Pernyataan Professional

2

Click here to load reader

description

good

Transcript of Pernyataan Professional

Pernyataan Professional

Pada praktikum fasa pertama ini, saya dan tiga orang rakan sekelas iaitu Luk Kuok Seng, Wong Pak Kiong dan Wong Chiew Wee akan menjalankan praktikum di SK Tobobon Kota Kinabalu. Subjek yang kami ajar ialah subjek Sejarah. Kami akan menjalani praktikum selama satu bulan iaitu bermula dari 13 April 2015 hingga 8 Mei 2015.

Sebagai seorang guru praktikum yang mengajar di sekolah, perkara yang paling penting ialah mengawal murid-murid dengan efektif. Sebelum menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran, saya akan memastikan semua murid dalam keadaan sedia belajar. Selain itu, saya juga akan berbincang tentang peraturan kelas dan hukumannya dengan murid-murid. Dengan ini, jikalau mereka melanggar peraturan kelas, hukuman yang telah ditetapkan akan dilaksanakan.

Selain itu, kompetensi keperibadian seseorang guru juga amat penting. Hal ini demikian kerana apa yang dilakukan oleh guru akan diperhatikan oleh murid-murid dan akan dicontohi oleh mereka. Oleh sebab itu, saya harus menunjukkan teladan yang baik kepada murid-murid saya untuk menjadi ikutan mereka.

Sehubungan dengan itu, pengetahuan baru haruslah disampaikan melalui kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai kepada murid-murid dengan tujuan mereka boleh memahami apa yang telah disampaikan. Dengan ini, apa yang telah dipelajari selama ini secara teori dapat diaplikasikan dalam situasi yang sebenar.

Pada praktikum fasa pertama ini, saya berharap agar saya dapat menjalankan praktikum ini dengan sebaik mungkin dan menimba pengetahuan yang sebanyak mungkin. Saya juga berharap agar sayan boleh memperoleh kemahiran, pengalaman yang baru dan berguna untuk praktikum yang seterusnya. Bukan itu sahaja, saya boleh mendidik murid-murid dengan berkesan. Selain itu, saya juga berharap agar saya dapat menjalani praktikum kali ini dengan penuh komited dan bersemangat demi melakukan yang terbaik.