniaga kecil yang berpayung tidak diabaikan. Ada kemungkinan ini adalah tapak permulaan mereka melalui kehidupan baharu selepas COVID-19 ini. Yang Berhormat Tuan Speaker, Penawar merujuk kepada Perkara 6.2.4.3 Jalan Raya Dan Jambatan. Penawar tidak terlepas daripada masalah infrastruktur maka Penawar merayu agar peruntukan RM900,000.00 bagi membina lampu simpang dan sebagainya, jangan ditinggalkan Penawar. Banyak kawasan N38 memerlukan peruntukan ini. Jangan diabaikan walaupun kita jantina lain, tetapi keutamaan adalah untuk rakyat negeri Johor. Merujuk kepada Perkara 6.2.4.4. Program Khas Rumah Johor. Penawar mengharapkan supaya Rumah Generasi Kedua kepada anak FELDA yang telah diluluskan di FELDA Air Tawar 4, FELDA Air Tawar 5 dan FELDA Sungai Mas berkenaan perumahan kerajaan negeri telah memberikan kelulusan supaya mereka-mereka ini juga diberikan sama seperti mereka-mereka yang duduk di luar FELDA. Fikirkanlah, bagaimana cara untuk membantu mereka yang tidak mampu untuk membayar premium tanah dan kemudahan asas infra seperti jalan raya, api, air dan ada di antara anak generasi ini terdiri daripada golongan B40

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 59

dan M40. Maka mereka tidak boleh ambil loan, banyak sangat sekatan-sekatan yang akan dikenakan kepada mereka. Adalah cantik kalau mereka ini diberi ruang untuk mendapat bantuan Program Khas Rumah Johor. Yang Berhormat Tuan Speaker, bagi pembangunan dalam FELDA perlu dilakukan back up plan untuk generasi kedua, ketiga, jika projek Rumah Generasi Baru FELDA gagal. Maka, kerajaan negeri melalui EXCO Perumahan boleh ambil alih dengan mendirikan rumah teres daripada rumah sebuah-sebuah yang akan diberikan kepada generasi kedua. Yang Berhormat Tuan Speaker, akhir kalam, izinkan Penawar menyuarakan beberapa cadangan untuk kesejahteraan, kemakmuran dan keperluan masalah serta pembangunan dalam kawasan DUN N38 Penawar. Pertama, pembangunan kawasan DUN Penawar. Bangunan sekolah agama kedua, YB EXCO Agama. Bangunan sekolah agama kedua bagi Bandar Penawar perlu dibina segera memandangkan sekolah agama sedia ada tidak boleh lagi menampung kepadatan pelajar. Maklumlah orang FELDA tidak ada kerja masa COVID, faham-faham sajalah. Memandangkan pertumbuhan ekonomi yang pesat di kawasan Bandar Penawar, maka perlu kemudahan seperti bangunan hab perniagaan dan kemudahan perkhidmatan seperti Bangunan Arked MARA bagi menempatkan agensi-agensi perkhidmatan yang boleh memudahkan masyarakat berurusan. Selain daripada itu untuk destinasi pelancongan perlu ada gerai-gerai perniagaan di tepi jalan utama untuk memudahkan pelancong dari luar membeli juadah makanan dan barangan. Yang Berhormat Tuan Speaker, wujudkan, Penawar juga mencadangkan untuk mewujudkan pusat pemakanan medan ikan bakar, pusat memancing, maklumlah baru bermalam di Melaka terasa teringin macam mana keadaan Melaka, ikan bakar dibuat. Terasa teringin macam mana teraturnya kedai mereka, begitulah keinginan ADUN Penawar. Penawar juga mengharapkan pembinaan segera kampus luar Universiti Teknologi Mara di tanah UTM di Jalan Balau, supaya benda ini dapat disegerakan. Marilah sama-sama kita mendoakan agar sahabat kita Yang Berhormat Kempas diberikan kekuatan dalam menempuh dugaan. Semoga Allah SWT memberikan kesembuhan kepada Yang Berhormat Kempas. Apa bantuan yang boleh kerajaan negeri beri kepada kakitangan dan penjawat awam negeri Johor yang mempunyai suami isteri atau anak OKU yang tidak dapat elaun daripada JKM? Ini adalah kerana, dia memang kadang-kadang grednya baik, gajinya pun baik tetapi tanggungannya sehingga mereka terpaksa mencari jalan lain untuk membantu keluarga terutama keluarga yang mempunyai suami yang terlantar ataupun anak-anak OKU. Penawar juga mengambil kesempatan ucap terima kasih kerana Yang Amat Berhormat Menteri, Yang Amat Berhormat Menteri Besar memberi bonus, bonus setengah bulan gaji pada kakitangan awam tapi saya tak dengar, ADUN-ADUN dapat ke? Tak berani dia orang jawab Yang Berhormat Tuan Speaker. Penawar ingin mencadangkan benda ini adalah perkara yang baik tapi harus dipenambahbaikkan. Penawar mencadangkan supaya mereka ini juga diberikan elaun khas cermin mata setiap tiga tahun sekali sebagaimana syarikat-syarikat GLC buat kepada kakitangan mereka. Akhir sekali, saya dengan rasa rendah diri dengan penuh penghormatan dan penghargaan mengucapkan setinggi terima kasih kepada semua frontliner, anggota keselamatan, kesihatan, penghantar makanan dan seluruh yang terlibat setiap hari berdepan risiko COVID-19 demi menjaga kesejahteraan rakyat. Dan dengan bangganya COVID-19 negeri Johor dapat dikawalkan. Yang Berhormat sahabat-sahabat sekalian, marilah kita bertungkus lumus menjalankan tugas rasmi kita sebagai orang yang dipilih dalam PRU-14. Kita lupakan permasalahan antara parti dan kita teruskan usaha untuk membantu sehabis baik. Pengundian telah memberi undi dan amanah kepada kita. Pantun yang ketiga dan keempat sebelum saya duduk. Biar pendiam tapi berisi, biar berkata tanpa isi, biar usaha menjadi bukti, itulah Hasni nama diberi. (Ketawa).

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 60

YB Speaker : Lain macam aje. YB Dato’ Sharifah Azizah binti Dato’ Syed Zain (Penawar) : Nak puji Yang Berhormat Tuan Speaker, tak berapa kenal, tak berani. Sungguh cantik kain pelikat, raginya halus dibentang lebar, janji pemimpin berjiwa rakyat, kritikan pembangkang, tetap bersabar. Dengan ini Penawar mencadang supaya Rundingan Belanjawan Johor 2022, “Memperhebat Kesejahteraan Johor”, yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor pada 18.11.2021 disokong oleh semua pembahas kita, sekian, wabillahitaufik walhidayah. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih. YB Speaker : Terima kasih kepada Penawar dengan pantun-pantunnya ye. Seterusnya saya persilakan Johor Lama. 15 minit. YB Tuan Haji Rosleli bin Jahari (Johor Lama) : Berapa minit Yang Berhormat Tuan Speaker ?. YB Speaker : 15 hingga 20. 15 hingga 20. Ya? YB Tuan Haji Rosleli bin Jahari (Johor Lama) : Eh, bukan saya menyokong ke ucapan. YB Speaker : Saya sebut tadi 15 hingga 20. Silakan, silakan. YB Tuan Haji Rosleli bin Jahari (Johor Lama) : Bismillahirrahmaanirrahim. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor, Yang Berhormat-Yang Berhormat, Tuan-tuan, puan-puan yang dihormati sekalian. (Bacaan doa). Buat pertamanya patik merafak sembah menjunjung kasih dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim sempena sambutan ulang tahun hari keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada hari esok 22 November 2021. Patik berdoa semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Permaisuri Johor dilanjutkan usia dalam keafiatan dan sentiasa berada dalam limpahan rahmat dan keampunan Allah SWT. Semoga dibawah naungan Tuanku negeri Johor bertambah aman makmur dan sejahtera. Daulat Tuanku. Yang Berhormat Tuan Speaker, bersyukur saya kehadrat Allah SWT kerana pada hari Khamis 18 November 2021, Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah berjaya membentangkan Belanjawan Negeri untuk tahun 2022 dengan penuh yakin dan beriltizam. Johor Lama menyifatkan belanjawan ini sangat bersesuaian dengan situasi pada ketika ini. Di mana dalam tahun semasa ini, telah berlaku suatu perubahan yang amat besar dan ketara dalam kehidupan setiap daripada kita. Sama ada seseorang itu yang kaya raya, seorang yang hidupnya senang, seseorang yang sederhana, apatah lagi kepada seorang yang miskin. Seorang ibu tunggal, seorang ibu tua dan tiada pendapatan langsung. Semua di kalangan kita, di kalangan mereka menghadapi saat sukar dan amat menyulitkan. Begitu juga pada pandangan saya dengan pendapatan negeri kita mungkin suatu ketika dulu, bila mana semua sektor bergerak dengan maju dan berjaya. Sektor pelancongan mengamit pelancongan, mengamit pelancong dari serata dunia. Sektor perniagaan makanan semuanya berkembang. Sektor peruncitan, sektor perkilangan semuanya berdaya saing. Kita memiliki simpanan tabungan dan baki kewangan yang mencukupi dan melimpah ruah tetapi kini kejayaan indah ini perlu diteroka semula, perlu dibangkitkan semula. Perlu digerakkan semula dengan apa cara sekalipun. Walaupun dengan merangkak tapi saya amat yakin berkat kerjasama semua pihak khasnya dari penjawat awam, Wakil-Wakil Rakyat dan seluruh masyarakat Johor. Dan seluruh masyarakat, Johor akan kembali ke landasan yang tepat dan sewajarnya.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 61

Justeru tidak hairanlah dan amat munasabah pada pandangan saya, bila Yang Amat Berhormat Menteri Besar membentangkan belanjawan yang bersifat defisit untuk tahun 2022. Pendirian Yang Amat Berhormat dan kerajaan yang berterus terang di dalam menyatakan keupayaan kerajaan pada hari ini sangat dipuji. Kerana ianya lebih baik berketulusan ini dipamerkan, ditunjukkan agar rakyat mengetahui dengan jumlah kewangan, jumlah tabungan dan jumlah pendapatan yang terbatas dan terhad ini namun kerajaan masih mampu menguruskan sebuah negeri yang mempunyai penduduk yang ramai dan tanggungjawab yang juga besar. Walau bagaimanapu,n kita melihat bahawa unjuran hasil dan pendapatan kerajaan dengan perbelanjaan tidak dapat diseimbangkan memandangkan untuk memperhebatkan kesejahtaraan rakyat, kerajaan perlu mengeluarkan sejumlah perbelanjaan yang agak besar. Yang Berhormat Tuan Speaker, raja dan rakyat berpisah tiada. Masalah rakyat dikongsi bersama. Rakyat mengangkat sistem beraja, negeri Johor makmur sejahtera. Sejarah kepimpinan Johor yang panjang meletakkan Johor sebagai sebuah negara yang mencapai berimpak tinggi dan diteladani oleh banyak negeri, wilayah khususnya di alam Melayu. Hari berganti hari, peralihan masa menyebabkan Johor tidak terkecuali dari menghadapi pelbagai cabaran. Perubahan semasa dunia menjadikan Johor terkesan terutamanya pandemik COVID-19 dan merancakkan varian baru dan melemahkan sosio ekonomi masyarakat. Hidup mesti diteruskan, pandemik COVID-19 perlu ditangani. Syukur alhamdulillah kerajaan Johor berjaya menangani dengan kadar penerimaan vaksin yang tinggi dan kadar pematuhan SOP yang meningkat. Tahniah di atas pengorbanan warga barisan hadapan frontliners. Justeru dalam usaha untuk memulihkan ekonomi sekaligus akan mensejahterakan ekonomi rakyat. Kerajaan telah mengambil langkah pendekatan emphasize dalam usaha mendorong memberi inspirasi, motivasi, insentif dan momentum untuk memasarkan kepada belanjawan yang berfokus. Pertama, memperkasa perlindungan sosial dan pemerdayaan modal insan. Kedua, mempertingkatkan jaminan bekalan makanan Johor. Ketiga, memperluaskan pendigitalan. Keempat, memperbaharui ekosistem pelaburan dan ekonomi hijau. Strategi kerajaan Johor yang saya dapati ialah mengoptimumkan segala sumber yang ada kepada kerajaan negeri. Yang kedua belanjawan hari ini berkonsep counter cyclical spending, ke arah pemulihan ekonomi secara beransur-ansur. Dan, Johor bakal mendapat peruntukan dari kerajaan persekutuan yang dianggarkan sebanyak RM4.6 bilion sebagai perbelanjaan Rolling Plan, Rancangan Malaysia Ke-12 yang melibatkan projek-projek pembangunan dan infrastruktur. Dengan ini Belanjawan Johor 2022 adalah belanjawan mengembang dalam usaha menjayakan pelbagai inisiatif dalam merealisasikan objektif belanjawan kerajaan negeri yang tidak bersendirian. Kerajaan menggunakan konsep Muafakat Itu Berkat. Dalam usaha bekerjasama mengembeling tenaga untuk menjayakan Pelan Pembangunan Ekonomi. Untuk merealisasikan belanjawan dan memastikan prinsip semangat pendemokrasian kerajaan banyak memberi inisiatif dalam pelbagai bidang. Contohnya, dalam bidang politik. Kerajaan bersetuju bahawa semua Wakil Rakyat, sama ada wakil kerajaan atau pun wakil pembangkang akan menerima peruntukan tetap sebanyak RM200,000.00 dan tambahan RM50,000.00 untuk sambutan perayaan dan sebagainya. Di sini saya ingin mencadangkan supaya peruntukan ini bolehlah diberikan terus kepada Wakil-Wakil Rakyat dan dapat menyampaikan sumbangan kepada penerima NGO dalam bentuk sumbangan wang tunai atau pun geran sama ada RM1,000.00, RM2,000.00 atau RM3,000.00. Dan mungkin peruntukan-peruntukan kecil, Wakil-wakil Rakyat boleh memanjangkan kepada PBT atau pun Pejabat Daerah sebab jika RM200,000.00 ini diberikan kepada Wakil Rakyat tetapi dalam masa yang sama Wakil Rakyat meluluskan peruntukan contohnya RM10,000.00 untuk sekolah dan sebagainya tetapi projek-projek ini diuruskan oleh Pejabat Daerah sedangkan kita sebagai Wakil Rakyat tidak tahu bagaimana prosesnya dan kita tahu

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 62

kebanyakan peruntukan ini tidak sampai keseluruhannya kepada rakyat. Baru-baru ini kita dengan, bahawa kalau RM10,000.00, 30% dah dicukai oleh pembekal atau pun kontraktor. Jadi maksud saya, duit kerajaan yang diberi kepada kita tidak sampai sepenuhnya kepada rakyat. Jadi Ahli-Ahli Yang Berhormat juga diamanahkan dalam ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk mengenepikan sentimen politik assabiyah dan mengamalkan sikap minda terbuka secara berlapang dada demi kesejahteraan rakyat. Saya bersetuju di peringkat daerah juga, semua Yang Berhormat Pembangkang dijemput untuk menyertai Mesyuarat Tindakan Daerah. Jelas di sini bahawa Yang Amat Berhormat Menteri Besar mementingkan kesejahteraan rakyat dari isu-isu dan masalah lain yang remeh temeh yang tidak berkaitan dengan kesejahteraan rakyat. Di sini, saya ingin menegaskan marilah kita bersama-sama untuk menolak segala anasir buruk dari luar yang cuba menghasut, mencabar serta mengadu domba perjalanan perlaksanaan kerajaan kita pada hari ini. Ibarat peribahasa, gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah. Ni, pemimpin besar bergaduh, rakyat pula yang akan menerima kesusahan. Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam bidang ekonomi pula saya melihat bahawa kerajaan negeri beriltizam menjadikan negeri Johor sebagai hab makanan untuk pasaran domestik, serantau dan antarabangsa dengan membangunkan Industri Agro Makanan Johor yang mampan dan berdaya saing. Kerajaan Johor mencadangkan melalui Perancangan Ekonomi Negeri Johor akan memperkasakan pelaksanaan program zon pelaburan makanan, zon tanaman makanan dan taman kekal pengeluaran makanan di seluruh negeri Johor. Inspirasi Yang Amat Berhormat Menteri Besar memperkasakan perlaksanaan hab makanan dan perlunya kerajaan menyimpan makanan ada kaitannya dengan al kisah Nabi Yusuf AS, yang mentafsirkan mimpi kaumnya dan daripada takwil mimpi itu Nabi Yusuf mengatakan agar kamu bercucuk tanam tujuh tahun berturut-turut sebagaimana biasa, kemudian apa yang kamu tuai hendaklah kamu membiarkan di tangkainya untuk kamu makan, kemudian setelah itu akan datang tujuh tahun yang sangat sulit yang menghabiskan apa yang kamu simpan, untuk menghadapi tahun sukar kecuali sedikit daripada apa yang kamu simpan. Ini merupakan jaminan yang baik, yang diilhamkan oleh pihak kerajaan oleh Yang Amat Berhormat untuk mengesan permasalahan yang akan dihadapi pada masa hadapan. Ianya juga memberi impak besar untuk rakyat tempatan dan kawasan persekitarannya. Kerajaan mengambil langkah dengan memperluaskan pendigitalan Johor sebagai aktiviti seharian dan gaya hidup norma baru secara dalam talian termasuk aktiviti perniagaan. Keadaan ini dapat memperkukuhkan dan berkeupayaan menjalankan mandat, misi dan sasaran. Tidak kira di bandar atau di desa perniagaan secara online yang menggunakan Internet dan talian mudah alih semakin menjadi pilihan. Tak kiralah seorang remaja atau orang dewasa, perniagaan seperti ini menjadi trend yang cukup luar biasa. Manakala pelajar sekolah yang menggunakan dan talian telefon semasa PdPR memerlukan pembukaan lebih banyak pencawang yang perlu dibangunkan dengan segera contoh di kawasan saya, masalah di Gugusan Lok Heng dan persekitaran Sungai Johor kelembapan Internet ini telah mengganggu proses PdPR hampir selama 2 tahun dan juga peniaga-peniaga yang menggunakan talian. Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam bidang ekonomi juga kerajaan telah memperkasakan perlindungan sosial dan membudayakan modul insan kepada semua lapisan masyarakat terutama golongan belia dan wanita. Perlindungan ini sebagai persediaan terutama pada waktu kritikal. Kerajaan amat terkesan untuk memperbaiki keadaan ekonomi rakyat terutama masyarakat luar bandar melalui projek ekonomi rakyat dan kumpulan sasar. Melalui projek ini dapat memberi peluang pekerjaan dan sektor tani secara kecil-kecilan kepada komuniti setempat tanpa mengira kaum, gelandangan dan OKU. Kerajaan Johor berusaha merancakkan lagi aktiviti pelaburan di Johor untuk menarik pelaburan pelabur-pelabur luar.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 63

Sehubungan dengan itu, kerajaan negeri akan merangka road map ekonomi hijau dan Johor Green Deal pada tahun hadapan. Johor amat menitikberatkan pertumbuhan ekonomi yang menekankan aspek pemeliharaan alam sekitar. Jadi, saya bila sebut soal alam sekitar ni, saya memohon kepada pihak BAKAJ ataupun pihak yang bertanggungjawab untuk meluluskan beberapa projek di persisiran sungai khasnya di kawasan Loji Lok Heng. Saya dapati pihak BAKAJ dan FELDA telah meluluskan satu kawasan untuk perlombongan pasir. Sedangkan pihak BAKAJ dan FELDA sendiri tahu bahawa kawasan Lok Heng merupakan kawasan yang kritikal dengan masalah air. Dua bulan yang lepas, empangan untuk pengaliran sisa air perlombongan pasir ni telah pecah dan masuk ke kawasan loji. Jadi adakah pihak BAKAJ tidak memikirkan masalah rakyat sedangkan mereka tahu kawasan Lok Heng ini memang menghadapi masalah air yang sangat teruk. Yang Berhormat Tuan Speaker, Johor merupakan sebuah negeri yang terlibat yang secara langsung dengan pelancongan untuk memantapkan bidang ini kerajaan telah melaksanakan beberapa inisiatif bagi mempergiat industri pelancongan dan rangsangan sektor pelancongan, jadi termasuk di Kota Tinggi. Kota Tinggi setiap minggu pada hari ini ramai rakyat yang berkunjung ke daerah Kota Tinggi. Kota Tinggi memiliki pantai dan lautan yang luas, sungai dan sejarah, gunung dan air terjun dan juga tempat yang selamat untuk para pekerja tinggal di Kota Tinggi. Rungutan daripada pelancong yang datang ke Desaru, ke pantai-pantai ini dan juga pekerja-pekerja yang berulang alik dari Kota Tinggi ke Johor Bahru, menghadapi dan berdepan dengan sekatan jalan raya. Kalau pekerja setiap hari sekatan jalan raya yang diadakan di PULADA ataupun di Jambatan Desaru – Senai yang terkadang memakan masa yang agak lama dan meletihkan. Mungkin pihak keselamatan ada cara lain yang lebih efisien, lebih profesional untuk membanteras penyeludupan manusia ataupun PATI dan jenayah di Kota Tinggi ataupun menyediakan lorong khas kepada pekerja yang mempunyai sticker yang dikeluarkan oleh pihak Polis dan juga kepada pelancong-pelancong supaya perjalanan mereka tidak disekat dan dihalang. Yang Berhormat Tuan Speaker, menurut Mutiara Saujana, jika ingin melihat masa hadapan sesebuah negara, lihatlah remajanya pada hari ini. Ada bekas-bekas pemimpin negara jiran kita pernah mengucapkan, mengungkapkan berikanlah saya 10 belia waja nescaya akan saya gegarkan dunia. Remaja berkualiti dapat memperkasakan kegemilangan nusa dan bangsa. Langkah kerajaan mensasarkan 1.5 juta golongan belia dan memperuntukkan RM42.5 juta untuk melaksanakan inisiatif menyokong penglibatan dan pembangunan sektor ekonomi dan belia. Johor amat prihatin terhadap memastikan kesejahteraan rakyat memberi tumpuan kepada lapisan masyarakat, meliputi kumpulan rentan, kanak-kanak, wanita, warga tua dan Orang Kurang Upaya. Saya amat tertarik pendekatan baru Yang Amat Berhormat untuk membantu anak-anak yatim piatu yang kehilangan kedua ibu bapa mereka akibat COVID-19 dengan memberi pelbagai bantuan dan sokongan. Rasullullah SAW memberi jaminan, bahawa pahala menyantuni anak yatim adalah setaraf dengan pahala dengan orang yang berjihad bersama dengan bangun di waktu malam bertahajud dan berpuasa di siang hari, kemudian dilanjutkan dengan berjihad ke jalan Allah SWT. Semua orang yang selalu berbuat kebajikan dengan cara menyantuni anak yatim, mereka akan mendapat pahala yang sangat besar tidak hanya saat hidup di bumi namun juga saat di akhirat nanti. Keprihatinan Johor melalui Program COMB (Mencari Orang Memerlukan Bantuan) memberikan ruang dan usaha, tidak duduk diam untuk terus membantu ini merupakan satu usaha yang baik lebih lagi kepada masyarakat yang terkesan pandemik COVID-19 yang menjadikan rakyat miskin tegar dalam sekelip mata. Saya berpandangan program e-Kasih tidak valid lagi untuk golongan ini pada masa kini, sebenarnya masih ramai yang tidak didaftarkan secara rasmi dan tahap kemiskinan dan kemampuan mereka tidak dapat diukur dengan tepat akibat ada yang kehilangan pekerjaan tiba-tiba, ada yang kematian ketua isi rumah secara mengejut akibat COVID-19.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 64

Kebanyakan rakyat memerlukan bantuan secara dalam bentuk wang tunai antaranya Bantuan Kasih Johor, bantuan awal persekolahan, skim bantuan pendidikan dan pinjaman pelajaran. Kerajaan berjaya memberi bantuan dan dapat meringankan bebanan rakyat yang terhimpit. Kesimpulannya, agenda kerajaan amat prihatin ini membantu memulih dan memperhebatkan semula sektor ekonomi secara menyeluruh ibarat pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Mendepani kehidupan terlalu banyak cabaran, kalau tidak pandai mengatur. Hidup tidak jadi tersasul, lebih baik hidup berdikari tidak melebihi kemampuan diri. Terlalu memanjangkan harapan, itulah yang banyak mengecewakan. Terlalu tinggi kita mendaki, menjadikan kita lupa diri. Orang bijaksana selalu waspada, lebih suka memenuhi ilmu di dada. Lebih baik banyak diam, daripada berkata memudaratkan. Elak dari hasad dengki itulah yang merosak diri. Kita hidup dalam masyarakat, biar ringan tulang empat kerat. Bila kita berjiran tetangga, ambil cakna tegur sapa. Susah senang bala menimpa, jiranlah pertama beri kerjasama. Biar lebih banyak memberi, itulah membahagiakan akan diri, agar hidup dalam berkat hendaklah selalu nasihat menasihat, Quran hadis teman terdekat, insya-Allah hidup dalam hidayat. Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon menyokong Belanjawan Negeri Johor 2022. Sekian, wabillahi taufik walhidayah wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. YB Speaker : Terima kasih kepada Johor Lama, seterusnya saya mempersilakan Bukit Batu, jemput. YB Tuan Jimmy Puah Wee Tse (Bukit Batu) : Terima kasih Tuan Speaker. Salam sejahtera, salam cara Johor. Pertama, izinkan saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Speaker, kerana benarkan saya untuk berucap kepada sesi pagi ini, kita pun tidak tahu ada berapa peluang lagilah untuk ucap kat Dewan ni memandangkan keputusan Melaka semalam, mungkin pilihan raya pun tak lama lagilah. Kemungkinanlah eh. Tuan Speaker... YB Speaker : Yang Berhormat nak cepat ke nak lambat? YB Tuan Jimmy Puah Wee Tse (Bukit Batu) : (Ketawa). Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam Dewan ni kita ada 56 orang Ahli, Wakil Rakyat, Yang Berhormat, yang telah dipilih oleh rakyat untuk masuk dalam Dewan ni, untuk membawa isu-isu dan suara rakyat dalam Dewan yang mulia ini. Ini adalah salah satu tanggungjawab yang penting, yang dipikul oleh sesiapa yang dilantik sebagai Wakil Rakyat. Selain daripada itu, 56 orang Ahli ini juga memikul satu tanggungjawab iaitu daripada 56 orang ni, salah seorang akan mendapat kepercayaan majoriti untuk dilantik sebagai Menteri Besar Johor dan seterusnya tubuhkan kerajaan negeri yang baru. Ini adalah termaktub di klausa 4 Bab 2 dalam Rang Undang-Undang Pertubuhan Negeri Johor, Law Of The Constitution Of 1895. Biasanya dan memang umumnya selepas merdeka, cara pelantikan ni adalah sama, adalah umum, iaitu kita undi pilihan raya, lepas pilihan raya, pihak parti atau gabungan politik yang menang akan tubuhkan kerajaan yang baru itu lazimnya, itu umum, sejak merdeka itulah caranya. Dan, kali terakhir ye sistem ini digunakan adalah pada 9 Mei 2018. Bila rakyat Johor telah memilih gabungan Pakatan Harapan untuk membentuk kerajaan baharu di negeri Johor. Tapi malangnya, amalan ini telah tiba-tiba stop bila atas pengkhianatan, atas sikap-sikap ahli politik tertentu. Orang yang telah dipilih oleh rakyat atas bendera Parti Keadilan Rakyat, atas platform Pakatan Harapan telah membuat pengkhianatan bukan sahaja kepada parti, bukan sahaja kepada rakan kerja, bukan sahaja kepada kawan tetapi kepada rakyat dan telah membentuk satu kerajaan lagi baharu, yang sekarang ada ini pada awal Mac 2020. Saya tidak pernah, saya tidak pernah dispute, sama adakah kerajaan sah atau tidak. Dia memang sah, dia telah dilantik dalam peruntukan ini. Itu satu kerajaan yang sah tetapi

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 65

hakikatnya kita ada sebuah kerajaan yang legitimasinya selalu diragui dan di mana hasil daripada pengwujudan kerajaan sebegini tanpa melalui pilihan raya, tidak macam Melaka semalam, saya respect. Tahniah kepada Barisan Nasional kerana dia menang dalam peti undi, kita respect. Tanpa peti undi ini dia diragukan dan hakikatnya pengkalah, the biggest loser ialah rakyat dan demokrasi. Tengoklah semalam, berapa orang sahaja yang keluar untuk undi di Melaka. Kurang daripada 65% berbanding dengan PRU Ke-14, 85%. Maknanya rakyat ni dia sudah muak dengan politik, muak dengan ahli-ahli politikus dan tidak ada keyakinan dengan sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia sejak merdeka. Itu satu perkara yang sangat penting. Saya tidak kisah, akhirnya, hakikatnya siapa menang. Tapi saya harap rakyat boleh ada keyakinan dalam sistem, sekurang-kurangnya untuk keluar dan undi pilihan dia. YB Speaker : Bukan mereka takut COVID ke Yang Berhormat? Tak nak keluar. YB Tuan Jimmy Puah Wee Tse (Bukit Batu) : Tidak. Kalau tengok jumlah pengundi yang keluar itu yang rendah, saya rasa COVID mungkin salah satu faktorlah. Saya tidak kata tidak tetapi lebih kepada keyakinan. Tengoklah selepas langkah Sheraton. Saya rasa malulah saya nak cakap di sini. Saya sudah 2 penggal. Ramai antara kita ini sudah dua ada penggal. Sana ada tiga, ada empat penggal. Dulu kita Yang Berhormat Wakil Rakyat bukanlah kita syok sendirilah, at least kita jalan-jalan, orang ada panggil YB sudah makan ke tidak. Selepas langkah Sheraton , langsung tidak ada orang borak, hormat lagi dengan orang politik. Ada cerita ya saya nak cakap kasar sedikit, cerita ni ya. Ada dua orang duduk dalam kedai kopitiam. Dia kata politik, ahli politik ini macam pelacurlah. Just like prostitute. Kawan dia terus cakap, hei jangan cakap macam itu, jangan hina pelacur. Jangan hina pelacur. YB Speaker : Apa maknanya tu? YB Tuan Jimmy Puah Wee Tse (Bukit Batu) : Ha itu apa makna, sendiri fikir pandai-pandailah. Sampai level itu orang pandang kita, sebab apa? Sebab sistem sekarang ini, sebab di negara sekarang ini terlalu banyak orang ahli politik ini tidak ada prinsip. Orang tak nak jadi katak. Lompat sini, lompat sana. This is not good for the country. Tidak kira dari sebelah sana ke sebelah sini. Dan saya memang haraplah, saya harap di negeri Johor, kita buat Johor way, kita ambil langkah yang wajar untuk meyakinkan balik untuk mengembalikan keyakinan kepada orang Johor bahawa di Johor kita saling hormat menghormati sistem demokrasi. Kalau pilih awak ke, kita ikut sampai akhir. Bukannya tengah boleh lompat sini, lompat sana. No, that’s not the way. So, saya harap dari Pakatan Harapan, kita sarankan kepada kerajaan bipartisan kita duduk bersama, sama-sama kita bawa satu enakmen anti lompat parti di Johor. Saya rasa masa sesuai, masa adalah matang untuk kita tunjukkan kepada rakyat di Johor kita ada kematangan politik yang cukup untuk sama-sama kita bawa satu enakmen anti lompat parti di Johor ataupun recall election. Kita mesti, wajib, sebagai ahli politik kita mesti dapatkan balik maruah kita dan juga keyakinan rakyat kepada sistem pilihan raya. Tuan Speaker, baiklah kerajaan sudah tubuhkan. Kita accept, kita akur, saya duduk sana, sini no problem. Tapi bila kerajaan itu ditubuhkan walaupun dengan cara begitu sekurang-kurangnya sebelah sana kena faham, apa satu fungsi kerajaan. Apa fungsi kerajaan? Kerajaan itu hanya ada satu fungsi sahaja iaitu mengurus negara atau negeri dengan baik untuk rakyat, demi rakyat bagi rakyat. Dalam perkataan Abraham Lincoln, Presiden Amerika Syarikat, ‘it is the government of the people, by the people and for the people’. So, sekurang-kurangnya kena buat tulah. Jangan sebab isu-isu politik dalaman, isu-isu politik dalam gabungan itu sampai rakyat menderita, sampai rakyat susah.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 66

Saya bagi satu contoh, di sebelah sana, saya tak tahu nama dia panggil apa. Kerajaan sana negeri, dia ada Parti PPBM ada Perikatan Nasional, ada Barisan Nasional. Dia gaduhlah, dia nak gaduh di Melaka di mana pun tak apa. Tapi di Johor, satu perkara, satu contoh yang mereka tak boleh settle sampai rakyat susah, apa tu? Dari 1 Mac 2020 sampai hari ini, 21 November 2021, kerajaan di sana masih gagal melantik walaupun seorang Ketua Masyarakat Cina dan India. Di Johor, ada hampir 140 kampung baru Cina dan India sampai hari ini tak ada Ketua Masyarakat. 19 bulan mentadbir negeri ini tapi sampai hari ini benda yang asas dia pun tak boleh selesaikan. Saya nak tanya mengapa tak boleh selesaikan benda begitu asas, di luar kita dengar tetapi mungkin kerajaan boleh jelaskan sebab kuota di antara parti itu tak boleh settle. Ada yang nak separuh, dia kata awak 60, saya 40. Adakah itu fair, adakah itu adil kepada rakyat? Bayangkan tiap-tiap hari Tuan Speaker, Ketua Masyarakat yang dilantik zaman Pakatan Harapan bekerja free untuk kerajaan. Semua orang masih cari Ketua Masyarakat kita. YB Speaker : Sekarang masalah kaum Tionghua, kaum India ini yang bermasalah di peringkat bawah ini siapa yang uruskan sekarang? YB Tuan Jimmy Puah Wee Tse (Bukit Batu) : Ketua Masyarakat kitalah. Sebab tak ada orang baharu, dia cari orang lama. Tapi mereka bekerja free sebab dia bukan lantikan kerajaan negeri, tak ada elaun. Nama pun tak ada elaun pun tak apa tapi kena settle benda. Lagi teruknya Tuan Speaker bayangkan, benda kecillah jangan cakap benda besar, jalan ke, parit ke, sign, minta tanda tangan Ketua Masyarakat untuk masuk sekolah, untuk benda-benda basic tu pun tak ada orang boleh sign. Sebab Ketua Masyarakat baharu tak ada, siapa boleh sign. So, kena pergi jauh-jauh, carilah ini, carilah Ahli Majlis, carilah Ketua Kampung mana-mana pun. Adakah itu adil? Kita hanya nak satu kerajaan yang berfungsi sahaja. Justeru, saya rasa kerajaan ini dia perlu jelaskan, dia perlu jelaskan kepada rakyat mengapa benda ini berlaku dan adakah ini akan berlaku sampai pembubaran Dewan ini. Itu yang saya kata tanggungjawab kena ada. Contoh satu lagi, saya terbaca tertarik dengan yang dikatakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ketua Kampung Digital. Apps handphone akan diberi kepada Ketua Kampung, 610,000 katanya. Adakah ini akan diberi kepada Ketua Masyarakat juga, mungkin tidak? Sebab tak ada Ketua Masyarakat? Adakah itu fair, adil kepada 140 Ketua Kampung, kawasan Kampung Baru Cina dan India. Itu saya harap kerajaan boleh jelaskan. Bukan itu sahaja, Yang Berhormat Tuan Speaker, saya juga nak bangkitkan satu perkara yang saya rasa juga tidak adil. Dalam ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, dikatakan RM5 juta untuk bantuan kaum India akan disalurkan di dalam Yayasan Rogayah dan RM7 juta kepada Yayasan Sultanah Fatimah. Saya nak jelaskan sekali lagi Tuan Speaker, sudah berapa kali kita nak bangkitkan isu ini. Mengapa duit kerajaan, duit rakyat perlu diagihkan oleh dua Yayasan yang langsung tidak ada kaitan dengan kerajaan? Kenapa ia tidak boleh diagihkan oleh kerajaan sendiri. Zaman PH kita agihkan, kita park di Pejabat Menteri Besar, lepas itu mana-mana ADUN ataupun NGO boleh pohon terus kepada Pejabat Menteri Besar untuk duit itu dikeluar. Semua ada rekod, bagi siapa, bila, semua ada, bersama dengan Pegawai Pembangunan Pejabat Menteri Besar, itu telus. Tapi sekarang, kita bagi kepada Yayasan. Yayasan itu dia tidak ada akauntabiliti, dia bukan dilantik, dia bukan dipilih oleh rakyat mengapa kita perlu bagi dia. Adakah ini adalah cara Barisan Nasional yang tidak telus, no accountability? Adakah sekarang Yayasan itu wajib untuk bentangkan senarai mereka di dalam Dewan yang mulia ini, tentunya tidak? So, macam mana kita nak tahu adakah duit itu diberi kepada siapa dan adakah betul diberi macam itu juga? Siapa yang dia diberi, adakah dia beri kepada group A sahaja tak perlu group B? Macam mana kita nak tahu. So, saya rasa ada lebih baik cadangan saya ya. Adalah duit ini di park, diletak di Pejabat MB dan dibahagikan kepada 56. Tiap-tiap ADUN boleh mohon melalui Pejabat Menteri Besar dan sebenarnya tidak perlu pada Yayasan-yayasan sebab contohnya setahu saya ya, Yayasan Sultanah Fatimah, ia dipengerusi oleh seorang pemimpin MCA yang kalah tu boleh jaga RM7 juta, yang menang itu tak boleh. Saya rasa itu tak logiklah dari segi demokrasi. So, saya harap duit kerajaan, duit rakyat ini,

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 67

saya rasa baik beri peranan ini kepada yang dipilih oleh rakyat oleh Wakil Rakyat semua tak kiralah pembangkang atau kerajaan, sama-sama kita boleh access, dibahagikan kepada kita untuk kita bantu kawasan-kawasan. Sebab kita Wakil Rakyat, tentulah kita lebih tahu adakah contohnya di Kulai, saya lebih tahu Persatuan ABC ke, perlukan bantuan. Kenapa nak bagi satu Yayasan itu jaga satu negeri Johor, betul tak Tuan Speaker? Selain daripada itu Tuan Speaker, panjang juga saya cerita ini. Isu krisi air juga, saya nak sentuh sikit. Pada 12 Oktober, di kawasan Johor Bahru dan Kulai. Ada berlaku sesuatu insiden di mana Loji Rawatan Air Semanggar TNB power surge terpaksa tutup kapasiti 50%. Semanggar setiap hari boleh keluar 300mm juta air. Ia tutup akibatnya 200 kawasan di Johor Selatan dari Kulai sampai ke Johor Bahru terjejas. 300,000 warga Johor tak ada access air penuh untuk 1 minggu. Yang saya peliknya apa tau Tuan Speaker, satu minggu tak ada satu kenyataan daripada MB, tak ada satu kenyataan daripada negeri Johor. Langsung tak pernah tanya, langsung tak pernah lawat rumah-rumah yang terjejas. YB Speaker : Sibuk Yang Berhormat. YB Tuan Jimmy Puah Wee Tse (Bukit Batu) : Itu saya tak tahulah. Tahu tak berapa susah rakyat masa itu 1 minggu. Saya rasa bandinglah dengan Menteri Besar Selangor masa tu, masa yang sama. Di Selangor, Klang Valley ada notis, schedule notice stop, tiap-tiap hari, malam Menteri Besar Selangor ada lawat Hulu Langat, tengok air adakah cukup ke tak cukup lawat rumah, bersama-sama dengan Syarikat Air Selangor dia lawat tiap-tiap rumah, kalau boleh. Tapi di Johor, diam. Saya rasa sedihlah macam tu. Saya ada respect kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar sebab dia ambil tanggungjawab air juga dan dia juga expert air tapi bila sampai bab ini saya rasa ramai rakyat rasa sedihlah dan rasa kalaulah kerajaan boleh atleast tunjuk concern ke, touching sikit ke, rasanya mereka akan lebih gembira. Dan persamaan itu juga isu SAJ ini, satu minggu ini ramai complaint. SAJ ini tidak bagi notis awal. Katalah boleh settle dalam 48 jam (2 hari) akhirnya satu minggu. Tangki air tak cukup, maklumat tidak terkini, benda-benda ini saya haraplah bersama dengan BAKAJ ke dengan SPAN ke, kerajaan Johor ambil tindakan untuk pastikan maklumat terkini, tangki air yang cukup boleh dikeluarkan supaya kalaulah ada insiden macam ini lagi, kita harap hakikatnya tidak sama di mana rakyat di Johor ini tiap-tiap hari marah di Facebook. Dan selaras juga dengan itu saya juga nak tanya kerajaan negeri Johor, apakah status projek air Layang 2, Fasa 2 untuk pembinaan air mentah? Tuan Speaker, kalaulah Layang 2 Fasa 2 ini boleh diselesaikan, ia akan mengurangkan pergantungan air di Johor Selatan dengan Semanggar. Di Johor Selatan kita perlu hampir seribu juta liter air sehari, sekarang kita hampir negatif dan tiap-tiap kali ada krisis air loji rawatan air ditutup, maka banyak tempat akan terjejas. Kalaulah Layang 2 Fasa 2 ini disiapkan lagi cepat, saya cukup yakin masalah ini dapat diselesaikan dan adalah amat penting juga Layang 2 Fasa 2 ini untuk menjaminkan kebebasan air kita. Kita tidak perlu selalu bergantung kepada reservoir di Linggiu Singapore PUB. Seterusnya Tuan Speaker, tanya sikit boleh? YB Speaker : Masa ada lagi ya. YB Tuan Jimmy Puah Wee Tse (Bukit Batu) : Tadi hari Khamis, Yang Amat Berhormat Menteri Besar ada sentuh kepada Johor Green Deal. Bagus kalau ekonomi Johor nak menghala ke satu tempat yang bergantung kepada environment friendly neutral carbon saya setuju, sangat bagus. Apa kata pertama, kerajaan Johor take a step ambil langkah pertama, kita promo kereta EV (Electric Vehicle). Macam mana kita nak promo? Boleh tambahkan charging station. Charging-charging station di R&R ataupun di petrol kios utama di jalan-jalan utama, banyakkan lebih kepada charging station. Sebab mulai tahun depan, berdasarkan kepada belanjawan, EV dia akan jatuh harga sebab duty stamp semua akan dihapuskan, di waive. So, maknanya lebih banyak kereta EV akan masuk ke pasaran termasuk Johor. So, Johor Government, kerajaan Johor kena menyambut dengan satu

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 68

minda, impian lagi besar. Tolonglah orang EV ini, charging station kena banyak, tunjukkan kepada rest of Malaysia, Johor Way, Johor Lead. Selain daripada itu, apa kata kita letak solar panel, letak solar panel di tiap-tiap atau kebanyakan empangan kita yang ada. Contohnya, kawasan tadahan air di Lebam. Ia sesuai, kita boleh letak solar panel penuh di atas air, jangan bazir sebab matahari itu kita boleh guna untuk tenaga. Benda ini saya sudah buat, saya pernah kaji semasa zaman PH, saya pernah buat lawatan ke Tuas, Singapore dan mereka telah mulakan projek ini. Bayangkan bila kita dah solar panel atas air, beribu-ribu ekar tanah bukan sahaja kita boleh menjana solar power, malah kita boleh tolak itu air yang sudah hakis keluar. Kita akan membantu juga kekurangan air itu keluar, dia jadi steam. So, apa ruginya kalau kita explore benda ini, guna green energy. Last, Bangunan Sultan Ismail ini, tengoklah tempat-tempat mana Dato’ Jaafar, boleh tak kita letak solar panel juga? Kenapa kita tidak guna benda-benda ini? Kalaulah kata sini tidak sesuai, Majlis banyak tempat, bus stop, Johor patut take the lead. We can be better than other, betul tak YB? Ok. So, saya haraplah kerajaan boleh terimalah saranan-saranan ini. Dua benda lagi, Yang Amat Berhormat Menteri Besar ada sebut akan beri peruntukan RM200,000.00 kepada semua ADUN. Saya harap Yang Amat Berhormat boleh berikan pecahan RM200,000.00 ini pergi mana? Bukan, mungkin RM100,000.00 untuk pentadbiran ke macam mana? Beri pecahan. Sebab perkataan yang diguna oleh MB adalah peruntukan yang tetap. Dia tak kata rata, sama rata. So, saya terfikir ini, adakah ini bermakna jumlah peruntukan yang diberikan kali ini adakah sama di antara kerajaan atau pembangkang? Sebab dalam Pakatan dia tidak tulis sama rata, dia kata tetap. So, adakah kerajaan dan pembangkang yang sama? Sebab ada orang di luar dalam surat khabar kasi statement kata, terima kasihlah kepada Menteri Besar Johor kerana memberi peruntukan sama kepada semua ADUN. Kalau semua sama saya terima kasihlah, tapi saya hanya nak harap MB boleh jelaskan dan saya nak tahu ini sahaja, adakah pihak kami di pembangkang akan dapat akses juga kepada peruntukan pembangunan? Pembangunan itu kalau pihak sana dapat, kita tak dapat, itu tak sama. So, saya harap MB boleh jelaskan, adakah pihak di sini juga akan dapat akses kepada peruntukan pembangunan yang saya tahu, yang kini pihak kerajaan, ADUN kerajaan, ada akses kepada itu. Selain daripada itu, MB juga telah dalam ucapan dia kata, ADUN pembangkang dijemput sebagai pemerhati dalam Jawatankuasa Tindakan Daerah. Saya nak kata di sinilah, terima kasih MB tapi sebelum kita terima, kita nak pastikan beberapa benda sahaja. Pertama, apa makna istilah pemerhati? We have to know what is pemerhati, kalau pemerhati makna saya pergi, duduk, dengar, keluar, makan. Kalau macam itu, terima kasih tapi kita di Pakatan Rakyat, kita tolak. Pakatan Harapan kita tolak. Kalaulah kita boleh melibatkan dengan hantar soalan, duduk sana, tanya soalan, dapat jawapan, ok kita boleh terima. Kita tidak boleh terima kalau kita hanya setakat pergi, duduk, dengar sahaja dan perlu dijemput. Kita patut boleh berada di situ sebab Ex-Officio. Ex-Officio bermakna kita rakyat duduk di dalam JTD sebab kita adalah Wakil Rakyat yang dipilih rakyat. Saya rasa itulah yang adil. YB Speaker : Terima kasih Yang Berhormat. YB Tuan Jimmy Puah Wee Tse (Bukit Batu) : Last-last, dua tiga isu lokal ya. YB Speaker : Dua minit je. YB Tuan Jimmy Puah Wee Tse (Bukit Batu) : Boleh tiga minit ya? YB Speaker : Dua minit. YB Tuan Jimmy Puah Wee Tse (Bukit Batu) : Selekoh S di Batu 24 Kulai, Yang Berhormat Speaker, projek ini telah dimulakan pada Disember 2017. Sampai hari ini, sudah hampir tiga tahun dia sepatutnya habis 18 bulan tetapi sampai sekarang sudah hampir 36

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 69

bulan, masih belum siap sepenuhnya. Isu ini telah dalam zaman BN ke PH ke apa panggil BN-PH ke masih tidak dapat diselesaikan. Dulu saya sudah syorkan kepada JKR, kalau tak boleh siapkan oleh kontraktor ini, kita terminate sahaja, betul tak Tuan Haji ya? Semua orang tahu ini isu Kulai paling famous, terminate sahaja tetapi JKR tak nak terminate, nak juga kontraktor ini. Sampai sekarang sudah hampir dua tahun projek ini masih belum siap. Jalan dua hala, buka satu hala sahaja. Sampai bila benda ini nak dibangkitkan oleh kita? Bukan sahaja ADUN, bukan sahaja Ahli Parlimen, ahli politik di Kulai, kita pun sudah penat dengan benda ini. Bukan penat fight benda ini, penat tunggu kerajaan untuk terminate ataupun boleh tak JKR just terminate agreement dia dan siapkan benda-benda balance tak banyak sahaja, itu sahaja yang kita minta. Kedua, KKM Kulai ada tulis surat kepada saya, kata minta persetujuan untuk tutup Klinik Rakyat di Taman Manis, Kelapa Sawit, Kulai. Dua kali dia tulis, dua kali saya tolak. Saya hanya nak kata di Dewan ini, haraplah EXCO Kesihatan klinik di Taman Manis itu masih ada peranan dia. Sekarang rakyat susah, isu COVID pun ada, mereka perlukan akses kepada klinik-klinik kerajaan, tak patutlah kita fikir nak tutup pada masa sekarang. Mungkin lepas ekonomi sudah pulih, bila COVID sudah reda, mungkin kalau tidak sesuai kita tutuplah tapi buat sementara masa ini, saya sebagai Wakil Rakyat Bukit Batu saya ambil tegas, saya tidak akan setuju, Klinik Rakyat di Taman Manis ini ditutup. Akhir sekali isu banjir di Kampung Melayu Bukit Batu. Tiap-tiap kali hujan lebat, Kampung Melayu Bukit Batu confirm akan banjir. So, saya haraplah JPS dan Pejabat Pegawai Daerah bolehlah bersihkan sungai ke, parit ke dan cari penyelesaian jangka panjang untuk memastikan rakyat di Bukit Batu ini tidak tiap-tiap kali hujan semua takut. Itulah saya percaya adalah beberapa isu yang saya boleh bawa untuk sidang kali ini. Terima kasih. YB Speaker : Terima kasih kepada Bukit Batu. Ahli-Ahli Yang Berhormat, Persidangan ini saya tangguhkan sehingga jam 2.30 petang. Terima kasih. Persidangan ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari. Persidangan bersambung semula pada jam 2.30 petang. YB Timbalan Speaker mengetuai Persidangan. YB Timbalan Speaker : Ahli-Ahli Yang Berhormat, Persidangan disambung semula. Jemput YB Semerah. YB Tuan Mohd Khuzzan bin Abu Bakar (Semerah) : Terima kasih Puan Speaker. Bismillahirrahmanirrahim. (Bacaan doa). Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang Berhormat Puan Speaker, buat pertama-tamanya patik merafak sembah, menjunjung kasih dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim sempena sambutan ulang tahun hari keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 22 November 2021 bersamaan 17 Rabiul Akhir 1443 Hijrah. Patik berdoa semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Permaisuri Johor dilanjutkan usia dalam keafiatan dan sentiasa berada dalam limpahan rahmat dan keampunan Allah SWT. Semoga di bawah naungan Tuanku, negeri Johor bertambah aman, makmur dan sejahtera. Yang Berhormat Puan Speaker, dalam era pemulihan COVID-19 ini, Johor memainkan sumbangan dan peranan yang besar dalam memacu semula kerancakan ekonomi dan kehidupan. Berdasarkan pengalaman lepas, kita perlu memperakui bahawa Johor adalah antara negeri yang terlewat dalam proses pemberian vaksin dan diharap agar perkara sebegini tidak berulang pada masa hadapan. Cabaran dan krisis pandemik yang dilalui sejak hampir dua tahun ini, menunjukkan sektor kesihatan merupakan portfolio yang memerlukan pemerkasaan dan penambahbaikan strategik yang berterusan. Bagi orang

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 70

awam terutama bangsa Johor, kesan pandemik dirasai oleh hampir semua seisi keluarga dan susulan kes-kes COVID-19 ini, ramai kalangan mereka yang kini memerlukan rawatan susulan dari semasa ke semasa. Oleh itu, Semerah ingin mencadangkan beberapa langkah strategik dalam memperkasa sektor kesihatan awam negeri Johor bagi menjamin tahap keberadaan rakyat. Pertama, terdapat keperluan untuk meneruskan Program Kad Sihat Johor yang telah dimulakan oleh Kerajaan Pakatan Harapan terdahulu. Sejak pelaksanaan sekitar suku keempat 2018, ia terbukti telah memberi manfaat kepada warga Johor terutama B40 kerana ia membolehkan keluarga-keluarga mendapatkan akses perkhidmatan kesihatan di klinik-klinik panel selain hospital awam. Namun demikian, ia tidak diteruskan setelah kerajaan baharu mengambil alih dan dengan ini Program Kad Sihat Johor wajar diteruskan semula dengan mengambil kira keperluan dan situasi kesihatan semasa terutama pasca pandemik. Kedua, saya ingin mengambil perhatian terhadap keperluan menaikkan infrastruktur dan fasiliti di hospital-hospital awam, poliklinik, klinik kesihatan dan klinik-klinik desa seluruh negeri Johor sebagai mendukung usaha pemerkasaan sektor kesihatan serta meningkatkan kapasiti perkhidmatan kepada rakyat. Peruntukan menaikkan taraf ini perlulah meliputi aspek-aspek utama iaitu seperti berikut: Kemudahan fasiliti adalah seperti penambahan katil-katil pesakit di beberapa lokasi yang tidak lagi sesuai untuk menampung kapasiti rawatan dan keselesaan akibat peningkatan penduduk seperti contohnya, di Hospital Kulai yang hanya mempunyai 98 katil. Selain itu, sistem parkir di hospital-hospital awam juga antara aspek yang perlu dinaiktarafkan bagi keperluan jangka panjang. Sebagai contoh, masalah sistem parkir di Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru dan juga Hospital Sultan Ismail di Tebrau yang sentiasa sesak dan memberikan kesukaran kepada para pesakit dan ahli keluarga serta kakitangan hospital. Mengikut tinjauan, terdapat sebilangan klinik-klinik kesihatan yang disifatkan sempit, uzur dan tidak lagi berdaya mampan dan memerlukan penambahbaikan dari segi ergonomik, bangunan dan infrastruktur. Sebagai contoh antaranya, ialah di Klinik Kesihatan Semerah dan juga Klinik Kesihatan Parit Raja serta beberapa tempat lain yang mempunyai masalah ergonomik. Antaranya ialah tempat pemeriksaan mata bagi pesakit-pesakit yang mengalami masalah diabetik. Ianya telah diletakkan di tempat yang tidak sesuai, contohnya di Parit Raja di Klinik Kesihatan Parit Raja diletakkan di bilik yang dipenuhi dengan kotak-kotak dan juga tidak dapat dimasuki oleh pesakit yang menggunakan kerusi roda serta di Klinik Kesihatan Semerah, fundus camera telah diletakkan di bilik kecemasan. Begitu juga, saya ingin mendapatkan penjelasan mengenai status terkini baik pulih wad ICU Hospital Sultanah Aminah yang terbakar pada 2016. Oleh itu, saya ingin mengusulkan agar program-program menaik taraf bangunan dan infrastruktur dilakukan dengan segera. Yang Berhormat Puan Speaker, kita juga perlu memastikan peralatan-peralatan sokongan yang secukupnya di semua lokasi pusat kesihatan awam terutama klinik kesihatan. Sebagai contoh, katil pemeriksaan yang sesuai bagi pesakit untuk mendapatkan perkhidmatan ECG di poliklinik, contohnya di Poliklinik Batu Pahat yang masih menggunakan katil tahun 60-an yang mana, seketika saya membawa ibu saya, ia tidak dapat untuk check menjalani pemeriksaan ECG kerana orang yang lumpuh setengah badan, tidak boleh naik di atas katil itu, katil itu tinggi. Jadi ini antara fasiliti-fasiliti yang perlu ditambah baik di poliklinik dan juga klinik-klinik kesihatan di seluruh negeri Johor. Selain daripada itu, kita perlu menggalakkan sistem sokongan pendaftaran dan akses kesihatan secara digital bagi mencapai proses perkhidmatan yang lebih efisyen. Sistem yang ada di JKNJ sebenarnya baik, ia perlu ditambah baik dan seperti tadi pagi kita mendengar mengenai masalah untuk kita capai vaksinasi untuk booster. Saya mencadangkan bahawa, kita boleh menggunapakai klinik-klinik desa sebagai tempat pengambilan vaksin booster ini kerana majoriti daripada klinik-klinik desa ini mempunyai peti untuk simpanan vaksin. Jadi saya cadangkan kita perlu perkasakan lagi klinik desa di

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 71

seluruh negeri Johor. Untuk itu, saya ingin memaklumkan bahawa di negeri Johor ini mempunyai 98 klinik kesihatan dan 262 klinik desa. Ah ini yang saya cakap kita perlu perkasakan klinik desa ini untuk kita buat program booster. Tidak perlulah kita buka PPV sebab orang kampung boleh terus pergi ke klinik desa untuk mendapatkan perkhidmatan vaksin booster ini. Untuk makluman, 15 daripadanya klinik kesihatan berada di Batu Pahat manakala 47 klinik desa juga terdapat di Batu Pahat. Ini terutama di luar bandar yang sekiranya diperkasakan menerusi inisiatif-inisiatif ini akan menyumbang kepada kapasiti perkhidmatan yang lebih efisyen dan mengurangkan kesesakan di poliklinik dan klinik kesihatan di luar bandar. Ini dah beberapa kali saya sebut dalam sidang Dewan Negeri kita perlu perkasakan klinik desa ini. Ah, kita perlu, kita ada ramai doktor. Kita boleh hantar doktor-doktor ini tiga hari seminggu ke klinik-klinik desa untuk mereka menjalankan rawatan, mereka-mereka yang ada temujanji, yang terpaksa datang dari luar bandar dan kos yang tinggi, terpaksa pergi ke poliklinik, begitu juga ke klinik-klinik kesihatan di bandar. Yang penting, manfaat pemeriksaan ini dapat dinikmati rakyat jelata untuk mempengaruhi gaya kehidupan, kesempurnaan hidup mereka secara positif. Ini juga sejajar dengan trend dan inovasi terkini dalam industri kesihatan seperti teknologi perubatan, artificial intelligence dan juga perkhidmatan virtual. Saya juga mencadangkan agar pusat rawatan pakar jantung diwujudkan di zon utara dan tengah sebagai memenuhi keperluan pesakit berkaitan jantung di negeri ini. Di mana, buat masa sekarang rawatan pakar jantung di Johor hanya di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. Berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia 2021, Johor adalah negeri ke-3 tertinggi kematian disebabkan oleh ischemic heart disease iaitu sebanyak 2,118 selepas Perak dan Selangor. Kematian tertinggi dicatatkan di daerah Johor Bahru sebanyak 600 lebih, Batu Pahat dan Muar, masing-masing sebanyak 300 lebih. Dan ini menunjukkan keperluan pusat rawatan pakar jantung untuk membantu menjimatkan kos menjalani perubatan dan meringankan beban ahli keluarga. Sebagai tambahan, agenda pemerkasaan kesihatan negeri Johor, saya juga ingin mengambil perhatian bagi cadangan pembinaan sebuah klinik kesihatan dalam kawasan DUN Semerah iaitu di lokasi Taman Industri Sri Sulong yang merupakan pekan satelit di Batu Pahat yang juga kini telah mengalami kepesatan dan pertambahan penduduk. Dengan adanya klinik kesihatan baharu di Taman Sri Sulung, ia akan memenuhi keperluan penduduk sekitar secara jangka panjang. Untuk makluman, dikelilingi Taman Sri Sulong ini, hanya terdapat Klinik Desa Parit Maimon dan juga Klinik Desa Kampung Separap dan Klinik Kesihatan Parit Sulong 8 kilometer daripada Taman Sri Sulong. Sebagai kesimpulan, Agenda Pemerkasaan Sektor Kesihatan Negeri merupakan fokus utama yang perlu dilaksanakan dalam pelaksanaan bajet demi menjamin tahap kewalafiatan dan kesejahteraan bangsa Johor terutama dalam era pemulihan pandemik COVID-19 ini. Oleh itu, saya juga memohon untuk mendapatkan perincian berapakah peruntukan yang diterima oleh JKNJ untuk tahun 2022 serta apakah yang telah dilaksanakan oleh JKNJ dengan peruntukan yang telah diterima pada tahun 2021? Yang Berhormat Puan Speaker, bagi sektor pelancongan, kebudayaan dan warisan, pembukaan semula sektor sosial dengan kawalan SOP yang ketat, diharap dapat membangkitkan semula status Johor sebagai Permata Selatan yang menjadi tumpuan orang ramai. Namun, terdapat ketidakseimbangan dalam tumpuan inisiatif pelancongan oleh kerajaan negeri yang mana lebih tertumpu kepada Johor Selatan dan juga di Johor Timur dan terlepas pandang di Johor Utara yang melibatkan daerah Muar, Batu Pahat serta sebahagian daripada Kluang. Kerajaan negeri dilihat bergantung kepada agensi persekutuan seperti IRDA di kawasan Johor Selatan, manakala ECER di Johor Timur. Yang mana, kita di Johor Barat serta di Utara ini tertinggal dan kurang mendapat tumpuan dari segi perancangan pelancongan.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 72

Bagi program baucar pelancongan negeri, sebanyak RM1.5 juta, Semerah juga ingin mendapatkan perincian yang lebih jelas tentang saluran dana berkenaan terutama keseimbangan antara Johor Utara dan juga Johor Selatan. Yang Berhormat Puan Speaker, bagi penaikkan tarafan infrastruktur dan aktiviti pemasaran pelancongan di bawah Majestic Johor, saya ingin mendapatkan maklum balas tentang bagaimana peruntukan ini disalurkan bagi daerah-daerah lain?. Sebagai contoh, Batu Pahat yang terkenal dengan kekayaan makanan seperti nasi beriani, asam pedas dan mee racun serta khazanah unik senibina bangunan lama iaitu di Bandar Penggaram. Manakala, Muar yang mempunyai pelancongan eko-marin pesisir pantai tetapi kurang mendapat perhatian dan promosi khusus seperti mana daerah-daerah pelancongan lain seperti Johor Bahru, Mersing serta Kota Tinggi. Oleh itu, tumpuan pelancongan domestik perlu diperluaskan kepada daerah-daerah yang mempunyai potensi tinggi seperti Batu Pahat dan Muar tersebut. Dalam sektor pelancongan juga, saya ingin menarik perhatian tentang keperluan memperkasa muzium-muzium di negeri Johor sebagai pusat pelancongan sejarah. Disarankan agar kandungan-kandungan dan khazanah bahan-bahan muzium untuk menarik lebih ramai pengunjung dan pelawat terutama generasi muda mengenali negeri Johor. Selain pelancongan sejarah, pelancongan berasaskan senibina dan kebudayaan juga perlu diperluaskan. Sebagai contoh di Batu Pahat yang kaya dengan senibina bangunan-bangunan unik seperti Pejabat Majlis Perbandaran Batu Pahat, Kelab Batu Pahat, Chinese Chamber Hall, Pejabat Pos, high school dan sebagainya. Manakala, warisan budaya tempatan seperti gambus, ghazal dan zapin di Batu Pahat boleh dijadikan sumber pelancongan, kebudayaan dengan penglibatan aktivis-aktivis seni anak muda. Oleh yang demikian, apakah usaha-usaha pihak kerajaan negeri untuk menggalakkan pelancongan domestik di daerah-daerah negeri Johor serta ekonomi hiliran berkaitan seperti operator restoran, hotel dan peruncitan? Menyelusuri sektor pelancongan ini, saya juga ingin memohon maklum balas tentang status terkini Muzium Batu Pahat yang bakal bertempat di pejabat sedia ada Majlis Perbandaran Batu Pahat. Yang Berhormat Puan Speaker, beralih ke arena sukan. Terutama sekali diucapkan tahniah kepada pasukan JDT yang menjuarai Liga Super Malaysia untuk kali ke-8 yang dipimpin oleh Duli Yang Amat Mulia Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor. Memandangkan penangguhan SUKMA 2020 ke tahun 2024, saya ingin mendapatkan maklum balas bagi perkara-perkara berikut, apakah perancangan jangka pendek dan jangka panjang bagi fasiliti-fasiliti sukan yang bernilai lebih daripada RM150 juta yang dibina untuk SUKMA 2020 seperti velodrum, kolam renang, kompleks olahraga, Kompleks Impian Emas dan lain-lain serta pembangunan atlet di negeri Johor terutama dalam era pemulihan pandemik COVID-19? Yang Berhormat Puan Speaker, bagi gelanggang-gelanggang futsal di seluruh negeri Johor, saya juga ingin memohon status pengurusan penyelenggaraan memandangkan terdapat laporan kemusykilan oleh beberapa pihak berkaitan tentang struktur permohonan bajet dan operasi penyelenggaraan. Sebagai menyokong dan menampung kesatuan aktiviti penduduk setempat, saya juga ingin memaklumkan terdapat keperluan bagi dua cadangan pembinaan berikut bagi daerah Batu Pahat. Sebelum itu, mengenai gelanggang futsal, sebelum ini ada beberapa gelanggang yang akan dibaik pulih dan juga sebahagian daripada gelanggang-gelanggang futsal itu akan dilupus, tapi saya tidak pasti status terkini, ah ini saya nak tahulah sebab dah hampir tiga tahun kita tak tahu status, mana yang dilupus dan mana yang akan dibaik pulih. Sebagai menyokong dan menampung kesatuan aktiviti penduduk setempat, saya juga ingin memberi maklum tentang keperluan bagi dua cadangan pembinaan berikut bagi daerah Batu Pahat. Satu, menaik taraf Stadium Batu Pahat dengan kemudahan trek dan balapan olahraga. Cuma, untuk makluman, di Batu Pahat ini tak macam Kluang. Kluang ada di bawah MSNJ, dia ada Perbadanan Stadium Johor, dia ada stadium artificial grass dengan balapan dan juga trek, tetapi di Batu Pahat ini tak ada. Padahal di Batu Pahat ini daerah kedua terbesar selepas Johor Bahru, jadi saya mohon

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 73

kerjasama daripada pihak kerajaan negeri melalui EXCO Pelancongan, Belia dan Sukan untuk mengangkat permohonan ini. Selain daripada itu, saya memohon juga untuk satu mini kompleks sukan di kawasan DUN Semerah iaitu di Taman Industri Sri Sulong yang merupakan pekan satelit dalam daerah Batu Pahat ini. Yang Berhormat Puan Speaker, bagi program pemerkasaan belia, saya ingin mohon perincian bagi Program Orang Muda Johor (OMJ) yang bernilai RM42.5 juta. Bagaimanakah inisiatif OMJ ini dapat membantu belia-belia Johor untuk mendapatkan peluang pekerjaan kerana kita sedia maklum keadaan runcing sekarang. Kadar pengangguran negeri Johor meningkat kepada 3.9% pada 2020 berbanding 2.7% pada tahun sebelumnya. Sementara itu, saya, tadi YB Penawar ada sebut tentang untuk bagi bantuan kepada persatuan-persatuan belia, tapi pada saya kita perlu bagikan geran kepada persatuan-persatuan belia di Johor dengan dicadangkan pemberian geran secara modal awalan untuk membolehkan mereka menjana sumber kewangan sendiri sama ada melalui jualan, aktiviti perniagaan, kempen crowd funding dan alternatif-alternatif lain berbanding proses tipikal permohonan bajet bagi melaksanakan program. Yang Berhormat Puan Speaker, saya juga ingin mengetahui status terkini dan lokasi sebenar TMIYC Batu Pahat yang dilihat akan berupaya menyumbang kepada pemerkasaan belia dan generasi muda secara positif. Bagi bantuan Geran Orang Lokal (GOL 4.0) iaitu sekitar RM3.5 juta untuk hampir lebih daripada 500 PKS dan mikro, saya mencadangkan agar peruntukan ini ditambah bagi membolehkan manfaat dapat diterima oleh sehingga maksimum 1,000 pengusaha PKS dan mikro terutama golongan peniaga mikro dan juga usahawan anak muda. Yang Berhormat Puan Speaker, bagi inisiatif JENDELA bernilai RM700 juta, saya telah pun menerima kunjungan daripada Pengarah SKMM, Timbalan Pengarah SKMM dan juga Penolong Pengarah SKMM untuk menjelaskan tentang inisiatif JENDELA ini, tapi di sini saya cuma nak perincian fasiliti-fasiliti berkaitan yang akan dinaik taraf antaranya seperti dua pemancar baharu untuk kawasan DUN Semerah dan harap mohon status dan lokasi sebenar bagi rujukan bersama. Hasil daripada tinjauan bersama golongan anak muda, ramai yang juga bertanya, bilakah hasil menaik taraf Internet ini dapat direalisasikan di Johor dan juga terutama di daerah Batu Pahat. Ini kerana rata-rata berpendapat ia sangat membantu terutama operator perniagaan anak muda yang sangat memerlukan capaian Internet untuk lebih ke hadapan dalam era digital ini. Dengan inisiatif ini, diharap ia juga dapatlah menyahut seruan Dato’ MB, Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar untuk membolehkan kita semua ber tik tok dan ber cyber trooper dengan lebih meriah dengan akses Internet yang lebih padu. Saya nak lawan juga dengan Dato’ Noraini sebenarnya, main ber tik tok. Yang Berhormat Puan Speaker, bagi projek infrastruktur negeri, saya ingin memohon maklum balas, maklumat terkini status berkenaan dengan konsesi yang akan mengambil alih kerja-kerja pembinaan dan penyelenggaraan jalan desa dan jalan kampung yang sebelum ini dilaksanakan oleh Infra Desa Johor serta Pejabat Daerah. Ini memandangkan terdapat laporan kerja-kerja masih belum berjalan dan aktif sepenuhnya. Adakah benar, pihak IDJ sekarang hanya menjalankan kerja-kerja penting serta membersihkan bahu jalan sehingga pertengahan tahun 2022? Dan saya berharap jika pelaksanaan tentang konsesi ini diteruskan, seharusnya kerajaan negeri harus memastikan semua kontraktor yang terlibat sebelum ini yang memajukan kawasan desa dan kampung tidak dianaktirikan. Maksudnya, kontraktor-kontraktor sedia ada yang berkelayakan untuk menjalankan kerja-kerja, untuk membina jalan kampung dan juga jalan desa ini tidak tertinggal dalam konsesi yang baharu ini. YB Timbalan Speaker : Tiga minit ya, saya bagi tiga minit lagi.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 74

YB Tuan Mohd Khuzzan bin Abu Bakar (Semerah) : Ok. Bagi peruntukan RM30 juta jambatan trafik sederhana MTB, ingin dicadangkan agar ia perlu diserahkan kepada pihak JPS iaitu pihak yang lebih pakar dalam penyelenggaraan dan menaik taraf serta bina baharu dan bukan kepada pihak konsesi. Selain itu juga, jalan ladang juga perlu diselia oleh pihak JPS seperti sedia kala. Bagi peruntukan RM6.2 juta Program Infra Struktur Pengairan Saliran Pertanian dan Jalan Ladang, saya mencadangkan kepada kerajaan negeri agar ianya dapat dinaikkan kepada RM10 juta sebagai inisiatif mengatasi masalah antaranya masalah banjir, banjir bergenang dibanyak kawasan kampung yang merosakkan kebanyakan hasil pertanian masyarakat setempat bukan sahaja di kawasan DUN Semerah tetapi dalam kawasan jiran saya DUN Sri Medan pun sekarang ini pun air sentiasa bergenang tu. Yang Berhormat Puan Speaker, di sini juga saya ingin mendapatkan makluman tentang status pembinaan Masjid Sri Makmur Parit Sangit yang telah dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar semasa lawatan Tuanku ke kawasan Semerah pada April 2019. Mohon maklum bahawa ini adalah kali ketiga, kali ketiga perkara ini dimohon maklum balas daripada pihak kerajaan negeri. Selain itu, hilang pula, sekejap. YB Timbalan Speaker : Terus gulung ya. YB Tuan Mohd Khuzzan bin Abu Bakar (Semerah) : Ok, selain itu, saya ingin menyentuh dan memohon status terkini mengenai peruntukan sekolah daif SK Sri Makmur yang telah dimasukkan dalam Bajet 2020, tetapi belum dilaksanakan sehingga kini. Selain daripada itu, saya juga ingin memaklumkan keperluan pelabuhan barter yang baharu bagi mengurangkan kesesakan jalan di kawasan berkenaan iaitu seperti Jalan Shahbandar serta menampung kapasiti pemunggahan yang semakin meningkat. Status terkini pelabuhan kedua seperti di pesisir Sungai Batu Pahat serta di kawasan Peserai dan saya mohon perincian daripada Yang Behormat EXCO. Selain daripada itu ialah isu perumahan bagi sebilangan mereka yang mendiami tanah-tanah milik perseorangan iaitu status terkini yang telah dibentangkan dalam Dewan yang lepas mengenai cadangan pembinaan rumah rakyat di tanah milik Jabatan Veterinar yang terbiar di Jalan Jeragan Batu Pahat. Dianggarkan hampir 400 keluarga yang terlibat di sekitar kawasan Bandar Batu Pahat, seperti Kampung Petani, Jalan Masjid Kampung Pindang Malam dan Kampung Atap. Untuk makluman, ini kali kedua saya bertanyakan status rumah rakyat ini. Mohon mendapat penjelasan daripada YB EXCO. Yang Berhormat Puan Speaker, dalam pemerkasaan digital negeri Johor, saya juga ingin mencadangkan pemusatan sistem data, big data secara menyeluruh untuk mengatasi kepincangan sistem maklumat sedia ada. Sebagai contoh, capaian maklumat-maklumat penerima bantuan daripada agensi-agensi berkaitan dan urusan-urusan kerajaan negeri. Saya juga ingin memohon jawapan, apakah rasionalnya hanya jemputan sebagai pemerhati dalam Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah? Mohon Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dapat menjelaskan secara terperinci perkataan pemerhati itu. Yang Berhormat Puan Speaker, bagi memperkasakan kualiti perkhidmatan, Semerah juga dengan rendah dirinya memohon agar peruntukan seluruh ADUN negeri Johor dinaikkan daripada RM200,000.00 kepada RM400,000.00 sebab kawasan makin besar, penduduk makin ramai setiap tahun bagi memudahkan tugas semua ADUN tidak kira siapalah untuk menjalankan tugas menyantuni masyarakat di kawasan mereka. Akhir kalam, Semerah mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan barisan hadapan yang telah memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam memastikan negeri Johor berjaya menyaksikan kita telah melepasi 97% bagi vaksinasi populasi dewasa. Sekian, terima kasih. YB Timbalan Speaker : Yang Berhormat Skudai, jemput.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 75

YB Tuan Tan Hong Pin (Skudai) : Terima kasih Yang Berhormat Puan Speaker, agak last minute diberikan peluang untuk berucap, apa pun terima kasih, harap dapat kelonggaran masa sikit. Sebab teks tak ada, susah nak kawal masa. Pertama sekali, patik ingin merafak sembah menjunjung kasih setinggi-tinggi dengan ucapan setinggi tahniah dan ucap selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan sempena hari keputeraan Tuanku pada hari esok. Yang Berhormat Puan Speaker, Khamis yang lepas kita dengar pembentangan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan untuk beberapa kali ucapan Yang Amat Berhormat dalam Dewan yang mulia ini, sebenarnya saya ada sedikit terharu dan sedikit keliru, adakah hujah-hujah Pakatan Harapan telah dipersetujui oleh Yang Amat Berhormat atau pihak sana ataupun akhirnya perjuangan kami untuk mendemokrasikan sistem ini telah mendapat sedikit persefahaman dan dilaksanakan oleh pihak kerajaan? Jadi, saya nampak ini mungkin satu norma baharu dalam politik, di mana kalau dulu walaupun Yang Berhormat Semarang, orangnya lembut di luar Dewan tetapi apabila beliau bangun sahaja berucap dalam Dewan ini, cakap jujur kadang kita ada takut sikit, garang sangat. Serupa dengan Yang Berhormat Rengit, apabila sebaik jadi EXCO apabila pertama kali beliau berucap, ini ke Yang Berhormat Rengit yang saya kenal dan semakin lembut dan profesional. Ini saya lihat, satu perkembangan yang baik tetapi apa yang dijanjikan oleh Yang Amat Berhormat semasa penggulungan Yang Amat Berhormat dalam sidang lepas, itu amat penting, iaitu kita perlu jadikan reformasi ini ataupun penambahan baik ini, institusikan segala perubahan ini. Supaya sistem kita menjadi semakin baik, supaya sistem demokrasi di negeri Johor yang merupakan Dewan Perundangan yang pertama di tanah air Malaysia ini sentiasa menjadi contoh kepada Dewan-dewan yang lain. Pada satu ketika kita di hadapan dan kita sentiasa ke hadapan tetapi saya perlu akui pada satu ketika dahulu, kita telah lambat daripada kalau berbanding dengan Dewan-dewan lain seperti Dewan Negeri Selangor, banyak yang perlu kita catch up, banyak yang perlu kita bergerak lebih cepat, lebih pantas supaya Johor masih menjadi contoh kepada negeri-negeri yang lain. Yang Berhormat Puan Speaker, Yang Amat Berhormat dalam penggulungan beliau dalam sidang yang lepas, ada memberikan janji bahawa ataupun mungkin dia bagi cadangan ya, bahawa pendemokrasian Dewan Negeri akan dijalankan termasuk melihat bagaimana menubuhkan Jawatankuasa Pilihan dalam Dewan yang mulia ini supaya ahli-ahli Backbenchers dan juga ahli-ahli bukan kerajaan ada satu platfom untuk menggubal atau terlibat dalam penggubalan dasar. Maka, saya perhatikan dalam atur cara mesyuarat kali ini, ada di bawa satu rundingan yang berkaitan dengan Jawatankuasa Pilihan tetapi apa yang kurang, ianya hanya menyebut dua Jawatankuasa yang sedia ada iaitu Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dan juga Jawatankuasa Peraturan Tetap yang mana sebelum ni telah wujud Jawatankuasa Pilihan ni cuma belum dimaktubkan dalam Peraturan Tetap. Maknanya Jawatankuasa-Jawatankuasa Pilihan yang lain, maka saya harap perkara ni boleh dipercepatkan. Pertambahan baik ni benda yang baik kita nak buat biarlah kita buat dengan cepat sikit, supaya dia dapat membuat manfaat. Serupa juga berkenaan dengan Jawatankuasa Tindakan Daerah yang mana saya nampak kali ini, Yang Amat Berhormat ada bagi green light, ada bagi kelonggaran sikit di mana Ahli-Ahli Yang Berhormat akan dijemput sebagai pemerhati. Saya rasa kalau kita nak buka pintu biarlah buka pintu itu besar-besar biarlah kawan saya Tangkak boleh masuk, kalau buka pintu satu sikit kecil macam mana dia nak masuk? Kesian. Saya harap apa maksud pemerhati tu? Apakah yang boleh dilakukan oleh pemerhati dalam mesyuarat tu? Jadi perkara ini saya harap pihak kerajaan dapat mengkaji semula kalau boleh bagilah supaya duduk dalam mesyuarat itu sebab kami yang duduk di sini bukan nak buat apa, kami di sana dalam hadir dalam mesyuarat pun bukanlah membangkang. Itu bukan platform untuk bangkang, itu untuk membawa masalah rakyat. Saya rasa perkara ini perlu diambil perhatian dan perlu kita laksanakan kalau boleh dengan tak ada perbezaan sangatlah. Yang Berhormat Puan Speaker, kita sebenarnya kita sebagai bangsa Johor, kita hidup di Malaysia ni amat bertuah. Kita perlu akui bahawa ada setengah-setengah dasar yang telah dilaksanakan sekian lama itu sebenarnya secara sedikit sebanyak telah menyelesaikan atau

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 76

mengurangkan masalah sosial di negara kita. Saya bagi satu contoh, pelaksanaan rumah bersubsidi iaitu dulu kita panggil rumah kos rendah, rumah kos sederhana, pada satu ketika dipanggil rumah mampu milik. Lepas tu ditukar nama pula rumah mampu biaya, lantaklah apa nama pun dia adalah rumah yang bersubsidi. Apa maksud tu? Saya pernah bertanya kepada beberapa pemaju. Sebenarnya untuk sesebuah rumah mampu milik atau rumah mampu biaya ke ok, rumah jenis ni berapa kos dia? Saya dimaklumkan bahawa baik secara bertanah ataupun secara strata, dia kata sebiji rumah, sebuah rumah itu kos pembinaan dia adalah lebih kurang RM150,000.00. Soalan dia, berapa kita jual? Untuk kategori A kita jual RM40,000.00, RM80,000.00 untuk kategori B, kategori C baru nampak ada tampung kos sikit RM150,000.00. Jadi siapa yang bayar yang selebihnya, kos yang selebihnya kalau dijual pada kos. Sudah tentu pemaju tidak akan rugi. Jawapan dia sama ada kerajaan bagi sedikit subsidi dari segi lain, dari segi cukai tanah ataupun pembayaran sesetengah pembayaran dan sebahagian besar sudah tentunya dibayar ataupun ditanggung secara sama rata oleh pembeli-pembeli rumah yang lain. Itu yang menyebabkan kadang kala kita membeli rumah teres dia boleh mencecah RM400,000.00, RM500,000.00, RM700,000.00. Walau bagaimanapun, saya rasa ini sedikit sebanyak telah membantu menyelesaikan masalah perumahan golongan berpendapatan rendah, kalau dilaksanakan betul. Selepas berpuluh tahun kita melaksanakan dasar ini, kita tahu sana sini ada masalah. Dari segi pengagihan dia kita telah melaksanakan atau permohonan secara berkomputer, atas talian telah kian lama dilakukan. Dan apabila Pakatan Harapan menjadi kerajaan, kami menghapuskan sistem kuota politik maka secara tidak langsung menjadikan pengagihan dia lebih adil sedikit. Tetapi apabila saya semak di Portal e-Rumah. Saya lihat di Taman Lagenda, daerah Segamat, unit yang dijual atau ditawarkan hanya 13 unit, cuba Yang Berhormat Puan Speaker teka berapa permohonan? 780 pemohon, maknanya 60 kali ganda permintaan dia. Taman Kempas Utama, Johor Bahru, kita bina 146 unit, pemohon dia 1,550, 10 kali ganda. Taman Pulai Mutiara, Johor Bahru, kita bina 336 unit, yang memohon 6,561 pemohon, makna berpuluh-puluh kali ganda permintaannya kalau berbanding dengan bekalan. Bila nak selesai masalah ini? Kalau apabila kami dalam kerajaan, PH dalam kerajaan kami pun agak bimbang bagaimana kita boleh capai sasaran 100,000 unit rumah mampu milik. Dan apabila kita siapkan pun, belum tentu kita boleh memenuhi permintaan yang tinggi ni. Melalui pemerhatian saya, dia ada beberapa sebab yang mana saya rasa saya bawa untuk dibincang di sini supaya sama-sama kita mencari jalan keluar. Yang pertama, ada di kalangan ni mungkin 10% hingga 20% mereka betul-betul memerlukan rumah. Itu tidak dinafikan. Yang lebih banyak saya rasa di dalam beribu-ribu pemohon ni ramai yang rasa baik saya cuba nasib. Saya cuba nasib sebab apa, sebab saya tahu rumah ini hari ini saya beli, besok saya jual sudah untung RM100,000.00. Sebab kos dia pun sudah RM150,000.00. Dia beli hanya RM80,000.00 kalau kategori B, kalau lagi bertuah kena first

price RM42,000.00, orang lain dah subsidi RM100,000.00 tak boleh rugi punya kalau beli rumah ini. Bagaimana kita nak perbetulkan dasar ini sebab bagi saya adalah agak tidak adil bagi saya sebagai pembeli rumah yang lain untuk subsidi orang lain beli untuk cari keuntungan. Mengapa saya cakap begini? Melalui DH Property, sekejap eh, rumah kos rendah di Taman Tun Aminah, landed rumah teres, rumah kos rendah teres boleh dijual pada harga RM250,000.00. RM250,000.00, bayangkan dulu dia beli RM17,000.00 sekarang dia jual RM250,000.00, ini sudah harga rumah teres yang biasa. Tetapi kita hanya dibenarkan jual kepada B40. Rumah flat Taman Tun Aminah boleh jual sampai harga RM200,000.00., ini kos rendah atau apartment, ini low cost ke apartment, sebab kita tak kawal. Kerajaan ada satu mekanisma tapi dia hanya mengehadkan orang yang memberi pendapatan dia tidak boleh melebihi sekian amount dia. Tetapi kerajaan tak kawal berapa harga penjualan dia,

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 77

sub sale harga sub sale tak dikawal. Jadi saya harap perkara ini kita perlu kaji semula supaya perkara ini tidak dimanipulasikan. Kalau saya rasa sekarang ni misal kata kerajaan bagi satu dasar baharu, hari ini kita umumkan Rumah Mampu Milik Johor akan ditetapkan pada satu harga yang tetap misal kata RM80,000.00 dan lepas beli tak ada peluang untuk naik harga. Apa-apa pun dia akan tetap di situ sahaja. Saya rasa yang cuba nasib tak akan datang. Yang mereka beli hanya untuk sebagai satu pelaburan kononnnya nak try our luck ya, nak beli supaya nanti 5 tahun kemudian nak jual pada harga lebih tinggi apabila tahu sampai hari kiamat pun rumah ni hanya boleh jual pada harga RM80,000.00, sekurang-kurangnya kita boleh menapis separuh daripada 6,000 orang. Mereka tak rasa, tak berbaloi mereka buat pelaburan ni. Jadi saya harap kerajaan boleh lebih berkeras sebab kita perlu faham, saya pernah bincang dengan beberapa orang termasuk ahli EXCO masa tu untuk kita hadkan tapi dia bagitau satu sahaja, dia kata, “Tan kita terpaksa ada free market untuk rumah ni”, tapi kita kena sedar sejak hari pertama adanya rumah mampu milik ini dia sudah bukan free

market. Hanya orang yang terpilih sahaja boleh beli apa free market rumah mampu milik ini. Jadi kalau kita nak kawal, kerajaan nak kawal biar dari hari pertama daripada langkah pertama sampailah langkah terakhir, biar daripada penjualan rumah baharu sampai ke sub

sale pun kita kawal. Saya rasa kadang saya rasa sangat sedih apabila saya melawat ke keluarga miskin keluarga pendapatan rendah mereka maklumkan saya mereka duduk di rumah kos rendah itu sewa dengan harga rumah mewah RM650.00 sebulan Yang Berhormat Speaker. Sepatutnya dia dah boleh bayar loan, bayar installment di bank dengan sewa yang dibayar pada tuan rumah. Yang dulunya mungkiin kononnya miskin sebab tu dapat rumah kos rendah tapi sekarang bila dia orang dah selesa dia buat untung ke atas orang miskin. Ni tak sepatutnya berlaku, saya haraplah kita kalau boleh seberapa cepat yang boleh kita mencari satu jalan keluar supaya dasar ini yang sepatutnya membawa manfaat kepada rakyat akan balik kepada pangku jalan. Ini penting Yang Berhormat Puan Speaker. Satu lagi isu, di mana saya lihat dalam pembentangan Yang Amat Berhormat minggu lepas tu ada sebut tentang ekonomi hijau. Ini bagus, semasa PH dalam kerajaan pun kami ada menubuhkan Majlis Rendah Karbon Negeri Johor sebab kita tahu ekonomi hijau ni kehidupan hijau ni dia perlu dibudayakan, dia bukan sahaja dari peringkat pembuat dasar perlu ada dasarnya tetapi saya rasa dari atas hingga ke bawah perkara itu perlu dijadikan satu amalan dalam hidup. Contoh yang terbaik adalah amalan pengasingan sampah pada punca, saya lihat sekarang ni satu dasar yang cantik, baik tetapi apabila sampai ke dasar ke peringkat pelaksanaan dia sana sini ada kekurangannya. Saya harap kerajaan boleh memperuntukkan satu peruntukan satu jumlah yang dapat kita kata menggalakkan NGO atau perseorangan yang kita kata menjadi penggerak, menjadi mungkin duta kerajaan, duta hijau kerajaan untuk menyebarkan maklumat berkenaan isu ini. Sebab sekarang ini ada satu kekurangan yang sangat besar saya lihat di pihak dari segi pengurusan sampah di Johor. Saya faham, perkara ini telah kita surrender dan serah kepada kerajaan persekutuan tapi saya yakin kita perlu buat sesuatu untuk mengubah kepada satu dasar yang lebih sesuai untuk negeri Johor. Saya bagi satu contoh, di mana di sekitar Johor ini, ada 373 tapak pembuangan sampah yang haram. 373, Yang Berhormat Puan Speaker. Di kawasan MBIP sahaja, Majlis Bandaraya itu, kita ada 61. Ini bukan saya cakap. Padahal jabatan sendiri dah tahu wujudnya, tapak-tapak haram ini. Semasa saya duduk sebagai EXCO Kerajaan Tempatan, saya ada berjumpa dengan pihak-pihak yang berkepentingan seperti kontraktor-kontraktor kutipan sampah untuk memahami

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 78

apa masalah mereka. Mereka maklumkan saya apabila mereka hantar sampah dan dibuang ke Seelong, ada dua isu yang perlu mereka atasi. Yang pertama, mereka perlu bayar mengikut berat pada masa itu, 1 tan sampah yang hantar dibuang di Seelong, RM70.00. Satu bin roro, tong roro yang dihantar ke sana sekurang-kurangnya 5 tan. 5 tan kali dengan RM70.00, maksudnya kos dibayar secara sah, secara halal, RM350.00. Berapa yang mereka charge kepada pelanggan? Mereka hanya charge pelanggan, ambil dengan pelanggan RM150.00 hingga RM250.00. Maksudnya, satu tong roro dihantar buang di Seelong, mereka rugi RM100.00 hingga RM200.00. Siapa yang akan jalankan satu busuness yang rugi? Tidak ada. Sudah tentunya mereka akan cari jalan yang paling mudah, untuk buang di mana-mana yang mereka lihat. Tepi sungai, tepi jalan kalau kawasan lapang ada, buang aje. Jadi apakah penyelesaian dia? Ini pertama. Kedua, jauh. Dari Gelang Patah nak hantar ke Seelong sejam perjalanan dia. Pergi, balik, dua jam. Beratur untuk tunggu buang, berapa jam? Sehari berapa trip boleh pergi? Itu juga perlu diambil kira. Jadi Yang Berhormat Puan Speaker, saya pernah cadangkan dalam pelbagai mesyuarat supaya kita wujudkan satu tapak pelupusan sisa lengai iaitu kita memproses dan melupuskan sisa lengai iaitu sisa binaan, sisa hijau dan sebagainya di tapak itu,, supaya boleh pada satu tahap mengurangkan tapak-tapak sampah haram yang ada di kawasan bandar raya ini. Tapi apa halangan ataupun masalah yang dihadapi? Apabila mesyuarat dengan pelbagai ketua-ketua jabatan ini, jabatan A kata, YB ini tak boleh, syarat guna tanah tak kena. YB, Jabatan B kata, YB ini tak boleh sebab zoning tak betul. C, ini tak betul, eh B ini tak betul. Ini sampai bila kita nak selesaikan ini? Yang Berhormat Puan Speaker, kita bukan nak fikir bagaimana benda itu boleh ke tak boleh. Kita nak fikir adakah cadangan itu boleh selesaikan masalah ini ke tidak? Kalau boleh, soalan seterusnya bukan boleh ke tak boleh dah. Ada langgar syarat ke tak ada langgar syarat. Bagaimana kita nak jayakan masalah penyelesaian ini? Orang kita selalu kata, mahu seribu daya tak mahu seribu dalih. Tetapi apa yang kita hadapi selalunya alasan yang membuatkan kita kata tak boleh. Jadi, Yang Berhormat Puan Speaker, saya harap di sini dulu banyak ramai ketua jabatan, sekarang dah tak ada dah. YB Timbalan Speaker : Yang Berhormat, 2 minit lagi ye. 2 minit. YB Tuan Tan Hong Pin (Skudai) : 2 minit tak cukupnya. YB Timbalan Speaker : Dah hampir.. YB Tuan Tan Hong Pin (Skudai) : Ok, saya cuba Yang Berhormat. YB Timbalan Speaker : Ok, masih ada 4 orang lagi. YB Tuan Tan Hong Pin (Skudai) : Saya, saya, saya... Jadi saya rasa kita perlu mengkaji betul-betul apakah penyelesaian. Sebab apabila kita tak ada satu pelupusan sampah setempat, dia akan menjadi masalah. Terutamanya bagi kontraktor-kontraktor swasta ini, mereka akan cari jalan mudah. Ya, mereka akan cari jalan mudah sebab, bayangkanlah adakah kita nak minta orang awam dari Tangkak jalan 100 kilometer hantar sampah dia ke Bukit Payung untuk dibuang. Berapa duit minyak dah buang dah sana, dah rugi dah. Mungkin untuk SWM tak ada masalah sebab mereka company besar. Dia orang dah dapat konsesi sampah kerajaan, dia tak ada masalah ini. Jadi saya sebenarnya agak alergic dengan perancangan apa tu perancangan kerajaan persekutuan bahawa pelupusan sampah di Johor ini dibahagikan kepada dua. Satu, selatan di Seelong, utara di Bukit Payung. Ini sebenarnya sangat bahaya. Dan saya nampak, dia satu pembaziran. Di mana kalau boleh sampah itu diselesaikan diurus oleh setiap PBT secara lokal dengan teknologi yang sesuai.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 79

Sekarang masalah yang kita hadapi adalah tanah. Tetapi saya sebenarnya dalam, saya rasa sebenarnya amat bertuah, berpeluang menjadi EXCO walaupun satu tempoh yang pendek, tetapi dalam tempoh itu saya diberi peluang untuk mempelajari pelbagai teknologi, untuk melihat bagaimana orang lain, negara maju menyelesaikan masalah sampah mereka tanpa melibatkan, tidak semestinya melibatkan pelaburan yang berbilion-bilion ringgit. Jadi saya harap, Yang Berhormat Puan Speaker, untuk bab ini, kerajaan negeri dapat bincang balik dengan jabatan JPSPN, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara untuk merangka satu dasar yang sesuai untuk negeri Johor. Kita perlu sedar, kita ada 16 PBT, kita satu negeri yang besar. Kalau di sana sini, sekarang ini hanya 300 lebih tapak sampah haram. Saya bimbang apabila dilaksanakan hanya 2 sahaja, utara selatan yang sah, yang swasta ini mereka nak hantar ke mana? Sudah tentu akan hantar ke sungai ataupun tepi jalan. YB Timbalan Speaker : Sila gulung. YB Tuan Tan Hong Pin (Skudai) : Jadi, Yang Berhormat Puan Speaker. Kita, ada dasar yang cantik. Kita ada penggubal dasar, kononnya Ahli-Ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini adalah penggubal dasar yang hebat. Tetapi apabila sampai ke peringkat pelaksanaannya, itu kita perlu lihat. Dan satu dasar yang baik, setelah berpuluh tahun dilaksanakan, sudah tentu ada yang perlu ditambah baik. Semua ini perlu diambil kira. Kita tak boleh ikut apa yang atuk kita buat, nenek kita buat dan kita ikut sampai sekarang. Dulu atuk kita ke sana sini pakai sarung. Sekarang kalau kita keluar kena pakai smart sikit. Itu perbezaannya. Yang Berhormat Puan Speaker, saya harap terutamanya yang isu-isu yang kami pernah bawa masa sesi soal jawab juga perlu diambil perhatian. Antaranya saya telah bawa untuk perhatian beberapa peringkat bahawa ada satu permohonan untuk tukar zoning di daerah Muar. Dah dua kali tukar MB, sampai hari ini tidak selesai. Walaupun pertukaran zoning itu sebenarnya dalam rancangan akan datang, di mana dalam RTB, Rancangan Tempatan Daerah yang terbaru yang akan dilaksanakan dalam 10 tahun akan datang, dah tukar dan zon, cuma yang sedia ada belum tukar. Jadi masa itu, ada cuba bawa untuk Jawatankuasa Perancang Negeri (SPC) untuk supaya sebelum yang future yang akan datang itu untuk dimaktubkan sebagai satu rancangan yang diwartakan, laksanakan dulu melalui SPC. Tetapi apa yang berlaku? Orang yang bawa SPC ini, yang membawa kertas kerja itu, dia yang membantah dalam SPC itu, apabila membuat keputusan. Apa ni? YB Timbalan Speaker : YB, sila gulung. YB Tuan Tan Hong Pin (Skudai) : Jadi, perkara itu perlu diambil perhatian. YB Timbalan Speaker : Saya bagi satu minit lagi eh. Satu minit. YB Tuan Tan Hong Pin (Skudai) : Itu sahaja. Saya harap kehadiran Ahli-Ahli Yang Berhormat baik dalam Dewan, di luar Dewan ataupun di peringkat kawasan, di peringkat daerah, kami berkhidmat untuk rakyat. Masing-masing dengan niat yang baik. Saya harap ini, saya lihat dalam norma politik yang baru ini, ada tambah baik. Ada lihat perubahan. Saya harap perubahan ini bukan sahaja, tidak akan jadi sekelip mata, tetapi dia akan kekal dan diinstitusikan. Sekian, terima kasih. YB Timbalan Speaker : Terima kasih YB Skudai. Yang seterusnya, saya menjemput YB Senggarang. YB Tuan Khairuddin bin A. Rahim (Senggarang) : Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Bismillahirrahmanirrahim. (Bacaa doa.) Terlebih dahulu, patik merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucapan selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan dan Yang DiPertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim. Sempena ulang tahun hari keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 22

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 80

November 2021 bersamaan 17 Rabi’ul Akhir 1443 Hijrah. Patik berdoa semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Permaisuri Johor dilanjutkan usia dalam keafiatan dan sentiasa berada dalam limpahan rahmat dan keampunan Allah SWT. Semoga di bawah naungan Tuanku, negeri Johor berada di dalam aman, makmur dan sejahtera. Daulat Tuanku. Yang Berhormat Puan Speaker. Pertama-tamanya marilah kita semua bersyukur kerana masih diberi peluang oleh Allah SWT untuk terus hidup di kala 30,000 orang rakyat negara yang telah terkorban, wabak COVID-19. Oleh itu, dalam kesempatan yang Allah berikan ini, saya menyeru diri saya dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, rakan-rakan semua dalam Dewan ini supaya kita dapat meningkatkan mutu perkhidmatan sebagai Wakil Rakyat dengan matlamat untuk kepuasan kepada rakyat. Dan bagi menjadikan Johor sebuah negeri yang lebih maju dan cemerlang pada masa yang akan datang. Yang Berhormat Puan Speaker, ada beberapa topik yang saya utarakan pada petang ini. Pertama, iaitu pelantikan syarikat konsesi dalam perolehan projek kerajaan. Yang Berhormat Puan Speaker, dewasa ini kewujudan syarikat-syarikat konsesi melaksanakan penyelenggaraan telah merubah peluang kerja kepada kontraktor kecil dan kontraktor besar G5 ke atas telah hilang punca peruntukan yang mereka boleh menyertainya. Antara syarikat-syarikat konsesi yang wujud di negeri Johor yang terbaru kan Safwa Global Venture, Penyelenggaraan Jalan PBT Seluruh Negeri Johor. Itu yang negeri Johor panggil. TETO Engineering, penyelenggaraan jalan-jalan negeri. Johor Zon B, Amona Infra Care Sdn.Bhd. Jalan-jalan negeri Johor Zon A, Infradesa Johor yang tadi Yang Berhormat Semerah ada menyatakan bahawa dah habis tempoh dia untuk penyelenggaraan jalan-jalan kampung dan luar bandar negeri Johor. Banyak lagi penyelengaraan konsesi-konsesi jalan persekutuan, selia senggara dan lain-lain yang saya tak akan sebutkan, tak akan ulas pada petang ini. Kewujudan syarikat konsesi ini memang dibenarkan. Daripada dulu dan saya pun dulu JKR ya, ramai rakan-rakan JKR di sini dibenarkan. Tetapi kewajarannya diguna pakai boleh dipertikaikan. Saya petang ini ingin mengulaskan, yang lain saya tak nak ulas. Dahulu semasa Kerajaan Pakatan Harapan pun saya membawa usul ini supaya Syarikat Amona Infra Care Sdn. Bhd dan TETO Engineering Sdn. Bhd yang menyelenggara jalan-jalan negeri, konsesi dikaji semula. Dan sekiranya terdapat perlanggaran ditamatkan tetapi tidak berlaku pada masa itu. Pada asalnya Amona Infra Care, Amona dan juga TETO memang, mula-mula memang potong rumputlah, apa rumput tepi jalan tetapi akhirnya semua perkara-perkara yang ambil di jalan negeri semua dia sapu habis. Mula-mula potong rumput dan cuci signboard je. Inilah yang saya nak terangkan ya. Cuma hari ini saya nak terangkan tentang Safwa Global Venture yang mana menjadi kerisauan kontraktor-kontraktor kecil Bumiputera, G1, G2 di luarkan apabila wujud konsesi PBT jalan-jalan PBT MARRIS seluruh negeri Johor yang telah dikonsesikan kepada syarikat Safwa Global Ventures Sdn. Bhd. Begitu juga dengan kewujudan JCCD. Saya faham semasa kami berada di sana kan, diwujudkan JCCD, diwujudkan konsesi Safwa Global ini dan saya faham, dulu pun diwujudkan konsesi-konsesi ini kerana kewujudan kartel-kartel di dalam jabatan kerajaan untuk memberikan kontrak-kontrak kepada rakan-rakan tertentu. Itu wujudlah konsesi supaya orang politik ada kuasa terhadap pemberian kontrak tersebut. Dan perkara ini menjadi amalan. Jadi amalan apabila satu kumpulan tidak puas hati dengan satu kumpulan, pegawai kerajaan dan sebagainya, contohnya Pejabat Daerah atau pun Majlis Perbandaran, kita wujudkan konsesi supaya perkara itu, salah laku yang dibuat oleh Pejabat Daerah dan juga Majlis Perbandaran PBT dapat dihentikan. Bukan begitu caranya pada saya, pada Senggarang. Sepatutnya apa yang salah laku atau pun salah tatacara yang dibuat oleh PBT dan juga Pejabat Daerah di dalam melaksanakan kerja-kerja MARRIS diperbetulkan bukan kita mewujudkan satu masalah baru di luar yang akhirnya tidak dapat kita selesaikan sehingga kini. Di situlah saya pernah, mengiau-ngiau kat telinga saya peranan JCCD pada masa itulah. Dikatakan hendak mengurus, hendak menyelaras perkara ini supaya lebih adil. Itu sahaja yang saya dengar, angan-angan JCCD itulah kan.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 81

Yang Berhormat Puan Speaker, kalau dulu kontraktor hanya perlu berdaftar dengan PKK dan CIDB tetapi sekarang mereka terpaksa berdaftar di Johor dengan JCCD dan juga syarikat konsesi yang telah dikurniakan kerja oleh kerajaan. Ini menambah lagi dan merumitkan lagi keadaan. Yang Berhormat Puan Speaker, saya dimaklumkan dan saya sendiri pun membuat semakan harga yang ditawarkan oleh syarikat konsesi adalah lebih rendah daripada harga yang ditawarkan dahulu oleh agensi kerajaan. Logiknya, logiknya syarikat konsesi akan mengambil keuntungan dan caj pengurusan dan selebihnya baru di buat sebut harga atau undi kepada kontraktor lain. Manakala kalau peruntukan RM700 juta PBT, 20% dah lari kepada syarikat konsesi. Lebih kurang RM60 juta. Kalau 12% dah RM60 juta dah lari, peruntukan dah tinggal RM240 juta yang hendak diagihkan kepada kontraktor-kontraktor kecil makna dah hilang RM60 juta. Ini bermakna 15% hingga 20% daripada peruntukan penyelenggaraan akan hilang diberikan kepada syarikat konsesi. Bukan itu sahaja, akhirnya kerajaan dengan duit rakyat yang diuruskan itu, kerajaan terpaksa membayar dua lapis kakitangan. Pertama, kakitangan kerajaan sendiri. Pada penyeliaan untuk kerja-kerja contoh-contoh kerja-kerja jalan negeri diselia oleh JKR. Kakitangan kerajaan negeri kena bayar, kakitangan am pun nanti kena bayar lagi. Begitu juga Safwa. Kakitangan Majlis Perbandaran kena bayar. Pejabat Daerah kena bayar dan Safwa kena kena bayar lagi. Belum lagi JCCD nya lagi. Jadi di situ pertindihan pembayaran gaji kepada mereka-mereka terlibat sangat membazir wang rakyat yang diamanahkan kepada kita. Kalau hasilnya itu baik, Alhamdulillah tetapi hasilnya tidak memuaskan oleh semua mereka-mereka yang terlibat di dalam industri pembinan khususnya kontraktor-kontraktor kecil Bumiputera. Yang Berhormat Puan Speaker, di dalam pelaksanaan konsesi, saya rasa dan Yang Berhormat EXCO maklum kontraktor disyaratkan boleh mendapat kerja sekali sahaja dalam setahun. Ini bermakna jika mereka sudah mendapat kerja contohnya RM20,000.00 maka mereka tidak layak untuk dipertimbangkan kerja lain. Ini adalah satu perkara yang tidak wajar dilakukan. Mungkin Yang Berhormat EXCO atau pun pegawai-pegawai di atas tidak maklum tetapi perkara ini dilaksanakan oleh kakitangan konsesi. Yang Berhormat Puan Speaker, jumlah kontraktor bertambah dari masa ke semasa. Manakala peluang mendapat kerja diperkecilkan. Urusan dah ambil, itu belum keuntungan lagi oleh syarikat konsesi. Kalau dulu duitnya besar, banyak diuruskan oleh agensi kerajaan tetapi sekarang sebahagian besar telah hilang. Adalah bakinya untuk diagihkan kepada kontraktor-kontraktor kecil sama ada melalui sebut harga atau pun undi. Jadi kita nak melahirkan, kerajaan nak melahirkan kontraktor Bumiputera supaya ramai usahawan Bumiputera yang lahir tetapi dalam waktu yang sama menyempitkan peruntukan yang diberikan kepada syarikat-syarikat Bumiputera. Jadi ini tidak selaraslah dengan usaha untuk meramaikan lagi usahawan Bumiputera. Yang Berhormat Puan Speaker, memang ada laporan. Laporan-laporan yang sedap dengar di telinga, sedap dengar di telinga, halwa telinga laporan berbaur syurgalah yang menyatakan kewujudan syarikat konsesi oleh pihak tertentu banyak memberi faedah kepada kontraktor. Pada saya adalah satu laporan yang dibuat untuk menutup kelemahan sistem konsesi ini. Saya boleh buktikan banyak. Jumpa, saya buktikan apakah kelemahan konsesi di lapangan. Apa yang berlaku adalah indah khabar dari berita dan menang sorak kampung tergadai. Kaedah syarikat konsesi ini adalah menguntungkan individu tertentu sahaja sementara majoriti rakyat kontraktor menghadapi masalah. Mereka adalah rakyat kita dan mereka juga kita yang lahirkan. Kalau dulu-dulu zaman dulu kan banyak kita lahirkan kontraktor, kontraktor berwibawa, macam-macam cara kerajaan nak membantu. Yang Berhormat Puan Speaker, cadangan saya, cadangan Senggarang, pertama, kerajaan perlu menyemak semula buruk baiknya kewujudan syarikat konsesi yang saya cakap tadi Safwa ataupun lain-lain. Tapi saya tekankan pada hari ini adalah Safwa Global Ventures kerana disebabkan wujudnya Safwa ini memang rungutan di bawah terlalu besar. Kalau dulu Amona, ada TETO tu kurang sedikit tetapi ada Safwa bolotkan, hampir beratus-ratus

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 82

juta rungutan bawahan sangat ketara kepada kerajaan. Jadi kerajaan perlu menyemak semula buruk baiknya kewujudan syarikat konsesi ini. Dan saya pun sebenarnya telah membuat laporan, membuat laporan, rasanya sebelum COVID-19, sebelum PKP kepada SPRM sendiri saya telah buat laporan, hantar laporan. Saya tidak berpuas hati terhadap syarikat konsesi khususnya Safwa Global Ventures dan rakan saya, Ahli Parlimen Johor Bahru telah membawa perkara ini ke Parlimen untuk dipertimbangkan kerana peruntukan tersebut adalah daripada kerajaan pusat. MARRIS ini. Sebab itu saya bawa, saya minta Ahli Parlimen Johor Bahru supaya bawa ke Parlimen. Kedua, agensi yang memantau perlu lebih serius, lebih telus dalam membuat laporan. Kalau tak betul, tak betul. Memanglah sebab itu saya difahamkan sampai ada yang berbulan-bulan tidak dapat bayaran. Konsesi itu saya akan sebut sekejap lagi. Ketiga, harga betul nak wujud konsesi ini wujud cara yang baik. Kalau tak nak tutup sahaja. Harga yang ditawarkan oleh syarikat konsesi mestilah selaras dengan harga yang ditawarkan oleh agensi kerajaan. Kalau konsesi bagi orang kan lebih murah daripada agensi kerajaan what for, dengan izin kita wujudkan konsesi. Tak ada apa yang membantu kepada rakyat, tidak ada apa yang membantu. Keempat, syarikat konsesi mesti mempunyai kemampuan untuk membayar projek yang telah siap dengan segera. Kebanyakan mereka menunggu bayaran daripada kerajaan barulah mereka membayar subcon. Saya mendapat aduan daripada rakan-rakan kontraktor yang telah bersama dengan Safwa bahawa ada yang sampai tujuh bulan pun tak dapat bayaran dan mereka membawa aduan itu kepada saya, untuk saya bawakan di dalam Dewan ini. Jadi di dalam istilah ini, siapa yang payung siapa. Kontraktor kecil payung kontraktor besar ke, kontraktor besar payung kontraktor kecil. Siapa, konsesi payung ke kontraktor kecil payung konsesi. Kalau kontraktor besar tak boleh payung, tutup sahaja konsesi ini. Tak payah kan, membuang masa sahaja. Yang Berhormat Puan Speaker, kalau ini berlaku bayaran lewat dan sebagainya sampai ada setahun. Jadi pada saya mereka tidak layak jadi konsesi. Sebab itu kalau kita lihat konsesi Lebuh raya PLUS, betul. Lebuh raya PLUS kita ingat dulu PLUS dulu tak ada lebuh raya dia dapatkan dana dia buat jalan, lebuh raya dia collect tol dan sebagainya. Jadi tol itu dia dapat dana sendiri tetapi dalam bab ini dana disediakan oleh pihak kerajaan. Kelima, banyak syarikat konsesi melantik anak syarikat dia sendiri. Saya ada bukti. Saya ada bukti sama ada Selia Senggara ke, mana-mana, Safwa kat mana anak syarikat sendiri untuk melaksanakan kerja. Memang harga itu rendah siapa nak buat? Akhirnya dia cilok pada syarikat sendirilah subsidiaries sendiri. Ini menyebabkan kontraktor lain tidak dapat kerja. Kenyang. Kita saya lihat banyak syarikat kerja-kerja yang dikeluarkan terlalu kecil. Ada undi RM8,000.00, zaman sekarang RM8,000.00 ini nak untung apa. Apa yang nak diuntung. Kerja kecil RM8,000.00 untuk satu pekerja. Pejabat Daerah pun dululah, Pejabat Daerah ataupun saya cakap tak adalah undi sampai RM8,000.00. Ini betul, saya lihat pihak kerajaan ataupun pihak yang terlibat nak memenuhi citarasa bahawa mesti ada undi, nak ada undi supaya semua orang dapat tapi kalau dapat kerjanya RM8 ribu dalam zaman sekarang bahan yang meningkat apa yang nak dapat, apa yang nak diuntungkan oleh kontrak kecil Bumiputera ni, dahlah RM8,000.00, bayarannya pun lewat, sekarang patut kerja kan, kerja J1 tu dah sampai eh RM200,000.00 dah, RM8,000.00 masih lagi eh masih dilaksanakan, satu perkara yang mengecewakanlah kan atau satu yang, yang orang kata tu kita S.S. kan industri pembinaan ni saya kan YB Sri Medan pun rasa sedia maklum kan, ini satu mengecewakan yang memalukan gitulah kan, sebagai jurutera-jurutera di dalam Dewan ini. Jadi Yang Berhormat Puan Speaker, sebab itu had kerja kontraktor J1 adalah RM200,000.00. Ini bermakna semua kontraktor boleh mengambil bahagian dalam undian dan sebutharga selagi nilaian tidak lebih RM200,000.00. Saya faham apabila maknanya kerajaan sama ada agensi kerajaan dengan terikat dengan apa tu Pekeliling RM200,000.00, tetapi apabila jadi konsesi tak terikat, itu memanglah cara lah nak melepaskan diri. Konsesi ni bukan kerajaan jadi boleh lah buat RM8,000.00 boleh RM10,000.00. Jadi amalan ni janganlah digunakan untuk membolehkan kita menafikan hak orang lain.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 83

Begitu juga pemantau perlu dibuat untuk mengelakkan ketirisan berlaku dalam kalangan syarikat konsesi. Yang Berhormat Puan Speaker, sebab itu saya rata-rata, saya memang daripada awal bab-bab konsesi memang saya tergurislah, memang saya tentanglah, habis-habisan sebab pada saya ia melanggar, melanggar tata cara agama. Kita betul kita niat kita untuk lahirkan ramai usahawan, Islam, Bumiputera situ niat yang baik, murni tapi kalau kita imbas dari sudut Islam dengan mengambil contoh sahabat nabi yang paling kaya iaitu Saidina Abdul Rahman bin Auf, kaya raya, hartawan, jutawan ha, kita nak lahirkan orang macam ni. Sahabat Abdul Rahman bin Auf tidak mengambil peluang hak-hak peniaga kecil lain. Tak ambil peluang sebab tu kita lihat, selalu kita dengar ustaz-ustaz cerita dia bersaing dengan pedagang-pedagang Yahudi dalam urus niaga jualan unta sebagai contoh, beliau menjual unta dengan harga kos dan menjana keuntungan dengan menjual tali-tali unta dengan rekaan yang berbagai bentuk dan warna yang menarik. Ini contoh kreatif yang perlu ada pada syarikat-syarikat yang nak jadi jutawan ke hartawan ke, syarikat konsesi yang besar. Bukan mengambil hak kontraktor-kontraktor yang kecil yang sudah ada di lapangan, ambil hak mereka. Ini bukan cara dia. Sebab itu saya cabar lah maknanya saya bukan mencabar dalam Dewan tak akan ke mana, tak akan ke mana syarikat-syarikat konsesi kalau melanggar tatacara, cara yang diamalkan nabi kita Muhammad SAW Syarikat konsesi seharusnya menggunakan kreativiti-kreativiti dan kepakaran mereka, mereka kan kontraktor-kontraktor besar, pasal besar sebab tu jadi konsesi kan? Untuk membantu peniaga-peniaga yang kecil, itu caranya. Bukan ada peluang, ada peluang, ada ruang itulah peluang aku, aku ambil, aku cari jalan untung kan. Jadi Puan Speaker, jadi saya mohon supaya Dewan ini, kerajaan mengkaji semula kewajaran syarikat konsesi berada dalam negeri Johor Darul Ta’zim ini yang terkini saya dengar yang akhir sekali saya dengarlah iaitu Qul Holdings (M) Sdn. Bhd., saya dengarlah yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat dari Semerah. Saya tak nak lah negeri kita jadi juara konsesi ya. Jadi Yang Berhormat Puan Speaker, isu yang kedua yang saya ingin maklumkan yang saya ingin bawa pada hari ini adalah isu tanah. Tanah adalah satu keperluan bagi kehidupan manusia dalam ialah penduduk, kadar penduduk semakin meningkat, keluasan tanah terus kekal tidak berganjak menyebabkan permintaan ke atas tanah melonjak secara berterusan. Walaupun terdapat projek-projek tebus guna tanah paya dan laut namun jumlah keluasan tanah yang terlibat sangat terbatas dan ia hanya dikuasai oleh golongan pengusaha-pengusaha besar sahaja. Adalah menjadi hak rakyat yang mempunyai, setiap rakyat negeri Johor yang tidak ada tanah untuk memohon mana-mana tanah kerajaan yang kosong. Itu dasar tu saya rasa semua orang setujulah kan. Begitu juga adalah menjadi kuasa kerajaan untuk meluluskan atau menolak permohonan-permohonan mereka tanpa perlu memberi alasan. Tapi yang menjadi tanda tanya oleh rakyat khususnya di daerah Batu Pahat kepada saya bahawa apakah kelayakan sebenar bagi seseorang rakyat Johor untuk mendapatkan kelulusan terhadap sesuatu keputusan terhadap tanah yang diajukan? Dalam agama kita… YB Timbalan Speaker : YB Senggarang, sila gulung. YB Tuan Khairuddin bin A. Rahim (Senggarang) : Ya sekejap, bagi saya ulas tanah dulu ya. Hak satu bidang tanah akan jatuh pada orang yang menghidupkan tanah berkenaan. Konsep ini sangat sesuai sekiranya kerajaan negeri mengambil pakai dasar tersebut. Jika dasar tersebut dilaksanakan sudah pasti ia boleh menyelesaikan permohonan-permohonan tanah yang tertunggak. Terdapat banyak aduan kepada saya, banyak kes-kes di Batu Pahat lah, permohonan tanah yang telah dibuat bertahun-tahun, ada belasan tahun malahan puluhan tahun tetapi sampai sekarang masih tiada jawapan, bukan tiada kelulusan, tiada jawapan. Lulus ke tak lulus, ada permohonan telah bermastautin dan mengambil hasil

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 84

pertanian daripada tanah, ada sesetengah kes ada pemohon-pemohon dituduh sebagai penceroboh, dalam proses menunggu ada pemohon yang meninggal pun ada. Jadi saya harap soal tanah ini supaya Pejabat Tanah khususnya PTG mengambil maklum dan supaya perkara ini dapat diselesaikan secara tuntas. Saya ambil contoh-contoh permohonan-permohonan tanah mungkin dari kawasan YB juga ya, kawasan YB Sri ke kawasan taman bandar, Kampung Bukit, 30 tahun orang duduk tanah tu sampai sekarang tak ada permohonan dah diaju tak ada geran pun, tak ada, tak dapat. Kampung Petani pun sama, dibangkitkan oleh YB Semerah kan? Sampai sekarang sejak Ghani Othman mereka, sejak zaman Ghani Othman betul saya lihat ada cadangan daripada kerajaan untuk membina flat-flat bagi mereka tapi saya katakan pada YB Semerah, YB apa Sri Medan, itu cadangan saya nak lihat realitinya berlaku, pasal cadangan daripada dulu ada cadangan, dulu pun kerajaan Barisan Nasional juga, dah YB dah bertukar ganti dah 5, 6 YB dah tetapi mereka masih di situ juga dengan himpitan sara hidup dia kan, keadaan dah akhirnya terpaksa terpinggir daripada tanah di kawasan, kerana itu bukan hak mereka. Tetapi mohonlah supaya ambil maklum perkara tersebut dan selesaikan masalah tersebut secara tuntas ya. Yang kedua yang akhir sekali ya saya ingin menyebut di kawasan saya, tadi kawasan saya, saya pernah ajukan satu masalah di Sungai Ayam. Pada 2019 saya pernah bangkitkan perkara ini, pembukaan kuari di Kampung Sungai Ayam, Kampung Belut Putih Sungai Ayam. Sebelah kuari Ni Hong Quarry, saya pernah bantah perkara ini, kuari 100 ekar dan saya nyatakan bahawa kita tidak serik ke, bahawa 2018 banjir besar berlaku di Sungai Ayam dan juga di Sungai Sulong disebabkan oleh Ni Hong, Kuari Ni Hong kalau sebab tu saya bantah dan saya dengar dan ambil maklum bantahan saya dulu diterima dan ada permohonan baru pula untuk mohon di buka kuari 100 ekar di Gunung Banang, Kampung Belut Putih Sungai Ayam. Bagi penduduk-penduduk Sungai Ayam, yang mana kampungnya berdekatan dengan cadangan kuari tersebut, kami semua membantah kuari tersebut yang akan rasanya kalau buka kuari ni orang kampung pun larilah. Sebagaimana berlaku di Kampung Minyak Beku banyak kuari, kuari banyak, tapi kawasan kuari tu orang pun tak ada duduklah orang pun takut nak duduk kat kuari. Jadi kawasan-kawasan tradisi ini saya mohonlah supaya kelulusan kuari khusus di Kampung Banang itu dapat ditolak oleh kerajaan dan demi kesejahteraan penduduk-penduduk di Kampung Sungai Ayam. Yang Berhormat Puan Speaker, saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Puan Speaker yang telah memberikan saya peluang untuk berbahas mengenai dengan Belanjawan 2022. Sekian, wassalamualiakum warahmatullahi wabarakatuh. YB Timbalan Speaker : Yang Berhormat Tanjung Surat, jemput. YB Dato’ Ir. Syed Sis bin Syed A Rahman (Tanjung Surat) : Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatuulahi wabarakatuh dan salam sejahtera. (Selawat). Yang Berhormat Puan Speaker, terlebih dahulu Tanjung Surat ingin merafak sembah setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhim Sultan Iskandar, Sultan Dan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim sempena sambutan ulang tahun hari keputeraan baginda Tuanku pada hari esok, 22 hari bulan November 2021. Patik berdoa agar Tuanku dilanjutkan usia dalam keafiatan dan sentiasa berada dalam lindungan Allah untuk membolehkan Tuanku terus menaungi bangsa Johor supaya Johor dapat mencapai kejayaan yang lebih gemilang di masa yang akan datang. Patik juga ingin merafak sembah setinggi tahniah kepada Duli Yang Teramat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor selaku pemilik pasukan bolak sepak JDT

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 85

yang telah berjaya ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia, setelah memenangi Liga Malaysia buat kali ke lapan. Juga tahniah kepada pihak pengurusan dan pemain-pemain JDT, patik berdoa agar JDT melepasi peringkat separuh akhir dan memasuki pertandingan akhir seterusnya memenangi Piala Malaysia bagi tahun ini. Setinggi-tinggi tahniah juga kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Ir. Hasni bin Mohamad, Menteri Besar Johor yang telah membentangkan Bajet Johor 2022 dengan begitu komprehensif, menyentuh keperluan setiap lapisan masyakarat dengan mengambil kira kekangan-kekangan yang terpaksa dihadapi dalam mengharungi pandemik COVID-19 yang berlarutan hampir 2 tahun. Puan Speaker, sebelum saya teruskan izinkan saya berpantun sedikit sebagai selingan. Kalau roboh kota Melaka, papan di Johor saya dirikan, selesai sudah PRN di Melaka, yang terpilih teruskan tugasan. Seperti dicadangkan dalam Belanjawan 2022 ini, strategi bagi mempersiapkan negeri dan rakyat Johor akan dipacu oleh 4 impetus ekonomi baharu, izinkan saya menyentuh dua daripada 4 impetus tersebut. Iaitu Memperluaskan Pendigitalan Johor dan kedua, Memperbaiki Ekosistem Pelaburan. Tahniah kepada kerajaan kerana bakal memperkenalkan Pelan Induk Digital Johor, pelan ini bertujuan mempersiapkan rakyat Johor untuk menghadapi cabaran dalam bidang digital. Untuk memastikan kejayaan pelan induk digital ini liputan Internet hendaklah diperluaskan untuk mendapat impak yang maksima. Memperbaharui Ekosistem Pelaburan, setinggi tahniah kerana kerajaan Johor telah dijemput, maksud saya negeri Johor telah dijemput masuk sebagai anggota baharu Indonesia, Malaysia and Thailand Growth Triangle (MITGT) sudah tentulah dengan penglibatan Johor juga dapat ditambah baik pendekatan SIGORI, Singapore, Johor dan Riau pada kali ini. Semoga sebuah negeri yang berjiran sebagai sebuah negeri yang berjiran dengan Singapura dan Riau sudah tentulah Johor merasai kesan dari suasana pelaburan sekeliling. Memanglah ada pelaburan yang kita boleh bekerjasama. Tapi harus diingatkan, ada juga bidang-bidang yang kita terpaksa bersaing untuk mendapatkan pelaburan. Masing-masing negara ada insentif-insentif tersendiri yang ditawarkan kepada pelabur-pelabur untuk menempatkan pelaburan di negara masing-masing. Kerajaan hendaklah melihat semula insentif yang ada, sama ada masih relevan dan menarik kepada pelabur-pelabur atau perlu dipertingkatkan atau diubahsuaikan. Selain dari itu, pelabur-pelabur yang hendak, yang ada hendaklah didekati untuk mendapatkan isu-isu yang perlu ditangani agar mereka terus kekal melabur di negeri ini, malah lebih baik jika mereka menambah pelaburan di sini. Saya telah dimaklumkan bahawa kerajaan Indonesia akan melabur di beberapa kawasan, SIJORI yakni Singapore, Johor, Riau, berhampiran negeri kita. Mereka akan memajukan Pulau Batam sebagai tempat industri aero-angkasa, di Bentan industri logistik dan pelancongan, dan industri minyak dan gas di Riau. Kita di Pengerang ada industri minyak dan gas, di mana Petronas ada hampir 2,000 ekar lagi tanah yang boleh dibangunkan, begitu juga DIALOG yang mempunyai tanah sekitar 600 ekar yang masih belum dibangunkan. Saya yakin jika ada kerjasama serantau dapat diusahakan, kita dan jiran-jiran boleh lengkap melengkapi dari segi pelaburan untuk faedah kesemua pemegang taruh. Saya ucapkan selamat maju jaya dan semoga dipermudahkan segala urusan Invest Johor dalam menarik pelaburan baru dan mengekalkan pelaburan sedia ada. Tanggungjawab ini amat mencabar tapi insya-Allah boleh dilakukan. Saya ingin masuk kepada isu perumahan. Syabas kepada kerajaan negeri kerana akan memperhebatkan lagi usaha untuk membina lebih banyak rumah mampu milik khususnya untuk menampung keperluan kumpulan sasaran B40 dan M40. Usaha untuk membina

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 86

rumah mampu milik ini akan lebih berjaya jika pemain-pemain industri perumahan bertekad dengan keazaman yang tinggi untuk membantu kerajaan menjayakan program ini. Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan yang terlibat dengan pembinaan rumah hendaklah lebih cekap dalam menjayakan projek-projek perumahan. Pernah berlaku beberapa kelemahan syarikat-syarikat GLC yakni syarikat berkaitan kerajaan yang seringkali membantut usaha atau melengahkan pembinaan dan seterusnya lewat siap, setelah siap seringkali lambat diserahkan kepada pembeli-pembeli. Rancangan awal yang lemah akan menyebabkan kelewatan dan juga masalah ketika pembinaan. Masalah penyelarasan dengan pihak pembekal utiliti, utiliti juga salah satu sebab kelewatan berlaku yang akan meningkatkan kos dan mengurangkan keuntungan syarikat akhirnya. Setelah siap rumah-rumah ini kadang kala lewat pula di serah kepada pembeli, ada berlaku sampai bertahun kelewatannya. Ini semua boleh menjejas usaha murni kerajaan untuk menyediakan perumahan kepada rakyat. Pihak bank juga haruslah membantu kerajaan dengan memudahkan pembeli yang berjaya mendapat pinjaman. Sedih juga ada pembeli yang terpilih setelah lama mencuba dan menunggu tapi akhirnya hampa kerana kegagalan mendapat pinjaman bank. Sebelum dapat rumah, kebanyakan mereka ini menyewa rumah dan harus membayar sewa bulanan. Mereka tahu tanggungjawab mereka untuk membayar sewa, begitu juga mereka akan membayar pinjaman bank, jika diluluskan pinjaman kepada mereka. Lagi pun bank banyak, lagi pun bank banyak cara untuk mendapatkan bayaran pinjaman, dapatkan balik bayaran pinjaman jika mereka lewat atau gagal membayar. Kurangkanlah birokrasi bank supaya mereka dari B40 dan M40, kumpulan sasaran ini lebih mudah mendapat pinjaman perumahan. Jika tidak, berapa banyak pun rumah yang dibina, rumah mampu milik yang dibina oleh kerajaan tidak dapat dinikmati oleh orang-orang yang betul-betul memerlukan rumah-rumah mampu milik. Seterusnya saya menyentuh isu-isu tempatan. Ini telah saya timbulkan beberapa kali tapi saya terus timbulkan kerana masalah itu masalah yang ada ini masih berterusan iaitu rumah-rumah rosak di Taman Bayu Damai, rumah-rumah yang disebabkan oleh beberapa perkara termasuk mendapan, menyebabkan tanah mendap dan juga keretakan bangunan, ini ada yang membahayakan penghuni dan ada juga yang tidak berapa merbahaya. Saya suka cadangkan supaya untuk mengatasi masalah ini bukan setakat kata orang bila dengar ada aduan retak, datang bawa konkrit, tampal. Tidak ada usaha langsung memahami apa yang sebenarnya berlaku. Jadi saya harap satu kajian dapat dibuat kepada rumah-rumah ini melebihi seratus peratus rumah yang rosak ini. Walaupun mereka diduduki, tapi ada setengahnya sangat merbahaya kepada penghuni rumah. Jadi saya mencadangkan supaya dibuat kajian, bukan sahaja mendapan, keretakan yang disebutkan tadi, punca sebenar keretakan itu hendaklah dikaji sebagai usaha mendapatkan penyelesaian jangka panjang. Saya akan mencadangkan kepada kerajaan negeri agar dapat mempertimbangkan, supaya dapat satu kajian di buat untuk membantu penghuni rumah ini daripada tujuh buah kampung, tapi ada satu kampung, dua kampunglah, Sungai Buntu dan Kampung Teluk Empang kurang terjejas. Lima kampung lagi sangat terjejas. Jadi buat kajian supaya setelah mengenalpasti kenapa berlaku kerosakan ini yang berterusan, kita akan dapat pastikan dengan bantuan pakar-pakar apa yang harus dibuat. Bila dah kenal pasti apa yang harus dibuat, berapa pula kosnya. Berapa bayaran untuk membaiki keadaan itu. Jadi ini adalah usaha-usaha kita supaya masalah kerosakan rumah ini yang terjejas, menjejaskan kehidupan mereka yang tinggal di sana dapat di atasi, kata orang putih, dengan izin once and for all, tidak lagi berlarutan sehingga hari ini. Kedua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak JKR akhirnya Masjid Taman Bayu Damai, projek ini telah ditanda pada 28.11.2021. Harapan saya agar kontraktor berpengalaman diberi tugas. Janganlah harga terlalu rendah pun di beri projek. Saya ingin membawa contoh, kalau tuan-tuan Ahli-ahli Yang Berhormat pergi ke Penawar, lepas bayar tol Penawar itu sepatutnya ada flyover sebelum traffic light untuk ke kanan, tapi malangnya setelah di tender, kontraktor yang paling murah diberi dengan harga yang 40% yang lebih murah daripada anggaran sebenar, akhirnya kontraktor tak buat apa-apa pun. Buat sekarang ini saya difahamkan pihak JKR memanggil tender semula, ini bukankah

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 87

mengakibatkan masa, melengahkan projek dan melibatkan kewangan yang bertambah. Jadi, saya harap tidak berlaku pada Masjid Taman Bayu Damai. Perkara yang ketiga dari kawasan saya yang saya ingin ketengahkan ialah kerja-kerja penyelenggaraan jalan dan parit, satu oleh JKR dan satu lagi dari JPS. Saya bersyukur akhirnya jalan FT92 dari Penawar terus ke kawasan saya, ke Sungai Rengit telah dimulakan penyelenggaraannya di bawah pengelolaan JKR Kota Tinggi mulai 1 Oktober saya difahamkan, saya harap jalan ini dan jalan-jalan yang ada di kawasan saya dapat diselenggara dengan sebaik mungkin supaya untuk keselesaan dan keselamatan pengguna-pengguna jalan raya di kawasan saya. Begitu juga parit-parit. Kadang-kadang saya tengok banjir di kawasan saya lah, kawasan YB yang lain saya tidak tahulah. Apa yang berlaku ialah penyelenggaraan parit yang sangat lemah. Itu yang menyebabkan banjir, air tidak dapat bergerak, atau air bergerak perlahan. Jadi inilah yang menyebabkan bila hujan terlalu lebat akan berlaku banjir. Kita harap kalau boleh dalam hujung tahun ini atau awal tahun depan tidak berlaku banjir, rasa saya mungkin, tidak mungkin tidak berlaku, tapi kalau harap berlaku pun tidaklah begitu berat untuk, seperti tahun lepas. Jadi mengenai penyelenggaraan kadang-kadang pihak JPS dah menyelenggara parit dengan baiknya, saliran dah ok, tapi bila sampai merentasi parit ke sungai atau pun pari melalui jalan raya, kalbat ataupun betung yang ada tidak sesuai dengan keadaan ataupun aliran air yang bertambah atau pun parit yang telah dibesarkan. Ini memerlukan kerjasama pihak JKR dan JPS supaya JKR perlu mengambil tindakan untuk menukar culvert-culvert pembetung-pembetung ini kepada saiz yang lebih sesuai untuk memastikan aliran air berjalan dengan baik. Jadi dengan sendirinya banjir dapat diatasi atau kesannya dapat dikurangi. Seterusnya mengenai jalan juga, rasa saya ini kali ke tiga saya sentuh di Dewan ini. Walaupun secara fizikalnya bukan dalam kawasan saya, tapi ia menjejaskan pengguna-pengguna dari kawasan saya juga. Maksud saya Jalan E22, Highway Senai – Desaru. Lebarnya kepada empat lorong, daripada persimpangan Pasir Gudang ke Penawar lebih kurang 27 kilometer haruslah disegerakan pembinaannya kerana jalan ini sangat sesak, sangat berbahaya kerana dengan penambahan lalu lintas termasuk dengan pelancong, kenderaan pelancong-pelancong dan juga kenderaan perniagaan makin mendesak supaya keadaan masih mendesar untuk mendapatkan lebuh raya ini dilebarkan kepada empat lorong. Untuk lebih selamat kepada pengguna-pengguna kerana pengguna-pengguna bayar lebuh raya ini. Patutnya lebuh raya daripada Pasir Gudang hingga ke Penawar tidak payah charge la, tidak payah dikenakan bayaran kerana ini bukan highway, dua lorong saja tapi dikenakan sudah begitu lama dan saya harap peruntukan yang dulu dengarnya telah diluluskan, lepas itu dibatalkan. Harap-harap kali ini kalau diluluskan teruslah segera dilaksanakan. Saya juga ingin membawa permohonan ataupun cadangan saya supaya kerajaan membantu Majlis Perbandaran Pengerang untuk mendapat bangunan sendiri. Bangunan yang khusus untuk mereka memandangkan peranan mereka yang begitu berat ataupun yang begitu penting bagi masyarakat di Pengerang dengan pembangunan industri minyak dan gas dan pelancongan yang besar ya. Jadi kalau siapa belum pernah pergi ke Pengerang, Majlis Perbandaran Pengerang sekarang ini di rumah kedai, rumah kedai, beberapa rumah kedai disewa untuk dijadikan Majlis Perbandaran Pengerang. Jadi rasa saya masanya telah tiba untuk Majlis Perbandaran Pengerang ini ada bangunan sendiri yang moden, bandar yang pintar ataupun bangunan yang pintar, rendah karbon dan sebagainya untuk memacu Majlis Perbandaran Pengerang ke masa mendatang supaya dapat memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada masyarakat Malaysia, masyarakat Pengerang dan Johor. Seterusnya di kawasan saya ada satu kawasan, kawasan pantai yang cantik. Saya namakan Pantai Sungai Musuh hingga ke Pantai Batu Layar sekitar 12 kilometer. Saya sebut pantai ini kerana pantai ini cantik dan pantai ini landai kalau boleh saya gunakan perkataan landai kalau ada yang tak faham minta maaf la ya. Landai ini maksudnya, kalau nak mandi manda di laut itu selamat lah. Kalau surut sampai 1 kilometer air undur ke laut

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 88

sana. Begitulah keadaaan dan keadaan pantai yang begitu cantik, saya harap PLAN@ Malaysia, PLAN@Malaysia ini dulu Jabatan Perancang Bandar Dan Desa dapat menengok perkara ini, mencadangkan tempat ini bagaimana hendak dibangunkan untuk mengambil nilai-nilai pelancongan yang ada pada pantai ini. Kalau Pantai Batu Layar itu kalau hujung minggu memang penuh dengan orang. Tapi malangnya kemudahannya sangat sedikit. Kalau mandi itu laut, nak pergi membilas badan itu, bayar. Bayar nak buang air kecil bayar, ada disediakan oleh orang kampung ya. Jadi saya harap dapat tengokkan apa yang saya cadangkan ini supaya kita dapat memastikan kawasan ini dibangunkan dengan berperancang lah, tidak adhoc ataupun yang tidak teratur. Harap dapat dikaji oleh pihak yang berkenaan lah. Seterusnya selalu saya ini, nak kata dikecam keras sangatlah, ditegur oleh masyarakat setempat katanya, “Dato’, orang Pengerang ini tiada peluang ke nak kerja dengan RAPID dengan DIALOG?” dia kata banyak orang luar tapi pada hakikatnya ramai orang Pengerang yang kerja di dalam tapi sudah tentulah tidak semua yang dapat kerja. Tapi akhir-akhir ini, bila Petronas akan memulakan pembukaan operasi secara komersial pada hujung tahun ini, kontraktor-kontraktor penyelenggaraan mereka telah dilantik dan mereka ini, syarikat-syarikat ini memerlukan banyak pekerja-pekerja untuk diambil dan khususnya yang berkemahiran. Jadi, alhamdulillah akhir-akhir ini beberapa temu duga telah diadakan untuk mendapatkan pekerja-pekerja dari kawasan Pengerang khususnya, sampai ada di pejabat saya pun jadi tempat temu duga dan ada lagi kekosongan tapi ada yang tidak layak kerana tidak ada kemahiran tapi kalau ada yang berminat, ada kesungguhan kita akan beri peluang dia untuk berkursus, untuk berkursus dan akan diterima oleh syarikat-syarikat ini untuk bekerja dengan mereka. Kursus jangka pendek mengikut pilihan bidang thread mereka yang mereka pilih. Jadi pejabat saya menghubungi sekarang, lepasan-lepasan SPM yang masih belum dapat senarai daripada sekolah yang ditawarkan jika berminat untuk bekerja dengan syarikat-syarikat ini supaya mendaftar diri, supaya kita akan beri peluang untuk mereka sama ada berkursus dulu atau yang dah ada kemahiran sikit boleh pertingkatkan ataupun upgrade kemahiran masing-masing untuk dapat peluang pekerjaan... YB Timbalah Speaker : YB, sila gulung. YB Dato’ Ir. Syed Sis bin Syed A Rahman (Tanjung Surat) : Yang lebih, lebih menguntungkan mereka. Akhirnya saya harap seperti saya sebut beberapa kali, pernah sekali saya sebut, rasa saya kawasan pantai di kawasan DUN Tanjung Surat ini melebihi 70 kilometer panjang. Jadi maklumlah bila kita di tepi laut ini, macam-macam berlaku di pantai ini. Terutama di waktu malam, macam-macam berlaku, ada buangan sisa minyak dan sampah daripada kapal, ada penyeludupan rokok, penyeludupan manusia. Saya menyeru kepada agensi-agensi yang bertanggungjawab dalam hal ini supaya melipatgandakan usaha memastikan perkara-perkara ini dapat dikawal dan kawasan ini sentiasa, laut ini sentiasa terpelihara dan tidak tercemar, kerana kita ada agensi banyak eh, kalau kat laut sekali mungkin kita ada TLDM, tentera laut, lepas itu kita ada APMM, Angkatan Penguatkuasa Maritim Malaysia, agensi maritim malaysia. Lepas itu mungkin kita ada Polis Marin, di darat pun ada askar pula di tempat saya ini. Jadi seharusnya perkara-perkara yang saya sebut tadi tak berlaku, tapi masih berlaku. Jadi itulah saya harap dapat dipastikan kawasan ini terpelihara dan sesekali tidak tercemar. Ini untuk membolehkan nelayan mendapat tangkapan yang baik, hasil laut yang lebih memuaskan. Justeru dapat menambahkan hasil pendapatan nelayan-nelayan di kawasan saya. Jadi rasa saya itu saja Puan Speaker. Akhirnya, Tanjung Surat mohon mencadang. Sekian, assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. YB Timbalah Speaker : Ahli-Ahli Yang Berhormat, Persidangan ini saya tangguhkan sehingga esok 22 November 2021 jam 9.30 pagi.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 89

PENYATA RASMI

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 HARI KETIGA ISNIN, 22 NOVEMBER 2021 BIL. 12 TAHUN 14

HADIR YB Speaker,

Tuan Haji Suhaizan bin Kaiat

YAB Menteri Besar (Pengerusi Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan, Perancangan dan Pembangunan Ekonomi)

Dato’ Haji Hasni bin Mohammad, SPMJ., PGDK., KMN., PIS., AMN., PSI. (Benut)

YB Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar

Bandar Datuk Haji Samsolbari bin Jamali, DMSM., KMN., PIS.

(Semarang)

YB Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Tuan Haji Mazlan bin Bujang

(Puteri Wangsa)

YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Tuan Vidyananthan a/l Ramanadhan, AMN., PSI.

(Kahang)

YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Tuan Haji Tosrin bin Jarvanthi, PIS., BSI., AMN.

(Bukit Permai)

YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tuan Haji Ayub bin Jamil, PIS.

(Rengit)

YB Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Tuan Haji Mohd Solihan bin Badri

(Tenang)

YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Puan Zaiton binti Haji Ismail, PIS., PPN.

(Sungai Balang)

YB Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Datuk Onn Hafiz bin Ghazi, PMW.

(Layang-Layang)

YB Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia

Datuk Mohd. Izhar bin Ahmad, DPSM. (Larkin)

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 90

YB Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Dr. Chong Fat Full

(Pemanis)

YB Dato’ Dr. Sahruddin bin Haji Jamal, DMIJ. (Bukit Kepong)

YB Dato’ Zulkurnain bin Haji Kamisan, DIMP., PJK., PSI.

(Sri Medan)

YB Tuan Haji Abd Taib bin Abu Bakar, PIS., AMN. (Machap)

YB Dato' Ir. Syed Sis bin Syed A Rahman, DSNS.

(Tanjung Surat)

YB Tuan Raven Kumar a/l Krishnasamy (Tenggaroh)

YB Dato’ Zahari bin Sarip, DIMP.

(Buluh Kasap)

YB Dato’ Sharifah Azizah binti Dato’ Syed Zain, DIMP., AMN., KMN., PIS., JP. (Penawar)

YB Puan Nor Rashidah binti Ramli

(Parit Raja)

YB Puan Rashidah binti Ismail (Pasir Raja)

YB Kapt (B) Haji Najib bin Lep

(Bukit Pasir)

YB Dato’ Che Zakaria bin Mohd. Salleh, DIMP. (Permas)

YB Tuan Haji Rosleli bin Jahari

(Johor Lama)

YB Puan Hajah Alwiyah binti Talib, PIS. (Endau)

YB Tuan Tan Chen Choon

(Jementah)

YB Tuan Jimmy Puah Wee Tse (Bukit Batu)

YB Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah

(Bekok)

YB Tuan Mohd Khuzzan bin Abu Bakar (Semerah)

YB Sr. Dzulkefly bin Ahmad

(Kota Iskandar)

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 91

YB Cik Liow Cai Tung (Johor Jaya)

YB Tuan Haji Sheikh ‘Umar Bagharib bin Ali

(Paloh)

YB Puan Gan Peck Cheng (Penggaram)

YB Dr. Sulaiman bin Mohd. Nor

(Kemelah)

YB Tuan Tan Hong Pin (Skudai)

YB Tuan Ee Chin Li

(Tangkak)

YB Puan Hajah Nor Hayati binti Bachok (Maharani)

YB Tuan Md. Ysahrudin bin Kusni

(Bukit Naning)

YB Tuan Chen Kah Eng (Stulang)

YB Tuan Muhamad Said bin Jonit

(Mahkota)

YB Tuan Yeo Tung Siong (Pekan Nanas)

YB Khairuddin bin A. Rahim

(Senggarang)

YB Tuan Cheo Yee How (Perling)

YB Puan Chew Peck Choo

(Yong Peng)

YB Ir. Dr. Faizul Amri bin Adnan (Serom)

YB Tuan Ng Yak Howe

(Bentayan)

YB Tuan Tee Boon Tsong (Senai)

YB Tuan Chew Chong Sin

(Mengkibol)

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 92

TURUT HADIR

(MENURUT FASAL 6(3) BAHAGIAN KEDUA UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN

NEGERI JOHOR)

YB Penasihat Undang-Undang Negeri Johor. Tuan Amir bin Nasruddin

YB Pegawai Kewangan Negeri Johor.

Dato’ Haji Salehuddin bin Haji Hassan, DMIJ., SIJ., PIS.

TIDAK HADIR (DENGAN MAAF)

YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin, PSM., SPMJ., SPSA., SPMP., SUNS., SPDK., PNBS., SMJ., PIS., BSI., SAHM.

(Gambir)

YB Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian,SPMJ., DSNS., AMN., PIS. (Kempas)

YB Tuan Hahasrin bin Hashim

(Panti)

YB Tuan Haji Rasman bin Haji Ithnain (Sedili)

YB Datuk Md Othman bin Yusof, DMSM., DSM.

(Kukup)

YB Dato’ Seri Haji Salahuddin bin Ayub, DSPN., DGSM. (Simpang Jeram)

YB Tuan Haji Aminolhuda bin Haji Hassan

(Parit Yaani)

YB Tuan Gopalakrishnan a/l Subramaniam (Tiram)

YB Tuan Muhammad Taqiuddin bin Cheman

(Pulai Sebatang)

TIDAK HADIR (DENGAN MAAF)

(MENURUT FASAL 6(3) BAHAGIAN KEDUA UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN NEGERI JOHOR)

YB Setiausaha Kerajaan Johor.

Dato’ Haji Azmi bin Rohani, SPMJ., DMIJ., PIS.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 93

Persidangan bermula jam 9.30 pagi. YB Speaker mengetuai Persidangan. DOA. (Jurutulis membaca doa). Jurutulis : PEMASYHURAN DARIPADA YANG BERHORMAT TUAN SPEAKER. YB Speaker : Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi, salam sejahtera. (Bacaan selawat). Ahli-Ahli Yang Berhormat, sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim pada hari ini, 22 November 2021. Patik dan seluruh Ahli Dewan Negeri merafak sembah dengan ucapan menjunjung setinggi-tinggi kasih dan tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Semoga Allah SWT mengurniakan keafiatan untuk terus bersemayam di atas singgahsana takhta kerajaan negeri Johor Darul Ta’zim. Semoga negeri Johor Darul Ta’zim juga akan terus makmur, aman di bawah naungan pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Jurutulis : SOALAN-SOALAN LISAN. YB Speaker : Yang Berhormat Kemelah, jemput. YB Tuan Dr. Sulaiman bin Mohd Nor (Kemelah) : Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker. Soalan saya ialah soalan nombor 1. Apakah status terkini daerah Segamat sebagai satu kawasan dalam koridor Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER)? YB Speaker : Yang Berhormat Kota Iskandar, jemput. YB Tuan Sr. Dzulkefly bin Ahmad (Kota Iskandar) : Bismillahirrahmanirrahim. Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 2. Sejauh manakah Tujuh Ikhtiar Makmur Johor telah memberikan impak kepada proses pemulihan ekonomi Johor pasca COVID-19 dengan memberikan indikator-indikator kejayaannya seperti jumlah pelaburan yang masuk ke Johor, jumlah peluang pekerjaan, jumlah peningkatan hasil negeri, peningkatan jumlah eksport dan sebagainya? YB Speaker : Yang Berhormat Jementah, jemput. YB Tuan Tan Chen Choon (Jementah) : Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 3. Apakah halatuju kerajaan negeri pasca COVID-19 untuk memulihkan dan memperkukuhkan pembangunan ekonomi Johor? Apakah objektif-objektif yang ingin dicapai dalam jangka masa pendek, sederhana dan panjang dalam usaha memperkasakan pembangunan Industri Revolusi 4.0? YB Speaker : Jemput, Yang Berhormat. YAB Menteri Besar : Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, selamat pagi. Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon izin untuk menjawab pertanyaan daripada Yang Berhormat Jementah, Yang Berhormat Kota Iskandar dan Yang Berhormat

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 94

Kemelah bersekali kerana pertanyaan-pertanyaan tersebut saling berkait dan merujuk kepada Hal Ehwal Ekonomi Johor. Yang Berhormat Tuan Speaker, untuk makluman Yang Berhormat Kota Iskandar dan Yang Berhormat Jementah, kesemua inisiatif Tujuh Ikhtiar Makmur Johor ini sedang dalam perlaksanaan dan terbahagi kepada dua fasa. Impak dan keberkesanaan Tujuh Ikhtiar Makmur Johor dijangka dapat dinikmati dalam jangkamasa yang berterusan. Tujuh Ikhtiar Makmur Johor adalah sebagai panduan strategik dan asas bagi kerajaan negeri untuk memulihkan ekonomi Johor dalam konteks pandemik COVID-19. Tujuh Ikhtiar Makmur Johor ini juga bersifat fleksibel dan boleh diterjemahkan di dalam inisiatif-inisiatif lain mengikut kesesuaian dan juga kedinamikan persekitaran ekonomi. Dia tidak bersifat repetitif namun lebih kepada memberikan fokus kepada pelan dan perancangan ekonomi yang sedia ada. Selain itu Tujuh Ikhtiar Makmur Johor turut selari dengan Pelan Pembangunan Mampan Johor 2030 dan juga Rancangan Johor 5 Tahun. Pada perlaksanaan Tujuh Ikhtiar Makmur Johor terdapat beberapa initial milestone, dengan izin yang telah dicapai. Antaranya adalah 2 pelan dan dasar akan dilancarkan pada tahun ini dan pertengahan tahun hadapan iaitu Pelan Pembangunan Digital Johor 2030 dan juga Dasar Agro Makanan Negeri Johor. Kedua-dua pelan dan dasar ini akan menjadi asas kepada menjayakan Agenda Johor Digital dan juga Agenda Jaminan Bekalan Makanan. Bagi Ibrahim Johor Economic Counsil (IJEC), berdasarkan saranan daripada ahli-ahli IJEC adalah penubuhan 2 jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Penasihat Ekonomi dan juga Jawatankuasa Penasihat Modal Insan. Ahli-ahli yang mengganggotai Jawatankuasa ini bukan sahaja daripada agensi kerajaan bahkan tokoh korporat, profesional serta pemain industri yang berpengalaman. Jawatankuasa Modal Insan, Penasihat Modal Insan, pra perbincangan telah diadakan pada bulan Ogos yang lalu bersama pemain industri dan tokoh akademik. Jawatankuasa ini memberi pandangan strategik dalam usaha untuk merangka inisiatif peningkatan kemahiran, program upskilling dan reskilling termasuklah penyediaan skill future platform untuk tujuan pensijilan latihan kemahiran bagi tenaga kerja di Johor untuk berdepan dengan Transformasi Revolusi Industri 4.0. Bagi Jawatankuasa Penasihat Ekonomi pula, Jawatankuasa ini telah berbincang selama 2 kali dan telah mengesyorkan beberapa inisiatif seperti Halatuju Pelaburan, usaha perkukuh INVEST Johor untuk memastikan ekonomi negeri berada pada landasan tepat dalam mendepani keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu. Bagi ikhtiar untuk mengaktifkan semula Tiga Segi Ekonomi Johor-Singapura-Riau (SIJORI Capri), Johor telah, baru-baru ini Johor telah dilibatkan dalam Indonesia-Malaysia-Thailand Go Triangle (IMTGT). Satu lagi pembangunan wilayah di negeri Johor. Ia merupakan satu peluang keemasan kepada Johor untuk mempertingkatkan hubungan di antara Johor-Riau. Saya ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia, sebagaimana pembentangan Bajet 2022, saya telah menegaskan bahawa Dasar Segi Tiga Ekonomi Johor-Singapura-Kepulauan Riau (SIJORI Capri) ini akan diperkukuhkan ataupun ditambahbaik. Dan penambahbaikan ini dilakukan dengan tidak lagi menganggap usaha Segi Tiga itu, Johor-Singapura dan Riau sebagai sesuatu yang sesuai pada waktu ini, tetapi apa yang lebih sesuai ialah kerjasama Johor-Singapura secara berasingan Johor-Indonesia. Kerjasama IMTGT akan diaktifkan dengan penubuhan Joint Business Council yang mana Johor adalah antara 11 negeri yang terlibat bersama-sama dengan SME dan pelabur tempatan untuk membincangkan kerjasama strategik dalam pelbagai peluang ekonomi yang boleh diceburi. Sehubungan itu kerajaan persekutuan pula mensasarkan jumlah pelaburan yang dapat ditarik di bawah IMTGT bernilai hampir RM1 bilion bermula pada tahun 2022 dan 2023 dengan kerjasama sektor awam, sektor swasta, rakan-rakan strategik lain serta institusi antarabangsa seperti Incent Development Bank.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 95

Bagi Johor Economic Tourism and Cultural Office (JETCO) pula, pejabat JETCO akan dibuka secara fizikal di Singapura mulai suku pertama tahun 2022 di mana yang kita sedia maklum, perkara ini tertangguh oleh kerana penutupan sempadan dan juga sop-sop yang telah dibangunkan. Jadi aktiviti serta libat urus bersama pemegang taruh awam mahupun swasta sedang berjalan sementara menunggu pejabat di buka. Dan akan digiatkan lagi bersama pembukaan pejabat JETCO secara fizikal di Singapura pertengahan tahun depan. Kerajaan negeri percaya keberadaan JETCO di Singapura akan menjadi pemangkin kepada usaha untuk menggiatkan aktiviti ekonomi di antara Johor dan Singapura. Serta menjadi jambatan pengukuh bagi hubungan budaya dan pelancongan yang sudah sedia terjalin. Untuk jajaran ekonomi baru pula, secara konsepnya ia mengambil peluang limpahan daripada perlaksanaan projek HSR, High Speed Rail. Meskipun pembinaannya tidak lagi diteruskan, Johor masih lagi dapat meningkati limpahan ekonomi daripada pembinaan Rapid Transit System (RTS) Johor Bahru dan Singapura dan juga penerusan projek Landasan Berkembar Gemas-Johor Bahru. Kedua-dua projek mega ini akan memberi kesan positif kepada Johor dalam pelbagai sektor ekonomi dan secara langsung menjadi infrastruktur pengangkutan di Johor yang lebih moden dan menyeluruh. Merujuk kepada soalan Yang Berhormat Kemelah secara khusus, kertas cadangan kemasukan daerah Segamat ke wilayah ECER telah pun dibentangkan dan diluluskan di dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 13 Oktober 2021. Kertas cadangan ini seterusnya akan diangkat untuk pembentangan di Parlimen bagi kelulusan pindaan Rang Undang-Undang Majlis Pembangunan Wilayah Pantai Timur. Pada masa yang sama, bermula September yang lalu pihak ECER dan kerajaan negeri juga telah mula bekerjasama dalam merangka pelan induk ECERDC di daerah Segamat. Melalui beberapa inisiatif seperti contoh penyelarasan Rancangan Perniagaan Tani dan Agro Pelancongan serta Program Modal Insan ECER. Sudah pasti kerajaan negeri dan ECER akan sentiasa bekerjasama untuk memastikan potensi Segamat akan sentiasa digilap dan disokong terutama sekali untuk menjadikan daerah Segamat sebagai hab utama agro makanan Johor. Yang Berhormat Tuan Speaker, izinkan saya mendapat soalan Jementah, berkaitan status terkini mengenai perkembangan Taman Perindustrian Bukit Gambir dan juga Zon Ekonomi Pagoh, untuk makluman Dewan yang mulia ini, Taman Perindustrian Bukit Gambir ini dijangka dapat membuka peluang pekerjaan apabila industrti mula beroperasi. Fokus utama pembangunan ini adalah untuk pembangunan industri dan komersial dengan keluasan kasar seluas 850 ekar. Di mana keluasan 430 ekar akan dibangunkan sebagai Sime Darby Industrial Park dengan guna tanah utama adalah industri. Manakala perluasan kasar 420 ekar pula akan dibangunkan sebagai Enterprenuer Park dengan cadangan gunatanah bercampur. Pada masa ini Sime Darby Industrial Park menawarkan sebanyak 212 lot industri dan manakala Entrepreneur Park pula menawarkan 33 lot komersial. Bagi Pagoh Special Economic Zone, ia merupakan satu projek pembangunan oleh Sime Darby Property yang pertama di dalam Zon Ekonomi Khas. Aspirasi Sime Darby Property adalah untuk menjadikan Pagoh sebagai agen pembangunan bagi Wilayah Utara Johor. Di mana inisiatif Pembangunan Pagoh Special Economic Zone Fasa 1 ni, di bandar Universiti Pagoh ini dapat digunakan untuk melonjakkan kawasan ini menjadi perbandaran yang moden dan lestari yang berteraskan pengetahuan serta perindustrian dan digerakkan oleh kerjasama antara pihak kerajaan, sektor swasta, pihak akademia dan juga komuniti setempat. Selain daripada itu, kawasan Sime Darby Industrial Park merupakan zon industri ringan dan sederhana di mana secara umumnya sasaran industri di Pagoh Special Economy Zone Fasa 1 ini adalah perindustrian khusus berasaskan antara lain produk kejuruteraan, ketepatan automotif, pembuatan berasaskan teknologi hijau dan produk asas pertanian yang bernilai tinggi. Pembangunan ini juga dijangka mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan di kawasan Pagoh dan sekitarnya dengan memberi peluang pekerjaan dengan anggaran sebanyak 21,200 pekerjaan baru kepada penduduk setempat.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 96

Yang Berhormat Tuan Speaker, projek pembangunan di Pagoh Special Economy Zone ini dijangka akan siap dan dalam tempoh masa antara 5 hingga 7 tahun. Kerajaan persekutuan menerusi Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU) telah melantik Johor Corporation (Jcorp) untuk menjalankan kajian kemungkinan (Feasibility Study) bagi Pagoh Special Economy Zone dan pembangunan kawasan perindustrian Gambir secara menyeluruh. Kedua-dua kajian ini juga akan mencadangkan halatuju pembangunan yang bersesuaian dengan kedua-dua kawasan yang akan memberi manfaat khusus kepada penduduk setempat dari segi pembangunan infrastruktur, ekonomi dan juga sosial. Kedua-dua kajian samada Pagoh Special Economy Zone ataupun Pusat Perindustrian Gambir pada laporan awal dan juga laporan penemuan penilaian telah pun siap dan kini berada di peringkat laporan awal atau laporan draf awal. Kedua-dua kajian ini dijangka akan siap menjelang pertengahan tahun depan, tahun 2022. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker YB Sr. Dzulkefly bin Ahmad (Kota Iskandar) : Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Terima kasih di atas jawaban yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri Besar. Selain daripada dua pelan yang disebutkan tadi iaitu Pelan Induk negeri Johor dan juga Dasar Agro Makanan. Sebenarnya di Johor pun telah dilancarkan sebelum PRU ke-14 Pelan Induk Elektro Johor 4.0 dengan kos pada masa itu lebih kurang RM200 juta. Saya tak pasti adakah merujuk kepada pelan yang sama ataupun sebaliknya. Saya juga difahamkan bahawa Pelan Induk Pelaburan Negeri Johor 2030 juga akan dilancarkan oleh kerajaan negeri. Persoalan yang nak saya bangkitkan adalah merujuk kepada point 7.7, apakah rasional saranan Ibrahim Johor Economic. Council (IJEC) supaya Johor menggunakan khidmat perunding pelaburan ataupun Investment Consultant khususnya bagi menarik pelabur luar negara ataupun keluar negara ke negeri Johor. Apakah ini bermakna bahawa EXCO atau Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Johor serta agensi di bawah beliau iaitu seperti Johor Invest ataupun Johor Convention Exhibition Bureau (JCEB) tidak cukup kompeten untuk melaksanakan tugas bagi menarik pelabur asing ataupun luar negeri ataupun luar negara ke negeri Johor. YB Speaker : Jemput Yang Berhormat. YAB Menteri Besar : Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Kota Iskandar. Pelan Induk Pelaburan dibangunkan dengan mengambil kira bahawa kita berhadapan dalam keadaan yang unpresidented, keadaan yang di luar jangka, keadaan yang luar biasa di mana pandemik COVID-19 ini telah bukan hanya kaedah pelaburan, keadah menggalakkan pelaburan tetapi juga penutupan sempadan menjadikan semua perkara perlulah melihat kepada usaha-usaha tambahan yang perlu dibuat. Kewujudan ataupun hasrat untuk melantik perunding pelaburan bukanlah bertujuan untuk mengenepikan ataupun menganggap adanya kelemahan kepada usaha pelaburan oleh pihak MIDA, oleh pihak ET, itu semua menjadi sebahagian daripada usaha tersebut untuk menarik pelaburan ke negeri Johor. Walau bagaimanapun Johor berpendapat bahawa kita tidak boleh hanya bergantung pada perancangan yang dibuat oleh atau sistem yang sedia ada semata-mata. Tapi Johor sendiri dengan kekuatan yang ada perlulah menggunakan apa nama, usaha sendiri iaitu dengan melantik perunding pelaburan ini yang dapat memberi fokus kepada negara pelabur seperti China, negara pelabur seperti Timur Tengah Itu merupakan salah satu daripada usaha kita. Jadi, oleh kerana kita berdepan dengan keadaan pandemik yang berbeza dari segi iklim pelaburan, dari segi selera, appetite pelabur, maka kita perlu ada satu rujukan, satu pandangan, kajian awal pelaburan dibuat. Jadi kita perlukan kepakaran ini. Saya tidak nafikan bahawa kita perlu perkukuhkan dan kita perlu pertingkatkan Invest Johor kerana berdasarkan kepada keupayaan yang ada berdepan dengan cabaran yang begitu hebat dalam kita menarik pelaburan, bersaing dengan negara seperti Vietnam, negara-negara

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 97

seperti jiran kita Indonesia ini semua memerlukan Johor menambah usaha meningkatkan lagi usaha untuk menarik pelaburan. Jadi kita kena tahu keupayaan kita. Maka sebab itu langkah-langkah seperti pelantikan perunding pelaburan itu adalah bertujuan untuk memperkukuhkan dan menambahbaik lagi potensi dan untuk meningkatkan posibility itu bagi membolehkan pelaburan untuk hadir ke negeri Johor. Walaupun begitu, EXCO Pelaburan, saya sendiri pada saya sebagai menghormati pelabur, akan turut bersama-sama dengan pandangan dan pendapat daripada perunding pelaburan ini, kita sendiri akan keluar untuk berjumpa dengan pelabur. Dan saya amat yakin dan percaya bahawa dengan kepakaran-kepakaran yang kita libatkan mereka-mereka yang pernah menjadi duta di Singapura ataupun di China, mereka-mereka yang pernah menjadi perunding di peringkat antarabangsa saya amat yakin bahawa pandangan dan juga pendapat yang dikemukakan melalui Ibrahim Johor Economic Council ini, jawatankuasa penasihat ekonomi itu, saya amat yakin dan percaya bahawa kita tidak akan membazirkan masa, kita tidak akan membazirkan dana kerajaan negeri dengan hanya meninjau tanpa terlebih dahulu menilai potensi dan juga kebarangkalian kejayaan setiap sesuatu Trade

Mission, insya-Allah yang akan kita buat dalam usaha kita menjayakan pelan Induk Pelaburan Johor. Terima kasih. YB Speaker : Ya, Kemelah. YB Dr. Sulaiman bin Mohd Nor (Kemelah) : Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar menerangkan status terkini daerah Segamat di dalam Wilayah ECER. Saya agak musykil sebabnya ialah apabila melihat kepada Pelan Induk ECER 2.0, 2018 – 2025 telah disebut daerah Segamat sebagai salah satu daerah di dalam Wilayah ECER ya. Tapi yang saya agak apa ni hairan ialah kenapa mengambil masa begitu lama untuk masuk ke dalam Mesyuarat Jemaah Menteri sebab kita tahu bahawa apabila sebut tentang pembangunan, pembangunan Wilayah Utara ini adalah penting dan saya rasa sepatutnya perkara ini perlu diberi keutamaan memandangkan bahawa tamat tempoh bagi EMP 2.0 ialah 2025 dan sekarang ni baru tahap perancangan jadi saya tak pasti sama ada sempat atau tidak kita melaksana projek-projek yang berkaitan dengan ECER ini dalam tempoh yang begitu singkat. Saya harap apa ni perkara ini dapat kita perjelaskan lagi lah. Terima kasih. YB Speaker : Jemput Yang Berhormat. YAB Menteri Besar : Yang Berhormat Tuan Speaker, saya bagi pihak kerajaan yang saya pimpin saya rasa tidaklah begitu lewat kerana tidak beberapa bulan setelah kita menerajui kepimpinan kerajaan negeri Johor ni, perkara ini terus diangkat ke Kabinet, adalah hasil usaha kerajaan-kerajaan sebelum ini yang terus mengemukakan cadangan, mengambil langkah-langkah untuk mendesak supaya kerajaan persekutuan segera membentangkan ataupun meluluskan kemasukan Segamat ke dalam ECER. Jadi akhirnya Yang Berhormat berlaku juga, cuma itupun masih lagi menunggu satu lagi proses iaitu untuk pembentangan di Parlimen, yang akan dibuat dalam masa terdekat ini kerana ianya melibatkan Rang Undang-Undang Majlis Pembangunan Wilayah Pantai Timur, jadi begitu juga Yang Berhormat tentang soal IMTGT bila Johor dimasukkan sebagai anggota, cuma ianya tak perlulah nak dibentangkan di Parlimen. Ianya hanya memadai kelulusan di peringkat Kabinet sahaja. Jadi sebab itu IMTGT ni walaupun baru, tapi kita sudah mula membentuk satu Business Economic Council, Joint Business Council untuk menggerakkan Johor sebahagian daripada IMTGT. Jadi Insya-Allah, saya juga seperti Yang Berhormat Kemelah, sangat-sangat berharap supaya perkara ini dibentangkan di Parlimen segera dan sebab itulah langkah untuk tidak menunggu dibuat. ECER terus turun ke Segamat melihat dan merancang apa yang perlu dibuat dan dah dikenalpasti bahawa Segamat dari segi potensi

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 98

untuk menjadi Hub Agro Makanan Negeri dan Negara adalah merupakan potensi yang perlu kita gilap dan perlu kita bangunkan. Selain daripada logistik hab bagi daerah Segamat ini juga adalah merupakan satu potensi untuk dibangunkan kerana infrastruktur accessibility,

connectivity ke daerah Segamat ini dengan izin,Tuan Speaker perlu kita bangunkan. Jadi untuk itu, ECER saya amat yakin dan percaya akan segera memulakan perancangan dan sebaik sahaja kelulusan diperolehi maka pelaksanaan perancangan itu dapat dilaksanakan. Terima kasih. YB Speaker : Yang Berhormat Jementah, jemput. YB Tuan Tan Chen Choon Jementah) : Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas jawapan yang diberikan. Seperti kita semua sedia maklum bahawa kerajaan persekutuan telah melancarkan National Food

Industry Revolution Policy dengan izin, Jementah ingin tahu apakah peranan yang akan dimainkan oleh negeri Johor dalam polisi tersebut secara ringkas dan khususnya apakah peranan negeri Johor dalam membangunkan industri 4.0 IR ini. Terima kasih. YAB Menteri Besar : Terima kasih. Yang Berhormat Tuan Speaker, untuk makluman Yang Berhormat Jementah betul kita tidak perlu untuk terlalu general dari segi pendekatan untuk menjayakan Industy Revolution 4.0, tetapi lebih fokus, lebih tertumpu dan apakah The Low

Hanging Fruit nya. Pertama, saya ingin saya berkongsi dengan Yang Berhormat, the low

hanging fruit yang patut kita peroleh daripada segi Industry Revolution 4.0 ini adalah melihat kedudukan negara jiran kita Singapura. Antara inisiatif-insiatif kita bless, kita ni amat bersyukur kerana Johor ni bukan bermula daripada utara seperti yang saya terangkan tadi. Kita ada Pagoh Special Economic Zone, kita ada Bukit Gambil Industrial Park, kemudian kita turun ke bawah sikit kita ada Iskandar Regional Development Authority daripada Kulai, Johor Bahru, sebahagian daripada Pontian, Pasir Gudang ini semua adalah di bawah Pembangunan Wilayah Iskandar, kemudian kita ada ECER. Walaupun negeri Pahang, negeri Terengganu, negeri Kelantan satu negeri itu di bawah ECER tapi Johor pun dapat sama. Mersing malah kita tak berhenti kat Mersing, Segamat pun menjadi sebahagian daripada ECER. Jadi, semua ini adalah usaha untuk membolehkan Industy Revolution 4.0 ini dilaksanakan sepertimana saya katakan tadi, what is the low hanging fruit? Sewaktu Yang Berhormat menjadi kerajaan pun pernah dicakap tentang soal laluan pejalan kaki Johor–Singapura, itu perlu kita bangunkan supaya kita dapat satu infrastruktur yang baik bagi menjalankan perkara itu. Satu apa nama, working group, the problem is Kedah ni dia punya working

group dia, joint Ministry Community Iskandar Malaysia need to be enhance, dengan izin, perlu diperkukuhkan. Jadi Joint Corporation Work Group ini, pertama adalah hasrat kerajaan supaya jalan-jalan kaki, laluan pejalan kaki Johor-Singapura dapat kita bangunkan. Jalinan kerjasama bandar pintar perlu kita bangunkan. Itu juga di bawah salah satu daripada Corporation ataupun Joint Corporation Working Group. Gelembung perjalanan antara Iskandar Malaysia ke Singapura pun dah berjalan dah, dah berjaya pun. Pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dan Hab Penerbangan Kos Rendah dan perkhidmatan pengangkutan udara serantau. Kita punya Senai Airport Yang Berhormat ada 12 domestic flight dan 6 flight antarabangsa itu semua merupakan asas yang menjadi keperluan untuk pembangunan apa nama ke Revolusi Industri. Selain daripada itu Yang Berhormat pun sedia maklum, kita ada rangkaian pengangkutan baru Iskandar baharu ataupun BRT Iskandar Malaysia kemudian kita akan mengenalpasti supaya kemudahan di Kompleks CIQ Bangunan Sultan Iskandar tu perlulah menyokong rangkaian pengangkutan Malaysia-Singapura ni, perlu nak kita bangunkan Alhamdulilah, kita dah ada RTS sedangkan dibangunkan kita biaya, mengusahakan supaya laluan pejalan kaki ni Yang Berhormat kerajaan pun mencadangkan yang akan ada terus berusaha dan kemudian tak

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 99

cukup itu, kita perlu ada green lane ya, untuk pelabur strategik dari Singapura sebagai contoh. Jadi, ini adalah beberapa projek yang akan menyumbang kepada industri revolusi industri 4.0 ini kerana kita tahu bahawa negara jiran kita, Indonesia dalam hal sebagai contoh green initiative untuk EV ini mereka juga ke hadapan berbanding dengan kita, we

have to catch up, we have to do something Yang Berhormat. Jadi, meningkatkan kerjasama bagi kemudahan sistem, perlulah kita bangunkan dan pelepasan daripada CIQ antara Malaysia – Singapura – Johor atau Malaysia – Indonesia perlu dibangunkan. Jadi, akhirnya Yang Berhormat Industri Revolusi 4.0 ke, 5.0 ke, kalau kita tidak ada tenaga mahir di negeri Johor ini, kita tidak akan dapat berjaya dalam melaksanakan Industri Revolusi ini. Jadi, inisiatif penganjuran latihan peningkatan kemahiran bagi keperluan tenaga kerja adalah juga sesuatu yang amat penting untuk kerajaan gerakan. Sebab itu tadi saya katakan kita ada rancangan ataupun usaha untuk menyegerakan perjalanan ataupun Pembangunan Jawatankuasa Modal Insan di peringkat negeri. Terima kasih. YB Speaker : Soalan seterusnya, Yang Berhormat Panti. Jemput. YB Puan Nor Rashidah binti Ramli (Parit Raja) bagi pihak YB Tuan Hahasrin bin Hashim (Panti) : Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 5. Apakah status penganjuran SUKMA 2022 dan SUKMA 2024 dari segi persiapan atlet dan persiapan kemudahan sukan di negeri Johor? YB Speaker : Yang Berhormat Pekan Nenas. Jemput. YB Tuan Yeo Tung Siong (Pekan Nanas) : Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya nombor 6. Berapakah jumlah peruntukan kerajaan persekutuan bagi menganjurkan SUKMA di negeri Johor serta apakah impak kerugian apabila SUKMA tidak dijalankan di Negeri Johor? YB Speaker : Yang Berhormat Semerah. Jemput. YB Tuan Mohd Khuzzan bin Abu Bakar (Semerah) : Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya soalan nombor 7. Setelah SUKMA 2020 ditangguhkan ke tahun 2024, apakah perancangan pihak Kerajaan Negeri bagi memastikan fasiliti yang sedia ada dalam keadaan yang terbaik sehingga 2024 serta senaraikan kejohanan yang akan diadakan pada tahun 2022 di fasiliti sedia ada. YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan : Bismillahirahmanirahhim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Panti, Yang Berhormat Pekan Nenas dan Semerah atas soalan-soalan yang diajukan. Yang Berhormat Speaker, izinkan saya menjawab soalan-soalan yang melibatkan SUKMA ini secara bersekali. Untuk pengetahuan Ahli-Ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan telah mengumumkan pada 28 Oktober 2021 bahawa SUKMA 2020 akan dianjurkan oleh Majlis Sukan Negara di Kuala Lumpur dan negeri Johor pula akan menganjurkan SUKMA pada tahun 2024. Bermaksud tahun depan SUKMA akan dianjurkan oleh MSN di Wilayah Persekutuan. Pengumuman itu adalah hasil keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi SUKMA dan keputusan ini selari dengan hasrat kerajaan negeri Johor. Sebagaimana kita semua sedia maklum, pandemik COVID-19 ini telah memberi kesan negatif terhadap ekonomi negara termasuk juga di negeri Johor. Kerajaan negeri di bawah kepimpinan Yang

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 100

Amat Berhormat Menteri Besar berpendapat bahawa dalam keadaan yang masih tidak menentu ini, SUKMA masih belum lagi dapat dianjurkan secara besar-besaran dan secara gilang-gemilang. Oleh itu, pulangan ataupun return on investment dengan izin, kepada kerajaan tidak mungkin setinggi kalau dilaksanakan di Johor tahun hadapan. Pada masa sama, kerajaan negeri mahu menumpukan segala resources nya ataupun bajetnya kepada kesejahteraan rakyat pada ketika ini. Sebab itu dalam belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, kerajaan negeri telah memberikan penekanan terhadap bantuan dan kesejahteraan rakyat. Penangguhan temasya SUKMA Johor ke tahun 2024 dapat memberikan fokus kepada usaha membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik serta memastikan penganjuran SUKMA di negeri Johor dapat memberi limpahan ekonomi yang maksimum kepada rakyat pada tahun 2024, insya-Allah. Yang Berhormat Speaker, pada masa yang sama kerajaan negeri sedang dan akan terus berusaha untuk memastikan atlet bersedia untuk SUKMA pada tahun depan dan pada tahun 2024. Persiapan pasukan ini akan melibatkan 31 jenis sukan yang terdiri daripada 16 sukan teras dan 15 sukan pilihan. Seramai lebih daripada 700 orang atlet dan jurulatih dan pegawai sedang dibuat untuk penyediaan pasukan kontinjen SUKMA ini. Antara usaha jangka sama pendek, kerajaan negeri Johor melalui Majlis Sukan Negeri Johor dan Sekretariat SUKMA pada bulan Julai 2020 ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), MSNJ telah melaksanakan pusat latihan tertutup atlet Johor dengan mengikut SOP yang disarankan oleh Majlis Keselamatan Negara. Setelah menilai Standard Operating Procedure dan kemampuan untuk mengendalikan kem latihan dalam keadaan selamat, beberapa sukan ditawarkan mengikuti kem latihan gelembung sukan di Stadium Tertutup Kluang. Dijangkakan lebih ramai sukan akan menyertai kem ini secara berperingkat. Beberapa lokasi lain adalah seperti di Kompleks Sukan Johor, Kompleks Sukan Tenis TUTA serta lokasi-lokasi yang dicadangkan oleh persatuan-persatuan sukan masing-masing. Bagi program pembangunan sukan dalam jangka masa panjang, satu program yang dinamakan program GRIT Johor 2030, Grow Resilience Improve Internations. Program ini merupakan sebuah program khusus yang menekankan konsep pembangunan jurulatih dan atlet yang mengambil masa selama 10 tahun bermula pada tahun ini sehingga 2030. Kaedah perlaksanaan program ini menekankan sukan yang telah dipilih iaitu 4 sukan utama iaitu akuatik renang, berbasikal, karate do dan olahraga. Insya-Allah dengan strategi ini Johor boleh meraih lebih banyak pingat emas pada masa akan datang insya-Allah. Pelaksanaan program ini adalah mengambil kira proses pembangunan bermula dari akar umbi sehingga peringkat atlet SUKMA yang secara keseluruhan pemantauan pelaksanaan yang menekankan kepada aspek program perkembangan multilateral, perkembangan khusus kepelbagaian dalam latihan memahami ciri-ciri individu dan peningkatan beban yang bersesuaian. Kaedah perlaksanaan program ini dipecahkan kepada 3 fasa iaitu fasa 1, tahun 2001 hingga 2024, yang mensasarkan kepada pembangunan jurulatih secara sistematik dan meningkat tahap pengetahuan dan kemahiran dalam sistem kejurulatihan. Fasa 2, tahun 2025 hingga 2028 memfokuskan kepada perkembangan dan penghasilan produk atlet dan fasa 3 iaitu pada 2029 hingga tahun 2030 yang melihat kepada pencapaian prestasi berdasarkan kuantiti kemenangan pingat SUKMA. Program ini juga telah memperuntukkan sebanyak RM5 juta setahun bagi pelaksanaan termasuk kos sewaan fasiliti, sewaan pengangkutan dan elaun atlet. Dari segi persiapan kemudahan sukan pula, kemajuan pembinaan kemudahan sukan bagi temasya SUKMA secara keseluruhannya sama ada bina baru mahupun naik taraf telah siap sepenuhnya. Daripada 39 venue yang disediakan 13 venue merupakan venue baru dan 17 venue pula di naik taraf dan selebihnya adalah venue sedia ada. Walaupun COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada Mac 2020, menjejaskan sedikit perancangan dan penyiapan venue-venue SUKMA ini namun agensi pelaksana yang terlibat seperit KPRJ,

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 101

JKR dan PBT telah pun memberikan komitmen yang baik bagi memastikan venue-venue ini siap sepenuhnya seperti yang telah dirancangkan. Ini membuktikan bahawa kerajaan negeri Johor sebenarnya telah bersedia untuk menjadi tuan rumah temasya SUKMA. Kos keseluruhan pembangunan infrastruktur dan kemudahan sukan bagi temasya SUKMA berjumlah RM467.9 juta. Daripada jumlah tersebut, RM142 juta telah diperuntukkan oleh kerajaan pusat melalui KBS dan pembinaan venue-venue baru seperti Velodrom Johor, Arena Emas, Pusat Menembak Johor, Track BMX, Dataran Bola Sepak, Pusat Pelayaran serta menaik taraf Sukan Hoki MBJB. Bagi memastikan kemudahan ini digunakan sepenuhnya dengan baik dan tidak menjadi isu gajah putih, seperti yang selalu disebut oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, sekretariat SUKMA Johor telah bekerjasama dengan Majlis Sukan Negeri Johor, Sports Johor Sdn. Bhd., Perbadanan Stadium, Persatuan Sukan Kebangsaan Negara dan juga negeri bagi meneliti sukan-sukan yang boleh dianjurkan di negeri Johor menggunakan kemudahan-kemudahan yang sedia ada untuk SUKMA ini. Antara sukan-sukan yang telah diteliti untuk diadakan peringkat awal ini adalah di velodrom untuk basikal, memanah, ragbi, badminton, bola kerajang dan sebagainya. Penganjuran kejohanan diperingkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa sedang dirancang sepanjang tahun depan. Fasiliti tersebut juga akan diguna pakai oleh barisan atlet negeri bagi persiapa pasukan menyertai SUKMA pada tahun hadapan. Terima kasih. YB Speaker : Ya Pekan Nenas. Soalan tambahan. YB Tuan Yeo Tung Siong (Pekan Nanas) : Yang Berhormat Tuan Speaker, kita memandangkan kegiatan pelancongan akan bertambah pesat kalau semua dijangka pada tahun yang akan datang, tahun depanlah kerana kita dapati selepas pembukaan sempadan, selepas lock down telah berhenti, banyak tempat pelancongan seperti Pulau Langkawi dan sebagainya mereka mendapat banyak pelancong untuk pergi ke sana. Sebab itu, di sebabkan lock down sudah sangat lama, banyak penduduk dan rakyat Malaysia mereka sudah bersedia untuk menjalankan aktiviti riadah pelancongan. Adalah lebih sesuai jika semua dapat dijalankan pada tahun 2022 bukan ditangguhkan kepada 2024 kerana banyak industri pelancongan mereka juga amat mengalu-alukan kedatangan pelancong dalam masa yang singkatlah kerana mereka sudah lama tidak ada kunjungan pelancong yang banyak. Sebab itu soalan tambahan saya, saya hendak tanya kalau sekiranya kerajaan negeri Johor sudah siap membuat persediaan, adakah masih kemungkinan kerajaan negeri Johor untuk menganjurkan SUKMA pada tahun 2022 tak? Sekian, terima kasih. YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan : Terima kasih Yang Berhormat Pekan Nenas atas soalan itu. Di peringkat Majlis Tertinggi SUKMA seperti yang saya sebut tadi telah diputuskan bahawa ia akan dianjurkan tahun hadapan melalui Majlis Sukan Negara dan antara sebabnya ialah ada juga negeri-negeri yang mempunyai kekangan untuk menghantar atlet-atlet dan sebagainya. Bermaksud sukan SUKMA yang kita harapkan untuk menjadi satu anjuran sukan yang gilang-gemilang tidak mungkin dapat diadakan tahun hadapan. Sebab itu kemungkinan besar di Kuala Lumpur nanti, penganjurannya tak sehebat macam SUKMA biasa. Jadi, dari segi the return of investment seperti yang saya sebut tadi kurang kalau dibuat pada tahun 2024. Sebab kemeriahan dia kurang Yang Berhormat. Terima kasih. YB Speaker : Ya Semerah, jemput. YB Tuan Mohd Khuzzan bin Abu Bakar (Semerah) : Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Kalau kita lihat daripada kenyataan media Yang Berhormat EXCO pada 20 November yang menyatakan bahawa sebahagian dari fasiliti itu akan diselia oleh Pihak Majlis Berkuasa Tempatan. Dan selain daripada itu, ada juga statement yang menyatakan bahawa untuk sukan lumba basikal, untuk velodrom dinyatakan bahawa pihak negeri telah

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 102

menerima permohonan daripada beberapa pasukan negara selain negara jiran untuk menggunakan fasiliti tersebut. Jadi, saya ingin tahulah negara-negara yang ingin menggunakan Velodrom Johor sebagai pusat latihan, selain daripada itu berkenaan kolam renang. Kolam renang sebab dulu pun kolam renang itu tapak yang lama pun jadi gajah putih. Jadi, sekarang ini telah dibuat baru di naik taraf oleh pihak JCorp, jadi saya ingin pastikan dan juga ingin dapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat, apakah spesifik kejohanan-kejohanan yang akan diadakan di kolam renang tersebut? Agar ianya tidak menghadapi masalah. Terima kasih. YB Speaker : Jemput, YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan : Terima kasih Yang Berhormat Semerah. Tentang permohonan daripada dari segi penggunaan velodrom, team atlet basikal negara, The Juniors sudah melahirkan dan menzahirkan minat untuk menggunakan velodrom. Malah mereka sudah berkunjung ke velodrom kita untuk melihat kepada keadaan fasiliti di sana. So, it still work in progress eh. Saya kata minat, eh. Sama juga di peringkat Singapura, telah ada permohonan daripada sahabat-sahabat, daripada syarikat-syarikat yang ingin ataupun persatuan-persatuan basikal di Singapura yang mahu menggunakan fasiliti tersebut. Dari segi penggunaan secara terperinci bukan hanya untuk swimming ataupun renang, malah untuk semua aktiviti di setiap venue SUKMA, saya ada senarainya dan kita akan hantar kepada Yang Berhormat nanti. Terima kasih. YB Speaker : Soalan seterusnya, Yang Berhormat Johor Jaya, jemput. YB Cik Liow Cai Tung (Johor Jaya) : Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 8. Dugong, Jerung Paus (whale shark), Manta Ray dan ikan lumba-lumba (Dolphin) telah dijumpai di Kepulauan Mersing. Apakah usaha pihak kerajaan untuk melindungi haiwan laut yang berharga ini dan mengambil kesempatan ini supaya dapat menarik pelancong? YB Speaker : Jemput, YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar: Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker, Taman Laut Johor adalah taman laut terluas di Semenanjung Malaysia. Terdiri daripada 13 pulau dengan jumlah keluasan 765.65 kilometer persegi. Selain itu terdapat pewartaan tambahan perairan kepulauan Mersing iaitu 7 pulau dan 4 batuan dengan keluasan 299 kilometer persegi. Seterusnya, menjadikan kepada 1,064.65 kilometer persegi taman laut ini. Pewartaan pulau-pulau tersebut sebagai Taman Laut Iskandar, Sultan Iskandar di bawah Seksyen 41, Akta Perikanan 1985 (Akta 317) ini penting atas beberapa justifikasi. Yang pertama, untuk mengekalkan spesis dan habitat semula jadi hidupan marin yang ada. Perairan ini kaya dengan batuan dan mempunyai habitat terumbu karang adalah merupakan habitat penting bagi pembiakan spesis hidupan marin. Selain daripada itu, kawasan perairan ini juga merupakan laluan penghijrahan utama pelbagai spesis hidupan marin antaranya ialah penyu, ikan lumba-lumba dan dugong. Sekiranya perairan ini diwartakan, hidupan marin di kawasan ini dapat membiak dan berkembang dengan baik tanpa gangguan dan ancaman sekiranya habitatnya dilindungi. Ini akan meningkatkan populasi hidupan marin terutamanya sumber perikanan dan pengekalan pelbagaian sumber genetik. Kedua, adalah untuk menunaikan obligasi kerajaan Malaysia di peringkat antarabangsa. Sebagai negara ahli kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu serta Konvensyen Kepelbagaian Biologi, Malaysia perlu mewartakan sekurang-kurangnya 10% daripada perairan negara sebagai kawasan perlindungan marin. Sehingga kini kerajaan kita hanya dapat mewartakan 4.3% sahaja perairan negara sebagai kawasan perlindungan marin, Marin Protected Area (MPA) di seluruh Malaysia. Usaha pewartaan ini akan menyumbang

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 103

kepada pencapaian sasaran yang telah ditetapkan di bawah Aichi Biodiversity Targets, Konvensyen Kepelbagaian Biologi dan Goals 14 Live Below Water di bawah Sustainable Development Gold (SDG), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Yang ketiganya, adalah untuk menangani risiko pencerobohan nelayan asing serta pencerobohan zon perikanan yang merosakkan ekosistem marin. Keempat, potensinya dalam bidang penyelidikan farmaseutikal dan bioteknologi adalah besar. Yang kelima, adalah meningkatkan taraf sosioekonomi setempat. Kepelbagaian dan kehidupan marin juga dapat menarik minat pengunjung terutamanya penyelam yang ingin menikmati keindahan di dasar lautan. Perairan pulau-pulau taman laut yang dilindungi ini telah banyak menyumbangkan sumber pendapatan secara langsung kepada penduduk setempat yang menceburi bidang ekopelancongan. Penganjuran dan penyediaan program dan fasilitasi golongan perikanan dilihat mampu untuk mentransformasikan fokus penduduk kampung dan nelayan yang amat bergantung kepada aktiviti perikanan kepada penjanaan ekonomi melalui sektor yang bersandarkan kepada kecantikan dan nilai estetika sumber lautan seperti sektor pelancongan, sektor pengangkutan, sektor perkhidmatan dan lain-lain. Melalui pewartaan sebagai Taman Laut Malaysia, sumber ekonomi nelayan juga akan terjamin kerana kawasan habitat dan pembiakan marin telah dilindungi dan memberikan kesan limpahan sumber perikanan di kawasan tangkapan. Untuk makluman Yang Berhormat, Jabatan Perikanan Negeri Johor telah mengenal pasti kehadiran dugong, jerung paus, manta ray dan ikan lumba-lumba di Taman Laut Johor. Bagi perlindungan khazanah-khazanah Taman Laut ini, Seksyen 14, 41 hingga 45 Akta Perikanan 1985 telah menggariskan peraturan mengenai pengurusan larangan dan penguatkuasaan di Taman Laut Johor. Antara aktiviti yang dilarang adalah mengambil, menangkap atau mengganggu mana-mana sumber marin sama ada hidup atau mati dan membina sebarang struktur di kawasan perairan taman laut. Terdapat 32 kes tangkapan yang telah dibuat pada tahun 2021 ini di sekitar perairan Mersing. Salah satu usaha bagi memelihara khazanah laut ini adalah dengan melalui Program Konservasi Penyu yang menjadi penekanan untuk tahun ini dan seterusnya oleh Jabatan Perikanan Negeri Johor untuk tahun 2022. Pada tahun 2022, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM200,000.00 bukan sahaja untuk mempertahankan konservasi penyu, malah ia juga menjadi sumber pendapatan baru penduduk kampung dengan penjualan telur penyu daripada mereka dan ditetaskan di Pusat Konservasi Penyu di Pulau Tinggi. Selain daripada itu, bagi memastikan kemapanan sumber turut dijalankan adalah aktiviti seperti Program Kesedaran dan Pengurusan Sumber bersama awam dengan komuniti pulau di Pulau Aur, Pulau Tinggi, Pulau Besar dan Pulau Sibu. Program penerangan dan kerjasama strategik bersama agensi berkepentingan seperti Pejabat Daerah, Majlis Daerah, Jabatan Laut, Jabatan Alam Sekitar dan PDRM turut dijalankan seperti Program Pembersihan Pantai, Pembersihan Coast Net, Pembasmian Count of Thorns ataupun COTs, dengan izin. Seterusnya Jabatan Perikanan Negeri Johor turut bekerjasama dengan MOTAC, Persatuan Bot Pelancong dan Pengusaha Chalet dan NGO bagi mempromosi pulau dalam masa yang sama mengurus ekosistem. Kehadiran ikan, karang, rumput laut di Mersing menjadikan ia lokasi yang menarik untuk dikunjungi. Lokasi yang dikenal pasti akan dijadikan survey tahunan dan dijadikan geospatial bagi tujuan rekod dan hebahan dan pengurusan yang sistematik. Sekian, terima kasih. YB Speaker : Ya, Johor Jaya. Soalan tambahan. YB Cik Liow Cai Tung (Johor Jaya) : Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya, kekayaan khazanah ni memang merupakan satu tarikan pelancong. Saya ambil contoh di Australia, kita ada Ningaloo Reef dan di Indonesia ada Cenderawasih Bay yang terkenal dengan pelancong yang mereka pergi ke sana untuk melancong kerana adanya whale shark. So, soalan saya apakah usaha kerajaan negeri

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 104

apabila kita mempunyai dolphin, whale shark, manta ray seperti ini, apakah usaha yang kita yang dikatakan Kepulauan Aur ini dianggap sebagai Maldives di Malaysia? So, macam mana kita nak menarik pelancong ke Kepulauan Aur ini? Selain daripada itu saya dapati juga kerajaan tempatan selama ini telah pun membuat satu kajian dan mengusahakan satu mekanisme supaya dapat mengehadkan pelancong khususnya scuba diver untuk diving di Kepulauan Aur. So, saya nak tanya apa status bagi kerja-kerja ini supaya dapat menarik pelancong. Kalau saya tidak dapat, saya haraplah mungkin YB EXCO Pelancongan boleh bagi saya jawapan dalam tulisan. Sekian, terima kasih. YB Speaker : Jemput, EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar: Terima kasih Yang Berhormat Johor Jaya. Seperti mana yang saya maklumkan tadi, ini adalah langkah-langkah kita untuk menjaga khazanah yang sedia ada ini. Dan, tentang produk pelancongan pula ini adalah sebahagian daripada tarikan bagi pengunjung-pengunjung di kawasan tersebut. Sudah pasti pihak Jabatan Perikanan sepertimana saya maklumkan tadi telah bekerjasama dengan MOTAC untuk mempromosikan tempat ini, tetapi yang lebih penting adalah penjagaan sumber yang ada ini. Dan Insya-Allah, dengan usaha yang ada ini diharapkan ianya akan terus mengekalkan kehadiran jerung, manta ray dan ikan lumba-lumba di kawasan kepulauan kita ada dan menjadi satu tarikan untuk pelancong yang akan mengunjungi. Sekian, terima kasih. YB Speaker : Ya, Perling, jemput. YB Tuan Cheo Yee How (Perling) : Ya, terima kasih Yang Berhormat EXCO atas jawapan tadi. Cuma, fahaman kita terhadap perairan itu sebenarnya adalah banyak kapal-kapal asing yang menceroboh dan menangkap ikan dekat kawasan situ. Jadi, berapakah tenaga penguat kuasa kita dan tadi ada sebut 32 kes penangkapan yang menceroboh kawasan itu adakah ini kesemuanya adakah asing ataupun kesalahan tempatan? Terima kasih. YB Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar: Terima kasih Yang Berhormat. Berkenaan dengan 32 kes tangkapan yang telah dibuat dalam tahun 2021, ini semua adalah tangkapan di kawasan yang dikatakan Taman Laut Johor sahaja. Bukannya nelayan di sebelah luar tetapi kita adalah bercerita berkenaan dengan kawasan Taman Laut Johor yang kita pertahankan. Terima kasih. YB Speaker : Ya, soalan tambahan. Jemput. YB Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah (Bekok) : Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Soalan saya ialah ada banyak NGO-NGO Alam Sekitar sangat berminat untuk menyelamatkan kehidupan marin. Adakah apa-apa projek yang sedang dijalankan oleh agensi-agensi kerajaan dengan NGO-NGO berkaitan. Terima kasih. YB Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar: Terima kasih Yang Berhormat Bekok. Realitinya, sebenarnya banyak NGO-NGO yang telah mengambil inisiatif untuk terlibat sama dalam kerja-kerja konservasi hidupan marin yang ada di kawasan kita ini. Dan pada masa yang sama juga ada agensi-agensi daripada GLC yang terlibat sama. Dan, sukacita saya ingin maklumkan bahawa kami secara terbuka ingin menjemput para NGO, sama ada GLC untuk bekerjasama agar usaha ini bertambah baik dan kosnya dapat dikongsi sama. Dan kalau ini dapat diusahakan bermakna ianya lebih, melibatkan lebih ramai pihak lagi yang terlibat dan saya kira ini adalah satu perkembangan yang positif dan saya ingin menjemput jika ada yang Ahli-Ahli Yang Berhormat ada bersama-sama dengan NGO untuk boleh hubungi Jabatan Perikanan Negeri Johor untuk kita uruskan program-program yang relevan dengan usaha ini. Terima kasih. YB Speaker : Soalan seterusnya Yang Berhormat Parit Raja, jemput.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 105

YB Puan Nor Rashidah binti Ramli (Parit Raja) : Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 9. Minta dinyatakan usaha Jabatan Pendidikan Negeri Johor dalam menangani murid bagi memastikan murid menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira selepas tempoh pandemik. YB Speaker : Jemput, YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya : Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Bismillahirrahmanirrahim. Soalan nombor 103. Jawapannya, Jabatan Pendidikan Negeri Johor telah menggerakkan pelbagai usaha dalam menangani masalah 3M iaitu Membaca, Menulis dan Mengira dalam kalangan murid khususnya murid-murid tahap 1 iaitu darjah 1, 2 dan 3. Murid-murid dibekalkan dengan modul-modul yang sesuai mengikut aras semasa PKP bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran di rumah dilaksanakan seperti yang telah dirancang. Selepas pandemik, pihak Jabatan Pendidikan Negeri Johor telah menggerakkan penggunaan dia ubah modul iaitu Modul Literasi dan Numerasi Berfokus iaitu dipanggil MOLIB yang dibangunkan oleh Institut Pendidikan Guru khusus kepada 40 sekolah rintis Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah iaitu (PLAN) singkatannya serta Model Pelan Literasi Dan Numerasi yang dibangunkan oleh Bahagian Pembangunan Korikulum di bawah inisiatif KPM Perkasaku melibatkan semua sekolah rendah. Negeri Johor menerima sebanyak 51,519 naskah modul Pembangunan Literasi dan Numerasi dan juga telah diedarkan serta diserahkan kepada murid-murid tahap 1 yang dikenal pasti mempunyai masalah penguasaan 3M berdasarkan tahap penguasaan dan penafsiran bilik darjah. Proses telah dijalankan pada akhir tahun bulan Oktober yang lalu dan bimbingan dan pemantauan telah digerakkan di peringkat Pejabat Pendidikan Daerah bagi memastikan penggunaan modul-modul ini digunakan secara maksimum dalam mempercepatkan proses penguasaan kemahiran 3M dalam kalangan murid yang mempunyai masalah penguasaan 3M. Tambahan pula kerajaan negeri Johor yang amat komited dalam memastikan murid-murid tahap 1 menguasai 3M. Justeru itu, kerajaan negeri Johor dengan kerjasama Educity

Iskandar Malaysia telah merangka satu modul yang dinamakan Program Didik Johor yang telah dilaksanakan secara perintis dan program ini telah melibatkan beberapa tempat iaitu komuniti yang dipilih untuk dilaksanakan dan telah dibentangkan untuk dilaksanakan sepenuhnya awal tahun depan melalui bajet yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat iaitu sebanyak RM450,000.00. Terima kasih. YB Speaker : Ya, Parit Raja. Jemput Yang Berhormat. YB Puan Rashidah binti Ismail (Parit Raja) : Terima kasih jawapan daripada pihak Yang Berhormat EXCO. Soalan tambahan saya adakah pihak jabatan ada buat perincian terperinci sama ada wujud berlaku kluster keciciran ataupun masalah disleksia yang berlaku di kalangan murid-murid, serta mungkin usaha-usaha yang bersesuaian mungkin yang boleh dilibatkan di peringkat DUN-DUN sama ada seperti tuisyen percuma kepada kumpulan sasaran ini. Terima kasih. YB Pengerusi Jawatankuasa Pendikan, Penerangan, Warisan dan Budaya : Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Tuan Speaker, kerajaan negeri melalui Jabatan Pendidikan Negeri sudah tentunya dari masa ke masa mempunyai kawalan atau pemerhatian pemantauan tentang perlaksanaan program tersebut. Dan untuk ini saya terangkan, kerajaan negeri Johor melalui Program Didik Johor ni mendapat maklumat feed

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 106

back daripada sekolah-sekolah dan Program Didik Johor ini melalui Program Educity kita akan memberi latihan kepada program ini 2 plus one iaitu hasratnya, objektifnya 2. Pertamanya, memberi peluang kepada graduan-graduan yang menganggur untuk mendapat pekerjaan. Yang keduanya tuisyen percuma kepada anak-anak yang tertinggal atau dipanggil Program Pengukuhan Dan Pemulihan, dan ini mereka akan diberi tunjuk ajar dan latihan pedagogi iaitu sistem pendidikan, penyampaian pelajaran dan kaedah pengajaran berdasarkan model Finland yang diguna pakai oleh kebanyakan sekolah-sekolah antarabangsa. Dan pengajar-pengajar ini akan diberi elaun dan diberi peluang untuk mengajar 3M bagi memastikan murid-murid terpilih ini menguasai 3M dalam masa 3 bulan sahaja sebagai perintis. Dan untuk pengetahuan Ahli Dewan, perintis projek ini sedang dilaksanakan untuk 344 pelajar tahun 1 melibatkan daerah Johor Bahru dan juga Kluang. Sebab apa kita pilih Johor Bahru, sebab Johor Bahru melalui Yayasan Bandaraya Johor Bahru dan dari Kluang ini melalui inisiatif Yang Berhormat Layang-Layang sendiri yang menanggung kos, yang sanggup menanggung kos. Dan jika projek perintis ini berjaya akan diperluaskan tahun depan di seluruh negeri Johor melalui sekolah-sekolah dan pemantauan ini boleh dibuat oleh ADUN-ADUN kawasan. Terima kasih Yang Berhormat. YB Speaker : Soalan seterusnya. Yang Berhormat Penggaram, jemput. YB Puan Gan Peck Cheng (Penggaram) : Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan 10, 11 dan 12. Soalan 10 Apakah rancangan kerajaan di sepanjang parit Jalan Chengal bermula dari Sungai Batu Pahat hingga persimpangan Jalan Zabedah yang mengalami masalah limpahan air ke jalan-jalan perumahan ketika berlaku air pasang? Soalan 11 Apakah rancangan kerajaan bagi mengatasi masalah banjir kilat di tiga kawasan sepanjang Jalan Tanjung Labuh, Batu Pahat? Soalan 12 Apakah rancangan kerajaan di dalam mengatasi masalah banjir kilat yang sering berlaku di Taman Batu Pahat dan sekitarnya akibat dari air pasang surut dan hujan lebat? YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur : Assalammualaikum warahmatullahitaala wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih kepada Yang Berhormat Penggaram di atas soalan nombor 10, 11 dan 12. Izinkan saya menjawab sekali soalan Yang Berhormat Penggaram. Yang Berhormat Speaker, kawasan PBT di negeri Johor kini mudah kerap berlaku banjir kilat. Kerap kita dengar berita melalui media massa, di Johor Bahru, Batu Pahat, Muar dan juga lain-lain bandar utama di negeri Johor. Air hujan menjadi punca banjir atau air laut, sungai yang naik ke darat juga menjadi punca banjir Yang Berhormat Speaker. Air sifatnya Yang Berhormat Speaker dia cari laut untuk bersama. Ada 3 cara air hilang di permukaan bumi ini. Satu, melalui naik ke atas melalui pemanasan, kedua meresap ke bumi dan ketiganya ialah melalui mengalir ke sungai, parit ataupun laut. Air banyak ke laut, tak pernah jumpa air naik ke gunung ataupun ke bukit. Kalau paras laut sudah tinggi, air tak boleh ke laut. Dia bertahan atau bersabar di darat menunggu laut surut.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 107

Yang Berhormat Speaker, kajian menunjukkan menjelang 2100, paras laut di pantai Malaysia ini terutama di pantai barat dia naik 1 meter. Sebab itu Singapura Yang Berhormat Speaker, dah buat persiapan sebab dijangka Singapore naik paras, paras laut dia naik 1.5. YB Speaker : Rengit selamat Yang Berhormat? YB Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur : Sekali Yang Berhormat, pantai barat. Singapore buat persiapan paras laut dia naik 1.5 menjelang 2100. Dan pada tahun 2019 Perdana Menteri Singapore mengumumkan SD100 bilion untuk membuat persiapan menjelang 2100. Indonesia dah memula memindahkan ibu kota Jakarta ke Kalimantan. Yang Berhormat Speaker, kaitan laut ni, infra saliran ni Yang Berhormat Speaker, dulu di Johor Barat. Untuk makluman sebab ini ada kaitan dengan Yang Berhormat Speaker soalan daripada Penggaram. Kita ada projek raksaksa infra saliran pada tahun 1971, ketika itu Bank Dunia bagi pinjaman kepada Malaysia RM700 juta meliputi 5 daerah, Muar, Batu Pahat, Pontian, Johor Bahru Utara dan Selatan Kluang ataupun kawasan Simpang Rengam. Johor Barat infra saliran ini, projek saliran Johor Barat ini ditutup 1999 selepas itu diselenggarakan oleh pihak JPS. Saya nak maklumkan Projek Infra Saliran Johor Barat paling besar Yang Berhormat, merangkumi 26 kawasan DUN. 12 kawasan Parlimen di negeri Johor. Selepas 1999 projek Johor Barat tutup infra saliran di kawasan Johor Barat ini disenggara oleh JPS dengan peruntukan yang terhad. Profail benting, pantai, parit, sungai dah banyak berubah selama 21 tahun. Yang inilah ada kaitan jawapan soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Penggaram ya. Paras laut kita kena ambil kira faktornya, di kawasan Rengit, di kawasan Senggarang hari ini kerap kita dapat banjir. Saya jawab soalan Yang Penggaram tadi punca terjadinya banjir kilat dan limpahan air ke kawasan jalan ketika musim hujan lebat atau air pasang adalah disebabkan saliran jalan Yang Berhormat sebut Jalan Chengal ke Kg. Merdeka tu yang sedia ada tak mampu menampung kapasiti air ya. Dan saliran di sekitar juga terdapat pasir atau sendiment air yang dibawa bersama dalam saliran yang menyebabkan saliran jalan menjadi semakin cetek. Selain daripada itu, setelah banjir surut pasir ini akan memenuhi jalan tersebut. Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia telah merangka satu projek bagi mengurangkan kesan limpahan air, bagi daerah Batu Pahat dan juga daerah Pontian. Antaranya ialah JPS Batu Pahat telah mengemukakan permohonan pembangunan di bawah RJ, Rancangan Johor 2022 bagi kerja-kerja pembersihan Sungai Batu Pahat sebanyak RM4.0 juta, bagi mengurangkan risiko banjir bagi kawasan sekitar lembangan Sungai Batu Pahat termasuk di Taman di Batu Pahat. Pada masa yang sama perancangan tender juga telah dibuat oleh Jabatan Pengairan dan Saliran pada awal tahun 2022. Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia telah merangka satu projek menaiktaraf Sistem Saliran Mesra Alam daerah Batu Pahat bagi mengurangkan masalah banjir di kawasan Sungai Suloh dan Peserai dengan kos keseluruhan sebanyak RM32 juta yang melibatkan 2 fasa. Fasa 1 di Peserai dengan kos sebanyak RM7.7 juta dan fasa 2 di Sungai Suloh dengan kos sebanyak RM3.5 juta yang sedang dalam proses pembinaan. Yang Berhormat Speaker, fasa 2 di Sungai Suloh yang melibatkan 3 kawasan tersebut, status perlaksanaan adalah proses reka bentuk terperinci. Tender untuk fasa 2 tersebut dijangka akan dipanggil pada suku keempat tahun 2022. Lanjutan itu bagi mengatasi masalah jangka pendek, pihak Konsesi Selia Senggara telah melaksanakan kerja-kerja pembersihan saliran yang telah dipenuhi oleh pasir tersebut sebanyak 2 kali setahun supaya aliran air tidak terhalang dalam saliran jalan tersebut. Pihak Konsesi Selia Senggara akan menyediakan papan tanda sementara dan maklumat laluan lencongan kepada pengguna jalan raya.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 108

Manakala bagi tempoh jangka panjang, pihak JKR akan bersama-sama agensi di peringkat daerah bagi melihat apakah tindakan yang boleh diambil bersama pemillik tanah-tanah persendirian supaya pasir tidak memasuki saliran tepi jalan yang menyebabkan saliran menjadi cetek dan seterusnya menjadi punca banjir kilat. Seterusnya pihak JKR juga telah memohon peruntukan sebanyak RM2.5 juta bagi menaiktaraf pembentung saliran bersaiz 1.2 meter dan 1.2 meter sepanjang 3.1km dari Seksyen 121 sehingga 124 kepada pihak Cawangan Selenggara Fasiliti Jalan pada 30 Mei 2021. Sekiranya peruntukan ini diluluskan, kerja-kerja menaiktaraf saliran ini akan dilaksanakan dengan kadar segera. Yang Berhormat Tuan Speaker, selain daripada itu pihak PBT juga melaksanakan kerja-kerja menyelenggara, menaiktaraf longkang sedia ada secara berfasa dalam kawasan perumahan Taman Batu Pahat. Longkang-longkang yang dinaiktaraf pada tahun 2020 dan 2021 adalah sebagaimana berikut iaitu Taman Batu Pahat, di Jalan Merawan, Jalan Merawan kawasan lapang, Jalan Seraya dan bagi tahun 2021 Taman Batu Pahat, Jalan Merawan lorong belakang Jalan Merbau, Jalan Merawan dan Taman Damai 2 di Jalan Damai dan juga Jalan Damai 2/3 dan 2/5 lorong belakang. Kos keseluruhan bagi projek ini Yang Berhormat Tuan Speaker ialah RM738,000.00. Itu sahaja Yang Berhormat mengenai soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Penggaram. YB Speaker : Ya, Penggaram. YB Puan Gan Peck Cheng (Penggaram) : Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih kepada jawapan yang diberikan oleh YB EXCO. Di sini saya nak tanya, sebab air laut memang setiap tahun dia meningkat 1cm. Jadi mana-mana sekarang longkang yang dibina atau parit yang dibina semasa sebelum diwujudkan kawasan perumahan, jadi kapasiti sekarang sudah tidak menampung, tidak cukup menampung air pasang dari laut. Jadi apa rancangan JPS supaya selain daripada menggali Kuala Sungai Batu Pahat, apa rancangan yang akan diambil oleh JPS dan juga konsesi yang membuat kerja pembersihan di Jalan Tanjung Labuh, 1 tahun dua kali kita tak boleh tahan air hujan satu tahun dia turun 2 kali sahaja. Jadi macam mana JKR dapat menjalankan kerja tersebut supaya pasir-pasir dan lumpur telah sumbat pembentung di bawah jalan itu dibersihkan selalu. Terima kasih. YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Yang Berhormat Tuan Speaker, YB Speaker : Rengit dengan Penggaram sebelah-sebelah sahaja ni Yang Berhormat ni. YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Dia selang dengan Senggarang Yang Berhormat Speaker. Sebenarnya untuk Batu Pahat ini… YB Puan Gan Peck Cheng (Penggaram) : Sorry EXCO, Taman Bandar adalah dikawasan Penggaram. YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Yalah, faham-faham, tadi dia tanya sebelah-sebelah tadi kan? Rengit dengan Penggaram dia sebelah tapi selang dia ada Senggarang. Rengit, Senggarang, Penggaram. Yang Berhormat Tuan Speaker, Batu Pahat ni beruntung, Penggaram ni beruntung Yang Berhormat satu ketika dulu bandar Penggaram ini selalu banjir. Sebab itu nama dia dikaitkan dengan karam ya, bandar yang karam ya. Dan, satu ketika dulu kerajaan negeri Johor telah bersama dengan kerajaan persekutuan telah memperuntukkan sebanyak

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 109

RM140 juta untuk memastikan bandar Penggaram itu tidak karam. So, nama dia saliran bandar di Jalan Sultanah, di Jalan Rahmat dan Jalan Moakil itu di bawah semua itu Yang Berhormat ada saliran yang paling besar, tempat lain, daerah lain tidak dapat. Sejak daripada itu, Penggaram tidak banjir lagi. Tapi kita terima hakikat seperti yang saya sebutkan tadi Sungai Batu Pahat ini Yang Berhormat Tuan Speaker, ada orang mengatakan kalau paras laut dia sama dengan paras Simpang Rantai itu Yang Berhormat. Sebab itu kalau Jalan Rahmat Yang Berhormat, YB Penggaram lihat dia ke bawah. Dia mempengaruhi keadaan muka bumi di kawasan Batu Pahat itu sendiri. Sebab itu kita wujudkan saliran dalam bandar. Di bawah jalan-jalan utama di Batu Pahat itu penuh dengan parit, longkang-longkang besar. Saya tidak tahu setakat ini bagaimana penyelenggaraan saliran dalam bandar ini. Sebab peruntukan JPS agak terhad, PBT pun tidak buat jadi pihak JPS harus memikirkan bagaimana hendak maintain, hendak dapatkan peruntukan maintenance untuk saliran dalam bandar itu. Itu kena buat Yang Berhormat. Kadang-kadang kita tidak tahu mana tahu bawah tu ada naga ke, ada ular sawa besar ke, kayu yang tersumbat dia mempengaruhi kepada keseluruhan saliran di kawasan Batu Pahat. Untuk Jalan Tanjung Laboh Yang Berhormat, saya dah berbincang beberapa kali dengan pihak JPS, dengan Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Perbandaran kita kena ambil langkah sama ada kita buat kawasan tadahan air, kawasan tadahan. Kalau tidak, dia akan mempengaruhi keseluruhan aliran air ke Jalan Dobi Yang Berhormat. Saya hendak beri contoh kepada Yang Berhormat Penggaram mungkin dia tahu, sebenarnya ketika awal penubuhan Batu Pahat itu, jurutera yang mereka bentuk saliran ini dia dah tahu dekat mana air akan turun. Sebab itu kalau Yang Berhormat ingat di stadium Batu Pahat itu merupakan tasik, dia bukan padang, tasik. Tapi bila orang masuk ini, dia tutup tasik tersebut dia jadikan padang. Itu sebab Yang Berhormat ketika banjir besar baru-baru ini air penuh di Stadium Batu Pahat, penuh depan mahkamah. YB Semerah tahu, itu sebahagian daripada kawasan dia, kemudian penuh depan JKR, penuh dekat Majlis dan TIGS banjir di Jalan Kenangan banjir ya. Sebab air ketika itu tidak boleh ke laut sebab disambut dengan air pasang selain daripada jumlah hujan ketika itu amat tinggi Yang Berhormat. Jadi, kita dah berbincang kalau boleh pertamanya kena buat kolam takungan sebelum air sampai ke Parit Dobi Yang Berhormat. Itu kena buat dulu yang pertama. Yang kedua parit-parit yang agak kecil saiznya disepanjang SekolahTinggi Chong Hwa itu Yang Berhormat kita kena betulkan balik supaya air itu boleh mengalir dan dipastikan tidak membanjiri kawasan-kawasan yang berhampiran dan penting sekali pintu air Yang Berhormat. Air ni keluar ni dia kena pintu air, sebab itu saya cakap tadi Johor Barat pada tahun 1971, 700 buat pintu air, buat apa semua sekali sekarang ini maintenance nya agak kurang dan kita, saya yakin Yang Amat Berhormat dalam RMKe-12 ni kita hendak dapatkan peruntukan sekurang-kurangnya RM1 bilion, sekurang-kurangnyalah untuk memastikan projek saliran Johor Barat ini diperbaiki semula. Kerana profilnya semua dah berubah selama 21 tahun. Jadi Yang Berhormat, insya-Allah saya akan melihat bersama dengan JPS, bersama dengan pihak Majlis Perbandaran dan juga pihak JKR bagaimana kita kurangkan kekerapan berlaku limpahan air terutamanya di kawasan-kawasan utama. Itu sahaja Yang Berhormat Tuan Speaker. YB Speaker : Ya Semerah. YB Tuan Mohd Khuzzan bin Abu Bakar (Semerah) : Yang Berhormat Tuan Speaker, ni saya tanya kawasan saya Semerah dan juga kawasan yang melibatkan dalam soalan ini. Ok, Yang Berhormat Tuan Speaker, kalau kita lihat Parit Dobi seperti yang dimaklumkan Yang Berhormat EXCO dulu merupakan satu parit kecil. Bila dilebarkan oleh pihak JPS ianya untuk menyelia saliran air daripada Taman Tanjung, Taman Mewah, Jalan Kenangan, Taman Bahagia. Tetapi sekarang Parit Dobi menerima air daripada Taman Bukit Perdana, jadi parit itu hanya sesuai untuk beberapa taman sahaja tetapi sekarang Taman Bukit Perdana sendiri mempunyai lebih hampir daripada 3,000 buah rumah. Selain kita tidak mempunyai kolam takungan air, bagaimana kalau kita lihat air daripada Jalan Tanjung Laboh dia turun terus ke Jalan Tanjung Laboh. Jalan Tanjung Laboh pula dibahu jalan tidak

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 110

ada parit. Ada parit tetapi selalunya dipenuhi dengan pasir dan saya harap, saya rasa kita telah mohon, YB Penggaram ada mohon mengenai pembinaan parit bahu jalan. YB Speaker : Soalan Yang Berhormat. YB Tuan Mohd Khuzzan bin Abu Bakar (Semerah) : Selain daripada itu, ini nak cerita sikit. Satu lagi soal tentang faktor manusia dan juga faktor alam sekitar lah. Sebab faktor manusia ni kalau kita lihat Jalan Tanjung Laboh itu ada kerja-kerja pengorekan tanah di belakang Shell yang menyebabkan air lagi laju. Belakang Shell Jalan Tanjung Laboh. Jadi, saya selain daripada itu mengenai saliran dalam bandar ini kita harap pihak JPS menjalankan kerja. So, satu lagi ialah berkenaan apakah, sebab kalau kita lihat Menteri KASA ada maklumkan bahawa peruntukan sebanyak RM48.5 juta Rancangan Tebatan Banjir Sungai Batu Pahat dan tadi Yang Berhormat ada sebut tentang RM4 juta untuk kerja-kerja pembersihan. Jadi bilakah perlaksanaan Rancangan Tebatan Banjir ini? Kerana bandar Batu Pahat kalau tidak ada kerja-kerja pembersihan parit ini, buat parit macam mana pun, kita ubah parit macam mana pun ianya akan tetap banjir kilat akan berlaku. Terima kasih Yang Berhormat. YB Speaker : Jemput Yang Berhormat. YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Terima kasih kepada Yang Berhormat Semerah, saya setujulah sebab pembangunan makin rancak, rumah makin bertambah contohnya di Bukit Perdana hampir 3,000 rumah dan di kawasan Taman Kemajuan dan sebagainyalah. Ketika reka bentuk dibuat ketika itu tidak mengambil kira faktor pertambahan pembangunan di kawasan Taman Bukit Perdana lah. Sebab itu saya sebutkan tadi perlunya kita fikirkan sebelum air ke Parit Dobi itu kawasan tadahan ya. Sama ada isu itu boleh membantu, saya yakinlah sebelum mengalir ke Parit Dobi, dia pergi ke situ dulu untuk sementara selepas itu alirannya terus ke Parit Dobi dan ke Sungai Batu Pahat. Insya-Allah Yang Berhormat tentang beberapa perkara Yang Berhormat bangkitkan tadi, kita akan lihat dan saya bersama dengan Majlis Perbandaran, pihak Pejabat Daerah dalam lawatan Yang Amat Berhormat semasa sesi libat urus pun dibangkitkan perkara ini dan ada perancangan yang telah kita susun dan supaya kawasan-kawasan yang dibangkitkan dapat kita atasi secara berperingkat. Itu sahaja Yang Berhormat Tuan Speaker. YB Speaker : Lepas ni kita dah boleh bangkitkan dalam Mesyuarat Tindakan Daerah, apabila semua hadir Dewan dah menjadi Ahli Mesyuarat dan juga turut hadir. So, benda-benda berkaitan dengan perparitan boleh dibincangkan dalam Mesyuarat Tindakan Daerah selepas ini. Jadi, itu sahaja dah pukul 11.00 sekarang ini. Sekiranya ada soalan-soalan yang disenaraikan belum dijawab secara lisan akan dijawab secara bertulis dalam persidangan yang sama. Saya tangguhkan persidangan ini sehingga jam 11.20 pagi. Sekian. Persidangan di tangguhkan pada jam 11.00 pagi. Persidangan disambung semula pada jam 11.20 pagi. Jurutulis : SAMBUNGAN PERBAHASAN ATAS RUNDINGAN BACAAN KALI YANG KEDUA BAGI RANG UNDANG-UNDANG ENAKMEN PERBEKALAN (2022) TAHUN 2021. YB Speaker : Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Ahli-Ahli Yang Berhormat, Perbahasan Atas Rundingan bagi Bacaan Kali Kedua Enakmen Perbekalan (2022) Tahun 2021 dimulakan sekarang. Saya persilakan Bukit Pasir. Jemput.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 111

YB Kapt (B) Haji Najib bin Lep (Bukit Pasir) : Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Bismillahirahmanirahhim, segala puji bagi Allah tuhan semesta alam. Maha pemurah lagi maha penyanyang yang menguasi hari pembalasan hanya kepada Mu Ya Allah kami menyembah, hanya kepada Mu memohon pertolongan tunjuklah kami jalan yang lurus, jalan orang yang Engkau kurniakan nikmat, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat. (Bacaan surah). Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat pagi, salam keluarga Malaysia. Buat pertama-tamanya, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj, patik merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku, sempena sambutan ulang tahun hari keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 22 November 2021 bersamaan 17 Rabiulakhir 1443 Hijrah. Patik mendoakan semoga Allah SWT mengurniakan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Permaisuri Johor kesihatan yang berterusan dan sentiasa berada dalam rahmat kasih sayang Allah SWT, semoga rakyat Johor menikmati kesejahteraan di bawah naungan tuanku dan keamanan yang berterusan. Insya-Allah, amin. Patik juga merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Duli Yang Amat Mulia Major Jeneral Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim atas kejayaan yang terus dilakarkan oleh pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam Piala Malaysia dan mara ke separuh akhir perlawanan. Patik bersama-sama rakyat Bukit Pasir mendoakan kejayaan buat Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor serta menyokong erat JDT sehingga ke akhir perlawanan. Saya juga mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional yang menang pada PRN negeri Melaka. Yang Berhormat Tuan Speaker, dan Ahli Dewa sekalian. YB Speaker : BN tu lawan PN tu. YB Kapt (B) Haji Najib bin Lep (Bukit Pasir) : Muafakat Nasional Yang Berhormat. Sidang Dewan membuka tabirnya membicara perihal isu semasa. Pandemik berakhir, endemik menjelma, khidmat masyarakat diteruskan jua. Perbahasan yang disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor pada 18 November 2021 memberikan gambaran jelas perancangan perbelanjaan serta konsep belanjawan negeri Johor 2022. Justeru, Bukit Pasir memanjangkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar serta kerajaan Johor atas pembentangan Belanjawan 2022 tersebut. Semoga manfaat yang dirancang dan dibentangkan menjadi kebaikan sepenuhnya kepada masyarakat. Maka Bukit Pasir meneruskan perbahasan dengan menyentuh beberapa perkara yang dilihat perlu diberi perhatian oleh kerajaan negeri agar dipertimbangkan, dikaji dan dapat dilaksanakan dengan menyeluruh. Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli Dewan, sepertimana yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, aspek pembangunan negara bangsa merangkumi 5 perkara terpenting iaitu kepimpinan, integriti, pembangunan fizikal, kemakmuran ekonomi, kesejahteraan sosial dan kedaulatan wilayah. Maka, Bukit Pasir membentangkan point perbahasan mengikut 5 aspek tersebut agar memudahkan pemahaman serta kepentingan perbahasan yang ingin diketengahkan pada hari ini.

Pembahagian harta pusaka. Aspek pertama yang sentiasa menjadi fokus untuk dikaji serta dirujuk semula adalah berkenaan kesejahteraan sosial dalam masyarakat. Point pertama daripada Bukit Pasir adalah berkenaan pembahagian harta pusaka yang sehingga kini menjadi isu terutama apabila berlaku pertambahan jumlah mangsa COVID-19 yang meninggal dunia serta memerlukan urusan segera pembahagian harta yang efisyen dan efektif. Sepertimana yang dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia pada 11 September 2021, dicatatkan anggaran sebanyak RM70 bilion harta beku yang tidak dituntut oleh masyarakat setakat tahun 2020 dan 90% harta tersebut adalah milik orang Melayu. Pelbagai perkara yang menjadi faktor melambatkan urusan pembahagian harta, kerajaan

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 112

negeri bersama-sama jabatan berkaitan seperti Amanah Raya Berhad, Mahkamah Tinggi serta Pejabat Tanah yakni Pejabat Pusaka boleh melihat perkara ini dengan lebih teliti demi untuk ditambah baik urusan harta beku yang sepatutnya dapat diusaha dan digunakan oleh rakyat agar menyumbang kepada ekonomi masyarakat serta negeri tidak dapat direalisasikan sekiranya urusan ini masih berada di takuk lama.

Antara faktor lain yang menjadi penyebab kepada isu ini adalah kerana masyarakat yang tidak memiliki pengetahuan dan kesedaran berkenaan urusan pembahagian harta pusaka apabila ketua keluarga meninggal dunia. Maka urusan tersebut tertangguh-tangguh selama beberapa tahun dan terus menjadi isu kepada keseluruhan keluarga. Maka cadangan daripada Bukit Pasir adalah agar kerajaan negeri dengan kerjasama jabatan meletakkan urusan pembahagian harta pusaka sebagai salah satu agenda yang penting dalam perancangan serta pelaksanaan belanjawan negeri. Hari ini, atas sektor yang penting dalam pengendalian urusan harta pusaka dapat ditambah baik dengan kaedah yang lebih efektif dan urusan yang lebih efisyen, mana-mana yang difikirkan perlu. Sepertimana yang disebutkan oleh akhbar tersebut juga, amalan konvensional yang memerlukan waris berkumpul dalam pengurusan harta kematian dilihat memakan masa dan tidak lagi praktikal. Maka, ia dilihat dapat ditambah baik dengan kewujudan teknologi mudah alih kini serta sistem sesawang yang dapat membantu mempercepatkan masa serta usaha yang diperlukan dalam urusan pembahagian harta.

Selain itu, Bukit Pasir ingin terus menekankan kepentingan pengendalian harta pusaka ini dengan memohon agar kerajaan negeri dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk menguruskan harta pusaka ketua keluarga masing-masing yang telah meninggal dunia. Kesedaran melalui media sosial dan informasi melalui rangkaian TV dan radio dilihat salah satu cara mudah untuk berbicara dan mendidik masyarakat berkenaan pembahagian harta pusaka. Selain itu, kerajaan boleh membantu mereka dalam urusan kos kerana ahli-ahli keluarga yang memerlukan urusan pembahagian harta kebanyakan tidak berkemampuan dan amat memerlukan suntikan bagi memudahkan urusan pembahagian harta mereka.

Seterusnya, perkukuh usaha menjaga tanah Rizab Melayu. Bukit Pasir bergerak pula kepada point kedua pada hari ini yang merangkumi hampir semua aspek pembangunan negara bangsa iaitu kepimpinan, berintegriti, kemakmuran ekonomi, kesejahteraan sosial dan kedaulatan wilayah. Di bawah isu seterusnya iaitu memperkukuhkan usaha bagi menjaga dan mengekalkan tanah Rizab Melayu.

Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli Dewan sekalian, direkodkan melalui akhbar Berita Harian pada 22 Oktober 2021, berkenaan kaedah dan langkah-langkah yang dapat diambil bagi memperkukuh dan menjaga tanah Rizab Melayu. Bukit Pasir mengambil kira isu ini sebagai isu penting untuk dibahaskan kepada hari ini. Justeru, Bukit Pasir amat berharap perkara ini akan terus diperbahaskan lagi, dikaji, diteliti oleh kerajaan negeri. Sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar Berita Harian pada 7 September 2018, berlaku penyusutan tanah Rizab Melayu di mana hanya 12% berbanding peratus berdasarkan ketetapan Raja-Raja Melayu melalui Enakmen Rizab Melayu mengikut negeri-negeri masing yang mengkehendaki 50% pemilikan tanah Rizab Melayu dipegang oleh orang Melayu. Dilaporkan lagi oleh akhbar tersebut berkenaan pentingnya agar kerajaan mengukuhkan pengawalan dan pengekalan keistimewaan orang Melayu dengan menyelesaikan isu-isu serta kelemahan tadbir urus tanah Rizab Melayu itu sendiri.

Maka, Bukit Pasir membuka point perbahasan yang kedua ini dengan menengahkan permasalahan dan kelemahan tersebut dengan harapan agar kerajaan negeri dengan kerjasama jabatan dapat mengkaji lagi berkenaan isu ini dengan lebih mendalam dan mendapatkan penyelesaian yang terbaik di masa akan datang. Antara kelemahan yang perlu dikaji semula adalah penyimpanan rekod, pembatalan status tanah yang tidak diganti,

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 113

geran tanah belum disahkan, tanah Rizab Melayu yang dibatalkan dan digantikan tidak diwartakan segera, penyimpanan dan pengurusan rekod dan maklumat tanah Rizab Melayu yang tidak lengkap dan tidak dikemaskini serta tahap ekonomi dan kuasa beli bagi masyarakat Melayu yang rendah berbanding masyarakat lain mengakibatkan saiz pemilikan tanah Rizab Melayu yang dimiliki bersama mengikut syer adalah kecil.

Maka, Bukit Pasir meletakkan lagi kesedaran kepada semua Ahli Dewan yang hadir pada pagi ini serta masyarakat lain berkenaan betapa pentingnya agar tanah Rizab Melayu ini dapat diperkukuh dan dikekalkan di masa akan datang. Antara langkah-langkah yang ingin Bukit Pasir ketengahkan telah turut dinyatakan dalam akhbar yang sama. Berita Harian yang bertarikh 19 Mac 2020 yang mana pihak kerajaan perlu memperketatkan syarat urus niaga dan pemajuan aset tanah Rizab Melayu. Pembentukan badan atau perundangan bagi memperketatkan syarat urus niaga dalam urusan tanah Rizab Melayu. Pengwujudan pengkalan data khusus untuk menyimpan data tanah Rizab Melayu serta kempen-kempen kesedaran dalam kalangan masyarakat berkenaan kepentingan mengekalkan tanah Rizab Melayu masing-masing. Selain itu, melalui penulisan Professor Dr. Ismail Omar, Presiden Persatuan Professional Tanah Melayu, PERTAMA, serta Pensyarah di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, UTHM, turut mengesyorkan melalui penulisannya dengan mencadangkan agar kaedah melepaskan nilai terpenjara tanah Rizab Melayu melalui instrumen wakaf yang dilihat memenuhi Makasid Al Shariah yakni skop kecil dalam syariah berkenaan perkahwinan, kekeluargaan, ekonomi dan sebagainya. Selain daripada menjana semula ekonomi negara dengan cara memberikan pulangan kepada pewakaf serta pewaris tanah.

Isu berkenaan tanah Rizab Melayu merupakan isu yang besar dan boleh dikajikan lagi dengan lebih mendalam oleh pelbagai jabatan yang terlibat. Maka, Bukit Pasir meletakkan harapan yang tinggi agar perbahasan mengenai tanah Rizab Melayu dapat diteruskan dan dibicarakan sehingga dapat difikirkan cara yang terbaik. Bukit Pasir berharap agar modernisasi dan kemajuan negeri dan negara tidaklah sehingga tergadainya tanah Rizab Melayu tanpa pemantauan oleh semua pihak yang bertanggungjawab berkenaan isu ini.

Seterusnya, bantuan one off kepada Guru Al Quran. Point terakhir daripada Bukit Pasir di bawah aspek kesejahteraan sosial berkenaan bantuan one off kepada Guru-Guru Al Quran yang kebanyakan mereka bergantung kepada elaun pendapatan yang sebanyak RM300.00 yang turut terjejas sekiranya operasi kelas masing-masing tidak dapat dijalankan. Justeru, dengan atas inisiatif daripada Bukit Pasir untuk menengetengahkan isu bantuan one off ini dalam perbahasan yang terakhir Bukit Pasir berharap kerajaan negeri dapat mempertimbangkan golongan Guru Al-Quran yang amat mengharapkan bantuan kepada mereka dapat disalurkan.

Ranting kecil dipatahkan, api unggun dinyalakan, Allah SWT telah memerintahkan saling membantu dalam kebaikan. Ambil lidi terus diikat, diikat ketat oleh sahabat, muafakat itu berkat, diingat-ingat slogan sentiasa dipegang erat. Alhamdulillah, maka dengan itu Bukit Pasir menutup perbahasan ini, sekali lagi Bukit Pasir panjangkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada kerajaan negeri atas pencapaian yang diatasi di sepanjang tahun 2020 serta 2021 dalam mentadbir negeri. Alhamdulillah, Bukit Pasir juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan hadapan yang masih menjalankan tugas dan pekerjaan masing-masing dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan hidup masyarakat secara amnya. Bersyukur kepada Allah SWT atas segala kurnia nikmat dan ganjaranNya kepada kita hidup di dunia ini walau dipenuhi cabaran namun dipenuhi dengan rezeki dan kasih sayang Allah kepada hamba-hambanya. Semoga Allah SWT memberi kita perlindungan daripada musibah, bala bencana serta seksaan api neraka di akhirat nanti nauzubillahi min zallik. Amin, amin, yarabbal alamin.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 114

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya menyokong Bajet 2022. (Doa). Sekian, wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

YB Speaker : Terima kasih kepada Bukit Pasir. Seterusnya saya persilakan Maharani.

YB Puan Hajah Nor Hayati binti Bachok (Maharani) : (Doa). Segala puji bagi Allah SWT pencipta kita semua, juga yang menciptakan semua yang ada di langit dan di bumi dan di antara keduanya. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW, kepada keluarga dan sahabat Baginda, tabi’, tabi’in, guru-guru kita semuanya. Semoga sentiasa dirahmati Allah hingga hari akhirat.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Speaker atas peluang yang diberikan kepada Maharani untuk mengambil bahagian dalam Perbahasan Belanjawan Johor 2022, Memperhebatkan Kesejahteraan Rakyat. Terlebih dahulu Maharani mohon mewakili semua rakyat DUN Maharani, merafak sembah menjunjung kasih dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibnu Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim, sempena sambutan ulang tahun keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada hari ini, 22 hari bulan November bersamaan 17 Rabiulawal 1443H. Semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Permaisuri Johor dilanjutkan usia dan keafiatan dan sentiaasa berada dalam rahmat kasih sayang Allah. Semoga di bawah naungan Tuanku, negeri Johor terus aman, makmur, maju dan sejahtera.

Yang Berhormat Tuan Speaker, hadis Rasululullah SAW yang menyebut tentang pemimpin yang adil (bacaan hadis) yang bermaksud daripada Abdullah bin Amru RA, Rasullullah SAW bersabda “Sesungguhnya pemimpin yang adil di sisi Allah nanti akan berada di atas mimbar daripada cahaya, mereka duduk di sebelah kanan Tuhan yang maha pengasih dan sedangkan kedua tangan Allah itu iaitu kanan semua dan yang dimaksudkan dengan pemimpin yang adil itu adalah orang-orang berlaku adil dalam hukum penilaian mereka, adil dalam keluarga dan adil dalam melaksanakan tugas yang dibebankan kepada mereka” sahih Muslim No.1427.

Yang Berhormat Tuan Speaker, tahniah Maharani ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Dato’ Haji Hasni Mohamad di atas pembentangan Belanjawan Johor 2022, Memperhebatkan Kesejahteraan Johor pada 18 hari bulan November yang lalu. Harapan Maharani, 4 hari kita berbahas tentang belanjawan ini akan menghasilkan sesuatu yang lebih bermanfaat buat rakyat Johor keseluruhannya dan dapat dibuat penambahbaikan pada belanjawan ini, yang pentingnya hasrat kita untuk memperhebatkan kesejahteraan rakyat ini dapat dilaksanakan. Sesungguhnya kita semua sebagai pemimpin dapat menunaikan amanah kepada rakyat Johor menerusi Belanjawan Johor 2022 ini berdasarkan pertimbangan kebenaran dan keadilan sosial dalam melaksanakan tanggungjawab.

Yang Berhormat Tuan Speaker, dampak negatif ke atas kesejahteraan sosial rakyat akibat tekanan COVID-19 ini harus kita depani buat satu tempoh yang lama. Maharani berasa lega dan bersyukur kerana kerajaan negeri kini telah menyedari betapa pentingnya perlindungan sosial yang lengkap khususnya bagi golongan rentan, wanita dan kanak-kanak. Agenda Johor Prihatin yang beri tumpuan kepada kumpulan rentan, kanak-kanak, wanita, warga tua dan Orang Kurang Upaya yang digariskan juga seharusnya perlu diberikan peruntukan tambahan dan fokus khusus kepada isu-isu kesejahteraan keluarga yang kian serius dan mencatat statistik membimbangkan di Johor. Tidak cukup dengan meningkatkan sumber ekonomi dan kemahiran kepada wanita tetapi isu-isu kadar perceraian yang tinggi, keganasan rumah tangga, keganasan seksual wanita dan kanak-kanak amat kritikal untuk diberikan tumpuan khusus. Tumpuan khusus dan intervensi di peringkat kerajaan negeri, Maharani memohon kerajaan negeri memohon daripada kerajaan persekutuan khususnya KPWKM untuk menubuhkan pusat sokongan sosial setempat PSSS di daerah Muar

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 115

khususnya untuk perlindungan mangsa keganasan rumah tangga. Kerajaan negeri juga harus memulakan inisiatif first support point, khidmat sokongan pertama di semua Pusat Khidmat Wakil Rakyat Negeri Johor sebagai sokongan awal kepada wanita dan kanak-kanak mangsa keganasan rumah tangga. First support point ini bakal menjadi langkah awal melaksanakan dasar keluarga selamat di Johor bagi mencegah keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak. Selain itu, daerah Muar mempunyai kadar perceraian antara yang tertinggi di negeri Johor. Isu ini dikhuatiri memberi kesan sosio buruk terhadap kesejahteraan keluarga dan anak-anak yang terjejas. Maka Maharani menyeru kerajaan negeri menyediakan peruntukan khusus untuk intervensi pencegahan perceraian termasuk penambahbaikan kursus pra perkahwinan serta kursus-kursus keibubapaan secara offline dan juga online di negeri ini untuk memperkukuh institusi keluarga. Perlindungan wanita dan kanak-kanak mangsa perceraian serta peruntukan khusus bantuan nafkah kepada anak-anak mangsa perceraian. Bagi Program Cari Orang Memerlukan Bantuan (COMB), Maharani meminta agar agihan program ini diperincikan di setiap daerah dan diperhalusi keberkesanannya untuk perlaksanaan program COMB atau pun COMB ini di kawasan Maharani, Maharani sedia bekerjasama bagi mengenal pasti golongan sasar yang tepat supaya program ini mencapai matlamatnya.

Yang Berhormat Tuan Speaker, Maharani memohon kerajaan negeri mempertimbangkan perancangan mewujudkan klinik kaunseling bergerak (caravan) yang sewajarnya digunakan untuk menambahbaik kemudahan kaunseling sedia ada di fasiliti-fasiliti JKM, JPW dan juga LPPKN. Penambahan lay caunselor dan sukarelawan berbanding mewujudkan inisiatif baharu yang memerlukan kos tambahan. Aspek pemerkasaan kesihatan mental juga seharusnya menjadi tumpuan kritikal kerajaan negeri. Peruntukan RM800,000.00 dalam melahirkan panel kaunselor yang terlatih adalah amat dialu-alukan tetapi harus dipantau secara khusus bagi memastikan keberkesanannya dan akhirnya rakyat mendapat manfaat langsung. Inisiatif memberikan kaunseling kepada kanak-kanak yang kehilangan ibu bapa akibat COVID-19 harus diperluaskan kepada mereka yang kematian ahli keluarga, mengalami simtom long COVID, stress, kemurungan atau trauma psikologi akibat COVID-19. Berdasarkan data dan maklumat sedia ada, khidmat kaunseling ini juga harus dipastikan dilakukan dengan aktif oleh pihak agensi sendiri secara automatik tanpa rakyat perlu melalui proses-proses permohonan tertentu serta dilakukan secara berkala dan berterusan bagi jaminan kesihatan mental rakyat.

Yang Berhormat Tuan Speaker, Maharani mengambil maklum kerajaan negeri telah bersetuju untuk menjemput ADUN pembangkang untuk menyertai mesyuarat sebagai pemerhati Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) sebagai responS kepada permintaan ADUN Pakatan Harapan untuk terlibat sama. Maharani menyeru kerajaan negeri meneliti untuk memastikan kami menjadi anggota mesyuarat agar suara rakyat yang kami wakili tetap mendapat ruang dan diambil kira bagi menyatakan solusi kepada keputusan dan permasalahan yang dikemukakan. Wakil-wakil rakyat yang dipilih secara sah dalam proses demokrasi sewajarnya diberikan ruang partisipasi langsung dalam proses membuat keputusan.

Yang Berhormat Tuan Speaker, Belanjawan Johor 2022 adalah belanjawan defisit sebanyak RM286.47 juta, dan hal ini bukanlah sesuatu yang luar biasa memandangkan fokus kerajaan adalah untuk menyelamatkan ekonomi negeri dan memastikan kelangsungan hidup rakyat pasca pandemik. Walau bagaimanapun, anggaran perbelanjaan mengurus masih mencatat peruntukan terbesar berbanding perbelanjaan pembangunan hanya diperlukan sebanyak RM870 juta sedangkan belanjawan pemulihan sebegini harus meningkatkan perbelanjaan pembangunan dan mengambil pendekatan pengurangan atau penjimatan dalam pengurusan serta perbelanjaan lebih berhemah. Maharani menyeru kerajaan mengkaji semula aspek ini di samping memastikan apa jua peruntukan belanjawan ini memberikan manfaat langsung kepada rakyat dan menepati kelompok sasaran golongan.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 116

YB Speaker : Minum air dulu Yang Berhormat.

YB Puan Hajah Nor Hayati binti Bachok (Maharani) : Tak ada air pula. Setiap bantuan yang diagihkan hendaklah benar-benar sampai kepada golongan sasar kerana kita tahu masih ada rakyat yang tercicir daripada mendapat bantuan ini. Malah ada yang tidak mendapat maklumat tentang bantuan-bantuan yang boleh dipohon. KPI hendaklah juga menilai keberkesanan bantuan yang disampaikan. Kepada siapa bantuan diberikan dan adakah menepati sasarannya? Bukan sekadar berfokus kepada angka agihan sebagai penanda aras KPI. Dalam konteks ini, kerajaan negeri harus menyemak semula proses permohonan

YB Speaker : Baik hati Penawar. (Dewan bertepuk)

YB Puan Hajah Nor Hayati binti Bachok (Maharani) : Dalam konteks ini, kerajaan harus menyemak semula proses permohonan segala bantuan kerajaan negeri kerana kebanyakannya secara atas talian dan proses mengisi borang yang pelbagai. Kerajaan harus memudah cara dan menghapuskan birokrasi dalam permohonan bantuan. Bayangkan ramai rakyat yang susah, kita susahkan lagi dengan proses permohonan yang rumit secara atas talian dan sebagainya.

Yang Berhormat Tuan Speaker, penambahbaikan respon kesihatan awam. Maharani menyeru kerajaan negeri memandang serius kemungkinan kemunculan varian baru yang juga difokuskan dalam belanjawan ini. Apakah tindakan spesifik kerajaan negeri untuk menangani kemunculan varian-varian baharu terutamanya apabila sempadan-sempadan antarabangsa mula dibuka? Walaupun kita telah mencapai matlamat vaksinasi, namun persiapan kerajaan harus dipertingkatkan untuk menangani varian-varian baharu yang tiada jaminan, mampu dikawal meskipun selepas sebahagian besar populasi mendapat dua dos vaksin. Apakah perancangan khusus bagi memastikan suntikan dos penggalak atau dos ketiga bagi golongan berisiko tinggi dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan?

Yang Berhormat Tuan Speaker, pemerkasaan pendidikan agama. Pendidikan anak-anak kita amat terjejas akibat penutupan sekolah kerana penularan wabak ini. Tahun 2020 membawa ke tahun 2021 ini digelar sebagai the lost year of education, dengan izin. Kerajaan negeri harus meneliti kadar keberkesanan PdPR bagi sekolah-sekolah agama negeri Johor dan keciciran pendidikan agama semasa tempoh lock down dan melaksanakan penambahbaikan dalam proses pembelajaran untuk sesi 2022. Justeru, peruntukan khusus harus diberikan untuk tujuan ini.

Yang Berhormat Tuan Speaker, fokus Belanjawan Johor 2022, seharusnya tentang pemulihan dan pembinaan semula masyarakat yang holistik bukan semata-mata kemakmuran ekonomi. Pemulihan ini hanya dapat direalisasikan dengan berkesan berdasarkan kerjasama rentas parti yang selari dengan aspirasi rakyat. Bayang dikirim Paduka Bendahara cincin emas bukan suasa, salah pemimpin bawa sengsara, anak bangsa menjadi mangsa. Sekian, terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Tuan Speaker. Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

YB Speaker : Terima kasih kepada Maharani. Seterusnya saya persilakan Bukit Naning, jemput.

YB Tuan Md. Ysahrudin bin Kusni (Bukit Naning) : Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Bismillahirrahmanirrahim (doa). Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker kerana memberikan kesempatan untuk Bukit Naning turut serta dalam mengambil bahagian dalam Perbahasan Pembentangan Belanjawan Johor 2022 Bagi Penggal Persidangan Keempat Dewan Negeri Johor Yang Ke-14 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Johor pada 18 November 2021 yang lepas. Pertamanya, patik merafak sembah menjunjung kasih dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucap

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 117

selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 22 November 2021 bersamaan 17 Rabiulakhir 1443 Hijrah. Patik berdoa semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Permaisuri Johor dilanjutkan usia dan dalam rahmat Allah SWT.

Yang Berhormat Tuan Speaker, Belanjawan Johor 2022 dengan slogan “Memperhebat

Kesejahteraan Johor” seperti gambaran yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar pada hari Khamis yang lepas. Sebenarnya bagi Bukit Naning, kurang dirasai oleh rakyat negeri Johor di peringkat bawahan. Yang Berhormat Tuan Speaker, sebenarnya rakyat Johor mahukan sesuatu yang lebih menyeluruh. YB Speaker : Dah bagi RM250,000.00 tak rasa cukup lagi ke? YB Tuan Md. Ysahrudin bin Kusni (Bukit Naning) : Tak cukup rasanya Yang Berhormat Tuan Speaker. Kalau boleh RM200,000.00 tambah RM200,000.00 lagi. Iyalah, kita perlu menyentuh pelbagai aspek dalam belanjawan kali ini. Rakyat Johor masih lagi bergelumang dengan masalah ekonomi yang mencengkam pasca COVID-19. COVID-19 bukan sahaja mengancam nyawa, kita ada yang kehilangan nyawa, daripada ada yang kehilangan ibu bapa, malah keluarga ataupun jiran tetangga. Tetapi yang lebih perit lagi, Yang Berhormat Tuan Speaker, COVID-19 mengganggu rantaian ekonomi kehidupan rakyat. Ramai yang kehilangan kerja dan yang baru nak memulakan kerja. Sebelum ini hilang kerja, minta kerja, baru nak memulakan kerja, pasca COVID-19. Bukit Naning dalam lawatan ke kawasan sering mendapat aduan daripada rakyat. Contohnya, ada seorang yang bernama Haron di kawasan Bukit Naning berumur 60 tahun, bekerja kilang, hilang kerja waktu pandemik COVID-19. Anak lelakinya bekerja di kilang yang sama. Dicutikan berbulan-bulan lamanya. Bayangkan eh, keluarga ini ada 6 orang anak-beranak. Yang menyara adalah ayah dan anak lelakinya. Yang perlu ditanggung dan juga menyewa rumah untuk tempat tinggal mereka. Dah tak tertanggung Yang Berhormat Tuan Speaker. Kini, hanya anak lelakinya sahaja yang bekerja untuk menyara keluarga. Kalau dulu hasil gaji anak, dicampur dengan gaji ayah boleh mencecah hingga RM3,000.00, tapi hari ini hasil gaji anak lelakinya sahaja yang lebih kurang RM1,500.00 untuk menyara keluarga, cukup-cukup makan. Contoh yang kedua Yang Berhormat Tuan Speaker, saya ada ke Pasar Malam Bukit Bakri, bertemu peniaga-peniaga. Rata-rata mereka menyatakan sedikit lega apabila Johor dalam Fasa ke-4 dibenarkan berniaga. Mereka menyatakan bagai “mati hidup semula”. Apa tidaknya, eh dulu boleh kumpul duit, tapi bila waktu pandemik, hilang duit-duit itu. Habis digunakan untuk waktu pandemik COVID-19. Jadi, ada yang sampai berhutang untuk hidup. Maknanya, ekonomi rakyat Johor dalam keadaan yang sukar Yang Berhormat Tuan Speaker, sangat sukar. Oleh yang demikian, perlu difikirkan bagaimana kerajaan Johor perlu mencari kaedah yang terbaik untuk kembalikan kegemilangan negeri Johor sebelum zaman COVID. Bukan itu sahaja Tuan Speaker, dalam keadaan ekonomi sukar rakyat hari ini, ditambah pula dengan bebanan dengan kenaikan harga barang. Harga barang meningkat hari ini Yang Berhormat Tuan Speaker. Tanpa penguatkuasaan, rakyat seperti sudah “jatuh ditimpa tangga”, seperti pukulan halilintar yang sangat hebat. Yang Berhormat Tuan Speaker, hari ini harga ayam berapa Yang Berhormat Tuan Speaker? Harga ayam hari ini sekilo RM9.70, ada yang sampai RM10.00 eh. Harga minyak masak 5 kilo dahulunya RM20.00. Hari ini 5 kilo, dah RM30.00. Harga-harga barang lain pun juga turut naik Yang Berhormat Tuan Speaker. Kalau dulu kita masih ingat lagi Yang Berhormat

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 118

Tuan Speaker masa zaman kerajaan Pakatan Harapan, Hari Raya ke hari tak raya ke harga ayam baru RM5.00 sekilo. Ini realiti, Yang Berhormat Tuan Speaker. Dulu masa Pakatan Harapan ada pengawasan harga barang. YB Speaker : Bukit Naning kan boleh bela ayam sendiri kat belakang tu.. YB Tuan Md. Ysahrudin bin Kusni (Bukit Naning) : Ayam tak ada kat Bukit Naning Yang Berhormat Tuan Speaker, nanas banyak. Kalau ikutkan Yang Berhormat Tuan Speaker, kalau dulu kita tahu Menteri yang jaga harga barang ini, daripada KPDNHEP, nama dia Dato’ Seri Saifuddin Nasution, Setiausaha, Pakatan Harapan. Dia cover, dia tengok semua harga barang. Harga barang dalam keadaan yang cukup baik. Kalau Hari Raya RM5.00 sekilo, kalau 2 kilo RM10.00 harga ayam. Jadi boleh masak ayam kari boleh hantar ke rumah jiran-jiran. Tapi sekarang Yang Berhormat Tuan Speaker, kenapa bila kerajaan baharu, kerajaan, kerajaan apa hari ini? Ya, Kerajaan Perikatan Nasional ataupun tadi Muafakat Nasional ataupun Kerajaan Keluarga Malaysia lah, eh. Ini berkuasa harga ayam boleh mencecah hingga RM10.00 sekilo. Kalau seekor 2 kilo? Makanya kita kena bayar RM20.00. Tak boleh tahan Yang Berhormat Tuan Speaker, terpaksa beli separuh ekor aja. Sebab nak beli barang lain lagi, duit dah tak cukup. Itu bab harga barang dapur Yang Berhormat Tuan Speaker. Bab lain, bab harga-harga pertanian. Saya petani, saya rasa denyut nadi petani-petani kita khasnya di kawasan Bukit Naning. Harga barang pertanian, semua naik mencanak, racun 20 liter segelen ataupun setong jenis serap, racun serap Ken Up. Kalau dulu, sebelum ini harga dia RM200.00, tapi kini harga dia RM400.00. RM200.00 dulu, sekarang RM400.00 Yang Berhormat Tuan Speaker. Baja meningkat, seolah-olah tanpa kawalan. Mana tukang jaga harga barang ini, eh Yang Berhormat Tuan Speaker? Walaupun harga sawit hari ini tinggi, tapi harga-harga lain, macam harga-harga pertanian yang lain masih lagi harga takuk lama. Harga sawit tinggi, harga barang tinggi, tak mengapa. Tapi, harga sawit ini kadang-kadang naik, kadang-kadang turun. Jadi kalau waktu turun, harga barang pertanian tak akan turun. Ini yang menyukarkan rakyat pada hari ini, yang bertani yang menjadi mangsa mereka yang mengusahakan produk pertanian lain, seperti nanas, pisang, sayur-sayuran, tanaman kontan yang lain, terpaksa menanggung kos yang tinggi, namun harga produk tanaman ini tetap kekal rendah. Itu cerita tentang pertanian Yang Berhormat Tuan Speaker. Belum kenaikan harga barang-barang binaan, harga besi meningkat daripada RM2,000.00 satu tan, kini menjadi RM4,000.00 satu tan. Kalau harga besi dah naik, maknanya harga rumah akan naik, kalau harga rumah naik, rakyat dah tak mampu nak beli rumah, eh. Rakyat negeri Johor, sinonim, kalau sebelum ini ungkapan daripada rakyat, rumah mampu milik sebenarnya kita hanya boleh rumah mampu tengok sahaja. Tapi hari ini kalau harga besi naik, harga rumah naik, ungkapan yang sesuai kita apa? ah, mungkin, nak tengok rumah pun meluat. Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam keadaan rakyat berhadapan dengan masalah ekonomi waktu ini, harga-harga naik saya tidak nampak usaha kerajaan untuk mengatasi kenaikan harga barang yang semakin luar biasa ini. Eh, dalam keadaan sukar, dalam keadaan rakyat menderita, barang-barang ini naik tanpa kawalan. Bukit Naning faham, ianya bukan mudah. Kita tahu, ianya sukar Yang Berhormat Tuan Speaker. Tap,i sekurang-kurangnya kita perlu teruskan bantuan-bantuan inisiatif yang boleh mengurangkan beban rakyat hari ini. Sebagai contoh, apa yang dinyatakan semalam daripada ADUN Semerah, Kad Sihat Johor perlu diteruskan. Kerana apa? Kerana Kad Johor ini dapat membantu mengurangkan beban rakyat. Kalau diikutkan Yang Berhormat Tuan Speaker, kita berdepan dengan masalah kesihatan pada hari ini. Kalau kita boleh adakan Kad Sihat Johor ini diteruskan, mungkin dapat mengurangkan kos dan juga menjaga SOP rakyat. Iyalah, kebiasaan rakyat akan pergi ke klinik kerajaan. Bila mengalami masalah kesihatan, mereka bersesak-sesak di klinik kerajaan kerana klinik kerajaan lebih murah tanpa bayaran, hanya RM1.00 sahaja bayar. Tapi kalau kita guna Kad Sihat Johor, kita dapat mengurangkan kesesakan, mengawal SOP,

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 119

apabila mereka pergi ke klinik-klinik panel swasta untuk pergi mendapatkan rawatan. Jadi, kita tidak perlu bersesak-sesak di kerajaan, apatah lagi dalam keadaan masa COVID ini masih lagi tinggi jangkitan hariannya. Dan ia sangat mengurangkan beban rakyat, bayangkan Yang Berhormat Tuan Speaker, nilai Kad Sihat Johor itu RM500.00. Sekali pergi ke klinik, swap RM50.00, setahun boleh pergi sepuluh kali oleh seisi keluarga. Rata-rata rakyat sambut baik pemberian Kad Sihat Johor semasa zaman kerajaan Pakatan Harapan. Apa salahnya inisiatif yang baik untuk rakyat ini diteruskan, apatah lagi dalam waktu genting ini. Kemudian, Bukit Naning ingin menyentuh pengumuman baik dari pembentangan Belanjawan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Johor yang memanggil semua ADUN-ADUN Johor tidak kira kerajaan ataupun pembangkang untuk terlibat sama dalam Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD). Namun Bukit Naning tidak pasti, apakah maksud ungkapan pemerhati untuk ADUN pembangkang menyertai mesyuarat tersebut. Jadi, Yang Berhormat Tuan Speaker, seperti dah launching kita boleh masuk dalam Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah. YB Speaker : Bukan launching, menyambut apa disebut oleh Menteri Besar.. YB Tuan Md. Ysahrudin bin Kusni (Bukit Naning) : Tapi saya tidak pasti. Adakah ia hanya pemerhati? Kerana kebiasaannya Yang Berhormat Tuan Speaker, ungkapan pemerhati ini hanyalah untuk hadir, duduk dan tidak boleh bersuara. Dia perhati sahaja, kemudian dia balik. Perhati dan balik. Jadi, apa gunanya ADUN datang mesyuarat, perhati dan balik? Tidak ada gunanya. Ha, pergi makan Yang Berhormat Tuan Speaker, Wakil Rakyat ini adalah dipilih oleh rakyat. Wakil rakyat ini dipilih oleh rakyat. Ha, kita perlu patutnya kita perlu semai semangat demokrasi. Dan setelah apa yang berlaku pada hari ini, ketidaktentuan politik ditambah dengan masalah pandemik COVID-19, kita perlu muhasabah diri. Yang Amat Berhormat Menteri Besar sendiri dalam ucapannya menyatakan bahawa rakyat sudah muak dengan sentimen politik asobiyah. Dan dalam pentadbiran Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar sentiasa bersikap minda terbuka berlapang dada. Malah, dan menganggap kami sebagai rakan strategik. Menganggap pembangkang sebagai rakan strategik. Jadi, ini adalah masanya yang paling sesuai untuk lakukan perubahan Yang Berhormat Tuan Speaker. Eh, supaya tidak ada lagi diskriminasi kepada Wakil Rakyat pembangkang pada hari ini. Bayangkan, ada hampir separuh Wakil Rakyat daripada pembangkang apabila dinafikan hak, maka separuh rakyat Johor hilang suara di daerah JTPD. JTPD ini penting Yang Berhormat Tuan Speaker kerana rakyat nampak Wakil Rakyat mereka pilih itu bekerja di kawasan. Biar pun hanya soal parit, soal longkang, soal jalan berlubang tapi ini yang rakyat selalu suarakan dan mahu wakil rakyat mempermudahkan urusan mereka. Dan kita perlu berubah, kita mulakan di Johor ini Yang Berhormat Tuan Speaker. Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam masa sukar ini, kita dikejutkan dengan isu yang saya fikir tak perlulah hari ini sepatutnya. Sebidang tanah dan rumah bernilai RM100 juta diberikan kepada mantan Perdana Menteri yang keenam. Ini susah Yang Berhormat Tuan Speaker.

YB Speaker : Dah tarik dah. Tarik balik.

YB Tuan Md. Ysahrudin bin Kusni (Bukit Naning) : Tapi sekurang-kurangnya, apa yang nak saya ceritakan ini Yang Berhormat Tuan Speaker, pada waktu yang sukar ini Yang Berhormat Tuan Speaker, saya tak faham kenapa ada pemimpin-pemimpin kita di Malaysia hari ini masih lagi berfikiran begini dalam keadaan sukar. Sepatutnya, perkara-perkara ini

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 120

tidak berlaku Yang Berhormat Tuan Speaker. Kenapa tidak ada semangat spiritual, semangat kita untuk kita majukan negara, majukan negeri bersungguh-sungguh demi rakyat bukan selalunya kita hanya retorik sahaja demi rakyat tapi sebenarnya untuk diri kita sendiri. Ini masalah, saya mengharapkan supaya di Johor ini tidak ada berlaku pemimpin-pemimpin yang seperti ini. Kita, kalau boleh kita berubah supaya negeri Johor ini dapat dipacu dengan lebih baik lagi. Sudah-sudahlah.

Yang Berhormat Tuan Speaker, akhirnya saya mengharapkan supaya Belanjawan kali ini dapat direalisasikan supaya rakyat mendapat manfaat. Tanggungjawab pemimpin ini besar. Kita pun tak tahulah, kerajaan hari ini pusat, kita pun tak tahu kerajaan apa. Kerajaan PN, BN tapi dekat Melaka kita tengok, antara kerajaan PN dengan BN bertanding antara satu sama lain, kemudian, ada slogan dia. Slogan dia, kalau kita lihat di papan-papan tanda, “Kestabilan Demi Kemakmuran”. Saya tak nampak kebersamaan untuk kestabilan kerajaan pada hari ini. Sebab itulah jadilah pemimpin yang berhati mulia. Bukan pemimpin yang bermuka-muka hanya untuk kepentingan diri.

Jadi, saya mengharapkan supaya pada hari ini Yang Berhormat Tuan Speaker, kita muhasabah diri sebagai pemimpin, apa yang perlu kita lakukan. Apa yang kita kehendak dan apa rakyat mahukan. Jadi, saya mengharapkan supaya Belanjawan kali ini adalah Belanjawan yang boleh dilaksanakan dan Belanjawan yang boleh beri manfaat kepada rakyat. Sekian, wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.

YB Speaker : Terima kasih Bukit Naning. Seterusnya saya persilakan Endau. Jemput.

YB Puan Hajah Alwiyah binti Talib (Endau) : Terima kasih YB Speaker. (Doa). Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Makmur Johor. Pertamanya, Endau ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker atas peluang dan ruang yang diberikan kepada Endau, untuk Endau sekali lagi berdiri dan mengambil bahagian dalam sesi perbahasan pada kali ini.

Patik dan rakyat DUN Endau merafak sembah menjunjung kasih dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Sultan Yang Dipetuan Bagi Negeri dan Jajahan Johor Darul Ta’zim sempena sambutan ulang tahun Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada hari ini, 22 November 2021 bersamaan 17 Rabiulakhir 1443 Hijrah. Patik berdoa semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Permaisuri Johor dilanjutkan usia dalam keafiatan dan sentiasa dalam limpahan rahmat dan keampunan Allat SWT. Semoga di bawah naungan Tuanku negeri Johor bertambah aman, makmur dan sejahtera. Daulat Tuanku.

Sesungguhnya YB Tuan Speaker, peluang keemasan ini akan Endau manfaat sepenuhnya untuk menyampaikan beberapa perkara penting di dalam Dewan yang mulia ini agar pihak-pihak yang berkaitan dapat mendengar seterusnya mengambil tindakan sewajarnya. Alhamdulillah, pada hari Khamis yang lalu iaitu pada 18 November, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor telah berjaya membentangkan sebuah Bajet Johor yang bertemakan “Memperhebat Kesejahteraan Johor”. Endau mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat serta seluruh penggerak tenaga yang berusaha sehingga siapnya sebuah Bajet 2022 yang akan membawa kita kepada suatu pencapaian di negeri ini. Ya benar, tanpa perancangan dan strategi yang teliti mana mungkin kita mampu menjadikan negeri Johor sebuah negeri yang sentiasa membangun dan maju tanpa meminggirkan soal kebajikan bangsa Johor. Inilah teras perbahasan Endau pada kali ini iaitu pembangunan dan kebajikan seiiring demi bangsa Johor.

YB Tuan Speaker, dalam penyediaan Bajet 2022 pada kali ini, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor telah berkesempatan untuk mengadakan sesi libat urus untuk Belanjawan Johor 2022 dengan turun ke semua daerah dalam negeri Johor untuk berjumpa,

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 121

mendengar serta berdiskusi dengan kepimpinan di peringkat daerah bagi mendapatkan gambaran serta hala tuju daerah untuk diiringkan bersama Bajet kali ini. Endau ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat serta seluruh rombongan Yang Amat Berhormat yang sudi hadir ke daerah Mersing pada 13 November yang lalu serta sudi singgah ke beberapa kawasan pelancongan dalam kawasan DUN Endau. Namun YB Tuan Speaker, jika dilihat di dalam Bajet kali ini, daerah Mersing khususnya ada beberapa perkara yang perlu Endau tekankan pada hari ini kerana Endau merasakan ianya adalah keperluan mendesak dan juga penting bagi orang Mersing.

Bajet kali ini tidak begitu banyak menyentuh soal pembangunan di Mersing sedangkan dalam sesi libat urus yang dibentangkan oleh Yang Berbahagia Tuan Pegawai Daerah Mersing, banyak berkait soal pembangunan yang mana kesannya sebenarnya Yang Berhormat Tuan Speaker, boleh meningkatkan hasil negeri melalui sektor pelancongan memandangkan Mersing merupakan daerah pelancongan.

Ini merupakan pembentangan Bajet kali keempat bagi Endau sebagai seorang Wakil Rakyat dan sebanyak 3 Menteri Besar Johor telah membentangkan Bajet negeri ini. Bermula pembentangan Bajet 2019 yang dibentangkan oleh YB Kempas, Alhamdulillah Endau bersyukur kerana banyak kerangka pembangunan diumum seperti pembinaan jambatan baharu Mersing, laluan kedua atau by-pass dengan izin, untuk Mersing sehinggalah pelebaran dan pendalaman muara Sungai Mersing.

Seterusnya dalam Bajet 2020 yang dibentangkan oleh YB Bukit Kepong, komitmen daripada YB Kempas sebahagiannya dibawa bersama. Pembentangan Bajet 2021 mengubah sedikit landskap berikutan kita menghadapi satu dugaan yang cukup hebat. Dengan ancaman nyawa yang begitu bahaya iaitu wabak COVID-19 yang mana sehingga kini kita masih berperang melawannya. Namun, sekali lagi pembentangan Bajet 2022 seakan kurang penekanan berkaitan pembangunan buat daerah Mersing. Justeru, Endau ingin menarik beberapa perkara untuk disemak semula oleh kerajaan negeri bagi pertimbangan.

Pertama, pelancongan nadi daerah Mersing. YB Tuan Speaker, Endau amat tertarik dengan agenda yang ketujuh iaitu Majestic Johor dalam Belanjawan Johor 2022 ini. Mersing sebuah daerah yang kaya dengan alam semula jadi dan merupakan destinasi pelancongan bagi rakyat tempatan mahupun antarabangsa. Walau bagaimanapun, dalam memperkasakan sektor pelancongan, Endau ingin memohon pihak kerajaan negeri dapat mempertimbangkan semula dengan pemberian bantuan secara one-off kepada pekerja-pekerja hotel, chalet dan resort terutama di daerah Mersing yang telah kehilangan pekerjaan sejak berlakunya perintah kawalan pergerakan di negara kita. Dalam merangsangkan pertumbuhan ekonomi dalam sektor pelancongan negeri, baucar pelancongan Johor yang diperkenalkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dengan jumlah peruntukan sebanyak RM1.5 juta perlu disasarkan kepada rakyat tempatan lagi-lagi mereka yang berpendapatan rendah iaitu B40. Ini mampu memberikan peluang kepada mereka yang tidak pernah bercuti dalam negeri dan seumpamanya terutamanya mereka yang tidak berkemampuan.

Endau juga memohon kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor untuk mempertimbangkan dalam Belanjawan tahun 2022 dengan menganjurkan pameran dan promosi pemasaran seperti festival pelancongan yang lebih dikenali MATTA Fair bagi mempergiatkan lagi kemasukan pelancong ke daerah Mersing. Dengan pakej-pakej promosi diskaun yang lebih menarik oleh agensi pelancongan, pemilik hotel, chalet dan resort serta boleh dilaksanakan di daerah Mersing secara mini festival.

Menyebut hal festival ini, di kesempatan ini Endau merakamkan tahniah kepada saudara Khailil Razak atau lebih dikenali sebagai Ustaz Tido berasal daripada kawasan Endau yang baharu-baharu ini telah dianugerahkan Ikon Orang Muda Johor Kategori Prihatin, yang telah

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 122

disempurnakan oleh Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor. Patik merafak sembah menjunjung kasih atas perkenan Duli Yang Amat Mulia Tuanku mengangkat nilai anak muda negeri ini ke tahap yang dibanggakan. Sekali lagi tahniah Ustaz Tido dan inilah Permata Johor yang berada di kawasan Endau.

Yang Berhormat Tuan Speaker, Endau berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas kesudian baru-baru ini merasmikan Taman Ecorimba Teluk Arong, Bukit Penyabong, Endau, Mersing dalam siri lawatan sesi libat urus bersama kepimpinan daerah Mersing. Dengan itu, Endau juga memohon kerajaan negeri untuk mempertimbangkan pelan dan perancangan dalam libat urus di daerah Mersing dalam sektor pelancongan untuk jangka masa pendek dan panjang supaya daerah Mersing terus membangun di samping mengekalkan keindahan alam semula jadi ini. Tidak mustahil satu hari nanti Taman Ekorimba ini akan membuatkan kita seolah-olah berada di Pulau Jeju, Korea Selatan.

Selain itu YB Tuan Speaker, Geopark Mersing yang telah memulakan gerak kerjanya sejak tahun 2019 yang mana kita masih belum menerima sebarang berita mengenainya sehingga kini. Endau sering dilibatkan secara terus bersama Jawatankuasa Geopark Mersing dalam persediaan, perancangan, penilaian, perbincangan seterusnya lawatan-lawatan ke kawasan Geopark. Usaha dan kesungguhan Jawatankuasa ini yang dipimpin oleh Yang Berbahagia Prof. Dato’ Dr. Ibrahim Komoo wajar diberikan pujian kerana sentiasa positif dan bersemangat memperjuangkan Geopark Mersing. Justeru, besarlah harapan Endau pada kali ini, hari ini, tika ini dan saat ini agar Geopark Mersing dapat direalisasikan demi limpahan rahmat dan rezeki buat penduduk Mersing.

Keduanya yang Endau akan sentuh adalah berkaitan pembinaan sekolah menengah kedua. Endau merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor kerana terus memberikan perhatian dan peruntukan yang besar dalam Belanjawan Negeri Johor 2022 ini terhadap pembangunan Modal Insan Johor. Khususnya dalam bidang pendidikan sama ada pendidikan sekolah atau pendidikan tinggi. Perkara yang Endau ingin bangkitkan di sini adalah berkaitan dengan keperluan pembinaan sebuah lagi sekolah menengah di Pekan Endau. Endau sudah membawa isu ini ketika perbahasan Belanjawan Negeri 2021 yang lalu.

Untuk makluman YB Speaker dan sidang Dewan sekalian. Buat masa ini, terdapat hanya sebuah sekolah menengah sahaja di Pekan Endau iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Ungku Husin. Keperluan pembinaan sebuah lagi sekolah menengah adalah kerana infrastruktur yang terdapat di SMK Ungku Husin sudah mencapai kapasiti maksimum untuk menampung pertambahan jumlah murid setiap tahun.

Cadangan pembinaan sebuah lagi sekolah menengah ini bukan satu isu baharu kerana cadangan ini telah lama diutarakan kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia berkaitan keperluan pembinaan sebuah lagi sekolah menengah di kawasan Endau. Di sekitar Pekan Endau terdapat 6 buah sekolah kebangsaan, sebuah sekolah kebangsaan pedalaman iaitu Kampung Orang Asli Labong dan 2 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Kesemua murid sekolah-sekolah ini akan bersekolah di peringkat menengah di SMK Ungku Husin.

Ketika sesi libat urus Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor ke daerah Mersing yang lalu, Pegawai Daerah Mersing ketika membentang Taklimat Hala Tuju Strategi Pembangunan Daerah Mersing 2030 ada menyatakan cadangan pembinaan sebuah sekolah menengah baharu di kawasan Endau-Penyabong. Lokasi yang dicadangkan ini adalah terletak lebih kurang 9 kilometer dari Pekan Endau dan 6 kilometer dari Penyabong. Tanah dah ada, Yang Berhormat Tuan Speaker.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 123

Untuk makluman YB Speaker dan sidang Dewan juga, murid-murid yang tinggal di Kampung Penyabong juga terpaksa bersekolah di SMK Ungku Husin yang mempunyai jarak sejauh 15km. Keadaan menjadi rumit apabila musim hujan kerana tidak semua murid di kawasan Endau ini mempunyai kemudahan kereta. Ketiadaan asrama juga menyebabkan murid-murid yang tinggal jauh terpaksa berulang alik setiap hari untuk ke sekolah. Cadangan pembinaan sebuah sekolah menengah baharu ini dicadangkan untuk dibina di kawasan Mukim Penyabong bagi memudahkan murid-murid yang tinggal di kawasan mukim ini dan mukim-mukim yang berdekatan. Oleh itu, Endau secara serius memohon agar pihak kerajaan negeri Johor dapat membawa permasalahan kepada kerajaan persekutuan khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia untuk diberikan pertimbangan yang serius dalam menyelesaikan masalah ini agar kebajikan rakyat terus terbela dan agar misi kerajaan Johor dalam memperkasa modal insan melalui kemudahan pendidikan yang lengkap dan sistematik akan tercapai.

Isu yang ketiga adalah mengenai pertanian pemangkin pendapatan. Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam usaha kerajaan negeri mempergiatkan ekonomi baharu melalui agenda Jaminan Bekalan Makanan Johor, perkara-perkara pokok yang mesti diberi keutamaan adalah berkenaan dengan isu tanah. Sering kali Endau melihat kerajaan negeri memberi perhatian yang serius terhadap permohonan tanah besar-besaran oleh syarikat besar, sebaliknya memandang sepi permohonan penduduk kampung. Endau memahami keupayaan syarikat besar untuk membangunkan tanah secara besar-besaran namun kita juga harus menyediakan tanah kepada penduduk setempat untuk mengusahakan projek tanaman bagi pendapatan mereka. Dalam pemerhatian Endau, petani di kawasan Endau hanya mampu mengusahakan projek tanaman secara kecil-kecilan disebabkan mereka terpaksa menyewa tanah. Secara purata seorang penanam tembikai sebagai contoh, hanya mampu mengusahakan tanaman tembikai seluas tiga hingga lima ekar sahaja. Dengan keluasan tanah yang sebegini, bagaimana mereka mampu mendapat pulangan pendapatan yang tinggi sekaligus mampu untuk menjamin bekalan yang berterusan bagi memenuhi keperluan semasa kita. Sebab itu, bila kita menyebut berkenaan jaminan bekalan makanan, kita juga mesti melihat jaminan pendapatan kepada petani. Endau ingin mendesak pihak kerajaan negeri untuk mengambil jalan bagi memperkasakan petani-petani sedia ada di kawasan Endau dengan menyediakan kawasan baharu projek tanaman makanan yang dilengkapi dengan kemudahan asas. Endau berharap sangat agar kawasan Endau ini tersenarai di dalam cadangan mewujudkan zon tanaman makanan sebagaimana yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam ucapan bajet tempoh hari.

Seperkara lagi YB Tuan Speaker, berkenaan dengan isu tanah adalah berkaitan dengan tanah milik Setiausaha Kerajaan Negeri diperbadankan iaitu SSI, dengan izin. Endau dapat maklum tanah SSI di kawasan Endau cukup luas. Apa yang ingin Endau cadangkan kepada pihak kerajaan adalah untuk mengkaji semula terma dan syarat bagi pajakan tanah milik SSI ini. Endau difahamkan, pihak SSI menetapkan syarat yang amat membebankan kepada pemohon dengan bayaran pendahuluan sehingga RM7,000.00 untuk 30 tahun yang mana YB Tuan Speaker, jumlah ini perlu dibayar terlebih dahulu sebelum projek dimulakan. Ini bermakna pemohon atau pelabur perlu menyediakan modal awal yang tinggi bagi mengguna pakai tanah SSI. Sebagai contohnya, sekiranya pemohon ingin memajak tanah SSI seluas 50 ekar, maka pemohon perlu membuat bayaran pendahuluan sebanyak RM350,000.00. Ini satu jumlah yang besar kepada penduduk kampung di kawasan Endau. Diharapkan isu ini mendapat perhatian yang serius dari pihak kerajaan negeri.

Keempat dan yang terakhir Yang Berhormat Tuan Speaker, adalah berkaitan rumah asas kehidupan. Endau juga ingin menyentuh berkenaan isu perumahan di kawasan Endau. Isu ini Endau telah bangkitkan di dalam ucapan Endau sebelum ini termasuklah soalan lisan mahu pun bertulis. Endau juga merasa kecewa kerana tidak ada tindakan yang serius oleh pihak kerajaan bagi memenuhi keperluan rumah penduduk di kawasan Endau. Namun,

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 124

Endau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB EXCO Kerajaan Tempatan kerana dapat menyegerakan penempatan baki 30 unit rumah di Taman Dato’ Haji Endau. Hubungan Endau dengan rakyat di kawasan Endau umpama sebagai sebuah keluarga. Ibu mana yang tidak risau bila ada anaknya yang masih belum memiliki tempat tinggal sendiri bagi meneruskan kelangsungan hidup. Sebab itu, Endau akan terus memperjuangkan isu perumahan ini untuk penduduk di kawasan Endau.

Yang Berhormat Tuan Speaker, kerajaan sebelum PRU Ke-14 telah bersetuju untuk membangunkan projek perumahan di Mukim Tenglu. Namun, setakat hasrat ini sedikit tergendala dan terbantut apabila kerajaan telah bertukar pada ketika itu. Lokasi dah dikenal pasti, status tanah telah selesai lama, isu kita bangkitkan sentiasa dan apa tunggu lagi untuk orang Mersing, orang Endau, orang susah, orang yang memerlukan rumah YB Tuan Speaker? Endau amat berharap kerajaan di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar kali ini dapat meneruskan usaha pemimpin-pemimpin sebelum ini. Endau tak nampak projek ini tak dapat diteruskan. Yang Berhormat Menteri Besar kita telah pun umum inisiatif baru iaitu pelaksanaan projek-projek perumahan di negeri Johor. Antaranya adalah melalui peruntukan yang disediakan oleh pihak Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan sendiri. Endau harap sangat agar agihan peruntukan ini dapat disalurkan untuk penduduk kawasan Endau. Kalau tak dapat juga dari KPKT, Endau berharap sangat agar cadangan pembangunan projek perumahan melalui inisiatif dana pemaju swasta yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dapat dilaksanakan di Mukim Tenglu. Endau berharap permohonan Endau kali ini mendapat perhatian dari Yang Berhormat EXCO Perumahan kita. Masih ramai lagi generasi baharu di kawasan Endau yang tidak memiliki rumah sendiri. Kebanyakannya masih terpaksa menyewa atau menumpang rumah milik keluarga. Dalam lawatan Endau ke kampung-kampung, ada satu rumah yang didiami sampai tiga keluarga. Endau amat bersimpati dengan mereka ini, nak menyewa rumah lain tak mampu, jadi terpaksalah tinggal bersesak-sesak dalam satu rumah. Sekali lagi Endau merayu, berilah perhatian kepada penduduk di kawasan Endau. Tanah untuk kita bangunkan projek perumahan pun dah ada, cuma tinggal perhatian daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk mengagihkan peruntukan yang ada bagi meneruskan projek di kawasan Endau.

Yang Berhormat Tuan Speaker, mengakhiri perbahasan Endau, Endau secara istikamah akan terus memberikan sokongan kepada kerajaan selagi ianya memberi manfaat kepada seluruh negeri dan bangsa Johor. Sedarlah para pemimpin bahawa rakyat di negeri kita sentiasa mahukan kestabilan politik dan kebersamaan kita dalam membela nasib mereka di Dewan yang mulia ini. Penghargaan dan terima kasih buat YB Gambir yang berjiwa besar menolak ketidak sefahaman politik dan mencari titik persamaan dan memikirkan soal rakyat. Semoga negeri Johor pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor terus kukuh, utuh dan jitu bersemangatkan muafakat itu berkat. Kepada Allah kite berserah, Allah peliharakan Sultan. Sekian, Endau menyokong Belanjawan 2022, wabillahitaufikwalhidayah wassalamualaikum warahmatullahitaala wabarakatuh.

YB Speaker : Baik terima kasih kepada Endau, seterusnya saya persilakan Tenggaroh, jemput.

YB Tuan Raven Kumar a/l Krishnasamy (Tenggaroh) : Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, salam sejahtera dan salam makmur Johor. Yang Berhormat Tuan Speaker, izinkan saya menzahirkan seluruh rakyat DUN Tenggaroh merafak sembah menjunjung kasih dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucapan selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Sultan Yang Dipertua Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim sempena sambutan ulang tahun hari keputeraan Duli

Yang Maha Mulia Tuanku pada hari ini 22 November 2021. Patik berdoa semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Permaisuri Johor dilanjutkan usia dan sentiasa berada dalam

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 125

limpahan rahmat Tuhan. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional dalam Pilihan raya Negeri Melaka baru-baru ini. Sudah menjadi lumrah pertandingan ada yang menang ada yang kalah. Cuma yang kalah harus menerima kekalahan, yang menang tidak patut mendabik dada, yang pentingnya semua harus menerima dan akur dengan keputusan rakyat.

Yang Berhormat Tuan Speaker, kestabilan demi kemakmuran, tema Barisan Nasional untuk Pilihan raya Melaka adalah Kestabilan Demi Kemakmuran. Konsep kemakmuran ini amat sinonim dengan negeri Johor sebab tag line kita pun Makmur Johor. Ini bermaksud setiap tindakan kita mestilah ingin mencapai hasrat untuk menjadikan Johor ini lebih makmur. Kemakmuran pula mestilah didasari oleh kestabilan. Saya setuju jika ada undang-undang anti lompat parti diperkenalkan sama ada di peringkat persekutuan dan lain-lain peringkat. Namun, ianya harus diteliti agar ianya menjadi satu enakmen yang difahami dan dihayati semua Yang Berhormat sekalian. Kita harus mempunyai clarity of conscious, dengan izin dalam menjadikan demokrasi kita lebih matang, bukan menjadikan enakmen ini sebagai political mileage setengah orang sahaja. Bukan juga untuk setengah parti atau setengah ahli politik mengambil kredit atas idea dan kewujudan satu undang-undang yang pada pendapat saya dapat menjaga dan menyuburkan demokrasi itu sendiri.

Semalam Yang Berhormat Bukit Batu juga membangkitkan bahawa ramai rakyat di luar yang tidak menghormati ahli politik lagi. Yang Berhormat juga ahli politik, gunakanlah sumber yang ada untuk mengembalikan hormat kepada ahli politik semula. Yang Amat Berhormat pun telah berikan peruntukan yang sama rata. Satu tindakan yang ketika Pakatan Harapan menjadi kerajaan pun tak pernah terfikir untuk buat. Oleh itu, untuk meletakkan ahli politik lebih rendah daripada pelacur juga merupakan satu perkara yang kurang elok. Bukanlah kita bangga dengan menjadi ahli politik, jadi ahli politik ini penat, Yang Berhormat pun faham tapi sekurang-kurangnya persepsi negatif terhadap ahli politik itu bukan datang dari satu pihak, satu parti atau satu tempat. Kita semua ahli politik maka kita juga bertanggungjawab untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat. Kita semua bertanggungjawab untuk membetulkan persepsi rakyat itu.

Yang Berhormat Tuan Speaker, Belanjawan Johor 2022, salah satu usaha dalam Belanjawan Johor 2022 adalah pengurusan fizikal yang berhati-hati. Saya ingin memuji kerajaan negeri kerana berani untuk membentangkan belanjawan defisit selama dua tahun berturut-turut. Ini tidak termasuk dengan Pakej Rancangan Ekonomi Insan Johor 1,2 dan 3 yang diumumkan awal tahun ini dan tahun lepas, semuanya berjumlah lebih RM500 juta dan manfaatkan lebih satu juta penerima. Ada empat pertimbangan dan pengurusan fiskal yang saya lihat kerajaan negeri lakukan.

Pertama, kerajaan negeri berbelanja kerana kita boleh berbelanja. Terima kasih kepada kerajaan terdahulu telah meninggalkan kita keadaan fiskal yang baik. Kedua, kita berbelanja untuk inisiatif-inisiatif yang spesifik untuk penerima dan golongan sasar yang spesifik. Kita tidak membazir dan populis dalam inisiatif kita. Kalau populis pun ada rasional

line yang kita perhalusi. Ketiga, setiap inisiatif mestilah dapat dibelanjakan dengan secepat mungkin. Kita tidak berlengah dalam setiap perlaksanaan inisiatif ada sebab kerana kenapa lambat? Kenapa 50%, kenapa 20%? KPI nya jelas. Keempat, kita mesti tinggalkan ruang untuk berbelanja lagi jika keadaan pandemik ini menjadi teruk pada masa yang akan datang. Kita anticipate the worst. Macam sesetengah pihak yang suruh kita belanja sahaja dan habis duit rizab. Jadi untuk letakkan perkara ini dalam satu perspektif, tidakkah kerajaan ini cukup responsif dan sentiasa berusaha untuk memastikan kemakmuran negeri dan kebajikan rakyat terjaga. Kita buat dengan berhati-hati dan sentiasa menganggap sumber yang ada adalah terhad walaupun ianya tidaklah begitu tetapi dalam keadaan tidak menentu sekarang, kita perlu sentiasa berhati-hati. Pengurusan fiskal seperti itu tidak bermakna kita lekuk, ada sahaja masalah kita akan fikirkan jalan penyelesaiannya. Ada sahaja cadangan,

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 126

kita akan pertimbang dan lakukannya asalkan cadangannya baik, kita buat. Jadi, dalam konteks Belanjawan Johor 2022, itulah yang menjadi dasar belanjawan kita. Apa yang rakyat dapat secara cepat, itulah sepatutnya menjadi tajuk utama perbahasan kita. Bagaimana cara untuk menjadikan inisiatif yang ada lebih baik? Bagaimana cara untuk tidak ada yang tercicir dan sebagainya? Bukan kita berbahas tentang perkara yang akhirnya rakyat tak dapat apa-apa manfaat, kita sahaja yang syok sendiri.

Yang Berhormat Tuan Speaker, naratif besar untuk Johor. Kerajaan negeri sudah membentangkan dua belanjawan. Saya amat berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana telah mengutarakan naratif besar untuk negeri. Kita ada Makmur Johor untuk orang tahu dan kemakmuran Johor ialah matlamat kita. Kita ada tema belanjawan yang mudah untuk kita faham dan bahaskan. Tahun lepas ialah Berdaya Tahan Demi Kemakmuran. Semua faham rakyat sedang berdaya tahan kerana pandemik masih mengganas. Maka dalam belanjawan itu pun kerajaan negeri membantu mereka yang terjejas. Tidak pernah dan tidak ada kerajaan negeri yang memberikan wang one-off kepada setiap anak bersekolah rendah dan menengah RM100.00 seorang daripada keluarga berpendapatan RM3,000.00 hingga RM7,000.00, hanya Johor sahaja. Kenapa kita beri bantuan kepada golongan ini? Kerana kita sedar bahawa untuk membantu rakyat yang susah kita perlu ada naratif besar yang menjadi panduan kita. Bukan sekadar beri dan sekadar cakap. Kita akan membantu golongan terkesan tetapi siapa dan macam mana. Kita beri RM100.00 kepada keluarga berpendapatan sedemikian kerana golongan tersebut boleh dikatakan tidaklah kaya tidaklah miskin. Sedikit sahaja kejutan ekonomi yang mereka alami, maka susahlah mereka. Kita beri kepada anak-anak mereka kerana merekalah generasi masa hadapan yang tidak seharusnya menanggung dan mewarisi kesusahan keluarga mereka. Itulah kepentingan naratif besar demi kita, dalam kita membuat dasar. Bukannya main celup-celup macam makan steamboat. Oleh itu, amat penting bagi kerajaan negeri menyedari harapan dan expectation rakyat itu berubah-ubah dan tidak mudah untuk dipenuhi, tapi kita akan terus mencuba yang terbaik dan pastikan apa yang diharapkan rakyat dapat dilaksanakan secara beransur-ansur. Saya juga mengucapkan terima kasih kerana bantuan perlindungan sosial kepada golongan yang memerlukan masih lagi diteruskan dengan data yang lebih terkini. Saya harap ianya tidak akan terhenti di sini dan harus terus dilaksanakan. Kita mesti beri bantuan one-off, geran perniagaan dan yang lain-lain ianya dapat membantu mereka yang begitu terkesan akibat pandemik ini. Data merupakan satu-satu perkara yang penting dan saya berharap Ahli-Ahli Yang Berhormat dapat memberikan saranan dan fokus kepada aspek pengumpulan data ini kepada kerajaan negeri ini. Saya percaya, di bawah Agenda Johor Digital ini, usaha akan dilakukan untuk melaksanakan data gathering oleh kerajaan negeri dalam pelbagai aspek dan sektor. Tentu sekali ia memerlukan masa tetapi ianya amat diperlukan. Sekarang pun ada data sosial ekonomi yang ianya amat diperlukan dan perancangan ekonomi negeri Johor dan agensi-agensi lain yang agak komprehensif. Maka dari data itulah, inisiatif perlindungan sosial dapat dirangka. Saya harap ia akan sentiasa dikemaskini untuk kegunaan masa hadapan.

Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam Agenda Johor Berkebajikan, ingin saya mengucapkan ribuan terima kasih atas peruntukan RM4 juta untuk Yayasan Sultanah Rogayah untuk membantu aspek-aspek kebajikan, keusahawanan dan pendidikan masyarakat India. Tidak terlupa juga dengan pengwujudan Jawatankuasa Taskforce Masyarakat India yang diluluskan dalam bajet tahun lepas telah mengesyorkan tiga isu masyarakat India dalam bajet tahun ini iaitu penawaran lima pelantikan daripada kaum India meliputi dari pelbagai gred dan jawatan dalam perkhidmatan PBT, menyerahkan krematorium awam kepada PBT berkaitan untuk tujuan pengurusan dan penyelenggaraan dan akhirnya dasar dan garis panduan akan diteliti untuk pembukaan tanah perkuburan dan tapak khairat masyarakat India di kawasan terpilih negeri Johor. Ini jelas menunjukkan keprihatinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor terhadap masyarakat India di

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 127

negeri Johor. Saya amat berterima kasih, mewakili kaum India di negeri Johor kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor. Dalam masa itu juga, saya ingin membetulkan Yang Berhormat Bukit Batu, semalam dia ada katakan Ketua Masyarakat India belum dilantik. Saya rasa, Ketua Masyarakat India dah dilantik, tahun lepas pun dah dilantik. Dan saya juga, dalam masa ini ingin mencadangkan kepada pihak pembangkang, MB tahun ini pertama kali, Yang Amat Berhormat Menteri Besar ada mengumumkan peruntukan sama rata kepada semua ADUN. Tak pernah saya dengar, sebelum ini bila saya jadi pembangkang saya dapat peruntukan sama rata sebagaimana ADUN kerajaan. Dan saya harap at least berterima kasih dulu sebelum kita. Dia dah buat permulaan, ini adalah satu permulaan yang baik untuk kerajaan yang berdemokrasi (Dewan bertepuk). YB Speaker : Permulaan yang dulu, Pakatan Harapan dulu yang buat Yang Berhormat? YB Tuan Raven Kumar a/l Krishnasamy (Tenggaroh) : Ya? YB Speaker : Permulaan bagi pembangkang itu, Pakatan Harapan dulu yang buat? YB Tuan Raven Kumar a/l Krishnasamy (Tenggaroh) : Ya, mula. Tapi, tak sama rata. Saya cakap pasal sama rata. YB Speaker : Step by step lah.. YB Tuan Raven Kumar a/l Krishnasamy (Tenggaroh) : Yang Amat Berhormat juga memulakan satu inisiatif menjemput ADUN-ADUN pembangkang ke mesyuarat Tindakan Daerah. Bila kita di pembangkang, kita tidak dijemput juga. (Dewan bertepuk). Saya rasa ini adalah satu-satu inisiatif pembaharuan yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat. Tidak memuji at least, menyokonglah apa yang dibawa itu. Sebab kita di sini melakukan kerja untuk rakyat. Dan, pembaharuan-pembaharuan yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar menunjukkan kerajaan yang ada hari ini prihatin kepada rakyat, tidak kira kepada yang menyokong atau tidak menyokong. Dan kita nak tahu kita nak berikan yang terbaik untuk rakyat. Dan akhir kata, sebelum saya nak habiskan ucapan saya, saya harap perbahasan kita Ahli-Ahli Yang Berhormat akan menjurus kepada hal-hal yang mendesak buat rakyat. Bukan semata-mata menegakkan benang yang basah untuk mencari populariti politik dan lain-lain. Dengan itu, saya mohon menyokong apa yang dibawa oleh Yang Berhormat Penawar. Sekian, terima kasih. YB Speaker : Terima kasih kepada Tenggaroh yang telah menyampaikan ucapannya. Saya tangguh sidang kali ini sehingga ke jam 2.30 petang. Terima kasih. Persidangan ditangguhkan pada jam 12.55 tengahari. Persidangan disambung semula pada 2.30 petang. YB Timbalan Speaker mengetuai Persidangan. Jurutulis : Ahli-Ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Puan Speaker. YB Timbalan Speaker : Ahli-Ahli Yang Berhormat, Persidangan disambung semula. Yang Berhormat Bekok, jemput.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 128

YB Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah (Bekok) : Terima kasih Yang Berhormat Puan Speaker, salam sejahtera, selamat tengahari. Terlebih dahulu Bekok sebagai Bangsa Johor, rakyat Johor merafak sembah menjunjung setinggi kasih dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Negeri Johor Darul Ta’zim

sempena Sambutan Hari Ulangtahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 22 November 2021, iaitu hari ini. Yang Berhormat Puan Speaker, kejayaan belanjawan negeri bergantung kepada komitmen dan keupayaan, akauntabiliti, dengan izin, dan ketelusan penjawat-penjawat yang terlibat dalam pelaksanaan program. Semua perbelanjaan perlu ada petunjuk prestasi utama (KPI) yang jelas ditetapkan. Harap sebelum pengumuman bajet 2023, kerajaan negeri umumkan laporan impact untuk menggariskan hasil bagaimana inisiatif dari bajet 2022 digunakan kepada orang ramai. Kerajaan negeri diminta mempertimbangkan menubuh satu laman web dengan maklumat kepada rakyat Johor untuk pelbagai penerima dengan proses yang jelas untuk akses manfaat yang diberi untuk agensi-agensi yang terlibat. Segala faedah yang ditawarkan oleh kerajaan negeri mesti tersedia kepada semua rakyat Johor tanpa mengira bangsa dan agama. Perlu ada petunjuk prestasi utama untuk menjejaki kemajuan inisiatif yang diumumkan di bawah belanjawan ini. Yang Berhormat Puan Speaker, Menteri Kewangan semasa umum bajet 2022 untuk pembaharuan pemulihan ekonomi dan penyatuan fiskal. Memberitahu bahawa satu akta tanggungjawab fiskal iaitu Fiscal Responsibility Act dengan izin, akan di enact untuk menambah baik tadbir urus akauntabiliti dan ketelusan. Beliau minta pandangan daripada orang ramai. Harap di peringkat negeri juga, kerajaan boleh wujud satu enakmen untuk menambahbaik tadbir urus, akauntabiliti dan ketelusan. Minta kerajaan negeri mempertimbangkan satu enakmen untuk menambahbaik tadbir urus, akauntabiliti dan ketelusan. Yang Berhormat Puan Speaker, Jawatankuasa Peraturan-Peraturan dan Perintan-Perintah boleh mengemukakan tiga cadangan iaitu bilangan 110(A), 110(B) dan 110(C). Tapi hanya 110(A) dan 110(B) ada untuk enakmen di sidang Dewan. Cadangan mengenai keupayaan, kebertanggungjawaban dan Ketelusan Johor, pendek kata Jawatankuasa Johor ketelusan tidak ada. Itu yang 110(C). Oleh sebab itu, mohon pindaan 110(A) dan 110(B) ditangguh sementara hingga Jawatankuasa Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah mesyuarat sekali lagi. Yang Berhormat Puan Speaker, kerajaan negeri Johor belanja beratus-ratus juta ringgit untuk program-program sosial dan ekonomi, tapi untuk mengukuh perpaduan, hanya RM1.5 bilion sahaja diperuntukkan. Ini tidak ada apa-apa kesan untuk mengukuh perpaduan. Mohon bahawa semua program yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri mesti terlibat dan termasuk nilai-nila perpaduan. Penglibatan semua kaum Bangsa Johor, baru perpaduan di kalangan masyarakat akan wujud. Kita mula sekarang langkah-langkah untuk menyatu-padukan rakyat. Perbezaan ada di minda orang sahaja, Yang Berhormat Puan Speaker. Yang Berhormat Puan Speaker, kerajaan Johor ada satu unit, Strategik Modal Insan. Adakah Unit Strategik Modal Insan deraf polisi dan program-program meningkat kemahiran di antara rakyat negeri Johor? Post COVID, di masa post COVID, reskill upskill dan multi-

skill dengan izin, sangat diperlukan. Apakah rancangan-rancangan unit ini, membantu dalam keperluan masa ini? Unit Strategik Modal Insan harus melibatkan syarikat-syarikat mutlinasional untuk mengetahui apakah kemahiran khususnya yang diperlukan pada masa terkini dan kemudian membangunkan dasar dan program untuk kerajaan negeri dan ILP, Institut Latihan Perindustrian untuk menyediakan kursus kemahiran yang diperlu. Unit

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 129

Strategik Modal Insan sepatutnya menjadi jambatan di antara kerajaan negeri dan multinational companies (MNC). ILP harus melibatkan MNC yang ada di kawasan di sekitar mereka. Pegawai kanan MNC boleh dijemput untuk duduk dalam lembaga atau jawatankuasa mereka. Dengan cara ini, pelajar ILP dapat mengetahui kemahiran terkini yang diperlukan oleh MNC dan ILP dapat menyediakan kokurikulum kemahiran yang diperlukan. Ini akan bantu pelatih ILP dapat pekerjaan di MNC. Biasanya teknologi di MNC terkini,m berbanding dengan mesin dan kokurikulum yang digunakan oleh ILP. Yang Berhormat Puan Speaker, peruntukan dari bajet persekutuan 2022 sebanyak RM4.6 bilion disediakan untuk negeri Johor. Daripada 434 projek lama, ada 79 projek baru. Minta kerajaan negeri beri senarai dan nilai setiap 79 projek baru ini, iaitu 18% daripada semua projek. Ini akan bantu wakil, semua Wakil Rakyat bantu rakyat tempatan dan juga agensi yang terlibat. Yang Berhormat Speaker, menurut laporan indek iaitu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai perdagangan dan pembangunan yang mengumumkan bahawa pelaburan dari luar negara ke Malaysia, turun berbanding dengan negara-negara Asia yang lain, iaitu Malaysia hanya dapat RM7.8 bilion. Oleh sebab itu, saya rasa negeri Johor pun FDI, FDI akan turun juga. Jadi, oleh sebab itu, Malaysia tidak seharusnya, ataupun Johor tidak seharusnya tergantung banyak kepada FDI, tetapi meningkatkan pelaburan langsung domestik, (DDI) dan mengukuhkan asas perusahaan kecil dan sederhana (PKS). 97% pertubuhan perniagaan di Malaysia adalah perusahaan kecil dan sederhana, iaitu 97%. Perniagaan ini bertanggungjawab dan hampir 36% KDNK negara, dan juga 65% daripada pekerjaan negara dan hampir 18% daripada eksport Malaysia ialah daripada PKS. Pakar mengatakan bahawa 30% selain daripada KPS Malaysia telah ditutup dalam tempoh 18 bulan lalu, iaitu masa COVID iaitu masa MCO. Mungkin lebih banyak PKS akan ditutup pada Januari 2022 apabila moratorium bank berakhir. Banyak MCO dan SOP yang ketat telah merosotkan banyak perniagaan. Apabila kerugian meningkat, aliran tunai menyusut dengan sangat pantas, pinjaman bank gagal bayar melalui dua moratorium, simpanan habis digunakan dan tiada cahaya di penghujung terowong untuk sebarang pemulihan dalam perniagaan. Banyak lagi PKS menghadapi masalah aliran tunai. Oleh sebab itu, harap peruntukan negeri iaitu RM100 juta dapat diagih kepada PKS secepat mungkin. Dan juga kerajaan persekutuan telah memperkenalkan Pakej Rangsangan Ekonomi Rakyat Prihatin bernilai RM250 bilion untuk PKS. Harap kerajaan negeri juga dapat bantuan daripada peruntukan ini daripada kerajaan pusat. Yang Berhormat Puan Speaker, persembahan dan sumbangan GLC tidak dimasukkan dalam bajet. Kerajaan keluar banyak peruntukan untuk melabur dalam syarikat GLC tapi apakah sumbangan syarikat-syarikat ini kepada ekonomi Johor? Minta kerajaan negeri buat satu laporan berhubung sumbangan GLC-GLC di Dewan yang mulia ini. Nampaknya GLC adalah off bajet. Adakah kerajaan negeri beri apa-apa jaminan kewangan untuk GLC dan berapa banyakkah jaminan itu? Yang Berhormat Puan Speaker, dalam peruntukan federal, IRDA dapat RM2 bilion untuk membawa masuk FDI. Bekok minta Yang Amat Berhormat Menteri Besar selaku Pengerusi IRDA dapat menjelaskan, mengapa mereka memerlukan RM2 bilion dan bagaimana dana ini akan digunakan dan apakah jumlah sasaran FDI, DBI yang dirancang untuk menarik ke Johor. Minta IRDA maklumkan jumlah FDI yang dibawa pada tahun 2019, 2020 dan 2021. Ketua Pegawai Eksekutif IRDA berkata Johor mempunyai 6 koridor pertumbuhan ekonomi. Minta Yang Amat Berhormat Menteri Besar menjelaskan status terkini setiap koridor untuk menarik FDI. IRDA berprofil rendah tetapi sebagai agensi Pembangunan Ekonomi Wilayah mereka mesti proaktif dan menyediakan lebih banyak maklumat kepada komuniti perniagaan dan juga mempunyai penglibatan yang kerap. Yang Berhormat Puan Speaker, peruntukan untuk masyarakat India dan masyarakat Cina sekarang di outsource kepada dua Yayasan. Yayasan Rogayah dan Yayasan Fatimah.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 130

Tindakan ini tidak bertanggungjawab kepada ke dua masyarakat. Yang Amat Berhormat Menteri Besar memberitahu bahawa Yayasan ini lebih profesional dan tanggungjawab tapi tidak ada apa-apa laporan, bagaimana dan kepada manakah peruntukan ini di edar? Kami minta lebih ketulusan dan minta satu laporan kepada Dewan yang mulia ini. Pada masa Pakatan Harapan, satu jawatankuasa untuk bantu masyarakat ini ditubuhkan di bawah Pejabat Menteri Besar dan wakil-wakil daripada jabatan-jabatan berkenaan jadi anggota jawatankuasa ini. Tapi sekarang saya tidak nampak begitu. Yang Berhormat Puan Speaker, Jalinan Digital Negara (JENDELA) inisiatif terkini untuk keluarga Malaysia. Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM700 juta untuk menerusi usaha penyambungan digital di 47 kawasan perindustrian dan 630 sekolah khususnya di kawasan luar bandar dari negeri Johor. Minta EXCO berkaitan, apakah kawasan-kawasan perindustrian termasuk dan nama sekolah-sekolah luar bandar di Johor ini. Minta kerajaan negeri senarai dan kawasan perindustrian dan juga nama sekolah-sekolah. Secara keseluruhan, masyarakat menghadapi pelbagai masalah dalam kehidupan harian disebabkan rangkaian internet yang lemah, walaupun banyak kali dibuat aduan tapi keadaan belum ubah lagi. Yang Berhormat Puan Speaker, penubuhan Jawatankuasa Pilihan. Yang Amat Berhormat Menteri Besar ada beritahu di Dewan Undangan Negeri Johor di sidang lepas untuk menubuhkan Jawatankuasa Pilihan di mana ADUN dari pembangkang juga akan disenaraikan. Pihak kami menanti-nantinya. Kita juga mohon dimasukkan sebagai Ahli Jawatankuasa Tindakan Daerah sebagai peserta bukan sebagai pemerhati sahaja. ADUN pembangkang sebagai Wakil Rakyat minta dibenarkan memberi pandangan dan mengadu tindakan perlu dalam Jawatankuasa Bertindak Daerah. Sekarang Jawatankuasa Tindakan Daerah Segamat ada satu Whats App group di mana ADUN pembangkang pun ditambah tetapi apa-apa yang diadu tidak ada apa-apa balasan. Yang Berhormat Puan Speaker, di Bekok ada landasan berkembar Gemas – JB, berjalan melalui Pekan Bekok. Bekok adalah sebuah pekan pertanian kecil, ada ramai petani kebun kecil. Landasan kereta api berkembar Gemas - JB potong lintang kawasan ladang-ladang kecil ini. Penduduk Bekok yang tinggal di sebelah landasan kereta api di Pekan tidak boleh pergi ke sebelah lain kerana pagar elektrik di sepanjang landasan kereta api. KTM, MOT, YTL, Pejabat Tanah, Pejabat Daerah semua dimaklumkan tentang masalah ini. Mereka masih belum beri apa-apa jawapan ataupun penyelesaian lagi. Jalan ke sebelah lain boleh dibuat di bawah jambatan kerajaan kereta api. Mereka pun tahu perkara ini tapi rakyat di situ tunggukan penyelesaian untuk masalah ini. Yang Berhormat Puan Speaker, Majlis Daerah dan Bandaran. Apa yang saya nampak sekarang ialah Majlis Daerah dan Majlis Bandaran tidak bercampur gaul dengan rakyat. Mereka hanya bertindak sebagai penguat kuasa dan perintah. Saya mohon bahawa Majlis Daerah dan Majlis Bandaran jadi lebih proaktif dan lebih mesra dengan rakyat dan bantu mereka, bercampur gaul dengan mereka, berdialog dengan mereka, hanya jangan bertugas hanya sebagai perintah atau penguat kuasa. Sebab cukai untuk Majlis ini dibayar oleh rakyat di situ. Oleh sebab itu, saya mohon mereka turun bawah dan bantu rakyat. Jadi, inilah perkara-perkara saya nak bangkit hari ini. Sekian, terima kasih, Yang Berhormat Puan Speaker. YB Timbalan Speaker : Yang Berhormat Tangkak, jemput. YB Tuan Ee Chin Li (Tangkak) : Terima kasih Yang Berhormat Puan Speaker kerana telah mengizinkan Tangkak bersama-sama menyertai dalam Perbahasan Atas Rundingan Bacaan Kali Yang Kedua Bagi Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2022) Tahun 2021. Ahli-Ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Puan Speaker, selamat sejahtera. Pertama sekali Tangkak ingin merafak sembah setinggi-tinggi menjunjung kasih ucapan tahniah dan

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 131

ucap selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor sempena Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada hari ini, 22 November 2021. Yang Berhormat Puan Speaker, kami sedia maklum sektor pertanian merupakan salah satu sektor pemacu utama untuk negeri Johor. Dalam belanjawan tahun 2021, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM51 juta bagi mentransformasikan pertumbuhan sektor pertanian dan sektor makanan. Namun, dalam ucapan pembentangan Belanjawan tahun 2022 oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada hari Khamis yang lalu, Dewan ini dimaklumkan bahawa inisiatif Johor Tani yang dibentangkan pada tahun lepas, pencapaian KPI hanya tidak sampai 80%. Berita ini amat menyedihkan kerana kita tahu sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan kerana pandemik COVID-19 sejak tahun 2020 bulan Mac, sektor pertanian adalah salah satu sektor yang dapat meneruskan perjalanan dan dia telah menjadi ataupun membantu dalam kegiatan ekonomi negeri Johor sehingga sekarang. Dan pada masa yang akan datang, kami percaya bahawa sektor pertanian akan banyak membantu terutama untuk pemulihan ekonomi di negeri Johor pasca pandemik ini. Jabatan Pertanian Negeri sebelum ini juga telah mengarahkan ladang penternakan di negeri Johor terutama ladang penternakan ayam untuk menaik taraf atau mentransformasikan reban-reban ayam mereka dari terbuka ke tertutup. Tetapi, kita perlu faham sebahagian besar ladang-ladang ternakan ayam ini adalah ladang ternakan sederhana dan kecil. Bagaimana mereka mampu untuk melaburkan kos yang begitu besar untuk menaik taraf reban ayam mereka ke dari terbuka ke tertutup? Dan ini arahan ini telah menyebabkan banyak penternak-penternak terpaksa pencen awal atau menutup reban mereka kerana tidak ada kemampuan untuk memenuhi permintaan jabatan. Namun, ada juga penternak-penternak ayam atau ladang penternakan ayam yang berkemampuan untuk mengikut transformasi ini. Tetapi Tangkak menerima beberapa pertanyaan dan juga aduan bahawa apabila penternak-penternak ini memohon untuk menaik taraf reban ayam mereka ke, kita panggil reban ayam moden ke ataupun dengan teknologi terkini ke, mereka menghadapi masalah iaitu dari prosedur permohonan permit khas kegunaan tanah. Walaupun mereka mampu atau berjaya mendapat kebenaran untuk ubah syarat tanah tersebut, masalah susulan adalah dari segi permohonan kebenaran merancang (KM). Sebab KM ini perlu dimohon dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Di negeri Johor kebanyakan PBT ataupun boleh katakan kebenaran merancang (KM) dari PBT ini adalah fokus kepada projek pembangunan perumahan, projek pembangunan kawasan komersial dan juga industri. Bagi bangunan-bangunan di atas tanah pertanian ini, syarat-syarat atau garis panduan itu mungkin tidak sama. Disebabkan pihak kerajaan tidak ada sebuah garis panduan yang, terutama untuk penternak-penternak ini, jadi mereka diminta untuk memenuhi ketetapan-ketetapan dalam KM PBT ini. Saya bagi contoh, sebuah reban ayam moden yang dibina dalam kawasan pertanian, jarak dari jalan utama masuk ke tempat itu lebih kurang 10 kilometer. Dan mereka mampu untuk menyambung bekalan elektrik dari TNB, mendapat bekalan air dari SAJ tapi apabila diminta oleh pihak BOMBA untuk membina ataupun menyediakan pili bomba iaitu perlu menyambung paip air yang besar supaya tekanan air cukup bagi kegunaan pili bomba tu, masalah dia timbul. Bayangkan berapakah kos yang perlu ditanggung oleh mereka supaya menyambung paip besar yang cukup tekanan air dari jalan utama ke reban ayam mereka yang berjarak 10 kilometer itu. Bukan itu sahaja, laluan masuk ke reban ayam tersebut disebabkan mengikut garis panduan dari KM PBT pintu masuk ataupun jalan masuk ke kebun itu diminta sekurang-kurangnya lebarnya 4 laluan, tapi laluan tersebut cuma diguna oleh lori yang membawa ayam keluar. Jadi, saya harap pihak berkenaan terutama Jabatan Pertanian dan Veterinar dapat menyampaikan kekangan atau masalah ini ke kementerian supaya menyediakan satu garis panduan ataupun boleh dapat KM untuk sektor pertanian ini. Satu lagi, sejak berlaku pandemik COVID-19 ini, muncul banyak kluster-kluster terutama di tempat-tempat rakyat kita tidak dapat mematuhi SOP atau sekurang-kurangnya menjaga jarak sosial yang selamat. Jadi, antara salah satu kluster yang banyak muncul adalah dari

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 132

kawasan perindustrian ataupun kita panggil dari pekerja-pekerja asing. Disebabkan asrama mereka, tempat kerja ataupun tempat kediaman mereka keadaan tersebut memang tidak memenuhi piawaian ataupun garis panduan yang ditentukan.

Oleh itu kerajaan mengikut Akta 446 iaitu Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja Tahun 1990, meminta pekilang ataupun tauke-tauke kilang ini ataupun pekebun ini supaya mengikut akta, menurut akta untuk menyediakan asrama pekerja. Tetapi, kalau bagi kawasan perindustrian yang baharu, yang kilang dia akan di bina memang mereka boleh dapat kelulusan dari segi KM dari segi garis panduan, tapi bayangkan berapa banyak kilang-kilang yang terletak di kawasan perindustrian yang sedia ada, tapak kilang mereka mungkin tidak ada ruang lagi untuk membina asrama yang memenuhi piawaian bawah akta ini untuk pekerja mereka.

Dan mereka cuba untuk menyewa rumah-rumah daripada kawasan perumahan. Tetapi, di bawah Akta 446, asrama pekerja tidak dibenarkan menggunakan ataupun tidak dibenarkan wujud dalam kawasan perumahan. Mereka pilih alternatif menggunakan tingkat atas rumah kedai, tapi dibawah akta ini pula tidak dibenarkan juga. Jadi, mereka pun tak tahu ke mana pekerja-pekerja mereka perlu dihantar. Takkan nak suruh mereka membeli sekeping tanah mengikut apa itu, apa yang nyata dalam akta ini membina baharu asrama untuk pekerja mereka. Berapakah kos mereka perlu belanja terutama dalam keadaan ekonomi pandemik ini.

Yang Berhormat Puan Speaker, dalam belanjawan tahun lepas juga kerajaan negeri telah menubuhkan 2 perbadanan bagi menjayakan inisiatif digital Johor iaitu Majlis Digital Johor dan Digital Johor Corporation. Tangkak ingin dapat maklumat terhadap keberkesanan dan juga peranan bagi kedua-dua perbadanan ini dan juga kerajaan persekutuan pada tahun lepas telah melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia melancarkan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Dan ketika itu kerajaan negeri Johor juga mengumumkan mengambil langkah untuk menjadikan jalur lebar sebagai utiliti ketiga dalam permohonan Kebenaran Merancang di negeri Johor iaitu selepas bekalan elektrik dan bekalan air dan ditambah lagi infrastruktur jalur lebar. Ini memang satu apa kata satu-satu inisatif yang baru yang bagus satu langkah yang proaktif. Tapi, apa pulak untuk kawasan-kawasan lama sebelum jalur lebar dijadi utiliti ketiga, bagaimana keadaan mereka. Tangkak bagi satu contoh, terdapat 19 unit kedai 3 tingkat yang terletak di Lot 2185 daerah Tangkak telah siap dibina pada bulan Jun 2018. Walaupun ketika itu jalur lebar bukanlah utiliti ketiga tetapi pemaju tersebut telah secara sendiri menyediakan infrasturktur-infrastruktur Telekom Malaysia untuk setiap kedai yang dibina.

Dan permohonan dengan surat telah dihantar kepada Telekom Malaysia setelah kedai-kedai tersebut telah diguna pakai. Malangnya sehingga hari ini kesemua 19 kedai dengan 3 tingkat itu masih tidak dapat perkhidmatan daripada Telekom Malaysia. Oleh itu, Tangkak ingin menarik perhatian kerajaan iaitu walaupun jalur lebar infrastruktur komunikasi ini dijadikan utiliti ketiga tetapi akhirnya apa itu ISP services provider ini apabila mereka enggan untuk menyediakan perkhidmatan. Saya rasa tidak guna juga kami menetapkan utiliti ketiga ini. Jadi saya harap ada satu perbincangan supaya kerajaan ataupun Pihak Berkuasa Tempatan ada hak ataupun ada punca kuasa untuk mengambil tindakan terhadap masalah-masalah seperti ini.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 133

Yang Amat Berhormat Menteri Besar juga dalam pembentangan beliau, memperkenalkan satu inisiatif dinamakan Johor Pay. Dan Tangkak baru perasan pagi tadi, Johor Pay ini rupa-rupanya diperuntukkan RM500,000.00 tapi apabila saya melayari laman web Johor Online

Payment iaitu satu-satu portal yang sebelum ini diguna oleh 7 agensi kerajaan negeri seperti pentadbiran tanah Johor, Majlis Agama Islam Johor, Majlis Bandaraya Johor Bahru, Majlis Daerah Simpang Renggam, Majlis Daerah Labis, Majlis Daerah Kota Tinggi dan Majlis Daerah Yong Peng.

Tujuh agensi kerajaan yang menggunakan Johor Online Payment untuk kemudahan menyediakan kemudahan bayaran secara atas talian kepada rakyat Johor, telah tukar nama bermula 21 Oktober 2021 menjadi Johor Pay. Dan Tangkak ingin tanya pada tahun 2010 kerajaan negeri Johor telah menggunakan sejumlah RM41.74 juta mendirikan satu sistem yang dinamakan e-PBT. Atas inisiatif pendigitalan kerajaan dan sehingga hari ini saya rasa sebelum ini YB Skudai, saya, YB Perling pun selalu menekan di Dewan ini kegunaan modul-modul di bawah sistem e-PBT ini masih belum fully utilized dengan izin oleh PBT kita.

Dan hari ini kita wujudkan lagi satu Johor Pay RM500,000.00 untuk tukar nama dan apakah sistem e-PBT yang lama ini yang kita telah banyak belanja ini, adakah kita nak rakyat kita dalam handphone cuma untuk satu bayaran ataupun berurusan dengan kerajaan negeri perlu mengguna pelbagai website, pelbagai laman web. Apa kata kita sama-sama menaik taraf ataupun kita menyediakan, mengkaji semula sistem e-PBT ini dinaik taraf supaya menjadi satu portal yang sempurna yang digunakan oleh semua agensi kerajaan negeri Johor supaya ia betul-betul mencapai matlamat salah satu laman web setempat untuk urusan dengan kerajaan Johor ini cadangan Tangkak.

Yang Berhormat Puan Speaker, ketika Pakatan Harapan mentadbir negeri Johor pada tahun 2018, Kad Sihat Johor telah dilancarkan ketika itu dan pada tahun 2018 telah menyediakan 4,000 atau memberi Kad Sihat Johor ini kepada 4,000 penerima. Dan sehingga tahun 2020, sejumlah 47,600 penerima di bawah skim Kad Sihat Johor ini. Dalam 2 tahun dari 4,000 penerima meningkat kepada 47,600 penerima menunjukkan ini adalah satu skim yang sangat-sangat disukai oleh rakyat Johor.

Dan pada 3 Disember 2020 di dalam Dewan yang mulia ini, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Negeri Johor dalam ucapan pengulungan di Dewan ini telah memberi jaminan apabila ditanya Kad Sihat Johor, beliau menjamin bahawa Program Kad Sihat Johor masih lagi diteruskan bagi tahun 2021 seperti mana yang saya petik dari berbangkit. Tapi adakah program Kad Sihat Johor dijalankan sepanjang tahun 2021. Tidak. Sama juga pada hari yang sama dalam ucapan gulungan Yang Amat Berhormat Menteri Besar juga atas menambahbaik pentadbiran Dewan Negeri Johor.

Yang Amat Berhormat Menteri Besar berjanji untuk melantik 10 orang pegawai penyelidik bagi membantu semua ADUN-ADUN di Dewan Negeri Johor dan juga berjanji lebih banyak Jawatankuasa Pilihan Dewan akan ditubuhkan. Tapi sehingga hari ini sudah setahun saya masih tidak tahu, mungkin ada ADUN yang tahu boleh maklum nanti, siapakah 10 orang pegawai penyelidik tersebut, di mana mereka? Ya, bagi Jawatankuasa Pilihan Dewan Negeri, kami telah nampak ada Kertas Mesyuarat Bilangan 50 Tahun 2021 daripada Jawatankuasa Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Negeri Johor telah membentangkan kertas mesyuarat bahawa akan tubuhkan, mencadang menubuhkan dua Jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Peraturan Dan Perintah Tetap dan juga Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan. Tapi kedua-dua jawatankuasa ini memang wujud sejak

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 134

Tangkak masuk dalam Dewan Negeri Johor pada tahun 2013, cuma tidak ada dalam peraturan mesyuarat kita.

Ini satu langkah yang baik tetapi Tangkak juga terima jawapan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar soalan lisan yang tidak sempat dijawab pagi tadi. Saya dapat jawapan bertulis bahawa sebenarnya Jawatankuasa Peraturan-peraturan Dan Perintah-perintah Tetap sebenarnya mencadang dalam kertas mesyuarat mereka ada tiga jawatankuasa pilihan yang telah disyorkan atau dicadangkan. Tambahan lagi saya tertarik oleh ucapan Yang Berhormat Bekok tadi, membuktikan penyata ataupun syor dan cadangan daripada Jawatankuasa Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap, cadangan dia ada tiga jawatankuasa yang akan ditubuhkan. Tapi dalam penyataan kertas kerja ini cuma ada dua. Yang hilang itu dalam jawapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, nama jawatankuasa tersebut adalah Jawatankuasa Ketelusan Johor dan dengan alasan manakala Jawatankuasa Ketelusan Johor masih memerlukan perincian lebih lanjut. Jadi Tangkak nak tanya, mengikut peraturan mesyuarat, Peraturan Mesyuarat 107, Penyata Jawatankuasa, penyata daripada tiap-tiap jawatankuasa pilihan itu hendaklah ditandatangani oleh Pengerusinya atau jika ia tiada hadir, hendaklah ditandatangani oleh ahli yang pertama mengikut susunan gilirannya dan oleh tiap-tiap seorang ahli jawatankuasa pilihan yang bersetuju dengan isi yang terkandung di dalam penyata itu dan hendaklah dibentangkan di atas meja mesyuarat atau disempurnakan mengikut bagaimana yang diperintahkan oleh Dewan Negeri. Jadi soalan dia, sekiranya ahli jawatankuasa Yang Berhormat Bekok salah seorang yang telah menandatangani penyata ini, mengatakan jawatankuasa yang dicadangkan itu tersebut kurang satu. Siapa yang berhak untuk membuat perincian yang lebih lanjut selain Dewan Negeri Johor? Sebab dalam 107 Perintah Tetap ini menyatakan kenyataan jawatankuasa hanya dihantar sebagai kertas mesyuarat di Dewan Negeri Johor. Jadi, saya minta satu penjelasan siapakah yang di beri hak untuk menarik salah satu jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Terusan Johor untuk membuat perincian yang lebih lanjut? YB Timbalan Speaker : Tangkak sila gulung. YB Tuan Ee Chin Li (Tangkak) : Ok. Yang Berhormat Puan Speaker, Tangkak juga ingin mengambil kesempatan ini menyokong cadangan-cadangan daripada YB-YB dari Pakatan Harapan iaitu hasrat kita sebagai Wakil Rakyat dari Pakatan Harapan untuk menyertai dalam mesyuarat jawatankuasa tindakan dan pembangunan daerah dan juga minta Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk menjelaskan istilah pemerhati tersebut. Kita tahu mengikut Arahan No.1 Tahun 2020, JTPD ini akan cuma dihadiri oleh Wakil Rakyat kerajaan tapi jangan lupa kalau kita betul-betul nak ikut punca kuasa ataupun arahan daripada Arahan No.1 Tahun 2020, baca baliklah. Di peringkat daerah JTPD ini pengerusinya adalah ahli parlimen atau ADUN atau Pegawai Pembangunan Negeri. Tapi di negeri Johor kita tahu di Johor ini kita ada cara kita sendiri, oleh itu JTPD selama ini memang di pengerusi oleh Pegawai-pegawai Daerah kita. Jadi, memandangkan kalau negeri Johor kita boleh tidak mengikut penuh Arahan No.1 Tahun 2020 tersebut, jadi kita juga boleh dengan cara Johor menjemput semua Wakil-Wakil Rakyat di negeri Johor untuk menghadiri mesyuarat JTPD ini. Yang Berhormat Tuan Speaker, yang terakhir Tangkak ingin bawa satu lagi isu tempatan. YB Timbalan Speaker : Masa sudah tidak ada Tangkak. YB Tuan Ee Chin Li (Tangkak) : Ok saya gulung. Iaitu cadangan membina pusat pentadbiran baru daerah Tangkak Puan Speaker. 200 ekar tanah telah disediakan oleh kerajaan dan sehingga hari ini banyak pejabat-pejabat agensi kerajaan di daerah Tangkak masih menghadapi masalah ruang bekerja yang sangat sempit. Saya bagi contoh, Pejabat Daerah Tangkak, Pejabat Tanah Tangkak, Majlis Daerah Tangkak, JPS, tempat kerja mereka memang dah tidak cukup. Dan kedua, ada juga agensi-agensi kerajaan pejabatnya terpaksa mengguna meminjam tempat Jabatan Kebajikan Masyarakat terpaksa menyewa

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 135

bangunan dengan kadar sewa yang sangat-sangat tinggi. Ibu Pejabat Polis Daerah Tangkak terpaksa meminjam tempat Balai Polis Tangkak, kongsi pakai. Pejabat Pendidikan Daerah menggunakan Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mamat Tangkak, Angkatan Pertahanan Awam terpaksa meminjam Kompleks Penghulu. Jadi, saya harap kerajaan negeri Johor dapat membantu untuk meminta yang pertama kerajaan negeri Johor apa yang boleh di buat, mempercepatkan cadangan projek untuk membina pusat pentadbiran baru daerah Tangkak ini. Yang kedua, meminta kerajaan persekutuan supaya menambahkan ataupun melengkapkan pejabat agensi-agensi kerajaan peringkat persekutuan yang tidak ada di daerah Tangkak. Itu sahaja perbahasan daripada Tangkak, terima kasih Puan Speaker. YB Timbalan Speaker : Yang Berhormat Paloh, jemput. YB Tuan Haji Sheikh ‘Umar Bagharib bin Ali (Paloh) : Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Bismillahirrahmanirahim (Bacaan doa). Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua. Pertama sekali Paloh ingin merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih dan ucapan selamat ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Ibrahim Ibni Al-Marhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku yang ke-63. Pada kesempatan ini juga Paloh ingin menyampaikan beberapa buah fikiran dalam ucapan perbahasan ini dan akan menyentuh empat perkara. Yang pertama ialah berkaitan sedikit tentang politik semasa dan juga di negeri ini. Yang kedua berkaitan dengan memudah cara servis ataupun perkhidmatan Wakil-wakil Rakyat di negeri Johor ini, yang ketiga berkaitan dengan sedikit berkaitan anak muda dan yang keempat adalah beberapa isu lokal yang akan Paloh angkat di kawasan yang diwakili. Ahli-Ahli Yang Berhormat, kalau kita lihat pada hari ini sepertimana yang telah pun di sebut oleh rakan-rakan Yang Berhormat dari banyak kawasan juga, kita melihat politik kita sejak apa yang dikatakan dengan langkah Sheraton pada bulan Februari 2020 pastilah telah memberi satu gambaran yang agak negatif orang politik dan juga situasi politik di tanah air kita dan di Johor juga tidak terkecuali. Bila kita sebut perkara berkaitan politik ini, saya rasa di kalangan Ahli-Ahli Yang Berhormat atau saya dengan jujur sendiri mengatakan perasaan saya, kadang-kadang saya pun rasa malu kadang-kadang nak angkat muka bila bertemu dengan rakyat dan bila kita berjumpa dengan rakyat. Tetapi Alhamdulillah dengan politik cara Johor kita dapat membendung masalah-masalah politik yang berlaku di peringkat persekutuan daripada menular dengan buruknya di negeri ini dan saya memetik satu firman Allah SWT (Bacaan petikan Al-Quran) dari Surah Al-Baqarah, Ayat 216. Adakala satu perkara yang kita tidak suka itu boleh jadi baik untuk kita, dan kadang kala perkara yang kita suka itu boleh jadi tidak berapa baik untuk kita. Dalam konteks ini, Paloh melihat bahawa banyak drama-drama politik yang berlaku dalam tempoh mutakhir ini. Tetapi nampaknya di negeri Johor yang kita banggakan ini ianya terkawal dan kerajaan dan juga pembangkang dapat bergerak kerja seiring dan sejalan dengan baik demi bangsa Johor. Namun, selepas daripada pilihan raya negeri Melaka yang baru-baru ini kita telah saksikan. Selepas itu disusuli dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh tokoh-tokoh politik sepertimana contohnya Timbalan Pengerusi Barisan Nasional menyatakan bahawa inilah masa yang terbaik untuk kita melakukan pilihan raya umum. Dan pada masa yang sama juga ahli-ahli politik yang lain ada juga menyebut dengan ungkapan button ataupun tak button, menekan butang ataupun tak menekan butang, contohnya daripada presiden parti Pribumi Bersatu Malaysia yang menyatakan, bertikam lidah menyatakan soal jatuh bangun kerajaan di peringkat negeri Johor ini. Namun, saya rasa, Paloh berasa bahawa dan Paloh mengharapkan di dalam Dewan yang mulia ini daripada Yang Berhormat kerajaan dan juga

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 136

pembangkang, adakah kita boleh sebulat suara dan bersetuju untuk sama-sama kita memastikan jangan berlaku dahulu pilihan raya sehinggalah sekurang-kurangnya isu-isu yang berkaitan dengan ekonomi rakyat di negeri Johor, yang berkaitan dengan kesihatan rakyat di negeri Johor, pekerjaan dan banyak isu-isu yang terkait untuk memastikan kemakmuran negeri ini selesai, barulah kita boleh berdepan dengan pilihan raya. Boleh atau tidak boleh Ahli-ahli Yang Berhormat? YB Dato’ Haji Zulkurnain bin Haji Kamisan (Sri Medan) : Yang Berhormat Puan Speaker, timer itu... Timer tu tak berhentikan. Timer tu... YB Tuan Haji Sheikh ‘Umar Bagharib bin Ali (Paloh) : Oh, ya!! Paloh terkejut betul ke 33 minit ini. YB Timbalan Speaker : Dah reset, dah reset. YB Tuan Haji Sheikh ‘Umar Bagharib bin Ali (Paloh) : Baru nak naik gear ni, tak sampai gear berapa dah 33 minit ini, kita pun terbantut sekejap. Kalau saya sambung Yang Berhormat Puan Speaker kalau kita boleh bersetuju memberikan fokus kepada rakyat di negeri Johor ini saya mohon kita semua tepuk meja sikit, boleh tak boleh? (Dewan bertepuk). Terima kasih. Kerana saya rasa, Paloh berasa bahawa sehinggalah pada peringkat ini memang betul rakyat sudah cukup jelek dan kalaulah Paloh sendiri cuba meletakkan Paloh pada kasut rakyat biasa, sebenarnya Paloh berasa malu dan Paloh merasa apa benda yang orang-orang politik ini bercakaran sedangkan kita punya negara sedang berhadapan krisis kesihatan dan juga krisis ekonomi. Memang betul mungkin Paloh bercakap di sini mungkin akan ada yang tersinggung. Di pilihan raya negeri Melaka dinaikkan banting dan banner seluas-luasnya. Kestabilan demi kemakmuran. Kestabilan demi kemakmuran. Namun kadang-kadang kita lihat sangat cliche, yang berlaku percakaran di dalam politik di negeri Melaka itu sesama parti sendiri, kemudian bila berlaku pilihan raya, selesai mereka menang dan mereka julang balik nama yang sama dan yang cuba triggering dengan izin, yang cuba trigger untuk menyebabkan lebih banyak pilihan raya umum ataupun pilihan raya negeri adalah dari parti yang sama juga. Pada pandangan Paloh, ini bukanlah satu signal yang baik kepada rakyat yang sedang bergelut dengan masalah ekonomi dan juga kesihatan. Ahli-Ahli Yang Berhormat, Puan Speaker yang saya hormati. Yang kedua berkaitan dengan politik, sikit lagi. Paloh juga berpandangan bahawa peratusan keluar mengundi di negeri Melaka itu pada kadar 60% lebih sedikit sahaja yang keluar mengundi bukanlah satu signal yang baik kepada rakyat, bukanlah satu mesej yang baik dari rakyat untuk orang politik. Ini bermaksud lebih kurang 30 lebih peratus yang lain tidak keluar mengundi atas apa maksud sekalipun, tetapi kerajaan yang dipilih adalah kerajaan yang lebih sedikit daripada separuh rakyat yang mengundi sahaja. Dan ini tidak akan memberi gambaran yang baik dan tidak memberi satu suhu yang baik kepada demokrasi di negara kita kalau trend seperti ini terus berlaku. Yang Berhormat Puan Speaker, Paloh masuk kepada point yang kedua. Tadi tentang politik sikit sahaja. Yang kedua ialah berkait dengan servis ataupun perkhidmatan wakil-wakil rakyat, kita semua yang berada di dalam Dewan ini yang masing-masing ada kawasan masing-masing. Yang pertama sekali dari sidang Dewan yang dahulu, telah berkali-kali dinyatakan bahawa kita perlukan peruntukan yang sama adil untuk seluruh Wakil Rakyat. Betul saya percaya, mungkin ada yang kurang selesa. Ini normal, biasa, khususnya di kalangan Wakil Rakyat kerajaan bila melihat pembangkang mengapa harus diberi peruntukan yang sama? Kalau mengikut skema politik yang lama, tak perlu perkara ini. Biar pembangkang, ha engkau pilih pembangkang nasib engkaulah tidak ada peruntukan. Tetapi kita dah berbahas banyak kali tentang perkara ini dan akhirnya kita cukup berterima kasih juga apabila diumumkan peruntukan RM200,000.00 yang tetap kepada ADUN-ADUN dengan tambahan RM50,000.00 untuk hari-hari keraian atau perayaan.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 137

Pun begitu, Paloh masih lagi tidak meletakan 100% kepercayaan selagi perkara ini tidak diangkat sebagai satu enakmen yang diluluskan di dalam Dewan yang mulia ini. Sekiranya ia diluluskan dalam bentuk enakmen barulah kita percaya dan yakin peruntukan ini akan diberikan. Banyak persepsi, ada yang suka ada yang tidak suka namun, bagi demokrasi Paloh merasakan bahawa perkara ini perkara yang baik, ini bukan untuk ADUN-ADUN pembangkang menang pilihan raya akan datang, tidak. Kalau dikatakan akan datang Pakatan Harapan menjadi kerajaan, ini juga baik untuk ADUN-ADUN yang menjadi pembangkang siapa sahaja mereka untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat. Dan sekali lagi Paloh nyatakan bahawa, ini bukan soal peruntukan semata-mata kerana peruntukan ini supaya wakil-wakil rakyat boleh berkhidmat sekurang-kurangnya pada kadar yang minima untuk membantu rakyat di dalam kawasan masing-masing. Tidak kira, dia pembangkang atau kerajaan. Kesannya, kesannya apabila peruntukan diberi sama rata, sama adil, kesannya ahli politik di negeri Johor akan bertarung di medan politik dalam kawasan mengikut siapa servis paling kuat. Bukan lagi aku ada peruntukan, kau tak ada peruntukan pastilah aku lebih kuat daripada engkau, tidak. Tetapi bila ada peruntukan yang sama adil, sama rata maka kita akan bertarung di medan dalam kawasan masing-masing sesiapa yang boleh memberikan servis yang paling kuat dia akan disenangi dan disokong oleh rakyat. Ini perkara yang baik juga untuk demokrasi kita. Namun begitu, Paloh masih mengharapkan ada pengumuman yang lain khususnya berkaitan dengan peruntukan terkait dengan pembangunan dan sebagainya. Kalau boleh diberi itu lebih advance dan lebihlah kita alu-alukan dan kita harap-harapkan. Yang kedua terkait dengan servis ataupun perkhidmatan Wakil-Wakil Rakyat juga, Paloh ingin juga menyentuh yang telah berkali-kali disentuh oleh Wakil-Wakil Rakyat dari kawasan-kawasan yang lain iaitu berkaitan dengan penyertaan di dalam JTPD. Paloh telah menyebutkan dalam ucapan Dewan yang lepas bahawa penyertaan dalam JTPD ini juga adalah suatu yang sihat untuk pembangunan di dalam kawasan DUN-DUN di negeri Johor. Kita telah pun diberitahu dan telah pun disentuh dalam ucapan-ucapan Wakil-Wakil Rakyat yang lain, kita tidak mahu sekadar menjadi pemerhati sepertimana yang disentuh ataupun telah disebut oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita datang, pembangkang sebagai pemerhati. Namun, Paloh yakin dan percaya itu baru ucapan pembukaan dalam ucapan bajet dalam ucapan penutupan penggulungan nanti pastilah akan diperincikan dan Paloh berharap dalam penggulungan ataupun perincian nanti, yang pertama sekali Wakil-Wakil Rakyat ini tidak kira ADUN kerajaan atau pembangkang boleh masuk ke dalam Dewan bukan lagi dengan syarat kalau ada jemputan datang, tak ada jemputan tak datang. Kita harap Wakil-Wakil Rakyat ini diberi jemputan sama seperti juga Wakil-Wakli Rakyat yang lain dan juga Ahli-Ahli Mesyuarat JTPD yang lain apabila mesyuarat ingin diadakan secara bulanan. Yang kedua, kita bukan nak bergaduh di dalam JTPD ini. Kita hanya ingin mengangkat isu-isu rakyat. Kita ingin mengangkat aduan-aduan rakyat dan kita harus sedar bahawa Wakil Rakyat ini memang tugas dia berucap di dalam Dewan ini pada perkara-perkara dasar sebagai legislative, tetapi pada masa yang sama, normal di dalam politik ataupun di dalam DUN ataupun parlimen kita Wakil Rakyat ini tempat rakyat mengadu. Baru ini, saya ingat di Paloh ada rakyat telefon saya, telefon saya malam pukul 8.00 malam, dia kata YB tolong tengokan sekolah ini, saya ingat tengok sekolah sebab ada masalah besar, ada kes COVID ke dan sebagainya pukul 8.00 malam call saya pelik juga. Ada masalah, apa nama isu-isu yang besar ke, rupanya dia kata ada 2 pokok di sekolah ini ada ulat bulu, ada ulat bulu YB boleh tolong tak macam mana kita nak elakkan ulat bulu ini? Saya kata carilah bekas Ketua Masyarakat kita, kita pandukan macam mana cara nak buat. Ulat bulu pun kita terpaksa tengok juga. Jadi, ini saya nak, Paloh nak beritahu bahawa Wakil Rakyat memang pembuat dasar di sini. Tetapi pada masa yang sama, normal kita di dalam negeri Johor atau di dalam negeri-negeri di dalam tanah air kita ini, wakil rakyat juga menjadi tempat mengadu rakyat untuk isu-isu setempat dan ruang yang baik adalah di dalam JTPD untuk kita mengangkat isu-isu ini. Justeru, kita tidak mahu sahaja menjadi pemerhati, kita ingin terlibat dengan

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 138

jemputan yang rasmi sama seperti jemputan-jemputan lain secara bulanan untuk menghadiri JTPD dan juga kita ingin kita boleh memberi pandangan, memberi cadangan, memberi komentar dan membuat follow up, membuat follow up terhadap isu-isu yang kita angkat di dalam kawasan kita. Yang ketiga, di bawah tajuk servis ataupun perkhidmatan Wakil-Wakil Rakyat ini saya, Paloh rasa terpanggil untuk mengangkat satu dua sosok yang Paloh rasa perlu dijadikan contoh. Sebagai contoh daripada YB EXCO Kerajaan Tempatan. Apa contoh yang boleh kita ambil daripada sosok ini, iaitu beliau bila turun di kawasan atas nama sebagai EXCO beliau akan juga memanggil, Paloh tidak pasti memanggil secara rasmi ataupun tidak tetapi mendapat banyak cerita daripada orang, bahawa dia akan turun dia akan cari Wakil Rakyat tidak kira daripada kerajaan atau pembangkang, mungkin YB Speaker boleh sahkan. YB Timbalan Speaker : Memang. YB Tuan Haji Sheikh ‘Umar Bagharib bin Ali (Paloh) : Paloh rasa perkara ini perkara yang sangat baik, dan Paloh berharap mana-mana juga Yang Berhormat EXCO bila turun ke kawasan kalau boleh bersama-sama mendapat juga kehadiran daripada Wakil-Wakil Rakyat termasuk pembangkang untuk sama-sama mendapatkan input daripada kawasan yang EXCO turun. Kerana EXCO dia bukan jaga kawasan-kawasan di pihak wakil kerajaan sahaja, dia juga kena mengambil tahu dan kena cater, kena cater segala masalah yang ada dengan izin, tidak kira di dalam kawasan pembangkang ataupun kerajaan selagi dianya berada di bawah jajahan takluk Johor. Jadi, atas dasar itu apabila Paloh berharap apabila Yang Amat Menteri Besar sebagai contoh, ataupun Yang Berhormat YB EXCO sebagai contoh turun ke kawasan, apalah kiranya kalau boleh hello-hello kepada Wakil-Wakil Rakyat pembangkang juga untuk sama-sama duduk minum kopi secawan dua di kedai kopi dan bertanya isu-isu yang berlaku di dalam kawasan masing-masing untuk diangkat. Kerana perkara ini penting, yang pertama EXCO turun dan kita juga terlibat. Yang kedua, JTPD tadi pun penting juga. Kerana apa? Paloh buat satu contoh, Paloh ucapkan terima kasih atas pembangunan di kawasan Paloh, tetapi ada satu benda yang Paloh kadang-kadang confuse juga. Kita hendak pergi Paloh ini jalan cantik dah, daripada Niyor, Chamek ke Paloh. Chamek ke Paloh ini jalan cantik. Tapi dalam bulan 9, bulan 10 yang lalu diturap lagi jalan yang cantik itu, Paloh pun tak faham juga kenapa diturap jalan yang sama. Dan, bila tanya pada orang kawasan kerana Paloh satu penggal di sini, belum complete pun satu penggal tanya kepada penduduk-penduduk di kawasan Paloh, dia kata memang biasa macam ni YB, dia kata. Dia kata jalan-jalan ini kalau, ini tempat memang tempat buat jalanlah dia kata. Kalau jalan tak ada lubang, pun kita turap juga kalau jalan ada lubang belum tentu diturap kadang-kadang. Tapi yang jalan yang sama ini diturap berkali-kali. Jadi, dengan penyertaan Yang Berhormat ataupun Wakil Rakyat di kawasan itu, walaupun daripada pembangkang, bila EXCO turun padang boleh berjumpa dan bersua muka, maka kita dapat sampaikan hasrat ini mengapa diturap berkali-kali jalan yang masih ok. Sedangkan dalam kawasan Paloh ada banyak isu-isu lain yang belum selesai, mengapa peruntukan itu tidak diberikan kepada fokus-fokus lain yang perlu diselesaikan di dalam kawasan Paloh yang lainnya. Itu sebagai contoh. Jadi, ini tiga perkara berkaitan dengan servis ataupun perkhidmatan Wakil-Wakil Rakyat untuk melancarkan lagi perkhidmatan Wakil-Wakil Rakyat. Yang ketiga ialah Paloh dah sebutkan tadi menyentuh isu anak muda. Paloh tidak akan menyentuh dengan detail tetapi Yang Berhormat Puan Speaker, serba sedikit yang disebutkan di dalam ucapan Belanjawan Negeri Johor 2022, Paloh ingin memastikan limpahan nikmatnya di rasai juga oleh anak-anak muda. Kita lihat di Johor ya, kita punya data belia daripada EYERES, kita ada lebih kurang 1,692,100 belia berumur 15 tahun hingga 40 tahun. Lebih kurang 1.7 juta. Dan, kalau dikecilkan sedikit data itu, kita ada 997,600 orang belia berumur 15 hingga 30 tahun di negeri Johor. Beza antara, maknanya berumur 30 ke 40 tahun itu lebih kurang ada 694,500 orang belia di negeri Johor ini. Ini satu jumlah yang pada pandangan Paloh amat besar.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 139

Justeru, Paloh ingin mengambil satu contoh yang mana Paloh katakan tadi dalam setiap aspek yang disentuh dalam Belanjawan 2022 Negeri Johor ini adakah anak-anak muda ini di berikan peluang yang luas untuk mereka? Sebagai contoh, Paloh bersetuju bahawa agenda food security ataupun jaminan bekalan makanan sebagai antara belanjawan, teras Belanjawan Johor 2022 adalah satu langkah yang tepat. Kebergantungan makanan ataupun food dependency Johor dan Malaysia secara umumnya terhadap bekalan import adalah sangat tinggi jumlahnya. Dan juga strategi jaminan bekalan makanan merupakan kesempatan untuk mengurangkan jurang pengangguran kerana Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar sendiri menyebut dan Paloh pun pernah menyebut dalam ucapan yang lalu, bahawa jumlah pengangguran belia di negeri Johor ini sangat membimbangkan. Sepertimana yang disentuh bahawa pada tahun 2022 pengangguran belia di negeri Johor meningkat kepada 3.9% berbanding 2.7% pada tahun sebelumnya. Jadi, bila kita menyebut soal jaminan bekalan makanan, food security kemudian dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar strategi jaminan bekalan makanan merupakan kesempatan untuk mengurangkan jurang pengangguran dengan peningkatan penyertaan modal insan khasnya dalam kalangan belia dalam sektor pertanian, namun apakah bentuk sokongan yang disediakan di bawah impetus mempertingkatkan jaminan bekalan makanan Johor bagi menggalakkan modal insan khususnya di kalangan belia ataupun anak-anak muda? So, banyak tawaran-tawaran kita berikan, kita ada sebagai contoh disebutkan e-mekanik RM2.4 juta diperuntukkan, kemudian geran orang local, Alhamdulillah pada ketika ini sudah pun mencapai tahap geran orang local 4.0 RM3.5 juta, kemudian Digital Johor Startup Grant RM2.2 juta, namun Paloh ingin menegaskan dalam setiap limpahan yang ingin diberikan menerusi Belanjawan 2022 Negeri Johor ini haruslah memastikan jumlah penyertaan belia dan anak muda mesti dipertingkatkan dengan bantuan modal insan, bantuan latihan, re-skilling, up-skilling, insentif kewangan, elaun dan sebagainya untuk menggalakkan lagi dan memastikan isu pengangguran ini dapat kita atasi bersama. Yang kedua, kalau kita lihat pada ketika ini juga bila kita mendengar ucapan daripada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, contohnya agenda Digital Johor, kita melihat bahawa pandemik ini sebenarnya telah menjadi pemangkin kepada digitalisasi, dan kalau kita menurut kajian sebagai contoh Paloh ada memetik di sini, kajian making skills, terdapat lonjakan sekitar 30% produk dan perkhidmatan di seluruh dunia yang mula ditawarkan secara atas talian. Semua sudah balik, sudah pergi kepada atas talian, online. Kalau kita lihat hari ini pun sebenarnya di sekitar kita semua sudah menjadi online. Paloh pun nampak dah kurang orang yang menggunakan buku dan sebagainya, semua guna tablet dan sebagainya untuk dia punya teks ucapan dia pada hari ni. Paloh juga akhirnya pakai buku juga sampai hari ini. Kita lihat kehidupan seharian kita pun sudah bertukar menjadi digital. Business secara online, politik secara online, siapa yang ada pengalaman berkempen di Pilihan raya Negeri Melaka, semuanya sudah pergi kepada online. Kita bercakap, berceramah bersungguh-sungguh rupanya kalau kita tengok dalam studio itu rupanya dia bercakap dengan kerusi saja sebenarnya nampak ceramah secara online, bila tepuk tu bunyi ramai sebenarnya dah sediakan orang untuk tepuk ramai-ramai, semuanya pergi kepada online. Servis pun secara online, hiburan pun secara online. Kita tengok tak cukup dengan Netflix, hari ni Disney Hot Star, kena langgan jugak, dengan berbagai rancangan yang dihidangkan secara online. Kemudian baru ini pada bulan 10 yang lalu beberapa tahun kebelakangan sebelum ini Paloh suka mengikuti ada satu konsert Indie ini dia panggi TAPAU Fest. Pada tahun ini awal bulan 10 yang lalu TAPAU Fest pun sudah menjadi konsert di dalam talian, konset Indie di dalam talian, semuanya sudah pergi secara online. Namun kita ingin tanya dengan semuanya telah beralih kepada pendekatan secara online, di manakah duduknya anak-anak muda untuk merebut peluang-peluang ini. Kalau kita lihat

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 140

banyak dinyatakan di bawah agenda Digital Johor yang memberi fokus untuk mempromosikan negeri ini sebagai destinasi pelaburan syarikat-syarikat strata berteraskan digital tetapi kita ingin bertanya sejauh manakah portion limpahan itu akan diberikan kepada anak-anak muda. Sekarang ini anak-anak muda bukan lagi menjadi keutamaan utama semata-mata untuk mendapat padang bola tetapi mereka ingin akses kepada business secara online, game secara online, perkara-perkara yang bersifat digital. Jadi perkara ini pada pandangan Paloh adalah amat penting untuk memastikan kita ada satu pemangkin kepada anak-anak muda khususnya dalam kita membicarakan soal digitalisasi di dalam negeri ini. Yang Berhormat Puan Speaker, yang terakhir ialah isu-isu local yang Paloh ingin kemukakan di sini. Yang pertama sekali Paloh ingin mengucapkan setinggi terima kasih kepada pengumuman yang telah dibuat menerusi YB EXCO Kerja Raya yang telah pun membuat pengumuman di dalam media khususnya berkaitan dengan Jalan Paloh – Bekok. Dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM200 juta, betul ya Yang Berhormat, RM200 juta, RM199 juta, lebih kurang ya, lebih kurang RM199 juta. Namun sekali lagi Paloh dan Paloh yakin Bekok juga akan setuju bahawa ramai juga orang berkata selagi belum start ini jangan cakap jadi dulu. Jadi, Paloh ingin betul-betul dapatkan kepastian daripada EXCO berkaitan dengan Jalan Paloh – Bekoh ini yang akan dibina dikatakan suku kedua, kalau tak silap Paloh suku kedua pada tahun 2022. Yang kedua ialah kalaulah YB EXCO kalaulah boleh dapat Jalan Paloh – Bekok ini mengapa tidak boleh dapat juga Jalan Chamek ke Kangkar Baru. Ini satu wishlist daripada Paloh, kalaulah dapat dibangunkan jalan tidak berapa panjang, kalau tak silap 1.5 kilometer sahaja. Jalan Chamek ke Kangkar Baru dia akan memberikan satu spektrum kepada warga Paloh yang boleh pergi daripada Paloh menuju ke Kangkar Baru. Dan perkara ini sebenarnya sangat boleh kita banggakan kerana sebagai contoh Jalan Paloh – Bekok itu, setahu Paloh adalah jalan yang pertama kalinya diwujudkan menghubungkan 2 daerah iaitu Kluang dan Segamat secara jalan darat ini, terus Kluang ke Segamat. Jadi mengapa tidak kalau dapat juga dibina Jalan Chamek ke Kangkar Baru. Yang ketiga, ialah isu perparitan, ini yang Paloh sebutkan tadi. Banyak pembangunan dibangunkan juga di Paloh tetapi dia tidak kena kepada nerve yang diinginkan warga Paloh sebagai contoh. Dibinanya jalan itu berkali-kali diturap walaupun tidak berlubang hakikatnya orang Paloh hari-hari merungut kerana sistem perparitan di taman yang sudah hampir 20 ke 30 tahun itu belum pernah dinaik taraf secara menyeluruh. Banyak longkang-longkang yang telah rosak, banyak saliran-saliran yang dah keluar air daripada bawah tanah, banyak bangunan-bangunan kediaman yang sudah mula merekah kerana sistem perparitan di taman-taman di dalam kawasan kota Paloh atau bandar Paloh yang tidak diselenggara sejak 20 ke 30 tahun yang lalu. Jadi Paloh berharap agar perkara ini disentuh dalam ucapan penggulungan YB EXCO nanti berkaitan dengan longkang-longkang dan sistem perparitan di dalam kawasan Paloh khususnya di dalam pekan Paloh. Yang ketiga Kerajaan Tempatan, berkaitan dengan Taman Perdana. Taman Perdana ini satu taman yang dirasmikan oleh Tun Samy Vellu sejak tak silap 30 tahun yang dulu, daripada Kluang menuju ke Mersing kita akan lalu Taman Putri, Kampung Gajah selepas itu Taman Perdana. Taman yang kecil tetapi di sebelah hadapannya ada taman rekreasi atau taman permainan. Taman ini orang dah tak main sangat kerana pagar dah tak ada dan taman itu betul-betul juga bersebelahan dengan jalan yang hampir menuju ke jalan besar. Pagar sudah tak ada, orang tak berani nak masuk. Dan infrastruktur sangat teruk dan memerlukan penyelenggaraan daripada pihak Majlis. Jadi di dalam Dewan yang mulia ini, Paloh mengangkat suara rakyat Paloh, di Taman Perdana khususnya untuk dilihat dan diberikan jawapan kepada kita adakah boleh dilakukan penambahbaikan untuk rakyat yang tinggal di Taman Perdana, Jalan Mersing yang berada dalam kawasan DUN Paloh.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 141

Yang keempat, ialah saman-saman ini yang dikeluarkan untuk kedai-kedai, sebab biasa kedai YB dia akan extend ke dia punya kaki lima dan dia akan dikenakan saman oleh Majlis, tetapi Paloh sudah pun membuat surat kepada Majlis beberapa kali tetapi masih belum ada jawapan yang tuntas. Tetapi boleh tak kawasan pekan kecil seperti Paloh ini ianya diberikan sedikit kelonggaran atau bagaimana kaedah Paloh kurang pasti kerana Paloh ini pekan dia kecil sahaja. Kalau di bandar Kluang itu, kalau kedai dia extend sampai ke susur gajah atau kaki lima memang dia akan menghalang laluan, menghalang lalu lintas dan sebagainya tetapi di pekan kecil macam Paloh, kalau YB pergi pun pukul 7 pukul 8 kedai pun dah tutup sebenarnya. Jadi kadang-kadang ada peniaga-peniaga yang bila barang banyak dia letak di ruang hadapan kedai, adakah perkara ini boleh dipertimbangkan untuk diberikan sedikit kelonggaran walaupun perlu buat surat ke atau perlu buat permohonan boleh nyatakan, YB di kawasan Paloh tu katanya rajin dia akan bantu buat surat-surat kalau diperlukan. Jadi, kalau boleh kita sangat berterima kasih bagi pihak warga Paloh. Yang terakhir ialah, kesihatan walaupun YB EXCO tidak ada sini, tetapi Klinik Kesihatan Paloh amat-amat memerlukan satu peruntukan untuk dibaik pulih. Silingnya sudah penuh dengan tahi kelawar, beam nya di kawasan dalam klinik sudah mula pecah dan merekah dan klinik ini khusunya pada fasa pandemik ini adalah menjadi tempat yang sangat penting untuk warga Paloh datang ke klinik. Jadi klinik ini perlukan sedikit peruntukan untuk ditambah baik dibaik pulih. Jadi Paloh mengharap supaya perkara ini dapat diambil tindakan dan perhatian dan kalau dapat ditunaikan, Paloh sangat berterima kasih dan berbesar hati. Dan dengan perkara yang telah dinyatakan empat perkara tadi politik, servis wakil-wakil rakyat, anak muda dan pekerjaan dan juga isu-isu local Paloh mengucapkan terima kasih atas kesempatan yang diberikan, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. YB Timbalan Speaker : Ahli-Ahli Yang Berhormat saya akan meneruskan sidang tanpa waktu rehat. Sesiapa yang ingin rehat boleh jamu sendiri di bilik rehat, saya akan meneruskan sidang tanpa waktu rehat. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Permas. YB Dato’ Che Zakaria bin Mohd. Salleh (Permas) : Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah SWT dengan limpah dan kurnianya, innayah yang dikurniakan oleh Allah SWT kita dapat bersama-sama bersidang di Dewan yang mulia ini pada hari ini. Ampun Tuanku, patik menjunjung setinggi-tinggi kasih dan mengucapkan selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim sempena sambutan ulang tahun hari keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada hari ini iaitu 22 November 2021. Patik mendoakan agar Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Permaisuri Johor dilanjutkan usia serta sentiasa berada dalam keredhaan dan keberkatan Allah swt semoga kedaulatan dan kemakmuran kerajaan negeri Johor dipelihara di bawah naungan Tuanku. Daulat Tuanku. Yang Berhormat Tuan Speaker, di kesempatan ini Permas ingin menzahirkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua kakitangan barisan hadapan, NGO-NGO serta seluruh rakyat negeri ini yang berkorban jiwa dan raga mereka dalam membantu menangani krisis pandemik wabak COVID-19. Permas juga merasa bangga dengan keprihatinan kerajaan negeri Johor dalam program vaksinasi rakyat yang kini mencecah 97% kadar vaksinasi lengkap bagi populasi dewasa. Yang Berhormat Puan Speaker, sebagai ADUN yang berkhidmat di bawah kerajaan negeri Johor, Permas suka mengingatkan segala peringatan serta nasihat yang dititahkan agar amanah yang diberikan serta kepercayaan disandarkan oleh rakyat terus didakap erat demi memastikan kemakmuran negeri Johor ini. Permas menzahirkan ucapan sekalung tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Haji Hasni bin Haji Mohamad iaitu Menteri

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 142

Besar Johor atas kebijaksanaan beliau dalam merangka Belanjawan Johor 2022. Permas yakin seluruh rakyat di negeri ini pasti merasa gembira kerana Belanjawan Johor 2022 ini memberikan manfaat kepada semua lapisan peringkat umur selari dengan tema Belanjawan Johor 2022 iaitu Memperhebat Kesejahteraan Johor. Yang Berhormat Puan Speaker, Permas ingin juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Ibni Sultan Ibrahim atas kesudian merasmikan peristiwa orang Muda Johor pada 20 November 2021 yang lalu yang diadakan serentak di seluruh daerah di negeri Johor. Permas amat kagum dengan inisiatif kerajaan negeri Johor untuk memastikan para belia dapat kembali menjalani aktiviti sihat selepas hampir 2 tahun mengharungi pandemik COVID-19. Namun Permas agak terkilan kerana tidak diundang ke majlis tersebut di Pasir Gudang. Bukan setakat tidak diundang di majlis program-program yang ada di Pasir Gudang, termasuk juga kadang-kadang program kedatangan Yang Amat Berhormat Menteri Besar di Pasir Gudang pun sama tidak diundang, tidak diberitahu kepada Wakil Rakyat kawasan untuk hadir bersama-sama pada majlis itu. Dan tidak hairan jugalah Yang Berhormat Puan Speaker, Yayasan Pasir Gudang di mana peruntukan Yayasan Pasir Gudang yang diagihkan makanan bakul kepada rakyat-rakyat di kawasan Permas tidak dilibatkan Wakil Rakyat bersama dalam program bakul di Permas, kawasan Permas. Di sini kita lihat bila saya jumpa dengan pegawai Yayasan saya tanya, kenapa Wakil Rakyat tidak dilibatkan bersama dalam program untuk kita memberi sumbangan bakul daripada duit Yayasan Pasir Gudang tidak libatkan Wakil Rakyat kawasan. Pegawai yayasan bagitahu saya, dia dimaklumkan bahawa Wakil Rakyat tidak boleh libatkan dalam program untuk bagi bakul Yayasan Pasir Gudang. Di sini saya amat terkilan sebab duit Yayasan Pasir Gudang adalah duit kerajaan, duit rakyat, kenapa tidak boleh libatkan Wakil Rakyat bersama dalam majlis ini? Di sinilah kita amat terkilan, jadi saya harap di masa yang lepas itu lepaslah, yang masa yang akan datang ini pihak-pihak yang berkenaan tolong ambil cakna Wakil Rakyat kawasan dalam program-program terutama sekali kehadiran Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam kawasan Permas. Yang Berhormat Puan Speaker, Permas tertarik untuk mengulas berkenaan belanjawan yang diperuntukkan menerusi Rancangan Perniagaan dan SAJ iaitu projek menaiktaraf dan pembangunan infrastruktur bekalan air awam yang akan dilaksanakan dengan peruntukan sebanyak RM1.6 bilion. Jika dilihat dalam konteks ini, Permas melihat alternatif terkini dikenalkan bagi memastikan tiada masalah bekalan air di negeri Johor pada masa hadapan. Adakah dengan pembangunan sumber air sedia ada mampu untuk mengatasi kemungkinan musim kemarau dan pencemaran air yang boleh menjejaskan sumber bekalan tersebut. Yang Berhormat Puan Speaker, oleh hal yang demikian, Permas ingin mencadangkan pembangunan infrastruktur loji khas memproses air kumbahan domestik dan sisa air daripada perindustrian untuk dibangunkan sebagai alternatif air bersih dilaksanakan. Selain dapat menjadikan sumber air alternatif air infrastruktur ini juga dapat memberi manfaat kepada rakyat, kerajaan untuk memperoleh sumber hasil tambahan dan industri apabila pembersihan air dilakukan. Puan Speaker, dalam masa yang sama kerajaan dapat mengatasi isu-isu penceramaran sungai kerana semua sisa air di kawasan perindustrian akan dirawat sebelum dilepaskan ke sungai. Yang Berhormat Puan Speaker, justeru itu Permas ingin mencadangkan agar Perbadanan Alam Sekitar Negeri Johor ditubuhkan bagi menyelia segala perundangan untuk mengawal keselamatan alam sekitar terutama kualiti udara dan air di negeri Johor. Permas rasa ini kali keempat Puan Speaker Permas cadangkan tapi belum ada lagi, belum ada lagi jawapan daripada pihak kerajaan negeri. Sejajar untuk kelestarian alam sekitar dengan insentif yang diperuntukkan sebanyak RM4.5 juta bagi meningkatkan mutu sungai-sungai di Johor, Permas yakin dengan peruntukan ini masih belum cukup untuk memelihara sungai di negeri Johor. Ini kerana hanya usaha-usaha membersihkan sampah sarap dan program-program pemulihan sahaja masih belum menjamin kelestarian sungai bagi tempoh jangka masa panjang dan kesedaran rakyat masih rendah.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 143

Puan Speaker, terdapat beberapa sungai yang perlu di naik taraf seperti membina tebing yang kukuh bagi mengelakkan runtuhan tebing cetek dan sempit sehingga menjadi punca berlakunya limpahan air dan banjir kilat di sesuatu kawasan. Oleh yang demikian, Permas menekankan di sini betapa pentingnya penubuhan Perbadanan Alam Sekitar Negeri Johor demi memartabatkan serta menjamin kelestarian alam sekitar negeri ini bagi tempoh jangka masa yang panjang. Yang Berhormat Tuan Speaker, Permas ingin mengambil contoh seperti di negeri Melaka di mana impak yang drastik dapat dilihat hasil penubuhan Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka pada tahun 2005. Usaha jitu Perbadanan tersebut dalam meningkatkan mutu alam sekitar membuahkan hasil kejayaan dan menjadi satu faktor tarikan pelancong ke negeri tersebut. Demi untuk merealisasikan impian rakyat Johor untuk menikmati alam sekitar yang lebih sempurna, Permas berharap pihak kerajaan negeri Johor dapat menyokong dalam melaksanakan pertubuhan tersebut. Yang Berhormat Puan Speaker, seterusnya Permas ingin mengulas berkenaan cadangan kerajaan negeri Johor untuk membangunkan pengurusan sisa pepejal yang lestari dan berteknologi moden khususnya di Pasir Gudang. Permas melihat perkara ini perlu disegerakan tindakan fasa pertama perlu di ambil bagi mengatasi timbunan-timbunan sampah yang kritikal di tapak pelupusan sampah di Tanjung Langsat, Pasir Gudang. Puan Speaker, Permas tertarik untuk berkongsi bagaimana negara jiran kita iaitu Singapura sangat efektif dalam menguruskan sampah sarap di negara tersebut. Kerajaan Singapura menjadikan Pulau Semakau untuk mengambus sampah sarap dengan cara yang sangat mengagumkan. Pulau Semakau ialah sebuah pulau yang merupakan kawasan tanah kambus, ekologi, lepas pantai pertama di dunia. Ia direka khusus untuk sekumpulan jurutera-jurutera dan pakar alam sekitar daripada agensi Alam Sekitar Kebangsaan Singapura. Mula dilancarkan pada tahun 1999, tapak pelupusan sampah Pulau Semakau yang terletak sejak 8 kilometer dari bahagian selatan negara ini menelan belanja sebanyak SD$400 juta. untuk memastikan standard kualiti diterap dalam sistem buangan ini terdiri daripada 65% abu dan 35% tanah kambus yang tidak boleh di bakar. Permas berharap pihak kerajaan negeri Johor dapat menjalinkan usaha sama dengan Singapura dalam kajian pengurusan sisa pepejal ke arah yang lebih berteknologi. Tidak hairanlah mengapa Permas berulang kali menekankan supaya kerajaan Johor menyokong untuk menubuhkan Perbadanan Alam Sekitar Negeri Johor bagi menguruskan alam sekitar negeri ini ke arah lebih kreatif dan inovatif. Yang Berhormat Puan Speaker, seterusnya Permas ingin mengutarakan beberapa isu berbangkit yang sering diajukan oleh rakyat terutamanya di Pasir Gudang. Antaranya iaitu Kampung Pertanian. Kampung Pertanian berhadapan dengan Kipmart Home. Bila hujan turun, air akan turun ke bawah ke Kampung Pertanian. Itu menyebabkan banjir kilat. Dan sering kali dah berulang kali saya maklumkan kepada Majlis Bandaraya Pasir Gudang supaya dibuat perparitan, supaya air daripada atas tidak turun, tapi sampai sekarang tidak ada apa tindakan yang diambil oleh pihak Majlis Bandaraya. Saya amat terkilan dan tengok setiap kali hujan lebat mesti berlaku banjir. Setiap kali hujan lebat harta benda penduduk di kawasan Kampung Pertanian itu akan musnah. Saya harap tindakan segara boleh diambil supaya harta benda rakyat di Kampung Pertanian terjaga. Perlu dibuat semula sistem perparitan di kawasan pertanian. Itu kawasan setinggan Yang Berhormat Puan Speaker. Walaupun setinggan, yang tinggal di kawasan itu adalah rakyat Johor dan bangsa Johor. Kita harap Majlis Bandaraya mengambil berat perkara ini. Bukan kata setakat perparitan bermasalah di situ, termasuk juga, termasuk juga sampah sarap di mana boleh dikatakan rumput terlalu tinggi mengakibatkan air itu bertakung kat situ dan kawasan situ termasuk dalam kawasan bandar. Jadi untuk menjaga nama baik Bandaraya Pasir Gudang sepatutnya pihak berkenaan ambil cakna perkara ini. Jangan ambil orang kata ringan, termasuk juga di Kampung Sepakat, Kampung Masjid, setiap kali banjir mesti bah. Setiap kali banjir, setiap kali hujan mesti bah, setiap kali hujan

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 144

mesti bah di kawasan. Jadi kita harap bila kita panggil Majlis Bandaraya untuk hadir, mereka tidak datang. Kalau Wakil Rakyat panggil tidak datang, kalau orang kampung panggil lagi tidak datang. Kita harap pihak yang berkenaan seronok sangat duduk dalam bangunan yang tinggi, kena ingat bangunan tinggi itu duit rakyat. Jadi jangan duduk seronok dekat bangunan tinggi itu, tengoklah, cakna-caknalah sikit bawah, rakyat di bawah ini. Jangan kita duduk dalam bangunan yang tinggi seronok sampai kita lupa macam mana nak bantu rakyat. Jadi, termasuk juga seperti penghalang jalan kalau kita tengok lebuh raya Pasir Gudang itu, penghadang jalan ni dah kemek ada, patah ada, itu mengundang lagi orang kata boleh mengundang lagi merbahaya kepada pemandu-pemandu kereta, bila dia langgar bukan setakat langgar divider, tercucuk masuk dalam kereta sebab divider semua patah. Sepatutnya kena cakna, kena lihat perkara ini sebab kita ini dah taraf bandar raya. Bukan Majlis Pasir Gudang lagi. Jadi kita harap sangat, kita harap perkara ini di ambil cakna. Sama juga dengan saya nak beritahu beberapa kali, daripada kita duduk dalam Majlis Perbandaran Pasir Gudang dulu, saya dah beritahu dengan YDP supaya tasik Pasir Gudang itu diterangi oleh cahaya sebab apa, tasik Pasir Gudang itu kita tengok kalau malam dia gelap, itu dekat dengan Bandaraya, dekat dengan pejabat Majlis Bandaraya. Jadi malam ini tidak mustahil kalau kita tengok parking kereta di situ, kita risau takut dia orang ini buat maksiat. EXCO Agama. Kita takut bila buat maksiat ni, itu lah saya beritahu supaya kawasan-kawasan di terang, supaya nampak cantik, nampaklah imej kita ini Bandaraya. Sebab itulah kita harap sangat pihak Majlis Bandaraya ini jangan asingkan Wakil Rakyat, jangan tidak cakna kepada Wakil Rakyat, sentiasa berhubung dengan Wakil Rakyat sebab Wakil Rakyat ini wakil daripada rakyat. Kita banyak isu dengan rakyat kita nak bawa, bawa yang kita nak bawa isu rakyat ini ke Majlis Bandaraya untuk diselesaikan. Jangan abaikan perkara ini. Jangan asingkan kita dalam pelaksanaan apa-apa program, tolong cakna. Yang Berhormat Tuan Speaker, Permas selaku pengerusi KEJORA ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri Johor bersama Majlis Agama Islam Johor atas keperihatinan dalam proses pembinaan masjid di Bandar Penawar yang akan dilaksana tidak lama lagi. Terima kasih EXCO Agama. Semoga dengan pembinaan masjid ini dapat dimanfaatkan seluruh umat Islam terutamanya rakyat di Bandar Penawar. Semoga Allah merahmati setiap pahala-pahala yang mengalir kepada mereka semua. Namun, KEJORA menghadapi beberapa isu yang dibangkitkan daripada pihak pelaburan antaranya ia kelulusan proses rayuan premium yang memakan masa terlalu lama ini juga mengakibatkan kecacatan pembangunan untuk Wilayah KEJORA.

YB Timbalan Speaker : Sila gulung.

YB Dato’ Che Zakaria bin Mohd Salleh (Permas) : Yang Berhormat Tuan Speaker, Puan Speaker, dikesempatan ini Permas sekali lagi ingin mengucapkan sekalung tahniah dan jutaan terima kasih kepada Menteri Besar Johor, Yang Amat Berhormat Dato’ Ir. Haji Hasni Haji Mohammad kerana telah merangka Belanjawan Johor 2022 dilihat memberi impak yang besar dan menyeluruh Belanjawan Johor 2022 merupakan belanjawan yang disenangi rakyat dan terbaik jika nak dibandingkan dengan tahun-tahun yang terdahulu. Permas menyokong perisik dan semangat perkongsian semua ADUN dan berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas memberikan peruntukan sebanyak RM200,000.00 bagi tujuan pengurusan dan pentadbiran di kawasan DUN. Bukan itu sahaja peruntukan tambahan sebanyak RM50,000.00 bagi tujuan perayaan besar juga diberikan kepada setiap YB ADUN. Namun Permas memohon jika Yang Amat Berhormat Menteri Besar tidak keberatan untuk memberikan lagi RM50,000.00 peruntukan tambahan kepada semua YB ADUN bagi tujuan khas pengurusan bantuan bencana alam di DUN masing-masing.

Dengan ini, Permas menyokong penuh pembentangan Belanjawan Johor 2022. Semoga Yang Amat Berhormat Menteri Besar terus beristiqomah dalam mentadbir negeri ini. Permas bersama-sama berpegang teguh dengan dua Tag Line Johor iaitu Muafakat itu Berkat dan Kepada Allah Kita Berserah. Kepada Allah kita berserah, yang baik darinya, segala buruk serta kekurangan datang dari Permas sendiri. Semoga rakyat di negeri ini

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 145

dihindari dari segala wabak dan penyakit. Sekian wabillahi taufik walhidayah. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

YB Timbalan Speaker : YB Yong Peng, jemput.

YB Puan Chew Peck Choo (Yong Peng) : Yang Berhormat Puan Speaker. Salam sejahtera. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kerana diberikan peluang mengambil bahagian dalam ucapan Mesyuarat Kedua Belanjawan Johor 2022 Bagi Penggal Persidangan Keempat Dewan Negeri Johor Yang Ke-14. Yang Berhormat Puan Speaker, saya ingin mengucapkan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah terlibat menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Remaja (Pick) Remaja Di DUN Yong Peng terutamanya pihak Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat (PPD), guru-guru, kakitangan sekolah, polis, RELA, sukarelawan serta anggota pelaksana Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Penghargaan juga buat ibu bapa kerana memberi sokongan dan dorongan kepada anak-anak untuk menerima suntikan vaksin. Saya berharap usaha ini dapat mengurangkan risiko jangkitan sekaligus dapat mengelakkan wujudnya kluster di sekolah.

Yang Berhormat Puan Speaker, saya sedia maklum pihak kerajaan negeri telah mewujudkan pelbagai inisiatif bagi meringankan beban rakyat di dalam Belanjawan 2022. Namun terdapat beberapa perkara yang saya ingin ketengahkan antaranya, saya mohon kerajaan negeri untuk memberi rebat pemotongan cukai harta, cukai tanah dan lesen perniagaan sebanyak 50% supaya dapat membantu rakyat yang terjejas dan terbeban akibat krisis ini. Saya juga memohon pihak kerajaan negeri menghapuskan denda lewat bayar cukai. Ini kerana sepanjang krisis ini pejabat saya menerima pelbagai aduan dan masalah rakyat terutama mereka yang hilang pekerjaan. Terputus pendapatan sehingga ada yang mengambil jalan mudah untuk membunuh diri. Besar harapan saya agar kerajaan negeri dapat mempertimbangkan perkara ini bagi mengurangkan beban rakyat, lebih-lebih lagi kini mereka terpaksa menanggung kos sara hidup yang tinggi akibat kenaikan harga barang.

Yang Berhormat Puan Speaker, peranan Wakil Rakyat bukan sahaja menjadi wakil kepada pengundi mereka sahaja malah sebagai wakil kepada semua rakyat di kawasan tersebut. Wakil Rakyat juga menjadi pengantara antara rakyat dan kerajaan, bagi menyampaikan masalah mereka. Lalu bagaimanakah peranan ini dapat dilaksanakan jika kami rakyat, wakil rakyat pembangkang hanya dijemput menjadi pemerhati sahaja dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah tanpa diberi ruang untuk berucap. Bagaimanakah kami ingin menjalankan peranan sebagai Wakil Rakyat jika kami tidak dibenarkan untuk bersuara? Wakil rakyat pembangkang juga mempunyai akses maklumat yang terhad terhadap inisiatif-inisiatif serta bantuan-bantuan pihak kerajaan kepada rakyat. Pelbagai bantuan diumumkan, namun rakyat masih tertanya-tanya dimanakah harus dituju bagi mendapatkan bantuan. Oleh yang demikian, adalah amat penting untuk setiap Wakil Rakyat menyertai Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah tersebut tanpa di anak tirikan agar semua persoalan-persoalan dan masalah dapat dibawa serta diselesaikan dengan segera.

Pihak kerajaan negeri juga harus membuat hebahan dan memberi maklumat terperinci kepada rakyat agar rakyat faham dan semua bantuan-bantuan ini dapat sampai kepada mereka yang memerlukan. Saya juga memohon segala peruntukan yang diberikan kepada ADUN diuruskan oleh pusat-pusat khidmat ADUN sedia ada bagi memudahkan penduduk mengajukan permohonan dan mendapatkan bantuan. Yong Peng juga memohon agar ada peruntukkan khas RM200,000.00 untuk kerja-kerja kecil dapat diberikan kepada ADUN Pembangkang. Saya berharap pihak kerajaan dapat memperhalusi semula perkara ini agar kami dapat menjalankan tugas sebagai Wakil Rakyat dengan berkesan. Kerjasama ini amat

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 146

penting lebih-lebih lagi dalam keadaan rakyat yang susah dan negara sedang bergelut memerangi pandemik COVID-19.

Yang Berhormat Puan Speaker, berikutnya saya ingin membangkitkan tentang Kad Sihat Johor. Umum tahu ini adalah inisiatif kerajaan pakatan rakyat yang lalu. Inisiatif ini amat membantu golongan yang kurang berkemampuan mendapatkan rawatan di klinik swasta secara percuma namun saya mendapat maklumat kad ini tidak dapat lagi digunakan sejak tahun 2020. Saya amat terkilan, rakyat juga berasa kecewa apabila inisiatif yang baik ini dihentikan, besar harapan saya agar kerajaan negeri dapat mewujudkan semula skim ini bagi membantu rakyat terutamanya golongan B40.

Berhenti sebentar memberi laluan laungan azan.

YB Puan Choo Peck Chew (Yong Peng ) : Yang Berhormat Puan Speaker, walaupun fokus utama kerajaan negeri untuk menangani pandemik COVID-9 namun kerajaan negeri tidak boleh mengabaikan isu-isu melibatkan alam sekitar dan infrastruktur awam. Masalah banjir dan hakisan tanah di jiran Taman Damai Jaya kerap kali saya bangkitkan dalam Dewan Yang Mulia ini. Tetapi sehingga kini masih tiada sebarang tindakan yang diambil.

Untuk maklumat sidang Dewan pada, pada 18 Oktober 2021 yang lepas, YB EXCO Kerajaan Tempatan telah turun melawat sendiri masalah di tapak, beberapa cadangan dan jalan penyelesaian telah didengar. Namun masih tiada sebarang tindakan diambil. Penduduk berasa diabaikan dan tidak dipedulikan apabila keselamatan mereka dipandang remeh. Saya berharap kerajaan negeri dapat mengambil tindakan segera menangani masalah ini.

Yang Berhormat Puan Speaker, pada persidangan Dewan yang lalu, kerajaan negeri telah mengumumkan laluan bas, laluan baru Bas Muafakat Johor dari Yong Peng, laluan, dua laluan baru di kawasan Yong Peng. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana meluluskan laluan tersebut dan berharap akan dimulakan secepat mungkin. Soalan Yong Peng tanya permohonan sudah, kelulusan pun sudah, bila akan dilaksanakan?

Yang Berhormat Puan Speaker, saya berharap segala isu yang telah saya bangkitkan dapat diambil tindakan. Segala inisiatif dan bantuan yang diumumkan juga diharapkan dapat diagihkan dengan sempurna serta segala yang diusahakan dapat memberi pulangan yang baik kepada rakyat negeri Johor. Sekian terima kasih.

YB Timbalan Speaker : Seterusnya saya menjemput, Pasir Raja. Yang Berhormat Pasir Raja.

YB Puan Rashidah binti Ismail (Pasir Raja) : Terima kasih, Yang Berhormat Puan Speaker. Bismillahirahmaanirahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam makmur Johor. Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, demikian juga limpahan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Semoga kita mendapat safaat dan rahmat kelak. Terlebih dahulu dengan hormat dan penuh takzimnya, saya mewakili warga DUN Pasir Raja merafak sembah, menjunjung kasih dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucapan selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Negeri Johor Darul Takzim sempena Sambutan Ulangtahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada hari ini, 22 November 2021 bersamaan 29 Rabiulawal 1443h. Patik mendoakan semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Permaisuri Johor dikurniakan kesihatan yang baik, dilanjutkan usia dan sentiasa dalam rahmat Allah. Daulat Tuanku.

Di kesempatan ini juga, Pasir Raja menzahirkan jutaan tahniah kepada pasukan jentera seluruh penyokong dan pengundi di atas kemenangan Barisan Nasional di PRN Melaka

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 147

yang beroleh kemenangan dengan majoriti 2/3. Terima kasih kepada rakyat Melaka yang telah memilih kestabilan demi kemakmuran. Tahniah sekali lagi diucapkan.

Yang Berhormat Puan Speaker, pertama kali izinkan saya mengucapkan, ucap terima kasih kerana diberi ruang dan peluang kepada saya untuk menyuarakan suara rakyat dan mewakili pendapat, pandangan dan mengemukakan cadangan-cadangan khusus dan turut serta mengambil bahagian di dalam ucapan perbahasan kali ini. Diharapkan agar apa yang dibahaskan ini mampu memberi manfaat dan melakukan yang terbaik buat Johor dan khususnya warga DUN Pasir Raja.

Yang Berhormat Puan Speaker, di dalam Belanjawan Johor 2022 yang bertemakan Memartabat Kerajaan Johor, kerajaan negeri menggariskan strategi pemulihan ekonomi negeri sekaligus mensejahterakan kehidupan rakyat dengan memperuntukkan perbelanjaan mengurus sebanyak RM1.087 billion, sementara RM870 juta diperuntukan untuk perbelanjaan pembangunan yang bakal digunakan bagi melaksanakan 4 impetus dan 12 agenda utama dalam perbelanjaan tersebut.

Yang Berhormat Puan Speaker, di dalam impetus ekonomi baru strategi pemulihan ekonomi Johor akan dipacu oleh 12 inisiatif dan salah satunya ialah agenda kedua iaitu Johor Digital. Seiring dengan pelaksanaan agenda Johor Digital yang untuk membangunkan sosio-ekonomi rakyat, Pasir Raja memohon agar kerajaan negeri mampu meningkatkan tahap liputan internet di kawasan-kawasan felda dan juga kampung. Di dalam DUN Pasir Raja sendiri terdapat kawasan-kawasan yang menghadapi masalah pencapaian jaringan internet yang masih lemah iaitu, di FELDA Bukit Besar, FELDA Bukit Ramun, FELDA Sungai Sayong, FELDA Pasir Raja, Taman YPJ, Kampung Sungai Telo, Kampung Rantau Panjang dan juga Kampung Sungai Redan.

Yang Berhormat Puan Speaker, disebabkan oleh wabak COVID-19 yang melanda dunia, gaya hidup di negara juga berubah dengan norma baharu, sebagai contoh sistem pendidikan di atas talian menjadi salah satu pilihan yang kita ada bagi meneruskan pembelajaran yang terkandas. Namun, dek kerana perkhidmatan jalur lebar yang lemah di beberapa tempat yang disebutkan tadi, para pelajar dan guru menghadapi masalah melaksanakan PDPR. Oleh yang demikian, saya memohon agar perkara asas ini dapat diselesaikan bagi memastikan Agenda Johor Digital ini dapat dilaksanakan secara menyeluruh. Yang Berhormat Puan Speaker, selain itu, Inisiatif Ketiga Agenda Johor Digital juga turut memperkenalkan aplikasi Web Akses untuk meningkatkan kesedaran pengetahuan dalam kalangan pelajar di Wilayah ECER, tentang Revolusi Industri 4.0 dengan memperuntukkan RM1.5 juta bagi 3,000 pelajar di daerah Kota Tinggi, Segamat dan Mersing. Besarlah harapan Pasir Raja agar penglibatan para pelajar didalam daerah Kota Tinggi melibatkan 6 DUN dan dibahagi secara saksama. Bukan apa, Yang Berhormat Puan Speaker, selalunya DUN Pasir Raja ini tertinggal memandangkan ia adalah border antara Kulai dan juga Kota Tinggi. Jadi, kebanyakannya sekolah-sekolah di kawasan FELDA kurang mendapat perhatian. Yang Berhormat Puan Speaker, di dalam usaha kita untuk membangunkan kawasan, terdapat juga beberapa faktor yang harus dititikberatkan. Sepertimana yang termaktub di dalam Agenda 4 Prasarana Johor, kerajaan negeri akan memperuntukkan RM1.5 juta bagi Program Bantuan Penyelenggaraan Sekolah. Oleh itu, di sini Pasir Raja ingin memohon kepada kerajaan negeri untuk membaik pulih Sekolah Agama Taman Sri Saujana yang telah beroperasi selama lebih kurang 11 tahun dan mempunyai 1,234 orang pelajar. Pasir Raja telah mengenal pasti beberapa permasalahan yang perlu di baik pulih iaitu:

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 148

1. Terdapat dua buah kelas yang dipenuhi najis kelawar hingga menyebabkan jangkitan penyakit kulit kepada pelajar. Selain itu, dua buah kelas ini juga berlubang bumbungnya dan menjadi sarang burung merpati. Najis burung menyebabkan keadaan menjadi kotor dan menimbulkan ketidakselesaan kepada pelajar-pelajar. Kini dua buah kelas tersebut terpaksa ditutup.

2. Terdapat enam buah bilik darjah yang lantainya sudah pecah dan berlubang. Habuk

simen berterbangan semasa membersihkan bilik darjah dan menjadi punca gejala batuk di kalangan para pelajar.

3. Terdapat kerosakan jenang pintu tandas serta lubang pengudaraan tandas yang telah

reput hingga mengundang bahaya kepada para pelajar. 4. Sekolah Agama Taman Sri Saujana itu juga dibina tanpa dewan terbuka untuk para

pelajar. Surau yang disediakan juga tidak mampu untuk menampung jumlah pelajar hingga menyebabkan mereka menunaikan solat di kawasan parking yang berbumbung zink. Ini saya harap EXCO Agama tolong ambil perhatian.

Rumusan hasil lawatan saya ke sekolah itu mendapati hampir keseluruhan bangunan sekolah sudah tidak selamat dan tidak sihat untuk digunakan. Laporan ini telah dibuat kepada Pejabat Pendidikan Islam Daerah Kota Tinggi tetapi masih tiada tindakan sehingga kini. Yang Berhormat Puan Speaker, selain Sekolah Agama Taman Sri Saujana yang perlu di baik pulih, Sekolah Kebangsaan Taman Sri Saujana juga perlu di selenggara kerana terdapat gangguan penyelenggaraan dan pendawaian elektrik. Pejabat Pendidikan Kota Tinggi telah pun memohon peruntukan untuk kerja-kerja penyelenggaraan ke Pejabat Pendidikan Negeri Johor pada April 2018 namun, sehingga kini sebarang tindakan lanjut masih belum dijalankan. Yang Berhormat Puan Speaker, RM80.9 juta telah diperuntukkan di dalam Agenda 4, Prasarana Johor, jalan raya dan jambatan. Oleh itu, Pasir Raja ingin memohon agar kerajaan negeri dapat membaik pulih jambatan dan lampu jalan yang terdapat di dalam DUN Pasir Raja iaitu: 1. Jambatan Kampung Sungai Telo yang sudah retak dan tidak selamat untuk dilalui.

Berkenaan dengan jambatan ini, Pasir Raja sendiri telah membuat lawatan bersama JD JPS Daerah Kota Tinggi pada tahun 2019. Namun, sehingga kini ianya masih belum di baik pulih.

2. Lampu jalan di Jalan Kota Tinggi - Kulai. Jalan tersebut adalah laluan utama bagi

penduduk 4 buah FELDA dan Kampung Sungai Telo serta kampung rangkaian untuk ke Bandar Kota Tinggi dan Kulai. Jalan sepanjang lebih kurang 10 kilometer tersebut gelap dan merbahaya kepada pengguna. Bukan tak ada langsung lampu tapi perlu ditambah demi keselamatan warga Pasir Raja.

Sebelum saya mengakhiri ucapan saya ini ada beberapa perkara yang ingin saya sentuh. Yang Berhormat Puan Speaker, Pasir Raja melihat di kalangan rakan-rakan di sebelah sana menyatakan keinginan menyertai dan mengambil bahagian dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah. Kononnya untuk sama-sama menyelesaikan masalah rakyat. Suka Pasir Raja ingatkan kepada rakan-rakan di sebelah sana, bahawa, selama 22 bulan mereka memerintah, adakah pernah mereka terfikir untuk mempelawa ataupun pernah mereka terfikir untuk membenarkan kami di masa itu untuk sama-sama berada di dalam mesyuarat? Bukan setakat hadir sebagai pemerhati, bukan setakat hadir sebagai ahli, tetapi hadir sebagai pemerhati pun tidak dibenarkan. Malah lebih teruk lagi, kami tidak mendapat kerjasama dari ketua-ketua kampung yang dilantik. Apakah pada masa itu kami di sini bukan dipilih oleh rakyat? Apakah pada ketika itu kami tidak berhak membangunkan kawasan yang

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 149

kami wakili? Namun, sebagai Wakil Rakyat yang dipilih oleh rakyat, kami terus berkhidmat dan menyantuni rakyat dengan sebaik mungkin. Yang Berhormat Puan Speaker, Pasir Raja mengambil kesempatan merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah mengumumkan peruntukan kepada 56 ADUN sebanyak RM200,000.00 dan tambahan RM50,000.00 untuk perayaan. Tapi, ada juga rakan di sebelah sana yang mempertikaikan peruntukan yang diberi. Ada yang minta supaya peruntukan mesti sama rata, sama rasa. Adakah wajar untuk meminta Yang Amat Berhormat Menteri Besar memperincikan pecahan peruntukan tersebut? Ada yang kata peruntukan RM200,000.00 tidak cukup. Tidakkah mereka ingat, semasa 22 bulan mereka memerintah, kami di sini hanya diberi peruntukan sebanyak RM50,000.00 sahaja. Pandai-pandailah kami nak menguruskan rakyat kami pada ketika itu. Sekarang ini di bawah pentadbiran Yang Amat Berhormat Menteri Besar, rakan-rakan pembangkang dapat menikmati manfaat yang sama. Janganlah menjadi seperti Belanda meminta tanah. Inilah yang dikatakan diberi betis, hendakkan peha. Belajarlah bersyukur, kerana jika kita bersyukur maka Allah akan menambah nikmatnya. Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, saya mohon pihak JKR mengambil serius untuk membaiki jalan sepanjang lebih kurang 4 kilometer bermula di simpang jalan Kulai - Kota Tinggi hingga ke Taman Sri Saujana. Ianya wajar dibaiki untuk mengelakkan kemalangan terutama waktu hujan dan keselesaan pengguna dan pastinya antara pengguna jalan tersebut adalah kakitangan JKR sendiri. Kerja-kerja baik pulih hendaklah dibuat dengan teliti dan sempurna. Jangan setakat tampal mana yang berlubang dan hasilnya menyebabkan jalan tersebut tidak rata dan beralun. Yang Berhormat Puan Speaker, Belanjawan Johor 2022 ini menyediakan keperluan-keperluan rakyat secara menyeluruh dan bersama-samalah kita bermuafakat melaksanakannya demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan negeri Johor. Akhir kata dari saya, sawah padi luas terbentang, kuning keemasan indahnya maya, percaya mempercayai asas berpegang, barulah muafakat kekal selamanya. (Dewan Bertepuk). Untuk rakan-rakan di sebelah sana, harum sungguh bunga melati, hiasan sanggul amat memikat, bertolak ansur hormat menghormati, mengukuhkan perpaduan ikatan muafakat. Beras segantang sudah disukat, lalu disimpan di atas para, andai kita bermuafakat, negeri damai rakyat sejahtera. Dengan ini Pasir Raja menyokong penuh Belanjawan Johor 2022. Wabilahitaufik walhidayah wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sekian, terima kasih. YB Timbalan Speaker : Ahli-Ahli Yang Berhormat, persidangan saya tangguhkan sehingga esok, 23 November 2021, jam 9:30 pagi. Persidangan di tangguhkan pada jam 4:41 petang.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 150

PENYATA RASMI MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 HARI KEEMPAT SELASA, 23 NOVEMBER 2021 BIL. 12 TAHUN 14

HADIR YB Speaker,

Tuan Haji Suhaizan bin Kaiat

YB Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar

Datuk Haji Samsolbari bin Jamali, DMSM., KMN., PIS. (Semarang)

YB Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya

Tuan Haji Mazlan bin Bujang (Puteri Wangsa)

YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar

Tuan Vidyananthan a/l Ramanadhan, AMN., PSI. (Kahang)

YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam

Tuan Haji Tosrin bin Jarvanthi, PIS., BSI., AMN. (Bukit Permai)

YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Tuan Haji Ayub bin Jamil, PIS. (Rengit)

YB Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur

Tuan Haji Mohd Solihan bin Badri (Tenang)

YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Puan Zaiton binti Haji Ismail, PIS., PPN. (Sungai Balang)

YB Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan

Datuk Onn Hafiz bin Ghazi, PMW. (Layang-Layang)

YB Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan

Sumber Manusia Datuk Mohd. Izhar bin Ahmad, DPSM.

(Larkin)

YB Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Dr. Chong Fat Full

(Pemanis)

YB Dato’ Dr. Sahruddin bin Haji Jamal, DMIJ. (Bukit Kepong)

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 151

YB Dato’ Zulkurnain bin Haji Kamisan, DIMP., PJK., PSI. (Sri Medan)

YB Dato' Ir. Syed Sis bin Syed A Rahman, DSNS.

(Tanjung Surat)

YB Tuan Raven Kumar a/l Krishnasamy (Tenggaroh)

YB Dato’ Zahari bin Sarip, DIMP.

(Buluh Kasap)

YB Dato’ Sharifah Azizah binti Dato’ Syed Zain, DIMP., AMN., KMN., PIS., JP. (Penawar)

YB Puan Nor Rashidah binti Ramli

(Parit Raja)

YB Puan Rashidah binti Ismail (Pasir Raja)

YB Kapt (B) Haji Najib bin Lep

(Bukit Pasir)

YB Dato’ Che Zakaria bin Mohd. Salleh, DIMP. (Permas)

YB Tuan Haji Rosleli bin Jahari

(Johor Lama)

YB Puan Hajah Alwiyah binti Talib, PIS. (Endau)

YB Tuan Tan Chen Choon

(Jementah)

YB Tuan Jimmy Puah Wee Tse (Bukit Batu)

YB Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah

(Bekok)

YB Tuan Mohd Khuzzan bin Abu Bakar (Semerah)

YB Sr. Dzulkefly bin Ahmad

(Kota Iskandar)

YB Cik Liow Cai Tung (Johor Jaya)

YB Tuan Haji Sheikh ‘Umar Bagharib bin Ali

(Paloh)

YB Puan Gan Peck Cheng (Penggaram)

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 152

YB Dr. Sulaiman bin Mohd. Nor (Kemelah)

YB Tuan Gopalakrishnan a/l Subramaniam

(Tiram)

YB Tuan Tan Hong Pin (Skudai)

YB Tuan Ee Chin Li

(Tangkak)

YB Puan Hajah Nor Hayati binti Bachok (Maharani)

YB Tuan Md. Ysahrudin bin Kusni

(Bukit Naning)

YB Tuan Chen Kah Eng (Stulang)

YB Tuan Muhamad Said bin Jonit

(Mahkota)

YB Tuan Yeo Tung Siong (Pekan Nanas)

YB Khairuddin bin A. Rahim

(Senggarang)

YB Tuan Cheo Yee How (Perling)

YB Puan Chew Peck Choo

(Yong Peng)

YB Ir. Dr. Faizul Amri bin Adnan (Serom)

YB Tuan Ng Yak Howe

(Bentayan)

YB Tuan Tee Boon Tsong (Senai)

YB Tuan Chew Chong Sin

(Mengkibol)

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 153

TURUT HADIR

(MENURUT FASAL 6(3) BAHAGIAN KEDUA UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN NEGERI JOHOR)

YB Penasihat Undang-Undang Negeri Johor.

Tuan Amir bin Nasruddin

YB Pegawai Kewangan Negeri Johor. Dato’ Haji Salehuddin bin Haji Hassan, DMIJ., SIJ., PIS.

TIDAK HADIR (DENGAN MAAF)

YAB Menteri Besar (Pengerusi Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan, Perancangan dan Pembangunan Ekonomi)

Dato’ Haji Hasni bin Mohammad, SPMJ., PGDK., KMN., PIS., AMN., PSI. (Benut)

YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin, PSM., SPMJ., SPSA., SPMP., SUNS.,

SPDK., PNBS., SMJ., PIS., BSI., SAHM. (Gambir)

YB Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian,SPMJ., DSNS., AMN., PIS.

(Kempas)

YB Tuan Haji Abd Taib bin Abu Bakar, PIS., AMN. (Machap)

YB Tuan Hahasrin bin Hashim

(Panti)

YB Tuan Haji Rasman bin Haji Ithnain (Sedili)

YB Datuk Md Othman bin Yusof, DMSM., DSM.

(Kukup)

YB Dato’ Seri Haji Salahuddin bin Ayub, DSPN., DGSM. (Simpang Jeram)

YB Tuan Haji Aminolhuda bin Haji Hassan

(Parit Yaani)

YB Tuan Muhammad Taqiuddin bin Cheman (Pulai Sebatang)

TIDAK HADIR (DENGAN MAAF)

(MENURUT FASAL 6(3) BAHAGIAN KEDUA UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN NEGERI JOHOR)

YB Setiausaha Kerajaan Johor.

Dato’ Haji Azmi bin Rohani, SPMJ., DMIJ., PIS.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 154

Persidangan bermula jam 9.30 pagi. YB Speaker mengetuai Persidangan. DOA. (Jurutulis membaca doa). Jurutulis : PEMASYHURAN DARIPADA YANG BERHORMAT TUAN SPEAKER. YB Speaker : Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. (Bacaan selawat). Ahli-Ahli Yang Berhormat, COVID NINETEEN ataupun COVID-19 telah melanda seluruh dunia termasuk negara kita. Setakat hari ini 2,591,486 orang telah dijangkiti dan 30,063 orang telah terkorban di negara kita. Dewan Negeri Johor hari ini merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mangsa COVID-19 yang telah terkorban dan mangsa yang menghadapi kesan berpanjangan selepas COVID-19. Semoga semua mangsa dan keluarga mereka diberi kekuatan untuk menghadapi ujian yang besar ini insya-Allah. Jurutulis : SOALAN-SOALAN LISAN. YB Speaker : Yang Berhormat Bentayan, jemput. YB Tuan Ng Yak Howe (Bentayan) : Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 1. Apakah status terkini projek naik taraf Jalan Salleh, Muar dari 2 lorong kepada 4 lorong yang sebelum ini dijangka bermula pada tahun 2021? YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur : Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Bentayan. Jalan Salleh, Muar berada di laluan jalan negeri J32 dengan panjang jalan adalah 4 km. Jalan Salleh ini merupakan jalan pintasan di antara Bandar Muar dan Bukit Pasir. Jalan Salleh adalah jajaran jalan dalam projek cadangan menaik taraf di bawah tajuk “Menaik taraf Jalan Dari Bandar Muar Ke Pekan Pagoh J32 Sepanjang 20 Kilometer Muar – Johor”. Bagaimanapun, cadangan perancangan projek ini telah disusun semula kerana jajaran Jalan Salleh ini termasuk di dalam cadangan jalan untuk ditukar status dari jalan negeri kepada jalan persekutuan iaitu jalan dari Bandar Muar ke Pekan Labis sepanjang 85 kilometer. Jajaran jalan Bandar Muar ke Pekan Labis ini sedang dalam proses permohonan pewartaan ke jalan persekutuan. Sekiranya proses pewartaan ini diluluskan, cadangan pelaksanaan projek ini adalah di bawah peruntukan kerajaan persekutuan. Jajaran sedia ada bagi jalan ini sebahagian besarnya meliputi jalan 2 lorong 2 hala. Walau bagaimanapun, sebahagian kecil jajaran dengan anggaran 3.5 kilometer telah dinaik taraf pada tahun 2017 kepada 4 lorong 2 hala berkembar, dari kawasan Pagoh Jaya hingga ke kawasan tapak agro pertanian Pagoh. Terdapat juga kawasan kecil jajaran yang telah dinaik taraf melalui proses pembangunan tepi jalan seperti perumahan, rumah kedai, sekolah, naik taraf persimpangan sepanjang 1.5 kilometer yang telah sedia ada 4 lorong berkembar.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 155

Apabila cadangan projek naik taraf 85 kilometer ini siap dilaksanakan kelak, ia akan memberikan kemudahan dan keselesaan kepada pengguna jalan raya yang menghubungkan 2 daerah iaitu daerah Muar dan daerah Segamat. Sepanjang laluan ini, terdapat beberapa pekan utama yang berkepadatan penduduk tinggi iaitu Pekan Bukit Pasir, Taman Pagoh Jaya dan Pekan Pagoh. Di samping itu, terdapat pekan-pekan kecil sepanjang laluan J32 ini, antaranya Pekan Lenga dan Bukit Kepong. Sekian, terima kasih. YB Speaker : Ya Bentayan, soalan tambahan. YB Tuan Ng Yak Howe (Bentayan) : Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker dan YB EXCO atas jawapan diberi. Jadi sekarang tengah proseskan untuk tukarkan jalan ini kepada jalan persekutuan? Jadi boleh tahu tak, agak berapa lama masa akan diambilkan untuk proses ini dan berapa kos yang dijangkakan untuk projekkan ini? Sekian, terima kasih. YB Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur : Setiap jalan negeri yang nak diubah kepada jalan persekutuan dengan pembiayaan kerajaan persekutuan sama ada untuk peningkatan ataupun pelebaran jalan memerlukan pewartaan. Kerajaan Negeri dalam MMK yang lepas telah meluluskan pengubahan ini dan sekarang dalam proses pewartaan yang akan mengambil masa sedikit sebab dia memerlukan audit untuk mengenal pasti kelebaran, persimpangan, jambatan, sungai sepanjang jalan berkenaan. So, sekiranya projek ini dilaksanakan kelak, di antara fasa pertama ialah di antara Bandar Muar hingga ke Pekan Pagoh. Dia, saya tak dapat off-hand dia punya bajet, tetapi kita telah menyenaraikan dalam Rancangan Malaysia Ke-12. Terima kasih. YB Speaker : Seterusnya Yang Berhormat. Soalan seterusnya Yang Berhormat Penawar jemput. YB Dato’ Sharifah Azizah binti Dato’ Syed Zain (Penawar) : Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker, tang tang tut keladi wewe, soalan saya nombor 2. Bagaimanakah kerajaan negeri mengambil langkah mengekang kenaikan harga barangan pasca PKP kerana dijangka harga barang keperluan akan naik secara mendadak. YB Speaker : Jemput Yang Berhormat Bukit Naning. YB Tuan Md. Ysahruddin bin Kusni (Bukit Naning) : Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 3. Apakah jalan penyelesaian bagi harga barangan keperluan harian yang semakin meningkat selepas pandemik COVID-19, contohnya harga ayam? YB Speaker : Jemput Yang Berhormat Serom. YB Tuan Ir. Dr. Faizul Amri bin Adnan (Serom) : Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya nombor 4. Apakah tindakan kerajaan negeri terhadap situasi kenaikan harga barangan pengguna yang telah meningkat dengan sangat ketara selepas pembukaan sektor ekonomi sehingga ada yang mencecah sehingga 30% - 50% kenaikan dari harga asal?

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 156

YB Speaker : Jemput Yang Berhormat EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna : Yang Berhormat Tuan Speaker, izinkan saya menjawab ketiga-tiga soalan ini secara bersekali dan saya ingin bahagikan jawapan ini kepada 2 bahagian. Dan yang pertama adalah mengenai faktor kenaikan harga barangan, yang berlaku dengan mengambil contoh kenaikan harga ayam sebagaimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Naning. Terdapat 2 faktor kenaikan harga ayam iaitu pertama peningkatan kos, iaitu termasuk kos kacang soya, jagung dan kadar pertukaran asing, foreign exchange yang telah meningkat dan menyebabkan harga ayam turut meningkat. Yang kedua adalah faktor permintaan dan bekalan, demand and supply. Oleh kerana kebanyakan negeri telah memasuki fasa 4 Pelan Pemulihan Negara iaitu PPN, rakyat telah bebas bergerak dan ekonomi juga sedang dalam fasa pemulihan. Situasi ini menyebabkan demand meningkat dan menyebabkan harga barangan seperti ayam juga turut meningkat di mana penternak tidak dapat jangkakan pembukaan fasa-fasa ini, justeru apabila berlaku permintaan tinggi terhadap ayam buat masa ini, penternak memerlukan masa bagi menyediakan ayam. Dan ini akan mengambil masa untuk bekalan ayam menjadi stabil dalam pasaran. Dan kedua mengenai dengan langkah dan tindakan yang telah diambil oleh pihak kerajaan bagi menangani isu kenaikan harga barangan harian – 1. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)

sentiasa memastikan pegawai-pegawai penguat kuasa turun di lapangan serta melakukan pemeriksaan seluruh negeri Johor;

2. Melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) untuk semua

perayaan bagi mengawal kenaikan harga barangan utama yang mendapat permintaan yang tinggi semasa musim perayaan;

3. KPDNHEP juga telah menyediakan aplikasi price catcher untuk pengguna membuat

perbandingan harga barangan dan buat masa ini ada 432 barang dijual di premis dapat dibandingkan harga yang berdekatan;

4. Mana-mana peniaga yang disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 14(1) Akta

Kawalan Harga dan Pencatutan 2011, iaitu mengaut keuntungan tinggi yang tidak munasabah boleh dikenakan hukuman di bawah Akta yang sama; dan

5. Memasukkan barang asas sebagai barang kawalan sepanjang tahun seperti gula,

minyak masak, minyak masak paket, tepung dan topeng muka serta barang-barang keperluan asas terutamanya di sektor peruncitan-peruncitan bagi memastikan bekalan sentiasa mencukupi.

Terima kasih. YB Speaker : Ya Penawar jemput, soalan tambahan. YB Dato’ Sharifah Azizah binti Dato’ Syed Zain (Penawar) : Terima kasih Tuan. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Soalan saya, mohon penjelasan daripada Yang Berhormat EXCO, walaupun kawalan harga dibuat kepada barang terpilih seperti minyak masak, ayam, namun terdapat kenaikan harga

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 157

yang berlaku baru-baru ini. Apakah tindakan yang telah diambil oleh pihak yang berwajib serta apakah tindakan kerajaan negeri untuk membantu golongan rakyat yang susah bagi mendapatkan barangan tersebut dengan kadar yang lebih murah? Terima kasih. YB Speaker : Ok, jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna : Terima kasih Yang Berhormat Penawar. Mengikut harga minyak sawit mentah (CPO) yang amat tinggi, harga minyak masak seharusnya meningkat. Isu ayam tadi sudah dijawab. So, sekarang saya akan jawab yang isu minyak yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Penawar. So, sekarang harga minyak sawit mentah dah naik, so harga minyak seharusnya dia naik. Tetapi, kerajaan sudah ambil langkah-langkah yang tertentu untuk memastikan harga yang naik itu dia masih dalam harga yang boleh diterima. Langkah-langkah yang sudah diambil oleh pihak kerajaan termasuk membuat kawalan harga bagi minyak masak dalam bungkusan polybag itu sepanjang tahun untuk 1 kg RM2.50. Itu bawah Program Skim Rasionalisasi Harga Minyak Masak atau COSS untuk membantu meringankan kos sara hidup rakyat dan dia memang RM2.50 sahaja sepanjang tahun. Nombor 2, kerajaan juga melaksanakan program harga kawalan berasas nilai ambang minyak sawit mentah (CPO). Kita dah buat satu harga siling untuk minyak masak tulen, tapi minyak masak campur itu tidak terkawal dan tidak dikawal. Dan harga maksimum bagi minyak masak 2021 telah berkuat kuasa pada 1 hari bulan Ogos 2021. Selain itu, untuk memastikan rakyat biasa tidak dibebankan oleh kenaikan minyak sawit mentah, harga yang ditetapkan bawah harga untuk minyak masak 5 kilogram adalah RM30. Untuk 1 kg RM6.70 dan 2 kg RM12.70, 3 kg RM18.70 dan 5 kg maksimum RM29.70. Itu langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan. Terima kasih. YB Speaker : Ya Serom jemput. YB Tuan Ir. Dr. Faizul Amri bin Adnan (Serom) : Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat EXCO. Saya ingin mengambil peluang di sini Yang Berhormat sekalian, isu harga barangan yang kita bangkitkan dalam Dewan yang mulia ini adalah merupakan suatu isu yang sangat serius. Saya ingin menegaskan di sini bahawa kita perlu tangani isu ini secara bersama. Dan apa yang saya lihat daripada jawapan Yang Berhormat EXCO adalah stereotype, sama sepertimana sebelum-sebelumnya di mana tiada suatu idea atau usaha yang di luar kotak yang boleh kita terima di dalam menangani isu ini. Dan kalau kita lihat situasi hari ini adalah situasi bila mana kita baru sahaja, saya boleh katakan, kita baru sahaja keluar daripada pandemik dan kita beralih ke fasa yang lain. Namun demikian, kita faham bahawa situasi hari ini rakyat sangat-sangat terbeban, bukan hanya harga barang tetapi juga dengan pendapatan yang hampir tiada. Jadi di sini, kalau tuan-tuan lihat produk ayam daging mencecah sehingga RM10.00 lebih. Produk sayur-sayuran yang biasanya kalau kita pergi, hatta ke pasar raya, kedai-kedai murah sekalipun masih lagi murah, tapi hari ini pasar raya tersebut bukan hanya murah tapi jauh lebih tinggi daripada harga-harga semasa. Dan begitu juga kepada produk-produk yang lain, yang saya kira turut sama naik terlalu tinggi dan saya ingin menegaskan di sini bahawa kita perlu melihat, YB EXCO perlu melihat, YB Menteri juga perlu melihat isu ini agar rakyat kita tidak terbeban dengan apa yang berlaku. Dan kalau kita lihat kepada mekanisme ini, saya percaya, kalau ayam daging.. YB Speaker : Yang Berhormat.. YB Ir. Dr. Faizul Amri bin Adnan (Serom) : Seperti mana tuan sebut tadi, banyaknya menyebelahi kepada pengeluar, tetapi isu ini adalah rakyat secara keseluruhan yang menanggung.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 158

YB Speaker : Soalan, Yang Berhormat. YB Ir. Dr. Faizul Amri bin Adnan (Serom) : Jadi kita pergi mana-mana pun, jadi saya mohon dan pertimbangan daripada EXCO kalau tadi kita ada harga siling untuk ayam. Bagaimana pula dengan harga produk-produk sayuran? Kalau kita lihat hari ini kita nak rakyat kita sihat, tapi harga pelbagai sayuran naik jauh tinggi. Jadi apakah rancangan kerajaan hari ini untuk memastikan harga sayuran, produk-produk kesihatan yang lain dapat diturunkan dan rakyat dapat berusaha untuk menambah tahap kesihatan seperti mana yang kita tahu, apa yang berlaku pada hari ini telah menjejaskan sedikit sebanyak kesihatan rakyat secara umum, namun demikian usaha mereka untuk meningkatkan.. YB Speaker : Ini bukan perbahasan, Yang Berhormat. YB Ir. Dr. Faizul Amri bin Adnan (Serom) : Kembali kesihatan terjejas itu. Jadi mohon pertimbangan pihak EXCO. YB Speaker : Jemput YB EXCO. Panjang sangat soalan dia, jemput. YB Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna : Terima kasih, Yang Berhormat. Perbahasan YB Serom. Sebenarnya situasi macam ini. Negara kita tengah menghadapi satu situasi unprecedented. Tidak pernah berlaku. Bukan Malaysia, dia satu dunia. So sekarang, the world order has changed. Banyak perkara sudah tukar, sudah tak sama. Kita tak boleh banding, kenapa masa kita kerajaan apa-apa pun harga rendah, sekarang harga dia tak sama, dia memang tak sama, dunia sudah tak sama. Tapi, balik pada soalan yang paling basic. Kenapa harga barangan menaik? Dia sesuatu yang agak simple dan jawapan saya memang konsisten selama ini, sidang Dewan lepas sampai sekarang. Dia berkaitan dengan supply and demand. So, bila permintaan tinggi, bekalan tak cukup, dia akan naik. Itu sesuatu yang kerajaan tidak boleh set. Sayur berapa? Tak boleh, ini pasaran. Kalau kita kata minyak mentah CPU dah naik sampai RM5,000.00, ini kita nak jual RM2.50 sekilo minyak masak, tak ada orang nak tanam sawit lagi. Siapa, tak ada orang nak buat business macam itu. So, kerajaan akan ambil langkah di mana kita seimbangkan. Kita set kan siling. Itu tidak bermakna itu harga yang dijual. Dan, untuk makluman Yang Berhormat Serom, saya memang kerap turun padang untuk check harga. Dan, saya mendapati bahawa ada banyak pasar raya mereka jual barang itu di bawah paras harga siling yang ditetap oleh kerajaan. Itulah tadi saya dah minta mungkin Ahli Dewan juga, semua download, Price Catcher supaya jadi satu seorang pengguna yang bijaksana. Jadi pula pergi sana, mahal-mahal lah, pergi cari tempat lain murah. So, kita kena buat macam tu, untuk memastikan kita jaga dua belah, mungkin pengilang ke, peruncit ke, sampai pengguna. Kita kena jaga macam itu. Bukan nak harga rendah sahaja, tetapi sini tak boleh, nanti orang tak nak tanam sayur lagi. Ha, itulah jawapan saya terima kasih. YB Speaker : Soalan seterusnya, saya silakan Yang Berhormat dari Bukit Pasir, jemput. YB Kapt (B) Haji Najib bin Lep (Bukit Pasir) : Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya no. 5. Melihat keadaan ekonomi yang meruncing serta kos sara hidup yang meningkat, apakah kaedah kerajaan bagi membantu usahawan yang terkesan teruk dan berisiko untuk gulung tikar agar mereka dapat meneruskan perniagaan masing-masing dengan suntikan dan galakan yang memberangsangkan. YB Speaker : Jemput, YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia : Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker dan terima kasih kepada ADUN

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 159

Bukit Pasir. Kerajaan negeri, mahupun pusat amat komited, sentiasa mengambil perhatian serius terhadap segala isu serta permasalahan yang timbul agar permasalahan tersebut dapat ditangani dan diselesaikan secara berhemah dan efektif. Berbagai pelan perancangan, pelan tindakan mahupun pelaksanaan inisiatif khusus telah pun dilancarkan dan dilaksanakan oleh kerajaan menerusi jabatan atau agensi-agensi yang terbabit. Selain berbagai jenis insentif, mahupun bantuan dalam bentuk pembiayaan ataupun geran telah ditawarkan bagi membantu para usahawan kembali aktif untuk menjalankan operasi perniagaan dan berdaya saing dalam cabaran ekonomi norma baru dan kerajaan juga turut menitikberatkan sektor keusahawanan dengan pengenalan Dasar Keusahawan Nasional 2030. Kerajaan pusat, melalui RMK-12 yang mempergiatkan pelbagai inisiatif bagi meningkatkan pembangunan keusahawanan melalui galakan usahawan dipacu inovasi dalam usaha melahirkan lebih ramai usahawan yang berkompetitif dan mampan. Yang Berhormat Tuan Speaker, kerajaan negeri juga untuk turut setia dan sentiasa peka, dengan isu semasa yang dialami rakyat negeri Johor khususnya para usahawan. Berbagai kaedah serta mekanisme yang telah diguna pakai oleh kerajaan bagi menyantuni golongan usahawan yang terkesan. Salah satu usaha, yang dibuat bagi mengesan usahawan terbabit adalah menjalinkan kerjasama strategik dan kolaborasi secara terus bersama Pejabat Daerah, agensi-agensi di bawah Majlis Pembangunan Usahawan Negeri Johor dan tidak ketinggalan, informasi yang diperolehi dari semua pejabat YB Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor. Bagi membantu para usahawan di negeri ini kembali berdaya saing dan berdaya maju, pelbagai bentuk insentif dan inisiatif berbentuk skim pembiayaan, geran bantuan perniagaan, padanan perniagaan mahupun program pembangunan usahawan, seperti seminar dan latihan telah pun dilaksanakan sepanjang tempoh PKP iaitu bermula awal tahun 2020 sehingga kini. Semua inisiatif yang telah dilaksanakan telah memberi manfaat hampir kepada 60,000 usahawan di negeri Johor. Bagi makluman Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, berdasarkan rekod atau laporan oleh agensi-agensi di bawah MPUNJ sehingga Julai 2021, nilai atau jumlah kumulatif bagi permohonan pembiayaan oleh PKS Negeri Johor yang telah diluluskan adalah sebanyak RM332,676,000.00. Ianya telah memanfaatkan sejumlah 21,934 usahawan negeri ini. Selain itu, kerajaan menerusi PUJB juga turut telah memperuntukkan sebanyak RM7 juta bagi pelaksanaan program pembangunan usahawan pasca COVID-19 bagi tahun 2021 yang memberi fokus meningkatkan daya saing serta pendapatan para usahawan di negeri ini, menerusi inisiatif atau program yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh PKP. Skop bantuan yang ditawarkan adalah berbentuk geran bantuan, pembelian mesin dan peralatan atau tambah baik premis, mahupun bantuan tunai, mahupun program latihan kemahiran di mana program-program ini telah memberi manfaat kepada hampir 40,000 usahawan. Antara inisiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan oleh kerajaan menerusi PUJB bagi membantu para usahawan secara ringkasnya adalah seperti berikut:- 1. Insentif pembukaan akaun syarikat 2. Jelajah Usahawan Johor 3. Promosi produk PKS 4. Program Latihan Usahawan Johor 5. Perkasa Johor IP 6. SME Go Digital 7. Geran Orang Lokal 8. Program Pembangunan Ekonomi Setempat dan Misi jejak PKS; dan juga 9. Johor Enhancement Entrepreneur Program (EJEP) Bagi memberi pendedahan serta galakan kepada usaha transformasi digital para usahawan, Johor e-Marketplace juga merupakan inisiatif kerajaan negeri Johor dalam membantu golongan usahawan untuk terus maju menerusi perniagaan secara dalam talian terutamanya semasa menghadapi cabaran pasca COVID-19. Usaha ini dapat memberi manfaat kepada lebih 18,000 usahawan di negeri ini serta jutaan penggunaan platform e-

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 160

Dagang Shopee. Selain berpeluang memasarkan produk melalui platform e-Dagang Shopee, para usahawan juga turut diberi bimbingan serta latihan kemahiran menerusi Shopee e-University, secara percuma. Bagi edisi kedua, pelaksanaan inisiatif pada tahun ini dan setakat 31 Oktober 2021, seramai 8,000 usahawan negeri Johor telah pun mengambil bahagian dengan nilai transaksi jualan yang direkodkan adalah bernilai RM81 juta. Terima kasih. YB Speaker : Ya, Bukit Pasir, jemput, soalan tambahan. YB Kapt (B) Haji Najib bin Lep (Bukit Pasir) : Soalan tambahan. YB Speaker : Ya.. YB Kapt (B) Haji Najib bin Lep (Bukit Pasir) : Saya nak bertanya dalam, apakah kaedah ataupun mekanisme hebahan yang diguna pakai oleh agensi pelaksana bagi memastikan hebahan inisiatif yang di laksana dapat dicapai oleh golongan sasaran? YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia : Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih, Yang Berhormat Bukit Pasir. Satu soalan yang baik yang kita patut tahu macam mana cara kaedah penyampaian itu eh. Bagi makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, kerajaan negeri menerusi pelaksanaan iaitu Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd, giat melaksanakan inisiatif-inisiatif atau program-program yang berbentuk bantuan mahupun pembangunan usahawan bagi membantu para usahawan yang terkesan kembali aktif menjalankan operasi perniagaan. Bagi memberi kesedaran awam, terutama golongan sasaran mengenai tawaran bantuan juga kemahiran yang disediakan agar dapat mencapai dan dapat dimanfaatkan oleh para usahawan. PUJB giat membuat promosi atau hebahan mengenai inisiatif, bantuan ataupun program kemahiran yang mana akan ditawarkan melalui platform media sosial yang popular seperti facebook, instagram, Twitter, Youtube, Telegram, laman web rasmi, Tik Tok dan lain-lain lagi. Selain di platform media sosial PUJB, promosi juga turut dilakukan merentasi platform media sosial melalui agensi-agensi di bawah Majlis Pembangunan Usahawan Negeri Johor serta agensi-agensi yang berkaitan. Juga turut tidak ketinggalan dalam membuat hebahan, facebook, face saya sendiri juga dilakukan salah satu platform yang dibuat hebahan dan promosi bagi inisiatif-inisiatif yang akan kita laksanakan. Bagi memastikan capaian ini, capaian hebahan ini lebih meluas, informasi berkaitan inisiatif atau bahan-bahan promosi turut juga dikongsi kepada rakan media untuk disebar luas. Bagi makluman Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat Bukit Pasir, saya juga turut merancang dan bercadang untuk menerokai platform-platform media yang lain seperti ruang iklan di TV, di radio, digital billboard mahupun papan iklan PBT bagi tujuan hebahan dan promosi bagi semua inisiatif di bawah portfolio saya yang akan kita, saya laksanakan pada tahun hadapan. Namun, ianya bergantung kepada budi bicara dan jasa baik Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk memberi peruntukan tambahan kepada saya bagi tujuan tersebut. Sekian, terima kasih. (Dewan ketawa). Sambil-sambil. (Dewan ketawa) YB Speaker : Ok, soalan seterusnya, saya jemput Tiram. YB Tuan Gopalakrishnan a/l Subramaniam (Tiram) : Salam sejahtera Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya soalan no. 6. Kebanyakan negara dunia sedang mengadakan kempen penanaman pokok untuk menjaga alam sekitar (kempen kehijauan) apakah tindakan kerajaan negeri Johor? YB Speaker : Jemput YB EXCO.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 161

YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar : Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Tiram. Secara dasarnya, Malaysia telah menjalankan program penanaman pokok bermula pada tahun 2010. Dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-10 iaitu kempen penanaman 26 juta pokok dan telah mencapai jumlah penanaman sebanyak 72.16 juta pokok dalam tempoh 2010 hingga 2014. Kesinambungan daripada pencapaian pada kempen 26 juta pokok, iaitu satu program penanaman telah pun dilancarkan pada 5 Januari 2021 dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 iaitu Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok yang mensasarkan tanaman sebanyak 100 juta pokok di seluruh negara. Perlaksanaan program ini adalah bertujuan untuk mengekalkan kawasan hijau di seluruh negara selain memelihara serta memulihara kawasan berhutan, meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan pokok dan kawalan berhutan serta memupuk semangat cintakan alam semula jadi. Ketiga, merakyatkan komitmen dan semangat pengekalan kawasan liputan hijau sebagai satu agenda nasional. Memastikan komitmen negara untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50% daripada kawasan keluasan tanah negara dilitupi dengan kawasan berhutan dan pokok-pokok supaya hasrat ini dapat dicapai. Selain daripada itu, ia juga adalah untuk menggalakkan penyertaan agensi kerajaan iaitu persekutuan dan negeri, syarikat swasta dan badan korporat, badan bukan kerajaan, institusi pendidikan, institusi penyelidikan dan orang awam dalam usaha penanaman pokok. Salah satu hasrat daripada program ini ialah merealisasikan Agenda Penghijauan Malaysia sebagai agenda nasional bagi menangani fenomena perubahan iklim dan alam sekitar serta peningkatan kualiti hidup masyarakat. Selain daripada itu, ia juga adalah untuk memperkukuhkan sokongan pembangunan negara ke arah pencapaian Dasar Wawasan Kemakmuran Bersama dan Sustainable Development Goal 2030. Yang Berhormat Speaker, pelaksanaan program ini juga melibatkan semua negeri dan di Johor, Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah melancarkan program ini di peringkat negeri pada 5 Januari 2021 secara serentak dengan peringkat kebangsaan. Kerajaan negeri Johor menyambut baik program ini dan komited untuk menjayakan program ini dengan mensasarkan tanaman sebanyak 4 juta pokok menjelang akhir tahun 2025. Pelaksanaan program ini bukan hanya melibatkan kerajaan negeri. Ia juga melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan, badan korporat, NGO, persatuan masyarakat, institusi pengajian tinggi, sekolah dan juga individu. Sebanyak 256,510 pokok telah pun ditanam dan melibatkan pelbagai agensi dan juga secara individu sehingga Oktober 2021. Terima kasih. YB Speaker : Ya Skudai, jemput soalan tambahan. YB Tuan Tan Hong Pin (Skudai) : Yang Berhormat Tuan Speaker, kerajaan lepas sejak daripada zaman Perdana Menteri yang keempat lagi ada menetapkan sasaran untuk menanam sejuta pokok di seluruh Malaysia, negeri. Maka saya nak tanya, itu tarikh ataupun sasaran tu perlu dicapai pada tahun 2020. Jadi sekarang ini kita pada tahun 2021, saya nak tanya sama ada sejauh manakah sasaran itu tercapai? YB Speaker : Jemput, YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar : Yang Berhormat Speaker, seperti saya katakan tadi, di peringkat negeri, kita telah pun tanam sebanyak 256,510 pokok sehingga Oktober 2021. Dan sasaran kita adalah sebenarnya ialah sebanyak 800,000 pokok setahun supaya menjelang 2025 kita dapat mencapai sasaran lebih kurang 4 juta pokok. Tapi kita juga harus maklum bahawa kita tak mencapai lagi 800,000 ialah kerana pandemik COVID-19. Di mana ketika itu, sepanjang tahun ini kita telah pun melalui beberapa fasa PKP dan juga lockdown sehingga menyebabkan program-program dan aktiviti-aktiviti seperti yang telah pun kita sasarkan tidak dapat dilaksanakan. Walau bagaimanapun, selepas ini kita akan terus melaksanakan di mana Jabatan Perhutanan

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 162

Negeri merupakan agensi yang bertanggungjawab dalam the lead agency, dalam menanam dan juga memantau pendaftaran penanaman pokok dan juga membuat pengesahan bagi penanaman pokok yang telah pun dilaksanakan di peringkat negeri. Kita akan terus mempastikan bahawa agenda kelestarian alam sekitar ini merupakan agenda yang penting. Dan kita memang berhasrat untuk mencapai jumlah tersebut secepat mungkin. Dan selepas ini kita akan mengadakan banyak program, bukan sahaja melibatkan jabatan-jabatan tetapi juga bersama dengan pihak-pihak NGO, badan korporat untuk mencapai sasaran kita di negeri Johor. Terima kasih. YB Speaker : Soalan seterusnya. Yang Berhormat Serom, jemput. YB Tuan Ir. Dr. Faizul Amri bin Adnan (Serom) : Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya nombor 7. Apakah kerajaan mempunyai perancangan mengatasi masalah kereta-kereta buruk, terpakai, rosak dan tersadai di merata-rata kawasan seperti di lorong-lorong taman perumahan dan jalan-jalan raya yang semakin bertambah di mana ia merosakkan pemandangan dan mengganggu kelancaran trafik kenderaan di kawasan yang berkenaan? YB Speaker : Jemput, YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Makmur Johor. Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih kepada YB Serom yang membangkitkan soal isu kereta, kenderaan buruk terpakai, yang rosak tersadai di merata kawasan utama, di merata kawasan terutama di kawasan PBT yang merosakkan pemandangan dan juga mengganggu kelancaran kenderaan di kawasan trafik. Isu ini Yang Berhormat Tuan Speaker perlu kita selesaikan segera. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 29 hari bulan 7 2020 bersetuju mengambil maklum dengan pemakaian Garis Panduan Pengurusan Kenderaan Terbiar Di Kawasan Operasi Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Johor sebagaimana Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Bilangan 2 Tahun 2020 pada 13 Februari 2020. Garis panduan ini adalah untuk membantu Pihak Berkuasa Tempatan dalam pengurusan dan penguatkuasaan kenderaan terbiar dengan lebih cepat dan cekap di kawasan... YB Speaker : Ok. YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Cubaan, boleh dengar Tuan Speaker? YB Speaker : Mic aje problem. Speaker, ok. (Dewan ketawa). Mic aje problem. Jemput. YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Speaker daripada hari pertama sampai sekarang, ok je. YB Speaker : Jemput. YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Cepat dan cekap di kawasan operasi PBT yang bertaraf Majlis Bandaraya, Perbandaran dan Majlis Daerah. Pemakaian garis panduan ini hendaklah dibaca bersama dengan peruntukan undang-undang sedia ada iaitu Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta 171 dan Akta Jalan Parit Bangunan 1974 iaitu Akta 133. Melalui SOP yang seragam ini, kenderaan terbiar boleh dilupuskan dalam tempoh 62 hari hingga 120 hari di mana kalau sebelum ini, dia mengambil masa 6 bulan hingga 12 bulan, hampir setahun. Sekarang ini tinggal 60 hari maknanya 2 bulan ataupun 4 bulan. Walau bagaimanapun perlaksanaan ini terikat, pengurusan

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 163

kenderaan terbiar ini terikat dengan 3 perkara iaitu berkaitan dengan kenderaan terbiar, tempat awam dan lebuh. Maksudnya kalau kenderaan terbiar ini Seksyen 461E, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 iaitu Akta 133, tempat awam ialah Seksyen Akta Kerajaan Tempatan 171, lebuh ini Seksyen 2, Akta Kerajaan Tempatan 171 bermaksud jalan, medan, siar kaki, jalan laluan atau jalan susur, jalan keluar atau jalan boleh tembus atau mana-mana jalanlah. Jadi, proses kerja ni Yang Berhormat Tuan Speaker ialah terima aje aduan, pihak PBT tunda kenderaan ke depoh. Jadi, notis pertama serta-merta dikeluarkan untuk memaklumkan kenderaan telah disita di bawah Seksyen 46(3) Akta 171. Kemudian, PBT akan buat semakan identiti kenderaan melalui MySIKAP atau melalui pemeriksaan bersama dengan JPJ. Kemudian semak juga dengan kenderaan, dengan PDRM serta yang berkaitan dengan syarikat Malaysia, SSM, bank, institusi kewangan dan syarikat insurans dan sebagainyalah. Kemudian, PBT akan buka kertas siasatan i-think. Kenderaan bermasalah ini akan diserah kepada polis. Kenderaan tidak bermasalah, PBT akan keluarkan notis kedua, kalau tak ada tuntutan, PBT akan mengadakan mesyuarat Pelupusan Aset, di sita dan rujuk kepada Timbalan Pendakwa raya untuk mendapatkan izin pendakwaan dan mendapatkan perintah lucuthak. Selepas itu, PBT mohon PUSPAKOM membuat pemeriksaan insitu kenderaan. Kemudian, PBT mohon pertukaran hak milik atau pembatalan pendaftaran kenderaan. Kemudian, PBT melaksanakan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa yang dah disebut awallah. Jadi, setakat itu selesai. Jadi untuk makluman Dewan yang mulia, sehingga November 2021, PBT Negeri Johor telah mengambil tindakan notis 2,355 kenderaan yang terbiar. Kemudian sita dan tunda, 802 kenderaan. Lupus, setakat inilah, sebab kita baru mula Yang Berhormat Tuan Speaker, ada 127 kenderaan di mana Pasir Gudang dah lupuskan 109 kenderaan, Tangkak di kawasan Yang Berhormat Serom ada 6 dan di Majlis Bandaraya Iskandar Puteri ada 12 yang dah dilupuskan dan proses ini sedang berjalan kerana seperti yang saya sebutkan tadi, dia mengambil masa yang begitu lama sikit sebab nak dapatkan pengesahan daripada PDRM, JPJ, pihak insurans yang berkaitan dan sebagainya. Isu utama yang menjadi kekangan kepada pihak PBT untuk melaksanakan program ini ialah bagi Majlis-Majlis Perbandaran atau Majlis Daerah yang kewangannya tak kukuh. Dia nak kena sewa trak tunda. Keduanya, depoh untuk menyimpan kenderaan yang disita. Bagi bandar raya, setengah-setengah Majlis Perbandaran yang kuat, isu itu tak ada masalah. Tapi, untuk makluman Dewan yang mulia, Pihak Berkuasa Tempatan telah, sedang masa kini melaksanakan proses menguruskan kenderaan-kenderaan terbiar di taman, di tempat-tempat awam yang ditinggalkan, yang menyemakkan pemandangan dan insya-Allah kalau diberi masa kita akan cuba selesaikan secara berperingkat, untuk makluman Yang Berhormat Tuan Speaker. YB Speaker : Ya, Serom. YB Tuan Ir. Dr. Faizul Amri bin Adnan (Serom) : Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih di atas penjelasan YB EXCO. Saya melihat komen saya tentang apa yang diberikan, masa yang diambil akan menjadi terlalu panjang sepertimana yang dimaklumkan oleh YB EXCO. Saya ingin mencadangkan sepertimana yang juga diamalkan di beberapa buah negara untuk kerajaan mengkaji untuk memberikan insentif tukar baru kepada kenderaan-kenderaan ini yang mana pemilik sendiri yang memansuhkan kenderaan mereka setiap kali pembelian kereta baharu. Jadi, di sini akan terus menyingkatkan proses kerana pemilik sendiri yang akan memansuhkan pendaftaran dan seterusnya menyerahkan kereta kepada tempat pembelian kenderaan yang mereka lakukan. Jadi, ini mungkin akan menyingkatkan masa proses yang seperti mana yang dimaklumkan. Apa pandangan YB EXCO? YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Yang Berhormat Tuan Speaker, masa yang diambil dulu ialah 6 bulan hingga 12 bulan. Pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam sesi debat urusnya dengan beberapa agensi utama seperti PDRM, JPJ setakat ini masa yang boleh dia ada schedule yang dia bagi itu,

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 164

itulah masa yang dapat dibuat oleh pihak PBT. Maksudnya, dalam lingkungan 60 hingga 120 hari. Tapi, cadangan daripada Serom tadi saya rasa cukup menarik dan mungkin kita boleh fikirkan sebagai insentif kepada mereka yang terlibat atau kenderaan mereka yang terbiar ini kita boleh gunakan semasa mereka mendaftar kenderaan-kenderaan baharu. Saya rasa Yang Berhormat Tuan Speaker, saya ambil cadangan daripada Serom ini satu cadangan yang konstruktif untuk kita bersama dan kita akan bawa ke peringkat yang di atas. Kita terikat Yang Berhormat Speaker dengan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Setakat ini kita buat ini dululah. Tapi, kalau cadangan itu boleh digunakan, saya rasa itu tak menjadi halangan untuk pihak kerajaan melaksanakan program pada masa yang akan datang. Terima kasih Yang Berhormat. YB Tuan Tan Hong Pin (Skudai) : Yang Berhormat Tuan Speaker... YB Dato’ Zahari bin Sarip (Buluh Kasap) : Yang Berhormat, Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya mungkin agak menyimpang sedikit daripada kenderaan lama tetapi masih lagi berkenaan dengan barang-barang lama di kawasan PBT. Tinjauan kami mendapati bahawa ada banyak laporan daripada masyarakat di kawasan PBT berkenaan dengan rumah kediaman yang ditinggal lama oleh penghuni. Jadi berkenaan dengan pelupusan kenderaan lama tadi, apakah pula prosedur dan SOP berkaitan rumah di kediaman PBT yang ditinggal lama sehingga membahayakan penghuni yang bersebelahan? Jika soalan ini agak lari daripada soalan asal, saya minta jawapan bertulis daripada pihak EXCO. Terima kasih. YB Speaker : Jemput YB EXCO. Masih mengganggu pemandangan lagi Yang Berhormat. YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Terima kasih kepada Yang Berhormat Buluh Kasap. Saya rasa soalan itu menarik dan saya jawab secara bertulis berdasarkan soalan ini kita perlu apa ni, jawapan yang lebih spesifik Yang Berhormat. Saya minta maaf dalam Dewan ini, insya-Allah saya akan beri jawapan yang bertulis kepada Yang Berhormat sebab ada masa lain untuk rakan-rakan yang lain Yang Berhormat. YB Speaker : Yang Berhormat ini bila dia... Ok, ha Skudai jemput, soalan tambahan. YB Tuan Tan Hong Pin (Skudai) : Yang Berhormat Tuan Speaker, apabila kita membincangkan isu ini selalunya pertikaian ataupun aduan yang timbul adalah sama ada ia agak ekstrem iaitu adakah sama ada masa respons terlalu lambat ataupun terlalu cepat. Maksud saya ialah lambat sebab apabila sesebuah kereta yang menimbulkan kacau ganggu di komuniti, terlalu lama sampai, sampai dah ada apa tu, makhluk-makhluk merbahaya tu dia membiak di dalam kereta tu masih ada di sana. Ia telah menimbulkan kerisauan dan ke... YB Speaker : Contoh apa? Contoh dia? YB Tuan Tan Hong Pin (Skudai) : Itu terlalu lambat, tercepat adalah tuan punya kereta datang mengadu dengan kita, di mana kereta saya? Saya letak di tepi jalan tiba-tiba hilang? So, soalan saya hari ini apakah justifikasi ataupun pertimbangan Pihak Berkuasa Tempatan apabila apa tu, berkenaan dengan kenderaan-kenderaan di tepi jalan ni dan berapa lamakah masa respons untuk mengambil tindakan? YB Speaker : Tak silap saya istilah dia kacau ganggu ya Yang Berhormat. Betul ke? YB Tuan Tan Hong Pin (Skudai) : Ya kacau ganggu seperti yang Buluh Kasap tanya tadilah. Walaupun soalan tadi dia boleh pm tepi, tak perlu dibincangkan di sini.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 165

YB Speaker : OK jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Tuan Speaker, kalau ikut carta aliran pengurusan kenderaan terbiar di kawasan operasi bagi semua Majlis. Dia kalau terima aje aduan Yang Berhormat, dalam garis panduan baru ni, maksudnya dalam tempoh sehari eh, Pihak Berkuasa Tempatan terima aje aduan, dia terus tunda. Maksudnya PBT tunda kenderaan ke depoh. Dia dapat aje aduan, dalam tempoh sehari PBT boleh bawak, tunda kenderaan ke depoh dan notis pertama seperti yang saya sebutkan awal tadi serta merta dikeluarkan untuk memaklumkan kenderaan telah disita bawah Seksyen 463 Akta 133. Maksudnya, kalau ada aduanlah, within a days dengan izin maksudnya satu hari, pihak PBT boleh ambil aje kenderaan tu, angkat aje kenderaan tu. Jadi tak timbul isu ni Yang Berhormat, tapi kita terikat juga dengan beberapa perkara seperti yang saya sebutkan awal, malah prosesnya untuk membuka kertas siasatannya, ditetapkan 5 hari. PBT membuat semakan kenderaan tadi melalui saya sebutkan tadi, melalui my, portal My Circle atau pemeriksaan kenderaan fizikal oleh JPJ. Lepas tu semakan dengan PDRM and then dia terus buka siasatan. Jadi, katakan orang buat aduan kereta tersadai dekat Skudai lah katakan, dekat Petronas Skudai, tuan Petronas telah mengadu, Majlis Iskandar Puteri boleh datang, ambil hantar ke depoh. Jadi tak timbul, terlalu, masa yang panjang pada sayalah. Ini garis panduan yang telah ditetapkan dalam pekeliling yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Jadi bukan isu lagilah, pada saya terpaksa menunggu begitu lama. Terpulang kepada Pihak Berkuasa Tempatan Yang Berhormat, how, berapa cepat dia respons terhadap perkara ini. Setengahnya yang berdepan dengan masalah ini Yang Berhormat ialah bagi kawasan-kawasan Pihak Berkuasa Tempatan yang depohnya tak ada, dia kena sewa. Lori tundanya tak ada, dia kena sewa. Itu kekangan yang kita hadapi sekarang. Tapi kalau bagi Iskandar Puteri, bagi bandar raya, bagi Pasir Gudang, Kulai ataupun Kluang, dia tak ada masalah sebab kewangan dia kukuh. Ini yang kita hadapilah. Tapi kalau Labis contohlah saya minta maaf, kalau Labis dia nak kena sewa trak lori tunda, dia nak sewa depoh (ketawa). That one, kos ni pada Pihak Berkuasa Tempatan. Tapi saya sebutkan awal, tak timbul isu sebab garis panduan dah ada dan melibatkan semua agensi yang berkaitan dan dalam pemakluman mereka Yang Berhormat Tuan Speaker. YB Speaker : Jementah, lastlah Jementah. YB Tuan Tan Chen Choon (Jementah) : Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat EXCO, saya berpendapat agak komprehensif tadi dan memang kita tahu isu ini ialah satu isu yang agak complicated yang melibatkan banyak jabatan yang perlu bekerjasama untuk menyelesaikan isu ini. Dan, setakat ini kita difahamkan bahawa isu ini ditangani pihak PBT. Dan kita pun tahu bahawa kalau di sesetengah kawasan di sesuatu daerah, bukan semua tempat adalah di bawah pentadbiran PBT. Maka saya ingin tahu sama adakah, apakah tindakan yang akan diambil atau kalau berlakunya sesuatu kes di mana kereta buruk atau rosak ini yang sebenarnya tempatnya ialah di luar pentadbiran PBT dan selepas mendapat aduan daripada penduduk setempat, sama adakah PBT akan mengambil tindakan juga atau oleh kekangan di atas apa ni, undang-undang PBT tidak dapat berbuat demikian dan perlu ambil cara yang lain, ini saya mohon sedikit pandangan atau apakah yang, cara yang akan diambil oleh pihak PBT khususnya di luar pentadbiran PBT tu? Terima kasih. YB Speaker : Yang Berhormat EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih kepada Jementah. Saya rasa soalan tu cukup menarik, luar kawasan PBT, apa tindakan dan pihak mana yang sepatutnya ambil tindakan?

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 166

Kita terikat dengan peraturan Yang Berhormat, bahawa di kawasan PBT ini ada 2. Satu, kawasan kawalan, satu di kawasan operasi dan juga kawasan kawalan. Jadi setakat ini kalau di kawasan kawalan, pihak PBT masih boleh ambil. Tapi kalau katalah ada aduan kereta buruk dan terpakai tu di luar, di kampunglah katakan, tersadai kat tepi jalan, dah ada ular sawa kat situ duduk, yang itu kita kena semak balik Yang Berhormat, bersama dengan Pejabat Daerah. I ingat di peringkat Pejabat Daerah, perkara ini boleh diatasi dengan kerjasama Pejabat Daerah dan juga Majlis Daerah. Dan saya perlu dapatkan penjelasan tentang perkara ini Yang Berhormat sebab kita terikat dari segi peraturan kawasan operasi... YB Speaker : Macam mana nak semak lagi Yang Berhormat, dah ular sawa kat situ... YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Hah? YB Speaker : Macam mana nak semak lagi kat situ, ular sawa kat situ... YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Baik. Yang itu kena kerjasama daripada Ketua Kampung dan Penghulu. Kalau dah ada ular sawa, tak payahlah nak tunggu Pihak Berkuasa Tempatan, pegawai penguat kuasa sampai nak datang. (Ketawa). Itu saya cuba mendapatkan penjelasan kalau perkara ini boleh dirujuk ke peringkat kerajaan, saya akan maklum secara bertulis kepada Yang Berhormat. Tapi, saya rasa tak menghalang untuk Pihak Berkuasa Tempatan maksudnya pihak PBT bekerjasama dengan Pejabat Daerah menyelesaikan isu tu Yang Berhormat atas semangat perkara itu perlu diselesaikan. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. YB Speaker : Soalan seterusnya Yang Berhormat Tenggaroh, jemput. YB Tuan Raven Kumar a/l Krishnasamy (Tenggaroh) : Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya nombor 8. Southern Volunteers telah banyak membantu semasa program vaksinasi di negeri Johor. Apakah perancangan seterusnya untuk Southern Volunteers ini kekal aktif di negeri Johor? YB Speaker : Yang Berhormat Parit Raja jemput. YB Puan Nor Rashidah binti Ramli (Parit Raja) : Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 9. Bagaimana perancangan kerajaan negeri untuk terus membentuk budaya kesukarelawan di kalangan belia dan adakah kajian dibuat program PLKN masih relevan bagi memupuk semangat daya tahan dan sukarelawan? YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan : Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Speaker, terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Tenggaroh dan juga Yang Berhormat Parit Raja atas soalan. Di atas kepimpinan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor dan sokongan penuh Yang Amat Berhormat Menteri Besar serta barisan EXCO, budaya kesukarelawan telah diperkasakan oleh kerajaan Negeri Johor melalui Southern Volunteers. Sebagaimana Dewan yang mulia ini sedia maklum, pelbagai usaha telah digerakkan melalui Southern Volunteers. Antara program yang kita gerakkan ialah pendaftaran vaksinasi COVID-19 yang dilaksanakan di setiap daerah melalui Pihak-Pihak Berkuasa Tempatan dengan penglibatan hampir 1,000 orang sukarelawan.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 167

Berkat muafakat kepimpinan daerah, PBT, KKM, agensi-agensi lain termasuk Southern Volunteers, sebanyak 531,896 orang berjaya didaftarkan hanya dalam masa sebulan. Hari ini syukur alhamdulillah seramai 2.8 juta rakyat Johor bersamaan 100% telah membuat pendaftaran vaksinasi. Seterusnya Southern Volunteers dengan kerjasama KKM dan MyVac juga telah digerakkan bagi membantu 40 Pusat Pemberian Vaksinasi (PPV) di seluruh negeri Johor termasuk di Pusat Vaksinasi Khas (OKU) di Pusat Akuatik Arena Larkin. Syukur alhamdulillah juga, hari ni seramai 2.8 juta bangsa Johor telah menerima vaksinnya. Southern Volunteers juga digerakkan untuk membantu Pegawai-Pegawai Daerah dan PBT menghulurkan bantuan kepada bangsa Johor yang berada di dalam keadaan kesempitan. Ini adalah hasil usaha daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah mengumumkan sebanyak RM8 juta bagi tujuan Gerobok Makanan. Insya-Allah pada tahun hadapan pula, SV akan terus digerakkan. Antara fokus yang akan diberikan ialah program COVID Home Monitoring Centre, di mana Southern Volunteers akan membantu KKM ataupun Jabatan Kesihatan Negeri untuk membuat panggilan kepada mereka yang terkesan akibat COVID. Kursus latihan asas kecemasan bagi persediaan ahli SV dalam berhadapan dengan pelbagai bencana seperti banjir, kebakaran dan kemalangan juga akan dibuat bagi menyediakan barisan kesukarelawan yang lebih mantap dan unggul. Jambori SV juga akan diadakan tahun hadapan, ia merupakan acara tahunan yang dirancang bagi menghimpunkan SV yang berdaftar. Pelbagai aktiviti akan dilaksanakan dalam program tersebut seperti perkongsian pengalaman bersama tokoh sukarelawan dan perkhemahan. Kita akan mengembangkan program ini di peringkat sekolah menengah dan juga di IPTA bagi menarik lebih ramai sukarelawan di negeri Johor. Bagi menjawab soalan Yang Berhormat Parit Raja pula, menerusi kajian keberkesanan PLKN yang dijalankan ke atas 61,000 orang bekas pelatih, ibu bapa, majikan dan masyarakat umum pada 2010, kajian mendapati bahawa melalui program PLKN yang berteraskan modul fizikal, pembangunan karakter, kenegaraan dan juga khidmat komuniti, ia telah berjaya memupuk semangat kesetiaan dan kecintaan kepada negara dengan pencapaian 83.86%. Seperti yang kita sedia maklum, program ini tidak diteruskan melalui kerajaan Pakatan Harapan. Namun begitu, kerajaan pusat sebelum hendak melaksanakan program ini pada masa akan datang perlu mengkaji terlebih dahulu dari segi penambahbaikan, kedudukan kewangan, cadangan tarikh dan masa pelaksanaan memandangkan penularan pandemik COVID-19 ketika ini dan paling penting sekiranya program ini dijalankan secara serentak seluruh negara, penilaian risikonya kenalah dijalankan oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara. Terima kasih. YB Speaker : Ya, Tenggaroh, soalan tambahan. YB Tuan Raven Kumar a/l Krishnasamy (Tenggaroh) : Terima kasih, Yang Berhormat EXCO atas jawapan. Memang tidak dapat dinafikan kerja-kerja yang dilakukan oleh Southern Volunteers khususnya untuk waktu vaksinasi dan kerja-kerja bantuan masa gerobok rezeki yang dijalankan di negeri Johor. Sepatut you bagi pujian dan pada semua Southern Volunteers di negeri Johor. Saya juga ingin mendapatkan sedikit huraian sebab Yang Berhormat EXCO pernah bercakap lepas ini nak gunakan untuk bantuan tentang bencana dan Southern Volunteers digunakan ketika kalau ada bencana. Tapi saya huraikan melalui Yang Berhormat EXCO kalau boleh bagi huraian bagaimana persediaan Southern Volunteers untuk menghadapi bencana di negeri Johor? Oleh sebab, mereka tidak ada masa banjir, atau apa pun mereka tidak ada experience, kalau kita nak bantu macam mana persediaan mereka? Terima kasih.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 168

YB Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan : Terima kasih Yang Berhormat Tenggaroh atas soalan tambahan. Dari segi, persediaan Southern Volunteers untuk bencana. Kerajaan Johor melalui Pusat Pembangunan Belia Negeri ataupun lebih dikenali sebagai JOYDEC telah merangka satu basic training, yang dipanggil Program First Aid and Natural Disaster Defence. Ia memberi penekanan dari segi teori, praktikal dan juga riadah bersandarkan 3 teras, iaitu keselamatan darat, air dan juga udara. Program DEFENCE ini akan mendapat kerjasama daripada jabatan-jabatan agensi seperti bomba dan penyelamat, kesihatan, JPAM, Angkatan Pertahanan Awam, Majlis Keselamatan Negara dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Malaysia (Smart Team). Seperti yang saya sebut tadi, program adalah berbentuk teori dan praktikal. Sasaran peserta akan melibatkan Southern Vouthern di seluruh negeri Johor supaya kita dapat berdepan terutamanya dalam mada bulan-bulan mendatang ini, monsoon season kita akan fokus kepada bencana banjir. Insya-Allah. Sekian. YB Speaker : Soalan seterusnya, Yang Berhormat Kemelah, jemput. YB Dr. Sulaiman bin Mohd. Nor (Kemelah) : Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker. Soalan saya soalan no. 10. Berapa banyak jumlah serta nilai dalam ringgit daging lembu dan kambing yang diimport dari luar untuk kegunaan dalam negeri Johor dan usaha kerajaan negeri mengurangkan import ini? YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar: Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker, Self Sufficient Level (SSL) dengan izin bagi ternakan lembu kerbau dalam negara adalah berada pada kadar 23%. Bagi negeri Johor, SSL daging lembu, kerbau berada pada kadar 15.87%, dan daging kambing bebiri hanya pada 2.15%. Pada tahun 2020, sebanyak 10,90,000,120 kg ataupun 10,90,000.12 tan daging kerbau, lembu dan kambing yang diimport masuk melalui pintu masuk di negeri Johor dengan nilai dagangan sebanyak RM145,123,189.00, manakala pada tahun 2021 rekod sehingga bulan terkini sebanyak 9,132,319 kg daging kerbau, kambing yang diimport dengan nilai dagangan sebanyak RM126,150,190.00. Bagi pengimportan haiwan ruminan hidup pula seperti kerbau, lembu dan kambing termasuk yang kemasukannya melalui pintu masuk utama di negeri Johor adalah seperti berikut:- 1. Pada tahun 2020, hanya ternakan ruminan lembu sahaja yang diimport dengan jumlah

sebanyak 19,787 ekor dengan nilai dagangan sebanyak RM94,30,789.00. 2. Manakala bagi tahun 2021, sehingga bulan terkini pecahan ternakan ruminan yang

diimport adalah kerbau sebanyak 1,308 ekor dengan nilai sebanyak RM6,303,055 lembu sebanyak 14,748 ekor dengan nilai RM79,465,000.00 dan kambing sebanyak 5,173 ekor dengan nilai sebanyak RM4,225,000.00. Jumlah keseluruhan ternakan ruminan bagi tahun 2021 yang diimport melalui pintu masuk negeri Johor adalah sebanyak 21,229 ekor dengan nilai sebanyak RM90,023,154.00.

Berdasarkan rekod-rekod tersebut kita masih kekurangan pengeluaran ternakan dan terpaksa mengimport dari negara luar dengan nilai yang tinggi. Justeru, antara usaha kerajaan negeri bagi mengurangkan jumlah import ini adalah dengan memberi galakan untuk aktiviti penternakan bagi melonjakkan bagi produktiviti pengeluaran produk haiwan ternakan. Antaranya adalah dengan memberikan bantuan infrastruktur dan peralatan ladang dan program permanian berhadas bagi meningkatkan kualiti ternakan.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 169

Pada tahun 2021, kerajaan melalui PENJANA telah memperuntukkan RM3 juta bagi pembangunan hab daging ruminan dan pembangunan lembu integrasi yang memberi manfaat kepada 215 pengusaha penternakan ruminan. Manakala sebanyak 149 pengusaha lembu tenusu akan mendapat manfaat bagi melonjakkan lagi produktivitinya. Selain daripada itu juga, kerajaan juga memfokuskan program kawalan penyakit ternakan sebagai program vaksinasi agar ternakan bebas daripada penyakit seperti penyakit kuku dan mulut ataupun FMD, lumpy skin disease (LHD), Brucellosis dan sebagainya. Penyakit FMD ini misalnya merupakan penyakit yang sangat mudah merebak dan zoonotic dan boleh menyebabkan kerugian yang tinggi kepada industri ternakan. Jangkitan di kalangan tanpa ternakan tanpa immunity boleh menjadi serius dan menyebabkan kematian di kalangan ternakan. Sementara jangkitan di kalangan lembu tenusu boleh memberi impak ekonomi yang besar. Oleh itu, negeri Johor telah memulakan langkah Johor ke arah negeri bebas penyakit kuku dan mulut ataupun FMD sehingga tahun 2030. Kerajaan Johor mengambil tindakan mewujudkan zon bebas FMD sebagai salah satu usaha di bawah Agenda Jaminan Bekalan Makanan. Usaha meningkatkan kesihatan haiwan penting untuk menjadikan pengeluaran produk ternakan lebih produktif dan seterusnya ke arah pengeluaran produk ternakan berasaskan pengeluaran yang mampan. Pada tahun 2022, kerajaan negeri juga memperuntukkan sebanyak RM1.33 juta bagi program kawalan penyakit dan kesihatan ternakan. Terima kasih. YB Speaker : Ya, Kemelah jemput, soalan tambahan. YB Dr. Sulaiman bin Mohd. Nor (Kemelah) : Terima kasih kepada YB EXCO atas jawapan tersebut. Jadi, apa yang saya perhatikan ialah usaha kerajaan untuk menjadikan negeri Johor ini sebagai pengeksport daging lembu dan kambing ini masih jauh lagi kerana kita masih import dengan kadar yang banyak eh, kadar yang banyak. Soalan tambahan saya ialah, antara masalah yang dihadapi oleh penternak lembu kambing khususnya lembu adalah pada suatu ketika bulan Jun sekitar itu harga palette yang begitu tinggi, iaitu naik daripada apa yang saya difahamkan, naik daripada RM43.00 untuk 50kg ke RM55.00, jadi apakah usaha kerajaan negeri untuk memastikan bahawa harga palette ini dapat diberikan dengan harga yang lebih munasabah kepada penternak lain ataupun usaha-usaha lain untuk menyediakan alternatif makanan kepada penternak lembu dan kambing? YB Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar: Terima kasih Yang Berhormat Kemelah. Itulah, realitinya. Apabila perniagaan, apabila pertanian, sektor pertanian itu dianggap sebagai perniagaan, ianya melibatkan modal. Dan apabila modalnya bertambah sudah pasti kita mengharapkan pengusaha juga akan mendapatkan lebihan daripada apa yang telah diletakkan sebagai modal. Kepada kerajaan negeri, kita menggalakkan sebenarnya untuk mereka penternak-penternak kita ini, dan juga penternak, dan juga petani, untuk lebih inovatif. Mereka tahu apa yang terbaik untuk ternakan mereka. Sebagai satu contoh, tentang masalah palette tadi itu. Itu adalah kerana pembelian makanan yang telah tersedia di dalam pasaran. Tetapi pada masa yang sama, kreativiti dan inovatif yang perlu ada di pihak penternak adalah amat penting. Di sinilah perlunya ilmu. Sebab itu, kita menggalakkan supaya mereka mengenal pasti tentang resipi yang terbaik untuk penternakan mereka. Malahan kita menggalakkan dan menyediakan peruntukan untuk pembelian mesin-mesin palette untuk buat palette dengan resipi yang difikirkan sesuai oleh pihak penternak. Tetapi pada masa yang sama juga, dalam hala tuju strategik pihak DVS pusat, usaha juga dibuat untuk meningkatkan penghasilan makanan ternakan ruminan dalam negara melalui usaha-usaha seperti menyediakan insentif untuk menggalakkan penternak dan pihak swasta mengeluarkan founder dan silage serta menggunakan bahan rumusan makanan sebagai sampingan tempatan untuk rumusan makanan ternakan ruminan. Kita galakkan dan beri insentif. Dan pada masa yang sama juga, mewujudkan intervensi kerajaan dalam pentadbiran harga FKC

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 170

ataupun Farm Connell Cake dan juga Farm Connell Expeller iaitu untuk makanan ternakan. Itu adalah usaha-usaha kita. Terima kasih. YB Speaker : Ok, Jementah. YB Tuan Tan Chen Choon (Jementah) : Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat EXCO berkenaan dengan jawapan yang diberikan dan kita juga difahamkan bahawa kerajaan ada satu projek yang telah dijalankan iaitu Lembah Tenusu Jemaluang di mana saya, kita dapati ada peruntukan yang agak banyak juga untuk Belanjawan 2022 ini. Untuk menjadikan Johor sebagai sebuah negeri yang mungkin pada masa depan boleh menjadi pengeksport susu untuk negara kita. Maka, saya juga ingin tahu sama adakah kerajaan ada perancangan atau pernah fikir ada mungkin boleh menjalankan satu pilot project untuk penternakan daging dan lembu yang mungkin dijalankan atas usaha sama syarikat kerajaan negeri dengan pihak swasta? Sama ada pihak kerajaan ada perancangan macam ini dan sekiranya ada saya nampak mungkin, dia akan mengurangkan import daging lembu dan daging kambing dari luar negara dan sebenarnya ini membantu negara kita untuk mengurangkan pengaliran wang tunai kita kepada luar negara dan pada masa yang sama juga boleh apa ini, ada peluang pekerjaan yang lebih untuk rakyat Johor. So, saya nak tau sama adakah pernah difikirkan Yang Berhormat EXCO atau MMK berkenaan perancangan yang sebegini untuk mengurangkan eksport daging lembu dan kambing dari luar negara? Terima kasih. YB Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar: Terima kasih Jementah. Realitinya kita nak meningkatkan SSL daging ini, ternakan ini daripada 23% kita naik kepada 50%. Manakala, bercerita berkenaan dengan susu sebenarnya, iaitu untuk tenusu pula ataupun kambing tadi itu adalah kita nak naik daripada 2.15% kepada 30% di peringkat kebangsaan. Itu adalah cabaran kita. Berkenaan dengan tenusu, kita tadi bercerita berkenaan dengan lembu pedaging ya, tetapi tak apa. Sebenarnya untuk makluman juga, memang cadangan untuk mewujudkan JDV (Jemaluang Dairy Valley) kerjasama bersama dengan ECER dengan kerajaan negeri adalah satu perkara yang realistik dan itu adalah amat diharapkan. Tetapi namun pada masa yang sama juga kita harus memastikan bahawa ianya akan berjaya. Untuk berjaya, kita nak kena pastikan bahawa pengusahanya itu adalah reliable. Itu adalah cabaran kita yang pertama. Sebab itu kita mengharapkan dan amat berhati-hati untuk memastikan Jemaluang Dairy Valley ini akan menjadi satu lagi pusat pengeluaran susu yang terbesar dalam Malaysia. Bersasarkan kepada pasaran, memang tak ada masalah tapi cabaran kita adalah to get the right party, dengan izin untuk execute benda ini. Dan berkenaan dengan kesediaan kerajaan negeri untuk melihat perkara ini dijayakan, kita terbuka untuk kerjasama bersama dengan private. Dan, saya harus menyatakan secara terus terang bahawa untuk menjayakan perkara ini pihak kerajaan tak mampu. Ia mesti ada sentuhan daripada pihak swasta yang berkaliber dan pakar tentang bidang ini untuk menjalankannya. Yang Berhormat Tuan Speaker, antara perkara lain untuk meningkatkan lagi populasi ternakan, saya nak bagi makluman bahawa populasi yang ada kat dalam negeri Johor ni lembu sehingga pada tahun 2020 ni, ada 92,732. Itu yang kita dapat daftarkan. Yang kita dapat tahu. Yang kita tak tahu, lagi tak tahu. Kambing kita ada 34,103. Dan, pada masa yang sama kerajaan juga menggalakkan. Kita dia banyak sumber ya. Banyak resources. Sebab itu kita menggalakkan membiakkan pembangunan ladang ternakan ruminan. Antaranya adalah kita nak pastikan bahawa ladang-ladang multiplikasi atau pengganda ni perlu dibangunkan oleh sektor swasta atau agensi perladangan sawit seperti FELDA, RISDA, kita berpuluh ribu, ratusan ribu tanah dan ini sebenarnya adalah tapak yang terbaik untuk Program Ternakan Integrasi tetapi tanah adalah milik orang lain. Jadi, kita menggalakkan pihak-pihak seperti FELDA, RISDA, FELCRA untuk mengoptimumkan penggunaan ladang mereka dengan Program Ternakan Integrasi di ladang-ladang mereka. Dan, pada masa yang sama juga, kita juga menggalakkan pekebun-pekebun kita kalau ada tanah kelapa sawit, petik sawit, bawah buat ternakan integrasi. Dan itulah dan kita tidak boleh mengharap dengan pembelian lembu-lembu hidup dari luar kerana kadang kala kita

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 171

bermasalah kesesuaian dengan iklim, dengan iklim yang kita ada ini adalah satu cabaran yang besar. Terima kasih Yang Berhormat Speaker. YB Speaker : Soalan yang seterusnya, Yang Berhormat Tenggaroh. YB Tuan Raven Kumar a/l Krishnasamy (Tenggaroh) : Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 11. Melalui Bajet 2021, telah diadakan Program Cari Orang Memerlukan Bantuan (COMB). Berapakah permohonan yang diterima dan bagaimanakah bantuan tersebut disalurkan kepada masyarakat. Dan jika dilihat, program ini mendapat sambutan yang menggalakkan, adakah ianya diteruskan lagi untuk tahun 2022? YB Speaker : Jemput, YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat : Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam Makmur Johor. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Tenggaroh. Yang Berhormat Tuan Speaker, kerajaan negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor telah melaksanakan Program COMB yang merupakan salah satu inisiatif Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Johor bagi menyantuni rakyat terutamanya akibat daripada pandemik COVID-19. Program ini telah mensasarkan sebanyak 10,000 penerima manfaat. Program ini melibatkan semua agensi, jabatan di bawah portfolio Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu JKM, Jabatan Pembangunan Wanita, Jabatan Kemajuan Masyarakat, Yayasan Keluarga Darul Ta’zim dan LPPKN. Untuk makluman Yang Berhormat, JKM negeri Johor diberi tanggungjawab bagi menyelaraskan perlaksanaan Program COMB melalui pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah. Perlaksanaan Program COMB bermula pada bulan Februari 2021 hingga bulan Mac 2021. Melalui program ini, sebanyak 18,619 permohonan dari seluruh Johor telah berjaya dikumpulkan iaitu melebihi dari jumlah sasaran yang ditentukan. Dari jumlah tersebut, sebanyak 7,398 permohonan telah mendapat kelulusan bantuan manakala 10,681 permohonan tidak layak dipertimbangkan bantuan atas beberapa faktor iaitu pendapatan garis kemiskinan melebihi paras miskin tegar, pemohon tidak menyerahkan dokumen sokongan, pemohon gagal dihubungi dan ada terdapat yang berpindah di luar kawasan. Selain itu terdapat juga pemohon yang tidak berminat dengan perkhidmatan disediakan oleh jabatan. Data pecahan status pencarian Program COMB Fasa 1 mengikut agensi dan jabatan adalah seperti berikut : Jabatan Kebajikan Masyarakat; 12,351 permohonan; 3,068 lulus dan 9,283 tidak lulus. Jabatan Pembangunan Wanita; 43 permohonan, 29 lulus dan 14 tidak lulus. Jabatan Kemajuan Masyarakat; 4,106 permohonan, 4,098 lulus dan 8 tidak lulus. Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga; 116 permohonan, 19 lulus dan 97 tidak lulus. Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim; 2,003 permohonan, 7,024 lulus dan 1,279 tidak lulus. Jenis perkhidmatan yang diterima oleh pemohon yang berjaya antaranya adalah bantuan kewangan bulanan oleh JKM, kursus keusahawanan dan bimbingan guaman oleh JPW, kursus kemahiran quick win, latihan dan bantuan peralatan perniagaan one off oleh KEMAS, tiket saringan kesihatan oleh LPPKN, perkhidmatan kaunseling dan runding cara iaitu Main Act, serta skim pemulihan perniagaan iaitu formula khas untuk belia oleh YPKDT. YB Speaker : Ya, Tenggaroh jemput soalan tambahan.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 172

YB Tuan Raven Kumar a/l Krishnasamy (Tenggaroh) : Terima kasih Yang Berhormat EXCO atas jawapan. Memang tidak dinafikan ada program memang ada kekurangan di setiap program dijalankan. Bukan semua program yang perfect. Mesti ada program ada kekurangannya. Dalam Program COMB pada untuk fasa kedua, apakah penambahbaikan yang akan diadakan untuk menjadikan Program COMB ini lebih baik Yang Berhormat? Terima kasih. YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat : Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan. Melihat kepada sambutan dan pencapaian perlaksanaan Program COMB pada awal tahun 2021 ini, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor telah menyatakan sokongan agar permohonan ini diteruskan pada tahun 2022 semasa menghadiri retreat Belanjawan Johor 2022 pada Oktober 2021. Sehubungan dengan itu, di bawah Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Johor akan melaksanakan Program COMB Fasa 2 pada tahun 2022 dengan mensasarkan sebanyak 15,000 penerima manfaat. Tambahan pula program COMB Fasa 2 ini akan melibatkan beberapa agensi atau jabatan tambahan sebagai rakan strategik iaitu Jabatan Pertanian Negeri Johor, Majlis Agama Islam Negeri Johor, Perbadanan Usahawan Johor dan Yayasan Pelajaran Johor. Mekanisme perlaksanaan program juga telah diperluaskan dengan perlaksanaan aktiviti pendampingan sosial, ziarah kasih, membuka kaunter perkhidmatan agensi dari jabatan di kawasan yang telah dikenal pasti mempunyai penduduk yang memerlukan bantuan, membuat hebahan di media sosial serta permohonan secara atas talian. YB Speaker : Jam telah menunjukkan jam 11.00 pagi. Sekiranya ada soalan yang disenaraikan belum dijawab secara lisan akan dijawab secara bertulis dalam Persidangan yang sama. Saya tangguhkan Persidangan ini sehingga jam 11.20 pagi. Terima kasih. Persidangan ditangguhkan pada jam 11.00 pagi. Persidangan disambung semula pada jam 11.20 pagi. Jurutulis : SAMBUNGAN PERBAHASAN ATAS RUNDINGAN BAGI BACAAN KALI YANG KEDUA BAGI RANG UNDANG-UNDANG ENAKMEN PERBEKALAN (2022) TAHUN 2021 YB Speaker : Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Ahli-Ahli Yang Berhormat Perbahasan Atas Rundingan Bagi Bacaan Kali Kedua Enakmen Perbekalan (2022) Tahun 2021 dimulakan sekarang. Saya mempersilakan Bentayan, jemput. YB Tuan Ng Yak Howe (Bentayan) : Salam sejahtera Yang Berhormat Tuan Speaker. Jutaan terima kasih diucapkan kerana sudi memberi peluang kepada Bentayan untuk mengambil bahagian bagi menyertai perbahasan Belanjawan negeri Johor bagi tahun 2022 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada hari Khamis yang lepas di dalam Dewan yang mulia ini. Bentayan juga ingin merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bersempena ulang tahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 22 November 2021. Yang Berhormat Tuan Speaker, Belanjawan Negeri Johor 2022 sepatutnya menjadi hala tuju dan usaha pemulihan ekonomi negeri Johor daripada kemerosotan di samping membantu golongan yang terjejas akibat wabak pandemik ini. Pelaksanaan setiap titik fokus belanjawan adalah penting untuk memastikan semua langkah strategi atau agenda

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 173

yang akan dilaksanakan dapat memberi manfaat dan impak positif kepada ekonomi negeri dan juga kepada golongan yang memerlukan. Jadi, keberkesanan perlaksanaan belanjawan perlu dipantau dan dinilai pada akhirnya supaya dapat ditambah baik perlaksanaannya pada masa akan datang. Dalam ucapan penggulungan belanjawan 2021 yang lepas, Yang Amat Berhormat Menteri Besar ada mengatakan bahawa bagi memastikan keberkesanan belanjawan negeri Johor 2021, sistem KPI diwujudkan untuk setiap Pengerusi Jawatankuasa Negeri yang bertanggungjawab terhadap pelbagai inisiatif di bawah portfolio masing-masing dan semua output dan outcome akan di bentang kepada Menteri Besar dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan. Akan tetapi adakah lebih baik pencapaian ini tidak hanya dibentangkan kepada Menteri Besar sahaja. Sebaliknya dibentangkan di dalam Dewan yang mulia ini supaya semua ADUN dan rakyat negeri dapat menilaikan pencapaian mereka. Walaupun Yang Amat Berhormat Menteri Besar ada membentangkan pencapaian KPI setiap agenda yang ditetapkan pada Belanjawan Johor 2021 dan ucapan Belanjawan 2022 pada Khamis yang lepas, tetapi agak umumnya pembentangan KPI tersebut. Sepatutnya setiap KPI yang terperinci dan kaedah penilaian harus dikongsikan kepada semua ADUN dan setiap KPI yang ditetapkan adalah nilai yang boleh diukur yang menunjukkan bagaimana setiap agenda mencapai objektif belanjawan. Maka Bentayan berharap laporan KPI untuk setiap Pengerusi Jawatankuasa Negeri dapat di bentang dalam Dewan yang mulia ini dari semasa ke semasa supaya semua ADUN dapat sentiasa memantau dan menilai pencapaian mereka. Yang Berhormat Tuan Speaker, negeri Johor telah beralih ke Pelan Pemulihan Negara Fasa Ke-4 mulai 25 Oktober 2021. Sehubungan dengan ini, banyak sektor atau industri telah di benar beroperasi tetapi pandemik COVID-19 telah memberi impak yang besar kepada ekonomi negara dan pendapatan rakyat. Sebanyak 20% daripada kumpulan isi rumah M40 yang berpendapatan antara RM4,890.00 hingga RM10,959.00 beralih kepada kumpulan B40 menurut data dari Jabatan Perangkaan Malaysia. Kumpulan T20 turut terkesan akibat pandemik COVID-19 yang mana sebanyak 12.8% isi rumah daripada kumpulan ini telah beralih ke kumpulan M40. Purata pendapatan isi rumah kasar bulanan merosot 10.3% daripada RM7,089.00 tahun lalu berbanding dengan RM7,901.00 yang dicatatkan pada tahun sebelumnya. Penyumbang utama kepada trend penurunan ini adalah isi rumah atau individu yang mengalami kehilangan pekerjaan atau pengurangan pendapatan terutama mereka yang berstatus bekerja sendiri dan lain-lain. Tambahan pula pengurangan pendapatan ini bukan sahaja disebabkan faktor kehilangan pekerjaan, malah turut disumbangkan oleh pengurangan jam bekerja dan penyingkatan guna tenaga tidak penuh berkaitan dengan kemahiran. Pandemik COVID-19 di Malaysia telah memberi kesan besar terhadap ekonomi Malaysia termasuk mengurangi nilai ringgit Malaysia dan penurunan KDNK. Wabak ini juga memberikan kesan buruk kepada beberapa sektor utama termasuk sektor hiburan, peruncitan, perhotelan dan pelancongan. KDNK Malaysia telah menyusut 5.6% sepanjang tahun 2020 lalu mencatat prestasi terburuk sejak krisis kewangan Asia pada tahun 1998. Yang Berhormat Tuan Speaker, berdasarkan keadaan yang dihadapi sekarang tumpuan Belanjawan Negeri Johor 2022 harus diberikan kepada: 1. Memastikan pandemik COVID-19 terkawal di negeri Johor 2. Meneruskan agenda prihatin rakyat 3. Menyokong kelangsungan perniagaan Yang Berhormat Tuan Speaker, proses pemulihan ekonomi banyak bergantung kepada tahap kawalan pandemik COVID-19 di mana lebih terkawal atau tapi situasi semasa pandemik lebih cepat ekonomi negeri kembali pulih. Mengikut statistik Kementerian Kesihatan Malaysia sehingga 6 November 2021, kumulatif kes Delta di Johor adalah 251 kes. Varian Delta menyebabkan kadar jangkitan virus menjadi lebih cepat, agresif dan

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 174

kurang menunjuk respon terhadap rawatan yang diterima. Pakar Immunology Universiti Malaysia Pahang, Dr. Ahmad Mahfudz Ghazali berkata berdasarkan kajian jelas menunjukkan bahawa penerima dos penggalak adalah 11 kali ganda kurang risiko dijangkiti COVID-19 berbanding penerima 2 dos vaksin. Selain itu katanya penerima dos ketiga vaksin VOVID-19 juga adalah 19 kali ganda kurang risiko untuk mendapatkan jangkitan yang teruk berbanding dengan penerima 2 dos vaksin. Pakar Virologi Universiti Sains Malaysia Profesor Madya Dr. Yahya Ahmad Alif berkata ini kerana Varian Delta mempunyai mutasi yang sangat hebat menyebabkan sebaran lebih luar dan menyebabkan kesan yang lebih teruk. Kesemua jenis vaksin yang digunakan di negara ini memerlukan dos ketiga bagi meningkatkan semula kemampuan antibodi badan untuk berhadapan dengan Varian Delta. Yang Berhormat Tuan Speaker, setakat 20 November 2021 jumlah dos penggalak yang diberi di negeri Johor hanya sekadar 78,057 dos sahaja. Kadar ini agak lambat. Apakah sebab menyebabkan kadar dos ketiga yang lambat sekarang? Bentayan dimaklumkan masih ramai orang yang takut untuk menerima dos ketiga terutamanya golongan warga emas. Adakah kerajaan negeri telah mengkaji apakah sebab mereka menolakkan menerima dos penggalak? Maka, kerajaan harus memberikan penerangan menggunakan data atau bukti saintifik untuk menunjukkan keberkesanan dos penggalak terhadap virus COVID-19 dan lebih menggalakkan rakyat menerima dos penggalak. Maka kerajaan harus mempercepatkan kadar pembelian dos penggalak supaya ancaman virus dapat diturunkan kepada tahap yang terendah. Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar mengatakan, berkata kerajaan negeri akan memperincikan setiap inisiatif dalam Belanjawan Johor 2022 bagi memastikan tiada berlaku keciciran bantuan kepada penerima yang layak. Maka Bentayan berharap segala inisiatif yang disumbangkan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Ihsan Johor 3.0 dapat diteruskan. Sebagai cadangan penambahbaikan Bentayan ingin mempersoalkan mengapa dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Insan Johor 3.0 bantuan one off sebanyak RM500.00 hanya diberi kepada pemegang lesen premis gunting rambut atau salun sahaja. Manakala pemegang lesen premis salun kecantikan tidak mendapatkan bantuan yang sama sedangkan mereka juga tidak dibenarkan beroperasi kita PKP. Maka mereka harus dimasukkan dalam senarai penerima bantuan atau tahun ini. Kerajaan negeri telah membantu ramai peniaga kecil yang terjejas akibat wabak COVID-19 dengan mengecualikan bayaran tapak perniagaan di pasar tani, pasar pagi dan pasar malam seluruh negeri. Akan tetapi golongan penjaja di tepi-tepi jalan yang menggunakan ruang tempat letak kenderaan atau pemandu teksi yang menggunakan bangunan PBT sebagai pejabat stesen teksi dan ruang tempat letak kenderaan di daerah Muar masih lagi belum membayar sewa bangunan atau caj ruang tempat letak kenderaan secara bulanan, walaupun mereka tidak dapat beroperasi dalam tempoh PKP. Mengapa golongan ini tidak dapat menikmati manfaat inisiatif ini. Maka Bentayan berharap golongan yang tercicir ini dapat juga dikecualikan bayaran sewaan pada tahun ini. Yang Berhormat Tuan Speaker, rata-rata PKS berdepan kekangan sama seperti masalah sumber kewangan, kepakaran yang terhad, kekangan teknologi dan persaingan. Namun sektor PKS merangkumi lebih 90% syarikat berdaftar sekali gus menjadi tulang belakang ekonomi. Walaupun PPN fasa ke-4 telah membenarkan kebanyakan sektor beroperasi tetapi masih ramai yang belum beroperasi semula disebabkan masalah kekurangan aliran tunai. Bentayan mengalu-alukan kerajaan negeri untuk menyediakan RM100 juta pinjaman tanpa faedah kepada PKS-PKS melalui Bank Rakyat. Tapi Bentayan selalu mendapatkan aduan bahawa pinjaman bank sukar untuk diluluskan disebabkan syarat-syarat yang ketat. Contohnya PKS harus mempunyai aliran tunai atau kedudukan kewangan yang stabil, akan tetapi dalam tempoh seperti sekarang mana ada lagi PKS yang mempunyai kedudukan kewangan yang sihat. Itulah sebab mereka perlu meminjam wang dari bank. Oleh itu

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 175

dengan bantuan dari kerajaan negeri, syarat-syarat pinjaman seperti ini harus dilonggarkan. Pengecualian bayaran lesen penjaja, lesen peniaga PKS, mikro sewa premis dan gerai, sewa tapak pasar malam, pasar pagi dan penjaja tepi jalan harus dilanjutkan pada tahun 2022, kerana perniagaan mereka masih belum pulih ke tahap seperti sebelum pandemik dan mereka masih memerlukan bantuan. Yang Berhormat Tuan Speaker, Bentayan juga mengalu-alukan kerajaan negeri meneruskan inisiatif Geran Orang Lokal tetapi hanya peruntukan berjumlah RM3.5 juta diperuntukkan. Peruntukan ini agak jauh beza berbanding dengan cadangan Pakatan Harapan iaitu cadangan Pakatan Harapan adalah peruntukan sebanyak RM8 juta. Inisiatif ini dapat membantu PKS atau mikro mendapatkan bantuan mesin atau peralatan-peralatan untuk memulakan semula perniagaan atau perniagaan baru terutamanya kepada golongan belia atau mereka yang telah hilang pekerjaan. Walaupun peruntukan ini telah bertambah RM500,000.00 di tahun 2022 berbanding dengan peruntukan jumlah RM3 juta di tahun 2021 tetapi peruntukan inisiatif ini harus bertambah dengan lebih banyak pada tahun 2022 terutamanya pada waktu ini semua pihak dan usaha pemulihan ekonomi negeri ini. Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam Belanjawan 2021 Negeri Johor salah satu agenda yang penting untuk memacu pemulihan ekonomi Johor adalah agenda Johor Digital. Apakah perkembangan terkini selepas 1 tahun perlaksanaan agenda Johor Digital? Menurut Ucapan Belanjawan 2022 Yang Amat Berhormat Menteri Besar bahawa pencapaian KPI bagi agenda Johor Digital adalah antara 80% hingga 99%. YB Tuan Jimmy Puah Wee Tse (Bukit Batu) : Tuan Speaker, mohon Bentayan. Tuan Speaker saya nampak timer tak ada on aje, ada keep track tak? YB Tuan Speaker : Saya ada simpan rekod, ada 5 minit lagi Yang Berhormat. YB Tuan Ng Yak Howe (Bentayan) : Jadi, adakah liputan 4G di setiap negeri Johor telah ditingkatkan dan berapakah peratusan peningkatannya? Berapakah jumlah peluang pekerja baru yang di wujud untuk anak-anak Johor bawah agenda Johor Digital? Apakah perkembangan terkini bagi Digital Johor Corporation atau DJ Corp dan apakah kerja atau projek yang telah dilaksanakan. Sebenarnya kerajaan negeri harus memainkan peranan sebagai pemacu utama kepada agenda ini. Kerajaan negeri boleh mengambil kesempatan melalui program pendigitalan ini untuk menambah baik kualiti penyampaian perkhidmatan dan urus tadbir kerajaan negeri seperti contoh e-PBT. Konsep sistem e-PBT telah di wujud sejak 2013 namun didapati perkembangan agak lambat walaupun tak lebih daripada 15 tahun. Contohnya merujuk kepada Sistem e-Khidmat Negeri Johor. Setakat hari ini hanya 10 agensi negeri sahaja yang terlibat dalam e-Khidmat iaitu PBT sahaja. Manakala untuk sektor perkhidmatan yang diberi juga hanya terhad kepada bayaran dan semakan lesen, kompaun, cukai, sewa premis sahaja sedangkan banyak permohonan yang di kebanyakan PBT masih menggunakan borang fizikal. Sejak pandemik COVID-19 mula menular rutin kehidupan seperti bekerja, sekolah dan membeli belah telah berubah dan semakin bergantung kepada kemudahan teknologi digital. Maka kerajaan negeri harus lebih agresif di mana menggalakkan lebih agensi-agensi terlibat dalam pelaksana agenda pendigitalan dan memperluaskan lebih banyak perkhidmatan dalam talian yang sedia ada sekarang kerana dia akan meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan agensi-agensi kerajaan. Yang Berhormat Tuan Speaker, Bentayan ingin menyentuh soal banjir kilat di daerah Muar lagi. Pada 20 Oktober 2021, daerah Muar sekali lagi mengalami banjir kilat yang teruk akibat hujan yang lebat pada hari itu. Menurut bacaan yang direkodkan di stesen Tanjung Agas adalah 113 mm air hujan pada hari itu. Seperti tahun 2020 banyak kawasan hotspot

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 176

mengalami banjir kilat dan ada tambahan kawasan baru pula di mana tidak pernah mengalami banjir kilat sebelum ini. Jabatan Meteorologi Malaysia menjangkakan negara akan mengalami ribut petir dan hujan lebat yang lebih kerap ketika fasa peralihan Monsun Timur Laut bermula 3 November hingga Mac 2022. Semasa fasa awal Monsun Timur Laut iaitu dari November 2021 hingga awal Januari 2022 episod hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah mengenal pasti 278 kawasan hotspot banjir di negeri Johor. Dan antara 41 kawasan hotspot berada di daerah Muar. Bentayan percaya semua PBT, JKR, JPS pun ada data atau senarai sendiri tentang hotspot banjir di setiap kawasan masing-masing. Bentayan ingin menyerukan semua pihak jangan selalu menggunakan alasan air hujan yang banyak yang melebihi kapasiti sistem pengaliran sebagai satu punca utama berlaku banjir. Walaupun faktor ini ada benar dan tidak dapat dikawal tetapi faktor-faktor lain seperti penyelenggaraan parit, sungai dan sistem pengairan air adakah dia dilakukan secara berkala supaya impak banjir ini dapat dikurangkan. Adakah punca-punca utama lain yang menyebabkan banjir kilat di setiap hotspot telah dikenal pasti? YB Speaker : 1 minit lagi Yang Berhormat... YB Tuan Ng Yak Howe (Bentayan) : Sepatutnya semua agensi dikehendaki mengambilkan pendekatan proaktif untuk mengambil tindakan lebih awal supaya mengurangkan impaknya terlebih dahulu. Jangan bagi masalah banjir kilat ini sentiasa berulang setiap tahun dan kawasan hotspot juga semakin bertambah setiap tahun. Yang Berhormat Tuan Speaker, akhir kata Bentayan ingin mengharapkan agar kesemua inisiatif yang telah di bentang oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam Persidangan Belanjawan 2022 pada bagi negeri Johor ini dapat dilaksanakan dengan baik dan berhemah sekali gus memberi manfaat kepada seluruh di negeri Johor. Sekian, terima kasih. YB Speaker : Terima kasih Bentayan. Seterusnya saya persilakan Tiram, jemput YB Tuan Gopalakrishnan a/l Subramaniam (Tiram) : Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Salam sejahtera, selamat tengah hari. Terlebih dahulu Tiram sebagai bangsa Johor, rakyat Johor merafak sembah menjunjung setinggi kasih dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Negeri Johor Darul Ta’zim sempena sambutan Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 22 November 2021. Tuan Speaker, Tema Belanjawan Johor 2022 dipilih Memperhebat Kesejahteraan Johor, sejajar dengan memastikan kesejahteraan ke semua lapisan masyarakat Johor. Usaha-usaha kerajaan menyuntik pembangunan sosioekonomi bangsa Johor. Dalam pada itu meringankan bebanan rakyat yang terhimpit akibat COVID-19 kerajaan telah menggariskan pelbagai rancangan dalam menangani kemiskinan dan mengurangkan ketidaksamarataan daripada pelbagai dimensi. Memperkasa B40 dan mencapai kesaksamaan antara kaum di negara ini. Yang amat menyedihkan ialah pada musim pandemik COVID-19 ini, ramai telah kehilangan punca pendapatan mereka dan masih menganggur. Untuk makluman Ahli Dewan yang mulia sekalian, dalam hal ini kaum India juga tidak ketinggalan. Isu kemiskinan tegar kini telah menjadi isu hangat dalam kalangan kaum India dan menjadi punca atau penyebab kepada pelbagai masalah sosial yang lain di negara ini amnya dan di Johor khasnya. Yang sangat menyedihkan saya ialah ramai yang tidak ada wang untuk menguruskan jenazah keluarga sendiri akibat daripada masalah kemiskinan tegar ini. Tambahan pula, bagi menguruskan mayat, syarikat swasta mengenakan bayaran tidak kurang daripada RM3,500.00. Pada pandangan saya ramai yang meminjam wang daripada ah long-ah long,

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 177

menggadaikan emas dan juga lain-lain kewangan yang lain dengan kadar faedah yang terlalu tinggi. Apabila mereka tidak dapat bayar balik faedah ataupun wang yang dipinjam, pelbagai masalah lain pula muncul yang boleh menggugat keselamatan keluarga. Apakah solution kepada masalah ini? Pada pandangan saya, saya menyeru jasa baik kerajaan Johor supaya menyediakan satu dana bagi pengurusan jenazah, mayat amnya bagi semua kaum dan khasnya bagi kaum India di negeri ini. Di sini saya syorkan dana pengurusan jenazah mayat sebanyak RM1 juta harus diperuntukkan oleh kerajaan negeri kepada kaum India. Tambahan pula saya juga syorkan RM1,000.00 harus diberikan kepada keluarga si mati pada hari kematian, jangan bagi selepas satu bulan. Pada masa itu mereka ini terlalu susah dan dapat dana daripada tempat-tempat lain tu menyusahkan, memudahkan pengurusan mayat dan kerja-kerja berkaitan. Sebenarnya dalam mengesyorkan belanjawan, kita parti pembangkang ada bagi cadangan masalah ini dalam kepada MB tetapi saya rasa dia belum masukkan dalam kita punya belanjawan. Tuan Speaker, sekarang kita negeri Johor berkebajikan. Kerajaan negeri akan memperuntukkan RM5 juta kepada Yayasan Sultanah Rogayah dan RM7 juta kepada Yayasan Sultanah Fatimah. Saya difahamkan RM5 juta untuk kaum India dan RM7 juta untuk kaum Cina, kalau tidak silaplah. Dan juga dinyatakan tidak cenderung kepada sebarang unsur politik. Saya suka kenyataan tersebut, dan dianggotai dengan golongan profesional saya pun ucapkan syabas kepada MB dan juga kalangan EXCO. Soalannya siapakah yang akan melantik golongan profesional yang tersebut? Hendak tidak. mestilah orang-orang politik terlibat, akan terlibat. Tiram mengesyorkan pemimpin India dan Cina dari pembangkang diberi peluang untuk beri cadangan kalau pelaksanaannya sekiranya mendirikan jawatankuasa pelaksanaan mohon beri peluang kepada pihak pembangkang anggotai dalam jawatankuasa tersebut. Tuan Speaker, tanah terbiar. Saya terpaksa bercakap pasal tanah terbiar dalam dua penggal ni kita sentiasa bercakap pasal tanah terbiar, apakah keberkesanan itu tidak pasti. Dalam Belanjawan Johor 2022, dapat lihat Program Memperhebatkan Johor Tani. Rama generasi muda ingin menceburkan diri dalam pertanian. Mereka juga ingin menggalakkan, menggiatkan diri dalam pertanian. Halangan ialah, mereka tidak mempunyai tanah, modal dan latihan. Kerajaan perlu membajai keinginan mereka program-program tertentu. Tiram mengesyorkan tanah terbiar perlu digunakan secara meluasnya untuk kegunaan masyarakat. Tiram rasa, untuk permohonan tanah terbiar ini mempunyai beberapa protokol yang susah yang diikutinya, birokrat. Sekiranya prosedur untuk mendapatkan tanah terbiar dimudahkan caranya, ramai anak-anak muda akan menggunakan kesempatan ini. Bukan sahaja anak muda maju dalam pertanian, bahkan dapat bersihkan kawasan-kawasan yang semak samun di kawasan-kawasan perumahan dan juga tepi jalan. Tuan Speaker, kerajaan perlu adakan kempen pertanian termasuk tanah terbiar supaya kesemua lapisan masyarakat dapat menikmati ataupun kenikmatan melalui penggunaan tanah terbiar ini. Tuan Speaker, lagi sekali saya bercerita pasal kaum India. Indian Task Force. Dalam belanjawan tersebut saya amat kagum dan juga berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Dato’ Menteri Besar, Tiram mengalu-alukan Jawatankuasa Task Force Masyarakat India Johor 2021. Penyerahan krematorium awam kepada PBT Segamat dan Labis untuk tujuan pengurusan dan penyelenggaraan. Saya amat menggalakkan opsyen ini kerana saya baru-baru ni pergi ke Klang dan menghadiri satu kematian di sana, krematorium dia hanya charge RM150.00 sahaja. Di Johor, di swasta tidak kurang daripada RM700.00. Benda ni siapa yang mengesyorkan kepada kerajaan? Saya kalau tidak silap kemungkinan Yang Berhormat Vidya, Ketua MIC negeri Johor saya mengucapkan terima kasih. Ini mesti melaksanakan benda ni secepat mungkin. Tiram mengesyorkan adakan tanah perkuburan dan krematorium setiap daerah Johor yang penduduk India yang padat.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 178

Di samping itu, sila membangunkan projek yang terlepas di Tanjung Langsat, tapak pembinaan krematorium Pooja yang diadakan pada hari yang ke-16. Projek ini bermula pada masa pemerintahan Barisan Nasional, kemudian ambil inisiatif oleh kerajaan PH. Kini kerajaan PN dan BN, Tiram berharap projek ini akan terlaksana secepat mungkin. Tiram juga mengesyorkan adakan tapak krematorium di setiap daerah yang padat penduduk India supaya memudahkan upacara mereka tanpa halangan daripada pihak berkuasa sentiasa mengejar dia keluar, menghalau, beberapa kekacauan dalam upacara tersebut. Tuan Speaker, kini saya nak bawa isu-isu tempatan. Tiram dapat satu aduan, pengusaha bengkel kereta di kawasan Pasir Putih dan Kota Masai. Mereka memohon beberapa kali dengan saya, bahawa kereta-kereta yang di parking di depan bengkel workshopnya sentiasa diberi saman. Hanya 3 hari diberi peluang untuk parking di depan bengkel tersebut kereta-keretanya yang untuk di repair. Dalam kedai bengkel ruangnya boleh parking maksimum 3 kereta sahaja. Yang lebihnya terpaksa parking di luar. Setiap kedai MPPG penguat kuasa sama bengkel-bengkel tersebut. Ini kawasan Kota Masai dengan Pasir Putih ya khasnya. Kerana parking lebih daripada 3 hari. YB Speaker : Ada mohon pas tahunan ke Yang Berhormat? YB Tuan Gopalakrishnan a/l Subramaniam : Ya? YB Speaker : Tak ada mohon pas tahunan? YB Tuan Gopalakrishnan a/l Subramaniam : Ha... YB Speaker : Parking tu boleh mohon pas tahunan kan? YB Tuan Gopalakrishnan a/l Subramaniam : Mereka meluahkan ketidakpuashatian kepada Tiram. Mereka bukan memperolehi pendapat yang tinggi. Selepas pandemik COVID ini, barulah mereka dapat nafas. Baru MPPG cuba melaksanakan undang-undang dengan keras, mereka terhimpit dan hilang pendapatan. Lebih-lebih lagi bayaran saman rugikan mereka. Mereka mohon diberi kelonggaran sementaralah, sekurang-kurangnya bagi 2 minggu untuk kereta-kereta di parking depan workshop. Kereta-kereta ini bukan sebarangnya, mereka parking untuk repair, di baik pulih. Tiram memohon MPPG a bit flexible lah dengan bengkel-bengkel tersebut, supaya mereka kembali mengubati kecederaan hidupnya daripada pandemik COVID. YB Tuan Gopalakrishnan a/l Subramaniam (Tiram) : Tuan Speaker, saya hari ini tidak prepare banyak ucapan sebab saya ni demam, saya nak balik juga. Walau bagaimanapun saya nak bagi 2 pantun. YB Speaker : Demam boleh masuk Dewan ke? (Dewan ketawa.) YB Tuan Gopalakrishnan a/l Subramaniam (Tiram) : Pergi Terengganu ke Pasar Payang, cari rojak di Seberang Prai, putus sudah kasih sayang, tekan butang untuk bercerai. Lagi satu. PN dan BN menjadi dalang, lompat melompat sampai persisir, simpati Melaka negeri malang, dapat pemimpin menjadi pasir. Sekian, terima kasih. YB Speaker : Itu tak sihat tu. Kalau sihat... YB Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan : Yang Berhormat Speaker macam mana dia demam boleh masuk Dewan. Dahlah tak pakai mask Yang Berhormat. YB Speaker : Demam atau kurang sihat? YB Tuan Gopalakrishnan a/l Subramaniam (Tiram) : Tak sihat.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 179

YB Speaker : Seterusnya, saya persilakan Penggaram. Jemput. YB Puan Gan Peck Cheng (Penggaram) : Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker memberi peluang kepada Penggaram untuk membahas dalam Belanjawan 2022. Penggaram merafak sembah menjunjung kasih dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 22 November 2021. Penggaram juga merakamkan ucapan takziah ke atas keluarga yang telah kehilangan ahli keluarga khusus buat anak-anak kecil yang kehilangan ayah atau ibu mereka akibat penularan wabak COVID-19. Penggaram ingin mengucap terima kasih kepada kerajaan Johor telah bersetuju supaya semua Ahli Dewan Undangan Negeri menerima peruntukan yang tetap sebanyak RM200,000.00 setiap tahun. Di sini Penggaram memohon untuk menunjukkan pembahagian kuasa dan fungsi perundangan. Penggaram harap satu peruntukan tetap juga disalurkan kepada Pejabat Speaker atau Dewan Negeri Johor. Yang Berhormat Tuan Speaker, Penggaram mempunyai perkara yang akan dibangkit di dalam ucapan ini. Pada bulan Oktober, Penggaram maklum Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah membuat beberapa siri lawatan ke daerah-daerah sebagai cara mendapatkan in put untuk perbelanjaan tahun 2022. Di dalam beberapa siri lawatan tersebut, seorang penasihat kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Datuk Tee Siew Kiong telah membuat kenyataan media meliputi beberapa daerah sebagai input kepada Rancangan Johor 3 tahun dan sebelum Bajet 2022 dibentangkan. Pertama, kerajaan Johor akan selangkah demi selangkah menjadikan Kulai sebagai Pusat Ekonomi Antarabangsa dan Bandar Antarabangsa. Kedua, Pontian akan menjadi daerah eco-tourism di mana kecantikan pemandangan serta ternakan hasil laut, perindustrian dengan akan menjadikan Pontian digelar sebagai syurga selatan. Ketiga, Batu Pahat sebagai bandar selamat sejahtera di mana daerah di pinggir laut ini terdapat pelbagai kegiatan ekonomi seperti aktiviti barter trade di Pelabuhan Batu Pahat, pertanian moden, industri, pertanian moden, industri tekstile, kemudahan pelancongan dan industri makanan ringan serta persekitaran yang bersesuaian dengan kehidupan. Keempat, Tangkak sepatutnya menonjolkan keunikan karektor sebagai nilai tambah kepada Tangkak di dalam eco-tourism. Berdasarkan keempat-empat kenyataan tersebut, Penggaram ingin bertanyakan beberapa perkara. Pertama, Penggaram ingin mengesahkan, adakah kenyataan-kenyataan yang telah dibuat oleh penasihat Yang Amat Berhormat Menteri Besar adalah sebagai hala tuju kerajaan untuk daerah-daerah tersebut. Jika ya, Penggaram ingin tahu di manakah di dalam Bajet 2022 yang telah dibentangkan pada minggu lalu ini diperuntukkan untuk menuju ke aras dasar-dasar tersebut. Kedua, Penggaram ingin kepastian, adakah Datuk Tee Siew Kiong sebagai penasihat kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar diberi authority untuk mengumumkan sesuatu dasar bagi pihak kerajaan negeri Johor. Di mana ia meliputi sektor ekonomi, pertanian, pelancong dan lain-lain. Penggaram berasa gembira jika perkara-perkara di atas dapat dilaksanakan dan berharap perkara-perkara yang akan dibangkitkan oleh Penggaram dapat menarik perhatian Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan barisan EXCO kerajaan. Yang Berhormat Tuan Speaker, di dalam keghairahan kerajaan membangunkan pelbagai pembangunan infrastruktur pelancongan, Penggaram berharap kerajaan tidak melupakan

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 180

kewujudan Taman Botani Johor yang terletak di Seri Medan, Batu Pahat. Taman Botani Seri Medan ini asalnya bekas lombong bijih dan dijadikan taman botani untuk penduduk setempat berekreasi. Cantik pemandangannya. Jika ia dibangunkan dengan baik ia akan membantu perkembangkan ekonomi di sekitar Seri Medan, Batu Pahat. Penggaram mendapati ramai lagi yang tidak mengetahui kewujudan Taman Botani Johor tersebut dan merasakan perlunya kerajaan mengambil langkah efektif dari segi pembangunan naik taraf dan promosi. Selain itu, terdapat tempat-tempat menarik di negeri Johor yang sedia ada masih tidak mempunyai fasiliti asas keperluan seperti ketiadaan lampu jalan, tandas dan ada juga yang tidak di selenggara dengan baik. Penggaram menyarankan kerajaan memandang trend nature tourism di mana rakyat lebih memilih untuk berkunjung ke tempat-tempat yang mempunyai keindahan semula jadi. Sebagai contoh hiking, memancing, perkhemahan di mana aktiviti yang sedang mendapat tempat di kalangan Bangsa Johor tanpa mengira latar belakang kehidupan dan umur. Penggaram memuji inisiatif kerajaan berkaitan Majestic Johor untuk sektor pelancongan di mana ia adalah satu langkah untuk menarik pelancong luar, pelancong luar datang ke negeri Johor. Tetapi Penggaram berharap kerajaan tidak melupakan Bangsa Johor sendiri yang mempunyai pelbagai lapisan masyarakat dari segi pendapatan yang memerlukan kepelbagai aktiviti rekreasi dan pelancongan. Sebagai contoh, Penggaram melihat trend atau minat orang ramai dalam aktiviti hiking, Penggaram mendapati bayaran permit menjalankan aktiviti hiking di Hutan Simpan terlalu mahal iaitu sebanyak RM10.00 ke atas setiap individu. Penggaram ingin mengetahui, apakah rujukan asas kerajaan di dalam menetapkan harga tersebut. Selain itu, Penggaram mendapati kesulitan untuk mendaftar bagi tujuan hiking dan berharap agar kerajaan mengambil langkah untuk mempermudahkan proses ini dan juga bayaran yang munasabah agar Bangsa Johor sendiri dapat menjalankan aktiviti-aktiviti rekreasi dengan lebih mudah. Yang Berhormat Tuan Speaker, Penggaram berminat dengan dasar buatan Malaysia yang negara kita pernah laksanakan lama dahulu. Dasar ini juga menggalakkan orang tempatan menceburi bidang usahawan kreatif yang memberi peluang kepada mereka yang mempunyai daya kreatif dan inovatif serta mampu memberi persaingan di dalam industri. Penggaram melihat jika dasar ini boleh di aplikasi di negeri Johor iaitu di desa-desa ia juga mampu membantu kita menangani masalah jurang lapisan penduduk di desa yang kita lihat lebih dihuni warga emas. Selain dapat merapatkan jurang antara kawasan bandar dan luar bandar. Penggaram melihat ia mampu menggalakkan golongan muda pulang ke kampung halaman untuk memulakan perniagaan melalui rancangan berkelompok masyarakat setempat sekali gus dapat mengisi kelompongan generasi muda di desa-desa. Projek penciptaan tempatan biasanya memberi tumpuan kepada mata pencarian kerana hasilnya boleh dilihat melalui data kuantitatif. Idea utama penciptaan tempatan terus tumpu kepada tiga elemen utama, cerita tempatan, industri dan penduduk. Gabungan elemen-elemen ini, ia lebih berdaya saing dan mampu menarik golongan muda ke kampung halaman sekali gus membangunkan desa serta meningkatkan gaya hidup masyarakat di desa. Kaedah pelaksanaan kebiasaannya adalah kerajaan menyediakan subsidi kewangan dan maklumat dasar dan organisasi tempatan memohon subsidi atau bantuan kerajaan. Ia boleh dijalankan dalam bentuk kerjasama antara pihak industri dan golongan akademik seperti institusi pengajian di kawasan tersebut seperti sekolah-sekolah yang bertindak mengaktifkan komuniti di sekitar dan meningkatkan hubungan antara pelajar dan masyarakat setempat. Penggaram yakin Bangsa Johor mempunyai anak muda yang ingin pulang ke kampung halaman tetapi tidak tahu apa yang mereka boleh lakukan apabila pulang ke kampung halaman. Sudah tentu lebih banyak data demografi dan industri diperlukan untuk rujukan untuk melaksanakan dengan lebih tepat. Penggaram percaya Batu Pahat, khususnya mempunyai potensi besar dalam hal ini. Yang Berhormat Tuan Speaker, Penggaram ingin membangkitkan isu cukai tanah yang dikenakan ke atas tanah milik Persatuan Bola Keranjang di mana tanah tersebut terdirinya

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 181

dewan bola keranjang tertutup yang diuruskan oleh Persatuan Bola Kerajang Batu Pahat. Seperti sukan bola sepak, Johor juga telah melahirkan atlet berbakat dalam sukan menembak dan bola keranjang. Sukan bola kerajang sama ada pasukan lelaki atau wanita telah menyumbangkan pelbagai kejayaan kepada negeri Johor di pelbagai peringkat termasuk SUKMA. Kenaikan cukai dari RM1,353.00 kepada RM47,069.00 dirasakan telah mencekik nafas mereka di dalam usaha mereka melahirkan generasi dan bakat di dalam sukan bola keranjang. Makluman tambahan, bangunan tersebut selalu menjadi arena pertandingan bola keranjang di peringkat daerah, negeri dan juga antarabangsa di mana pembinaannya mengikut spesifikasi gelanggang bola keranjang antarabangsa. Penggaram berpendapat sebagai persatuan yang telah memberi banyak sumbangan, mengharumkan nama negeri Johor malah mengambil tanggungjawab mencungkil serta melahirkan bakat dan atlet sukan bola keranjang. Kenaikan cukai terhadap bangunan-bangunan kompleks sukan seperti tersebut adalah tidak wajar. Yang Berhormat Tuan Speaker, perkara yang sama juga terjadi atas Persatuan Menembak Negeri Johor di mana cukai tanah yang dikenakan ke atas lapang sasar milik persatuan tersebut meningkat dari RM2,000.00 lebih hingga kepada RM60,000.00. Selain telah banyak menyumbang kepada negeri Johor dengan melahirkan banyak bakat-bakat baru di dalam sukan menembak, persatuan ini telah kerap kali menyediakan lapang sasar sebagai tempat latihan para atlet menembak sebagai persediaan atlet-atlet negeri ke SUKMA dan pelbagai peringkat. Sebagai sebuah pertubuhan non profit, persatuan ini juga menyediakan fasiliti lapang sasar sebagai tempat latihan kepada PDRM dan kakitangan agensi-agensi kerajaan. Kini Penggaram mendapat maklumat persatuan ini telah menerima notis daripada Pejabat Tanah kerana gagal membayar cukai tanah. Persatuan telah diberi tempoh tiga bulan untuk dikenakan tindakan. Perlu untuk kerajaan tahu, persatuan-persatuan ini diwujudkan bukanlah untuk mendapatkan keuntungan tetapi di atas semangat ahli-ahli persatuan dalam sukan tersebut. Di dalam usaha mencungkil bakat dan mempertingkatkan prestasi dan nilai tambah sukan di negeri Johor, Penggaram berharapkan satu tindakan dapat diambil oleh kerajaan khasnya EXCO Belia dan Sukan untuk melihat isu-isu ini agar kerajaan dilihat bukan sekadar retorik tapi benar-benar ingin meningkatkan tahap sukan di negeri Johor. Yang Berhormat Tuan Speaker, di atas dua perkara asas Bajet 2022, Johor yang tertumpu ke arah mendekati dan meringankan beban rakyat yang terhimpit akibat pandemik COVID serta menggiatkan usaha awalan dalam pemulihan semula sektor ekonomi secara menyeluruh, Penggaram terdapat beberapa cadangan. Penggaram mengucapkan tahniah kepada PBT Batu Pahat di atas meluluskan pelaksanaan pemutihan kilang-kilang haram. Pemutihan ini sebagai satu usaha untuk mengembalikan hasil negeri. Pagi tadi saya tidak sempat mengemukakan soalan saya tetapi saya nak mengucapkan terima kasih kepada EXCO Perumahan sebab memberi penjelasan yang terperinci kepada saya. Saya berharap satu sesi Townhall akan diadakan antara PBT dengan pengusaha kilang sebab maklumat yang terkini ini boleh disampaikan kepada mereka. Saya berharap kerajaan boleh membantu pengusaha-pengusaha yang mempunyai masalah berikut dan juga membantu mereka secara langkah, dengan yang menghadapi masalah kos yang terlalu tinggi ini sebab pemutihan, dia makan kos tinggi. Jadi saya harap EXCO Perumahan dapat membantu kepada mereka. Begitu juga keadaan dengan proses pemutihan jeti-jeti haram yang terdapat di sepanjang pinggir pantai Batu Pahat. Penggaram juga ingin mengetahui status projek second port yang telah dirancangkan lama, apakah status sekarang. Adakah dia akan dijalankan ataupun akan dibatalkan? Saya minta EXCO kerajaan boleh bagi mengetahui perkara ini status second port di Batu Pahat. Akhir kata Penggaram berharap agar kerajaan mempertimbangkan cadangan-cadangan serta memandang serius permasalahan yang dibangkitkan, terima kasih. YB Speaker : Ya terima kasih Penggaram. Seterusnya saya persilakan Bukit Kepong.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 182

YB Dato’ Dr. Sahruddin bin Haji Jamal (Bukit Kepong) : Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Bismillahirahmanirrahim. (Doa) Syukur saya ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah perkenan dan kurnianya diberikan kesempatan di Dewan yang mulia ini untuk saya menyuarakan suara rakyat memberikan pandangan dan mengemukakan cadangan berhubung Belanjawan Johor 2022. Terlebih dahulu izinkan patik merafak sembah menjunjung kasih dan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada Duli Yang Maha Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim sempena sambutan ulang tahun hari keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 22 November 2021 yang lalu. Patik mendoakan semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang Amat dikasihi Pemaisuri Johor berada dalam keafiatan bersemayam di tahkta dengan segala kebesaran dan kedaulatan serta sentiasa di bawah lindungan Allah SWT. Yang Berhormat Tuan Speaker, Malaysia Johor ke arah pemulihan. Alhamdulillah berkat kesungguhan pentadbiran kerajaan di bawah pimpinan Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Yassin dalam merencanakan berbagai inisiatif dan program dalam mendepani cabaran pandemik COVID-19, Malaysia termasuklah negeri Johor ini sedang melalui fasa pemulihan. Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) telah menjadi antara usaha dan benteng penularan wabak yang tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia dan negara ini. Peningkatan kadar vaksinasi lengkap di kalangan rakyat telah membolehkan peralihan Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN). Setelah lebih setahun ekonomi negara dan negeri mengalami penguncupan, pelbagai sektor terpaksa ditutup bagi memutuskan rantaian jangkitan serta masyarakat terbeban dengan kesempitan hidup kini persekitaran mulai berubah seperti asal iaitu sebelum pandemik melanda negara. Negara kini ke arah fasa endemik, pemulihan sedikit demi sedikit sedang berlaku. Walaupun masih berlaku, rakyat perlulah mematuhi protokol kesihatan yang ditetapkan tetapi banyak kelonggaran yang telah dapat untuk rakyat nikmati pada hari ini. Rakyat bebas untuk pergi ke mana sahaja, mereka yang berniaga kembali memulakan semula perniagaan yang diusahakan secara lebih aktif. Dan anak masih kembali ke sekolah untuk sesi pengajaran dan pemulihan PDP dengan bersemuka. Terima kasih juga kepada kerajaan pimpinan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Perdana Menteri Malaysia yang kesembilan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin selaku Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) yang telah memungkinkan semua ini terjadi. Penghargaan tidak terhingga kepada seluruh barisan hadapan ataupun frontliners. Tanpa pengorbanan anda semua yang bertungkus umus memerah keringat dengan tanggungjawab di lapangan kita sebagai rakyat tidak mungkin menikmati segala kelonggaran ini. Apa yang pasti ekonomi negara secara keseluruhannya diharap akan kembali cergas dan ini didorong dengan kesungguhan kerajaan pimpinan Perdana Menteri melaksanakan dasar dan tindakan yang dapat membangkitkan semula pasca pandemik. Di peringkat negeri Johor besarlah harapan Bukit Kepong untuk melihat ekonomi kembali pulih. Pengangguran berkurangan dengan meningkatnya peluang pekerjaan apatah lagi kuasa isi rumah bangkit diupayakan menerusi peruntukan besar Belanjawan Johor 2022. Tidak cukup sekiranya ekonomi kita ini sekadar berdaya tahan semata-mata namun pemulihan itu perlu benar-benar berlaku jika kerajaan negeri mahu objektif memperhebat kesejahteraan Johor dapat direalisasikan sekaligus bukannya naratif retorik sahaja. Yang Berhormat Tuan Speaker, strategi kewangan Belanjawan Johor 2022. Belanjawan Johor 2022 menyaksikan kerajaan negeri pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar sekali lagi membentangkan sebuah belanjawan defisit dengan unjuran hasil sebanyak RM1,671.54 juta dan unjuran perbelanjaan pula RM1,958.01 juta. Belanjawan defisit ini sebanyak RM286.42 juta. Strategi kewangan Belanjawan Johor 2022 juga merupakan belanjawan mengembang telah dimaklumkan. Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 183

menyatakan bahawa kerajaan negeri berusaha meningkatkan perbelanjaan dan defisit fiskal untuk menjayakan pelbagai inisiatif di bawah belanjawan ini. Meskipun pemulihan ekonomi ini sedang berlaku bukanlah ia akan dan terus terjadi dalam satu kecepatan yang tinggi atau luar biasa. Pemulihan ini sudah pasti berlaku sedikit demi sedikit dan implikasinya terhadap rakyat juga memerlukan masa. Maka dengan strategi mengoptimumkan segala sumber yang ada pada kerajaan negeri termasuklah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri Johor dan syarikat berkepentingan kerajaan (GLC) negeri Johor ia menghadirkan rasa gusar Bukit Kepong terhadap sumber hasil 2 entiti ini pada tahun hadapan. Mengambil contoh pendapatan PBT yang terdiri daripada hasil cukai, hasil bukan cukai dan terimaan bukan hasil, PBT juga perlu untuk perbelanjaan pengurusan dan perbelanjaan pembangunan. Sewajarnya kerajaan negeri membantu PBT terutamanya yang mempunyai pendapatan yang rendah. Seandainya kerajaan negeri menyasarkan peningkatan kutipan hasil di kalangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), strategi kewangan Belanjawan Johor 2022 ini iaitu mengoptimumkan segala sumber yang ada perlu diperhalusi secara bersama dengan membincangkan mekanisme dengan lebih mendalam. Yang Berhormat Tuan Speaker, potensi agro makanan Johor. Belanjawan Johor 2022 akan melaksanakan 4 impetus ekonomi baharu dan 12 agenda utama. Secara peribadi Bukit Kepong melihat kesemua impetus yang dinyatakan begitu dekat cakna dan prihatin dengan pertumbuhan negara serta kemaslahatan rakyat. Iltizam kerajaan negeri untuk menjadikan Johor sebagai hab makanan untuk pasaran domestik, serantau dan bangsa selain membangunkan industri agro makanan amatlah disambut baik, memandangkan Johor mempunyai segala kecukupan bagi menjayakan hasrat ini. Bukit Kepong juga menyambut baik malah menantikan Dasar Agro Makanan Negeri Johor yang bakal memodenkan sektor agro makanan Johor. Semoga dasar ini akan mengoptimumkan penggunaan tanah, terutama tanah terbiar, prasarana, serta menggalakkan penggunan teknologi moden dan aktiviti berskala besar. Ketika menjawat jawatan Menteri Besar, Bukit Kepong telah menyatakan komitmen kerajaan negeri untuk memperkasakan gagasan revolusi hijau dengan penglibatan pelbagai jabatan yang akhirnya menyumbang secara significant kepada ekonomi negeri dan rakyat Johor. Ia meliputi pembangunan tanah terbiar, pemerkasaan industri tanaman makanan utama, keluasan penanaman kelapa, pembangunan tanaman nanas, aquaculture dan bio sekuriti sumber perikanan, ternakan kupang serta kebun integrasi. Oleh itu menjadi harapan Bukit Kepong untuk melihat potensi Johor dalam industri agro makan ini mampu memacu pertumbuhan, ekonomi negeri secara mikro serta makro dan akhirnya memberi limpahan manfaat kepada rakyat Johor serta meletakkan industri ke tahap yang tertinggi. Yang Berhormat Tuan Speaker, pemerkasaan pendigitalan Johor menyentuh kepada usaha perluasan pendigitalan Johor amatlah Bukit Kepong tertarik dengan komitmen kerajaan negeri untuk mengangkat tahap pendigitalan seterusnya memperkenalkan Pelan Induk Digital Johor yang akan mencorakkan hala tuju utama digital negeri ini. Hikmah daripada berlakunya pandemik COVID-19 telah menyaksikan segala pekerjaan dan kehdupan seharian rakyat berlaku secara maya tidak kira menerusi telefon bimbit, komputer atau apa juga gadjet yang memiliki jaringan Internet. Sudah tentu suatu masa nanti penggunaan gajet dan jaringan internet adalah secara optimum. Oleh itu persediaan dan persiapan dikalangan rakyat perlu berlaku pada kadar segera yang. Seluruh rakyat perlu berupaya menguasai pendigitalan ini. Kerajaan negeri .... sebelum ini amatlah menekankan usaha memacu sektor teknologi komunikasi dan maklumat ICT Sains serta teknologi. Bukit Kepong ingin melihat Johor menjadi sebagai negeri pintar. Memiliki kualiti perkhidmatan yang cemerlang malah mempunyai bakat hebat dalam bidang STEM, PVET dan Robotik..

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 184

Justeru Bukit Kepong percaya Pelan Induk Digital Johor ini akan bersifat holistik bukan sahaja meningkatkan kapasiti dan kemampuan infrastruktur semata-mata tetapi juga mengutamakan pembangunan insan di kalangan rakyat yang mahir serta menguasai teknologi digital. Yang Berhormat Tuan Speaker, proaktif menarik pelaburan baharu. Sektor pelaburan merupakan nadi kepada pertumbuhan ekonomi di negeri Johor. Ketika pentadbiran Bukit Kepong sebagai Menteri Besar, kerajaan negeri sedang dalam proses merangka hala tuju Pelan Induk Pelaburan Negeri Johor 2020 dengan matlamat meningkatkan daya saing dan nilai produktiviti pelaburan di negeri Johor. Alhamdulillah pembentangan Belanjawan Johor 2022 oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar tempoh hari telah menyatakan bahawa pelan ini akan dilancarkan dalam masa terdekat berdasarkan 4 pelan strategi pelaburan bagi tempoh 10 tahun akan datang. Bukit Kepong melihat peri pentingnya Pelan Induk Pelaburan Negeri Johor 2030 bukan sahaja untuk menjadi asas kepada usaha untuk menjadikan Johor sebagai destinasi pelaburan utama di Asia Tenggara malah pembangunan ekosistem yang menarik minat pelabur asing ke negeri ini. Pada masa sama pelan ini turut akan meletakkan keutamaan kepada soal pemulihan persekitaran pelaburan di negeri Johor dan ia turut menjadikan peluang pekerjaan berkualiti terutamanya kepada anak tempatan, memperkasa sektor e-Dagang serta merangsang pertumbuhan ekonomi. Dengan 5 perkara yang telah digariskan untuk mengekalkan status Johor sebagai pusat pelaburan berdaya tinggi Bukit Kepong juga berharap agar kewujudan Pagoh Special Economic Zone, dengan izin dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Begitu juga mengoptimumkan pertumbuhan pesat di kawasan Industri Hab Perabot Johor iaitu Muar Furniture Hab sekaligus tidak hanya tertumpu di Wilayah Pembangunan Iskandar sahaja. Yang Berhormat Tuan Speaker, Orang Muda Johor, menyentuh agenda Orang Muda Johor pelbagai peruntukan diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam pembentangan Belanjawan Johor 2022. Sebanyak RM42.5 juta diperuntukkan untuk melaksanakan inisiatif-inisiatif yang menyokong penglibatan dan pembangunan Orang Muda Johor. Peruntukan yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar ini mencakupi inisiatif seperti penubuhan Tunku Mahkota Ismail Youth Centre di Kluang dan Pasir Gudang, melahirkan pemimpin masa depan Johor serta penglibatan anak muda dalam sukan. Apa yang menarik perhatian Bukit Kepong di sini adalah berkaitan Dewan Muda Johor. Bukit Kepong sedar Dewan Muda Johor cetusan idea asal Yang Berhormat Menteri Besar yang diwujudkan sejak tahun 2018. Ia merupakan kuasa pendesak dikalangan anak muda di Johor. Melihat kepada carta organisasi Dewan Muda Johor ini dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar sebagai penaung diikuti Yang Berhormat EXCO Belia dan Sukan sebagai penasihat selain ahli pemegang amanahnya, besarlah harapan Bukit Kepong untuk melihat pelan ini benar-benar memainkan peranannya sebagai kuasa pendesak. Menerusi pengamatan Bukit Kepong sejak Dewan Muda Johor diwujudkan, badan ini begitu lantang menyalurkan kritikan kepada kerajaan Pakatan Harapan sama ada di peringkat persekutuan mahupun negeri pada ketika itu. Dengan ikhtiar menjadi semak dan imbang dalam tadbir urus kerajaan. Maka kini besarlah harapan Bukit Kepong, Dewan Muda Johor ini benar-benar menepati objektifnya sebagai suara usul yang bebas dan lantang dalam membawa aspirasi anak muda serta masyarakat sekali gus tidak bersuara secara bermusim atau terpilih serta dipengaruhi mana-mana pihak berkepentingan. Ini penting untuk memastikan usaha pemimpin masa depan Johor di bawah agenda anak Muda Johor ini benar-benar menepati matlamatnya sekali gus mengasuh dan membimbing pendidikan kepimpinan yang matang serta tulen. Yang Berhormat Tuan Speaker, Temasya SUKMA Johor, keputusan Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia, SUKMA untuk menangguhkan Temasya SUKMA Johor ini ke

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 185

tahun 2024 sedikit sebanyak telah memberikan kesan kepada Bukit Kepong. Ini kerana kerja-kerja menyiapkan venue pertandingan serta melatih atlit bagi SUKMA Johor 2024 berlaku ketika pentadbiran Bukit Kepong sebagai Menteri Besar. Sebagai makluman, negeri Johor telah menunjukkan komitmen yang tinggi untuk menjadi tuan rumah yang terbaik dalam sejarah temasya sukan dwi tahunan ini. Namun pandemik yang melanda negeri Johor, pandemik yang melanda dunia, negara dan Johor amnya telah menyebabkan pengelolaan temasya ini dibatalkan. Tujuannya apabila Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam pembentangan Belanjawan Johor 2022, kerajaan negeri akan memastikan kemudahan sukan sentiasa diselenggara. Ia sedikit sebanyak menghadirkan rasa lega dan kebimbangan Bukit Kepong. Yang Berhormat EXCO sendiri ketika berucap kepada media baru-baru ini memberitahu bahawa venue dan fasiliti SUKMA Johor akan disewa bagi mengelak infra dan prasarana yang siap terbina menjadi gajah putih. Ia satu komitmen yang besar daripada kerajaan negeri. Bagaimanapun, ia bukanlah satu jaminan kukuh. Semua venue dah SUKMA Johor ini akan dapat bertahan dan sentiasa berada dalam keadaan yang baik sebelum temasya ini. Ia akan melibatkan kos penyelenggaraan yang besar bahkan kos baik pulih jika ia mengalami kecacatan atau kerosakan luar biasa. YB Speaker : Minum air dahulu Yang Berhormat. Minum air dahulu. YB Dato’ Dr. Sahruddin bin Haji Jamal (Bukit Kepong) : Insya-Allah. Justeru Bukit Kepong berharap akan kerjasama kerajaan negeri serta pihak-pihak lain seperti Perbadanan Stadium Negeri Johor, Majlis Sukan Negeri Johor dan Pihak Berkuasa Tempatan agar dapat memastikan venue dan benar-benar diselenggara dan dijaga dengan baik dari semasa ke semasa. Terima kasih. Yang Berhormat Tuan Speaker, peruntukan kepada ADUN. YB Tuan Haji Sheikh ‘Umar Bagharib bin Ali (Paloh) : Kang kena kang dengan izin tu? (Dewan ketawa). YB Dato’ Dr. Sahruddin bin Haji Jamal (Bukit Kepong) : Dengan izin eh. Peruntukan kepada ADUN. Sebelum mengakhiri ucapan perbahasan ini Bukit Kepong dengan penuh sukacita ingin merakamkan penghargaan dan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana telah menyediakan peruntukan tetap sebanyak RM200,000.00 setiap DUN kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri Johor. Peruntukan bagi tujuan pengurusan serta pentadbiran di kawasan DUN Undangan Negeri Johor, masing-masing selain peruntukan kecil, bekalan ini jelas sikap keterbukaan kerajaan dalam urus tadbir terhadap semua rakyat di negeri Johor. Begitu juga persetujuan kerajaan negeri untuk memulihkan tambahan RM50,000.00 pada setiap Ahli Dewan Undangan Negeri bagi tujuan perayaan-perayaan besar seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan lain-lain. Belanjawan Johor 2022 ini jelas membuktikan kerajaan negeri benar-benar mahu semua antara kita bersodariti, bekerjasama sekali gus mempersembahkan kepada rakyat kualiti, cara Johor yang matang, konstruktif serta progresif. Peruntukan yang dinyatakan ini sudah tentu memulihkan kami ADUN-ADUN negeri Johor memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Insya-Allah peruntukan ini akan di manfaat sepenuhnya oleh Bukit Kepong untuk kemaslahatan rakyat di DUN yang diwakili. Namun, Bukit Kepong ingin mengajak semua antara kita terus saling berfaham-fahaman antara satu lain, bekerjasama serta bersama memakmurkan negeri dan mensejahterakan rakyat biar pun berbeza pakaian atau lambang politik masing-masing. Masa ini adalah masa untuk kita menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh rakyat sebaik sahaja dipilih ketika pilihan raya. Apabila tiba masanya, dan gelanggang pilihan raya dibuka bersaing dan bertandinglah dengan penuh semangat demokrasi. Akhir kata, Bukit Kepong sekali lagi mengucapkan terima kasih atas kesempatan yang diberikan untuk saya menyampaikan ucapan perbahasan Belanjawan Johor 2022. Semoga belanjawan yang diumumkan ini, benar-benar sampai kepada rakyat negeri Johor. (Bacaan doa.) Kepada Allah berserah, muafakat itu berkat. Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. YB Speaker : Terima kasih Bukit Kepong, seterusnya saya persilakan Serom, jemput.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 186

YB Ir. Dr. Faizul Amri bin Adnan (Serom) : Bismillahirahmannirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Tuan Speaker, Serom bersama seluruh rakyat DUN kawasan Serom terlebih dahulu ingin merafak sembah, menjunjung kasih dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim pada 22 November 2021 yang bersamaan dengan 17 Rabiulakhir 1443H. Semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa dilimpahi keberkatan dan dilanjutkan usia untuk terus memerintah negeri Johor Darul Ta’zim dengan penuh adil dan saksama demi agama bangsa Johor dan tanah air. Yang Berhormat Tuan Speaker, Serom juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker kerana memberikan peluang kepada Serom untuk turut sama dalam perbahasan belanjawan negeri Johor pada 2022 yang akan datang yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Ir. Dato’ Haji Hasni bin Mohammad, Dato’ Menteri Besar Johor pada 18 November yang lalu. Sebuah pembentangan dengan semangat meneruskan proses pendemokrasian khususnya tawaran penyertaan dan penglibatan semua Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri bukan kerajaan di dalam mesyuarat JPTD dan pemberian peruntukan tetap RM200,000.00 kepada semua Ahli Dewan Negeri Johor seramai 56 orang serta pemberian RM50,000.00 kepada bagi majlis-majlis sambutan pelbagai perayaan untuk tahun hadapan adalah sangat dihargai. Semoga semangat ini terus kekal menjadi teras di dalam kepimpinan Yang Amat Berhormat Ir. Dato’ dan menjadi contoh dan ikutan rakyat Johor keseluruhannya. Yang Berhormat Tuan Speaker, Serom berpandangan bahawa belanjawan yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Ir. Dato’ Menteri Besar kali ini tidak seperti semangat pembentangan-pembentangan belanjawan negeri Johor yang sebelumnya. Namun Serom dapat merasakan sesuatu yang berbeza iaitu aura baru untuk mengajak seluruh bangsa Johor tanpa mengira latar belakang bangsa, agama malah politik untuk bersatu tenaga kembali berjuang membangunkan Johor sebagai antara kuasa ekonomi Nusantara. Di sebalik pelbagai cabaran dan hambatan yang wujud kesan daripada pandemik COVID-19 yang lalu, berbagai sumber kekuatan rakyat disatukan dan segala perbezaan diketepikan demi Johor yang makmur dan sejahtera. Serom bersama dengan semua Ahli Dewan Negeri bukan kerajaan menyambut baik ucapan Yang Amat Berhormat Dato’ kali ini yang membenarkan semua Ahli Dewan bukan kerajaan hadir dalam mesyuarat walaupun ia sebaliknya pada Sidang Dewan yang lepas. Ia adalah permohonan ikhlas khususnya dari Serom untuk bersama membangunkan Johor melalui saluran-saluran yang bersesuaian. Serom juga percaya bahawa semua ini adalah demi Johor untuk semua YB dapat menyalurkan laporan dan memberi pandangan mengikut kepakaran dan pengalaman masing-masing untuk diambil tindakan langsung oleh pihak kerajaan. Kelulusan peruntukan tetap RM200,000.00 kepada semua Ahli Dewan turut dikongsi dengan rakyat Johor amnya dan masyarakat Serom khususnya. Semoga segala igauan ngeri dari pandemik COVID-19 segera berlalu pergi dan awan cerah berserta angin dan kadang kala hujan hadir membawa seribu rahmat dan keberkatan untuk seluruh warga rakyat Johor. Suka Serom membawa kembali satu peribahasa yang sangat mendalam maksudnya bagi seorang jurutera bahawa akal tidak sekali datang, runding tak sekali tiba, peribahasa seorang jurutera yang percaya bahawa kerja atau usaha dapat disempurnakan secara beransur-ansur dan ia tidak boleh diselesaikan secara sekali gus jika mahukan hasil yang berkualiti. Maka Serom ingin menyeru kepada seluruh bangsa Johor, baik pimpinan mahupun kita yang dipimpin dan rakyat keseluruhannya untuk terus berusaha melakukan yang terbaik untuk Johor yang lebih cemerlang pada masa depan. Ketepikan segala perbezaan dan satukan hati demi Johor yang tercinta. Yang Berhormat Tuan Speaker, bagi memulakan perbahasan Johor 2022, Serom terlebih dahulu ingin mengucapkan tahniah di atas kejayaan Johor mencapai peratus vaksin 97% sepertimana yang dimaklumkan Yang Amat Berhormat Ir. Dato’ Menteri Besar dalam Belanjawan ini kelmarin. Tahniah kepada semua frontliners yang telah menyumbang secara

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 187

langsung kepada kejayaan ini. Vaksin adalah sebahagian daripada ikhtiar kita. Kita semua mengharapkan agar imuniti kelompok akan segera wujud bagi membendung jangkitan COVID-19 yang lebih serius kepada pesakit pada masa hadapan. Pada ketika ini pemberian dos penggalak telah dimulakan secara terpilih di seluruh negara. Namun proses pemberiannya tidak selancar dan tersusun sepertimana dos 1 dan 2 vaksin-vaksin yang berkenaan. Tahap keyakinan rakyat terhadap keperluan dos ketiga juga agak bercampur-campur dan keperluannya sendiri banyak dipersoalkan. Jawapan yang diberikan oleh YB EXCO Kesihatan sebelum ini mengenai keperluan dos ketiga berdasarkan ujian darah tahap imunisasi penerima bagi vaksin-vaksin yang berbeza yang dibangkitkan oleh Serom tidak menjawab soalan, malah jauh lebih tersasar. Ini menggambarkan tahap kefahaman YB EXCO sendiri persoalan tersebut. Saya mencadangkan untuk YB EXCO memberikan jawapan bertulis sahaja jika tiada jawapan yang dapat diberikan dan bukannya berlegar-legar dengan jawapan untuk jawapan kepada soalan yang sebelumnya. Yang Berhormat Tuan Speaker, Serom juga menzahirkan ucapan tahniah di atas usaha berterusan pihak kerajaan bagi memanfaatkan kedudukan yang sangat strategik Johor dan Malaysia khasnya antara negara-negara yang pesat membangun seperti Indonesia. Singapura dan Thailand serta berada di dalam laluan perdagangan dunia. Penerimaan Johor sebagai anggota baru Indonesia, Malaysia, Thailand, Gross Triangle (GT) semasa Sidang Kemuncak IMTGT yang ke-13 yang lalu di samping pendekatan SIJORI sedia ada, yang terbaik untuk langsung dalam berbagai bidang di antara Singapura, Johor dan Riau, Serom turut berkongsi keyakinan penglibatan Johor ini sama ada kerajaan ataupun swasta dalam IMTGT dan SIJORI akan dapat menikmati sama pelbagai potensi limpahan sektor ekonomi di dalam usaha mengekalkan Johor sebagai antara kuasa ekonomi Nusantara. Kerjasama strategik di antara pelabur-pelabur tempatan dan antarabangsa di kalangan negara-negara terlibat ini wajib dikenal pasti segera bagi manfaat rakyat keseluruhannya. Yang Berhormat Tuan Speaker, Serom seterusnya ingin menyentuh mengenai jawapan bertulis kepada soalan lisan yang telah disediakan oleh YB EXCO Kerajaan Tempatan dan YB EXCO Kesihatan yang jelas tiada idea atau usaha luar kotak serta sambil lewa bagi membantu para peniaga kecil sama ada yang terpaksa tutup ataupun tangguh perniagaan semasa tempoh PKP yang lalu. Dan pilihan lain kepada warga yang tidak setuju untuk divaksin dengan alasan yang pelbagai bagi membolehkan mereka melaksanakan segala tanggung jawab dan keperluan sebagai seorang manusia dan rakyat Malaysia sedangkan mereka juga warganegara yang berhak untuk hidup bebas seperti rakyat yang lain. Persoalannya berapa lamakah mereka tidak akan dibenarkan merentas negeri atau negara, persoalan besar ini wajib dijawab segera. Oleh itu Serom ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan agar mereka yang tidak setuju untuk di vaksin dengan alasan yang tidak boleh diterima untuk dibenarkan merentas negeri dan negara dengan syarat melakukan ujian PCR dan keputusan berkenaan disahkan KKM untuk tempoh tertentu sepanjang melakukan perjalanan rentas negeri dan daerah. Negeri dan negara seperti yang dilakukan di beberapa buah negara. Ini memberikan jalan keluar untuk meneruskan kehidupan tanpa vaksin ini. Yang Berhormat Tuan Speaker, Serom sekali lagi ingin membawa perhatian semua Ahli Persidangan Dewan Negeri Johor mengenai isu kenaikan harga barangan pengguna khususnya barangan keperluan harian yang telah meningkat dengan begitu tinggi sekali hingga ada yang mencecah 30% hingga 40% dari harga sebelum tempoh PKP baru-baru ini. Jawapan YB EXCO tadi tidak dapat diterima jika benar kita berhadapan dengan situasi yang tak pernah kita hadapi sebelum ini iaitu pandemik COVID-19 seperti kata YB EXCO, maka cara kerja dan idea-idea jalan penyelesaian kepada isu ini harusnya juga kesan yang tak pernah terfikir oleh kita. Di saat rakyat kebanyakannya baru kembali boleh bernafas bagi memulakan kehidupan yang terhenti malah ada yang baru mula berniaga dan bekerja semula dengan baki simpanan wang di bank yang tak berapa ada, harga ayam daging sahaja tidak terfikir hingga

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 188

mencecah RM10.00 sekilogram. Di setengah-tengah kedai harga daging RM35.00 hingga RM42.00. Harga minyak masak yang terus meningkat hingga mencecah lebih RM30.00 untuk botol 5 kilogram. Perbezaan harga minyak N95 97 yang mencecah RM1.00 yang sangat ketara seperti tiada kawalan langsung. Belum lagi harga0harga bahan mentah, masakan sayuran tempatan yang lain yang turut melambung di mana apa peranan EXCO, Menteri hari ini. Serom sekali lagi ingin mohon kerajaan mengambil perhatian serius mengenai isu ini. Ianya adalah beban utama rakyat ketika ini. Serom sekali lagi memohon kerajaan mengambil perhatian sekali lagi. Sila turun padang, dengarilah rintihan suara rakyat yang saban hari mengira baki wang yang ada untuk terus hidup pada hari esok. Yang Berhormat Tuan Speaker, sekali lagi membawa ke perhatian Ahli Dewan yang mulia ini mengenai ancaman haiwan liar yang pernah Serom bangkitkan sebelum ini, khususnya khinzir dan monyet yang terus membiak dan mengancam segala usaha dan jerit perih rakyat bertani bagi menyara keluarga tanpa usaha untuk membendung mahupun membanteras makhluk perosak ini. Segala usaha pertanian musnah kerana ancaman yang bertali arus tidak putus-putus. Serom banyak menerima aduan, mendengar rintihan dan aduan rakyat saban hari yang bertanya mengenai apa yang boleh mereka lakukan. Serom mohon penyelesaian pihak kerajaan dan apakah inisiatif yang boleh dan telah diambil mengenai perkara ini. Ianya telah berlangsung dua hingga tahun yang terakhir. Mohon juga pencerahan YB EXCO Pertanian mengenai kemungkinan untuk pengeluaran permit khas secara terkawal bagi mengatasi isu ini. Perhatian serius semua pihak mengenai perkara ini adalah amat-amat dihargai. Yang Berhormat Tuan Speaker, Serom mengambil maklum mengenai peruntukan RM4.6 bilion dari kerajaan persekutuan bagi perbelanjaan pembangunan pelan 2022 di bawah Rancangan Malaysia Yang Ke-12. Serom mohon sejumlah kecil peruntukan dari jumlah peruntukan yang besar ini yang akan diterima, akan dan telah mengambil kira permohonan. Dan, cadangan Serom kepada Yang Amat Berhormat Ir. Senior Dato’ Menteri Besar untuk pihak kerajaan hari ini menyiapkan pembinaan jambatan di lebuh AMJ yang saya kira semua lalu baru-baru ini, yang menjadi sebahagian daripada projek tebatan banjir, RTB Sungai Kesang di dalam rangkuman 355 projek sambungan yang diisytiharkan dalam ucapan Yang Amat Berhormat Ir. Senior Dato’. Kegagalan penyiapan pembinaan jambatan ini oleh pihak kerajaan terus menghantui rakyat yang terus bimbang dinaiki air rumah mereka setiap kali hujan lebat dan air pasang penuh. Kerajaan demi kerajaan, Menteri Besar demi Menteri Besar, Pegawai Daerah demi Pegawai Daerah telah bertukar, namun ia terus gagal disiapkan. Kerjasama dan sokongan pihak kerajaan hari ini di dalam penyambungan semula dan penyiapan projek ini amat dihargai demi Johor yang makmur dan sejahtera. Serom juga mohon dipertimbangkan untuk projek pelebaran beberapa jambatan sempit sekitar jalan dari Tol Bukit Gambir ke Sungai Mati iaitu jambatan Parit Zain, Jambatan Serom 4, Jambatan di Serom Utama yang saya kira YB EXCO sangat maklum mengenainya yang telah beberapa kali di bangkitkan di Dewan yang mulia ini. Namun, sehingga hari ini tiada tanda-tanda dilaksanakan walaupun ia pernah dimasukkan di dalam belanjawan tahun-tahun yang sebelumnya. Status keselamatan yang melibatkan kemalangan di ketiga-tiga jambatan atau kawasan berhampiran adalah amat-amat membimbangkan. Penjelasan YB EXCO mengenai perkara ini amat diharapkan kerana kadar kemalangan di jambatan terbabit terus meningkat dengan tertangguhnya projek tersebut. Yang Berhormat Tuan Speaker, akhir kata Serom ingin menyatakan sokongan terbuka kepada isu konsesi yang telah dibangkitkan oleh YB Senggarang, YB Kota Iskandar, YB Semerah di dalam ucapan mereka sebelum ini. Serom mohon pihak kerajaan mengkaji semula pemberian konsesi-konsesi ini khususnya bagi projek-projek kecil yang mana telah menyebabkan ribuan kontraktor Bumiputera kita gulung tikar. Modul-Modul konsesi yang mengaut untung ibarat atas angin ini tidak sepatutnya diamalkan dengan cara untuk membina empayar perniagaan masing-masing. Modul seperti ini bukan sahaja menjejaskan mata pencarian kontraktor-kontraktor terlibat, malah kualiti produk yang dihasilkan turut menjadi bahan bualan rakyat yang keseluruhan. Ini turut menjejaskan usaha negeri dan

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 189

negara bagi melahirkan usahawan tempatan yang berdaya maju. Sekali lagi, kalau kita lihat isu ini jika mampu diselesaikan maka usahawan kita mampu pergi jauh dalam industri berkaitan bukan sahaja itu, kantung-kantung kewangan negeri dan negara akan turut meningkat dengan lebih baik. Yang Berhormat Tuan Speaker, sekadar itu ucapannya daripada Serom untuk kali ini. Sekian, wabillahitaufik walhidayah wasalamualaikum warahmatullahi taala wabakaratuh. YB Speaker : Terima kasih kepada Serom. Saya tangguhkan persidangan ini ke jam 2.30 petang. Persidangan ditangguhkan pada jam 12.50 tengah hari. Persidangan disambung semula pada jam 2.30 petang. YB Timbalan Speaker mengetuai Persidangan. YB Timbalan Speaker : Ahli-Ahli Yang Berhormat, persidangan disambung semula. Yang Berhormat Jementah jemput. YB Tuan Tan Chen Choon (Jementah) : Selamat petang, Salam sejahtera. Yang Berhormat Puan Speaker, terima kasih kerana memberi kesempatan kepada Jementah untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2022. Pertama sekali, Jementah ingin merafak sembah, menjunjung kasih setinggi-tingginya, ucapan tahniah dan selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor sempena hari keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 22 hari bulan November 2021. Yang Berhormat Puan Speaker, saya ingin memulakan perbahasan ini dengan mewakili penduduk-penduduk kawasan DUN Jementah untuk mengucapkan terima kasih kepada barisan hadapan, frontliner di sektor awam khasnya kakitangan dan pegawai dari Jabatan Kesihatan Segamat, Pejabat Daerah Segamat, Pejabat Penerangan Segamat, Jabatan Kebajikan Segamat dan juga badan-badan bukan kerajaan, penderma-penderma yang di sepanjang masa pandemik ini memberi bantuan dan kerjasama kepada penduduk-penduduk kawasan Dun Jementah. Yang Berhormat Puan Speaker, tema Belanjawan Johor 2021 adalah Berdaya Tahan Demi Kemakmuran. Di dalam ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada ketika itu menyentuh kepentingan kerjasama sektor awam, sektor swasta, pemimpin komuniti setiap rakyat Johor dan ADUN-ADUN kerajaan dan pembangkang untuk membangunkan kembali ekonomi negeri Johor. Tema Belanjawan Johor Tahun 2022 adalah Memperhebat Kesejahteraan Johor dan berlandaskan tagline rasmi iaitu Muafakat Itu Berkat. Yang Amat Berhormat juga menyentuh keperluan solidariti, kerjasama, menggembleng tenaga dan pemikiran untuk menjayakan pelan-pelan ekonomi dan sosial bagi belanjawan tahun 2022. Yang Berhormat Puan Speaker, saya bersedia menyahut seruan Yang Amat Berhormat Menteri Besar iaitu demi Johor, demi rakyat Johor, saya Ahli dari pembangkang bersedia memberi kerjasama memulihkan ekonomi negeri Johor dan menyokong pelan-pelan kerajaan yang memanfaatkan warga Johor. Akan tetapi sedikit kecewa, Yang Amat Berhormat, berapa perenggan kemudian di ucapan beliau, Yang Amat Berhormat enggan menerima ADUN pembangkang untuk terlibat bersama di dalam Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah sebagai ahli tetap. Dan hanya setakat bersetuju menjemput kami Ahli-Ahli Pembangkang menjadi pemerhati dalam erti kata yang lain kami adalah sekadar pelawak. Peruntukan wang sebanyak RM200,000.00 yang diperuntukkan kepada semua Ahli-Ahli Dewan saya mengucapkan ribuan terima kasih. Peruntukan tersebut boleh dilabelkan di atas prinsip dan semangat pendemokrasian pentadbiran Yang Amat Berhormat, tetapi bagaimana perancangan wang peruntukan diagihkan dan dibelanjakan.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 190

Pemantauan perjalanan projek bagi perbelanjaan projek yang beratus ribu atau mungkin berjuta di bawah kawasan ADUN pembangkang, kami pula tidak dibenarkan terlibat bersama sebagai ahli tetap dalam JTPD. Bukankah keputusan ini menunjukkan Yang Amat Berhormat tidak konsisten. Pada hari Khamis yang lalu, di dalam ucapan Belanjawan Johor, Yang Amat Berhormat telah menekankan bahawa pentadbiran Yang Amat Berhormat sentiasa bersikap minda terbuka dan berlapang dada untuk menerima cadangan, kritikan dan cadangan yang konstruktif serta juga menerima pakai prinsip dan semangat pendemokrasian tetapi di sini menolak permintaan pihak kami daripada pembangkang. Yang Berhormat Puan Speaker, sekiranya Yang Amat Berhormat ikhlas bersedia untuk mendengar cadangan, pandangan atau kritikan yang membina daripada ADUN Pembangkang, sepatutnya ADUN Pembangkang harus dijadikan sebagai ahli Ex-Officio dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah bukan sekadar seorang pemerhati sahaja. Kita semua mempunyai janji kepada pengundi-pengundi. Kita semua di Dewan mulia ini adalah suara pengundi di kawasan masing-masing. Kita adalah jambatan di antara pengundi dengan pihak perancang, jentera pelaksana yang terletak di bawah kerajaan, kepada kita sebagai wakil rakyat, penduduk-penduduk di kawasan masing-masing sampaikan pelbagai masalah dan keperluan kawasan tempat tinggal mereka. Oleh itu, penglibatan ADUN Pembangkang di dalam Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah akan lebih membantu kerajaan mendapatkan maklumat di akar umbi yang lebih menyeluruh untuk mengatasi permasalahan rakyat serta membuat perancangan projek yang benar-benar diperlukan dan mengelakkan pembaziran. Maka, saya dengan ini pohon Yang Amat Berhormat mempertimbangkan semula keputusan Yang Amat Berhormat tersebut. Tidakkah Yang Amat Berhormat Menteri Besar mengehendaki perancangan pembangunan untuk rakyat di bawah pemantauan semak dan imbang bagi memastikan ia tanpa ketirisan dan kebocoran serta berjalan seperti yang dirancang. Yang Berhormat Puan Speaker, kita semua boleh duduk di Dewan mulia, di Dewan Negeri yang mulia ini kerana kita telah diberi kepercayaan dan mandat oleh rakyat dalam pilihan raya. Untuk membahaskan suara rakyat ke Dewan yang mulia ini, ini adalah asas kepada adat demokrasi. Kita perlu hormati pilihan rakyat dan setia kepadanya demi kestabilan politik dan kepentingan rakyat terjamin. Kita cuba fikir, kalau sering berlakunya wakil rakyat yang mengkhianati kepercayaan rakyat dengan lompatan parti, kestabilan politik akan terjejas dan akhirnya yang sengsara adalah rakyat jelata. Kepercayaan rakyat ke atas institusi demokrasi juga akan terhakis. Amat malangnya, kita nampak di negeri Johor juga berlakunya pertukaran pemerintahan ekoran rampasan kuasa peristiwa langkah Sheraton. Saya amat berharap perkara ini tidak akan berulang lagi. Kerajaan pilihan rakyat yang diruntuhkan. Ini adalah amat tidak adil buat rakyat negeri Johor. Justeru, demi kepentingan rakyat dan kestabilan politik negeri, saya ingin tahu apakah pentadbiran Yang Amat Berhormat bersedia mengubah undang-undang anti lompat parti agar peristiwa sedemikian tidak berulang lagi. Yang Berhormat Puan Speaker, selanjutnya di dalam perbahasan ini saya sebagai Ahli dari pihak pembangkang ini akan menjalankan antara tanggungjawab utama saya, iaitu membuat semak dan imbang, check and balance dengan izinnya terhadap urus tadbir kerajaan. Yang Berhormat Puan Speaker, saya telah membaca semula ucapan Belanjawan 2021 di mana perbelanjaan pembangunan pada ketika itu adalah RM850 juta yang diperuntukkan untuk melaksanakan inisiatif-inisiatif di bawah 12 agenda. Yang Amat Berhormat semasa menyampaikan ucapan Belanjawan 2022 telah memaklumkan Dewan yang mulia ini bahawa, 141 inisiatif yang terkandung dalam Belanjawan 2021 yang diperuntukkan RM850 juta itu dan secara purata telah pun mencapai key perfomance indicator dengan izinnya sebanyak 85.1%. Yang Amat Berhormat telah memaklumkan Dewan ini bahawa dua agenda iaitu agenda Johor Niaga dan agenda Governance Johor telah mencapai KPI 100%. Tujuh agenda mencapai 80% hingga 99%. Dan tiga agenda yang lain mencapai 60% hingga 79% setakat suku ketiga tahun ini. Bolehkah atau sudikah Yang Amat Berhormat membekalkan kepada semua Dewan, semua Ahli Dewan yang mulia

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 191

satu laporan yang terperinci yang lengkap berkenaan pencapaian-pencapaian 12 agenda ini. Sekiranya tidak boleh dibekalkan dengan pencapaian 12 agenda, saya minta sekurang-kurangnya dibekalkan laporan bagi dua agenda yang dikatakan telah mencapai KPI 100% iaitu agenda Johor Niaga dan agenda Governance Johor sebelum tahun 2021 ini berakhir. Belanjawan untuk tahun 2022 adalah bagi melaksanakan empat impetus dan meneruskan atau memperhebatkan 12 agenda utama tahun 2021. Oleh itu, saya telah meneliti bahawa ada di antara inisiatif di bawah agenda-agenda adalah diberi peruntukan lagi di bawah Belanjawan 2022. Saya berpendapat adalah wajar dan patut kerajaan Yang Amat Berhormat bertindak telus dan accountable dengan membekalkan laporan pencapaian agenda-agenda berkenaan. Lebih-lebih lagi, Yang Amat Berhormat telah memberitahu Dewan yang mulia ini kejayaan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat begitu memberangsangkan iaitu terdapat dua agenda telah mencapai KPI 100%. Saya amat percaya orang ramai di luar sana akan tertarik dan ingin tahu maklumat yang terperinci di dalam laporan itu, laporan iaitu KPI yang ditetapkan untuk setiap inisiatif atau agenda. Apakah kayu penyukat untuk menilai bahawa perbelanjaan tersebut sampai kepada kumpulan sasar, bagaimana kerajaan menentukan bahawa kumpulan sasar memanfaat daripadanya dan memperolehi hasil keputusan yang dirancangkan. Tambahan, di dalam proses melaksanakan dan membelanjakan peruntukan berkenaan, apakah kelemahan-kelemahannya. Jementah juga ingin tahu, apakah langkah-langkah yang sedia ada di dalam membelanjakan peruntukan agar dapat mengelakkan dari mengurangkan ketirisan dan kebocoran seperti yang apa yang kita nampak setiap tahun dalam Laporan Ketua Audit Negara. Yang Berhormat Puan Speaker, yang disebut di sini adalah amaun peruntukan sebanyak RM850 juta yang diluluskan oleh Dewan ini tahun lalu, untuk perbelanjaan pembangunan. Ini soal wang rakyat, ini soal amanah daripada rakyat yang diberikan kepada kerajaan. Oleh itu, saya dengan ini ingin mencadangkan bahawa kerajaan sewajarnya mengemukakan dua laporan yang terperinci berkenaan pelaksanaan dan pencapaian bagi 12 agenda iaitu satu pada bulan Jun 2022 dan satu lagi pada akhir tahun 2022 bagi belanjawan tahun 2022 ini. Yang Berhormat Puan Speaker, saya tertarik dengan impetus Memperluas Pendigitalan di bawah Belanjawan 2022 dan saya percaya ia berkait rapat dengan agenda digital dan agenda Johor Governance. Pandemik COVID-19 telah mengubah gaya hidup, cara kerja dan pengajaran dan pembelajaran di sektor pendidikan. Ia telah memberi satu tolakan atau lebih tepat satu lonjakan kepada masyarakat kita untuk ke arah penggunaan teknologi digital secara lebih menyeluruh. Jika kita tidak bergerak pantas di dalam menyesuaikan diri menerima pakainya, kita akan ketinggalan. Agenda Johor Digital ini adalah satu agenda yang penting, di mana Dewan yang mulia ini telah diminta untuk meluluskan RM21.5 juta untuk agenda ini. Berapakah peruntukan yang diberikan untuk agenda Governance Johor di bawah belanjawan ini untuk mempertingkatkan perkhidmatan awam melalui penyampaian digital? Di sepanjang tahun lebih ini, sejak pandemik melanda dan ketika Perintah Kawalan Pergerakan iaitu PKP, orang ramai yang perlu berurusan dengan jabatan kerajaan di bawah negeri atau persekutuan, ada yang perlu membuat temu janji terlebih dahulu, waktu urusan jabatan disingkatkan, ada jabatan mengehadkan urusan pendaftaran dokumen harian dan ada jabatan yang mengambil masa yang lebih panjang untuk memproses permohonan kerana ada kakitangan yang perlu work from home atau bekerja dari rumah dengan izin, untuk mematuhi SOP. Saya juga ingin tahu sama adakah pandemik ini sejauh mana telah mengurangkan kutipan hasil oleh kerajaan negeri khasnya dari Pejabat Tanah dan Galian Negeri Johor? Oleh itu, urusan atas talian itu amat penting. Apakah perkhidmatan-perkhidmatan di bawah kerajaan negeri yang telah dikenal pastikan untuk diperluaskan urusan atas talian untuk

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 192

membolehkan kelancaran perkhidmatan sektor tidak terjejas di suasana yang tidak menentu ini? Selain inisiatif portal JohorPay yang diperuntukkan RM500,000.00 tersebut di bawah Belanjawan 2022, melalui Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor (JCS), kerajaan negeri memperuntukkan RM1.5 juta untuk melatih 120 Pegawai Kerajaan Negeri Johor untuk program lantikan kemahiran cloud, dengan izin, dan data analytics. Dengan sejumlah peruntukan RM1.5 juta ini, apakah kerajaan telah mempunyai sasaran untuk penggunaan pengkomputeran awam dalam perkhidmatan awam. Baru-baru ini, semasa Belanjawan 2022 di peringkat persekutuan, ia telah mengumumkan inisiatif menyasarkan penggunaan 80% cloud storage, dengan izin, dalam perkhidmatan kerajaan pada tahun 2022. Apakah kerajaan negeri akan mengikut jejak kerajaan persekutuan ini? Apakah kerajaan ada rancangan untuk menggunakan konsep urusan tanpa kertas, paperless, di mana orang ramai tidak perlu mengisi borang lagi atau mengemukakan dokumen-dokumen secara cetakan ketika berurusan di kaunter pejabat kerajaan memandangkan kini pentadbiran menuju ke arah pengkomputeran awam. Saya juga ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan inisiatif di dalam Belanjawan 2021 yang memperuntukkan RM10 juta untuk 5 tahun bagi melaksanakan projek Johor WiFi 2.0 untuk meluaskan lokasi capaian internet termasuk di kawasan luar bandar. Apakah perkembangannya setakat ini, berapakah banyak peruntukan telah dibelanjakan dan di manakah lokasi-lokasi ini telah menerima manfaat Johor WiFi 2.0 ini? Yang Berhormat Puan Speaker, sekarang saya masuk sentuh berkenaan agenda Johor Prihatin. Saya menyokong segala usaha untuk membantu kaum wanita di dalam aspek kerjaya mereka. Di bawah agenda Johor Prihatin, inisiatif memperkasakan dan membangunkan usahawan wanita melalui bantuan asas perniagaan diperuntukkan sebanyak RM500,000.00 dan kursus bimbingan kemahiran diberi peruntukan sejumlah RM130,000.00 yang dikatakan bakal memanfaatkan seramai 550 orang termasuk ibu tunggal dan suri rumah tangga. Apakah bentuk bantuan asas perniagaan yang disampaikan dan bidang perniagaan yang diceburi oleh kaum wanita yang disasarkan di bawah program ini? Setakat mana pencapaian program ini di dalam melahirkan 700 usahawan wanita di bawah inisiatif yang sama di bawah Belanjawan 2021? Ini sebenarnya adalah sambungan daripada Belanjawan 2021. Johor telah merekodkan kes bunuh diri yang tertinggi di Malaysia. Ahli-Ahli di dalam Dewan yang mulia ini pernah membangkitkan isu ini dan saya tidak bercadang untuk mengulanginya lagi. Akan tetapi, berkenaan peruntukan sebanyak RM800,000.00 untuk melahirkan panel kaunselor yang terlatih dan klinik kaunseling bergerak (Care Van) yang bertujuan untuk menangani masalah mental, saya ingin mendapatkan lebih maklumat berkenaan perbelanjaan amaun ini. Daripada jumlah RM800,000.00, berapakah jumlah yang akan digunakan untuk melatih panel kaunselor dan berapa orang yang dirancangkan akan dilantik dan dari mana individu-individu ini dipilih untuk menjalankan latihan ini? Apakah akan diambil kira kepelbagaian kaum dan bangsa di dalam panel kaunselor yang bakal dilantik itu? Setakat ini, di negeri Johor berapa orang kaunselor yang terlatih sedia ada serta organisasi-organisasi atau pertubuhan yang boleh menghulurkan bantuan kepada warga yang memerlukan kaunseling. Kita mengenai Befriends, adakah kerajaan negeri ada mempertimbangkan untuk mengadakan kerjasama dengan Befriends untuk menangani isu ini. Di sini, saya ingin bertanya sama ada kerajaan mempunyai statistik berkenaan keganasan rumah tangga di negeri Johor untuk tempoh pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan. Menurut satu laporan, sebanyak 9,015 kes keganasan rumah tangga direkodkan dalam kalangan masyarakat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan di seluruh negara bagi tempoh Mac 2020 sehingga Ogos yang lalu. Saya memandang serius isu keganasan rumah tangga kerana ia bukan sekadar membawa kecederaan fizikal, tetapi juga menjejaskan kesihatan mental. Keganasan rumah tangga yang berlaku di hadapan anak-

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 193

anak kecil, ia meninggalkan trauma dan kesan yang tidak sihat juga ke atas anak-anak kecil ini. Saya pohon kerajaan negeri memberi perhatian kepada isu ini dan memberi sokongan yang sewajar kepada mangsa keganasan rumah tangga. Yang Berhormat Puan Speaker, agenda Johor Berkebajikan. Di bawah agenda Johor Berkebajikan, Belanjawan Johor 2021, satu Jawatankuasa Task Force Masyarakat India telah diwujudkan bagi meneliti dan menyelesaikan isu-isu tertangguh kaum India. Apakah isu-isu yang telah dikenal pastikan di kalangan masyarakat India dan tindakan yang telah diambil untuk mengatasinya? Jementah ingin tahu. Bagaimana pula dengan isu kemiskinan di kalangan masyarakat India, khususnya isu perumahan, pendidikan dan pekerjaan di kalangan masyarakat India? Apakah bentuk bantuan yang disalurkan untuk membantu kumpulan sasar ini, selain tiga tindakan yang disenaraikan di dalam Belanjawan 2022 ini. Berapakah banyak ... YB Timbalan Speaker : YB Jementah sila gulung... YB Tuan Chan Chen Choon (Jementah) : Puan Speaker, boleh bagi sedikit masa lagi? Agak, agak nak akhirlah. Berapa banyak peruntukan yang sebenarnya telah disalurkan kepada masyarakat India di bawah Belanjawan 2021 ini untuk menyelesaikan masalah-masalah dihadapi masyarakat kaum India dan di bawah Belanjawan 2022 ini? berapakah jumlah akan diagihkan pula? Yang Berhormat Puan Speaker, agenda Johor Niaga. Di bawah agenda Johor Niaga ada disebut Program Khas Rumah Johor. Setakat ini, saya ingin tahu berapakah syarikat pemaju perumahan yang dikenal pasti gagal melaksanakan perumahan RMBJ iaitu Rumah Mampu Biaya Johor? Adalah pengetahuan umum bahawa negeri Johor mempunyai hartanah tidak terjual yang tertinggi di seluruh negara. Baru-baru ini, Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah dilaporkan berkata bahawa di kawasan Bandaraya Johor Bahru lebih 70,000 unit rumah yang tidak terjual, belum diduduki dan mungkin sudah diduduki tetapi yang mungkin sudah dijual tetapi tidak diduduki. Setakat ini, apakah tindakan penyelesaian masalah ini, pada masa yang sama setakat mana Home Ownership Campaign serta insentif pengecualian setem duti untuk perjanjian jual beli dan perjanjian pinjaman bagi rumah kediaman pertama yang diumumkan oleh kerajaan persekutuan membantu untuk mengatasi masalah rumah kediaman yang tidak terjual di negeri Johor ini?. Selanjutnya, peruntukan RM4.6 bilion bagi perbelanjaan pembangunan Rolling Plan 2 Tahun 2022 di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 bagi Negeri Johor yang merangkumi 355 projek sambungan dan 79 projek baharu. Jementah pohon dibekalkan senarai projek-projek tersebut. Jementah turut memohon dibekalkan satu senarai projek-projek yang dijalankan dengan peruntukan Belanjawan 2021, status pelaksanaannya dan nilai setiap projek bagi kawasan DUN Jementah. Begitu juga satu senarai projek yang bakal dilaksanakan di kawasan DUN Jementah dengan peruntukan Belanjawan 2022. Yang Berhormat Puan Speaker, jentera kerajaan yang akan menentukan sejauh mana peruntukan kewangan yang diagihkan untuk projek pembangunan, program yang dirancangkan sama ada akan sampai kepada kumpulan sasarnya dan mencapai hasil seperti yang digariskan di bawah belanjawan ini. Yang Berhormat Puan Speaker, “Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh”. Ini tidak asing daripada kita semua. Saya menggunakan peribahasa ini dalam konteks bahawa biar kita mempunyai perbezaan fahaman politik di dalam suasana ekonomi yang tidak menentu akibat daripada pandemik COVID, semoga negeri Johor dapat mengharunginya dan keluar daripada kesannya, jika kita bersatu di dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan satu niat, objektif yang sama iaitu mengutamakan rakyat dan tanah air tercinta kita. Ini adalah kuasa yang membolehkan kita melalui apa sahaja cabaran-cabaran yang bakal menanti kita. Dengan ini saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan, Yang Berhormat Puan Speaker. Saya mengakhiri ucapan saya dengan, sekian terima kasih.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 194

YB Timbalan Speaker : Yang Berhormat Johor Jaya. Jemput. YB Cik Liow Cai Tung (Johor Jaya) : Terima kasih Yang Berhormat Puan Speaker. Terima kasih atas peluang yang diberi untuk bahas dalam Dewan yang mulia ini. Johor Jaya merafak sembah menjunjung kasih dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucapan selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim. Sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 22 November 2021. Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah membentangkan Belanjawan 2022 yang bertema “Memperhebat Kesejahteraan Johor”, dengan asas mendekati dan meringankan beban rakyat yang terhimpit akibat pandemik COVID-19 dan memulihkan semula sektor ekonomi secara menyeluruh. Dari pandemik ke endemik COVID-19, dari kehidupan biasa sehingga norma baharu hinggalah Perintah Kawalan Pergerakan yang berturut-turut. Kehidupan rakyat terjejas. Rakyat kehilangan kerja, kehilangan ahli keluarga kesayangan dan sebagainya. Isu kesihatan dan pemulihan ekonomi negara turut jadi isu yang paling penting bagi rakyat. Dalam pembentangan Belanjawan 2022, amat kecewa bahawa Yang Amat Berhormat Menteri Besar tidak sentuh Kad Sihat Johor. Kad Sihat Johor merupakan satu inisiatif kerajaan Pakatan Harapan kepada rakyat Johor khususnya golongan B40 bagi meringankan beban kos perubatan golongan B40. Setelah Kad Sihat Johor dilancarkan, golongan sasaran dapat menikmati subsidi RM50.00 setiap kali mendapat rawatan di klinik panel sebanyak 10 kali iaitu RM500.00. Kad Sihat Johor memang dapat sambutan yang baik daripada rakyat Johor. Menurut statistik, terdapat 221,015 orang pesakit COVID-19 di negeri Johor sejak pandemik ini menular. Dengan ini saya yakin ramai yang antaranya yang kontak rapat yang perlu menjalankan RTK, PCR mahupun kuarantin sama ada di PKRC atau di hotel. Bukan semuanya yang mampu membiayai kos tersebut. Kita memang tahu agensi kesihatan, hospital sudah mencapai kapasiti maksimum selama ini. Oleh itu, pentingnya Kad Sihat Johor kepada golongan B40 bagi meringankan beban kos perubatan mereka. Terutamanya apabila mereka tidak mampu, mereka tidak mahu pergi buat ujian RTK ataupun PCR sebab itu semua kos tambahan bagi mereka. Kadangkala perjalanan iaitu kos transport yang pergi ke PKRC atau hospital itu pun menjadi satu concern kepada mereka. Itulah jadi salah satu sebab jangkitan COVID-19 tidak dapat dikesan pada waktu awal. Dengan ini adalah penting bagi pelancaran semula Kad Sihat Johor, pertama membolehkan mereka pergi klinik swasta yang merupakan panel yang dekat dengan rumah mereka dan kedua meringankan beban KKM dan anggota barisan hadapan. Ketiga, bagi mereka yang perlu menjalankan RTK dan PCR boleh menggunakan Kad Sihat Johor sebagai subsidi. Yang Berhormat Puan Speaker, sektor pelancongan menghadapi cabaran besar semasa pandemik dan adalah penting bagi pihak kerajaan negeri merancak semula sektor pelancongan. Pihak kerajaan telah memperuntukkan RM4 juta sebagai insentif, insentif khas kepada penggiat industri pelancong. Termasuk operator hotel bajet, operator chalet dan resort, pemandu pelancong dan juga pengusaha bot pelancong. Ini adalah satu inisiatif galakan yang baik namun kalau kita kira setiap penerima cuma dapat RM1,000.00 hingga RM2,000.00 sahaja. Bagi merangsang sektor pelancongan, kerajaan negeri telah memperuntukkan RM1.5 juta sebagai baucar pelancongan Johor. Dan ini telah pun dilancarkan pada awal bulan ini. Baucar ini di tebus sehingga 30 November. Adakah baucar ini sudah semua habis ditebus dan kategori mana yang paling ramai pelancong menebus baucar ini? 15,000 baucar tidak mencukupi di mana kita perlu menggalak pelancong domestik untuk membantu ekonomi tempatan. Johor Jaya menyeru supaya pihak kerajaan meningkatkan lagi peruntukan dan juga bilangan baucar supaya dapat menjana lebih revenue apabila pelancong membuat kunjungan tempatan. Selain daripada itu, adalah penting juga untuk mewujudkan suasana pelancongan yang selamat kepada pelancong terutamanya pada waktu endemik ini. Singapura sebagai negara yang terdekat dan menyumbang paling ramai jumlah pelancong ke negeri Johor. Ramai pelancong

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 195

Singapura sudah menunggu-nunggu atas pembukaan semula sempadan Singapore – Malaysia. Dengan ini Yang Amat Berhormat Menteri Besar turut membangkitkan dengan memberi peruntukan RM500,000.00 bagi memperkenalkan Majestic Johor Save dan menyediakan satu pasukan petugas melakukan pemeriksaan ke atas pemandu pelancong dua kali setahun. Johor Jaya ingin tanya, dan juga minta penjelasan atas program ini sama ada pasukan petugas ini terdiri daripada golongan atau pihak mana? Apa sebenarnya tanggungjawab mereka? Yang Berhormat Puan Speaker, selain pelbagai inisiatif promosi, adalah penting juga bagi menaik taraf atau maintain produk pelancongan yang sedia ada. Tambahan pula perlu sentiasa mencungkil idea baharu atau produk baharu supaya Johor dapat bersaing dengan negeri lain dalam sektor pelancongan. Johor Jaya terdapat banyak, Johor telah banyak khazanah dan produk pelancongan yang boleh diterokai. Apakah produk baharu yang akan dibawa selain produk yang sedia ada. Kepulauan Mersing dikatakan sebagai Maldives Malaysia, dan pada masa yang sama Semporna atau Pulau Sipadan di Sabah juga di gelar sebagai Maldives di Malaysia. Saya dapati Pulau Sipadan telah pun mengambil pelbagai tindakan termasuk penguatkuasaan yang ketat dan mengehadkan bilangan pelancong supaya dapat memelihara keindahan marine menjamin sustainability marine dan pada masa yang sama dapat menarik pelancong dan menjana ekonomi tempatan. Dalam soalan saya semalam, YB EXCO sudah pun jelaskan tindakan pemeliharaan dan pemuliharaan haiwan marine. Memang penting bagi mengurus ekosistem tetapi kepulauan Mersing yang terkenal dengan pantai yang putih dan bersih, air laut yang jernih dan cerah tambahan haiwan marine seperti whale shark, dengan izinnya, manta ray, dolphin dan dugong yang menarik. Ini semuanya adalah khazanah yang penting bagi kita. Tetapi sektor pelancongan di kepulauan Mersing tidak berkembang pesat seperti di Pulau Sipadan, bagaimana pihak Tourism atau apa usaha dan tindakan yang akan diusahakan oleh pihak Tourism untuk mengambil kesempatan kekayaan yang sedia ada ini untuk menarik pelancong khususnya penyelam. Yang Berhormat Puan Speaker, dalam musim pandemik COVID-19 yang masih melanda ini ramai yang sedang menstabilkan kewangan keluarga mereka dan tidak kurang juga yang masih terjejas lagi. Permohonan bantuan yang ingin ditujukan kepada JKM daripada pelbagai kategori golongan sasar turut semakin meningkat. Baru-baru ini saya telah menerima beberapa keluhan daripada golongan OKU iaitu bayaran RM100.00 bagi mereka mendapatkan pengesahan Pegawai Perubatan di hospital kerajaan semasa mereka ingin membuat permohonan kad OKU. Johor Jaya ingin mendapat penjelasan terhadap perkara ini, dalam keadaan kewangan rakyat yang semakin mencabar ini mereka yang ingin membuat permohonan memang sudah menghadapi tekanan ekonomi. Saya berharap sekiranya pihak KKM dan JKM dapat bersama-sama pertimbangkan bayaran tersebut dan meringankan beban bagi golongan OKU. Yang Berhormat Puan Speaker, dulu mungkin pada musim hujan kita risau banjir akan berlaku. Tetapi sekarang ini tidak perlulah sampai musim hujan, setiap kali hujan turun dengan lebat sahaja automatik Kampung Bendahara, Kampung Saujana dan Taman Seri Pandan mestilah banjir kilat. Rumah-rumah yang kena tetap sama sahaja, setiap kali saya tanya MBJB tolak JPS, JPS pula tolak JKR, JKR pula tolak MBJB. Itulah apa yang berlaku, lepas itu masalah tetap sama. Johor Jaya mohon supaya jabatan yang bertanggungjawab duduklah sama-sama carilah cara penyelesaian jangka panjang untuk menyelesaikan masalah ini. Selain itu, Johor Jaya ingin tanya status perkembangan pembinaan Hospital Pasir Gudang yang dinanti-nantikan oleh penduduk tempatan. Berapakah kadar peratusan kerja-kerja pembinaan Hospital Pasir Gudang yang siap projek ini dilanjutkan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan sebelum ini. Yang Berhormat Puan Speaker, sebelum Johor Jaya mengakhiri ucapan saya ramai antara Wakil Rakyat kita yang menyuarakan hasrat kita iaitu menghadiri JKTD. Ini penting sebab kita tidak kira siang atau malam, Isnin atau Ahad penduduk tetap hubungi Wakil Rakyat atau pejabat kita apabila mereka menghadapi masalah. Terutamanya pada waktu malam atau

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 196

emergency. JKTD adalah satu platform yang paling baik sebab sidang Dewan pun bukan dijalankan setiap bulan. Oleh itu, apabila mandat sudah diberi di situlah kita bertanggungjawab untuk menyuarakan masalah rakyat. Yang Berhormat Puan Speaker, permintaan peruntukan bukanlah satu isu baru. Sejak dulu kita menjadi pembangkang kita dah minta peruntukan supaya ada kepada penduduk tempatan. Ada kepada Wakil Rakyat tidak kira sama ada dari kerajaan atau pembangkang. Bukannya peruntukan bagi Wakil Rakyat sendiri tetapi peruntukan itu tetap diagih kepada penduduk. Dengan itu, apabila kerajaan Pakatan Harapan, apabila Pakatan Harapan menjadi kerajaan tidak perlulah pembangkang pada masa itu minta, kerajaan PH tetap bagi peruntukan. Walaupun tidak banyak tetapi itu pun dah mencipta satu langkah baru buka pintu atau dikatakan telah merintis satu jalan baru. Kita bersyukur kerana Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah menjemput Wakil Rakyat PH untuk memberi idea dan cadangan dalam perbincangan Belanjawan 2022. Pasir Raja haruslah bersifat dan sikap yang lebih terbuka jangan pegang lagi politik UMNO yang lama, jangan sombong. Tanggungjawab Wakil Rakyat adalah check and balance, kalau Wakil Rakyat tidak boleh tanya dalam Dewan yang mulia ini apa fungsi dan makna duduk dalam Dewan yang mulia ini. Pasir Raja perlulah belajar dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, supaya dengan satu mind set politik yang baru, jangan lebih sudu dari kuah. Bukan selama-lamanya jadi kerajaan, dan kita usahakan untuk semua Wakil Rakyat. Akhir kata, Johor Jaya mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada semua anggota barisan hadapan, frontliners yang terus berkorban untuk negara tidak kira sama ada kerajaan atau pembangkang. Sama-sama kita memerangi pandemik COVID, memulihkan ekonomi demi kebaikan rakyat dan negara. Sekian, terima kasih. YB Timbalan Speaker : Yang Berhormat Kemelah. Jemput. YB Dr. Sulaiman bin Mohd. Nor (Kemelah) : Terima kasih kepada Yang Berhormat Puan Speaker. Bismillahirahmanirrahim. (Doa). Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Puan Speaker, Kemelah dan seluruh warga DUN Kemelah merafak sembah setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim. Sempena sambutan ulang tahun hari keputeraan baginda Tuanku pada 22 November 2021. Patik berdoa moga negeri Johor terus aman makmur dan sejahtera di bawah naungan Tuanku. Kemelah mengucapkan tahniah atas pembentangan Belanjawan Johor 2022 bertemakan, “Memperhebat Kesejahteraan Johor”, oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Haji Hasni bin Mohammad, Menteri Besar Johor. Yang Berhormat Puan Speaker, Kemelah ingin membangkitkan 3 perkara utama yang berkaitan dengan Belanjawan Johor 2022. Pertama, berkaitan pencapaian 100% KPI dalam agenda Governance Johor. Soalan yang Kemelah ingin bangkitkan adalah merujuk kembali empat inisiatif yang dilaksanakan melalui pemerkasaan penjawat awam dan inisiatif permodenan seperti yang dinyatakan dalam Belanjawan Johor 2021. Kemelah tertanya berapa ramai Pegawai Tadbir Negeri yang telah melalui kursus kelayakan profesional dalam bidang teknikal dan bukan teknikal. Kedua berapa ramai pegawai tadbir negeri yang telah mendapat kenaikan pangkat secara Time Based berasaskan Kecemerlangan untuk kali kedua. Profesor Tan Sri Dato Sri Dr Nor Azlan Razali, Pengarah Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi dalam satu webinar bertajuk Unlocking Malaysia’s Digital Economy Growth telah menyatakan Malaysia telah mempunyai banyak rancangan dan pelan tindakan yang dirangka oleh agensi kerajaan, mengenalpasti bidang yang memerlukan penambahbaikan dan cadangan penyelesaian tetapi tiada komitmen untuk pelaksanaannya. Walaupun tertubuh Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor, adalah satu permulaan yang baik tetapi ukuran pencapaian sebenar adalah urus tadbir yang baik sehingga berlaku

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 197

peningkatan ketara terhadap sistem penyampaian kepada rakyat. Kemelah ingin menyebut sekali lagi ciri pimpinan yang perlu ada untuk memakmur sesebuah negara. Berasas ciri yang disebut dalam al-Quran Surah Yusof Ayat 55 (Ayat al-Quran), yang membawa maksud “Jadikanlah aku bendaharawan negara iaitu merujuk kepada negeri Mesir ketika itu oleh Nabi Yusof, sesungguhnya aku pandai menjaya (boleh dipercayai), lagi berpengetahuan (mempunyai ilmu yang luas dan pengalaman dalam pekerjaan yang ditangani),” Surah Yusof ayat 55. Yang Berhormat Puan Pengerusi, Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam telah menyatakan pada 1 Disember 2020 dalam Dewan yang mulia ini, salah satu langkah yang akan diambil bermula pada bulan Januari 2021 terhadap aduan-aduan kelewatan permohonan di peringkat daerah daripada pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor adalah semua pemohon-pemohon yang dimajukan kepada pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor hendaklah diberi jawapan dalam tempoh 14 hingga 21 hari. Saya ingin membangkit isu permohonan daripada pihak Jawatankuasa Masjid Naimah Kampung Melayu Raya, Segamat kepada pejabat Jabatan Agama Islam Daerah Segamat untuk mengutip khairat bagi membangun dan memperbaiki bumbung masjid yang telah diserang anai-anai, surat telah dihantar pada 29 November 2020... (masalah teknikal) YB Timbalan Pengerusi : Boleh tak? YB Dr. Sulaiman bin Mohd. Nor (Kemelah) : Ok. Untuk makluman Ahli Dewan Yang Mulia ini, masjid ini telah dibina pada tahun 1952. Setelah surat diterima, tiada maklumbalas dari pihak jabatan lalu pihak masjid telah meneruskan usaha pembaikan. Malangnya notis berhenti baik pulih telah dibuat pada 24 Mei 2021. Persoalannya ialah siapakah yang akan bertanggungjawab jika bumbung masjid tu runtuh pada para jemaah masjid? Yang Berhormat Puan Speaker, salah satu penyakit yang digeruni oleh penanam kelapa sawit adalah ganoderma atau nama penuhnya ganodermataceae. Penyakit reput pangkal batang. Saya dimaklum pokok sawit yang awalnya nampak elok di atas tiba-tiba tumbang. Saya bawa perkara ini kerana selain meningkatkan efisien sistem penyampaian, yang lebih utama adalah meningkatkan integriti dalam melaksanakan tanggungjawab. Salah guna kuasa dan rasuah adalah gejala dan penyakit yang menyerang seperti mana anai-anai yang menyerang rumah kayu, yang nampak cantik di luar tetapi menunggu masa untuk runtuh. KPI Good Governance seharusnya merangkumi peratus penurunan kes-kes rasuah sehingga sifar rasuah di Johor. Begitu juga mewujudkan persekitaran baik yang menghalang salah guna kuasa dalam apa bentuk sekali pun. Dalam satu kajian yang dijalankan oleh firma antarabangsa ibsource terhadap 500 responden, kajian yang bertajuk, “Apa Yang Merisaukan Malaysia” atau “What Worries Malaysia”, 54% risau terhadap keadaan kewangan negara dan rasuah, sementara 51% terhadap wabak COVID-19. Ini adalah kajian terkini. Yang Berhormat Puan Speaker, Kemelah amat mengalu-alukan ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada ucapan penggulungan mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Keempat bertarikh 7 September 2021. Di mana Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah menyatakan kerajaan negeri bersedia untuk secara perlahan-lahan melaksanakan reformasi Dewan Negeri Johor, mengikut kesesuaian dan keperluan dalam penggal Persidangan ini. Bagi menubuhkan lebih banyak Jawatankuasa-Jawatankuasa Pilihan Khas Peringkat Dewan Negeri. Kita sedia faham, mereformasi institusi yang melibat kepentingan rakyat mengambil masa, melalui proses evolusi. Sebagai Wakil Rakyat yang dipilih oleh rakyat, seharusnya segala kepentingan rakyat didahulukan. Pakatan Harapan telah memulakan walaupun bukan sempurna, usaha tersebut contohnya ialah usaha mengehad tempoh Menteri Besar, pengisytiharan harta oleh semua ADUN dan

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 198

salinan diberi kepada SPRM, pengiktirafan kedudukan ketua pembangkang, peruntukan permulaan kepada semua ADUN bukan kerajaan yang sebelum ini tidak pernah diterima dan sekarang ini ditambah baik oleh kerajaan sedia ada. Adalah antara usaha berperingkat menambahbaik Dewan Negeri. Kereta yang hendak bergerak pun akan bergerak bermula secara perlahan sebelum mencapai satu tahap kelajuan yang lancar. Di dalam Dewan, Sidang Dewan Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Kedua, Kemelah sendiri telah membangkitkan apabila mendengar rintihan daripada ADUN-ADUN yang sebelah sana yang duduk di sini ketika itu akan betapa susahnya tidak berada di dalam Mesyuarat Tindakan Daerah. Dan Kemelah ketika itu berdoa pada satu ketika supaya mereka semua berada di dalam Jawatankuasa Tindakan Daerah. Perlu diingat, kuasa terletak Menteri Besar, dua Menteri Besar sebelum ini kini tidak duduk di sebelah sini sewajarnya juga soalan kenapa ADUN-ADUN bukan kerajaan ketika itu tidak dimasukkan bersama dalam Mesyuarat Tindakan Daerah ditanya kepada mereka juga. Forum yang terbaik bagi memastikan Dewan Negeri diperkasa telah dibuat melalui Bengkel Memperkasa Dewan Negeri yang berlaku pada 8 dan 9 September 2019, di mana 5 resolusi telah tercapai. Kemelah mengharapkan supaya ada Bengkel Memperkasa Dewan Negeri 2.0 supaya kita sama-sama tak kira sama ada ADUN di sebelah sini ataupun di sebelah sana, supaya kita sama-sama, dapat bersama-sama berbincang untuk melihat bagaimana kita boleh memperkasakan lagi Dewan Yang Mulia ini. Memetik kata-kata Yang Amat Berhormat Menteri Besar dengan izin, “while executive power in the brain which sets all the parts into motion, if the brain is paralyze, the individual still be alive, however as soon the heart stop functioning the individual is dead”. Antara usaha mudah yang boleh dilaksana kerajaan negeri ialah menyediakan penyelidik-penyelidik bagi Dewan Negeri agar Ahli Dewan dapat manfaatkan penyelidik supaya membuat kajian terhadap isu-isu yang spesifik, dengan itu point-point perbahasan Ahli Dewan dapat ditambah baik melalui kajian dan data. Yang Berhormat Puan Speaker, isu kedua yang ingin Kemelah bangkitkan adalah pembangunan yang seimbang dan adil. Menurut jawapan dari Yang Amat Berhormat Menteri Besar kepada soalan Kemelah dalam Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Keempat bagi statistik bilangan Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar, terdapat peningkatan ketara iaitu sebanyak 4,939%, Kemelah ulang sekali lagi 4,939%, hampir 5,000 daripada 170 KIR, Ketua Isi Rumah pada 17 Mac 2020 kepada 8,567 KIR pada 25 Julai 2021. Bilangan KIR miskin juga telah meningkat sebanyak 195%, daripada 3,209 KIR pada 17 Mac 2021 kepada 9,471 KIR pada 25 Julai 2021. KIR ditarif sebagai seorang dalam kalangan ahli isi rumah sesuatu tempat kediaman yang bertanggungjawab terhadap kebajikan isi rumah di mana dia tinggal. Daerah Batu Pahat, Johor Bahru dan Kota Tinggi mencatatkan jumlah miskin tegar tertinggi di negeri Johor. Kemelah ingin bangkitkan bahawa impak COVID-19 begitu besar hingga menambahkan lagi golongan miskin bandar. Kemelah menyaran agar satu garis dasar atau baseline diguna dalam menilai keberkesanan bantuan-bantuan yang diterima golongan yang terkesan sama ada golongan B40 atau pun M40. Satu perkara penting yang perlu ditangani kerajaan yang perlu kita sedia maklum iaitu golongan B40 atau 20% paling bawah daripada golongan berpendapatan, membentuk hanya 5.9% daripada bahagian pendapatan negara. Sementara T bagi golongan T10, teratas atau 10% berpendapatan teratas mengambil 30.7 daripada pendapatan negara. Ini menunjukkan wujud satu jurang atau gap yang besar yang perlu kita lihat akibat daripada COVID-19. Jurang pendapatan boleh diukur boleh Pekali Gini, Gini Coefficient dengan nilai yang lebih tinggi menunjukkan ketidaksamaan pendapatan yang lebih tinggi. Malah sebelum pandemik ketidaksamaan pendapatan di Malaysia telah meningkat dengan nilai Pekali Gini meningkat daripada 0.399 pada 2016 kepada 0.407 pada 2019. Jadi persoalannya, apakah kesan segala bantuan yang kita beri ini terhadap jurang pendapatan? Perlu diingat, kerajaan membantu rakyat dengan membenar rakyat mengeluarkan wang simpanan mereka di hari tua. Hanya 3% pencarum KWSP mampu bersara. Menurut seorang pegawai Kumpulan

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 199

Wang Simpanan Pekerja, sambil menyatakan bahawa pengeluaran berkaitan COVID-19 sejak 2 tahun lalu memberi impak besar besar kepada simpanan pencarum. Apabila disebut dalam Belanjawan Negeri Johor 2022, Johor ekonomi Johor bakal tumbuh pra-krisis dalam separuh masa pertama tahun 2022, Kemelah berharap petunjuk yang diguna bukan hanya melibat KDNK tetapi juga petunjuk berkaitan kehidupan sosial dan spiritual termasuk kesejahteraan keluarga. Perkara ketiga yang ingin Kemelah sentuh adalah berkaitan pembangunan daerah Segamat. Perdana Menteri Ke-6, Segamat dimasukkan dalam wilayah ECER sejurus sebelum PRU Ke-14. Di dalam, dimasukkan, kedudukan Segamat dimasukkan dalam Pelan Induk ECER atau EMP 2.0 pada tahun 2019 oleh Perdana Menteri Ke-8. Seterusnya dimasukkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusi Perdana Menteri Ke-9 iaitu pada bulan Oktober yang lepas. Saya harap sangat jangalah kena tunggu Perdana Menteri Ke-10 baru masuk Parlimen untuk kelulusan. Inilah bencana keadaan politik yang tidak stabil, merencat pembangunan wilayah dan daerah, yang merasa bahananya adalah rakyat jelata. Daerah Segamat bukan hanya kaya dengan tanah untuk pertanian dan juga ternakan malah punyai banyak tempat menarik semula jadi, kebun, dusun untuk pelancongan eko dan agro. Untuk makluman Ahli Dewan yang mulia, kalau tidak pernah dengar antara tempat yang menarik di Segamat ialah air terjun bawah tanah. Di daerah Segamat terdapat dua produk pelancongan negeri Johor berasas kluster pembangunan pelancongan atau Tourism Development Centre (TDC) Eco Adventure Challenge Taman Negara Endau-Rompin dan TDC Orchard Route, dusun durian dan buah-buahan tempatan. Selain itu, tempat sejarah yang menarik juga menjadi tarikan pelancong. Bilangan pelancong melawat Melaka pada tahun 2019 ialah 239.1 juta. Dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM103.2 bilion. Kemelah yakin dengan strategi menggiatkan promosi pelancongan tempat menarik, pakej yang bersesuaian, Segamat bakal menjadi destinasi pelancongan yang dapat menyaingi negeri Melaka. Kemelah berharap semua pemegang taruh di pelbagai peringkat dapat bekerjasama untuk merealisasi impian ini. Akhir kata, Kemelah ingin mengucap terima kasih kepada Yang Berhormat Puan Speaker memberi ruang kepada Kemelah membahas ucapan rundingan Belanjawan Johor 2022. Sekian, terima kasih. YB Timbalan Speaker : Yang Berhormat Perling, jemput. YB Tuan Cheo Yee How (Perling) : Terima kasih Puan Speaker. Terlebih dahulu terima kasih kepada Dewan yang mulia ini kerana memberi peluang kepada Perling untuk membahaskan Rundingan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2022) Tahun 2021 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada 18 November yang lalu. Terlebih dahulu, patik ingin merafak sembah menjunjung kasih dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucapan selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim sempena Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 22 November 2021 yang lepas. Yang Berhormat Puan Speaker, dalam ucapan perbelanjaan Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah menyebut berkenaan dengan penyediaan sebanyak RM21.5 juta untuk agenda Johor Digital yang mempunyai 15 inisiatif dan agenda-agenda ini amatlah bergantung kepada faktor berkenaan satu perkhidmatan asas iaitu Internet. Kita semua tahu Internet merupakan medium yang penyambungan antara dunia ke semua pelusuk dalam negeri Johor termasuk luar bandar dan telah memberi peluang-peluang kepada semua rakyat untuk belajar berniaga dan sebagainya. Malahan, produk ikonik era perindustrian iaitu kereta kini dengan pembangunan pesat kereta elektronik pada era informasi kini seterus, yang seterusnya menjurus kepada perkembangan kereta tanpa pemandu dengan izin, driveless car, keberkesanan

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 200

penggunaan kereta jenis ini amatlah bergantung kepada Internet. Ini cuma salah satu contoh hasil daripada era industri 4.0 dan banyak lagi yang berkenaan dengan perkembangan Big Data, IOT, AI, Artificial Intelligent, dengan izin, yang merupakan perkembangan teknologi trend semasa juga berkembang, sangat bergantung kepda Internet. Sehubungan dengan itu, Perling akan membincangkan tiga aspek iaitu kadar penembusan, kelajuan ataupun kestabilan dan harga berkenaan dengan Internet dengan membuat perbandingan dengan beberapa negara jiran, memandangkan perkembangan Internet juga merupakan satu daya tarikan atau daya saing antarabangsa. Menurut laporan daripada MCMC pada suku kedua tahun 2021, kadar penembusan jalur lebar mudah alih di negeri Johor adalah 136%, manakala kadar penembusan talian tetap jalur lebar di negeri Johor adalah 37.4%. Dan jika kita bercakap dekat sini tak ada Internet, sebenarnya adalah masalah kelajuan ataupun kestabilan Internet itu sendiri. Rata-rata perkhidmatan Internet yang bagus adalah akan membekalkan kelajuan muat turun antara 50 Mbps sehingga 100 Mbs dengan kestabilan sekurang-kurangnya 25 Mbps pada setiap masa. Mengikut speed test global index, purata kelajuan global adalah 68.44 Mbs untuk muat turun daripada jalur lebar mudah alih mobile dan 116.86 Mbs untuk muat turun daripada jalur lebar talian tetap untuk bulan Oktober tahun 2021, baharu laporan bulan lepas. Jadi purata bagi Malaysia pula, bagi jalur lebar mudah alih adalah 34.46 Mbs dan merupakan tangga kelima dalam Asia Tenggara selepas Singapura, Thailand, Vietnam dan Philippine. Dan ia merupakan jauh lebih rendah daripada purata dunia, purata global. Dan, purata muat turun daripada jalur lebih tetap, talian tetap untuk Malaysia adalah 110.84 Mbs dan merupakan tangga ketiga dalam Asia Tenggara selepas Singapura, Thailand dan juga, ini merupakan di bawah purata dunia juga. Ini cuma satu rujukan untuk Dewan yang mulia ini kerana, ini berkaitan dengan daya saing perkembangan Internet serantau. Di sini Perling ingin mengambil contoh kesan daripada kelajuan, kesan kelajuan atau kestabilan ini mengganggu Internet ataupun harian kita. Dekat kawasan pedalaman seperti dekat Kampung Peta, Mersing, murid-murid terpaksa bergerak 20 kilometer dari rumah ke tepi hutan untuk mendapatkan pelajaran atas talian padahal sekolah cuma di tepi rumah mereka sahaja. Dan ada mahasiswa-mahasiswa yang daripada kawasan-kawasan pedalaman ini terpaksa menyewa bilik di pekan yang berdekatan cuma untuk mendapatkan kelajuan Internet yang lebih stabil dan pantas untuk pembelajaran dalam talian. Hal ini juga berlaku dekat Kampung Sungai Temun dalam DUN Perling. Speed test mudah alih dekat kampung tersebut cuma 2 Mbs menyebabkan murid-murid terpaksa keluar dari rumah dan belajar atas talian di rumah yang ada jalur lebar talian tetap. Jadi ini bukan lagi pembelajaran dan pembelajaran dalam rumah, ni dekat luar rumah. Dalam hal ini juga terlibat dengan kos, macam dekat cerita dekat Kampung Sungai Temun itu, kos untuk mendapatkan perkhidmatan Internet di mana masih ramai pelajar atau murid tidak mampu untuk mencapai Internet kerana faktor tidak mampu mempunyai perisian atau kos untuk menampung perkhidmatan Internet. Jika tiada usaha penurunan harga pada zaman kerajaan PH, saya rasa harga berkenaan dengan perkhidmatan ini akan lebih tinggi lagi. Kita boleh buat perbandingan lagi, kita bandingkan dengan Vietnam yang mobile service dia lagi pantas daripada kita. Dia cuma menggunakan RM0.68 untuk setiap megabyte dan Thailand pula cuma menggunakan RM0.48 untuk setiap megabyte, padahal, manakala Malaysia pula menggunakan RM0.96 untuk setiap megabyte. Ini satu perbandingan. Perling faham sebenarnya JENDELA banyak usaha dibuat untuk menambah baik kualiti Internet di negeri kita. Pada waktu yang sama, sebenarnya kita juga ingin kalau boleh menawarkan harga yang perkhidmatan yang lebih berkemampuan untuk lebih ramai rakyat yang boleh guna kemudahan asas ini. Yang Berhormat Puan Speaker, Bangsa-Bangsa Bersatu telah menetapkan bahawa Internet sebagai keperluan asas manusia selain daripada makanan, air, elektrik. Jadi dekat sini, Perling ingin tahu bagaimanakah perjalanan Internet sebagai utiliti ketiga selain daripada elektrik dan air menjadi syarat kelulusan KM dalam sesuatu pembangunan di PBT di negeri

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 201

Johor? Hal ini seperti yang disebut oleh Tangkak semalam, ada pemaju telah menyediakan infrastruktur berkenaan dengan jalur lebar talian tetap tetapi ISP, dengan izin, Internet Service Provider dalam bahasa Melayu, pembekal talian Internet masih perlu mencapai satu bilangan permohonan baharu memasang port jalur lebar yang berkenaan atau port yang berkenaan cuma disediakan satu jumlah yang cepat mohon sahaja. Jadi dalam situasi ini tidak akan menjamin keperluan asas rakyat untuk penggunaan Internet terutamanya untuk jalur lebar talian tetap. Satu yang lebih membimbangkan dengan situasi, dengan tanpa saingan di negara kita, ISP dalam negara kita akan menghalang rakyat kita untuk mencapai perkhidmatan Internet yang lebih baik memandangkan Starlink, syarikat ISP Elon Musk yang akan membekalkan Internet melalui satelit yang dikatakan tanpa sempadan meliputi Malaysia pada tahun depan walaupun dengan harga USD99.00, ia tetap akan membekalkan 50 Mbps sehingga 102 Mbps. Pada waktu yang sama, difahamkan pada tahun 2025, liputan lengkap seluruh negara untuk 5G di mana fahaman kita 5G ni dia lebih berfrekuensi tinggi tetapi gelombangnya lebih pendek. Jadi dijangkakan akan lebih pencawang akan dipasang dan jika pencawang-pencawang ni dipasang di tempat awam, Perling berharap pemasangan pencawang ni dia mengikut ketetapan PBT masing-masing. Dan jika boleh kalau ada penduduk dia bantah ke atau rasa risau ke, saya rasa cubalah berkomunikasi dengan penduduk-penduduk tempatan tu untuk tujuan kurangkan salah faham antara satu, antara penduduk tempatan dengan pembangunan negara kita. Yang Berhormat Puan Speaker, dalam ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar juga menyatakan akan mewujudkan portal setempat untuk kemudahan rakyat berurusan dengan kerajaan. Tujuan portal sememangnya memudahkan rakyat. Sehubungan itu, kalau boleh, interface atau paparan yang berkenaan dengan portal tersebut bolehlah mesra rakyat ataupun metologi penggunaan portal tersebut mesralah sikit rakyat. Sebab ramai lagi yang sebenarnya kurang faham walaupun mereka tengah belajar dalam zaman pandemik, ramai yang kena belajar aplikasi ni tetapi teknikal-teknikal, perkara teknikal ni ramai sebenarnya tak faham. Saya ambil contoh, jika kita nk uploadkan gambar ke aplikasi MySejahtera ke atau eHSSO ke dia kena kecilkan gambar kita kepada saiz 250 kilo byte. Jadi, dengan orang ramai yang sebenarnya dia cuma tahu ambil gambar dan setiap kali kita mengambil gambar itu kita ber mega-mega byte, jadi untuk mengecilkan gambar dia sebenarnya satu teknikal isu yang perlu belajar. Jadi, adakalanya ramai pemohon dia dah upload tapi gambar dia tak terang ataupun kurang jelas menyebabkan permohonan mereka ditolak ataupun jenis dokumen yang mereka upload tu tak betul, juga ditolak permohonan mereka. Jadi, Perling berharap kerajaan selain juga menjalankan kempen mendidik atau menjaga untuk portal tersebut penggunaan portal tersebut, untuk orang ramai terutamanya yang tidak fasih bahasa teknikal ni untuk kemudahan orang ramai. Yang Berhormat Puan Speaker, pada bulan lepas MBJB telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM7.5 juta untuk sistem pam automatik di Kampung Pasir dengan Jalan Kolam Ayer dan RM600,000.00 untuk penyelenggaraan saliran juga dalam kawasan MBJB. Perling sememangnya mengalu-alukan tetapi antara untuk sistem pam automatik siap dijangkakan bulan Ogos tahun depan. Jadi, kita kena mengambil perhatian berkenaan beberapa perkara terutamanya banjir kilat dan kini menjelang musim tengkujuh sekarang pun dah hujan dan belum lagi air bah besar luar biasa yang sering berlaku pada hujung tahun dalam pesisiran pantai Lido. Jadi, Perling ingin juga mengambil perhatian Dewan yang mulia ini, di mana pada 18 hari bulan, bulan ini semasa pembukaan perasmian sebelum loceng Dewan yang mulia ini berbunyi kali kedua, Perling menerima panggilan daripada orang kampung memaklumkan bahawa Kampung Pasir dan sekitarnya mengalami banjir kilat. Dalam telefon tersebut juga, penduduk memaklumkan pegawai yang sepatutnya menghidupkan pam itu datang lambat. Jadi, sebelum ini sememangnya berlakunya banjir yang kebanyakkan kalau disebabkan oleh faktor manusia di mana pernah berlaku pam air tidak hidup, pintu air tidak dapat menutup ketika diperlukan.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 202

Di sini, memandangkan sekarang masa yang singkat dan Perling minta supaya penyelenggaraan saliran-saliran berdekatan sama ada di anak sungai saliran yang sudah cetek atau longkang-longkang yang tersumbat, bolehlah dibersihkan dahulu dan memastikan pam yang sedia ada boleh berfungsi. Sememangnya, YB EXCO semalam ada menyebut pasal air laut meningkat dan untuk jangka masa panjang sebenarnya sekitar Pantai Lido, Sungai Skudai dia memerlukan pemetaan baru memandangkan landskap di kawasan sana telah berubah besar dengan adanya mega-mega projek dekat situ. Hal ini selepas pemetaan baru kita boleh mengenal pasti apa sistem pembendungan banjir yang lebih sesuai memandangkan dekat Jalan Taha, Jalan Kolam Air dekat situ pun air naik bertakung. Selain itu, sisa pepejal juga merupakan sebab utama banjir kilat yang menyumbang kepada penyumbatan saliran dan merosakan pam air. Pada waktu yang sama, ada sebahagian daripada kawasan-kawasan kampung yang masih lagi tiada lori sampah masuk dan ada yang tidak bertanggungjawab terus membuang sampah ke saliran air. Memandangkan semua situasi sebenarnya perlu kerjasama orang tempatan di jalan dekat sini adanya pasukan sukarelawan yang membantu menjaga saliran air yang berkarat atau sekurang-kurangnya membantu dalam perihal menghidupkan pam untuk masa yang terdekat. Selain itu, memandangkan kini banyak aplikasi berkenaan IOT digunakan untuk menyelesaikan masalah pentadbiran. Adakah pam automatik yang akan dipasang berkenaan dengan ada unsur IOT yang membantu dalam penghidupan pam ini? Yang Berhormat Puan Speaker, Perling mengalu-alukan adanya VTL darat di mana kita tengok Facebook ataupun surat khabar dah ada raptai telah dijalankan. Kita sememang-memangnya mengalu-alukan tindakan ini tetapi suatu benda Perling ingin tahu sebab setiap kali dengan melepasi negara ataupun melepasi sempadan, ia sememang-memangnya ada details-details ataupun syarat-syaratnya tertentu. Saya berharap jika, jika adanya VTL ini, raptai hari ini berjaya. Syarat-syarat yang berkenaan dengan VTL ini boleh diumumkan dan dipersetujui oleh dua-dua pihak, dua-dua negara syarat di bahagian Malaysia ini boleh diumumkan secepat mungkin untuk memudahkan traveller-traveller daripada Singapore untuk masuk ke Malaysia memandangkan syarat-syarat antara syarat-syarat kemungkinan ada yang perlukan pemeriksaan PCR ke atau selain penyediaan dokumen, mereka juga memerlukan masa untuk penyediaan itu. Jadi, ini adalah satu permintaan daripada diri sendiri dan pada waktu sama sebenarnya saya dimaklumkan walaupun kedua-dua causeway kita, kedua-dua laluan sempadan negara kita tidak tiada penjalan kaki ataupun biasa lori tetap berjalan. Ada rintihan daripada pemandu-pemandu lori yang mengatakan masih lagi lambat terutamanya bila masuk balik ke Malaysia selepas mereka memunggah barang di Singapura dan saya menganggap kita kena buat persediaan terutamanya bila kita nak buka sempadan kita dan mengambil ataupun welcome orang ramai masuk ke negara kita. Lori pula merupakan salah faktor kesesakan pada masa, adanya pembukaan sempadan itu. Jadi, kita kena ambil kesempatan ini, buat kajian berkenaan dengan kepantasan lori ataupun gangguan lori tersebut untuk tidak menyebabkan kesesakan lalulintas di jambatan sama ada dekat causeway ataupun di Second Link sendiri. Jadi Yang Berhormat Puan Speaker, sebenarnya dengan adanya peruntukan tetap bagi semua RM200,000.00 kepada semua Ahli-Ahli Dewan yang mulia ini, merupakan satu langkah progresif, ataupun satu langkah yang matang bagi Perling. Dan tidak usahlah kita bandingkan siapa yang lagi teruk. Kalau hendak bandingkan yang lagi teruk sebelum 22 bulan itu, kita langsung tidak ada peluang untuk bajetkan peruntukan, sebab kita tidak ada peruntukan pada masa itu. Sebab saya melihat satu benda yang progresif, dalam hal ini kita kena melihat ke hadapan dan satu lagi yang progresif juga berkenaan dengan JKTD. Di sini, saya ingin juga mengetahui fungsi pemerhati dalam JKTD yang dimaksudkan oleh Menteri Besar. Sememangnya membenarkan semua ADUN untuk menghadiri satu JKTD juga merupakan satu langkah yang matang atau progresif dalam arena politik Johor Darul Ta’zim ini.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 203

Dan yang ketiga berkenaan dengan jika boleh sebenarnya saya mengulangi apa yang saya pernah katakan semasa Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Persidangan Pertama Dewan Johor Yang Ke-14 itu berkenaan dengan enakmen anti lompat parti. Di mana, sekali lagi saya mengatakan enakmen sebegini sebenarnya menjamin kestabilan politik di negeri kita sendiri. Inilah sedikit pandangan dari Perling untuk berkenaan dengan yang kematangan ataupun progresif di negeri Johor ini dan akhirnya Perling ambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua frontliner yang bertungkus-lumus dan membantu kita melawan COVID ini dan tidak lupa juga ambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada staff-staff di pejabat Jurutulis yang tungkus-lumus bermalam-malam untuk menyediakan verbatim supaya kita lebih tahu apa berlaku semalam dan ini sahajalah daripada Perling. Sekian sahaja, terima kasih. YB Timbalan Speaker : Yang Berhormat Senai. Jemput. YB Tuan Tee Boon Tsong (Senai) : Selamat petang, salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Puan Speaker, kerana memberikan Senai peluang berbahas di Dewan yang mulia ini. Senai juga ingin merakamkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor kerana telah membentangkan Belanjawan 2022. Tahniah Senai ucapkan, nampaknya Belanjawan 2022 memberikan banyak manafaat kepada setiap lapisan masyarakat. Tetapi bagi Senai, belanjawan ini ada ruang untuk menambah baik lagi. Puan Speaker, Senai ingin memberikan beberapa pandangan dan soalan kepada kerajaan negeri Johor. Pertama, penduduk di daerah Kulai pada tahun 2020 adalah sejumlah 481,095 orang dan dijangka akan meningkat kepada 659,355 orang menjelang tahun 2025. Iaitu, seiring dengan perkembangan industri dan ekonomi serta kawasan perumahan yang baharu dan besar. Apabila peningkatan penduduk secara mendadak, Klinik Kesihatan Kulai Besar dan Klinik Kesihatan Bukit Liki tidak dapat lagi menampung jumlah pengunjung dan keadaan memberikan kesan yang serius kerana pengunjung tidak dapat menerima perkhidmatan rawatan kesihatan pada tahap yang terbaik. Justeru, satu Klinik Kesihatan yang baharu perlulah di wujud di Senai. Kerana Senai hanya mempunyai Klinik Desa. Sedangkan kawasan tersebut telah mengalami kepesatan, pembangunan dan kepadatan penduduk. Tambah lagi, pejabat kesihatan dari Kulai tidak mempunyai bangunan pejabatnya sendiri. Kini pejabat tersebut menumpang di Klinik Kesihatan Kulai Besar. Pada 10 hari bulan April 2019, pihak kami telah buat memohon semakan status tapak untuk membina Klinik Kesihatan Jenis Dua PTD. No 105, 166, Mukim Senai dari Kulai negeri Johor. Seluasnya 4.99 ekar dan untuk Pejabat Kesihatan Daerah Kulai, yang baharu di Lot Nombor 24035, Mukim Kulai, Daerah Kulai Negeri Johor seluasnya 1.2 ekar.

Untuk makluman, kedua-dua tanah tersebut merupakan tanah milik kerajaan negeri Johor buat masa sekarang. Sekiranya KKM bersetuju untuk membina klinik kesihatan dan pejabat kesihatan daerah tersebut, KKM perlu mengemukakan permohonan tanah terlebih dahulu melalui Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian, kepada Pejabat Daerah Kulai. Seterusnya PTD Kulai akan memberikan maklum balas sama ada tanah tersebut akan diberi milik atau diberi rizab. Perkara ini adalah berdasar kepada arahan teknikal dasar pengurniaan tanah kepada jabatan atau agensi di negeri Johor. Senai nak tanya apakah perkembangan permohonan ini? Adakah terdapat cadangan yang sedang, masih dibincang lagi? Puan Speaker, untuk makluman Dewan yang mulia ini, katil setiap ada di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim iaitu Hospital Kulai mempunyai kurang daripada 100 buah katil sahaja. Walau bilangan penduduk Kulai telah mencapai lebih kurang 500,000 orang, jumlah ini tidak dapat menampung kapasiti pesakit yang perlu mendapatkan rawatan susulan dan bantuan daripada doktor. Pernah berlaku tragedi pesakit terkorban akibat tindakan lambat oleh pihak hospital. Senai tidak mahu perkara ini berulang lagi, Senai mencadangkan agar bilangan katil dapat di tambah lagi agar dapat meningkat, meringankan pengunjung di Hospital Sultan Ismail dan Sultanah Aminah Johor Bahru juga. Seperti sedia maklum, daerah Kulai hanya mempunyai satu hospital sahaja. Jikalau berlaku sebarang

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 204

kecemasan pengunjung tiada pilihan lain daripada mengunjungi Hospital Kulai. Senai harap-harap sangat kerajaan negeri Johor dapat memberikan bajet untuk menaik taraf Hospital Kulai. Selain itu dapat menambah penjawat lagi agar pengunjung dapat berkhidmat rawatan pada tahap yang terbaik. Puan Speaker, pada 26 Julai 2021, kemalangan telah berlaku. Jejantas Senai Utama telah dilanggar oleh sebuah lori pasir. Lepas kajian mendapati bahawa struktur jejantas tersebut tidak lagi selamat untuk digunakan. Pihak MPKU telah menutup jejantas tersebut pada 29 Julai 2020 yang lalu sehingga kinilah belum buka lagi. Penduduk kawasan berhampiran perlu menggunakan jejantas tersebut untuk menyeberangi jalan tetapi pihak MPKU memaklumkan bahawa mereka tidak mempunyai bajet untuk membaik pulih jejantas tersebut. Perkara ini perlu disegerakan Puan Speaker. Kenderaan yang melalui jalan ke sana amat laju dan membahayakan nyawa-nyawa penduduk. Senai ingin mohon kerajaan ambil perhatian. Sepanjang masa ini ramai penduduk telah membuat aduan dan pertanyaan di pejabat ADUN Senai mengenai jejantas Senai Utama, mahupun di sosial media. Perkara ini menjadi satu tanda tanya untuk semua pihak, jelaslah bahawa soal ini dan aduan ini menunjuk tahap kebimbangan penduduk. Baru-baru ini Senai dikhabarkan satu kemalangan berlaku lagi sebelum Deepavali, seorang wanita dilanggar oleh sebuah kenderaan dan tidak nasib wanita tersebut terkorban. Senai tidak mahu untuk berdiam diri lagi dengan berita ini. Berapa banyak lagi nyawa yang bakal terkorban? Untuk pengetahuan Senai telah memohon peruntukan khas sebanyak RM2 juta daripada kerajaan Johor pada hujung tahun 2020, tapi sampai sekarang belum dapat sebarang balasan daripada kerajaan. Dimaklumkan MPKU telah melantik perundingan untuk mereka membentuk semula jejantas baru dan telah menentu kos keseluruhan pembinaan jejantas tersebut dijangkakan pelaksanaan akan bermula pada awal tahun 2022. Senai ucapkan tahniahlah terhadap kerja baik pulih dapat dilaksanakan seperti apa yang dijanji. Senai tak faham satu jejantas bukan projek besar, bukan projek mega, kenapa ambil masa lebih setahun tak siap-siap lagi? Sejujurnya Senai berasa kerajaan tidak mengambil serius isu jejantas ini, malah hanya memberi tumpuan kepada lanskap kawasan. Senai difahamkan pada tahun 2021, MPKU telah belanja sejumlah RM14 juta untuk menanam pokok dan bunga untuk mencantikkan lagi daerah Kulai. Senai tidak mempunyai sebarang halangan pihak berkenaan ingin menceriakan lagi di kawasan Kulai. Tetapi, peruntukan itu adalah duit rakyat. Saya rasa rakyat lebih prefer dengan izin, kerajaan mengguna duit tersebut untuk membaiki semula infrastruktur menurap jalan lubang, membaiki sistem perparitan dan banyak lagi masalah boleh diselesaikan. Senai harap EXCO-EXCO ambil perhatian. Puan Speaker, isu banjir kilat di Senai. Sekiranya hujan lebat berlarutan, jalan dari Kulai ke Senai mengalami banjir teruk sehingga pam minyak dan pasaraya berdekatan juga dinaiki air. Kali ini memberikan kesan amat teruk kepada penduduk dan pengguna jalan raya sebagai contoh apabila hujan lebat berlaku pada waktu puncak, keadaan lalu lintas menjadikan sesak kerana banyak kereta tidak dapat melalui jalan raya tersebut dan juga ada yang bernasib malang kenderaan mereka rosak akibat dimasuki air banjir. Pemilik pasaraya dan pam minyak terdekat juga mengalami kerugian akibat banjir kilat ini. Senai berasa amat simpati kerana penduduk terpaksa menghadapi perkara ini yang sama setiap kali hujan lebat berlarutan berlaku. Justeru, adakah terdapat penyelesaian dan sampai bila penduduk Senai perlu menghadapi dengan isu ini. Bila berlaku banjir kilat di beberapa kampung dan taman, Senai cuba memohon bantuan daripada JKM dan pejabat daerah untuk membantu mangsa-mangsa banjir tetapi malangnya saya dimaklumkan berdasarkan garis panduan mereka, sekiranya banjir berlaku kurang daripada 6 jam, ianya bukan kira sebagai bencana. Jadi, mangsa banjir tidak dapat mendapat pampasan dan terpaksa menanggung kerugian dan kos mereka. Senai berharap garis panduan dapat dikaji semula agar golongan ini tidak terlepas pandang dan sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban mereka.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 205

Puan Speaker, isu Ketua Masyarakat. Isu ketua masyarakat untuk kampung baru, Senai berasa hairan. Mengapa kerajaan telah mentadbir lebih kurang 2 tahun tetapi masih belum melantik Ketua Masyarakat Cina.? Di seluruh negeri, kita mempunyai lebih 140 kampung baru. Senai berasa ini adalah satu kerugian yang amat besar. Pada zaman PH setiap kampung baru mendapat peruntukan sebanyak RM100,000.00 dari PKPT melaksanakan projek-projek kecil seperti menambah baik kemudahan, membaiki longkang, menurap jalan yang berlubang dan sebagainya. Tapi kini telah mengalami kerugian sebanyak RM14 juta. Jika kerajaan negeri tidak mempunyai calon dari BN atau PH, saya rasa PH sedia menghantar calon yang layak untuk menjadikan ketua masyarakat dengan serta merta. Puan Speaker, Pentadbiran Tanah Johor telah melaksanakan Fast Track NIL bermula 9 Januari 2020 sehingga Jun 2021. Tujuan pelaksanaan fast track adalah menggalakkan mana-mana tanah yang tertakluk kepada kegunaan di bawah Seksyen 53 Kanun Tanah Negara. Melalui Fast Track NIL ini juga, tanahnya akan dibenarkan membuat permohonan mengubah kategori dan syarat kegunaan tanah sama ada kategori pertanian, kategori bangunan, kategori kediaman dan kategori industri. Berdasarkan rekod sehingga 30 Jun 2021, sebanyak 12,907 permohonan diterima berbanding dengan 35,944 hak milik berstatus atas NIL inilah bawa kepada 36% sahaja. Senai harap program ini dapat diteruskan supaya yang 64% lagi mempunyai peluang untuk mengubahkan syarat kegunaan tanah mereka. Dalam program ini Senai dapati terdapat kesilapan juga. Di kawasan Senai ada sebuah kilang haram. Semasa program ini dijalankan, mereka turut serta rela membayar denda dan premium tanah untuk memutihkan kilang-kilang tersebut. Tapi dukacita dimaklumkan, kilang haram ini mempunyai dua tanah, satu telah lulus dah bayar premium, denda dah lantik engineer untuk buat pelan bangunan tapi satu ditolak. So, saya harap perkara seperti ini boleh dapatlah perhatian daripada EXCO dan mohon jasa baik daripada Menteri Besar memberikan perhatian. So, orang dah rela, dah bayar cukai, dah bayar premium, semua dah bayar, kosnya bukan sikit, berjuta-juta lepas itu satu tanah dilulus, tapi yang lain satu dengan syarat yang sama ditolak. Itulah, pelik. Okay, akhir. Senai berasa sedikit kecewa Program Kad Sihat Johor telah diberhentikan. Berita ini telah mendatangkan kesedaran terhadap rakyat Johor. Senai mendapati telah ramai permohonan yang berjaya mendapatkan manfaat daripada inisiatif tersebut. Bagi inisiatif juga boleh mengurangkan beban hospital, mengurangkan nombor pengunjung. So saya amat sedihlah program ini terus diberhentikan walau dalam teks ucapan EXCO-EXCO kata akan teruskan tapi sampai sekarang belum. So, untuk maklumat Dewan yang mulia ini, kad sihat ini, walau kerajaan telah diberhentikan tapi kawan saya Mengkibol dia telah melancarkan Kad Perubatan Mengkibol pada awal bulan Oktober. Seramai 1,300 penerima B40 dapat manfaat ini. Kalau Mengkibol mampu nak buat kad sihat sendiri, kenapa Kerajaan Negeri Johor tidak. So akhir, ok, Perling juga sebut Enakmen Anti Lompat Parti. Senai juga ingin ambil kesempatan ini saya menyokong Enakmen Anti Lompat Parti ini memang dalam MOU antara PH dengan kerajaan pusat. Saya harap-harap sangat enakmen ini akan dibawa dalam Dewan yang mulia ini supaya kita boleh bahas bersama-sama dan dapat meluluskan. Akhirnya, saya harap kerajaan dapat memberikan perhatian kepada semua soalan dan cadangan daripada Senai. Dengan ini Senai akan mempertimbangkan untuk menyokong Belanjawan 2022. Sekian, terima kasih. YB Timbalan Speaker : Yang Berhormat Pekan Nanas, jemput. YB Tuan Yeo Tung Siong (Pekan Nanas) : Yang Berhormat Puan Speaker dan rakan-rakan Ahli Dewan sekalian. Pertama sekali, Pekan Nanas ingin mengambil ketetapan merafak sembah menjunjung kasih dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor sempena Hari Keputeraan Tuanku Sultan Johor pada 22 November 2021 yang lepas. Pekan Nanas juga ingin mengucapkan

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 206

terima kasih kerana diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2022 Negeri Johor. Yang Berhormat Puan Speaker, tema Belanjawan Johor 2022, Memperhebatkan Kesejahteraan Johor, merupakan suatu tema yang bersesuaian dengan keadaan Johor yang telah mengalami pelbagai impak akibat pandemik COVID-19. Dalam usaha memperhebatkan kesejahteraan Johor, kita sebagai Wakil Rakyat dan pemimpin kita bertanggungjawab untuk memberi cadangan serta mencari langkah-langkah dan mekanisme baru untuk meringankan beban rakyat yang terhimpit akibat COVID-19 untuk memastikan nasib setiap orang yang menerima musibah dapat dibela dan kebajikan mereka dapat dijamin. Yang Berhormat Puan Speaker, kerajaan kita perlu menuju ke arah syncless government dimana kesinambungan antara agensi-agensi kerajaan perlu baik dan membolehkan pentadbiran dijalankan dengan lancar seperti tidak ada sebarang cela diantara dua agensi yang berlainan. Di negara kita terdapat banyak agensi yang boleh memohon bantuan kecemasan. Jika kesinambungan agensi-agensi yang boleh memberi bantuan kecemasan dapat dipertingkatkan, maka rakyat yang memerlukan bantuan akan dapat dijaga rapi oleh banyak agensi yang telah ditubuhkan. Sebagai contoh, ibu tunggal yang pergi ke JKM untuk memohon bantuan ibu tunggal mungkin mereka tidak sedar bahawa suami mereka adalah ahli PERKESO dan mereka layak untuk mendapat bantuan pencen PENAKAT sebab suami yang meninggal dunia adalah ahli PERKESO. Jika kesinambungan antara agensi-agensi adalah baik, maka JKM boleh mengambil inisiatif untuk menghubungi PERKESO untuk menyemak status ibu tunggal tersebut dan memastikan adakah beliau juga layak untuk mendapat bantuan daripada PERKESO. Saya pernah membangkitkan persoalan adakah JKM bersedia bekerjasama dengan agensi-agensi seperti PERKESO, EPF ataupun agensi-agensi lain untuk memastikan kebajikan dan manfaat ibu tunggal dapat dibela. Ini adalah disebabkan sepanjang masa saya menjalankan tugas, saya mendapati banyak ibu tunggal yang memainkan peranan sebagai suri rumah tangga. Kadang kala mereka tidak sedar dan tidak tahu hak dan cara untuk membuat permohonan melalui PERKESO, EPF ataupun agensi-agensi yang lain. Sepanjang saya memegang jawatan sebagai Wakil Rakyat, saya pernah banyak kali menghubungi Skuad Prihatin PERKESO untuk menziarahi keluarga yang memerlukan bantuan dan mempermudahkan proses permohonan bantuan. Dengan mengambil inisiatif menjarak ke keluarga yang memerlukan dan mempermudahkan proses permohonan banyak keluarga boleh mendapat bantuan daripada PERKESO melalui Skuad Prihatin dengan cepat dan berkesan. Oleh itu saya juga bercadang kepada kerajaan untuk menubuhkan satu Skuad Prihatin yang sama di KWSP untuk menjalankan tugas yang serupa dengan Skuad Prihatin PERKESO untuk mempermudahkan urusan permohonan bantuan dan menjaga kebajikan ahli-ahli KWSP. Di samping itu, JKM yang merupakan agensi menjaga kebajikan masyarakat boleh di upgrade menjadi satu One Off Center untuk memainkan peranan untuk menyelaraskan segala bantuan kecemasan daripada agensi kerajaan seperti PERKESO, KWSP dan sebagainya. Orang yang datang untuk memohon bantuan di JKM juga boleh mendapat maklumat dan saluran untuk mendapatkan bantuan daripada agensi-agensi yang bersesuaian. Pekan Nanas berharap dengan ada kesinambungan yang sistematik dan rapi kerajaan kita dapat mengujudkan satu mekanisme yang lagi sistematik dan rapi, tersusun dan usaha kita untuk menyalurkan bantuan kepada mana-mana orang yang memerlukan. Yang Berhormat Puan Speaker, Pekan Nanas juga bercadang kerajaan menyediakan bantuan kewangan kepada golongan budak istimewa, terutamanya pesakit Autisme untuk menerima rawatan Occupation Therapy (OT) ataupun Speech Therapy (ST). Menurut kajian WHO, setiap 160 budak, terdapat satu budak yang menghadapi masalah Spectrum Autisme, dan mengikut CDC, Center For Disease Control Amerika Syarikat, setiap 54 budak terdapat satu budak yang menghadapi gangguan Spectrum Autisme. Ekoran kesedaran masyarakat

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 207

dan kemajuan dalam bidang perubatan telah membolehkan sebanyak, semakin banyak budak boleh didapati menghadapi masalah Spectrum Autisme selepas mereka menjalankan diagnosis. Yang Berhormat Puan Speaker, sebelum umur 7 tahun merupakan peluang keemasan bagi budak Autisme untuk menerima rawatan. Institusi perubatan kerajaan yang sedia ada membekalkan rawatan Occupation Therapy yang mementingkan kemahiran harian dan Speech Therapy untuk meningkatkan penguasaan pertuturan. Di seluruh Johor, semua hospital kerajaan dan 27 buah klinik kesihatan membekalkan perkhidmatan Occupational Therapy kepada budak Autisme. Manakala hanya HSA, HSI, hospital kerajaan di Batu Pahat, Muar dan Kluang dapat menyediakan perkhidmatan Speech Therapy. (Gangguan teknikal.) YB Timbalan Speaker : Cuba YB. YB Tuan Yeo Tung Siong (Pekan Nanas) : Thank you. Terima kasih. Ok. Disebabkan kekangan sumber tenaga dan fasiliti, budak Autisme dijadualkan menunggu selama satu sehingga 3 bulan untuk menerima setiap kali rawatan Occupation Therapy manakala untuk Speech Therapy pula mereka perlu menunggu selama sampai 4 sampai 8 bulan untuk mendapat rawatan setiap kali. Kekurangan peluang mendapat rawatan OT dan ST di institusi perubatan kerajaan akan menyebabkan perkembangan mereka terbantut walaupun ibu bapa boleh menghantar anak mereka ke pihak swasta untuk menerima perkhidmatan rawatan tersebut. Maka kos perkhidmatan OT dan ST adalah lebih kurang RM100 satu jam dengan keadaan kekurangan peluang menerima rawatan melalui institusi perubatan kerajaan dan kos rawatan adalah tinggi melalui pihak swasta. Mereka yang berasal daripada keluarga B40 adalah amat sukar untuk... (Gangguan teknikal.) Yang berhormat Puan Speaker, saya sambung. Dengan keadaan kekurangan peluang menerima rawatan melalui institusi perubatan kerajaan dan kos rawatan adalah tinggi melalui pihak swasta. Mereka yang berasal daripada keluarga B40 adalah amat sukar untuk mendapat rawatan yang mencukupi. Manakala keberkesanan rawatan yang paling baik adalah sebelum mereka mencapai umur 7 tahun. Untuk jangka masa panjang, kerajaan perlu melatih dan meningkatkan bilangan pegawai perubatan pakar untuk mengatasi keadaan ini. Malah dalam persediaan jangka masa pendek, kerajaan boleh dengan menyediakan peruntukan untuk mensubsidi keluarga B40 supaya mereka berpeluang menghantar anak Autisme mereka ke institusi swasta untuk menerima perkhidmatan rawatan ST dan OT. Ia juga akan merupakan suatu cara untuk menyelesaikan kekangan sumber tenaga dan fasiliti klinik kesihatan dan hospital kerajaan. Pembelajaran dan rawatan budak Autisme perlu mendapat perhatian daripada pihak kerajaan untuk memastikan perkembangan mereka dijaga rapi, untuk menyesuaikan diri kepada masyarakat dan mengelakkan segala isu sosial yang akan timbul pada masa depan. Usaha ini juga sejajar dengan tema Belanjawan 2022 untuk memperhebatkan kesejahteraan Johor. Saya berharap cadangan ini boleh mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak kerajaan. Yang Berhormat Puan Speaker, selain daripada memperuntukkan RM3 juta untuk persediaan peralatan pelindung peribadi dan kit ujian kendiri kepada PKS dan FAMA di seluruh Johor. Pekan Nanas bercadang kerajaan untuk menyediakan kit ujian kendiri kepada sekolah-sekolah untuk menjalankan saringan secara berkala kepada pelajar setiap minggu khasnya bagi sekolah-sekolah rendah yang mana pelajarnya masih belum menerima suntikan vaksin. Ini adalah untuk mengelakkan berlaku kluster COVID yang berpunca daripada pesakit tanpa gejala dan merebak luas apabila mereka tidak dikesan dalam masa yang singkat. Pekan Nanas juga menyeru pihak kerajaan untuk mempercepatkan progress pemberian vaksin dos Booster untuk meningkatkan ketahanan rakyat terhadap virus COVID 19. Menurut kajian yang dijalankan, keberkesanan vaksin Pfizer berkurangan selepas 6 bulan

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 208

manakala Sinovac adalah 3 bulan. Oleh itu, kerajaan perlu mengejar masa untuk memastikan rakyat tidak menunggu lama untuk mendapat dos Booster kerana ia akan meningkatkan risiko menjangkiti COVID 19 apabila keberkesanan imuniti berkurang selepas tempoh yang dinyatakan atas. Yang Berhormat Puan Speaker, Pekan Nanas juga ingin menarik perhatian Dewan mengenai isu banjir kilat yang sering berlaku di Kampung Paya Embun dan Kampung Seri Gambut. Pada 2 November yang lepas, hujan lebat telah menyebabkan banjir kilat berlaku di Kampung Paya Embun lagi. Memandangkan ramalan fenomena air pasang besar akan berlaku pada 4 November sampai 7 November, saya menanggung kos untuk menyewa Eskavator untuk membersihkan Sungai Air Tam yang mengalir berhampiran Kampung Paya Embun untuk meringankan keadaan banjir kilat. Apabila kerja penyelenggaraan dijalankan, saya mendapati banyak pasir sungai termendak dalam sungai tersebut. Saya difahamkan oleh penduduk tempatan bahawa Sungai Air Tam sudah menjadi semakin cetek akibat mendakkan pasir. Mereka kata, dulu mereka boleh terjun dari jambatan dan berenang dalam sungai. Tapi kalau hari ini, kalau mereka terjun, pasti akan masuk ICU hospital kerana sungai sudah menjadi semakin cetek dan penuh dengan pasir. Mendapan pasir yang banyak merupakan salah satu faktor utama yang menyebabkan banjir kilat selalu berlaku. Yang Berhormat Puan Speaker, kalau kita tengok Kampung Paya Embun, Paya ini biasa bermakna ada banyak lumpur, tapi hari ini lumpur di dalam sungai telah diganti oleh mendapan pasir. Kita perlu memandang serius terhadap keadaan ini. Saya bercadang kepada pihak kerajaan untuk mengkaji dan membuka tender terbuka kepada mana-mana kontraktor yang berminat mengeluarkan pasir sungai di kawasan tersebut. Keadaan yang serupa juga berlaku di Kampung Seri Gambut. Apabila saya membuat tinjauan tapak dan turun ke Sungai Pontian Besar, paras sungai hanya sampai di paras lutut saya. Penduduk tempatan juga menyatakan bahawa sungai tersebut dulu adalah amat dalam. Tapi hari ini mereka telah dapat menyeberang sungai tersebut dengan mudah akibat mendapan pasir yang menyebabkan sungai menjadi semakin cetek. Saya pernah mencadangkan kepada kerajaan untuk menggerakkan pasir sungai untuk menyelesaikan masalah banjir yang selalu berlaku dalam sidang Dewan yang lepas. Cara ini dapat menjimatkan perbelanjaan JPS untuk menyelenggara sungai yang banyak hasil pasir dan menjana pendapatan kepada kerajaan melalui Pejabat Tanah, kontraktor juga boleh mendapat keuntungan melalui aktiviti pengeluaran pasir sungai dan yang paling penting, masalah banjir kilat yang selalu menghantui penduduk tempatan dapat dikurangkan. Pekan Nanas percaya dengan adanya pemantauan yang rapi semua pihak akan mendapat manfaat melalui cara ini. Yang Berhormat Puan Speaker, saya juga mendapati parit di Kampung Seri Gambut yang mengalir ke Sungai Pontian Besar tidak ada pintu air juga menyebabkan air daripada Sungai Pontian Besar melimpah masuk ke kawasan kampung apabila hujan lebat. Memandangkan kawasan Seri Gambut juga merupakan satu hotspot yang selalu berlaku banjir kilat, saya menyeru pihak JPS membina satu pintu air di kawasan tersebut. Yang Berhormat Puan Speaker, saya juga memohon pihak JKR untuk memasang lampu jalan daripada kawasan Taman Utama ke Taman mewah di kawasan Pekan Nanas memandangkan banyak kemalangan jalan raya berlaku di kawasan tersebut. Saya juga memohon kerajaan mengadakan satu sesi Townhall untuk memahami pandangan penduduk Pekan Nanas terhadap usaha pemindahan sampah Pekan Nanas dan menyelesaikan persoalan mereka dengan memberi penjelasan dan maklumat yang betul terhadap pelaksanaan Projek Pusat Pemindahan Sampah yang sedang dijalankan. Projek itu, sedang mendapat bantahan oleh sebahagian penduduk tempatan dan saya mendapati terdapat pelbagai hujah bantahan yang telah mengelirukan orang awam, saya berpandangan bahawa mesej yang betul perlu disalurkan kepada orang awam melalui kerajaan. Di antaranya ada dakwaan yang saya baca melalui kenyataan surat khabar yang menyatakan Pekan Nanas akan menjadi pusat pengendalian sampah untuk kawasan Johor Selatan jika Pusat Pemindahan Sampah siap dibina. Terdapat juga dakwaan bahawa

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 209

masalah pencemaran akan menjadi lebih serius jika Pusat Pemindahan Sampah siap dibina, saya rasa sepanjang pengetahuan saya, saya berharap suatu sesi Town Hall dapat dijalankan supaya kerajaan dapat mendengar apa-apa persoalan dan keraguan orang tempatan dan kerajaan juga berpeluang menyebarkan maklumat yang benar berdasarkan soalan-soalan dan juga dakwaan-dakwaan yang dibangkitkan oleh rakyat supaya mereka boleh mendapat lebih banyak maklumat berkenaan dengan pusat pemindahan sampah tersebut. Yang Berhormat Puan Speaker, akhir sekali, saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua Ahli yang berada dalam Dewan ini. Kita telah mencipta suatu sejarah yang amat bermakna dalam Dewan ini. Sebelum berlaku pertukaran kerajaan, tidak pernah ada Wakil Rakyat pembangkang di Johor mendapat peruntukan daripada kerajaan sepanjang 60 tahun, tidak pernah ada. Saya dan banyak rakan di sini pernah menjadi Wakil Rakyat yang tidak menerima apa-apa peruntukan daripada kerajaan. Sebab itu kita pernah menjadi pembangkang, kami faham masalah yang dihadapi oleh pembangkang jika tidak ada peruntukan. Oleh itu, Pakatan Harapan memulakan memberi peruntukan sebanyak RM50,000.00 kepada pembangkang dan selepas pemerintahan 22 bulan, usaha ini diteruskan dan peruntukan dinaikkan kepada RM250,000.00 oleh Menteri Besar, Dato’ Hasni hari ini. Terima kasih saya ucapkan kepada Menteri Besar atas pemberian peruntukan tersebut. Keadaan pembangkang satu sen peruntukan pun tiada sepanjang pemerintah, selama pemerintahan selama 60 tahun adalah salah. Pakatan Harapan memberi peruntukan RM50,000.00 kepada pembangkang juga adalah tidak mencukupi. Tapi let by gone, be by gone. Pekan Nanas berharap rakan di dalam Dewan yang mulia ini melepaskan apa-apa kesilapan yang pernah berlaku pada masa yang lepas. Janganlah mengulangi kesalahan dulu dan pandang secara positif untuk masa yang akan datang. Jangan disebabkan persaingan politik, pihak yang berkuasa mengambil kesempatan untuk menindas parti pembangkang, seolah-olah nak menghulurkan kaki, untuk menyangkut orang yang sedang berlari. Kita perlu mewujudkan suatu senario politik yang matang untuk bersaing secara positif dan adil, untuk memastikan rakyat boleh mendapat manfaat. Rakyat yang mencetuskan pertukaran pemerintahan politik sebenarnya merupakan penyumbang utama kepada kematangan politik yang berlaku di negeri Johor. Oleh itu, saya berharap dasar penyaluran peruntukan kepada pembangkang dan juga membenarkan Wakil Rakyat pembangkang menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Daerah akan menjadi suatu persefahaman politik dalam Dewan yang mulia ini. Tidak kira sesiapa, mungkin Barisan Nasional, mungkin PN, mungkin PH, tidak kira siapa yang akan memerintah pada masa yang akan datang, dasar-dasar ini perlu menjadi suatu tradisi dan budaya dalam Dewan yang mulia ini untuk memastikan Wakil Rakyat pembangkang berpeluang memberi perkhidmatan yang terbaik untuk memanfaatkan rakyat di negeri Johor. Jika persefahaman politik ini dapat dicapai, ia akan menunjukkan kematangan politik yang wujud di negeri Johor dan apabila persefahaman politik ini berjaya dicapai, ia akan merupakan suatu kejayaan dan membawa kebaikan kepada rakyat yang kita cintai. Saya berharap dasar yang baik ini akan berterusan selama-lamanya dalam Dewan yang mulia ini pada masa yang akan datang. Saya sebagai Wakil Rakyat berjanji akan berusaha menpertahankan tradisi yang baru atau persefahaman politik pada masa yang akan datang. Sekian, terima kasih. YB Timbalan Speaker : Yang Berhormat Mengkibol, jemput. YB Tuan Chew Chong Sin (Mengkibol) : Terima kasih Yang Berhormat Puan Speaker kerana memberikan kesempatan untuk Mengkibol turut serta dalam perbahasan pembentangan Belanjawan Negeri Johor 2022. Mengkibol ingin merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, sempena ulang tahun keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 22

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 210

November yang lalu. Puan Speaker, saya ada ucapan yang panjang, mungkin sampai pukul enam. YB Timbalan Speaker : Janganlah, semua orang salah you seorang nanti. YB Tuan Chew Chong Sin (Mengkibol) : Ucapan saya termasuk empat bahagian. (A) komen terhadap Belanjawan 2022 Negeri Johor, (B) soalan mengenai Laporan Ketua Audit Negara tahun 2019, (C) Cadangan Enakmen Anti Lompat Parti, D Cadangan Pembangunan Infrastruktur Link Johor. (A) Belanjawan 2022 Negeri Johor. Mari kita tengok muka surat 5, anggaran hasil 2022, sewa rumah pangsa dijangka meningkat daripada RM1.97 juta pada tahun ini kepada RM4.4 juta tahun 2022. Adakah ini bermaksud kerajaan akan menaik sewa rumah pangsa sebanyak lebih dua kali ganda? Muka surat 6, denda lewat bayar cukai tanah dijangka meningkat daripada RM4.78 juta pada tahun 2020 kepada RM21.558 juta tahun depan. Adakah ini bermaksud kerajaan akan mengejar rakyat untuk pembayaran cukai walaupun mereka terjejas oleh COVID dan ramai sudah tidak mampu bayar? Manakala kilang dan peniaga kecil tidak beroperasi dalam tempoh PKP akibat COVID-19, oleh itu terdapat peniaga yang memang tidak mampu membayar cukai tanah untuk tahun ini dan tahun depan. Denda sedemikian akan menyusahkan lagi peniaga sehingga mereka terpaksa mengurangkan pekerja demi mengurangkan kos pentadbiran, berkurangan peluang pekerjaan akan mengakibatkan pemulihan ekonomi Johor terjejas. Muka surat 2, anggaran tahun 2022 cukai tanah semasa adalah RM620 juta dengan tunggakan RM118 juta atau 20%. Ini menunjukkan atau membuktikan bahawa rakyat tidak mampu membayar. Mengkibol mencadang pembatalan denda lewat bayar untuk cukai tanah. Ini sebenarnya seperti polisi yang telah diamalkan oleh PBT di mana cukai harta tidak payah bayar, tidak payah bayar denda lewat bayar. Ini untuk cukai harta. Dan saya bercadang mempertimbangkan juga permohonan remisi atau pulang balik cukai bagi kedai dan kilang yang tidak beroperasi dan tidak dapat di sewa. Jumlah peruntukan pembangunan belanjawan 2022 adalah sebanyak RM870 juta. Hanya RM20 juta sahaja peningkatan berbanding dengan RM850 juta pada tahun 2021. Mengkibol bercadang demi merangsang pemulihan dan momentum ekonomi, kita harus mengikut belanjawan seperti kerajaan persekutuan dalam meningkatkan peruntukan pembangunan dengan signifikan. Kerajaan pusat meningkat sebanyak RM45 bilion. Mengkibol bercadang peruntukan pembangunan negeri Johor haruslah tidak kurang daripada RM1 bilion. Pada tahun 2021, JPS telah diberikan peruntukan pentadbiran RM76 juta dan juga peruntukan pembangunan sejumlah RM43 juta. Tetapi peruntukan pembangunan JPS tidak dispesifikkan dalam anggaran Belanjawan 2022. YB EXCO Kerajaan Tempatan, menjawab dalam Dewan bahawa akan membelanjakan RM32 juta untuk tindakan penyelesaian belanja di daerah Batu Pahat, tahniah kepada penduduk Batu Pahat. Ini menunjukkan bahawa JPS memerlukan lebih banyak ataupun jauh lebih banyak peruntukan pada tahun depan untuk mengambil tindakan terhadap cuaca ekstrem dan kawalan banjir negeri Johor termasuk banjir kilat teruk yang berlaku di Johor Bahru baru-baru ini. Termasuk juga tempat lain seperti di Kluang dan Kota Tinggi. Saya mengalu-alukan kerajaan negeri untuk menyediakan RM100 juta pinjaman tanpa faedah kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) atau SME melalui Bank Rakyat dan Bank SME. Saya berharap tumpuan akan diberikan untuk memberi bantuan, membantu PKS yang menghadapi masalah operasi, masalah cash flow dan tidak dapat memperolehi pinjaman daripada bank komersial. Bukannya memilih syarikat yang baik kerana takut hutang lapuk. Jumlah RM100 juta ini memang rasa tidak mencukupi untuk sebanyak 120 ribu PKS di Johor di mana 80% daripada mereka adalah dalam sektor perkhidmatan yang sangat terjejas oleh pengawalan pergerakan dan tidak dapat berniaga selama empat bulan. Sekira ia RM100 juta dipinjamkan secara purata sebanyak RM50,000 maka hanya 2,000 PKS sahaja yang boleh dapat dibantu. Menurut jawapan bertulis daripada YB EXCO Kerajaan Tempatan pada Persidangan DUN bulan Ogos yang lalu, peruntukan tahunan bagi 123 kampung baru di negeri Johor bagi

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 211

tahun 2020 dan 2021 telah di batal dan di tarik balik oleh Jabatan Kerajaan Tempatan di bawah Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada 16 Julai 2021, akibat ketua masyarakat tidak dapat dilantik oleh kerajaan negeri Johor. Kegagalan pelantikan ketua masyarakat Kampung Baru Cina di negeri Johor bagi tahun 2020, tahun 2021 disebabkan oleh isu politik dalaman kerajaan negeri. Akibat kegagalan ini, kesemua 123 Kampung Baru Cina ini telah kehilangan peruntukan pembangunan infrastruktur sebanyak RM24.6 juta dari KPKT. Kehilangan peluang pembangunan ini ditanggung oleh penduduk, ini tidak adil. Maka kerajaan negeri saya minta haruslah dipertanggungjawabkan untuk memohon balik peruntukan pembangunan ini bagi kedua-dua tahun. Kerajaan negeri tidak harus membiarkan sahaja kerugian besar di tanggung penduduk Kampung Baru. Memandangkan Kampung Baru Cina seluruh Malaysia telah dipindah dari KPKT ke Kementerian Perpaduan, Mengkibol bercadang YB EXCO Perpaduan menyediakan kertas kerja untuk kelulusan MMK secepat mungkin. Sekiranya pelantikan politik ini masih tidak dapat diluluskan oleh MMK, lebih baik biar penduduk kampung pilihlah ketua kampung masing-masing. Kerajaan negeri memohon balik peruntukan ini dari kerajaan persekutuan demi melaksanakan projek penyusunan semula kampung yang dalam keadaan sangat uzur yang tidak sesuai didiami. Mengkibol sebenarnya dibesarkan juga di kampung sebegini, rumah papan setinggan. Di kawasan Mengkibol, terdapat Kampung Gunung Lambak yang mempunyai 400 keluarga dalam rumah-rumah papan setinggan yang sangat uzur, tidak tersusun di sekeping tanah yang tidak rata. Penghuni membina rumah papan sendiri sejak banjir besar Kluang tahun 1969. Ia dijangka memerlukan peruntukan pembangunan melebihi RM10 juta untuk membina kemudahan infrastruktur termasuk jalan dan sistem pembetungan. Tiada sistem pembetungan di kampung ini. Peruntukan pembangunan tahunan sebuah kampung baharu adalah tidak mencukupi untuk kerja penyusunan semula seperti Kampung Gunung Lambak. Sekarang kebetulan ada peruntukan kumulatif ini selama dua tahun mohon dapat digunakan untuk menyelesaikan isu ini. Sekiranya kerajaan negeri masih tidak dapat berkompromi dengan isu pelantikan ketua masyarakat, Mengkibol bercadang kuasa pelaksanaan projek pembangunan kampung baharu ditugaskan kepada pada para ADUN iaitu Wakil Rakyat yang dipilih oleh penduduk supaya pembangunan kampung baharu dapat dijalankan seperti sebelum ini. Yang Berhormat Puan Speaker, Bahagian B, Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019, izinkan saya baca rumusan audit. Kedudukan Kumpulan Wang Disatukan pada tahun 2019 berjumlah RM2.653 bilion, meningkat sebanyak 7.7%. Hasil yang dikutip oleh kerajaan negeri tahun 2019 berjumlah RM1.745 bilion meningkat 13.1%. Pelaburan kerajaan negeri dan dalam simpanan tetap meningkat hampir RM300 juta ataupun 16.8%, hasil hutang awam pada tahun 2019 menurun sebanyak hampir RM300 juta atau 57.3%. Hutang ataupun pinjaman lain tahun ini, 2019 berjumlah RM60.8 juta menurun sebanyak 49%. Tahniah kepada kerajaan Johor, kerajaan pada waktu itu kerajaan PH mencapai prestasi yang banyak terima pujian daripada Ketua Audit Negara. Komen Ketua Audit Negara terhadap kerajaan negeri muka surat 2-33, 2-34, pinjaman boleh dituntut yang disalurkan kepada SAJ adalah sebanyak RM334.51 juta dan tiada pembayaran balik sejak tahun 2018. Pada tahun 2019, Kementerian Kewangan setuju RM189 juta dihapus kira dengan balance sekarang RM145 juta. Mengkibol bercadang sebahagian daripada amaun ini dihapus kira dengan syarat SAJ perlu menurun kadar air atau pun memberi pelepasan bayaran bil air kepada rumah kos rendah dan sederhana. Muka surat 2-42, syor audit berkata kerajaan negeri harus mencari sumber kewangan baru. Mengkibol bercadang tanah kerajaan dalam kategori tanah terbiar kerajaan yang sebanyak 18,000 ekar haruslah disewakan kepada rakyat demi mendapatkan hasil sewa. Mengikut jawapan yang saya terima tahun lepas bulan November, di seluruh Johor terdapat 18,000 ekar tanah terbiar kerajaan, bukan swasta, kerajaan. Dalam paragraph 13.3 menyatakan terdapat pelaburan yang berisiko dan tidak menerima pulangan dividen. Apakah pelaburan tersebut dan apakah tindakan yang telah diambil susulan laporan audit yang dikeluarkan?

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 212

Laporan Ketua Audit terhadap jabatan-jabatan dan agensi kerajaan. Muka surat 3-9, 3-10, 3-11, Majlis Sukan Negeri Johor mendapat Pendapat Penafian ataupun Qualified Opinion, dalam accounting satu terminologi, Qualified Opinion daripada Juruaudit negara akibat kegagalan menyediakan rekod dokumen dan maklumat yang secukupnya untuk membuktikan baki-baki akaun dan transaksi yang berlaku. Penyata Kewangan Tahun 2016 hanya diserahkan pada tahun 2019. Pemiutang RM1.41 juta tiada dokumen sokongan, pendapatan RM34.5 juta tidak dapat disahkan, perbelanjaan RM14 juta tidak dapat disahkan. Pendapat Penafian, Qualified Opinion, satu perkara yang sangat serius dari segi accounting. Apakah tindakan yang telah diambil terhadap pengurusan dan juru akaun? Muka surat 3-22, syor Audit paragraph 10.3, terdapat lima badan berkanun dan satu MAI yang belum mengemukakan Penyata Kewangan untuk Audit. Mengikut Akta Audit 1957, Ketua Audit Negara mempunyai kuasa untuk mengaudit Penyata Kewangan agensi kerajaan negeri. Mengkibol minta dan menyeru semua agensi mengikut arahan dan bekerjasama kepada Jabatan Ketua Audit Negara supaya memastikan penyediaan Penyata Kewangan memenuhi piawaian perakaunan, lengkap dan auditable. Muka surat 4-09, 4-10, laporan juga dapati pembayaran yang tidak teratur contohnya, bayaran Misi Galakan Pelaburan yang sebanyak RM282,000.00, kerana Pesanan Kerajaan dikeluarkan selepas perkhidmatan disempurnakan. Seperti yang disyorkan oleh Ketua Audit Negara dalam Syor Audit, kalau saya baca dari laporan, tindakan sewajarnya perlu dikenakan kerana tidak mematuhi arahan jabatan seperti yang tertakluk dalam peraturan kewangan dan SOP. Bas Muafakat Johor, nilai pelaburan sebanyak RM100 juta berdasarkan pendapat Juruaudit dalam muka surat 1-13, 17, 20, 29, 31, 36 dan 39. Jumlah penumpang jauh lebih rendah daripada kapasiti sebenar tempat duduk, penurunan disebabkan oleh jadual perjalanan tidak memenuhi keperluan penumpang, PAJ tidak menjamin kawasan operasi selari dengan keperluan pengguna, semakan audit dapati berlaku 80 kelewatan pembayaran, penggunaan bas yang melebihi tempoh menyebabkan bas kerap rosak, bas rosak menyebabkan trip perjalanan tidak ikut jadual, Juruaudit Negara berpendapat bahawa tindakan susulan tidak diambil oleh PAJ. Mengkibol bercadang kerajaan negeri menilai semua program ini dan YB EXCO ambil tindakan susulan seperti diminta oleh Juruaudit Negara. Puan Speaker, Bahagian C: Enakmen Anti Lompat Parti dalam ucapan Dewan saya di bulan Ogos, Mengkibol telah pun mencadangkan bahawa Enakmen Kebebasan Maklumat dan Enakmen Anti Lompat Parti harus digubal dan di lulus oleh Dewan, untuk kepentingan awam. Sejak sekian lama kita menghadapi kucar-kacir politik kerana terdapat Wakil Rakyat ataupun parti dalam pakatan yang berpaling tadah menyebabkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat ditumbangkan. Maka, undang-undang perlu digubal untuk mendapatkan keyakinan rakyat dalam sistem demokrasi, demi meningkatkan kestabilan politik, demi memastikan keputusan para pengundi terus dihormati. Reformasi undang-undang ini perlu disegerakan, undang-undang berkaitan dengan anti lompat parti perlu dilaksanakan supaya mengenakan tindakan mengosongkan kerusi mereka yang lompat parti. Dia boleh menjadi pemangkin kestabilan politik, menghalangkan Wakil Rakyat melompat parti sekali gus memberi hak bersuara kepada pengundi. Ahli Parlimen Pengerang Johor, YB Azlina menghantar notis cadangan usul Rang Undang-Undang Pemecatan Ahli Parlimen pada Dewan Rakyat dan juga bertemu dengan Yang Dipertua Melaka untuk membincangkan Rang Undang-Undang Lompat Parti dan Accountability Politic atau dikenali sebagai RUU Hybrid kerana ia termasuk recall election ataupun pemilihan semula seperti yang diamalkan di beberapa negara Komanwel. Apa itu recall election? Ianya merupakan mekanisme yang membolehkan rakyat tarik balik mandat yang diberikan kepada Wakil Rakyat sekiranya seseorang itu melompat parti, membolehkan Pilihan Raya Kecil diadakan. Undang-Undang Anti Lompat Parti membawa kesan yang serta merta kerana ia melibatkan kerusi terlibat dikosongkan segera dan Pilihan Raya Kecil diadakan, maka Wakil Rakyat yang melompat parti terus hilang nilai kegunaan politiknya secara serta merta. Ia merangkumi Wakil Rakyat yang keluar parti tetapi ia tidak

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 213

merangkumi Wakil Rakyat yang dipecat oleh parti demi memelihara ruang demokrasi politik. Manakala Undang Undang Recall Election adalah memberikan kuasa kepada SPR untuk melakukan referendum melalui petisyen melalui pengundi. Kedua-dua undang-undang ini sebenarnya saling melengkapi, complementary harus dilakukan serentak dalam satu enakmen. Mengkibol bercadang satu bengkel, satu bengkel di bawah Dewan Negeri Johor boleh ditubuhkan bagi menjalankan kajian supaya satu RUU Anti Lompat Parti boleh dibentangkan dalam Dewan pada Mesyuarat Penggal Persidangan ini yang akan datang bulan Mac tahun depan. YB Timbalan Speaker : YB Mengkibol, sila gulung. YB Tuan Chew Chong Sin (mengkibol) : Ok, bahagian terakhir cadangan pembangunan infrastruktur negeri Johor. Pertama, membina Lebuh Raya Johor Tengah yang menghubungi Batu Pahat, Ayer Hitam, Kluang dengan jarak 40 kilometer. Dengan ini perjalanan dari Kluang ke batu Pahat Dapat dipendekkan kepada 30 minit, dan satu lingkungan kehidupan dalam jarak 30 minit radius bagi kedua-dua bandar utama ini dapat diwujudkan. Dan seterusnya aktiviti akan meningkat secara significant. Kita mengasingkan trafik terus, thru traffic daripada trafik setempat, menyambung pusat bandar Batu Pahat ke Yong Peng Selatan dan seterusnya ke bandar Kluang. Kedua, membina seksyen jalan sambungan 20 kilometer dari Layang-Layang terus ke Kulai dan juga seksyen jalan sambungan 15 kilometer dari Bandar Tengggara terus ke SDE highway supaya menyambung ke Ulu Tiram ke Senai Airport ke Malaysia-Singapore Second Link. Kedua sambungan ini dijadikan jalan alternatif yang selari dengan lebuh raya Utara Selatan. Kedua-dua cadangan ini selari dengan Pelan Pembangunan Mampan Johor 2030 bagi tujuan perancangan dan pembangunan untuk mencapai pembangunan ekonomi seimbang dan holistik. Ini juga selaras dengan Rancangan Fizikal Negara Ke-4 (RFN 4). Terima kasih kepada Berita Harian yang memberikan satu coverage yang detail RFN Ke-4. Johor Tengah merupakan zon promosi pembangunan dan demikian, oleh demikian rangkaian pengangkutan bahagian Johor Tengah harus diberikan tumpuan, diberikan tumpuan dan naik taraf demi menampung keperluan pertumbuhan ekonomi seperti yang dirancang oleh RFN 4. Projek jalan sambungan yang dicadangkan tadi Layang-Layang ataupun dari Bandar Tenggara adalah berasaskan jalan raya sedia ada, sedia ada di mana hanya sebahagian jalan sambungan baharu perlu dibina, maka dengan kos pembangunan infrastucture yang jauh lebih rendang ia dapat membawa, mencapai impak yang jauh lebih besar. Sekian, terima kasih. YB Timbalan Speaker : Terima kasih YB Mengkibol. Persidangan ini saya tangguhkan sehingga esok, 24 November 2021, jam 9.30 pagi. Persidangan ditangguhkan pada jam 5.00 petang.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 214

PENYATA RASMI

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 HARI KELIMA RABU, 24 NOVEMBER 2021 BIL. 12 TAHUN 14

HADIR YB Speaker,

Tuan Haji Suhaizan bin Kaiat

YB Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar

Datuk Haji Samsolbari bin Jamali, DMSM., KMN., PIS. (Semarang)

YB Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya

Tuan Haji Mazlan bin Bujang (Puteri Wangsa)

YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar

Tuan Vidyananthan a/l Ramanadhan, AMN., PSI. (Kahang)

YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam

Tuan Haji Tosrin bin Jarvanthi, PIS., BSI., AMN. (Bukit Permai)

YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Tuan Haji Ayub bin Jamil, PIS. (Rengit)

YB Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur

Tuan Haji Mohd Solihan bin Badri (Tenang)

YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Puan Zaiton binti Haji Ismail, PIS., PPN. (Sungai Balang)

YB Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan

Datuk Onn Hafiz bin Ghazi, PMW. (Layang-Layang)

YB Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan

Sumber Manusia Datuk Mohd. Izhar bin Ahmad, DPSM.

(Larkin)

YB Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Dr. Chong Fat Full

(Pemanis)

YB Dato’ Zulkurnain bin Haji Kamisan, DIMP., PJK., PSI. (Sri Medan)

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 215

YB Tuan Haji Abd Taib bin Abu Bakar, PIS., AMN. (Machap)

YB Dato' Ir. Syed Sis bin Syed A Rahman, DSNS.

(Tanjung Surat)

YB Tuan Raven Kumar a/l Krishnasamy (Tenggaroh)

YB Dato’ Zahari bin Sarip, DIMP.

(Buluh Kasap)

YB Dato’ Sharifah Azizah binti Dato’ Syed Zain, DIMP., AMN., KMN., PIS., JP. (Penawar)

YB Puan Nor Rashidah binti Ramli

(Parit Raja)

YB Puan Rashidah binti Ismail (Pasir Raja)

YB Kapt (B) Haji Najib bin Lep

(Bukit Pasir)

YB Tuan Haji Rasman bin Haji Ithnain (Sedili)

YB Tuan Haji Rosleli bin Jahari

(Johor Lama)

YB Puan Hajah Alwiyah binti Talib, PIS. (Endau)

YB Tuan Haji Aminolhuda bin Haji Hassan

(Parit Yaani)

YB Dato’ Seri Haji Salahuddin bin Ayub, DSPN., DGSM. (Simpang Jeram)

YB Tuan Tan Chen Choon

(Jementah)

YB Tuan Jimmy Puah Wee Tse (Bukit Batu)

YB Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah

(Bekok)

YB Tuan Mohd Khuzzan bin Abu Bakar (Semerah)

YB Sr. Dzulkefly bin Ahmad

(Kota Iskandar)

YB Cik Liow Cai Tung (Johor Jaya)

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 216

YB Tuan Haji Sheikh ‘Umar Bagharib bin Ali (Paloh)

YB Puan Gan Peck Cheng

(Penggaram)

YB Dr. Sulaiman bin Mohd. Nor (Kemelah)

YB Tuan Tan Hong Pin

(Skudai)

YB Tuan Ee Chin Li (Tangkak)

YB Puan Hajah Nor Hayati binti Bachok

(Maharani)

YB Tuan Md. Ysahrudin bin Kusni (Bukit Naning)

YB Tuan Chen Kah Eng

(Stulang)

YB Tuan Muhammad Taqiuddin bin Cheman (Pulai Sebatang)

YB Tuan Muhamad Said bin Jonit

(Mahkota)

YB Tuan Yeo Tung Siong (Pekan Nanas)

YB Khairuddin bin A. Rahim

(Senggarang)

YB Tuan Cheo Yee How (Perling)

YB Puan Chew Peck Choo

(Yong Peng)

YB Ir. Dr. Faizul Amri bin Adnan (Serom)

YB Tuan Ng Yak Howe

(Bentayan)

YB Tuan Tee Boon Tsong (Senai)

YB Tuan Chew Chong Sin

(Mengkibol)

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 217

TURUT HADIR

(MENURUT FASAL 6(3) BAHAGIAN KEDUA UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN

NEGERI JOHOR)

YB Penasihat Undang-Undang Negeri Johor. Tuan Amir bin Nasruddin

YB Pegawai Kewangan Negeri Johor.

Dato’ Haji Salehuddin bin Haji Hassan, DMIJ., SIJ., PIS.

TIDAK HADIR (DENGAN MAAF)

YAB Menteri Besar (Pengerusi Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan, Perancangan dan Pembangunan Ekonomi)

Dato’ Haji Hasni bin Mohammad, SPMJ., PGDK., KMN., PIS., AMN., PSI. (Benut)

YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin, PSM., SPMJ., SPSA., SPMP., SUNS.,

SPDK., PNBS., SMJ., PIS., BSI., SAHM. (Gambir)

YB Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian,SPMJ., DSNS., AMN., PIS.

(Kempas)

YB Dato’ Dr. Sahruddin bin Haji Jamal, DMIJ. (Bukit Kepong)

YB Datuk Md Othman bin Yusof, DMSM., DSM.

(Kukup)

YB Tuan Hahasrin bin Hashim (Panti)

YB Dato’ Che Zakaria bin Mohd. Salleh, DIMP.

(Permas)

YB Tuan Gopalakrishnan a/l Subramaniam (Tiram)

TIDAK HADIR (DENGAN MAAF)

(MENURUT FASAL 6(3) BAHAGIAN KEDUA UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN NEGERI JOHOR)

YB Setiausaha Kerajaan Johor.

Dato’ Haji Azmi bin Rohani, SPMJ., DMIJ., PIS.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 218

Persidangan bermula pada jam 9.30 pagi. YB Speaker mengetuai Persidangan. DOA. (Jurutulis membaca doa). Jurutulis : PEMASYHURAN DARIPADA YANG BERHORMAT TUAN SPEAKER. YB Speaker : Bismillahirahmanirrahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. (Bacaan selawat). Ahli-Ahli Yang Berhormat, pagi ini kita menyambung semula Mesyuarat Kedua Belanjawan 2022 bagi Penggal Persidangan Keempat Dewan Negeri Johor Yang Ke-14 hari yang kelima. Jurutulis : SOALAN-SOALAN LISAN. YB Speaker : Yang Berhormat Endau, jemput. YB Puan Hajah Alwiyah binti Talib (Endau) : Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya nombor 1. Apakah pelan tindakan pihak Jabatan Pendidikan Negeri kepada calon SPM bagi persediaan menghadapi peperiksaan pada Mac tahun hadapan? YB Speaker : Jemput, Yang Berhormat EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya : Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Bismillahirahmannirrahim. Yang Berhormat Tuan Speaker soalan nombor A13 pendek aje, saya ulangi. Izinkan saya membuka mask ye. Apakah pelan tindakan pihak Jabatan Pendidikan Negeri kepada calon SPM bagi persediaan menghadapi peperiksaan pada Mac tahun hadapan. Yang Berhormat Tuan Speaker, Jabatan Pendidikan Negeri Johor melalui sektor pembelajaran telah menyediakan portal gerbang pembelajaran digital untuk membantu murid dan guru bagi bahan sokongan pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Pejabat Pendidikan Daerah terus membantu guru bagi memastikan tugasan mata pelajaran Vokasional, MPV dan Seni yang memerlukan kehadiran murid secara bersemuka dan hands on dapat diselesaikan dengan bimbingan. Pihak sekolah akan membuat simulasi ujian mendengar dan ujian bertutur bagi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta ujian amali untuk membantu murid memperolehi kefahaman dan kemahiran yang sepatutnya. Jabatan Pendidikan Negeri Johor melalui sektor pembelajaran membimbing Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah untuk melaksanakan plan, catch up plan berdasarkan kemahiran asas kurikulum pelajar tingkatan 5 mulai awal tahun 2022. Terima kasih Yang Berhormat. YB Speaker : Ya, Endau, jemput soalan tambahan. YB Puan Hajah Alwiyah binti Talib (Endau) : Soalan tambahan saya Yang Berhormat. Oleh kerana batch SPM 2021 ni merupakan batch pertama SPM baharu program standard sekolah menengah dan merupakan batch yang paling lama menjalani PDPR bermula daripada mereka tingkatan 4 tahun 2020 lagi. Adakah pihak JPNJ mempunyai pelan intervensi dalam memastikan tidak berlaku keciciran pembelajaran murid-murid ini? Terima kasih.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 219

YB Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya : Yang Berhormat Tuan Speaker, mula saya terangkanlah apa tu KB, yang dulu kita panggil KBSM dan sekarang ni KSSM. KBSM ni dulunya dipanggil Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah dan yang terbaru ni Kurikulum Standard Sekolah Menengah. Sebenarnya ada sedikit sahaja perbezaan, penekanannya kurikulum standard ni lebih kepada mengembalikan semula ujian-ujian amali dan juga course work. Jadi Yang Berhormat Tuan Speaker, saya terangkan sedikit iaitu tadi catch up plan iaitu satu pelan dibuat secara 2 fasa. Fasa pertama, fasa dipanggil penilaian iaitu sehingga akhir ni bila sekolah dibuka secara bersemuka. Jadi Kementerian mengarahkan pihak sekolah semua guru-guru mata pelajaran wajib untuk membuat analisis tajuk-tajuk, isi kandungan kurikulum yang mereka mengajar dan mereka kena kenal pasti dan menamakan dalam satu portal yang disediakan khas untuk catch plan ini. Ada kalau kita buka dalam Youtube dia tulis KPM catch plan, kita boleh layari dan kita boleh faham kat situ, dan dia akan listkan apa juga subjek-subjek yang tertinggal, isi kandungan topik-topik ni secara details. Dan pelaksanaannya pada fasa kedua, Januari mereka kena mengulangi atau bukan mengulangi mereka akan mengajar tajuk-tajuk yang mereka tertinggal dan memastikan pelajar ini tidak tertinggal daripada tajuk-tajuk yang sepatutnya mereka perlu tahu. Dan tadi, saya ada cerita sedikit tentang gerbang pendidikan digital. Kelebihan ni adalah gerbang pembelajaran digital Johor merupakan satu inisiatif sektor pembelajaran JPN Johor menyediakan akses secara percuma bahan-bahan digital oleh guru-guru dalam 4 bidang pembelajaran iaitu bidang bahasa, bidang sains dan bidang matematik, e-vet dan sains sosial. Gerbang pembelajaran digital ini mula dilancarkan pada Januari 2021 dan boleh di akses, di google.com/view/yours/pdp.digital. Kelebihan ini sistem ini telah dirakam jadi subjek-subjek macam amali yang memerlukan simulasi mereka boleh mengulang tayang beberapa kali sehingga mereka dapat faham bagaimana kalau contoh sains soalan amali, macam mana satu eksperimen atau kajian itu dikaji itu dibuat sehingga mereka faham betul-betul isi kandungannya. Terima kasih Yang Berhormat. YB Speaker : Ya, Mengkibol, soalan tambahan. YB Tuan Chew Chong Sin (Mengkibol) : Terima kasih Tuan Speaker. Semalam saya terima satu jawapan daripada YB EXCO Pendidikan mengenai soalan saya, berapakah pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah yang berhenti? YB Speaker : Ini soalan yang ni, Yang Berhormat, yang semalam, semalamnya. YB Tuan Chew Chong Sin (Mengkibol) : Dan saya dapat data, dapat sebanyak 7,301 pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah di Johor telah berhenti, berhenti sekolah pada tahun 2019, 2020 dan 2021. Apakah tindakan atau apakah jenis bantuan ataupun polisi kerajaan selain membantu atau memberi kaunseling ataupun mencari kerja atau membantu keluarga-keluarga yang mungkin kebanyakan mereka adalah disebabkan oleh COVID or ekonomi terjejas dan berlakunya berhenti daripada bersekolah. Terima kasih. YB Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya : Yang Berhormat Tuan Speaker, pertamanya memang... YB Speaker : Soalan semalam... YB Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya : Saya dah tahu dah soalan ni. Tapi saya memberi sedikit maklumat, bila berlakunya pandemik COVID eh, jumlah pelajar yang berhenti sekolah makin banyak berkurang ye. Dan mengikut analisis yang lepas, yang saya faham, yang saya dulu, soalan itu ada sebenarnya tetapi tidak dapat dijawab dan saya baca, study soalan dan jawapannya, sebenar bila berlaku pandemik sekolah tidak secara semuka, memang terlalu sikit sangat pelajar, puluhan aje, tak sampai

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 220

ratusan pun, saya pun, mungkin pun saya pun argue juga macam mana Yang Berhormat dapat jumlah yang banyak tu sedangkan sekolah dah hampir 2 tahun kita tak buka. Sekejap buka, sekejap tutup, yang lepas-lepas tu memang saya akui, memang sampai ratusan, lebih kurang 500, 600 sebelum berlakunya pandemik COVID dan kalau ikut analisa tu yang tidak rasmi kebanyakannya berhenti disebabkan oleh masalah gejala sosial, masalah keluarga dan sebagainya. Jadi, itulah saya boleh bagi maklumat dan biasanya pelajar-pelajar ni sebelum diberhentikan sekolah, dipanggil untuk sesi kaunseling eh, dan beberapa prosedur kerajaan dibagi amaran dan sebagainya, jika tidak boleh juga barulah tindakan yang terakhir Jabatan Pendidikan ambil proses kepada buang. Dan polisi kerajaan ni bukan suka-suka nak buang pelajar, sebab apa pelajar ni adalah satu amanah, warisan bangsa kita akan datang kita tidak boleh ambil pendekatan yang keras, even bila pelajar atau guru yang tidak di vaksin, saya kaitkan sikit, kita pun tidak, di Johor ni tidak ambil tindakan yang keras. Saya nak kaitkan cerita ni sebab apa, saya nak cerita pasal approach kita di Johor dan kita dalam kaedah memujuk dan sebagainya supaya mereka ini tidak diberi macam satu hukuman, yang kita harapkan boleh mendatangkan sedikit sebanyak kesan yang mendatang akan datang. Terima kasih Yang Berhormat. Tapi figure tu, Yang Berhormat nanti saya akan bagi dia punya actual angka yang berapa dibuat, saya akan bagi secara bertulis kepada Yang Berhormat yang bertanya soalan tambahan. Terima kasih. YB Speaker : Soalan seterusnya Yang Berhormat Skudai, jemput. YB Tuan Tan Hong Pin (Skudai) : Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya nombor 2 dan 3. Apakah kapasiti bagi setiap tapak pelupusan dengan menyatakan tindakan selanjutnya yang diambil oleh pihak berkuasa bagi 12 tapak pelupusan yang akan tamat/telah tamat jangka hayat? Berapakah kuantiti sisa pepejal yang dihasilkan setiap hari di setiap PBT serta menyatakan perancangan dan usaha kerajaan dalam mengurangkan sisa pepejal di Berapakah kuantiti sisa pepejal yang dihasilkan setiap hari di setiap PBT serta menyatakan perancangan dan usaha kerajaan dalam mengurangkan sisa pepejal di negeri Johor dengan menyatakan juga kebersediaan dan penglibatan masyarakat dalam menjayakan usaha-usaha ini. YB Speaker : Dan 3. Seterusnya Yang Berhormat Tangkak, jemput. YB Tuan Ee Chin Li (Tangkak) : Yang Berhormat Speaker, soalan saya nombor 4. Apakah langkah seterusnya yang akan diambil terhadap tapak-tapak pelupusan sampah yang telah ditutup di Johor? YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Skudai ada 2 soalan. YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Assalamualaikum warahmatullahi taala wabakaratuh, salam sejahtera, salam makmur Johor. Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih kepada YB Skudai dan YB Tangkak atas soalan yang dikemukakan, izinkan saya menjawab bersekali ketiga-tiga soalan ini. Soalan ini berkait dengan tajuk sampahlah ye, walaupun disebut tapak pelupusan tetapi ada kaitan dengan sampah. Selalu kita dengar tentang peribahasa atau simpulan peribahasa Yang Berhormat, sampah masyarakat ni dikaitkan dengan orang yang tak guna dalam masyarakat ye. Jadi, kalau kita kait dengan kehidupan ni barang sampah ni barang yang tak digunakan, barang yang tak boleh pakai, menyemak, menyusahkan dan sebagainya tapi kita kena ubah persepsi ni.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 221

Yang Berhormat Tuan Speaker, sampah ni boleh membawa kekayaan. Sampah ni boleh menjadi tenaga. Sampah ni boleh menjadi, memberikan kemakmuran dan sampah ni boleh memberi kesejahteraan rakyat sesuai dengan tema bajet pada tahun ini. Ia bukan benda baru Yang Berhormat Tuan Speaker, WTE, WTEW ni. Di negara-negara maju dah melaksanakan perkara ni dah berabad-abad, malah negara jiran Singapura lebih 20 tahun telah menjadikan WTE ni, pengurusan sisa pepejal yang boleh memastikan sampah ni diuruskan baik. Malah kalau menjadi contoh di Tuas, dah ada WTE tersebut. Sampah ini dia jadikan bahan perbahasan di negara kita ni di peringkat Parlimen dan di peringkat DUN, tanpa penyelesaian. Jadi, Yang Berhormat Tuan Speaker, saya ingin memaklumkan di Dewan yang mulia ni, kita sekarang ni, bertarung dengan soal land field, bertarung dengan soal air leachate, yang tak ada kesudahannya. Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan yang dikemukakan oleh YB ADUN Senai dan ADUN Tangkak ada kaitan dengan pelan hala tuju pengurusan sisa pepejal negeri yang berkaitan dengan tapak pelupusan sampah. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, bahawa Kerajaan Negeri Johor sudah bersetuju sampah ni, pengurusan sampah ni kita jadikan tenaga, WTE eh dan boleh memberi kekayaan dan sumber baru pendapatan kepada negeri kita. Kerajaan bersetuju anak syarikat kerajaan negeri Permodalan Darul Takzim akan mempunyai kepentingan mewakili kerajaan dalam pelaburan ini. Kita merujuk kepada model pertama di negara kita Smart WTE negara iaitu di Tanah Merah yang diuruskan oleh SAIPARK. Saya sudah dua kali melawat tempat ni Yang Berhormat. Menariknya Yang Berhormat walaupun saya duduk di kawasan dikelilingi oleh timbunan sampah tetapi tiada lalat Yang Berhormat eh. SAIPARK merupakan antara pembekal tenaga hijau utama di negara kita, syarikat yang tersenarai di Saham Kuala Lumpur, anak Johor Yang Berhormat. Saya ingin tegaskan, saya tiada kepentingan, saya tak kenal pun, saya tengok muka pengarah urusan ni, muka dia sama macam Yang Berhormat Tuan Speaker, lebih kurang, iras-iras dia macam gitulah. YB Speaker : Alhamdulillah. YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Orang Jawa, Yang Berhormat. YB Speaker : Orang Jawa, dia lebih sikit. YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan : PDT telah menjalinkan kerjasama dengan SAIPARK untuk WTE di Johor dan pembangunan WTE Johor ini telah, kita akan menggunakan PPP pendekatan PPP, Public Private Partnership. Dia, Yang Berhormat Tuan Speaker, kita bersetuju WTE ni sebab ada kaitan eh tapak pelupusan jumlah sampah ni, di Seelong, satu hari di Seelong Yang Berhormat, bagi Bandaraya Johor Bahru, Yang Berhormat dan juga 3 bandar raya ni, dia lebih kurang 1,800 tan. Johor Bahru aje 562 tan, MBIP 562 tan, Bandaraya Johor Bahru 702 tan, Kulai 200 tan dan Pasir Gudang 385 tan. Jumlah hampir 1,800 tan. Dan, di Bukit Payung telah diproses. Digerakkan dulu daripada zaman kerajaan yang lepas dan dalam proses penilaian oleh pihak UKAS. Dan sementara di Kota Tinggi ini, kita tengah susun satu tempat menggunakan kaedah dan teknologi yang murah. Di Bukit Payung ini Yang Berhormat, kita jangkakan untuk cater Segamat, Muar, Kluang, Tangkak dan Batu Pahat. Satu hari di kawasan ini perlukan membekalkan sampah lebih kurang 800 hingga 900. Yang diperlukan sebuah WTE untuk membekalkan 20 hingga 25 megawatt tenaga sejam ialah 1,000 watt, 1,000 tan sampah. Jadi, bagi kawasan di Bukit Payung ini akan cater untuk Segamat, Muar, Kluang, Tangkak, Batu Pahat, kapasiti hari ini ialah 800 hingga 900 tan.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 222

Di Seelong ini bagi Johor Bahru, Kulai, Pontian, Bandaraya Johor Bahru, MBIP, lebih dari saya sebutkan tadi 1,800. Di Kota Tinggi kita kena gunakan saiz teknologi yang mudah. Pelaburan ini, walaupun PPE dia bernilai lebih kurang 500, 600 juta dan saya ingin mengajak rakan-rakan, mungkin YB Jementah, YB Skudai selepas ini, sebab kilang ini Smart WTE Tanah Merah ini dia akan mula beroperasi pada 1 Januari 2022. Saya ingat kita kena pergi tengok bagaimana tempat ini yang dah negara-negara jiran dah lama buat, kita baru pertama pelan, Smart WTE yang pertama. Jadi, untuk makluman Dewan yang mulia ini, saya sebutkan juga peringkat kedua yang telah kita susun dari segi pengurusan sisa pepejal ialah menggunakan kaedah smart waste collection. Pengerang telah dijadikan bandar smart city. 5 hari bulan ini, saya akan lancarkan Program Smart Waste Collection, kita dah dapat kebenaran daripada pihak kerajaan negeri. Kerajaan Pusat pun bersetuju di bawah Akta 672 dan kita gunakan teknologi daripada Finland. Kalau ini boleh digunakan di bawah Akta 672 ialah untuk CIX bagi sampah komersil, industri dan institution. Kalau ini dapat kita gerakkan, ia juga boleh menambah sumber pendapatan baru kepada Pihak Berkuasa Tempatan. Kalau dia tidak terikat di bawah Akta 672, dengan soal konsesi yang telah diberikan, dengan skim area yang telah diberikan. Tapi bagi Pengerang, dia tidak terikat dengan konsesi dan skim area untuk makluman Yang Berhormat. Insya-Allah 5 hari bulan ini, kerajaan negeri akan melancarkan Program Smart Waste Collection, di mana dia tanam tong itu 4 kaki, sensor dah ada, bila sampah penuh sahaja sensor akan memberikan maklumat kepada bilik kawalan dan lori datang dengan satu orang sahaja. Teknologi ini daripada Finland, kita mulakan di Pengerang pada 5 hari bulan 12 ini untuk makluman Yang Berhormat Tuan Speaker. Menjurus kepada soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Skudai, tentang tapak pelupusan. Kita ada 9 tapak pelupusan ya Yang Berhormat. Di Seelong ini Yang Berhormat, dia boleh tahan untuk 15 tahun lagi. Dan kapasiti dia untuk 1 tahun 611,000 tan, kalau sebulan tu dalam lingkungan 50,000 tan lah. Batu 4, Kota Tinggi tahan untuk 2 hingga 4 tahun 83,000 tan setahun dan 7,000 sebulanlah, 7,000 sebulan tan eh. Maokil 4 tahun, setahun, maksud saya 4 tahun ini, dia boleh jangka hayat dia. Kapasiti dia, 104,000 tan setahun, sebulan 8.7 ribu tan. Jemaluang 3 tahun 14,000 tan. Saya rasa, saya tak perlu sebut detail ini Yang Berhormat kerana saya akan serahkan kepada Yang Berhormat untuk dijawab secara bertulis kerana ada rakan-rakan lain yang akan menjawab bagi soalan mereka. Çuma, Ladang CEP di Simpang Renggam dah ditutup pada 2019. Bukit Bakri ditutup pada 2020. Bekok, Tangkak dah ditutup pada 2018. Jadi, menjawab soalan tapak ini, tapak-tapak yang dah ditutup oleh apa dibuat Yang Berhormat Tangkak sebut, apa langkah kerajaan terhadap tapak-tapak yang telah ditutup ini. Kalau mengikut peruntukan dan persetujuan kerajaan pusat, setiap sampah yang dibuang dalam tapak pelupusan, tempat tapak pelupusan, kerajaan pusat bersetuju membayar setiap tan RM1, untuk ditutup dan diselenggara. Jadi Yang Berhormat, kalau tapak-tapak yang dah ditutup seperti di beberapa tempat sebenarnya kita boleh claim daripada kerajaan pusat untuk kita jadikan mungkin ladang solar. Dan kita dah melihat Cypark salah satu pembekal tenaga hijau, tapak pelupusan itu kita boleh jadikan ladang-ladang solar. Dan, kalau lain nak dibuat ialah mungkin boleh dijadikan kawasan rekreasi tapi usaha ini kena diexplore, tak boleh dibiarkan begitu sahaja dan saya telah berbincang dengan PDT, bagaimana PDT dan juga pihak Cypark, kalau usaha ini berjalan, kita nak buat program-program ladang solar di tapak-tapak pelupusan yang telah ditutup ini.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 223

Menjawab soalan daripada YB Skudai, ada 2 soalan yang YB Skudai ini tentang kapasiti jumlah sisa yang dilupuskan setiap hari. Jadi, untuk Seelong itu Yang Berhormat, setakat ini 2 Oktober 2021, jumlah sisa yang dilupuskan 1,800 tan satu hari, merangkumi pihak Iskandar Puteri, Majlis Bandaraya Johor Bahru, Kulai. 3 eh. Pasir Gudang, dia ada di Tanjung Langsat. Seelong ini akan habis pada 2024. Kerajaan negeri berhutang dengan pihak (ketawa) Yang Berhormat pun tahu, hutang di tapak ini untuk WTE hampir RM124 juta. Kita tak boleh biarkan duit kita mengalir begitu sahaja sebab tu kita kena buat WTE di Seelong. Dan, kalau perjanjian ini dapat, kita kena selesai segera, pihak MBIP, pihak Bandaraya dan juga Kulai bersetuju untuk membayar dan kita ambil tapaki tu untuk bangunkan WTE. Bagi Tangkak, Segamat, Labis, Mersing ini saya akan jawab secara bertulislah kepada Yang Berhormat kerana panjang untuk jawapan ini. Menjawab soalan daripada YB Skudai tentang penglibatan masyarakat, kebersediaan masyarakat dalam mengurangkan sisa pepejal ini. Yang paling penting sekali ialah pendidikan, tetapi kesedaran masyarakat terhadap pengurusan sisa sampah ini masih pada tahap yang saya sebutkan tak berapa selesa untuk maklumanlah Dewan yang mulia ini, tapi kita kena usaha, kita tak boleh patah semangat Yang Berhormat. Paling penting sekali pengasingan di punca. Kalau ini dapat kita buat, banyak perkara boleh diselesaikan. Kita boleh asingkan sampah basah, sampah plastik, sampah apa kaca, kertas dan sebagainya. Tapi, isu yang berlaku di negara kita ini, ada setengah masyarakat tuan rumah ini dah buat, tapi bila letakkan kat tempat pembuangan sampah, lori sampah datang, dekat satu lori itu aje yang mereka buang sampah. Jadi akhirnya dimoralisedkan kepada mereka yang ada kesedaran terhadap perkara inilah. Jadi, selain daripada itu ialah tentang usaha-usaha untuk program kitar semula composing, di kalangan masyarakat dan juga komuniti yang kita gerakkan untuk makluman Dewan yang mulia. Itu sahaja Yang Berhormat tentang beberapa penjelasan atas soalan yang dikemukakan oleh YB Skudai dan juga YB Tangkak. Terima kasih. YB Speaker : Ya Tangkak. YB Tuan Ee Chin Li (Tangkak) : Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih jawapan daripada Yang Berhormat EXCO. Kami memang mengalu-alukan iaitu sepertimana yang telah dijawab oleh YB EXCO sebentar tadi iaitu WTE (Waste to Energy) akan digunakan untuk pemulihan ataupun memanjangkan apa tu hayat bagi tapak pelupusan. Tapi, soalan daripada Tangkak adalah lebih kepada pemulihan ataupun rawatan terhadap tapak-tapak yang sedia ada dan juga tapak-tapak pelupusan sampah yang telah ditutup sepertimana yang di maklum oleh Yang Berhormat EXCO tadi, beberapa tapak pelupusan sampah di negeri Johor yang telah ditutup sejak tahun 2018 iaitu tapak pelupusan Bekok, Tangkak; Simpang Renggam dan Bukit Bakri yang ditutup pada Februari lalu. Jadi, soalan Tangkak adalah sekiranya tapak pelupusan sampah yang telah ditutup atau sedia ada mempunyai ruang yang mencukupi, memang dia boleh menggunakan teknologi WTE, tapi bagi contoh tapak pelupusan Bekok, Tangkak memang tak ada ruang lagi untuk membina ataupun menyediakan infrastruktur WTE apakah penyelesaiannya dari ataupun ada apa-apa rancangan dan plan alternatif untuk tapak-tapak pelupusan yang tidak ada ruang untuk menggunakan teknologi WTE? Terima kasih. YB Speaker : Jemput Yang Berhormat. YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Terima kasih kepada Yang Berhormat Tangkak. Maksudnya tapak pelupusan yang tak boleh dibangunkan WTE ataupun apa-apa teknologi, apa langkah yang kita nak buat ke atas tapak ini?

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 224

Seperti yang saya sebutkan tadi Yang Berhormat, pengalaman Cypark dari segi penyediaan sumber tenaga hijau ini, ladang solar ini, cukup besar di seluruh negara, kerana dia dapat kontrak dengan TNB dan dia telah membuktikan bahawa di tapak-tapak pelupusan yang tak boleh dibangunkan contohnya WTE ini, digunakan untuk ladang solar, kalau ianya sesuai dengan saizlah. Jadi antara yang sesetengah tempat ini, dia boleh jadikan property development Yang Berhormat, kalau ia berhampiran dengan kawasan pembangunan ataupun kawasan yang lain. Tapi, dia memerlukan masa untuk mendap dan sebagainyalah. Yang boleh kita buat, contohnya di kawasan CEP Simpang Renggam itu ataupun Bukit Bakri, kalau ia melibatkan tanah state ataupun tanah federal dan Bekok, saya sebutkan tadi kita gunakan untuk solarlah, ladang untuk solar ataupun boleh dibangunkan kalau ianya sesuai untuk ladang rekreasi, kawasan rekreasi sebab saya sebutkan tadi federal government setuju dengan izin, untuk pump duit bagi setiap satu tan bagi seluruh kawasan tersebut ialah RM1. Jadi kita dah ada modal kat situ daripada kerajaan pusat untuk menampung kos pembangunan dan juga kos penyelenggaraan. Saya tak dapat figure untuk berapa jumlah tarnish yang dah masuk ke Bekok, Tangkak; Bukit Bakri, Muar dan juga Ladang CEP, 3 ladang yang ditutup. Tapi yang boleh dibuat, kita manfaatkan seperti cadangan kita gunakan walaupun tapak pelupusan sampah, kita boleh redevelop sebagai kawasan solar untuk membekalkan tenaga atau redevelop untuk kawasan yang lain-lain sama ada kawasan rekreasi. Kalau boleh dibangunkan untuk pembangunan rumah ke, bagus boleh. Tapi, kita menunggu masa lah Yang Berhormat sebab sampah ini perlu pemendapan. Dah dibuat pun, untuk makluman tapi saya tak dapat beri contoh bagaimana pembangunan dilaksanakan di kawasan inilah tetapi memerlukan teknologi dan masa yang panjang untuk ini Yang Berhormat Tuan Speaker. YB Tuan Tan Hong Pin (Skudai) : Yang Berhormat Tuan Speaker. YB Speaker : Simpang Jeram sekejap... YB Tuan Tan Hong Pin (Skudai) : Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker dan juga EXCO yang menjawab tadi. YB Speaker : Saya beri Skudai dulu, nanti Simpang Jeram. YB Tuan Tan Hong Pin (Skudai) : Memandangkan ada 2 soalan pokok, maka harap ada kelonggaran sikitlah dari segi bilangan soalan tambahan itu. Di mana tadi, Yang Berhormat EXCO telah panjang lebar bagi penerangan WTE, kemudahan WTE itu. Saya sekarang isu bukan sama kita apa tu sokong atau bantah teknologi ini dan hakikatnya di pasaran di seluruh dunia sekarang, malah di tempatan di Malaysia sendiri, kita ada juga teknologi-teknologi lain selain daripada WTE ataupun incinerator. Dan adakah kerajaan bersedia untuk adopt teknologi-teknologi baharu ini, di mana saya lihat WTE ini dia selalunya dia memerlukan satu kapasiti yang besar seperti Yang Berhormat EXCO tadi ada sebut 800 tan. Dan untuk Johor ini walaupun kita lihat sehari ada lebih kurang 4,000 tan hingga 5,000 tan sampah, tapi dia tidak berkumpul disatu PBT sahaja. Seperti Tangkak saya ambil contoh lebih kurang 200 tan, maka kalau semua tu perlu dihantar ke satu tempat secara berpusat seperti di Bukit Payung, pengangkutan tu satu kos dan kalau sekiranya berlaku kita kata single point failure itu dia akan menjejaskan hampir separuh daripada Johor, PBT-PBT di Utara Johor ni. Jadi saya sebenarnya saya dalam perbahasan 3 hari yang lepas saya juga ada mencadangkan supaya kerajaan mengkaji kemungkinan dan keberkesanan apa itu untuk menjalankan pelupusan sampah di tempat itu sendiri. Maknanya setiap PBT melupuskan sampah dia di tempatnya sendiri sebab dia akan menyelesaikan masalah tapak sampah haram, sebab apa yang Yang Berhormat EXCO sebut tadi adalah domestic waste iaitu sampah-sampah yang kita kumpul daripada rumah-

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 225

rumah. Tapi ada banyak yang dikutip oleh kontraktor swasta, itu adalah satu yang perlu kita fikirkan. Saya dimaklumkan oleh Yang berhormat Tangkak bahawa sejak tutupnya tapak pelupusan sampah di Tangkak, Bekok tu mula dikesan banyak tapak haram di sekitar Tangkak. YB Speaker : Soalan Yang Berhormat, soalan. YB Tuan Tan Hong Pin (Skudai) : Jadi adakah kerajaan telah ataupun berusaha untuk mengubah hala tuju yang telah ditetapkan oleh JPSPN sejak i thing 10, 20 tahun lalu supaya kita melaksanakan pengurusan sampah atau pelupusan pada setempat itu, di tapak itu. YB Speaker : Jemput YB EXCO, ringkas aje ya. YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Terima kasih kepada Skudai. Yang Berhormat saya rasa Yang Berhormat pun dulu pernah EXCO Kerajaan Tempatan, saya kena jelaskan, tegaskan dalam Dewan yang mulia ini. Soal sampah ni federal seolah-olah begini ajelah, Johor kena ikut. Yang itulah yang menjadi bebanan kepada kita walaupun tripartite agreement ketika dulu membebankan setengah PBT dan juga negara. Kalau diizinkan dalam perbahasan, saya kena sebutlah benda ini. Kini kena itu, Johor PBT ikut pihak kerajaan negeri kena ikut, sebab itu kita kena ambil langkah baru Yang Berhormat. Saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat. Sebab tu saya sebutkan tadi di bawah Akta 672, sampah komersial industri dan institution Yang jadi masalah tempat orang buang sampah haram ini, dia nak buang terlalu mahal kos dia, akhirnya dia buang ke tapak-tapak pelupusan dan akhirnya 38 di kawasan Iskandar Puteri yang menjadi tapak pelupusan sampah yang tak settle sampai sekarang. Sebab tu kita gerakan program yang telah diberi kelulusan Yang Berhormat Menteri di bawah Akta 672 kalau dia tak terikat dengan konsesi dan tak terikat dengan skim arrear kita akan uruskan apa langkah-langkah Yang Berhormat sebutkan tentang tapak pelupusan haram ni, kita nak settle kan. Kalau ini boleh dibuat dan di Pengerang dah dibenarkan, kita akan gerakan di seluruh kawasan PBT untuk makluman Yang Berhormat. Tentang soalan Yang Berhormat tadi, kawasan-kawasan yang jauh saya telah dimaklumkan bahawa kerajaan persekutuan bersetuju, ini mungkin agak sensitif sikit bagi Pekan Nanas, transfer station, tapi kita kena panas sikit Yang Berhormat sebab saya melihat WTE di Smart di Seremban tu, di Tanah Merah tu memang tersusun dan well organized dan saya cakap saya makan di situ walaupun di kelilingi timbunan sampah tak ada lalat. Yang ini yang persepsi masyarakat selama ini sampah ni kotor, air merecik, yang menjadi perbahasan kita orang tak terima nak buang sampah mesti kawasan tak nak terima. Tapi insya-Allah, sebab tu saya nak ajak kita pergi tengok ke Tanah Merah kita akan dapat pemerhatian dan dapat buat penilaian bahawa WTE ini dapat membantu. Saya setuju WTE ini apa ini memerlukan pelaburan besar cukupnya sampah, mungkin di Seelong boleh, tapi di Kota Tinggi, di Tangkak macam mana. Sebab tu saya sebutkan tadi di ladang di kawasan Kota Tinggi kita dah nampak ada teknologi lain yang bersesuaian dengan kapasiti sampah di tempat tersebut. Kita tak gunakan pelaburan sebanyak RM500 juta, mungkin sesuai untuk RM50 juta yang kita akan bawa di kawasan Kota Tinggi, di kawasan FELDA tertentu kalau dapat persetujuan daripada pihak Majlis Daerah Kota Tinggi dan Pengerang, kita dah gerakkan dari segi perbincangan dengan beberapa pihak. Maksudnya taklah semua tempat menggunakan WTE Yang Berhormat Skudai. kita gunakan yang bersesuaian. Tapi insya-Allah, kalau Akta 672 ini ni dapat kita clearkan jangan jadikan Johor ni seolah-olah terima sahaja apa yang ditetapkan oleh di peringkat pusat, kita boleh leraikan isu pengurusan sampah yang dah membebani setahun kita kena bayar, kerajaan PBT Johor kena bayar hampir RM200 juta. RM170 juta untuk pungutan sampah daripada rumah, RM30 juta untuk tapping fees di

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 226

beberapa tempat terutamanya di Seelong, untuk makluman Yang Berhormat itu sajalah Yang Berhormat. YB Speaker : Ya Simpang Jeram/ YB Dato’ Seri Haji Salahuddin bin Ayub (Simpang Jeram) : Terima kasih Tuan Speaker dan EXCO Alam Sekitar yang menjawab persoalan pada pagi ini. Saya tak ada masalah tentang teknologi moden, incinerator pun saya rasa zaman semakin canggih dan apa pun peralatan yang nak digunakan. Tuan Speaker saya ingin mendapat penjelasan pagi ini. Ada satu tapak sama ada tapak itu tapak haram atau pun pelupusan sampah yang telah ditutup di Taman Bukit Kempas. Saya rasa isu ini dah sampai ke meja Yang Berhormat EXCO, saya pun dah bawa dalam perbahasan di Parlimen. Itu dalam Kawasan Parlimen saya di Pulai, jadi saya harap ada satu tindakan yang tuntas kerana setakat semalam saya mendapat maklumat daripada persatuan penduduk masih tidak ada lagi satu tindakan yang tuntas yang mereka harapkan, kerana di waktu malam Yang Berhormat satu gas ataupun bahan beracun mengancam penduduk di situ dan saya harap perkara ini once for all saya ingin jawapan yang pasti pada pagi ini. Terima kasih. YB Speaker : Jemput EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Yang Berhormat Simpang Jeram untuk makluman beberapa perkara telah diambil dan Pihak Berkuasa Tempatan dah membincangkan perkara ini di peringkat mesyuarat mereka untuk memastikan di Kempas tu tak berulang lagilah. Jadi saya harap saya tak dapat detail tentang pelan tindakan Yang Berhormat, bagi sikit saya masa untuk saya bincang dengan Datuk Bandar. Kalau ini dapat diselesaikan nanti saya akan bentangkan kepada Yang Berhormat ataupun jawab kepada Yang Berhormat secara bertulis dan hasrat Yang Berhormat ni semua Yang Berhormat kalau boleh tapak-tapak pelupusan sampah yang menjadi isu beban kepada wakil rakyat yang mengganggu penduduk sekitar ni kalau boleh kita selesaikan seberapa segeralah, kalau yang dah tutup pastikan ditutup, ikut apa ni SOP ataupun prosedur yang sepatutnyalah. Insya-Allah kalau bagi Bandaraya saya ingat benda ini boleh kita selesaikan termasuk di Iskandar Puteri. Kalau ikut peraturan tapak pelupusan sampah haram ini Yang Berhormat, sebenarnya tanah itu boleh dirampas tapi kita tak kan buatlah sebegitu. Kalau nak dibuat saya dah umumkan yang lepas kalau tuan tanah tak uruskan juga tapak pelupusan sampah haram itu walaupun dia tak bertanggungjawab, kita sebenarnya boleh rampas tanah tersebut. Sekian Yang Berhormat Tuan Speaker. YB Speaker : Ya Jementah. YB Tuan Tan Chenn Choon (Jementah) : Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat EXCO atas jawapan yang diberikan berkenaan 2, 3 soalan ini. Saya masih ingat lagi sebelum ini kita duduk di sebelah sana, isu sampah sarap ini memang satu isu yang sangat mencabar dan perlu banyak apa ni fokus dan juga sumber untuk menyelesaikan masalah ini. Saya masih ingat lagi semasa kita di sebelah sana, kita ada, khususnya apa ni Johor Selatan. Kita tahu Tapak Pelupusan Seelong seperti tadi YB EXCO pun ada terangkan, dia memang kutipan sampah dari lebih kurang 4 atau 5 apa ni PBT, semua buang di Tapak Pelupusan Seelong. Dan semasa saya menjawat jawatan YB EXCO kita memang sudah tahu, kita dimaklumkan bahawa sel-sel di Tapak Pelupusan Seelong pada masa itu pun agak saturated, bermaksud dia sudah agak-agak penuh ni dan pada masa itu pun ada dicadangakan untuk membuka kalau saya tidak silap membuka 2 sel lagi di Tapak Pelupusan Seelong. So, saya nak tahu apakah statusnya sekarang berkenaan dengan sebab Tapak Pelupusan Seelong ini ialah tapak pelupusan yang sanitary dan kita difahamkan yang saya pun pernah ada buat lawatan dekat sana. Setahu saya ada 5 atau 6 sel sudah sangat penuhlah dan memang ada apa ni.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 227

nak percepatkan untuk membuka 2 sel lagi di Tapak Pelupusan Seelong. So, saya nak tahu apakah statusnya. Ini yang pertama. Yang kedua ialah berkenaan dengan tapak pelupusan di Bukit Payung dan kita tahu bukan hanya gunakan teknologi WTE sahaja tetapi juga ada sebahagian daripadanya ialah sanitary saya difahamkan pada masa itu pelan gambar rajahnya ialah sebegini. So apakah ada perubahan lagi atau dia masih menggunakan cara sebegini dan saya difahamkan sanitary itu mungkin dia akan digunakan 4 atau 5 tahun terlebih dahulu sebelum bergerak ke WTE, ini saya nak tahu apakah status dia buat masa sekarang ini, terima kasih Tuan Speaker. YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih kepada soalan daripada Jementah. Bagi Seelong ni bagi sel 6, kalau tak silap saya Yang Berhormat kita dah dapat peruntukan daripada federal government RM52 juta untuk kita buka, jadi tak ada isu untuk di Seelong lagilah, sebab kita perlu sejumlah RM56 juta dan kerajaan pusat telah menyalurkan peruntukan dan dah boleh dibuka dan tak ada tentang isu tentang perkara tersebutlah. Bagi Bukit Payung ini Yang Berhormat, dia pembangunan WTE yang sekarang dalam proses penilaian oleh pihak UPLUS di Jabatan Perdana Menteri. Ia akan membangun makan masa 3, 4 tahunlah, 3 tahunlah saya tengok kalau dia di Tanah Merah tu, sekurang-kurangnya 3 tahun. Jadi saya bersetujulah maksudnya sementara itu akan menggunakan land field untuk perkara tersebut. Land field ini, ia perlu diuruskan secara yang teratur, tidak membebankan kepada penduduk ataupun kawasan ekologi di kawasan Bukit Payung itu sendiri Yang Berhormat. Ini untuk makluman di Seelong dah ada pembukaan sel baru, 5 sel yang dah penuh tu kita buka dengan 1 sel baru, peruntukan daripada federal pun dah sampai, dah diluluskan dan telah tidak isu, masalah untuk beroperasi di Seelong. Di Bukit Payong saya sebutkan pembangunan sementara ini akan menggunakan kaedah itu dululah sementara WTE Bukit Payung dilaksanakan. Sekian terima kasih. YB Tuan Yeo Tung Siong (Pekan Nanas ) : Yang Berhormat Tuan Speaker, minta satu, sikit saja. YB Speaker : Dah habis dah, maksimum dah. YB Tuan Yeo Tung Siong (Pekan Nanas ) : Sikit sahaja. YB Speaker : Soalan seterusnya Yong Peng. YB Puan Chew Peck Choo (Yong Peng) : Yang Berhormat Tuan Speaker soalan nombor 5. Berapakah jumlah salah laku di kalangan penjawat awam negeri Johor khususnya agensi-agensi penguatkuasaan pada tahun 2018 sehingga kini dan apakah hukuman serta langkah yang diambil bagi membendung masalah ini? YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia : Bismillahirahmaniirahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat ADUN Yong Peng. Kita tidak dinafikan ramai penjawat awam kita yang telah menyumbangkan perkhidmatan cemerlang dan berjaya meraih anugerah kecemerlangan di peringkat jabatan, nasional, mahupun peringkat antarabangsa. Namun begitu, masih ada sebilangan kecil yang gagal menyumbangkan khidmat atau prestasi yang baik. Bak kata bidalan, dalam setandan pisang, bukan semuanya elok ataupun baik.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 228

Kerajaan pusat mahupun negeri sentiasa memandang serius mengenai sebarang kes salah laku yang membabitkan penjawat awam di negeri ini. Ini selari dengan kenyataan tegas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Mohd Khairul Adib Abdul Rahman berkaitan tindakan tegas terhadap penjawat awam yang didapati terlibat dengan salah aku haruslah diambil serius oleh semua penjawat awam. Bagi makluman Yang Berhormat Tuan Speakar dan Ahli Yang Berhormat kandungan Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Johor Tahun 1993, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Negeri Johor Kelakuan dan Tatatertib Pindaan 2003 dan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Negeri Johor Kelakuan dan Tatatertib Pindaan 2015 adalah jelas menyatakan bahawa semua penjawat awam di negeri ini perlu patuh dan komited dalam melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan. Bahagian kedua, second part, peraturan berkenaan menyenaraikan tatacara kelakuan yang sepatutnya dimiliki oleh penjawat awam. Antaranya seorang penjawat awam haruslah pada setiap masa memberi taat setia kepada Yang Dipertuan Agong, negara dan kerajaan. Seseorang penjawat awam juga dilarang membelakangkan tugas am awamnya demi kepentingan persendiriannya, menggunakan kedudukan awamnya demi faedah diri sendiri, berkelakuan sehingga mencemarkan nama perkhidmatan awam, kurang cekap atau kurang berusaha, tidak jujur atau tidak amanah, tidak bertanggungjawab membawa pengaruh atau tekanan dari luar ke dalam perkhidmatan awam juga ingkar perintah dan cuai dalam melaksana tugas. Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam kandungan peraturan tersebut juga turut menjelaskan secara terperinci garis peraturan pengendalian kes kesalahan tatatertib dalam kalangan penjawat awam negeri ini. Segala kes salah laku atau tindakan tatatertib bagi seorang anggota penjawat awam akan dirujuk kepada Suruhanjaya Perkhidmatan yang berfungsi sebagai Pihak Berkuasa Tatatertib bagi kes-kes tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat yang melibatkan pegawai kumpulan pengurusan dan profesional dalam perkhidmatan awam negeri Johor. Untuk makluman Yang Berhormat, berdasarkan kepada rekod semasa pentadbiran ini sejak tahun 2016 sehingga tahun 2020 tiada kes yang melibatkan tindakan tatatertib yang dipertimbangkan oleh Suruhanjaya. Di samping itu, Suruhanjaya berfungsi sebagai Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam Negeri Johor yang melibatkan kumpulan pelaksana. Sepanjang tahun 2020, Suruhanjaya telah memutuskan 6 kes rayuan tatatertib berbanding dengan 8 kes rayuan pada tahun 2019. Keputusan rayuan tatatertib perkhidmatan awam bagi tahun 2020 dan 2019 adalah mengesahkan keputusan Lembaga Tatatertib Negeri. Kes yang telah disabitkan adalah ketidakhadiran bertugas dan bentuk hukuman yang telah dijatuhkan oleh Lembaga Tatatertib Negeri adalah seperti berikut: 1. Lucut hak emolumen mengikut Peraturan 38(C) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam

Negeri Johor (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. 2. Buang kerja mengikut Peraturan 38(G) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Negeri

Johor (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. 3. Turun Tiga Pergerakan Gaji mengikut Peraturan 38(E) Peraturan-Peraturan Pegawai

Awam Negeri Johor (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Yang Berhormat Tuan Speaker, di kesempatan ini saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada pihak SPRM dan agensi penguat kuasa di atas tindakan pro aktif dan berterusan bagi memastikan amalan rasuah dibanteras secara menyeluruh seterusnya dapat meningkatkan integriti dan tadbir urus yang baik dalam perkhidmatan awam di negeri Johor khususnya. Terima kasih.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 229

YB Speaker : Ya, Yong Peng jemput, soalan tambahan. YB Puan Chew Peck Choo (Yong Peng) : Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Soalan tambahan saya, sekiranya seorang penjawat awam ingin melaporkan kes salah laku mengenai seorang penjawat awam yang lain, adakah pemberi maklumat ini terselamat daripada sebarang tindakan susulan terutamanya bila seorang penjawat awam berpangkat rendah melaporkan aduan terhadap pegawai atasan mereka dan adakah ganjaran akan diberi kepada seorang pemberi maklumat? Terima kasih. YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia : Terima kasih Tuan Speaker dan ADUN Yong Peng. Bagi menambah baik ketetapan, ketelusan dan tahap efficiency urusan pentadbiran kerajaan negeri memang dah menjadi kebiasaan pegawai awam yang mana digalakkan untuk melaporkan sebarang aduan bagi setiap kesalahan disiplin atau salah laku di jabatan atau agensi masing-masing. Usaha ini juga dilihat dapat membendung ketirisan yang berlaku di dalam sesuatu organisasi terutamanya yang membabitkan penyalahgunaan kuasa di pelbagai peringkat tanpa mengira kedudukan atau sektor sosial mereka. Bagi memperkasakan usaha ini, para penjawat awam perlu memikul amanah serta bertanggungjawab yang diberikan termasuk bertanggung jawab dalam melaporkan sebarang kes salah laku di kalangan penjawat awam yang lain. Tidak dapat dinafikan terdapat banyak kes salah laku atau masalah disiplin yang tidak dilaporkan susulan kekhuatiran dikenakan tindakan. Bagi makluman Yang Berhormat Speaker dan ADUN Yong Peng, kerajaan sentiasa mengambil serius dan mengambil peka serta melindungi mana-mana anggota penjawat awam termasuk individu yang menyampaikan maklumat atau memberi informasi maklumat termasuk, atau melaporkan sebarang aduan ataupun kes dan maklumat pelapor akan dirahsiakan dan diberi jaminan bahawa semua butiran yang diberi kepada pihak berkuasa akan dilindungi dan hak keselamatan juga mereka terpelihara. Mengikut peraturan sedia ada seperti yang dah dinyatakan dalam Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 dan Akta Perlindungan Saksi 2009. Menjawab soalan tentang ganjaran, ini mengikut peruntukan bagi setiap agensi yang ada RM10,000, yang ada lebih dan tengok merit kes, kes merit itu eh. Terima kasih. YB Speaker : Ya, Senggarang, jemput. YB Tuan Ir. Khairuddin bin A. Rahim (Senggarang) : Terima kasih Tuan Speaker, soalan tambahan saya berkaitan dengan salah laku penjawat awam, saya ada beberapa kalilah membuat laporan di SPRM tentang salah laku penjawat awam. Sekalilah saya dapat, kira ada responslah daripada SPRM tentang Tabung Amanah Perumahan, itu telah lulus, ada laporanlah makna kes itu ditutup tetapi dengan laporan-laporan lain saya sehingga, saya difahamkan tak tahu SOP dia macam mana kan. Sehingga hari ini tak ada maklum balas ye dari pihak SPRM sama ada kes tutup ke, kes buka ke, apakah sebabnya Yang Berhormat EXCO? YB Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia : Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya saya pun tak boleh jawab lebih-lebih, saya pun tak ada akses kepada SPRM, ni bukan bawah Portfolio saya tapi saya cuba jawablah. Biasanya bila berlakunya sesuatu kes, kertas penyiasatan akan dibuat, kes akan dibina, di build up, untuk dijadikan satu kes kukuh untuk mendakwa pesalah setelah mereka mempunyai cukup dengan saksi dan bukti dan setelah mendapat persetujuan daripada pihak Timbalan Pendakwa raya untuk bawa kes, bahan kes, yang mana kes tu ada kekuatan untuk didakwa. Jadi, yang biasa kes-kes dalam siasatan ataupun aduan kita tak

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 230

ada akses, kita tidak tahu dan kita cuma tahu bila benda tu dah dihuraikan atau dah dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan eh. Terima kasih. YB Speaker : Soalan seterusnya Yang Berhormat Semerah, jemput. YB Tuan Mohd. Khuzzan bin Abu Bakar (Semerah) : Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya soalan nombor 6. Berapakah jumlah pesakit jantung dan kematian akibat penyakit jantung bagi negeri Johor mengikut daerah bagi tahun 2020 dan 2021 serta berapakah jumlah pusat rawatan pakar jantung di hospital awam negeri Johor. YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar : Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Bagi menjawab soalan Yang Berhormat Semerah berkaitan dengan jumlah pesakit jantung dan kematian akibat penyakit jantung. Bilangan kemasukan pesakit jantung ke wad dan kematian akibat penyakit jantung di hospital-hospital Kementerian Kesihatan Malaysia Negeri Johor pada tahun 2020 dan tahun 2021 iaitu sehingga 31 Oktober adalah seperti berikut Tuan Speaker, bagi tahun 2020 bilangan kemasukan wad ialah seramai 2,438 orang dan bilangan kematian akibat penyakit jantung adalah 636 orang. Dan, bagi tahun 2021 sehingga 31 Oktober kemasukan ke wad ialah seramai 1,637 orang dan kematian sehingga 31 Oktober ialah seramai 411 orang. Untuk makluman Yang Berhormat Semerah, mungkin saya kira boleh saya nyatakan statistik Hospital Batu Pahat, bagi tahun 2020 kemasukan ke wad ialah seramai 164 orang dengan 73 kematian dan bagi setakat 31 Oktober tahun ini seramai 218 orang telah pun dimasukkan ke wad dan bilangan kematian adalah seramai 67 orang. Yang Berhormat Speaker, di negeri Johor buat masa ini hanya terdapat sebuah hospital sahaja sebagai pusat rawatan jantung iaitu dari Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. Terima kasih. YB Speaker : Ya, Semerah, soalan tambahan. YB Tuan Mohd. Khuzzan bin Abu Bakar (Semerah) : Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih atas jawapan daripada Yang Berhormat EXCO. Kalau kita lihat tadi makluman daripada Yang Berhormat EXCO, kematian akibat penyakit jantung ialah seramai 636 orang untuk tahun 2020. Untuk statistik dari Jabatan Perangkaan Negara menunjukkan bahawa tahun 2020 ada sebanyak 2,018 kematian akibat daripada penyakit jantung iskemik. Yang mana kalau kat sini untuk Batu Pahat ada 73, tapi mengikut data Jabatan Perangkaan Negara menunjukkan di Batu Pahat ada 346 kematian. Jadi, saya nak minta penjelasanlah daripada Yang Berhormat EXCO dan adakah cadangan-cadangan daripada jumlah-jumlah kalau kita lihat pada 2018, kes sebanyak 2,604 kematian, 2017 ada 1,700 kematian manakala pada 2016 ada 1,411 kematian dan tahun lepas ialah 2,118. Jadi, saya nak dapatkan penjelasan sama ada perancangan dari pihak KKM untuk menubuhkan Unit Pakar Jantung di kawasan Johor Tengah dan di Johor Utara. Terima kasih. YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar : Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Untuk makluman Yang Berhormat Semerah, sebenarnya statistik yang saya nyatakan tadi ialah berkaitan dengan bilangan kemasukan ke wad dan juga bilangan kematian tetapi kalau kita lihat secara menyeluruh mungkin statistik Jabatan Perangkaan tadi adalah secara menyeluruh termasuk kes-kes yang melibatkan brought in dead akibat

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 231

penyakit jantung. Berdasarkan statistik yang berada di sini kes brought in dead berkaitan penyakit jantung di hospital Kementerian Kesihatan Malaysia Negeri Johor pada tahun 2020 adalah sebanyak 33% daripada jumlah keseluruhan kematian dan setakat Oktober 2021 adalah sebanyak 27% berbanding keseluruhan. Jadi, bagi tahun 2020 kes yang melibatkan penyakit jantung brought in dead adalah sebanyak 3,218 dan yang melibatkan penyakit jantung sahaja adalah 1,058 orang dan bagi tahun ini ialah sebanyak 3,118 kes telah pun brought in dead dan 27% sebanyak 849 ialah melibatkan penyakit jantung. Dan, untuk makluman Yang Berhormat Tuan Speaker, bagi negeri Johor ketika ini kita beranggapan bahawa setakat sekarang fasiliti dan peralatan rawatan jantung di hospital kerajaan di negeri Johor adalah mencukupi, berdasarkan kepada bilangan pakar jantung yang ada. Dan belum ada permohonan baru daripada Jabatan Kesihatan Negeri Johor untuk menjadikan hospital kerajaan lain sebagai pusat rawatan pakar di sini. Dan pembangunan perkhidmatan klinikal baru memerlukan kemahiran khusus dan latihan intensif di kalangan pakar dan paramedik dan juga penyediaan fasiliti dengan kos yang tinggi. Kalau kita lihat dengan negeri-negeri lain buat masa ini hanya terdapat 7 pusat rawatan jantung hospital kerajaan di negara kita secara rujukan wilayah di Malaysia. Bagi kes-kes yang kompleks iaitu di Pulau Pinang, Selangor, Pahang, Kelantan, Johor, Sabah dan Sarawak. Jadi, hanya ada 7. Jadi buat masa ini di negeri Johor, kita belum ada perancangan tetapi kita juga tengah melihat bahawa sehingga kita dapat mengawal keadaan dan tidak ada keperluan, maka kita tidak akan ada perancangan untuk jadi hospital lain sebagai pusat rawatan jantung. Dan untuk makluman Dewan yang mulia ini, bagi hospital kerajaan di negeri Johor, kita ada bilangan pakar jantung di Hospital Sultanah Aminah seramai Cardiologist seramai 5 orang dan Surgeon Cardio Forensic seramai 2 orang. Terima kasih. YB Speaker : Soalan seterusnya Yang Berhormat Perling, jemput. YB Tuan Chew Yee How (Perling) : Yang Berhormat Speaker, soalan saya soalan nombor 7. Apakah rancangan-rancangan atau pembinaan infrastruktur untuk memastikan keselamatan penunggang basikal yang dilihat semakin bertambah? YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur : Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Perling. Basikal ada pelbagai jenis dan namanya juga bergantung kepada fungsi dan kegunaannya seperti basikal lajak, basikal lipat, basikal elektrik, basikal BMX, basikal budak pun ada Yang Berhormat Speaker, basikal tua pun ada, basikal mountain bike dan basikal lumba. Pengayuh atau penunggang basikal pada masa kini untuk tujuan rekreasi, bersenam dan sebagai pengangkutan umum dilihat semakin berkembang di kalangan masyarakat Malaysia. Amalan berbasikal oleh rakyat Malaysia pada ketika ini merupakan mood bertrend yang diminati secara ikutan dan bukan sepanjang masa. Walau bagaimanapun, tidak dinafikan kesedaran beriadah bersama rakan dan keluarga dengan berbasikal semakin popular ketika ini dan tanpa sedar sebenarnya rakyat Malaysia yang beriadah berbasikal telah menyumbang sifar karbon atau sifar pencemaran. Mengikut kajian, berbasikal dapat mengurangkan sehingga 6 kg karbon dalam sehari, berbanding sekiranya kita menggunakan kenderaan bermotor.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 232

Kerajaan negeri melalui Pelan Pembangunan Mampan Johor 2030 telah merangka dasar bagi mewujudkan perancangan pengangkutan mampan dan di antaranya melalui penekanan kepelbagaian mod pengangkutan seperti bas, rel, pejalan kaki dan basikal. Oleh yang demikian bagi menggalakkan aktiviti mobiliti aktif seperti menunggang basikal, Pelan 2030 ini telah mencadangkan beberapa inisiatif seperti : 1. Membina laluan khas lorong basikal di kawasan tumpuan aktiviti terutama di pusat

bandar, kawasan perumahan, sekolah dan sebagainya. 2. Menyediakan tempat letak basikal di lokasi strategik seperti pusat komersil, kompleks

kerajaan dan kawasan rekreasi. 3. Menyediakan maklumat dan peta laluan pejalan kaki serta lorong basikal. Di Pihak Berkuasa Tempatan pula, garis panduan, reka bentuk laluan basikal hendaklah disediakan. Dengan adanya garis panduan ini, semua cadangan pemajuan wajib menyediakan laluan pejalan kaki dan basikal. Yang Berhormat Tuan Speaker, penunggang basikal dinasihatkan supaya mematuhi Peraturan 35 dan Peraturan 42, Kaedah-Kaedah Lalu lintas Jalan 1959 iaitu memasang lampu hadapan dan belakang pada basikal mereka serta memastikan basikal mempunyai brek dan loceng sebagai ciri keselamatan untuk mereka dan pengguna jalan raya yang lain. Penunggang basikal juga harus memilih lokasi dan masa yang sesuai iaitu di luar waktu puncak dan mengelakkan tempat yang sesak dengan kenderaan yang boleh mengganggu aliran lalu lintas dan meningkatkan risiko kemalangan. Penunggang basikal hendaklah sentiasa bertimbang rasa dan berhati-hati semasa menjalankan aktiviti riadah kerana mereka terdedah kepada bahaya di jalan raya. Terima kasih Tuan Speaker. YB Speaker : Ya Perling jemput, soalan tambahan. YB Tuan Cheo Yee How (Perling) : Terima kasih jawapan daripada Yang Berhormat EXCO. Jadi soalan tambahan saya berbunyi, adakah apa yang tadi EXCO katakan di mana adakan lorong khas ataupun lorong pejalan kaki telah ataupun sedang dijalankan di dalam negeri Johor ini? Sebab kita lihat kalau boleh memang dekat tempat riadah ataupun tempat rekreasi seperti dekat taman-taman rekreasi, sekelilingnya adakan lorong basikal itu merupakan tempat yang lebih sesuai dan pada waktu yang sama boleh menjaga keselamatan penunggang basikal yang kita lihat semakin banyak ni, terima kasih. YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur : Terima kasih YB Perling. Seperti yang saya sebutkan tadi memang dalam peraturan yang dikenakan dalam kemajuan merancang, pihak PBT akan meminta pemaju-pemaju menyediakan kemudahan seperti itu dan kita menyedari memang kawasan-kawasan yang sekarang menjadi tumpuan pengayuh atau penunggang basikal seperti kawasan pelancongan di Desaru dan tempat-tempat menarik yang sebelum ini kawasan perkampungan, pihak JKR akan sentiasa melihat dari semasa ke semasa keperluan-keperluan jalan di situ dan sekiranya ada keperluan untuk kita mewujudkan laluan basikal malah pejalan kaki, ia akan dipertimbangkan dari semasa ke semasa. Terima kasih. YB Speaker : Soalan seterusnya Yang Berhormat Kemelah, jemput. YB Tuan Dr. Sulaiman bin Mohd. Nor (Kemelah) : Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker soalan saya soalan nombor 8.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 233

Apakah garis panduan serta syarat terkini yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) bagi penceramah yang ingin berceramah di masjid dan surau di negeri Johor? YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam : Bismillahirrahmannirrahim. Yang Berhormat Tuan Speaker dan Yang Berhormat sahabat saya Kemelah, bagi jawapan yang telah dikemukakan, mereka-mereka yang ingin mengajar ataupun memberi syarahan agama Islam di negeri Johor sama ada di masjid atau di surau atau di mana-mana bahagian dalam negeri Johor, hendaklah memiliki tauliah mengajar dan memberikan syarahan agama Islam oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor. Perkara ini adalah sebagaimana ketetapan dalam Seksyen 118, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Johor. Untuk makluman Yang Berhormat dan juga Yang Berhormat Kemelah, tatacara bagi permohonan untuk menjadi penceramah pada peringkat awalnya dikemukakan kepada Pejabat Kadi Daerah. Pejabat Kadi Daerah akan menerima permohonan daripada pemohon dan menapis untuk dihantar ke pihak jawatankuasa peringkat negeri. Syarat-syarat permohonan untuk makluman Yang Berhormat Tuan Speaker dan Yang Berhormat Kemelah dan Ahli Dewan, mestilah beragama Islam, beriktikad Ahli Sunnah Wal Jamaah, aliran Al Asy’ariyah dan Al Maturidiyyah, bermastautin dalam negeri Johor, memiliki kelulusan dalam bidang agama Islam sekurang-kurang Darjah Khas dan permohonan ini dibuka sepanjang tahun. Pemeriksaan bertulis juga akan dilakukan pada setiap pemohon. Manakala pemeriksaan bertulis markah lulus adalah 65% daripada temu duga lisan. Mereka yang lulus dalam peperiksaan bertulis dan mendapat ulasan yang positif dan panel temu duga akan dibawa ke mesyuarat Majlis Agama Islam Negeri Johor untuk perakuan. Majlis akan memberi pertimbangan dalam semua senarai Yang Berhormat Tuan Speaker, yang dibentangkan sama ada bersetuju atau tidak bersetuju setelah mendapat ulasan dan pandangan daripada Tuan Kadi Daerah. Terima kasih. YB Speaker : Ya Kemelah jemput, soalan tambahan. YB Tuan Dr. Sulaiman bin Mohd. Nor (Kemelah) : Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih kepada YB EXCO atas jawapan tersebut. Sepertimana yang kita tahu bahawa dunia sekarang adalah dunia terbuka, dunia tanpa sempadan. Jadi seseorang penceramah itu dengan mudah boleh berceramah di mana-mana termasuk di rumahnya. Jadi persoalan saya ialah adakah pihak Majlis sendiri membuat pemantauan ataupun ada sekatan atau bagaimana untuk apa ni melihat keadaan begini? Terima kasih. YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam : Terima kasih Yang Berhormat Kemelah. Untuk makluman Yang Berhormat Speaker dan Ahli Dewan, Pejabat Kadi Daerah memang kita menyediakan sekurang-kurangnya seorang pegawai penyelidik dan penyiasat di mana-mana sahaja permohonan ceramah dibuat sama ada oleh masjid atau surau oleh badan-badan NGO yang lain. Ini bagi memastikan bahawa setiap penceramah itu yang pertamanya dia ada sijil, yang keduanya dia mesti mendapat kebenaran daripada Pejabat Kadi Daerah untuk mengadakan ceramah di... YB Speaker : Ni yang online tak ada permohonan Yang Berhormat... YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam : Iya... YB Speaker : Yang online ni tak ada permohonan. Macam mana tu?

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 234

YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam : Bagi mengatasi masalah ini, seramai 1,269 orang telah pun ditauliahkan bagi seluruh negeri Johor bagi mengajar dan memberi syarahan di masjid. Cara-cara kaedah bagi mengenal pasti ini biasanya pihak jawatankuasa masjid atau surau akan menghantar laporan kepada Pejabat Kadi Daerah tentang kebenaran ceramah serta isi ceramah disampaikan oleh penceramah-penceramah yang berkenaan. Terima kasih. YB Speaker : Tanjung Surat jemput. YB Dato' Ir. Syed Sis bin Syed A Rahman (Tanjung Surat) : Yang Berhormat Tuan Speaker, saya difahamkan ada senarai penceramah-penceramah yang tidak dibenarkan berceramah di negeri Johor yakni penceramah-penceramah luar. Adakah ini benar? Adakah senarai ada beberapa orang ke, ada senarai? Kalau ada senarai, saya harap dapat beri senarai itu sebagai panduan kepada semua Ahli-Ahli Dewan ini. Dan juga rasa saya macam Tuan Speaker kata, yang macam, yang boleh yang ceramah buat ceramah online ini, orang luar dalam masjid di Johor macam mana? Terima kasih. YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam : Terima kasih Yang Berhormat dan insya-Allah saya akan menghantar senarai-senarai mereka-mereka yang diberikan tauliah untuk mengajar dan berceramah sama ada di masjid ataupun di surau kepada Ahli-Ahli Dewan yang berkenaan. Yang keduanya, dari segi soal media cetak sekarang zaman moden, kami mengakui inilah dia musuh utama yang besar yang kami hadapi, bagi menangkis segala perkara-perkara tohmahan ataupun penyampaian-penyampaian ceramah yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Apa pun Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor telah pun menubuhkan Unit Khas bekerjasama dengan pihak PDRM dalam perkara ini untuk mengenal pasti mana-mana pihak yang telah menyampaikan ceramah melalui media cetak atau elektronik untuk diambilkan tindakan yang sewajarnya. Terima kasih Yang Berhormat Speaker. YB Speaker : OK Kota Iskandar ya jemput. YB Sr. Dzulkefly bin Ahmad (Kota Iskandar) : Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih kepada YB EXCO yang menjawab. Alhamdulillah diberitahu tadi bahawa permohonan untuk mendapatkan tauliah mengajar ini dibuka sepanjang tahun. Tetapi banyak rungutan yang kita terima adalah bila sepanjang tahun itu, bila dia orang mohon daripada Januari sehingga kadang-kadang Oktober, November masih lagi tidak dipanggil untuk temu duga dan juga soalan tulisan. Jadi paling tidaknya kita kena ada satu guide line daripada permohonan itu berapa bulan, 3 ke 4 bulan, mereka akan diambil tindakan untuk menghadiri temu duga ataupun soalan bertulis. Sekian. YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam : Yang Berhormat Tuan Speaker dan juga Yang Berhormat sahabat saya Kota Iskandar, biasanya tempoh yang diberikan antara 1 hingga 3 bulan. Tetapi jika ada mana-mana Ahli-Ahli Yang Berhormat ada laporan yang mengatakan permohonan untuk mendapatkan sijil tauliah ini tidak mendapat jawapan dalam tempoh 3 bulan, boleh maklumkan terus kepada saya untuk saya ambil tindakan selanjutnya. Terima kasih. YB Speaker : OK soalan seterusnya Yang Berhormat Penawar jemput.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 235

YB Dato’ Sharifah Azizah binti Dato’ Syed Zain (Penawar) : Terima kasih. Duduk termenung di bawah rembulan, bagi pungguk rindukan bulan. Tuan Speaker, soalan saya nombor 9. Apakah insentif-insentif yang diberikan kepada golongan belia yang telah menceburkan diri dalam pelbagai bidang yang dapat memberi sumbangan kepada pembangunan dalam negeri Johor? YB Speaker : Jemput, kena berpantun juga Yang Berhormat ni EXCO. (Dewan ketawa). YB Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan : Yang Berhormat Speaker, terima kasih bonda Penawar atas soalan yang disulami pantun, saya cuba jawab. YB Speaker : Bonda ni dia suka soalan belia ni, Yang Berhormat . YB Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan : Jiwa dia muda walaupun tua Yang Berhormat. Bonda Penawar orangnya lawa, walaupun berusia cantik bergaya, hasrat bonda akan dibawa, agar penawar terus berjaya. Yang Berhormat Speaker, insentif bagi golongan belia mendapat perhatian daripada kerajaan pusat dan juga kerajaan negeri. Di peringkat pusat sekurang-kurangnya 15 inisatif yang memberi manfaat kepada belia secara langsung. Bagi memastikan belia tidak tercicir dalam sektor pekerjaan, kemahiran, pendidikan, ekonomi seperti yang diumumkan oleh Menteri Kewangan dalam pembentangan Bajet 2022. Di peringkat negeri Johor pula, bagi pihak Orang Muda Johor saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah mengumumkan pelbagai bantuan insentif dan program untuk Orang Muda Johor, baik mahasiswa, usahawan muda, wanita muda, pelajar-pelajar sekolah, profesional muda, atlet-atlet hinggalah ke rider food panda dan grab. Semua mendapat manfaat dalam Belanjawan Johor 2022. Agenda Orang Muda Johor mendapat perhatian kerajaan dalam menjana perancangan negeri pasca pandemik sekali gus menjawab keresahan dan kerisauan belia yang tertekan akibat daripada pandemik. Sebanyak 24 inisiatif yang memberi manfaat kepada belia secara langsung bagi memastikan belia tidak tercicir dalam sektor pekerjaan, kemahiran, pendidikan dan juga ekonomi. Program Kesukarelaan, Kepimpinan Muda dan Program Sukan Untuk Rakyat juga terus diperhebatkan untuk Orang Muda Johor. Kerajaan negeri bakal memperuntukkan RM42.5 juta untuk melaksanakan inisiatif-inisiatif yang menyokong penglibatan dan pembangunan Orang Muda Johor dalam sektor ekonomi dan sosial. Di bawah Agenda Digital Modal Insan, Johor Berkebajikan, Ekonomi Baru, Johor Niaga dan Prasarana, Johor Prihatin, lebih RM170 juta diperuntukkan memberi manfaat secara langsung kepada golongan belia seramai 1.6 juta orang. Pada tahun ini Institut Dato’ Onn telah mengadakan Program Sarjana Talk iaitu platform penyampaian maklumat daripada agensi kerajaan negeri dan persekutuan kepada anak-anak muda di negeri Johor. Ini bagi memudahkan maklumat berkaitan inisiatif-inisiatif kerajaan disampaikan kepada akar umbi. Institut Dato’ Onn melalui Program Sarjana Talk, Orang Muda Johor telah mengumpulkan segala inisiatif dibantu oleh agensi-agensi berkaitan dan dikongsikan ke laman sosial supaya belia-belia yang berminat boleh menghubungi terus kepada jabatan atau pegawai yang menyelarasnya. Program ini adalah berbentuk rakaman juga di mana setiap agensi akan menerangkan secara terperinci inisiatif yang ditawarkan oleh mereka kepada orang muda di negeri Johor. Rakaman juga dimuat naik di youtube rasmi Institut Dato’ Onn bertujuan memberikan akses kepada orang muda yang boleh menjadi rujukan ulang tayang. Melalui Sarjana Talk semua agensi telah memaklumkan sebanyak 81 inisiatif digerakkan untuk membantu golongan

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 236

muda. Pada tahun 2021 sebanyak RM200 juta diperuntukkan dan disalurkan kepada pembangunan Orang Muda Johor daripada pelbagai kluster. Contohnya, kluster pendidikan, modal insan, keusahawanan dan juga agriculture. Maklumat mengenai jumlah penerima manfaat ini turut dinyatakan agar para pemohon maklum mengenai peluang yang masih ada untuk mereka. Pelbagai program pembangunan diri juga turut dirancang untuk belia mempertingkat kualiti kemahiran diri untuk terus berjuang dalam era pandemik ini. Terima kasih Speaker. YB Speaker : Ya Penawar, jemput. Soalan tambahan. YB Dato’ Sharifah Azizah binti Dato’ Syed Zain (Penawar) : Terima kasih EXCO Muda. Dengar soalan tambahan bonda. Apakah usaha kerajaan bagi menggalakkan usahawan muda belia aktif dalam pemasaran digital era globalisasi ini? Terima kasih. YB Speaker : Macam soalan daripada rumah je, baca jer. Jemput. YB Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan : Yang Berhormat Speaker, dari segi usaha kerajaan untuk menggalakkan usahawan muda menguasai pemasaran digital. Adalah menjadi hasrat Ke Bawah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor untuk membangunkan belia Johor supaya mereka menjadi modal insan yang berkebolehan dalam pelbagai aspek kehidupan, termasuklah pemasaran digital. Syukur alhamdulillah melalui Pakej Rangsangan Ekonomi 3.0 Ihsan Negeri Johor dan diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor, Dato’ Hasni bin Mohammad, kerajaan negeri melalui Institut Dato’ Onn telah melaksanakan program latihan dalam talian bagi usahawan belia negeri Johor. Program ini telah dirancang dan dilaksanakan bagi membantu usahawan-usahawan muda Johor untuk mempelajari pengetahuan yang dapat mengembangkan kemahiran perniagaan dan bangkit daripada cabaran pandemik COVID-19. Latihan ini telah dilaksanakan secara talian oleh Institut Dato’ Onn dengan kerjasama yang cukup baik daripada Unit Strategik Modal Insan Johor (SMI) dan juga Perbadanan Usahawan Negeri Johor (PUJB). Program ini telah dilaksanakan dan telah memberi manfaat kepada hampir 1,200 orang anak muda Johor. Sekian, terima kasih. YB Speaker : Seterusnya Yang Berhormat Machap, jemput. YB Tuan Haji Abd Taib bin Abu Bakar (Machap) : Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 10. Sejauh manakah keberkesanan KRT di negeri Johor dalam membantu memupuk perpaduan, membantu keselamatan dan kebersihan di taman-taman semasa COVID-19? Yb Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna : Yang Berhormat Tuan Speaker, ada seorang penyelidik politik yang bernama Ashton Watzney dari Harvard Universiti Michigan dalam kajiannya yang bertajuk, “Ethnic Conflict And Sosial Policy”, mengenai keberkesanan struktur rukun tetangga sebagai entiti akar umbi yang berkesan menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum di negara ini sejak peristiwa 13 Mei 1969 menunjukkan bahawa KRT satu entiti penting dan berkesan dalam mengekalkan perpaduan dan keharmonian kaum di Malaysia dan juga di negeri Johor. Justeru itu izinkan saya mentafsirkan istilah keberkesanan melalui aspek sebagaimana berikut : Pertama, melalui penilaian sistem maklumat ERT kepada KRT yang aktif. Penilaian ini adalah berdasarkan kepada KRT yang aktif dalam menjalankan program-program mereka sehingga tahun 2021. Sebanyak 80% KRT telah dinilai aktif di seluruh negeri Johor.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 237

Kedua, keberkesanan KRT juga dapat dikenal pasti melalui permintaan penduduk untuk menubuhkan KRT di kawasan-kawasan kediaman dan didapati penubuhan semakin meningkat setiap tahun dengan jumlah 8,330 KRT di seluruh negara dan bagi negeri Johor pula pada tahun 2019 terdapat sebanyak 819 KRT telah ditubuhkan. Walaupun pandemik COVID-19 telah melanda dunia dan negara kita bermula tahun 2020 terdapat penambahan bilangan KRT iaitu sebanyak 18 buah menjadi jumlah keseluruhan KRT sebanyak 837 di Johor dan untuk tahun 2021, kita masih terdapat lagi 8 permohonan yang belum dapat diproses. Yang Berhormat Tuan Speaker, seterusnya keberkesanan parti dalam membantu memupuk perpaduan, membantu keselamatan dan kebersihan semasa COVID-19 juga dapat dilihat melalui penganjuran program-program, jika sebelum ini gerak kerja KRT lebih menjurus kepada program-program yang bersifat bersemuka, tapi sejak negara dilanda pandemik COVID-19 pada tahun 2020 hingga kini pelaksanaan aktiviti KRT telah diubahsuai mengikut norma baharu dengan mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kesemua program-program yang dijalankan oleh KRT sewaktu PKP mempunyai elemen-elemen perpaduan, keselamatan dan kebersihan adalah seperti yang berikut: 1. Program RT Cares, RT Prihatin yang beri bantuan makanan kepada komuniti B40 dalam

KRT yang terjejas dengan pelaksanaan PKP. 2. Program One Hour Clean Up yang aktiviti menjalankan gotong royong dengan

mengehadkan bilangan peserta penglibatan komuniti. 3. Program Sanitasi Kawasan Kejiranan.

4. Program COMBI, Hapus Aedes Cegah Denggi melalui memusnahkan pembiakan jentik-

jentik nyamuk Aedes.

5. Hebahan bahaya COVID yang membantu pihak berkuasa dengan membuat hebahan dan komuniti agar mematuhi SOP, KKM dan kesedaran bahaya pandemik COVID-19.

6. Rondaan keselamatan kejiranan, SRS di zon hijau sepanjang PKP.

7. Program zon vaksin iaitu meningkatkan kesedaran komuniti untuk mendaftar

MySejahtera bagi pemvaksinan dalam komuniti setempat.

8. Program pengukuhan pendidikan Rukun Negara dan silang budaya secara maya melalui pertandingan di peringkat sekolah rendah dan menengah .

9. Webinar Rukun Negara secara maya bersama sekretariat Rukun Negara di IPT dalam

negeri Johor. Sekian, terima kasih. YB Speaker : Saya tamatkan soalan lisan pada pagi. Sekiranya ada soalan yang disenaraikan belum dijawab secara lisan akan dijawab secara bertulis dalam Persidangan yang sama. Saya tangguhkan Persidangan ini sehingga jam 11.25 pagi. Terima Kasih. Persidangan ditangguhkan pada jam 11.05 pagi. Persidangan disambung semula pada jam 11.25 pagi.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 238

Jurutulis : SAMBUNGAN PERBAHASAN ATAS RUNDINGAN BACAAN KALI YANG KEDUA BAGI RANG UNDANG-UNDANG ENAKMEN PERBEKALAN (2022) TAHUN 2021. YB Speaker : Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Ahli-Ahli Yang Berhormat hari ini adalah hari yang terakhir untuk Ahli-Ahli Yang Berhormat berbahas atas rundingan bacaan kali yang kedua bagi Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2022) Tahun 2021. Esok kita akan mula mendengar jawapan penggulungan daripada pihak kerajaan atas perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat. Saya ulangi semula Ketua Pembangkang diberi masa 45 minit manakala Ahli-Ahli Dewan yang lain diberi masa 15 sehingga 20 minit. Saya mohon kerjasama semua dapat mematuhi masa yang telah diberikan. Saya persilakan Parit Yaani, 45 minit, persilakan. YB Tuan Haji Aminolhuda bin Haji Hassan (Parit Yaani) : Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh (Berselawat.) Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, pertamanya patik merafak sembah menjunjung kasih dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 22 November 2021 bersamaan 17 Rabiulakhir 1443H. Patik berdoa semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Permaisuri Johor dilanjutkan usia dalam keafiatan dan sentiasa berada dalam limpah rahmat dan keampunan Allah SWT. Semoga di bawah naungan Tuanku, negeri Johor bertambah aman, makmur dan sejahtera. Daulat Tuanku. Yang Berhormat Tuan Speaker, sidang Bajet Tahun 2021 untuk Bajet 2022, menjadi sejarah pada saya, Parit Yaani kerana tak dapat masuk, tiga hari berturut-turut. Rekod negatif, tiga hari tapi oleh kerana peringkat awal itu diuji melalui air liur, awalnya negatif tapi lepas itu negatif lepas bawa ke PCR di peringkat kementerian tapi dianggap dah positif awalnya, baru hari inilah saya dapat berucap. Yang sebenarnya bukan positif tetapi kerana keprihatinan dan juga kebimbangan pihak yang bertanggung jawab iaitu KKM, supaya saya tidak dapat masuk ataupun tidak boleh hadir dalam sidang Dewan ini. Jadi, di sini jelas bagi kita bahawa COVID-19 yang melanda negara kita pada hari ini, masih berada dalam keadaan membimbangkan pada semua pihak. Semua masih berhati-hati dalam keadaan menghadapi pandemik COVID-19. Jadi, dalam hal ini Parit Yaani berterima kasih kepada pihak KKM yang begitu menjaga hasrat kerajaan dan hasrat rakyat supaya Ahli-Ahli Dewan yang ada di dalam Dewan ini selamat daripada COVID-19 dan kita dapat terus berkhidmat kepada rakyat dalam tempoh selagi belum dibubarkan. Parit Yaani menyokong kenyataan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor bahawa politik Johor lebih menumpukan kepada masalah rakyat. Saya masukkan, saya simpulkan kepada ‘4M’ disebabkan oleh COVID-19. Pertama, masalah ekonomi rakyat. Kita sedia maklum bahawa keadaan ekonomi rakyat pada hari ini khususnya bagi kalangan mereka yang bekerja bukan kerajaan, sama ada di peringkat swasta, kilang dan peniaga-peniaga kantin sekolah, kantin kilang, berapa banyak yang tutup disebabkan oleh masalah tidak ada operasi yang dapat dijalankan Terutamanya pada peringkat awal PKP. Dan, ini jelas kepada kita bahawa perlunya beri perhatian kepada semua pihak bukan sahaja kerajaan, bukan sahaja ahli-ahli politik, bahkan kepada semua rakyat untuk menjaga negara kita ataupun negeri Johor ini daripada isu COVID-19. Perkara yang kedua, ‘M’ yang kedua adalah pekerjaan. Masalah pekerjaan yang melanda kepada khususnya golongan muda yang baharu bekerja ataupun yang baru habis belajar. Berapa ramai hari ini di kalangan maha siswa ataupun mereka yang ada kelulusan tetapi sukar untuk mendapatkan pekerjaan? Kerana apa? Kerana kilang ataupun pihak-pihak tertentu swasta dan sebagainya mengecilkan operasi mereka. Ada di kalangan kilang-kilang

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 239

besar pun bukan mengecil, tutup. Sebagai contohnya kita lihat berapa banyak hotel-hotel besar di Johor Bahru yang tutup operasi mereka dalam tempoh PKP dan dalam tempoh dua tahun COVID-19 ini. Jadi, sini jelas kepada kita bahawa isu berkaitan dengan masalah pekerjaan yang sepatutnya menjadi satu daripada sasaran ataupun kerja-kerja yang patutnya kita laksanakan dengan lebih baik demi kepentingan rakyat yang kita ingin bantu. Yang ketiga masalah kesihatan dan kesejahteraan rakyat. Pada hari ini sejumlah mereka yang menghidap COVID-19, kalau seluruh negara lebih daripada 1 juta ke 2 juta? Kita pun dah tak tengoklah, kalau dulu kita berebut nak tengok berapa ribu yang kena satu hari? Berapa ratus yang mati? Berapa juta dah penduduk-penduduk Malaysia yang kena COVID-19? Pada hari ini dah macam tak kisah dah, suka hatilah berapa nak kena, sebab apa? Sebab kita dapat melihat apabila kerajaan mengisytiharkan tahap ataupun dipanggil apa ya? Saya pun tak perasan tapi yang dikatakan tahap yang keempat, fasa keempat, beberapa negeri, habis hotel penuh orang pergi, penuh pantai orang pergi, penuh mana-manalah, pusat beli-belah orang pergi, duduk pergi merayau, pergi ke sana ke mari, seolah-olahnya dah tak macam, tak ada lagilah COVID-19. Jadi, ini satu perkara yang kalau kita lihat bahawa kesihatan dan kesejahteraan rakyat ini perlu kita pertingkatkan. Makluman daripada kerajaan, pihak kerajaan kepada rakyat supaya SOP dan sebagainya diperkukuhkan, supaya gelombang kalau dulu kita kata gelombang keempat, lepas itu sekarang ini kata kemungkinannya ada lagi gelombang baharu seperti mana yang kita bimbang, yang berlaku di luar negara. Masalah yang keempat adalah masalah ekonomi rakyat, emosi rakyat. Kita lihat hari ini, laporan yang tak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak tentang kemurungan sebahagian daripada rakyat kita khusus yang berada di negeri Johor, di Johor Bahru ini. Kerana apa? Kerana pasangannya berada di Singapura, dia berada di Johor. Dah berapa tahun, nak masuk ke tahun kedua, ada yang terus tidak balik lagi kerana masalah pekerjaan di Singapura nak masuk dah tak boleh. Yang tinggal di sini kemurungan, yang di sana pun tak kurang juga murung. Jadi, inilah perkara-perkara yang saya yakin dan percaya dengan tema Belanjawan Johor 2022, Memperhebatkan Kesejahteraan Rakyat. Saya yakin dan percaya, kita bagi pihak, semua pihak, kita akan memberikan sokongan untuk memastikan bajet yang dikemukakan ini sampai betul-betul kepada sasaran. Kita tak mahu kepada apa yang berlaku, nama sahaja bajet pada sesuatu pihak, pada sesuatu apa yang dipanggil sasaran tetapi tak sampai, ini yang kita bimbang. Yang Berhormat Tuan Speaker, Para 31, Anggaran Hasil, RM1,671 juta ataupun RM1.671 bilion anggaran yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar ada cabaran-cabarannya iaitu bergantung kepada, pertama dia kata kemunculan varian baharu dan impak sosioekonomi. Itu sebab saya nyatakan tadi tentang kebimbangan, kebimbangan saya kepada peningkatan semula penyakit ini disebabkan oleh kita tak menjaga, tak menjaga dengan patuh dengan betul, bagaimana kehidupan rakyat iaitu tentang masalah kesihatan mereka? Yang kedua tentang keadaan ekonomi, peningkatan negara, peringkat negara dan peringkat antara bangsa. Saya nak peringatkan di dalam Dewan yang mulia ini, Yang Berhormat Tuan Speaker. Antara faktor kepercayaan ataupun keyakinan pelabur-pelabur luar untuk melabur di negara kita, kita dengar pada hari ini beberapa syarikat besar, syarikat gergasi dunia keluar daripada Malaysia, kenapa? Tentu ada sebab. Antara sebab, antara faktornya kalau kita lihat, pertama sekali, kestabilan politik. Kestabilan politik ini memberikan gambaran kepada dunia bahawa di sini tidak berlaku sebarang perubahan-perubahan dasar kerajaan, tidak berlaku sebarang bentuk-bentuk yang boleh mengganggu gugat perjanjian sesebuah syarikat dan sebagainya. Jadi, ini satu perkara yang sangat penting untuk kita ambil tindakan. Sebab itu, PH Johor mengambil peranan di sini, kita merasakan bahawa penting untuk kita berikan tumpuan untuk pembangunan negeri Johor. Kita tak fikirkan politicking, kita tak fikirkan tentang seperti mana yang berlaku di Melaka, kita tak nak macam itu. Biar terus sampai ke akhir. Insya-Allah, dan ini kita harapkan kepada semua, sebab rakyat memerhatikan orang politik pada hari ini. Kalau ikutkan keyakinan masyarakat

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 240

kepada orang politik, di antara senarai petugas-petugas ataupun penjawat-penjawat awam, orang politik ini paling rendah dipercayai oleh orang ramai hari ini. Sehingga ada yang kata, yang menyatakan bahawa kalau orang yang mencuri duit, orang yang mencuri harta benda kamu, dia mencuri untuk seseorang tetapi orang politik ini mencuri masa depan kamu, masa depan rakyat dengan janji, dengan itu, dengan ini tetapi yang berkeuntungan adalah orang politik. Sebab itu dasar dalam masa kami sebagai kerajaan antara dasar yang kami tolak, kami berhentikan adalah dasar KMK, Kuota Menegak Kerajaan tentang perumahan. Sebab apa kita tahu walaupun kita ini orang politik tetapi kita tidak mahu mengambil kesempatan sebagai seorang politik, mengambil kesempatan itu untuk kepentingan kita sendiri. Kami pun politik, tapi kami tak nak ambil kedudukan itu. Ini benda yang kita nak buat untuk rakyat. Sebab itulah Yang Berhormat Tuan Speaker, perkara yang kedua yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat,saya menyatakan benda ini, saya ulas balik supaya kita dapat bersama-sama menjaga kepentingan kita. Iaitu keadaan ekonomi peringkat antara bangsa tadi selain pertama tadi tentang kestabilan politik. Perkara yang kedua adalah pemimpin kerajaan yang berintegriti dan beramanah. Kalau kita yang duduk di dalam Dewan ini, kita duduk di depan, kaki tangan kerajaan semua berada di belakang kita, kita yang menentukan dasar kerajaan, kita yang menentukan corak kerajaan, kita yang menentukan segala-galanya bagi sebuah kerajaan, tiba-tiba kita tidak berintegriti, tiba-tiba kita yang tidak beramanah. Saya dapat surat ini, surat yang maklum dah tiga hari tak masuk, tengok-tengok ada surat, saya buka. Surat yang ditulis, Jemputan Majlis Pelancaran Pelan Anti Rasuah Kerajaan Johor. Cuba kita tengok tuan-tuan dan puan-puan, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, 2017 Transparency International Malaysia menyatakan bahawa kedudukan Malaysia pada 2017 pada kedudukan 51 daripada 180 negara. Pada tahun 2018, naik satu tingkat, 62 dan pada tahun 2019 dia jadi lebih baik kepada kedudukan 51. Bila masuk tahun 2020, lonjak balik 2,000, jadi pada tangga 57. Masyarakat dunia melihat tentang korupsi negara kita, mereka melihat tentang perkara-perkara ini. Sebab itu pelabur-pelabur takut nak masuk. Apa yang dibimbangkan? Kalau tadi saya sebut, Parit Yaani sebut tadi tentang, Parit Yaani tak boleh masuk Dewan kerana COVID dianggap ataupun diragui ada COVID, dah tak boleh masuk dah, tiga hari tak boleh masuk. Kenapa kita orang Islam, sebahagian besar pentadbir, kaki tangan kerajaan, sebahagian besar yang memimpin negara, orang Islam. Saya nak bacakan satu ayat yang dinyatakan oleh Allah di dalam Al-Quran dalam Surah Al-Baqarah ayat 88, yang bermaksud “Dan janganlah sebahagian dari kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan janganlah kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak mengambil sebahagian harta orang lain dengan jalan bebuat dosa padahal kamu mengetahui salahnya”. Yang Berhormat Tuan Speaker, kita sebagai orang yang menjaga kepentingan negeri dan rakyat kita yang menguruskan, kita yang membuat dasar, kita yang menentukan. Kerana politik inilah yang menentukan warna kasut anak ke sekolah. Orang politiklah yang menentukan harga barang dan sebagainya. Kita yang menentukan. Dan, apabila kita duduk di situ janganlah kita mengambil kesempatan, belum apa-apa lagi, projek belum jalan lagi baru buka sahaja dan macam-macam urusan yang melibatkan rasuah, orang politik terlibat. Orang yang menguruskan terlibat, saya bimbang sebagaimana amaran yang dijanjikan oleh Allah SWT tadi, ya. Minta sumbangan sebelum, selepas. Ada yang menerima sogokan, macam-macamlah, kerja belum ada lagi. Apa yang dikatakan dan dimaksudkan oleh para ulama ‘makan harta’ bermaksud mendapat harta dengan menyalahgunakan kuasa, menyalahgunakan kedudukan untuk mendapat keuntungan, dengan melakukan perbuatan rasuah, menipu, pecah amanah dan sebagainya. Saya peringatkan pada diri saya sebab kita pernah duduk di sebelah sana sebagai kerajaan, dan kerajaan dulu pun dah pernah duduk sebagai pembangkang dan hari ini jadi kerajaan balik. Tak apalah, tapi saya peringatkan, kita ada masa, masa untuk kita menilai diri kita seorang-seorang. Betul tidak betul kita buat. Kalau hati kecil kita menyatakan buat yang tak betul itu kita rasa tak apalah, kena muhasabah betul-betullah ya supaya kita termasuk di kalangan orang yang bertaubat, sepertimana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud “Allah melaknat orang yang memberi

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 241

dan menerima rasuah, serta orang yang memberi jalan kepada kedua-dua ini, iaitu beri ataupun terima”. Allah melaknat. Yang ketiga perkara yang boleh kita ingatkan kepada pihak kerajaan iaitu birokrasi. Permudahkan urusan dan pendekatan tempoh kelulusan supaya halangan-halangan, ya halangan-halangan ataupun tol pelaburan secara telus ini patutnya dapat dilakukan dengan baik di semua peringkat. Kita lihat bagaimana ya, bagaimana Indonesia pada hari ni. Kelapa sawit boleh jadi gula. Dan pengeluar utama kelapa sawit sekarang bukan lagi Malaysia, di Indonesia. Jadi, sebab itulah saya mencadangkan supaya birokrasi sesuatu program, projek kerajaan, permohonan daripada mana-mana pihak untuk buka perniagaan ataupun kilang dan sebagainya kita kena percepat, kena buat yang terbaik untuk kemudahan dan memberi peluang kepada rakyat untuk bekerja. Dan saya, Parit Yaani mencadangkan supaya kalau ada pun bentuk-bentuk industri yang hendak masuk ini, kita ambillah industri yang melibatkan tenaga mahir ataupun separa mahir, sebab itu memberikan keuntungan kepada pekerja-pekerja kita, nilai tambah dengan ilmu yang ada. Yang keempat, Parit Yaani mencadangkan supaya infrastruktur, supaya pelabur-pelabur daripada luar boleh bersama memberikan sokongan melabur di negeri kita. Infrastrukturnya, sebab kalau kita lihat sebagai contoh, ada beberapa tempat yang waktu kami dahulu di sebelah sana, kita pergi tengok yang katanya hendak buat itu, hendak buat ini, tapi infrastrukturnya masih belum lagi cukup. Jadi, saya mengharapkan infrastruktur ini boleh dimajukan, di lengkap jadi pelabur-pelabur yang datang tadi akan datang lebih mudah untuk melabur di negara kita, di negeri Johor ini. Yang Berhormat Tuan Speaker, Parit Yaani ingin mendapatkan data terkini tentang beberapa perkara yang melibatkan tentang pekerjaan dan kilang. Yang pertama, berapa buah industri besar dan sederhana yang telah memberhentikan operasinya dan tutup di sebabkan pandemik COVID-19? Saya dimaklumkan, Parit Yaani dimaklumkan khususnya di sebelah Pasir Gudang, beberapa industri kilang di tutup. Bila kilang ini di tutup, tentu melibatkan rakyat yang bekerja, rakyat yang bekerja ini ada tanggungan lain. Ada anak, ada isteri, ada keluarga, ada pinjaman rumah, pinjaman kenderaan dan sebagainya. Ini menambahkan seperti mana yang saya sebut tadi tentang masalah emosi rakyat apabila berlakunya pandemik COVID-19 ini. Yang kedua, berapa ramai pekerja tempatan yang kehilangan pekerjaan disebabkan oleh penutupan dan pengecilan operasi? Kilang-kilang yang berkenaan, hendak tahu. Supaya data itu dengan peruntukkan yang ada kita beri kepada sasaran yang betul, jangan kita peruntukkan tetapi peruntukan itu tidak beri kepada sasaran yang tepat. Ini kita tidak nak, kita dah peruntukkan bajet yang agak besar, maka peruntukkan sampai ini kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Lihat kepada para 41, semangat pendemokrasian. Parit Yaani ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas peruntukkan kepada semua Wakil Rakyat sejumlah RM200,000.00. Alhamdulillah, Parit Yaani ada pengalaman dahulu jadi pembangkang duduk belah sini, Penggal 13 kita minta dulu, dia kata kalau hendak dapat boleh tapi menyeberang sana, tak apalah kita duduk sini. Akhirnya, kita duduk belah sana kita bagi orang yang duduk belah sini. Nampaknya kali ini kita duduk belah sini balik, dia bagi lagi banyaklah, insya-Allah tak apa kalau kita duduk belah sana pun kita akan bagi, kita tambah lagi pula. (Dewan ketawa.) Jangan tak percaya, jangan tak percaya ya. Ini kita bercakap di dalam Dewan yang mulia. Sebab itu pada saya, dulu pun saya bercakap begitu dan kita yakin kebenaran akan berada di tempatnya. Kebaikan akan berada di tempatnya. Walaupun kalah tak apa tak ada masalah. Bukan kalah menang itu sentiasa berada di satu pihak. Kita kena faham di situ. Bekalan, cuma yang Parit Yaani ingin bertanyakan tentang jumlah yang RM200,000.00 sebenarnya kalau untuk bekalan dan juga pengurusan rasanya sangat baik, tetapi kalau untuk buat projek

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 242

kerja-kerja kecil saya rasa, Parit Yaani merasakan ianya sangat terhad, sangat terhad untuk kita dapat laksanakan, jadi kena faham tentang itu. Berdasarkan kepada satu lagi Parit Yaani mencadangkan kepada pihak kerajaan sekiranya hendak berikan bantuan ini, peruntukkan boleh berdasarkan kepada jumlah pengundi. Itu adalah lebih baik sebagai contoh Parit Yaani ada 25,000 pengundi tambah dengan pengundi baru 18 tahun ke atas yang pertama kali mengundi lebih kurang 13,000. Kalau campurkan ada lebih kurang 35,000 ataupun 38,000 lebih kurang dekat 40,000. Tetapi kawasan-kawasan yang berada di bandar seperti Kota Iskandar, Skudai bandar-bandarlah penambahannya daripada 60,000 tambah 30,000 tambah 40,000 lagi masya-Allah. Bayangkan kalau beri sekadar yang sama dengan kami ini kami pun kesian juga sebab ramai di kalangan kita yang Wakil Rakyat yang duduk dalam kawasan bandar yang pengundinya terlalu ramai. Itu pengundi, penduduk? Lagi ramai. Jadi, saya mengharapkan cadangan supaya bantuan ini boleh berdasarkan kepada jumlah penduduk, eh, jumlah pengundi untuk dapatkan yang Wakil Rakyat kita lebih, lebih selesa untuk membantu rakyat. Para 45, berkenaan dengan usul JTPD, Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah, permintaan kami walaupun telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kami ucapkan terima kasih. Tetapi kami mohon supaya pertama, kami boleh hadir dengan jemputan bukannya dengan permintaan. Kami boleh jadi pemerhati tak apa tetapi kami kena hadir setiap kali ada mesyuarat yang berkenaan. Yang kedua, kami boleh berikan pandangan, idea sebab itu kepentingan kepada rakyat juga. Kami bawa pandangan, idea itu untuk kepentingan rakyat, bukan untuk kepentingan peribadi kami. Yang ketiga, boleh buat laporan DUN masing-masing. Kita buatkan laporan kita ya, walaupun kita tidak dibenarkan mengundi, tak apa tak ada masalah. Dan, ini juga permintaan kami daripada dahulu, ya daripada dahulu. Dan kalau ini boleh dibuat ianya merupakan satu tindakan yang sangat positif daripada pihak kerajaan bangsa Johor memang berbeza daripada negeri-negeri lain. Ini benda yang amat baik pada kita. Kita kena mulakan, one step ahead dari negeri lain sepatutnya. Ini yang patut kita kena, boleh dilaksanakan. Mempergiatkan Jaminan Bekalan Makanan Johor, para 49. Saya ingin menarik perhatian kepada Dewan yang mulia ini, Yang Berhormat Tuan Speaker. Inisiatif pertama program pusat pengumpulan pemprosesan dan pembungkusan melibatkan Johor Biotech dan syarikat peneraju. Ini satu benda yang kita lihat sangat baik sekiranya dapat dilaksanakan dengan betul dan betul-betul berfokus kepada hasil petani di kampung-kampung. Waktu pandemik yang ketat hari tu, berapa ramai petani yang menanam pisang terpaksa tengok sahaja pokok pisang, yang masak di atas pokok. Tak boleh di pasarkan, terpaksa membiarkan beratus-ratus, berpuluh-puluh tan nanas di tepi jalan tak boleh nak jual, sebab apa? Sebab suasana pada waktu itu. Walaupun kita mungkin ada pertanian-pertanian MARDI apa sebagainya itulah, FAMA dan sebagainya tetapi kita tak boleh hendak buat, pengurusannya tak ada. Dan saya mengharapkan dengan pembentukan yang dipanggil program pusat pengumpulan pemprosesan dan pembungkusan ini, betul-betul membantu petani di kampung-kampung bukan memberikan peluang kepada konglomerat semakin terus kaya-raya, saya tak hendak macam itu. Kita kena tolong rakyat yang berada di kampung-kampung untuk meningkatkan pendapatan mereka, ini yang penting. Sebab apa, sebab kita sedia maklum bahawa apabila dipanggil syarikat peneraju, ia tentu ada kemampuan untuk program-program yang berkenaan. Untuk dapatkan pengumpulannya, proses, bungkus dan kita pastikan benda itu boleh dieksport ke luar negara. Ini perkara yang amat penting kepada pendapatan dan kita sedia maklum antara pendapatan negeri Johor antara yang terbaik dalam masa pandemik ini adalah pertanian, hasil pertanian dan kita boleh pertingkatkan. Cuma, apa yang kita dapat laporan daripada rakyat, kampung-kampung tentang pertanian ini, harga baja dengan harga racun sangat tinggi. Melampau-lampau tingginya, berganda-ganda naiknya, bagaimana dari segi kawalan? Apa tindakan kerajaan? Membiarkan harganya naik begitu rupa. Saya mengharapkan, Parit Yaani mengharapkan bahawa kalau katakan memang tak boleh kawal dari segi sudut ini, kena fikirkan tentang subsidi baja dan juga racun kepada pihak yang

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 243

petani-petani kampung ini, petani-petani kecil ini. Supaya, dah lah mereka bukannya ada sampai 100, 200 ekar, 50 ekar pun tak ada, di kampung-kampung kadang-kadang adalah 2,3 ekar. Kalau bajanya mahal, racunnya mahal, hasilnya seberapa mereka dapat. Jadi perkara ni saya mengharapkan pihak yang berkaitan, Jabatan Pertanian dan yang seumpamanya dapat membantu. Dan saya ingin bertanya, ingin penjelasan daripada EXCO yang berkaitan, adakah Jabatan Pertanian mempunyai rekod jumlah petani mengikut daerah supaya memudahkan urusan bantuan dan pengumpulan hasil dapat diselenggarakan dengan kemas dan lancar. Ada rekod? Kalau dapat rekod, dapat tahu ikut daerah, itu adalah yang terbaik untuk membantu rakyat. Para 51, inisiatif ketiga pengeluaran produk tenusu. Saya nak mengingatkan kepada kerajaan kita pernah ada pengalaman di peringkat nasional. Kerajaan Malaysia memperuntukkan RM250 juta untuk NFC. Antara ladangnya berada di Labis. Kalau kita pergi tengok Labis apa jadi? NFC. Akhirnya bebas begitu sahaja. Beri pada kroni yang tak ada pengalaman. Saya nak mengingatkan kepada pihak kerajaan. Pertama sekali, ada tak rekod sama ada Bumiputera ataupun bukan Bumiputera yang terlibat dalam bidang tenusu ini? Saya ada rekod dia. Dan kalau boleh, mereka yang ada pengalaman ini yang kita bantu. Mereka yang ada pengalaman ini yang kita pertingkatkan pengeluarannya, bukan sekadar meningkatkan susunya tetapi produk susu tadi boleh dipelbagaikan. Kalau kata tadi kelapa sawit di Indonesia daripada buah, biji kelapa sawit boleh jadi gula. Kita biji kelapa sawit buat sabun. Ini makin maju kajian-kajian dan Parit Yaani mengharapkan bahawa senarai pengusaha-pengusaha ternak tenusu di Johor ini sama ada Bumiputera atau bukan Bumiputera dan apakah bentuk-bentuk bantuan sebelum ini yang telah diberikan kepada mereka untuk memastikan penternak tenusu ini boleh bersaing kerana kita tahu ini juga antara produk yang besar hasilnya untuk negeri. Para 52, untuk meningkatkan pengeluaran agro makanan di Johor seluas 12,461 hektar disediakan. Kami di peringkat PH dalam perbincangan dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, kita cadangkan ada 18,000 ekar, ni lebih besar rasanya, 12,000 hektar. Alhamdulillah walaupun dia terbuka di banyak daerah, perkara yang pertama yang Parit Yaani ingin penjelasan daripada kerajaan bahawa jenis perjanjian dengan orang yang, ataupun syarikat ataupun individu yang akan dapat tawaran ini, jenis perjanjian. Kalau perjanjian tadi untuk tanam durian, dia tanam durianlah, kalau perjanjian tadi untuk tanam nanas, tanam nanaslah, jangan ada yang bila dah diberikan perjanjian dengan keluasan yang agak baik, agak besar 100 ekar ke 200 ekar, tiba-tiba janji nak tanam A dia pergi tanam kelapa sawit. Ini maklumat yang kita ada, bukan kita tak ada. Dan ada yang dulunya tidak mengikut perjanjian dalam surat perjanjian terima projek ini, apakah langkah kerajaan dah ambil kepada mereka ini? Yang dululah, yang dulu-dulu, ya sebab kita mengharapkan mereka yang betul-betul menerima tanah kerajaan yang ada ini, mereka menggunakan untuk kepentingan kerajaan, untuk pengeluaran makanan yang boleh mengurangkan eksport daripada luar negara. Parit Yaani ingin supaya dapat diperjelaskan jenis-jenis tanaman yang nak ditanam dan pastikan yang menguruskan ini adalah pemberian ataupun anugerah kepada mereka yang betul-betul berkelayakan, bukan kerana kedudukan, bukan kerana apa-apa ya sebab kita sedia maklum bahawa bila pengurusan tentang bentuk-bentuk begini sangat, sangat dekat dengan urusan-urusan yang saya sebut awal tadi iaitu rasuah. Yang Berhormat Tuan Speaker, tentang kerang-kerangan. Saya, Parit Yaani ada maklumat sedikit tentang satu program yang dibuat oleh seorang petani yang berjaya di negeri Johor. Kita tak pernah dengar ikan kelah dalam sungai di negeri Johor. Selalunya ikan kelah ni kita jumpa di Kelantan, di hulu Kelantan, di hulu Sungai Terengganu, di Sabah, di Sarawak, Johor tak ada. Tapi saya terkejut bila ada satu pengusaha di negeri Johor buat usaha ternak ikan kelah. Ini satu kejayaan dan dia bukan orang lain, orang lain, pengusaha Melayu. Saya mengharapkan pengusaha ini dapat dibantu oleh pihak jabatan yang berkaitan supaya boleh dimajukan terus. Saya tengok kalau seekor tu sekilo harga 3, 400. Bayangkan kalau boleh ya petani-petani kecil kita dengan bantuan kepakaran syarikat ini

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 244

maka makin ramai pengeluar-pengeluar berkaitan dengan ternakan kelah ini boleh dimajukan dan Johor menjadi pengeluar utama kelah walaupun dipanggil kelah yang dibela dalam kolam, tetapi ia tidak banyak bezanya sebab dia ada kelah yang kelah kelabu dan kelah merah. Kelah merah ni yang paling mahal. Jadi ini tuan-tuan, Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mengharapkan pihak yang berkaitan dapat melihat tentang pentingnya yang dikatakan agro makanan dalam negara kita, dalam negeri Johor ini dan perlu kita berikan bantuan yang sewajarnya kepada mereka. Para 56, Pelan Induk Digital Johor, Memperluaskan Pendigitalan Johor. Yang Berhormat rakan-rakan dalam Dewan yang mulia ini. Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada EXCO yang berkaitan tentang pendidikan, P&P dalam bentuk PdPR. Saya difahamkan ada bantuan yang diberikan di peringkat federal katanya nak berikan berapa ribu apa ni peranti dan Johor juga nak berikan peranti. Saya mengharapkan peranti-peranti yang diberi ini, beri kepada mereka yang memang boleh guna. Sebab masalah kita adalah masalah capaian Internet. Di kawasan Parit Yaani memang ada beberapa tempat tidak ada capaian. Pelajar-pelajar yang ada barang dia tetapi tak boleh nak guna sebab capaian internet. Jadi sebab itulah kalau kita melihat di sini saya inginkan penjelasan daripada pihak yang berkaitan daerah mana yang paling ramai ataupun paling tinggi kehadiran murid dalam PdPR dan daerah mana yang paling rendah, PdPR nya paling rendah disebabkan oleh masalah capaian Internet. Saya juga ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak yang berkaitan tentang pencapaian ataupun capaian Internet PdPR ini yang tak dapat ni apa resolusinya atau solusi untuk mengatasi masalah PdPR yang tak dapat, yang tak berjaya kepada murid-murid. Baru sekarang kita tahu 2020, 2021 dah tahun kedua murid tak pergi ke sekolah, ada yang dua minggu lepaslah barulah ramai-ramai pergi ke kedai gunting, masing-masing dah rambut dah macam bukan budak sekolah sebab tak pergi sekolah, rambutnya panjang dan kita dapat lihat kesungguhan murid-murid nak pergi ke sekolah semula. Cuma hari ini kita difahamkan ada beberapa sekolah pula ditutup balik kerana COVID-19 yang berada di dalam sekolah. Ini ni semua perkara yang kita sebagai pemimpin politik, pemimpin sama ada di peringkat kerajaan ataupun kami di peringkat sini, kami memikirkan tentang masalah rakyat yang perlu kita bantu bersama dan penjelasan daripada sini juga saya mengharapkan bahawa apa yang dihasratkan oleh kerajaan, rakyat digital dapat dicapai melalui infrastruktur yang ada di seluruh negara. Kadang-kadang kita dekat kawasan bandar pun ada yang tak ada, di tempat-tempat tertentu. Jadi ini perkara-perkara yang sewajarnya kita kena lihat dan kena betul-betul memberikan perhatian ya, capaian Internet ini kalau kita nak bangunkan nak buat apa pun, cadangan daripada mana-mana pihak, fikirkan tentang kepentingan rakyat, bukan kepentingan pihak-pihak tertentu yang kadang-kadang buat projek separuh jalan. Para 67, 3,000 kit ujian kendiri kepada setiap ADUN. Terima kasih kepada pihak kerajaan yang menyediakan kemudahan ini. Cuma pada saya, Parit Yaani sepertimana yang saya sebut di awal tadi, kalau dikatakan di Kota Iskandar, di Skudai di sebelah bandar ini, penduduknya, pengundinya lebih ramai, maka dengan bilangan 3,000 ini sangat terhad kepada mereka. Tetapi bagi kami sekitar 20,000, 25,000 pengundi, penduduknya mungkin dalam 50,000, 60,000 kami masih boleh rasanya alhamdulillah, tak ada masalah. Jadi dalam hal ini, Parit Yaani mencadangkan kit pemberian, pemberian kit kendiri ini diagihkan kepada ADUN dalam kadar 10%, 10% pengundi. Jadi kalau 10% pengundi munasabahlah, kalau pengundinya ada 60,000, dia boleh dapat 6,000. Kalau pengundinya 50,000, dia boleh dapat 5,000. Jadi ini yang antara perkara yang Parit Yaani cadangkan supaya Wakil-Wakil Rakyat boleh berkhidmat dan rakyat dapat melihat bahawa kesungguhan kita orang politik bukan untuk kepentingan kita, tetapi kita dilahirkan sebagai orang politik untuk menjaga kepentingan negeri, untuk menjaga kepentingan rakyat dan juga untuk menjaga kepentingan yang lebih utama ya, iaitu Allah SWT. YB Speaker : Satu minit lagi Yang Berhormat.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 245

YB Tuan Haji Aminolhuda bin Haji Hassan (Parit Yaani) : Ya. YB Speaker : Satu minit lagi. YB Tuan Haji Aminolhuda bin Haji Hassan (Parit Yaani) : Satu minit lagi? Banyak lagi ni sebab tiga hari tak datang. Tadi ada apa ni ... YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Boleh YB, teruskan. (Dewan ketawa). YB Speaker : Speaker masih ada kat atas lagi... YB Tuan Haji Aminolhuda bin Haji Hassan (Parit Yaani) : Terima kasih Rengit. YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Minta maaf Tuan Speaker. YB Tuan Haji Aminolhuda bin Haji Hassan (Parit Yaani) : Terima kasih Rengit, Rengit cadang supaya 1 jam, tak apalah saya lebih patuh kepada Speakerlah, dia duduk ataskan. Kita duduk bawah. Ok. Akhir sekalilah Para 72 ya, para 72 iaitu Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle. Ini benda yang baik. Saya ucapkan tahniah kepada kerajaan Malaysia yang menjemput sekali kerajaan Johor untuk terlibat dalam perbincangan. Kenapa saya kata terbaik? Kerana kita kena melihat Johor ini ada kelebihan banyak, banyak kelebihannya. Antara yang paling jelas kepada negeri-negeri lain, Johor ada yang dipanggil KPJ, Kumpulan Perubatan Johor, kita menjelajah hampir keseluruhan negeri-negeri dalam Malaysia ini, kita boleh jadi hab kesihatan, kita boleh tunjukkan kehebatan, kepakaran kita yang ada dalam KPJ. Ini satu daripada pelaburan. Yang kedua, Johor juga kita boleh jadikan hab pendidikan kesihatan, KPJ UC yang masa kami sebagai kerajaan, kami mencadangkan untuk KPJU, KP, KP macam Indonesia pulak. KPJ UC (Dewan ketawa), minta maaf pak ya, KPJ UC untuk dinaikkan taraf kepada Universiti Johor sebab apa? Sebab kita ada dah kepakaran di situ dan kita boleh menjadikan hab pendidikan berkaitan dengan kesihatan untuk zon asia ini. Ini antara perkara yang saya mengharapkanlah ya dan insya-Allah dengan adanya yang dipanggil IMT (Indonesia-Malaysia-Thailand) ini, kita boleh pergunakan ataupun kita boleh majukan hub-hub tertentu untuk negeri kita. Dan akhir sekali hab berkaitan dengan halal hab makanan. Mungkin saya balik semula ke belakang, yang mana kita sedia maklum bahawa halal hab makanan di seluruh dunia, orang ataupun diperlukan lebih daripada USD5 trilion, dia punya pengeluaran makanan. Jadi, andai kata Johor boleh terlibat dengan lebih baik dalam hab makanan halal ini dan kita ada hab makanan di bawah Majlis Agama Islam dahulu, bila saya duduk situ saya ada terlibat di situ dan kita juga ada yang dipanggil, yang menentukan halal haram ini, makmal halal haram di bawah Majlis Agama Islam patutnya dipertingkatkan untuk menjadikan Johor sebagai hab halal Malaysia dan menjadi satu daripada perkara yang penting sebagai pelaburan dan juga sebagai barang-barang eksport pendapatan negara ataupun pendapatan negeri Johor. Sekian, terima kasih, wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. YB Speaker : Terima kasih Parit Yaani, begitu bersemangat sekali. Lepas ini boleh cuti lagi tiga hari masuk Dewan. Seterusnya, saya persilakan Machap, jemput Machap. YB Tuan Haji Abd Taib bin Abu Bakar (Machap) : Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh, salam sejahtera dan Salam Makmur Johor. Pertamanya, Machap ingin merakamkan rasa berbanyak terima kasih kerana diberi peluang

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 246

untuk terlibat sama dalam perbahasan, membahaskan Belanjawan Johor 2022 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada Khamis, 18 November yang lalu. Yang Berhormat Tuan Speaker, terlebih dahulu patik ingin merafak sembah dan ucap selamat Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Sultan Yang Dipertuan Negeri dan Jajahan Takluk Johor sempena Hari Keputeraan Tuanku pada 22 November yang lalu. Patik berdoa semoga Duli Yang Maha Tuanku dan Permaisuri Johor dilanjutkan usia dalam keafiatan dan sentiasa dalam limpahan rahmat dan lindungan Allah SWT jua. Yang Berhormat Tuan Speaker, Machap mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor dan pasukannya kerana telah memikirkan, merancang dan membentangkan belanjawan terbaik pada saat sumber pendapatan negeri agak terjejas dengan kekurangan sumber pendapatan percukaian, kilang-kilang tidak dapat beroperasi, premis perniagaan, kedai-kedai terpaksa ditutup, pekerja dicutikan, ada yang diberhentikan kerja, sektor pelancongan hampir terhenti seakan lumpuh dan sebagainya ekoran COVID-19. (Dewan bertepuk.) Dalam keadaan serba kekurangan ini, belanjawan dibentangkan tetap mengambil kira kelangsungan hidup rakyat Johor yang terjejas akibat COVID-19. Dengan kebajikan rakyat tetap menjadi agenda utama melalui pemberian bantuan tunai, bantuan sara hidup, bantuan pendidikan persekolahan bermula dari sekolah tadika hinggalah ke peringkat universiti. Bantuan perubatan pada yang sakit, bantuan kepada golongan muda, golongan tua, pemberian pakej rangsangan kepada peniaga dan pengusaha dan pelbagai lagi bantuan yang diberikan. Justeru, kita kena menerima hakikat Belanjawan Johor 2022 adalah belanjawan defisit. Dengan sebanyak RM286.47 juta, dengan unjuran hasil negeri sebanyak seribu enam ratus tujuh puluh satu juta lima puluh empat ringgit berbanding unjuran perbelanjaan sebanyak RM1,958.01 juta. Secara keseluruhannya, Belanjawan Johor 2022 dibentangkan mampu membawa Johor keluar daripada pandemik COVID-19 yang berpanjangan sekali gus berupaya memulihkan semua sektor ekonomi bagi memberikan kesejahteraan dan kemakmuran kepada rakyat. Insya-Allah, sekiranya semua inisiatif dan insentif yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dapat dilaksanakan seperti yang dirancangkan, saya yakin impaknya mula membuahkan hasil pada suku kedua tahun hadapan. Machap juga ingin mengucapkan tahniah kerana setakat suku ketiga tahun 2021, sebanyak 141 inisiatif yang terkandung dalam Belanjawan 2021 dengan jumlah peruntukan RM850 juta secara purata telah mencapai tahap KPI sebanyak 85.1%. Ini memperlihatkan, apa yang dirancang telah diusahakan dengan sebaik mungkin bagi mencapai apa yang disasarkan. Yang Berhormat Tuan Speaker, Machap mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas peruntukan pada tahun 2021, bantuan COVID sebanyak RM150,000.00 untuk membantu mereka yang terkesan teruk dengan COVID-19. Sepanjang COVID-19 yang berlaku, di kawasan Machap, Simpang Renggam ada individu yang menelefon secara langsung untuk meminta bantuan, ada yang minta kita hantar ke rumah mereka untuk diberikan bantuan, ada juga bantuan yang kita salurkan melalui orang-orang tertentu untuk disampaikan kepada mereka yang sewajarnya kita fikirkan untuk diberikan bantuan. Sepanjang pemerhatian Machap, penduduk di taman agak terkesan dengan COVID-19, ramai merintih, menangis, sedih, hiba lantaran COVID menyekat mereka mencari rezeki terutamanya yang bekerja dengan gaji dibayar mengikut harian. Buruh binaan, pemandu lori, peniaga kecil-kecilan, peniaga makanan, pekerja pembersihan di sekolah, pekerja berkaitan sektor pembinaan dan sebagainya. Mereka ini sebahagiannya di taman, menyewa rumah, mereka terpaksa membayar sewa rumah, terpaksa menanggung

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 247

keperluan makan minum keluarga, ada anak kecil yang memerlukan susu dan pampers dan banyak lagi perbelanjaan yang mereka perlu ada untuk menghadapi kehidupan semasa dalam COVID ini. Sementara yang ada kenderaan terpaksa mengangguh pembayaran dan Machap melihat suasana di kampung agak berbeza. Kalau di taman begitu terkesan tapi di kampung agak berbeza sebab di kampung ini sebahagiannya ada memiliki kebun walaupun keluasannya itu tidak luas, walaupun keluasan tidak luas tetapi hasil sawit, hasil panen sawit tersebut, walaupun ada dua ekar atau tiga ekar, dengan pendapatan pada masa itu harga sawit RM800.00 hingga RM950.00 satu tan, dengan hasil ini mampu untuk menyara, membantu penduduk kampung terutamanya dalam menghadapi COVID yang berlaku pada masa itu. Sebab itu, bantuan yang kita beri kepada penduduk masa COVID, penduduk kampung agak kurang terjejas berbanding dengan penduduk di taman-taman. Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam belanjawan kali ini juga memperlihatkan kepada kita tentang kematangan politik, semangat pendemokrasian politik dengan pemberian peruntukan setiap Ahli Dewan Undangan Negeri sebanyak RM200,000.00 setahun ditambah dengan RM50,000.00 untuk meraikan perayaan-perayaan terbesar. Semasa BN kalah dalam pilihan raya yang lalu, Machap ada bercakaplah dengan YB Parit Yaani, YB pertimbangkanlah kalau-kalau dapat dipertambahkan lagi sebab kita jadi YB Pembangkang dapat RM50,000.00 tetapi tidak ada reaksi pada masa itu dan kita akurlah, kita akur, kita jadi pembangkang terima RM50,000.00. Kita bersyukur dapat jugalah, sebab sebelum ini tak pernah jadi pembangkang, bila jadi pembangkang dengan tidak ada apa peruntukan memang cukup terseksa, diberi RM50,000.00 kita bersyukur, diberi satu pejabat untuk Ketua Pembangkang pada masa itu, kita terimalah apa pemberian itu. Dengan rasa syukur inilah agaknya Allah tambah nikmat kepada pembangkang, akhirnya 22 bulan kita jadi kerajaan (Dewan bertepuk). Berdasarkan seksa dan peritnya jadi pembangkang ini agaknya, Menteri Besar sekarang ini terbuka hati dia. YB Tuan Speaker : Kena jadi pembangkang lagi Yang Berhormat kalau macam itu. (Dewan ketawa). YB Tuan Haji Abd Taib bin Abu Bakar (Machap) : Dia tambah, dia beri peruntukan RM150,000.00, RM200,00.00 kepada pembangkang. Jadi pembangkang kena bersyukurlah, Alhamdulillah. Mudah-mudahan dengan syukurnya pembangkang, pada PRU yang ke-15, kita menang lagi, kita tambah lagi untuk pembangkang yang akan datang, insya-Allah. (Dewan ketawa.) YB Tuan Speaker : Kalau dah jadi kerajaan lupa Yang Berhormat. YB Tuan Haji Abd Taib bin Abu Bakar (Machap) : Insya-Allah. Jadi, Tuan Speaker, Machap melihat nada ucapan daripada Ketua Pembangkang menunjukkan rasa berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dengan peruntukan-peruntukan yang diberi dan juga melihat tajuk ucapan YB daripada Parit Yaani yang memberikan cadangan-cadangan yang harus dilakukan oleh kerajaan dan ini memperlihatkan hubungan pembangkang dengan kerajaan itu nampak baik supaya dengan cadangan-cadangan yang diberi, pihak kerajaan dapat mempertimbangkan untuk menambah baik idea ini, kita terima untuk menambah baik, mudah-mudahan, yang pentingnya cadangan itu mampu untuk membawa Johor kepada sebuah negeri yang lebih makmur dan untuk kesejahteraan rakyat negeri Johor. Dan kita juga kena sedia menerima hakikat untuk kebaikan rakyat suatu masa nanti kita kena terima sistem dua parti. Kalau parti A yang berkhidmat tidak baik, pilihan raya akan datang kita tolak, kita pilih parti B, parti B memerintah. Kalau parti B tidak baik pilihan raya akan datang, kita pilih parti A, yang pentingnya kedua-dua parti ini berlumba-lumba untuk menunjukkan prestasi yang terbaik, berkhidmat kepada rakyat supaya rakyat ada pilihan parti untuk memperjuangkan kehidupan mereka pada masa akan datang, mana parti yang lebih baik dan ini kita kena bersedia untuk kepentingan generasi bangsa kita pada masa akan datang.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 248

Yang Berhormat Tuan Speaker, memang diakui COVID-19 yang melanda negara kita, kebanyakan aktiviti dalam kehidupan dan tugas seharian perlu dilakukan secara dalam talian terutamanya dalam aktiviti perniagaan bagi membolehkan membangunkan sosio ekonomi rakyat. Kekangannya ialah kita masih mengalami kualiti rangkaian dan kemudahan digital yang terhad. Sebilangan besar perniagaan di bandar mendapat akses yang baik, sementara di luar bandar masih bergelut untuk mempunyai sambungan internet yang stabil. Kerajaan perlu melaksanakan peningkatan akses jalur lebar yang lebih berdaya tinggi kerana ia adalah formula penting kepada perubahan ekonomi tradisi kepada digital yang pantas. Keperluan kemudahan Internet di kampung-kampung sekarang ini seolah-olah sudah menjadi satu kemestian dengan saudara-mara, rakan taulan, urusan perniagaan mendapatkan maklumat dan sebagainya. Kalau di kampung kita sukar untuk mendapatkan kemudahan internet, tentunya di kampung itu akan ketinggalan dari segi pembangunan. Banyak gesaan dibuat bagi dibina lebih banyak menara telekomunikasi bagi membantu kawasan kampung mendapat capaian talian Internet yang laju. Syarikat telekomunikasi seperti Telekom, Celcom, Maxis, U-Mobile dan sebagainya, haruslah berlumba-lumba membantu masyarakat kampung untuk mendapat kemudahan talian akses yang lebih tinggi. Diharapkan Projek JENDELA yang melibatkan peruntukan sebanyak RM700 juta dengan perkhidmatan 5G akan dapat diperluaskan bagi bantu lebih ramai rakyat Johor memproses akses Internet dan maklumat. Yang Berhormat Tuan Speaker, cadangan membangunkan pengurusan sisa pepejal yang lestari dah berteknologi tinggi berkonsepkan waste to energy. Pengurusan sisa pepejal ini adalah suatu proses yang rumit dan kritikal untuk memastikan sampah atau sisa pepejal dibuang, ia memerlukan satu ruang kawasan bagi tapak kawasan pembuangan yang luas. Kawasan pembuangan tersebut akan menyebabkan bau busuk dan air leachate atau air larut resap berlaku. Pengalaman Machap tentang ladang CEP tapak buang sampah di kawasan Simpang Renggam begitu menyebalkan di mana air leachate yang berlaku ekoran daripada hujan lebat masuk ke tapak loji, masuk ke loji rawatan air menyebabkan berlaku peningkatan kadar amonia dan sekali gus air akan ditutup serta merta bagi kegunaan penduduk di Simpang Renggam. Alhamdulillah, telah berpindah ke Seelong, maka Machap melihat berapa lama di Seelong ini mampu bertahan dengan semua sampah-sampah yang telah disebut oleh YB EXCO itu tadi dibuang ke situ, kemampuannya untuk menampung sampah-sampah untuk tempoh jangka masa yang lama. Jadi, Machap melihat di sini loji rawatan thermal incinerator adalah terbaik bagi penyelesaian masalah. Membangunkan pengurusan sisa pepejal yang lestari dan berteknologi moden berkonsepkan waste to energy dapat mengurangkan jumlah sampah dengan penjanaan tenaga daripada pembakaran sisa dapat dimanfaatkan untuk menjana teknologi elektrik bagi kegunaan domestik. Johor sewajarnya menarafkan konsep ekonomi pekeliling berdasarkan strategi serampang tiga mata dengan strategi merangkumi pengurangan sisa, mengitar semula sisa yang tidak dapat dikurangkan, menjana tenaga melalui pelupusan sisa pepejal dengan menggunakan incinerator bagi mengurangkan jumlah sampah. Johor boleh mengikut model Jepun dalam penggunaan sampah menjadi tenaga dengan membina ratusan incinerator yang lebih kecil. Di mana setiap wilayah dan perbandaran, kalau kita di PBT mempunyai tanggungjawab untuk melupuskannya sendiri. Yang Berhormat Tuan Speaker, agenda prasarana Johor, jalan raya dan jambatan. Peruntukkan RM50 juta bagi pembinaan dan menaik taraf jalan kampung. Di sini, Machap melihat keperluan jalan kampung dinaikkan diperluaskan daripada 32 meter kepada 36 meter. Sebab sekarang ini, kampung bukan sahaja menjadi laluan kepada penduduk kampung untuk bergerak ke suatu tempat tetapi juga banyak lori yang mengangkat kelapa sawit, Nanas, jagung dan sebagainya menggunakan jalan yang sama. Bila berselisih tentunya sebuah kenderaan itu terpaksa ke tepi. Dan, sekarang ini Machap melihat ada kerja-kerja membaik pulih semula jalan dan mengakibatkan ketinggian jalan tersebut, bila

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 249

satu kereta atau kenderaan ke tepi hendak naik semula ke jalan tersebut, tinggi tebing itu antara 4 inci hingga 5 inci tentunya kadangkala menyebabkan tayar kepada kenderaan itu akan bocor. Jadi, Machap minta supaya dipertimbangkan perluasan jalan ini. Yang Berhormat Tuan Speaker, memandangkan satu Jawatankuasa Task Force Masyarakat India yang diwujudkan dalam Belanjawan Johor 2021 yang memfokuskan hal-hal kebajikan, keagamaan dan pendidikan serta peluang pekerjaan kepada masyarakat India. Di Machap, Machap memohon peruntukkan diberikan untuk pembinaan kuil yang tapaknya sudah diperolehi dalam tahun 2016, tetapi mereka kekurangan dana untuk membinanya. Justeru, sampai sekarang kuil yang diberikan tapak itu masih belum dibina kuil. Sebab di Machap tidak ada satu kuil pun yang di bina di DUN Machap, banyak di DUN Layang-Layang. Keperluan masyarakat India di Machap, diminta supaya satu kuil di bina di situ. Sebab keperluan membina kuil tersebut sekarang ini kuil tersebut di bina di tapak Hutan Bandar di Simpang Renggam yang kawasan itu dibangunkan untuk trek jogging, trek penjalan kaki. Bila pembangunan di buat di kawasan Hutan Bandar Simpang Renggam itu, tetapi kuil yang di bina di situ secara tidak sah telah mengganggu kerencatan pembinaan bagi kemudahan Hutan Bandar di Simpang Renggam. Justeru, memandangkan keperluan ini Machap mintalah supaya pihak kerajaan mempertimbangkan tuntutan masyarakat India di Simpang Renggam di DUN Machap untuk di bina kuil. Seterusnya, berkaitan dengan isu geran tanah di Kampung Bukit Batu, Machap. Kadang-kala bila orang sebut Kampung Bukit Batu fikiran mereka fokus kepada Bukit Batu di Kulai. Sebenarnya, di Machap juga ada kawasan Bukit Batu YB Speaker : Kawasan saya jugalah cikgu. YB Tuan Haji Abd Taib bin Abu Bakar (Machap) : Ada Kampung Bukit Batu, Machap. Jadi, kampung ini telah diberikan geran lebih kepada pemberian tanah lot iaitu sekitar tahun 2016, sudah dapat geran tetapi batu sempadannya masih belum dipasang untuk menunjukkan tanah atau keluasan tanah itu milik siapa. Jadi, penduduk di situ sangat berharaplah agar batu sempadan dapat dipasang segera supaya mereka tahu itu kawasan mereka, dan kalau-kalau nanti mereka buat rumah tiba-tiba bila batu di pasang, tapak rumah itu bukan milik mereka, tentunya menimbulkan kesukaran kepada penduduk yang berada di situ. YB Speaker : 1 minit lagi Yang Berhormat. YB Tuan Haji Abd Taib bin Abu Bakar (Machap) : Seterusnya Machap membawa isu berkaitan dengan permasalahan di perumahan generasi FELDA Ayer Hitam dan ini sudah lama di minta di selesaikan, di mana di kawasan telah hampir 100 lebih penerima tanah di situ membangunkan perumahan tetapi dari segi kemudahan infrastruktur, jalan raya, kemudahan dari segi perparitan tidak di buat sehingga sekarang hingga menyukarkan penduduk di FELDA Ayer Hitam. Sekiranya hujan lebat di perumahan Generasi Kedua ini, bila hujan lebat kadang-kala berlaku banjir. Justeru, dari segi pembinaan perparitan dan jalan sangat diharapkan untuk diambil tindakan segera bagi memberikan kelegaan dan kesejahteraan kepada penduduk di FELDA Ayer Hitam. Yang Berhormat Tuan Speaker, akhirnya Machap menyokong Belanjawan Johor 2022. (Dewan bertepuk.) Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. YB Speaker : Terima kasih Machap. Seterusnya saya persilakan Simpang Jeram. Jemput. YB Dato’ Seri Haji Salahuddin bin Ayub (Simpang Jeram) : Bismillahirrahmanirrahim. Tuan Speaker, saya memulakan perbahasan pada tengah hari ini dengan membaca sepotong wahyu Allah SWT (Bacaan potongan surah al-Quran.) Yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah SWT memerintahkan supaya amanah itu diserahkan kepada mereka

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 250

yang ahli, dan apabila kamu menghukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu menghukum dengan seadil-adilnya”. Tuan Speaker, izinkan Simpang Jeram juga merafakkan sembah dan juga ucapan tahniah ke atas Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Johor di atas sambutan keputeraan Baginda dan kita mendoakan semoga Tuanku akan terus mentadbir, bertakhta di negeri Johor Darul Ta’zim ini dan dapat berkongsi segala kerahmatan yang Allah kurniakan untuk kita dan rakyat negeri Johor. Saya juga mengucapkan tahniah di atas pembentangan Belanjawan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor dan juga ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Parit Yaani, Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Johor dan juga Ketua Pembangkang yang saya rasa telah memberikan ucapan dan juga lontaran idea-idea yang sepatutnya kita dapat berkongsi bersama, kita dapat menyampaikan apa yang tersirat dan tersurat dalam Belanjawan ini untuk kepentingan kita bersama. Saya mungkin bermula dengan beberapa topik yang penting, iaitulah tentang bagaimana isu kematangan politik, kedewasaan kita dalam menterjemahkan pendirian politik kita dalam konteks negara dan negeri Johor itu sendiri. Di peringkat federal saya terlibat secara langsung dalam menyediakan draf sehingganya suatu kesefahaman memorandum persefahaman dapat ditandatangani. Apabila kita melihat isu COVID ini adalah penting untuk rakyat di dahulukan. Maka penterjemahannya adalah bagaimana kita telah mengemukakan suatu peruntukan RM4.5 bilion yang kita rundingkan secara berkhemah dengan Menteri Kewangan yang dilaporkan kepada kabinet dan alhamdulillah bajet ataupun Belanjawan Negara telah pun diluluskan di peringkat dasar. Dan sekarang kami sedang berbahas diperingkat jawatankuasa dan saya yakin tidak ada masalah besar untuk kita peruntukan dan pastikan bahawa RM4.5 bilion itu benar-benar dapat kita sasarkan pada golongan yang sangat memerlukan. Di Johor ini, saya rasa dan yakin bahawa kita perlu bermula dengan kematangan yang sebahagiannya disebut dengan jelas oleh Yang Berhormat Parit Yaani dan diberikan komentar sebentar tadi oleh Yang Berhormat Machap. Yang juga mencadangkan beberapa idea seolah-olahnya ia mungkin kita boleh bersetuju pada suatu hari nanti mungkin sistem dua parti atapun two parties system akan dapat kita terjemahkan. Cuma perbezaannya dalam negara Malaysia yang berbilang kaum dan bangsa ini, bagaimanakan sistem dua parti itu dapat kita bina. Tetapi, dia mesti bermula dengan political education. Itulah pendidikan politik dan mesti ada political will. Iltizam politik yang kuat untuk kita membina negara bangsa ini supaya konsep keluarga Malaysia yang diutarakan di peringkat federal dan belanjawan muafakat yang dikemukakan di peringkat negeri ini benar-benar terjelma dan tidak lagi menganaktirikan ataupun mengkesampingkan golongan-golongan tertindas, bangsa-bangsa, agama-agama yang hidup dalam bumbung ini, negeri Johor ini akan mendapat limpahan keadilan, justice for all. Dan, kalau saya orang Islam saya mesti mengatakan Islam for all yang mesti kita memberikan hak kepada semua bangsa dan agama untuk hidup dalam negeri ini dan negara ini sebagai suatu warganegara yang dipertahankan tentang masa depan mereka di bawah Perlembagaan Negara dan juga Perlembagaan Negeri Johor. Saya juga merasa bangga menjadi anak negeri Johor ataupun bangsa Johor yang bersama-sama boleh menyumbang bagaimana konsep dua parti itu tadi, akan akhirnya rakyat yang akan mendapat keuntungan. The people will benefit, rakyat yang mendapat habuannya. Di Amerika, di antara republican dan democrate mereka bertarung sepanjang abad sekali menang, sekali kalah. United Kingdom antara parti konservatif dan labour parti dan kadang-kadang liberal democrats memberikan sumbangan ke arah kestabilan politik. Di negara-negara kesatuan eropah, parlimen mereka telah jauh meninggalkan kita, we are may be 30 years behind time. Kalau kita bercakap pada hari ini tentang sistem dua parti, saya mengharapkan dan mengunjurkan satu pemikiran baharu, politik baharu. Kalau kita berjaya untuk menandatangi satu memorandum untuk rakyat dan kalau negeri Johor melalui iltizam kita semua mahu peruntukkan-peruntukkan itu untuk rakyat. Bagaimana kita harus menginstitusikan semua idea ini. Adakah diletakkan dalam perks, adakah perlu dipinda

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 251

beberapa peraturan mesyuarat? Ataupun ada suatu dokumen yang boleh kita teliti dan boleh dipegang pada masa akan datang. Siapa pun yang memerintah, jatuh bangun parti politik, rakyat tetap mendapat keuntungan. Rakyat tetap dapat menikmati pertarungan politik. Kita boleh compete, kita boleh bertarung, kita boleh melahirkan kepimpinan yang terbaik, yang menang akan selalunya dapat memberikan yang terbaik menjadi kerajaan, dan pembangkang juga boleh terus jadi pembangkang yang constructive dan saya harap kita akan dapat meletakkan ini semua dalam suatu institusi yang boleh kita fikirkan bersama. Sebab itu saya mencadangkan supaya ada lebih banyak Select Committee, lebih banyak Jawatankuasa Pilihan Khas yang bukan window dressing, yang bukan hanya ditubuhkan untuk melepaskan batuk di tangga, biarlah semua Jawatankuasa Khas ini termasuk PAC yang mesti menjalankan tanggungjawab melakukan check and balance terhadap urus tadbir kerajaan sama ada di peringkat federal dan juga di peringkat negeri. Kalau PAC boleh diberikan authority, diberikan suatu kedudukan yang tinggi dan diiktiraf sepenuhnya oleh Dewan Undangan Negeri ini, saya yakin dan percaya siapa pun yang akan memimpin pada akan datang, siapa pun yang akan jadi Menteri Besar dan barisan EXCO pada masa akan datang, akan merasakan peranan PAC tu sangat penting dan ada wibawa untuk melakukan check and balance. Kalau kita bercakap tentang sistem dua parti itu, di Amerika dalam Dewan Senatnya, mereka boleh melakukan proses impeachment, Presiden Amerika boleh di impeach, dipanggil di hadapan kongres, ini berlaku pada Bill Clinton, boleh berlaku kepada Perdana Menteri atau Presiden dalam negara Kesatuan Eropah yang mana mereka benar-benar established dalam mereka mahu sebuah kerajaan yang stabil, bukan sekadar stabil tetapi punya integriti yang boleh dipertanggungjawabkan. Jadi, saya mengharapkan Tuan Speaker supaya idea dan untuk establish Select Committee ini mesti dibangunkan dan diberikan peruntukan, diberikan segala kebebasan untuk mereka bertanggungjawab. Contohnya dengan Jawatankuasa Dewan, pemilihan Dewan, jawatankuasa untuk pendidikan, jawatankuasa untuk pertanian sebagai contoh, kerana pertanian bukan hanya lagi satu sektor yang, yang apa boleh kita pandang sepi. Hari ini COVID melanda kita, kita tak ada satu polisi yang jelas tentang food security dan seumpamanya, maka Select Committee ini bagi saya harus dibangunkan dan diberikan suatu, sesuatu kekuatan dari segi, dari segi perundangannya, dari segi kemampuannya, dan keanggotaannya supaya semua Select Committee ini dapat bertanggungjawab terhadap perjalanan urus tadbir kerajaan yang ada pada hari ini. Dan demikian juga kalau kita bercakap tentang kestabilan politik, kami bersedia saya boleh bercakap bagi pihak Pakatan Harapan untuk rakyat, untuk kita berhadapan pada hari ini, kita bersedia untuk memberikan pandangan yang terbaik. Kalau di peringkat federal kita melihat atas hasil rundingan kita, kita telah memberikan suatu penjelasan terhadap definisi Ketua Pembangkang. Dalam House of Commons yang menjadi rujukan kita. Kita ni ala Westminster. Ketua Pembangkang itu dipanggil atau digelar Her Majesty Opposition, begitu tinggi kedudukan dalam, bukan sekadar dari segi protokolnya, bukan dari segi panggilannya tetapi dari segi keistimewaan, dari segi bagaimana Ketua Pembangkang boleh akses dengan maklumat kerajaan demi rakyat, bagaimana Ketua Pembangkang boleh hadir dalam mesyuarat tertinggi kerajaan, dalam MKN dan seumpamanya, ini semua telah kita praktikkan. Jadi janganlah kalau kita nak bincang tentang perwakilan kita dalam Mesyuarat Tindakan Daerah pun tak boleh nak tunai pada peringkat ini, takkanlah kita nak bercakap tentang bagaimana penyertaan Ketua Pembangkang di peringkat negeri dan federal dalam mesyuarat yang lebih tinggi daripada itu. So, let it be practical. Biar kita bukan sekadar bercakap tetapi berani untuk kita melaksanakan dan peranan kita dalam Majlis Tindakan Daerah itu adalah untuk apa? Takkanlah saya ADUN Simpang Jeram hadir Mesyuarat Tindakan Daerah Muar untuk minta projek ataupun membawa senarai-senarai kroni-kroni saya untuk dapat projek. Tapi kita rasakan sampai masanya untuk seorang Wakil Rakyat yang diangkat oleh rakyat itu hadir dalam Majlis Tindakan Daerah untuk apa, untuk kita mem-facilitate, untuk kita memberikan pandangan kita, untuk kita bersama, engage melakukan engagement untuk rakyat. Jadi kalau kita bercakap tentang reform, tentang reformasi dalam Dewan ini, semua saya rasa perlu untuk kita laksanakan dan di peringkat

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 252

yang paling praktikal di peringkat daerah di mana Wakil Rakyat itu mesti berada dalam Majlis Mesyuarat Tindakan Daerah. Saya faham, kita, kami pun pernah jadi Menteri, kita ada sumpah kerahsiaan, sumpah memegang jawatan, ada rahsia-rahsia kerajaan di mana peringkat yang kita boleh jaga dengan baik. Kalau mereka langgar, ada undang-undang, ada akta yang boleh menghukum mereka. Jangan kerana ada alasan itu, kita, kita meremehkan tentang peranan Wakil Rakyat yang mesti bertindak secara praktikal, secara direct dalam Majlis Tindakan Daerah. Yang kedua Dato’ Speaker, saya nak cakap sikit tentang Standing Order. Saya rasa very timely, dan saya rujuk di sini tentang Peraturan 45, Rules of Debate ataupun cara-cara berbahas. Kalau buka Kamus Dewan pun apa makna bahas, ada beza bahas, bersyarah, bercakap. Tapi kita berbahas dan Dewan ini Dewan yang paling tinggi, Dewan yang mulia ini. Di hadapan kita adalah anggota pentadbiran. Di sinilah maknanya satu isu rakyat, kepentingan rakyat dan apatah lagi polisi sebuah-sebuah negeri itu diperbahaskan. Jadi takkanlah Menteri Besar bila menggulung perbahasan tentang bajet yang nilainya ratusan juta tak boleh bahas? Tak boleh nak interrupt tak boleh nak tanya. Mungkin pengalaman Parlimen memperlihatkan tentang riuh rendahnya dalam Sidang Parlimen itu tak apa bagi saya. Kalau pergi di House of Commons, malam-malam kalau kita buka video pun, tengok perbahasan House of Commons, panas juga, ada yang kena halau juga, itu Dewan. Tapi apa sebab kita panas, apa sebab perbahasan menjadi hangat, takkanlah kita nak diamkan diri kalau seorang contohnya, Perdana Menteri dapat habuan, minta habuan sampai RM100 juta, saya pun tak nak macam tu. Menteri Besar Johor pun takkanlah sebanyak itu pun kalau nak beri habuan pun, berpada-padalah. Itu yang menyebabkan Dewan panas. Kalau isu 1MDB bukan, bukan satu mitos, bukan cerita Hikayat Hang Tuah, suatu yang berkepentingan negara, Dewan menjadi panas, jadi saya harap Dato’ Speaker, dapat mengetuai dan kita semua boleh bertanggungjawab untuk Standing Order ini dipinda, bukan satu dosa pun nak meminda Standing Order ni. Perlembagaan Negara yang ditubuhkan oleh Lord Reid yang saya baca dah hampir 40 kali lebih Perlembagaan Negara itu dipinda demi melihat kepada dinamika, melihat kepada perkembangan zaman, melihat kepada bagaimana sesuatu isu negara itu perlu untuk ditangani dengan kebijaksanaan, maka Perlembagaan Negara, The Supreme Law of The Land, of this land, of this country pun boleh dipinda, takkanlah Peraturan Mesyuarat tak boleh dipinda. Jadi, diharap ada satu perbahasan yang sihat, pandangan-pandangan kita yang constructive boleh kita berikan kepada pihak kerajaan yang menuju tadi apa yang disebut oleh Parit Yaani, apa yang telah pun di bahas tadi yang saya dengar oleh Machap bahawa kita perlu kepada sebuah negeri ataupun ahli politik kita menuju kepada suatu kedewasaan dalam kita memberikan yang terbaik kepada rakyat. Sebab kita diajar, insya-Allah bagi saya, kami tak ada masalah untuk memberi sumbangan ini kerana Islam mengajar kita, Nabi SAW bila di train para sahabat, bukan sekadar sahabat menjadi panglima perang yang hebat, tapi at the same time, sahabat-sahabat menjadi diplomate yang cemerlang, pandai berperang, pandai juga berdamai. Saad bin Abi Waqas, Harith bin Ziyad, ni semua diplomate-diplomate yang agung, Rub’i bin Amir, ini semua diplomate-diplomate yang agung yang boleh menyelesaikan masalah ummah dengan kebijaksanaan diplomasi dan sekarang ini kita tak mahu kepada hard diplomacy, kita mahu kepada soft power, kita bukan nak hard power, kita nak soft power di mana kita perlu meningkatkan skill diplomasi, skill politik kita yang saya rasa yang perlu untuk kita lihat perkembangan Dewan ini dengan lebih baik pada masa akan datang. Jadi, saya harap mungkin tahun depan kalau tak ada yang melompat... YB Speaker : Jangan bubar Yang Berhormat. YB Dato' Seri Haji Salahuddin bin Ayub (Simpang Jeram) : Jangan bubar, kalau tak ada lagi adegan yang boleh kita tamatkan melalui ya... YB Speaker : Azan.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 253

(Berhenti sebentar kerana memberi laluan laungan azan). YB Speaker : Dua minit lagi Yang Berhormat. YB Dato' Seri Haji Salahuddin bin Ayub (Simpang Jeram) : Tuan Speaker, saya minta tiga minit. Saya akan habiskan sebelum berehat, insya-Allah. Tuan Speaker, akhir sekali saya nak menyebut tentang rakyat yang terkesan dengan COVID ni is real. Yang susah, yang hilang pekerjaan, yang bunuh diri, yang terkesan ini adalah sangat serius. Kita mungkin ada gaji bulanan, ada pendapatan tetap. Saya nak mohon satu perkara Tuan Speaker, tolonglah kepada mereka-mereka yang membuka warung, gerai-gerai tepi jalan yang terpaksa mereka melakukan perniagaan kecil-kecilan. Saya faham tentang rules of law, ini mungkin bersabit dengan Majlis Perbandaran, Majlis Daerah. Saya harap DO-DO, PTD-PTD kita dapat menggunakan dengan izin, discretion. Saya tidak boleh menyokong kalau ada perlanggaran, kebersihan ataupun ketenteraman awam yang mungkin boleh terganggu, tetapi janganlah gerai-gerai mereka itu diroboh, dihalau, ditarik lesen, dinaikkan sewa tanpa satu alasan yang munasabah kerana mereka sangat terkesan dengan isu COVID ini. Oleh itu, rayuan saya kepada pegawai kerajaan ini saya berharap supaya Dato’ SS selaku ketua pentadbir dapat mengadakan satu perbincangan dengan pegawai penguat kuasa kita supaya mereka lebih bertolak ansur tanpa kita berkompromi kalau ada perlanggaran, kalau ada perkara-perkara yang mereka, kesalahan yang mereka lakukan, tetapi bagi saya janganlah mereka ini dianaktirikan atau dianggap sebagai golongan bermasalah. Mereka terpaksa buka warung, terpaksa meniaga kecil-kecilan, terpaksa mereka membuat mungkin warung-warung yang sementara kerana kesempitan hidup akibat COVID. Jadi, dengan semangat Muafakat Johor, dengan semangat kasih sayang untuk semua, saya harap mereka dibantu, segala insentif yang kerajaan berikan sampai kepada mereka dan insya-Allah saya rasa belanjawan ini akan dapat menepati sasaran dan kita sama-sama berjuang untuk rakyat negeri Johor khususnya yang memerlukan bantuan kepada kita. Terima kasih Tuan Speaker. Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. YB Speaker : Terima kasih Simpang Jeram. Saya tangguhkan Persidangan ini sehingga jam 2.30 petang. Terima kasih. Persidangan ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari. Persidangan disambung semula pada jam 2.30 petang. YB Timbalan Speaker mengetuai Persidangan. YB Timbalan Speaker : Ahli-Ahli Yang Berhormat, Persidangan disambung semula. Ahli-Ahli Yang Berhormat kita masih ada 8 Ahli Undangan Negeri belum memberi perbahasan. Jadi saya berharap Ahli-Ahli yang akan berbahas mematuhi masa yang diberi iaitu 15 minit hingga 20 minit. Yang Berhormat YB Stulang, jemput. YB Tuan Chen Kah Eng (Stulang) : Terima kasih Yang Berhormat Puan Speaker. Terlebih dahulu ingin saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Dewan yang mulia ini kerana memberi peluang kepada Stulang untuk membahaskan perbahasan kali ini. Stulang sebagai bangsa Johor ingin merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucapan selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 254

Takluk Negeri Johor Darul Ta’zim sempena sambutan hari ulang tahun keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 22 November 2021. Yang Berhormat Puan Speaker, hari ini saya akan membahaskan beberapa isu untuk dibawa dalam Dewan yang mulia ini yang berkenaan dengan pembukaan sempadan Malaysia – Singapura, isu-isu pentadbiran, politik, manfaat rakyat dan keutuhan Dewan. Jadi yang pertama sekali, Stulang ingin membahaskan isu sempadan Malaysia – Singapura, Tambak Johor dan Tuas. Sebagai negeri dan bandar raya yang terletak bersebelahan dengan sempadan antarabangsa, kita tidak boleh lari daripada ekosistem bandar raya sempadan. Iaitu, ekosistem Bandaraya Johor Bahru – Singapura dengan unsur simbiosis. Banyak yang telah kita lalui dalam masa 20 bulan ini yang cukup perit, di mana sempadan telah ditutup akibat COVID-19. Sebelum ini Tambak Johor, Tuas sesak ya. Sesak dengan aliran orang, 360,000 sehari. Pasukan motosikal dengan bilangan keluar masuk sekitar 50,000 sehari seawal, seawal pada awal pagi dan waktu senja. Bandaraya Johor Bahru penuh dengan orang. Setelah sempadan ditutup, keluarga terpisah, perniagaan lembap, ekonomi setempat merudum dan sebagainya. Rakyat menanti-nantikan pembukaan sempadan Malaysia – Singapura. Dalam peralihan era pandemik ke era endemik ini yang memasuki era endemik ini, pembukaan sempadan secara berperingkat akan bermula dalam masa terdekat ini. Harapan rakyat menjelma apabila sempadan akan dibuka semula. People see hope when border is open. Stulang berharap kerajaan persekutuan akan mengumumkan garis panduan terperinci pembukaan VTL darat secepat mungkin agar tidak timbulnya kucar-kacir apabila VTL darat dibuka nanti. Harap-harap petang ni kot, ya harap-harap petang ni ada pengumuman untuk semua berkenaan dengan VTL darat ya. Dan, cadangan Stulang berkaitan dengan VTL darat Malaysia - Singapura adalah seperti berikut ada 5: 1. Keutamaan diberikan kepada mereka yang ingin rentas sempadan kerana ahli

keluarga meninggal dunia atau berada di keadaan kritikal. Ini adalah sebagai satu alternatif yang lebih baik dan praktikal daripada keadaan, daripada death and critical illness emergency visit (DCEV) yang dipraktikkan sekarang.

2. Untuk VTL darat, secepat mungkin berusaha meningkatkan bilangan orang yang

dibenarkan apabila berupaya dan sesuai. Bermula dari 1,440 orang kita harap boleh bertambah ke 3,000, 5,000, 10,000 dan seterusnya.

3. Servis kereta api dari Johor Bahru ke Singapura KTM Shuttle Tebrau ini dipulihkan

secepat mungkin untuk membantu VTL darat bagi menampung keperluan yang lebih. 4. Merangka garis panduan VTL darat Malaysia-Singapura yang merangkumi kereta

persendirian dan motosikal agar ia boleh dilaksanakan sebaik sahaja keadaan membenarkan kerana sekarang VTL hanya menggunakan VTL darat, hanya akan menggunakan bas. Jadi, motosikal dan kereta persendirian ini merupakan dua lagi unsur yang sangat penting dan saya harap ini boleh dilaksanakan, kajian kena dilakukan sekarang supaya dia boleh dilaksanakan sebaik sahaja keadaan membenarkan.

5. Selaras dengan sistem khas Johor Travel Safe, lebih banyak kakitangan diperlukan

bagi melicinkan perlaksanaan VTL darat di pintu masuk Johor Bahru – Singapura . Agensi-agensi CIQ, BSI dan CIEQ KSB perlulah bersedia dan meningkatkan keberkesanan untuk menerima cabaran pengembara yang lebih ramai.

Harapan Stulang berkaitan dengan VTL udara pula Malaysia-Singapura adalah, yang pertama, ada dua. VTL udara Penang, Kuching, Kota Kinabalu ke Singapura akan bermula. Walaupun ini merupakan bidang kuasa peringkat persekutuan tetapi saya harap kerajaan Johorlah juga perlu menggerakkan usaha ini untuk menggerakkan pembukaan sempadan

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 255

secara berperingkat. Jadi, pembukaan VTL Penang, Kuching, KK ke Singapura adalah penting dan perlu dimulakan. Yang kedua untuk VTL udara ini berharaplah kedua-dua negara, airline kedua-dua negara harga tiket kapal terbang VTL udara adalah tidak mahal. Seterusnya Yang Berhormat Puan Speaker, ingin saya membawa isu berkaitan dengan pentadbiran, kestabilan politik, manfaat rakyat dan juga keutuhan Dewan ini.Yang pertama ingin saya bahaskan adalah berkaitan dengan anti lompat parti. Stulang menyarankan agar Akta Anti Lompat Parti digubal di negeri Johor. Rakyat rata-rata telah pun muak melihat para Wakil Rakyat memunggah kerusi sana sini. Mengejar kedudukan peribadi dan rakyat seolah-olah tidak boleh buat apa-apa dengan tindakan seperti ini. Kita tidak mahu Wakil Rakyat yang dipilih oleh rakyat, oleh kerana dengan nafsu tamak haloba atau gila kuasa menjajah kerusi yang disandang. Bayangkan kerusi boleh dijual beli. Melupakan mandat yang diberikan oleh rakyat kepada Wakil Rakyat. Melupakan kepercayaan diberikan kepada kita. Merayu rakyat untuk mengundi kepada sebelum pilihan raya, tetapi selepas menang merobohkan jambatan setelah dimenangkan dan diangkat oleh rakyat, ya. Jadi, rakyat menaruh harapan kepada Wakil Rakyat agar menawarkan perkhidmatan kepada rakyat. Bukan memberikan hak kepada wakil rakyat untuk menjual beli kerusi. Kerusi yang kita sandang bukan calang-calang kerusi seperti di kedai perabot. Ini kerusi yang diangkat oleh rakyat dengan penuh harapan dan keikhlasan ke dalam Dewan yang paling mulia ini untuk kebaikan rakyat secara keseluruhan. Banyak alasan boleh diberikan apabila seseorang itu sudah hilang kewarasan sehingga tidak menghiraukan maruah untuk melompat parti. Justeru itu, anti lompat parti inilah yang boleh mengongkong atau menghalang wakil rakyat boleh dijual beli dengan umpan habuan politik. Bayangkan budaya kerusi Dewan boleh dipunggah sana sini terus berlaku. Apakah yang akan dijadikan kepada rakyat? Pengundi akan tidak akan habis-habis membuang undi tetapi masih gagal mendapatkan satu kerajaan yang stabil. Enakmen anti lompat parti inilah jugalah yang akan memberikan suntikan keyakinan kepada rakyat bahawa undi yang mereka buang dalam peti undi adalah bernilai dan tidak akan dikhianati. Enakmen inilah yang akan menyelesaikan masalah di peringkat pangkal masalah dan mencorakkan kestabilan politik serta pentadbiran untuk manfaat rakyat dan keutuhan Dewan. Enakmen anti lompat parti ini juga merupakan salah satu inti pati utama dalam persefahaman MOU di peringkat persekutuan juga. Lantaran itu adalah perlu untuk kerajaan negeri memikirkan hala tuju kerajaan negeri dalam menggubal undang-undang tersebut selari dengan perundangan persekutuan. Stulang faham, ini bukan perkara yang senang tetapi hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. Jangan kita mengambil sikap tak boleh, terus nak menolak tepi atau tunggulah perkembangan federal. Kita seharusnya dan boleh mengambil sikap yang lebih proaktif dengan mengkaji cara perlaksanaan dengan penubuhan jawatankuasa khas dahulu supaya perlaksanaannya akan lebih cepat dan kita pun mencari jalan-jalan penyelesaian untuk kekangan-kekangan yang akan dihadapi. Dengan ada hala tuju yang jelas ini kita menyelesaikan masalah yang, masalah-masalah ataupun kekangan-kekangan yang akan dihadapi dulu ya, sebelum kita membawa melaksanakan anti lompat parti ini untuk kebaikan rakyat. Yang Berhormat Puan Speaker, isu yang kedua yang ingin saya bahaskan di sini ialah berkaitan dengan isu mesyuarat JKTD di mana isu ini telah pun hangat diperbahaskan di dalam Dewan ini, pada persidangan kali ini. Berkenaan dengan usaha memantapkan peranan setiap Wakil Rakyat dalam Dewan yang mulia ini, isu penglibatan dalam JKTD telah pun dibangkitkan berkali-kali dalam Dewan ini oleh ramai Wakil Rakyat. Pendirian Stulang dan rakan-rakan seperjuangan dalam blok-blok pembangkang pada masa ini adalah sangat jelas. Iaitu setiap Wakil Rakyat perlu dijemput dalam mesyuarat JKTD. Kami sebenarnya menolong menyelesaikan masalah kawasan rakyat dan juga secara langsung menolong kerajaan membantu rakyat. Kami ingin menyertai mesyuarat JKTD bukan untuk buat kacau, bukan untuk menyusahkan orang. Tiada alasan sebenarnya untuk menjangkau Wakil Rakyat yang dipilih oleh rakyat dari menghadiri mesyuarat JKTD untuk bersuara untuk rakyat. Tiada alasan sebenarnya, yang adanya mungkin adalah alasan politik. Jadi dalam

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 256

ucapan Bajet MB yang mengatakan bahawa Wakil Rakyat akan dijemput sebagai pemerhati sahaja dan ini telah mencetuskan banyak perbahasan dalam Dewan yang mulia ini. Kita tidak boleh terima sebagai pemerhati sahaja. Walau bagaimanapun di dapati ada perbincangan yang Ketua Pembangkang dengan MB telah membuahkan hasil yang positif. Saya harap MB boleh mengesahkannya. Maknanya Wakil Rakyat bukan kerajaan boleh hadir mesyuarat JKTD dengan pemakluman awal oleh sekretariat JKTD. YB bukan kerajaan juga boleh memberikan laporan dan pandangan serta pihak kerajaan akan mengambil tindakan sewajarnya. Kita harap ini boleh dipersetujui oleh MB dan berharap MB boleh mengesahkan. Stulang menyambut baik sekiranya ada persefahaman politik baru ini ya dan berharap MB boleh mengesahkan komitmen ini agar kerjasama yang lebih erat boleh dijalinkan di antara semua Wakil Rakyat kerajaan, bukan kerajaan dan para pegawai pelaksana untuk kebaikan rakyat Johor. Yang ketiga, berkenaan dengan keberkesanan prestasi Dewan Rakyat juga ya. Kami juga berharap peruntukan yang sama rata seperti yang telah pun dikatakan oleh MB berkenaan dengan prinsip dan hala tuju dalam merealisasikan peruntukan sama rata untuk semua ahli Dewan Negeri. Stulang memang menyambut baik inisiatif ini dan kami berharap isu ini boleh diselesaikan dalam penggal ini. Ia tidak akan jadi isu lagi, ya peruntukan sama rata tak akan menjadi isu lagi. Kita mahu ruang dan masa yang lebih banyak di dalam Dewan ini untuk membahaskan isu berkaitan dengan polisi-polisi tanpa membuang masa. Jadi, peruntukan sama rata ini perlulah dan boleh dijelmakan melalui cara-cara berikut : 1. Ditetapkan melalui enakmen agar ia akan menjadi garis panduan untuk kerajaan

penggal yang akan datang. 2. Peruntukan JPD yang sama untuk setiap ADUN. 3. Peruntukan tambahan semasa yang sama untuk semua ADUN. 4. Peruntukan pembangunan dan pembekalan yang sama untuk setiap ADUN sekiranya

tidak boleh diberikan kerana masalah teknikal maka ia perlulah disalurkan melalui bentuk lain seperti outright grant.

Jadi, kita juga tidak tahu siapa duduk sini, siapa duduk sana, ya susah mau cakap pada masa akan datang ya. Tetapi, sama ada kita duduk sini atau duduk sana biarlah mengikut kehendak rakyat. Bukan mengikut kehendak sendiri, punggah kerusi sana sini, selit sana sini. Jadi marilah kita bersama-sama, kita tingkatkan keberkesanan pentadbiran, kestabilan politik untuk keutuhan dewan ini. Dan Stulang berharap cadangan Stulang berkaitan dengan Dewan yang mulia ini, dan juga cadangan harapan berkenaan dengan pembukaan sempadan Malaysia-Singapura, VTL Darat dan VTL Udara, harap-harap apa yang diumumkan petang, ini akan membawa berita yang baik untuk kebaikan seluruh negeri Johor kerana rakyat sekarang, sekarang rakyat Johor yang saya katakan tadi, yang berada di sempadan dan hidup sempadan ini tidak boleh lari dari ekosistem bandar raya sempadan. Jadi Stulang sekali lagi ya, berharap ya, keadaan peralihan dari pandemik kepada endemik ini yang akan membawa perubahan yang lebih besar ya, di mana sempadan akan dibuka secara berperingkat, VTL Udara, VTL Darat dan juga dalam memperkasakan Dewan yang mulia ini, kita mahu penggubalan Akta Anti Lompat Parti, peruntukan sama rata, kehadiran dalam Mesyuarat JKTD dan supaya untuk kebaikan seluruh rakyat Johor. Sekian, terima kasih. YB Timbalan Speaker : Yang Berhormat Sedili, jemput.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 257

YB Tuan Haji Rasman bin Haji Ithnain (Sedili) : Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera kepada Yang Berhormat Puan Speaker dan rakan-rakan Ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Puan Speaker, pertama sekali saya ingin menzahirkan ucapan Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah kurnia serta izinnya saya masih diberi kesempatan berada di dalam Dewan yang mulia ini mewakili rakyat Sedili untuk bersama-sama mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan Johor 2022 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor pada 18 November ini. Tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan barisan kepimpinan kerajaan negeri yang berjaya merangka sebuah belanjawan negeri bagi tahun depan dalam mendepani pelbagai cabaran yang masih membelenggu negeri, negara dan dunia ekoran pandemik COVID-19. Saya mendoakan semoga semua usaha yang di rencana dapat dilaksanakan dengan baik, khususnya bagi memulihkan segera sektor ekonomi negeri. Yang Berhormat Puan Speaker, dengan kesempatan ini patik merafak sembah dan menzahirkan ucap selamat Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Sultan Yang Dipertua Negeri dan Jajahan Takluk Johor sempena Hari Keputeraan Tuanku pada 22 November. Patik mendoakan Tuanku dan Tuanku Permaisuri Johor sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah SWT serta dipanjangkan usia dan diberi kesihatan yang baik. Semoga negeri Johor Darul Ta’zim terus kekal aman dan maju di bawah pemerintahan dan naungan Tuanku. Daulat Tuanku. Yang Berhormat Puan Speaker, kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat, marilah kita terus beristiqamah, bertekad untuk bekerja gigih bagi membantu memulihkan ekonomi negeri serta membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19. Marilah kita bersama-sama berganding bahu, sama ada wakil rakyat, kerajaan atau pembangkang melaksanakan usaha merancakkan pemulihan ekonomi negeri dan terus berbakti kepada rakyat khususnya di kawasan masing-masing. Saya berharap semua wakil rakyat supaya terus mengingati pesanan Tuanku Sultan supaya berhenti bertelagah dan berebut kuasa. Sebaliknya melaksanakan amanah yang diberikan dengan baik. Jelas titah Tuanku ini memberi gambaran betapa besar harapan baginda dan rakyat Johor supaya semua ahli politik menghentikan pertelagahan dan perebutan kuasa sehingga boleh meruntuhkan kerajaan yang ada seperti yang berlaku di Melaka baru-baru ini. Cukuplah rakan semua, berdamailah kita, bersatulah kita untuk negara dan negeri tercinta ini. Bersatu dan bersahabatlah kita demi rakyat dan negeri Johor ini. Tahukah rakan semua, bahawa rakyat bukan sahaja sudah muak malah menyampah dengan sikap ahli politik yang terus-terusan berebut kuasa. Rakyat kini dalam kesusahan, usahlah bebankan rakyat dengan kemelut politik yang memburukkan lagi keadaan. Justeru, dengan semangat persahabatan yang tinggi, saya mengajak rakan-rakan dalam pelbagai parti supaya terus mengekalkan sokongan kepada kerajaan Johor sedia ada untuk terus memimpin negeri ini sehingga pilihan raya umum ke-15. Tetapkan hati dan jiwa kita bahawa PRU 15 adalah medan yang terbaik. Yang penting demokrasi, yang paling demokrasi dan menentukan pilihan rakyat terhadap parti dan kerajaan yang mereka inginkan. Apabila tiba masanya, bentang dan umumkanlah manifesto yang ingin dilaksanakan kepada rakyat. Pandemik COVID-19 ini adalah masalah nyata di hadapan kita yang mesti ditangani segera. Kita tidak harus gagal dalam perjuangan melawan COVID-19 ini. Andai kita gagal, sistem negara dan negeri kita akan runtuh. Justeru, semua kita harus berjuang melawan dan memastikan pandemik COVID-19 dapat ditangani dengan baik dan jayanya. Dengan kesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada semua petugas barisan hadapan yang meliputi pelbagai agensi seperti pasukan kesihatan, POLIS, tentera, BOMBA dan lain-lain yang tidak mampu saya sebutkan satu persatu. Anda semua adalah hero dan heroin negara Malaysia yang tercinta ini. Teruskan kekal komited dan bersemangat menjalankan tugas masing-masing walaupun negara kita sudah beralih ke fasa Pelan Pemulihan Negara. Walaupun pelbagai kelonggaran sudah diberikan, namun

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 258

situasi ini tidak harus melalaikan kita. Tugas memerangi dan memutuskan rangkaian penularan wabak ini mesti haruskan dijalankan. Sama-sama kita mematuhi SOP yang ditetapkan. Seperti yang semua sedia maklum, kita tiada pilihan. Satu-satunya jalan keluar yang ada di hadapan kita ini adalah Program Vaksinasi. Alhamdulillah, Program Vaksinasi berjalan lancar dan hampir semua warga dewasa sudah di vaksinasi termasuk bangsa Johor. Bagi meringankan lagi imunisasi, saya berharap semua warganegara yang layak menerima dos penggalak dapat diberikan suntikan dos ketiga ini dengan segera. Bagi golongan anti vaksin cukup-cukuplah menghasut rakyat, menakut-nakutkan rakyat. Fakta dan bukti sains perubatan telah menunjukkan bahawa Program Vaksinasi mampu mengekang dan menangani pandemik COVID-19. Inilah sinar di hujung terowong bagi kita mengatasi pandemik ini. Masih belum terlambat untuk mendapatkan suntikan vaksinasi ini kerana COVID-19 boleh meragut nyawa anda dan insan tersayang. Saya berharap semua pihak, sama ada jabatan dan agensi berkaitan serta pemimpin masyarakat serta rakan-rakan wakil rakyat terus memainkan peranan dengan memberikan penerangan kepada rakyat tentang kebaikan vaksinasi dalam mendepani pandemik COVID-19. Insya-Allah dengan penerangan yang berterusan dan usaha gigih semua pihak, Malaysia amnya, dan Johor khususnya mampu mengharungi tempoh sukar ini dengan baik. Yang Berhormat Puan Speaker, pandemik COVID-19 ini amat menekan kehidupan semua pihak, khususnya rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana. Ramai yang kehilangan pekerjaan dan pendapatan untuk menyara keluarga. Malah jika dahulu mereka berada dalam kategori miskin, kini menjadi miskin tegar dan golongan pertengahan kini menjadi miskin. Natijah situasi ini menyebabkan ramai yang tertekan dalam menjalani kehidupan ini. Justeru, rakyat harus dibantu segera, kerajaan mungkin tidak mampu memberikan bantuan wang tunai sepanjang masa, namun apa yang boleh dilakukan dengan membuka peluang, ruang kepada rakyat untuk mencari pendapatan bagi menampung kehidupan. Dengan semakin banyak sektor ekonomi yang sudah dibenarkan beroperasi, usaha ini pasti melegakan banyak pihak, khususnya golongan B40 untuk mencari rezeki. Andai ada antara mereka yang ingin berniaga secara kecil-kecilan di hadapan rumah atau bergerak menggunakan motosikal roda tiga, saya berharap pegawai dan anggota penguat kuasa PBT janganlah mengganggu mereka. Berilah mereka ruang mencari pendapatan lebih dalam keadaan yang masih sukar ini. Saya berharap juga, supaya syarikat-syarikat berkaitan kerajaan negeri dapat bersama-sama membantu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan atau memperkenalkan modul bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran orang ramai, khususnya golongan B40 dalam bidang keusahawanan supaya mereka dapat menambah pendapatan. Namun dalam aspek pematuhan SOP, perkara ini tidak boleh di kompromi. Penguatkuasaan yang dijalankan harus tegas dan tidak double standard. Jangan ada pihak tertentu dikenakan denda yang ringan tetapi pihak lain diberi hukuman berat, kompaun atau hukuman yang dikenakan haruslah sama. Yang Berhormat Puan Speaker, sektor pelancongan adalah antara yang amat terjejas akibat pandemik COVID-19. Banyak pengusaha gulung tikar ekoran sekatan perjalanan rentas daerah, negeri dan sempadan negara ditutup. Alhamdulillah, kini sektor pelancongan mula mengorak langkah ke arah proses pemulihan apabila rentas negeri dan daerah sudah dibenarkan. Insya-Allah, apa bila sempadan negara dibuka kelak, sektor pelancongan pasti beroperasi dengan lebih rancak. Namun bagi merancakkan lagi sektor ini, saya mencadangkan supaya Tourism Johor berganding bahu dengan Tourism Malaysia dalam menggiatkan lagi promosi-promosi pelancongan. Kenal pasti dan bongkar potensi pelancongan yang ada di setiap daerah. Janganlah asyik mempromosikan produk pelancongan yang sama sejak dahulu hingga kini. Misalnya di Sedili dan Tanjung Buluh, kita mempunyai pantai yang indah, keindahannya mampu menarik ramai pengunjung dan berupaya memberi limpahan rezeki kepada banyak pihak termasuk pengusaha resort, inap

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 259

desa dan peniaga kecil. Dengan menarik lebih ramai pengunjung dan pelancong, usaha menggerakkan dan memulihkan semula ekonomi negeri dan negara dapat disegerakan. Yang Berhormat Puan Speaker, sebelum saya mengakhiri ingin saya jelaskan di sini, setiap kali saya diberi peluang untuk berucap di dalam Dewan yang mulia ini, berkenaan di kawasan isu-isu yang berlanjutan dulu hingga kini. Yang pertama, berkenaan isu air. Yang kedua, berkenaan dengan bas henti-henti. Untuk pengetahuan Puan Speaker, pada 2018 telah bersetuju dan pihak kami telah bermesyuarat dengan pihak kerajaan negeri bersama dengan Majlis Daerah Kota Tinggi untuk bermulanya perjalanan penggunaan bas henti-henti sepanjang 62 kilometer. Setiap tahun kami menelefon akan berunding, tak lama lagi, tak lama lagi sehinggalah akhir 2021. Ini yang menyebabkan akhirnya kawasan-kawasan di luar bandar yang terkesan dari segi pengangkutan. Yang ketiga, berkenaan dengan infra di kawasan lot-lot tapak Rumah Generasi Kedua. Alhamdulillah, pada 2019 kawasan DUN Sedili seramai 3,245 orang telah menerima lot-lot tapak Rumah Generasi Kedua. Tapi, mereka-mereka ini tidak dapat melaksanakan untuk membina rumah, kerana tak ada infrastruktur. Saya mohon di sini supaya kerajaan negeri kerana kerajaan negeri kena ambil tahu juga tentang pembangunan di kawasan FELDA kerana FELDA adalah merupakan salah satu pendapatan yang terbesar cukai untuk kerajaan negeri Johor. Saya mengharap supaya tiba masanya untuk kerajaan negeri bagi infra kepada pemilik-pemilik lot tapak Rumah Generasi Kedua FELDA. Yang keempat, pembangunan Pekan Tanjung Sedili. Daripada 2016 hinggalah kepada hari ini satu bentuk pun tak ada, apa benda yang telah dijanjikan. Seterusnya Yang Berhormat Puan Speaker, di kesempatan ini, ini adalah realitinya saya di kesempatan ini, betul-betul mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mana beliau telah mengembalikan maruah, hak peneroka-peneroka FELDA di seluruh Malaysia ke atas tanah FGV seluas 351,000 hektar. Untuk pengetahuan Puan Yang Dipertua, Puan Speaker, sebelum ini 351,000 hektar adalah milik tanah FELDA tapi dengan pendapatan sehingga kemuncak dia RM1.8 bilion dengan nilai harga buah kelapa sawit hari ini lebih kurang RM3.5 bilion tapi telah diswastakan kepada FGV, hasil FELDA cuma dapat RM250 juta dan daripada situlah FELDA tidak dapat pendapatan yang tetap. Dan Alhamdulillah yang mana Yang Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memberi sukuk RM9.9 bilion untuk mengambil alih, mengambil balik tanah hak FELDA saya ucapkan terima kasih. Dan yang keduanya, saya nak ucapkan juga kepada beliau, yang mana pelupusan hutang sebanyak RM8.3 bilion kepada setiap peneroka-peneroka yang ada di Malaysia melibatkan 317 FELDA dengan nilai RM8.3 bilion. Saya rasa ini adalah benda yang kenyataan kerana kepada peneroka-peneroka yang berhutang, ada yang RM200,000, RM150,000 tapi telah ditolak hutang sebanyak 80%. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tan Sri Muhyiddin. Dan seterusnya berkenaan dengan pelupusan, sorry, dengan, berkenaan dengan defisit pendapatan peneroka setiap bulan. Jadi tuan-tuan yang saya hormati, Puan Speaker, dalam hal seperti ini sepatutnya setiap pemimpin yang melakukan kejayaan perlulah kita kena jelaskan dan kita terangkan supaya setiap siapa-siapa jadi pemimpin, siapa-siapa jadi Perdana Menteri dia kena jelaskan bukan ditutup atau disembunyikan setiap kebaikan daripada beliau. Oleh sebab tu, sebelum saya mengakhiri ucapan Sedili berharap semua Wakil Rakyat dapat berganding bahu dalam mendepani cabaran pandemik COVID-19 yang masih membelenggu kehidupan kita hingga kini. Lupakan sementara perbezaan amal politik, tumpu harus diberikan terhadap usaha mengekang dan melawan pandemik COVID-19 dan memulihkan ekonomi negeri demi kesejahteraan rakyat. Semoga semua usaha kita diberkati oleh Allah SWT.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 260

Akhir sekali saya ingin menzahirkan penghargaan serta ucapan terima kasih kerana diberi peluang untuk berucap dalam Dewan yang mulia ini bagi mewakili rakyat Sedili. Sekian wabillahitaufik walhidayah, assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. YB Timbalan Speaker : Yang Berhormat Parit Raja, jemput. YB Puan Nor Rashidah binti Ramli (Parit Raja) : Bismillahirahmanirahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Yang Berhormat Puan Speaker. Terlebih dahulu patik dan seluruh warga Parit Raja merafak sembah menjunjung kasih dan setinggi tahniah serta ucap selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 22 November 2021. Patik dan seluruh warga Parit Raja mendoakan semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Permaisuri Johor dilanjutkan usia dalam keafiatan serta seluruh keluarga Diraja sentiasa berada dalam limpahan rahmat dan keampunan Allah juga. Semoga di bawah naungan Duli Yang Maha Mulia Tuanku negeri Johor bertambah aman, makmur dan sejahtera. Daulat Tuanku. Yang Berhormat Puan Speaker, Parit Raja diberi peluang berbahas untuk menyokong rundingan Belanjawan 2022 dalam sidang Dewan ini. Parit Raja merakamkan kesyukuran atas Pembentangan Belanjawan Negeri Johor bagi tahun 2022 oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor dengan penuh keazaman dan iltizam untuk terus memacu kesejahteraan rakyat negeri Johor. Parit Raja menyifatkan negeri Johor mempunyai seorang pemimpin yang berjiwa rakyat, mengemudi negeri ketika saat dan berdepan dalam tempoh sukar dengan penuh semangat patriotik, menggariskan strategi memulihkan ekonomi negeri sekali gus mensejahterakan kehidupan rakyat berlandaskan objektif Memperhebat Kesejahteraan Johor. Sejak pandemik melanda negara, negeri dan juga seluruh dunia, ia telah merubah budaya kehidupan kita sehingga begitu terkesan kepada semua sektor mahupun sekecil-kecilnya kehidupan sesebuah isi rumah dan keluarga. Walaupun kita tidak pernah melalui episod peperangan bertemu penjajah, namun berperang dengan wabak COVID-19 merupakan satu situasi yang amat sukar dan menyulitkan apatah lagi berhadapan kehilangan ahli keluarga, tempat bergantung dan kehilangan sumber pendapatan. Justeru, Parit Raja berpandangan bahawa pendirian Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor sentiasa bersifat telus dan terbuka serta bertanggungjawab membentangkan prestasi pelaksanaan belanjawan, senario dan unjuran ekonomi negeri serta keupayaan negeri ketika mengurus belanjawan negeri, mengurus pandemik, seterusnya kini tumpuan untuk merancakkan semula ekonomi dan kesejahteraan negeri. Yang Berhormat Puan Speaker, raja dan rakyat berpisah tiada. Rakyat dibantu dan dikasihi keluarga Diraja. Menjunjung tinggi sistem beraja, makmur Johor harmoni sejahtera. Parit Raja merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor serta Tuanku Permaisuri Johor dan Duli Yang Amat Mulia Tuanku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor di atas keprihatinan menyalurkan bantuan demi bantuan kepada rakyat negeri Johor khususnya ketika berhadapan dengan situasi pandemik, begitu juga pendekatan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor mengambil pendekatan menyantuni golongan belia melalui Orang Muda Johor dan pelbagai aktiviti. Semoga Allah sentiasa melimpahkan nikmat rahmat serta keberkatan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor dan keluarga Diraja. Yang Berhormat Puan Speaker, strategi belanjawan negeri johor memberi fokus kepada 4 impetus baru. Izinkan Parit Raja mengemukakan beberapa pandangan melalui impetus yang pertama, Memperkasa Perlindungan Sosial dan Pemberdayaan Modal Insan. Pihak kerajaan melalui pelbagai agensi kerajaan telah menyalurkan banyak bantuan sama ada berbentuk tunai secara bulanan seperti melalui JKM dan Majlis Agama Islam Negeri Johor dan juga bantuan berbentuk bakul makanan. Namun, kesedaran yang paling penting

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 261

perlindungan keselamatan sosial pekerja yang amat bermanfaat terutamanya dalam menghadapi pandemik. Akta Keselamatan Sosial yang diluluskan oleh Parlimen pada tahun 1969 bertujuan memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja dan tanggungan mereka. Pada 1 Julai 1972, Akta Keselamatan Sosial 1969 telah dengan rasminya dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Tun Hussein dengan tertubuhnya PERKESO memberi perlindungan keselamatan sosial yang sangat memberi manfaat. Kini dengan skim baru yang ditawarkan kepada semua individu yang bekerja sendiri, rakyat negeri Johor seharusnya tidak melepaskan peluang, manfaat peluang buat diri dan keluarga. Usaha memberi kesedaran kepada masyarakat awam perlu dilipat gandakan agar kehidupan lebih sejahtera terutama menghadapi tempoh untuk bangkit selepas pandemik ini. Betapa dengan keprihatinan pemimpin 6 dekad yang lalu telah menitik beratkan kesejahteraan sosial rakyat dengan inisiatif seperti ini secara tidak langsung sebagai usaha untuk memperkasakan golongan B40. Selain itu, pandemik mengajar kita betapa pentingnya kemudahan sistem kesihatan di kawasan yang paling hampir dengan warga kampung iaitu klinik-klinik desa yang menampung perkhidmatan kepada penduduk yang semakin bertambah perlulah dinilai semula untuk ditambah baik dan dinaiktarafkan. Parit raja juga berharap tawaran baru dapat diberikan kepada rakyat johor khasnya anak muda untuk memiliki rumah pertama. Yang Berhormat Puan Speaker, dalam usaha Pemerdayaan Modal Insan beberapa aspek penting yang perlu diberi perhatian. Terdapatnya, bangunan Tabika Kemas yang dalam keadaan perlu diberi perhatian dan di baik pulih dengan segera. Tabika Kemas masih mendapat perhatian di kalangan masyarakat namun dengan arus perdana transformasi pendidikan juga perlu dijelmakan dalam institusi ini. Betapa ramai profesional dan frontliners yang telah berjaya melalui sistem pendidikan ini. Seterusnya, memperkasa Taska Permata Kemas dalam modul lindungi Permata Johor agar memberi peluang kepada anak-anak luar bandar mengikuti pendidikan awal kanak-kanak. Yang Berhormat Speaker, melalui impetus kedua mempertingkatkan bekalan makanan Johor. Beberapa cadangan penambahbaikan iaitu merangka pelan jangka pendek dan jangka panjang dalam memastikan harga sawit sentiasa berada pada tahap yang memberi manfaat kepada rakyat. Yang kedua, merangka pelan jangka pendek dan jangka panjang dalam menaikkan harga getah dan harga koko. Melalui Dasar Agro Makanan Negeri Johor, PENJANA dan program keusahawanan yang lebih inklusif dengan memperluaskan geran bantuan kepada pemain industri terutamanya anak muda dan golongan wanita di samping dapat mengurangkan masalah pengangguran, kerajaan negeri diharap dapat membuka peluang dan menyediakan inisiatif yang lebih luas kepada usahawan kecil yang berminat untuk memulakan Projek Rintis. Bantuan peralatan kepada usahawan industri kecil dan sederhana, bantuan khidmat nasihat kepada usahawan. Persaingan kepada syarikat besar sememangnya wujud namun peranan perusahaan kecil dan sederhana juga amat penting sebagai tulang belakang ekonomi. Seterusnya, mempergiat dan memperluaskan program keusahawanan memberi tumpuan kepada setiap daerah-daerah dalam menyediakan latihan dan kursus keusahawanan kepada rakyat negeri Johor. Mengadakan kerjasama strategik dengan pengusaha kilang baja dan racun sebagai langkah kawalan harga kepada petani. Menyediakan insentif geran bagi menambah bilangan rumah sembelihan berdaftar di negeri Johor dengan memberi peluang kepada penternak baru yang berpotensi. Rangka pelan bagi mengawal kenaikan harga barangan pengguna agar bukan sahaja dapat memberi manfaat kepada pengguna tetapi memacu ekonomi agar terus berdaya saing. Dan diharap dapat melanjutkan juga tempoh permohonan kepada pekebun-pekebun kecil bagi mendapatkan persijilan MSP ini. Yang Berhormat Tuan Speaker, melalui Strategi Pemerkasaan Digital dalam Belanjawan 2022 amat bertepatan buat masa kini. Kebergantungan semua sektor dalam dunia digital telah mempercepatkan proses transformasi. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor dalam pembentangan Belanjawan 2021 telah meletakkan benchmark bahawa keperluan jalur lebar sebagai utiliti ketiga selepas elektrik dan air di setiap kawasan pembangunan

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 262

yang baru bagi memastikan rakyat Johor sentiasa terhubung dengan akses jalur lebar yang menyeluruh dan berkualiti bagi menjayakan hasrat ini. Maka seiring dengan hasrat Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor, agensi kerajaan dan pihak swasta harus sama memadu usaha dan kerjasama erat agar dapat membangunkan negeri Johor dengan hala tuju utama dalam memperkasakan digital. Pembangunan Johor WIFI mengambil tempoh 5 tahun, wajar diberi perhatian agar benar-benar diberi fokus untuk meluaskan capaian di kawasan luar bandar. Pelan Jalinan Digital negara ataupun JENDELA dengan tambahan menara telekomunikasi baru, naik taraf pemancar telekomunikasi kepada sistem 4G amat dinantikan dan diharapkan dapat memberi impak tinggi kepada seluruh warga Johor khasnya di Parit Raja dan daerah Batu Pahat. Yang Berhormat Speaker, melalui strategi ekosistem pelaburan dan bumi hijau, diharap pihak kerajaan dapat terus memelihara dan memulihara hutan-hutan lipur dan taman eko rimba, taman-taman rekreasi di negeri Johor. Seterusnya, menambah trek pejalan kaki di mana Kawasan-kawasan rekreasi ini dipelihara terus sumber alam dapat membuka ruang kepada rakyat untuk menikmati gaya hidup sihat. Yang Berhormat Puan Speaker, sejak lebih 6 dekad yang lalu kita merdeka dan mentadbir negara dan negeri dengan acuan kita sendiri. Dari sebuah negara yang kaya dengan sumber alam, kini kita menjadi negara dan negeri yang maju dan makmur. Ianya hasil kebijaksanaan rakyat memilih pemimpin dan kebijaksanaan pemimpin sehingga kestabilan dapat memacu kemakmuran negara. Keakraban rakyat pula dari pelbagai kaum dan agama dapat hidup dengan suasana yang harmoni dengan dasar yang ada dapat menjalankan aktiviti ekonomi dan kepelbagaian kaum menikmati kehidupan yang lebih sejahtera hasil manfaat dari kestabilan demi kemakmuran. Keadaan ini tidak datang dengan sendiri kerana kunci kestabilan itulah yang memacu kemakmuran dan kemajuan negara. Namun setelah melalui satu episod pilihan raya umum, bagi menterjemah proses demokrasi, Pilihan Raya yang ke-14 telah pun mengubah landskap politik juga cara pemikiran rakyat. Manakala sebelumnya rakyat di hidang dengan himpunan jalanan, berlaku kasar kepada penguatkuasaan keselamatan dan juga melampaui undang-undang. Rakyat dibuai dengan janji manis di luar batasan dan kemampuan perlaksanaan. Lantaran itu di dalam Dewan yang mulia ini juga, kita telah mengalami perubahan hanya dalam satu tempoh pilihan raya. Sesungguhnya mana-mana parti pun yang mengemudi sebagai kerajaan buat masa ini bukan satu tempoh yang mudah, jauh sekali untuk berbangga diri, tetapi ini merupakan ujian buat kita dalam melaksanakan tanggungjawab besar kepada rakyat. Bukan sahaja menghadapi penyakit COVID-19 tetapi satu fenomena perubahan landskap politik yang amat luar biasa. Apatah lagi dalam keadaan sekarang ini kita perlukan satu tabungan kewangan yang stabil untuk mengurus rakyat di waktu pandemik. Itulah hasil kestabilan demi kemakmuran pentadbiran yang lalu. Peranan Ahli Dewan sebagai penyemak imbang di terjemah dan dimanfaatkan sebaik-baiknya. Ahli Yang Berhormat berpeluang berbahas di Dewan yang mulia ini. Manakala di peringkat daerah-daerah, peranan Pengerusi JKTD pula membawa permasalahan seperti isu setempat dan itu jugalah yang dilaksanakan apabila berlaku perubahan corak pemerintahan negara pada Mei 2018. Kita menghormati amalan ini. Oleh yang demikian, walau tidak turut serta dalam Mesyuarat JKTD isu-isu rakyat masih pun dibawa ke peringkat daerah. Jadi, kita berharap kita sama-sama menghormati apa yang telah kita putuskan dan kita pun menghormati Yang Berhormat Puan Speaker, menghormati kedudukan Yang Berhormat Speaker kita, tengok Yang Berhormat Puan Speaker kita steady je di situ ya. Budaya muafakat Johor itulah kita. Yang Berhormat Puan Speaker, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor yang telah menyalurkan peruntukan kepada semua Ahli Dewan untuk membantu rakyat dengan prinsip terbuka

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 263

mengetepikan perbezaan fahaman serta memandang tugas ahli Dewan selaku Wakil Rakyat. Maka dengan berjiwa besar Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor meletakkan tangga harap bahawa Ahli-Ahli Yang Berhormat dapat menyalurkan peruntukan bagi membantu rakyat. Yang Berhormat Speaker, sekali lagi patik merafak sembah dan menjunjung kasih kepada Duli Yang Amat Mulia Mejar Jeneral Tuanku Mahkota Johor di atas keprihatinan Yang Amat Mulia Tuanku bagi memastikan program vaksinasi mencapai matlamatnya. Syukur Alhamdulillah negeri Johor menjadi salah satu negeri yang membantu negara dalam mencapai tahap imuniti kelompok. Parit Raja mengambil kesempatan di dalam Dewan yang mulia ini untuk merakamkan penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti, jasa dan pengorbanan barisan hadapan yang bertungkus lumus melaksanakan tugas tanpa lelah. Kegigihan frontliners memastikan kesejahteraan rakyat agar terus terjamin merupakan satu semangat yang luar biasa dan pengorbanan yang besar buat negara. Penghargaan dan terima kasih juga kepada seluruh agensi kerajaan yang berganding bahu membantu dalam segala aspek bagi memenuhi keselamatan dan kesejahteraan rakyat terus terjamin. Yang Berhormat Speaker, Parit Raja ingin tegaskan betapa peri pentingnya kita tetap dan terus bernaung menjunjung tinggi institusi diraja dan perlembagaan persekutuan serta Undang-Undang Tubuh Negeri Johor. Payung kedaulatan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor telah membentuk dan keharmonian bangsa Johor. Sebagai rakyat, marilah kita terus menjunjung perlembagaan dan meletakkan sepenuh taat setia kita kepada raja dan negara. Betapa Duli Yang Maha Mulia Tuanku meletakkan kepentingan rakyat sebagai perkara utama, maka sudah menjadi kewajipan rakyat pula meletakkan sepenuh ketaatan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Yang Berhormat Speaker, bagi merealisasikan Belanjawan Johor marilah kita berganding bahu memastikan bangsa Johor berjaya untuk keluar dari pelbagai masalah yang wujud akibat pandemik dengan cara dan budaya Johor. Hormat-menghormati tunjang kekuatan kita. Muafakat membawa berkat. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Sekian, Parit Raja mohon menyokong Belanjawan 2022. Wabillahitaufik walhidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. YB Timbalan Speaker : Yang Berhormat Pulai Sebatang, jemput. YB Tuan Muhammad Taqiuddin bin Cheman (Pulai Sebatang) : Terima kasih Puan Speaker. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi taa’la wabarakatuh. Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah SWT dengan limpah dan rahmatNya kita dapat sama-sama bersidang di Dewan yang mulia pada hari ini. Ampun Tuanku Pulai Sebatang ingin merafak sembah takzim, menjunjung setinggi-tinggi kasih dan mengucapkan selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim sempena sambutan ulang tahun hari keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 22 November 2021. Patik mendoakan agar Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Permaisuri Johor dilanjutkan usia serta sentiasa berada dalam keredaan dan keberkatan Allah SWT. Pulai Sebatang ingin mengucapkan terima kasih di atas ruang yang diberikan bagi membahaskan Belanjawan Johor 2022 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar minggu lalu. Pertama sekali, Pulai Sebatang juga ingin mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional yang baru membentuk kerajaan baharu di Melaka tanpa memerlukan sokongan dari PBBM dan juga Pas. Walaupun aneh tapi itulah drama politik Malaysia, gabungan parti pemerintah

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 264

di persekutuan bertembung sesama sendiri di pilihan raya negeri demi kemaslahatan ummah katanya. Di mulut perkataan demi rakyat tidak pernah lupa untuk ditunggang. Namun, tindakan demi tindakan menunjukkan sebaliknya sehingga akhirnya terpaksa membawa pembubaran DUN dan seterusnya pilihan raya negeri. Kita semua maklum bahawa hari ini rakyat sudah jelik dengan melihat perilaku ahli politik yang tidak henti merencanakan bagi mendapatkan kuasa. Mereka semakin hari semakin tersepit dengan krisis ekonomi, pendidikan. Anak-anak sudah lama tidak bersekolah, kadar pengangguran semakin meningkat. Rakyat seolah hilang kepercayaan kepada orang politik untuk membela nasib mereka. Apabila berkempen, rakyat memerhatikan bahawa orang politik rancak menagih undi mereka. Walaupun begitu, Pulai Sebatang yakin bahawa di Johor tidak akan berlaku peristiwa sedemikian rupa walaupun kita dengar ada ADUN yang boleh acah-acah nak tekan button untuk PRN di Johor. Beliau sendiri pun diturunkan di persekutuan. Begitulah sunnah kehidupan, yang khianat akan dikhianati. Keduanya Pulai Sebatang juga yakin seluruh Ahli Dewan yang mulia ini mempunyai kewarasan bahawa kesejahteraan rakyat wajib didahulukan berbanding yang lain. Sebab itu, hari ini kita dapat lihat Speaker masih lagi orang yang sama walaupun kerajaan bertukar. Inilah kematangan yang wajar dicontohi oleh mana-mana Dewan Negeri dan Dewan Rakyat. Bukan itu sahaja, Johor juga mendahului dalam membina kesepakatan kerajaan dan pembangkang dalam menangani krisis kesihatan dan ekonomi dek terpukul oleh kesan pandemik dan pada masa yang sama berusaha untuk meringankan beban rakyat yang dihimpit oleh keadaan yang sedia ada. Secara umumnya, Pulai Sebatang melihat bahawa ucapan Belanjawan pada kali ini lebih memfokuskan pada pemulihan krisis. Namun, saya tertanya apakah tiada lagi bantuan subsidi bersasar yang diberikan? Jika dilihat hanya ada bantuan melalui MAIJ yang memfokuskan golongan asnaf, selain itu Pulai Sebatang juga kurang jelas dengan sumber pendapatan kerajaan negeri tahun hadapan bagi menampung kantung kewangan kerajaan. Yang Berhormat Puan Speaker, apa yang kurang di dalam ucapan kali ini adalah kurangnya komitmen reformasi institusi apa yang kita boleh lihat adalah pemakluman bahawa peruntukan sekian, sekian, namun tidak ada yang menyentuh soal reformasi institusi itu sendiri. Pulai Sebatang ingin sebelum ini Speaker Dewan ada usaha untuk membawa reformasi kepada Dewan ini. Pulai Sebatang berpandangan usaha ini perlu diteruskan kerana reformasi ini suatu proses yang sihat. Janganlah kita lihat dari sudut istilah yang sinonim dengan mana-mana sosok sahaja. Kita kena tengok dan lihat pada sense sebuah penubuhan. Kerana itu Pulai Sebatang berpandangan bahawa Dewan ini perlu ada penyelidik untuk membuat penilaian apa lagi reformasi yang boleh dilakukan agar roh demokrasi itu subur berfungsi di Dewan yang mulia ini. Pulai Sebatang mengucapkan terima kasih kepada yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas respons terhadap permintaan Wakil Rakyat supaya diberi ruang yang signifikan di dalam mesyuarat Tindakan Daerah. Namun pada hemat Pulai Sebatang peranan sebagai pemerhati dalam Mesyuarat JKTD masih lagi kelabu. Adakah peranan kami sebagai Wakil Rakyat dibenarkan untuk bersuara, melontarkan buah fikiran atau sekadar dapat menyaksikan sahaja mesyuarat berlangsung tanpa sebarang ruang untuk Wakil Rakyat menyampaikan cadangan mereka. Pulai Sebatang ingin menegaskan bahawa isu penyertaan wakil rakyat di dalam Mesyuarat JKTD telah banyak kali dibangkitkan oleh Wakil-wakil Rakyat di DUN ini. Dan, Pulai Sebatang yakin bahawa peranan yang bermakna dapat membuahkan suatu yang baik dan sihat buat pembangunan rakyat di kawasan yang diwakili oleh Wakil-wakil Rakyat bukan hanya sekadar satu usaha kosmetik yang hanya nampak cantik di mata. Pulai Sebatang percaya bahawa dalam proses demokrasi yang sihat, Wakil-wakil Rakyat pembangkang juga diberi ruang yang sama dalam proses pembuat dasar dan keputusan. Bukan sekadar menjadi pemerhati di dalam mesyuarat, justeru Pulai Sebatang mengharapkan agar ada perincian yang lebih murni sewaktu ucapan penggulungan nanti.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 265

Yang Berhormat Puan Speaker, hari ini netizen sedang membincangkan kenyataan NGO, Persatuan Penyelesaian Pengguna dan Peminjam Malaysia bahawa lebih ramai anak muda akan diisytiharkan muflis menjelang berakhirnya bantuan moratorium bersasar kerajaan. Presidennya menyatakan bahawa beliau menerima secara purata 30 panggilan setiap hari memaklumkan hal muflis. Oleh itu, Pulai Sebatang mencadangkan agar kerajaan negeri dapat mengesan sekiranya ada anak muda yang masih perlu bergantung kepada moratorium agar diberikan bantuan secara bersasar agar mereka tidak mencari jalan yang tidak dikehendaki. Pergi berjumpa dengan along kerana mereka masih muda yang hanya terhimpit dengan desakan ekonomi kepada situasi semasa. Yang Berhormat Puan Speaker, Pulai Sebatang juga ingin menegur supaya kerajaan mengeluarkan kenyataan yang bertanggungjawab apabila rakyat mempersoalkan tindakan kerajaan. Contohnya, kenyataan EXCO Perpaduan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna baru-baru ini yang menggores hati rakyat yang sedang bergelut dengan krisis kenaikan harga barang. Sewajarnya dalam tempoh ini kerajaan boleh keluarkan satu kenyataan yang bersifat menyelesaikan dan meleraikan kekusutan rakyat. Bayangkan tempoh hari, ada rakan mengadu kepada saya purata harga seekor ayam sekitar RM20.00 hingga RM22.00 bahkan ada kedai yang menjual setengah ekor berbanding seekor. Harga telur ayam juga naik. Terbaru saya mohon kerajaan semak aduan harga sayur yang dikatakan meningkat sehingga 200%. Ini adalah perkara yang real berlaku di lapangan dan memberi kesan kepada kesejahteraan rakyat. Jadi Pulai Sebatang nak minta supaya kerajaan buatlah kerja, turun kelapangan tanya rakyat bukan sekadar hanya lontarkan kenyataan seolah-olah melepaskan batuk di tangga sahaja. Pulai Sebatang apabila dengar jawapan itu memang rasa kecewa seolah-olah lepas tangan, tidak ada yang dinamik dalam menjawab soalan berkenaan. Kenaikan harga bahan mentah yang disebut betullah teori yang kerajaan sebut. Apabila permintaan meningkat, harga akan naik. Cuma yang rakyat nak tahu kenapa kenaikan harga ini terlalu tinggi dan mendadak seolah tiada kawalan dari kerajaan. Isu harga ayam naik mendadak ini bukan baharu. Sewaktu Aidilfitri tempoh hari, rakyat juga mengadu sekilo ayam sampai RM9.50. Yang Berhormat Puan Speaker, isu jaminan bekalan makanan sudah menjadi isu kritikal. Hari ini kita melihat lonjakan luar biasa harga bahan mentah dan juga keperluan harian ayam, telur misalnya telah membuat kenaikan di tahap luar kemampuan rakyat. Apakah kerajaan hari ini mahu berdalih bahawa tiada apa yang boleh dilakukan kerana kita kekurangan bekalan dan permintaan yang meningkat. Cuba jelaskan apa yang menyebabkan permintaan terhadap bahan mentah ini yang lain dari tahun sebelum-sebelum ini. Melainkan kita sememangnya tidak memberikan perhatian khusus terhadap isu bekalan makanan ini. Justeru, Pulai Sebatang mengharapkan isu food security ini tidak hanya sekadar menjadi projek ekonomi kerajaan negeri bahkan dinilai dan melihat masalah sebenar yang dihadapi oleh rakyat Johor. Yang Berhormat Puan Speaker, saya ingin mengangkat semula cadangan berkaitan elaun pegawai masjid dan surau berserta noja. Mereka ini telah menabur bakti dengan berkhidmat seikhlas hati dalam menegakkan syiar Islam dan kemakmuran masjid dan surau di Johor. Mereka menjalankan pelbagai program-program yang baik, menguruskan program-program mengimarahkan masjid dan surau. Mereka juga memastikan bahawa surau dan masjid dalam keadaan bersih dan selesa. Membimbing ahli kariah melalui program-program kuliah harian dan mingguan melalui guru takmir, menjadi peranan perantara Jabatan Agama Islam Johor dan masyarakat dalam menerangkan, menyampaikan informasi yang tepat dari Majlis Agama terutamanya sewaktu pandemik. Justeru Pulai Sebatang mencadangkan agar Majlis Agama Islam Negeri Johor memberi kadar elaun berikut, yang sebelum ini pegawai masjid tidak menerima sebarang elaun daripada Majlis MAIJ. Mereka hanya terima daripada JAKIM, RM850.00. Apa kiralah jika pihak MAIJ dapat menambah elaun RM350.00 pada imam 1 dan iman 2. Seterusnya kepada bilal, Jabatan Agama Islam Negeri Johor tidak memberikan sebarang elaun. Elaun hanya daripada JAKIM, RM100.00 sebulan. RM100.00 sebulan ini diberikan kepada bilal,

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 266

jadi apa kiranya jika ditambahkan RM500.00 menjadikan RM600.00 kepada bilal. Manakala noja di masjid diberi RM400.00 yang mana sebelum ini hanyalah RM80.00 sahaja diberikan elaun kepada noja. Begitu juga dengan pegawai surau, imam, Pulai Sebatang mencadangkan supaya diberi RM500.00, bilal RM400.00 mana kala noja RM350.00. Besar harapan Pulai Sebatang agar dapat diluluskan, kerana mereka bertungkus lumus memakmurkan masjid dan surau terutamanya sewaktu perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Pulai Sebatang memohon supaya EXCO dapat menjawab dan memberikan penjelasan. Yang Berhormat Puan Speaker, yang akhirnya Pulai Sebatang ingin membangkitkan lagi sekali dalam Dewan yang mulia ini berkaitan sistem perparitan di kawasan DUN Pulai Sebatang. Rasanya isu ini tidak pernah gagal dibangkitkan di dalam ucapan perbahasan Pulai Sebatang memandangkan isu ini ialah isu yang tidak berkesudahan. Tahun ini sahaja di daerah Pontian khususnya, di Pulai Sebatang telah beberapa kali dilanda banjir dan biasanya banjir termenung. Air tidak boleh keluar, kebun, rumah, kandang ternakan tenggelam berhari-hari. Jadi apabila Pulai Sebatang turun bertemu, mereka memohon penjelasan. Pastinya akan ditanya bila hal ini akan diselesaikan. Dan pastinya bagi Pulai Sebatang tidak dapat tidak masalah ini mesti diselesaikan sebelum berakhirnya penggal ini. Hasil tinjauan Pulai Sebatang mendapati sistem perparitan di kawasan yang terlibat terutamanya parit-parit terhubung di Sungai Sanglang dan Sungai Ayer Baloi kurang memuaskan dan memerlukan penyelenggaraan dari pihak JPS dengan segera. Antara tindakan yang perlu segera dilaksanakan adalah usaha menggali semula Sungai Ayer Baloi dan Sungai Sanglang bermula dari kuala hingga ke hulu sungai. Ini bagi memastikan bencana banjir seumpama ini tidak perlu lagi menjadi kerisauan penduduk di sekitar masa hadapan. Justeru Pulai Sebatang memohon agar kerajaan negeri dapat menyegerakan peruntukan penyelenggaraan di DUN Pulai Sebatang bagi mengatasi masalah ini di masa hadapan. Sebelum menutup ucapan perbahasan Pulai Sebatang pada hari ini, Pulai Sebatang berharap kita semua dapat terus komited dalam memerangi COVID pandemik ini. Janganlah ada apa juga aksi dan stunt politik yang akhirnya membawa kerugian kepada rakyat. Pulai Sebatang yakin dan percaya bahawa Johor akan sentiasa di hadapan bukan hanya pada bola sepak bahkan di dalam politik dan tadbir urus negeri. Sekian, terima kasih. YB Timbalan Speaker : Yang Berhormat Kota Iskandar, jemput. YB Sr. Dzulkefly bin Ahmad (Kota Iskandar) : Terima kasih Puan Speaker. Bismillahirahmannirrahim (bacaan doa). Pertamanya patik merafak sembah menjunjung kasih dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 22 November 2021. Patik berdoa semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Permaisuri Johor dilanjutkan usia dalam keafiatan sentiasa dalam limpah rahmat dan keampunan Allah SWT. Yang Berhormat Puan Speaker, Kota Iskandar mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Johor kerana telah berjaya membentangkan Belanjawan Johor 2022 yang bertemakan, “Memperhebatkan Kesejahteraan Johor”, pada 18 November yang lalu, yang merupakan belanjawan defisit sebanyak RM286.47 juta berbanding RM248.14 juta pada tahun yang lepas. Belanjawan defisit 2 tahun berturut-turut ini sudah dijangka khusus dalam usaha kerajaan memerangi pandemik COVID-19 dan juga proses pemulihan ekonomi Johor. Yang Berhormat Puan Speaker, Kota Iskandar juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada semua anggota barisan hadapan, fronliners yang banyak berkorban dalam memerangi pandemik COVID-19, di mana kadar vaksinasi populasi dewasa telah mencapai 97%.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 267

Yang Berhormat Puan Speaker, Kota Iskandar ingin memulakan perbahasan dengan memberi sedikit respons kepada ucapan Yang Behormat daripada Penawar dan juga Pasir Raja yang menyentuh tentang peruntukan tambahan RM250,000.00 yang diberikan kepada 27 ADUN Pakatan Harapan. Apabila dipetik sama ada diberi betis nak peha ataupun seperti Belanda meminta tanah adalah tidak tepat. Kalau bahasa Arab dipanggil “Kias maalfa’iq”, kias yang batil kerana apa, peruntukan RM250,000.00 ini bukan untuk kepentingan peribadi, tetapi adalah untuk rakyat di kawasan kita yang dilantik. Sayugia permulaan kepada benih dan asas kepada politik budiman dimulai di zaman kerajaan Pakatan Harapan, di mana kita memberikan peruntukan RM50,000.00 DUN Pembangkang, walaupun jumlahnya kecil tetapi yang pastinya permulaan telah dimulai oleh kerajaan Pakatan Harapan. Selama 60 kerajaan BN sebelum daripada ini tidak pernah memberikan peruntukan kalau mengikut kajian saya kepada pembangkang that is a fact yang kita kena terima. Alhamdulilah, politik budiman ini telah disambut oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar sekarang dan dibuat proses penambahbaikan dan ini merupakan suatu yang sangat baik sebenarnya. Bahkan digalakkan di dalam Islam, kerana di sana dalam al-Quran disebutkan “fastabiqul kharat’, berlumba-lumbalah kamu dalam membuat kebajikan dan kebaikan. Yang penting akhirnya rakyat yang akan mendapat manfaat ataupun kelebihan. Negeri Johor boleh terus maju jauh ke hadapan. Politik conventional yang diamalkan sekarang diubah kepada politik baharu. Apa dia politik baharu, iaitu politik integriti, politik nilai dan juga politik budiman. Untuk tujuan tersebut Yang Berhormat Puan Speaker, Kota Iskandar ingin mencadangkan supaya di bawah Governance Johor dimasukkan peruntukan di mana Yang Amat Berhormat Menteri Besar, EXCO dan ADUN wajib membuat pengisytiharan harta secara terbuka, sama ada seperti dilaksanakan semasa kerajaan Pakatan Harapan atau sekurang-kurang kepada SPRM. Pengisytiharan harta ini akan meningkatkan integriti keamanahan kerajaan negeri Johor. Allah SWT menyatakan dalam suratul al-Ahzab ayat 72,(bacaan al-Quran) di mana disebutkan, “ Allah SWT telah membentangkan amanah kepada langit, gunung, bukit bukau tetapi semuanya enggan menerima amanah tersebut lalu diterima amanah tersebut oleh manusia yang sangat kerdil”. Lalu Allah telah menyatakan (bacaan al-Quran) iaitu, “Sebahagian besar manusia ini adalah jahil dan juga bodoh”. Di mana amanah ini disebut oleh para muasyirin iqamatuldin iaitu menegakkan agama Islam dan mentadbir dunia, negara dengan panduan daripada Islam, kerana dalam agama kita ada unsur haram dan halal. Dalam agama kita ada unsur pahala dan dosa. Ini akan menjadi suatu wahzan, pertimbangan dalam kita membuat setiap keputusan supaya keputusan itu adalah yang terbaik untuk rakyat yang kita wakili. Yang Berhormat Puan Speaker, rakan sahabat saya YB Parit Yaani tadi ada menyebut tentang kemungkinan selepas ini mungkin bukan sekarang, selepas ini, peruntukan kepada ADUN ini bukan lagi dibuat secara sama rata, sama rasa, tetapi berdasarkan kepada jumlah pengundi yang ada di kawasan mereka. Contoh seperti saya di Kota Iskandar ini Puan Speaker, sekarang ini aje ada 69,000 pengundi dan akan tambah pengundi 18 tahun automatik akan cecah 100,000 orang. Yang Berhormat Menteri Besar, pengundi dia di Benut ada 20,000 sahaja. Pening juga. Tapi kadang-kadang lagi senang saya tidur... YB Timbalan Speaker : Lima kali ganda. YB Sr. Dzulkefly bin Ahmad (Kota Iskandar) : Tak larat nak fikir, jadi cepat tidur. Yang Berhormat Puan Speaker, itu sebabnya insya-Allah kita ada usul tentang penubuhan Jawatankuasa Pilihan untuk membuat kajian tentang peningkatan jumlah pengundi yang tiba-tiba mendadak di beberapa Parlimen dan juga DUN di negeri Johor. Mudah-mudahan usul ini diterima dan kita boleh bergerak dengan lebih baik supaya setiap ADUN dapat memberikan perkhidmatan yang efektif berdasar kepada jumlah average, jumlah purata kepada bilangan pengundi di 56 DUN di negeri Johor.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 268

Yang Berhormat Puan Speaker, saya nak menyentuh tentang isu perumahan yang ada satu dua ADUN telah menyentuh iaitu tentang Program Khas Rumah Johor untuk B40 dan juga M40. Saya tak pastilah Puan Speaker orang kata sekarang ini dah tak ada B40, yang ada B50. Maknanya akibat daripada pandemik, telah banyak golongan M40, 10% telah jatuh kepada B40. Seharusnya sekarang ini kita ada B50, M30 dan T10. Di mana dikatakan bahawa 153,712 unit Rumah Mampu Biaya Johor yang boleh dibina dengan melibatkan keluasan tanah 4,500 hektar, saya rasa perkara ini merujuk kepada jumlah Rumah Mampu Biaya yang tidak dibina oleh pemaju semenjak Dasar Perumahan Rakyat Johor diperkenalkan. Makna, sebab apa? Sebab pemaju tidak membina rumah tersebut disebabkan berlakunya banyak loopholes dengan izin ataupun kelemahan dalam Dasar Perumahan Rakyat Johor kita. Masa itu berlakulah Rumah Mampu Biaya dibina pada fasa terakhir, mereka minta pengecualian bayar denda dan seumpamanya. Itu sebabnya EXCO Perumahan Pakatan Harapan dulu meluangkan masa untuk membuat libat urus dan juga bengkel bagi memperkasakan Dasar Perumahan Rakyat Johor. Dan, alhamdulillah pada 1 April 2019 Pakatan Harapan telah melancarkan Dasar Perumahan Rakyat 2.0 yang banyak dilakukan pelbagai penambahbaikan. Di mana di antara yang kita tekankan semasa submission dengan izin, untuk mendapatkan KM di PBT sekira layout yang dihantar oleh pemaju jelas menunjukkan jumlah Rumah Mampu Biaya tidak mencukupi dengan purpose, dengan senang hati mereka, maka permohonan itu mestilah ditolak supaya setiap pemaju mesti mengambil tanggungjawab membina Rumah Mampu Biaya 40% daripada jumlah keseluruhan unit sebagaimana yang ditetapkan oleh Dasar Perumahan Rakyat Johor. Kecuali boleh membayar denda RM40,000 ke RM60,000 sekiranya disebabkan faktor fizikal, saiz tanah yang kecil, keadaan geografi banyak parit, sungai ke atas tanah tersebut ataupun shape tanah itu, bentuk tidak mengizinkan dan berlaku kekurangan barulah pihak pemaju perumahan dibenarkan membayar denda RM40,000 ke RM60,000 bagi setiap unit Rumah Mampu Biaya yang tidak dibina oleh pihak pemaju. Kota Iskandar juga ingin mendapatkan penjelasan daripada EXCO yang berkenaan sebab saya rasa dalam sidang yang lepas atau bajet lepas telah dinyatakan satu Program Kempen Transisi 2.0 yang saya yakin dan saya merujuk kepada isu yang sama iaitu isu pemaju yang gagal membina Rumah Mampu Biaya sebagaimana yang telah ditetapkan. Komen saya, tentang Program Khas Rumah ini kerana disebut bahawa tanah ini akan diberikan kepada kerajaan negeri. Ok, tetapi kalau ikut Dasar Perumahan Rakyat Johor, pemaju mesti membina rumah di atas tanah, dua elemen, mesti ada rumah dan juga tanah. Sekarang ini kerajaan negeri bersedia menerima tanah sahaja. Jadi siapa yang akan menanggung kos pembinaan rumah ini dan kita tahu bahawa pembinaan kos rumah rendah ini tidak menguntungkan pemaju dan ada elemen cross subsidi, saya bimbang nanti 4,990 hektar ini sebahagian besar terpaksa diberi laluan kepada pemaju mungkin telah diswastakan untuk dibina rumah mewah sebab apa, nak menggunakan sebahagian daripada keuntungan pembangunan rumah mewah ini untuk menampung kos Rumah Mampu Biaya Johor. Ini juga perlu diambil kira kerana kita akan berlaku tidak adil kepada pemaju yang telah memenuhi syarat membina Rumah Mampu Biaya sebagaimana ditetapkan oleh Dasar Perumahan Rakyat Johor iaitu 40%. Yang Berhormat Puan Speaker, persoalan juga adalah siapa yang akan membina rumah ataupun yang akan memajukan tanah seluas yang kita sebutkan tadi 4,990. Adakah melalui GLC ataupun syarikat berkaitan kerajaan negeri, kita ada KPRJ, kita ada Johor Land, kita ada PIJ, PIJH ataupun akan diswastakan? Dan, pengalaman kerajaan Johor tentang penswastaan ini banyak majoritinya gagal. Indah khabar daripada rupa. Yang Berhormat Puan Speaker, kita meminta supaya program ini dikaji semula supaya benar-benar perkara ini mendatangkan keuntungan ataupun kemanfaatan kepada rakyat dan bukannya sebaliknya mendatangkan keuntungan kepada pihak-pihak yang lain, yang terlibat dengan kerja-kerja perlaksanaan pembangunan Rumah Mampu Biaya di atas tanah yang disebutkan tadi. Termasuk dalam polisi yang baru yang kita perkenalkan itu adalah setiap fasa itu mesti ada komponen Rumah Mampu Biaya, istilah dia adalah proportionate dan concurrent tidak akan berlaku lagi Rumah Mampu Biaya di bina di fasa terakhir tetapi

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 269

setiap fasa mempunyai jumlah dan peratusan Rumah Mampu Biaya sebagaimana yang dibenarkan termasuk juga pemaju kalau lokasinya begitu hebat strategik kita benarkan dia relocate dengan izin ke kawasan lain tetapi mesti dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan yang sama dan mesti dibina oleh mereka dan kalau mereka menyerahkan tanah itu kepada kerajaan mestilah bersama dengan kos pembinaan sebenar Rumah Mampu Biaya tersebut. Yang Berhormat Puan Speaker, seterusnya saya nak sentuh tentang perlaksanaan syarikat konsesi di negeri Johor. Rakan saya YB Senggarang telah menyentuh tentang Konsesi Safwa Global Ventures. Rakan saya YB Sri Medan juga dah menyentuh tentang konsesi penyelenggaraan jalan kampung saya mohon Yang Berhormat Menteri Besar ataupun EXCO yang berkenaan. YB Dato’ Haji Zulkurnain bin Haji Kamisan (Sri Medan) : Yang Berhormat, Yang Berhormat Speaker, tadi sebut minta maaf eh, peraturan 45, betul ke tadi Yang Berhormat sebut Sri Medan ke apa tadi. Saya dengar macam Sri Medan tadi. YB Sr. Dzulkefly bin Ahmad (Kota Iskandar) : Minta maaf bukan Sri Medan. YB Senggarang dan juga saudara YB Khuzzan, Semerah. YB Dato’ Haji Zulkurnain bin Haji Kamisan (Sri Medan) : Yang Berhormat Speaker, mohon Kota Iskandar tarik balik. YB Timbalan Speaker : Mohon betulkan, mohon betulkan. YB Sr. Dzulkefly bin Ahmad (Kota Iskandar) : Saya tarik balik. Mungkin untuk PRU yang akan datang kot. Saya minta supaya Yang Berhormat Menteri Besar atau EXCO yang berkenaan membuat penerangan di Dewan yang mulia ini, betulkah jalan kampung yang selama ini diberikan konsesi kepada Infra Desa Sdn Bhd bagi beberapa daerah Batu Pahat, Muar, Tangkak, Segamat, Kluang dan juga Teto Engineering bagi pihak Pontian, Johor Bahru, Kulai, Kota Tinggi sekarang ini telah diserahkan konsesi tersebut kepada satu syarikat dinamakan Qul Holding (M) Sdn. Bhd. sebagaimana dinyatakan dalam bajet belanjawan melibatkan peruntukan sebanyak RM50 juta setahun? Saya minta dijelaskan. Yang Berhormat Puan Speaker, sebenarnya tiada masalah untuk kerajaan negeri melantik syarikat konsesi asalkan pertama ianya mesti menguntungkan rakyat, tidak merugikan rakyat. Yang kedua tidak merugikan kontraktor-kontraktor yang sedia ada khususnya kontraktor kecil G1 dan G2 dan yang ketiganya mestilah kos efektif. Kita tidak mahu, terjadi di mana konsesi ada yang klausa dalam perjanjian sangat berat sebelah, tidak memihak kepada kerajaan tetapi memihak kepada pihak konsesi, ini tidak seharusnya berlaku. Sebagaimana ada satu perjanjian di dalam itu disebut dengan izin The rates for the works shall be reviewed upwards, at a rate mutually agreed by the parties. The rate for the work shall be reviewed upward, maknanya kajian semula kepada kadar itu mestilah menaik, sedangkan saya Property Consultant bila kita buat rent review dia subjek kepada keadaan ekonomi sama ada menaik mendatar ataupun menurun tetapi this particular agreement dengan izin, dia sebut bahawa shall be reviewed upward, ini kita kata tidak kos efektif. Maknanya dia menguntungkan pihak konsesi bukannya pihak kerajaan sebab dia sebut syarat konsesi mestilah kos efektif. Bukan saya menentang konsesi tetapi perjalanan konsesi itu mesti tidak membebankan kewangan negeri dan tidak merugikan rakyat kita. Kota Iskandar ingin menyentuh tentang perenggan 129 belanjawan, di mana disebut tentang RM30 juta disediakan bagi kerja menaik taraf dan menggantikan jalan trafik sederhana MTB. Saya fahamkan bahawa pihak IDJ akan mengambil alih ataupun akan dilantik menjadi konsesi untuk membina 200 jambatan MTB. Jambatan MTB adalah jambatan luar bandar di kawasan pertanian dengan peruntukan RM150 juta ataupun RM30 juta setahun. Saya minta perkara ini dijelaskan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar ataupun EXCO yang berkenaan. Betulkah kenyataan saya ini? Kalau betul, huraikan kenapa perlu melantik IDJ

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 270

yang mana kepakaran sebagai mereka tahu adalah tentang pembinaan jalan, jalan kampung sedangkan ratusan jambatan MTB ini selama ini diurus dan diselenggarakan oleh JPS yang mempunyai kepakaran. Kenapa ia diuruskan oleh satu entiti yang berauthority, mempunyai kepakaran diserahkan kepada satu syarikat konsesi yang so call dia hebat tetapi sebenarnya dia tidak memiliik kemahiran dan kepakaran dalam membina dan menguruskan jambatan. Apa yang bimbang, apa yang membimbangkan saya adalah nanti mereka akan melakukan kontrak secara build and design, reka dan bina melantik konsultan luar akan menyebabkan kos pembinaan kepada jambatan ini semakin tinggi. Dan apakah rasional, adakah telah dibuat inventori forensik kepada setiap issuance of this jambatan? Sama ada jambatan ini perlu dibina, perlu di selenggara, perlu dinaiktarafkan kerana jambatan-jambatan ini tidak boleh kita naikkan taraf begitu sahaja sekiranya status jalan tersebut di luar bandar tidak dinaikkan taraf. Suddenly jalan kampung ada jambatan yang besar, ini tidak bersesuaian dan tidak memenuhi dari segi teknikal jambatan tersebut. Oleh itu saya harap... YB Timbalan Speaker : Kota Iskandar sila gulung. YB. Sr. Dzulkefly bin Ahmad (Kota Iskandar) : Saya berharap Yang Berhormat Puan Speaker, perkara ini dijelaskan dalam Dewan yang mulia ini bukan untuk saya menuding jari, tetapi untuk kebaikan kita bersama supaya bila mana dilaksanakan konsesi ini untuk tempoh 5 tahun ianya tidak membebankan sebagaimana saya sebut tadi kewangan kerajaan negeri dan juga tidak merugikan rakyat yang sekarang ini dilanda dengan pandemik COVID-19. Yang Berhormat Puan Speaker, saya nak sebutlah yang terakhir mungkin, kepada sahabat sayalah YB Rengit. Dulu, masa 29 November 2020 dalam sidang DUN dinyatakan bahawa saya sebut lah ya, saya ambil daripada hansard kita. Bagi tahun 2018, 2019 tiada kerja-kerja pecah tanah sepanjang tempoh tersebut, kenyataan ini menggambarkan seolah-olah tidak ada Rumah Mampu Biaya yang mula dibina pada pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan pada 2018 dan 2019. Masa Persidangan tersebut saya tidak mempunyai data dalam tangan saya. Persidangan lepas pun ada, saya ada, tapi saya tak sempat nak sebut. Jadi saya nak sebut untuk direkodkan dalam hansard ataupun minit Dewan ini. Sebenarnya walaupun tidak ada pecah tanah dilakukan tidak bermakna tidak ada pemaju yang membina rumah berdasarkan kepada Dasar Perumahan Rakyat Johor iaitu 40% saya sebutkan. Untuk tahun 2018, terdapat 7 projek perumahan yang mula dibina yang melibatkan sebanyak 2,077 unit Rumah Mampu Biaya Johor. Pada tahun 2019 terdapat 28 projek perumahan yang mula dibina yang melibatkan sebanyak 3,663 unit Rumah Mampu Biaya detail dia saya ada tak perlu saya sebut dalam ucapan saya pada petang ini. Akhirnya, saya menutup ucapan saya dengan membaca sepotong ayat dalam surah Al-Araf ayat 96 (bacaan ayat al-Quran) ‘dan sekiranya penduduk negeri itu beriman dan bertakwa pasti kami akan melimpahkan kepada mereka berakah daripada langit dan bumi tetapi ternyata mereka mendustakan ayat-ayat kami maka kami seksa mereka sesuai dengan apa yang mereka telah kerjakan’. Wabillahitaufik walhidayah wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. YB Timbalan Speaker : Yang Berhormat Mahkota, jemput. YB Tuan Muhamad Said bin Jonit (Mahkota) : Bismillahirahmanirahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. (Bacaan doa). Terlebih dahulu patik merafak sembah menjunjung kasih dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 22 November 2021. Patik dan seluruh rakyat di Mahkota sentiasa mendoakan keafiatan dan sentiasa dalam, semoga Tuanku dalam limpahan rahmat dan keampunan Allah SWT. Saya ada sembilan perkara

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 271

nak disampaikan, tapi oleh kerana mungkin antara 15 minit sahaja, maka mungkin tidak dapat disampaikan semuanyalah. Tapi yang penting, umur sekarang dah 68 tahun. Pertama kali jadi Wakil Rakyat, dan saya rasakan bertanggungjawab, saya ingin menyampaikan. Kalau dalam bahasa Indonesia punya cakap kena curhat. Curhat ini makna bagi curahan hati untuk semualah tatapan Wakil Rakyat dan juga yang di luar sana. Kita dah merdeka 64 tahun. Malaysia yang kita cintai, Johor yang kita sayangi. Sebagai sebuah negara dan negeri, kita ini berbilang kaum. India, Cina, Melayu, Kadazan dan macam-macam. Tapi yang kita bimbangkan, warisan-warisan yang telah ditinggalkan selama 64 tahun ini mampukah kita pertahankan? Mampukah akan ia dapat kita jadikan sebagai warisan kepada anak cucu kita? Saya hanya ada lima cucu, mungkin yang lain-lain ada lebih dan sebagainya. Apa yang kita lakukan sekarang akan diterjemah oleh anak cucu kita di masa akan datang. Saya bimbang banyak keputusan-keputusan pemimpin besar yang menggunakan perkauman berusaha memegang tampuk pentadbiran dengan menggunakan isu-isu yang amat sensitif dan membimbangkan saya, membimbangkan Mahkota untuk masa depan negara. Hakikatnya, apa yang dilakukan sekarang ialah strategi pecah dan perintah ahli politik demi terus menguasai sesuatu kumpulan. Yang Berhormat Tuan Pengerusi, Tuan Yang Dipertua, orang Melayu baharu dipermainkan dengan strategi politik perkauman yang sebegini buruk. Sejak Tanah Melayu dijajah oleh Portugis, Inggeris, Jepun, strategi ini diguna pakai. Majoriti di Malaysia, majoriti di Johor adalah bangsa Melayu. Kuasai bangsa Melayu maka dapatlah pemimpin politik memerintah eksekutif kerajaan di peringkat pusat dan juga di peringkat negeri. Ini selalu ditekankan, kita ini berbilang bangsa, berbilang kaum dan di Johor pula Bangsa Johor, di Malaysia pula sekarang Keluarga Malaysia, tapi approach-approach yang dibuat, perkara-perkara yang ditimbulkan, cadangan-cadangan demi kebaikan negara dan negeri adakah sebenarnya menjurus kepada usaha yang sedemikian untuk masa hadapan negara dan negeri? Kerana saya melihat, Mahkota melihat pemikiran lama, aib orang Melayu, kamu akan hilang tongkat. Siapa yang tak takut kalau hilang tongkat? Tapi, adakah ini satu ingatan yang paling baik untuk membolehkan kita menterjemahkan usaha? Menteri Besar, Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan kerajaan yang dipimpin oleh sebelah sana mencadangkan bajet bahagian terbaik. Tapi kalau bajet-bajet demikian tidak diterjemahkan secara adil, tidak memberi apa makna. Saya ambil contoh satu lah, saya tak nak ulas banyak-banyak, ada satu terjemahan kepada, ada satu peruntukan melalui Yayasan Sultan Rogayah dan, eh Yayasan Sultanah Rogayah dan Yayasan Sultanah Fatimah. Satu untuk masyarakat Cina, satu untuk masyarakat Melayu. Bila di keluar, dekat luar tu tanya, ada sahabat saya, orang asli, mana peruntukan untuk orang asli? Tidak ada. Pasal? Dia pun masyarakat besar juga, tambah-tambah dia adalah masyarakat asal, kita panggil pun orang asal, bukan orang asli, orang asal. Dan bila diterjemahkan sedemikian, seolah-olah ada Cina, ada India, ada Melayu. Mana dia bangsa Johor dia yang kita laung-laungkan hari-hari cakap? Tidak ada. Jadi cadangan saya, kalau boleh bajet yang ini jangan sebut-sebutlah untuk siapa, tapi letakkan sajalah seperti yang cadangan sebelum daripada ini ada usul daripada salah sorang Ahli Dewan, letakkan di bawah Menteri Besar. Cina ke, India ke, siapa ke yang tinggal, selagi dia tinggal di negeri Johor, layak untuk mohon dan diberikan peruntukan sedemikian. Di situ dah nampak, kita boleh nampak tak ada bangsa-bangsa ini semua, tinggal bangsa Johor je. Jadi, Johor kena mulakan lah sebegini dan saya juga difahamkan di beberapa Parlimen pun sama, peruntukan untuk masyarakat Melayu sekian, bukan Melayu sekian, apa ini? Sampai bila benda-benda begini nak diteruskan? Ini kita nak duduk ini, saya 68 tahun, tidak lama lagi mungkin tidak ada lah. Tapi ke depan anak cucu kita ini akan menghadapinya. Jadi, Mahkota mengharapkan satu keadilan dalam Belanjawan Negeri Johor yang telah dibentangkan, sebagai negeri meletakkan istilah Bangsa Johor yang tidak mengira bangsa dan agama, keadilan perlu ditegakkan. Slogan boleh dicipta, 1 Malaysia, Keluarga

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 272

Malaysia, Bangsa Malaysia, Bangsa Johor, namun apakah benar-benar kita menghayatinya dan menterjemahkannya ke dalam perlaksanaan harian-harian. Yang Berhormat Tuan Speaker, ini untuk pertanian pula. Projek Pertanian Moden di Ayer Hitam. Kawasan itu 9,000 ekar, memang di bawah, apa ini, di bawah federal, saya faham. Tapi telah menjadi, diilhamkan oleh Yang Teramat Mulia Tun Mahathir pada 2004 YB, apa ini, Yang Berhormat Speaker, Timbalan Speaker, 2004, ini 2021. Apa yang telah berlaku pada tanah 9,000 ekar itu sekarang? Kalau ini pun 9,000 ekar ini pun negeri Johor oleh kerana itu mungkin hak federal, saya pun tak pastilah bentuknya macam mana, kita perhatikan saja, tidak memberikan apa manfaat kepada rakyat. Apa yang sebenarnya kita nak buat di negeri Johor ini, sedangkan untuk makluman Timbalan Speaker, mengikut statistik 2019, sektor pertanian menyumbang 12.2% ataupun RM16.4 bilion kepada ekonomi negeri Johor berbanding dengan 51%, RM68.5 bilion sektor perkhidmatan, betul. Tinggi perkhidmatan daripada pertanian, tapi bila sampai COVID, sebenarnya yang mampu mempertahankan ekonomi negeri mana-mana juga, kalau Tuan Timbalan Speaker boleh semak laporan World Bank, mereka yang ada kekuatan dalam pertanian seperti Vietnam mampu bertahan dari segi GDV nya. Kita banyak tanah, kalau dekat tanah pertanian moden itu lereng cantik, apanya, kesuburan tanah baik, access road dekat, dekat ke Singapore untuk hantar produk kita, tapi segala-galanya tidak digunakan, kerana apa? Banyak sangatlah dia punya kelemahan-kelemahanlah ke arah untuk mencapai matlamat. Jadi saya minta supaya kita ambil perhatian, pihak kerajaan negeri Johor melihat bagaimana kita nak bersama-sama pastikan bahawa 9,000 ekar itu kalau boleh dalam bahasa yang mudah kita ambillah, kita bangunkanlah, kita mampu, banyak syarikat-syarikat yang boleh buat, banyak individu-individu yang boleh buat, hingga sekarang masih menyewa pula di mana-mana selain dari tempat yang paling sesuai tadi. Saya bangkitkan pertanian juga kerana isu dalam masa PKP, saya ingat telah dibangkitkan oleh beberapa ADUN. Pasaran tak boleh dibuat, nanas tidak boleh dijual, kerana apa? Masalah PKP. Produk dah ada, tapi tak boleh dipasarkan kerana kelemahan juga. Jadi kalau semua peringkat nak problem, nak pasarkan problem, jadi di mana kejayaan kita dalam bidang pertanian yang boleh mampu untuk menampung segala kelemahan, kekurangan pendapatan daripada perkhidmatan. Ini kita tak payah cakap lagilah. Susahnya nak mohon tanah, tingginya sewa bayaran dan sebagainya. Seperkara lagi tentang sungailah. Program 1 Daerah 1 Sungai yang bertujuan menjaga sungai. Kalau menjaga sungai, Mahkota menyokong 100%. Tapi Mahkota tak nak lah sungai itu cantik. Mahkota kalau hujan je satu jam, tambah-tambah tengah malam, dia tak boleh tidur dah. Sahih bawa banjir. Ada rumah dinaiki air, bukan setakat tangga dia, tapi sampai ke tempat tidur. Ha ini kerana apa? Kelemahan-kelemahan pengurusan. Banyak permit pembangunan-pembangunan, banyak kerja-kerja tanah yang tidak mengikut spesifikasi hingga menyebabkan air itu kelodak-kelodaknya tadi turun ke bawah dan menyebabkan sungai-sungai menjadi cetek dan akhirnya banjir berlaku. Jadi, tiap-tiap hari ini sekarang mulai daripada hari Ahad, Isnin, Selasa dan hari ini terus hari-hari hujan. Malam-malam memang tidak boleh tidurlah. Tak apalah, pasal orang tua memang malam memang tak tidurlah. Dan seperkara lagi tentang pendidikan agama. Minta maaf, ini tentang tahfiz-tahfiz. Saya difahamkan di negeri Johor ada 122 tahfiz semuanya. Daripada 122 hanya 12 sahaja yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri Johor. Saya selalulah, tapi tak pernah masuk sejak daripada rakyat tak pernah masuk ke mana-mana juga tahfiz yang tidak berdaftar. Minta maaf saya katakan bahawa, dalam itu ramai anak-anak kecil yang diberikan pendidikan untuk hafalan al-Quran dan lain-lain yang diajar. Saya bimbang ke mana arah tuju anak-anak ini nak di bawa oleh kitalah. Kalau kita tak uruskan dengan cara yang terbaik, maaf cakap sekali lagi kalau kita tengok daripada luarlah, dia punya bangunan, tengok anak-anak yang ada pakai pakaian anak-anak, sangat sedih. Saya difahamkan bahawa Jabatan Agama Johor ada pelantikan nazir sekolah. Saya tahu. Terima kasih. Hanya memeriksa tahfiz-tahfiz yang berdaftar. Apa yang berlaku pada yang tidak berdaftar

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 273

ada 110? Kalau dekat 110 itu ada 20 sahaja anak murid tiap-tiap tahun, maknanya ada hampir 2,000 anak-anak yang keluar daripada sana, ke mana nak pergi dia orang ni? Apa sistem pendidikan yang dibuat? Memang ada betul, ada silibus yang disediakan oleh Pejabat Agama, ada itu, ada ini, betul, tapi adakah benar-benar direalisasikan di peringkat tahfiz itu sendiri? Dalam bajet kita ada tak bagi pada tahfiz-tahfiz ni? Saya belum dapat menyemak sepenuhnya. Jadi, kebimbangan ini kalau tahfiz kata tahfiz medic memang di bawah kerajaan negeri, betul, ok, fair enough, tapi ini tahfiz yang tidak berdaftar. Saya ada 3 perkara nak dibangkitkan dari segi isu di peringkat DUN iaitu pertama, kita ada dari segi perumahan. Saya ingat masa zaman PH dulu, ada lawatan oleh EXCO Perumahan di mana ada satu tapak akan dibina rumah mampu biaya saya rasa. Jadi, saya minta pada EXCO dapat mempercepatkanlah kerja-kerja ini untuk membolehkan penyelesaian masalah perumahan di kawasan Mahkota. Dan satu lagi, extreme park. Extreme park dibina sebelum pilihan raya, PRU 14. Sampai sekarang tak digunakan. YB Timbalan Speaker : Sila duduk. Azan, sila duduk. (Berhenti sebentar kerana memberi laluan laungan azan.) YB Timbalan Speaker : Mahkota, dua minit. YB Tuan Muhamad Said bin Jonit (Mahkota) : Terima kasih Yang Berhormat. Satu lagi projek pembinaan jambatan di jalan Kampung Paya Kluang yang sempit dan menghalang penglihatan pemandu. Jalan dah siap, jambatan saja tak siap. Jalan cukup lebarlah. Minta perhatian oleh pihak yang berkenaan. Dan satu lagi tentang Pendigitalan Negeri Johor, ini penting. Di Mahkota kami telah menerima banyak aduan rakyat, baik ketiadaan peranti yang mencukupi tapi yang lebih memalukan tiada capaian internet. Jadi, minta perhatian dan selanjutnya tentang Internet Mahasiswa. Mengenai Program Internet Mahasiswa Johor untuk 3,000 pelajar bernilai RM1.7 setahun. Saya ingat jumlah itu tidak cukuplah. Harap benda ini dapat dipertimbangkan lagi dengan sejumlah yang lebih mencukupi ataupun syarikat-syarikat konglomerat telekomunikasi ini buat CSR lah, untung banyak-banyak bagilah sikit pada rakyat negeri Johor. Dan, satu perkara lagi tentang kesihatan. Kita bercakap tentang COVID-19, sebenarnya kalau dekat Mahkota permasalahan denggi ini ada juga berlaku lagi. Jadi, saya mencadangkan ini memerangi penyakit ini dan tahniah juga saya berikan kepada Pejabat Kesihatan Kluang, melalui kempen-kempen yang telah mereka lakukan seperti 10 Minutes Challenge, 1 Hour Johore Clean Up yang dilakukan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Johor, adalah satu program yang baik dan perlu dipromosikan dengan lebih giat. Untuk kempen ini disarankan di kawasan-kawasan tapi berada dalam kerangka bebas COVID-19. Jadi itu sajalah yang dapat saya sampaikan pada kali ini dan saya mengharapkan supaya yang penting bajet yang di bentang dan akan diluluskan dapatlah diterjemahkan secara yang lebih sempurna. Semoga kita dapat membentuk masyarakat yang lebih baik di masa hadapan demi anak cucu kita pada masa hadapan. Wabillahitaufik walhidayah wassalammualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. YB Timbalan Speaker : Yang Berhormat Buluh Kasap, jemput. YB Dato’ Zahari bin Sarip (Buluh Kasap) : Bismillahirrahmanirrahim (Berselawat). Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat petang dan salam Makmur Johor. terima kasih Yang Berhormat Puan Speaker kerana memberi peluang dan keizinan kepada saya mewakili Buluh Kasap mengambil bahagian dalam perbahasan kali ini bagi membahaskan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2022, Belanjawan 2022 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor baru lalu.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 274

Ampun Tuanku, sebelum meneruskan perbahasan ini patik mewakili seluruh warga Buluh Kasap merafak sembah menjunjung kasih dan setinggi-tinggi tahniah serta ucapan syukur dan ucapan selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 22 November 2021. Kami warga Buluh Kasap juga mendoakan Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Permaisuri Johor dilanjutkan usia serta berada dalam limpah rahmat Allah SWT. Yang Berhormat Puan Speaker, awal perbahasan ini Buluh Kasap ingin menyampaikan ucapan terima kasih kepada barisan hadapan negara yang sejak mula pandemik COVID-19 melanda negara hingga hari ini masih setia menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka. Ketika arahan PKP, seluruh negara semua orang diarah duduk di rumah, mereka cekal menjalankan tanggungjawab. Ketika kebenaran rentas negeri, ramai rakyat mengambil peluang balik kampung dan melancong. Barisan hadapan tetap dengan tugas dan tanggungjawab mereka. Justeru, Buluh Kasap merakamkan ucapan terima kasih kepada barisan hadapan negara tak kira di mana berada terutama sekali mereka yang berada di Segamat. Jasa dan pengorbanan anda semua tak mampu kami balas dengan hadiah dan kata-kata. Kepada Allah kami serahkan. Yang Berhormat Puan Speaker, saya juga mewakili warga Buluh Kasap ingin merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Johor khasnya Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas pembentangan Belanjawan 2022 minggu lalu dengan tema Memperhebat Kesejahteraan Johor. Belanjawan 2022 menyaksikan 2 tahun berturut-turut kerajaan membentangkan belanjawan defisit selepas Belanjawan 2021 tahun lalu. Buluh Kasap percaya, keberanian Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor ini pastinya difahami dan disokong oleh seluruh warga Dewan demi kebaikan rakyat Johor keseluruhannya. Ia juga sangat penting dalam masa kerajaan bersedia memacu ekonomi negeri selepas terikat lama dengan pandemik COVID-19 sejak hampir 2 tahun lalu. Usaha-usaha yang dicadangkan kerajaan dalam Belanjawan 2022 ini terutama dengan 12 agenda besar dilihat mampu membantu ekonomi Johor bangkit semula terutama sektor-sektor yang teruk terjejas sebelum ini. Yang Berhormat Puan Speaker, Buluh Kasap adalah sebahagian dari kawasan dalam daerah Segamat. Sejak beberapa tahun lalu, kerajaan negeri telah mengumumkan bahawa Segamat sebagai daerah pertanian. Sejak itu, pelbagai usaha dijalankan semata-mata untuk pastikan agenda Segamat daerah pertanian dapat direalisasikan. Untuk itu juga, Buluh Kasap mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana memperuntukkan peruntukan yang besar dalam sektor pertanian melalui Agenda Johor Tani dan peruntukan sebanyak RM18.9 juta dengan 15 inisiatif merangkumi 32 projek di bawah jabatan berkaitan. Yang Berhormat Puan Speaker, berkaitan Segamat sebagai daerah pertanian. Buluh Kasap ingin mendapatkan penjelasan daripada EXCO yang berkaitan, berkaitan pencapaian, perkembangan dan prestasi serta peningkatan pertanian dan penternakan di Segamat. Sejak 10 tahun kebelakangan iaitu sejak 2010 sekurang-kurangnya sehingga 2021 atau 2020. Antaranya, satu, jumlah penternak dan petani daerah Segamat. Dua, jumlah hasil pertanian dan penternakan. Tiga keluasan kawasan, kawasan yang digunakan untuk pertanian dan penternakan dan keempat jumlah bekalan hasil pertanian dan penternakan yang disumbangkan Segamat kepada bekalan makanan negeri Johor. Ia penting Yang Berhormat Puan Speaker bagi menunjukkan bahawa objektif menjadikan Segamat sebagai daerah pertanian benar-benar berjaya dan disambut oleh pemain-pemain sektor ini di Segamat khasnya. Jika dapatannya nanti menunjukkan prestasi tidak menggalakkan dan tiada peningkatan, maka ia dianggap tidak berjaya dan perlu tindakan-tindakan lain diambil pihak kerajaan negeri. Buluh Kasap juga Puan Speaker ingin menarik perhatian pihak kerajaan, agar Segamat sebagai daerah hab pertanian janganlah dilihat hanya tumpuan kepada penternakan dan cucuk tanam semata-mata. Tetapi mestilah melibatkan perkara-perkara lain yang lebih

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 275

besar. Sekali lagi Buluh Kasap ingin mencadangkan di dalam Dewan yang mulia ini, kerajaan negeri melebar luaskan aktiviti-aktiviti pertanian di Segamat bukan hanya kerja-kerja pertanian dan ternakan sahaja tetapi termasuk juga pembinaan kilang, pusat-pusat penyelidikan dan lain-lain perkara yang ada kaitan dengan pertanian. Ia mungkin boleh dilaksanakan dengan memberikan insentif dan keistimewaan-keistimewaan tertentu seperti pengecualian cukai dan sebagainya kepada mereka yang melabur dalam sektor pertanian di Segamat. Jika ini boleh dilakukan, Buluh Kasap percaya daerah Segamat mampu dibangunkan sebagai daerah pertanian dengan lebih menyeluruh. Dalam erti kata lain Yang Berhormat Puan Speaker, jika ada pelabur datang ke Johor, ingin melabur apa bentuk pun jika ada kaitan dengan pertanian, maka kerajaan negeri boleh mencadangkan mereka untuk melabur di Segamat. Jika melabur di Segamat, mereka akan diberikan pelbagai keistimewaan termasuk pengecualian cukai dan sebagainya. Mungkin dalam satu tempoh-tempoh tertentu yang mereka tidak boleh perolehi jika melabur di tempat lain. Ini mungkin akan bantu perkembangan sektor pertanian di Segamat atas nama daerah pertanian. Buluh Kasap kerap bangkitkan perkara ini kerana walaupun setiap tahun diumumkan Segamat Hab Pertanian, Segamat daerah pertanian tetapi secara jujur, bila disebut perkara pertanian di Johor ramai akan melihat Ayer Hitam, bukan cemburu YB, tapi di mana keutamaan Segamat sebagai daerah pertanian? Yang Berhormat Puan Speaker, alhamdulillah, baru-baru ini kerajaan pusat telah mengumumkan persetujuan kerajaan untuk meletakkan Segamat sebagai salah satu daerah dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur atau ECER. Buluh Kasap merakamkan ucapan terima kasih atas pengumuman ini dan apa yang penduduk Segamat harapkan ialah limpahan pembangunan pantai timur nanti akan sampai ke Segamat dan dinikmati oleh penduduk Segamat. Pembangunan ECER ini perlu mengambil kira Segamat sebagai daerah pertanian. Insentif-insentif dan keistimewaan kepada pelabur-pelabur sektor pertanian yang saya sebutkan di awal tadi mungkin boleh diambil kira oleh kerajaan dan pihak-pihak berkepentingan di dalam ECER ini. Barulah pelabur-pelabur sektor pertanian berminat untuk melabur di Segamat. Sekali gus mampu melonjakkan ekonomi dan pembangunan pertanian di Segamat. Dalam perkara ini Buluh Kasap harap pihak-pihak berkaitan perlu turun ke Segamat bagi membentangkan perancangan dan gerak kerja ECER di Segamat kepada pemimpin-pemimpin masyarakat di Segamat khasnya. Ia penting bagi masyarakat dan penduduk bersedia menerima limpahan pembangunan pantai timur ini. Segamat perlu dimaklumkan bentuk pembangunan, kawasan-kawasan terlibat, peluang-peluang pekerjaan dan sebagainya. Perkara ini perlu digerakkan segera kerana pengumuman asal telah lama iaitu sejak sebelum PRU ke-14 lagi, jangan pula sampai PRU 15, ia masih belum bermula. Yang Berhormat Puan Speaker, sekali lagi Buluh Kasap melihat peruntukan besar agenda Johor Tani yang diumumkan kerajaan pada Belanjawan 2022 menunjukkan kerajaan serius untuk membangunkan sektor pertanian di negeri ini. Ia termasuk peruntukan sebanyak RM2.9 juta, bagi memperkasa pengeluaran tanaman makanan, buah-buahan jangka pendek, kontan, sayur-sayuran dan sebagainya. Ia mesti direbut oleh pemain-pemain sektor ini terutama yang menambah hasil pengeluaran mereka, cumanya Puan Speaker, Buluh Kasap berpandangan, kerajaan seharusnya juga melihat cabaran yang sedang dan akan dihadapi oleh petani-petani ini. Antara yang sedang dihadapi petani, pekebun dan pengusaha kebun-kebun pertanian ialah harga baja, racun dan peralatan-peralatan lain yang terlalu tinggi waktu ini. Ia, kami faham dan maklum ia bukan hanya berlaku di Johor, malah seluruh negara seperti jawapan lisan YB EXCO semalam. Tetapi jika tidak diatasi dan diambil maklum, Buluh Kasap bimbang usaha yang dilakukan kerajaan termasuk pengumuman bajet besar kerajaan dalam sektor pertanian ini, tidak dapat dinikmati nikmatnya oleh para pekebun dan petani. Jika kerajaan boleh umumkan boleh kecualikan lesen perniagaan bagi peniaga-peniaga kecil, kerajaan boleh umumkan pengecualian sewa rumah dan premis-premis kerajaan, maka Buluh Kasap berharap kerajaan juga mampu fikirkan pengumuman yang sesuai bagi pemain-pemain sektor ini bagi membantu menyelesaikan masalah harga barang keperluan petani yang terlalu tinggi waktu ini.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 276

Yang Berhormat Puan Speaker, Pilihan Raya Ke-14 telah lama berlalu, lebih 3 tahun lalu ada yang mendapat nikmat dari keputusan Pilihan Raya Ke-14 ini dan tidak kurang juga ada yang terkesan dengan keputusan tersebut. Ia mungkin dah agak lama tetapi kita tak pernah lupa, bagi saya yang mewakili kawasan Buluh Kasap, keputusan Pilihan Raya Ke-14 sangat meninggalkan kesan. Kerana Buluh Kasap, ketika itu menjadi pembangkang. Banyak pengalaman selama 22 bulan mewakili rakyat sebagai pembangkang, sebab itu apa yang dibangkitkan oleh rakan-rakan di sebelah sana, Buluh Kasao mudah memahaminya. Namun percayalah Yang Berhormat, apa Yang Berhormat lalui hari ini sebenarnya laut, jauh lebih baik daripada apa yang kami lalui dulu. Ini semua hasil keikhlasan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor mentadbir negeri dengan niat dan hasrat melihat rakyat Johor mendapat nikmat dari pembangunan dan pentadbiran negeri kerajaan negeri hari ini, tanpa mengira kawasan kerajaan mahupun pembangkang. Yang Berhormat Puan Speaker, Buluh Kasap mengajak semua Ahli Dewan melihat insan yang mewakili Benut, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor, orangnya lembut dan sentiasa tersenyum, namun di dalam hatinya dan dirinya tak lepas dari memikirkan pembangunan negeri serta kebajikan rakyatnya. Yang Amat Berhormat Benut mengambil alih kerajaan negeri Johor sebagai Menteri Besar Johor dalam keadaan negeri dan negara tersepit dengan pandemik COVID-19. Sudah pasti sukar bagi beliau memulakan tugas sebagai Menteri Besar Johor di tengah jalan dalam masa yang sama terikat dengan pelbagai SOP dan PKP. Namun beliau berjaya menggerakkan kerajaan negeri menempuh cabaran pandemik COVID-19. Kita dan rakyat Johor, pasti ingat bagaimana kebajikan rakyat diletakkan sebagai keutamaan Menteri Besar Johor ketika, itu tanpa mengira batasan fahaman politik. Selain daripada pelbagai bentuk kebajikan kepada rakyat, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor memperuntukkan peruntukan khusus kepada semua Wakil Rakyat untuk membantu rakyat dan pengundi yang terkesan ketika itu. Sebab itu, Yang Berhormat kita bertuah dan seharusnya bersyukur bila ditakdirkan insan ini diangkat sebagai Menteri Besar Johor. Menteri Besar kita ni Yang Berhormat tak pernah pun mengeluarkan arahan berhentikan ketua-ketua kampung secara serta merta, tak pernah pun mengarahkan rampasan barangan dan kunci dewan, hentikan pegawai-pegawai lantikan kerajaan dan banyak lagi. Inilah kebijaksanaan dan keikhlasan dalam mentadbir. Kebijaksanaan dan keikhlasan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor baru-baru ini dizahirkan lagi dengan pengumuman semua Yang Berhormat menerima peruntukan tetap RM200,000.00 setiap tahun, tambah lagi RM50,000.00 untuk tujuan perayaan besar, tak cukup dengan itu Yang Amat Berhormat Menteri Besar juga mengumumkan Wakil-Wakil Rakyat Pembangkang akan dijemput menyertai Mesyuarat JPPD sebagai turut hadir atau pemerhati. Kalau YB kata YB Wakil Rakyat dipilih sah oleh rakyat, dulu kami pun wakil rakyat dipilih sah oleh rakyat, kalau YB berkata YB tak berkhidmat, YB nak berkhidmat kepada rakyat, dulu kami pun berkhidmat untuk rakyat. Selama 22 bulan, tak ada isu pun kami tak dapat berkhidmat pada rakyat, yang penting pada saya Yang Berhormat, gunakan kebijaksanaan dan budi bicara kita, pasti YB boleh beri khidmat yang terbaik macam kami dulu. Yang Berhormat Puan Speaker, ini bukan pula bermaksud Buluh Kasap tidak setuju dengan apa dibangkit rakan-rakan Wakil Rakyat pembangkang, cuma bagi saya, Buluh Kasap kita janganlah gelojoh sangat dengan pengumuman dan keikhlasan Yang Amat Berhormat Menteri Besar tunjukkan untuk membantu memudahkan khidmat ADUN-ADUN di kawasan masing-masing. Seperti kenyataan Yang Berhormat Kemelah semalam “kereta yang hendak bergerak pun akan bermula perlahan lahan sebelum mencapai satu tahap kelajuan yang lancar” dengan izin. Yang Berhormat kena akui kawasan-kawasan pembangkang sekarang ini sedang diwakili oleh seorang wakil atas nama Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras DUN, kalau ADUN pembangkang hadir dan ambil bahagian dalam mesyuarat kerajaan bermakna kawasan YB ada dua wakil dan ini tidak adil pula kepada kawasan-

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 277

kawasan kerajaan. Jadi, sekali lagi jangan gelojoh sangat, mungkin penggal-penggal akan datang boleh diperbetulkan, ditambah baik sama ada ADUN atau Penyelaras DUN yang boleh hadir dan ambil bahagian dalam mesyuarat. YB, saya mengajak, berbanggalah kita di waktu kita menjadi Ahli Dewan ini, menjadi Wakil-Wakil Rakyat Johor. Kita telah memulakan politik yang matang tanpa membezakan fahaman politk, sama ada Wakil Rakyat kerajaan mahupun Wakil Rakyat pembangkang. Marilah kita jadikan Dewan Negeri Johor dan Wakil-Wakil Rakyat DUN Johor dilihat matang di mata masyarakat, bukan sahaja negeri Johor tapi menjadi contoh di negeri lain. Tahniah Yang Berhormat dan terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Yang Berhormat Tuan Speaker, kesediaan kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM21.5 juta dalam agenda Johor Digital untuk membangunkan sosioekonomi rakyat sangat bersesuaian waktu ini. Semasa PKP kerana pandemik COVID-19, ramai yang beralih kepada perniagaan online, bukan itu sahaja malah mesyuarat-mesyuarat jabatan kerajaan dan NGO turut dijalankan secara atas talian, termasuk juga pengajaran dan pembelajaran turut terlibat apabila semua sekolah menjalankan sesi persekolahan secara PDPR. Maka tindakan kerajaan menyediakan peruntukan besar dalam Johor Digital ini sangat dihargai dan tepat masanya. Dan Buluh Kasap bersetuju apabila Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor menyatakan dalam belanjawan tersebut terdapat beberapa isu yang mendesak berkaitan jurang digital termasuk dari segi pencapaian akses internet, peranti digital, pengetahuan orang ramai dan sebagainya. Untuk itu sekali lagi, di Dewan mulia ini Buluh Kasap mohon kerajaan melihat keperluan akses internet di kawasan pinggir bandar dan luar bandar, sebagai contoh Kampung Gelang Cincin di Buluh Kasap yang hanya jarak lebih kurang 8 kilometer dari bandar Segamat tetapi tidak mempunyai akses internet. Waktu PDPR, guru-guru terpaksa keluar dari kampung untuk mendapatkan capaian internet. Begitu juga peniaga-peniaga online yang menghadapi masalah untuk urus niaga. Justeru, di dalam agenda Johor Digital ini mohon dilihat keperluan-keperluan di luar, di kawasan luar dan pinggir bandar. YB Timbalan Speaker : Buluh Kasap, sila gulung. YB Dato’ Zahari bin Sarip (Buluh Kasap) : Ya, Yang Berhormat Puan Sepaker, Buluh Kasap juga nak ambil kesempatan menyentuh berkaitan agenda ke-7 iaitu Majestic Johor bagi merancakkan semula sektor pelancongan di Johor. Umum mengetahui semasa pandemik COVID-19 ini, antara yang terjejas teruk adalah sektor pelancongan. Kerana itu, Buluh Kasap menyokong dan berterima kasih bila peruntukan yang besar juga dikhaskan untuk sektor pelancongan, Buluh Kasap mengucapkan tahniah atas usaha gigih EXCO-EXCO dan kerajaan negeri untuk menarik pelancong-pelancong ke negeri Johor. Dalam hal ini, Buluh Kasap ingin mendapatkan statistik jumlah kehadiran pelancong dalam dan luar Johor selepas sektor pelancongan mula dibuka. Buluh Kasap mengakui Segamat daerah yang tak banyak kawasan tarikan pelancong kecuali sektor pertanian dan beberapa kawasan air terjun. Untuk itu, Buluh Kasap ingin mengambil peluang untuk kerajaan melihat jambatan landasan kereta api yang terdapat di bandar Segamat, beberapa NGO di Segamat, termasuk Persatuan Sejarah telah mencadangkan jambatan ini dijadikan tarikan pelancong selepas kereta api elektrik mengambil alih laluan kereta api Gemas-Johor Bahru. Mereka berharap, ia akan dijadikan sejarah kereta api Segamat dan menjadikannya sebagai Galeri Kereta api Segamat. Kertas cadangan telah dihantarkan kepada EXCO Pelancongan dan ia juga akan dihantar kepada untuk kajian EXCO Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya. Sebelum mengakhiri perbahasan ini, saya mewakili penduduk kawasan Buluh Kasap ingin menyatakan ucapan terima kasih kepada agensi-agensi dan jabatan kerajaan yang banyak membantu kami menyelesaikan masalah dan isu berbangkit penduduk Buluh Kasap. Terima kasih pegawai-pegawai ICU KPLB, Pegawai Daerah Segamat, Majlis Perbandaran Segamat dan lain-lain agensi dan jawatan yang tak dapat disebutkan satu persatu. Kerana

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 278

itu Yang Berhormat Puan Speaker, Buluh Kasap mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor kerana mengumumkan Bantuan Khas Kewangan 2021 setengah bulan gaji kepada semua penjawat awam negeri Johor, ia suatu yang perlu disambut baik dan jadi suntikan untuk kita semua. Bersama-sama lipat gandakan usaha bantu kerajaan memacu negeri ke arah lebih pesat selepas negeri terbelenggu dengan pandemik COVID-19. Sekian, wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. YB Timbalan Speaker : Yang Berhormat Sri Medan, jemput. YB Dato’ Zulkurnain bin Haji Kamisan (Sri Medan) : Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. (Selawat). Pertama sekali, saya ingin menzahirkan seluruh rakyat DUN Sri Medan merafak sembah menjunjung kasih dengan ucapan setinggi tinggi tahniah dan ucap selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Sultan Yang Di-pertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 22 November 2021. Patik berdoa semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Permaisuri Johor dilanjutkan usia dan sentiasa berada dalam limpahan rahmat Allah SWT. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Puan Speaker yang telah memberi izin pada saya untuk membahaskan, pertama kali sebenarnya saya menjadi pembahas yang terakhir, macam ni rupanya rasanya senyap sunyi. YB Timbalan Speaker : Ramai. YB Dato’ Zulkurnain bin Haji Kamisan (Sri Medan) : YB Jementah, saya sempat buka Buku Peraturan dalam Peraturan Tetap Bilangan, dia kata kalau ada bantahan di kalangan Ahli kita ni, jika tak cukup daripada suku bilangan Ahli Dewan negeri boleh ditangguhkan persidangan kita pada petang ini, tapi tadi saya kira cukup lebih daripada 14. YB Timbalan Speaker : Lebih daripada 14. YB Dato’ Zulkurnain bin Haji Kamisan (Sri Medan) : Terima kasih. Saya banyak mendengar daripada rakan-rakan, Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya ingat cerita soal demokrasi, pendemokrasian, hampir 70% rakan-rakan sebelah sana bahas soal Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah dan juga tentang peruntukan yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat. Tadi, bila rasa mengantuk tadi tersedar sekejap tadi bila Yang Berhormat Kota Iskandar bagus juga, bila Yang Berhormat menegur rakan-rakan saya daripada Bandar Penawar dan juga Parit Raja, akhirnya saya dapat juga pulangkan paku buah keras. Tapi saya maklum dan memang apa yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Kota Iskandar memang tidak ada kena mengena dengan saya pun. Teruk saya kena keluar Dewan nanti karang, sampai hilang jawatan saya. Pada Yang Berhormat Puan Speaker, saya faham dan maklum, oleh kerana dengan masa yang singkat ini saya cuba sikitlah apa-apa yang mungkin tidak perlu untuk saya bahaskan pada petang ini dan saya pun lihat rakan-rakan saya pun dah banyak bercerita soal belanjawan yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Besar. Dan juga hebatnya kita bercerita soal apa yang dibahaskan oleh rakan-rakan sebelah sana tentang JTPD, peruntukan, ada yang kata cukup, ada yang kata tidak cukup, ada yang kata apa satu pegangan yang kata benda ini akan berterusan sampai bila-bila, ia akhirnya seperti menenggelamkan kemenangan kita di Melaka tempoh hari. Saya ingat YB Jementah pun tidak ada ucap tahniah pun, YB Jimmy Puah pun tidak ada ucap tahniah. Saya tunggu juga tadi daripada YB Bukit Batu, Parit Yaani ucap tahniah kepada kita. Alhamdulillah, Allah Taala bagi kemenangan kepada Barisan Nasional. Kemenangan itu juga satu, saya rasa bukan satu kebanggaan pun, sebab itu saya dah pesan kepada rakan-

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 279

rakan sebelum kita berbahas, kurangkan kita punya provokasi kepada rakan-rakan sebelah sana. Kerana kita tahu apa yang berlaku di Melaka tidak mungkin berlaku di negeri Johor kerana tadi pun saya dapat komitmen daripada rakan-rakan sebelah sana, kalau tengok gaya itu, saya nak menyebut perkataan, nak tekan-tekan apa ke saya takut, takut ada yang kecil hati. Jadi, saya lihat apa yang berlaku di negeri Melaka sebenarnya bukan satu cita-cita daripada rakan-rakan sebelah sana. Jadi kita serahkan kepada tuhan apa yang kita lakukan pada hari ini. Sebab itu bila Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor nak membentangkan bajet pada 18 hari bulan yang lepas, sebenarnya selalu terlintas dalam pemikiran saya, bagaimana penerimaan rakan-rakan daripada pihak kerajaan mungkin insya-Allah tidak ada masalah, tetapi penerimaan daripada rakan-rakan dari sebelah sana, sama ada mereka akan menyokong. Hari ini bila satu keadaan kita di kalangan YB-YB pun kalau kata 28 hari bulan kita nak mengundi, kita pun tidak tahu nasib kita. Sama ada kita positif atau negatif. Sebulan itu kita dah berkira, sebelah sana mesej dah macam-macam. Kadang cerita dia kata hari ini kerajaan akan umumkan 27-27, Speaker akan menentukan. No, no, no. Jadi, kita ini di pihak kerajaan sebenarnya risau apa yang kita bahaskan selama seminggu, kita bukan untuk kepentingan Ahli-ahli Wakil Rakyat pun, tuan-tuan pun, Ahli-Ahli Yang Berhormat di sebelah sana pun menyebut kita mesti menjaga rakyat, rakyat kita utamakan. Inilah yang kita bawa sebenarnya oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor untuk kita membantu rakyat dan kita memastikan rakyat semua ini akan terbela dan daripada akibat daripada COVID-19 yang melanda dalam negara kita. Sebab itu Yang Berhormat Puan Speaker, bukan soal apa, kita takut. Bukan soal kita tidak tahu nak menjadi, saya tidak payah sebutlah perkataan ‘butang’ itu kan. Kami di barisan kerajaan ini kita nak menunjukkan dekat luar sana bahawa kita ini mengamalkan satu budaya politik yang matang. Gaya politik yang bukan sepanjang masa kita nama politik, lepas pilihan raya selesailah. Macam Melaka pun kalau kita nak terkinja-kinja, kita menang kita nak tunjukkan, membangkitkan kemarahan sebelah sana buat apa, tidak ada makna pun, kita dah rasa dah 22 bulan kita jadi pembangkang dah. Ketika kita jadi pembangkang, kita tidak adalah kita nak meratap sampai guling-guling dekat jalan, kita reda. Kita tahu inilah sebenarnya ujian yang akan kita tempuhi dalam masa lima tahun, bukan 22 bulan, lima tahun. Bukan kita ada satu keinginan wah kita nak buat rampasan kuasa atau sebagainya, bukan. Tidak ada dalam agenda ataupun juga niat kita untuk kita memberi kerajaan sebagai Menteri Besar Johor daripada kerajaan Barisan Nasional, bukan, daripada Perikatan Nasional, bukan. Kita nak pada ketika itu kita sebagai pembangkang, kita akan bergerak juga, kita akan cuba sedaya upaya kita untuk bantu rakyat di luar sana. Kerana itulah matlamat kita. Tapi Allah Taala punya kuasa, dan ditakdirkan kita memperolehi kerajaan semula selepas 22 bulan. Apa yang tuan-tuan, apa yang Ahli-ahli Yang Berhormat dapat seperti yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, mungkin suatu perkara dari segi peruntukan, benda yang mungkin di luar kotak pemikiran saya sebenarnya. Dulu kita macam menagih jugalah dengan apa, kerajaan yang sebelum ini, berilah kita bantuan sikit untuk kita dapatlah kita menyantuni rakyat. Alhamdulillah bagi RM50,000.00. saya pun, saya akui bukan kata semua sana tidak betul, tidak ada. Apa yang betul saya cakap betul, tapi oleh kerana dengan apa yang diberi RM50,000.00 seperti yang di kata oleh Kota Iskandar. Kita beri lagi lebih lima kali ganda daripada yang kerajaan sebelum ini. Kerana kita tahu, apa yang dilalui oleh Wakil Rakyat, Ahli-Ahli Yang Berhormat pada hari ini bukan seperti Ahli-ahli Yang Berhormat 10 tahun, 20 tahun dulu, beza. Hari ini apa yang berlaku kemelesetan ekonomi dan kesusahan rakyat bukan seperti kemelesetan tahun 98, tahun 80, bukan, ini adalah kerana pandemik COVID-19. Hampir 90% lebih mereka yang terkesan akibat COVID-19. Sebab itu Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor sentiasa memberi penekanan dan juga kepada kita semua sebagai Ahli-Ahli Wakil Rakyat kerajaan untuk beri tumpuan penuh kepada kemaslahatan rakyat. Jangan berpolitik sepanjang masa, saya kenal Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor. Beliau sebagai EXCO, saya pun bekas EXCO. Hari ini saya sebagai bekas EXCO dan rakan EXCO yang ada di hadapan saya

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 280

semua tahu bagaimana kita ingin mencorakkan ekonomi semula, bagaimana kita nak dapatkan satu momentum untuk kita membantu rakyat dalam keadaan yang lebih pantas. Yang Berhormat Puan Speaker, ia bukan suatu yang mustahil, sebab itu kesatuan antara kita antara kerajaan dan juga pembangkang ini perlu. Takkan kita hari-hari kita nak cerita menumbangkan kerajaan, menumbangkan itu, ini, bukan. Saya ingat kalau kita seperti ibarat menumbangkan rumah kalau nak bina balik bukan senang. Saya ingat ketika saya sebagai EXCO Warisan dan Kebudayaan Negeri Johor, YB Stulang dia ada bangkitkan ketika itu, rumah Wong Ah Fook, sampai hari ini pun rumah Wong Ah Fook tidak boleh nak bina, itu baru rumah. Kalau kerajaan tumbang, dalam keadaan rakyat hari ini terbeban dengan pelbagai masalah dan sebagainya, saya yakin, hari ini bukan kata kerajaan dipersalahkan, pihak pembangkang pun di sana akan dipersalahkan. Sebab itu Yang Berhormat Puan Speaker, saya melihat bahawa demokrasi yang kita junjung pada hari ini bukan kita sekadar nak melalak, bukan sekadar kita nak terpekik terlolong, tapi akhirnya kita meletakkan demokrasi itu yang kita sebut pendemokrasian, demokrasi letak di bawah tapak kaki kita. Jangan. Kita Ahli-Ahli Yang Berhormat, rakyat perjuangan rakyat entah ke mana, akhirnya semua akan menyusahkan rakyat. Yang Berhormat Puan Speaker, tadi rakan-rakan saya ada menyentuh tentang peruntukan yang di beri dan saya pun ada maklum keadaan Dewan ini tentang peruntukan RM250,000.00. Saya rasa ini semua keistimewaan yang Ahli-Ahli Yang Berhormat pembangkang dan juga kerajaan dapat pada hari ini. Jadi kita anggaplah kalau kata semua yang kita minta ini tidak semua pun kita boleh dapat. Kadang-kadang saya pun risau, bila tidak dapat nanti ada yang kecil hati. Saya kalau anggap Yang Amat Berhormat Menteri Besar ini macam abang long lah, bukan Ah Long, abang long. Abang long ini dalam satu keluarga, ada mungkin adik-adik yang ramai, belum tentu abang long tidak boleh nak puaskan hati semua orang. Takkan boleh dapat memuaskan hati semua orang. Macam saya kalau saya sebagai ayah kepada anak-anak saya, bukan saya boleh memuaskan hati semua orang pun. Anak-anak saya, saya tidak boleh puaskan hati semua. Mesti ada yang dapat kurang, yang dapat lebih. Tapi hakikatnya, apa yang kita cuba amalkan dalam negeri Johor bahawa apa yang ada ini demokrasi itu mesti bergerak secara lebih baik dan matang. Jangan sampai kita bergaduh dengan perkara-perkara yang tidak elok. Saya paling risau Yang Berhormat Puan Speaker, bila rundingan daripada sebelah sana, pada 28 hari bulan akan ada dua rundingan, lepas itu kita akan bentang bajet, risau. Seperti yang saya sebutkan tadi, saya harap kita tunjukkanlah di luar sana, kita tunjukkan orang yang di negeri Melaka ke, Negeri Sembilan ke, negeri mana, Johor pada 28 hari bulan ini kita akan sepenuh hati dan di seluruh Ahli-Ahli Yang Berhormat menyokong bajet Belanjawan Negeri Johor untuk 2022, boleh? Boleh tak? Tunduk pula Paloh kan? Betul YB? Saya ikhlaslah, saya ingin katakan dengan rakan-rakan pembangkang di sebelah sana, cubalah fikir kita ada lagi berapa jam ini, ada lagi kurang daripada 60 jam kan? saya ingat tidak mustahil. Saya ingat tidak ada pun saya dah sebut perkataan janganlah kita berlebih-lebihan dengan sana, kita menang pun, menang tetap menang, menang. YB Tuan Haji Sheikh ‘Umar Bagharib bin Ali (Paloh) : Tak cukup meyakinkan tu, tak meyakinkan itu, lagi sikit lagi, lagi sikit lagi. YB Dato’ Haji Zulkarnain bin Haji Kamisan (Sri Medan) : Terima kasih. Ok Yang Berhormat Speaker, saya ingat saya tidak payah sentuhlah, masa pun dah, saya ingat sudah 12 minit, jam 5 petang. Banyak sebenarnya saya nak sebut Pakej Rangsangan, pasal hari ini Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor dia membentangkan bajet defisit, saya ingat dalam sejarah apa Johor Moden daripada... Susah sebenarnya nak jadi Yang Amat Berhormat Menteri Besar ini, membentangkan bajet dua kali, 2021, 2022. Dua-dua belanjawan defisit. Ada orang cakap membazir, begitu begini, tapi tuan-tuan, Ahli-Ahli Yang Berhormat, sepanjang program Rangsangan Ekonomi di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, RM400 juta telah dibelanjakan. Penerimanya lebih daripada 1

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 281

juta penerima di kalangan rakyat negeri Johor. Sebab itu kita mohonlah jasa baik daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang di belah sana, pada 28 hari bulan saya kena terus terang apa yang kita akan lalui. Sebagai bangsa Johor, kita mempunyai satu tanggungjawab yang cukup besar, kita perlu memastikan Bajet 2022 negeri Johor lulus dengan sebulat suara. Jadi dengan kata-kata ini, saya mengakhiri perbahasan saya. Terima kasih kerana memberi ruang dan saya memohon maaf kalau ada salah silap daripada semua. Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. YB Timbalan Speaker : Terima kasih kepada Yang Berhormat Sri Medan. Perbahasan kita telah selesai dijalankan. Esok adalah jawapan daripada EXCO-EXCO atas soalan yang dibangkitkan. Jadi Ahli-Ahli Yang Berhormat, persidangan ini saya tangguhkan sehingga esok, 25 November 2021, jam 9.30 pagi. Persidangan ditangguhkan pada jam 5.05 petang.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 282

PENYATA RASMI MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 HARI KEENAM KHAMIS, 25 NOVEMBER 2021 BIL. 12 TAHUN 14

HADIR YB Speaker,

Tuan Haji Suhaizan bin Kaiat

YAB Menteri Besar (Pengerusi Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan, Perancangan dan Pembangunan Ekonomi)

Dato’ Haji Hasni bin Mohammad, SPMJ., PGDK., KMN., PIS., AMN., PSI. (Benut)

YB Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar

Bandar Datuk Haji Samsolbari bin Jamali, DMSM., KMN., PIS.

(Semarang)

YB Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Tuan Haji Mazlan bin Bujang

(Puteri Wangsa)

YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Tuan Vidyananthan a/l Ramanadhan, AMN., PSI.

(Kahang)

YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Tuan Haji Tosrin bin Jarvanthi, PIS., BSI., AMN.

(Bukit Permai)

YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tuan Haji Ayub bin Jamil, PIS.

(Rengit)

YB Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Tuan Haji Mohd Solihan bin Badri

(Tenang)

YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Puan Zaiton binti Haji Ismail, PIS., PPN.

(Sungai Balang)

YB Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Datuk Onn Hafiz bin Ghazi, PMW.

(Layang-Layang)

YB Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia

Datuk Mohd. Izhar bin Ahmad, DPSM. (Larkin)

YB Dato’ Zulkurnain bin Haji Kamisan, DIMP., PJK., PSI.

(Sri Medan)

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 283

YB Tuan Haji Abd Taib bin Abu Bakar, PIS., AMN.

(Machap)

YB Dato' Ir. Syed Sis bin Syed A Rahman, DSNS. (Tanjung Surat)

YB Dato’ Zahari bin Sarip, DIMP.

(Buluh Kasap)

YB Dato’ Sharifah Azizah binti Dato’ Syed Zain, DIMP., AMN., KMN., PIS., JP. (Penawar)

YB Puan Nor Rashidah binti Ramli

(Parit Raja)

YB Puan Rashidah binti Ismail (Pasir Raja)

YB Kapt (B) Haji Najib bin Lep

(Bukit Pasir)

YB Dato’ Che Zakaria bin Mohd. Salleh, DIMP. (Permas)

YB Tuan Haji Rosleli bin Jahari

(Johor Lama)

YB Tuan Haji Aminolhuda bin Haji Hassan (Parit Yaani)

YB Tuan Tan Chen Choon

(Jementah)

YB Tuan Jimmy Puah Wee Tse (Bukit Batu)

YB Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah

(Bekok)

YB Tuan Mohd Khuzzan bin Abu Bakar (Semerah)

YB Sr. Dzulkefly bin Ahmad

(Kota Iskandar)

YB Cik Liow Cai Tung (Johor Jaya)

YB Tuan Haji Sheikh ‘Umar Bagharib bin Ali

(Paloh)

YB Puan Gan Peck Cheng (Penggaram)

YB Dr. Sulaiman bin Mohd. Nor

(Kemelah)

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 284

YB Tuan Tan Hong Pin

(Skudai)

YB Tuan Ee Chin Li (Tangkak)

YB Puan Hajah Nor Hayati binti Bachok

(Maharani)

YB Tuan Md. Ysahrudin bin Kusni (Bukit Naning)

YB Tuan Chen Kah Eng

(Stulang)

YB Tuan Muhammad Taqiuddin bin Cheman (Pulai Sebatang)

YB Tuan Muhamad Said bin Jonit

(Mahkota)

YB Tuan Yeo Tung Siong (Pekan Nanas)

YB Tuan Cheo Yee How

(Perling)

YB Ir. Dr. Faizul Amri bin Adnan (Serom)

YB Tuan Ng Yak Howe

(Bentayan)

YB Tuan Tee Boon Tsong (Senai)

YB Tuan Chew Chong Sin

(Mengkibol)

TURUT HADIR

(MENURUT FASAL 6(3) BAHAGIAN KEDUA UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN

NEGERI JOHOR)

YB Setiausaha Kerajaan Johor. Dato’ Haji Azmi bin Rohani, SPMJ., DMIJ., PIS.

YB Penasihat Undang-Undang Negeri Johor.

Tuan Amir bin Nasruddin

YB Pegawai Kewangan Negeri Johor. Dato’ Haji Salehuddin bin Haji Hassan, DMIJ., SIJ., PIS.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 285

TIDAK HADIR (DENGAN MAAF)

YB Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Dr. Chong Fat Full

(Pemanis)

YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin, PSM., SPMJ., SPSA., SPMP., SUNS., SPDK., PNBS., SMJ., PIS., BSI., SAHM.

(Gambir)

YB Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian,SPMJ., DSNS., AMN., PIS. (Kempas)

YB Dato’ Dr. Sahruddin bin Haji Jamal, DMIJ.

(Bukit Kepong)

YB Tuan Raven Kumar a/l Krishnasamy (Tenggaroh)

YB Datuk Md Othman bin Yusof, DMSM., DSM.

(Kukup)

YB Tuan Hahasrin bin Hashim (Panti)

YB Tuan Haji Rasman bin Haji Ithnain

(Sedili)

YB Puan Hajah Alwiyah binti Talib, PIS. (Endau)

YB Dato’ Seri Haji Salahuddin bin Ayub, DSPN., DGSM.

(Simpang Jeram)

YB Tuan Gopalakrishnan a/l Subramaniam (Tiram)

YB Khairuddin bin A. Rahim

(Senggarang)

YB Puan Chew Peck Choo (Yong Peng)

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 286

Persidangan bermula jam 9.30 pagi. YB Speaker mengetuai Persidangan. DOA. (Jurutulis membaca doa). Jurutulis : PEMASYHURAN DARIPADA YANG BERHORMAT TUAN SPEAKER. YB Speaker : Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. (Bacaan selawat). Hari ini kita menyambung Mesyuarat Kedua (Belanjawan 2022) Bagi Penggal Persidangan Keempat Dewan Negeri Johor Yang Ke-14. Jurutulis : SOALAN-SOALAN LISAN. YB Speaker : Yang Berhormat Yong Peng, jemput. YB Puan Chew Peck Choo (Yong Peng) : Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 1. Apakah impak pemasangan CCTV di Yong Peng dan sejak pemasangannya sehingga kini, berapakah kes jenayah atau kemalangan yang telah merujuk kepada CCTV tersebut? YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh, salam sejahtera, salam makmur Johor. Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih ke atas Yong Peng atas soalan yang dikemukakan berkaitan dengan CCTV. CCTV ini ada kaitan dengan Program Bandar Selamat. Yang Berhormat Tuan Speaker, Program Bandar Selamat di Malaysia diwujudkan pada tahun 2004 di atas arahan Kabinet yang bermesyuarat pada 28 Januari 2004. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan diarahkan untuk menyediakan Program Bandar Selamat untuk mewujudkan alam persekitaran bandar yang lebih selamat. Majlis Negara untuk Kerajaan Tempatan pada Oktober 2004 mengarahkan Pihak Berkuasa Tempatan ataupun PBT untuk melaksanakan Program Bandar Selamat. Tindakan mengaktifkan semula dan memperluaskan Program Bandar Selamat ini kepada 149 PBT di seluruh negara telah dilaksanakan serta-merta mulai Disember 2009 sehingga Disember 2010 bagi mencapai matlamat mengurangkan kadar jenayah jalanan negara sebanyak 20%. Takrifan semula Program Bandar Selamat 2020 mengandungi 3 strategi dan 15 langkah pencegahan jenayah. 3 strategi yang dimaksudkan tadi : 1. Mereka bentuk persekitaran fizikal. 2. Pengurusan penyertaan komuniti dan kesedaran awam. 3. Memperkasa kawasan sasaran ataupun hotspot. Ada 15 langkah pencegahan jenayah iaitu pengasingan laluan pejalan kaki, laluan bermotor, pelaksanaan reka bentuk persekitaran yang selamat, pemetaan GIS jenayah dan buku harian bandar selamat, penyediaan balai polis tetap bergerak, penyediaan cermin keselamatan, penyediaan papan tanda peringatan jenayah, penyediaan penggera keselamatan, penyediaan tempat motosikal berkunci, pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan perniagaan dan tempat awam. Yang ini ada kaitan dengan yang disoal oleh Yong Peng. Pencahayaan di kawasan sasaran iaitu di tepi, hadapan, belakang, rumah,

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 287

bangunan dan di kaki lima premis perniagaan, tempat awam dan perumahan. Laluan awam tidak terlindung dari pandangan awam, penjanaan aktiviti bersesuaian di kawasan terdedah jenayah serta pendidikan kesedaran awam dan publisiti. Keempat belas, meningkatkan rondaan di kawasan perumahan dan kelima belas, agenda tetap bulanan dalam Majlis Penuh PBT. Itu 15 langkah yang telah digariskan oleh Majlis Negara mengenai Kerajaan Tempatan kepada 149 PBT. Menjurus kepada soalan Yong Peng, inisiatif CCTV ini adalah satu usaha yang saya sebutkan tadi, sebanyak 631 CCTV ni dah dipasang di seluruh Johor, di seluruh negerilah. Dan, bagi Yong Peng ni, dia ada 2 tempat yang dipasang melibatkan kos RM200,000.00 dan telah siap dan dilaksanakan sepenuhnya pada bulan Februari 2020. Pemasangan CCTV di kawasan Majlis Daerah Yong Peng ini dapat membantu pihak Majlis Daerah Yong Peng dan pihak Polis dalam memantau keadaan dan keselamatan awam dengan lebih berkesan dan dalam membanteras jenayah. Di samping itu juga, pemasangan CCTV dapat mengesan kesalahan trafik dan jenayah di jalan raya yang berlaku di kawasan pentadbiran. Garis panduan yang dibagi dengan 15 langkah pencegahan kat kita, sebenarnya memberi kesan. Sebanyak 10 kes kemalangan telah dikesan melalui rujukan CCTV tersebut di Yong Peng ini dan ianya menjadi sumber rujukan pihak polis dalam menyelesaikan kes kemalangan dan kesalahan trafik yang berlaku di kawasan tersebut. Bagi tahun 2020, ada 6 kes yang menjadi rujukan di CCTV tersebut dan bagi tahun 2021 ada 4 kes. Jumlah kes adalah 10 kes bagi kawasan Majlis Daerah Yong Peng. Itu saja Yang Berhormat Tuan Speaker. YB Speaker : Ya Mengkibol, soalan tambahan. YB Tuan Chew Chong Sin (Mengkibol) : Terima kasih Tuan Speaker. Dengan teknologi yang semakin canggih, banyak CCTV boleh dipasang asalkan ada wifi. Jadi, adakah pihak penduduk-penduduk di taman-taman masing-masing digalak untuk memasang CCTV sistem dengan kos sendiri dan apakah syarat ataupun kelulusan yang perlu didapatkan untuk memasang sistem CCTV ini. Terima kasih. YB Speaker : Pasang dekat mana Yang Berhormat? Kat rumah ke dekat mana, dekat jalan? YB Tuan Chew Chong Sin (Mengkibol) : Iya pemasangan di taman perumahan. YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Buat Tuan Speaker, terima kasih atas Mengkibol atas soalan. Satu usaha dan inisiatif yang terbaik dia, tapi dia melibatkan kawalan berpusat Yang Berhormat eh. Maksudnya kalau nak pasang di kawasan taman itu, mestilah dia ada tempat ataupun pusat kawalan bagi dipantau ataupun di monitor dengan izin daripada masa ke semasa. Jadi, saya rasa kalau boleh berunding dan teknologi yang boleh memungkinkan perkara ini dapat dipantau oleh pihak Majlis Daerah Yong Peng bersama pihak keselamatan PDRM, saya rasa tak ada apa masalahlah. Kita rasa itu satu inisiatif yang baiklah eh. Yang penting maksudnya ada pusat kawalan tu boleh memantau keadaan CCTV di kawasan tersebut Yang Berhormat Tuan Speaker. YB Speaker : Ya Kota Iskandar, soalan tambahan.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 288

YB Sr. Dzulkefly bin Ahmad (Kota Iskandar) : Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih kepada YB EXCO yang memberikan jawapan. Saya just nak tanya,, ada tak di peringkat kerajaan negeri kita berhasrat untuk mengadakan command control ataupun control command di peringkat PBT supaya pemantauan itu dibuat secara live real time. Sebagaimana sekarang ni banyak diguna pakai di kerajaan tempatan di Indonesia, contohnya di Jakarta, contohnya satu lagi yang sempat saya buat lawatan dahulu di mana control command ini boleh dikongsi bersama maklumat dengan rakyat dan kita pun dah buat pilot project di bawah Digital Johor dahulu, sekarang ni saya rasa telah direbrandinglah kepada nama yang lain. Benda ni saya rasa satu benda yang baik tetapi kita rugi sekiranya tidak memperkembangkan perkara tersebut kerana ianya sangat memberikan peningkatan kualiti kepada kesejahteraan rakyat sama ada daripada aspek keselamatan ataupun daripada aspek-aspek yang lain. Sekian. YB Speaker : Jemput. YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Terima kasih kepada Kota Iskandar. PlanMalaysia sekarang ni dalam usaha untuk merangka satu pelan blueprint untuk Bandar Pintar dan juga selamat di negeri Johor. Kita dah buat engagement sesi libat urus dengan semua Pihak Berkuasa Tempatan, 16 buah Pihak Berkuasa Tempatan. Selain daripada Bandar Pintar juga Bandar Selamat yang saya sebutkan. Untuk program ini maksudnya perkongsian bersama dari segi maklumat tentang diberi kepada awam itu, saya rasa usaha yang baik Yang Berhormat dan boleh digunakan dan sekarang ini MBJB, MBIP, Pasir Gudang sedang ke arah perkara tersebut, dalam program mempastikan Bandar Pintar, Bandar Selamat ini kita dapat manfaatkan bersama dari segi program yang saya sebutkan tadi. Kita tak ada halangan Yang Berhormat. Mana-mana dasar baik di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar kita, mana-mana dasar baik yang dibuat oleh kerajaan lama, kita akan teruskan Yang Berhormat. Kita tak pernah pinggirkan. Ok, ni dasar yang kerajaan PH buat, kita tolak, tak. Mana yang baik yang boleh, termasuklah Pelan Mampan Johor 2030, itu menjadi satu rujukan dalam setiap rancangan pembangunan di negeri Johor di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat. Jadi, jangan risau Yang Berhormat Kota Iskandar eh. Program Yang Berhormat sebut tu kita akan gunakan. Kita bukan, kita sekarang ni ke arah dimensi politik yang baru Yang Berhormat. Kita hendak, kita nak lupakan cara yang lama, yang mana baik yang boleh dilaksanakan, tak kiralah siapa pun yang memerintah, dasar siapa pun, kita akan gunakan dasar tersebut. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. YB Speaker : Soalan seterusnya Yang Berhormat Paloh jemput. YB Tuan Haji Sheikh ‘Umar Bagharib bin Ali (Paloh) : Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan Paloh soalan nombor 2. Seperti pengumuman EXCO Kerja Raya, projek jalan baharu Paloh-Bekok akan menelan belanja sekitar RM199 juta. Mohon nyatakan perincian kos-kos yang bakal terllibat dan jangkaan fasa kerja pembinaan ini sehingga ia sempurna dilaksanakan. YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur : Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam muafakat Johor dan salam makmur Johor. Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Paloh.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 289

Projek membina jalan dari Paloh, Kluang ke Bekok, Segamat, Johor melibatkan jajaran sepanjang 13 kilometer. Kerajaan Persekutuan melalui Rancangan Malaysia Ke-12 Rolling Plan 1 telah meluluskan cadangan projek membina jalan berkenaan. Kos keseluruhan sebanyak RM199 juta merangkumi kerja-kerja pembinaan dan kos pengambilan balik tanah. Projek ini dalam peringkat reka bentuk dan perolehan oleh Jabatan Kerja Raya sebagai pelaksana, manakala peruntukan daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Peruntukan semasa yang diterima bagi tahun 2021 adalah sebanyak RM300,000.00. Bermakna kerja-kerja atau proses telah bermula dengan peruntukan yang telah disediakan. Perincian kos yang terlibat tidak dapat dikongsi memandangkan projek ini bakal ditender dalam masa terdekat dan surat setuju terima dijangka dikeluarkan dalam suku pertama tahun depan, 2022. Untuk makluman Yang Berhormat Paloh, projek ini melibatkan kerja-kerja membina 2 jambatan baharu dan pengalihan utiliti. Impak dari pembangunan projek ini dapat memendekkan jarak dan masa perjalanan di antara Paloh di Kluang ke Bekok di Segamat. Laluan baharu ini bakal menjimatkan masa perjalanan sekurang-kurangnya 20 minit berbanding 1 jam 10 minit jika melalui Jalan Yong Peng, Paloh, Jalan Negeri J16, Jalan Bekok, Jalan Negeri J150 dan Jalan Persekutuan FT001 yang jauhnya 71.3 kilometer. Dengan adanya jalan baharu ini kelak, ia akan meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan kepada lebih daripada 30,000 penduduk di kedua-dua point berkenaan, selain daripada penduduk di sekitar kedua-dua daerah itu. Dengan adanya jalan baharu kelak, ia akan meningkatkan tahap keselesaan dan pada masa yang sama, akan menjadi pemangkin kegiatan pelancongan dan ekonomi contohnya pelancongan di Air Terjun Sungai Bantang di Bekok, Taman Negara Endau Rompin Selai juga di Bekok dan beberapa kawasan yang berpotensi dibangunkan di daerah Kluang. Sekian, terima kasih. YB Speaker : Ya, Paloh. Jemput. YB Tuan Haji Sheikh ‘Umar Bagharib bin Ali (Paloh) : Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih, Yang Berhormat EXCO. Pertama sekali Paloh mengucapkan terima kasih atas projek yang ingin dilaksanakan ini dan daripada jawapan ataupun respons daripada YB EXCO kita dapat simpulkan sekurang-kurangnya ada 3 manfaat yang akan diperolehi oleh kedua-dua check point penduduk di Segamat dan juga Kluang. Yang pertama Paloh ingin sedikit memberitahu di sini bahawa ia akan menjadi sejarah jalan darat antara Johor, antara Kluang ke Segamat. Yang kedua, ia akan memudahkan penduduk dari segi masa dan juga jarak. Dan yang ketiga, ia akan merancakkan aktiviti ekonomi kerana apabila disambung antara Kluang dan Segamat secara terus ini pastilah akan banyak lagi pembangunan yang lebih pesat boleh dibangunkan di dalam kawasan DUN Paloh. Persoalan tambahan yang ingin ditanyakan di sini ialah sekiranya, semenjak pengumuman dibuat baru-baru ini RM199 juta maka kalau kita lihat dari segi jarak itu dibahagikan dengan 13 kilometer, kita akan dapat lihat lebih kurang RM15 juta untuk 1 kilometer bagi kerja-kerja membangunkan jalan ini. Jadi, sebab itu ramai warga Paloh khususnya mula bertanya ini satu peruntukkan yang sangat besar jadi ramai yang happy tetapi bertanya juga besar 1 kilometer RM15 juta. Jadi sebab itu Paloh bertanyakan tentang sedikit perincian jika boleh diberikan tentang kos-kos ini. Persoalan yang kedua pula, apakah jaminan daripada YB EXCO khususnya kita ingin rekodkan di dalam Dewan yang mulia ini bahawa projek ini dia tidak akan dikesampingkan pada masa akan datang? Kerana Paloh difahamkan sebenar projek ini bukanlah projek yang baru dibangkitkan tetapi dengan jumlah RM199 juta itu memanglah satu pengumuman yang baru tetapi projek ini bukanlah satu projek yang baru dibangkitkan. Justeru, pernah berlaku dalam beberapa sesi libat urus sewaktu Pakatan Harapan mentadbir dahulu dengan pihak agensi dan sebagainya. Projek ini pernah dilewatkan untuk mendahulukan projek-projek yang lain contohnya di Bukit Nyamuk. Apabila projek pelebaran itu diberikan keutamaan jalan di Bukit Nyamuk itu diberi keutamaan terlebih dahulu sehingga projek jalan

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 290

Paloh – Bekok ini di lewatkan sedikit untuk memberi laluan kepada projek yang lain. Jadi, persoalannya di dalam Dewan yang mulia ini apakah jaminan bahawa projek yang sangat penting ini menghubungkan dua daerah ini akan di teruskan tidak akan dikesampingkan pada masa yang akan datang. Terima kasih. YB Speaker : Jemput, YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur : Terima kasih YB Paloh. Yang pertama mengenai kos, kos yang disebut di sini ialah siling. Siling ini bukan bermakna itu yang akan dibelanjakan ya keseluruhannya. Dan, ia melibatkan kos yang agak besar sebab ia satu jalan baru, yang saya sebut tadi ada PBT dan pembinaan dua jambatan baru. Jambatan pun sekarang ini bahannya mahal dengan besi yang dah naik YB Paloh, kos-kos yang telah naik dan ia melibatkan juga pengalihan utiliti, pengalihan utiliti ini juga sering memakan kos yang tinggi sebab agak rumit pengalihan mungkin termasuk SAJ, TNB dan sebagainya. Dan, oleh kerana JKR adalah pelaksananya dan saya sebagai EXCO JKR diperingkat negeri dan peruntukkan ini daripada federal dan telah diperuntukkan Yang Berhormat Paloh, memang telah ada peruntukkan dan kerja perbelanjaan untuk tahun ini RM300,000.00 itu memang telah disediakan dan urusan untuk penyediaan dokumen-dokumen dan reka bentuk memang telah berjalan, insya-Allah kita berdoa supaya projek ini dapat dilaksanakan pada tarikh yang saya sebutkan, SST pada tahun hadapan. Dan, saya akan mengajak YB Paloh dan juga YB Bekok pada ketika yang sesuai untuk kita, mungkin pecah tanah, kalau boleh kita ikut sekali untuk menyatakan kepada rakyat bahawa kita serius ini adalah satu projek yang baik yang bermanfaat kepada pembangunan ekonomi dan rakyat. Jadi saya secara personal tidak boleh memberi jaminan 100% akan berjalan tetapi daripada bukti ataupun komitmen yang telah ditunjukkan daripada JKR dan KPLB saya yakin dan percaya memang akan dilaksanakan on time. Terima kasih. YB Speaker : Ha, Bekok. Jemput. YB Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah (Bekok) : Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan tambahan saya ialah, sekarang ada jalan pasir yang menyambung Bekok dengan Paloh. Jalan pasir ialah di sebelah double track, jalan itu bersih boleh digunakan, hanya tunggu tar sahaja. Adakah apa-apa rancangan untuk tarkan itu jalan pasir dan sambung pekan Bekok dengan Paloh? Terima kasih. YB Speaker : Jemput, YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur : Terima kasih YB Bekok. Soalan ini sebenarnya lokasi yang berbeza walaupun bunyi Bekok dan Paloh tapi lokasi yang berbeza. Saya faham apa yang dimaksudkan oleh YB Bekok iaitu berkaitan dengan jalan penghubung yang terpisah oleh pembinaan double track. Dan, itu memang ada dalam jawapan saya dalam penggulungan. Kita sedang dalam proses untuk upgrade atau menurap jalan itu. Laluan dah ada memang dalam proses untuk di tarkan atau di crusher run dalam masa terdekat ini. Terima kasih. YB Speaker : Soalan seterusnya. Yang Berhormat Panti. YB Puan Rashidah binti Ismail (Pasir Raja) bagi pihak YB Tuan Hahasrin bin Hashim (Panti) : Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan Panti nombor 3. Apakah langkah-langkah untuk terus membantu sekolah agama, tadika agama dan madrasah tahfiz dari segi aspek pengurusan serta aspek pembangunan sama ada di bawah pentadbiran kerajaan negeri mahu pun swasta? YB Speaker : Jemput, YB EXCO.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 291

YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam : Bismillahhiramanirahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker dan juga Yang Berhormat Panti. Untuk makluman Yang Berhormat, secara asasnya sekolah-sekolah agama dan tadika agama Islam di tadbir urus oleh kerajaan negeri Johor melalui Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor. Pentadbiran dan pengurusan ini termasuklah lantikan guru-guru, emolumen gaji, bantuan pembangunan, baik pulih, latihan pembangunan staf, termasuk kursus, bengkel dan latihan berkaitan yang diperlukan. Kerajaan negeri juga sentiasa berusaha untuk membantu sekolah-sekolah agama, tadika agama Johor dan madrasah tahfiz di negeri Johor dengan melaksanakan dengan langkah-langkah yang seperti berikut. 1. Menambah baik pengurusan pembelajaran dan pengajaran di sekolah-sekolah agama

dengan melantik guru-guru agama DG29 seramai 558 orang bagi menampung kekurangan guru disebabkan kematian dan juga persaraan.

2. Melantik guru-guru KAFA seramai 394 orang pada bulan Oktober 2021, dan telah di

tawarkan ke sekolah-sekolah agama yang memerlukannya. Jumlah guru KAFA di negeri Johor untuk makluman Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Dewan ialah seramai 2,000 orang.

3. Menambah baik Pengurusan Sumber Manusia di Tadika Agama Johor iaitu TAJ

dengan mewujudkan gred perjawatan S19 guru TAJ sebanyak 362 waran di seluruh negeri Johor. Waran yang telah diisi sehingga November 2021 adalah sebanyak 283 orang dan bermula tahun 2022, kerajaan akan melantik 53 orang guru dan menjadikan jumlah seramai 336 orang.

4. Membina Sekolah Agama Kerajaan Johor, SAKJ yang baharu disetiap daerah melalui

projek pembangunan fasa 5 sebanyak 30 buah dengan peruntukkan kos sebanyak RM150 juta dan fasa 6 sebanyak 12 buah dengan peruntukkan kos sebanyak RM69 juta. Sebanyak 26 buah sekolah di bawah projek fasa 5 telah pun dibenarkan diduduki dan beroperasi dan 4 buah sekolah lagi masih perlu menyelesaikan masalah teknikal dengan agensi terlibat yang melibatkannya.

Saya mendapat maklum daripada beberapa ADUN telah mengadu kepada saya ada berapa sekolah agama yang masih dalam proses tidak siap, dan insya-Allah saya akan turun padang bersama dengan KPRJ Builders yang bertanggungjawab dalam melaksanakan pembinaan sekolah-sekolah agama ini. Seterusnya merancang untuk mewujudkan Sekolah Rendah Agama Bersepadu, SRAB di negeri Johor di daerah Kulai, Pasir Gudang, Tangkak bagi menjadikan keseluruhannya sebanyak 10 buah sekolah. Seterusnya bagi memastikan kawasan sekolah agama bersih dan terurus Majlis Agama Islam Negeri Johor meneruskan memperuntukkan RM2,500,000.00 bagi menampung kos pembersihan kawasan sekolah agama gred A, B yang ditetapkan di bawah Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor. Sekian, terima kasih. YB Speaker : Ya, Kemelah. YB Dr. Sulaiman bin Mohd. Nor (Kemelah) : Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. YB Speaker : Minta maaf, bagi Pasir Raja dahulu. Pasir Raja dahulu. Lepas ini baru Kemelah. Jemput, Pasir Raja. YB Puan Rashidah binti Ismail (Pasir Raja) : Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih di atas jawapan daripada YB EXCO. Memandangkan bahawa Sekolah Rendah Agama Bersepadu, selalunya penuh bila di awal tahun. Saya ingin bertanya kepada YB EXCO,

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 292

adakah kerajaan berhasrat untuk menambah Sekolah Rendah Agama Bersepadu di setiap daerah? Maksudnya setakat hari ini, cuma satu sekolah SRAB sahaja di setiap daerah. Adakah kerajaan bercadang untuk menjadikan dua ataupun tiga sekolah di setiap daerah. Terima kasih. YB Speaker : Jemput, YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam : Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli Dewan dalam muzakarah Pelan Pembangunan, Pembangunan Pendidikan Islam Negeri Johor tahun 2030 insya-Allah dalam jangka masa tersebut setiap daerah akan diwujudkan sekolah agama ini. Terima kasih, Yang Berhormat. YB Speaker : Ya, Kemelah tadi. Soalan tambahan. YB Dr. Sulaiman bin Mohd. Nor (Kemelah) : Terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker. Saya ingin bertanya kepada YB EXCO berkaitan dengan status terkini guru-guru agama ataupun guru tadika agama sambilan dan kontrak sama ada mereka telah dimasukkan di dalam skim PERKESO ataupun belum lagi? Terima kasih. YB Speaker : Itu tak ada dalam, tak ada kaitan betul tu. Tapi saya jemputlah, YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam : Terima kasih Yang Berhormat. Saya akan mengambil perkara ini sebagai satu perkara yang penting kerana, sudah kami juga sedang mendapat satu surat daripada Kesatuan Guru-Guru Agama di negeri Johor bagi memastikan bahawa cadangan untuk skim ini dapat diberikan kepada guru-guru agama. Insya-Allah perkara ini telah pun di bawa ke Bahagian Pendidikan Islam Negeri Johor dan dijangka pada bulan Disember ini satu mesyuarat khas akan ditentukan, bagi menentukan perkara ini. Terima kasih. YB Speaker : Bagi Paloh tu, Paloh. Jemput, soalan tambahan. YB Tuan Haji Sheikh ‘Umar Bagharib bin Ali (Paloh) : Ok, terima kasih Yang Berhormat Speaker, Pasir Raja dalam soalan tambahan tadi ada menyentuh tentang SRAB juga, dan ini terkait dengan langkah-langkah membantu sekolah agama. Apa yang ingin Paloh bangkitkan ialah jika kita lihat SRAB ini sudah menjadi satu produk dan jenama yang agak branding yang cukup baik di negeri Johor dan tidak ada mungkin di negeri-negeri yang lain. Tetapi bukan sahaja soal menambah sekolah SRAB di setiap daerah, sekolah SRAB yang sedia ada juga sebenarnya berada di dalam keadaan serba kekurangan pada pandangan Paloh. Sebagai contoh, SRAB di daerah Kluang. Apa yang berlaku ialah dalam satu kelas, contohnya untuk pengambilan darjah 1 ada dua kelas sahaja. Tetapi pengambilan seramai 80 orang pelajar. Satu kelas mengandungi 40 orang pelajar. Jadi kalau pun bukanlah dari aspek menambah sekolah, setidak-tidaknya Paloh merasakan bahawa penambahan infrastruktur fizikal di sekolah SRAB itu mesti dilakukan tambahan. Di Kluang masih meminjam lagi padang bola daripada pihak yang lain dan masih lagi hanya ada satu blok bangunan, sekolah agama yang terkini lebih canggih daripada sekolah SRAB yang sudah dan branding itu sudah establish dengan izin. Jadi, apakah komitmen di peringkat kerajaan negeri untuk kalau tidak menambah sekali pun sekurang-kurangnya menambah infrastruktur sedia ada di dalam sekolah-sekolah SRAB di dalam setiap daerah ini, mohon penjelasan. Terima kasih. YB Speaker : Jemput, YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam : Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Paloh. Untuk makluman Yang Berhormat Tuan Speaker, saya ambil maklum perkara ini. Dan, satu jawatankuasa bertindak yang saya sendiri ketuai bagi memastikan semua perjalanan pentadbiran SRAB dan juga sekolah-sekolah agama di negeri Johor dari

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 293

segi kebaikan, kerosakan dan sebagainya dapat diambil tindakan segera. Dan, saya maklumkan kepada Yang Berhormat Tuan Speaker, saya sendiri mengetuai jawatankuasa bertindak ini bagi memastikan perkara tersebut tidak berlaku lagi pada masa akan datang. Terima kasih. YB Speaker : Ya, Semerah. Last. YB Tuan Mohd Khuzzan bin Abu Bakar (Semerah) : Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Kita maklum dengan apa yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Paloh tadi mengenai fasiliti dan juga bangunan kalau kita lihat sekolah-sekolah lain ada Pusat Sumber dan buat kemahiran kerja, tapi di sekolah SRAB Tak ada. Kita mohon dan sebagainya baru ada. Tapi masalah yang saya ingin bertanya ini ialah status permohonan yang telah kita buat untuk sekolah SRAB, Batu Pahat yang mana saya dimaklumkan oleh pihak sekolah bahawa pihak Jabatan Agama telah pun datang untuk melihat keadaan dan juga kawasan yang sesuai untuk pembinaan. Jadi saya mohon status terkini daripada pihak Yang Berhormat EXCO. Terima kasih. YB Speaker : Jemput EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam : Terima Yang Berhormat, insya-Allah saya akan mendapatkan laporan ini dengan segera dan saya berjanji dalam minggu hadapan saya akan turun ke sekolah tersebut untuk melihat keadaan sebenar. Terima kasih. YB Speaker : Soalan seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Sri Medan. Jemput. YB Tuan Haji Abd Taib bin Abu Bakar (Machap) bagi pihak YB Dato’ Zulkurnain bin Haji Kamisan (Sri Medan) : Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 4. Golongan kanak-kanak istimewa adalah sebahagian daripada mereka yang tergolong dalam kumpulan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang mana mereka juga memerlukan perhatian dan sokongan daripada masyarakat. Apakah perancangan kerajaan negeri bagi membantu golongan ini agar nasib mereka terbela/terjaga? YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, keluarga dan Masyarakat : Bismillahirahmanirrahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Sri Medan. Yang Berhormat Tuan Speaker, menjawab soalan YB Sri Medan, kerajaan negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor sentiasa mengambil berat dan perihatian golongan kanak-kanak Orang Kurang Upaya yang merupakan salah satu kumpulan sasar JKM Johor. Mengikut rekod statistik JKM Johor, jumlah OKU berdaftar di negeri Johor sehingga November 2021 adalah seramai 68,120 orang, seperti jadual berikut: Kategori OKU penglihatan seramai 5,450; pendengaran, 4,428; pertuturan, 373; fizikal 24,268; pembelajaran, 23,892; mental, 6,498; pelbagai, 3,208, keseluruhanya berjumlah 68,120. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan negeri melalui JKM Johor akan memperluaskan promosi bagi menggalakkan orang ramai khususnya kanak-kanak OKU supaya berdaftar segera dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. JKM Johor telah membuat perancangan untuk mengadakan kempen pendaftaran OKU di negeri Johor pada tahun hadapan mengikut norma-norma baru dan SOP, pencegahan serta kawalan pencegahan penyakit COVID-19 yang ditetapkan. Selain itu, semasa kempen tersebut akan turut mempromosikan permohonan pendaftaran OKU secara dalam talian di bawah program MY Daftar OKU bagi mempermudahkan lagi pendaftaran OKU khususnya bagi ketidakupayaan yang jelas.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 294

Untuk makluman Yang Berhormat, Jabatan Permohonan OKU, Jabatan Kebajikan Masyarakat Putrajaya dan JKM Johor juga menambah baik garis panduan pengoperasian bagi memantapkan pengurusan Program Pemulihan Dalam Komuniti. Garis panduan tersebut merangkumi dari segi latihan dan pemulihan yang akan diberikan kepada kanak-kanak OKU yang menjalani pemulihan di PDK. Di samping itu juga, program pemulilhan pada pelatih PDK juga akan dimantapkan melalui rancangan pembelajaran inidividu mengikut norma-norma baru dan SOP pencegahan dan kawalan penyakit COVID-19. Terima kasih. YB Speaker : Yang Berhormat Pekan Nanas, jemput. YB Tuan Yeo Tung Siong (Pekan Nanas) : Yang Berhormat Tuan Speaker, di dalam golongan OKU ada 1 golongan yang dikategori sebagai autism dan saya dapati mereka memerlukan rawatan daripada Occupational Therapy dan Speech Therapy. Tapi masalah yang dihadapi sekarang adalah hospital kerajaan. Mereka tidak mempunyai kakitangan sumber tenaga yang mencukupi dan fasiliti pun tidak mencukupi menyebabkan mereka menunggu lama untuk mendapat rawatan ST dan OT. Dan walau pun ibu bapa mereka boleh menghantar anak-anak mereka ke pihak swasta untuk mendapat perkhidmatan ini, tetapi kosnya adalah amat tinggi. Adakah kerajaan berancangan untuk menyediakan subsidi kepada keluarga–keluarga yang B40 supaya mereka boleh apabila mereka pergi ke pihak swasta mungkin mereka bayar 1 kali. Tetapi kerajaan subsidi 1 kali kerana masa ke masa untuk budak-budak ini untuk mendapat rawatan yang baik adalah kalau boleh sebelum umur 7. Dia punya effect adalah baik sebab itu adakah kerajaan boleh mempertimbangkan untuk memberi subsidi supaya mereka boleh mendapat rawatan yang mencukupi untuk mengatasi kekangan yang berlaku di institusi perubatan kerajaan. Sekian, terima kasih. YB Speaker : Soalan Yang Berhormat. Soalan, soalannya apa? YB Tuan Yeo Tung Siong (Pekan Nanas) : Oh. Adakah kerajaan bersedia dan boleh membuat pertimbangan untuk memberi subsidi kepada golongan B40 bagi keluarga yang ada budak autism supaya mereka boleh lebih kerap untuk mendapat rawatan ini? Terima kasih. YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, keluarga dan Masyarakat : Terima kasih Yang Berhormat dan soalan. Untuk menjawab soalan itu setakat ini di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat, hanya melalui perubatan daripada mendapatkan perubatan pada hospital kerajaan dan autism ialah mungkin mendapatkan rawatan daripada pihak hospital dan sekiranya tidak mampu atau tidak berkemampuan mungkin boleh menulis surat untuk memohon bantuan kepada perubatan tersebut tetapi buat masa ini, kita tidak ada apa itu tanggungan untuk perubatan tersebut. Terima kasih. YB Speaker : Ya Tangkak, jemput. YB Tuan Ee Chin Li (Tangkak) : Terima kasih Yang Berhormat Speaker, kita tahu bagi golongan yang kurang upaya ini atau pun kita panggil kanak-kanak istimewa ini, kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat memang ada menubuhkan pemulihan dalam komuniti iaitu dipanggil PDK. Di setiap DUN, saya rasa memang ada wujud di negeri Johor ada PDK, PDK ini ditubuh untuk memberi latihan yang bersesuaian mengikut keperluan dan jenis kecacatan bagi pelatih-pelatih dan juga supaya mereka tidak diasingkan oleh keluarga, oleh rakan atau pun masyarakat. Tetapi isu yang ingin saya bawa pagi ini nak minta apa tu perhatian atau pun menarik perhatian pihak JKM dan pihak EXCO adalah tentang saya bagi contoh, PDK di bandar Tangkak merupakan satu bangunan yang sangat uzur dan pada tahun 2018, 2019 kami melalui peruntukan DUN Tangkak telah ada memperuntukkan atau pun menyumbang untuk membaiki termasuk bumbung, termasuk apa tu, infra-infra dalam

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 295

tetapi soalan saya adalah saya rasa bukan sahaja bangunan PDK di bandar Tangkak sahaja menghadapi masalah ini, saya rasa banyak lagi PDK yang kerana dengan kekurangan peruntukan, dan saya ingin tanya adakah JKM negeri Johor dan ada rancangan supaya kami dapat memberi satu keadaan ataupun satu suasana yang lebih selesa bagi pelatih dan juga petugas PDK. Terima kasih Tuan Speaker. YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, keluarga dan Masyarakat : Terima kasih Yang Berhormat Tangkak atas soalan. Menjawab soalan tersebut saya mengucapkan terima kasih Yang Berhormat Tangkak yang telah membantu ke faedah di PDK. Saya rasa untuk program akan datang , untuk baik pulih dan sebagainya, saya harap YB Tangkak dapat mengemukakan permohonan apa tu untuk baik pulih insya-Allah. Kalau tahun hadapan insya-Allah kita akan bagi sepertimana yang dibuat oleh pada YB Penggaram yang memohon ya peruntukan untuk baik pulih PDK. Terima kasih. YB Speaker : Ya Kota Iskandar. YB Sr. Dzulkefly bin Ahmad (Kota Iskandar) : Terima kasih Tuan Speaker dan juga terima kasih kepada YB EXCO yang telah menjawab soalan. Sebenarnya soalan saya tadi telah diambil oleh Tangkak. Sedikit lanjutan daripada itu, PDK di Nusajaya pun mengalami keadaan sama peruntukan yang diberikan oleh JKM sekadar untuk penggajian kepada petugas, tetapi tidak melibatkan kepada peruntukan untuk baik pulih ataupun penyelenggaraan bangunan. Soalan saya adalah pelatih di PDK ini adalah golongan OKU, dan mereka ini kita harap boleh bersama dengan masyarakat tidak dipinggirkan. Justeru itu di antara saya cadangankan PDK sahaja selain melatih pelajar-pelajar itu kena membuat engagement supaya pelajar ini boleh diutarakan untuk mendapat pekerjaan, di komuniti mereka sendiri sebab budak-budak ni selesa di komuniti mereka sendiri seperti di PDK Nusajaya diusahakan contoh, tanaman cendawan tiram dan juga lada organik dan budak-budak ini yang telah belajar di sana itu digajikan. Jadi paling tidaknya mereka boleh menyara kehidupan mereka dan juga dapat membantu keluarga mreka. Maknanya saya harap PDK ini dikembangkan aktiviti mereka bukan sekadar melatih pelajar-pelajar ini, pelatih ini juga boleh berdikari dan menghasilkan pendapatan sendiri. YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, keluarga dan Masyarakat : Terima kasih YB ke atas soalan. Untuk makluman bahawa PDK ini ialah sekarang telah didaftarkan bawah ROS dan pengerusi-pengerusi PDK boleh membuat pembaharuan atau pun apa pun aktiviti untuk menjalankan sama ada projek tanaman dan sebagainya terserah kepada pengendalian pengerusi-pengerusi PDK itu sendiri. Dan saya juga ingin menambah untuk makluman Yang Berhormat pada tahun hadapan kita akan mengadakan Program Bangkit OKU di mana kita membantu orang kurang upaya berpotesi untuk bekerja, di mana kita akan menjalin kerjasama strategik dengan syarikat mengenai latihan kemahiran kerajaan dan swasta sebagai platform melatih pekerja mahir di pelbagai bidang. Yang keduanya kita akan mempromosi produk-produk perniagaan dan perkhidmatan golongan OKU. Jadi, di sini saya berharap Yang Berhormat akan mengambil kesempatan untuk produk-produk di PDK dan yang ketiga ialah Program khas atau pun khusus kepada kursus latihan kemahiran dan promosi terhadap produk dan perkhidmatan mereka. Terima kasih. YB Speaker : Ya, Pasir Raja, soalan tambahan.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 296

YB Puan Rashidah binti Ismail (Parit Raja) : Terima kasih Tuan Speaker saya ingin makluman Yang Berhormat EXCO daripada 68,120 orang yang telah didaftarkan, berapakah jumlah mereka mengikut kategori umur dan sekiranya penjaga kepada OKU-OKU terlantar meninggal dunia, siapakah yang akan dipertanggung jawabkan untuk menjaga kanak-kanak OKU ini? Terima kasih. YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, keluarga dan Masyarakat : Terima kasih Yang Berhormat Pasir Raja. Menjawab soalan itu, statistik yang saya bacakan sebanyak 68,120 orang itu ialah daripada 1.1.2000 hingga 15.11.2021 untuk kategori umur. 0 - 6 tahun sebanyak 1,005 orang; 6 tahun hingga 12 tahun 6,796; 13 tahun hingga 18 tahun 6,661; 19 tahun hingga 21 tahun, 3,578; 22 tahun hingga 35 tahun seramai 14,457; 36 tahun 45 tahun 9,057 dan 46 tahun 59 tahun seramai 13,766 dan akhirnya 60 tahun ke atas seramai 12,800 orang, iaitu keseluruhan berjumlah 68,120 orang. Menjawab kepada soalan yang kedua di mana sekiranya kedua ibu bapa pelatih OKU meninggal dunia ini ialah bergantung kepada waris yang akan menjaga mereka ini. Terima kasih. YB Speaker : Soalan seterusnya Yang Berhormat Parit Raja jemput. YB Puan Nor Rashidah binti Ramli (Parit Raja) : Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat soalan Parit Raja nombor 5. Minta dinyatakan usaha dan langkah kerajaan negeri bagi menggalakan belia menjalankan aktiviti dan perusahan industri asas tani selepas tempoh pandemik? YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Pertanian, Industri Asas Tani dan kemajuan Luar Bandar : Bismillahirahmannirrahim, assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Parit Raja. Fokus kerajaan negeri dalam memperkasa sektor pertanian tidak terkecuali dalam membantu golongan belia yang terlibat dalam sektor pertanian dan industri makanan yang merangkumi kesemua bidang di sepanjangan rantaian nilai seperti tanaman, ternakan, perikanan dan juga termasuklah industri makanan atau industri asas tani. Program IoT diwujudkan adalah untuk membangunkan usahawa dalam bidang pemprosesan makanan yang menekankan pembangunan dan peningkatan kualiti produk di pasaran global. Sehubungan dengan itu, aspek promosi pemasaran pembiayaan dan teknologi akan diberi tumpuan supaya pemangkin mencapai objektif program. Cadangan juga kepada aktiviti pemprosesan atau nilai tambah dan membangunkan usahawan industri asas tani nasional yang bersepadu ke arah penglibatan pendapatan bagi usahawan tani. Yang Berhormat Tuan Speaker, di bawah Jabatan Pertanian terdapat beberapa pelbagai insentif atau program telah dijalankan bagi menjalankan peningkatan belia dalam menjalankan aktiviti perusahaan industri asas tani. Melalui program khusus untuk belia atau pun umum. Sebagai contoh untuk tahun 2021, melalui Program Belia Tani dan Program Agropreneur Muda, ianya telah memanfaatkan sebanyak 47 orang usahawan tani belia dengan nilai keseluruhan bantuan sebanyak RM680,000.00. Daripada jumlah tersebut, 18 orang belia adalah menjalankan perusahaan IAT dan mendapat bantuan berjumlah RM281,935.00 keseluruhannya. Pada tahun 2021 juga kerajaan negeri telah memperuntukkan insentif berjumlah RM1.2 juta bagi Program Pembangunan Industri Asas Tani. Dan pada tahun 2022, kerajaan negeri telah meningkatkan peruntukan bagi pembangunan IAT ini sebanyak 100%, sebanyak RM2.1 juta. Manakala bagi Program Pembangunan Belia Tani, kerajaan negeri melalui Jabatan Pertanian telah memperuntukkan RM300,000.00.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 297

Selain daripada itu, para usahawan tani dalam kalangan belia juga boleh memanfaatkan program-program di bawah Jabatan Pertanian seperti Program Pembangunan IAT, Change Upgrade Project ataupun CUP, Program 3P Pembungkusan, Pelabelan dan Pemasaran dan High Infact Project (HIP) peruntukan dan ini adalah daripada peruntukan persekutuan. Yang keduanya adalah insentif pengeluaran makanan selamat. Yang ketiga, insentif pemilikan teknologi mekanisasi dan yang keempat, insentif kolaborasi syarikat peneraju. Bagi program pengeluaran makanan selamat, pemilikan teknologi mekanisasi dan kolaborasi syarikat peneraju sehingga kini seramai 96 orang pengusaha IAT telah mendapat manfaat dalam daripada program tersebut. Dan peruntukannya adalah RM1.6 juta. Yang Berhormat Tuan Speaker, bagi belia yang mengusahakan bidang ternakan pula, Jabatan Perkhidmatan Veterinar berperanan dalam memberi fasiliti bagi memudahcara golongan ini untuk menjalankan perusahaannya. Di atas keprihatinan kerajaan negeri, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor melalui Program Transformasi Belia Ternak dengan nilai keseluruhan RM656,000.00 dan sehingga kini seramai 87 belia telah berjaya dipilih bagi menerima bantuan berupa peralatan ladang, 17 serta penambah baik infra premis, 45 peserta dan penggunaan teknologi 25 peserta. Pada tahun ini juga, 4 belia menerima manfaatkan Agropreneur Muda berjumlah RM20,000.00 dengan jumlah RM80,000.00 telah disalurkan. Melalui bantuan ini akan membantu kumpulan belia ternak meningkatkan pengeluaran hasil ladang dan produk industri asas ternakan. Tahap kesihatan ternakan serta tahap bio sekuriti ladang dan premis ditingkatkan. Pihak Jabatan juga berperanan dalam menyediakan fasiliti kemudahan, kursus, khidmat nasihat dan khidmat perundingan, sokongan dan juga latihan teknikal kepada para pengusaha termasuklah semua belia. Di bawah Jabatan Pertanian misalnya penganjuran kursus asas tani secara talian sepanjang tahun 2021 telah melibatkan dan memberi manfaat kepada 1,400 usahawan tani dengan 45 siri kursus yang dilakukan. Antara kursus yang telah dijalankan adalah kursus asas keusahawanan, kursus pembuatan produk IAT, kursus meningkatkan kualiti produk, kursus persijilan halal dan MeSti serta kursus pasaran online melalui Shoppee. Bagi memastikan kumpulan belia menceburi bidang ternakan secara serius, peluang-peluang mengikuti kursus-kursus berkaitan pengurusan ternakan seperti ternakan ayam kampung, lembu pedaging, kambing pedaging, penghasilan produk industri asas ternakan, pemakanan ternakan, rancangan perniagaan dan rekod ladang juga disediakan. Tujuan kursus ini adalah memberi pendedahan dan pengetahuan sebelum mereka menceburi penternakan atau penghasilan produk industri asas ternakan secara aktif. Umumnya seramai 1,773 orang belia terlibat dalam bidang ternakan di negeri Johor. Sepanjang tahun 2021, seramai 483 peserta belia telah mengikuti pelbagai kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor secara talian. Kursus ternakan ayam kampung 133 peserta, pengurusan lembu pedaging, 82 peserta, pengurusan kambing pedaging, 53 peserta, pengurusan rekod, 70 peserta, pemakanan ternakan, 79 dan pengurusan ternakan arnab, 66 peserta. Bermula Februari 2021, malahan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor bersama Kumpulan Pendidikan YPJ dan Visit Johor telah mengadakan perbincangan bagi melaksanakan 6 siri kursus digital entrepreneur khusus kepada kumpulan belia ternak bimbingan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor. Buat masa ini, 4 siri kursus telah dijalankan melibatkan 202 orang peserta di daerah Batu Pahat, Johor Bahru, Pontian dan Kluang serta Kota Tinggi dan juga Mersing. 2 siri kursus akan menyusul melibatkan daerah Muar, Tangkak dan Segamat.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 298

Keseluruhan kumpulan belia yang akan diberi latihan mengikuti kursus ini adalah 300 orang. Secara keseluruhannya, ramai kalangan belia di negeri Johor yang telah menceburi dan berjaya dalam bidang pertanian dan industri makanan, kerajaan negeri akan terus memberi fasiliti yang terbaik bagi mendorong belia-belia tersebut untuk melonjakkan bagi perusahaan dan produk mereka. Sekian, terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. YB Speaker : Ya Parit Raja, soalan tambahan. YB Puan Nor Rashidah binti Ramli (Parit Raja) : Terima kasih kepada YB EXCO di atas jawapan tadi dan tahniah dan syabas di atas usaha-usaha bagi memastikan golongan belia kita terlibat dalam industri asas tani sebagai bidang kerjaya masa depan yang dapat membina dan menjana pendapatan. Tadi YB EXCO ada sebutkan di dalam bidang penternakan, jadi apakah, bagaimana usaha-usaha yang dijalankan kepada penternak-penternak kecil di atas program vaksinasi kepada semua ternakan supaya dapat menjamin tahap bekalan keselamatan makanan kita. Terima kasih. YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar: Terima kasih Yang Berhormat Parit Raja. Berkenaan dengan vaksinasi untuk ternakan khususnya untuk penternak-penternak kecil di dalam negeri ini. Saya ingin tekankan bahawa soal kesihatan ternakan adalah amat penting untuk memastikan masa depan populasi ternakan dalam negeri Johor ini. Seperti maklum dan saya telah maklumkan bahawa sebagai contohnya dalam, pada waktu ini sedang berjalan satu program iaitu zon, kita menjadikan kerajaan negeri Johor ini sebagai salah satu zon selamat FMD sebagai contoh. Iaitu usaha untuk menvaksinasi ternakan untuk memastikan negeri Johor bebas daripada foot and mouth disease ataupun sakit kuku dan mulut. Kalau ini berjaya dengan kelebihan kita yang duduk di hujung selatan Semenanjung Malaysia ini, kita nak pastikan bahawa ternakan dalam negeri Johor ini semuanya sihat-sihat belaka dan tidak terlibat dengan penyakit-penyakit yang boleh yang zoonotic yang boleh mengganggu penumbuhbesaran dan pembiakan ternakan dari semasa ke semasa. Dan ini diharap dapat kerjasama yang baik daripada para penternak. Sekali lagi saya mohon supaya para penternak mempunyai, membuat engagement dengan izin dengan Jabatan-Jabatan Veterinar untuk mereka dipantau dari semasa ke semasa dan mendapat khidmat nasihat daripada pihak pegawai dan kakitangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar di daerah-daerah masing-masing. Terima kasih. YB Speaker : Ya Paloh, soalan tambahan. YB Tuan Sheikh ‘Umar Bagharib bin Ali (Paloh) : Soalan tambahan Yang Berhormat Speaker. Terima kasih di atas jawapan yang diberikan oleh YB EXCO. Cuma Paloh ada sedikit soalan tambahan. Jika berbalik kepada soalan asal ini iaitu apakah usaha dan langkah kerajaan negeri menggalakkan belia menjalankan aktiviti perusahaan asas tani selepas tempoh pandemik. Jadi daripada soalan ini, soalan tambahan Paloh ialah dalam konteks menggalakkan belia, langkah-langkah untuk membantu, langkah kerajaan membantu bagi menggalakkan belia terlibat dengan industri asas tani selepas tempoh pandemik. Kerana kita lihat daripada angka-angka yang kita ada, kita ada lebih kurang 700,000 belia di negeri Johor yang berusia 30 ke 40 tahun. Logiknya mereka ini sudah pun berkerjaya. Cuma apabila berlaku, mereka ini berada di pelbagai sektor, dan apabila berlaku pandemik maka ramai di kalangan mereka ini yang hilang pekerjaan, sesuailah dengan angka yang kita ada iaitu jumlah pengangguran

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 299

belia meningkat ke angka 3.9% berbanding pada tahun 2020, berbanding tahun sebelumnya hanya 2.7%. Jadi jumlah belia antara usia 30 ke 40 tahun ada 700,000 orang. Jumlah pengangguran juga meningkat. Bermaksud di sana belia ramai yang menganggur dan hilang pekerjaan, apatah lagi selepas pandemik berlaku. Justeru soalan tambahan daripada Paloh, adakah kerajaan telah mengenal pasti angka-angka ataupun data-data ataupun mencari belia-belia yang hilang pekerjaan, menganggur, yang daripada Singapura balik ke Malaysia, terpaksa bawa grab food dan sebagainya untuk memberi tawaran dan insentif-insentif yang bersesuaian kepada mereka supaya boleh meneroka bidang industri asas tani sebagai kerjaya pilihan selepas daripada pandemik ini. Sikit lagi Paloh sentuh kerana angka yang disentuh oleh EXCO tadi, 2019, 2020 dan 2021, Paloh rasa angka-angka ini menunjukkan mereka yang sudah pernah berkecimpung, cuma mungkin belum serius. Jadi kita tambah bantuan-bantuan kepada mereka. Tetapi yang hilang pekerjaan, dulu bukan bahagian asas tani, dulu kerja di Singapura hilang pekerjaan... YB Speaker : Nak ke anak muda ini jadi petani? Susah kerja tu... YB Tuan Sheikh ‘Umar Bagharib bin Ali (Paloh) : Yang tu, sebab tu saya tanya kepada YB EXCO, apakah usaha oleh kerajaan negeri untuk memastikan industri asas tani menjadi alternatif terbaik kepada mereka yang terkesan selepas hilang pekerjaan, yang mungkin tidak ada background industri asas tani di kalangan belia di negeri Johor. Terima kasih. YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar: Terima kasih Paloh. Saya nak maklumkan kepada Dewan yang mulia ini, realitinya bahawa keterlibatan belia dalam sektor pertanian masa kini sebenarnya adalah melebihi daripada 65% daripada petani-petani yang ada dalam negeri Johor. Ini adalah realiti. Selalu kita menyatakan bahawa kita menggalakkan orang muda terlibat dengan pertanian. Kita menyatakan bahawa orang muda segan, malu, menjarakkan diri daripada sektor pertanian. Sebenarnya tidak tepat. Realitinya kalau kita pergi turun ke akar umbi, saya nyatakan tadi lebih 65% pengusaha-pengusaha industri asas tani apatah lagi pertanian adalah di kalangan orang-orang muda bawah 40 tahun. Dan ini adalah satu realiti. Sebab itu tuan-tuan, Yang Berhormat yang dihormati sekalian, bahawa pertama adalah kita menyedari inisiatif kerajaan adalah melipatgandakan peruntukan sebanyak 100%, RM2.1 juta daripada RM1 juta pada tahun 2021. Dan ini adalah gambaran keprihatinan dan komitmen pihak kerajaan. Tetapi pada masa yang sama, pertanian tidak boleh dijadikan pilihan terakhir untuk karier, membangunkan karier. Tidak boleh jadikan, dah buat yang lain-lain semua tak berjaya barulah ke pertanian. Dia memerlukan passion dengan izin. Dia memerlukan minat. Apatah lagi apabila kita menyatakan pertanian itu adalah perniagaan. Dia memerlukan minat, pengetahuan, sekurang-kurangnya sedikit modal. Saya terus terang nyatakan bahawa kita memang tak membuat outreach untuk menggalakkan orang-orang muda untuk bertani. Kita pernah ada dulu siswa tani, kita pernah menggalakkan siswazah untuk bertani tetapi realitinya mereka tidak bertahan lama. Kita lebih membangunkan kepada mereka, orang-orang belia di kalangan belia yang datang daripada keluarga petani. Kerana mereka telah mempunyai pengalaman, sedikit sebanyak pengetahuan daripada keluarga mereka. Dan mereka lebih wajar dibantu daripada mereka yang hanya nak buat, nak buat kerana tak ada benda lagi nak buat. Dan saya ingin nak nyatakan Yang Berhormat Tuan Speaker, mereka yang telah menceburkan diri dalam sektor pertanian kebanyakannya mereka tidak kesal dengan hasilnya. Berbudi kepada bumi tidak akan membawa penyesalan dan saya yakin dan saya percaya, dengan kerjasama dan inisiatif yang di buat oleh Ahli Yang Berhormat ayuh, gunakalah fasitili ini sebaiknya. Dan, saya hendak nyatakan sekali lagi, saya hendak tambah. Belia ini sebenarnya peluangnya ini cukup besar. Dia lebih

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 300

besar daripada orang yang lebih berumur, kenapa mereka tidak terkecuali untuk dapat menikmati bantuan yang disediakan dalam jabatan, semua jabatan agensi pertanian. Di tambah pula mereka ada untuk Belia Tani, Belia Ternak. Jadi, rebutlah peluang ini. Terima kasih, Yang Berhormat. YB Speaker : Petani-petani muda ini lebih kaya daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat. Ok, ok. Kota Iskandar, last. YB Sr. Dzulkefly bin Ahmad (Kota Iskandar) : Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker dan juga EXCO yang memberikan jawapan. Just saya hendak curiosity sahaja sebagai satu makluman kepada kita semua di Dewan yang mulia ini. Sejauh manakah sebenarnya usaha-usaha mempelopori ataupun promosi Smart Farming ini di buat di negeri Johor? Kerana saya rasa kalau di sebut tadi bahawa tidak ramai golongan muda yang kekal duduk dalam industri pertanian. Tetapi sebenarnya bila saya menghadiri Showcase 5G kita di Langkawi, bila diperlihatkan kita bagaimana teknologi Smart Farming ini sehingga satu kontena itu, hasilnya equivalent 1 ekar tanah kalau dua kontena ditindihkan jadi 2 ekar, dengan pekerja seorang boleh jaga dua kontena, bermakna 2 ekar daripada yang fizikal kita perlukan lebih ramai daripada itu dan cara pengendalian juga menggunakan Internet Of Thing, benda yang dekat dengan golongan muda dan juga menggunakan sistem sensor robotic dan seumpamanya ini akan menarik golongan muda sebenarnya. Jadi, saya merasakan walaupun usaha secara konvensional kita jalankan tetapi usaha ke arah mempolopori promosi Smart Farming ini kepada golongan muda ini, kalau dahulu orang kata Air Asia itu Everybody Can Fly mungkin dengan Smart Farming ini, Everybody Can Farm. Sekian, terima kasih. YB Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar: Terima kasih Yang Berhormat Iskandar Puteri, kita memang menggalakkan Smart Farming tetapi kepada mereka yang baru memulakan pertanian, dalam sektor pertanian. Tidak mungkin mereka menggunakan Smart Farming kalau mereka tidak ada pengetahuan. Memang ramai yang mempunyai sistem Smart Farming di luar sana. Dan, mereka banyak datang berjumpa dengan saya. Pertanyaan saya adalah satu, pernah buat ataupun tidak? Kebanyakannya mereka hanya ada sistem tetapi mereka tidak ada pengalaman menggunakan sistem mereka. Dalam erti kata yang lain, sistem orang lain buat yang menggunakan pihak yang lain. Jadi, Smart Farming ini memanglah malahan bukan sahaja Smart Farming sekarang ada Smart And Precision Farming ya. Sebab itu kita dengar Vertical Farming lah, dan sebagainya. Kita memang galakkan, tetapi bergantung kepada apa yang hendak dibuat. Smart Farming adalah jawapan kepada masalah kenaikan kos input ketiadaan buruh dalam Malaysia dan seluruh dunia adanya. Tetapi pada masa yang sama berbalik sekali lagi saya nyatakan, selalunya Smart Farming ini dilakukan kepada mereka yang telah menceburkan diri dalam pertanian. Dan, mereka melihat bahawa Smart Farming adalah baik untuk mereka. Pertama, untuk mendapatkan hasil yang lebih dengan pakej yang kecil ataupun ruang yang kecil. Yang keduanya adalah kualiti penghasilan mereka. Dan yang ketiganya mengurangkan kos. Saya nyatakan smart farming sebagai contoh simple tak sampai penggunaan IoT, Internet Of Thing, belum sampai ke tahap itu. Sekarang ini realitinya pertanian ini mereka dah tidak tanam sayur dekat tanah lagi. Tetapi, mereka menggunakan fertigasi, mereka menggunakan hidroponik, kenapa? Kerana ini adalah untuk memastikan kestabilan konsistensi baja yang diberikan. Pengurangan kos labour yang terlibat dan kualiti hasil tanaman itu sendiri. Apatah lagi dengan fertigasi tak perlu ada weeding, dengan izin, dan pada masa yang sama uniformity, keseragaman tanaman akan lebih baik dibandingkan dengan penggunaan konvensional di atas tanah. Itu adalah sebagai satu contoh dan saya pun ingin menyeru kepada semua bahawa di sekeliling kita ini ada banyak sistem Smart Farming tetapi pada masa yang sama ianya memerlukan komitmen untuk memulakannya selalunya ia memerlukan modal yang lebih, tetapi itu hanyalah initial cost, modal permulaan sahaja. Sebenarnya ia adalah lebih menguntungkan dan mengurangkan risiko dengan keadaan cuaca yang tidak menentu pada waktu ini. Sekian, terima kasih.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 301

YB Speaker : Soalan seterusnya. Bukit Naning, jemput. YB Tuan Md. Ysahrudin bin Kusni (Bukit Naning) : Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 6. Berapakah jumlah peluang pekerjaan diwujudkan selepas pandemik wabak COVID-19 ini yang telah memasuki fasa endemik? YB Speaker : Yang Berhormat Panti, jemput. YB Puan Rashidah binti Ismail (Pasir Raja) bagi pihak YB Tuan Hahasrin bin Hashim (Panti) : Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan Panti nombor 7. Minta nyatakan perkembangan terkini tentang peluang pekerjaan yang telah berjaya ditawarkan mengikut sektor-sektor bagi tahun 2021 di negeri Johor. YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia: Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, izinkan saya menjawab soalan 6 dan 7 bersekali. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat menerusi inisiatif-inisiatif yang telah dan sedang giat dilaksanakan oleh Unit Strategik Modal Insan Johor, sebanyak lebih 6,000 peluang pekerjaan telah pun ditawarkan dan disediakan bagi golongan pencari kerja, penganggur mahu pun mereka yang telah diberhentikan pekerjaan. Namun begitu, hanya seramai 533 individu sahaja yang telah berjaya mendapatkan pekerjaan melalui pelaksanaan Program Latihan Kemahiran Johor, Program Gerak Kerjaya Johor dan juga hebahan jawatan kosong di platform media sosial jabatan. Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh PERKESO menerusi EIS Centre PERKESO, terdapat 40,149 kekosongan jawatan yang ditawarkan di negeri Johor sehingga 29 Oktober 2021. Sektor pembuatan mempunyai jumlah kekosongan jawatan yang tertinggi iaitu 17,881 kekosongan jawatan yang diikuti dengan sektor penginapan dan sektor pengangkutan di mana kedua-dua sektor menawarkan sebanyak 5,081 dan 2,965 kekosongan jawatan. Menurut data yang diperolehi, sektor khidmat sokongan menawarkan kekosongan jawatan sebanyak 2,863 manakala sejumlah 2,577 kekosongan jawatan ditawarkan bagi sektor pemborong dan peruncitan. Seterusnya, sebanyak 2,499 kekosongan jawatan bagi sektor profesional seperti setiausaha, kerani dan pembantu akauntan. Bagi sektor lain perkhidmatan seperti pembantu jurujual, tukang gunting rambut serta pekerjaan binaan bangunan sejumlah 1,398 kekosongan jawatan ditawarkan. Di samping itu juga, sejumlah 1,110 kekosongan jawatan yang ditawarkan bagi sektor pembinaan, bagi sektor kewangan dan insurans pula sejumlah 789 kekosongan jawatan yang ditawarkan bagi pekerjaan seperti pengurus jualan, pembantu akauntan dan lain-lain. Dalam pada masa yang sama sektor pendidikan pula menawarkan 683 peluang pekerjaan bagi mereka yang berkelayakan. Dan manakala sejumlah 634 kekosongan jawatan yang ditawarkan bagi sektor agrikultur di negeri Johor. Sektor ICT pula mencatatkan sebanyak 442 kekosongan seperti pembangunan perisian, pemasar rangkaian dan juga serta pereka grafik. Sektor hartanah boleh dilihat hanya menawarkan sebanyak 397 peluang pekerjaan. Seterusnya sektor kesihatan manusia yang merangkumi pekerjaan seperti ahli farmasi, doktor, jururawat dan sebagainya mencatat sebanyak 320 kekosangan jawatan. Sektor aktiviti isi rumah seperti pemasaran dalam talian, tuitor dan penunggang hantara telah mencatatkan 226 peluang pekerjaan. Dan, bagi sektor hiburan pula sebanyak 102 kekosongan jawatan yang telah ditawarkan. Tidak lupa juga sektor elektrik yang menawarkan sebanyak 98 kekosongan jawatan dan perlombongan menawarkan sebanyak 19 kekosongan jawatan. Akhir sekali, jumlah 8 kekosongan jawatan yang ditawarkan bagi sektor pentadbiran awam dan hanya 4 kekosongan pekerjaan bagi

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 302

sektor organisasi ex tutorial seperti jurugambar serta juruvideo yang ditawarkan di negeri Johor. Kerajaan menerusi PERKESO turut melancarkan skim pemulihan ekonomi yang bertujuan untuk membantu merangsang pengambilan pekerja baru. Iaitu program insentif pengambilan pekerja dan bantuan latihan, iaitu Penjana Kerjaya yang telah dibuka untuk permohonan sejak 15 Jun 2020, program ini berada dalam fasa 3 pelaksanaannya dan akan berakhir pada 31 Disember 2021. Berdasarkan statistik Sistem Insurans Pekerjaan (SIP), PERKESO dari 15 Julai 2020 hingga 5 November 2021 seramai 27,410 orang tenaga kerja tempatan Johor telah berjaya mendapat pekerjaan di negeri Johor. Manakala sejumlah 25,221 pekerjaan tempatan tempoh yang sama telah juga menghadiri latihan di bawah inisiatif bagi tempoh yang sama. Sektor ekonomi dan industri utama yang telah mengambil tenaga kerja Johor adalah daripada 5 sektor. Pertama iaitu sektor pembuatan, sektor perkhidmatan lain, sektor penginapan, makanan, minuman dan sektor perdagangan borong dan runcit dan pengangkutan dan penyimpanan. Sekian, terima kasih. YB Speaker : Ya, Bukit Naning jemput. Soalan tambahan. YB Tuan Md. Ysahrudin bin Kusni (Bukit Naning) : Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih di atas jawapan Yang Berhormat EXCO. Yang Berhormat Tuan Speaker, waktu pasca COVID-19 ini ramai yang terkesan dengan masalah ekonomi. Pertamanya soal kerja, soal gaji bukan sahaja bagi orang yang normal tapi begitu juga dengan Orang Kelainan Upaya (OKU). Soalan tambahan saya Yang Berhormat Tuan Speaker bagaimana pula dengan nasib individu dari golongan Orang Kelainan Upaya adakah mereka ini mempunyai peluang yang sama untuk mendapatkan pekerjaan terutamanya dalam sektor awam dan kerajaan? Terima kasih. YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia : Terima kasih Yang Berhormat Speaker, terima kasih Bukit Naning yang mengajukan soalan keprihatinan terhadap golongan OKU, satu soalan yang baik. Kerajaan melalui Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, amat peka dan prihatin terhadap hak serta kebajikan bagi Orang Kurang Upaya khususnya untuk mendapatkan peluang pekerjaan. Ianya telah juga dizahirkan dengan penubuhan sebuah Jawatankuasa Kebangsaan Penggajian Orang Kurang Upaya di sektor swasta pada tahun 1990. Penubuhan jawatankuasa ini adalah bertujuan untuk menggalakkan para majikan di sektor awam mahu pun swasta untuk memberi peluang keserataan dan seterusnya menggajikan individu OKU. Bagi makluman, untuk maklum YB Bukit Naning, usaha ini adalah selari dengan Konvensyen Hak-hak Bagi Orang Kurang Upaya yang kini termaktub di bawah Seksyen 29 Akta Orang Kurang Upaya (2008) Akta 685, di mana telah dinyatakan dengan jelas bahawa individu OKU mempunyai untuk akses kepada pekerjaan atau asas keserataan dengan orang upaya. Bagi usaha untuk membantu dan memudahkan, dan memberi akses pekerjaan kepada individu OKU Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan yang kini diambil alih fungsinya oleh PERKESO, bermula daripada tahun 2021 telah menyediakan laman sesawang My Future Job kepada semua individu dan tidak terkecuali seperti individu OKU, yang mana ingin mencari pekerjaan. Juga dalam My Future Job turut berfungsi sebagai platform pencapaian kepada para majikan yang ingin menawarkan pekerjaan kepada golongan OKU bagi mendapatkan tenaga yang diperlukan. Secara alternatifnya, individu OKU digalakkan untuk mendaftar dan seterusnya mengakses laman sesawang My Future Job bagi mendapatkan butiran dan informasi dan maklumat lanjut mengenai peluang-peluang pekerjaan yang telah tersedia ditawarkan. Kerajaan negeri menerusi Pekeliling Perkhidmatan 16 Tahun 2010, kita telah melaksanakan Dasar 1% OKU Dalam Sektor Awam sebagaimana yang diperuntukkan di dalam dasar-dasar berkenaan. Dasar ini juga telah dipanjangkan pelaksanaannya kepada semua syarikat berkanun kerajaan (GLC), semenjak itu ditimbal guna oleh kerajaan negeri Johor. Justeru, individu OKU tidak perlu merasa

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 303

terpinggir atau didiskriminasikan. Ini kerana mereka juga mempunyai hak-hak untuk mendapatkan pekerjaan seperti mana dengan orang yang berupaya. Terima kasih. YB Speaker : Soalan seterusnya, Yang Berhormat Panti. Jemput. YB Puan Rashidah binti Ismail (Pasir Raja) bagi pihak YB Tuan Hahasrin bin Hashim (Panti) : Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan Panti nombor 8. Antara masalah capaian talin telefon dan Internet di kawasan kampung ialah faktor komersial syarikat perkhidmatan telekomunisi. Bagaimana kerajaan negeri boleh membantu agar penduduk kampung dapat menikmati kemudahan asas tersebut? YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya : Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih kepada soalan. Kerajaan negeri sangat peka kepada setiap keperluan Internet rakyat negeri Johor. Ianya bukanlah satu perkara asing lagi pada masa kini. Setiap lapisan masyarakat tidak kira sama ada yang berada di bandar atau luar bandar amat memerluan talian Internet ini bagi menjalankan aktiviti seharian, seperti pembelajaran dan pengajaran di rumah PdPR, mendapatkan perkhidmatan kerajaan secara atas talian, mahupun membuat pembelian platform-platform komersial dan juga urusan perniagaan. Selaras dengan keperluan rakyat ini, kerajaan negeri amat peka dan prihatin dari semasa ke semasa mengkaji tentang keperluan rakyat. Melalui kerajaan yang terdahulu pada tahun 2016, telah melancarkan Johor Wifi, Johor Free Wifi 1.0. dan sebanyak 201 lokasi hotspot di serata negeri Johor yang kebanyakannya, majoritinya adalah kawasan-kawasan dalam bandar iaitu PBT dan fasa Internet Wifi 1.0 melibatkan 2 fasa, iaitu fasa 1 dan fasa 2 di mana fasa 1 di bawah kerajaan Barisan Nasional speed nya adalah 4 mbps dan saya ucapkan tahniah terima kasih kepada kerajaan Pakatan Harapan setelah mengambil alih kerajaan telah menaikkan speednya daripada 4.0 kepada 10 mbps. Dah hari ini bila kerajaan yang ada ini telah menaikkan lebih kurang 10 kali ganda iaitu daripada 10 mbps kepada 100 mbps per second melalui ICT, Bahagian ICT Negeri Johor yang melaksanakan tanggungjawab tersebut dan ianya dilaksakan naik taraf bandwidth talian Johor Wifi yang melibatkan 25 projek perumahan rakyat dan setiap hotspot Kerajaan juga telah melaksanakan penggantian access point baharu menggunakan teknologi wifi yang terkini bagi 135 hotspot bagi meningkatkan keupayaan dan capaian. Pada tahun 2022 sehingga 2025 dan seterusnya pula di pihak ICT Johor telah merancang beberapa lagi inisiatif bagi menambah baik dan meningkat keupayaan Johor Wifi seperti berikut akan dapat memberikan manfaat maksimum kepada rakyat dan terutamanya di kawasan-kawasan luar bandar yang terbaharu. Langkah pertama membuat kajian impak dan keperluan bagi peningkatan perkhidmatan Johor Wifi merangkumi kapasiti talian, keupayaan peralatan, ketersediaan infrastruktur baharu dan peningkatan infrastruktur sedia ada. Seterusnya penambahan sehingga 15 hotspot baharu mengikut kesesuaian kajian yang telah dilaksanakan dengan menggunakan peruntukan pembangunan yang telah disediakan pada Bajet 2022. Seterusnya pelaksanaan fiberisation untuk lokasi dengan kerjasama syarikat telekomunikasi berkaitan di hotspot sedia ada bagi menyokong ketersediaan naik taraf kapasiti bandwidth internet di kawasan-kawasan Johor Wifi yang berkepadatan tinggi seperti kawasan projek perumahan dan sebagainya. Dan diharapkan dengan Projek Wifi Johor 2.0 ini akan dapat mengurangkan jurang serta meningkatkan peluang rakyat menikmati perkhidmatan kerajaan secara atas talian serta lain-lain inovasi, digitalisasi yang ada pada kini dan masa akan datang. Terima kasih Yang Berhormat. YB Speaker : Soalan yang seterusnya, Yang Berhormat Yong Peng, jemput.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 304

YB Puan Gan Peck Cheng (Penggaram) bagi pihak Puan Chew Peck Choo (Yong Peng) : Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 9. Adakah terdapat kes judi online di Yong Peng dan Ayer Hitam, jika ada apakah langkah kerajaan membendung masalah ini? YB Speaker : Jemput YB EXCO, 4 minit. YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Terima kasih kepada Yang Berhormat Yong Peng atas soalan yang dikemukakan. Saya jawab secara ringkas kerana masa Yang Berhormat mencemburui kita, ada masa 3 minit. Yong Peng bertanya tentang kes judi online di pekan Yong Peng dan Ayer Hitam, dan apa langkah-langkah yang nak diambil bagi membendung masalah ini. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, keseluruhan di kawasan PBT di negeri Johor terdapat 164 bilangan lesen yang telah dibatalkan akibat kegiatan haram seperti judi online. MPM mencatitkan bilangan lesen tertinggi dibatalkan melibatkan 3 buah lesen diikuti dengan MPK, 15 lesen dan MpKu 21 lesen dan MBJB sebanyak 28 lesen. Jenis, lesen yang dibatalkan termasuk lesen snooker, restoran, pasar mini, kedai runcit, telekomunikasi, kedai serbaneka, dobi, kedai cuci kereta, pusat Internet dan pusat perjudian. Sepanjang tahun 2021, bermula 1 Januari 2021 sehingga 31 Oktober 2021, Polis Johor telah melakukan 6 serbuan ke atas pusat kegiatan judi online di kedua-dua kawasan Yong Peng dan Ayer Hitam iaitu 3 di Yong Peng dan 3 di Ayer Hitam. Kebanyakan sindiket ini berselidung di sebalik perniagaan lain bagi mengaburi pihak perkuasa dari tindakan dengan menggunakan premis perniagaan seperti kedai runcit, kedai telefon bimbit, kedai makan dan kedai minum. Bagi menangani kegiatan judi online ini, Polis Johor telah mengambil beberapa langkah dan tindakan. Antara langkah yang telah diambil ialah pemotongan bekalan elektrik yang diambil di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Akta Rumah Judi Terbuka 1953. Sebanyak 2 permohonan telah dibuat kepada pihak TNB dan tindakan pemotongan telah dilaksanakan di kedua-dua kawasan tersebut. Polis Johor telah mengemukakan 2 permohonan pembatalan lesen, premis perniagaan dengan pihak PBT bagi kawasan Yong Peng, dari permohonan yang telah dipohon sebanyak 1 dan telah diluluskan dan 1 masih dalam proses dan pertimbangan pihak PBT. Untuk makluman Yang Berhormat Tuan Speaker bagi soalan yang dikemukakan oleh Yong Peng. YB Speaker : Soalan tambahan. Last. YB Puan Gan Peck Cheng (Penggaram) : Terima kasih kepada EXCO yang memberi jawapan tersebut. Penggaram ingin tahu pemotongan elektrik selalunya TNB dia potong hari ini esok mereka sambung semula. Jadi bagaimana tindakan yang boleh diambil sekiranya mereka sambung? Adakah kita boleh charge mereka di Mahkamah ke? Terima kasih. YB Speaker : 1 minit Yang Berhormat. YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Dia sambung kita potong balik Yang Berhormat Tuan Speaker. YB Speaker : Sekadar itu sahaja soalan lisan. Sekiranya ada soalan yang disenaraikan belum untuk dijawab secara lisan akan di jawab secara bertulis dalam Persidangan yang sama. Saya tangguhkan Persidangan sehingga jam 11.20 pagi. Terima kasih. Persidangan ditangguhkan pada jam 11.00 pagi. Persidangan disambung semula pada jam 11.20 pagi.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 305

Jurutulis : SAMBUNGAN PERBAHASAN ATAS RUNDINGAN BACAAN KALI YANG KEDUA BAGI RANG UNDANG-UNDANG ENAKMEN PERBEKALAN (2022) TAHUN 2021. YB Speaker : Bismillahirahmanirrahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Ahli-Ahli Yang Berhormat Sambungan Perbahasan Atas Rundingan Bacaan Kali Yang Kedua Enakmen Perbekalan (2022) Tahun 2021 disambung sekarang. Setiap jawatankuasa diberi masa 25 minit. Saya persilakan Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, jemput. YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam : Bismillahirahmannirrahim.. Assalammualaikum warahmatullahitaala wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker dan juga Ahli-Ahli Yang Berhormat, pertama-tama ampun Tuanku beribu-ribu ampun, adalah patik dan rakyat Bukit Permai dengan segala hormat takzimnya memohon ampun merafak sembah serta dengan ingatan tulus ikhlas, patik dan rakyat Bukit Permai, merafak ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena hari ulang tahun Keputeraan Duli yang Maha Mulia Tuanku pada 22 November 2021. Patik dan rakyat Bukit Permai ke hadrat Allah SWT atas limpah rahmatNya, mengurniakan keselamatan dan kesihatan serta dilanjutkan apalah juga kiranya akan usia Duli Yang Maha Mulia Tuanku, serta bertambah-tambah lagi darjah kebesaran dan kedaulatan Duli Yang Maha Mulia Tuanku menaungi patik sekalian dengan saksama, kekal memerintah di atas takhta kerajaan negeri Johor Darul Ta’zim, dengan aman dan sentosa. Patik dan rakyat Bukit Permai juga berdoa semoga Allah lanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Zarith Sofia binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor. Kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan Cik Puan Besar Khaleeda binti Bustamam, putera-putera dan puteri serta kerabat diraja sekalian, semoga sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat dan selamat sejahtera, amin yarabbal alamin. Pertama-tama saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pemimpin utama negeri kita, Yang Amat Berhormat Dato’ Haji Hasni bin Mohammad selaku Menteri Besar Johor Darul Ta’zim yang telah melakukan satu anjakan paradigma dengan melahirkan satu gagasan inspirasi rakyat yang berteraskan kepada “Memperhebat Kesejahteraan Johor” dalam pembentangan Belanjawan Johor 2022. Berguru ke padang datar, dapat rusa belang kaki. Berguru kepalang ajar, bagi bunga kembang tak jadi. Bagi memulakan soalan-soalan daripada sahabat Ahli Dewan bagi menjawab soalan sahabat saya Yang Berhormat Semerah mengenai status masjid Sri Makmur, Parit Sangit, Jabatan Agama Islam negeri Johor telah menghantar surat permohonan peruntukan bagi membina masjid Parit Sangit kepada Pejabat Pembangunan Negeri Johor pada tahun 2019. Setakat ini belum ada kelulusan dari ICU, Jabatan Perdana Menteri.. Untuk menjawab persoalan daripada Yang Berhormat Kemelah, Jabatan Agama Islam Negeri Johor telah menerima permohonan fatwa dari Jawatankuasa Masjid Naemah Melayu Raya Segamat untuk menaik taraf masjid. Hasil semakan mendapati dokumen yang dilampirkan tidak lengkap dan permohonan telah dipulangkan semula ke daerah untuk tujuan melengkapkan dokumentasi dan senarai semak dokumentasi boleh dirujuk kepada Pejabat Kadi Daerah. Persoalan daripada Yang Berhormat Bukit Pasir mengenai bantuan mengenai bantuan one-off dengan izin kepada Guru Al-Quran. Kerajaan Negeri Johor amat mengambil berat soal kebajikan guru-guru Al-Quran dalam tempoh PKP dan PKPB serta PKPP yang lepas dan Pelan Pemulihan Negara Fasa 1, 2 dan 3, kerajaan negeri telah bersetuju untuk membayar elaun, membayar elaun RM300.00 kepada 1,700 guru-guru Al-Quran yang dilantik oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 306

Walaupun pengajaran tidak dapat dilaksanakan secara bersemuka ini sebagai tanda keprihatinan kerajaan negeri kepada guru-guru Al-Quran yang juga terkesan akibat pandemik COVID-19 sebahagiannya telah dibayar, telah dibayar dan yang lainnya dalam proses pembayaran. Dalam Fasa 4 PPN guru-guru Al-Quran juga telah diberi kebenaran mengajar secara bersemuka dan mereka perlu mengemukakan tuntutan mengajar untuk menerima elaun tersebut. Walau bagaimanapun, cadangan Yang Berhormat untuk memberi one-off kepada guru-guru Al-Quran akan kami majukan kepada kerajaan negeri untuk pertimbangan. Bagi menjawab persoalan Yang Berhormat Pulai Sebatang, kerajaan negeri sentiasa mengambil berat soal kebajikan pegawai masjid dan surau di seluruh negeri Johor. Jumlah pegawai masjid dan surau di negeri Johor yang menerima elaun dari JAKIM dan kerajaan negeri serta Majlis Agama Islam Negeri Johor adalah sekitar 6,844 orang. Pihak JAKIM telah memperuntukkan kira-kira RM15.9 juta setahun untuk membayar 1,562 orang imam masjid sementara kerajaan negeri dan MAIJ pula membayar elaun untuk bilal masjid, noja masjid, imam surau dan bilal surau yang bernilai yang seramai 5,282 orang dengan jumlah peruntukan sebanyak RM4.5 juta setahun. Walaupun elaun yang diberikan tidak banyak tetapi hanya negeri Johor sahaja yang membayar elaun untuk pegawai masjid dan surau sementara negeri-negeri lain membayar elaun untuk pegawai masjid sahaja. Sebagai menghargai pegawai-pegawai masjid dan surau yang bertauliah tetapi tidak menerima elaun dari kerajaan kerana kuota yang telah penuh, kerajaan negeri telah bersetuju untuk memberikan bantuan one-off RM500.00 kepada kira-kira 1,050 orang pegawai masjid dan surau untuk menghargai sumbangan mereka yang mengimarahkan program-program di masjid dan surau. Walau bagaimanapun, cadangan Yang Berhormat menaikkan elaun pegawai masjid, surau adalah sangat baik dan munasabah memandangkan dalam keadaan suasana sekarang ini. Sehubungan dengan itu, Jabatan Agama Islam Johor akan memajukan permohonan kenaikan elaun pegawai masjid dan surau untuk kerajaan negeri pertimbangkan. Jawapan kepada persoalan yang dikemukakan Yang Berhormat ADUN Maharani, berhubung kaedah pencegahan yang perlu difikirkan bagi mengekang pertambahan kes-kes penceraian di kalangan pasangan suami isteri khususnya di negeri Johor. Untuk makluman Yang Berhormat, Jabatan Agama Islam Negeri Johor sentiasa mengambil berat isu-isu yang berlaku kepada seluruh umat Islam Negeri Johor lebih-lebih lagi isu yang melibatkan keruntuhan institusi rumah tangga. Berdasarkan statistik penceraian yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia bagi seluruh Malaysia bagi tahun 2020, sebanyak 37,853 kes dan Johor menyumbang 11.5% daripada jumlah keseluruhan iaitu 4,389 kes penceraian. Melalui Bahagian Undang-Undang Syariah, Jabatan Agama Islam Johor dengan kerjasama JAKIM, saban tahun kami sentiasa bekerjasama menyusun dan menambahbaik kaedah perlaksanaan serta modul-modul yang disampaikan kepada peserta dalam Modul Pra Perkahwinan. Manakala program-program keibubapaan juga diteruskan oleh Jabatan Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Negeri Johor sentiasa mengadakan program seperti Bersama Di Johor FM, Sembang Santai Kekeluargaan, Facebook Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Program Pasca Perkahwinan iaitu Syurga Cinta setiap daerah, KSK, Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti serta Care Centre, Program Rumahku Syurgaku, Bicara Ilmu, Hikmah Di Sebalik Ujian dan Forum Kembali Kepada Fitrah. Dalam peruntukan khusus bantuan nafkah kepada anak-anak mangsa penceraian, Bahagian Sokongan Keluarga (BSK), Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor menerima peruntukan dana sebanyak RM300,000.00 di mana daripada peruntukan tersebut sebanyak RM200,000.00 daripada peruntukan kerajaan persekutuan manakala RM100,000.00 dari peruntukan Majlis Agama Islam Negeri Johor. Yang Berhormat ADUN Maharani dalam pemerkasaan Pendidikan Islam, Bahagian Pendidikan Islam Negeri Johor mengambil langkah yang pro-aktif selain memperkasakan

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 307

pendidikan agama dalam tempoh pandemik sebarang langkah, beberapa langkah telah diambil antara yang pertama: 1. Proses PDPR telah dilaksanakan di seluruh sekolah-sekolah agama kerajaan Johor

dan pemantauan dari semasa ke semasa. PDPR turut ditambah baik dengan pembinaan modul-modul PDPR oleh Unit Akademik Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor.

2. Langkah kedua, Program JPID Al Bayyan, JPID Al Bayyan, Bahagian Pendidikan

Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor menyokong usaha kerajaan negeri dalam memperkasakan Program Pendigitalan Pendidikan Agama Islam Negeri Johor dengan melaksanakan pembelajaran, pengajaran dan pengurusan secara digital sekolah-sekolah agama bagi seluruh negeri Johor. Program Johor Pendidikan Islam Digital Al Bayyan atau JPID Al Bayyan sebagai bahan pengajaran tersebut. Program ini akan dilancarkan dalam tahun 2022 dengan kos permulaan sebanyak RM2.0 juta dan insya-Allah akan dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Johor.

Untuk makluman Tuan Speaker dan juga Ahli Yang Berhormat, bagi menjawab persoalan daripada Yang Berhormat ADUN Pasir Raja, mengenai permasalahan yang berlaku di Sekolah Agama Taman Sri Saujana, pihak Pejabat Pendidikan Islam amat prihatin dengan permasalahan yang wujud di sekolah-sekolah agama daerah Kota Tinggi khususnya di Sekolah Taman Sri Saujana. Peruntukan baik pulih kepada Sekolah Agama Taman Sri Saujana telah diberi pada tahun 2020 dan bentuk baik pulih adalah seperti kerosakan jenang dan pintu tandas, kerosakan pam tandas, simen lantai, bilik darjah dan mengecat bahagian luar bangunan sekolah. Kerja-kerja tersebut telah dilaksanakan oleh kontraktor yang terlibat untuk kerja-kerja baik pulih. Bagi tahun 2021, pihak kami fokus kepada sekolah yang lebih memerlukan dan belum pernah mendapat peruntukan baik pulih. Hasil pemantauan pihak kami, mendapati isu najis kelawar, lantai bilik darjah yang pecah dan berlubang dan kerosakan jenang pintu tandas merupakan isu baru yang telah dikesan oleh pihak pentadbir sekolah. Oleh itu, kerosakan yang tersebut telah pun diambil maklum oleh Bahagian Pendidikan dan dalam peruntukan baik pulih pada tahun 2022 yang akan datang. Yang Berhormat Pasir Raja, berhubung dengan dewan terbuka yang dimohon oleh pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Islam Daerah Kota Tinggi telah pun menerima permohonan bina dewan terbuka tersebut bagi Sekolah Agama Sri Saujana pada tahun 2019. Pelan bangunan serta surat permohonan telah diajukan cuma surat kebenaran bina atas tapak tanah wakaf Sekolah Agama Taman Sri Saujana belum dapat diperolehi daripada pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor dan insya-Allah perkara ini akan diuruskan dari semasa ke semasa. Rentetan daripada itu, mendapati apa yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat adalah didapati keseluruhan bangunan sekolah masih selamat digunakan. Jika bangunan sekolah tersebut tidak selamat dan tidak sihat untuk digunakan seperti mana yang diperkatakan sudah pasti ada kenyataan dari pihak JKR dan juga pihak BOMBA. Namun begitu, Pejabat Pendidikan Islam Daerah Kota Tinggi tidak menerima sebarang aduan atau laporan dari Pihak Berkuasa Tempatan, JKR dan juga pihak BOMBA. Bagi bangunan kedua tambahan Sekolah Agama Bandar Penawar yang ditimbulkan oleh Ahli Dewan Negeri Bandar Penawar. Dan perkara ini dalam proses kertas kerja cadangan untuk melihat perkembangan-perkembangan keperluan pendidikan anak-anak kita di sekolah, di zon Bandar Penawar dan insya-Allah jika ianya telah menepati sasaran keperluan cadangan untuk mengadakan sekolah agama yang kedua akan dikemukakan kepada pihak kerajaan negeri. Bagi menjawab persoalan daripada Yang Berhormat Mahkota, sukacita dimaklumkan Jawatankuasa Mesyuarat Khas Majlis Agama Islam Negeri Johor telah bersetuju menerima sumbangan bantuan COVID 19 kepada Madrasah Tahfiz Johor. Setiap Tahfiz di Johor

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 308

diberikan peruntukan RM32,000.00 pada tahun ini setiap madrasah dan juga sekolah-sekolah pondok agama yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri Johor dengan peruntukan sebanyak RM3,690,000.00. Bantuan ini diserahkan kepada pihak pengurusan dan tahfiz atau pondok berkenaan untuk dibelanjakan, untuk dibelanjakan secara berhemah demi mempertabatkan Pendidikan Islam segala urusan bayaran terus dibuat kepada akaun madrasah dan pondok sekolah tersebut. Ini menunjukkan Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli Dewan dan zaman COVID-19 ini alhamdulillah tidak ada satu madrasah pun di Johor yang gulung tikar dalam menghadapi masalah ini. Untuk makluman Yang Berhormat, pihak Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) juga turut sama-sama menyalurkan bantuan kepada semua Institut Pendidikan Islam swasta di seluruh negara ianya merangkumi Sekolah Rendah Islam (SRI), Sekolah Menengah Islam (SMI), sekolah tahfiz dan sekolah pondok sama ada berdaftar atau dalam proses permohonan pendaftaran. Bagi negeri Johor, Jabatan Agama Islam (JAIJ) melalui Bahagian Pendidikan Islam telah membantu menyelaras dan menguruskan bantuan ini pada akhir bulan Oktober 2021 yang lalu, dianggarkan sejumlah RM4 juta peruntukan telah dipohon kepada pihak JAKIM yang melibatkan 131 buah institusi pendidikan, peruntukan masih dalam proses penyaluran dari pihak JAKIM dan insya-Allah dijangka akan mula dibayar pada bulan Disember 2021. Ada pun pembukaan dan operasi sekolah-sekolah tahfiz tidak berdaftar adalah tertakluk kepada kelulusan Pejabat Pendidikan Islam Daerah. Setelah membuat permohonan dikemukakan pihak PPID akan menjalankan pemantauan, perbincangan dan penyeliaan risiko bersama dengan pihak sekolah sebelum kebenaran itu diluluskan bagi meneruskan operasi. Bagi sahabat saya, Yang Berhormat Parit Yaani, yang memberikan masalah, perkara hab halal di Johor dan juga salah satu anak syarikat MAIJ. Untuk makluman Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli Dewan, apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat saudara saya, Parit Yaani iaitu anak syarikat MAIJ ialah JT Lab, tuan-tuan. Peranan utama JT Lab tertumpu kepada perkhidmatan ujian analisis makmal juga telah dikembangkan kepada beberapa bidang lain antara fokus JT Lab ini dikemas kini dan ianya merangkumi perkongsian data, penyelidikan, penasihat teknikal, penasihat produk dan konsultasi serta penyediaan latihan dan kursus profesional kepada usahawan dan pemain industri halal amnya. JT Lab telah membuat tawaran rasmi ke JKIM pada 15 Oktober 2021 yang lalu bagi membincangkan permohonan JT Lab untuk menjadi makmal panel halal JAKIM Bahagian Selatan. Semakan permohonan JT Lab telah diterima oleh pihak JAKIM dan kini JT Lab menunggu maklum balas tarikh lawatan daripada pihak JAKIM ke JT Lab. Suntikan dana pembiayaan dari Majlis Agama Islam Negeri Johor kepada JT Lab telah membantu JT Lab terus berkembang setiap tahun. Makmal telah diakreditasi oleh Jabatan Standard Malaysia dan melayakkan JT Lab diiktiraf oleh International Laboraty Accreditation Certification (ILAC) bagi analisis-analisis yang disediakan pada Februari 2019, penerimaan analisisi sampel makanan sejak penubuhan makmal pada 2019 kini meningkat 30% tahun 2020 kepada 40% sehingga Oktober 2021 dan lain-lain sampel yang diterima adalah sampel bukan makanan. Persatuan Organisasi JT Lab juga telah dijangka akan melantik seorang pegawai pemasaran yang baru bagi memasarkan JT Lab. Saya mengucapkan terima kasih kepada 2 jabatan kerajaan, Jabatan Pertanian dan Jabatan Veterinar yang telah mengguna sepenuhnya semua bahan-bahan kajian, bahan-bahan semakan kedua pejabat ini pada JT Lab. Saya juga merayu kepada semua agensi kerajaan, GLC-GLC kerajaan, jabatan-jabatan kerajaan semua dapat menggunakan JT Lab sebagai salah satu rakan niaga kita bersama. Seperti sedia maklum, Majlis Halal Johor ditubuhkan bagi merangka dasar berkaitan persijilan halal seperti yang diminta oleh Yang Berhormat Parit Yaani, sekaligus membolehkan semua industri mampu memiliki persijilan sijil halal Malaysia yang diiktiraf. Peranan utama kita lihat dalam Sijil Halal Johor, adalah memberikan perkhidmatan analisis

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 309

halalan toyyiban kepada pemain industri dalam masa yang singkat iaitu tiga hingga tujuh hari dengan keputusan analisis yang tepat dan dipercayai. JTLab juga diberikan tanggungjawab untuk membangunkan penyediaan perikatan halalan toyyiban untuk kepentingan rakyat Johor dengan kolaborasi bersama universiti tempatan dan kita lihat juga dalam usaha bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Negeri Johor berkaitan analisis halal dan kini merangka usaha untuk jalin kerjasama dengan Pejabat Setiausaha Kerajaan Tempatan dan agensi negeri yang lain. Yang keduanya, bagi mengakhiri penggulungan ini. Alhamdulillah, selama ini kita dengar apabila time bulan puasa dan bulan hari raya untuk melihat anak bulan, maka akan dikenalilah tempat melihat anak bulan di Johor ini iaitu di Pontian Kecil, Johor. Selaku EXCO Agama apabila tiga tahun berturut-turut saya melihat anak bulan, rupa-rupanya bila melihat anak bulan di Pontian Kecil, Johor ini ianya di Tingkat 4, Pejabat Daerah Pontian, Allahu Akbar. Alhamdulillah, bagi memastikan bahawa Johor sebagai sebuah institusi agama yang tersohor, maka kerajaan negeri telah bersetuju menubuhkan suatu pusat astronomi yang baharu. Dan Baitul Hilal Balai Cerap yang baharu yang terletak akan dibangunkan di Pantai Kampung Rambah Pontian dan peruntukan bagi penyelidikan bagi tahun depan diberikan peruntukan sebanyak RM2 juta. Insya-Allah, apabila ia terlaksana Rambah Pontian Johor akan menjadi salah satu pusat astronomi yang terkenal dalam kajian ahli-ahli falak dari seluruh dunia yang akan datang, insya-Allah Tuan Speaker. Seterusnya, kerajaan juga telah menubuhkan Akademi Al-Quran Negeri Johor bagi menentukan bahawa syiar Islam terus berkembang dan anak-anak Islam di negeri Johor tidak buta Al-Quran. Akademi Al-Quran Negeri Johor ini dijadikan tempat bagi mengasah bakat qori dan qoriah kita supaya menjadi setanding bukan sahaja di peringkat negeri dan kebangsaan juga di peringkat antarabangsa. Dan, Masjid Kota Iskandar telah pun dipilih sebagai Pusat Akademi Al-Quran Negeri Johor. Akhirnya Yang Berhormat Tuan Speaker, mudah-mudahan dalam tempoh 22 hingga tahun 30 ini beberapa syiar Islam di Johor akan dapat kita bangunkan dengan syiar yang tadi dan akhirnya mari kita sama-sama berdoa kepada hadrat Allah SWT dalam tempoh yang terdekat bermula tahun depan, insya-Allah, MARSAH mudah-mudahan akan dapat dinaikkan taraf menjadi Kolej Universiti Islam yang pertama di negeri Johor. Akhir kata, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker, kepada Yang Berhormat Ahli Dewan yang telah menanyakan persoalan-persoalan kepada portfolio di bawah jabatan saya. Akhirnya Tuan Speaker, saya sekali lagi memohon ampun dan maaf dan mengucapkan terima kasih dan marilah kita berdoa semoga pasukan Johor Darul Ta’zim akan dapat memenangi perlawanan separuh akhir Piala Malaysia yang kedua menentang Terengganu pada malam esok. Mudah-mudahan, insya-Allah. Ahirnya Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mengingatkan diri saya dan juga rakan-rakan saya dan rakyat Johor, sewaktu kami mengiringi Solat Jumaat bersama dengan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku di Masjid Parit Semerah, Pontian, Tuanku berpesan kepada saya, di mana majlis saya pergi supaya mengingatkan rakyat Johor supaya rakyat Johor ini bersatu padu, berteguh memegang kata hikmat kita, Muafakat Itu Berkat kerana dengan bersatu padulah sahajalah baru negeri Johor ini menjadi kuat, ampuh dan mendapat disegani oleh kawan dan lawan. Tuanku juga berpesan, ingatlah bahawa musuh kita sekeliling pinggang, ada yang musuh datang dari depan, ada yang musuh datang dari belakang dan ada musuh datang dari dalam selimut. Marilah kita bersama-sama mengambil iktibar apa yang telah dipesankan, diamanatkan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku kepada kita bersama. Sekian, Yang Berhormat Dato’ Speaker, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 310

YB Speaker : Terima kasih Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam. Seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia, jemput. YB Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia : Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, Bismillahirrahmanirrahim, (doa). Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam selamat sejahtera dan salam Keluarga Malaysia kepada Tuan Speaker dan sahabat-sahabat Ahli Yang Behormat dan seterusnya Ahli-Ahli Dewan yang saya hormati, kasihi dan yang dimuliakan sekalian. Terlebih dahulu patik bersama warga DUN Larkin ingin mengambil kesempatan ini untuk merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada tanggal 22 November 2021 bersamaan 17 Rabiulakhir 1443H yang lalu. Semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Permaisuri Johor dilanjutkan usia berserta kesihatan yang afiat dan sentiasa berada dalam limpahan rahmat dan keampunan Allah SWT. Di bawah payung naungan Duli Yang Maha Mulia Tuanku, negeri Johor bertambah aman, harmoni, makmur dan lestari. Daulat Tuanku. Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan syabas kepada kerajaan negeri yang diterajui oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor, barisan kepimpinan tertinggi negeri, ketua-ketua jabatan mahu pun agensi dan tidak lupa juga jasa dan khidmat sokongan daripada semua kakitangan yang terlibat dalam menyempurnakan penyediaan Belanjawan Negeri Johor 2022. Pada kesempatan dan di dalam Dewan yang mulia ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan petugas hadapan di negeri ini yang sentiasa komited, bertungkus lumus dan bersiap siaga dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab kepada bangsa dan negara. Semua ini dapat dizahirkan dengan kejayaan negeri Johor yang telah mencapai 93% warga negara yang telah divaksinkan. Setinggi kesyukuran saya panjat kepada Allah SWT di atas limpahan nikmat dan dikurnia serta perlindungan dariNya, kita semua masih kekal harmoni di sini dan masih lagi dikurniakan akal pemikiran yang waras serta terhindar dari kancah ketidakstabilan politik dan perebutan kuasa sebagaimana yang telah berlaku di beberapa buah negeri sehingga rakyat mereka dibebani dengan kemaslahatan yang makin meruncing. Yang Berhormat Tuan Speaker, Belanjawan Johor 2022 bertemakan “Memperhebatkan Kesejahteraan Johor” telah menggariskan beberapa pelan perancangan mahu pun strategi kerajaan negeri bagi usaha pemulihan ekonomi negeri dan seterusnya mensejahterakan kehidupan rakyat negeri ini. Belanjawan yang telah memperuntukkan unjuran perbelanjaan sebanyak RM1.958 bilion akan diguna pakai atau digunakan bagi merealisasikan empat impetus ekonomi baharu iaitu Strategi Pemulihan Ekonomi Johor yang dilaksanakan sebagai pemangkin kebangkitan Johor secara inklusif dan holistik dan akan dipacu dengan pelaksanaan 12 agenda oleh kerajaan negeri. Walaupun perbelanjaan 2022 ini menunjukkan ianya adalah perbelanjaan defisit iaitu sebanyak RM286 juta, jika berdasarkan unjuran hasil negeri Johor pada tahun 2022 ianya dijangka adalah sebanyak RM1.67 bilion. Jadi, Belanjawan 2022 dilihat adalah satu belanjawan yang amat berhemah dan realisitk. Ianya adalah hasil garapan setelah mengambil kira ke semua aspek dan pertimbangan termasuklah yang telah dilaksanakan atau dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Sebagai dua asas utama belanjawan ini iaitu mendekati dan meringankan beban rakyat yang terhimpit susulan pandemik COVID-19 dan yang kedua adalah bagi menggiatkan usaha awalan dan memulihkan semua sektor-sektor ekonomi secara menyeluruh.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 311

Yang Berhormat Tuan Speaker, keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu dan semakin mencabar sudah semestinya menimbulkan sedikit kesukaran kepada kita dalam usaha mengadaptasi tuntutan semasa, perubahan norma sosioekonomi dunia yang begitu drastik. Pendekatan lockdown atau penutupan sempadan antarabangsa yang dilaksanakan oleh semua negara bagi membendung penularan pandemik 19 telah merencatkan kitaran ekonomi dan mengekang aktiviti pelaburan seantero dunia. Sedar akan tanggungjawab sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan ini, saya tidak nafikan bahawa situasi semasa dunia yang tidak menentu amat mempengaruhi dan memberi kesan langsung pada pencapaian sektor pelaburan di negeri Johor. Justeru, saya amat menghargai cadangan serta pandangan mahu pun sindirian panas berkaitan sektor pelaburan yang telah dilontarkan oleh rakan-rakan Ahli Yang Berhormat semasa dalam sesi perbahasan sebelum ini. Saya amat berbesar hati dan berterima kasih dan keprihatinan kepada Yang Berhormat Bukit Batu, Yang Berhormat Tanjung Surat dan juga Bukit Kepong, Serom, Bekok dan Buloh Kasap yang telah menyentuh beberapa perkara berkenaan sektor pelaburan. Yang Berhormat Tuan Speaker, walaupun pencapaian sektor pelaburan negeri ini pada tahun ini dilihat merundum dan kurang memberangsangkan, namun adalah satu tindakan yang tidak wajar dan melulu sekiranya kita menyatakan kerajaan negeri gagal menarik pelabur ke dalam negeri ini. Pelbagai faktor yang perlu diambil kira secara holistik sebelum sesuatu kenyataan dikeluarkan. Bagi makluman Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, negeri Johor kekal berdaya saing dalam sektor pelaburan walaupun angka nilai pelaburan masuk direkodkan pada tahun ini sehingga Jun 2021 agak menurun jika dibandingkan dengan nilai pelaburan yang masuk yang direkodkan pada masa yang tahun lepas. Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh MIDA sehingga September lalu, negeri Johor telah kembali berada dalam landasan yang betul, apabila tersenarai sebagai antara lima buah negeri penyumbang nilai pelaburan terbesar di Malaysia dengan nilai pelaburan berjaya dibawa masuk sebanyak RM6.56 bilion. Yang Berhormat Tuan Speaker, kerajaan negeri tidak pernah mengamal sikap memilih dan sentiasa terbuka kepada usaha menarik lebih banyak pelabur masuk, untuk masuk ke negeri ini tidak kira sama ada ianya dari sumber pelaburan asing ataupun domestik. Saya tertarik dengan kenyataan Yang Berhormat Bekok yang telah menyatakan bahawa negeri Johor tidak seharusnya bergantung kepada FDI tetapi meningkatkan pelaburan domestik. Saya berpandangan, kenyataan Yang Berhormat Bekok itu tidak begitu tepat, ia adalah kerana sejumlah besar pelaburan yang dibawa masuk ke negeri Johor pada tahun ini adalah pelaburan langsung domestik. Bagi makluman Yang Berhormat Bekok, Ahli-Ahli Yang Berhormat, dari nilai keseluruhan RM6.56 bilion, pelaburan yang telah berjaya dibawa masuk ke negeri Johor, sejumlah RM5.13 bilion adalah pelaburan langsung domestik, manakala RM1.43 bilion adalah hasil dari pelaburan asing. Yang Berhormat Tuan Speaker, kerajaan negeri sentiasa peka dan arus perubahan dan trend semasa ekonomi terutama sektor pelaburan dunia. Pelbagai pelan perancangan mahu pun strategi yang telah dirancang dan akan dilaksanakan bagi meningkatkan lagi daya saing negeri Johor dalam menarik pelaburan baharu yang akan memberi manfaat kepada rakyat dan limpahan ekonomi kepada negeri Johor. Semua itu dapat dizahirkan menerusi inisiatif-inisiatif yang telah dan akan dilaksana oleh kerajaan negeri menerusi agensi-agensi terbabit. Seperti mana yang telah dibentangkan dalam Belanjawan Negeri Johor 2022, kerajaan negeri telah pun memperuntukkan RM15 juta bagi perlaksanaan inisiatif dalam beberapa agenda sebagai usaha untuk menjadikan Johor sebagai destinasi pelaburan utama di Asia Tenggara dan mengekalkan status Johor sebagai pusat pelaburan yang bernilai tinggi. Seperti mana yang kita sedia maklum, kerajaan negeri akan melancarkan Pelan Induk Pelaburan Negeri Johor 2030 dalam masa terdekat. Ia merupakan penambahbaikan dan pelan pelaburan yang dirangka sebelum ini bagi mengikut kesesuaian dan keperluan masa depan. Pelan ini perlu, telah digarap, berdasar empat teras strategik dan akan menjadi hala tuju pelaburan negeri Johor dalam tempoh 10 tahun yang akan datang. Bagi memangkin usaha menarik minat dan menambah keyakinan pelabur ke negeri Johor, kerajaan negeri giat merancang pelan usaha sama strategik dan giat menjalin kerjasama pintar bersama

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 312

negara serantau mahu pun negara-negara prospek pelabur yang berpotensi, pelancaran dan perlaksanaan inisiatif seperti Ibrahim Johor Economic Council, SIJO CAPRI yang sebelum ini dikenali sebagi SIJORI dan Johor Economic Trade Cultural Office adalah bukti komitmen tinggi kerajaan dalam merancakkan sektor pelaburan negeri ini pasca COVID-19. Yang Berhormat Tuan Speaker, pada kesempatan ini, izinkan saya memberi sedikit pencerahan mengenai apa itu JETCO, fungsi serta keperluannya. Johor Economic Trade Cultural Office atau JETCO adalah sebuah entiti syarikat yang mana didaftarkan di Singapura dan lebih tepat lagi JETCO ditubuhkan bagi mengeratkan jalinan kerjasama dan hubungan dua hala di antara kerajaan negeri Johor dan negara Singapura agar memudahkan lagi usaha meneroka peluang-peluang bagi pembangunan ekonomi dan seterusnya memperkasakan lagi sektor pelancongan, kebudayaan serantau. Sektor pelaburan atau investment hanya dikaitkan bagi melengkapi fungsi dan peranan JETCO. Bukanlah soal incompetence yang diutarakan Yang Berhormat Kota Iskandar, sebenarnya ia adalah dalam senario yang berbeza. Kita perlu pertimbangkan sesuatu secara berdasarkan pemerhatian dan kajian secara menyeluruh. Kita perlu melihat faktor perbezaan situasi semasa dan keyakinan pelabur sebelum dan selepas COVID-19. Adalah sukar dinafikan, terdapat beberapa faktor utama atau kekangan yang telah memberi kesan kepada usaha menarik pelabur. Bagi makluman Yang Berhormat dan Ahli Yang Berhormat, kekangan yang secara ringkas dapat saya kongsikan di sini : 1. Risiko pelaburan adalah tinggi ketika semua negara melaksanakan arahan lockdown. 2. Kesan atau impak kerugian yang dialami oleh pelabur-pelabur sedia ada sudah tentu

memberi input negatif kepada rakan-rakan prospek pelabur. 3. Proses tinjauan lokasi serta rundingan secara fizikal tidak dapat kita adakan. Ini

menyukarkan keputusan bagi mendapatkan persetujuan pihak yang terbabit dalam usia untuk kita melakukan usaha due diligence dengan izin, semuanya menjadi satu kekangan.

4. Ketidakstabilan politik juga mempengaruhi keputusan pelabur yang berpotensi untuk

lebih berhati-hati dan lain-lain lagi. Jadi, kerajaan memerlukan sebuah entiti atau agensi khususnya bagi mempengaruhi dan mengembalikan keyakinan pihak-pihak yang mempunyai persepsi negatif terhadap negeri Johor. Sehubungan dengan itu JETCO ditubuhkan dan akan berperanan memperbaiki imej dan menjenamakan semula negeri Johor. Jadi penubuhan JETCO di negara jiran akan melibatkan implikasi kewangan yang amat kecil dan dilihat akan dapat memberi impak yang besar kepada pembangunan ekonomi dan modal insan negeri ini. Yang Berhormat Tuan Speaker, saya juga bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Parit Yaani dalam sesi perbahasan beliau. Kestabilan politik adalah antara faktor kepercayaan atau keyakinan pelabur luar untuk melabur di negara kita. Saya juga menyambut baik cadangan serta cadangan yang diutamakan oleh Yang Berhormat Tanjung Surat, Parit Yaani, supaya kerajaan melihat semula insentif yang ditawarkan agar relevan dan menarik kepada prospek pelabur serta kerenah birokrasi dalam sesuatu proses perlu ditangani. Cadangan Yang Berhormat Bukit Kepong agar kewujudan Pagoh Special Economy Zone dengan izin, dan kawasan industri hab perabot Johor iaitu Muar Furniture Hub dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Begitu juga memetik kenyataan Buluh Kasap yang menawarkan agar daerah Segamat dapat dimanfaatkan dengan peluang-peluang baru ini.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 313

Bagi makluman semua Ahli-Ahli Yang Berhormat, kerajaan negeri sentiasa mengambil pendekatan yang profesional dan serta tidak, serta bertindak adil dan saksama dalam mengagihkan limpahan ekonomi hasil pelaburan. Ironinya kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa dalam menentukan keinginan prospek pelabur dalam pemilihan lokasi pelaburan yang diperlukan. Namun begitu, kerajaan negeri menerusi Invest Johor terus gigih berusaha menarik pelaburan asing mahu domestik bagi manfaatkan semua wilayah-wilayah pembangunan di negeri ini seperti East Coast Economy Region, Iskandar Regional Development Authority dan juga Pagoh Special Economy Zone dan lain-lain lagi. Yang Berhormat Tuan Speaker, menyentuh cadangan Yang Berhormat Bukit Batu, bagi mempromosikan, mempergiatkan lagi penggunaan seterusnya menarik pelaburan berkaitan industri kenderaan elektrik atau electric vehicle, dengan izin. Saya tidak nafikan ada prospek pelabur yang telah berminat untuk menjadikan negeri Johor sebagai pusat pengeluaran mereka. Namun begitu, saya tidak dapat berkongsi butiran mengenai pelabur ini secara terperinci. Insya-Allah negeri Johor akan menjadi pengeluar kenderaan elektrik pada masa akan datang. Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam sesi perbahasan yang telah berlangsung, seramai 10 Ahli Yang Berhormat telah sudi berkongsi pandangan dan menzahirkan keprihatinan mereka terhadap nasib usahawan di negeri ini. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang saya maksudkan Yang Berhormat Penawar, Tenggaroh, Bekok, Bentayan, Penggaram, Mengkibol, Machap, Simpang Renggam, Sedili dan Parit Raja. Saya merakamkan setinggi terima kasih atas buah fikiran dan menyambut baik segala cadangan Ahli-Ahli Yang Berhormat sebagai nilai tambah kepada usaha kerajaan dalam membantu para usahawan di negeri ini kembali bangkit berdaya saing dan seterusnya memperkasakan ekonomi negeri demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat. Dalam Belanjawan Negeri Johor 2022, kerajaan negeri telah memperuntukkan sejumlah peruntukan yang besar bagi perlaksanaan inisiatif-inisiatif menerusi beberapa agenda bagi tujuan meningkatkan daya tahan perusahaan kecil dan sederhana. Dan memperkasakan sektor keusahawanan negeri ini, tidak perlu saya huraikan sebab semuanya telah dibentangkan dan diperincikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada sesi pembentangan lalu. Seperti semua Yang Berhormat sedia maklum, kedudukan strategik negeri Johor yang bersebelahan dengan negara jiran Singapura telah memberi kelebihan dan limpahan ekonomi secara langsung kepada rakyat terutamanya golongan usahawan di negeri ini. Kuasa membeli yang lebih tinggi dari kalangan pelanggan dari negara jiran telah sedikit sebanyak mempengaruhi kadar kebergantungan golongan usahawan di negeri ini terhadap mereka. Justeru, maka tidak hairanlah jika dikatakan bahawa golongan usahawan di negeri ini mendapat impak yang paling buruk, dua kali ganda dari golongan usahawan negeri lain susulan perlaksanaan PKP dan penutupan sempadan antara Johor dan Singapura. Kerajaan negeri menerusi Perbadanan Usahawan Negeri Johor sentiasa mengambil perhatian serius terhadap beban masalah yang ditanggung oleh usahawan negeri ini. Pelbagai usaha dan inisiatif telah ditawarkan dalam bentuk Geran Bantuan Pembiayaan, Geran Bantuan Pembelian Mesin mahu juga penyediaan program-program pembangunan usahawan, juga pemasaran perniagaan dan lain-lain lagi seperti mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bekok, Mengkibol, Parit Raja agar golongan usahawan ini diberikan bantuan dari sudut pembiayaan kewangan sama ada geran bantuan ataupun pinjaman. Kerajaan negeri mengambil perhatian serius terhadap permasalahan ini, pinjaman, kerajaan juga mengambil atau bebanan kewangan yang dihadapi oleh golongan usahawan untuk memulakan kembali aktiviti perniagaan yang dijalankan sudah lama tidak beroperasi dan putus pendapatan. Kerajaan telah mengambil tindakan proaktif dengan giat berusaha menjalinkan kerjasama strategik dan kerjasama pintar bersama institusi kewangan atau perbankan bagi mendapatkan kemudahan skim pembiayaan kewangan atau dimanfaatkan oleh golongan usahawan di negeri ini.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 314

Bagi makluman Yang Berhormat Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, kerajaan negeri bersama Bank Rakyat telah pun mencapai persetujuan usahasama strategik di antara kedua-dua pihak bagi perlaksanaan Skim Pembiayaan PKS Johor dan Bank Rakyat yang akan memperuntukkan sebanyak RM100 juta berbentuk Skim Pinjaman Mudah khusus bagi manfaat golongan usahawan di negeri ini. Saya ingin tekankan di sini yang mana Skim Pembiayaan RM100 juta, faedahnya ditanggung di subsidi oleh kerajaan negeri. Usaha sama ini berada dalam fasa akhir penyediaan memorandum persefahaman. Ianya dijangka termeterai dan akan dilancarkan pada awal tahun 2022. Selain daripada Bank Rakyat, kerajaan negeri juga melalui JV juga terus konsisten dan aktif dalam mengadakan rundingan dan perbincangan dengan beberapa lagi institusi kewangan serta peminjam dalam tujuan yang sama. Yang Berhormat Tuan Speaker, kerajaan negeri tidak pernah sesekali mengamal sikap diskriminasi dan jauh sekali melupakan golongan usahawan kecil terutamanya usahawan mikro atau penjaja. Justeru, beberapa inisiatif telah dirangka dan akan dilaksanakan bagi membantu golongan usahawan yang berkenaan. Merujuk kepada perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bentayan dan juga Simpang Renggam berkaitan isu dan permasalahan yang dihadapi oleh golongan usahawan kecil, mikro dan penjaja iaitu bebanan bayaran lesen penjaja, lesen peniaga PKS, sewa premis dan gerai, sewa tapak pasar malam, sewa tapak pasar pagi dan sewa tapak bagi penjaja tepi jalan. Kerajaan negeri telah pun memberi perhatian khusus bagi memelihara kebajikan dan membantu meringankan dan meningkatkan hasil pendapatan golongan usahawan agar mereka terus berdaya tahan untuk meneruskan operasi perniagaan yang dijalankan. Kerajaan negeri dengan kerjasama agensi MARA dan JKM telah melaksanakan inisiatif berbentuk bantuan kepada penyewa premis MARA. Penerima bantuan JKM dan OKU dengan jumlah peruntukan sebanyak RM245,000.00. Selain itu kerajaan negeri menerusi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah memperuntukkan sebanyak RM3 juta bagi tujuan bantuan peralatan perlindungan peribadi iaitu PPE dan kit ujian kendiri secara one off kepada peniaga PKS dan FAMA seluruh negeri Johor. Inisiatif pengecualian pembayaran sewa premis dan gerai milik PBT serta sewa tapak pasar, sewa tapak pasar pagi dan malam secara bersasar turut diteruskan pada tahun hadapan. Kerajaan negeri juga turut berbesar hati menawarkan diskaun 50% yang akan diberikan kepada peniaga yang mempunyai tunggakan sewa premis terdahulu untuk dijelaskan pada tahun 2022. Perlaksanaan inisiatif ini dilihat akan menyumbang kepada kehilangan hasil yang digantung oleh PBT negeri Johor dengan nilai anggaran sebanyak RM17.9 juta. Ianya tidak termasuk dengan anggaran kehilangan hasil oleh pihak PBT sebanyak RM5 juta bagi perlaksanaan inisiatif pengecualian dan pembaharuan lesen penjaja dan perniagaan PKS tahun 2022. Yang Berhormat Tuan Speaker, saya amat besetuju dengan Yang Berhormat Penggaram dan menyambut baik cadangan beliau mengenai Dasar Buatan Malaysia yang negara pernah telah laksanakan satu ketika dahulu. Seperti mana petikan kenyataan Yang Berhormat Penggaram, dasar ini dapat menggalakkan orang tempatan menceburi bidang usahawan kreatif yang memberi peluang kepada mereka yang mempunyai idea kreatif dan inovatif menghasilkan produk yang mampu memberi persaingan di dalam arena kreatif tempatan dan seterusnya persada antarabangsa. Bagi yang makluman Yang Berhormat Penggaram dan Ahli Yang Berhormat sekalian, kerajaan negeri sedar akan potensi besar industri kreatif terhadap pembangunan sosioekonomi dan modal insan di negeri ini. Kerajaan negeri juga turut sedia maklum bahawa negeri Johor ini amat bertuah kerana dilimpahkan, dikurniakan limpahan individu kreatif dan berbakat. Sehubungan itu kerajaan negeri telah mengambil langkah pragmatik dan tidak mahu ketinggalan dalam usaha menerokai potensi dan sumbangan industri kreatif dengan meletakkan industri tersebut sebagai salah satu garis panduan atau hala tuju dalam Pelan Induk Pelaburan Johor 2030. Saya juga berhasrat dan merancang untuk mengaktifkan kembali fungsi dan peranan agensi mahupun fasiliti serta kemudahan yang

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 315

sedia ada seperti Iskandar Studio agar ia dapat dimanfaatkan sewajarnya bagi memperkasakan bakat dan golongan usahawan kreatif negeri ini. Yang Berhormat Tuan Speaker, tidak lengkap rasanya sesi penggulungan saya sekiranya tidak menyentuh isu perkara yang berkaitan portfolio saya yang belum dikupas lagi sektor modal insan negeri ini. merujuk kepada persoalan-persoalan berkaitan isu dan permasalahan sektor modal insan yang telah disentuh dalam sesi perbahasan Yang Berhormat Tanjung Surat, Bekok, Pekan Nanas, Parit Yaani, saya amat menghargai segala pandangan serta cadangan yang telah dikongsikan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat. Dan, saya juga menghormati segala teguran yang dilontarkan. Yang Berhormat Tuan Speaker, kerajaan negeri menerusi agensi utama perlaksana Modal Insan iaitu Unit SMI bersama agensi terbabit sentiasa memberikan komitmen yang tinggi dan mencari penyelesaian secara holistik dan seterusnya giat melaksanakan Agenda Pembangunan Modal Insan Negeri ini. Kerajaan juga turut aktif menjalankan kajian atau penilaian dalam memastikan segala pendekatan serta langkah yang akan diambil adalah relevan dan bersasar. Semua usaha dan langkah ini diambil oleh kerajaan untuk membantu golongan rakyat negara ini yang terkesan teruk atau kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan sepanjang tempoh pandemik COVID-19. Bagi menjawab persoalan atau perkara yang telah diutarakan oleh Yang Berhormat Bekok tentang polisi, fungsi dan peranan Unit SMI dalam merancang dan seterusnya menyediakan pembangunan modal insan di negeri ini, kerajaan negeri melalui Unit SMI dan bekerjasama dengan agensi-agensi berkaitan seperti Jabatan Tenaga Kerja, PERKESO dan lain-lain lagi sentiasa memantau perkembangan semasa pasaran buruh di negeri agar setiap inisiatif yang akan dilaksanakan adalah relevan dan selari dengan keperluan semua industri. YB Speaker : 1 minit lagi Yang Berhormat. YB Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usawahan, Koperasi dan Sumber Manusia : Kerajaan negeri juga giat menjalankan sesi libat urus bersama pemain-pemain utama industri dan tidak ketinggalan juga perbincangan bersama organisasi dan pertubuhan-pertubuhan yang melibatkan syarikat-syarikat multinasional dan mengumpulkan informasi-informasi yang berkaitan. Unit SMI sentiasa bekerjasama rapat dengan agensi-agensi seperti JTK, PERKESO, IRDA, Educity dan lain-lain lagi. Unit SMI juga menjalinkan usaha sama strategik bersama dengan institut pengajian tinggi awam dan swasta, penyedia-penyedia latihan kemahiran yang diiktiraf oleh kerajaan seperti UTM, UTHM, JPDC dan Johor Skill, ILP serta lain-lain. Dan, terakhir Unit SMI juga giat menjalinkan hubungan baik bersama pihak majikan seperti ahli-ahli FMM bagi tujuan mengenal pasti bidang kemahiran mendapat permintaan tinggi yang perlu, yang diperlukan oleh pihak industri. Usaha ini bagi memastikan pelan perancangan penyediaan latihan akan ditawarkan menepati kehendak atau pun permintaan majikan dan seterusnya dapat menjamin penempatan peluang pekerjaan. Kerajaan negeri menerusi Belanjawan negeri yang memperuntukkan RM5.2 juta bagi melaksanakan inisiatif berkenaan dengan peningkatan kemahiran seperti Program Johor Upskilling Reskilling, Latihan Lepasan Siswazah Johor, Johor Skill Oil and Gas dan Pensijilan Tenaga Mahir Johor. Perlaksanaan inisiatif ini dijangka akan dapat memberi manfaat kepada 1,550 individu atau golongan sasaran. Selain dari itu kerajaan negeri telah berbesar hati untuk meneruskan Agenda Pembangunan Modal Insan di Iskandar Malaysia dengan penubuhan Gerak Pekerjaan Iskandar Malaysia yang menelan belanja peruntukan sebanyak RM4 juta. Bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Parit Yaani yang ingin mendapatkan data terkini berkenaan beberapa buah industri besar dan sederhana yang telah memberhentikan operasinya dan tutup disebabkan pandemik COVID-19 dan berapa ramai pekerja tempatan yang kehilangan pekerjaan disebabkan penutupan kilang-kilang berkenaan. Bagi makluman Yang Berhormat, berdasarkan rekod dan data yang dikeluarkan

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 316

dari Jabatan Tenaga Kerja Johor bagi tempoh COVID-19 bagi tahun 2021, jumlah keseluruhan bilangan majikan yang direkodkan tutup dan henti operasi adalah sebanyak 1,003 majikan dan daripada jumlah tersebut sebanyak 739 majikan yang direkodkan telah tutup dan henti operasi pada tahun 2020. Dan manakala sejumlah 264 majikan direkodkan pada tahun 2021. YB Speaker : Berapa lama lagi Yang Berhormat? 2 minit, ok. YB Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia : Bagi menjawab persoalan berapakah jumlah rakyat Johor yang terkesan dan hilang pekerjaan dalam masa tempoh tersebut seramai 12,231 orang pekerja tempatan telah terkesan dan dihentikan. Berdasarkan laporan Kementerian Pekerjaan Jabatan Tenaga Kerja Johor seramai 9,512 orang pekerja tempatan telah hilang pekerjaan dan pada tahun 2020 dan 2021 sehingga 2,719 orang pekerja tempatan yang telah hilang pekerjaan. Sebelum saya mengakhiri ucapan penggulungan saya, izinkan saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Dato’ Haji Hasni bin Mohammad, barisan pegawai eksekutif negeri terdiri daripada Yang Berhormat, YB PKN, YB SS dan juga BPEN atas usaha keras dalam menyediakan Belanjawan Negeri Johor 2022. Tidak dapat dinafikan ianya satu belanjawan yang praktikal dan berhemah bagi pelbagai inisiatif atau kategori bantuan yang telah ditawarkan oleh kerajaan negeri untuk manfaatkan rakyat negeri Johor. Setiap inisiatif di bawah agenda yang digariskan sudah pasti sedikit sebanyak akan dapat membantu meringankan beban rakyat selain dapat memperkasakan kembali sosioekonomi negeri dalam mengharungi dan mendapat mendepani cabaran dunia VUCA hari ini. Justeru itu, saya dengan rasa rendah diri ingin menggesa dan menyeru kepada semua sahabat-sahabat Ahli Yang Berhormat agar terus kekal dan komited melaksanakan amanah serta mandate yang telah dipertanggungjawabkan oleh rakyat negeri Johor. Marilah kita sesama menyahut seruan Yang Amat Berhormat Menteri Besar agar tetap teguh, bersatu padu dan bersolidariti demi bangsa Johor. Marilah kita kekal utuh dalam membuktikan kesetiaan kita terhadap negeri Johor yang kita cintai. Pengakhir bicara, terimalah serangkap pantun dari saya sebagai penutup kalam. Negeri Johor aman sentosa, kekal harmoni bernaungkan Sultan, kerajaan prihatin, bangsa Johor sejahtera, Belanjawan 2022, mohon diluluskan. (Dewan bertepuk). Wabillahitaufik walhidayah Assalammualaikum warahmatullahitaala wabarakatuh. Terima kasih. YB Speaker : Terima kasih Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia. Seterusnya, saya persilakan Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan, jemput. YB Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan : Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Makmur Johor. Terima kasih Yang Berhormat Speaker kerana memberi kesempatan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan pembentangan Belanjawan Johor 2022 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar tempoh hari. Terlebih dahulu, patik ingin merafak sembah menjunjung kasih dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 22 November 2021. Yang Berhormat Speaker, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor, Dato’ Haji Hasni bin Mohammad, atas pembentangan Belanjawan negeri yang sangat komprehensif, insklusif, menyeluruh dan memahami denyut nadi rakyat Johor. Belanjawan Johor dengan tema “Memperhebat Kesejahteraan Johor” menyaksikan pelbagai inisiatif dan insentif khas

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 317

diperuntukkan kepada Orang Muda Johor dan sektor pelancongan. Sebanyak RM42.5 juta diperuntukkan untuk Orang Muda Johor, manakala RM11.52 juta diperuntukkan untuk sektor pelancongan. Syukur Alhamdulillah, kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan. Yang Berhormat Tuan Speaker, sebagai EXCO yang bertanggungjawab kepada sektor pelancongan dan anak-anak muda di negeri Johor, saya berpandangan bahawa Yang Amat Berhormat Dato’ Hasni Mohamad, adalah antara pemimpin yang paling baik hati dan pemurah yang pernah saya jumpa, ikhlas saya cakap. Beliau sentiasa berdamping dekat, membantu dan mengambil tahu tentang hal ehwal Orang Muda Johor. Tidak pernah saya lihat beliau menolak mana-mana permintaan anak muda Johor. Dewan yang mulia ini juga menyaksikan keikhlasan Yang Amat Berhormat Menteri Besar apabila beliau bukan hanya membantu Wakil-Wakil Rakyat kerajaan, beliau juga membantu Wakil-Wakil Rakyat pihak pembangkang. Tahun ini, Wakil Rakyat Pakatan Harapan diberikan peruntukan sebanyak RM150,000.00. Tahun depan pula, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor mengumumkan peruntukan sebanyak RM250,000.00 kepada setiap ahli pembangkang. Tidak cukup dengan itu, beliau menawarkan kepada pihak pembangkang untuk bersama-sama dalam Mesyuarat Tindakan Pembangunan Daerah. Beliau lakukan semua ini walaupun ada mendapat tentangan dari ahli partinya sendiri. Beliau lakukan semua ini kerana beliau meletakkan kepentingan rakyat lebih daripada kepentingan peribadi. Begitu besar jiwa sosok pemimpin utama Johor yang bernama Hasni Mohammad ini (Dewan bertepuk). Syukur Alhamdulillah, pengumuman Yang Amat Berhormat Menteri Besar disambut baik oleh Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Parit Yaani malah beliau menghargai bantuan Yang Amat Berhormat Menteri Besar ini, saya meneliti ucapan perbahasan, cadangan serta kritikan yang dibuat oleh Ketua Pembangkang. Cara beliau penuh beradab dan santun, terima kasih Yang Berhormat Parit Yaani. Benarlah kata puisi Datuk Osman Awang, orang Johor ini, kurang ajarnya tetap santun, lembutnya cukup jantan, dajalnya masih selamba, nakalnya bersulam jenaka, menikam dengan pantun, menyanggah dengan senyuman, marahnya dalam ketawa, merendah bukan menyembah, meninggi bukan melonjak. Namun, sayang seribu kali sayang, hemah dan budi yang ada pada Ketua Pembangkang tidak tumpah dan diteladani semua anak buahnya. Ada sesetengah pihak Wakil Rakyat pembangkang memilih runtuk menyindir dengan kasar kerajaan Johor yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, ibarat diberi susu dibalas tuba, tangan yang disuap digigit jua. Yang Berhormat Speaker, pada 21 November 2021, Yang Berhormat Bukit Batu dalam perbahasannya berkata, saya tidak pernah dispute sama ada kerajaan sah atau tidak, yang dipersoalkan adalah legitimasi kerajaan sedia ada kerana perwujudannya tanpa melalui pilihan raya. Untuk pengetahuan Bukit Batu, kalau kita buka Kamus Bahasa Melayu, maksud kerajaan yang sah dan maksud legitimate kerajaan, samalah Yang Berhormat, maksudnya sama. Saya sarankan Yang Berhormat buka dan rujuk kamus dulu sebelum nak berbahas. Jangan jadi macam ada YB seorang tu, lahabau pun dia tak tahu maksudnya. Yang Berhormat pembangkang dari Bukit Batu juga ada bercerita tentang ahli politik yang macam pelacur, agak kasar ceritanya. Namun begitu, saya nak tanya Yang Berhormat, bukankah kerajaan negeri Melaka yang jatuh baru-baru ini disebabkan pelacur-pelacur politik. Pelacur-pelacur politik itu kemudiannya dipungut, diangkat, dijulang dan dijadikan calon-calon Pakatan Harapan. Yang Berhormat kutuk dan hina pelacur politik tapi pada masa sama mengambil mereka sebagai calon-calon pilihan raya di Melaka, di mana logiknya? Yang Berhormat sebenarnya marah atau suka dengan para pelacur politik ini. Kalau nak hina orang, cermin-cerminlah diri sendiri, paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 318

Yang Berhormat, rakyat hari ini semakin matang berpolitik, selepas pilihan raya umum yang ke 14, rakyat Malaysia di Melaka, malah di Johor semakin peka dan sudah mula membuka mata. Orang Melayu, Cina, India, tidak kira tua mahupun muda, sudah ada political awareness dengan izin. Mereka dapat bezakan antara intan dengan permata, antara kaca dengan berlian, selama 22 bulan Pakatan Harapan memerintah, rakyat tidak melihat demokrasi yang mengembang, yang hanya mengembang adalah hipokrasi. Rakyat Malaysia sudah tahu dan sedar akan tembelang Pakatan Harapan, menabur janji bulan dan bintang malah cakerawala sebelum pilihan raya umum kemudiannya tidak menunaikan janji-janji tersebut. Allah berfirman dalam Surah Al Hujurat Ayat Keenam (bacaan surah). Wahai orang-orang yang beriman, jika datang seorang fasik membawa berita, maka telitilah kebenaran agar kamu tidak mencelakakan sesuatu kaum dengan kebodohan, yang akhirnya membawa kepada penyesalan. Rakyat dah serik, mereka tidak mahu diperbodohkan lagi. Sebelum pilihan raya umum bukan main lagi menghasut rakyat, mencanang dalam ceramah, berpiket-piket, menghasut anak-anak muda untuk pergi ke jalanan. Di Simpang Renggam sebagai contoh, rakyat dijanjikan Tol Simpang Renggam percuma, tak perlu bayar, kononnya lepas menang boleh tuntut tapi bila dah menang dia buat tak tahu aje. Sama juga dengan janji PTPTN, bila dah menang, dia kata, kalau dah berhutang kenalah bayar. Rakyat di kawasan Simpang Renggam ditipu hidup-hidup. Sebab itu, walaupun legitimasi kerajaan hari ini dipersoalkan oleh Bukit Batu, hakikatnya majoriti rakyat Johor dan Malaysia bersyukur, menarik nafas lega apabila Pakatan Harapan tumbang selepas 22 bulan memerintah. Mereka bersyukur kerana hampir 2 tahun mereka menderita terutamanya mereka yang mengusahakan sawit, ramai rakyat Johor yang terlibat dengan sawit, saya masih ingat lagi harga sawit jatuh serendah RM300.00 setan pada tahun 2019 dan 2020. Bukan syarikat-syarikat sahaja yang menderita, pekerja-pekerja juga menderita, dah lah gaji tak cukup, kerja overtime mereka tak boleh buat, malahan ada yang dibuang kerja. Apa penyelesaian pemimpin Pakatan Harapan pada masa itu, disuruhnya rakyat minum satu sudu sawit setiap hari. Hari ini, syukur Alhamdulillah berkat hubungan baik pemimpin kerajaan dengan negara-negara pengimport, harga sawit kini sudah cecah RM1,000.00 setan. Inilah hasil kerajaan baharu yang dipertikaikan legitimasinya oleh pembangkang dari Bukit Batu. Ternyata, kerajaan hari ini jauh lebih baik daripada Kerajaan Pakatan Harapan yang hanya pandai menanam tebu di bibir. Cukup-cukuplah berpolitik Yang Berhormat. Rakyat mahukan kestabilan politik, kita perlu fokus kepada ekonomi, pendidikan dan pembangunan negeri Johor. Yang Berhormat Speaker, sebab itulah saya menghargai kritikan yang membina oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat sepanjang sesi perbahasan ini sama ada dari pihak pembangkang mahu pun kerajaan. Saya menghargai setiap cadangan, teguran yang telah dikemukakan bagi memastikan kerajaan negeri dapat berkhidmat dengan lebih efektif dan dalam menyelesaikan permasalahan rakyat dan mengemudi masa depan negeri Johor. Yang Berhormat Speaker, mewakili pemain-pemain industri pelancongan negeri Johor, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor dan kerajaan negeri di atas keprihatinan dalam usaha untuk membantu merancakkan kembali industri pelancongan dengan penyediaan pelbagai insentif. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, banyak maklum balas yang positif diterima daripada pemain-pemain industri. Tidak boleh dinafikan pada masa yang sama industri pelancongan merupakan industri yang paling awal terkesan dan paling lambat untuk pulih sepanjang pandemik ini. Di atas kesedaran itu, pelbagai insentif-insentif diumumkan oleh pihak kerajaan. Insentif bantuan bukan hanya diumumkan sekali, malah telah berjaya dilaksanakan sebanyak tiga kali bermula dari Pakej Rangsangan ekonomi 1.10 sehingggalah 3.0. Pada tahun lepas, Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah mengumumkan insentfi one off kepada pemandu pelancong, pengecualian duti hiburan, pengecualian pembayaran lesen perniagaan. Dewan yang mulia ini juga menyaksikan pengumuman Yang Amat Berhormat memperuntukkan sebanyak RM5 juta semasa pembentangan Belanjawan 2021 di Bawah Agenda Johor

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 319

Kebajikan khas untuk sektor pelancongan. Usaha kerajaan negeri untuk membantu industri pelancongan tidak terhenti di situ. Pada 10 Jun 2021, Yang Amat Berhormat telah mengumumkan tambahan insentif melalui Pakej Rangsangan Ekonomi 3.0 dengan bantuan khas sebanyak RM1.5 juta. Pemberian insentif kepada pemandu pelancong, kepada agensi pelancongan, kepada pengusaha hotel, kepada pengusaha homestay, resort dan chalet semuanya dilaksanakan dalam insentif-insentif tersebut. Syukur alhamdulillah, untuk tahun hadapan pula, sebagaimana yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam belanjawannya, usaha untuk membantu industri ini diteruskan lagi. Mereka akan mendapat bantuan seperti yang diluluskan sebelum ini, malah bantuan akan diperluaskan dengan bantuan khas kepada pemain industri pelancongan di Malaysia. Ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan negeri untuk meningkatkan kemahiran, di samping memastikan usaha pemerkasaan dan daya industri pelancongan negeri. Untuk makluman Yang Berhormat Endau dan Tenggaroh, bagi daerah Mersing, kerajaan negeri akan membantu 82 pengusaha bot pelancongan dengan meningkatkan kemahiran komunikasi dan juga kursus pemandu snorkeling. Bagi pengusaha hotel, chalet dan resort yang terkesan sepanjang pandemik ini, sukacita saya kongsikan juga bawah IRDA terdapat satu khas, subsidi upah yang dinamakan IMEG. Iskandar Malaysia Employment Gran iaitu sebuah pakej ransangan pekerjaan untuk membantu majikan meneruskan pembayaran upah kepada pekerja-pekerja yang terkesan akibat pandemik ini. Insya-Allah, program ini akan diteruskan lagi pada tahun hadapan. Yang Berhormat Speaker, menjawab soalan Johor Jaya. Semasa pembentangan Belanjawan 2021, Yang Amat Berhormat telah memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta bagi melaksanakan Vaucer Pelancongan Johor. Alhamdulillah, sukacita dimaklumkan di sini sebanyak 15,000 vaucer telah habis ditebus kurang daripada dua minggu pelancarannya. Vaucer tersebut boleh ditebus melalui platform Johor Tourism Interchange. Alhamdulillah, usaha ini diteruskan lagi dengan pengumuman sebanyak RM1.5 juta pada Belanjawan 2022. Saya harap selepas ini, Ahli-Ahli Yang Berhormat semua dapat memuat naik, layari aplikasi Johor Tourism Interchange yang memilih destinasi pelancongan yang dipilih. Sebanyak RM2.7 juta juga telah diperuntukkan bagi menghidupkan kembali program-program tahunan bagi pelancongan negeri Johor. Program seperti Desaru International By Week, Festival Bangsa Johor dan pelbagai lagi acara dilihat sebagai anchor untuk menarik minat pelancong-pelancong untuk datang ke negeri Johor. Selain daripada itu, Yang Amat Berhormat Menteri Besar juga telah mengumumkan bahawa Johor Economic Tourism and Cultural Office (JETCO) yang ditempatkan di Singapura bakal beroperasi sepenuhnya pada suku tahun pertama tahun hadapan. JETCO dan Tourism Johor telah melaksanakan beberapa siri engagement bersama Singapore Tourism Board dan agensi-agensi pemegang taruh yang lain untuk melihat bagaimana negeri boleh mempromosikan Johor sebagai satu destinasi wajib singgah bagi warga Singapura. Menjawab lagi soalan yang diajukan oleh Johor Jaya, RM500,000.00 juga telah diperuntukkan bagi melaksanakan Majestic Johor Safe untuk mewujudkan jaminan kepada pelancong domestik dan antarabangsa. Mengenai komitmen dan langkah yang diambil oleh kerajaan negeri untuk memastikan persekitaran yang selamat dan bebas daripada COVID-19 untuk pelancong-pelancong. Berdasarkan cadangan Tourism Johor, latihan akan diberikan kepada pemandu-pemandu pelancong dan mereka ini akan dilantik sebagai pemantau, memeriksa premis-premis kawasan tumpuan pelancong termasuk hotel-hotel di Johor untuk memastikan SOP di bawah Majestic Johor Safe ini dipatuhi. Kerajaan juga akan menyediakan kit-kit ujian RTK bagi premis-premis hotel bagi menggalakkan pelancong diuji terlebih dahulu sebelum menginap di hotel-hotel tersebut. Bagi tujuan promosi produk pelancongan dan menarik pelancong ke negeri Johor, kerajaan negeri melalui Tourism Johor telah menyediakan video-video promosi Majestic Johor bagi kesemua daerah di dalam negeri Johor untuk pasaran domestik dan antarabangsa. Bagi video domestik, kerajaan negeri melalui Tourism Johor telah bekerjasama dengan Astro melalui program

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 320

Majestic Johor yang telah ditayangkan pada tahun lepas. Untuk pengetahuan Johor Jaya dan Semerah, tayangan program ini telah ditonton oleh 3.8 juta rakyat Malaysia, tayangan juga telah memberi fokus kepada semua daerah termasuk daerah Batu Pahat. Yang Berhormat Speaker, alhamdulillah kita berada dalam fasa empat dan insya-Allah sempadan negeri bersama Singapura akan mula buka pada 29 November ini. Persiapan promosi Majestic Johor, promosi antarabangsa sudah pun siap. Tourism Johor telah menghasilkan video-video promosi dalam bahasa Inggeris, bahasa Arab dan juga bahasa Mandarin. Antara selebreti yang bersama membantu kita dalam mempromosikan Johor di peringkat antarabangsa adalah seperti Amber Chia, Akhirin Akhiruddin Khair Al Jufri. Menjawab soalan Penawar, Tourism Johor akan mengambil kira pandangan Yang Berhormat untuk membantu membangunkan dan mempromosikan kawasan pelancongan orang asli di Kampung Sungai Layau dan Kampung Tradisi di Tanjung Buai. Penyelarasan sedang dibuat dengan Pejabat Daerah dan PBT Pengerang. Insya-Allah, Akhirin Akhiruddin Khair Al Jufri, kerajaan Johor melalui Tourism Johor akan melaksanakan sebaik mungkin untuk kawasan Penawar. Yang Berhormat Speaker, adalah menjadi hasrat kerajaan negeri untuk meningkatkan usaha memperkasakan bukan sahaja industri pelancongan di negeri ini tetapi juga agensi kerajaan itu sendiri, Tourism Johor yang menaungi industri pelancongan. Di atas saranan dan nasihat Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri, Tourism Johor telah meneliti dan akan mengubah struktur Tourism Johor dengan objektif untuk memperkasakan dan menjadikan agensi ini lebih berdaya saing. Tourism Johor telah mengadakan beberapa siri lawatan ke negeri-negeri lain seperti Perak, Selangor dan Pulau Pinang untuk mengkaji struktur tourism di negeri-negeri tersebut. Hasil pembelajaran dan kajian, Insya-Allah dalam masa terdekat, kerajaan negeri akan mengumumkan struktur baharu Tourism Johor. Yang Berhormat Speaker, beralih kepada Agenda Orang Muda Johor. Patik menjunjung kasih ke atas kepimpinan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim Tunku Mahkota Johor yang menaungi 1.9 juta orang muda Bangsa Johor. Di bawah naungan kepimpinan dan keprihatinan Tunku Mahkota Johor, Orang Muda Johor berikar untuk tetap setia kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor dan terus mencurah khidmat bakti kepada negeri Johor yang dicintai ini. Terlalu banyak jasa Tunku Mahkota Johor terhadap pembangunan anak-anak muda di negeri Johor. Dari segi sukan, pendidikan, agama, kesukarelawanan dan juga kesihatan. Tunku Mahkota Johor telah meletakkan satu penanda aras yang cukup tinggi dan membanggakan. Insya-Allah, kerajaan negeri dan anak-anak muda Johor akan menyahut cabaran itu. Patik juga menjunjung kasih ke atas perkenan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor mencemar duli ke Majlis Perasmian Festival Orang Muda Johor 2021. Festival ini dilaksanakan di semua daerah yang melibatkan 16 PBT di negeri Johor, 80 aktiviti yang memanfaatkan semua belia di daerah-daerah ini. Festival ini akan menjadi satu program untuk mengembalikan kecerdasan anak-anak muda di negeri Johor, Insya-Allah. Yang Berhormat Speaker, menjawab soalan Semerah, insya-Allah setiap daerah akan ada pembangunan Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC). Oleh sebab itu, di atas arahan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor, kerajaan negeri sedang merangka dasar berkenaan konsep pembangunan supaya setiap TMIYC yang akan dibina di daerah-daerah lain dibangunkan secara praktikal, berfungsi, diselanggara dengan baik. Komponen TMIYC yang dibangunkan akan memenuhi keperluan dan kehendak anak muda masa depan. Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, sebuah gim rakyat di tapak pembangunan TMIYC Iskandar Puteri juga akan dibina pada tahun hadapan bagi kegunaan orang awam dengan peruntukan sebanyak RM2.25 juta. Selaras dengan agenda kerajaan negeri dalam memupuk gaya hidup sihat di kalangan Bangsa Johor. Yang Berhormat Speaker, menjawab soalan berkenaan usaha kepada belia oleh ADUN Paloh. Yang Amat Berhormat juga telah mengumumkan pelbagai bantuan insentif dan

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 321

program menyentuh Orang Muda Johor. Baik maha siswa, usahawan muda, wanita muda, pelajar sekolah, profesional muda, atlet hinggalah ke rider food panda dan grab. Semuanya mendapat manfaat daripada Belanjawan Johor 2022. Sebelum ini, bantuan juga telah turut membantu anak-anak muda membaiki padang di Paloh. Yang Amat Berhormat telah menurunkan satu peruntukan yang cukup besar di sana. YB Tuan Speaker : Satu minit lagi Yang Berhormat. YB Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan : Insya-Allah pada tahun depan, segala maklumat, bantuan yang memberi manfaat akan kita promosikan di portal pengkalan data yang sedang dibangunkan Institut Dato’ Onn. Pengkalan data belia dijangka siap sepenuhnya pada tahun depan dan ia befungsi untuk mengumpulkan, menyimpan, mengurus dan menganalisis data dan memberikan akses kepada kerajaan negeri dalam mencapai maklumat yang berkualiti dan saintifik untuk membuat perancangan khas untuk Orang Muda Johor. Saya yakin dengan adanya pembangunan data belia ini, ia akan memudahkan kerajaan negeri untuk merancang dasar dengan lebih strategik untuk para belia. Menjawab soalan ADUN Penawar berkenaan had umur belia. Baru semalam anak-anak muda telah mengadap Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor. Insya-Allah, kerajaan negeri bersetuju dengan usaha menurunkan had umur belia selaras dengan piawaian antarabangsa. Namun, kerajaan negeri berpandangan, Kementerian Belia dan Sukan perlu duduk berbincang untuk mencari pendekatan yang terbaik untuk menangani polemik yang sedang membelenggu anak-anak muda ini. Proses transisi perlu dilaksanakan secara tersusun dan lancar tanpa mengorbankan gerakan aktivis di kalangan ahli-ahli pertubuhan belia. Yang Berhormat Speaker, dari segi aspek sukan pula, terakhir Yang Berhormat. Pelbagai usaha untuk menjadikan Johor Sport Power House, dengan izin. Antara perancangan yang sedang dan akan dibuat ialah Pusat Latihan Sukan Tempur yang akan dibina tahun depan melibatkan sukan tinju, silat, judo, tekwando dan lawan pedang. Pembangunan kompleks belia sukan yang baru di Mount Austin, sebuah pusat Prestasi High Performance Centre di Nusa Duta, pemerkasaan persatuan sukan di negeri Johor, pelbagai program pembangunan atlet untuk pelapis di negeri Johor dan akhir sekali Karnival Sukan Rakyat Orang Muda Johor. Yang Berhormat Speaker, semoga segala usaha ini akan membuahkan hasil yang terbaik untuk rakyat Johor secara keseluruhannya. Dalam usaha kita bersama untuk beralih dari pandemik menuju endemik, saya menyeru kepada anak-anak muda di negeri Johor untuk kita sama-sama bangkit membangunkan pelancongan belia dan sukan di negeri Johor ini. Akhir sekali, marilah kita sama-sama mendoakan kejayaan dan kemenangan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam perlawanan separuh akhir Piala Malaysia pada hari Jumaat ini. Sekian, wabillahi taufik walhidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. YB Speaker : Terima kasih kepada Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan. Seterusnya dipersilakan Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Dipersilakan. YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat : Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam makmur Johor. Syukur Alhamdulillah atas nikmat Allah yang terbentang luas pemandangan supaya kami bertawakal pada Allah dan berserah pada setiap daya yang diikhtiarkan. Selawat dan salam junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Yang Berhormat Tuan Speaker, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih di atas kesempatan yang diberikan untuk memberikan ucapan penggulungan bagi pihak kerajaan dalam Persidangan Keempat Dewan Negeri Johor Yang Ke-14.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 322

Pertamanya, dengan hormat dan penuh takzimnya, saya merafak sembah, menjunjung kasih dengan ucapan setinggi- tinggi tahniah dan ucapan selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Negeri Johor Darul Takzim sempena Sambutan Ulangtahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 22 November 2021 bersamaan 17 Rabiulakhir 1443h. Patik mendoakan semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Permaisuri Johor dikurniakan kesihatan yang terbaik, dilanjutkan usia dan sentiasa dalam rahmat Allah. Daulat Tuanku. Yang Berhormat Tuan Speaker, seterusnya, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor yang telah mentadbir kerajaan negeri Johor dengan penuh kebertanggungjawaban terhadap kepentingan dan keperluan rakyat Negeri Johor, ditambah pula dengan pembentangan Belanjawan Johor 2022 yang mencakupi semua aspek kehidupan rakyat termasuklah usaha-usaha untuk memperkasakan dan mengembangkan semula ekonomi negeri. Dengan bertemakan “Memperhebat Kesejahteraan Johor”, Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah membentangkan 4 impetus ekonomi baharu dan dikukuhkan lagi 12 Agenda utama yang saya kira ia boleh direalisasikan dengan baik. Saya percaya rakyat Negeri Johor meletakkan harapan yang tinggi agar Belanjawan Johor 2022 ini memberi sinar dan harapan baru kepada mereka terutamanya yang terkesan akibat pandemik Covid-19. Saya secara peribadinya amat berharap semua pihak tidak kiralah sama ada agensi kerajaan, mahupun swasta, peringkat kepimpinan tertinggi sehinggalah di pimpinan di peringkat kampung dapat melaksanakan kesemua inisiatif Belanjawan ini dengan jayanya. Kerana saya percaya sesuatu dasar yang baik itu jika tidak disokong dan dilaksanakan dengan baik ia tidak akan menjadi. Yang Berhormat Tuan Speaker, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam membahas usul Belanjawan Johor 2022 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang menyentuh perkara-perkara berkaitan portfolio saya khususnya dalam soal-soal pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat. Sememangnya banyak perkara yang telah dikemukakan semasa sesi perbahasan ini sama ada yang berbentuk soalan, cadangan, sokongan, malah tidak kurang juga ada respons yang berbentuk teguran. Walau apa pun rupa dan ragam respons yang diberikan, kerajaan negeri akan sentiasa berlapang dada untuk menilai setiap soalan dan memberi perhatian akan segala cadangan yang sesuai, demi memastikan perancangan ekonomi yang saksama lagi seimbang bagi mencapai matlamatnya serta boleh diterjemahkan dengan baik kepada rakyat. Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Penawar yang menunjukkan keprihatinan beliau terhadap penglibatan NGO-NGO terhadap program agensi kerajaan seperti Modul Lindungi Permata Johor yang dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. JKM telah mengambil inisiatif untuk membangunkan Modul Lindungi Permata Johor iaitu satu modul latihan yang standard dan komprehensif sebagai instrumen latihan kepada individu yang mengendalikan kes perlindungan kanak-kanak. Setelah modul ini dibina, satu projek rintis perlaksanaan modul akan dilaksanakan dengan melibatkan pelbagai pihak seperti Majlis Pengurusan Komuniti Kampung, Pengusaha-pengusaha TASKA dan Pusat Jagaan, Sukarelawan Kebajikan yang bekerja dengan kanak-kanak, ahli Pasukan Perlindungan Kanak-kanak dan Pembantu Pelindung yang telah diwartakan di setiap daerah di negeri Johor. Setelah penambahbaikan dilakukan ke atas modul hasil dari projek rintis

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 323

yang dilaksanakan, modul ini akan disebar luas kepada pertubuhan-pertubuhan, agensi-agensi serta orang awam termasuklah ibu dan bapa agar mereka boleh dilatih bagi membantu pihak kerajaan dalam usaha memberi hak dan perlindungan kepada kanak-kanak di negeri Johor khususnya. Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Penawar juga ingin mengetahui bantuan kerajaan negeri berikan kepada kakitangan dan Penjawat Awam Negeri Johor yang mempunyai suami isteri atau anak OKU yang tidak dapat elaun daripada JKM. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kerajaan negeri Johor melalui JKM sentiasa prihatin dengan golongan OKU dan keluarga yang menjaga OKU. OKU yang mendaftar dengan JKM diberikan Kad OKU bagi memudahkan OKU berurusan dengan pihak-pihak yang berkenaan. OKU yang berdaftar layak untuk mendapatkan 31 kemudahan dan keistimewaan daripada pihak kerajaan, GLC dan swasta mengikut prosedur dan syarat-syarat yang ditetapkan dan antara kemudahan dan keistimewaan tersebut seperti berikut: 1. Program Pendidikan Nasional yang melibatkan kemasukan ke Sekolah Pendidikan

Khas, Program Pendidikan Khas Integrasi dan Program Pendidikan Inklusif. 2. Pelepasan cukai berganda kepada majikan yang melatih dan mengambil pekerja

OKU. 3. Pencen Terbitan seumur hidup kepada anak OKU kepada penjawat awam yang

meninggal dunia. 4. Kemudahan waktu bekerja anjal kepada penjawat awam untuk mengurus kebajikan

dan keperluan anak OKU. Yang Berhormat Tuan Speaker, kerajaan negeri Johor melalui YPKDT sentiasa menyantuni golongan OKU terutamanya keluarga-keluarga yang mempunyai anak-anak OKU termasuklah penjawat awam. Antara bantuan disalurkan bagi golongan OKU yang berdaftar di bawah YPKDT adalah Penempatan Pekerjaan OKU dan Program Latihan dan Promosi (PLP). Bagi Penempatan Pekerjaan OKU, YPKDT membantu memadankan pekerjaan kepada golongan ini dengan majikan dari pelbagai sektor mengikut kesesuaian dan jenis kekurangan mereka. Selain itu juga, YPKDT turut memberikan peluang kepada golongan ini dengan menyertai PLP bagi memberi peluang kemahiran dan membantu mereka menjana pendapatan juga diberi peluang untuk mendapat pekerjaan dalam pelbagai bidang yang diperlukan oleh industri. Untuk makluman Yang Berhormat, JKM melalui Pertubuhan Kebajikan Pemulihan Dalam Komuniti mengendalikan sebuah, sebanyak 73 Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) untuk membantu ibu bapa termasuklah penjawat awam yang mempunyai anak kurang upaya bagi mendapatkan pemulihan. Untuk makluman, PDK juga dibuka setiap hari bekerja (Ahad hingga Khamis) dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Oleh itu, penjawat awam boleh menghantar anak kurang upaya ke PDK berhampiran dengan lokasi di kediaman masing-masing. Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Johor Jaya ingin mendapatkan penjelasan mengenai kadar bayaran yang dikenakan terhadap golongan OKU perlu membayar RM100.00 bagi mendapatkan pengesahan Pegawai Perubatan di hospital kerajaan semasa mereka ingin membuat permohonan kad OKU. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kerajaan melalui JKM dengan kerjasama dan persetujuan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memberi pengecualian caj pemeriksaan kesihatan bagi pengesahan ketidakupayaan OKU kepada individu yang kurang berkemampuan berdasarkan kriteria ditetapkan dalam Garis Panduan Caj Pemeriksaan

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 324

Kesihatan Bagi Pengesahan Ketidakupayaan OKU yang telah dikeluarkan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan), KKM pada 2 Oktober 2018. Permohonan pengecualian adalah seperti berikut: 1. Pemohon yang telah mempunyai rekod rawatan bagi kes berterusan di fasiliti KKM

dan dalam rawatan. Pesakit berkenaan mempunyai rekod rawatan dijangka untuk mengalami komplikasi penyakit yang seterusnya menyebabkan ketidakupayaan.

2. Individu penerima bantuan kewangan Kerajaan yang hadir ke fasiliti KKM dengan

membawa surat sokongan atau pengesahan ketidakmampuan daripada Jabatan atau agensi pemberi bantuan berkenaan;dan

3. Individu yang dirujuk daripada Program Outreach yang dijalankan oleh agensi

kerajaan atau bukan kerajaan dengan kerjasama KKM di sekolah atau komuniti melalui anggota kesihatan Kerajaan.

Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Maharani telah menyentuh 5 perkara dibawah portfolio saya di dalam ucapan perbahasan beliau tempoh hari. Pertama adalah mengenai Agenda Johor Prihatin yang diminta agar memberi penekanan terhadap isu-isu kesejahteraan keluarga yang kian serius dan mencatat statistik membimbangkan di Johor. Yang Berhormat Jementah turut membahaskan mengenai kebimbangan terhadap isu keganasan rumah tangga kerana ia bukan sekadar membawa kecederaan fizikal, tetapi juga menjejaskan kesihatan mental. Untuk makluman Yang Berhormat, walaupun dalam Belanjawan Johor 2021 dan 2022 tidak dinyatakan program-program mengenai kesejahteraan keluarga, tetapi kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan dari semasa ke semasa sentiasa menjalankan program bagi meningkatkan kesejahteraan keluarga di negeri Johor. JKM melalui Bahagian Penguatkuasaan sentiasa bersedia dalam membantu mangsa keganasan rumah tangga khususnya golongan wanita dan kanak-kanak. Antara perkhidmatan yang disediakan oleh JKM bagi membantu mangsa keganasan rumah tangga adalah melalui Talian Kasih 15999 yang diwujudkan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM). Talian ini beroperasi 24 jam sehari di mana mangsa keganasan rumah tangga atau orang awam boleh membuat aduan di talian ini bagi membantu mangsa untuk diselamatkan. Selain itu JKM juga menyediakan perkhidmatan advokasi dan khidmat nasihat kepada mangsa keganasan rumah tangga jika mangsa ingin mendapatkan perkhidmatan dan perlindungan yang diperlukan. Selain dari itu, Pegawai Kebajikan Masyarakat boleh membantu memindahkan mangsa keganasan rumah tangga ke tempat selamat yang diluluskan di bawah Akta Keganasan Rumah tangga 1994 jika mangsa memerlukan tempat perlindungan. Tempat selamat yang diwartakan di negeri Johor adalah di Taman Sinar Harapan Jubli Jalan Datin Halimah Johor Bahru, Taman Sinar Harapan Tampoi Johor Bahru dan Desa Bina Diri Mersing Johor. Bagi mangsa keganasan rumah tangga yang memerlukan perintah perlindungan daripada Mahkamah, Pegawai Kebajikan Masyarakat boleh membantu mangsa mendapatkan Perintah Interim Protection Order (IPO) dan Perintah Perlindungan (Protection Order) dengan membuat permohonan Mahkamah Majistret yang berdekatan. Untuk makluman Yang Berhormat, pada tahun ini, bermula Januari sehingga Oktober 2021, Jumlah kes keganasan rumah tangga yang dikendalikan oleh Bahagian Penguatkuasaan

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 325

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor adalah seperti berikut: Johor Bahru, 40 kes; Muar, 2 kes; Kota Tinggi, 3 kes; Batu Pahat, 3 kes; Segamat, 12 kes; Kulai, 4 kes; manakala Pontian, Kluang, Mersing dan Tangkak, tiada. Yang Berhormat Tuan Speaker, kerajaan negeri Johor melalui JKM telah mengambil inisiatif menyediakan Pusat Aktiviti Kanak-kanak (PAKK) dan Pasukan Pelindung Kanak-Kanak (PPKK) di setiap daerah sebagai usaha menyeluruh dan bersistematik untuk mencegah kes penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak. Selain itu, di dalam Pembentangan Belanjawan Johor 2022 juga telah diumumkan mengenai pembangunan Modul Lindungi Permata Johor yang akan digunapakai oleh semua pihak yang terlibat dengan kanak-kanak. Sidang Dewan yang mulia ini, selain daripada JKM, kerajaan negeri melalui YPKDT telah melaksanakan ceramah keibubapaan dengan menggunakan Modul Keluarga Sakinah melalui Penggerak Sakinah dan Modul Keluarga Sejahtera melalui Penggerak Wanita. Yang Berhormat Tuan Speaker, selain dari kerajaan negeri, kerajaan persekutuan turut menyediakan pelbagai program dan inisiatif bagi memastikan kesejahteraan rakyat Johor dapat dipertingkatkan. Antara agensi kerajaan persekutuan yang memainkan peranan besar dalam institusi kekeluargaan adalah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Antara program yang dilaksanakan oleh LPPKN ialah : 1. Intervensi Pencegahan Perceraian yang mengguna pakai Modul Pra Perkahwinan

iaitu SMART START. Modul ini dilaksanakan melalui pemberian Bantuan Khas Perbendaharaan (BKP) kepada NGO-NGO yang berdaftar.

2. LPPKN juga giat menjalankan kursus-kursus keibubapaan mengikut modul KASIH

iaitu bermula dari keibubapaan anak kecil sehingga Modul Keibubapaan Datuk Nenek. Sepanjang tahun 2021, sebanyak 9 program keibubapaan secara dalam talian dan 2 program bersemuka telah dilaksanakan melibatkan 793 orang peserta.

3. Perkhidmatan melalui program Jelajah Peduli Keluarga LPPKN juga melalui

permohonan daripada agensi-agensi yang lain. Sebanyak 14 program PKB telah dilaksanakan pada 2019 hingga 2021. Bagaimanapun, pelaksanaan PKB adalah terbatas disebabkan pandemik COVID-19 melanda negara pada tahun 2020 dan 2021.

Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Maharani telah minta agar kerajaan negeri memohon daripada kerajaan persekutuan khususnya KPWKM untuk menubuhkan pusat sokongan sosial setempat iaitu PSS dia daerah Muar. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Yayasan Kebajikan Negara akan bekerjasama dengan agensi lain dan pertubuhan bukan kerajaan bagi memastikan perkhidmatan yang terbaik ditawarkan kepada penduduk setempat terutamanya kumpulan sasar kementerian. PSSS mensasarkan tiga buah negeri iaitu Selangor, Kelantan dan Johor. PSSS berpusat di Pusat Satelit Kuala Lumpur dan turut mempunyai tujuh bas bergerak bagi pergerakan ke lokasi dan negeri yang terlibat. Perkhidmatan PSSS mobile memudahkan masyarakat untuk mendapat khidmat bimbingan kaunseling atau rujukan bantuan di bawah KPWKM serta agensi. Bagi penempatan PSSS negeri Johor, beberapa lokasi sedang dikenal pasti oleh bahagian pengurusan KPWKM dan akan diputuskan oleh pihak Kementerian setelah lawatan tapak dijalankan. Yang Berhormat Tuan Speaker, seterusnya Yang Berhormat Maharani telah meminta agar diperincikan mengenai pelaksanaan program Cari Orang Memerlukan Bantuan iaitu COMB. Mekanisme program COMB telah dimurnikan dengan menambah beberapa kaedah baru

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 326

iaitu aktiviti outreach ziarah kasih, membuka kaunter perkhidmatan agensi dan jabatan di kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti mempunyai penduduk yang memerlukan bantuan. Agihan borang melalui kepimpinan tempatan serta permohonan secara atas talian. Pelaksanaan program akan diselaraskan di peringkat daerah dengan menyediakan jadual pelaksanaan sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu. Penyediaan jadual pelaksanaan ini akan melibatkan agensi atau jabatan yang berkaitan serta membuka penyertaan daripada badan korporat atau badan bukan kerajaan dan juga pemimpin tempatan. Aktiviti yang telah dirancang dan dijadualkan akan dihebahkan melalui program platform serta media sosial sama ada Facebook, Instagram, WhatsApp atau Telegram. Yang Berhormat Tuan Speaker, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Maharani yang sentiasa menunjukkan keprihatinan terhadap isu-isu melibatkan golongan rentan terutamanya inisiatif memberikan kaunseling kepada kanak-kanak yang kehilangan ibu bapa akibat COVID-19. Suka saya kongsikan dalam Dewan ini, YPKDT dengan jalinan kerjasama Yayasan Raja Zarith Sofea Negeri Johor telah melaksanakan program Santuni Rakyat Johor iaitu SINAR, bagi menyantuni keluarga yang telah kehilangan orang-orang tersayang akibat COVID-19. Seramai 420 penerima telah disantuni di seluruh negeri Johor dengan kaedah penyerahan sumbangan berupa wang tunai, kit kesihatan, barangan keperluan harian, barang makanan harian dan alat bantu mengajar. Selain daripada itu, penyerahan bantuan YPKDT melalui Bajet Pre-Ihsan Johor 3.0 di bawah sektor masyarakat dan modal insan telah mewujudkan pelbagai inisiatif bagi program perkhidmatan psikologi dan kaunseling untuk masyarakat negeri Johor. Bagi mengubah stigma masyarakat yang alergi dengan perkataan kaunselor atau kaunseling, YPKDT telah mengambil peranan dengan menjenamakan perkhidmatan psikologi dan kaunseling itu kepada MIND-X, iaitu Xplore Xpression dan Xchange dengan izin. Antara inisiatif yang terkandung dalam MIND-X ialah : 1. Wujudkan perkhidmatan kaunseling atas talian secara percuma. 2. Penyediaan talian hotline kepada mana-mana individu yang ingin mendapatkan

khidmat nasihat atau membuat temu janji. Talian ini beroperasi dari jam 8 pagi hingga 10 malam. Orang awam boleh menghubunginya atau WhatsApp di talian 016-2700017.

3. Penganjuran webinar bengkel atau perkongsian ke arah kesihatan mental dan

kaunseling secara percuma akan dilaksanakan berkala sama ada secara live atau pun rakaman dengan melibatkan pakar-pakar atau selebriti yang berkaitan.

4. YPKDT mewujudkan klinik kaunseling yang akan beroperasi tujuh hari seminggu

dengan waktu operasi dari jam 8 pagi hingga 10 malam. Klinik kaunseling di daerah akan diwujudkan di empat daerah iaitu Johor Bahru, Pontian, Kluang dan Segamat. Bagi daerah selain empat ini, perkhidmatan kaunseling dijalankan mengikut waktu pejabat iaitu Ahad hingga Khamis dari jam 8 pagi hingga 5 petang.

5. Menyediakan mobile team dengan menyediakan van khas yang akan digunakan bagi

mempromosi perkhidmatan kaunseling terutama di kawasan luar bandar. 6. Mewujudkan support group kepada mereka yang berjauhan dengan ahli keluarga

seperti IPTA & IPTS. 7. Membangunkan aplikasi perkhidmatan kaunseling yang lebih interaktif dan informatif

dalam membuat penilaian kendiri melalui ujian psikologi secara percuma untuk rakyat Negeri Johor.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 327

Sehingga kini, seramai 521 orang telah mendapatkan perkhidmatan kaunseling, 5,710 orang yang telah menyertai webinar kesihatan mental dan 405 orang telah menerima sokongan moral. Bagi menyokong segala usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri JKM juga turut mengambil peranan mereka yang terkesan sama ada dari segi kesihatan mental akibat COVID-19. Sehingga kini, pihak JKM telah menyantuni seramai 123 orang kanak-kanak yang telah kehilangan ibu bapa akibat jangkitan COVID-19 dengan memberikan perkhidmatan kaunseling dan sokongan psikologi kepada kanak-kanak. Mengenai perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jementah iaitu berkaitan dengan bantuan asas perniagaan yang diberikan kepada wanita, jenis perniagaan diceburi oleh mereka dan sejauh mana pencapaian program ini. Saya jelaskan di Dewan yang mulia ini, bahawa kerajaan negeri melalui YPKDT telah melaksanakan Skim Bantuan Peralatan Perniagaan iaitu SKIPP, iaitu Projek Menjana Pendapatan Wanita sejak 2003. Antara bantuan peralatan yang diberikan adalah seperti mesin jahit lurus, high speed dan juga mesin jahit tepi, oven, mixer, periuk industri, deep fryer, mobile spa, katil urutan tradisional dan meja stainless steel, gerai jualan dan sebagainya. Manakala kebanyakan penerima manfaat menceburi bidang masakan, bakeri dan pastri, jahitan, andaman dan solekan, urutan tradisional dan spa serta lain-lain. Penyertaan wanita terutamanya ibu tunggal dan wanita B40 pada tahun 2021 adalah berjumlah 142 orang bagi SKIPP dan 300 peserta bagi Program Women’s Income Generating Skills Project dengan izin ialah iaitu kursus kemahiran menjana pendapatan wanita. Justeru secara keseluruhannya, terdapat seramai 442 orang penerima manfaat di kalangan ibu tunggal dan wanita B40 telah menerima manfaat dari dua inisiatif ini. Jumlah tersebut adalah merupakan jumlah penerima manfaat selepas penjajaran peruntukan belanjawan 2021 yang lalu. Bagi melihat pencapaian program penerima manfaat ini, YPKDT masih dalam tempoh melaksanakan penelitian, pemantauan dan kajian maklum balas serta di mana penyerahan Skim Bantuan Peralatan yang diterima pada September 2021 dan Kursus WINGS hanya bermula pada bulan Ogos 2021. Namun begitu, YPKDT telah menjalankan kajian impak bagi dua projek ini bagi tahun 2020, di mana dapati kajian menunjukkan secara keseluruhannya, projek WINGS dan SKIPP tahun 2020 telah berjaya dilaksanakan dan menjadi contoh serta penanda aras kepada penambahbaikan program WINGS dan SKIPP di masa akan datang. Yang Berhormat Tuan Speaker, mengenai bantuan kepada mangsa banjir yang mengalami bencana tersebut kurang daripada tempoh 6 jam sebagaimana yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senai, ingin saya jelaskan dalam Dewan yang mulia ini, Jabatan Kebajikan Masyarakat berperanan penting sebagai agensi bantuan dan pemulihan yang dipertanggungjawabkan untuk menyediakan keperluan makanan dan keperluan asas, pendaftaran dan kaunseling kepada mangsa bencana di Pusat Pemindahan Sementara, PPS serta bantuan pemulihan selepas berlakunya bencana. Bagi tujuan mengurus kejadian bencana, merujuk kepada Peraturan Tetap Pengurusan Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pindaan 2018, satu Jawatankuasa Pengurusan Bencana perlu ditubuhkan. Apabila berlaku suatu bencana, pembukaan PPS di daerah perlu mendapat pengesahan dan persetujuan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dan PPS tersebut sahaja yang akan dibekalkan dengan bekalan makanan dan keperluan asas. Bagi penyaluran bantuan kepada mangsa yang tidak berpindah ke PPS, JPBD bertanggungjawab menyalurkan bantuan makanan kering bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut kepada mangsa yang terputus hubungan, terkepung atau terkandas. Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Senai juga memberi cadangan yang baik mengenai kerjasama yang strategik antara pihak JKM dan agensi lain-lain yang memberikan bantuan terutamanya kepada golongan ibu tunggal seperti PERKESO dan KWSP. Saya menyambut baik terhadap cadangan tersebut dan untuk makluman Yang Berhormat, JKM

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 328

telah menjalinkan kerjasama strategik bersama Badan-Badan Berkanun dan Badan Bukan Kerajaan. Dimaklumkan, JKM telah mengadakan perbincangan dengan pihak PERKESO pada 8 Julai 2021 dan satu persetujuan telah dicapai untuk menjalinkan kerjasama dalam menyediakan manfaat keselamatan sosial di kalangan golongan yang memerlukan. Salah satu program yang diperkenalkan adalah Program Sinergi Sosial yang merupakan program kolaborasi di antara PERKESO dengan semua agensi yang turut menyediakan manfaat keselamatan sosial termasuk JKM bergabung bagi membentuk satu platform dan ekosistem keselamatan sosial yang sistematik, holistik dan bersifat end to end solution khasnya untuk rakyat. Berikutan kerjasama tersebut, JKM di setiap peringkat telah merujuk kes yang berkeperluan di PERKESO untuk mendapatkan perkhidmatan berkaitan dengan PERKESO. Saya juga mengambil kesempatan yang ada ini, menyeru semua Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk sama-sama mengambil peranan membantu menyalurkan maklumat dan info-info bantuan yang disalurkan oleh agensi-agensi yang berkaitan. Itulah peranan dan tanggungjawab yang sama-sama kita harus perlu pikul. YB Speaker : Satu minit lagi Yang Berhormat. Satu minit lagi. YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat : Akhir sekali, berkaitan dengan perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Parit Raja mengenai bangunan tabika KEMAS yang diadakan dalam keadaan perlu diberi perhatian dan baik pulih dengan segera. Untuk makluman Yang Berhormat, tahun 2022, KEMAS melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar telah menyenaraikan 3 buah tabika KEMAS yang akan dibina baharu iaitu tabika KEMAS Taman Makmur, Kluang, tabika KEMAS Taman Kluang Baru, Kluang dan tabika KEMAS KG Puteri Menangis, Pontian. Manakala 7 buah tabika KEMAS yang melibatkan daerah Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian merupakan projek sambungan yang sedang dilaksanakan pada tahun ini. Insya-Allah saya akan mengambil saranan Yang Berhormat Parit Raja dengan meninjau keperluan baik pulih tabika-tabika KEMAS di negeri Johor agar kanak-kanak dapat pendidikan di tabika KEMAS di ruang pembelajaran yang kondusif. Yang Berhormat Tuan Speaker, inilah sahaja yang dapat saya sampaikan untuk sesi penggulungan kali ini. Terima kasih saya ucapkan sekali lagi kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah memberikan pandangan dan cadangan yang melibatkan jabatan di bawah portfolio Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ketua jabatan dan kakitangan jabatan di bawah portfolio saya Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang sentiasa bertungkus lumus dan bersiap sedia dengan segala tugas yang dipertanggungjawabkan. Akhir sekali, dikesempatan yang ada ini saya dengan berbesar hatinya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan iaitu kakitangan hospital kerajaan mahupun swasta, anggota Polis, anggota RELA, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan para petugas media dan sukarelawan yang bertungkus lumus menjaga rakyat Malaysia dalam memerangi wabak COVID-19. Kita doakan agar wabak COVID-19 ini dapat dikawal dan akhirnya dapat ditangani dengan baik. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. (Dewan bertepuk.) YB Speaker : Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Saya tangguhkan persidangan ini sehingga jam 2.30 petang. Terima kasih. Persidangan ditangguhkan pada jam 1.15 petang. Persidangan disambung semula pada jam 2.30 petang.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 329

YB Timbalan Speaker mengetuai Persidangan. YB Timbalan Speaker : Ahli-Ahli Yang Berhormat, sambungan perbahasan atas rundingan bacaan kali yang kedua. Penggulungan Yang Berhormat Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa. Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur dijemput. YB Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur : Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera. Segala puji bagi Allah SWT tuhan sekalian alam dan salam kepada junjungan kita nabi Muhammad SAW. Buat pertama-tamanya, pohon patik merafak sembah menjunjung kasih dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan bagi Negeri Jajahan Takluk Johor Darul Takzim. Sempena sambutan ulang tahun hari keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 22 November 2021, bersamaan 9 Rabiulakhir 1943 Hijrah. Patik berdoa semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Johor serta seluruh kerabat Diraja sekalian sentiasa di dalam keadaan sihat wal’afiat limpahi kurnia segala kebesaran dan dilanjutkan usia serta kekal memerintah di atas singgahsana takhta kerajaan negeri Johor Darul Takzim dengan penuh kemuliaan dan kedaulatan. Dirgahayu Tuanku. Dengan penuh hormat dan takzim, Tenang ingin memohon izin Dewan yang mulia ini, untuk memulakan ucapan penggulungan. Yang Berhormat Tuan Speaker, ucapan ini diadun untuk menjayakan kebolehlaksanaan Belanjawan 2022 yang bertemakan Memperhebat Kesejahteraan Johor yang bersinergi dengan Rancangan Malaysia Yang Ke-12, 2021 - 2025. Konteks ucapan ini merangkumi dasar portfolio saya yang berteraskan perkhidmatan infrastruktur dan kesihatan sebagai pemangkin kesejahteraan dan ekonomi Johor dalam meningkatkan keselamatan dan keselesaan Bangsa Johor dalam mendepani cabaran dan ketidaktentuan ekonomi semasa. Yang Berhormat Puan Speaker, syukur alhamdulillah berkat kesungguhan pentadbiran kerajaan bermula di bawah pimpinan Yang Berhormat Gambir sewaktu menjadi Perdana Menteri dalam merencanakan pelbagai inisiatif dan program dalam mendepani cabaran pandemik COVID-19, Malaysia termasuk negeri Johor kini sedang melalui fasa pemulihan kembali ke norma kehidupan seharian. Yang Berhormat Puan Speaker, pemulihan ekonomi Johor yang sedang menjadi sebuah negeri maju, berdaya saing, mampan dan pandemik perlu disokong dengan infrastruktur yang lengkap dengan sistem pengangkutan awam yang moden bersepadu berserta bertaraf dunia kerajaan negeri mempunyai hala tuju yang jelas untuk mencapai hasrat kemodenan awam dan infrastruktur negeri. Justeru itu, hala tuju Kerja Raya bagi tahun 2022 adalah bertemakan Johor Selamat. Tenang prihatin dan sering memikirkan keselamatan dan keselesaan pengguna. Tenang akan memastikan peruntukan dalam Bajet 2022 sebanyak RM900,000.00 akan dibelanjakan bagi projek-projek kecil pencahayaan contohnya, bagi mengurangkan kadar kes kemalangan di kawasan hotspot pada waktu malam dengan memperbanyakkan jumlah lampu persimpangan dan juga lampu amber. Sekiranya masih ada lagi permintaan tambahan daripada Yang Berhormat ADUN yang melibatkan kawasan berisiko kemalangan atau di selekoh, permohonan boleh dikemukakan kepada kerajaan untuk pertimbangan. Manakala permohonan telah pun dikemukakan oleh Yang Berhormat Penawar di dalam Dewan yang mulia ini, saya berikan dahulu bayangan pertimbangan melalui pantun berikut. Berpantun sikit. Dari Penawar ke Dewan Negeri, membawa usul dari kawasan, Yang Berhormat wanita tidak pernah di anak tiri, keselamatan rakyat saya utamakan.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 330

Yang Berhormat Puan Speaker, bagi meningkatkan keupayaan jalan-jalan negeri mengikut kehendak semasa ke arah hala tuju mengurangkan kelengahan perjalanan, menambah keselesaan dan keselamatan, jalan harus ditingkatkan terutama projek-projek baru yang pastinya memberi manfaat kepada penduduk setempat dapat disiapkan mengikut jadual. Berkaitan perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Batu, projek cadangan kerja memperelok jajaran di laluan FT-001, Johor Bahru - Ayer Hitam KM 8 ke 40 Kulai atau dikenali dengan selekoh S, Jabatan Kerja Raya sebagai jabatan yang bertanggungjawab sedia maklum, terhadap keselamatan dan masalah pengguna setempat. Untuk makluman Yang Berhormat Puan Speaker, projek ini bernilai jutaan ringgit. Banyak aspek perlu diambil kira sebelum sebarang keputusan diambil. Saya berikan 3 daripadanya:- 1. Kos penamatan dan pelantikan kontraktor baru pasti akan menyebabkan kenaikan

kos asal kerana kenaikan harga barang semasa, liabiliti, kecacatan kerja kontrak terdahulu, insurans dan sebagainya.

2. Penamatan kontrak bukan jaminan projek dapat disiapkan lebih awal, ini kerana sejurus penamatan kontrak, pemeriksaan status kerja perlu dilaksanakan. Penentuan keupayaan pemilikan aset alih, aset tidak alih, peralatan, perkakasan perlu dimuktamadkan. Seterusnya, proses penyediaan semua lukisan dan spesifikasi baki kerja dengan anggaran harga terkini perlu disediakan sebelum proses pengiklanan dan tender dibuka semula termasuk perundingan kontraktor baru.

3. Dan paling penting, adalah semakan prosiding penamatan yang melibatkan proses perundangan.

Saya percaya Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri selalu memberi penekanan kepada semua agensi supaya cekap dan berhati-hati dalam mengambil sebarang keputusan yang berimpak tinggi. Keputusan secara ad-hoc dan boleh berubah-ubah akan menjejaskan imej perkhidmatan awam dan kerajaan. Lebih malang lagi, sekiranya kerajaan di saman dan diarah untuk membayar ganti rugi, ianya pasti akan menjejaskan keyakinan kepada peniaga, pemain-pemain industri dan pelabur. Walau bagaimanapun, Yang Berhormat Puan Speaker, perlulah kita mengambil maklum, perlulah ia mengikut SOP penamatan, pengambilan kerja kontrak, ia bukanlah seperti Yang Berhormat Bukit Batu nyatakan sebelum ini terhadap JKR. Di sini Tenang ingin menjelaskan, apabila mendapati pihak kontraktor gagal melaksanakan kerja mengikut spesifikasi sebagaimana perancangan dan jadual, pihak JKR akan mengeluarkan surat amaran terlebih dahulu: 1. Lanjutan masa perlu diberikan selama 130 hari berserta denda ganti rugi atau LED. 2. Lanjutan masa kedua selama 114 hari berserta denda ganti rugi. 3. Lanjutan masa ketiga selama 60 berserta denda. Setelah 3 kali surat amaran dikeluarkan dan didapati kontraktor tidak menunjukkan kesungguhan bagi melaksanakan mahupun kesungguhan bagi menyiapkan kerja, maka JKR akan mengeluarkan surat niat bagi tujuan penamatan kontraktor. Dalam kontrak selekoh S ini, 3 proses ini telah dilalui dan untuk makluman JKR Daerah Kulai telah mengeluarkan notis penamatan pengambilan kerja kontrak ke atas kontraktor tersebut pada 21 Oktober 2021 kerana kontraktor gagal meremedikan kemungkinan sepanjang tempoh 14 dan tarikh pengeluaran notis untuk tujuan penamatan pada 7 Oktober

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 331

2021 yang lalu. Ini bermakna, kontraktor yang menjalankan projek berkenaan telah ditamatkan kontraknya. Yang Berhormat Puan Speaker, penyelenggaraan jalan negeri dilaksanakan oleh Syarikat Amona Infracare dan Syarikat Teto Engineering Sdn. Bhd. dan pegawai penguasa bagi projek ini adalah Pengarah Kerja Raya Negeri Johor. Manakala, penyelenggaraan jalan-jalan kampung oleh Infra Desa Sdn. Bhd. dan pejabat Menteri Besar adalah pegawai penguasa bagi projek ini. Berkenaan perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Semerah, kontrak konsesi penyelenggaraan jalan kampung menggunakan peruntukan MARRIS yang sedang dilaksanakan oleh Syarikat Infra Desa Sdn Bhd akan tamat pada pertengahan tahun 2022. Antara kerja-kerja yang masih dilaksanakan oleh IDJ adalah seperti pemotongan rumput, menampal lubang, kerja bahu jalan, kerja berkala pavement dan kerja bukan pavement. Bagi cadangan penyambungan konsesi penyelenggaraan jalan kampung pada tahun hadapan, kerajaan negeri akan meneliti cadangan di atas dan melihat impak secara keseluruhan sebelum ia dimuktamadkan. Yang Berhormat Puan Speaker, perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jementah mengenai pembangunan Rolling Plan bagi tahun 2022 di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 bagi negeri Johor, ini bukanlah hanya berfokus kepada pembangunan infra sahaja. Ia meliputi pelbagai sektor. Bagi konteks JKR, permohonan di bawah Kementerian Kerja Raya, JKR Johor telah menghantar 15 senarai projek cadangan bagi pelaksanaan dalam RMK-12. Walau bagaimanapun, senarai projek yang dilaksanakan di bawah RMK-12 adalah merupakan projek sambungan RMK Ke-11 dan dengan nilai keseluruhan projek sebanyak RM988 juta. Bagi projek Rolling Malaysia Plan ke-2 Rancangan Malaysia Ke-12, JKR Johor telah menghantar 6 senarai projek mengikut keutamaan daripada 15 senarai Projek RMK-12 yang telah dihantar dengan kos keseluruhan adalah sebanyak RM1.3 bilion. Antara projek yang dimohon adalah projek Pasir Gudang Fasa 3, pembinaan global lift, UTM Skudai, membina jalan baru menghubungkan jalan Muar Furniture Hub, Bakri ke jalan Muar - Labis, J-32. Namun sehingga kini, JKR Johor masih belum menerima sebarang kelulusan bagi permohonan senarai-senarai projek tersebut. Yang Berhormat Puan Speaker, seterusnya mengenai pelebaran Lebuhraya Senai-Desaru yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tanjung Surat. Kerajaan negeri maklum cadangan kerja naik taraf kepada 2 lorong kepada 4, lebuh raya berkenaan daripada persimpangan Cahaya Baru ke persimpangan Bandar Penawar. Projek ini penting bagi menyokong pembangunan Kompleks Bersepadu Pengerang (PIPC) dan menangani kadar aliran trafik yang semakin meningkat seiring dengan kepesatan pembangunan itu. Mengikut perjanjian konsesi, pihak pemegang konsesi iaitu Senai Desaru Sdn. Bhd. perlu melebarkan single carriage way kepada dual carriage way apabila level of service, jajaran tersebut jatuh di bawah C ataupun dalam kiraan jumlah kenderaan 30,000 kenderaan sehari. Buat masa ini, level of service di jajaran tersebut adalah pada level A iaitu bilangan kenderaan sekadar 13,000 sehari berbanding dengan level C, 30,000 yang ada sekarang ini cuma 13,000 sehari. Menurut kajian trafik yang dibuat pada 2014, jajaran tersebut perlu dilebarkan pada tahun 2031, manakala kajian terbaru pada tahun 2021, baru-baru ini mengunjurkan bahawa keperluan pelebaran akan dicapai pada tahun 2037 sahaja. Kerja-kerja pelebaran yang dijadualkan tersebut akan dibiayai hasil kutipan tol. Pihak Senai Desaru Sdn. Bhd. hanya akan mempunyai kewangan yang cukup untuk kerja-kerja pelebaran dan kerja-kerja penyelenggaraan. Sekiranya bilangan trafik yang tinggi, jika bilangan trafik rendah maka kemampuan kewangan senarai syarikat berkenaan juga adalah rendah. Mengikut unjuran trafik yang dibuat pada tahun 2014, sepatutnya mencatatkan bilangan trafik sebanyak lebih 15,000 kenderaan sehari pada tahun 2021, tetapi disebabkan oleh

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 332

pelaksanaan PKP, jumlah trafik secara purata di Senai-Desaru Expressway pada tahun ini hanyalah di sekitar 7,000 kenderaan sahaja sehari. Kerajaan negeri telah membawa cadangan ini seawal tahun 2016 kepada pihak Kementerian Kerja Raya Malaysia dan telah diluluskan dalam Rolling Plan Rancangan Ke-3 Malaysia Ke-11 dengan anggaran kos RM390 juta tetapi pada tahun 2018, Kementerian Kewangan telah membatalkan cadangan projek ini atas dasar penjimatan yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan ketika itu. Walau bagaimanapun, cadangan ini telah dimasukkan di dalam kajian pelan pembangunan rangkaian jalan raya 2030 sebagai projek keutamaan negeri yang perlu dilaksanakan sebelum tahun 2030. Kerajaan negeri akan terus berhubung dengan pihak Kementerian Kerja Raya untuk dimasukkan sebagai cadangan projek di bawah RMK Ke-12. Yang Berhormat Puan Speaker, bagi projek pelebaran beberapa Jambatan Sempit sekitar di Bukit Gambir ke Sg. Mati yang disebut Yang Berhormat Serom. Jalan dari Tol Bukit Gambir ke Sg. Mati adalah merupakan Jalan Negeri No. J-33, dengan panjang jalannya adalah 9 kilometer. Sebagaimana aduan yang diutarakan oleh Yang Berhormat Serom, sepanjang jalan ini terdapat beberapa jalan yang sempit dan perlu di naik taraf ataupun perlu diganti baru. Cadangan ini telah dikemukakan setiap beberapa lama tahun yang lepas, bukan oleh YB Serom, cuma membangkitkan semula. Untuk makluman Yang berhormat, kerja-kerja reka bentuk sudah pun dilaksanakan dan JKR sedang dalam proses penyediaan dokumen tender. Projek menggantikan 4 buah jambatan di laluan J-33 dijangka akan bermula pada pertengahan tahun hadapan. 4 buah jambatan yang terlibat adalah jambatan Serom 1, jambatan Serom 4, jambatan Serom 8 dan jambatan Sawah Ring sebagai pakej keseluruhan J-33. Yang Berhormat Puan Speaker, mengenai cadangan membina Lebuhraya Johor Tengah yang menghubungkan Batu Pahat, Ayer Hitam, Kluang dan cadangan membina seksyen jalan sambungan 20 kilometer dari Layang-Layang terus ke Kulai sehingga 15 kilometer dari Bandar Tenggara terus ke Senai-Desaru Highway yang disebutkan oleh Yang Berhormat Mengkibol, kajian kebolehsanaan dan traffic impact assessment ataupun TIA hendaklah dilaksanakan sebelum cadangan ini dibawa bagi permohonan peruntukan. Walau bagaimanapun, sebagai alternatif kerajaan negeri sentiasa fokus kepada cadangan pelebaran PLUS dari Senai ke Yong Peng bagi memberi kelegaan kepada jumlah trafik yang sedia ada. Yang Berhormat Puan Speaker, Tenang beralih kepada pengangkutan. Mengenai perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Yong Peng, kerajaan negeri, mengenai perkhidmatan Bas Muafakat Johor. MMK telah meluluskan cadangan 10 laluan baharu bas Muafakat Johor pada 2021 termasuk dua laluan tambahan di Yong Peng seperti yang telah diusulkan oleh pihak Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ). PAJ sedang mengurusetiakan proses perolehan yang mana pemilihan akan melalui Lembaga Perolehan Negeri, tarikh pengiklanan tender selepas dibuat, telah dibuat pada Ogos 2021 sehingga September 2021 dan taklimat tender telah dijalankan pada 30 Ogos 2021. Kini dalam proses memasuki Mesyuarat Penilaian Operasi dianggarkan akan dimulakan pada suku pertama tahun depan. Yang Berhormat Puan Speaker, dalam hal bas Muafakat Johor yang disebut oleh Yang Berhormat Mengkibol, berkaitan dengan teguran audit kepada Perbadanan Pengangkutan Awam Johor, PAJ telah memberi ulasan dan jabatan Audit Negara telah menerimanya. Tenang, cuma ingin memaklumkan bahawa perkara itu sepatutnya tidak perlu ditimbulkan dalam Dewan ini untuk pemakluman sahaja. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Perling dan Yang Berhormat Stulang kerana membangkitkan perkara berhubung dengan laluan perjalanan lengkap vaksin, laluan darat ataupun VTL. Ini merupakan antara catalyst dalam Memperhebatkan Kesejahteraan Johor. Ini kerana ramai rakyat Johor yang sangat, yang sangat rindu kepada family dan dah

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 333

lama tidak balik. Melalui program ini mereka boleh kembali ke rumah ataupun keluarga masing-masing. Yang Berhormat Puan Speaker, menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri pada 24 November 2021, kerajaan kedua-dua buah negara, Singapura dan Malaysia khususnya Johor akan melancarkan laluan perjalanan lengkap vaksin (VTL) ini pada 29 November. Pelancaran VTL Lane adalah selari dengan VTL Air yang bertujuan untuk meningkatkan lagi hubungan dua hala dan ekonomi antara kedua-dua negara. Puan Speaker, mereka yang boleh menggunakan kemudahan ini ialah pengembara yang dibenarkan mengambil bahagian dalam ataupun pengguna yang boleh mengambil bahagian dalam VTL Lane adalah warganegara Malaysia dan Singapura termasuk penduduk tetap serta pemegang pas jangka panjang Malaysia dan Singapura. Pengembara wajib divaksinasi sepenuhnya dan bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun yang tidak divaksinasi, mereka harus ditemani oleh ibu bapa atau penjaga yang telah lengkap divaksin. Pengembara yang layak adalah tertakluk kepada ujian COVID-19 dan keperluan kesihatan terperinci yang ditentukan oleh negara masing-masing. Pada masa ini VTL Lane akan dihadkan kepada pengangkutan bas sahaja sebagaimana mekanisme kawalan dan mod pengangkutan lain akan disenaraikan secara berperingkat. Perkhidmatan Bas VTL Lane yang ditetapkan oleh Singapura akan menggunakan Terminal Bas Larkin Sentral sebagai pusat turun dan naik penumpang di Malaysia, manakala Terminal Queen Street sebagai pusat turun dan naik penumpang di Singapura. Kerajaan kedua-dua negara juga telah bersetuju untuk menetapkan kuota harian tidak melebihi 150,000 pengembara pada peringkat permulaan dengan peningkatan dari minggu ke minggu. Yang Berhormat Puan Speaker, kita beralih kepada isu tempatan di Johor Utara yang setiap penggal persidangan sentiasa akan dibangkitkan oleh Yang Berhormat Semerah dan Yang Berhormat Penggaram. Saya secara personal sangat tertarik dengan pelabuhan ini yang mempunyai potensi besar dan sebagai nukleus untuk kerancakkan ekonomi serantau dan magnet kepada pedagang-pedagang dari Indonesia, Thailand dan mungkin Singapura. Saya katakan begitu kerana pelabuhan ini telah sedia ada mempunyai pemain-pemain industri. Saya merujuk kepada pelabuhan barter trade di batu Pahat yang mempunyai bakat dan minat yang diperlukan industri. Mereka ini hanya perlu diasah, dipimpin dan dimanfaatkan bersama-sama secara tuntas sebagai satu pasukan. Saya rasa, saya agak lari sikit mengenai pelabuhan. Kerajaan negeri dalam proses mengkaji kebolehlaksanaan serta kesesuaian projek terminal barter trade di Mukim Minyak Beku, Sungai Batu Pahat ini bagi memastikan aktiviti pembangunan di Sungai Batu Pahat ini dirancang dengan baik dan tidak mengganggu perancangan pembangunan sedia ada. Berkenaan dengan Projek Second Port Logistic di Sungai Batu Pahat yang terletak di bahagian Mukim Peserai pula. Projek ini adalah tertakluk kepada perjanjian pada tahun 2006 yang telah ditandatangani. Beberapa siri perbincangan dan pelaksanaan projek ini telah diadakan bersama jabatan-jabatan berkaitan dan kerajaan negeri sedang meneliti pembangunan di atas tapak ini serta mengambil kira perancangan pembangunan keseluruhan Sungai Batu Pahat. Yang Berhormat Puan Speaker, Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, sebelum saya mengakhiri ucapan ini, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang cakna dengan kepentingan portfolio Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur yang mempunyai rantaian kesan berganda dan amat significant untuk Memperhebat Kesejahteraan Johor dalam aspek pemulihan ekonomi dan emosi rakyat Johor. Segala cadangan, buah fikiran yang dilontarkan kepada saya, sangat saya hargai dan alu-alukan. Dan, sekiranya masih ada idea-idea baharu selepas berakhirnya sidang ini, datanglah berjumpa kami di Jabatan Kerja Raya atau menelefon ataupun berbincang dengan Jurutera Daerah di daerah masing-masing.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 334

Akhirnya, marilah kita bersatu dalam erti kata yang sebenar, berbeza pendapat di luar tetapi bersatu dalam hati demi Johor yang kita sayangi. Semoga Allah memberi sebaik-baik pertolongan kepada kita dalam menunaikan tanggungjawab sebagai wakil kepada rakyat. Saya tutup ucapan saya dengan serangkap pantun, kepada Yang Berhormat yang ikhlas berbakti, Memperhebat Kesejahteraan Johor tugas diberi, marilah bersama bersatu hati, memastikan belanjawan sampai ke destinasi. Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi taala wabaraktuh. YB Timbalan Speaker : Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, jemput. YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Makmur Johor. Yang Berhormat Puan Speaker. Terima kasih kerana memberikan ruang dan kesempatan kepada Rengit untuk turut sama membahaskan Belanjawan 2022 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada 18 hari bulan 11, 2021. Yang Berhormat Puan Speaker, pertamanya patik merafakkan sembah menjunjung kasih dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucapan selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia pada 22 November 2021. Patik berdoa semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Permaisuri Johor dilanjutkan usia dan dalam keafiatan dan sentiasa dalam limpah dan kerahmat Allah SWT. Terima kasih kami di atas kesudian Duli Yang Maha Mulia terus memayungi kami rakyat Johor, Daulat Tuanku. Yang Berhormat Puan Speaker, sekalung tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang tidak kenal penat lelah siang malam di kala gelombang ombak COVID yang tidak diketahui hujungnya. Saya lihat Yang Amat Berhormat tidak tidur siang dan malam melawat 10 daerah dalam sesi libat urus semata-mata untuk menyediakan bajet bagi 2022. Yang Berhormat Puan Speaker, dengan hasil yang tidak jelas ketentuannya, jumlahnya RM1.6 bilion dan perbelanjaan RM1.9 bilion, belanjawan defisit dua tahun berturut-turut. Yang Berhormat Puan Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar sentiasa memikirkan sumber baharu yang boleh menambahkan hasil. Kita, selama ini bergantung kepada sumber tradisi iaitu sumber tanah ya. Yang Amat Berhormat selalu memikirkan bagaimana hasil pertanian yang masuk ke Singapura tu boleh menjadi hasil kepada negeri. Sebab orang Johor terpaksa tanggung kesesakan jalan, orang bawa lori ayam, lori bawa sayur masuk ke Singapura, cuma Johor tengok sahaja. Begitu juga dengan VEP kenderaan Singapura yang masuk kita cuma dapat 25%. Yang Berhormat kini berunding dengan pihak kerajaan Pusat melalui KASA agar carbon trading ini mendapat hasil kepada negeri Johor. Sebab itu Yang Berhormat Puan Speaker, apa juga hasil, perkara yang boleh menjadi hasil kepada negeri Johor kalau sampah tu boleh menjadi hasil, kita buat cari kaedah supaya dia jadi duit, kalau sayur yang pergi ke Singapura boleh dijadikan hasil, kita cari kaedah bagaimana sayur tu boleh jadi duit. Jadi, Yang Berhormat Puan Speaker, Yang Amat Berhormat dalam sesi libat urus telah jelas nak menjadikan Bandar Muar tu sebagai Bandar Perabot Malaysia, Batu Pahat sebagai Barter Trade Port, Simpang Renggam sebagai Truck City, Maharani Enegery Gateway, Kota Tinggi Daerah Pelancongan Pesisir Pantai Utama Johor dan Mersing Daerah Pelancongan Pesisir Pantai Dan Pulau Dan Eko Pelancongan. Jadi keseriusan Yang Amat Berhormat Benut ni dalam memberikan peruntukan ya, saya lihat jelas sebab dia kalau boleh dia nak peruntukan kepada ADUN ni dienakmenkan seperti yang pernah disuarakan oleh rakan-rakan sebelah. Tapi, kita terikat dengan beberapa perkara tapi yakinlah itu hasrat kita dalam dimensi baharu politik di negara ini.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 335

Yang Berhormat Puan Speaker, saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih saya kepada rakan-rakan yang bertanya Bandar Penawar, Johor Lama, Bukit Batu, Semerah, Skudai, Tanjung Surat, Endau, Tangkak, Paloh, Permas, Yong Peng, Bentayan, Tiram, Penggaram, Bukit Kepong, Perling, Senai, Mahkota dan Kota Iskandar. Saya akan menjawab beberapa perkara terutama sekali berkaitan dengan kerajaan tempatan. Untuk makluman yang Berhormat Bukit Batu, persoalan solar panel di bangunan kerajaan tempatan termasuk di Dewan yang mulia ini, kita telah bawa paper kepada kerajaan melalui inisiatif Solar Supply Agreement For Renewal Energy (SARE) di bangunan pihak berkuasa tempatan negeri Johor pada 9 hari bulan 6, 2021. Kerajaan sudah bersetuju pemasangan solar panel di bangunan Pihak Berkuasa Tempatan. Kita akan lancarkan program ini pada 9 hari bulan 12 di Majlis Perbandaran Batu Pahat dan selepas ini disusuli dengan semua PBT dengan kerjasama pihak Permodalan Darul Ta’zim dengan United Solar Energy Malaysia. Yang Berhormat Puan Speaker, mengenai perkara yang dibangkitkan oleh YB Penggaram mengenai Program Pemutihan Industri Tanpa Kebenaran. Satu inisiatif yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri, asal industri ini tidak mengganggu dari segi air, pencemaran udara, kacau ganggu, bau dan bising. Kita kenakan syarat yang minima dalam KM dan pelan bangunan, pelan jalan dan juga perparitan. Kerajaan telah meluluskan program ini bagi kawasan Majlis Perbandaran. Ada 500 kilang yang akan diberikan usaha untuk di legalize kan dan syarat-syarat minima ini untuk makluman Dewan yang mulia, very simple. Kalau mengikut piawaian KM dan juga pelan bangunan, anjakan piawaian mengatakan 40 kaki, tetapi kalau bagi depan, sisi, 20 kaki tapi syarat minima yang ditetapkan dalam pemutihan industri bagi bahagian depan cuma 6.5 kaki, belakang ikut ruang kelegaan sahaja. Jadi, ini memberikan peluang kepada industri tanpa kebenaran untuk mendapatkan kelulusan Kebenaran Merancang Pelan Bangunan dan mereka boleh beroperasi dengan selesa dan bagi memastikan industri ini yang telah lama wujud dapat kita bantu dan dapat memberikan peluang pekerjaan kepada ramai rakyat di negeri. Dan saya, kita kerajaan negeri dah memutuskan untuk exercise ini diperluaskan di seluruh negeri Johor dan dijangka pada bulan Jun tahun depan semua PBT akan mengemukakan kelulusan kepada kerajaan negeri Johor. Seterusnya menjawab Yang Berhormat Pekan Nanas, transfer station di Pekan Nanas itu bukan tapak pelupusan dan saya amat berterima kasih kerana Yang Berhormat Pekan Nanas faham dan telah mendapatkan kelulusan EIA dan projek ini bernilai RM18 juta cuma jadikan transfer station bagi Pontian untuk dihantar ke Seelong. Seterusnya, Yang Berhormat saya menjawab soalan Tiram ya mengenai krematorium di Segamat dan Labis. Yang Berhormat EXCO Kesihatan selalu membangkitkan perkara ini dan Yang Berhormat Bekok pun ada menulis surat dan kesungguhan Yang Amat Berhormat untuk membantu dalam perkara ini cukup jelas dan kita telah park dengan izin, dua krematorium ini di Segamat dan di juga Labis. Kalau ikut harganya lebih kurang dalam RM200.00 dan kita minta pihak NGO yang ada kekuatan untuk menjalankan operasi bagi dua krematorium ini. Bagi perkara yang dibangkitkan oleh Tangkak ini mengenai kesesuaian tapak pili Bomba. Katakanlah kawasan ternakan ayam itu, lima kilometer tak kan nak pasang paip sepanjang kawasan tersebut, tidak berapa sesuai dan kita akan rujuk balik Yang Berhormat keadaan ini dalam OSC nanti bincang balik dengan semua authority kalau boleh disesuaikan bagi penggunaan-penggunaan yang agaknya tak begitu sesuai sangat dilaksanakan di peringkat lapangan. Tentang centralised labour quarters ini, untuk makluman Yang Berhormat Tangkak, di Tangkak ada 95 permohonan bagi penginapan jangka pendek dan yang telah diluluskan ada 23 dan bagi perancangan penginapan berpusat setakat ini belum ada permohonan. Antara agenda utama PBT ialah kita ingin mempercepatkan proses kelulusan CLQ yang ada kaitan dengan Akta 446. Bukit Kepong membangkitkan soal kerajaan negeri membantu PBT yang tidak mempunyai kewangan yang kukuh. Untuk makluman Dewan yang mulia, daripada 16 buah PBT di negeri Johor, alhamdulillah 15 buah PBT mencatatkan kewangan berwarna birulah. Satu sahaja yang catatkan kewangan, kedudukan kewangan merah iaitu Majlis Daerah Labis

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 336

Yang Berhormat Bekok. Kita faham keadaan di Labis, Yang Berhormat Tenang ya, stakeholder dia tak banyak tetapi untuk makluman satu berita yang cukup menggembirakan di Dewan yang mulia ini ialah Majlis Daerah Labis menang Bandar Mampan Terbaik nombor satu di peringkat negara. (Dewan bertepuk). Dalam negara itu dia dapat nombor satu walau kedudukan kewangan tak kukuh, dia dapat nombor satu. Majlis Daerah bagi peringkat kategori Majlis Daerah. Tahun lepas kita bantu geran keseimbangan di Labis RM2.3 juta. Dia menang ini kalau kerajaan negeri setuju, saya nak cadangkan kepada kerajaan tahun 2022 kita bagi geran keseimbangan sebanyak RM6 juta. (Dewan bertepuk). Yang Berhormat Tuan Speaker saya laju ini sebab ada masa lagi 10 minit atau 15 minit. Bagi daerah, Majlis Daerah yang lain kita kawal kewangan Yang Berhormat, keadaan kutipan hasil berkurangan, perbelanjaan pun agak terhad disebabkan kekangan COVID dan insya-Allah bagi tahun-tahun depan saya jangkakan kita akan memastikan kedudukan kewangan di semua PBT kukuh dan kita akan bantu juga daerah Mersing dan juga di beberapa daerah yang lain. Berkaitan soalan Pagoh, Paloh, saya dah dimaklumkan oleh Majlis Perbandaran Kluang, Paloh, bagi Taman Perdana dan beberapa perkara berkaitan akan dilaksanakan pada tahun depan. Ini rezeki Paloh sebab dia bertanya kebetulan hujung tahun dan telah dimasukkan dalam bajet. Satu lagi berita yang mungkin menggembirakan ialah bagi Senai, tender telah dikeluarkan untuk membaiki jejantas di Senai, Senai Utama, Senai Utara yang rosak dan tender mula dikeluarkan pada 1 Disember 2021. Bagi menjawab Yang Berhormat Permas mengenai Kampung Pertanian, Kampung Sepakat, Kampung Masjid yang terletak di bawah kampung tradisi. Menjadi hasrat kerajaan negeri supaya semua kampung-kampung tradisi di kawasan PBT ini diberikan tumpuan, diberikan usaha supaya semua kampung tradisi ini mendapat kemudahan infra, tidak berlaku banjir dan sebagainyalah. Ini telah digerakkan oleh semua PBT di negeri Johor. Menjawab soalan daripada Yang Berhormat Skudai, persoalan tapak pelupusan sampah di negeri Johor terutama di Majlis Bandaraya Iskandar Puteri ini seperti yang saya tegaskan semalam, untuk makluman Yang Berhormat YB Skudai di bawah Akta 672, jika Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Johor boleh beroperasi tak termasuk di dalam skim area ataupun konsesi, perkara ini akan menjadi pulangan yang besar kepada Majlis dan saya yakin isu-isu tapak pelupusan haram ini tidak akan berlaku. Sebab sekarang ini seperti Yang Berhormat Skudai sebutkan, bila kita hantar ke Seelong, satu tan RM70.00, dan kalau satu role row itu memakan masa, memakan kos sampai RM350.00. Dia merugikan kepada mereka yang menjalankan operasi ini. Itu sebab kalau Akta 672 boleh membenarkan sampah industri, sampah komersial dan institution dibuat, kita yakin benda ini boleh dapat kita selesaikan. Satu lagi Yang Berhormat tentang yang saya lupa nak sebutkan ialah tentang isu bangunan Majlis Perbandaran Pengerang yang dibangkitkan oleh Tanjung Surat. Tanahnya dah ada, bangunan reka bentuknya dah ada kita menunggu masa untuk membuat bila keadaan ekonomi dah sesuai Yang Berhormat Tuan Speaker. Satu lagi perkara yang berkaitan dengan ketua kampung, terutama ketua masyarakat Cina. Bukan ketua kampung, ketua masyarakat Cina. Saya ambil tanggungjawab ini Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya dah berunding banyak kali mengenai perkara ini, masyarakat, ketua masyarakat India selesai, Ahli Majlis selesai tapi bagi ketua masyarakat Cina ini saya dah berunding dengan banyak pihak dan bawa paper ini dah banyak kali tapi tak selesai-selesai hingga sekarang. Mungkin kekurangan saya dari segi kemampuan untuk berundinglah, saya kena belajar dan kursuslah sebab kalau ikut cerita Nujum Pak Belalang ya, cerita Nujum Pak Belalang antara Sudin punya dengan Aziz Satar itu, dia cerita, satu untuk awak, dua untuk saya, satu untuk saya, dua untuk saya, jadi tak jadi Yang Berhormat. Berkali saya bawak paper Ahli Majlis yang lebih sukar saya boleh selesaikan tapi tak dapat, ketua masyarakat Cina saya tak dapat. Saya ambil tanggungjawab, saya dah minta, minta maaf di Dewan yang mulia ini saya tidak dapat selesaikan. Tapi saya mencuba, lima, tiga, empat kali dan datang ke pejabat itu berpuluh kali tak dapat. Jadi kita serahkan kepada pihak yang berkaitan kerana mungkin itulah kekurangan sayalah, saya tak nafikan. Bagi perumahan, cadangan bagi penempatan penduduk petani Jalan Masjid Kampung Pinang Malan ini Yang Berhormat Semerah dah dimasukkan dalam sesi libat urus. Kita

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 337

Pejabat Pegawai Daerah akan menjadi penyelarasn bagi projek ini yang akan melibatkan beberapa kawasan tapi yang penting Yang Berhormat kalau kita bangunkan rumah, pembiayaan atau pinjaman, pembiayaan itu mudah. Kalau tidak ada pun susah untuk kita bina. Bagi Endau, saya dah minta Yang Berhormat Endau kalau boleh, dia kumpulkan mereka yang berminat, kita akan bawa bank, sebab dalam pendekatan saya di Bahagian Perumahan, pembiayaan itu paling penting bukan rumah ya, pembiayaan. Kelemahan kita ini, pembiayaan sebab itu di Bahagian Perumahan kita nak dapatkan senarai nama lepas itu kita akan semak dengan bank tengok screening pinjaman, kalau dia boleh baru kita keluarkan kelayakan-kelayakan yang lain. Bagi perkara yang dibangkitkan tentang Taman Bayu Damai, saya minta GLC yang berkaitan untuk melihat soal pemendapan. Dan untuk makluman ADUN Mahkota tentang projek perumahan Rumah Mampu Biaya di Nyior ini, untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan yang lepas dah luluskan di Kulai, Datin Hasnah, Pontian, Sagil dan juga Pontian. Jumlah unitnya lebih kurang 1,079 tapi isunya Yang Berhormat rumah ini harga RM300,000.00, RM150,000.00, RM80,000.00. Lima projek ini Yang Berhormat Mahkota, kos dia RM335 juta. Bagi 1,079 unit, kos per unit RM311 juta, rumah harga RM150,000.00. Saya kena semak balik sebab dia minta, syarikat GLC minta kepada kerajaan melalui Tabung Perumahan RM120 juta. Jadi saya rasa tak viable projek ini sedangkan kalau berdasarkan perkiraan kita, projek ini kalau rugi pun tak sampailah RM120 juta. Lepas itu kita kaji balik dan insya-Allah Yang Berhormat bagi sedikit kita masa, kita tengah susun kalau perkara ini boleh kita aturkan, ada program yang terbaru yang kita buat untuk rakyat Johor. Menjawab kepada soalan Kota Iskandar, Yang Berhormat, saya nak minta maaflah sebab sebagai seorang profesional ini dia kena objektif. Pertama, dia kena objektif dan dia kena berasaskan fakta dan data. Saya kenal Yang Berhormat Kota Iskandar, dia seorang yang bersungguh-sungguhlah untuk memajukan perubahan di negeri Johor sejak 2018, dia menyediakan Dasar Perumahan, compile kan dasar tapi saya, mudah Yang Berhormat kita kena cuba apa dasar yang dibuat oleh yang lama, kita cuba buat tapi kita melihat terlalu banyak kekurangannya Yang Berhormat. Contohnya dari segi penjualan lot harta tanah Bumiputera. Bayangkan, terpaksa menunggu sampai 7, 8 bulan, 1 tahun kerana dasar kita menetapkan bahawa setiap orang, dia ada hak untuk dua bulan. Kalau orang itu tak berganjak tunggulah sampai dua bulan, lepas itu masuk dua bulan kadang ada serious buyer itu terpaksa menunggu dan dia dah dapat pinjaman, dia give up, tinggalkan. Itu sebab antara salah satu faktor hang property kita yang besar mengenai perkara-perkara inilah. Saya nak jelaskan, saya tak, saya tak nak komen mana-manalah. Mana yang boleh kita baiki, kita baiki, mana yang boleh kita ikut, kita ikut Yang Berhormat. Mengenai Program Khas Rumah Johor yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Iskandar, saya nak jelaskan sedikit. Sejak 20 tahun ini Yang Berhormat Puan Speaker, sebanyak 153,000 unit rumah yang tak dibina walaupun KM dah ada. Dengan 4,950 ekar tanah yang patutnya dibina, tak bina. Yang berubah hanyalah rumah, nama sahaja. Rumah kos rendah, rumah mampu milik, rumah mampu biaya. Itu sahaja yang berubah. Pemaju tak nak buat kenapa? Seperti yang dijelaskan Skudai, Skudai sendiri menjelaskan bahawa satu kos rumah RM150,000.00. Walaupun memang ada keluar subsidi sepatutnya, tapi saya jangka sebagai pemaju, dia akan kira profit dialah. Dan rumah yang dibina pula, untuk makluman Yang Berhormat Speaker, kualiti dia lebar dia 18 kaki, sempit. Tangga naik tangga, bilik kat bawah tak ada, dia memberi kesan kepada kehidupan masyarakat pada masa akan datang Yang Berhormat. Kita tidak boleh biarkan. Sebab itu, dalam program rumah, Program Khas Rumah Johor ini, Yang Berhormat, kita ambil pendekatan. Kita tak ubah pun dasar, kita buat penyusunan semula dasar sahaja. Apa maksudnya penyusunan semula, kita gunakan harga yang lama lagi RM300,000.00 hingga RM100,000.00 setakat ini. Dia menggunakan kaedah PPP, Public Private Partnership, tanah swasta, duit swasta, rakyat Johor dapat rumah. Dan rakyat Johor dapat rumah yang berkualiti bottom line dengan izin, dalam program ini ialah quality and value home. 24 kali 61, saiz rumahnya. 22 kali 61 saiz rumahnya, 20 kali 61, landed, ini satu lagi landed Yang Berhormat. Rakyat Johor ini dia

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 338

nak rumah landed yang banyak sekarang ini apartment tak boleh jual ialah rumah yang bertingkat. Selain daripada pengurusan, bayaran pengurusan bulanan. Sebab itu kita ambil pendekatan ini, kalau ini dapat dibuat Yang Berhormat Puan Speaker, RM110,000.00 unit kita boleh buat. Dan bila rumah quality dan value Yang Berhormat, untuk makluman Dewan yang mulia, bank boleh bagi pinjaman 100 campur 10%. Rumah landed ada kualiti bank boleh bagi pinjaman, inilah masanya sepatutnya Yang Berhormat memberikan sokongan kepada kami. Saya dah cuba dasar, kali ini kami punya peluang, patutnya Yang Berhormat cuba dasar tapi ceritanya yang buat ini kita bagi syarat, kita tak bagi sebarang. Pemaju yang nak serah tanah, dia completely ready, dengan izin, tapak itu. Kena berbuat earthworks. Secukupnya. Selagi tapak dia tak cukup earthworks dia, kerja-kerja tanah, kita tak akan terima. Kedua, utiliti. Utiliti ke tapak itu ready, eh siap, baru kita boleh ambil tapak ini, Yang Berhormat. Jadi pemaju itu baru masuk dia dah kurangkan kos satu, kos tanah tak ada. Kedua, kos infra tak ada, kos utiliti pun tak ada. Sebab itu dia berani masuk, ada untung dan kita bagi masuk bawa ke GLC bagi keuntungan. Dan tanah ini, kita dah syaratkan dia dah charge ke bank. Dia tak boleh charge ke bank. Dan syarikat yang nak masuk ini, dia punya cash 6% daripada dia punya GDB. Bukan syarikat RM2. Untuk makluman Yang Berhormat Puan Speaker, kita serius kali ini sebab kita nak buat. Nak bagi rakyat Johor rumah yang berkualiti. Jadi, syarikat yang masuk ini betul-betul syarikat yang ada duit dan syarikat yang mampu deliver rumah. Walau pun Yang Berhormat ada pengalaman, saya pun setuju apa ini, kadang-kadang sependapat juga, kadang-kadang projek penswastaan yang lepas ini banyak gagal kerana pemilihan syarikat yang buat ini tak betul, kerajaan yang rugi. Tapi kita belajar Yang Berhormat. Kita belajar dari pengalaman-pengalaman pahit yang lepas, kita syaratkan dan insya-Allah pada 27 hari bulan ini kita lancarkan Program Rumah Johor. Dah siap. Saya dah cakap dengan Yang Berhormat Kota Iskandar, saya jemput sebab kawasan ini di kawasan Yang Berhormat Kota Iskandar, kita jemput datang. YB Timbalan Speaker : Yang Berhormat, 1 minit lagi. YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Ok, kita jemput Yang Berhormat datang, tengok pelancaran Rumah Johor. Sebab duit ini, tanah ini tanah swasta. Yang bangun pun projek ini menggunakan dana swasta, tapi bottom line, Program Khas Rumah Johor ini ialah rumah yang berkualiti, rumah yang bernilai, quality and value home. Yang Berhormat Puan Speaker, akhir sekali saya nak jawab pantun daripada Kota Iskandar. Minta maaf, Kota Iskandar, kita berpantun eh. Saya memang kata betullah ada rumah yang dibangunkan pada 2018, 2019 tapi untuk makluman Yang Berhormat Kota Iskandar, KM dia, Yang Berhormat semua daripada 2015, 2016, 2017. Cuma ada satu di Tangkak Yang Berhormat ada 14 unit yang KM nya pada 2018. Pembangunan ini bukan dikira dari segi buat aja, tapi dikira daripada KM. Tapi saya sedang kemukakan data ini kepada Yang Berhormat. Maksudnya saya taklah menyalahkan mana-mana pihak, tapi apa yang saya harapkan ialah, kita bercakap seharusnya menggunakan data dan juga fakta. Akhir sekali saya Yang Berhormat, saya mohon maaf dalam Dewan yang mulia ini, kalau ada kata-kata dan juga ucapan saya yang tidak selesa. Apa yang kita buat ini adalah untuk memastikan rakyat Johor dapat kehidupan yang lebih berkualiti dan Yang Amat Berhormat Menteri Besar selalu menekankan kepada saya dalam program rumah ini pastikan rakyat Johor dapat pembiayaan. Mudah dapat pembiayaan, satu. Yang kedua, tentang rumah tu mestilah rumah yang berkualiti dan juga rumah yang bermutu. Dengan tema bajet Mensejahterakan Rakyat, marilah kita berdoa bersama-sama agar kita sama dalam dimensi baru politik ini dapat mengubah suasana dan menjadikan Dewan negeri Johor ini rujukan dan catitan sejarah bagi negeri-negeri lain dalam suasana pergolakan politik yang tak berkesudahan dan tak berpenghujung ini. Itu sahaja Yang Berhormat Puan Speaker, sekian ucapan penggulungan saya. Mana-mana yang boleh, yang tak dapat saya jawab, saya akan jawab melalui bertulis. Sekian, saya

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 339

mengucapkan terima kasih. Saya tak ada pantun. Saya sudahi dengan wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. YB Timbalan Speaker : Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, jemput. YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar : Terima kasih Yang Berhormat Puan Speaker. Salam sejahtera dan salam Makmur Johor. Terlebih dahulu saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas peluang yang diberikan kepada saya, untuk mengambil bahagian dalam sesi penggulungan perbahasan di Mesyuarat Kedua, Belanjawan bagi Penggal Persidangan Keempat Dewan Negeri Johor yang Ke-14. Saya juga ingin merakamkan ucapan merafak sembah dan menjunjung setinggi-tingginya kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim sempena Ulang tahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 22 November yang lalu. Semoga negeri Johor Darul Ta’zim akan terus makmur, aman di bawah naungan pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Sukacita juga saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada pentadbiran kerajaan negeri di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita yang telah membentangkan Belanjawan negeri Johor 2022 bertemakan Memperhebatkan Kesejahteraan Johor. Yang Berhormat Puan Speaker, kerusi persidangan ini adalah saya lihat di dalam Dewan yang mulia ini, pelbagai maklum balas yang diberikan sama ada dalam bentuk soalan, cadangan, sokongan mahupun teguran yang dilontarkan oleh pihak di seberang sana mahupun rakan-rakan saya di pihak sini yang telah saya ambil maklum. Selain itu, saya juga telah memperhalusi soalan-soalan yang telah diajukan oleh Ahli-Ahli Dewan dan setiap maklum balas yang diberikan kepada saya, saya menerima dengan berlapang dada dan sukacita saya untuk menjawab soalan-soalan ini pada petang ini. Yang Berhormat Puan Speaker, pertamanya saya ingin menyentuh isu kesihatan yang dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat. Menjawab isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Bukit Batu, berkenaan dengan penutupan Klinik Komuniti Taman Manis, Kelapa Sawit. Kemudahcapaian masyarakat kepada perkhidmatan kesihatan adalah antara agenda penting, Jabatan Kesihatan Negeri Johor termasuklah bagi penduduk di daerah Kulai. Isu kemudahcapaian atau dengan izin, accessibility ini diambil kira di dalam aspek perancangan melibatkan perkhidmatan kesihatan. Tujuan asal penubuhan klinik komuniti adalah bagi memudahkan penduduk menerima rawatan pesakit luar bagi sakit-sakit ringan seperti demam, batuk, selesema dan dressing, dengan izin. Namun, dalam situasi pandemik COVID-19 pada masa kini, pihak Jabatan Kesihatan Negeri, berpendapat perkhidmatan di Klinik Komuniti Taman Manis ini tidak lagi bersesuaian. Ia adalah kerana klinik yang terletak di Kawasan rumah kedai yang sempit dan bertutup menyukarkan untuk pematuhan kepada norma baru yang berpotensi tinggi untuk menjadi tempat penularan COVID-19. Kes-kes demam biasa tidak lagi sesuai dilihat di klinik komuniti dan perlu dilihat di klinik kesihatan selain membolehkan saringan COVID-19 dibuat sekiranya perlu. Pada masa yang sama, perancangan juga dibuat bagi menaik taraf Klinik Desa Kelapa Sawit yang terletak 2 kilometer dari Klinik Komuniti Taman Manis diangkat menjadi Klinik Kesihatan Jenis 5. Ini bagi membolehkan perkhidmatan lebih baik kepada masyarakat dapat diberikan dengan lebih holistik meliputi pesakit luar, pesakit kronik dan juga perkhidmatan ibu dan anak. Penaiktarafan klinik desa ini dirasakan perlu, memandangkan saban tahun kedatangan pesakit makin meningkat. Sementalahan pula, kedatangan di Klinik Komuniti Taman Manis semakin berkurangan. Oleh itu, perancangan yang lebih menyeluruh dan kos efektif perlu dibuat oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri memandangkan sekarang pihak Jabatan terpaksa membayar secara bulanan bagi kos

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 340

sewaan klinik komuniti yang semakin meningkat sedangkan perkhidmatan yang diberikan perlu diperkecilkan. Yang Berhormat Puan Speaker, saya juga ingin menjawab isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Semerah. Saya amat memahami keprihatinan Yang Berhormat Semerah berkenaan fasiliti dan infrastruktur di hospital-hospital dan klinik-klinik kesihatan serta klinik-klinik desa di negeri Johor. Yang Berhormat Semerah adalah juga mantan EXCO Kesihatan sewaktu pentadbiran kerajaan terdahulu. Justeru itu, perancangan keperluan naik taraf perkhidmatan hospital dari aspek infrastruktur, fasiliti dan perkhidmatan klinikal sentiasa di semak dan dilakukan dari semasa ke semasa berdasarkan keperluan jangka panjang. Bagi projek naik taraf fasiliti jangka pendek kelulusan permohonan peruntukan dan pelaksanaan diselaraskan di peringkat jabatan kesihatan negeri di bawah peruntukan pembangunan iaitu BP00600. Senarai projek yang disusun ataupun diatur bagi tahun 2021 mengikut program adalah 26 projek di bawah perubatan, 4 projek di bawah pergigian, 1 projek di bawah farmasi, 60 projek di bawah kesihatan awam dan 2 projek di bawah pengurusan. Walau bagaimanapun, naik taraf fasiliti infrastruktur dan perkhidmatan berskala besar yang melibatkan kos yang tinggi. Usaha berterusan sentiasa dilakukan oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri Johor dan terkini memohon di bawah projek Rancangan Malaysia ke-12 iaitu bagi tahun 2021 hingga 2025. Sebagai contoh, pusat ambulatory rawatan harian Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru diluluskan di dalam Rolling Plan 1 RMK-12 dan kerja-kerja awalan projek sedang dilakukan. Pembinaan pusat ini dapat mengurangkan kesesakan pesakit di Hospital Sultanah Aminah bagi pesakit yang memerlukan pembedahan prosedur elektif tertentu. Selain daripada itu, pembinaan bangunan tambahan Hospital Segamat yang menyediakan wad ICU dan dewan bedah tambahan dijangka siap pada Disember 2021. Cadangan projek bangunan baru dengan wad dan dewan bedah tambahan untuk Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai telah dimajukan di dalam senarai projek RMK-11 tetapi digugurkan di peringkat pusat. Walau bagaimanapun, Jabatan Kesihatan Negeri Johor telah memohon semula cadangan projek ini dalam senarai keutamaan projek RMK-12, Rolling Plan 3 memandangkan terdapat keperluan mendesak bagi penduduk daerah Kulai dan kawasan berhampiran untuk hospital ini dibangunkan daripada aspek perkhidmatan dan infrastruktur. Bagi isu kekurangan parkir di hospital Yang Berhormat Puan Speaker, penetapan bilangan parkir di hospital yang baru dibina adalah berdasarkan garis panduan perancangan tempat letak kenderaan iaitu Jabatan Perancangan Perumahan dan Kerajaan Tempatan 2018. Di mana antara faktor yang diambil kira bagi jumlah parkir yang dibina adalah berdasarkan katil hospital dan bilangan jawatan yang wujud di hospital yang dibina tersebut. Walau bagaimanapun, bagi hospital yang dibina sebelum tahun 2018, penetapan bilangan parkir adalah berdasarkan keluasan tapak tanah hospital yang ada dan untuk kawasan tapak simpanan adalah bagi pembangunan hospital pada masa yang akan datang. Yang Berhormat Puan Speaker, untuk status terkini, soalan yang juga dibangkitkan oleh Yang Berhormat Semerah, berkaitan dengan baik pulih wad ICU Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru yang terbakar pada tahun 2016, kerja-kerja pembaikan telah selesai dijalankan. Wad ini telah digunakan sebagai wad pembedahan awam dengan kapasiti 20 katil dan telah mula beroperasi pada September 2020. Bagi tahun 2021, pihak Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru telah mendapat hybrid field ICU dengan kapasiti 10 katil ICU yang mula beroperasi pada 5 September 2021. Waran peruntukan pembangunan tahun 2017, bagi ICU terbakar telah diterima dan sejumlah RM984,060.00 telah dibelanjakan bagi kerja-kerja baik pulih wad ICU tersebut. Untuk makluman Yang Berhormat, cadangan mengguna pakai klinik desa sempat tempat vaksin penggalak iaitu booster, adalah amat baik dan ia juga merupakan cadangan jangka

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 341

panjang pihak Jabatan Kesihatan Negeri Johor, akan tetapi melihat kepada kemudahan dan infrastruktur klinik desa yang sedia ada dan terhad, fasiliti tersebut belum sesuai atau belum memenuhi kriteria untuk dijadikan tempat pengambilan vaksin penggalak pada masa ini. Walau bagaimanapun, pihak Jabatan Kesihatan Negeri tetap komited menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. Bagi pemberian vaksin penggalak, iaitu melalui Program Outreach kepada penduduk luar bandar yang sukar untuk mendapatkan perkhidmatan di fasiliti sedia ada. Yang Berhormat Puan Speaker, isu yang dibawa oleh Maharani berkaitan dengan varian baru ataupun new variant. SOP pengurusan COVID-19, Kementerian Kesihatan Malaysia yang sedia ada memang telah cukup mantap untuk menangani penularan variant of concern. Kerajan negeri Johor mendahului segala usaha di dalam pencegahan dan kawalan pandemik COVID-19 di negeri Johor. Melalui kolaborasi semua agensi persekutuan dan negeri termasuk bantuan sumber yang diperlukan. Kesemua tindakan pencegahan dan kawalan COVID-19 yang diambil adalah berlandaskan kepada empat strategi utama iaitu tindakan surveillance atau pemantauan oleh CPRC Jabatan Kesihatan Negeri Johor diikuti dengan tindakan pantas Pasukan Rapid Response Johor serta pengurusan kes COVID yang cekap, yang kedua ialah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, yang ketiga memantapkan tindakan Risk Communication dan seterusnya pelaksanaan program imunisasi COVID-19. Masa kini saringan COVID-19 di pintu masuk antarabangsa bagi setiap pengembara yang tiba dari luar negara masih lagi dilaksanakan bagi mengenal pasti awal kes positif dan seterusnya untuk menentukan kehadiran variant of concern dari kalangan pengembara yang positif. Semoga dengan usaha ini, kemasukan varian baharu boleh dikenal pasti dengan segera dan tindakan kawalan yang efektif boleh dijalankan dengan pantas dan berkesan. Yang Berhormat Paloh di dalam perbahasan beliau bertanyakan berkenaan dengan beberapa infrastruktur di Klinik Kesihatan Paloh. Jabatan Kesihatan Negeri sentiasa prihatin dengan keperluan pembinaan baharu dan naik taraf yang dilaksanakan secara berperingkat dan mengikut keutamaan pada setiap tahun melalui Rancangan Malaysia. Dan Kementerian Kesihatan juga turut merancang untuk menambah bilangan klinik kesihatan sedia ada berdasarkan penambahan peruntukan kerja klinik di kawasan penduduk yang padat. Untuk makluman Yang Berhormat Paloh, berkaitan kenyataan siling klinik dipenuhi dengan tahi kelawar dan beam di kawasan klinik mula merekah. Hasil pemeriksaan Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Penolong Jurutera Pejabat Kesihatan Kluang mendapati masalah keadaan tersebut tidak berlaku dan tiada sebarang aduan dilaporkan sepanjang tahun 2020 dan 2021. Yang Berhormat Speaker, seterusnya isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Johor Jaya berkaitan dengan status perkembangan pembinaan Hospital Pasir Gudang. Kadar peratusan kemajuan fizikal sehingga 15 November 2021 adalah seperti berikut, sepatutnya mengikut jadual pembinaannya ialah 10.5% tetapi sekarang telah pun mencapai 16.2%, iaitu awal sebanyak 59 hari dan dijangka hospital ini akan siap dibina pada tahun November 2024. Yang Berhormat Bentayan, Yang Berhormat Pekan Nanas dan Yang Berhormat Serom menyuarakan pandangan tentang penerimaan dos penggalak. Untuk makluman Yang Berhormat, dos penggalak merupakan dos yang diberikan kepada penerima vaksin dos primer yang lengkap. Pelaksanaan pemberian vaksin COVID-19 dos penggalak telah bermula pada 13 Oktober 2021 dengan menggunakan vaksin Comirnaty iaitu Pfizer. Pada masa kini, pemberian dos penggalak dilaksanakan bagi penerima vaksin Comirnaty sekurangnya-kurangnya 6 bulan dari tarikh akhir dos kedua dan tiga bulan dari tarikh akhir dos kedua bagi Sinovac. Pemberian dos penggalak ini diberi kepada anggota barisan hadapan, individu komirbid berumur 18 tahun ke atas dan juga kepada golongan yang berumur 40 tahun dan ke atas.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 342

Pemberian dos penggalak dilakukan secara sukarela dan atas dasar tiada keperluan terdesak untuk memvaksinasi keseluruhan masyarakat serentak. Sebagaimana keperluan mencapai tahap imuniti kelompok semasa program vaksinasi primer. Secara umumnya, vaksinasi primer mendapat, dapat memberi perlindungan yang sepatutnya kepada mereka yang telah menerima dos lengkap daripada mendapat jangkitan COVID-19 yang serius termasuk mengurangkan risiko jangkitan. Keutamaan kepada golongan rentan dan berkomirbiditi digalakkan mengambil kira kemungkinan kurang keupayaan golongan tersebut mendapat perlindungan yang secukupnya daripada vaksinasi primer. Pelaksanaan dos penggalak tidak boleh dilaksanakan dengan tergesa-gesa memandangkan logistik pengurusan vaksin yang sensitif dan memerlukan perancangan yang rapi. Selain dari itu, beberapa kekangan yang dihadapi dalam meningkatkan bilangan penerima ialah lebihi 70% penerima vaksin di negeri Johor telah menerima vaksin jenis Comirnaty di mana selang masa belum mencapai 6 bulan dari dos kedua. Maka penerima vaksin ini masih belum layak untuk menerima dos penggalak. Pelaksanaan program dos penggalak berbeza sedikit dengan proses pelaksanaan dos primer di mana temu janji diberikan sepenuhnya oleh pihak swasta kepada orang awam. Pada peringkat awal, kadar penerimaan vaksinasi dos penggalak adalah rendah iaitu hampir separuh menolak untuk menerima dos penggalak tersebut. Walau bagaimanapun, semakan dari MySejahtera mendapati peratusan kehadiran untuk vaksinasi dos penggalak berbanding yang diberi temu janji di fasiliti swasta di negeri Johor pada minggu ini semakin bertambah berbanding pada peringkat awal. Yang Berhormat Puan Speaker, sehingga 23 November 2021 seramai 97,138 orang penduduk negeri Johor telah menerima dos penggalak. Yang Berhormat Speaker, isu berkaitan dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senai berkaitan dengan penambahan hospital di Hospital Temenggung Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai. Untuk makluman Yang Berhormat, Hospital Temenggung Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai adalah hospital berkonsep nukleus tanpa pakar. Mula dibina dalam tahun 1991 dengan menelan belanja sebanyak RM35.7 juta dan mula beroperasi pada 3 April 1995 dengan keupayaan katil sebanyak 93 buah sahaja. Hospital ini merupakan hospital yang memberi perkhidmatan tanpa pakar tetapi mendapat perkhidmatan kepakaran melalui konsep hospital kluster Johor Selatan di mana Hospital Sultanah Aminah sebagai lead hospital. Dengan pertambahan perkhidmatan kepakaran, beban kerja hospital ini telah bertambah dengan pantas. Perkhidmatan integrasi bagi semua kepakaran utama terutamanya penggunaan dewan bedah telah meningkatkan jumlah pesakit dalam serta kadar penggunaan katil di hospital ini semakin meningkat. Projek naik taraf blok tambahan hospital dengan kos sebanyak RM200 juta telah diangkat melalui Rolling Plan 3 dalam Rancangan Malaysia Ke-12 pada tahun ini. Ini menjadikan bilangan katil keseluruhan adalah 204 buah berserta 5 buah katil ICU dan 4 buah dewan bedah. Projek naik taraf hospital ini akan menjadikan Hospital Temenggung Seri Maharaja Tun Ibrahim Kulai kepada status hospital pakar minor dan menyediakan kemudahan rawatan pesakit yang lebih lengkap, cekap dan lebih sistematik. Dijangka dengan mengurangkan rujukan ke hospital berpakar dengan hospital ini dapat mengurangkan lebih kurang 3,000 pesakit setiap tahun. Yang Berhormat Speaker, isu yang dibangkitkan berkaitan dengan alam sekitar pula. Pastinya apabila tiba masa musim masa hujung tahun, kita akan mendapat perubahan iklim kepada musim hujan yang mengakibatkan banjir. Menjadi tanggungjawab setiap Ahli-Ahli Yang Berhormat di kawasan masing-masing untuk membantu menyelesaikan masalah tersebut. Perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Batu, isu banjir di Kampung Melayu Bukit Batu. Kampung Melayu Bukit Batu merupakan kawasan penempatan yang terletak bersebelahan dengan hulu Sungai Pontian Besar di mana sungai ini bermula hulunya di Hutan Simpan Layang-Layang, Kluang dan hilirnya di muara berhampiran Pontian Kechil. Kampung Melayu Bukit Batu merupakan antara kawasan yang kerap berlaku

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 343

banjir apabila hujan lebat kerana beberapa faktor seperti berikut, iaitu hujan lebat melebihi 100mm dalam tempoh satu hari di keseluruhan kawasan lembangan hulu Sungai Pontian Besar dan faktor air laut pasang di Pontian menyebabkan paras air sungai meningkat dan berlaku banjir. Ketidaklancaran air di hulu Sungai Pontian Besar mengalir kerana terdapat struktur binaan konkrit kekal merentasi sungai berhampiran Kampung Melayu Bukit Batu menyebabkan berlakunya tahanan sedimen sekaligus mengurangkan jumlah kapasiti takungan air sungai. JPS Daerah Kulai telah membuat permohonan peruntukan untuk kerja-kerja naik taraf hulu Sungai Pontian dalam Rancangan Johor Lima Tahun 2022 bagi mengurangkan risiko banjir di kawasan tersebut. Selain itu juga, JPS Daerah Kluang telah melaksanakan kerja-kerja penggalian hulu Sungai Pontian pada tahun 2020 dengan kos sebanyak RM165,240.00. Pada 19 Ogos 2021, satu lawatan bersama di antara Pengarah JPS Negeri Johor dan Pengarah BAKAJ ke Loji Rawatan Air Bukit Batu yang berhampiran dengan kawasan banjir tersebut di atas. Pengarah BAKAJ memberikan komitmen untuk mengurangkan banjir di kawasan tersebut dengan, akan melaksanakan kerja-kerja penggalian berhampiran intake Loji Rawatan Air secara berkala mulai tahun 2022. Pihak BAKAJ juga akan membina pintu air di kawasan struktur tersebut bagi tujuan mempercepatkan penurunan air ketika berlaku hujan lebat di bahagian hulu. Yang Berhormat Speaker, isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tanjung Surat berkenaan penyelenggaraan parit. Untuk makluman Yang Berhormat, pelbagai bentuk pembangunan yang pesat yang dibangunkan di kawasan Tanjung Surat sejak pembangunan RAPID dilaksanakan menyebabkan isu-isu seperti ini sering kali terjadi. Walau bagaimanapun, kesan dari pembangunan ini jumlah air larian permukaan juga bertambah dan kebanyakan pembetung lama terutama di jalan raya utama, jalan kampung dan lintasan pembetung yang dibina oleh individu persendirian perlu dinaik taraf bagi melancarkan aliran air. JPS akan bekerjasama dengan memberi maklumat kepada agensi-agensi yang terlibat seperti pihak JKR, Pejabat Daerah, Majlis Perbandaran Pengerang dan Pejabat Tanah Daerah bagi mengatasi masalah ini seterusnya mengurangkan risiko banjir di kawasan tersebut. Selain itu, JPS juga sentiasa menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan saliran bagi memastikan saliran di dalam kawasan Tanjung Surat berada dalam keadaan yang baik. Yang Berhormat Speaker, isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bentayan berkenaan dengan banjir kilat di daerah Muar. Pada asasnya masalah utama yang menyebabkan banjir kilat berlaku adalah berpunca daripada sebab-sebab seperti hujan lebat yang berterusan dan melebihi dari biasa, yang kedua ialah keadaan air pasang atau air laut semasa hujan lebat. Daerah Muar mempunyai 1,301.72 kilometer panjang parit yang perlu diselenggara. Bagi parit-parit utama dan parit konkrit di dalam kawasan bandar Muar, pihak JPS memang sentiasa mengadakan pembersihan secara berkala secara jabatan untuk memastikan parit dapat dibersihkan mengikut jadual yang ditetapkan dalam setiap tahun. Ia melibatkan Parit Tiram, Parit Sungai Abong, Parit Setongkat, Parit Mohd Derus, Parit Beting dan parit-parit utama yang lain. Lazimnya JPS menguruskan banjir yang diakibatkan oleh limpahan sungai. Banjir yang berlaku di Kampung Bendahara, Kampung Saujana dan Taman Seri Pandan iaitu berkaitan dengan kawasan Johor Jaya didapati berpunca daripada sistem perparitan dalaman yang dilihat tidak lagi efektif. Penyelenggaraan perparitan dalaman adalah di luar bidang JPS, namun begitu pihak JPS akan berbincang dengan agensi-agensi yang berkaitan untuk memastikan isu ini dapat diselesaikan. Begitu juga dengan isu yang dibangkitkan oleh Bentayan tadi. Pihak JPS telah pun memberi cadangan mereka kepada pihak yang berkaitan supaya tindakan diambil untuk mengurangkan berlakunya banjir khususnya di kawasan bandar Muar di mana Hospital Muar selalu menjadi antara kawasan yang dinaiki air.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 344

YB Timbalan Speaker : Satu minit lagi. YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar : Yang Berhormat Speaker, dah hilang dah mana. Yang Berhormat Speaker, isu yang dibangkitkan berkaitan dengan jalan raya di kawasan Senai – Kulai. Kawasan tersebut merupakan antara kawasan yang kerap dinaiki banjir apabila hujan lebat kerana sistem perparitan di Jalan Persekutuan FT01 tidak mampu menampung air hujan dan menyebabkan banjir kilat. Jalan Persekutuan FT01 tertakluk kepada pihak JKR, selain itu juga terdapat paip pembetung, culvert di bawah laluan trek keretapi KTM yang kecil berbanding parit monsoon di kawasan hulu yang bersaiz jauh lebih besar menyebabkan berlaku bottleneck dan menyebabkan banjir kilat. Pihak JPS Kulai melaksanakan kerja penyelenggaraan Sungai Senai sepanjang 3 kilometer yang terletak di Pekan Senai pada bulan April 2021 dengan kos sebanyak RM40,450.00. Yang Berhormat Puan Speaker, akhir sekali saya juga ingin menyentuh satu perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permas, iaitu berkaitan dengan penubuhan Perbadanan Alam Sekitar. Sebagai agensi persekutuan, Jabatan Alam Sekitar menyokong segala dasar di peringkat negeri yang membawa kebaikan kepada alam sekitar dan kelestarian sungai di negeri ini. Secara umumnya jabatan alam sekitar akan bekerja sama dengan agensi-agensi teknikal di peringkat negeri seperti JPS, pihak PBT, pihak BAKAJ serta BPEN Johor bagi memberi input-input teknikal yang berkaitan supaya keadaan alam sekitar di negeri ini terpelihara secara optimum. Sementara itu, Jabatan Alam Sekitar akan terus memainkan peranannya sebagai agensi penguat kuasa dengan menjalankan penguatkuasaan berdasarkan peruntukan undang-undang di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Yang Berhormat Puan Speaker, kesimpulan daripada ucapan jawapan dan cadangan yang telah saya utarakan, sedikit sebanyak dapat memberi pencerahan kepada sesi sidang Dewan dan soalan dan perkara yang telah diutarakan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat. Akhir sekali, selaku EXCO Kesihatan dan Alam Sekitar, saya amat berbangga dengan jabatan-jabatan dan pasukan yang berada di bawah portfolio saya dalam keadaan pandemik Covid-19 yang tidak tahu penamatnya mereka bekerja keras tanpa mengenal penat lelah. Pengorbanan mereka saya hargai dan saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka semua serta agensi-agensi kerajaan atas kerjasama dan sokongan. Kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh perkara-perkara yang berkaitan di bawah portfolio saya, saya telah cuba yang terbaik untuk memberikan semua jawapan kepada semua isu-isu yang dibangkitkan. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat perkara-perkara yang terlepas pandang, tindakan susulan akan diambil oleh ketua-ketua jabatan. Semoga segala yang tersimpul dapat dihuraikan, yang keruh dijernihkan, yang kurang ditambahkan. Sekian, terima kasih. YB Timbalan Speaker : Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya, jemput. YB Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya : Terima kasih Yang Berhormat Puan Speaker. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam makmur Johor. Terlebih dahulu saya dengan hormat dan penuh takzimnya patik merafak sembah menjunjung kasih dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucapan selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Negeri Johor Darul Ta’zim Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 22 November 2021 bersamaan 29 Rabiulawal 1443 Hijrah, patik mendoakan semoga Duli Yang

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 345

Maha Mulia Tuanku dan Permaisuri Johor dikurniakan kesihatan yang baik, dilanjutkan usia dan sentiasa dalam rahmat Allah. Daulat Tuanku. Yang Berhormat Puan Speaker, saya ingin juga mengucapkan jutaan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor, Dato’ Haji Hasni bin Mohammad di atas pembentangan Belanjawan Johor 2022 dengan tema Memperhebatkan Kesejahteraan Johor pada 18 November 2021 yang lalu. Saya yakin, belanjawan ini dapat menghasilkan sesuatu yang bermanfaat buat rakyat Johor khususnya dan hasrat kita untuk memperhebatkan kesejahteraan rakyat ini dapat dilaksanakan. Yang Berhormat Puan Speaker, pendidikan memainkan peranan penting untuk mencapai hidup yang berkualiti kerana pendidikan merupakan antara petunjuk terpenting dalam kualiti hidup manusia. Pendidikan mempunyai hubungan rapat dengan ilmu dan ilmu dikenal pasti sebagai faktor hasil. Pendidikan membantu individu membina keyakinan diri untuk berhadapan dengan dunianya. Menikmati kemudahan yang ada, persekitarannya serta memahami diri sendiri. Dengan pendidikan, maka lahirlah para cerdik pandai. Hal ini secara langsung memperlihatkan perkaitan antara pendidikan dengan pembangunan sebuah negara. Dan, apabila lahirnya para cerdik pandai, maka segala pentadbiran dan pengurusan negara dapat diuruskan dengan baik dan para cerdik pandai inilah bakal menaikkan nama negara Malaysia dan Johor khususnya. Dalam sidang Dewan penggal ini yang diselubungi oleh wabak pandemik Covid-19, banyak persoalan-persoalan yang dikemukakan oleh Ahli-Ahli Dewan yang mengutarakan kebimbangan terhadap nasib pelajar-pelajar sekolah dan universiti terutamanya mereka-mereka yang menghadapi peperiksaan SPM dan STP. Saya secara peribadi mengakui kesannya dan sebagai seorang bapa, saya pun amat rasa kesan dan bahangnya. Walaupun pendidikan ini merupakan organisasi yang terletak di bawah tanggungjawab utama kepada kerajaan persekutuan, Kerajaan Negeri Johor sangat komited dalam menjayakan agenda pendidikan yang lestari berpandukan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Dalam mencapai falsafah pendidikan negara, Kerajaan Negeri Johor sangat komited dalam melestarikannya. Dalam Belanjawan 2022, Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan Pelajaran Johor akan menyediakan sejumlah peruntukan, bantuan pendidikan di bawah Agenda Johor Berkebajikan dan bantuan ini termasuklah pemberian wang tunai secara one off kepada para pelajar sekolah. Skim bantuan pendaftaran ke IPT kepada 1,500 mahasiswa IPT anak Johor bagi diploma dan ijazah sarjana muda. Seterusnya, pinjaman pelajaran kepada mahasiswa IPT khusus untuk keluarga B40. Biasiswa Sultan Ibrahim bagi para pelajar yang cemerlang dan seterusnya Biasiswa Kenangan Dato’ Onn untuk para pelajar sekolah. Biasiswa Sukan Atlet Johor dan akhir sekali Skim Bantuan Pendidikan Peringkat Sarjana. Kerajaan negeri Johor juga akan memperkenalkan aplikasi web akses di bawah Agenda Johor Digital dengan peruntukan RM1.5 juta yang akan dilaksanakan oleh ECER bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan dalam kalangan pelajar tentang Revolusi Industri 4.0 dan inisiatif ini juga akan memberi manfaat kepada 3,000 pelajar di daerah Kota Tinggi, Segamat dan Mersing. Yang Berhormat Pasir Raja ada menyatakan kebimbangan beliau tentang sekolah di kawasan beliau dan mungkin diketepikan dalam program ini kerana kawasan beliau terletak di sempadan antara Kota Tinggi dan Kulai. Dan, kebanyakannya adalah sekolah di kawasan pentadbiran FELDA dan oleh itu, saya akan mempertimbangkan kawasan Yang Berhormat Pasir Raja akan mendapat manfaat dalam program akses ini. Yang Berhormat Puan Speaker, Yang Berhormat Parit Yaani ada mengutarakan isu berkenaan statistik dari segi daerah yang paling banyak dan daerah paling sedikit murid yang mengikuti sistem PDPR di negeri Johor. Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh sektor pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Johor, sehingga bulan September 2021,

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 346

sejumlah 593, 128 daripada 603,922 murid telah mengikuti PDPR iaitu 98.21% keseluruhannya. Hanya sekitar 1.7% sahaja pelajar yang tidak dapat mengikuti PDPR. Kalau kita ikut statistik bulanan, bulan Jun dulu nampak tinggi sikit iaitu 7.8%7 bagi negeri Johor dan bulan Julai turun lagi 5.66%, Ogos turun lagi 2.55% dan yang terbaru bulan September 1.79%. Untuk maklumat Ahli Dewan sekalian, Johor Bahru merupakan daerah yang paling ramai kecicirannya dengan 4.5% daripada jumlah keseluruhan murid tidak dapat mengikuti PDPR manakala daerah Kluang merupakan daerah yang paling sedikit dengan hanya 0.54% daripada jumlah keseluruhan tidak dapat mengikuti PDPR dan hasrat Yang Berhormat Parit Yaani, Batu Pahat saya ingin nyatakan diantara daerah yang terendah 0.64% sahaja. Bagi mengatasi masalah ini, Jabatan Pendidikan Negeri Johor amat komited dalam memastikan para pelajar mengikuti sistem PDPR dengan mengambil beberapa inisiatif dan program yang telah dilaksanakan sebagai contoh, Program Kitakan Sahabat. Program Kitakan Sahabat ialah sebuah program murid-murid menjadi mata-mata untuk memujuk rakan-rakan sebaya hadir ke PDPR selain itu ada Program Mentor Menti dan seterusnya Kaunseling Kecil dan Bimbingan Pengurusan Masa. Saya ingin menjawab isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Semerah tentang status terkini projek naik taraf sekolah daif di SK Sri Makmur yang termasuk dalam projek sekolah daif yang dibentangkan dalam Bajet 2020. Jabatan Pendidikan Negeri Johor sentiasa prihatin dalam memastikan fasiliti yang disediakan di sekolah-sekolah negeri Johor dalam keadaan yang terbaik agar pelajar dapat belajar serta menikmati kemudahan dalam suasana yang kondusif dan selesa. Kerajaan persekutuan telah meluluskan permohonan Projek Daif Johor iaitu meroboh dan membina baru pra sekolah satu bilik darjah, blok B, 6 bilik darjah, SK Sri Makmur, Batu Pahat di bawah Rancangan Malaysia Yang Ke-11, Rolling Plan Ke-4 Tahun 2020. Projek ini telah diserahkan kepada Jabatan Kerja Raya Malaysia sebagai agensi teknikal untuk dilaksanakan. Pihak JKR Malaysia dengan kerjasama JKR Negeri Johor telah membuat lawatan tapak ke sekolah dan memaklumkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dan JPN Johor bahawa skop projek yang diluluskan adalah tidak sama dengan keperluan sebenar di tapak. Dan hasil lawatan pihak JKR, mendapati bahawa tidak memerlukan perobohan dan pembinaan baru bagi bangunan yang dicadangkan. Memadai bangunan tersebut dikategorikan sebagai hanya kerja-kerja penyelenggaraan sahaja yang diperlukan. Yang Berhormat Puan Speaker, sehubungan itu, bagi menyelesaikan isu penyelenggaraan di Sekolah Kebangsaan Sri Makmur, pihak JPN telah memohon dalam Program Khusus Penyelenggaraan Institusi Pendidikan pada tahun 2022 kepada pihak KPM. Dan, permohonan ini masih dalam pertimbangan dan kelulusan dan tertakluk kepada keutamaan dan kedudukan kewangan semasa kerajaan pusat. Seterusnya, Yang Berhormat Pasir Raja telah mengutarakan kebimbangan beliau tentang Sekolah Kebangsaan Taman Sri Saujana yang perlu diselenggara. Untuk makluman Ahli Dewan yang mulia ini, SK Sri Saujana telah menerima peruntukan sebanyak RM100,000.00 pada tahun 2021 untuk kerja-kerja penyelenggaraan tingkap dan lantai. Seterusnya, permohonan bagi kerja-kerja penyelenggaraan elektrik sebanyak RM100,000.00 telah dimasukkan dalam senarai permohonan peruntukan tahun 2022 untuk dilaksanakan oleh pihak JKR. Seterusnya saya akan menjawab isu yang diutarakan oleh Yang Berhormat Johor Lama, Yang Berhormat Semerah, Yang Berhormat Bekok, Yang Berhormat Tangkak, Yang Berhormat Pasir Raja, Yang Berhormat Perling dan Yang Berhormat Parit Yaani, bagi mengatasi jurang liputan internet dan telekomunikasi dengan lebih efektif. Pelbagai program peringkat nasional telah diperkenalkan seperti MACP dan terkini telah dinamakan sebagai Pelan Jalinan Digital Negara yang akan menjadi platform penambahbaikan komunikasi digital negara.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 347

Untuk makluman Ahli Yang berhormat, pandemik Covid-19 ini telah wujudkan kebergantungan kepada internet yang tinggi dalam kalangan rakyat terutamanya para pelajar sama ada di kawasan bandar mahupun luar bandar. Kerajaan melalui SKMM, Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia telah mengambil beberapa inisiatif dalam menghasilkan sebuah rancangan yang dapat menangani isu akses kepada internet berkualiti bagi perkhidmatan tetap dan mudah alih termasuk pengajaran dan pembelajaran di rumah iaitu PdPR. Pelan JENDELA yang dilaksanakan secara berperingkat dalam dua fasa kini sedang berlangsung bermula pada tahun 2020 hingga 2025 telah dibangunkan bagi mempercepatkan serta merancakkan pembangunan infrastruktur digital terutama di kawasan pinggir bandar dan luar bandar. Pelan JENDELA Fasa 1 yang bermula dari tahun 2020 hingga 2022 mensasarkan kadar liputan 4G mencecah 96.9% di kawasan berpenduduk di seluruh Malaysia menjelang tahun 2020. Purata kelajuan jalur lebar mudah alih ditingkatkan dari 25 Mbps kepada 35 Mbps. Selain itu, 7.5 juta premis dengan ketersediaan sambungan gentian optik akan disediakan dan penamatan rangkaian 3G secara berperingkat serta perancangan dan pelaksanaan penyediaan liputan 5G disasarkan untuk komersial. Dan bagi negeri Johor, Pelan JENDELA Fasa 1 mensasarkan pembinaan sebanyak 222 menara baharu dengan teknologi 4G dan jumlah tersebut sebanyak 90 menara telah disiap bina. Selain itu, Yang Berhormat Tuan Speaker, sejumlah 3,586 stesen pemancar telah di kenal pasti untuk di naik taraf kepada perkhidmatan 4G dan 3,205 daripadanya telah siap di naik taraf. Manakala, 185,333 premis telah siap sambungan dengan gentian optik daripada 413,494 premis yang dirancang. Yang Berhormat Puan Speaker, saya akan menerangkan isu yang dibawa oleh YB Perling tentang penembusan jalur lebar di negeri Johor. Daripada perbandingan setiap negeri, kadar penembusan jalur lebar mudah alih Johor 136% adalah ketiga tertinggi selepas Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Bagi kadar penembusan jalur lebar talian tetap pula, Johor 37.4% berada di ranking ketujuh di bawah Melaka dan Negeri Sembilan. Bagi kadar purata kelajuan Internet yang dikeluarkan oleh Data UCLA, data tersebut boleh digunakan sebagai rujukan. Namun, ia tidak menggambarkan keupayaan sebenar talian internet di Malaysia kerana data daripada UCLA adalah data Cloud Source daripada pengguna peralatan telekomunikasi device user dan bukan dari stesen pemancar. Data kelajuannya diperolehi adalah tertakluk kepada keupayaan device dengan izin tersebut dan juga pakej yang dilanggani oleh pengguna. Sebagai contoh, sekiranya pengguna menggunakan peralatan yang tidak menyokong rangkaian 4G atau tidak menyokong teknologi terkini dan melanggan pakej yang mempunyai speed cap maka data yang diperolehi oleh UCLA daripada peralatan telekomunikasi pengguna tersebut akan menunjukkan kelajuan liputan yang rendah. Sedangkan kawasan tersebut mempunyai rangkaian 4G dengan backhole gentian optik yang mampu menyediakan liputan internet melebihi 50 Mbps pada setiap masa. Pihak kerajaan juga sedia maklum dan memahami permasalahan dan keperluan talian internet yang mendesak oleh rakyat terutamanya di musim pandemik ini. Justeru, adalah menjadi hasrat pihak kerajaan untuk mempercepatkan tindakan penambahbaikan liputan di seluruh negara. Sasaran kerajaan adalah meningkatkan liputan 4G di seluruh Semenanjung kepada 98.1% menjelang 2020 dalam 2 tahun pertama pelaksanaan JENDELA. Namun yang sedemikian, di mana perlu pihak kerajaan sentiasa berusaha untuk memberi keutamaan perlaksanaan dari tempoh sasaran asal yang telah ditetapkan. Yang Berhormat Tuan Speaker, perlu juga diambil maklum JENDELA adalah pelan tindakan selama 5 tahun yang dilaksanakan secara berperingkat yang bermula pada tahun 2020. Oleh yang sedemikian, akan ada kawasan yang akan di naik taraf liputan pada tahun pertama perlaksanaan JENDELA dan ada juga, ada kawasan yang hanya akan mula di naik taraf pada tahun keempat, kelima perlaksanaan JENDELA. Walaupun telah ada perancangan dan peruntukan, namun terdapat faktor-faktor kekangan yang perlu

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 348

diselesaikan serta ditangani dalam menjayakan hasrat ini. Namun yang demikian, usaha giat sentiasa dan sedang dilakukan untuk menangani isu penambahbaikan yang pada waktu ini menjadi agenda utama kerajaan dan SKMM di seluruh negara. Perlaksanaan JENDELA bukan sahaja tertumpu pada pembangunan infrastruktur sahaja namun harga pakej internet turut diberi perhatian sebagaimana yang telah dilaksanakan sebelum ini melalui NFCP yang mensasarkan pakej permulaan jalur lebar, talian tetap pada kadar 1% daripada Gross National Income (GNI). Yang Berhormat Puan Speaker, selain itu pada tahun 2017 kerajaan turut mengumumkan kadar langganan jalur lebar digandakan dengan harga yang sama dan pada tahun berikutnya kelajuan digandakan lagi tapi harga diturunkan sebanyak 50%. SKMM juga telah mengeluarkan commission determination on mandatory standard of access pricing bagi mengawal harga borong untuk perkhidmatan high speed broadband yang akhirnya menyaksikan pengurangan harga runcit untuk pakej jalur lebar kelajuan tinggi gentian optik. Perlaksanaan 5G melalui satu entiti tunggal, Digital National Berhad turut merupakan salah satu usaha kerajaan untuk memastikan pakej langganan internet dapat dikurangkan dengan mengurangkan kos pembangunan infrastruktur dan kos binaan-binaan spektrum. Selain harga pakej, jalur lebar adalah berkait rapat dengan kos penggunaan infrastruktur. Pada 16 November yang lepas, saya dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta Telekom Malaysia telah mengadakan satu sesi taklimat dan townhall terbuka kepada semua ADUN Negeri Johor tidak kira kerajaan mahu pun pembangkang juga dijemput bagi mengikuti penerangan dan mengadakan sesi soal jawab tentang liputan Internet dan telekomunikasi di seluruh negeri Johor. Pada majlis ini, beberapa ADUN juga telah mengambil bahagian untuk bertanya secara terus dan memaklumkan tentang permasalahan internet di kawasan mereka masing-masing. Yang Berhormat Puan Speaker, YB Johor Lama ada mengutarakan permasalahan liputan internet di FELDA Lok Heng, Kota Tinggi. Untuk makluman Yang Berhormat Johor Lama, di bawah JENDELA Fasa 1, sebuah menara sedang dalam perlaksanaan untuk dibina di FELDA Lok Heng dan sebuah lagi menara akan dibina berhampiran laluan masuk ke FELDA Lok Heng di Jalan Bukit Aping, Kangkar Papan. Stesen pemancar sedia juga akan di naik taraf kepada perkhidmatan 4G. Selain itu, talian tetap di FELDA Lok Heng juga sedang di naik taraf daripada talian tembaga kepada talian gentian optik oleh pihak Telekom Malaysia. Yang Berhormat Johor Lama ada? Di bawah JENDELA Fasa 1 juga terdapat 2 buah menara baharu yang juga sedang dalam proses untuk dibina di kawasan penempatan sekitar Sungai Johor seperti di Kampung Pasak dan juga Kampung Panchor yang dijangka siap sebelum berakhirnya JENDELA Fasa 1. Selain itu stesen pemancar sedia ada sedang di naik taraf kepada rangkaian 4G seperti di Kampung Tanjung Buai,Teluk Sengat dan Kampung Sungai Sembilang. Yang Berhormat Puan Speaker, seterusnya saya akan menjawab isu dibangkitkan oleh Yang Berhormat Semerah berkenaan liputan internet di Semerah dan daerah Batu Pahat. Bagi status pelaksanaan JENDELA Fasa 1 di DUN Semerah sehingga Oktober 2021, sebanyak 41 stesen pemancar yang dirancang untuk di naik taraf di DUN Semerah telah siap di naik taraf kepada rangkaian 4G dan 1,854 premis daripada 3,047 premis yang dirancang telah siap disambungkan dengan talian tetap gentian optik berkelajuan tinggi. Antara lokasi-lokasi yang telah siap di naik taraf kepada rangkaian 4G adalah di Kampung Parit Muhammad, Kampung Sarang Buaya Darat, Kampung Parit Lubuk Darat, Taman Industri Sri Sulong, SK Seri Jaya Sepakat, Kampung Parit Kuda, Kampung Parit Gantung, Peserai, Bagan Lama dan boleh dikatakan hampir semua stesen pemancar sedia ada di dalam DUN Semerah telah pun siap di naik taraf ke rangkaian 4G. Walau bagaimanapun masih terdapat kawasan-kawasan di dalam DUN Semerah yang masih belum mempunyai liputan yang sempurna seperti di Parit Puasa, Kampung Parit Lubuk Utara, Kampung Separap, Kampung Batu Putih, Parit Besar Darat dan sekitarnya Kampung Semerah Darat yang mana pembinaan menara baharu diperlukan untuk menambah baik liputan di kawasan

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 349

tersebut. Usaha-usaha menaik taraf serta memperluaskan infrastruktur digital sedang giat dijalankan melalui JENDELA dan melibatkan kos hampir RM3 bilion untuk negeri Johor yang merupakan pelaburan bersama di antara kerajaan persekutuan dan pihak syarikat telekomunikasi. Bagi mempercepatkan pembangunan infrastruktur digital, pelaburan kewangan sahaja adalah tidak mencukupi. Oleh sebab itu JENDELA telah menyentuh dasar berkaitan telekomunikasi untuk diperkasakan di peringkat negeri seperti perlaksanaan... YB Speaker : Yang Berhormat duduk, azan. (Berhenti sebentar kerana memberi laluan laungan azan). YB Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya : Yang Berhormat Puan Speaker, bagi mempercepatkan pembangunan infrastruktur digital, pelaburan kewangan sahaja adalah tidak mencukupi. Oleh sebab itu, JENDELA turut menyentuh dasar berkaitan telekomunikasi untuk diperkasakan di peringkat negeri seperti perlaksanaan garis panduan perancangan infrastruktur komunikasi, pelaksanaan dasar perkhidmatan komunikasi sebagai utiliti awam serta menyelaraskan prosedur permohonan pemajuan menara dan struktur komunikasi. Kejayaan perlaksanaan JENDELA turut bergantung kepada kerjasama semua pihak termasuklah kerajaan pusat, kerajaan negeri, barisan EXCO dan juga ADUN-ADUN tak kiralah ADUN kerajaan ataupun pembangkang dan rakyat untuk memberi maklum balas yang benar tentang liputan kawasan masing-masing. Dalam proses untuk menjayakan Agenda Johor Digital, Yang Amat Berhormat Menteri Besar juga dalam pembentangan beliau memperkenalkan satu inisiatif yang dinamakan Johor Pay yang diperuntukkan RM500,000.00. Bagi menjawab isu perbahasan yang telah diutarakan oleh Yang Berhormat Skudai, Yang Berhormat Perling, Yang Berhormat Tangkak, saya akan menjelaskan serba sedikit tentang Johor Pay. Dahulunya Portal Johor Online Payment (JOP) telah dibangunkan pada tahun 2009 selaras dengan hasrat kerajaan untuk menyediakan saluran pembayaran secara dalam talian kepada rakyat negeri Johor. Pada tahun 2020, pandemik COVID-19 telah melanda dunia dan negara dan telah menyebabkan semua perkhidmatan dan urusan kaunter yang disediakan oleh kerajaan terpaksa ditutup. Ianya sekaligus menjadikan JOP sebagai saluran pilihan utama untuk melaksanakan transaksi pembayaran bagi perkhidmatan kerajaan. Portal JOP yang berusia 11 tahun ini diselenggara oleh ICT Johor, tidak pernah melalui proses naik taraf sebelum ini. Teknologi ini juga telah usang dan terdedah kepada serangan siber yang banyak berlaku pada masa ini. bagi mengatasi isu dan cabaran tersebut, kerajaan negeri Johor telah mewujudkan Portal Johor Pay bagi menggantikan Portal JOP yang akan ditutup sepenuhnya menjelang 31 Disember tahun ini. Hanya portal Johor Pay akan digunakan sebagai platform utama bersepadu pembayaran bagi kerajaan negeri Johor. Yang Berhormat Tuan Speaker, Johor Pay merupakan satu platform baharu yang dibangunkan menggunakan teknologi terkini dan ciri keselamatan yang diperketatkan. Johor Pay juga dibangunkan bagi kegunaan pelbagai platform digital merangkumi portal aplikasi mudah alih. Untuk kemudahan rakyat payment gateway yang diguna pakai menyediakan lebih banyak pilihan pembayaran kepada rakyat termasuk FPX, kad kredit, american express dan ewallet. Johor Pay juga dibangunkan dengan ciri-ciri keselamatan, pengesahan identiti pengguna dengan integrasi bersama Jabatan Pendaftaran Negara dan penggunaan TAC serta pengukuhan keselamatan dilaksanakan oleh Cyber Security Malaysia, satu agensi kerajaan yang mengeluarkan pensijilan keselamatan ICT. Ianya juga mesra pengguna dan ciri-ciri add to cart seperti aplikasi pembelian. Johor Pay juga dibangunkan dengan mengambil kira semua ciri-ciri integrasi di sistem kewangan agensi dan pengeluar resit secara maya nyata kepada pengguna.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 350

Bagi memartabatkan warisan budaya negeri Johor yang kaya dari segi sejarah peradaban termasuk seni dan budaya, Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah merasmikan sebuah Pelan Induk Johor sempena Pusat Tamadun Melayu Antarabangsa 2020 hingga 2024 pada 8 Oktober 2020 di Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar. Pelan Induk ini juga lima tahun ini mengandungi 9 teras tertinggi dan empat teras tertinggi asas iaitu Institusi Islam dan Kesultanan Melayu Johor, Kepimpinan Melayu Johor, Warisan Budaya Johor dan Bahasa Dan Persuratan Melayu. Pada tahun 2022, kerajaan negeri Johor akan melaksanakan beberapa program warisan seni dan budaya, antaranya ialah Perintis Seni Johor Khusus dan latihan seni visual dan seni khat, seterusnya Anugerah Sastera Johor, Sajian warisan Johor, Bicara Wara Lestari Legasi Layar Warsa Gemilang Yayasan Warisan Johor, Festival Kebudayaan Negeri Johor, pengisian muzium secara pendigitalan dan maya, Program Seni Semarak Budaya, Program Permainan Tradisional. Sebelum saya mengakhiri penggulungan saya, saya ingin menyampaikan serangkap pantun Yang Berhormat, boleh ya. Orang teknikal ini kena belajar pantun, nak jaga seni dan budaya, kalau salah, minta maaf. Ditahal kalam disudahkan hormat, syukur dan rahim hariku rahmat, selawat dan salam Nabi Muhammad, kalau tidak bubar, jumpa bulan Mac. Kepada Allah saya berserah. Sekian terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. YB Timbalan Speaker : Jumpa bulan Mac. Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri, Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar, jemput. YB Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar: Bismillahirahmannirahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Puan Speaker, sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim pada 22 November 2021, patik dan seluruh warga Semarang merafak sembah dengan ucapan menjunjung setinggi-tinggi kasih dan tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Semoga Allah SWT menganugerahkan keafiatan untuk terus bersemayam di atas singgahsana takhta kerajaan Johor Darul Takzim. Semoga negeri Johor Darul Takzim akan terus makmur dan diberkati Allah di bawah naungan pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Yang Berhormat Puan Speaker, Semarang mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih di atas kesempatan yang diberikan, untuk melibatkan, untuk terlibat dalam perbahasan atas rundingan bacaan kali kedua bagi Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan (2022) Tahun 2021 ini. Saya juga mengambil kesempatan lebih awal merakamkan jutaan terima kasih serta ke penghargaan kepada seluruh sahabat Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Negeri yang telah menyentuh, memberi pandangan serta cadangan sama ada secara langsung atau pun tidak langsung tentang perkara-perkara yang berkaitan di bawah portfolio Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor sepanjang perbahasan ini. Yang Berhormat Puan Speaker, saya dapat merasakan dan menghayati bahawa rata-rata Ahli-Ahli Yang Berhormat bersetuju dan memahami tentang penekanan kerajaan negeri terhadap agenda jaminan bekalan makanan negeri Johor, dan relevannya kerajaan menjadikan agenda tersebut sebagai salah satu impetus utama ekonomi baru. Ini adalah manifestasi akan kesedaran dan pengiktirafan kerajaan negeri terhadap peranan dan sumbangan dalam memperkukuh ekonomi pada masa kini. Ianya berdasarkan kepada potensi sedia ada dan prestasi yang ditunjukkan oleh sektor ini serta peluang untuk memenuhi permintaan domestik dan luar negara dan iltizam politik ini di harap akan menjadi catalist dalam menjayakan sektor ini pada masa hadapan. Yang Berhormat Puan Speaker, menyentuh perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Penawar, para pengusaha tani seharusnya menggunakan sepenuhnya fasiliti yang disediakan oleh agensi-agensi yang berkaitan sektor pertanian, sama ada Jabatan

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 351

Pertanian, Jabatan Perkhidmatan Veterinar mahupun Jabatan Perikanan dan pelbagai lagi jabatan atau agensi di bawah sektor pertanian. Segalanya dimulakan dengan mewujudkan hubungan antara dua pihak. Ini bermakna inisiatif harus dimulakan dengan membuat hubungan antara mereka dan mengambil maklum tentang fasiliti yang disediakan oleh kerajaan yang bersesuaian dengan keperluan mereka. Kerajaan tidak menafikan Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Johor yang merangkumi 29 Pertubuhan Peladang Kawasan ini mempunyai 106,654 ahli yang terdiri daripada penternak, petani, penternak dan nelayan adalah satu entiti yang amat penting untuk dilibatkan dalam membangunkan sektor pertanian dalam negeri. Dengan sifat pertubuhan ini yang dianggotai oleh pengusaha tani yang teramai, ianya dijadikan salah satu pasaran penting dalam memajukan sektor pertanian di negeri ini. Dengan kekuatan sebanyak 28 pusat pengumpulan hasil pertanian atau PPHP dan 775 pengusaha ladang kontrak agro makanan di bawahnya, ianya akan terus diperkasakan. Untuk tahun 2021, kerajaan negeri telah memperkasakan dua PPHP dan untuk tahun 2022, kerajaan bercadang untuk memajukan lagi lima PPHP di seluruh negeri Johor. Bantuan terhadap PPHP ini adalah untuk memperkasa peranan mereka dalam pemasaran hasil-hasil pertanian para peladang, para petani di kawasan-kawasan mereka. Berhubung dengan KEJORA, sukacita saya ingin maklumkan bahawa terdapat 105 pengusaha yang mengusahakan 123 plot dengan keluasan 4,534.977 ekar dan kini pihak KEJORA sedang secara aktif menganalisa prestasi aktiviti-aktiviti petani-petani yang terlibat serta memastikan syarat guna tanah yang ditetapkan dipatuhi bagi kebaikan industri agro makanan. Untuk makluman Yang Berhormat Bukit Naning, berkenaan isu kenaikan harga input pertanian. Pihak Kementerian MAFI dan KPDNHEP telah menubuhkan jawatankuasa bersama berkenaan isu kenaikan harga baja dan racun sebagai usaha bersepadu untuk meneliti cadangan, tindakan dan kaedah penyelesaian serta langkah-langkah lain dalam membantu petani dan pengusaha kecil yang berhadapan dengan isu kenaikan harga baja dan racun secara mendadak. Baja dan racun makhluk perosak merupakan input pertanian dan komponen penting dalam pengeluaran hasil tanaman yang berkualiti dan selamat di makan oleh penduduk Malaysia. Kebanyakan baja dan racun yang digunakan oleh petani dihasilkan daripada bahan mentah yang di import dari luar negara seperti unsur nitrogen, prosfat dan kalium ataupun potasium. Berdasarkan perbincangan dan sesi libat urus yang diadakan oleh pihak berkepentingan dalam pemain dan pemain industri, antara punca yang telah dikenal pasti berhubung isu ini adalah perubahan polisi daripada negara pengeksport. Kenaikan kos bahan mentah, gangguan logistik serta spekulasi pasaran. Apabila bekalan baja dan racun berkurangan di pasaran dengan permintaan sentiasa berterusan daripada petani, maka peningkatan harga berlaku di sepanjang rantaian pembekalan produk tersebut. Beberapa cadangan penyelesaian, penyelesaian telah dikenal pasti dan diangkat oleh MAFI dan KPDNHEP secara bersama dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 12 November 2021 yang lalu, supaya isu ini dapat ditangani secara menyeluruh dan holistik di samping membantu golongan yang terjejas. Persepsi mengenai harga input semakin mahal sementara hasil tani tetap rendah adalah dirasakan tidak tepat kerana inilah jawapan kepada rungutan mengenai harga komoditi pertanian yang semakin meningkat. Berdasarkan kepada konsep pertanian sebagai perniagaan, kos input banyak mempengaruhi harga pengeluaran dan sekadar untuk makluman, kos input bukan sekadar baja dan racun semata-mata, malahan ianya merangkumi kos buruh, pengangkutan dan termasuk juga perubahan cuaca serta serangan penyakit untuk menyumbang kepada perkara ini. Justeru kerajaan terus menggalakkan para petani untuk mempelbagaikan alternatif penggunaan baja organik serta inovasi dan teknologi dalam cara dan teknik pengurusan tanaman seperti penggunaan mekanisasi dan penggunaan cara fertigasi ataupun hidroponik, lebih penting daripada itu, pengusaha tani adalah terus digalakkan untuk berusaha ke arah peningkatan hasil dengan apa cara sekali pun dan ini akan membolehkan pengusaha mengurangkan kos pengeluaran. Kenaikan

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 352

harga produk pertanian juga adalah disebabkan oleh kemajuan dalam pelbagai produk hiliran dan nilai tambah daripada hasil tanaman. Tidak semua hasil tanaman dari ladang terus dipasarkan kepada pengguna akhir, pengguna akhir dan ini semuanya secara tidak langsung akan memperluaskan pasaran hasil pertanian dan meningkatkan pendapatan pengusaha pertanian. Yang Berhormat Puan Speaker, saya merasa bangga apabila Yang Berhormat Tangkak menyentuh soal pencapaian KPI khususnya tentang agenda Johor Tani. Sebenarnya perkara ini dapat disentuh adalah kerana ketelusan pihak kerajaan untuk mendedahkan prestasi atau pun pencapaian perbelanjaan dalam sektor ini. Untuk makluman Yang Berhormat Tangkak, di bawah Belanjawan Johor 2021, kerajaan negeri telah memperuntukkan RM51 juta bagi pembangunan sektor pertanian dan industri asas tani menerusi agenda Johor Tani. Terdapat 16 inisiatif utama merangkumi 46 program pelaksanaan yang menjadi titik fokus dan pemantauan oleh pihak kerajaan. Ianya meliputi program-program pembangunan pertanian, sub-sektor tanaman, perikanan, penternakan dan industri makanan ataupun IAT. Daripada jumlah tersebut, 20 program adalah program merupakan program di bawah peruntukan PENJANA iaitu sebanyak RM34.56 juta, yang mana tempoh pelaksanaannya adalah untuk dua tahun iaitu 2021 dan tahun 2022. Untuk makluman Dewan, waran dana peruntukan PENJANA ini mula disalurkan kepada semua jabatan yang terlibat adalah pada tarikh 1 Ogos 2021. Walaupun proses pengenalpastian dan penilaian peserta yang disasarkan telah dilakukan dan telah mendapat kelulusan oleh Jawatankuasa Sekuriti Makanan Negeri Johor pada peringkat awalnya, perbelanjaan peruntukan tersebut perlu diuruskan mengikut tatacara kewangan dan SOP yang ditetapkan oleh pihak kerajaan negeri dan Kementerian Kewangan Malaysia. Bagi penurunan waran peruntukan tersebut, jabatan perlu membuat tabung akaun amanah pertanian dan industri makanan khasnya. Bagi jabatan dan bagi agensi pula, perlu mendapat kelulusan daripada pihak di peringkat ibu pejabat. Perkara ini sedikit sebanyak telah menyebabkan sedikit kelewatan bagi mematuhi semua SOP dan prosedur kewangan dan tatacara perbelanjaan tersebut. Semua perlaksanaan program akan di pantau dan pelaporan juga perlu di hantar kepada pihak Kementerian Kewangan Malaysia pada setiap bulan. Justeru itu, setiap perkembangan dan prestasi pelaksanaan semua program-program ini akan diteliti dan diaudit oleh pihak bahagian perancangan ekonomi negeri Johor ataupun BPENJ. Walau bagaimanapun, dengan kesungguhan dan komitmen setiap jabatan dan agensi pelaksana, unjuran perbelanjaan pada tarikh, pada akhir tahun 2021 bagi peruntukan penjana ini adalah sebanyak RM14 juta ataupun 41%, berbanding jumlah keseluruhan RM34.56 juta. Pada hemat saya, ianya merupakan satu perkembangan yang baik kerana hanya bersasar, berdasarkan 4 bulan sahaja, semua agensi dapat membelanjakan peruntukan sebanyak 41% dan ianya akan diteruskan usaha dan dinilai prestasinya daripada semasa ke semasa sepanjang tahun 2022. Yang Berhormat Puan Speaker, berkenaan dengan isu penternakan unggas, kerajaan negeri Johor mengambil maklum akan sumbangan industri sektor ini sehingga menjadikan negeri Johor sebagai pengeluar utama ayam dan telur dalam negara. Untuk makluman Yang Berhormat Tangkak dan Dewan yang mulia ini, isu ini adalah merupakan isu yang tertangguh. Perkara ini adalah berhubung kait dengan pelaksanaan PKTA ataupun Permit Khas Ternakan Ayam yang diputuskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan ataupun MMK Bilangan 878/2019 untuk pelaksanaan dan garis panduan pembinaan reban tertutup yang ditetapkan oleh pihak kerajaan. Saya sendiri telah berjumpa dengan pihak Persatuan Penternak Unggas Kecil Dan Sederhana Negeri Johor dan mengambil maklum akan keresahan mereka mengenai cadangan pelaksanaan tersebut. Pada masa yang sama, pihak kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 353

Johor telah mengadakan sesi bengkel dan perbincangan bagi memudah cara proses permohonan PKTA dengan melibatkan pelbagai jabatan dan agensi yang lain yang berkenaan pada 21 hingga 22 September 2020. Selain daripada itu, sesi libat urus bersama PBT-PBT negeri bersama Majlis Tindakan Sara Hidup Negara ataupun NACCOL dengan Kementerian KPDNHEP dan JPV di peringkat persekutuan telah diadakan persetujuan untuk membincangkan tentang isu ternakan ayam dan kos ternakan dalam peraturan di bawah PBT pada 25 Oktober 2021. Insya-Allah dengan izin Allah, dalam waktu ke hadapan ini pihak Jabatan Veterinar Negeri Johor akan mengadakan Bengkel Justifikasi Enakmen Penternakan Unggas Baru dan Penyelarasan Ke Arah Sistem Reban Tertutup. Ianya bertujuan untuk menambah baik enakmen dan garis panduan sedia ada iaitu Enakmen Kawalan Pelesenan Ladang Unggas Tahun 1997. Yang Berhormat Puan Speaker, sebagaimana yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam ucapan Belanjawan Johor 2022, pada 18 November 2021 yang lalu, kerajaan negeri telah mengecualikan pembayaran lesen unggas bagi tahun 2022 untuk pengusaha seramai 707 pengusaha ladang unggas dengan nilai pengecualian sebanyak RM311,750.00. Ianya adalah sebagai tanda keprihatinan kerajaan terhadap industri ini. Yang Berhormat Puan Speaker, berkaitan tanah terbiar yang dibangkitkan oleh pihak Yang Berhormat Tiram. Menurut Jabatan Pertanian, tanah terbiar bermaksud adalah tanah darat atau tanah sawah yang berkeluasan minimum 0.4 hektar ke atas sama ada bersambungan atau bertaburan yang merupakan tanah milik yang tidak diusahakan selama 3 tahun berturut-turut. Faktor yang menyebabkan kewujudan tanah terbiar adalah pelbagai. Ianya mungkin disebabkan isu pemilikan tanah, kekurangan infrastruktur, ketiadaan dana, kesesuaian tanaman, faktor-faktor komersil dan sebagainya. Untuk mengusahakan tanah ini bakal pengusaha pertama perlu mendapatkan kebenaran daripada tuan tanah dan harus dimaklumi bahawa tidak semua tanah terbiar adalah milik kerajaan. Sekalipun ia milik kerajaan, ia harus dikenal pasti agensi-agensi yang bertanggungjawab di atas tanah-tanah yang terlibat. Harus dimaklumi juga, bidang pertanian bukanlah bidang terakhir untuk seseorang setelah semua bidang tidak berjaya dikuasai oleh mereka. Kerajaan memang menggalakkan pengusahaan tanah-tanah terbiar namun, ia mesti diusahakan oleh mereka yang mempunyai minat yang mendalam dan berkemampuan dari segi modal dan usaha untuk melakukannya. Untuk usaha ini kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM200,000.00 pada tahun ini bagi inisiatif pembangunan tanah terbiar. Yang Berhormat Puan Speaker, cadangan mewujudkan projek pusat pengumpulan pemprosesan dan pembungkusan CPPC adalah selari dengan pelaksanaan Dasar Agro Makanan Negeri Johor ataupun DANJO. Ia adalah dalam usaha untuk memperkasa aktiviti ekonomi di sepanjang rantaian nilai tani. Setelah usaha penggalakan pemberian insentif dan fasiliti kepada para petani, penternak, nelayan dan usaha juga dalam memperkasa aktiviti tambah nilai dan industri asas tani kerajaan kini melangkah kepada aspek pemasaran dan pengedaran. Maka dengan itu, projek CPPC ini diinisiatifkan. Insya-Allah, hasrat Yang Berhormat Parit Yaani agar ianya dijalankan dengan baik dan menyeluruh akan dititikberatkan. Ianya juga adalah tidak lain dan tidak bukan untuk memastikan dan mewujudkan pasaran tetap dan pasaran yang lebih meluas kepada sektor pertanian dan juga untuk menambah nilai hasil keluaran mereka. Ini sudah pasti sekali gus akan mengurangkan risiko hasil tanaman tanpa pasaran yang tidak stabil di masa hadapan. Untuk makluman, kerajaan akan memastikan syarikat peneraju adalah pemain industri yang berpengalaman, berkemampuan dan yang lebih penting mempunyai jaringan pasaran sedia ada sama ada tempatan mahupun di luar negara.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 354

Yang Berhormat Puan Speaker, untuk makluman Yang Berhormat Parit Yaani juga seramai 89,909 orang petani telah didaftarkan oleh Jabatan Pertanian Negeri Johor melalui Sistem Agris GeoPortal. Pecahannya mengikut daerah adalah seperti berikut: Batu Pahat 12,577, Muar 12,713, Kota Tinggi 9,331, Tangkak 10,571, Kluang 7,431, Mersing 7,371, Johor Bahru 6,657, Pontian 8,752, Segamat 9,190 dan Kulai 5,326. Berkenaan dengan Industri Tenusu dalam Negeri Johor, cadangan pembangunan projek Jemaluang Dairy Valley adalah satu lonjakan kepada industri ini di Negeri Johor. Projek kerajaan negeri dengan kerjasama pihak ECERDC ini, diharap akan menambah 10% lagi penghasilan susu negara mulai tahun 2023. Kerajaan negeri yakin ECERDC akan mengguna pakai pengalaman dan model kejayaan perniagaan yang sama di Cattle Research And Innovation Centre (CIRC) di Muadzam Shah yang diusahakan oleh Syarikat Farm Fresh, insya-Allah projek ini akan merangkumi aktiviti industri huluan dan hiliran produk tenusu yang dihasilkan. Projek ini juga insya-Allah akan memberi peluang dan manfaat kepada sekurang-kurangnya 20 pengusaha ladang satelit di seluruh negeri Johor. Untuk makluman juga, berdasarkan rekod terdapat 171 orang pengusaha lembu tenusu sedia ada di negeri Johor. Pada waktu ini, dan pada tahun ini dan tahun 2022 kerajaan negeri melalui PENJANA memperuntukkan peruntukan sebanyak RM1 juta dalam usaha melonjakkan lagi perusahaan industri tenusu dalam negeri ini dan ianya dapat memberi manfaat insya-Allah kepada lebih 149 orang pengusaha. Yang Berhormat Puan Speaker, berkenaan industri ikan kelah dalam negeri Johor. Sukacita saya ingin maklumkan bahawa Industri Aqua Culture ini adalah satu industri yang bernilai tinggi tetapi amat kompleks. Sukacita saya nyatakan negeri Johor adalah pengeluar ikan kelah yang utama dalam negara pada masa ini. Walaupun bilangannya yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan hanyalah 4 pengusaha sahaja. Perusahaan penternakan ikan kelah memerlukan sistem ternakan dan pengurusan yang rapi dan rumit. Terutama faktor air dan makanan. Ia memerlukan diet untuk nutrisi yang diperlukan untuk hidup dengan sihat bagi mengekalkan tekstur dan rasa ikan kelah ataupun flavour ikan kelah yang setanding dengan ikan liar. Diet yang khusus perlu di formulasi untuk mencapai matlamat tersebut. Yang Berhormat Puan Speaker, kerajaan negeri akan memberi tumpuan kepada pembangunan semua aktiviti dalam rantaian nilai perusahaan ikan kelah ini. Dan ia memerlukan pengusaha yang pengalaman, berpengetahuan dalam pelaksanaan teknik penyediaan makanan dan pengurusan di semua peringkat proses pembiakan, penumbesaran dan pemasaran. Harapan kerajaan adalah untuk melihat industri yang bernilai tinggi ini akan terus berjaya dan berkembang maju berdasarkan permintaan yang semakin bertambah. Yang Berhormat Puan Speaker, berkenaan perkara yang dibawa oleh Yang Berhormat Pulai Sebatan, sebagaimana yang disarankan Pulai Sebatang, sebagaimana yang disarankan oleh Pertubuhan Makanan dan Pertanian Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO) konsep jaminan makanan ini terbahagi kepada 4 komponen. 1. Ketersediaan makanan 2. Akses makanan 3. Penggunaan makanan 4. Kestabilan bekalan makanan. Bagi merujuk kepada semua komponen yang disarankan ini jelaslah bahawa jaminan bekalan makanan atau food security dalam sebuah komuniti dan negara adalah penting agar setiap lapisan masyarakat memperoleh makanan asas yang berkhasiat tanpa perlu berharap pada masalah kekurangan makanan atau terpaksa membayar dengan harga yang melampau. Dalam pada memastikan jaminan bekalan makanan tersebut kerajaan tidak terlepas pandang untuk memastikan taraf sosioekonomi pengusaha agro makanan atau petani, penternak dan nelayan akan bertambah baik daripada masa ke semasa melalui

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 355

pendapatan yang berterusan dan meningkat daripada masa ke semasa juga. Sesungguhnya dalam jaminan bekalan makanan petani, penternak dan nelayan adalah hero negara. Yang Berhormat Puan Speaker, berhubung dengan Projek Pertanian Moden Ayer Hitam yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Mahkota, jumlah keluasan tanah projek pertanian ini adalah 9,200 ekar. Yang merangkumi seliaan projek pertanian moden seluas 7,500 ekar, Pusat Pertanian Moden Ayer Hitam seliaan Jabatan Pertanian Johor 200 ekar, Pusat Ternakan Haiwan Dan Institut Veterinar Malaysia seliaan Jabatan Veterinar seluas 1,500 ekar, ianya juga melibatkan 3 pengusaha melalui 33 pajakan dan 11 sewaan tanah. Untuk makluman, projek pertanian moden ini adalah di bawah seliaan bahagian pemodenan pertanian DPP Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan ataupun MAFI. Sesungguhnya, kerajaan negeri amat memaklumi tentang perkembangan Projek Pertanian Moden Ayer Hitam ini dan berharap pihak kementerian untuk mengambil inisiatif yang positif untuk mengoptimumkan pengusahaan plot-plot, dan seterusnya menyumbang kepada penambahan hasil agromakanan negeri Johor. Yang Berhormat Puan Speaker, berkenaan dengan permohonan kemudahan infra bagi perumahan Generasi kedua FELDA yang diketengahkan oleh Yang Berhormat Machap dan Yang Berhormat Sedili. Sehingga kini FELDA tiada peruntukan khas menyediakan infrastruktur bagi program pemberian lot yang bukan dari skim pembangunan FELDA. FELDA tidak mempunyai sebarang peruntukan prasarana bagi lot-lot generasi kedua dan dasar FELDA peruntukan prasarana diberikan untuk kawasan yang melibatkan peneroka sahaja. Kebiasaannya, peruntukan prasarana yang diperlukan bagi kawasan perumahan generasi ke-2 adalah prasarana seperti jalan berturap, sistem perparitan, bekalan air paip, bekalan elektrik, surau, kawasan taman permainan dan sebagainya. Pihak FELDA berpendirian bahawa pemberian lot Generasi Kedua FELDA ini perlu kepada pembatalan status Akta GSA. Ini selaras dengan peruntukan seksyen 44 (1) Akta GSA yang memperuntukkan sebarang pembangunan tanah selain daripada tujuan yang dinyatakan di dalam Akta GSA 1960 dan yang dinyatakan di dalam perjanjian antara Pihak Berkuasa Negeri dan FELDA hendaklah dibatalkan status Akta GSA tersebut. Ini juga adalah selaras dengan seksyen 15 (1) Akta GSA 1960 yang tidak membenarkan kepada pemecahan sempadan. Dengan pembatalan Akta GSA, atau dikeluarkan daripada pewartaan kawasan FELDA, ini seterusnya akan membuka ruang kepada pembangunan dan penyediaan infrastruktur di kawasan ini khususnya di kawasan lot Generasi Kedua ini melalui agensi kerajaan yang berkaitan seperti Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB). Sebagai dasar umum, Bekalan Air Luar Bandar dan Bekalan Elektrik Luar Bandar adalah dilaksanakan melalui projek BALB dan BELB oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Begitu juga dengan jalan perhubungan desa. Untuk makluman juga, FELDA kini menangguhkan sementara pengurusan permohonan lot generasi kedua, bagi membolehkan satu polisi baru yang ditambah baik berkenaan permohonan lot generasi kedua ini dapat dimuktamadkan. Libat urus dan perbincangan dengan stakeholder ataupun pemegang taruh seperti Pihak Berkuasa Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, wakil generasi baru dan kementerian juga sedang berjalan ke arah mencapai hasrat bagi menempatkan perumahan generasi baru FELDA dicapai. Yang Berhormat Puan Speaker, saya mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Buluh Kasap yang prihatin dan bersungguh-sungguh dalam soal pembangunan bagi menjadikan daerah Segamat sebagai hab pertanian. Daripada keluasan daerah Segamat iaitu 280,726 hektar, seluas 126,326.95 hektar ataupun 45% adalah kawasan pertanian yang merangkumi tanaman agrofood dan kelapa sawit. Manakala keluasan untuk taman agrofood sahaja adalah 11,676.75 hektar. Sehingga kini, berdasarkan rekod yang ada dalam Jabatan Pertanian terdapat 9,190 orang petani di daerah Segamat yang mengusahakan 9,637.20 hektar tanaman dusun dan buah-buahan, 588.37 hektar tanaman kelapa, 928.33 hektar tanaman sayur-sayuran serta 188

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 356

hektar tanaman herba dan rempah. Berdasarkan maklumat Agris GeoPortal, pada tahun 2020 jumlah nilai pengeluaran yang disumbangkan oleh sektor pertanian agrofood di daerah Segamat adalah sebanyak 58,536.4 metrik tan dengan nilai RM169,764,924.30. Pada tahun 2021 hingga Oktober, nilai pengeluaran adalah sebanyak 38,190.98 metrik tan dengan nilai RM124,565,960.96. Pada masa yang sama... YB Timbalan Speaker : Yang Berhormat, 1 minit lagi ya. YB Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar: Insya-Allah. Pada masa yang sama terdapat 740 pengusaha yang mengusahakan penternakan ruminan termasuk penternak lembu pedaging, lembu tenusu, kerbau, kambing dan bebiri. Manakala terdapat 45 ladang ternakan unggas di daerah Segamat. Dalam subsektor pertanian, perikanan pula terdapat 22 penternak yang mengusahakan pelbagai ternakan. Dan, terdapat 159 orang nelayan darat yang berdaftar di bawah Jabatan Perikanan. Hasrat untuk membangunkan daerah Segamat sebagai hab pertanian adalah konsisten. Ini adalah selari berdasarkan gabungan pelan utama pembangunan pada peringkat negara, negeri dan daerah seperti RMK-12, Pelan Pembangunan Mampan Johor, Pelan Pertumbuhan Strategik Johor dan Rancangan Tempatan Daerah Segamat. Ianya ditambah lagi dengan kemasukan daerah Segamat di dalam Wilayah ECER yang menjadikan Segamat sebagai hab bioteknologi dan perniagaan tani sebagai salah satu prospek utama pembangunan daerah Segamat menjelang tahun 2030. Dalam usaha untuk menjadikan daerah Segamat sebagai Agriculture Power House dengan izin di Johor dan Malaysia amnya, terdapat 22 strategi perancangan dan pembangunan telah disenaraikan. Yang Berhormat Puan Speaker, insya-Allah hasrat bagi membangunkan daerah Segamat sebagai hab pertanian akan dibangunkan dari semasa ke semasa. Secara berfasa, sama ada dalam jangka pendek, sederhana dan panjang. Sebagai contoh, pada tahun ini Jabatan Pertanian melalui pelbagai sumber peruntukan telah membangunkan sektor pertanian di daerah Segamat dengan jumlah peruntukan RM975,827.00. Malahan saya ingin maklumkan pada pagi ini, rombongan tuan Pegawai Daerah Segamat telah membuat kunjungan ke Pejabat Jabatan Pertanian Negeri Johor untuk mendapatkan maklumat lanjut rancangan pembangunan daerah Segamat sebagai hab pertanian negeri Johor. Yang Berhormat Puan Speaker, sekali lagi saya ingin tekankan, kerajaan bukan sahaja menggalakkan penglibatan awam dalam sektor pertanian. Tetapi, kerajaan kini dalam usaha melonjakkan industri pertanian melalui Agenda Jaminan Bekalan Makanan negeri Johor ke arah menjadikan Johor sebagai Bakul Makanan Negara dan Antarabangsa. Pendekatan adalah secara inklusif dengan melibatkan pengusaha dalam skala yang besar, sederhana mahupun kecil. Yang Berhormat Puan Speaker, saya mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan dan keprihatinan semua Ahli Dewan yang sama-sama ingin melihat agenda ini menjadi kenyataan. Dan, semoga iltizam politik yang diiringi dengan perancangan dan dasar yang mampan ini akan menjadi kenyataan. Yang Berhormat Puan Speaker, untuk ingatan diri sendiri dan semua, meskipun masa lalu terkadang menimbulkan luka yang membekas, cubalah untuk selalu mengambil pelajaran serta hal baik daripada momen-momen tersebut. Tapi realitinya, kita mungkin boleh memaafkan tapi kita sukar untuk melupakan. Terima kasih Yang Berhormat Speaker. YB Timbalan Speaker : Ahli-Ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna dan Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan membuat penggulungan pada hari Ahad, 28 November 2021.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 357

Persidangan ini saya tangguhkan sehingga hari Ahad, 28 November 2021 jam 9.30 pagi. Persidangan ditangguhkan pada jam 5.05 petang.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 358

PENYATA RASMI MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 HARI KETUJUH AHAD, 28 NOVEMBER 2021 BIL. 12 TAHUN 14

HADIR YB Speaker,

Tuan Haji Suhaizan bin Kaiat

YAB Menteri Besar (Pengerusi Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan, Perancangan dan Pembangunan Ekonomi)

Dato’ Haji Hasni bin Mohammad, SPMJ., PGDK., KMN., PIS., AMN., PSI. (Benut)

YB Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar

Bandar Datuk Haji Samsolbari bin Jamali, DMSM., KMN., PIS.

(Semarang)

YB Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Tuan Haji Mazlan bin Bujang

(Puteri Wangsa)

YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Tuan Vidyananthan a/l Ramanadhan, AMN., PSI.

(Kahang)

YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Tuan Haji Tosrin bin Jarvanthi, PIS., BSI., AMN.

(Bukit Permai)

YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tuan Haji Ayub bin Jamil, PIS.

(Rengit)

YB Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Tuan Haji Mohd Solihan bin Badri

(Tenang)

YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Puan Zaiton binti Haji Ismail, PIS., PPN.

(Sungai Balang)

YB Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Datuk Onn Hafiz bin Ghazi, PMW.

(Layang-Layang)

YB Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia

Datuk Mohd. Izhar bin Ahmad, DPSM. (Larkin)

YB Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna

Dr. Chong Fat Full (Pemanis)

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 359

YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin, PSM., SPMJ., SPSA., SPMP., SUNS.,

SPDK., PNBS., SMJ., PIS., BSI., SAHM. (Gambir)

YB Dato’ Dr. Sahruddin bin Haji Jamal, DMIJ.

(Bukit Kepong)

YB Dato’ Zulkurnain bin Haji Kamisan, DIMP., PJK., PSI. (Sri Medan)

YB Tuan Haji Abd Taib bin Abu Bakar, PIS., AMN.

(Machap)

YB Dato' Ir. Syed Sis bin Syed A Rahman, DSNS. (Tanjung Surat)

YB Tuan Raven Kumar a/l Krishnasamy

(Tenggaroh)

YB Datuk Md Othman bin Yusof, DMSM., DSM. (Kukup)

YB Dato’ Zahari bin Sarip, DIMP.

(Buluh Kasap)

YB Dato’ Sharifah Azizah binti Dato’ Syed Zain, DIMP., AMN., KMN., PIS., JP. (Penawar)

YB Puan Nor Rashidah binti Ramli

(Parit Raja)

YB Puan Rashidah binti Ismail (Pasir Raja)

YB Kapt (B) Haji Najib bin Lep

(Bukit Pasir)

YB Dato’ Che Zakaria bin Mohd. Salleh, DIMP. (Permas)

YB Tuan Haji Rasman bin Haji Ithnain

(Sedili)

YB Tuan Haji Rosleli bin Jahari (Johor Lama)

YB Puan Hajah Alwiyah binti Talib, PIS.

(Endau)

YB Tuan Haji Aminolhuda bin Haji Hassan (Parit Yaani)

YB Dato’ Seri Haji Salahuddin bin Ayub, DSPN., DGSM.

(Simpang Jeram)

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 360

YB Tuan Tan Chen Choon (Jementah)

YB Tuan Jimmy Puah Wee Tse

(Bukit Batu)

YB Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah (Bekok)

YB Tuan Mohd Khuzzan bin Abu Bakar

(Semerah)

YB Sr. Dzulkefly bin Ahmad (Kota Iskandar)

YB Cik Liow Cai Tung

(Johor Jaya)

YB Tuan Haji Sheikh ‘Umar Bagharib bin Ali (Paloh)

YB Puan Gan Peck Cheng

(Penggaram)

YB Dr. Sulaiman bin Mohd. Nor (Kemelah)

YB Tuan Gopalakrishnan a/l Subramaniam

(Tiram)

YB Tuan Tan Hong Pin (Skudai)

YB Tuan Ee Chin Li

(Tangkak)

YB Puan Hajah Nor Hayati binti Bachok (Maharani)

YB Tuan Md. Ysahrudin bin Kusni

(Bukit Naning)

YB Tuan Chen Kah Eng (Stulang)

YB Tuan Muhammad Taqiuddin bin Cheman

(Pulai Sebatang)

YB Tuan Muhamad Said bin Jonit (Mahkota)

YB Tuan Yeo Tung Siong

(Pekan Nanas)

YB Khairuddin bin A. Rahim (Senggarang)

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 361

YB Tuan Cheo Yee How (Perling)

YB Puan Chew Peck Choo

(Yong Peng)

YB Ir. Dr. Faizul Amri bin Adnan (Serom)

YB Tuan Ng Yak Howe

(Bentayan)

YB Tuan Tee Boon Tsong (Senai)

YB Tuan Chew Chong Sin

(Mengkibol)

TURUT HADIR

(MENURUT FASAL 6(3) BAHAGIAN KEDUA UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN NEGERI JOHOR)

YB Setiausaha Kerajaan Johor.

Dato’ Haji Azmi bin Rohani, SPMJ., DMIJ., PIS.

YB Penasihat Undang-Undang Negeri Johor. Tuan Amir bin Nasruddin

YB Pegawai Kewangan Negeri Johor.

Dato’ Haji Salehuddin bin Haji Hassan, DMIJ., SIJ., PIS.

TIDAK HADIR (DENGAN MAAF)

YB Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian,SPMJ., DSNS., AMN., PIS. (Kempas)

YB Tuan Hahasrin bin Hashim

(Panti)

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 362

Persidangan bermula jam 9.30 pagi. YB Speaker mengetuai Persidangan. DOA. (Penolong Jurutulis membaca doa). Jurutulis : PEMASYHURAN DARIPADA YANG BERHORMAT TUAN SPEAKER. YB Speaker : Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. (Bacaan selawat). Hari ini kita hari terakhir menyambung Mesyuarat Kedua (Belanjawan 2022) Bagi Penggal Persidangan Keempat Dewan Negeri Johor Yang Ke-14. Jurutulis : SOALAN-SOALAN LISAN. YB Speaker : Jemput YB Kemelah. YB Dr. Sulaiman bin Mohd. Nor (Kemelah) : Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya soalan nombor 1. Apakah perkembangan terkini isu elaun imam yang baharu dilantik sekitar satu tahun lepas, bilal dan noja masjid-masjid di negeri Johor yang belum mendapat pembayaran elaun mereka? YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam : Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker dan Yang Berhormat sahabat saya Kemelah. Kerajaan negeri sangat mengambil berat soal kebajikan pegawai-pegawai masjid dan surau atas sumbangan khidmat bakti dalam mengimarahkan masjid dan surau. Untuk makluman Yang Berhormat Tuan Speaker dan Kemelah, jumlah pegawai masjid dan surau bagi seluruh negeri Johor yang menerima elaun daripada kerajaan negeri dan JAKIM adalah seramai 6,844 orang. Peruntukan bagi tahun 2021, untuk membayar elaun adalah sebanyak RM27.5 juta iaitu RM15.769 dari JAKIM, RM6.134 juta dari kerajaan negeri dan RM5.628 juta daripada MAIJ (Majlis Agama Islam Negeri Johor). Bagi tahun 2020, Majlis Agama Islam Negeri Johor melalui Jabatan Agama Islam Negeri Johor untuk makluman Yang Berhormat Tuan Speaker dan Kemelah, telah melantik 326 orang pegawai masjid dan surau yang baharu. Dan berdasarkan rekod pembayaran elaun, mereka telah mula menerima elaun tersebut sejak tahun lepas kecuali seorang imam dari daerah Segamat yang bernama Mohd. Ruzi bin Daud yang terlewat menerima elaun. Walau bagaimanapun, isu tersebut telah diselesaikan dan penama telah menerima elaun mulai 25 November yang lepas dengan tunggakan bayaran dari bulan Mac 2021 yang berjumlah RM7,650.00 sebagaimana kelulusan daripada pihak JAKIM. Jabatan Agama Islam sentiasa berusaha untuk mempercepatkan pembayaran elaun pegawai masjid dan surau. Mulai bulan Julai 2021, Jabatan Agama Islam telah mengecualikan dokumen-dokumen sokongan dengan kebenaran Pegawai Kewangan Negeri pada setiap tuntutan elaun supaya tidak membebankan pegawai masjid dan surau dan seterusnya mempercepatkan proses pembayaran. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. YB Speaker : Ya Kemelah, soalan tambahan.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 363

YB Dr. Sulaiman bin Mohd. Nor (Kemelah) : Terima kasih kepada YB EXCO atas jawapan. Boleh jika ada di sini iaitu bilangan bilal dan noja yang telah, ataupun yang masih belum menerima elaun mereka? Sebab ini kali kedua saya bangkitkan dalam Dewan. Terima kasih. YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam : Yang Berhormat Tuan Speaker dan terima kasih sahabat saya Kemelah. Saya nak bacakan satu-persatu terlalu tebal Yang Berhormat Tuan Speaker. Yang pertamanya senarai penerima one-off Pre Ihsan Johor Tahun 2021 pegawai-pegawai masjid imam 1, 2, bilal dan noja, pegawai surau, qoriah imam dan bilal bagi daerah Segamat pun ada di sini. Saya akan hantar semua dokumen ini kepada Yang Berhormat Kemelah. Dan untuk makluman Ahli Dewan juga, saya akan menghantar senarai nama-nama imam, bilal dan masjid bagi semua ADUN-ADUN dalam Dewan Undangan Negeri ini. Bagi pemakluman mereka tentang senarai penerima bayaran one-off bagi tahun 2020 juga ada senarai di sini dan juga senarai bagi baucar pembayaran elaun kerajaan negeri Johor untuk imam, pegawai masjid bagi seluruh negeri Johor bagi tahun 2020 akan kami hantar kepada ADUN sekalian. Sekian, Yang Berhormat Tuan Speaker. YB Speaker : Soalan yang seterusnya Yang Berhormat Tiram, jemput. Eh, sorry Stulang, minta maaf. Yang Berhormat Stulang. YB Tuan Chen Kah Eng (Stulang) : Yang Berhormat Speaker, soalan saya nombor 2. Adakah perkembangan atau rancangan untuk melaksanakan pembayaran elektronik bas awam negeri Johor? YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur : Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker dan Yang Berhormat Stulang. Program Bas Muafakat Johor ataupun singkatannya BMJ telah lama menggunakan sistem pembayaran tanpa tunai sejak dikenalkan lagi. Pada awalnya, pengguna BMJ menggunakan sistem kad Muafakat Johor untuk menggunakan perkhidmatan ini sebelum ditukar kepada sistem kad pengenalan untuk warganegara. Bagi pelajar warga asing, mereka boleh menggunakan Kad Muafakat Johor dengan bayaran RM30.00 sahaja untuk setahun. Bagi Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-Henti ataupun SBST yang akan dibuat di kawasan Iskandar Malaysia bermula tahun depan. Pihak Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah memaklumkan untuk menggunakan sistem bayaran tambang tanpa tunai seperti program SBST di negeri-negeri lain. Sistem Bas Rapid Transit (BRT) di Iskandar Malaysia yang dijangka bermula beroperasi pada tahun 2024 akan menggunakan sistem bayaran elektronik atau tanpa atau tambang tanpa tunai sepenuhnya. Ke semua bas perantara ini seperti di laluan trunk line, direct line dan feeder line sistem BRT dengan izin, akan menggunakan pembayaran tanpa tunai. Kesimpulannya, negeri Johor telah bersedia dan dalam perancangan untuk menggunakan pembayaran secara elektronik atau tambang tanpa tunai di dalam pengangkutan awam terutama perkhidmatan bas. Perancangan penggunaan pembayaran tanpa tunai pada

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 364

pengangkutan awam ini dilihat lebih efisien dan memudahkan pengurusan kewangan. Langkah itu juga dapat menyokong usaha kerajaan untuk mempercepatkan agenda nasional ke arah merealisasikan masyarakat tanpa tunai yang menjadi sebahagian aspirasi kerajaan untuk meningkatkan kecekapan sistem pembayaran di negeri Johor. Sekian, terima kasih. YB Speaker : Ya Stulang, soalan tambahan. YB Tuan Chen Kah Eng (Stulang) : Terima kasih YB EXCO jawapan yang diberikan. Sebagaimana yang kita sedia maklum, penggunaan sistem e-payment, sistem pembayaran elektronik ini boleh memantapkan pengurusan. Selain itu, dia juga boleh membantu dalam turun naik bas agar lebih cepat dan mengurangkan kesesakan. Jadi, walau bagaimanapun saya rasa implementasi sistem pembayaran elektronik ini untuk bas, untuk syarikat-syarikat bas yang lebih kecil dan juga pemasangan ataupun penukaran daripada kaedah manual kepada sistem pembayaran elektronik ini memerlukan kos. Jadi agak-agaknya apakah insentif ataupun langkah-langkah daripada kerajaan untuk membantu syarikat-syarikat bas yang lebih kecil untuk menukar daripada sistem manual ke sistem pembayaran elektronik dan apakah jangka masa yang dirancangkan untuk menukarkan sistem tersebut? Sekian, terima kasih. YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur : Terima kasih Stulang atas soalan tambahan. Buat masa ini, pelaksanaannya ialah melibatkan perkhidmatan bas yang ada peranan kerajaan di dalamnya seperti BMJ, bas berhenti-henti yang akan diperkenalkan tahun depan, BRT malah LRT. Untuk perkhidmatan swasta, buat masa ini dalam peringkat kajian oleh pihak-pihak berkenaan dan sekiranya memerlukan bantuan atau perkhidmatan sokongan daripada sama ada PAJ ataupun kerajaan negeri secara langsung, sudah pasti kita boleh menilai dan memperuntukkan peruntukan yang sesuai bagi pelaksanaannya di negeri Johor. Terima kasih. YB Speaker : Soalan seterusnya Yang Berhormat Tiram jemput. YB Tuan Gopalakrishnan a/l Subramaniam (Tiram) : Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 3. Apakah tindakan kerajaan untuk mengeratkan perpaduan antara kaum? YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna : Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker dan terima kasih kepada sahabat saya Yang Berhormat Tiram. Kementerian Perpaduan Negera (KPN) telah membangunkan Dasar Perpaduan Negara (DPN) dan Rangka Tindakan Perpaduan Negara 2021 hingga 2030 yang telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 15 Februari 2021. Objektif utama DPN adalah untuk mengukuhkan perpaduan dan integrasi nasional berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Oleh itu, kerajaan mempunyai hala tuju yang jelas untuk mencapai objektif ini di mana semua program dan aktiviti akan dilaksanakan hendaklah berpandukan kepada dasar-dasar ini termasuk Pelan Pembangunan Mampan Johor (PPMJ) 2030.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 365

Untuk pelaksanaan dan pemantauan gerak kerja, 4 peringkat jawatankuasa telah ditubuhkan sebagai tadbir urus baharu iaitu : 1. Majlis Penasihat Perpaduan Negara di peringkat kebangsaan dipengerusikan oleh

Menteri Kanan Pendidikan; 2. Jawatankuasa Pelaksana Perpaduan Negara ataupun Jawatankuasa Perpaduan

MExUnity di peringkat kementerian dipengerusikan oleh Menteri Perpaduan Negara; 3. Jawatankuasa Tindakan Perpaduan Negeri (JKTPN) di peringkat negeri

dipengerusikan oleh EXCO Perpaduan; dan 4. Jawatankuasa Permuafakatan Perpaduan Komuniti (JKPPK) di peringkat daerah yang

akan dipengerusikan oleh Pegawai Daerah. Sekian, terima kasih. YB Speaker : Ya Tiram. YB Tuan Gopalakrishnan a/l Subramaniam (Tiram) : Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih kepada EXCO sahabat saya. Saya amat memahami aktiviti-aktiviti tersebut. Apa yang saya disarankan di sini, bukan sahaja program-program yang tertentu boleh mengeratkan perpaduan kaum, tetapi apa yang dimaklum bahawa daripada masyarakat akar umbi, diskriminasi dalam sesuatu pelaksanaan sepertimana pendidikan, sepertimana belanjawan, peruntukan kepada semua saksama ataupun adil akan menentukan perpaduan kaum. Sepertimana dalam pengambilan untuk sukan juga, boleh sekiranya saksama akan menentukan pererat perpaduan kaum. Sepertimana contohnya yang berlaku kepada Kishona, pemain badminton yang di curse oleh sesuatu group untuk racist curse. Jadi keadaan-keadaan macam gini, bagaimana kita nak menangani masalah-masalah ini untuk mengeratkan perpaduan kaum. Satu ialah diskriminasi, nombor satu ialah racist curse dengan izinnya. Terima kasih. YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna : Terima kasih Yang Berhormat Tiram. Sebenarnya dasar kita sudah ada. Dan program-program kita ada banyak program, nanti saya akan ada 9 sebenarnya, kalau saya akan bagi jawapan ini secara bertulis pada YB Tiram. Selain daripada itu, apa yang dibangkitkan oleh YB Tiram ini, dia bukan bawah skop perpaduan, dia libatkan skop kementerian yang lain ataupun EXCO yang lain. So, tapi macam mana, pun apa yang saya boleh jawab di sini adalah Kementerian Perpaduan ataupun bagi bawah EXCO Perpaduan adalah satu agensi di bawah Kementerian, so apa-apa yang dilaksanakan oleh negeri kita kena ikutlah, dipandukan dengan dasar dan dia ada hala tuju yang ditetapkan. Dan selain daripada itu, itulah bukan di bawah portfolio saya. Terima kasih. YB Tuan Gopalakrishnan a/l Subramaniam (Tiram) : Terima kasih Tuan Speaker. Yang Berhormat EXCO, itu konsep-konsep Bangsa Johor yang digunakan selalunya. Adakah konsep ini diguna dalam dasar kerajaan? Kalau boleh beri 1, 2 misalan. Terima kasih. YB Speaker : Jemput Yang Berhormat.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 366

YB Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna : Terima kasih YB Bekok. Konsep bangsa Johor ini ia sering digunakan di Johor. Tapi di peringkat kementerian ini adalah satu konsep di negeri Johor dan dia tidak termasuk dalam dasar negara tapi di Johor sering kita guna dan saya juga sangat mengalu-alukan EXCO-EXCO lain ke ataupun ADUN-ADUN kita, Johor kita beza kita selalu guna konsep Bangsa Johor dan “Muafakat Itu Berkat” ini memang tag line Johor dan memang di semua program yang digunakan di semua ucapan yang saya berucap saya sering guna tag line ini Bangsa Johor. Dan saya rasa ini satu yang kita dapat mengeratkan sekurang-kurangnya di Johor kita dapat mengeratkan keharmonian semua bangsa di negeri Johor. Terima kasih. YB Speaker : Soalan seterusnya Yang Berhormat Kemelah, jemput. YB Dr. Sulaiman bin Mohd. Nor (Kemelah) : Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya soalan nombor 4. Apakah usaha kerajaan negeri mempromosi pelancongan khususnya di daerah Segamat yang mempunyai daya tarikan dalam bidang eko dan agro pelancongan? YB Speaker : Bukit Naning jemput. YB Tuan Md. Ysahruddin bin Kusni (Bukit Naning) : Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya soalan nombor 5. Bagaimana kadar pelancongan dalam daerah Muar, sepanjang Fasa Pemulihan Negara 1 sehingga 4 dan cara-cara untuk meningkatkan di masa akan datang. YB Speaker : Semerah jemput. YB Tuan Mohd. Khuzzan bin Abu Bakar (Semerah) : Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya soalan nombor 6. Apakah perancangan Tourism Johor bagi menjual produk pelancongan makanan dan kebudayaan seluruh negeri Johor untuk tahun 2022 terutama di daerah Batu Pahat. YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan : Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, Salam Bangsa Johor. Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Kemelah, Bukit Naning dan juga Semerah atas soalan-soalan yang telah dikemukakan. Izinkan saya menjawab secara bersekali. Yang Berhormat Tuan Speaker untuk pelancongan daerah Segamat secara khususnya Tourism Johor telah giat mempromosikan pelbagai produk yang ada di daerah Segamat menerusi laman-laman sosial, instragram dan juga facebook. Lokasi air terjun menarik di Segamat seperti Air Terjun Takah Pengkoi, Bekok, Air Terjun Sungai Bantang, Air Terjun Taka Melor, Labis. Selain itu kita juga mempromosikan Labis Sunrise Farm. Dalam masa yang sama Tourism Johor juga telah mengadakan lawatan ke beberapa tapak projek pelancongan yang dinaik taraf bersama agensi berkaitan pada bulan Oktober yang lalu meliputi lawatan kerja ke Bukit Jementah, Mercu Tanda KM 0 Segamat, Taman Rekreasi Sungai Kapeh, Taman Rekreasi Batu Hampar, Mercu Tanda Pelancongan Serta Pencahayaan di laman Warisan Johor dan sebagainya. Untuk makluman sidang Dewan yang mulia ini daerah Segamat mempunyai potensi yang sangat besar untuk dibangunkan sebagai sebuah pusat pelancongan yang utama. Antara usaha-usaha yang telah direncanakan di bawah Pejabat Daerah Segamat, Majlis Daerah Segamat dan juga Tourism Johor adalah seperti berikut:

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 367

Menaik taraf bandar Segamat sebagai bandar warisan, membina taman rekreasi, gerai-gerai buah-buahan bermusim dan gerai makan serta kelengkapan yang berkaitan di laluan utama Segamat ke Gemas. Produk Durio Tourism @ Segamat juga dipromosikan. Daerah Segamat juga dalam usaha untuk mewartakan Taman Negara Johor – Endau – Rompin sebagai Asian Heritage Park dan warisan kebangsaan. Untuk daerah Muar pula sebagaimana Dewan yang mulia ini sedia maklum, negeri Johor baru sahaja beralih ke fasa 4 pada 25 Oktober 2021. Namun demikian negeri Johor melalui Tourism Johor giat mempromosikan daerah Muar. Setakat ini jumlah kedatangan pelancong ke daerah Muar pada tempoh fasa 1 hingga 4 adalah seperti berikut: Untuk fasa 1 hingga 3 sejumlah 2,198 pelancong hadir di daerah Muar. Daripada 25 Oktober pula apabila kita memasuki fasa ke 4, jumlah pelancong adalah sebanyak 7,619 orang. Ini membuktikan bahawa kadar peratusan bagi Muar, pelancongan Muar telah meningkat sebanyak 80% susulan kebenaran merentas negeri yang telah diumumkan pada 11 Oktober 2021. Pejabat Daerah Muar dan Majlis Perbandaran Muar juga bakal menaik taraf beberapa kawasan tumpuan pelancongan bagi menarik lagi minat pelancong untuk datang ke daerah Muar. Antara projek-projek yang telah direncanakan adalah seperti berikut:- 1. Membina Restoran Terapung Tanjung Olak di bawah Tourism Johor. 2. Menaik taraf Dataran Tanjung Olak di bawah PERMERKASA 3. Menganjurkan program Karnival Eksplorasi Bukit Kepong 4. Membina kemudahan Medan Selera Asam Pedas Parit Jawa di Pantai Lekas. Bagi Batu Pahat pula Johor tidak boleh menafikan bahawa ia mempunyai kekayaan dari segi budaya dan warisan dan ia sangat sinonim dengan tarian zapin, barongan, muzik ghazal dan ia berjaya memukau pelancong dari luar dan dalam negara. Kekayaan budaya di Johor merupakan satu yang kita sentiasa promosikan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pada tahun ini Tourism Johor telah melancarkan projek ataupun program Yok Round Johor khususnya bagi mempromosikan pelancongan di daerah-daerah negeri Johor melalui medium sosialnya termasuklah untuk daerah Batu Pahat. Tourism Johor juga telah menyediakan video khas mempromosikan keunikan makanan yang ada di daerah Batu Pahat. Tidak cukup hanya dengan Yok Round Johor pada tahun lepas, Tourism Johor melalui Program Majestic Johor telah menyediakan tayangan video keunikan daerah-daerah di Johor yang telah disiarkan di Astro. Untuk makluman Yang Berhormat sekalian, sebagaimana yang telah saya maklumkan tayangan Majestic ini telah mencecah 3.8 juta penonton. Bagi merancakkan lalgi industri pelancongan terutama mempromosikan budaya dan makanan di Batu Pahat, Pejabat Daerah Batu Pahat juga telah merancang untuk melaksanakan satu wilayah ekonomi, antara 3 daerah di Indonesia iaitu Bengkalis, Meranti dan juga Pekan Baru. Usaha ini telah dimaktub dalam hala tuju Pembangunan Daerah Batu Pahat 2022 - 2024. Sebagai perancangan kerajaan negeri melalui Tourism Johor kita akan mengoptimumkan penggunaan platform Johor Tourism Interchange dalam usaha kita untuk mempromosikan produk-produk pelancongan di daerah. Peruntuk sebanyak RM300,000.00 yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat bagi JTI bagi tahun 2022 akan lebih fokus ke arah mempromosikan JTI bagi memastikan aplikasi ini digunapakai sebaik mungkin oleh pelancong-pelancong tempatan dan juga antarabangsa. Selain daripada itu, Tourism Johor mempunyai perancangan untuk menganjurkan Festival Bangsa Johor di mana pengisian utama festival ini adalah untuk mempromosikan makanan, kebudayaan dan kesenian negeri Johor. Setiap daerah akan berpeluang untuk menonjolkan keunikan tempatan dan saya ingin menjemput semua Ahli Yang Berhormat sekalian untuk turut bersama dalam festival bangsa ini. Insya-Allah, perancangan adalah untuk

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 368

mengadakan festival ini pada bulan Ogos tahun depan. Tourism Johor juga berhasrat untuk menjadikan karnival ini sebagai signature event Johor setiap tahun, insya-Allah. YB Speaker : Ya Kemelah, jemput soalan tambahan. YB Dr. Sulaiman bin Mohd. Nor (Kemelah) : Terima kasih kepada YB EXCO atas penerangan yang panjang lebar. Soalan saya adalah apakah unjuran jumlah bilangan pelancong yang diunjur ke daerah Segamat bagi tahun 2022? Terima kasih. YB Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan : Yang Berhormat, soalan Kemelah pada asalnya adalah tentang mempromosi pelancongan untuk daerah Segamat dari segi sektor eko dan agro pelancongan. Untuk data Yang Berhormat perlukan saya perlu bagi dalam bertulis, terima kasih. YB Speaker : Ya Semerah, jemput soalan tambahan. YB Tuan Mohd. Khuzzan bin Abu Bakar (Semerah) : Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat EXCO atas jawapan yang diberikan dan kita tahu bahawa daerah Batu Pahat seperti yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat EXCO mengenai berbagai seperti warisan bangunan, makanan dan budaya. Kalau kita lihat di Johor ni untuk buat gambus tinggal 2 di Johor iaitu satu di Kampung Rahmat dan satu lagi di Parit Hailam. Industri kompang pun ada juga di Batu Pahat di kawasan Parit Raja dan makanan di Batu Pahat macam-macam ada, nasi beriani, asam pedas dan sebagainya dan kita lihat perancangan Yang Berhormat tadi melalui Majestic Johor yang mana kita mendapat capaian hingga 3.8 juta penonton dan satu lagi ialah Yok Round Johor. Jadi dalam program Yok Round Johor ini, apakah hasil dan keberkesanannya untuk memastikan bahawa pelancong dalam negeri dan luar negeri akan dapat bersama kita pada tahun 2022 nanti dan seterusnya. YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan : Terima kasih Yang Berhormat Semerah atas soalan tambahan. Dari segi mempromosikan makanan dan juga kebudayaan di peringkat daerah Batu Pahat ini seperti yang disebut tadi Yok Round Johor, Majestic Johor, Johor Tourism Interchange, ini semua adalah platform-platform yang digunakan oleh kerajaan negeri untuk mempromosikan produk-produk pelancongan bukan sahaja untuk daerah Segamat tetapi untuk seluruh negeri Johor dan semasa lawatan Yang Amat Berhormat Menteri Besar ke setiap daerah baru-baru ini setiap daerah mempunyai perancangan hala tuju khususnya untuk pelancongan, setiap daerah. Dan di peringkat daerah itu dia dah ada sasaran dari segi apa yang nak dipromosikan. Jadi hubungan kita dengan daerah khususnya DO adalah sangat penting untuk promosikan produk-produk pelancongan ini. Dan untuk tahun depan baucar-baucar pelancongan juga akan dibuat dan semua daerah di negeri Johor akan mendapat tempiasnya. Sebagai contoh baucar pelancongan negeri Johor yang dilancarkan pada bulan lepas 15,000 baucar semua habis dijual dan antara baucar, baucar ini termasuklah untuk mereka yang berada di kawasan Batu Pahat. Jadi sektor pelancongan di Batu Pahat pun menerima manfaatnya. Jadi pelbagai usaha Yang Berhormat dilakukan untuk menjayakan inisiatif di setiap daerah termasuklah di Batu Pahat. Terima kasih. YB Speaker : Soalan seterusnya, Yang Berhormatnya Paloh, jemput. YB Tuan Haji Sheikh 'Umar Bagharib bin Ali (Paloh) : Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan Paloh nombor 7 dan nombor 8. Berapakah jumlah peruntukan yang telah dikeluarkan untuk tujuan memperbaiki sistem perparitan di taman-taman perumahan bawah seliaan MPK bagi kawasan Paloh? Sila

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 369

nyatakan perincian lokasi pembaikian yang telah dilakukan tersebut berserta kos yang terlibat. Apakah status pembaikpulihan padang awam Paloh yang terletak sebelah stesen minyak Petron Paloh? Apakah speksifikasi baik pulih, berapakah kos, apakah garis masa proses pembaikpulihan, bila dijangka siap dan siapakah kontraktor yang terlibat? YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih di atas soalan yang dikemukakan oleh Paloh. Dengan izin Yang Berhormat Tuan Speaker, saya nak ucapkan terima kasih kepada Paloh kerana hari ini pagi ini dia membekalkan kopi, Chamek kopi dan tentu rasanya sedap. Ada cadangan daripada Paloh nak tukar Chamek Kopi kepada Paloh Kopi, sebab Rengit dia dah ada Rengit Kopi setanding dengan Starbuck, Coffee Bean, White Coffee. Kalau ada cadangan saya ingat Paloh Kopi, Rengit Kopi dalam Dewan ini dah ada 2 branding yang menarik. Terima kasih Yang Berhormat Speaker, terima kasih kepada Paloh. Izinkan saya menjawab bersekali 2 soalan yang dikemukakan oleh Paloh. Soal tentang peruntukan yang telah dikeluarkan bagi tujuan membaiki sistem perparitan di taman perumahan bawah seliaan MPK kawasan Paloh. Untuk makluman Yang Berhormat Tuan Speaker bagi tahun 2019 terdapat 2 projek dilaksana dengan kos sebanyak RM584,402.00 bagi tahun 2019. Bagi tahun 2020 terdapat 5 projek dilaksanakan dengan kos sebanyak RM773,673.00. Bagi kedua-dua ini, 7 projek ini menelan belanja RM1.358 juta. Dia melibatkan kawasan-kawasan kerja-kerja membaik pulih pembentung di Jalan Kok Hong, Paloh, RM184,000.00, saya ambil angka yang genap Yang Berhormat ye, tak payah. Nombor 2, kerja-kerja membaik pulih jalan, bahu jalan dan longkang di Cawangan Paloh, Kluang, Taman Paloh, Taman Melawati, Taman Murni, Taman Wijaya, Taman Kota Paloh, Kampung India dan Pekan Paloh, RM400,000.00. Bagi tahun 2020, kerja-kerja ialah membaik pulih longkang, jalan di Taman Kota Paloh dan sekitarnya RM467,000.00. Kerja-kerja penyenggaraan pembentung dan longkang di Jalan Biru 5, Taman Melati, Paloh, RM186,000.00. Kerja-kerja menyenggarakan longkang tepi jalan di Jalan Murni 12, Taman Murni, Paloh, RM50,000.00. Kerja-kerja menjalankan temboh penahan di Jalan Kampung Aman, Paloh, RM50,000.00 dan kerja-kerja membaik pulih longkang dan tembok penahan di Jalan Melati dan Jalan Melor, Taman Wijaya, Paloh RM20,000.00. Nilai bagi kedua-dua projek bagi tahun 2019 hingga 2020 ialah RM1.38 juta. Soalan seterusnya, ialah berkaitan dengan status pembaik pulih Padang Awam Paloh yang terletak di Stesyen Minyak Petron Paloh, spesifikasi baikpulihnya berapa kosnya dan garis masa proses pembaikpulih? Bila jangka siap dan siapa kontraktor yang terlibat? Itu soalan daripada Paloh. Untuk makluman Dewan yang mulia, Yang Berhormat Tuan Speaker, kerja-kerja baik pulih Padang Awam Paloh yang berkeluasan 7,696 meter square ni ukuran dia, 104 meter kali 74, sedang dilaksanakan oleh kontraktor Tetuan Inchase Enterprise, kos RM287,000.00. Tempoh penyiapannya ialah 8 minggu. Tempoh penyenggaraan selama 3 bulan mulai tarikh 20 Disember 2021 hingga 24 Januari 2022. Spesifikasi kerja-kerja naik taraf padang awam ini ialah kerja awalan, kerja naik taraf, scrub, bekalan, rata tanah, saya ingat details ini Yang Berhormat tak perlu saya jelaskan termasuklah kerja pembaikan yang merangkumi senggara rumput, baja, kerja-kerja infrastruktur, bekalan dan pasang pagar jenis anti climbing, bekal dan pasang pintu pagar utama, sliding gate. Untuk makluman Yang Berhormat Paloh, pada tahun depan bagi Taman Perdana seperti Yang Berhormat bangkitkan dan beberapa isu perparitan, Yang DiPertua Majlis telah memaklumkan kepada saya telah memasukkan dalam perancangan bagi Taman Perdana tu

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 370

dan perparitan lebih kurang anggaran dia RM1.2 juta pada tahun depan ini rezeki Palohlah sebab walaupun telah dibangkit tetapi dalam Bajet Pembangunan telah dimasukkan. Itu sahaja Yang Berhormat Tuan Speaker, jawapan saya. YB Speaker : Ya, Paloh, soalan tambahan. YB Tuan Haji Sheikh 'Umar Bagharib bin Ali (Paloh) : Terima kasih Yang Berhormat Speaker, terima kasih Yang Berhormat EXCO atas jawapan yang telah diberikan. Soalan tambahan Paloh, Paloh ini, bukanlah satu pekan yang besarlah dengan kedudukan Paloh ini pada saya hanyalah bandar yang sub sahaja berbanding dengan Kluang itu sendiri. Tetapi dengan jumlah peruntukan yang telah dinyatakan oleh YB EXCO dalam jawapan sebentar tadi, Paloh kira, itu satu jumlah yang agak besar juga, telah dikeluarkan untuk kawasan Paloh, cuma untuk taman-taman di dalam kawasan Pekan Paloh itu, kalau kita lihat dari sistem perparitannya daripada aduan-aduan yang dibuat oleh penduduk taman dan sebagainya memang dalam keadaan yang sangat-sangat membimbangkan. Paloh dah nyatakan memang bahawa ada effect daripada perparitan itu sehingga melibatkan dinding-dinding rumah mula runtuh, rekahan-rekahan dan retakan-retakan dan adakalanya apabila musim hujan, air itu sehingga dia boleh menyerap ke dalam tanah dan dia keluar daripada bukan daripada longkang lagi kadang-kadang masuk sampai ke bawah dapur di rumah penghuni di Paloh. Apakah di sana boleh Paloh dapatkan kepastian, jika di Paloh boleh mendapat peruntukan yang lebih untuk membaik pulih secara mungkin one–off dari taman ke taman pada tahun akan datang atau tengok bagaimana penjelasan daripada YB EXCO untuk memastikan permasalahan ini dapat diatasi. Terima kasih. YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Terima kasih kepada soalan tambahan Yang Berhormat Paloh. Paloh pekan kecik, Yang Berhormat eh. Rengit pun pekan kecik, Yang berhormat Paloh. Dulu pekan ni nama dia pekan koboi. Memang ada kuda, satu kuda di Rengit. Saya berkongsi sedikit pengalaman dengan izin, Yang Berhormat Tuan Speaker, kedai pun tak ada, kedai papan aje, macam zaman tahun selepas perang. Dan melalui perancangan sedikit, saya selalu gunakan pepatah, sehari selembar benang, lama-lama jadi kain, enggagement dengan komuniti itu saya rasa cukup penting, kalau kita bergantung sepenuhnya dengan bajet mungkin agak terhad, kita nak buatlah sebab bajet di peringkat Majlis pun agak kecil. Saya mulakan kerja kecik aje, buat landskap kat luar, saya bayar orang, sampah kat tepi jalan, potong rumput, tanam pokok, akhirnya hari ini, Yang Berhormat, minta maaflah bukan nak lambung masuk bakul sendiri ke tidak. Yang Berhormat Tuan Speaker, dia jadi pekan yang agak bersih walaupun kedai tak banyak, kecik aje, Yang Berhormat tapi penglibatan, enggament dengan komuniti paling-paling penting. Untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Pagoh, eh Paloh, saya nak jelaskan, tahun ini saya dah dapatkan kebenaran, izin daripada kerajaan, kita ada peruntukan BP1 di peringkat federal ye, ada siling yang diberi kepada Johor RM24 juta daripada peruntukan pembangunan BP1 ni boleh disalurkan kepada Majlis-Majlis yang kewangannya tak kukuh contoh tentang tadi Labis, Kluang, Kluang kewangannya kukuh eh, Mersing, kita gunakan peruntukan ini. Dan, saya dan berbincang dengan Kerajaan Tempatan Federal (KPKT) kalau boleh Majlis-Majlis yang dah kaya minta maaflah kepada Majlis Bandaraya Kulai, Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Majlis Daerah, Majlis Perbandaran Kulai, Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, dia tak gunakan peruntukan ini, Johor Bahru pun tak gunakan, jadi kita gunakan peruntukan ini kepada Majlis-Majlis yang kedudukan kewangannya tak kukuh, yang ni kita boleh salurkan untuk projek parit, longkang dan sebagainya. Seperti yang saya sebut tadi, bagi Pekan Paloh, Yang Berhormat pun sebut tadi, ada rumah akibat parit tu dah rosak, rumah pun beri kesan kepada rumah. Jadi, saya akan minta perhatian kepada YDP untuk memberi perhatian, jangan sampai menjejaskan keselamatan rumah, akibat parit yang tak diselenggarakan dengan baik, beri sedikit masa kepada kita, Yang Berhormat, tapi dimaklumkan kepada saya dah ada peruntukan untuk Paloh bagi sistem perparitan di Pekan Paloh termasuk taman-taman yang tadi tidak diselenggarakan dengan baik. Itu sahaja, Yang Berhormat Tuan Speaker.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 371

YB Tuan Haji Sheikh 'Umar Bagharib bin Ali (Paloh) : Tuan Speaker, boleh tambahan satu lagi? YB Speaker : Satu ajelah, Yang Berhormat. YB Tuan Haji Sheikh 'Umar Bagharib bin Ali (Paloh) : Kerana saya punya soalan dua sebenarnya dia bersekali. YB Speaker : Satu aje, satu aje. YB Tuan Haji Sheikh 'Umar Bagharib bin Ali (Paloh) : Boleh? YB Speaker : Satu, satu aje. YB Tuan Haji Sheikh 'Umar Bagharib bin Ali (Paloh) : Tak bolehlah? YB Speaker : Ada soalan lain, seterus soalan seterusnya saya persilakan, Tiram, jemput. YB Tuan Gopalakrishnan a/l Subramaniam (Tiram) : Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 9. Hampir kesemua hospital kerajaan mengalami kesesakan, masa menunggu untuk berjumpa doktor adalah terlalu lama. Apakah rancangan untuk menangani masalah ini? YB Speaker : Jemput, YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar : Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Bagi menjawab soalan Yang Berhormat Tiram, beberapa langkah telah diambil dan penambaikan dilakukan secara berterusan bagi mengurangkan kesesakan di hospital kerajaan dan mengurangkan masa menunggu untuk mendapat rawatan khususnya di klinik-klinik pakar. Pertama, bagi pesakit yang mempunyai temujanji di klinik pakar, tarikh temujanji berjumpa doktor pakar diberi berserta block masa tertentu, pesakit dinasihatkan untuk datang mengikut block masa yang ditetapkan untuk mengelakkan kesesakan. Yang kedua, tempoh tarikh janji, tempoh tarikh appointment ataupun janji temu bagi rawatan susulan di klinik pakar dijarakkan dari setiap 2 hingga 3 bulan kepada 6 hingga 8 bulan bagi pesakit yang penilaian keadaan klinikal adalah stabil dan bersesuaian. Yang ketiga, pesakit yang dirujuk ke klinik pakar, kerana mengalami komplikasi penyakit atau yang memerlukan penilaian khusus kepakaran akan dirujuk semula ke klinik kesihatan berhampiran kediaman pesakit untuk rawatan susulan seterusnya apabila keadaan status kesihatan bertambah stabil atau prosedur tertentu telah dijalankan, ini bagi mengurangkan bilangan pesakit di klinik pakar bertambah secara berterusan. Yang keempat, waktu operasi klinik tertentu diawalkan pada 7.30 pagi dan berterusan tanpa berhenti pada jam 1.00 tengahari maknanya tiada lunch breaklah. Yang kelima, apabila pesakit melakukan pemeriksaan makmal dan radiologi lebih awal dari tarikh pemeriksaan doktor. Mobilasi staf dari unit atau jabatan lain dilakukan bagi membantu operasi di klinik tertentu berdasarkan keperluan dan penilaian semasa. Yang Berhormat Speaker, pelaksanaan dan pengukuhan perkhidmatan kepakaran melalui perkhidmatan Hospital Kluster dari Ketua Kluster ataupun Lead Hospital kepada Non Lead Hospital iaitu hospital tanpa pakar ataupun hospital dengan kepakaran berkurangan

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 372

berbanding dengan Lead Hospital dilakukan. Perlaksanaan perkhidmatan hospital secara kluster ini dapat mempastikan pesakit mendapatkan rawatan kepakaran tertentu berhampiran rumah ataupun daerah masing-masing tanpa perlu mengeluarkan kos perjalanan untuk ke hospital berpakar yang jauh dan secara tidak langsung juga dapat mengurangkan masa menunggu, mendapat tarikh janji temu dan mengurangkan kesesakan di klinik pakar, hospital berpakar. Yang Berhormat Tuan Speaker, terdapat 4 zon hospital kluster di negeri Johor dan mungkin saya boleh terangkan sedikit iaitu kluster timur di mana lead hospital ialah Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru dan non lead hospital ialah Hospital Kota Tinggi dan Mersing. Kluster utara, ialah The lead hospital ialah Hospital Pakar Sultanah Fatimah dan non lead hospital ialah Hospital Segamat dan Hospital Tangkak. Di kluster barat pula ialah Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat, non lead hospital ialah Hospital Enche Besar Hajah Kalsom, Kluang. Kluster selatan ialah Sultan Aminah Johor Bahru sebagai lead hospital, non lead hospital ialah Hospital Pontian dan Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kluang. Yang Berhormat Speaker, begitu juga Jabatan Kesihatan meningkatkan lawatan kepakaran khusus ke hospital daerah bagi mengurangkan kesesakan di klinik pakar hospital utama. Ini juga antara proses yang dilakukan dan pada masa yang sama juga, penambahbaikan perkhidmatan hospital kluster dan rawatan kepakaran khusus ini sentiasa dilakukan dari masa ke semasa bagi mempastikan konsep care nearer to home, dapat dilaksanakan dengan effisien dan pesakit mendapat perkhidmatan yang berkualiti. Pada masa yang sama juga, kita menggalakkan pesakit menggunakan perkhidmatan nilai tambah yang ada, seperti mengambil ubat susulan menggunakan perkhidmatan farmasi pandu lalu, sistem pengurusan ubat bersepadu dan ubat melalui pos dan juga Program Locker For You, dilaksanakan. Terima kasih. YB Speaker : Ya, Tangkak, jemput soalan tambahan. YB Tuan Ee Chin Li (Tangkak) : Terima kasih Yang Berhormat Speaker, tadi dalam jawapan Yang Berhormat EXCO ada mengatakan terdapat beberapa hospital kluster yang di negeri Johor untuk membantu bagi hospital-hospital pakar, salah satu adalah Hospital Tangkak iaitu dinama sebagai non lead hospital kluster. Memang ini satu, satu langkah yang baik kerana selama ini terutama di daerah Tangkak, pesakit di daerah ini kebanyakan yang perlu berjumpa dengan doktor pakar perlu pergi ke Hospital Muar iaitu Hospital Sultanah Fatimah yang begitu sesak. Tetapi sejak tahun 2019, kalau tak salah, Hospital Tangkak telah dinamakan, diberi tugas sebagai satu non lead kluster tetapi fasilitinya, apa yang saya ingin sentuh hari ini, pagi ini iaitu dari data yang ada jumlah katil di Hospital Tangkak cuma ada 69 buah katil dan memandangkan Hospital Tangkak memang mempunyai ruang yang mencukupi iaitu terdapat tanah lapang lagi, jadi adakah Jabatan Kesihatan Negeri Johor atau dari pihak YB EXCO, membantu iaitu meminta Kementerian Kesihatan ataupun kerajaan pusat untuk menaik taraf ataupun memberi peruntukan secepat mungkin supaya Hospital Tangkak dapat di naik taraf atau sekurang-kurangnya menambah fasiliti dan bilangan katil. Adakah kerajaan negeri boleh membantu? Terima kasih. YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar : Terima kasih Yang Berhormat Tangkak di atas keprihatinan Yang Berhormat Tangkak. Untuk makluman Yang Berhormat Tangkak, saya sendiri pernah melawat Hospital Tangkak. Dan saya setuju dengan apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat bahawa fasiliti kemudahan dan juga kalau kita tengok, infrastruktur Hospital Tangkak ini a bit out-dated, kalau dibandingkan dengan hospital-hospital yang lain. Dan saya rasa hospital itu sebuah hospital yang lama dan perlu dibuat sesuatu. Dan memang hasil daripada lawatan saya dan juga bersama Pengarah dan juga kepimpinan tertinggi Jabatan Kesihatan Negeri Johor, saya rasa memang dalam perancangan kita untuk

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 373

upgrade hospital-hospital khususnya di peringkat daerah yang memerlukan. Boleh dikatakan sekarang Tangkak ialah satu daerah tersendiri. Mungkin ketika hospital itu dibina, Tangkak bukan sebuah daerah. Tetapi Tangkak hari ini ialah sebuah daerah dan kita percaya bahawa hospital di peringkat daerah itu mestilah ada kelasnya yang tersendiri. Pada masa yang sama juga, terdapat kepesatan penduduk yang bertambah di daerah tersebut. Jadi dari segi Jabatan Kesihatan Negeri Johor, setiap tahun kita membawa beberapa, banyak cadangan-cadangan khususnya bukan sahaja dari segi bajet tahunan, tetapi dalam setiap Rancangan Malaysia kita ada hospital-hospital, klinik-klinik kesihatan yang kita cadangkan bukan sahaja dibina baru, tetapi juga di upgrade dan saya percaya Hospital Tangkak juga merupakan antara dalam senarai tersebut dan memang kita akan terus mengambil inisiatif untuk memastikan bahawa hospital-hospital ini di naik taraf. Terima kasih Yang Berhormat Tangkak. YB Speaker : Tiram jemput, soalan tambahan. YB Tuan Gopalakrishnan a/l Subramaniam (Tiram) : Yang Berhormat Speaker. Terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO Kesihatan tadi. Balik kepada kesesakan tadi. Apa yang saya nampak daripada masyarakat yang adu kepada kami, sekiranya mereka dapat appointment pukul 8, dia pergi ke hospital sampai petang dia terpaksa duduk sana. Orang yang tidak mempunyai apa dia bekerja, terlalu susahlah untuk mereka. Jadi, saya apa yang dikatakan parking dia terpaksa cari lebih kurang setengah jam ke, semua hospital parking problem, dan sampai ke appointment dia 3 hingga 4 jam. Jadi satu hari sudah hilang untuk mereka. Jadi saya nak tanya kepada Yang Berhormat EXCO tadi, adakah perkiraan selepas mengadakan tindakan-tindakan yang telah disebutkan tadi oleh EXCO Perpaduan, eh EXCO Kesihatan, seorang patient dia datang, adakah perubahan sebelum melakukan tindakan dan sampai sekarang mereka mempercepatkan keadaan tersebut untuk layan seorang patient? Terima kasih. YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar : Terima kasih Yang Berhormat Speaker dan terima kasih Yang Berhormat Tiram di atas soalan tambahan. Yang Berhormat Tiram, saya rasa mungkin Yang Berhormat Tiram banyak memberi fokus kepada hospital-hospital khususnya di kawasan Yang Berhormat sendiri. Kepesatan pembangunan dan pertumbuhan bilangan penduduk di daerah Johor Bahru, menunjukkan kepesatan yang sangat ketara, kita setuju. Kesan peningkatan bilangan penduduk ini boleh dirasai dengan peningkatan bilangan pelanggan yang hadir ke klinik kesihatan dan juga ke hospital bagi mendapatkan pelbagai perkhidmatan kesihatan yang disediakan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Johor. Yang Berhormat Speaker, peningkatan kedatangan pelanggan menyebabkan kesesakan di fasiliti kesihatan dan waktu menunggu untuk berjumpa pegawai perubatan atau pakar di klinik-klinik dan juga hospital, memang menjadi terlalu lama. Ekoran masalah kesesakan dan waktu menunggu yang lama di klinik kesihatan contohnya seperti di Klinik Kesihatan Hospital Sultan Ismail, Klinik Kesihatan Hospital Sultan Ismail sebagai contoh. Jabatan Kesihatan telah memperkenalkan sistem temu janji klinik secara atas talian ataupun online kepada semua pesakit dan pelanggan ke fasiliti kesihatan di negeri Johor. Dan juga melalui sistem ini, pesakit boleh mendapatkan tarikh temu janji ke klinik kesihatan dengan menggunakan komputer ataupun telefon bimbit dari rumah masing-masing. Pesakit tidak perlu hadir ke klinik kesihatan secara fizikal sekadar untuk mendapatkan temu janji klinik seperti sebelum ini. Kaedah ini secara langsung mengurangkan kehadiran bilangan pesakit ke klinik kesihatan. Sistem temu janji ini dibuat mengikut blok masa bagi mengelakkan berlaku kesesakan pesakit ataupun pelanggan pada satu-satu masa. Perkhidmatan temu janji klinik atas talian

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 374

ini meliputi temu janji semua perkhidmatan yang ditawarkan di klinik kecuali perkhidmatan kecemasan. Bagi kes-kes kecemasan, pesakit diberi pengecualian dan dibenarkan untuk terus datang ke klinik tanpa temu janji. Jabatan Kesihatan juga menambah inisiatif, penggunaan imbasan kod, kod QR pendaftaran pesakit bagi mempercepatkan proses pendaftaran pesakit yang hadir ke klinik-klinik kesihatan. Melalui sistem ini, semua pesakit ataupun pelanggan yang hadir di klinik kesihatan membuat imbasan di kod QR yang disediakan di pintu hadapan klinik untuk mengesahkan kehadiran dan mempercepatkan proses pendaftaran di kaunter pendaftaran. Jabatan Kesihatan juga menggalakkan pesakit kronik, hypertension dan diabetes yang stabil menjalankan konsultasi secara virtual. Bagi pesakit yang perlu hadir secara fizikal akan diberi temu janji rawatan susulan secara atas talian dan sebagainya. Bagi pengurusan pengambilan ubat penyakit kronik pula, pelanggan boleh memilih untuk mendapat ubat secara pos iaitu ubat melalui pos dan juga secara pandu laju. Jadi inisiatif-inisiatif ini dijalankan khususnya di daerah Johor Bahru untuk memastikan bahawa kesesakan di klinik-klinik dan hospital dapat dikurangkan. Dan selepas inisiatif-inisiatif ini dimulakan, kita dapat melihat bahawa kesesakan pesakit di sini telah pun berkurangan dan kita dapat melihat perubahan yang cukup drastik. Lebih-lebih lagi ketika pandemik COVID, banyak usaha-usaha telah pun dilakukan dan ia akan diteruskan dari semasa ke semasa, penambahbaikan juga akan dilakukan kerana kita sedar bahawa apa yang dibangkitkan oleh YB Tiram ini memang betul. Jadi atas inisiatif-inisiatif yang telah kita buat selama ini, kita dapat melihat satu kesan yang cukup positif dan masa menunggu juga telah pun berkurangan. Terima kasih. YB Speaker : Soalan seterusnya Yang Berhormat Endau, jemput. YB Puan Hajah Alwiyah binti Talib (Endau) : Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan Endau nombor 10. Apakah kerajaan mempunyai perancangan untuk membantu golongan petani kecil yang akan mengalami kesan terhadap penerimaan kadar air hujan yang lebih menjelang hujung tahun ini? YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar: Bismillahirrahmannir rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Kapasiti taburan hujan dan berpanjangan mengakibatkan kawasan rendah kerap mengalami gejala banjir. Fenomena ini sememangnya memberi kesan kepada petani akibat kerosakan dan kemusnahan tanaman yang sememangnya turut memberi kesan kepada pengeluaran dan pendapatan petani. Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) telah mengeluarkan standard of procedure ataupun SOP berkaitan bencana kepada semua agensi di bawahnya sebagai persiapan menghadapi monsun timur laut bermula bulan November 2021 sehingga Februari 2022. Jabatan Pertanian sebagai penyelaras akan mengumpulkan maklumat lokasi, bilangan petani dan usahawan, anggaran kerugian serta jenis tanaman yang terlibat dalam Urus setia Jawatankuasa Teknikal Tabung Bencana Jabatan supaya bantuan dapat disalurkan kepada petani ataupun usahawan yang terlibat. Bantuan ihsan ini adalah untuk membantu memulihkan projek dan bukan bertujuan membayar ganti rugi kerosakan akibat bencana. Pada tahun 2021, di bawah program bantuan bencana, Jabatan Pertanian telah menerima peruntukan kerajaan persekutuan dan negeri seperti berikut:-

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 375

Daripada persekutuan sebanyak RM183,487.60, negeri RM100,000.00. Dan ia telah memberi manfaat kepada 229 orang keseluruhan daripada peruntukan yang disediakan. Seramai 229 orang petani telah mendapat manfaat daripada bantuan ihsan tersebut. Bantuan yang disalurkan adalah berbentuk eft ataupun dan inkind iaitu pemberian bahan input pertanian dan mesin kecil bagi membolehkan projek yang terjejas. Dan agihannya mengikut daerah adalah seperti berikut khususnya di Mersing, sebanyak RM40,900.00 dan dimanfaatkan oleh 30 orang petani yang mendapat manfaatnya. Sekian, terima kasih. YB Speaker : Ya Endau, jemput soalan tambahan. YB Puan Hajah Alwiyah binti Talib (Endau) : Terima kasih YB Speaker dan terima kasih kepada YB EXCO. Soalan tambahan saya, adakah pihak Jabatan Pertanian berhasrat mendaftarkan petani-petani sepenuh masa sebagaimana LKIM daftarkan nelayan-nelayan? Ini bagi memudahkan pihak jabatan mengenal pasti petani-petani yang layak diberi bantuan. Terima kasih. YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar: Terima kasih Yang Berhormat Endau. Sepertimana yang pernah saya nyatakan memang dianjurkan, memang disarankan, memang diminta, memang dirayu supaya petani-petani ini berdaftar dengan Jabatan Pertanian melalui, dan ia akan didaftarkan dalam sistem Agris GeoPortal yang ada dalam jabatan. Dan itu adalah yang sebaik-baiknya kerana sekurang-kurangnya maklumat petani dan pengusaha yang terlibat telah ada dalam senarai jabatan yang sedia ada. Saya ucapkan terima kasih di atas inisiatif ini. YB Speaker : Soalan seterusnya Yang Berhormat Mahkota, jemput. YB Tuan Muhamad Said bin Jonit (Mahkota) : Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 11. Pandemik COVID-19 telah menyebabkan pergantungan rakyat kepada capaian internet meningkat Berapa peratuskah peningkatan capaian internet terkini yang berjaya dilakukan di negeri Johor mengikut daerah jika dibandingkan sebelum pandemik berlaku? YB Speaker : Yang Berhormat Parit Raja jemput. YB Puan Nor Rashidah binti Ramli (Parit Raja) : Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya nombor 12. Minta dinyatakan senarai jaringan internet dalam DUN Parit Raja serta apa langkah atau infinitif bagi kawasan DUN Parit Raja yang mengalami pertambahan atau kepadatan penduduk? YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya : Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Bismillahir rahmannir rahim. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, pandemik COVID-19 ini telah menunjukkan kebergantungan kepada internet yang tinggi dalam kalangan rakyat terutama para pelajar sama ada di kawasan bandar mahupun luar bandar. Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah mengambil beberapa inisiatif dalam menghasilkan sebuah rancangan yang dapat mengenai isu akses kepada internet berkualiti bagi perkhidmatan tetap dan mudah alih termasuk pengajaran dan pembelajaran di rumah. Pelan JENDELA yang dilaksanakan secara berperingkat dalam 2 fasa kini sedang

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 376

berlangsung bermula pada tahun 2020 sehingga 2025 telah dibangunkan bagi mempercepatkan serta merancakkan pembangunan infrastruktur digital terutama di kawasan pinggir bandar dan luar bandar. Pada Pelan JENDELA Fasa 1 yang bermula tahun 2020 sehingga 2022, mensasarkan kadar liputan 4G mencecah 96.9% di kawasan berpenduduk di seluruh Malaysia menjelang tahun 2020. Purata kelajuan jalur lebar mudah alih ditingkatkan dari 25 megabit per second kepada 35 megabit per second. Selain itu, 7.5 juta premis dengan ketersediaan sambungan gentian optik akan disediakan. Dan penamatan rangkaian 3G secara berperingkat serta perancangan dan pelaksanaan penyediaan liputan 5G disasarkan untuk komersil. Untuk negeri Johor Pelan Jendela Fasa 1 mensasarkan pembinaan sebanyak 222 menara baru dan teknologi 4G dan jumlah tersebut sebanyak 90 menara telah siap dibina. Selain itu, sejumlah 3,586 stesen pemancar telah dikenal pasti untuk dinaiktarafkan kepada perkhidmatan 4G dan 3,205 daripadanya telah siap dinaiktarafkan. Manakala sebanyak 185,333 premis telah siap sambungan dengan gentian optik 413,494 premis yang dirancang. Bagi kawasan DUN Parit Raja pula, sebanyak 3 menara baru telah di siap bina dan 57 stesen pemancar akan dinaiktarafkan ke 4G di mana 55 stesen pemancar telah siap dinaiktarafkan. Selain itu, sebanyak 1,728 premis dengan ketersediaan sambungan gentian optik akan disediakan di mana sebanyak 1,655 premis telah siap sambungan. Jadi Yang Berhormat Tuan Speaker, jadi data yang diminta oleh Yang Berhormat Mahkota, saya boleh bagi data yang paling hampir sebelum pandemik dan selepas pandemik, di mana program JENDELA ini statistiknya bermula daripada awal 2020. Sebelum tahun 2020, untuk daerah Batu Pahat bagi liputan jalur lebar talian tetap sebelum JENDELA, 43% dan peratus liputan jalur lebar talian tetap selepas JENDELA meningkat kepada 61%. Bagi peratus LTE, kawasan berpenduduk sebelum JENDELA 93.9% dan selepas itu adalah 97.5%. Dan bagi daerah Kluang untuk liputan jalur lebar talian tetap sebelum jendela 43% untuk liputan jalur lebar talian tetap selepas JENDELA 55%. Dan peratus LTE kawasan berpendudukan sebelum JENDELA 91.9% dan selepasnya adalah 95.5%. Dan banyak juga inisiatif untuk menambah baik infrastruktur di daerah-daerah 2 daerah ini di mana untuk daerah yang ditanya untuk daerah Batu Pahat bagi tapak menara baru perancangannya 11, yang dah siap 7. Naik taraf stesen pemancar perancangan 330, dah siap 299. Bagi premis tersedia gentian optik perancangan 26,108, dah siap 25,941 dan untuk jalur lebar satelit pelaksanaan sebenarnya di sana tiada. Dan untuk daerah Kluang, tapak menara baru perancangan 21 dan yang dah siap 5. Naik taraf stesen pemancar, perancangan 244 dan dah siap 201. Bagi premis tersedia gentian optik perancangan 13,426 dan yang siap 12,128. Dan bagi jalur lebar satelit, pelaksanaannya ada 2 dan belum siap lagi. Yang Berhormat Tuan Speaker, secara umumnya pelaksanaan kesemua inisiatif JENDELA ini telah mula sejak bulan Oktober 2020 dan setiap inisiatif dalam perancangan akan siap secara berperingkat sehingga penghujung tahun 2022. Manakala bagi perkhhidmatan jalur lebar menggunakan teknologi satelit kini dalam proses pelaksanaan dan dijangka akan siap secara berperingkat bermula November 2021 sehingga awal tahun 2022. Pelaksanaan JENDELA akan terus digiatkan bagi memastikan impak pelaksanaannya dapat diterima dengan cepat oleh rakyat. Ini termasuklah mengkaji semula secara berkala sasaran-sasaran awal yang telah ditetapkan sebelum ini seperti bilangan menara baru yang akan dibina stesen pemancar yang akan dinaik taraf, serta premis-premis yang mendapat aksess gentian optik bagi memastikan keperluan rakyat sentiasa diutamakan.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 377

Menerusi portal JENDELA Map yang telah dilancarkan pada Julai lepas maklumat yang diperolehi daripada pengguna secara terus, secara sumber khalayak atau cross sourcing dapat digunakan bagi maklumat bagi membuat perancangan, penambahbaikan liputan dan kualiti perkhidmatan jalur lebar dari masa ke semasa. Oleh itu para pengguna disaran melalui portal JENDELA Map bagi melaporkan lokasi yang kurang mendapat liputan agar boleh dimasukkan ke dalam perancangan masa hadapan. Yang Berhormat Tuan Speaker, sebelum sidang Dewan seminggu sebelum Dewan, saya dalam portfolio saya ada menganjurkan taklimat tentang Internet negeri Johor dan saya jemput semua Wakil-Wakil Rakyat daripada blok kerajaan dan juga pembangkang untuk hadir dan ramai yang hadir saya ucapkan terima kasih, yang tak hadir pun menghantar pegawai-pegawai khas dan sebenarnya internet ini satu adalah bidang yang teknikal. Jadi kita perlukan penerangan lebih detail oleh pakar-pakar bidang, dalam program tersebut kita dapat memberi banyak maklumat dan manfaat kepada mereka yang hadir. Kalau kita harapkan Dewan ini sahaja kita tidak dapat meluangkan masa yang banyak untuk memberi maklumat yang tepat. Jadi saya ucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh semua Wakil-Wakil Rakyat, Yang Berhormat untuk hadir sama-sama dan saya wakil kepada kerajaan memang faham dengan keadaan pandemik ini bahawa kita perlukan Internet dalam kehidupan harian kita, bermula daripada PKP kita tengok kita punya langganan talian kita mendadak, amat mendadak secara tiba-tiba dan oleh itu kita kerajaan negeri sentiasa komited. Walaupun begitu kita harapkan wakil-wakil kita di peringkat Parlimen dapat membawa isu-isu masyarakat ini lebih efektif di peringkat Parlimen sebab apa JENDELA ini adalah satu projek di bawah kerajaan pusat, kita di peringkat negeri hanya membantu menguruskan hal-hal tentang perlaksanaan di bawah PBT dan juga kerajaan negeri hal-hal melibatkan tanah dan sebagainya untuk kelulusan dan sebagainya. Itu sahaja Yang Berhormat, terima kasih. YB Speaker : Yang Berhormat Mahkota, jemput soalan tambahan. YB Tuan Muhamad Said bin Jonit (Mahkota) : Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih kepada EXCO yang telah menjawab soalan yang telah Mahkota kemukakan. Soalan tambahan saya, saya bersetuju banyak peruntukan telah dikeluarkan, banyak perancangan telah disediakan untuk meningkatkan capaian Internet. Harapan saya ialah macam sekarang keadaan sekarang ada perbezaan di antara capaian Internet di kawasan bandar dan luar bandar. Sebuah kampung di Mahkota, Kampung AC, jaraknya dengan bandar Kluang less than kurang daripada 4 kilometer. Di bandar capaian internet tiada masalah, tapi sampai ke Kampung AC langsung tak ada. Ada hampir 60 keluarga tinggal di situ tak ada kemudahan Internet. Ha inilah, jadi kalau nak cakap apa masalahnya memang banyak masalah. Jadi saya minta dengan perancangan tadi pastikan bahawa bila sampai pada tahap benda tu telah disiapkan sepenuhnya, tidak ada lagi perbezaan capaian Internet bagi kawasan bandar dan luar bandar. Terima kasih. YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya : Yang Berhormat Tuan Speaker, saranan itu saya ucapkan terima kasih Yang Berhormat atas saranan tersebut dan kita kerajaan negeri sentiasa komited kalau ikut data yang saya dapat sebenarnya saya ada data yang lengkap mengikut daerah. Kalau ikut laporan ini peratus untuk jalur lebar mudah alih percentage dia tak jauh banyak antara kawasan bandar dan luar bandar. Kalau kita ikut peratus ikut kadar kita bandingkan jumlah kepadatan penduduk. Di bandar ni penduduk dia padat, di luar bandar ni kalau kita ikut per numbers penduduk dia peratus tak jauh. Tapi kalau untuk jalur lebar tetap memang kita akui sebab apa kita di pendalaman tu kita kurang laluan atau kadang-kadang syarikat TELCO ini nak buat investment dan sebagainya kedudukan rumah itu antara satu rumah ke satu rumah tu terlalu

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 378

jauh dan tidak ekonomi untuk membuat investment dan sebagainya. Jadi itu memang ada jurang sikit tapi untuk tapi untuk jalur lebar tetap, tidak jauh dia punya jurang. Yang Berhormat, kita memang akui kita komited kerajaan dan insya-Allah minggu depan saya dengan Yang Berhormat Kerajaan Tempatan ada mesyuarat khas dengan Yang Berhormat Menteri Komunikasi dan Multimedia. Insya-Allah kita akan bawa hasrat Yang Berhormat-Yang Berhormat Negeri Johor untuk dalam mesyuarat tersebut, terima kasih. YB Speaker : Soalan seterusnya, Yang Berhormat Semerah, jemput. YB Tuan Mohd. Khuzzan bin Abu Bakar (Semerah) : Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya soalan nombor 13. Apakah perancangan kerajaan negeri bagi memastikan fasiliti bangunan dan peralatan di klinik kesihatan dan poliklinik serta klinik desa sentiasa berada dalam keadaan yang memuaskan dan selamat dalam soal keselamatan? YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar : Terima kasih Yang Berhormat Speaker, bagi tahun 2022 sebanyak RM1.5 juta akan diperuntukkan bagi pembaikan klinik kesihatan dan klinik desa di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 Rolling Plan 2022. Manakala sebanyak RM10.1 juta telah dipohon bagi tujuan pembaikan bangunan infrastruktur, sistem kejuruteraan dan keselamatan di bawah program Rancangan Malaysia Ke-12, Rolling Plan 3. Bagi peralatan pula semua peralatan diselenggara secara berjadual dibawah kontrak perjanjian konsesi sehingga tahun 2027. Terima kasih. YB Speaker : Jemput Semerah. YB Tuan Mohd. Khuzzan bin Abu Bakar (Semerah) : Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat EXCO. Kalau tadi Yang Berhormat EXCO ada maklumkan bahawa peruntukan sebanyak RM1.5 juta telah diperuntukkan untuk pembaikan klinik kesihatan dan klinik desa untuk tahun 2022. Boleh tak Yang Berhormat EXCO untuk maklumkan senarai nama-nama klinik kesihatan dan klinik desa yang akan dibaiki untuk tahun 2022 dengan bajet RM1.5 juta itu serta berkenaan dengan status aduan beberapa pengunjung ke klinik,Poliklinik Batu Pahat berkenaan dengan kemudahan katil rawatan untuk ECG yang mana katil berkenaan tidak sesuai untuk golongan yang mild stroke untuk mendapatkan rawatan ECG kerana dia tengok kalau sampai aje tak boleh pakai kita tak boleh naik katil tu kata tak payahlah kita buat ECG. So, bahaya untuk mild stroke, so saya harap pihak kementerian atau pun Jabatan Kesihatan Negeri Johor dapat lihat benda-benda yang kecil tapi impaknya besar pada masyarakat, terima kasih. YB Speaker : Jemput YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar : Terima kasih Yang Berhormat Semerah di atas keprihatinan Yang Berhormat, saya ambil maklum tentang apa yang berlaku di Batu Pahat. Yang Berhormat Speaker, izinkan saya perincikan bagaimana RM1.5 juta itu akan dibelanjakan. Walaupun saya tidak ada senarai klinik dan juga hospital yang akan diberi fokus tetapi peruntukan RM1.5 juta ni merangkumi pembaikan bagi 10 buah fasiliti kesihatan dan klinik desa yang disenaraikan mengikut keutamaan, ya Yang Berhormat, mengikut keutamaan berdasarkan tahap kritikal kerosakan. Saya katakan tadi di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 Rolling Plan 2. Antara kerja yang akan dilaksanakan adalah pembaikan bumbung, pendawaian semula dan pembaikan dinding, lantai bangunan klinik-klinik desa. Dan berkaitan dengan semua peralatan perubatan iaitu kekerapan alat-alat peralatan ini diselenggara ialah dengan kekerapan satu ataupun dua kali setahun,

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 379

bergantung kepada ketetapan oleh pihak pengilang bagi jenis peralatan perubatan tersebut seperti mana yang terkandung di dalam kontrak bersama syarikat konsesi. Sebagai contoh peralatan kompleks seperti radio grafik fluoroscopic system atau mesin X-Ray diselenggara dengan kekerapan 2 kali setahun. Manakala peralatan am seperti pulse oximeter diselenggara pada frequency 1 kali setahun. Selain itu sebarang kerosakan berkaitan peralatan tersebut akan terus dimaklumkan kepada syarikat konsesi untuk tindakan pembaikan. Bagi peruntukan RM10.1 juta yang saya nyatakan tadi, Jabatan Kesihatan Negeri Johor telah memohon peruntukan sebanyak itu kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia bagi tujuan pembaikan fasiliti kesihatan yang melibatkan 44 buah klinik kesihatan di seluruh negeri Johor, ini di bawah Rolling Plan ke tiga RMK-12 di semua di negeri Johor. Senarai fasiliti ini juga disusun mengikut keutamaan berdasarkan tahap kerosakan fasitliti tersebut. Dan seperti saya katakan tadi bahawa kerja-kerja ini memang akan terus dipantau kerosakannya, termasuk juga bukan saja dari segi pendawaian, bumbung dan sebagainya, tetapi pencegahan serangga perosak juga diberi fokus. Berkaitan dengan isu katil unit ECG di Poliklinik Batu Pahat, berdasarkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Johor kita sentiasa menyelaras permohonan aset perubatan dan bukan perubatan fasiliti kesihatan terutamanya di negeri Johor secara tahunan dan berjadual. Setiap keperluan perolehan aset tersebut dilakukan mengikut keutamaan dan dilihat dalam konteks keperluan daripada setiap fasiliti-fasilti yang ada. Semua perolehan aset perubatan dan bukan perubatan dibuat berdasarkan kepada piawaian standard yang telah pun ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Semua klinik kesihatan telah pun dibekalkan dengan katil pemeriksaan pesakit yang berdimensi panjang, panjang katil ialah 1,900 mm, lebar katil 640 mm dan ketinggian katil 680 mm. Dan hampir semua katil pemeriksaan pesakit yang dibekalkan di klinik kesihatan ialah katil pemeriksaan pesakit jenis manual, berbanding kepada katil pemeriksaan pesakit di hospital yang boleh diselaraskan mengikut ketinggian katil tersebut. Jadi menyedarii katil pemeriksaan pesakit sedia ada di klinik kesihatan tidak mesra pengguna, terutama kepada pesakit kronik, contohnya seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat tadi, jabatan akan merancang permohonan perolehan katil pemeriksaan pesakit yang boleh diselaras yang boleh dilaras dan juga dalam konteks pelbagai fungsi pada masa hadapan. Jadi, kita ambil maklum tentang isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Semerah dan memang kita telah pun mengambil tindakan susulan. Terima kasih Yang Berhormat. YB Speaker : Soalan seterusnya, Yang Berhormat Mahkota, jemput. YB Tuan Muhamad Said bin Jonit (Mahkota) : Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 14. Terdapat pemaju yang tidak prihatin apabila projek yang dijalankan menjejaskan penduduk berdekatan projek mereka. Sebagai contoh pembangunan di Lot 130 GM 1091 Mukim Kluang bersebelahan Taman Seri Damai. Mohon penjelasan mengapa penguatkuasaan sangat lemah apabila berkaitan dengan pemaju? YB Speaker : Jemput, YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam makmur Johor. Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih kepada Mahkota, atas persoalan yang dibangkitkan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan gangguan kepada penduduk di Taman Seri Damai. Untuk makluman Yang Berhormat Tuan Speaker, projek pembangunan di atas Lot 130 GM1091 ni ialah pembangunan bercampur, Yang Berhormat pun maklum dan saya juga nak

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 380

ucap terima kasih kepada Yang Berhormat ADUN Mahkota yang bersama dalam perbincangan dengan penduduk dan juga Majlis pada tarikh yang telah dipersetujui bersama pemaju, Majlis dan juga penduduk. Projek pembangunan di atas Lot 130 GM1091 Mukim Kluang telah dijalankan oleh Tetuan Sigma Macro Sdn. Bhd. dan pembangunan tersebut mempunyai permohonan pelan di bawah Akta 133 bagi tujuan perumahan. Pihak syarikat telah membuat permohonan perlanjutan tempoh kebenaran merancang dan telah diluluskan dalam Mesyuarat OSC Bilangan 9 2018(2) bertarikh 25 September 2018. Bagi permohonan pelan bangunan, pelan kerja tanah, jalan, perparitan dan pelan landskap bagi cadangan ini telah diluluskan dalam Mesyuarat OSC Bilangan 7 2019(1) bertarikh 16 Julai 2019. Hasil siasatan berkaitan pembangunan di kawasan yang dinyatakan terdapat beberapa isu yang telah dibangkitkan. Isu pertama ialah berkaitan jalan kotor dan kenderaan berat yang keluar masuk di jalan tersebut. Hasil siasatan mendapati tiada kesalahan yang berlaku dan pihak pemaju telah pun membersihkan jalan tersebut bagi setiap hari dan kenderaan berat yang keluar masuk telah diminimumkan. Isu kedua adalah berkaitan parit di hadapan jalan ini yang telah mendapat kelulusan daripada pihak Jabatan Kejuruteraan untuk dibesarkan tetapi telah mendapat halangan daripada pihak kejiranan di jalan tersebut. Untuk makluman, pihak PBT telah menjalankan aktiviti penguatkuasaan di tapak tersebut dan mendapati pihak pemaju telah melakukan kesalahan, mendirikan struktur bangunan tanpa kebenaran. Oleh yang demikian, pihak pemaju telah dikenakan tindakan kompaun bernilai RM1,000.00 bertarikh 4.3.2019. Bagi menyelesaikan masalah aduan daripada penduduk setempat pihak MPK telah mengadakan satu lawatan kerja yang melibatkan Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Bangunan bersama ADUN Mahkota bagi membantu menyelesaikan beberapa isu tersebut. Pemantauan dari masa ke semasa sedang dibuat oleh pihak Majlis Perbandaran Kluang untuk makluman Yang Berhormat Tuan Speaker dan Dewan yang mulia ini. Terima kasih. YB Speaker : Seterusnya, Yang Berhormat, soalan seterusnya, Yang Berhormat Mahkota, Mengkibol, sorry, jemput. YB Tuan Chew Chong Sin (Mengkibol) : Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan Mengkibol, soalan 15. Terima kasih. Berapakah syarikat Industri Kecil Sederhana (IKS) berhenti operasi dan pekerja IKS yang hilang kerja bagi tahun 2019, 2020 dan 2021? YB Speaker : Jemput, YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia : Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat ADUN Mengkibol. Seperti mana yang kita sedia maklum, negeri Johor mempunyai seramai 98,190 PKS dan merupakan negeri yang ketiga paling ramai PKS di Malaysia selepas Selangor dan Wilayah Kuala Lumpur. Daripada nilai tersebut, 70% merupakan usahawan PKS bertaraf mikro. Maklumat ini adalah berdasarkan laporan dari Jabatan Perangkaan Malaysia dalam Banci Ekonomi, Economic Census 2016. Walau bagaimanapun, berdasarkan laporan yang diterima dari SSM dan bagi menjawab soalan Yang Berhormat Mengkibol, mengenai jumlah syarikat industri kecil berhenti operasi sehingga Jun 2021, terdapat 26,651 perniagaan yang ditutup dalam negeri Johor dan manakala bagi syarikat tempatan terdapat 2,119 syarikat yang telah ditutup dan sejumlah 172 syarikat perkongsian liabiliti terhad juga telah ditutup. Bagi menjawab soalan mengenai berapakah pekerja yang hilang bagi tempoh masa tersebut, jumlah sebenarnya pekerja IKS yang hilang, yang hilang pekerjaan bagi tahun 2019 hingga 2021 kita tidak dapat tentukan, ditentukan sah kerana data yang diperolehi Jabatan Tenaga Kerja hanyalah data menjana jumlah pekerja yang diberhentikan mengikut kategori industri, warga negara dan jantina sahaja. Oleh itu, angka ini berkemungkinan besar tidak dapat menggambarkan bilangan sebenar pekerja IKS yang diberhentikan. Merujuk sumber data yang dijana daripada Labour Market Database, oleh Jabatan Tenaga Kerja Negeri Johor, seramai 3,102 orang pekerja tempatan telah hilang pekerjaan pada

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 381

tahun 2019. Daripada jumlah tersebut seramai 1,531 orang adalah terdiri dari pekerja wanita manakala seramai 1,531 orang adalah pekerja lelaki. Bilangan majikan yang terlibat pula adalah sebanyak 206 majikan. Pada tahun 2020, jumlah pekerja tempatan yang telah diberhentikan bekerja ialah seramai 5,963 orang. Dan jumlah pekerja lelaki tempatan yang diberhentikan pada tahun 2020 adalah seramai 3,563 dan sejumlah 2,430 orang pekerja wanita tempatan yang telah hilang pekerjaan. Jumlah majikan yang terlibat adalah sebanyak 513 majikan. Berdasarkan laporan yang sama, sejumlah 2,063 orang pekerja tempatan telah diberhentikan pekerjaan pada tahun 2021. Sehingga kini seramai 1,160 pekerja tempatan lelaki yang telah diberhentikan dan manakala wanita tempatan pula adalah seramai 903 orang dan jumlah 207, 203 majikan yang terlibat. Sekian, terima kasih. YB Speaker : Ya, Mengkibol, soalan tambahan. YB Tuan Chew Chong Sin (Mengkibol) : Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih atas jawapan YB EXCO dan juga terima kasih kepada satu inisiatif kerajaan negeri kerana menyediakan RM100 juta pinjaman tanpa faedah kepada IKS. Sekiranya RM100 juta ini dipinjamkan secara purata, RM500,000.00 sebuah syarikat, dia cuma dapat membantu 5, 2,000 IKS sahaja. Jadi soalan saya, sekiranya ada permohonan yang begitu banyak, menambah dari statistik tadi, banyak syarikat menghadapi masalah cash flow, adakah kerajaan bersedia untuk menambah peruntukan pinjaman tanpa faedah ini? Dan, adakah Bank Rakyat bersedia untuk memberi lebih banyak jenis pinjaman kepada IKS terutamanya mereka contohnya di shopping mall, banyak yang tidak dapat berniaga selama 4 bulan tetapi sewa mereka tetap kena bayar kepada shopping mall. Sekian, terima kasih. YB Speaker : Jemput, YB EXCO. YB Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia : Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker dan Mengkibol. Untuk menjawab soalan yang pertama tu, sekiranya tak cukup RM100 juta adakah kita akan buatkan penambahan? Untuk makluman, antara kerajaan negeri dengan kerjasama Bank Rakyat kita sudah sampai ke peringkat untuk menandatangani MOU, dalam masa terdekat ni. Dan, kita juga sedang dalam merancangkan usahasama dengan SME Bank dalam pakej yang sama. Ok, berkenaan dengan pinjaman yang lulus, yang layak, yang tak layak, dengan izin, ini semua adalah about lending criteria, lending, bila kita bercerita pasal lending maknanya fund yang untuk yang dipinjamkan adalah datang daripada depositer, jadi ini dikawal di bawah kawalan Bank Negara Malaysia yang mana lending guide line policy, kita terpaksa akur bagi pihak-pihak bank, komersial bank. Mekanismenya, bila kita bercakap standard document, yang bank minta, bank statement, bank statement yang dikatakan, 6 bulan bank statement. Jadi, saya meminta pihak Bank Rakyat mengambil kira bank statement sebelum COVID, bukan masa COVID, itulah bank statement yang betul-betul refleks the actual sales income sesebuah perniagaan itu. Dan kedua, bercakap dengan conduct of payment, bila bank nak pinjaman, dia akan tengok peminjam itu punya, conduct payment, track record dengan bank-bank lain, so, 3 bulan pemohon ada pinjaman yang, in arrears, tidak layak, tapi saya juga dapat kelonggaran perkara ni, yang mana kita minta pemohon update kan satu payment jadi dia tak jatuh dalam kategori 3 bulan ok. Ketiga, bila kita cerita pasal cash flow, cash flow yang dimaksudkan bukan cash flow existing cash flow. Dia adalah projected cash flow, projected cash flow tu, menunjukkan anggaran pendapatan yang untuk dia mampu, untuk dia membiayai, membayar balik payment dia. Kalau actual cash flow, itu dah refleks kat dalam dia punya bank statement, dan dah refleks dalam dia punya financial report. Dan, kita juga cuba memudahkan lending criteria tu, seperti yang, pasal this is unsecured lending, kita akan minta Bank Rakyat bagi kemudahan, kelonggaran seperti assignment of payment, kalau peniaga tu ada tender, ada

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 382

kontrak supply makan ke mana-mana catering, payment assignment tu hendaklah di direct kan ke Bank Rakyat. Ini adalah satu perkara-perkara yang kita cuba, dah saya cadangkan pun untuk menintegrasikan segala risiko-risiko pinjaman dan begitu juga tempoh pinjaman, kita akan tarik seberapa panjang agar dia match, dia punya income tu match dengan dia punya repayment ability ataupun apa-apa dia punya monthly financial obligation. Jadi, walau bagaimanapun, yang penting dia punya pricing of profit, yang mana pricing of profit, tu dah ditanggung dan dah disubsidi oleh kerajaan sepenuhnya. Walau bagaimanapun, kita akan berusaha sehingga ke tahap maksimum agar kriteria pinjaman, agar kriteria-kriteria pinjaman ini tidak begitu ketat agar dia dapat dipermudahkan dan dipercepatkan. Jadi, peminjam juga, peminjam juga harus memainkan peranan agar harus memberi kerjasama mempunyai dokumen-dokumen yang lengkap dan segala transaksi jual beli untuk membuktikan kepada bank dia adalah existing peniaga. Terima kasih Tuan Pengerusi. YB Speaker : Sekian, itu sahaja soalan lisan pada pagi ini, sekiranya ada soalan yang disenaraikan belum dijawab secara lisan akan dijawab secara bertulis dalam Persidangan yang sama. Jurutulis : SOALAN-SOALAN BERTULIS. Jawapan kepada soalan-soalan bertulis oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat akan dibentangkan di atas Meja Mesyuarat. YB Speaker : Kita tangguhkan persidangan ini sehingga jam 11.25 pagi. Terima kasih. Persidangan ditangguhkan pada jam 11.00 pagi Persidangan disambung semula pada jam 11.25 pagi. Jurutulis : SAMBUNGAN PERBAHASAN ATAS RUNDINGAN BACAAN KALI YANG KEDUA BAGI RANG UNDANG-UNDANG ENAKMEN PERBEKALAN (2022) TAHUN 2021. YB Speaker : Bismillahirahmanirrahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Ahli-Ahli Yang Berhormat, Perbahasan Atas Rundingan Bagi Bacaan Kali Yang Kedua Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2022) Tahun 2021 disambung sekarang. Saya jemput Yang Berhormat EXCO Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna, jemput, 25 minit. YB Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna : Salam perpaduan dan salam makmur Johor. Yang Berhormat Tuan Speaker, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Terlebih dahulu bersempena dengan Sambutan Hari Ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim pada 22 November 2021 yang lalu, patik mengambil kesempatan ini merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih dan berdoa semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan negeri Johor kekal aman, makmur, maju dan rakyat hidupnya bermuafakat di bawah naungan Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Yang berhormat Tuan Speaker, patik juga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor atas kejayaan memacu kemenangan Pasukan Bola Sepak JDT yang telah berjaya mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia. Patik doakan agar pasukan kesayangan Bangsa Johor ini mencapai kemenangan nanti dan ayuh Johor, luaskan kuasamu.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 383

Pertama-tamanya saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada setiap seorang Ahli Dewan yang telah memberikan pandangan yang membina, cadangan dan teguran kepada pihak kerajaan terutamanya beberapa isu di bawah portfolio saya yang meliputi Perpaduan, Perdagangan Dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas Yang Amat Berhormat Dato’ Haji Hasni bin Mohammad atas pembentangan Belanjawan Johor 2022 pada Khamis lepas dengan tema, ‘Memperhebat Kesejahteraan Johor.’ Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya mulakan sesi penggulungan ini dengan menyentuh isu kenaikan harga barangan sebagaimana yang telah dibangkitkan dan disentuh oleh Yang Berhormat Bukit Naning, Yang Berhormat Serom, Yang Berhormat Parit Yaani, Yang Berhormat Pulai Sebatang, Yang Berhormat Buloh Kasap, Yang Berhormat Parit Raja dalam perbahasan mereka. Untuk makluman Dewan yang mulia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Johor memandang serius isu berkaitan kenaikan harga barang selepas pembukaan sektor ekonomi. Seperti yang sedia maklum, terdapat dua faktor berlakunya kenaikan harga barang iaitu yang pertama berkaitan dengan kos dan yang kedua berkaitan dengan supply and demand, bekalan dan permintaan. Bagi faktor berkaitan dengan kos, ada faktor yang tidak dapat dikawal seperti makanan ternakan ayam, dedak yang terdiri daripada jagung dan soya yang hampir 80% diimport dan kenaikan harga makanan ternakan ini di peringkat global turut mempengaruhi isu harga ayam di pasaran domestik, kadar pertukaran asing serta kos penghantaran juga terlibat. Manakala bagi faktor yang dapat dikawal, beberapa langkah serta tindakan awal telah diambil oleh KPDNHEP bagi mengawal dan membendung kenaikan harga barangan seperti yang berikut, melakukan penguatkuasaan dan pemantauan secara berterusan di premis-premis melalui pegawai penguatkuasa dan pegawai pemantau harga, melaksanakan skim harga maksimum musim perayaan (SHMPP) untuk semua perayaan bagi mengawal kenaikan mendadak harga barangan utama yang mendapat permintaan yang tinggi semasa musim perayaan, mewartakan harga maksimum tanpa siling untuk barangan tertentu seperti minyak botol, memberikan subsidi sepanjang tahun kepada barangan seperti gula, minyak dan tepung, menyarankan pengguna untuk mengguna aplikasi price catcher untuk mendapatkan harga, membuat perbandingan harga barang keperluan termasuk ayam yang dijual di premis berhampiran bagi tujuan pembelian terancang. Bagi faktor yang berkaitan dengan bekalan dan permintaan, supply and demand, yang turut mempengaruhi kenaikan harga barangan, pihak ibu pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah membuat sesi engagement bersama wakil pihak industri dan mengadakan sesi libat urus bersama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bagi memastikan bekalan makanan adalah mencukupi dan harga lebih stabil dan apabila meningkatnya permintaan daripada pasaran, penawaran masih lagi berada dalam fasa untuk adaptasi kepada permintaan berkenaan. Keadaan ini menyebabkan ketidakseimbangan dalam supply and demand, rantaian supply and demand. Saya juga mengalu-alukan sebarang cadangan dan idea daripada Yang Berhormat Pulai Sebatang, Yang Berhormat Serom di dalam membantu kerajaan menurunkan harga barang. Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, itu dari satu sudut bagaimana kerajaan telah memainkan peranan dalam memastikan bekalan makanan mencukupi dan mengawal harga barangan. Dari satu sudut yang lain pula, sebagai sebuah kerajaan yang prihatin kepada rakyat, pelbagai inisiatif khususnya bagi membantu meringankan beban rakyat dalam menghadapi kemelut ini, ini telah dijalankan di negeri Johor, Jualan Makmur Johor (JMJ) yang telah memberi manfaat kepada seramai 64,500 orang penerima baucer, Program Bantuan Kasih Johor bernilai RM200.00 bagi pembelian barangan keperluan harian dengan peruntukan sebanyak RM60 juta menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Ihsan Johor 3.0 dan ini telah memanfaatkan seramai 300,000 penerima, bantuan bakul

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 384

makanan dan Gobok Rakyat Johor yang memanfaatkan seramai 120,000 penerima dan banyak lagi insiatif-inisiatif lain yang telah dan akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri untuk rakyat. Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Bekok atas keprihatinan mengenai jumlah peruntukan dalam Belanjawan Johor 2022 untuk sektor perpaduan dan saya terpaksalah bersetuju dengan Yang Berhormat Bekok dalam perkara ini. Untuk makluman Yang Berhormat Bekok, sebenarnya terdapat peningkatan bagi peruntukan untuk sektor perpaduan dalam Belanjawan Johor 2022 ini walaupun jumlah peruntukan untuk sektor perpaduan adalah lebih kecil dibandingkan dengan sektor-sektor lain, namun kerajaan negeri sudah mempunyai perancangan yang strategik dalam memastikan perpaduan kaum khususnya di negeri Johor dapat dilaksanakan. Untuk makluman Yang Berhormat Bekok juga, Pelan Pembangunan Mampan Johor (PPMJ) 2030 yang sedang digunapakai telah menggariskan beberapa strategi bagi meningkatkan perpaduan kaum di negeri ini. Dalam masa yang sama Kementerian Perpaduan Negara (KPN) telah menyediakan Dasar Perpaduan Negara (DPN) dan rangka tindakan, blueprint, Perpaduan Negara 2021 hingga 2030 yang sememangnya telah memfokuskan untuk mengukuhkan perpaduan dan integrasi nasional berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukunegara. Dengan adanya dasar dan pelan-pelan ini, kita mempunyai hala tuju yang spesifik dalam memperkasakan perpaduan kaum. Sebagai satu contoh bagi kawasan campuran, lantikan ahli jawatankuasa KRT mestilah terdiri daripada tiga kaum utama, itu sudah diwajibkan. Oleh itu, terima kasih sekali saya ucapkan kepada Yang Berhormat Bekok atas cadangan untuk memastikan segala program yang dianjurkan oleh kerajaan negeri mestilah melibatkan penyertaan-penyertaan semua kaum. Yang Berhormat Tuan Speaker, seterusnya Yang Berhormat Mengkibol ada menyentuh mengenai pelantikan Ketua Masyarakat Cina untuk negeri Johor. Untuk makluman Yang Berhormat, saya masih menunggu makluman rasmi daripada pihak Kementerian Perpaduan Negara mengenai pemindahan pelantikan Ketua Masyarakat Cina di bawah KPN. Selepas mendapat pengesahan secara rasmi mengenai perkara ini, saya akan mengambil tindakan dengan kadar segera dalam membuat atau menguruskan pelantikan Ketua Masyarakat ini. Mengenai cadangan Yang Berhormat Mengkibol juga berkaitan permohonan peruntukan pembangunan untuk kampung-kampung baharu. Sebagai makluman, sebahagian besar peruntukan tersebut sudah disalurkan kepada PBT, pihak berkuasa tempatan masing-masing berdasarkan permohonan oleh PBT terus kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Saya dalam masa yang sama juga akan cuba memohon peruntukan tambahan apabila makluman rasmi mengenai pemindahan pelantikan ini diterima. Yang Berhormat Tuan Speaker, sebelum mengakhiri penggulungan ini, Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah memberikan peruntukan sebanyak RM250,000.00 kepada semua Ahli Dewan Negeri termasuk ADUN Pembangkang. Oleh itu adalah diharapkan agar semua ADUN dapat menggunakan peruntukan tersebut untuk membantu rakyat yang memerlukan dengan segera dan bukannya mengguna peruntukan tersebut hanya apabila pilihanraya hampir tiba. Dan sekiranya peruntukan tersebut tidak mencukupi, Ahli-Ahli Yang Berhormat boleh meminta peruntukan tambahan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan saya rasa beliau akan rela membantu. Dan akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk menggulung perbahasan Belanjawan Johor 2022 khususnya bagi portfolio Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan semua Ahli-Ahli Yang Berhormat atas keprihatinan anda khususnya untuk kedua-dua sektor ini dan saya akan memberi perhatian sepenuhnya terhadap semua teguran, cadangan dan

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 385

komen serta akan berusaha melaksanakan setiap cadangan yang sesuai yang telah dikemukakan. Sekian, terima kasih. YB Speaker : Terima kasih kepada Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna. Seterusnya saya jemput Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk penggulungan. Jemput. YAB Menteri Besar : Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Assalamualaikum warah matullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Tuan Speaker, terlebih dahulu saya ingin mendahului ucapan penggulungan ini dengan seruan untuk kita sama-sama memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan rahmatNya Mesyuarat Kedua Belanjawan 2022 bagi Penggal Persidangan Keempat Dewan Negeri Yang Ke-14 ini dapat berjalan dalam suasana yang makmur. Saya yakin dan percaya bahawa setiap perkara yang berbangkit semasa perbahasan yang saya anggap konstruktif lagi membina oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat akan diperhalusi dan akan diambil tindakan yang sewajarnya. Kita berdoa agar penularan wabak COVID-19 yang berterusan berkehendakkan kepada pematuhan SOP akan cepat beralih kepada fasa-fasa yang membolehkan sidang Dewan Negeri ini dapat diadakan seperti mana jadual dan dalam keadaan yang normal. Yang Berhormat Tuan Speaker, sesuai kalau ucapan penggulungan ini saya mulakan juga dengan menyatakan beberapa perkara. Pertama, sempadan Johor-Singapura akan mula dibuka pada 29 November ini melalui kaedah vacsinated travel lane. Tidak perlulah untuk kita mempersoalkan bilangan orang yang dibenarkan merentas sempadan sama ada 1,440 orang itu terlalu kecil bilangannya mahu pun mempersoalkan mengapa perlu dikenakan ujian di pintu masuk sedangkan Singapura tidak berbuat demikian. Yang penting Yang Berhormat Tuan Speaker sempadan Johor-Singapura sudah dibuka dan dalam masa terdekat keadaan akan kembali hampir seperti sebelum penutupannya, insya-Allah. Kedua Yang Berhormat Tuan Speaker, pasukan bola sepak JDT kita telah berjaya ke perlawanan akhir Piala Malaysia. (Dewan bertepuk) Tahniah kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim atas komitmen dan pengorbanan Tunku selama ini untuk mengharumkan nama negeri Johor melalui sukan bola sepak. Marilah kita sama-sama berdoa agar pasukan JDT yang akan bertanding pada 30 November ini, Selasa muncul sebagai Juara. Muncul sebagai Juara Piala Malaysia yang berusia 100 tahun. Ketiga Yang Berhormat, semalam 27 November saya telah melancarkan Program Rumah Johor di Gerbang Nusajaya, Tanjung Kupang. Mengapa perlu adanya program khas? Kerana sejak tahun 1997 di bawah Dasar Perumahan Rakyat, 153,000 unit rumah tidak dibina merangkumi kawasan seluas 4,950 ekar. Kita perlu rancakkan sektor hartanah. Kita perlu gerakkan sektor pembinaan, malah keseluruhan rantaian yang berkaitan perlu kita gerakkan. Kita bina rumah yang berkualiti, selesa dengan keluasan 1,000 kaki persegi, 1,100 kaki persegi dan 1,200 kaki persegi pada harga RM150,000.00 sehingga RM300,000.00. Selain itu Program Perumahan Rakyat (PPR), rumah transit, rumah sewa kerajaan akan terus dilaksanakan. Yang Berhormat Tuan Speaker, pada persidangan ini terdapat beberapa rundingan di bawah Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap bagi Dewan Negeri Johor. Pertama, Rundingan mengenai penyata Jawatankuasa Peraturan-Peraturan dan Perintah- Perintah Tetap bagi Dewan Negeri Bilangan 1 Tahun 2021. Rundingan ditarik balik sebagaimana peraturan Bilangan 33(2) Peraturan-Peraturan dan Perintah Tetap Dewan Negeri. Kerajaan negeri setelah menimbangkan cadangan tersebut, bersetuju agar dimasukkan di dalam perkara Jawatankuasa-Jawatankuasa Bilangan 110(A) iaitu Jawatankuasa Peraturan dan Perintah Tetap dan Bilangan 110(B) Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Persetujuan ini adalah langkah mengemas kini Jawatankuasa Pilihan yang sedia ada supaya dibuat secara nyata dan bertulis di dalam Peraturan-Peraturan dan

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 386

Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri. Sementara Bilangan 110(C) pula berkaitan Jawatankuasa Ketelusan Johor. Kerajaan masih lagi menjalankan kajian dan meneliti tujuan dan fungsinya. Saya percaya penubuhan Jawatankuasa Ketelusan Johor ini bakal memperkasakan amalan semak dan imbang Badan Perundangan Negeri. Di samping itu, di bawah rundingan yang sama adalah cadangan pindaan pada Bilangan 45 (ii) yang membolehkan Ahli-Ahli Dewan yang berucap disampuk jika diizinkan. Perkara ini juga sedang diteliti oleh kerajaan memandangkan perlu dibuat pengubahsuaian kepada kaedah pengurusan dan layout, dengan izin, Dewan ini. Maka oleh kerana terdapat perubahan pada kandungan rundingan, kedua-dua pihak bersetuju ianya ditarik balik. Yang Berhormat Tuan Speaker, yang kedua ialah berkenaan rundingan di bawah Peraturan Tetap Bilangan 30(2) Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri. Rundingan tersebut berkenaan dengan cadangan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Dewan Negeri Johor. Jawatankuasa Pilihan ini akan menjalankan kajian dan membuat cadangan kepada Dewan Negeri akan kesan perlaksanaan pengundi 18 tahun dan pendaftaran pengundi secara automatik. Saya syorkan rundingan ini disokong dan dilaksanakan sesuai dengan Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri Johor. Yang Berhormat Tuan Speaker, sepanjang berlangsungnya Persidangan kali ini, saya mengamati setiap kandungan perbahasan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan dan dorongan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat dari kerajaan khususnya terhadap usaha-usaha kerajaan untuk mensejahterakan rakyat. Kepada Yang Berhormat Penawar, pantunnya nak ingin saya balas. Ada tak ADUN Penawar ni? Ok. Menaiki unta ke DUN Penawar, tiba di sana terus bertandang, ucapan Yang Berhormat seperti melamar, tiba PRU nanti bolehlah Yang Berhormat dipertimbangkan. (Dewan ketawa.) Yang Berhormat Tuan Speaker, sejak dari sidang Dewan Undangan Negeri yang lepas lagi cadangan tentang penglibatan Wakil Rakyat Pembangkang dalam Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah telah dibangkitkan. Rentetan itu pihak kerajaan mengambil inisiatif untuk mendapatkan penjelasan kerajaan persekutuan mengenai perkara ini sepertimana Arahan No. 1/2020 daripada Unit Penyelarasan Jabatan Perdana Menteri. Maklum balas daripada ICU Jabatan Perdana Menteri melalui surat yang bertarikh 18 November 2021, menyatakan bahawa buat masa ini kedudukan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri di dalam Majlis Tindakan Pembangunan Negeri dan Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah seperti Arahan No. 1/2020 dalam mekanisme Penyelarasan Pembangunan Negara adalah merujuk kepada Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri yang sama parti dengan kerajaan. Walaupun begitu, atas semangat sebagai rakan strategik, negeri Johor berbesar hati untuk menjemput semua ADUN Pakatan Harapan di dalam mesyuarat JTPD sebagai pemerhati. Pemerhati ini membawa maksud bahawa ADUN Pembangkang akan sentiasa dijemput hadir setiap kali mesyuarat JPTD. ADUN Pembangkang juga boleh kemuka cadangan secara bertulis kepada Pengerusi JPTD bagi daerah masing-masing berkenaan perkara-perkara yang ingin dibangkitkan. Tidaklah boleh bersuara. Malangnya perbahasan oleh Ahli Yang Berhormat, sebelah sana tidak bersetuju sekiranya dijemput sebagai pemerhati, malah mempersendakan pemerhati seperti pelawat. Jadi, Ahli-Ahli Yang Berhormat, kerajaan negeri maka itu tiada pilihan dan dengan ini akan mengguna pakai arahan No. 1/2020 sepenuhnya. Yang Berhormat Tuan Speaker, seterusnya dibangkitkan juga oleh Ahli Yang Berhormat berkenaan isu-isu penyelenggaraan jalan-jalan di negeri Johor secara konsesi. Bukan susah sangat pun nak faham tujuan dan kebaikan serta manfaat menyelenggara jalan secara konsesi ni. Melainkan ia dibangkitkan berkemungkinan bermotif politik. Sehinggakan berbangkit di Parlimen tanpa mengetahui hujung pangkalnya penyelenggaraan

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 387

jalan secara konsesi di Johor. Jalan Persekutuan, jalan di negeri Perak, malah di Selangor turut menggunakan kaedah konsesi tetapi tidak pula berbangkit di Parlimen. Jadi sekiranya Ahli Parlimen berkenaan inginkan penjelasan, i’m available, 24/7, dengan izin. Pada bila-bila masa Yang Berhormat Tuan Speaker. Bagi pihak kerajaan saya bersedia untuk memperjelaskan. Kepada Ahli Yang Berhormat di Dewan ini pula, saya syorkan sekiranya terdapat sebarang pelanggaran terhadap perjanjian konsesi tidak kira sama ada jalan-jalan kampung, jalan-jalan negeri dan jalan-jalan PBT, sila kemukakan aduan dan kerajaan memberi jaminan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan termasuk membatalkan konsesi tersebut sekiranya benar akan aduan yang diterima. Isu kontraktor G1, G2 khususnya tidak mendapat kerja atau nilai kerja yang rendah, merupakan isu lama yang berlarutan. Terdapat 7,680 kontraktor yang berdaftar di JCCD, Johor Centre for Construction Development. Setiap tahun ramai sahaja kontraktor bumiputera yang mengharapkan kerja-kerja dari peruntukan kerajaan tidak mendapat kontrak. Peruntukan yang disediakan tidak membolehkan semua kontraktor mendapat kerja. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, peruntukan dari kerajaan hanya merupakan 20% daripada jumlah nilai kerja-kerja kontrak yang ditawarkan di pasaran. Baki 80% adalah kerja-kerja kontrak di pihak swasta. Maka, itulah JCCD ini ditubuhkan supaya kontraktor bumiputera akan lebih berdaya saing dan kompetitif. Peranan JCCD ini akan diteruskan, diperluaskan malah dipantau supaya dapat membantu kontraktor-kontraktor bumiputera ini. Janganlah dijadikan isu mendaftar di JCCD sebagai membebankan kerana walau mereka telah mendaftar di CIDB, mereka perlu mendaftar contohnya di Petronas, kalau hendak mendapat kerja dengan Petronas. Mendaftar dengan TNB, contohnya kalau hendak mendapat kerja di TNB. Walaupun sudah mendaftar di CIDB, tidak pun kontraktor-kontraktor ini kompelin. Tetapi daftar dengan JCCD, membebankan pula. Jadi Yang Berhormat Tuan Speaker, bagi menghormati konsep rakan strategik dan libat urus yang berkekalan, maka setiap Ahli Dewan Negeri diperuntukkan secara tetap RM200,000.00 setiap tahun bagi pengurusan kawasan masing-masing. Selain daripada RM50,000.00 bagi penganjuran program-program di musim perayaan utama. Persoalan tentang persamaan jumlah peruntukan bagi semua ADUN berdasarkan pengundi atau ditambah lagi jumlahnya atau sama ratakan peruntukan diberi Yang Berhormat Tuan Speaker, asasnya perlu ada perbezaan antara ADUN kerajaan dan ADUN pembangkang. Yang Berhormat Tuan Speaker, bersabit dengan Agenda Johor Digital yang telah dibangkitkan, agenda ini akan berjalan dengan baik. Membawa Johor ke arah pembentukan masyarakat digitalnya sendiri iaitu masyarakat yang penuh dengan daya saing dan berkemahiran tinggi yang disokong oleh upaya infrastruktur digitalnya yang kukuh. Saya turut berbesar hati untuk memaklumkan bahawa Pelan Induk Johor Digital akan dilancarkan dalam masa yang terdekat ini. Ia menunjukkan bahawa kerajaan negeri amat serius dan mempunyai perancangan besar dalam usaha kita menjayakan Agenda Johor Digital. Cabaran dan tugas terbesar kerajaan negeri pada waktu ini antara lainnya adalah untuk memastikan rakyat Johor dapat membiasakan diri dengan dunia digital. Biasa untuk berniaga secara digital dan hidup secara digital. Hal ini kerana dunia digital akan terus berevolusi dan Johor harus bersedia menerima segala bentuk teknologi yang akan datang dengan the right mind set, the right skills and the right tools, dengan izin. Oleh itu, sebagai permulaan selain daripada menterjemahkan Pelan Induk Johor Digital, infrastruktur digital di negeri ini akan terus diperkasakan menerusi Pelan Jalinan Digital Negara ataupun JENDELA, infrastruktur digital kita akan diperkasakan ke arah teknologi 5G. Fasa 1 JENDELA telah menyiapkan sebanyak 90 menara baru daripada sejumlah 222 menara yang dicadangkan untuk disiapkan dengan teknologi 4G. Tambahan lagi, sejumlah 3,205 daripada 3,586 stesen pemancar pula telah dinaiktarafkan dan sebanyak 185,333 premis dari jumlah keseluruhan 413,494 premis di Johor telah siap dipasang dengan sambungan gentian optik. Kesimpulannya, kesemua inisiatif-inisiatif Agenda Johor Digital yang terdapat pada belanjawan kali ini merupakan langkah awalan bagi mempersiapkan generasi muda terhadap digital possibilities of the feature, dengan izin. Kerajaan negeri akan terus

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 388

berusaha untuk memastikan Agenda Johor Digital ini dapat dibudayakan oleh masyarakat umum dengan pelbagai lagi inisiatif pada masa hadapan. Yang Berhormat Tuan Speaker, berkenaan penerusan inisiatif Kad Sihat Johor, kerajaan negeri telah dengan giatnya membangunkan sistem perlindungan sosial negeri yang komrehensif, bersandarkan data dalam kalangan rakyat Johor. Usaha tersebut telah diterjemahkan di dalam tiga Pakej Rangsangan Ekonomi Ihsan Johor, Belanjawan Johor 2021 dan 2022. Masing-masing di dalam Agenda Johor Prihatin dan Agenda Johor Berkebajikan. Seperti contoh di dalam Belanjawan Tahun 2021, di bawah Agenda Johor Berkebajikan, kerajaan negeri telah membelanjakan sebanyak RM115 juta yang telah memanfaatkan lebih 8,425 penerima bantuan. Kerajaan negeri sedar, bahawa usaha untuk membangunkan satu sistem dan inisiatif-inisiatif perlindungan sosial yang berkesan merupakan satu usaha yang berpanjangan. Oleh itu dua elemen penting seperti data dan sumber kewangan juga harus sentiasa dikemaskini dan diperhalusi agar setiap inisiatif yang dilaksanakan dapat berjalan dengan efektif dan berkesan. Begitu juga seperti inisiatif Kad Sihat Johor ini, kerajaan negeri sedang mempertimbangkan kaedah lain yang lebih berkesan. Untuk itu, kerajaan negeri bercadang untuk menjalinkan kerjasama dengan Waqaf An-Nur dan KPJ Health Care Berhad untuk merangka satu inisiatif perlindungan sosial khususnya untuk tujuan kesihatan rakyat Johor yang kurang berkemampuan. Inisiatif ini bakal memberikan manfaat kepada penerima Kad Sihat Johor yang sedia ada dan juga penerima-penerima lain yang tercicir mahupun yang baru. Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Tuan Jimmy Puah dari Bukit Batu membangkitkan soal Loji Rawatan Air Semanggar yang ditutup dan bekalan terputus untuk selama seminggu. Insya-Allah Yang Berhormat Bukit Batu, saya akan meneruskan usaha untuk menunjukkan concern kepada mereka yang terjejas. Yang Berhormat mencadangkan supaya touching sikitlah. Jadi, itu saya wakilkan kepada Yang Berhomatlah untuk touching-touching ini. Walaupun begitu Yang Berhormat, pihak Ranhill Saj sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik dalam membekalkan air terawat kepada semua pengguna air di negeri Johor. Ini adalah satu komitmen yang tiada kompromi oleh pihak Ranhill SAJ. Namun begitu, terdapat cabaran-cabaran yang tidak kurang hebatnya dalam kita membekalkan air bersih kepada pengguna seperti cabaran gangguan bekalan air terutamanya gangguan bekalan air tidak terancang. Gangguan bekalan air tidak terancang ini merupakan satu gangguan luar jangka, luar kawalan dan berlaku secara tiba-tiba seperti mana yang berlaku di Loji Rawatan Air Semanggar. Apa yang berlaku di Loji Rawatan Air Semanggar tempoh hari, telah memaksa loji rawatan tersebut berhenti operasinya disebabkan gangguan bekalan elektrik TNB yang mengakibatkan kedua-dua transformer di loji rawatan air tersebut terbakar. Walaupun kedua-dua unit transformer itu dari punca bekalan elektrik TNB yang berasingan. Ini secara jelasnya menunjukkan bahawa gangguan itu adalah gangguan tidak terancang atau emergency, yang tidak memungkinkan kita dapat memaklumkan lebih awal kepada pengguna sekali gus menerangkan gambaran keadaan atau situasi yang berbeza dengan apa yang berlaku di Selangor kerana gangguan bekalan air seperti dinyatakan adalah gangguan bekalan air secara terancang. Pihak Ranhill SAJ mengambil langkah-langkah segera tindakan pengurusan krisis seperti menghadapi gangguan bekalan air tidak terancang dengan mengaktifkan Jawatankuasa Tindakan Kecemasan pada 12 Oktober itu juga di mana semua pihak terlibat mengambil peranan dan tanggungjawab. Dibeli dua unit transformer bagi menggantikan transformer yang rosak. Kita laksanakan rezoning system bekalan air bersih bagi mengurangkan kawasan terjejas, meningkatkan pengeluaran air bersih dari loji-loji yang berkaitan. Kita gerakkan lori tangki dan penempatan tangki statik di kawasan-kawasan yang terjejas. Kita kemas kini maklumat berkaitan melalui saluran rasmi SAJ sama ada di facebook, You Tube mahupun di Ranhill TV secara berkala dan konsisten. Pemakluman kenyataan akhbar melalui hebahan kepada pihak media tempatan juga dilakukan. Bekalan alternatif telah

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 389

diaktifkan melibatkan pergerakan 15 lori tangki dan 43 bilangan tangki statik. Tidaklah benar bahawa rakyat tidak mendapat akses air penuh untuk tempoh seminggu. Ini kerana, pengguna hanya terputus bekalan menerusi sistem paip. Pengguna air yang terjejas ini telah mendapat bantuan alternatif pengagihan air melalui pergerakan tanker serta penempatan tangki air statik di beberapa lokasi yang strategik dan utama sejak hari pertama berlaku kejadian. Malah ditambah lagi dengan langkah rezoning atau pengolahan sistem bekalan air. Seterusnya, Yang Berhormat Bukit Batu juga membangkitkan pertanyaan berkenaan Pembinaan Loji Rawatan Air Layang 2. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Pakej 1 Pembinaan Loji Rawatan Air Layang 2 ini, tempoh kontraknya adalah daripada 3 Jun 2020 hinggalah 2 Jun 2022, itu untuk pakej yang pertama. Pakej yang 2A pula iaitu Pemasangan Paip Agihan, 1,800 milimeter diameter daripada Loji Rawatan Air Layang 2 ke tangki baharu, tempoh kontrak adalah 16 November hingga 15 November 2021, dah siap ini Yang Berhormat. Sementara Pakej 2B, Pembinaan Tangki Imbangan berkapasiti 21.8 juta liter, tempoh kontrak adalah daripada 29 Jun 2020 hinggalah 28 Disember 2022. Yang Berhormat Tuan Speaker, seterusnya perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Pasir, berkenaan dengan tanah rizab Melayu, izinkan saya memaklumkan bahawa tanah rizab Melayu tertakluk kepada Enakmen Rizab Melayu Negeri Johor 1936 yang terbagi kepada dua kategori iaitu Perizaban Kawasan di Bawah Seksyen 3 dan Perizaban Secara Individu di Bawah Seksyen 6. Bagi Seksyen 3, kerajaan bersetuju sesuatu kawasan itu dijadikan sebagai tanah rizab Melayu dan apa jua status tanah di dalam kawasan tersebut adalah dikategorikan sebagai Tanah Rizab Melayu. Manakala bagi Seksyen 6 pula, kemasukan sebagai rizab Melayu ini adalah melalui permohonan oleh pemilik ataupun sebagai syarat kelulusan semasa kurniaan tanah. Sehingga Oktober 2021, keluasan tanah rizab Melayu di negeri Johor adalah 557,633 atau 30% daripada keluasan tanah negeri Johor. Untuk makluman Yang Berhormat Bukit Pasir juga, tidak berlaku penyusutan atau pengurangan tanah rizab Melayu, malahan keluasan ini sentiasa bertambah disebabkan penyeliaan dan dasar yang dilakukan oleh kerajaan Johor selama ini. Jika terdapat permohonan bagi pembatalan sesuatu tanah rizab Melayu, ianya perlu ada tanah ganti yang mematuhi tiga syarat iaitu keluasan dan nilaian tanah gantian tersebut hendaklah sama atau lebih daripada tanah yang hendak dibatalkan. Tanah gantian tersebut juga hendaklah sesuai dan memenuhi material dan taktikal sebelum sesuatu permohonan untuk membatalkan status rizab Melayu boleh dipertimbangkan. Kerajaan Johor juga mengenakan syarat iaitu mana-mana tanah yang dikurniakan kepada orang Melayu hendaklah dijadikan sebagai tanah rizab Melayu. Bagi memastikan tanah-tanah yang dimohon dijadikan sebagai rizab Melayu dan tanah kurniaan dan disyaratkan dijadikan tanah Rizab Melayu, proses pewartaan akan dijalankan sebanyak tiga kali. Bagi memastikan tanah-tanah ini tidak berlaku urus niaga kepada orang bukan Melayu semasa proses pewartaan belum disempurnakan, satu Kaveat Pendaftar akan dimasukkan sebagai kawalan dan hanya akan dibatalkan setelah pewartaan disempurnakan sepenuhnya. Pentadbiran tanah khususnya di Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Johor sentiasa mengemaskini data dan maklumat tanah-tanah rizab Melayu sama ada dalam bentuk data spasial ataupun data atribut. Laporan secara berkala juga dilakukan selaras dengan Pekeliling PTG Bilangan 2/1983. Yang Berhormat Tuan Speaker, untuk makluman Yang Berhormat Jementah, pada fasa pandemik dan bakal memasuki fasa endemik, segala urusan serta perkhidmatan di bawah kerajaan negeri masih tertakluk dengan SOP yang ditetapkan kepada orang awam yang ingin berurusan di jabatan ini. Setakat ini, semua urusan berjalan dengan lancar. Walaupun, masa berurusan disingkatkan serta urusan dokumentasi dihadkan, namun ianya tidak memberi kesan pengurangan kepada terimaan hasil. Sehingga 24 November 2021, keseluruhan hasil yang telah diterima adalah sebanyak RM1.003 bilion bersamaan dengan

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 390

95.96% jumlah hasil yang sepatutnya dikutip. Pemberian rebat bagi 15% bagi tahun 2020, 10% bagi tahun 2021 dan 5% bagi tahun 2022 diberikan kepada semua pembayar cukai tanah telah memberi kesan positif serta dapat mengurangkan kos bayaran cukai tanah. Saya berharap dengan pemberian rebat ini, dapat memberi manfaat kepada pembayar cukai tanah dalam menjalankan tanggungjawab untuk membayar cukai tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan. Tempoh bayaran cukai tanah yang berakhir pada 31 lima 2021 telah dilanjutkan sehingga 30 September 2021 dan peluang ini turut diambil oleh pembayar untuk menjelaskan bayaran cukai tanah sehingga tamat tempoh perlanjutan. Selain daripada itu, Pentadbir Tanah Johor telah menyediakan Portal Bayaran Cukai Tanah Atas Talian yang baharu iaitu johorpay.johor.gov.my bagi memberikan kemudahan kepada pembayar cukai tanah pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja mereka berada. Yang Berhormat Tuan Speaker, “Memperhebatkan Kesejahteraan Johor” adalah tema dipilih kerajaan negeri untuk Belanjawan Johor 2022. Sudah pasti tema ini menekankan momentum kerajaan negeri untuk masa hadapan. Dalam pada kita berbahas dan berdebat mengenai hal-hal semasa yang mustahak, momentum negeri juga akan jauh ke hadapan dengan melaksanakan beberapa dasar yang berupaya merintis perubahan untuk Johor. Contohnya, Johor merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang sedang merangka Johor Green Deal seperti diumumkan dalam Belanjawan 2022. Johor Green Deal merupakan satu pelan tindakan yang bakal memperkasakan agenda pertumbuhan ekonomi hijau dan kemampanan alam sekitar di negeri ini. Pembangunan teknologi hijau di Johor bukanlah satu usaha yang asing. Contohnya, penjanaan tenaga baharu seperti waste to energy telah dijadikan satu komponen utama untuk menyelesaikan isu tapak pelupusan sampah di Johor. Maka, melalui Johor Green Deal ini dengan izin, semua usaha-usaha tersebut akan dimurnikan bagi memberi impak yang menyeluruh kepada rakyat khususnya dan ekonomi negeri amnya. Selain daripada itu, kerajaan negeri juga sedang memperkasakan inisiatif-inisiatif perlindungan sosial kepada golongan sasar yang memerlukan sama ada di bawah agenda Johor Prihatin mahupun agenda Johor Berkebajikan. Inisiatif-insiatif berkenaan akan dikembangkan mengikut keperluan sosioekonomi semasa yang bertujuan untuk membantu isi-isi rumah dan individu-individu yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Tuntasnya, tema “Memperhebatkan Kesejahteraan Johor” merupakan penzahiran kepada langkah awalan yang diambil oleh kerajaan negeri untuk menetapkan semula struktur ekonomi dan sosialnya. Setelah lebih dari setahun kita berdaya tahan dalam menempuh pandemik COVID-19, melalui inisiatif-inisiatif dalam Belanjawan Johor 2021 dengan tiga Pakej Rangsangan Ekonomi Ihsan Johor, Belanjawan Johor 2022 tertumpu pada the initial steps bagi Johor menjadi negeri yang makmur dan sejahtera dalam tahun-tahun mendatang. Dan lebih penting sekali, langkah awalan tersebut mestilah disokong oleh kestabilan dan kematangan kita dalam memperhebatkan demokrasi di dalam negeri ini agar ianya membuahkan manfaat kepada rakyat pada masa hadapan. Yang Berhormat Tuan Speaker, sebelum saya mengakhiri penggulungan ini, kerajaan negeri Johor telah diminta untuk mengambil tindakan berhubung pelaksanaan umur minimum calon 18 tahun bagi kerusi Dewan Undangan Negeri selaras dengan pindaan Seksyen 5 Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan melalui Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019 yang dinamakan Akta A1603. Untuk makluman Ahli-Ahli Dewan yang mulia, Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong pada 4 September 2019 telah berkenan ke atas pindaan yang melibatkan Perkara 47, Perkara 119 dan Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan dan telah diwartakan Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019 iaitu Akta A1603 pada 10 September 2019 dan mula dikuatkuasakan pada 11 September 2019. Akta A1603 ini telah menguatkuasakan Perkara 47 Perlembagaan Persekutuan iaitu mengenai umur minimum calon Dewan Rakyat kepada 18 tahun. Akta A1603 juga telah menguatkuasakan Seksyen 5 Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan iaitu berhubung peruntukan yang hendaklah dimasukkan ke

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 391

dalam Undang-Undang Tubuh Negeri berkaitan kelayakan Ahli Dewan Undangan Negeri kepada 18 tahun. Oleh itu, sekiranya terdapat sesuatu pilihan raya yang melibatkan kerusi Dewan Rakyat, maka calon yang telah mencapai umur kelayakan 18 tahun boleh mengambil bahagian dalam pilihan raya berkenaan. Walau bagaimanapun, sekiranya sesuatu pilihan raya itu melibatkan kerusi Dewan Undangan Negeri, maka calon yang berumur 18 tahun masih belum boleh bertanding sehingga pindaan kepada Undang-Undang Tubuh Negeri dipinda dan dikuatkuasakan. Suruhanjaya Pilihan Raya telah menyarankan kepada negeri-negeri untuk meminda Undang-Undang Tubuh Negeri bagi membolehkan umur minimum calon Dewan Undangan Negeri diturunkan kepada 18 tahun selaras dengan Seksyen 5 Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan. Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan ini merupakan peruntukan-peruntukan perlu, essential provisions, dengan izin, dalam Undang-Undang Tubuh Negeri. Jika kerajaan persekutuan meminda peruntukan-peruntukan tersebut, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk memastikan pindaan tersebut dipatuhi. Justeru, amat wajar bagi maksud mematuhi Perlembagaan Persekutuan dan untuk keseragaman syarat kelayakan menjadi calon bagi kerusi Parlimen dan kerusi DUN, pindaan kepada Undang-Undang Tubuh Negeri untuk menurunkan umur minimum calon daripada 21 tahun kepada 18 tahun dilaksanakan. Untuk tujuan itu, satu sidang khas Dewan Negeri akan diadakan seberapa segera bagi meminda Fasal 16 Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan 1895 bagi Dewan Undangan Negeri selaras dengan pindaan Seksyen 5 Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan. Yang Berhormat Tuan Speaker, perkara-perkara lain yang dibangkitkan berkaitan kawasan Ahli-Ahli Yang Berhormat seperti permohonan tanah, permohonan infrastruktur, liputan jalur lebar, tanah terbiar, ini semua akan diteliti dan akan dimaklumkan kepada setiap Ahli Yang Berhormat secara bertulis dalam tempoh tidak lebih dari tiga bulan. Kerajaan akan pertingkatkan usaha untuk menyelesaikan perkara-perkara khususnya yang telah lama tertangguh. Sebagai penutup, kerajaan negeri akan terus memperhebatkan usaha menjadikan Johor sebagai negeri pilihan pelabur. Kedudukan negeri Johor yang strategik tidak akan dipersia-siakan. Kita ada IRDA, kita ada ECER dan kita ada Pagoh Special Economic Zone. Kini, kita ada Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle. Maka, sepenuh kesempatan akan diambil dengan adanya pihak-pihak berkuasa wilayah berkenaan. Saya yakin dan percaya bahawa Johor akan menjadi negeri dan menjadi antara negeri yang terawal bangkit dari kemelut ekonomi akibat wabak COVID-19 ini. Terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat. Dengan ini, saya akhiri dengan wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih (Dewan bertepuk). YB Speaker : Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Rundingan di hadapan Dewan ini ialah supaya Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2022) Tahun 2021 dibacakan kali kedua sekarang. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan. Yang tidak bersetuju, Rang Undang-Undang ini dibacakan kali kedua. Jurutulis : Satu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan tahun 2022 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu. YB Speaker : Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa. Jurutulis : Jadual. YB Pengerusi : Perkara di hadapan jawatankuasa ini ialah sejumlah wang sebanyak RM1,447,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.01, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam itu hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 392

YB Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia : Yang Berhormat Tuan Pengerusi bagi Maksud Bekalan B.01, peruntukan sebanyak RM1,447,000.00 adalah diperlukan untuk pengurusan Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Dari jumlah tersebut, sebanyak RM929,000.00 diperlukan untuk pembayaran emolumen serta elaun-elaun kepada anggota-anggota jabatan dan bakinya sebanyak RM518,000.00 ialah untuk perbelanjaan-perbelanjaan pengurusan yang lain. Terima kasih. YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan. Perkara di hadapan jawatankuasa ini ialah sejumlah wang sebanyak RM176,848,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03 Pejabat Setiausaha Kerajaan itu hendaklah jadi sebahagian dari Jadual ini. YAB Menteri Besar : Yang Berhormat Tuan Speaker, bagi maksud Bekalan B.03 Pejabat Setiausaha Kerajaan, peruntukan sebanyak RM176,848,000.000 diperlukan bagi perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran pejabat-pejabat di bawah kawalan Pejabat Setiausaha Kerajaan dalam melaksanakan program-program dan aktiviti-aktiviti kerajaan bagi memajukan dan meningkatkan taraf hidup rakyat negeri Johor. Peruntukan yang diperlukan bagi tiap-tiap aktiviti adalah seperti berikut:- Pentadbiran Am - Bahagian Pengurusan, RM32,369,000.00; Pelbagai Perkhidmatan, RM46,749,000.00; Menteri Besar Johor, RM15,504,000.00; Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor, RM6,850,000.00; Dewan Negeri Johor, RM30,585,000.00; Badan Kawal Air Johor (BAKAJ), RM6,107,000.00; Audit Dalam, RM1,584,000.00; Pemberian Kepada Agensi, RM18,500,000.00; Kem Sultan Ibrahim, RM13,284,000.00 dan Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor, RM5,316,000.00. YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan. Perkara di hadapan jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM35,868,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03 Pejabat Setiausaha Kerajaan itu hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini. YB Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya : Yang Berhormat Tuan Speaker, bagi Maksud Bekalan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan, sejumlah RM35,868,000.00 disediakan bagi pelaksanaan aktiviti-aktiviti seperti berikut:- 1. ICT Johor sebanyak RM26,718,000.00. 2. Kebudayaan sebanyak RM9,150,000.00. Terima kasih. YB Pengerusi : Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah sejumlah wang sebanyak RM24,523,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan itu hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini. YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Yang Berhormat Tuan Speaker, bagi Maksud Bekalan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan sejumlah RM24,523,000.00 disediakan bagi pelaksanaan aktiviti-aktiviti seperti berikut : 1. Kerajaan Tempatan, RM14,733,000.00. 2. Perumahan, RM7,924,000.00. 3. Landskap, RM1,866,000.00.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 393

YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan. Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM9,000,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan itu hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini. YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat : Peruntukan berjumlah RM9,000,000.00 disediakan di bawah Maksud Bekalan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan untuk perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran di bawah Hal Ehwal Wanita dan Keluarga. Terima kasih. YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan. Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah sejumlah wang sebanyak RM35,886,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan itu hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini. YB Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan : Yang Berhormat Speaker, bagi Maksud Bekalan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan sejumlah RM35,886,000.00 disediakan bagi perlaksanaan aktiviti-aktiviti seperti berikut : 1. Rakan Muda dan Sukan, RM29,500,000.00 2. Tourism Johor, RM2,047,000.00 3. Institut Dato’ Onn, RM4,339,000.00 YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan. Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM14,817,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan itu hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini. YB Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia : Yang Berhormat Speaker, bagi Maksud Bekalan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan sejumlah RM14,817,000.00 disediakan bagi perlaksanaan aktiviti-aktiviti seperti berikut: 1. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, RM7,200,000.00. 2. Invest Johor, RM1,015,000.00. 3. Unit Strategik Modal Insan Johor, RM1,687,000.00. 4. Johor Economic Tourism and Culture Office (JETCO), RM4,315,000.00. YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan. Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM15,928,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.04, Perbendaharaan Negeri itu hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini. YAB Menteri Besar : Yang Berhormat Tuan Speaker, bagi Maksud Bekalan B.04, peruntukan sebanyak RM15,928,000.00 diperlukan bagi pengurusan dan pentadbiran Perbendaharaan Negeri. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM7,421,000.00 diperuntukkan untuk perbelanjaan emolumen. RM3,030,000.00 untuk perbelanjaan perkhidmatan dan bekalan. RM201,000.00 untuk pemilikan aset. RM276,000.00 untuk

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 394

perbelanjaan pemberian dan berkenaan bayaran tetap dan baki RM5,000,000.00 untuk perbelanjaan pulang balik hasil dan hapus kira. YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan. Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM22,365,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.07, Jabatan Pertanian itu; RM79,667,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.08, Jabatan Pengairan dan Saliran itu; RM11,681,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.10, Jabatan Perkhidmatan Veterinar itu hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini. YB Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar: Yang Berhormat Tuan Pengerusi, bagi Maksud Bekalan B.07, peruntukan sebanyak RM22,365,000.00 adalah diperlukan untuk pengurusan Jabatan Pertanian. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM15,969,000.00 diperlukan untuk pembayaran emolumen serta elaun-elaun kepada anggota-anggota jabatan dan bakinya sebanyak RM6,396,000.00 ialah untuk perbelanjaan-perbelanjaan pengurusan yang lain. Di bawah Maksud B.08, Jabatan Pengairan dan Saliran, peruntukan yang diperlukan ialah sebanyak RM79,667,000.00. Sejumlah RM30,888,000.00 disediakan untuk perbelanjaan emolumen. RM47,970,000.00 diperlukan untuk perkhidmatan dan bekalan termasuk pengendalian dan penyelenggaraan sungai-sungai. RM534,000.00 disediakan untuk pemilikan aset jabatan dan RM275,000.00 pula disediakan untuk pemberian dan berkenaan bayaran tetap termasuk bayaran gentian cuti rehat kepada anggota-anggota jabatan yang bersara. Di bawah Bekalan B.10, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, peruntukan sebanyak RM11,681,000.00 diperlukan untuk perbelanjaan pentadbiran dan pengurusan Jabatan Perkhidmatan Veterinar termasuk emolumen kakitangan dan bagi melaksanakan tugas-tugas pengurusan yang berkaitan dengan haiwan serta meningkatkan kemajuan industri ternakan di seluruh negeri. YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan. Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM6,663,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.12, Pejabat Kebun Bunga DiRaja Johor itu; RM6,072,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.13, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa itu hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini. YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Yang Berhormat Pengerusi bagi Maksud Bekalan B.12, peruntukan berjumlah RM6,663,000.00 diperlukan untuk perbelanjaan pengurusan Pejabat Kebun Bunga Diraja Johor. Peruntukan sebanyak RM6,072,000.00 di bawah Maksud Bekalan B.13 pula adalah untuk Jabatan Perancangan Bandar dan Desa bagi melaksanakan tugas-tugas pengawalan pembangunan fizikal, penyelarasan perancangan fizikal serta penyediaan rancangan-rancangan tempatan. YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan. Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM19,280,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.19, Jabatan Perhutanan itu hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini. YAB Menteri Besar : Yang Berhormat Tuan Pengerusi, di bawah Maksud Bekalan B.19, peruntukan sebanyak RM19,280,000.00 diperlukan untuk perbelanjaan pengurusan dan

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 395

pentadbiran Jabatan Perhutanan. Dari jumlah tersebut sebanyak RM14,787,000.00 adalah perbelanjaan emolumen manakala baki sebanyak RM4,493,000.00 adalah untuk lain-lain perbelanjaan termasuk perkhidmatan dan bekalan jabatan, aset serta pemberian dan berkenaan bayaran tetap. YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan. Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM286,248,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.21, Jabatan Agama Islam itu hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini. YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam : Yang Berhormat Tuan Pengerusi, bagi Maksud Bekalan B.21, Jabatan Agama Islam, peruntukan sebanyak RM286,248,000.00 diperlukan untuk melaksanakan kegiatan-kegiatan agama Islam di dalam usaha-usaha meninggikan syiar Islam termasuk perbelanjaan pengurusan di bawah Pendidikan Agama Islam serta bantuan kepada sekolah-sekolah Arab dan sekolah-sekolah agama rakyat dan KAFA. Peruntukan diperlukan bagi tiap-tiap aktiviti ialah sebagaimana berikut : 1. Jabatan Agama Islam (pentadbiran am), RM61,751,000.00. 2. Pendidikan Agama Islam, RM224,497,000.00. YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan. Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu sebanyak, jumlah wang sebanyak RM39,984,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.23, Jabatan Kebajikan Masyarakat itu hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini. YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat : Yang Berhormat Tuan Pengerusi, bagi Maksud Bekalan B.23, Jabatan Kebajikan Masyarakat peruntukan yang diperlukan bagi tahun 2022 ialah berjumlah RM39,984,000.00. Dari jumlah tersebut sebanyak RM5,118,000.00 diperlukan untuk pembayaran emolumen kepada anggota-anggota jabatan, RM2,666,000.00 untuk perbelanjaan perkhidmatan dan bekalan, RM420,000.00 untuk pemilikan aset dan baki RM31,780,000.00 untuk perbelanjaan pemberian dan kenaan bayaran tetap yang merupakan bantuan-bantuan dan sumbangan kebajikan kepada individu dan juga masyarakat. Ini termasuklah bantuan kepada penduduk-penduduk miskin dan bantuan malapetaka seperti banjir. YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan. Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM87,252,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.24, Jabatan Kerja Raya itu hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini. YB Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur : Yang Berhormat Tuan Pengerusi, bagi Maksud Bekalan B.24, Jabatan Kerja Raya, peruntukan yang diperlukan bagi tahun 2022 ialah berjumlah RM87,252,000.00. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM53,679,000.00 diperlukan untuk pembayaran emolumen kepada anggota-anggota jabatan. RM32,051,000.00 untuk perbelanjaan perkhidmatan dan bekalan. RM530,000.00 untuk pemilikan aset. RM972,000.00 untuk perbelanjaan pemberian dan berkenaan bayaran tetap manakala baki sebanyak RM20,000.00 diperlukan bagi menampung perbelanjaan-perbelanjaan lain jabatan. Terima kasih. YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 396

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM5,410,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.26, Muzium Diraja Abu Bakar Istana Besar Johor itu hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini. YB Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya : Yang Berhormat Tuan Pengerusi, di bawah Maksud Bekalan B.26, Muzium Diraja Abu Bakar Istana Besar Johor, peruntukan yang diperlukan ialah berjumlah RM5,410,000.00 dan dari jumlah tersebut sebanyak RM2,828,000.00 adalah perbelanjaan emolumen manakala baki sebanyak RM2,582,000.00 adalah untuk lain-lain perbelanjaan termasuk perkhidmatan dan bekalan jabatan, aset dan berkenaan bayaran tetap. YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan. Perkara yang di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM870,500,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.28, sumbangan kepada Kumpulan Wang Berkanun itu hendaklah menjadi sebahagian daripada jadual ini. YAB Menteri Besar : Yang Berhormat Tuan Pengerusi, di bawah Maksud Bekalan B.28 pula, peruntukan sebanyak RM870,500,000.00 diperlukan untuk Sumbangan Kepada Kumpulan Wang Berkanun, jumlah tersebut diperlukan sebagai caruman kepada Kumpulan Wang Pembangunan dan Kumpulan Wang di bawah Seksyen 10 yang lain. Terima kasih. YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan. Perkara yang di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM11,578,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.29, Jabatan Kehakiman Syariah itu, RM2,913,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.32, Jabatan Mufti itu, RM2,780,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.33, Jabatan Pendakwaan Syariah itu hendaklah menjadi sebahagian daripada Jadual ini. YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam : Yang Berhormat Tuan Pengerusi, di bawah Maksud Bekalan B.29, peruntukkan RM11,578,000.00 disediakan untuk perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran Jabatan Kehakiman Syariah bagi 2022. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM6,884,000 disediakan untuk perbelanjaan emolumen, sebanyak RM4,299,000.00 untuk perbelanjaan perkhidmatan dan bekalan sebanyak RM360,000.00 untuk perbelanjaan pemilikan aset sebanyak RM35,000.00 untuk perbelanjaan pemberian dan berkenaan bayaran tetap. Di bawah Maksud Bekalan B.32 peruntukkan sebanyak RM2,913,000.00 disediakan untuk perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran bagi Jabatan Mufti. Di bawah Maksud Bekalan B.33 peruntukan sebanyak RM2,780,000.00 disediakan untuk perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran bagi Jabatan Pendakwaan Syariah. YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan. Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM5,168,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.41, Pejabat Daerah Johor Bahru itu, RM5,964,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.42, Pejabat Daerah Muar itu, RM5,666,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.43, Pejabat Daerah Batu Pahat itu, RM4,609,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.44, Pejabat Daerah Pontian itu, RM5,118,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.45, Pejabat Daerah Segamat itu, RM4,745,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.46 Pejabat Daerah Kluang itu, RM4,919,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.47, Pejabat Daerah Kota Tinggi itu, RM3,993,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.48, Pejabat Daerah Mersing itu,

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 397

RM3,797,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.49, Pejabat Daerah Kulai itu, RM3,667,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.50, Pejabat Daerah Tangkak itu, hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini. YAB Menteri Besar : Yang Berhormat Tuan Pengerusi, di bawah Maksud Bekalan B.41, Pejabat Daerah Johor Bahru diperuntukkan sebanyak RM5,168,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.42, Pejabat Daerah Muar diperuntukkan RM5,964,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.43, Pejabat Daerah Batu Pahat diperuntukkan sebanyak RM5,666,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.44, Pejabat Daerah Pontian diperuntukkan sebanyak RM4,609,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.45, Pejabat Daerah Segamat diperuntukkan sebanyak RM5,118,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.46, Pejabat Daerah Kluang diperuntukkan sebanyak RM4,745,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B. 47 pula, Pejabat Daerah Kota Tinggi diperuntukkan sebanyak RM4,919,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.48, Pejabat Daerah Mersing diperuntukkan sebanyak RM3,993,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.49, Pejabat Daerah Kulai diperuntukkan sebanyak RM3,797,000.00 dan di bawah Maksud Bekalan B.50, Pejabat Daerah Tangkak diperuntukkan sebanyak RM3,667,000.00. Kesemua peruntukan tersebut di sediakan bagi perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran pejabat-pejabat daerah di seluruh negeri Johor. Terima kasih. YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan. Perkara yang di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM31,347,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.51, Pejabat Tanah dan Galian itu, RM7,058,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.52, Pejabat Tanah Johor Bahru itu, RM5,241,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.53, Pejabat Tanah Muar itu, RM6,635,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.54, Pejabat Tanah Batu Pahat itu, RM3,805,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.55, Pejabat Tanah Pontian itu, RM5,165,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.56, Pejabat Tanah Segamat itu, RM4,892,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.57, Pejabat Tanah Kluang, RM5,039,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.58, Pejabat Tanah Kota Tinggi itu, RM3,572,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.59, Pejabat Tanah Mersing itu, RM3,317,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.60, Pejabat Tanah Kulai itu, RM3,451,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.61, Pejabat Tanah Tangkak itu hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini. YAB Menteri Besar : Yang Berhormat Tuan Pengerusi, di bawah Maksud Bekalan B.51, Pejabat Tanah dan Galian diperuntukkan sebanyak RM31,347,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.52 Pejabat Tanah Johor Bahru diperuntukkan sebanyak RM7,058,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.53, Pejabat Tanah Muar diperuntukkan sebanyak RM5,241,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.54, Pejabat Tanah Batu Pahat diperuntukkan sebanyak RM6,635,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.55, Pejabat Tanah Pontian diperuntukkan sebanyak RM3,805,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.56, Pejabat Tanah Segamat diperuntukkan RM5,165,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.57, Pejabat Tanah Kluang diperuntukkan sebanyak RM4,892,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.58, Pejabat Tanah Kota Tinggi diperuntukkan sebanyak RM5,039,000.00, dan di bawah Maksud Bekalan B.59, Pejabat Tanah Mersing diperuntukkan sebanyak RM3,572,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.60, Pejabat Tanah Kulai diperuntukkan sebanyak RM3,317,000.00 dan di bawah Maksud Bekalan B.61, Pejabat Tanah Tangkak diperuntukkan sebanyak RM3,451,000.00. Kesemua peruntukan tersebut disediakan bagi perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran pejabat-pejabat tanah di seluruh negeri Johor. YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, Jadual jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini. Jurutulis : FASAL 2.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 398

YB Pengerusi : Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya Fasal 2 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, Fasal 2 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini. Jurutulis : FASAL 1. YB Pengerusi: Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah Fasal 1 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, Fasal 1 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini. Saya tangguhkan Persidangan ini sehingga jam 2.30 petang ini. Persidangan di tangguhkan pada jam 1.00 tengah hari. Persidangan disambung semula pada jam 2.30 petang. YB Speaker : Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Dewan Negeri bersidang semula. YAB Menteri Besar Johor: Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon memaklumkan bahawa Rang Undang-Undang ini telah pun ditimbangkan dalam Jawatankuasa satu persatunya dan dipersetujukan tanpa pindaan. Maka saya membawa rundingan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. YB Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar : Yang Berhormat Tuan Speaker, saya menyokong rundingan itu. YB Speaker : Rundingan di hadapan Dewan ini ialah supaya Rang Undang-Undang yang dinamakan Enakmen Perbekalan (2022) Tahun 2021 dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, Rang Undang-Undang ini dibaca kali yang ketiga dan diluluskan. Jurutulis : Bahawa dengan ini adalah Diperundang-Undangkan oleh Dewan Negeri Johor seperti berikut: Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Perbekalan (2022) Tahun 2021 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2022. ANGGARAN PERBELANJAAN PEMBANGUNAN NEGERI JOHOR TAHUN 2022. YAB Menteri Besar Johor: Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon membawa rundingan supaya Dewan ini serta-merta berpindah menjadi Jawatankuasa bagi keseluruhan Dewan Negeri untuk menimbangkan Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Negeri Johor Tahun 2022 yang telah dibentangkan sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 37 Tahun 2021 dan memperakukan sama ada peranggaraan itu patut diluluskan oleh Dewan ini dengan dipinda atau tiada dipinda. YB Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar : Yang Berhormat Tuan Speaker, saya menyokong rundingan itu.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 399

YB Speaker : Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli Yang Berhormat jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, Rundingan itu dipersetujukan. Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa. YB Pengerusi : Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM312,000,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan P.70, Pejabat Menteri Besar Johor itu, RM291,534,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan P.71, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (Pembangunan) itu, RM71,466,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan P.72, Pejabat Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) itu dipersetujukan. YAB Menteri Besar : Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon kita, kita terlepas satu proses. Minta maaf Yang Berhormat Tuan Speaker, sewaktu saya membawa rundingan perlu juga dinyatakan tentang isi kandungan rundingan iaitu peruntukan yang diperlukan untuk Penganggaran Pembangunan Tahun 2022, adalah berjumlah RM870,000,000.00 di bawah empat Jawatankuasa seperti berikut: 1. Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan, Perancangan dan Pembangunan

Ekonomi Negeri Johor, RM675,000,000.00. 2. Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor,

RM40,000,000.00. 3. Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, RM55,000,000.00. 4. Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor

RM100,000,000.00. Penjelasan lanjut bagi peruntukan tersebut akan diberi di peringkat Jawatankuasa berkenaan. Saya sambung Yang Berhormat Tuan Speaker. Yang Berhormat Tuan Pengerusi, di bawah maksud Pembangunan 70, Pejabat Menteri Besar Johor, peruntukan sebanyak RM312,000,000.00 disediakan bagi tahun 2022. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM248,000,000.00 diperlukan bagi menjalankan kerja-kerja pembangunan termasuk pembangunan fizikal, pembangunan sosial dan pembangunan kerja-kerja kecil. Sebanyak RM14,000,000.00 pula disediakan untuk perbelanjaan pengambilan balik tanah bagi tujuan projek-projek pembangunan, kemudahan awam. Manakala selebihnya sebanyak RM50,000,000.00 disediakan bagi projek-projek khas daerah di seluruh negeri Johor. Di bawah maksud Pembangunan 71, Setiausaha Kerajaan Pembangunan, peruntukan sebanyak RM291,534,000.00 disediakan untuk tahun 2022. Sebanyak RM45,749,000.00 disediakan bagi projek pembangunan ekonomi dan inklusif. Sejumlah RM72,881,000.00 pula diperuntukkan bagi projek-projek pembangunan perumahan dan kerajaan tempatan. Selain daripada itu, RM16,260,000.00 disediakan bagi projek-projek di bawah Pertanian Dan Industri Asas Tani. Untuk pembangunan modal insan, keluarga dan masyarakat, diperuntukkan sejumlah RM10,400,000.00 bagi pelaksanaan projek-projek berkaitan pengurusan sumber dan alam sekitar disediakan sejumlah RM84,640,000.00. Manakala RM10,680,000.00 disediakan bagi pembangunan sains, teknologi dan inovasi. RM5,000,000.00 pula disediakan bagi projek pembangunan, belia dan sukan. Bagi penggalakkan aktiviti pelancongan di negeri Johor, peruntukan sejumlah RM13,000,000.00 disediakan. Akhir sekali, sebanyak RM33,500,000.00 disediakan untuk infrastruktur dan kemudahan awam. Di bawah maksud Pembangunan 72, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pengurusan, peruntukan sebanyak RM71,466,000.00 disediakan untuk tahun 2022. Sebanyak

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 400

RM44,767,000.00 disediakan bagi kerja-kerja penyelenggaraan, baik pulih dan naik taraf kuarters kerajaan dan bangunan negeri, bangunan-bangunan milik kerajaan negeri di luar negeri Johor dan bangunan-bangunan kerajaan di pusat pentadbiran kerajaan negeri Kota Iskandar serta Masjid Kota Iskandar. Di samping itu juga, sebanyak RM8,167,000.00 disediakan bagi bayaran-bayaran yang berkaitan dengan Kota Iskandar. Sebanyak RM6,553,000.00 pula disediakan bagi pembinaan bangunan-bangunan kerajaan negeri. RM11,954,000.00 disediakan bagi kerja-kerja kecil dan akhir sekali sebanyak RM25,000.00 disediakan bagi kenderaan penguatkuasaan. YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan. Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM55,000,000.00 Bagi Kepala Perbelanjaan P.73, Jabatan Agama Islam itu dipersetujukan. YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam : Yang Berhormat Tuan Pengerusi di bawah maksud Pembangunan 73, Jabatan Agama Islam, peruntukan sebanyak RM55,000,000.00 disediakan untuk tahun 2022. Sejumlah RM2,100.000.00 disediakan untuk Pusat Islam Iskandar Johor dan RM40,145,000.00 pula untuk pembangunan sekolah-sekolah agama di seluruh negeri Johor serta Pejabat Pendidikan Islam Negeri Johor. Peruntukan sejumlah RM1,830,000.00 disediakan bagi kenderaan penguatkuasaan dan jentera. Kelengkapan masjid-masjid kerajaan, pelaksanaan kerja-kerja yang dirancangkan bagi membina rumah pegawai, guru-guru agama dan kakitangan Jabatan agama Islam Negeri Johor. Peruntukan sejumlah RM3,615,000.00 lagi adalah bagi kelengkapan dan kemudahan di Makam Diraja dan tanah-tanah perkuburan. Peruntukan sebanyak RM7,310,000.00 pula adalah untuk membina dan memperelok masjid-masjid di Johor, bangunan-bangunan Pejabat Agama Islam Negeri Johor, bangunan-bangunan Mahkamah Syariah Negeri Johor dan bangunan-bangunan Jabatan Mufti Negeri Johor. YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan. Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM100,000,000.00 Bagi Kepala Perbelanjaan P.74, Jabatan Kerja Raya itu dipersetujukan. YB Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur : Yang Berhormat Tuan Pengerusi, di bawah maksud Pembangunan 74, Jabatan Kerja Raya peruntukan sebanyak RM100,000,000.00 disediakan untuk tahun 2022. Sebanyak RM45,292,030.00 diperlukan untuk kerja-kerja pembinaan, menaik taraf serta memperlelok jalan dan jambatan negeri dan sebanyak RM2,350,000.00 untuk melebar jalan-jalan negeri, membina tembok tepi sungai dan rancangan mengelak banjir dan naik taraf. Peruntukan sejumlah RM2,945,000.00 juga disediakan untuk menaik taraf sistem mekanikal dan elektrikal di bangunan-bangunan kerajaan dan RM3,150,000.00 diperuntukkan untuk kerja-kerja kecil yang lain. Sejumlah RM4,131,050.00 disediakan untuk kerja-kerja pembinaan, menaik taraf, mengubah suai serta kemudahan dan keperluan bangunan-bangunan kerajaan negeri Johor. Bagi menaik taraf bangunan-bangunan utama kerajaan serta kemudahan dan keperluan bangunan, sejumlah RM2,592,000.00 pula disediakan sebagai peruntukan. Sejumlah RM37,496,510.00 diperuntukkan untuk bangunan-bangunan negeri. Manakala RM1,398,410.00 adalah untuk bangunan Yayasan Warisan Johor. Akhir sekali RM645,000.00 disediakan untuk kenderaan dan jentera. YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan. Perkara di hadapan Jawatankuasa ini iaitu jumlah wang sebanyak RM40 juta Bagi Kepala Perbelanjaan P.75, Jabatan Pengairan dan Saliran itu dipersetujukan.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 401

YB Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar: Yang Berhormat Tuan Pengerusi, bagi maksud Pembangunan 75, Jabatan Pengairan dan Saliran, peruntukan sebanyak RM40,000,000.00 disediakan untuk pelaksanaan projek-projek bagi tahun 2022. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM6,066,000.00 adalah bagi jentera, kenderaan, loji dan pintu air serta kelengkapan dan sebanyak RM450,000.00 disediakan untuk premis dan bangunan jabatan. Sebanyak RM4,810,000.00 disediakan untuk kajian dan reka bentuk projek. Di samping itu, sebanyak RM18,976,000.00 disediakan bagi rancangan tebatan banjir. Saliran mesra alam zon pantai dan lembangan sungai sebanyak RM5,793,000.00 disediakan bagi pengurusan sumber air dan hidrologi, pembangunan infrastruktur, pengairan, saliran pertanian dan asas tani serta muara sungai di seluruh negeri Johor. Dan akhir sekali sebanyak RM3,935,000.00 disediakan bagi pengurusan keselamatan empangan serta lintasan dan jalan ladang. YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan. YAB Menteri Besar : Yang Berhormat Pengerusi, oleh sebab maksud-maksud penganggaran yang dinyatakan dalam Kertas Mesyuarat Bilangan 37 Tahun 2021 itu telah pun selesai ditimbangkan. Maka saya membawa rundingan supaya ketetapan-ketetapan Jawatankuasa itu dimaklumkan serta merta kepada Dewan Negeri. YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan. Dewan Negeri Bersidang Semula. YAB Menteri Besar : Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon memaklumkan bahawa Jawatankuasa Dewan ini telah pun menimbang dan meluluskan tanpa pindaan maksud-maksud peranggaran yang dinyatakan dalam Kertas Mesyuarat Bilangan 37 Tahun 2021. Dari itu, saya membawa rundingan supaya Dewan ini bersetuju dengan ketetapan-ketetapan Jawatankuasa itu iaitu peruntukan wang berjumlah RM870,000,000.00 yang dicadangkan bagi Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tahun 2022 itu diluluskan oleh Dewan Negeri ini. Dan dengan itu, mengambil ketetapan bahawa sejumlah wang yang tidak melebihi RM870,000,000.00 hendaklah dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan dalam Tahun Kewangan 2022 bagi menyempurnakan maksud yang dinyatakan dalam Kertas Mesyuarat yang tersebut. YB Pengerusi Jawatakuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar : Yang Berhormat Tuan Speaker, saya menyokong rundingan itu. YB Speaker : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, Rundingan itu dipersetujukan. Jurutulis : RANG UNDANG-UNDANG ENAKMEN PERBEKALAN TAMBAHAN TAHUN 2021. YAB Menteri Besar : Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon membawa rundingan supaya Rang Undang-Undang yang dinamakan Enakmen Perbekalan Tambahan Tahun 2021 dibacakan kali yang pertama. YB Pengerusi Jawatakuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar : Yang Berhormat Tuan Speaker, saya menyokong Rundingan itu. YB Speaker : Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang pertama.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 402

Jurutulis : Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2021 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk maksud-maksud yang tertentu. YAB Menteri Besar : Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon memaklumkan bahawa saya akan membawa rundingan untuk bacaan kali yang kedua bagi Rang Undang-Undang ini pada hari ini juga dan saya membawa rundingan supaya Peraturan Tetap 112 (2) ditangguhkan sementara agar pertimbangan Rang Undang-Undang ini pada peringkat-peringkat yang lain dapat diselesaikan pada hari ini juga. YB Pengerusi Jawatakuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar : Yang Berhormat Tuan Speaker, saya menyokong rundingan itu. YB Speaker : Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, Peraturan Tetap 112 (2) ditangguhkan sementara. YAB Menteri Besar : Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon membawa rundingan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. Tambahan peruntukan ini merupakan tambahan bagi perbelanjaan bekalan tahun 2021. Tambahan peruntukan yang diperlukan adalah sebanyak RM27,605,000.00. Sebagaimana yang dimaksudkan di dalam Enakmen Perbekalan Tambahan di bawah 4 Jawatankuasa seperti berikut:- Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran Kewangan, Perancangan dan Pembangunan Ekonomi Negeri Johor, RM2,368,000; Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, RM3,284,000.00; Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, RM19,068,000.00 dan Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor RM2,885,000.00. Penjelasan lanjut bagi tambahan-tambahan tersebut akan diberi di peringkat Jawatankuasa berkenaan. Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar : Yang Berhormat Tuan Speaker, saya menyokong rundingan itu. YB Speaker : Rundingan di hadapan Dewan ini ialah supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang kedua. Jurutulis : Satu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2021 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk maksud-maksud yang tertentu. YB Speaker : Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa Jurutulis : JADUAL. YB Pengerusi : Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM373,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan itu hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini. YAB Menteri Besar : Yang Berhormat Tuan Pengerusi, bagi Maksud Bekalan B. 03 Pejabat Setiausaha Kerajaan Bahagian Pengurusan, peruntukan tambahan sebanyak RM373,000.00 iaitu RM89,000.00 diperlukan untuk membiayai kekurangan membayar gaji dan upahan, elaun dan imbuhan tetap sumbangan berkanun untuk kakitangan disebabkan terdapat lantikan baharu dan kenaikan pangkat; dan RM29,000.00 bagi menampung kekurangan peruntukan kerana bayaran Bantuan Khas Kewangan tahun 2020 dan Bayaran

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 403

Khas Aidilfitri Tahun 2021. Tambahan juga bagi bayaran balik ke Akaun Pendahuluan Diri AP59 untuk perkhidmatan membekal kelengkapan dan peralatan sebanyak RM250,000.00 dan RM5,000.00 bagi bayaran ganjaran bagi kakitangan yang tamat kontrak tahun 2021. Badan Kawal Selia Air (BAKAJ) RM264,000.00; Audit Dalam RM109,000.00. YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan. YB Pengerusi : Perkara itu dihadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM100,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.07, Jabatan Pertanian itu hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini. Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar : Yang Berhormat Tuan Pengerusi, bagi Maksud Bekalan B.07, Jabatan Pertanian diperuntukkan sebanyak RM100,000.00 diperlukan untuk membiayai kekurangan peruntukan kerana bayaran Bantuan Khas Kewangan tahun 2020 dan Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2021. YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan. YB Pengerusi : Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM3,184,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.08, Jabatan Pengairan dan Saliran itu hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini. Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar : Yang Berhormat Tuan Pengerusi, bagi Maksud Bekalan B.08, Jabatan Pengairan dan Saliran diperuntukkan sebanyak RM3,184,000.00 iaitu RM2,822,000.00 diperlukan untuk menampung gaji dan upahahan, elaun dan imbuhan tetap, sumbangan berkanun untuk kakitangan disebabkan terdapat lantikan baharu dan kenaikan pangkat dan RM362,000.00 bagi bayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2020 dan Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2021. YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan. Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM893,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.19, Jabatan Perhutanan itu hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini. YAB Menteri Besar : Yang Berhormat Tuan Pengerusi, bagi Maksud Bekalan B.19 Jabatan Perhutanan, peruntukan tambahan sebanyak RM893,000.00 diperlukan iaitu RM693,000.00 untuk membayar gaji dan upahan, elaun dan imbuhan tetap dan sumbangan berkanun untuk kakitangan disebabkan terdapat lantikan baharu dan kenaikan pangkat. Dan RM200,000.00 bagi bayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2020 dan Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2021. YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan. Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM19,068,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.21, Jabatan Agama Islam itu hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini. YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam : Yang Berhormat Tuan Pengerusi, bagi Maksud Bekalan B.21, Jabatan Agama Islam diperuntukkan sebanyak RM19,068,000.00 diperlukan iaitu RM14,181,000.00 untuk membayar gaji dan upahan, elaun dan imbuhan tetap dan sumbangan berkanun untuk kakitangan disebabkan terdapat

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 404

lantikan baharu seramai 598 orang Gred DG29 dan RM4,887,000.00 bagi bayaran Bantuan Khas Kewangan tahun 2020 dan Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2021. YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan. Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM2,885,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.23, Jabatan Kebajikan Masyarakat itu hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini. YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat : Yang Berhormat Tuan Pengerusi, bagi Maksud Bekalan B.23 Jabatan Kebajikan Masyarakat diperuntukkan sebanyak RM2,885,000.00 diperlukan untuk membiayai pembayaran bantuan am negeri kepada penerima bantuan bagi bulan Oktober, November dan Disember 2021. Dan pertambahan bilangan penerima bantuan am disebabkan pandemik COVID-19. YB Pengerusi : Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah jumlah wang sebanyak RM122,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.42, Pejabat Daerah Muar itu; RM327,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.43, Pejabat Daerah Batu Pahat itu; RM65,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.45, Pejabat Daerah Segamat itu; RM78,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.48, Pejabat Daerah Mersing itu; RM78,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.52, Pejabat Tanah Johor Bahru itu; RM128,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.53, Pejabat Tanah Muar itu; RM163,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.54, Pejabat Tanah Batu Pahat itu; RM96,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.55, Pejabat Tanah Pontian itu; RM45,000.00 bagi Kepala Perbelanjaan B.58, Pejabat Tanah Kota Tinggi itu hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual ini. YAB Menteri Besar : Yang Berhormat Tuan Pengerusi, tadi bila kita bentang jawapan daripada Yang Berhormat EXCO Wanita, Yang Berhormat Pengerusi tak sempat nak baca sokong atau tak sokong. Terlepas satu, mungkin dalam buku ini tidak dinyatakan tetapi tertinggal satu Yang Berhormat. Saya pohon kalau boleh Yang Berhormat kita dapatkan sokongan terlebih dahulu. YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan. YAB Menteri Besar : Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Tuan Pengerusi, bagi Maksud Bekalan B.42, Pejabat Daerah Muar peruntukan tambahan sebanyak RM122,000.00 diperlukan untuk menampung kekurangan peruntukan gaji dan upahan kerana peruntukan sedia ada digunakan untuk bayaran balik pendahuluan diri AP54; Bagi Maksud Bekalan B.43, Pejabat Daerah Batu Pahat peruntukan tambahan sebanyak RM327,000.00 diperlukan untuk membiayai kekurangan peruntukan gaji dan upahan serta elaun tetap kerana peruntukan sedia ada digunakan untuk bayaran balik pendahuluan diri; bagi Maksud Bekalan B.45, Pejabat Daerah Segamat peruntukan tambahan sebanyak RM65,000.00 diperlukan untuk menampung gaji dan upahan disebabkan terdapat lantikan baharu dan kenaikan pangkat. Bagi Maksud Bekalan B.48, Pejabat Daerah Mersing peruntukan tambahan sebanyak RM78,000.00 diperlukan untuk membiayai gaji dan upahan, elaun dan imbuhan tetap dan sumbangan berkanun untuk kakitangan disebabkan terdapat lantikan baharu dan kenaikan pangkat. Bagi Maksud Bekalan B.52, Pejabat Tanah Johor Bahru pula peruntukan tambahan sebanyak RM78,000.00 diperlukan untuk menampung kekurangan peruntukan kerana bayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2020 dan Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2021.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 405

Bagi Maksud Bekalan B.53, Pejabat Tanah Muar peruntukan tambahan sebanyak RM128,000.00 diperlukan untuk membiayai kekurangan peruntukan kerana bayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2020 dan Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2021. Bagi Maksud Bekalan B.54, Pejabat Tanah Batu Pahat peruntukan tambahan sebanyak RM163,000.00 diperlukan iaitu RM139,000.00 untuk menampung kekurangan peruntukan kerana bayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2020 dan Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2021 dan RM24,000.00 bagi bayaran gantian cuti rehat kakitangan yang bersara pilihan pada tahun 2021. Bagi Maksud Bekalan B.55, Pejabat Tanah Pontian peruntukan tambahan sebanyak RM96,000.00 diperlukan untuk membiayai kekurangan peruntukan kerana bayaran Bantuan Khas Kewangan tahun 2020 dan Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2021. Bagi Maksud Bekalan B.58, Pejabat Tanah Kota Tinggi peruntukan tambahan sebanyak RM45,000.00 diperlukan untuk menampung bayaran tunggakan elaun insentif khas Johor dan elaun bantuan sara hidup kesan pertukaran zon di bawah Majlis Perbandaran Pengerang. YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan. Jadual jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini. Jurutulis : FASAL 2. YB Pengerusi : Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya Fasal 2 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, Fasal 2 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini. Jurutulis : FASAL 1. YB Pengerusi : Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya Fasal 1 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, Fasal 1 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini. YB Speaker : Dewan Negeri bersidang semula YAB Menteri Besar : Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon memaklumkan bahawa Rang Undang-Undang ini telah pun ditimbangkan dalam Jawatankuasa satu persatunya dan dipersetujukan tanpa pindaan. Maka, saya membawa rundingan supaya Rang Undang-Undang ini dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. YB Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar: Yang Berhormat Tuan Speaker, saya menyokong rundingan itu. YB Speaker : Rundingan di hadapan Dewan ini ialah supaya Rang Undang-Undang yang dinamakan Enakmen Perbekalan Tambahan Tahun 2021 dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, Rang Undang-Undang ini dibacakan kali ketiga dan diluluskan. Jurutulis : Bahawa dengan ini adalah diperundang-undangkan oleh Dewan Negeri Johor seperti berikut, Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Perbekalan Tambahan Tahun 2021.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 406

Jurutulis : RANG UNDANG-UNDANG ENAKMEN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN KERAJAAN NEGERI (PINDAAN) 2021. YAB Menteri Besar : Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon membawa rundingan supaya Rang Undang-Undang yang dinamakan Rang Undang-Undang Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Kerajaan Negeri (Pindaan) 2021 dibaca kali yang pertama. YB Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar: Yang Berhormat Tuan Speaker, saya menyokong rundingan itu. YB Speaker : Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang pertama. Jurutulis : Suatu Enakmen Untuk Meminda Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Kerajaan Negeri 1959 [Enakmen No. 4/1959]. YAB Menteri Besar : Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon membawa rundingan supaya Peraturan Tetap 58 ditangguhkan sementara agar rundingan untuk bacaan kali kedua bagi Rang Undang-Undang ini pada peringkat-peringkat yang lain dapat diselesaikan pada hari ini juga. YB Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar: Yang Berhormat Tuan Speaker, saya menyokong rundingan itu. YB Speaker : Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahi-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, Rundingan itu dipersetujukan. YAB Menteri Besar : Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon membawa Rundingan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. Yang Berhormat Tuan Speaker, Penggubalan Jadual Keempat Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Kerajaan Negeri 1959, merupakan Pindaan Kadar Elaun Tetap dan Kemudahan Ahli-Ahli Suruhanjaya. Proses pindaan ini merupakan satu proses perundangan yang biasa dan telah dilaksanakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Johor dengan kali terakhir pindaan tersebut dilaksanakan adalah pada 1 Januari 2015. Pindaan Kadar Elaun Tetap dan Kemudahan Ahli-Ahli Suruhanjaya ini telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan di mesyuaratnya pada 6 Januari 2021. Jumlah keseluruhan anggota perkhidmatan awam di negeri Johor bagi waran perjawatan tetap adalah 10,381 orang. Jumlah pengisian yang telah dibuat adalah sebanyak 8,413 orang iaitu 81%. Manakala jumlah kekosongan jawatan adalah sebanyak 1,872 orang iaitu 19% daripada jumlah keseluruhan perjawatan tetap yang ada dalam perkhidmatan awam Johor. Di samping itu, proses temu duga yang perlu dijalankan oleh Ahli-Ahli Suruhanjaya juga dianggarkan sebanyak 2,000 hingga 4,000 orang calon setahun. Sehubungan dengan itu, berdasarkan kepada pertambahan tugas dan tanggungjawab kerana pertambahan jumlah urusan pengambilan dan temu duga, adalah wajar kadar elaun tetap dan kemudahan tersebut diluluskan bersesuaian dengan bebanan dan kompleksiti tugas yang digalas oleh Ahli-Ahli Suruhanjaya. Oleh yang demikian, bersesuaian dengan peningkatan kadar elaun tetap dan kemudahan yang telah diluluskan maka, Rang Undang-Undang ini digubal bertujuan untuk meminda butiran-butiran amaun di dalam Jadual Keempat Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Kerajaan Negeri 1959 sesuai dengan kenaikan kadar yang telah diluluskan tersebut.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 407

Yang Berhormat Tuan Speaker, Rang Undang-Undang yang dicadangkan bertujuan untuk meminda Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Kerajaan Negeri 1959 yang mengandungi dua (2) Fasal:

1. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan permulaan berkuat kuasa Enakmen

dicadangkan. 2. Fasal 2 bersetuju meminda Jadual Keempat Enakmen No.4/1959 iaitu perkara

berkenaan gaji dan elaun tetap dan kemudahan Pengerusi dan Ahli-Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Kerajaan Negeri.

3. Rang Undang-Undang ini akan melibatkan kerajaan dengan perbelanjaan wang

tambahan yang amaunnya sebanyak RM326,900.00 setahun.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan. YB Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar: Yang Berhormat Tuan Speaker, saya menyokong rundingan itu. YB Speaker : Rundingan di hadapan Dewan ini ialah supaya Rang Undang-Undang ini dibaca kali kedua sekarang. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang kedua. Jurutulis : Suatu Enakmen Untuk Meminda Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Kerajaan Negeri 1959 [Enakmen No. 4/1959]. YB Pengerusi : Dewan Bersidang Sebagai Jawatankuasa. Jurutulis : FASAL 1. YB Pengerusi : Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya Fasal 1 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, Fasal 1 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini. Jurutulis: FASAL 2. YB Pengerusi : Perkara di hadapan Jawatankuasa ialah supaya Fasal 2 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, Fasal 2 sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini. Dewan Negeri bersidang semula. YAB Menteri Besar : Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon memaklumkan bahawa Rang Undang-Undang ini telah pun ditimbangkan dalam jawatankuasa satu persatunya dan dipersetujukan tanpa pindaan. Dari itu, saya membawa rundingan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. YB Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar : Yang Berhormat Tuan Speaker, saya menyokong rundingan itu.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 408

YB Speaker : Rundingan di hadapan Dewan ini ialah supaya Rang Undang-Undang Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Kerajaan Negeri (Pindaan) 2021 dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, Rang Undang-Undang ini dibacakan kali ketiga dan diluluskan. Jurutulis : Bahawa dengan ini adalah diperundang-undangkan oleh Dewan Negeri Johor seperti berikut: Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Kerajaan Negeri (Pindaan) 2021 dan hendaklah mula disifatkan berkuat kuasa pada 1 Januari 2021. Jurutulis : RANG UNDANG-UNDANG ENAKMEN MAJLIS BANDARAYA PASIR GUDANG 2021. YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon membawa rundingan supaya Rang Undang-Undang dibaca kali yang pertama. YB Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar : Yang Berhormat Tuan Speaker, saya menyokong rundingan itu. YB Speaker : Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang pertama. Jurutulis : Suatu Enakmen untuk membuat peruntukan-peruntukan berbangkit untuk ubahsuaian-ubahsuaian gelaran apabila taraf Majlis Perbandaran Pasir Gudang ditukar dan bagi perkara-perkara berkaitan dengannya. YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Yang Berhormat Tuan Speaker, saya memohon membawa rundingan supaya Peraturan Tetap 58 ditangguhkan sementara agar rundingan untuk bacaan kali kedua bagi Rang Undang-Undang ini pada peringkat-peringkat yang lain dapat diselesaikan pada hari ini juga. YB Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar : Yang Berhormat Tuan Speaker, saya menyokong rundingan itu. YB Speaker : Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, Rundingan itu dipersetujukan. YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon membawa rundingan supaya Rang Undang-Undang ini dibaca kali kedua sekarang. Yang Berhormat Tuan Speaker, penggubalan Enakmen bagi Pihak Berkuasa Tempatan yang di naik taraf adalah merupakan satu proses perundangan yang biasa dan telah dilaksanakan di Pihak Berkuasa Tempatan lain di Malaysia yang telah di naik taraf mengikut Seksyen 4(2) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) seperti Enakmen Majlis Bandaraya Johor Bahru dan Enakmen Majlis Bandaraya Iskandar Puteri. Sejarah penubuhan Majlis Bandaraya Pasir Gudang bermula pada 1 Julai 1977 apabila Majlis Bandaraya Pasir Gudang yang ketika itu dikenali Pihak Berkuasa Tempatan atau PBT Pasir Gudang ditubuhkan melalui Pengisytiharan Warta Kerajaan Negeri Johor Jil. 21 Bil. 4, J.P.U. 10, bertarikh 17 Februari 1977 di bawah Seksyen 3, Enakmen Lembaga Bandaran, Bil 118.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 409

Berkuat kuasa pada tarikh yang sama, Johor Corporation dahulunya dikenali Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor atau PKENJ telah dilantik bagi mentadbir dan memajukan kawasan Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang ini di bawah Seksyen 150, Enakmen Lembaga Bandaran. Mulai 1 Julai 1985, kerajaan negeri Johor telah bersetuju Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang ditadbir di bawah Seksyen 7, Akta Kerajaan Tempatan, 1976 (Akta 171) menggantikan penggunaan Enakmen Lembaga Bandaran 1937, (Bil 118). Johor Corporation telah diamanahkan oleh kerajaan negeri untuk mentadbir PBT Pasir Gudang mengikut tempoh-tempoh pentadbiran yang telah diluluskan sehingga 31 tahun lamanya iaitu dari Julai 1977 hingga 30 Jun 2009. Apabila Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang telah memenuhi semua kriteria sebagai sebuah Majlis Perbandaran, Majlis Perbandaran Pasir Gudang telah ditubuhkan pada 1 Julai 2008 di bawah Seksyen 3, Akta Kerajaan Tempatan 1976, (Akta 171). Kini, adalah wajar supaya Majlis Perbandaran Pasir Gudang diberikan pertimbangan untuk pengiktirafan kepada Majlis Bandaraya Pasir Gudang. Pengiktirafan yang diberikan ini secara tidak langsung akan dapat memberikan perkhidmatan bandar raya yang terbaik kepada penduduk selain dapat mempertimbangkan lagi prestasi dalam pelbagai aktiviti yang dipertanggungjawab kepada Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Selain telah memenuhi kriteria-kriteria bagi kenaikan Majlis Perbandaran kepada Majlis Bandaraya, kenaikan taraf juga memberikan kelebihan kepada Majlis Perbandaran Pasir Gudang dengan penambahan perjawatan, kenaikan jumlah geran tahunan dan projek-projek pembangunan bersesuaian dengan taraf sebagai Bandaraya. Tambahan, pengiktirafan Bandaraya yang diberikan juga akan menjadi dorongan serta pemangkin kepada segala perancangan pembangunan yang dirancang selaras dengan hasrat kerajaan negeri. Ini secara tidak langsung akan menjadi daya penarik kepada pelabur-pelabur asing mahupun tempatan dalam membuat pelaburan ke negeri Johor. Oleh yang demikian, bersesuaian dengan kenaikan taraf Majlis Perbandaran Pasir Gudang kepada Majlis Bandaraya Pasir Gudang, maka Rang Undang-Undang Enakmen Majlis Bandaraya Pasir Gudang 2021 ini digubal bertujuan untuk mengadakan peruntukan-peruntukan berbangkit untuk ubahsuaian-ubahsuaian gelaran sesuai dengan kenaikan taraf tersebut. Yang Berhormat Tuan Speaker, Rang Undang-Undang ini mengandungi 3 Fasal.

1. Fasal 1, mengandungi tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa Enakmen yang dicadangkan.

2. Fasal 2, memperkatakan gelaran yang digunakan dalam konteks Majlis Perbandaran

Pasir Gudang dan ubahsuaian-ubahsuaian gelaran-gelaran itu apabila mula berkuat kuasa Enakmen yang dicadangkan.

3. Fasal 3, memperkatakan kecualian semua perkara yang dilakukan oleh atau terhadap

Majlis Pasir Gudang di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan pihak berkuasa tempatan sebelum mula berkuat kuasa Enakmen yang dicadangkan yang hendaklah tidak menyentuh apa-apa prosiding perundangan yang telah dilaksanakan dalam prosiding perundangan oleh atau terhadap Majlis Bandaraya Pasir Gudang boleh dimulakan seolah-olah tiada apa-apa penukaran taraf selepas Enakmen yang di cadang telah mula berkuat kuasa.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 410

YB Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar: Yang Berhormat Tuan Speaker, saya menyokong Rundingan itu. YB Speaker : Ahli-Ahli Yang Berhormat, suka saya mengingatkan bahawa menurut Peraturan 59, maka bolehlah dibahaskan maka dengan itu tapi hendaklah dihadkan perbahasan itu kepada dasar-dasar dan faedah Rang Undang-Undang itu sahaja. Perbahasan Ahli Yang Berhormat jika ada. Tiada. Saya minta diteruskan. Jemput, teruskan. Rundingan di hadapan Dewan ini ialah supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang kedua. Jurutulis : Suatu Enakmen untuk membuat peruntukan-peruntukan berbangkit untuk ubahsuaian-ubahsuaian gelaran apabila taraf Majlis Perbandaran Pasir Gudang ditukar dan bagi perkara-perkara berkaitan dengannya. Dewan Bersidang Sebagai Jawatankuasa. Jurutulis : FASAL 1. YB Pengerusi : Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya Fasal 1 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, Fasal 1 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini. Jurutulis : FASAL 2. YB Pengerusi : Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya Fasal 2 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, Fasal 2 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini. Jurutulis : FASAL 3. YB Pengerusi : Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya Fasal 3 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, Fasal 3 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini. Dewan Negeri Bersidang Semula. YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Yang Berhormat Tuan Speaker, saya memohon memaklumkan Rang Undang-Undang ini telah pun ditimbangkan dalam Jawatankuasa satu persatu dan dipersetujukan tanpa pindaan. Dari itu, saya mohon membawa rundingan supaya Rang Undang-Undang ini dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. YB Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar: Yang berhormat Tuan Speaker, saya menyokong Rundingan itu.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 411

YB Pengerusi : Rundingan di hadapan Dewan ini ialah supaya Rang Undang-Undang Enakmen Majlis Perbandaran Pasir Gudang 2021 dibacakan Kali Ketiga dan diluluskan sekarang. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, Rang Undang-Undang ini dibacakan kali ketiga dan diluluskan. Jurutulis : Bahawa dengan ini adalah diperundang-undangkan oleh Dewan Negeri Johor seperti berikut: Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Majlis Bandaraya Pasir Gudang 2021 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada 22 November 2020. RUNDINGAN-RUNDINGAN. YB Tuan Speaker : Dimaklumkan YAB Menteri Besar telah menarik balik Rundingan berhubung dengan Penyata Jawatankuasa Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap bagi Dewan Negeri Johor Bilangan 1 Tahun 2021 di bawah Peraturan Tetap Bilangan 33(2), Peraturan-peraturan dan Perintah Tetap bagi Dewan Negeri Johor melalui surat yang bertarikh 23 November 2021, Jurutulis Dewan Negeri telah memaklumkan kepada semua Ahli-Ahli Berhormat melalui surat bertarikh 24 November 2021 berhubung perkara itu. Dengan itu, adalah disebabkan telah ditarik balik ingatan mengenainya hanyalah dimasukkan di dalam minit mesyuarat. Jurutulis : RUNDINGAN BERKENAAN CADANGAN MEMBENARKAN ADUN-ADUN BLOK PEMBANGKANG UNTUK MENGAMBIL BAHAGIAN DI DALAM MESYUARAT JAWATANKUASA TINDAKAN PEMBANGUNAN DAERAH, JTPD DI BAWAH PERATURAN TETAP FASAL 30 (2), PERATURAN-PERATURAN DAN PERINTAH-PERINTAH TETAP BAGI DEWAN NEGERI JOHOR. YB Speaker : Rundingan daripada Yang Berhormat Jementah telah diterima oleh Jurutulis Dewan Negeri di bawah Peraturan Tetap Fasal 30 (2), Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap bagi Dewan Negeri Johor. Suka saya mengingatkan Ahli-Ahli Yang Berhormat hanya diberi masa 10 minit sahaja. Jemput, Jementah. YB Tuan Tan Chen Choon (Jementah) : Yang Berhormat Tuan Speaker, Ahli-Ahli Dewan yang saya hormati sekalian. Saya mohon untuk membawa rundingan berkenaan cadangan untuk membenarkan ADUN-ADUN blok Pembangkang untuk mengambil bahagian dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah, (JPTD) di bawah Peraturan Tetap Pasal 30 (2), Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri Johor. Dan, perlukan ada sokongan. YB Speaker : Bentang dulu, bentang dulu. YB Tuan Tan Chen Choon (Jementah) : Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya berpendapat bahawa kita sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri dan kita dipilih oleh rakyat dan perkara ini memang sudah ada banyak perbahasan dalam masa Bajet 2022 dan daripada banyak Ahli-Ahli Dewan daripada pihak pembangkang juga berpendapat bahawa kita seharusnya diberikan kebenaran untuk mengambil bahagian dalam mesyuarat tersebut. Sebab sebagai Wakil Rakyat kita bukan sahaja memainkan daripada pihak pembangkang. Bukan sahaja memainkan peranan check and balance dalam Dewan ini. Kita juga sebagai suara kepada rakyat dalam kawasan dan sebarang pembangunan atau masalah yang ditimbulkan oleh rakyat di kawasan-kawasan, kami berpendapat sekiranya ia boleh dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah dan dikemukakan kepada Jawatankuasa tersebut maka kita boleh minta penjawat-penjawat awam untuk menyemak atau membuat siasatan ke atas masalah-masalah yang dibawa ke dalam mesyuarat tersebut. Dan kita berpendapat ini adalah sebahagian daripada kerja-kerja kita dalam

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 412

kawasan. Kita bukan sahaja sebagai seperti yang Yang Amat Berhormat Menteri Besar kata kita sebagai penggubal dasar, pembuat-pembuat dasar sahaja, tetapi kita juga sebagai penerima suara rakyat tempat berkenaan tentang isu-isu tempatan. Dan kami amat berharap boleh diberikan ruang dan peluang dalam mesyuarat tersebut untuk mengutarakan pandangan-pandangan atau masalah-masalah rakyat di Mesyuarat Jawatankuasa tersebut. Dan juga berkenaan dengan pembangunan daerah, seperti yang saya bahas dalam Belanjawan 2022, begitu banyak wang yang telah dibelanjakan dan digunakan untuk pembangunan daerah dan kita sedia maklum bahawa Mesyuarat JTPD adalah suatu Jawatankuasa yang memainkan peranan sebagai agensi pelaksana dan saya berpendapat sekiranya kita dapat pihak pembangkang dapat melibatkan kita dalam mesyuarat tersebut kita boleh memainkan peranan juga untuk memberikan pandangan kita tentang kelemahan-kelemahan yang mungkin muncul dalam pelaksanaan. Maka saya mohon Dewan yang mulia ini mempertimbangkan ADUN-ADUN Pembangkang untuk mengambil bahagian di dalam Mesyuarat Jawatankuasa tersebut. Sekian, terima kasih. YB Speaker : Yang Berhormat ada sokongan? Ya. YB Tuan Yeo Tung Siong (Pekan Nanas) : Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Speaker. Saya Pekan Nenas menyokong sepenuh kepada rundingan yang dibawa oleh ADUN Jementah untuk memastikan dan membolehkan Ahli Pembangkang daripada ADUN memasuki kepada Jawatankuasa JTPD. Ini adalah penting kerana dia membolehkan.. YB Speaker : Cukup Yang Berhormat. Yang Berhormat, cukup. Saya minta sokongan sahaja. YB Tuan Yeo Tung Siong (Pekan Nanas) : Itu sahaja. YB Speaker : Nanti tidak cukup masa. Nanti ada perbahasan. YB Tuan Yeo Tung Siong (Pekan Nanas) : Dan pihak kami berasa amat kecewa kerana Menteri Besar tidak bersetuju untuk membenarkan Pembangkang memasuki kepada JKPD dan kami merujuk balik kepada pekeliling. YB Speaker : Cukup Yang Berhormat, cukup, cukup. Saya nak minta sokongan sahaja cukup. Dah ada sokongan baru kita buat perbahasan ya. Disebabkan rundingan itu telah disokong saya membenarkan rundingan itu dibahaskan oleh 2 orang ADUN Kerajaan dan 2 orang ADUN Pembangkang. Saya beri masa seorang ADUN 5 minit sahaja. Saya persilakan dari pihak kerajaan dahulu. Jemput, 5 minit ya. YB Dato’ Zulkurnain bin Haji Kamisan (Sri Medan) : Bismilahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mengambil masa yang ringkas dalam sesi perbahasan untuk rundingan Yang Berhormat ADUN Jementah yang disokong oleh ADUN Pekan Nanas. Saya amat bersetuju dengan apa yang telah dinyatakan oleh YAB Menteri Besar ketika penggulungan sebentar tadi, yang mana peringkat awal kami pun ketika Yang Amat Berhormat Menteri Besar membentangkan Belanjawan 2022 Negeri Johor telah menyatakan untuk menawarkan status pemerhati kepada rakan-rakan Yang Berhormat Pembangkang sebelah sana. Tapi oleh kerana dalam apa juga tempoh seminggu Perbahasan kita, kita telah cuba untuk mengadakan perundingan dan juga mengambil hati Yang Berhormat-Yang Berhormat di sebelah sana, tetapi malangnya, Yang Berhormat di sebelah sana masih kekal dengan pendirian untuk jadi seorang ahli dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Daerah. Tetapi dengan apa yang, rundingan yang telah dikekalkan oleh Yang Berhormat

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 413

Pembangkang sana, Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah buat kata putus iaitu kerajaan tiada pilihan untuk mengekalkan arahan No.1/2020. Jadi oleh itu Yang Berhormat Tuan Speaker, kami telah cuba melakukan yang terbaik sepanjang sidang Dewan kali ini dan kami juga telah menggariskan beberapa perkara yang mana perlu diberi perhatian oleh rakan-rakan saya di pihak kerajaan dan juga rakan-rakan di pihak pembangkang. Pertama, kuasa untuk memberi kebenaran untuk hadir atau tidak sebenarnya bukannya di bawah bidang kuasa kita di negeri Johor. Itu memang perlu Yang Berhormat pihak Pembangkang kena tahu yang mana bukan kuasa Yang Amat Berhormat Menteri Besar, bukan kuasa EXCO-EXCO. Kuasa ini terletak di tangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Itu telah tercatat dalam Arahan No.1/2020. Sedar atau tidak, hari ini kita telah membahaskan satu perkara yang bukan di bawah bidang kuasa kita. Itu Yang Berhormat Pembangkang pun kena sedar. Sama seperti apa yang telah dibawa ketika sidang Dun yang lepas iaitu soal cukai. Sebab itu Yang Berhormat Tuan Speaker, kami di pihak kerajaan, kami cuba lihat bahawa demokrasi atau pendemokrasian itu adalah perlu di negeri Johor pada hari ini. Tetapi Yang Berhormat Tuan Speaker, apa yang dibawa oleh Yang Berhormat Pembangkang pada hari ini sebenarnya banyak tidak melihat punca kuasa sebenar. Kebenaran yang boleh diberi kepada Yang Berhormat Pembangkang untuk sama-sama terlibat dalam Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah. Sebab itu, seperti yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar ketika penggulungan sebentar tadi. Dalam Arahan No.1/2020, memang ada menyatakan bahawa Ahli yang terlibat adalah Ahli Parlimen atau ADUN tanpa menyatakan kerajaan ataupun pembangkang. Tetapi Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah dapat satu surat daripada Pejabat ICU yang menyatakan bahawa dengan jelas, justifikasi Ahli Parlimen atau ADUN yang menjadi ahli dalam JKPD adalah Ahli Parlimen atau ADUN yang sama parti dengan kerajaan persekutuan. Itu bermaksud parti yang mendukung kewujudan kerajaan pada hari ini, government of the day, jadi kalau betul-betul Yang Berhormat-Yang Berhormat semua hendak terlibat dengan Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Daerah sokonglah kami. Tidak ada masalah pun. Sebab itu apa hari ini, apa yang kita, saya nak tekankan di dalam perbahasan pada hari ini, iaitu perkara yang ketiga. Tajuk rundingan yang dibawa oleh ADUN Pembangkang, oleh ADUN Jementah tidak menepati tujuan sebenar rundingan ini ditujukan kepada siapa. Sedangkan punca kuasa seperti saya sebut tadi untuk memberi kebenaran kepada ADUN Pembangkang dalam JTPD adalah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bukan kerajaan negeri Johor yang saya maklumkan sebentar tadi. Oleh itu Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mengambil masa yang ringkas pada petang ini, saya ingin menyeru kepada rakan-rakan Yang Berhormat Pembangkang bagi memelihara kehormatan Dewan yang mulia ini dan untuk mengelakkan percanggahan punca kuasa kepada rakan-rakan, punca kuasa kepada rakan-rakan Ahli Yang Berhormat saya mencadangkan agar rundingan ini tidak disokong. Sekian, Assalamualaikum warahmatulllahi wabarakatuh. (Dewan bertepuk) YB Speaker : Ya, daripada pihak pembangkang, lima minit diberi. YB Tuan Haji Sheikh ‘Umar Bagharib bin Ali (Paloh) : Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum warahmatulllahi wabarakatuh. Bagi pihak Yang Berhormat Pembangkang di sini, Paloh mewakili pandangan dan juga buah fikiran daripada seluruh ADUN-ADUN di peringkat pembangkang. Memang kita sedar dalam pengamalan kita sewaktu melaksanakan Mesyuarat Jawatankusa Tindakan Pembangunan Daerah ini yang sejak sekian lama dilaksanakan secara bulanan, kita memang mengambil punca kuasa itu daripada Arahan Nombor 1 di peringkat persekutuan namun pada masa yang sama jika lihat di sana ada beberapa pengecualian-pengecualian yang tidaklah juga kita laksanakan sepenuhnya. Kerana jika kita mengikut kepada Arahan Nombor 1 itu, maka Wakil Rakyat iaitu Ahli Parlimen akan mempengerusikan Mesyuarat JTPD ini. Dalam hal itu,

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 414

kita lihat ada pengecualian yang kita lakukan di peringkat negeri ini. Dan kita semua mengakui bahawa apa yang sedang kita laksanakan pada hari ini, mesyuarat JTPD yang berlaku secara bulanan ini dipengerusikan di peringkat negeri Johor ini bagi daerah-daerah oleh Tuan D.O. Dalam hal ini kita lihat ada sedikit kelonggaran ataupun ada sedikit dia panggil adjustment yang boleh dilakukan di situ. Justeru Paloh sering kali menyatakan bahawa kita tidak menginginkan situasi seperti mana yang berlaku pada hari ini kita lihat di antara kerajaan dan juga pembangkang mungkin kerusinya setara, hampir setara. Justeru, walaupun dalam keadaan ini mungkin ramai orang yang kurang rasa senang tetapi Paloh beranggapan bahawa pada ketika inilah masa yang cukup tepat untuk kita di Dewan yang mulia ini mempersetujukan rundingan ini diluluskan, disokong dan diluluskan di Dewan ini untuk membolehkan Wakil-wakil Rakyat termasuklah Wakil-wakil Rakyat daripada pembangkang turut serta dalam Mesyuarat JTPD. Mengapa? Kerana jika kita lihat senario pada hari ini di negeri Johor, Wakil-wakil Rakyat daripada pembangkang mewakili separuh daripada the whole state of negeri Johor ini, dengan izin. Maka sekiranya platform JTPD ini tidak dapat disertai oleh ADUN-ADUN daripada pembangkang misalnya, maka sebenarnya, lebih kurang hampir separuh kawasan-kawasan jika mengikut sempadan DUN kita tidak dapat bawa suara rakyat di situ masuk ke dalam JTPD. Saya jelas dengan penjelasan daripada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar bahawa Wakil Rakyat ataupun ADUN-ADUN yang dipilih ini membuat keputusan di peringkat legislative di dalam Dewan yang mulia ini. Namun Paloh menegaskan sekali lagi, bahawa normal kita di dalam pengamalan di dalam negeri Johor atau di mana-mana negeri di dalam Malaysia ini ataupun di peringkat Parlimen sekali pun, Wakil Rakyat bukan sahaja menjadi pembuat dasar di peringkat Dewan yang mulia. Pada masa yang sama, kita juga menjadi tempat untuk kita punya rakyat yang berada di dalam kawasan kita mengadu pelbagai jenis isu, mengangkat pelbagai jenis perkara-perkara, hal-hal berbangkit di kawasan. Dan Paloh serta rakan-rakan daripada pembangkang merasakan bahawa JTPD adalah satu platform yang paling baik untuk kita mengangkat suara rakyat di dalam mengemukakan isu-isu yang mereka bangkitkan di kawasan. Ya, pada masa yang sama, kalaulah kita boleh katakan ini juga satu tempoh ataupun peluang yang baik untuk kita mengangkat demokrasi yang lebih matang dengan kita meletakkan Wakil-wakil Rakyat yang telah dipilih secara sah untuk sama-sama turut serta dalam JTPD. Memang hari ini pembangkang ada 27 kerusi tetapi kalau kita gariskan dalam konteks demokrasi yang matang ini,hakikatnya tak kira 27 kerusi, 26 kerusi, 25 kerusi, 4,3,2,1 kerusi sekalipun suara rakyat yang diwakili oleh mana-mana Wakil Rakyat walaupun mereka pembangkang adalah sepatutnya diberikan hak untuk disuarakan menerusi JTPD ini. Jadi daripada justifikasi-justifikasi yang telah diberikan apalah kiranya rundingan ini boleh kita persetujukan bersama. Dan boleh kita luluskan bersama-sama di dalam Dewan yang mulia ini. Betul, hari ini tak tentu kita di sini dan tak tentu siapa di sebelah sana tetapi sekali kita telah meletakkan batu ataupun batu tanda kepada aras demokrasi yang matang dengan penyertaan Wakil-wakil Rakyat berbahas dan berbincang secara matang di dalam JTPD ianya akan menjadi satu penanda aras yang baik dan yang mendapat laba keuntungannya adalah rakyat-rakyat yang berada di dalam kawasan DUN masing-masing di dalam negeri Johor yang kita cintai ini. Yang Amat Berhormat Menteri Besar ada menyatakan di peringkat awal sewaktu Ucapan Belanjawan 2022 menyatakan bahawa kita dibenarkan masuk sebagai pemerhati... YB Speaker : Ringkaskan Yang Berhormat. YB Tuan Haji Sheikh ‘Umar Bagharib bin Ali (Paloh) : ... akan dimasukkan sebagai pemerhati, namun selepas mengikuti perbahasan dalam masa seminggu yang lalu kita dapati bahawa tidak cukup sebagai pemerhati sebenarnya kerana fungsi kami untuk meminta supaya dimasukkan ke dalam JTPD adalah untuk memerhati, mendengar, memberi cadangan, memberi buah fikiran, mengangkat isu-isu lokal yang berlaku di dalam kawasan DUN kita seterusnya mendapat follow up dan mendapat respond daripada jabatan-

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 415

jabatan dan seluruh agensi yang terlibat di dalam JTPD agar urusan rakyat di dalam kawasan DUN yang kita wakili dapat kita jayakan pencapaian dan prestasinya. Sekian, terima kasih. YB Speaker: Saya jemput ADUN daripada kerajaan. Jemput. Pembahas nombor dua. dijemput. YB Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur : Assalamualaikum warahmatulllahi wabarakatuh. Kalau dilihat daripada atau didengar daripada penerangan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar tadi, punca kuasanya memang sesungguhnya amat sesuai sekiranya apa yang berlaku sekarang diteruskan di mana Pegawai Daerah akan mempengerusikan mesyuarat. Saya tidak dapat bayangkan Yang Berhormat Tuan Speaker apabila Ahli Parlimen mempengerusikan mesyuarat di satu daerah yang mempunyai 3 Ahli Parlimen berbeza. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana bulan ini Yang Berhormat Tan Sri Muhyiddin mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Daerah, bulan depan Yang Berhormat Syed Saddiq mempengerusikan Mesyuarat Tindakan Daerah, bulan lagi satu Yang Berhormat dari Bakri akan mempengerusikan Mesyuarat Tindakan Daerah. Sedangkan mereka tidak memahami apa kehendak dan isu di daerah isu. (Dewan bertepuk). Tan Sri Muhyiddin memanglah seorang tokoh, dia tahu bukan setakat Muar, di seluruh Malaysia pun dia tahu tetapi dalam konteks ini beliau menumpukan Pagoh, Syed Saddiq menumpukan Muar dan Bakri menumpukan Bakri. D.O dia mencakupi seluruh daerah. Jadi amat sesuai dan bijaksana pelaksanaan yang ada sekarang. Satu lagi kalau daripada perbahasan yang lepas kerajaan negeri mencadangkan supaya pihak ADUN Pembangkang menjadi pemerhati. Pemerhati, status dia bukan setakat duduk diam tu, kalau setakat duduk diam tu ADUN tak aktif namanya. Tak payah pilih. ADUN yang mewakili pembangkang jadi pemerhati dia boleh menyampaikan melalui surat kepada wakil terus kepada WHIP ataupun kepada D.O. apa juga nak sampaikan boleh disampaikan. Satu lagi ADUN boleh jumpa DO bila-bila masa. Boleh jumpa YDP bila-bila masa. Jadi saya tak nampak mengapa isu ini ditimbulkan sedangkan offer yang bagus sebagai pemerhati ditolak mentah-mentah. Bukan nak minta penerangan tapi ditolak. Jadi daripada ditolak, baik kita tolak teruslah usul hari ini. Sekian, terima kasih. (Dewan bertepuk). YB Speaker : Dijemput daripada pembangkang. Lima minit. YB Ir. Dr. Faizul Amri bin Adnan (Serom): Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum warahmatulllahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera. Pertama-tamanya Serom mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker, untuk peluang yang diberikan kepada Serom untuk turut sama membahaskan rundingan yang dibawa oleh Jementah. Dan Serom juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan di sebelah sana yang saya kira memberikan juga input balas yang positif dari sudut jawapan-jawapan yang kami berikan namun suka Serom untuk menjelaskan daripada pembahas daripada sebelah sana yang menyatakan di pihak sini memohon untuk pengerusi kepada Mesyuarat Jawatankuasa, JTPD yang dimaksudkan yang mana jelas penjelasan yang diberikan pleh pembahas sebelah sana mengelirukan. Yang mana di pihak sebelah sini menyatakan bahawa kita hanya memohon untuk menjadikan ADUN-ADUN di sebelah pembangkang sini untuk menjadi ahli-ahli kepada mesyuarat tidak sekali kali untuk menjadi pengerusi kepada mesyuarat. Jadi kenyataan ini jauh mengelirukan. Kedua, Serom juga ingin menyatakan disini bahawa kita tidak menafikan punca kuasa yang disebutkan oleh seperti mana yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar sebentar tadi dan juga rakan-rakan yang lain tapi apa yang kita nyatakan di sini kalau kita lihat kita rujuk kepada Arahan Nombor 1 2020 yang asal ianya tidak langsung menyatakan Ahli Parlimen, ADUN-ADUN kerajaan seperti mana yang disebutkan hari ini. Ianya jelas terbuka. Jadi kenapa tidak kita mengambil semangat ini dalam keadaan kita menghadapi suatu pandemik yang seperti mana juga disebut oleh Wakil-wakil Rakyat kerajaan yang

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 416

menyatakan suasana yang kita hari ini bukanlah suasana biasa tetapi suasana luar biasa yang tidak pernah kita hadapi. Jadi kenapa tidak, kenapa tidak kita mengambil langkah yang proaktif dengan membuka peluang demi rakyat di luar sana yang merintih setiap hari untuk kita menyampaikan aduan-aduan menyampaikan laporan demi untuk keselesaan mereka. Jadi saya di sini sebagai pihak pembangkang sekali lagi memohon kepada semua Ahli-Ahli Dewan yang mulia ini untuk bersama memberi persetujuan kepada rundingan yang dibawa oleh Jementah. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang saya hormati sekalian, sekali lagi saya ingin menyeru kepada semua di sini ketepikanlah, ketepikanlah sebarang sentimen politik kepada permohonan yang dibawa oleh pihak, itu sebab saya tak suka menyatakan pembangkang tapi lebih suka kepada bukan kerajaan kerana dalam situasi kita berdepan dengan pandemik hari ini, kita perlukan suatu tindakan, suatu keputusan yang di luar daripada kebiasaan. Dan saya percaya punca kuasa juga boleh dirunding untuk memberikan persetujuan kepada perkara ini. Yang Berhormat Tuan Speaker, saya melihat bahawa permohonan yang dibawa oleh Jementah hari ini bukanlah permohonan biasa, ianya telah kita bawa dua kali dalam sidang Dewan. Ianya adalah merupakan suatu rundingan, suatu cadangan yang serius dan kritikal bagi mempercepatkan proses pemulihan yang untuk berlaku kepada negara kita, negeri Johor khususnya dan kalau kita lihat di sini dengan penglibatan seimbang seperti mana yang disebut oleh YB Paloh tadi, dengan penglibatan yang hampir separuh sahaja untuk ketika ini, jika dilibatkan semua maka pembangunan, pemulihan seimbang boleh berlaku di seluruh negeri Johor. Yang Amat Berhormat sebelum ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga ada di sini. Beliau merupakan Pengerusi Pemulihan Negara dan saya rasa beliau juga bersetuju bahawa dengan penglibatan semua ini akan membawa kepada pemulihan yang seimbang di semua kawasan. Ahli-Ahli Dewan Yang Berhormat sekalian, sekali lagi saya menyatakan di sini bahawa permulaan kepada usaha untuk membawa Ahli-Ahli Pembangkang ke dalam penglibatan dalam Mesyuarat Jawatankuasa ini bukanlah suatu yang baru. Malah bukan sahaja baru di Malaysia. Negeri Perak khususnya juga sepertinya negeri Johor telah memulakan langkah ini dengan melibatkan Ahli-Ahli daripada Dewan pembangkang, Ahli Dewan Pembangkang untuk terlibat sama dalam Mesyuarat JTPD ini. Jadi, saya menyeru untuk kita bersama dengan semangat yang baru, semangat yang luar biasa yang saya kira dinanti-nantikan di luar sana untuk mengambil satu keputusan yang juga luar biasa dengan membenarkan ADUN-ADUN daripada bukan kerajaan ini untuk terlibat sama di dalam mesyuarat-mesyuarat di peringkat Jawatankuasa Pembangunan Tindakan Daerah. Tuan Speaker, Yang Berhormat Tuan Speaker, sekali lagi kalau kita lihat kepada ucapan Yang Amat Berhormat Ir. Dato’ Menteri Besar sebelum ini dan saya kira banyak kenyataan-kenyataan menyatakan bahawa ADUN pembangkang ini adalah merupakan rakan strategik dan ianya tidak ada disebut di mana-mana negeri di seluruh Malaysia. Kitalah antara negeri yang menyatakan bahawa pembangkang ini rakan strategik. Jadi inilah masanya, inilah masanya untuk kita benar-benar merealisasikan jika benar ADUN-ADUN bukan kerajaan ini rakan strategik, maka saya kira inilah masa dan ketikanya untuk kita merealisasikan dengan membuktikan bahawa penyertaan ADUN daripada bukan kerajaan ke dalam mesyuarat yang pastinya saya percaya dan saya penuh yakin bahawa pembangunan atau pun proses pemulihan di negeri Johor ini akan berlaku jauh lebih cepat daripada negeri-negeri yang lain. Yang Berhormat Tuan Speaker, saya kira sekali lagi saya mohon kepada semua untuk bersama mempersetujui rundingan yang di bawa oleh Jementah ini agar rakyat di luar sana yang saya kira juga telah menanti sama dan untuk makluman tuan-tuan, perkongsian berita mengenai penglibatan ADUN-ADUN pembangkang di dalam Mesyuarat JTPD ini telah disambut dengan ceria oleh masyarakat di luar sana, namun dengan pengumuman yang di buat oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar hari ini telah menyebabkan sebahagian

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 417

daripada rakyat-rakyat mula berdukacita yang mana kita sedia maklum bahawa 27 kawasan ini akan dinafikan hak untuk terlibat sama menyampaikan atau pun menyalurkan maklumat-maklumat. YB Speaker : Ringkaskan Yang Berhormat. YB Ir. Dr. Faizul Amri bin Adnan (Serom) : Jadi saya kira, sekadar itu Serom menyeru untuk sama-sama mempersetujui rundingan ini. Sekian, terima kasih. YB Speaker : Yang Amat Berhormat... Yang Amat Berhormat kalau ada jawapan, silakan. Dia kena gerak dulu Yang Amat Berhormat baru boleh. YAB Menteri Besar : Itulah Yang Berhormat, janganlah rasa tertekan sangat, janganlah tension sangat. Yang Berhormat Tuan Speaker, saya serius bila mengatakan kita tidak usahlah terlalu tertekan sangat dalam kita mengutarakan pandangan dan hasrat untuk menyertai Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah ini. Kita semua sedia maklum bahawa punca kuasa, itu sebenarnya tidak terletak pada kita, tetapi seperti mana kata Yang Berhormat Serom, Yang Berhormat khaskan perkara ini telah menyatakan atas persefahaman yang boleh kita bina. Walaupun begitu Yang Berhormat, kita tetap menjadi Dewan Negeri yang terus berpegang kepada punca kuasa dalam segala perkara yang kita nak buat. Untuk makluman Yang Berhormat Serom, sebenarnya tidak berlaku kekeliruan tentang Pengerusi Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah, kerana pertama, pada Mesyuarat Jemaah Menteri pada 5 Februari 2020, 2020, 5 Februari, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah bersetuju supaya Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah ini dipengerusikan oleh Pegawai Daerah. Dah clear pun, Kabinet dah buat keputusan. Yang tidak dibuat keputusan ialah huraian tentang ahli, menyatakan ahli termasuklah ADUN atau Ahli Parlimen. Di situlah punca kerajaan negeri memohon penjelasan status ADUN dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah. Jadi dalam mesyuarat saya pada pagi tadi, dalam gulung perbahasan telah pun saya nyatakan rakan saya Yang Berhormat Dato’ Zulkurnain, ADUN Serom juga telah, ADUN. YB Dato’ Zulkurnain bin Haji Kamisan (Sri Medan) : Sri Medan Yang Berhormat. YAB Menteri Besar : Sri Medan, ADUN Sri Medan. YB Speaker : Jangan tertekan sangat Yang Berhormat. YAB Menteri Besar : ADUN Sri Medan mengatakan bahawa merujuk kepada penjelasan yang dibuat, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri dalam Mesyuarat Tindakan Daerah itu adalah daripada kalangan yang sama parti dengan kerajaan. So, dah jelas, begitulah keadaannya. Sebab itu dari awal kerajaan negeri memikirkan supaya kalau sekali pun nak melibatkan ADUN bukan kerajaan, maka satu status perlu diberikan. Pemerhati mungkin itu adalah yang terbaik. Jadi dalam hal kita berbincang tentang soal Jawatankuasa Tindakan Daerah, saya merasakan Yang Berhormat ADUN-ADUN daripada bukan kerajaan tidak perlulah merasa seolah-olah diketepikan atau pun tidak terlibat dalam arus pembangunan, tidak berpeluang untuk menyuarakan perkara-perkara yang berbangkit dengan kepentingan di kawasan. Banyak lagi cara, Yang Berhormat ADUN Bukit Batu pada penggulungannya pun ada mengatakan sampai menegur saya kalau buat touching sikitlah. Itulah tanda bahawa adanya persefahaman dan kerjasama. Jadi tidak perlu Yang Berhormat, tidak perlu risau sekiranya tidak duduk dalam Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah, tidak bererti bahawa kerajaan tidak menjaga kepentingan wakil-wakil atau pun rakyat di kawasan-kawasan mana pun. Pembangunan tetap hadir, pembangunan akan tetap dijalankan, maka pentadbiran daerah kerajaan sendiri sentiasa saja bersikap menyokong kerajaan yang ada dan tidak mengetepikan mana-mana pihak dalam, tidak satu pun rakyat oleh kerana di dalam kawasan pembangkang, maka kerajaan akan menganak tirikan rakyat tersebut, kerajaan

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 418

negeri akan menafikan akan hak rakyat di kawasan-kawasan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Jadi saya memberi jaminan bahawa selepas walaupun kita tidak bersetuju hari ini, kita menolak rundingan yang dibawa, tetapi percayalah bahawa kerajaan khususnya saya dan rakan-rakan dalam kerajaan akan terus mendengar apa juga cadangan Yang Berhormat, apa juga pandangan Yang Berhormat demi untuk kepentingan rakyat dan negeri Johor. Maka atas dasar itu, saya rasa adalah wajar pada hari ini kerajaan berpegang teguh kepada punca kuasa dan Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah itu adalah sebagaimana yang termaktub di dalam, dalam Arahan Nombor 1/2020 yang dinyatakan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri. Terima kasih Yang Berhormat Speaker. YB Speaker : Rundingan itu dikemukan bagi mendapatkan keputusan. YB Dato’ Zahari bin Sarip (Buluh Kasap) : Tuan Speaker, peraturan. Peraturan Mesyuarat 116, Peraturan Mengundi. Tuan Speaker, saya ingin mencadangkan agar undian dilakukan secara bahagi atau undi rahsia. YB Speaker : Ok. Kita buat belah bahagi ya. Ahli-Ahli Yang Berhormat, sebelum undian bahagi dijalankan, sekiranya ada Ahli-Ahli Yang Berhormat berada di luar Dewan, loceng akan diberi, loceng akan dibunyikan selama dua minit bagi membolehkan Ahli-Ahli Yang Berhormat masuk ke dalam Dewan sebelum pintu Dewan dikunci bagi membolehkan Undi Bahagi dijalankan. Saya minta Jurutulis dan dua Penolong Jurutulis menjadi penghitung undi bagi blok kerajaan dan blok pembangkang. Dua minit ya saya bagi ruang untuk ADUN-ADUN masuk ke dalam Dewan. (Loceng dibunyikan untuk memanggil Ahli Yang Berhormat supaya berada di tempat masing-masing) YB Speaker : Ok, so saya minta semua Ahli-Ahli Yang Berhormat dapat duduk di tempat masing-masing untuk memudahkan pihak Jurutulis mengira undi masing-masing. (Proses Undi Bahagi dijalankan) YB Speaker : Ahli-Ahli Yang Berhormat, undi bahagi telah dijalankan. Yang bersetuju seramai 27 orang, yang tidak bersetuju seramai 28 orang. Oleh itu, oleh kerana mereka yang mengundi tidak bersetuju lebih ramai daripada yang bersetuju, maka rundingan itu tidak dipersetujukan. Jurutulis : RUNDINGAN BERKENAAN DENGAN CADANGAN PENUBUHAN JAWATANKUASA PILIHAN DI BAWAH DEWAN NEGERI JOHOR BAGI MENJALANKAN KAJIAN DAN MENGEMUKAKAN CADANGAN KE ATAS KESAN PENAMBAHAN BILANGAN PENGUNDI BERDAFTAR EKORAN DARI PELAKSANAAN PENGUNDI 18 TAHUN DAN PENDAFTARAN PENGUNDI SECARA AUTOMATIK DIBAWAH PERATURAN TETAP FASAL 30 (2) PERATURAN-PERATURAN DAN PERINTAH-PERINTAH TETAP BAGI DEWAN NEGERI JOHOR. YB Speaker : Rundingan daripada Yang Berhormat Kota Iskandar telah diterima oleh Jurutulis Dewan Negeri di bawah Peraturan Tetap Bilangan 32 Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap Bagi Dewan Negeri Johor dan diakui mustahak Yang Berhormat Speaker di bawah Peraturan Tetap Bilangan 32 Peraturan-Peraturan Tetap Bagi Dewan Negeri Johor. Ahli-Ahli Yang Berhormat petang ini Yang Berhormat Kota Iskandar ada mengemukakan pindaan terhadap rundingan asal yang dikemukakan. Pindaan cadangan Jawatankuasa Pilihan dan juga cadangan nama-nama Ahli Jawatankuasa Pilihan tersebut. Saya telah meneliti pindaan bertulis yang telah dikemukakan dan mendapati ia telah memenuhi

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 419

Peraturan Tetap Bilangan 39, Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap Bagi Dewan Negeri Johor. Saya jemput Yang Berhormat Kota Iskandar untuk mengemukakan rundingan. YB Sr. Dzulkefly bin Ahmad (Kota Iskandar) : Bismillahirahmanirahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, Kota Iskandar mengemukakan cadangan kepada pindaan terhadap rundingan iaitu Cadangan Penubuhan Jawatankuasa Pilihan Impak Pertambahan Pengundi di bawah Dewan Negeri Johor bagi menjalankan kajian dan mengemukakan cadangan ke atas kesan penambahan bilangan pengundi berdaftar ekoran daripada pelaksanaan pengundi 18 tahun dan pendaftaran pengundi secara automatik. Jawatankuasa ini terdiri daripada 7 ahli jawatankuasa seperti berikut: 1. Yang Berhormat Panti Selaku Pengerusi. 2. Yang Berhormat Parit Raja. 3. Yang Berhormat Tenggaroh. 4. Yang Berhormat Endau. 5. Yang Berhormat Kota Iskandar. 6. Yang Berhormat Bukit Batu. 7. Yang Berhormat Stulang. Yang Berhormat Tuan Speaker, bulan Oktober yang lalu Suruhanjaya Pilihan Raya ataupun SPR telah menjalankan Semakan Pra Pendaftaran Pemilihan Automatik (SPPA) yang melibatkan 5.8 juta pengundi baru iaitu satu 1.2 juta berumur di antara 18 ke 21 tahun dan 4.6 juta berumur 21 tahun dan ke atas. Pada masa sekarang, bilangan julat pengundi di 56 DUN Johor adalah seperti berikut : Bilangan pengundi antara 18,000 sehingga 20,000 terdapat 6 Dewan Undangan Negeri iaitu Tenang, Bukit Naning, Layang-Layang, Endau, Pasir Raja dan Tanjung Surat. 20,000 ke 30,000 terdapat 32 Dewan Undangan Negeri dalam kategori pengundi julat 20,000 ke 30,000. Julat 30,000 ke 40,000 bagi setiap DUN terdapat 6 Dewan Undangan Negeri iaitu Jementah, Semerah, Bukit Batu, Pulai Sebatang. 40,000 ke 50,000 terdapat 6 Dewan Undangan Negeri, Penggaram, Mengkibol, Mahkota, Stulang, Kempas dan juga Senai. 50,000 ke 60,000 terdapat satu Dewan Negeri iaitu Larkin. 60,000 ke 70,000 terdapat 6 Dewan Undangan Negeri iaitu Tiram, Puteri Wangsa, Johor Jaya, Permas, Perling dan Kota Iskandar dan melebihi 70,000 adalah DUN Skudai. 32 kawasan Dewan Negeri di Johor atau mewakili 57% adalah merupakan jumlah pengundi berdaftar seramai 20,000 ke 30,000. Di negeri Johor, bila mana undi 18 tahun dan pendaftaran pengundi automatik dilaksanakan pada tahun hadapan akan berlaku penambahan seramai 748,950 pengundi baru. Pertambahan bagi setiap Parlimen dianggarkan paling rendah 10,682 iaitu Labis dan paling tinggi 76,410 di Iskandar Puteri dan 87,684 orang di Parlimen Tebrau. Pertambahan pengundi ini akan menyebabkan 8 kawasan Parlimen di negeri Johor mempunyai pengundi melebihi daripada 130,000 iaitu Kluang, Batu Pahat, Johor Bahru, Kulai, Pulai, Pasir Gudang, Tebrau dan juga Iskandar Puteri. Adalah dijangkakan terdapat beberapa kawasan DUN di Johor akan mencapai jumlah pengundi melebihi daripada 100,000 orang seperti N.40-Tiram, N.41-Puteri Wangsa, N.48-Skudai dan N.49-Kota Iskandar. Keadaan ini boleh dianggap sebagai keadaan luar biasa ataupun extraordinary circumstances. Jawatankuasa Pilihan Yang Berhormat Speaker, dicadangkan nanti akan menjalankan kajian daripada pelbagai aspek antaranya keberkesanan perkhidmatan diberikan oleh seseorang ADUN kepada pengundinya. Yang kedua jumlah peruntukan yang munasabah dan berpatutan bagi seseorang ADUN walaupun kita dalam proses untuk menjadikan

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 420

peruntukan ini sebagai satu ketetapan tetapi Jawatankuasa ini boleh mengambil kira aspek ini dalam kajian yang akan dijalankan. Ketiga kemungkinan dilaksanakan kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya seperti yang dinyatakan di bawah Perkara 113 Ceraian 2 Perlembagaan Persekutuan di mana salah satu prinsip adalah jumlah pemilik yang seimbang dan ia juga tertakluk kepada persempadanan semula ini setiap kali diadakan adalah dalam tempoh 8 tahun. Yang keempat dan juga aspek yang lain yang difikirkan perlu. Yang Berhormat Tuan Speaker, Jawatankuasa Pilihan ini kemudiannya akan mengemukakan cadangan-cadangan yang konstruktif kepada Dewan Negeri Johor dan kepada kerajaan Johor berkaitan langkah dan tindakan yang terbaik yang perlu diambil bagi memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara. Semoga rundingan ini boleh diberikan pertimbangan yang sewajarnya oleh Ahli Dewan yang mulia. Kota Iskandar mohon mencadang. Sekian, wabillahitaufik walhidayah, assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. YB Speaker : Ada sokongan? YB Tuan Tan Hong Pin (Skudai) : Yang Berhormat Tuan Speaker, Skudai mohon untuk menyokong dan untuk berbahas. YB Speaker : Ok, terima kasih. Saya membenarkan rundingan ini untuk dibahaskan oleh 2 ADUN kerajaan dan 2 ADUN bukan kerajaan. YB Tuan Raven Kumar a/l Krishnasamy (Tenggaroh) : Yang Berhormat Tuan Speaker, memandangkan rundingan ini telah disetujukan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam ucapan penggulungan dan juga telah dibawa oleh YB Kota Iskandar. Saya berharap kita tak ada perbahasan kita dah boleh terus luluskan rundingan tersebut. YB Tuan Tan Hong Pin (Skudai) : Yang Berhormat Tuan Speaker, boleh dipersetujukan. Sebenarnya boleh diperbahaskan untuk diperincikan berkenaan dengan rundingan ini. YB Speaker : Ok, tak apa. Tenang-tenang Yang Berhormat, tenang-tenang. Ok. Masa ada lagi jangan bimbang. Saya beri masa 5 minit bagi setiap ADUN kerajaan dan juga bukan kerajaan untuk berbahas. Saya persilakan dulu daripada ADUN kerajaan, 5 minit. YB Tuan Raven Kumar a/l Krishnasamy (Tenggaroh) : Selamat sejahtera, salam makmur Johor. Seperti kita sedia maklum Parlimen Malaysia telah berjaya meminda Perenggan B, Perkara 47 dan Perenggan A, Fasal 1 Perkara 119, Perlembagaan Persekutuan dengan undi 2/3 Ahli Dewan Rakyat untuk menurunkan umur layak menjadi Ahli Dewan Rakyat dan umur layak mengundi. Dengan lulusnya pindaan tersebut maka rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun kita layak untuk turun mengundi bagi memilih Ahli Dewan Rakyat dan juga rakyat untuk bertanding sebagai Ahli Dewan Rakyat berbanding sebelum ini yang mensyaratkan umur minima 21 tahun. Ini merupakan satu langkah progresif yang telah diambil oleh negara kita untuk melangkah ke arah semua negara maju yang lebih inklusif. Ini kerana hampir keseluruhan negara Asia dan negara-negara maju di dunia telah pun memberi ruang dan peluang kepada rakyat berusia 18 tahun untuk terlibat secara langsung dengan amalan demokrasi negara mereka. Yang Berhormat Tuan Speaker, kita melihat bahawa pindaan ini akan memberi manfaat yang besar dalam usaha kita menyuburkan amalan demokrasi di negara ini. Namun, sehingga hari ini masih berbaki 5 negeri yang belum membuat pindaan bagi membolehkan undi 18 dilaksanakan bagi memilih ahli Dewan Undangan Negeri termasuk negeri Johor. Justeru, bagi membuat pertimbangan untuk melaksanakan pindaan undi 18 di peringkat Dewan Undangan Negeri Johor, kita perlu melihat pada 3 aspek penting. Penyuburan demoktrasi, penerimaan rakyat, persediaan pengundi.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 421

Yang Berhormat Tuan Speaker, menurut statistik yang, oleh Malaysia Youth Data Bank System, negeri Johor merupakan negeri ke 3 jumlah populasi belia tertinggi di Malaysia. Ini menjadikan negeri Johor salah satu negeri keutamaan dalam aspek pembangunan belia. Maka adalah penting untuk Johor melihat pelaksanaan undi 18 ini sebagai salah satu aspek terpenting dalam memperkasa belia. Maka kita perlu melihat keperluan dalam kita menurunkan umur pengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun ini. Pelaksanaan undi 18 yang dijalankan ini akan memberi peluang dan ruang kepada kira-kira 1.2 juta pengundi baru yang berusia di antara 18 hingga 20 tahun. Ini merupakan satu jumlah yang besar mewakili suara belia dalam memilih dan menentukan siapakah yang akan menjadi wakil mereka dalam bentuk undang-undang, polisi dan dasar kerajaan. Jumlah ini merupakan jumlah yang besar dan meninggalkan mereka daripada terlibat dalam pentas demokrasi akan menyebabkan negara dan negeri kehilangan parti sepi rakyat yang sah. Lebih membimbangkan apabila golongan ini yang sejak berusia 18 tahun telah disisihkan daripada terlibat dalam pentas demokrasi mengakibatkan mereka tidak berminat untuk terlibat sama dalam pilihan raya apabila menjangkau usia 21 tahun. Ini dibuktikan apabila data oleh SPR menunjukkan bahawa 4.4 juta rakyat Malaysia yang berusia 21 tahun ke atas tidak pernah mendaftar sebagai pengundi di Malaysia. Maka membuka ruang sama adil pada rakyat Malaysia berusia 18 tahun ini akan meningkatkan penyertaan belia sebagai warga bertanggungjawab dalam menyumbang kepada demokrasi dan pembangunan negara sekali gus dapat membawa aspirasi mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Selain itu, umur 18 merupakan umur yang telah meletakkan bebanan tanggungjawab terhadap seseorang individu. Pada umur 18 tahun, mereka yang terlibat dalam jenayah akan dihukum, pada usia ini juga mereka bekerja, mereka dipertanggungjawabkan untuk membayar cukai pendapatan, pada usia ini juga mereka mempunyai hak untuk mengikat kontrak tanpa persetujuan ibu bapa. Nilai kebertanggungjawaban ini tidak lengkap jika mereka hanya diberikan tanggungjawab sebagai rakyat negara tetapi tidak diberi peluang untuk memilih wakil yang akan menentukan undag-undang dan dasar mereka. Yang Berhormat Tuan Speaker, selain daripada itu kita melihat kepentingan pelaksanaan undi 18 in, kita turut perlu melihat aspek penerimaan rakyat terhadap pelaksanaan ini. Adakah pengundi itu sendiri melihat perkara ini sebagai suatu perkara yang negatif atau sebaliknya? Jika dilihat dari pola pengundi masyarakat kita, bukan sahaja menerima pengundi muda tapi menerima calon muda yang diketengahkan oleh parti bagi mewakili rakyat. Ini dibuktikan melalui Pilihan Raya Negeri Melaka yang baru sahaja berlangsung menyaksikan semua parti meletakkan calon muda bagi mewakili parti. Malah, lima orang calon muda yang mewakili Barisan Nasional di Melaka memenangi kesemua kerusi yang ditandingi dan mendapat sokongan yang kuat daripada pengundi. Yang Berhormat Tuan Speaker, salah satu kegusaran besar yang banyak disuarakan oleh masyarakat apabila Undi 18 ini diperkenalkan adalah persoalan, bersediakan anak muda kita untuk mengundi dan tahap literasi demokrasi mereka? Persoalan ini kita boleh lihat dalam aspek persediaan pengundi sendiri dalam menyertai pentas demokrasi di negara kita. Negeri Johor merupakan negeri yang sangat bertuah memiliki kepimpinan yang sentiasa cakna terhadap kepentingan semasa sama ada di barisan kerajaan mahupun pembangkang. Kita bertuah kerana di bawah pentadbiran Yang Amat Berhormat Benut kita telah melakukan persediaan rapi dalam menyuburkan kefahaman politik dan demokrasi kepada anak muda negeri ini. Di Johor, Yang Amat Berhormat Benut telah memulakan langkah sejak tahun 2018 dalam mendidik anak muda mengenai amalan demokrasi dengan mewujudkan Program Dewan Muda Johor dan Mentari Johor. Program-program ini telah memberi

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 422

pendedahan awal kepada anak muda di Johor mengenai kaedah perbahasan, persidangan dan tatacara sesebuah polisi dan dasar kerajaan itu dibentuk. Malah kita boleh, boleh lihat daripada program yang dijalankan, pelbagai idea yang bernas dibawa oleh anak muda Johor seperti usul berkaitan sekuriti makanan, akta anti lompat parti, pembangunan modal bangsa Johor dan banyak lagi. Ini jelas menunjukkan bahawa negeri Johor mempunyai bakat-bakat yang terbaik yang boleh diketengahkan, malah dalam pelaksanaan Undi 18 ini kita akan membuka ruang yang lebih besar kepada rakyat negeri Johor. Yang Berhormat Tuan Spekaer, saya telah membahaskan perkara ini dalam 3 aspek utama untuk kita melihat, menilai dan mengenai pelaksanaan Undi 18 di negeri kita. Kita lihat bagaimana Undi 18 ini merupakan pemangkin kepada penyuburan demokrasi. Kita telah lihat bagaimana penerimaan rakyat yang positif terhadap Undi 18 dan persediaan undi di negeri Johor yang telah kita jalankan lebih awal. Maka, saya kira sebagai sebuah negeri yang maju tidak ada sebab untuk negeri Johor menerima Undi 18 ini... YB Speaker : Ringkaskan Yang Berhormat. YB Tuan Raven Kumar a/l Krishnasamy (Tenggaroh) : ...dan saya perlu dilaksanakan dengan segera bagi memastikan Johor sentiasa terkehadapan dalam mengangkat aspirasi anak muda serta rakyat keseluruhan. Akhir kata demokrasi ini tidak akan mati selagi ada pemuda yang menyuburkannya. Mohon untuk menyokong usul. Sekian, terima kasih. YB Speaker : Ok, jemput ADUN bukan kerajaan. YB Tuan Tan Hong Ping (Skudai) : Yang Berhormat Tuan Speaker, Skudai mohon untuk berbahas. YB Speaker : Lima minit ya Skudai. YB Tuan Tan Hong Ping (Skudai) : Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker kerana memberi peluang untuk membahaskan rundingan ini. Yang Berhormat Tuan Speaker, adalah satu fakta yang diketahui umum bahawa taburan bilangan pemilih di negara kita ini sangat tidak seimbang. Di Johor kalau saya ambil tahun 2018, Pilihan Raya Umum Yang Ke-14, Johor terdapat 1,817,999 pemilih. Secara puratanya adalah dibahagi dengan 56, setiap DUN angka purata dia adalah 32,464 pemilih. Bagaimanapun, apabila kita meneliti bilangan pemilih di setiap DUN, kita dapati bahawa terdapat 38 DUN yang jauh lebih rendah bilangan pemilih dia berbanding dengan angka purata ini. 7 DUN adalah 2 kali ganda angka purata, 7 DUN lebih kurang 1 perpuluhan kali ganda ataupun lebih kurang, lebih daripada angka purata ni 15,000. Hanya 4 DUN yang lebih kurang sama dengan angka purata ini. Sebagai contoh, Skudai pada PRU Ke-14 merupakan kawasan DUN yang mempunyai pemilih yang paling ramai, dengan jumlah pemilih sebanyak 70,928 pemilih. Kalau berbanding DUN yang paling kurang, paling kecil bilangan dia, DUN Bukit Naning hanya 17,834 pemilih, iaitu jumlah pemilih DUN adalah DUN Skudai adalah 4 kali ganda berbanding dengan Bukit Naning. Yang Berhormat Tuan Speaker, sebenarnya DUN Skudai ini, dia adalah dua kali ganda kawasan Parlimen, bilangan pemilih di kawasan Parlimen. Saya ambil contoh Parlimen Labis, pemilihnya hanya 40,356 pemilih. Jadi Yang Berhormat Tuan Speaker, kita faham bahawa mutu perkhidmatan seseorang ADUN, dia berkait rapat dengan sumber yang kita

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 423

taburkan, pelbagai sumber itu termasuklah sumber kewangan yang ada dan bilangan kakitangan pejabat atau pembantu yang mampu diupah untuk membantu Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk menguruskan kawasan. Buat masa sekarang di Skudai, mempunyai 73,000 pemilih, tidak termasuk lagi ramai pengundi-pengundi luar, luar, negeri luar dan juga ada warga luar negara yang menetap di Skudai mencecah lebih kurang 200,000 penduduk. Kalau kita bahagikan sama rata pemberian terus yang disalurkan oleh pihak kerajaan, RM50,000.00 dibahagi dengan 73,000 makna setiap pemilih layak menerima RM0.68 sahaja. Kalau dibahagi dengan jumlah penduduk, setiap penduduk hanya layak menerima RM0.25 sahaja. Untuk peruntukan pentadbiran sebanyak RM50,000.00 setahun, maknanya sebulan lebih kurang RM4,166.00, sewa dah RM1,500.00, RM1,000.00 hingga RM1,500.00, utiliti lebih kurang ratus, yang baki RM2,000.00 sebagai upah untuk membayar gaji pembantu dan kerani. Di manakah kalau kita nak mengupah seorang lepasan universiti dengan gaji hanya RM2,000.00 sekarang? Kini, pejabat ADUN Skudai setiap minggu menerima lebih kurang 150 aduan ataupun persoalan ataupun pelbagai urusan, tidak termasuk lagi sekiranya ada kerajaan ada mengumumkan apa-apa pelaksanaan dasar yang baharu. Sebagai contoh dalam tempoh Bantuan IHSAN Johor pada tahun lepas Skudai telah, pejabat ADUN Skudai telah menguruskan lebih 100,000 permohonan dan menyalurkan kepada Pejabat Menteri Besar untuk diluluskan. Untuk kapasiti ini, sekurang-kurangnya Yang Berhormat Tuan Speaker, sekurang-kurangnya 4 hingga 8 kakitangan ataupun pembantu perlu diambil supaya perkhidmatan yang bermutu dapat diteruskan di untuk pemilih di DUN Skudai. Soalannya daripada sumber kewangan ni? YB Speaker : Ringkas Yang Berhormat. YB Tuan Tan Hong Ping (Skudai) : Yang Berhormat Tuan Speaker, tempat pelaksanaan Undi 18, di Johor ada 2,600,000 lebih 2,600,000 pemilih dan di Skudai saya jangka akan lebih daripada 105,000 pemilih. Saya setuju sebahagian dan tidak setuju sebahagian hujah Yang Amat Berhormat Menteri Besar tadi. Yang mana Yang Amat Berhormat Menteri Besar tadi ada sebut bahawa kita tak boleh bagi sama rata peruntukan kepada semua ADUN, itu saya setuju sebab kita perlu ada perbezaan dari segi kawasan luar bandar dan kawasan bandar. Tetapi saya agak kurang setuju dengan hujah Yang Amat Berhormat bahawa perlu ada perbezaan di antara ADUN bukan kerajaan dan ADUN kerajaan. Yang Berhormat Tuan Speaker, kita perlu faham semua Ahli-Ahli Yang Berhormat dalam Dewan ni. 56 setiap satunya dipilih oleh rakyat Johor. YB Speaker : Yang Berhormat dah lebih masa Yang Berhormat. YB Tuan Tan Hong Ping (Skudai) : Bukan dipilih melainkan Yang Berhormat Tuan Speaker, maka setiap pemilih yang memilih, membuang undi dalam pilihan raya, sama ada mereka menyokong parti mana, mereka layak menikmati perkhidmatan yang daripada Wakil Rakyat yang bermutu. Untuk itu Yang Berhormat Tuan Speaker, saya harap di sini saya memberikan beberapa cadangan sebagai satu garis panduan ataupun sebagai satu rujukan kepada Jawatankuasa Pilihan... YB Speaker : Masa dah tamat Yang Berhormat.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 424

YB Tuan Tan Hong Ping (Skudai) : Dan saya harap perkara ini tidak dianggap sebagai diberi betis hendak peha. Peruntukan yang diberikan perlulah mengambil kira Yang Berhormat Tuan Speaker, yang pertama taburan bilangan pemilih ataupun penduduk. Kedua, sosioekonomi di sesebuah kawasan tersebut iaitu sama ada di kawasan bandar dan kawasan luar bandar. Di mana kos sara hidup berlainan dan permintaan dari segi gaji ada perbezaan dan ketiga, kedudukan geografi... YB Speaker : Yang Berhormat, dah 8 minit Yang Berhormat, dah 8 minit. YB Tuan Tan Hong Ping (Skudai) : Yang mana di Johor Bahru kita perlu bersaing bukan sahaja dengan Singapura... YB Speaker : Saya minta segera habiskan. YB Tuan Tan Hong Ping (Skudai) : Sikit lagi, sikit lagi tetapi kita perlu bersaing dengan Singapura, bagaimana kita kalau ikutkan tadi kita mengupah seorang lepasan universiti dengan gaji RM2,000.00... YB Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, pengangkutan dan Infrastuktur : Yang Berhormat Tuan Speaker, kalau ikut peraturan... YB Tuan Tan Hong Ping (Skudai) : Mereka pergi ke singapore... YB Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, pengangkutan dan Infrastuktur : Ini mengenai undi 18 tahun ke bajet? YB Speaker : Saya kira tamatkan Yang Berhormat kalau tak nanti ada Peraturan Dewan kang... YB Tuan Tan Hong Ping (Skudai) : Yang Berhormat Tuan Speaker, Dah pergi mana dah? YB Speaker : Sekian saya menyokong rundingan ini. (Dewan Ketawa) Ok. Sekian saya menyokong rundingan ini. YB Tuan Tan Hong Ping (Skudai) : Belum lagi Yang Berhormat Tuan Speaker... YB Speaker : Masa dah lewat Yang Berhormat. Saya tak boleh beri lebih lagi Yang Berhormat. YB Tuan Tan Hong Ping (Skudai) : Sikit lagi, sikit lagi... YB Speaker : Saya kena tamatkan ni Yang Berhormat. YB Tuan Tan Hong Ping (Skudai) : Saya perlu terangkan ini apa alasan saya menyokong rundingan ni. YB Speaker : Sudah lebih empat minit ni, cukup, cukup. Ok saya menyokong rundingan ini ya? Cukup. Ok ya? Ok. Seterusnya saya persilakan ADUN Kerajaan. Jemput, lima minit.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 425

YB Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan : Yang Berhormat Speaker, saya menyokong rundingan yang dibawa oleh Bukit Batu, eh bukan Bukit Batu (Dewan ketawa), Kota Iskandar. YB Tuan Jimmy Puah Wee Tse (Bukit Batu) : Saya tak bawa usul pun. YB Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan : Saja touching sikit Yang Berhormat. Yang Berhormat Speaker, saya menyokong penuh rundingan yang dibawa oleh Kota Iskandar dan sokongan yang dibawa oleh Tenggaroh dan oleh kerana Yang Berhormat Skudai dah bercakap panjang lebar saya anggap dia ambil masa saya. Jadi itu sahaja daripada saya (Dewan ketawa). Terima kasih Tuan Speaker. YB Tuan Tan Hong Ping (Skudai) : Kalau macam ni saya sambung lagi lah, belum habis lagi... YB Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan : Eh tak boleh, tak boleh. (Dewan ketawa). YB Speaker : Bukan bagi masa, bagi peruntukan sekali Yang Berhormat kalau boleh. Ok. Seterusnya ADUN dari bukan kerajaan, jemput satu lagi. Jemput. (Dewan ketawa). YB Tuan Jimmy Puah Wee Tse (Bukit Batu) : Yang Berhormat Speaker, sebab masa pun sudah panjang, semua pun sudah balik, saya harap semualah Ahli-Ahli dalam Dewan ni boleh menyokong usul Kota Iskandar (Dewan ketawa). Itu sahaja, terima kasih. YB Speaker : Yang Amat Berhormat ada nak menjawab? Tak ada ya? Ok ya? YB Tuan Jimmy Puah Wee Tse (Bukit Batu) : Balik saja. YB Speaker : Ini melibatkan tentang Peraturan 42 ya, jadi oleh kerana ada pindaan terhadap rundingan ini, kita kena buat dua kali keputusan. Dua keputusan ya. Keputusan pertama adalah berkenaan dengan pindaan ini, dalam pindaan ini dinyatakan tentang Jawatankuasa ini dinamakan Jawatankuasa Pilihan Impak Pertambahan Pengundi di mana tujuh Ahli Jawatankuasa telah dicadangkan iaitu YB Panti sebagai Pengerusi, YB Parit Raja, kedua, ketiga YB Tenggaroh, empat YB Endau, lima YB Kota Iskandar, enam YB Bukit Batu, tujuh YB Stulang. Pindaan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan, Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju rundingan itu dipersetujukan. Yang kedua, rundingan asal daripada Kota Iskandar ini dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju rundingan itu dipersetujukan. YB Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar: Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon membawa rundingan supaya Dewan ini ditangguhkan. YB Speaker : Tenang, tenang. YB Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya : Yang Berhormat Tuan Speaker, saya menyokong rundingan itu.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 426

YB Speaker : Alhamdulillah Ahli-Ahli Yang Berhormat, sebelum Dewan ini ditangguhkan saya dan seluruh Ahli Dewan Negeri Johor ingin merakamkan ucapan penghargaan setinggi-tinggi kasih kepada barisan frontliners yang sentiasa bersiap siaga dalam menjalankan amanah tanpa mengenal penat dan lelah menjaga keselamatan dan kesejahteraan rakyat negeri dan negara ini semenjak menularnya COVID-19. Ahli-Ahli Yang Berhormat saya mengambil kesempatan ini juga memohon ampun dan maaf jika berlaku sebarang kesilapan dan kesalahan sepanjang saya mengendalikan sidang kali ini. Dewan ini saya tangguhkan sehingga ke suatu tarikh yang akan ditetapkan. Sekian. Persidangan ditangguhkan pada jam 4.40 petang.

MESYUARAT KEDUA (BELANJAWAN 2022) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT

DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 427

PEGAWAI-PEGAWAI BERTUGAS:

Jurutulis Tuan Haji Zainal bin Eran

Penolong Jurutulis

Encik Hasnul Atmam bin Othman Puan Farrah Diana binti Mohammad

Koordinator

Cik Norzita binti Abdul Aziz

Pembantu Penerbitan Puan Malina binti Mohd Nasir

Puan Noraisah binti Mohd Yusof Encik Ariff bin Abu Bakar

Pembantu Operasi (Bentara)

Encik Razine bin Sulaiman Encik Hamdan bin Markom

Encik Norhayadi bin Hussien Encik Muhamad Khirunizam bin Pahmi

Encik Mohd Norazri bin Kasim Encik Mohd Sapri bin Manan

Encik Muhamad Khairul Asyraf bin Abdullah Encik Muhammad Khairul bin Arop

Setiausaha Pejabat (Pelapor Dewan)

Puan Hajah Zalinah binti Ali Puan Hairun Nurul Ain binti Zainal Abidin

Puan Hajah Saniah binti Kassim Puan Hajah Azlin bin Bahrin Puan Junaidah binti Paing

Puan Siti Rojimah binti Abd. Razak Puan Hajah Fareza binti Musa Puan Zahiti binti Mohd Hamdi

Puan Hajah Haironisha binti Zainal Abidin Puan Nor Dalilah binti Dahalan

Puan Hajah Rumiah binti Semirono Puan Shuriati binti Abdul Hajar Puan Norazilawati binti Masri Puan Norlydialina binti Ithnain

Puan Raihanah binti Ismail

Rakaman Encik Nor Risam bin Esa Encik Azizan bin Md Sidi

Encik Khairul Anuar bin Umar Usman

Juruaudio Video Encik Noorazhan bin Mohd Salleh

Encik Ismail bin Abu Bakar

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 28 NOVEMBER 2021