APLIKASI KAEDAH EURHYTHMICS DALCROZE BAGI MEMBANTU KEFAHAMAN KANAK-KANAK TADIKA MENGENAI RITMA DAN...

86
APLIKASI KAEDAH EURHYTHMICS DALCROZE BAGI MEMBANTU KEFAHAMAN KANAK-KANAK TADIKA MENGENAI RITMA DAN IMPROVISASI MELALUI AKTIVITI GERAKAN MUZIK NUR SHAFIQA BINTI MOHTAR LATIHAN ILMIAH DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SYARAT UNTUK MEMPEROLEH IJAZAH SARJANA MUDA (PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK) FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGGUNAN MANUSIA UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Transcript of APLIKASI KAEDAH EURHYTHMICS DALCROZE BAGI MEMBANTU KEFAHAMAN KANAK-KANAK TADIKA MENGENAI RITMA DAN...

APLIKASI KAEDAH EURHYTHMICS DALCROZE BAGI

MEMBANTU KEFAHAMAN KANAK-KANAK TADIKA MENGENAI

RITMA DAN IMPROVISASI MELALUI AKTIVITI GERAKAN

MUZIK

NUR SHAFIQA BINTI MOHTAR

LATIHAN ILMIAH DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SYARAT

UNTUK MEMPEROLEH IJAZAH SARJANA MUDA

(PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK)

FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGGUNAN MANUSIA

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

ii

2013

PENGAKUAN

Saya mengaku bahawa kertas projek ini adalah hasil kerja

saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap

satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan :

Nama : NUR SHAFIQA BINTI MOHTAR

No. Matrik : D20091035181

Tarikh : 31 MEI 2013

iii

PENGHARGAAN

Pertama sekali saya, bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpahkurniaNya dan izinNya kertas projek tahun akhir ini telahberjaya disiapkan. Ucapan setinggi- tinggi terima kasihkepada penyelia saya, Dr. Loy Chee Luen, kerana telahmemberikan banyak tunjuk ajar, bimbingan dan nasihatsepanjang proses penyeliaan dan menghasilkan projek tahunakhir ini.

Tidak ketinggalan juga kepada Tuan Hj. Mohtar BinMasnot dan Puan Hjh. Badariah Binti Mohamed keranamemberikan galakan dan sokongan. Tidak lupa, guru-guruTadika RRI, pihak tadika dan rakan-rakan seperjuangan yangtelah banyak membantu memberikan idea dan buah fikiransepanjang proses melengkapkan projek tahun akhir ini.

Akhir sekali, diharapkan semoga kajian ini akan dapatmemberikan manfaat kepada individu atau masyarakat di luar

iv

sana. Semoga segala jasa baik kalian mendapat berkat danrahmat daripadaNya.Sekian, terima kasih.

ABSTRAK

Kajian ini merupakan satu kajian kualitatif bagi melihatsejauh mana keberkesanan aplikasi kaedah eurhythmics dalcroze bagimembantu kefahaman kanak-kanak tadika mengenai ritma danimprovisasi melalui aktiviti gerakan muzik. Tujuan kajian ini dijalankanialah untuk melihat keberkesanan aktiviti ritma melalui pergerakanmenggunakan kaedah eurhythmics di tadika. Selain itu, kajian ini juga

v

ingin melihat keberkesanan aktiviti improvisasi melalui pergerakandengan menggunakan kaedah Eurhythmics di tadika dan jugakesesuaian aktiviti eurhythmics ini dijalankan di tadika. Kajian ini telahdijalankan disebuah tadika swasta di daerah Selangor. Sampel kajianyang digunakan ialah seramai 20 orang sampel yang terdiri daripada 9orang lelaki dan 11 orang perempuan dan aktiviti ini dijalankan dikawasan luar bilik darjah. Kaedah pemerhatian dan borang soal selidikdigunakan untuk mengumpul data yang diperlukan untuk dianalisis.Hasil dapatan kajian menunjukkan respon yang positif dan kerjasamayang baik antara pengkaji dan sampel kajian sepanjang proses kajiandijalankan. Hasil dapatan keseluruhan menunjukkan kaedaheurhythmics ini dapat membantu kanak-kanak mempelajari ritma danimprovisasi melalui pergerakan dan juga kaedah eurhythmics ini sesuaidijalankan di tadika melalui aktiviti mengikut peringkat umur kanak-kanak.

APPLICATION OF DALCROZE EURHYTHMIC METHODS FOR KINDERGARTENCHILDREN IN UNDERSTANDING IN RHYTHMS AND IMPROVISATION

THROUGH MOVEMENT IN MUSIC ACTIVITIES

ABSTRACT

vi

This study is a qualitative study to evaluate theeffectiveness of the application of Dalcroze Eurhythmicsmethod to help preschool children's understanding of rhythmand improvisation through music movement. The purpose ofthis study was to determine the effectiveness of rhythmthrough movement activities using Eurhythmics inkindergarten. In addition, this study also would like to seethe effectiveness of improvisation through movementactivities using Eurhythmics in kindergarten and also theappropriateness of activities undertaken in kindergartenEurhythmics. The study was conducted act at a privatekindergarten at Selangor. The samples used in this studywere a total of 20 samples consisting of nine boys andeleven girls, and these activities are conducted in ruralclassrooms. Observation and questionnaires are used tocollect the data needed to be analyzed. Results showed apositive response and good collaboration between researchersand research samples throughout the study. Overall resultshows the method Eurhythmics can help children learn rhythmand improvisation through movement and Eurhythmics methodsuitable kindergarten through activities conducted inaccordance with the age of the child.

KANDUNGAN

vii

Muka Surat

HALAMAN JUDUL i

PENGAKUAN ii

PENGHARGAAN iii

ABSRTAK iv

ABSTRACT v

KANDUNGAN vi

SENARAI RAJAH

xi

SENARAI JADUAL

xii

BAB 1: PENGENALAN

1.1 Pengenalan

1

1.2 Latar Belakang 1

1.3 Permasalahan Kajian

3

viii

1.4 Objektif Kajian

4

1.5 Persoalan Kajian

5

1.6 Batasan Kajian 5

1.7 Kepentingan Kajian

6

1.8 Definisi dan Istilah

7

1.8.1 Kaedah Eurhythmics Dalcroze

7

1.8.2 Pergerakan

8

1.8.3 Ritma

8

1.8.4 Improvisasi

9

1.8.5 Muzik

9

1.9 Kesimpulan

10

ix

BAB 2: TINJAUAN KAJIAN BERKAITAN

2.1 Pengenalan

11

2.2 Gerakan Muzik Dalam Kurikulum Awal Kanak-kanak

12

2.3 Kaedah Eurhythmics Dalcroze 13

2.3.1 Ritma

17

2.3.2 Solfa

18

2.3.3 Improvisasi

19

2.4 Kajian Lepas

2.4.1 Pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah

Eurhythmic 21

2.4.1.1 Aktiviti Eurhythmics

22

2.4.2 Faktor Mempengaruhi Pengajaran dan Pembelajaran

Menggunakan Kaedah Eurhythmics.

24

2.4.2.1 Tumpuan dan Mendengar

24

x

2.4.2.2 Mengingat

25

2.4.2.3 Ekspresi

26

2.5 Kesimpulan

28

BAB 3: METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 29

3.2 Reka Bentuk Kajian

29

3.3 Lokasi Kajian

30

3.4 Populasi dan Sampel Kajian

30

3.5 Instrument Kajian

31

xi

3.6 Prosedur Kajian 32

3.7 Penganalisaan Data

36

3.8 Kesimpulan

36

BAB 4: DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 37

4.2 Profil Responden 38

4.2.1 Dapatan Hasil Peratusan Sampel Mengikut Jantina

38

4.3 Hasil Kajian Persoalan Kajian 1: Tahap Kefahaman Terhadap

Ritma Muzik Melalui Pergerakan Menggunakan Kaedah

Eurhythmics

4.3.1 Aktiviti 1 dan 2 39

4.3.2 Aktiviti 3 dan 4 40

4.4 Hasil Kajian Persoalan Kajian 2: Tahap Kefahaman Terhadap

Improvisasi Muzik Melalui Pergerakan Menggunakan Kaedah

Eurhythmics

4.4.1 Aktiviti 5 dan 6 41

4.5 Hasil Dapatan Persoalan Kajian 3: Adakah aktiviti

Eurhythmics

ini sesuai dijalankan di tadika

42

xii

4.6 Kesimpulan

43

BAB 5: RUMUSAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 44

5.2 Rumusan 45

5.2.1 Rumusan persoalan kajian 1: Sejauh manakah

keberkesanan

aktiviti ritma melalui pergerakan

dengan menggunakan kaedah Eurhythmics di

tadika. 45

5.2.2 Rumusan persoalan kajian 2: Sejauh manakah

keberkesanan

aktiviti improvisasi melalui pergerakan dengan

menggunakan

kaedah Eurhythmics di tadika.

46

5.2.3 Rumusan persoalan kajian 3: Sejauh manakah

keberkesanan aktiviti improvisasi melalui

pergerakan dengan menggunakan kaedah

Eurhythmics di tadika. 47

5.3 Implikasi 48

5.3.1 Guru 48

5.3.2 Kanak-kanak

49

5.3.3 Tadika 50

5.3.4 Pihak Atasan

50

xiii

5.4 Cadangan dan Penambahbaikkan

50

5.4.1 Guru 51

5.4.2 Tadika 52

5.4.3 Pihak Atasan

52

5.4.4 Cadangan Bagi Kajian Masa Depan

53

5.5 Kesimpulan 54

RUJUKAN 55

LAMPIRAN 58

xiv

SENARAI RAJAH

No. Rajah Muka surat

Rajah 2.1 Kerangka Teori 20

Rajah 2.2 Kerangka Konseptual 27

Rajah 3.2 Prosedur Kajian 35

Rajah 4.1 Hasil Peratusan Sampel Mengikut Kajian 38

Rajah 4.2 Tahap Kefahaman Terhadap Ritma melalui

xv

Pergerakan dalam Aktiviti Pertemuan 1 dan

2 39

Rajah 4.3 Tahap Kefahaman Terhadap Ritma melalui

Pergerakan dalam Pertemuan Aktiviti 3 dan 4

40

Rajah 4.4 Tahap Kefahaman Terhadap Improvisasi melalui

Pergerakan dalam Aktiviti Pertemuan 5dan 6

41

SENARAI JADUAL

xvi

No. Jadual Muka

surat

Jadual 3.1 Bilangan Sampel 31

xvii

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dalam bab ini akan membincangkan mengenai pengenalan, latar

belakang kajian, pernyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian

kepentingan kajian, batasan kajian, definisi dan istilah dan kesimpulan.

1.2 Latar Belakang Kajian

xviii

Kaedah Eurhythmic ini telah dicipta oleh Emile Jaques Dalcroze pada

tahun 1865-1950 iaitu satu kaedah pengalaman pembelajaran muzik

melalui pergerakan tubuh badan. Kaedah ini mengandungi tiga elemen

penting iaitu ritma, solfa dan improvisasi. Dalam kajian ini, lebih

menekankan mengenai ritma dan improvisasi melalui pergerakan.

Menurut Bachman (1993), Eurhythmics ialah pembelajaran muzik

melalui pergerakan dan mengekspresi emosi melalui pergerakan tubuh

badan. Menurut Schnebly-Black dan Moore (2004), Dalcroze menyifatkan

juga Eurhythmics ini adalah salah satu cara untuk mendalami dan

merasai sensasi muzik dan sekaligus mempelajari tentang muzik.

Selain itu, menurut Jeong (2005), dalam Eurhythmics tubuh“badan menjadi alat muzik yang perlu dilatih terlebih dahulu . Menurut”Findlay (1971), Dalcroze berpegang kepada beberapa prinsip bagi

menguatkan lagi teori yang diperkenalkan. Antaranya ialah

pembelajaran muzik dalam awal peringkat awal kanak-kanak lebih

tertumpu kepada strategi bagaimana untuk menzahirkan emosi muzik

kepada pergerakan anggota tubuh badan yang bersesuaian dengan

muzik yang dimainkan. Perkara kedua ialah anggota tubuh badan ialah

instrumen atau alat yang paling dekat dengan kanak-kanak untuk

menggambarkan emosi dan meluahkan emosi mereka. Perkara ketiga

ialah penggunaan keseluruhan tubuh badan yang melibatkan pengunaan

otot-otot besar seperti menghentak kaki. Dengan cara ini, kanak-kanak

akan bebas berekspresi dan dapat meransang kreativiti dalam

pembelajaran muzik dan akan menjadikan pembelajaran muzik adalah

sesuatu yang menyeronokkan dan bermakna apabila dapat memenuhi

kehendak kanak-kanak tersebut.

xix

Oleh itu, kaedah Eurhythmics ini dijalankan di tadika bagi

membantu kanak-kanak memupuk kreativiti terhadap muzik melalui

pergerakan selain dapat membantu tahap kefahaman kanak-kanak pada

peringkat awal. Kaedah ini juga bagi membantu meningkatkan tahap

kesedaran kanak-kanak terhadap muzik.

1.3 Permasalahan Kajian

Walaupun aktiviti muzik banyak dijalankan di tadika swasta mahupun

kerajaan, tetapi kaedah dan teknik yang betul dalam pengajaran muzik

ini masih kurang diberi perhatian. Selain itu, kurang kesedaran

terhadap kepentingan mengajar muzik dengan betul pada peringkat

awal kanak-kanak. Ini kerana, ramai beranggapan bahawa muzik adalah

sekadar aktiviti nyanyian bagi memenuhi subjek di dalam kelas.

Pembelajaran muzik secara formal kurang sesuai dilakukan pada

peringkat awal kanak-kanak kerana iannya akan menjadi sukar dan

membosankan bagi kanak-kanak. Menurut Caldwell (1993), guru yang

kurang menggunakan pengajaran secara verbal dan lebih menggunakan

pergerakan fizikal dan membuat muzik akan meningkatkan tahap

tumpuan pelajar.

Terdapat beberapa kajian lepas yang telah dijalankan mengenai

kaedah Eurhythmics ini dalam aktiviti muzik. Manifold (2008) dalam

kajiannya mengenai mengaplikasikan kaedah Eurhythmics Dalcroze

dalam pengajaran muzikal dan kesan dalam proses pembelajaran,

menyatakan bahawa kaedah Eurhythmics ini amat membantu dalam

pengajaran nyanyian. Selain itu, kaedah Eurhythmics ini telah

memberikan kesan yang positif dalam proses pengajaran muzik seperti

xx

dapat memberikan tumpuan, memori, memberikan hasil yang baik dan

juga ekspresi dalam nyanyian. Pengajaran nyanyian dengan pergerakan

lebih menyeronokan dan menjadi lebih berkesan.

Wang (2008) dalam kajian beliau mengenai tentang keberkesanan

kaedah Eurhythmics dalam pembelajaran muzik menunjukkan bahawa

pelajar yang telah didedahkan dengan pengajaran dan pembelajaran

Eurhythmics menunjukkan peningkatan berbanding dengan pelajar yang

tidak didedahkan dengan kaedah ini. Tujuan utama kajian ini

dijalankan adalah untuk mengkaji tentang bagaimana memotivasikan

pelajar dalam pembelajaran ritma melalui pergerakan menggunakan

pendekatan kaedah Eurhythmics.

Dalam kajian yang dilakukan oleh Miller (2008), mengenai “

Melding Dalcroze Eurhythmics with Brain Gym” menyatakan bahawa, beliau

mempelajari kaedah Eurhythmics Dalcroze ini semasa beliau mencari

satu kaedah alternatif untuk mengajar pelajarnya yang mempunyai

kesukaran dalam ritma muzik. Kaedah ini bukan hanya cara-cara untuk

mempelajari ritma tetapi juga mengenai konsep muzik yag lain

menerusi pergerakan tubuh badan dan ianya amat membantu.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk menguji tahap keberkesanan kaedah

Eurhythmics. Kajian ini memfokuskan kepada dua aspek iaitu ritma

muzik dan improvisasi melalui pergerakan dalam aktiviti muzik di

tadika.

xxi

i. Mengenalpasti keberkesanan aktiviti ritma melalui

pergerakan dengan menggunakan kaedah

Eurhythmics di tadika.

ii. Mengenalpasti keberkesanan aktiviti improvisasi melalui

pergerakan dengan menggunakan kaedah Eurhythmics di

tadika.

iii. Mengenalpasti kesesuaian kaedah Eurhythmics ini

dijalankan di tadika.

1.5 Persoalan kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengaplikasikan kaedah Eurhythmics dalam

aktiviti muzik di tadika. Terdapat beberapa persoalan kajian iaitu:

i. Sejauh manakah keberkesanan aktiviti ritma melalui

pergerakan dengan menggunakan kaedah

Eurhythmics di tadika?

ii. Sejauh manakah keberkesanan aktiviti improvisasi

melalui pergerakan dengan menggunakan kaedah

Eurhythmics di tadika?

iii. Adakah aktiviti Eurhythmics ini sesuai dijalankan di

tadika?

1.6 Batasan Kajian

Kajian ini melibatkan seramai 20 orang kanak-kanak di sebuah tadika

di Shah Alam, Selangor. Kajian ini dijalankan ke atas kanak-kanak

xxii

berumur lima tahun iaitu sembilan orang kanak-kanak lelaki dan 11

orang kanak-kanak perempuan. Kajian ini hanya menfokuskan tentang

kaedah Eurhythmics dalam membantu kefahaman kanak-kanak

dalam ritma dan improvisasi melalui muzik dalam aktiviti muzik. Oleh

itu, hasil dan kajian ini mungkin tidak merumuskan pada keseluruhan

kaedah pengajaran dan pembelajaran muzik kanak-kanak 5 tahun di

Malaysia. Keadaan yang berlaku selepas kajian dijalankan adalah diluar

bidang pengkaji.

1.7 Kepentingan Kajian

Kepentingan kajian ini adalah untuk memberi panduan dan faedah

kepada guru-guru yang ingin menggunakan kaedah Eurhythmics ini

sebagai salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam aktiviti

muzik atau matapelajaran yang lain. Selain itu, kajian ini boleh

menjadi satu garis panduan dan menjadi asas kepada kajian-kajian yang

lain yang berkaitan dengan kaedah Eurhythmics ini.

Melalui kajian ini juga, guru dapat mengetahui kaedah yang

sesuai dalam mengajar muzik terutamanya pada peringkat awal kanak-

kanak. Ini sekaligus dapat meningkat tahap pengetahuan guru dalam

mempelbagaikan teknik mengajar muzik di tadika disamping dapat

memberikan pengalaman yang baru. Kaedah Eurhythmics ini juga dapat

membantu guru dan kanak-kanak menjadi lebih kreatif dalam

xxiii

mempelajari ritma dan improvisasi melalui pergerakan dalam aktiviti

muzik.

Selain itu, kajian ini akan dapat memberi asas pengetahuan

mengenai penggunaan kaedah Eurhythmics yang boleh disesuaikan di

tadika di Malaysia. Diharap informasi yang diperolehi dalam kajian ini

dapat memberikan idea-idea baru dan dapat membantu dalam proses

penambahbaikkan dalam kaedah yang telah digunapakai sebelum ini.

Disamping itu juga, penggunaan kaedah Eurhythmics ini dapat

membantu kanak-kanak menonjolkan potensi diri masing-masing

melalui pergerakan yang mana pada peringkat asasnya aedah ini

menggunakan tubuh badan mereka dalam melakukan pergerakan iaitu

sebagai instrumen yang paling hampir dengan diri kanak-kanak.

1.8 Definisi Dan Istilah

Dalam kajian ini terdapat beberapa istilah yang digunapakai bagi

menjelaskan maksud istilah yang akan digunakan.

1.8.1 Kaedah Eurhythmics Dalcroze

Satu kaedah pengajaran muzik oleh Dalcroze yang dikenali sebagai

Eurhythmics. merupakan satu pergerakan yang melibatkan seluruh

anggota badan dengan iringan muzik atau tanpa muzik dimana tubuh

badan menjadi alat utama dan emosi manusia sebagai asas utama.

Pergerakan badan , sesuatu idea muzik dapat diinterprestasikan dan

juga pergerakan badan pula ditukarkan kepada sumber muzik (Modul

xxiv

Pengajaran Muzik, 2010). Selain itu, Eurhythmics ini ialah penglibatan

individu secara menyeluruh yang melibatkan penyatuan minda, anggota

badan dan emosi diri secara total.

Justeru Eurhythmics ini juga, melatih individu untuk mendengar,

merasai, berimaginasi, menginterprestasi bunyi, memberikan tindak

balas, respon atau bergerak untuk membayangkan maksud muzik

secara luaran. Menurut Wang (2003), keseluruhan proses pembelajaran

melibatkan pendengaran, pemahaman, improvisasi dan interprestasi

fizikal.

1.8.2 Pergerakan

Menurut Magill (2001), terdapat dua pegerakan motor yang utama iaitu

motor kasar dan motor halus. Pergerakan kumpulan otot-otot kasar

atau besar dipanggil pergerakan motor kasar manakala pergerakan

kumpulan otot-otot kecil dipanggil pergerakan motor halus.

Pergerakan merupakan aktiviti fizikal yang dapat membantu

kanak-kanak dalam proses pembelajaran mereka. Bermain ialah salah

satu aktiviti fizikal yang merupakan sifat semulajadi yang terdapat

dalam diri kanak-kanak. Jadi, peluang ini digunakan untuk menjadi

satu kaedah pengajaran dalam muzik.

1.8.3 Ritma

xxv

Menurut Dalcroze (2000), ritma merupakan satu ekspresi muzik melalui

pergerakan dimana dapat meningkatkan tahap kemahiran muzikal

melalui latihan kinestatik. Dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-

kanak mempelajari ritma dan struktur muzik apabila kanak-kanak

mendengar muzik dan menterjemahkannya melalui pergerakan secara

spontan.

Secara teorinya, ritma merupakan satu corak muzik yang panjang

mahupun pendek yang dihasilkan daripada penggunaan nilai-nilai

seperti kuaver, krochet dan sebagainya. Ia dipadankan mengikut tanda

masa sesuatu corak muzik tersebut.

1.8.4 Improvisasi

Menurut Hickey dan Webster (2001), improvisasi merupakan salah satu

aktiviti kreatif yang digunakan untuk melatih individu menjadi lebih

kreatif. Ini secara tidak langsung, dapat membantu guru

mengembangkan daya pemikiran pelajar disamping kelas menjadi lebih

aktif.

Menurut Mead (1994), Dalcroze mengatakan bahawa, improvisasi

boleh dilakukan menggunakan tiga cara iaitu sama ada menggunakan

instrumen, pergerakan dan suara. Improvisasi merupakan satu

kemahiran yang perlu dilatih dalam membantu kanak-kanak

mengekspresikan konsep muzikal, emosi dan bentuk muzikal melalui

menghasilkan ciptaan spontan dan juga mampu memulakan

pergerakan apabila mendengar bunyi atau muzik.

xxvi

1.8.5 Muzik

Menurut Dorell (2005), muzik terhasil daripada gabungan alatan, nota,

skala, ritma, tempo, kod, harmoni, bass dan melodi yang menghasilkan

bunyi yang seronok untuk didengar. Kesemua elemen ini digabungkan

untuk menjadikan satu muzik. Kecerdasan muzik menurut kecerdasan

pelbagai Howard Gadner ialah kemampuan seseorang untuk

menggemari, mendiskriminasi dan meluahkan perasaan melalui muzik.

Apabila seseorang mempunyai kecedasan muzik dalam diri, ini

membolehkan individu tersebut mengesan bunyi, irama dan muzik

yang terdapat di persekitarannya.

1.9 Kesimpulan

Kesimpulannya, bab ini telah menerangkan dengan jelas mengenai latar

belakang kajian, permasalahan kajian yang telah dikenalpasti, tujuan

kajian ini dijalankan, beberapa objektif yang dapat ditonjolkan

mengenai kajian ini. Selain itu, dijelaskan juga mengenai batasan

kajian,kepentingan kajian dan juga definisi dan istlah yang telah

digunapakai sepanjang kajian ini dijalankan.

BAB 2

xxvii

TINJAUAN KAJIAN BERKAITAN

2.1 Pengenalan

Dalam bab kedua ini akan membincangkan mengenai sorotan kajian

lepas yang telah dijalankan mengenai kaedah Eurhythmics ini.

Mengambil kira juga pendapat dan saranan tokoh-tokoh yang berkaitan

dengan pendidikan awal kanak-kanak dan dalam bidang muzik untuk

melihat kesan penggunaan Eurhythmics dalam aktiviti muzik di tadika.

Bab ini juga meliputi kaedah Eurhythmics Dalcroze, ritma dan

pergerakan, improvisasi dalam pergerakan dan kanak-kanak dan

pergerakan.

2.2 Gerakan Muzik dalam Kurikulum Awal Kanak-kanak

xxviii

Menurut Gonzales Mena– (2005), muzik dapat membantu kanak-kanak

dalam mengekplorasi muzik, dapat menggunakan kemahiran fizikal,

melibatkan emosi, meningkatkan hubungan sosial dan juga muzik dapat

memupuk tahap perkembangan kognitif. Selain itu, menurut

Gonzales–Mena (2011), kanak-kanak akan bergerak apabila

muzik dimainkan dan secara tidak langsung kanak-kanak akan

melakukan bergerak mengikut kreativiti mereka sendiri.

Menurut Marjorie, Anne dan Alice (2004), aktiviti gerakan

muzik ini dapat membantu meningkatkan konsep kendiri dan

konsep diri kanak-kanak dimana melalui aktiviti ini kanak-

kanak dapat menunjukkan peningkatan dalam tahap keyakinan,

kestabilan emosi, berdikari dan kawalan diri.

Rata-rata prasekolah mahupun tadika swasta elemen

muzik dalam pengajaran dan pembelajaran diselitkan bagi

menjadikan suasana pembelajaran menjadi lebih menarik.

Menurut Edwards (2002), menyatakan bahawa terdapat empat

komponen muzik yang penting dalam peringkat awal kanak-kanak

iaitu yang pertama ialah mendengar muzik. Kanak-kanak

mendengar muzik yang berlainan . Kedua ialah pergerakan

melalui muzik, dimana kanak-kanak memberikan respon terhadap

muzik yang dimainkan. Ketiga pula, kanak-kanak diberi

xxix

peluang untuk membuat muzik mereka sendiri bagi ini untuk

melatih kanak-kanak menjadi kreatif. Komponen yang keempat

ialah untuk membantu kanak-kanak untuk memahami muzik dengan

lebih mendalam.

2.3 Kaedah Eurhythmics Dalcroze

Menurut Dalcroze (1976), beliau memahami bahawa seseorang itu akan

lebih cenderung untuk belajar dan mengingat apabila mereka berasa

seronok semasa proses pembelajaran. Menurut Mead (1994),

menjelaskan empat falsafah asas Dalcroze iaitu yang pertama

Eurhythmics dapat membangkitkan tahap fizikal, aural, dan gambaran

visual muzik dalam minda, kedua ialah ketiga-tiga elemen solfa,

improvisasi dan Eurhythmics bersama-sama dapat membantu

meningkatkan dalam ekspresi muzik dan meransang tahap pemahaman.

Selain itu, yang ketiga muzik dapat dirasai melalui percakapan, gerakan

badan dan pergerakan yang akan melibatkan masa,ruang, dan tenaga

dan yang keempat manusia belajar apabila melibatkan deria tubuh

badan. Menurut Schnebely-Black (2004), Dalcroze menyatakan bahawa

istilah Eurhythmics ini ialah satu cara untuk mengalami dan“mengeksplorasi sensasi muzik dan pengetahuan tentang muzik

sekaligus . Cara terbaik bagi kanak-kanak belajar adalah dengan cara”

melakukan “ ” (learning by doing). Ini kerana, tubuh adalah alat paling

xxx

utama dan merupakan asas keseluruhan dalam pergerakan muzik dan

mengembangkan daya komunikasi yang dapat menintegrasikan

pendengaran, minda dan tubuh sebagai respon fizikal secara

improvisasi kepada muzik. Jeong (2005), menyatakan tubuh badan

manusia ialah alat pertama yang perlu dilatih.

Jeong (2005), menjelaskan oleh kerana asas kepada seni muzik

adalah emosi individu, maka tidak cukup jika latihan hanya tertumpu

kepada minda atau pendengaran atau suara sahaja, keseluruhan tubuh

badan mestilah dilatih sama memandangkan tubuh badan merangkumi

pelbagai perkembangan yang penting. Jadi sebarang pergerakan yang

dilakukan oleh boleh bertukar menjadi asas pemgetahuan muzik.

Eurhythmics ini lebih daripada sekadar pergerakan tubuh badan

kerana Dalcroze amat mementingkan ekspresi dalam meluahkan apa

yang didengar atau dilakukan. Dalcroze menyedari bahawa apabila

kanak-kanak yang dapat menghayati dan dapat meluahkan emosi

melalui pergerakan akan melahirkan seornag pemuzik yang hebat.

Menurut Jeong (2005), Dalcroze turut yakin bahawa tanpa latihan yang

awal mengenai bagaimana untuk menghayati muzik, kanak-kanak yang

terhasil pada masa akan datang hanya mahir dari segi mekanikal

semata-mata tanpa menjiwai muzik tersebut, maka lagu yang dimainkan

tidak mempunyai jiwa.

Penggunaan kaedah Eurhythmics dalam aktiviti muzik telah

banyak membantu guru dan juga kanak-kanak dalam mempelajari

muzik. Kaedah ini adalah satu alternatif lain yang boleh digunakan

bagi mempelajari muzik dalam bentuk yang lebih menyeronokkan.

Thompson (1999), menyatakan bahawa guru muzik sering menghadapi

xxxi

dua isu iaitu isu dengan pentadbir dan juga isu tentang penggunaan

cara pengajaran. Jadi Dalcroze percaya kaedah ini merupakan medium

terbaik untuk digunakan pada kanak-kanak dan juga orang dewasa.

Gonzalez-Mena (2005), menyatakan bahawa kanak-kanak perlu

digalakkan menghasilkan muzik menggunakan suara, badan, dan

peralatan dalam bentuk yang kreatif. Menurut beliau lagi, berikan

galakan dan bimbingan kepada kanak-kanak supaya memberikan respon

kepada muzik yang didengar.

Menurut Campbell, Scott-Kassner dan Kassner (1995), kemahiran

pendengaran dan aural ialah salah satu aspek yang perlu

dititikberatkan dalam muzik. Muzik amat penting dalam membantu

perkembangan kanak-kanak kerana muzik mampu memenuhi pelbagai

aspek seperti dapat memantapkan perkembangan bahasa, meningkatkan

kemahiran sosial, emosi, fizikal dan kognitif kanak-kanak.

Menurut Young dan Glover (1998), muzik dan pergerakan tidak

dapat dipisahkan dan secara fizikal kita dapat merasai pergerakan

apabila mendengar muzik. Dalam pembelajaran muzik, pergerakan

merupakan elemen yang dapat melibatkan kanak-kanak terlibat secara

aktif. Ini kerana, pergerakan memberi peluang kepada kanak-kanak

melibatkan diri dalam meluahkan perasaan, berimaginasi dan

menginterprestasikan diri melalui pergerakan mengikut alunan muzik.

Menurut Yelin (1990), Dalcroze ingin guru menjadi lebih kreatif

apabila bersama pelajar dan membenarkan setiap pelajar merasai

pengalaman muzikal secara fizikal dan mendalami muzik melalui

pergerakan. Selain itu Dalcroze menyatakan bahawa kanak-kanak tidak

sepatutnya diajar tentang peraturan sehinggalah mereka merasai

xxxii

pengalaman itu sendiri yang akan membawa mereka kepada peraturan

tersebut.

Tujuan utama Eurhythmics Dalcroze ini ialah untuk mempelajari

tentang ritma tertentu dan konsep muzik yang lain.

Walaubagaimanapun, terdapat tujuan penting yang lain terdapat di

dalam tujuan utama kaedah ini. Menurut Yelin (1990), kepentingan

mempelajari Eurhythmics ialah penggunaan tubuh badan secara

menyeluruh, meningkatkan koodinasi fizikal dalam pengajaran ritma,

pergerakan tubuh badan sebagai simbol menterjemahkan ritma, secara

tidak langsung kemahiran mendengar akan terbina semasa proses

melakukan pergerakan melalui apa yang didengar. Selain itu, tubuh

badan, fikiran dan emosi akan diintegrasikan semasa mengekspresikan

ritma, ekspresi secara bebas dan spontan yang paling utama kerana

ianya meransang pemikiran kreatif semasa pembelajaran muzik dan

akhir sekali ialah pembelajaran akan menjadi lebih bermakna dan

seronok apabila ianya memenuhi kehendak kanak-kanak.

Menurut Choksy, Gillespie, Wood et.al (1986), berdasarkan teori

Dalcroze, pergerakan dalam pendidikan muzik dapat membantu

memperkukuhkan pengetahuan dalam konsep dan elemen muzik

melalui proses penerokaan, eksperimen, penemuan tersusun,

penyelesaian masalah, improvisasi serta penilaian. Dalcroze menyatakan

bahawa pengajaran dan pembelajaran yang diasaskannya bukan satu

kaedah tetapi satu cara atau teknik yang dikenali sebagai Eurhythmics

yang membawa maksud “good rhythm”. Eurhythmics ini dicipta untuk

mengintegrasikan antara minda dan tubuh badan bagi membantu

kefahaman tentang muzik dengan lebih mudah. Eurhythmics juga

xxxiii

memerlukan penglibatan individu secara menyeluruh yang melibatkan

penyatuan minda, anggota badan serta emosi dimana individu perlu

mendengar, merasai, berimaginasi, menginterprestasi bunyi dan juga

memberikan tindak balas terhadap muzik yang dimainkan.

Dalam kaedah Eurhythmics Dalcroze tiga peringkat dalam

pembelajaran muzik yang diperkenalkan pada peringkat awal kanak-

kanak. Antara tiga peringkat itu ialah ritma, solfa dan improvisasi.

2.3.1 Ritma

Ritma dalam Eurhythmics ialah ekspresi semulajadi tubuh badan.

Menurut Sacks (2008), gerak balas spontan tubuh badan berkait rapat

dengan hubungan antara auditori dan sistem motor tubuh badan yang

berlaku secara menyeluruh. Ritma ialah perkara yang utama dalam

membina pengalaman dan kefahaman dalam bidang muzik. Dalby

(2005), menyatakan bahawa terdapat pelbagai kaedah pengajaran,

pembelajaran dan juga pendapat telah digunakan disebabkan oleh

kepelbagaian ritma. Menurut Goodkin (2002), sejak zaman dahulu lagi

pengucapan ritma ini telah digunapakai. Sacks (2008), mengatakan

bahawa bagi tujuan mengkoordinasi dan mencergaskan asas pergerakan

lokomotor, ritma memainkan peranan yang penting dimana, ritma ialah

integrasi antara bunyi dan pergerakan.

Yelin (1990) , menerusi bukunya ,kanak-kanak biasanya tidak

mempunyai masalah untuk melakukan pengulangan ritma apabila guru

bijak memilih pergerakan yang berseuaian dengan tahap dan kebolehan

kanak-kanak. Setiap pergerakan yang dilakukan boleh mewakili ritma-

xxxiv

ritma muzik tertentu sebagai contoh aktiviti berjalan mewakili not

muzik crochet ( ) , berlari mewakili notasi muzik quaver ( ).

Pergerakan akan menjadi lebih sukar apabila pelbagai not di

gabungkan seperti

| | atau | | .

Namun begitu dengan latihan yang berulang Pergerakan tubuh badan

yang lain yang bersesuaian juga boleh mewakili notasi muzik yang

ingin di sampaikan. Pada peringkat awal, not muzik formal tidak di

tunjukkan kepada kanak-kanak kerana kanak-kanak akan mudah keliru

apabila ritma asas masih belum kukuh dalam minda dan diri kanak-

kanak. Bunyi dan pergerakan yang mewakili not tersebut sahaja

diperkenalkan. Apabila asas ritma sudah kukuh, pengenalan kepada

notasi muzik formal akan menjadi mudah.

Menurut Findlay (1971), sistem pembelajaran Eurhythmics

Dalcroze ini bermula daripada respon ritma yang mudah dan bergerak

selangkah demi selangkah kepada ritma yang lebih komplek dan sistem

latihan irama Dalcroze ini merupakan satu latihan yang unik dalam

bidang muzik. Eurhythmics juga dapat meningkatkan potensi irama

kanak-kanak melalui medium tubuh badan mereka sendiri sebagai alat

muzik yang dapat menggalakkan kemahiran berekspresi. Menurut

Chosky, Gillespie dan Woods (1994), tubuh badan akan memberikan

satu tindak balas secara spontan apabila seseorang individu itu

membayangkan sesuatu.

2.3.2 Solfa

xxxv

Menurut Mead (1996), solfa dalam Eurhythmics ini mengunakan sistem

Do tetap ‘ ’ (fixed-do) bersama nombor bagi menunjukkan key tertentu.

Menurut Caldwell (1994) dalam pendekatan Eurhythmics ini, solfa

ialah satu latihan pendengaran (aural), dimana melalui pendengaran

boleh meningkatkan kesedaran pic (pitch), perbezaaan ton dan

perbezaan kualiti ton. Pendengaran dalaman juga penting supaya dapat

meningkatkan daya ingatan terhadap bunyi yang dimainkan. Dalcroze

menyatakan bahawa keupayaan mendengar “ ” (ear-training), ialah satu

interaksi yang akan melibatkan aktiviti kognitif yang tinggi.

Latihan pendengaran ini jika dilakukan secara berterusan dan

sistematik akan dapat meningkatkan keupayaan mendengar, nyanyian

semerta (sight-singing) dan juga nyanyian yang harmoni melalui

pendengaran dalaman (inner hearing). Pendengaran dalaman ialah

kebolehan mendengar muzik secara mental semasa membaca skor

muzik. Bagi kanak-kanak pula apabila mereka dapat memikirkan bunyi

yang dihasilkan dengan cara menulis atau membaca notasi tanpa

menggunakan peralatan muzik.

2.3.2 Improvisasi

Improvisasi ialah mengubahsuai sesuatu daripada kedudukan asalnya.

Improvisasi menurut Caldwell (1994), ialah satu kemahiran yang

mengalakkan proaktiviti individu untuk menjadi lebih kreatif. Kaedah

Eurhythmics ini telah menggabungkan latihan kinestatik denagan

improvisasisolfa ritma

Kaedah Eurhythmic Dalcroze

xxxvi

improvisasi untuk mengajar mengenai mengunakan seluruh kebolehan

untuk belajar, eksplorasi dalam pergerakan menggunakan badan, guna

imaginasi dan kreativiti, peka terhadap alam sekeliling,

mengekspresikan emosi melalui pergerakan badan dan bunyi,

meningkatkan tahap perkembangan mendengar dan sebagainya.

Dalam kajian ini improvisasi hanya tertumpu kepada improvisasi

dalam pergerakan. Menurut Findlay (1971), setelah kanak-kanak telah

mahir, mereka akan diminta untuk mencipta atau melakukan satu

gerakan ringkas semasa melodi dimainkan. Findlay (1971), menyatakan

kanak-kanak akan berasa seronok bergerak mengikut melodi, bergerak

kehadapan dan kebelakang apabila melodi berubah. Kanak-kanak akan

melakukan pelbagai jenis gerakan yang selari dengan ritma dan melodi.

Peranan guru ialah memantau dan membimbing kanak-kanak dalam

melakukan gerakan bebas ini. Langkah seterusnya, guru pula akan

meminta kanak-kanak untuk membuat improvisasi terhadap gerakan

mengikut melodi.

.

improvisasisolfa ritma

xxxvii

Rajah 2. 1 : Kerangka Teori

2.4 Kajian Lepas

2.4.1 Pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah

Eurhythmics

Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan perlulah mengambil kira

setiap keperluan dan kehendak kanak-kanak supaya proses

pembelajaran dapat berlaku secara holistik. Menurut Puckett dan

Diffily (2004), pakar perkembangan kanak-kanak menegaskan

bahawa kita perlu menyediakan perkembangan secara holistik

kepada kanak-kanak dan ini turut disokong oleh dua orang

lagi pakar dalam perkembangan kanak-kanak Driscoll dan Nagel

(2008).

xxxviii

Selain itu, Yelin (1990), menerusi bukunya beliau cuba untuk

memenuhi keperluan seorang guru dan juga pelajar dalam

melaksanakan aktiviti Eurhythmics ini. Permainan yang terdapat di

dalam bukunya ini adalah bersesuaian dengan kanak-kanak berusia tiga

hingga tujuh tahun. Selain menyediakan aktiviti kesediaan guru juga

dititikberatkan sebelum menjalankan aktiviti supaya maklumat yang

disampaikan tersusun dan sistematik. Guru perlulah bijak menyesuaikan

kaedah Eurhythmics agar dapat memenuhi kehendak kanak-kanak

tersebut. Aktiviti pengulangan adalah penting untuk dilakukan tetapi

pengulangan yang terlalu kerap akan menyebabkan aktiviti menjadi

bosan. Pengulangan haruslah dalam bentuk yang pelbagai sebagai

contoh melakukan aktiviti pengulangan memanaskan badan setiap kali

ingin melakukan aktiviti ataupun melakukan aktiviti sebagai pengenalan

aktiviti akan datang.

Kaedah pengajaran menggunakan Eurhythmics ini telah

digunakan secara meluas bermula pada peringkat kanak-kanak, sekolah

dan universiti. Kaedah ini buatkan hanya sesuai pada peringkat umur

kanak-kanak tetapi juga sesuai dilakukan bersama-sama orang dewasa.

2.4.1.1 Aktiviti Eurhythmics

Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dijalankan menggunakan kaedah

Eurhythmics ini. pengajaran secara berkumpulan adalah salah satu cara

yang sesuai dijalankan pada peringkat awal kanak-kanak.

Aktiviti Eurhythmics ini dilakukan secara berperingkat dari

mudah kepada yang lebih kompleks. Menurut Findlay (1971), melalui

xxxix

bukunya “Rhythm and Movement Application of Dalcroze Eurhythmics”, banyak

menerangkan tentang aktiviti yang dilakukan di tadika yang dapat

membantu kanak-kanak mempelajari kaedah Eurhythmics dengan lebih

berkesan. Menurut beliau, apabila kanak-kanak mengekplorasi dunia

persekitarannya secara aktif, secara tidak langsung kesedaran tentang

ritma akan terbentuk.

Antara aktiviti yang dilakukan bersama-sama kanak-kanak ialah “

Trees in the wind”, di mana kanak-kanak mengimitasi pergerakan pokok

ketika ditiup angin. Pada permulaan, jari-jari tangan sahaja bergerak

menunjukkan tiupan angin lembut tetapi apabila angin semakin

kencang, kanak-kanak perlu mengerakkan badan mereka ke kiri dan ke

kanan secara bebas. Akhir sekali, apabila angin bertiup dengan

kencang sekali, akan ada kanak-kanak yang akan jatuh bagi

mengambarkan situasi tersebut.

Menurut Yelin (1990) , menerusi bukunya yang mengajar tentang

pergerakan yang sesuai dilakukan bersama-sama kanak-kanak

menggunakan kaedah Eurhythmics antara aktiviti yang dijalankan ialah

“Take 8 to Make Circle”. Objektif aktiviti ini ialah untuk kanak-kanak

belajar membuat bulatan apabila isyarat tertentu diberikan dan

bekerjasama antara satu sama lain. Aktiviti seperti ini akan memberi

pengalaman kepada kanak-kanak tentang penggunaan ruang dan perlu

sentiasa bersedia dengan arahan yang diberikan. Sebelum aktiviti

bermula kanak-kanak berada secara rawak didalam kelas. Dalam

permainan ini, guru akan menyanyikan lagu atau membuat ritma

terhadap lagu “Take 8 to Make a Circle”, dan meminta kanak-kanak

lengkapkan bulatan sebelum kiraan lapan tamat. Selepas kanak-kanak

membuat bulatan, mereka boleh diarahkan untuk membuat bulatan

xl

kecil atau besar. Aktiviti ini, boleh dipelbagaikan selain membuat

bulatan seperti duduk di atas kerusi, bersandar di dinding, berpasangan

dan sebagainya mengikut kreativiti guru.

Selain itu, Dale (2003), melalui bukunya “Songs without Yawns”,

membariskan pelbagai jenis lagu-lagu untuk mengajar kanak-kanak

melalui kaedah Eurhythmics ini. Kebanyakan lagu dalam buku ini

adalah lagu-lagu rakyat. Sebagai contoh lagu “April Shower”, melalui lagu

ini kanak-kanak akan menari dan membuat pergerakan jatuh pada lirik

“sneeze . Selain itu, lagu ” “The Birds’ Bedtime” boleh digunakan untuk

mempelajari ritma kerana dalam lirik lagu tersebut mempunyai

pergerakan atas, bawah, kiri dan kanan.

Terdapat pelbagai jenis muzik dan lagu kanak-kanak yang boleh

digunapakai dalam kaedah Eurhythmics ini. Ini kerana, setiap muzik

yang dimainkan akan menyumbang kepada pergerakan tertentu. Guru

haruslah bijak memilih lagu yang sesuai dengan budaya dan

masyarakat disebuah tempat agar proses pengajaran dan pembelajaran

dapat berjalan dengan lancar.

2.4.2 Faktor Mempengaruhi Pengajaran dan Pembelajaran

Menggunakan Kaedah Eurhythmics.

Dalam kajian yang dijalankan oleh Manifold (2008), mengenai “Applying

Jaques-Dalcroze’s method to teaching musical instruments and its effect on the

xli

learning prosess” menyatakan kesan penggunaan kaedah Eurhythmics ini

dalam proses pembelajaran. Antara beberapa kesan penggunaan kaedah

Eurhythmics yang diberi tumpuan ialah memberi tumpuan dan

mendengar, mengingat dan ekspresi.

2.4.2.1 Tumpuan dan Mendengar

Menurut Caldwell (1993), menyatakan bahawa guru yang mengajar lebih

kepada pergerakan fizikal dan kurang menggunakan pengarajaran

secara lisan semata-mata akan dapat meningkatkan tahap tumpuan

pelajar terhadap pembelajaran. Pembelajaran melalui pergerakan fizikal

adalah satu cara yang dapat menarik sebahagian besar perhatian

pelajar.

Dalam kaedah Eurhythmics terdapat pelbagai aktiviti dan

permainan yang mengajar kanak-kanak untuk memberi tumpuan dan

untuk menarik perhatian mereka. Contohnya permainan “tiptoe”,

dimana kanak-kanak akan bergerak secara berjengket apabila muzik

dimainkan dan berhenti apabila muzik senyap. Permainan ini boleh

melatih kanak-kanak memberikan perhatian kepada muzik yang

dimainkan supaya permainan dapat dilakukan dengan betul.

Pendedahan dan pengulangan perlu dilakukan agar kanak-kanak dapat

membiasakan diri dengan permainan muzik seperti ini dan juga dapat

melakukan improvisasi terhadap muzik tersebut. Apabila kanak-kanak

terlibat secara aktif dan kreatif proses pembelajaran maka minat

mereka telah dipenuhi yang mana turut menjadikan mereka

memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap pengajaran.

xlii

Meningkatkan tahap kesukaran dalam sesuatu aktiviti bukan

sahaja dapat membantu mengekalkan tumpuan pelajar tetapi juga dapat

memberikan mereka cabaran dan ransangan. Schnebly-Black (2004),

berpendapat apabila sesuatu perkara terlalu mudah, mereka tidak

merasakan mereka sedang mempelajari sesuatu. Meningkatkan tahap

kesukaran dapat membantu kanak-kanak meningkatkan tahap keyakinan

diri dan kehendak diri mereka.

2.4.2.2 Mengingat

Penggunaan kaedah Eurhythmics ini bukan sahaja melakukan

pergerakan tetapi juga membantu dalam meningkatkan tahap memori.

Peranan guru di sini ialah membantu kanak-kanak mengingat dengan

melakukan pengulangan dalam setiap pelajaran yang diajar. Menurut

Mead (1996), menyatakan bahawa apa-apa yang diajar mestilah tepat

dan sebut berulangkali dalam konteks yang berlainan dan contoh

muzikal yang berlainan. Proses mengingat ini berkait rapat dengan

memberikan tumpuan, ini kerana, apabila kanak-kanak memberikan

tumpuan sepenuhnya semasa latihan, mereka akan lebih mudah

mengingati latihan dengan hanya melakukan pengulangan beberapa kali

sahaja. Campbell dan Wade (2004), telah membahagikan aktiviti fizikal

kepada dua bahagian iaitu memfokuskan tentang tumpuan pelajar di

dalam kelas dan juga membantu dalam meningkatkan memori melalui

gerakan badan neuromaskular. Dalam proses mengingat, pengulangan

amat penting untuk mengukuhkan lagi tentang pelajaran yang diajar.

xliii

2.4.2.3 Ekspresi

Ekspresi merupakan perkara paling penting dalam Eurhythmics.

Ekspresi ialah hasil akhir dan hasil keseluruhan terhadap apa yang

telah dipelajari. Ekspresi ini yang akan muncul ketika membuat

persembahan atau latihan. Selain itu, menurut Jeong (2005), emosi yang

terhasil dari gerakan yang dilakukan akan diterjemahkan dalam bentuk

gerakan muzikal. Ekspresi dalam pergerakan, bermain alat, dan

menyanyi amat dititikberatkan dalam penggunaan kaedah Eurhythmics

kerana tanpa sebarang ekspresi dalam apa yang dilakukan,

persembahan yang ditunjukkan tidak dapat memberi kesan yang

mendalam kepada penonton. Pengetahuan yang tinggi tentang muzik

dan mempunyai teknik yang betul tidak akan memberikan sebarang

impak jika sesuatu muzik itu tidak mempunyai emosi dan ekspresi di

dalamnya.

Lin (2007), penggunaan kaedah Eurhythmics ini telah membuka

mata beliau memahami tentang bagaimana muzik dapat memberikan

pengalaman, meningkatkan kefahaman dan diluahkan melalui

pergerakan tubuh badan yang telah menjadikan persembahan beliau

lebih ekspresi berbanding sebelum ini. Akhir sekali, apa yang dapat

dilihat ialah penggunaan kaedah Eurhythmics ini bukan sahaja dapat

membantu dari segi fizikal dimana melakukan pergerakan tubuh badan

terhadap muzik yang didengar malah menggunakan tubuh badan untuk

mengekspresikan atau meluahkan emosi dalam persembahan.

Kaedah EurhythmicsDalcroze

ImprovisasiRitma

Objektif kajian yang ingin dicapai : Mengenalpasti keberkesanan aktiviti ritma melalui pergerakan dengan menggunakan kaedah Eurhythmics di tadika.

Mengenalpasti keberkesanan aktiviti improvisasi melalui pergerakan dengan menggunakan kaedah Eurhythmics di tadika.Mengenalpasti kesesuaian kaedah Eurhythmics ini dijalankan di tadika.

xliv

Rajah 2.2 : Kerangka Konseptual

xlv

2.5 Kesimpulan

Kesimpulannya, berdasarkan kajian-kajian lepas yang dijalankan

menunjukkan kaedah Eurhythmics ini dapat membantu guru dan

kanak-kanak dalam mempelajari ritma dan improvisasi melalui

pergerakan. Selain daripada mempelajari komponen muzik kanak-kanak

juga dapat meningkatkan daya kreativiti, daya tumpuan, kesedaran

ruang, tenaga dan masa dan sebagainya yang dapat menbantu

perkembangan mereka.

Bab 3

Metodologi

3.1 Pengenalan

xlvi

Dalam bab 3 akan menerangkan mengenai metodologi penyelidikan

yang akan merangkumi beberapa aspek kajian iaitu reka bentuk kajian,

lokasi kajian, sampel kajian, poulasi dan sampel kajian, instrument

kajian, prosedur menjalankan kajian,penganalisaan data dan juga

kesimpulan.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif. Pengkaji telah menggunakan

kaedah pemerhatian dan senarai semak. Kajian ini menggunakan

kaedah khusus iaitu kaedah Eurhythmics bagi membantu kefahaman

kanak-kanak tentang ritma dan juga improvisasi melalui pergerakan

menggunakan muzik yang ringkas. Setiap sampel kajian akan melalui

dua proses pengajaran dan pembelajaran iatu mengenai ritma melalui

pergerakan dan juga improvisasi dalam pergerakan.

Lexy dan Moleong (2007), mengatakan bahawa pendekatan

kualitatif bermaksud satu prosedur atau satu langkah yang akan

menghasilkan data yang boleh dilihat dan diamati. Selain itu, menurut

Creswell (2007), dalam proses pengumpulan data adalah perlu untuk

mengenalpasti tapak atau individu, mendapatkan akses dan membina

rekod, persampelan bertujuan, mengumpul data, merekod maklumat,

menyelesaikan isu-isu lapangan dan menyimpan data.

3.3 Lokasi Kajian

xlvii

Kajian ini telah dilaksanakan di sebuah tadika swasta iaitu Tadika RRI,

Shah Alam, Selangor. Pengkaji memilih lokasi ini kerana pengkaji

mempunyai masa yang panjang iaitu selama empat bulan bagi

menjalankan kajian ini dengan jayanya. Oleh itu, dengan mengambil

kira jarak dan tempoh pengkaji berada di lokasi kajian, pengkaji

merasakan lokasi yang dipilih adalah bersesuaian untuk menjalankan

penyelidikan.

3.4 Populasi Dan Sampel Kajian

Bagi menjalankan kajian ini, sampel kajian terdiri daripada 20 orang

kanak-kanak yang berumur lima tahun iaitu seramai sembilan orang

lelaki dan 11 orang perempuan. Pemilihan sampel kajian secara

puratanya berada dalam tahap kognitif yang sama. Sampel dipilih

secara rawak tetapi pada tahap umur yang sama kerana tiada

perbandingan umur akan dilakukan. Sepanjang kajian dijalankan,

kesemua sampel kajian akan menjalani proses pada peringkat yang

sama.

Jadual

3.1 : Bilangan sampel

Bil Nama kelas Jumlah

sampel (orang)

1 5 Bijak 20

xlviii

3.5 Instrumen Kajian

Kaedah yang digunakan untuk kajian ini ialah kaedah pemerhatian.

Kaedah pemerhatian berstruktur yang menggunakan borang senarai

semak yang telah disediakan terlebih dahulu. Oleh itu, setiap objektif

yang dikehendaki tercapai. Borang senarai semak ini, akan ditanda

sendiri oleh pengkaji sepanjang proses penyelidikan dijalankan. Senarai

semak ini digunakan oleh pengkaji bagi melihat tahap kefahaman

melalui kaedah Eurhythmics ini.

Senarai item yang diingin dikaji telah disenaraikan dalam borang

senarai semak. Senarai semak yang disediakan mengandungi dua

bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A mengandungi

item mengenai ritma melalui pergerakan dan dalam Bahagian B pula

ialah item mengenai improvisasi dalam pergerakan. Keputusan akhir

akan dapat diperolehi dan dianalisis bagi melihat keberkesanan kaedah

Eurhythmics.

3.6 Prosedur Kajian

Bagi menjayakan kajian yang telah dijalankan pengkaji telah

mendapatkan kebenaran daripada pihak tadika untuk menjalankan

kajian sepanjang tempoh berada di tadika tersebut. Pengkaji mengambil

xlix

masa hanya 30 minit bagi setiap aktiviti yang dilakukan. Dalam setiap

aktiviti termasuk aktiviti rutin dan aktiviti utama yang ingin dikaji oleh

pengkaji. Dalam kajian ini, pengkaji sendiri yang mengajardan menilai

sampel kajian. Sebanyak enam kali pertemuan dilakukan bagi

menjalankan aktiviti ini.

Prosedur kajian ini ialah kanak-kanak akan membuat beberapa

jenis pergerakan mengikut muzik yang dimainkan. Pemilihan muzik

tertentu yang telah disediakan oleh pengkaji digunakan supaya

mencapai objektif yang ingin dikaji. Terdapat dua aktiviti pergerakan

iaitu aktiviti ritma melalui pergerakan dan juga improvisasi dalam

pergerakan.

Sebelum memulakan aktiviti pengkaji akan membuat satu aktiviti

rutin iaitu dengan menyanyikan lagu Mari Buat Bulatan . Dalam“ ”aktiviti rutin ini, setiap pergerakan dalam naynyian ini divariasikan

supaya kanak-kanak tidak menjadi bosan. Selain itu, aktiviti ini sebagi

satu proses pemanasan badan sebelum memulakan aktiviti utama.

Dalam aktiviti ini kanak-kanak dapat bergerak bebas mengikut kreativiti

masing-masing dan dalam pemantauan pengkaji.

Di dalam aktiviti rutin ini juga, secara tidak langsung kanak-

kanak telah dilatih untuk mendengar arahan, peka terhadap arahan,

dapat mengeksplorasi ruang sekeliling dan dapat mengekspresikan

emosi mereka melalui pergerakan yang dilakukan. Aktiviti rutin ini,

dilakukan dalam tempoh 8 minit hingga 10 minit sahaja.

Seterusnya, dalam aktiviti ritma melalui pergerakan pada

pertemuan pertama, sampel diberi tunjuk ajar dengan pengkaji

l

menunjukkan demontrasi dalam setiap gerakan mengikut muzik yang

dimainkan. Antara gerakan yang dilakukan dalam aktiviti ritma ini

ialah bergerak perlahan, berjalan, bergalop, berjengket dan berlari.

Pergerakan ini dilakukan dengan iringan muzik yang sesuai dengan

aktiviti yang dijalankan. Setiap aktiviti akan diulang sebanyak tiga kali

bagi keseluruhan aktiviti.

Pada pertemuan kali kedua pula, sebelum memulakan aktiviti

utama, aktiviti rutin akan dijalankan bertujuan untuk sampel lebih

bersedia dengan aktiviti yang akan dilakukan. Aktiviti yang dilakukan

kali ini adalah pengulangan aktiviti dalam pertemuan kali pertama yang

ditambah dengan beberapa pergerakan yang baru. Pengulangan

bertujuan agar kanak-kanak akan lebih mengingati tentang aktiviti yang

dijalankan. Aktiviti yang dilakukan ialah bergerak perlahan,bergerak

laju, berjalan, bergalop, berjengket, berlari, melompat, dan skip.

Keseluruhan aktiviti diulang sebanyak tiga kali.

Terdapat perbezaan aktiviti dalam pertemuan kali ketiga. Seperti

kebiasaannya sebelum menjalankan aktiviti, kanak-kanak akan

melakukan aktiviti rutin yang terdapat sedikit variasi dalam gerakannya.

Pengulangan aktiviti dalam pelajaran lepas dilakukan supaya kanak-

kanak dapat mengukuhkan daya ingatan mereka. Pergerakan dan muzik

yang baru diperkenalkan kepada kanak-kanak iaitu yang berbentuk

main peranan. Lagu “Jack and the Bean Stalk telah digunakan dalam”

melakukan aktiviti ini. Melalui muzik ini, pergerakan seperti menanam,

mencangkul, memanjat, menebang dan pergeraka jatuh telah

diperkenalkan. Keseluruhan aktiviti baru ini juga telah diulang

sebanyak tiga kali. Begitu juga dengan pertemuan kali keempat, kanak-

kanak melakukan pengulangan aktiviti yang sama.

li

Bagi pertemuan kali kelima dan keenam kanak-kanak akan dinilai

melalui pergerakan yang telah diperkenalkan kepada mereka. Pada

peringkat ini, pengkaji hanya akan memerhatikan tingkahlaku kanak-

kanak dan tidak lagi membantu kanak-kanak dalam melakukan

pergerakan. Pengkaji akan memasang muzik, kanak-kanak akan

melakukan sendiri pergerakan mengikut muzik yang didengar. Terdapat

muzik lain yang diselitkan dalam aktiviti ini bagi melihat kreativiti dan

kefahaman mereka terhadap muzik yang dimainkan. Aktiviti pada

peringkat akhir ini ialah bertujuan untuk melihat samaada kanak-kanak

boleh melakukan improvisasi dalam pergerakan mereka.

Aktiviti Pertemuan 2

-aktiviti rutin-bergerak perlahan-bergerak laju-berjalan- bergalop-berjengket -berlari-melompat-skip

Aktiviti Pertemuan 1

-aktiviti rutin-bergerak perlahan-berjalan-bergalop-berjengket -berlari

Aktiviti Pertemuan 3

-aktiviti rutin-bergerak perlahan-bergerak laju-berjalan- bergalop-berjengket -berlari-melompat-skip

Aktiviti main peranan“Jack and The Bean Stalk- menanam-mencangkul- memanjat- menebang - pergerakan jatuh

lii

Rajah 3.2 : Prosedur Kajian

3.7 Penganalisaan Data

Bagi tujuan menganalisa data, hasil maklumat yang telah dikumpul

daripada pemerhatian dan borang senarai semak akan dianalisis bagi

mendapatkan keputusan akhir. Pemerhatian dilakukan sebaik sahaja

Aktiviti Pertemuan 4

-aktiviti rutin-bergerak perlahan-bergerak laju-berjalan- bergalop-berjengket -berlari-melompat-skip

Aktiviti main peranan“Jack and The Bean Stalk”- menanam-mencangkul- memanjat- menebang - pergerakan jatuh

Aktiviti Pertemuan 6

-aktiviti rutin-bergerak perlahan-bergerak laju-berjalan- bergalop-berjengket -berlari-melompat-skip

Aktiviti main peranan“ Jack and The BeanStalk”- menanam-mencangkul- memanjat- menebang - pergerakan jatuh

Aktiviti Pertemuan 5

-aktiviti rutin-bergerak perlahan-bergerak laju-berjalan- bergalop-berjengket -berlari-melompat-skip

Aktiviti main peranan“Jack and The BeanStalk”- menanam-mencangkul- memanjat- menebang - pergerakan jatuh

liii

kajian ini dijalankan sehingga selesai aktiviti pada pertemuan kali

keenam. Borang senarai semak digunakan dalam setiap aktiviti yang

dijalankan dan pada masa yang sama pengkaji akan melihat dan

mencatat setiap pergerakan yang dilakukan oleh kanak-kanak agar

pengkaji tidak akan terlepas pandang aspek-aspek penting. Data yang

dianalisis melalui pemerhatian dan senarai semak ialah pemahaman

dalam ritma melalui pergerakan dan improvisasi dalam pergerakan.

Perbezaan gender, latar belakang dan tahap kognitif tidak diambil kira

dalam proses menganalisis data kerana pemilihan sampel dilakukan

secara rawak dan mempunyai purata tahap kognitif yang hampir sama.

3.8 Kesimpulan

Pada bab 3 ini, metodologi kajian telah dikupas dan diterangkan

sebagai garis panduan kepada kajian yang dijalankan. Terdapat

beberapa aspek yang dimasukkan dalam proses pengumpulan data dan

proses menganalisis data iaitu reka bentuk kajian, lokasi kajian,

populasi dan sampel kajian, instrumen kajian, prosedur menjalankan

kajian dan juga penganalisaan data. Langkah-langkah dan kaedah yang

sesuai dengan tujuan kajian yang ingin dikaji telah dilaksanakan iaitu

untuk membantu kanak-kanak dalam kefahaman dalam ritma dan

improvisasi melalui pergerakan dalam aktiviti muzik menggunakan

kaedah Euryhthmics.

liv

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan

Bab 4 ini membincangkan mengenai hasil dapatan kajian dan

keputusan akhir daripada kajian yang telah dijalankan. Data

dan maklumat yang telah dikumpulkan dianalisis dan

diterjemahkan dalam bentuk jadual dan carta pai. Data dan

maklumat yang diperolehi telah dikumpul dan dianalisis

lv

secara kuantiti. Secara khusus, tujuan kajian ini dijalankan

adalah untuk menjawap tiga persoalan kajian iaitu :

i. Mengenalpasti keberkesanan aktiviti ritma melalui

pergerakan dengan menggunakan kaedah

Eurhythmics di tadika.

ii. Mengenalpasti keberkesanan aktiviti improvisasi melalui

pergerakan dengan menggunakan kaedah Eurhythmics di

tadika.

iii. Mengenalpasti kesesuaian kaedah Eurhythmics ini

dijalankan di tadika.

4.2 Profil Responden

Profil responden diperolehi berdasarkan pemerhatian dan pemilihan

pengkaji semasa menjalankan kajian ini. Seramai 20 orang sampel iaitu

terbahagi kepada 9 orang sampel lelaki dan 11 orang sampel

perempuan yang berumur 5 tahun dari tadika yang dikaji. Sampel

diambil dari kelas 5 Year Bijak mempunyai purata aras pengetahuan

yang hampir sama. Responden diklasifikasikan mengikut jantina :

4.2.1 Dapatan hasil peratusan sampel mengikut jantina.

lvi

45%

55%

Peratusan jumlah sampel mengikut jantina

lelaki (9 orang)perempuan (11 orang)

Rajah 4.1 : Hasil Peratusan Sampel Mengikut Kajian

Jumlah bilangan sampel lelaki dalam kajian ini ialah seramai 9 orang

yang mewakili 45% manakala jumlah bilangan sampel perempuan ialah

seramai 11 orang yang mewakili 55%. Peratusan sampel mengikut

jantina dapat dilihat melalui Rajah 4.1.

4.3 Hasil Dapatan Persoalan Kajian 1: Tahap Kefahaman

Terhadap Ritma Muzik melalui Pergerakan Menggunakan Kaedah

Eurhythmics.

4.3.1 Aktiviti 1 dan 2

lvii

95%

5%

Tahap Kefahaman Terhadap Ritma melalui Pergerakan dalam Aktiviti Pertemuan

1 dan 2 faham tidak faham

Rajah 4.2 : Tahap Kefahaman Terhadap Ritma melalui

Pergerakan dalam Aktiviti Pertemuan 1 dan 2

Merujuk kepada rajah 4.2 menunjukkan peratusan bagi tahap

kefahaman terhadap ritma melalui pergerakan dalam aktiviti satu iaitu

aktiviti rutin, bergerak perlahan, berjalan, bergalop, berjengket dan

berlari. Melalui pemerhatian yang dijalankan seorang sampel tidak

dapat melakukan aktiviti bergalop. Dalam pertemuan yang kedua

aktiviti yang sama diulang dan ditambah dengan aktiviti bergerak laju,

skip dan melompat. Melalui pemerhatian yang dijalankan kesemua

kanak-kanak dapat melakukannya. Seramai 19 orang sampel yang

mewakili 95% menunjukkan kefahaman terhadap ritma muzik yang

diajar menggunakan kaedah Eurhythmics ini. Seramai seorang sampel

yang mewakili 5% menunjukkan mereka tidak faham tentang

pengajaran ritma yang diajar. Walaubagaimanapun, sampel yang kurang

faham dalam aktiviti ini masih menjalani kajian pada aktiviti yang

seterusnya.

lviii

4.3.2 Aktiviti 3 Dan 4

85%

15%

Tahap Kefahaman Terhadap Ritma melalui Pergerakan dalam Aktiviti Pertemuan 3

dan 4 fahamtidak faham

Rajah 4.3 : Tahap Kefahaman Terhadap Ritma melalui

Pergerakan dalam Pertemuan Aktiviti 3 dan 4

Merujuk kepada rajah 4.3 menunjukkan peratusan bagi tahap

kefahaman terhadap ritma melalui pergerakan dalam aktiviti tiga iaitu

aktiviti yang sama diulang dan aktiviti main peranan “Jack and The Bean

Stalk . Melalui pemerhatian yang diajlankan, dua orang kanak-kanak”

tidak dapat membuat pergerakan menebang. Dalam aktiviti pertemuan

keempat hanya seorang kanak-kanak masih tidak dapat melakukan

pergerakan menebang. Seramai 17 orang sampel yang mewakili 85%

menunjukkan kefahaman terhadap ritma muzik yang diajar

menggunakan kaedah Eurhythmics ini. Seramai tiga orang sampel yang

mewakili 15% menunjukkan mereka kurang faham tentang pengajaran

lix

ritma yang diajar. Walaubagaimanapun, sampel yang kurang faham

dalam aktiviti ini masih menjalani kajian pada aktiviti yang seterusnya.

4.4 Hasil Dapatan Persoalan Kajian 2: Tahap Kefahaman

Terhadap Improvisasi dalam Pergerakan Menggunakan Kaedah

Eurhythmics .

4.4.1 Aktiviti 5 dan 6

65%

35%

Tahap Kefahaman Terhadap Improvisasi dalam Pergerakan dalam Aktiviti Pertemuan 5

dan 6fahamtidak faham

Rajah 4.4:Tahap Kefahaman Terhadap Improvisasi melalui

Pergerakan dalam Aktiviti Pertemuan 5 dan 6

Merujuk kepada Rajah 4.4, menunjukkan tahap kefahaman

terhadap improvisasi dalam pergerakan dalam aktiviti “Jack and

lx

The Bean Stalk” pertemuan kelima dan keenam. Melalui

pemerhatian yang dijalankan, dalam pertemuan kelima, seramai

empat orang kanak-kanak tidak dapat melakukan pergerakan

yang lain selain daripada apa yang telah dipelajari.

Manakala dalam pertemuan kali keenam hanya dua orang sampel

yang tidak dapat melakukan improvisasi dalam pergerakannya.

Walaubagaimanapun, seramai 14 orang yang mewakili 65%

menunjukkan tahap kefahaman semasa menjalankan aktiviti,

manakala seramai 6 orang yang mewakili 35% menunjukkan

sampel kurang faham tentang aktiviti yang dijalankan.

4.5 Hasil Dapatan Persoalan Kajian 3: Adakah aktiviti

Eurhythmics ini sesuai dijalankan di tadika?

Melalui pemerhatian yang telah dijalankan, aktiviti

Eurhythmics ini sesuai dijalankan di tadika kerana kaedah

ini dapat memenuhi kehendak kanak-kanak iaitu muzik dan

pergerakan. Aktiviti yang dijalankan juga bersesuaian dengan

peringkat umur kanak-kanak. Selain itu, dalam aktiviti ritma

melalui pergerakan yang dijalankan kanak-kanak dapat

lxi

memberikan kerjasama yang baik sepanjang tempoh kajian

dijalankan. Disamping itu, selain kanak-kanak dapat

mempelajari ritma, mereka juga dapat meningkatkan tahap

perkembangan lain iaitu dari segi fizikal, sosial, emosi dan

kognitif. Aktiviti ini melibatkan pergerakan fizikal yang

banyak supaya kanak-kanak tidak bosan dan secara tidak

langsung kanak-kanak akan bergerak secara aktif. Jumlah

sampel kajian seramai 20 orang akan mengalakkan kanak-kanak

untuk bergaul dan bekerjasama antara satu sama lain

sepanjang menjalankan aktiviti. Pembelajaran tentang ritma

ini bukan pergerakan mengikut muzik semata-mata tetapi untuk

membantu kanak-kanak mengekspresikan emosi mereka melalui

pergerakan yang dilakukan. Aktiviti ini dapat meningkatkan

kognitif kanak-kanak kerana secara tidak langsung kanak-

kanak dapat mempelajari cara berkomunikasi bahasa.

Dalam aktiviti improvisasi kanak-kanak dapat

menggunakan kreativiti dan pengetahuan tentang aktiviti

ritma untuk melakukan pergerakan apabila muzik dimainkan.

Aktiviti ini kanak-kanak akan bebas mencipta dan

berkreativiti dalam setiap pergerakan yang dilakukan. Pada

lxii

peringkat ini, kanak-kanak masih kurang memahami bagaimana

untuk mengimprovisasikan pergerakan mereka dengan betul

kerana peringkat umur mereka. Walaubagaimanaun, dengan

sedikit bimbingan terdapat kanak-kanak yang sudah mampu

mempelbagaikan pergerakan mereka dalam satu-satu aktiviti.

4.6 Kesimpulan

Berdasarkan hasil analisa kajian yang dibuat, kaedah

Eurhythmics ini boleh dijalankan di tadika dan sesuai dilaksanakan jika

aktiviti yang dijalankan menepati kehendak kanak-kanak di tadika

tersebut. Peranan guru juga memainkan peranan penting jika mahu

meneruskan aktiviti muzik yang menggunakan kaedah Eurhythmics.

Kaedah ini terbukti berkesan keatas kanak-kanak dan orang dewasa

yang ingin mahir dalam bidang muzik. Apabila mempunyai asas yang

kukuh, pengajaran yang lebih sukar dan komplek akan menjadi lebih

mudah difahami.

lxiii

Bab 5

RUMUSAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan lebih lanjut mengenai dapatan

kajian berdasarkan persoalan kajian yang diperolehi dalam

Bab 4. Aspek rumusan, implikasi dan cadangan penambahbaikkan

kajian juga akan diberikan tumpuan. Perbincangan dan

kesimpulan dalam bab ini berdasarkan objektif yang ingin

dicapai melalui kajian ini.

lxiv

5.2 Rumusan

5.2.1 Rumusan persoalan kajian 1: Sejauh manakah

keberkesanan aktiviti ritma melalui pergerakan dengan

menggunakan kaedah Eurhythmics di tadika?

Merujuk kepada hasil kajian yang diperolehi mengenai persoalan kajian

satu ialah kanak-kanak dapat melakukan aktiviti yang telah dirancang

dengan baik dan memberikan kerjasama sepanjang kajian dijalankan.

Dalam aktiviti ritma melalui pergerakan dalam aktiviti satu dan dua

secara keseluruhannya kanak-kanak dapat melakukannya.

Walaubagaimanapun, hanya terdapat seorang kanak-kanak yang tidak

dapat mengikut aktiviti dengan betul dan memerlukan penerangan dan

bimbingan yang kerap oleh pengkaji dalam melakukan aktiviti. Dari

pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji, kanak-kanak tersebut sering

terganggu yang disebabkan oleh faktor dalaman iaitu emosi kanak-

kanak tersebut pada hari aktiviti dijalankan tidak stabil dan sering

menangis ketika datang ke tadika. Faktor tersebut menyebabkan kanak-

lxv

kanak tersebut kurang memberi perhatian kepada arahan yang

diberikan semasa melakukan aktiviti.

Dalam aktiviti ritma pada kali ketiga dan keempat pula

menunjukkan kanak-kanak yang berbeza menunjukkan kurang faham

tentang aktiviti yang dijalankan setelah beberapa kali pengulangan

dilakukan. Semasa aktiviti pengulangan semua kanak-kanak dapat

melakukan dengan cemerlang, akan tetapi kanak-kanak menunjukkan

kurang faham ketika aktiviti main peranan dilakukan. Seramai tiga

orang kanak-kanak memerlukan bimbingan yang kerap sepanjang

tempoh aktiviti main peranan dijalankan. Terdapat beberapa faktor

yang telah dapat dikenalpasti iaitu kanak-kanak kurang faham bahasa

inggeris yang digunakan sebagai arahan di dalam muzik yang

dimainkan yang telah menyebabkan mereka cepat merasa putus asa.

Faktor kesihatan kanak-kanak juga memepengaruhi kerana terdapat

kanak-kanak yang deman dan mudah letih maka tumpuan mereka

terganggu. Namun pada aktiviti keempat aktiviti dijalankan kanak-kanak

yang sama menunjukkan peningkatan dalam pergerakan yang dilakukan

kerana muzik tersebut dimainkan berulangkali.

5.2.2 Rumusan persoalan kajian 2 :Sejauh manakah

keberkesanan aktiviti improvisasi melalui

pergerakan dengan menggunakan kaedah

Eurhythmics di tadika?

Hasil dapatan kajian mengenai persoalan kajian dua menunjukkan

pencapaian yang cemerlang dalam aktiviti improvisasi melalui

pergerakan. Apa yang dapat dirumuskan tentang tahap kefahaman

lxvi

kanak-kanak dalam aktiviti ini ialah kanak-kanak mampu berfikir

tentang pergerakan yang bersesuaian dengan muzik yang dimainkan.

Walaupun pada peringkat awal kanak-kanak melakukan pergerakan

yang sama seperti yang telah diajar apabila arahan diberikan untuk

membuat pergerakan selain daripada yang telah diajar kanak-kanak

dapat melakukannya dengan baik. Walaubagaimanpun, terdapat

sebilangan kanak-kanak yang masih lagi kekal melakukan pergerakan

yang sama walaupun selepas arahan diberikan.

Faktor-faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku kerana,

improvisasi memerlukan daya kreativiti yang tinggi kerana kanak-kanak

perlu keluar daripada rutin biasa. Kognitif kanak-kanak pada umur ini

masih dalam proses imitasi atau peniruan tenatng sesuatu yang telah

dipelajari. Menurut Gordon (2007), dalam

“ Summary Outline of the Types and Stages of Preparotary Audition”

mengariskan bahawa kanak-kanak yang berusia 2 hingga 4 tahun

berada dalam peringkat imitasi yang terbahagi kepada dua iaitu sifat

egosentrik dan peringkat untuk cuba keluar dari kebiasaan. Pada umur

3 hingga 5 tahun sehingga umur 4 hinnga 6 tahun kanak-kanak berada

di peringkat asimilasi dimana koordinasi mata, tangan, telinga, mulut

telah dapat diselarikan.Namun begitu, dengan bimbingan dan arahan

yang sesuai kanak-kanak pada peringkat ini mampu melakukan sesuatu

diluar kebiasaan mereka.

5.2.3 Rumusan persoalan kajian 3 : Adakah aktiviti

Eurhythmics ini sesuai dijalankan ditadika ?

lxvii

Merujuk kepada hasil keseluruhan dapatan kajian yang diperolehi,

aktiviti Eurhythmics ini sesuai dilakukan ditadika jika guru pandai

mengaplikasikannya bersama-sama kanak-kanak. Peranan guru amat

penting dalam menjayakan kaedah ini kerana guru perlu menguasai

kaedah ini terlebih dahulu supaya objektif pembelajaran dapat dicapai

sepenuhnya. Menurut Zurida Ismail, Sharifah Norhaidah & Maznah Ali

(2003), menyatakan bahawa guru seharusnya membuat persediaan dan

perancangan awal sebelum memulakan sesi pengajaran dan

pembelajaran supaya guru akan lebih tersusun dan yakin . Selain itu,

guru haruslah menyesuaikan aktiviti yang dijalankan dengan budaya,

ruang dan persekitaran setempat kerana apabila aktivti yang tidak

sesuai dengan budaya dan latar belakang kanak-kanak proses

pengajaran dan pembelajaran akan menjadi sukar. Pengkaji

menggunakan muzik dalam Bahasa Inggeris kerana medium utama

tadika tersebut menggunakan banyak Bahasa Inggeris dalam

memberikan arahan. Latar belakang dan budaya setempat di lokasi

kajian ialah berada ditengah-tengah bandar dan secara puratanya

kanak-kanak ditadika tersebut mempunyai latar belakang yang

pendidikan yang tinggi. Jadi, aktiviti yang dijalankan haruslah menepati

budaya dan latar belakang di sesuatu kawasan tersebut.

5. 3 Implikasi

Penggunaan kaedah Eurhythmics dalam kajian ini memberikan telah

implikasi terhadap guru dan juga kanak-kanak dalam proses pengajaran

dan pembelajaran ritma dan improvisasi melalui pergerakan dalam

aktiviti muzik. Selain itu, implikasi terhadap tadika dan pihak atasan.

lxviii

5.3.1 Guru

Implikasi kajian penggunaan kaedah Eurhythmics ini terhadap guru

ialah, ialah dari segi teknik pengajaran dan pembelajaran muzik di

tadika atau prasekolah. Daripada kajian-kajian lepas mendapati, tidak

ramai guru tadika di Malaysia terut mengetahui kaedah Eurhythmics ini

secara langsung atau tidak langsung kerana kurang bukti bertulis

kajian-kajian lepas mengenai penggunaan kaedah ini di Malaysia.

Tahap kesedaran dan pengetahuan guru terhadap kaedah ini masih

belum meluas. Selain itu,guru tidak menyedari bahawa aktiviti muzik

yang dijalankan di tadika tersebut ialah salah satu kaedah yang

terdapat dalam Eurhythmics Dalcroze, cuma penggunaannya hanya

untuk memenuhi tunjang fizikal dan estetika dalam pendidikan awal

kanak-kanak sebagai membantu perkembangan kanak-kanak. Didapati

bahawa, penggunaan kaedah Eurhythmics ini dapat membantu

memenuhi kehendak asas kanak-kanak dalam proses pembelajaran

muzik

5.3.2 Kanak-kanak

Kanak-kanak menerima implikasi positif yang lebih banyak dalam

penggunaan kaedah ini. Ini disebabkan oleh, kaedah ini secara tidak

langsung dapat meransang aspek perkembangan kanak-kanak selain

dapat memberikan kesan terhadap kefahaman ritma dan improvisasi

melalui pergerakan dalam aktiviti muzik. Aktiviti yang dijalankan

mencakupi aspek fizikal, emosi, pendengaran, minda, kreativiti dan

lxix

sosial kanak-kanak. Menurut Halberstadt et.al (2001), mengatakan

bahawa petunjuk pertama mengenai emosi apabila kita mula merasai

suatu perasaan dalam diri. Melalui perasaan atau emosi yang wujud

ianya akan berkembang kepada aspek yang lain seperti

mengekspresikan emosi melalui mimik muka dan suara. Menurut

Susanne dan Rosemary (2003), menyatakan bahawa dalam

mengekspresikan emosi boleh berlaku secara lisan atau tidak lisan,

dimana dalam falsafah Dalcroze, ekspresi diri juga amat dititiberatkan.

Dalam melakukan pergerakan, minda kanak-kanak akan teransang

untuk berfikir mencari pergerakan kreatif yang sesuai dengan muzik

yang didengar dan meluahkan apa yang difikir bersama-sama kanak-

kanak yang lain. Kesemua aspek perkembangan kanak-kanak saling

berkait rapat antara satu sama lain melalui satu aktiviti fizikal.

5.3.3 Tadika

Kajian ini juga turut memberi kesan terhadap tadika dimana hasil

positif daripada kajian yang telah diperolehi semasa menjalankan kajian

di tadika tersebut diharapkan pihak tadika dapat meneruskan

penggunaan kaedah Eurhythmics ini semasa menjalankan aktiviti muzik

dan memberikan pendedahan yang meluas kepada guru-guru tentang

kaedah ini.

5.3.4 Pihak atasan

lxx

Hasil yang diperolehi diharapkan dapat membuka mata dan

memberikan kesan kepada pihak atasan yang terlalu menganggap

bahawa aktiviti muzik hanyalah sekadar menyanyi. Kaedah

Eurhythmics ini membuktikan aktiviti yang dijalankan bukan sahaja

tetrtumpu kepada pengetahuan tenatng muzik tetapi juga turut

meransang perkembangan lain dalam diri kanak-kanak.

5.4 Cadangan Penambahbaikan

Beberapa cadangan penambahbaikan yang ingin diunjurkan oleh

pengkaji melalui kajian yang telah dijalankan. Cadangan ini sebagai

rujukan dan manfaat kepada guru, tadika dan pihak atasan. Pengkaji

juga mengutarakan beberapa cadangan mengenai kajian yang ingin

dijalankan pada masa depan.

5.4.1 Guru

Guru seharusnya mempunyai nilai tambah dalam mempelbagai setiap

kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sediaada. Peranan guru amat

penting dalam menyampaikan sesuatu pelajaran agar ianya dapat

memberi makna dan berguna kepada kanak-kanak. Antara cadangan

pengkaji kepada guru ialah:

i. Secara lahiriahnya kanak-kanak suka bergerak, bermain

dan melakukan aktiviti fizikal yang banyak

lxxi

menggunakan anggota tubuh badan. Pendedahan

secara meluas mengenai kaedah Eurhythmics

dapat membantu guru dalam menyediakan aktiviti yang menarik

dan mengikut tahap kanak-kanak tersebut. Justeru itu,

dengan penerangan dan pendedahan awal tentang

kajian yang dijalankan mengenai kaedah Eurhythmics

ini, guru mendapat gambaran awal tentang penggunaan

kaedah ini.

ii. Guru juga perlu bersedia dan benar-benar menguasai

kaedah ini agar objektif yang ingin dilihat tercapai dan

memberi kesan tehadap kanak- kanak.

iii. Demonstrasi dan bimbingan daripada guru pada

peringkat awal amat penting dalam membina asas

yang kukuh dalam diri kanak-kanak.

iv. Tahap kesedaran guru mengenai kaedah ini juga amat

penting dalam berkesan dan membantu guru dalam

teknik pengajaran dan pembelajaran

melalui pergerakan badan.

v. Pada tahap yang lebih tinggi, guru boleh melakukan

improvisasi dalam gerakan yang lebih sukar dan

kompleks apabila kanak-kanak sudah mahir dan

dapat menghasilkan pergerakan yang lebih kreatif dalam

muzik yang dimainkan.

vi. Menwujudkan kumpulan kecil. Ini bagi memudahkan

guru memantau dan membimbing kanak-kanak

terutamanya dalam melakukan pergerakan

yang sukar.

lxxii

5.4.2 Tadika

Pihak tadika juga memainkan peranan penting dalam mengusulkan

penggunaan kaedah Eurhythmics ini kepada pihak atasan. Antara

cadangan yang kepada tadika ialah :

i. Pihak tadika dapat mengusulkan kertas kerja mengenai

penggunaan kaedah Eurhythmics secara rasmi kepada

pihak atasan

ii. Pihak tadika memberi peluang kepada guru untuk

mengaplikasikan kaedah ini dalam aktiviti muzik yang

boleh dijadikan sebagai satu bukti keberkesanan

penggunaan kaedah ini.

5.4.3 Pihak atasan

Pihak atasan juga penting untuk menyediakan platform kepada tadika

dan juga guru untuk melaksanakan kaedah Eurhythmics ini. Antara

cadangan kepada pihak atasan :

i. Pihak atasan menyediakan kursus khas bagi memplajari

kaedah Eurhythmics ini kepada guru-guru.

ii. Memberikan tempoh percubaan penggunaan kaedah ini

di tadika untuk melihat hasil yang ditunjukkan

iii. Memberikan kebebasan dalam menggunkan pelbagai

kaedah dalam teknik pengajaran muzik.

5.4.4 Cadangan bagi kajian masa depan

lxxiii

Melalui kajian yang telah dijalankan beberapa cadangan

penambahbaikan yang boleh dilakukan untuk kajian masa depan

supaya kajian yang akan dilaksanakan lebih terperinci dan tidak

mempunyai ralat yang besar. Antara cadangan yang disarankan oleh

pengkaji ialah :

i. Menjalankan kajian menggunakan soal selidik dan

temubual terhadap kaedah yang digunakan oleh

guru semasa melakukan aktiviti muzik.

ii. Kajian terhadap pengetahuan dan pendedahan guru

terhadap kaedah Eurhythmics di tadika.

iii. Menggunakan sampel kajian yang lebih ramai dan skop

yang lebih luas.

iv. Menjalankan kajian tentang perbandingan penggunaan

kaedah Eurhythmics ini.

5.5 Kesimpulan

Kesimpulan keseluruhan kajian ini mendapati kesemua objektif kajian

yang ingin dilihat oleh pengkaji dapat dicapai melalui penggunaan

kaedah Eurhythmics ini. Penggunaan kaedah Eurhythmics ini telah

dapat meningkatkan kefahaman kanak-kanak dalam mepelajari ritma

muzik melalui pergerakan dan mampu membuat improvisasi dalam

pergerakan yang dilakukan. Implikasi dan cadangan yang diutarakan

lxxiv

diharap dapat diambil sebagai satu garis panduan kepada guru, pihak

tadika dan juga pihak atasan.

Penggunaan kaedah Eurhythmics ini telah mengambil kira keperluan

asas dan kehendak kanak-kanak agar kaedah ini dapat memberi kesan

dan bermakna kepada kanak-kanak terutamnya dalam aktiviti muzik.

Aktiviti yang dijalankan merangkumi pelbagai aspek perkembangan

kanak-kanak.

RUJUKAN

lxxv

Bachman, L.M. (1993). Dalcroze Today: An Introduction Through and IntoMusic. Geneva: Oxford University Press.

Caldwell, J.T. (1994). Expressive Singing Dalcroze Eurhythmics forVoice. New Jersey: A Paramount Communication Company.

Caldwell, J.T. (1993). A Dalcroze Perspektive on Skills for Learning. Music Educators Journals,79, 27-28, 66.

Campbell, P.S. & McCullough-Brabson, E. (1994). Roots and Branches: ALegacy of Multicultural Music for Children. Danbury: World Music Press.

Campbell, P.S. & Scott-Kassner, C. & Kassner, K. (1995). Music InChildhood: From Preschool Through The Elementary Grades. University of

Michigan: Schirmer G Books.

Campbell, P.S. & Wade, C.B. (2004). Teaching Music Globally: ExperiencingMusic, Expressing Culture and Thingking Musically.U.S.A. Oxford UniversityPress.

Choksy, L., Gillespie, A.,Wood, D., et.al. (1986). Teaching Music In TheTwentieth Century. New Jersey: Prentice Hall.

Creswell, W. J. (2007). Qualitative Inquiry and Research Design. University Nebrasca-Lincoln: SAGE Publications.

Dale, M. (2003). Songs Without Yawns: Music for Teaching Children Through Dalcroze Eurhyhmics or Any Method. Canada: MusiKinesis.

Dalby, B. (2005). Toward an Effective Pedagogy For Teaching Rhythm: Gordonand Beyond. Music Educator Journal 92, 54-55.

Dorell, P. (2005). What is Music?: Solving a Scientific Mystery. New York:LULU Press.

Driscoll, A. & Nagel, G.N. (2008). Early Childhood Education, Birth – 8.University of Virgina: Allyn & Bacon, Inc.

Edwards, L.C. (2002). The Creative Arts: A Process Approach for Teachers and Children, 3th edition. New Jersey: Merill/Prentice Hall.

Essa, L.E. (2003). Introduction to Early Childhood Education. Canada:Thompson Delmar Learning.

lxxvi

Findlay, E. (1971). Rhythm and Movement: Application of DalcrozeEurhythmics. Canada: Alfred Publishing Company.

Gonzalez-Mena, J. (2011). Foundation of Early Childhood Education:Teaching Children in A Diverse Society. New York: Mc GrawHill.

Gonzales-Mena, J. (2005). Foundations of Early Childhood Education:Teaching Children In a Diverse Society. New York: Mc Graw Hill

Goodkin, G. (2002). Name Games Activities for Rhythmic Development.New York: Alfred.

Gordon, E. (2007). Awakening Newborns, Children and Adults to The Worldof

Audiation. U.S.A.: GIA Publication Inc.

Halberstadt, J., Niedenthal, P. M., Brauer, M., et.al.(2001). When Did Her Smile Drop? Facial Mimicry and the Influences ofEmotional State on the Detection of Change in Emotional Expression. Cognitionand Emotion 15: 853-64.

Hickey, M. M. & Webster, P. (2001). Creative Thinking In TheMusic Classroom. Music Educator Journal 88(1),19-23.

Jaques-Dalcroze, E. (2000). Rhythm, Music and Education, 5th edition.Diterjemah oleh H.F. Rubenstien. London: The DalcrozeSociety Inc.

Jaques-Dalcroze, E. (1967). Rhythm, Music and Education.Diterjemah oleh H.F. Rubenstien. England. TheDalcroze Society Inc.

Jeong, J. (2005). Adaptation of Dalcroze Methodology to The Teaching ofMusic to Kindergarten Students in Korea. Massachusetts: BostonUniversity

Kementerian Pelajaran Malaysia, (2010). Modul Pendekatan PengajaranMuzik. Cyberjaya: Institut Pendidikan Guru.

Lexy, J. & Moleong (2007). Metadologi Penelitian Kualitatif. Bandung: PTRemaja Rosda Karya.

lxxvii

Magill, R. A. (2001). Motor Learning: Concept and Applications. New York:Mc Graw Hill.

Manifold, L.H. (2008). Applying Jaques-Dalcroze’s Method to TeachingMusical Instruments and Its Effect on The Learning Process. Diperolehipada Mac 4, 2013 daripadahttp://www.manifoldmelodies.com.

Marjorie, J.K., Anne, K.S. & Alice, P.W. (2004). DevelopmentallyAppropriate Curriculum: Best Practise in Early Childhood Education. UnitedStates: Pearson Education, Limited.

Mead, V.H. (1994). Dalcroze Eurhythmics in Today’s Music Classroom. NewYork: Schott.

Mead, V. H. (1996). More Than Mere Movement: Dalcroze Eurythmics. Music Educators Journal 82, 38-41.

Miller, P.A. (2008). Music Theory Pedagogy: Melding DalcrozeEurhythmics with Brain Gym.Tesis Master Muzik: University of Missouri.

Puckett, B. M., & Diffily, D. (2004). Teaching Young Children: AnIntroduction to The Early Childhood. Canada: Thomson DelmarLearning.

Schnebly- Black, J. & Moore S.F. (2004). Rhythm: One on OneDalcroze Activities In The Private Music Lesson. GeorgetownUniversity: Alfred Music Publishing.

Young, S. & Glover, J. (1998). Music In Early Years. London: TheFalmer Press.

Sacks, O. (2008). Musicophilia: Tales of Music and The Brain. Canada:Knopf Doubleday Publishing Group.

Susanne, A.D. & Rosemary, B. (2003). Social and EmotionalPrevention and Intervention Programming For Preschooler. New York:Springer.

Yelin, J. (1990). Movement That Fits Dalcroze Eurhytmics and the SuzukiMethod. USA: Summy – Birchard Inc.

lxxviii

Wang, D.P. (2003). The Quantifying Analysis of Effectiveness of MusicLearning Through The Dalcroze Musical Method. Faculty ofEducation, University of Macau, Taipa Macau, China.USA. Tinjauan kajian. Terbit pada September 2008 inERIC. Diperolehi pada Mac 4, 2013 daripadahttp://www.eric.ed.gov.

Zurida Ismail, Sharifah Norhaidah Syed Idros & Maznah Ali(2003). Pendidikan sains prasekolah. Buku Panduan Untuk Guru danBakal Guru Bagi Meningkatkan Kefahaman Dalam Bidang Pendidikan SainsPrasekolah. Pahang. PTS

LAMPIRAN

lxxix

LAMPIRAN

Tarikh: Hari :

Bahagian A

lxxx

Ritma

Aktiviti 1

Bil

Aktiviti Ya(/)

Tidak(x)

Catatan

1. rutin

2. bergerak perlahan

3. bergalop

4. berjengket

5. berlari

Tarikh: Hari:

lxxxi

Aktiviti 2

Bil

Aktiviti Ya(/)

Tidak

(x)

Catatan

1. rutin

2. bergerak perlahan

3. bergalop

4. berjengket

5. berlari

6. berlari

7. melompat

8. skip

lxxxii

Tarikh: Hari:

Aktiviti 3

Bil

Aktiviti Ya(/)

Tidak(x)

Catatan

1. rutin

2. bergerak perlahan

3. bergalop

4. berjengket

5. berlari

6. berlari

7. melompat

8. skip

“Jack and The Bean Stalk”

9. menanam

10.

mencangkul

11.

memanjat

12.

menebang

lxxxiii

13.

pergerakan jatuh

Tarikh: Hari:

Aktiviti 4

Bil

Aktiviti Ya(/)

Tidak

(x)

Catatan

1. rutin

2. bergerak perlahan

3. bergalop

4. berjengket

5. berlari

6. berlari

7. melompat

8. skip

“Jack and The Bean Stalk”

9. menanam

10 mencangkul

lxxxiv

.

11.

memanjat

12.

menebang

13.

pergerakan jatuh

Tarikh : Hari:

Bahagian B

Improvisasi

Aktiviti 5

Bil

Aktiviti Ya(/)

Tidak(x)

Catatan

1. rutin

2. bergerak perlahan

3. bergalop

4. berjengket

5. berlari

lxxxv

6. berlari

7. melompat

8. skip

“Jack and The Bean Stalk”

9. menanam

10.

mencangkul

11.

memanjat

12.

menebang

13.

pergerakan jatuh

Tarikh: Hari:

Aktiviti 6

Bil

Aktiviti Ya(/)

Tidak(x)

Catatan

1. rutin

2. bergerak perlahan

3. bergalop

lxxxvi

4. berjengket

5. berlari

6. berlari

7. melompat

8. skip

“Jack and The Bean Stalk”

9. menanam

10.

mencangkul

11.

memanjat

12.

menebang

13.

pergerakan jatuh