azan dan iqamah hukum dan perlanksanaannya.

35
BAB 1 Pengenalan Azan adalah satu lafaz khusus yang diamalkan oleh penganut agama Islam sebagai tanda untuk menyatakan masuknya waktu solat fardu supaya orang-orang Mukmin boleh diseru supaya bergesa berkumpul untuk mengerjakan solat fardu. Iqamat bermaksud sebutan tertentu untuk memberitahu para jemaah untuk mula mengerjakan solat. 1.1 Takrif Azan Azan dari segi Bahasa: ( ٌ مَ لاْ عِ ا) iaitu pemberitahuan sesuatu samada waktu solat atau lainnya. Firman Allah dalam Surah At-Taubah Ayat 3 : ٌ انَ ذَ اَ وَ نِ مِ َ اِ هِ ولُ سَ رَ و ىَ لِ اِ اسَ ن ل ا“Dan inilah perisytiharaan dari Allah dan Rasulnya kepada manusia” 1

Transcript of azan dan iqamah hukum dan perlanksanaannya.

BAB 1

Pengenalan

Azan  adalah satu lafaz khusus yang diamalkan oleh penganut

agama Islam sebagai tanda untuk menyatakan masuknya waktu solat fardu

supaya orang-orang Mukmin boleh diseru supaya bergesa berkumpul untuk

mengerjakan solat fardu. Iqamat bermaksud sebutan tertentu untuk

memberitahu para jemaah untuk mula mengerjakan solat.

1.1 Takrif Azan

Azan dari segi Bahasa:

لام) .iaitu pemberitahuan sesuatu samada waktu solat atau lainnya (اع�Firman Allah dalam Surah At-Taubah Ayat 3 :

ان� ذ ن� وا� م� وله اهلل� لى ورس� �اس ا � ال�ن“Dan inilah perisytiharaan dari Allah dan Rasulnya kepada manusia”

1

Azan dari Segi Syarak:

ر# ك� وص# ذ ص خ علم# م� ه ي�. ت2 ب�0 لاة2 وق�2 ال�ص�Iaitu ucapan khusus yang diketahui dengannya waktu-waktu solat yang difardhukan.

1.2 Takrif Iqamah

Iqamah dari segi Bahasa :

Mendirikan. Dinamakan Iqamah kerana didirikan sembahyang dengannnya.

1.3 Dalil Azan Dan Iqamah

1. Firman Allah dalam Surah Al-Jumaah Ayat 9 :

ها � ي9. اا� ن�# ي�. ي=. ذ وا ال��## ## ن ا ءام� ذ �وذي.# ا ## لص##لاة2 ن� ن� ل� وم م� ن�.## ه2 مع## ج0 عوا ال� اس##� لى ف� �ر# ا ك�## ذ اهلل�روا ع وذ ي. Qب م# ال� ك ل� ر ذ ي. م# خ ك ن� ل� �م ا ت2 ب ) ك� علمون� (9ي�2

2

Wahai orang yang beriman apabila diserukan (Azan) untuk menunaikan sembahyang pada

hari Jumaat maka segerakanlahkamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah dan

tinggalkanlah berjualbeli, yang demikian adalah baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya.

2. Hadis Nabi :

ي=.ث[ ذ كa ح�## ال�### م� ن� ي�0 ي9.رث[ و ح### ي. ال� رض### ه اهلل� ### ن ال ع� ا ف�###2 ن ب. p9ت ول : ا� رس###� ي# اهلل� ل� ص###�

ه اهلل� لن. م# ع� ل� ن�# وس� ح ه2# ون� ن0 Qب ون�# س�[ ن=0 ار ق2 ي2 ا# م� من ق�2 ا� ذة ف� ن ن�# ع� ي=. ر ش[ له2 ع� ن. ان� ل� ول وك� رس� ي# اهلل� ل� ص####� ه اهلل� #### لن. م ع� ل� ما وس####� ي. ا رح� ق2 ي. ن��# رق�2 ظ� ا ف� � ي9 ذ ا� ا ف�####2 ن ق2 ي2 ا اش####�[ لن ه� ا ا� ن ل� ا� س#### ن� ق� ع�

ن� ا م� ن رك� ن� ي�2 ا م� لن ه� اة ا� ي9 ر ي0 خ ا� ال ف� ق2 عوا ف� لى ارج�0 �م# ا ك لن. ه� موا ا� ي. ق�2 ا� هم ف� ي. م ق� وه� م## ل� وع�م# ا ومروه� ذ �ا ف� رث2 ض ل ح� ن� ة2اال�ص� � ذ و� لن. م# ف� ك م ل� ذك� ح� م� ا� م# ث�[ ك م� و� ن. م ل� رك� ي0 ك� * ا�

3

“Diriwayatkan daripada Malik bin al-Huwairis r.a katanya: Kami datang menemui Rasulullah

s.a.w, pada waktu itu kami masih sama-sama muda dan usia kami tidak banyak perbezaanya.

Kami tinggal bersama baginda selama dua puluh malam. Rasulullah s.a.w adalah seorang

yang sangat pemurah dan lembut sekali. Baginda menyangkakan bahawa aku sedang

berselisih paham dengan keluargaku sehingga baginda bertanya kepadaku keadaan keluarga

yang aku tinggalkan. Maka aku menceritakan kepada baginda mengenai keluargaku.

Kemudian baginda bersabda: Pulanglah kepada keluargamu dan tinggallah bersama mereka.

Ajarlah mereka dan perintahkanlah mereka apabila tiba waktu sembahyang. Hendaklah salah

seorang daripada kamu melaungkan azan dan hendaklah orang yang paling tua dari

kalangan kamu menjadi imam”

3. ( Terjemahan) Hadis Abu Daud dengan isnad Sahih daripadaAbdullah Bin Zaid Bin Abdullah bahawa ia berkata ketika Nabi menyuruh

memukul (وس اق2 bagi menghimpunkan manusia untuk solat. Tiba-tiba aku (ي�tertidur lalu bermimpi bahawa seorang membawa Naqus dan

mengelilingiku maka aku berkata : Wahai Tuan hamba, kamu menjual

naqus itukah. Maka jawabnya dengan pertanyaan : Apa kamu mahu buat

dengan Naqus ini. Maka kataku: Aku akan memanggil manusia untuk solat

dengannya. Lalu katanya : Mari aku tunjukkan kamu yang lebih baik

dari ini. Maka kataku : Tunjukkanlah. Maka kata orang itu :

Katakanlah ي0رال�له Hingga akhir kalimah Azan. Maka dia berundur ke اك#####�belakang dan berkata : Apabila nak mendirikan Sembahyang maka

4

katakanlah : اك�ي0رال�له hingga akhir kalimah Iqamah. Maka apabila pagi akudatang kepada Rasulullah dan menceritakan mimpiku lalu Nabi

bersabda :

اءال�له ق�2 ان� س�[ ا ح� ي9. ها رو� � م اي� ع ق�2 ل م� لا ي�0 ق2 ل� ا� ه ف� لن. ا ع� ي�.ث2 م� ه را� � اب� ذي ف� ي9 كa ا� ن م�ا ي¡2 و ص�

Bahawasanya ia mimpi yang benar In Sya Allah. Maka berdirilah engkau bersama Bilal dan

ajarkanlah apa yang engkau dapati dari mimpi itu. Sesungguhnya dia lebih nyaring suaranya

daripadamu.

Maka segeralah aku mengajarkannya maka Azanlah Bilal dengannya lalu

didengari oleh Umar Al-Khattab maka Umar mendapatkan Nabi lalu berkata

: Wahai Rasulullah, Demi tuhan yang menyuruhkan tuan hamba dengan

sebenarnya , sesungguhnya aku telah melihat dalam mimpiku seperti yang

dilihat oleh Abdullah Bin Zaid itu. Maka Sabda Rasulullah S.A.W. :

Bagi Allah segala pujian.

1.4 Peringatan

5

Timbul persoalan adakah Sabit Azan dan Iqamah melalui mimpi sedangkan

Hukum Syarak hanya sabit dengan wahyu.

Sebenarnya pensyariatan keduanya bukan disandarkan kepada mimpi tetapi

sebenarnya telah muafaqah keduanya dengan wahyu yang turun kepada nabi

kerana diriwayatkan oleh Abu Daud dan Lainnya bahawa Nabi S.A.W

bersabda ia kepada Umar mengenai mimpi Umar itu dengan sabdanya:

( aك ق2 ي0 ها# ش##� وحي. ي�0 ال##� ) iaitu telah mendahului engkau oleh wahyu maka sabitkeduanya dengan wahyu bukan dengan mimpi.

Juga riwayat #.ي ار ر� bahawa nabi diperlihatkan dengan Azan pada malam الي0Mikraj di atas tujuh petala langit dan mendahulukan akan dia oleh

Jibril menjadi Imam sembahyang maka mengikutinya oleh segala isi

langit dan disertai oleh Nabi Adam dan Nabi Nuh dan Allah

menyempurnakan kemuliaannya atas segala isi langit dan bumi.

6

BAB 2SEJARAH

2.1 Pengenalan

Azan mula diamalkan oleh orang-orang Islam pada tahun pertama Hijrah.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada

Ibnu `Umar RA. “Pada mulanya ketika orang-orang Islam berhijrah ke

Madinah, mereka berkumpul dan menunggu untuk mengerjakan sembahyang.

Ketika itu tidak ada orang yang menyeru (melaungkan azan) untuk

menunaikannya. Pada suatu hari Nabi S.A.W telah mengumpulkan para

sahabat untuk bermesyuarat tentang cara untuk memberitahu masuknya

waktu solat serta mengajak orang ramai agar ke masjid melakukan solat

jemaah.

Dalam mesyuarat itu, terdapat beberapa cadangan. Ada yang

mencadangkan supaya dikibarkan bendera sebagai tanda waktu solat, ada

yang mencadangkan ditiup serunai ataupun trompet; dan ada yang

mencadangkan supaya dibunyikan loceng. Semua usul yang diajukan telah

ditolak oleh Rasulullah S.A.W  (kerana meniup serunai atau trompet dan

memukul loceng adalah cara pemanggilan sembahyang bagi

masyarakat Yahudi dan Nasrani (Kristian). Umar bin al-

Khattab mencadangkan diteriakkan ucapan: “Telah datang waktu solat”.

Usul ini telah diterima oleh Rasulullah  S.A.W  tetapi baginda menukar

lafaz itu dengan lafaz “assolatu jami`ah” yang bererti “marilah solat

berjemaah”.

7

Pada suatu malam Abdullah bin Zaid telah bermimpi mengenai cara

yang lebih baik untuk memberitahu solat dengan mengumandangkanlah

Allahu Akbar. (dan seterusnya lafaz-lafaz azan)”. Pada pagi harinya,

Abdullah bin Zaid menemui Rasulullah  S.A.W  dan baginda bersabda:

“Mimpimu itu mimpi yang benar”. Nabi  S.A.W  memerintahkan Bilal bin

Rabah mengumandangkan azan tersebut. Ketika Bilal hendak menyerukan

azan, Umar datang kepada Rasulullah  S.A.W  dan menceritakan bahawa

beliau juga bermimpi seperti Abdullah bin Zaid.

Al-Bazzar meriwayatkan bahawa: “Rasulullah  S.A.W  pada

malam Israk telah diperlihatkan dengan azan dan diperdengarkan

kepadanya di atas langit yang ketujuh. Kemudian Jibril mendatanginya,

lalu dia menjadi imam kepada ahli langit. Antara mereka ialah Nabi

Adam a.s. dan Nabi Nuh a.s. Maka  Allah  SWT menyempurnakan kemuliaan

baginya ke atas penduduk langit dan bumi”.

2.2 Waktu-Waktu Disunatkan Azan

1. Diazankan di telinga manusia dan binatang yang jahat.

1. Diazankan di telinga orang yang dirasuk dan orang yang sangat

marah.

1. Diazankan ketika kebakaran.

1. Diazankan ketika nak berperang.

1. Diazankan ketika nak bermusafir.

8

1. Diazankan bagi menolak kejahatan jin.

2. Diazankan di telinga bayi.

2.3 Hukum Azan Dan Iqamah

1. Yang Asalnya Sunat Kifayah Azan bagi sesebuah jemaah iaitu berhasil

pahala dengan dibuat oleh sebahagiannya. Sunat Ain Azan bagi setiap

individu.

1. Sunat Azan dan Iqamah bagi Solat Fardhu 5 waktu dan tidak

disunatkan malahan makruh bagi Solat Nazar, Solat Jenazah dan Solat-

Solat Sunat lain walaupun disunatkan berjemaah.

1. Disunatkan Iqamah bagi Solat Fardhu secara mutlak samada tunai atau

qada’, jamak atau tamam, lelaki, perempuan atau khunsa, seorang atau

ramai.

1. Disunatkan Azan pada lelaki sahaja walaupun kanak-kanak,

bersendirian atau berjemaah dan mendengar azan orang lain.

1. Tidak disunatkan Azan bagi perempuan secara mutlak samada seorang

atau berjemaah, nyaring atau perlahan.

1. Jika Azan perempuan dengan perlahan bagi dirinya atau jemaah

perempuan maka harus hukumnya dan tidak makruh. Ia dianggap sebagai

9

Zikrullah. Jika Azan perempuan dengan nyaring tanpa kehadiran lelaki

ajnabi maka makruh hukumnya. Jika ada lelaki ajnabi maka haram kerana

ditakuti fitnah.

1. Hukum Khunsa sama seperti perempuan.

1. Bagi Solat Qada’ beberapa waktu secara berturut-turut maka

disunatkan Azan bagi solat pertama sahaja. Bagi solat seterusnya hanya

disunatkan Iqamah. Jika Solat Qada’ bercerai-cerai dan panjang masa

ceraian mengikut adat maka disunatkan azan pada setiap waktu.

1. Jika Solat Jamak Ta’khir Zohor dan Asar atau Maghrib dan Isyak maka

disunatkan Azan bagi solat pertama sahaja samada empunya waktu atau

tidak.

1. Jika Jamak Taqdim maka sunat azan bagi solat pertama samada empunya

waktu atau bukan kecuali jika masuk waktu kedua sebelum mengerjakan

solat pertama maka sunat azan pada solat kedua kerana hilang

ikutan(tabaiah).

1. Jika Solat Qada’ dan Solat Tunai berturut-turut maka sunat Azan

bagi solat pertama sahaja samada dimulai dengan Tunai atau Qada’

kecuali jika dimulai dengan Qada’ dan selepas selesai qada’ maka masuk

waktu Solat Tunai maka sunat azan bagi waktu tunai .

10

1. Sunat menyaringkan suara setinggi mungkin semasa Azan walaupun

bersendirian kecuali jika berada di tempat seumpama masjid yang telah

didirikan jemaah.

1. Memadai Iqamah bagi yang bersendirian bahawa memperdengarkan untuk

dirinya sahaja.

1. Sunat diucapkan ( 2ه ع##### ام� لاة2 ح�0 (ال�ص#####� bagi solat yang dituntut berjemaahseperti sunat 2 hari raya, sunat gerhana, sunat mintak hujan dan

terawikh tapi tidak solat jenazah dan solat nazar.

2. Memadai dikatakan ( ) atau (ال�ص##لاة2 ال�ص##لاة2 ) atau (ه�لم##وا الى ال�ص##لاة2 ال�ص##لاة2tetapi (رح�مكم ال�له ( ام�عه2 . lebih afdal (ال�صلاة2 ح�0

11

BAB 3Kalimah Azan Dan Iqamah

3.1 Kalimat Azan

Sebutan Bahasa Arab Terjemahan

4x ال�له اك�ي0ر Allah Maha Besar

2x هذ ان� لا اله الا ال�له اش�[ Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selainAllah

2x هذ ان� م�جمذا رس�ول ال�له اش�[ Aku bersaksi bahawa Muhammad adalahPesuruh Allah

2x حي. ع�لي ال�صلاة2 Marilah menunaikan solat

2x لاح حي. ع�لي ال�ق Marilah merebut kemenangan

2x وم ي.ر م�ن� ال�ن ال�صلاة2 خ Solat itu lebih baik dari tidur*

2x ال�له اك�ي0ر Allah Maha Besar

12

1x لا اله الا ال�له Tiada Tuhan selain Allah

* Barisan "Sembahyang itu lebih baik dari tidur" hanya digunakan untuk solat

Subuh (fajr).

3.2 Kalimah Iqamah

Sebutan Bahasa Arab Terjemahan

2x ال�له اك�ي0ر Allah Maha Besar

1x هذ ان� لا اله الا ال�له اش�[ Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selainAllah

1x هذ ان� م�جمذا رس�ول ال�له اش�[ Aku bersaksi bahawa Muhammad adalahPesuruh Allah

1x حي. ع�لي ال�صلاة2 Marilah menunaikan solat

1x لاح حي. ع�لي ال�ق Marilah merebut kemenangan

13

2x ام�ت2 ال�صلاة2 ذ ف�2 ف�2 Berdiri untuk sembahyang

2x ال�له اك�ي0ر Allah Maha Besar

1x لا اله الا ال�له Tiada Tuhan selain Allah

3.3 Doa selepas Azan

Setelah selesai azan, doa berikut adalah sunat dibaca oleh muazzin dan

penganut Muslim lain yang mendengar azan:

14

مه2 ائ�� امه2 وال�صلاة2 ال�ق2 ة ال�ذعوة2 ال�ن2 ال�لهم رث0 ه�ذWahai Allah, Tuhan yang menguasai seruan yang sempurna ini dan solat

yang sedang didirikan,

له2 ن. ض له2 و ال�ف ث2 م�جمذا ال�وش�ن. ا±Datangkanlah Nabi Muhammad (kepadaku) sebagai penghubung (kepada

Allah) dan keutamaan (bagiku),

ه ي. وع�ذب�2 ام�ا م�جموذا ال�ذ ه م�ق2 عن[ واي�0Serta kedudukan yang terpuji yang telah Engkau janjikan untuknya.

3.4 Adab Dan Tertib Azan Dan Iqamat

1. Semua kalimah Azan diucapkan 2x kecuali Takbir permulaan iaitu

sebanyak 4x dan kalimah tauhid akhir sekali sahaja.

1. Jumlah keseluruhan kalimah Azan adalah 19 kalimah termasuk Tarji’

dan 15 kalimah tanpa Tarji’.

1. Semua kalimah Iqamah sekali sahaja kecuali Takbir awal dan akhir dan

kalimah

15

ذ# ) ا م�ت2 ال�صلاة2ف�2 .iaitu 2x ( ف�2

1. Jumlah keseluruhan kalimah Iqamah adalah sebanyak 11 kalimah.

3.5 Syarat Azan Dan Iqamah

1. Masuk Waktu

Tidak sah dan tidak harus sebelum masuk waktu kecuali waktu Subuh.

Harus Azan sebelum masuk waktu Subuh selepas ½ malam. Hikmahnya

kerana ketika fajar ramai orang berjunub maka sempat bersedia.

Tiada harus Iqamah sebelum masuk waktu.

Waktu Iqamah bagi yang solat sendiri ialah ketika hendak mula solat

dan bagi jemaah ialah setelah mendapat keizinan imam walaupun

dengan isyarat.

Sunat 2 orang azan dalam satu qaryah iaitu seorang sebelum fajar

(terafdhal pada waktu sahur) dan seorang selepas fajar supaya

dapat dibezakan. Sabda Nabi S.A.W :

ن�� �ال ا ه ف�2 � ب9 م ا� ل� ه وس� لن. ع� ي اهلل� ل� ص� ول اهلل� ن� رس� هما# : ع� ي ع� ي. اهلل� مر رض ع� ن� ي�0 ذ اهلل� ن0 ي=.ث[ ع� ذ ح�وم ن2 ك م�# م� ا� ن� ن� اي�0 ي=. ذ ا� سمعوا ي�2 ي ت�2 ت�2 وا ح� ن09 ر لوا واش[ ك ل ف� لن. ن� ي�0 � ذ و� لالا ن�. ي�0

16

“Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda:

Apabila Bilal memperdengarkan azan pada malam hari, makan dan minumlah sehingga

kamu mendengar azan yang akan diperdengarkan oleh Ibnu Ummi Maktum “

2. Tertib Semua Kalimahnya – Tidak sah tertinggal walaupun terlupa.

3. Muwalat (Berturut-turut)

4. Seorang Muazzin – Tak sah 2 orang walaupun sama suara.

5. Menggunakan Bahasa Arab jika ada yang tahu Bahasa Arab.

6. Didengari oleh jemaah walaupun seorang jika kerana solat jemaah.

7. Diperlahankan untuk didengari sendiri jika solat bersendirian

kerana ketika itu menjadi zikir. Sunat suara Iqamah kurang nyaring

daripada Azan.

8. Tiada ‘Sorif’ yang memaling dari niat asal iaitu memberitahu.

Contohnya seperti niat mengajar orang yang mendengar.

9. Muazzin seorang Islam dan Mumaiyiz – Menjadi Islam orang kafir

dengan ucapan syahadahnya maka mesti diulangi kerana awal azannya

masih dalam kafir. Jika murtad ketika Azan maka terbatal azannya

walaupun singkat tempoh murtadnya

10. Muazzin seorang lelaki walaupun kanak-kanak jika bagi jemaah

lelaki. Sah Azan perempuan dan khunsa bagi jemaah perempuan.

17

BAB 4

Sunat-Sunat Azan

4.1 Sunat-Sunat Azan

1. Mengatakan kalimah Azan Dan Iqamah dengan segera tanpa menyaringkan

suara.

1. Mengucapkan kalimah Azan dengan tartil kerana Azan bagi segala yang

ghaib dan iqamah bagi yang hadir.

1. Sunat dihimpunkan 2 takbir pada bang dengan satu nafas dan

dimatikan ra’ pertama dan saktah. Jika tak dimatikan maka yang utama

dibariskan hadapan. Dikatakan baris atas iaitu dipindahkan baris alif

.Lafaz-lafaz lain sunat dibaca senafas .( اك�ي0ر ) ’kepada Ra (ال�له )

1. Disunatkan tarji’ iaitu menyebut 2 kalimah syahadah 2x dengan

perlahan kira-kira didengar oleh orang yang hampir sebelum menyebutnya

dengan nyaring.

18

1. Sunat Taswib ( 0وي9.ث ن[ pت� ) pada 2 bang subuh tunai atau qada’ iaitu (وم ي.ر م�ن� ال�ن 2x selepas (ال�صلاة2 خ

ن� ) ي. علن2 .Makruh pada waktu lain .( ح�ي.

1. Sunat berdiri ketika melafazkan Azan dan Iqamah. Sabda Rasul

ون� مع## ي2 ح0 ه2 ن�. ## ن ت¡. مذ وا ال� ذم� ن� ف�#2 ي. لمون� ح� مس## ان�# ال� ال# : ك� هما# ف�2 ي ع� ي. اهلل� مر رض ع� ن� ي�0 ذ اهلل� ن0 ي=.ث[ ع� ذ ح�ا# وس#� اق2 وا ي� ذ # خ هم ان��2 عض# ال ي�0 ق#2 كa# ف� ل�## ي. ذ ا ف وم�# وا ن�. م# ل� ك ت2 ذ ق� ح�# ا ا� ه# اذي#. ي�0 ## ن س ت�. ي. ول� لواث2 ون� ال�ص� ن � ي. خ ت2 ي. Îف�

لا ون� رح�0 عن[### ي0 pولا ت� ###ر ا� م ال ع� ق###2 وذ ف� ه### ي. ال� 2###رن� ل ق� ن[### ا م� ### 2ري� هم ق� عض### ال ي�0 اري# وف�###2 ص### � وس ال�ن اق2 ### ل ي� ن[### م�

لاة2 ال�ص� اذ ي�0 ن م ق� لال# ق�2 ا ي�0 م# ي�. ل� ه وس� لن. ع� ي اهلل� ل� ص� ول اهلل� ال رس� لاة2 ف�2 ال�ص� اذي#. ي�0 ن *ت�.

“Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a katanya: Ketika orang-orang Islam sampai di

Madinah, mereka berkumpul lalu memperkatakan tentang waktu sembahyang. Tiada seorang

pun yang menyeru kepadanya. Semasa mereka berbincang tentang perkara tersebut,

sebahagian daripada mereka berkata: Bunyikanlah loceng sebagaimana loceng orang

Nasrani. Manakala sebahagian lagi berkata: Bunyikanlah trompet seperti trompet orang

Yahudi. Kemudian Umar berkata: Mengapa kamu tidak menyuruh seseorang agar

19

menyerukan sembahyang Rasulullah s.a.w bersabda: Wahai Bilal! Bangunlah dan serukan

untuk sembahyang .

1. Disunatkan Azan pada tempat tinggi dan tak disunatkan pada Iqamah

kecuali dikehendaki dengannya kerana kebesaran masjid.

1. Sunat meletak 2 telunjuk kepada 2 lubang telinga ketika Azan dan

Iqamah kerana Bilal melakukan demikian di depan nabi. Jika sakit satu

tangan maka cukup dengan sebelah tangan. Jika sakit telunjuk maka

diganti dengan jari lain.

1. Disunatkan mengadap kiblat.

1. Sunat berpaling sekali ke kanan ketika mengucap ( ( حي. ع�لي ال�ص####لاة2 2xpada Azan dan sekali pada Iqamah. Sunat berpaling ke kiri ketika

mengucap ( لاح .seperti di atas ( حي. ع�لي ال�ق

1. Jangan berpaling dada dan mengubah 2 kaki.

1. Tiada Berpaling pada yang lain kerana yang lain itu ( ر ال�له ك##� dan ( ذن� ) ي. علن2 طاثitu ( 0 ( ح�ي. .kepada manusia seperti salam dalam solat ( ح�

1. Sunat Muazzin seorang yang adil kerana amanah menjaga waktu.

20

1. Sunat Muazzin seorang yang nyaring suaranya kerana nabi menyuruh

Abdullah Bin Zaid mengajar Bilal kerana suaranya yang nyaring.

1. Sunat Muazzin seorang yang baik suaranya kerana lebih berkesan.

2. Sunat yang mendengar Azan menjawab Azan walaupun dalam keadaan

berjunub atau haid.

1. Sunat orang yang bang pada malam yang hujan atau ribut kuat atau

sangat gelap mengucapkan

ال�كم ) ي. رح##� لوا ف كم ) atau dan ( الا ص##� وي�2 ن##. Qي. ت� لوا ف dan (حي. ع�لي ال�ص##لاة2 ) selepas ( الا ص##�dijawab dengan

م ) ت. ال�له ال�علي. ال�عظ� وة2 الا ي�0 .( لاح�ول ولاق2

1. Sunat berhenti membaca Al-Quran atau zikir atau doa dan sebagainya

bagi menjawab azan.

1. Makruh menjawab azan atau Iqamah bagi orang sedang solat atau jimak

atau qadha hajat dan sunat menjawab selepas selesai.

1. Bila azan beberapa orang dengan tertib maka sunat menjawab semuanya

walaupun selepas selesai solat. Menjawab azan pertama lebih dituntut

kecuali 2 azan subuh dan 2 azan Jumaat maka sama sahaja kedua-duanya.

21

1. Jika mendengar sebahagian kalimah azan maka sunat juga menjawab

yang tak didengar.

1. Sunat menjawab Tarji’ walaupun tak didengar.

1. Sunat orang yang azan dan yang mendengar azan membaca doa.

1. Sunat berdoa antara bang dan Iqamah kerana sangat mustajab.

1. Makruh orang yang azan dan yang lain keluar dari tempat jemaah

selepas azan dan sebelum solat kecuali uzur.

1. Sunat melewatkan solat sekadar memberi peluang orang berhimpun

selepas azan kecuali maghrib kerana singkat waktu.

1. Makruh azan dan Iqamat oleh orang fasiq, kanak-kanak dan orang buta

.

1. Sunat melewatkan solat sekadar memberi peluang orang berhimpun

selepas azan kecuali maghrib kerana singkat waktu.

1. Makruh ( ط مظن. ) dan ( ئ�2 ي. ت ع### iaitu melanjut-lanjut dan melagu-lagu ( ي�2jika tidak berubah makna tetapi haram jika mengubah makna.

1. Suci Muazzin dalam keadaan suci dari najis dan hadas tetapi sah

jika tiada wudhuk .

22

1. Tersangat makruh Azan jika junub dan iqamah dalam keadaan junub

lebih-lebih lagi makruh.

23

BAB 5

MASALAH LAIN

5.1 Adakah Disunatkan Azan Dan Iqamah Bagi Sembahyang Qadha’Dan Sembahyang Jama‘.

Azan kerana sembahyang disyariatkan hanya untuk sembahyang fardhu

Jumaat dan sembahyang-sembahyang fardhu lima waktu sahaja. Azan tidak

disyariatkan pada sembahyang-sembahyang sunat sama ada yang disunatkan

berjemaah seperti sembahyang 'Idilfithri, 'Idiladhha, sembahyang

gerhana matahari atau bulan, sembahyang meminta hujan dan sembahyang

tarawih, ataupun yang tidak disunatkan pada sembahyang itu berjemaah

seperti sembahyang dhuha dan sebagainya. Selain daripada itu azan juga

tidak disunatkan bagi sembahyang nazar dan jenazah. Hukum azan kerana

hendak sembahyang fardhu adalah sunat, sunat 'ainbagi sembahyang

bersendirian dan sunat kifayah bagi sembahyang jemaah.

Pada dasarnya azan merupakan pemberitahuan masuk waktu sembahyang

fardhu. Oleh kerana itu azan hanya akan dilaungkan setelah masuknya

waktu sembahyang. Namun berlaku juga azan sembahyang yang dilaungkan

di luar daripada waktu asal sembahyang yang diwajibkan seperti azan

bagi sembahyang qadha' dan sembahyang jama', walaupun pada dasarnya

24

disyariatkan azan itu sebaik sahaja masuknya waktu sembahyang kecuali

bagi azan subuh.

Imam asy-Syafi'e Rahimahullah Ta'ala di dalam kitab al-Buwaithi

ada menyebutkan bahawa pensyariatan azan sebagai pemberitahuan

masuknya waktu sembahyang itu gugur dengan adanya perbuatan

sembahyang. Ini bererti pensyariatan azan itu adalah kerana

sembahyang, bukan kerana waktu dan pendapat ini adalah yang muktamad.

Berdasarkan kenyataan tersebut maka azan bagi sembahyang qadha'

itu adalah kerana sembahyang yang hendak didirikan dan ianya tidak

terhalang disebabkan waktunya yang telah luput.

5.2 Azan Bagi Sembahyang Qadha'

Disunatkan azan bagi sembahyang qadha' adalah pendapat yang ashah di

sisi para ulama. Sunat azan dan iqamah bagi sembahyang qadha' kerana

kefardhuan sembahyang itu dengan beberapa ketetapan seperti berikut :-

i. Qadha' tidak lebih dari satu sembahyang fardhu Menurut pendapat

ashah, disunatkan azan sebagaimana juga disunatkan iqamah bagi

sembahyang qadha'.

ii. Qadha' lebih dari satu sembahyang Fardhu

* Bagi qadha' sembahyang fardhu yang luput beberapa waktu yang

25

dilakukan secara berturut- turut, adalah disunatkan azan pada

sembahyang yang pertama sahaja sebagaimana pendapat ashah jumhur

sahabat dan tidak perlu azan pada sembahyang-sembahyang seterusnya

tanpa khilaf (percanggahan pendapat). Namun disunatkan iqamah bagi

setiap sembahyang qadha' yang dilakukan secara berturut- turut tanpa

khilaf.

* Disunatkan azan dan iqamah pada setiap sembahyang bagi sembahyang-

sembahyang qadha' yang dilakukan secara berasingan iaitu tidak

berturut-turut atau terdapat jarak waktu sekurang-kurangnya dua rakaat

sembahyang di antara sembahyang-sembahyang yang hendak dilakukan itu.

* Disunatkan azan hanya pada permulaan sembahyang dan iqamah bagi

setiap sembahyang qadha' dan tunai yang dilakukan secara berturut-

turut tidak kira sama ada dimulakan dengan sembahyang qadha' atau

sebaliknya asalkan azan itu dilaungkan setelah masuknya waktu

sembahyang tunai tersebut.

Akan tetapi jika dimulakan dengan sembahyang qadha' dan azan itu

dilaungkan sebelum lagi masuk waktu sembahyang tunai, maka sunat

baginya azan sekali lagi untuk sembahyang tunai tersebut kerana

kefardhuan waktunya tanpa khilaf.

Dalil bagi disyariatkan azan pada sembahyang yang luput dan iqamah

pada setiap sembahyang yang didirikan ialah hadits daripada 'Abdullah

bin Mas'ud Radhiallahu 'anhuma katanya:

26

Maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang Musyrik telah melalai-lalaikan Nabi Shallallahu

'alaihi wasallam daripada mendirikan empat sembahyang fardhu di hari peperangan

khandaq. Maka Baginda memerintahkan Bilal untuk azan, lalu dia pun azan. Kemudian

iqamah lalu mendirikan sembahyang Zuhur, kemudian iqamah lagi lalu mendirikan

sembahyang Asar, kemudian iqamah lagi lalu mendirikan sembahyang Maghrib, kemudian

iqamah lagi lalu mendirikan sembahyang 'Isya'."

(Hadits riwayat at-Tirmidzi)

Selain bagi sembahyang qadha', azan juga disunatkan bagi sembahyang

jama', sama ada jama' taqdim mahupun jama' ta'khir.

5.3 Azan Bagi Sembahyang Jama'

Bagi sembahyang jama' (dua sembahyang fardhu yang dihimpunkan), jika

dihimpunkan secara taqdim (sembahyang Asar yang dilakukan di dalam

waktu sembahyang Zuhur atau sembahyang 'Isya' yang dilakukan di dalam

waktu sembahyang Maghrib) maka disunatkan azan tanpa khilaf bagi

sembahyang yang pertama dan iqamah bagi setiap keduanya.

Jika dua sembahyang fardhu itu pula dihimpunkan secara ta'khir

(sembahyang Zuhur dilakukan dalam waktu sembahyang Asar atau

sembahyang Maghrib dilakukan dalam waktu sembahyang 'Isya') maka

hukumnya adalah seperti sembahyang-sembahyang yang luput disebabkan

27

luputnya waktu sembahyang yang pertama yang diikuti dengan waktu

sembahyang yang kedua, iaitu disunatkan azan dan iqamah pada

sembahyang yang pertama sama ada yang empunya waktu ataupun bukan,

kemudian disunatkan iqamah sahaja pada sembahyang yang kedua.

Perbuatan ini adalah bersandarkan kepada hadits daripada Jabir bin

'Abdullah:

Maksudnya: "Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam telah bertolak (dari 'Arafah) sehingga

sampai ke Muzdalifah. Lalu di tempat itu, Baginda menjama' sembahyang Maghrib dan 'Isya'

dengan sekali azan dan dua kali iqamah, dan tidak didirikan sembahyang apapun antara

keduanya."

(Hadits riwayat an-Nasa'ie)

Demikian beberapa penjelasan mengenai azan bagi sembahyang qadha' dan

jama'. Sebagai kesimpulan, azan tetap disunatkan bagi sembahyang

qadha' dan jama' dengan ketetapan tertentu iaitu:-

1) Sunat azan dan iqamah bagi sembahyang yang luput satu waktu.

2) Sunat azan pada sembahyang pertama dan sunat iqamah pada setiap

sembahyang bagi sembahyang jama' taqdim dan ta'khir serta sembahyang

yang luput beberapa waktu yang dilakukan secara berturut-turut.

28

3) Sunat azan dan iqamah pada setiap sembahyang bagi sembahyang-

sembahyang qadha' yang dilakukan secara berasingan (tidak berturut-

turut).

4) Memadai azan pada sembahyang pertama dan iqamah pada setiap

sembahyang bagi sembahyang qadha' berserta sembahyang tunai yang

dilakukan secara berturut-turut.

Akan tetapi disunatkan azan sekali lagi jika azan pada sembahyang

qadha' yang dilakukan sebelum masuk waktu sembahyang tunai walaupun

dilakukan secara berturut-turut.

Jelasnya di sini tuntutan azan itu tidak gugur disebabkan luputnya

waktu wajib sembahyang atau disebabkan terkeluar dari waktu asal. Ini

menunjukkan bahawa azan itu mempunyai kelebihan dan kedudukan yang

tinggi di dalam Islam. Oleh yang demikian, peliharalah kehormatannya

dan kautlah ganjaran pahala yang lebih dengan tidak meninggalkannya.

5.4 Hukum menjawab Azan

 Imam Nawawi di dalam Syarh Sahih Muslim menyebut: 

29

ن� لا م� ي.ره�م م� ض وغ ائ�� ن ت0 وح� ذث[ وح�0 خ ر وم� طه� ن2 ن� م� معه م� ن� س� م� ل� ك وله ل� ل ق2 ن[ ول م� ق2 ال� ن� ي�0 � ذ مو� ه2 ال� اب�0 ح�0 �ت�0 ا ح ست2 ه ت�. � ب9 لم ا� واع�وه�ما ح و ن� له ، ا� ه� ماع ا� و ح�0 لاء ، ا� خ ي. ال� ون� ف ك ن� ي�. ع ا� مي اث0 ال� ن0 ش� ه2 ق� من� ا� اب�0 ح�0 �ن� الا ع له م� ن= ا م�

 

"Dan ketahuilah bahawasanya disunatkan menjawab seruan muazzin sepertimana

laungannya bagi setiap orang yang mendengarnya samaada yang berada dalam keadaan

suci atau berhadath atau berjunub atau seorang perempuan yang Haid dan selain mereka

dari kalangan orang yang tidak dilarang untuk menjawabnya. Adapun antara sebab larangan

dari menjawab azan ialah jika berada di dalam tandas atau ketika sedang berjimak dengan

pasangannya atau seumpama dengannya.

Imam as-Son'ani dalam Subulas Salam menyebut : 

ه � ب9 ا� وا } ي�0 ذل�� ن2 ت0 ، واش� ح0 مهور# : لا ن�. ج0 ال ال� رون� ، وف�2 خ� ر وا± اه� � ل ال�ط� ه� ه2 ، وا� � ن. ق ي ح ه ال� ال ب�0 ق2 ف� ه2 اب�0 ح�0 �وث0 الا ي. وح�0 لف ف ن2 ذ اح� وف�2وا : ال� سلم . ف�2 ه م� رخ0 خ� ار { ا� � ن� ال�ن ت2 م� رح�0 ال : خ� ذ ، ف�2 ه� ش[ ا ت�2 لم� رة2 ، ف� ط ف لي ال� ال : ع� �ر ف�2 ي0 ا ك� لم� ا ف� ي= � ذ و� مع م� م س� ل� ه وس� لن. ع� ي اهلل� ل� ص�

ى. ب09 ا� ي=.ث[ ذ ي. ح� مر ف ن�� الا� لي ا� ل ذل� ع� ق2 م ي�. ا ل� لم� ن� ، ف� � ذ مو� ال ال� ما ف�2 م ك� ل� ه وس� لن. ع� ي اهلل� ل� ال ص� ق2 هp ل� ن0 ه2 واح�0 اب�0 ح�0 �اي� ث2 الا لو ك� "ف�

اث0 ن0 ح ت2 لاش� ذ ل� عن. "س�

 

"Dan telah berbeza pendapat (di kalangan para ulama) tantang kewajipan menjawab azan.

Jumhur ulama' berpendapat tidak diwajibkan. Mereka berdalilkan dengan satu perbuatan

30

Nabi saw suatu ketika baginda mendengar tukang azan melaungkan takbir, baginda

bersabda : "(kamu berada) atas Fitrah." ketika baginda mendengar syahadah, baginda

bersabda : "Kamu selamat daripada neraka." (Hadith Riwayat Imam Muslim, Kitab Solat, hadis

no. 575). Jumhur Ulama berkata : "Jika menjawab azan itu wajib, sudah pasti Nabi saw akan

menyahut azan tersebut sepertimana yang dilaungkan oleh muazzin. Maka apabila (terdapat

perbuatan Nabi yang tidak menyahud azan seperti laungan muazzin) menjadi tanda

bahawasanya arahan (menjawab azanseperti hadith dari Abi Sa'id) menunjukkan kepada

sunat atau istihab.

 5.5 Hukum bercakap-cakap ketika Azan

 Para Fuqaha’ berselisih pendapat dalam menentukan hukum bercakap-cakap

ketika azan samada ia dibolehkan (tiada masalah) atau ianya adalah

makruh.

 1) Dibolehkan dan Tiada Masalah: Yang berpendapat bahawa ianya

dibolehkan (tiada masalah) adalah al-Hasan , al-Awzaie, al-Bukhari dan

lain-lain.

 2) Makruh tetapi dibolehkan jika untuk maslahah: Yang berpendapat

bahawa ianya makruh adalah Ibn Sirin, al-Sya’bi, Abu Hanifah, Malik,

al-Thauri, Syafie. Namun demikian sebahagian mereka mengecualikan dan

berpendapat jika percakapan itu untuk maslahah maka ianya tidak makruh

(iaitu seperti menjawab salam, menjawab bersin, menyuruh kebaikan dan

mencegah mungkar dan sebagainya) sebagaimana kata Ishaq ‘’sekiranya

31

untuk maslahah seperti menjawab salam dan menyuruh kepada kebaikan

maka ianya tidak makruh”.

 3) Makruh ketika Iqamah dan tidak makruh ketika Azan: Dan ada juga

fuqaha’ yang berpendapat makruh bercakap-cakap ketika iqamah tetapi

tidak makruh (dibolehkan berkata-kata) ketika azan, dan pendapat ini

masyhur pada Imam Ahmad. (lebih lanjut - rujuk Fathul Bari syarah

Sahih Bukhari oleh Ibn Rajab al-Hanbali, jilid 4, m/s 224, bab

‘’berkata-kata ketika azan’’)

 Pendapat yang terpilih adalah pendapat yang pertama iaitu dibolehkan

berkata-kata ketika azanselama mana menjaga adab-adab ketika

mendengar azan, kerana tiada dalil yang jelas dan kuat menyatakan

ianya tertegah.

 Namun, yang penting dan perlu difahami adalah tiada fuqaha’ yang

menyatakan haram berkata-kata ketika azan dan tiada juga yang

menyatakan bahawa lidah akan menjadi kelu ketika maut sekiranya tidak

diam ketika azan.

5.6 KESIMPULAN 

Adab mendengar azan adalah dengan menjawab azan dan membaca doa serta

salawat selepasazan sebagaimana yang telah diajarkan Nabi SAW dalam

hadis-hadis sahih, dalilnya:

32

  Dalil menjawab azan: 

ن� � ذ مو� ول ال� ق2 ا# ي�. ل م� ن[ وا# م� ول� ق2 ذاء ف� � م ال�ن معت2 ا س� ذ �ال ا م ف�2 ل� ه وس� لن. ع� ي اهلل� ل� ص� ول اهلل� ن�� رس� � ا� ذري. خ ذ ال� عن. ى. س� ب09 ن� ا� ع� 

 Maksudnya: dari Abi Said al-Khudri, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: apabila kamu

mendengar seruan azan, maka katakanlah (jawablah) ia dengan berkata seperti yang

dikatakan muazzin – hadis riwayat al-Bukhari, hadis no. 576, bab ‘’apa yang dikata apabila

mendengar azan’’

 Dalil berdoa dan salawat selepas azan:

 

عوة2 ة ال�ذ� ذ هم� رث�0 ه� ذاء ال�ل� � سمع ال�ن ن� ت�. ي. ال ح� ن� ف�2 ال م� م ف�2 ل� ه وس� لن. ع� ي اهلل� ل� ص� ول اهلل� ن�� رس� ا� ذ اهلل� ن0 ع� ن� اي�0ر ي�0 ن� ح�0 ع�

امه2 ن. ق2 وم ال� ي. ن�. ت2 اع� ق ث2 له س�[ ل� ه ح� ذب�2 ي. وع� ذ موذا ال�� ج ا م� ام� ق2 ه م� عن[ له2 واي�0 ن. ض ف له2 وال� ن. وش� ذا ال� م� ج ث2 م� ا± مه2 ائ�� ق2 لاة2 ال� وال�ص� ه2 ام� ال�ن�2  Maksudnya: dari Jabir bin Abdillah sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “barangsiapa

yang berkata apabila mendengar seruan azan (akan doa)- allahumma rabba hazihi

da’watittammati wassola til qaimah aati Muhammadan wasilah wal fadhilah wa ba’ashu

maqaman mahmudan al-lazi wa ‘adtah- diberikan syafaat olehku pada hari kiamat- hadis

riwayat al-Bukhari, hadis no. 579, bab ‘’doa ketika azan’’

33

 

م� ول ث�[ ق2 ا ي�. ل م� ن[ وا م� ول� ق2 ن� ف� � ذ مو� م ال� معت2 ا س� ذ �ول ا ق2 م ي�. ل� ه وس� لن. ع� ي اهلل� ل� ي.� ص� ت0 � مع ال�ب ه س� � ب9 عاص ا� ال� ن� مرو ي�0 ع� ن� ي�0 ذ اهلل� ن0 ن� ع� ع�

لي.� وا ع� ل� ص� 

 Maksudnya: dari Abdullah bin Amru bin al-Ash, sesungguhnya mendengar Nabi SAW

bersabda: “apabila kamu mendengar azan maka katakanlah (jawablah) ia dengan berkata

seperti yang dikatakannya dan kemudian bersalawatlah padaku.” – hadis riwayat Muslim,

hadis no. 577, bab ‘’dianjurkan menjawab azan seperti yang dikatakan muazzin dan

kemudian bersalawat pada Nabi dan memohon kepada Allah akan wasilah kepada Nabi”.

34

RUJUKAN

Al- Quran

Wahbah al-Zuhaili (1994), Fiqh al Islami wa Adilatuhu. Dar al-Fikr, Damsyik.

Mariah bt Hj Mansor, Hjh Kalsom bt Abdul Aziz, Mohd Fauzi b Md Yatim (2003).

Pendidikan Islam Tahun 4 Buku Teks Jilid 2.  Kuala   Lumpur:     Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Sahih Bukhari, Muhammad ibn Ismail, www.al-islam.com.

al-Dimasyqi, Abi Abdillah Muhammad bin Abd.Rahman, Rahmat al-Ummah fi

Ikhtilaf al-Aimmah.

al-Syafe’i, al-Imam Muhammad bin Idris, al-Umm.

rujukan internet :

http://albakaky.wordpress.com/2009/11/18/hukum-hakam-berkaitan-azan-dan-iqamah-2/

(Bahan Kuliah Subuh pagi Khamis, Masjid Jamik al-Solihin, Kanchong Darat )

http://www.mykhilafah.com/fikih/1797-tidak-solat-jumaat-kerana-bekerja

http://islam-qa.com

35