KONSTRUKTIF BUDAYA VS CLAUSWITZ TRINITY

16
“Tidak dapat dinafikan bahawa sebagai sebuah negara berjiran, konflik di antara kedua-dua buah negara mudah berlaku. Maka adalah penting untuk kita semua menjaga hubungan Malaysia-Indonesia dan tidak mudah dipengaruhi oleh isu-isu kecil dan sebarang perkara yang bersifat kontroversi,” Prof Dato‟ Wira Dr Mohamed Mustafa Ishak, Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) Sememangnya Malaysia berkongsi bahasa, budaya dan mempunyai persamaan agama yang cukup jelas dengan Indonesia. Elemen ini membuktikan pengukuhan sejarah hubungan antara kedua-dua buah negara yang berjiran dan disifatkan sebagai serumpun dan bersaudara. Malah jika dilihat dari sudut faktor geopolitik, tidak dinafikan, sebarang perkembangan di Indonesia memberikan impak kepada Malaysia dan begitu juga sebaliknya. Kebudayaan sesebuah negara dikatakan sebagai „suatu hal kompleks termasuk pengetahuan, kepercayaan, kesenian, akhlak, hukum, adat istiadat dan berbagai-bagai kemampuan serta kebiasaan lain yang didapati oleh manusia sebagai anggota masyarakat‟. 1 Kebudayaan merupakan salah satu elemen yang memberi kesan secara tidak langsung terhadap perkembangan politik, sosial dan ekonomi antara Malaysia dan Indonesia. Namun begitu, umum mengetahui telah berlaku beberapa pergeseran budaya antara Malaysia Indonesia seperti pemilikan tarian pendet, asal-usul tarian kuda kepang, identiti batik dan sebagainya, telah mewujudkan konflik yang mampu memberikan impak negatif kepada kedua dua buah negara. Malah jika keadaan ini tidak dikawal dan dibiarkan spill over tidak mustahil peperangan atau konflik berdarah boleh berlaku seperti apa yang telah terjadi di Selatan Thailand, penghapusan etnik Rohingya di Myanmar, perang saudara di Sri Lanka dan lain lain lagi. Ini seterusnya mampu menggugat keselamatan sesebuah negara. Justeru itu, konflik budaya boleh dianggap sama ada sebagai pelindung atau pemusnah terhadap sesebuah negara yang berkonflik. Perkembangan kebudayaan terhadap konflik tersebut membawa kepada satu pembentukan negara bangsa iaitu nasionalisme. Perbezaan nasionalisme akan membangkitkan semangat kekitaan demi 1 M.J Herskovits, “Cultural Antropology”, New York: A.A. Knopf, 1955, hlm, 306.

Transcript of KONSTRUKTIF BUDAYA VS CLAUSWITZ TRINITY

“Tidak dapat dinafikan bahawa sebagai sebuah negara berjiran, konflik di antara

kedua-dua buah negara mudah berlaku. Maka adalah penting untuk kita semua

menjaga hubungan Malaysia-Indonesia dan tidak mudah dipengaruhi oleh isu-isu

kecil dan sebarang perkara yang bersifat kontroversi,”

Prof Dato‟ Wira Dr Mohamed Mustafa Ishak, Naib Canselor Universiti Utara

Malaysia (UUM)

Sememangnya Malaysia berkongsi bahasa, budaya dan mempunyai persamaan agama

yang cukup jelas dengan Indonesia. Elemen ini membuktikan pengukuhan sejarah

hubungan antara kedua-dua buah negara yang berjiran dan disifatkan sebagai

serumpun dan bersaudara. Malah jika dilihat dari sudut faktor geopolitik, tidak

dinafikan, sebarang perkembangan di Indonesia memberikan impak kepada Malaysia

dan begitu juga sebaliknya. Kebudayaan sesebuah negara dikatakan sebagai „suatu hal

kompleks termasuk pengetahuan, kepercayaan, kesenian, akhlak, hukum, adat istiadat

dan berbagai-bagai kemampuan serta kebiasaan lain yang didapati oleh manusia

sebagai anggota masyarakat‟.1 Kebudayaan merupakan salah satu elemen yang

memberi kesan secara tidak langsung terhadap perkembangan politik, sosial dan

ekonomi antara Malaysia dan Indonesia.

Namun begitu, umum mengetahui telah berlaku beberapa pergeseran budaya

antara Malaysia – Indonesia seperti pemilikan tarian pendet, asal-usul tarian kuda

kepang, identiti batik dan sebagainya, telah mewujudkan konflik yang mampu

memberikan impak negatif kepada kedua – dua buah negara. Malah jika keadaan ini

tidak dikawal dan dibiarkan spill over tidak mustahil peperangan atau konflik

berdarah boleh berlaku seperti apa yang telah terjadi di Selatan Thailand,

penghapusan etnik Rohingya di Myanmar, perang saudara di Sri Lanka dan lain – lain

lagi. Ini seterusnya mampu menggugat keselamatan sesebuah negara.

Justeru itu, konflik budaya boleh dianggap sama ada sebagai pelindung atau

pemusnah terhadap sesebuah negara yang berkonflik. Perkembangan kebudayaan

terhadap konflik tersebut membawa kepada satu pembentukan negara bangsa iaitu

nasionalisme. Perbezaan nasionalisme akan membangkitkan semangat kekitaan demi

1 M.J Herskovits, “Cultural Antropology”, New York: A.A. Knopf, 1955, hlm, 306.

mempertahankan kelangsungan hidup dan kedaulatan sesebuah negara. Bahkan

“common race” yang sering dikatakan sebagai penyelesaian kepada konflik sebegini,

isu pergeseran antara kedua – dua buah negara tetap timbul. Kesinambungan daripada

itu, konsep Clausewitz Trinity dianggap sebagai satu mekanisme penting dalam

menangani konflik budaya dan tidak hanya melihat “common race” sebagai

penyelesaian menyeluruh kepada konflik ini. Walaupun konsep Clausewitz Trinity

banyak digunakan dalam tafsiran perang atau sebagai strategi peperangan tetapi kali

ini konsep ini akan memperlihatkan kebergunaannya dalam menyelesaikan konflik

dan seterusnya mampu mengelak peperangan di antara negara yang berkonflik.

1.1 Permasalahan/Persoalan Kajian

Kebanyakan pergeseran mahupun konflik isu budaya yang berlaku di dunia adalah

berkaitrapat dengan agama, tapak warisan, bahasa, seni tari dan sebagainya. Ia dilihat

mampu menyebabkan konflik peperangan. Antaranya adalah seperti perebutan tapak

warisan Masjid Al – Aqsa antara Israel - Palestin, perebutan Kuil Hindu Preah Vihear

antara Thailand dan Kemboja, isu pengasmilasian bahasa dan agama di Selatan

Thailand dan sebagainya namun didalam konteks isu budaya Malaysia dan Indonesia

tidak membawa kepada peperangan. Hal ini adalah disebabkan aktor utama iaitu

rakyat, kerajaan dan tentera yang mempengaruhi satu sama lain dalam menyelesaikan

sesuatu konflik budaya seperti dalam konsep Clauswitz Trinity. Oleh itu, kajian ini

akan memfokuskan bagaimana konsep Clauswitz Trinity digunakan sebagai

penyelesaian dalam isu konflik budaya dalam hubungan Malaysia – Indonesia.

1.2 Objektif Kajian

Oleh itu, objektif kajian adalah seperti berikut:

(i) Mengkaji tahap konflik budaya antara Malaysia dan Indonesia.

(ii) Menganalisis alternatif penyelesaian konflik budaya kepada hubungan

Malaysia – Indonesia.

(iii) Melihat konsep Clausewitz Trinity mampu memberi sumbangan terhadap

penyelesaian konflik budaya Malaysia – Indonesia dari sudut Realis.

(iv) Memperihalkan konsep Clausewitz Trinity mampu memberi sumbangan

terhadap penyelesaian konflik budaya Malaysia – Indonesia dari sudut

keselamatan.

(v) Mengukur Clauswitz Trinity mampu diaplikasikan dalam isu konflik budaya

Malaysia – Indonesia.

1.3 Sorotan Kajian Lepas

1.4.1 Sensitiviti Budaya

Saifullah Zulkifli (2014) membincangkan perihal masalah sistem federalism

dan pengamalannya di Malaysia dan di luar negara. Beliau melihat kes kajian

berkaitan tuntutan kemerdekaan oleh wilayah Quebec di Kanada disebabkan

oleh isu bahasa dan budaya. Keadaan ini telah mengundang tindakan drastik

pihak Kanada dengan mengiktiraf bahasa Perancis sebagai bahasa utama di

wilayah Quebec meskipun berada di dalam jajahan Kanada. Namun, kajian

tersebut lebih tertumpu pada tuntutan migrasi Perancis yang berada di wilayah

berkenaan berbanding dengan kajian yang bakal dilakukan di mana kajian

akan memfokuskan penyelesaian isu budaya secara menyeluruh.

Richard C.Bush (1993) pula mengkaji perkaitan sosial dengan

pendidikan di India. Bahasa Urdu merupakan bahasa dominan masyarakat

Islam di India dan dijadikan bahasa rasmi menggantikan bahasa Persia

sebelum penjajahan Inggeris. Ia menjadi bahasa tertinggi, dihormati dan

digemari oleh para penulis dalam penulisan ilmiah dan merupakan satu-

satunya bahasa yang difahami oleh kebanyakkan penduduk India. Namun

begitu, bahasa ini telah menjadi bahasa kedua di zaman penjajahan Inggeris.

Ini mengakibatkan bahasa Inggeris diiktiraf sebagai bahasa rasmi selepas

bahasa Hindi selepas era penjajahan Inggeris, manakala bahasa Urdu dijadikan

bahasa terakhir dalam susunan pengiktirafan. Hal ini dapat dilihat pada helaian

wang India. Ditambah pula dengan provokasi yang diwujudkan oleh

kebanyakkan akhbar dengan memburukkan masyarakat Islam di India sebagai

golongan yang memberontak, pemalas dan sebagainya. Penulis-penulis yang

pro Hindu telah menyebabkan berita yang disampaikan bertentangan dengan

maklumat yang sebenar, di mana akhbar “san desh” sendiri mengeluarkan

kenyataan “darah dibalas dengan darah” semasa rusuhan berlaku antara

masyarakat Hindu dan Islam. Konflik sosial yang berlaku ini, hasil dasar

Inggeris telah menyebabkan kedudukan masyarakat Islam mengalami

kejatuhan dan ditindas masyarakat lain sehingga mereka membentuk parti-

parti politik Islam di India. Namun begitu, kajian ini hanya menfokuskan

kepada tinggalan imperialism di India berbanding dengan kajian terhadap

Malaysia-Indonesia yang akan dilihat dari sudut dua kuasa imperialism yang

berbeza.

1.4.2 Nasionalisme Dan Isu Budaya Negara-negara Antarabangsa

Seterusnya Che Mohd Aris Yaacob (2012), memfokuskan kajian konflik yang

berlaku di Patani. Konflik ini merupakan rentetan pertembungan dua budaya

dan identiti manusia yang berbeza melibatkan orang melayu Islam Pattani

(OMIP) dan orang Thai Buddha. Pertembungan yang belum berkesudahan ini

bermula apabila OMIP bangkit secara kekerasan setelah cara lembut tidak

berjaya untuk mempertahankan identiti dan budaya mereka daripada polisi –

polisi kerajaan Thailand yang dilihat cuba untuk mengasmilasikan OMIP ke

dalam identiti dan budaya Thai Buddha. Akibat daripada peristiwa ini telah

menimbulkan konflik antara kedua – dua belah pihak sehingga membawa

kepada pembunuhan yang ramai khususnya di kalangan OMIP dan tidak

keterlaluan konflik ini boleh dikatakan suatu proses penghapusan etnik di abad

ke – 21. Namun, skop kajian ini hanyalah tertumpu pada domestik Thailand

berbanding dengan kajian yang akan dijalankan melibatkan dua buah negara.

Rudolf Volman (2014) pula membincangkan isu perebutan tapak

warisan budaya di antara Kemboja dan Thailand di mana ia melibatkan

tuntutan Kuil Preah Vihear antara kedua-dua negara. Kuil Hindu Preah Vihear

ini telah berusia 900 tahun dan menjadi perebutan antara kedua – dua belah

negara ini. Hal ini terjadi apabila Perancis menarik diri daripada kawasan

Indochina pada tahun 1954 dan ini telah menyebabkan kedua – dua belah

pihak menuntut wilayah tersebut sebagai bukti kedaulatan masing – masing.

Kemboja menuntut wilayah tersebut berdasarkan peta yang dibuat pada tahun

1907, sementara Thailand menggunakan peta pada tahun 1904. Kuil Preah

Viher merupakan kuil yang dibangunkan oleh suku asli Kemboja (suku

khmer). Susulan daripada peristiwa tersebut, pada tahun 1962 Mahkamah

Antarabangsa memutuskan kuil tersebut milik Kemboja. Walaupun demikian,

Thailand menegaskan bahawa wilayah di sekitar kuil tersebut bukan milik

sesiapa kerana kesilapan Perancis melakukan pemetaan secara sembarangan

dan ini membolehkan sesiapa sahaja bebas untuk menjalankan aktiviti ritual di

situ. Akibat daripada itu, kedua – dua pihak telah membangunkan pasukan

pertahanan bersenjata di sepanjang sempadan kawasan tersebut dan seringkali

berlaku konflik dan pertembungan yang menyebabkan kematian di kedua –

dua belah pihak. Penulis bagaimanapun hanya memberi tumpuan kajian

berlatarkan isu agama Buddha sebagai dominan berbanding dengan isu budaya

yang bakal dikaji oleh penulis.

Manakala Hyung II Pai dan Timothy R. Tangherlini (1998)

menyatakan bahawa nasionalisme sebagai faktor yang membataskan

penyatuan kebudayaan antara Korea Utara dan Korea Selatan. Malah ia

merupakan salah satu penyebab terjadinya Perang Korea 1950-1953. Hal ini

bertambah buruk akibat daripada Perang Dingin yang berlaku pada waktu itu

di mana campur tangan negara luar seperti Amerika Syarikat dan Soviet

Unions. Konflik ini bukan sahaja melibatkan peperangan malah, berlanjutan

sehingga hari ini. Walaubagaimanapun dalam konteks Malaysia dan

Indonesia, isu budaya tidak memangkin kepada konflik bersenjata antara

kedua-dua buah negara.

1.4.3 Nasionalisme Malaysia-Indonesia

Seterusnya, Marshall Clark & Juliet Pietsch (2014) menulis bahawa Malaysia-

Indonesia mempunyai perkaitan yang kuat dalam sejarah. Oleh itu, kedua-dua

belah pihak tidak mengganggap isu ataupun konflik yang berlaku di antara

mereka adalah serius sehingga memerlukan penyelesaian menggunakan

kaedah peperangan sehingga sekarang. Ini amat berkaitrapat dengan faktor

budaya. Sungguhpun begitu, hal ini telah menyukarkan keadaan di mana

penulis melihat bahawa apabila berlakunya konflik yang besar dalam

provokasi atau isu hak menentukan budaya masing-masing telah membawa

kepada ancaman keselamatan negara dan rantau. Seterusnya, penulis tidak

membincangkan bagaimana keselamatan budaya berlaku hasil daripada

provokasi masyarakat Indonesia atau tindakan kerajaan kedua-dua belah

negara dalam melihat trend penghijrahan rakyat Indonesia dapat menggugat

keselamatan budaya ke atas perubahan masyarakat di Malaysia.

Linda Sunarti (2013) menyatakan bahawa konflik warisan budaya

antara Indonesia dengan Malaysia mempunyai susur galur yang sama. Beliau

menegaskan peranan yang dimainkan oleh negara masing-masing adalah

penting. Hal ini untuk mengelakkan salah faham antara kedua-dua buah

negara. Peranan media cetak, elektronik dan massa merupakan tunjang yang

penting dalam menjaga atau mengeruhkan hubungan antara kedua-dua belah

pihak. Keadaan sedemikian adalah kerana masyarakat akan bertindak dengan

tidak rasional jika maklumat yang diperolehi tidak tepat atau melebih-lebih.

Oleh itu, faktor ini akan menggugat hubungan diplomatik antara Indonesia

dengan Malaysia. Namun begitu, dalam perbincangan ini penulis tidak

menyatakan secara jelas bagaimana elemen nasionalisme yang digunakan oleh

kedua-dua belah pihak samada wujud daripada tindakan kerajaan itu sendiri

atau ada pihak lain cuba mendominasi isu ini agar Malaysia dan Indonesia

tidak mampu sepakat dalam menjadi kuasa di Asia Tenggara.

Dinesh Bhugra (2004) seterusnya memfokuskan perkaitan migrasi

dengan identiti budaya sesebuah kaum adalah disebabkan tekanan yang

dialami entiti yang bermigrasi tersebut. Ini adalah kerana keadaan sekeliling

yang tidak selamat di negara asal. Oleh itu, penghijrahan mereka selain

daripada membawa peluang baru, ia turut mengubah corak etnik di negara

yang mereka tinggal sama ada secara langsung, tidak langsung, menyeluruh

atau mengekalkan identiti mereka yang sedia ada. Kajian kes dilihat apabila

etnik kulit hitam di Afrika Selatan bermigrasi ke United Kingdom. Ini telah

menimbulkan persepsi dan ancaman kepada penduduk asal United Kingdom.

Ia berlaku kerana perbezaan dari segi bangsa, warna kulit, bahasa mahupun

agama oleh migrasi terlibat dianggap mampu memberi ancaman kepada

negara yang dihijrahnya. Walaubagaimanapun, kajian ini dilihat melalui

persepsi ancaman yang timbul akibat migrasi berbanding dengan isu budaya

yang dilihat sebagai dominan dalam sesebuah konflik.

Rohani Ab. Ghani & Zulhilmi Paidi (2010) mengkaji mengenai

pengalaman Malaysia-Indonesia melalui konsep serumpun. Penulis

menyatakan bahawa pengikat keseimbangan antara hubungan kedua-dua buah

negara melalui “rumpun” apabila timbul masalah yang mampu menggugat

hubungan dua hala antara kedua-dua buah negara ini. Seterusnya, penulis

mempersoalkan sejauhmana soal keserumpunan dan persamaan budaya serta

agama akan kekal selamanya antara kedua-dua buah negara. Sungguhpun

begitu, penulis tidak mencari alternatif yang lebih berkesan dalam

menyelesaikan isu budaya antara kedua-dua buah negara. Sedangkan kajian

yang akan dibuat melihat kepada kaedah yang berbeza dalam penyelesaian isu

konflik budaya antara kedua-dua buah negara, di mana isu ini tidak berbangkit

pada masa depan dan terus menjadi dominan antara kedua-dua buah negara.

Joseph Chinyong Liow (2004) menyatakan bahawa sosial dan politik

telah mendorong konflik negara Malaysia dan Indonesia pada masa hadapan.

Hal ini akan berlaku berikutan kedua-dua negara ini telah berada di bawah

satu rumpun iaitu “Melayu”. Sungguhpun terdapat persamaan yang signifikan

antara kedua-dua negara itu tetapi ia bertukar menjadi perbezaan dalam

menuntut hak asli (originality) kebudayaan negara masing-masing. Secara

tidak langsung telah menjejaskan hubungan antara kedua-dua buah negara itu.

Errol A. Henderson (2013) mengkaji berkaitan hubungan antara faktor-

faktor budaya dan perkaitannya dengan bermulanya perang antara state.

Pengkaji melihat sejauhmana asas budaya yang sama mendorong kepada

sesuatu konflik berbanding dengan budaya yang berlainan. Selain itu, turut

dinyatakan bahawa peperangan yang berskala kecil mampu membawa kepada

konflik dan akhirnya peperangan yang besar apabila isu budaya menjadi

serius. Namun begiu, pengkaji hanya melihat kerelevanan antara peperangan

yang melibatkan isu budaya dari tahun 1820 hingga 1989. Manakala kelebihan

kajian ini, ia akan terus merangkumi konflik budaya yang melibatkan

Malaysia-Indonesia selepas era Perang Dingin.

Mengikut Kunaseelan a/l Muniandy (1996), dalam tempoh kajian

dilakukan, terdapat tiga tahap hubungan antara kedua-dua buah negara dari

sudut perubahan tampuk kepimpinan Indonesia. Selain itu, perbincangan

dilanjutkan dengan perubahan sikap Indonesia terhadap Malaysia semasa

pentadbiran Presiden Sukarno dan Suharto. Pendekatan Sukarno lebih agresif

di mana matlamatnya adalah ingin menghancurkan Malaysia tetapi Suharto

pula ingin bekerjasama dengan Malaysia. Namun, penulis hanya melibatkan

perubahan kepimpinan di Indonesia sebaliknya kajian ini memfokuskan isu

nasionalisme yang mempengaruhi isu budaya dalam konteks Malaysia-

Indonesia selepas Perang Dingin.

Smith (1991) & Jack Eller (1999), menjelaskan identiti bangsa itu

melibatkan komuniti politik, institusi sama ada kesamarataan dari segi hak dan

tanggungjawab terhadap setiap genap lapisan masyarakat. Seterusnya penulis

menerangkan bahawa wujudnya satu ruang atau kawasan sosial yang

bersempadanan dengan kawasan-kawasan lain yang mempunyai masyarakat

yang sama. Misalnya, sesebuah komuniti masyarakat itu percaya mereka

berasal-usulkan dari kawasan tersebut. Ini menyebabkan mereka patuh kepada

undang-undang yang dikenakan dan menghormati institusi – institusi sah

dalam kawasan tersebut seperti institusi beraja. Di samping itu, Smith turut

menambah karakter penting identiti sesuatu bangsa itu sendiri yang

menyatukan serta menggabungkannya. Identiti seperti tanah bersejarah, cerita

dongeng yang sama dan memori sejarah, budaya yang sama, hak dan

tanggunjawab serta hak ekonomi yang sama rata kepada kesemua manusia

dalam komuniti tersebut. Namun, Smith dan Jack tidak menyentuh

sejauhmana isu persamaan budaya boleh membawa pergeseran dan konflik

antara negara.

1.5 Signifikasi Kajian

Clausewitz Trinity merupakan elemen yang menarik untuk dikaji. Terutamanya

apabila menjadikan isu budaya sebagai perspektif yang mampu menggugat hubungan

dua hala Malaysia-Indonesia. Terdapat cadangan penyelesaian terhadap isu

sedemikian namun, perkara ini masih lagi berbangkit apabila tercetusnya konflik

antara Malaysia-Indonesia. Di mana, isu kerumpunan sering diutarakan menjadi

faktor dominan dalam menyelesaikan isu yang sebenar. Sejak tahun 2000, isu

kerumpunan ini menjadi lebih ketara apabila terdapat provokasi daripada segelintir

pihak yang tidak sehaluan dengan pendirian kedua-dua buah kerajaan. Oleh itu,

perkara ini membawa kepada semangat kekitaan dalam kalangan masyarakat kedua-

dua buah negara.

Begitu banyak kajian lepas telah mengkaji tentang hubungan Malaysia -

Indonesia tetapi tiada yang memfokus kepada isu konflik budaya menggunakan

konsep Clausewitz Trinity. Oleh itu, berdasarkan kajian yang akan dilakukan, konflik

budaya cuba diselesaikan melalui teori realist (yang dikatakan hanya melihat kepada

peperangan dan kemusnahan sahaja). Konsep Clausewitz Trinity di bawah teori realist

sebenarnya membuktikan realist bukan sahaja menjurus kepada isu keselamatan

tradisional ( high politics) tetapi juga isu keselamatan bukan tradisional ( low politics

) seperti isu budaya. Maka, Clausewitz Trinity mampu dilihat sebagai alternatif

penyelesaian dalam perdamaian konflik budaya tanpa melibatkan sebarang konflik

pertumpahan darah dan kemusnahan.

1.6 Kerangka Teori dan Konsep

1.6.1 Realism

Realism merupakan teori atau pandangan tertua dalam politik antarabangsa.

Realism disifatkan sebagai ‘the politic of power and security’.2 Realism adalah

satu pendekatan yang menekankan peranan negara atau state yang bersifat

unitary dan state sebagai aktor yang bersifat rasional serta hubungan

antarabangsa adalah bentuk tindakan dan interaksi di antara aktor state.3 Teori

ini beranggapan bahawa kehidupan manusia secara semula jadinya dipenuhi

dengan konflik kerana kehidupan ini bersifat anarki.4 Dalam erti kata yang

2 Mohd. Nor Yazid, Politik Antarabangsa Asia Pasifik. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn

Bhd, 2000, hlm. 12. 3 Ibid, hlm. 12.

4 Zulhilmi Paidi & Asrar Omar, Hubungan Luar Antarabangsa, Kuala Lumpur, 2003, hlm, 35.

lain, sifat semula jadi manusia itu sudah muncul sebagai peranan yang

terzahir.5 Sebagai contoh, teori ini menyatakan bahawa manusia mempunyai

sifat tamak, suka berperang dan menggunakan kekerasan dalam mencapai

keamanan dan kesejahteraan hidup. Hal sedemikian lebih jelas lagi, apabila

kita melihat pandangan yang dikemukakan oleh para sarjana realism seperti

Hans Morgenthau (1965:195): “politik adalah perjuangan memperoleh

kekuasaan ke atas manusia, dan apapun tujuan akhirnya, kekuasaan adalah

tujuan yang terpenting dan cara-cara memperoleh, memelihara, serta

menunjukkan kekuasaan dapat menentukan teknik tindakan politik”. Di sini

dapat dilihat bahawa dalam menentukan tindakan sesebuah politik itu,

manusia perlu mempunyai kuasa dan berpengaruh. Hal ini kerana, apabila

manusia itu telah mempunyai kuasa yang mutlak, secara tidak langsung dapat

mengawal sesebuah pentadbiran politk itu dengan keinginnannya tersendiri

(Couloumbis & Wolfe, 1994: 77-78).

Dalam kehidupan yang sentiasa berkonflik ini, kuasa merupakan

penentu bagi setiap tindakan sesebuah negara dengan negara lain dalam politik

antarabangsa.6 Pendekatan realism telah membuktikan keadaan ini telah

berlaku dari dahulu lagi sehingga sekarang iaitu sebagai contoh keadaan

negara Sparta dan Athens yang dikemukakan oleh Thucydides melalui buku

beliau, “The History Of Peloponnesian War”(Dunne, 1997: 110),

mengemukakan bahawa politik antarabangsa didorong oleh pergelutan kuasa

yang tiada penghujungnya. Beliau juga berpandangan bahawa punca

tercetusnya peperangan tersebut di sebabkan perkembang kekuatan Athens

yang cuba melampaui kekuatan Sparta. Di sini dapat dilihat apabila negara

Sparta dan Athens masing-masing ingin menjaga kekuasaan negara meraka,

sehinggakan negara tersebut terpaksa bersaing dalam menjaga kepentingan

pentadbiran politik mereka. Keadaan sedemikian yang terjadi dikenali sebagai

“balance of power” apabila kedua-dua negara tersebut, meningkatkan

kekuasaan pentadbiran mereka dalam menjaga negara mereka daripada

terancam. Begitu juga hal yang terjadi pada hari, apabila kita dapat melihat

5 Viotti, P.R & Kauppi, M.V, International Relations and World Politics: Security, Economy, Identity. New Jersey:

Prentice Hall, 1997, hlm 16. 6 Ibid, hlm. 42.

bahawa saingan antara Amerika Syarikat dengan Iraq dalam meningkatkan

kuasa mereka sebagai hegemony of power.

Selain itu, state juga disifatkan sebagai unitary actor.7 Menurut

pandangan realist, hanya sesebuah negara itu dapat membuat satu keputusan

yang mutlak serta satu suara bagi mewakili negara secara keseluruhannya

dalam menentukan satu dasar negaranya. Perbezaan pandangan dan fahaman

politik yang terdapat dalam sesebuah negara tidak ditonjolkan kerana

mengikut pandangan realist, hal itu dapat diselesaikan dalam negara tersebut

tanpa melalui politik antarabangsa. Mengikut pandangan realist juga, aktor

non-state tidak begitu penting dan hanya dalam perkara serta isu-isu kecil

yang kurang penting peranannya ditonjolkan.

Seterusnya, pandangan realist terhadap peranan state adalah aktor

yang bersifat rasional.8 Hal ini kerana sesebuah negara boleh melakukan apa

sahaja untuk mencapai matlamatnya walaupun keputusan yang dilakukan state

adalah menyalahi undang-undang antarabangsa. Keadaan sedemikian dapat

berlaku disebabkan, bagi sesebuah negara itu, sebarang keputusan yang

dilakukan atau tindakan yang diambil oleh negara tersebut adalah wajar dan

rasional baginya. Rasional yang dimaksudkan ialah menilai secara terperinci

apabila sesuatu tindakan yang diambil oleh sesebuah negara itu, mendapat

keuntungan dan faedah secara maksimum atau dapat meminimumkan kos

serta risiko yang mungkin akan ditanggung oleh negara itu. Contohnya,

apabila Amerika Syarikat telah menyerang Iraq pada tahun 2004. Walaupun

tindakan Amerika itu salah dan tidak disokong serta mendapat bantahan

komuniti antarabangsa, bagi negara itu, keputusan yang dibuat olehnya adalah

rasional.

Sehubungan dengan itu, dalam hierarki isu-isu politik antarabangsa, isu

mengenai keselamatan negara adalah yang terpenting.9 Hal ini terjadi apabila,

7 Mohd. Nor Yazid, op. cit., hlm. 14

. 8 Ibid, hlm. 14.

9 Ibid, hlm. 14.

negara tersebut meningkatkan kekuasaan pentadbiran politiknya melalui

kekuatan ketenteraan untuk bersaing menjadi sebuah kuasa yang besar dan

hebat. Pada pandangan realist, sumber kekuatan sesebuah negara itu juga

termasuklah sumber bahan mentah, teknologi dan populasi negara tersebut.

Sebagai contoh, apabila negara A meningkatkan kekuatan ketenteraan, negara

B juga turut meningkatkan kekuatan tenteranya. Hal ini kerana, negara B

merasakan bahawa keselamatan negara mereka akan terancam jika negara A

akan menyerang negara B. Gambaran ini menunjukkan bahawa tercetusnya

satu situasi yang dikenali sebagai “security dilemma” apabila wujudnya

keadaan kebimbangan antara satu sama lain terhadap keselamatan negara

masing-masing. Dalam aplikasi yang lebih mendalam, dapat dilihat keadaan

sekarang apabila peningkatan ketenteraan yang dilakukan oleh Korea Utara

dan Korea Selatan yang masing-masing ingin menjaga negara mereka

daripada terancam.

Negara berbeza dari segi kuasa dan sejumlah kecil pada kebiasaannya

akan mendominasikan sistem global.10

Sistem antarabangsa dari semasa ke

semasa akan mencapai salah satu jenis keseimbangan, iaitu sama ada unipolar

(dominasi oleh satu aktor), bipolar (dominasi oleh dua aktor dominan), dan

multipolar (dominasi oleh beberapa aktor). Unipolar merujuk kepada sistem

yang mempunyai satu kuasa dominan di dalam politik antarabangsa.

Contohnya, Amerika Syarikat yang dikenali sebagai sebuah kuasa hagemoni

selepas Perang Dingin 1945. Sistem bipolar pula merujuk kepada dua buah

kuasa besar yang mendominasi dunia. Corak ini dapat dilihat dalam pergelutan

kuasa di antara Amerika Syarikat dengan Soviet Union yang berlaku selepas

tahun 1945. Akhir sekali, sistem multipolar yang merujuk kepada sistem

antarabangsa yang berlaku antara beberapa kuasa besar sering dikaitkan

dengan empat atau lebih kuasa dominan yang mempunyai kekuasaan dan

kekuatan seimbang. Keadaan ini amat jelas kelihatan dalam sistem klasik

Eropah pada abad-abad ke-17, 18 dan 19.11

Oleh itu, kuasa adalah konsep

yang penting dalam pendekatan realist. Isu-isu yang berkaitan dengan strategi

10

Ghazali Mayudin, Teori Sains Politik Pilihan: Aplikasinya Dalam Konteks Malaysia, Bangi: Jabatan Sains Politik, UKM, 1999. 11

Ibid.

dan ketenteraan dikategorikan sebagai high politics, manakala isu-isu

ekonomi, sosial dan alam sekitar dikatakan sebagai kurang penting dan

dikategorikan sebagai low politics.12

1.6.2 High dan Low Politic

Secara tradisinya kerajaan bertanggungjawab dalam mendefinisikan hal-hal

negara keselamatan dan diplomasi diberikan keutamaan. Menurut paradigma

realism, para sarjana realism telah menggunakan konsep high politic dan low

politic untuk mengkategorikan tindakan negara di peringkat antarabangsa.

Umumnya high politic termasuk ketenteraan, hal-hal diplomatik dan

keselamatan serta penggunaan sumber tenaga, senjata dan perolehan

pertahanan yang boleh membawa kepada peperangan. Bukan itu sahaja high

politic merangkumi hal-hal diplomasi antarabangsa seperti dalam urusan

diplomasi, perjanjian antarabangsa dalam pengiktirafan negara-negara lain.

Manakala low politic terdiri daripada urusan perdagangan mahupun urusan

jual beli yang tidak melibatkan peperangan dan lebih kepada kerjasama dua

hala.

1.6.3 Clausewitz Trinity

Clausewitz trinity merupakan sebuah teori yang diangkat oleh golongan realis

yang melihat ia sebagai sebuah model yang digunakan di dalam High Politic.

Sarjana realis seperti Thomas Hobbes, Niccolo Machiavelli dan Thucydides

menolak keberadaan Low Politic dan hanya menerima keberadaan High

Politic. Clausewitz trinity merupakan sebuah teori yang telah dirangka oleh

Sarjana Prusia iaitu Carl von Clausewitz yang beranggapan bahawa

peperangan melibatkan tiga rangkaian utama ataupun nexus yang melibatkan

kerajaan, rakyat dan komander. Clausewitz menyatakan bahawa perang adalah

terdiri daripada keganasan purba, kebencian dan permusuhan yang dianggap

buta dan daya semulajadi.

12

Mohd. Nor Yazid, op. cit., hlm. 14.

Tambahan pula, di mana penyelesaian sesuatu isu tersebut dapat

dicapai melalui rasional dan strategi melalui fenomena yang menerangkan

perkaitan ini. Pertama, keadaan ini mampu dilihat apabila rakyat mampu

mempengaruhi kerajaan di mana semangat dan tekanan yang diberikan

terhadap sesuatu isu yang timbul. Kedua, pelaksanaan dasar mampu menjadi

panduan terhadap tindakan yang bakal diambil oleh aktor yang terlibat. Di

mana, dalam pertempuran terhadap peperangan tindakan akan dikenakan

melalui taktikal dan pemikiran yang relevan terhadap tindakan yang akan

bakal diambil.

1.7 Metodologi

Metodologi kajian adalah merujuk kepada kaedah yang paling sesuai untuk

menjalankan penyelidikan dan menentukan tatacara yang efektif bagi menjawab

permasalahan kajian. Bagi melaksanakan kajian ini dengan efektif, metodologi yang

dirangka adalah melibatkan pembentukan hipotesis, pemilihan reka bentuk, kaedah

pengumpulan data, pembentukan populasi dan pemilihan sampel, ujian rintis dan

kaedah penganalisaan data.

Dari segi pengumpulan data, kajian ini menggunakan data primer yang

diperolehi menerusi sesi temubual dengan tokoh-tokoh terpilih yang mempunyai

kepakaran dan pengetahuan berkaitan konflik budaya dan hubungan antara Malaysia –

Indonesia seperti Prof. Madya Dr. Mohamad Nor (UMS), Dr. Nor Azizan Idris

(UKM) dan Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim serta beberapa tokoh lain.

Temubual juga dilakukan dengan Kementerian-kementerian yang berkaitrapat dengan

isu kebudayaan ini seperti ketua jabatan terpilih di Kementerian Luar Negeri dan

Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Manakala data sekunder yang

diperolehi menerusi jurnal, artikel, kajian kes, dokumen-dokumen yang berkaitan

dengan kajian ini untuk mendapatkan maklumat yang lebih mendalam.

Dari sudut reka bentuk kajian, kajian ini menggunakan kaedah kualitatif

seperti temubual tidak berstruktur, rujukan maklumat dokumentasi dan kajian kes.

Manakala dari sudut penganalisaan data, kaedah kualitatif menganalisis secara khusus

ke atas semua dapatan yang diperolehi daripada pengumpulan data yang dilakukan.

1.8 Organisasi bab

Secara keseluruhan kajian ini dibahagikan kepada beberapa bab iaitu:

(a) Bab pertama iaitu bab pendahuluan, kajian ini berfokus kepada pengenalan

kepada kajian mengenai konflik budaya Malaysia-Indonesia.

(b) Bab dua iaitu pengkaji mengkaji latar belakang konflik budaya antara

Malaysia – Indonesia bermula sejak tahun 2000 hingga ke hari ini.

(c) Bab tiga pula, pengkaji akan menganalisis sejauhmana penggunaan konsep

Clausewitz Trinity dalam penyelesaian dalam isu konflik budaya dalam

hubungan Malaysia – Indonesia.

(d) Bab empat iaitu pengkaji mengkaji mengenai penyelesaian dalam konflik

budaya Malaysia – Indonesia dengan mengambilkira konsep Clausewitz

Trinity dalam penyelesaian dalam isu konflik budaya dalam hubungan

Malaysia – Indonesia.

(e) Bab lima yang merupakan bab yang terakhir, pengkaji membuat kesimpulan

secara terperinci seperti dapatan kajian, rumusan rangka konseptual, hipotesis

dan masa depan hubungan kedua-dua buah negara.