Jurnal (Minggu 9

26
Jurnal (Minggu 9) Masalah Sepanjang minggu ini saya berdepan dengan pelbagai gelagat murid-murid yang agak merisaukan. Antara masalah yang paling ketara adalah berkaitan dengan hal kebersihan diri; merangkumi kebersihan pakaian, dan diri sendiri. Kebanyakan murid memandang enteng akan hal ini. Mereka tidak begitu mengambil berat tentang isu penjagaan diri. Ada di antara murid yang memakai pakaian sekolah yang tidak berbasuh selama 5 hari (Ahad hingga Khamis) dan tidak menyerika pakaian dan lain-lain. Pada pandangan saya, ini tidak sepatutnya berlaku kepada seorang murid sekolah. Mereka sewajarnya berpakaian kemas dan bersih. Namun, ia amat mendukacitakan apabila ada di kalangan mereka yang mempunyai masalah bau badan yang agak kuat sehingga boleh menyesakkan nafas orang di sekelilingnya. Masalah kebersihan ini bukan sekadar berlaku kepada murid Tahap 1, malahan ianya berlaku kepada murid di Tahap 2. Lebih menyedihkan apabila murid Tahun 6 yang sepatutnya menjadi contoh kepada mrid-murid lain juga berkeadaan yang sama. Sebagai seorang guru, saya menyifatkan keadaan ini dalam fasa membimbangkan dan perlu diatasi segera. Murid-murid sepatutnya berada dalam keadaan bersih dan selesa. Setelah itu, baru mereka boleh belajar dalam keadaan tenang dan bersemangat. Bau yang tidak menyenangkan akan mengganggu guru-guru dan rakan-rakan lain. Oleh yang demikian, masalah ini mesti diambil tindakan dan perlu diselesaikan secepat mungkin. Analisis masalah Kebersihan diri adalah antara elemen terpenting yang perlu dititikberatkan oleh setiap individu khususnya murid-murid sekolah. Lagipun, di sinilah mereka sepatutnya menjadikan ia suatu tabiat untuk berpakaian bersih dan kemas. Sekiranya murid-murid bersikap tidak endah dengan hal ini, mereka sememangnya boleh dianggap melanggar peraturan sekolah kerana setiap sekolah meletakkan syarat agar murid

Transcript of Jurnal (Minggu 9

Jurnal (Minggu 9)

Masalah

Sepanjang minggu ini saya berdepan dengan pelbagai gelagatmurid-murid yang agak merisaukan. Antara masalah yang palingketara adalah berkaitan dengan hal kebersihan diri;merangkumi kebersihan pakaian, dan diri sendiri. Kebanyakanmurid memandang enteng akan hal ini. Mereka tidak begitumengambil berat tentang isu penjagaan diri. Ada di antaramurid yang memakai pakaian sekolah yang tidak berbasuhselama 5 hari (Ahad hingga Khamis) dan tidak menyerikapakaian dan lain-lain.

Pada pandangan saya, ini tidak sepatutnya berlaku kepadaseorang murid sekolah. Mereka sewajarnya berpakaian kemasdan bersih. Namun, ia amat mendukacitakan apabila ada dikalangan mereka yang mempunyai masalah bau badan yang agakkuat sehingga boleh menyesakkan nafas orang disekelilingnya. Masalah kebersihan ini bukan sekadar berlakukepada murid Tahap 1, malahan ianya berlaku kepada murid diTahap 2. Lebih menyedihkan apabila murid Tahun 6 yangsepatutnya menjadi contoh kepada mrid-murid lain jugaberkeadaan yang sama.

Sebagai seorang guru, saya menyifatkan keadaan ini dalamfasa membimbangkan dan perlu diatasi segera. Murid-muridsepatutnya berada dalam keadaan bersih dan selesa. Setelahitu, baru mereka boleh belajar dalam keadaan tenang danbersemangat. Bau yang tidak menyenangkan akan menggangguguru-guru dan rakan-rakan lain. Oleh yang demikian, masalahini mesti diambil tindakan dan perlu diselesaikan secepatmungkin.

Analisis masalah

Kebersihan diri adalah antara elemen terpenting yang perludititikberatkan oleh setiap individu khususnya murid-muridsekolah. Lagipun, di sinilah mereka sepatutnya menjadikan iasuatu tabiat untuk berpakaian bersih dan kemas. Sekiranyamurid-murid bersikap tidak endah dengan hal ini, merekasememangnya boleh dianggap melanggar peraturan sekolahkerana setiap sekolah meletakkan syarat agar murid

berpakaian kemas ketika ke sekolah. Ini membuktikan bahawakebersihan sangat penting bagi murid-murid. Ahmad Sulaiman(2008) menyatakan:

”Kebersihan adalah salah satu tanda dari keadaan higiene yang baik.Manusia perlu menjaga kebersihan lingkungan dan kebersihan diri agarsihat, tidak bau, tidak menyebarkan kotoran, atau menularkan kumanpenyakit terhadap diri sendiri mahupun orang lain. Kebersihan badanmeliputi kebersihan diri sendiri, seperti mandi, menggosok gigi, mencucitangan, dan memakai pakaian yang bersih”.

Sementara itu, seperti yang kita semua sedia maklum, agamaIslam juga menitikberatkan soal kebersihan. Justeru, Islammeletakkan kebersihan sebagai sebahagian daripada Iman.Sahari Akim (2008) menyatakan dalam penulisannya bahawa:

”Dalam isu menjaga kebersihan ini, setiap masyarakat perlu mempunyaikesedaran dan sikap bertanggungjawab. Masyarakat perlu mematuhiamalan menjaga kebersihan dari lunas-lunas agama, mempunyaikesedaran sivik yang tinggi dan mematuhi undang-undang sertaperaturan yang ditetapkan. Isu kebersihan sememangnya dititikberatkandalam ajaran agama Islam sendiri. Islam memandang kebersihan itusebagai sebahagian daripada iman. Kita yakin agama-agama lain jugamemberi penekanan terhadap penjagaan kebersihan”.

Kita juga sedar bahawa kebersihan dapat menghindarkan diridari terkena jangkitan penyakit. Maka, berdasarkan analisadan pendapat ini, adalah menjadi tanggungjawab kita bersamauntuk terus menjaga kebersihan terutamanya kebersihan dirisendiri. Setelah itu, barulah kita dapat menjaga kebersihanpersekitaran.

Cadangan

Usaha membendung masalah ini (tidak menjaga kebersihan diri)patut dipertanggungjawabkan kepada semua individu. Guru-guruperlu memberi nasihat dan bimbingan kepada murid-murid tentangkepentingan menjaga kebersihan diri. Guru-guru boleh menganjurkankempen-kempen seperti ”Personaliti Indah”, Diri Bersih dan Sihat”dan lain-lain. Melalui kempen seperti ini, murid-murid secaratidak langsung akan menyedari kesilapan mereka dan akan mulaberfikir untuk melakukan perubahan demi menjaga kesihatan mereka.

Untuk menyuntik kesedaran murid-murid tentang peri pentingnyakebersihan, guru bimbingan boleh mengadakan bimbingan kelas

terutamanya yang dikenalpasti mempunyai masalah kebersihan yangserius. Melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) yangbermodulkan aspek/ tajuk kebersihan, murid-murid akan memahamikepentingan menjaga kebersihan diri dan pengaruh kebersihantersebut kepada diri sendiri , juga persepsi masyarakat terhadapmereka.

Walaubagaimanapun, ibubapa di rumah adalah antara individu yangpaling bertanggungjawab untuk menyedarkan anak-anak tentang halini kerana mereka individu pertama yang berinteraksi secara terusdengan anak-anak. Kesedaran ini sepatutnya bermula dari rumah.Ibubapa perlu memantau dan memberi perhatian kepada anak-anakmereka dari segi amalan kebersihan. Walau bagaimanapun, murid-murid yang dewasa juga sewajarnya boleh berfikir secara rasionaldan bertindak untuk kebaikan mereka.

Tempoh penyelesaian

16/08/2009 hingga 03/08/2009 iaitu selama 12 hari.

Tindakan susulan

Murid-murid harus diberi nasihat yang berterusan. Guru-gurubertanggungjawab untuk memastikan masalah ini tidak berterusan.Kempen-kempen mesti dilakukan secara berterusan (seminggu sekali-diselitkan ketika perhimpunan pagi sekolah). Guru disiplin harusmemantau keadaan ini dari semasa ke semasa.

Catatan

Kebersihan diri adalah elemen penting yang perlu diterapkan dalamdiri setiap murid. Keadaan bersih akan membantu merekameningkatkan potensi diri dan sememangnya mempengaruhi keselesaanmereka ketika belajar. Selain itu, kebersihan diri jugamempamerkan personaliti murid-murid, juga mencerminkankeperibadian guru-guru dan sekolah. Semuanya akan salingmempengaruhi antara satu sama lain.

Jurnal (Minggu 8)

Masalah

Dalam era kemodenan dan negara yang pesat membangun ini,seharusnya setiap individu bersaing untuk mencapai kejayaandalam kehidupan, khususnya murid-murid sekolah. Sewajarnyatiada lagi budaya lepak, malas belajar dan masalah-masalahdisiplin lain yang berlaku di sekolah. Murid-muridseharusnya tahu bahawa pada merekalah disandarkan harapannegara untuk menjadi contoh tauladan terbaik kepada generasiakan datang.

Namun begitu, adalah sedikit mendukacitakan apabila hal inidipandang enteng oleh segelintir murid-murid SKDWK (Tahun5). Sikap sambil lewa terhadap pelajaran menjadi perkarabiasa bagi mereka. Walaupun kehadiran ke sekolah hampirseratus peratus, namun prestasi akademik dan sahsiah merekamasih berada di tahap lemah dan membimbangkan. Apa yanglebih menyedihkan, ada di kalangan murid-murid ini yangmasih tidak tahu membaca dan menulis sedangkan pada usia 10tahun mereka sewajarnya telah menguasai sepenuhnyakemahiran-kemahiran asas ini.

Saya berpendapat berkemungkinan natijah kepada masalah ini(tidak tahu membaca dan menulis), murid-murid tersebutmenjadi tidak berminat untuk belajar dan sering merasa bosansetiap kali proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.Masalah ini adalah masalah yang serius dan harus diberiperhatian dan memerlukan tindakan segera. Ini keranakemahiran membaca, menulis dan mengira adalah kamahiran asasyang mesti dikuasai oleh semua murid. Sekiranya masalah initidak diberi perhatian lanjut, visi dan misi sekolah adalahsuatu yang sia-sia. Lebih malang lagi seandainya akibat darimasalah ini murid-murid tidak mendapat peluang untukmemajukan diri pada masa akan datang.

Sebagai seorang guru, saya melihat masalah ini adalah isuyang perlu ditangani segera. Murid-murid yang berdepandengan masalah ini seharusnya ditempatkan di kelas khas bagiproses pemulihan dan pengayaan. Murid-murid harus diajarmengikut kebolehan mereka, supaya mereka dapat menguasaikemahiran asas dalam belajar dalam tempoh masa yangditetapkan. Melalui program ini, diharapkan murid-muridtersebut mendapat peluang meneruskan pelajaran seperti

murid-murid lain. guru kaunseling, guru pemulihan dan semuaguru-guru harus mengembling tenaga untuk memastikan murid-murid ini mendapat sesuatu yang berguna sepanjangpersekolahan mereka.

Analisis masalah

Tidak boleh menguasai kemahiran asas dalam pembelajaran;membaca, menulis dan mengira adalah masalah yang seringberlaku di mana-mana sekolah baik di sekolah pinggir bandarapatah lagi di sekolah pedalaman. Maka, kelas pemulihandiwujudkan bagi membantu murid-murid yang berdepan denganmasalah ini. Menurut Mook Soon Sang (2003) dalampenulisannya menyatakan:

”Pendidikan pemulihan merupakan satu rancangan khas untuk membantumurid-murid menguasai kemahiran-kemahiran asas itu...”

Beliau turut menjelaskan bahawa:

”Mengikut kajian pakar-pakar pendidik, kanak-kanak pada keseluruhannyamempunyai daya intelek dan kecerdasan yang rendah serta kurangberkebolehan menerima pendidikan biasa dengan sepenuhnya. Mereka kurangmampu membuat kesimpulan dan kurang memahami tentang pelajaran yangabstrak. Oleh itu, ramai murid yang menghadapi masalah dalam aktivitipembelajaran mereka. Bagi membantu murid-murid mengatasi masalah ini,program pemulihan merupakan satu-satunya aktiviti pengajaran danpembelajaran yang paling berkesan.”

Selain dari itu, murid-murid ini sememangnya memerlukanperhatian dan bimbingan berterusan dari pihak guru.Sekiranya dibiarkan, mereka akan mencetus satu demi satumasalah bagi mendapatkan perhatian.

”Murid-murid dalam golongan ini biasanya tidak bermotivasi untuk belajar,tidak tahu cara belajar dan cara menyelesaikan masalah serta tidak berdisiplinketika belajar. Mereka mudah terganggu dan mudah berputus asa. Murid-muridini memerlukan banyak perhatian dan bimbingan guru samada secarakumpulan kecil atau individu”. (Mook Soon Sang, 2003)

Cadangan

Setelah menganalisa masalah di atas, saya berpendapat bahawamurid-murid ini harus diberi perhatian segera. Beberapa cadanganperlu diusulkan. Antaranya adalah tindakan guru bimbingan dan

kaunseling serta kolaborasi bersama guru pemulihan dalammenganjurkan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan keperluanmurid-murid tersebut.

Sebagai guru bimbingan, saya rasa ada baiknya murid-murid yangmanghadapi masalah ini dirujuk dan dihantar ke sesi kaunseling.Di sini, mereka dapat meluahkan apa yang terbuku di hati, jugadapat menyatakan keinginan dan kehendak sebenar mereka.Kebiasaannya, ketika sesi kaunseling murid-murid akan menunjukkanpersonaliti mereka yang sebenar. Semasa sesi kaunseling, gurubimbingan dapat meneroka masalah sebenar murid tersebut dan dapatmembuat analisa masalah tersebut. Guru juga boleh melaksanakanprogram-program yang boleh menyuntik semangat dan motivasiseperti Program Bina Insan, Program Jati Diri, Program Kerjayadan sebagainya. Program- program ini dapat menyedarkan murid-murid tentang kepentingan ilmu serta cara menjadi murid yangcemerlang. Selain itu, melalui cara ini, insyaAllah murid akansedar akan kelemahan mereka dan cuba mencari jalan penyelesaianterhadap masalah yang dihadapi khususnya masalah yang melibatkankemahiran asas belajar; membaca, menulis dan mengira.

Kemudian, masalah murid boleh dirujuk kepada guru pemulihandan masalah ini dapat diatasi dengan berkesan. Bersama gurupemulihan, murid-murid yang berdepan dengan masalah tidak dapatmenguasai tiga kemahiran asas ini akan menjalani proses pengayaandan pemulihan khas. Aktiviti-aktiviti yang bakal dilaksanakanadalah mengikut kebolehan dan prestasi murid. Justeru, besarkemungkinan minat belajar akan wujud dari semasa ke semasa. Inikerana murid akan merasa dihargai dan diberi perhatian oleh guru.

Di samping itu, guru pemulihan harus memainkan peranan danmelaksanakan tanggungjawb mereka semaksimum mungkin. Melaluikelas-kelas pemulihan yang dijalankan, guru pemulihan dapatmengenal pasti masalah masalah 3M (membaca,menulis dan mengira)melalui pemerhatian, pentafsiran rekod prestasi, profil, ujiankertas dan pensel, latihan harian serta soal jawab/kuiz. Gurupemulihan juga dapat menyenaraikan masalah pembelajaran yangdikenal pasti serta dapat mengesan punca masalah denganmenggunakan ujian diagnostik.

Sementara itu, guru-guru lain juga perlu bersama-sama mengemblengtenaga dan menyuarakan pendapat dalam menangani masalah ini.Sekiranya semua pihak bersatu, insyaAllah masalah murid yangkeciciran akan segera dapat diatasi.

Tempoh penyelesaian

10/08/2009 hingga 20/08/2009 iaitu selama 11 hari.

Tindakan susulan

Saya yakin sekiranya semua usaha-usaha yang dicadangkan di atasdiaplikasi dan diambil perhatian oleh semua pihak, masalah inidapat diatasi dengan segera. Murid-murid juga harus dibantu agarmenyedari kelemahan diri dan sanggup berusaha untukmempertingkatkan prestasi diri.

Catatan

Masalah 3M ini adalah isu besar dan semakin meningkat dewasa inidi mana ia memerlukan perhatian dan pertimbangan untuk diatasisegera. Murid-murid adalah generasi yang bakal menaungikesejahteraan bangsa dan negara pada masa akan datang. Merekajuga yang akan menerajui tampuk pimpinan Negara suatu hari nanti.Maka, setiap masalah yang melibatkan murid (khususnya akademik)harus dipantau dari semasa ke semasa agar generasi yang akandatang bukan sahaja kental bersaing malah mempunyai kepakaranyang tidak kurang hebatnya berbanding negara-negara di luar sana.

Jurnal (Minggu 7)

Masalah

Sepanjang saya mengendalikan aktiviti Pengajaran danPembelajaran (P&P) khususnya dalam matapelajaran BimbinganKelompok dan Pendidikan Jasmani, saya berpendapat bahawakebanyakan murid kurang memberi perhatian terhadappelajaran. Ada di kalangan murid yang tidak mengendahkanarahan guru, membuat bising dan berbual dengan rakandisebelah dan membuat hal sendiri. Masalah inikebarangkalian berpunca dari kelemahan guru sendiri dalammewujudkan komunikasi berkesan dalam hubungan interpersonal.

Sebagai guru, saya tidak menafikan bahawa guru seharusnyamemilih corak kepimpinan yang bersesuaian dan menggunakanteknik yang pelbagai dalam mewujudkan interaksi berkesandengan murid-murid seterusnya mempengaruhi pembentukan minatmurid terhadap pelajaran.

Analisis masalah

Komunikasi berkesan seringkali terjejas ekoran darigangguan-gangguan yang berlaku dalam bilik darjah sepertikebisingan, perhubungan guru dan murid, keadaan bilik darjahyang kurang kondusif, murid kurang berminat untuk belajardan sebagainya. Kebisingan bilik darjah misalnya menyebabkanguru menghadapi kesukaran dalam menyampaikan pelajaransupaya jelas didengar oleh murid-muridnya. Antara faktorlain berlakunya komunikasi kurang berkesan adalah sikapmurid-murid sendiri yang kurang berminat untuk belajar. MokSoon Sang menyatakan :

”Kekurangan minat belajar pun boleh menjejaskan komunikasi dalam bilikdarjah. Murid-murid yang mempunyai pemikiran tertutup tidak akanmenumpukan perhatian terhadap pelajaran”.

Corak kepimpinan guru dalam bilik darjah juga mungkinmempengaruhi corak interaksi guru dengan murid. Guru mungkinmengamalkan kepimpinan autokratik di mana murid-murid hanyamengikut arahan dan kehendak guru serta tidak diberi peluangmenyuarakan pendapat atau memberi cadangan mereka. Akhirnya,interaksi di antara murid tidak digalakkan dan bersifatpasif.

Cadangan

Sebagai guru, saya bersedia untuk membuat perubahan untukmemastikan masalah yang dihadapi dapat diatasi. Saya akan cubamengaplikasikan teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran yangdisarankan seperti melaksanakan corak kepimpinan demokratik. MokSoon Sang (2003) juga menyatakan bahawa corak kepimpinan guruketika berada di dalam bilik darjah juga mempengaruhikeberkesanan komunikasi yang berlangsung (samada berkesan atautidak berkesan). Guru yang mengamalkan kepimpinan demokratik akanmeninggalkan kesan berikut ke atas interaksi di antara gurudengan murid-muridnya:

1. Interaksi antara guru dan murid adalah dua hala. Muridcergas bertindak balas terhadap aktiviti pengajaranguru.

2. Interaksi di antara murid dengan murid dapat digalakkan.Murid-murid melibatkan diri secara aktif danbekerjasama dalam segala aktiviti kumpulan dalambilik darjah.

Selain itu, guru wajar mengaplikasikan kemahiran komunikasiberkesan. Kemahiran berkomunikasi berkesan boleh dikenal pastidari ciri-ciri pertuturan yang baik seperti berikut:

”Bertutur dengan penggunaan kepelbagaian nada. Suara yang bertenaga,tatabahasa yang betul, perkataan yang tepat, mudah difahami, penghentiansejenak yang efektif, serta nadanya penuh dengan perasaan yang menarikperhatian orang yang berkomunikasi.” Mok Soon Sang (2003)

Untuk menarik minat dan perhatian murid-murid terhadappelajaran yang diajar, guru juga disaran agar merancang danmelaksanakan aktiviti P&P bercorak permainan. Pengaplikasianteknik menyoal untuk menggalakkan murid-murid menyertai aktivitipembelajaran secara aktif juga boleh membantu.

Tempoh penyelesaian

03/08/2009 hingga 13/08/2009 iaitu selama 11 hari.

Tindakan susulan

Saya percaya kaedah yang pelbagai dapat membantu saya dalammenyampaikan P&P dengan berkesan. Menurut kajian yang telahdilakukan oleh Reed dan Kirkpatrick (1998), mereka menyatakan:

”Seorang guru perlu mengaplikasikan pelbagai kaedah pengajaran bagimenarik minat murid untuk belajar”.

Selain itu, saya juga akan cuba menggunakan kaedah peneguhanpositif dan peneguhan negatif dalam usaha mengawal murid-muridsemasa aktiviti P&P berlangsung.

Catatan

Saya amat percaya guru yang kreatif dan bersedia dengan pelbagaiteknik pengajaran dapat mempengaruhi suasana P&P yang bakal

berlaku di dalam kelas. Murid akan lebih bersemangat sekiranyaguru tampil dengan pelbagai kaedah dan perubahan dari semasa kesemasa. Maka, sebagai guru, adalah menjadi tanggungjawabnya untuksenantiasa membuat pembaharuan sekaligus menjadikan proses P&Pberkesan.

Jurnal (Minggu 6)

Masalah

Saya mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani bagi murid-murid tahun 5 Smart sebagai subjek minor. Majoriti muriddalam kelas ini adalah murid lelaki. Apa yang menjadimasalah ialah mereka cenderung untuk bermain bola sepak dantidak mahu mengikuti aktiviti dalam P&P yang telah sayarancang. Saya tidak boleh membenarkan mereka bermain bolasepak semata-mata kerana ada sukatan pelajaran yang perludiikuti. Selain itu, ia akan mendatangkan masalah kepadasaya apabila Pensyarah Pembimbing Minor datang membuatpenyeliaan dan murid-murid tidak menjalani pembelajaranseperti yang ada di dalam sukatan pelajaran. Pada permulaankelas, itulah yang saya hadapi. Mereka meminta dan kadang-kadang berkeras untuk tetap bermain bola sepak.

Analisis masalah

Saya telah mengajar Pendidikan Jasmani bagi kelas tersebutsejak dari awal fasa praktikum. Pada permulaan, memang agaksukar untuk mendapatkan kerjasama semua murid terutamanyamurid lelaki untuk terlibat dalam aktiviti P&P yang sayajalankan. Mereka berkeras untuk bermain bola sepak sahajadan aktiviti yang saya rancang hanya dipandang sepi. Sayaakui, pada awal fasa praktikum, saya tidak begitu mahir dankurang yakin untuk mengajar subjek ini. Ini kerana ketika dimaktab, saya tidak mempelajari sukatan pelajaran yang akandiajar di sekolah. Saya hanya diberikan sukatan pelajarandan belum tahu murid sasaran yang akan diajar dan fokuspengajaran terhadap tahun berapa yang harus ditekankan.

Setelah saya selidiki, memang menjadi kebiasaan bagi murid-murid lelaki terutamanya dari tahap 2 dibenarkan bermain

bola sepak. Ada waktu, mereka bermain bergandingan denganmurid berlainan kelas jika waktu PJ adalah sama.

Selain itu, mungkin juga guru kurang menguasai kandungandalam kurikulum Pendidikan Jasmani kerana seorang gurupelatih minor. Guru Pendidikan Jasmani hendaklah menguasaikandungan yang terdapat di dalam kurikulum PendidikanJasmani. Menurut Rink (2002), kandungan adalah bahagian yangpenting dalam kurikulum, iaitu apa yang akan dipelajari olehpelajar. Mengenal pasti dan menguasai sesuatu kandungankurikulum akan memudahkan guru Pendidikan Jasmani merancangpengajaran sesuai dengan kumpulan pelajar tertentu.

Cadangan

Mengikut prinsip-prinsip pengajaran, guru perlu merancangpengajaran mereka terlebih dahulu sebelum memulakan pengajaran(Zaidatol Akmaliah & Habibah, 2000). Namun, apabila guru tidakmenguasai kandungan di dalam kurikulum Pendidikan Jasmani, makaguru tidak dapat menyediakan satu rancangan pengajaran yang baik.Oleh itu, guru perlu mendapatkan bimbingan dan pandangan orangyang mahir contohnya Pensyarah Pembimbing bagi mendapatkanpenjelasan yang sewajarnya berkenaan kandungan pelajaran,rancangan strategi pengajaran dan pembelajaran, bahan dan sumberpengajaran, dan hasil pembelajaran. Perancangan adalah kuncikepada pembentukan pengajaran yang baik (Schempp, 2003).

Aktiviti pengajaran yang akan dijalankan juga mestilah dapatmenarik perhatian pelajar untuk belajar (Schempp, 2003). Guruboleh memasukkan elemen muzik dan permainan bagi menarik minatmurid untuk terus terlibat dalam aktiviti yang dirancang. Janganbiarkan ada waktu senggang yang akan menyebabkan mereka berasabosan. Isikan setiap detik masa dengan aktiviti yang dirancang.

Strategi demonstrasi merupakan cara yang paling sesuaidigunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani.Ini kerana sebahagian besar objektif Pendidikan Jasmani bolehdicapai melalui aktiviti fizikal. Oleh yang demikian guruPendidikan Jasmani perlu membuat demonstrasi dengan cara betuldan selamat tentang sesuatu pergerakan fizikal agar pelajar dapatmengikuti dan memahami setiap kemahiran fizikal yang diberikan.Untuk memastikan murid boleh menguasai sesuatu kemahiran yangdiajar, guru membuat demonstrasi dengan ansur maju. Murid jugawajar diberi peluang untuk melakukan lakuan berulang kali bagimereka menguasai kemahiran tersebut. Dalam masa yang sama, guru

boleh membuat penilaian penguasaan murid tentang kemahirantersebut berdasarkan objektif P&P yang telah ditentukan.

Selain itu, dengan adanya rancangan pengajaran yang baik belumdapat memastikan pelaksanaannya dilakukan dengan baik. Guru bolehmeminta pensayarah pembimbingan atau guru bimbingan membuatpemerhatian dan memberikan komen dan pendapat membina tentang P&Pyang telah dijalankan bagi memastikan P&P seterusnya dapatdilakukan dengan lebih baik mengambil kira kelemahan-kelemahan didalam P&P yang lepas-lepas.

Tempoh penyelesaian

26/07/2009 hingga 05/08/2009 iaitu selama 11 hari.

Tindakan susulan

Jika memilih subtajuk tertentu yang mana guru belum begitu mahirdan tidak yakin untuk mengajarnya kepada murid-murid, guru wajarmeminta pandangan dan bimbingan orang lain agar P&P yang berkesantetap dapat dijalankan. Rujukan haruslah dibuat kepada orang yangmahir dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani seperti pensyarahatau guru panitia. Pemilihan tajuk yang sesuai dan dapat menarikminat murid juga penting.

Catatan

Guru Pendidikan Jasmani perlu terlebih dahulu mengenal pastiaspek-aspek tertentu yang akan digunakan dalam membuat persediaanuntuk melaksanakan pengajaran Pendidikan Jasmani. Dengan demikianguru Pendidikan Jasmani dapat membuat satu rancangan kerja denganteliti dan sempuma. Menurut Mok Soon Sang (2008), dengan adanyarancangan kerja ini, guru boleh melaksanakan program pengajarandan pembelajarannya berdasarkan sukatan pelajaran secarasistematik serta mengikut pemeringkatan yang sesuai. Objektifyang hendak dicapai pula perlu ada kaitan dengan potensi yang adapada pelajar (Stillwell & Willgoose, 1997). Dengan demikian iniakan dapat membantu guru Pendidikan Jasmani melaksanakanpengajaran Pendidikan Jasmani dengan lebih sistematik.

Jurnal (Minggu 5)

Masalah

Saya mengajar murid-murid tahun 5 Smart untuk bimbingankelas. Dalam kelas minggu ini saya dapati terdapat dua orangmurid yang sangat nakal. Mereka mengganggu rakan-rakan lainyang sedang melaksanakan aktiviti yang saya berikan. Lalu,saya telah mendenda mereka berdua dengan diasingkan darirakan-rakan lain dengan berasingan di hadapan kelas. Walaubagaimanapun, dendaan tersebut tidak menyekat ataumemberhentikan mereka dari mengulangi tingkah laku yangsama. Mereka berdua tetap membuat bising dan mengusik rakan-rakan lain yang sedang melakukan tugasan yang saya berikan.

Analisis masalah

Saya telah memasuki kelas ini sebanyak empat kali iaituuntuk bimbingan kelas. Kelas ini merupakan kelas kelima jikamenurut pencapaian akademik murid-muridnya. Tingkah lakumereka juga agak nakal berbanding empat kelas yang kehadapan. Namun, bukan semua murid di kelas tersebutbertingkah yang sama. Hanya ada segelintir daripada merekayang bersikap agak nakal. Kedua murid ini bukanlah dalamkalangan murid yang tidak tahu menulis dan membaca jikaingin dikaitkan tingkah laku mereka dengan keupayaanakademik. Saya perhatikan mereka tiada masalah pembelajaranseperti tidak tahu membaca dan menulis. Menurut guru kelasmereka, dua murid ini datang keluarga yang berpendapatansederhana dan mempunyai adik-beradik yang lebih daripada 4orang. Berkemungkinan kedua murid ini hanya inginmendapatkan perhatian dari saya yang merupakan guru baruyang memasuki kelas mereka sementelah lagi saya seorang guruperempuan. Selain daripada itu, mungkin juga mereka tidakmemahami pengajaran saya pada hari tersebut.

Cadangan

Bagi mengelakkan kedua murid ini mengganggu rakan sekelas ketikaproses pengajaran dan pembelajaran yang akan dijalankan kelak,guru boleh memanggil kedua murid tersebut untuk sesi kaunselingindividu. Menurut Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim dan HalimatunHalaliah Mokhtar (2006) manusia itu unik. Tidak akan ada duaindividu yang sama bahkan kembar seiras sekalipun. Setiap manusiamempunyai nilai, persepsi, dan hasrat yang berbeza. Saya perlucuba bina hubungan yang baik bersama mereka dengan bertanyakantentang diri mereka, keluarga mereka dan minat mereka ke sekolah

dengan harapan makin banyak yang diketahui tentang seseorang,lebih mudah untuk memahami sikapnya. Saya membuat penerokaanuntuk mengetahui sebab-sebab mereka selalu mengacau rakan sekelassemasa P&P dijalankan. Setelah mengetahui dan memahami seseorangmurid dengan lebih dekat, mungkin dapat dikenalpasti punca merekaberkelakuan tertentu. Oleh itu, saranan yang sesuai bolehdiberikan agar murid tersebut tidak terus berkelakuan yang kurangmenyenangkan guru.

Selain itu, selalu berinteraksi dengan bertanya khabar ataumenegur murid bila mana bertemu dengannya akan menambahkan lagirasa senang hati di dalam diri murid. Murid akan rasa ada orangmengambil berat tentang dirinya. Jika sebelum ini, murid ituhanya dimarahi kerana berbuat nakal, kali ini dia rasa dihargai.Kebarangkalian untuk murid tersebut bertingkah yang kurangmenyenangkan kelak akan berkurangan.

Tempoh penyelesaian

19/07/2009 hingga 29/07/2009 iaitu selama 11 hari.

Tindakan susulan

Guru memantau kelakuan murid terbabit ketika dalam P&P setelahsesi kaunseling individu dijalankan. Dari situ, guru dapatmengenalpasti sama ada saranan yang diberikan setelah mengetahuimasalah murid terbabit diaplikasikan oleh murid atau tidak.Selain itu, selalunya akan ada sedikit perubahan dalam tingkahlaku murid apabila telah dipanggil untuk menjalani sesi bersamaguru kerana guru selalu berinteraksi dengannya dan mengetahuimaklumat peribadi yang jarang dikongsikan dengan orang lain.

Catatan

Menurut Shertzer dan Stone (1974) kaunseling individu sebagaiproses interaksi yang memudahkan kefahaman bermakna mengenai diridan alam sekitarnya lalu menyebabkan penentuan matlamat-matlamatdan nilai-nilai untuk tingkah laku masa hadapan.

Sesi kaunseling individu yang dijalankan bersama klien sepertimurid di atas bermatlamat untuk memperbaiki imej diri klien yangnegatif (Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim dan Halimatun HalaliahMokhtar 2006). Imej diri yang negatif merupakan halangan bagiklien untuk mencapai cita-cita atau membuat sebarang tindakan.

Klien belajar memupuk ciri-ciri yang baik dan mengurangkan ciri-ciri yang negatif.

Jurnal (Minggu 4)

Masalah

Saya membuat bimbingan kelas bagi murid-murid Di kelas 3Genius. Murid-murid di dalam kelas ini tidak menimbulkanbanyak masalah bahkan setiap aktiviti yang telah sayadirancang untuk mereka dapat dijalankan dengan baik. Cuma,apabila ada aktiviti yang melibatkan pembentangan di hadapankelas, agak sukar untuk mendapatkan murid secara sukarelamembuat pembentangan di hadapan kelas. Saya merancang merekadapat berkongsi di hadapan kelas hasil aktiviti yang telahdijalankan untuk membiasakan mereka bercakap di hadapanorang ramai. Apa yang mereka perlu buat adalah membaca hasiltugasan yang telah dihasilkan atau menceritakan tentanggambar yang telah dilukis. Apa yang berlaku biasanya adalahkebanyakan murid akan mula menundukkan kepala atau ada yangmenuding jari ke arah murid-murid lain dan menyebut namarakan lain apabila diminta bercakap di hadapan kelas.

Analisis masalah

Saya telah memasuki kelas ini sebanyak 2 kali untukbimbingan kelas. Saya akan menyuruh mereka melakar ataumenulis sesuatu sebagai tugasan. Kemudian, saya memintamurid-murid secara sukarela untuk berkongsi hasil tugasanyang telah disiapkan dengan rakan sekelas melalui caramembentangkannya yang di hadapan kelas. Selalunya, merekaakan mula membuat bising dan menyebut nama murid lain agarkeluar dan bercakap di hadapan. Yang selebihnya ada yanghanya menunduk kepala dan bertingkah seolah-olah sibukmenyiapkan tugasan yang saya berikan. Kelas ini terdiridaripada murid-murid yang agak baik pencapaian akademiknya.Mereka juga bukan dari kalangan murid yang suka membuatbising ketika guru mengajar. Namun, kebanyakan murid tidakmahu bercakap di hadapan kelas. Ada juga yang bersetujuuntuk membentang di hadapan. Namun, apabila berada dihadapan kelas, murid tersebut berdiam diri pula. Menurut

Nurabadi (2007) antara sebab murid malu untuk bertanya ialahkerana tidak yakin dengan diri sendiri dan bimbangdiketawakan oleh orang lain. Begitu juga untuk bercakap dihadapan kelas. Persamaan dua perkara ini ialah orang yangbercakap akan menjadi tumpuan kelas. Jadi apa yang dilakukanakan menjadi tontonan umum. Kalau salah atau ada yang tidakkena, pasti akan ditertawakan. Selain itu, mereka jugamungkin tidak biasa untuk bercakap di hadapan kelas keranaia tidak menjadi amalan kebiasaan dalam P&P terutamanyaapabila guru mengamalkan interaksi sehala dengan murid-murid. Aktiviti pembelajaran bercorak pasif di mana hanyaguru yang bercakap dan murid-murid hanya mendengar.

Cadangan

Apa yang guru boleh lakukan ialah bergerak ke tempat di manamurid tersebut duduk dan memimpinnya bergerak ke hadapan sambilmengatakan kepadanya yang guru akan menemaninya di hadapan. Jikadia berdiam diri, bantunya dengan mengucapkan apa yang sepatutnyadisampaikan agar murid dapat mengikuti apa yang guru ucapkan.

Selain itu, berikan galakan kepada murid-murid yang telahmembentang di hadapan. Contohnya arahkan semua murid memberitepukan kepadanya. Guru juga boleh memberi galakan denganmemberikan kata-kata pujian dan positif seperti ”Bagus!” danucapan terima kasih. Pemberian hadiah contohnya coklat atau apasahaja juga boleh membantu menggalakkan murid-murid untukbercakap di hadapan kelas. Ia perlu diberikan sejurus selepasmurid tersebut telah bercakap di hadapan agar dapat menyuntikmotivasi ekstrinsik dalam diri murid-murid yang lain supaya mahumembentang dan bercakap di hadapan kelas.

Menjadikan aktiviti pembentangan di dalam kelas sebagai aktivitirutin dalam P&P juga boleh membantu murid memupuk keberanian dankeyakinan untuk bercakap di khalayak. Apabila ia telah menjadisesuatu yang rutin, secara tidak langsung keyakinan dalam dirimurid-murid akan terbina.

Tempoh penyelesaian

12/07/2009 hingga 23/07/2009 iaitu selama 12 hari.

Tindakan susulan

Guru membuat aktiviti yang melibatkan murid-murid untuk bercakapdan berkongsi aktiviti yang telah di buat di hadapan kelas.Sebagai permulaan, isi yang ingin dikongsi itu adalah perkarayang amat dekat dengan diri murid dan mudah untuk diceritakankepada orang lain. Selain itu, guru merancang aktiviti yangmemerlukan murid-murid menulis beberapa ayat pendek tentangsesuatu topik. Kemudian, apabila melakukan pembentangan guruhanya perlu meminta murid-murid membaca kembali apa yang telahditulis di hadapan kelas dengan suara yang kuat.

Catatan

Kebanyakan murid kurang menyukai aktiviti yang melibatkan merekauntuk bercakap atau membuat aktiviti di hadapan kelas berhadapandengan orang ramai walaupun audien merupakan rakan sekelas yangtelah mereka kenali. Namun, aktiviti sebegini yang seharusnyamendapat penglibatan dari semua murid bagi membina keyakinandiri, keberanian bercakap di khalayak dan berani meluahkan apayang mereka rasakan dan fikirkan. Dek kerana ketidakbiasaanmelakukannya, maka murid-murid enggan dan berasa malu apabiladiminta bercakap di hadapan di mana semua mata dan perhatianditumpukan kepadanya. Setiap perkara baru pasti sukar untukdimulakan dan dilakukan. Di sinilah peranan guru untuk memberipeluang dan galakan kepada murid-murid untuk mencungkil danmenggunakan potensi diri ke arah yang lebih baik.

Mengikut Teori Psikososial Erikson (1963), pada usia 9 tahunmurid mengalami fasa industri lawan rasa rendah diri. Bagimembantu murid menguasai kemahiran bercakap di khalayak, guruperlu memberi bimbingan dan galakan suapaya murid tidak berasarendah diri dalam pencapaian akademik kelak bahkan dalam hubungansosial denga individu lain di persekitaran mereka.

Cadangan di atas berasaskan Teori Pelaziman Operan daripadaB. F. Skinner. Ia adalah rangsangan untuk menambahkankebarangkalian pengulangan tingkah laku positif yang diinginkanguru. Walaupun peneguhan ini diberikan hanya kepada murid yangbercakap di hadapan, namun secara tidak langsung pemberiantersebut mencetus motivasi untuk murid-murid lain untuk melakukanperkara yang sama.

Jurnal (Minggu 3)

Masalah

Saya mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani sertamembuat bimbingan kelas bagi murid-murid dari kelas 5 Smart.Setelah hampir dua minggu mengajar mereka, saya dapatikebanyakan murid-murid lelaki kurang memberi tumpuanterhadap apa yang saya ucapkan di hadapan kelas. Merekakelihatan lebih senang bersembang dengan rakan di sebelahatau membuat kerja sendiri. Terdapat dua orang murid lelakiyang bukan sahaja setakat tidak memberi tumpuan, malahanmembuat bising ketika saya mengajar di hadapan. Ada ketikasaya menghentikan proses pengajaran dan pembelajaran keranarasa terganggu dengan tingkah mereka berdua.

Analisis masalah

Kelas 5 Smart dikategorikan sebagai kelas yang mempunyaimurid yang agak lemah dari segi pencapaian akademik. Selainitu, mereka juga dikatakan suka membuat bising dan kurangmemberi perhatian ketika guru mengajar di hadapan kelas.Namun, terdapat beberapa orang murid lelaki sahaja yangbertingkah sedemikian manakala sebahagian besar yang lainmemberi tumpuan dan mengikuti proses pengajaran danpembelajaran dengan baik. Dua orang murid yang saya anggapagak nakal pernah saya asingkan supaya duduk di hadapankelas, namun mereka masih bersikap yang sama bahkanmengganggu murid-murid lain yang mahu mengikuti pengajarandan pembelajaran. Saya merasakan sudah bersikap garangterhadap mereka, namun tiada apa yang berubah. Terdapat jugamurid yang tidak memberi perhatian kerana dia tidak bolehmenulis dan membaca. Mungkin mereka merasakan bahawa merekatidak perlu memberi tumpuan kerana tiada apa-apa yang akanmereka peroleh nanti. Saya juga dapati murid-murid di dalamkelas ini akan memberi tumpuan apabila guru-guru lama yangtelah mereka kenali masuk ke dalam kelas dan mengajarmereka. Mungkin kerana saya seorang guru baru, maka merekasengaja bersikap demikian. Berkemungkinan juga saya tidakcukup garang dan tegas terhadap mereka.

Cadangan

Bagi mengelakkan murid-murid membuat hal sendiri dan memberitumpuan kepada apa yang saya sampaikan, saya akan membahagikan

murid-murid di kelas tersebut kepada beberapa buah kumpulan.Prestasi setiap kumpulan akan dinilai dari segi perolehanmaklumat dan pematuhan arahan yang diberi guru. Kumpulan yangmenjawab soalan yang dikemukakan serta menjaga sahsiah (memberitumpuan dan tidak membuat bising) akan diberikan pelekatsenyuman. Pelekat ini akan dikumpul sehingga minggu akhirpraktikum saya di sekolah ini. Kumpulan yang mendapat bilanganpelekat terbanyak akan diberikan ganjaran. Saya akan menyediakansebuah carta “Smiley Kami” yang akan saya bawa ke kelas dandipaparkan di hadapan kelas. Setiap kumpulan akan diberikan 3pelekat senyuman sebagai bonus awal. Apabila ada tingkahlakupositif dari ahli kumpulan dalam kelas pada hari itu, 1 pelekatakan ditambah. Manakala jika ada tingkahlaku negatif yangdilakukan, 1 pelekat akan ditanggalkan dan diambil dari cartakumpulan tersebut.

Selain itu, bagi memotivasikan murid-murid agar berkelakuanseperti yang dikehendaki guru, setiap individu yang menjawabsoalan atau secara sukarela mahu melakukan apa yang diarahkanguru, akan mendapat ganjaran sejurus selepas itu. Murid yangpaling banyak mendapat ganjaran harian, di akhir praktikum nantiakan mendapat ganjaran bersama kumpulan dengan bilangan pelekatsenyuman terbanyak.

Tempoh penyelesaian

12/07/2009 hingga 23/07/2009 iaitu selama 12 hari.

Tindakan susulan

Guru membuat satu carta “Smiley Kami” yang mengandungi namakumpulan dan ahlinya. Carta ini akan dibawa dan dipaparkan didalam kelas ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Guru akanmembuat catatan tentang individu yang paling banyak mengumpulganjaran harian.

Catatan

Setiap ahli adalah bertanggungjawab terhadap kumpulan masing-masing. Jika ada ahli kumpulan yang melakukan tingkahlakunegatif, rakan ahli yang lain akan menegurnya agar tidakkehilangan pelekat senyuman milik kumpulan mereka. Ini akanmemupuk sikap bekerjasama dan saling menegur antara satu samalain.

Selain itu, murid-murid akan memberi tumpuan kepada apa yangdisampaikan guru kerana jika ada murid yang tidak berbuatdemikian, pelekat senyuman akan diambil. Setiap kumpulan pastiakan berlumba bagi mendapatkan pelekat yang banyak. Murid akancuba memastikan pelekat yang ada tidak akan diambil, bahkanbertambah setiap kali ada kelas bersama guru.

Secara individu, murid dimotivasikan untuk bersikap positifkerana akan mendapat ganjaran secara terus dan dimiliki sendiri.Pasti akan timbul keinginan dalam diri murid-murid untukmendapatkan ganjaran tersebut apabila sudah ada rakan-rakanmereka yang memperolehnya.

Motivasi ini menurut Mok Soon Sang (2008) adalah motivasiekstrinsik. Ia diwujudkan daripada rangsangan luaran bertujuanuntuk menggerakkan orang untuk melakukan sesuatu aktiviti yangakan membawa faedah kepadanya.

Cadangan di atas berasaskan Teori Pelaziman Operan Skinner dimana peneguhan positif (pemberian pelekat senyuman dan ganjaranharian) adalah rangsangan untuk menambahkan kebarangkalianpengulangan tingkah laku positif yang diinginkan guru. Peneguhannegatif (penolakan bilangan pelekat senyuman) juga diaplikasikanbagi memberi kesan yang tidak menyeronokkan dalam diri murid-murid dan dengan harapan mereka akan mengulangi tingkah laku yangdiingini guru.

Jurnal (Minggu 2)

Masalah

Selaku seorang guru praktikum dalam bimbingan dankaunseling, selain mengajar Pendidikan Jasmani danmembuat bimbingan kelas, saya juga perlu mencari klienuntuk sesi kaunseling. Klien ini adalah dalam kalanganmurid-murid sekolah tersebut. Sesi kaunseling merangkumihampir dua pertiga dari jadual waktu saya; sesikaunseling individu dan kaunseling kelompok. Seperti yangdijadualkan, setiap sesi perlu dijalankan dan ada klien

yang datang untuk sesi sama’da secara sukarela, dirujukatau dipanggil oleh saya sendiri.

Analisis Masalah

Sesi kaunseling individu memerlukan seorang klienmanakala bagi kaunseling kelompok sekurang-kurangnya 5orang untuk dikira sebagai satu kelompok. Dalam seminggu,ada 3 sesi kaunseling kelompok dan 4 sesi kaunselingindividu yang perlu dijalankan. Jadi, jumlah minima klienyang diperlukan dalam masa seminggu adalah 19 orang. Bagisaya yang baru seminggu berada di sekolah ini tentu agakmustahil untuk mendapatkan 19 orang untuk melaksanakansesi. Hanya 2 kali saya masuk ke kelas untuk relief.Kebanyakan masa yang terluang dalam minggu pertamadigunakan untuk beramah mesra dengan staf dan wargapendidik serta mendapatkan jadual, senarai nama pelajardan jadual induk sekolah. Justeru, bagaimana saya harusmendapatkan 19 orang murid untuk dijadikan klien dalamsesi? Saya masih belum mengenali murid-murid di sini danbegitu juga sebaliknya. Jadi, di sinilah rasionalnyaaktiviti reach out dilakukan dalam minggu pertama agardalam minggu kedua telah ada murid untuk dijadikan klien.

Cadangan

Untuk mendapatkan klien bagi sesi kaunseling yang telahdijadualkan pada minggu ini dan seterusnya, saya telah memintabantuan guru pembimbing. Beliau telah memperkenalkan sayadengan salah seorang ahli dari kelab Tunas Pembimbing RakanSebaya (TPRS) di sekolah itu. Saya berkenalan dan cuba membinahubungan yang baik dengannya. Akhirnya, dia memperkenalkanperkhidmatan yang saya akan laksanakan kepada rakan-rakansekelasnya. Malahan, dia sendiri datang membawa rakan-rakannyauntuk menjadi klien sesi kaunseling. Kerjasama dan kerelaanmereka untuk datang sebagai klien agak mengejutkan saya.Mungkin kerana dia sendiri sebagai ahli TPRS telah biasadengan aktiviti-aktiviti bimbingan dan kaunseling.

Selain itu, saya juga mengedarkan borang sesi kaunselingindividu dan kelompok kepada guru-guru kelas tertentu yangtelah saya kenali. Jumlah gurunya terlalu ramai, belum sempatsaya kenali kesemuanya. Mujur juga sekolah ini mempunyai ramai

murid. Jumlah keseluruhan murid mencecah 1400 orang. Dalamsatu darjah sekurang-sekurangnya terdapat 6 kelas. Sayaberikan borang kepada guru kelas yang pertengahan dan lemahdari segi pencapaian akademik. Selalunya, murid-murid di dalamkelas begini dianggap oleh para guru sebagai lebih memerlukankaunseling kerana masalah seperti ponteng, motivasi diriselain daripada lemah dari segi akademik. Pentingnya rapportbaik dengan guru-guru dan sesiapa jua warga di sekolah keranajika saya memerlukan apa-apa bantuan kelak, mereka inilah yangboleh saya pohon pertolongan. Lagipun, tiada ruginya berbuatbaik dan berkenal mesra dengan semua orang bahkan ia lagidigalakkan untuk mengerat silaturrahim sesama insan.

Tempoh penyelesaian

28/06/2009 hingga 09/07/2009 iaitu selama 12 hari.

Tindakan susulan

Saya bertemu dan bertanya kembali kepada guru-guru kelas yangtelah saya edarkan borang rujukan murid bagi sesi kaunseling.Jika terdapat nama yang dirujuk dalam borang tersebut, sayaakan panggil murid-murid tersebut agar hadir dalam sesikaunseling mengikut jadual waktu saya yang telah ditetapkan.Setiap hari hanya akan ada satu sesi kaunseling individu dankaunseling kelompok. Nama-nama murid yang telah diberikan olehguru-guru kelas akan saya tentukan waktu dan masa untuk sesidijalankan. Borang keluar kelas juga saya edarkan atau sayasendiri datang ke kelas murid terbabit untuk meminta kebenaranguru yang sedang mengajar untuk membenarkan murid tersebutuntuk keluar dan menjalani sesi kaunseling.

Catatan

Kebanyakan murid-murid yang dirujuk oleh guru-guru kelasadalah dari kelas yang pertengahan hingga yang akhir sekali.Murid-murid di kelas permulaan selalunya diandaikan tidakmempunyai masalah yang berat walhal sebenarnya kaunselingbukan untuk murid-murid yang menghadapi masalah sahaja sepertiponteng dan melanggar peraturan sekolah.

Kaunseling menurut Lembaga Kaunselor Malaysia (1998) adalahsustu proses sistematik untuk membantu perhubungan

(berdasarkan prinsip-prinsip psikologi ysng dilaksanakan olehkaunselor berdaftar mengikut kod etika kaunseling), mencapaisatu perubahan, kemajuan dan penyesuaian yang holistic, baikdan sukarela pada diri klien suapaya perubahan kemajuan, danpenyesuaian itu akan berterusan sepanjang hayat klien. Iaadalah satu proses pertolongan professional yang bertujuanmembantu individu memahami dirinya dan alam sekeliling.

Jurnal (Minggu 1)

Masalah Saya menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Dato’ Wan Kemara, Changlun, Kedah untuk tempoh 12 minggu. Major saya adalah dalam Bimbingan dan Kaunseling manakala Pendidikan Jasmani sebagai subjek minor. Pada minggu pertama ini, saya perlu melakukan aktiviti pengurusan seperti mendapatkan jadualdan membuat reach out untuk perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang akan saya lakukan sepanjang tempoh 11 minggu yang akan datang. Namun, hanya pada hari Rabu saya memperoleh jadual waktu untuk subjek minor dan saya harus berbincang dengan pasangan praktikum untuk menyusun jadual subjek major agar tidak bertindan. Dalam masa yang sama, aktiviti reach outmasih belum dapat dimulakan kerana fokus untuk mendapatkan jadual waktu dan membina rapport dengan warga sekolah yang guru-gurunya sahaja menjangkau bilangan 80 orang.

Analisis masalah Guru pembimbing telah memaklumkan kepada guru panitia Pendidikan Jasmani bagi mendapatkan kelas untuk saya mengajar subjek tersebut. Namun, oleh kerana kesibukan dan kekangan masa di mana banyak masa dihabiskan untuk membina rapport dengan warga pendidik yang ramai dan melihat keadaan sekolah, hanya pada hari Rabu saya mendapat jadual tersebut. Itupun hanya setelah ditawarkan oleh seorang guru agar saya mengambilalih kelasnya bagi mata pelajaran tersebut. Saya jugaperlu mencari jadual yang mempunyai kelas anjal untuk bimbingan kelas. Waktu mata pelajaran elektif sahaja

dibenarkan untuk tujuan ini berbanding mata pelajaran teras kerana ia adalah subjek-subjek untuk UPSR. Aktiviti reach out hanya dapat dimulakan hampir di akhir minggu pertama. kerana ada kekangan. Contohnya, papan kenyataan yang saya ingin gunakan berkunci dan hanya pada hari Rabu ia dapat dibuka. Saya juga harus mengubahsuai bilik bimbingan dan kaunseling agar kehadiran saya di situ dilihat kewujudannya. Namun, bukanmudah untuk kerja pengubahsuaian kerana bilik tersebut telah dihias indah bahkan telah memenangi pertandingan Pendidikan Pencegahan Anti Dadah di peringkat kebangsaan. Ia adalah hasilkerja tangan murid-murid serta warga pendidik sekolah itu.

Cadangan Untuk mendapatkan jadual subjek minor lebih awal, saya harus bertemu sendiri dengan guru panitia agar berbincangan dapat dijalankan. Apa-apa masalah yang timbul boleh diselesaikan segera dan tidak perlu menunggu waktu yang lama untuk mendapatkan jadual. Saya boleh terus mendapatkan sukatan pelajaran dan sebagainya darinya. Untuk mendapatkan jadual anjal bagi bimbingan kelas, saya dapatkan jadual induk bagi semua kelas yang ada bagi memudahkan saya untuk membuat rujukan. Saya boleh memilih waktu yang bersesuaian iaitu kelas anjal bagi mata pelajaran elektif seperti Pendidikan Seni dan Muzik. Saya boleh terus bertemu dengan guru mata pelajaran terbabit bagi mendapatkan kebenaran untuk mengambil alih kelasnya untuk saya lakukan bimbingan kelas. Bagi pengubahsuaian bilik bimbingan, saya telah berbincang dengan guru pembimbing. Memang agak mustahil untuk mengubah bilik tersebut sepenuhnya kerana ruangnya yang besar dan dekorasi cantik yang telah sedia ada. Namun, saya akan membuatpengubahsuaian kepada sudut-sudut tertentu yang diberikan olehguru pembimbing tersebut. Sebenarnya beliau tidak kisah denganapa yang ingin saya lakukan terhadap bilik tersebut asalkan iamasih berinformasi dan bermanfaat kepada sesiapa jua yang memasuki bilik tersebut. Selain itu, saya juga boleh menukar maklumat-maklumat yang ada di papan kenyataan agar lebih

terkini dan berinformasi bagi makluman dan rujukan murid-muriddi sekolah itu amnya. Saya bebas memilih apa jua bentuk maklumat yang ingin dipaparkan asalkan ianya berkaitan dengan bimbingan dan kaunseling. Walaupun terdapat kekangan masa untuk melakukan reach out, saya masih dapat melakukannya di akhir minggu pertama. Saya telah meletakkan brosur di tempat-tempat yang sering dikunjungi seperti perpustakaan, bilik gurudan bilik bimbingan dan kaunseling sendiri. Saya juga sempat membuat penanda buku dan mengedarkannya kepada murid-murid. Sekejap sahaja telah habis penanda buku tersebut. Saya andaikan reach out ringkas saya ini telah berjaya menarik perhatian murid-murid tentang keberadaan saya di sini.

Tempoh penyelesaian 24 Jun 2009 hingga 28 Jun 2009 iaitu selama lima hari.

Tindakan susulan Bila ada waktu terluang saya berjumpa dengan guru panitia bagimata pelajaran Pendidikan Jasmani untuk mendapatkan sukatan pelajaran yang sebenar dan apa-apa bahan yang dapat membantu saya dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran tersebut. Perbincangan saya dengannya sangat berinformasi dan akan banyak membantu saya disamping membina rapport yang baik dengannya. Saya menambahkan lagi bilangan penanda buku agar dapat diedarkan kepada lebih ramai murid di sekolah itu. Selain itu, saya tambahkan lagi bilangan brosur yang saya letakkan di lokasi tertentu kerana ada yang telah kehabisan diambil oleh murid-murid.

Catatan Walaupun kebanyakan masa di minggu pertama ini banyak dihabiskan dengan melihat keadaan dan budaya sekolah serta membina rapport dengan warga sekolah yang menyebabkan saya kurang waktu untuk membuat kerja-kerja pengurusan, namun apa yang telah saya lakukan tidak kurang pentingnya kerana ia akanmemudahkan tugas-tugas saya terutamanya apabila ingin mendapatkan klien untuk sesi kaunseling nanti. Diharapkan

dengan rapport baik yang telah dibina akan banyak membantu saya sepanjang 11 minggu praktikum nanti.