PENGGUNAAN GELATIN BABI DALAM PERUBATAN: HUKUM, HUJAH & PENYELESAIAN

15
1 INTERNATIONAL EDUCATION COLLEGE (INTEC) UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CTIS 07 PENGGUNAAN GELATIN BABI DALAM PERUBATAN: HUKUM, HUJAH & PENYELESAIAN Disediakan oleh: Muhammad Ikraam bin Abdul Latif (2011415244) Mohd Nasyraf bin Mazlan(2011) Disediakan untuk: Ust. Afwan bin Che Mansor

Transcript of PENGGUNAAN GELATIN BABI DALAM PERUBATAN: HUKUM, HUJAH & PENYELESAIAN

1

INTERNATIONAL EDUCATION COLLEGE (INTEC)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

CTIS 07

PENGGUNAAN GELATIN BABI DALAM PERUBATAN: HUKUM,HUJAH & PENYELESAIAN

Disediakan oleh:

Muhammad Ikraam bin Abdul Latif (2011415244)

Mohd Nasyraf bin Mazlan(2011)

Disediakan untuk:

Ust. Afwan bin Che Mansor

2

Isi Kandungan

1.0 - Pendahuluan

2.0 - Definisi

3.0 - Penggunaan

4.0 – Status Hukumnya & Hujah

Ulama’5.0 – Kesimpulan

6.0 - Rujukan

3

1.0 - Pendahuluan

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan

izin dan limpah kurnianya dapat kami berdua menyiapkan kertas

projek untuk subjek ini. Ribuan penghargaan dan terima kasih

diucapkan kepada Ust. Afwan bin Che Mansor atas peluang, bantuan

dan dorongan yang beliau berikan kepada kami untuk menyempurnakan

hasil kertas projek ini. Sekalung penghargaan juga kepada rakan-

rakan kami dari MEG07 atas kerjasama mereka dalam membantu kami

untuk menyudahkan hasil kerja kami.

Dewasa ini, isu-isu yang berkaitan dengan halal haram

sesuatu perkara itu sering timbul. Tetapi, dalam merentasi arus

globalisasi ini, beberapa keadaan perlu dikaji semula, sama ada

kekal haram, atau diharuskan oleh sebab-sebab tertentu. Tetapi

ini tidak bermakna sebarang perselisihan antara umat Islam itu

perlu diperbesar-besarkan sehingga menggugat kesepaduan umat.

Jadi secara umunya, kita mengambil sikap terbuka, dan mendengar

kepada pendapat orang lain, kemudian barulah kita menilai baik

buruknya.

4

Secara ringkasnya, dalam kertas projek ini ada dibincangkan

beberapa perkara berkaitan dengan penggunaan gelatin khinzir

dalam perubatan, dan kami turut menyentuh tentang hukumnya

menurut pandangan para ulama’, pelaksanaan iaitu bagaimana

gelatin itu digunakan, dan penyelesaian iaitu cara terbaik

menggunakannya atau alternatif-alternatif lain.

2.0 - Definisi

Gelatin adalah suatu bahan yang lut cahaya, tidak berwarna

dan tidak berperisa yang berasal dari kolagen, suatu bahan yang

didapati dari kulit-kulit, organ-organ dan tulang-tulang haiwan.

3.0 - Pengunaan

Secara umumnya, pengunaan gelatin binatang di dalam

perubatan telah lama dipraktikkan, sejak dari zaman Revolusi

5

Perancis pada 1800-an lagi. Gelatin komersial selalunya digunakan

oleh pengilang-pengilang bahan makanan seperti yang didapati

dalam gula-gula getah, marshmallows, yogurt rendah lemak, ataupun

agar-agar kerana strukturnya yang elastik, kesesuaiannya untuk

dimakan dan kemudahan untuk memperolehi bahan ini. Selain itu, ia

turut digunakan sebagai salah satu bahan dalam pembuatan barangan

kosmetik.

Tetapi, pada masa yang

sama, gelatin juga turut

digunakan dalam bidang

perubatan, terutamanya

bidang farmasi. Ini kerana

ia banyak digunakan sebagai

bahan untuk membuat kapsul-

kapsul ubat-ubatan kita

seharian. Kebanyakan ubat-

ubatan masa kini tidak lagi

dihasilkan dalam bentuk

cecair (yang selalunya dibuat untuk golongan kanak-kanak), tetapi

dibuat dalam bentuk kapsul, yang mana boleh menjamin bahan ubat

di dalamnya tidak tercemar, berterabur atau tumpah, dan lebih

mudah dimakan.

Contoh penggunaan gelatinhaiwan adalah pada kapsul

ubat-ubatan.

6

Dalam laman web Berita Harian Online bertarikh 8 Mac 2011,

disiarkan artikel yang ditulis oleh Penolong Pengarah Kanan, Hab

Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), yang menyebutkan

bahawa statistik pengunaan gelatin dunia pada 2005 menunjukkan 44

peratus dari kulit khinzir, 28 peratus dari bahagian tulang

lembu, 27 peratus dari tulang haiwan lain dan 1 peratus lain-

lain. 1 peratus yang lain-lain itu mewakili gelatin yang

diperolehi dari tumbuh-tumbuhan, dan bahan lain.1

Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Abdul Karim

Alias dalam kertas kerja yang dibentangkan di World Halal

Research 2009, berkata 90 peratus pengeluaran gelatin dunia

adalah tidak halal walaupun diambil daripada lembu (bovine)

kerana diragui status sembelihannya.2

4.0 - Status Hukumnya & Hujah Ulama’

Secara asasnya, kami tidak menetapkan hukum berkenaan

penggunaan gelatin khinzir dalam perubatan. Tetapi kami ingin

berkongsi beberapa pendapat dari beberapa pihak yang berbeza,

berserta dengan hujah-hujah mereka, agar kami dapat buat

kesimpulan dengan penuh hikmah.

1 ‘Saintis Muslim bertanggungjawab bangunkan sumber halal kapsul gelatin’, Mohd Amri Abdullah,

Berita Harian Online, 9 Mac 2011.

2 ‘Saintis Muslim bertanggungjawab bangunkan sumber halal kapsul gelatin’, Mohd Amri Abdullah,Berita Harian Online, 9 Mac 2011.

7

Beberapa dalil dari Al-Qur’an dan As-Sunnah ada menunjukkan

tentang status hukum penggunaan bahan yang berasaskan khinzir

ini. Antaran dalil yang jelas adalah dari Surah Al-Maidah, ayat

3, firman Allah S.W.T:

“Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang Yang tidak disembelih), dan

darah (yang keluar mengalir), dan daging khinzir (termasuk semuanya), dan binatang-

binatang Yang disembelih kerana Yang lain dari Allah, dan Yang mati tercekik, dan

Yang mati dipukul, dan Yang mati jatuh dari tempat Yang tinggi, dan Yang mati

ditanduk, dan Yang mati dimakan binatang buas, kecuali Yang sempat kamu sembelih

(sebelum habis nyawanya), dan Yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan

juga) kamu merenung nasib Dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian

itu adalah perbuatan fasik. pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada

memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam

dan umatnya). sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya

hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. pada hari ini, Aku telah sempurnakan

bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku

8

telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. maka sesiapa Yang terpaksa

kerana kelaparan (memakan benda-benda Yang diharamkan) sedang ia tidak

cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana

Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Melalui ayat ini, jelas mutlak bahawa bahan berunsur khinzir

itu haram untuk diambil (makanan atau ubatan) sekiranya tidak ada

apa-apa dharurat. Dan ada beberapa keadaan yang menurut para

ulama, boleh mengharuskannya. Berikut adalah beberapa bahan

sokongan yang kami temui.

4.1 – Majlis Fatwa Kebangsaan (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)

Pada awalnya, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali

ke-8 pada 24 September 1984 berpandangan bahawa penggunaan

gelatin dalam ubat pada masa sekarang (1984) adalah diharuskan

kerana darurat. Sekiranya telah ada bahan halal yang dapat

menahan ubat dari cepat rosak, maka penggunaan gelatin dalam ubat

tidaklah lagi diharuskan.

Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan pada 25 Jun

2009 pula bersidang bagi membincangkan hukum penggunaan ubat

berasaskan gelatin khinzir, iaitu Clexane dan Fraxiparine bagi

mencegah berlakunya pembekuan darah secara serta merta untuk

pesakit kronik. Mereka memutuskan penggunaan ubat itu ditegah

9

kerana mengandungi unsur khinzir atas alasan ada alternatif ubat

lain iaitu Aristra yang mempunyai fungsi dan kesan sama.

Menurut fatwa sama, ubat bersumberkan unsur ditegah, hanya

diharuskan jika tiada ubat daripada sumber halal lain dan ia

digunakan dalam keadaan darurat, selain penggunaannya diperakui

doktor pakar Islam.

Muzakarah juga memutuskan penggunaan vaksin yang mengandungi

gelatin khinzir seperti BioThrax dan RotaTeg adalah tidak

dibenarkan. Antara hujah yang digunakan adalah belum sampai

darurat dan ada pilihan lain.3

4.2 - 'Seminar Bahan Haram di dalam Ubat dan Makanan' : Pertubuhan Sains

Perubatan Islam Kuwait.

Seminar yang diadakan pada 22 hingga 24 Mei 1995 ini telah

dihadiri oleh 112 ulama dan pakar dari beberapa negara di

3 ‘Kelulusan Ubat Ikut Fatwa JAKIM’, Berita Harian Online, 7 Mac 2011.

Keratan akhbar Utusan Malaysia yang menyatakan pendirian JAKIM terhadap kapsul gelatin khinzir.

10

antaranya Sheikh Dr. Mohammad Sayed Tantawi (Mufti Mesir), Sheikh

Mohammad Al Mokhtar Al Salami (Mufti Tunisia), Sheikh Mohammad

Ben Hammad Al Khalily (Mufti Oman) dan Dr. Youssef Al Qaradhawi,

Pengarah Pusat Kajian Sunnah dan Cara Hidup Nabi di Qatar pada

masa itu.

Mereka berpandangan bahawa gelatin yang terhasil daripada

transformasi tulang, kulit dan tendon (otot) haiwan yang

diharamkan adalah suci dan diharuskan memakannya. Transformasi

ini ataupun disebut sebagai ‘istihalah’ di dalam bahasa arab

bermaksud perubahan sesuatu bahan kepada bahan yang lain dan

mempunyai ciri ciri yang berbeza, perubahan bahan-bahan yang

asalnya tidak suci menjadi suci, dan perubahan sesuatu bahan yang

diharamkan kepada halal.

Turut disebutkan dalam seminar tersebut: "Bahan sapu, krim

dan kosmetik yang mengandungi unsur khinzir tidak dibenarkan

(haram) untuk digunakan melainkan lemak atau proteinnya telah

mengalami proses perubahan (istihaalah) dan berubah kepada lain.

Akan tetapi jika tidak ada kepastian, maka ia adalah najis".4

4 Ubat Daripada Sumber Babi & Pilihan Alternatif, Abdul Rahman Baco, 2011.

11

4.3 - Dr Su'aad Salih, Professor Fekah di Universiti Al-Azhar.

Beliau mengeluarkan fatwa bahawa : "Gelatin adalah bahan

kasar yang dihasilkan dengan mendidihkan tulang, kulit dan tisu

haiwan. Oleh itu, ia bergantung kepada jenis haiwan tersebut.

Jika haiwan tersebut dagingnya halal dimakan seperti lembu, unta,

kambing dan lain-lain, maka gelatinnya adalah halal, dan begitu

juga dengan makanan yang mengandunginya. Bagaimanapun, jika

haiwan tersebut dagingnya haram dimakan seperti khinzir, maka

gelatin yang dihasilkan daripadanya adalah haram".5

4.4 - Al-Fiqhul Islami Wa Adillatuhu karya Dr. Wahbah Zuhaili.

Dalam karya beliau, jilid VII halaman 5265, ada menyatakan

bahawa: “Zat-zat makanan yang menggunakan lemak khinzir dalam

pembuatannya tanpa ada perubahan zatnya (istihalatul `ain)

5 Ubat Daripada Sumber Babi & Pilihan Alternatif, Abdul Rahman Baco, 2010.

Buku karangan Abdul Rahman Baco, Ubat Daripada Sumber Babi & Pilihan Alternatif.

12

seperti di dalam keju, mentega, minyak, biskut, coklat dan ais

krim adalah haram dan tidak halal memakannya secara mutlak.”

“Hal tersebut didasarkan kerana adanya ijma` (kesepakatan)

para ulama’ atas kenajisan lemak khinzir dan ketidak-halalan

memakannya. Dan disebabkan tidak adanya kedaruratan untuk

mengambil bahan makanan tersebut.”

“Al-istihalah (perubahan wujud/penyulingan) bermaksud

perubahan suatu zat menjadi zat yang lain yang berbeza sifat-

sifatnya, mengubah zat-zat yang najis dan yang mengandungi najis

menjadi zat-zat yang suci dan mengubah zat-zat yang haram menjadi

zat-zat yang dihalalkan secara syarak.”6

6 ‘Gelatin Babi’, Kampus Syariah.com, 2011.Dr Ahmad Al Qubaisi, salah seorang ulama EmiriahArab Bersatu yang berpendapat dengan menggunakan

konsep istihalah.

13

5.0 – Kesimpulan

Pertama, sebahagian dari mereka mengharamkan penggunaan

ubat-ubatan yang mengandungi gelatin khinzir jika tiada darurat

atas sebab pengharaman khinzir tersebut secara mutlak melalui

dalil Al-Qur’an dan hadith. Pengharaman tersebut akan menjadi

keharusan sekiranya tiada alternatif lain (sudah berada dalam

keadaan yang betul-betul darurat). Ini menepati kaedah fiqah

dalam perubatan Islam, di bawah kaedah-kaedah utama, iaitu

keterpaksaan mengharuskan yang dilarang (al-dharuraat tubihul

mahzuraat).

Kedua, sebahagian daripada mereka pula berpendapat halal

mengambil ubat-ubatan yang mengandungi gelatin khinzir sekiranya

ia telah menjalani proses istihalah, yakni proses perubahan suatu

zat menjadi zat yang lain yang berbeza sifat-sifatnya, yang najis

kepada suci dan yang haram kepada halal secara syarak. Tetapi

sekiranya tidak menjalani proses istihalah, ia tetap

14

dikategorikan haram, kerana masih mengandungi zat khinzir yang

asal.

Sekiranya ada di antara kita masih ragu-ragu, hayatilah

hadis Rasulullah S.A.W ini:

“ Daripada Abdullah bin An-Nukman bin Basyir r.a katanya "Aku telah

mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya yang halal itu telah nyata (jelas

hukumnya) dan yang haram itu juga telah nyata (jelas hukumnya) dan di antara

kedua-duanya (halal dan haram itu) terdapat perkara perkara syubhah (yang tidak

jelas akan kehalalan dan keharamannya) yang tidak diketahui oleh ramai manusia,

maka barangsiapa yang memelihara dirinya dari perkara-perkara yang syubhah itu

samalah seperti orang yang telah melindungi agamanya dan kehormatannya,

barangsiapa yang terjatuh ke dalam perkara-perkara yang syubhah maka

sesungguhnya ia telah terjatuh ke dalam perkara-perkara yang haram, seumpama

penggembala yang menggembala di sekitar padang rumput yang berpagar hampir-

hampir binatang gembalaannya masuk dan memakan rumput-rampai yang berpagar

ini.” (Diriwayatkan oleh AI-Bukhari dan Muslim)

Akhirnya, melalui penerangan-penerangan yang telah

dijelaskan, diharapkan agar permasalahan ini tidak menjadi sebab

mengapa umat Islam perlu berpecah. Sedangkan sepatutnya kita

bersikap terbuka antara satu sama lain, sering mengadakan

perbincangan ilmiah sekiranya berselisih dan bersatu-padu demi

kesejahteraan umat. Wallahu a’lam.

Rujukan

15

Baco, A. R. (2010). Ubat Daripada Sumber Babi & Pilihan Alternatif. Kuala

Lumpur: H Science

Solutions.

Abdullah, M. A. (2011, Mac 09). Saintis Muslim bertanggungjawab

bangunkan sumber halal

kapsul gelatin. Berita Harian Online. Retrieved from

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SaintisMuslimbert

anggungjawabbangunkansumberhalalkapsulgelatin/Article/

Berita Harian Online, (2011, Mac 07). Kelulusan Ubat Ikut Fatwa

JAKIM. Berita Harian

Online. Retrieved from

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/

2011030623210320110306232103/Article/

Gelatin Babi (n.d.). In KampusSyariah Retrieved from

http://www.kampussyariah.com/webx/e2.php?id=22