Soalan konteks bab 8 n 10

3
Soalan Konteks BAB 8: Maka Laksamana pun teringat akan keris pandaknya, lalu dirasainya keris itu tiada. Maka Laksamana pun terkejut, dalam hatinya; ‘Wah, kenalah aku sekali ini!’ Maka Laksamana pun berdiam diri seketika. Maka dibacanya pustakanya, maka digosokkannya pada tangannya kedua. Maka diraba kerisnya Patih Gajah Mada; dapat ke tangan Laksamana; Laksamana pun pakai keris itu. Maka titah Seri Betara, “Hai Patih Gajah Mada, mana kerismu kita hendak lihat?” Maka sembah Patih Gajah Mada, “ Daulat Tuanku Paduka Betara, apa guna dilihat keris orang tua ini, karatan.” Maka titah Seri Betara, “ Hai Patih Gajah Mada, mari juga kita lihat,” Maka dirabanya kerisnya pun tiada. Patih Gajah Mada pun tesipu-sipu malu. (Halaman: 180 – 181) Soalan: 1- Siapakah yang dimaksudkan dengan ‘Laksamana’ di atas? Huraikan dengan jelas perwatakannya. 2- Dimanakah peristiwa itu dituturkan? 3- Pada pendapat kamu, kenapa penutur berasa terkejut dan berkata ‘Wah, kenalah aku sekali ini!’? Huraikan dengan ringkas. 4- Apakah peristiwa yang berlaku selepas petikan di atas tersebut?

Transcript of Soalan konteks bab 8 n 10

Page 1: Soalan konteks bab 8 n  10

Soalan Konteks

BAB 8:

Maka Laksamana pun teringat akan keris pandaknya, lalu dirasainya keris itu tiada. Maka Laksamana pun terkejut, dalam hatinya; ‘Wah, kenalah aku sekali ini!’ Maka Laksamana pun berdiam diri seketika. Maka dibacanya pustakanya, maka digosokkannya pada tangannya kedua. Maka diraba kerisnya Patih Gajah Mada; dapat ke tangan Laksamana; Laksamana pun pakai keris itu. Maka titah Seri Betara, “Hai Patih Gajah Mada, mana kerismu kita hendak lihat?” Maka sembah Patih Gajah Mada, “ Daulat Tuanku Paduka Betara, apa guna dilihat keris orang tua ini, karatan.” Maka titah Seri Betara, “ Hai Patih Gajah Mada, mari juga kita lihat,” Maka dirabanya kerisnya pun tiada. Patih Gajah Mada pun tesipu-sipu malu.

(Halaman: 180 – 181)

Soalan:

1- Siapakah yang dimaksudkan dengan ‘Laksamana’ di atas? Huraikan dengan jelas perwatakannya.

2- Dimanakah peristiwa itu dituturkan?

3- Pada pendapat kamu, kenapa penutur berasa terkejut dan berkata ‘Wah, kenalah aku sekali ini!’? Huraikan dengan ringkas.

4- Apakah peristiwa yang berlaku selepas petikan di atas tersebut?

BAB 9:

Maka Laksamana pun fikir dalam hatiny: ‘ Di mana baik aku pergi duduk? Adapun jika demikian baik aku bersuaka pada Bendahara Seri Buana ini, kerana Duli Yang Dipertuan dahulu sangat berahi akan anak Bendahara Seri Buana ini yang bernama Tun Teja Menggala; maka malah keturunan gila Duli Yang Dipertuan akan Tun Teja ini. Jika demikian, baiklah Tun Teja ini kuperdayakan

Page 2: Soalan konteks bab 8 n  10

kubawa ke Melaka, kupersembahkan ke bawah Duli Yang Dipertuan supaya aku segera ditegurnya.

(Halaman: 207-208)

Soalan:

1- Siapakah yang berkata-kata diatas?

2- Huraikan dengan jelas watak Tun Teja Menggala yang dimaksudkan pada petikan di atas tersebut.

3- Apakah peristiwa yang berlaku sehingga petikan di atas tersebut dituturkan?

BAB 10

“Lihatlah si tua celaka ini! Pada bicaraku, tua jadi penawar; ini tua menjadi racun1 Benarkah engkau berani brkata-kata demikian? Ini bukan kata kau katakana padaku. Orang tua demikian patut digocoh muutnya dengan tempurung berbulu! Bukan barang-barang kata dikatakan. Hendak membunuh kita pula, si hancur lebur ini! Pada bicaranya, kita mahu akan Tun Tuah itu? Sedang Raja Melaka itu tuanku hendak akan kita, kita tidak mahu; ini pula hambanya. Seperkra pula, kita pun sudah bertunangan; bukan ia tidak tahu. Sahaja ia ini berani.”

(Halaman : 230 – 231)

Soalan:

1- Siapakah yang dimaksudkan ‘si tua celaka’ tersebut dan siapa kah yang berkata-kata sedemikian?

2- Di manakah peristiwa tersebut berlaku?

3- Apakah peristiwa yang terjadi sebelum dan selepas petikan diatas itu dituturkan?