peluang pekerjaan OKU di Batu Pahat , Johor

23
PELUANG PEKERJAAN GOLONGAN ORANG KELAINAN UPAYA (OKU) BERMASALAH PEMBELAJARAN DI BATU PAHAT, JOHOR. 1.0 PENGENALAN Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan 1% daripada peluang pekerjaan di sektor awam kepada golongan OKU (Pekeliling Perkhidmatan Bil 10/1998), namun sasaran ini belum dapat dipenuhi sepenuhnya. Terdapat situasi di mana golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) mengalami kesukaran untuk diterima bekerja atas alasan-alasan tertentu. Sikap prejudis dan tidak yakin terhadap kebolehan orang OKU serta peluang pekerjaan yang tidak sepadan dengan kebolehan mereka membataskan kebolehpasaran tenaga kerja golongan ini. Walau pun golongan OKU mempunyai pelbagai ketidakupayaan baik dari segi fizikal mahupun mental yang membataskan mereka untuk menembusi alam pekerjaan, namun, kebanyakan mereka mempunyai kemahiran dan bakat tertentu yang diperolehi sewaktu di alam persekolahan mahupun di pusat-pusat latihan tertentu. Justeru, atas kemahiran yang telah ditimba, tiada sebab untuk mereka tidak diambil bekerja sebagaimana rakan-rakan mereka yang normal. BAHAGIAN 1

Transcript of peluang pekerjaan OKU di Batu Pahat , Johor

PELUANG PEKERJAAN GOLONGAN ORANG KELAINAN UPAYA (OKU)

BERMASALAH PEMBELAJARAN DI BATU PAHAT, JOHOR.

1.0 PENGENALAN

Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan 1% daripada peluang

pekerjaan di sektor awam kepada golongan OKU (Pekeliling Perkhidmatan

Bil 10/1998), namun sasaran ini belum dapat dipenuhi sepenuhnya. Terdapat

situasi di mana golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) mengalami kesukaran

untuk diterima bekerja atas alasan-alasan tertentu. Sikap prejudis dan tidak

yakin terhadap kebolehan orang OKU serta peluang pekerjaan yang tidak

sepadan dengan kebolehan mereka membataskan kebolehpasaran tenaga

kerja golongan ini. Walau pun golongan OKU mempunyai pelbagai

ketidakupayaan baik dari segi fizikal mahupun mental yang membataskan

mereka untuk menembusi alam pekerjaan, namun, kebanyakan mereka

mempunyai kemahiran dan bakat tertentu yang diperolehi sewaktu di alam

persekolahan mahupun di pusat-pusat latihan tertentu. Justeru, atas

kemahiran yang telah ditimba, tiada sebab untuk mereka tidak diambil

bekerja sebagaimana rakan-rakan mereka yang normal.

BAHAGIAN 1

Peluang Pekerjaan Golongan Orang Kelainan Upaya di Malaysia

1.1 LATAR BELAKANG MASALAH

Sebuah konvensyen yang dipanggil Konvensyen Mengenai Hak OKU

(Convention On The Rights Of Person With Disabilties) telah diterima pakai oleh

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 13 Disember 2006. Konvensyen ini

menjamin golongan OKU menikmati peluang yang setara dengan orang

upaya serta penyertaan penuh dan efektif dalam masyarakat dalam semua

aspek kehidupan termasuklah aksesibiliti, mobiliti, kesihatan, pendidikan,

pekerjaan, pemulihan dan penyertaan dalam bidang politik, ekonomi dan

sosio budaya. Pada 8 April 2008, Malaysia telah menandatangani Konvensyen

ini (www.jkm.gov.my).

Seiring dengan itu, pihak kerajaan Malaysia telah merancang dan

melaksanakan pelbagai langkah bagi menyatakan komitmen terhadap

golongan OKU. Antaranya ialah Dasar OKU yang menjadikan asas

kesaksamaan hak dan peluang kepada OKU bagi penyertaan penuh dalam

masyarakat. Ia menyokong dan melengkapi matlamat dasar-dasar lain yang

sedia ada untuk mengangkat maruah martabat golongan OKU supaya turut

sama terlibat dan menyumbang kepada pembangunan negara. Ia

merangkumi 15 bidang termasuklah aksesibiliti, pemulihan, pendidikan,

pekerjaan dan pembangunan sumber manusia. Bukan itu sahaja, terdapat

Majlis Kebangsaan OKU yang berfungsi untuk menerima pakai langkah yang

berkesan dan sesuai bagi menggalakkan pengiktirafan kemahiran, merit,

kebolehan dan sumbangan OKU di tempat kerja dan pasaran buruh. Di

samping itu, majlis ini menggalakkan peluang pekerjaan dan peningkatan

kerjaya OKU dalam pasaran buruh di samping membantu dalam mencari

atau mendapatkan pekerjaan atas asas keserataan dengan orang upaya

(www.jkm.gov.my).

Selain itu, menurut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 16 Tahun 2010,

dasar pengambilan pekerja OKU sebanyak satu peratus (1%) dalam

perkhidmatan awam menyebut setiap agensi dalam perkhidmatan awam

perlu memastikan pengambilan OKU dibuat sekurang-kurangnya satu peratus

2

Peluang Pekerjaan Golongan Orang Kelainan Upaya di Malaysia

daripada jumlah pegawai dalam agensi tersebut sama ada pelantikan secara

tetap, sementara, kontrak atau apa-apa kaedah pelantikan yang berkuat

kuasa. Akta OKU 2008 yang dikuatkuasakan pula memberikan pengiktirafan

hak OKU dan menukar konsep OKU daripada konsep kebajikan kepada

konsep hak (right-based) yang mana membolehkan OKU mempunyai hak

penyamaan peluang dan penyertaan penuh dalam masyarakat setara dengan

ahli masyarakat yang lain. Ini bermakna majikan seharusnya tidak membeza-

bezakan atau prejudis seterusnya menjunjung hak kesamarataan terhadap

bakal pekerja mereka sama ada OKU atau pun insan normal.

Dengan begitu banyak langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan

bagi memberi peluang OKU memperkasakan ekonomi mereka, hakikatnya

kadar pengambilan kalangan orang kurang upaya untuk bekerja masih lagi

di tahap yang rendah. Bilangan OKU yang berdaftar dengan Jabatan

Kebajikan Malaysia setakat Februari 2014 ialah seramai 498,906 orang (Sinar

Harian, 3 Julai 2014) yang mana 35% ialah kanak-kanak dan selebihnya iaitu

65% (324,289 orang) adalah golongan dewasa. Namun begitu, di sebalik

angka itu, hanya 1,754 orang yang berjaya mendapatkan pekerjaan di sektor

awam. Manakala hanya 9,074 orang OKU yang mendapat pekerjaan di sektor

swasta berbanding 13,339 orang yang telah berdaftar di Jabatan Buruh

(Berita Harian, 1 Oktober 2013). Terdapat jurang yang ketara antara OKU

yang sudah mendapat pekerjaan dengan yang masih menganggur.

1.2 PENYATAAN MASALAH

Kerajaan Malaysia telah melaksanakan pelbagai dasar,

menguatkuasakan akta dan menjalankan pelbagai program bagi membantu

golongan OKU menyara kehidupan mereka. Sebaliknya, jumlah OKU yang

bekerja adalah terlalu kecil berbanding populasi OKU itu sendiri. Walaupun

saban tahun bilangan OKU yang mempunyai kelulusan ijazah dan sijil dari

pusat-pusat latihan seperti Kolej Komuniti dan Pusat Latihan Perindustrian

dan Pemulihan Bangi bertambah, namun ia tidak setara dengan jumlah OKU

yang diambil untuk bekerja. Kajian oleh Suet Leng Khoo et.al (2013)

3

Peluang Pekerjaan Golongan Orang Kelainan Upaya di Malaysia

mendapati, 131 orang daripada 208 orang responden mempunyai sijil

sekurang-kurangnya Penilaian Menengah Rendah dan kelulusan tertinggi

ialah Ijazah Sarjana Muda. Namun, 23% daripada mereka belum mempunyai

pekerjaan. Ini menunjukkan sijil dan ijazah belum tentu dapat menjamin

peluang pekerjaan mereka kelak.

Kajian oleh Karen E. Wolffe et. al (2013) mendapati cabaran kerja yang

dihadapi oleh OKU bermasalah penglihatan ialah cabaran peralatan, bahan

dan bantuan; cabaran pengangkutan dan persekitaran; cabaran imbuhan dan

motivasi; cabaran diskriminasi; cabaran dana dan masa; cabaran jenis

pekerjan yang semakin ketinggalan zaman; cabaran latihan dan; cabaran

perumahan. Bukan itu sahaja, di pihak majikan pula, salah faham,

maklumat yang salah, atau andaian yang stereotaip mengenai individu yang

kelainan upaya memberi kesan terhadap akses awal kepada pekerjaan,

peluang latihan dan kenaikan pangkat [Noonan B. et.al (2004), Shahnasarian

M.(2001) dan Wilson-Kovacs D. et.al(2008) dalam Lauren Lindstrom et.al(2012)]. Cabaran-cabaran ini boleh menjadi penghalang kepada OKU untuk

memasuki pasaran kerja mahupun setelah diterima bekerja.

Dalam konteks ini, satu kajian perlu dijalankan untuk meneroka dan

memahami peluang, cabaran dan halangan dalam pasaran kerja terhadap

orang-orang kurang upaya masalah pembelajaran. Banyak penyelidikan telah

dijalankan di luar negara bagi orang-orang kurang upaya dalam bidang

pekerjaan. Antaranya ialah kajian oleh Karen E. Wolffe et.al (2013), Rose

Colom Toldra et.al (2013) dan Urhan Kocak et.al(2011).Walau bagaimanapun,

sehingga kini, amat sedikit kajian telah dijalankan kepada pengalaman

pekerjaan orang kelainan upaya khususnya OKU masalah pembelajaran di

Malaysia amnya dan di Batu Pahat,Johor, khasnya. Oleh itu, artikel ini

bertujuan untuk mengisi lompang tersebut dengan membincangkan secara

mendalam isu-isu utama dan cabaran orang kurang upaya dalam

mendapatkan peluang pekerjaan.

4

Peluang Pekerjaan Golongan Orang Kelainan Upaya di Malaysia

1.3 TUJUAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk:

1. Mengenalpasti punca-punca OKU Bermasalah Pembelajaran sukar

mendapat peluang pekerjaan.

2. Memahami cabaran dan halangan yang dihadapi oleh Orang Kelainan

Upaya (OKU) bermasalah pembelajaran dalam pasaran kerja.

1.4 PERSOALAN KAJIAN

1. Apakah punca OKU bermasalah pembelajaran sukar mendapat peluang

pekerjaan?

2. Sejauh manakah peluang untuk mendapatkan pekerjaan dari perspektif

golongan OKU bermasalah pembelajaran?

3. Apakah cabaran yang dihadapi oleh OKU bermasalah pembelajaran dalam

pasaran kerja?

4. Sejauh mana cabaran tersebut memberi kesan dalam OKU bermasalah

pembelajaran dalam merebut peluang pekerjaan?

1.5 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini perlu dijalankan untuk mendedahkan cabaran dan halangan yang

menyukarkan mereka sukar untuk merebut peluang pekerjaan di Malaysia.

Dapatan dari hasil kajian ini kelak diharap dapat membawa suara hati OKU

bermasalah pembelajaran terhadap cabaran, kepayahan dan kehendak

5

PELUANG PEKERJAAN ORANG KURANG UPAYA (OKU)

BERMASALAH PEMBELAJARANCABARANPUNCA

KESAN

Peluang Pekerjaan Golongan Orang Kelainan Upaya di Malaysia

mereka dalam pasaran kerja. Oleh itu, peluang pekerjaan yang diberikan

juga haruslah sama tanpa ada ketidakadilan dan prejudis terhadap golongan

ini. Dengan itu, pihak-pihak yang perkenaan seperti Jabatan Kebajikan

Masyarakat dapat melakukan sesuatu agar sumber tenaga kerja daripada

golongan ini tidak terbazir begitu sahaja. Menurut Chong (2010) dalam Suet

Leng Khoo et.al(2013), berkenaan isu-isu kekurangan tenaga mahir dan

pengekalan bakat, ini adalah masa yang sesuai untuk mengintegrasikan

rakyat Malaysia kurang upaya ke dalam tenaga kerja arus perdana sebagai

"sumber buruh alternatif atau bukan tradisional" (Chong, 2010).

1.6 BATASAN KAJIAN

Kajian ini terhad kepada golongan OKU bermasalah pembelajaran sahaja

walaupun terdapat golongan OKU yang lain iaitu bermasalah penglihatan

dan bermasalah pendengaran. Kajian pula hanya melibatkan golongan OKU

bermasalah pembelajaran di daerah Batu Pahat, Johor. Responden kajian

tidak melibatkan semua golongan OKU bermasalah pembelajaran di

Malaysia akibat kekangan masa dan sumber. Maka, dapatan kajian tidak

boleh digeneralisasikan bagi semua golongan OKU bermasalah pembelajaran

seluruh Malaysia memandangkan tempat dan persekitaran yang berbeza.

1.8 KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN

6

Peluang Pekerjaan Golongan Orang Kelainan Upaya di Malaysia

1.9 DEFINISI OPERASIONAL

Orang Kurang Upaya (OKU) bermasalah pembelajaran bermaksud

individu yang mengalami sama ada terencat akal, sindrom Down, autisme,

palsi serebral, bermasalah emosi dan tingkah laku, hiperaktif, hipoaktif,

keupayaan mental yang rendah dan pintar cerdas.Mereka menghadapi

kesulitan dalam interaksi dengan persekitaran yang menghalang kemampuan

untuk belajar dan membentuk pemahaman terhadap dunia di sekitar

mereka. Ia diakibatkan oleh kecacatan yang kompleks dari segi psikiatri,

neurologi, psikologi dan fisiologi yang memberi kesan ke atas fungsi

individu.

Peluang pekerjaan bermaksud pekerjaan yang tersedia dan boleh

dipohon bersesuaian dengan kelayakan yang dimiliki tanpa mengira sama

ada seseorang itu OKU atau tidak, peluang untuk diambil bekerja.

Pasaran kerja bermaksud situasi pekerjaan yang menunjukkan tahap

permintaan dan penawaran pekerja. Si pencari kerja menawarkan kemahiran

dan pengetahuan yang dimiliki untuk diambil bekerja manakala pihak

majikan mengeluarkan permintaan untuk mencari pekerja yang sesuai

dengan kehendak syarikat atau organisasi.

Pengalaman pekerjaan bermaksud pengalaman yang dialami sewaktu

hendak memohon kerja atau pun pengalaman setelah diterima bekerja.

Cabaran pekerjaan bermaksud halangan dan kesukaran yang dialami

oleh OKU bermasalah pembelajaran untuk diterima bekerja mahu pun ketika

sedang bekerja di tempat kerja.

7

2.0 SOROTAN PENULISAN

2.1 Orang Kurang Upaya dan Peluang Pekerjaan

Pekerjaan menyediakan satu cara untuk terus hidup dan rezeki sendiri

(Mansour, 2009). Malangnya, orang-orang kurang upaya selalu menjadi

mangsa diskriminasi dan menghadapi situasi kronik pengangguran atau

kekurangan pekerjaan. Malah di negara maju seperti United Kingdom, bukti

empirikal menunjukkan bahawa pengangguran dan guna tenaga tidak penuh

telah berlaku dalam pasaran buruh British sejak tahun 1990-an (Barnes,

1992). Dari segi pengangguran, peluang OKU untuk tidak diambil kerja

adalah tiga kali lebih tinggi daripada rakan-rakan yang normal. Tempoh

yang mereka menganggur juga lebih lama. OKU dibayar tidak setimpal

dengan kerja yang dibuat. OKU ditawarkan kerja berkemahiran rendah

termasuk kerja-kerja pejabat rutin, buruh am dan pembersih. Mereka juga

berpotensi untuk menjadi penganggur sekali lagi dalam tempoh setahun

berbanding kepada satu perlima daripada orang biasa. Dianggarkan 50%

orang OKU menerima pendapatan di bawah garis kemiskinan purata

kebangsaan. Gaji yang diterima pula adalah kurang dari separuh gaji purata

kebangsaan. Orang kurang upaya juga mengalami situasi ‘underemployment di’mana kelulusan yang dimiliki tidak setanding dengan kerja yang dilakukan

(Barnes, 2005).

2.2 Punca Pengangguran di Kalangan Orang Kurang Upaya (OKU)

BAHAGIAN 2

Peluang Pekerjaan Golongan Orang Kelainan Upaya di Malaysia

Satu kajian yang dijalankan oleh kerajaan Kanada mendapati halangan

yang paling kerap dilaporkan kepada penyertaan sosial orang kurang upaya

adalah sikap orang ramai dan prejudis mengenai orang kurang upaya (Shier,

2009). Begitu juga kajian yang mendapati ketidaksamaan peluang kerjaya

antara OKU dengan orang biasa adalah disebabkan oleh akses yang terhad

terhadap gaji yang tinggi / pekerjaan kemahiran tinggi, halangan di tempat

kerja, dan peluang yang tidak mencukupi untuk kemajuan kerjaya [Braddock

D. et al (1994), Foley S.M. et al(2002), Wilson-Kovacs D. et al (2008)]. Kajian

oleh Lauren Lindstrom et al(2012) pula mendapati halangan OKU di awal

kerjaya ialah a) kekurangan pengalaman dan aspirasi kerjaya terhad, b)

corak awal pekerjaan, c)kekurangan akses kepada latihan berterusan dan

pendidikan yang lebih tinggi dan d) diskriminasi dan prasangka di tempat

kerja.

Di pihak majikan, salah faham, maklumat yang salah, atau andaian

yang stereotaip mengenai individu yang kelainan upaya memberi kesan

terhadap akses awal kepada pekerjaan, peluang latihan dan kenaikan

pangkat Orang Kurang Upaya [Noonan B. et.al(2004), Shahnasarian M.(2001)

dan Wilson-Kovacs D. et.al(2008) dalam Lauren Lindstrom et.al (2012)]. Dalamsatu kajian diskriminasi di tempat kerja, Chan et.al (2005) mengkaji semula

lebih 35,000 dakwaan yang difailkan antara 1992 dan 2003 di bawah Akta

Kurang Upaya Amerika. Analisis mereka mengesahkan corak diskriminasi di

tempat kerja dan mendedahkan bahawa sikap negatif daripada majikan

mewujudkan halangan yang tidak kelihatan terhadap kemajuan. Kajian ini

juga mendokumenkan lapan jenis diskriminasi kerja termasuk: a)

pembuangan yang tidak munasabah b) ugutan, c) gangguan, d) kegagalan

untuk menyediakan penginapan yang berpatutan, e) isu-isu berkaitan terma-

terma dan syarat-syarat pekerjaan, f) penyewaan tidak adil amalan, g) tidak

sama rata akses kepada peluang-peluang kenaikan pangkat dan h) upah

tidak adil.

2.3 Cabaran OKU Dalam Alam Pekerjaan

9

Peluang Pekerjaan Golongan Orang Kelainan Upaya di Malaysia

Kajian oleh Karen E. Wolffe et. al (2013) mendapati cabaran kerja

yang dihadapi oleh OKU bermasalah penglihatan ialah cabaran peralatan,

bahan dan bantuan; cabaran pengangkutan dan persekitaran; cabaran

imbuhan dan motivasi; cabaran diskriminasi; cabaran dana dan masa;

cabaran jenis pekerjan yang semakin ketinggalan zaman; cabaran latihan

dan; cabaran perumahan. Cabaran-cabaran ini boleh menyebabkan

kadar ganti pusing buruh (employment turnover) meningkat. Para remaja

kurang upaya juga mungkin menghadapi kesukaran mengekalkan pekerjaan

yang stabil dari masa ke masa [Lindstrom L.,& Benz, M. (2002) dan

Roessler, R.T. (2002) dalam Lauren Lindstrom et. al (2013)]. Bagi belia OKUyang baru hendak memulakan kerjaya, rasa kurang keyakinan dan kurang

optimistik tentang masa depan berbanding rakan mereka yang normal

(Burchart T, 2004) yang disebabkan oleh ketidakupayaan boleh

mempengaruhi aspirasi pekerjaan mereka.

Bukan itu saja, terdapat satu kajian mengenai belia OKU bermasalah

emosi dan tingkahlaku lepasan sekolah mendapati hanya separuh daripada

peserta kajian yang bekerja, terutamanya dalam pekerja sambilan, tidak

mampu mengekalkan pekerjaan mereka dari masa ke masa. Para remaja

sering keluar masuk tenaga kerja, kerap bertukar kerja dan selalu tidak

berada dalam satu-satu kerja dalam tempoh yang lama untuk mencapai

kemajuan dan peningkatan dalam kerjaya dan taraf hidup (Zigmond N.,

2006). Jadi, golongan OKU menghadapi cabaran untuk mengekalkan kerjaya

atas sebab-sebab ketidakupayaan mereka yang tersendiri.

Satu lagi aspek penting dalam pembangunan awal pekerja kerjaya

adalah keupayaan untuk mengakses latihan berterusan dan sokongan untuk

mendapat kemahiran terlebih dahulu di tempat kerja. Walau bagaimanapun,

OKU jarang ditawarkan tugasan kerja yang mencabar atau latihan kerja

yang membolehkan mereka menuju ke kerjaya berpendapatan tinggi [Evans

J. et.al (2008) dan Wilson-Kovacs D. et.al (2008)]. Para remaja kurang

upaya juga mungkin tidak mempunyai akses kepada mentor yang

berpengalaman yang boleh memberi pendedahan kepada peluang-peluang

10

Peluang Pekerjaan Golongan Orang Kelainan Upaya di Malaysia

utama dan sokongan ketara untuk kemajuan kerjaya [Jones G.E et.al (1997)

dan Rousso, H. (2008) dalam Lauren Lindstrom(2013)].

Cabaran-cabaran seperti yang disebut di atas boleh menjadi

penghalang kepada OKU untuk memasuki pasaran kerja mahupun setelah

menjawat jawatan yang dipohon.

2.4 Situasi Peluang Pekerjaan OKU di Malaysia dan Serata Dunia

Pada tahun 1970-an, bilangan OKU di seluruh dunia melibatkan 10%

dari populasi penduduk dunia. Namun begitu, menurut Pertubuhan

Kesihatan Sedunia (WHO) dalam World Report On Disability yang diterbitkan

pada tahun 2011, bilangan ini telah meningkat kepada 15%. Menurut

formula WHO tersebut, ini bermakna bilangan OKU di Malaysia dianggarkan

seramai 4.2 juta orang. Namun demikian, hanya 498,906 orang OKU yang

berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Malaysia setakat Februari 2014 (Sinar

Harian, 3 Julai 2014) yang mana 35% ialah kanak-kanak dan selebihnya iaitu

65% (324,289 orang) adalah golongan dewasa. Namun begitu, di sebalik

angka itu, hanya 1,754 orang yang berjaya mendapatkan pekerjaan di sektor

awam. Manakala hanya 9,074 orang OKU yang mendapat pekerjaan di sektor

swasta berbanding 13,339 orang yang telah berdaftar di Jabatan Buruh

(Berita Harian, 1 Oktober 2013). Terdapat jurang yang ketara antara OKU

yang sudah mendapat pekerjaan dengan yang masih menganggur. Kajian

oleh Suet Leng Khoo et.al (2013) mendapati, 131 orang daripada 208 orang

responden mempunyai sijil sekurang-kurangnya Penilaian Menengah Rendah

dan kelulusan tertinggi ialah Ijazah Sarjana Muda. Namun, 23% daripada

mereka belum mempunyai pekerjaan. Ini menunjukkan sijil dan ijazah

belum tentu dapat menjamin peluang pekerjaan mereka kelak.

Pada ketika Malaysia hendak mengorak langkah ke arah negara maju,

isu kritikal seperti kebolehkerjaan OKU perlu dikedepankan [ Jayasooria,

Krishnan dan Ooi (1997) dalam Suet Leng Khoo et.al (2013)]. Ini kerana tiada

negara yang boleh mengaku ia sebuah negara yang maju sepenuhnya walhal

isu kesamarataan hak untuk mendapat pekerjaan masih wujud. Walau

11

Peluang Pekerjaan Golongan Orang Kelainan Upaya di Malaysia

bagaimanapun, isu mengenai peluang pekerjaan orang kurang upaya bukan

sahaja berlaku di Malaysia, malah ia berlaku di seluruh dunia. Di Brazil

misalnya, menurut Institut Geografi dan Statistik Brazil mendapati 24.6 juta

rakyatnya adalah OKU tetapi hanya 2% yang mempunyai pekerjaan formal

(Minist rio do Trabalho e Emprego, Secretaria de Inspe odo Trabalho (SIT),é çãBrasil, 2009). Begitu juga di Amerika Syarikat dan Kanada yang mana secara

anggaran kasarnya 17% daripada warganya ialah OKU namun hanya 3%

yang berada dalam pasaran kerja [Loo R. (2004) dalam R.C Toldra et.al

(2013)].

2.5 Definisi, Kategori dan Statistik Orang Kurang Upaya(OKU) dan OKU

Bermasalah

Pembelajaran

Definisi Orang Kurang Upaya (OKU) berdasarkan Akta Orang Kurang“ ”Upaya 2008 seseorang yang mempunyai kekurangan jangka panjang dari segi

fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan

pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka

dalam masyarakat. Definisi lain bagi OKU ialah orang yang mengalami

keterbatasan mobilisasi merujuk kepada jenis kecacatannya,sama ada fizikal

(anggota) mahupun mental (ringan, sederhana, dan berat), penglihatan, dan

pendengaran [Mohd Hafiz Abd Rahman (2009) dalam Hanirah et. al (2014)].

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau WHO (World Health Organization)

dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu atau UNO (United Nations

Organization), OKU pula bermakna: seseorang yang tidak berupaya

menentukan sendiri bagi memperoleh sepenuhnya ataupun sebahagian

daripada keperluan biasa seseorang individu dan atau tidak dapat hidup

bermasyarakat sepenuhnya disebabkan sesuatu kekurangan,sama ada

daripada segi fizikal ataupun mental, dan sama ada ia berlaku semenjak

lahir ataupun kemudiannya (Hanirah et. al, 2014). Gradwell(2005) dalam Orhan

Kucak et.al (2011) pula menyatakan kurang upaya adalah kelemahan atau

sekatan aktiviti disebabkan oleh masyarakat yang sedikit atau tidak kisah

12

Peluang Pekerjaan Golongan Orang Kelainan Upaya di Malaysia

langsung terhadap orang yang mempunyai kecacatan, dan dengan itu

mengasingkan mereka daripada aktiviti arus perdana.

Pada tahun 2009, kementerian yang bertanggungjawab terhadap

golongan OKU di negara ini iaitu Kementerian Pembangunan Wanita,

Keluarga dan Masyarakat melalui Menterinya ketika itu, Datuk Seri Shahrizat

Abdul Jalil telah mengkategorikan mereka kepada kategori kurang upaya

pertuturan, kurang upaya mental, kurang upaya pelbagai, kurang upaya

penglihatan, kurang upaya pendengaran, kurang upaya fizikal serta masalah

pembelajaran. Dalam pada itu, masalah pembelajaran merupakan kategori

yang paling ramai. Statistik bagi tahun 2013 yang dikeluarkan oleh Jabatan

Kebajikan Masyarakat mendapati 178,800 orang OKU yang berdaftar termasuk

dalam kategori bermasalah pembelajaran. Ini diikuti oleh kategori

ketidakupayaan fizikal (162,215 orang), bermasalah pendengaran (58,706

orang), bermasalah penglihatan (46,307 orang), ketidakupayaan mental

(19,914 orang), bermasalah pertuturan (3,677 orang) dan ketidakupayaan

pelbagai (24,455 orang).

Sumber: Statistik OKU 2013, Jabatan Kebajikan Masyarakat

Kategori bermasalah pembelajaran yang menjadi fokus kajian ini,

bermaksud seseorang yang menghadapi masalah kecerdasan otak yang tidak

selaras dengan usia biologikalnya. Penggunaan istilah masalah pembelajaran

(learning disabilities) bagi menggantikan istilah cacat akal mula‘ ’

13

Peluang Pekerjaan Golongan Orang Kelainan Upaya di Malaysia

diperkenalkan menerusi Laporan Warnock (1978) supaya lebih postif dan

mengurangkan keaiban (Jamila K.A, 2005). Di Barat, ia dikenali sebagai

learning disabilities. Thomas (1996) menyatakan bahawa istilah learning

disability dan learning difficulty digunakan secara saling berganti bagi

menjelaskan orang yang mempunyai tahap fungsi intelek yang terhad dan

sedang berkembang, ataupun berekmbang dalam tahap yang lambat

berbanding kebanyakan orang lain. Orang yang bermasalah pembelajaran

juga ditakrifkan sebagai seseorang yang mempunyai satu keadaan

neurologikal yang mengganggu keupayaan individu untuk menyimpan,

memproses, atau mengemukakan maklumat. Masalah pembelajaran boleh

menjejaskan keupayaan seseorang untuk membaca, menulis, bercakap,

mengeja, mengira matematik, sebab dan juga menjejaskan perhatian,

memori, penyelarasan, kemahiran sosial individu dan kematangan emosi

(www.ldaamerica.org). Mereka yang tergolong dalam kategori ini ialah

lembam, sindrom down, kurang upaya intelektual, autisme, Attention Deficit

Hyperactive Disorder (ADHD), masalah pembelajaran spesifik (dyslexia, dyscalculia,

dygraphia) dan lewat perkembangan global (global development delay) (sumber

dari laman web www.jpa.gov.my).

2.6 Teori/Model Berkaitan

Model Perubatan atau Model Sosial?

Dalam kebanyakan masyarakat Barat, kebangkitan model sosial

ketidakupayaan telah mencabar dan beransur-ansur menggantikan model

perubatan (Roulstone, 2004). Di bawah model perubatan, kekurangan dan

ketidakupayaan peribadi seseorang individu dianggap sebagai punca

kecacatan berbanding dengan individu yang normal. Oleh itu, peluang yang

diberikan kepada mereka untuk mendapatkan pekerjaan adalah tidak ikhlas

dan dibuat-buat. Mereka sering dianggap sebagai insan yang tidak berfungsi

dalam masyarakat untuk menyumbang kepada ekonomi yang lebih luas.

Sebaliknya, model sosial memandang ketidakupayaan adalah disebabkan

halangan sosial, institusi dan alam sekitar yang mengenakan halangan ke

atas OKU, bukannya akibat daripada ketidakupayaan mereka sendiri

14

Peluang Pekerjaan Golongan Orang Kelainan Upaya di Malaysia

[Jayasooria, (1999; 2000); Roulstone, (2004), Abberley (1999) dan Oliver (1996)

dalam Suet Leng Khoo 2013)].

Menurut ILO (nd), antara halangan utama yang dihadapi oleh mereka yang

kurang upaya termasuklah tidak boleh mengakses pendidikan, latihan dan

pekerjaan; kebimbangan, stereotaip dan diskriminasi terhadap orang kurang

upaya di semua peringkat masyarakat; sokongan perundangan / dasar yang

tidak mencukupi untuk menangani orang kurang upaya hak untuk

penyertaan penuh dalam masyarakat dan tempat kerja; kekurangan

maklumat berkenaan dengan mereka yang kurang upaya yang menyebabkan

mereka menjadi "tidak kelihatan" dan dilupakan; halangan teknologi seperti

kekurangan akses kepada alat bantuan, teknologi dan perkhidmatan

sokongan; "isu-isu psikososial" yang berpunca dari tempoh pemencilan yang

lama oleh masyarakat; dan akhir sekali, halangan fizikal, seperti bangunan

dan sistem pengangkutan mesra orang kurang upaya. Abberley (1999)

berpendapat bahawa Model Sosial Ketidakupayaan memberi tumpuan kepada

hakikat bahawa apa yang dipanggil aktiviti manusia 'biasa' disusun oleh

persekitaran sosial dan ekonomi umum, yang dibina oleh dan untuk

kepentingan pihak yang tidak terjejas. 'Orang Kurang Upaya' kemudiannya

ditakrifkan sebagai satu bentuk penindasan. Penindasan ini sering

dimanifestasikan dalam bentuk "diskriminasi" terhadap orang kurang upaya.

Sementara kita terus hidup dalam masyarakat yang sangat diskriminasi,

orang kurang upaya perlu menanggung beban dan stigma ditidakupayakan

(Purdie, 2009). Ringkasnya, Barnes (1992) merumuskan fenomena ini sebagai

berkata, "untuk menjadi seorang yang kurang upaya bermakna

didiskriminasi."

Ketidaksamaan atau diskriminasi terhadap OKU untuk diterima masuk

dalam pasaran kerja menimbulkan persoalan terhadap bagaimana amalan

demokrasi berfungsi. Malah di negara maju di mana undang-undang anti-

diskriminasi wujud dalam bentuk Akta Diskriminasi Kurang Upaya 1995

(DDA) (United Kingdom) dan Amerika dengan Akta Kurang Upaya (ADA),

janji daripada tindakan ini adalah terhad oleh asas model kesihatan

(Roulstone, 2004). Oleh itu, untuk mengatasi pengecualian mereka dari

masyarakat dan untuk meningkatkan akses dan hak-hak mereka untuk

pekerjaan, cara hilang upaya yang dilihat perlu berubah. Di Malaysia, proses

15

Peluang Pekerjaan Golongan Orang Kelainan Upaya di Malaysia

ini boleh menjadi mencabar kerana sikap buruk orang ramai, diskriminasi

dan prasangka terus melucutkan hak-hak orang kurang upaya (Jayasooria,

2000).

16

3.0 METODOLOGI KAJIAN

3.1 PENGENALAN

Bab ini akan menjelaskan tentang metodologi yang digunakan oleh

penyelidik untuk menyempurnakan kajian. Ia dibahagikan kepada reka

bentuk kajian, populasi dan sampel kajian, kesahan instrumen kajian dan

kaedah analisis data.

3.2 REKABENTUK KAJIAN

Syed Arabi Idid (1993) menjelaskan bahawa reka bentuk kajian amat

penting bagi sesuatu kajian kerana reka bentuk kajian menjadi panduan

kepada pengkaji untuk menjalankan kajian. Pendekatan kualitatif berbentuk

kajian kes akan digunakan dalam kajian ini. Kajian kes didefinisikan oleh

Yin(1994) sebagai suatu siasatan empirikal yang menyiasat fenomena

kontemporari dalam konteks kehidupan sebenar, terutama apabila sempadan

di antara fenomena dan konteks tidak terserlah. Kajian kes dipilih kerana

pengkaji berminat meneroka dan mendapatkan pemahaman yang mendalam

tentang isu peluang pekerjaan di kalangan OKU bermasalah pembelajaran di

sebuah daerah di Johor iaitu Batu Pahat.

BAHAGIAN 3

Peluang Pekerjaan Golongan Orang Kelainan Upaya di Malaysia

3.3 POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN

Populasi kajian merujuk kepada kelompok sasaran aktiviti kajian

dijalankan. Menurut Ahmad Mahdzan Ayob (1992) populasi ialah sekumpulan

benda (sama ada bernyawa atau tidak) yang menjadi subjek pada kajian.

Noraini Idris (2010) pula menyatakan populasi ialah kumpulan yang lebih

besar yang akan memperoleh manfaat dari dapatan yang diperoleh manakala

sampel kajian pula merujuk kepada kumpulan yang menjadi sumber

informasi yang diperlukan. Othman Lebar (2013) pula mengatakan Populasi

adalah keseluruhan kumpulan invidu yang diperlukan untuk mendapatkan

maklumat dalam kajian yang dibuat manakala Sampel merupakan sebahagian

daripada populasi yang sama yang terlibat dan terpilih dalam kajian.

Justeru itu, populasi dalam kajian ini merujuk kepada golongan OKU

bermasalah pembelajaran yang ada di daerah Batu Pahat, Johor. Oleh kerana

terdapat pelbagai kategori dalam OKU bermasalah pembelajaran dan kaedah

temubual digunakan untuk mendapatkan data, maka pengkaji akan memilih

sampel OKU yang boleh berkomunikasi secara berkesan dengan orang lain.

Justeru, OKU akan dipilih dari kategori lembam (slow learner), disleksia,

terencat akal ringan/sederhana dan palsi serebral. Sampel sekurang-

kurangnya tiga orang diambil dari senarai nama pelajar OKU bermasalah

pembelajaran yang telah menamatkan pelajaran dari sekolah menengah

dalam Program Pendidikan Khas Integrasi di sekitar daerah Batu Pahat.

Persampelan bertujuan digunakan kerana kajian yang dijalankan adalah

untuk memahami dengan lebih baik tentang punca pengangguran dan

cabaran serta halangan OKU bermasalah pembelajaran dalam mendapatkan

peluang pekerjaan.

3.4 INSTRUMEN KAJIAN

Dalam kajian kualitatif, pengkaji adalah instrumen utama. Pengkaji

akan mengguna pakai kaedah temubual separa struktur digunakan yang

18

Peluang Pekerjaan Golongan Orang Kelainan Upaya di Malaysia

mana soalan-soalan ditentukan dahulu dan jawapannya adalah terbuka dan

boleh dikembangkan mengikut budi bicara penemubual dan partisipan

(Othman Lebar, 2006).

Sepuluh soalan separa struktur akan ditanyakan ke atas sekurang-

kurangnya 3 orang OKU bermasalah pembelajaran di daerah Batu Pahat,

Johor. Soalan yang dibina adalah berpandukan soalan dari kajian Suet Leng

Khoo, Ling Ta Tiun and Lay Wah Lee (2013).

Temubual yang dijalankan akan menggunakan alat perakam suara dan

video. Setelah itu, tembual itu akan diterjemahkan dalam bentuk transkrip

secara verbatim bagi memudahkan proses analisis data.

3.5 KESAHAN KAJIAN

Kesahan merujuk kepada mengukur apa yang sepatutnya diukur

(Kerlinger, 1986). Oleh itu, instrumen kajian yang digunakan haruslah

mengukur dengan tepat apa yang ingin diukur. Bagi kajian kualitatif ini,

kesahan kajian bukan merujuk kepada data tetapi lebih kepada inferens

yang dibuat daripada data (Hammersley & Atkinson, 1983). Di samping itu,

berbanding dengan kriteria tradisi dalam menilai kesahan dan

kebolehpercayaan penyelidikan kualitatif (kesahan dalaman, kesahan luaran,

kebolehpercayaan dan objektiviti), dari pandangan naturalistik, kajian

kualitatif menggunakan kriteria alternatif bagi tujuan yang sama iaitu

kreditabiliti,kebolehpindahan, kebolehharapan dan pengesahan

Dalam kajian ini, bagi meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan

kajian, kriteria alternatif tersebut digunakan.Mengikut (Lim Chap Sam dan

Chee Kim Mang, 2010), terdapat beberapa strategi yang boleh digunakan

berdasarkan kriteria alternatif tersebut.

1) Kredibiliti:

19

Peluang Pekerjaan Golongan Orang Kelainan Upaya di Malaysia

Bagi meningkatkan kredibiliti dalam kajian ini, strategi-strategi berikut

telah dirancang:

Tempoh masa pengutipan data yang panjang iaitu selama lima bulan.

Ini bertujuan supaya proses menganalisis, membanding, mendapatkan

persetujuan dan menghalusi konstruk untuk memastikan padanan

antara teori dan realiti.

Penggunaan bahasa tempatan yang mana temubual akan dijalankan

dalam Bahasa Melayu digunakan memandangkan semua responden

adalah dari kaum Melayu.

Penyelidikan lapangan bermaksud pemerhatian dilakukan dalam

keadaan semula jadi supaya maklumat yang diperoleh mencerminkan

realiti kehidupan dan pengalaman yang sebenar.

Sentiasa membuat refleksi

Menggunakan kaedah triangulasi iaitu kajian dijalankan menggunakan

pelbagai perspektif. Mengikut Denzin(1978), terdapat empat jenis

triangulasi yang berbeza dari segi sumber data, kaedah, penyelidik

dan teori.

2) Kebolehpindahan:

Strategi yang digunakan bagi memastikan kebolehpindahan bagi kajian ini

ialah:

Membuat deskripsi tentang individu dan peristiwa yang dikaji. supaya

situasi yang dihadapi dapat difahami sebaiknya.Ini dapat membantu

penyelidikan lanjutan dalam usaha memahami isu peluang pekerjaan

OKU ini.

Membenarkan perbandingan iaitu kesemua komponen penyelidikan

seperti sifat peserta, dokumen yang digunakan, analisis dan konsep

yang dibentuk mesti dijelaskan dan didefinisikan supaya maklumat dan

ilmu pengetahuan tersebut boleh digunakan dalam penyelidikan

lanjutan.

Boleh diterjemahkan yang mana penerangan terhadap kerangka konsep

yang digunakan jelas dan terperinci untuk digunakan semula oleh

pengkaji lain dalam penyelidikan lain yang sama disiplin atau

berkaitan.

20

Peluang Pekerjaan Golongan Orang Kelainan Upaya di Malaysia

Semakan ahli yang turut dikenali sebagai pengesahan responden.

Teknik ini digunakan untuk meningkatkan ketepatan, kredibiliti,

kesahan dan kebolehpindahan sesuatu penyelidikan. Melalui kaedah

ini, penafsiran dan pelaporan diberi kepada responden untuk

menyemak keaslian tugasan tersebut. Maklum balas yang diterima

membantu menyemak kesahan penafsiran data

3) Kebolehbergantungan:

Kebolehbergantungan bermaksud sejauh mana seseorang boleh dipercayai

oleh orang lain kerana integriti, kejujuran dan personaliti yang

ditunjukkan sehingga menggalakkan individu lain untuk bergantung

kepadanya. Strategi yang digunakan ialah:

Semua perbualan dan transkrip yang direkodkan adalah secara

verbatim;menggunakan pernyataan langsung dari dokumen yang

dipetik,serta memberi deskripsi yang konkrit dan tepat dalam nota

lapangan

Inkuiri audit iaitu penilai memeriksa kedua-dua proses dan produk

penyelidikan untuk membuat ketekalan

Semua data direkod secara elektronik dan digital.

4) Kebolehsahan:

Menurut Lincoln dan Guba (1985), pengesahan sesuatu penyelidikan merujuk

kepada darjah keberkecualian seseorang penyelidik dalam membuat

pentafsiran data. Ini bermakna pengkaji tidak boleh mempunyai sebarang

bias yang akan mempengaruhi pemerhatian mereka (Othman Lebar (2006).

Hal ini dapat ditunjukkan melalui

Strategi yang boleh digunakan:

audit pengesahan yang merangkumi perbuatan mengaudit bahan‘ ’bahan yang berikut iaitu data mentah, nota analisis, nota proses , nota

peribadi dan maklumat perkembangan awal.

Dalam kajian ini, transkrip yang sudah siap akan divalidasi oleh

peserta kajian sama ada penyelidik tidak bersifat bias atau pun tidak.

21

Mengenal pasti tapak/ individuMenyimpa

n DataMendapatkan Akses dan Membina RapportMenyeles

aikan isu-isu lapanganMerekod Maklumat

Mengumpul Data

Persampelan

Bertujuan

Peluang Pekerjaan Golongan Orang Kelainan Upaya di Malaysia

3.6 PROSEDUR KAJIAN

Gelung Proses Pengumpulan Data Cresswell (1998)

Berdasarkan Gelung Proses Pengumpulan Data Cresswell (1998) , pengkajiakan mendapatkan kebenaran daripada pengetua dan guru penolong kanan

Pendidikan Khas daripada sekolah menengah di sekitar daerah Batu Pahat

yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi untuk mendapatkan

nama dan alamat pelajar OKU bermasalah pembelajaran yang telah

menamatkan persekolahan. Kemudian, pengkaji akan membuat temujanji

menemubual peserta kajian secara individu. Tembual akan menggunakan

soalan semi struktur berdasarkan soalan yang dibina oleh pengkaji Suet

Leng Khoo et. al (2013). Setelah temubual dibuat, maklumat yang telah

direkod akan diterjemahkan dalam bentuk transkrip bagi memudahkan

proses penyimpanan data.

22

Peluang Pekerjaan Golongan Orang Kelainan Upaya di Malaysia

3.7 KAEDAH ANALISIS DATA

Kaedah Analisis Data Cresswell

Pengkaji akan menggunakan kaedah yang disarankan oleh Cresswell

(2003). Data yang dikumpul melalui perakam suara atau video akan

disediakan dalam bentuk transkrip secara verbatim untuk memudahkan

proses analisis data. Selepas itu, pengkaji akan membaca dan membiasakan

diri dengan data tersebut untuk memudahkan pemahaman yang mendalam.

Dalam pada masa yang sama, pengkaji akan mengkodkan data dengan cara

membahagikan segmen-segmen teks dan melabelkan kod-kod yang berkaitan.

Pengkodan data adalah bertujuan sebagai penerangan dan membentuk

tema-tema dalam penulisan laporan.

Perisian yang akan digunakan dalam membantu analisis data kualitatif

ini ialah NVIVO10.

23

berjalan

serentak

boleh diulang

semula