Sistem Imun

Click here to load reader

  • date post

    13-Nov-2014
  • Category

    Technology

  • view

    6.899
  • download

    7

Embed Size (px)

description

 

Transcript of Sistem Imun

  • 1. Tinta Vol 1 NURANIYYAH wacana ilmu ekslusif & informatif SISTEM IMUN PERLINDUNGAN TERBAIK MELAWAN PENYAKIT
  • 2. Selayang Pandang .. Dari Meja Pengarang Alhamdulillah, syukur dipanjatkan ke hadrat Allah s.w.t, kerana dengan keizinan-Nya, kita masih diberi kesempatan untuk merebut ganjaran lumayan yang disediakan di bulan mulia ini, Ramadhan Al-Mubarak. Edisi sulung tinta nuraniyyah ini membawakan isu berkenaan SISTEM IMUN sebagi kaedah terbaik merawat penyakit yang disusun berdasarkan sumber-sumber yang sahih. Sidang pengarang ingin membawa pembaca sekalian menelusuri dakyah yang dibawa oleh Barat untuk menghancurkan umat Islam. Merujuk kepada Ath-Thibbun Nabawiy (Panduan Perubatan Nabi) oleh Ibnu Qayyim Al-Jauziyah, beliau menyatakan bahawa di antara perkara yang perlu diberi perhatian terhadap ubat dan kaedah rawatan adalah mutu ubat dan cara perubatan yang akan diberikan. Dalam hal ini, mutu ubat yang digunakan mestilah halaalan thoyyiba dan bebas daripada kesan-kesan sampingan. Di samping itu, cara perubatan mestilah mengikut dasar syarie. Justeru, mari kita muhasabah kembali, apakah kita yakin bahan ubatan yang digunakan menepati status halaalan thoyyiba? Di samping itu, senario yang berlaku adalah banyak ubat-ubatan moden yang mempunyai kesan sampingan. Bersandarkan hakikat ini, ia sudah tidak selari dengan konsep perubatan syarie. Pada masa yang sama, adab dan prosedur rawatan yang diamalkan kebanyakan sistem perubatan moden berasaskan model dari Barat. Jika kita lihat fenomena yang berlaku di Barat, masyarakat mereka sudah lama menolak perubatan moden. Mereka telah menjadikan sistem perubatan sumber alam seperti herba dan homeopati sebagai kaedah perubatan utama kerana mereka sedar kebanyakan ubat-ubatan yang dihasilkan hanya untuk tujuan komersil semata-mata. Ini terbukti apabila Jerman mempelopori kaedah perubatan homeopati dan kajian di UK mendapati bahawa kaedah kemoterapi untuk merawat kanser adalah merbahaya! Dalam isu kali ini, penulis membawakan suatu kajian saintifik tentang sistem imun. Walaubagaimanapun, penulis akan mengupas isu ini dari sudut perubatan Islam dalam siri akan datang. i
  • 3. Penulis ingin berkongsi suatu pengalaman tentang sistem imun. Penulis mempunyai 3 orang anak di mana anak sulung penulis yang berusia 5 tahun telah menerima semua imunisasi sehingga umur 2 tahun (ketika ini penulis masih dalam kejahilan berhubung aspek ini). 2 lagi anak penulis yang berusia 19 bulan dan 6 bulan hanya diberi imunisasi ketika kelahiran (BCG lagipun pemulis benarkan sebab bahan yang digunakan daripada unsur halal), imunisasi lain tidak diberikan kerana bahan yang digunakan untuk imunisasi mengandungi unsur-unsur yang haram daripada babi, monyet, dan haiwan yang tidak disembelih mengikut syarak. Didapati bahawa, anak ke-2 dan ke-3 penulis, mempunyai tahap antibodi yang cukup baik berbanding anak pertama. (syukur kepada-Mu ya Allah atas anugerah yang Kau kurniakan kepadaku). Malah, penulis sendiri tidak pernah menggunakan sebarang ubat-ubatan moden sejak lebih dari 4 tahun yang lalu. Begitu juga dengan ahli keluarga penulis (sebabnya, penulis cukup jaga konsep halaalan thoyyiba dalam kehidupan). Apa yang disampaikan di sini bukan untuk membanggakan diri, tetapi untuk berkongsi ilmu yang Allah kurniakan kepada penulis sepanjang melaksanakan pemasaran produk halal dan mempelajari ilmu perubatan Islam hingga kini. Penulis mengharapkan umat Islam kini membuka mata terhadap ancaman-ancaman terselindung yang diterapkan untuk menghancurkan umat Islam. Di antara sebab berlakunya pelbagai masalah kesihatan dan penyakit adalah cara hidup kita yang tidak mengikut syariat, ditambah pula dengan ancaman perubatan moden sejak kita lahir lagi! Hatta, bagi jemaah haji yang akan berangkat ke Mekah pun diberi vaksin anti meningicocal meningitis ACYW 135 quadrivalent yang bernama menomune yang diambil dari sumber babi (ada perbahasan tentang isu ini). Bagi jemaah yang prihatin dan mengetahui isu ini, mereka sebenarnya ada pilihan lain iaitu vaksin bernama mercevax yang dihasilkan dengan bahan yang bebas daripada unsur khinzir. Oleh sebab itu masyarakat Islam perlu disemai dengan ilmu dan maklumat seperti ini agar tidak terperangkap jerangkap dunia dan tersadung menyembah bumi. Mohon kemaafan daripada penulis kiranya ada tersilap bicara. Semoga anda bersedia melakukan anjakan paradigma dalam hidup anda! Salam mujahadah. SHEIKH MOHD. FAIZAL BIN OMAR Pengamal Perubatan Islam & Perunding Motivasi ii
  • 4. Sistem imun adalah sekumpulan sel, molekul dan organ. Ia membentuk : Bahagian yang boleh dilihat seperti kulit, air mata, air liur dan lendir daripada mulut, hidung dan paru-paru; dan Bahagian utama yang tidak boleh dilihat seperti timus, limpa, sistem limfa, sumsum tulang, sel darah putih, antibodi, sistem pelengkap (seperti protin yang bekerja dengan antibodi) dan hormon Semua bahagian sistem imun ini bertindak sebagai penghalang pencerobohan virus, bakteria, kulat, cacing dan parasit lain yang memasuki tubuh. Sistem imun kita sangat meluas dan bergerak lancar, bukan di bawah kawalan organ pusat seperti otak, tetapi melalui rangkaian maklumat kompleks yang beroperasi di kalangan setiap ahlinya. Sistem imun menjadi senjata paling ampuh untuk menentang aids, kanser dan pelbagai jenis penyakit lain. Ia merupakan sistem tubuh yang terpenting, bekerja dari sebelah dalam tubuh untuk memastikan anda selamat sepanjang hayat.Malangnya ramai manusia yang mengabaikannya kerana jahil mengenainya. Kini pengetahuan mengenai sistem imun semakin meningkat di kalangan pakar kesihatan selepas kemunculan wabak aids. Pakar kesihatan semakin sedar bahawa sistem imun kita menjadi senjata paling ampuh dalam melawan penyakit. Jika punca segala penyakit bergantung kepada sistem imun kenapakah doktor tidak memberitahu kita mengenainya? Sebaliknya doktor hanya memberikan ubat dan vitamin tiruan secara berlebihan. Golongan perubatan kurang memandang berat terhadap pemakanan dan gaya hidup kerana mereka diajar tentang campurtangan dan ubat-ubatan. Kesedaran bahawa penyakit disebabkan oleh sistem imun yang lemah tidak mendapat tempat kerana keseluruhan industri perubatan mengandaikan bahawa ubat boleh menyembuhkan penyakit dan terlalu banyak telah dilaburkan dalam industri farmaseutikal untuk menyokong andaian yang salah ini. Memandangkan industri perubatan mempunyai kepentingan yang besar dalam mempertahankan andaian yang salah itu dan terlalu mementingkan usaha untuk mengembangkan terapi ubat yang menguntungkan. Kebenaran tentang penyakit dan keimunan selalunya tidak dimaklumkan 1
  • 5. Tubuh manusia telah mengalami evolusi berjuta tahun. Kewujudan kita pada hari ini adalah hasil daripada kemampuan tubuh kita menangani berjuta mikrob; bakteria, virus dan kulat yang berkongsi hidup di dunia dengan kita. Tubuh kita mampu bertahan daripada serangan mikrob yang berpotensi menyebabkan penyakit kerana sistem imun kita dapat mengenal pasti dan menghasilkan antibodi untuk menghapuskannya dari tubuh apabila ia melebihi paras seimbang. Ramai yang tidak menyedari betapa berkuasanya mekanisme pertahanan dalaman kita Malah menurut penyelidikan perubatan terkini, satu-satunya protein yang mampu melindungi manusia daripada aids terdapat dalam air liur kita! Hanya sistem imun tubuh mampu mengubati penyakit Doktor dan pengamal perubatan lain hanya membantu tubuh melakukannya Nutrien tulen daripada sumber makanan asli mengatasi kehebatan ubat untuk menguatkan sistem imun dan mencegah penyakit Dalam hal ini herba merupakan sumber alam yang tepat dan bersesuaian dalam membantu mempertahankan sistem imun tubuh Adenoid dan tonsil Sistem limfa Hati Perut Apendiks Kelenjar air mata Kelenjar liur Timus Sumsum tulang Limpa Tompok peyer 2
  • 6. 1. Adenoid dan tonsil terletak di pintu masuk kepada tekak; bertindak menghalang bakteria dan kuman 2. Kelenjar air mata- terletak di atas sudut luar setiap sebelah mata; merembeskan air mata yang mencuci debu dan kotoran daripada mata. Air mata mengandungi lisozim yang melawan bakteria 3. Kelenjar liur- ditemui dalam pipi dan di bawah lidah; air liur merembeskan bahan yang membantu menentang jangkitan 4. Membran mukus- merupakan tisu lembab yang mengalas beberapa struktur tubul dan kaviti (seperti hidung dan tekak). Ia merembeskan mukus iaitu cecair melekit yang melindungi kita daripada sesetengah bakteria dan memerangkap kuman serta debu 5. Timus penting kepada bayi yang baru lahir. Tanpanya sistem imun bayi akan mati. Ia merembeskan timosin, sejenis hormon yang menguatkan tindakbalas sistem imun 6. Limpa ia membantu pembentukan sel darah putih (yang menentang jangkitan sel kanser) dan menying