Konsep kafa'ah menurut pandangan Islam & pandangan fuqaha'

37
1 KANDUNGAN Halaman KANDUNGAN 1 ABSTRAK 2 PENGHARGAAN 3 1. PENGENALAN 4-6 2. OBJEKTIF KAJIAN 7 3. KAEDAH KAJIAN 8 4. PERBINCANGAN DAN HASIL KAJIAN 4.1 Pengenalan 9 4.2 Konsep kafa’ah menurut Islam dan pandangan para fuqaha’ 10-11 4.3 Kriteria kafa’ah menurut pandangan fuqaha’ 12-18 4.4 Ciri-ciri memilih calon isteri menurut Islam 19-21 5. RUMUSAN DAN CADANGAN 22-23 SENARAI RUJUKAN 24

Transcript of Konsep kafa'ah menurut pandangan Islam & pandangan fuqaha'

1

KANDUNGAN

Halaman

KANDUNGAN

1 ABSTRAK

2

PENGHARGAAN

3

1. PENGENALAN

4-6

2. OBJEKTIF KAJIAN

7

3. KAEDAH KAJIAN

8

4. PERBINCANGAN DAN HASIL KAJIAN

4.1 Pengenalan

9

4.2 Konsep kafa’ah menurut Islam dan pandangan para

fuqaha’ 10-11

4.3 Kriteria kafa’ah menurut pandangan fuqaha’

12-18

4.4 Ciri-ciri memilih calon isteri menurut Islam

19-21

5. RUMUSAN DAN CADANGAN

22-23

SENARAI RUJUKAN

24

2

LAMPIRAN

25

ABSTRAK

Tujuan kafa’ah dalam perkahwinan sama dengan tujuan

perkahwinan, iaitu untuk membentuk keluarga yang bahagia dan

kekal sepanjang hayat berlandaskan syariat Islam. Kebahagiaan

dalam rumahtangga, memerlukan pasangan suami isteri yang

serasi dan sekufu bagi mencapai tujuan tersebut,

memperbetulkan niat yang baik dan senantiasa berusaha

semaksima mungkin untuk mendapatkannya. Oleh itu, ini

membuktikan pentingnya kafa’ah dalam Islam. Ikatan perkahwinan

merupakan suatu kesinambungan kepada pertambahan umat Islam

melalui zuriat yang dilahirkan. Kajian ini dijalankan

3

berdasarkan kepada dua objektif utama iaitu untuk

mengenalpasti konsep kafaah menurut pandangan Islam dan

mengenalpasti pandangan fuqaha’ mengenai kafaah dalam Islam.

Seterusnya, kajian ini menggunakan kaedah kajian perpustakaan

seperti melalui buku, artikel, risalah, internet dan bahan-

bahan bertulis yang lain. Berdasarkan hasil kajian, Islam

menggalakkan calon suami menikahi seseorang perempuan

berdasarkan empat perkara iaitu hartanya, kecantikkannya,

akhlaknya dan agamanya. Namun begitu, Rasulullah S.A.W. sangat

menekankan faktor agama untuk dijadikan pertimbangan dalam

memilih pasangan demi perkahwinan yang bahagia dan tenteram.

Meskipun masalah kafa’ah itu tidak diatur dalam Undang-Undang

Perkahwinan atau dalam Al-Qur’an, tetapi kafa’ah sangat

penting bagi mewujudkan rumahtangga mawadah, bahagia dan

tenteram berdasarkan cinta dan kasih sayang. Oleh kerana itu

persoalan sekufu adalah satu perkara yang agak penting dalam

perkahwinan kerana jika pasangan yang tidak sekufu berkahwin

kemungkinan ia boleh menyebabkan perceraian dan itu memang

satu tindakan yang membawa kemungkinan menimbulkan cabaran dan

konflik. Sewajarnya mereka perlu lebih dahulu sedar sebelum

membuat dan meneruskan dengan pilihan pasangan yang berlainan.

Manakala bagi yang sudah berkahwin, kalau tidak

mempertimbangkan perkara ini maka konflik yang boleh timbul

akibat daripada perbezaan yang dinyatakan tadi. Paling ketara

ialah apabila tidak sekufu akan menimbulkan pandangan,

pendapat dan nilai yang berbeza. Sebagai rumusan, kriteria

kafa’ah dalam perkahwinan sememangnya penting dan keseluruhan

4

umat Islam harus mengetahui implikasi yang akan berlaku jika

mereka mengabaikan kriteria kafa’ah dalam perkahwinan ini.

PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim…

Alhamdulillah haqqa hamdih, wassalatu wassalamu ala malla

nabiya ba’adah. Segala puji bagi Allah Subhanahu Wa Taala di

atas rahmat dan izinNya, dapatlah saya menyiapkan tugasan

kertas projek syariah ini, semoga mendapat keberkatan dariNya.

Memang tidak dapat di nafikan bahawa dalam mengerjakan sesuatu

yang baik itu, pasti akan membuahkan pulangan yang positif.

Saya amat berbangga di atas keberhasilan saya menyiapkan

tugasan ini.

Dengan ini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih

kepada Puan Maznah binti Mat selaku guru mata pelajaran

syariah saya yang banyak memberi tunjuk ajar dan dorongan

dalam menyiapkan tugasan kertas projek syariah ini serta dapat

membuka minda saya dengan lebih meluas lagi ke arah akhlak

masa kini. Tanpa beliau, mungkin saya tidak menyedari betapa

pentingnya mata pelajaran ini.

Di samping itu, ucapan terima kasih kepada semua guru

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) Kangar, Perlis di atas

5

segala curahan ilmu yang bermanfaat sepanjang saya berada di

sekolah ini.

Ribuan terima kasih ditujukan khas kepada ayahanda dan

bonda saya, Azmi bin Othman dan Siti Zauyah binti Yusof yang

telah banyak memberikan sokongan moral, kewangan dan dorongan

semasa saya menjalankan tugasan ini.

Tidak lupa juga kepada mana-mana pihak yang terlibat

secara langsung dan sahabat-sahabat seperjuangan saya, Nur

Wajihah binti Mohd Mohayadi, Nur Hafizah binti Azizan, Noor

Atikah binti Mohd Naim dan Norma binti Hassan yang banyak

membantu dari segi maklumat dan pengumpulan bahan tugasan ini

mahupun memberikan buah fikiran dalam memantapkan lagi isi

kandungan tugasan kertas projek syariah ini.

Semoga dengan berhasilnya kertas projek ini, dapatlah

ianya menjadi bahan rujukan dan pedoman dalam kehidupan hari

ini. Akhir kalam, dipanjatkan doa kepada para fuqaha’ di atas

ilmu yang bermanfaat. Semoga roh mereka sentiasa dicucuri

rahmat. Semua yang terbaik dalam tugasan kertas projek syariah

ini adalah datangnya dari Allah Subhanahu Wa Taala semata-mata

dan jika ada cacat dan celanya adalah dari saya sendiri.

Sekian, wassalam..

1. PENGENALAN

Sebelum seseorang itu melangkah ke alam perkahwinan, Islam

telah menggariskan adab tertentu supaya keluarga yang bakal

dibina nanti akan sempurna serta saling berpuas hati di antara

pasangan dan mendapat berkat serta rahmat Allah S.W.T.

6

Seterusnya, zuriat yang lahir juga akan berkembang dengan

jalan yang baik dan suci.

Terdapat dalil nas al-Quran, iaitu sebagaimana firman Allah

S.W.T :

م�اءى�كم ادك�م وإ� ن� م�ن� ع�ب� كم وإل�صلحي� �مى م�ب ي � كحوإ إلأ" �ى� لهج�وإ" �ص �هم إل�له م�ن� ف� �ن �غ ءي�� ق5رإ3 �وإ ف� �كون� ن� ى�� لى إ� ق5

م .وإل�له وس�ع ع�لي�

( ور �ه5 ٢٤س�ورة5 إل�ن ٣٢ : إي�� )

Terjemahan :

Dan kahwinlah orang bujang (lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, danorang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika merekamiskin, Allah S.W.T akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya, kerana Allah S.W.T. Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagiMaha Mengetahui.

(Surahal-Nur 24:32)

Islam sentiasa menggalakkan umatnya supaya hidup

berkeluarga bagi sesiapa sahaja yang mempunyai kemampuan dari

segi fizikal, material, keagamaan dan kerohanian. Hidup

berkeluarga dan berkahwin khasnya dapat membantu seseorang

mencapai kesempurnaan dalam agama serta merupakan suatu Sunnah

Nabi dan Nabi akan berbangga dengan jumlah umatnya yang ramai.

Sebagaimana Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-

Hakim :

7

اك�حوإ �ب Nت�. امه5 ب� وم�ا إل�ق5 م�م ن�� كم إلأ" اة5 ى�� �ى م�ب� اءن� �اس�لوإ ف� �ب Nت�

و دإود وإل�حاك�م) (روإة إن��Terjemahan : Berkahwinlah kamu dan bernak-pinaklah kamu dengan banyaknya, sesungguhnyaaku akan berbangga dengan kamu berbanding umat-umat lain pada Hari Akhiratnanti.

(Riwayat Abu Daud

dan al-Hakim)

Oleh kerana pembentukan keluarga dan perkahwinan

merupakan suatu institusi yang penting, Islam telah

menggariskan peraturan yang lengkap dan mengambil perhatian

yang serius terhadapnya, bermula dengan mencari bakal suami

dan isteri. Melalui proses peminangan seterusnya barulah

terbentuknya sebuah ikatan perkahwinan.

Dalam proses perkahwinan, Islam juga menitikberatkan soal

persamaan taraf, iaitu kufu dan pasangan yang sesuai,

mencakupi keagamaan, keturunan, pendidikan, harta, kecantikan

dan sebagainya.

Kesesuaian atau sefahaman dalam memilih suami mahupun

isteri merupakan asas dalam membina keluarga muslim. Persoalan

sekufu atau kafa’ah tidak boleh dilihat ia sebagai satu

perkara yang terpisah daripada agama itu sendiri. Menjadi satu

kepentingan, agar umat Islam melihatnya sebagai satu keadaan

8

yang menyeluruh kerana Islam sentiasa memandang sesuatu

perkara itu secara global.

Kafaah pada istilah fuqaha’ ialah setara di antara suami

dan isteri demi untuk mengelak keaiban pada beberapa perkara

yang tertentu iaitu di segi Mazhab Maliki ialah agama dan hal

keadaan (yakni selamat dari keaiban-keaiban yang membolehkan

pihak perempuan khiyar) dan di sisi jumhur ialah agama,

keturunan, kemerdekaan, dan pekerjaan (kerjaya), ulama’ Hanafi

dan Hanbali menambah dengan harta.

Oleh kerana itu persoalan sekufu adalah satu perkara yang

agak penting kerana kalau pasangan tidak sekufu ia boleh

menyebabkan perceraian. Ini kerana tujuan perkahwinan ialah

mendapat ketenangan, kesukaan, melahirkan kasih sayang dan

belas kasihan di antara pasangan suami isteri. Oleh sebab

itulah, apabila pasangan yang memilih untuk bekahwin dengan

pasangan yang tidak sekufu seharusnya ia sedar tindakannya

memang satu tindakan yang membawa kemungkinan menimbulkan

cabaran dan konflik. Sewajarnya mereka perlu lebih dahulu

sedar sebelum membuat dan meneruskan dengan pilihan pasangan

yang berlainan. Manakala bagi yang sudah berkahwin, kalau

tidak mempertimbangkan perkara ini maka konflik yang boleh

timbul akibat daripada perbezaan yang dinyatakan tadi. Paling

ketara ialah apabila tidak sekufu akan menimbulkan pandangan,

pendapat dan nilai yang berbeza.

Dalam bab kafaah dalam perkahwinan ini, ia tidak

dinyatakan secara jelas di dalam nas al-Quran dan juga as-

9

Sunnah. Justeru, ia menjadi sebahagian daripada perbincangan

para ulama’ berkaitan pensyariatan kafaah dalam perkahwinan.

Oleh itu yang demikian, semua mazhab meletakkan sekufu

sebagai satu perkara yang penting. Jumhur mengatakan, sekufu

adalah syarat untuk meneruskan perkahwinan, bukannya syarat

sah perkahwinan. Ertinya, apabila wanita dan walinya menerima

keadaan lelaki yang hendak mengahwininya tanpa

mempertimbangkan sudut sekufu tersebut, maka nikahnya tetap

sah. Oleh itu, tidak dinafikan lagi bahawa sekufu penting

dalam perkahwinan.

10

2. OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan berdasarkan kepada dua objektif yang

berikut iaitu

1) Mengenalpasti konsep kafaah menurut pandangan Islam.

2) Mengenalpasti pandangan fuqaha’ mengenai kafaah dalam

Islam.

Justeru, melalui objektif kajian yang dinyatakan di atas,

penulisan kerja projek syariah penggal 2/2014 dapat disiapkan

dengan sempurna dan mengikut tema yang diberi sepanjang tempoh

yang telah ditetapkan.

11

3. KAEDAH KAJIAN

Penyelidik telah menggunakan beberapa kaedah kajian

untuk mengetahui segala maklumat yang berkaitan dengan tajuk

kajian. Kaedah utama yang digunakan oleh penyelidik ialah

kajian perpustakaan. Antara bahan yang diperolehi melalui

bahan-bahan bertulis seperti buku, artikel, risalah dan lain-

lain. Melalui buku-buku yang ada di perpustakaan juga

penyelidik dapat menjalankan kajian dengan kemas, teratur dan

padat dengan maklumat. Selain itu, penyelidik juga menggunakan

kaedah media elektronik iaitu internet. Melalui internet pula,

penyelidik berpeluang memperoleh lebih banyak maklumat tentang

konsep dan pandangan fuqaha’ mengenai kafaah dalam Islam.

Dengan kemudahan yang semakin canggih pada era ini, penyelidik

turut dapat menjimatkan masa dengan melayari internet untuk

mendapatkan bahan-bahan maklumat yang secukupnya.

12

4. PERBINCANGAN DAN HASIL KAJIAN

4.1 PENGENALAN

Bagi mewujudkan suatu rumah tangga yang harmonis dan

tenteram diperlukan adanya kafa’ah kerana masalah kafa’ah ini

sangat penting dalam masalah rumah tangga. Islam menggalakkan

13

sekufu dalam perkahwinan untuk kepentingan suami isteri dalam

membentuk keluarga bahagia kerana perkahwinan adalah ikatan

sepanjang hayat. Pembentukan keluarga bahagia tidak akan

tercapai tanpa kesesuaian atau sefahaman antara suami isteri.

Ia merupakan sebuah hubungan suci yang mana menyatukan dua

buah keluarga besar dari kedua-dua belah pasangan. Sehingga

suatu kebahagiaan dan keharmonian dalam pernikahan dipengaruhi

oleh keadaan dan komunikasi dari kedua-dua belah keluarga

besar tersebut.

Oleh itu, apabila Islam menggalakkan sekufu, ini

bermakna Islam melihat lebih jauh lagi mengenai peranan

sesuatu keluarga itu. Hal ini disebabkan perbezaan yang

terlalu banyak dan ketara di antara pasangan suami dengan

isteri dalam pelbagai perkara, hanya akan menimbulkan

ketidaksefahaman sekaligus dan berlakunya keruntuhan sesebuah

institusi keluarga bahagia sepertimana yang dikehendaki dalam

Islam. Oleh kerana itu, sebahagian mazhab mensyaratkan supaya

antara calon suami dan isteri hendaklah sekufu, tidak ada

jurang perbezaan yang jauh antara keduanya.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

ول\ إهلل[\ س� ن�[\ ر\ ه وس�لمإ"\ أة5ص�لى إل�له ع�لي� ل\ ا إل�ص[\ ره�\ ]�خ� و"\ أ ن�5 أثj ل\ ل\ \jلى�[ ى� ا ع�\ ه ى��\ ال\ ل\ ف�5\ا m"ب �ق ا ك� ه\ دث5\ ل�\ \ ج�� إ و\ \�د م إ� ] ي � إلأ"\ ث5 و\ ر\ \�ض إ ح�\ \�د ة5 إ� \�ار \�ن \ ج� إل� ت�5\ت5 و\ إ إ"\ \�د .إ�

14

( ي� �(س�ن�ن� إلت5رم�دMaksudnya :

“Rasulullah S.A.W. berkata : Hai Ali, tiga perkara jangan engkau lambatkan, iaitusembahyang apabila sampai waktunya dan jenazah apabila seorang itu telah matidan perempuan apabila dilamar oleh lelaki yang kufu”.

4.2 KONSEP KAFA’AH MENURUT ISLAM DAN PANDANGAN PARA FUQAHA’

Kafa’ah menurut Islam adalah sama, sesuai dan sebanding.

Manakala, kafa’ah dalam perkahwinan adalah kesamaan antara

calon suami dan calon isteri, sama ada dalam kedudukan,

sebanding tingkat sosial dan sama dalam akhlak dan kekayaan.

Kafa’ah pada istilah fuqaha’ ialah setara di antara suami

dan isteri demi untuk mengelak keaiban pada beberapa perkara

yang tertentu iaitu bagi Mazhab Maliki ialah agama dan hal

keadaan (yakni selamat dari keaiban-keaiban yang membolehkan

pihak perempuan khiyar) dan di sisi jumhur ialah agama,

keturunan, kemerdekaan dan pekerjaan (kerjaya), ulama’ Hanafi

dan Hanbali menambah dengan harta.

Namun, para fuqaha’ berbeza pendapat mengenai pengertian

kafa’ah :

- Ulama Hanafiyah : Kafa’ah adalah persamaan laki-laki

dengan perempuan dalam nasab, Islam, pekerjaan,

merdeka, nilai ketakwaan dan harta.

15

- Ulama Malikiyah : Kafa’ah bererti persamaan laki-laki

dengan perempuan dalam agama dan selamat dari cacat

yang memperoleh seorang perempuan untuk melakukan

khiyar terhadap suami.

- Ulama Syafi’iyah : Kafa’ah adalah persamaan suami

dengan isteri dalam kesempurnaan atau kekurangannya

samada dalam hal agama, nasab, merdeka, pekerjaan dan

selamat dari cacat yang membolehkan seorang perempuan

untuk melakukan khiyar terhadap suami.

- Ulama Mazhab Hanbali : Kafa’ah bermaksud persamaan

suami dengan isteri dalam nilai ketakwaan, pekerjaan,

harta, merdeka dan nasab.

Meskipun masalah kafa’ah itu tidak diatur dalam Undang-

Undang Perkahwinan atau dalam Al-Qur’an, akan tetapi masalah

tersebut sangat penting untuk mewujudkan suatu rumah tangga

yang harmonis dan tenteram dengan tujuan perkahwinan itu

sendiri, iaitu ingin mewujudkan suatu keluarga yang bahagia

berdasarkan cinta dan kasih sayang.

Berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W. mengenai kriteria-kriteria

sekufu :

دإك�~ رت �ت5 ى�� ن� ت�5 ي�� إث5 إل�د �د ى�� ق�ر �اظ� �ها ف� �ن ها ودت�� �ما ل�ها وح�سن ع : ل�ما ل�ها وج�� ب�� ر ة5 لأ" كج إل�مرإ" �ب Nت�.

16

Maksudnya : “Seorang wanita dikahwini kerana empat perkara : kerana hartanya, keranakecantikkannya, kerana kebaikan akhlaknya dan kerana agamanya. Maka pilihlahkerana agamanya, maka engkau akan mendapat ketenteraman”.

Berdasarkan hadis tersebut, Islam menggalakkan calon

suami menikahi seorang perempuan berdasarkan empat perkara

iaitu hartanya, kecantikkannya, akhlaknya dan agamanya. Namun,

Rasulullah S.A.W. sangat menekankan faktor agama untuk

dijadikan pertimbangan dalam memilih pasangan demi perkahwinan

yang bahagia dan tenteram.

Kesimpulannya :

Para ulama’ dalam empat mazhab menggariskan beberapa bidang

kufu yang difikirkan perlu untuk diambil kira sebagai kufu,

antaranya ialah keturunan, tidak ada keaiban dan kekayaan.

Dalam bidang yang tidak mempunyai keaiban disarankan oleh

Mazhab Maliki, Syafi’e dan Hanbali. Bidang kekayaan pula,

diambil kira oleh Imam Mazhab Hanafi dan Hanbali. Jelaslah

bahawa pendapat para fuqaha’ mengenai kriteri pemilihan jodoh

ini perlu dititikberatkan sebelum memilih calon untuk

dijadikan pasangan hidup hingga akhir hayat.

17

4.3 KRITERIA KAFA’AH MENURUT PANDANGAN FUQAHA’

1. Agama

Dalam hukum perkahwinan Islam, para ulama mempunyai

prespektif tersendiri tentang konsep agama, seperti terjaganya

seorang dari perbuatan keji serta tetap konsisten dalam

menegakkan hukum-hukum agama. Agama dalam hal ini dimaksudkan

sebagai ketidakfasikan. Dalam hal ini ulama sepakat bahawa

seorang laki-laki yang fasiq tidak sekufu dengan perempuan

yang solehah.

Rasululullah S.A.W. bersabda :

ون� �كم م�ن� ت�5رض� اى�" إ ج�� �د ه وس�لم : إ� ال رس�ول إل�له ص�لى إل�له ع�لي� ال : ف�5 �ى� ف�5 ن �م إل�مر ى� ج�اي�5 ن � ع�ن� إ"

ال : ه ! ف�5 ي� �ن� ك�ان� ف� ا رس�ول إل�له وإ� ال�وإ : ى�� ساد. ف�5 �ى� إلأرض� وف� �علوإ ف �ف لأ ي�5 كحوة إ� �اى� �ه ف� لق5 �ه وج� �ي ت�� د

لأثj مرإث5 jكحوة ى� �اى� �ه ف� لق5 �ه وج� �ي ت�� ون� د �كم م�ن� ت�5رض� اى�" إ ج�� �د .إ�

18

( ي� �(روإة إلت5رم�د

Maksudnya : “Dari Abi Hatim al-Muzni ia berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : “Jika datangkepadamu laki-laki yang agama dan akhlaknya kamu sukai, maka kahwinkanlah,jika kamu tidak berbuat demikian akan terjadi fitnah dan kerosakkan di atas bumi”.Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, apabila di atas bumi diteruskan fitnah dankerosakan?” jawab beliau, “Jika dating kepada kamu laki-laki yang agama danakhlaknya kamu sukai, hendaknya kahwinkan ia” (Jawab Rasulullah ini diulangsebanyak 3 kali)”.

Hadis di atas ditujukan kepada para wali agar

mengahwinkan perempuan-perempuan yang diwakilinya dengan laki-

laki yang beragama dan berakhak. Apabila mereka tidak mahu

mengahwinkan dengan laki-laki yang berakhlak luhur, tetapi

memilih laki-laki yang berkedudukan tinggi atau keturunan

mulia atau yang berharta, maka dapat menimbulkan fitnah dan

kerosakan bagi perempuan tersebut dan walinya.

19

Dalam Al-Qur’an surah As-Sajdah ayat 18, Allah S.W.T berfirman

:

وون� ا لأ ي��سن5 اس�ق5 �ا ك�من� ك�ان� ف� �م�ب ف��من� ك�ان� م�و" إ"

Maksudnya :

“Maka apakah orang yang beriman seperti orang yang fasik (kafir)? Mereka tidak

sama”.

Ayat di atas menjelaskan bahawa seorang muslim yang soleh

sama (sekufu) dengan muslimah solehah. Dan seorang muslim yang

soleh tidak sama (sekufu) dengan seorang yang fasiq.

Pendapat Mazhab Hanafi mengenai kafa’ah dalam kriteria

keagamaan sama dengan pendapat Mazhab Syafi’i.

Terdapat perbezaan pendapat mereka pada beberapa

perkara :

- Mazhab Hanafi menyatakan bahawa seseorang perempuan

yang bernikah dengan lelaki fasiq, walinya berhak

membatalkan perkahwinan itu kerana kemegahan seseorang

dengan agamanya adalah lebih berhak berbanding

bermegah dengan keturunan, kemerdekaan serta kekayaan.

20

- Mazhab Maliki menyatakan bahawa berkahwin dengan lelaki

fasiq, sama ada dilaksanakan oleh bapa perempuan itu

sendiri atau wali-wali lain, maka perkahwinan itu

tidak sah dan wali-wali lain yang berhak terhadap

perempuan itu wajib membatalkan perkahwinan tersebut

jika belum berlaku persetubuhan. Tetapi jika sudah

berlaku persetubuhan, wali tidak berhak membatalkan

perkahwinan tersebut. Bahkan jika berlaku perkahwinan

dengan lelaki fasiq dan menggugat keselamatan

perempuan, qadi atau hakim berhak membatalkan

perkahwinan tersebut walaupun dengan persetujuan

perempuan itu dan dibenarkan oleh walinya. Tindakan

hakim sedemikian adalah untuk menjaga hak Allah S.W.T.

yang mesti diutamakan dan tidak memandang kepada hak

perempuan dan walinya.

2. Nasab (keturunan)

Sesetengah masyarakat terutamanya masyarakat Arab

bermegah-megah dengan keturunan mereka. Oleh itu, keturunan

dikira sebagai kufu. Bahkan jika berlaku juga dalam masyarakat

bukan Arab mereka bermegah-megah dengan keturunan maka boleh

dikira keturunan sebagai kufu.

Berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W.

21

له5 ب� ب£ عض� ف�5 هم ل�ب� �عض اء ي�� �ك ق ال : إل�عرث� إ" ه وس�لم ف�5 ن� رس�ول إل�له ع�لي� ن� ع�مر إ" ع�ن� إي��

ام�ا و ح�ح� كا إ" لأ ح�ئ" ل إ� ل ل�رج�� ل وحى� ل�حى� ورج�� ب� ب£ .ل�ق5ى) هق5 ن� (روإة5 إل�ب£

Maksudnya :

“Dari Ibnu Umar bahawa sesungguhnya Rasulullah S.A.W. bersabda : Orang Arabsatu dengan lainnya sekufu”. Satu kabilah sekufu dengan kabilah yang sama, satukelompok sekufu dengan kampong yang sama, antara sesama laki-laki di antarasekufu kecuali tukang jahit atau bekam”. (HR. Baihaqi)

Jumhur ulama iaitu Hanafiyah, Syafi’iyah dan Hanbali selain

Malikiyah berpendapat bahawa nasab salah satu perkara penting

dalam kafa’ah kerana atas beberapa alasan khususnya orang

muslim Arab yang memelihara salasilah keturunan mereka.

22

3. Merdeka

Yang dimaksudkan merdeka di sini adalah bukan budak

(hamba sahaya). Jumhur ulama selain Malikiyah memasukkan

merdeka dalam kafa’ah berdasarkan Al-Qur’an surah An-Nahl ayat

75 :

ق5 �ف �ب هو ت�� �ا ف� �ا ح�سب ف�5 �ا رر �اة م�ب �ن ف�5 �ء وم�ن� رر ى� jدر ع�لى ش ق5 دإ م�ملوك�ا لأ ي�� لأ ع�ب� jرث� إل�له م�ب �ضوون� هرإ ه�ل ي��سن5 ه سرإ وج�� �...م�ي

Maksudnya :

“Allah membuat perumpamaan dengan seorang hamba sahaya yang dimiliki yangtidak dapat bertindak terhadap sesuatupun dan seorang yang kami beri rezeki yangbaik dari kami, lalu dia menafkahkan sebahagian rezeki itu secara sembunyi dansecara terang-terangan, adakah mereka itu sama?...”.

(QS. An-Nahl : 75)

Dalam ayat di atas dijelaskan bahawa seorang budak

dimiliki oleh tuannya dan dia tidak dapat melakukan sesuatu

pun termasuk menafkahkan hartanya sesuai dengan keinginannya

kecuali atas perintah tuannya. Akan tetapi orang merdeka bebas

melakukan sesuatu sesuai dengan keinginannya tanpa menuggu

perintah dari siapapun.

23

Jadi, budak laki-laki tidak kufu dengan perempuan

merdeka. Budak laki-laki yang sudah merdeka tidak kufu dengan

perempuan yang merdeka sajak asalnya. Laki-laki yang salah

seorang neneknya pernah menjadi budak. Hal ini kerana

perempuan merdeka bila ia dikahwini oleh laki-laki yang salah

seorang neneknya pernah menjadi budak.

4. Harta

Yang dimaksudkan dengan harta adalah kemampuan sesorang

(calon suami) untuk memberikan mahar dan nafkah kepada

isterinya. Menurut ulama Hanafiyah dan Hanabilah, harta

merupakan hal yang penting dalam kehidupan rumah tangga

sehingga harta dianggap penting untuk dimasukkan dalam

kriteria kafa’ah.

Berdasarkan hadis Nabi S.A.W :

24

ح�ساث� ن� إ" ه وس�لم : إ� ال رس�ول إل�له ص�لى إل�له ع�لي� ال : ف�5 ه ف�5 ي� ت�£ دة5 ع�ن� إ" ن� ت��رى � د إل�له ي�� ع�ن� ع�ب�

إ إل�مال �ا ه�د ب� �ه�ل إل�دت� .إ"

(روإة إج�مد)

Maksudnya :

“Dari Abdullah bin Buraidah dari ayahnya berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda :“Sesungguhnya kebangsawan seseorang di dunia adalah mereka yang mempunyaiharta”. (HR. Ahmad)

Ulama Hanafiyah dan Hanabilah mengatakan bahawa yang

dianggap sekufu adalah apabila seorang laki-laki sanggup

membayar mahar dan nafkah kepada isterinya. Apabila tidak

sanggup membayar mahar dan nafkah atau salah satu di antara

keduanya, maka dianggap tidak sekufu.

Menurut Abu Yusuf (salah satu sahabat Abu Hanifah) yang

dianggap sekufu dalam harta adalah kesanggupan memberi nafkah

bukan membayar mahar. Sebab ukuran yang mudah dilakukan dan

kemampuan seseorang untuk member nafkah itu tidak dapat

dilihat dari keadaan ayahnya.

25

Sebahagian ulama Syafi’iyah tidak menganggap kekayaan

sebagai ukuran kafa’ah kerana orang yang mempunyai maruah

tidak akan berbangga dengan kekayaannya.

5. Pekerjaan

Pekerjaan adalah mata pencaharian yang dimiliki seseorang

untuk menjamin nafkah keluarganya.

Jumhur ulama selain Malikiyah sepakat memasukkan pekerjaan

dalam kafa’ah berdasarkan hadis Nabi S.A.W :

هم �عض اء ي�� �ك ق ال : إل�عرث� إ" ه وس�لم ف�5 ن� رس�ول إل�له ص�لى إل�له ع�لي� ن� ع�مر إ" ع�ن� ي��

ام�ا و ح�ح� كا إ" لأ ح�ئ" ل إ� ل وحى� ل�حى� ورج�� ب� ب£ له5 ل�ق5 ب� ب£ عض� ف�5 .ل�ب�ى) هق5 ن� (روإة إل�ب£

Maksudnya :

“Dari Ibnu Umar bahawa sesungguhnya Rasulullah S.A.W. bersabda : Orang Arabsatu dengan lainnya sekufu”. Satu kabilah sekufu dengan kabilah yang sama, satukelompok sekufu dengan kampong yang sama, antara sesama laki-laki di antarasekufu kecuali tukang jahit atau bekam”. (HR. Baihaqi)

26

Dalam hadis di atas dijelaskan bahawa seseorang yang

mempunyai pekerjaan terhormat sekufu dengan orang yang

mempunyai pekerjaan terhormat juga. Begitu juga sebaliknya,

seseorang yang mempunyai pekerjaan terhormat tidak sekufu

dengan seseorang yang pekerjaannya tukang bekam.

Ulama Malikiyah berpendapat tiada perbezaan mengenai

pekerjaan kerana semua itu akan berubah sesuai dengan takdir

Allah.

6. Tiada Ke’aiban

Mazhab Maliki dan Syafie menyatakan bahawa yang dimaksudkan

dengan tiada keaiban yang membolehkan suami atau isteri

menuntut fasakh di mahkamah seperti gila, berpenyakit kusta,

buta, tiada alat sulit, sama ada keaiban tersebut pada pihak

lelaki atau pihak perempuan. Tiada keaiban dikira sebagai satu

bidang kufu kerana mereka yang sihat tidak berkemungkinan

boleh hidup dengan baik bersama mereka yang mempunyai keaiban

tersebut.

27

Mazhab Hanbali pula menyatakan bahawa bidang ini tidaklah

dikira sebagai syarat kufu yang boleh membatalkan perkahwinan.

Tetapi hanya disabitkan kuasa penentu kepada pihak isteri sama

ada perkahwinan itu patut diteruskan atau disebaliknya. Kuasa

penentu ini tidak diberi kepada wali perempuan itu kerana

kemudaratan ini akan terlibat dengan perempuan itu sendiri.

4.4 CIRI-CIRI MEMILIH CALON ISTERI MENURUT ISLAM

1. Taat beragama

28

Dalam Al-Qur’an surah al-Baqarah ayat 221, Allah S.W.T

berfirman :

�م�ن و" ى ن�� رك�ت5 ح�ت5 jكحوإ إل�مش �ب Nكمج�ولأت� ب5 ب� ع�ح� رك�ه5 ول�وإ" jر م�ن� م�ش ت� �ة5 خ �م�ي مه5 م�و" لى ولأ" ق5

“Janganlah kamu berkahwin dengan wanita-wanita musyrik sebelum merekaberiman. Dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman lebih baikdaripada wanita musyrik, wanita musyrik, sekalipun keadaanya menarik hatimu.”

Rasulullah S.A.W. memandang seorang isteri yang solehah dan

taat beragama sebagai nikmat terbesar yang dikurnia oleh Allah

kepada seseorang suami.

Rasulullah S.A.W. bersabda :

“Maka pilihlah wanita yang taat beragama, nescaya bebanmu menjadi ringan”

(Hadis riwayat

Bukhari dan Muslim)

2. Wanita bukan keluarga

Beberapa ulama mazhab As-Syafie menyarankan agar isteri tidak

berasal dari kerabat terdekat seperti sepupu dan sebagainya

Perkahwinan begini digalakkan agar dapat melahirkan keturunan

yang kuat, sihat dan cerdas.

29

3. Lembut dan penuh kasih sayang

Rasulullah S.A.W bersabda :

“Wanita penunggang unta yang paling baik adalah wanita-wanita solehah darisuku Quraisy. Mereka paling penyayang kepada anak ketika masih kecil dan palingpandai mengurus suami dan apa yang dimilikinya.”

(Hadis

riwayat Bukhari dan Muslim)

4. Gadis

Islam menganjurkan seorang pemuda berkahwin dengan gadis

kerana ianya sesuai dengan fitrah yang sihat dan mengawasi

kemungkinan berlakunya kekecohan dalam kehidupannya nanti.

Sabda Rasulullah S.A.W mengenai hikmah perkahwinan dengan

gadis :

كم ر م�ن� إل�عملعلب� ست� ال�ي� ى ى�� �رض ا وإ" ب� �ل ح� ف�5 رج�ام�ا، وإ" ق5 إ" ن5 Ëت� وإه�ا، وإ" �ف ث� إ" �ع�د هن� إ" �ن� ا� �كار ف� ب�� الأ" ى��

Maksudnya :

“Hendaklah kamu berkahwin dengan gadis kerana mereka lebih sejuk mulutnya(yakni lebih telus dan lebih ikhlas) lebih mantap rahimnya, lebih sedikit kerenahnyadan merestui dengan kerja yang lebih ringan dan mudah.” (Diriwayatkan oleh Ibnu Majah

dan Al-Baihaqi)

30

5. Cantik, patuh dan jujur

Dalilnya adalah hadis Abu Hurairah yang mengatakan bahawa

ketika Nabi S.A.W. ditanya tentang seperti apakah wanita yang

paling ideal? Baginda bersabda :

“Dia adalah seorang wanita yang menarik jika suami memandangnya, patuh ketikasuami menyuruhnya, dan tidak menyalahi suami dalam hal yang tidak dia sukaidari dirinya dan dalam urusan hartanya.”

(Hadis

riwayat Nasa’i dan Ahmad)

6. Isteri yang subur

Islam menganjurkan supaya pemeluknya mencari calon isteri yang

subur, yakni tidak mandul. Iaitu wanita yang tidak berpenyakit

keturunan atau penyakit lainnya yang dapat mencegah kehamilan

dan kelahiran anak. Tegasnya ialah wanita yang sihat dan tidak

cacat sehingga dapat menunaikan tugas sebaik-baiknya sebagai

seorang ibu.

Kesimpulannya :

Islam telah menggariskan kriteria-kriteria yang diperlukan

untuk memilih calon isteri dan suami. Antara kriterianya

adalah mempunyai persamaan agama, berakhlak mulia, berharta

dan rupa paras yang cantik. Dengan mengikuti segala panduan

yang telah digariskan oleh Islam dalam kriteria pemilihan

31

jodoh, maka perkahwinan yang terbina akan menjadi harmoni dan

lebih diberkati. Sesungguhnya Islam itu agama yang mudah.

32

5. RUMUSAN DAN CADANGAN

Berdasarkan hasil kajian yang dijalankan, penyelidik

mendapati bahawa ikatan perkahwinan yang sekufu mempengaruhi

seseorang dalam pemilihan pasangan hidup. Apabila kemungkinan

itu tidak dapat dicapai, maka tidaklah kedua-dua pasangan

tersebut mengharapkan terjadinya perkahwinan tersebut. Itulah

sebabnya Nabi Muhammad S.A.W. menyatakan pentingnya atau

paling tidak sebaiknya seorang lelaki melihat terlebih dahulu

seorang perempuan sebelum mengahwininya. Dalam kajian ini

penulis mengfokuskan kepada konsep kafa’ah menurut pandangan

Islam. Kajian mendapati bahawa Islam menitikberatkan soal

persamaan taraf, iaitu kufu dan pasangan yang sesuai mencakupi

keagamaan, keturunan, pendidikan, harta, kecantikkan dan

sebagainya. Kesesuaian atau persefahaman merupakan satu-

satunya jaminan bagi terciptanya kerukunan, keserasian,

ketenangan dan ketenteraman dalam kehidupan suami isteri.

Selain daripada itu, terdapat beberapa pandangan fuqaha’

mengenai kafa’ah dalam Islam. Dapat dirumuskan disini bahawa

majoriti semua mazhab meletakkan sekufu sebagai satu perkara

yang penting dalam pemilihan pasangan hidup. Persamaan

kedudukan suami dan isteri akan membawa ke arah rumahtangga

yang sejahtera dan tidak terhindar dari ketidak beruntungan.

Setelah dikaji dan diselidik, terdapat beberapa cadangan

dan saranan yang perlu dilakukan ke atas masyarakat khususnya

tentang pemahaman yang lebih mendalam berkenaan pensyariatan

kafa’ah berlandaskan syariat Islam :

33

1. Imam-imam dan ahli jemaah mengadakan ceramah-ceramah

di masjid atau surau tentang konsep kafa’ah serta

mengedarkan risalah-risalah yang berkaitan dengan

kafa’ah.

2. Menggunakan laman sosial seperti Facebook, Twitter

dan Instagram dengan sebaik-baiknya untuk memaparkan

konsep kafa’ah dengan lebih menarik dan mudah

difahami oleh setiap lapisan masyarakat. Hal ini

disebabkan masyarakat kini lebih gemar menggunakan

laman sosial daripada media-media lain.

3. Pihak Jabatan Agama Islam juga perlu mengadakan

kursus-kursus, seminar atau kuliah kepada mereka

yang ingin mendirikan perkahwinan supaya mereka

dapat mengetahui ciri-ciri memilih pasangan yang

sekufu.

4. Peranan individu iaitu mendapatkan maklumat tentang

konsep kafa’ah melalui pertanyaan kepada ustaz atau

ustazah yang mantap ilmunya dan pembacaan buku-buku

agama mengenai kafa’ah agar dapat memahami lebih

mendalam dan mengamalkannya dalam kehidupan.

5. Peranan ibu bapa pula ialah memupuk asas akidah

dalam diri anak-anak dan menetapkan syarat yang

sesuai dalam penentuan jodoh anak-anak.

34

SENARAI RUJUKAN

Al-Quran Al-Karim

Buku Ilmiah :

35

1) Abdul Aziz. 1992. Kursus dan Bimbingan Perkahwinan,

Penerbit : Darul Nu'man.

2) Drs. D. Sirojuddin Ar. 1997. Ensiklopedia Islam Jilid 3,

Penerbit : PT ICHTIAR BARU VAN HOEVE JAKARTA

3) Fatimah Haji Omar. 2014. Fekah Perkahwinan, Penerbit :

Pustaka Ilmuwan

4) Mahmood Zuhdi Hj. Abdul Malik, Raihanah Hj. Azahari.

Fakulti Syariah Akademi Islam, Universiti Malaya. Julai

1989, Undang-Undang Keluarga Islam Konsep dan

Pelaksanaannya di Malaysia, Penerbi t: Karya Abazie.

5) Said Haji Ibrahim ( Bekas Mufti Sabah ). 1984. 400 SOAL

JAWAB NIKAH KAHWIN, Penerbit : Media Hasda.

6) Teungku Muhammad Hasbi Ash Shiddieqy. Koleksi Hadis-hadis

hukum, Penerbit: Pustaka Rizki Putra.

7) Zaleha Kamaruddin, Raihanah Abdullah. 2002. Kamus Istilah

Undang-Undang Keluarga Islam, Penerbit : Zebra Editions

Sdn.Bhd.

Laman Web :

- http://senadakpwkm.wordpress.com/2011/04/27/konsep-

kafaah-dalam-perkahwinan-menurut-islam/

tarikhmelayari:17/1/2014

- http://watashi-izuan.blogspot.com/2009/07/tesis-konsep-

kafaah-dalam-perkahwinan.html/tarikhmelayari:17/1/2014/

penulis:watashi-izuan

- http://halaqah.net/v10/index.php?topic=8518.0 /

tarikhmelayari:17/1/2014/penulis:ummi-munaliza

36

- http://www.scribd.com/doc/47163041/Bab-6-7-8-

Kekeluargaan-Dan-Kemasyarakatan/

tarikhmelayari:17/1/2014/penulis:atiqah-nadhirah

- http://digilib.uinsuka.ac.id/4477/1/BAB%20I,V.pdf/

tarikhmelayari:17/1/2014/penulis:musafak-mahasiswa-

universitas-islam-negeri-sunan

- http://ustazlove.com/blog/2013/03/soal-jawab-persoalan-

sekufu/ tarikh melayari: 6/2/2014 penulis:ustaz-love

LAMPIRAN

Gambar 1 :

Hikmah perkahwinan sekufu di dalam keratan akhbar

37

Gambar 2 :

Bahan rujukan yang dirujuk oleh penyelidik