Pembentangan Penilaian Portfolio

13

description

bentang

Transcript of Pembentangan Penilaian Portfolio

  • Apakah portfolio?Satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui.
  • Dokumentasi berstruktur yang memerlukan pelaksanaan perancangan dan penilaian yang teliti.Proses pembelajaran secara portfolio dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dari fakta dari peringkat awal hingga akhir.Menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama dan bantuan daripada pelbagai pihak.Kandungan portfolio terdiri daripada maklumat secara urutan dan mestilah logik.Portfolio bersifat reflektif yang dirangsang melalui persoalan.
  • Penilaian berbentuk lebih terbuka (broad based) dan seimbang.Tugasan portfolio dapat dipantau melalui peta perkembangan pelajar yang boleh dinilai melalui bukti-bukti lain.Proses penilaian perlu dijalankan secara berterusan supaya dapat mencerminkan perkembangan pelajar dari semasa ke semasa mengikut kriteria yang telah dipersetujui bersama.
  • Jenis-jenis Portfolio yang boleh dibina.1.Porfolio kerja harian2.Portfolio hasil terbaik3.Portfolio dokumen.
  • 1.Portfolio Kerja HarianBahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan dalam satu jangka waktu yang diberikan.Contohnya;Proses perkembangan idea dijalankan secara harian untuk menghasilkan lukisan yang mempunyai ciri-ciri berikut.
  • 2.Portfolio Hasil TerbaikDipilih bersumberkan hasil terbaik daripada portfolio kerja harian.Berbentuk sumatifContohnya;Hasil lukisan yang terbaik daripada bebrapa lukisan yang dibuat dan dikumpulkan di dalam folio kerja terbaik.
  • 3.Portfolio DokumenHasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada satu jangka masa tertentu untuk menyempurnakan kerja tugasan.Contohnya;Hasil lukisan daripada warna tersebut.
  • Membolehkan guru menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot guru untuk membuat penilaian secara holistik.Mengekalkan galakkan pelajar untuk mengawal dan memantau perkembangan pelajarMembolehkan guru memantau perkembangan pembelajaran pelajar dengan menggunakan peta perkembangan.Mempelbagaikan bukti penilaian seperti rekod pemerhatian dan penilaian, nota anekdot, rekod pelaksanaan tugaan dan kadar pencapaian hasil kerja pelajar.Membolehkan penilaian dalam bidang afaktif tentang usaha dan aplikasi dapatan melalui pemerhatian tingkahlaku, pengelibatan dalam kelas, inisiatif, kerjasama, ketabahan dan komitmen sewaktu membina portfolio.
  • Menyenaraikan beberapa perkara pentingsebelum membuat portfolio:1.Tentukan tujuan pembinaan, ciri-ciri

    portfolio dan jenis portfolio yang

    dikehendaki.

    2.Kenalpasti isi kandungan portfolio.3.Pemilihan isi kandungandan bahan isi

    kandungan portfolio.

    4.Penilaian portfolio dari segi kaedah

    penilaian samada secara keseluruhan,

    kumpulan, individu, termasuklah kriteria yang

    dipakai untuk menilai portfolio.

  • Bagaimana Portfolio dinilai?Portfolio dinilai berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan.Fokus kepada aspek perkembangan pengetahuan dan perkembangan kefahaman.Peta perkembangan pelajar boleh digunakan bagi memberi gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh bermula awal pembinaan portfolio sehingga tugasan tersebut selesai.
  • Merekod Penilaian PortfolioTerdapat dua cara merekod penilaian portfolio iaitu menggunakan skala dan menggunakan kaedah senarai semak.Penilaian awal penilaian merentasi tugasan bertulis mengikut kriteria dengan skala senarai ciri-ciri paling penting penetuaan gred.
  • Struktur dan organisaniStrategi pengurusanVariasi isi yang sesuaiStruktur ayat dan gaya bahasaSenaraikan ciri. Ini akan menentukan markah portfolio, tentukan wajaran markah bagi setiap ciri.Mengambil kira markah yang diberikan kepada tiap-tiap peringkat dan bukti-bukti lain setiap nota anekdot dan refleksi pelajar.Skala berkadar atau berkala boleh digunakan.