LIAC 2013 MEMBAWA KESENIAN KEPANGKUAN MASYARAKAT

20
1 LIAC 2013 MEMBAWA KESENIAN KEPANGKUAN MASYARAKAT Mohd Saharuddin bin Supar @ Supah, Diana binti Ibrahim, Dr. Rosli bin Zakaria Universiti Teknologi MARA (UiTM) Alor Gajah, Melaka, Malaysia. ABSTRAK Slogan seni dan masyarakat telah lama dilaungkan, namun sejauhmana ianya berlaku masih belum dapat dipastikan. Dalam konteks kesenian itu sendiri seniman dan hasil karya menjadi dua perkara penting yang terdapat didalam lingkungan masyarakat samada secara sedar ataupun tidak. Penggabungan keduanya ini menjadi semacam satu agen budaya didalam sesebuah masyarakat. Manusia seniman seringkali bertindakbalas terhadap lingkungan masyarakatnya. Karya-karya yang terhasil adalah satu cerminan sebuah masyarakat dimana seniman berada. Namun yang menyedihkan tindak balas masyarakat terhadap sesuatu yang bersifat seni khususnya di Malaysia masih berada di tahap yang rendah. Malahan pemahaman di tahap yang asas berkaitan kesenian masih tidak terbentuk di sesetengah komuniti masyarakat. Lantaran itu, Lendu International Art Camp (LIAC 2013) telah dirangka untuk menjadi sebuah acara seni yang melibatkan masyarakat setempat. LIAC merupakan sebuah aktiviti seni yang menghimpunkan beberapa aktiviti seni didalamnya. Antara aktiviti seperti seminar, pameran, graffiti art, lukisan in situ. Kerjasama masyarakat Kampung Lendu dalam menjayakan aktiviti yang telah dirangka amat positif. Disamping itu penglibatan komuniti seniman seni rupa dari seluruh negara amat menggalakkan. Akhirnya projek seni yang melibatkan komuniti bukanlah semata-mata mensasarkan masyarakat kampong Lendu malahan ianya diilhamkan untuk lebih banyk lagi projek seni seperti ini mampu dilakukan. Jelasnya kertas kerja ini ingin mengenengahkan berkaitan maklumbalas masyarakat seni, komuniti setempat dan juga masyarakat luar mengenai satu projek seni LIAC2013 yang mampu menambah nilai sesebuah masyarakat khususnya bagi masyarakat Kampung Lendu. LIAC harapan dalam memasyarakatkan seni wujud diserata daerah-daerah di segenap pelusuk negeri-negeri di Malaysia.

Transcript of LIAC 2013 MEMBAWA KESENIAN KEPANGKUAN MASYARAKAT

1

LIAC 2013 MEMBAWA KESENIAN KEPANGKUAN MASYARAKAT

Mohd Saharuddin bin Supar @ Supah, Diana binti Ibrahim, Dr. Rosli bin Zakaria

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Alor Gajah, Melaka, Malaysia.

ABSTRAK

Slogan seni dan masyarakat telah lama dilaungkan, namun sejauhmana ianya berlaku masih

belum dapat dipastikan. Dalam konteks kesenian itu sendiri seniman dan hasil karya menjadi

dua perkara penting yang terdapat didalam lingkungan masyarakat samada secara sedar

ataupun tidak. Penggabungan keduanya ini menjadi semacam satu agen budaya didalam

sesebuah masyarakat. Manusia seniman seringkali bertindakbalas terhadap lingkungan

masyarakatnya. Karya-karya yang terhasil adalah satu cerminan sebuah masyarakat dimana seniman berada. Namun yang menyedihkan tindak balas masyarakat terhadap sesuatu yang

bersifat seni khususnya di Malaysia masih berada di tahap yang rendah. Malahan pemahaman

di tahap yang asas berkaitan kesenian masih tidak terbentuk di sesetengah komuniti

masyarakat. Lantaran itu, Lendu International Art Camp (LIAC 2013) telah dirangka untuk

menjadi sebuah acara seni yang melibatkan masyarakat setempat. LIAC merupakan sebuah

aktiviti seni yang menghimpunkan beberapa aktiviti seni didalamnya. Antara aktiviti seperti

seminar, pameran, graffiti art, lukisan ‘in situ’. Kerjasama masyarakat Kampung Lendu dalam

menjayakan aktiviti yang telah dirangka amat positif. Disamping itu penglibatan komuniti

seniman seni rupa dari seluruh negara amat menggalakkan. Akhirnya projek seni yang

melibatkan komuniti bukanlah semata-mata mensasarkan masyarakat kampong Lendu

malahan ianya diilhamkan untuk lebih banyk lagi projek seni seperti ini mampu dilakukan.

Jelasnya kertas kerja ini ingin mengenengahkan berkaitan maklumbalas masyarakat seni,

komuniti setempat dan juga masyarakat luar mengenai satu projek seni LIAC2013 yang

mampu menambah nilai sesebuah masyarakat khususnya bagi masyarakat Kampung Lendu.

LIAC harapan dalam memasyarakatkan seni wujud diserata daerah-daerah di segenap pelusuk

negeri-negeri di Malaysia.

2

1.0 Pengenalan

Secara asasnya kitaran seni visual membawa 3 elemen utama iaitu Artis, Karya dan

Penghayat. Golongan artis yang berkarya memerlukan penghayat di kalangan masyarakat bagi

memberi tindak balas hasil karya yang telah dihasilkan. Sesebuah hasilan karya seni

merupakan rakaman budaya serta gerakerja intelektual yang telah dilaksanakan oleh

seseorang artis. Sesuatu hasilan seni visual terbentuk dengan bahasa seni tampak yang diguna

pakai oleh setiap orang artis, maka karya seni visual yang kaya dengan bahasa-bahasa seni

tampak ini juga harus dibaca oleh masyarakat yang mempunyai kefahaman tentang bahasa

seni tampak tersebut. Jika sebaliknya maka gagal seseorang atau masyarakat untuk

memahami aspirasi yang ingin dibawakan oleh setiap artis yang berkarya. Masyarakat yang

mampu memahami perkaitan seni dalam kehidupan merupakan punca utama untuk

perkembangan sesebuah komuniti seni di sesuatu tempat.

Jahani Ali (1992) menyatakan dalam masyarakat yang kompleks, seni itu penting dalam

memandukan manusia agar berupaya untuk mengenali dan mengubah dunia kelilingnya. Beliau tururt menyatakan satu kegiatan seni yang berfungsi untuk masyarakat dapat menjadi

teras kepada pembentukan budaya serta sisitem sosial yang baik dan ideal.

Oleh hal yang sedemikian FSSR, UiTM Melaka telah melaksanakan satu program pencerahan

seni visual di kalangan masyarakat biasa (’marhain’ yang tidak mempunyai asas pengetahuan

berkaitan dengan seni visual). Ini amat diperlukan bagi memperkasa kitaran dunia seni visual

itu sendiri. Sehubungan itu FSSR UiTM Melaka telah merangka aktiviti khusus untuk

mengerakkan kesedaran tersebut. Program yang diberi nama LENDU International Art

Camp 2013 (LIAC2013) telah dilaksanakan sebagai aktiviti khusus bagi tujuan pencerahan

bidang seni visual di kalangan masyarakat setempat khususnya di kawasan Lendu (langkah

awal ke arah mengwujudkan Kampung Seni).

Beberapa pengisian telah dirangka mengikut kesesuaian masyarakat setempat. Kerjasama dari

pelbagai pihak telah digembeling seperti Institut Pengajian Tinggi Tempatan (IPTA) dan 16

badan-badan NGO yang berkaitan dengan dunia seni visual Malaysia. LIAC2013 merupakan

program peringkat antarabangsa dengan penganjurannya telah melibatkan seniman-seniman

muda dari Jogjakarta dan Malaysia. Ianya juga telah disertai oleh pelajar sekolah, pelukis

amatur, pelukis professional, ahli masyarakat dan ahli akademik yang berkaitan dengan seni

visual. LIAC2013 telah berlangsung selama 3 hari 2 malam mulai 29hb November hingga 1

Disember 2013. Peserta telah terlibat dalam program yang merangkumi forum seni, aktiviti

melukis, seni grafiti, seni persembahan dan projek gotong royong seni. Pameran Alumni

FSSR turut diadakan bagi menghargai pencapaian dan kejayaan para Alumni FSSR yang telah

mengharumkan nama fakulti. Untuk lebih bermakna LIAC2013 telah membawa tema lokal

yang santai iaitu Seni Kampung .

2.0 Penyataan Masalah

“Orang kita tidak kurang banyaknya yang mempunyai bakat seni, tetapi kerana tidak

dihidupkan, sama ada dengan sengaja atau tidak, jadilah bangsa kita sangat mundur dalam

lapangan seni. Pencinta alam ini ialah ahli seni yang maha halus jiwanya. Lihatlah betapa

cantiknya pohon nyiur, seekor monyet, seekor merak, sungai yang mengalir berliku-liku.

Tidaklah terlampau agaknya kalau saya katakan bahawa semangat antiseni masih tebal lagi

3

dalam masyarakat kita. Cubalah layangkan pandangan meninjau seni ini dalam tiga bidang

iaitu, seni lukis, seni tari dan seni bunyi mahupun juga seni sastera.”

(Tan Sri Aisah Ghani, 1956)

Petikan di atas merupakan pandangan peribadi seorang negarawan yang peka tentang hal yang

berkaitan dengan keseniaan. Apa yang menarik kata-kata tersebut diucapkan ketika Negara

diambang kemerdekaan iaitu kira 50 tahun dahulu tambahan pula umur seni rupa baru berusia

20 tahun jika diambil kira bermula dengan pensejarahan Seni Moden Malaysia yang bergerak

seawall tahun 1930. Namun yang menariknya ungkapan sebegitu masih releven sehingga kini.

Kedangkalan masyarakat untuk memahami tentang kesenian amatlah merugikan bangsa dan

Negara, tambahan pula dalam era globalisasi Malaysia sedang bergerak pantas ke arah negara

maju.

3.0 Objektif Kajian

1. Meninjau kesan perubahan masyarakat setempat ke atas persekitaran yang telah

dibangunkan dengan nafas seni visual.

2. Mewujudkan suasana Kampung Seni dalam masyarakat ‘marhain’ setempat.

4.0 Tujuan Kajian

Kajian yang dilaksanakan bertujuan mendapatkan maklumbalas pihak yang terlibat

dalam LIAC2013 iaitu pihak penganjur (UiTM & NGO), peserta program LIAC2013,

masyarakat kampung dan pihak luar yang tidak terlibat secara langsung dalam projek ini.

5.0 Persoalan Kajian

1. Apakah projek LIAC2013 dan kelompok seni dapat memperlihatkan suatu nilai dan

ideologi yang selari dengan kehendak masyarakat dan Negara?

2. Bagaimanakah LIAC2013 dapat menjadi sumber pendidikan, pembelajaran &

pengajaran samada secara formal mahupun tidak formal terhadap diri dan masyarakat?

3. Dari sudut mana dan sejauh manakah golongan masyarakat seni diharapkan dapat

mengambil peranan sewajarnya melalui LIAC2013?

6.0 Methodologi Kajian

Kajian dilaksanakan menerusi 3 kaedah utama iaitu; menerusi pemerhatian di lapangan

iaitu tempat berlakunya acara LIAC2013 terutamanya di Kampung Lendu Alor Gajah,

Melaka. Kajian pemerhatian turut dilaksanakan menerusi data-data yang diperolehi dari

sumber-sumber siber elektronik seperti Facebook (FB). Kajian mengambil kira

pandangan organisasi luar atau orang perseorangan yang telah memberikan

maklumbalas menerusi komen-komen di status gambar-gambar yang dipaparkan dalam

FB.

4

Dokumentasi secara still photo dan juga dalam bentuk video berlaku pada 3 peringkat

iaitu sebelum, semasa dan selepas acara LIAC2013. Method ini dilaksanakan bagi

mendapatkan pandanan maklumbalas orang luar menerusi FB. Perolehan data yang

bersifat dokumen seperti keratan akhbar dan on-line news turut di analisa.

Kaedah ketiga adalah melalui temubual terancang mahupun spontan yang berlaku

semasa acara berlangsung dan selepas. Data temubual banyak diperolehi dari

pandangan Orang Kampung, peserta program dan pihak penganjur.

7.0 PENGISIAN LIAC2013

Jadual 1. Aktiviti-aktiviti yang terdapat di dalam LIAC2013.

NO

AKTIVITI

PENGLIBATAN

LOKASI

1. FORUM/WACANA SENI

ALUMNI FSSR Artis/Pereka

Pelajar IPTA/IPTS

UiTM Alor Gajah

2. AKTIVITI MELUKIS Semua Peserta

Sekitar

Kampung Lendu.

3. SENI PERSEMBAHAN

Artis Indonesia (Jemputan

Koloborasi)

UiTM Alor Gajah

4. PROJEK SENI GRAFITI

Artis Jogjakarta/

Artis Malaysia/

Peserta

Bangunan Sekitar Kampung

Lendu

5. GOTONG ROYONG SENI

Semua Peserta/ Masyarakat

Kampung Lendu

Kampung Lendu.

6. PAMERAN SENI VISUAL Semua Peserta

Galeri Seni UiTM, Tukang

Studio Galeri, Warung Seni,

Morne Art Galeri.

7. PASAR KARAT DONDANG SAYANG Artis Gomen Kampung Lendu

LIAC2013 dilaksanakan dengan 7 aktiviti utama iaitu wacana seni, aktiviti melukis, seni

persembahan, seni grafiti, gotong royong seni, pameran seni visual, dan Pasar Karat Dondang

Sayang. Kesemua aktiviti telah disusun dilokasi tertentu. Terdapat 3 lokasi utama melibatkan

7 aktiviti tersebut. Pertama adalah Universiti Teknologi MARA, Kampus Alor Gajah. Kedua

sekitar Kampung Lendu dan ketiga adalah Galeri Seni UiTM. Kesemua peserta terlibat di

dalam setiap aktiviti.

5

7.1 Wacana Seni

Wacana Seni telah berlangsung di malam pertama selepas pembukaan rasmi oleh Tuan

Rektor UiTM. Untuk slot ini ucaptamanya telah disampaikan oleh prof. Dr Siti Zainon dan U-

Wei Saari. Semua peserta yang hadir telah dikumpulkan didalam dewan kuliah 1 di kampus

UiTM Alor Gajah. Peserta yang mencecah hampir 80 orang mendengar dan berkongsi rasa

tentang wacana utama yang mengupas permasalahan seni kampung. Prof. Dr. Siti Zainon

pada dasarnya membicarakan persoalan akan lenyapnya khazanah warisan jika tiada individu

yang merkamkan perkara-perkara yang berkaitan budaya. Prof, melihat suatu keperluan

seniman untuk merakamkan kewujudan benda budaya (bendaya) di Kampung Lendu. Siti

Zainon menginginkan nilai-nilai budaya turut dikekalkan walaupun perubahan berlaku hari

demi hari. Inti kata wacana utama membuka minda peserta untuk lebih dekat dengan tema

Seni Kampung yang diperkenalkan dalam LIAC2013.

Wacana kedua yang memperlihatkan siri Wayang dan perkaitan dengan masyarakat telah

disampaikan oleh U Wei Saari. Beliau yang merupakan seorang pengarah filem, collector seni

serta penggiat seni rupa melihat dalam kontek masyarakat harus berubah kerana tidak dapat

tidak perubahan akan berlaku secara semulajadi. Yang lama tinggalkan untuk menjadi

memori. Sekiranya perubahan ditentang masyarakat akan terus duduk ditakuk lama. Wacana

U- Wei ditutup dengan membawa isu bermasyarakat melalui filem pendeknya, Sepohon

Pokok Rambutan di Tanjung Rambutan.

Selain ucaptama tersebut di malam kedua Adam Wahida seniman jemputan dari Jogjakarta

turut membuat pembentangan ringkas tentang Praktek Seni Komunitas di Indonesia. Beliau

telah memperkenalkan bagaiman seni komuniti dijalankan dibawah anjuran Falkutas

Keguruan dan Ilmu Pendidikan Program Studi Pendidikan Seni Rupa,Universitas Sebelas

Maret, Surakata, Indonesia . Satu projek seni yang telah mereka bangunankan amat menarik

perhatian peserta. Projek yang dimaksukan adalah program Art Edu Care.

7.2 Melukis di persekitaran Kampung Lendu.

Kejayaan penganjur membawa artis-artis profesional untuk sama-sama turun padang bersama

masyarakat merupakan sesuatu yang amat bermakna. Artis yang hadir dari beberapa negeri di

Malaysia diraikan dengan menyediakan aktiviti melukis di lapangan. Aktiviti sebegini antara

kegemaran kebanyakan mereka. Hasilnya amat memberangsangkan di mana penyelidik

melihat bukan hasil karya yang diberi keutamaan, tetapi keberadaan artis di lokasi telah

mewujudkan satu fenomena baru bagi masyarakat Kampung Lendu. Perilaku artis melukis

potret di warung sambil minum teh/kopi memberi mood seni dan masyarakat bersatu seketika.

Selain itu pelajar-pelajar turut terlibat didalam penghasilan lukisan ala mural di atas kepingan

plywood yang telah disediakan.

7.3 Projek Graffiti

Salah satu aktiviti yang paling memberi impak dalam jangka masa panjang adalah seni grafiti.

Penglibatan artis, dari Malaysia dan Jogjakarta berkerjasama menghiasi dinding-dinding bangunan amat ’memeranjat’ masyarakat Kampung Lendu. Dinding-dinding yang asalnya

kusam tiba-tiba berwarna warni dengan imej-imej maupun dekorasi yang menarik. Terdapat

4 kawasan yang di graffitikan sekaligus memberi impak yang maksima. Kawasan tersebut

adalah dinding bangunan rumah kedai ’jual santan’, dinding bangunan kedai dobi, dinding

bangunan kedai makan, dan tempat hentian bas.

Graffiti ’Tak Akan Melayu Hilang di Dunia’ di dinding kedai jual santan merupakan kerja

solo artis Totok Zent Prozent dari Jogjakarta, beliau sememangnya terkenal dengan kerja-

6

kerja grafiti yang menakjubkan. Mengambil kata-kata hikmah pahlawan Melayu Hang Tuah

memberikan inspirasi kepada Totok untuk berkarya. Taipografi yang diolah dengan menarik

menerusi penggunaan warna spray berwarna kontras antara hijau, hitam dan merah.

Gambar 1: Totok Zent Prozent sedang berkarya.

Gambar 2: Team Hanyut diketuai oleh Imanordi

Di dinding yang sama kumpulan yang diketuai oleh artis Imanordin mewakili Morne Art

Galeri penuh keseronokkan menghasilkan lukisan dari salah satu scene yag terdapat didalam

filem Hanyut arahan U- Wei Shaari. Kumpulan yang luar biasa ini memberi impak yang besar

ke atas dinding kedai Santan Segar. Malahan perilaku hampir 8 jam menyiapkan karya

’Orang Kaya Tinggi’ menarik ramai masyarakat Lendu untuk menghampiri dan menikmati

acara yang sedang dibuat. Di bahagian bawah, permukaan simen turut digraffitikan dengan

perkataan dan gambar, ini dilaksanakan oleh sekumpulan penuntut dari UiTM.

Suatu yang menarik dapat dikenalpasti adalah gabungan artis dari Malaysia bersama artis

Jogjakarta, ini terbukti dengan kerjasama menyiapkan lukisan dinding di kedai dobi. Dengan

7

peralatan terhad dan beberapa botol warna spray kumpulan ini yang diketuai oleh Hendra

Himawan telah menggunakan teknik stensil dalam meninggalkan imej di atas permukaan.

Tambah menarik stensil yang digunakan adalah yang diambil dari sumber semulajadi

tempatan iaitu kepingan-kepingan daun yang tumbuh meliar dipersekitaranan Kampung

Lendu.

Gambar 3: Kolobrasi seniman Jogjakarta bergraffiti di dinding kedai dobi, bahan nature menjadi stensil dalam

menyiapkan karya ini.

Gambar 4 : Hentian bas diperindah dengan lukisan mural bersubjekan submarine.

8

Gambar 5 : Mural kedai makan.

7.4 Gotong Royong Seni

Untuk aktiviti gotong royong seni, aktiviti utamanya adalah menghiaskan persekitaran

Kampung Lendu dengan meletakkan arca-arca yang dibawa dari UiTM Alor Gajah. Beberapa

lokasi telah dipilih utuk diletakkan sebahagian arca-arca tersebut. Arca-arca yang diletakan di

lokasi itu adalah hasil kerja pelajar-pelajar yang menuntut dalam bidang Seni Arca. Arca-arca

sebegini telah mengubah lanskap persekitaran Kampung Lendu, namun begitu sensitiviti

masyarakat turut di pelihara di dalam menampilkan arca-arca tersebut. Lokasi utama adalah

di persisisran jalan utama dan masuk ke Kampung Lendu. Diikuti dengan lokasi kawasan

lapang berhampiran rumah di tepi jalan. Dalam pada itu satu arca bersifat instalasi

environment telah dihasilkan oleh Dr Sharmiza Abu Hassan dan rakan Rosiah Mohd Nor,

beliau telah menggunakan bahan buangan khususnya buah kelapa kering serta tempurung

kelapa, diwarnakan dengan cat putih kemudiannya diletak dan disusun atur mengikut bahasa

seni yang beliau fahami. Akhirnya karya environmental itu menambah keunikan kampong

Lendu.

Gambar 6; Karya Instalasi ‘site specific’ yang dibangunkan di persekitaran kampong Lendu oleh Kumpulan Dr.

Sharmiza Abu Hassan dan Rosiah Mohd Noor.

9

7.5 Pasar Karat Dondang Sayang (PKDS) -versi LIAC2013.

PKDS merupakan satu instrumen yang sedang dibangunkan oleh kumpulan Artis Gomen

UiTM Melaka dalam percubaan mencelikkan masyarakat mengenai kesenian. Instrumen ini

telah dilaksanakan beberapa kali sebelum ini di beberapa tempat di peringkat tempatan

mahupun antarabangsa iaitu di Sangkring Art Space, Jogjakarta.

Dalam PKDS kaedah sistem butter trade iaitu pertukaran antara sebuah lukisan dan barangan

lama yang disediakan oleh Artis Gomen berlaku seiring dengan aktiviti yang lain. Intrumen

yang dilaksanakan pada kali ini merupakan kali 4 diadakan bertujuan menarik minat orang-

orang kampong untuk turut sama melukis. PKDS-LIAC2013 ini diolah seperti sebuah gerai

yang menjual barangan terpakai di tepi jalan raya Kampung Lendu. Aktiviti jualan telah

berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang dimana karya lukisan/lakaran yang berjaya

dikumpul adalah sebanyak 102 keping.

Menurut Dr. Rosli Zakaria (2014) lakaran lukisan yang terdiri dari lukisan gesture /couture,

lukisan bersifat informasi, taipografi, dan subjektif telah terhasil melalui khalayak yang

pelbagai. Antaranya ialah kelompok 17 orang artis professional, 29 orang pelajar-pelajar

Institut Pengajian Tinggi Tempatan (IPTA), 7 orang pelajar-pelajar sekolah, 23 orang

Kampung, 18 orang kanak-kanak serta 6 khalayak yang tidak dikenalpasti.

Lakaran-lakaran yang diterima sangat mengujakan sebagai data yang bersifat asli yang

berlaku pada persekitaran sebuah kampong yang sedang dibangunkan fizikalnya, iaitu

perubahan ke arah persekitaran yang mempunyai nafas-nafas seni. PKDS-versi LIAC 2013

diwujudkan atas usaha membangunkan sebuah masyarakat kampong yang celik seni.

7.6 Pameran Alumni

LIAC2013 turut membuat pengiktrafan kepada Alumni FSSR UiTM Melaka, dengan memilih

mereka untuk hadir mempamerkan karya di Galeri Seni UiTM. Mereka yang dipilih ini

merupakan artis-artis muda yang sedang membina nama didalam dunia Seni Rupa masa kini

khsusnya di Malaysia. Kesudian alumni dari kalangan artis muda yang pernah mendapat

didikan seni di UiTM Melaka ini diibaratkan bak SIRIH PULANG KE GANGGANG.

Kembalinya mereka ke tapak bermulanya mereka ini didedahkan ke dalam dunia Seni Rupa

bukan hanya mengembalikan nostalgia lama malahan turut menabur bakti berkhidmat dengan

masyarakat sekeliling melalui aktiviti gotong royong seni.

Artis-artis muda ini merupakan harapan negara untuk memeriahkan dunia SERUM juga

membawa jiwa disamping rupa budaya Malaysia ke persada dunia. Penglibatan mereka

dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang dilaksanakan ini merupkan satu titik tolak yang

turut memberi kesan positif bukan sahaja dalam keseluruhan acara malahan dunia Seni Rupa

Malaysia (SERUM).

Namun begitu, masih ramai di luar sana yang berada dalam senarai urusetia yang mempunyai penglibatan dan kejayaan yang tidak kurang hebatnya. Dari 12 orang yang terpilih untuk kali

ini, hanya 9 yang berjaya memaparkan karya mereka. Antaranya ialah Haslin Ismail, Mohd

Najib Ahmad Bamadhaj, Mohd Faizal Suhif, Mohd Ali Azraie b. Bebit Azrai, Jamil Zakaria,

Fadilah Karim, Hazra Ngah, Anissa Abdul Aziz dan Sabariah Omar.

10

8.0 Dapatan Kajian

Untuk melihat sejauh manakah berkesannya projek LIAC2013 ini ke atas masyarakat

Kampung Lendu memerlukan kajian yang panjang dan menyeluruh. Namun begitu di dalam

kertas kerja ini penyelidik hanya mengemukakan kajian di peringkat pengumpulan data.

Fokus data yang dibuat adalah melibatkan maklumbalas yang diperolehi daripada khalayak

yang terlibat secara langsung maupun tidak dalam menjayakan program LIAC2013. Untuk

memudahkan proses mengumpul data dari maklumbalas tersebut, penyelidik telah

memecahkan kumpulan sasarannya kepada empat kelompok utama iaitu penganjur, perserta,

masyarakat kampong dan pihak luar. Dalam kertas kerja ini, penyelidik telah menggunakan

satu cartai menunjukkan kelompok yang terlibat secara langsung atau tidak didalam

LIAC2013 telah dihasilkan seperti rajah dibawah.

Rajah1. Carta putaran reaksi 4 kelompok utama terhadap LIAC2013.

Carta telah diambil dari penulisan Dr Rosli Zakaria, Catatan selepas 30 hari LIAC2013

31 December 2013 at 22:31 dari sumber FB.

Berdasarkan rajah 1 empat kelompok utama yang telah memberikan maklumbalas secara

khusus tentang program LIAC2013. Maklum balas telah diperolehi dengan beberapa cara

seperti kaedah temubual spontan, perbualan spontan, penulisan melalui email, penulisan

akhbar, penulisan melalui FB, perbualan melalui telefon. Selain itu kaedah pemerhatian serta

pendokumentasi turut diambil kira dalam proses mengumpulkan data-data tersebut.

11

Kelompok pertama diletakkan sebagai Penganjur adalah merujuk kepada urusetia dari

Universiti Teknologi MARA, Alor Gajah. Dan badan-badan NGO yang berkerjasama.

Kelompok ini bukan sahaja menjadi petugas utama menjalankan program LIAC2013 namun

mereka juga melibatkan diri di dalam setiap aktivti yang dijalankan sepertimana yang diikuti

oleh peserta.

Kelompok kedua merujuk kepada Peserta LIAC2013 hampir 150 orang peserta yang

mengambil bahagian. Mereka terdiri daripada artis professional, Pelajar Universiti Teknologi

MARA Alor Gajah, pelajar sekolah, dan para belia. Sementara itu terdapat 8 orang panel yang

dijemput untuk memberi wacana serta memantau perkembangan LIAC2013. Mereka terdiri

daripada empat orang seniman dari Jogjakarta dan empat orang seniman dari Malaysia.

Kelompok yang ketiga adalah yang terdiri dari Masyarakat Kampong yang pelbagai

latarbelakangnya seperti, JKK Kampung, peniaga, ahli politik, dan orang awam.

Kelompok keempat adalah pandangan-pandangan dari Pihak Luar yang tidak terlibat secara

langsung tetapi memberikan komen serta pandangan melalui maya setelah mendapat

maklumat melalui FB, dan web site LIAC2013. Kempat-empat data ini diperolehi dengan 3

cara yang utama, pertama melalui pemerhatian di lapangan, kedua mendokumentasi secara

‘still’ atau video dan ketiga melalui temu bual terancang maupun spontan.

Dapatan Kelompok Pertama

Maklumbalas antaranya adalah datang dari pihak NGO, iaitu Prof Madya Dr. Azimin Tazilan

yang mewakili Galeri Seni Galvanize, Melaka menyatakan beberapa pandangan dalam

komennya menerusi media (FB rujuk lampiran 1 & 2);

“Sejuta tahniah drRoslizakaria PengarcaUitm Lendu & semua terlibat secara langsung atau tidak pd

LIAC2013. Yg sy kira begitu teliti dan permulaan & kesinabungan impak budaya & pengertian seni

Msia yg suam sejuk”.

“Transforming street landscape & giving back to its new life of microarchitecture in small kampung-

town Lendu Art Camp”

“Lets see what's d relevant authority SAY about this experiment project.. Lets change d landscape and

mind set.. First in Melaka .. For sure we hv a good support from d villagers n few gov / private

agencies…”

Dalam kelompok pertama juga maklumbalas diterima dari pihak Morne Art Gallery, Kuala

Lumpur menyatakan akan kesediaan program ini dimajukan kepada pihak Ketua Setiausaha

Kementrian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan dijadikan sebagai satu bentuk program

kerjasama antara pihak UiTM Melaka dengan pihak luar yang lain di seluruh Malaysia.

(sumber, temubual bersama Rosli Zakaria, 2014).

Dapatan Kelompok Kedua

Antara rumusan salah seorang ahli panel bagi forum seni yang dilangsungkan di LIAC2013,

Tengku Sabri Tengku ? (10 Disember 2013, note FB) menyatakan dalam rumusannya,

“…. namun yang penting, saya kira mereka juga harus mempelajari apa dan

bagaimana Kampong Lendu itu boleh menjadi ‘Kampong Seni Lendu’. Apakah

dengan menconteng dinding rumah, dinding kedai dan perhentian bas; Kampong

Lendu sudah menjadi ‘Kampong Seni Lendu’? Apakah dengan memaksakan adanya

12

beberapa buah arca ke dalam lanskap kampong, ia sudah menjadi ‘Kampong Seni

Lendu’? Apakah kerana adanya perserta LIAC melukis/mengecat papan-papan

kosong di sepanjang parit/alor tepi jalan itu, ia sudah menjadi ‘Kampong Seni Lendu’?

Tentulah tidak semudah itu, bukan?”

Tengku Sabri melihat bahawa pengwujudan sebuah Kampung Seni dilihat berupaya menjadi

sesuatu yang positif yang akan dapat membawa perubahan kepada pelaburan budaya yang

lebih panjang di dalam sesebuah masyarakat sekiranya pihak penganjur dapat menemui

sesuatu nilai budaya yang besar dalam sebuah kelompok komuniti. Nilai budaya tersebutlah

yang perlu diangkat dalam misi memasyarakatkan seni.

Hendra Himawan seorang kurator muda dari Jogjakarta yang telah dijemput sebagai salah

seorang dari panel forum seni juga turut memberikan pandangannya LIAC2013 menerusi

media FB dengan penulisanya dalam rencana bertajuk ...gumam pasca LIAC (part by part)

Pada 30 January 2014 jam 15:54.

Kenapa project seni ini berbasis pada komunitas masyarakat kampong?? Masyarakat kampong

adalah masyarakat yang mempunyai struktur social masyarakat yang sangat menarik jika

dibandingkan dengan masyarakat di kawasan perkotaan. Dalam kebudayaan masyarakat sub-urban,

mempunyai ikatan yang menarik antara nilai-nilai lokalitas dan upaya-upaya untuk menjadi

modernitas di satu sisi. Karakter masyarakat kampong juga sangat unik dan menarik. Ada ikatan

kultur yang masih dipegang, dipelihara dan di jaga, ditengah arus modernitas yang mulai

mengaburkan identitas cultural masyarakat tersebut. Ketika urbanisasi menjadi semakin deras,

masyarakat kampong banyak hijarah ke kota. Kampong-kampung dengan gelombang modernitas

mulai menjadi bandar kecil. Sementara bandar kecil telah berkembang menjadi metropolis. Satu

hal yang tidak bisa dihindari, identitas cultural dan identitas komunial itu akan mulai menghilang,

lebur dalam euporia globalisasi. Dan sejarah-sejarah kampong akan hilang sekedar menjadi cerita

semata.

Dapatan Kelompok Ketiga

Menerusi kelompok ketiga, pandangan melalui analisis data dari keratan akhbar telah

diaplikasikan. Satu temubual antara ketua kampong Lendu Pn Norhayati Yatim dan penulis

Hazayanti Zakaria telah dijalankan sewaktu acara LIAC2013 berlangsung. Antara pandangan

beliau, agar anak-anak muda akan lebih terbuka mindanya berkaitan dengan kesenian

menerusi lakarkan-lakaran di dinding-dinding kedai, di tempat hentian bas serta arca-arca

yang didirikan di persekitaran kawasan kampong lendu.

Selain itu, masyarakat kampong yang terdiri dari peniaga-peniaga dikawasan pekan tersebut

juga turut memberikan pandangan menyatakan bahawa mereka menghargai akan kerja-kerja

seni yang telah dibangunkan dalam program LIAC2013.

Dapatan Kelompok Keempat

Antara maklumbalas yang dinyatakan hasil dari temubual bersama Dr. Rosli Zakaria

(pengerusi penganjur) menyatakan beberapa orang telah..menyatakan hasrat berminat untuk

membawa program LIAC ke negeri Johor dan beberapa daerah lain. Mereka melihat program

13

ini berjaya membawa satu perubahan paradigma mengenai kesenian. Penyataan mereka

bahawa program ini berpotensi besar bagi menjadi sebuah acara kesenian yang boleh

dilaksanakan sebagai hasrat mencelikkan masyarakat mengenai kesenian.(sumber temubual

Rosli Zakaria)

Terdapat juga maklumbalas yang positif hasil dari gambar-gambar ‘still photo’ (rujuk

Lampiran 3) yang telah dimuat naik oleh penyelidik di dinding FB. Mempunyai hampir 100

like, beserta komen-komen yang positif, menyatakan bahawa seni telah berfungsi dalam

masyarakatnya.

9.0 Rumusan

Berdasarkan dapatan data-data maklum balas yang diperolehi, penyelidik telah dapat

menyimpulkan program LIAC2013 telah berjaya diperingkat awal untuk melibatkan

masyarakat di dalam aktiviti kesenian. Aktiviti-aktiviti yang telah dirancang menjadi

pemangkin kepada minat masyarakat seni serta oraganisasi luar dan juga penduduk Kampung

Lendu terhadap aktiviti kesenian.

Dua analisa awal yang diperolehi adalah, pertamanya LIAC2013 memberi kesan dan impak

yang besar kepada masyarakat malahan banyak maklumbalas dari peserta yang menginginkan

program seperti itu dilanjutkan dengan siri-siri yang lain. Keduanya, dari maklumbalas yang

diperolehi melalui media FB pihak dari kelompok luar turut menyokong program seperti ini

di kembangkan terutama untuk menjadikan ianya satu program berbentuk kemasyarakatan.

Program seperti LIAC2013 merupakan satu platform pertemuan artis dan masyarakat dalam

membudayakan kesenian di kalangan masyarakat. Penemuan awal ini harus dilanjutkan

dengan siri kajian yang lebih mendalaman bagi merelisiasikan cita-cita mewujudkan sebuah

masyarakat yang celik seni serta merubah lanskap kampong yang bersifat microarchitecture

ini dengan suntikan nafas-nafas kesenian tanpa meninggalkan nilai budaya setempat.

14

Rujukan

Hazayani Zakaria. 9-12 disember 2013. Perkampungan Seni Antarabangsa Lendu

Merakyatkan Seni. Harakah: Sastera dan Budaya. m/s 16

Hendra Himawan. 30 Januari 2014 jam 15:54. ..gumam pasca LIAC (part by part).

www. facebook. com

Jahani Ali. 1992. Seni dan Sistem Sosial. Selangor, Malaysia: Kajian Seni Lukis dan

Seni Reka, UiTM Shah Alam.

Rosli Zakaria. Catatan selepas 30 hari LIAC2013. 31 Disember 2013.jam

22:21.www.Facebook.com

Tan Sri Aisah Ghani. 1956,2012. Ibu Melayu Menghilang Dunia. Kuala Lumpur:

Institut Terjemahan dan Buku Malaysia Berhad.

Trisno Sumardjo. 2006. Penghidupan Seniman dalam Seni Rupa Modern Indonesia-

Esei-Esei Pilihan. Jakarta, Indonesia: Penerbitan Nalar.

T. Sabri. 10 Disember 2013 jam 23:28. Catatan Lendu (1) . www. Facebook.com

15

Lampiran 1.

Data- Antara Maklum Balas dari FB.

CommentShare

Adam Wahida, Roy Karyadhi, Iman Mooniandhi and 21 others like this.

Duta Anwar Tahniah kerana mengetuai rencana kegiatan seni bersama penggiat & rakyat seni yang

lain...moga dapat dilebarkan ke tempat lain dengan jayanya

1 January at 02:03 · Unlike · 3

Azimin Tazilan 1. Sejuta tahniah drRoslizakaria PengarcaUitm Lendu & semua terlibat secara langsung

atau tidak pd LIAC2013. Yg sy kira begitu teliti dan permulaan & kesinabungan impak budaya &

pengertian seni Msia yg suam sejuk.

2. Walupun sy berkesempatan pada sehar...See More

1 January at 02:20 · Unlike · 3

Siti Zainon Ismail Syabaz sekali bertapak terus berpencak!

1 January at 08:02 · Unlike · 2

Tsabri Ibrahim syabaz. kita berfunctionalkan bentuknya! Harhar...

1 January at 21:44 · Unlike · 1

Mohd Shaimy tugas pelukis melukis dan mendokumentasikan apa yang baik untuk tatapan ganerasi pelapis

kita, salam tahun baru dari GAP's

2 January at 12:13 · Unlike · 1

Iman Mooniandhi pergh...best ar geng.. jom bikin lagi

3 January at 08:53 · Unlike · 1

CommentShare

1 Share

Roy Karyadhi, Adam Wahida, Diana Ibrahim and 19 others like this.

Aniss Aziz Ok.sy juga rasa ber'hutang' dgn LIAC 2013.harap dpermudahkan utk diteruskan dlm 2014. akan

d update beritanya. selamat 2014 dr.Ros...hehe

31 December 2013 at 22:47 · Unlike · 1

Ariff Ali Hebat.... Hutang budi di bawa mati....

31 December 2013 at 23:02 · Unlike · 2

Hendra Himawan Saya juga berhutang pak Roslizakaria Pengarca, saya finishkan segera pak siyap!!

16

31 December 2013 at 23:17 · Unlike · 2

Sambung.

1 January at 11:16 · Unlike · 1

Iman Mooniandhi ni dah brapa lama dah pas uitm lendu aku terlupa nak pulangkan. terasa masih baru balik

dari sana..

3 January at 08:58 · Unlike · 1

Zuwairi Rahman Terima kasih atas jemputan untuk Artgeng...saya dan cikgu Azlan berbesar hati sama

memeriahkan...alhandulillah...

3 January at 11:30 · Unlike · 1

Azimin Tazilan

30 November 2013

Transforming street landscape & giving back to its new life of microarchitecture in small kampung-

town Lendu Art Camp — with U-Wei Bin HajiSaari. (16 photos)

5943Like · · Share

Diana Ibrahim, A. Zaki Hadri, Hanif Omar and 56 others like this.

17

Tzu Peng Tgis is awesome!

30 November 2013 at 18:03 · Like

Herleena Jamaluddin Good job beb!!! 30 November 2013 at 18:07 · Like

Azimin Tazilan Lets see what's d relevant authority SAY about this experiment project.. Lets change d landscape

and mind set.. First in Melaka .. For sure we hv a good support from d villagers n few gov / private agencies..

30 November 2013 at 20:07 · Edited · Like · 1

Diana Rosli I am proud of your artistic commitent Dr-ku

1 December 2013 at 09:58 · Like

Azimin Tazilan

29 November 2013

In art talk -by the well known karyawan Prof Dr Siti Zainon -wacana Lendu Art Camp"masyarakatan

seni dlm masyarakat kampung"

Lampiran 3

Sahar Supar

3 December 2013

Sehari selepas program Lendu Art Camp..... — with Adam Wahida and 30 others atKg. Lendu, Alor Gajah,

Melaka.

18

97192Unlike · · Share

You, Adam Wahida, Aniss Aziz, Arafat Hambali and 93 others like this.

Hairoonnisaa Mahbob Dr facilier

3 December 2013 at 18:16 · Like · 1

Nur Hasliza Rare la gamba kawen die..hihi

3 December 2013 at 18:28 · Unlike · 3

Haziq Syawal wahhhhhhhhhhhhh

3 December 2013 at 18:30 · Unlike · 2

Rohayu Ramli ni lalu belah mlm blh buat suspen gak..hehehe

3 December 2013 at 18:44 · Unlike · 2

Norhidayah Mansor Pehhhh gempak la lendu skang.. bestnyerrr... kalo 1 malaysia mcm ni mmg terbaik...

3 December 2013 at 18:54 · Unlike · 3

Diana Ibrahim the new 'villagescape' of kg Lendu

3 December 2013 at 18:59 · Unlike · 3

Hanif Omar pehh hahaha

3 December 2013 at 19:51 · Unlike · 2

Rashid Buang Omar cool..

3 December 2013 at 20:00 · Unlike · 2

Abd Razak Rasdi Tahniah dr rosli,terasa berseni lendu.untung negeri melaka

3 December 2013 at 20:39 · Unlike · 2

19

Abd Rasid Ismail Hebatnya......

3 December 2013 at 20:48 · Unlike · 2

Adam Wahida ok bang...tetap semangat...lendu pasti bisa

4 December 2013 at 01:45 · Unlike · 5

Hazayani Zakaria Terus ada pengantin bergambar! Tahniah. Lendu yang dulu bukanlah yang sekarang...

4 December 2013 at 08:40 · Like · 1

Amalia Amini kerren ...maikan Kak..sudut2 kosong dg sentuhan warna..suasana jadi hidup.

4 December 2013 at 12:41 · Like · 1

Roy Karyadhi Best bung

5 December 2013 at 18:29 · Like · 1

Sahar Supar Yaaa best dengan kehadiran kalian.... dah selamat sampai jogja ya mas bro Roy Karyadhi ...?

6 December 2013 at 00:16 · Like

Berita dalam akhbar.

20

Berita dari akhbar online . Selangor kini.