Pembentangan Lanskap

39
Definisi Landskap merupakan persekitaran yang dialami oleh setiap individu. Ia membawa maksud yang luas merangkumi struktur geologi tanah, flora dan fauna, corak aktiviti manusia seperti perladangan, perhutanan, penempatan dan perindustrian. Ia juga merupakan interaksi di antara sumber semula jadi dengan keperluan manusia yang merangkumi usaha mengagumi keindahan dan nilai estetik, seni bina serta keseluruhan ekologi dan sejarah sesuatu kawasan.(Jabatan Landskap Negara,2005) Landskap ialah istilah daripada bahasa Belanda yang bermaksud pemandangan desa. Walaupun begitu, istilah ini biasanya merujuk pada keseluruhan rupa bumi sama ada di bandar atau desa termasuk ciri-ciri semula jadi seperti tumbuhan-tumbuhan, tasik, gunung-ganang dan struktur buatan manusia seperti bangunan, jalan raya dan sebagainya. Arkitek Landskap merupakan satu profesion yang terlibat secara langsung di dalam memberi perkhidmatan professional dalam pembangunan Landskap bermula daripada peringkat perancangan, reka bentuk, pelaksanaan dan pengurusan setiap projek pembangunan. Kontraktor landskap pula ialah orang yang membuat kerja-kerja pembinaan dan pengurusan landskap. Kebiasaan pengertian landskap dirujuk kepada 2 kategori iaitu landskap lembut dan landskap kejur. Landskap lembut terdiri daripada unsur-unsur tanaman sama ada pokok utama, pokok renek, pokok jenis memanjat, pokok herba, atau jenis menutup bumi. Landskap kejur pula meliputi unsur-unsur binaan seperti kerusi taman, tempat pejalan kaki, tempat sampah, papan tanda, lampu, arca-arca, meja taman dan sebagainya. 1

description

LANDSKAP POKOK

Transcript of Pembentangan Lanskap

DefinisiLandskap merupakan persekitaran yang dialami oleh setiap individu. Ia membawa maksud yang luas merangkumi struktur geologi tanah, flora dan fauna, corak aktiviti manusia seperti perladangan, perhutanan, penempatan dan perindustrian. Ia juga merupakan interaksi di antara sumber semula jadi dengan keperluan manusia yang merangkumi usaha mengagumi keindahan dan nilai estetik, seni bina serta keseluruhan ekologi dan sejarah sesuatu kawasan.(Jabatan Landskap Negara,2005)Landskap ialah istilah daripada bahasa Belanda yang bermaksud pemandangan desa. Walaupun begitu, istilah ini biasanya merujuk pada keseluruhan rupa bumi sama ada di bandar atau desa termasuk ciri-ciri semula jadi seperti tumbuhan-tumbuhan, tasik, gunung-ganang dan struktur buatan manusia seperti bangunan, jalan raya dan sebagainya.Arkitek Landskap merupakan satu profesion yang terlibat secara langsung di dalam memberi perkhidmatan professional dalam pembangunan Landskap bermula daripada peringkat perancangan, reka bentuk, pelaksanaan dan pengurusan setiap projek pembangunan. Kontraktor landskap pula ialah orang yang membuat kerja-kerja pembinaan danpengurusan landskap.Kebiasaan pengertian landskap dirujuk kepada 2 kategori iaitu landskap lembut dan landskap kejur. Landskap lembut terdiri daripada unsur-unsur tanaman sama ada pokok utama, pokok renek, pokok jenis memanjat, pokok herba, atau jenis menutup bumi. Landskap kejur pula meliputi unsur-unsur binaan seperti kerusi taman, tempat pejalan kaki, tempat sampah, papan tanda, lampu, arca-arca, meja taman dan sebagainya. Menurut Hubbard dan Kimball (1917), Senibina landskap merupakan: Seni halus di mana fungsi utamanya adalah untuk mencipta dan memelihara kecantikan alam sekitar yang diduduki oleh manusia termasuk kawasan semulajadi negara. Menurut Garrett Eckbo (1950), Seni bina landskap merupakan: sebahagian landskap yang dibentuk oleh manusia dengan tujuan utamanya sebagai ruang untuk manusia hidup (tidak termasuk pertanian dan perhutanan).

A. Jenis-Jenis Landskapa. Landskap KediamanLandskap kediaman dibahagikan kepada dua iaitu Landskap kediaman luar bandar dan Landskap kediaman bandar. Landskap-landskap ini dipengaruhi oleh keadaan ekonomi dan budaya.1. Landskap kediaman luar bandarMempunyai ruang yang luas, menekankan aspek pemeliharaan, pemuliharaan, dan peningkatan suasana desa. Kebanyakan tumbuhan di tanam dalam tanah.2. Landskap kediaman bandarMempunyai ruang yang terhad, menekankan aspek ringkas dan selesa, selalunya landskap dirancang dengan lebih teratur dan sistematik. Kebanyakan tanaman ditanam di dalam pasu.

b. Landskap dipengaruhi oleh keadaan budaya 1. Masyarakat MelayuMenanam tumbuhan herba dan perasa contoh serai, pandan, halia, cekur, lengkuas, pokok kari, limau purut, kantan, senohong, selom dan pegaga. Elemen buatan seperti pagar dan wakaf juga adalah pengaruh dari budaya.Foto: Rumah Melayu

2. Masyarakat CinaMenanam tumbuhan berwarna merah dan kuning contoh adenium, pinang merah, bonsai, limau dan kemunting. Elemen buatan seperti pondok merah didirikan untuk upacara keagamaan, tanglung merah dan air terjun buatan.

3. Masyarakat IndiaMenanam tumbuhan seperti melur, susun kelapa, tebu, pisang, sireh dan pinang. Elemen buatan seperti periuk tanah dan air terjun dan patung.

c. Landskap kawasan sekolahTumbuhan hiasan yang harmoni dan mewujudkan suasana kondusif ditanam di kawasan sekolah. Elemen yang dapat digunakan seperti bangku, meja, wakaf bagi mengurangkan kebosanan dan menanam pelbagai warna dan bentuk pokok untuk memberi suasana yang segar.Foto:

d. Landskap kawasan hospitalSuasana tenang diwujudkan dengan menggunakan elemen air. Penerapan unsur-unsur terapeutik dan pemilihan tumbuhan yang berwarna, tumbuhan hiasan yang tersusun dan tumbuhan yang berbau harum bagi mencapai tujuan tersebut.Foto: Hospital Sg. Buloh

e. Landskap kawasan masjid/gerejaLandskap ini mengutamakan fungsi estetik dan nilai. Elemen landskap seperti wakaf digunakan. Penggunaan tumbuhan berbau harum juga dijadikan elemen penting.Foto: Masjid Sultan Mizan

f. Landskap Kawasan RekreasiSuasana persekitaran yang selesa dan segar diwujudkan. Banyak menggunakan tumbuhan berwarna hijau dan menggunakan banyak pokok naungan. Penggunaan elemen siar kaki, laluan refleksologi, pergola, pancutan air, kolam ikan hiasan dan wakaf.Foto:

g. Landskap Kawasan BersejarahMewujudkan kembali hasil peninggalan satu budaya. Tumbuhan dan binaan merujuk kepada elemen yang berkaitan budaya. Antara contoh ialah mewujudkan landskap hasil peninggalan budaya Portugis, Belanda dan British seperti di Bukit Tinggi, Lembah Bujang, A Famosa dan Bukit larut. Foto:

h. Landskap Kawasan Perindustrian Tumbuhan yang ditanam khusus untuk mengawal pencemaran udara, bunyi dan mengadang pemandangan yang tidak menarik. Tumbuhan yang sesuai mempunyai tekstur yang padat, permukaan daun yang berbulu dan air ini dapat membantu menyerap habuk dan bunyi.i. Landskap Kawasan Taman TemaBanyak menggunakan elemen air dan tumbuhan naungan. Tumbuhan yang ditanam mempunyai nilai estetik seperti bonsai dan topiary.Foto:

j. Landskap Kawasan Laluan/ JalanTumbuhan yang ditanam berfungsi menunjuk arah, menghalang cahaya, kenderaan/matahari, membahagi kawasan dan menyerap habuk. Tumbuhan yang di pilih hendaklah yang tahan lasak pada panas, kurang penyelenggaraan dan pokok yang kuat serta tidak mudah tumbang. Foto:

B. Landskap Semula JadiAlam semula jadi merangkumi segala jirim hidup dan jirim bukan hidup yang berada secara semula jadi di bumi. Dalam pengertian yang paling tulen, ia adalah persekitaran yang tanpa kegiatan manusia. Lawannya perkataan "alam semula jadi" ialah "persekitaran terbina".Bagi sebahagian orang, terdapat kesulitan terhadap istilah "alam semula jadi" kerana kebanyakan persekitaran semula jadi mempunyai pengaruh manusia pada satu masa atau lain, baik secara langsung atau tidak. Bagi mengatasi masalah ini, sedikit sebanyak pengaruh manusia di izin tanpa menyebabkan sesuatu landskap dikecualikan daripada status "semula jadi". Biasanya, maksud istilah ini tergantung kepada konteksnya lebih daripada definisi yang ditentukan. Banyak persekitaran alam semula adalah hasil daripada interaksi di antara alam semula jadi dan manusia. Oleh sebab alasan ini, istilah "ekosistem" telah digunakan untuk menggambarkan persekitaran yang mengandungi alam semula jadi, termasuk manusia. Berdasarkan ini, masalah persekitaran adalah masalah manusia atau sosial. Ada sebilangan orang menganggap bahawa pengasingan "persekitaran" daripada "manusia" amat berbahaya. Ini merupakan pemahaman umum yang telah menjadi dasar environmentalisme, yakni pergerakan politik, sosial dan falsafah yang luas dan yang menyokong pelbagai tindakan dan dasar untuk melindungi apa-apa alam semula jadi yang tinggal, atau mengembalikan serta mengembangkan peranan alam semula jadi di persekitaran ini. Sungguhpun tanah gersang semakin jarang, alam liar (umpamanya, hutan yang tidak dikendali, padang rumput yang tidak dikerjakan, binatang liar dan bunga liar) dapat ditemui di banyak tempat yang dahulu dihuni manusia.Matlamat yang biasanya dinyatakan oleh ahli kaji persekitaran termasuk:1. Pengurangan dan pembersihan pencemaran buatan manusia dengan matlamat pencemaran sifar pada masa hadapan;2. Pengurangan penggunaan bahan api yang tidak boleh baharu dan pembangunan alternatif yang terdiri daripada tumbuh-tumbuhan, bahan yang berkarbon rendah atau sumber tenaga yang boleh baharu;3. Pemuliharaan dan penggunaan sumber berkurangan yang boleh kekal, seperti air, tanah dan udara;4. Perlindungan ekosistem perwakilan, unik ataupun asli;5. Pemeliharaan dan pengembangan spesies terancam atau ekosistem dari kepupusan;6. Penubuhan rizab alam semula jadi dan biosfera di bawah pelbagai jenis perlindungan; dan7. Pada paling umumnya, perlindungan biodiversiti dan ekosistem yang diperlukan oleh semua manusia dan hidupan yang lain di bumi ini.Baru-baru ini, terdapat rasa bimbang yang sungguh mendalam tentang pertukaran iklim yang disebabkan oleh pelepasan antroprogenik gas rumah tanaman, terutamanya karbon dioksida, dan interaksi dengan penggunaan manusia dan alam semula jadi. Usaha-usaha telah ditumpukan terhadap pengurangan gas rumah tanaman yang menyebabkan pertukaran iklim (iaitu, melalui "Konvensyen Pertukaran Iklim" dan "Protokol Kyoto") dan penciptaan strategi penyesuaian bagi membantu spesies, ekosistem, manusia, negara dan wilayah untuk menyesuaikan diri dengan pertukaran-pertukaran iklim.Foto: Landskap semula jadi

C. Landskap ModenLandskap moden dipengaruhi oleh berbagai-bagai faktor sehingga ke hari ini. Beberapa konsep telah dikenal pasti pada awal kemunculan idea mengenai landskap. Dari Eropah, Asia dan segenap negara Mediteranean mempunyai konsep landskap yang tersendiri.

1. Konsep English nature/ romantic period (1715-1837)Konsep ini menanamkan minat kepada nilai estetik tidak formal berbanding formal. Prinsip-prinsip komposisi lukisan mula diamalkan dalam landskap sebenar(picturesque). Penekanan kepada landskap semula jadi dan ekologi mula dilakukan. Kerja pembinaan landskap yangromantik dilakukan dalam konsep ini. Pada era ini terjadinya penolakan kepada idea landskap geometri. Contoh pembinaan yang menggunakan konsep ini ialah Taman Longleat, Chatsworth dan Kew Garden.Taman Botani Diraja Kew Kebun Botani Diraja Kew biasanya dirujuk sebagai Kebun Kew sahaja (Kew Gardens), berkeluasan 121 hektar dan terletak di Richmond dan Kew di barat daya London, England. Pengarahnya adalah Profesor Stephen D. Hopper, yang menggantikan Profesor Sir Peter Crane. Taman Botani Diraja Kew juga ialah nama pertubuhan yang menjaga Taman Kew dan taman Wakehurst Place di Sussex. Ia adalah sebuah institusi penyelidikan dan pendidikan botani penting dengan 700 kakitangan dan pendapatan 56 juta untuk tahun berakhir 31 Mac 2008, dan juga sebagai suatu tarikan pelawat yang menerima hampir 2 juta lawatan pada tahun itu.Taman ini merupakan sebuah perbadanan awam NGO yang ditaja oleh Jabatan Hal Ehwal Persekitaran, Makanan dan Luar Bandar. Kebun Kew ditubuhkan pada 1759 dan telah meraikan ulang tahun ke-250nya pada 2009. Pengarah Taman Botani Diraja Kew bertanggungjawab terhadap pengumpulan terbesar tumbuhan hidup di dunia. Pertubuhan ini mempunyai lebih daripada 650 orang saintis dan kakitangan lain. Koleksi hidup termasuk 30,000 jenis tumbuh-tumbuhan berlainan, herbarium yang terbesar di dunia dan lebih daripada 7 juta spesimen tumbuhan terawet. Perpustakaannya mengandungi lebih daripada 750,000 jilid, dan koleksi ilustrasi mengandungi lebih daripada 175,000 cetakan dan lukisan tumbuh-tumbuhan. Tapak Kew mengandungi empat bangunan senarai Gred I dan 36 struktur senarai Gred II dalam sebuah landskap penting secara antarabangsa.

Foto: Taman Botani Diraja Kew, UK

D. Prinsip dan Elemen Dalam LandskapAda beberapa prinsip yang perlu dipatuhi untuk mereka bentuk landskap. Prinsip-prinsip tersebut ialah keringkasan, kesatuan, keanekaan, penumpuan, keseimbangan, irama, aturan dan sekala. Prinsip-prinsip ini telah diterima umum sebagai asas yang perlu difikirkan sebelum mereka bentuk sesuatu kawasan landskap.1. KeringkasanReka bentuk landskap yang hendak dibina seharusnya ringkas, teratur, mudah difahami dan mewujudkan susunan dan kesatuan. Kalau boleh menggunakan unsur-unsur dan elemen-elemen terpenting sahaja seperti tumbuh-tumbuhan, air, dan struktur binaan yang mudah dan ringkas untuk mengelakkan kawasan dan suasana landskap yang kelam kabut. Landskap yang ringkas boleh meningkatkan daya tarikan jika pengurusan dan penyenggaraan dijalankan dengan rapi.

Foto: Keringkasan

2. KeanekaanKeanekaan adalah penggunaan pelbagai jenis elemen dalam sesuatu reka bentuk landskap. Banyak ciri digunakan terutamanya tumbuhan yang berbagai saiz, bentuk, warna dan tekstur. Ia dapat menimbulkan satu daya tarikan serta mengelakkan rasa jemu atau bosan. Keanekaan dapat diterjemahkan melalui penggunaan kepelbagaian elemen seperti warna, bentuk, tekstur, perubahan haluan, pergerakan, bunyi dan juga kualiti cahaya.Apabila menggunakan prinsip keanekaan, sekurang-kurangnya tiga unsur reka bentuk perlu dikaitkan pada satu gabungan iaitu:a. campuran tiga warnab. campuran 3 teksturc. campuran 3 ukuran

Foto: Keanekaan

3. KeseimbanganIa bermaksud pembahagian yang sama bagi ruang-ruang luar. Ia juga melibatkan keseimbangan dari segi saiz ruang, tinggi pokok dan juga bentuk tumbuhan. Keseimbangan adalah untuk mewujudkan kestabilan sama ada secara formal atau tidak secara formal. Keseimbangan formal bersifat geometri, simetri, dan ditentukan melalui pengulangan elemen-elemen yang sama di kiri dan kanan. Keseimbangan tidak formal lebih dinamik dan lebih bersifat natural. Keseimbangan adalah popular dari segi visual untuk mendapatkan pemandangan yang menarik. Gubahan dan susunan tanaman dalam landskap boleh dibahagikan kepada dua cara iaitu:i. Susunan seimbangMemberi persepsi yang formal lantaran tanaman dan elemen landskap diatur sama bentuk, sama bilangan, sama warna, sama ukuran dan sama tekstur sama ada di bahagian kiri atau kanan kawasan. Selalunya didapati di taman formal seperti di negara Perancis dan negara Islam.Foto:

ii. Susunan tidak seimbangMemberikan persepsi yang selesa, nyaman dan ketenangan.Keseimbangan terbahagi kepada 2 jenis iaitu:a. Keseimbangan antara kedua-dua bahagian garisan (kiri-kanan)Diatur secara formal dengan kedua-dua bahagian garisan mempunyai aturan yang sebentuk atau ukuran yang kontras antara kiri dan kanan.b. Keseimbangan perspektifMeliputi keseimbangan bahagian depan, tengah dan belakang. Susunan tanaman dalam keseimbangan ini selalunya melibatkan penanaman pokok jenis hiasan di bahagian belakang, jenis renek di bahagian tengah dan jenis penutup bumi di bahagian hadapan. Tanaman boleh dipilih berdasarkan tekstur dan warna (menggunakan tanaman yang bertekstur kasar, sederhana dan halus untuk menampakkan kawasan atau ruang yang luas dan sebaliknya. Pemilihan warna pula, bahagian belakang haruslah berwarna lebih cerah dari kawasan tengah atau hadapan.Foto:

4. Skala/ ukuranSkala adalah pertalian dan perbandingan saiz di antara sesuatu elemen dengan elemen yang lain dan perbandingan saiz dengan manusia dan persekitarannya. Manusia terutamanya adalah pengguna kawasan landskap yang utama dijadikan sebagai rujukan dan perbandingan. Penggunaan elemen-elemen yang besar dalam ruang yang sempit akan menampakkan kawasan menjadi lebih kecil daripada sebenarnya. Sementara penggunaan elemen-elemen yang kecil dalam ruang yang luas akan menampakkan kawasan menjadi lebih besar daripada saiz sebenarnya. Pokok naungan jenis besar / pokok renek jenis rendah tidak sesuai ditanam berhampiran dengan rumah. Warna juga dapat memberi ukuran kepada ruang. Contohnya ruang yang ditanam dengan pokok jenis daun akan kelihatan sempit berbanding dengan ruang yang ditanam dengan tanaman yang berwarna cerah. Dalam landskap, ukuran bermaksud dimensi sesuatu ruang atau saiz sesuatu elemen/objek. Ukuran boleh dikira dalam bentuk mutlak.

Foto:

5. Turutan/ Ulangan Penggunaan elemen terutamanya tumbuh-tumbuhan adalah berulang-ulang. Ulangan selalunya dalam bentuk linear (memanjang) atau barisan. Prinsip turutan akan memberikan pemandangan yang bersambungan dan berterusan dalam sesuatu kawasan. Prinsip ini biasanya digunakan bagi membahagikan kawasan, menunjukkan sempadan kawasan atau menunjuk arah bagi laluan-laluan tertentu seperti di tepi jalan. Turutan daripada satu gubahan dan susunan tanaman kepada satu gubahan dan susunan tanaman yang lain mengikut perubahan bentuk, warna, tekstur, ukuran dan jarak tanaman. Penanaman pokok dengan jarak yang berbeza boleh memberi pandangan yang harmoni, terutamanya apabila turutan jarak dari sebatang pokok ke jarak gabungan pokok-pokok. Susunan mengikut turutan jarak ini boleh memberi tumpuan atau daya tarikan dalam landskap.Foto:

6. PenumpuanPenumpuan bermaksud reka bentuk taman mini yang dibuat menjadi tumpuan dan menarik perhatian. Elemen tertentu dijadikan daya tarikan. Penumpuan biasanya dibuat pada tempat-tempat yang strategik, unik dan paling menarik. Elemen penumpuan dapat diwujudkan dengan menggunakan warna tumbuhan yang menarik, tekstur yang kasar, bentuk yang unik atau garisan yang bertemu di satu tempat.Foto:

E. Pemilihan Konsep untuk Kawasan Kediaman dan Perancangan

PengenalanSuasana hijau semula jadi, pemandangan yang mencuri perhatian di laman pasti memberikan persepsi tersendiri kepada keluarga dan tetamu bertandang. Berlatarkan tumbuhan segar yang menjalar berbunga bagai pelengkap pagar dan menjadi simbol menyambut kehadiran keluarga serta tetamu. Reka letak dan perancangan teliti tumbesaran setiap tanaman itu membuatkan visual pemandangan tetap mengilhamkan ketenangan sepanjang masa. Suasana redup dan nyaman lebih terasa di laman kediaman teres tiga tingkat itu kerana pepohon yang ditanam berfungsi mendinginkan suasana. Susunan menarik pasu yang ditanam pelbagai jenis tanaman dan digantung pada sudut khas di laman menggambarkan latar landskap tersendiri .Kehadiran kerusi santai benar-benar memberi peluang keindahan landskap dihayati sepenuhnya saban waktu. Laman indah itu menjadi antara lokasi paling sesuai merehatkan minda dan mencari ketenangan sepanjang masa. Bukan sekadar pada laman keindahan semula jadi diterjemahkan kerana sebaik melangkah ke ruang dalaman, suasana hijau turut mengambil tempat terutama di ruang tamu. Konsep hijau tetap menjadi pilihan utama baik untuk laman mahupun ruang kediaman. Kehijauan itu sendiri memberikan ketenangan dan keselesaan berpanjangan tanpa mengira waktu selain menyejukkan suasana. Dalam menghias ruang tamu, pemilihan pepohon hijau menjalar sebagai latar kemasan dinding sekali gus membuatkan suasana di ruang berkenaan sejuk mendamaikan. Kehijauan dan kesegaran pepohon menjalar ini membawa keunikan tersendiri setiap kali berehat di satu-satu ruang itu sambil mata disajikan dengan pemandangan semula jadi. Walaupun kebanyakan pokok dalam rumah tidak memerlukan cahaya matahari, binaan ruang yang membenarkan cahaya masuk turut dilakukan supaya tumbesarannya tidak terganggu.Sentuhan kreatif turut diketengahkan kerana semua pepohon hijau menjalar dalam ruang kediaman itu ditanam dalam pasu kraf menarik. Tanaman juga memerlukan perhatian seperti diri kita kerana setiap perkembangan amat penting selain memupuk rasa cinta terhadap kehijauan alam. Paling penting beri tumpuan kepada rutin siraman, pembajaan dan penukaran tanah dalam pasu harus dilakukan sekurang-kurangnya tiga bulan sekali.

Kesempurnaan LandskapSebagaimana yang telah dikatakan, landskap dan kediaman perlu menyokong antara satu sama lain. Untuk mencapai keharmonian tersebut, anda perlu menimbang pilihan-pilihan yang ada bagi mendapatkan landskap yang benar-benar hebat dan praktikal.

Penyusunan tanaman sangat penting dalam seni landskap. Gabungan landskap lembut dan landskap kejur menyempurnakan laman. Ada beberapa aspek dalam pembinaan landskap secara D-I-Y seperti bajet, kemahiran, iklim, persekitaran, cita rasa peribadi dan sumber-sumber yang ada. KonsepPastikan konsep landskap yang ingin terapkan sesuai dengan konsep keseluruhan kediaman anda. Ada banyak konsep landskap yang sesuai dengan iklim, persekitaran mahupun budaya kita. Misalnya konsep Bali, Tropika, Melayu, Oriental, Jepun dan sebagainya.

Pastikan konsep landskap pilihan itu selari dengan reka bentuk rumah dan corak hiasan dalaman rumah anda bagi mencetuskan perasaan serta pandangan yang harmoni. Jika gugusan pokok atau bunga-bungaan ditanam, pastikan ia disusun mengikut lapisan ketinggian mereka. Pokok yang paling tinggi perlu ditanam di bahagian belakang, sederhana tinggi di bahagian tengah dan renek di bahagian hadapan. Ia bukan sahaja bagi membolehkan kesemua tanaman dapat dilihat, bahkan jika tanaman mengeluarkan bunga, susunan yang menarik dapat diwujudkan.Terdapat landskap yang mengandungi unsur air. Bahagian landskap basah selalunya mengundang tumpuan dalam sesebuah rekaan landskap. Ia bukan sahaja menarik pada pandangan mata, malah bunyi percikan air mampu mencipta suatu suasana yang nyaman dan menenangkan. Landskap basah yang paling asas adalah dalam bentuk kolam. Bagaimanapun lebih menarik jika ia dilengkapi pancuran atau terjunan air yang ringkas sudah memadai. Bahan-bahan yang telah siap dijual boleh digunakan atau membina sendiri sesuatu berdasarkan kreativiti serta kemampuan yang dimiliki. Semua bahan atau keperluan membina landskap basah boleh di peroleh dengan mudah di kedai-kedai hardware atau di kedai-kedai akuarium.

Pastikan landskap yang direka dan dibina itu tahan serta mudah diselenggarakan. Misalnya, pilih pokok-pokok yang bukan dari jenis cepat mati atau terlalu manja untuk dijaga. Begitu juga pastikan binaan hardscape anda tahan lasak untuk menangani beban penggunaan dan faktor cuaca. Kalau boleh penyelenggaraan landskap biarlah lebih bermaksud mengawal atau mencorakkan pertumbuhan dan bukan kerana terpaksa membaiki bermacam-macam kerosakan atau menggantikan pokok mati. Landskap Lembut terdiri daripada unsur seperti tumbuhan dan air. Manakala landskap keras/kejur melibatkan penggunaan elemen buatan dan keras seperti batu, kayu, simen, besi dan fibre glass. F. Prinsip Reka Bentuk Taman1. SaizSaiz merupakan prinsip yang diutamakan dalam reka bentuk taman. Merupakan faktor yang paling penting sebelum mereka bentuk taman.

2. Tekstur Elemen tekstur dapat memberikan kepelbagaian kepada taman.

3. Kesan bunyi (sound effects)Taman dilengkapi set kolam air pancut, gantungan buluh atau berbagai-bagai-bagai lagi instrumen. Contohnya air pancut yang menitis dapat menghasilkan bunyi yang semula jadi.

4. StrukturStruktur bermaksud binaan oleh manusia. Contohnya seperti laluan pejalan kaki, pokok, batu dan dinding.

5. Aplikasi warnaAplikasi warna ialah kombinasi warna yang baik akan menghasilkan sebuah taman yang mempunyai nilai estetika.

6. Cahaya (lightning)Pencahayaan boleh diperoleh secara semula jadi atau buatan sendiri.

G. PerancanganKawasan di sekitar rumah merupakan ruang yang berharga yang boleh menambah ruang kehidupan kita dan mendapat keseronokan daripadanya. Taman mempunyai lantai, dinding, perabot, perkakasan, pencahayaan dan tema yang berbeza. Taman juga mempunyai siling yang mungkin dalam bentuk kanopi pokok dan pergola. Berikut adalah perkara-perkara yang perlu difikirkan dan patut dibuat untuk menjadikan taman yang dibina itu menjadi sebuah taman yang ideal.Taman seperti rumah boleh dianggap sebagai tempat tinggal. Taman yang ideal bukan sahaja cantik tetapi memenuhi keperluan penggunanya. Taman adalah sebuah kawasan yang harmoni. Bagi sesetengah orang lain pula taman sebagai tempat yang tenang untuk berehat, selain tempat/ruang untuk melayan tetamu serta untuk memasak dan menikmati makanan. Bagi kanak-kanak pula taman merupakan tempat untuk bermain. Mereka bentuk taman yang dapat memenuhi gaya hidup seseorang dan kelihatan bergaya sambil memuaskan hati merupakan satu cabaran dan satu keseronokan. Oleh kerana itu, semasa merancang untuk mereka bentuk dan membina taman, faktor-faktor berikut penting untuk diteliti dan diguna pakai:1. Persekitaran setempat Reka bentuk dan pembinaan taman hendaklah mengambil kira dengan persekitaran setempat seperti jenis tumbuhan, iklim, jenis tanah, dan lain-lain.2. Penyesuaian dengan cuaca - Cuaca mempengaruhi pertumbuhan tumbuh-tumbuhan taman. Cuaca yang ekstrim mempengaruhi ketahanan tumbuh-tumbuhan dan struktur binaan taman.3. Personaliti dan gaya hidup - Sesuaikan reka bentuk taman dengan personaliti dan gaya hidup penggunanya.4. Mengubahsuai taman mengikut keperluan - Bina taman yang dapat diubahsuai pada masa-masa tertentu tanpa menjejaskan ruang dan kawasan sedia ada.5. Menilai Lokasi/Kawasan Taman-Dapatkan semua maklumat mengenai taman tersebut. Ini termasuklah memastikan ukuran taman, dan mencari sebanyak mungkin maklumat mengenai ciri-ciri fizikal taman tersebut. Gunakanlah kertas, pensel, pita pengukur, dan kajian dengan merekodkan segala pemerhatian, dan melukis secara kasar gambaran taman yang dikehendaki. Maklumat-maklumat ini merupakan asas kepada reka bentuk taman yang menarik.6. Pemandangan yang menarik - Taman yang dibentuk mestilah mempunyai pemandangan yang cantik dari pelbagai sudut. Mungkin berlatar belakangkan padang rumput, bukit- bukau, tasik dan lain-lain.7. Aspek dan kesan Reka bentuk taman semestinya memberi kesan yang mendalam kepada penggunanya sama ada melalui penglihatan, pendengaran, atau perasaan.8. Sebagai teduhan - Lebih menarik dan lebih berkesan jika rekabentuk taman mempunyai tempat-tempat berteduh melalui binaan pergola, gazebo atau silara tumbuhan taman.9. Jenis tanah dan penanaman - Perhatikan dan cari maklumat mengenai jenis tanah di kawasan landskap. Ini akan membantu untuk membuat pemilihan jenis tumbuh-tumbuhan taman yang sesuai dan dapat hidup subur.10.Dari pemerhatian kepada perancangan berskala - Perhatikan ruang dan kawasan taman secara keseluruhan lalu buat perancangan rekabentuk taman dengan skala yang tertentu dan sesuai. Manusia dan haiwan dijadikan bahan rujukan.

H. Elemen dalam Mereka Bentuk Taman Yang MenarikReka bentuk taman yang baik merupakan sesuatu yang ringkas dan memenuhi keperluan sama ada untuk gaya formal, tak formal atau gabungan kedua-duanya. Reka bentuk seharusnya memenuhi keperluan anda, mencerminkan personaliti anda, dan berada dalam keadaan harmoni dengan persekitaran. Sesuatu reka bentuk yang berjaya boleh diperolehi melalui pemerhatian, peraturan-peraturan mudah untuk memanipulasi ruang dan memberikan warna, paten dan tekstur.

1. Gaya taman - Sebaik-baiknya sebuah taman mempunyai gaya, tema dan konsep yang nyata sebagaimana yang dikehendaki oleh pengguna.

2. Bekerja dengan ruang - Taman seharusnya mempunyai ruang yang mencukupi untuk penggunanya bergerak sama ada berjalan, duduk, melompat, bekerja, dan lain-lain.

3. Kesan corak - Corak reka bentuk taman mungkin pelbagai yang dapat memberi gambaran kepelbagaian jenis tumbuhan, cara susunan tumbuhan, dan susun atur perabot taman.

4. Penggunaan warna - Gunakanlah warna yang berbagai tetapi tersusun untuk meningkatkan seri taman terutamanya kepada warna tumbuh-tumbuhan.

5. Eksploitasi tekstur - Jika boleh eksploitasi tekstur tumbuh-tumbuhan dan struktur binaan dari segi besar kecil, susunan tinggi rendah, dan panjang pendek agar taman itu seolah-olah semula jadi.

I. Asas Mereka Kerangka TamanKerangka taman bukan sahaja melibatkan ukur keliling dan pembahagian dalaman tetapi juga menentukan cara kita bergerak dalam ruang tersebut dan bagaimana kita menyusun atur setiap ruang. Kawasan ini mestilah praktikal dan ada nilai-nilai estetika. Taman sepatutnya mempunyai ruang yang besar/bersesuaian, pemandangan yang indah, udara yang segar, cahaya matahari dan suasana yang selesa. Bahan-bahan yang sesuai dipilih untuk taman supaya kelihatan cantik, bergaya dan praktikal dan tujuan taman dibina.

1. Dinding - Boleh jadi tumbuh-tumbuhan pagaran atau tumbuhan renek yang disusun rapat dan dipangkas pucuknya.2. Pintu masuk - Pintu masuk atau gerbang dibina ke kawasan taman yang menarik dan bergaya daripada bahan-bahan seperti kayu, batu, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain.3. Siling - Siling taman mungkin dalam bentuk silara/kanopi tumbuh-tumbuhan naungan, pergola dan tumbuhan memanjat di atas para.4. Lantai - Taman yang menarik mempunyai lantai seperti rumput turf, siar kaki dan batu-batu kecil5. Aras - Aras tanah yang tinggi rendah lebih menarik jika dibandingkan aras yang mendatar. Bina dan bentuk busut-busut atau bukit-bukit mini untuk menambah nilai taman.6. Bentuk dan fungsi - Kerangka taman yang hendak dibina mestilah mempunyai fungsi yang dikehendaki oleh pengguna. Taman direka bentuk setelah perbincangan dilakukan antara tuan punya, pereka bentuk, dan kontraktor.

J. Hiasan dan Susun Atur TamanHiasan dan susun atur taman seharusnya seperti di dalam rumah. Perhiasannya mungkin daripada struktur-struktur yang menarik, gazebo, pancutan air, ataupun pasu terra-cotta. Pencahayaan boleh menambahkan kecantikan taman pada waktu malam.

1. Prinsip-prinsip menghias - Prinsip-prinsip menghias diaplikasikan untuk pembinaan taman.2. Menanam - Tumbuh-tumbuhan taman hendaklah diatur/disusun dan ditanam mengikut prosedur penanaman yang betul supaya ia tumbuh dengan sempurna.3. Perabot taman - Pemilihan perabot taman disesuaikan dengan konsep taman yang dikehendaki oleh tuan punya atau pengguna taman dan juga keluasan taman.4. Ciri-ciri khas/istimewa - Buat dan bina ciri-ciri khas taman atau titik tumpu supaya taman lebih kelihatan menyerlah, istimewa, dan berkesan di hati bagi sama ada pengguna lama atau pengguna baru. Ia mungkin air pancut, replika, binaan, kolam dan lain-lain.

K. Penjagaan Tanaman di Laman Rumah1. Tentukan jenis pokok dan tanah. Selidiki cara penjagaan pokok berdasarkan jenisnya serta kesesuaian tanah.

2. Penyiraman - Tentukan waktu sesuai untuk penyiraman iaitu seelok-eloknya sebelum jam 11 pagi dan di antara jam 3.30 petang hingga 7 malam untuk penyiraman kedua. Elakkan sama sekali penyiraman pada waktu tengah hari.

3. Pemangkasan - Jangan pangkas jika tiada sebarang tujuan atau tanpa idea kesannya. Tujuan pemangkasan adalah untuk kesuburan, membentuk pokok, keselamatan, penggalakan dan pengeluaran bunga serta buah.

4. Pembajaan - Penting untuk tumbesaran pokok dan ramai menganggap bahawa lebih banyak baja digunakan, pokok akan tumbuh dengan lebih subur. Ada pelbagai jenis dan jenama yang terdapat di pasaran. Secara umumnya, kadar baja dan masa pembajaan adalah lebih kritikal dari jenis baja yang akan digunakan.

KesimpulanLandskap amat penting dalam kehidupan seharian. Manusia dan alam saling berhubung untuk hidup di alam ini. Hubungan ini diterjemahkan dalam landskap yang dibina. Kesemua elemen yang diterapkan dalam pembinaan sesebuah landskap merupakan cara manusia membina hubungan dengan alam sekitar. Seni Landskap memungkinkan olahan pemikiran manusia yang diterjemahkan pada alam sekitar.

LampiranFoto: Contoh- contoh Landskap

RujukanLaman Web:1. http://dtashatdijah.blogspot.com/2. http://www.google.com.my/search?sourceid=chrome&ie=UTF-8&q=landskap+lembah+bujang3. http://fnkeyboard.blogspot.com/2011/04/apa-itu-landskap.html4. http://www.kpkt.gov.my/jln/main.php?Content=articles&ArticleID=4&IID=

Buku:1. Dasar Landskap Negara 20052. Pembinaan Landskap, Puan Siti Norain binti Megat,DBP1