CONTOH KAJIAN TINDAKAN

31
PENGHARGAAN Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada 11 orang murid tahun 4 Cemerlang, Guru Besar SK Bukit Lintang, Guru Penolong Kanan, guru-guru Panatia Pendidikan Islam dan j-QAF dan sahabat yang sudi berkongsi tunjuk ajar membantu hamba ini, terima kasih. Tidak lupa juga kepada sesiapa sahaja samada secara langsung atau tidak langsung memberi semangat dan galakan untuk hamba menyiapkan kajian ini. Semoga Allah Ta’ala memberkati segala usaha dan keikhlasan kalian. Amin. 1

Transcript of CONTOH KAJIAN TINDAKAN

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada 11

orang murid tahun 4 Cemerlang, Guru Besar SK Bukit

Lintang, Guru Penolong Kanan, guru-guru Panatia

Pendidikan Islam dan j-QAF dan sahabat yang sudi

berkongsi tunjuk ajar membantu hamba ini, terima kasih.

Tidak lupa juga kepada sesiapa sahaja samada secara

langsung atau tidak langsung memberi semangat dan

galakan untuk hamba menyiapkan kajian ini. Semoga Allah

Ta’ala memberkati segala usaha dan keikhlasan kalian.

Amin.

1

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan kemahirandan ingatan murid kepada hukum-hukum tajwid ketika membaca al-Quran. Kajian kali ini melibatkan seramai 11 orang muridpemulihan j-QAF tahun 4 Cemerlang di SK Bukit Lintang. Sebelumsaya memperkenalkan kaedah ini, saya telah mengesan murid lemahdalam mengingati hukum-hukum tajwid ketika mereka membaca al-Quran. Tinjauan awal, saya menyemak murid membaca al-Quranketika PnP, saya dapati murid tidak menguasai hukum tajwid danbanyak kesalahan-kesalahan ketika membaca al-Quran. Sayamenggunakan kaedah 5 jari tangan kanan untuk murid mengingati 5asas hukum tajwid iaitu, IQLAB, IDGHAM BILA GHUNNAH, IDGHAM MA’ALGHUNNAH, IDZHAR HALQI DAN IKHFA’ HAQIQI. Murid juga mudahmengingati hukum-hukum tajwid dan dapat membezakan tajwid dibacadengung dan dibaca tidak dengung. Secara asasnya murid mestimengetahui peranan ‘Tanwin atau Nun Sakinah’ bertemu denganhuruf-huruf hijaiyah. Dari situ murid mudah mengingati hukum-hukum tajwid. Setelah murid mengingati fungsi 5 jari tangan kananmereka dan kaitan 5 asas hukum tajwid. Kali ini, ketika sesipengajaran dan pembelajaran, perbincangan tajwid juga berjalanlancar.

2

1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran, biasanya selepas

sesi talaqqi dan musyafahah, saya menyemak bacaan murid seorang

demi seorang. Ketika inilah saya adakan soal jawab hukum tajwid

berdasarkan ayat-ayat yang dibaca oleh murid. Saya dapati

kebanyakan murid tidak dapat menjawab dengan tepat dan betul.Kebanyakan mereka masih tidak tahu. Ini menyebabkan perbincangan tidak

lancar dan bacaan tidak boleh diteruskan kerana persoalan hukum tajwid

tidak dapat difahami sepenuhnya oleh murid.

Situasi ini amat membimbangkan saya, kerana ini melibatkan perkara

penting dalam bacaan al-Quran. Murid-murid yang saya ajar ini adalah

terdiri daripada murid yang mengenal dan boleh membaca al-Quran. Namun

bacaan mereka amat mengecewakan kerana mereka tidak prihatin dalam

menyebut kalimah dan ayat dengan betul. Langkah terus diambil untuk

mendekati kumpulan sasaran tersebut. Mereka sangat lemah dalam

mengingati kumpulan huruf-huruf hijaiyah dan kaitan dengan hukum tajwid.

3

Dari sinilah saya mula berfikir bagaimana saya harus mengatasi masalah

murid susah mengingati hukum-hukum tajwid dan membaca al-Quran dengan

betul. Permasalahan ini sangat membimbangkan saya kerana saya harus

memastikan bacaan murid saya betul kerana mereka akan mengamalkannya

hingga akhir hayat mereka. Saya telah mendapat idea yang ringkas iaitu

hanya menggunakan kaedah pada jari tangan kanan sahaja. Sesuai dengan

bilangan 5 asas hukum tajwid, saya sesuaikan dengan bentuk setiap jari-jari

tangan.

Secara ringkasnya permasalahan yang dihadapi ialah:

Murid keliru peranan tanwin ( ) atau nun sakinah ( )

bertemu

dengan huruf hijaiyah.

Murid tidak dapat mengingati dengan tepat huruf-huruf hijaiyah yang

berada dalam kumpulan tajwid.

2.0 Fokus Kajian

Kajian ini meninjau permasalahan 11 orang murid-murid j-QAF tahun

4 Cemerlang yang diasingkan ke bilik j-QAF. Mereka sudah pandai membaca

al-Quran, namun bacaan mereka sangat merisaukan kerana banyak

kesalahan-kesalahan dari segi sebutan ayat-ayat yang mesti dengung dan ayat-

ayat yang tidak perlu dengung. Bedasarkan pemerhatian ketika tasmik ,‘ ’guru mendapati murid tidak membaca dengan betul. Apabila disoal hukum

tajwid, murid tidak dapat menjawab kerana tidak ingat hukum-hukum tajwid

yang asas.

Oleh itu, kajian ini saya fokuskan kepada fungsi tanwin ( )‘atau nun sakinah ( ) apabila bertemu dengan huruf-huruf hijaiyah.

Seterusnya akan dibahagikan mengikut kumpulan tajwid yang tertentu iaitu 5

tajwid asas tersebut. Dan daripada 5 asas hukum tajwid tadi, saya gunakan

kaedah jari tangan kanan untuk murid membahagikan kumpulan-kumpulan 5

hukum tajwid. Dengan kajian ini, insyallah dapat membantu murid membaca

al-Quran dengan lancar, betul dan fasih tanpa kesalahan lagi. Sekaligus dapat

mereka amalkan sehingga akhir hayat seterusnya tercapailah khatam al-Quran

yang menjadi hasrat dan objektif kumpulan j-QAf.

4

3.0 Objektif Kajian

3.1 Objektif Umum

Secara amnya, objektif kajian tindakan ini adalah untuk meningkatkan

kemahiran murid menguasai 5 Asas Hukum Tajwid dalam bacaan al-Quran.

3.2 Objektif Khusus

Secara khususnya, melalui kajian ini murid dapat :

Memahami fungsi Tanwin ( ) atau Nun Sakinah (‘).

Mengetahui nama-nama 5 Asas Hukum Tajwid yang perlu

diketahui.

Mengenalpasti huruf-huruf hijaiyah mengikut kumpulan 5

hukum tajwid asas.

Membezakan kumpulan tajwid yang perlu dibaca dengan

dengungg dan tidak dengungg.

Mengingati 5 Asas Hukum Tajwid dan bacaannya dengan kaedah

5 jari tangan kanan.

Guru dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih

menyeronokan.

Mengubah amalan pengajaran dan pembelajaran guru dengan

mempelbagaikan kaedah.

4.0 Kumpulan Sasaran

Sasaran saya adalah 11 orang murid Tahun 4 Cemerlang yang terdiri

daripada 6 orang murid lelaki dan 5 orang murid perempuan. Murid tersebut

adalah murid yang sudah mengenal membaca al-Quran, namun mereka

lemah dalam mengingati hukum-hukum tajwid dan cara bacaan yang betul.

5.0 Pelaksanaan Tindakan yang Dicadangkan

5.1 Tinjauan Masalah

5

Saya menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpul maklumat.

Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan

pemerhatian, temu bual dan ujian bertulis (ujian pra).

PemerhatianKetika membaca al-Quran, saya dapati banyak kesalahan dalam

bacaan mereka. Apabila murid membaca secara berkumpulan,

saya tidak dapat mengesan kesalahan tersebut. Tetapi apabila

saya meminta murid membaca secara individu, ramai yang

tidak dapat membaca dengan betul. Begitu juga dalam sesi

soal jawab hukum tajwid, hanya segelintir sahaja menjawab

dengan betul. Manakala yang lain terdiam kerana tidak tahu

jawapan. Ini menyebabkan sesi perbincangan hukum-hukum

tajwid ketika pengajaran dan pembelajaran al-Quran kurang

lancar.

Temu bualsaya bertanya kepada murid yang tidak memberi tindakbalas

ketika sesi perbincangan hukum tajwid. Saya hairan,

sedangkan mereka boleh mengenal kalimah-kalimah dalam al-

Quran tetapi mereka tidak membaca dengan betul, dan

daripada jawapan yang mereka berikan, saya dapati mereka

tidak menguasai hukum-hukum tajwid.

Ujian Tasmik (Ujian Pra)Seterusnya saya membuat ujian tasmik kepada murid-murid

yang saya kesan tidak membaca dengan betul. Ayat-ayat al-

Quran saya jadikan ujian tasmik. Murid diminta membaca

ayat-ayat tersebut.

5.2 Analisa Tinjauan Masalah

*Pemerhatian

Dalam kelas, semasa membaca al-Quran saya akan selitkan sesi

soal jawab tajwid. Mula-mula sesi Talaqqi dan Mushafahah, guru akan

membaca dan murid ikut bacaan guru. Seterusnya saya akan minta

murid membaca secara kumpulan dan individu. Saya dapati, tiada

kesalahan ketika murid membaca secara kumpulan. Akan tetapi

kesalahan murid dapat dikesan apabila murid membaca secara

6

individu bergilir-gilir. Ketika inilah sesi soal jawab tajwid berlaku.

Selepas seorang murid membaca beberapa ayat, saya akan menyoal

tajwid. Dari sini, saya dapat mengesan murid tidak banyak menjawab

dan banyak berdiam sedangkan mereka adalah murid-murid yang aktif

menjawab apabila disoal dalam kelas. Murid tidak tahu pun fungsi

Tanwin atau Nun Sakinah apabila bertemu dengan huruf-huruf‘ ’Hijaiyah. Murid tidak tahu kumpulan hukum-hukum tajwid dan

kumpulan huruf Hijaiyah yang berada dalam hukum tajwid tertentu.

* Temubual

Semasa perbincangan hukum-hukum tajwid, saya telah

bertanya murid-murid yang membuat kesalahan menjawab. Guru

telah mengajukan soalan kepada murid “kenapa kamu tidak

menjawab soalan tajwid dengan tepat?” didapati antara jawapan yang

diberikan adalah seperti dalam Jadual berikut:

Jawapan Hasil daripada Temu Bual dengan murid yang

salah menjawab soalan tajwid:

Jawapan Peratus murid yang menjawabTidak tahu fungsi Tanwin dan

Nun sakinah 12% ( 2 orang)Tidak ingat nama-nama hukum

tajwid asas yang lima 26% (4 oang)Tidak mahir menentukan

kumpulan huruf-huruf hijaiyah

dengan 5 asas hukum tajwid.

44% (7 orang)

Keliru hukum tajwid yang

dibaca dengung dan yang tidak

perlu baca dengung.

18% ( 3 orang )

*Ujian Tasmik (Ujian Pra)7

Saya adakan ujian tasmik dengan meminta murid membaca ayat-ayat dalam

al-Quran. Murid membaca ayat tersebut. Daripada 10 markah, saya akan memotong

1 markah setiap kali ada kesalahan dalam bacaan mereka. Saya juga menyoal

tajwid kepada murid-murid tersebut. Berikut ayat-ayat Ujian TasmikDaripada Ujian

Tasmik tersebut, saya dapati kebanyakan mereka lemah dalam menguasai hukum-

hukum tajwid terutama 5 asas hukum tajwid.

Hasilnya didapati ramai yang membuat kesalahan dalam bacaan.10

markah penuh, dan saya akan memotong 1 markah setiap kali murid

kesalahan bacaan. Hanya 4 orang murid sahaja yang mendapat 4 markah

yang paling tinggi, seperti jadual berikut:

(Lihat lampiran 1 )

Analisa Markah Ujian Pra

Murid MarkahMurid 1 4Murid 2 4Murid 3 4Murid 4 4Murid 5 3Murid 6 3Murid 7 3Murid 8 3Murid 9 2Murid 10 2Murid 11 2

Graf menunjukkan markah yang diperolehi oleh 11 orang murid.

8

Murid 1

Murid 2

Murid 3

Murid 4

Murid 5

Murid 6

Murid 7

Murid 8

Murid 9

Murid 10

Murid 11

0

1

2

3

4

Markah

Markah

5.3 Tindakan yang telah dijalankan

Aktiviti 1: MengenalPenilaian pra yang saya jalankan keatas mereka amat mengecewakan.

Oleh itu saya memulakan langkah memperbaiki keadaan ini yang terbaik

untuk murid-murid yang belum menguasai tentang bacaan al-Quran dan

hukum tajwid.

Langkah 1:

Saya menerangkan fungsi Tanwin (

) dan Nun Sakinah sebagai menentukan 5 asas tajwid itu. Perkara

pertama untuk mencari 5 asas tajwid, murid mestilah memastikan

adanya ‘Tanwin ( ) atau adanya Nun

Sakinah ( ) bertemu dengan huruf-huruf hijaiyah yang

tertentu. Untuk memastikan murid faham, saya meminta murid

mencari contoh-contoh tanwin dan nun sakinah dalam ayat-ayat al-

Quran.

9

Langkah 2: Saya memperkenalkan nama-nama 5 asas tajwid yang mesti diketahui

iaitu IQLAB, IDGHAM BILA GHUNNAH, IDGHAM MA’AL GHUNNAH, IDZHAR

HALQI DAN IKHFA’ HAQIQI. Murid mengikut sebutan saya dengan

sebutan yang betul. Saya menyoal semula 5 asas tajwid yang wajib

diingati seorang demi seorang. Sehingga saya pastikan mereka

betul-betul fasih menyebutnya.

Aktiviti 2: MengklasifikasiSaya juga memperkenalkan semula huruf-huruf hijaiyah serta

bilangannya yang mesti diingati oleh setiap murid. Murid mesti memahami

dengan betul pembahagian kumpulan tajwid tertentu. Dan huruf-huruf itu

akan disebut mengikut bacaan yang berbeza-beza. Huruf-huruf hijaiyah

dibahagikan kumpulan-kumpulan tertentu untuk menghasilkan 5 asas hukum

tajwid.

Langkah 1 :Saya telah menunjukkan huruf-huruf hijaiyah sebanyak 29. Daripada 29

huruf tersebut, saya bahagikan pula sebanyak 5 kumpulan. Saya ambil

bilangan huruf dalam kumpulan paling kecil kepada kumpulan bilangan

huruf yang paling banyak.

Langkah 2:Saya juga memperkenalkan semula huruf-huruf hijaiyah serta

bilangannya yang mesti diingati oleh setiap murid. Murid harus memahami

setiap huruf akan dibahagikan mengikut kumpulan tajwid yang tertentu. Dan

huruf-huruf itu akan disebut mengikut bacaan yang berbeza-beza.

Langkah 3:Saya telah menerangkan juga 5 kumpulan asas tajwid yang

diperkenalkan dalam aktiviti 1. Setiap tajwid mengandungi huruf-huruf

hijaiyah yang berbeza dan bilangan yang tertentu. Bermula dengan IQLAB,

10

IDGHAM BILA GHUNNAH, IDGHAM MAAL GHUNNAH, IDZHAR HALQI DAN

IKHFA HAKIKI.’

Aktiviti 3 : Membezakan5 asas tajwid-tajwid tersebut mempunyai cara bacaan yang berbeza-

beza. Apabila murid dapat membezakan bacaan-bacaan setiap tajwid,

terutama dalam membezakan bacaan dengung dan tidak dengung.

Langkah 1:Saya telah memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran daripada

Digital al-Quran. Paparan digital al-Quran ditunjukkan kepada murid, saya

menyuruh mereka mendengar sambil meneliti bacaan yang mengndungi

tajwid-tajwid tertentu.

Langkah 2:Setelah murid didedahkan dengan cara bacaan daripada digital al-

Quran. Murid mengikut bacaan guru dengan betul. Saya memilih ayat-ayat

yang mengandungi tajwid tertentu dan murid ikut secara kumpulan dan

individu. Dari sini, murid dapat memperbaiki bacaan mereka setiap kali

berjumpa dengan tajwid-tajwid yang berbeza. Terutama membezakan bacaan

dengung dan tidak dengung. Disinilah saya menegaskan perbezaan tajwid

yang dibaca dengung dan tidak dengung.

Aktiviti 4: Mengingati Kaedah 5 Jari Tangan

Inilah kaedah yang saya cipta kepada murid-murid saya yang lemah

menguasai tajwid terutama 5 asas tajwid. 5 asas tajwid ini mesti difahami

dan diingati agar bacaan al-Quran dapat diamalkan dengan baik.

Langkah 1 :5 jari tangan kanan, saya letakkan setiap tajwid pada jari-jari tersebut.

Apabila murid sudah tahu menyebut 5 asas hukum tajwid, maka lagi senang

untuk mereka meletakkan tajwid-tajwid tersebut kedalam jari-jari tangan

kanan mereka. Saya memastikan murid telah mengingati nama-nama tajwid

tersebut. Cuma murid keliru meletakkan huruf-huruf tersebut dalam

kumpulan tajwid tertentu. Dan cara bacaan dengung dan tidak perlu

dengung.

11

Langkah 2:

Saya memahamkan murid saya bahawa peranan Tanwin atau Nun‘sakinah bertemu dengan huruf-huruf hijaiyah dalam setiap jari-jari berikut:

1. Jari kelingking saya letakkan tajwid IQLAB, yang mana

mengandungi 1 huruf sahaja iaitu huruf Ba ( ). ‘ ’

2. Jari manis tajwid IDGHAM BILA GHUNNAH, mengandungi 2 hurufhijaiyah iaitu Ra ( ) dan Lam ( ) .‘ ’

3. Jari hantu adalah tajwid IDZHAR HALQI, memngandungi 6 hurufhijaiyah iaitu Alif/hamzah ( ), Ain ( ), Ghain ( ),‘Kha ( ), Ha ’( ) dan Haa ( ).’

4. Jari telunjuk adalah tajwid IDGHAM MAAL GHUNNAH, yang

mengandungi 4 huruf hijaiyah iaitu Ya ( ), Wau ( ),‘Mim ( ) dan Nun ( ) .’

5. Dan jari kelima iaitu ibu jari adalah tajwid IKHFA HAQIQI, yang’mengandungi 15 huruf hijaiyah iaitu Ta ( ), Tsa ( ), Jim (‘), Dhal ( ), Dzal ( ), Zai ( ), Sin ( ), Syim (

), Shad ( ), Dhad ( ), Tho ( ), Dzo ( ),

Fa ( ), Qaf ( ) dan Kaf ( ).

Ujian PosSetelah saya memastikan murid betul-betul dapat menguasai kaedah

yang saya sampaikan kepada mereka, sekali lagi ujian berbentuk ujian bertulis

dijalankan keatas murid-murid. Kali ini saya sangat berharap mereka dapat

mengecam kalimah-kalimah yang mengandungi 5 asas hukum tajwid. Saya

keluarkan beberapa ayat al-Quran, objektif dalam ujian pos kali ini ialah untuk

memastikan mereka dapat mencari kalimah-kalimah yang mengandungi 5 asas

hukum tajwid, seterusnya mereka dapat menyatakan peranan Nun sakinah dan

Tanwin dan menyatakan nama-nama tajwid yang telah mereka pelajari sekaligus

mempraktikkan kaedah 5 jari tangan.

5.4 Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian / Penilaian

Pelaksanaan Aktiviti 1- Mengenal

Setelah saya menerangkan fungsi Tanwin dan Nun Sakinah, barulah

murid tahu mencari contoh tajwid dalam ayat-ayat al-Quran. Saya

12

menerangkan pada papan putih mengenai tanwin, yang mana Tanwin ada 3

jenis, iaitu tanwin atas ( ), tanwin bawah ( ) dan tanwin depan (

). Juga Nun Sakinah adalah merupakan huruf Nun Mati yang biasanya tidak

berbaris atau nun yang berbaris mati. Berikut contoh-contoh ayat yang

mempunyai 3 jenis tanwin dan nun sakinah.

Dan saya

melatih

murid melancarkan lidah mereka menyebut 5 asas tajwid tersebut. Disini

murid harus menyebut kelima-lima tajwid dengan betul sesuai dengan

ejaannya. Jika sebelum ini mereka keliru dengan ejaan sebenar tajwid

tersebut, kali ini mereka menyebutnya dengan lidah arab. Saya meminta

murid menyebut secara kumpulan dan individu.

* Pemerhatian

Dengan cara memberi latihan pada murid untuk mencari contoh-

contoh tersebut, maka dapatlah saya pastikan setiap murid betul-betul faham

untuk memastikan apa jenis tajwid pun, mereka haruslah mencari Tanwin‘atau Nun Sakinah terlebih dahulu.’

13

* Refleksi

Dengan kefahaman mereka itu, murid dapat mencari contoh-

contoh ayat dengan mudahnya. Dan mereka tidak lagi bosan untuk

membuat latihan tilawah al-Quran. Al-Quran dihayati dengan baik

sekali.

Pelaksanaan Aktiviti 2 – Mengklasifikasi

Seawalnya saya membuka sesi perbincangan bersama murid. Dan

meminta murid menyebut huruf-huruf hijaiyah yang asalnya ada 30 huruf

tetapi kali ini hanya 29 huruf yang akan digunakan untuk tajwid. Dalam

pada pertemuan p & p kali ini juga, murid menyalin nama-nama 5 asas

tajwid serta huruf-huruf yang berada dalam kumpulan tajwid tersebut.

Bermula bilangan huruf hijaiyah yang paling sedikit sehingga bilangan huruf

hijaiyah yang paling banyak. Berikut contoh salinan murid yang telah

mempelajari 5 asas tajwid dan huruf-huruf dalam kumpulannya dalam

bentuk peta minda:

14

DIBACA DENGUNG

DIBACA TIDAK DENGUNG

APABILA ..

TANWIN / NUN SAKINAH

HURUF ‘RA & LAM’(IDGHAM BILAA

GHUNNAH)

HURUF ‘BA’(IQLAB)

HURUF ‘YA.WAU.MIM & NUN

(IDGHAM MAAL GHUNNAH)

HURUF ‘ALIF, ‘AIN,GHAIN,KHA, HA

& HA’(IDZHAR HALQI)

15 HURUF SELAINYA(IKHFA’ HAQIQI)

Mengklasifikasikan huruf-huruf dalam kumpulan 5 tajwid asas.

* Pemerhatian

Murid-murid nampaknya lebih prihatin dengan tajwid-tajwid yang saya

sebutkan. Kalau sebelum ini mereka hanya mendengar kawan-kawan

menyebut sahaja, tetapi kali ini mereka sama-sama menyebut dengan betul

dan mula mengambil tahu kumpulan huruf-huruf hijaiyah dalam tajwid yang

berbeza.

* Refleksi

Diawal pengajaran dan pembelajaran berlaku, murid nampak

lebih bersemangat kerana mereka sudah pandai menyebut tajwid-

tajwid dengan yakin.

Pelaksanaan Aktiviti 3 – Membezakan

Saya memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran kepada murid

dengan menggunakan Digital Furqan . Dan dalam masa yang sama murid‘ ’memerhati ayat-ayat yang dibaca dan cara sebutan apabila bertemu tajwid

tertentu dalam Digital tersebut. Dan meminta murid ikut perlahan-lahan

bacaan tersebut.

Disini saya mengajak murid berbincang mengenai tajwid-tajwid yang

dikesan dalam ayat-ayat tersebut. Dalam perbincangan juga, saya

menerangkan cara bacaan yang mesti diamalkan dengan betul, iaitu bacaan

dengung dan tidak dengung. Saya mengambil contoh bacaan tajwid yang

dibaca dengung dan bacaan tajwid yang tidak perlu dengung. Murid sama-

sama ikut bacaan yang saya baca yang dinamakan Talaqqi dan‘Musyafahah .’

Dalam 5 asas hukum tajwid tersebut, murid mesti fahami dengan

betul tajwid IQLAB ( ), IDGHAM MAAL GHUNNAH (

) dan IKHFA HAQIQI, mesti dibaca dengan bacaan dengung. Manakala’

15

tajwid IDGHAM BILA GHUNNAH dan IDZHAR HALQI tidak perlu dibaca

dengung, tetapi dibaca dengan jelas dan nyata.

* PemerhatianKetika mempraktikkan bacaan dengung dan tidak dengung, murid

nampak begitu bersemangat dan keseronokkan itu dikongsi bersama kawan

dan guru. Yang menjadi seronok ialah ada kelucuan ketika memperbaiki

bacaan dengung mereka. Walaupun ianya pembelajaran yang serius, namun

saya selitkan dengan unsur-unsur lawak bagi menarik minat murid

mempelajari ilmu membaca al-Quran. Suasana lebih ceria apabila saya

memperkenalkan bacaan dengung dengan tidak dengung. Unsur-unsur

lawak yang saya selitkan hanyalah untuk menarik minat murid

kepada pembelajaran mereka.

*Refleksi

Semoga mereka dapat membaca dengan betul setiap kali

berjumpa dengan tajwid-tajwid dalam ayat yang dibaca.

16

BACAAN TIDAK

DENGUNGBACAAN DENGUNG

Pelaksanaan Aktiviti 4 – Mengingati Kaedah 5 Jari Tangan Kanan

Apabila saya dapat pastikan murid betul-betul faham mengenai 5

tajwid yang asas dan cara bacaannya. Saya melangkah kepada aktiviti

seterusnya, iaitu saya memperkenalkan kaedah yang dapat memudahkan

murid saya mengingati kelima-lima hukum tajwid tersebut dan cara bacaan

dengung atau tidak dengung. Kaedah 5 jari tangan kanan yang saya cuba

letakkan setiap jari, satu hukum tajwid. Berikut adalah gambaran tajwid yang

berada pada jari-jari tangan kanan tersebut. (Rujuk Carta 5 Asas Tahwid pada

5 Jari tangan Kanan).

17

1. Jari kelingking, (sesuai dengan bentuknya yang kecil ) saya letakkan tajwid

IQLAB, yang mana mengandungi 1 huruf sahaja iaitu huruf Ba‘ ’( ).

2. Jari manis( panjang sikit ) tajwid IDGHAM BILA GHUNNAH, mengandungi 2

huruf hijaiyah iaitu Ra ( ) dan Lam ( ) .‘ ’3. Jari hantu ( lebih panjang jadi banyak sikit huruf ) adalah tajwid IDZHAR

HALQI, memngandungi 6 huruf hijaiyah iaitu Alif/hamzah ( ), Ain (‘), Ghain ( ), Kha ( ), Ha ( ) dan Haa ( ).’ ’

4. Jari telunjuk ( lebih pendek daripada jari hantu ) adalah tajwid IDGHAM

MAAL GHUNNAH, yang mengandungi 4 huruf hijaiyah iaitu Ya ( ),‘Wau ( ), Mim ( ) dan Nun ( ) .’

5. Dan jari kelima iaitu ibu jari ( walaupun pendek tapi lebih besar ) adalah

tajwid IKHFA HAQIQI, yang mengandungi ’ 15 huruf hijaiyah iaitu Ta‘( ), Tsa ( ), Jim ( ), Dhal ( ), Dzal ( ), Zai ( ),

Sin ( ), Syim ( ), Shad ( ), Dhad ( ), Tho ( ), Dzo (

), Fa ( ), Qaf ( ) dan Kaf ( ).

6. Kedudukan jari tegak menerangkan hukum tajwid yang harus dibaca

dengung, manakala kedudukan jari kebawah menunjukkan hukum tajwid

yang harus dibaca tidak dengung.

Murid lebih mudah mengingati huruf-huruf hijaiyah yang berada

dalam setiap tajwid asas yang lima tersebut. Kumpulan-kumpulan tajwid

tersebut ada dalam imaginasi murid yang di gambarkan dalam setiap jari-jari

mereka. Dan mereka juga senang mengingati tajwid-tajwid tersebut mengikut

bentuk-bentuk jari. Contoh, jari kelingking merupakan jari yang paling kecil,

oleh itu bilangan hurufnya pun paling sedikit iaitu 1 huruf Ba‘ ’menunjukan tajwid IQLAB. Seterusnya, ibu jari merupakan jari yang paling

gemuk, oleh itu bilangannya paling banyak huruf hijaiyah iaitu sebanyak 15

huruf merupakan tajwid IKHFA HAQIQI. ’

3 jari tegak menunjukkan tajwid yang perlu dibaca dengan dengung

iaitu kelingking (IQLAB), telunjuk (IDGHAM MAAL GHUNNAH) dan ibu jari (

IKHFA HAQIQI). Manakala 2 jari yang dilipat kebawah merupakan tajwid’yang dibaca jelas dan tidak dengung iaitu jari manis (IDGHAM BILA

GHUNNAH) dan jari hantui (IDZHAR HALQI).

(Rujuk Carta Tajwid)

18

*Pemerhatian :

Murid nampaknya tidak susah mengingati 5 asas hukum tajwid, kerana

mereka hanya perlu memahami peranan setiap jari tangan kanan mereka.

Rujukan bentuk jari jemari tersebut menyenangkan lagi untuk mereka

mengingati bilangan huruf dalam jari jemari, juga nama disebalik bentuk jari

tersebut.

*Refleksi :

Walaupun mereka tidak nampak huruf-huruf dalam dalam jari tersebut

namun mereka tidak susah membayangkan bilangan dan jenis huruf dalam

setiap jari mereka. Cuma dua orang murid yang agak susah mengingatinya.

Saya memberi tumpuan yang lebih kepada murid tersebut dengan

menerangkan lagi fungsi bentuk-bentuk jari dengan nama-nama tajwid.

Murid M-Menguasai

BM- Belum

MenguasaiMurid 1 M

Murid 2 M

Murid 3 M

Murid 4 M

Murid 5 M

Murid 6 M

Murid 7 M

Murid 8 M

Murid 9 M

Murid 10 BM

Murid 11 BM

19

Ujian Pos

Setelah saya memastikan murid betul-betul dapat menguasai kaedah

yang saya sampaikan kepada mereka, sekali lagi ujian berbentuk ujian bertulis

dijalankan keatas murid-murid. Kali ini saya sangat berharap mereka dapat

mengecam kalimah-kalimah yang mengandungi 5 asas hukum tajwid. Saya

keluarkan beberapa ayat al-Quran, objektif dalam ujian pos kali ini ialah untuk

memastikan mereka dapat mencari kalimah-kalimah yang mengandungi 5 asas

hukum tajwid, seterusnya mereka dapat menyatakan peranan Nun sakinah dan

Tanwin dan menyatakan nama-nama tajwid yang telah mereka pelajari sekaligus

mempraktikkan kaedah 5 jari tangan.

Saya amat berpuas hati kerana murid dapat mengecam dengan baik kalimah-

kalimah yang mengandungi hukum tajwid. Kebanyakan mereka dapat memahami

peranan Nun Sakinah dan Tanwin untuk mencari hukum tajwid dalam ayat-ayat

al-Quran. Juga mereka dapat menyatakan dengan betul nama-nama tajwid yang

dikeluarkan daripada ayat-ayat al-Quran tersebut. Saya masih lagi mengekalkan

10 markah. Dan hasilnya seperti berikut: ( Lihat hasil kerja murid pada

lampiran 2 ).

Analisa Markah Ujian Pos

Murid MarkahMurid 1 10Murid 2 10Murid 3 10Murid 4 10Murid 5 10Murid 6 10Murid 7 9Murid 8 9Murid 9 9Murid 10 9Murid 11 7

20

Graf menunjukkan markah yang diperolehi oleh 11 orang murid.

Murid 1

Murid 2

Murid 3

Murid 4

Murid 5

Murid 6

Murid 7

Murid 8

Murid 9

Murid 10

Murid 11

024681012

Markah

Markah

Sebagai ganjaran, saya menghadiahkan penanda buku yang

mengandungi hukum 5 asas hukum tajwid.

Keputusan Ujian Pra dan Pos

Murid Ujian Pra Ujian Pos

Murid 1 4 10Murid 2 4 10Murid 3 4 10Murid 4 4 10Murid 5 3 10Murid 6 3 10Murid 7 3 9Murid 8 3 9

21

Murid 9 2 9Murid 10 2 9Murid 11 2 7

Graf menunjukkan Ujian Pra dan Ujian Pos

0

2

4

6

8

10

12

Ujian Pra Ujian Pos

5.6 REFLEKSI KAJIAN

5.6.1. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan Kaedah

5 jari tangan kanan, proses perbincangan tajwid ketika pengajaran

dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Sesi soal jawab dan

perbincangan ketika membaca al-Quran mendapat sambutan daripada

murid-murid berbanding sebelum mereka memahami mengenai 5 asas

hukum tajwid.

Ketika pembelajaran dan pengajaran, ketika sesi soal jawab

tajwid saya membaca ayat tertentu dan meminta murid memberitahu

22

apakah hukum tajwid dalam ayat yang saya baca. Dan ketika murid

membaca ayat-ayat juga, saya membuka peluang kepada kawan-kawan

yang menyoal dan aktiviti ini berulang-ulang kepada setiap orang

murid. Aktiviti begini mendapat sambutan yang menyeronokan

daripada murid berbanding sebelum ini.

5.6.2. Refleksi Pelajar

Oleh kerana murid-murid mula memahami tajwid dan mereka

boleh menyoal kawan-kawan dan menjawab soalan kawan-kawan dengan

betul, maka sesi soal jawab berlaku dengan meriah. Masing-masing

berebut untuk memberi soalan ketika salah seorang daripada mereka

membaca ayat-ayat dari surah-surah tertentu. Ini membuktikan

mereka dapat mengesan ayat-ayat yang ada tajwid. Dan murid yang

menjawab juga dengan yakin dapat menjawab soalan dengan betul.

5.6.3. Refleksi Guru

Alhamdulillah, saya amat bersyukur dengan pencapaian murid-

murid saya yang sebelum ini tidak dapat mengesan kalimah yang

mengandungi hukum tajwid, kini mereka dapat memahami peranan Nun

Sakinah dan Tanwin dalam ayat-ayat al-Quran. Lebih menarik ketika

ingin mengesan hukum tajwid mereka merujuk kepada jari jemari

mereka untuk mengesan jenis-jenis tajwid. Dan ketika dalam

peperiksaan, apabila mereka terlupa kumpulan huruf dalam tajwid,

serta bacaan dengung, maka mereka boleh mengingatinya hanya

dengan melihat kepada jari-jari tangan mereka. Apabila mereka

khatam al-Quran, saya berharap mereka dapat membaca dengan betul

dan fasih.

6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA

23

Untuk kajian seterunya saya mencadangkan sekiranya terdapat

murid yang tidak menguasai hukum tajwid dan tidak dapat

membezakan bacaan yang mesti dengung dan tidak dengung

menggunakan kaedah ini.

Saya juga mencadangkan agar kaedah ini diambil oleh guru-

guru lain untuk diterapkan kepada setiap murid yang telah

mengenal membaca al-Quran disamping diteliti betul-betul bacaan

mereka dari segi bacaan panjang dan pendek juga bacaan dengung

dan tidak perlu dengung. Agar mereka dapat mengamalkan membaca

al-Quran dengan betul sepanjang hayat.

7.0 Bibliografi

1. Ustaz Haji As’ad Hunam (2001).Ilmu TAJWID CARA MUDAH DANBERKESAN.Darul Kitab.

2. Ustaz Hj.Mohd.Zamri Mohd.Zainuddin.2009.MANTAP MENGAJIKAEDAH AL-MATIEN.Telaga Biru Sdn.Bhd.

3. Panduan Contoh Laporan Kajian Tindakan (CD)

4. Al-Quran Digital.

24

8.0 Lampiran 1

25

8.0 Lampiran 2

26

27

8.0 Lampiran 3

28

JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR

KAEDAH 5 JARI: MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENGUASAAN 5 ASAS

HUKUM TAJWID DALAM BACAAN AL-QURAN

Oleh:

SHARIFAH NORMA SYED JAFFAR

PANATIA PENDIDIKAN ISLAM

29

SK BUKIT LINTANGKota Tinggi, Johor

2011

ISI KANDUNGANKandungan Halaman

Penghargaan 1

Abstrak 2

1.0 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Lalu 3

2.0 Isu Dan Keperihatian / Fokus Kajian 3

3.0 Objektif Kajian 43.1 Objektif Am3.2 Objektif Khusus

4.0 Kumpulan Sasaran 5

5.0 Pelaksanaan Yang Dicadangkan 5

5.1 Tinjauan Masalah5.1.1 Pemeriksaan Kertas Ujian Setara 15.1.2 Pemerhatian5.1.3 Soal Selidik5.1.4 Ujian Tasmik (Ujian Pra)

5.2 Analisis Tinjauan Masalah 75.2.1 Pemerhatian

30

5.2.2 Soal Selidik5.2.3 Ujian Tasmik (Ujian Pra)

5.3 Tindakan Yang Telah Dijalankan 115.3.1 Aktiviti 1 : Mengenal5.3.2 Aktiviti 2 : Mengklasifikasi5.3.3 Aktiviti 3 : Membezakan5.3.4 Aktiviti 4 : Kaedah 5 Jari5.3.5 Aktiviti 5 : Ujian Pos

5.4 PelaksanaanTindakan Dan Pemerhatian /Penilaian 155.4.1 Aktiviti 1

* Pemerhatian* Refleksi

5.4.2 Aktiviti 2 16* Pemerhatian* Refleksi

5.4.3 Aktiviti 3 18* Pemerhatian* Refleksi

5.4.4 Aktiviti 4 195.4.5 Aktiviti 5 21

5.5 Refleksi Kajian 225.6.1 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran5.6.2 Refleksi Pelajar5.6.3 Refleksi Guru

6.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya 237.0 Bibliografi 248.0 Lampiran 25

31