Kajian Sukan Di Malaysia

110

Transcript of Kajian Sukan Di Malaysia

Penerbit Universiti Putra MalaysiaSerdang • 2014

© Penerbit Universiti Putra Malaysia 2014Cetakan Pertama 2014

Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh dihasilkan semula, disimpan dalam sistem simpanan kekal, atau dipindahkan dalam sistem simpanan kekal, atau dipindahkan dalam sebarang bentuk atau sebarang cara elektronik, mekanik, penggambaran semula, rakaman dan sebagainya tanpa terlebih dahulu mendapat izin daripada pihak Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam Penerbitan

Soh, Kim GeokKAJIAN SUKAN DI MALAYSIA. Jilid 2 / Soh Kim Geok,Mohd Rozilee Wazir, Chee Chen Soon.ISBN 978-967-344-359-8 volume 21. Sports and state--Malaysia. 2. Sports--Malaysia.I. Mohd Rozilee Wazir. III. Chee, Chen Soon. IV. Judul.796.09595

Rupa Taip Teks: Times New Roman PSSaiz Taip Teks: 11/ AutoReka Letak Teks: Ku Ida Mastura Ku BaharomReka Bentuk Kulit: Mohd Fikri Abu Bakar

Dicetak olehUnivision Press Sdn. Bhd.Lot 47&48, 49, 50 Jalan SR 1/9,Jalan Serdang Raya,Taman Serdang Raya, Seri Kembangan,43300 Selangor

Pesanan boleh dibuat terusPenerbit Universiti Putra Malaysia43400 UPM SerdangSelangor Darul EhsanTel: 03-89468851/8429Faks: 03-89416172Emel: [email protected]

Kandungan

Prakata vii

Bab 1 Kematangan Biologi, Antropometri dan Prestasi Motor dalam Kalangan Kanak-kanak Berusia 12 Tahun

Aris Fazil Haji Ujang, Saidon Amri dan Mohd Rozilee Wazir Norjali Wazir

1

Bab 2 Penilaian Masa Pengajaran Pendidikan Jasmani Selama 80 Minit di Sekolah Menengah

Soh Kim Geok, Aminuddin Yusof, Soh Kim Lam, Zainol Rashidi Md. Noor dan Siti Zarifah Alauddin

17

Bab 3 Kesesuaian Klasifikasi Kumpulan Umur dalam Pertandingan Sukan Sekolah-sekolah di Malaysia

Saidon Amri, Aris Fazil Haji Ujang dan Mohd Rozilee Wazir Norjali Wazir

29

Bab 4 Kesan Aktiviti Fizikal Ke Atas Tahap Perkembangan Motor Kasar

Borhannudin Abdullah, Saidon Amri, Kok Lian Yee dan Aris Fazil Haji Ujang

48

Bab 5 Penggunaan Positif Self-Talk dalam Kalangan Pemain Futsal Universiti di Sebuah Universiti di Malaysia

Jorrye Jakiwa, Soh Kim Geok, Aminuddin Yusof dan Mohd Sofian Omar Fauzee

66

Bab 6 Umur Kematangan dan Hubungannya dengan Penglibatan Atlet Wanita dalam Sukan

Mohd Rozilee Wazir Norjali Wazir, Saidon Amri dan Aris Fazil Haji Ujang

82

Bab 7 Penilaian Masa Pengajaran Pendidikan Jasmani Selama 40 Minit di Sekolah Menengah

Siti Zarifah Alauddin, Soh Kim Geok, Soh Kim Lam, Roxana Dev Omar Dev dan Muhammad Fairus Hassan

89

Prakata

Buku ini merupakan kompilasi penulisan akademik dari pelbagai sub bidang dalam Sains Sukan dan Pendidikan Jasmani. Idea ini tercetus melalui perbincangan sesama pensyarah Jabatan Pengajian Sukan, Universiti Putra Malaysia. Selain itu, buku ini juga adalah sebagai kesinambungan hasil daripada penerbitan yang terdahulu dengan membincang isu terkini dalam bidang Sains Sukan dan Pendidikan Jasmani.

Setiap bab yang dibincangkan diharap dapat memberi maklumat dan input berguna sama ada kepada para pendidik mahupun pelajar. Bab di dalam buku ini merangkumi bidang Sains Sukan dan Pendidikan Jasmani seperti kematangan biologi, antropometri dan prestasi motor, kesesuaian klasifikasi kumpulan umur dalam pertandingan sukan, kesan aktiviti fizikal ke atas tahap perkembangan motor kasar, umur kematangan dan penglibatan atlet wanita dalam sukan, penggunaan positif self-talk dalam kalangan pemain futsal, dan penilaian masa pengajaran pendidikan jasmani di sekolah menengah.

Bab dalam buku ini sesuai untuk digunakan sebagai rujukan sama ada di peringkat sekolah, kolej ataupun universiti yang menawarkan pembelajaran Sains Sukan dan Pendidikan Jasmani. Diharapkan buku ini akan dapat memberi maklumat kepada masyarakat mengenai kepentingan bidang Sains Sukan dan Pendidikan Jasmani serta sumbangan ahli akademik terhadap pembangunan sukan di Malaysia.

Editors2014

Bab 1

Kematangan Biologi, Antropometri dan Prestasi Motor dalam Kalangan

Kanak-kanak Berusia 12 Tahun

Aris Fazil Haji Ujang, Saidon Amri dan Mohd Rozilee Wazir Norjali Wazir

PENDAHULUANDalam proses tumbesaran kanak-kanak, terdapat banyak faktor yang mempengaruhi proses tumbesaran tersebut, antaranya adalah kematangan. Tumbesaran dan kematangan mempunyai hubungan saling berkaitan dengan prestasi motor kanak-kanak. Dalam konteks biologikal, kesan kematangan terhadap prestasi motor kanak-kanak berkemungkinan lebih besar berbanding kesan yang berkait dengan pendedahan kepada aktiviti fizikal atau latihan (Baxter-Jones & Sherar, 2007). Faktor kematangan perlu diambil kira dalam usaha atau kajian yang melibatkan kanak-kanak terutama yang berkaitan pengukuran prestasi motor remaja (Jones, Hitchen, & Stratton, 2000; Nedeljkovic et al., 2007). Kematangan bermaksud kemajuan ke arah kematangan fizikal, keadaan di mana penggabungan optimum fungsi sistem tubuh badan manusia dan keupayaan untuk proses pembiakan (Haywood & Getchell, 2005).

Kematangan juga dirujuk sebagai tempo dan tempoh masa perkembangan ke arah kematangan biologi seseorang individu. Setiap individu mempunyai masa biologi tersendiri yang mengatur perkembangan ke peringkat matang (Malina et al., 2004). Permulaan dan masa yang diperlukan bagi kanak-kanak untuk maju daripada peringkat sebelum matang ke peringkat matang adalah berbeza bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan sama ada dalam kalangan jantina yang sama ataupun antara

Kajian Sukan di Malaysia

2 3

jantina yang berbeza. Selain itu, tumbesaran dan kematangan biologi kanak-kanak tidak semestinya selaras dengan umur kronologi mereka. Hal ini bermaksud, dalam kalangan kanak-kanak yang sama jantina dan umur kronologi akan terdapat variasi bagi umur biologi ataupun tahap kematangan biologi. Terdapat sebahagian kanak-kanak dalam kumpulan umur yang sama, mencapai tahap kematangan biologi mendahului umur kronologi manakala sebahagiannya mengalami kelewatan pencapaian kematangan biologi berbanding umur kronologi mereka (Malina et al., 2004).

Pencapaian tahap kematangan biologi bagi kanak-kanak, umumnya boleh dikategorikan kepada tiga kumpulan iaitu awal matang, purata matang dan lewat matang. Awal matang adalah bagi kanak-kanak yang ciri-ciri kematangannya mendahului umur kronologi mereka dan sebaliknya bagi kanak-kanak yang lewat matang (Gabbard, 2008). Kanak-kanak yang awal matang berbeza dari segi saiz, susuk tubuh dan komposisi badan berbanding mereka yang secara purata atau lambat mencapai tahap kematangan biologi (Malina, 1996; Malina,1998). Kanak-kanak awal matang, umumnya lebih tinggi dan berat bagi peringkat umur mereka berbanding kanak-kanak lewat matang. Kanak-kanak lelaki awal matang lebih mesomorf manakala kanak-kanak perempuan awal matang lebih endomorf. Kanak-kanak lelaki dan perempuan yang lewat matang cenderung mempunyai kurang berat badan bagi ketinggian mereka (Gabbard, 2008). Perbezaan ini lebih ketara semasa mereka melalui fasa tumbesaran mendadak iaitu antara umur 9 hingga 16 tahun. Dalam kalangan kanak-kanak lelaki, kematangan awal berkolerasi secara positif dengan kekuatan dan prestasi motor. Walau bagaimanapun, bagi kanak-kanak perempuan hubungan kekuatan dan prestasi motor adalah tidak konsisten. Pada umumnya, kanak-kanak perempuan yang lewat matang mempunyai prestasi yang lebih baik dan perbandingan antara kumpulan yang berbeza tahap kematangan lebih ketara pada akhir remaja (Malina et al., 2004).

Kajian melihat kesan kematangan biologi terhadap saiz badan dan prestasi motor melaporkan terdapat peningkatan bagi prestasi yang diukur dengan peningkatan saiz badan bagi kumpulan umur awal remaja berbanding umur lewat remaja. Kajian ini dijalankan ke atas tiga

Kematangan Biologi, Antropometri dan Prestasi Motor dalam Kalangan Kanak-kanak

3

kumpulan umur pemain bola sepak yang terpilih dan terlatih (n = 478; umur 12-17 tahun) iaitu awal remaja, remaja dan lewat remaja. Fenomena ini dijelaskan oleh perbezaan tahap kematangan biologi subjek yang diuji dalam kalangan kumpulan remaja umur yang sama. Kesimpulannya, kematangan biologi mengubah kesan saiz badan ke atas pelbagai prestasi motor. Oleh itu, fenomena ini perlu diambil kira apabila menaksir data ujian prestasi motor yang dijalankan ke atas subjek remaja (Nedeljkovic et al., 2007).

Dapatan yang sama juga dilaporkan oleh Jones et al. (2000) dalam kajian melihat kesan kematangan biologi ke atas prestasi motor. Kajian ini melibatkan 161 kanak-kanak perempuan dan 152 kanak-kanak lelaki. Semua subjek diukur dan diuji bagi ketinggian, berat badan, penilaian kendiri kematangan seksual, lompat menegak, kekuatan genggaman tangan dan lari ulang-alik (20 meter). Dilaporkan tahap kematangan biologi berhubung secara signifikan dengan semua pengukuran kecergasan fizikal yang dijalankan. Dapatan kajian tersebut juga melaporkan, kematangan biologi memberi pengaruh yang besar dalam pencapaian kecergasan fizikal bagi kanak-kanak lelaki tetapi kurang pengaruh bagi kanak-kanak perempuan. Kajian ini mencadangkan, pangkatan dalam kecergasan fizikal perlu mengambil kira faktor kematangan biologi terutamanya bagi kanak-kanak lelaki. Kedua-dua kajian ini mencadangkan faktor kematangan biologi perlu diambil kira dalam pengukuran prestasi motor.

Satu kajian lain telah dijalankan ke atas 494 kanak-kanak (254 lelaki dan 240 perempuan) yang berumur 8 hingga 16 tahun oleh (Lee et al., 2006). Kajian tersebut bertujuan menganggar perubahan komposisi badan dan kecergasan kardiorespiratori berdasarkan tahap kematangan biologi. Selain itu, kajian ini juga menjelaskan hubungan antara status kematangan biologi dengan kegemukan badan, kawasan agihan lemak badan dan kecergasan kardiorespiratori. Dapatan kajian tersebut melaporkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam kalangan kanak-kanak perempuan berdasarkan tahap kematangan biologi mereka. Walau bagaimanapun, dalam kalangan kanak-kanak lelaki, hanya berat badan dan ketinggian didapati berbeza berdasarkan tahap kematangan biologi mereka (Mota et al., 2002).

Kajian Sukan di Malaysia

4 5

Kajian yang dijalankan oleh Leone & Comtois (2007) melihat hubungan antara kematangan biologi, saiz badan, kekuatan otot dan prestasi motor telah dijalankan ke atas kanak-kanak dengan umur kronologi 7 hingga 12 tahun. Kajian tersebut melibatkan 740 kanak-kanak lelaki dan perempuan. Dapatan kajian ini mendapati saiz badan adalah peramal utama bagi kekuatan otot. Residual piawai kematangan biologi ke atas umur kronologi adalah peramal terbaik bagi prestasi motor. Dapatan ini menjelaskan, terdapat satu hubungan saling berkaitan yang kompleks antara saiz badan, kematangan biologi, kekuatan otot dan prestasi motor. Kesan kematangan biologi bagi kanak-kanak 7 hingga 12 tahun dipamerkan melalui saiz badan mereka. Walau bagaimanapun, kematangan biologi dalam kanak-kanak tersebut lebih mempengaruhi kecergasan motor berbanding kekuatan otot (Katzmarzyk, Malina, & Beunen, 1997). Prett (1989), melaporkan terdapat hubungan yang signifikan antara kematangan biologi dan umur dengan kekuatan otot dan fleksibiliti dalam kajian yang dijalankan ke atas 84 orang atlet lelaki. Kematangan biologi didapati mempunyai nilai peramal yang tinggi berbanding umur bagi kekuatan otot dan fleksibiliti. Dapatan daripada kajian ini jelas menunjukkan kematangan biologi juga mempengaruhi antropometri selain prestasi motor. Dapatan kajian lampau menunjukkan hubungan saling berkaitan antara tumbesaran, kematangan biologi dan prestasi motor. Selain itu, kajian tersebut juga mencadangkan faktor kematangan biologi perlu diambil kira apabila menaksir atau pemangkatan prestasi motor bagi kanak-kanak dan remaja.

Bermula tahun 2005, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan program penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) dan dilaksanakan kepada murid tahun 4 hingga tingkatan 5 bagi sekolah rendah dan menengah mulai sesi persekolahan 2008. Program SEGAK telah dirancang selari dengan tunjang kecergasan yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah. Matlamat program ini adalah supaya murid sentiasa peka, berpengetahuan dan mengamalkan aktiviti kecergasan untuk meningkatkan dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal berasaskan kesihatan yang optimum. Ujian SEGAK mengandungi 2 bahagian iaitu pengukuran berat dan tinggi bagi memperoleh Indeks Jisim Badan (BMI)

Kematangan Biologi, Antropometri dan Prestasi Motor dalam Kalangan Kanak-kanak

5

dan ujian fizikal bagi mengukur prestasi motor murid. Melalui program ini, data antropometri dan prestasi motor bagi murid di Malaysia akan dapat dikumpulkan.

Selain matlamat yang ditetapkan, program ini juga akan dapat membentuk satu profil antropometri dan prestasi motor bagi kanak-kanak di Malaysia. Dalam usaha membentuk profil antropometri dan kecergasan fizikal ini, faktor kematangan biologi perlu diambil kira terutama dalam pengukuran prestasi motor. Sebagaimana yang diperjelaskan, terdapat variasi bagi umur biologi atau tahap kematangan biologi walaupun dalam kalangan kanak-kanak yang sama jantina dan sama umur kronologi. Sebahagian daripada variasi dari segi saiz, susuk tubuh dan komposisi badan dalam kalangan kanak-kanak adalah disebabkan variasi tahap kematangan biologi mereka. Hubungan saling berkaitan antara tumbesaran, kematangan dan prestasi motor dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia perlu diperjelaskan. Dapatan daripada kajian lampau menunjukkan tahap kematangan biologi mempengaruhi antropometri dan prestasi motor.

Sehubungan itu, usaha perlu dilakukan bagi menentukan sumbangan kematangan biologi terhadap antropometri dan prestasi motor dalam kalangan kanak-kanak berumur 12 tahun. Pengetahuan berkaitan hubungan kematangan biologi, antropometri dan prestasi motor ini dapat membantu bagi membentuk satu profil kecergasan fizikal kanak-kanak dan remaja di Malaysia yang lebih prektikal dan berinformasi. Selain itu, ia juga akan dapat memberi panduan yang berguna dalam usaha memilih dan melahirkan atlet-atlet muda yang berpotensi.

PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENGUKURANPelaksanaan pentaksiran, pengujian dan pengkuran telah melibatkan 84 orang murid lelaki (n=43) dan perempuan (n=41) berumur 12 tahun (min=12.3) dari sekolah rendah di Wilayah Persekutuan. Satu set soal selidik dan tiga set ujian digunakan untuk mengumpul maklumat diri dan data-data berkaitan tahap kematangan biologi, antropometri dan prestasi motor setiap murid yang terlibat. Ujian antropometri dan ujian fizikal yang dijalankan mengikut prosedur ujian yang terkandung dalam modul ujian SEGAK. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif (frekuensi dan

Kajian Sukan di Malaysia

6 7

peratus) dan statistik inferensi (analisis varian multivariat (MANOVA), analisis kovarian multivariat (MANCOVA) dan Regresi berganda).

Ujian Kematangan BiologiKematangan biologi ditaksir menggunakan kaedah Tanner stages of maturity (Tanner, 1962) yang mentakrifkan pengukuran pertumbuhan fizikal berdasarkan ciri-ciri luaran seks utama dan sekunder. Bagi mentaksir kematangan biologi, hanya penilaian peringkat pertumbuhan bulu pubik bagi kanak-kanak lelaki dan pertumbuhan buah dada bagi kanak-kanak perempuan digunakan untuk mentaksir tahap kematangan biologi setiap subjek. Peringkat pertumbuhan bulu pubik dibahagi kepada PH1 hingga PH5, manakala peringkat pertumbuhan buah dada dari B1 hingga B5. Bagi tujuan pentaksiran ini, subjek melakukan pemeriksaan kendiri dan mencatatkan maklumat berkaitan tahap kematangan mereka dalam borang yang disediakan. Subjek menilai peringkat kematangan biologi mereka berdasarkan ilustrasi dan penerangan bagi setiap peringkat pertumbuhan.

Beberapa kajian lampau yang mengkaji tahap kematangan biologi dalam kalangan kanak-kanak telah menggunakan Tanner stages of maturity (Tanner, 1962) yang ditadbir kepada lelaki dan perempuan yang berumur antara 8 hingga 18 tahun. Dilaporkan Tanner stages of maturity mempunyai kesahan Kappa coefficient antara 0.67 hingga 0.75 bagi lelaki, manakala bagi perempuan 0.75 hingga 0.85 dan kolerasi Spearman antara 0.86 hingga 0.97 (Lee et al., 2006; Leone & Comtois, 2007; Malina et al., 2005)

Pengukuran AntropometriPengukuran antropometri dijalankan untuk menilai komposisi badan setiap subjek. Dua pengukuran digunakan bagi memperoleh data-data antropometri yang berkaitan dengan tinggi berdiri (TB) dan berat badan (BB). Kedua-dua pengukuran ini digunakan bagi memperoleh Indeks Jisim Badan subjek (BMI). Ketinggian berdiri bagi setiap subjek diukur dari lantai hingga ke bahagian paling atas kepala semasa posisi berdiri tanpa beralas kaki. Berat badan pula diukur dengan subjek lengkap berpakaian sukan tanpa beralas kaki.

Kematangan Biologi, Antropometri dan Prestasi Motor dalam Kalangan Kanak-kanak

7

Ujian FizikalUjian fizikal dijalankan untuk mengukur tahap keupayaan prestasi motor setiap subjek. Semua subjek menjalani ujian naik turun bangku (NTB), tekan tubi (TT), bangkit tubi (BT) dan duduk dan jangkau (DJ). Tekan tubi suaian digunakan bagi murid perempuan. Ujian-ujian ini mengukur komponen kecergasan fizikal iaitu daya tahan kardiovaskular, fleksibiliti, kekuatan dan daya tahan otot. Daya tahan kardiovaskular ditaksir berdasarkan kadar denyutan nadi yang diambil dalam jangkamasa satu minit sebaik sahaja selesai melakukan ujian naik turun bangku.

SUMBANGAN KEMATANGAN BIOLOGI TERHADAP ANTROPOMETRI DAN PRESTASI MOTORMerujuk Jadual 1.1, usaha mengenal pasti tahap kematangan biologi bagi lelaki dan perempuan menunjukkan terdapatnya variasi tahap kematangan bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan walaupun mereka dalam kumpulan umur yang sama iaitu 12 tahun. Kebanyakan kanak-kanak lelaki berada pada tahap PH2 manakala kanak-kanak perempuan berada pada tahap B2 dan B3. Tidak terdapat kanak-kanak lelaki pada tahap PH4 dan PH5. Bagi kanak-kanak perempuan tidak ada yang berada pada tahap B5.

Jadual 1.1 Statistik deskriptif tahap kematangan biologi berdasarkan jantina

Tahap kematangan biologi

Lelaki Perempuan

PH1 PH2 PH3 Jumlah B1 B2 B3 B4 Jumlah

Bilangan 9 30 4 43 2 20 15 4 41

% 20.9 69.8 9.3 100 4.9 48.8 36.6 9.8 100

Taburan tahap kematangan biologi bagi kanak-kanak lelaki adalah pada tahap PH1 (9, 20.9%), PH2 (30, 69.8%) dan PH3 (4, 9.3%) manakala bagi kanak-kanak perempuan berada pada tahap B1 (2, 4.9%), B2 (20, 48.8%), B3 (15, 36.6%) dan B4 (4, 9.8%). Hal ini menunjukkan sememangnya terdapat perbezaan bagi permulaan dan masa yang diperlukan bagi kanak-

Kajian Sukan di Malaysia

8 9

kanak untuk maju daripada peringkat sebelum matang ke peringkat matang bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan sama ada dalam kalangan jantina yang sama ataupun antara jantina yang berbeza (Malina, 1991). Hal ini juga menunjukkan bahawa umur kronologi bukanlah petunjuk yang tepat untuk menjelaskan tahap kematangan biologi kanak-kanak. Kematangan biologi kanak-kanak tidak semestinya selaras dengan umur kronologi mereka. Sebagaimana yang dijelaskan oleh Malina et al. (2004), terdapat sebahagian subjek dalam kumpulan umur yang sama, mencapai tahap kematangan biologi mendahului umur kronologi. Manakala sebahagiannya lewat mencapai kematangan biologi berbanding umur kronologi mereka (Malina et al., 2004).

Penjelasan ini selaras dengan kajian lampau yang juga melaporkan dalam kumpulan umur yang sama terdapat variasi bagi tahap kematangan biologi (Nedeljkovic et al., 2007). Umur kronologi, tumbesaran dan kematangan biologi adalah saling berkaitan (Haywood & Getchell, 2005). Kanak-kanak akan cenderung berkembang dari segi saiz dan kematangan. Walau bagaimanapun, dimensi ini akan bergerak dengan tempo dan tempoh masa tersendiri. Dua orang kanak-kanak yang sama umur kronologi berkemungkinan mempunyai tahap kematangan biologi yang berbeza, seorang mengalami awal kematangan manakala seorang lagi lewat matang. Begitu juga situasi, dua orang kanak-kanak yang sama saiz badan tetapi umur kronologi yang berbeza dan mereka berkemungkinan mempunyai tahap kematangan yang sama ataupun berbeza. Oleh itu, adalah sukar membuat kesimpulan berkaitan kematangan biologi hanya merujuk kepada faktor umur atau/dan saiz badan. Menurut Haywood & Getchell (2005), seseorang kanak-kanak berkemungkinan mempunyai saiz tubuh yang kecil dan mengalami sedikit tumbesaran tetapi berkemungkinan secara relatifnya matang bagi umur kronologinya.

Selain itu, wujud perbezaan yang signifikan bagi ciri-ciri antropometri dan prestasi motor kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan berdasarkan tahap kematangan biologi mereka sebagaimana yang ditunjukkan dalam Jadual 1.2. Tahap kematangan biologi menjelaskan 34% (η2=0.34) varian dalam antropometri dan prestasi motor kanak-kanak lelaki dan menjelaskan 36% (η2=0.36) varian dalam antropometri dan prestasi motor kanak-kanak perempuan. Analisis univariat F menunjukkan

Kematangan Biologi, Antropometri dan Prestasi Motor dalam Kalangan Kanak-kanak

9

perbezaan signifikan yang wujud bagi kanak-kanak lelaki adalah BB, BMI dan BT manakala bagi kanak-kanak perempuan adalah TB dan BT.

Jadual 1.2 Analisis MANOVA bagi antropometri dan prestasi motor berdasarkan tahap kematangan biologi

Tahap kematangan biologi

Lelaki Perempuan

F Eta squared F Eta squared

n=43 n=42

Berat badan (BB) 6.29** 0.24

BMI 5.38** 0.21

Tinggi berdiri (TB) 3.30* 0.21

Bangkit tubi (BT) 5.95** 0.23 3.94 ** 0.24

Multivariat F 2.51** 2.70*

Eta squared 0.34 0.36

* p < 0.05 ** p < 0.01

Ujian Post-Hoc Bonferroni dijalankan bagi mengenal pasti pasangan min yang menunjukkan perbezaan signifikan dalam min BB, BMI dan BT bagi kanak-kanak lelaki dan min TB dan BT bagi kanak-kanak perempuan berdasarkan tahap kematangan biologi. Jadual 1.3, kanak-kanak lelaki pada tahap PH3 memperoleh min BB dan min BMI yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak lelaki pada tahap PH1. Bagi BT, kanak-kanak lelaki PH2 memperoleh min BT yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak lelaki pada tahap PH1. Kanak-kanak perempuan pada tahap B4 mempunyai min TB yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak pada tahap B2. Walaupun wujud perbezaan yang signifikan bagi min BT berdasarkan tahap kematangan biologi bagi kanak-kanak perempuan, namun perbezaan min BT antara tahap kematangan biologi tidak begitu ketara.

Kajian Sukan di Malaysia

10 11

Jadual 1.3 Ujian Post-Hoc Bonferroni bagi perbezaan min antara tahap kematangan biologi bagi antropometri dan prestasi motor

Pemboleh ubah bersandar Tahap kematangan (min)

Tahap kematangan (min)

Perbezaaan min

Lelaki

Berat badan (BB) PH1 PH3 -26.75**

BMI PH1 PH3 -8.558**

Bangkit tubi (BT) PH1 PH2 -10.29**

Perempuan

Tinggi berdiri (TB) B2 B4 -14.50*

* p < 0.05 ** p < 0.01

Hasil analisis mendapati tahap kematangan biologi yang berbeza mempengaruhi ciri-ciri antropometri dan prestasi motor bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan. Berdasarkan tahap kematangan biologi, perbezaan bagi pengukuran antropometri kanak-kanak lelaki adalah berat dan BMI, manakala bagi kanak-kanak perempuan adalah ketinggian. Sebagaimana yang dilaporkan dalam kajian Katzmarzyk et al. (1997), kesan kematangan biologi bagi kanak-kanak 7 hingga 12 tahun dipamerkan melalui saiz badan mereka. Bagi pengukuran prestasi motor, perbezaan yang signifikan wujud mengikut tahap kematangan biologi adalah skor ujian bangkit tubi bagi kedua-dua jantina. Kanak-kanak lelaki pada tahap PH3 memperoleh min berat dan min BMI yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak lelaki pada tahap PH1. Bagi kanak-kanak perempuan, perbezaan min yang signifikan wujud antara min ketinggian kanak-kanak perempuan pada tahap B2 dan B4. Kanak-kanak perempuan pada tahap B4 mempunyai min ketinggian yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak pada tahap B2. Perbezaan yang signifikan wujud mengikut tahap kematangan biologi bagi min skor ujian bangkit menunjukkan kanak-kanak lelaki pada tahap PH2 memperoleh min skor ujian bangkit yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak lelaki pada tahap PH1. Hal menunjukkan, kanak-kanak yang tahap kematangan lebih tinggi akan lebih berat dan lebih tinggi

Kematangan Biologi, Antropometri dan Prestasi Motor dalam Kalangan Kanak-kanak

11

berbanding mereka yang mempunyai tahap kematangan yang rendah. Kanak-kanak lelaki yang berada pada tahap PH2 mempunyai lebih berat badan berbanding mereka yang berada pada tahap PH1. Kanak-kanak lelaki PH2 juga didapati mempunyai keupayaan yang lebih baik bagi skor ujian bangkit tubi berbanding mereka yang berada pada tahap PH1. Kanak-kanak perempuan yang berada pada tahap B4 didapati lebih tinggi berbanding mereka yang berada pada tahap B1.

Penjelasan ini selaras dengan kenyataan oleh Malina (1996, 1998) bahawa terdapat perbezaan dari segi saiz, susuk tubuh dan komposisi badan bagi kanak-kanak yang awal mencapai tahap kematangan biologi berbanding mereka yang secara purata atau lambat mencapai tahap kematangan biologi. Sebahagian daripada variasi terhadap saiz, susuk tubuh dan komposisi badan adalah disebabkan variasi dalam tahap kematangan biologi. Umumnya, kanak-kanak awal matang lebih tinggi dan berat bagi peringkat umur mereka berbanding kanak-kanak lewat matang. Menurut Gabbard (2008), kanak-kanak lelaki awal matang lebih mesomorf manakala kanak-kanak perempuan awal matang lebih endomorf. Kanak-kanak lelaki dan perempuan yang lewat matang cenderung mempunyai kurang berat badan bagi ketinggian mereka (Gabbard, 2008). Penjelasan yang dbuat juga sejajar dengan dapatan kajian yang dijalankan oleh Jones et al. (2000) yang melaporkan, kematangan biologi memberi pengaruh yang besar dalam pengukuran prestasi motor bagi kanak-kanak lelaki tetapi kurang pengaruh bagi kanak-kanak perempuan. Walau bagaimanapun, penjelasan tersebut bertentangan dengan hasil kajian oleh Mota et al. (2002). Mota et al. (2002) melaporkan dalam kalangan kanak-kanak lelaki, berat badan dan ketinggian didapati berbeza berdasarkan tahap kematangan biologi tetapi penjelasan yang dibuat mendapati hanya berat badan kanak-kanak lelaki yang berbeza manakala ketinggian bagi kanak-kanak perempuan berdasarkan tahap kematangan biologi.

Bagi menentukan kesan utama kematangan biologi terhadap ciri-ciri antropometri dan prestasi motor kanak-kanak lelaki dan perempuan, faktor-faktor lain seperti umur kronologi dan Socio Econmic Status (SES) perlu diambil kira. Setelah mengambil kira umur kronologi dan SES murid, perbezaan signifikan bagi ciri-ciri antropometri dan prestasi motor berdasarkan tahap kematangan biologi hanya wujud bagi kanak-

Kajian Sukan di Malaysia

12 13

kanak lelaki sahaja (Jadual 1.4). Tahap kematangan biologi menjelaskan 36% (η2=0.36) varian dalam antropometri dan prestasi motor kanak-kanak lelaki. Perbezaan signifikan berdasarkan tahap kematangan biologi selepas umur kronologi dan SES diambil kira bagi kanak-kanak lelaki adalah berat badan (p=0.004), BMI (p=0.011) dan skor ujian bangkit tubi (p=0.009). Hal ini jelas menunjukkan bahawa perbezaan bagi antropometri (berat dan BMI) dan prestasi motor (skor ujian bangkit tubi) bagi kanak-kanak lelaki adalah disebabkan oleh perbezaan tahap kematangan biologi. Perbezaan ini tidak dipengaruhi oleh kesan umur kronologi dan SES mereka.

Jadual 1.4 Analisis MANCOVA bagi antropometri dan prestasi motor berdasarkan tahap kematangan biologi, umur kronologi dan SES.

Kematangan biologi Umur kronologi (UK) SES

Lelaki (n=43)

Berat badan (BB) 6.26** 0.47 0.44

BMI 5.12 * 0.16 0.17

Bangkit tubi (BT) 5.29** 0.65 0.63

Multivariat F 2.55** 0.94 0.42

Eta squared 0.36 0.17 0.08

Perempuan (n=41)

Tinggi berdiri (TB) 2.72 0.00 0.10

Bangkit tubi (BT) 2.51 1.45 0.01

Multivariat F 1.57 0.29 0.14

Eta squared 0.26 0.07 0.03

* p < 0.05 ** p < 0.01

Seterusnya, analisis regresi berganda (stepwise) dijalankan bagi menentukan sumbangan kematangan biologi terhadap faktor berat badan dan ujian bangkit tubi bagi kanak-kanak lelaki dan faktor tinggi berdiri bagi kanak-kanak perempuan. Hasil analisis regresi berganda diringkaskan dalam Jadual 1.5. Keputusan analisis regresi berganda menunjukkan, kematangan biologi menyumbang kepada BB [R2=0.230, F(1,41)=12.333,

Kematangan Biologi, Antropometri dan Prestasi Motor dalam Kalangan Kanak-kanak

13

p=0.001] dan peramal yang signifikan bagi BT [R2=0.119, F(1,41)=5.557, p=0.023] kanak-kanak lelaki. Kematangan biologi menyumbang sebanyak 23% varian dalam faktor berat badan dan 12% varian dalam skor bangkit tubi.

Jadual 1.5 Analisis Regresi Berganda Stepwise bagi kematangan biologi mengikut jantina.

Jantina Lelaki

b R2 F

N = 43

Analisis regresi Berat badan (BB) 0.48** 0.23 12.33

Bangkit tubi (BT) 0.34* 0.12 5.56

* p < 0.05 ** p < 0.01

Sebanyak 77% varian dalam faktor berat dan 88% varian dalam skor bangkit tubi yang tidak dapat diramalkan berkemungkinan disebabkan faktor lain yang tidak dikaji dalam kajian ini. Hal ini bererti, kematangan biologi memberi sumbangan kepada skor berat (b=0.479, p=0.001) dan dapat meramal skor bangkit tubi (b=0.345, p=0.023) secara signifikan. Hal ini juga menjelaskan bahawa variasi bagi berat badan dan skor ujian bangkit tubi kanak-kanak lelaki adalah disebabkan oleh variasi tahap kematangan biologi mereka.

Sebagaimana kajian lampau, dapatan kajian ini turut menunjukkan kematangan biologi juga mempengaruhi antropometri selain prestasi motor dalam kalangan kanak-kanak. Sebagaimana yang dijelaskan oleh Jones et al. (2000), tahap kematangan biologi berhubung secara signifikan dengan pengukuran prestasi motor yang dijalankan. Dilaporkan kematangan biologi boleh mengubah kesan saiz badan ke atas pelbagai prestasi motor. Sebagaimana dicadangkan oleh Nedeljkovic et al. (2007), kematangan biologi perlu diambil kira apabila menaksir data-data ujian prestasi motor yang dijalankan ke atas subjek remaja. Selain itu, dicadangkan juga pemangkatan dalam kecergasan fizikal perlu mengambil kira faktor kematangan biologi terutamanya bagi kanak-kanak lelaki. Oleh

Kajian Sukan di Malaysia

14 15

itu, sebarang usaha sama ada untuk menilai tahap prestasi motor atau pemilihan dalam bidang sukan, faktor kematangan perlu diambil kira. Hal ini disebabkan, selain faktor kemahiran, mereka yang terpilih dalam aktiviti sukan sebahagiannya adalah disebabkan saiz dan susuk tubuh yang juga menjadi kriteria dalam sesuatu pemilihan (Malina, 1996). Sebagaimana yang telah diperbincangkan, sebahagian daripada variasi terhadap saiz, susuk tubuh dan komposisi badan adalah disebabkan variasi dalam tahap kematangan biologi. Malina et al. (2004) menjelaskan bahawa kriteria fizikal adalah faktor terpilih dalam kebanyakan sukan dan kejayaan dalam sukan pada peringkat umur yang muda sangat dipengaruhi oleh saiz dan susuk badan. Kanak-kanak lelaki yang selalunya aktif dan berjaya dalam sukan lebih cenderung mempunyai kelebihan dalam kematangan biologi, yang diperlihat berdasarkan saiz badan mereka yang besar dan tumbesaran yang cepat semasa peringkat kanak-kanak dan remaja (Malina, 1998).

KESIMPULANBerdasarkan dapatan kajian yang dijalankan, faktor kematangan biologi perlu diambil kira terutama dalam pengukuran prestasi motor dalam usaha membentuk profil antropometri dan kecergasan fizikal ini kanak-kanak di Malaysia. Tindakan ini akan dapat membentuk satu profil kecergasan fizikal kanak-kanak dan remaja di Malaysia yang lebih praktikal dan berinformasi terutama dalam mengklasifikasikan tahap prestasi motor kanak-kanak di Malaysia.

CADANGANKajian untuk melihat hubungan saling berkaitan antara tumbesaran, kematangan dan prestasi motor dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia perlu dijalankan dengan skop yang lebih luas. Kajian-kajian masa depan perlu melibatkan jumlah sampel yang lebih besar yang merangkumi pelbagai latar belakang. Kajian yang akan dijalankan juga perlu melibatkan kanak-kanak pelbagai peringkat umur dan terlibat dengan pelbagai jenis sukan. Faktor-faktor lain yang berkemungkinan boleh mempengaruhi tumbesaran, kematangan dan prestasi motor mereka juga perlu dikaji.

Kematangan Biologi, Antropometri dan Prestasi Motor dalam Kalangan Kanak-kanak

15

RUJUKANBaxter-Jones, A.D.G., & Sherar, L.B. (2007). Growth and Maturation. In. N.

Armstrong (Ed). Paediatric Exercise Physiology, 1, (1-26). China: Elsevier

Limited.

Gabbard, C.P. (2008). Lifelong Motor Development (5th Ed.). San Francisco:

Pearson Benjamin Cummings.

Haywood, K.M., & Getchell, N. (2005). Life Span Motor Development (4th Ed.).

Champaign, IL: Human Kinetics.

Jones, M.A., Hitchen, P.J,. & Stratton, G. (2000). The importance of considering

biological maturity when assessing physical fitness measures in girls and boys

aged 10 to 16 years. Annals of Human Biology, 276(1), 57-65.

Katzmarzyk, P.T., Malina R.M., & Buenen, G.P. (1997). The contribution of

biological maturation to the strength and motor fitness of children. Annals of

Human Biology, 24(6), 493-505.

Lee, K., Valeria, B., Kochman, C., & Lenders, C.M. (2006). Self-Assessment

of height, weight and sexual maturation: Validity in overweight children and

adolescents. Journal of Adolescent and Health, 39(2), 346-352.

Leone, M., & Comtois, A.S. (2007). Validity and reliability of self-assessment

of sexual maturity in elite adolescent athletes. Journal of Sports Medicine and

Physical Fitness, 47(3), 361-365.

Malina, R.M. (1998). Growth and maturation of young athletes. Is training for

sport a factor?. In K.M. Chan & E.J. Micheli (Eds.). Sport and children (133-

161). Hong Kong: Williams and Wilkin.

Malina, R.M. (1996). The young athlete: Biological growth and maturation in a

biocultural. In F.L. Smoll & R.E. Smith (Eds.). Children and youth in sport:

A biopsychosocial perspective (161-186). Madison: Brown and Benchmark.

Malina, R.M., & Bouchard, C. (1991). Growth, maturation and physical activity.

Champaign, IL: Human Kinetics.

Malina, R.M., Bouchard, C., & Bar-Or, O. (2004). Growth, Maturation and

Physical Activity (2nd ed.). Champaign, IL: Human Kinetics.

Malina, R.M., Cumming, S.P., Kontos, A.P., Eisenmann, J.C., Ribeiro, B., &

Aroso, J. (2005). Maturity-Associated variation in sport-specific skills of youth

soccer players aged 13-15 years. Journal of Sports Science, 23(5), 515-22

Malina, R.M., Eisenmann, J.C., Cumming, S.P., Ribeiro, B., & Aroso, J. (2004).

Maturity- associated variation in the growth and functional capacities of

Kajian Sukan di Malaysia

16

youth football (soccer) players 13-15 years. European Journal of Applied

Physiology, 91(5-6), 555-562.

Mota, J., Guerra, S., Leandro, C., Pinto, A., Ribeiro, J.C., & Duarte, J.A. (2002).

Association of maturation, sex and body fat in cardiorespiratory fitness.

American Journal of Human Biology, 14(6), 707-712.

Nedeljkovic, A, Mirkov, DM, Kukolj, M, Ugarkovic, D., & Jaric, S. (2007).

Effect of maturation on the relationship between physical performance and

body size. Journal of Strength and Conditioning Research, 21(1), 245-250.

Pearson, D.T., Naughton, G.A., & Torode, M. (2006). Predictability of

physiological testing and the role of maturation in talent identification for

adolescent team sports. Journal of Science and Medicine in Sport, 9(4), 277-

287

Prett, M. (1989). Strength, flexibility and maturity in adolescent athletes. American

Journal of Diseases of Children, 143(5), 560-563.

Ribeiro, J., Santos, P., Duarte, J., & Mota, J. (2006). Association between

overweight and early sexual maturation in Portuguese boys and girls. Annals

of Human Biology, 33(1), 55-63.

Tanner, J.M. (1962). Growth at adolescence (2nd ed.). Oxford: Blackwell Scientific.

Bab 2

Penilaian Masa Pengajaran Pendidikan Jasmani Selama 80 Minit

di Sekolah Menengah

Soh Kim Geok, Aminuddin Yusof, Soh Kim Lam, Zainol Rashidi Md. Noor dan Siti Zarifah Alauddin

PENDAHULUANPendidikan Jasmani (PJ) merupakan satu subjek yang unik. Ini adalah kerana subjek ini menyentuh kesemua domain dalam pengajaran dan pembelajaran. Justeru, matapelajaran ini dilihat boleh membentu pelajar secara menyeluruh meliputi aspek kognitif, psikomotor, dan afektif (Sebley & Etnier, 2003). Dalam hal ini, guru memainkan peranan yang penting sebagai medium yang bagi memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai ini dapat dicapai sepenuhnya (Chow et al., 2007).

Peranan guru dilihat semakin penting sebagai pembentuk modal insan di masa hadapan. Walaupun begitu, perdebatan sentiasa berlaku di antara para pendidik dan komuniti mengenai status mata pelajaran PJ di sekolah. Walaupun mata pelajaran PJ adalah mata pelajaran wajib di sekolah, namun mata pelajaran ini dirasakan tidak penting kerana ia bukan mata pelajaran peperiksaan. Lantaran itu, mata pelajaran PJ sentiasa dianaktirikan di sekolah dan sedikit demi sedikit masa yang diperuntukkan untuk pengajaran dan pembelajaran PJ juga berkurangan. Surat pekeliling ikhtisas bilangan 25/1998 memaklumkan bahawa peruntukan masa bagi mata pelajaran PJ di sekolah menengah adalah sebanyak 60 waktu setahun dan setiap waktu adalah sebanyak 40 minit (Kementerian Pelajaran Malaysia, 1995; Kementerian Pelajaran Malaysia, 1998). Walau bagaimanapun, pihak

Kajian Sukan di Malaysia

18 19

sekolah dibenarkan untuk menggabungkan masa pengajaran kepada jadual waktu anjal (80 minit) satu sesi per minggu. Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 10/1995 memaklumkan penyusunan jadual waktu hendaklah berdasarkan prinsip memberikan waktu yang lebih panjang dan bergabung bagi sesuatu mata pelajaran pada hari berkenaan (Kementerian Pelajaran Malaysia, 1995; Kementerian Pelajaran Malaysia, 1998). Sesi pembelajaran PJ juga tidak terkecuali daripada pelaksanaan jadual waktu anjal ini. Oleh yang demikian, masa pengajaran dan pembelajaran menjadi 80 minit secara berterusan dan dijalankan sekali sahaja dalam masa seminggu. Disebabkan mata pelajaran PJ juga dikongsi bersama-sama dengan mata pelajaran Pendidikan Kesihatan dalam nisbah (3:1). Maka, ada minggu-minggu tertentu dalam masa sebulan mata pelajaran PJ tidak dijalankan di sekolah menengah.

Dalam pelaksanaan jadual waktu anjal, sekolah yang mempunyai sumber manusia terhad telah menggunapakai khidmat guru bukan opsyen untuk mengajar mata pelajaran PJ. Ini telah mengakibatkan wujud keadaan yang mana guru bukan opsyen PJ diberi tugas bagi mengajar subjek PJ di sekolah. Keadaan ini umumnya menyebabkan guru bukan opsyen rasa tertekan berikutan perubahan dalam persekitaran pengajaran yang mana masa lebih kerap dihabiskan di padang dan gimnasium berbanding di bilik darjah. Selain daripada isu persekitaran, guru bukan opsyen juga menghadapai masalah dalam penyesuaian dengan pelajar kerana cara berinteraksi juga berbeza ketika berada di padang berbanding dengan di bilik darjah. Guru yang mempunyai nada suara yang kecil sudah pasti berhadapan dengan masalah untuk mengawal pelajar kerana kawasan pembelajaran lebih luas dan memerlukan suara yang lantang dalam pengawalan kelas. Suara yang lantang amat penting dalam memastikan pelajar dapat mendengar dengan jelas, memahami arahan dan aktiviti pengajaran dapat dijalankan dengan lancar. Ini mendatangkan masalah interaksi antara pelajar dan guru dan jika tiada penyesuaian yang baik antara guru dan pelajar, hal ini memberi kesan buruk dalam pengalaman pembelajaran pelajar di dalam kelas PJ di sekolah (Spilt et al., 2011). Guru bukan opsyen berhadapan dengan situasi yang mana sikap pelajar juga berbeza ketika di padang berbanding ketika berada di dalam bilik darjah. Ketika berada dalam bilik darjah, kelakuan dan sikap pelajar lebih

Penilaian Masa Pengajaran Pendidikan Jasmani Selama 80 Minit di Sekolah Menengah

19

mudah diramal dan dikawal berbanding di luar bilik darjah seperti padang yang menyediakan ruang lebih besar kepada pelajar untuk bergerak dan berinteraksi di antara satu sama lain. Masalah tekanan dan interaksi yang kurang antara guru bukan ospyen dan pelajar dalam kelas PJ adalah satu isu serius dan perlukan kerjasama daripada pelbagai pihak bagi mencapai penyelesaian bersama. Hal ini dapat membantu menjamin mutu pengajaran dan pembelajaran PJ yang dijalankan di sekolah dan sekali gus mengangkat martabat mata pelajaran PJ ke status yang sepatutnya.

Tugas seorang guru yang efisen adalah apabila ia berjaya mempengaruhi pelajar untuk belajar dan kekal konsisten terhadap pembelajaran sepanjang berada di dalam kelas (Klassen et al., 2011). Jika dilihat, guru opsyen PJ lebih mahir dalam membina konsentrasi pelajar berbanding guru bukan opsyen (Julismah, 2006). Justeru itu, pentadbir perlu melihat isu guru PJ ini secara serius. Ini kerana hanya guru yang bertauliah dalam bidang PJ sahaja mampu untuk memberikan pengajaran yang berkesan. Seharusnya masa yang diperuntukkan dalam waktu PJ di sekolah menengah dimanfaatkan sepenuhnya bagi membolehkan pelajar menguasai kemahiran yang diajar. Dengan ini, diharap pelajar yang telah memiliki kemahiran ini akan meneruskan aktiviti fizikal yang dipelajari di sekolah ini sebagai sebahagaian daripada amalan hidup mereka.

DILEMA PELAKSANAAN PJ DI MALAYSIAGuru opsyen PJ terdiri daripada guru-guru sekolah menengah yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang PJ atau Sains Sukan, manakala guru bukan opsyen PJ pula terdiri daripada guru-guru sekolah menengah yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang selain PJ atau Sains Sukan tetapi mengajar mata pelajaran tersebut. Isu kekurangan sumber manusia dalam bekalan guru opsyen PJ yang tidak mencukupi telah mewujudkan keadaan yang mana guru yang mengajar PJ di sekolah terdiri daripada guru opsyen PJ dan bukan opsyen PJ. Dalam hal ini, persoalan sama ada guru bukan opsyen PJ berkemampuan untuk mengajar mata pelajaran PJ dengan berkesan sentiasa menjadi persoalan dan perkara ini turut dinyatakan oleh Julismah dalam penulisan beliau (Julismah, 2006). Tambahan pula, waktu anjal dilaksanakan bagi mata pelajaran PJ di sekolah menengah menuntut guru untuk mengajar selama 80 minit bagi satu sesi pengajaran. Justeru,

Kajian Sukan di Malaysia

20 21

kemampuan guru-guru bukan opsyen ini untuk melaksanakan kelas PJ yang lebih lama (80 minit) secara berkesan menjadi lebih mencabar hasil daripada limitasi dari segi latihan dan ilmu konten berbeza yang diterima semasa pengajian mereka.

Perbezaan Pengajaran Guru Opsyen dan Bukan Opsyen PJ di Sekolah MenengahSecara keseluruhan, guru bukan opsyen didapati tidak dapat melaksanakan pengajaran PJ selama 80 minit dengan baik dan berkesan. Berdasarkan data yang diperoleh, didapati bahawa guru bukan opsyen PJ kurang mahir dari segi pengendalian kelas secara keseluruhan, di mana penekanan hanya tertumpu di bahagian gerak kerja kelas/permainan kecil. Purata masa yang digunakan oleh guru bukan opsyen PJ adalah jauh lebih lama berbanding dengan guru opsyen PJ. Masa untuk guru bukan opsyen ialah 37.00 minit atau 46.20% berbanding dengan guru opsyen iaitu 23.00 minit atau 28.70%. Keadaan ini membuktikan bahawa guru bukan opsyen PJ sebenarnya tidak memiliki kemahiran dan ilmu konten untuk mengajar mata pelajaran PJ, di mana guru-guru ini biasanya hanya membiarkan pelajar seliaan mereka bermain tanpa bimbingan.

Amnya guru bukan opsyen ini menghadapai masalah untuk mempelbagaikan aktiviti pengajaran mereka. Lantaran itu, banyak masa diperuntukan kepada pelajar hanya untuk bermain secara total. Sebagai contoh, dengan memberikan sebiji bola kepada pelajar untuk bermain sepanjang pengajaran dan pembelajaran tanpa memberi apa-apa maklum balas terhadap aktiviti yang dijalankan. Keputusan ini adalah selaras dangan dapatan yang dilaporkan oleh Julismah (2006), di mana, 2.90% orang guru bukan opsyan PJ dilaporkan mempunyai tahap ilmu konten pada tahap tinggi. Manakala 94.20% pula mempunyai tahap ilmu konten sederhana, dan selebihnya 2.90% mempunyai tahap ilmu konten pada tahap rendah. Situasi yang sebaliknya pula dilaporkan dalam kalangan guru opsyen PJ di mana 96.00% daripada gurunya dilaporkan memiliki tahap ilmu pada tahap tinggi, manakala selebihnya 4.00% dilaporkan memiliki tahap ilmu konten sederhana. Selain daripada itu, Julismah (2006) juga melaporkan bahawa guru bukan opsyen tidak mengajar

Penilaian Masa Pengajaran Pendidikan Jasmani Selama 80 Minit di Sekolah Menengah

21

subjek yang berkaitan dengan sukan semasa mengajar mata pelajaran PJ. Keadaan ini telah menyebabkan pelajar di sekolah tertentu tidak mendapat ilmu berkaitan dengan pendidikan sukan yang sepatutnya dipelajari oleh mereka bila berada di bangku sekolah. Akibatnya, wujudlah halangan bagi menggalakkan pelajar ini untuk menyertai sukan secara sepenuhnya hasil daripada tiada atau kurang pendedahan awal yang diperoleh di sekolah. Keadaan ini sudah pasti akan merencatkan mencapai matlamat Dasar Sukan Negara khususnya sukan massa.

Sebaliknya bagi guru opsyen PJ, perjalanan pengajaran mata pelajaran PJ didapati lebih tersusun dan seimbang. Guru PJ didapati amat menitik beratkan aspek memanas dan menyejukkan badan kerana ia adalah eleman yang penting sebelum memulakan dan mengakhiri kelas PJ. Sesi memanaskan badan adalah perlu bagi menyediakan otot-otot sebelum memulakan sesuatu aktiviti, manakala sesi menyejukkan badan yang mencukupi adalah perlu untuk membantu mengembalikan kandungan asid laktik di dalam darah ke paras yang normal dan ia wajid dijalankan bagi mengurangkan risiko kecederaan (Takizawa et al., 2011).

Kajian menunjukkan sesi memanas dan menyejukkan badan oleh guru opsyen PJ mengambil masa 10.23 minit atau 12.79% dan 4.40 minit atau 5.50% berbanding guru bukan opsyen PJ iaitu hanya 4.40 minit atau 5.5% (memanaskan badan) dan 1.90 minit atau 2.37% (menyejukkan badan). Dalam hal ini, peruntukan masa yang mencukupi dan bersesuaian berpandukan tempoh pengajaran selama 80 minit diperlihatkan oleh guru-guru opsyen PJ. Selain daripada itu, item lain yang didapati turut ditititberatkan oleh guru opsyen PJ tapi kurang diberikan perhatian oleh guru bukan opsyen PJ adalah item lima (demonstrasi), enam (ansur maju), tujuh (individu/berpasangan/berkumpulan), dan sembilan (penilaian). Dalam hal ini, kekangan dari segi kemahiran dan ilmu konten untuk mengajar mata pelajaran PJ dalam kalangan guru bukan opsyen PJ jelas kelihatan. Kekangan ini diperlihatkan dari segi kelemahan untuk mempelbagaikan aktiviti demonstrasi, ansur maju, aktiviti individu/berpasangan/berkumpulan, dan penilaian kemahiran.

Kajian Sukan di Malaysia

22 23

Jadu

al 2

.1 P

erba

ndin

gan

peng

guna

an m

asa

80 m

init

dal

am p

enga

jara

n da

n pe

mbe

laja

ran

PJ

anta

ra g

uru

opsy

en d

an b

ukan

ops

yen

PJ

ITE

MA

KT

IVIT

I O

PS

YE

N P

J (a

)B

UK

AN

O

PS

YE

N P

J (b

)P

ER

BE

ZA

AN

M

AS

A (

a-b)

Min

it%

Min

it%

Min

it%

1Pe

ngur

usan

kel

as/ P

elaj

ar8.

9011

.13

12.6

015

.75

-3.7

0-4

.62

2Pe

nyed

iaan

Per

alat

an4.

856.

065.

406.

75-0

.55

-0.6

9

3Pe

nera

ngan

gur

u5.

807.

255.

406.

750.

400.

50

4M

eman

aska

n ba

dan

10.2

312

.79

4.40

5.50

5.83

7.29

5D

emon

stra

si4.

305.

371.

201.

503.

103.

87

6A

nsur

maj

u4.

405.

501.

001.

253.

404.

25

7A

ktiv

iti

indi

vidu

/ ber

pasa

ngan

/ber

kum

pula

n5.

566.

952.

302.

883.

264.

07

8G

erak

ker

ja k

elas

/ Per

mai

nan

keci

l23

.00

28.7

537

.00

46.2

5-1

4.00

-17.

50

9Pe

nila

ian

3.70

4.62

0.80

1.00

2.90

3.62

10M

enye

jukk

an b

adan

4.40

5.50

1.90

2.37

2.50

3.13

11M

enge

mas

per

alat

an4.

005.

004.

806.

00-0

.80

-1.0

0

Mas

a ya

ng d

igun

akan

79.1

498

.92

76.8

096

.00

2.34

2.92

Mas

a ya

ng ti

dak

digu

naka

n0.

861.

083.

204.

00-2

.34

-2.9

2

Jum

lah

8010

080

100

--

Penilaian Masa Pengajaran Pendidikan Jasmani Selama 80 Minit di Sekolah Menengah

23

Umumnya, guru opsyen PJ memperuntukkan masa yang lebih terhadap aktiviti demonstrasi bagi membolehkan pelajarnya memahami dan merasai kemahiran yang hendak diajar (Sibley & Etnier, 2003; Rink, 2002). Manakala, ansur maju pula menekankan aspek pengajaran secara berfasa dan dijalankan langkah demi langkah bagi membolehkan pelajar menguasai kemahiran secara berperingkat (Rink, 2002). Ini jelas dibuktikan dalam dapatan kajian ini di mana guru opsyen PJ mengambil masa yang lebih lama dan memadai bagi menjalankan aktiviti demostrasi secara berkesan iaitu 4.30 minit atau 5.37% berbanding dengan guru bukan opsyen PJ hanya memperuntukan masa yang terlalu singkat iaitu 1.2 minit atau 1.5% untuk item ini. Manakala, bagi item ansur maju pula peruntukan masa yang lebih singkat lagi dilaporkan dalam kalangan guru bukan opsyen PJ iaitu 1.00 minit atau 1.25% berbanding dengan 4.40 minit atau 5.50% bagi guru opsyen PJ.

Keadaan yang hampir sama juga dilaporkan bagi item aktiviti individu/berpasangan/berkumpulan dan penilaian kemahiran. Dalam hal ini, didapati bahawa guru bukan opsyen PJ tidak menekankan eleman ini, di mana masa yang diambil untuk kedua-dua aktiviti ini masing-masing adalah 2.30 minit atau 2.88%, dan 0.80 minit atau 1.00% minit bagi guru bukan opsyen PJ berbanding dengan 5.56 minit atau 6.95%, dan 3.70 minit atau 4.62% minit oleh guru opsyen PJ. Menurut Hardman dan Marshall (2000), penilaian merupakan aspek yang penting dalam pengajaran PJ kerana ia digunakan bagi mengukur pemahaman pelajar mengenai kemahiran yang dipelajari.

Akibat dari segi kekangan kemahiran mengajar PJ dan limitasi dari segi ilmu konten, ramai guru bukan opsyen PJ bergantung kepada item lapan iaitu gerak kerja kelas/permainan kecil bagi menghabiskan masa pengajaran mereka. Dalam hal ini, didapati bahawa guru bukan opsyen PJ memperuntukan masa yang jauh lebih lama iaitu sebanyak 37.00 minit atau 46.25% berbanding dengan 23.00 minit atau 28.75% dalam kalangan guru opsyen PJ. Walau bagaimanapun, bila diperhalusi dengan lebih teliti didapati bahawa aspek pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh guru bukan opsyen PJ pada item ini amat terhad, di mana pelajar umumnya dibiarkan bermain secara bebas dengan kawalan yang minimal. Justeru, wujudlah situasi atau keadaan di mana pelajar yang ramai bermain

Kajian Sukan di Malaysia

24 25

dengan sebiji bola atau mengejar sebiji bola semasa kelas PJ khususnya bagi kelas yang dikendalikan oleh guru bukan opsyen PJ. Keadaan ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana dalam kajian Julismah (2006), dilaporkan bahawa 24.50% orang guru bukan opsyen PJ tidak mengajar tajuk bidang sukan dalam pelajaran PJ. Selain daripada itu, situasi yang diwujudkan oleh guru bukan opsyen PJ umumnya juga telah menyebabkan masyarakat yang memerhatikan keadaan ini mempunyai persepsi bahawa mata pelajaran PJ adalah mata pelajaran “bermain” yang mampu diajar oleh sesiapa sahaja. Ini telah menyebabkan kredibiliti mata pelajaran PJ itu semakan merosak di pandangan masyarakat.

Selain daripada itu, guru bukan opsyen PJ juga didapati memperuntukkan masa yang lebih lama dari segi item satu (pengurusan kelas/pelajar) dan 11 (mengemas peralatan). Kajian menunjukkan bahawa guru opsyen PJ memperuntukkan 8.90 minit atau 11.13% bagi pengurusan kelas/pelajar berbanding guru bukan opsyen yang memerlukan masa 12.65 minit atau 15.75%. Ini menunjukkan bahawa guru bukan opsyen memerlukan masa yang lebih panjang untuk memulakan dan mengakhiri sesi pengajaran berbanding dengan guru opsyen PJ. Situasi ini wujud mungkin disebabkan oleh dua punca utama iaitu pertamanya berkaitan dengan kekangan dari segi pengalaman dan kemahiran mengurus kelas PJ dalam kalangan guru bukan opsyen PJ, dan keduanya mungkin disebabkan waktu pengajaran PJ selama 80 minit itu adalah terlalu lama bagi guru bukan opsyen PJ, keadaan ini menyebabkan mereka tidak tergesa-gesa bagi memulakan sesi pengajaran mereka (merasakan ada masa yang lama untuk kelas PJ), tambahan pula, hanya aspek gerak kerja kelas/permainan kecil sahaja yang banyak ditekankan bagi menghabiskan masa pengajaran mereka. Ini dapat dibuktikan bardasarkan dapatan dalam kajian ini dimana guru bukan opsyen PJ memperlihatkan lebih banyak masa yang tidak digunakan iaitu sebanyak 3.20 minit atau 4.00% daripada peruntukan masa 80 minit yang diberikan berbanding dengan guru opsyen PJ yang hanya melaporkan masa lebihan sebanyak 0.86 minit atau 1.08% daripada peruntukan masa 80 minit yang diberikan.

Penilaian Masa Pengajaran Pendidikan Jasmani Selama 80 Minit di Sekolah Menengah

25

KESAN PELAKSANAAN MATA PELAJARAN PJ SELAMA 80 MINIT DI SEKOLAH MENENGAHPada umumnya, objektif mata pelajaran PJ yang dijalankan di sekolah menengah telah disusun dengan rapi dan membantu pelajar mengenali fungsi tubuh badan mereka dengan lebih teliti. Keadaan ini seterusnya diharap dapat memupuk sikap bertanggungjawab dalam kalangan pelajar terhadap pemeliharaan kesihatan dan kecergasan diri secara berterusan (Kementerian Pelajaran Malaysia, 1995; Kementerian Pelajaran Malaysia, 1998). Bagi mencapai objektif ini, strategi pengajaran dan pembelajaran PJ yang amat berbeza berbanding dangan mata pelajaran lain perlu dirangka. Keadaan ini memerlukan guru PJ menerapkan unsur-unsur seperti demonstrasi, ansur maju, dan aktiviti individu/berpasangan/berkumpulan bagi membolehkan ketiga-tiga domain objektif pendidikan iaitu kognitif, psikomotor dan afektif dicapai (Rink, 2002). Dalam hal berkaitan, didapati bahawa guru opsyen PJ menggunakan masa yang lebih banyak bagi menerapkan item berkaitan dengan demonstrasi, ansur maju, dan aktiviti individu/berpasangan/berkumpulan dalam pengajaran mereka berbanding dengan guru bukan opsyen PJ yang hanya menggunakan sedikit waktu dalam penerapan teknik tersebut. Selain daripada itu, guru bukan opsyen PJ juga didapati kurang menekankan aspek memanas dan menyejukkan badan dalam sesi pengajaran mereka berbanding dengan guru opsyen PJ.

Pengurusan masa yang ditunjukkan oleh guru opsyen PJ adalah lebih cekap dan seimbang berbanding dengan guru bukan opsyen PJ. Dalam hal ini, guru opsyen PJ didapati lebih bersedia daripada aspek organisasi kelas, tugasan pelajar dan persediaan untuk memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Atas dasar tersebut, sesi pengajaran dijalankan adalah mengikut langkah pengajaran yang tersusun dan ansur maju. Ini amat berbeza dengan guru bukan opsyen yang mengamalkan pengajaran PJ berbentuk “bermain secara total”, di mana penekanan adalah pada bahagian gerak kerja kelas/permainan kecil bagi menghabiskan masa pengajaran mereka. Keadaan ini berlaku kerana guru bukan opsyen tidak memiliki pengalaman dan ilmu konten yang mencukupi bagi mempelbagaikan cara pengajaran mereka. Justeru, masa pengajaran PJ selama 80 minit yang

Kajian Sukan di Malaysia

26 27

diperuntukan didapati adalah terlalu lama bagi guru bukan opsyen PJ yang tidak memiliki kemahiran untuk mempelbagaikan cara pengajaran mereka.

KESIMPULANSecara keseluruhan penggunaan masa pengajaran dan pembelajaran bagi guru opsyen PJ dalam tempoh 80 minit dapat memenuhi pencapaian objektif pembelajaran dan penggunaan masa yang optimum dan seimbang. Walau bagaimanapun, kekerapan waktu PJ di sekolah menengah perlu ditambah kerana bersenam sekali seminggu atau tiga kali sebulan (seminggu lagi untuk mata pelajaran Pendidikan Kesihatan) adalah tidak mencukupi (Sharkey, 1990). Disarankan agar kekerapan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dapat dipraktiskan di sekolah menengah bagi mengurangkan risiko menularnya menyakit berkaitan gaya hidup dalam kalangan rakyat Malaysia (Fox, 2004; Ismail et al., 2002; Robaayah, 2004). Selain daripada itu, kajian juga mendapati bahawa guru bukan opsyen tidak harus dibenarkan untuk mengajar mata pelajaran PJ. Guru bukan opsyen bukan sahaja tidak memiliki pengalaman dan ilmu konten yang mencukupi untuk mengajar mata pelajaran PJ, tetapi juga boleh menyebabkan masyarakat sekeliling mempunyai persepsi yang negatif terhadap mata pelajaran PJ akibat daripada salah faham. Ini berlaku apabila mereka menganggap guru yang mengajar mata pelajaran PJ yang bukan opsyen PJ itu sebagai guru opsyen PJ. Justeru, bila guru bukan opsyen ini hanya membiarkan pelajar dibawah seliaan mereka bermain tanpa bimbingan, masyarakat sekeliling akan berpendapat bahawa ini adalah tindak tanduk yang ditunjukkan oleh guru opsyen PJ. Keadaan ini sudah tentu akan menyebabkan imej mata pelajaran PJ tercalar dan hilang kredibiliti pada pandangan masyarakat.

CADANGANKajian masa depan perlu melibatkan jumlah sampel yang lebih besar. Selain itu, kajian yang akan dijalankan juga perlu menguji pelbagai komponen prestasi fizikal seperti tahap keupayaan pelajar dalam menguasai kemahiran dan minat pelajar terhadap guru yang mengajar subjek PJ di sekolah. Selain itu, faktor lain yang berkemungkinan boleh

Penilaian Masa Pengajaran Pendidikan Jasmani Selama 80 Minit di Sekolah Menengah

27

mempengaruhi penggunaan masa seperti kemudahan peralatan, saiz kelas dan kebolehan sedia ada pelajar juga perlu dipertimbangkan.

RUJUKANChow, J. Y., Davids, K. W., Button, C., Shuttleworth, R., Renshaw, I., & Arauje,

D. (2007). The role of nonlinear pedagogy in physical education, Review of

Educational Research, 77(3), 251-278.

Fox, K. R. (2004). Childhood obesity: The role of physical activity. The Journal

of the Royal Society for the Promotion of Health, 124(1), 34-39.

Hardman, K., & Marshall, J. (2000). The state and status of physical education

in the international context. European Physical Education Review, 6(3), 203-

229.

Ismail, M. N., Chee, S. S., Nawawi, H, Yusoff, K., Lim, T. O., & James, W. T. P.

(2002). Obesity in Malaysia. Obesity Reviews, 3(3), 203-208.

Julismah Jani (2006). Peranan Guru dalam Memacukan Pembangunan Sukan di

Malaysia. Kertas kerja yang dibentangkan di Konvensyen Sukan Antarabangasa

Teluk Danga. March 2006, Johor, Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia (1995). Surat Pekeliling Ikhtisas. Bil. 10/1995,

Pelaksanaan Jadual Waktu Anjal bagi Sekolah Rendah dan Menengah. Kuala

Lumpur, Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia (1998). Surat Pekeliling Ikhtisas. Bil. 25/1998,

Pelaksanaan Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani danPendidikan Kesihatan.

Kuala Lumpur, Malaysia.

Klassen, R. M. & Tze, V. M. C., Betts, S. M., & Gordon, K. A. (2011). Teacher

efficacy research 1998–2009: Signs of progress or unfulfilled promise? Educ

Psychol Rev., 23, 21-43.

Rink, J. E. (2002). Teaching Physical Education for learning (4th Ed.). Boston:

Mc Graw Hill.

Robaayah, Z. (2004). Trends in cardiovascular diseases and risks factors in

Malaysia. International Congress Series, 1262, 446-449.

Sharkey, B. J. (1990). Physiology of fitness (3rd ed.). Champaign, Illinois. Human

Kinetics Books.

Sibley, B., & Etnier, J. (2003). The relationship between physical activity and

cognition in children: A meta-analysis, Pediatric Exercise Science, 15, 243-

256.

Kajian Sukan di Malaysia

28

Spilt, J. L., Koomen, H. M. Y., & Thijs, J. T. (2011). Teacher wellbeing: The

importance of teacher-student relationships. Educational Psychology Review,

23, 457-477.

Takizawa, K., Soma, T., Nosaka, K., Ishikawa, T., & Ishi, K., (2011). Effect

of warm-up exercise on delayed-onset muscle soreness. European Journal of

Sport Science, 12(6), 455-46.

Bab 3

Kesesuaian Klasifikasi Kumpulan Umur dalam Pertandingan Sukan

Sekolah-sekolah di Malaysia

Saidon Amri, Aris Fazil Haji Ujang dan Mohd Rozilee Wazir Norjali Wazir

PENDAHULUANDalam usaha untuk mencapai objektif pendidikan, Malaysia telah menyediakan suatu sistem pendidikan yang memberi penekanan yang agak besar terhadap aktiviti kokurikulum. Salah satu aktiviti kokurikulum yang diimplementasikan adalah aktiviti sukan yang sebahagiannya menjuruskan kepada pertandingan dalam sukan. Sistem pendidikan di Malaysia, secara umumnya mengandungi sebelas tahun tempoh persekolahan iaitu antara umur tujuh tahun hingga 18 tahun. Pertandingan sukan yang dilaksanakan dalam jarak umur tersebut dibahagikan kepada beberapa kumpulan umur. Klasifikasi kumpulan umur ini sebahagian besarnya berdasarkan struktur pendidikan dan sistem persekolahan di Malaysia dan kaedah klasifikasi yang boleh dilaksanakan dengan mudah dan tidak mengambil masa yang lama. Dengan mengambil kira semua faktor tersebut, murid sekolah dibahagikan kepada tiga kumpulan umur bagi pertandingan dalam sukan iaitu bawah 12 tahun, bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun berdasarkan umur kronologi mereka. Pada dasarnya, umur kronologi telah digunakan sebagai asas bagi klasifikasi kumpulan umur dalam pertandingan sukan. Dalam hal ini, klasifikasi ini hanya akan adil sekiranya murid dalam kumpulan umur kronologi yang sama juga mempunyai status kematangan yang sama, dengan demikian mempunyai prestasi fizikal yang sama.

Peluang murid untuk menyertai dalam pertandingan sukan adalah berdasarkan prestasi fizikal mereka. Prestasi fizikal ini bergantung pada

Kajian Sukan di Malaysia

30 31

keupayaan fizikal yang boleh ditentukan melalui siri ujian prestasi motor. Umumnya, prestasi fizikal seseorang individu meningkat apabila umur meningkat (Malina & Katzmarzyk, 2006). Keadaan ini sering dikaitkan dengan proses tumbesaran yang berlaku apabila berlaku peningkatan umur dan lonjakan tumbesaran. Menurut Malina, Bouchard, dan Bar-Or (2004), remaja lelaki mengalami lonjakan tumbesaran bermula pada umur 12 atau 13 tahun dan memuncak pada umur 14 tahun dan beransur-ansur menjadi perlahan selepas 16 tahun dan berhenti pada umur 19 tahun. Bagi remaja perempuan, lonjakan tumbesaran bermula seawal 10 atau 11 tahun dan memuncak pada umur 12 atau 13 tahun dan berhenti ketika umur 18 atau 19 tahun. Proses tumbesaran yang berlaku akan mempengaruhi tahap prestasi fizikal seseorang individu.

Peningkatan tahap prestasi fizikal akan berlaku seiring dengan pertambahan ketinggian seseorang individu (Malina & Katzmarzyk, 2006). Dapatan kajian oleh Ekblom, Oddsson, dan Ekblom (2004), melaporkan kanak-kanak perempuan lebih tinggi daripada lelaki ketika berumur 13 tahun, namun lelaki lebih tinggi dan lebih berat daripada perempuan ketika berumur 16 tahun. Dapatan ini menunjukkan bahawa remaja lelaki mempunyai prestasi fizikal yang berbeza bergantung kepada tumbesaran dan kematangan mereka. Selain itu, terdapat dua faktor utama yang mempengaruhi prestasi motor iaitu latihan dan kematangan biologi (Malina et al., 2004). Kanak-kanak dan remaja yang mempunyai kelebihan bagi status kematangan didapati mempunyai prestasi motor yang lebih baik. Walau bagaimanapun, terdapat variasi bagi tumbesaran dan kematangan yang berlaku antara individu dalam kumpulan umur yang sama terutama semasa fasa kanak-kanak dan remaja (Leone & Comtois, 2007; Malina et al., 2004; Malina et al., 2007). Sebagai contoh, individu yang awal matang lebih tinggi, berat dan kuat berbanding individu yang lewat matang. Hal ini kemungkinan disebabkan hubungan antara kekuatan, prestasi motor dan status kematangan (Beunen & Malina, 2008).

Memandangkan fizikal kanak-kanak dan remaja akan menjadi lebih tinggi, lebar dan kuat seiring dengan peningkatan umur, perubahan ini juga akan disertai oleh peningkatan dalam perkembangan kemahiran motor asas dan keupayaan fizikal (Branta et al., 1984). Andaian ini disokong oleh bukti bahawa saiz badan dan kekuatan menyumbang kepada prestasi

Kesesuaian Klasifikasi Kumpulan Umur dalam Pertandingan Sukan

31

motor. Umumnya bagi remaja dan kanak-kanak lelaki, kekuatan akan meningkat secara linear dengan umur ketika berusia di antara 13 hingga 14 tahun. Peningkatan ini adalah peningkatan pesat bagi kekuatan semasa tumbesaran mendadak remaja. Peningkatan bagi prestasi secara relatifnya adalah tetap daripada umur ke umur bagi ujian kuasa otot seperti lompat menegak dan lompat jauh berdiri. Dalam kajian yang sama (Branta et al., 1984) menunjukkan corak yang lebih jelas bagi peningkatan prestasi kanak-kanak lelaki umur 5 hingga 18 tahun. Peningkatan paling besar bagi kuasa otot berlaku daripada umur 12 hingga 14 tahun. Bagi kepantasan, peningkatan paling besar berlaku antara usia 12 hingga 15 tahun.

Merujuk kepada klasifikasi kumpulan umur ini, isunya yang perlu dikaji adalah kesesuaian kaedah klasifikasi yang diguna pakai ketika ini. Secara asasnya, klasifikasi yang sesuai akan mengumpulkan murid yang berbeza umur dengan keupayaan fizikal yang sama. Namun begitu, keupayaan fizikal sangat dipengaruhi oleh tumbesaran dan status kematangan biologi (Malina et al., 2004; Ribeiro et al., 2006). Walaupun, pada umumnya manusia mengalami corak tumbesaran dan kematangan yang sama berdasarkan umur namun masih terdapat variasi antara individu dalam kumpulan umur yang sama. Dalam isu ini, variasi tersebut juga perlu diberi pertimbangan ketika membuat klasifikasi kumpulan umur bagi pertandingan sukan (Nedeljkovic et al., 2007). Kajian yang dilakukan oleh Malina et al. (2004) mendapati dalam satu kumpulan umur kronologi, remaja lelaki yang cepat matang dalam seksual dan skeletal mempunyai kekuatan, kuasa dan kelajuan yang lebih baik berbanding dengan remaja lelaki yang lewat matang. Dalam kajian lain, melaporkan perubahan struktur fizikal inidividu yang disebabkan tumbesaran dan kematangan boleh mempengaruhi prestasi motor individu. Perubahan pada struktur fizikal secara tidak langsung akan meningkatkan keupayaan fizikal individu tersebut (Chiodera et al., 2007) selain daripada meningkatkan kekuatan dan kelajuan (Patton & Viner, 2007).

Sekiranya aktiviti sukan digunakan bagi tujuan mencapai objektif pendidikan, maka adalah penting supaya murid diberikan peluang yang sama untuk menyertai dan bersaing dalam sukan. Peluang ini hanya akan dipenuhi apabila murid bersaing dalam kumpulan umur yang sama dan mempunyai keupayaan fizikal yang sama. Persaingan dalam sukan

Kajian Sukan di Malaysia

32 33

bergantung pada keupayaan fizikal yang boleh diukur melalui bateri ujian prestasi motor. Oleh itu, kesesuaian klasifikasi kumpulan umur perlu berdasarkan perkembangan prestasi motor yang berdasarkan umur kronologi. Kesesuaian itu boleh diperoleh sekiranya murid yang berbeza umur kronologi dikumpulkan dalam kategori yang sama dengan syarat mereka mempunyai kapasiti prestasi motor yang sama.

Di Malaysia, kesesuaian klasifikasi kumpulan umur bagi pertandingan dalam sukan masih belum ditentukan. Sehingga kini, belum terdapat kajian yang dijalankan terhadap populasi sekolah di Malaysia bagi mencirikan corak tumbesaran dan kematangan populasi tersebut berdasarkan umur kronologi. Oleh itu, usaha perlu dijalankan bagi membandingkan prestasi motor antara tiga kumpulan murid yang berbeza umur yang dikumpulkan dalam satu kategori umur iaitu bawah 15 tahun. Prestasi motor digunakan sebagai indikator perbandingan antara kumpulan umur kerana keupayaan fizikal adalah salah satu daripada komponen yang penting dalam sesuatu pertandingan sukan. Usaha yang dijalankan dapat memberikan maklumat berkaitan kesesuaian klasifikasi kumpulan umur bagi pertandingan sukan kepada pendidik dan pentadbir sukan di Malaysia. Daripada maklumat ini, keputusan boleh dibuat terhadap keperluan menyemak semula klasifikasi kumpulan umur yang diguna pakai ketika ini. Hanya klasifikasi kumpulan umur yang sesuai akan memberi kebanyakan murid peluang yang sama untuk menyertai dan bersaing dalam sukan. Kesamaan peluang ini akan menggalakkan ramai murid menyertai sukan, hanya setelah itu aktiviti sukan akan menjadi cara yang berkesan untuk mencapai objektif pendidikan kebangsaan.

PENGUKURAN ANTROPOMETRI DAN UJIAN PRESTASI MOTORKajian yang dijalankan telah melibatkan sebanyak 383 murid lelaki (n=181) dan perempuan (n=202) yang berumur 13 tahun (lelaki, n=53; perempuan n=61), 14 tahun (lelaki, n=41; perempuan, n=78) dan 15 tahun (lelaki, n=87; perempuan, n=63). Berdasarkan klasifikasi kumpulan umur pertandingan sukan di Malaysia, murid ini dikumpulkan dalam satu kategori umur iaitu bawah 15 tahun disebabkan mereka telah melebihi umur 12 tahun tetapi kurang daripada 15 tahun berdasarkan tahun

Kesesuaian Klasifikasi Kumpulan Umur dalam Pertandingan Sukan

33

kelahiran mereka. Semua subjek adalah sihat, bebas daripada kecederaan dan tidak mempunyai ketidakupayaan fizikal semasa kajian dijalankan. Subjek dikehendaki menulis maklumat diri dalam borang data individu sebelum menjalani pengukuran antropometri dan ujian prestasi motor. Pengukuran dan ujian dijalankan bagi memperoleh data berkaitan ciri-ciri fizikal dan keupayaan motor subjek. Statistik analisis varian multivariat (MANOVA) digunakan untuk menganalisis data dengan menggunakan SPSS (versi 16).

AntropometriDua pengukuran yang dijalankan ialah berat badan (kg) dan tinggi berdiri (cm). Semua prosedur pengukuran berdasarkan Manual Rujukan Piawai Antropometri (Lohman, Roche, & Martorell, 1991). Tinggi berdiri diukur menggunakan stadiometer mudah alih. Berat badan diukur menggunakan penimbang digital SECA (Germany-Model 727).

a. Berat badan

Mesin penimbang diletakkan di atas permukaan lantai yang rata. Subjek dikehendaki berdiri tegak di tengah mesin penimbang dan memandang ke hadapan. Bacaan berat subjek diambil hampir kepada 0.1kg.

b. Tinggi berdiri

Subjek dikehendaki berdiri dengan kedua-dua tumit rapat dan kedua-dua belah tangan berada di sisi badan. Berat badan berada di atas kedua-dua belah kaki. Belakang subjek rapat dan setentang dengan kedudukan stadiometer. Pelaras ukuran akan diturunkan rapat hingga ke atas kepala. Ketinggian berdiri diukur dari lantai hingga ke bahagian paling atas kepala dan diambil hampir kepada 0.1cm.

c. Prestasi Motor

Enam ujian prestasi motor yang dijalankan ialah ujian tekan tubi (TT), lompat jauh berdiri (LJB), lari pecut 30m (LP), duduk dan jangkau (DJ), lari ulang alik (LUA) dan ujian bleep (UB). Ujian ini dipilih kerana mengukur kualiti komponen prestasi motor yang berbeza seperti daya tahan, kuasa, kepantasan, fleksibiliti dan ketangkasan.

Kajian Sukan di Malaysia

34 35

Subjek diuji secara individu berdasarkan kondisi ujian yang sama berdasarkan prosedur yang khusus.

• Ujian tekan tubi

Subjek dalam kedudukan sokong hadapan dengan tangan lurus ke bawah dan hujung kaki sokong di bahagian belakang (bagi perempuan: lutut sokong di bahagian belakang). Jarak kedua-dua belah tangan mengikut kesesuaian subjek. Siku dibengkokkan sehingga dada hampir menyentuh lantai. Badan subjek kekal lurus semasa menurunkan badan. Bilangan ulangan diambil dalam masa 1 minit.

• Lompat jauh berdiri

Subjek dikehendaki berdiri di belakang garis permulaan, melompat ke hadapan dan mendarat dengan kedua-dua belah kaki. Subjek diberi dua percubaan yang dilakukan berturut-turut. Bacaan jarak lompatan dikira pada bahagian tumit yang paling ke belakang semasa mendarat dan dicatat hampir kepada 0.1cm.

• Lari pecut 30 m

Subjek berdiri di belakang garisan permulaan. Arahan ‘sedia’ diberikan dan go sebagai tanda mula. Catatan masa diambil sebaik sahaja subjek melepasi penanda 30 meter dan dicatat hampir kepada 0.01 saat. Subjek diberi dua percubaan.

• Duduk dan jangkau

Subjek duduk lunjur di atas lantai. Seluruh tapak kaki menyentuh kotak pengukur dengan lutut tidak diangkat. Subjek perlu menolak tolok pengukur dengan hujung jari tangan sehingga mencapai jangkauan maksimum dan skor dicatat hampir kepada 0.5 cm.

• Lari ulang alik

Subjek berdiri di belakang garisan permulaan. Apabila arahan ‘mula’ diberikan subjek berlari mengambil satu ketul blok kayu, balik semula ke garisan permulaan dan letakkan kayu tersebut melepasi garisan. Subjek berlari semula untuk mengambil kayu yang kedua, balik semula ke garisan permulaan bersama blok

Kesesuaian Klasifikasi Kumpulan Umur dalam Pertandingan Sukan

35

kayu tersebut bagi menamatkan larian. Masa dicatat hampir kepada 0.01 saat.

• Ujian bleep

Subjek berdiri di belakang garisan permulaan dan mulakan larian setelah bunyi ‘bleep’ yang pertama. Subjek perlu melepasi garisan hadapan sebelum bunyi ‘bleep’ yang seterusnya. Jika subjek tiba sebelum bunyi ‘bleep’, subjek perlu menunggu sehingga bunyi ‘bleep’ yang seterusnya untuk menyambung larian. Skor dikira berpandukan ‘level’ dan ‘shuttle’ terakhir yang dicapai.

Semua analisis data dijalankan secara berasingan bagi lelaki dan perempuan. Merujuk Jadual 3.1, analisis deskriptif menunjukkan peningkatan min bagi tinggi berdiri dan berat badan selaras dengan peningkatan umur bagi lelaki dan perempuan. Murid yang umur lebih tinggi mempunyai min tinggi berdiri dan min berat badan melebihi murid yang umur rendah. Begitu juga dengan min skor prestasi motor. Secara keseluruhannya, bagi kedua-dua jantina semakin meningkat umur murid, keupayaan prestasi motor mereka juga akan meningkat, kecuali daya tahan otot dan ketangkasan bagi lelaki manakala bagi perempuan adalah kelajuan.

Keputusan analisis multivariat Wilks`Lambda menunjukkan perbezaan yang signifikan bagi antropometri antara kumpulan umur bagi lelaki [F(4,352)=13.80, p<0.001, eta squared=.14] dan perempuan [F(4,392)=4.04, p<0.05, eta squared=.04] (Jadual 3.2). Hasil analisis menunjukkan terdapat kesan umur terhadap ciri-ciri antropometri bagi kedua-dua jantina. Faktor umur menjelaskan 14% varian dalam min gabungan antropometri bagi lelaki. Walau bagaimanapun, faktor umur hanya menjelaskan 4% varian dalam min gabungan antropometri bagi perempuan. Analisis ujian univariat F, menunjukkan perbezaan yang signifikan bagi kedua-dua ciri-ciri antropometri (tinggi berdiri dan berat badan) bagi lelaki dan perempuan.

Kajian Sukan di Malaysia

36 37

Jadual 3.1 Analisis deskriptif bagi antropometri dan prestasi motor berdasarkan jantina dan kumpulan umur

Kumpulan umur 13 14 15

min SD min SD min SD

Lelaki: n=53 n=41 n=87

Tinggi berdiri (cm) 156.3 8.9 159.1 7.7 165.7 6.0

Berat badan (kg) 48.5 13.6 52.0 10.8 56.8 11.8

Tekan tubi (u) 20.4 10.9 17.6 9.9 25.8 9.2

Lompat jauh berdiri (cm) 1.7 0.2 1.8 0.3 1.9 0.3

Lari pecut 20m (s) 4.9 0.7 4.6 0.5 4.4 0.5

Duduk jangkau (cm) 6.2 5.9 7.6 5.0 7.9 7.2

Lari ulang-alik (s) 11.6 1.0 11.4 1.1 12.3 1.4

Ujian bleep (t) 4.9 2.0 5.8 2.2 6.5 2.7

Perempuan: n=61 n=78 n=63

Tinggi berdiri (cm) 151.7 6.0 153.9 5.7 155.5 4.5

Berat (kg) 44.7 9.5 48.4 11.9 49.9 11.0

Tekan tubi (u) 14.6 4.8 15.8 4.0 18.1 5.0

Lompat jauh berdiri (cm) 1.2 0.2 1.2 0.2 2.3 8.9

Lari pecut 20m (s) 6.1 0.7 5.9 0.7 6.2 0.9

Duduk jangkau (cm) 1.9 6.5 4.4 7.6 5.2 6.6

Lari ulang-alik (s) 13.7 1.2 13.3 1.4 13.3 1.1

Ujian bleep (t) 2.8 0.7 3.2 1.2 3.2 1.1

Analisis perbandingan pasangan min dijalankan bagi mengenal pasti pasangan min yang menunjukkan perbezaan signifikan bagi min TB dan BB lelaki dan perempuan bagi ketiga-tiga kumpulan umur. Jadual 3.3, secara signifikan min TB lelaki 15 tahun lebih tinggi berbanding lelaki 13 tahun (perbezaan min=9.38; p<0.001) dan lelaki 14 tahun (perbezaan min=6.60; p<0.001). Bagi berat badan didapati min BB lelaki 15 tahun

Kesesuaian Klasifikasi Kumpulan Umur dalam Pertandingan Sukan

37

lebih tinggi berbanding lelaki 13 tahun (perbezaan min=8.37; p<0.001). Hasil analisis perbandingan pasangan juga menunjukkan, perempuan 15 tahun secara signifikan mempunyai min TB (perbezaan min=3.87; p<0.001) dan BB (perbezaan min=5.16; p<0.05) lebih tinggi berbanding perempuan 13 tahun. Perbezaan min bagi TB dan BB antara kumpulan umur ditunjukkan dalam Rajah 3.1 (lelaki) dan Rajah 3.2 (perempuan).

Jadual 3.2 MANOVA bagi antropometri antara kumpulan umur

Lelaki Perempuan

F Eta squared F Eta squared

n=180 n=200

Tinggi berdiri (TB) 29.67*** .25 7.75** .07

Berat badan (BB) 8.04*** .08 3.65* .04

Multivariat F 13.80*** 4.04*

Eta squared .14 .04

* p < 0.05 ** p < 0.01 *** p < 0.001

Jadual 3.3 Ujian post hoc bonferroni bagi perbezaan min antropometri antara kumpulan umur

Pemboleh ubah bersandar Kumpulan umur Kumpulan umur Perbezaan min

Lelaki

Tinggi berdiri (TB) 15 13 9.38***

15 14 6.60***

Berat badan (BB) 15 13 8.37***

Perempuan

Tinggi berdiri (TB) 15 13 3.87***

Berat badan (BB) 15 13 5.16*

* p < 0.05 ** p < 0.01 *** p < 0.001

Kajian Sukan di Malaysia

38 39

Rajah 3.1 Perbandingan min antropometri antara kumpulan umur bagi lelaki

Rajah 3.2 Perbandingan min antropometri antara kumpulan umur bagi perempuan.

Jadual 3.4 menunjukkan analisis perbandingan prestasi motor antara kumpulan umur. Berdasarkan analisis multivariat Wilks lambda, terdapat perbezaan yang signifikan bagi min prestasi motor antara ketiga-tiga kumpulan umur bagi lelaki [F(12,340)=4.00, p<0.001, eta squared=.12] dan perempuan [F(12,366)=2.80, p<0.01, eta squared=.08]. Hasil analisis menunjukkan terdapat kesan umur terhadap prestasi motor bagi kedua-dua jantina. Faktor umur menjelaskan 12% varian dalam min gabungan prestasi motor murid lelaki manakala bagi prestasi motor perempuan hanya 8%. Analisis univariat F, menunjukkan perbezaan yang signifikan

Tinggi berdiri

Tinggi berdiri

Berat badan

Berat badan

Umur

Umur Umur

Umur

Ber

at b

adan

(kg

)B

erat

bad

an (

kg)

Tin

ggi b

erdi

ri (c

m)

Tin

ggi b

erdi

ri (c

m)

70.0

60.0

50.0

40.0

30.0

20.0

10.0

0.0

54.052.050.048.046.044.042.040.038.0

13 14 15

13 14 15 13 14 15

13 14 15

170.00

165.00

160.00

155.00

150.00

145.00

158.00156.00154.00152.00150.00148.00146.00

Kesesuaian Klasifikasi Kumpulan Umur dalam Pertandingan Sukan

39

antara ketiga-tiga kumpulan umur bagi lelaki adalah TT, LJB, LP dan UB. Bagi perempuan, hanya tiga jenis komponen prestasi motor (TT, LP30, DJ) didapati berbeza antara ketiga-tiga kumpulan umur. Analisis perbandingan pasangan min dijalankan bagi mengenal pasti pasangan min yang menunjukkan perbezaan signifikan bagi lelaki dan perempuan (Jadual 3.5).

Jadual 3.4 MANOVA bagi prestasi motor antara kumpulan umur.

Lelaki (n=178) Perempuan (n=191)

F Eta squared F Eta squared

Prestasi motor:

Tekan tubi (TT) 10.01*** .10 7.28** .07

Lompat jauh berdiri (LJB) 7.42** .08 1.08 .01

Lari pecut 30m (LP30) 14.30*** .14 4.26* .04

Duduk dan jangkau (DJ) 1.07 .01 3.66* .04

Lari ulang alik (LUA) .27 .00 1.60 .02

Ujian Bleep (UB) 7.13** .08 2.33 .02

Multivariat F 4.00*** 2.80**

Eta squared .12 .08

* p < 0.05 ** p < 0.01 *** p < 0.001

Hasil analisis mendapati secara signifikan min TT lelaki 15 tahun melebihi min TT lelaki 13 tahun (perbezaan min=8.37; p<0.05) dan 14 tahun (perbezaan min=8.37; p<0.001). Lelaki 15 tahun (perbezaan min=.18; p<0.01) dan lelaki 14 tahun (perbezaan min=.15; p<0.05) mempunyai min LJB melebihi min LJB lelaki 13 tahun. Secara signifikan, lelaki 15 tahun (perbezaan min=-.53; p<0.001) dan 14 tahun (perbezaan min=-.33; p<0.05) mempunyai min LP lebih rendah daripada murid lelaki umur 13 tahun. Bagi min UB, lelaki 15 tahun melebihi min UB lelaki 13 tahun (perbezaan min=1.60; p<0.01). Perbandingan min bagi keempat-empat komponen prestasi fizikal antara kumpulan umur bagi lelaki ditunjukkan dalam Rajah 3.3.

Kajian Sukan di Malaysia

40 41

Jadual 3.5 Ujian Post Hoc Bonferroni bagi perbezaan min prestasi motor antara kumpulan umur.

Pemboleh ubahbersandar

Kumpulan umur

Kumpulan umur

Perbezaaan min

Lelaki

Tekan tubi (TT) 15 13 5.16*

14 7.87***

Lompat jauh berdiri (LJB) 15 13 .18**

14 13 .15*

Lari pecut 30m (LP30) 15 13 -.53***

14 13 -.33*

Ujian bleep (UB) 15 13 1.60**

Perempuan

Tekan tubi (TT) 15 13 3.27**

14 2.03*

Lari pecut 30m (LP30) 15 14 .38*

Duduk dan jangkau (DJ) 15 13 3.41*

* p < 0.05 ** p < 0.01 *** p < 0.001

Bagi perempuan, merujuk kepada Jadual 3.5, analisis perbandingan pasangan min menunjukkan secara signifikan min TT perempuan 15 tahun melebihi min TT perempuan umur 13 tahun (perbezaan min=3.27; p<0.01) dan TT perempuan 14 tahun (perbezaan min=2.03; p<0.05) sebagaimana yang digambarkan juga dalam Rajah 3.4. Perempuan 15 tahun juga didapati secara signifikan mempunyai min LP dan min DJ melebih min LP perempuan 14 tahun dan min DJ perempuan 13 tahun, masing-masing dengan perbezaan min=.38 (p<0.05) dan min=3.41 (p<0.05).

Kesesuaian Klasifikasi Kumpulan Umur dalam Pertandingan Sukan

41

Rajah 3.3 Perbandingan min prestasi motor antara kumpulan umur bagi lelaki

Tekan tubi

Teka

n tu

bi

Lom

pat j

auh

berd

iri

Lar

i pec

ut

Uji

an b

leep

Lompat jauh berdiri

Lari pecut Ujian bleep

Umur Umur

Umur Umur

1.951.901.851.801.751.701.651.601.551.501.45

13 14 15 13 14 15

13 14 15 13 14 15

6.00

5.00

4.00

3.00

2.00

1.00

0.00

8.007.006.005.004.003.002.001.000.00

30.00

25.00

20.00

15.00

10.00

5.00

0.00

Kajian Sukan di Malaysia

42 43

Rajah 3.4 Perbandingan min prestasi motor antara kumpulan umur bagi perempuan

KLASIFIKASI KUMPULAN UMUR DALAM PERTANDINGANKesesuaian klasifikasi kumpulan umur bagi pertandingan sukan boleh diperoleh sekiranya murid yang berbeza umur dikumpulkan dalam kategori yang sama dengan syarat mereka mempunyai keupayaan prestasi motor yang hampir sama. Klasifikasi kumpulan umur ini perlu berdasarkan peningkatan prestasi motor yang juga meningkat selaras dengan tumbesaran dan kematangan kanak-kanak dan remaja. Bagi tujuan pertandingan sukan, kesesuaian ini tidak akan tercapai sekiranya murid berumur 13, 14 dan 15 tahun dikumpulkan dalam satu kategori umur bawah 15 tahun hanya berdasarkan umur kronologi mereka. Hal ini

Duduk jangkauTekan tubi

Lari pecut

Umur

Umur

Umur

Dud

uk ja

ngka

u

Lar

i pec

ut

Teka

n tu

bi

13 14 15

13 14 15

13 14 15

7.006.005.004.003.002.001.000.00

6.406.306.206.106.005.905.805.705.605.505.40

6.406.306.206.106.005.905.805.705.605.505.40

Kesesuaian Klasifikasi Kumpulan Umur dalam Pertandingan Sukan

43

disebabkan terdapatnya variasi status tumbesaran dan kematangan dalam kalangan kanak-kanak dan remaja yang berbeza kumpulan umur yang boleh mempengaruhi keupayaan fizikal mereka. Sehubungan dengan itu, kajian telah membuat perbandingan bagi antropometri dan prestasi motor antara ketiga-tiga kumpulan umur tersebut.

Hasil kajian mendapati, faktor umur memberi kesan terhadap antropometri murid lelaki dan murid perempuan dalam kumpulan umur yang berbeza. Dapatan ini menunjukkan berat badan dan tinggi berdiri bagi lelaki dan perempuan adalah berbeza antara ketiga-tiga kumpulan umur. Bagi antropometri, murid dalam kumpulan umur yang lebih tinggi mempunyai berat dan tinggi yang lebih berbanding kumpulan umur yang rendah. Lelaki dan perempuan umur 15 tahun didapati lebih berat dan lebih tinggi berbanding mereka yang berumur 13 tahun. Walau bagaimanapun, secara keseluruhannya tidak terdapat perbezaan secara signifikan bagi berat dan tinggi antara lelaki dan perempuan umur 15 tahun dengan umur 14 tahun dan umur 14 tahun dengan 13 tahun. Hanya lelaki umur 15 tahun didapati lebih tinggi berbanding lelaki 14 tahun. Perbezaan ini boleh dikaitkan dengan proses tumbesaran terutama semasa fasa kanak-kanak dan remaja apabila berlaku peningkatan umur dan lonjakan tumbesaran sebagaimana yang diperjelaskan oleh Malina et al. (2004). Peningkatan usia dalam kalangan kanak-kanak remaja bukan sahaja akan mempengaruhi ciri-ciri fizikal tetapi juga prestasi fizikal mereka. Hal ini diperjelaskan oleh Malina dan Katzmarzky (2006) yang mendapati prestasi fizikal seseorang individu meningkat apabila umur meningkat. Selain itu, peningkatan tahap prestasi fizikal juga akan berlaku seiring dengan pertambahan ketinggian seseorang individu (Malina & Katzmarzyk, 2006). Berdasarkan hasil kajian ini, klasifikasi bagi ketiga-tiga kumpulan umur ini lebih sesuai dibuat dengan mengasingkan ketiga-tiga kumpulan umur tersebut kepada dua kumpulan umur iaitu sama ada umur 15 tahun dengan 14 tahun atau 14 tahun dengan 13 tahun bagi kedua-dua jantina. Kesesuaian bagi dua kumpulan umur ini digabungkan adalah disebabkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi berat badan dan ketinggian antara kedua-dua kumpulan umur ini.

Dalam kajian ini, selain faktor umur, perbezaan ciri-ciri fizikal antara kumpulan umur yang disebabkan tumbesaran dan kematangan juga

Kajian Sukan di Malaysia

44 45

mempengaruhi keupayaan fizikal murid. Didapati keupayaan fizikal murid lelaki dan perempuan antara ketiga-tiga kumpulan umur adalah berbeza. Pencapaian prestasi motor murid dalam kumpulan umur yang lebih tinggi didapati lebih baik berbanding kumpulan umur yang rendah. Umumnya, lelaki dan perempuan umur 15 tahun mempunyai keupayaan fizikal yang lebih baik berbanding mereka yang berumur 13 tahun. Bagi lelaki 15 tahun didapati memperoleh skor lebih tinggi bagi TT, LJB, LP, UB berbanding lelaki 13 tahun dan skor lebih tinggi bagi TT berbanding lelaki 14 tahun. Dapatan ini selaras dengan hasil kajian oleh Chiodera et al. (2008) yang melaporkan bahawa keupayaan seseorang individu akan meningkat secara tidak langsung disebabkan perubahan struktur fizikal individu tersebut. Hal yang sama juga dilaporkan oleh Patton dan Viner (2007), perubahan struktur fizikal individu yang disebabkan oleh peningkatan usia dan kematangan akan meningkatkan keupayaan fizikal, kekuatan dan kelajuan individu tersebut. Walau bagaimanapun, tidak terdapat perbezaan bagi keupayaan fizikal antara lelaki 15 tahun dengan 14 tahun bagi keempat-empat komponen kecergasan kecuali bagi tekan tubi. Dilaporkan lelaki 14 tahun mempunyai lebih keupayaan dari segi kuasa dan kelajuan berbanding lelaki 13 tahun. Sekiranya dipertimbangkan perbezaan keupayaan fizikal antara ketiga-tiga kumpulan tersebut, secara umumnya lelaki 15 tahun sesuai digabungkan dengan lelaki 14 tahun. Kedua-dua kumpulan umur ini boleh dikumpulkan dalam satu kategori umur disebabkan secara signifikan didapati tiada perbezaan dari segi kuasa, kelajuan dan daya tahan antara kedua-dua kumpulan umur tersebut.

Sebagaimana yang dilaporkan, pencapaian prestasi motor lelaki umur 14 tahun lebih baik berbanding lelaki umur 13 tahun dari segi kuasa dan kelajuan. Keupayaan fizikal antara kedua-dua kumpulan ini adalah sama. Perbezaan keupayaan fizikal yang wujud hanya antara umur 14 tahun dengan 13 tahun. Dapatan ini menunjukkan, murid lelaki umur 15 tahun mempunyai daya tahan, kuasa dan kelajuan yang lebih baik berbanding murid lelaki umur 13 tahun dan 14 tahun. Oleh itu adalah tidak sesuai lelaki 14 tahun dan lelaki 13 tahun diklasifikasikan dalam satu kategori umur.

Dalam kajian ini juga mendapati perbezaan keupayaan fizikal antara kumpulan umur bagi murid perempuan. Perempuan 15 tahun

Kesesuaian Klasifikasi Kumpulan Umur dalam Pertandingan Sukan

45

mempunyai keupayaan fizikal lebih baik berbanding kumpulan umur 13 tahun bagi TT dan DJ, manakala 14 tahun bagi TT dan LP. Dapatan ini menunjukkan murid perempuan 15 tahun mempunyai keupayaan daya tahan dan fleksibiliti yang lebih baik berbanding perempuan 13 tahun. Selain itu, perempuan 15 tahun juga menunjukkan keupayaan daya tahan dan kelajuan lebih baik berbanding perempuan 14 tahun. Dapatan ini konsisten dengan dapatan kajian lain yang mengkaji pengaruh faktor umur terhadap prestasi fizikal seseorang individu (Chiodera et al., 2007; Malina & Katzmarzky, 2006; Patton & Viner, 2007), Selain itu, dapatan kajian ini juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan antara perempuan umur 14 tahun dengan 13 tahun bagi TT, LP dan DJ. Dapatan ini menunjukkan keupayaan daya tahan, kelajuan dan fleksibiliti antara perempuan 14 tahun dan 13 tahun adalah sama. Persamaan bagi komponen kecergasan ini memungkinkan kedua-dua kumpulan ini sesuai digabungkan dalam satu kumpulan umur. Perempuan 15 tahun tidak sesuai dikumpulkan dalam satu kategori umur dengan perempuan 13 tahun dan 14 tahun disebabkan terdapatnya perbezaan dari segi keupayaan motor mereka.

KESIMPULANKesimpulan daripada kajian yang telah dijalankan menunjukkan keperluan bagi menyemak semula klasifikasi kumpulan umur murid dalam pertandingan sukan yang hanya berdasarkan umur kronologi. Hasil kajian yang dijalankan jelas menunjukkan perbezaan umur antara murid yang dikumpulkan dalam satu kategori umur bukan sahaja memperlihatkan perbezaan dari segi ciri-ciri fizikal malah memperlihatkan juga perbezaan dari segi keupayaan fizikal mereka. Hal ini disebabkan terdapatnya faktor-faktor lain yang boleh mempengaruhi dan menyumbang kepada keupayaan fizikal murid. Klasifikasi kumpulan umur yang dilakukan perlu mengambil kira faktor-faktor seperti corak tumbesaran dan status kematangan mereka. Faktor umur masih boleh digunakan bagi klasifikasi kumpulan umur bagi pertandingan sukan. Manakala, murid yang berbeza kumpulan umur juga boleh dikumpulkan dalam kategori umur yang sama tetapi mereka perlu mempunyai keupayaan fizikal yang hampir sama.

Kajian Sukan di Malaysia

46 47

Sebagaimana diperjelaskan, walaupun manusia mengalami corak tumbesaran dan kematangan yang sama berdasarkan umur, namun masih terdapat variasi antara individu dan variasi tersebut perlu diberi pertimbangan ketika menaksir atau menilai pencapaian prestasi motor terutama dalam kalangan kanak-kanak dan remaja (Nedeljkovic et al., 2007). Kajian untuk melihat kesesuaian klasifikasi kumpulan umur pertandingan sukan terutamanya dalam kalangan kanak-kanak dan remaja di Malaysia perlu dijalankan dengan skop yang lebih luas.

CADANGANKajian masa depan perlu melibatkan jumlah sampel yang lebih besar dan pelbagai peringkat umur. Kajian yang akan dijalankan juga perlu menguji pelbagai komponen prestasi fizikal bagi membandingkan keupayaan fizikal mereka yang berbeza kumpulan umur. Selain itu, faktor-faktor lain yang berkemungkinan boleh mempengaruhi tumbesaran, kematangan dan prestasi motor kanak-kanak dan remaja juga perlu dipertimbangkan.

Perlu juga diperjelaskan bahawa klasifikasi kumpulan umur yang sesuai akan memberi peluang yang sama kepada kebanyakan murid untuk menyertai dan bersaing dalam sukan. Selain itu, akan lebih adil apabila murid-murid bersaing sesama mereka dalam kumpulan yang mempunyai keupayaan fizikal yang hampir sama. Kesesuaian klasifikasi kumpulan umur bagi pertandingan sukan juga akan menggalakkan lebih ramai murid untuk turut terlibat dalam sukan terutamanya di peringkat sekolah. Penglibatan lebih ramai murid dalam sukan akan memberi impak yang positif kepada aktiviti sukan sebagai pemangkin bagi mencapai objektif pendidikan kebangsaan.

RUJUKANBeunen, G., & Malina, R. M. (2008). Growth and biological maturation:

Relevance to athletic performance. In H. Hebestreit & O. Bar-Or (Eds.). The

young athlete,3-17. Massachusetts: Blackwell Publishing.

Branta, C., Haubenstricker, J., & Seefeldt, V. (1984). Age changes in motor skills

during childhood and adolescence. Exercise and Sport Sciences Reviews, 12,

467-520.

Kesesuaian Klasifikasi Kumpulan Umur dalam Pertandingan Sukan

47

Chiodera, P., Volta, E., Gobbi, G., Milioli, M. A., Mirandola, P., Bonetti, A.,

Delsignore, R., Bernasconi, S., Anedda, A., & Vitale, M. (2008). Specifically

designed physical exercise programs improve children’s motor abilities.

Scandinavia Journal of Medicine and Science in Sports, 18(2), 179-187.

Ekblom, O., Oddsson, K., & Ekblom, B. (2004), Prevalence and regional

differences In overweight in 2001 and trends in BMI distribution in Swedish

children from 1987 to 2001. Scandinavia Journal of Public Health, 32(4), 257-

263.

Gabbard, C. P. (2008). Lifelong motor development (5th ed.). San Francisco:

Pearson Benjamin Cummings.

Lohman, T. G., Roche, A. F., & Martorell, R. (1991). Anthropometric

standardization reference manual. Champaign, IL: Human Kinetics.

Leone, M., & Comtois, A. S. (2007). Validity and reliability of self-assessment

of Sexual maturity in elite adolescent athletes. Journal of Sports Medicine and

PhysicalFitness, 47(3), 361-365.

Malina, R. M., Bouchard, C., & Bar-Or, O. (2004). Growth, maturation and

physical activity (2nd ed.). Champaign, IL: Human Kinetics.

Malina, R. M., Dompier, T. P., Powell, J. W., Barron, M. J., & Moore, M. T.

(2007). Validation of noninvasive maturity estimate relative to skeletel age

in youth football players. Clinical Journal of Sport Medicine, 17(5), 362-268.

Malina, R. M., & Katzmarzyk, P. T. (2006). Physical activity and fitness in an

international growth standard for preadolescent and adolescent children. Food

and Nutrition Bulletin, 27(4), 295-313.

Martin, A. D., Carter, J. E. L., Hendy, K. C., & Malina, R. M. (1991). Segment

lengths. In T. G.Lohman, A. F Roche & R. Martorell (Eds.). Anthropometric

standardization reference manual, 9-26. Champaign, IL: Human Kinetics.

Nedeljkovic, A., Mirkov, D. M., Kukolj, M., Ugarkovic, D., & Jaric, S. (2007).

Effect ofmaturation on the relationship between physical performance and

body size. Journal of Strength and Conditioning Research, 21(1), 245-250.

Patton, G. C., & Viner, R. (2007). Pubertal transitions in health. Lancet.

369(9567),1130-1139.

Ribeiro, J., Santos, P., Duarte, J., & Mota, J. (2006). Association between

overweight and early sexual maturation in Portuguese boys and girls.

Annals of Human Biology, 33(1), 55-63.

49

Bab 4

Kesan Aktiviti Fizikal Ke Atas Tahap Perkembangan Motor Kasar

Borhannudin Abdullah, Saidon Amri, Kok Lian Yee dan Aris Fazil Haji Ujang

PENDAHULUANKemahiran motor kasar adalah keupayaan tubuh menggunakan otot-otot utama yang melibatkan organisasi pergerakan sendi untuk melaksanakan sesuatu aksi lakuan asas (Williams,1983). Kemahiran motor kasar diperlihatkan melalui fungsi otot-otot besar yang memerlukan koordinasi temporal dan spatial dalam pergerakan satu siri segmen secara serentak. Kemahiran ini diperlukan untuk memindahkan badan dari satu lokasi ke lokasi lain dan juga memanipulasikan alatan. Kemahiran motor kasar adalah asas kepada kemahiran pergerakan lanjutan dan kemahiran spesifik dalam sukan (Gabbard, 2000; Haywood & Getchell, 2001; Payne & Isaacs, 2002).

Perkembangan kemahiran motor kasar pada peringkat kanak-kanak adalah petunjuk yang baik untuk melihat perkembangan kemahiran kognitif mereka (Payne & Rink, 1997). Sesuai dengan itu, kanak-kanak banyak menghabiskan masa berinteraksi dengan persekitaran melalui aktiviti fizikal dalam permainan dan pergerakan seperti merangkak, berguling, berjalan, melompat dan sebagainya. Tempoh perkembangan peringkat ini adalah kritikal kerana sistem biologi sangat sensitif dengan perubahan yang berlaku. Perkembangan kemahiran motor kasar yang selari dengan umur kronologi menggambarkan tahap pencapaian mereka hinggalah mereka melepasi tempoh kritikal, iaitu apabila umur mereka mencapai enam tahun. Jika perkembangan kanak-kanak ini gagal

Kesan Aktiviti Fizikal Ke Atas Tahap Perkembangan Motor Kasar

49

dibina dalam tempoh kritikal ini, mereka akan mengalami kegagalan perkembangan dalam domain motor ini sepanjang zaman kanak-kanak dan remaja (Gallahue, 1996; Poest et al., 1990). Walau bagaimanapun tahap pencapaian ini boleh dipertingkatkan melalui prektis dalam aktiviti-aktiviti fizikal (Ericsson, 2008).

Perkembangan motor kasar kanak-kanak boleh dilihat melalui penglibatan mereka dalam aktiviti fizikal seperti mempelajari kemahiran lokomotor dan manipulatif alatan. Keupayaan kanak-kanak menguasai kemahiran ini menggambarkan keupayaan motor kasar mereka. Aktiviti fizikal melalui permainan yang diadaptasikan cuba menentukan adakah terdapat peningkatan tahap perkembangan motor kasar dalam kalangan kanak-kanak peringkat awal persekolahan.

Permainan yang diadaptasikan adalah Permainan Tradisional Melayu iaitu Ketinting, Pukul Berapa Dato Harimau, Galah Panjang, Rounders, Susun Tin, Kuda Kepang, Bola Sekerap, Mini Bola Keranjang, Main Monyet dan Pepsi Cola (Shamsul, 2005). Di Malaysia, tiada kajian yang melibatkan sumbangan adaptasi Permainan Tradisional terhadap tahap perkembangan motor kasar kanak-kanak. Kajian lampau yang melibatkan adaptasi elemen tradisional adalah bagaimana tarian tradisional Greek memberi kesan ke atas kecekapan motor kanak-kanak prasekolah (Venetsanou & Kambas, 2004). Kesan permainan tradisional terhadap perkembangan kemahiran motor asas kanak-kanak lelaki tujuh hingga sembilan tahun (Akbari et al., 2009) dan kesan 10 minggu program tarian tradisional terhadap kawalan imbangan dinamik ke atas kanak-kanak awal remaja (Sofianidis et al., 2009).

Sehubungan itu, kanak-kanak di peringkat awal persekolahan perlu diuji tahap perkembangan motor kasar dalam kalangan mereka melalui adaptasi permainan tradisional. Objektif kajian ini adalah untuk menentukan kesan aktiviti fizikal (adaptasi permainan tradisional) terhadap peningkatan tahap perkembangan motor kasar dalam kalangan kanak-kanak berumur sembilan tahun.

Kajian Sukan di Malaysia

50 51

PENGUKURAN TAHAP PERKEMBANGAN MOTOR KASARKajian ini melibatkan kajian quasi experimental dan pre-post intervention design. Sebanyak 64 murid tahun 3 (L=33, P=31) dari sebuah sekolah rendah kebangsaan terlibat dalam kajian ini. Peserta kajian dibahagikan kepada kumpulan kawalan dan rawatan. Kumpulan rawatan (n=32) mengikuti aktiviti fizikal (adaptasi permainan tradisional) manakala kumpulan kawalan (n=32) mengikuti Jadual 4.biasa aktiviti Pendidikan Jasmani di sekolah. Kedua-dua kumpulan menjalani ujian-pre dan ujian-post sebelum dan selepas intervensi. Ujian Kemahiran Motor Kasar Ulrich (2000) digunakan bagi mengukur perkembangan motor kasar peserta kedua-dua kumpulan. Ujian ini mengukur dua aspek kemahiran motor kasar iaitu ujian kemahiran lokomotor (enam item) dan ujian kemahiran manipulatif (enam item). Skor mentah setiap sub-kemahiran lokomotor antara 0 hingga 48 (4 mata untuk berlari, galop, lompat jauh berdiri dan lari sisi, 3 mata untuk lenting dan 5 mata untuk lompat sebelah kaki). Skor mentah setiap sub-kemahiran manipulatif adalah antara 0 hingga 48 ( 4 mata untuk melantun bola, menendang, membaling dan guling bola, 3 mata untuk menangkap bola dan 5 mata untuk memukul). Percentile ranks dikira dari kedua-dua skor mentah sub-kemahiran lokomotor dan manipulatif. Ujian ini sensitif kepada pembelajaran motor kasar kanak-kanak berumur antara tiga hingga 10 tahun dengan tahap kebolehpercayaan ujian, r= .96 hingga .97 dan kesahan kandungan yang tinggi (Anastasi & Urbina, 1997).

Peserta Adaptasi Permainan Tradisional (Kumpulan rawatan)Seramai 32 murid Tahun 3 (L=16, P=16; min umur 8.28 tahun) mengikuti 20 sesi pengajaran Pendidikan Jasmani yang mengaplikasikan adaptasi permainan tradisional. Permainan tradisional yang terlibat adalah Ketinting, Pukul Berapa Dato Harimau, Galah Panjang, Rounders, Susun Tin, Kuda Kepang, Bola Sekerap, Mini Bola Keranjang, Main Monyet dan Pepsi Cola. Permainan tradisional ini diubahsuai supaya menyamai tahap kemahiran peserta kajian dan undang-undang permainan diselaraskan supaya kanak-kanak boleh bermain dan mencapai objektif kemahiran yang ingin dikuasai. Jadual 4.1 permainan yang disediakan akan dipatuhi

Kesan Aktiviti Fizikal Ke Atas Tahap Perkembangan Motor Kasar

51

oleh guru yang mengajar di mana pada setiap sesi pengajaran melibatkan dua permainan tradisional yang dimainkan secara bergilir-gilir oleh dua kumpulan pelajar. Selama 10 minggu pengajaran setiap peserta berpeluang bermain sebanyak empat kali bagi setiap permainan yang terlibat dalam kajian ini.

Peserta Kumpulan KawalanSeramai 32 murid Tahun 3 (L=17, P=15; min umur 8.55 tahun) dari satu kelas yang lain dalam sekolah yang sama mengikuti 20 sesi Pendidikan Jasmani biasa yang melibatkan pengajaran kemahiran motor kasar mengikut sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani Kementerian Pendidikan Malaysia. Kumpulan ini mengikuti sesi pembelajaran pada hari yang sama dengan kumpulan rawatan tetapi pada masa yang berbeza.

Prosedur Pengumpulan Data Kedua-dua kumpulan kawalan dan rawatan menduduki ujian pre pada minggu pertama dan ujian post pada minggu ke-12. Kedua-dua kumpulan mengikuti pengajaran Pendidikan Jasmani berdasarkan modul terpilih selama 10 minggu, sebanyak 20 sesi dan setiap sesi mengambil masa 35 minit. Setiap sesi dibahagikan kepada 3 fasa iaitu memanaskan badan (5 minit), aktiviti fizikal (25 minit) dan menyejukkan badan (5 minit). Kedua-dua kumpulan diajar oleh guru opsyen Pendidikan Jasmani yang sama, pada hari yang sama tetapi pada masa yang berbeza.

Ujian pre dan post bagi perkembangan motor kasar dijalankan mengikut urutan, bermula dengan kemahiran lokomotor dan diikuti kemahiran manipulatif. Setiap item ujian melibatkan dua percubaan bagi setiap peserta dan sebelum melakukan aksi ujian, peserta akan ditunjukkan cara untuk melakukan aksi berkenaan oleh penunjuk ajar. Peserta diberi dua kali percubaan sebelum aksi lakuan mereka dinilai dan direkodkan. Demonstrasi terbimbing dilakukan sekiranya peserta tidak dapat melakukan aksi pada percubaan pertama. Seterusnya, skor prestasi dinilai berdasarkan kewujudan kriteria dalam aksi peserta semasa ujian. Perlakuan motor peserta juga dirakam dan dianalisis. Skor 0 atau 1 diberikan kepada setiap lakuan kemahiran yang menepati kriteria yang

Kajian Sukan di Malaysia

52 53

telah ditetapkan. Skor peserta dicatat pada Jadual 4.1 skor berdasarkan tahap penguasaan kemahiran mengikut kriteria yang ditentukan. Skor mentah yang diperoleh dijumlahkan dan dicatatkan dalam bentuk skor piawai. Setiap peserta mengambil masa antara 15-25 minit untuk menyelesaikan kedua-dua ujian.

SUMBANGAN KESAN AKTIVITI FIZIKAL KE ATAS TAHAP PERKEMBANGAN MOTOR KASARData kajian dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Jadual 4.1 menunjukkan analisis deskriptif bagi ujian-pre dan ujian-post bagi kumpulan kawalan dan rawatan. Umur peserta kumpulan kawalan dan rawatan adalah antara 8.05 sehingga 9.03 (M=8.55, SD=.47). Skor ujian-pre peserta kumpulan kawalan menunjukkan Skor Piawai Lokomotor (SPL) antara 2 dan 9 (M=3.88, SD=1.68) dengan Skor Persentil Lokomotor (L.PERSENTIL) antara 1 dan 37 (M=4.31, SD=8.88). Skor Setaraan Umur Lokomotor (AEL) adalah antara 3.06 hingga 8 tahun (M=4.59, SD=1.24). Bagi Skor Piawai Manipulatif (SPM) pula, peserta memperoleh skor antara 1 dan 8 (M=3.19, SD=2.29) dengan Skor Persentil Manipulatif (M.PERSENTIL) antara 1 dan 25 (M=4.50, SD=6.88). Skor Setaraan Umur Manipulatif (AEM) adalah antara 3.06 hingga 7 tahun (M=4.65, SD=1.14). Skor Perkembangan Motor Kasar (GMDQ) menunjukkan peserta memperoleh skor antara 49 dan 91 (M=61.19,SD=10.36) dengan Skor Persentil Perkembangan Motor Kasar (GMDQ.PERSENTIL) antara 1 dan 27 (M=2.84, SD=6.35).

Skor ujian-pre peserta kumpulan rawatan pula menunjukkan Skor Piawai Lokomotor (SPL) antara 2 dan 8 (M=4.16, SD=1.48) dengan Skor Persentil Lokomotor (L.PERSENTIL) antara 1 dan 25 (M=4.25, SD=5.90). Skor Setaraan Umur Lokomotor (AEL) adalah antara 3.06 hingga 6.09 tahun (M=4.42, SD= .90). Bagi Skor Piawai Manipulatif (SPM) pula, peserta memperoleh skor antara 2 dan 8 (M=4.13, SD=2.08) dengan Skor Persentil Manipulatif (M.PERSENTIL) antara 1 dan 25 (M=6.09, SD=8.25). Skor Setaraan Umur Manipulatif (AEM) adalah antara 3.09 hingga 7.06 tahun (M=5.08, SD=1.02). Skor Perkembangan Motor Kasar (GMDQ) menunjukkan peserta memperoleh skor antara 52

Kesan Aktiviti Fizikal Ke Atas Tahap Perkembangan Motor Kasar

53

dan 79 (M=65.22, SD=7.54) dengan Skor Persentil Perkembangan Motor Kasar (GMDQ.PERSENTIL) antara 1 dan 8 (M=2.06, SD=2.08).

Skor ujian-post peserta kumpulan kawalan menunjukkan Skor Piawai Lokomotor (SPL) antara 3 dan 9 (M=4.72, SD=1.55) dengan Skor Persentil Lokomotor (L.PERSENTIL) antara 1 dan 37 (M=6.16, SD=9.25). Skor Setaraan Umur Lokomotor (AEL) adalah antara 4.03 hingga 8 tahun (M=5.16, SD= .93). Bagi Skor Piawai Manipulatif (SPM) pula, peserta memperoleh skor antara 2 dan 8 (M=3.94, SD=1.72) dengan Skor Persentil Manipulatif (M.PERSENTIL) antara 1 dan 25 (M=4.34, SD=6.09). Skor Setaraan Umur Manipulatif (AEM) adalah antara 4.03 hingga 7.03 tahun (M=5.17, SD=.93). Skor Perkembangan Motor Kasar (GMDQ) menunjukkan peserta memperoleh skor antara 58 dan 91 (M=65.97, SD=8.64) dengan Skor Persentil Perkembangan Motor Kasar (GMDQ.PERSENTIL) antara 1 dan 27 (M=3.25, SD=6.42).

Skor ujian-post peserta kumpulan rawatan menunjukkan Skor Piawai Lokomotor (SPL) antara 5 dan 11 (M=8.34, SD=2.06) dengan Skor Persentil Lokomotor (L.PERSENTIL) antara 5 dan 63 (M=32.63, SD=21.99). Skor Setaraan Umur Lokomotor (AEL) adalah antara 5 hingga 10.09 tahun (M=7.41, SD= 1.89). Bagi Skor Piawai Manipulatif (SPM) pula, peserta memperoleh skor antara 5 dan 12 (M=8.06, SD=1.83) dengan Skor Persentil Manipulatif (M.PERSENTIL) antara 5 dan 75 (M=28.91, SD=19.29). Skor Setaraan Umur Manipulatif (AEM) adalah antara 5.06 hingga 10.09 tahun (M=7.17, SD=1.34). Skor Perkembangan Motor Kasar (GMDQ) menunjukkan peserta memperoleh skor antara 73 dan 103 (M=89.22, SD=8.62) dengan Skor Persentil Perkembangan Motor Kasar (GMDQ.PERSENTIL) antara 3 dan 58 (M=26.81, SD=17.27).

Kajian Sukan di Malaysia

54 55

Jadu

al 4

.1 A

nali

sis

desk

ript

if s

kor

ujia

n-pr

e da

n uj

ian-

post

bag

i kum

pula

n ka

wal

an d

an r

awat

an

Uji

an-p

reU

jian

-pos

t

Min

ima

Mak

sim

umM

inSD

Min

ima

Mak

sim

umM

inSD

Kum

pula

n K

awal

an (

n=32

)

UM

UR

8.05

9.03

8.55

.47

SP

L2.

009.

003.

881.

683.

009.

004.

721.

55

L.P

ER

SE

NT

IL1.

0037

.00

4.31

8.88

1.00

37.0

06.

169.

25

AE

L3.

068.

004.

591.

244.

038.

005.

16.9

3

SP

M1.

008.

003.

192.

292.

008.

003.

941.

72

M.P

ER

SE

NT

IL1.

0025

.00

4.50

6.88

1.00

25.0

04.

346.

09

AE

M3.

067.

004.

651.

144.

037.

035.

17.9

3

GM

DQ

4991

61.1

910

.36

5891

65.9

78.

64

GM

DQ

.PE

RS

EN

TIL

1.00

27.0

02.

846.

351.

0027

.00

3.25

6.42

Kum

pula

n R

awat

an (

n=32

)

UM

UR

8.02

9.03

8.28

.39

SP

L2.

008.

004.

161.

485.

0011

.00

8.34

2.06

L.P

ER

SE

NT

IL1.

0025

.00

4.25

5.90

5.00

63.0

032

.63

21.9

9

AE

L3.

066.

094.

42.9

05.

0010

.09

7.41

1.89

Kesan Aktiviti Fizikal Ke Atas Tahap Perkembangan Motor Kasar

55

SP

M2.

008.

004.

132.

085.

0012

.00

8.06

1.83

M.P

ER

SE

NT

IL1.

0025

.00

6.09

8.25

5.00

75.0

028

.91

19.2

9

AE

M3.

097.

065.

081.

025.

0610

.09

7.17

1.34

GM

DQ

5279

65.2

27.

5473

103

89.2

28.

62

GM

DQ

.PE

RS

EN

TIL

1.00

8.00

2.06

2.08

3.00

58.0

026

.81

17.2

7

Not

a: S

PL

=sk

or p

iaw

ai l

okom

otor

,L.P

ER

SE

NT

IL=

pers

enti

l lo

kom

otor

, A

EL

=se

tara

an u

mur

lo

kom

otor

,SP

M=

skor

pia

wai

man

ipul

atif

, M

.PE

RSE

NT

IL=

per

sent

il m

anip

ulat

if,A

EM

= s

etar

aan

umur

loko

mot

or, G

MD

Q=

skor

per

kem

bang

an m

otor

kas

ar, G

MD

Q.P

ER

SEN

TIL

=

pers

enti

l sko

r pe

rkem

bang

an m

otor

kas

ar.

sam

b. J

adua

l 4.1

Kajian Sukan di Malaysia

56 57

Jadual 4.2 menunjukkan perbandingan min ujian-pre dan ujian-post bagi kumpulan kawalan dan rawatan. Bagi kumpulan kawalan, min skor ujian-pre adalah 7.80 (SD= .63) dan ujian-post adalah 8.11 (SD=.51). Hasil analisis menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara min ujian pre dan ujian post bagi kumpulan kawalan [t(31) = 5.11, p<.05]. Nilai eta squared adalah .46, kita boleh merumuskan bahawa terdapat kesan yang ketara dengan perbezaan yang cukup besar dalam skor perkembangan motor kasar sebelum dan selepas intervensi. Hasil yang sama dilaporkan bagi kumpulan rawatan. Hasil analisis menunjukkan perbezaan yang signifikan antara skor ujian-pre (M=8.06, SD=.47) dan skor ujian-post (M=9.43; SD=.46) bagi kumpulan rawatan [t(31) = 6.07, p< .05]. ]. Nilai eta squared adalah .89, kita boleh merumuskan bahawa terdapat kesan yang ketara dengan perbezaan yang cukup besar dalam skor perkembangan motor kasar sebelum dan selepas intervensi.

Jadual 4.2 Analisis paired samples test bagi kumpulan kawalan dan rawatan

Kumpulan Min SD t df p

Kawalan (n=32) ujian pre 7.80 .63 5.111* 31 .000

ujian post 8.11 .51

Rawatan (n=32) ujian pre 8.06 .47 16.073* 31 .000

ujian post 9.43 .46

* p < .05

Perbandingan min antara kumpulan kawalan dan rawatan bagi ujian-pre dan ujian-post ditunjukkan dalam Jadual 4.3. Min skor ujian-pre bagi kumpulan kawalan adalah 7.80 (SD=.63) dan kumpulan rawatan adalah 8.06 (SD = .47). Hasil analisis menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi min ujian pre antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan (t(62) = -1.912, p> .05).

Kesan Aktiviti Fizikal Ke Atas Tahap Perkembangan Motor Kasar

57

Jadual 4.3 Analisis Independent sample t-test bagi ujian-pre dan ujian-post

Kumpulan Min SD T df p

Ujian-pre Kawalan (n=32) 7.80 .63 -1.912 62 .060

Rawatan (n=32) 8.06 .47

Ujian-post Kawalan (n=32) 8.11 .51 -10.989* 62 .000

Rawatan (n=32) 9.43 .46

* p < .05

Bagi min skor ujian-post, kumpulan kawalan adalah 8.11 (SD=.51) dan kumpulan rawatan adalah 9.43 (SD=.46). Walau bagaimanapun, bagi min ujian post, didapati terdapat perbezaan yang signifikan bagi min ujian post antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan (t(62) = -10989, p< .05).

PERBINCANGANKajian ini bertujuan untuk menentukan kesan aktiviti fizikal (adaptasi permainan tradisional) terhadap peningkatan tahap perkembangan motor kasar dalam kalangan kanak-kanak berumur sembilan tahun. Penelitian dilakukan berdasarkan tahap perkembangan kemahiran lokomotor dan manipulatif. Indeks Gross Motor Development Quotient (GMDQ) digunakan untuk membandingkan tahap perkembangan motor kasar kanak-kanak kumpulan kawalan dan rawatan sebelum dan selepas intervensi. Kajian ini juga ingin melihat tahap kemahiran lokomotor dan kemahiran manipulatif berdasarkan setaraan umur.

Kajian ini mendapati kesemua (100%) peserta kumpulan kawalan dan rawatan memperoleh skor dibawah 50 peratus dalam kemahiran lokomotor (k=4.31, r=4.25) dan kemahiran manipulatif (k=4.50, r=6.09) semasa ujian pre. Begitu juga dengan skor GMDQ dimana semua (100%) peserta kajian memperoleh skor di bawah 50 peratus berdasarkan GMDQ PERSENTIL (k=2.84, r=2.06). kelewatan perkembangan dalam kemahiran motor kasar yang dilaporkan dalam kajian ini selari dengan dapatan dari kajian lampau (Connor-Kuntz & Dummer,1996; Hamilton et al., 1999; Valentini

Kajian Sukan di Malaysia

58 59

1997). Dalam kajian yang melibatkan kanak-kanak awal persekolahan, Hamilton et al. (1999) melaporkan preintervention julat persentil antara 18% dan 20% bagi kemahiran manipulasi. Valentini (1997) mendapati kelewatan perkembangan sangat rendah dalam kemahiran lokomotor (5%) dan manipulatif (25%). Kedua-dua kajian menggunakan TGMD sebagai instrumen kajian dan adalah selari dengan dapatan kajian ini. Kelewatan perkembangan motor kasar dalam kajian ini tidak memeranjatkan kerana peserta kurang berpengalaman dengan aktiviti fizikal sebelum intervensi. Laporan anecdotal daripada guru-guru dan peserta menyatakan kanak-kanak mempunyai peluang yang terhad untuk bermain di luar waktu sekolah atas beberapa kekangan yang menyebabkan dalam beberapa sesi pengajaran kanak-kanak tidak biasa dengan kemahiran yang diajar dalam kajian ini. Kajian di masa depan sepatutnya dilakukan secara longitudinal bagi menguji kesan jangka panjang terhadap kelewatan perkembangan motor terutama melalui bentuk aktiviti fizikal yang diberikan kepada kanak-kanak awal persekolahan. Ini juga memberi kesan kepada kurikulum fizikal yang dibentuk termasuk guru Pendidikan Jasmani yang berada di dalam perkhidmatan.

Kesan Aktiviti Fizikal ke atas Perkembangan Motor KasarBerdasarkan keputusan ujian post, kumpulan rawatan menunjukkan peningkatan signifikan yang baik dalam perkembangan motor kasar daripada ujian pre ke ujian post jika dibandingkan dengan kumpulan kawalan. Kumpulan rawatan menunjukkan peningkatan min dari 4.25% ke-32.63% dalam kemahiran lokomotor dan 6.09% ke-28.91% dalam kemahiran manipulatif selepas 10 minggu intervensi. Skor GMDQ.PERSENTIL pula meningkat sebanyak 24.75%. Dapatan daripada kumpulan kawalan pula menunjukkan penigkatan yang sedikit dalam kemahiran lokomotor (4.31% ke 6.16%), dan GMDQ.PERSENTIL (2.84% ke 3.25%) namun berlaku penurunan dalam skor kemahiran manipulatif ( 4.50% ke 4.34%).

Kajian ini juga menunjukkan peningkatan skor dalam kesetaraan umur kemahiran lokomotor, manipulatif, skor GMDQ dan skor GMDQ.PERSENTIL (rujuk Jadual 4.4). Peningkatan skor dalam kesetaraan umur

Kesan Aktiviti Fizikal Ke Atas Tahap Perkembangan Motor Kasar

59

kemahiran lokomotor kumpulan kawalan adalah 0.57 tahun berbanding kumpulan rawatan 2.99 tahun. Peningkatan skor dalam kesetaraan umur kemahiran manipulatif pula menunjukkan kumpulan kawalan meningkat sebanyak 0.52 tahun berbanding kumpulan rawatan 2.09 tahun. Peningkatan skor GMDQ pula menunjukkan peningkatan kumpulan kawalan sebanyak 4.78 berbanding kumpulan rawatan sebanyak 24 dan peningkatan skor GMDQ PERSENTIL kumpulan kawalan adalah 0.41% berbanding kumpulan rawatan sebanyak 24.75%.

Kajian Sukan di Malaysia

60 61

Jadu

al 4

.4 P

enin

gkat

an s

kor

bagi

AE

L, A

EM

, GM

DQ

dan

GM

DQ

. PE

RS

EN

TIL

ant

ara

kum

pula

n ka

wal

an d

an r

awat

an

sele

pas

inte

rven

si

Kaw

alan

(n=

32)

Raw

atan

(n=

32)

Seb

elum

Sel

epas

Peni

ngka

tan

Seb

elum

Sel

epas

Peni

ngka

tan

AE

L4.

595.

160.

574.

427.

412.

99

AE

M4.

655.

170.

525.

087.

172.

09

GM

DQ

61.1

965

.97

4.78

65.2

289

.22

24

GM

DQ

. PE

RS

EN

TIL

2.84

3.25

0.41

2.06

26.8

124

.75

Kesan Aktiviti Fizikal Ke Atas Tahap Perkembangan Motor Kasar

61

KESIMPULANKesimpulannya, aktiviti fizikal melalui adaptasi permainan tradisional dapat membantu meningkatkan skor perkembangan motor kasar kanak-kanak sembilan tahun dari tahap sangat lemah (65.22) ke tahap Average (89.22) dalam skor GMDQ. Penemuan ini selari dengan kajian Rine et al. (2004) yang turut menyatakan bahawa berlaku peningkatan dalam tahap perkembangan motor kasar kanak-kanak awal persekolahan sekiranya kanak-kanak diberikan latihan intervensi yang betul dan sesuai.

Berdasarkan analisis inferensi (paired samples T-Test) untuk menentukan kesan latihan terhadap kumpulan kawalan dan rawatan, dapat disimpulkan bahawa aktiviti fizikal (Pendidikan Jasmani Biasa) memberi kesan terhadap perkembangan motor kasar peserta kumpulan kawalan. Ini merujuk kepada nilai skor min yang lebih tinggi bagi post-test (8.11) berbanding pre-test (7.80) dalam kalangan peserta kumpulan kawalan. Keputusan analisis juga menunjukkan bahawa aktiviti fizikal (adaptasi Permainan Tradisional) memberi kesan terhadap perkembangan motor kasar peserta kumpulan rawatan di mana min skor ujian-pre bagi kumpulan rawatan adalah 8.06 (SD=.47) berbanding min bagi ujian-post adalah 9.43 (SD=.46).

Analisis independent sample T-Test pula dijalankan bagi menentukan adakah terdapat perbezaan (kesan) antara dua jenis aktiviti fizikal yang berbeza. Dapatan analisis menyatakan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor ujian-pre bagi kumpulan kawalan (M=7.80, SD= .63) dan kumpulan rawatan [M= 8.06, SD=.47 ; t (62) = -1.912, p=.06 ]. Walau bagaimanapun, secara statistik terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor ujian-post bagi kumpulan kawalan (M=8.11, SD=.51) dan kumpulan rawatan [M=9.43, SD=.46; t(62) =-10.99, p=.000].

Dapatan kajian menjelaskan bahawa perkembangan motor kasar yang signifikan dalam kalangan kanak-kanak peringkat awal persekolahan berumur sembilan tahun berlaku bukan pada tahap perkembangan umur kronologi yang sepatutnya. Kanak-kanak ini ketinggalan hampir tiga tahun dari tahap perkembangan kemahiran lokomotor dan kemahiran manipulatif (memberi kesan pada skor perkembangan motor kasar) berdasarkan umur kronologi.

Kajian Sukan di Malaysia

62 63

Kemungkinan kegagalan peningkatan perkembangan turut dipengaruhi oleh penerimaan latihan dan intervensi yang kurang sesuai dalam program Pendidikan Jasmani yang dijalankan. Tumpuan pendidikan yang diberikan kepada mereka lebih berfokus kepada aktiviti permainan pertandingan dan jenis-jenis permainan popular. Ini menyebabkan aktiviti melibatkan pergerakan dan perkembangan kemahiran motor berlaku di tahap yang minimum. Kanak-kanak yang rendah tahap perkembangan motor akan terus ketinggalan jika aplikasi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani tidak dipantau dan diperbetulkan.

Kelewatan perkembangan motor kasar kanak-kanak berkenaan pada peringkat awal persekolahan sememangnya wujud. Ini bermakna tahap perkembangan motor kasar kanak-kanak itu tidak mengikut urutan mengikut umur kronologi. Namun begitu, kajian ini menunjukkan berlakunya peningkatan dalam perkembangan kemahiran motor kasar apabila kita mencadangkan satu aktiviti fizikal yang sesuai. Adaptasi permainan tradisional yang dicadangkan berjaya meningkatkan tahap perkembangan motor kasar kanak-kanak berdasarkan kesetaraan umur sehingga 2.99 tahun bagi kemahiran lokomotor dan 2.09 tahun bagi kemahiran manipulatif. Kejayaan ini adalah disebabkan oleh ciri-ciri yang terdapat dalam permainan tradisional yang diadaptasikan kepada aktiviti fizikal itu sendiri. Sebagai contoh, dalam permainan Ketinting, kita berjaya membina kemahiran motor kasar bagi lompat jauh berdiri dan lompat sebelah kaki secara serentak. Kanak-kanak secara automatik melakukan kedua-dua kemahiran kerana peraturan permainan yang memerlukan mereka melakukan aksi tersebut. Begitu juga dengan permainan Galah Panjang, kanak-kanak perlu bergerak ke sisi kanan dan kiri yang secara tidak langsung membina kemahiran lari sisi dalam kalangan mereka. Bagi permainan Rounders pula, kanak-kanak perlu berjaya melakukan pukulan statik supaya mereka boleh berlari dan menamatkan larian. Secara tidak langsung mereka perlu menguasai kemahiran memukul untuk terus merasai keseronokan bermain permainan Rounders.

Kesan Aktiviti Fizikal Ke Atas Tahap Perkembangan Motor Kasar

63

CADANGANAdalah dicadangkan supaya diperbanyakkan aktiviti fizikal berdasarkan permainan yang diadaptasikan. Kita perlu kembali memikirkan elemen keseronokan bermain dalam kalangan kanak-kanak supaya dapat menarik minat mereka untuk melakukan aktiviti fizikal. Melalui aktiviti fizikal yang menyeronokkan dan kerap, kami percaya secara tidak langsung akan menyumbang kepada perkembangan kemahiran motor kasar dalam kalangan mereka.

Adalah dicadangkan juga supaya sistem persekolahan yang ada sekarang dirombak dari segi peruntukan masa untuk pengajaran mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Kanak-kanak memerlukan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu untuk mata pelajaran ini. Sekiranya tiga waktu seminggu diperuntukkan, maka kanak-kanak awal persekolahan akan dapat membuat fizikal pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat yang akan membantu mereka beraktiviti fizikal dengan mematuhi prinsip latihan dan akan mengelakkan proses kebolehbalikan.

Dalam menentukan perkembangan motor kasar kanak-kanak berkembang mengikut umur kronologi mereka, pihak pentadbir pendidikan perlu memastikan guru-guru opsyen Pendidikan Jasmani melaksanakan peranan mereka sebagai pemangkin perkembangan motor kasar kanak-kanak. Perkembangan motor kasar kanak-kanak ini perlu diutamakan agar mereka boleh terus mencapai tahap perkembangan motor kasar yang sepatutnya seiring dengan perkembangan umur kronologi dan dapat menyumbang secara positif kepada prestasi sukan negara.

RUJUKANAkbari, H., Abdoli, B., Shafizadeh, M., Khalaji, H., Hajihosseini, S., & Ziaee, V.

(2009). The effect of traditional games in fundamental motor skill development

in 7-9 year-old boys. Iranian Journal of Pediatrics, 19(2), 123-129.

Connor-Kuntz, F., & Dummer, G. (1996). Teaching across the curriculum:

Language-enriched physical education for preschool children. Adapted

Physical Activity Quarterly, 13, 302-315.

Ericsson, I. (2008). To measure and improve motor skills in practice. International

Journal Pediatric Obes, 31, 21-27.

Kajian Sukan di Malaysia

64 65

Gabbard, C.P. (2000). Lifelong motor development (3rd ed.). Madison Dubuque,

IA: Brown & Benchmark.

Gallahue, D. (1996). Developmental physical education for today’s children.

Dubuque. IA: Brown & Benchmark.

Hamilton, M.L., Goodway, J.D., & Haubenstricker, J. (1999). Parent-assisted

instructions in a motor skill program for at-risk preschool children. Adapted

Physical Activity Quarterly, 16, 415-426.

Haywood, K.M, & Getchell, N. (2001). Lifelong motor development (3rd ed.).

Champaign, IL: Human Kinetics.

Payne, V.G., & Isaacs, L.D. (2002). Human motor development: A Lifespan

approach (5th ed.). Boston: McGraw Hill.

William, H.G. (1983). Perceptual and motor development. Eaglewood Cliffs, NJ:

Prentice-Hall.

Payne, G., & Rink, J. (1997). Physical education in the developmentally

appropriate integrated curriculum. In C. Hart, D. Burts, & R. Charlesworth

(Eds.), integrated curriculum and developmentally appropriate practice-birth

to age eight (145-170). Albany, NY: SUNY Press.

Poest, C., Williams, J., Witt, D., & Atwood, M. (1990). Challenge me to move:

Large muscle development in young children. Young Children, 45, 4–10.

Rine, R.M., Braswell, J., Fisher, D. Jotce, K., Kalar, K., & Shaffer, M.(2004).

Improvement of motor development and postural control following intervention

in children with sensorineural hearing loss and vestibular impairment.

International Journal of Pediatric Otorhinolaryngology,1-7.

Shamsul, A., & Ahmad. S., (2005). Tebang-tebang tebuk. Ampang: Dawama

Sdn.Bhd.

Sofianidis, G., Hatzitaki, V., Douka, S., & Grouios, G. (2009). Effect of a 10-

week tradisional dance program on static and dynamic balance control in

elderly adults. Journal of Aging and Physical Activity, 17: 167-180.

Ulrich, D.A. (2000). Test of gross motor development (2nd ed.) Austin, TX: PRO-

ED.

Valentini, N. (1997). The influence of two motor skill interventions on the motor

skill performance, perceived physical competence, and intrinsic motivation of

kindergarten children. Unpublished master thesis, Auburn University, Auburn,

Alabama.

Kesan Aktiviti Fizikal Ke Atas Tahap Perkembangan Motor Kasar

65

Venetsanou, F., & Kambas, A.( 2004). How can a tradisional Greek dances

programme affect the motor proficiency of pre-school children? Research in

Dance Education, 5(2), 127-138.

67

Bab 5

Penggunaan Positif Self-talk dalam Kalangan Pemain Futsal Universiti di Sebuah

Universiti di Malaysia

Jorrye Jakiwa, Soh Kim Geok, Aminuddin Yusof dan Mohd. Sofian Omar Fauzee

PENDAHULUAN Salah satu kaedah yang selalu digunakan dalam meningkatkan psikologi atlet adalah dengan menggunakan self-talk (Gould et al., 1993; Thelwell et al., 2009). Self-talk adalah bahasa dalaman pada diri sendiri dan ahli-ahli psikologi (Papaioannou et al., 2004; Mamassis & Doganis, 2004; Hamilton et al., 2007; Hatzigeorgiadis et al., 2009) menyatakan bahawa self-talk boleh mempengaruhi faktor-faktor seperti keyakinan, semangat, ketekunan, konsentrasi, kekuatan dan mengurangkan kebimbangan. Sesetengah individu menggunakan self-talk secara bercakap (verbal) dan ada juga sesetengah individu hanya melakukan self-talk secara dalaman (non-verbal) (Theodorakis et al., 2000). Seseorang atlet berkata pada diri sendiri sebanyak 200 perkataan per minit. Apa yang keluar dalam 200 perkataan tersebut merupakan ayat-ayat yang sangat berkuasa iaitu boleh meningkatkan keyakinan diri dan juga mengurangkan kebimbangan dalam diri atlet (Hatzigeorgiadis et al., 2009).

Self-talk mengandungi ayat-ayat yang berfaedah dan merupakan buah fikiran yang keluar daripada minda yang boleh memberikan arahan dan motivasi kepada diri (Theodorakis et al., 2000). Buah fikiran tersebut boleh dikategorikan kepada dua iaitu positif ataupun negatif. Johnson et al. (2004) menyatakan bahawa apa yang difikirkan oleh minda akan dilakukan oleh fizikal. Oleh itu, pemikiran yang negatif pada kebiasaannya akan menjatuhkan prestasi (Van Raalte et al., 1994; Hatzigeorgiadis et

Penggunaan Positif Self-talk dalam Kalangan Pemain Futsal Universiti

67

al., 2004), manakala pemikiran yang positif akan memberikan kuasa baru dalam prestasi (Perkos et al., 2002; Hamilton, Scott & MacDoughall, 2007).

Menurut Johnson et al. (2004), apa yang difikirkan oleh minda akan dilakukan oleh fizikal. Sekiranya, seseorang atlet berfikiran negatif seperti “pihak lawan terlalu kuat, saya tidak boleh menewaskannya” maka sudah pasti ia akan menjatuhkan prestasi dan besar kemungkinan atlet tersebut akan kalah. Jika atlet tersebut berfikiran positif seperti “saya boleh menewaskan lawan” maka ia akan membantu atlet untuk berkerja lebih keras untuk menang dan secara tidak langsung akan meningkatkan prestasi. Jadi, perbezaan yang jelas dapat dilihat antara negatif dan positive self-talk.

Penggunaan self-talk telah dikesan dalam pelbagai jenis sukan seperti bola keranjang (Perkos et al., 2002), kriket (Holt, 2003), hoki ais (Rogerson & Hrycaiko, 2002), bola sepak (Papaioannou et al., 2004), polo air (Hatzigeorgiadis et al., 2004), sukan papan luncur (Ming & Martin, 1996), golf (Kirschenbaum et al., 1998; Harvey et al., 2002), tenis (Mamassis & Doganis, 2004), sukan dart (Van Raalte et al., 1995) dan boling (Kirschenbaum et al., 1982). Namun, belum terdapat kajian yang mengkaji penggunaan self-talk dalam permainan futsal setakat ini. Walaupun pada asasnya setiap atlet menggunakan self-talk dalam pelbagai jenis sukan namun masih sukar untuk membuat kesimpulan sejauh mana aplikasi dan kesan self-talk tersebut bagi seseorang atlet terutamanya dalam sukan futsal ini.

Futsal adalah sejenis permainan bola sepak (indoor football) yang makin digemari dan popular pada masa ini. Permainan ini berasal dari negara Uruguay dan telah direkodkan telah bermula sejak tahun 1930. Futsal boleh dimaksudkan sebagai permainan bola sepak yang dimainkan di dalam dewan atau keadaan tertutup. Permainan ini berbeza dengan permainan bolasepak biasa. Oleh kerana bolanya adalah jenis berpantulan rendah, kecekapan pemain mengawal bola amatlah penting. Kualiti permainan, kecergesan fizikal dan juga kekuatan mental amat diperlukan. Ini kerana, sukan ini dikategorikan sebagai sukan yang berintensiti tinggi iaitu memerlukan kecergeasan yang tinggi, kelajuan, kepantasan dan juga memerlukan mental yang tinggi (Barbero-Alvarez et al., 2008).

Kajian Sukan di Malaysia

68 69

Penggunaan self-talk dalam kalangan pemain futsal di Malaysia ini tidak dapat dipastikan kesahihannya. Kajian lepas menyatakan bahawa self-talk dapat meningkatkan prestasi atlet (Hamilton et al., 2007). Oleh yang demikian, tujuan kajian kualitatif ini adalah untuk melihat kesan penggunaan positive self-talk dalam kalangan pemain futsal universiti di salah sebuah universiti di Malaysia.

PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENGUKURANSampel KajianSampel kajian yang telah dipilih merupakan pemain futsal universiti di sebuah universiti di Malaysia. Seramai lapan orang responden telah bersetuju untuk ditemubual. Responden berumur dalam lingkungan 21 hingga 24 tahun (22.13 ± 1.13) dan kesemuanya merupakan lelaki. Para responden telah terlibat dalam sukan futsal ini dan telah mewakili universiti dengan min penglibatan selama 1.5 tahun. Peringkat tertinggi penglibatan mereka adalah pada peringkat Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM).

Alat kajianKajian yang dijalankan ini adalah kajian kualitatif berbentuk soal selidik separa struktur. Teknik temubual digunakan bagi mengumpul maklumat berkenaan dengan kesan penggunaan positive self-talk dalam kalangan pemain futsal universiti. Soalan temubual ini telah diuji kesahihannya dengan menemubual seorang pemain dari sukan futsal (bukan dari kalangan responden) untuk menilai keupayaan dan kebolehpercayaan soalan. Daripada kajian rintis yang dilakukan segala masalah dan kekurangan yang ada pada soalan temubual tersebut telah diperbaiki dan diubahsuai oleh penyelidik mengikut kesesuaian dengan tujuan kajian. Selain daripada soalan kajian, alat perakam suara juga digunapakai dalam kajian temubual ini. Ini bagi memastikan segala temubual dengan responden direkodkan bagi rujukan di masa hadapan.

Penggunaan Positif Self-talk dalam Kalangan Pemain Futsal Universiti

69

Soalan TemubualBerikut merupakan soalan temubual yang telah digunakan dalam memperoleh maklumat berkenaan dengan penggunaan positif self talk dalam kalangan pemain futsal universiti.

1. Bolehkah anda ceritakan serba sedikit penglibatan anda dalam sukan ini?

2. Secara amnya, apakah pemahaman anda tentang self-talk?

3. Apakah tujuan self-talk ini bagi anda?

4. Bagaimanakah cara anda mengaplikasikan self-talk ini?

5. Bolehkah anda berikan contoh ayat-ayat self-talk yang selalu anda gunakan?

6. Apakah situasi-situasi yang menyebabkan anda lebih menggunakan self-talk?

7. Adakah anda yakin yang self-talk dapat meningkatkan prestasi permainan anda? Cuba jelaskan dengan lebih terperinci?

8. Adakah anda bercadang untuk menggunakan self-talk pada masa akan datang semasa permainan? Kenapa?

Pengumpulan DataResponden yang terdiri daripada pemain futsal universiti ini dikenalpasti dan telah dihubungi bagi mendapatkan persetujuan daripada mereka. Satu surat persetujuan diberikan dan ditandantangani bagi memastikan responden benar-benar bersetuju untuk terlibat dalam kajian ini. Soalan temubual diberikan kepada responden sehari sebelum temubual dibuat. Ini bertujuan untuk memberikan persediaan awal kepada responden dan memberikan masa kepada mereka untuk mengimbas kembali pengalaman mereka yang pernah dilalui dan pengetahuan yang dimiliki. Setiap sesi temubual bersama responden direkodkan menggunakan alat perakam suara bagi membolehkan kandungan temubual tersebut diikaji dengan lebih lanjut. Sebelum sesi temubual dimulakan, pengkaji memastikan bahawa responden cukup bersedia untuk ditemubual. Sekiranya responden telah bersedia, maka sesi temubual dengan rakaman suara akan dilakukan.

Kajian Sukan di Malaysia

70 71

Analisis DataSetiap temubual yang direkodkan telah ditranskip oleh pengkaji. Seterusnya, transkrip tersebut diberikan kepada para responden untuk pengubahsuaian struktur ayat ataupun penambahan dan pindaan yang ingan dilakukan. Ini merupakan pengesahan yang menandakan bahawa mereka bersetuju dengan kandungan dalam temubual tersebut. Transkrip yang telah diperbetulkan dan disahkan oleh responden akan dikodkan. Tujuan kod ini adalah untuk mencari kekerapan sesuatu ayat atau pernyataan yang dinyatakan oleh responden. Seterusnya analisis kandungan dilakukan setelah kod bagi setiap transkrip selesai dilakukan. Dalam analisis kandungan maklumat yang telah dikod telah dianalisis berdasarkan faktor-faktor terhadap kesan penggunaan positive self-talk dalam mempengaruhi prestasi permainan dalam kalangan pemain futsal. Daripada analisis kandungan ini, maka dapatlah dilihat apakah kesan penggunaan positive self-talk dapat meningkatkan prestasi permainan ataupun sebaliknya.

SUMBANGAN PENGGUNAAN POSITIVE SELF-TALK DALAM KALANGAN PEMAIN FUTSAL Daripada analisis kandungan yang dilakukan, didapati sebanyak 23 tema data mentah diperolehi berkaitan dengan kesan penggunaan positive self-talk terhadap pemain futsal (lihat Rajah 5.1). Daripada 23 data mentah ini, ia dikelaskan pula kepada 11 buah kelas sebagai data kedua mentah. Akhir sekali ia dikelaskan kepada tiga tema utama iaitu motivasi, prestasi dan juga mengawal kebimbangan.

Jadual 5.1 Tema utama kesan daripada penggunaan self-talk

Tema utama Data kedua mentah Tema data mentah

Motivasi 4 11

Prestasi 4 10

Mengawal kebimbangan 2 2

Jumlah 10 23

Penggunaan Positif Self-talk dalam Kalangan Pemain Futsal Universiti

71

Jadual 5.1 menunjukkan 13 tema utama iaitu motivasi, prestasi dan mengawal kebimbangan. Dapat dilihat bahawa tema motivasi mengandungi tema data mentah yang paling banyak iaitu 11 tema diikuti pula dengan tema prestasi dan mengawal kebimbangan iaitu masing-masing 10 dan 2 tema.

Meningkatkan semangat

Memberikan galakan

Meningkatkan semangat pasukan

Memberi keyakinan

Memberikan rangsangan

Mengekalkan fokus

Mampu melakukan tugasan

Bermain lebih baik

Mengurangkan kesilapan

Meningkatkan kekuatan diri

Berfikiran menang

Tanpa tekanan

Memahami diri

Boleh berifkir

Kawal emosi

Berfikir waras

Serius

Berani

Lebih enjoy dan teratur

Tidak berputus asa

Melebihi kemampuan

Mengawal situsai

Tetap positif

Yakin

Fokus

Kekuatan mental

Persediaan mental

Bersaing

Semangat

Galakan

Kurang melakukan kesilapan

Tanpa tekanan

Kawal emosi

Motivasi

Prestasi

Mengawal kebimbangan

Tema data mentah Data kedua mentah Tema utama

Rajah 5.1 Positive self-talk dalam kalangan pemain futsal universiti

Kajian Sukan di Malaysia

72 73

Tema MotivasiKesan utama yang dapat dilihat hasil daripada penggunaan self-talk dalam kalangan pemain futsal universiti adalah meningkatkan motivasi. Dalam kajian ini terdapat empat faktor yang menyumbang kepada peningkatan motivasi iaitu kekuatan mental, fokus, keyakinan dan juga persediaan mental (Jadual 5.2). Menurut Hardy et al. (2001) fungsi motivasi adalah berkaitan dengan kekuatan mental, fokus, keyakinan dan juga persediaan mental. Keempat-empat faktor ini adalah penting untuk membantu pemain supaya lebih bermotivasi dan seterusnya membantu mereka meneruskan momentum untuk mencapai matlamat.

Jadual 5.2 Faktor yang menyumbang kepada tema motivasi

Tema utama Data kedua mentah

Motivasi

KeyakinanKekuatan mentalPersediaan mentalFokus

Keyakinan

Melalui penggunaan self-talk pemain akan berasa berkeyakinan dan secara tidak langsung akan meningkatkan motivasi mereka dan seterusnya akan mempengaruhi cara permainan mereka. Daripada dapatan ini, boleh dinyatakan bahawa kesemua responden percaya bahawa penggunaan self-talk akan dapat meningkatkan keyakinan mereka bermain. Dalam kajian ini, terdapat beberapa orang responden menyatakan bahawa melalui penggunaan self-talk, ia akan dapat meningkatkan keyakinan diri dan seterusnya akan menyumbang kepada motivasi diri. Berikut merupakan antara kenyataan daripada salah seorang responden berkenaan:

“Memberikan keyakinan….. kalau kita bercakap dengan diri kita contohnya, saya boleh lakukan benda ini” ataupun “saya boleh bantu pasukan saya untuk menang, ia akan lebih memberikan keyakinan semasa bermain”.

Penggunaan Positif Self-talk dalam Kalangan Pemain Futsal Universiti

73

Kekuatan mental

Faktor kedua yang menyumbang kepada motivasi ialah kekuatan mental. Berikut merupakan antara kenyataan daripada salah seorang responden berkenaan dengan kekuatan mental:

“Bagi saya, mungkin saya akan menggunakan self-talk ini pada masa akan datang sebab macam yang saya cakap tadi, ianya banyak memberikan manfaat kepada diri saya sendiri sebab secara tidak langsung bila menggunakan self-talk ini prestasi akan meningkat sebab self-talk ini memberikan motivasi dan memberi penguat kepada saya untuk bermain futsal”.

Persediaan mental

Persediaan mental merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada motivasi diri. Ini bermaksud apabila pemain melakukan persediaan mental maka motivasi mereka akan meningkat dan seterusnya akan mempengaruhi cara bermain. Dalam kajian ini, terdapat responden menyatakan bahawa melalui penggunaan self-talk, ia akan dapat meningkatkan persediaan mental dan seterusnya akan menyumbang kepada motivasi diri. Berikut merupakan antara keyataan daripada responden berkenaan:

“Dengan mempratikkan self-talk ia dapat mempersiapkan mental saya dalam segala situasi. Contohnya jika diberi kerja. Ertinya self-talk tu penting untuk saya melakukan tugasan yang diberikan”.

Fokus

Faktor seterusnya yang menyumbang kepada motivasi ialah fokus. Menurut Hatzigeorgiadis et al. (2004) dalam sukan polo air dan sukan yang memerlukan kemahiran membaling bola, atlet akan menggunakan self-talk untuk meningkatkan fokus dan perhatian dalam permainan. Dalam kajian ini, terdapat beberapa orang responden menyatakan bahawa melalui penggunaan self-talk, ia akan dapat meningkatkan fokus diri dan seterusnya akan menyumbang kepada motivasi diri. Berikut merupakan antara keyataan daripada responden berkenaan dengan tiga tema data tersebut:

Kajian Sukan di Malaysia

74 75

“Dalam keadaan menang atau sedang mendahului saya gunakan self-talk untuk fokus lagi”. Saya akan berfikir “jangan hilang fokus dalam permainan ini”.

Tema PrestasiKesan kedua yang dapat dilihat hasil daripada penggunaan positive self-talk dalam kalangan pemain futsal universiti adalah meningkatkan prestasi. Dalam kajian ini terdapat empat faktor yang menyumbang kepada peningkatan prestasi iaitu bersaing, semangat, galakan dan juga kurang melakukan kesilapan (Jadual 5.3). Menurut Hatzigeorgiadis et al. (2008), self-talk merupakan satu strategi kognitif yang mampu memberi kesan kepada peningkatan prestasi.

Jadual 5.3 Faktor yang menyumbang kepada tema prestasi

Tema utama Data kedua mentah

Prestasi

Semangat Galakan Lebih baikBersaing

Semangat

Melalui self-talk, ia mampu untuk meningkatkan semangat pemain dan seterusnya akan meningkatkan prestasi. Self-talk ini tidak hanya akan membangkitkan semangat diri sendiri sahaja tetapi juga semangat sepasukan. Berikut merupakan antara temubual yang berkaitan dengan kesan self-talk dalam membangkitkan semangat permainan dalam sukan futsal ini.

“Bagi saya self-talk ini adalah kata-kata semangat bagi seorang pemain tidak kiralah main futsa ataupun sukan-sukan lain, self-talk ini salah satu kata semangat untuk diri sendiri”.

Penggunaan Positif Self-talk dalam Kalangan Pemain Futsal Universiti

75

“Self-talk ini ia memberikan motivasi, motivasi penting kepada atlet kerana daripada motivasi itu ia dapat memberikan semangat baru untuk melakukan sesuatu tindakan yang lebih baik”.

Galakan

Faktor seterusnya yang menyumbang kepada peningkatan prestasi adalah faktor rangsangan dan juga galakan. Berikut merupakan antara temubual yang berkaitan dengan kesan self-talk dalam memberikan rangsangan dan galakan dalam diri pemain.

“Sebelum permainan saya akan gunakan self-talk contohnya semasa pemanasan badan, sebelum masuk ke gelangang pertandingan, saya akan memberikan rangsangan kepada badan saya. Maksudnya memberikan galakan agar permainan yang saya akan lalui pada masa itu akan menjadi lebih baik”.

Bersaing

Faktor ketiga yang dapat meningkatkan prestasi permainan para pemain futsal adalah bersaing. Berani, tidak berputus asa dan melebihi kemampuan merupakan komponen dalam faktor bersaing.

“Bagi saya, self-talk ini merupakan salah satu cara yang dapat memberi motivasi, memberi peluang untuk diri supaya tidak gentar dalam menghadapi sesuatu pertandingan dan seterusnya memberikan keberanian”.

“Ya, saya yakin self-talk ini boleh meningkatkan prestasi permainan sebab sebagai contohnya, apabila saya bermain dan mempunyai semangat yang tinggi untuk memenangi perlawanan itu, saya akan berusaha bersungguh-sungguh. Jadi secara tidak langsung saya akan lebih serius dan tidak akan berputus asa ketika menghadapi perlawanan tersebut dan tidak memandang rendah terhadap pasukan lawan”.

Kajian Sukan di Malaysia

76 77

Kurang melakukan kesilapan

Faktor terakhir yang mampu meningkatkan prestasi permainan adalah faktor kurang melakuan kesilapan. Positive self-talk yang diamalkan bukan sahaja akan memberi galakan, rangsangan semangat dan juga sikap bersaing tetapi juga mampu mengurangkan kesilapan permainan. Berikut merupakan temubual salah seorang responden berkenaan dengan positive self-talk mampu mengurangkan kesilapan permainan dan seterusnya akan meningkatkan prestasi diri dan sepasukan.

“Self-talk ini biasanya kita akan memberi galakan kepada diri kita maksudnya, saya boleh melakukan. Kalau dah buat silap boleh memperbaiki kesilapan yang dilakukan. Jadi secara automaik, self-talk ini juga mampu meningkatkan prestasi diri saya sebab saya dah memberikan galakan kepada diri saya bahawa saya boleh”.

Tema Mengawal KebimbanganFaktor ketiga yang dapat dilihat hasil daripada penggunaan self-talk dalam kalangan pemain futsal universiti adalah dapat mengawal kebimbangan. Dalam kajian ini terdapat dua faktor yang menyumbang kepada mengawal kebimbangan iaitu mengawal emosi dan tanpa tekanan (Jadual 5.4). Menurut Hardy et al. (1996), positive self-talk boleh meningkatkan prestasi melalui peningkatan keyakinan dan juga pengawalan kebimbangan.

Jadual 5.4 Faktor yang menyumbang kepada tema mengawal kebimbangan

Tema utama Data kedua mentah

Mengawal Kebimbangan Kawal emosi

Tanpa tekanan

Berikut merupakan antara temubual yang berkaitan dengan kesan self-talk dalam memberikan kawalan kebimbangan dalam diri responden.

Penggunaan Positif Self-talk dalam Kalangan Pemain Futsal Universiti

77

“Selepas saya memotivasikan diri saya dengan menggunakan self-talk ini, secara langsung ia akan meningkatkan prestasi permainan saya dan mampu mengawal emosi saya. Jadi saya boleh bermain dengan lebih baik dan menonjolkan prestasi permainan saya yang sebenar”.

Mampu mengawal emosi dalam diri membolehkan pemain dapat mengurangkan kebimbangan dalan diri mereka dan seterusnya dapat mempamerkan prestasi pada tahap yang terbaik. Berdasarkan kepada pernyataan responden ini, beliau menyatakan bahawa dengan menggunaan self-talk ia bukan sahaja akan dapat meningkatkan prestasi tetapi juga mampu mengawal emosi dengan lebih sempurna lagi.

“Bagi saya ia (self-talk) dapat meningkatkan prestasi permainan saya sebab sebagai contoh, bila saya menggunakan self-talk secara tidak langsung ia akan menberikan semangat, motivasi dan juga mengurangkan rasa tekanan dalam diri saya jadi, bila tanpa rasa tekanan sudah tentu saya akan dapat bermain dengan lebih tenang dan lebih teratur tanpa ada rasa tekanan dalam diri”.

Selain daripada mampu mengawal emosi, mengurangkan rasa tertekan juga mampu menyumbang kepada pengawalan kebimbangan dalam diri responden. Seperti dalam pernyataan di atas, responden ini menyatakan bahawa self-talk bukan sahaja memberikan semangat dan motivasi tetapi juga mengurangkan rasa tertekan dalam diri.

KESIMPULANBerdasarkan kepada objektif kajian ini iaitu menilai kesan penggunaan positive self-talk dalam kalangan pemain futsal universiti di salah sebuah universiti di Malaysia. Kesan utama yang diperoleh adalah meningkatkan motivasi diikuti dengan meningkatkan prestasi dan mengawal kebimbangan seperti yang dapat dilihat pada Jadual 5.2.

Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini telah menunjukkan bahawa self-talk mampu meningkatkan motivasi, prestasi dan juga mengawal

Kajian Sukan di Malaysia

78 79

kebimbangan pemain dalam sukan futsal. Dapatan ini sama dengan dapatan kajian yang dilakukan oleh Gammage et al. (2001) berkenaan dengan penggunaan self-talk dalam latihan sukan di mana ia mampu meningkatkan kemahiran, meningkatkan strategi dan prestasi dan juga untuk meningkatkan motivasi. Selain itu, dapatan kajian ini juga menyokong kajian yang dilakukan oleh Hardy et al. (1996), iaitu positive self-talk mampu meningkatkan prestasi melalui peningkatan keyakinan dan juga pengawalan kebimbangan

Daripada dapatan kajian ini, tiada satu pun daripada kesan-kesan yang diperolehi merupakan penemuan yang baru. Dapatan kajian ini adalah sama dengan dapatan kajian daripada pengkaji-pengkaji lain (Ming & Martin, 1996; Kirschenbaum et al, 1998; Papaioannou et al., 2004; Mamassis & Doganis, 2004; Hamilton et al., 2007; Hatzigeorgiadis et al., 2009). Walaupun begitu, seperti yang telah dinyatakan di dalam bab pengenalan, masih kurang kajian yang mengkaji kesan self-talk ini dalam sukan futsal. Jadi, melalui kajian secara kualitatif menggunakan kaedah temubual ini dapat dinyatakan bahawa self-talk yang diaplikasikan dalam sukan futsal ini mampu meningkatkan motivasi, prestasi dan juga mampu mengawal kebimbangan.

Para responden yang juga merupakan pemain futsal universiti di salah sebuah universiti di Malaysia ini berpendapat bahawa penggunaan self-talk tidak seharusnya terhad di dalam sukan futsal sahaja. Mereka berpendapat ianya perlu dilakukan dalam apa juga jenis sukan ataupun aktiviti fizikal. Ini kerana, setiap sukan tersebut akan melibatkan psikologi dan fizikal, jadi self-talk akan dapat meningkatkan kekuatan mental mereka untuk menampilkan prestasi yang jauh lebih baik (Thelwell et al., 2009; Perkos et al., 2002; Holt, 2003; Harvey et al., 2002; Rogerson & Hrycaiko, 2002; Papaioannou et al., 2004; Mamassis & Doganis, 2004). Ada juga responden yang berpendapat bahawa self-talk ini tidak hanya terhad dalam kegiatan sukan sahaja, ianya juga perlu di luar kegiatan sukan seperti dalam pembelajaran, percintaan, persahabatan pendek kata ianya perlu dalam kehidupan seharian manusia (Lane et al., 2009).

Penggunaan Positif Self-talk dalam Kalangan Pemain Futsal Universiti

79

CADANGAN Justeru, daripada dapatan kajian yang diperoleh pengkaji memberikan beberapa cadangan untuk kajian seterusnya berkaitan self-talk di dalam sukan futsal ini. Pertama, kajian ini merupakan kajian kualitatif iaitu menjalankan kaedah temubual kepada responden jadi, pada masa akan datang lakukan kajian yang berasaskan kuantatif iaitu menggunakan soal selidik untuk melihat kesan penggunaan self-talk ini dalam kalangan pemain futsal universiti. Dan akhir sekali, kajian ini hanya melibatkan responden lelaki, justeru, pada masa akan datang jalankan kajian berkaitan dengan self-talk dalam kalangan pemain futsal wanita.

RUJUKANBarbero-Alvarez, J. C., Soto, V. M., Barbero-Alvarez, V., & Granda-Vera, J.

(2008). Match analysis and heart rate of futsal players during competition.

Journal of Sports Sciences, 26(1), 63-73.

Gammage, K. L., Hardy, J., & Hall, C. R. (2001). A description of self-talk in

exercise. Psychology of Sport and Exercise, 2, 233–247.

Gould, D., Finch, L. M., & Jackson, S. A. (1993). Coping strategies used by

national champion figure skaters. Research Quarterly for Exercise and Sport,

64, 453–468.

Hamilton, R. A., Scott, D., & MacDougall, M. P. (2007). Assessing the effectiveness

of self-talk interventions on endurance performance. Journal of Applied Sport

Psychology, 19(2), 226-239.

Hardy, L., Jones, G., & Gould, D. (1996). Understanding Psychological

Preparation For Sport: Theory And Practice Of Elite Performers. Chichester,

UK: Jones Wiley & Sons.

Hardy, J., Gammage, K., & Hall, C. R. (2001). A description of athlete self-talk.

The Sport Psychologist, 15, 306 – 318.

Harvey, D. T., Van Raalte, J. L., & Brewer, B. W. (2002). Relationship between

self-talk and golf performance. International Sports Journal, 6, 84–91.

Hatzigeorgiadis, A., Theodorakis, Y., & Zourbanos, N. (2004). Self-talk in the

swimming pool: The effects of self-talk on thought content and performance

on water-polo tasks. Journal of Applied Sport Psychology, 16, 138–150.

Kajian Sukan di Malaysia

80 81

Hatzigeorgiadis, A., Zourbanos, N., Goltsios, C., & Theodorakis, Y. (2008).

Investigating the functions of self-talk: The effects of motivational self-talk

on self-efficacy and performance in young tennis players. Sport Psychologist,

22(4), 458-471.

Hatzigeorgiadis, A., Zourbanos, N., Mpoumpaki, S., & Theodorakis, Y. (2009).

Mechanisms underlying the self-talk-performance relationship: The effects of

motivational self-talk on self-confidence and anxiety. Psychology of Sport and

Exercise, 10(1), 186-192.

Johnson, J. J. M., Hrycaiko, D. W., Johnson, G. V., & Halas, J. M. (2004). Self-Talk

and female youth soccer performance. Sport Psychologist, 18(1), 44-59.

Kirschenbaum, D. S., Ordman, A. M., Tomarken, A. J., & Holtzbauer, R.

(1982). Effects of differential self-monitoring and level of mastery on sports

performance: Brain power bowling. Cognitive Therapy and Research, 6, 335–

342.

Kirschenbaum, D. S., Owens, D., & O’Connor, A. (1998). Smart golf: Preliminary

evaluation of a simple, yet comprehensive, approach to improving and scoring

the mental game. The Sport Psychologist, 12, 271–282.

Lane, A. M., Thelwell, R. C., Lowther, J., & Devonport, T. J. (2009). Emotional

intelligence and psychological skills use among athletes. Social Behavior and

Personality: An International Journal, 37, 195-201.

Mamassis, G.,& Doganis, G. (2004). The effects of a mental training program on

juniors’ pre-competitive anxiety, self-confidence, and tennis performance.

Journal of Applied Sport Psychology, 16, 118–137.

Ming, S., & Martin, G. L. (1996). Single-subject evaluation of a self-talk package

for improving figure skating performance. The Sport Psychologist, 10, 227–

238.

Papaioannou, A., Ballon, F., Theodorakis, Y., & Auwelle, Y. V. (2004). Combined

effect of goal setting and self-talk in performance of a soccer-shooting task.

Perceptual and Motor Skills, 98, 89–99.

Perkos, S., Theodorakis, Y., & Chroni, S. (2002). Enhancing performance and

skill acquisition in novice basketball players with instructional self-talk. The

Sport Psychologist, 16, 368–383.

Rogerson, L. J., & Hrycaiko, D.W. (2002). Enhancing competitive performance

of ice hockey goaltenders using centering and self-talk. Journal of Applied

Sport Psychology, 14, 14–26.

Penggunaan Positif Self-talk dalam Kalangan Pemain Futsal Universiti

81

Thelwell, R. C., Greenlees, I. A., & Weston, N. J. V. (2009). The influence of game

location and level of experience on psychological skill usage. International

Journal of Sport & Exercise Psychology, 7(2), 203-211.

Theodorakis, Y., Weinberg, R., Natsis, P., Douma, I., & Kazakas, P. (2000). The

effects of motivational and instructional self-talk on improving motor

performance. The Sport Psychologist, 14, 253 – 271.

Van Raalte, J. L., Brewer, B. W., Rivera, P. M., & Petitpas, A. J. (1994). The

relationship between observable self-talk and competitive junior tennis

players’ match performance. Journal of Sport and Exercise Psychology, 16,

400 – 415.

Van Raalte, J. L., Brewer, B.W., Lewis, B. P., Linder, D. E.,Wildman, G., & Kozimor,

J. (1995). The effects of positive and negative self-talk on dart throwing

performance. Journal of Sport Behavior, 18, 50–58.

83

Bab 6

Umur Kematangan dan Hubungannya dengan Penglibatan Atlet Wanita dalam Sukan

Mohd Rozilee Wazir Norjali Wazir, Saidon Amri dan Aris Fazil Haji Ujang

PENDAHULUANKajian ini bertujuan untuk menentukan kaitan umur kematangan dengan penglibatan atlet wanita dalam aktiviti sukan. Menurut Malina (1983), kematangan seseorang individu akan memberi kesan terhadap hubungan di antara aktiviti fizikal dan kecergasan seseorang. Kematangan merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi peningkatan prestasi kecergasan fizikal seseorang dan kematangan bagi setiap individu adalah berbeza. Namun begitu, bagi atlet wanita, gaya hidup dan latihan yang berterusan amat mempengaruhi kecergasan fizikal mereka.

Umur kematangan digunakan sebagai petunjuk kematangan bagi atlet wanita. Umur minarki merujuk ke waktu atau usia ketika subjek pertama kali mengalami haid. Seramai 100 orang wanita terlibat di dalam kajian ini iaitu 50 orang terdiri daripada atlet kebangsaan dan atlet pelapis wanita kebangsaan yang terlibat dalam pelbagai sukan (G1). Manakala 50 orang wanita lagi merupakan subjek yang dipilih secara rawak (G2). Setiap subjek diminta untuk mengisi borang soal selidik tentang umur kematangan (bila), penglibatan sukan (jenis sukan, tahap penglibatan, aktif atau tidak aktif), dan juga mengenai penglibatan keluarga mereka dalam sukan.

Tahap penglibatan remaja perempuan dalam aktiviti fizikal atau sukan adalah tidak sama dengan tahap penglibatan remaja lelaki. Terdapat perbezaan yang ketara antara lelaki dan perempuan dari segi bentuk fizikal seperti rupa tubuh dan rangka tulang serta dari segi fisiologi seperti fungsi

Umur Kematangan dan Hubungannya dengan Penglibatan Atlet Wanita dalam Sukan

83

khas wanita untuk melahirkan anak tetapi boleh disesuaikan dengan aktiviti fizikal (Mohd Salleh Aman, 2005). Dari segi fizikal, lelaki dan perempuan mempunyai keupayaan yang lebih kurang sama sebelum mencapai akil baligh. Dari segi sosial pula, perempuan seringkali terpaksa mengambil alih peranan dan tugas seorang wanita.

Secara umumnya, prestasi fizikal seseorang individu meningkat apabila umur meningkat (Malina & Katzmarzyk, 2006). Oleh yang demikian, kematangan seseorang remaja merupakan faktor utama yang menentukan penglibatan seseorang dalam sukan. Menurut Malina, atlet muda biasanya dipilih berdasarkan kemahiran asas, tetapi saiz dan bentuk badan juga dinilai dari masa ke semasa (Malina, 1983). Malina dan Bouchard (1991), menyatakan bahawa kematangan dan tumbesaran seseorang individu akan mempengaruhi prestasi fizikal seseorang. Kedua-dua pernyataan tersebut adalah berdasarkan kepada status kematangan seseorang. Menurut Clarke (1971), umur berkait rapat dengan perubahan prestasi motor. Selain daripada itu, kita sedia maklum bahawa kanak-kanak lelaki yang melalui proses kematangan lebih awal akan lebih berjaya dalam bidang sukan dan aktiviti motor kerana peningkatan jisim otot dan juga kekuatannya. Tetapi bagi kanak-kanak perempuan pula, mereka yang lewat mengalami kematangan (age of minarchy), kebiasaannya akan menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam aktiviti sukan berbanding dengan mereka yang awal mengalami proses kematangan (Malina et al., 1979). Di dalam kajian ini, fokus adalah kepada kematangan perempuan dalam mempengaruhi tahap dan penglibatan wanita dalam bidang sukan.

Kematangan biologikal perempuan boleh diukur dengan salah satu proses kematangan seksual iaitu mengenal pasti umur kematangan (umur minarki) yang merujuk kepada waktu pertama bagi seorang gadis remaja mengalami haid. Waktu atau usia ketika gadis tersebut mengalami haid pertama merupakan petunjuk terbaik kepada kematangan seksual seseorang gadis (Malina & Bielicki, 1996). Di samping itu, umur minarki (waktu mengalami haid pertama) merupakan petunjuk terbaik bagi menentukan kematangan biologikal dan juga sesuai digunakan untuk melihat perkembangan dan prestasi seseorang (Claessens et al., 2002; Malina & Beunen, 1996)

Kajian Sukan di Malaysia

84 85

PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENGUKURANPelaksanaan pentaksiran, pengujian dan pengkuran telah melibatkan 100 orang wanita. Mereka yang telah dibahagi kepada dua kumpulan iaitu pertama (G1) seramai 50 orang subjek yang terlibat dalam sukan kompetitif yang merupakan atlet kebangsaan ataupun atlet pelapis kebangsaan yang bersekolah di Sekolah Sukan Bukit Jalil dan mereka sekurang-kurangnya pernah terlibat atau bermain di peringkat kebangsaan. Manakala bagi kumpulan kedua (G2) pula melibatkan 50 orang subjek yang dipilih secara rawak tanpa mengetahui penglibatan mereka dalan bidang sukan. Kumpulan kedua (G2) merupakan bukan atlet kebangsaan ataupun atlet pelapis kebangsaan yang mempunyai pelbagai latar belakang yang berbeza-beza. Subjek diminta mengisi borang soal selidik bagi mengetahui waktu pertama mereka mendapat haid dan juga latar belakang sukan subjek.

Instrumen dan Lokasi KajianBorang soal selidik diserahkan kepada subjek untuk dilengkapkan bagi mengetahui maklumat penting seperti usia ketika mengalami haid pertama (umur minarki); waktu, jenis dan tahap penglibatan dalam sukan; status penglibatan dalam sukan pada masa kini dan penglibatan keluarga subjek dalam bidang sukan. Bagi G1, maklumat diperoleh sekitar Sekolah Sukan Bukit Jalil dan kawasan latihan atlet di Bukit Jalil. Manakala, maklumat G2 diperolehi secara rawak di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

UMUR KEMATANGAN DAN PENGLIBATAN ATLETData kajian dianalisis secara deskriptif. Jadual 6.1 menunjukkan analisis deskriptif bagi min umur kematangan (umur pertama kali mengalami haid). Dapatan data menunjukkan min umur minarki bagi G1 ialah 157 bulan dan min umur minarki bagi G2 adalah 149.

Umur Kematangan dan Hubungannya dengan Penglibatan Atlet Wanita dalam Sukan

85

Jadual 6.1 Statistik deskriptif bagi min umur minarki mengikut kumpulan subjek

Kumpulan subjek

Minima (bulan) Maksimum (bulan) Min (bulan) SD

G1 (n=50) 113 209 157 18.99

G2 (n=50) 109 200 149 15.89

Berdasarkan Rajah 6.1, adalah diandaikan bahawa subjek kumpulan G1 matang lebih lewat daripada kumpulan G2. Hasil analisis menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi G1 dan G2 iaitu (t(98)=2.25, p<.05).

Jadual 6.2 Analisis Independent sample t-test bagi umur minarki dengan status subjek

Kumpulan/Status Min SD t df P

Umur Minarki Atlet kebangsaan (n=50)

157 18.99 2.25 98 .026*

Bukan Atlet kebangsaan (n=50)

149 15.85

* p < .05

Jadual 6.3 menunjukkan analisis regresi umur minarki subjek dan tahap penglibatan subjek dalam bidang sukan. Merujuk kepada Jadual 6.3, umur minarki mempunyai hubungan dengan tahap penglibatan subjek dalam bidang sukan. Umur minarki (R2 =.056) menyumbang sebanyak 5.6% varian kepada tahap penglibatan wanita dalam bidang sukan. Analisis ini menunjukkan memang terdapat hubungan di antara umur minarki (umur pertama kali mendapat haid) dengan tahap penglibatan subjek dalam bidang sukan.

Kajian Sukan di Malaysia

86 87

Jadual 6.3 Analisis regresi umur minarki dan tahap penglibatan subjek dalam sukan

Β R2 F

Umur Minarki Tahap Penglibatan .237 .056 5.83*

*p<.05

KESIMPULANDapatan kajian ini menunjukkan kematangan mempengaruhi penglibatan wanita dalam sukan. Maka tanggapan boleh dibuat bahawa kematangan mempengaruhi wanita dalam penglibatan sukan. Kajian yang dilakukan oleh Malina, Bouchard dan Bar-or, (2007) menunjukkan bahawa individu yang mengalami proses kematangan awal akan mempunyai prestasi fizikal yang lebih baik. Namun demikian, tidak semua remaja mengalami proses kematangan yang sama walaupun mempunyai umur kronologi yang sama. Analisis data menunjukkan bahawa umur kematangan (minarki) wanita mempengaruhi penglibatan wanita dalam bidang sukan.

Analisis deskriptif menunjukkan terdapat perbezaan min umur bagi kumpulan G1 dan juga G2. Kumpulan G1 mencatatkan min 157 bulan, manakala G2 pula mencatatkan min 149. Ini menunjukkan bahawa G1 merupakan kumpulan yang lambat berbanding dengan G2. G1 merupakan kumpulan subjek yang terdiri daripada atlet kebangsaan dan atlet pelapis kebangsaan. Oleh itu, kelewatan mengalami proses kematangan (umur minarki) mempengaruhi penglibatan atlet dalam bidang sukan. Oleh yang demikian, semakin lambat seseorang itu mengalami proses kematangan (umur minarki), semakin lama seseorang itu akan terlibat dengan sukan kerana perubahan fisiologi badan akan berlaku dengan lambat. Perkara ini akan memberi peluang kepada atlet untuk melibatkan diri dalam sukan dengan lebih lama dan peluang untuk menyertai sukan di tahap tinggi adalah lebih cerah. Dapatan ini selari dengan hasil kajian yang dilakukan oleh Malina et al. (1979), yang mengatakan remaja yang lewat mengalami kematangan (age of minarchy), kebiasaannya akan menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam aktiviti sukan berbanding dengan mereka yang awal mengalami proses kematangan.

Umur Kematangan dan Hubungannya dengan Penglibatan Atlet Wanita dalam Sukan

87

Selain itu, analisis Independent sample t-test bagi umur minarki dengan status subjek menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi kajian ini. Nilai p=.026 menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan diantara atlet kebangsaan (G1) dan bukan atlet kebangsaan (G2) dengan umur minarki mereka. Kajian yang dilakukan oleh Malina et al. (2004), menyatakan dalam suatu kronologi kumpulan umur, remaja yang cepat matang dalam seksual dan skeletal mempunyai kekuatan, kuasa dan kelajuan yang lebih baik berbanding dengan remaja yang lambat matang dari segi seksual dan skeletal. Prestasi kemahiran motor yang baik akan memberi peluang kepada remaja untuk melibatkan diri dalam tahap sukan yang lebih tinggi.

Analisis regresi antara umur monarki subjek dan juga tahap penglibatan subjek menunjukkan bahawa terdapat hubungan diantara umur minarki subjek dan tahap penglibatan subjek. Nilai β=.237 menunjukkan bahawa semakin lewat kematangan (haid pertama) semakin tinggi tahap penglibatan atlet dalam bidang sukan. Menurut Malina (1983), kematangan seseorang individu akan memberi kesan terhadap hubungan di antara aktiviti fizikal dan kecergasan seseorang. Oleh itu, dalam kajian ini jelas sekali umur kematangan mempunyai hubungan dengan penglibatan wanita dalam sukan.

Kesimpulan daripada kajian ini ialah umur kematangan memainkan peranan penting dalam penglibatan wanita dalam bidang sukan. Selain itu, umur kematangan juga mempengaruhi tahap penglibatan atlet wanita dalam bidang sukan. Perlu diketahui juga bahawa proses kematangan di antara lelaki dengan perempuan adalah berbeza.

CADANGAN Selain daripada kematangan, faktor lain seperti gaya hidup, latihan berterusan dan pengaruh persekitaran juga mempengaruhi penglibatan wanita dalam bidang sukan. Oleh yang demikian, faktor umur kematangan perlu diambil kira semasa memilih atlet perempuan dan gaya hidup yang sihat perlu diamalkan bagi memastikan penglibatan perempuan dalam bidang sukan akan berterusan.

Kajian Sukan di Malaysia

88

RUJUKANClarke, H. H. (1971). Physical and motor tests in the medford boys growth study.

Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall.

Claessens. A. L., Bourgois. J., Beunen. G., Phillippaerts. R., Thomis. M., &

Lefevre. J.,

Loos. R. J. E., & Vrijiens. J. (2002). Age at menarche in relation to anthropometric

characteristics, competition level and boat category in elite junior rowers.

Annals of Human Biology, 2003, 30 (2), 148-159.

Malina, R M & Katzmarzyk, P. T. (2006). Physical activity and fitness in an

international growth standard for preadolescent and adolescent children. Food

and Nutrition Bulletin, 27 (4), 35-42.

Malina, R. M., (1983). Menarche in athletes: A synthesis and hypothesis. Annals

of Human Biology, 10, 1–24.

Malina, R. M., & Bouchard, C., (1991). Growth, maturation, and physical activity.

Champaign,IL: Human Kinetics Books.

Malina, R.M., Bouchard, C.,Shoup, R.F., Demirjian, A., & Lariviere, G., (1979).

Age at menarche, family size, and birth order in athletes at the Montreal

Olympic Games, 1976. Medicine and Science in Sports, 11, 354–358.

Malina, R. M., & T. Bielicki (1996). Retrospective longitudinal growth study of

boys and girls active in sports. Human Kinetics Publishers, Inc.

Malina, R. M., & Beunen, G., (1996). Monitoring of growth and maturation.

In the child and adolescent athlete, edited by O. Bar-Or (London: Blackwell

Science), 647–672.

Malina, R. M., Bouchard C., & Bar-or O., (2007). Growth, maturation, and

physical activity (3rd Ed.). United States. Human Kinetics.

Malina, R.M., Eisenmann, J.C., Cumming, S.P., Ribeiro, B., & Aroso, J., (2004).

Maturity-associated variation in the growth and functional capacities of youth

football (soccer) players 13–15 years. 91, 555–562.

Mohd. Salleh Aman (2005). Sukan Dalam Masyarakat Malaysia. Kuala Lumpur:

Penerbit Universiti Malaya.

Bab 7

Penilaian Masa Pengajaran Pendidikan Jasmani Selama 40 Minit

di Sekolah Menengah

Siti Zarifah Alauddin, Soh Kim Geok, Soh Kim Lam, Roxana Dev Omar Dev dan Muhammad Fairus Hassan

PENDAHULUANSecara amnya, proses pengajaran adalah suatu siri aktiviti yang dituju kepada pelajar dengan tujuan untuk membawa perubahan tingkah laku yang kekal dalam kalangan mereka. Justeru, perancangan guru merupakan aspek yang perlu dititikberatkan kerana ia akan menyumbang ke arah perubahan yang diinginkan. Guru perlu bertanggungjawap terhadap perancangan pengajaran yang dibuat dan dalam masa yang sama juga memainkan peranan untuk mengatasi sebarang isu atau masalah yang dihadapi ketika dalam proses pembelajaran dan pengajaran berlaku (Donetta & Cothran, 2010).

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melalui arahan Pekeliling KPM telah menggariskan bahawa matlamat Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) adalah untuk membolehkan pelajar menjadi sihat, cergas dan produktif melalui pemupukan nilai, sikap, pengetahuan dan amalan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan sehari-harian (Kementerian Pelajaran Malaysia, 1995, 1998a, 1998b). Dalam hal ini, dua perkara khusus ditegaskan iaitu (1) pengajaran kesihatan asas yang merangkumi langkah-langkah pencegahan awal dan peningkatan kesihatan; dan (2) kecergasan jasmani keseluruhan menerusi latihan kecergasan, permainan, olahraga dan pergerakan kreatif. Kedua-dua perkara tersebut diberi penegasan memandangkan kebanyakan masalah kesihatan yang dihadapi

Kajian Sukan di Malaysia

90 91

sekarang adalah berpunca daripada amalan diri sendiri. Oleh itu, kejayaan dalam pemeliharaan kesihatan diri dan cara hidup yang selamat berkait rapat dengan sikap, ikhtiar serta amalan hidup seharian. Ini seterusnya diharap akan membawa kepada kesedaran bahawa pentingnya usaha dalam memelihara kesihatan yang berpanjangan untuk kesejahteraan masyarakat dan negara.

PELAKSANAAN PJ DI SEKOLAH MALAYSIADalam Kurikulum Lama Sekolah Menengah (KLSM), matapelajaran PJ telah mengalami ketidakstabilan baik dari segi penghayatan pelajar mahupun dari segi sokongan masyarakat secara umum. Gejala tersebut muncul terutamanya disebabkan oleh pembaharuan dasar pendidikan yang telah dicadangkan gagal membangkitkan beberapa isu, dan hal ini telah melemahkan program PJ di peringkat sekolah menengah. Kegagalan ini secara keseluruhannya juga telah mengurangkan nilai kepentingan PJ dalam kurikulum sekolah, baik di peringkat menengah atau rendah mahupun di peringkat institut pengajian tinggi. Namun, pada tahun PJ telah mengembalikan kredibilitinya dengan terbentuknya Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). PJ diperkenalkan di Tingkatan Satu pada tahun 1988 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1998b). Dari segi pengajaran PJ, perubahan ini diharap dapat membantu mata pelajaran PJ mencapai matlamat PJ dengan lebih menyeluruh. Antara aspek yang dikenalpasti dalam kandungan kurikulum bari ini adalah (a) pembelajaran kognitif (b) pemaduan dan (c) penguasaan pembelajaran (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1998b; Yusuff, 1992).

MASA PENGAJARAN PJ DI SEKOLAHSurat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil.25/1998 memaklumkan bahawa peruntukan masa bagi mata pelajaran PJ di sekolah menengah adalah sebanyak 60 waktu setahun dan setiap waktu adalah sebanyak 40 minit (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1998). Masa yang diperuntukkan dalam Jadual 7.waktu PJ di sekolah menengah hendaklah dimanfaatkan sepenuhnya dengan masa pembelajaran. Walau bagaimanapun, pihak sekolah dibenarkan untuk menggabungkan masa pengajaran dalam jadual

Penilaian Masa Pengajaran Pendidikan Jasmani Selama 40 Minit di Sekolah Menengah

91

waktu anjal. SPI Bil.10/1995 memaklumkan penyusunan jadual waktu hendaklah berdasarkan prinsip memberikan waktu yang lebih panjang dan bergabung bagi sesuatu mata pelajaran pada hari berkenaan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1995).

Sesi pembelajaran PJ juga tidak terkecuali daripada pelaksanaan waktu anjal ini. Oleh yang demikian, masa pengajaran dan pembelajaran menjadi 80 minit secara berterusan dan diajar sekali seminggu atau masa P&P PJ menjadi 40 mint dan diajar 2 kali seminggu. Namun begitu, isu sama ada PJ perlu diajar 40 minit atau 80 minit tetap menimbulkan persoalan seperti apakah masa pengajaran 40 minit itu sesuai atau terlalu singkat untuk mengajar mata pelajaran PJ yang memerlukan pelajar untuk menyalin pakaian, menyediakan peralatan dan perubahan lokasi pengajaran. Tambahan pula terdapat pelbagai komponen kecergasan dalam PJ yang perlu diterapkan dalam pengajaran guru dan tempoh masa 40 minit ini. Jangka masa yang amat terhad ini amat dirasai jika dibandingkan dengan tindakan sesetengah sekolah yang melaksanakan Jadual 71 .anjal dimana pengajaran PJ dijalankan selama 80 minit bagi satu sesi pengajaran. Selain daripada itu, pertikaian sama ada objektif PJ yang melibatkan pelbagai domain ini mampu dicapai dalam masa yang singkat ini. Umumnya mata pelajaran PJ adalah satu-satunya mata pelajaran yang memberi fokus terhadap lebih daripada dua domain iaitu kognitif, afektif dan psikomotor (Rink, 2002).

Selain masa, kekangan dari segi sumber manusia juga menjadi salah satu faktor menyebabkan pelaksanaan mata pelajaran PJ di sekolah berhadapan dengan pelbagai masalah. Dalam hal ini, didapati bahawa terdapat sekolah yang menggunakan guru bukan ospyen untuk mengajar PJ. Ini memberi kesan terhadap hasrat dan matlamat pengajaran dan pembelajaran PJ yang ingin dicapai. Ini seterusnya mengundang spekulasi tentang keberkesanan mata pelajaran PJ dalam melahirkan pelajar yang cergas dari segi fizikal dan membawa kepada tanggapan bahawa mata pelajaran ini semakin tidak relevan untuk dijalankan di sekolah. Keberkesanan guru opsyen PJ sendiri dari segi pengajaran PJ selama 40 minit masih lagi menjadi persoalan. Adakah masa selama 40 minit ini mencukupi bagi mencapai objektif pengajaran yang pelbagai keadaan dirumitkan lagi dengan kehadiran guru bukan opsyen PJ yang tidak bertauliah serta berkemahiran dalam mengajar

Kajian Sukan di Malaysia

92 93

mata pelajaran PJ di sekolah. Adakah guru bukan opsyen ini mempunyai kompetensi dari segi ilmu teori dan praktikal yang diperlukan. Dalam hal ini, dapatan yang diperoleh berdasarkan kajian yang dijalankan dibawah bakal memberikan justifikasi yang jelas berkenaan dengan isu ini.

PERBEZAAN MASA PENGAJARAN PJ GURU OPSYEN DAN BUKAN OPSYENSekiranya diteliti kepada item atau kriteria pengajaran dan pembelajaran yang dibentuk, aspek penggunaan masa yang berkesan dalam sesi pengajaran PJ di sekolah adalah ke arah pencapaian matlamat memperoleh pengajaran berkesan. Penekanan terhadap kepentingan ke arah pengajaran yang berkesan akan membolehkan matlamat melahirkan pelajar dan masyarakat sihat dan cergas dalam kehidupan sebenar atau apabila mereka keluar daripada alam persekolahan dicapai. Ini bersesuaian dengan kajian lampau yang menunjukkan bahawa apabila kanak-kanak tidak diberikan pendedahan terhadap aktiviti fizikal, mereka cenderung menjadi individu yang tidak aktif dan akan mengalami masalah obesiti apabila dewasa kelak (Rzehak & Heinrich, 2006). Rumusan kajian ini menjelaskan bahawa perlakuan aktiviti pada zaman remaja atau di peringkat awal tumbesaran kanak-kanak mempengaruhi perlakuan aktiviti fizikal ketika mereka di usia dewasa dan tua.

Kaitan antara perlakuan fizikal dan pengalaman yang diterima oleh setiap pelajar semasa zaman persekolahan dalam pengajaran dan pembelajaran PJ akan mempengaruhi gaya hidup aktif ataupun sedentari mereka pada zaman remaja, dewasa dan di usia tua. Faedah pelaksanaan aktiviti fizikal secara kerap sudah sedia maklum berikutan pelbagai kajian dilakukan mendapati selain dapat meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan, individu juga akan mengalami kesan jangka panjang seperti tulang yang lebih tumpat, kekuatan terhadap komposisi tulang lebih berbanding individu yang kurang bersenam (Gerdhem et al., 2003; Nordstrom et al., 2005). Kesan kepada amalan gaya hidup sihat dan kecergasan selepas para remaja meninggalkan alam persekolahan juga berkait rapat dengan hasil atau bagaimana pendedahan yang diterima mereka semasa di sekolah. Ini termasuklah tahap keaktifan mereka semasa

Penilaian Masa Pengajaran Pendidikan Jasmani Selama 40 Minit di Sekolah Menengah

93

melakukan program fizikal atau aktiviti bercorak kesukanan semasa mereka bersekolah dahulu. Kesemua ini penting bagi membuktikan bahawa dengan wujudnya satu sistem PJ yang berkesan di sekolah akan membawa kepada satu amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat selepas pelajar meninggalkan alam persekolahan mereka. Keadaan ini adalah amat penting memandangkan kebanyakan penyakit yang berkaitan dengan gaya hidup pada masa kini misalnya penyakit jantung, stroke dan kencing manis adalah berpunca daripada kehidupan yang tidak aktif ataupun sedenteri (Ismail et al., 2002: Khor et al., 1991; Robaayah, 2004). Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh penulis, memang tidak dinafikan terdapat perbezaan penggunaan masa di antara guru opsyen dan bukan opsyen ketika mengajar matapelajaran PJ di sekolah.

Berdasarkan Jadual 7.1, terdapat beberapa kesimpulan awal yang boleh dibuat dalam menjawab pertikaian bukan opsyen mengajar mata pelajaran PJ di sekolah. Dalam hal ini, didapati bahawa terdapat perbezaan yang ketara dari segi mata pelajaran PJ yang diajar oleh guru opsyen PJ berbanding dengan guru bukan opsyen keadaan ini mengesahkan lagi pandangan yang mengatakan bahawa mata pelajaran PJ di sekolah perlu dan sepatutnya hanya diajar oleh guru opsyen PJ sahaja. Guru opsyen PJ didapati berupaya untuk mengajar dengan lebih konsisten dan bersistematik jika dibandingkan dengan guru bukan opsyen yang didapati hanya menekankan aspek permainan kecil semasa sesi pengajaran mereka. Guru opsyen PJ juga amat menekankan aspek ansur maju dalam pengajaran mereka yang langsung tidak diberi perhatian oleh guru bukan opsyen.

Perbezaan dari segi pengajaran di antara guru opsyen PJ dan bukan opsyen PJ ini mengukuhkan lagi kenyataan yang dikemukakan oleh Julismah (2006) yang mengatakan bahawa guru bukan opsyen tidak memiliki ilmu konten yang tinggi dan mencukupi untuk mengajar mata pelajaran PJ di sekolah. Kekangan ini telah menyebabkan mereka kurang berminat untuk mengajar mata pelajaran PJ dengan bersungguh-sungguh. Akibatnya, dalam jangka masa panjang pelajar sendiri yang akan mengalami kerugian kerana tidak didedahkan dengan kemahiran fizikal dan kemahiran sukan yang sepatutunya mereka kuasai di bangku sekolah. Keadaan ini mungkin boleh menyumbang ke arah kemerosotan amalan kesihatan dan kecergasan dalam kalangan masyarakat Malaysia di

Kajian Sukan di Malaysia

94 95

masa hadapan. Justeru itu, langkah-langkah yang sepatutnya perlu dibuat awal agar perkara ini dikenalpasti dan diatasi secepat mungkin. Perincian perbandingan antara pengajaran dan pembelajaran guru opsyen PJ dan bukan opsyen selama 40 minit ditunjukkan dalam Jadual 7.1.

Penilaian Masa Pengajaran Pendidikan Jasmani Selama 40 Minit di Sekolah Menengah

95

Jadu

al 7

.1 P

erba

ndin

gan

peng

guna

an m

asa

40 m

init

dal

am p

enga

jara

n da

n pe

mbe

laja

ran

PJ

anta

ra g

uru

opsy

en

dan

buka

n op

syen

PJ

Bil

Akt

ivit

iO

psye

n P

JB

ukan

Ops

yenP

JPe

rbez

aan

Mas

a

Min

(min

it)

%M

in(m

init

)%

Min

(min

it)

%

1Pe

ngur

usan

kel

as/p

elaj

ar3.

649.

105.

4613

.65

1.82

4.55

*

2Pe

ngur

usan

per

alat

an.

1.66

4.15

2.53

6.32

0.87

2.17

3Pe

nera

ngan

gur

u.2.

325.

803.

318.

270.

992.

47

4M

eman

aska

n ba

dan.

4.61

11.5

21.

884.

702.

736.

82*

5D

emon

stra

si.

2.06

5.15

2.26

5.65

0.20

0.50

6A

nsur

maj

u.4.

7711

.92

0.33

0.82

4.44

11.1

0*

7A

ktiv

iti b

erpa

sang

an /i

ndiv

idu/

kum

pula

n.2.

065.

152.

305.

750.

240.

60

8G

erak

ker

ja k

elas

/ per

mai

nan

keci

l.12

.43

31.0

715

.34

38.3

52.

917.

28*

9Pe

nila

ian.

2.03

5.07

0.40

1.00

1.63

4.07

*

10M

enye

jukk

an b

adan

.2.

756.

871.

924.

800.

832.

07

11M

enge

mas

per

alat

an.

1.67

4.17

4.27

10.6

72.

606.

50*

Mas

a A

ktif

30.7

176

.75

24.4

361

.07

6.28

15.6

8

Kajian Sukan di Malaysia

96 97

PENGURUSAN MASA GURU BERDASARKAN OPSYENPenulis telah menjalankan kajian terhadap guru opsyen dan guru bukan opsyen yang pernah mengajar mata pelajaran PJ di sekolah. Kajian ini menunjukkan bahawa guru opsyen PJ memperuntukkan masa bagi aktiviti aktif selama 30.71 minit (76.77%) berbanding guru bukan opsyen PJ yang hanya memperuntukkan masa bagi aktiviti aktif selama 24.43 minit (61.07%). Masa aktif merujuk kepada aktiviti seperti set induksi, ansur maju, demonstrasi, aktiviti berpasangan/ kumpulan, penilaian dan gerak kendur. Dalam hal ini, didapati bahawa guru opsyen PJ banyak memberikan fokus pengajaran dan pembelajaran terhadap aspek yang lebih penting misalnya aspek memanaskan badan, ansur maju dan penilaian. Manakala, guru bukan opsyen pula banyak menghabiskan masa pengajaran dan pembelajaran bagi aspek pengurusan peralatan misalnya menyimpan peralatan dan menguruskan kelas/pelajar.

Penulis juga mendapati bahawa guru bukan opsyen banyak menjalankan aktiviti gerak kerja kelas/permainan. Masa yang digunakan oleh guru bukan opsyen bagi aktiviti ini adalah lebih lama berbanding guru opsyen PJ. Keadaan ini berlaku bukan disebabkan guru bukan opsyen PJ banyak terlibat dalam sesi pengajaran dan pembelajar, tetapi lebih kepada membiarkan pelajar bermain secara kumpulan tanpa bimbingan. Dalam hal ini, didapati bahawa guru opsyen PJ secara keseluruhannya lebih konsisten dan dapat membahagikan masa antara aktiviti secara lebih seimbang agar semua elemen yang perlu diterap semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan tidak tertinggal.

Semasa melakukan aktiviti memanaskan badan, seorang guru perlu sedar bahawa aktiviti ini memainkan peranan yang penting kepada tubuh badan kerana ia memberi kesan terhadap penyediaan tubuh yang stabil untuk menanggung beban, mengurangkan kebarangkalian kecederaan dan penyediaan minda untuk menjalani latihan (Gerdhem et al., 2003; Nordstrom et al., 2005). Sesi memanaskan badan termasuk melakukan pergerakan aktif yang bertujuan untuk meningkatkan suhu badan, melakukan aktiviti-aktiviti regangan dan kelonggaran untuk mengurangkan risiko kecederaan serta melakukan latihan ringan dengan menggunakan pelbagai kemahiran teknikal bagi meraptai kemahiran-kemahiran yang akan dihadapi dalam permainan sebenar.

Penilaian Masa Pengajaran Pendidikan Jasmani Selama 40 Minit di Sekolah Menengah

97

Kajian ini juga melaporkan bahawa guru opsyen PJ menggunakan masa yang lebih panjang berbanding guru bukan opsyen semasa memanaskan badan. Sesi memanaskan badan amat penting terutamanya dalam mendidik pelajar supaya bersedia sebelum melakukan aktiviti fizikal. Kebanyakan guru tidak menyedari bahawa objektif pengajaran dan pembelajaran PJ di sekolah menengah yang telah dibentuk adalah memastikan bahawa pelajar mengenali fungsi tubuh badan, keperluan kesihatan dan kecergasan serta bertanggungjawab terhadap pemeliharan tahap kesihatan mereka secara berterusan (Kementerian Pelajaran Malaysia, 1995; Kementerian Pelajaran Malaysia 1998b). Oleh itu, bagi mencapai objektif, strategi pengajaran dan pembelajaran memerlukan para guru menerapkan unsur pedagogi seperti teknik ansur maju.

Kajian yang dijalankan oleh penulis memperlihatkan bahawa guru opsyen PJ banyak menggunakan teknik ansur maju dalam pengajaran mereka berbanding dengan guru yang bukan berlatar belakangkan PJ yang hanya menggunakan sedikit waktu dalam penerapan teknik tersebut atau tiada langsung. Ansur maju merupakan antara teknik yang penting dalam pengajaran PJ. Sesuatu kemahiran yang dipelajari melibatkan fasa-fasa tertentu yang perlu dikuasai mengikut kronologi. Tanpa ansur maju, adalah sukar bagi seseorang pelajar mempelajari sesuatu kemahiran.

Kajian yang dilakukan oleh Rachel dan Stuart (2010) mendapati bahawa seseorang individu itu perlu menghabiskan sekurang-kurangnya 60 minit sehari untuk melakukan aktiviti fizikal bagi menjamin tahap kesihatan dan dalam masa yang sama memupuk dan mengekalkan tahap kecergasan. Dalam hal ini, didapati masa yang diperuntukkan iaitu 40 minit dan sebanyak dua kali seminggu masih tidak mencukupi. Malah keadaan ini menjadi semakin kronik apabila banyak masa dalam waktu 40 minit itu difokuskan untuk aktiviti pengurusan berbanding aktiviti akademik. Kefahaman serta kemahiran berhubung kaedah latihan fizikal yang bersesuaian yang diperoleh oleh pelajar ketika alam persekolahan adalah amat penting dan diharapkan akan diteruskan apabila mereka tamat persekolahan. Guru memainkan peranan penting dari segi menanam sikap positif untuk melibatkan diri dalam aktiviti fizikal. Selain mengajar, perkara lain yang perlu diberi perhatian adalah bagaimana untuk mengekal

Kajian Sukan di Malaysia

98 99

atau meningkatkan tahap motivasi di kalangan pelajar bagi meneruskan gaya hidup yang aktif sepanjang masa (John et al., 2007; Maria, 2003).

MASA DEPAN MATAPELAJARAN PJ DI SEKOLAH Penggunaan masa yang tidak mencukupi telah mengakibatkan kesan pelaksanaan PJ di sekolah semakin kurang dirasai. Ini menyebabkan kepentingan mata pelajaran ini semakin kurang dan pelaksanaan mata pelajaran ini sudah semakin tidak relevan bagi sesetengah pihak. Keberkesanan pelaksanaan mata pelajaran PJ semakin dirasai akibat daripada penggunaan guru bukan opsyen untuk mengajar PJ di sekolah yang semakin berleluasa. Keadaan ini telah menyebabkan mata pelajaran PJ hilang kredibiliti di sekolah. Tambahan pula, mata pelajaran PJ adalah mata pelajaran bukan peperiksaan. Ini telah menyebabkan fokus pelajar sekolah dan pihak yang cenderung terhadap mata pelajaran peperiksaan telah mengabaikan mata pelajaran ini.

KESIMPULAN DAN IMPLIKASIKajian yang dilakukan oleh penulis menunjukkan bahawa penggunaan masa yang sistematik di samping tenaga pengajar yang berkemahiran amat penting bagi memastikan pelaksanaan program PJ di sekolah tidak seperti melepaskan batuk di tangga sahaja. Pengambilan guru-guru bukan opsyen bukan sahaja menyebabkan proses pengajaran yang tidak berkesan, malahan memberi kesan jangka panjang yang negatif terhadap persepsi pelajar dalam melakukan aktiviti fizikal di sekolah mahupun di luar waktu sekolah. Selain itu, tanggapan sesetengah pentadbir sekolah mengatakan mata pelajaran PJ tidak penting seterusnya memberi tugas kepada sesiapa sahaja untuk mengajar mata pelajaran berkenaan perlu diubah. Bukan semua guru boleh mengajar mata pelajaran PJ kerana matapelajaran ini bukan sekadar bermain, tetapi ia melibatkan aspek psikomotor, penerapan nilai (efektif) dan penggunaan minda (kognitif) dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Ini menuntut guru yang mempunyai ilmu konten dan berkemahiran sahaja untuk mengajar matapelajaran PJ bagi memastikan kualiti mata pelajaran PJ tidak merosot. Diharap melalui penggunaan tempoh masa pengajaran yang sesuai berserta guru yang bertauliah akan

Penilaian Masa Pengajaran Pendidikan Jasmani Selama 40 Minit di Sekolah Menengah

99

dapat membantu membentuk pelajar menjadi insan yang sihat akal, minda, rohani, emosi dan jasmani.

CADANGANKajian masa depan perlu melibatkan jumlah sampel yang lebih besar. Ini dapat membantu dalam mengeneralisasikan sampel kepada populasi. Kajian yang akan dijalankan juga perlu menguji minat pelajar terhadap guru bagi membandingkan kesan penggunaan masa dalam pengajaran PJ terhadap keupayaan pelajar dalam menguasai kemahiran fizikal. Selain itu, faktor-faktor lain yang berkemungkinan boleh mempengaruhi penggunaan masa seperti saiz kelas, jenis pelajar dan keupayaan pelajar juga perlu dipertimbangkan.

RUJUKAN Donetta, J., & Cothran, P. H. (2010). Classroom teachers and physical activity

integration. Teaching and Teacher Education, 1381-1388.

Gerdhem, P., Akesson, E. K., & Obrant, E. J. K. (2003). Effect of previous and

present physical activity on bone mass in elderly women. Osteoporos Int,

14,208–212.

John S., C., K., John, W., Kevin, M., Mike, M., & Terry, M. (2007). Efects of

motivational climate in Singaporean physical education lessons on intrinsic

motivation and physical activity intention. Personality and Individual

Diferences, 43, 1037–1049.

Julismah, J. (2006). Peranan Guru Dalam Memacu Pembangunan Sukan Di

Malaysia. Johor: Konvensyen Sukan Antarabangsa Teluk Danga, Johor Bharu.

Ismail, M. N., Chee, S. S., Nawawi, H, Yusoff, K., Lim, T. O., & James, W. T. P.

(2002). Obesity in Malaysia. Obesity Reviews, 3(3), 203-208.

Kementerian Pelajaran Malaysia (1995). Surat Pekeliling Ikhtisas. Bil. 10/1995,

Pelaksanaan Jadual 7.Waktu Anjal bagi Sekolah Rendah dan Menengah.

Kuala Lumpur, Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia (1998a). Surat Pekeliling Ikhtisas. Bil. 25/1998,

Pelaksanaan Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.

Kuala Lumpur, Malaysia.

Kajian Sukan di Malaysia

100

Kementerian Pendidikan Malaysia, (1998b). Sukatan Pelajaran Pendidikan

Jasmani. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Khoo, K. L., Tan. H., & Khoo, T. H. (1991). Cardiovascular mortality in Malaysia:

1950-1989. Medical Journal Of Malaysia, 46 (1), 7-19.

Maria, H. (2003). Examining factors associated with intrinsic motivation in

physical education: a qualitative approach. Psychology of Sport and Exercise,

211-223.

Nordstrom, A., Olsson, T. E., & Nordstrom, P. E. (2005) Bone gained from

physical activity and lost through detraining: A longitudinal study in young

males. Osteoporos Int, 16, 835–841

Rachel, M., & Stuart, J. F. (2010). Physical activity, lesson context and teacher

behaviours within the revised English National Curriculum for Physical

Education: A case study of one school. European Physical Education Review.

16, 1, 29–45.

Rink, J. E. (2002). Teaching Physical Education for learning (4th ed.). Boston:

Mc Graw Hill.

Robaayah, Z. (2004). Trends in cardiovascular diseases and risks factors in

Malaysia. International Congress Series. 1262, 446-449.

Rzehak, P., & Heinrich, J. (2006). Development of relative weight, overweight

and obesity from childhood to young adulthood. A longitudinal analysis of

individual change of height and weight. European Journal of Epidemiology,

21, 661–672.

Yusoff, I. (1992). Strategi Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan KBSM.

Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

aktiviti

demonstrasi 21, 23

fizikal 1

pengajaran 18, 20

amalan kesihatan 89, 93

anecdotal 58

antropometri 4-14, 33

atlet 66-68, 73, 75

kebangsaan 82, 84, 86-87

muda 83

pelapis wanita 82

wanita 82, 87

berfikiran

negatif 67

positif 67

bermain 20, 23-26

secara total 20, 25

ciri-ciri fizikal 33, 43, 45

Dasar Sukan Negara 21

daya tahan 33, 35, 44-45

kardiovaskular 7

duduk dan jangkau 33

faktor

bersaing 75

kematangan 1

rangsangan 75

fasa tumbesaran 2

fokus 71-74

gaya hidup

aktif 92

sihat 92-93

gerak kerja kelas 20, 23-25

gimnasium 18

Gross Motor Development Quotient (GMDQ) 57

guru opsyen PJ 19-26

ilmu konten 20-23, 25-26

imbangan dinamik 49

kecergasan

diri 25

fizikal 3-5, 7, 13-14

kekuatan

mental 67, 72-73, 78

otot 4

kemahiran

lokomotor 49-51, 57-59, 61-62

manipulatif 50-51, 57-59, 61-62

motor kasar 48

spesifik 48

Indeks

Kajian Sukan di Malaysia

102

kematangan biologi 1-14

kesan self-talk 67, 74-76, 78

keupayaan fizikal 30-32, 43-46

komposisi badan 2-3, 5-6, 11, 14

kriteria fizikal 14

kuasa dan kelajuan 31, 44

kumpulan

kawalan 50-61

rawatan 50, 58

lari

pecut 33

ulang alik 33

latihan kecergasan 89

lompat jauh berdiri 31, 33

lonjakan tumbesaran 30, 43

Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) 68

MANOVA 33, 37, 39

mata pelajaran PJ 17-21, 24, 26

mengawal kebimbangan 70-71, 76-78

meningkatkan suhu badan 96

motivasi 66, 70

objektif PJ 91

padang 18-19

pendidikan

jasmani 17, 27

sukan 21

penguasaan

kemahiran 52

masa 25

peralatan 96

peningkatan

kesihatan 89

keyakinan 76, 78

pentadbir sukan 32

pergerakan

aktif 96

kreatif 89

permainan

kecil 20, 23-25

olahraga 89

Tradisional Melayu 49

persediaan mental 72-73

positive self-talk 67-68, 70, 74, 76-78

prestasi 66-71, 73-78

fizikal 29

risiko kecederaan 21

sedenteri 93

sesi pengajaran 19, 24-25

sihat dan cergas 92

strategi pengajaran 97

sukan 21, 24

tekan tubi 33-34, 44

ujian bleep 33

Ujian Kematangan Biologi 6

umur kronologi 29, 31-32, 42, 45