kpf kumpulan

38
1.0 PENGENALAN Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam memastikan agenda kegemilangan Negara berterusan. Tanpa pendidikan, sesebuah negara tidak mampu menjana sebuah perkembangan yang mampu bersaing dengan negara lain di peringkat global. Oleh itu, pendidikan mempunyai pelbagai fungsi dan seterusnya menjadi wadah utama dalam mencipta ketamadunan sesebuah negara. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) seperti yang kita boleh lihat disini; Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan negara. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) bakal merapatkan jurang pendidikanantara lokasi dengan membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan luar bandar di seluruh negara. Selain itu, ia turut memfokuskan peningkatan kadar penyertaan dan mengurangkan risiko keciciran pelajar. Membangunkan modal insan,Sekolah Kebangsaan, dan merapatkan jurang pendidikan merupakan kunci dalammencapai matlamat memperkasakan pendidikan khususnya pendidikan luar bandar.Pembangunan pendidikan di Malaysia pada peringkat awal tertumpu kepada pembinaansekolah di bandar dan kawasan pertumbuhan ekonomi utama negara. Sekolah-sekolahdi bandar dibekalkan dengan kemudahan bangunan dan peralatan yang baik danlengkap, guru terlatih dan sumber mencukupi. 1

Transcript of kpf kumpulan

1.0 PENGENALAN

Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam memastikan

agenda kegemilangan Negara berterusan. Tanpa pendidikan, sesebuah

negara tidak mampu menjana sebuah perkembangan yang mampu

bersaing dengan negara lain di peringkat global. Oleh itu,

pendidikan mempunyai pelbagai fungsi dan seterusnya menjadi wadah

utama dalam mencipta ketamadunan sesebuah negara. Falsafah

Pendidikan Kebangsaan (FPK) seperti yang kita boleh lihat disini;

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah

bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran keluarga masyarakat dan negara.

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) bakal merapatkan jurang

pendidikanantara lokasi dengan membangunkan infrastruktur dan

kemudahan pendidikan luar bandar di seluruh negara. Selain itu, ia turut

memfokuskan peningkatan kadar penyertaan dan mengurangkan risiko

keciciran pelajar. Membangunkan modal insan,Sekolah Kebangsaan, dan

merapatkan jurang pendidikan merupakan kunci dalammencapai matlamat

memperkasakan pendidikan khususnya pendidikan luar bandar.Pembangunan

pendidikan di Malaysia pada peringkat awal tertumpu kepada

pembinaansekolah di bandar dan kawasan pertumbuhan ekonomi utama

negara. Sekolah-sekolahdi bandar dibekalkan dengan kemudahan bangunan

dan peralatan yang baik danlengkap, guru terlatih dan sumber mencukupi.

1

Sebaliknya, peluang menikmati pendidikan bagi penduduk di luar bandar

dan pedalaman amat terhad. Malah sekolahluar bandar mengalami pelbagai

kekurangan daripada segi infrastruktur dan peralatan,kemudahan asas, guru

serta sokongan ibu bapa dan masyarakat. Ketidaksamarataan dan jurang

pendidikan ini wujud disebabkan keutamaan pada masa itu tertumpu kepada

usaha memastikan lebih ramai pelajar mendapat pendidikan berbanding

dengan kualiti pendidikan yang disediakan.Jurang pendidikan juga wujud

antara jenis sekolah, kaum, jantina, taraf sosioekonomidan tahap keupayaan

pelajar. Jurang ini menyebabkan perbezaan prestasi dan pencapaian pelajar,

penyediaan kemudahan fizikal dan bukan fizikal serta keciciran pelajar.

Impak jurang pendidikan telah menyumbang kepada keadaan tidak

seimbangyang ketara daripada segi sosioekonomi antara penduduk luar

bandar dan bandar.Usaha menangani jurang ini terus mendapat perhatian

Kerajaan sejak RancanganMalaysia Ketiga (RMKe-3).

2.0 PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN INSAN

Menurut Aristotle pendidikan merupakan sebuah sistem perkembangan

intelektual, jasmani, kerohanian dan emosi. Manakala, Plato

berpendapat bahawa pendidikan adalah proses yang dilakukan seumur

hidup (life-long) yang dimulai dari seseorang lahir hingga

kematiannya, yang membuat seseorang bersemangat dalam mewujudkan

warga negara yang ideal dan mengajarkannya bagaimana cara

memimpin dan mematuhi yang benar. Maka, berdasarkan pengertian

yang diberikan oleh tokoh-tokoh tersohor dunia ini, dapat

disimpulkan bahawa pendidikan merupakan wadah utama untuk

membentuk manusia yang berguna dan menjadi harapan untuk

meneruskan agenda kegemilangan negara.

Dalam membentuk manusia yang berguna, pendidikan merupakan

saluran yang tepat kerana pendidikan mampu melahirkan masyarakat

yang bersahsiah tinggi. Hal ini kerana, matlamat pendidikan

2

adalah untuk melahirkan masyarakat yang bersahsiah dan

mengamalkan adat ketimuran yang penuh dengan sopan santun dan

lemah lembut budi pekertinya. Lantaran pula, Malaysia merupakan

sebuah negara yang terkenal dengan nilai sopan santun yang sangat

dikagumi. Matapelajaran seperti Pendidikan Moral dan Pendidikan

Agama Islam merupakan antara matapelajaran yang mendidik para

pelajar untuk patuh kepada agama dan negara. Selain tu, subjek

lain turut mendidik para pelajarnya untuk insan yang berguna dan

memberi sumbangan kepada negara sperti subjek Pendidikan Sivik

dan Kewarganegaraan. Maka, secara tidak langsung, ianya akan

membantu dalam melahirkan insan yang berguna.

Etika dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah

merupakan antara cara untuk membentuk disiplin dalam diri setiap

pelajar. Peraturan seperti berpakaian kemas dan lengkap, tidak

datang lewat ke sekolah dan juga senyap ketika beradi di pusat

sumber sekolah merupakan antara peraturan ringan yang akan

membentuk disiplin dalam diri setiap pelajar. Selain itu,

pendidikan kokurikulum seperti Unit Beruniform adalah salah satu

bidang kurikulum yang dipelajari di luar bilik darjah namun

sangat berkesan untuk membentuk disiplin dalam diri pelajar hari

ini. Sebagai contoh, Kadet Polis mempunyai etika, peraturan dan

undang-undang tersendiri di mana setiap ahli harus patuh kepada

disiplin unit tersebut. Para pelajar yang telah terbiasa dengan

peraturan akan sentiasa memastikan diri mereka selamat daripada

melakukan sebarang kesalahan. Justeru, hal inilah yang akan

membentuk disiplin dalam diri mereka sehingga mereka menjadi

3

insan yang patuh kepada undang-undang negara dan seterusnya

menjadi insan yang mempunyai akhlak yang baik.

Menurut Mohd Yusof Othman dalam bukunya Pemikiran Kreatif Ke

Arah Kecemerlangan, pendidikan berfungsi sebagai penggerak

pemikiran kreatif dan kritis. Hal ini kerana, pendidikan

merupakan wadah utama untuk membentuk pemikiran kreatif dan

kristis sesebuah masyarakat dalam negara dimana pendidikan yang

diberikan akan mengasah minda pelajar untuk berfikir luar

daripada kotak pemikiran agar mereka mampu berhadapan dengan

sebarang keadaan pada masa akan datang. Pelbagai cara boleh

dilakukan agar para pelajar dapat berfikir untuk menghadapi

sebarang masalah dengan matang dan bukanlah menjadi batu api

kepada sesebuah pihak. Pemikiran yang matang dapat menghindarkan

generasi pada hari ini menjadi beban kepada negara tetapi

menjadi agen kepada penerus agenda kegemilangan negara. Maka

apabila disimpulkan, pendidikan dapat melahirkan insan yang

berguna dari segi idea bernas, kreatif dan kritis.

Selain itu, Falsafah Pendidikan Kebangsaan turut

menggariskan matlamat iaitu melahirkan masyarakat yang seimbang

dari segi rohani, jasmani, emosi dan intelek. Maka, untuk

mencapai matlamat tersebut pendidikan memainkan peranan yang

sangat penting kerana pendidikan mempunyai pelbagai aspek yang

akan membimbing para pelajar untuk menjadi insan yang mempunyai

ilmu pengetahuan tinggi. Potensi intelek seseorang individu harus

dikembangkan agar mereka menjadi insan yang berilmu, dapat

4

mengawal emosi dengan baik dan tidak mudah mengalah kepada

sesebuah keadaan. Selain itu, pendidikan juga mengajar para

pelajar untuk taat kepada agama serta saling menghormati agama

lain. Sebagai contoh, aktiviti kokurikulum di sekolah dapat

mendidik para pelajar untuk membezakan kegiatan yang mendatangkan

faedah dan tidak mendatang sebarang faedah. Apabila ditelusuri,

aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah merupakan wadah untuk

membentuk insan yang berguna kepada negara.

Di samping itu, dalam buku Pendidikan Seumur Hidup: Dunia

pendidikan Hari ini dan Hari Esok turut menyatakan bahawa

pendidikan dapat menggerakkan masyarakat untuk berfikir dan

bertindak secara matang. Hal ini kerana, pendidikan merupakan

lambang ketamadunan kepada sesebuah bangsa dan negara dimana

ianya berfungsi sebagai kayu pengukur untuk memastikan masyarakat

mendapat pendidikan secukupnya. Masyarakat yang mendapat

pendidikan dalam pelbagai aspek akan menjadi insan yang akan

menyumbangkan sesuatu yang akan memberi manfaat kepada negara dan

seterusnya menjadi tunggak kepada kemapanan dan kesejahteraan

masyarakat. Selain itu, pendidikan juga dapat membezakan

masyarakat yang matang dalam menangani masalah kerana masyarakat

yang berpendidikan seharusnya lebih efisyen dalam menyelesaikan

sesebuah masalah. Sebagai contoh, masyarakat yang berpendidikan

seharusnya faham akan konsep baru yang dilaksanakan oleh pihak

kerajaan seperti pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Masyarakat yang berpendidikan inilah yang akan membantu pihak

kerajaan untuk melaksanakan konsep tersebut. Berdasarkan contoh

5

dan huraian tersebut, maka jelas bahawa pendidikan merupakan

medan untuk melahirkan insan yang bertamadun.

Mok Soon Sang dalam bukunya Pendidikan di Malaysia untuk

Diploma Perguruan turut menyatakan bahawa pendidikan juga

berfungsi sebagai medan untuk membentuk keharmonian dan

kesejahteraan negara. Hal ini kerana, matapelajaran yang diajar

di sekolah mengandungi nilai - nilai murni serta banyak menyentuh

tentang sikap-sikap yang harus diamalkan oleh setiap lapisan

masyarakat tanpa mengira latar belakang, keturunan dan juga taraf

hidup. Kompenen matapelajaran yang diajar di sekolah bertujuan

untuk membentuk insan yang berguna kepada agama, bangsa dan

Negara. Sebagai contoh, subjek Sejarah mengajar generasi baru

agar lebih menghargai kehidupan pada masa kini supaya peristiwa

yang berlaku pada zaman sebelum merdeka tidak berulang kembali.

Maka, apabila setiap lapisan masyarakat bersatu padu melalui

pendidikan, akan wujud sebuah himpunan masyarakat yang berguna

dan seterusnya menjadi pewaris kepada agenda kegemilangan negara.

Drs Suwarno dalam bukunya Pengantar Umum Pendidikan

menyatakan bahawa pendidikan berfungsi untuk membentuk generasi

baru bermula daripada keluarga. Ini bermaksud, ibu bapa

berperanan penting dalam membentuk anak-anak mereka agar menjadi

seorang anak yang berguna serta mempunyai sahsiah diri yang

tinggi. Dalam masa yang sama, ibu bapa harus menunjukkan contoh

yang baik kepada anak-anak mereka agar anak-anak mempunyai idola

untuk mejadi seorang anak yang baik. Bagi Drs Suwarno, ibu bapa

6

adalah insan pertama yang akan mencorakkan hidup anak-anak mereka

kerana anak –anak membesar dalam jagaan mereka. Ibu bapa juga

seharusnya membentuk disiplin dalam diri anak –anak mereka sesuai

dengan peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Justeru,

ibu bapa turut memainkan peranan penting untuk mendidik anak-

anak mereka kerana pendidikan bukan hanya bermula dan berakhir di

bangku sekolah sahaja malahan ianya berlangsung dimana sahaja

hatta di rumah sekalipun. Apabila pendidikan diamalkan dimana

sahaja oleh sesiapa pun, maka lahirlah insan yang berguna kepada

keluarga, agama, bangsa dan negara.

Kesimpulan, pendidikan memainkan peranan yang sangat penting

dalam membentuk insan yang berguna kepada agama, bangsa dan

negara. Pendidikan yang komprehensif dapat menggalakkan golongan

muda khususnya tidak terlibat dengan gejala sosial yang akan

merosakkan masa depan mereka sendiri. Malahan, melalui pendidikan

ianya dapat mengukur ketamadunan sesebuah negara dan seterusnya

menjadi tiket untuk negara bersaing di peringkat global dalam

pelbagai aspek. Sehubungan dengan itu, Prinsip Rukun Negara

seharusnya menjadi teras dalam kehidupan masyarakat hari ini

dengan berpaksikan kepercayaan kepada Tuhan.

Rujukan

Carr F. J, Fauske R. J, Rushton S. (2008). Teaching and Leading From

the Inside Out. United

Kingdom. Corwin Press.

7

Faure E, Herrera F, Abdul Razzak Kaddoura, Lopes H, Arthur V.

Petrovsky, Majid Rahnema &

Ward C. F. ( 1978). Pendidikan Seumur Hidup: Dunia Pendidikan Hari ini

dan Hari Esok. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Drs Suwarno. ( 1992). Pengantar Umum Pendidikan. Jakarta. Rineka

Cipta.

Mohd Yusof Othman. (1994). Pemikiran Kreatif Kearah Kecemerlangan.

Selangor. Aras Mega

(M) Sdn Bhd.

Sang, M.S. ( 1996). Pendidikan di Malaysia. Selangor. Kumpulan Budiman

Sdn Bhd.

PETA MINDA.Fungsi Pendidikan Dalam Membentuk Pembangunan Insan

8

Fungsi Pendidikan DalamMembentuk Pembangunan

Insan

melahirkan masyarakat yangbersahsiah tinggi

membentuk disiplin dalam diri

penggerak pemikiran kreatif dankritis

membentuk generasi barubermula daripada keluarga

9

medan untuk membentuk keharmonian

dan kesejahteraan Negara

menggerakkan masyarakatuntuk berfikir

dan bertindak secara matang

membentuk generasi barubermula

daripada keluarga

3.0 PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN NEGARA

3.1 PENGENALAN

Pendidikan merupakan aset yang utama dalam pelaksanaan

pembangunan negara kita. Tanpa sistem pendidikan yang

sempurna dan mantap, akan terhasil bentuk pendidikan yang

pelbagai corak serta tidak sempurna sifatnya Pendidikan juga

dapat difahami sebagai satu proses mendidik sehingga

individu yang dididik memperoleh ilmu pengetahuan yang

akhirnya mampu menunjukkan tingkah laku atau amalan yang

dikehendaki. Perkembangan pesat dalam bidang sains dan

teknologi telah merubah senario dunia sehingga proses

mendidik sering dikaitkan dengan persekolahan. Senario masa

kini menunjukkan tugas mendidik telah banyak berpindah

daripada institusi keluarga di rumah kepada guru-guru di

institusi bernama sekolah. Dari sudut fungsinya pendidikan

dapat memainkan peranan secara meluas. Oleh sebab itu,

pendidikan diharapkan dapat membentuk akhlak, budi pekerti

dan keperibadian mulia serta keimanan individu manusia

ataupun lebih dikenali sebagai faktor dalaman dan fizikal.

Pendidikan juga dapat membangunkan dimensi sosial seseorang

iaitu seperti memberi sumbangan seseorang individu kepada

keluarga, masyarakat, dan negara. Pendidikan perlu ke arah

melahirkan rakyat yang mempunyai kualiti keterampilan diri

yang tinggi untuk pembangunan negara selaras dengan Dasar

10

Pembangunan Negara melalui pendidikan dan sekali gus untuk

pembangunan insan dalam diri individu.

3.2 FUNGSI PENDIDIKAN DALAM PEMBANGUNAN NEGARA.

3.2.1 MENINGKATKAN KUALITI SUMBER DAYA MANUSIA.

Pendidikan mempunyai fungsi yang sangat penting dalam

meningkatkan kualiti sumber daya manusia. Pendidikan

mempengaruhi sepenuhnya pertumbuhan ekonomi negara bangsa.

Hal ini kerana, pendidikan akan terpengaruh terhadap

produktiviti tetapi juga berpengaruh terhadap kemudahan

masyarakat. Pendidikan menjadikan sumber daya manusia lebih

berkesan untuk menghadapi cabaran atau perubahan yang

berlaku. Pendidikan bukan sahaja melahirkan individu yang

berkualiti, memiliki pengetahuan dan berketerampilan tinggi

serta dapat menguasai teknologi, tetapi juga dapat membantu

perkembangan iklim pasaran yang sihat dan kondusif bagi

pembangunan ekonomi negara. Pencapaian pendidikan pada semua

peringkat akan meningkatkan pendapatan dan produktiviti

masyarakat. Justeru, pendidikan merupakan jalan menuju

kemajuan dan pencapaian kesejahteraan sosial dan ekonomi

negara.

3.2.2 MELAHIRKAN PEKERJA YANG BERPENGETAHUAN DAN

BEKEMAHIRAN

Selain itu, fungsi pendidikan dalam pembangunan ekonomi

negara adalah dapat melahirkan modal insan iaitu pekerja

yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi. Hal ini

11

demikian kerana, ramai pelajar yang mendapat pendidikan

tinggi akan memperoleh ilmu pengetahuan dan mempunyai

pelbagai kemahiran dan berpeluang mendapat peluang pekerjaan

yang baik dan memperoleh pendapatan lumayan. Terdapat

pelbagai jenis pekerjaan pada masa ini memandangkan

masyarakat pada masa kini semakin maju. Kesemua petak

pekerjaan dalam pelbagai bidang industri, ekonomi,

perusahaan, sains dan teknologi perlu diisi demi kemakmuran

negara. Pada hari ini Malaysia, lebih mengutamakan modal

insan atau pekerja ilmu dalam bidang sains dan teknologi.

Tenaga kerja yang berpendidikan tinggi dalam sains dan

teknologi perlu dibuka lebih meluas supaya setaraf dengan

negara lain. Harapan negara adalah meletakkan para pelajar

lepasan pengajian tinggi awam (IPTA) atau institusi

pengajian tinggi swasta (IPTS) untuk mengaplikasikan

pengetahuan serta pendidikan yang mereka pelajari agar dapat

digunakan di alam pekerjaan nanti. Tenaga kerja ini akan

dilatih terlebih dahulu supaya menguasai kemahiran

menggunakan peralatan teknologi ICT. Justeru itu, pendidikan

mampu melahirkan modal insan iaitu pekerja yang

berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam pembangunan

negara.

3.2.3 MEMUPUK TAAT SETIA KEPADA NEGARA.

Pembangunan untuk negara boleh dilihat melalui aspek-

aspek taat setia rakyat kepada negara. Hal ini demikian

12

kerana, ketiadaan semangat taat setia kepada negara boleh

menyebabkan negara dalam sekelip mata hancur. Melalui

pendidikan perlu membolehkan seseorang itu menghayati

prinsip rukun negara bagi menghasilkan warganegara yang

lebih baik, iaitu warganegara yang progresif dengan jati

diri yang tinggi. Warganegara yang progresif ini bermaksud

rakyat Malaysia yang seimbang dari segi rohani, emosi,

intelek dan jasmani sehinggakan seseorang rakyat atau

penduduk tempatan itu mempunyai semangat jati diri atau

keyakinan diri yang tinggi terhadap negaranya. Selain itu,

konsep negara bangsa juga digariskan dalam Teras Pertama

PIPP(2006-2010) perlu di capai melalui pendidikan. Negara

bangsa yang dimaksudkan ialah warganegara yang mempunyai

semangat patriotik, cinta akan negara, bercirikan global dan

pada masa sama tanpa meninggalkan asal yang bersifat

tempatan (glokal) dan berdaya saing dengan meneruskan

warisan budaya dan kesenian bangsa serta menumpukan taat

setianya kepada raja dan negara dengan ajaran agama sebagai

pegagan. Melalui konsep negara bangsa, rakyat Malaysia akan

dapat berdiri teguh atau mempunyai semangat juang yang

tinggi dalam menongkah arus globalisasi.

3.2.4 MENYATUPADUKAN RAKYAT MALAYSIA YANG TERDIRI

DARIPADA PELBAGAI KAUM DAN AGAMA.

Peranan pendidikan dalam pembangunan negara adalah

untuk membangunkan masyarakat yang pelbagai kaum untuk

13

bersatu padu dan bertoleransi. Hal ini kerana demikian,

terdapat berlakunya masalah perpaduan kaum pada ketika

dahulu akibat sebuah pihak yang memulakan isu-isu yang

sensitif. Sebagai contoh, Peristiwa 13 Mei iaitu berlakunya

pertumpahan darah akibat masalah perkauman. Oleh itu,

kerajaan telah bertindak dengan mengubal akta demi untuk

mengelakkan berlakunya lagi masalah perpaduan di negara.

Kerajaan telah mengubal akta iaitu Akta Pendidikan Baik dan

Akta Pelajaran 1961 dan juga Akta Pendidikan 1996 yang

menyatukan perpaduan adalah merupakan agenda yang sangat

penting yang terkandung dalam akta tersebut. Selain itu,

dalam akta tersebut juga diperuntukkan agar pendidikan

dilaksanakan menggunakan bahasa Melayu. Hal ini bermaksud

adalah Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa penghantar

utama di seluruh sekolah-sekolah di yang terdapat di negara

Malaysia. Dengan adanya satu bahasa yang dipakai iaitu

Bahasa Melayu sekali gus rakyat dapat mengekalkan perpaduan

dapat dikukuhkan. Selain itu, menggunakan kurikulum dan

peperiksaan yang sama untuk semua sekolah adalah usaha untuk

menyatupadukan masyarakat.

3.2.5 MELAHIRKAN GUNA TENAGA MANUSIA YANG TERDIRI

DARIPADA GOLONGAN TEKNOKRAT PROFESIONAL DAN SEMI PROFESIONAL

Melalui pendidikan, ramai golongan teknokrat

profesional dan semi profesional dilahirkan. Hal ini kerana,

sudah sekian lama negara telah mencapai kemerdekaan,

pembangunan infrastruktur di negara di negara ini perlu

14

diteruskan disebabkan masih banyak lagi kemudahan

infrastruktur yang masih belum dilengkapkan atau diadakan.

Contohnya, adalah seperti di kawasan luar bandar yang mesti

dibangunkan. Oleh itu, dengan adanya golongan teknokrat

profesional dan semi profesional seperti arkitek,

pembangunan infrastruktur seperti sekolah dapat diadakan.

Jurang geografi antara rakyat perlu segera dikurangkan

selaras dengan mengekalkan dan meningkatkan lagi perpaduan

rakyat. Dalam hal ini pendidikan ke arah pembangunan negara

secara fizikalnya begitu jelas dilihat rasionalnya.

3.2.6 MELAHIRKAN INSAN YANG BERILMU, BERTANGGUNGJAWABDAN BERKEUPAYAAN SERTA MEMILIKI NILAI-NILAI MURNI DAN MORALYANG TINGGI.

Falsafah pendidikan negara yang bertekad untuk

melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab

dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan

negara. Hal ini sudah jelas menunjukkan peranan dan

kepentingan pendidikan itu sendiri dalam konteks yang lebih

terperinci. Selain itu, falsafah pendidikan juga ada

menyatakan bahawa pendidikan juga berfungsi untuk melahirkan

insan memiliki nilai-nilai murni dan moral yang tinggi. Hal

ini demikian kerana, individu yang mempunyai pendidikan yang

tinggi akan mempunyai permintaan yang tinggi daripada

pelbagai sektor pekerjaan. Individu yang berakhlak mulia dan

mempunyai sifat amanah dan komitmen yang tinggi dalam tugas

adan dipandang tinggi oleh masyakat. Maka, dengan adanya15

pendidikan, ia mampu mengubah nasib diri seseorang

bergantung dengan tahap pendidikan yang diterimanya. Ilmu

yang diperoleh dengan secara langsung ataupun tidak mampu

memberikan satu perubahan dalam kehidupan seseorang sekali

gus membawa diri jauh daripada kelompok kemiskinan dan hidup

tanpa arah tujuan.

3.3 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, pendidikan yang terdapat di

Malaysia, memainkan fungsi yang sangat penting bukan sahaja

bertujuan memenuhi keperluan manusia tetapi juga untuk

meningkatkan perpaduan antara kaum. Sesungguhnya, pendidikan

yang ada pada hari ini telah melahirkan modal insan yang

cemerlang, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi agar dapat

membangunkan negara di peringkat antarabangsa.

Bibliografi

Abd. Fatah Hasan (2001). Falsafah Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS

publications

&Distributors Sdn Bhd.

Abdullah Ishak (1995). Pendidikan Islam dan pengaruhnya di

Malaysia. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

16

Abdul Rahman Aroff & Zakaria Kasa. (1994). Falsafah dan konsep

pendidikan

(Edisi 2). Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Akta Pelajaran 1961. Kuala Lumpur: International Law Book

service. (1984).

Akta Pendidikan 1996. Kuala Lumpur: MDC publishers Printers.

(1996).

Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Pelan induk Pembangunan

Pendidikan (PIPP)

2006 - 2010. (Edisi Pelancaran). Kuala Lumpur: KPM.

PETA MINDA.

PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN NEGARA

17

Pendidikan adalah aset utama dalam pelaksanaan

pembangunan negara.

Proses mendidik sehingga individu yang dididik

memperoleh ilmu pengetahuan yang akhirnya mampu

menunjukkan tingkah laku atau amalan yang dikehendaki.

Perkembangan pesat dalam bidang sains dan teknologi

telah merubah senario dunia sehingga proses mendidik

sering dikait dengan persekolahan

18

1) Meningkatkan kualiti sumber daya Manusia.

2) Melahirkan pekerja yang berpengetahuan dan berkemahiran.

3) Memupuk semangat setia kepadanegara.

4) Menyatupadukan rakyat

Malaysia yang terdiri

daripada pelbagai kaum dan

agama.

5) Melahirkan guna tenaga

manusia yang terdiri daripada

golongan teknokrat

profesional dan semi

Fungsi Pendidikan Dalam Pembangunan Negara

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, pendidikan yang terdapat di

Malaysia, memainkan fungsi yang sangat penting bukan

sahaja bertujuan memenuhi keperluan manusia tetapi juga

untuk meningkatkan perpaduan antara kaum. Sesungguhnya,

pendidikan yang ada pada hari ini telah melahirkan modal

4.0 PENDIDIKAN DAN PERPADUAN

4.1 PENGENALAN

Sistem pendidikan merupakan asas yang sangat penting

dalam membangunkan modal insan dan negara ke arah yang lebih

baik. Menurut kamus Dewan, perpaduan merupakan penggabungan,

persesuaian, perihal berpadu. Dengan kata lain, perpaduan

merupakan salah satu proses yang menyatupadukan anggota

masyarakat dan negara secara menyeluruh melalui ideologi

sesebuah negara tersebut. Contohnya di Malaysia, penduduknya

yang berbilang kaum dan sudah pasti penduduknya juga

mempunyai latar belakang sosiol budaya yang berbeza. Oleh

sebab itu, dasar pendidikan yang diperkenalkan haruslah

mempunyai hubungkait dengan perpaduan yang bukan sahaja

dilaksanakan untuk tujuan pendidikan semata-mata tetapi

haruslah berfokuskan kepada merealisasikan perpaduan di

kalangan masyarakat. peristiwa berdarah 13 Mei 1969 telah

banyak mengajar negara kita untuk menitikberatkan perpaduan

dalam kalangan rakyat. Menurut prof. Madya Dr. Zainal Abidin

Ahmad Mazlan Zulkifly, tanpa perpaduan, negara itu akan

terdedah kepada pelbagai-bagai kelemahan dan ancaman yang

19

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, pendidikan yang terdapat di

Malaysia, memainkan fungsi yang sangat penting bukan

sahaja bertujuan memenuhi keperluan manusia tetapi juga

untuk meningkatkan perpaduan antara kaum. Sesungguhnya,

pendidikan yang ada pada hari ini telah melahirkan modal

boleh mejejaskan kedaulatan negara itu sendiri. Justeru itu,

fungsi pendidikan dalam perpaduan sangat dititikberatkan

dalam membangunkan pembangunan insan dan negara kerana

“meluntur buluh biarlah dari rebung”.

4.2 FUNGSI PENDIDIKAN KE ARAH PEMBANGUNAN INSAN DAN NEGARA

4.2.1 BAHASA MALAYSIA SEBAGAI BAHASA PENGANTAR

Dalam menerapkan nilai perpaduan dalam pendidikan,

bahasa Malaysia telah ditetapkan untuk menjadi bahasa

pengantar yang utama dalam matapelajaran yang diajar di

sekolah. Dalam Penyata Razak 1956, bahasa Melayu diangkat

sebagai bahasa kebangsaan, bahasa perpaduaan dan bahasa

pengantar di sekolah-sekolah dimana bahasa melayu dan juga

bahasa Inggeris wajib diajar di semua persekolahan. Sedikit

sebanyak ianya dapat mengeratkan perpaduan antara kaum

Melayu, Cina dan India sebagai satu rumpun bangsa di Tanah

Melayu dan medium untuk menyatupadukan masyarakat Malaysia

yang berbilang bangsa dan kaun di Malaysia.

Selain itu juga, penggunaan bahasa Malaysia bertindak

sebagai bahasa perhubungan dan persefahaman antara satu kaum

dengan kaum yang lain. Hal ini dapat mengalakan pelajar

untuk menjalinkan hubungan sesama diri tanpa wujudnya

perasaan curiga dan perkauman dengan kaum lain. Antara usaha

yang dilakukan untuk menyerapkan perpaduan melalui

pendidikan ialah kerajaan telah mewujudkan Kempen Minggu

Bahasa dan Bulan Bahasa bagi mengalakkan penggunaan bahasa

20

Melayu. Bukan itu sahaja, kerajaan juga telah menyediakan

pembelajaran secara percuma kepada pelajar-pelajar dengan

tujuan agar semua pelajar mendapat peluang pedidikan yang

sama. dengan mempunyai pendidikan maka pembangunan negara

dapat ditingkatkan. Ini jelas menunjukkan bahawa pendidikan

merupakan usaha bagi memastikan masyarakat mencapai

perpaduan.

4.2.2 KURIKULUM YANG SERAGAM

Dalam konteks Malaysia, kurikulum memainkan peranan

yang besar dalam melahirkan rakyat yang menyokong cita-cita

negara dalam mewujudkan perpaduan berdasarkan prinsip-

prinsip Rukun Negara dan secara tidak langsung melahirkan

pelajar sebagai modal insan yang terlatih dan berilmu

pengetahuan untuk keperluan masa depan yang penuh dengan

cabaran dan saingan. Rancangan kerajaan untuk menyeragamkan

kurikulum di sekolah-sekolah telah diperkukuhkan lagi dengan

mewujudkan satu sistem peperiksaan yang seragam. Peperiksaan

merupakan pekara yang wajib diadakan dalam semua intitusi

pendidikan kerana melalui peperiksaan para pelajar dapat

dinilai tahap kefahaman mereka. Apabila sukatan pelajaran

dan peperiksaan yang dijalankan adalah seragam maka

pembelajaran para pelajar tidaklah terganggu kerana terpaksa

berpindah ke sekolah yang lain.

Dalam aspek kurikulum pendidikan di Malaysia, kelulusan

Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia

21

menjadi satu keperluan bagi mendapat jawatan ataupun untuk

diserap ke jawatan tetap manakala pada peringkat kemahiran

bertutur pula seseorang pelajar hendak lulus sebagai syarat

dalam peperiksaan ijazah di universiti. Antara contoh yang

menunjukkan peranan pendidikan dalam perpaduan ialah

wujudnya matapelajaran seperti pendidikan Islam dan

Pendidikan Moral yang berperanan untuk mengukuhkan pegangan

agama, menanam sifat-sifat murni serta membentuk tingkahlaku

yang bersopan dan menghormati anatara sama yang lain.

Langkah ini sangat membantu pembangunan insan dan negara

kita dalam proses untuk menyatupadukan pelajar berbilang

kaum di samping mewujudkan keperibadian yang sama.

4.2.3 SEKOLAH WAWASAN

Konsep Sekolah Wawasan yang diluluskan oleh kabinet

pada tahun1997 adalah menggabungkan tiga sekolah berlainan

aliran dalam satu kompleks yang mana pelajarnya berkongsi

menggunakan kemudahan seperti padang dan kantin bagi

membolehkan mereka berinteraksi serta berkomunikasi di

antara satu sama lain. Cadangan Tun Dr. Mahathir Mohammad

untuk menubuhkan sekolah wawasan yang menekankan sistem

persekolahan yang berkonsepkan perpaduan ini sangat

bersesuaian dengan hasrat negara yang ingin melahirkan

masyarakat yang bersatu padu ke arah pembangunan insan dan

negara. Sekolah wawasan bererti sekolah sekolah rendah yang

22

berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang

sama tanpa mengira kaum dan agama.

Penubuhan Sekolah Wawasan berfungsi mewujudkan

perpaduan dalam kalangan pelajar yang pelbagai bansa dan

latar belakang, melahirkan pelajar yang bertoleransi dan

bersefahaman demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu

dan menggalakan interaksi maksimum antara warga sekolah

melalui perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan

aktiviti yang diajalankan di sekolah. Sekolah wawasan

menyediakan ruang untuk pelajar untuk berinteraksi secara

langsung dan mendedahkan pelajar kepada kemudahan

teknologi. Fungsi sekolah wawasan dalam memupukkan perpaduan

melalui pendidikan ialah untuk mencapai matlamat penyatuan

etnik yang terdapat dalam negara kita.

4.2.4 KOKURIKULUM

Fungsi pendidikan dalam perpaduan dapat dilihat melalui

kokurikulum di peringkat sekolah, sekolah menengah dan

pengajian tinggi yang menunjukkan hasil yang positif.

Perpaduan dalam dicapai melalui penyertaan pelajar dengan

aktiviti sukan, kebudayaan dan persatuan yang ada di

sekolah. Hal ini kerana, aktiviti tersebut dapat merapatkan

hubungan disampingkan membangkitkan semangat perpaduan dan

kerjasama dalam kalangan pelajar. Dari penglibatan pelajar

dengan kokurikulum yang ada di peringkat sekolah dapat

23

melahirkan seseorang pelajar itu leih berfikiran terbuka

dalam berhubung dengan orang lain.

Bukan itu sahaja, melalui kokurikulum juga pelajar

dapat mencungkil dan mengasah bakatnya ke peringkat yang

lebih tinggi lagi untuk kegunaan masa depan dan kepuasan

diri. Aktivit kokurikulum dapat membantu pelajar untuk

menambah, mengukuh dan mengamlkan pengetahuan, kemahiran dan

nilai-nilai yang pernah diterapkan dalam kelas.Ini dapat

menyumbang kepada pembangunan modal insan dan pembangunan

negara serta memupuk dan mengeratkan perpaduan dalam

kalangan pelajar dengan pihak sekolah dan masyarakat.

4.2.5 RUKUN NEGARA

Prinsip-prinsip rukun negara merupakan salah satu

fungsi pendidikan yang menerapkan nilai perpaduan

masyarakat. murid-murid sekarang tidak begitu menghayati

prinsip yang ada dalam rukun negara. rukun negara memainkan

peranan dalam merencana program dan dasar negara untuk

mengatasi garis pemisah antara etnik bagi membentuk dan

membimbing masyarakat ke arah perpaduan yanag menekankan

pembangunan insan dan negara Malaysia.

Oleh itu, pihak sekolah haruslah memastikan agar

pelajar-pelajar menghafal dan menerapkan nilai-nilai

tersebut dalam diri mereka. Hal ini kerana, jika mereka

hanya menghafal tetapi tidak menghayati prinsip tersebut

tidak guna juga. Pihak sekolah hendak mewajibkan pelajar

24

untuk melafaskan prinsip rukun negara tersebut dalam

perhimpunan sekolah. Dengan menggunakan cara tersebut maka

mereka dapat mengetahui prinsip yang terkandung dalam Rukun

Negara agar para pelajar dapat menerapkan nilai hormati-

menghormati, memahami kebudayaan kaum lain dan mengingati

kita tentang kepentingan perpaduan dan kedaulatan negara.

4.3 KESIMPULAN

Bidang pendidikan merupakan bidang yang paling penting yang

sesuai untuk mencapai hasrat kerajaan dalam menyatupadukan dan

menginterasikan pelbagai kaum ke arah pembangunan insan dan

negara. Sistem pelajaran yang ada pada kita sekarang ialah suatu

usaha yang disedari dan bersungguh-sungguh untuk memberi jawapan

atau penyelesaian kepada masalah perpaduan ini dengan kaedah-

kaedah yang praktikal, wajar dan dapat diterima oleh sebahagian

besar rakyat negara ini. Tanpa perpaduan, sesebuah kemajuan yang

ingin dicapai pada wawasan 2020 tidak akan menjadi kenyataan

kerana dalam melakukan sesuatu perkaraa yang melibatkan

pembangunan, ianya sangat memerlukan kerjasama dan perpaduan.

Proses untuk mencapai perpaduan mengambil masa jangka yang lama

dan memerlukan perancangan yang teliti dan tepat. Perpaduan kaum

adalah elemen yang penting dan harus diberi perhatian kerana

pemupukan hubungan etnik antara masyarakat adalah amat penting

bagi kesejahteraan negara. Bagi mencapai matlamat tersebut,

negara memerlukan rakyat yang berpendidikan, berilmu dan semangat

patriotisme yang tinggi dan komited untuk melaksanakan tugas dan

25

tanggungjawab masing-masing dalam memacu negara ke arah mencapai

Wawasan 2020.

BIBLIOGRAFI.

Abu Bakar Nordin. 1994. Reformasi Pendidikan Dalam Menghadapi

Cabaran 2020.

Kuala Lumpur. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2002. Dasar Pendidikan Malaysia.

Giga Wise

Network Sdn Bhd.

Nik Azis Nik Pa, Noraini Idris. 2008. Perjuangan Memperkasakan

Pendidikan Di

Malaysia: Pengalaman 50 tahun merdeka. Kuala Lumpur. Utusan

Publications dan Distributors Sdn Bhd,

Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly. 2006. LANH

1303 Pengajian

Malaysia. Kuala Lumpur: Open Universiti Malaysia

Zulhilmi Paidi & Rohani Abdul Ghani (2003). Pendidikan negara

bangsa.

Bentong: PTS Publications and Distributors Sdn Bhd

PETA MINDA

FUNGSI PENDIDIKAN KE ARAH PEMBANGUNAN INSAN DAN NEGARA

26

27

PENGENALAN

Sistem pendidikan merupakan asas yang sangat penting dalam membangunkan modal insan dan negara ke arah yang lebih baik.

Menurut kamus Dewan, perpaduan merupakanpenggabungan, persesuaian, perihal berpadu.

Menurut prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad MazlanZulkifly, tanpa perpaduan, negara itu akan terdedahkepada pelbagai-bagai kelemahan dan ancaman yangboleh mejejaskan kedaulatan negara itu sendiri

dasar pendidikan yang diperkenalkan haruslahmempunyai hubungkait dengan perpaduan yang bukansahaja dilaksanakan untuk tujuan pendidikan semata-mata tetapi haruslah berfokuskan kepadamerealisasikan perpaduan di kalangan masyarakat.

28

BA HASA MA LAYSI A SE BAGAI BA HASA PE NGANT AR kU RIKUL UM YA NG SE RAGAM

SE KOLAH WA WASANKO KURIK ULUM

RUKUN NEGA RA

PENDIDIKANDAN

PERPADUAN

KESIMPULAN

Bidang pendidikan merupakan bidang yangpaling penting yang sesuai untuk mencapaihasrat kerajaan dalam menyatupadukan danmenginterasikan pelbagai kaum ke arahpembangunan insan dan negara.

Tanpa perpaduan, sesebuah kemajuan yang ingindicapai pada wawasan 2020 tidak akan menjadikenyataan kerana dalam melakukan sesuatuperkaraa yang melibatkan pembangunan, ianya

5.0 PENDIDIKAN KE ARAH MERAPATKAN JURANG

5.1 PENGENALAN.

Sistem Pendidikan di Malaysia mula berkembang sejak

zaman penjajahan kuasa barat ke Tanah melayu. Pada mulanya,

sistem pendidikan tidak formal diperkenalkan iaitu secara

lisan. Apabila British mulai bertapak diTanah Melayu, sistem

pendidikan formal mulai diperkenalkan. Namun, sistem

pendidikan ini telah menyebabkan jurang pendidikan dalam

kalangan masyarakat. Hal ini demikian kerana penjajah

mengamalkan sistem pecah dan perintah. Setiap kaum mempunyai

sekolah masing-masing dan ini menyebabkan perpaduan antara

kaum di Malaysia mulai menipis. Pendidikan juga hanya

tertumpu di kawasan bandar manakala kawasan pedalaman

mempunyai sekolah yang terhad dari segi kemudahan. Oleh

kerana itu, maka berlakulah ketidaksamarataan antara

pendidikan di banadar dengan kawasan pedalaman. Oleh itu,

kerajaan telah memberikan tumpuan kepada pendidikan di

kawasan pedalaman agar dapat mengatasi masalah ini

terutamanya kadar buta huruf.

5.2 Kepentingan Merapatkan Jurang.

Di Malaysia, pendidikan amat dititiberatkan dalam

kalangan masyarakat. Oleh itu, kerajaan telah menyarankan

agar pendidikan di kawasan pedalaman juga turut sama

mendapat perhatian. Hal ini demikian kerana, sistem

29

pendidikan di luar bandar sangat berbeza dengan pendidikan

bandar. Pendidikan luar bandar mengalami pelbagai kekurangan

contohnya dari segi infrastruktur, kemudahan fizikal,

asrama, buku teks, perpustakaan, bantuan makanan tambahan

dan sekolah rendah pusat.

5.2.1 Infrastruktur dan kemudahan

Meningkatkan infrastruktur dan kemudahan sedia ada.

Kekurangan infrastruktur akan menyebabkan para pelajar sukar

untuk menghadirkan diri ke sekolah dan pihak kerajaan harus

mengambil langkah atas kekurangan ini. Jalan raya yang

terputus-putus akan menyebabkan berlakunya kesukaran untuk

para pelajar bergerak ke sekolah. Oleh itu, ramai pelajar

diluar bandar atau kawasan pedalaman membuat pilihan untuk

tidak ke sekolah atas sebab jarak ke sekolah terlalu jauh.

Pelajar di kawasan pedalaman 3 terutamanya akan meniki

sampan sejauh tiga hingga lima jam ke sekolah. Oleh itu,

perhatian yang tinggi dari pihak kerajaan amat penting

terhadap pendidikan kawasan pedalaman agar tidak berlaku

keciciran. Oleh itu, pendidikan merapatkan jurang ini amat

penting untuk memastikan semua pelajar mendapat pendidikan

sepertimana yang disarankan oleh kementerian pelajaran.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd. Puan Zarkashi berkata,

masalah keciciran dalam kalagan masyarakat peribumi Sarawak

khusunya Penan masih serius sehingga ke hari ini.

Menurutnya, masalah utama yang menjadi kekagan kepada ibu

bapa untuk tidak menghantar anak mereka ke sekolah adalah,

30

penempatan yang jauh dari sekolah dengan ketiadaan

pengangkutan telah menjadi factor utama masyarakat pedalaman

cenderung untuk tidak melanjutkan persekolahan ka peringkat

yang lebih tinggi. Selain itu, masalah ini turut berlaku

sama di bandar kemiskinan di Bandar dikatakan berlaku kerana

golongan penduduk yang miskin kurang terdedah kepada sumber-

sumber dan kemudahan-kemudahan asas seperti bas awam,

perpustakaan, pendidikan dan sebagainya. Mereka sudah biasa

berjalan kaki dan ini menyebabkan mereka sukar untuk

bergerak ke tempat yang lebih jauh. Ibu bapa mereka juga

akan merasakan bahawa menghantar anak ke sekolah merupakan

sesuatu yang mengganggu kerja harian mereka. Oleh itu,

merepa mambuat keputusan untuk tidak menghantar anak ke

sekolah dan membiarkan anak keciciran dalam pelajaran.

5.2.2 Asrama

Memperbanyakkan asrama di setiap sekolah. Setiap sekolah

sehrusnya memiliki asrama sepertimana di sekolah pedalaman.

Hal ini demikian kerana, adanya asrama di setiap sekolah,

maka para pelajar akan dapat merasai bagaimana hidup di

asrama seperti poelajar kawasan pedalaman. Peruntukkan

asrama yang sama haruslah disediakan dan bukan hanya

disediakan di kawasan bandar sahaja. Setiapsekolah haruslah

mendapatkan kelebihan yang sama rata tidak mengira dimana

kawasan sekolah itu didirikan. Pelajar yang dapat merasakan

bagaimana tinggal di asrama akan secara tidak langsung dapat

membiasakan diri tinggal di kolej jika mereka berlanjutan ke

31

universiti. Hal ini demikian kerana, ramai pelajar yang

sudah biasa tinggal di bandar dan tidak pernah duduk di

asrama akan menghadapi masalah untuk tinggal di kolej ketika

belajar di institusi tinggi. Se;lain itu, bagi pelajar yang

mengalami masalah kewangan yang tidak dapat menyediakan

tambang anak ke sekolah, maka para ibu bapa boleh menghantar

anak mereka ke asrama. Dengan ini, masalah keciciran dalam

pelajaran akan dapat dibendung. Pelajar yang berpenempatan

jauh akan dapat tinggal di asrama dan ini memudahkan mereka

untuk dating ke sekolah setiap hari.

5.2.3 Penyediaan Perpustakaan

Penyediaan perpustakaan. Sepertimana yang kita ketahui, buku

amat penting bagi pelajar tidak kira pelajar peringkat

rendah atau institusi. Buku merupakan sumber rujukan utama

mereka dalam pelajaran lantaran ketiadaan kemudahan

internet. Namun apa yang menjadi kakangan bagi pelajar

kawasan pedalaman ialah, nilai atau harga sebuah buku yang

dijual lebih mahal barbanding dengan kawasan bandar kerana

mengambil kira kos pengangkutan. Oleh itu, penyediaan

perpustakaan sekaligus akan dapat membantu pelajar yang

kuang mampu untuk mendapatklan buku lantaran harga buku yang

mahal di kawasan mereka. Begitu juga dengan pelajar yang

duduk di kawasan bandar. Pelajar yang tergolong dalam

keluarga yang berpendapatan rendah akan mengalami kesukaran

untuk mendapatkan buku kerana tidak cukup wang untuk membeli

buku. Penyediaan perpustakaan akan dapat membantu mereka

32

agar tidak jauh keciciran dalam pelajaran. Memperbanyakkan

perpustakaan oleh kerajaan amat membantu para pelajar untuk

terus belajar sepertimana pelajar yang berkemampuan.

Kemudahan pembekalan pelajaran di semua sekolah akan dapat

mengatasi maslah pelajar di kawasan pedalaman yang secara

tidak langsung memenuhi kemudahan di sekolah. Kemudahan dan

pembekalan yang beraneka jenis dan banyak akan mempunyai

hubungkait yang tersendiri dngan kegiatan pengajaran dan

pembelajaran yang dijalankan di sekolah tersebut.

5.2.4 Sosioekonomi

Jurang sosioekonomi juga harus dititikberatkan oleh pihak

kerajaan contohnya dari segi tahap kesihatan, disiplin,

kebajikan pelajar, dan kemiskinan termasuk yang di bandar.

Oleh itu, bantuan dari kerajaan amat diperlukan agar

kepentingan pelajar dapat dijaga. Pelbagai program perlu

diwujudkan agar dapat memantapkan pengagihan bantuan kepada

para pelajar dan kebajikan mereka iaitu pelajar-pelajar

miskin terpelihara. Kerajaan juga telah mempelbagaikan

program teras pembangunan di luar bandar agar jurang di

antara luar bandar dan bandar dapat diatasi. Saluran dari

segi kewangan sangat membantu pelajar yang kurang

berkemampuan untuk membeli peralatan sekolah mereka, secara

tidak langsung, ini akan dapat membantu menggurangkan beban

ibu bapa mereka agar anak-anak mereka tidak berlaku

keciciran. Contohnya, sebanyak 179,227 pelajar miskin yang

menerima peruntukkan tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar

33

Miskin (KWAPM) yang berjumlah RM 21.4 juta diberikan agar

meringankan beban mereka terutama ibu bapa yang kurang

berkemampuan. Setiap seorang pelajar yang ibu bapanya kurang

berkemampuan akan mendapat RM120 bagi pembelian peralatan

sekolah mereka di mana sebelum ini, ia teleh diperuntukkan

untuk disediakan di bawah Belanja Mengurus yang dikenali

“One-Off”.

5.2.5 Peluang yang Sama

Kementerian Pelajaran ingin memstikan agar semua sekolah dan

pelajar mempunyai peluang yang sama untuk cemerlang dalam

pelajaran termasuklah sekolah Kebangsaan dan sekolah jenis

kebangsaan. Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengenal

pasti jurang pendidikan yang perlu dirapatkan supaya akses,

ekuiti dan kualiti dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa.

Pihak kerajaan amat mementingkan masalah keciciran dalam

kalangan masyarakat kerana mereka merupakan modal insan

negara dan tunggak pembangunan negara. Kerajaan akan

memperluaskan sekolah komprehensif di kawasan pedalaman

terutamanya kawasan pedalaman Sarawak khusunya di kawasan

Baram agar masalah keciciran dapat di bending terutama bagi

kaum Penan yang kurang memberikan atau diberikan pendedahan

tentang pentingnya sekolah. Langkah yang sejajar dengan

usaha kerajaan untuk merapatkan jurang pendidikan dalam

kalangan kaum Penan yang masih jauh ketinggalan akibat

kurangnya galakkan ibu bapa mereka akan dilakukan segera.

Kementerian haruslah mengadakan kempen kecil-kecilan ke

34

sekolah pedalaman atau kawasan pedalaman agar mendedahkan

mereka pentingnya pendidikan dalam setiap masyarakat. Ini

secara tidak langsung akan dapat membantu para ibu bapa

untuk sedar akan kepentingan pendidikan kepada anak mereka.

5.3 KESIMPULAN.

Keseluruhannya, sistem pendidikan negara kita mengalami

perubahan kepada pendekatan yang lebih bertepatan dengan

keperluan setempat. Perubahan ini memberi kesan langsung

terhadap perkembangan pendidikan yang selaras dengan era

globalisasi yang melibatkan semua peringkat sekolah seperti

sekolah rendah, menengah dan juga institusi tinggi. Apa yang

pasti, jurang pendidikan masih berlaku dan akan dapat dikurangkan

dengan penyediaan asas secara berterusan dan pada masa yang sama,

kementerian perlu merancang untuk melonjak sistem pendidikan ke

tahap yang lebih tinggi supaya masalah ini dapat diatasi. Hal ini

demikian kerana kemajuan sesebuah negara sama ada dari segi

teknologi ataupun ekonomi amat bergantung kepada generasi muda

yang mempunyai keseimbangan dari aspek intelek, jasmani, rohani

dan emosi . Oleh itu, halangan-halangan melahirkan modal insan

yang berdaya maju perlu dikenal pastikan supaya pendekatan yang

betul dapat dilaksanakan. Oleh itu, bantuan Persekolahan yang

disediakan oleh Kementerian Pelajar Malaysia mampu memenuhi

matlamat dalam memastikan semua sekolah dan murid mempunyai

peluang dan keupayaan yang sama untuk mencapai kecemerlangan

dalam bidang kurikulum dan aktiviti kokurikulum. Di samping itu,

kejayaan dalam merapatkan jurang pendidikan boleh dicapai melalui

35

usaha dan komitmen berterusan daripada semua pihak, terutamanya

pegawai pelaksana, ibu bapa, badan bukan kerajaan , kumpulan

masyarakat, dan penderma. Tambahan pula, semua pihak pelaksana

haruslah mengambil perhatian dan komitmen yang tinggi bukan

sahaja dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) murid,

tetapi juga dalam aspek kebajikan dan keperluan sosial murid

terutamanya di kawasan pedalaman.

Bibliografi

Izham Yusoff (10/10/06) Menggempur Kemiskinan Menerusi

Pendidikan Utusan Melayu

Norizan Abdul Razak, Rozainee Khairudin, Ravichandran Vengadasamy

Isu - Isu Pendidikan Bahasa Sastera dan Psikologi

di Malaysia.

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 (RMK-9)

Pelajar Miskin 179227 Terima RM21.4 juta (12/03/05) Utusan

Malaysia

Siti Masayu Rosliah Binti Abdul Rashid (2008) Peluang Dan

Cabaran.

Pendidikan Dalam Kalangan Masyarakat Luar Bandar

Program Outreach Pasyi Anak Orang Asli Terima Pendidikan

(21/09/06) Berita Harian.

Mansor Mohd Noor & Morshidi Sirat.

36

(2005). Integrasi Etnik di Institusi Pengajian Tinggi Awam.

Kuala Lumpur: Penerbit

IPPTN [Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara].

PETA MINDA.

Kepentingan Merapatkan Jurang.

Kesimpulan.

37

KepentinganMerapatkanJurang.

Peluang Yang Sama

Infrastruktur dankemudahan

Asrama

SosioekonomiPenyediaan Perpustakaan

Pendidikan mengalami perubahan pendekatan bertepatan Perubahan kepada perkemabangan pendidikan selaras

dengan era globalisasi Jurang pendidikan dapat dikurangkan Ekonomi negara bergantung kapada generasi muda dari

segi intelek, jasmani, rohani dan emosi. Menyediakan bantuan persekolahan

6.0 PENUTUP

Pendidikan merupakan elemen terpenting dalam pembangunan

Negara. Tanpa pendidikan, masa depan akan terbantut dan tidak

mengalami perubahan kerana tidak mempunyai pemimpin yang boleh

dianggap sebagai model insan yang unggul. Pada era globalisasi iniatau dunia tanpa sempadan telah memaksa industri pendidikan di Malaysia

untuk melalui era transformasi yang sangat dirasai gelombangnya oleh itu,

pembangunan modal insan amat dititikberatkan bagi merealisasikan impian

negara. Selain itu, perkembangan pendidikan di Malaysia yang semakin

pesat ini adalah hasil daripada minat ibu bapa yang tinggi terhadap

perkembangan pendidikan dan persekolahan anak-anak mereka baik di

peringkat pra sekolah, pendidikan rendah, menengah dan juga di institusi

pengajian tinggi secara tidak langsung ini akan dapat melahirkan modal

insan yang berkualiti tinggi. Kesedaran tersebut adalah implikasi daripada

kesedaran mengenai kepentingan pendidikan bagi memajukan diri dalam

menghadapi cabaran kehidupan yang semakin sengit.

Oleh itu, peranan-peranan daripada pihak pendidik, ibubapa, dan pelajar itu

sendiri amatlah penting bagi menghadapi pembangunan modal insan ini.

Akhir sekali, pihak perancang pendidikan perlu melihat isu-isu dan cabaran

yang berbangkit secara menyeluruh dan komprehensif terhadap

pembangunanmodal insan ini terutama yang di bahagian pedalaman.

Menyelesaikan masalah secara runcitan dan memberi tumpuan kepada aspek

tertentu dan mengurangkan tumpuan kepada aspek lain akan menghalang

pelaksanaan pendidikan kita terutama bagi memenuhi aspirasi Falsafah

Pendidikan Kebangsaan itu sendiri.

38