PANDANGAN PEMAKAIAN BERSYARIAT

86
BAB 1 PENDAHULUAN Bab 1 : Keusahawanan Islam 1.1. Pendahuluan Keusahawan Islam merupakan satu cabang muamalah yang terdapat di dalam Islam. Muamalah menurut artikel di dalam Majalah Dakwah (2013) 1

Transcript of PANDANGAN PEMAKAIAN BERSYARIAT

BAB 1

PENDAHULUAN

Bab 1 : Keusahawanan Islam

1.1. Pendahuluan

Keusahawan Islam merupakan satu cabang muamalah yang terdapat di

dalam Islam. Muamalah menurut artikel di dalam Majalah Dakwah (2013)

1

menyatakan definisi muamalah dari segi istilah merupakan salah satu

daripada ciri hidup yang merangkumi ekonomi, pengurusan dan perniagaan.

Antara aspek atau perkara yang dibicarakan atau disentuh di dalam cabang

muamalah ialah tentang pengurusan harta, berkenaan dengan harta, takrif

kerja, mencari rezeki, perniagaan, cara-cara berurus niaga dan sebagainya.

Keusahawanan merupakan aktiviti perniagaan yang turut melibatkan aspek-

aspek seperti di atas, maka keusahawanan sangat sesuai dijadikan

sebahagian daripada muamalah di dalam Islam.

Matlamat atau tujuan muamalah di dalam Islam adalah berdasarkan

kepada maqasid syariah atau maksud syariah itu sendiri iaitu pengurusan

dalam aspek tatacara urus niaga dan menguruskan kewangan yang mengikut

syariah, hal ini kerana ianya sangat penting dalam kehidupan seseorang

yang beragama Islam dalam segenap kehidupannya.

Menurut Majalah Dakwah (2013) di dalam artikelnya itu lagi,

muamalah termasuk di dalam cabang hukum Islam yang keempat iaitu

perkara-perkara yang berkaitan dengan hubungan manusia atau dikenali juga

sebagai ibadah umum. Di bawah cabang hukum ini, terdapat perkara-

perkara atau aspek seperti perundangan kekeluargaan, pemerintahan negara,

hubungan antarabangsa, sistem perundangan, pencegahan jenayah serta

muamalah Islam seperti dalam pernyataan sebelum ini.

1.2. Latar Belakang Kajian

Konsep keusahawanan Islam dan konvensional memiliki beberapa

perbezaan yang boleh dibezakan. Di dalam konsep keusahawanan

konvensional, konsep yang diguna pakai atau ideologi yang digunakan dalam

2

mengurus jentera perniagaan seseorang usahawan itu adalah berasaskan

kepada keuntungan sebagai tujuan yang paling utama, diikuti dengan

kepuasan kendiri, mampu mengenal pasti peluang dan bersedia untuk

menghadapi risiko dan ketidakpastian ianya sesuai dengan tujuan sesuatu

perniagaan itu ditubuhkan.

1.3. Usahawan dan Keusahawanan dari perspektif Barat.

Abd. Aziz Yusof (2010) usahawan atau di dalam bahasa Inggeris,

entrepreneur merupakan gabungan daripada tiga perkataan iaitu entre ,“ ” “ ”pre dan neur . Dalam bahasa latin, iaitu entre bermaksud entre,“ ” “ ” “ ”pre bermaksud before dan neur bermaksud nerve centre . Daripada“ ” “ ” “ ” “ ”

perkataan ini usahawan telah didefinisikan sebagai seorang yang masuk ke

dalam alam perniagaan tidak kira apa bentuk perniagaan apa sekalipun dan

dalam masa yang sama bersaing untuk terus mengukuhkan lagi perniagaan

yang dijalankan. Maka, usahawan dari konteks konvensional dapat

ditakrifkan sebagai seorang yang sentiasa mengintai peluang dan merebut

peluang sebelum orang lain menyedari terdapatnya peluang sedemikian,

mampu mengenal pasti, mengeksploitasi peluang perniagaan dan bersedia

untuk berhadapan dengan risiko dan ketidakpastian.

Menurut Abd. Aziz Yusof (2010), kebanyakkan ahli akademik

menekankan faktor peluang seterusnyanya menggunakan peluang tersebut

lebih dari pemilikan perniagaan itu sendiri. Antaranya, Kuratko & Hodgetts

(1995) telah menyatakan bahawa,

“entrepreneur is one who undertakes to organize, manage and asume the risks

of business”.

3

Boschee dan McClurg (2003) pula menjelaskan bahawa usahawan

adalah individu yang mengatur, mengurus, dan menanggung risiko dan

ketidakpastian. Manakala, definisi keusahawanan menurut Pride, Hughes dan

Kapoor (1988) adalah suatu bentuk perniagaan yang dimiliki secara

berasingan oleh seseorang yang beroperasi untuk tujuan memperoleh

keuntungan. Stevenson, Roberts & Grousbeck (1989) pula mendefinisikan

keusahawanan sebagai kesediaan untuk merebut peluang tanpa mengambil

kira sumber semasa dalam kawalan. Manakala Robert Hisrich (1988)

menekankan bahawa keusahawanan adalah satu proses menghasilkan sesuatu

yang berbeza dan bernilai dengan menumpukan kepada usaha dan tenaga

yang diperlukan, menanggung risiko kewangan, psikologikal, dan sosial, dan

menerima ganjaran dalam bentuk kewangan dan kepuasan diri.

1.4. Keusahawanan dari perspektif Islam dan Malaysia.

Abd. Aziz Yusof (2010) menyatakan usahawan berdasarkan perspektif

Islam bermaksud individu yang mengambil tanggungjawab untuk memenuhi

keperluan masyarakat dan mengharapkan dua keuntungan iaitu di dunia dan

akhirat. Maka dengan itu, Islam tidak menggalakkan eksploitasi dalam

menjana keuntungan. Tidak semua aktiviti yang menjana keuntungan

diiktiraf sebagai kegiatan keusahawanan oleh Islam sekiranya melampaui

batas sehingga merosakkan alam. Muhammad (1999) mengatakan usahawan

Muslim tidak sepatutnya melihat keusahawanan sebagai satu daripada faktor

pengeluaran selain daripada pekerja, modal, tanah sebagaimana pendekatan

yang telah diberikan oleh barat. Bagi Muhammad, barat telah melihat

keusahawanan dalam konteks yang terhad iaitu memenuhi tuntutan

keduniaan dengan membelakangkan perkara kerohanian dan ketuhanan.

Justeru, dalam mendefinisikan keusahawanan, Muhammad mendefinisikan

4

usahawan ialah individu yang bersedia menyumbang modal, kepakaran dan

kemahiran melalui pembangunan kreativiti dan inovasi dengan memastikan

tindakakn dan keputusan yang diambil selari dengan ketetapan Allah SWT.

Adnan Alias (1990) pula mendefinisikan usahawan Muslim sebagai

seorang individu yang dengan kemahuannya sendiri sentiasa memburu dan

menilai peluang perniagaan dengan tujuan meraih keuntungan dan

mengembangkan perniagaan dengan melaburkan sebahagian daripada

hartanya dan sepanjang usaha itu, individu itu sedar akan tanggungjawabnya

sebagai hamba Tuhan.

Manakala Sudin Haron (1998) menjelaskan definisi usahawan Muslim

ialah seorang Islam yang secara berterusan mencari, menggembleng dan

memanfaatkan kurniaan Allah SWT untuk faedah diri sendiri, ummah dan

makhlukNya yang selari dengan tuntutan dan arahan yang telah ditetapkan

dalam Al-Quran dan Sunnah.

Menurut Abd Aziz Yusof (2004) menyatakan usahawan Muslim ialah

individu yang sentiasa taat dan patuh pada arahan dan larangan Allah

dengan tujuan meningkatkan kesejahteraan penghuni semesta alam. Firman

Allah SWT yang bermaksud :

“Sesungguhnya orang yang selalu membaca kitab Allah, mendirikan

sembahyang dan mendermakan daripada apa yang Kami kurniakan kepada mereka,

secara bersembunyi atau secara terang-terangan, mereka mengharapkan sejenis

perniagaan yang tidak mengalami kerugian.” Surah Faatir :29

5

Berdasarkan petikan ayat dari Surah Faatir ini, Abd Aziz Yusof (2004)

telah membuat rumusan bahawa individu yang mempunyai sifat dan kriteria

seperti berikut layak digelar sebagai usahawan Muslim :

1. Mereka yang gigih mencari peluang perniagaan dan merealisasikan

nilai-nilai keusahawanan sebagai satu cara hidup.

2. Mereka yang bersedia memberi sumbangan tenaga, pengetahuan

dan kewangan secara istiqamah tanpa mengharapkan keuntungan

dunia semata-mata.

3. Mereka yang menyedari keterhadan sumber dan melalui kesedaran

ini apabila mereka memperoleh sumber mereka akan mengambil

faedah seoptimum mungkin dengan mengelakkan daripada

berlakunya sebarang bentuk pembaziran dan penyalahgunaan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

“Aku tidak suka kepada tiga perkara : perdebatan yang tidak bermakna,

pembaziran barangan dan menyoal berlebihan.” Riwayat Bukhari.

4. Mereka yang berani membuat perubahan bagi meningkatkan lagi

kehidupan manusia sejagat.

5. Mereka yang mengetahui keutamaan sumbangan mereka kepada

masyarakat, negara dan agama. Mendapatkan keredaan Allah SWT

merupakan matlamat hakiki penglibatan mereka dalam kegiatan

keusahawanan.

6. Mereka yang sentiasa berusaha secara berterusan dengan

mengutamakan aktiviti nilai tambah terhadap proses, barangan atau

perkhidmatan yang dikeluarkan.

6

Maka Abd. Aziz Yusof (2004) menyimpulkan bahawa peranan yang

dimainkan usahawan Muslim adalah seperti berikut :

1. Membolehkan berlakunya penggabungan faktor-faktor pengeluaran

yang dikurniakan Allah SWT termasuk tanah, modal, teknologi,

maklumat, sumber tenaga dan sumber-sumber yang hanya berada

dalam ilmu Allah SWT bagi menghasilkan kegiatan keusahawanan

dengan secekap mungkin.

2. Melihat dan mengenal pasti peluang-peluang dan masalah yang

terdapat dalam sesuatu persekitaran atau masyarakat dengan

menggiatkan kegiatan keusahawanan yang mampu memberi

kesejahteraan sejagat.

3. Memilih pendekatan yang terbaik dalam usaha mengambil faedah

daripada faktor-faktor pengeluaran agar tidak berlakunya

penyalahgunaan dan pembaziran dalam menjalanakna kegiatan

keusahawanan.

4. Memastikan generasi akan datang terus menikmati kesejahteraan

daripada setiap kegiatan keusahawanan yang dijalankan pada masa

kini.

Keusahawanan Islam pula mengikut Abd Aziz Yusof (2004), memiliki

kriteria-kriteria seperti berikut yang boleh diterima sebagai keusahawanan

Islam :

1. Konsep kesyumulan dalam Islam telah menjadikan keusahawanan

sebagai elemen yang tidak terpisah daripada Islam. Apabila

berlakunya suatu pemisahan, kemajuan yang dicapai akan

menyimpang dari tuntutan Islam.

7

2. Dengan fitrah kejadian manusia, manusia mestilah terlebih dahulu

Muslim kemudian barulah menjadi usahawan Muslim. Manusia

berihsan adalah mengabdikan diri kepada Allah dan

dipertanggungjawabkan untuk menjalankan tugas hubungan dengan

ketuhanan dan hubungan sesama kemanusiaan, akan mendahului

keredaan Allah SWT daripada memperoleh keuntungan fizikal, yang

menjalankan kegiatan keusahawan bukanlah sekadar untuk mencari

keuntungan tetapi sebgai memenuhi tuntutan fardu kifayah.

3. Istilah kejayaan dalam al-Quran adalah falaha, aflaha dan juga faza

fazwan. Kejayaan menurut saranan al-Qurtubi bermaksud mencari

rezeki yang halal, qanaah, taufik, sa adah dan jannah. Formula’kejayaan dalam Islam mempunyai pertalian dengan kesejahteraan di

akhirat.

4. Keusahawanan adalah merupakan salah satu cabang ibadat.

Keusahawanan adalah kerjaya yang dituntut oleh Islam seperti yang

dinyatakan dalam al-Quran yang bermaksud “Allah menghalalkan jual

beli dan mengharamkan riba..” Surah al-Baqarah :275.

5. Yang mengadikan dirinya kepada Allah melalui perniagaan dan

dalam proses memenuhi tuntutan fardhu kifayah juga memberi dan

menyediakan perkhidmatan kepada keseluruhan masyarakat.

Menurut Abd. Aziz Yusof (2010) usahawan dalam konteks Malaysia

pula merujuk kepada individu yang mempunyai ciri-ciri tertentu yang

membantu dalam usahanya untuk mencapai kejayaan, mempunyai daya

usaha, motivasi, kreativiti, kepercayaan pada diri sendiri yang tinggi dan

keuoayaan mengambil risiko. Abd. Aziz menyatakan bahawa perkataan asal

8

usahawan adalah usaha yang mana ia berkaitan dengan daya usaha untuk‘ ’mencapai sesuatu perkara. Secara umumnya, masyarakat Malaysia melihat

pengertian usahawan dalam pelbagai dimensi, Abd Aziz menyatakan lagi

bahawa peniaga seperti peniaga runcit, penjaja, peniaga pasar malam atau

peniaga di pasar-pasar gerai adalah usahawan. Hakikatnya, usahawan adalah

lebih dari itu kerana usahawan adalah sebagai agen perubahan dalam

masyarakat dan memiliki keistimewaan yang tersendiri. Usahawan ialah

mereka yang dapat mengenal pasti peluang dan menghubungkan peluang itu

dengan pengguna seterusnya mewujudkan sebuah perniagaan yang

menghasilkan keuntungan yang lumayan.

1.5. Keusahawanan Islam di dalam dunia perniagaan fesyen

Muslimah.

Berdasarkan petikan dari artikel Sinar Harian, (2012) yang bertajuk

Hijab dan Busana menyatakan bahawa pandangan wanita yang berhijab ini

hanyalah pemahaman tentang penutupan kepala sahaja. Bertudung atau

berselendang merupakan imej bagi wanita Islam, yang dapat membezakan

beliau dengan wanita bukan Islam. Walau bagaimanapun, berhijab bukanlah

bermaksud hanya menutupi kepala sahaja, sebaliknya lebih mendalam lagi

perlaksanaannya iaitu kepala termasuk rambut dan anggota yang berkaitan

juga perlu ditutup agar memenuhi keseluruhan tuntutan syariah.

Melalui petikan artikel ini Sinar Harian (2012), membawa perubahan

dalam penampilan berhijab atau cara bertudung bukanlah sesuatu perkara

yang dilarang, asalkan asas penutupan aurat itu difahami dengan sebaiknya.

Hal ini berbeza dengan wanita bukan Islam, mereka boleh berpenampilan

mengikut cita rasa pereka busana yang berpandukan imaginasi atau inspirasi

9

yang bersumberkan apa sahaja. Dan apabila mereka menghasilkan rekaan

pasti ia bertujuan untuk menarik perhatian kepada tubuh badan atau bentuk

badan yang hendak ditonjolkan atas nama cantik.

Mengikut petikan artikel Sinar Harian (2012) itu lagi, keadaan ini

memberi nilai keistimewaan kepada wanita Islam dalam pemahaman

mengenakan busana ke atas tubuh badan mereka yang perlu berpandukan

kepada hukum perlaksanaan yang diperuntukkan oleh Allah SWT di dalam

al-Quran. Hal ini adalah kerana, tujuan utama perlaksanaan penutupan aurat

ke atas wanita adalah bertujuan untuk menjaga kehormatan dirinya,

menutup keaiban dirinya, melindungi dirinya daripada diganggu dan juga

mengangkat kemuliaan dirinya sebagai wanita. Malah wanita diberi

kebebasan dalam menggayakan penutupan aurat berdasar budaya atau faktor

cuaca dan walaupun cara penutupannya berbeza namun anggota yang wajib

ditutup adalah tetap sama bagi semua wanita yang telah mencapai usia akil

baligh.

1.6. Pernyataan Masalah.

Keusahawanan Islam merupakan satu bidang yang masih lagi baru

untuk dibahaskan dalam dunia keusahawanan yang terdapat di Malaysia. Hal

ini adalah kerana, pada waktu sebelum ini, rata-rata ahli perniagaan terdiri

daripada kalangan usahawan bukan Islam yang memegang ideologi konsep

keusahawanan konvensional atau konsep keusahawanan barat. Pemupukkan

budaya keusahawanan lebih tertumpu kepada kepuasan individu tanpa

mengira latar belakang agama sasaran pengguna atau pembeli. Dan

akhirnya, pengguna di negara kita yang rata-rata pengguna Muslim yang

menyumbang kuasa membeli yang paling banyak di negara ini mempunyai

pilihan yang tidak mengikuti acuan berdasarkan agamanya.

10

Keterbatasan ini akhirnya mampu menggugat tahap kepatuhan seorang

muslim kepada ajaran agamanya dan hal ini adalah sangat bahaya dalam

kehidupan seorang Muslim kerana apa yang diusahakan di dunia akan

disoal, dihitung dan dan dihukum di akhirat kelak, justeru penjagaan syariat

adalah penting bagi seorang Muslim. Sekiranya, seorang Muslim tidak

berusaha untuk menghasilkan sesuatu penemuan yang baik bagi

kesejahteraan umat Islam dunia dan akhirat, maka umat Islam terpaksa

menempuhi zaman-zaman yang memisahkan realiti akhirat dengan

tanggungjawabnya yang diamanahkan sebagai khalifah di muka bumi Allah

SWT ini. Hal ini bersesuaian dengan firman Allah SWT yang bermaksud :

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah)

kepada kebajikan (mengembangkan Islam). Dan menyuruh berbuat segala

perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji).

Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.” Surah Ali

Imran ayat 104.

Sehubungan itu, konsep keusahawanan Islam dilihat dapat menjaga

tahap kepatuhan seorang Muslim kepada ajarannya. Keusahawanan Islam

merupakan salah satu cabang yang dapat membuktikan Islam itu adalah Ad-

Din, iaitu Islam ialah cara hidup yang dapat memberi panduan kepada umat

manusia dalam pengurusan kehidupan yang menentang penindasan dan

kezaliman.

Walau bagaimanapun, pengetahuan tentang konsep keusahawanan

Islam hanyalah pengetahuan yang berlegar-legar dalam ruangan institusi

pengajian tinggi sahaja. Malah, tidak semua institusi pengajian tinggi di

11

Malaysia yang mengetengahkan konsep keusahawanan Islam dalam

pembelajaran atau pengetahuan semasa ini secara besar-besaran kepada

mahasiswa/wi. Pengetahuan tentang keusahawanan Islam yang kurang

dipromosikan ini di peringkat institusi pengajian tinggi lagi boleh

mengurangkan pengaruhnya ke dalam masyarakat awam.

Mahasiswa atau mahasiswi dapatlah dilihat sebagai agen perubahan

kepada masyarakat, hal ini kerana semasa di peringkat institusi pengajian

tinggi lagi, mereka telah didedahkan dengan pelbagai pendedahan semasa

dan juga pengetahuan yang baru, yang mampu membawa perubahan dalam

masyarakat setelah mereka tamat pengajian. Hal ini kerana, graduan lepasan

institusi pengajian tinggi mampu mempengaruhi masyarakat dengan

pengetahuan yang mereka miliki. Justeru, pengaruh mereka di dalam

masyarakat adalah besar.

Berikutan itu, bersesuaian dengan ledakan perkembangan busana atau

fesyen Muslimah yang berkembang pesat di bumi Malaysia pada masa ini,

satu persoalan timbul mengenai pemahaman pengusaha-pengusaha busana

Muslimah di Malaysia dalam memahami konsep keusahawanan Islam bagi

menjalankan dan mengembangkan perniagaan mereka selaras mengikut

tuntuan syarak dan mengenai konsep rekaan pakaian yang direka oleh

pengusaha bussana Muslimah sama ada yang bersesuaian dengan syarak

mahupun sebaliknya.

Hal ini ingin dikaji dalam kajian ini kerana, ledakan fesyen yang

diilhamkan daripada pereka Barat sebelum ini amatlah menyimpang

daripada apa yang telah ditetapkan dalam syariat Islam. Pemakaian yang

diilhamkan oleh pereka Barat adalah tidak menutup aurat bagi Muslimah.

Malahan, ada juga rekaan yang memang direka untuk memberikan

12

penegasan kepada susuk tubuh si pemakai iaitu wanita terutamanya agar

ianya menjadi tumpuan. Sedangkan di dalam Islam, syarak menggalakkan

umatnya berkemas dan bercantik, namun dibatasi dengan nilai-nilai

kesopanan dan maruah diri si pemakai.

Maka, seperti yang telah dinyatakan seperti perenggan-perenggan

sebelumnya, pandangan mahasiswa atau mahasiswi dilihat penting bagi

mengenal pasti aras kefahaman dan pengetahuan tentang keusahawanan

Islam di kalangan pengusaha perniagaan busana Muslimah yang giat

berkembang pesat. Justeru, pandangan mahasiswa dan mahasiswi di

Universiti Pendidikan Sultan Idris ingin dikaji dalam kajian ini. Hal ini

adalah kerana hampir keseluruhan mahasiswa dan mahasiswi Universiti

Pendidikan Sultan Idris bakal bergelar sebagai pendidik apabila tamat

pengajian mereka.

Pengaruh mereka yang bergraduasi daripada Universiti Pendidikan

Sultan Idris ini lebih mempengaruhkan kesan ke atas masyarakat kerana

profesion mereka ini sebagai pendidik adalah lebih dekat dengan hati

masyarakat. Justeru peranan mereka sebagai pendidik menjadikan profesion

mereka memainkan peranan yang penting dalam pembentukan masyarakat

berbanding jawatan profesional yang lain.

1.7. Persoalan Kajian

Berdasarkan latar belakang kajian yang dinyatakan seperti di atas,

persoalan bagi kajian ini ialah :

1. Sejauh mahasiswa atau mahasisiwi, Universiti Pendidikan Sultan

Idris mengetahui konsep keusahawanan Islam dalam menjalankan

perniagaan atau organisasi perniagaan yang sedia ada di Malaysia?

13

2. Adakah mahasiswa atau mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan

Idris menganggap bahawa keusahawanan Islam hanyalah satu topik

utopia dalam meningkatkan kegiatan ekonomi masyarakat muslim

khususnya di Malaysia?

3. Adakah mahasiswa atau mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan

Idris melihat konsep keusahawananan Islam sebagai asas atau dasar

bagi pengusaha perniagaan dalam menghasilkan rekaan baju untuk

Muslimah?

4. Adakah mahasiswa atau mahasiswi khususnya mahasiswa atau

mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris melihat perkembangan

fesyen busana Muslimah di Malaysia sebagai satu ledakan

perkembangan ekonomi dalam umat Islam?

5. Apakah pandangan mahasiswa atau mahasiswi di Universiti

Pendidikan Sultan Idris terhadap perkembangan fesyen atau busana

Muslimah di Malaysia sebagai satu tujuan untuk menjaga atau

memelihara perlaksanaan syariat agama Islam atau keuntungan

sahaja?

1.8. Objektif kajian :

2. Mengenal pasti tahap pengetahuan mahasiswa atau mahasiswi

Universiti Pendidikan Sultan Idris tentang konsep keusahawanan

Islam dalam era dunia globalisasi kini.

3. Mengenal pasti kepekaan mahasiswa atau mahasiswi Universiti

Pendidikan Sultan Idris tentang sensitiviti penjagaan aurat

berdasarkan perkembangan fesyen Muslimah semasa.

14

4. Mengenal pasti jenis pandangan mahasiswa atau mahasiswi

Universiti Pendidikan Sultan Idris tentang kod pemakaian Muslimah

yang terbaik mengikut sisi syarak.

5. Mengenal pasti sama ada keusahawanan Islam adalah sebagai

langkah membasmi eksploitasi ekonomi oleh Barat yang memiliki

ciri-ciri yang bercanggah dengan syariat Islam?

6. Mengenal pasti pandangan mahasiswa atau mahasiswi Universiti

Pendidikan Sultan Idris tentang tanggungjawab memperkenalkan

keusahawanan Islam kepada masyarakat melalui pendidikan atau

sebagainya

1.9. Metodologi Kajian

Penyelidikan ini akan dijalankan dengan menggunakan pendekatan

kajian tinjauan. Reka bentuk bagi kajian ini ialah bersifat emprikal. Lokasi

kajian adalah di sekitar kampus Universiti Pendidikan Sultan Idris.

1.10. Sampel Kajian.

Sampel bagi kajian ini ialah mahasiswa/si Universiti Pendidikan Sultan

Idris. Jantina responden adalah lelaki dan juga wanita kerana tajuk kajian

ini iaitu bersifat liberal iaitu umum untuk diberikan pandangan atau

pendapat. Maka, sampel kajian ini juga adalah diambil secara rawak tanpa

mengira peringkat tahun pengajian mahasiswa atau mahasiswi Universiti

Pendidikan Sultan Idris. Walau bagaimanapun, sampel kajian ini hanya

dilakukan terhadap responden yang beragama Islam sahaja, kerana tujuan

15

kajian adalah untuk mengkaji tahap kesedaran umat Islam. Maka, responden

perlu beragama Islam.

1.11. Pengumpulan Data atau Maklumat.

Pengumpulan data dan maklumat bagi kajian ini dilakukan melalui

kaedah pemerhatian aktiviti mahasiswa/si Universiti Pendidikan Sultan Idris

sama ada semasa sepanjang di kampus atau waktu cuti di kampung dan

juga beberapa temu bual mahasiswa atau mahasiswi Universiti Pendidikan

Sultan Idris.

1.12. Penganalisisian Data.

Data bagi kajian ini di analisis secara kualitatif, iaitu tidak

menggunakan perisian SPSS. Maklumat data akan di kaji berdasar hasil temu

bual dan analisis pemerhatian aktiviti mahasiswa atau mahasiswi Universiti

Pendidikan Sultan Idris.

1.13. Limitasi kajian.

Limitasi bagi kajian adalah kajian ini dilakukan adalah untuk

mengetahui pandangan dan tahap pengetahuan konsep keusahawanan Islam

dalam kalangan mahasiswa atau mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris

sahaja. Kajian ini juga dilakukan adalah untuk melihat tahap kesedaran

mahasiswa atau mahasiswi yang beragama Islam sahaja, maka responden

16

yang bukan beragama Islam tidak menjadi sebahagian daripada analisis

kajian ini dilakukan.

BAB 2

LITERATUR KAJIAN

Bab 2 : Literatur Kajian.

2.1. Keusahawanan dalam Konteks Peradaban Islam.

Abd. Aziz Yusof (2010) menyatakan bahawa cabaran yang dihadapi

umat Islam kini ialah cara untuk mengembalikan semula kegemilangan

17

peradaban yang telah berjaya mereka bina selama melebihi 10 abad. Hasil

daripada kegemilangan ini, tiga perempat daripada keluasan dunia telah

berjaya berada di bawah pemerintahan Islam. Mereka bukan hanya

memerintah tetapi berjaya membebaskan manusia daripada perhambaan,

kezaliman dan kegelapan. Umat Islam juga ketika itu berjaya membawa

kemakmuran dalam pelbagai lapangan termasuk perubatan, sains, astronomi,

kesusasteraan, dan kemasyarakatan dengan mengemukan tokoh dan model

yang tersendiri. Antaranya Ibnu Sina dalam bidang perubatan, al-Khawarizmi

dalam bidang matematik, dan Ibnu Khaldun dalam bidang kemasyarakatan.

Walau bagaimanapun, di dalam lapangan keusahawanan umat Islam

tidak memiliki tokoh dalam bidang ini sepertimana yang terdapat dalam

lapangan yang lain. Menurut Abd. Aziz Yusof (2010), ketiadaan model

usahawan Muslim atau model berkenaan sengaja tidak ditonjolkan dalam

sejarah Islam menyebabkan umat Islam pada hari ini teraba-raba dalam

mencari usaha untuk mencari model yang layak dicontohi. Kuran (2007)

menjelaskan betapa pentingnya sejarah dalam pembangunan keusahawanan

apabila beliau menyatakan :

“ In brief, the supply of entrepreneurship is dependent on history. A society can

stagnate it was stagnant in the past. It can find itself trapped in a lethargic state

characterized by low entrepreneurship, not because it lacks risk takers capable of

innovation but simply because of its entrepreneurial history.”

Ternyata di dalam lapangan ini menurut Abd. Aziz Yusof (2010)

sumbangan tokoh-tokoh usahawan Muslim terhadap kemakmuran dunia

sengaja dipadamkan. Umat Islam tidak memiliki satu pun model usahawan

18

yang berjaya yang layak dicontohi kecuali usahawan yang telah dibangunkan

daripada generasi al-Quran di zaman Rasulullah SAW.

Kesan daripada ketiadaan model usahawan Muslim, menurut Abd. Aziz

Yusof umat Islam yang sepatutnya berperanan memimpin telah dipimpin

mengikut telunjuk orang lain. Menurut beliau, umat Islam perlu bertindak

untuk membina jambatan kehidupan dunia yang sejahtera dengan kehidupan

akhirat yang abadi melalui aktiviti keusahawanan yang dijalankan.

2.2. Keusahawanan Islam sebagai agen kegemilangan Islam.

Bagi mengembalikan semula kegemilangan Islam, umat Islam perlu

melaksanakan dua tanggungjawab utama mengikut Fathi Yakan, (1982) iaitu

tanggungjawab khusus berhubung dengan diri sendiri yang diistilahkan

sebagai fardu ain, dan yang kedua, tanggungjawab umum yang melampaui‘tanggungjawab peribadi yang diistilahkan sebagai fardhu kifayah. Menurut

pandangan Islam, Fathi Yakan menyatakan dalam mencari rezeki, umat

Islam hendaklah melakukan tiga peranan penting kepada masyarakat iaitu :

2.2.1 Peranan pertama :

Umat Islam perlu mempunyai segolongan mereka yang

melibatkan diri dalam menghasilkan barangan atau perkhidmatan yang

diperlukan atau dikehendaki oleh umat Islam dan manusia sejagat.

Penglibatan mereka dalam lapangan ini merupakan fardhu kifayah

kerana mereka bertanggungjawab untuk memenuhi keperluan umat

Islam dan manusia sejagat. Sebagai contoh, penglibatan segolongan

umat Islam dalam pengeluaran makanan yang dijamin halal mampu

menjadi alternatif untuk menghilangkan rasa waswas terhadap

19

barangan makanan yang dikeluarkan oleh pihak lain. Begitu juga

dalam industri media, umat Islam dan manusia sejagat dalam

memperoleh maklumat yang lebih tepat berbanding dengan maklumat

yang mereka peroleh daripada media asing bukan milik umat Islam.

Wan Liz Ozman (1996) menyatakan bahawa menjadi

tanggungjawab umat Islam untuk memperbaiki kualiti kehidupan

dengan terus meningkatkan mutu kerja dan produktiviti. Produktiviti

pula perlu dari segi input yang dibekalkan dengan output yang

dihasilkan. Peningkatan produktiviti turut dipengaruhi oleh faktor

dalaman dan juga faktor luaran. Faktor dalaman adalah seperti

semangat, minat, sikap, dorongan, sahsiah, kewibawaan serta nilai-nilai

murni yang dimiliki seperti amanah, jujur, istiqamah dan adil. Faktor

luaran pula adalah seperti, sokongan, kemudahan yang disediakan dan

juga teknologi. Produktiviti perlu sentiasa seiring dengan kualiti.

Menurut Wan Liz Ozman lagi, kedua-dua faktor tersebut perlu

dilakukan oleh umat Islam dengan memberi penekanan terhadap

aspek kesempurnaan (al-Itqan), pembaharuan (al-Tajdid), dan inovasi

(al-Ikhtiar).

20Rajah 1 : Penekanan terhadap aspek kesempurnaan dalam penghasilan produk.

2.2.2. Peranan kedua :

Menurut Fathi Yakan lagi, peranan kedua dalam mencari rezeki,

umat Islam perlu mempunyai segolongan daripada mereka yang

berusaha untuk memasarkan barangan atau pwerkhidmatan yang

dihasilkan bukan sahaja kepada umat Islam tetapi juga kepada umat

manusia sejagat. Bagi Kuran (2007), usahawan Muslim perlu terus

mencari pasaran baru dan pada masa yang sama hendaklah

meningkatkan kualiti perkhidmatan terhadap pasaran yang sedia ada.

Bagi mencapai matlamat ini, mereka perlu berusaha untuk

memasarkan hasil pertanian, perikanan, perladangan, ternakan dan

perlombongan yang diperlukan masyarakat di samping menambah nilai

terhadap barangan atau perkhidmatan barangan atau perkhidmatan.

Umat Islam boleh menggunakan pelbagai saluran pengagihan bagi

memastikan barangan atau perkhidmatan sampai kepada kumpulan

sasar.

2.2.3. Peranan ketiga :

Peranan yang ketiga pula, umat Islam perlu memastikan terdapat

dalam mereka yang menghasilkan barangan atau perkhidmatan yang

halal dan selamat digunakan sepenuhnya tanpa sebarang keraguan

oleh umat Islam. Konsep halal lagi bersih iaitu halalan tayyiba yang‘ ’diperkenalkan oleh ajaran Islam menunjukkan bahawa dalam usaha

usahawan Muslim menjana pembangunan ekonomi ummah, mereka

perlu mengambil kira dan memenuhi tuntutan hubungan dengan Allah

21

SWT (halallan) yang bersifat kerohanian (ma nawiyyah) dan juga’hubungan sesama manusia (at-tayyibat) yang bersifat pembangunan

jasad (maddiyyah). Menurut Shahidan dan Osman (2002) pelanggan dan

pengguna sangat memerlukan maklumat yang tepat tentang kandungan

bahan sesuatu barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan untuk

memastikan halal lagi baik dari kaca mata Islam.

2.3. Keusahawanan Islam.

2.3.1. Pendahuluan

Abd. Aziz Yusof (2010) menyatakan bahawa, menurut Ibn Khaldun,

beliau mentakrifkan perniagaan atau keusahawanan sebagai satu daripada

aktiviti muamalat Islam. Kedua-dua aktiviti ini bermatlamat untuk

mendapatkan keuntungan dengan mengembangkan harta secara menjual

barangan atau perkhidmatan melebihi harga yang dibeli. Maka, kadar yang

lebih itulah yang dinamakan keuntungan yang menjadi idaman serta

dorongan kepada setiap usahawan.

Abd. Aziz Yusof menyatakan lagi bahawa keusahawanan telah diterima

sebagai satu kegiatan unik yang dilakukan oleh seseorang secara individu

atau berjemaah sebagai usaha untuk memperoleh keuntungan melalui

aktiviti tambah nilai. Menurut Abd. Aziz Yusof lagi bagi menjayakannya,

memerlukan seseorang untuk menggabungkan kekuatan jasmani, kognitif,

pengalaman, keupayaan dan juga kemahiran.

Sudin Haron (1998) menjelaskan bahawa keusahawanan Islam

merupakan proses pencarian, penggemblengan dan permuafakatan kurniaan

22

Allah SWT untuk faedah diri sendiri, ummah dan makhluk Allah SWT yang

lain sebagaimana yang telah digariskan di dalam al-Quran dan sunnah.

Adnan dan Mohamed Dahalan (2002) pula menjelaskan keusahawanan

Islam secara menyeluruh yang meliputi fungsi dan tugas usahawan Muslim

yang bermula dari tugas dan tanggungjawab mereka sebagai hamba tuhan

hinggalah kepada dan tanggungjawab mereka sebagai khalifah Allah SWT.

Definisi yang diberikan oleh mereka berdua adalah selari dengan tujuan

manusia dijadikan Allah SWT sebagai hamba dan juga khalifah Allah SWT.

2.3.2. Falsafah Keusahawanan Islam.

Abd. Aziz Yusof (2010), menyatakan menurut Sheikh Ghazali Sheik

Abod, (1991) falsafah keusahawanan Islam diasakan kepada tiga perkara

penting, iaitu mengutamakan nilai, membangun daya intelek dan

memastikan kecekapan.

2.3.2.1. Mengutamakan nilai :

Abd. Aziz menyatakan bahawa nilai merupakan suatu kepercayaan asas

mengenai perilaku-perilaku tertentu atau tujuan di sebalik kepercayaan

disebabkan sesuatu yang diterima oleh sebagai satu perkara yang penting

dan tahu bagaimana pentingnya perkara berkenaan. Nilai juga merupakan

orientasi emosi yang akan menentukan kecintaan dan kebenciaan terhadap

aktiviti keusahawanan yang dilaksanakan. Khalid Duran (1997) mendapati

nilai-nilai Islam yang melarang tindakan yang bukan sahaja memudaratkan

orang lain malah diri sendiri adalah bersifat sejagat serta sesuai dipraktikkan

dalam semua aspek kehidupan manusia. Rahman (1996), menjelaskan lagi

bahawa melalui prinsip-prinsip ini menjurus usahawan Muslim untuk jadi

lebih bertanggungjawab, bersikap lebih terbuka dan seimbang.

23

Menurut Sheik Ghazali Sheikh Abod (1991), beliau menyatakan

bahawa, dalam keusahawanan Islam nilai terletak pada konsep amanah di

mana pemberi amanah ialah Allah SWT yang berperanan sebagai al-Khaliq,

yakni pencipta kepada manusia yang telah dilantik sebagai khalifah di muka

bumi ini. Menurut beliau, di dalam amanah itu sendiri terkandung risalah

suci dalam perhubungan manusia sesama manusia iaitu menyuruh berbuat

kebaikan dan mencegah kemungkaran, mengeratkan ikatan persaudaraan

atau pun ukhuwah dalam segala perkara kehidupan dan dalam hubungan

manusia dengan alam iaitu untuk membangunkan sumber-sumber yang ada

sebaik-baik mungkin dengan mengelakkan daripada berlakunya pencemaran

atau kerosakan.

2.3.2.2. Membangunkan Kekuatan Intelek.

Abd. Aziz Yusof (2010) dalam kajiannya menyatakan bahawa daya

intelek membuktikan kekuatan kognitif luar biasa yang bakal mempengaruhi

ketepatan dalam menganalisis dan mebuat keputusan. Usahawan yang

mempunyai daya intelek yang tinggi mempunyai kebijaksanaan luar biasa

sehingga mereka berusaha dengan penuh istiqamah untuk mencapai

kejayaan. Daya intelek adalah satu nikmat pemberian Allah SWT yang amat

besar terhadap manusia. Pembangunan keintelektualan yang seimbang akan

membolehkan usahawan Muslim mengoptimumkan potensi keupayaan diri

seperti berfikir secara proaktif, membuat penaakulan, melakukan

penganalisisan dan melebarkan pandangan. Sifat perlu dikembangkan

melalui proses-prose bimbingan tertentu yang manusia perlu mempelajari

dan mendalami ilmu sebanyak mungkin dengan segala cabangnya yang

boleh dimanfaatkan bukan hanya untuk diri sendiri tetapi juga untuk

masyarakat dan alam segajat.

24

Abd. Aziz Yusof menyatakan lagi bahawa, sifat intelektual ini jugalah

yang mendorong manusia atau dalam konteks ini, usahawan untuk menjadi

kreatif, inisiatif, inovatif, positif, dan dedikasi. Melalui sifat intelektual yang

tinggi ini, usahawan Muslim mendapat faedah daripada ayat-ayat Allah SWT

tetapi yang menyedihkan mereka seolah-olah telah lupa dengan peluang-

peluang keusahawanan yang pernah dijelaskan Allah SWT, namun sebaliknya

usahawan bukan Islam yang mengambil manfaat daripadanya. Antara ayat

yang dimaksudkan ialah firman Allah SWT yang bermaksud :

“Tuhanmu telah mewahyukan (mengilhamkan) kepada lebah : buatlah

sarang-sarangmu di gunung-gunung, di pohon-pohon, dan di bangunan

yang didirikan manusia. Kemudian, diwahyukan Tuhan lagi : “Makanlah dari

segala macam buah-buahan, dan tempuhi jalan Tuhanmu yang

dipermudahkan bagimu. Dari perut lebah itu keluar minuman yang

berbagai-bagai warnanya. Di dalamnya tersimpan ubat bagi manusia.

Sesungguhnya dalam hal ini terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi

orang-orang yang berfikir.” Surah an-Nahl : 68-69.

2.3.2.3. Memastikan Kecekapan.

Abd. Aziz Yusof menyatakan lagi bahawa, kecekapan ialah

kemampuan, keupayaan dan kehebatan dalam melaksanakan sesuatu

pekerjaan yang bakal membolehkan mereka melakukan pekerjaan dengan

lebih berkesan. Ini termasuk kecekapan menganalisis, membuat keputusan,

konsisten dengan kerja yang dilakukan dan kemampuan untuk berinteraksi.

25

Seterusnya, setiap keputusan, tindakan dan perilaku yang ditonjolkan mampu

meningkatkan kualiti, keberkesanan kos, ketepatan masa dan produktiviti

dan mampu memberi penambah nilai kepada setiap aktiviti, proses dan

barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan.

Tambah beliau lagi, kecekapan terhasil daripada latihan dan displin

berterusan bagi membantu usahawan Muslim boleh menghasilkan,

memodifikasi dan mencipta barangan atau perkhidmatan yang baru dalam

usaha meningkatkan lagi kegiatan keusahawanan yang diceburi. Mereka

perlu sedar kelangsungan dan kemajuan mereka bergantung kepada

kemampuan usahawan Muslim untuk terus membuat penyelidikan terhadap

sumber-sumber yang ada.

Dalam konteks ini, firman Allah SWT yang bermaksud :

“Dan di bumi terdapat bahagian-bahagian yang saling berdampingan, kebun-

kebun anggur, pohon-pohon kurma ada yang bercabang dan yang tiada

bercabang, (semuanya) disirami dengan air yang sama. (Dalam pada itu) Kami

mengutamakan sebahagian atas yang lain pada rasanya. Sesungguhnya semua

itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang berakal.”

Surah ar-Ra’d : 4.

“...Dan kami ciptakan besi yang di dalamnya (mengandungi) kekuatan dan

kemanfaatan bagi manusia, agar Allah mengetahui orang-orang yang

26

menolong-Nya (agamaNya) dan rasul-rasul-Nya tanpa melihatnya...”. Surah al-

Hadid : 25.

Kedua-dua ayat ini jelas menunjukkan bahawa Allah SWT telah

menyampaikan ayat-ayatNya kepada usahawan Muslim supaya mengambil

faedah daripada sumber-sumber tanaman, ternakan dan juga besi untuk

diusahakan sebagai persediaan memperkuatkan kedudukan umat Islam.

Sebagai pemegang amanah dan khalifah Allah SWT, usahawan Muslim

hendaklah bersedia mengambil faedah daripada ayat-ayat tersebut yang jelas

mempunyai kaitan langsung dengan aktiviti keusahawanan. Bagi

membolehkannya dieksploitasi sebaik mungkin mereka hendaklah lebih

imaginatif, kreatif dan inovatif dalam mengeluarkan dan mencipta barangan

baru daripada sumber-sumber berkenaan.

Maka, terdapat empat tanggungjawab yang perlu dipenuhi oleh umat

Islam di dalam konsep keusahawanan, iaitu tanggungjawab terhadap Allah

SWT, pekerja, masyarakat sekitar dan dirinya sendiri dalam usaha untuk

mengambil faedah daripada setiap sumber yang telah dikurniakan Allah

SWT. Oleh kerana amanah adalah kurniaan Allah SWT dan datang

daripadaNya, maka menunaikan amanah adalah merupakan satu ibadah

kerana pada dasarnya manusia diciptakan untuk beribadah kepadaNya.

Abd. Aziz Yusof dalam kajiannya menyatakan bahawa usaha-usaha

perlu dilakukan oleh usahawan Muslim untuk menggabungkan keempat-

empat elemen di atas. Segala kegiatan keusahawanan dapat berjalan lancar

dalam suasana yang harmoni akan melibatkan diri dalam pelbagai jenis

aktiviti keusahawanan termasuk pertanian, ternakan dan perkilangan dengan

27

skala yang besar. Hasil daripada kegiatan ini bukan hanya menjana

keuntungan tetapi mampu mempertingkatkan persaudaraan sesama manusia.

Melalui konsep amanah, daya intelek yang dimiliki oleh usahawan Muslim

dapat diperkembangkan kesan daripada terdapatnya ketenangan dan

keharmonian yang wujud dalam persekitaran. Seterusnya, kecekapan juga

dapat terus dibangunkan melalui program latihan yang bakal diberikan

secara berterusan dan beristiqamah dalam usaha untuk memastikan

penambahbaikan berterusan berlaku.

2.4. Matlamat Keusahawanan Islam.

Bagi membangunkan keusahawanan Islam, usahawan Muslim perlu

terlebih dahulu mempunyai matlamat bagi penglibatan mereka yang ingin

melibatkan diri dalam keusahawanan Islam. Menurut Abd. Aziz matlamat

dalam membangunkan keusahawanan Islam adalah seperti berikut :

2.4.1. Pembangunan Manusia.

28

Pembangunan manusia ke arah kesejahteraan sejagat merupakan

matlamat utama dalam keusahawanan Islam. Manusia ini pada hakikatnya

perlu dibangunkan dari segi kualitatif (seperti kemanusiaan) dan kuantitatif

(seperti keperluan fizikal) untuk memastikan mereka mampu mengambil

faedah daripada setiap sumber yang ada di dunia ini bagi tujuan untuk

terus memakmurkannya. Ini bermakna, keusahawanan Islam akan

membangunkan kemanusiaan seperti kejujuran, amanah dan kepatuhan

kepada suruhan Allah SWT dan juga kemampuan mereka untuk mencipta

barangan atau perkhidmatan baru untuk memenuhi keperluan manusia

sejagat. Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Jika engkau sangat ingin buat menunjuki mereka, sesungguhnya Allah tiada

menunjuki orang yang sesat dan tiada lagi bagi mereka orang yang menolong.”

Surah an-Nahl : 37

Berdasarkan ayat firman Allah SWT ini, Allah SWT telah memberi

amaran kepada umat manusia agar tidak mengambil kesempatan terhadap

peluang yang ada terhadap kesempitan yang dihadapi oleh orang lain

dengan mengetepikan aspek kemanusiaan.

2.4.2. Penghasilan Barangan atau Perkhidmatan.

Di dalam firman Allah SWT yang bermaksud :

29

“Kami adakan di bumi kebun-kebun yang berisi pohon-pohon kurma dan buah-

buahan anggur dan kami pancarkan di sana mata air. Supaya mereka makan

buah-buahannya dan apa-apa yang diusahakan oleh tangan mereka. Tiada kah

mereka berterima kasih?” Surah Yasin :34-35

Berdasarkan ayat firman ini, umat manusia terutamanya umat Islam

perlu mengambil pendekatan untuk terus berusaha meningkatkan kecekapan

pengeluaran dan juga pemasaran malah penghasilan barangan dan

perkhidmatan daripada kegiatan keusahawanan Islam haruslah tidak bersifat

statik. Barangan atau perkhidmatan yang dikeluarkan perlu terus

dipertingkatkan sama ada dari segi kualiti dan juga kuantiti bagi memenuhi

keperluan manusia yang terus bertambah dan cita rasa mereka yang terus

berubah. Barangan yang dikeluarkan perlu dipelbagaikan asalkan ianya tidak

bercanggah dengan tuntutan Islam.

2.4.3. Menyediakan Jaminan Keselamatan Sejagat.

Setiap usahawan Muslim akan menjauhkan diri daripada sebarang

bentuk penindasan yang mendatangkan kesukaran kepada pelbagai pihak.

Hal ini bersesuaian dengan firman Allah SWT yang bermaksud :

“Kecelakaan besarlah orang-orang yang curang, (iaitu) orang-orang yang

apabila mereka menerima takaran dari orang lain mereka meminta dipenuhi

dan apabila mereka menakar atau menimbang untuk orang lain, mereka

menguranginya. Tidakkah orang-orang itu menyangka bahawa sesungguhnya

30

mereka akan dibangkitkan, pada suatu hari yang besar, (iaitu) hari (ketika)

manusia berdiri menghadap Tuhan alam semesta?” Surah al-Mutaffifin :1-6.

Maka secara tidak langsung, keusahawanan Islam menjamin

keselamatan sosial untuk semua makhluk yang ada di muka bumi ini.

Keusahawanan Islam akan memberi keprihatinan yang tinggi kepada perkara

kebajikan, keselesaan, kesihatan dan keselamatan sejagat. Mereka perlu

sedar bahawa hakikat kejadian manusia adalah saling membantu dan saling

mengenali. Menurut Mohd. Nasir Omar (1995), Islam turut mengiktiraf

bahawa manusia berbeza mengikut jantina, etnik, warna kulit, bentuk fizikal,

personaliti, bahasa dan kebudayaan akan tetapi ciri perbezaan tersebut

diciptakan Allah adalah semata-mata bertujuan untuk saling kenal antara

satu sama lain.

2.4.4. Mewujudkan Peluang Pekerjaan.

Melalui kegiatan keusahawanan yang digiatkan oleh usahawan Muslim,

gerak kerja aktiviti pengeluaran dalam penghasilan produk mahupun

pengurusan organisasi perniagaan akan membolehkan peluang pekerjaan

diwujudkan kepada masyarakat setempat. Tanggungjawab sosial yang wujud

daripada aktiviti keusahawanan ini mampu mengelakkan masyarakat

daripada berhadapan dengan masalah sosial seperti kemiskinan,

penggangguran dan juga pelacuran sesuai dengan firman Allah SWT yang

bermaksud :

“Sesungguhnya kami telah memuliakan anak adam itu, dan an kami angkut mereka

dengan kenderaan di darat dan di laut serta kami beri mereka rezeki dengan yang

31

sebaik-baiknya. Dan kami lebihkan mereka daripada kebanyakan makhluk yang

kami jadikan dengan kelebihan (yang sempurna itu).” Surah al-Isra :70

2.4.5. Menjana Laba (Keuntungan)

Laba atau keuntungan merupakan dorongan sebab seseorang

melibatkan diri dalam kegiatan keusahawanan. Antara dorongan yang telah

disediakn oleh Islam supaya umatnya melibatkan diri dalam aktiviti

keusahawanan adalah membenarkan mereka menambahkan sumber

kewangan dari pada keuntungan yang dijana dan mengembalikan sebahagian

daripada keuntungan yang diperoleh untuk memakmurkan masyarakat.

Menjana keuntungan merupakan hak yang diberikan oleh Allah

sebagai ganjaran kepada usaha-usaha yang telah mereka ambil di samping

bersedia berhadapan dengan risiko dan juga ketidakpastian. Melalui

keuntungan yang diperoleh, mereka boleh mengembangkan syarikat,

melebarkan pasaran dan mempelbagaikan pengeluaran. Bagi Islam, sumber

kewangan yang dijana bakal mendekatkan diri mereka kepada Allah SWT.

Usahawan Muslim harus bijak dalam menguruskan sumber kewangan

bagi mengelakkan berlakunya sebarang masalah yang tidak diingini seperti

kerugian yang boleh menyebabkan muflis atau terpaksa menanggung hutang

yang membebankan secara berpanjangan. Selain tiu, Islam mengharamkan

usahawan Muslim daripada terlibat dalam bentuk rasuah, spekulasi,

menyorokkan barangan dan menopoli dengan harapan untuk memperoleh

keuntungan segera. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

32

Allah SWTHablumminallahHablumminannas.

Hablumminalalamin.

ULAMAAkademik.Pakar.

PENGUASA (UMARAK)Pemerintah peringkat nasional.Pemerintah peringkat negeri.Penguasa peringkat daerah atau tempatan.

USAHAWAN MUSLIMPeniaga.Pengusaha.Pengilang.Pengedar.Pemasar.Peladang.Penternak.Pembekal.Pembungkus.Pemborong.Dan lain-lain.

“Barang siapa yang menopoli barang makanan selama 40 malam, maka

terlepaslah dia daripada Allah dan Allah terlepas daripadanya.” Hadis Riwayat

Ahamad.

2.5. Model Keusahawanan Islam

Abd. Aziz Yusof (2010) menyatakan bahawa, kejayaan perlaksanaan

kegiatan keusahawanan bergantung kepada gabungan dan permuafakatan

yang mantap antara tiga pihak. Ketiga-tiga golongan ini perlu memainkan

peranan secara simbiosis iaitu saling sokong-menyokong, saling bantu-

membantu dan saling bertindak sebagai check and balance. Ketiga-tiga pihak

ini perlu memastikan kegiatan keusahawanan yang melibatkan barangan atau

perkhidmatan yang disediakan, proses kerja yang diambil dalam menjanakan

aktiviti berkenaan dan kesan akhir daripada perlaksanaan mampu memenuhi

tuntutan secara menegak mereka dengan Allah SWT (hablumminallah) dan

juga tuntutan secara mendatar sesama manusia (hablumminannas) dan alam

(hablumminalalamin).

33

PENGUASA (UMARAK)Pemerintah peringkat nasional.Pemerintah peringkat negeri.Penguasa peringkat daerah atau tempatan.

USAHAWAN MUSLIMPeniaga.Pengusaha.Pengilang.Pengedar.Pemasar.Peladang.Penternak.Pembekal.Pembungkus.Pemborong.Dan lain-lain.

Berdasarkan rajah di atas, menunjukkan saling kaitan antara satu sama

lain di antara tiga pendokong utama dalam model keusahawanan Islam ini.

1. Ulama

Abd. Aziz Yusof (2010) menyatakan bahawa ulama merupakan individu

yang mempunyai keilmuan yang tinggi dalam lapangan ilmu-ilmu syariah.

Al- Quran memberikan gambaran tentang ketinggian darjat para ulama

sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud :

“Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang

diebrikan ilmu (ulama) beberapa darjat.” Surah al-Mujadalah :11.

Mereka juga merupakan golongan yang takut pada Allah SWT

sebagaimana firmanNya yang bermaksud :

“Sesungguhnya yang takut kepada Allah antara hamba-hambaNya, hanyalah

ulama. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” Surah al-

Fatir :28.

34

Rajah 2 : Rajah menunjukkan Model Keusahawanan Islam

Dalam lapangan ini, ulama mempunyai tanggungjawab yang besar

untuk mengkaji dan menyelidik hukum-hukum syariat serta

mengkomunikasikan kepada orang ramai (Abu Urwah, 1998). Ulama perlu

berperanan sebagai pengimbang, penasihat, pendorong dan pengawal kepada

umarak dan juga usahawanMuslim dalam menentukan apa dan bagaimana

kegiatan keusahawanan patut dijalankan supaya selari dengan hukum hakam

yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Justeru, dalam perkara ini para

ulama dilihat perlu untuk berfikiran terbuka iaitu bersedia dengan tuntutan

kontemporari umat Islam khususnya dan manusia sejagat amnya.

Gabungan ulama, ahli-ahli akademik dan ahli-ahli yang pakar akan

membolehkan institusi ulama melihat sesuatu permasalahan atau perkara-

perkara baru mengikut yang lebih luas dalam konteks semasa

(kontemporari).

2. Pemerintah (Umarak)

Golongan umarak perlu berperanan sebagai pemangkin, pemudah cara,

pendorong dan pembimbing kepada pembangunan usahawan. Golongan

pemerintah ini harus mengambil inisiatif untuk membangunkan usahawan

Muslim kerana kewujudan usahawan Muslim adalah amat penting kepada

pembangunan dan kesejahteraan negara. Malah mereka juga harus

memastikan bahawa terdapatnya persekitaran yang baik dalam usaha untuk

membangunkan kegiatan keusahawanan.

Penyediaan infrastruktur, polisi dan peraturan serta program dan

latihan di peringkat nasional, negeri dan daerah perlu diberikan oleh

golongan umarak ini dalam menyemarakkan kegiatan keusahawanan dalam

kalangan masyarakat. Golongan umarak jugak perlu bersikap ternuka untuk

35

menerima pandangan dan cadangan yang telah diberikan oleh golongan

ulama, di samping mendengar keluhan, permasalahan dan kesukaran yang

dikemukakan oleh usahawan Muslim.

3. Usahawan Muslim.

Usahawan Muslim merupakan pelaku utama dalam menjana lapangan

keusahawanan. Mereka ialah golongan yang berhadapan secara langsung

dengan masalah dan peluang berkaitan dengan kegiatan keusahawanan.

Mereka juga adalah golongan yang amat penting kepada pembangunan

masyarakat dan juga negara. Golongan usahawan terdiri daripada kalangan

mereka yang merupakan peniaga, pengusaha, pengilang, pemborong, dan

pemproses, penternak dan juga peladang.

Usahawan perlu dibangunkan oleh negara dan masyarakat. Masyarakat

perlu memberi sokongan kepada golongan usahawan melalui pembelian yang

dilakukan. Manakala negara perlu menyediakan persekitaran yang mampu

mempermudahkan proses menjana kegiatan keusahawanan dijalankan iaitu

dengan memastikan kestabilan dari perkara ekonomi, politik dan juga sosial.

Abd. Aziz Yusof menyatakan bahawa usahawan Muslim adalah milik

masyarakat, maka barangan atau perkhidmatan yang disediakan adalah milik

keutamaan masyarakat dan negara. Selain berperanan mengeluarkan

barangan atau perkhidmatan bagi memenuhi kehendak dan keperluan

masyarakat, mereka juga berperanan untuk mengagihkan keuntungan yang

mereka peroleh melalui pengeluaran zakat, pembayaran cukai, mewakafkan

dan juga bersedekah serta tidak kurang pentingnya ialah menyediakan

peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat. Umarak dan ulama perlu

36

Islam

Peradaban Islam

Keusahawanan Islam

Pembangunan Menyeluruh Usahawan Muslim.FizikalAkalNafsuKerohanian.

Usahawan Muslim

sama-sama menilai perkhidmatan dan juga sumbangan yang telah diberikan

oleh usahawan Muslim di samping terus membangunkan mereka.

2.6. Model Usahawan Islam.

Abd. Aziz Yusif (2010) menyatakan bahawa, Islam melihat usahawan

Muslim sebagai individu yang mengambil tanggungjawab untuk memenuhi

keperluan masyarakat dan mengharapkan dua keuntungan iaitu keuntungan

di dunia dan akhirat. Menurut beliau lagi model usahawan Muslim dapat di

atur seperti rajah dibawah :

37

Rajah.3 : Model Usahawan Muslim

Rajah menunjukkan peradaban Islam dan keusahawanan Islam

berperanan secara siombiosis dalam pembangunan usahawan Muslim.

Berdasarkan rajah model usahawan Muslim ini, dapat diterangkan bahawa

seseorang usahawan Muslim perlu memperlengkapkan diri dengan

menyeluruh dari segi fizikal, akal, nafsu dan kerohanian.

2.6.1. Penampilan Fizikal.

Usahawan Muslim harus membangunkan imej positif diri sendiri

dalam usaha untuk menarik perhatian, meningkat dan meyakinkan

kebolehan, kemampuan dan keterampilan. Wajah fizikal mereka perlu

sentiasa terurus.

Rasulullah SAW bersabda :

“Potonglah misai dan panjangkanlah janggut iaitu jagalah janggut.” Hadis

Riwayat Muslim.

Penampilan fizikal melambangkan kekuatan yang terdapat dalam diri

usahawan Muslim yang seharusnya memiliki tubuh badan yang sihat,

kecergasan yang tinggi dan penonjolan diri yang menyakinkan.

Ini melambangkan satu kekuatan untuk mengatur dan menggerakkan

langkah kerja dengan penuh displin sehingga mendatangkan keyakinan

dalam kalangan stakeholders. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

38

“Kamu tidak mungkin akan menguasai orang ramai dengan harta kekayaan

kamu, tetapi kuasailah mereka dengan wajah yang berseri-seri dan budi pekerti

yang luhur.” Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Usaha-usaha lain yang boleh dilakukan ialah membangunkan imej diri

melalui berpakaian kemas, kemahiran berkomnikasi, sentiasa senyum,

kebolehan bergaul dengan pelbagai pihak dalm pelbagai situasi. Hal ini

difirmankan oleh Allah SWT yang bermaksud :

“Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya sedia bersih bertambah-

tambah bersih.” Surah asy-Syams : 9

Berdasarkan ayat firman ini, tindakan sedemikian akan berjaya

menarik perhatian orang lain tentang kelebihan yang mereka miliki dan

menyebabkan pihak lain menaruh keyakinan yang tinggi kepada mereka.

Adab berpakaian dan perhiasan turut dijelaskan oleh Allah dalam fimanNya

yang bermaksud :

“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan pakaian untuk

menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa

itulah yang baik.” Surah al-Araf :26.

Usahawan Muslim haruslah mengelakkan daripada penonjolan diri

yang boleh menyebabkan timbulnya ketidakeyakinan pihak lain untuk terus

berurusan dengan mereka hasil daripada interaksi. Penonjolan fizikal yang

menonjolkan persepsi negatif melalui cara bercakap, bertindak, dan cara

melayani seseorang haruslah dielakkan. Antara penampilan fizikal yang

39

negatif ialah berpakaian selekeh, kelihatan tidak bermaya atau tidak

bersemangat, wajah yang tidak ceria, takut-takut dan air muka yang tidak

mesra dan menunjuk-nunjuk.

2.6.2. Pembangunan Akal

Abd. Aziz menyatakan bahawa akal ialah intelek iaitu sebagai

pengimbang dan penghubung antara kehendak jasmani dan rohani yang

perlu berteraskan ilmu yang bersumberkan wahyu al-Quran dan hadis

sebagai petunjuk. Keadaan ini membolehkan usahawan Muslim menyusun

atur kehidupan selari dengan tuntutan pelbagai pihak yang berkpentingan,

seiring dengan desakan situasi dan memastikan ianya tidak lari daripada

ajaran Allah SWT.

Dengan pembangunan akal, usahawan Muslim akan lebih jelas

memahami tentang tujuan kehidupan, matlamat kehidupan, kaedah

pencapaian matlamatdan peranan penting yang sepatutnya dilakukan oleh

mereka sepanjang kehidupan ini.

Berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud :

“...dan di bumi terdapat bahagian-bahagian yang saling berdampingan, kebun-

kebun anggur, pohon-pohon kurma ada yang bercabang dan yang tiada

bercabang, (semuanya) disirami dengan air yang sama. (Dalam pada itu) Kami

mengutamakan sebahagian atas yang lain pada rasanya. Sesungguhnya semua

40

itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang berakal.”

Surah ar-Ra’ad : 4

“...dan kami ciptakan besi yang di dalamnya mengandungi kekuatan dan

kemanfaatan bagi manusia, agar Allah mengetahui orang-orang yang

menolongNya (agamaNya) dan rasul-rasulNya tanpa melihatNya.” Surah al-

Hadid :25

Berdasarkan dua ayat firman ini, tanpa pembangunan akal yang

seimbang, perjalanan kehidupan usahawan akan menemui kebuntuan kerana

proses berfikir hanya akan memberi jawapan secara logik dan terhad kepada

pengetahuan dan pengalaman sahaja. Maka, usahawan perlu menggunakan

kekuatan akal untuk merebut peluang perniagaan dengan mengambil faedah

daripada setiap sumber yang dikurniakan Allah SWT dalam usaha

memakmurkan perniagaan.

Usahawan Muslim perlu menguruskan perniagaan berpandukan kepada

konsep Islamiah kerana jika usahawan hanya menggunakan akal mereka

untuk mencari kaedah keusahawanan yang ideal sudah tentu mereka gagal

untuk menemuinya kerana kekuatan akal yang dikurniakan Allah adalah

terhad kepada manusia. Abd. Aziz Yusof (2010).

2.6.3. Mengurus Nafsu

Abd. Aziz juga menyatakan bahawa menguruskan nafsu bermaksud

menguruskan emosi. Beliau menyatakan bahawa, menguruskan nafsu adalah

satu proses untuk membangunkan perasaan dan menghidupkan hati dalam

diri manusia supaya kasih sayang, saling tolong menolong, bermuafakat dan

41

NAFSU

Ammarah

LawwamahMulhamah

Mutmainnah

hormat menghormati akan terus terserlah dalam sesebuah syarikat.

Mengurus nafsu akan mengelakkan seseorang daripada sifat tamak, dengki,

haloba, riak, bongkak dan nafsu-nafsu lain yang dimiliki diibaratkan sebagai

sebuah cermin yang boleh menyinar dan memberi sinaran kepada orang

lain.

Terdapat empat pembahagian nafsu dalam diri manusia iaitu

berdasarkan rajah di bawah :

Berdasarkan Rajah 4, nafsu memiliki empat peringkat yang boleh

mempengaruhi usahawan semasa menjana aktiviti keusahawanan. Peringkat

nafsu pertama iaitu :

2.6.4. Nafsu Ammarah :

Nafsu ammarah merupakan sumber kepada pelbagai penyelewangan,

ketidakadilan, penindasan, penganiayaan dan juga keganasan. Nafsu ini

42

Rajah 4 : Rajah menunjukkan empat jenis nafsu yang terdapat dalam diri manusia.

sentiasa berusaha melarikan diri daripada melakukan kebaikan, kebajikan

dan kesejahteraan syarikat. Apabila manusia dikuasai oleh nafsu ammarah,

ketinggian dan kemuliaan darjat manusia akan rosak serosaknya sehingga

tidak dapat dibezakan antara nilai-nilai manusia dengan nilai-nilai binatang.

Firman Allah yang bermaksud :

“...dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan

orang, Allah menyukai orang yang berbuat kebajikan.” Surah al-Imran :134.

Usahawan yang dipengaruhi oleh nafsu ini sentiasa mendorong diri

sendiri dan orang lain untuk melakukan kejahatan. Bagi mereka yang

berada di peringkat ini, mereka berbangga dengan kejahatan yang dilakukan.

Bagi mereka yang dipengaruhi oleh nafsu ini, apabila mereka melakukan

kejahatan mereka rasa tidak menyesal sebaliknya akan terus melakukan

kejahatan sedemikian.

Menurut Norsalim (2008) manusia pada peringkat nafsu amarah ini

bergembira bila menerima nikmat tetapi berdukacita dan mengeluh bila

tertimpa kesusahan.

2.6.5. Nafsu Lawwamah

Nafsu lawwamah pula ialah kesukaan mecari kelemahan orang lain,

suka membuat fitnah, iri hati, cemburu dan dengki dengan kejayaan orang

lain, bongkak, bangga dan sombong dengan kelebihan yang dimiliki, tamak

43

kuasa, harta dan juga pangkat. Mereka tidak memiliki ketenangan jiwa

kerana seringkali diruntun oleh pelbagai kesulitan, keresahan,

ketidakbahagiaan dalam mengurus kehidupan. Sabda Rasulullah SAW yang

bermaksud :

“Empat perkara, barang siapa terdapat pada dirinya lengkap keempatnya,

itulah dia sesungguhnya orang munafik. Dan barang siapa terdapat padanya

satu perkara sahaja, maka ia termasuk orang munafik juga, hingga

ditinggalkannya sifat munafik itu : apabila dipercaya dia khianat, apabila

berkata dia berdusta, apabila dia berjanji dia mungkiri, dan apabila

bermusuhan dia sangat jahat.” Hadis Riwayat Bukhari.

Usahawan yang jiwa mereka dikuasai oleh nafsu ini bakal

membebaskan mereka daripada perasaan malu sehingga mereka bersedia

untuk melakukan pelbagai kejahatan dan juga kemaksiatan. Nafsu ini akan

menyebabkan mereka ego dan lebih mengutamakan kepuasan peribadi.

Apabila usahawan mengejar kepuasan peribadi yang tanpa batas akan

menyebabkan diri mereka kaya dengan angan-angan kebencian dan

permusuhan.

Usahawan yang menyedari mereka memiliki nafsu ini perlu melakukan

muhasabah diri dan mengakui kelemahan yang ada pada diri sendiri dan

pada sama yang iktiraf kelebihan yang ada pada orang lain. Mereka perlu

menilai tabiat buruk masa lampau dan berusaha untuk memperbaiki

kelemahan bagi memulakan kehidupan bersyarikat yang lebih ceria.

44

2.6.6. Nafsu Mulhamah

Usahawan yang dipengaruhi nafsu mulhamah ini akan lebih bersedia

untuk menerima kebenaran dan keinsafan serta merasa keseronokan dalam

membuat kebaikan dan membenci kejahatan. Usahawan dalam kategori ini

ini sentiasa memastikan tindakan dan keputusan yang diambil akan

mendatangkan kebaikan kepada syarikat, pekerja dan pihak-pihak lain yang

berkepentingan. Di samping itu, mereka juga memberi galakan agar pihak-

pihak lain turut membuat kebaikan. Usahawan yang berusaha untuk

mebangunkan keceriaan dalam diri sendiri dan juga syarikat sentiasa

menjadikan hadis ini di bawah sebagai pegangan hidup mereka :

“Orang yang pandai itu ialah orang yang berjiwa mulia dan beramal untuk

kehidupan sesudah matinya; dan orang yang lemah atau lumpuh itu adalah

orang yang memperturutkan hawa nafsunya dan berangan-angan

mendapatkan keampunan Allah.” Hadis Riwayat Mudziri.

2.6.7. Nafsu Mutmainnah.

Usahawan yang memiliki nafsu mutmainnah mempunyai keimanan

yang kukuh, konsisten dalam ibadat dan serta sentiasa mendekatkan diri

kepada Tuhan, nafsu mutmainnah bakal membantu mereka untuk

membezakan yang mana baik dan buruk. Usahawan dalam kategori ini akan

sentiasa berusaha secara istiqamah untuk memastikan keceriaan, kedamaian

dan kebahagiaan. Pada masa yang sama, mereka berusaha untuk

45

meningkatkan keimanan dan ketakwaan dalam diri sendiri dan orang lain.

Berkenaan jiwa dan perasaan, Allah SWT berfiman yang bermaksud :

“Dan jiwa serta penyempurnaannya, maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu

(jalan kefasiqan dan ketakwaan).sesungguhnya beruntunglah orang yang

menyucikan (jiwa) dan rugilah orang yang mengotorinya.” Surah as-Syams :7-9

Dalam ruangan lingkup nafsu ini, usahawan perlu memiliki

kebijaksanaan yang tinggi dalam mengawal nafsu dan meletakkan kesabaran

sebagai asas kewarasan sebelum bertindak untuk membuat keputusan atau

tindakan. Kemampuan usahawan menguruskan nafsu akan mewujudkan

sikap hormat-menghormati, percaya dan mempercayai, ikhlas, benar, adil,

bijaksana dan sebagainya yang sentiasa tertanam di dalam diri mereka.

Usahawan yang mampu menguruskan nafsu dengan berkesan mampu

memperlihatkan ciri-ciri berikut :

Mengalami pelbagai jenis emosi dari suasana yang

menyedihkan sehinggalah ke satu keadaan yang gembira

tanpa membiarkan suasana tersebut memperngaruhi

kehidupan dan tindakannya.

Dapat memahami keadaan yang berlaku serta pertaliannya

dengan perasaan yang dialami.

Tidak mudah menyalahkan diri sendiri dan menyerah kalah

tetapi memberi harapan ke arah meneruskan apa yang dicita.

Dapat bertindak balas dengan seseorang dengan mengambil

kira sensitiviti dan emosi yang dihadapi.

46

Mengurus nafsu dengan berkesan juga akan membolehkan usahawan

menyelami dan memahami perasaan orang lain dengan mengambil tindakan

bersesuaian dengan reaksi emosi orang lain. Perkara-perkara yang berkait

rapat dengan sikap, prejudis, tanggapan, dan keegoan yang ada pada

usahawan perlu dikikis bagi membolehkan mereka membina hubungan

sesama manusia. Mengikut perspektif Islam, nafsu menunjukkan sikap dan

kelakuan seseorang individu seperti mana para sahabat Rasulullah SAW

pernah berkata :

“Kuat atau lemahnya iman seseorang dapat diukur dan diketahui dari nafsu

serta perilaku akhlaknya. Kerana iman yang kuat mewujudkan nafsu dan akhlak

yang baik dan mulia, sedang iman yang lemah mewujudkan akhlak yang jahat

dan buruk laku, mudah terkeliru pada perbuatan keji yang merugiakn dirinya

sendiri dan orang lain.” Hadis Riwayat Muslim.

Melalui ketenangan jiwa yang dimiliki akan membolehkan usahawan

Muslim meleraikan pelbagai permasalahan dengan baik dan menjadikan

setiap halangan yang dihadapi sebagai loncatan ke arah kejayaan yang lebih

cemerlang.

2.7. Konsep Busana Muslim dalam Syariat Islam.

2.7.1. Pendahuluan

Huzaemah (2001) menyatakan bahawa menurut fisiologi, secara

asasnya manusia itu berdarah panas. Namun disebabkan faktor persekitaran

luaran yang tidak menentu, seperti terlalu sejuk dan sebagainya yang

47

bergantung kepada sesuatu iklim, manusia memerlukan sesuatu yang dapat

menutupi tubuh badannya untuk menstabilkan keadaan dengan kesihatan

tubuh badannya. Hal ini adalah berbeza dengan haiwan kerana Allah SWT

menciptakan bagi haiwan bulu-bulu yang tumbuh sesuai dengan suhu

persekitaran. Apabila musim sejuk tiba, haiwan-haiwan akan ditumbuhi bulu

yang tebal sedangkan pada musim panas bulu mereka akan berkurangan.

Menurut Huzaemah lagi, dengan kebolehan akal yang dikurniakan

Allah ke atas manusia, secara tidak langsung manusia akan berfikir secara

logik untuk melindungi tubuhnya dengan adanya pakaian dari kain kain,

kulit kayu dan bulu-bulu binatang untuk menutupi dan menyelamatkan

tubuhnya dari kesejukkan.

Beliau juga menyatakan bahawa, manusia memang dilahirkan tanpa

pakaian sebagai mana penciptaan Nabi Adam AS yang diciptakan tanpa

berpakaian. Bayi yang baru dilahirkan juga tidak menjadi persoalan aurat

tentangnya kerana auratnya masih belum mengundang hawa nafsu.

Penciptaan awal Nabi Adam AS yang tunggal pula tidak mempunyai

fungsinya sehinggalah Hawa, yakni isteri baginda dicptakan melalui rusuk

kirinya. Namun, kehidupan mereka masih terbatas kerana pada masa itu

belum ada lagi manusia yang berkembang, mereka hanyalah merupakan satu

jiwa yang bertubuh dua dan aurat tidak menjadi persoalan antara mereka

kerana mereka ialah pasangan suami isteri.

Walau bagaimanapun, menurut Huzaemah Allah SWT telah pun

menyuruh Nabi Adam dan isterinya untuk menutup aurat, perintah ini

menunjukkan bahawa syurga merupakan tempat yang suci bersih dan harus

dihuni oleh orang-orang yang suci. Dan, berbogel adalah lambang kepada

ketidaksucian dan sesuatu yang tidak baik. Namun demikian, kemudiannya

48

Iblis telah menipu daya Nabi Adam AS dan Hawa agar terbuka aurat mereka

dengan menipu dan memujuk rayu mereka memakan buah khuldi yang

dilarang Allah SWT di dalam syurga. Mereka terpedaya dengan pujuk rayu

Iblis lalu Allah SWT murka dan mengeluarkan mereka dari syurga seperti

mana diceritakan dalam firman Allah SWT yang bermaksud :

“Dengan sebab itu dapatlah ia menjatuhkan mereka berdua (ke dalam

larangan) dengan tipu dayanya. Setelah mereka memakan (buah) pohon itu,

terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-masing, dan mereka mulailah

menutupnya dengan daun-daun (dari) syurga. Serta Tuhan mereka menyeru

mereka; Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu, dan Aku

katakan kepada kamu bahawa syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata?.”

Surah al-Araf :22.

Persoalan aurat telah pun dibicarakan ketika manusia belum lagi

tinggal di dunia. Hal ini menunjukkan menutup aurat itu sangat penting

dalam konteks keselamatan perjalanan manusia dalam menuju kehidupan

akhirat.

2.7.2. Sejarah Berjilbab Pada Zaman Sebelum Kedatangan Islam

di Tanah Arab.

Berdasarkan sejarah sebelum kedatangan Islam, iaitu pada zaman

jahiliah, Huzaemah (2001) menyatakan bahawa berjilbab atau bertudung

sudah dipakai oleh kaum wanita. Walaupun pemakaiannya tidaklah seperti

49

menutup kepala dan leher. Pemakaian jilbab pada waktu itu hanya sekadar

menutup kepala dan rambut masih tetap terlihat, hal ini adalah kerana

material yang dijadikan jilbab atau tudung pada masa itu adalah tipis dan

leher juga adalah terbuka dan menjadi kebiasaan wanita Arab pada masa itu

untuk memudahkan mereka mempamerkan perhiasan-perhiasan dan

kecantikan pada kaum lelaki pada waktu itu.

Walau bagaimanapun, memakai jilbab pada waktu itu hanyalah

merupakan adat yang telah dipraktikkan oleh wanita Arab. Melalui adat

kebiasaan itu, wanita Arab yang berjilbab adalah wanita-wanita yang

dianggap baik dan terhormat. Manakala, wanita tidak berjilbab pada waktu

ketika itu pula adalah sebaliknya.

Adat kebiasaan berjilbab oleh wanita Arab terus diamalkan dan

dipertingkat sehingga menjadi kebiasaan oleh wanita Arab selepas itu.

Sungguhpun demikian, adab bertudung itu bukanlah ditiru oleh Islam

sebagai menyambung warisan budaya Arab sebaliknya ia merupakan

perintah Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW menerusi firmanNya yang

bermaksud :

“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan

isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh

tubuh supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak

diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun dan Penyayang.” Surah al-

Ahzab :59.

50

2.7.3. Pengertian Aurat dan Busana Muslimah.

Menurut istilah, aurat bermaksud malu, aib dan buruk. Istilah aurat

itu berasal daripada perkataan Awira yang bermaksud hilang perasaan,“ ”dan sekiranya dipakaikan di mata bermaksud hilang cahaya pada mata itu.

Secara umumnya, maksud ini memberi makna yang tidak baik untuk

dipandang, memalukan dan mengecewakan. Terdapat pendapat yang

menyatakan bahawa perkataan aurat berasal dari Aara yang bermaksud“ ”menutup dan menimbun seperti menutup mata air dan menimbunnya. Ada

juga yang berpendapat perkataan aurat berasal daripada perkataan A wara“ ’ ”yakni sesuatu yang jika dilihat akan mencemarkan, maka aurat sesuatu

anggota yang harus ditutup dan dijaga sehingga tidak menimbulkan

kekecewaan dan malu.

Manakala, Huzaemah (2001) menyatakan menurut W.J.S.

Poerwadarminta mengertikan busana sebagai pakaian yang indah-indah iaitu

perhiasan. Sedangkan makna Muslimah itu menurut Ibnu Mazhur, ialah

seorang wanita yang beragama Islam, wanita yang patuh dan tunduk, wanita

yang menyelamatkan dirinya atau orang lain dari bahaya.

2.7.4. Batasan Aurat Bagi Muslimah.

Di dalam perbatasan aurat, terdapat pelbagai pandangan dari kalangan

ulama yang membahaskan batasan-batasan aurat terhadap wanita’Muslimah. Terdapat pandangan ulama kontemporari dan juga pandangan

ulama terdahulu yang membahaskan perbatasan aurat bagi seorang

Muslimah berpandukan al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad SAW.

51

Fatimah (2013) menyimpulkan bahawa beberapa keterangan yang

merangkumi pembaharuan khilaf atau perselisihan pandangan dalam batasan

aurat sebagai berikut :

1. Para ulama telah sepakat (ijma ) bahawa wanita merdeka wajib’ ’menutup seluruh tubuhnya, melainkan wajah dan juga telapak

tangan.

2. Mengenai hukum menutup wajah dan telapak tangan, para ulama

berselisih pendapat, para ulama yang berpendapat bahawa wanita’tidak wajib menutup wajah tetap menganggap menutup wajah

adalah lebih utama dan lebih baik terutamanya di zaman penuh

fitnah.

Manakala Huzaemah (2001) pula menyatakan bahawa secara umumnya,

wanita memiliki perbezaan aurat dalam beberapa keadaan antaranya:

1. Aurat Ketika Sembahyang.

Aurat wanita ketika sembahyang adalah menutup seluruh badan kecuali

muka dan tapak tangan.

2. Aurat Ketika Sendirian.

Aurat wanita ketika mereka bersendirian adalah bahagian anggota pusat dan

lutut. Ini bererti bahagian tubuh yang tidak boleh dilihat adalah antara

pusat dan lutut.

3. Aurat Ketika Bersama Mahram.

Pada asasnya aurat seseorang wanita dengan mahramnya adalah pusat

dan lutut. Walau pun bagitu wanita dituntut agar menutup mana-mana

52

bahagian tubuh badan yang boleh menaikan syahwat lelaki walaupun

mahram sendiri. Perkara ini dilakukan bagi menjaga adab dan tata susila

wanita terutama dalam menjaga kehormatan agar perkara-perkara sumbang

dan tidak diingini tidak akan berlaku.

Oleh itu, pakaian yang labuh dan menutup tubuh badan digalakkan

walaupun semasa bersama mahram adalah pakaian yang lengkap dan labuh.

Syarak telah menggariskan golongan yang dianggap sebagai mahram kepada

seseorang wanita iaitu:

1. Suami

2. Ayah, termasuk datuk belah ibu dan bapa.

3. Ayah mertua.

4. Anak-anak lelaki termasuk cucu samada dari anak lelaki atau

perempuan 

5. Anak-anak suami.

Dalam perkara ini Islam mengharuskan isteri bergaul dengan

anak suami kerana wanita tersebut telah dianggap dan

berperanan sebagai ibu kepada anak-anak suaminya.

6. Saudara lelaki kandung atau seibu atau sebapa.

7. Anak saudara lelaki kerana mereka ini tidak boleh dinikahi

selama-lamanya.

8. Anak saudara dari saudara perempuan.

9. Sesama wanita samada ada kaitan keturunan atau yang

seagama.

10.Hambanya Sahaya.

11.Pelayan yang tidak ada nafsu syahwat.

12.Anak-anak kecil yang belum mempunyai syahwat terhadap

wanita.

53

Walau pun begitu, bagi kanak-kanak yang mempunyai syahwat tetapi

belum baligh, wanita dilarang menampakkan aurat terhadap mereka. Al-

Quraan, Allah SWT telah berfirman dengan jelas menerangkan perkara yang

bermaksud :

Dan katakanlah kepada perempuan -perempuan yang beriman supaya

menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan

memelihara kehormatan mereka; dan ;janganlah mereka memperlihatkan

perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah

mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan

janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada

suami mereka, atau anak-anak mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-

anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau

anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-

saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau

hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua

dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum

mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan

kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka;

dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang

beriman, supaya kamu berjaya. “Surah an-Nur :31.

54

Berdasarkan ayat firman ini, Imam Syafie berpendapat; perhiasan yang

dimaksudkan yang dimaksudkan dalam ayat di atas terbahagi kepada dua

makna iaitu:

1. Perhiasan yang bersifat semula jadi seperti muka, pipi mulut,

mata, bibir, hidung, kaki, betis, peha dan lain-lain anggota.

2. Perhiasan seperti pakaian, alat-alat solek, cincin, rantai leher,

gelang kaki dan sebagainya.

Maka Iman Syafie berpendapat bahawa, umat Islam digalakkan

mengawal diri agar tidak melanggar batasan-batasan yang telah digariskan

oleh Islam terutamanya dalam soal perhiasan dan berpakaian.

4. Aurat Ketika Di Hadapan Lelaki Bukan Mahram

Hanya wajah dan telapak tangan namun ada sebahagian ulama yang’menyatakan tapak kaki juga tidak termasuk aurat. Ulama yang’berpandangan ini ialah Ats- Tsauri, Al- Muzani, Imam Hanafi dan ulama

aliran Syiah Imamiah menurut riwayat sahih.

5. Aurat Ketika Di Hadapan Wanita Kafir

Aurat wanita apabila berhadapan atau bergaul dengan wanita bukan

Islam adalah tutup keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan tapak

tangan. Rasulullah SAW. bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud:

Abdullah bin Abbas ada menyatakan, Rasulullah SAW. pernah bersabda yang

maksudnya:

“Tidak halal kaum wanita Islam itu dilihat oleh kaum Yahudi dan Nasrani”.

55

Walau bagaimanapun, ulama mempunyai khilaf dalam pandangan ini.’Fatimah (2013) menyatakan bahawa ulama yang membolehkan wanita’Muslimah diperlihat wanita bukan Islam kerana tiada perbezaan antara

wanita Muslimah dengan Ahludz Dzimmah dalam hukum memandang

keindahan tubuh wanita. Mereka berdalil dengan fakta yang menunjukkan

bahawa wanita-wanita Yahudi di masa Rasulullah SAW niasa bertemu

dengan isteri-isteri Baginda tanpa memakai hijab dan tidak pula

diperintahkan memakai hijab. Suatu ketika, seorang wanita Yahudi menemui

Aisyah RA dan Aisyah RA menjelaskan adanya seksa kubur. Aisyah RA

menanyakan hal ini kepada Baginda, maka Baginda menjawab, benar,‘memang ada seksa kubur.’

6. Aurat ketika Bersama Suami

Apabila seorang isteri bersama-sama dengan suaminya di tempat yang

terlindung dari pandangan orang lain, maka Islam telah memberi kelongaran

dengan tiada membataskan aurat pada suaminya. Ini bererti suami dan isteri

tiada sebarang batasan aurat terhadap mereka berdua. Isteri boleh

mendedahkan seluruh anggota badannnya bila berhadapan dengan suaminya.

Mu awiyah bin Haidah mengatakan: ’

“Aku pernah bertanya: Ya Rasulullah, bagaimanakah aurat kami, apakah boleh

dilihat oleh orang lain?” Baginda menjawab: “Jagalah auratmu kecuali terhadap

isterimu atau terhadap hamba abdi milikmu”. Aku bertanya lagi: “Ya Rasulullah,

bagaimanakah kalau ramai orang mandi bercampur-baur di satu tempat?”

Baginda menjawab: “Berusahalah seboleh mungkin agar engkau tidak boleh

56

melihat aurat orang lain dan ia pun tidak boleh melihat auratmu”. Aku masih

bertanya lagi: “Ya Rasullullah, bagaimanakah kalau orang mandi sendirian?”

Baginda menjawab: “Seharuslah ia lebih malu kepada Allah daripada malu

kepada orang lain”. (Hadis riwayat Iman Ahmad dan Abu Dawud)

2.8. Fesyen dalam Konteks Islam dan Keusahawanan Islam.

2.8.1. Pendahuluan

Fesyen menurut kamus bahasa Melayu mempunyai beberapa maksud,

antaranya, ia adalah potongan pakaian dalam adat istiadat dan alin-lain yang

bersifat sementara dan akan berubah mengikut cara dan gaya baru. Syafiqah

Ali (2013) di dalam artikelnya menyatakan bahawa dalam industri fesyen

yang sedang berkembang pesat khususnya di Malaysia, lambakan fesyen

yang sedia ada menimbulkan persoalan sama ada memenuhi piawaian

seperti yang ditetapkan syariat.

Tambah beliau lagi, fesyen dalam berpakaian adalah merupakan satu

gaya yang digunakan dan diterima oleh semua lapisan masyarakat dan

kemudian menjadi ikutan dalam kelompok masyarakat tersebut. Fesyen juga

mempunyai gaya yang khusus dan berubah mengikut peredaran zaman

semasa. Islam tidak menetapkan bentuk atau cara pakaian untuk dipakai

baik ketika beribadah atau diluar ibadah. Islam hanya menetapkan bahawa

pakaian itu mestilah bersih, menutup aurat, sopan dan sesuai dengan akhlak

seorang Muslim. Tamadun Islam berperanan penting dalam cara pemakaian

masyarakat Islam pada masa kini, maka walau apapun yang ingin digayakan

pakaian dan fesyen tersebut hendaklah selari dengan hukum syarak dan

57

pakaian yang dipakai tidak boleh menyebabkan dosa kepada si pemakainya

atau orang di sekitarnya.

Syafiqah Ali menerangkan lagi bahawa, perkembangan fesyen telah

menyebabkan dunia berhadapan dengan cabaran-cabaran yang disogok

dengan dunia fesyen yang berserta hiburan yang menonjolkan kecantikan

fizikal telah mengakibatkan ramai yang ingkar dengan adab-adab berpakaian

secara syari e oleh Islam. Lantas, menjadikan manusia tidak lagi’mengendahkan kecantikan yang hakiki iaitu kecantikan dalaman iaitu

kerohanian seorang insan.

Walau bagaimanapun, kehadiran fesyen bukanlah sesuatu yang buruk

untuk diulas atau untuk masyarakat. Namun yang membimbangkan menurut

Syafiqah Ali (2013) ialah objektif sesuatu fesyen yang direka untuk wanita

Islam sama ada membawa nilai-nilai yang sebenar di dalam agama Islam

atau sebaliknya. Hal ini kerana tujuan penetapan panduanberfesyen dan

menutup aurat kepada manusia bukanlah semata-mata kerana untuk

menyembunyikan tubuh badan atau tampak lebih bergaya dan berkeyakinan

malah ia merangkumi asas tasawwur berpakaian dan berfesyen kerana satu

tujuan ibadat kepada Allah SWT.

2.8.2. Fesyen Dalam Islam

Mohd Asri Zainal Abidin (2013) di dalam artikelnya yang berjudul Islam dan

Kebebasan Budaya serta fesyen menyatakan bahawa baginda Nabi

Muhammad SAW meraikan kebiasaan sesuatu kaum selagi ia tidak

bercanggah dengan prinsip Islam. Hal ini berdasarkan hadis Nabi

Muhammad SAW, daripada Anas Bin Malik RA :

58

“Apabila Nabi SAW ingin menulis surat kepada Rom, lalu baginda diberitahu

kepadanya bahawa mereka itu tidak membawa surat yang tidak mempunyai

cop. Lalu baginda membuat cop dari perak. Kata Anas ; seakan aku masih

melihat kilauan cop berkenaan di tangan Nabi SAW berukir Muhammad

Rasulullah SAW.” Riwayat Hadis al-Bukhari dan Muslim.

Mohd Asri Zainul Abidin menjelaskan bahawa Rasulullah SAW tidak

berkeras dengan menolak protokol tersebut atau tidak mempedulikannya.

Padahal jika baginda tidak mengikut kebiasaan mereka itu lalu mereka

menolak surat baginda, kerugian hanya milik mereka kerana surat tersebut

adalah bertujuan dakwah kepada Islam yakni menyembah Allah yang satu.

Kedudukan baginda sebagai nabi rasul jauh lebih tinggi dari mereka semua,

namun baginda tetap berlunak dalam hal seperti itu

Menurut beliau lagi, Rasulullah SAW juga bersifat fleksibel dalam soal

fesyen selagi tidak melanggari batas syariat dan nilai kesopanan. Baginda

menggalakkan warna putih, namun hadis-hadis menunjukkan baginda juga

emmakian warna yang lain. Baginda memakai berbagai-bagai pakaian dari

berbagai negeri negeri seperti Yaman, Najran, Mesir dan lain-lain.

Berdasarkan hadis dari al-Mughirah Bin Su bah beliau berkata :’

“Sesungguhnya Nabi SAW memakai jubah Rom-dalam sebahagian hadis

menyebut jubah syamiah (negeri Syam) yang sempit kedua tangan bajunya.”

Riwayat al-Bukhari, Muslim, al-Tirmizi, al-Nasai dan lain-lain.

59

Berdasarkan hadis ini, Mohd Asri Zainul Abidin mengulaskan bahawa

Rom pada ketika itu merupakan tamadun besar seperti kuasa Barat pada

hari ini. Namun jubah Rom atau syamiah tiada kaitan dengan agama

berkenaan, ia adalah pakaian bangsa, maka baginda memakainya.

Menurut Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah RA yang meninggal pada 728

Hijrah menyatakan bahawa :

“Rasulullah SAW pernah memakain gamis (baju labuh) dan serban, baginda

pernah memakai kain sarung dan ridak (baju separuh yang dipakai bersama

kain sarung), baginda pernah memakai pakaian dari jenis kapas, bulu dan

selainnya. Baginda pernah memakai jubah bulu ketika bermusafir. Baginda juga

memakai apa yang dibawa dari Yaman dan selainnya, kebanyakkannya

diperbuat daripada kapas dan mereka (pada zaman itu) juga memakai pakaian

buatan Qibti Mesir yang ditenun dari kattan. Maka, bererti sunnah Rasulullah

SAW dalam hal ini adalah seseorang memakai pakaian dan memakan makanan

yang mudah di dapati dalam negerinya. Maka, perkara ini berbagai-bagai

berdasarkan kepelbagaian negeri.” Ibn Taimiyyah, Mamju’ah al-Fatawa, 11/54,

Riyadh : Maktab al-Abikan.

Manakala, al-Imam Ibn Qayyim (meninggal pada 715 Hijrah), Mohd

Asri menyatakan bahawa :

“Petunjuk Nabi SAW dalam berpakaian itu adalah memakai apa yang paling

bermanfaat (sesuai) untuk badan, yang paling ringan, dan paling mudah untuk

60

dipakai dan ditanggalkan.” Ibnu Qayyim, zad al-Ma’ad, 41237. Beirut :

Muassasah al-Risalah)

2.9. Berhias dan Berfesyen Dalam Islam.

Fatimah Syarha (2014) di dalam artikelnya menyatakan bahawa berhias

adalah fitrah manusia. Terdapat bukti umum daripada al-Quran tentang

berhias iaitu perintah menutup aurat dan memakai pakaian yang bagus

(khususnya waktu solat dan tawaf), berdasarkan firman Allah SWT yang

bermaksud :

“Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah pada setiap (memasuki)

masjid (beribadah). Makan dan minumlah, janganlah berlebih-lebihan.

Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebihan.” Surah al-

araf :31.

Dan dalam firman Allah SWT yang mengingkari pengharaman

perhiasan :

“Katakanlah, siapakah yang mengharamkan perhiasan dari Allah yang telah

dikelurakanNya untuk hamba-hambaNya dan (siapa pulakah yang

mengharamkan) rezeki yang baik? Katakanlah, “semuanya itu (disediakan) bagi

orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia, khusus (untuk mereka

61

sahaja) di hari kiamat. Demikianlah kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi orang-

orang yang mengetahui.” Surah al-A’raf : 32.

Menurut Fatimah Syarha, Islam mengakui dan mengiktiraf kecintaan

wanita kepada perhiasan. Ia jelas apabila adanya kebolehan menampakkan

perhiasan lahir kepada orang lain (dan menampkakkan perhiasan batin

kepada mahram). Hal ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud :

“Katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman itu,’hendaklah mereka

menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah

mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa tampak daripadanya,

dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya, dan janganlah

menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka,

atau ayah suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, putra-putra

saudara lelaki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau

wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-

pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-

anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka

memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan, dan

bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang

berimansupaya kamu beruntung.” Surah an-NUR :31.

62

Menurut beliau, sunnah baginda Rasulullah SAW juga menganjurkan berhias.

Anjuran berhias di dalam sunnah adalah berbentuk umum untuk lelaki dan

wanita. Daripada Mas ud bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW : ’

“Sesungguhnya seseornag menyukai pakaiannya bagus dan sandalnya bagus.”

Baginda menambah ;“Sesungguhnya Allah itu Maha Indah yang menyukai

keindahan.” Hadis Riwayat Muslim.

Abdullah bin Sirjis berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda :

“Perlahan-lahan, (berhati-hati) sederhana, dan penampilan yang bagus itu

adalah satu bahagian daripada dua puluh empat bahagian kenabian.” Hadis

Riwayat at-Tabrani.

63

Perhiasan Wanita Generasi Terbaik Zaman Nabi SAW.Menghiasi wajah

Memakai cincin, anting-anting, kalung, dan gelang.

Berhias, bercelak, inai dan pakaian warna-warni.

Memakai wangian, inai sebelum melakukan ihram haji

Bersolek ketika suami mereka pulang dari peperangan atau berjalan dari jauh.

Fatimah Syarha dalam artikelnya menyatakan bahawa berikut merupakan

rajah bagi contoh perhiasan wanita generasi terbaik pada zaman Nabi SAW :

Manakala berikut merupakan rajah contoh perhiasan bagi lelaki pada zamanNabi SAW :

64

Rajah 5 : Jenis-jenis perhiasan bagi wanita generasi terbaik zaman Nabi SAW.

Perhiasan Lelaki Generasi Terbaik Zaman Nabi SAW.Wangian

Memakai cincin perak.

Menyisirkan rambut dan janggut serta meminyakkannyaMenginai rambut.

Hibarah (burdah atau pakaian bergaris dari Yaman)

Walaupun begitu, larangan-larangan berhias diterangkan dalam hadis

Nabi SAW yang berbunyi :

“Allah melaknat wanita-wanita yang mentatu yang meminta ditatu tubuhnya,

wanita-wanita yang mencukur alisnya, dan wanita-wanita yang mengikir

giginya untuk kecantikan dengan mengubah ciptaan Allah SWT. Maka

bagaimana tidak melaknat orang yang dilaknat oleh Nabi SAW? “ Hadis Riwayat

Bukhari dan Muslim.

Sungguhpun demikian, sebahagian fuqaha mengecualikan sebahagian’cara dan saranan kecantikan ini dari daerah larangan, apabila diredhai

65

Rajah 6 : Jenis-jenis perhiasan lelaki pada generasi terbaik zaman Nabi SAW

suami dan untuk menyenangkan hati suami atau tunduk mengubati penyakit

jasmani yang menyebabkan gangguan fizikal mahupun psikik.

Hal ini berbeza dengan istilah tabarruj, menurut Fatimah Syarha (2011)

menyatakan bahawa tabarruj membawa makna yang berlainan dengan

saranan berhias seperti di atas, sebaliknya tabarruj tidak dibanrkan di dalam

Islam. Hal ini menurut al-Qadrawi di dalam fiqihnya tabarruj ialah

membiarkan anggota aurat tubuh terbuka dan tampak bebas dilihat oleh

mata. Ilustrasi makna tabarruj yang dilakukan oleh wanita jahiliah dahulu

menurut para ulama tafsir iaitu :

1. Bercampur dengan lelaki.

2. Berjalan melenggang-lenggokkan tubuh dan genit.

3. Mengenakan tudung yang menampakkan aurat dan kecantikan

tubuh badannya.

66

2.10. Busana dan Fesyen Muslimah Sebagai Penyumbang Ekonomi

Umat Islam.

Berdasarkan petikan daripada akhbar Utusan Online yang bertarikh 1

Januari 2015, laporan akhabr tersebut telah menyatakan bahawa tawaran

dalam pakaian yang berjenama Islam adalah amat terhad dan tidak ada satu

pun yang sesuai bagi menangani permintaan tersebut di peringkat global.

Karen Van Diesen, penganalisis penyelidikan pasaran di Euromonitor

menyatakan bahawa ia merupakan peluang untuk jenama fesyen Islam

moden untuk tampil di pasaran.

Hal ini turut diperakui oleh Thomson Reuters pada September 2014

dalam satu laporan Dewan Perdagangan dan Industri Dubai yang

menyatakan bahawa industri fesyen Islam tidak mempunyai satu jenama

pakaian diperingkat global yang dapat menangani keperluan pelanggan

Muslim di seluruh dunia.

Industri fesyen Islam dijangka mencatat kira-kira 11.2 peratus daripada

perbelanjaan fesyen dunia dalam tempoh tiga tahun bermula 2015. Menurut

laporan Dewan Perdagangan dan Industri Dubai itu lagi dengan perbelanjaan

yang dijangkamenceah USD322 bilion (RM1127 bilion) menjelang tahun 2018

berbanding anggaran perbelanjaan global kira-kira USD2.9 trilion (RM10.14

trilion). Pada tahun 2012, umat Islam telah membelanjakan USD224 bilion

(RM764 bilion) dalam berbelanja untuk pakaian dan fesyen.

Van Diesen, menjelaskan kebanyakkan rekaan yang diilhamkan kini

tidak memenuhi piawaian agama Islam. Menurut beliau, antara aduan

adalah bukaan leher yang tidak sesuai, penyudah tepi, dan kesukaran yang

sepadan dengan reka bentuk hijab.

67

Kerim Ture, pengasas Turki e-tailer Modanisa memberitahu CNBC

bagaimana beliau mendapat inspirasi untuk memasuki dunia fesyen Islam,

apabila beliau mengunjungi Makkah pada tahun 2009, beliau dapati tiada

satu pun jenama fesyen Islam yang berada di pusat membeli belah

walaupun terdapat tiga hingga empat juta orang di Makkah. Syarikat Turki

e-tailor Modanisa kini telah berkembang dengan pesat sejak ia wujud

bermula tahun sebelum 2015, melalui laman webnya Modanisa.com.

Turki, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Indonesia dan Iran adalah negara

Islam yang memiliki kadar penggunaan pakaian Islam yang tinggi jika

dibandingkan negara Islam yang lain. Menurut laporan yang berasingan dari

Pusat Pembangunan Ekonomi Islam Dubai oelh Thomson Reuters dan

Standard Dinar. Pereka tempatan dan mereka yang baru memulakan

perniagaan pakaian di negara berkenaan sedang berusaha untuk menangani

jurang pasaran. Contohnya, oleh Hijup.com dan CitraStyle di UAE. Dan

jenama-jenama tersebut adalah terhad kepada pembeli tempatan sahaja. Van

Diesen mengatakan mereka memberi keutamaan kepada pasaran tempatan

dan bukannya di peringkat global.

DKNY, antara satu jenama pakaian utama global telah memasuki

pasaran Islam. Pada awal tahun 2015, jenama Amerika Syarikat itu telah

melancarkan satu koleksi Ramadhan untuk kedai-kedai di pasaran Asia

Tenggara sempena sambutan Aidlifitri. Van Diesel dalam laporannya

menyatakan bagi memastikan fesyen Islam benar-benar meningkat, ia perlu

menjadi lebih mudah diperolehi dalam pasaran semasa melalui perniagaan

secara online.

Malah beliau juga berpendapat pemain pasaran yang berminat untuk

melabur dalam jenama tempatan yang berlandaskan akar umbi Islam atau

68

bekerjasama dengan pereka Islam. Beliau juga menyatakan, hal ini memberi

kekuatan untuk syarikat-syarikat kecil menjadi kuat. Malah, tambah beliau

syarikat yang ingin melebarkan fesyen Islam haruslah mengesahkan terlbih

dahulu bahawa rantaian bekalan jenama beroperasi mengikut nilai-nilai

Islam, serta berteraskan konsep halal dari segi sumbernya.

2.11. Eksploitasi Wanita dalam Pengiklanan Fesyen.

Berdasarkan artikel yang diperoleh daripada laman Portal Rasmi Fatwa

Malaysia (2012) menyatakan bahawa melalui hasil mensyuarat Jawatankuasa

Fatwa Negeri Perlis kali ke-5 yang bersidang pada 20 Februari 2012

bersamaan dengan 27 Rabiul awal 1433 Hijrah telah membuat keputusan

bahawa Islam meletakkan kedudukan wanita sebagai pada kedududan yang

tinggi dan tidak sewajarnya mereka dijadikan bahan eksploitasi demi

keuntungan pihak-pihak tertentu. Fenomena pengiklanan pada masa kini

yang mempamerkan aurat adalah menyalahi syariat Islam. Sehubungan itu,

Umat Islam khususnya kaum wanita dilarang daripada terjebak dengan

perkara-perkara yang bertentangan dengan syarak.

Pihak kerajaan, pengamal media dan masyarakat keseluruhan

hendaklah bergabung tenaga untuk membendung perkara ini dari

terus merebak.

Maka, perkembangan fesyen yang semakin berkembang kini, haruslah

mematuhi etika yang dianjurkan di dalam Islam yang memartabatkan wanita

sebagai makhluk Allah SWT yang diciptakan istimewa.

69

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

Bab 3 : Metodologi Kajian.

3.1. Pendahuluan.

Dalam sesebuah kajian atau penyelidikan yang dijalankan, ianya

memerlukan metod atau kaedah dalam mendapatkan data atau dapatan

kajian. Dengan data yang mencukupi, barulah kajian itu dapat dijalankan.

Untuk mendapatkan data yang baik, kaedah penyelidikan kajian

tersebut haruslah sempurna dan mengikut prosedur yang tersendiri. Ia bagi

menjamin dapatan kajian yang dihasilkan nanti benar-benar terjamin

70

mutunya. Seseorang penyelidik yang cermat mesti memastikan metod atau

kaedah yang digunakan dalam mendapatkandata, sesuai dengan jenis

penyelidikan yang dijalankan.

Menurut Ruhizan Mohamad Yasin (2010), data yang baik diperolehi

daripada penyelidikan yang dirancang rapi berdasarkan reka bentuk kajian

yang bersesuaian, iaitu pendekatan yang digunakan dalam proses

mendapatkan data penyelidikan.

Pendekatan penyelidikan yang bersesuaian, yakni sama ada pendekatan

kuantitatif atau kualitatif ditentukan oelh persoalan atau objektif

penyelidikan. Sebagai contoh jika penyelidik ingin membuat penyelidikan

pendidikan, iaitu pendekatan yang digunakan dalam proses mendapatkan

data penyelidikan pendidikan, iaitu ingin memperihalkan kekerapan pelajar

dari kalangan kelas B yang ponteng sekolah, reka bentuk penyelidikan yang

sesuai ialah penyelidikan tinjauan. Manakala, jika penyelidik ingin mengkaji

pendekatan pengajaran yang berkesan untuk kumpulan pelajar yang sama,

maka pendekatan penyelidikan eksperimen adalah yang paling sesuai.

Menurutnya lagi dalam membincangkan reka bentuk kajian, penyelidik

juga harus membincangkan pemboleh ubah-pemboleh ubah yang akan

diukur sekiranya kajian mempunyai pemboleh ubah, di samping

membincangkan populasi dan teknik persampelan yang terlibat dalam

mengenal pasti responden penyelidikan.

Perancangan penyelidikan juga perlu melibatkan pendekatan

penganalisian data yang akan digunakan. Sekiranya pendekatan penyelidikan

menjurus kepada pendekatan kualitatif, maka penyelidik perlu

membincangkan teknik statistik yang paling sesuai digunakan. Manakala, jika

71

pendekatan kualitatif menjadi fokus, maka kaedah seperti analisis tema perlu

dibincangkan.

3.2. Reka Bentuk Kajian.

Di dalam kajian ini, penyelidik melakukan kajian yang berbentuk

kualitatif. Penyelidik memilih penyelidikan menggunakan pendekatan

kualitatif kerana kajian kualitatif mendokong kefahaman yang mendalam dan

menyeluruh dalam sesuatu fenomena. Kajian kualitatif menyediakan

kefahaman mendalam mengenai kompleksiti yang selalu berlaku dalam

masyarakat dan menyediakan kefahaman yang mendalam juga dalam kaitan

makna setempat berkaitan aktiviti dan amalan sampel atau kelompok yang

dikaji di samping menghasilkan perbandingan kefahaman mengenai

fenomena yang dialami dalam sesuatu persekitaran yang dikaji.

Reka bentuk yang dijalankan oleh penyelidik adalah lebih kepada cara

mendapatkan jawapan berdasarkan objektif kajian yang ingin dikaji oleh

penyelidik iaitu :

1. Mengenal pasti tahap pengetahuan mahasiswa atau mahasiswi

Universiti Pendidikan Sultan Idris tentang konsep keusahawanan

Islam dalam era dunia globalisasi kini.

2. Mengenal pasti kepekaan mahasiswa atau mahasiswi Universiti

Pendidikan Sultan Idris tentang sensitiviti penjagaan aurat

berdasarkan perkembangan fesyen Muslimah semasa.

3. Mengenal pasti jenis pandangan mahasiswa atau mahasiswi

Universiti Pendidikan Sultan Idris tentang kod pemakaian Muslimah

yang terbaik mengikut sisi syarak.

72

4. Mengenal pasti sama ada keusahawanan Islam adalah sebagai

langkah membasmi eksploitasi ekonomi oleh Barat yang memiliki

ciri-ciri yang bercanggah dengan syariat Islam?

5. Mengenal pasti pandangan mahasiswa atau mahasiswi Universiti

Pendidikan Sultan Idris tentang tanggungjawab memperkenalkan

keusahawanan Islam kepada masyarakat melalui pendidikan atau

sebagainya.

Justeru, bagi mencapai objektif ini, penyelidik sedaya upaya cuba

untuk membuat dan mengadakan kaedah serta cara untuk merealisasikan

tujuan tersebut. Pada peringkat permulaan, penyelidik melakukan kajian-

kajian dan tinjauan-tinjauan terhadap beberapa penyelidikan-penyelidikan

yang telah dihasilkan sebelum ini. Ia bagi mengelakkan berlakunya

pertindihan tajuk antara penyelidikan yang lain dengan penyelidikan yang

dijalankan ini. Setelah memastikan tiadanya pertindihan tajuk, seterusnya

penyelidik membuat tinjauan dalam sekitar kawasan kampus Universiti

Pendidikan Sultan Idris.

Penyelidik memilih untuk menemu bual secara tidak langsung

mahasiswa dan mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris kerana,

pandangan mereka akan lebih telus tentang tajuk yang ingin dikaji

penyelidik sekiranya perbualan adalah tidak formal. Setelah mendapat

maklum balas daripada hasil temu bual secara tidak langsung itu, penyelidik

mencatat maklumat yang diperoleh dalam nota lapangan penyelidik sendiri

sebagai rujukan untuk menjawab objektif kajian ini.

Selalui itu penyelidik juga melakukan tinjauan pemerhatian ke atas

pemakaian Muslimah dalam kalangan mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan

Idris. Hal ini penting bagi penyelidik kerana ia memberikan gambaran

73

kefahaman itu sendiri dalam kalangan mahasiswa. Penyelidik juga mencatat

hasil tinjauan pemerhatian ke dalam nota lapangan penyelidik untuk

dijadikan sebagai rujukan.

3.3. Lokasi Kajian

Lokasi kajian yang dipilih penyelidik ialah di Universiti Pendidikan

Sultan Idris. Penyelidik memilih Universiti Pendidikan Sultan Idris adalah

kerana rata-rata mahasiswa dan mahasiswa bakal bergelar guru, malah ada

juga sebahagian yang menceburi diri dalam bidang industri.

3.4. Instrumen Kajian.

Penyelidik juga membuat rujukan berkenaan tajuk kajian menggunakan

bahan-bahan bacaan yang terdapat di perpustakaan Universiti Pendidikan

Sultan Idris. Penyelidik mendapati maklumat yang diperoleh di Perpustaan

Tunku Bainun Universiti Pendidikan Sultan Idris sangat membantu

penyelidik dalam mencari rujukan sebagai bahan literatur kajian. Antara

bahan rujukan yang paling membantu penyelidik dalam menjalankan kajian

ini ialah buku

1. Keusahawanan Islam Bahtera Penyelamat Umat oleh Profesor

Madya Abdul Aziz Yusof.

2. Hidupnya Hidup Wanita Bersyariat oleh Fatimah Haji Omar.

3. Pengenalan Kepada Usahawan dan Keusahawanan oleh Prof. Madya

Abd Aziz Yusof.

4. Islam : Agama Bisnes dan Pengurusan. Dato Dr. Haron Din.’5. Hijab Antara Adat dan Tuntutan Syariah oleh Fatimah Haji Omar.

74

6. Fiqh Perempuan Kontemporer oleh Prof. Dr. Haji Huzaemah T.

Yanggo, MA.

7. Muslimah Moden: Dalam Bingkai Al-Quran dan al-Hadits oleh Abu

Iqbal al-Mahalli.

8. Bisnes satu cabang JIHAD oleh Muhammad Ali Haji Hashim.

Selain itu, penyelidik juga membuat rujukan di internet untuk mencari

artikel-artikel karangan ahli fiqah tempatan bagi menyokong isi-isi kajian

bagi tajuk ini.

75

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.1. Dapatan Kajian.

Bagi mencapai obektif kajian bagi penyelidikan ini iaitu :

1. Mengenal pasti tahap pengetahuan mahasiswa atau mahasiswi

Universiti Pendidikan Sultan Idris tentang konsep keusahawanan

Islam dalam era dunia globalisasi kini.

76

2. Mengenal pasti kepekaan mahasiswa atau mahasiswi Universiti

Pendidikan Sultan Idris tentang sensitiviti penjagaan aurat

berdasarkan perkembangan fesyen Muslimah semasa.

3. Mengenal pasti jenis pandangan mahasiswa atau mahasiswi

Universiti Pendidikan Sultan Idris tentang kod pemakaian Muslimah

yang terbaik mengikut sisi syarak.

4. Mengenal pasti sama ada keusahawanan Islam adalah sebagai

langkah membasmi eksploitasi ekonomi oleh Barat yang memiliki

ciri-ciri yang bercanggah dengan syariat Islam?

5. Mengenal pasti pandangan mahasiswa atau mahasiswi Universiti

Pendidikan Sultan Idris tentang tanggungjawab memperkenalkan

keusahawanan Islam kepada masyarakat melalui pendidikan atau

sebagainya

Hasil daripada tinjauan pemerhatian dan temubual secara tidak

langsung penyelidik telah mendapat beberapa konklusi daripada hasil

penyelidikan yang dilakukan dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi.

Temu bual yang dilakukan secara tidak langsung dan pemerhatian tinjauan

dapat dikelaskan pandangan mahasiswa dan mahasiswi di Universiti

Pendidikan Sultan Idris tentang pemakaian muslimah yang bersyariat kepada

dua kategori iaitu :

1. Penampilan luaran seorang muslimah :

1. Tidak menutup aurat.

2. Menutup aurat namun tidak sempurna.

3. Menutup aurat dengan sempurna. (Berdasarkan pelbagai pandangan

mazhab)

77

2. Penampilan dalaman seorang muslimah :

1. Tidak sopan dan tabarruj.

2. Sopan namun tabarruj.

3. Sopan dan tidak tabarruj.

4.2. Penampilan Luaran Muslimah

Penampilan luaran seorang muslimah ialah dilihat secara kasar atau

lahir terhadap seorang Muslimah sama ada berpakaian menutup aurat secara

sempurna atau tidak dan tidak menutup aurat.

78

Gambar rajah 1 : Jenis-jenis pemakaian menutup aurat yang tidak sempurna.

Pemakaian yang menutup aurat namun tidak sempurna dapatlah

digambarkan seperti gambar rajah di atas berdasarkan sebahagian

pandangan mahasiswa dan mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan idris yang

dilakukan temu bual secara tidak langsung.

Manakala tidak menutup aurat pula berdasarkan kajian dalam

kalangan mahasiswa dan mahasiswi, meraka berpandangan bahawa adalah

seorang wanita Islam yang tidak menutup rambutnya secara terang-terangan

di khalayak ramai. Menurut pandangan sebahagian mereka, tidak menutup

rambut tidak kurang bezanya dengan orang bukan Islam, maka tidak

menutup rambut dan kepala lebih jelas sebagai tidak menutup aurat kerana

menyerupai kebanyakkan orang bukan Islam.

4.3. Penampilan Dalaman Muslimah.

Penampilan dalaman seorang Muslimah pula adalah akhlak atau

perilaku yang didasari dengan akhlak dan perilaku sama ada perwatakan

yang dipengaruhi oleh etika syariat akhlak Islamiah atau sebaliknya seperti

perilaku-perilaku yang tidak sopan untuk menarik perhatian orang ramai.

Berdasarkan petikan yang diambil daripada Utusan Online, bertarikh 6

April 2009, Syeikh Ahmad al-Fathani (sekitar penghujung 1880 Masihi)

menyatakan bahawa :

“Bangsa Melayu itu bersifat ikhlas, lemah lembut, lunak dan berperibadi sopan.

Mereka memiliki kehormatan yang sopan, menguasai pembaikan pertukangan,

79

menerima pemodenan teknologi, mereka memperoleh pendidikan dan ilmu

pengetahuan serta kecemerlangan kefahaman kepadanya.”

Maka, dapat digambarkan bahawa kesopanan adalah merupakan asas

pembentukan awal sesuatu masyarakat, dan bangsa Melayu adalah

merupakan salah satu contoh, maka tidak wajar masyarakat Melayu yang

beragama Islam mencontohi akhlak-akhlak yang menyimpang daripada etika

syariah Islamiah.

Manakala, tabarruj pula dapat diterangkan sebagai menurut Fatimah

Syarha (2011) bahawa al-Qadrawi dalam fiqihnya menyatakan tabarruj ialah :

1. Bercampur dengan lelaki.

2. Berjalan melenggang-lenggokkan tubuh dan genit.

3. Mengenakan tudung yang menampakkan aurat dan kecantiakn

tubuh badannya

80

Sopan dan Tidak

Tabarruj

Penampilan

Dalaman

Penampilan

Luaran

Sopan tapi Tabarruj

Tidak Sopan dan

Tabarruj

Tidak Menutup Aurat

Menutup Aurat Namun

Tidak Lengkap

Menutup Aurat Dengan Sempurna

Berdasarkan Pelbagai Mazhab Fiqh.

4.4. Gambar rajah Kerangka Model Penampilan Muslimah.

Berdasarkan pandangan yang telah diperoleh hasil kajian secara

pemerhatian oleh pengkaji sendiri dan juga temu bual secara tidak langsung.

Satu kerangka model dapat dibina seperti di bawah ini.

81

Kerangka Model 1 : Kategori Muslimah Dalam Berpakaian Syarie.

Berdasarkan kerangka model ini, wanita Muslimah dapat dikategorikan

kepada sembilan penampilan iaitu :

1. Wanita Muslimah tidak menutup aurat dan tidak sopan serta tabarruj.

2. Wanita Muslimah menutup aurat namun tidak lengkap dan tidak

sopan serta tabarruj.

3. Wanita Muslimah menutup aurat sempurna dan tidak sopan serta

tabarruj.

4. Wanita Muslimah tidak menutup aurat dan sopan namun tabarruj.

5. Wanita Muslimah menutup aurat tapi tidak lengkap dan sopan namun

tabarruj.

6. Wanita Muslimah menutup aurat sempurna dan sopan namun

tabarruj.

7. Wanita Muslimah tidak menutup aurat dan sopan serta tidak tabarruj.

8. Wanita Muslimah menutup aurat namun tak sempurna dan sopan

serta tidak tabarruj.

9. Wanita Muslimah menutup aurat sempurna dan sopan erta tidak

tabarruj.

82

1 32 44

5

Peringkat ciri-ciri muslimah yang menepati syarie’.Kategori penampilan muslimah.

1 2 34 5 6

7

8 9

4.5. Model Ciri-ciri Peringkat Pemakaian Bersyarie’

Berdasarkan daripada sembilan penampilan wanita Muslimah yang

telah diperoleh ini. Ciri-ciri muslimah yang baik dapat dikelaskan kepada

beberapa peringkat berdasarkan rajah ini :

Berdasarkan gambar rajah rangka model dapat dihuraikan peringkat

ciri-ciri muslimah sebagai berikut hasil daripada dapatan kajian :

1. Peringkat pertama :

Golongan Muslimah yang tidak bersyarie dalam penampilan.’2. Peringkat kedua :

83

Kerangka Model 2 : Peringkat ciri-ciri muslimah yang menepati pemakaian syarie’.

Golongan Muslimah yang mengamalkan syarie berdasarkan ikutan’majoriti.

3. Peringkat ketiga :

Golongan Muslimah yang dilihat bersederhana dari segi penampilan

luaran atau dalaman namun masih belum seimbang dalam pemakaian

secara bersyarie .’4. Peringkat keempat :

Golongan Muslimah yang dilihat sedang memahami konsep berpakaian

secara syarie dari segi luaran dan dalaman.’5. Peringkat kelima :

Golongan Muslimah yang memahami pemakaian bersyarie’berdasarkan fahaman kepelbagaian mazhab fiqh.

84

BAB 5

RUMUSAN KAJIAN

5.1. Rumusan Dapatan Kajian.

Berdasarkan analisis pandangan mahasiswa dan mahasiswi Universiti

Pendidikan Sultan Idris, tentang pemakaian bersyarie dalam kalangan’Muslimah dapat disimpulkan bahawa faktor pemakaian secara bersyarie’dalam kalangan Muslimah bergantung kepada penguasaan ekonomi dan

pengetahuan tentang berpakaian secara syarie dalam kalangan masyarakat’Malaysia umumnya.

Kategori Muslimah yang wujud dalam kepelbagaian penampilan

bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana di dalam Islam sendiri,

terdapat pelbagai pandangan berkenaan batasan aurat yang boleh diaplikasi

dalam masyarakat bergantung kepada kemaslahatan masing-masing atau

individu. Walau bagaimanapun, tidak dinafikan pengaruh ekonomi

memainkan peranan yang penting dalam penjagaan aqidah dan kefahaman

85

umat Islam tentang kehidupan bersyariat lebih-lebih lagi pemahaman

seorang Muslimah dalam berbusana atau berfesyen mengikut syarie . ’

Walau bagaimanapun, aktiviti seperti dakwah dan pentarbiahan serta

kempen menutup aurat dengan sempurna dalam kalangan mahasiswa dan

mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris yang didokongi oleh persatuan-

persatuan yang bernaung di bawah Pusat Islam Universiti Pendidikan Sultan

serta pendedahan yang diberikan oleh tenaga pengajar semasas sesi kuliah

ataupun diluar kuliah membantu mahasiswa dan mahasiswi untuk mengenali

kehidupan bersyariat walau sedikit demi sedikit.

86