falsafah kebudayaan PP

download falsafah kebudayaan PP

of 37

Transcript of falsafah kebudayaan PP

  • 8/8/2019 falsafah kebudayaan PP

    1/37

    TEORI

    Definisi Teori

    secara umumnya teori memberi makna sesuatu pendapat, sesuatu cara atausesuatu aturan yang sistematik sifatnya yang dicetuskan oleh seseorang pemikiratau penteori yang boleh digunakan oleh pencetusnya atau pengikutnya samadayang sezaman atau lebih kemudian untk melakukan sesuatu pengkajian atau

    penelitian dalam sesuatu bidang ilmu: sains, teknologi, falsafah, agama,kemasyarakatan dan kemanusiaan.

    Ada teori yang kegunaannya yang exclusive (tertutup) dan ada yang flexible atauluwes fungsi/kegunaannya kpd bidang-bidang ilmu atau disiplin yg lain didlm

    mahupun diluar kelompoknya. Cth: Teori sosiologi atau antropologi bolehditerapkan dalam bidang kemanusian seperti disiplin sastera dgn tanpa atau adaperubahan mengikut kesesuaian.

    Teori kebudayaan/kesenian dapat dibahagikan period kepada Teori Klasik, TeoriModen dan Teori Pascamoden.

  • 8/8/2019 falsafah kebudayaan PP

    2/37

    Teori Estetika

    Teori Memetik

    Teori Feminisme

  • 8/8/2019 falsafah kebudayaan PP

    3/37

    ESTETIKA

    Plato melalui karyanya Symposium mengemukakan teori estetika.

    Menyarankan perlu melakukan renungan dan penelitian untuk

    memberikan pengalaman estetik kepada penghayat seni/pengkaji.

    Alexandar Gotlieb Baumgarten menerbitkan bukunya berjudul

    Aesthetica dalam tahun1950 yang menerangkan estetika itu sesuatu

    yang berhubung dengan keindahan (beautiful).

  • 8/8/2019 falsafah kebudayaan PP

    4/37

    Definisi Estetika

    Estetik merupakan kajian deria atau nilai deria-emosi, ataupun timbangan sentimen

    dan cita rasa. Estetik merupakan subdisiplin sesuatu cabang falsafah, dan sering

    dikaitkan dengan falsafah seni.

    Bererti, estetika adalah sesuatu yang berkaitan dengan deria pengamatan terhadap

    sesuatu perkara atau suasana yang menekankan aspek kesenian atau keindahan

    melalui kesan penghayatan daripada kehalusan karya seni/ budaya.

    Pendekatan estetika popular dikalangan ahli-ahli kritik Formalistik. Mereka yakinsesebuah karya dapat dinikmati apabila sudut estetika di kaji secara mendalam dari

    aspek intrinsik sesebuah karya tanpa menghubungkannya dengan unsur-unsur lain.

  • 8/8/2019 falsafah kebudayaan PP

    5/37

    Konsep Estetika

    Secara mudah estetika merujuk kepada sesuatu objek alam dan seni yang bernilai

    dan berguna pada penglihatan dan penikmatan kita. Seperti sesuatu yang indah,

    yang mengagumkan, yang mempersonakan, yang menarik, yang cantik, termasuk

    juga yang melucukan.

    Apabila kita merasakan sesuatu perasaan luarbiasa @ jarang dialami, seperti rasa

    keindahan, rasa keterharuan, rasa ketakutan, rasa kepuasaan, dan sebagainya.

    Perasaan yang terbit @ dialami oleh anda, pada perasaan itulah letaknya estetika.

  • 8/8/2019 falsafah kebudayaan PP

    6/37

    PENGALAMAN-PENGALAMAN ESTETIKA

    Dimaksudkan bagaimana daya persepsi seseorang dapat menanggapi sesuatu

    keadaan dan kejadian yang berhubung dengan perasaan. Cth. Bagaimanaseseorang dapat melahirkannya dalam bentuk karya, interpretasi dari pengalaman

    dan pemikirannya.

    1. Pengetahuan yang dihubungkan dengan Estetika

    Pengalaman menghayati karya seni@sastera sama ada menarik, menghairankan,ada yang menyedihkan dan ada yang mengagumkan. Dinamakan pengalaman

    estetika.

    2. Nilai-nilai estetika

    Dihubungkan dengan struktur sesebuah karya seperti novel, cerpen, puisi, drama,atau sebarang karya seni yang tidak termasuk karya-karya propaganda.

    Apa yang dipentingkan, hanyalah melihat bentuk dan struktur sesebuah karya itu,

    seperti bagaimana perkembangan plotnya, tema, latar, teknik yang digunakan, stail

    bahasa, perwatakan dan sudut pandangan penulis@kepengarangannya.

  • 8/8/2019 falsafah kebudayaan PP

    7/37

    3. Kritikan Estetika

    Dilakukan oleh kumpulan New Critic yang menamakan diri mereka Formalist. Mereka

    hanya mengkaji bentuk atau form karya kesenian sahaja, melihat keagungan isi

    karya seni itu.

    4. Estetika Spekulatif

    Juga diterangkan sebagai art theory, iaitu pendekatan kajian estetika secara umum

    terhadap kepercayaan pengarang, tentang pengalaman dan perasaannya.

    5. Estetika Empirik

    Kajian secara pemeriksaan yang saintifik dengan data-data tertentu. Sebab itu

    pengalaman2 dalam kajian estetika dijadikan satu cara penyelidikan. Cth dapat

    dilakukan ke atas tingkalaku dan tindakan-tindakan manusia. Antaranya ilmu

    psikologi, sosiologi dan linguistik.

  • 8/8/2019 falsafah kebudayaan PP

    8/37

    TEORI MEMETIK

    Aristotle dalam bukunya berjudul, Poetics melihat senisebagai satu elemen yang mendekatkan manusia dengan

    alam. Dia menggunakan istilah mimetik (mimesis) yangmerujuk kepada proses meniru atau penghasilan semulakata-kata dan gerak-geri orang.

  • 8/8/2019 falsafah kebudayaan PP

    9/37

    TEORI FEMINISME

    Feminisme ialah himpunan teori sosial, gerakan politik, dan falsafah moral yang

    sebahagian besarnya didorong pembebasan perempuan daripada pengetepian oleh

    kaum lelaki. Dalam istilah yang mudah, feminisme merupakan kepercayaan kepada

    kesamaan hak sosial, hak politik, dan hak ekonomi antara kedua-dua jantina.

    Mengelakkan ketaksamaan sosial, politik, dan ekonomi.

    Para aktivis politik feminisme moden biasanya berkempen memperjuangkan hak

    asasi manusia untuk kaum wanita yang merangkumi kebebasan hak pembiakan,

    termasuk hak pengguran yang selamat dan sah di sisi undang-undang, pencegahan

    hamil, perlindungan daripada keganasan, penganiayaan seks, diskriminasi dan rogol,

    hak tempat kerja untuk cuti bersalin dan gaji yg sama. Banyak ahli gerakan

    feminisme menganggap feminisme sebagai suatu gerakan akar umbi yang bertujuanuntuk merentasi sempadan yang berasaskan kelas sosial, bangsa, kebudayaan, dan

    agama.

    Tema-tema feminisme termasuk kebapaan, pengobjekan seks serta penindasan.

  • 8/8/2019 falsafah kebudayaan PP

    10/37

    FALSAFAH

    Falsafah ialah satu disiplin ilmiah yang mengusahakan kebenaran yang umum dan

    asas. Perkataan falsafah berasal daripada perkataan yunani philosophia, yang

    bermaksud "cinta kepada hikmah". Secara umumnya, falsafah mempunyai ciri-ciri

    seperti berikut:

    Merupakan satu usaha pemikiran yang tuntas

    Tujuannya adalah untuk mendapatkan kebenaran

  • 8/8/2019 falsafah kebudayaan PP

    11/37

    KATEGORI FALSAFAH

    Falsafah dapat dikategorikan 5 bidang berdasarkan persoalannya, iaitu:

    Metafizik

    Bidang falsafah ini memikirkan tentang kewujudan.Cth: Jenis benda yang wujud?

    Apakah sifat akal dan berfikir? Apakah yang dikatakan manusia? Apakah yang

    dikatakan sedar? Adakah tuhan wujud?

    Epistemologi

    Bidang falsafah ini memikirkan tentang ilmu pengetahuan. Cth: Apa itu pengetahuan?

    Bagaimana kita tahu apa yang kita tahu?

    Etika

    Bidang falsafah ini memikirkan tentang kemoralan manusia. Cth:Adakah terdapat

    perbezaan antara tindakan bermoral dan tindakan yang salah ? Jika ada, apakah

    perbezaannya? Tindakan yang mana betul dan tindakan yang mana salah?

    Logik

    Logik adalah satu bidang falsafah yang mengkaji penaakulan manusia.

    Estetika

    Bidang falsafah memikirkan tentang keindahan. Cth : Apakah itu indah?

  • 8/8/2019 falsafah kebudayaan PP

    12/37

    TRADISI FALSAFAH

    Falsafah Timur

    Falsafah Budhisme

    Falsafah Hindu Falsafah India

    Falsafah Indonesia

    Falsafah Jepun

    Falsafah Konfusisme

    Falsafah Taoisme

    Falsafah Barat

    Falsafah Yunani Kuno

    Falsafah Kontinental

    Falsafah Anglo-Amerika Falsafah Zaman Pertengahan

    Falsafah Marxisme

    Falsafah Pascamoden

  • 8/8/2019 falsafah kebudayaan PP

    13/37

    PENGENALAN KEBUDAYAAN MALAYSIA

    Kebudayaan adalah keseluruhan cara hidup manusia termasuk hasil

    ciptaan dan pemikiran yang sesuai dengan kehendak rohani dan jasmani

    yang menjadi amalam untuk kesejahteraan hidup.

  • 8/8/2019 falsafah kebudayaan PP

    14/37

    MEMAHAMI KEBUDAYAAN SECARA UMUM

    Kebudayaan merupakan seluruh cara hidup sesuatu masyarakat atau seluruhaspek pemikiran dan tingkahlaku manusia yang diwarisi dari satu generasi ke

    generasi yang lain melalui proses pembelajaran.

    Dari perspektif sosiologi kebudayaan membawa pengertian segala hasil dan idea

    yang dipelajari dan dikongsi oleh ahli-ahli dalam sebuah masyarakat. Initermasuklah segala kepercayaan, nilai-nilai politik, adat resam, undang-undang,

    moral, institusi sosial, seni lukis, bahasa dan bahan-bahan material.

    Edward B.Taylor mentakrifkan konsep kebudayaan:

    "..kebudayaan merupakan satu keseluruhan yang kompleks yang mengandungiilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, kesusilaan, undang-undang, adat resam

    dan lain-lain kebolehan serta kebiasan yang diperolehi oleh manusia sebagai

    anggota masyarakat.

  • 8/8/2019 falsafah kebudayaan PP

    15/37

    BIDANG KEBUDAYAAN (oleh A.Aziz Deraman)

    1) Fikiran / ideaSeperti ilmu pengetahuan, bahasa, falsafah, persuratan, metos, lagenda,

    kesusasteraan, kepercayaan dan cerita-cerita lisan.

    2) Kebendaaan

    Seperti seni bina, bangunan, alat-alat-alat mesin, object de art, pakaian, makanan,

    ubat-ubatan dan perabot.3) Kesenian

    Dilihat dari dua bidang kemahiran iaitu seni lakon ( teater, tarian, muzik, nyanyian )

    dan seni tampak ( ukiran, lukisan, seni pahat, tenunan, takat dan anyaman )

    4) Nilai dan Norma

    Seperti peraturan-peraturan undang-undang, adat resam, folk-ways & mores, gayadan perlakuan, pantang larang, upacara dan nilai-nilai keagamaan dan bersopan

    santun.

  • 8/8/2019 falsafah kebudayaan PP

    16/37

    Nilai dan Norma

    Istiadat naik buai

    Asal-Usul - Dipercayai bermula dari kisah seorang ibu yang mempunyai seorang

    bayi yang menangis tanpa henti. Kemudiannya bayi itu diangkat lalu dibaringkan di

    atas lengan sambil dihayun ke kiri dan ke kanan. Dengan perlakuan itu bayi

    tersebut pun berhenti menangis lalu si ibu pun mencari guni dan tali akar

    mempapan lalu diikat dan digantung menjadi buaian. Bayi tersebut diletakkan di

    atas buaian lalu dibuai sehingga nyenyak.

    Cth Buaian yang dihias cantik upacara mencukur rambut/jambul.

  • 8/8/2019 falsafah kebudayaan PP

    17/37

    Kumpulan Marhaban

  • 8/8/2019 falsafah kebudayaan PP

    18/37

    AdatPerkahwinan Masyarakat Malaysia

    Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum yang hidup dalam suasana yang

    penuh harmoni. Upacara perkahwinan selalu mendapat perhatian penuh dari

    semua golongan di Malaysia. Di sebalik keramaian yang penuh warna warni,

    upacara ini melambangkan perpaduan kaum yang mempunyai latarbelakang

    budaya dan adat resam yang berbeza. Antaranya:

    i. Masyarakat Melayu

    ii. Masyarakat Cina

    iii. Masyarakat India

    iv. Masyarakat Cina Peranakan

    v. Masyarakat Orang Asli

    vi. Masyarakat Iban, Sarawak

    vii. Masyarakat Murut, Sabah

    viii. Masyarakat Portugis (Serani)

  • 8/8/2019 falsafah kebudayaan PP

    19/37

    1. Adat perkahwinan tradisional masyarakat Melayu boleh dibahagikan kepadabeberapa proses iaitu:

    Merisik Atau Meninjau

    Upacara Peminangan

    Upacara Menghantar Tanda

    Hantaran Belanja

    Menjemput Upacara Nikah

    Berinai

    Hari Persandingan

  • 8/8/2019 falsafah kebudayaan PP

    20/37

    2. Di Malaysia majlis perkahwinan masyarakat India dijalankan oleh pedanda

    memulakan upacara perkahwinan dengan sembahyang memohon restu kepada

    Tuhan pengantin lelaki akan mengikat thaali pada leher pengantin perempuankalungan bunga yang dipakai sebanyak tiga kali. Selepas itu pengantin lelaki akan

    memegang tangan pengantin perempuan dan mengelilingi api sebanyak tiga kali.

  • 8/8/2019 falsafah kebudayaan PP

    21/37

    Perkahwinan Masyarakat Asli

  • 8/8/2019 falsafah kebudayaan PP

    22/37

    Perayaankaum-kaum di Malaysia

    Hari Raya Aidil Fitri

    Tahun Baru Cina

    Perayaan Deepavali

    Perayaan Gawai Dayak

    Perayaan Tadau Kaamatan

    Perayaan Krismas

    Pesta Songkran (Masyarakat Siam)

  • 8/8/2019 falsafah kebudayaan PP

    23/37

    Pesta Songkran

    Songkran merupakan perayaan tahun baru tradisional Siam. Masyarakat Siam di

    Kelantan dan kedah turut menyambut perayaan tahun baru ini. Perayaan ini jugadikenali sebagai pesta Songkran. Songkran disambut berdasarkan kepadaKalendar lunar Siam iaitu pada bulan kelima semasa bulan purnama dan jatuhpada hari kelima belas. Pesta Songkran lebih dikenali sebagai pesta mandi air iaitumereka akan menyimbah air sesama mereka dan juga kepada orang ramai

  • 8/8/2019 falsafah kebudayaan PP

    24/37

    Permainan Tradisional Batu Seremban

    Merupakan jenis permainan Laman. Tujuan permainan ialah untuk

    memungut mata timbangan terbanyak. Bilangan pemain ialah beberapa

    pasukan atau satu (1) orang sebelah / sepasukan. Alatan yang digunakan

    di dalam permainan ini ialah Lima (5) uncang (3 cm persegi satu butir).

    Gelanggangnya adalah Permukaan rata.

  • 8/8/2019 falsafah kebudayaan PP

    25/37

    Congkak

    Merupakan jenis permainan Anjung. Tujuan permainan ialah untuk mengumpul dan

    giliran menapak akhir. Bilangan pemain ialah seorang sepasukan. Alatan yangdigunakan di dalam permainan ini ialah Papan congkak dan cakak. Gelanggangnyaadalah sebuah papan congkak yang mengandungi sekampong 5, 7, 8 atau 9.Rumah Anak serta 1 Rumah Ibu. Tiap Rumah Anak diisi cakak.

  • 8/8/2019 falsafah kebudayaan PP

    26/37

    Dam Aji

    Merupakan jenis permainan Anjung. Tujuan permainan ialah untuk mengalahkan

    pihak lawan. Bilangan pemain ialah dua orang seperlawanan dan satu (1) orang

    sepasukan. Alatan yang digunakan di dalam permainan ini ialah Tir dan Papan Dam.

    Gelanggangnya adalah Permukaan rata.

  • 8/8/2019 falsafah kebudayaan PP

    27/37

    Gusti Tangan

    Merupakan jenis permainan Anjung. Tujuan permainan ialah untuk merebahkantangan lawan.

  • 8/8/2019 falsafah kebudayaan PP

    28/37

    Galah Panjang

    Merupakan jenis permainan Laman. Tujuan dan matlamat permainan adalah untuk

    mengalahkan pihak lawan melalui jumlah Bilon yang diperolehi. Pemain terdiri

    daripada regu iaitu tiap-tiap regu mestilah mengandungi lima (5) orang pemain (empat (4) orang pemain dan satu (1) simpanan ). Perlawanan di dalam permainan

    ini adalah berkonsepkan Pertahan oleh satu regu dan Penyerang oleh satu regu

    yang lain. Gelanggang Galah panjang di bina di eprmukaan yang rata dan

    mendatar.

  • 8/8/2019 falsafah kebudayaan PP

    29/37

    Lain-lain Permainan tradisional

    Biji Saga

    Berlaga Kerbau Dan Lembu

    Ceper

    gasing

    Guli Layang-Layang

    Sepak Bulu Ayam

    Sepak Raga Ratus

  • 8/8/2019 falsafah kebudayaan PP

    30/37

    Pakaian Tradisi

    Busana Melaka Busana Kelantan

    Busana Sabah

    Busana Sarawak

    Busana Kaum India

    Busana Kaum Cina

  • 8/8/2019 falsafah kebudayaan PP

    31/37

    PENGENALAN KESENIAN

    Sesuatu bangsa yang bertamadun ditakrifkan menerusi paparan kesenian yang tinggidan dijelmakan dalam pelbagai manifestasi seperti seni lukis, seni pentas, seni muzik,

    seni sastera, seni filem dan seumpamanya. Secara umum seni boleh difahamkan

    sebagai sesuatu yang halus, elok, cantik, menusuk jiwa dan memuaskan pancaindera.

  • 8/8/2019 falsafah kebudayaan PP

    32/37

    Muzik

    Boria

    Dikir Barat

    Dondang Sayang

    Gendang Pahang

    Ghazal

    Muzik Gamelan

    Muzik Kaum Semela

    Alatan muzik

    Idiofon (idiophone) cth Angklung Cak Lempong, Kulintangan, Gong

    Membronofon ( membronophone) cth Gedombak Gendang, Gamelan

    Erofon (aerophone) cth Serunai SerulingS ompoton

    Kordofon cth Gambus Sape , Kecapi Buluh

  • 8/8/2019 falsafah kebudayaan PP

    33/37

    Tarian

    Tarian Tradisional Melayu

    Tarian Tradisional Cina

    Tarian Tradisional India

    Tarian Tradisional Sikh

    Tarian Etnik Sabah

    Tarian Etnik Sarawak

  • 8/8/2019 falsafah kebudayaan PP

    34/37

    Nyanyian

    Nyanyian merupakan salah satu aktiviti manusia yang bertujuan untuk

    mengembirakan hati. Nyanyian boleh dilakukan dengan bantuan alat musik

    atau hanya dengan secara bertepuk tangan dan sebagainya. Nyanyian

    memerlukan daya kreativiti manusia dan dianggap sebagai salah satu cabang

    seni.

    Nyanyian merujuk kepada aktiviti membunyikan suara dalam bentuk tertentu

    yang bertujuan menghasilkan nada dan melodi yang disenangi mereka yang

    menyanyi digelar penyanyi.

    Penyanyi- adalah mereka yang menyampaikan lagu atau nyanyian dengan

    diiringi muzik. Terdapat beberapa jenis muzik daripada jenis tradisional,

    klasik, rock and roll, pop, alternatif, dan nasyid. Penyanyi boleh menyanyi

    secara solo ataupun secara berkumpulan.Dendangan Rakyat Terengganu, Lagu Tradisional Perak, Lagu Patriotik

    Malaysia , Nyanyian Rakyat , Lagu Tradisional Sarawak dll.

  • 8/8/2019 falsafah kebudayaan PP

    35/37

    Teater

    Teater tradisional Malaysia terbentuk dalam kepelbagaian yang unik,

    tersendiri dan menarik. genre seni ini mewakili latar belakang kebudayaanmasyarakat asal yang mempeloporinya. Justeru, pengaruh kebudayaan

    masyarakat jelas terpancar dalam semua item penting yang terkandung di

    dalamnya sama ada peralatan muzik, gerak tari, kostum dan konsep

    persembahannya. Identiti tersebut terus diwarisi dalam teater tradisi yang

    masih wujud seperti Mak Yung (Kelantan), Mek Mulung (Kedah), WayangKulit (Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor), Jikey (Kedah dan Perlis),

    Nur Sakti (Terengganu), Hamdolok (Johor), Tarian Pulai (Johor), dan

    Rodat di Terengganu.

  • 8/8/2019 falsafah kebudayaan PP

    36/37

    Seni Tampak

    Seni lukis dikenali sebagai seni rupa, seni tampak atau seni visual merupakan

    seni yang boleh dinampakkan, diamati menerusi proses melihat, kadangkala

    mengasyikkan dan membangkitkan rasa, tafsiran, fikiran dan persoalan kepada

    kepada penontonnya.

    Balai Seni Lukis Negara bertanggungjawab bagi menghimpun, memulihara,

    mempamer karya seni tempatan dan antarabangsa, serta mendidik dan

    menyelidik sambil menyemarakkan kecintaan masyarakat terhadap seni,khususnya seni tampak.

  • 8/8/2019 falsafah kebudayaan PP

    37/37

    SEKIAN TERIMA KASIH