Cth kpf 3012 PJJ SEM 2 (2011)

35
SEMESTER 1 SESI 2010/2011 KOD & NAMA KURSUS EDU 3012: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR TAJUK KUMPULAN EL-A09 DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON PORTFOLIO PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR PEMARKAHAN 1 . REFLEKSI 2 . ESEI: (a) (b) 3 FORUM LAMPIRAN 2

Transcript of Cth kpf 3012 PJJ SEM 2 (2011)

RISSEMESTER 1 SESI 2010/2011

KOD & NAMA KURSUS

EDU 3012: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA:

FALSAFAH DAN DASAR

TAJUK

KUMPULAN

EL-A09

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. ID NO. TELEFON

PORTFOLIOPERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR

PEMARKAHAN1.

REFLEKSI

2.

ESEI:(a)(b)

3 FORUM

LAMPIRAN 2

NAMA TUTOR E-LEARNING:

TARIKH SERAH: 5 DISEMBER 2011

ISI KANDUNGANHalaman

1.0 REFLEKSI UNIT PEMBELAJARAN:1.1 Perkembangan pendidikan di Malaysia ke arah

pembangunan insan dan negara1.2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK):

Huraian dan penghayatan1.3 Falsafah Pendidikan Guru: Pemikiran dan

amalan profesion keguruan1.4 Dasar-dasar dan halatuju pendidikan di

Malaysia1.5 Perancangan pembangunan pendidikan di Malaysia

1.6 Kurikulum sebagai wahana menterjemahkan Falsafah Pendidikan kebangsaan

1.7 Reka bentuk kurikulum di Malaysia

1.8 Penterjemahan dan pentafsiran kurikulum kebangsaan

1.9 Etika keguruan dan peraturan pendidikan di Malaysia

1.10 Akta Pendidikan 1996

2.0 ESEI BERDASARKAN SATU UNIT PELAJARAN2.1 Bagaimana pengetahuan dan pengalaman terhadap isi

kandungan unit tersebut memberi impak terhadap perkembangan profesionalisme keguruan.

2.2 Cabaran-cabaran dalam mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman tentang isi kandungan unit pelajaran.

3.0 FORUM E-LEARNING

LAMPIRAN 3

3.1 Sebagai seorang guru, bagaimanakah anda melaksanakan tanggungjawab untuk mempastikan hasrat yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan tercapai?

3.2 Perlukah Dasar PPSMI kembali dilaksanakan di sekolah-sekolah? Berikan hujah anda.

3.3 Kurikulum standard ke arah membangunkan modal insan bertaraf dunia. Bincangkan.

3.4 Guru sebagai arkitek bangsa. Hujahkan.

3.5 Peraturan-peraturan perkhidmatan keguruan dapat menjamin perkhidmatan yang cemerlang. Bincangkan.

REFLEKSI UNIT PELAJARANUNIT TAJUK

1 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

KE ARAH PEMBANGUNAN INSAN DAN NEGARA

1. Ringkasan Isi Kandungan Unit

Unit ini dapat dirumuskan bahawa pendidikan telah wujud

sebelum era penjajahan lagi sehinggalah sekarang. Bab ini

menerangkan secara terperinci mengenai sejarah perkembangan

pendidikan di Malaysia yang bermula dari era sebelum dan

semasa penjajahan Inggeris,sebelum dan selepas kemerdekaan

serta pendidikan era milenium yang menghadapi pelbagai cabaran

dari globalisasi ,liberalisasi,pengantarabangsaan dan

perkembangan pesat dalam bidang sains dan teknologi. Unit ini

juga menerangkan fungsi pendidikan untuk pembangunan insan dan

juga pembangunan negara.Pendidikan terus mengalami

perkembangan selaras dengan peredaran zaman.Fungsi pendidikan

yang utama ialah ke arah pembangunan insan dan setelah itu

barulah berlangsung pembangunan yang lain termasuk pembangunan

negara dapat dilakukan.

LAMPIRAN 1

2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan

penjelasannya

Konsep Penjelasan1.

Pendidikan tradisional

Pendidikan secara tradisi

2.

Modal insan Aset tenaga yang sungguh penting

3.

Sekolah pondok Sekolah agama tradisional

4.

Minda kelas pertama

Merujuk kepada elemen-elemen positif ysng merangkumi sikap terhadap diri sendiri,tugas yang diamanahkan,masyarakat sekitar dan lain-lain yang berkaitan.

5.

Pembangunan insan

3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.

Kandungan ini banyak memberi pendedahan kepada saya tentangsejarah pendidikan di Malaysia.Secara tidak langsung,ia dapatmenambahkan ilmu pengetahuan saya dalam bidang sejarah tentangtokoh-tokoh yang terdapat dalam pendidikan dari era sebelumpenjajahan Inggeris hingga era selepas kemerdekaan seterusnyake era milenium.Selain itu memberi kefahaman kepada saya carapendidikan berlangsung di negara ini untuk pembangunan insan.

REFLEKSI UNIT PELAJARANUNIT TAJUK

2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) :

Huraian dan Penghayatan

LAMPIRAN 1

4. Ringkasan Isi Kandungan Unit

Unit ini menjelaskan tentang asas falsafah iaitu falsafah barat dan

falsafah Islam dalam pembentukan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan.Falsafah barat merujuk kepada banyak mazhab tetapi di

dalam unit ini hanya terdapat 4 mazhab yang diutarakan iaitu mazhab

perenialisme,esensialisme,progresivisme dan rekonstruksionisme.

Perenialisme dan esensialisme adalah mazhab tradisional yang banyak

menekankan bahawa guru merupakan pakar dalam pendidikan yang harus

dihormati dan sekolah pula adalah tempat menyebarkan ilmu agar

terbentuk masyarakat yang berguna.Mazhab progresivisme dan

rekonstruksionisme pula berpendapat guru merupakan pembimbing atau

fasilitator yang membimbing pelajar dalam menyelesaikan sesuatu

masalah. Melalui falsafah Islam pula setiap tindakan dirujuk kepada

konsep ketuhanan kerana pemikiran logik manusia adalah terbatas

walau sebijak manapun seseorang itu.Falsafah Pendiddikan Islam ini

adalah berasaskan Al-Quran. Menerusi Falsafah Pendidikan Kebangsaan,

dapatlah difahami bahawa proses pendidikan bukan sahaja melibatkan

pembangunan dan kesejahteraan insan malah ia juga melibatkan

kesejahteraan seluruh masyarakat dan negara.

5. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan

penjelasannya

Konsep Penjelasan1.

Etika Sikap dan adat yang menentukan tingkah lakusesuatu golongan

2.

Intelek Kemampuan berfikir dan memahami (menganalisa dsb)

3.

Keterampilan Cara melihat diri sendiri

4.

Seimbang Sama rata

5 Harmoni Suasana yang aman dan damai

.

6. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.

Kandungan ini amat berguna kepada saya.Sebagai guru FalsafahPendidikan Negara harus difahami dan dihayati agar tahapprofesionalisme dapat di martabatkan di mata masyarakat.FPKmenghuraikan secara terperinci dasar-dasar yang perludijadikan panduan oleh para guru di Malaysia.Tanpa FPK sudahtentu para guru di Malaysia tidak akan dipandang mulia keranatiada garis panduan dalam menjalankan tugas.

REFLEKSI UNIT PELAJARANUNIT TAJUK

3 FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG) :

PEMIKIRAN DAN AMALAN DALAM PROFESION KEGURUAN

7. Ringkasan Isi Kandungan Unit

Unit ini mengandungi 4 bahagian yang berkaitan dengan perkembangan

profesion keguruan. Dalam bahagian pertama memberi fokus kepada

perbezaan maksud di antara ’perguruan ’ dan ’keguruan’.Bahagian

kedua pula membincangkan tentang ciri-ciri Profesionalisme Perguruan

bagi melahirkan guru yang benar-benar berkualiti. Bahagian ketiga

ialah mengenai Falsafah Pendidikan Guru Malaysia (FPG). Bahagian ini

menghuraikan tentang kandungan Falsafah Pendidikan Guru yang menjadi

panduan,amalan,rujukan serta wawasan kepada semua institusi yang

melahirkan para guru di Malaysia. Berdasarkan Falsafah Pendidikan

Negara dan matlamat pendidikan negara maka wujudnya Model Konseptual

Pendidikan Guru yang berteraskan tiga komponen dan dimensi utama

LAMPIRAN 1

akauntabiliti guru yang digarap secara seimbang dan bersepadu.

Bahagian yang terakhir,memberi fokus kepada Standard Guru Malaysia

di mana ia dibentuk bagi memartabatkan profesion keguruan ke tahap

antarabangsa dengan memberi penekanan kepada standard keguruan dan

keperluan untuk mencapai standard tersebut. SGM merupakan piawaian

yang menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh

guru dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi

latihan perguruan bagi membantu guru-guru mencapai tahap kompetensi

yang ditetapkan.

8. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan

penjelasannya

Konsep Penjelasan1.

Kompeten Layak kerana mempunyai kecekapan untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.

2.

Standard Guru Malaysia

Satu piawaian yang ditetapkan untuk mengenalpasti tahap kompetensi profesional guru-guru di Malaysia.

3.

Martabat Kedudukan atau darjat di mata masyarakat.

4.

Profesion Keguruan

Kerjaya sebagai guru yang dipilih sebagai cara mencari nafkah.

5.

Keperluan Sesuatu perkara yang perlu ada pada setiap manusia untuk terus hidup.

9. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.

Kandungan ini menerangkan bagaimana untuk menjadi guru yangberkualiti melalui Falsafah Pendidikan Guru.Guru merupakanrole model yang sentiasa diperhatikan gerak geri dan tingkahlaku walau di mana saja berada.Sewaktu di pusat pengajiantinggi lagi (maktab) telah dididik bagaimana untuk menjadiseorang guru yang mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan.

REFLEKSI UNIT PELAJARANUNIT TAJUK

4 Dasar-dasar Dan Hala Tuju Pendidikan Di Malaysia

10. Ringkasan Isi Kandungan Unit

Unit ini membicarakan tentang dasar-dasar serta halatuju pendidikan

di Malaysia.Dasar pendidikan dibentuk bertujuan untuk kawalan,

solusi atau penyelesaian masalah, kebajikan atau perkhidmatan dan

inovasi agar perjalanan hidup rakyat atau warganegara berlangsung

dengan baik dengan wujudnya keharmonian, keadilan,penambahbaikan dan

pemantapan. Bagi mencapai matlamat sesuatu dasar,ia memerlukan

perancangan yang teliti dan sistematik. Penggubalan dasar dilakukan

secara berperingkat iaitu peringkat teratas bermula pada peringkat

kabinet dan diterjemahkan pada peringkat Kementerian Pelajaran

seterusnya pula Jabatan Pelajaran Negeri kemudian Pejabat Pendidikan

Daerah dan akhir sekali ke sekolah-sekolah. Para guru merupakan

pelaksana dasar-dasar tersebut dan perlu akur dengan dasar yang

telah dibuat.

11. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan

penjelasannya

Konsep Penjelasan1.

Dasar Suatu kenyataan mengenai hasrat bagi mencapai sesuatu maksud atau kehendak.

2.

Holistik Suatu pendekatan dalam proses kita menguruskan sesuatu perkara yang dibuat secara menyeluruh, seimbang dan teratur yang berteraskan kepada keharmonian dan keserasian dalam diri individu, dalam hubungan individu dengan individu lain danhubungan individu dengan alam semesta.

3.

Demokrasi Demokrasi adalah satu bentuk kerajaan di mana kuasa menggubal undang-undang dan struktur

LAMPIRAN 1

kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat

4.

GlobalisasiFenomena yang menjadikan dunia kelihatan mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat.

5.

Solusi Penyelesaian

12. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalamkonteks profesionalisme keguruan anda.

Kandungan ini memperjelaskan tentang pembentukan dasar-dasarserta hala tuju pendidikan di Malaysia.Dasar yang telahdibentuk akan dilaksanakan oleh guru agar maklumat yang ingindisampaikan tercapai.Sesuatu dasar amat penting dan perludibentuk agar perjalanan hidup rakyat atau warganegaraberlangsung dengan baik.

REFLEKSI UNIT PELAJARANUNIT TAJUK

5 Rancangan Pembangunan Pendidikan Di Malaysia

13. Ringkasan Isi Kandungan Unit

Unit ini membicarakan tentang rancangan pembangunan Pendidikan di

Malaysia di mana Malaysia sentiasa menitik beratkan pendidikan agar

berkembang maju seiring dengan arus pembangunan sains dan teknologi

yang tiada sempadan.Pelbagai perkara telah dilakukan melalui

rancangan pembangunan negara.Bagi memperkukuhkan sistem pendidikan

negara,enam teras strategik Pelan Induk Pembangunan Pendidikan telah

dikenalpasti iaitu teras pertama,Membina Negara Bangsa. Teras yang

kedua,Membangunkan Modal Insan.Teras yang ketiga,Memperkasakan

Sekolah Kebangsaan.Teras keempat pula,Merapatkan Jurang Pendidikan.

Teras kelima, Memartabatkan Profesion Keguruan dan teras yang keenam

LAMPIRAN 1

ialah Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan. Keenam-enam

teras yang dinyatakan adalah untuk menghasilkan pendidikan yang

berkualiti untuk semua.

14. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan

penjelasannya

Konsep Penjelasan1.

Holistik Suatu pendekatan dalam proses kita menguruskan sesuatu perkara yang dibuat secara menyeluruh, seimbang dan teratur yang berteraskan kepada keharmonian dan keserasian dalam diri individu, dalam hubungan individu dengan individu lain danhubungan individu dengan alam semesta.

2.

Patriotik Sikap positif terhadap tanah air

3.

Transformasi Perubahan bentuk

4.

Orientasi Percubaan

5.

Inovasi Sesuatu yang baru diperkenalkan seperti kaedah,system,adat dan lain-lain yang baru

15. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalamkonteks profesionalisme keguruan anda.

Kandungan ini memberi pendedahan tentang pembangunan pendidikan 2001-2010 adalah untuk menentukan semua warganegaraMalaysia memperoleh peluang pendidikan selama 12 tahun dari segi akses,ekuiti dan kualiti.Perancangan ini juga bertujuan memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi JERI selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK),meningkatkan kreativiti dan inovasi di kalangan pelajar,meningkatkan budaya ilmu,membudayakan sains dan teknologi,membudayakan pembelajaran sepanjang hayat,menyediakan sistem pendidikan yang lebih cekap,berkesan,dan bertaraf dunia dan menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan.

REFLEKSI UNIT PELAJARANUNIT TAJUK

6 Kurikulum Sebagai Wahana Menterjemah Falsafah Pendidikan

Kebangsaan (FPK)

16. Ringkasan Isi Kandungan Unit

Unit ini membicarakan tentang keberadaan kokurikulum di dalam

pembelajaran yang menentukan arah perlaksanaan pendidikan. Dalam

suatu Negara yang mengembangkan sistem pendidikan , kurikulum selalu

bersifat dinamis sehingga dari masa ke semasa ia berupaya dalam

menyesuaikan proses pendidikan dengan perkembangan zaman. Oleh itu,

FPK memberi panduan supaya pendidikan negara beroperasi mengikut

bentuk dan proses-proses yang ditentukan ke arah matlamat yang

hendak dicapai dengan berkesan. Bagi meningkatkan pencapaian

pelajar, KSSR merupakan kurikulum terkini bagi menggantikan KBSR

yang mencakupi 4M (menulis, membaca, mengira dan menaakul).

Sehubungan itu, peringkat pra sekolah, sekolah rendah, sekolah

menengah, lepas sekolah menengah dan pendidikan khas perlu dicakupi

kesemuanya dengan kurikulum kebangsaan kerana ia bersifat

senteralisasi yang secara langsung memberi kelebihan dari segi

perancangan, pelaksanaan, kawalan, agihan dan penilaian. Tidak

cukup dengan itu, ia haruslah mempunyai hala tuju yang jelas dan

bagaimana perlaksanaan dapat dioperasikan bagi melahirkan

keberkesanan di dalam pendidikan Negara.

17. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan

penjelasannya

Konsep Penjelasan1.

Wahana Perbincangan atau diskusi secara lisan

2.

Menaakul Kemahiran berfikir yang membolehkan seseorang pelajar itu membuat keputusan berdasarkan akal logik.

LAMPIRAN 1

3.

Kurikulum formal

Kurikulum akademik yang dilaksanakan melalui kurikulum pengajaran dan kurikulum operasi.

4.

Menterjemah Aktiviti menggantikan bahan teks dalam bahasa sumber dengan bahan teks dalam bahasa sasaran.

5.

Kokurikulum Pelaksanaan aktiviti kurikulum dan kokurikulum di sekolah dan melalui proses pengajaran dan pembelajaran serta interaksiguru-murid di bilik darjah.

18. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalamkonteks profesionalisme keguruan anda.

Kandungan ini memberikan pendedahan tentang kurikulum yang sentiasa bersifat dinamik dan fleksibel untuk disesuaikan dengan keadaan semasa yang sentiasa berubah.KSSR merupakan kurikulum terkini bagi menggantikan KBSR yang diharapkan dapatmeningkatkan standard pencapaian pelajar yang mencakupi 4M (membaca,mengira,manulis dan menaakul).

REFLEKSI UNIT PELAJARANUNIT TAJUK

7 Reka bentuk Kurikulum Di Malaysia

19. Ringkasan Isi Kandungan Unit

Unit ini membicarakan tentang rekabentuk kurikulum di Malaysia.

Kurikulum di Malaysia adalah kurikulum yang berpusat.Pelaksanaan dan

perkembangannya adalah secara top-down. Jabatan Pelajaran Negeri dan

Pejabat Pelajaran Daerah merupakan agensi yang bertanggungjawab

dalam menyebarkan kurikulum yang telah dibentuk dan didokumentasikan

ke seluruh sekolah yang ada di Malaysia.Guru sebagai pendidik perlu

memainkan peranan sebagai perancang,pelaksana dan penilai dalam

menentukan pengajaran dan matlamat yang hendak dicapai adalah

selaras dengan falsafah,misi,visi, dan amalan yang telah dipilih.

Terdapat dua aliran yang kuat dan berbeza tentang pengajaran dan

LAMPIRAN 1

pembelajaran iaitu aliran objektivis melihat ilmu sebagai satu

produk dan guru adalah penyampainya manakala aliran konstruktivis

pula melihat ilmu sebagai satu proses pembinaan dan guru adalah

pemudah cara.Kesemua aliran ini akan menghasilkan output yang

berbeza-beza.

20. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan

penjelasannya

Konsep Penjelasan1.

Kognitif Segala perkara yang berkaitan dengan kognisi seperti proses pembelajaran , pemahaman dan pemerolehan pengetahuan

2.

Turutan Aturan

3.

Bersepadu Kepelbagaian strategi pengajaran

4.

Litupan Pelindung

5.

Humanisme Kemanusiaan

21. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalamkonteks profesionalisme keguruan anda.

Kandungan ini memberikan pendedahan tentang rekabentuk kurikulum.Konseppembaharuan kurikulum adalah lebih khusus dan memberi gambaran bahawakurikulum yang sedia ada akan diberi elemen yang baru dan diperbaiki dengankeadaan kurikulum yang ada supaya kurikulum tersebut menjadi lebihberkesan.Bagi mengamalkan pembaharuan sebuah kurikulum,yang paling pentingmestilah terlebih dahulu terdapat satu bentuk kurikulum.Sekiranya kurikulum itutidak ada,maka proses pembaharuan kurikulum sudah tentulah tidak bolehdilaksanakan.

REFLEKSI UNIT PELAJARANUNIT TAJUK

8 Penterjemahan Dan Pentafsiran Kurikulum Kebangsaan

22. Ringkasan Isi Kandungan Unit

Unit ini membicarakan tentang kurikulum yang berperanan sebagai

garis panduan dan penentu sempadan ilmu yang hendak disampaikan.Ini

bermaksud bahawa maklumat-maklumat akan disampaikan mengikut

peringkat yang tertentu.Kurikulum di sekolah perlu sentiasa relevan

dengan keperluan serta kehendak semasa.Pusat Perkembangan kurikulum

sentiasa merangka kurikulum pendidikan di Malaysia dari semasa ke

semasa mengikut aliran tinggi.Kurikulum perlu diubahsuai mengikut

keperluan supaya murid-murid sentiasa bergerak seiring dengan trend

pengetahuan semasa.Kurikulum pendidikan di bina atas beberapa

tujuan.Antaranya adalah untuk melahirkan insan yang seimbang dari

segi intelek,jasmani,rohani dan emosi serta berketerampilan dan

mampu berfikir secara kritis dan kreatif.Selain daripada

itu,kurikulum pendidikan juga menggabungkan jaringan unsur nilai

moral dan agama merentasi kurikulum.Bagi mencapai hasrat

ini,kurikulum telah menitikberatkan aspek kepimpinan murid-murid

melalui kokurikulum.Kurikulum yang sama digunakan di semua sekolah

di Malaysia bermatlamat untuk menguatkan hubungan sosial antara

masyarakat majmuk di Malaysia.Kurikulum yang seragam dan adil dapat

membentuk masyarakat yang bersatu padu dan menyingkirkan sikap

prejudis antara kaum.

23. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan

penjelasannya

Konsep Penjelasan1 Dokumen Sesuatu yang bertulis atau bercetak yang

LAMPIRAN 1

. digunakan sebagai rekod atau bukti2.

Konsep bentuk

3.

Teori Berasal dari perkataan yunani yang membawa maksud pemandangan

4.

Jisim kandungan

5.

Inkuiri Mencari maklumat

24. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalamkonteks profesionalisme keguruan anda.

Kandungan ini banyak memberi pendedahan tentang kandungankurikulum yang mengandungi pengetahuan deklaratif danprosedural.Pengetahuanprosedural berkait denganproses,metodologi dan prosedur.Kurikulum sentiasa diubah suaimengikut keperluan semasa.ianya bertujuan melahirkan insanyang seimbang dari segi JERI.

REFLEKSI UNIT PELAJARANUNIT TAJUK

9 Etika Keguruan Dan Peraturan Pendidikan Di Malaysia

25. Ringkasan Isi Kandungan Unit

Unit ini membicarakan tentang Etika Keguruan yang harus di patuhi

dan akur oleh diri setiap guru agar dapat meningkatkan lagi

profesion keguruan di mata masyarakat. Kod etika yang digubal

menjadi panduan bagi setiap guru di Malaysia bagi memartabatkan

profesion itu sendiri. Akauntabiliti Keguruan merangkumi

akauntabiliti guru terhadap pelajar,sekolah,masyarakat dan

negara,profesion keguruan serta terhadap guru itu sendiri agar guru

dapat memahami tanggungjawabnya yang sebenar. Selain itu,unit ini

LAMPIRAN 1

juga turut membincangkan peraturan yang ada di dalam pendidikan di

Malaysia.Peraturan-peraturan berkaitan tingkah laku dan tatatertib

yang telah digubal menjadi peraturan utama pegawai awam agar imej

kerajaan khasnya dan perkhidmatan awam amnya dapat dijaga. Akta

Pelajaran1961 telah dimansuhkan dan digantikan dengan Akta

Pendidikan 1996.Ini menunjukkan kepekaan pihak berkuasa pentingnya

mewujudkan satu sistem pendidikan yang lebih berkesan supaya dapat

menghadapi cabaran yang baru pada alaf yang baru.

26. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan

penjelasannya

Konsep Penjelasan1.

Etika Perguruan

Set tingkah laku guru terhadap masyarakat dan negara,pelajar,rakan sejawat dan ibubapa pelajar.

2.

Profesionalisme

Kemahiran

3.

Muktamar Musyawwarah

4.

Produktiviti Penggunaan yang efektif segala punca tenaga manusia,modal baha-bahan,tenaga,informasi dan sebagainya bagi menghasilkan produk dan juga perkhidmatan.

5.

Adaptasi Penyesuaian

27. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalamkonteks profesionalisme keguruan anda.

Kandungan ini banyak memberi pendedahan tentang etika dan peraturan pendidikan yang harus dipatuhi oleh setiap guru di Malaysia.Kandungannya dapat memberi rujukan yang berguna kepada saya agar sentiasa berada di landasan yang betul.Saya sedar bahawa guru harus menjaga setiap tatasusila dan sahsiah agar dipandang baik oleh masyarakat dan secara tidak langsung dapat memartabatkan profesion keguruan.

REFLEKSI UNIT PELAJARANUNIT TAJUK

10 Akta Pendidikan 1996

28. Ringkasan Isi Kandungan Unit

Unit ini membicarakan tentang Akta Pendidikan 1996 yang telah banyak

membawa pembangunan pendidikan di Malaysia. Perkembangan pendidikan

di negara kita kadangkala dilihat mendahului sesetengah negara yang

sama usia kemerdekaan mereka dengan negara kita. Perkembangan

pendidikan di Malaysia berkembang dengan pantas bermula daripada

Penyata Razak dan sehinggalah wujudnya Akta Pendidikan 1996 di mana

negara Malaysia sentiasa meletakkan bidang pendidikan sebagai suatu

yang penting dan harus diberikan keutamaan untuk kemajuan sesebuah

negara.

29. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan

penjelasannya

Konsep Penjelasan1.

Wawasan Bayangan,penglihatan,gambaran

2.

Kurikulum Program yang dirancang dan dilaksanakan di sekolah

3 Autoriti Kuasa yang sah

LAMPIRAN 1

.

4.

Enrolmen bilangan

5.

Premis Bangunan dan kawasan tempat diuruskan.

30. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalamkonteks profesionalisme keguruan anda.

Kandungan ini banyak memberi pendedahan kepada saya tentang akta 1996 yang telah termaktub.ia bertujuan memantapkan sistempendidikan kebangsaan sejajar dengan kehendak dan cita-cita Malaysia untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia.Akta Pendidikan 1996 menampilkan kesinambungan kepada hasrat dan dasar pendidikan yang sedia ada.Akta ini berpaksi kepada perakuan-perakuan utama Penyata Razak 1956 yang menjadi asas dasar pendidikan kebangsaan.Akta baru ini juga banyak mengekalkan peruntukan yang masih relevan daripada Akta Pelajaran 1961.Tujuan menggubalkan Akta Pendidikan 1996 untuk memperluaskan skop danmemperkenalkan perundangan mengenai pendidikan.

ESEI BERDASARKAN SATU UNIT PELAJARAN

Bagaimana pengetahuan dan pengalaman terhadap isi kandungan unit tersebut memberi impak terhadap perkembangan profesionalisme keguruan.

Cabaran-cabaran dalam mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman tentang isi kandungan unit pelajaran.

UNIT 9ETIKA KEGURUAN DAN PERATURAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA.

Saya telah memilih bab 9 iaitu Etika Keguruan dan Peraturan Pendidikan

di Malaysia. Selepas membaca bab ini, pengetahuan dan kefahaman saya

semakin bertambah mengenainya.Tugas seorang guru sememangnya tugas yang

mulia.Guru juga adalah seorang yang profesional.Apakah yang di maksudkan

dengan profesional? Menurut Omstein dan Levine (1993) konsep profesional

merujuk kepada ciri-ciri yang terdapat dalam kalangan ahli suatu profesion.

Antara ciri-ciri yang telah dinyatakan adalah cekap dan mempunyai pengetahuan

yang mendalam dalam bidang yang diceburi dan adanya kod etika yang

mengawal tingkah laku ahli. Ini bermakna, guru adalah seorang yang mendapat

latihan yang khusus,berpengetahuan luas dan pakar dalam bidang yang diceburi

serta ada kod etika yang tersendiri.Etika pula membawa maksud satu sistem

dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan (Dewan Bahasa dan

Pustaka,1995).Mengikut Kamus Oxford (1994) pula etika bermaksud prinsip moral

atau set prinsip moral.Selain itu etika juga membawa maksud tanggungjawab

dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat.Dari

perspektif Islam pula etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-

Quran dan ketakwaan kepada Allah.

Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion

perguruan.Kod etika dianggap penting kerana kod etika menyediakan garis

panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan.Ia amat sesuai

untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru.Kod etika Perguruan juga menyatakan

dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam

pendidikan.Oleh itu,guru akan lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab

mereka atau dengan perkataan lain etika keguruan bermaksud tugas hakiki guru

yang menekankan dua amanah penting iaitu konsep ibadah dan pembangunan

insan.Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini

menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain.Oleh

itu,guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan samada di negara ini

ataupun di negara lain.Kod etika dalam bentuk dokumen,usaha untuk menyemak

semula kod ini dapat dilakukan.Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat

menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan

dikuatkuasakan.Menerusi kod etika,guru dapat meningkatkan lagi imej profesion

perguruan secara hitam putih dan rasmi.Ia dapat membuka mata masyarakat

untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru

dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara.Etika kerja merupakan nilai-

nilai yang penting dalam sesebuah organisasi.Pengamalan etika dapat mengekal

dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas serta

memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan di antara ahli

dalm organisasi (INTAN 1991).Oleh yang demikian adalah penting setiap guru di

Malaysia wajib memahami kod etika perguruan sebagai landasan dan arah

pandu dalam membangunkan negara bangsa.Semua garis panduan yang

diwujudkan bertujuan meningkatkan tahap kualiti,produktiviti dan disiplin dalam

perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan

dengan peraturan dan peradaban,peranan nilai,serta tingkah laku profesion

dalam masyarakat.

Sebelum kita membicarakan lebih lanjut tentang cara untuk meningkatkan

profesionalisme guru,kita harus tahu apakah yang dimaksudkan dengan

profesionalisme mengikut Kamus Dewan edisi ketiga menjelaskan bahawa

profesionalisme bermaksud dengan sifat-sifat (kemampuan,kemahiran, cara

perlaksanaan sesuatu dan lain-lain) sebagaimana yang sewajarnya terdapat pada

atau dilakukan oleh orang profesional. Menurut Mok Song Sang (1996), konsep

profesionalisme boleh dirumuskan sebagai satu pekerjaan yang khusus dan

dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang

cukup bermutu,bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi,

yang mempunyai autonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang telah

ditetapkan oleh organisasinya. Bidang pendidikan berhadapan dengan masa

depan mencabar yang memerlukan perancangan rapi, sistematk dan holistik.

Maka kalangan warga pendidik serta semua pihak yang berkepentingan perlu

berganding bahu untuk meningkatkan lagi profesionalisme guru demi

memantapkan lagi sistem pendidikan di negara kita. Sistem pendidikan yang

berwibawa akan menghasilkan modal insan berminda kelas pertama walaupon ia

mengambil masa yang panjang.

Peningkatan profesionalisme guru dapat membantu meningkatkan lagi

sistem pendidikan di negara kita. Melalui peningkatan profesionalisme guru ia

dapat melahirkan guru yang versatil iaitu guru yang sanggup dan dapat

melakukan apa sahaja yang diminta dalam skop yang telah ditetapkan tanpa

sebarang rungutan di belakang. Peredaran masa membawa perubahan dan

cabaran terhadap profesion keguruan termasuk pengubahsuaian fungsi dan

peranan guru. Peranan guru sebagai sumber utama pengetahuan kepada pelajar

telah bertukar kepada guru sebagai pemudah cara dalam P&P agen perubahan

dan sumber inspirasi kepada pelajar. Guru harus kreatif dan inovatif untuk

menjadikan sistem penyampaian P&P menjadi efektif, menarik, dan

menyeronokkan. Kerajaan dan guru itu sendiri memainkan peranan penting

dalam meningkatkan profesion perguruan.

Seorang guru yang profesional mempunyai ciri-ciri berikut iaitu bersemangat

tinggi dalam perkhidmatan di mana guru ini sentiasa ingin memberikan yang

terbaik dalam perkhidmatannya seperti hadir ke sekolah sebelum waktunya.Etika

dan tatasusila profesion perguruan yang menjadi pegangan harus sentiasa

difahami,dihayati dan diamalkan.Ciri yang kedua ialah mempunyai matlamat

yang jelas iaitu menjalankan sesuatu tugas tanpa disuruh.Guru tersebut akan

mengutamakan dahulu perkara yang penting dan segera dan dikemudiankan bagi

perkara yang kurang penting dan mengabaikan perkara yang tidak berkaitan.Ciri

yang ketiga ialah berkemahiran dalam menguruskan bilik darjah.Bilik darjah

akan kelihatan ceria,kawalan disiplin murid dan tindakan rutin di dalam bilik

darjah yang berkesan.Guru yang mempunyai ciri ini sentiasa mempastikan

ketepatan masa,suasana kelas yang ceria dan bersih.Oleh itu murid akan

memberikan tumpuan terhadap pengajarannya jika mereka menyukai cikgu itu

dan sebaliknya.Sikap dan penampilan seorang guru banyak membawa kesan

positif ke arah meminati sesuatu subjek.Ciri yang seterusnya ialah guru yang

berkebolehan berkomunikasi dengan baik iaitu penyampaian pengajaran yang

ingin disampaikan itu berkesan.Suara guru yang lantang,bahasa yang

halus,sebutan yang jelas,intonasi yang betul,arahan yang tepat dan ayat-ayat yang

gramatis yang diselangselikan dengan elemen humor .Kaedah seperti ini adalah‘ ’untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang tidak membosankan dan murid-

murid akan merasa terhibur sepanjang kelas berlangsung.Ciri yang kelima ialah

guru mempunyai jangkaan yang tinggi terhadap setiap muridnya iaitu

mengganggap mereka insan yang istimewa yang mempunyai potensi untuk

berjaya jika diberi bimbingan dan tunjuk ajar yang betul dan berkesan.Ciri yang

keenam ialah guru berupaya memberikan yang terbaik kepada murid-murid

demi masa depan mereka dan juga barikan yang terbaik dalam tugas-tugas

khasnya untuk kejayaan sekolah.Guru ini akan meletakkan kepentingan

perkhidmatannya melebihi kepentingan dirinya sendiri.Ciri yang seterusnya ialah

mempunyai pengetahuan tentang kurikulum dan subjek yang diajar secara

mendalam.Guru seperti ini menjadi rujukan kepada murid,rakan sejawat dan

pihak lain yang memerlukan khidmat ketokohannya.Dia akan sentiasa

mengemaskini pengetahuannya tentang kurikulum kebangsaan yang berubah dan

berupaya menyesuaikan pengetahuan tentang subjek dengan matlamat kurikulum

kebangsaan yang ditetapkan.Ciri yang terakhir ialah menjalinkan hubungan yang

berkualiti dengan pelajar,ibubapa,masyarakat dan majikan.Hubungan yang

berkualiti ialah mengekalkan keharmonian dalam perkhidmatannya.Lazimnya,jika

guru itu bertukar atau bersara,ketiadaannya begitu dirasai oleh sekolah,rakan

dan murid.Kesemua kriteria yang dinyatakan adalah ciri-ciri yang harus ada bagi

setiap guru seperti saya agar dapat memartabatkan profesionalisme keguruan di

mata masyarakat.Saya tidak mahu masyarakat melabelkan seseorang guru itu

dengan pelbagai kategori seperti guru makan gaji di mana guru itu sentiasa

mengira bilakah gaji akan keluar,gaji naik,dapat bonus serta menerima tuntutan

elaun.Guru merupakan insan yang bertanggungjawab dalam membentuk generasi

yang akan datang.Cara yang seterusnya untuk meningkatkan profesion perguruan

ialah dengan meningkatkan akauntabiliti pendidik itu sendiri. Ini merupakan

nilai yang terpenting untuk membezakan guru yang komited dengan guru yang

bermasalah. Kerja mendidik membawa konotasi moral kepada orang yang

menjalankan tugas ini bertanggungjawab kepada diri sendiri kerana mereka akan

dipersoalkan sekiranya sesuatu tanggungjawab itu diabaikan. Jika seseorang guru

mempunyai akauntabiliti yang tinggi maka ia juga akan mempengaruhi

profesionalisme guru dan secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi

profesionalisme guru.Aspek-aspek yang perlu ada dalam diri seorang guru yang

berkualiti ialah emosi iaitu sentiasa menghayati nilai-nilai murni,norma dan

etika perkhidmatan. Terdapat 12 nilai murni teras etika kerja perkhidmatan

awam yang juga dikenali sebagai tonggak 12 yang perlu diamalkan.Seseorang

juga memiliki pemikiran yang positif dalam menjalankan tugasnya iaitu iaitu

menganggap pergi ke sekolah sebagai pergi ke medan jihad dan kerja mengajar

sebagai suatu ibadat tanpa sebarang rungutan.Seorang guru juga harus

mempunyai semangat patriotik dan cintakan negara.

Sifat bersih,cekap dan amanah adalah merupakan di antara syarat yang

terpenting yang perlu ada dalam diri setiap kakitangan awam bagi memastikan

matlamat kerajaan untuk meningkatkan mutu kerja dan produktiviti kakitangan

awam tercapai.Dalam usaha untuk menerapkan sifat-sifat tersebut,peranan besar

yang dimainkan oleh institusi pendidikan yang ada di negara kita adalah

berusaha membentuk peribadi seseorang individu supaya berdisiplin dan berdaya

maju serta berdedikasi.Tatatertib dan disiplin adalah merupakan di antara

tunggak utama dalam memastikan kejayaan sesebuah organisasi. Secara

umumnya,tatatertib atau disiplin ialah apa yang disebut sebagai peraturan-

peraturan yang dipersetujui oleh sesuatu kumpulan atau organisasi bagi

mewujudkan suasana yang aman dan tenteram dan menjamin keharmonian ahli-

ahlinya.Disiplin juga adalah merupakan cara berfikir yang teratur yang

melahirkan sifat rasional,keyakinan diri dan ketabahan hati seseorang

individu.Ini bermakna ia berkait rapat dengan tatasusila,keadaan

persekitaran,akhlak dan juga kesopanan.Disiplin adalah perlu bagi sesuatu

organisasi itu mencapai objektif-objektif yang ditetapkan dan juga mengekalkan

kestabilan.Dalam sektor perkhidmatan awam,peraturan-peraturan mengenai

tatatertib adalah merupakan suatu alat kawalan dalam usaha menjadikannya‘ ’sebagai agen yang adil,saksama dan mendapat kepercayaan semua lapisan

masyarakat.Ia secara tidak langsung dapat membantu dalam membentuk sebuah

negara yang berdaulat dan teguh. Tindakan tatatertib adalah merupakan platform

terakhir bagi menghukum mereka yang didapati telah melakukan kesalahan

ataupun yang melanggar peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.Secara

amnya,hukuman yang dikenakan adalah bersifat untuk memberi pengajaran dan

pedoman kepada kakitangan yang lain.Kepentingan kehidupan yang bermoral

dan beretika adalah salah satu faktor utama dalam membangunkan sebuah

masyarakat yang bertamadun dan berbudaya tinggi.Kemajuan yang tidak

didokong dengan dengan moral dan etika yang baik sebenarnya samalah dengan

kehidupan masyarakat di zaman jahiliyah.Justeru,untuk hidup dalam keadaan

harmoni,maka kita perlulah mematuhi disiplin-disiplin dalam kehidupan

termasuklah disiplin di tempat kerja.Pada dasarnya,perbuatan salah laku dalam

pekerjaan ini bukan sahaja menjejaskan prestasi sesebuah organisasi,malah ia

juga turut memberi kesan kepada pertumbuhan negara secara

keseluruhannya.Ianya agak sukar dikekang sekiranya tiada pengawalan diri

sendiri oleh setiap individu dalam organisasi berkenaan.Terdapat banyak

pendekatan yang boleh digunakan dalam usaha untuk membendung masalah

salah laku ini daripada terus berleluasa.Terdapat tiga pendekatan yang boleh

dilakukan iaitu pendekatan proaktif.Pendekatan proaktif adalah di mana pihak

pengurusan perlu mengenal pasti jenis salah laku yang mempunyai

kebarangkalian yang tinggi untuk berlaku.Di sini peranan pihak pengurusan

adalah untuk mengambil tindakan dalam menangani salah laku yang

dimaksudkan.Dengan kata lainnya,tindakan terlebih dahulu dibuat sebelum salah

laku itu timbul.Pendekatan yang kedua ialah pendekatan arahan.Pihak

pengurusan sesebuah organisasi perlulah mempunyai polisi, prosedur, tatacara,

peraturan ataupun kaedah-kaedah secara bertulis dan jelas mengenai disiplin

dan salahlaku.Pihak terlibat juga perlulah mengambil inisiatif yang sewajarnya

untuk meningkatkan semua staf berkenaan dengan peraturan-peraturan yang ada

dari semasa ke semasa.Pendekatan yang ketiga ialah pendekatan

pencegahan.Pendekatan ini merupakan satu usaha yang diharapkan agar dapat

membantu mencegah perbuatan salah laku dalam pekerjaan, di mana ianya

bermula dari peringkat awal iaitu ketika membuat pemilihan pekerja di sesebuah

organisasi itu.Majikan perlulah memastikan bahawa pekerja yang ingin di ambil

bekerja itu mempunyai rekod perkhidmatan yang bersih.Perkara ini amat

penting terutamanya ketika mengambil pekerja.Antara faktor penting yang boleh

membantu untuk sekurang-kurangnya mengurangkan kes-kes salah laku dalam

pekerjaan adalah komunikasi yang berkesan di antara dua pihak.Ianya

termasuklah sikap ikhlas dan jujur dalam melakukan pekerjaan.Sekiranya

seseorang individu itu mempunyai pengetahuan tentang sesuatu salah laku yang

telah dilakukan,walaupun ia melibatkan rakan sekerja yang rapat

dengannya,maka dia perlulah melaporkan keadaan tersebut kepada pihak

pengurusan organisasi.Perbuatan salah laku atau pelanggaran disiplin adalah

merupakan perbuatan yang tidak wajar wujud di mana-mana organisasi apatah

lagi di institusi ilmu.Segala perbuatan salah laku yang telah dilakukan oleh

mana-mana staf,tanpa mengira kedudukan perlulah ditangani dengan adil dan

saksama bagi menjadi pedoman dan pengajaran kepada staf yang lain.Tidak

keterlaluan jika dikatakan bahawa dengan wujudnya cabaran-cabaran tersebut

telah memberikan idea yang baru kepada pihak terbabit untuk merangka semula

struktur baru yang lebih komprehensif dan bersesuaian dengan keadaan

semasa.Secara kesimpulannya, guru sebagai penjawat awam perlu berpegang

teguh kepada kod etika yang telah digariskan.Isu-isu pelanggaran kod etika

keguruan perlu dibendung daripada terus menular kerana ianya membawa kesan

yang buruk terhadap profesion keguruan, pembangunan modal insan dan masa

depan anak bangsa.

Untuk menjadi guru yang unggul,beberapa cabaran perlu ditempuhi.Guru-

guru khasnya dan profesion perguruan amnya adalah tidak terkecuali daripada

terlibat dengan keadaan perubahan akibat daripada internationalisme dan

globalisasi (Ibrahim Abu Shah 2002; Rohaty Majzub 2000;Wan Liz Ozman

2000;Kim 1995) Ini memandangkan guru adalah agen perubahan.Persidangan

Pendidikan ke 5 dalam tahun 1997 merumuskan bahawa cabaran besar dalam–abad ke 21 selain daripada ledakan ilmu yang berbentuk global ialah masalah

sosial yang perlu ditangani dan di atasi ke arah membentuk masyarakat madani

(Mohamad 1998). Perdana Menteri Malaysia menegaskan bahawa kepentingan

sistem pendidikan menyediakan generasi kedua atau generasi wawasan‘ ’ ‘ ’memerlukan piawaian baru termasuk mengurangkan masalah gejala sosial

pelajar seperti ponteng sekolah dan lepak serta salah laku yang lain (Wan Mohd

Zahid 1997).Walaubagaimanapun permasalahan ini masih terus meningkat kerana

kadar pertambahan bilangan pelajar yang terus meningkat.Berdasarkan analisis,

pertambahan bilangan pelajar akan terus meningkat pada kadar 8.9% .Ini

menjadi cabaran kepada sekolah dan guru-guru kerana masalah kemudahan

prasarana adalah tidak mencukupi.Jumlah pelajar yang terlibat dengan kes

disiplin semakin hari semakin meningkat (Shahril @Charil & Habib 1999).

Mungkin dari segi angka peratus adalah kecil tetapi dari segi bilangan pelajar

yang terlibat keseluruhannya adalah pada angka yang besar.Keadaan ini adalah

sangat mencabar dan membimbangkan.Menurut Reighlath dalam Ornstein &

Hunkins (1993) pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah di zaman kepesatan

teknologi banyak mengalami perubahan selaras dengan yang terkini.Ini memberi

cabaran kepada guru di dalam mengikuti perkembangan terkini.Guru-guru perlu

mahir dengan sistem teknologi yang ada (Shahril @ Charil & Habib

1999).Kurikulum terus mengalami perkembangan dari semasa ke

semasa.Perubahan-perubahan yang seperti ini tentunya mengubah harapan dan

keperluan semua pihak ke atas kecekapan dan keterampilan guru-guru agar

impian sebagai yang diwarwarkan menjadi kenyataan.Cabaran seterusnya ialah

cabaran dalam masyarakat.Profesion perguruan adalah berkait dengan

kemasyarakatan.Semakin masyarakat dan negara bertambah maju dan bersifat

global semakin banyak cabaran-cabaran yang dihadapai oleh guru.Semakin taraf

hidup dan status sosio ekonomi rakyat,semakin besar gelombang cabaran di

hadapan guru-guru (Ramlan 2002).Guru merupakan agen perubahan yang

membawa kemajuan kepada masyarakat (Wan Liz Ozman 2000; Atan Long

1980).Menurut Boyer (1994), dalam abad ke 21,cabaran dalam bidang pendidikan

adalah tidak terhad kepada penemuan-penemuan baru sahaja.Namun ia termasuk

juga penyesuaian penemuan-penemuan tersebut kepada perspektif yang lebih

luas dan seterusnya dapat dimanfaatkan oleh masyarakat.Oleh yang

demikian,kaum guru perlulah mempunyai kesediaan menerima sebarang

penemuan baru seterusnya berkemampuan untuk mengaplikasikan penemuan

baru tersebut di dalam profesion bagi kepentingan masyarakat.Kepada

masyarakat,guru adalah sumber maklumat dan pengetahuan,kemahiran dan

keterampilan,sumber kebudayaan dan ilmu,sumber pemupukan kepercayaan dan

sistem nilai,penyedia tenaga manusia untuk alam pekerjaan dan penjagaan

belia,remaja dan kanak-kanak (Wan Liz Ozman,2000;Kementerian Pendidikan

1996;Sufean Hussin 1996;Wan Mohd Zahid 1994).Cabaran seterusnya ialah

cabaran berasaskan wawasan 2020.Guru ialah orang yang kerjayanya mempunyai

implikasi yang jauh ke hadapan,tanggungjawabnya adalah bersifat futuristik di

mana gurulah yang mendidik generasi yang akan hidup di masa hadapan.Oleh

yang demikian guru perlulah sentiasa peka dan sensitif akan tuntutan wawasan

negara yang disuarakan bagi mengatur program-program perkembangan negara

ini menjelang abad ke 21 (Pengarah Pendidikan 2000;Ibrahim Mamat 2001;Wan

Liz Ozman 2000;Robiah Sidin 1998;Sufean Hussin 1996;Wan Mohd Zahid

1993).Cabaran-cabaran yang terkandung dalam wawasan negara adalah meliputi

proses pembangunan kognitif,afektif dan psikomotor serta penerapan nilai dan

asas moral bagi membentuk sikap kanak-kanak atau pelajar.Generasi baru yang

dihasilkan melalui proses ini perlu dapat memanisfestasikan inovasi,daya cipta

atau daya reka yang tinggi di samping perkembangan pesat dalam bidang

teknologi maklumat.Guru adalah sebagai orang yang bertanggungjawab secara

terus kepada proses bagi mendapatkan hasil akhir ini baik pada dimensi

instrinsik mahupun dimensi instrumental.Justeru itu guru perlu berketerampilan,

inovatif, kreatif, reflektif, futuristik, analitik di samping berpegang kepada nilai-

nilai murni.

Kod etika keguruan yang dibincangkan diatas kalau benar-benar dipatuhi

dan diamalkan akan membantu keberkesanan pengajaran guru dan membantu

guru menghadapi pelbagai cabaran di dalam dunia pendidikan hari ini. Etika

Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia yang berlandaskan prinsip-prinsip seperti

niat yang betul, perlakuan yang baik, pengerak ke arah kebaikan,

memperkotakan apa yang dikatakan, berdisiplin dan beradab serta menghargai

dan bertanggungjawab hasil usaha organisasi akan dapat dihayati sepenuhnya

jika seseorang guru mampu bertindak dengan jelas terhadap tanggungjawabnya.

dan kita tidak mungkin menjadi efisien jika kita bukan seorang guru yang

beretika dan bermoral, jika kita seorang guru yang tidak berprinsip, jika kita

seorang guru yang buta mata hati, jika kita seorang guru yang tahu tapi tidak

mahu, atau kita guru yang ada ilmu tapi tidak beramal dengan ilmunya. Setiap

dari kita pasti mampu dan berjaya menjadi seorang guru yang beretika dan

seterusnya berjaya jika kita menghayati sabda Rasulullah s.a.w yang mafhumnya:

barangsiapa yang amalannya hari ini lebih baik dari semalam, dia adalah orang“yang beruntung, barangsiapa yang amalannya hari ini sama dengan yang

semalam, dia adalah orang yang rugi, dan barangsiapa yang amalannya hari ini

lebih buruk dari hari semalam, dia tergolong orang yang dilaknat Allah s.w.t. ”FORUM E-LEARNING

Author MessageTopic : Peraturan-peraturan perkhidmatan keguruan dapat menjamin perkhidmatan yang cemerlangd041573Maslinawatie BintiMat Hasan

Replies :1Views : 8

General Forum : FORUM 5 PM DR ABD LATIF Posted On : 05 Dec 2011 09:29:16 PM Subject: Re : Peraturan-peraturan perkhidmatan keguruan dapat menjamin perkhidmatan yang cemerlang salam sejahtera..

Peraturan perkhidmatan perguruan amatlah penting.Ia menjadi panduan bagi semua guru di Malaysia.Sekiranya tiada peraturan dalambidang keguruan,maka insan yang bergelar guru tidak akan diangkat martabatnya sebagai insan yang mulia dan dihormati dalam bidang pendidikan di mana guru  bertanggungjawab dalam membentuk generasi yang akan datang.Peraturan yang terbentuk terkandung dalam kod etika keguruan yang meliputi pelbagai aspek.Guru perlulah mempunyai sahsiah yang unggul agar generasiyang ingin dibentuk itu juga menjadi terumggul.

Topic : FORUM 5: Peraturan-peraturan perkhidmatan keguruan dapat menjamin perkhidmatan yang cemerlang. Bincangkan.d041573Maslinawatie Binti

General Forum : FORUM 5 PM DR ABD LATIF Posted On : 05 Dec 2011 09:13:00 PM Subject

Mat Hasan

Replies :0Views : 0

: FORUM 5: Peraturan-peraturan perkhidmatankeguruan dapat menjamin perkhidmatan yang cemerlang. Bincangkan. salam...

Peraturan perkhidmatan keguruan diwujudkan bagi menjaga imej profesion keguruan agar dipandang mulia dan dihormati oleh ahli masyarakat. Hasrat yang murni akan dapat dicapai dengan adanya pendidik yang cemerlang dan komited dalam menjalankan tugas mereka. Peraturan-peraturan yang ada bertujuan untuk memastikan warga pendidik menjalankan tugas mereka dengan cekap, amanah dan bertanggungjawab. Contohnya,guruperlu menyiapkan buku persediaan  mengajar sebelum masuk ke kelas, ini adalah bagi memastikan guru membuat persediaan bagi sesi pengajaran-pembelajaran. Cuba kita bayangkan, jika tiada peraturan berkenaan, pastinya ada guru yang masuk ke kelas tanpasebarang persediaan.Dengan persediaan yang telah dilakukan oleh guru, pastinya sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi berkesan dan menyeronokkan.

  Guru juga perlu meletakkan kepentingan awam melebihi kepentingan diri sendiri. Murid-murid merupakan keutamaan para guru dalam semua tindakan yang mereka lakukan. Guru perlu memikirkan kesan dan akibat yangterjadi kepada murid-murid jika mereka tidak menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi. Peraturan-peraturan yang telah ditetapkan adalah bertujuan agar paraguru dapat menjalankan amanah yang telah diserahkan dengan sebaik mungkin bagi melahirkan generasi muda Malaysia yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Peraturan-peraturan yang diwujudkan adalah bagi mengekang tingkah laku negatif guru yang pastinya akan merugikan negara, bangsadan masyarakat. Jika peraturan-peraturan ini tidak dipatuhi, maka tindakan

tatatertib akan dikenakan bagi memelihara integriti profesion perguruan dan memberikan pengajaran kepada mereka yang lain. Dengan adanya peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi, para guru pastinya akan memberikan komitmen yang terbaik sertasentiasa berdedikasi dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.

 Topic : Forum 4d041573Maslinawatie BintiMat Hasan

Replies :3Views : 9

General Forum : FORUM 4 PM DR ABD LATIF Posted On : 05 Dec 2011 08:30:34 PM Subject: Re : Forum 4 salam..

Pendapat cikgu amat bernas sekali.Sumbanganguru ke arah pembinaan bangsa yang unggul terletak di tangan seorang guru.Ini adalah kerana guru merupakan insan yang sentiasa bersabar mendidik dan melayan pelbagai kerenah setiap anak muridnya.Maka sewajarnya guru dilabelkan sebagai arkitek bangsa kerana gurulah yang bertanggungjawabdalam membentuk pelajar agar berjaya melahirkan insan yang bertaraf dunia suatu masa nanti.

Topic : Forum 4d041573Maslinawatie BintiMat Hasan

Replies :2Views : 7

General Forum : FORUM 4 PM DR ABD LATIF Posted On : 05 Dec 2011 08:04:03 PM Subject: Re : Forum 4 Guru bukan hanya menyampaikan ilmu pengetahuan yang diketahuinya malah guru juga secara tidak langsung bertanggungjawabdalam membentuk sahsiah pelajar.Guru adalahrole model.Oleh itu,setiap tindak tanduk guru diperhatikan setiap masa,oleh masyarakat sekeliling.Dengan itu,guru sebagai agen perubahan perlu mendidik dan melahirkan generasi yang akan datang bertanggungjawab untuk merealisasikan cita dan hasrat yang terkandung dalam Falsafah

Pendidikan Kebangsaan.Topic : FORUM 4 : Guru sebagai arkitek bangsa. Hujahkan.d041573Maslinawatie BintiMat Hasan

Replies :0Views : 0

General Forum : FORUM 4 PM DR ABD LATIF Posted On : 05 Dec 2011 07:57:02 PM Subject: FORUM 4 : Guru sebagai arkitek bangsa. Hujahkan. Salam..

Arkitek membawa maksud jurubina iaitu perancang atau pencipta sesuatu.Guru sebagai arkitek bangsa amat bertepatan sekali di mana tugas guru mempunyai tanggungjawab yang besar dalam membentuk dan mencorakkan anak didik supaya menjadi insan yang bertaraf dunia kelak.Guru juga sebagai perancang agar segala yang dirancang tercapai objektifnya. Pelan IndukPembangunan Pendidikan 2006-2010 telah diwujudkan sebagai rancangan pembangunan pendidikan yang ingin dicapai supaya semua mendapat pendidikan yang adil dan saksama.Guru berperanan memastikan semua murid mendapat ilmu dan menguasai 3M.Selainitu guru juga diamanahkan mendidik murid mempunyai sahsiah yang terpuji dengan penerapan nilai-nilai murni serta disertai dengan semangat jati diri yang kuat,tahan lasak dan cekal menghadapi sebarang kemungkinan yang mendatang.Ini semua bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang amat menitik beratkan konsep JERI.Ironinya,bangsa yang sempurna bermula daripada corak yang diberikan oleh seorang guru.

 |<   <<   >>   >|   Page 1/4

Author MessageTopic : Kurikulum standard ke arah membangunkan modal insan bertaraf dunia. Bincangkan.d041573 General Forum : FORUM 3 PM DR ABD LATIF

Maslinawatie BintiMat Hasan

Replies :6Views : 30

Posted On : 16 Nov 2011 02:28:00 AM Subject: Kurikulum standard ke arah membangunkan modal insan bertaraf dunia. Bincangkan. Salam...

Terlebih dahulu,mengikut kamus Dwibahasa,perkataan "kurikulum" didefinisikan sebagai bidang pelajaran di sekolah manakala definisi perkataan "standard" pula ialah satu ukuran yang diterima pakai.Transformasi kurikulum ini ialah proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk,organisasi,kandungan,pedagogi,peruntukan masa,kaedah pentaksiran,bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.Kurikulum digubal kerana gagasan ke-3,menuntut supayasistem pendidikan negara memberi penekanan kepada pembangunan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni,penghasilan pelajar celik minda,pembentukan warga yang menguasai ilmu,kemahiran dan maklumat,sertaprogram membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan Ulul Al-Bab.Ini adalah bertujuan melahirkan warga yang mempunyai modal insan bertaraf dunia.

Topic : Dasar PPSMId041573Maslinawatie BintiMat Hasan

Replies :11Views : 58

General Forum : FORUM 2 (BARU) PM DR ABD LATIF Posted On : 15 Oct 2011 11:28:29 PM Subject : Re : Re : Dasar PPSMI Salam sejahtera...

Apa yang saya maksudkan dengan ayat "Pembelajaran kendiri terutama pembacaan memerlukan pelajar membaca buku tulisan profesor besar dari Barat yang semuanya ditulis dalam B.I " ialah merujuk kepada pepatah yang berbunyi " MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA". Pembelajaran haruslah bermula dari peringkat bawah lagi.

Topic : Dasar PPSMId041573Maslinawatie BintiMat Hasan

Replies :1Views : 28

General Forum : FORUM 2 (BARU) PM DR ABD LATIF Posted On : 14 Oct 2011 07:57:03 PM Subject : Re : Dasar PPSMI Salam sejahtera...

Pada pandangan saya di sini,untuk membolehkan pelajar menguasai Bahasa Inggeris bukanlah hanya terletak di atas bahu guru bahasa Inggeris sahaja.Ianya melibatkan banyak pihak terutama kesungguhan pelajar itu sendiri untuk berusaha menguasai matapelajaran yang agak lemah.Dengan adanya PPSMI,para guru ETEMS juga seharusnya bersama-sama menjalankan tanggungjawab yang telah di amanahkan dengan sebaik mungkin.Melalui pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris,sedikit sebanyak ia dapat menambahkan penguasaan kosa kata murid-murid terutama terms-terms yang mereka pelajari.Apabila mereka berada di IPTA,hampir ke semua buku rujukan adalah didalam Bahasa Inggeris.Jadi pada pendapat saya,PPSMI harus diteruskan untuk kebaikan pelajar pada masa hadapan.

Topic : Dasar PPSMId041573Maslinawatie BintiMat Hasan

Replies :11Views : 58

General Forum : FORUM 2 (BARU) PM DR ABD LATIF Posted On : 14 Oct 2011 01:45:58 AM Subject : Dasar PPSMI Salam...

Di sini,saya ingin menyatakan sokongan kepada pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan berharap ia diteruskan.Sokongan saya adalah berdasarkankepada hujah berikut:

PPSMI bertujuan untuk melengkapkan pelajar di sekolah untuk menguasai ilmu Sains dan Matematik sekaligus menguasai Bahasa Inggeris yang diguna pakai di peringkat

antarabangsa.PPSMI perlu diteruskan supaya pelajar tidak ketinggalan.Bukan sesekali bertujuan untuk mengabaikan bahasa Melayu apabila dilaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris,tetapi sebagai contoh,bidang Sains yang dipeloporioleh negara luar menerbitkan buku-buku dalam bahasa Inggeris.Melalui pengalaman saya,sebelum saya menjejakkan kaki ke Maktab Perguruan,saya pernah belajar di Uitm selama 2 bulan dalam bidang Business Study.Sebagai contoh,subjek Business Mathematics amat sukar di fahami dan dikuasai oleh saya sendiri kerana buku-bukurujukan yang ada adalah dalam B.I dan di samping itu,pensyarah yang mengajar juga mengajar dalam B.I sedangkan saya tidak pernah mempelajari subjek Matematik dalam bahasa Inggeris semasa di peringkat sekolahrendah dan menengah.

Apa yang ingin saya cuba buktikan di sini adalah menjadi keperluan mempelajari Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris kerana dunia sekarang mengalami limpahan ilmu sehinggakan masa dan ruang tidak lagi menyebelahi guru dan pensyarah untuk merekamengajar ilmu keseluruhannya.Pembelajaran kendiri terutama pembacaan memerlukan pelajar membaca buku tulisan profesor besardari Barat yang semuanya ditulis dalam B.I.Mengambil contoh zaman kegelapan masyarakat Arab dahulunya,mereka tidak mempunyai sebarang ilmu pengetahuan dan hanya mempelajarinya daripada kerajaan Greek.Adalah mustahil jika masyarakat Arab meminta kerajaan Greek untuk menterjemahkanilmu mereka ke dalam bahasa Arab.Penyelesaiannya adalah mereka terpaksabelajar Bahasa Greek untuk membolehkan mereka mendalami ilmu.Dengan itu,bangsa Arab menjadi sebuah bangsa yang membangun.Keadaan itu juga sama seperti

sekarang di mana pelajar perlu menguasai Bahasa Inggeris untuk mendalami sesuatu ilmu.Kita yang masih belajar,suka atau tidak terpaksa mengikutinya sehinggalah ke tahap kita mampu mencipta ilmu kita sendiri.

Topic : PPSMId041573Maslinawatie BintiMat Hasan

Replies :2Views : 26

General Forum : FORUM 2 (BARU) PM DR ABD LATIF Posted On : 13 Oct 2011 10:54:31 PM Subject : Re : PPSMI Salam sejahtera...

Untuk pengetahuan cikgu,masa B.I sememangnya telah di tambah dengan wujudnyaKSSR sekarang...KSSR ini telah di laksanakan secara bertahap bermula dengan murid tahun 1 pada tahun 2011 dan seterusnya tahun 2 pada tahun hadapan sehinggalah kepada murid tahun 6 nanti.

|<   <<   >>   >|   Page 2/4

Author MessageTopic : Forum 1 : Falsafah Pendidikan Kebangsaand041573Maslinawatie BintiMat Hasan

Replies :4Views : 31

General Forum : FORUM SATU PM DR ABD LATIF Posted On : 09 Oct 2011 01:42:45 AM Subject: Re : Forum 1 : Falsafah Pendidikan Kebangsaan selamat sejahtera...

Saya bersetuju dengan pendapat cikgu.Di sini ternyata guru merupakan agen yang amatpenting dalam merealisasikan FPK.Guru bukansahaja berperanan sebagai pendidik,pembimbing,jurulatih,kaunselor,penasihat dan role model malah guru juga  perlu mempunyai kemahiran profesional seperti kemahiran belajar,berfikir,merancang,menyediakan bahan

p&p,mengajar,mengurus,menilai,berkomunikasi,menangani masalah,dan berusaha ke arah perkembangan kendiri supaya dapat melahirkan anak bangsa yang berkualiti,berpengetahuan,bersahsiah dan seimbang dari segi jasmani,emosi,rohani,intelek& sosial.

Topic : Sebagai seorang guru, bagaimanakah anda melaksanakan tanggungjawab untuk mempastikan hasrat yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan tercapai? d041573Maslinawatie BintiMat Hasan

Replies :5Views : 45

General Forum : FORUM SATU PM DR ABD LATIF Posted On : 09 Oct 2011 01:26:02 AM Subject: Re : Re : Sebagai seorang guru, bagaimanakah anda melaksanakan tanggungjawab untuk mempastikan hasrat yangterkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan tercapai? Selamat sejahtera..

Memang benar kata cikgu.Saya juga pernah melalui pengalaman yang sama.Kadang-kadang kredibiliti seorang guru agak tercabar dengan masalah2 seperti ini.Untuk mengatasinya,seseorang guru itu harus berfikir secara rasional dan bertindak profesional dalam setiap perkara agar tidakmemberi impak negatif kepada institusi pendidikan.

Topic : Forum 1 -FPKd041573Maslinawatie BintiMat Hasan

Replies :4Views : 26

General Forum : FORUM SATU PM DR ABD LATIF Posted On : 09 Oct 2011 01:06:20 AM Subject: Re : Re : Forum 1 -FPK Selamat sejahtera...

Saya bersependapat dengan pandangan cikgu.Oleh itu,bagi merealisasikan FPK,Falsafah Pendidikan Guru telah digubal.Secara dasar,FPG menjelaskan jenis guru yang diperlukan negara kita yang berbunyi, " Guru yang berpekerti mulia,berpandangan progresif dan saintifik,bersedia menjunjung aspirasi

negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara,menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu,demokratik,progresif dan berdisiplin."Dengan  adanya guru sebegini, FPK dapat direalisasikan..

Topic : 1. Sebagai seorang guru, bagaimanakah anda melaksanakan tanggungjawab untuk memastikan hasrat yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan tercapai? d041573Maslinawatie BintiMat Hasan

Replies :1Views : 23

General Forum : FORUM SATU PM DR ABD LATIF Posted On : 08 Oct 2011 11:07:14 AM Subject: Re : 1. Sebagai seorang guru, bagaimanakah anda melaksanakan tanggungjawab untuk memastikan hasrat yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan tercapai? Salam sejahtera...

Sememangnya peranan  seorang guru amatlah penting dalam merealisasikan FPK.Oleh itu guru bertanggungjawab dalam memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu yakni insan yang seimbang dari segi JERI:jasmeni,emosi,intelek & rohani. Ringkasnya,guru memilkul amanah yang amat besar untuk melahirkan insan berilmu dan bersahsiah tinggi dan berperanan untuk merealisasikan matlamat kenegaraan yang akan menentukan jatuh bangun bangsa dan negara pada masa hadapan.

Topic : Sebagai seorang guru, bagaimanakah anda melaksanakan tanggungjawab untuk mempastikan hasrat yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan tercapai? d041573Maslinawatie BintiMat Hasan

Replies :5Views : 45

General Forum : FORUM SATU PM DR ABD LATIF Posted On : 08 Oct 2011 09:40:33 AM Subject: Sebagai seorang guru, bagaimanakah anda melaksanakan tanggungjawab untuk mempastikan hasrat yang terkandung di dalamFalsafah Pendidikan Kebangsaan tercapai? Salam...

Guru merupakan agen dalam merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Oleh itu,tanggungjawab yang dipikul oleh saya sebagai guru ialah:

elak daripada menyebarkan ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar,masyarakat atau yang bertentangan dengan Rukun Negara.

memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap pelajar yang boleh membantu danmembimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia,bertanggungjawab dan berguna,menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati perbezaan kebudayaan,keturunan dan agama.

menghormati masyarakat sebagai tempat berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.

menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibubapa,institusi pendidikan dengan masyarakat.Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral,kebudayaan dan kecendekiaan masyarakat.Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan sehari-hari dengan baik.

|<   <<   >>   >|   Page 3/4