Penerapan Falsafah Pendidikan Dalam Proses P&P

38
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN MANUSIA KPF 5012 (FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA) Oleh : ROSIADI BIN TAJUDIN L20081002254 AT46D (PRODUKSI MULTIMEDIA) MOHD. FARIDZUL AKMAM BIN ZULKIFLI L20081002251 AT46D (PRODUKSI MULTIMEDIA) SARIZAL BIN JAMALUDIN L20081002273 AT47D (GRAFIK BERKOMPUTER) KEMAR BIN MD. NOH L20081002291 AT49D (BAHASA ARAB) MUHAMAD BASTHAMI BIN ABDULLAH L20081002310 AT49D (BAHSA ARAB) Pensyarah: EN. RIDZUAN BIN HJ. JA AFAR

description

Kajian ini dihasilkan bagi mengkaji sejauh mana kejayaan sebuah proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh seorang guru di dalam bilik darjah mampu untuk mencapai obejtif pengajarannya serta di mana letaknya unsur falsafah pendidikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran itu berlangsung. Sebelum masuk kepada penerangan hasil kajian dengan lebih terperinci penulis membuat sedikit huraian ringkas tentang falsafah itu sendiri, falsafah pendidikan dan falsafah pendidikan kebangsaan.Tiga aspek utama yang dikaji iaitu dari segi penyampaian kandungan (rancangan pengajaran), pelaksanaan pengajaran dan juga penilaian pembelajaran.

Transcript of Penerapan Falsafah Pendidikan Dalam Proses P&P

Page 1: Penerapan Falsafah Pendidikan Dalam Proses P&P

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

KPF 5012 (FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI

MALAYSIA)

Oleh :

ROSIADI BIN TAJUDINL20081002254

AT46D (PRODUKSI MULTIMEDIA)

MOHD. FARIDZUL AKMAM BIN ZULKIFLIL20081002251

AT46D (PRODUKSI MULTIMEDIA)

SARIZAL BIN JAMALUDINL20081002273

AT47D (GRAFIK BERKOMPUTER)

KEMAR BIN MD. NOHL20081002291

AT49D (BAHASA ARAB)

MUHAMAD BASTHAMI BIN ABDULLAHL20081002310

AT49D (BAHSA ARAB)

Pensyarah:

EN. RIDZUAN BIN HJ. JA’AFAR

Tarikh Hantar: 21 Februari 2008 (Khamis)

GROUP (DPLI), KUMPULAN F, SEMESTER 1, 2008

Page 2: Penerapan Falsafah Pendidikan Dalam Proses P&P

ISI KANDUNGAN

Muka Surat

PENDAHULUAN 1

1.0 PENGENALAN KEPADA FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

1.1 Maksud Falsafah dan Falsafah Pendidikan 2

1.2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan 4

1.3 Kesimpulan 4

2.0 KAJIAN TERHADAP MATAPELAJARAN BAHASA ARAB KOMUNIKASI TINGKATAN 3

2.1 Pengenalan 5

2.2 Rancangan Pengajaran Harian, Rancangan Pengajaran Tahunan dan Huraian Sukatan Matapelajaran Bagi Subjek Bahasa Arab Komunikasi Tingkatan 3

5

2.3 Kesimpulan 11

3.0 PENERAPAN UNSUR FALSAFAH PENDIDIKAN MELALUI PENYAMPAIAN KANDUNGAN

3.1 Pengenalan Tajuk 11

3.2 Huraian 13

3.3 Kesimpulan 17

4.0 PENERAPAN UNSUR FALSAFAH PENDIDIKAN MELALUI PELAKSANAAN PENGAJARAN

4.1 Pengenalan Tajuk 18

4.2 Huraian 18

4.3 Kesimpulan 19

5.0 PENERAPAN UNSUR FALSAFAH PENDIDIKAN MELALUI PENILAIAN PEMBELAJARAN

5.1 Pengenalan Tajuk 20

5.2 Huraian 21

Page 3: Penerapan Falsafah Pendidikan Dalam Proses P&P

5.3 Kesimpulan 22

6.0 CADANGAN KAEDAH PENGAJARAN BAHASA ARAB KOMUNIKASI YANG MENEPATI PENERAPAN UNSUR-UNSUR FALSAFAH PENDIDIKAN

6.1 Pengenalan 23

6.2 Cadangan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Untuk Matapelajaran Bahasa Arab Komunikasi

25

6.3 Kesimpulan 28

KESIMPULAN 29

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN

Page 4: Penerapan Falsafah Pendidikan Dalam Proses P&P

PENDAHULUAN

Proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) merupakan aktiviti yang

terpenting di dalam bilik darjah. Kejayaan dan kelemahan suatu proses

pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada guru yang melaksanakannya.

Menurut Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman (2008:42), guru ialah teras

kepada pelaksanaan proses pendidikan walaupun proses pendidikan itu boleh

juga berlangsung secara tanpa guru. Sejajar dengan falsafah pendidikan negara

yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek,

rohani, emosi dan jasmani maka peranan yang sangat besar perlu dimainkan

oleh seorang guru dalam merealisasikan hasrat yang terkandung dalam

falsafah pendidikan tersebut.

Oleh yang demikian, kajian ini dihasilkan bagi mengkaji sejauh mana

kejayaan sebuah proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh

seorang guru di dalam bilik darjah mampu untuk mencapai obejtif

pengajarannya serta di mana letaknya unsur falsafah pendidikan semasa proses

pengajaran dan pembelajaran itu berlangsung. Sebelum masuk kepada

penerangan hasil kajian dengan lebih terperinci penulis membuat sedikit

huraian ringkas tentang falsafah itu sendiri, falsafah pendidikan dan falsafah

pendidikan kebangsaan.

Dalam menjalankan kajian ini, penulis telah mengkaji rancangan

pengajaran harian yang dilakukan oleh seorang guru bagi matapelajaran

Bahasa Arab Komunikasi tingkatan 3. Tumpuan utama kajian adalah bagi

mengupas unsur-unsur falsafah pendidikan yang diterjemahkan oleh guru

terbabit dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tiga aspek utama dikaji

iaitu dari segi penyampaian kandungan (rancangan pengajaran), pelaksanaan

pengajaran dan juga penilaian pembelajaran.

Selain itu, penulis juga turut memberikan beberapa cadangan tentang

nilai-nilai murni, penambahbaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran

serta strategi yang boleh dilakukan oleh guru matapelajaran Bahasa Arab

Komunikasi dalam menerapkan unsur-unsur falsafah pendidikan dari ketiga-

tiga aspek iaitu penyampaian kandungan, pelaksanaan pengajaran dan

penilaian pembelajaran.

Page 5: Penerapan Falsafah Pendidikan Dalam Proses P&P

1.0 PENGENALAN

1.1 Maksud Falsafah dan Falsafah Pendidikan

Menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, maksud falsafah ialah

pengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu tertinggi atau

sebagai dasar kepada ilmu-ilmu lain. Falsafah juga didefinisikan sebagai

kebijaksanaan atau hikmah menggunakan akal fikiran untuk mengetahui

kebenaran yang hakiki. Pada pandangan Islam, falsafah ditafsirkan mirip

kepada hikmah, walaupun konteks hikmah adalah lebih luas daripada falsafah

itu sendiri. Kedudukan hikmah dalam Al-Quran mempunyai nilai yang lebih

tinggi daripada falsafah (Abdul Fatah, 2003). Sayidina Ali Bin Abi Talib r.a

pernah berkata “ Hikmah itu ialah sesuatu yang hilang dan dicari-cari oleh

orang yang beriman”. Dari aspek sejarah pula, perkataan falsafah berasal

daripada perkataan Greek (Yunani) Philosophia yang bermaksud cinta kepada

kebijaksanaan, kearifan atau kehikmahan.

Pengertian falsafah dikembangkan lagi oleh tokoh-tokoh falsafah barat

dan Islam seperti Socrates, Plato, Aristotle, Al Kindi, Al Farabi dan

sebagainya. Falsafah mempunyai cabang-cabang ilmu yang utama iaitu

metafizik, epistemologi, aksiologi yang mempunyai etika dan estetika serta

logik. Cabang falsafah metafizik pada umumnya bermaksud pemikiran tentang

kewujudan sesuatu. Epistemologi ialah cabang falsafah yang memberi fokus

kepada ilmu. Cabang falsafah yang seterusnya ialah aksiologi yang mana lebih

tertumpu pada persoalan nilai dan sistem nilai. Aksiologi terdiri daripada dua

aspek iaitu etika dan estetika. Etika ditakrifkan sebagai persoalan tentang nilai

moral dan peraturan tingkah laku manusia yang betul. Estetika memberi

pengertian tentang pemahaman dan pengamatan intelektual. Manakala logik

merupakan cabang falsafah yang berkaitan dengan pemikiran atau hujah yang

betul atau sebaliknya.

Dasar yang digubal dalam suatu sistem pendidikan perlu merujuk

kepada asasnya iaitu falsafah pendidikan. Falsafah menjadi teras kepada

sistem pendidikan kerana terkandung pendidikan yang digunakan, ciri yang

Page 6: Penerapan Falsafah Pendidikan Dalam Proses P&P

hendak dicapai, kaedah pelaksanaan pendidikan yang akan digunakan, ciri

yang hendak dibentuk dalam diri individu yang menerima pendidikan dan

liputan yang terangkum dalam sistem pendidikan. Menurut Abd Fatah Hasan,

falsafah pendidikan merupakan suatu sistem kepercayaan, pegangan atau

prinsip am yang membincangkan pelbagai hal tentang pendidikan dan

pengajaran yang patut dilaksanakan di sekolah atau di dalam bilik darjah.

Falsafah pendidikan adalah pecahan daripada falsafah umum

pendidikan. Falsafah umum pula terdiri daripada beberapa falsafah seperti

idealisme, realisme, pragmatisme dan eksistensialisme. Secara umumnya

falsafah idealisme memberi fokus kepada kepentingan pemikiran, jiwa dan

kerohanian. Realisme pula ialah falsafah yang memandang alam kebendaan

adalah sebagai realiti hidup. Pragmatisme dibentuk oleh ahli falsafah Amerika

Syarikat yang mempercayai bahawa manusia memperolehi pengetahuan hanya

melalui pengalaman dan penyelesaian masalah. Falsafah eksistensialisme

menjurus kepada falsafah yang bersifat individualistik kerana menekankan

aspek manusia bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan kehidupannya.

Daripada mazhab falsafah umum seperti yang telah dinyatakan telah

melahirkan pelbagai falsafah pendidikan yang berasaskan kepadanya. Falsafah

pendidikan terbahagi kepada empat iaitu perenialisme, esensialisme,

progresivisme dan rekonstruksionisme. Perenialisme membawa pandangan

konservatif terhadap pendidikan kerana beranggapan bahawa prinsip

pendidikan adalah tetap dan selalu berulangan. Esensialisme telah dibentuk

oleh William C. Bagley memberi tumpuan kepada usaha mengkaji semula

perkara-perkara yang perlu dimasukkan ke dalam kurikulum sekolah.

Progresivisme telah diasaskan oleh John Dewey di Amerika Syarikat yang

beranggapan sekolah berperanan menyediakan pelajar untuk menyesuaikan

diri dengan keadaan yang sentiasa berubah. Akhir sekali rekonstruksionisme

menekankan kepada perubahan dan pembaharuan.

Page 7: Penerapan Falsafah Pendidikan Dalam Proses P&P

1.2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini adalah digubal daripada usaha berfikir

yang rasional dan kritis berlandaskan daripada ideologi negara sebagaimana

yang telah dimanifestasikan dalam Laporan dan Dasar Pendidikan termasuk

Rukun Negara. Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini akan menjadi suluh yang

memberi pedoman dan inspirasi kepada segala usaha pendidikan sama ada di

dalam institusi pendidikan atau di luar institusi pendidikan. Jika dilihat

daripada intipati Falsafah Pendidikan Kebangsaan, ia boleh diterjemahkan

sebagai suatu hasrat untuk memastikan usaha berterusan dalam pendidikan.

Antara lainnya, memperkembangkan potensi individu secara

berterusan melalui proses pendidikan. Proses pendidikan yang berlaku

seharusnya dapat mencakupi dari segi rohani, emosi, jasmani dan intelek.

Seterusnya, apabila rohani, emosi, jasmani dan intelek dapat disepadukan

dalam proses pendidikan maka akan lahirlah individu yang seimbang dan

harmonis. Di akhir matlamat atau hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini

adalah untuk melahirkan insan yang menghayati nilai-nilai agama dan

berpegang kepadanya.

1.3 Kesimpulan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjadi kayu pengukur untuk menentukan

hala tuju kepada sistem pendidikan kebangsaan. Falsafah yang diterapkan oleh

guru-guru di sekolah di harap mampu menjayakan hasrat murni kerajaan untuk

melahirkan insan yang kamil. Untuk menerapkan unsur-unsur falsafah dengan

berkesan di dalam bilik darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran,

guru-guru perlu memahami sepenuhnya ilmu falsafah dan akhirnya barulah

guru-guru dapat menguasai dan menyalurkannya ke dalam proses pengajaran

dan pembelajaran.

Page 8: Penerapan Falsafah Pendidikan Dalam Proses P&P

2.0 KAJIAN TERHADAP MATAPELAJARAN BAHASA ARAB

KOMUNIKASI TINGKATAN 3

2.1 Pengenalan Tajuk

Kupasan maklumat dalam kajian ini dilakukan berdasarkan kepada rancangan

pengajaran satu sub topik iaitu “Pengumuman Penting – Hari Pertama

Persekolahan” dalam sukatan matapelajaran Bahasa Arab Komunikasi

tingkatan 3. Rancangan pengajaran ini diperolehi daripada seorang guru

Bahasa Arab Komunikasi iaitu Ustaz Abdul Rahman Bin Abdullah yang

mengajar di Sekolah Menengah Pengkalan Chepa, Kelantan. Selain itu, beliau

juga turut memberikan huraian sukatan matapelajaran Bahasa Arab

Komunikasi tingkatan 3 dan rancangan pengajaran tahunan yang beliau guna

pakai dalam proses pengajaran dan pembelajarannya.

Merujuk kepada kurikulum Bahasa Arab Komunikasi sekolah

menengah, ia adalah bertujuan untuk melengkapkan murid dengan empat

kemahiran berbahasa dan kemahiran berkomunikasi merupakan paksi utama

dan seterusnya menambah perbendaharaan kata serta kemampuan penggunaan

bahasa yang betul bagi membangunkan nilai-nilai Islam dan akhlak yang

mulia (Terjemahan daripada huraian sukatan matapelajaran Bahasa Arab

Komunikasi 2003, yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Islam dan

Moral, Kementerian Pelajaran Malaysia)

2.2 Rancangan Pengajaran Harian, Rancangan Pengajaran Tahuanan

dan Huraian Sukatan Mata Pelajaran Bagi Subjek Bahasa Arab

Komunikasi Tingkatan 3

a) Rancangan Pengajaran Harian

Proses pengajaran dan pembelajaran adalah berdasarkan kepada sukatan

pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) seperti yang ditetapkan

oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Namun demikian bagi mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan

Page 9: Penerapan Falsafah Pendidikan Dalam Proses P&P

Bahasa Arab Komunikasi sukatan mata pelajarannya disediakan oleh Jabatan

Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM), Kementerian Pelajaran Malaysia.

Dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran guru

hendaklah membuat perancangan awal untuk topik yang akan diajar olehnya.

Penyediaan rancangan pengajaran ini hendaklah selaras dengan sukatan mata

pelajaran dan huraian sukatan mata pelajaran yang dibekalkan oleh pihak

kementerian. Rancangan pengajaran yang perlu disediakan ialah rancangan

pengajaran harian dan rancangan pengajaran tahunan. Berikut ialah panduan

untuk menyediakan rancangan pengajaran harian:

1. Rancangan harian hendaklah disediakan sehari sebelum digunakan

2. Rancangan harian hendaklah disediakan berdasarkan rancangan tahunan.

Rancangan tahunan yang dipilih untuk diajarkan pada minggu tertentu

hendaklah mencapai 'hasil pembelajaran yang dihasratkan' bagi minggu

tersebut.

3. Rancangan harian yang disediakan hendaklah mencapai hasil

pembelajaran yang dihasratkan. Ini dilaksanakan melalui perancangan

aktiviti pembelajaran yang menarik, sesuai dan berkesan.

4. Penyediaan rancangan harian hendaklah ringkas, tepat, jelas dan padat

5. Rancangan harian hendaklah mengandungi butiran seperti Tarikh, Hari,

Mata pelajaran, Tahun/tingkatan, Masa, Tajuk/bidang pembelajaran dan

Aktiviti pembelajaran.

(Sumber: Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/ 1987, Penyeliaan Pengajaran

Pembelajaran, yang di perolehi di halaman web

http://ppdtr.tripod.com/pekeliling.htm)

Dalam rancangan pengajaran harian guru menyenaraikan aktiviti yang

akan dilakukkannya di dalam bilik darjah pada hari tersebut berserta dengan

objektif pembelajaran, cara dan teknik pengajaran yang digunakan serta alat

bantu mengajar yang digunakannya. Berikut merupakan rancangan pengajaran

harian Bahasa Arab Komunikasi tingkatan 3 yang akan penulis kaji dalam

kajian ini:

Tingkatan/ Skop/ Tema/ Objektif Aktiviti/ Strategi Hasil/

Page 10: Penerapan Falsafah Pendidikan Dalam Proses P&P

Mata pelajaran/

Masa

Topik/ Sub Topik

Penilaian

BAHASA ARAB

3B2

10.20-11.30

Pengumuman Penting

Kemampuan pelajar membaca teks

1. Pembacaan teks

2. Memahami teks

3. Perbincangan pelajaran

Jadual 2.1: Terjemahan Rancangan pengajaran harian Bahasa Arab

Komunikasi tingkatan 3B2 (Sila rujuk lampiran untuk salinan

rancangan mengajar yang asal)

Sumber: Ustaz Abdul Rahman Bin Abdullah, Guru Bahasa Arab, SMK

Pengkalan Chepa, Kelantan.

b) Rancangan Pengajaran Tahunan

Rancangan pengajaran tahunan pula merupakan satu rancangan jangka

panjang yang perlu disediakan oleh guru, pihak sekolah, pejabat pendidikan

daerah atau jabatan pendidikan negeri pada awal sesi persekolahan setiap

tahun. Ia juga mestilah disediakan berdasarkan kepada sukatan mata pelajaran

dan huraian sukatan mata pelajaran. Ia penting sebagai panduan dan

memudahkan guru untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran

berdasarkan semester persekolahan, minggu persekolahan dan seterusnya bagi

perancangan harian.

Berikut ialah panduan dalam penyediaan rancangan pengajaran

tahunan:

1. Rancangan tahunan merupakan perancangan pengajaran bagi setahun.

Rancangan tahunan hendaklah disediakan pada awal sesi persekolahan

2. Rancangan tahunan bagi sesuatu mata pelajaran hendaklah disediakan

berpandukan Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran, kesesuaian

tahap kebolehan murid/pelajar dan keadaan semasa

3. Rancangan tahunan hendaklah disediakan mengikut bilangan minggu

yang diperlukan untuk menghabiskan sesuatu tajuk. Rancangan tahunan

Page 11: Penerapan Falsafah Pendidikan Dalam Proses P&P

ini juga hendaklah mengambil kira bilangan minggu persekolahan pada

setiap tahun

4. Rancangan tahunan boleh dicetak atau difotostat dengan jelas dan terang

(tidak dicetak berulang-ulang)

5. Sekiranya rancangan tahunan ini ditulis, hanya pen berdakwat biru atau

hitam sahaja dibenarkan

6. Rancangan tahunan hendaklah disahkan oleh Guru Besar atau Pengetua

atau wakilnya sebelum digunakan. Jika disediakan dalam bentuk media

elektronik (komputer), salinannya hendaklah disahkan oleh guru besar

atau pengetua atau wakilnya.

7. Rancangan tahunan hendaklah ditulis mengikut lajur-lajur yang

mengandungi perkara-perkara seperti Tajuk/bidang pembelajaran,

Objektif/kemahiran, Hasil pembelajaran yang dihasratkan, Bilangan

minggu dan catatan.

(Sumber: Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/ 1987, Penyeliaan Pengajaran

Pembelajaran, yang di perolehi di halaman web

http://ppdtr.tripod.com/pekeliling.htm)

Berikut ialah rancangan pengajaran tahunan bagi topik dalam mata pelajaran

Bahasa Arab Komunikasi tingkatan 3 yang dikaji oleh penulis:

Subjek : Bahasa Arab

Tingkatan : 3 Penggal: Satu Bulan: Januari Tahun: 2008

Tajuk Sukatan

Pelajaran

Minggu Persekolahan Jika

Seles

ai

()

Catata

nHari

1

A I S R K

Susun Kelas

Tahun Persekolahan

Baru

Bacaan Teks

Faham Teks

Page 12: Penerapan Falsafah Pendidikan Dalam Proses P&P

Perbendaharaan Kata

Jadual 2.2: Terjemahan rancangan pengajaran tahunan Bahasa Arab

Komunikasi tingkatan 3 bagi minggu pertama persekolahan. (Sila

rujuk lampiran untuk salinan rancangan mengajar tahunan yang

asal)

Sumber: Rancangan Pengajaran Tahunan Bahasa Arab Komunikasi

Tingkatan 3 2008, Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan

Moral, Jabatan Pendidikan Kelantan

c) Huraian Sukatan Matapelajaran

Huraian sukatan matapelajaran merupakan rujukan utama bagi seorang guru

supaya proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan olehnya selaras

dengan ketetapan yang telah digariskan oleh pihak Kementerian Pelajaran

Malaysia.

Dalam huraian sukatan pelajaran Bahasa Arab, ia sedikit berbeza

dengan huraian sukatan pelajaran bagi matapelajaran lain. Ini kerana ia

dibahagikan berdasarkan kepada bidang pengajaran dan bukannya berdasarkan

topik dalam matapelajaran tersebut. Setiap bidang pengajaran mungkin

mempunyai beberapa topik yang berbeza. Maka, guru perlulah merujuk

kepada topik yang ingin diajar dan menentukan dalam bidang pengajaran apa

topik tersebut diletakkan. Dengan itu, barulah objektif pengajaran untuk

sesuatu topik dapat ditentukan.

Jadual di sebelah merupakan huraian sukatan matapelajaran bagi topik

pertama matapelajaran Bahasa Arab Komunikasi tingkatan 3 iaitu

“Pengumuman Penting”, dan berada dibawah bidang pengajaran kemahiran

membaca.

BIDANG PENGAJARAN

OBJEKTIF PENGAJARAN

PENGALAMAN PENGAJARAN

1.2.1 Membaca prosa Aras 1 : 1) Mendengar bacaan

Page 13: Penerapan Falsafah Pendidikan Dalam Proses P&P

dan puisi dengan suara yang jelas serta menjaga sebutan, pertuturan, nada, intonasi dan keelokkan penyampaian.

1) Membaca pelbagai bahan sperti dari arahan, tunjuk ajar, petunjuk, peringatan, larangan, tampalan, iklan, kata hikmah, perumpamaan, nusus-nusus, surat, syair, khutbah dan akhbar dengan bacaan yang jelas.

2) Mengulang-ulang kalimah, tarkib (susunan kata) ayat-ayat tertentu dari bahan yang telah dibaca.

contoh dari pelbagai bahan bacaan samada prosa dan puisi dari rakaman, CD ROM, komputer dan lain-lain.

2) Membaca bahan bacaan terdahulu secara individu atau kumpulan kemudian mengulang-ulang kalimah-kalimahnya dan ayat-ayatnya tertentu.

Aras 2:1) Membaca bahan

bacaan terdahulu serta menjaga nada dan intonasi kemudian membezakan intonasinya.

1) Membaca bahan bacaan terdahulu secara individu atau kumpulan.

2) Menyertai pertandingan bahasa dengan membaca bahan bacaan terdahulu bagi membezakan intonasinya.

Aras 3:1) Membaca bahan

bacaan terdahulu serta menjaga hak-hak huruf seperti tebal, nipis, idgham dan tuntutan ketika membaca seperti ibtida, waqaf, wasal dan fasal.

2) Mendengar bahan bacaan tadi bagi menguatkannya

1) Membaca bahan bacaan terdahulu secara individu atau kumpulan.

2) Mendengar bacaan sebahagian murid kemudian adakan perbincangan bagi pengukuhannya dalam situasi tertentu.

3) Pembetulan kesalahan secara syafawi

Page 14: Penerapan Falsafah Pendidikan Dalam Proses P&P

Jadual 2.3: Terjemahan huraian sukatan matapelajaran Bahasa Arab

Komunikasi tingkatan 3 bagi satu bidang pengajaran. (Sila rujuk

lampiran untuk salinan rancangan mengajar tahunan yang asal)

Sumber: Rancangan Pengajaran Tahunan Bahasa Arab Komunikasi

Tingkatan 3 2008, Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan

Moral, Jabatan Pendidikan Kelantan

2.3 Kesimpulan

Berdasarkan kepada rancagan pengajaran harian, rancangan pengajaran

tahunan serata huraian sukatan matapelajaran Bahasa Arab Komunikasi yang

telah diterjemahkan seperti dalam sub topik di atas, maka penulis cuba

mengkaji rancangan pengajaran harian guru terbabit untuk mengkaji

penerapan unsur-unsur falsafah pendidikan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran yang dilakukan olehnya.

Bahagian seterusnya akan menghuraikan penerapan unsur-unsur

falsafah pendidikan dalam pengajaran guru tersebut di dalam bilik darjah dari

segi penyampaian kandungan, pelaksanaan pengajaran dan penilaian

pembelajaran.

3.0 PENERAPAN UNSUR PENDIDIKAN MELALUI

PENYAMPAIAN KANDUNGAN

Page 15: Penerapan Falsafah Pendidikan Dalam Proses P&P

3.1 Pengenalan Tajuk

Penyampaian kandungan merujuk kepada rancangan pengajaran yang

dilakukan oleh seorang guru bagi sesuatu subjek. Ia merangkumi keseluruhan

proses yang berlaku dalam perancangan pengajaran guru. Dalam bahagian ini

penulis akan memberikan pandangan berkaitan penyampaian kandungan bagi

matapelajaran Bahasa Arab Komunikasi seperti yang terdapat dalam

rancangan pengajaran di bahagian 2.0. Fokus kajian ialah kepada penerapan

unsur-unsur falsafah pendidikan yang terdapat dalam rancangan pengajaran

harian guru terbabit.

‘Lesson plan’ atau rancangan pengajaran adalah satu rancangan untuk

satu unit pengajaran dan pelajaran yang padu. Biasanya direka bentuk untuk

disempurnakan dalam satu-satu sesi pengajaran di bilik darjah. Ia

mengandungi unsur-unsur seperti butiran am, tajuk pelajaran, objektif,

kemahiran, alat bantu mengajar, kaedah dan teknik pengajaran, pengetahuan

sedia ada, set induksi, perkembangan, penilaian, penutup dan sebagainya.

Persediaan mengajar biasanya bukan sahaja menyenaraikan unsur-unsur

tersebut tetapi bertindak sebagai peraturan- peraturan yang tidak boleh tidak

mesti dipatuhi dan diikuti oleh guru-guru.

Menurut George Brackett, seorang pengarang perisian pendidikan

beliau menyebut, “Pedagogy is the beliefs that justify instruction. Unplanned

teaching and learning is a recipe for wasting time”. Daripada pendapat beliau

ini jelas menunjukkan bahawa rancangan pengajaran itu memainkan peranan

yang penting dalam satu proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya kita

hendak menggunakan teknologi baru dalam kurikulum atau pengajaran kita,

kita perlu berfikir bagaimana kita akan melakukannya. Cara yang paling baik

untuk melakukannya adalah dengan menulis apa sahaja bahan yang diperlukan

oleh pelajar dan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan

merancang dengan cermat, jenis bahan yang akan digunakan, dan di mana

aktiviti pengajaran tersebut boleh dijalankan, akan menjadikan pengajaran

lebih efektif.

Page 16: Penerapan Falsafah Pendidikan Dalam Proses P&P

Maka, di sini penulis ingin menyatakan beberapa kritikan yang

membina berpandukan kepada huraian sukatan Bahasa Arab Komunikasi

Komunikasi tingkatan 3 ke atas rancangan pengajaran harian yang dikaji oleh

penulis seperti yang dinyatakan dalam bahagian 2.0.

3.2 Huraian

Berdasarkan rancangan pengajaran harian yang telah ditulis oleh guru tersebut,

penulis mendapati beberapa kekurangan di dalam pembinaan rancangan

pengajaran berliau. Berikut ialah kritikan yang ingin penulis utarakan beserta

cadangan kepada penambahbaikan untuk rancagan pengajaran tersebut.

Kritikan yang pertama : Pembentukan Objektif

Penulisan objektif guru tersebut adalah tidak berlandaskan huraian sukatan

pelajaran Bahasa Arab Komunikasi yang telah ditetapkan oleh Jabatan

Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM. Guru tersebut hanya membuat andaian

objektifnya sendiri tanpa mengikut sukatan pelajaran Bahasa Arab

Komunikasi yang telah diterbitkan oleh JAPIM dan tidak menyatakan satupun

penerapan nilai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di dalam objektif

pengajarannya.

Penulisan objektif guru tersebut adalah lebih bersifatkan kepada

matlamat pendidikan Bahasa Arab. Perlu diingat bahawa matlamat pendidikan

Bahasa Arab Komunikasi bersifat terlalu umum dan berfungsi sebagai

pedoman, maka penterjemahannya perlu dilakukan secara lebih spesifik

supaya proses pencapaiannya boleh beroperasi di peringkat sekolah dan bilik

darjah.

Tyler telah mengemukakan satu kaedah bagi menentukan objektif yang

boleh digunakan diperingkat sekolah. Bagi Tyler, sesuatu objektif itu

seharusnya menyatakan tingkah laku pelajar berkaitan dengan sesuatu bidang

tertentu. Ini bermakna pada sesuatu objektif itu terdapat dua dimensi, iaitu:

Page 17: Penerapan Falsafah Pendidikan Dalam Proses P&P

1) Dimensi bidang ataupun aspek tertentu berkaitan dengan bidang

tersebut

2) Dimensi jenis, bentuk dan peringkat tingkah laku. Setiap bidang

pelajaran memerlukan pelajar menunjukkan sesuatu tingkah laku yang

khusus. Jadi, penggunaan kenyataan objektif dua dimensi menepati

kehendak di peringkat sekolah dan di bilik darjah.

Sebagai contohnya, ‘Pelajar dapat menyenaraikan kalimah atau

perkataan seerti yang bergaris di dalam teks’. Bidang Bahasa Arab

Komunikasi memerlukan pelajar mengingat dan mengemukakan beberapa

kalimah atau perkataan seerti yang bergaris di dalam teks atau petikan.

Tingkah laku di sini adalah berbentuk kognitif peringkat rendah, iaitu

pengingatan dan aspeknya pula ialah perkataan- perkataan seerti.

Objektif ialah terjemahan dan pecahan-pecahan khusus daripada

matlamat yang lebih bersifat umum. Oleh yang demikian objektif semestinya

mempunyai perkaitan yang rapat dengan matlamat. Objektif bukan sahaja

menjadi komponen kepada matlamat tetapi menolong kepada pencapaian

matlamat. Bagi mata pelajaran sastera termasuklah Bahasa Arab, bentuk

rangkuman tidak sebegitu erat. Ini bermakna pelajar masih boleh menguasai

sesuatu kemahiran yang lebih tinggi walaupun dia tidak menguasai objektif

asas sepenuhnya.

Contohnya pelajar masih mampu untuk menulis dan menguasai

kemahiran penulisan tulisan- tulisan Arab atau lebih dikenali sebagai

kemahiran menulis khat walaupun pelajar tersebut tidak mampu menyebut

atau membaca perkataan Arab. Tetapi terdapat juga kemahiran yang

mempunyai rangkuman objektif yang erat seperti kemahiran mendengar dan

membaca. Jika pelajar tidak mendengar terlebih dahulu bunyi makharijil huruf

ataupun bunyi sebutan huruf yang betul, maka pelajar tersebut tidak akan

mampu untuk menguasai kemahiran membaca. Pembacaannya akan tersasar

dari sebutan Bahasa Arab Komunikasi yang asli.

Page 18: Penerapan Falsafah Pendidikan Dalam Proses P&P

Guru tersebut ketika menulis objektifnya hanya menyatakan pelajar

akan mampu membaca teks. Hal ini adalah tidak mencukupi kerana di dalam

asas untuk menguasai kemahiran membaca, kemahiran mendengar adalah

terlebih dahulu perlu dinyatakan atau dengan kata lainnya rangkuman objektif

sepatutnya diwujudkan untuk menguasai kemahiran bahasa Arab. Kemahiran

mendengar pula perlu mempunyai aras-arasnya yang telah disusun mengikut

hierarki. Oleh sebab itulah mengikut huraian sukatan pelajaran yang telah

ditetapkan adalah begitu penting kerana huraian sukatan pelajaran Bahasa

Arab Komunikasi telah disusun mengikut spesifikasi penguasaan kemahiran

yang betul.

Objektif pelajaran seharusnya menerangkan tentang sesuatu yang

boleh dicapai. Penulisan objektif guru tersebut adalah sukar untuk dicapai

kerana tidak melalui kemahiran asas yang telah ditetapkan iaitu mendengar.

Walaupun kemungkinan terdapat sebahagian pelajar yang mampu untuk

menguasai kemahiran membaca kerana telah mendapat pendidikan awal di

rumah ataupun sekolah agama petang namun masih ada segelintir pelajar lain

yang tidak mempunyai pendidikan seperti itu sebelum ini.

KRITIKAN KEDUA: PENGALAMAN ATAU AKTIVITI

PEMBELAJARAN

Pembelajaran berlaku apabila pelajar mengalami sesuatu yang diajar.

Selalunya fenomena ini disebut sebagai pengalaman pembelajaran. Fenomena

ini hanya berlaku kepada pelajar sahaja dan guru tidak dapat merasainya. Apa

yang boleh dilakukan oleh guru ialah menyediakan keadaan pembelajaran

yang sesuai bagi membolehkan pelajar mengalami sesuatu hasil daripada

bahan yang diajar. Pelajaran yang berkesan ialah penyediaan yang dilakukan

oleh guru dan pelaksanaannya di dalam kelas mempunyai kesesuaian yang

tinggi dengan kehendak dan cara pelajar belajar. Apabila keadaan yang

disediakan itu sesuai, barulah pengalaman pembelajaran berlaku sebagaimana

yang dirancangkan.

Page 19: Penerapan Falsafah Pendidikan Dalam Proses P&P

Di dalam penulisan rancangan pengajaran guru yang terbabit, beliau

tidak menyatakan pengalaman pengajaran yang sepatutnya dialami oleh

pelajar ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Antara contoh

pengalaman pengajaran seperti:

1) Pelajar-pelajar mendengar bacaan contoh dari pelbagai bahan bacaan

samada prosa dan puisi dari rakaman, CD ROM, komputer dan lain-

lain.

2) Pelajar- pelajar membaca bahan bacaan terdahulu secara individu atau

kumpulan kemudian mengulang-ulang kalimah-kalimahnya dan ayat-

ayatnya tertentu.

KRITIKAN KETIGA: PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAM DAN

NILAI-NILAI MURNI.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan mengandungi beberapa unsur. Antaranya

unsur rohani dan emosi. Unsur ini merangkumi unsur-unsur seperti keyakinan

kepada Tuhan, beragama, kemantapan jiwa, penghayatan nilai-nilai murni dan

norma masyarakat, berbudi pekerti mulia, semangat berbakti dan berkorban

untuk negara dan bangsa.

Merujuk kepada rancangan pengajaran guru tersebut, beliau tidak ada

menyatakan nilai-nilai murni yang akan dapat dilahirkan semasa proses

pengajaran dan pembelajaran. Sedangkan penerapan nilai-nilai murni adalah

perkara yang sangat penting yang ingin diterapkan di dalam sistem pendidikan

Malaysia. Kekurangan ini akan menyebabkan matlamat pendidikan Bahasa

Arab Komunikasi dan FPK tidak tercapai. Hal ini membawa kepada lahirnya

pelajar yang memiliki kecemerlangan akademik yang unggul tetapi mengalami

keruntuhan akhlak dan sahsiah diri yang merundum.

KRITIKAN KEEMPAT: PENGGABUNGJALINAN (AT-TARABUT

WA’ TAKAMUL)

Page 20: Penerapan Falsafah Pendidikan Dalam Proses P&P

Asas kepada pembelajaran dan pengajaran Bahasa Arab Komunikasi

komunikasi serta kemahiran-kemahiran asas bahasa adalah

penggabungjalinan. Ini bermaksud melaksana pengajaran beserta sistem

sebutan, jenis-jenis ayat, kata tunggal dan susunan kata dengan cara serentak

dan bersepadu seberapa yang boleh.

Para guru boleh mengajar kemahiran-kemahiran bahasa yang empat

(mendengar, sebutan, membaca dan menulis) dalam satu tajuk secara serentak

dalam pelbagai keadaan dan bidang. Sebagai contoh; bahan pembelajaran dan

pengajaran yang disediakan untuk kemahiran mendengar dan kefahaman

mungkin dapat digabungjalinkan bersama kemahiran sebutan, membaca dan

menulis bertepatan dengan objektif yang diharapkan bagi setiap kemahiran

tersebut.

Namun demikian merujuk kepada rancangan pengajaran guru tersebut,

di dalam objektif dan aktiviti pengajarannya tidak terdapat unsur

penggabungjalinan. Maka, di sini kemahiran yang dikuasai oleh para pelajar

menjadi terhad kepada satu asas kemahiran sahaja iaitu membaca. Sedangkan

jika digunakan teknik penggabungjalinan dalam pengajarannya, maka begitu

banyak kemahiran , maklumat dan nilai-nilai murni yang boleh diterapkan

kepada para pelajar.

KRITIKAN KELIMA : ALAT BANTU MENGAJAR

Setiap rancangan pengajaran haruslah dinyatakan alat bantu mengajar yang

digunakan di dalam kelas. Namun demikian, guru tersebut tidak menyatakan

alat bantu mengajar yang digunakan semasa proses pengajaran dan

pembelajaran yang dilakukan olehnya.

3.3 Kesimpulan

Page 21: Penerapan Falsafah Pendidikan Dalam Proses P&P

Sebagai konklusi kepada kritikan ini, penulis dapat menyatakan bahawa guru

tersebut tidak menerapkan unsur Falsafah Pendidikan Kebangsaan di dalam

rancangan pengajarannya. Walhal, jika dilihat dari aspek pembentukan sahsiah

dan peningkatan potensi pelajar di dalam akademik, rancangan pengajaran

yang lengkap dan mengikut ciri-ciri yang telah ditetapkan banyak membantu.

4.0 PENERAPAN UNSUR PENDIDIKAN MELALUI

PELAKSANAAN PENGAJARAN

Page 22: Penerapan Falsafah Pendidikan Dalam Proses P&P

4.1 Pengenalan Tajuk

Pelaksanaan pengajaran merujuk kepada bagaimana suatu proses pengajaran

dan pembelajaran di dalam bilik darjah dilakukan oleh seorang guru. Dalam

penyampaian isi pelajaran di dalam bilik darjah, nilai-nilai murni hendaklah

diserapkan secara tidak langsung. Ini boleh dilakukan di mana-mana bahagian

dalam proses pengajaran.

Berdasarkan pentingnya menerapkan nilai murni dalam setiap mata

pelajaran yang diajar, maka Jawatankuasa Pendidikan Akhlak, Kmenterian

Pendidikan yang ditubuhkan pada tahun 1976 telah meneliti nilai-nilai yang

terkandung dalam pelbagai agama yang diamalkan di negara ini dan kemudian

memuktamadkan 16 nilai yang boleh diajarkan kepada semua pelajar di

negara ini. Nilai-nilai ini didokong oleh semua agama dan bersifat sejagat.

Antara nilai-nilai tersebut termasuklah baik hati, berdikari, hemah tinggi,

hormat-menghormati, kasih sayang, keadilan, kebebasan, keberanian,

kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesederhanaan, kesyukuran, rasional,

semangat kemasyarakatan dan kebersihan fizikal dan mental.

4.2 Huraian

Penyerapan nilai murni dalam pendidikan Bahasa Arab Komunikasi adalah

untuk melahirkan insan yang baik serta memiliki akhlak mulia dan ambil berat

terhadap agama. Selain itu, penghayatan dan amalan nilai murni bertujuan

membentuk generasi muda yang berhemah tinggi dan berperibadi mulia.

Pemahaman dan kesedaran tentang nilai murni masyarakat Malaysia harus

dipupuk secara langsung dan tidak langsung, serta dilanjutkan di peringkat

antarabangsa selaras dengan keperluan globalisasi.

Dari sudut pelaksanaan penngajaran, guru ini terlalu ringkas dalam

aktiviti yang perlu di buat dalam bilik darjah. Beliau hanya menyenaraikan

beberapa aktiviti utama sahaja yang ingin dia jalankan dalam bilik dajah.

Antara aktiviti yang di senaraikan oleh beliau adalah:

Page 23: Penerapan Falsafah Pendidikan Dalam Proses P&P

Beliau sepatutnya menjelaskan secara terperinci aktiviti yang ingin

dijalankan semasa pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran unit ini dalam

bilik darjah. Sebagai contoh, beliau boleh mengadakan pembacaan teks secara

berkumpulan seperti seorang pelajar membaca teks dan pelajar-pelajar lain

mendengar dengan teliti. Dengan itu, secara tidak langsung nilai-nilai falsafah

seperti hormat- menghormati, keberanian dan kerjasama dapat di semai dalam

diri para pelajar.

Selain itu, beliau juga tidak menjelaskan dengan terperinci bagaimana

perbincangan yang akan di lakukan oleh pelajar. Sebagai contoh bagi

memantapkan lagi persediaan pengajaran, dapat di adakan perbincangan meja

bulat / berkumpulan. Struktur meja bulat dapat digunakan untuk menyumbang

saran idea dan untuk menerbitkan beberapa tindak balas terhadap satu soalan

sahaja atau satu siri soalan. Semua pelajar akan terlibat terhadap persoalan

yang di berikan oleh guru dan para pelajar berkerjasama untuk memberi

respon terbaik. Dengan itu secara tidak langsung nilai-nilai falsafah dapat

dipupuk dan di kembangkan dalam diri pelajar.

4.3 Kesimpulan

1) Pembacaan teks cth…

2) Memahami teks

3) Perbincangan pelajaran

Page 24: Penerapan Falsafah Pendidikan Dalam Proses P&P

Berdasarkan kajian penulis terhadap pelaksanaan pengajaran yang dilakukan

oleh guru terbabit, penerapan unsur-unsur falsafah pendidikan dalam proses

pengajaran beliau adalah kurang jelas bahkan penerapan nilai-nilai murni

seperti yang dituntut dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan langsung tidak

dinyatakan.

Sebagai seorang guru bahasa, guru sepatutnya membuat persediaan

yang rapi dan lengkap bagi setiap langkah yang ingin dijalankan semasa

pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Selain itu,

guru juga harus merancang segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran

dengan teliti supaya setiap aktiviti yang akan dilakukan adalah bersesuaian

dengan topik yang diajarkan serta menepati objektif pembelajaran topik

tersebut. Ini kerana perancangan yang teratur dan lengkap akan membawa

kepada perjalanan pelaksanaan pengajaran yang lebih berkesan dan berjaya.

5.0 PENERAPAN UNSUR PENDIDIKAN MELALUI

PELAKSANAAN PENGAJARAN

Page 25: Penerapan Falsafah Pendidikan Dalam Proses P&P

5.1 Pengenalan Tajuk

Penilaian pembelajaran adalah proses di mana penilaian perlakuan murid

tentang penguasaan mereka terhadap apa yang mereka pelajari. Ia berkait rapat

dengan proses pengajaran dan pembelajaran di mana mengukur sejauh mana

pembelajaran yang dilaksanakan dapat mencapai matlamat dan objektif.

Penilaian pembelajaran dilakukan bagi mengenalpasti bentuk tingkah laku

pelajar yang hendak dicapai menerusi matlamat dan objektif yang telah di

tetapkan.

Dalam pembentukan objektif dan penentuan pengalaman

pembelajaran, tindakan yang sesuai seharusnya diambil bagi memastikan

tingkah laku yang diharapkan dapat diadakan. Para ilmuan menggunakan

pendekatan yang berbeza berdasarkan prinsip dalam displin mereka bagi

memastikan tingkah laku itu, serta keupayaan pelajar mencapainya.

Sebagai contoh dari segi psikologi, pembentukkan seorang guru mesti

memahami kanak-kanak dan para pelajar yang diajarnya. Ia mesti mempunyai

penegtahuan yang lengkap tentang sifat kejasmanian dan juga sifat psikologi

kanak-kanak. Selain itu ia mesti mempunyai pengetuan tantang teori

bagaimana bahan ilmu pengetahuan dapat disampaikan kepada pelajar dengan

cara yang berkesan.

Untuk dapat menilai, terlebih dahulu matlamat yang hndak dicapai

mesti ditentukan sebagi ukuran jayanya atau gagalnya pengajaran. Selain

daripada itu untuk dapat menilai, mestilah terdapat kaedah atau cara

pengukuran perubahan tingkahlaku yang berlaku mengikut matlamat ynag

hendak dicapai. Selalunya terdapat dua kesalahan yang berlak di dalam hal ini

iaitu pertama guru tidak menilai perubahan tingkahlaku yang telah

ditentukannya sebagai hasil pengajaran itu dan kedua, guru tidak menilai

perubahan tingkahlaku mengikut ukuran yang telah ditentukannya di dalam

matlamat pengajarannya.

Page 26: Penerapan Falsafah Pendidikan Dalam Proses P&P

Perlu diingat, penilaian ini hendaklah dibuat dengan kerap dan

berterusan bukanya hanya pada penghujung tahun atau apabila suatu

peperiksaan besar berlaku barulah penilaian itu dibuat. Penilaian amat penting

untuk memberikan maklumat maklumbalas kepada guru dan juga murid. Bagi

murid, maklumat maklumbalas tentang perlakuan mereka di dalam

pembelajaran akan dapat membantu mereka memperbaiki kedudukan mereka

di tempat atau di bahagian yang mereka lemah. Bagi guru pula, maklumat

maklumbalas ini akan dapat mengubahsuaikan hipotesis yang telah dibuatnya

dan mempertimbangkan kembali ketentuan dan tindakan yang diambilnya

pada tiga aspek pengajaran yang terlebih dahulu iaitu tentang keadaan murid

dan memikirkan semula langkah mengajar yang lebih sesuai.

5.2 Huraian

Menilai objektif Pengajaran dan Pembelajaran

Merujuk kepada jadual 2.1 yang memaparkan rancangan pengajaran yang

diperolehi dari seorang guru Bahasa Arab, apa yang berlaku dalam jadual

perancangan pengajaran ini ialah jenis tingkah laku yang ditunjukkan oleh

pelajar pada sesuatu pembelajaran khusus iaitu subjek Bahasa Arab.

Dalam domain kognitif, pelajar didedahkan dengan teks Bahasa Arab

Komunikasi dan setiap pelajar dikehendaki membaca teks, mengingat dan

menguasainya. Ia melibatkan aktiviti pengulangan daripada pelbagai fakta

yang spesifik sehingga kepada perbuatan meningat. Semua ini adalah

diperlukan dalam proses pembelajaran.

Kemudian perbincangan dilakukan di akhir kelas bagi mendapatkan

maklum balas daripada pelajar. Daripada perbincangan tersebut guru dapat

menguji sejauh mana kefahaman pelajar terhadap pengajaran pada hari

tersebut. Sekiranya pelajar dapat menguasai pembelajaran tersebut maka

objektif dan matlamat pengajaran telah tercapai.

Page 27: Penerapan Falsafah Pendidikan Dalam Proses P&P

Terdapat beberapa kelemahan daripada rancangan pengajaran yang di

buat oleh guru terbabit (Rujuk jadual 2.1) seperti:

Aktiviti dalam kelas.

Sebagai pencipta situasi pembelajaran, seseorang guru perlu mempelbagaikan

aktiviti agar dengan tujuan untuk mencapai satu-satu perubahan tingkahlaku

yang dikehendaki pada murid. Aktiviti yang dilaksanakan harus bersesuaian

bagi menarik perhatian pelajar untuk belajar dan menumpukan perhatian

kepada pembelajaran.

Hasil / Nilai

Seseorang guru mestilah meletakan nilai yang hendak diterapkan dalam

pengajaran. Nilai-nilai tersebut perlulah selaras dengan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan yang menekankan keseimbangan dari segi intelek, rohani, emosi

dan jasmani.

5.3 Kesimpulan

Kejayaan bagi sesuatu pengajaran dan pembelanjaran bergantung pada

kemahiran guru menyampaikan ilmu. Seseorang guru perlu mempunyai corak

interaksi yang menarik dan berkesan kerana ia memberi pengaruh yang amat

besar terhadap pengubahan tingkah laku pelajar. Perubahan tingkahlaku

adalah hasil daripada proses pencapaian matlamat berdasarkan pemenuhan

keperluan pelajar dan di dalam suasana bilik darjah seseorang guru dapat

mengawal keperluan pelajar-pelajar. Seterusnya pengajaran yang efektif dapat

dihasilkan dan membawa kepada pencapaian matlamat pembelajaran. Guru

juga harus melakukan penilaian terhadap pengajaran yang dilakukan olehnya,

bagi mengenal pasti kelemahannya agar dapat membuat penambahbaikan di

bahagian yang sepatutnya.

6.0 CADANGAN KAEDAH PENGAJARAN BAHASA ARAB

KOMUNIKASI YANG MENEPATI PENERAPAN UNSUR-

UNSUR FALSAFAH PENDIDIKAN

Page 28: Penerapan Falsafah Pendidikan Dalam Proses P&P

6.1 Pengenalan

Dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah beberapa

pendekatan, kaedah, teknik, strategi dan aktiviti boleh diaplikasan oleh guru-

guru. Pemahaman terhadap setiap unsur-unsur tersebut amat penting bagi

memastikan seseorang guru itu mengetahui dan memahami apa yang

dilakukannya dan bagaimana untuk mencapai objektif sesuatu pengajaran dan

seterusnya mencapai matlamat pendidikan yang telah dirancang.

a) Konsep Pendekatan

Konsep pendekatan merujuk kepada bagaimana untuk mendekati sesuatu.

Dalam konteks pengajaran, ianya menjurus kepada pencapaian objektif jangka

panjang sesuatu matapelajaran yang dinyatakan dalam rancangan pengajaran

tahunan. Beberapa teori asas dalam pendididkan boleh diguna pakai

khususnya yang berkaitan dengan psikologi serta sifat semulajadi seseorang

pelajar. Teori-teori tersebut yang didokong dan diamalkan secara berterusan

akan menjadi pegangan para guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Pendekatan-pendekatan yang boleh digunakan ini adalah berdasar

kepada teori-teori pendidikan yang dipelopori oleh tokoh tertentu dalam

bidang psikologi dan pendidikan seperti Thorndike, Pavlov, Maslow , Skinner,

Gestalt dan lain-lain lagi. Sebagai contohnya ialah teori Pembelajaran Induktif

yang diperkenalkan oleh Hilda Taba.

Bagi tujuan mencapai objektif jangka panjang berdasarkan pendekatan

tertentu, maka pelbagai strategi pengajaran diperlukan termasuk kaedah yang

diguna pakai, teknik dan aktiviti yang dirancang. Pendek kata , pendekatan

dalam bidang pendidikan merujuk kepada satu set teori pembelajaran yang

beraksiomatik dan diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran

berdasarkan objektifnya. Guru boleh memilih pendekatan yang ingin

digunakannya bersesuaian dengan objektif pengajaran untuk sesuatu topik.

b) Konsep Strategi

Page 29: Penerapan Falsafah Pendidikan Dalam Proses P&P

Strategi merujuk kepada kemampuan dan kebijaksanaan dalam memilih

pendekatan serta perancangan teknik untuk mencapai sesuatu objektif. Dalam

konteks pendidikan, terdapat beberapa elemen yang mempengaruhi strategi

sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran iaitu kelas yang terlibat, kaedah

yang diguna pakai oleh guru, alat-alat bantu pengajaran, pengetahuan sedia

ada pelajar serta kepakaran guru terbabit. Oleh itu, dalam pengajaran suatu

matapelajaran guru seharusnya bijak dalam menentukan strategi yang ingin

diguna pakai.

c) Konsep Kaedah

Kaedah merupakan satu tindakan atau beberapa jenis tindakan yang bersistem,

tersusun dan spesifik untuk mencapai sesuatu objektif jangka masa pendek.

Terdapat banyak kaedah yang boleh diamalkan dalam pengajaran dan

pembelajaran khususnya untuk pembelajaran bahasa seperti kaedah

penyelidikan, kaedah sokratik dan kaedah projek. Dalam huraian bahagian ini

penulis akan mencadangkan beberapa kaedah yang sesuai untuk diaplikasikan

dalam pengajaran Bahasa Arab.

d) Konsep Teknik

Teknik pula adalah unit-unit kecil yang terkandung di dalam kaedah atau

tingkah laku guru tersebut. Sesuatu teknik dapat dikenal pasti melalui 3 aspek

tingkahlaku guru iaitu aktiviti yang dijalankan, perlakuan guru itu sendiri serta

kemahiran yang ada padanya. Sebagai contoh, dalam kaedah bercerita,

seseorang guru itu mungkin menggunakan teknik menimbulkan minat sebagai

motivasi dan daya tarikan terhadap isi pelajaran atau teknik menyoal yang

sering digunakan dalam aspek kefahaman. Selain itu, banyak lagi jenis teknik

yang baik dan sesuai diguna pakai untuk pengajaran dan pembelajaran Bahasa

Arab Komunikasi Komunikasi seperti hafazan dan latih tubi, tunjuk cara,

syarahan, soal jawab dan bercerita. Pemilihan teknik yang sesuai juga berkait

rapat dengan tahap atau aras kemahiran objektif pelajaran yang biasanya akan

merujuk kepada taksonomi Bloom..

e) Konsep Aktiviti

Page 30: Penerapan Falsafah Pendidikan Dalam Proses P&P

Aktiviti pula adalah gabungan gerak kerja atau tindakan guru dan pelajar

dalam pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai objektif yang ditentukan.

Ia boleh terdiri daripada aktiviti yang dibuat oleh guru tersebut di dalam bilik

darjah seperti kerja berkumpulan, pembentangan, dan permaianan. Kejayaan

dalam pelaksanaan aktiviti di dalam bilik darjah akan menjadikan sesuatu

pelajaran itu bukan sahaja menyeronokkan malahan menarik minat pelajar

untuk menguasai pelajaran tersebut.

6.2 Cadangan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Untuk

Matapelajaran Bahasa Arab

Sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini bahawa terdapat banyak

kaedah yang boleh digunakan dengan sistematik bagi mencapai objektif

pengajaran dan pembelajaran. Walaubagaimanapun, beberapa aspek penting

perlu diambil kira dalam proses pembelajaran khususnya yang berkaitan

dengan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Antaranya ialah kesesuaian

aktiviti yang terkandung di dalamnya serta penerapan aspek nilai dan unsur

falsafah pendidikan.

Ini kerana dalam falsafah pendidikan Islam itu sendiri, pencapaian

sesorang pelajar itu bukan hanya diukur berdasarkan keupayaan menguasai

maklumat dan isi pelajaran yang terkandung dalam sukatan pembelajaran

sahaja, sebaliknya pembangunan nilai sahsiah dalam diri dan aplikasi moral

terhadap persekitaran mengikut acuan pendidikan Islam dan aspirasi

pendidikan kebangsaan juga menjadi kriteria terhadap pencapaian seseorang

pelajar.

Oleh yang demikian, tidak semua kaedah adalah sesuai dalam konteks

pendidikan Bahasa Arab Komunikasi yang amat berkait rapat dengan nilai

kehidupan Islam. Pelbagai perkara harus diambil kira termasuklah aspek

metadologi sejarah pengajaran dan penyebaran ilmu Islam, teknik

pembelajaran zaman para ulama Islam dan kesesuaian aras pelajar dimana

kaedah tersebut akan diimplementasikan. Antara beberapa kaedah yang sesuai

digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab

Page 31: Penerapan Falsafah Pendidikan Dalam Proses P&P

Komunikasi Komunikasi ialah seperti Kaedah Tematik, Kaedah Mengeja,

Kaedah Soal Jawab, Kaedah Latih Tubi, Kaedah Perbandingan dan Kaedah

Induktif.

a) Kaedah Tematik. (Tariqah Al Maudu’iyah)

Kaedah tematik bermaksud proses sesuatu pengajaran itu adalah berasaskan

satu idea besar sebagai tema sebelum dikembangkan kepada beberapa langkah

kecil. Contohnya, dalam minggu pembelajaran tersebut, tema utama yang

dipilih ialah berkaitan keluarga. Dalam satu slot pengajaran , ia boleh

dipelbagaikan seperti nama anggota keluarga, aktiviti keluarga, perbualan

bersama keluarga dan sebagainya.Bagi satu tajuk seperti keluarga ini, semua

cabang pembelajaran Bahasa Arab Komunikasi boleh dipraktikkan melaluinya

samada dari segi nahu (tatabahasa), maqal (penulisan) atau muthola’ah. Di

samping itu ia juga boleh dikaitkan dengan kaedah-kaedah lain seperti

perbualan dalam situasi keluarga atau rakan sebaya di sekolah.

b) Kaedah Mengeja (Tariqah Al Imla’iyah)

Berdasarkan kaedah ini, pelajar akan menulis setiap kalimah dan ayat yang

diungkapkan oleh guru mereka. Melalui kaedah ini latihan dari segi cara

mengeja dan penulisan berlaku disamping kemahiran untuk mengingat suatu

perbendaharaan kata yang baru dapat diperolehi oleh pelajar. Dalam sejarah

Islam sendiri, kaedah ini berkait rapat dengan ijtihad para ulama. Para ulama

meyampaikan pandangan dan ijtihad mereka dan disalin oleh pelajar masing-

masing.

Jadi dalam pembelajaran matapelajaran bahasa khasnya seperti Bahasa

Arab, kaedah mengeja adalah kaedah yang amat penting dalam melatih

pelajar-pelajar supaya dapat mengeja suatu perkataan dengan betul dan tepat

berdasarkan maksudnya.

c) Kaedah soal jawab (Tariqah Al Munazharah)

Kaedah soal jawab ini amat sesuai dan praktikal dalam konteks pembelajaran

bahasa. Ini kerana dalan kaedah ini proses pembelajaran berlangsung dengan

semua pihak memainkan peranan termasuk guru dan pelajar, Bermula dengan

Page 32: Penerapan Falsafah Pendidikan Dalam Proses P&P

penyediaan teks perbualan yang mudah seperti ucapan aluan, terima kasih,

bertanya nama atau bertanya khabar. Frasa-frasa ringkas ini mudah untuk

diingat dan sesuai untuk dipraktikkan di luar bilik darjah sebagai pengayaan.

Walau bagaimanapun , setiap pelajar perlu memahami maksud setiap frasa

bagi menyesuaikan dengan konteks perbualan dan kesesuaian penggunaannya.

d) Kaedah Latih Tubi (Tariqah al Mulazamah)

Kaedah latih tubi ini juga adalah bersesuaian dengan bentuk pembelajaran

bahasa kerana kemahiran berbahasa perlu kepada proses mengulangi apa yang

diperlajari, disebut atau ditulis. Membaca berulang kali merupakan prinsip

utama dalam pengajaran berbentuk latih tubi ini. Ia amat baik terutamanya

bagu tujuan meningkatkan kemahiran lisan dan kemahiran membaca . Kaedah

pembelajaran al Quran secara tradisional lazimnya menggunakan kaedah ini

sejak zaman berzaman dan ia amat berkesan untuk jangka masa yang panjang.

Dalam konteks Bahasa Arab Komunikasi Komunikasi ia penting dalam

menjelaskan aspek nahu secara terperinci mengikut tahap pembelajaran.

e) Kaedah Perbandingan (al Qiyasiyah)

Kaedah ini dimulakan dengan memperkenalkan prinsip asas dan umum

sebelum di huaraikan dengan contoh-contoh serta perincian yang mendalam.

Kaedah ini adalah kaedah lazim yang diguna pakai dalam sistem pembelajaran

moden. Sebagai contoh kaedah ini boleh diterapkan dalam pengajaran kaedah

tatabahasa. Guru akan menjelaskan tajuk pelajaran dan kaedah pada awal sesi

pembelajaran. Selepas itu guru akan memberikan contoh-contoh yang

berkaitan dengan tajuk pembelajaran untuk meningkatkan pemahaman pelajar.

f) Kaedah Induktif

Kaedah adalah berlawanan dengan kaedah perbandingan. Melalui kaedah ini ,

para pelajar didedahkan dengan pelbagai contoh dan situasi serta penghuraian

sebelum pergi kepada kesimpulan. Kaedah ini dapat mengalakkan pelajar

untuk membuat kesimpulan dan rumusan sendiri sebelum dibandingkan

dengan kesimpulan umum yang akan diberikankan oleh guru. Kaedah ini

banyak membantu pelajar untuk berfikir, merenung, menganalisa, dan berlatih

membina kesimpulan dan prinsip. Contohnya dalam konteks pembelajaran

Page 33: Penerapan Falsafah Pendidikan Dalam Proses P&P

Bahasa Arab, kaedah ini turut sesuai dipraktikkan dalam pengajaran qawaid

atau tatabahasa. Setelah diberikan contoh yang banyak dan pelajar membuat

rumusan daripada apa yang boleh difaham olehnya berdasarkan contoh.

6.3 Kesimpulan

Semua kaedah yang dinyatakan dalam sub topik diatas boleh diaplikasikan

oleh seorang guru khasnya dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab.

Selain itu, dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga guru harus

mempertimbangkan beberapa perkara lain seperti pembelajaran yang

dilakukan haruslah berpusatkan pelajar, memastikan keselamatan persekitaran

dan peralatan yang digunakan, peralatan yang digunakan mencukupi, jenis dan

aktiviti yang ingin dilakukan serta pemberian kerja dan tugasan yang

bersesuaian dengan aras pelajaran yang diajar.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, hasil daripada kajian penulis terhadap rancangan

pengajaran yang telah disediakan oleh guru terbabit, rancangan pengajaran

Page 34: Penerapan Falsafah Pendidikan Dalam Proses P&P

tahunan dan huraian sukatan matapelajaran Bahasa Arab Komunikasi

tingkatan 3, penulis mendapati perancangan pengajaran yang dibuat adalah

kurang sistematik dan kurang memenuhi kriteria yang sepatutnya terutamanya

dari segi kejelasan objektif pengajaran dan relevannya dengan huraian sukatan

matapelajaran yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Oleh hal yang demikian, kurang unsur-unsur falsafah diterapkan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh guru terbabit.

Melalui hasil daripada kajian ini juga, maka penulis telah memberikan

cadangan untuk penambahbaikkan serta mencadangkan beberapa kaedah

pengajaran yang boleh diguna pakai dalam pengajaran Bahasa Arab

Komunikasi yang mungkin lebih menepati kehendak dan intipati Falsafah

Pendidikan Kebangsaan.

Dengan penerapan unsur-unsur falsafah pendidikan yang lebih jelas

dalam proses pengajaran dan pembelajaran, maka segala aspirasi dan hasrat

yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan tersebut dapat

direalisasikan dengan jayanya. Maka, hasrat untuk melahirkan individu yang

berilmu pengetahuan dan seimbang dari aspek rohani, intelek, emosi dan

jasmani seperti yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan

menjadi kenyataan.

BAHAN RUJUKAN

Rujukan Buku:

Page 35: Penerapan Falsafah Pendidikan Dalam Proses P&P

Amir Hasan Dawi. 2006. Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan, Edisi Ketiga. Kuala Tanjung Malim: Quantum Books.

Atan Long. 1976. Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bakar Nordin dan Ikhsan Othman. 2008. Falsafah Pendidikan dan Kurikulum, Edisi Kedua. Tanjung Malim: Quantum Books.

Edaris Abbu Bakri. 2004. Pengurusan Strategik: Konsep dan Aplikasi untuk Pendidikan. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Frazer, E. Home. 1989. Environment and The School. London: London University Press.

Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz. 2004. Pedagogi Asas Pendidikan. Kuala Lumpur: Kayazano Enterprise.

Mok Soon Sang. Nota, Panduan dan Latihan MteST: Inventori Sahsiah Keguruan. 2007. Kuala Lumpur: Multimedia Resources Sdn. Bhd.-ES

Rujukan Jurnal dan Artikel:

Asmawati Suhid. 2004. “Pemantapan Komponen Akhlak Dalam Pendidikan Islam Bagi Menangani Era Globalisasi”.

Kamarudin Jaffar. 2001. “Kaedah Mengajar Bahasa Arab”.

Rujuan Internet:

Editor. 1997. Isu Pengajaran dan Pembelajaran. http://ppdtr.tripod.com/pekeliling.htm (akses 12 Februari 2008).

Garlicov, R. 2000. The Uses of Philosophy in Today’s World. http://www.garlikov.com/philosophy/uses.htm (akses 15 Februari 2008).