PEMBENTANGAN TOPIK 3

27
WAJ 3107: Seni dalam Pendidikan TOPIK 3 : IRAMA, WARNA DAN RUANG

description

1

Transcript of PEMBENTANGAN TOPIK 3

Seni dalam Pendidikan TOPIK 3 : IRAMA, WARNA DAN RUANG

WAJ 3107: Seni dalam PendidikanTOPIK 3 : IRAMA, WARNA DAN RUANG

Unsur Seni-Ruang-Warna-IramaKONSEP IRAMAIrama elemen berulang mengikut rentak yang menghasilkan pergerakanIrama merupakan elemen yang terdapat dalam seni muzik. Irama dapat dinyatakan sebagai rentak yang berlaku secara berulang.

Sesuatu irama itu boleh dinikmati sewaktu kita mendengar muzik. Irama yang menarik dalam sesuatu muzik akan mempengaruhi seseorang untuk mendengar muzik tersebut berulang kali. Dalam kehidupan kita seharian, kita semestinya akan menemui pelbagai irama.

Sebagai contoh bunyi tapak kaki, bunyi degupan jantung, bunyi titisan air di sinki dan sebagainya. Semua ini merupakan irama yang wujud disekeliling kita tanpa kita sedari dan kebanyakan ianya berlaku setiap masa.

ulangan objek yang menimbulkan pergerakanDalam pendidikan seni, irama digambarkan sebagai sesuatu susunan corak yang berulang dan susunan sekata yang mewujudkan pergerakan.

Kanak-kanak akan mula memahami sesuatu kemahiran yang berbentuk irama melalui aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke kanan, menari, melukis corak dan sebagainya. Sebenarnya irama dapat meransang minda kanak-kanak untuk memberikan tumpuan apa yang sedang dilakukan. Tanpa kehadiran muzik, sudah semestinya sesuatu aktiviti itu menjadi hambar dan murid akan merasa cepat bosan.

KEPENTINGAN IRAMA KEPADA KANAK-KANAKSelain itu, kehadiran Irama dalam aktiviti yang dilakukan secara tidak langsung menarik minat kanak-kanak untuk menyertai sesuatu aktviti dengan lebih seronok dan bersemangat. Kanak-kanak akan merasa lebih seronok melakukan aktviti seperti melompat sambil mengikut irama muzik.

Menjadikan pelajar banyak melakukan pergerakan dan secara tidak langsung, elemen yang ketiga dipenuhi. Elemen-elemen seni dalam pengajaran ini menjadi satu hubung kait yang kukuh dalam menjadikan pengajaran lebih efektif dan kreatif.

Kanak-kanak akan menjadi lebih terdorong untuk memahami sesuatu perkara secara seronok. Kesimpulannya, guru perlu mengambil langkah dalam memanipulasikan elemen seni dalam pengajaran supaya pengajaran mereka akan menjadi lebih berkesan.

CONTOH GAMBAR IRAMA

arca pergerakan/irama

KONSEP RUANGKawasan kosong di sekeliling sesuatu objek, jarak di antara dua objek, ataupun rongga yang terdapat dalam sesuatu objek.Ruang juga wujud dalam gambar bersifat 2 Demensi.Ruang ini hanya dapat dilihat atau dirasa kewujudannya.

JENIS-JENIS RUANGJenis-jenis ruang terbahagi kepada 2 :

a. ruang nyata / fizikalb. ruang Ilusi / tampak

Ruang nyata atau fizikalRuang nyata-merupakan ruang yang terdapat di persekitaran* ruang terbuka - kawasan lapang / luas* ruang tertutup - kawasan sempit / terhad

RUANG TERBUKARUANG TERTUTUPRuang IlusiRuang ilusi-merupakan ruang yang dihasilkan dalam karya seni visual seperti lukisan, catan dan rekaan grafik.

Berpandukan grid perspektifKONSEP WARNAWarna adalah tindak balas cahaya ke atas permukaan atau objek di dalam sekeliling.

Tuhan telah menjadikan alam ini penuh dengan warna warni yang boleh dinikmati oleh manusia.

Manusia boleh membina imej dirinya dengan penampilan warna yang tepat dan sebuai mengikit situasi tertentu.

3 Roda warna adalah gambaran visual warna ditetapkan mengikut hubungan warna antara watu sama lain.

Bermula dengan posisi roda warna, warna asas mempunyai jarak yang sama daripada satu sama lain, kemudian tercipta warna sekunder dan tertier.

Istilah-istilah ini merujuk kepada kumpulan atau jenis warna.

Roda Warna

JENIS-JENIS WARNAWarna Asas

Warna asas- merah, biru dan kuning1.Warna asas atau warna primer merupakan warna dasar sesebuah warna2. Warna-warna yang tidak boleh dibuat daripada campuran warna lain tetapi boleh menghasilkan warna kedua dan ketiga3. Mempunyai kuasa yang hebat4. Digunakan dalam penghasilan seni seperti poster, bendera, logo, lencana dan sebagainyaWarna Sekunder

warnasekunder - jingga, ungu dan hijau1. Juga dipanggil warna kedua2. Warna sekunder dicipta daripada campuran dua warna asas. Warna sekunder = warna asas + warna asas3. Warna sekunder ialah jingga, ungu dan hijau a. Jingga = merah + kuning b. ungu = merah + biruc. hijau = kuning + biru

Warna Tertier

Warna-warna tertier1. Dicipta daripada campuran warna asas dan warna sekunder di sebelahnya dalam roda warnawarna tertier = warna asas + warna sekunder2. Warna tertier terdiri daripada a. biru ungu= biru + ungu b. biru hijau= biru + hijau c. kuning jingga= kuning + jingga d. kuning hijau= kuning + hijau e. merah jingga= merah + jingga f. merah ungu= merah + ungu NILAI WARNATerang campur putihGelap campur hitam

WARNA KROMAMencampurkan warna dengan penggenapnya.Menggambarkan kesan yang agak pudar yang sesuai untuk perasaan sunyi, sedih dan nostalgia dalam catan.Ada 3 peringkat; cerah, sederhana, pudarGUBAHAN WARNAWarna harmoni-bersebelahan Penggenap bertentangan

Suhu warnaWarna sejukWarna panas

SUHU WARNA

Warna panasWarna sejuk* --Warna yang mempunyai kesan cahaya yang rendah-Warna yang berupaya memberi kesan redup, tenang dan damai serta sejuk mata memandang.-Contoh : biru,hijau dan unggu

-Warna yang mempunyai kesan cahaya yang tinggi- Warna yang berupaya memberi kesan terang dan garang- Contoh warna : kuning, merah dan oren.

PERANAN WARNA DALAM KEHIDUPAN SEHARIANWarna boleh mempengaruhi emosi contohnya, bila memakai baju lembut atau garang atau terang.Warna dapat melambangkan peribadi dan tingkah laku seseorang.Warna boleh memberi motivasi dan semangat kepada kita.Warna memberi ketenangan dalam kehidupan. Warna boleh menceriakan suasana sekeliling.