Persepsi jihad

19
PERSEPSI JIHAD Disediakan oleh: NURFARAH HANNAN BINTI ISMAIL

Transcript of Persepsi jihad

Page 1: Persepsi jihad

PERSEPSI JIHAD

Disediakan oleh:NURFARAH HANNAN

BINTI ISMAIL

Page 2: Persepsi jihad

• Bahasa: Berasal dari perkataan jahada yang menjadi kata dasar kepada perkataan seperti al-Juhdu (keberatan dan kesusahan) atau al-Jahdu (kesungguhan)• Istilah: segala usaha yang dilakukan

secara bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat kebaikan, keampunan dan keredhaan Allah.

Page 3: Persepsi jihad

Pendapat Tokoh Tentang Maksud Jihad

• Ibnu Manzur: memerangi musuh termasuk menyediakan kemudahan dan senjata

• Muhammad Said Ramadhan al-Buthi: Usaha bersungguh-sungguh untuk menegakkan kalimah Allah, masyarakat Islam dan mewujudkan negara Islam.

• Hassan Al-Banna: Memerangi orang kafir dan menolak segala bentuk fikirannya dengan tujuan memperkuat dan mengukuhkan Islam.

Page 4: Persepsi jihad

• Jihad adalah apa sahaja usaha baik yang dianjurkan oleh islam dengan maksud mencapai matlamat unggul, iaitu mendapat keredhaan Allah.

• Tiga ciri semula jadi jihad:1. Terdapat daya usaha dan pengorbanan yang

terpaksa diberikan.2. Terdapat matlamat tertinggi dan suci yang

perlu dicapai.3. Terdapat halangan dan dugaan yang berat

bagi mencapai matlamat tersebut.

Page 5: Persepsi jihad

PEMBAHAGIAN JIHAD

JIHAD BESAR

JIHAD KECIL

Page 6: Persepsi jihad

JIHAD BESARo Jihad melawan hawa nafsu• Cabaran bagi seseorang kerana nafsu yang hendak diatasi

tidak dapat dilihat dan dirasa oleh pancaindera• Asas kepada jihad yang lain• kesanggupan kita bersabar terhadap segala kesulitan dan

cabaran-cabaran getir dalam menjalankan dakwah semata-mata kerana Allah S.W.T

• Contohnya, Ibadah solat sukar dilaksanakan oleh sebahagian umat Islam.

• memerlukan kesungguhan, keikhlasan dan kesabaran yang tinggi untuk mendapat khusyuk dalam solat

Page 7: Persepsi jihad

• Turut melawan hasutan syaitan• Menolak bisikan di dalam hati seperti

perasaan syak wasangka dan was-was.• Menolak hasutan syaitan yang mengajak

melakukan perbuatan maksiat dan mungkar.

o Jihad peperangan menentang musuh• Tujuan jihad adalah untuk

mempertahankan diri umat islam, membela agama, mengekang kezaliman dan meluaskan syiar islam.

Page 8: Persepsi jihad

• Islam sangat mementingkan kedamaian daripada peperangan.

• Jihad dengan menggunakan senjata mestilah menepati syarat-syarat yang ketat dan bukti-bukti yang jelas

• Contohnya, kita boleh menentang mereka yang memerangani atau menghalau kita dari tanah air kita yang dicintai.

• Islam tidak memerintahkan umatnya untuk memerangi semua orang yang tidak menerima dakwahnya. Jika mereka sudi untuk hidup berbaik-baik dengan orang Islam, mereka akan diberikan hak dan tanggungjawab sama seperti yang diperolehi oleh umat Islam.

• Bentuk jihad untuk menghadapi golongan kafir adalah bergantung kepada keadaan. Islam bukanlah agama yang keras dan kaku. Ia memandu umatnya supaya bertindak sesuai dengan situasi serta kemampuan yang ada.

Page 9: Persepsi jihad

JIHAD KECIL• Meliputi jihad yang lain seperti - Jihad dengan hati (berdoa)- Jihad dengan lisan (nasihat dan tutur kata) atau kalam

(penulisan)- Jihad dengan ilmu dan pelajaran (memberi pengetahuan)- Jihad dengan harta• Melibatkan pembangunan ekonomi dan membelanja harta ke

jalan Allah.• Digalak untuk mencari harta dunia tetapi turut membelanjakan

ke jalan Allah seperti bersedekah dan memberi zakat.• Memahami bahawa harta kekayaan adalah amanah Allah yang

peru diurus dengan baik bagi mencapai keredahaannya.

Page 10: Persepsi jihad

JIHAD MENURUT ISLAM

Page 11: Persepsi jihad

MENYEBARKAN DAKWAH ISLAM DAN MENYEBARKAN FAHAMAN YANG SEBENAR TENTANG ISLAM KE SELURUH DUNIA

• Memang tidak dapat dinafikan tugas menyebarkan dakwah adalah amat berat terutamanya di dalam arus teknologi dunia hari ini.

• Berbekalkan semangat jihad yang ada telah memberikan semangat dan kekuatan kepada umat islam di dalam menyebarkan agama Allah yang suci ini

• Apabila sesuatu pelaksaan jihad yang dilakukan itu disandarkan kepada Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. semata-mata, maka pastinya setiap seruan dakwah kepada agama Allah dibuat dengan penuh hikmah, bijaksana dan diiringi dengan pengajaran yang baik

• Oleh itu, ia tidak memberi gambaran yang boleh disalahertikan oleh masyarakat bukan islam mahupun masyarakat islam itu sendiri

Page 12: Persepsi jihad

MAMPU MENYATUPADUKAN HUBUNGAN UMAT ISLAM DI DUNIA

• Islam merupakan antara agama yang mempunyai penganut yang ramai dari seluruh dunia.

• Melalui jihad, perpaduan di kalangan umat islam mampu dicapai. Berjihad telah menjadi tanggungjawab umat Islam untuk melawan musuh bagi melindungi keluarga, negara, agama serta saudara seagama.

• Apabila umat islam yang lain menghadapi masalah, kita seharusnya mencuba untuk meringankan nasib mereka dengan menghulurkan bantuan.

• Contohnya, isu Palestin, ramai negara islam yang lain menghulurkan bantuan bagi membantu umat islam yang ditindas di sana. Hal yang demikian mampu mengurangkan risiko negara ditakhluki oleh musuh Islam contohnya Yahudi

Page 13: Persepsi jihad

PERSEPSI JIHAD MENURUT BARAT

Page 14: Persepsi jihad

MEMAHAMI JIHAD SEBAGAI SUATU AKSI YANG DIKAITKAN DENGAN PERJUANGAN DENGAN

MENGGUNAKAN SENJATA DAN SECARA FIZIKAL SEMATA-MATA

• Kalimah Jihad semata-mata hanya disinonimkan dengan beberapa aksi yang bersifat kekerasan dan begitu drastik, melibatkan senjata api dan berlaku pertumpahan darah atas dorongan untuk mendapatkan syahid.

• Pegangan sesetengah mereka yang fanatik dan buta ilmu terhadap istilah jihad membawa kepada tercemarnya istilah suci jihad itu di mata orang Islam dan juga bukan Islam.

• Akhirnya, orang bukan Islam beranggapan Jihad itu satu perbuatan kejam dan nama Islam turut tercemar.

• Mereka yang terjebak dengan gerakan jihad di negara kita sama ada secara sedar atau tidak sedar telah dipesongkan pegangan mereka mengikut pengertian yang amat sempit dan menyeleweng dari segi ajaran Islam yang sebenar.

Page 15: Persepsi jihad

• Kebanyakan mereka yang terjebak dengan gerakan jihad militan ini adalah terdiri daripada mereka yang jahil mengenai pengertian sebenar tentang istilah ‘jihad’.

• Mereka yang terlibat dengan gerakan jihad ini biasanya terpengaruh dengan ideologi gerakan jihad yang berlaku di luar negara seperti di Palastine, Bosnia dan sebagainya.

• Jihad terhadap mereka yang tidak bersalah walaupun dengan kekejaman ataupun dengan cara membunuh diri tidak pernah dibenarkan di dalam islam.

• Dalam islam, mereka yang tertindas digalakkan untuk berjuang demi kebebasan mereka dan umat islam yang lain harus menolong mereka yang menderita.

• Islam tidak pernah membenarkan walau apa sahaja untuk melakukan kekejaman terhadap mereka yang tidak terlibat dan tidak bersalah.

• Berikut merupakan etika peperangan dalam islam yang memperlihatkan persepsi barat adalah salah sama sekali terhadap islam.

Page 16: Persepsi jihad

ETIKA PEPERANGAN DALAM ISLAM1. Harus mengajak manusia kepada Islam sebelum memeranginya. 2. Islam hanya membenarkan umatnya berperang seandainya mereka

diperangi terlebih dahulu. 3. Dalam ekspedisi peperangan tentera Islam tidak boleh memerangi

orang kafir yang tidak memiliki kekuatan dan daya usaha seperti kanak-kanak, kaum wanita, orang cacat, lumpuh, paderi atau pendeta.

4. Tentera Islam dilarang merosakkan harta benda, memotong pokok atau membakar rumah kecuali dalam keadaa darurat. Ini membuktikan Islam mementingkan keamanan dan kesejahteraan.

5. Islam menetapkan etika peperangan tidak boleh memerangi orang yang sudah menyerah atau kafir dhimmi atau mereka yang sudah mengikat perjanjian damai serta mengaku taat setia kepada pemerintah Islam.

Page 17: Persepsi jihad

5. Islam melarang sebarang perbuatan yang boleh mengaibkan musuh, antaranya ialah tentera tidak boleh mencincang mayat atau musuh yang terbunuh.

6. Sebarang perjanjian damai yang dimeterai wajib ditaati. Contohnya, ketika Perjanjian Hudaibiyah meskipun fasa-fasa dalam perjanjian itu seolah-olah memberikan kelebihan kepada musuh Islam namun Rasulullah mempunyai misi tersendiri.

7. Tawanan perang akan dilayan dengan baik. Ia merupakan salah satu kaedah berdakwah yang diajar oleh Rasulullah.

8. Cara pengagihan harta rampasan perang. Harta-harta yang diperolehi bukan dibolot oleh Rasulullah sebaliknya diagihkan secara sama rata di kalangan para pejuang.

Page 18: Persepsi jihad

ISLAMOPHOBIA• Islamophobia ialah hasil daripada persepsi jihad yang

salah yang disebarkan oleh golongan barat. • Islamophobia boleh didefinisikan sebagai ketakutan

yang melampau atau amat kuat atau benci terhadap Islam.

• Islamophobia lebih dari sekadar makna ini dan ia turut menggabungkan kebencian kaum, sikap tidak bertoleransi, prejudis, diskriminasi dan stereotaip.

• Fenomena Islamophobia pada asasnya ialah kebencian berasaskan agama. Hasilnya, Islam dilihat sebagai terpisah dan tiada nilai persamaan dengan budaya-budaya lain.

Page 19: Persepsi jihad

• Islam turut dilihat sebagai ganas, agresif, mengancam, menyokong keganasan dan terlibat dalam pertembungan peradaban.

• Permusuhan terhadap Islam digunakan untuk menghalalkan amalan diskriminasi terhadap muslim and mengasingkan orang Islam daripada khalayak awam.

• Contohnya, warga dan pribumi Muslim di Eropah turut menghadapi diskriminasi dalam mencari pekerjaan, mendapatkan kemudahan keselamatan sosial, dalam menjalankan tanggungjawab agama mereka dan menegakkan identiti budaya dan agama mereka.

• Perkara ini telah mengancam keselamatan masyarakat Islam di seluruh dunia.