NILAI-NILAI ISLAM DALAM SOSIO-BUDAYA MASYARAKAT BRUNEI DARUSSALAM

21
1 NILAI-NILAI ISLAM DALAM SOSIO-BUDAYA MASYARAKAT BRUNEI DARUSSALAM Mohammad Muslihuddin Syah bin Haji Mustafa ABSTRAK Kertas kerja ini memberi fokus dan membincangkan mengenai sosio-budaya ataupun kehidupan masyarakat Brunei Darussalam yang berpaksikan serta berlandaskan nilai- nilai keIslaman. Kertas kerja ini bertujuan untuk melihat sejauhmana dan bagaimana agama Islam itu diterjemahkan dalam cara hidup masyarakat Brunei Darussalam. Dengan menggunakan metod kajian perpustakaan dan pemerhatian, penulis cuba mengupas persoalan tersebut. Kajian mendapati bahawa Islam merupakan teras sosio- budaya masyarakat Brunei Darussalam. Islam juga berperanan sebagai benteng di dalam mempertahankan identiti kebangsaan. Seterusnya, ianya juga dijadikan falsafah sosial atau sistem nilai dalam semua tindak tanduk kehidupan bernegara. Islam menjadi pilihan utama dalam semua gerak laku kehidupan, sama ada di pihak kerajaan mahu pun di pihak rakyat. Mana-mana kegiatan kehidupan yang jauh terpesong dari ajaran agama Islam adalah menjadi sesuatu yang bertentangan dengan kehidupan sosio-budaya Negara Brunei Darussalam. Nilai-nilai keIslaman ini penentu dan penjamin survival bangsa. Ia memberi keyakinan dan jati diri kepada bangsa Brunei Darussalam untuk berhadapan dan berinteraksi dengan masyarakat dunia antarabangsa dalam segenap bidang. Kata Kunci: Nilai-Nilai Islam; Sosio-Budaya; Masyarakat Brunei Darussalam PENDAHULUAN Tidak dapat dinafikan lagi, agama Islam ialah agama yang suci lagi mulia yang memimpin manusia ke arah kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Ia merupakan sebesar-besar nikmat Allah Subḥānahu Wata c ālā kepada umat Manusia. Sebagaimana firman-Nya: . Maksudnya: Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu (al-Qur’an, al-Ma’idah 5:3). Penggubalan Perlembagaan Brunei Darussalam pada 29 September 1959 dan seterusnya pengisytiharan kemerdekaan penuh Negara Brunei Darussalam pada 1 Januari 1984 telah mengiktiraf kehadiran Negara Brunei Darussalam di arena hubungan serantau dan juga antarabangsa berbekalkan falsafah negara yang tersendiri iaitu falsafah Melayu Islam Beraja. Ia sekaligus telah meletakkan dirinya tampil sebaris dengan negara-negara yang lain. Alhamdulillah, setelah kira-kira 30 tahun ‘berdikari’ dengan sendirinya, Negara Brunei Darussalam telah mencapai kemajuan dan perubahannya yang tersendiri di segenap aspek tanpa menghilangkan acuan ‘keIslaman’ dan ‘kebruneian’ dan ini termasuklah dari aspek kehidupan dan kebudayaan masyarakat Brunei Darussalam.

Transcript of NILAI-NILAI ISLAM DALAM SOSIO-BUDAYA MASYARAKAT BRUNEI DARUSSALAM

1

NILAI-NILAI ISLAM DALAM SOSIO-BUDAYA

MASYARAKAT BRUNEI DARUSSALAM

Mohammad Muslihuddin Syah bin Haji Mustafa

ABSTRAK

Kertas kerja ini memberi fokus dan membincangkan mengenai sosio-budaya ataupun

kehidupan masyarakat Brunei Darussalam yang berpaksikan serta berlandaskan nilai-

nilai keIslaman. Kertas kerja ini bertujuan untuk melihat sejauhmana dan bagaimana

agama Islam itu diterjemahkan dalam cara hidup masyarakat Brunei Darussalam.

Dengan menggunakan metod kajian perpustakaan dan pemerhatian, penulis cuba

mengupas persoalan tersebut. Kajian mendapati bahawa Islam merupakan teras sosio-

budaya masyarakat Brunei Darussalam. Islam juga berperanan sebagai benteng di

dalam mempertahankan identiti kebangsaan. Seterusnya, ianya juga dijadikan

falsafah sosial atau sistem nilai dalam semua tindak tanduk kehidupan bernegara.

Islam menjadi pilihan utama dalam semua gerak laku kehidupan, sama ada di pihak

kerajaan mahu pun di pihak rakyat. Mana-mana kegiatan kehidupan yang jauh

terpesong dari ajaran agama Islam adalah menjadi sesuatu yang bertentangan dengan

kehidupan sosio-budaya Negara Brunei Darussalam. Nilai-nilai keIslaman ini penentu

dan penjamin survival bangsa. Ia memberi keyakinan dan jati diri kepada bangsa

Brunei Darussalam untuk berhadapan dan berinteraksi dengan masyarakat dunia

antarabangsa dalam segenap bidang.

Kata Kunci: Nilai-Nilai Islam; Sosio-Budaya; Masyarakat Brunei Darussalam

PENDAHULUAN

Tidak dapat dinafikan lagi, agama Islam ialah agama yang suci lagi mulia yang

memimpin manusia ke arah kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Ia merupakan

sebesar-besar nikmat Allah Subḥānahu Watacālā kepada umat Manusia. Sebagaimana

firman-Nya:

.

Maksudnya:

Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah

cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi ugama

untuk kamu (al-Qur’an, al-Ma’idah 5:3).

Penggubalan Perlembagaan Brunei Darussalam pada 29 September 1959 dan

seterusnya pengisytiharan kemerdekaan penuh Negara Brunei Darussalam pada 1

Januari 1984 telah mengiktiraf kehadiran Negara Brunei Darussalam di arena

hubungan serantau dan juga antarabangsa berbekalkan falsafah negara yang tersendiri

iaitu falsafah Melayu Islam Beraja. Ia sekaligus telah meletakkan dirinya tampil

sebaris dengan negara-negara yang lain. Alhamdulillah, setelah kira-kira 30 tahun

‘berdikari’ dengan sendirinya, Negara Brunei Darussalam telah mencapai kemajuan

dan perubahannya yang tersendiri di segenap aspek tanpa menghilangkan acuan

‘keIslaman’ dan ‘kebruneian’ dan ini termasuklah dari aspek kehidupan dan

kebudayaan masyarakat Brunei Darussalam.

2

SEJARAH KEDATANGAN AGAMA ISLAM KE BRUNEI DARUSSALAM

Menurut Mahmud Saedon Othman (1996), agama Islam ke Brunei Darussalam

dikhabarkan telah datang ke Brunei Darussalam sejak abad ke-10 Masihi lagi. Islam

pada masa itu kurang mendapat sambutan daripada penduduk tempatan dan mungkin

hanya dianuti oleh sebahagian kecil rakyat biasa, atau hanya golongan pedagang-

pedagang Islam ini yang berada di Brunei Darussalam. Sambutan dingin terhadap

kedatangan agama Islam ini mungkin berpunca daripada wujudnya persaingan

dengan pengaruh hindu yang telah lama dianuti oleh penduduk-penduduk alam

melayu. Kekuatan kerajaan-kerajaan Hindu dalam abad ke-10 Masihi dan seterusnya,

menyebabkan pengaruh Hindu ini semakin tersebar luas hingga berkemungkinan

dapat membantutkan usaha-usaha untuk mengembangkan ajaran agama Islam, jika

ada. Hanya setelah kerajaan-kerajaan Hindu dan Buddha mengalamai kemerosotan

pada abad ke-13, barulah Islam mula mendapat tempat di kalangan penduduk Asia

Tenggara termasuk Brunei Darussalam. Ini adalah peringkat pertama daripada

perkembangan Islam di Brunei Darussalam.

Peringkat kedua pula ialah Islam telah mendapat sambutan daripada raja dan

majoriti rakyat yang membawa kepada tertubuhnya Kesultanan Melayu Islam di

Negeri Brunei Darussalam.

Peringkat ketiga pula ialah bermulanya penyebaran Islam secara besar-

besaran dari Brunei Darussalam hingga ke kawasan-kawasan sekitarnya seperti

Filipina dan pesisir pantai Pulau Borneo. Ini terjadi dalam kurun yang ke-16.

Peringkat inilah juga disalahertikan oleh beberapa penyelidik sebagai peringkat

bermulanya kedatangan Islam. Padahal pada waktu itu, Islam di Brunei Darussalam

berada di peringkat kedaulatan yang tertinggi.

Pehin Orang Kaya Amar Diraja Dato Seri Utama Haji Awang Mohd. Jamil

Al-Sufri bin Begawan Pehin Udana Khatib Dato Seri Paduka Haji Awang Umar

(1971) pula menyatakan, latar belakang Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah

negara Islam dapat dibuktikan melalui tulisan Khatib Abdul Latif di Batu Bersurat

atau Batu Tarsilah, yang bertarikh 1806:

Dan adalah yang bernama Kerajaan di negeri Brunei membawa agama Islam

dan mengikut syariat Nabi kita Muḥammad Ṣallallahu cAlaihi Wasallam iaitu

Paduka Seri Sultan Muhammad dan saudaranya Sultan Ahmad. Maka

beranak seorang perempuan dengan isterinya saudara Raja China yang

diambil daripada China Kinabatangan. Maka puteri itulah yang diambil oleh

Sharif Ali yang turun dari negeri Ta’if. Maka Sharif Ali itulah Kerajaan,

dinamai akan dia Paduka Seri Sultan Berkat dan ialah mengeraskan syariat

Rasulullah Ṣallallahu cAlaihi Wasallam, dan berbuat masjid dan segala rakyat

hina berbuat Kota Batu. Maka Sharif Ali itu pancir-pancir silsilah daripada

Amirul Mu’minin Hassan, cucu Rasulullah Ṣallallahu cAlaihi Wasallam.

Ia membuktikan bahawa Islam di Brunei Darussalam telah bermula sejak

Sultan Brunei Darussalam yang pertama lagi, Sultan Muhammad Shah. Sebelum

beginda memeluk agama Islam, beliau dikenali sebagai Awang Alak Betatar.

Penerapan nilai-nilai Islam meningkat dan menonjol dalam zaman pemerintahan

Sultan Brunei Darussalam yang ketiga iaitu Sultan Sharif Ali. Sultan Sharif Ali ini

berasal dari negeri Ta’if dan merupakan keturunan Rasulullah Ṣallallahu cAlaihi

Wasallam menerusi Sayyidina Hassan. Pada peringkat Permulaan, Baginda datang ke

Brunei Darussalam sebagai pendakwah Islam. Namun, setelah baginda berkahwin

dengan Puteri Sultan Brunei Darussalam yang kedua, Sultan Ahmad iaitu Puteri

Ratna Kesuma, ternyata ikatan perkahwinan tersebut telah memudahkan baginda

3

untuk mengembangkan dan menyebarkan syari’at Islam di Brunei Darussalam.

Baginda adalah sultan yang kuat beribadat dan mempunyai berkat sehingga baginda

termashyur dengan gelaran Sultan Berkat. Bagindalah yang mula-mula mendirikan

masjid, mengatur dan mengukuhkan pertahanan negara dengan mengarahkan rakyat

mendirikan kota batu.

Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Haji Awang Mohd.

Jamil Al-Sufri bin Begawan Pehin Udana Khatib Dato Seri Paduka Haji Awang

Umar (1990) juga menyatakan, dengan corak pemerintahan yang teratur dan adil

mengikut lunas-lunas pentadbiran agama Islam, Brunei Darussalam termasyhur

sebagai sebuah negara yang disegani. Di ketika itu, meskipun hubungan Brunei

Darussalam dan China telah renggang, tetapi perdagangan anatara kedua-dua belah

pihak masuh berjalan lancar. Orang Cina yang menetap di Brunei Darussalam

menguruskan perniagaan mereka dengan China, Patani dan negeri-negeri di

sekelilingnya. Zaman pemerintahan Sultan Sharif Ali ini juga disebut zaman

kegemilangan agama Islam, keamanan dan kesentosaan sehingga Brunei dinamakan

negara ‘Darussalam’.

Dengan itu, Brunei dikenali sebagai ‘Brunei Darussalam’ dan jelaslah ia telah

menjadi sebuah negara Islam. Sesebuah negara itu apabila ia dipimpin dan dikuasai

oleh raja-raja beragama Islam dan disemadikan pula dengan gelaran ‘Darussalam’

iaitu negara aman dan selamat, tidak dapat dinafikan lagi akan lahirlah identiti

keislamannya.

Amalan baginda Sultan Sharif Ali yang berusaha menegakkan agama Islam

dan mengamalkan syariah ini dianggap satu pusaka yang sentiasa diingati dan diikuti

oleh anak cucu baginda. Begitu juga sebagai kewajipan utama kepada Sultan-Sultan

Brunei Darussalam selepas baginda iaitu menegakkan syiar agama Islam dan

menjalankan pemerintahan menurut lunas-lunas hukum Islam.

Agama Islam yang telah menenangkan hati dan sanubari kita menurut ajaran-

ajaran yang dibawa oleh Rasulullah Ṣallallahu cAlaihi Wasallam untuk kita mengenal

Allah Subḥānahu Watacālā dan untuk menjadi bekalan hidup di dunia dan di akhirat

adalah sebahagian daripada jasa dan usaha peninggalan Sultan Sharif Ali kepada

umat Islam Brunei Darussalam.

Sebelum itu, sungguhpun agama Islam sudah ada di Brunei Darussalam iaitu

ketika zaman pemerintahan sultan Brunei Darussalam yang pertama, Sultan

Muhammad Shah, akan tetapi keadaan umat Islam pada waktu itu belum cukup

teratur dan semangat Islam yang suci itu belum merasuk lagi di sanubari masyarakat

Brunei Darussalam. Pada masa itu, pengaruh Hindu Buddha masih ada di kalangan

masyarakat Brunei Darussalam. Di samping itu juga, penyebaran ajaran-ajaran agama

Islam masih di peringkat permulaan.

Dalam hal ini, dapatlah digambarkan betapa hebatnya perjuangan Sultan

Sharif Ali pada waktu itu untuk menukarkan fikiran dan fahaman orang Brunei

Darussalam untuk menjadi umat Islam yang sejati yang mempunyai semangat

keislaman yang kukuh dan bertambah subur turun-temurun hingga sekarang.

Peninggalan jasa baginda kepada seluruh rakyat Brunei Darussalam inilah yang

sentiasa menjadi ristaan zaman.

Usaha-usaha Sultan Sharif Ali di dalam menyebarkan dan melaksanakan

syariat Islam itu kemudian diteruskan oleh Sultan-sultan selepas baginda sehinga

sekarang. Usaha-usaha ini dibuat dengan cara beransur-ansur dan ia diterap serta

dilaksanakan dengan bijak tanpa menimbulkan konflik. Natijahnya, ia mudah

4

diterima oleh rakyat Negara Brunei Darussalam dan agama Islam telah menjadi asas

kehidupan rakyat.

Dalam konteks ini, masyarakat Brunei Darussalam secara umumnya sudah

lama mengamalkan dan menghayati unsur-unsur Islam dalam kehidupan seharian

mereka iaitu sejak berabad-abad lamanya. Jelas di sini bahawa nilai-nilai Islam itu

merupakan nilai bangsa yang sudah membudaya (Hashim Abdul Hamid 2008).

ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI NEGARA

Agama Islam telah diberi kedudukan yang istimewa di dalam pentadbiran dan hala

tuju negara. Perlembagaan Brunei Darussalam 1959 telah memperuntukkan bahawa

agama rasmi bagi Brunei Darussalam adalah agama Islam dan ketua ugama negara

adalah Sultan.

Wawasan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah negara Islam dan

seterusnya sebagai Negara Melayu Islam Beraja (MIB) dengan jelasnya

diperkukuhkan lagi dengan titah pemasyhuran kemerdekaan oleh Kebawah Duli

Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mui’zzaddin

Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa

Permasyhuran Kemerdekaan Negara Brunei Darussalam pada 1 Januari 1984, di

mana baginda telah bertitah:

Negara Brunei Darussalam adalah dengan izin dan limpah kurnia Allah

Subhanahu Wata’ala, akan selama-lamanya kekal menjadi sebuah Negara

Melayu Islam Beraja yang Merdeka, Berdaulat dan Demokratik bersendikan

kepada ajaran-ajaran Ugama Islam menurut Ahli Sunnah Waljama’ah dan

dengan berasaskan keadilan dan amanah dan kebebasan, dan dengan petunjuk

serta keredhaan Allah Subḥānahu Watacālā jua akan sentiasa berusaha pada

memperolehi ketenteraman dan keselamatan, kebajikan serta kebahagian bagi

rakyat Beta, dan demikian juga pemeliharaan perhubongan persahabatan di

kalangan antarabangsa atau dasar saling menghormati terhadap kemerdekaan,

kedaulatan, persamaan dan keutuhan (kukuh) wilayah bagi semua negara

yang bebas dan campur tangan dari luar negeri.

Menerusi perlembagaan dan titah Baginda di atas, jelas menunjukkan bahawa

Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah negara berfalsafah MIB telah menjunjung

dan menanai Islam menurut aqidah Ahli Sunnah Waljama’ah sebagai asas dalam

mencorak dan membentuk serta membangunkan negara dan rakyat ke arah jalan yang

diredhai Allah Subḥānahu Watacālā sejak zaman berzaman lagi. Dalam erti kata yang

lain, aliran yang berbeza dengan aliran Ahli Sunnah Waljama’ah tidak akan mendapat

tempat di dalam pentadbiran kerajaan dan masyarakat keseluruhannya. Ke arah itu,

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Mui’zzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ada

menegaskan di dalam titah Baginda di Majlis Sambutan Israk Mikraj 1411H pada 12

Februari 1991:

Di samping itu, satu perkara lagi yang paling mustahak beta sebutkan di sini

ialah mengenai dengan ajaran-ajaran agama Islam yang kita amalkan selama

ini perlulah dipastikan ianya berjalan dengan kukuh dan baik. Pegangan kita

yang kuat itu ialah menurut aqidah Ahli Sunnah Waljama’ah semata-semata.

Menurut Pehin Orang Kaya Laila Wijaya Dato Seri Setia Haji Awang Abdul

Aziz bin Begawan Pehin Udana Khatib Dato Seri Paduka Haji Awang Umar (1992),

MIB itu pada asasnya adalah tiga unsur komponen penting iaitu Melayu (M), Islam

5

(I) dan Beraja (B). Dalam menafsirkan MIB sebagai falsafah Negara Brunei

Darussalam, ketiga komponen M, I dan B tidak boleh dilihat secara berpisah-pisah.

Oleh kerana komponen M, I dan B mempunyai kaitan antara satu dengan yang lain.

MIB haruslah dilihat secara integral dan utuh sehingga bentuk MIB sebagai falsafah

Negara Brunei Darussalam menjadi unik. Pemahaman MIB secara parsial dan

terpisah-pisah akan membuat konsep MIB itu menjadi kurang bermakna.

Konsep Melayu Islam Beraja atau MIB yang menjadi falsafah Negara Brunei

Darussalam ini hendaklah dilihat pada nilai yang wujud dalam konsep berkenaan.

Oleh itu konsep tersebut hendaklah dilihat sebagai sesuatu yang berintegrasi antara

satu sama lain. Yang paling penting, Islam yang terkandung di dalamnya bukan

sahaja sebagai akar dan paksi bagi mengimbangi konsep berkenaan, malah sebagai

penentu dan rujukan bagi setiap tindakan.

Sebagaimana titah Kebawah Duli yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda

Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan

Negara Brunei Darussalam, di Majlis Pertandingan Membaca Al-Qur’an Peringkat

Kebangsaan pada 14 Januari 1991:

Maka demikianlah halnya dengan nilai-nilai yang ada pada kita. Kita ambil

satu contoh nilai yang paling agung dan tertinggi iaitu konsep Melayu Islam

Beraja. Ia tidak syak lagi merupakan benih satu-satunya yang boleh tumbuh

di bumi Brunei Darussalam. Kerana dari sifat-sifat semulajadinya

menunjukkan bahawa ianya memang benih yang asli, yang sudah sedia wujud

dan ditakdirkan oleh Allah Subḥānahu Watacālā untuk Brunei Darussalam.

Daripadanya akan terpancar segala kebajikan yang kita perlukan. Ialah

panduan tata negara kita, bahawa dari tafsirannya dan huraiannya yang

meletakkan kita di barisan negara-negara yang bukan sekular yang

mempunyai identiti dan imej tersendiri yang teguh.

Komponen Islam di dalam MIB diakui sebagai agama rasmi negara menurut

aqidah Ahli Sunnah Waljama’ah yang dihayati menjadi cara hidup yang lengkap,

sempurna dan unggul. Menurut Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama

Ustaz Haji Awang Mohd Zain bin Haji Serudin (1994), sebagai satu bangsa secara

keseluruhannya, maka masyarakat Brunei Darussalam tidak pernah luput daripada

pegangan serta sifat-sifat mulia. Cara hidup yang sangat membanggakan iaitu cara

hidup ‘kebruneian’ dengan unsur serta corak Melayu, Islam dan Beraja adalah

sentiasa menjadi asas dan landasan bagi rakyat dan penduduk Brunei Darussalam

menikmati kehidupan yang penuh berkebajikan. Sehubungan dengan itu, maka

dorongan-dorongan untuk masyarakat Brunei kekal bersatu padu dan meningkatkan

mutu perpaduan adalah sangat jelas. Dengan pegangan taat kepada Allah Subḥānahu

Watacālā, setia kepada raja dan kerajaan, maka terbentuklah sebuah kelompok

masyarakat yang cintakan hidup rukun damai, hormat-menghormati, bersopan lagi

beradab di bawah pimpinan kerajaan yang tidak putus-putus berkhidmat bagi

kebajikan serta kesejahteraan segala isi di dalamnya.

Pergolakan dunia ketika ini pasti semua orang tahu, bermacam-macam

cabaran telah berlaku yang boleh menggugat kekuatan jati diri bangsa sesebuah

negara, tidak terkecuali Negara Brunei Darussalam. Walau bagaimanapun

tanggungjawab mengekalkan jati diri bangsa itu adalah perlu ditanai oleh semua

pihak tidak terkecuali ibu bapa, guru, kerajaan, masyarakat dan lain-lain. Agar

dengan yang demikian, kita akan dapat mengekalkan ketahanan bangsa. Iaitu bangsa

Melayu Brunei Darussalam yang memang terkenal dengan keramahan dan kuat

berpegang kepada ajaran agama Islam.

6

Menurut Dato Seri Laila Jasa Awang Haji Mohd. Salleh Haji Hidup (1992),

asas dan hala tuju Brunei Darussalam dengan falsafah Melayu Islam Beraja ini juga

dapat dilihat sejak sebelum kemerdekaan lagi. Persepsi Kerajaan British secara rasmi

terhadap Negara Brunei Darussalam adalah tetap sebagai sebuah negara yang dimiliki

oleh orang-orang Melayu yang menganut agama Islam dan mempunyai raja. Inilah

persepsi di Pejabat Kolonial di London. Sebab itulah, dalam perundingan-

perundingan Negara Brunei Darussalam dengan Kerajaan British di London,

kedudukan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah negara Melayu, beragama

Islam dan dipimpin oleh seorang raja tidak pernah digugat atau dipersoalkan.

Pendirian Kerajaan British ini jelas dalam perbincangan Sultan Brunei Darussalam

yang ke-28, Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Saadul Khairi Waddien dengan Pejabat

Kolonial dalam tahun 1957:

Her Majesty’s Government were determined that nothing should be proposed

which would in any way depress the status Brunei as a Malay Islamic State.

Tidak cukup dengan itu, Negara Brunei Darussalam melangkah setapak lagi

ke hadapan dengan berusaha menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai Negara

Zikir. Negara Zikir merupakan suatu impian baharu yang diilhamkan oleh Kebawah

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

melalui titah Baginda sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha 1428H pada 19

Disember 2007 seperti berikut:

Brunei adalah negara yang selalu bersama-sama dengan al-Raḥman (yang

Maha Pengasih), yang sentiasa berhias dengan zikir dan menjadikannya s

ebagai rutin kebiasaan. Kerana itu Allah pun, dengan rahmat-Nya,

memalingkan kita daripada sebarang kesusahan dan bencana, dari pelbagai

anasir yang boleh merosakkan keamanan.

Beta, Insya Allah, akan terus berazam untuk menjadikan Brunei Darussalam

sebuah ‘Negara Zikir’ yang sentiasa mengagungkan Allah, supaya kita selalu

berada dalam perhatian dan pemeliharaan-Nya, sesuai dengan janji-Nya

dalam Surah al-Baqarah ayat 152 tafsirnya, ‘kamu ingati Aku, nescaya Aku

akan mengingati kamu pula’.

Keazaman Baginda tersebut lahir daripada keyakinan mendalam bahawa

Negara Zikir itu pasti diberkati oleh Allah Subḥānahu Watacālā dan akan mendapat

rahmat serta pertolongan-Nya. Tidak syak lagi, konsep ini merupakan aspirasi dan

harapan Baginda dalam merealisasikan usaha membangun umatnya. Baginda sangat

menitikberatkan ajaran agama Islam dan sentiasa berusaha untuk memastikan ajaran

agama Islam mekar dan subur berkembang di bumi Darussalam ini.

Walau apa pun cabaran yang mendatang, negara yang kecil lagi harmoni dan

sejahtera ini tetap teguh dengan nilai-nilai keIslamannya yang ‘tidak akan luput dek

hujan, tak lekang dek panas’. Perkara ini bertepatan dengan titah Kebawah Duli Yang

Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mui’zzaddin

Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, di Forum

Demokrasi Bali Indonesia 2009 pada 10 Disember 2009:

We still have great pride in our history, our traditions and our way of life. It

is our inheritance and we cherish it. But just as we inherited our own past, so

will our children and grandchildren inherits theirs. And we are increasingly

aware that this is our immediate responsibility. The past is what it is. The

future will be the same.

7

ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP MASYARAKAT BRUNEI DARUSSALAM

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Mui’zzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

telah memilih agama Islam sebagai agama rasmi negara dan ia hendaklah dipastikan

berjalan dengan kukuh dan baik.

Pegangan yang teguh dengan ajaran agama Islam dapat menangkis segala

gejala-gejala yang boleh menggugat aqidah kita. Hamba Allah yang taat akan selalu

mendapat kemenangan, sementara yang ingkar akan menerima padah pada akhirnya.

Begitu juga dengan jati diri bangsa kita. Jika tidak dikekalkan dan dipelihara,

masyarakat Brunei Darussalam pasti akan tumpas atau musnah akibat dari proses

globalisasi. Oleh itu, masyarakat Brunei Darussalam perlulah mengasuh diri berbuat

yang benar dan menolak mungkar, di samping membina masyarakat yang bersatu

padu dan teguh pendirian agar tidak leka dibuai arus kemodenan yang mengasyikkan.

Sebagaimana titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda

Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mui’zzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan

Negara Brunei Darussalam di Majlis Sambutan Sambutan Israk Mikraj 1426H pada 1

September 2005:

Dalam hubungan kita membina masyarakat dan negara, hendaklah jangan

terlalu leka dibuai dibuai oleh arus kemodenan yang serba mengasyikkan.

Kita mesti lebih berhati-hati memilih dan menggunakan elemen-elemen

kemajuan, selaras dengan garis pandu yang telah disyariatkan oleh Allah

Subhanahu Wata'ala. Sangat penting bagi kita memilih cara yang betul agar

menghasilkan kesan positif yang berpanjangan. Janganlah sekali-kali memilih

cara yang kelihatannya betul, tetapi pada hakikatnya satu perkara yang batil

yang akhirnya boleh mendatangkan kesan negatif yang sukar dipulihkan.

Pada dasarnya, nilai-nilai Islam yang dipraktikkan dalam sosio-budaya

masyarakat Brunei Darussalam dapat dilihat dari beberapa aspek antaranya ialah

aspek keberkatan, aspek sosial, aspek pendidikan, aspek kesenian dan aspek

kepercayaan.

Aspek Keberkatan

Usaha bagi merealisasikan Islam sebagai cara hidup negara dapat dilihat ketika

Pemashyuran Kemerdekaan Negara Brunei Darussalam pada 1 Januari 1984, kalimah

Allahu Akbar dilaungkan sebanyak tiga kali dengan diketuai oleh Almarhum Sultan

Haji Omar Ali Saifuddien, sebagai tanda keberkatan dan memohon petunjuk daripada

Allah Subḥānahu Watacālā.

Kita dapat melihat sesuatu majlis yang diselenggarakan di Negara Brunei

Darussalam pasti akan dimulakan dan diakhiri dengan bacaan surah Al-Fatihah dan

ayat suci al-Qur’an untuk mengambil keberkatan dari Allah Subḥānahu Watacālā.

Bukan sahaja di majlis kemasyarakatan rakyat, bahkan juga di majlis-majlis

kebesaran negara. Doa safar juga dibacakan doa safar jugadi setiap penerbangan

dalam penerbangan diraja Brunei sebelum memulakan penerbangan. Di samping itu,

setiap kali majlis-majlis kebesaran negara seperti Hari Kebangsaan dan Hari

Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang

Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Majlis Sembahyang Berjemaah dan Doa

Kesyukuran akan diadakan pada malam sebelumnya.

8

Budaya celik al-Qur’an amat dititikberatkan oleh Kebawah Duli Yang Maha

Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah,

Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Ia selaras dengan titah

baginda di Majlis Sambutan Nuzul Al-Qur’an 1412H pada 22 Mac 1992:

Munasabah sempena dengan kita memperingati Nuzul Al-Qur'an ini, serta

demi untuk mendapatkan keberkatan dan cahaya dari Al-Qur'an itu, maka

adalah seelok-elok pekerjaan untuk dijadikan tabiat khasnya oleh pegawai-

pegawai dan kakitangan kerajaan, melazimkan diri masing-masing untuk

membuka dan membaca kitab suci Al-Qur'an, walaupun setakat beberapa

ayat sahaja pada tiap-tiap hari, sebelum memulakan tugas dan pekerjaan

masing- masing. Tujuannya ialah agar dengan berkat Al-Qur'an itu apa jua

tugas dan khidmat kita untuk negara ini, akan sentiasa terpimpin atau dipandu

oleh petunjuk dan hidayat Allah, sesuai dengan sifat Al-Qur'an itu sendiri

sebagai 'Hudan Lilmuttaqin' yakni petunjuk bagi orang-orang yang suka

bertakwa.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal

Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei

Darussalam juga telah memperkenankan perintah bagi penutupan premis perniagaan

sewaktu sembahyang jumaat serta larangan kepada restoran yang dimiliki oleh orang

Islam untuk menghidangkan makanan kepada semua orang (termasuk yang bukan

Islam) di siang hari bulan Ramadhan. Baginda juga menegaskan supaya Hari-Hari

Kebesaran Islam seperti Sambutan Maulud Nabi Muhammad Ṣallallahu cAlaihi

Wasallam, Sambutan Nuzul Al-Qur’an, Sambutan Israk Mikraj disambut secara

besar-besaran. Salah satu cara ke arah membesarkan dan mengagungkan hari-hari

kebesaran Islam ialah dengan cara memperingatinya yang diisi dengan acara yang

bercorak keugamaan. Di samping pengisian yang sesuai dengan hari atau peristiwa

yang sesuai dengan hari atau peristiwa yang diperingati itu, ia juga akan lebih

bermakna lagi jika diadakan diperingkat negara atau kebangsaan yang sekaligus akan

turut disertai oleh kepala negara, orang-orang kenamaan, pembesar-pembesar negara

dan umat Islam seluruhnya. Cara ini sangatlah penting dari segi kepimpinan dan

membesarkan syiar Islam itu sendiri. Antara lain baginda bertitah sempena Sambutan

Maulud Nabi Muhammad Ṣallallahu cAlaihi Wasallam 1411 Hijriah pada 1 Oktober

1990:

Demikian juga beta telah mensarankan supaya hari-hari kebesaran Islam

disambut dengan cara yang besar-besaran, termasuk diantaranya ialah

Maulud Nabi Sallallahu cAlahi Wasallam. Perkara ini beta maksudkan

sebagai penekanan, bahawa kita adalah benar-benar terlibat dengan Islam,

bukan Islam sambil lewa, atau Islam ambil lepas, tetapi adalah Islam yang

benar-benar mantap dan rakat di hati dan di jiwa, Islam yang ikhlas, yang

diadun dengan sifat amanah serta niat semata-mata kerana Allah jua.

Perkembangan yang lain termasuklah kelahiran Mushaf Negara Brunei

Darussalam yang yang dilancarkan pada 3 Oktober 1992. Ia telah diterima dengan

baik oleh rakyat. Apatah lagi setiap keluarga yang beragama Islam di negara ini

dihadiahkan secara percuma sebuah mushaf tersebut. Lanjutan dari itu juga, Mushaf

Brunei Darussalam dan Terjemahannya juga telah dilancarkan pada tahun 2009.

Sebagai meneruskan kesinambungan al-Qur’an sebagai penyuluh kehidupan

rakyat Negara Brunei Darussalam, maka cokmar Universiti Brunei Darussalam yang

digunakan sejak tahun 1989 telah digantikan dengan cokmar yang baharu pada tahun

1996. Cokmar baharu ini merupakan Mushaf yang ditulis khas. Menjadikan al-Qur’an

cokmar universiti ini bukanlah bermaksud al-Qur’an itu hanya sebagai lambang ilmu

9

atau hanya di majlis-majlis semata-mata, tetapi ia sebagai ingatan kepada para

ilmuwan yang terdidik di negara ini supaya tidak melupakan al-Qur’an sebagai kitab

suci dan memberi perhatian yang wajar kepada isi kandungannya untuk diambil

iktibar dan beramal dengannya.

Sebagaimana titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda

Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan

Negara Brunei Darussalam di Majlis Konvokesyen kali ke-10, Universiti Brunei

Darussalam pada 16 September 1998:

Mengenai penggantian cokmar Universiti Brunei Darussalam kepada Mushaf

Al-Qur’an tulisan tangan sebagaimana yang kita maklum adalah atas asas, al-

Qur’anlah yang patut di‘highlight’ sebagai sumber ilmu, lambang ketinggian

ilmu dan bahkan sumber segala-galanya yang menjadi suluh hidup di dunia

dan di akhirat. Semoga dengan berkat al-Qur’an itu ‘generasi ilmuan’ yang

telah dan bakal lahir juga ialah ‘generasi al-Qur’an’ yang sentiasa membaca

serta mengamalkannya.

Dalam hal yang berkaitan, ayat-ayat suci al-Qur’an dan kalimah-kalimah arab

juga telah digunakan pada lambang rasmi kerajaan mahu pun alat-alat kebesaran

diraja. Umpamanya, mohor rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri

Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menggunakan ayat

al-Qur’an iaitu:

.

Tafisrnya:

Maha berkat Allah yang menguasai kerajaan yang di dalam kekuasaan-Nya.

Pada panji-panji Negara Brunei Darussalam pula tertulis kalimah Arab iaitu:

احملسنون باهلدى.الدائمون

Maksudnya:

Sentiasa membuat kebajikan dengan petunjuk Allah.

Pada tempat bersemayam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri

Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pula, yang disebut

sebagai patarana atau takhta, tertulis di depannya ayat al-Qur’an:

.

Tafsirnya:

Dan bermesyuaratlah engkau dengan mereka dalam urusan itu (kedamaian), maka

apabila engkau telah mempunyai keputusan yang tetap hendaklah berserah diri

kepada Allah (bertawakal).

Di sebelah belakang pula tertulis:

.

10

Tafsirnya:

Katakanlah wahai Tuhan yang memiliki segala kekuasaan, Engkau beri kerajaan

kepada siapa yang Engkau kehendaki.

Di sebelah kanan pula tertulis:

.

Tafsirnya:

Dan apa yang diberikan Rasulullah kepada kamu, maka hendaklah kamu terima, dan

apa yang dilarangnya, maka hendaklah kamu berhentikan.

Dan di sebelah kiri pula tertulis:

.

Tafsirnya:

Negara yang aman makmur dan Tuhan yang pengampun

Selain itu, semasa Majlis Menuai Padi Laila pada 3 Ogos 2009, Kebawah

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Muizzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam juga

merasmikannya dengan berdoa memohon rahmat dari Allah Subhanahu Watacala:

Allahumma Ya Allah, sekiranya rezeki kami ada di langit, maka turunkanlah

ia, sekiranya ada di bumi maka keluarkanlah ia, sekiranya ada kepayahan

maka mudahkanlah ia, sekiranya ia jauh maka dekatkanlah ia, sekiranya

sedikit banyakkanlah ia. Ya Allah Ya Tuhan kami berkatilah kami dan negara

kami padanya.

Pada 22 Oktober 2013 pula, Negara Brunei Darussalam telah melakar sejarah

besar apabila mengazetkan Akta Perintah Kanun Hukunan Jenayah Syar’iah yang

berkuatkuasa enam bulan selepasnya secara berfasa. Kebawah Duli Yang Maha

Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah,

Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mengumumkan perkara

tersebut ketika bertitah di Perasmian Majlis Ilmu 2013. Hal ini jelas membuktikan

kewibawaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji

Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara

Brunei Darussalam yang sentiasa berusaha untuk menerapkan nilai-nilai dan syariat

Islam dalam sistem pemerintahan, perundangan dan kehidupan masyarakat Brunei

Darussalam.

Baginda antara lain bertitah:

Dengan izin Allah jua, Akta Perintah ini, pada hari ini, 22hb Oktober, 2013

mula digazetkan, dan akan mula berkuatkuasa enam bulan selepasnya secara

berfasa. Dengan ini Alhamdulillah, pada perintah ini tanggungjawab kita di

hadapan Allah telahpun tertunai.

Majlis ini memaparkan tema berbunyi: ‘Undang-Undang Jenayah Syari’ah

Menjamin Keadilan dan Kesejahteraan Untuk Semua’. Mengapa ia begitu?

Kerana selaku yang datang daripada Allah memanglah wajar dan malah wajib

untuk diyakini sebagai mampu untuk menjamin keadilan dan kesejahteraan

bagi semua.

11

Undang-Undang Allah disyari’atkan, bukanlah untuk kepentingan-Nya

sendiri. Allah sama sekali tidak mempunyai apa-apa hajat, kerana Dia sendiri

adalah Maha Sempurna. Yang berhajat itu ialah kita para hamba, termasuk

hajat untuk dapat menikmati keadilan dan kesejahteraan. Lalu kerana hajat

kita itulah, Allah Subḥānahu Watacālā pun, dengan segala sifat kepemurahan-

Nya, telah menciptakan undang-undang untuk kita, supaya kita

menggunakannya bagi tujuan memperolehi keadilan.

Aspek Permakanan

Seterusnya perkembangan mengenai isu-isu permakanan. Sejarah pentadbiran

makanan halal yang sistematik di Negara Brunei Darussalam bermula apabila

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Mu’izzaddin Waddaulah telah bertitah sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan yang

ke-51 tahun pada 15 Julai 1997, mengenai usaha untuk menubuhkan sebuah badan

yang bertanggungjawab ke atas kawalan makanan halal di Negara Brunei

Darussalam. Titah itu berbunyi:

Dalam konteks ini, sudah tiba masanya bagi pihak-pihak berkenaan dalam

kerajaan untuk mengkaji kemungkinan bagi mengadakan satu badan atau

seumpamanya selaku pihak yang mengawal halal haram bahan-bahan

makanan dan, termasuk segala jenis daging serta lain-lain bahan gunaan di

negara ini. Kewajipan ini menjadi prioriti, kerana kedudukan kita selaku

sebuah negara Islam adalah wajib memelihara agama dan ibadat rakyat serta

penduduk yang berada di dalamnya.

Sejak itu, Badan Pengeluar Permit Import Daging Halal (kini dikenali sebagai

Bahagian Kawalan Makanan Halal) telah ditubuhkan. Akta-akta yang berkaitan juga

telah dikuatkuasakan seperti Akta Daging Halal 1998, Akta Kesihatan Awam

(Makanan) 1998 dan Perintah Sijil Halal dan Label Halal 2005. Akta-akta ini secara

tidak langsung merupakan satu usaha Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia

Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam

menjaga kehalalan makanan di negara ini. Ia secara tidak langsung menggambarkan

ketegasan Negara Brunei Darussalam dalam mengamalkan agama Islam sebagai cara

hidup dan tidak terkecuali dari segi permakanan.

Kepentingan makanan halal ini ditekankan oleh Kebawah Duli Yang

Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin

Waddaulah dalam titah Baginda sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan yang ke-54

tahun pada 15 Julai 2000:

Di samping itu, peranan negara yang tersendiri dalam bidang ekonomi

serantau dan antarabangsa akan semakin menyerlah apabila kita mempunyai

kemampuan untuk menjadi pengeluar barangan dari makanan halal. Pada

tahun lalu, kita sudah pun mengadakan akta yang berkaitan dengannya, bagi

menjamin bahawa perbekalan daging dan ayam adalah benar-benar halal

menurut hukum syarak. Beta berharap, langkah ini bukan saja terhad kepada

dua jenis barangan yang disebutkan itu, malahan juga termasuk makanan-

makanan yang sudah diproses. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan

ajaran-ajaran Islam menjadi cara hidup, maka kita akan terus bergerak

menjalankan ajaran-ajaran yang indah itu dalam kehidupan kita.

12

Pengharaman terhadap arak atau minuman keras bagi Negara Brunei

Darussalam juga berlaku secara berperingkat-peringkat. Peringkat pertama,

pengharaman daripada Syarikat Penerbangan Diraja Brunei atau Royal Brunei

Airlines (RBA) yang tidak lagi menghidangkan arak dalam sebarang penerbangannya

berkuatkuasa mulai 30 November 1988. Peringkat kedua, pengharaman daripada

kelab-kelab Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang berkuatkuasa mulai 31 Julai

1990. Peringkat terakhir, pengharaman secara menyeluruh iaitu menegah kemasukan

arak ke Negara Brunei Darussalam yang berkuatkuasa mulai 1 Disember 1991.

Semua permit untuk kemasukan segala jenis arak yang dikeluarkan sebelum tarikh

tersebut adalah dibatalkan dengan serta-merta. Sementara itu, arak yang sudah

dimasukkan atau dibuat dalam negara ini adalah dimansuhkan pada 1 Januari 1991

(Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin

Juned 1992).

Langkah tegas ini juga diambil berikutan semakin ramainya umat Islam

daripada pelbagai peringkat termasuk kanak-kanak sekolah dan belia-belia terlibat

meminum minuman keras. Pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka

Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hanya

membenarkan kemasukan arak bagi kegunaan persendirian orang-orang bukan Islam.

Itupun hanya terhad dalam jumlah yang ditetapkan. Hukuman denda dan penjara

boleh dikenakan ke atas mana-mana orang Islam yang sabit bersalah meminum

minuman keras di tempat awam. Langkah tegas melarang kemasukan segala jenis

minuman keras ke Negara Brunei Darussalam ini mencerminkan kesungguhan

kerajaan menyelaraskan nilai dan kehendak hukum Islam yang berkonsepkan MIB.

Pada masa yang sama, pihak kerajaan juga boleh memastikan segala macam pintu

maksiat ditutup seberapa yang boleh (Pusat Da’wah Islamiah 2011).

Pada 22 Mac 2010, dalam Persidangan Majlis Mesyuarat Negara, berlaku

percubaan untuk membuka ruang kemasukan arak ke Negara Brunei Darussalam.

Walau bagaimanapun, Yang Berhormat Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri

Utama Ustaz Haji Awang Mohd. Zain bin Haji Serudin menolak dengan tegas

cadangan supaya zon khas jual beli arak diwujudkan untuk pelancong bukan Islam di

Negara Brunei Darussalam (Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat 2010). Beliau berkata:

Selepas itu mungkin akan timbul yang kedua, mengadakan night-night club,

mengadakan cabaret. Selepas itu, timbul nanti ada zon pelacuran dan selepas

itu kasino. Semua ini membawa kerosakan kepada Negara Brunei

Darussalam. Yang paling ditakuti ialah kemurkaan Allah. Kerana maksiat

yang berlaku itu mendatangkan kemurkaan Allah. Kemurkaan Allah bukan

sahaja pelakunya yang menerima, bahkan orang lain pun akan terkena.

Eloklah kita kekalkan Brunei Darussalam yang aman sejahtera.

Sepanjang pengharaman minuman keras masuk ke Negara Brunei

Darussalam, banyak percubaan untuk menyeludup masuk minuman tegahan ini tetapi

pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan

Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Jabatan Kastam dan Eksais

Diraja dan Pasukan Polis Diraja Brunei berjaya menghalang sebarang penyeludupan

minuman keras. Kesedaran orang ramai memberikan maklumat berkaitan dengan

sebarang penyeludupan ini juga banyak membantu pencegahan ini (Ahmad

Abdussalam Abdul Rahman 2010).

Langkah Kerajaan Negara Brunei Darussalam dalam mengharamkan

penjualan, pengedaran dan sebagainya yang berkaitan dengan arak merupakan satu

langkah yang bijak. Di samping menjalankan hukum yang terdapat dalam al-Qur’an,

ianya juga sebagai langkah untuk menutup segala ruang untuk terjadinya perkara

13

maksiat yang lain. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji

Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah juga pernah membicarakan berkaitan

dengan pengharaman arak ini dalam titah baginda sempena Sambutan Nuzul Al-

Qur’an 1416H pada 7 Februari 1996:

Kalau dahulu arak pernah beredar di negara kita, di daratan mahupun di

udara, sekarang Alhamdulillah, arak sudah menjadi barang terlarang dan

haram di negara yang kecil mongel ini. Namun dalam pada itu pun,

Penerbangan RBA masih sahaja tetap laku, dan semua kalangan dan

peringkat.

Selain itu, Negara Brunei Darussalam juga turut memperkenalan Jenama

Brunei Halal. Jenama Brunei Halal merupakan satu projek utama kerajaan yang

dilaksanakan oleh Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama dengan

kerjasama Kementerian Kesihatan, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan MUIB.

Projek Jenama Brunei Halal ini akan memperkenalkan Negara Brunei Darussalam ke

pasaran antarabangsa, menarik pelaburan asing ke Negara Brunei Darussalam dan

memberikan peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan (Jabatan Pertanian 2009).

Antara objektif projek ini ialah menunaikan kewajipan fardu Kifayah. Ia

bermaksud kewajipan untuk memudahkan umat Islam mendapatkan produk-produk

halal. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk mempelbagaikan ekonomi negara dan

sebagai platform bagi memajukan produk tempatan. Dalam projek ini, Negara Brunei

Darussalam bukan hanya mengiktiraf produk yang dihasilkan di negara ini, malah

juga akan mengiktiraf halal bagi produk-produk daripada luar negara yang menepati

kualiti yang telah ditetapkan dalam piawaian Jenama Brunei Halal. Melalui inisiatif

ini, Negara Brunei Darussalam akan meningkatkan pendapatan melalui bayaran

pendaftaran dan royalty (Jabatan Pertanian 2009).

Perkara ini selaras dengan titah Kebawah Duli yang Maha Mulia Paduka Seri

Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-

Pertuan Negara Brunei Darussalam di Perasmian Ekspo Produk Halal Antarabangsa

2006 pada 7 Ogos 2006:

Beta penuh yakin dan percaya Negara Brunei Darussalam sebagai negara

Islam yang dilengkapi dan mempunyai kelebihan untuk meletakkan negara

ini sebagai salah satu penggerak utama terkemuka dalam pasaran halal global.

Kita menyedari peluang sebanyak AS$560 juta pasaran tahunan untuk

keseluruhan industri halal di mana sektor makanan halal dianggarkan

berjumlah AS$150 juta setiap tahun dan terdapat banyak ruang untuk semua

orang bekerja bersama dalam potensi yang amat besar itu.

Status pencapaian projek ini pada setakat ini ialah pembentukan sebuah label

halal baru, mengeluarkan produk-produk Jenama Brunei Halal dan melantik pakar-

pakar perunding untuk melaksanakan program-program membina laman web serta

penetapan bayaran pendaftaran dan royalty. Al-Ghanim International Food

Corporation Sdn. Bhd. telah dilantik sebagai agen pemasaran Jenama Brunei Halal

sementara Fusan Enterprise Sdn. Bhd. dan National Trades Union Congress (NTUC)

Fairprice Co-Operative Ltd. telah dilantik sebagai agen pengeluar produk. Selain itu,

beberapa dokumen juga telah diterbitkan bagi mendukung pelaksanaan projek Jenama

Brunei Halal. Antaranya ialah Standard Makanan Halal Negara Brunei Darussalam,

Garis Panduan bagi Pensijilan Halal, Garis Panduan untuk Audit Pematuhan, Garis

Panduan untuk Pensijilan Juruaudit Pematuhan Halal, Garis Panduan untuk Audit

pemantauan Halal dan Garis Panduan Pengilangan dan Pengendalian Produk-Produk

Ubat, Ubat Traditional dan Tambahan Kesihatan Halal Brunei Darussalam (Brunei

14

Halal 2010: Why Choose Brunei Halal Brand). Di samping itu, tiga projek sokongan

juga sedang dijalankan iaitu Pusat Sains Halal, Taman Agro teknologi Brunei dan

Pembesaran Pulau Muara Besar (Jabatan Pertanian t.th.).

Aspek Sosial

Aspek sosial ini dapat dilihat dari pelbagai sudut seperti dari sudut berpakaian dan

sudut kemasyarakatan.

Dari sudut berpakaian, kita dapat melihat terdapatnya pengaruh Islam di

dalamnya. Kita dapat menyaksikan sendiri pakaian yang menutup aurat lebih menjadi

pilihan kepada majoriti masyarakat Brunei Darussalam. Pemakaian tudung juga telah

menjadi pilihan ramai wanita di negara in dengan fesyen yang pelbagai mengikut

kesesuaian zaman. Pegawai dan kakitangan lelaki di jabatan-jabatan Kerajaan

hendaklah berpakaian kemas dan sopan sama ada berseluar panjang dan berbaju

kemeja lengan panjang; berseluar panjang dan berbaju MIB ataupun berbaju cara

melayu lengkap dengan bersamping. Bagi Pegawai dan perempuan pula hendaklah

berpakaian menutup aurat iaitu berbaju kurung labuh yang tidak menampakkan susuk

tubuh badan dan memakai tudung kepala yang labuh serta melepasi dada. Adapun

semasa majlis Beradat Istiadat, majlis Kebesaran Negara dan majlis Kebesaran Islam,

kod etika pakaian ialah Baju cara melayu lengkap dengan bersamping bagi lelaki dan

baju kurung serta bertudung bagi perempuan.

Dalam konteks agama Islam, mengeratkan silaturrahim di antara satu dengan

yang lain amatlah digalakkan. Namun begitu pergaulan diantara lelaki dan perempuan

ada batasannya. Begitu juga dengan pergaulan di dalam masyarakat Islam di Brunei

Darussalam yang begitu peramah dan mudah mesra di antara satu dengan yang lain.

Perkara ini bukanlah sesuatu yang baru bahkan ia telah wujud sejak dulu lagi.

Contohnya jika seorang perempuan ingin berjumpa dengan lelaki yang bukan muhrim

hendaklah membawa bersama seorang wanita atau lelaki muhrimnya bagi

mengelakkan kesangsian masyarakat sekeliling.

Budaya bergotong-royong merupakan satu amalan yang mulia dan sangat

dituntut di dalam agama Islam. Budaya ini sememangnya menjadi amalan di dalam

masyarakat Melayu di negara ini. Ini dapat kita lihat dengan jelas apabila diadakan

acara-acara kemasyaratan atau majlis-majlis perkahwinan. Budaya yang lebih

dikenali sebagai memucang-mucang ini sememangnya dapat mengeratkan silaturahim

di antara kaum keluarga serta rakan-rakan. Kerja yang berat menjadi ringan ibarat

kata pepatah ‘Yang Berat Sama Dipikul, Yang Ringan Sama Dijinjing’ dan ‘Sepakat

membawa berkat’.

Tolong-menolong merupakan salah satu lagi amalan mulia yang amat-amat

dituntut di dalam agama Islam. Di zaman moden ini, dengan perkembangan teknologi

maklumat dan komunikasi (ICT), budaya ini tetap diteruskan. Contohnya menderma

melalui SMS bagi derma anak-anak yatim, derma bagi mangsa-mangsa bencana dan

sebagainya.

Selain mengeratkan silaturrahim dan tolong menolong, hidup masyakarat

Brunei Darussalam juga didukung oleh musyawarah hormat menghormati, berawar

galat, bersopan santun, bertegur sapa dan sebagainya. Nilai-nilai yang luhur ini

adalah yang diajarkan oleh Islam. Malah nilai-nilai ini juga ditekankan dan

dimuatkan dalam rukun akhlak dan etika kerja perkhidmatan awam Brunei

Darussalam yang meliputi antaranya: bersih, jujur dan amanah amalan mulia;

berilmu, kreatif dan inovatif asas kebaktian; sabar, tabah dan bersopan santun amalan

15

terpuji; setiakawan, syura dan bermuafakat membawa berkat serta pemedulian asas

perpaduan (Jabatan Perkhidmatan Awam 2012).

Aspek Pendidikan

Di Negara Brunei Darussalam, pihak kerajaan sememangnya mengambil berat akan

pendidikan bagi rakyatnya. Seperti yang kita sedia maklum, maju dan mundurnya

sesebuah negara itu bergantung kepada tahap pendidikan rakyatnya.

Falsafah pendidikan Negara Brunei Darussalam adalah pendidikan yang

berterusan bersumberkan naqli dan ‘aqli ke arah memperkembangkan potensi

individu secara menyeluruh bagi melahirkan insan yang berilmu dan berkepandaian,

beriman, bertaqwa dan beramal serta berakhlak mulia yang akan menimbulkan suatu

identiti kebangsaan berdasarkan falsafah Negara iaitu Melayu Islam Beraja

bersendikan kepada ajaran-ajaran agama Islam menurut aqidah Ahli Sunnah

Waljama’ah sebagai tapak pertumbuhan ketaatan kepada agama, raja dan Negara

Brunei Darussalam.

Perkara ini selaras dengan titah Kebawah Duli yang Maha Mulia Paduka Seri

Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-

Pertuan Negara Brunei Darussalam, sempena Sambutan Hari Kebangsaan kali ke-21

pada 23 Februari 2005:

Pendidikan pada khususnya mestilah jelas, bahawa keperluan umum tidak

akan mengatasi keperluan ugama. Dalam makna, pendidikan ugama juga

hendaklah sama-sama diutamakan. Di peringkat asas, pendidikan ugama

hendaklah sempurna, sementara di peringkat tinggi pula hendaklah mampu

melahirkan ulama dan cendekiawan berwibawa. Jangan sama sekali ia kurang

atau dikurangkan kerana berdasarkan fakta sejarah di mana-mana sahaja, jika

pendidikan ugama lemah, maka akan lemahlah pula bangsa.

Banyak sekolah-sekolah serta institusi-institusi pendidikan tinggi telah

ditubuhkan bagi memberikan pendidikan kepada rakyatnya termasuk sekolah-sekolah

agama dan menengah arab. Penubuhan Universiti Sultan Sharif Ali merupakan salah

satu tanda mercu jaya bagi pendidikan yang berteraskan Islam di Brunei Darussalam.

Sebagaimana yang dititahkan oleh Kebawah Duli yang Maha Mulia Paduka Seri

Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-

Pertuan Negara Brunei Darussalam, sempena Sambutan Awal Tahun Baru Masihi

2007 pada 1 Januari 2007:

Beta dengan amat sukacita mengumumkan penubuhan sebuah Universiti

Islam sebagai universiti kedua di negara ini, Universiti tersebut akan dikenali

sebagai UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI. Universiti ini kita

hasratkan akan menjadi mercu kegemilangan Islam di negara kita, dan insya

Allah, ia akan turut berperanan melahirkan para ulama dan cendikiawan yang

berwibawa yang diperlukan oleh negara.

Pada 20 Januari 2007 pula iaitu sempena Sambutan Awal Tahun Baru Hijrah

1428, Baginda telah menitahkan bagi Maktab Perguruan Ugama Seri Begawan

dinaikkan taraf menjadi Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan. Baginda

antara lain bertitah:

Di negara ini, salah sebuah institusi perguruan yang perlu kepada peningkatan

dan pengembangan ialah Maktab Perguruan Ugama Seri Begawan,

memandangkan usianya juga sudah mencapai lebih 30 tahun. Objektif

16

penubuhannya ialah untuk menghasilkan sumber tenaga guru ugama

tempatan agar kita tidak selamanya bergantung kepada tenaga luar semata-

mata.

Matlamat ini, Alhamdulillah, telah berjaya dicapai dan setelah kita berjaya

pada satu tahap sepatutnya kita bergerak ke tahap yang lain-lain iaitu tahap

untuk memiliki kualiti yang diperlukan. Dengan apakah cara untuk kita

sampai kepada tahap yang dimaksudkan sudah barang tentu kita perlu

meninggikan taraf maktab berkenaan dengan memberikan nama dan aspirasi

baru. Beta berpendapat, nama dan aspirasi tersebut hendaklah konsisten

kepada perguruan semata-mata. Ia tidak wajar dicampur-adukkan dengan

yang lain-lain. Kerana sebarang percampuran mungkin saja akan mencairkan

matlamat asal perguruan.

Oleh itu, bersukut dengan Tahun Baru Hijrah 1428 ini, beta dengan amat

sukacita mengumumkan bahawa Maktab Perguruan Ugama Seri Begawan

akan ditingkatkan tarafnya menjadi kolej universiti perguruan. Ia akan

dikenali dengan nama Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan.

Kolej universiti ini nanti dihasratkan bagi mengeluarkan diploma dan ijazah.

Sistem pendidikan rendah & menengah di negara ini juga tidak lupa

menyelitkan unsur-unsur keislaman dan kesedaran berbangsa dan bernegara seperti

mata pelajaran Pengetahuan Ugama Islam(Islamic Religious Knowledge), Bahasa

Arab, MIB dan Pendidikan Pencegahan Rasuah. Di samping itu pakaian para

penuntut adalah mengikut kesesuaian semasa dengan berlandaskan agama Islam.

Contohnya bagi penuntut lelaki ialah memakai berseluar panjang, berbaju kemeja dan

bersongkok. Bagi perempuan pula ialah memakai pakaian baju kurung dan tudung.

Menurut Pengiran Dato Sero Setia Haji Muhammad Pengiran Haji Abdul

Rahman (2006), para penuntut diajar adab-adab dan nilai-nilai kerohanian yang murni

lagi luhur sejak dari peringkat rendah lagi. Mereka telah diajarkan kaedah beribadat

yang sempurna, pandai membaca al-Qur’an, pandai membersihkan diri daripada

hadas kecil dan hadas besar, pandai ilmu Fiqh, pandai ilmu Tauhid, ilmu Faraidh,

ilmu Adab dan sebagainya. Sebelum memulakan sesuatu pelajaran, doa sebelum

belajar akan dibaca dan begitu juga sesudah belajar. Ini adalah bertujuan untuk

memberkati apa yang dipelajari oleh mereka. Budaya memberi salam turut

dipraktikkan bagi membiasakan para penuntut berinteraksi dengan cara Islam. Para

penuntut turut diajar bagi menghormati orang-orang yang lebih tua, contohnya

bersalam-salaman dengan guru atau orang yang lebih tua. Begitu juga, jika berjalan di

depan orang tua, badan hendaklah dibongkokkan sedikit serta tangan kiri disimpan ke

belakang badan manakala tangan kanan diturunkan ke depan.

Di samping meningkatkan keupayaan di dalam ilmu matematik, ilmu sains

atau ilmu ICT, asas kerohanian inilah yang akan membezakan anak-anak Brunei

Darussalam berbanding anak-anak lain. Ia diharap akan membentuk generasi berilmu,

beriman dan berakhlak seperti yang dihasratkan oleh negara.

Aspek Kesenian

Sesuatu bangsa atau masyarakat dan seninya itu tidak dapat dipisahkan. Begitu juga

dengan masyarakat Brunei Darussalam yang berbangsa melayu dan beragama Islam

itu sememangnya kaya dengan kesenian yang pelbagai bentuk dan rupa yang telah

dikenali di seluruh pelusuk dunia.

17

Di antara bidang kesenian yang popular dikalangan masyarakat Brunei

Darussalam ini ialah tulisan Jawi, ukiran serta reka bentuk yang pelbagai corak dan

menarik atau pun dikir Syarafil Anam.

Tulisan jawi merupakan satu lagi cara bagi masyarakat Brunei Darussalam

bagi mendekatkan diri kepada kesenian Islam dan ia adalah salah satu aktiviti yang

selalu diadakan terutamanya ketika hari-hari kebesaran Islam. Pertandingan-

pertandingan juga turut diadakan baik di peringkat negara mahu pun di peringkat

serantau bagi mengekalkan dan memartabatkan tulisan jawi ke seluruh pelusok dunia.

Pada zaman teknologi yang canggih ini, penggunaan alat-alat elektronik turut

digunakan bagi memudahkan dan mencantikkan lagi tulisan Jawi di samping untuk

menarik minat para belia bagi menceburi bidang penulisan Jawi ini.

Dalam hal yang berkaitan, perhiasan rumah yang mempunyai unsur-unsur

yang berbentuk keIslaman lebih digemari berbanding perhiasan rumah yang terdiri

daripada tanduk-tanduk binatang, patung-patung serta ukiran-ukiran yang berbentuk

patung, namun kini ia sudah digantikan dengan unsur-unsur yang berbentuk

keislaman. Nama-nama dan kalimah-kalimah dari ayat-ayat suci al-Qur’an lebih

menjadi pilihan bagi keberkatan serta keamanan tempat kediaman.

Reka bentuk yang selalu dihasilkan oleh masyarakat Brunei Darussalam

adalah sering bermotifkan keislaman. Begitu juga dengan gerbang-gerbang yang

didirikan semasa perayaan Hari Kebangsaan dan Hari Keputeraan Kebawah Duli

Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei

Darussalam yang berdiri megah dengan tidak melupakan unsur-unsur keislaman.

Tidak dilupakan juga, seni dikir Syarafil Anam. Menurut Pehin Udana Khatib

Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka

Haji Othman (2008), dikir Syarafil Anam adalah rangkaian kata berirama yang

berbentuk puisi atau syair. Ia bertemakan puji-pujian untuk Nabi Muḥammad

Ṣallallahu cAlaihi Wasallam yang menggambarkan signifikan kelahiran baginda,

keelokan rupa dan akhlak perangai baginda, kemuliaan nasab keturunan baginda dan

seumpanya lagi yang dikisahkan dengan bahasa yang indah dan padat dengan kiasan

yang membangkitkan ketakjuban pembaca dan para pendengar.

Kebudayaan Brunei Darussalam sangat kuat dipengaruhi oleh unsur-unsur

agama Islam dan adat istiadat Brunei Darussalam yang menjadikan wajah dan susuk

Brunei Darussalam sebagai masyarakat, bangsa dan negara sangat manis dipandang

kerana bersendikan agama Islam. Dari itu, wajarlah cabang kesenian yang bercorak

agama seperti dikir itu dikembangkan dan menjadikan ia sebagai suatu tradisi ilmu

seni dikir turun-temurun. Selawat-selawat ke atas Nabi Muḥammad Ṣallallahu cAlaihi

Wasallam dalam masa berdikir adalah bertetapan dengan seruan Allah Subhanahu

Watacala supaya kita umat Nabi Muḥammad Ṣallallahu

cAlaihi Wasallam sentiasa

mengucapkan selawat sebagai suatu yang mendampingkan diri kita kepada Baginda.

PENUTUP

Dari perbincangan di atas, dapatlah kita simpulkan bahawa Islam adalah teras sosio-

budaya masyarakat Brune Darussalam. Islam juga berperanan sebagai benteng di

dalam mempertahankan identiti kebangsaan. Seterusnya, ianya juga dijadikan

falsafah sosial atau sistem nilai dalam semua tindak tanduk kehidupan bernegara.

Agama Islam ini merupakan akar dan paksi dalam falsafah MIB sebagai

falsafah negara sekaligus menjadi ‘nadi denyut’ dalam kehidupan sosio-budaya

Negara Brunei Darussalam. Insititusi Islam telah menjadi nadi penggerak kepada

18

kekuatan dan kesinambungan fahaman dan amalan kehidupan berfalsafah MIB.

Walaupun konsep MIB tersebut nampaknya mempunyai tiga komponen, tetapi

komponen Melayu dan komponen Beraja itu terikat dengan komponen Islam, di mana

konsep Melayu Islam Beraja itu tidak boleh tanpa pegangan Islam. Atas dasar ini,

Islam menjadi pilihan utama dalam semua gerak laku kehidupan, sama ada di pihak

kerajaan mahu pun di pihak rakyat. Mana-mana kegiatan kehidupan yang jauh

terpesong dari ajaran agama Islam adalah menjadi sesuatu yang bertentangan dengan

kehidupan sosio-budaya Negara Brunei Darussalam.

Nilai-nilai keIslaman adalah sebagai penentu dan penjamin survival bangsa

Falsafah ini memberi keyakinan dan jati diri kepada bangsa Brunei Darussalam untuk

berhadapan dan berinteraksi dengan masyarakat dunia antarabangsa dalam bidang

infrastuktur, ekonomi dan lain-lain lagi.

Elemen keIslaman ini juga adalah landasan bagi mendapatkan ilmu

pengetahuan, kerohanian, teknologi dan berbagai cabang kemahiran. Apa yang jelas,

pembangunan negara yang berasaskan agama Islam ini menekankan kepada

pembangunan yang seimbang di antara material dan spiritual.

Dalam tempoh 30 tahun melalui arus kemerdekaan, Negara Brunei

Darussalam di bawah nilai-nilai keIslaman telah dapat memenuhi perlaksanaan dan

halatuju wawasan yang telah divisikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka

Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan

Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke arah menjadikan Negara Brunei

Darussalam sebagai:

.

Sehubungan dengan itu, amatlah wajar kita berpegang teguh kepada hasrat

hasrat dan cita-cita untuk menjadi sebuah negara yang aman makmur dipenuhi

dengan masyarakat-masyarakat yang bersatu padu dan sebuah kerajaan yang sentiasa

berusaha ke arah memelihara keamanan, meningkatkan taraf hidup rakyat dan

kemakmuran negara, serta menegakkan syiar dan memuliakan Islam sebagai agama

rasmi negara. Nilai-nilai keIslaman itu Insya Allah akan menjadi cahaya yang

menerangi sebagaimana titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda

Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan

Negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Awal Tahun Baru Hijrah 1431 pada

17 Disember 2009:

Beta tidak jemu-jemu untuk menekankan perkara agama supaya diambil

berat. Kerana agama itu adalah cahaya yang akan menerangi jalan kita. Tanpa

agama, semuanya akan jadi kelam dan binasa.

19

RUJUKAN

al-Qur’an

Ahmad Abdussalam Abdul Rahman. 2010. Brunei Darussalam Negara Zikir: Hasrat

Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Proceedings of Annual Conference on Islamic

Studies, hlm. 66-84.

Colonial Office 1030/460 Note of meeting between the Secretary of State and His

Highness the Sultan of Brunei held at the Colonial Office, 30 September

1957.

Dato Seri Laila Jasa Awang Haji Mohd. Salleh bin Haji Hidup. 1992. Penyerapan

MIB Dalam Pentadbiran. Dlm. Akademi Pengajian Brunei. Melayu Islam

Beraja, hlm. 134-144. Brunei: Akademi Pengajian Brunei, Universiti Brunei

Darussalam.

Hashim Abdul Hamid. 2008. Qarar. Brunei: Dewan Bahasa dan Pustaka

Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat. 2010. Laporan Penuh Persidangan Majlis

Mesyuarat Negara. Brunei, 11-22 Mac

Jabatan Perkhidmatan Awam. 2012. Peraturan-Peraturan Am / Perkhidmatan dan

Hal Ehwal Pengurusan Dalam Perkhidmatan Awam. Brunei: Jabatan

Perkhidmatan Awam.

Jabatan Pertanian. 2009. Pelan Strategik Jangka Program Pelaksanaan Jangkamasa

Sederhana (2008-2013). Brunei: Jabatan Pertanian

Jabatan Pertanian. t.th. Prospektus Jenama Brunei Halal.

Mahmud Saedon Othman. 1996. Perlaksanaan Dan Pentadbiran Undang-Undang

Islam Di Negara Brunei Darussalam: Satu Tinjauan. Brunei: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin

Juned. 1992. Islam di Brunei Zaman Pemerintahan KDYMM Baginda Sultan

Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan

Negara Brunei Darussalam. Brunei: Pusat Sejarah Brunei.

Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Haji Awang Mohd. Jamil Al-

Sufri bin Begawan Pehin Udana Khatib Dato Seri Paduka Haji Awang Umar.

1990. Latar Belakang Sejarah Brunei. Brunei: Pusat Sejarah Brunei

Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Ustaz Haji Awang Mohd. Zain

bin Haji Serudin. 1994. MIB Sebagai Landasan Cara Hidup. Dlm. Pehin

Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Ustaz Haji Awang Mohd. Zain

bin Haji Serudin. Brunei Sebuah Negara Islam: Latar Belakang

Keislamannya. hlm 133-173. Brunei: Akademi Pengajian Brunei, Universiti

Brunei Darussalam.

Pehin Orang Kaya Amar Diraja Dato Seri Utama Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri

bin Begawan Pehin Udana Khatib Dato Seri Paduka Haji Awang Umar. 1971.

Catatan Sejarah Perwira-Perwira dan Pembesar-Pembesar Brunei I. Brunei:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

20

Pehin Orang Kaya Laila Wijaya Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Aziz bin

Begawan Pehin Udana Khatib Dato Seri Paduka Haji Awang Umar. 1992.

Melayu Islam Beraja Negara Brunei Darussalam. Dlm. Akademi Pengajian

Brunei. Melayu Islam Beraja, hlm. 2-26. Brunei: Akademi Pengajian Brunei,

Universiti Brunei Darussalam.

Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin

Pengarah Dato Paduka Haji Othman. 2008. Ucapan di Majlis Pertandingan

Akhir Dikir Syarafil Anam Antara Sekolah-Sekolah Dan Maktab-Maktab

Senegara Bagi Kali Ke-2. Anjuran Jabatan Pendidikan Kokurikulum,

Kementerian Pendidikan dan dikelolakan oleh Sekolah Menengah Pengiran

Anak Puteri Hajah Masna. Dewan Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri

Hajah Masna Brunei. 23 Julai.

Pengiran Dato Seri Setia Haji Muhammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman. 2006.

Membentuk Generasi Berilmu, Beriman dan Berakhlak: Hubungannya

Dengan Negara. Dlm. Jabatan Perdana Menteri. Mendukung Kedaulatan

Raja: Raja Berdaulat Negara Berkat Rakyar Selamat. hlm. 105-125.

Brunei:Jabatan Perdana Menteri.

Pusat Da’wah Islamiah. 1432H/2011. Negara Sejahtera Tanpa Arak. Brunei: Pusat

Da’wah Islamiah.

Titah Permasyhuran Kemerdekaan Negara Brunei Darussalam, 1 Januari 1984.

Titah sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Ṣallallahu cAlaihi Wasallam

1411H, 1 Oktober 1990.

Titah di Majlis Pertandingan Membaca Al-Qur’an Peringkat Kebangsaan, 14 Januari

1991.

Titah di Majlis Sambutan Israk Mikraj 1411H, 12 Februari 1991.

Titah di Majlis Sambutan Nuzul Al-Qur’an 1412H, 22 Mac 1992.

Titah sempena Sambutan Nuzul al-Qur’an 1416H, 7 Februari 1996.

Titah sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan yang ke-51 tahun, 15 Julai 1997.

Titah di Majlis Konvokesyen kali ke-10, Universiti Brunei Darussalam, 16 September

1998.

Titah sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan yang ke-54 tahun, 15 Julai 2000.

Titah sempena Sambutan Hari Kebangsaan kali ke-21 pada 23 Februari 2005.

Titah di Majlis Sambutan Israk Mikraj 1426H, 1 September 2005.

Titah di Perasmian Ekspo Produk Halal Antarabangsa 2006, 7 Ogos 2006.

Titah sempena Sambutan Awal Tahun Baru Masihi 2007, 1 Januari 2007.

Titah sempena Sambutan Awal Tahun Baru Hijrah 1428, 20 Januari 2007.

Titah sempena Hari Raya Aidiladha 1428H, 19 Disember 2007.

21

Titah sempena Sambutan Awal Tahun Baru Hijrah 1431, 17 Disember 2009.

Titah di Forum Demokrasi Bali Indonesia 2009, 10 Disember 2009.

Titah di Perasmian Majlis Ilmu 2013, 22 Oktober 2013.